OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti keberkesanan penggunaan kertas grid dalam meningkatkan kemahiran membuat
lakaran bagi subjek RBT.
SOALAN KAJIAN
Sejauh mana keberkesanan penggunaan kertas grid dalam meningkatkan kemahiran membuat
lakaran bagi subjek RBT?
TINJAUAN LITERATUR
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan satu mata pelajaran wajib untuk murid tahap dua
sekolah rendah. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) RBT memberikan penekanan
kepada proses penghasilan sesuatu produk dengan menggabung jalin kemahiran mereka bentuk
dan teknologi. Melakar reka bentuk produk merupakan satu langkah yang penting untuk
menghasil dan mengembangkan sesuatu idea. Justeru itu, kemahiran melakar sangat diperlukan
dalam domain proses berfikir untuk menzahirkan idea-idea bijak dan kreatif STEM (Ruzaimi,
2018).
Menurut laporan kajian tindakan Intan Sulinrana (2013), pencapaian pelajar menunjukkan
peningkatan dan teknik melakar reka bentuk dengan bayangan kertas grid ini dapat
meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran dalam membuat lakaran reka bentuk disamping
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.
Kajian tindakan Norliza (2018) yang bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Membuat
Lakaran Objek Menggunakan Teknik Bayangan Garisan Isometrik dalam Kalangan Murid Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 1” menunjukkan penghasilan yang baik untuk
meningkatkan pencapaian murid dalam tahap penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Dalam proses pencarian maklumat, pengkaji mendapati kajian yang berkaitan dengan
tajuk ini kebanyakkan dijalankan di sekolah Menengah dan tiada maklumat ditunjukkan dalam
bahagian sekolah Rendah. Malah, kemahiran melakar penting dan merupakan satu teknik asas
dalam subjek RBT tahap dua di sekolah Rendah. Kajian-kajian lepas ini dikenal pasti sebagai
punca pendorong kepada keperluan kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti keberkesanan
penggunaan kertas grid dalam meningkatkan kemahiran membuat lakaran bagi subjek RBT di
sekolah Rendah.
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian ini berbentuk kajian tindakan dengan menggunakan Model Lewin (1946). Model
kajian tindakan ini melibatkan empat langkah kajian tindakan iaitu merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek. Di samping itu, beberapa pendekatan juga digunakan dalam kajian ini
untuk pengumpulan data iaitu soal selidik, temu bual dan pemerhatian.
383 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 1: Model Kurt Lewin (1946)
A. Kumpulan sasaran
Kajian tindakan ini melibatkan seramai 20 orang responden daripada murid-murid Tahun
5T bagi sesi persekolahan pada tahun 2022 di SK Camporan Daro, Sarawak. Responden
terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Jadual berikut
menunjukkan demografi responden dalam kajian tindakan ini.
(jadual)
B. Aktiviti/ Intervensi yang dicadangkan
Berikut merupakan stategi tindakan yang dicadangkan untuk menggunakan kertas grid
bagi penghasilan lakaran dalam kalangan responden.
Jadual 1
Pelaksaan aktiviti
Tarikh Aktiviti Perkara
25 Julai 2022
1: Melakar garisan lurus Meletakkan kertas grid di bawah kertas A4 untuk
01 Ogos 2022 dan bentuk 2 Dimensi dijadikan bayangan dan membuat latihan melakar
garisan lurus serta bentuk 2 Dimensi tanpa
menggunakan pembaris.
2: Melakar bentuk 3 Meletakkan kertas grid di bawah kertas A4 untuk
Dimensi dijadikan bayangan dan membuat latihan melakar
3 Dimensi tanpa alat bantuan.
08 Ogos 2022 3: Membuat Memberikan maklum balas untuk membuat
pengubahsuaian dan pengubahsuaian dan penambahbaikan lakaran.
penambahbaik
384 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
C. Kaedah pengumpulan data
Dalam kajian tindakan ini, beberapa pendekatan digunakan untuk pengumpulan data iaitu
soal selidik, temu bual dan pemerhatian.
Soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular digunakan dalam kajian
kerana boleh merangkumi bidang yang luas dan dirangka dengan mudah. Dalam kajian
ini, soal selidik bentuk tertutup digunakan supaya memudahkan analisis dan
menyenangkan responden untuk memberikan jawapan.
Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang memerhati sesuatu aktiviti
pengeluran seseorang individu dalam fenomena secara sistematik dan terancang supaya
mendapatkan data yang diperlukan. Satu senarai semak telah disediakan untuk
memerhatikan murid-murid dalam kajian tindakan ini.
Temu bual merupakan satu kaedah komunikasi dalam proses pengumpulan data.
Temu bual berstruktur telah dijalankan dengan mengikut soalan yang disediakan oleh
pengkaji dalam kajian ini. Beberapa orang responden telah dipilih secara rawak untuk
betemu bual dengan pengkaji dalam proses pengumpulan data.
D. Instrumen pengumpulan data
Kajian yang dijalankan menggunakan beberapa jenis instrumen pengumpulan data.
Instrumen yang digunakan dapat membantu pengkaji melihat peningkatan dan perubahan
melalui kaedah yang digunakan dalam kalangan murid.
Soal selidik yang digunakan mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Bahagian A merangkumi maklumat demografi responden manakala
Bahagian B merangkumi 6 soalan yang mengenai aspek-aspek yang berkaitan dengan
tahap keberkesanan penggunaan kertas grid dalam meningkatkan kemahiran membuat
lakaran. Berikut merupakan soal selidik yang digunakan dalam kajian ini.
385 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 2: Borang Soal Selidik
Item-item dalam Bahagian A telah diukur dengan kekerapan dan peratusan. Manakala
skala Likert empat mata telah digunapakai dalam Bahagian B iaitu (1) sangat tidak setuju, (2)
tidak setuju, (3) setuju dan (4) sangat setuju untuk memudahkan responden memberikan
jawapan. Penentuan skala item ini telah diukur secara nilai min iaitu 1.00-2.00 rendah, 2.01-3.00
sederhana dan 3.01-4.0 adalah tinggi (Zainudin Abu Bakar et al. 2007). Penentuan ini dapat
dilihat dalam Jadual 2.
Jadual 2
Interpretasi dapatan kajian Tahap Keberkesanan
Skor Min 1.00-2.00 2.01-3.00 3.01-4.00
Interpretasi Rendah Sederhana Tinggi
Pemerhatian merupakan satu proses penelitian terhadap sesuatu keadaaan atau
fenomena. Dalam menjalankan aktiviti pemerhatian, satu borang senarai semak digunakan bagi
memerhati penglibatan responden dalam proses pembelajaran dan pengajaran aktiviti intervensi.
Berikut merupakan borang senarai semak yang digunakan bagi aktiviti intervensi peningkatan
kemahiran membuat lakaran dalam kalangan murid.
386 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 2: Borang Senarai Semak Pemerhatian
Temu bual dapat mendapatkan maklumat yang lebih mendalam semasa berkomunikasi
dengan responden. Satu set senarai soalan yang bentuk berstruktur telah disediakan sebelum
memulakan temu bual dengan responden. Set soalan ini mengandungi 5 soalan yang berkaitan
dengan penglibatan, kekangan dan perasaan responden semasa menjalankan aktiviti intervensi.
Berikut merupakan soalan yang telah dikemukan oleh pekaji kepada responden dalam kajian ini.
1. Adakah anda berminat sepanjang pembelajaran 3 minggu ini?
2. Adakah anda menghadapi kekangan dalam penggunaan kertas grid untuk membuat
lakaran?
3. Adakah alternatif ini membantu anda dalam membuat lakaran? Bagaimana?
4. Adakah kaedah ini memberikan keberkesanan dalam peningkatan kemahiran
membuat lakaran anda?
5. Adakah anda akan mempratikkan kemahiran ini dalam latihan atau tugasan membuat
lakaran yang seterusnya?
E. Kaedah analisis data
Kaedah analisis kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan menganalisis
dapatan kajian yang telah digumpul. Data yang dikumpulkan dalam borang soal selidik
telah dirumuskan dalam bentuk jadual dan gambar rajah. Di samping itu, penulisan
diskriptif dihuraikan dalam bentuk ayat untuk memaparkan hasil dapatan kajian.
387 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian ini dikemukakan secara terperinci dengan mengenai sejauh mana
keberkesanan penggunaan kertas grid dalam peningkatan kemahiran murid membuat lakaran
bagi subjek RBT.
Analisis Soal Selidik
Analisa soal selidik yang diperoleh dalam kajian adalah merangkumi aspek demografi dan
keberkesanan kaedah penggunaan kertas grid dalam kemahiran melakar. Hasil dapatan soal
selidik telah dianalisis dalam jadual berikut.
Jadual 3
Maklumat Demografi Respoden
Faktor Demografi Lelaki Kekerapan (N) Peratusan (%)
Jantina Perempuan 11 55.0
Melayu 9 45.0
Kaum Melanau 3 15.0
Cina 17 75.0
Lain-lain 0 0
0 0
Jadual 3 menunjukkan terdapat 20 orang murid kelas 5T yang terlibat dalam kajian ini.
Seramai 11 orang iaitu 55.0% responden lelaki dan 9 orang iaitu 45.0% responden perempuan.
Responden yang berkaum Melanau merupakan kumpulan terbesar yang mencatat seramai 17
orang iaitu 75.0% manakala kaum Melayu tercatat seramai 3 orang iaitu 15.0%.
Jadual 4
Keberkesanan Penggunaan Kertas Grid dalam Meningkatkan Kemahiran Membuat Lakaran
Item Skala Kekerapan Peratus Skor Interpretasi
Likert (N) (%) Min Tahap
Saya boleh membuat garisan lurus dengan 3.55 Tinggi
penggunaan kertas grid tanpa menggunakan STS 0 0
pembaris. TS 0 0 3.35 Tinggi
S 9 45
Saya boleh membuat lakaran bentuk 2 Dimensi 11 55 3.30 Tinggi
dengan penggunaan kertas grid tanpa SS
menggunakan alat bantuan. 0 0 3.70 Tinggi
STS 0 0
Saya boleh membuat lakaran bentuk 3 Dimensi TS 13 65
dengan penggunaan kertas grid tanpa S 7 35
menggunakan alat bantuan.
SS 0 0
Saya rasa kemahiran penggunaan kertas grid 2 10
membantu dalam membuat lakaran. STS 10 50
TS 8 40
388 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2 S
0 0
SS 0 0
STS
TS
S6 30
14 70
SS
Saya boleh menghasilkan lakaran yang kemas dan STS 0 0 3.25 Tinggi
betul dengan menggunakan kertas grid. TS 0 0
S 15 75
5 25
SS
STS 0 0 3.00 Sederhana
Saya boleh menguasai kemahiran membuat lakaran TS 2 10
dengan penggunaan kertas grid. S 16 80
SS 2 10
Purata keseluruhan 3.36 Tinggi
*Catatan: STS- Sangat Tidak Setuju; TS- Tidak Setuju; S- Setuju; SS- Sangat Setuju
Berkaitan dengan keberkesanan penggunaan kertas grid dalam meningkatkan kemahiran
membuat lakaran, hasil analisis diskriptif menunjukkan keseluruhan skor min dapat
diinterpretasikan sebagai tahap tinggi iaitu 3.36. Dalam bahagian ini, item “Saya rasa kemahiran
penggunaan kertas grid membantu dalam membuat lakaran.” mencatat min tertinggi iaitu 3.70.
Manakala item “Saya boleh menguasai kemahiran membuat lakaran dengan penggunaan kertas
grid.” pula mencatat min terendah iaitu 3.00.
Analisis Pemerhatian
Borang senarai semak pemerhatian telah digunapakai semasa dua kali tindakan aktiviti intervensi
dijalankan dalam proses pembelajaran dan pengajaran RBT. Gambar rajah berikut telah
menunjukkan hasil dapatan pemerhatian kajian ini.
389 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 3: Hasil Dapatan Pemerhatian Aktiviti 1
Semasa aktiviti 1 iaitu melakar garisan lurus dan bentuk 2 Dimensi dengan menggunakan
bayangan kertas grid di bawah kertas A4, murid-murid di dalam kelas menunjukkan minat yang
tinggi dan sentiasa memberikan tumpuan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran yang
dijalankan. Apabila melakukan latihan membuat lakaran, murid-murid dapat melibatkan diri
dengan aktif dan saling bertanya kepada guru apabila menghadapi masalah. Misalnya, segelintir
murid menghadapi masalah dalam melakar bentuk bulat. Sepanjang pembelajaran dan
pengajaran yang dijalankan, kebanyakan murid kelihatan seronok dan bersikap ingin mencuba
dan dapat menyempurnakan latihan yang diberi dengan kemas dan betul.
390 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 4: Hasil Dapatan Pemerhatian Aktiviti 2
Melalui pemerhatian aktiviti 2 iaitu menggunakan bayangan kertas grid melakar bentuk 3
Dimensi, murid-murid di dalam kelas dapat menunjukkan semangat yang tinggi dan sentiasa
memberikan tumpuan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Semasa
melakukan latihan membuat lakaran 3 Dimensi, murid-murid dapat melibatkan diri dengan aktif
dan saling bertanya kepada guru apabila menghadapi masalah. Misalnya, kebanyakan murid
menghadapi masalah dalam melakar bentuk-bentuk 3 Dimensi yang bergabung. Tambahan pula,
terdapat juga murid yang menggunakan pembaris semasa membuat lakaran dalam aktiviti kali
ini. Oleh itu, pengkaji telah memberikan penerangan yang lebih teliti tentang lakaran
penggabungan bentuk 3 Dimensi dan memberikan galakkan kepada murid yang menggunakan
pembaris supaya mereka boleh mencuba membuat lakaran dengan bayangan kertas grid.
Sepanjang pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan, kebanyakan murid kelihatan seronok
dan bersikap ingin mencuba dan semua murid dapat menyempurnakan latihan yang diberi
dengan kemas dan betul.
Data pemerhatian di atas telah menunjukkan alternatif penggunaan kertas grid dalam
meningkatkan kemahiran membuat lakaran bagi subjek RBT di kalangan murid 5T mendapatkan
impak yang positif dan ini membuktikan alternatif ini membawa keberkesanan yang tinggi untuk
meyelesaikan masalah murid yang dihadapi dalam menghasilkan lakaran.
391 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Analisis Temu bual
Temu bual telah dijalankan dengan 5 orang responden yang dipilih secara rawak selepas
pembelajaran dan pengajaran aktiviti 3 iaitu memberikan maklum balas untuk membuat
pengubahsuaian dan penambahbaikan lakaran. Dapatan kajian dianalisis untuk mengenal pasti
keberkesanan penggunaan kertas grid dalam meningkatkan kemahiran membuat lakaran bagi
subjek RBT. Jadual berikut menunjukkan hasil dapatan temu bual.
Jadual 5 Analisis data temu bual
Analisis Data Temu Bual
5 orang responden menyatakan mereka berminat
Soalan temu bual dalam pembelajaran sepanjang 3 minggu ini.
1 Adakah anda berminat sepanjang
pembelajaran 3 minggu ini?
2 Adakah anda menghadapi kekangan dalam 4 daripada 5 orang responden menyatakan mereka
penggunaan kertas grid untuk membuat tidak menghadapi kekangan dalam penggunaan
lakaran? kertas grid untuk membuat lakaran.
1 daripada 5 orang responden menyatakan dia telah
menghadapi kekangan dalam penggunaan kertas grid
untuk membuat lakaran.
3 Adakah alternatif ini membantu anda dalam 5 orang responden menyatakan alternatif ini dapat
membuat lakaran? Bagaimana? membantu mereka dalam membuat lakaran.
3 daripada 5 orang responden mengemukakan
pendapat bahawa alternatif ini dapat membantu
mereka melukis lakaran tanpa menggunakan alat
bantuan.
2 daripada 5 orang responden mengemukakan
pendapat bahawa alternatif ini lebih mudah digunakan
untuk membuat lakaran bentuk 3 Dimensi.
4 Adakah kaedah ini memberikan 5 orang responden bersetuju kaedah ini dapat
keberkesanan dalam peningkatan kemahiran memberikan keberkesanan dalam peningkatan
membuat lakaran anda? kemahiran membuat lakaran.
5 Adakah anda akan mempratikkan kemahiran 5 orang responden menyatakan mereka akan
ini dalam latihan atau tugasan membuat mempratikkan kemahiran ini dalam latihan atau
lakaran yang seterusnya? tugasan membuat lakaran yang seterusnya.
Merujuk kepada analisis temu bual, dapat dirumuskan 5 orang responden kajian ini
memberikan kepercayaan yang tinggi terhadap alternatif penggunaan kertas grid ini dapat
meningkatkan kemahiran membuat lakaran bagi subjek RBT. Hal ini menunjukkan alternatif ini
telah berkesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang telah dijalankan.
392 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
PERBINCANGAN
Dalam kajian tindakan ini, hasil dapatan analisis soal selidik menunjukkan keseluruhan skor min
dapat diinterpretasikan sebagai tahap tinggi iaitu 3.36. Data pemerhatian telah menunjukkan
alternatif penggunaan kertas grid dalam meningkatkan kemahiran membuat lakaran bagi subjek
RBT di kalangan murid 5T mendapatkan impak yang positif dan membawa keberkesanan yang
tinggi untuk meyelesaikan masalah murid yang dihadapi dalam menghasilkan lakaran. Merujuk
kepada analisis temu bual, dapat dirumuskan 5 orang responden kajian ini memberikan
kepercayaan yang tinggi terhadap alternatif penggunaan kertas grid ini dapat meningkatkan
kemahiran membuat lakaran bagi subjek RBT.
Oleh itu, hasil-hasil dapatan kajian ini dapat membuktikan alternatif penggunaan kertas
grid dalam meningkatkan kemahiran membuat lakaran bagi subjek RBT telah berkesan dalam
proses pembelajaran dan pengajaran yang telah dijalankan. Dapatan kajian ini telah berselari
dengan kajian yang telah dijalankan oleh Intan Sulinrana (2013) dan Norliza (2018) yang
menunjukkan keberkesanan yang tinggi dalam pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, hasil
keputusan ini dapat memberikan satu gambaran kepada guru supaya menyedarkan masalah
yang dihadapi dalam pembelajaran dan pengajaran subjek RBT serta bersiap sedia untuk
mempertingkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan diri supaya menghasilkan satu pembelajaran
yang berkesan.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian berbentuk kajian tindakan ini merupakan kajian pertama yang dijalankan oleh pengkaji dan
banyak aspek perlu ditambah baik kerana masih banyak perlu belajar dalam aspek pelaksanaan
kajian tindakan yang betul. Pengambilan masa yang singkat iaitu kurang dari tempoh satu bulan
dalam kajian tindakan ini dan pengkaji menganggap tempoh masa ini tidak mencukupi dari aspek
penyediaan aktiviti "hands-on" yang lebih menarik dan mencabar. Saya bercadang kajian yang
seterusnya boleh menambah baik dari segi penyediaan aktiviti pelaksanaan yang lebih seronok
dan mencabar minda. Misalnya, penerapan aspek permainan atau pembentangan dalam aktiviti
yang dijalankan.
Tambahan pula, pengkaji berpendapat kajian ini boleh dilanjutkan ke kitaran yang
seterusnya untuk mendapatkan penghasilan data yang lebih jelas dan teliti. Dalam kajian
tindakan ini, pengkaji telah melakukan satu kitaran kajian tindakan model Lewin sahaja untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Cadangan memperbanyakkan kitaran kajian tindakan
boleh dijalankan supaya memantapkan keberkesanan alternatif ini dalam pembelajaran dan
pengajaran.
RUMUSAN
Secara keseluruhan, kertas kajian ini telah menjelaskan keberkesanan penggunaan kertas grid
dalam meningkatkan kemahiran membuat lakaran bagi subjek RBT di kalangan murid Tahun 5T
SK Camporan Daro, Sarawak. Melalui pengumpulan dan analisis data, hasil dapatan dapat
menjawab persoalan kajian yang ditetapkan sebelum itu. Hasil-hasil dapatan kajian ini dapat
membuktikan alternatif penggunaan kertas grid dalam meningkatkan kemahiran membuat
lakaran bagi subjek RBT telah berkesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang telah
dijalankan.
393 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
RUJUKAN
Intan Sulinrana Isahak (2013). Blogspot: Meningkatkan Kemahiran Membuat Lakaran Reka Bentuk dengan
Menggunakan Kaedah Lakaran Bentuk Segiempat dan Bayangan Kertas Grid. Dicapai daripada
http://akudanstudentku.blogspot.com/2013/06/kajian-tindakan-khb-tingkatan-1.html.
Norliza Binti Jais (2018). Blogspot: Meningkatkan Kemahiran Membuat Lakaran Objek Menggunakan
Teknik Bayangan Garisan Isometrik dalam Kalangan Murid Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Tingkatan 1. Dicapai daripada http://norlizajais.blogspot.com/2018/05/kajian-tindakan-2018.html.
Ruzaimi Mat Rani (2018). National STEM Association: Kemahiran Melakar Aras Tinggi Membentuk
Generasi STEM Dinamik dan Progresif. Dicapai daripada https://nationalstemmy.com/v2/kemahiran-
melakar-aras-tinggi-membentuk-generasi-stem-dinamik-dan-progresif/.
Zainudin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria & Mohd Ali Ibrahim
(2007). Kemahiran ICT guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan
JPPG 2007. 18 – 20 November 2007. Royal Adelphi, Seremban.
394 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
PERISIAN INTERAKTIF POWERPOINT & FASA-FASA BULAN
KOK KEAN HIN, PhD
Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, 43650 Bangi, Selangor.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana perisian interaktif powerpoint dapat
meningkatkan kefahaman murid dalam topik fasa bulan. Peserta kajian ialah 10 murid Kelas Tahun
5 di sebuah sekolah rendah dalam daerah Johor Bahru. Instrumen kajian ialah ujian sebelum
tindakan, ujian selepas tindakan dan borang soal selidik JJ-5L. Data dikumpul secara diskriptif.
Data dipersembahkan dengan peratusan dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan skor sebanyak enam markah selepas tindakan. Analisis soal selidik juga
menunjukkan bahawa penggunaan perisian interaktif powerpoint dapat memupuk minat murid
untuk belajar topik fasa-fasa bulan.
Kata kunci: Diskriptif, fasa bulan, interaktif, perisian, sekolah rendah.
ABSTRACT
This action research was carried out to investigate the effectiveness of PowerPoint interactive
software in enhancing the student understanding in phases of moon. The participants were the 10
pupils from a primary school in the district of Johor Bahru. The instruments were the assessment
before intervention, assessment after intervention and JJ-5L questionnaire. The data were
presented with percentage and frequency. Results showed that there was an increment of six
marks in average score. Through the response of the questionnaire, the PowerPoint interactive
software could foster the pupils interest to learn the phases of moon.
Keyworks: Descriptive, interactive, phases of moon, primary school, software.
PENDAHULUAN
Kualiti pencapaian pendidikan murid sangat bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran
(PdP) guru di dalam kelas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Penguasaan ilmu sains
dalam kalangan murid dapat diperkasakan dengan PdP yang berkesan. Persembahan
pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah kepada proses pengajaran yang berpusatkan
murid pada abad ke-21 ini. Kurikulum sains sekolah rendah direka bagi melahirkan murid yang
berilmu dan berkemahiran dalam sains, membina kemahiran berfikir dan strategi untuk
395 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan
seharian (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012). Murid beranggapan sains ialah subjek yang
susah untuk dipelajari dan sukar untuk difahami. Persepsi sebegini menyebabkan murid hilang
semangat dalam PdP sains (Robiah, 2003). Bagi murid tahun 5, mereka hanya menghafal topik
fasa-fasa bulan untuk lulus dalam peperiksaan tanpa memahami topik berkenaan (Hin, K.K.,
personal communication, 12 April 2018). Topik mengenai alam semesta ini amat sukar untuk
diperjelaskan dalam kelas. Bagi murid tahun 5, topik ini bersifat abstrak dan hanya dapat
digambarkan secara mental sahaja. Pengetahuan sedia ada murid-murid juga tidak mencukupi
untuk memahami topik ini.
TINJAUAN LITERATUR
Kefahaman murid tahun 5 tentang bentuk fasa-fasa bulan adalah aspek yang paling penting bagi
membantu murid-murid menjawab soalan dengan tepat (Hin, K.K., personal communication, 19
April, 2018). Pengkaji telah mengenal pasti punca utama murid tidak dapat memahami bentuk
bulan berdasarkan perubahan tarikh dalam masa sebulan. Fenomena peredaran bulan
mengelilingi bumi sangat abstrak bagi murid tahun 5. Murid juga menghadapi kesukaran untuk
membezakan perubahan fasa-fasa bulan mengikut urutan yang betul. Murid-murid lazimnya
menghafal fenomena perubahan fasa-fasa bulan mengikut kalendar untuk lulus dalam
peperiksaan. Murid-murid turut tidak dapat mengenali istilah-istilah khas dalam fasa-fasa bulan.
Murid-murid ini gagal menjawab soalan yang dikemukakan dalam kelas. Pengajaran dan
pembelajaran untuk topik fasa-fasa bulan ini sentiasa menjadi masalah bagi kebanyakan murid
sejak topik ini diperkenalkan dalam kurikulum sains (Hin, K.K., personal communication, 7
Januari, 2018).
Menurut Yakop (1985), kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) berbantukan komputer ini
boleh digunakan untuk mengatasi masalah PdP murid mengikut tahap pemahaman mereka.
Kaedah ini dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk meningkatkan pretasi mereka.
Pembelajaran berbantukan komputer dapat memberikan peluang kepada pelajar belajar dan
memahami sesuatu konsep sains mengikut keupayaan sendiri. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
baharu dan suasana pembelajaran yang sihat dan seronok untuk murid (Rashidi & Abdul Razak,
1995). Namun, komputer tidak dapat menggantikan guru dalam proses PdP. Guru masih
memainkan peranan sebagai pembimbing yang bertanggungjawab untuk menggerakkan dan
menghidupkan perbincangan dan penerokaan ilmu dalam kalangan murid. Murid-murid pula
bertanggungjawab ke atas proses pembelajaran kendiri dengan garis panduan yang disediakan
oleh guru (Thanos, 1994). Memandangkan penggunaan komputer telah berkembang dengan
pesat, tumpuan seharusnya diberikan untuk menghasilkan produk yang menggunakan perisian
yang berkualiti (Yusuf, 1998). Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau kesesuaian perisian
interaktif powerpoint dalam meningkatkan kefahaman murid dalam topik fasa-fasa bulan.
396 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk;
1. meningkatkan kefahaman murid tahun 5 dalam topik Fasa-fasa bulan dengan menggunakan
perisian interaktif powerpoint
SOALAN KAJIAN
Soalan kajian ini adalah;
I. Adakah kaedah perisian interaktif powerpoint dapat meningkatkan kefahaman murid tahun 5
dalam topik Fasa-fasa bulan?
KUMPULAN SASARAN
Peserta kajian ialah sepuluh orang murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah dalam daerah Johor
Bahru, Johor. Kelas ini merupakan kelas pertengahan dari segi pencapaian dalam bidang
akademik. Sepuluh murid yang dipilih ini adalah lemah dalam subjek sains. Peserta kajian terdiri
daripada enam orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan.
CARA PENGUMPULAN DATA
Instrumen
Instrumen yang digunakan adalah ujian sebelum tindakan, ujian selepas tindakan dan borang
soal selidik JJ-5L.
Ujian sebelum tindakan digunakan untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid dalam
topik ini dengan kaedah pengajaran biasa dalam kelas seharian. Ujian selepas tindakan pula
digunakan untuk menguji kesesuaian penggunaan kaedah perisian interaktif powerpoint dalam
tajuk yang sama.
Borang soal selidik digunakan untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap kesesuaian
penggunaan kaedah perisian interaktif powerpoint dalam topik ini. Bahagian A dalam soal selidik
mengandungi maklumat ringkas peribadi peserta. Bahagian B dalam soal selidik pula mengenal
pasti sikap murid dan kefahaman murid tentang topik Fasa-fasa bulan.
Soalan-soalan dalam ujian sebelum tindakan dan selepas tindakan mengandungi lima
item jenis aneka pilihan dan 1 soalan struktur yang disediakan berdasarkan sukatan pelajaran.
Kedua-dua ujian adalah setara dan urutan soalan diubah suai mengikut keperluan. Kedua-dua
ujian mengambil masa selama 30 minit. Intervensi dengan kaedah perisian interaktif powerpoint
dilakukan selepas kaedah pengajaran biasa dijalankan. Perbezaan jangka masa antara kedua-
dua intervensi adalah selama tiga minggu. Ujian-ujian dijalankan sejurus selepas sesi pengajaran
tamat.
397 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Pelaksanaan Intervensi
Intervensi dijalankan mengikut langkah-langkah berikut;
a. Pengkaji dan guru mengenal pasti kumpulan sasaran
b. Guru mengajar topik berkenaan dengan kaedah pengajaran biasa dengan menggunakan
gambar-gambar fasa-fasa bulan dan nota ringkas
c. Guru menjalankan ujian sebelum tindakan selepas pelaksanaan kaedah pengajaran biasa
d. Guru melaksanakan kaedah perisian interaktif powerpoint selepas tiga minggu
e. Guru menjalankan ujian selepas tindakan selepas pelaksanaan kaedah perisian interaktif
powerpoint
ANALISIS DATA
Data dianalisis dengan kaedah diskriptif dan dipersembahkan dengan peratusan dan kekerapan
.
DAPATAN & PERBINCANGAN
Jadual 1 menunjukkan perbezaan markah ujian sebelum tindakan dan ujian selepas tindakan
dalam kajian.
Jadual 1
Perbezaan markah ujian sebelum tindakan dan ujian selepas tindakan dalam kajian
Responden Ujian (%) Perbezaan markah
R1 Sebelum Selepas +10
R2 +5
R3 tindakan tindakan +15
R4 0
R5 35 45 +5
R6 0
R7 20 25 +5
R8 +5
R9 45 60 +5
R10 +10
40 40
25 30
50 50
55 60
50 55
30 35
25 35
Selepas interaksi dengan perisian interaktif powerpoint dalam topik fasa-fasa bulan, prestasi
murid dalam ujian selepas tindakan lebih tinggi berbanding dengan ujian sebelum tindakan.
Pengkaji mendapati bahawa terdapat responden yang kurang memahami pengajaran guru
sebelum intervensi dilakukan. Mereka tidak memberi tumpuan terhadap penerangan guru dan
juga berasa bosan untuk mempelajari tajuk fasa-fasa bulan. Setelah kaedah perisian interaktif
powerpoint diaplikasikan, masalah pengajaran dan pembelajaran dan masalah tingkah laku
sebelum ini tidak dapat diperhatikan lagi oleh pengkaji. Kaedah ini juga berjaya meningkatkan
kefahaman murid-murid dalam topik ini. Murid-murid telah menunjukkan peningkatan minat
dalam pembelajaran topik fasa-fasa bulan. Purata skor markah sebelum tindakan ialah 37.5.
398 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Purata skor markah selepas tindakan ialah 43.5. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan markah sebanyak 6 markah secara purata.
Jadual 2 menunjukkan analisis soal selidik JJ-5L sebelum dan selepas tindakan. Selepas
tindakan, murid-murid memahami maklumat yang disampaikan oleh guru sains. Mereka lebih
berminat dan bersedia mengikuti pengajaran guru dengan perisian interaktif powerpoint. Murid
juga memberi maklum balas bahawa mereka tidak berasa bosan semasa mempelajari tajuk ini.
Jadual 2
Analisis borang soal selidik JJ-5L sebelum dan selepas pelaksanaan interaksi
Bil Item Sebelum tindakan Selepas tindakan
Ya (%) Tidak Ya (%) Tidak (%)
(%)
1 Pengajaran yang disampaikan oleh 50 50 90 10
guru mudah difahami
2 Penggunaan slaid powerpoint, poster 40 60 80 20
dan model 3D memudahkan saya
memahami topik yang diajar
3 *Saya berasa bosan untuk 80 20 0 10
mempelajari topik fasa bulan
4 *Saya suka menghafal perubahan 60 40 0 10
bentuk fasa bulan
5 Saya kurang faham terhadap konsep 80 20 20 80
sains dan fasa bulan
6 Saya cuba menghafal fasa-fasa 90 10 20 80
bulan demi menjawab soalan ujian
7 Saya tidak berminat dengan topik 80 20 20 80
fasa bulan
8 Penggunaan alat bantu bersesuaian 30 70 90 10
menarik minat saya untuk mengikuti
topik yang diajar
9 Saya berasa sukar untuk menjawab 100 0 60 40
soalan berkaitan topik fasa bulan
10 *Bulan merupakan sebuah planet 50 50 80 20
11 Fungsi bulan ialah beredar 30 70 90 10
mengelilingi bumi dan matahari
12 Saya mengetahui arah peredaran 20 80 60 40
bulan yang mengikut arah putaran
jam
13 Fasa bulan purnama berlaku pada 80 20 30 70
awal setiap bulan
14 Saya sering memerhati bentuk bulan 0 100 50 50
dalam langit dan dapat mengenal
pasti waktu kejadian berdasarkan
pemerhatian tersebut
Nota: *Segelintir peserta tidak menjawab Item 3 dan 4 selepas tindakan.
*Terdapat miskonsepsi murid terhadap Item 10.
399 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan kajian boleh dilanjutkan pada masa
hadapan;
a. Menggunakan bilangan peserta kajian yang lebih banyak untuk mendapatkan hasil kajian
yang lebih jitu
b. Mempelbagaikan kaedah-kaedah kajian seperti kaedah temu bual dan analisis dokumen
c. Menambahbaik kaedah yang sedia ada ekoran daripada terdapat dua orang peserta (R4 &
R6) yang tidak menunjukkan sebarang perubahan setelah pelaksanaan intervensi
REFLEKSI KAJIAN
Ketepatan dapatan kajian bergantung kepada maklum balas peserta kajian dan aspek
kesungghan mereka dalam menjawab soalan ujian dan soal selidik yang dikemukakan dalam
kajian ini. Beberapa batasan telah didapati sepanjang kajian iaitu;
i. Kesuntukan masa dalam menjalankan kajian
ii. Sikap sesetengah murid yang pasif semasa menjalankan kajian
iii. Kekangan pentadbiran
iv. Kekangan penggunaan makmal komputer dan peralatan teknologi makmal komunikasi yang
berkesan
Pengkaji dan guru sains telah mencuba sedaya upaya untuk mengatasi kekangan-kekangan ini
demi kelancaran pelaksanaan kajian tindakan ini.
KESIMPULAN
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan penggunaan perisian interaktif
powerpoint dapat meningkatkan minat dan motivasi murid dalam pembelajaran topik fasa-fasa
bulan. Murid lebih tertarik dengan suasana pembelajaran yang berbeza daripada kaedah
tradisional. Penggunaan perisian interaktif powerpoint dapat memberikan suasana yang berbeza
dan memberi variasi proses pembelajaran bagi murid-murid. Kaedah ini turut memberi gambaran
yang lebih jelas tentang sesuatu konsep sains dalam topik fasa-fasa bulan dan meningkatkan
kefahaman murid-murid.
PENGHARGAAN
Pengkaji ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor,
Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, pihak pentadbiran sekolah, murid-murid dan guru
sebagai proksi penyelidik dalam menjayakan pelaksanaan kajian ini.
400 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2021). Spesifikasi Kurikulum Sains Tahun 5 Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). The Malaysian Smart School: MSC Flagship Application.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rashidi Azizan, & Abdul Razak Habib. (1995). Pengajaran dalam bilik darjah: kaedah & strategi. Masa
Enterprise.
Robiah Sidin. (2003). Teori Pentadbiran Pendidikan: Satu pengenalan. Pustaka Cipta.
Thomas, B. (1994). The Portable Common Tool Environment (PCTE) initiative and the PACT interaction
design project [ACM Software Engineering Notes]. New York Association of Computing Machinery.
Yakop Md Som. (1985). Penggunaan komputer dalam pendidikan dan cabaran-cabarannya. Berita
Matematik, 30, 7-11.
Yusuf, H. (1998). Teknologi pengajaran. Penerbit Fajar Bakti.
401 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
i