DISCUSSION
Based on the findings of the study, it can be concluded that the "JamPad" technique can help
students improve their writing skills. It can be seen in the writing score of the students. The
students' writing score was extremely low before the researcher implemented the "JamPad"
technique. The pre-test results revealed that the students' average score was only 56.42. The
score was a long way off from the passing grade of 70. After using the "JamPad" technique, the
average score increased to 67.37 after cycle 1 and to 73.58 after cycle 2.
In addition, "JamPad" can help students improve their writing skills. Through online
learning, the "JamPad" technique alters the lesson situation. As more media are used to teach,
the classroom situation is changing. During class activities, their motivation improves. This
situation also causes the students to pay more attention while working on their tasks. The students
are no longer bored because they have begun to investigate web 2.0 tools.
CONCLUSION
Students learn how to work together and collaborate in real-time situations. This provides a lot
of room for debate and expression of viewpoints. After presenting the findings of the study, the
researchers would like to make some recommendations to the students, teachers, educational
institutions, and other researchers. The researcher advises students not to be afraid of making
errors and mistakes when using language because making mistakes is a natural part of the
learning process.
The researcher recommends that English teachers recognise that providing appropriate
teaching techniques or methods is extremely beneficial to students. The researcher suggests that
appropriate facilities be provided to educational institutions in order to support the teaching and
learning process, particularly in the learning of English, so that the teaching and learning process
can run smoothly.
Finally, the researcher wishes to inform the other researcher that they will gain valuable
experience that will enable them to conduct better action research in the future, and they are
encouraged to conduct additional research on the application of the "JamPad" Technique to other
language skills.
This study shows that students prefer Google Classroom for writing lessons, which greatly
motivates their writing performances. Teachers play an important role in educating students,
which can result in a significant improvement in the students' informative achievement.
Furthermore, more research can be done on the informative strategies for Jamboard and Padlet
to see if they help students improve their writing skills.
283 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
REFERENCES
Amelia, A. Rahman Sidek&Melor Md. Yunus. 2012. Students‟ experiences on using blog as a learning
journal. PrecediaSocial and Behavioural Sciences 67:135-143.
Anderson, R. S., Goode, G. S., Mitchell, J. S., & Thompson, R. F. 2013. Using Digital Tools to Teach
Writing in K-12 Classrooms. In J. Whittingham, S. Huffman, W. Rickman, & C. Wiedmaier
(Eds.). Technological Tools for the Literacy Classroom Hershey, PA: IGI Global. 10-26.
Bibi Noraini, Y. 2020. Are we Prepared Enough? A Case Study of Challenges in Online Learning in a Private
Higher Learning Institution during the Covid-19 Outbreaks. Advances in Social Sciences Research
Journal. 7(5): 205-212.
Byrne, Dohn. 1984. Teaching writing skill. London: Longman Group ltd.
Creswell, J. W. 2014. Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches.
Thousand Oaks, California: SAGE Publications.
Fuchs, B. 2014. The writing is on the wall: using Padlet for whole-class engagement. LOEX
Quarterly40(4),7-9. Retrieved from http://uknowledge.uky.edu/libraries_facpub/240
Gleason, B., & Heath, M. K. 2021. Injustice Embedded in Google Classroom and Google Meet: A Techno-
ethical Audit of Remote Educational Technologies. Italian Journal of Educational Technology.
29(2): 26-41.
Haerazi, H., Irawan, L. A., Suadiyatno, T., & Hidayatullah, H. 2020. Triggering Preservice Teachers’ Writing
Skills through Genre-based Instructional Model Viewed from Creativity. International Journal of
Evaluation and Research in Education (IJERE). 9(1): 234-244.
Johannes Konig, Daniela J. Jager-Biela & Nina Glutch. 2020. Adapting to Online Teaching during COVID-
19 School Closure: Teacher Education and Teacher Competence Effects Among Early Career
Teachers in Germany. European Journal of Teacher Education. 43(4): 608-622. Routledge Taylor
& Francis Group.
Ninda, S. Z. 2019. The Use of YouTube to Improve Students’ Ability In Writing (A Classroom Action
Research of the Eleventh Grade Students Oof SMK Negeri 1 Bawen in the Academic Year
2019/2020).
Garba, S. A., Byabazaire, Y., & Busthami, A. H. 2015. Toward the Use of 21 st Century Teaching- Learning
Approaches: The Trend of Development in Malaysian Schools within the Context of Asia Pacific.
International Journal of Emerging Technologies in Learning. 10(4).
Yunus, M. M., Kiing, J. L. &Salehi, H. 2013. Using blogs to promote writing skills in ESL classroom.
Proceedings of the 4th International Conference on Education and Educational Technologies (EET
’13): 109-113.
284 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
SMART DT: KOMPETENSI PENSYARAH SELEPAS MENGHADIRI LATIHAN
JABATAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
DI SEBUAH INSTITUSI LATIHAN AWAM
NORMAH BINTI KARMANI
Institut Aminuddin Baki Genting Highlands
[email protected]
FARIDAH BINTI MOHAMAD
Institut Aminuddin Baki Genting Highlands
[email protected]
NURZARINA BINTI AHMAD MAREKAN
Institut Aminuddin Baki Genting Highlands
[email protected]
SATHIYABAMA A/P SUPRAMMANIAM
Institut Aminuddin Baki Genting Highlands
[email protected]
VICKNESWARY A/P PARAMAGURU@ VICKY TAN AI LIN
Institut Aminuddin Baki Genting Highlands
[email protected]
ABSTRAK
SMART DT: KEBERKESANAN LATIHAN PENSYARAH. Secara ringkasnya, dashboard SMART DT ini
bertujuan untuk meninjau, merekod dan menganalisis setiap data berkaitan kompetensi pensyarah selepas
menghadiri latihan bagi mengatasi masalah tiadanya satu mekanisme untuk mengenalpasti peningkatan
kompetensi pensyarah selepas menghadiri kursus atau latihan. Jabatan Pembangunan Profesionalisme
yang bertanggungjawab melaksanakan latihan berhadapan masalah bagi mengenalpasti kompetensi
pensyarah selepas mereka mengikuti latihan. Hal ini demikian kerana, maklumat berkaitan kompetesi
pensyarah ini amat penting bagi menunjukkan tahap keberkesanan latihan yang telah diberikan. Maklumat
berkaitan kompetesi pensyarah ini diperlukan bagi Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
mahupun Ketua-ketua Jabatan serta pensyarah itu sendiri bagi mengambil langkah intervensi atau
perkongsian amalan terbaik. Kaedah yang dilakukan adalah secara kuantitatif yang melibatkan data
deskriptif. Objektif kajian Tindakan ini adalah untuk mengenalpasti satu mekanisme yang dapat mengukur
kompetensi pensyarah selepas menghadiri kursus atau latihan.
Kata kunci: SMART DT, Keberkesanan Latihan, Kompetensi Pensyarah, Penyampaian Latihan,
Transformasi Pembelajaran
REFLEKSI KAJIAN
Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (JPPB) Institut Aminuddin Baki Cawangan
Genting Highlands (IABCGH) merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan menjalankan
fungsi jabatan dalam mengurus program pembangunan profesionalisme berterusan bagi staf dan
pemimpin pendidikan. Oleh itu, jabatan ini telah melaksanakan pelbagai kursus dan latihan
sebagai usaha meningkatkan kompetensi pensyarah secara berterusan. Jabatan ini juga amat
285 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
menggalakkan semua pensyarah meningkatkan kompetensi mereka dengan mengambil inisiatif
sendiri mengikuti kursus dan latihan sama ada di dalam atau di luar IABCGH.
Namun begitu, Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan telah melihat terdapat
beberapa isu dalam pelaksanaan program kursus dan latihan kepada pensyarah IABCGH. Ahli
Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan telah bersama-sama berbincang membuat
refleksi berkaitan isu dalam melaksanakan program kursus dan latihan. Jabatan JPPB telah
menggunakan alat analisis matrik dalam mengenalpasti isu perlaksanaan program kursus dan
latihan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1: Analisis Matrik Isu Perlaksanaan Kursus dan
latihan.
Jadual 1 menunjukkan terdapat sembilan masalah yang telah dikenal pasti oleh JPPB untuk
diselesaikan. Antara Sembilan isu tersebut adalah isu ketidakhadiran kursus atau latihan, analisis
keperluan latihan tidak dipenuhi, tiada tindakan susulan selepas kursus dan latihan, staf kerap
bertukar jabatan, tiada keseragaman laporan, borang laporan secara manual, pengambilan
pensyarah baharu yang ramai, kelewatan hadir bertugas ke IAB dan akhir sekali tempoh program
yang panjang. Ahli jabatan telah memberikan pemberat dalam analisis matrik seperti dalam yang
ditunjukkan dalam Jadual 1. Oleh itu, ahli jabatan telah sepakat memilih isu tiada tindakan
susulan selepas kursus dan latihan merupakan isu paling kritikal dan boleh untuk dilaksanakan.
Jadual 1
Analisis Matrik Isu Perlaksanaan Kursus dan Latihan
PERNYATAAN MASALAH
Melalui refleksi, pemerhatian dan perbincangan bersama ahli jabatan, isu berkaitan tiada tindakan
susulan selepas kursus dan latihan telah dikenal pasti. Namun begitu, Jabatan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan masih belum mewujudkan satu mekanisme bagi menjejak
kompetensi pensayarah selepas menghadiri kursus dan latihan. Ia sejajar dengan Laporan
Dalaman Bil1/2021, Klausa 7.2, PKS-01 Perkara 6.3 didapati JPPB IABCGH tiada mekanisme
untuk menjejak peningkatan kompetensi pensyarah selepas menghadiri kursus/latihan. Oleh itu,
JPPB IABCGH telah memutuskan untuk melaksanakan satu kajian bagi membuat
286 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
penambahbaikan dalam Laporan Audit Dalaman Bil 1/2021. JPPB IABCGH telah memutuskan
untuk mengadakan satu mekanisme menjejak peningkatan kompetensi pensyarah selepas
menghadiri kursus/latihan juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Profesional Bil 2 tahun 2022
pada 20 Mei 2022 bagi tujuan tindakan semua pensyarah dan semua ketua jabatan. Mesyuarat
yang dipengerusikan Pengarah IAB Genting Highlands telah bersetuju agar setiap pensyarah
mengisi maklumat berkaitan keberkesanan latihan pensyarah setelah menghadiri kursus/latihan.
Oleh itu, JPPB telah menubuhkan satu kumpulan untuk menjalankan kajian tindakan bagi
menyelesaikan masalah ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mewujudkan satu mekanisme menjejak kompetensi pensyarah IABCGH selepas menghadiri
kursus/latihan dengan menyediakan satu dashboard SMARTDT.
SOALAN KAJIAN
Soalan kajian bagi kajian ini adalah:
1. Bagaimanakah cara untuk mewujudkan satu mekanisme menjejak kompetensi pensyarah
IABCGH selepas menghadiri kursus/latihan?
TINJAUAN LITERATUR
Setiap organisasi melaburkan sejumlah dana yang besar untuk melaksanakan program
peningkatan profesionalisme bagi memastikan staf dalam organisasi adalah kompeten. Oleh itu,
setiap program kursus dan latihan yang diberikan perlulah memberi impak dan berkesan kepada
peserta yang menghadirinya. Justeru itu, aspek keberkesanan Latihan merupakan antara aspek
yang perlu diberi perhatian.
a. Keberkesanan Latihan
Aspek yang paling mencabar dalam proses pembangunan profesional staf dalam organisasi
adalah untuk memastikan keberkesanan latihan diperkasakan (Kodwani & Prashar, 2019). Antara
aspek yang diukur dalam mengukur keberkesanan latihan adalah aspek pertimbangan dalam
pemindahan latihan. Aspek ini mengukur sejauh mana kemahiran dan pengetahuan yang
dipelajari semasa latihan digeneralisasikan dan diterjemahkan kepada perubahan emosi, kognisi,
dan tingkah laku yang dikekalkan selepas menghadiri latihan. Setelah penilaian terhadap aspek
pemindahan latihan dibuat, maka Langkah tindak susul dapat diambil sebagai langkah untuk
membantu membangunkan kaedah latihan dan intervensi untuk mengoptimumkan keberkesanan
latihan pada masa akan datang (Nielsen & Shepherd, 2022).
Oleh itu, organisasi atau unit pembangunan latihan perlu menentukan kriteria penilaian
keberkesanan latihan bagi program latihan masing-masing. Model Kirkpatrick merupakan antara
model yang terkenal dalam menggariskan beberapa tahap praktikal kriteria penilaian Latihan.
287 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Antara kriteria penilaian latihan yang mewakili petunjuk penting keberkesanan latihan iaitu reaksi,
tindak balas, pembelajaran, tingkah laku dan hasil (Kirkpatrick & Kirkpatrick, 2016).
i. Reaksi
Apabila staf selesai melalui program latihan, satu penilaian dilakukan bagi melihat sejauhmana
peserta menyukai kandungan program (iaitu reaksi kepuasan) dan sama ada mereka
menganggap kandungan program bermakna untuk dirinya atau sebaliknya. Selain itu, penilaian
juga dilaksanakan bagi melihat perubahan positif yang menunjukkan terdapat peningkatan dalam
motivasi diri peserta semasa latihan. Di samping itu, penilaian kepada peserta dilaksanakan bagi
menilai peserta sama ada dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam latihan melalui
perubahan tingkah laku peserta semasa latihan. Penilaian ini menjadi petunjuk sama ada berlaku
pemindahan pembelajaran melalui perubahan tindak balas yang ditunjukkan oleh peserta.
Penilaian yang dilakukan ini juga berupaya menyemak kandungan latihan dengan melihat tindak
balas peserta sama ada mereka seronok atau sebaliknya (Glerum & Judge, 2021; Kirkpatrick &
Kirkpatrick, 2016).
ii. Pembelajaran
Penilaian dari aspek pembelajaran dilakukan dengan mengukur tahap penerimaan pengetahuan
yang diperoleh daripada program yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat dengan
melaksanakan ujian pra dan pasca sesi dalam pembelajaran dijalankan. Peniaian yang dibuat
berdasarkan perolehan kapasiti pengetahuan yang sepatutnya dipelajari. Peserta program
latihan perlu mengenalpasti sasaran pembelajaran yang dijadikan standard penilaian mereka.
Penilaian pembelajaran boleh diukur daripada perubahan pengetahuan, ketrampilan serta sikap
peserta program latihan (Glerum & Judge, 2021; Kirkpatrick & Kirkpatrick, 2016).
iii. Tingkahlaku
Perubahan tingkahlaku merupakan antara penilaian yang dapat dibuat selepas progam atau
latihan dilaksanakan. Ia melibatkan berlakunya pemindahan pengetahuan yang menyebabkan
perubahan tingkah laku mengikut program yang diikuti. Peserta program latihan sepatutnya
menunjukkan perubahan tingkah laku dengan peningkatan kecekapan kemahiran yang telah
dipelajari. Tingkah laku yang ditunjukkan seharusnya selari dengan pengetahuan dan kemahiran
yang dipelajari (Glerum & Judge, 2021; Kirkpatrick & Kirkpatrick, 2016).
iv. Hasil
Pada akhir program latihan yang dilalui, peserta akan dinilai dari sudut kesan profesionalisme
dan aspek peribadi yang dialami. Penilaian pada tahap terakhir ini merupakan penilaian secara
keseluruhan. Penilaian pada tahap ini menggambarkan bahawa bukan sahaja organisasi sahaja
yang mendapat manfaat malah peserta program latihan juga mendapat manfaatnya. Antara
faedah sampingan daripada kecekapan yang diperolehi daripada program latihan telah memberi
kesan positif bukan sahaja pada profesionalisme individu tersebut malah ia juga dapat
288 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
meningkatkan pencapaian akademik mereka. Individu yang berjaya dalam kerjaya adalah
mereka yang dapat menunjukkan kepimpinan dalam organisasi(Glerum & Judge, 2021). Di
samping itu sokongan daripada ketua jabatan dalam mewujudkan proses penilaian latihan adalah
penting bagi memastikan keberkasan latihan yang dilaksanakan (Gil et al., 2021).
Sehubungan itu, unit pembangunan staf dalam organisasi boleh menggunakan empat
langkah penilaian keberkesanan latihan berdasarkan Model Kirkpatrik dan kajian-kajian lalu
dalam meningkatkan keberkesanan latihan khasnya ketika perubahan dari fasa pandemik
kepada endamik ini. Kefahaman terhadap faktor sebelum pelaksanaan latihan seperti komitmen
organisasi dan analisis keperluan latihan yang merupakan aspek yang sering diabaikan perlu
dititikberatkan dalam membuat penilaian keberkesanan latihan. Faktor tahap motivasi peserta
juga dikenalpasti sebagai faktor penyumbang keberkesanan latihan. Oleh itu, adalah penting bagi
organisasi untuk memastikan aspek ini dipertimbangkan lebih awal dalam usaha
memanifestasikan keberkesanan latihan (Glerum & Judge, 2021; Kodwani & Prashar, 2019).
METODOLOGI
a. Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan seramai 120 orang pensyarah IABCGH yang menjalani kursus dan latihan
sepanjang tahun 2022.
b. Aktiviti/Intervensi
i. Rekabentuk SMART DT
Oleh itu, dashboard SMART DT telah direkabentuk bagi memenuhi ciri-ciri yang berikut:
Apakah yang dinginkan oleh pengguna?
SMART DT telah diwujudkan sebagai satu mekanisme yang dapat mengukur tahap kompetensi
pensyarah selepas menghadiri latihan yang sebelum ini tidak pernah diwujudkan oleh Jabatan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan.
Apakah pilihan bentuk penyampaian maklumat/data?
Kajian ini telah memilih satu dashboard yang menggunakan paparan Google Data Studio bagi
menyampaikan maklumat/data yang diperlukan.
Bagaimana rekabentuk dapat membantu mencapai objektif kajian?
Dashboard SMART DT telah berjaya mencapai objektif kajian ini. Ia merupakan satu mekanisme
yang dapat menjejak kompetensi pensyarah selepas menghadiri kursus dan latihan.
Apakah aplikasi yang dibangunkan mudah dan murah?
289 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Aplikasi SMART DT ini merupakan aplikasi yang percuma dan mudah untuk digunakan. Admin
aplikasi hanya perlu berkongsi link kepada pengguna untuk menyampaikan maklumat yang
diperlukan.
Apakah keistemewaan aplikasi?
Aplikasi ini dapat memaparkan maklumat secara real time. Pengguna boleh mengisi maklumat
atau data dari semasa ke semasa sehingga akhir tahun 2022. Data yang di masukkan akan
dianalisis secara automatik setiap kali data di kunci masuk (key in).
Apakah kekangan pengguna?
Penggunaan aplikasi menggunakan Google Data Studio secara percuma ini adalah terhad
penggunaannya. Sekiranya admin memerlukan analisis data yang lebih banyak maka admin
perlu membuat bayaran penggunaan Google Data Studio ini.
ii. Pengujian aplikasi
Aplikasi yang telah direkabentuk ini telah melalui dua kali pengujian iaitu ujian alpha dan ujian
beta.
Ujian Alpha
Pada peringkat awal pengujian aplikasi, kumpulan ini telah membuat ujian soal selidik yang
terdapat di dalam googleform yang akan diedarkan kepada pensyarah. Kumpulan ini telah
membuat ujian soal selidik ini kepada ahli JPPB. Dr Sathiyabama Suprammaniam yang
merupakan pensyarah senior dan juga Pn Faridah Mohamad selaku Ketua Jabatan JPPB yang
merupakan pensyarah berpengalaman telah menyemak kandungan dalam soal selidik kajian ini.
Beberapa item telah ditambah baik bagi meningkatkan kesahan soal selidik ini.
Seterusnya, soal selidik ini juga diuji bersama En Mohd Afendi bin Zulkifeli yang
merupakan pensyarah yang pakar dalam bidang Teknologi Maklumat bagi membantu dalam
ujilari pembangunan dashboard ini. Kajian ini telah menggunakan soal selidik daripada kajian
Kodwani & Prashar, (2019).
Ujian Beta
Seterusnya kajian ini telah menjalankan ujian rintis kepada 5 orang pensyarah dan seorang ketua
jabatan di IABCGH. Sedikit lagi penambahbaikan telah dilakukan kepada domain kompetensi
yang akan di laksanakan.
Pelaksanaan
Kajian ini dilaksanakan setelah selesai pengujian dilakukan. Para pensyarah telah diminta untuk
mengisi maklumat berkaitan persepsi mereka berkaitan kompetensi mereka setelah menghadiri
latihan. Tempoh masa pengisian maklumat ini adalah sehingga bulan Disember tahun 2022.
290 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
c. Kaedah Pengumpulan Data
Maklumat atau data berkaitan kompetensi persepsi pensyarah IABCGH selepas menghadiri
kursus dan latihan dikutip melalui google form. Setelah itu data tersebut di salurkan ke aplikasi
Google Data Studio untuk dijadikan satu paparan yang dinamakan SMART DT (Data Training).
Rajah 1: Pengumpulan Data Menggunakan Paparan Exel
d. Instrumen Pengumpulan Data
Data dikumpukan melalui lembaran exel daripada google form yang diisi oleh pensyarah. Setelah
itu, maklumat yang telah dikumpulkan di paparkan dalam paparan google data studio yang diberi
nama SMART DT.
Terdapat dua domain tinjauan kompetensi pensyarah setelah menghadiri latihan atau
kursus. Dua domain kompetensi tersebut adalah seperti berikut:
291 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Domain 1: Penyampaian Latihan
i. Perancangan sesi latihan.
ii. Interaksi semasa latihan.
iii. Strategi atau kaedah penyampaian.
iv. Penguasaan isi kandungan.
v. Penilaian pembelajaran.
Domain 2: Transformasi Pembelajaran
i. Aplikasi pengetahuan dan kemahiran daripada latihan kepada organisasi atau jabatan.
ii. Kebolehan berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dengan rakan
sepejabat.
iii. Peningkatan dalam prestasi kerja.
iv. Peningkatan sumbangan kepada organisasi.
v. Bersikap positif dan bermotivasi dalam menjalankan tugas.
vi. Tahap komitmen dan keyakinan dalam menjalankan tugas.
Pemilihan instrumen kajian ini adalah sesuai dengan fungsi utama JPPB, memenuhi
kehendak pelanggan & pemegang taruh (stakeholder), sejajar dengan agenda & matlamat
nasional serta berkait dengan keadaan & ekosistem semasa.
Kaedah Analisis Data
Maklumat berkaitan persepsi pensyarah berkaitan kompetensi mereka setelah menghadiri kursus
dan latihan dianalisis dalam bentuk bilangan dan peratusan. Maklumat dipaparkan dalam bentuk
jadual dan juga carta palang dan juga carta pie.
Pada paparan pertama dashboard SMART DT menunjukkan senarai nama pensyarah
terlibat, nama jabatan serta senarai kursus yang dihadiri oleh pensyarah. Paparan seterusnya
ditunjukkan analisis bilangan dan pertusan pensyarah dan jabatan yang terlibat dalam kutipan
data ini. Paparan berikutnya pula menunjukkan domain tinjauan kompetensi pensyarah yang
terdiri daripada Domain 1: Penyampaian Latihan dan Domain2: Transformasi Pembelajaran.
Pada paparan seterusnya menunjukkan analisis data tahap kompetensi pensyarah selepas
menghadiri latihan atau kursus mengikut kesemua domain yang dikenalpasti.
292 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 2: Dashboard SMART DT
293 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
e. DAPATAN KAJIAN
i. Dapatan Kajian
Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
IABCGH telah dapat mengadakan satu mekanisme dalam mengukur kompetensi pensyarah
selepas menghadiri kursus dan latihan dengan mewujudkan satu dashboard yang dikenali
sebagai SMART DT.
Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan dapat menganalisa kompetensi
pensyarah selepas menghadiri kursus dan latihan dari aspek Domain Penyampaian Latihan. Ini
kerana, penyampaian Latihan merupakan aspek penting setiap pensyarah ketika memberi latihan
kepada peserta. Setelah menghadiri kursus dan latihan, pensyarah diharap dapat meningkatkan
kompetensi penyampaian latihan mereka dari aspek perancangan sesi latihan, interaksi semasa
latihan, strategi atau kaedah penyampaian, penguasaan isi kandungan dan penilaian
pembelajaran.
Selain itu, domain kedua yang dianalisa adalah Domain Transformasi Pembelajaran.
Analisis berkaitan Domain Transformasi Pembelajaran dikenalpasti sebagai aspek penting
kerana pengkaji ingin melihat sejauhmana berlaku pemindahan pengetahuan dan kemahiran
yang terhasil setelah pensyarah menghadiri kursus dan latihan. Antara aspek Domain
Transformasi Pembelajaran yang dikenalpasti adalah dari aspek aplikasi pengetahuan dan
kemahiran daripada latihan kepada organisasi atau jabatan, kebolehan berkongsi pengetahuan
dan kemahiran yang dipelajari dengan rakan sepejabat, peningkatan dalam prestasi kerja,
peningkatan sumbangan kepada organisasi, bersikap positif dan bermotivasi dalam menjalankan
tugas, tahap komitmen dan keyakinan dalam menjalankan tugas.
ii. Faedah Sampingan
1. Nilai tambah @ value added
Data yang diperolehi dalam SMART DT ini mudah diakses oleh semua pengguna IABCGH. Ia
juga dapat mengelakkan daripada isu pelaporan berlainan dengan data sebenar kerana data
dapat disemak secara real time. Analisis data juga dapat disemak secara automatik.
Pembangunan sistem ini juga adalah secara percuma dan mudah. Selain itu ia juga menjimatkan
masa admin dan juga pengguna. Selain itu, pihak organisasi juga berupaya memantau dan
menilai keberkesanan kursus atau latihan pensyarah dan seterusnya mengambil langkah tindak
susul.
2. Impak Sistem Luar Jangka
Dashboard SMART DT juga bukan sahaja menjadi satu mekanisme untuk menjejak kompetensi
pensyarah selepas menghadiri kursus dan latihan malah maklumat yang diperolehi dalam
SMART DT juga membolehkan Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan menjejak
pensyarah yang kurang latihan. Maklumat ini juga dapat membantu jabatan meningkatkan
pencapaian SPLKPM pensyarah. Selain itu data-data dan maklumat dalam SMART DT boleh
dijadikan sumber kepada pengkaji yang ingin membuat kajian dalam bidang pembangunan
sumber manusia.
294 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
3. Tindakan (Rawatan) yang akan dijalankan
Dapatan kajian mendapati masih terdapat ruang untuk pensyarah meningkatkan kompetensi
mereka sama ada dari aspek Domain Penyampaian Latihan dan Domain Transformasi
Pembelajaran. Oleh itu, Pembangunan Profesionalisme Berterusan juga perlu melihat semula
keberkesanan kursus yang diberi kepada pensyarah tersebut. Selain itu, peringatan kepada
ketua-ketua jabatan berkaitan perkongsian (PLC) perlu dijalankan bagi memastikan berlaku
perkongsian pembelajaran. Ketua-ketua jabatan perlu membuat pencerapan terhadap
penyampaian latihan pensyarah di bawah jabatan masing-masing bagi memastikan
keberkesanan latihan dan kursus yang dihadiri pensyarah. Galakan terhadap sumbangan
pembelajaran kepada rakan sejabatan mahupun organisasi perlu diberi perhatian dan dijadikan
budaya dalam jabatan dan organisasi.
PERBINCANGAN
Berdasarkan hasil dapatan kajian, pencapaian kompetensi pensyarah setelah menghadiri latihan
dan kursus masih tidak mencapai tahap sepenuhnya terhadap Domain Penyampaian Latihan dan
juga Domain Transformasi Pembelajaran. Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan masih terdapat
ruang untuk penambahbaikan dalam peningkatan keberkesanan kursus dan latihan yang
diberikan. Dashboard SMART DT ini telah dapat membantu Jabatan Pembangunan
Profesionalisme dalam membantu mewujudkan satu mekanisme untuk mengenalpasti tahap
kompetensi pensyarah selepas menghadiri kursus dan latihan.
Namun begitu, dapatan kajian ini diperolehi daripada persepsi pensyarah itu sendiri.
Unsur bias terhadap data yang diberi mungkin memberi kesan terhadap maklumat yang
diberikan. Oleh itu, perlu ditambah satu lagi instrumen yang sama untuk ketua-ketua jabatan bagi
mengenalpasti tahap kompetensi pensyarah di bawah jabatan mereka masing-masing sebagai
satu alat check and balance terhadap persepsi yang diberi oleh pensyarah. Setelah itu, satu
perbandingan dapatan antara data yang diberi oleh pensyarah dan juga ketua-ketua jabatan
boleh dijadikan analisis untuk langkah intervensi dan tindak susul yang bersesuaian.
RUMUSAN
Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (JPPB) Institut Aminuddin Baki Cawangan
Genting Highlands merupakan sebuah jabatan yang menjalankan fungsi jabatan seperti yang
telah ditetapkan. Antara fungsi utama jabatan adalah mengurus program pembangunan
profesionalisme berterusan bagi staf dan pemimpin pendidikan. Adalah menjadi tugas dan
tanggungjawab jabatan ini bagi mewujudkan satu mekanisme dalam menjejak kompetensi
pensyarah setelah menghadiri kursus dan latihan. Oleh itu, JPPB telah mengambil langkah
mewujudkan satu Dashboard yang dikenali sebagai SMART DT. Aplikasi ini dapat dimanfaatkan
oleh Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan dalam menganalisis data berkaitan
tahap kompetensi pensyarah selepas menghadiri latihan. Lebih dari itu, maklumat dapat
dimanfaatkan kepada pensyarah itu sendiri, ketua jabatan, serta pelanggan dan pemegang taruh
IABCGH dalam membuiat refleksi terhadap impak setelah menghadiri kursus dan latihan. Ini
sejajar dengan naratif baharu IAB bagi memastikan pensyarah IAB merupakan pensyarah yang
kompeten dan versatile serta dapat memberi latihan yang berkualiti dalam membina pemimpin
sekolah yang berprestasi tinggi.
295 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
RUJUKAN
Gil, A. J., Mataveli, M., & Garcia-alcaraz, J. L. (2021). Towards an analysis of the transfer of training :
empirical evidence from schools in Spain. European Journal of Training and Development, 46(5/6),
652–666. https://doi.org/10.1108/EJTD-01-2021-0008
Glerum, D. R., & Judge, T. A. (2021). Advancing employability: applying training evaluation to employability
development programs. Career Development International, 26(3), 363–390.
https://doi.org/10.1108/CDI-09-2020-0248
Kirkpatrick, J. D., & Kirkpatrick, W. K. (2016). Kirkpatrick’s Four Levels of Training Evaluation. Association
for Talent Development. ATD Press.
Kodwani, A. D., & Prashar, S. (2019). Exploring the influence of pre-training factors on training
effectiveness-moderating role of trainees’ reaction: a study in the public sector in India. Human
Resource Development International, 22(3), 283–304.
https://doi.org/10.1080/13678868.2019.1596012
Nielsen, K., & Shepherd, R. (2022). Understanding the outcomes of training to improve employee mental
health: A novel framework for training transfer and effectiveness evaluation. Work and Stress, 1–15.
https://doi.org/10.1080/02678373.2022.2028318
296 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
TEMA 3:
PdPC BERKESAN
297 | KAJIAN TINDAKAN 2022
PENGGUNAAN FLMB MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TINGKATAN 5 DALAM
MENENTUKAN PANJANG FOKUS KANTA CEMBUNG YANG BERLAINAN KETEBALAN
RAMZI BIN HJ NAAIM
[email protected]
ABSTRAK
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu pengajaran mempunyai peranan yang
penting dalam mencapai matlamat pendidikan. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam menentukan panjang fokus bagi kanta cembung yang
berlainan ketebalan. Seramai 22 orang murid-murid tingkatan 5 Ibnu Khaldun terlibat dalam kajian
ini. Pengkaji memilih kaedah pemerhatian berstruktur, analisis dokumen, temubual berstruktur, soal
selidik serta ujian pra dan ujian pos sebagai instrument kajian. Hasil dapatan ujian pra menunjukkan
bahawa seramai 8 orang murid gagal menguasai kemahiran untuk menentukan panjang fokus bagi
kanta cembung dan 7 orang murid gagal menguasai cara menjawab soalan Hipotesis dengan betul.
Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan yang signifikan terhadap penguasaan murid-murid
dalam menentukan panjang fokus dan menjawab soalan hipotesis dengan betul serta memperolehi
min aras tinggi 4.90 dalam skor tahap kepuasan pelanggan. Hal ini menunjukkan bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar FLMB dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran
saintifik secara abstrak kepada konkrit bagi menentukan panjang fokus kanta cembung yang
berlainan ketebalan. Inovasi ini mengimplementasikan strategi pembelajaran berpusatkan murid
serta mengaplikasikan teknik mengingat dalam memahami sesuatu konsep sains.
Kata kunci: Titik fokus, Kanta cembung, Gambar rajah sinar, Panjang fokus, Konkrit
PENDAHULUAN
Sains merupakan satu matapelajaran teras di sekolah menengah. Matlamat kurikulum Sains
sekolah menengah ialah untuk mengembangkan minat dan kreativiti murid melalui pengalaman
harian dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai
murni. Dalam abad ke-21, teknologi akan berubah menjadi bidang yang berasaskan sains kerana
perkembangan teknologi akan hampir sepenuhnya bergantung kepada perkembangan
pengetahuan sains (Poh, 2007). Maka, ia adalah penting bagi kita sebagai seorang guru untuk
menyediakan suasana pembelajaran yang bermakna supaya merangsangkan minat dan mental
murid terhadap matapelajaran Sains.
Guru sebagai pemimpin dalam mengurus Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam
dunia Pendidikan menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan matlamat dan agenda
Pendidikan dapat dilestarikan.
Pengalaman mengajar mata pelajaran sains Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sejak tahun 2010
memberi banyak cabaran pahit dan manis kepada pengkaji. Perubahan transformasi Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah disemak semula dan dinamakan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan dilaksanakan dan pastinya terdapat perubahan atau
penambaikan. Sepanjang tempoh masa ini saya sering memikirkan pendekatan-pendekatan
298 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
terkini yang dapat gunakan di dalam bilik darjah untuk meningkatkan kefahaman murid-murid
saya dan seterusnya dapat menimbulkan minat mereka dalam mempelajari mata pelajaran Sains
serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.
Sub topik 7.1 iaitu Pembentukan Imej oleh Kanta adalah merupakan satu sub topik yang
lazimnya memberi kesukaran kepada pengkaji untuk mengajar dan memahamkan murid-murid.
Malahan sub topik ini sering dianggap sukar oleh murid-murid (Rohana Mohd Atan & Shaharom
Nordin, 2008). Hal ini menggambarkan bahawa tahap kefahaman murid-murid adalah sangat
lemah dan mereka cenderung kepada kefahaman yang bercanggah dengan konsep sains (Abu
Bakar Abdullah, 2013).
Berdasarkan pengalaman masalah yang serius dihadapi oleh murid-murid ialah tentang
subtopik kanta yang melibatkan kanta cembung dan kanta cekung. Terdapat tiga masalah utama
yang dihadapi oleh murid-murid iaitu melukis gambar rajah sinar, menentukan panjang fokus
bagi ketebalan kanta cembung yang berbeza dan membuat hipotesis. Bagi kanta cembung yang
berlainan ketebalan terdapat tiga situasi yang memerlukan mereka untuk menyelesaikannya.
Situasi-situasinya adalah seperti berikut:
i. Kanta Cembung tebal mempunyai panjang fokus, f yang pendek
ii. Kanta Cembung nipis mempunyai panjang fokus, f yang panjang
iii. Membuat Hipotesis dan kesimpulan
Berdasarkan kepada situasi-situasi yang dinyatakan terdapat tiga masalah utama yang
dikenalpasti iaitu:
i. Melukis gambar rajah sinar dengan betul
ii. Menentukan panjang fokus bagi ketebalan kanta cembung yang berbeza
iii. Menyatakan Hipotesis
Ketika mengajar subtopik ini saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk memahamkan
murid-murid melukis gambar rajah sinar,menentukan panjang fokus bagi ketebalan kanta
cembung yang berbeza dan membuat hipotesis. Saya mendapati segelintir murid-murid didapati
sukar untuk melukis gambar rajah sinar mengikut langkah-langkah yang telah diajar. Kecelaruan
semakin bertambah apabila mereka diminta pula untuk mengukur dan menentukan panjang fokus
serta jarak imej yang dihasilkan oleh kanta cembung.
PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini memfokuskan kepada tiga permasalahan murid iaitu untuk melukis gambar rajah sinar
dengan betul , menentukan panjang fokus bagi ketebalan kanta cembung yang berbeza dan
menyatakan Hipotesis. Permasalahan ini merupakan masalah utama yang wujud di kalangan
murid-murid pengkaji.
Pengkaji merasakan satu model kit atau bahan bantu mengajar (BBM) yang baru dan
terkini serta mempunyai nilai pembelajaran abad ke-21 perlu dihasilkan bagi membantu murid-
murid pengkaji mengatasi masalah yang mereka hadapi. Model kit yang lama adalah tidak sesuai
lagi digunakan. Jika tidak ditangani segera, pengkaji merasakan masalah ini akan memberi kesan
yang negatif terhadap diri mereka.
299 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Mereka akan menganggap mata pelajaran sains adalah sesuatu yang sukar dipelajari,
membosankan, memeningkan kepala serta mereka akan hilang minat untuk mempelajari mata
pelajaran sains. Sedangkan sains adalah perkara yang berlaku disekeliling mereka dan murid-
murid tidak dapat mengaplikasikan konsep dan kemahiran dalam menentukan titik fokus bagi
kanta cembung yang berlainan ketebalan dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:
3.1 Objektif Umum
i. Meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid-murid tingkatan 5 yang
mengambil matapelajaran sains teras tentang konsep untuk menentukan dan
mengukur ttitik fokus bagi kanta cembung yang berlainan ketebalan.
3.2 Objektif Khusus
i. Murid-murid dapat menguasai dengan jelas kemahiran mengukur dan
menentukan Panjang fokus kanta cembung yang berbeza ketebalan dengan
menggunakan Focal Length Mobile Board (FLMB).
ii. Murid-murid dapat memahami dengan jelas cara melukis gambar rajah sinar
apabila cahaya memasuki kanta cembung yang berlainan ketebalan dengan
menggunakan Focal Length Mobile Board (FLMB).
iii. Murid-murid dapat memahami dengan jelas cara menjawab dengan betul soalan
hipotesis dan Definisi secara operasi dengan menggunakan Focal Length Mobile
Board (FLMB).
PERSOALAN KAJIAN
Walaupun saya telah mengajar topik ini melalui kaedah eksperimen dengan bahan radas yang
ada di makmal yang mana bahan radas ini ada yang berfungsi dan ada yang rosak tetapi murid-
murid belum dapat menguasai sepenuhnya. Saya juga telah mengambil inisiatif menggunakan
animasi komputer sewaktu mengajar subtopik ini tetapi pengkaji masih tidak dapat memberi
kefahaman yang menyeluruh kepada murid-murid. Ketidakfahaman yang berlaku bukan hanya
menyebabkan mereka bosan mempelajari subtopik ini bahkan menjejaskan pencapaian mereka
dalam peperiksaan. Saya juga kerap melakukan pembacaan buku-buku rujukan dan membuat
carian maya di internet bagi mencari jalan penyelesaian terbaik mangatasi masalah ini. Namun
semua usaha yang dilakukan menemui jalan buntu.
Saya berasa tertekan dengan senario yang wujud ini. Saya yakin sekiranya tidak dapat
mewujudkan suasana PdPc yang menarik serta menghasilkan alat bantu mengajar yang terbaik
untuk murid-murid saya dalam subtopik ini maka banyak masalah lain akan timbul kerana murid
berkemungkinan tidak berminat untuk belajar. Saya perlu membuat sesuatu supaya masalah ini
tidak berterusan di mana ianya akan memberi kesan pada jangka masa panjang bukan sahaja
kepada murid-murid malah juga kepada saya.
Berdasarkan masalah yang dihadapi, bermula pada tarikh 2 November 2019 saya mula
memikirkan suatu kaedah yang bersifat kreatif dan inovatif untuk memudahkan dan merangsang
kefahaman dan minat murid selain memastikan mereka dapat menguasai konsep sains itu
dengan baik dalam mempelajari subtopik Pembentukan imej oleh kanta. Menurut Ikhsan dan
300 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Norilla (2005), sumber dan bahan pengajaran merujuk kepada bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang perlu digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna. Setelah melalui beberapa siri percubaan maka saya telah berjaya
menghasilkan satu inovasi yang diberi nama FOCAL LENGTH MOBILE BOARD (FLMB) sebagai
satu langkah membantu murid-murid saya meningkatkan kefahaman yang lebih baik dalam aspek
melukis gambar rajah sinar serta dapat mengukur dan menentukan jarak imej serta panjang fokus
yang dihasilkan oleh kanta cembung dan memudahkan untuk menyatakan hipotesis. FOCAL
LENGTH MOBILE BOARD (FLMB) dapat menginovasikan konsep sains iaitu abstrak kepada
konkrit sesuai dengan zaman sekarang bagi menghasilkan pengajaran dan pemudahcaraan yang
efisien, seronok dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi khususnya bagi topik
Cahaya dan Optik. Menurut Tamuri dan Yusoff (2010), penggunaan alat bantu mengajar yang
sesuai dengan tahap kognitif pelajar dapat memudahkan pembelajaran kendiri berdasarkan
keperluan pembelajaran mereka.
METODOLOGI KAJIAN
Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengkaji di dalam bilik darjah dan menyelesaikan
masalah yang berlaku sepanjang pengajaran lalu, beberapa tindakan telah diambil untuk
menambah baik amalan sebelum ini.
Kumpulan sasaran terdiri daripada 22 orang murid tingkatan 5 Ibnu Khaldun SMKA Tun
Perak 2021 yang terdiri daripada 15 orang murid perempuan dan 5 orang murid lelaki yang
mengambil mata pelajaran Sains Teras. Pelaksanaan kajian ini adalah seperti berikut:
TINJAUAN MASALAH
Dalam proses mengumpul data pada peringkat awal pengkaji telah melakukan tinjauan melalui
tiga pendekatan iaitu analisis dokumen, pemerhatian berstruktur dan temu bual berstruktur.
Analisis Dokumen
Pengkaji telah memeriksa buku Latihan dan buku praktikal 22 orang murid tingkatan 5 Ibnu
Khaldun dalam sub topik Penghasilan Imej oleh Kanta. Tujuan langkah ini adalah untuk mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam menentukan hasil pemerhatian daripada
eksperimen yang diberi.
Pemerhatian Berstruktur
Pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian.
Temubual Berstruktur
Pengkaji telah menjalankan temu bual berstruktur bersama 22 orang murid-murid tingkatan 5
Ibnu Khaldun untuk mengenal pasti masalah-masalah yang mereka hadapi di dalam sub topik
Penghasilan Imej oleh Kanta terutamanya yang melibatkan cara melukis gambar rajah sinar bagi
kanta cembung yang berlainan ketebalan dan mengukur Panjang fokus yang terhasil.
301 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Analisis Dokumen
Berdasarkan kepada analisis dokumen yang telah di buat, pengkaji mendapati bahawa:
i. 8 dari 22 orang murid tidak dapat memahami cara melukis gambar rajah sinar dan
menentukan Panjang fokus dengan betul
ii. 7 dari 22 orang murid tidak dapat menguasai dalam menyatakan hipotesis dan mendefinisi
secara operasi dengan betul
Analisis Pemerhatian Berstruktur
Pemerhatian pengkaji semasa sesi pengajara dan pembelajaran mendapati 8 dari 22 orang
murid-murid tingkatan 4 Ibnu Khaldun kelihatan gelisah, bertanya sesama sendiri dan seolah-
olah berputus asa dalam mempelajari sub topik Penghasilan Imej oleh kanta terutamanya apabila
melibatkan kemahiran untuk melukis gambar rajah sinar bagi kanta cembung yang berlainan
ketebalan. Didapati juga sebanyak 7 dari 22 orang murid menunjukkan bahasa tubuh seolah-
olah mereka tidak mahu mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan.
Analisis Temubual Berstruktur
Berdasarkan temu bual ke atas 22 orang murid tingkatan 5 Ibnu Khaldun didapati bahawa:
i. 8 dari 22 orang murid mengatakan bahawa mereka tidak tahu cara melukis gambar rajah
sinar dan menentukan Panjang fokus dengan betul.
ii. 7 dari 22 orang murid pula mengatakan bahawa mereka tidak memahami dan menguasai
dalam menyatakan hipotesis dan mendefinisi secara operasi dengan betul
Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan analisis tinjauan masalah yang dilakukan timbul satu kesedaran kepada pengkaji
bahawa satu anjakan paradigma perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Kesimpulan kepada
analisis di atas memberi gambaran besar kepada pengkaji bahawa isu utama yang perlu diatasi
oleh pengkaji ialah permasalahan murid dalam memahami dan menguasai kemahiran melukis
gambar rajah sinar dengan betul dan menentukan panjang fokus bagi ketebalan kanta cembung
yang berbeza serta menyatakan hipotesis dan mendefinisi secara operasi dengan betul. Oleh itu,
pengkaji telah mencipta satu alat bantu mengajar yang diberi nama The Focal Length Mobile
Board (FLMB).
DAPATAN KAJIAN
Ujian Pra dan Pos
Setelah analisis dokumen mengesahkan kewujudan kelemahan murid dalam masalah yang
dikaji, ujian pra dilaksanakan untuk menilai tahap penguasaan murid dalam masalah tersebut.
Ujian pos pula dijalankan selepas proses intervensi dijalankan. Soalan yang sama digunakan
302 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
bertujuan untuk menilai keberkesanan pendekatan yang diambil untuk meningkatkan
penguasaan murid.
Jadual 1
Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos
Nama Menentukan Ujian Pra Menyatakan Menentukan Ujian Pos Menyatakan
Murid Panjang Melukis Hipotesis Panjang Hipotesis
Fokus G/Rajah Fokus Melukis
Murid 1 L / x / G/Rajah /
Murid 2 L x Sinar x /
Murid 3 L 0 x x / Sinar /
Murid 4 L x x x / /
Murid 5 L / x x /
Murid 6 P x x x / /
Murid 7 P x 0 / /
Murid 8 P / x x // /
Murid 9 P x x / /
Murid 10 P x / x // /
Murid 11 P x x / /
Murid 12 P x x x // x
Murid 13 P / x x /
Murid 14 P x / x // /
Murid 15 P 0 x x /
Murid 16 P / / / // /
Murid 17 P x 0 x /
Murid 18 P x x 0 // /
Murid 19 P x x x /
Murid 20 P x / x // x
Murid 21 P x x x /
Murid 22 P / x / /x /
/
x //
//
/x
//
//
//
//
//
//
//
//
//
Berdasarkan Jadual 1 dan analisis ujian Pra didapati semasa ujian pra dilaksanakan kesemua 14
orang murid gagal memberi jawapan yang betul bagi menentukan panjang fokus manakala
sebanyak 15 orang murid juga gagal menjawab dengan betul bagi kemahiran melukis gambar
rajah sinar dan 16 orang gagal dalam menyatakan hipotesis.
303 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Analisis Data Ujian Pra
18 UJIAN PRA 16
16 14 15
14
Bilangan Murid
12
10
86 5 5
6
42 2 1
2
0
Menentukan panjang Melukis gambar rajah Menyatakan hipotesis
fokus sinar
Soalan Ujian
Betul Salah Tidak Menjawab
Analisis Data Ujian Pos
22 UJIAN POS
22
20 20
20
18
Bilangan Murid 16
14
12
10
8
6
4 2 2
0 0
2 00
0
Menentukan panjang Melukis gambar rajah Menyatakan Hipotesis
fokus sinar Soalan Ujian
Betul Salah Tidak Menjawab
Selepas intervensi FLMB dijalankan didapati kesemua 22 orang murid telah dapat menjawab
dengan betul bagi menentukan dan mengukur Panjang fokus dan 2 orang murid sahaja (murid
10 dan murid 13) gagal dalam melukis gambar rajah sinar manakala 2 orang murid pula (murid
12 dan murid 20) gagal dalam menjawab dengan betul bagi menyatakan hipotesis. Empat orang
murid tersebut diberikan intervensi secara bersemuka (face to face) sebagai pengukuhan dan
pengayaan. Pada keseluruhannya, semua responden telah menunjukkan peningkatan dalam
penguasaan masalah yang dikaji.
304 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Soal Selidik
Berdasarkan Jadual 3, hasil analisis soal selidik tahap kepuasan pelanggan (murid) dengan
memperoleh min aras tinggi iaitu 4.90, (skor min antara 3.68 – 5.00 menunjukkan tahap kepuasan
yang tinggi) dan ini membuktikan bahawa inovasi FLMB memberi kesan positif terhadap proses
pembelajaran dan pengajaran khususnya dalam meningkatkan penguasaan dan kefahaman
murid-murid dalam topik ini.
Dapatan yang diperolehi ini adalah selaras dengan hasrat guru untuk mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran konsepkan Hands On Activity, PAK 21, Pembelajaran
Kooperatif serta strategi pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestatik (VAK) yang berpusatkan
murid. Secara keseluruhannya analisis berdasarkan soal selidik yang diberikan kepada 22 orang
murid Tingkatan 5 Ibnu Khaldun dapat dirujuk menerusi skor min bagi setiap item di bawah:
Jadual 3
Hasil Soal Selidik
Bil Item Nilai min
4.95
1 FLMB meningkatkan kefahaman saya dalam topik Cahaya, Warna dan 4.86
Penglihatan 4.94
2 FLMB meningkatkan motivasi saya untuk belajar topik Cahaya dan Optik 4.89
3 Saya seronok menggunakan FLMB 4.88
4 FLMB meningkatkan kefahaman saya melukis gambar rajah sinar kanta 4.90
cembung
4.90
FLMB meningkatkan kefahaman saya mengukur dan menentukan panjang
5 fokus dan jarak imej yang dihasilkan oleh kanta cembung yang berbeza
ketebalannya.
6 FLMB sesuai dijadikan alat bantu mengajar dalam subtopik Penghasilan Imej
oleh kanta
Min Keseluruhan
PERBINCANGAN
Sepanjang kajian ini dijalankan banyak pengalaman yang telah pengkaji lalui terutama semasa
pengajaran dan pembelajaran. Selepas kajian pengkaji dapat melihat perubahan yang besar
pada murid-murid antaranya:
i. Perubahan pada Pembelajaran Murid
Setelah kajian ini berakhir, murid-murid didapati bersemangat, seronok, teruja, gembira dan lebih
berkeyakinan dalam mempelajari topik penghasilan imej oleh kanta cembung yang berbeza
ketebalannya.sebab pengkaji teringat sewaktu menjalankan Aktiviti 1, pengkaji terdengar
beberapa orang murid telah mengatakan “Ehh …barulah aku faham topik ni senang rupanya ”
dan sewaktu sesi temu bual dijalankan murid-murid mencadangkan kepada pengkaji supaya
FLMB dapat dikongsikan dengan rakan-rakan mereka dari sekolah lain.
305 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Secara keseluruhannya, berdasarkan dapatan kajian ujian pos kesemua 22 orang murid dapat
menguasai dan menjawab dengan betul bagi menentukan dan mengukur Panjang fokus dan 2
orang murid sahaja gagal dalam melukis gambar rajah sinar manakala 2 orang murid pula gagal
dalam menjawab dengan betul bagi menyatakan hipotesis . Empat orang murid tersebut diberikan
intervensi secara bersemuka (face to face) sebagai pengukuhan dan pengayaan. Pada
keseluruhannya, semua responden telah menunjukkan peningkatan dalam penguasaan masalah
yang dikaji.
ii. Perubahan Pada Diri Pengkaji.
Pengkaji berasa lebih bersemangat dan teruja kerana alat bantu mengajar ini telah dapat
membantu murid-murid dalam meningkatkan penguasaan murid-murid dalam menentukan
panjang fokus kanta cembung yang berbeza ketebalannya dengan baik. Jika murid-murid dapat
memahami sesuatu pelajaran dengan baik, perasaan gembira akan wujud dalam diri mereka.
Oleh itu pembelajaran pada topik lain juga akan menjadi mudah. Selain itu, murid-murid pula
telah berada di dalam mood positif. Mereka telah boleh menerima sains sebagai satu subjek yang
boleh dipelajari dengan mudah. Jika sikap positif ini berterusan di dalam diri mereka sudah pasti
mereka dapat belajar sains dengan cemerlang. Perhubungan antara pelajar dan pengkaji juga
telah menjadi lebih akrab dan mereka telah memberikan kepercayaan kepada pengkaji untuk
membantu mereka meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam memahami konsep
Penghasilan imej oleh kanta. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran telah menjadi lebih mudah.
Pengkaji juga telah menyahut cadangan murid-murid supaya FLMB ditambah baik dengan
menggunakan akrilik yang tahan lama dan dapat dikongsikan dengan rakan-rakan mereka
daripada sekolah lain. Justeru itu pada tarikh 21.2.2021, pengkaji telah membuat perkongsian
awal secara PLC dengan rakan sejawat dan di dalam kelas rakan sejawat tingkatan 4 Al-Ghazali
di SMKA Tun Perak, Jasin, Melaka.
KESIMPULAN
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa peranan guru sebagai pemimpin dalam mengurus proses
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bukan sahaja di dalam kelas atau makmal sains,
malah diluar kelas pun dapat dibuktikan melalui ciptaan inovasi bagi memudahkan proses PdPc
dan akhirnya objektif pembelajaran tercapai.
Secara keseluruhannya, inovasi FLMB memberi impak yang positif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran dimana murid-murid tidak berasa bosan semasa mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran kerana inovasi ini ini berkonsepkan Hands On Activity, PAK
21,Pembelajaran Berasaskan STEM, Penerapan KBAT, Pembelajaran Kooperatif yang
berpusatkan murid serta menerapkan elemen Visual, Auditori dan Kinestatik (VAK).
Murid-murid berjaya dalam meningkatkan kemahiran proses sains dan kemahiran
manifulatif serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Inovasi ini sesuai
digunakan oleh semua murid-murid aliran sains tulen dan sains teras di sekolah menengah,
pelajar-pelajar matrikulasi serta pelajar-pelajar universiti.
Inovasi ini jelas terbukti memberikan impak yang besar kepada murid-murid dengan
purata min aras tinggi iaitu 4.90 dan akan memberi keyakinan dan memudahkan guru-guru
mengajar subtopik Penghasilan imej oleh kanta dengan lebih efektif. Hal ini terbukti apabila
temubual yang dilakukan ke atas seorang guru fizik dan dua orang guru sains menunjukkan
306 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
respon yang positif. Akhirnya, inovasi ini sesuai digunakan sebagai set induksi, latihan
pengukuhan dan kesimpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN
Aziz Nordin & Lin, H.L. (2011). Hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains dengan penguasaan
konsep asas sains pelajar tingkatan empat. Journal of Science & Mathematics Educational, 2,
89-101.
Chin Yoon Poh (2009) Penyelidikan Dalam Pendidikan, Cerdik Publication Sdn Bhd, Selangor.
Chuen Gan Fie. (2015). Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi Peringkat
Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2014.Putrajaya: Bahagian Matrikulasi
Norzainariah Bt. Abu Hassan,2004. “Kebolehgunaan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Meningkatkan
Prestasi Pelajar: Satu Tinjauan Di Kuittho”
Yee, M. T. M. (2012). Kesan Penggunaan Aktiviti “HANDS - ON” Dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun
Empat. In Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL (pp. 180–194).
307 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Guru Sebagai Pemimpin & Pemudahcara Dalam Penggunaan Lembaran Kata Kunci
Matematik Dan Strategi Cubes-V Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Tahun
Empat
CHAN MUN SYUEN1*, AFIAN AKHBAR BIN MUSTAM1
1Jabatan Matematik, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,
Bandar Enstek, Negeri Sembilan
*[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid Tahun Empat menguasai
kemahiran penyelesaian masalah dalam topik nombor bulat dan operasi asas berpandukan
lembaran kata kunci matematik dan strategi CUBES-V. Seramai empat orang murid daripada
kelas 4A dari sebuah SJKC Taiping Perak telah dipilih sebagai subjek kajian berdasarkan ujian
diagnostik. Dua orang peserta kajian menghadapi masalah pembacaan dan pemahaman yang
serius manakala dua peserta kajian yang lain hanya dapat memahami soalan dengan tahap
sederhana kerana bahasa ibunda mereka bukan Bahasa Cina. Mereka juga ketandusan
kemahiran tentang strategi penyelesaian masalah matematik berayat. Instrumen yang
digunakan bagi mengumpul data kajian tindakan ini terdiri daripada ujian pra, ujian pos,
pemerhatian dan temu bual berstruktur. Data yang diperoleh daripada ujian pra dan ujian pos
dianalisis secara kuantitatif manakala pemerhatian dan temu bual bersturktur dianalisis secara
kualitatif. Sebanyak dua kali intervensi dilaksanakan dengan menggunakan lembaran kata
kunci matematik dan strategi CUBES-V. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min markah
empat orang murid menunjukkan peningkatan yang ketara. Dari segi sikap, murid berubah
daripada sikap yang pasif kepada yang aktif manakala murid yang bersikap kurang yakin pula
berubah kepada penuh keyakinan untuk menjawab soalan matematik berayat. Jelasnya,
lembaran kata kunci matematik yang merangkumi tiga bahasa utama dapat membantu murid
memahami kehendak soalan yang ditulis dalam Bahasa Cina. Penggunaan strategi CUBES-V
pula dijadikan sebagai garis panduan untuk membimbing murid dalam menghasilkan ayat
matematik daripada kehendak soalan matematik berayat secara mudah dan tepat.
Kata kunci: CUBES-V, lembaran kata kunci matematik, penyelesaian masalah matematik
berayat
PENGENALAN
Pengkaji merupakan guru pelatih yang mengambil opsyen Pengajian Matematik Pendidikan
Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT) yang mana tempoh
kursusnya adalah selama lima setengah tahun. Sepanjang praktikum dijalankan, pengkaji telah
dipertanggungjawabkan untuk mengajar Matematik kelas 4A di sebauh Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) Taiping yang mempunyai bilangan murid seramai 30 orang. Semasa
pengkaji mengajar kelas tersebut, pengkaji mendapati beberapa murid mendapat markah yang
tidak memuaskan pada bahagian penyelesaian masalah matematik berayat. Menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), penyelesaian masalah adalah nadi matematik kerana
kemahiran yang digunakan bukan sahaja untuk mempelajari mata pelajaran tersebut malah turut
menekankan kepada perkembangan kemahiran berfikir. Di samping itu, kajian Susanti et.al.
(2014) mendapati murid sukar untuk menyelesaikan masalah matematik berayat dan antara
308 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
kesukaran yang dihadapi oleh mereka adalah, membaca dan menterjemahkan data, menentukan
dan mewakilkan data dan menggunakan strategi yang sesuai. Lantaran itu, pengkaji membuat
keputusan untuk menggunakan strategi CUBES-V (Circle the numbers, Underline the question
you need to answer, Box the keywords, Evaluate and eliminate unnecessary information, Solve
and Verify the answer) untuk meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan masalah matematik
berayat secara sistematik selepas peserta kajian memahami soalan dengan bantuan lembaran
kata kunci matematik yang diberikan.
PERNYATAAN MASALAH
Berpandukan pengalaman dan pemerhatian pengkaji memberi latihan berkaitan penyelesaian
masalah matematik berayat, beberapa orang murid gagal menukarkan masalah matematik
berayat kepada ayat matematik dengan betul (Rajah 1).
Salah tafsir kehendak soalan
dan salah tafsir operasi yang
sepatutunya.
Rajah 1: Murid gagal menukar masalah matematik berayat kepada ayat matematik
Justeru itu, pengkaji menjalankan ujian diagnostik, semakan dokumen, pemerhatian dan
temu bual sebagai pengumpulan data awal untuk memilih peserta kajian yang mempunyai
masalah dalam memahami dan menyelesaikan masalah matematik berayat. Akhirnya, terdapat
empat orang murid dipilih sebagai peserta kajian. Keempat-empat orang murid mempunyai satu
persamaan iaitu mereka menunjukkan minat yang rendah semasa pengkaji mengajar
penyelesaian masalah matematik berayat pada mana-mana topik. Selepas menjalankan temu
bual dengan guru matematik mereka, pengkaji mendapati mereka adalah murid yang baru
bertukar ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Adanya peserta kajian berketurunan India yang bukan merupakan penutur asli Bahasa Cina dan
segelintir peserta kajian berketurunan Cina yang dibesarkan dalam persekitaran berbahasa
Inggeris mempunyai masalah tidak fasih dalam Bahasa Cina dan ini menyebabkan mereka tidak
memahami kehendak soalan, masalah yang paling serius adalah murid tidak menguasai strategi
penyelesaian masalah matematik berayat. Rentetan itu, fokus kajian pengkaji adalah untuk
membolehkan peserta kajian memahami kehendak soalan dan juga membantu peserta kajian
menguasai strategi CUBES-V dalam penyelesaian masalah matematik berayat. Fokus ini penting
kerana penyelesaian masalah matematik berayat bukan setakat mencari jawapan akhir tetapi
309 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
membabitkan kefahaman dan penguasaan strategi yang lebih kompleks seperti memahami
maksud soalan, menghubungkan maklumat dengan operasi, menjalankan operasi yang telah
dikenal pasti dan mendapatkan penyelesaian yang dikehendaki.
OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1. Memastikan murid dapat mengikut langkah-langkah dalam strategi CUBES-V semasa
menyelesaikan masalah matematik berayat.
2. Mengkaji keberkesanan penggunaan lembaran kata kunci matematik dan strategi
CUBES-V dalam membantu murid Tahun Empat menyelesaikan masalah matematik
berayat.
Persoalan Kajian
1. Dapatkah murid mengikut langkah-langkah dalam strategi CUBES-V semasa
menyelesaikan masalah matematik berayat?
2. Dapatkah penggunaan lembaran kata kunci matematik dan strategi CUBES-V membantu
murid Tahun Empat menyelesaikan masalah matematik berayat?
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Terdapat pelbagai model kajian yang boleh digunakan namun dalam kajian ini pengkaji telah
memilih model dan proses penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946). Pada kitaran pertama, model
ini mempunyai lima langkah iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang, memerhati dan
mereflek terhadap keberkesanan tindakan yang telah dilakukan. Kitaran ini akan diulang bermula
dengan langkah merancang sekiranya hasil dapatan pada kitaran pertama adalah tidak
memuaskan. Rajah 2 menunjukkan model dan proses penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946).
Rajah 2: Model dan proses penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946)
310 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 1 merupakan perancangan kajian mengikut langkah-langkah yang terdapat di dalam
model kitaran yang telah dipilih.
Jadual 1
Pelaksanaan Perancangan
Langkah Pelaksanaan Perancangan
Mengenal pasti ● Membuat refleksi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan
aspek amalan menentukan fokus kajian.
Merancang ● Menjalankan ujian diagnostik, temu bual dengan guru matematik,
semakan dokumen dan pemerhatian untuk menentukan peserta kajian.
● Menentukan objektif kajian, persoalan kajian dan merancang tindakan
intervensi.
Melaksanakan ● Membuat perancangan cara pengumpulan data dan menentukan
Tindakan instrumen pengumpulan data (Ujian pra, ujian pos, temu bual berstruktur,
pemerhatian berstruktur).
● Menjalankan intervensi pertama iaitu mengajar peserta kajian memahami
kehendak soalan dengan bantuan lembaran kata kunci matematik
● Menjalankan intervensi kedua iaitu memperkenalkan CUBES-V kepada
peserta kajian.
311 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Melihat Kesan ● Membanding beza markah ujian pra dengan markah ujian pos dan
Tindakan menunjukkan perbezaan dengan menggunakan graf bar.
Refleksi ● Menganalisis transkrip temu bual dan dihuraikan dalam bentuk naratif.
● Keputusan kekerapan daripada senarai semak dianalisis dan dihurai
dalam bentuk naratif.
Menilai kelebihan dan kelemahan sepanjang kajian berjalan dan berfikir
cadangan penambahbaikan yang sesuai.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Persoalan 1:
Dapatkah murid mengikut langkah-langkah dalam strategi CUBES-V semasa
menyelesaikan masalah matematik berayat?
i. Pemerhatian
Pemerhatian sebelum pelaksanaan kajian dijalankan untuk mengenal pasti penguasaan strategi
CUBES-V dan tahap keyakinan peserta kajian. Pemerhatian selepas pelaksanaan intervensi pula
bertujuan untuk melihat perubahan yang berlaku pada penguasaan strategi CUBES-V dan tahap
keyakinan dalam penyelesaian masalah matematik berayat sama ada meningkat ataupun tidak.
Jadual 2 merupakan item yang diperhatikan.
312 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 2
Item yang diperhatikan
Bil. Item yang diperhatikan
1. Murid memahami kehendak soalan.
2. C- Circle the number
Murid dapat membulatkan nombor atau digit yang terdapat pada soalan.
3. U- Underline the question
Murid dapat menentukan soalan dan menggariskan kehendak soalan.
4. B- Box the keywords.
Murid dapat memahami dan mengotakkan kata kunci yang penting dalam soalan
5. E- Evaluate and eliminate unnecessary information
Murid dapat menentukan operasi (tambah, tolak, darab atau bahagi) yang perlu digunakan
untuk menyelesaikan soalan yang diberi.
6. S- Solve
Murid dapat menyelesaikan soalan yang diberikan dengan kaedah yang betul.
7. V- Verify
Murid dapat menyemak semula jawapan dengan menggunakan nilai yang diperoleh tadi
untuk memastikan bahawa jawapan itu adalah betul.
Hasil dapatan pemerhatian yang diperoleh telah dianalisis ke dalam bentuk peratusan (Jadual
3).
313 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 3
Item yang diperhatikan
Sebelum intervensi Selepas intervensi
Item TM SM BM TM SM BM
1. Murid memahami kehendak soalan. 0 8 8 14 2 0
(0%) (50%) (50%)
2. C- Circle the number. (87.5%) (12.5%) (0%)
Murid dapat membulatkan nombor atau digit
yang terdapat pada soalan. 06 10 16 0 0
3. U- Underline the question.
Murid dapat menentukan soalan dan (0%) (37.5%) (62.5%) (100%) (0%) (0%)
menggariskan kehendak soalan.
0 4 12 16 0 0
(0%) (25%) (75%) (100%) (0%) (0%)
4. B- Box the keywords. 0 1 15 16 0 0
(6.25%) (93.75%) (100%) (0%) (0%)
Murid dapat memahami dan mengotakkan (0%)
kata kunci yang penting dalam soalan 2 14
(12.5%) (87.5%)
5. Evaluate and eliminate unnecessary 0 15 1 0
information (0%) 1 15 (93.75%) (6.25%) (0%)
(6.25%) (93.75%)
Murid dapat menentukan operasi (tambah,
tolak, darab atau bahagi) yang perlu 0 16
digunakan untuk menyelesaikan soalan yang (0%) (100%)
diberi.
19.64% 80.36%
6. S- Solve 0 11 5 0
(68.75%) (31.25%) (0%)
Murid dapat menyelesaikan soalan yang (0%)
diberikan dengan kaedah yang betul.
7. V- Verify 0 12 4 0
(75%) (25%) (0%)
Murid dapat menyemak semula jawapan (0%)
dengan menggunakan nilai yang diperoleh tadi
untuk memastikan bahawa jawapan itu adalah
betul.
Keseluruhan 0% 75% 25% 0%
Secara keseluruhannya, berdasarkan Jadual 3, sebelum intervensi peratus di tahap TM adalah
0%, selepas intervensi, peratusan di tahap TM telah meningkat ke 75%. Peratusan di tahap SM
meningkat daripada 19.64% ke 25% manakala peratusan bagi tahap BM menurun daripada
80.36% ke 0%. Hal ini kerana strategi CUBES-V adalah strategi yang mudah diaplikasikan oleh
peserta-peserta kajian dalam penyelesaian masalah matematik berayat.
314 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Temu bual
Bagi mengukuhkan hasil dapatan dalam pemerhatian, pengkaji telah menemu bual peserta kajian
untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan semua temu bual dipersembahkan dalam
bentuk transkrip untuk menyokong data-data yang diperoleh. Jadual 4 menunjukkan item yang
disoal kepada peserta kajian.
Jadual 4
Item temu bual sebelum intervensi
Bil. Soalan
1. Apakah perasaan anda apabila diberi masalah matematik berayat?
当你遇到数学应用题时,你有什么感受?
2. Adakah guru menggunakan apa-apa strategi penyelesaian masalah matematik berayat?
老师曾否使用数学应用题的解决策略?
3. Bolehkah anda membaca semua perkataan dalam soalan yang diberikan?
你可以读问题中的所有单词吗?
4. Adakah anda memahami semua perkataan dalam soalan yang diberikan?
你明白问题中的所有单词吗?
5. Bolehkah anda memberitahu cikgu bagaimana menyelesaikan masalah matematik berayat
secara lisan?
你能用口头方式告诉老师如何解决数学应用题吗?
Hasil dapatan temu bual dengan keempat-empat orang peserta kajian sebelum intervensi
dilaksanakan adalah mereka tidak berminat dan tidak yakin sekiranya mereka diberi masalah
matematik berayat. Mereka cenderung memilih untuk tidak menjawab soalan matematik berayat
disebabkan mereka tidak menguasai strategi untuk menyelesaikan soalan matematik berayat.
Mereka berasa tidak yakin untuk menukarkan masalah matematik berayat ke ayat matematik
dengan tepat. Di samping itu, mereka juga tidak dapat memilih operasi pengiraan matematik yang
sesuai dengan kehendak soalan.
Selepas intervensi diberikan, pengkaji menjalankan temu bual berstruktur sekali lagi.
Jadual 5 merupakan item yang disoal kepada peserta kajian.
315 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 5
Item temu bual selepas intervensi
Bil. Soalan
1. Apakah perasaan anda apabila diberi masalah matematik berayat?
当你遇到数学应用题时,你有什么感受?
2. Adakah anda memahami semua perkataan dalam soalan yang diberikan?
你明白问题中的所有单词吗?
3. Bolehkah anda memberitahu cikgu bagaimana menyelesaikan masalah matematik berayat
secara lisan?
你能用口头方式告诉老师如何解决数学应用题吗?
4. Adakah strategi CUBES-V membantu anda dalam menyelesaikan masalah matematik berayat?
Kenapa?
CUBES-V策略是否可以帮助你解决数学应用题?
5. Adakah lembaran kata kunci matematik membantu anda dalam menyelesaikan matematik
berayat? Kenapa?
三语的数学关键字表是否有棒助你理解数学应用题问题?
Selepas pengkaji menganalisis transkrip temu bual dengan peserta kajian, kesimpulan yang
dapat dibuat adalah strategi CUBES-V dapat membantu murid meningkatkan kemahiran
penyelesaian masalah matematik berayat dan lembaran kata kunci matematik dapat membantu
murid memahami kehendak soalan kerana peserta kajian dapat menerangkan akronim bagi
strategi penyelesaian masalah CUBES-V yang diperkenalkan kepada mereka. Selain itu, peserta
kajian dapat menyatakan tindakan yang perlu dilakukan bagi setiap abjad dalam akronim CUBES-
V yang menunjukkan mereka faham tentang kaedah yang diperkenalkan ini. Di samping itu,
peserta kajian dapat memahami kata kunci atau istilah-istilah dalam topik nombor dan operasi
kerana lembaran kata kunci matematik merangkumi tiga bahasa iaitu Bahasa Cina, Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu.
Persoalan 2:
Dapatkah penggunaan strategi CUBES-V (Circle the numbers, Underline the question you
need to answer, Box the keywords, Evaluate and eliminate unnecessary information, Solve
and Verify the answer) membantu murid Tahun Empat menyelesaikan masalah matematik
berayat?
Ujian Bertulis
Hasil dapatan daripada alat kajian ujian pra dan ujian pos membuktikan bahawa penggunaan
strategi CUBES-V dapat membantu murid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik
berayat bagi murid Tahun Empat. Hal ini adalah berdasarkan analisis dapatan perbezaan markah
antara ujian pra dengan ujian pos bagi keempat-empat orang peserta kajian. Terdapat
316 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
peningkatan dalam markah antara ujian pra dengan ujian pos. Yang berikut (Jadual 6) adalah
analisis ujian pra dengan ujian pos yang dapat membuktikan bahawa strategi CUBES-V
membantu murid dalam penyelesaian masalah matematik berayat:
Jadual 6
Perbandingan Antara Ujian Pra dan Ujian Pos
Peserta Kajian Markah ( /20) Ujian Pra Peratusan (%) Peningkatan
Ujian Pra Ujian Pos 25 Ujian Pos 60
A 5 80
B 5 17 35 85 45
C 1 17 20 85 60
D 7 16 80
4 16 80
Seterusnya, perbandingan min markah ujian telah dilakukan dengan membuat pengiraan min
markah ujian pra dan ujian pos seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.
Jadual 7
Min Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos
Peserta kajian Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)
A 25 85
B 5 85
C 35 80
D 20 80
82.5
Peningkatan min= 82.50% - 21.25% 21.25
= 61.25%
Berdasarkan Jadual 7, min markah ujian pra menunjukkan 21.25 kerana semua murid tidak dapat
menyelesaikan masalah yang diberikan dengan betul. Min markah ujian pos pula meningkat
kepada 82.5. Jelasnya, peserta kajian mencapai markah yang lebih tinggi pada ujian pos
sekiranya berbanding dengan markah ujian pra. Pencapaian ini juga bermakna penggunaan
strategi CUBES-V dapat membantu murid Tahun Empat dalam menyelesaikan masalah
matematik berayat.
KESIMPULAN
Pengkaji telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman menerusi penyelidikan
tindakan ini. Antara pengetahuan yang ditimpa adalah cara penulisan kertas cadangan dan
laporan untuk penyelidikan tindakan. Format penulisan yang dipelajari merupakan satu
pengalaman yang amat berharga agar dapat memudahkan saya untuk menjalankan penyelidikan
tindakan pada masa depan. Di samping itu, ketelitian menganalisis dan menyemak data turut
dilaksanakan dalam penyelidikan tindakan ini memberi peluang kepada pengkaji untuk melihat
hasil kerja yang dilakukan oleh peserta kajian dan mengenal pasti punca berlakunya masalah
tersebut.
317 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Selain itu, penyelidikan tindakan ini juga mendatangkan impak yang positif kepada
keempat-empat orang peserta kajian. Keseluruhannya, mereka telah menunjukkan peningkatan
dari aspek keyakinan dan kemahiran menyelesaikan masalah matematik berayat melalui
lembaran kerja mereka. Peningkatan keyakinan dalam peserta kajian terhadap penyelesaian
masalah matematik berayat merupakan satu aspek yang amat menggembirakan pengkaji kerana
strategi CUBES-V dan lembaran kata kunci matematik yang pengkaji hasil dapat membantu
peserta kajian dengan berkesan. Mereka telah menunjukkan sikap yang positif dan cekap dalam
pembelajaran strategi penyelesaian masalah matematik berayat walaupun mereka masih
menganggap soalan penyelesaian masalah ini mencabar sepanjang tempoh pertemuan.
Pada masa pemerhatian yang dilakukan ketika sesi intervensi, pengkaji mendapati
bahawa terdapat beberapa cadangan untuk menambah baik kajian ini agar lebih berkesan dan
dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dengan lebih baik. Cadangan penambahbaikan
pertama yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah peserta kajian tidak masuk ke dalam
Google Meet berdasarkan masa yang dijadualkan adalah dengan menetapkan peraturan khas
untuk keempat-empat orang peserta kajian dan seterusnya menerangkan sistem merit-demerit
sebelum intervensi berlangsung. Peraturan seperti ‘murid yang masuk ke dalam Google Meet
pada masa yang ditetapkan diberi dua markah manakala murid yang lambat masuk demerit satu
markah’ dan ‘murid yang menghantar latihan kepada guru pada masa yang tepat diberi dua
markah manakala murid yang lambat menghantar latihan demerit satu markah’. Seterusnya
pengkaji menyediakan hadiah kepada peserta kajian yang mendapat markah tertinggi.
Penetapan peraturan pada awal intervensi berlangsung adalah sangat penting supaya tingkah
laku peserta kajian dikawal dengan baik. Untuk kajian seterusnya, pengkaji mencadangkan
supaya saiz kumpulan sasaran boleh diperbesar lagi supaya dapatan kajian dapat
digeneralisasikan di samping memperoleh dapatan yang lebih tepat dan menambahkan
kebolehpercayaan ujian. Kumpulan sasaran boleh terdiri daripada kaum yang berlainan seperti
Melayu, India, Cina, Kadazandusun dan Iban. Rasional tindakan ini adalah pengkaji dapat menilai
keberkesanan lembaran kata kunci matematik terhadap murid yang berasal dari latar belakang
yang berbeza.
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
aaPutrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Lewin, K. (1946). Action Research and Minority Problems. Journal of Social Issues, 2, 34-46.
aahttp://dx.doi.org/10.1111/j.1540-4560.1946.tb02295.x
Susanti, E., & Darhim, Y. S. K. J. S. (2014). Computer-Assisted Realistic Mathematics Education for
Enhancing Students’ Higher-Order Thinking Skills (Experimental Study in Junior High School in
Palembang, Indonesia). Computer, 5(18).
318 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR NOMBOR SEHINGGA RATUS RIBU
TERDEKAT DALAM KALANGAN MURID TAHAP DUA MELALUI
KIT R-OFF
AINUN BARIAH BINTI JAAFAR
Sekolah Kebangsaan Chopin
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran guru bagi meningkatkan keupayaan murid
tahap dua dalam kemahiran membundar nombor sehingga ratus ribu terdekat melalui kit R-Off. Bundar
merupakan subtopik bagi tajuk Nombor yang terkandung dalam mata pelajaran Matematik tahun 1 hingga
tahun 6. Kit R-Off dibangunkan secara kreatif bertujuan menambah baik amalan pengajaran guru bagi
meningkatkan keupayaan murid tahap dua dalam kemahiran membundar nombor sehingga ratus ribu
terdekat. Kit R-Off merupakan penciptaan terbaharu adaptasi daripada membundar secara L yang terdiri
daripada alat bantu belajar R-Off dan Modul Bundar Nombor sebagai intervensi dalam kajian tindakan ini.
Kit R-Off mempunyai beberapa kelebihan yang mampu menyediakan pembelajaran yang menyeronokkan
dan bermakna. Gelungan pada roda nombor juga telah mengasingkan kumpulan nombor mengikut warna.
Reka bentuk kajian menggunakan Model Gelung Kajian Tindakan oleh Kemmis dan McTaggart (1988)
sebagai panduan dalam proses melaksanakan Kajian Tindakan. Kumpulan sasaran terdiri daripada 15
orang murid tahap dua di sekolah luar bandar. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian diagnostik awal
dan ujian diagnostik akhir, analisis dokumen, pemerhatian serta temu bual. Data dianalisis secara kualitatif
dan kuantitatif secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan Kit R-Off dapat membantu menambah baik
amalan pengajaran guru bagi meningkatkan keupayaan murid tahap dua dalam kemahiran membundar
nombor sehingga ratus ribu terdekat dengan betul. Aktiviti yang telah dirancang didapati dapat membantu
guru menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dari aspek merangka,
merancang, melaksanakan aktiviti serta mentaksir dengan lebih sistematik.
Kata kunci: Kit R-Off, Modul Bundar Nombor, bundar nombor, teknik L, tahap dua.
PENGENALAN
Peningkatan mutu pendidikan merupakan aspek penting dalam mencorak masa depan negara.
Penekanan diberikan kepada transformasi pendidikan dalam usaha memastikan sistem
pendidikan negara diletakkan dikelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
mengikut pengukuran Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan
Program for Iternational Student Assessment (PISA) yang merupakan kaedah perbandingan
langsung berkaitan kualiti keberhasilan pendidikan merentas pelbagai sistem. (PPPM, 2013)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 gelombang ketiga (2021-
2025) memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya
kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional. Kementerian juga
akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan
membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat
319 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu
untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.
Kecemerlangan organisasi pendidikan banyak dipengaruhi oleh elemen-elemen utama
seperti guru dan murid, struktur pentadbiran sekolah, teknologi pendidikan dan persekitaran
sekolah yang sihat. Kesemua elemen ini akan mengalami perubahan sama ada berkembang
secara positif atau negatif. Pelaksanaan perubahan perlu dilakukan dengan segera sama ada
dalam pengurusan, pengajaran atau pembelajaran.
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Matematik dari Tahun 1 hingga Tahun 5, murid-murid dibimbing untuk menganggar dan
membundar sebarang nombor hingga ratus ribu terdekat. Penguasaan kemahiran
membundarkan nombor amat penting kerana kemahiran ini akan diteruskan pada Tahun 6.
Membundar juga merupakan sejenis anggaran dalam topik nombor bulat. Kemahiran
menganggar penting dalam Matematik dan kehidupan seharian. Kebiasaannya kita membuat
anggaran dalam kehidupan termasuk anggaran berkaitan wang, masa, jarak, berat dan
sebagainya.
Refleksi Kajian
Saya merupakan guru baharu di Sekolah Kebangsaan Chopin, Perak yang berpindah dari
Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur. Sebagai seorang guru Matematik,
saya tidak terlepas dari menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk
melaksanakan Catch Up Plan (CUP). CUP dilaksanakan bagi merapatkan semula jurang
pembelajaran yang tercipta semasa sesi persekolahan secara Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR). CUP juga bermaksud dimana para guru perlu
menyediakan pelan untuk mengenal pasti dan menggariskan sejauh mana topik atau
kemahiran yang diajar semasa sesi PdPR, sampai kepada murid atau tidak.
Sepanjang tempoh CUP 2.0, terdapat pelbagai kelompangan yang wujud.
Subtopik yang telah disusun untuk murid antaranya tajuk membundar nombor. Membundar
merupakan sejenis anggaran dalam topik Nombor Bulat. Membuat anggaran adalah salah
satu kemahiran penting dalam Matematik. Kebiasaannya kita membuat anggaran untuk
duit, masa, jarak, berat dan sebagainya. Saya telah membuat Ujian Diagnostik Awal
berfokus pada subtopik bundar khusus pada 15 orang murid Tahun 5 Cerdik Sekolah
Kebangsaan Chopin. Dapatan daripada ujian yang diberikan, 11 daripada 15 orang murid
tidak menguasai bundar sepenuhnya. Dapatan ini amat menyedihkan kerana bundar
merupakan subtopik yang mesti murid pelajari dari tahun 1 hingga tahun 6 apabila dirujuk
dari Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Semakan 2017.
Saya berasa terpanggil untuk menyiasat dengan lebih mendalam punca mereka
gagal mendapat jawapan yang betul apabila membundar nombor. Saya meneliti dan
menganalisis dokumen pada Ujian Diagnostik Awal yang diberikan kepada murid dan cuba
mengenalpasti masalah yang dihadapi. Hasil penelitian dan analisis dokumen yang
dijalankan, saya mendapati terdapat tiga isu utama dari pihak murid yang ditemui.
Pertamanya, amat jelas murid keliru dan kurang faham untuk menentukan digit +1
atau digit +0 yang perlu ditambah pada nilai tempat yang ingin dibundarkan.
320 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 1 : Murid tidak +1 pada nilai tempat yang dibundarkan
Isu kedua masih berkaitan dengan Rajah 1 iaitu murid kurang cakna kumpulan nombor yang ingin
dibundarkan. Terdapat dua kumpulan nombor dalam membundar. Kebiasaannya penerangan
diberikan mengikut kreativiti guru.
Jadual 1
Kumpulan nombor bundar
Kumpulan A 0, 1, 2, 3, 4
Kumpulan B 5, 6, 7, 8, 9
Isu yang terakhir ialah murid tidak menjadikan 0 bagi nombor selepas nilai tempat yang
dibundarkan.
Rajah 2 : Murid tidak menjadikan 0 selepas nilai tempat yang dibundarkan
Namun begitu, segala isu yang timbul mencerminkan pendekatan dan pengajaran guru perlu
diubahsuai. Selaku pemimpin murid, saya perlu merangka suatu pendekatan dalam
menambahbaik aspek amalan pengajaran saya berdasarkan minat murid.
321 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan kesemua permasalahan yang timbul seperti di refleksi kajian, dapat saya
simpulkan di sini terdapat dua kategori permasalahan iaitu masalah yang berpunca dari diri saya
sendiri dan masalah yang terbit dari pihak murid. Masalah dari pihak saya ialah tidak
mengemukakan penerangan yang jelas kepada murid. Saya jalankan Ujian Diagnostik Awal
tanpa memberi tunjuk ajar terlebih dahulu. Saya ingin menguji pengetahuan sedia ada murid.
Permasalahan yang berpunca dari pihak murid pula ialah murid kurang mengulangkaji
topik bundar dan lupa apa yang telah guru ajarkan sepanjang tempoh PdPR yang lalu. Murid
tidak meletakkan digit +1 atau digit +0 yang perlu ditambah pada nilai tempat yang ingin
dibundarkan, murid kurang cakna kumpulan nombor yang ingin dibundarkan serta murid tidak
menjadikan 0 bagi nombor selepas nilai tempat yang dibundarkan.
Sebagai pendidik, saya berasa terpanggil untuk memikirkan intervensi yang boleh
menambahbaik amalan pengajaran khususnya pada kemahiran membundar nombor.
Sekiranya penambahbaikan tidak dilakukan, masalah ini akan berlarutan dan mengakibatkan
amalan profesionalisme keguruan saya semakin merosot. Kadar murid yang tidak menyukai
mata pelajaran Matematik juga semakin meningkat kerana mereka tidak memahami apa yang
mereka pelajari. Masalah yang dihadapi diringkaskan pada Jadual 2 dibawah.
Jadual 2 Permasalahan timbul apabila murid tidak dapat membundar
Masalah yang dihadapi nombor dengan baik.
What? Hal ini berpunca dari murid kurang mengulangkaji topik bundar
Apa masalah? dan telah lupa apa yang telah guru ajarkan sepanjang tempoh
Why? PdPR yang lalu. Murid tidak meletakkan digit +1 atau digit +0 yang
Mengapa berlaku? perlu ditambah pada nilai tempat yang ingin dibundarkan, murid
kurang cakna kumpulan nombor yang ingin dibundarkan serta
When? murid tidak menjadikan 0 bagi nombor selepas nilai tempat yang
Bila berlaku? dibundarkan.
Where? Permasalahan ini dikenalpasti ketara berlaku semasa tempoh
Di mana berlaku? Catch up plan 2.0 dimana guru telah memilih tajuk berfokus
Who? kepada kemahiran membundar nombor sehingga ratus ribu
Siapa terlibat? terdekat.
How?
Bagaimana Masalah ini timbul di Sekolah Kebangsaan Chopin, sebuah
permasalahan ini sekolah kurang murid (SKM) di daerah Perak Tengah.
dapat di atasi?
Kajian ini melibatkan 15 orang murid Tahun 5 Cerdik.
R-Off dan Modul Bundar Nombor dibina bagi membantu murid
membundar nombor dengan tepat. R-Off dibangunkan secara
maujud diharapkan dapat memberi kesan kefahaman yang
mendalam kepada murid bersesuaian dengan pembelajaran abad
ke-21.
322 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Berdasarkan permasalahan tersebut, pastinya pelbagai pihak akan menunding jari kepada
guru yang mengajar. Secara tidak langsung, kesalahan tersebut merujuk kepada diri saya
sebagai seorang guru. Guru seharusnya kreatif dan berinovatif dalam mencari penyelesaian
masalah tersebut. Sekiranya saya gagal berbuat sedemikian, perkara ini akan memberikan impak
yang negatif kepada kerjaya saya sebagai seorang guru.
Penguasaan kemahiran asas matematik seperti kemahiran membundar nombor adalah
amat penting. Zainudin (2009) menyatakan sekiranya murid tidak menguasai kemahiran di
peringkat sekolah rendah, perkara ini akan membantutkan penguasaan kemahiran-kemahiran
matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Tajuk-tajuk yang berikutnya juga akan menjadi sukar
untuk dipelajari dan membuatkan kualiti pembelajaran merosot.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum:
Meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 Cerdik dalam membundar nombor sehingga
ratus ribu terdekat bagi mata pelajaran matematik.
Objektif Khusus:
i) Meningkatkan kemahiran membundar nombor sehingga ratus ribu terdekat
dalam kalangan murid Tahun 5 Cerdik dengan menggunakan Kit R-Off.
ii) Menambahbaik amalan pengajaran guru menggunakan Kit R-Off dan Modul
Bundar Nombor.
SOALAN KAJIAN
Bagaimana kemahiran membundar nombor sehingga ratus ribu terdekat dapat
ditingkatkan dalam kalangan murid Tahun 5 Cerdik dengan menggunakan Kit R-Off?
Bagaimana amalan pengajaran guru dapat ditambahbaik dalam membundar nombor
sehingga ratus ribu terdekat apabila menggunakan Kit R-Off dan Modul Bundar
Nombor?
323 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
TINJAUAN LITERATUR
Kajian literatur membincangkan beberapa elemen utama dalam kajian ini iaitu bagaimana teknik
L membantu murid membundar nombor serta pembelajaran menggunakan bahan maujud
membantu murid mempelajari sesuatu topik dengan lebih baik lagi.
Fauziah (2015) dalam kajiannya mendapati penggunaan kaedah intervensi “L dan Jemari”
dapat meningkatkan kemahiran pembundaran dengan baik. Intervensi tersebut berjaya
meningkatkan minat serta keyakinan murid untuk menguasai kemahiran pembundaran pada nilai
tempat puluh ribu terdekat dalam lingkungan 100 000. Kit R-Off merupakan penciptaan terbaharu
adaptasi daripada teknik membundar secara L.
R-Off dibangunkan secara maujud. Pendekatan pembelajaran ini menjadikan kefahaman
murid lebih bermakna sekaligus meningkatkan kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Hal ini selaras dengan Piaget (1952) yang menyatakan tahap perkembangan seseorang perlu
selaras dengan maklumat pembelajaran bagi memastikan kefahaman dapat dibina seiring
dengan tahap kematangannya dan membolehkan mereka bersedia untuk menerima konsep-
konsep yang konkrit. Kajian Muhammad Haziq dan Tengku Noorzima (2011) telah membuktikan
bagaimana bahan manipulatif dapat membantu murid dalam pembelajaran. Penggunaan alat
bantu mengajar adalah untuk menjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu
verbalistik bagi mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif murid dan memberi
ransangan serta membangkitkan persepsi dalam kalangan pelajar (Zainudin et al., 2007).
METODOLOGI
Kumpulan Sasaran
Pada peringkat awal, kajian saya melibatkan 15 orang murid Tahun 5 Cerdik di Sekolah
Kebangsaan Chopin. Murid-murid Tahun 5 Cerdik ini terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 10
orang murid perempuan. Murid-murid ini merupakan medium untuk mengumpul data dalam
menilai kualiti intervensi yang dibina. Rasional kumpulan ini dipilih kerana mereka merupakan
murid saya sejak sesi 2021/2022 dan 2022/2023.
Murid-murid dalam kelas ini terdiri daripada pelbagai aras kebolehan. Hal ini kerana sekolah
ini hanya mempunyai sebuah kelas sahaja bagi setiap tahun. Berdasarkan pengalaman saya
mengajar kelas ini, saya mendapati murid-murid saya memiliki jurang kecerdasan yang terlalu
jauh. Perbezaan tahap kognitif ini amat mempengaruhi saya terutamanya ketika saya
menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Saya perlu mengambil kira kebolehan setiap murid
tanpa menyebabkan mana-mana murid rasa seperti dipinggirkan.
Bagi proses penambahbaikan, saya telah menggunakan 2 orang daripada murid Tahun 5
Cerdik yang masih lagi mempunyai kekeliruan dan berpencapaian rendah. Murid ini terdiri
daripada 2 orang murid lelaki. Murid ini dipilih berdasarkan prestasi latihan melalui analisis
dokumen pada Modul Bundar Nombor dan pemerhatian semasa sesi PdPc berlangsung.
324 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Aktiviti / Intervensi
Dalam kajian ini, saya menggunakan kit R-Off yang terdiri daripada alat bantu belajar R-Off dan
Modul Bundar Nombor yang memberi fokus kepada meningkatkan kemahiran membundar
nombor sehingga ratus ribu terdekat sekaligus menambahbaik amalan pengajaran guru. Kajian
ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Kemmis dan Mc Taggart
(1988).
Rajah 3: Gelung Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)
Berdasarkan gelung kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988), saya telah
mengubahsuai aliran gelung kajian tindakan bersesuaian dengan pelaksanaan intervensi kit R-
Off seperti Rajah 4.
325 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Refleksi Kajian
Perancangan
Analisis dokumen, temu
bual dan pemerhatian
Tindakan - Intervensi 1 Refleksi
Murid diperkenalkan dengan Perancangan
R-Off beserta Modul Bundar
Nombor
Analisis dokumen, temu Refleksi
bual dan pemerhatian
Tindakan - Intervensi 2
Bimbingan kepada murid
berpencapaian rendah secara
individu
Triangulasi kesan
intervensi 1+2
Refleksi Keseluruhan
Pelaporan
Rajah 4: Aliran Gelung Kajian Tindakan
(diubahsuai daripada Model Kemmis & McTaggart, 1988)
326 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Intervensi 1
Murid diperkenalkan dengan bahan bantu belajar R-Off dan Modul Bundar Nombor.
Rajah 5: Pandangan hadapan, pandangan belakang dan pandangan sisi R-Off
Murid dibimbing berkenaan cara penggunaan R-Off. Cara penerangan akan diberikan
secara pembentangan slaid di hadapan kelas sambil ditunjukkan kit R-Off. Jadual 3 menunjukkan
langkah penggunaan R-Off. Contoh soalan: Bundarkan 583 481 kepada ratus ribu terdekat.
Jadual 3
Langkah Penggunaan R-Off
Langkah 1:
Masukkan nombor berdasarkan soalan
yang diberi.
Langkah 2 :
Tentukan nilai tempat yang ingin
dibundarkan.
Langkah 4 : Jika nombor pertama Nilai tempat yang ingin
Rujuk penentu jawapan. dalam L dibundar
Biru 0
Merah +1
327 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Langkah 5 :
Tentukan sama ada nilai tempat yang
ingin dibundarkan kekal atau +1.
Langkah 6 :
Masukkan jawapan.
**Murid diingatkan nombor selepas L
mesti 0.
Murid juga diberikan Modul Bundar Nombor sepanjang PdPc berlangsung. Modul ini
mengandungi aras soalan yang pelbagai yang disusun secara berperingkat daripada mudah
kepada sukar. Modul ini juga mengandungi templat yang memudahkan murid membundar
nombor walaupun kit R-Off tiada disisi. Selain itu, modul ini dibangunkan bertepatan dengan
Revolusi Industri 4.0 yang menggalakkan penggunaan teknologi dalam PdPc iaitu penggunaan
Kod Quick Response (QR). Murid boleh menonton cara penggunaan R-Off dan menyemak
jawapan setelah membuat imbasan pada kod QR yang disediakan.
Rajah 6: Pandangan hadapan, pandangan belakang dan pandangan sisi R-Off
328 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Intervensi 2
Berdasarkan analisis dokumen pada Modul Bundar Nombor, temu bual dan pemerhatian yang
dijalankan, murid berpencapaian rendah akan dipilih dan diberikan bimbingan secara individu.
Murid tersebut juga akan diberikan peluang menggunakan kit R-Off dengan lebih kerap.
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Data-data dikumpul melalui Ujian Diagnostik Awal, Ujian Diagnostik Akhir analisis
dokumen, temu bual, pemerhatian dan.
Ujian Diagnostik Awal
Sebelum pengajaran dan pembelajaran menggunakan R-Off, murid telah diberikan Ujian
Diagnostik Awal bagi tujuan mengenal pasti masalah dan kelemahan yang dihadapi. Jenis soalan
yang diberikan di dalam ujian memerlukan murid menjawab soalan yang menjurus kepada
kemahiran membundar nombor sehingga ratus ribu terdekat. Bilangan soalan di dalam Ujian
Diagnostik Awal adalah sebanyak 10 soalan. Masa yang diperuntukkan kepada murid ialah
selama 20 minit. Ujian Awal dijalankan mengikut format peperiksaan sebenar dimana meja
disusun secara berjarak untuk mengelakkan murid daripada meniru jawapan.
Ujian Diagnostik Akhir
Ujian Diagnostik Akhir dijalankan selepas penggunaan Kit R-Off yang terdiri daripada alat bantu
belajar R-Off dan Modul Bundar Nombor. Markah yang diperolehi daripada murid dijadikan
sebagai data akhir. Markah murid direkodkan serta perbandingan dibuat dengan Ujian Diagnostik
Awal. Bilangan soalan dan bentuk soalan Ujian Diagnostik Akhir adalah sama dengan Ujian
Diagnostik Awal. Format ujian juga sama. Murid tidak dibenarkan meniru dan meja murid
dijarakkan.
Analisis dokumen
Terdapat tiga cara analisis dokumen dalam konteks kajian saya. Cara pertama berdasarkan Ujian
Diagnostik yang dijalankan. Cara yang kedua berdasarkan latihan yang dilengkapkan oleh murid
dalam Modul Bundar Nombor. Cara terakhir ialah berdasarkan Rancangan Pengajaran Hariah
(RPH) guru.
Temu Bual
Temu bual separa struktur dijalankan kepada murid, ketua panitia, pentadbir sekolah dan SISC+
Sains dan Matematik PPD Perak Tengah. Temu bual ini dijalankan bagi mendapatkan maklum
balas terhadap bagaimana kit R-Off membantu meningkatkan penerangan saya dan kefahaman
murid sepanjang mengajar kemahiran membundar nombor.
Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan ke atas kesemua peserta kajian semasa sesi PdPc berlangsung.
KAEDAH ANALISIS DATA
Dapatan kajian ini dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif secara deskriptif.
329 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan hasil dapatan kajian yang telah diperoleh. Data-data ini dianalisis
secara kuantitatif dan kualitatif secara deskriptif berdasarkan objektif kajian yang telah diutarakan.
Kajian saya dinilai berdasarkan analisis dokumen, Ujian Diagnostik Awal, Ujian Diagnostik Akhir,
temu bual dan pemerhatian. Data dikumpulkan berdasarkan prosedur yang dilaksanakan
sepanjang kajian bagi mengukur pencapaian objektif kajian.
Kitaran 1
Pada kitaran 1, murid diperkenalkan dengan kit R-Off bersama Modul Bundar Nombor.
Penerangan diberikan menggunakan slaid yang dipancar di hadapan kelas. Kit R-Off berada
bersama ketika penerangan berlangsung.
Rajah 7: Kit R-Off dan Modul Bundar Nombor
Ujian Diagnostik Awal
Dalam kajian ini, saya menggunakan instrumen Ujian Diagnostik Awal untuk mengenal pasti
pencapaian peserta kajian. Dalam ujian ini 10 soalan bundar nombor melibatkan bundar sehingga
ratus ribu terdekat diberikan kepada semua murid dalam kelas yang saya ajar. Data yang
diperolehi melalui ujian ini dianalisis secara kuantitatif berdasarkan markah yang diperolehi.
Keputusan Ujian Awal yang diperoleh ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah.
Jadual 4
Keputusan Ujian Diagnostik Awal
Markah Bilangan
80% - 100% 4
60% - 79% 2
40% - 59% 4
20% - 39% 2
3
0% - 19%
Berdasarkan markah Ujian Diagnostik Awal yang diperolehi, seramai 4 orang murid telah
mencapai tahap masteri iaitu mendapat markah 80% dan ke atas. Murid ini dilihat telah
menguasai kemahiran membundar nombor dan dapat menyelesaikan soalan bundar dengan
330 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
tepat. Mereka juga dilihat menguasai anggaran dengan baik menyebabkan mereka tidak
mempunyai sebarang masalah dan kurang melakukan kesilapan semasa membundar nombor.
Manakala, seramai 11 orang murid mendapat markah kurang daripada 80% dalam ujian
ini. Seramai 2 orang murid mendapat markah 60% hingga 79%. 4 orang daripada mereka dalam
lingkungan markah 40% hingga 59%. Manakala, terdapat dua orang murid mendapat markah
20% hingga 39%. Seterusnya, terdapat 3 orang murid yang mendapat markah 0% hingga 19%.
Justeru, 11 orang murid ini dipilih sebagai peserta kajian. Pelaksanaan Ujian Diagnostik Awal
juga digunakan sebagai kayu ukur untuk mengetahui tahap murid dalam kemahiran ini sebelum
kit R-Off dan Modul Bundar Nombor diperkenalkan kepada murid.
Jadual 5 menunjukkan markah yang diperolehi oleh setiap murid dalam Ujian Diagnostik
Awal.
Jadual 5 Markah
Markah Ujian Diagnostik Awal setiap murid
0
Murid 0
M1 30
M2 20
M3 10
M4 40
M5 60
M6 90
M7 50
M8 40
M9 40
M10 60
M11 80
M12 100
M13 100
M14
M15
Markah ujian ini akan dibandingkan dengan Ujian Diagnostik Akhir untuk melihat sama ada
berlakunya peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran membundar nombor hingga ratus
ribu terdekat selepas kit R-Off dan Modul Bundar Nombor diperkenalkan.
Temu bual
Selepas Ujian Diagnostik Awal dijalankan, saya telah berbincang dengan Ketua panitia Matematik
dan pentadbir sekolah iaitu Guru Besar berkenaan cara mengatasi masalah ini. Temu bual yang
dijalankan adalah secara tidak rasmi tanpa penyediaan skrip terlebih dahulu.
Pengkaji : Kak, tadi saya buat ujian untuk tajuk bundar nombor pada
tahun 5. Mengecewakan 4 orang je lepas 80 markah.
Ketua : Mereka banyak cuai dan lupa dah apa yang kita ajar
Panitia sebelum ni sebab PdPR lama sangat.
Pengkaji
: Macam mana ya kita nak buat?
331 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Ketua : Awak ada tak teknik bundar yang biasa diajar di sekolah
Panitia lama?
Pengkaji
: Biasanya saya terang guna konsep bukit guna cerita
Guru kereta mati enjin dan tekankan teknik L.
Besar
: Cuba cikgu buat intervensi berbentuk maujud yang boleh
atasi masalah ini. Nanti saya bantu dari segi binaan bahan.
Cuba fikirkan idea dahulu.
(TB/KPGB/22022022)
Hasil daripada perbincangan tersebut, maka tercetuslah idea untuk membangunkan
intervensi yang dinamakan sebagai R-Off. Intervensi ini direkacipta khas untuk membantu murid
membundar nombor dengan tepat. Intervensi ini juga merupakan adaptasi dari membundar
secara L yang biasa saya ajarkan kepada murid di dalam kelas. Selain itu, saya juga berpeluang
berbincang dengan SISC+ Sains dan Matematik PPD Perak Tengah dalam mengatasi
permasalahan ini.
Pengkaji : Puan, saya telah merekacipta suatu intervensi khas
SISC+ untuk tajuk bundar nombor.
Pengkaji
SISC+ : Bagus intervensi ini. Saya ada cadangan agar intervensi
awak lebih baik.
Pengkaji
Guru : Bagaimana ya puan?
Besar : Awak bina modul khas untuk topik bundar nombor.
Pengkaji Pastikan soalan merangkumi mudah, sederhana dan
sukar. Modul tersebut awak buat berperingkat dari
bundar kepada puluh terdekat sehingga ratus ribu
terdekat.
: Baik puan. Menarik cadangan puan tu.
: Cuba buat dahulu, nanti saya semak. Bagi memudahkan
ibu bapa bantu anak mereka di rumah, sediakan sekali
templat untuk menjawab soalan serta jawapan dalam
bentuk kod QR.
: Betul juga. Bagus untuk murid yang tidak hadir pun tidak
akan ketinggalan. Baik puan.
(TB/SISC+/23032022)
Hasil dapatan perbincangan dengan SISC+ Sains dan Matematik PPD Perak Tengah ini,
beliau telah mengemukakan cadangan untuk membangunkan Modul Bundar Nombor. Modul
tersebut bertepatan dengan Revolusi Industri 4.0 kerana mempunyai ciri-ciri pendekatan digital.
Selepas diperkenalkan intervensi kit R-Off dan Modul Bundar Nombor kepada murid, saya
telah menemu bual beberapa orang peserta kajian. Hal ini dapat dilihat melalui analisis temubual
yang dijalankan terhadap murid-murid secara spontan selepas PdPc berlangsung. Keratan
temubual adalah seperti di bawah.
332 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2