The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

e ISBN 978-967-25649-0-4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazizah, 2022-10-26 23:26:24

E-PROSIDING PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN 2022

Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

e ISBN 978-967-25649-0-4

Gelungan Kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti
mereflek dan membuat adaptasi terhadap intervensi tindakan pada Gelungan Pertama. Oleh itu,
seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan
bahawa intervensi tindakan yang ditentukan selaras dengan kurikulum semasa. Ini menjadikan
proses Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang dikendalikannya lebih efisien dan
berkualiti.

b. Pentaksiran bilik darjah (PBD)

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah diperkenalkan bermula 2016 sebagai Pentaksiran
berasaskan sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Menurut Arumugham (2020)
menyatakan bahawa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan dengan tujuan untuk menilai
dan mengukur perkembangan pembelajaran seseorang murid secara holistik. Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap
penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Maklumat mengenai perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan penguasaan atau pencapaian murid terhadap matlamat kurikulum yang
dihasratkan menerusi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dikonsepkan sebagai salah satu
proses pentaksiran yang berterusan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berlaku secara formatif dan sumatif serta sebagai pembelajaran,
untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Menurut Yildizli (2020), kurikulum Matematik
yang diperbaharui menggariskan keperluan Pentaksiran Bilik Darjah dan yang berkaitan amalan
untuk menyokong pembelajaran dan meningkatkan motivasi pelajar. Oleh itu, kemahiran
pentaksiran guru membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran dan kemahiran yang
dikehendaki dalam kurikulum (Ahmad & Mahamod, 2016). Kelemahan murid dalam pelajaran
dapat diperbaiki dalam pelaksanaan pentaksiran di dalam bilik (Siti Nor Aisah et. al., 2018). Tahap
Penguasaan murid yang dicapai dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menjadi rujukan guru
untuk mengatur strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk meningkatkan kefahaman
murid berdasarkan ketetapan Standard Prestasi dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran.

c. Kon Pengalaman Edgar Dale (1946)

Kemahiran pembelajaran dan pengajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa kemahiran
teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif secara latih amal
(hands-on) dan latih minda (minds-on) serta penyelesaian masalah. Pembelajaran abad 21
sebagai suatu bentuk pembelajaran yang memerlukan murid menguasai isi kandungan dan
menghasilkan, menganalisa dan mensintesis dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber
yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza (Berry, 2011).
Kepelbagaian sumber dan strategi pengajaran dan pembelajaran abad 21 masih didasari dengan
Kon Pengalaman Edgar Dale (1946). Kon Pengalaman Pembelajaran Dale oleh Edgar Dale tahun
1946 adalah model yang menggabungkan beberapa teori berkaitan dengan reka bentuk
pengajaran dan proses pembelajaran. Ianya dihasilkan berasaskan kepada pengalaman adalah
suatu proses pembelajaran menerusi refleksi perlakuan. Segala bentuk pengalaman yang dilalui
atau dialami oleh pelajar akan dipindahkan dalam bentuk pengetahuan yang lebih bermakna dan

183 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah.

Media pengajaran diklasifikasikan oleh Dale (1946) kepada tiga peringkat iaitu
penglibatan, pemerhatian dan persimbolan seperti pada Rajah 1. beliau menjelaskan bahawa
murid hanya akan mengingat 10% daripada apa yang mereka baca, 20% daripada apa yang
mereka dengar, 30% daripada apa yang mereka lihat, 50% daripada apa yang mereka dengar
dan lihat, 70% dari apa yang mereka katakan dan tulis, dan 90% dari apa yang mereka katakan
seperti yang mereka lakukan. Setiap aras memainkan peranan dan fungsinya yang tersendiri
dalam menarik minat murid untuk belajar. Dale (1946) juga membuat klasifikasi pengalaman
mengikut peringkat bermula dari yang paling asas iaitu konkrit kepada aras yang tertinggi iaitu
abstrak. Semakin konkrit pengalaman belajar itu maka semakin besar manfaatnya yang akan
diterima oleh pelajar. Dapatan kajian oleh Dale (1969) menunjukkan bahawa sekiranya
murid dilibatkan dengan pembelajaran aktif maka mereka berjaya mengekalkan ingatan terhadap
fakta isu dan ilmu pengetahuan dengan tahap 70-90% daripada isi kandungan
pembelajaran. Manakala dapatan kajian menunjukkan hanya 10-30% sahaja ingatan terhadap
isi kandungan pembelajaran dapat diingati oleh murid yang terlibat dengan pembelajaran pasif.
Namun begitu, kreativiti guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran adalah penting
agar murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran mereka serta berupaya
menentukan halatuju pembelajaran mereka sendiri (Machemer & Crawford, 2007). Pengajaran
dan pembelajaran lebih bermakna apabila murid dapat mengalami sendiri proses pembelajaran
dengan menggunakan pancaindera sendiri seperti merasa, memegang dan melihat apabila
terlibat secara langsung.

Rajah 1: Kon Pengalaman Edgar Dale (1946)

184 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


d. Kecerdasan Pelbagai Gardner (1983)

Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner merupakan satu bentuk
teori yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia,
(2001) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Pelbagai sentiasa berkembang mengikut konteks
penggunaannya yang merentas pelbagai disiplin pendidikan atau mata pelajaran. Ini adalah
selaras dengan kenyataan Gardner (1983) dalam bukunya bertajuk Frames of Mind supaya
menggunakan pendekatan teori ini di dalam bilik darjah sebagai langkah mengiktiraf perbezaan
yang diwarisi oleh setiap pelajar (Syarifah Nasyura et al. 2018). Berdasarkan Teori Kecerdasan
Pelbagai Gardner (1983), terdapat tujuh kecerdasan telah dikemukakan, iaitu kecerdasan verbal-
linguistik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan kinestetik,
kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal. Selepas itu, beliau
menemui dua lagi kecerdasan iaitu naturalis dan existensialis (Mahani et al. 2003). Gardner
(1983) menyatakan bahawa ibu bapa yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi tidak
semestinya mewariskan kecerdasan mereka kepada anak-anak. Hal ini menjelaskan bahawa
pelajar yang mempunyai kecerdasan yang rendah tidak bermaksud ibu bapa mereka juga
memiliki tahap kecerdasan yang rendah. Keadaan ini menunjukkan bahawa kecerdasan dapat
ditingkatkan dalam diri murid secara ansur maju.

e. Teori Pemimpin Instruksional Hallinger (2000) dalam kalangan Ketua Panitia

Hallinger (2005) menyatakan bahawa kepimpinan instruksional merupakan kepimpinan yang
masih lagi relevan dan boleh diamalkan dalam abad ke 21. Menurut Hoerr (2008), pemimpin
instruksional merupakan seorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Teori Pemimpin Instruksional Hallinger (2000) telah
dikonsepkan semula oleh Hallinger dan Murphy (1987) dengan mengekalkan tiga dimensi tetapi
hanya mengekalkan sepuluh elemen sahaja. Elemen yang digugurkan adalah dalam dimensi
menggalakkan iklim sekolah iaitu menguatkuasakan standard akademik (Hallinger & Murphy,
1987; Hallinger, 2000). Model kepimpinan instruksional yang dibina bersama tiga dimensi
tersebut adalah mentakrif misi sekolah, mengurus program instruksional dan membentuk iklim
sekolah. Pembangunan kepimpinan guru juga merupakan salah satu amalan dalam sekolah
berprestasi tinggi dan berupaya menggerakkan kepimpinan pertengahan (Suffean, 2014). Ketua
Panitia merupakan pemimpin pertengahan berperanan sebagai pemimpin instruksional.
Pemimpin instruksional merupakan pemimpin yang berprestasi tinggi mempunyai korelasi
dengan pencapaian murid di sekolah. Kepimpinan instruksional dalam Ketua Panitia sebagai
pemimpin pertengahan adalah penting kerana mereka adalah mentor dan pakar rujuk dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, pemimpin instruksional dalam kalangan
Ketua Panitia pada abad ini diberi peluang yang luas dalam pembangunan profesionalisme guru
melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) atau Pembangunan Profesional Berterusan (PPB)
berfokus. Latihan dan bimbingan diberi kepada Ketua Panitia sepanjang masa di dalam sekolah
menerusi guru pakar, guru cemerlang dan SISC+. Kecemerlangan pemimpin instruksional adalah
menyediakan latihan yang bersesuaian sebagai usaha untuk membantu dan memberi dorongan
kepada guru, menganjurkan dan meningkatkan strategi pengajaran dan pembelajaran (Shahril,
2000).

185 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Tinjauan literatur yang dinyatakan di atas telah dirumuskan dalam kerangka konseptual pada
Rajah 2 dalam merancang dan melaksanakan intervensi untuk mengupayakan guru menulis
kajian tindakan menerusi kepimpinan Instruksional Ketua Panitia.

Rajah 2: Kerangka konseptual
METODOLOGI
Proses kajian tindakan berdasarkan Model Kemmis & McTaggart (1988) melibatkan empat
langkah kajian tindakan seperti pada Rajah 3.

Rajah 3: Proses kajian tindakan berdasarkan Model Kemmis & McTaggart (1988)
186 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


a. Kumpulan Sasaran
Persampelan tujuan (purposive sampling) digunakan dalam kajian ini melibatkan 30 orang dalam
kalangan Ketua Panitia Matematik (Pemimpin Pertengahan) di sekolah rendah Gred A dalam
Daerah Perak Tengah. Persampelan bertujuan membantu dalam penyelidikan kualitatif untuk
mendapatkan maklumat secara langsung terhadap pekara yang dikaji (Braun & Clark, 2013).

b. Aktiviti
Aktiviti 1: Tinjauan pandangan Ketua Panitia (pemimpin pertengahan) berkaitan
pengalaman dan keperluan guru dalam melaksanakan kajian tindakan di sekolah
Soal selidik menggunakan aplikasi Google Form telah diedarkan kepada Ketua Panitia Bidang
Sains dan Matematik di Daerah Perak Tengah menerusi aplikasi Telegram untuk mengenalpasti
pengalaman serta keperluan guru dalam melaksanakan kajian tindakan di peringkat sekolah.
Seramai 120 orang Ketua Panitia Bidang Sains dan Matematik telah memberi maklumbalas pada
soal selidik tersebut. Dapatan soal selidik pada Rajah 3 menunjukkan 65.8% (n=79) Ketua Panitia
Bidang Sains dan Matematik tidak pernah mengikuti taklimat kajian tindakan. Manakala, 74.2%
(n=89) Ketua Panitia Bidang Sains dan Matematik tidak pernah melaksanakan kajian tindakan
sebelum ini.

Rajah 3: Dapatan soal selidik berkaitan bengkel kajian tindakan yang dihadiri dan
melaksanakan kajian tindakan

Sebanyak lapan cadangan keperluan guru dalam melaksanakan kajian tindakan di sekolah
diberikan oleh Ketua Panitia Bidang Sains dan Matematik seperti pada Rajah 4. Dapatan soal
selidik berkaitan cadangan ‘Bimbingan Kajian Tindakan Oleh PPD Secara Berkala’ dan ‘Buku
Panduan Kajian Tindakan’ mempunyai peratus yang tertinggi iaitu 27.5% (n=33) dan 26.67%
(n=32). Manakala, Rajah 5 menunjukkan sejumlah 85.83% (n=103) memberikan maklumbalas
‘Ya’ kepada Keperluan Buku Panduan Kajian Tindakan yang akan dihasilkan oleh Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD). Namun begitu, Ketua Panitia menyarankan agar format serta
penulisan kajian tindakan dipermudahkan. Sehubungan itu, penyediaan Tool kit Act-R sebagai
buku panduan guru dalam menulis kajian tindakan telah dirangka pada peringkat awal dan
menfokuskan kepada mengupayakan Ketua Panitia untuk menulis kajian tindakan tanpa memberi
penekanan kepada kualiti penulisan artikel kajian tindakan.

187 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 4: Dapatan soal selidik berkaitan cadangan membudayakan kajian guru di sekolah

Rajah 5: Dapatan soal selidik berkaitan keperluan buku panduan kajian tindakan

Aktiviti 2: Perbincangan bersama School Improvement Partners+ (SIP+) dan Ketua
Panitia (pemimpin pertengahan)
Perbincangan bersama School Improvement Partners+ (SIP+) dan Ketua Panitia Bidang Sains
dan Matematik mengenai elemen yang perlu dimasukkan dalam buku panduan guru dalam
menulis kajian tindakan. Buku panduan yang dikenali sebagai Tool Kit Act-R dicadangkan agar
mengandungi templat draf awal kajian tindakan iaitu templat Act-R dan penerangan kandungan
serta teknik menulis setiap kandungan format kajian tindakan.

188 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Aktiviti 3: Pembinaan templat Act-R
Templat Act-R adalah asas utama dalam membina Tool Kit Act-R berdasarkan Model Kemmis &
McTaggart (1988) dan mengandungi Gelung 1 dan Gelung 2. Templat Act-R pada Rajah 6 adalah
sebagai pencetus idea guru dalam merancang kajian tindakan pada peringkat awal. Tempat Act-
R merupakan gambaran awal keseluruhan proses kajian tindakan yang akan dilaksanakan.
Terdapat tiga perkara utama yang perlu dikenalpasti oleh guru pada templat Act-R iaitu:
i) Isu dan intervensi dikenal pasti secara berfokus berdasarkan data Pentaksiran Bilik Darjah

(PBD).
ii) Gaya pembelajaran murid (Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner, 1983) yang dikenalpasti

belum menguasai tahap minimum (TP1 dan TP2)
iii) Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran berunsurkan pembelajaran Abad Ke-

21 (Kon Pengalaman Edgar Dale, 1946) yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid.

Rajah 6: Templat Act-R yang dibina

Aktiviti 4: Pembinaan Tool Kit Act-R
Tool Kit Act-R yang dibina mengandungi:
i) Draf Awal Kajian iaitu templat Act-R berdasarkan Model Kemmis & McTaggart (1988) yang

terdiri daripada Gelung 1 dan Gelung 2.
ii) Dua bentuk format penulisan kajian tindakan iaitu format penulisan untuk panitia mata

pelajaran dan artikel kajian tindakan.
iii) Penerangan kandungan dan teknik menulis bagi setiap kandungan format kajian tindakan
iv) APA Edisi Ke-7.

189 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 7: Tool Kit Act-R yang dibina

Aktiviti 5: Pembangunan Act-R Sites
Act-R Sites dibangunkan berdasarkan cadangan Ketua Panitia yang telah mengikuti taklimat serta
bimbingan kajian tindakan bagi memudahkan akses bahan Tool Kit Act-R dan maklumat kajian
tindakan secara maya. Act-R Sites mengandungi:
i) Makluman bengkel kajian tindakan.
ii) Pengenalan Kajian Tindakan.
iii) Objektif Kajian Tindakan.
iv) Model-model kajian tindakan.
v) Format dan kandungan kajian tindakan.
vi) Muat turun bahan kajian tindakan.
vii) Pautan penghantaran penulisan kajian tindakan.

190 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 8: Act-R Sites yang dibangunkan

Aktiviti 6: Taklimat dan bimbingan kepada Ketua Panitia (pemimpin pertengahan)
Taklimat dan bimbingan kajian tindakan menggunakan templat Act-R, Tool-Kit Act-R dan Act-R
Sites kepada Ketua Panitia seperti berikut:

Taklimat Siri 1:
Guru merancang kajian tindakan pada Draf Awal Kajian (Templat Act-R) berdasarkan data
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Taklimat Siri 2:
Menulis kajian tindakan bagi Gelung 1 menggunakan Tool Kit Act-R.

Taklimat Siri 3:
Menulis kajian tindakan bagi Gelung 2 menggunakan Tool Kit Act-R dan memperkenalkan Act-R
Sites sebagai platform panduan kajian tindakan secara maya dan penghantaran penulisan kajian
tindakan.

Bimbingan kelompok kecil
Guru yang kurang mahir dikenal pasti daripada penghantaran penulisan dalam pautan (Templat
Act-R, penulisan Gelung 1 dan Gelung 2) dan diberikan bimbingan kelompok kecil.

191 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 9: Templat Act-R, Tool Kit Act-R dan Act-R Sites

c. Kaedah pengumpulan data
Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan:

i) Analisis dokumen melibatkan 30 responden.
ii) Soal selidik menggunakan aplikasi Google Form melibatkan 30 responden.
iii) Temu bual melibatkan 10 responden yang peroleh min skor soal selidik terendah dan

tidak pernah mengikuti bengkel serta melaksanakan kajian tindakan berdasarkan data
tinjauan awal.

d. Instrumen pengumpulan data
Analisis Dokumen:
Penulisan pada templat Act-R dan penulisan Gelung 1.
Soal Selidik
Soal selidik berbentuk Google Form yang terdiri daripada 16 item soalan Skala Likert 5 Mata
mengenai persepsi guru menggunakan templat Act-R, Tool Kit Act-R dan Act-R Sites.
Temu Bual Secara Berstruktur:
Temu bual secara berstruktur melibatkan 16 item soalan temu bual mengenai persepsi guru
menggunakan Templat Act-R, Tool Kit Act-R dan Act-R Sites.

192 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


e. Kaedah analisis data

Secara deskriptif

i) Analisis dokumen pada penulisan pada Templat Act-R dan penulisan Gelung 1 merujuk
pada analisis kandungan berdasarkan 13 perkara dan diinterpretasi dalam peratus.

ii) Soal Selidik berbentuk Google Form yang terdiri daripada 16 item soalan Skala Likert 5
Mata mengenai persepsi guru menggunakan templat Act-R, Tool Kit Act-R dan Act-R Sites
dianalisis dalam bentuk peratus skor min menggunakan SPSS versi 26.

Secara tematik

Temu bual secara berstruktur yang terdiri daripada 16 item soalan temu bual mengenai persepsi
guru menggunakan Templat Act-R dan Tool Kit Act-R.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 menunjukkan dapatan soal selidik mengenai persepsi guru menggunakan templat Act-
R, Tool Kit Act-R dan Act-R Sites. Dapatan pada Jadual 1 mendapati purata min skor bernilai
4.59 menunjukkan bahawa 30 responden bersetuju templat Act-R, Tool Kit Act-R dan Act-R Sites
membantu dalam menulis kajian tindakan secara sistematik. Dua item soal selidik mendapat min
skor tertinggi bernilai 5 bagi item 1 iaitu ‘templat Act-R membantu guru dalam merancang kajian
tindakan secara sistematik’ dan item 7 iaitu ‘Guru dapat menentukan objektif kajian secara umum
dan khusus’ berpandukan templat Act-R. Namun begitu, sepuluh responden kurang bersetuju
bagi item 9 iaitu ‘Guru dapat mengenal pasti metodologi kajian berpandukan Tool Kit Act-R’. Oleh
itu, sepuluh ketua panitia ini telah dipilih untuk di temu bual bagi mendapat maklumat dengan
lebih mendalam mengenai item 9.

Jadual 1
Dapatan soal selidik mengenai persepsi guru menggunakan templat Act-R, Tool Kit Act-R dan
Act-R Sites.

Item Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min
Bil. Tidak Setuju Setuju f% Setuju Skor
Setuju Item
(n=30) f%

f %f% f %

1. Templat Act-R membantu 0 0 00 0 0 00 30 100 5.00
guru dalam merancang
kajian tindakan secara
sistematik.

2. Guru dapat menentukan isu 5 16.67 25 83.33 4.83
kajian dan intervensi secara
berfokus berdasarkan data 0 0 0 0 0 0
Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD).

193 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


3. Guru dapat menentukan 2 6.67 28 93.33 4.93
tajuk kajian dengan mudah 0 0 0 0 0 0
berdasarkan templat Act-R.

4. Guru dapat menghuraikan

pengenalan secara 0 0 00 0 0 12 40.00 18 60.00 4.60
sistematik berdasarkan

Tool Kit Act R.

5. Guru dapat menentukan

pernyataan masalah 0 0 00 0 0 25 83.33 5 16.67 4.17
berpandukan Tool Kit Act-

R.

6. Guru dapat menentukan 4 13.33 26 86.67 4.87
tujuan kajian berpandukan 0 0 0 0 0 0
templat Act-R.

7. Guru dapat menentukan

objektif kajian secara umum

dan khusus berpandukan 0 0 00 0 0 00 30 100 5.00

templat Act-R.

8. Guru dapat menentukan 2 6.67 28 93.33 4.93
soalan kajian berpandukan 0 0 0 0 0 0
templat Act-R.

9. Guru dapat mengenal pasti

metodologi kajian 0 0 0 0 10 33.33 20 66.67 0 0 3.67
berpandukan Tool Kit Act-

R.

10. Perancangan tindakan 0 0 00 0 0 12 40 18 60 4.60
dapat ditentukan
berpandukan templat Act-
R.

11. Guru dapat menghuraikan 0 0 00 0 0 30 100 00 4.00
dapatan kajian
berpandukan Tool Kit Act-
R.

12. Refleksi selepas kajian 00 00 0 0 2 6.67 28 93.33 4.93
dapat dihuraikan oleh guru
berpandukan Tool Kit Act-
R.

13. Cadangan tindakan susulan

dapat ditentukan oleh guru 00 00 0 0 20 66.67 10 33.33 4.33
berpandukan Templat Act-

R.

194 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


14. Guru dapat menulis rujukan

berdasarkan APA Edisi Ke- 0 0 00 0 0 30 100 00 4.00
7 berpandukan Tool Kit Act-

R.

15. Act-R Sites membantu guru

dalam mengakses bahan 00 00 0 0 4 13.33 26 86.67 4.87
dan maklumat kajian

tindakan.

16. Tool Kit Act-R dapat 0 0 00 0 0 10 33.33 20 66.67 4.67
membantu guru menulis Purata Min Skor 4.59
kajian tindakan secara
sistematik.

Jadual 2 menunjukkan dapatan analisis dokumen penulisan pada templat Act-R dan penulisan
Gelung 1 berpandukan Tool Kit Act-R. Dapatan pada Jadual 2 mendapati 30 responden dapat
menulis pada Templat Act-R secara sistematik, menentukan isu kajian dan intervensi
berdasarkan data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), menentukan tajuk kajian, menentukan
pernyataan masalah, menghuraikan tujuan kajian, menentukan objektif kajian secara umum dan
khusus serta dapat menentukan soalan kajian. Namun begitu, enam responden tidak dapat
mengenal pasti metodologi kajian secara sistematik dan menulis rujukan berdasarkan APA Edisi
Ke-7 berpandukan Tool Kit Act-R. Manakala, lima responden tidak dapat menghuraikan dapatan
kajian dan memberi cadangan tindakan susulan berdasarkan pembacaan artikel kajian
pendidikan; tiga responden tidak menghuraikan refleksi selepas kajian dan dua responden tidak
dapat tentukan dan melaksanakan perancangan secara sistematik oleh guru.

Jadual 2
Dapatan analisis dokumen penulisan pada templat Act-R dan penulisan Gelung 1 berpandukan
Tool Kit Act-R diinterpretasikan dalam bentuk peratus

Perkara Tidak Ya
Bil. f% f%

(n=30)

1. Guru dapat menulis pada Templat Act-R secara sistematik. 0 0 30 100
0 0 30 100
2. Guru dapat menentukan isu kajian dan intervensi berdasarkan data 0 0 30 100
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 0 0 30 100

3. Guru dapat menentukan tajuk kajian.

4. Guru dapat menentukan pernyataan masalah.

195 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


5. Guru dapat menghuraikan tujuan kajian. 0 0 30 100
0 0 30 100
6. Guru dapat menentukan objektif kajian secara umum dan khusus. 0 0 30 100
6 20 24 80
7. Guru dapat menentukan soalan kajian. 2 6.67 28 93.33
5 16.67 25 83.33
8. Guru dapat mengenal pasti metodologi kajian secara sistematik. 3 10 27 90
5 16.67 25 83.33
9. Perancangan tindakan dapat ditentukan dan dilaksanakan secara
sistematik oleh guru. 6 20 24 80

10. Guru dapat menghuraikan dapatan kajian.

11. Refleksi selepas kajian dapat dihuraikan oleh guru.

12. Cadangan tindakan susulan dapat ditentukan oleh guru berdasarkan
pembacaan artikel kajian pendidikan.

13. Guru dapat menulis rujukan berdasarkan APA Edisi Ke-7 berpandukan
Tool Kit Act-R.

Jadual 3 menunjukkan temu bual secara berstruktur mengenai persepsi guru menggunakan
templat Act-R, Tool Kit Act-R dan Act-R Sites. Dapatan pada Jadual 3 mendapati sepuluh
responden Tool Kit Act-R dapat membantu dalam penulisan kajian tindakan dengan lebih
sistematik. Namun begitu, sepuluh responden Masih keliru antara kaedah dan instrumen
pengumpulan data serta kaedah analisis data. Mereka memerlukan bimbingan dari SISC+ selaku
Jurulatih Utama Kajian Tindakan.

“Saya tahu jenis pengumpulan data je. Saya memang tak tahu pun rupanya ada
beza antara kaedah dan instrumen. Puan tolong bimbing saya tentang ni...”

(Responden 8)

Responden 2, 3 dan 5 menyatakan mereka memerlukan masa untuk laksanakan aktiviti
berdasarkan perancangan tindakan mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1988) kerana
mereka terlibat dengan aktiviti sukan Daerah dalam tempoh waktu berkenaan.

“Sekarang ni sangat sibuk dengan aktiviti sukan Daerah. Tak boleh nak buat
kajian tindakan dengan murid dalam kelas. Murid yang masuk sukan Daerah pun
ialah murid yang dapat TP2. Memang perlukan masa nak buat kajian tindakan,
Puan. Tunggu sampai sukan Daerah selesai.”

(Responden 2)

Responden 2, 3, 5, 9 dan 10 menyatakan mereka memerlukan masa untuk menghurai
dapatan kajian kerana perlu analisis data terlebih dahulu dan interpretasi dalam bentuk ayat. Ini
disebabkan kurang membaca artikel kajian pendidikan. Mereka juga kurang yakin dengan

196 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


cadangan tindakan susulan yang diberikan kerana tidak merujuk kepada pembacaan artikel
kajian pendidikan.

“Puan...saya jarang baca artikel...itupun masa kat universiti dulu. Perlukan masa,
Puan...untuk saya analisis. Itupun saya kena rujuk dulu mana-mana artikel
kajian. Saya pun kena study balik jenis dan cara analisis data.”

(Responden 3)

Responden 2, 3, 8, 9 dan 10 menyatakan mereka kurang yakin dengan rujukan yang ditulis dan
memerlukan bimbingan dari SISC+ untuk menulis APA Edisi Ke-7.

“Saya tak yakin dengan rujukan yang saya tulis. Saya perlukan masa nak buat
rujukan ikut APA..saya pun jarang baca artikel kajian tindakan. Perlukan
bimbingan Puan nak tulis rujukan..”

(Responden 3)

Jadual 3
Temu bual secara berstruktur persepsi guru menggunakan templat Act-R, Tool Kit Act-R dan Act-
R Sites

Soalan Temu Bual Berstruktur Persepsi Guru
Bil.

(n=10)

1. Adakah templat Act-R membantu anda dalam Templat Act-R membantu dalam merancang kajian

merancang kajian tindakan secara sistematik? tindakan secara sistematik (Semua responden).

2. Bagaimana anda menentukan isu kajian dan Kenal pasti tajuk mata pelajaran dan diikuti kemahiran

intervensi berdasarkan data Pentaksiran Bilik yang belum dikuasai oleh murid. Tentukan intervensi

Darjah (PBD)? yang bersesuaian berdasarkan bilangan murid yang

belum kuasai (Semua Responden).

3. Adakah anda dapat menentukan tajuk kajian Tajuk kajian dapat ditentukan dengan mudah dengan

dengan mudah berpandukan templat Act-R? memastikan mengandungi empat perkara dalam

pembinaan sesuatu tajuk (Semua Responden).

4. Adakah anda dapat menghuraikan pengenalan Pengenalan dapat dihuraikan secara sistematik

secara sistematik berdasarkan Tool Kit Act-R?? berdasarkan panduan pada Tool Kit Act-R. Perlu

mencari bahan bacaan berkaitan kepentingan

kemahiran yang dikaji (Semua Responden).

5. Adakah anda dapat menentukan pernyataan Pernyataan masalah dapat diapat ditentukan dengan

masalah berpandukan Tool Kit Act-R? merujuk pada data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan

refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

(Semua Responden)

197 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


6. Adakah anda dapat menentukan tujuan kajian Tujuan kajian dapat dihuraikan dengan mudah (Semua

berpandukan templat Act-R? Responden).

7. Adakah anda dapat menentukan objektif kajian Objektif kajian secara umum dan khusus dapat
secara umum dan khusus berpandukan templat ditentukan dengan mudah (Semua Responden).
Act-R?

8. Adakah anda dapat menentukan soalan kajian Soalan kajian dapat ditentukan dengan mudah

berpandukan templat Act-R? berdasarkan objektif khusus yang ditentukan (Semua

Responden).

9. Adakah anda dapat mengenal pasti metodologi Masih keliru antara kaedah dan instrumen

kajian berpandukan templat Act-R? pengumpulan data serta kaedah analisis data.

Perlukan bimbingan dari SISC+ selaku Jurulatih

Utama Kajian Tindakan (Semua Responden).

10. Perancangan tindakan dapat ditentukan Perancangan tindakan mengikut Model Kemmis dan
berpandukan templat Act-R. McTaggart (1988). Perlukan masa untuk laksanakan
aktiviti kerana terlibat dengan aktiviti sukan Daerah
(Responden 2, 3

dan 5).

11. Adakah anda dapat menghurai dapatan kajian Perlukan masa untuk menghurai dapatan kajian
berpandukan Tool Kit Act-R. kerana perlu analisis data terlebih dahulu dan
interpretasi dalam bentuk ayat. Ini disebabkan kurang
membaca artikel kajian pendidikan (Responden 2, 3,
5, 9 dan 10).

12. Adakah anda dapat menghuraikan refleksi Refleksi selepas kajian dapat dihuraikan dengan
selepas kajian berpandukan Tool Kit Act-R? mudah merujuk kepada perubahan tingkah laku dan
emosi murid serta perasaan sebagai guru (Semua
Responden).

13. Adakah cadangan tindakan susulan dapat Memberi cadangan tindakan susulan tanpa merujuk
ditentukan oleh anda berpandukan Tool Kit Act- pembacaan artikel kajian pendidikan. Tak yakin
R? dengan cadangan yang diberikan (Responden 2, 3, 5,
9 dan 10).

14. Adakah anda dapat menulis rujukan berdasarkan Membantu dalam menulis APA Edisi Ke-7 tapi kurang

APA Edisi Ke-7 berpandukan Tool Kit Act-R? yakin dengan rujukan yang ditulis. Perlukan juga

bimbingan dari SISC+ yang merupakan Jurulatih

Utama Kajian Tindakan (Responden 2, 3, 8, 9 dan

10).

15. Bagaimana Act-R Sites membantu anda dalam Muat turun templat Act-R, Tool Kit Act-R dan
kajian tindakan? maklumat serta bahan berkaitan kajian tindakan
(Semua Responden)

16. Adakah Tool Kit Act-R dapat membantu anda Tool Kit Act-R dapat membantu dalam penulisan
menulis kajian tindakan secara sistematik? kajian tindakan dengan lebih sistematik (Semua
Responden)

198 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


PERBINCANGAN

Secara keseluruhan, Tool Kit Act-R memberi impak positif iaitu guru dapat merancan secara
berfokus berdasarkan data. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Guru secara ansur maju dapat
menulis kajian tindakan secara terancang dan sistematik. Namun begitu, penggunaan Tool Kit
Act-R menjadi lebih efektif apabila bimbingan secara individu kepada guru yang belum mahir
menulis kajian tindakan. Guru diberikan masa untuk membina bahan intervensi dan
melaksanakan intervensi. Tool Kit Act-R dan Act-R Sites ditambah baik dari semasa ke semasa
mengikut keperluan guru. Inisiatif guru menambah ilmu pendidikan dengan pembacaan kajian
dari pelbagai sumber berkaitan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran yang relevan
seiring dengan perkembangan kognitif murid yang pelbagai agar intervensi dilaksanakan
berimpak tinggi.

RUMUSAN

Guru berperanan sebagai penyelidik di sekolah dalam menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran berimpak tinggi yang menyumbang kepada peningkatan prestasi murid.
Kepentingan kajian tindakan perlu disedari oleh setiap guru mata pelajaran bagi menambah baik
amalan pengajaran guru sama ada di dalam atau di luar kelas. Kajian tindakan yang dilaksanakan
perlu berfokus dan berdasarkan data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi menangani isu
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Inisiatif guru menambah ilmu dengan pembacaan
kajian pendidikan dari pelbagai sumber berkaitan kepelbagaian strategi dalam PdP yang relevan
seiring dengan perkembangan kognitif murid.

RUJUKAN

Ahmad, A. & Mahamod, Z. (2016). Tahap kemahiran guru bahasa melayu sekolah menengah dalam
melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina, opsyen dan tempat
mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1), 18-29.

Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif pelaksanaan pentaksiran
bilik darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152-161.

Arumugham, K. S. (2022). Pentaksiran bilik darjah (PBD) dalam norma baharu: Pemimpin pertengahan
dalam mengupayakan pelaksanaan PBD berasaskan teknologi. Sains Insani, 7(1), 37-43.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Pelan pembangunan profesionalisme berterusan (guru dan
pemimpin sekolah). Bahagian Pendidikan Guru.

Arumugham, K. S. (2019). Kajian Tindakan: Kearah Amalan PdPc Berkesan. In Seminar Pendidikan
Negeri Kedah Darulaman.

Berry, B. (2011). Teaching 2030: What we must do for our students and our public schools...Now and in
the future. Teachers College Press.

Dale, E. (1946). Audiovisual methods in teaching. Dryden Press.

Dale, E. (1969). Audiovisual methods in teaching (3rd ed.). Dryden Press.

Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. Basic Books. Ins.

199 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Hallinger, P., & Murphy, J. F. (1987). Assesing and developping principal instructional leadership.
Educational Leadership, 45(1), 54-61.

Hallinger, P. (2005). Instructional leadership and the school principal: a passing fancy that refuses to fade
away. Leadership and Policy in Schools, 4 (3), pp. 221-240.

Hawe, E., & Dixon, H. (2017). Assessment for learning: a catalyst for student self-regulation. Assessment
& Evaluation in Higher Education, 42(8), 1181-1192.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Deakin University Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Malaysia.
Machemer, P., & Crawford, P. (2007). Student perceptions of active learning in a large crossdisciplinary

classroom. Active Learning in Higher Education, 8, 9-30.
Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (2003). Psikologi pendidikan. Professional

Publishing Sdn. Bhd.
McNiff, S. (1988). Fundamentals of art therapy. Charles C Thomas Publisher.
Osman Lebar. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sharifah Nasyura Syed Asni, Haziah Sa’ari & Azmi Ab. Rahman (2018). Hubungan Kecerdasan Pelbagai

Guru Sains dengan Kemahiran Berfikir Pelajar. International Journal of Education, Psychology
and Counseling, 3(21), 51-63.
Siti Nor Aisah Moktar, Zaliza Hanapi, Tee, T.K., Suriani Mohamed & Ridzwan Che Rus (2018). Kesediaan,
penerimaan dan pengoperasian guru reka bentuk dan teknologi terhadap amalan dalam
pentaksiran berasaskan sekolah. Sains Humanika, 10(3-3), 89-94.
Kwiek, M., & Szadkowski, K. (2018). Higher education systems and institutions. Encyclopedia of
international higher education systems and institutions, 1-10.
Yates, A., & Johnston, M. (2018). The impact of school-based assessment for qualifications on teachers’
conceptions of assessment. Assessment in Education: Principles, Policy & Practice, 25(6), 638-
654.
Sufean Hussin (2014). Dasar sistem pendidikan: Perspektif teori dan pencapaian. Dalam Abdul Rahman
Idris (Eds.), Analisis strategik dasar pendidikan (pp. 1956-2014). Penerbit Universiti Malaya.
Şengül, S., & Caner, Ö. Z. (2020). The effect of mathematics instruction based on multiple intelligences
theory on the learner attitudes towards fractions unit in Grade 6. Elementary Education
Online, 7(3), 800-813.

200 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


MENINGKATKAN KUALITI PENYEDIAAN DAN PEMAKLUMAN GURU GANTI
MENGGUNAKAN

SISTEM e-GGS DI SK PARIT

ANITA BINTI HARIS

Sekolah Kebangsaan Parit
[email protected]

SHAHRUN BIN ALIAS
PPD Perak Tengah
[email protected]

ABSTRAK

Melindungi Masa Instruktional (MMI) dalam PdP di dalam bilik darjah merupakan salah satu

elemen terpenting bagi memastikan pembelajaran adalah berkesan dan berkualiti. Walau

bagaimanapun, guru-guru di sekolah seringkali tidak dapat berada di dalam bilik darjah atas

tuntutan rasmi mahupun tidak rasmi. Pihak pentadbir sekolah lazimnya akan menyediakan

jadual kelas guru ganti bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam bilik darjah.

Namun begitu, kaedah penyediaan dan pemakluman untuk guru ganti adalah

menggunakan kaedah konvensional iaitu secara bertulis di mana Pembantu Operasi (PO)

perlu mencari dan menyerahkan slip guru ganti kepada guru terlibat. Maka, pelaksanaan

guru ganti semasa ketiadaan guru perlu dirancang, diurus, dan dipantau secara cekap dan

berkesan supaya murid dapat menikmati peningkatan masa pembelajaran berkesan dan

berkualiti di dalam bilik darjah. Oleh itu, kajian tindakan menggunakan model Kemmis dan

McTaggart (1988) telah dijalankan bagi meningkatkan kualiti pelaksanaan kaedah

penyediaan dan pemakluman guru ganti di sekolah. Intervensi yang digunakan dalam

kajian ini ialah sistem yang direka bentuk daripada kombinasi data studio, google form,

google sheet dan whatsApps dikenali sebagai e-GGS ( e-guru ganti sekolah ).

Melalui kaedah e-GGS, guru ganti akan menerima satu mesej pemakluman guru ganti dan

perlu membuat pengesahan melalui pautan melalui google form yang disertakan.

Pembantu Operasi (PO) di sekolah hanya perlu membuat pemantauan penyemakan status

penerimaan e-GGS oleh guru terlibat sahaja. Kajian ini melibatkan 19 guru yang mengganti

dan seorang Pembantu Operasi (PO). Pengumpulan data melibatkan pemerhatian,

temubual dan soal selidik. Pengumpulan data ini dijalankan selama 3 bulan bermula Jun

sehingga Ogos. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan terhadap sistem e-GGS bagi

memastikan kualiti pelaksanaan kaedah penyediaan dan pemakluman guru ganti ini dapat

digunakan secara efisien dan mesra pengguna. Dapatan kajian menunjukkan sistem e-

GGS ini dapat meningkatkan kualiti pelaksanaan kaedah penyediaan dan pemakluman

guru ganti di sekolah dengan lebih efisien.

Kata kunci: Guru ganti, sistem e-GGS, google form, google sheet, data studio.

REFLEKSI KAJIAN
Sebagai peneraju kepimpinan organisasi sekolah, pihak pengurusan iaitu Guru Besar bersama
barisan pentadbir perlu mencari solusi bagi mengatasi sebarang permasalahan bagi

201 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


melancarkan pengurusan. Penglibatan guru-guru di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),dan agensi kerajaan
yang lain dalam menjalankan tugas rasmi di luar sekolah dalam waktu persekolahan sangat
ketara sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Keadaan ini ditambah dengan
fenomena biasa seperti guru berkursus, cuti sakit dan cuti rehat khas (CRK) sehingga
mengakibatkan tugas utama (core business) sebagai guru mengajar di dalam bilik darjah terjejas.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan beberapa panduan untuk mengurus
keadaan ini yang terdapat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10 Tahun 1995 tentang
(Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal bagi Sekolah Rendah dan Menengah) khususnya perkara VII
dan Standard Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) berkaitan pengurusan guru ganti dan usaha
pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai cara penyelesaian. Surat Pekeliling Iktisas
Bilangan 8 Tahun 2011 pula berkaitan pengurusan keselamatan murid di sekolah menyatakan
keselamatan dan kebajikan murid di sekolah hendaklah menjadi pertimbangan utama. Justeru
itu adalah amat penting memastikan keberadaan guru di dalam kelas bagi memantau aktiviti
murid sentiasa ditambahbaik, seterusnya dapat memastikan pembelajaran murid tidak terganggu
dengan ketidakhadiran guru.

Cabaran terhadap guru dalam Melindungi Masa Instruksional ( MMI) perlu ditangani
dengan cara penambahbaikan amalan sedia ada dari aspek pengurusan dan pengendalian yang
lebih sistematik. Inisiatif ini difikirkan perlu dilaksanakan dengan harapan mensasarkan sekurang-
kurangnya proses pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan melalui program
penambahbaikan sistem guru ganti. Oleh yang demikian, satu kaedah penyelesaian yang lebih
komprehensif perlu dicari bagi memastikan anak didik di dalam bilik darjah memperoleh hak yang
sepatutnya. Berdasarkan data rekod guru ganti di sekolah ini pula didapati kaedah yang
digunakan masih secara konvensional iaitu secara bertulis. Pembantu operasi perlu mencari dan
menyerahkan slip guru ganti kepada guru dan mereka perlu menandatangani buku rekod guru
ganti sebagai pengesahan penerimaan jadual guru ganti tersebut. Berdasarkan penyataan di
atas pihak pengurusan sekolah telah cuba menambahbaik pengurusan kaedah penyediaan dan
pemakluman guru ganti di sekolah ke arah yang lebih mudah,mantap dan efisien. Melalui kajian
ini masalah dalam pengurusan pemakluman guru ganti di sekolah telah dapat dimantapkan dan
diurus dengan cekap dan berkesan.

PERNYATAAN MASALAH

Isu pentadbir di sekolah sebelum ini ialah kesukaran menghantar atau untuk memaklumkan slip
guru ganti kepada guru yang terlibat dengan efisien,berkesan dan mesra pengguna. Kaedah
penyediaan dan pemakluman untuk guru ganti yang digunakan di sekolah masih menggunakan
kaedah konvensional iaitu secara bertulis di mana pada setiap hari Pembantu Operasi (PO) perlu
memaklum serta menghantar slip tersebut kepada setiap guru berkenaan. Masalah yang timbul
menggunakan kaedah tersebut adalah guru perlu dicari dan ada kalanya sukar dihubungi. Ia
juga mengambil masa dan tenaga ketika dilaksanakan terutamanya apabila melibatkan ramai
guru. Ini akan mengakibatkan kelas yang perlu diganti di waktu awal pagi biasanya akan
ketinggalan. Pembantu operasi juga sering meluahkan rasa ketidakpuasan hati dalam
mengendalikan kaedah yang digunakan sebelum ini kerana agak menyukarkannya kerana faktor
lokasi bangunan dan keberadaan guru yang diperlukan. Satu keputusan telah dibuat dalam
perbincangan bersama pihak pentadbir sekolah setelah menjalankan beberapa pemerhatian dan
temubual dijalankan. Kaedah bagi mengurus sistem guru ganti di sekolah perlu ditambahbaik
dan lebih mesra pengguna. Oleh itu satu kaedah baru menggunakan sistem yang lebih efisien
dan mesra pengguna telah dirancang dan dibina bersama-sama Penolong Kanan Pentadbiran di
sekolah serta dibimbing oleh seorang Penolong PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan

202 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


(USTP) dan SISC+ Sains dan Matematik PPD Perak Tengah. Maka terhasil satu sistem yang
dinamakan e-GGS (e–Guru Ganti Sekolah) yang diharapkan dapat membantu pengurusan
sekolah meningkatkan kualiti pelaksanaan kaedah penyediaan dan pemakluman guru ganti di
sekolah ini dengan lebih cekap dan efisien.

OBJEKTIF KAJIAN

Meningkatkan kualiti pelaksanaan kaedah penyediaan dan pemakluman guru ganti (e-GGS) di
sekolah bagi tempoh 3 bulan.

SOALAN KAJIAN

Adakah kualiti pelaksanaan kaedah penyediaan dan pemakluman guru ganti di sekolah dapat
ditingkatkan dalam tempoh 3 bulan ?

TINJAUAN LITERATUR

Era masa ini digelar era maklumat. Kebolehan mengurus secara berkesan dan efisyen adalah
menjadi keutamaan bagi sesebuah sekolah. Perkara penting apabila Information and
Communications Technogy (ICT) dapat digunakan dalam pengurusan pendidikan ialah
kebolehan untuk membangun atau mencipta sistem berdasarkan asas teknikal. Kemajuan
teknologi menjadi suatu komponen penting di mana sesebuah organisasi atau sekolah boleh
mencipta atau membangun sistemnya sendiri untuk melancarkan pengurusan. Pembangunan
sistem di sekolah dapat membantu guru dan pelajar mengakses maklumat dalam
mempertingkatkan produktiviti atau pencapaian mereka, sistem maklumat yang dibina itu juga
memberikan kesan positif serta membantu melancarkan proses pembelajaran serta pengurusan
dalam suatu organisasi. Kajian Brunsson & Olsen (2018) menyatakan bahawa perubahan
melibatkan satu proses, sistem, struktur, organisasi dan institusi dalam melaksanakan perubahan
dalam pengurusan.

Dunia pendidikan semakin mencabar, terutama pada era digital yang menuntut agar
pemimpin sekolah memupuk penggunaan teknologi digital dalam pentadbiran dan pengurusan
sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menghasilkan Pelan Transformasi ICT
2019-2023, yang dilancarkan untuk menyokong agenda pendidikan digital di Malaysia
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Pentadbir sekolah digesa untuk menguasai
kemahiran teknologi digital, termasuk memiliki ciri kepimpinan yang berfokus kepada teknologi
digital (Yusof et al., 2019). Para guru juga digalakkan untuk menguasai kemahiran teknologi
digital agar tidak mengalami kesukaran dalam melaksanakannya perubahan pendidikan (N. H.
Hamzah et al., 2021). Oleh itu, untuk mencapai matlamat Pelan Transformasi ICT 2019-2023
pengetua sekolah serta guru-guru perlulah menggunakan kemahiran ICT.

Kajian Mohammed Sani Ibrahim dan Mohd Izham Mohd Hamzah (2012) menunjukkan
pengurusan perubahan pendidikan yang melibatkan polisi bertujuan mencari strategi untuk
membantu sekolah melaksanakan inovasi ke peringkat yang lebih baik yang memerlukan tahap
kemahiran yang tinggi dalam semua aspek. Sistem e-GGS ini juga adalah satu inovasi baru
kepada sekolah. Jadual waktu dapat diseragamkan dengan menggunakan sistem yang sesuai.
Ia dapat juga menyelaraskan penggantian guru dan memastikan tiada kelas yang tanpa guru
dalam waktu belajar.

203 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


METODOLOGI KAJIAN

Kumpulan Sasaran

Persampelan tujuan (purposive sampling) digunakan dalam kajian ini melibatkan 19 orang guru
dan seorang Pembantu Operasi di SK Parit. Sekolah ini terletak di sebuah pekan kecil di Parit
Daerah Perak Tengah. Struktur geografi sekolah ini terletak di kawasan berbukit. Sekolah ini
mempunyai 6 buah bangunan dan jarak antara setiap bangunan agak jauh dan mengambil masa.

Aktiviti/Intervensi yang dicadangkan

TINJAUAN AWAL
• Pemerhatian keberadaan guru dalam kelas
• Temubual awal dengan Pembantu Operasi

MEREFLEK MERANCANG TINDAKAN
• Senarai semak pemerhatian • Penyediaan data dan instrumen kajian yang diperlukan
• Temubual ( Guru dan PO )
• Soal Selidik berstruktur bagi meningkatkan kualiti pelaksanaan kaedah
penyediaan dan pemakluman guru ganti.
• Pembinaan sistem e-GGS oleh PK 1 dengan bimbingan
Pegawai USTP PPD Perak Tengah berdasarkan
permasalahan yang dihadapi.

MELAKSANAKAN TINDAKAN DAN MEMERHATI

• PK1
➢ mengeksport data jadual waktu setiap hari
➢ Menghantar maklumat melalui whatsapp guru

terlibat

• Guru
➢ Membuka link e-GGS melalui whatsApp yang

diterima.
➢ Pengesahan penerimaan

• Pembantu Operasi (PO)
➢ Penyemakan status penerimaan e-GGS guru

➢ Hubungi guru terlibat sekiranya belum dibuat

pengesahan

Rajah 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988)

Tinjauan Awal

Pemerhatian keberadaan guru dalam kelas

Pemerhatian keberadaan guru di dalam kelas dilakukan oleh Guru Besar / Penolong Kanan
Pentadbiran melalui kaedah Morning Walk pada hari tertentu dan menggunakan senarai semak
catatan pemerhatian. Berdasarkan pemerhatian tersebut, didapati keberadaan guru untuk kelas
ganti adalah kurang memuaskan terutamanya jika melibatkan waktu awal pagi. Apabila diselidik
tentang ketidakberadaan guru ganti di dalam kelas, mereka memaklumkan bahawa tidak

204 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


menerima slip jadual guru ganti daripada Pembantu Operasi yang sepatutnya menyerahkan slip
tersebut.

Jadual 1
Bilangan kekerapan ketiadaan guru dalam kelas

Bulan April Mei Jun

Waktu PdPc 123123123

Kekerapan Ketiadaan Guru Dalam 320210210
Kelas

Temubual awal dengan Pembantu Operasi

Temu bual ini dijalankan bersama dengan Pembantu Operasi yang terlibat untuk mendapatkan
maklumat berkenaan masalah yang dihadapi semasa menguruskan perkara berkaitan
penyediaan dan pemakluman guru ganti di sekolah pada setiap hari. Seorang Pembantu Operasi
yang terlibat telah ditemubual secara tidak berstruktur bagi mendapatkan maklumat yang
diperlukan. Berikut adalah soalan yang digunakan oleh pengkaji semasa temubual dijalankan.

‘’ Apakah masalah yang anda hadapi dalam menguruskan penghantaran slip guru ganti
di sekolah ? ’’

‘’ Adakah anda merasakan kaedah sedia ada ini perlu ditambahbaik atau diganti?
Mengapa ?’’

‘’ Apakah cadangan anda untuk memperbaiki kaedah pengurusan jadual guru ganti ini ?
’’

Berikut adalah jawapan temubual bersama respondan

‘’Saya susah nak cari cikgu-cikgu jika mereka tiada di bilik guru. Telefon pula tak
dijawab.’’

‘’Rasanya sangat perlu diubah jika ada cara yang dapat memudahkan urusan saya. Letih
saya mencari cikgu-cikgu.’’

‘’Apa sahaja kaedah yang dapat memudahkan urusan saya dan cikgu-cikgu dan kalau
boleh tidak memenatkan saya.’’

205 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 2: Sesi Temubual dengan Pembantu Operasi

Merancang Tindakan
Penyediaaan data dan instrumen untuk membina sistem e-GGS
Perancangan tindakan telah dibuat berdasarkan daripada permasalahan yang dikesan dalam
mengendalikan penyerahan dan pengesahan slip guru ganti kepada guru. Idea untuk membina
sistem ini telah saya bincangkan bersama guru besar dan guru ICT di sekolah untuk
dilaksanakan. Namun tiada khidmat kepakaran dalam membina sistem ini di sekolah, lalu saya
memohon untuk mendapatkan bimbingan daripada Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan
(USTP) PPD Perak Tengah. Hasil perbincangan bersama beliau, saya telah membuat
persediaan keperluan bagi perkara yang diperlukan seperti jenis data dan instrumen yang
diperlukan sebelum sistem diwujudkan. Sistem yang direka bentuk ini adalah daripada kombinasi
data studio, google form, google sheet dan whatsApps. Data utama yang diperlukan adalah data
guru ganti untuk hari tersebut. Pembinaan sistem ini dapat dipermudahkan kerana sekolah ini
telah pun menggunakan sistem jadual waktu aSc Timestable dan aSc Subtitution sebagai data
guru ganti. Manakala untuk membina instrumen kajian saya telah dibimbing oleh SISC+ Sains
dan Matematik PPD Perak Tengah.
Berikut adalah data yang diperlukan untuk penyediaan sistem e-GGS :

Rajah 3: Data excel dari sistem jadual guru ganti

206 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 4: Google Sheet
Rajah 5: Google Form
207 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Pembinaan Data Studio Sistem e-GGS

Rajah 6: Data Studio
Melaksanakan tindakan dan memerhati
Peranan Penolong Kanan Pentadbiran
Langkah 1 - PK1 perlu memasukkan maklumat guru yang tidak hadir ke sistem aSc Subtitution
untuk membuat jadual guru ganti pada hari yang terlibat. Kemudian data daripada aSc Subtitution
perlu diekspot dan dipindahkan ke google sheet.

Rajah 7: Data jadual waktu aSc Substitution
208 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 8: Data eksport
Langkah 2 – Memasukkan data eksport ke dalam Google Sheet ADMIN e-GGS

Rajah 9: Data eksport dimasukkan ke Google Sheet admin
Langkah 3 – Secara automatik Google Sheet DATA akan memaparkan maklumat

Rajah 10: Data auto ke Google Sheet data
209 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Langkah 4 – Klik whatsApp link untuk menghantar ke nombor telefon guru terlibat

Rajah 11: Data dihantar ke Aplikasi whatsApp
Peranan Guru
Guru yang telah terpilih untuk menggantikan kelas akan menerima satu mesej pemakluman
melalui aplikasi whatsApp ke telefon bimbit masing-masing pada waktu pagi atau sebelum kelas
ganti bermula. Guru tersebut perlu menekan link yang disertakan. Paparan akan menunjukkan
kelas, tarikh dan masa untuk kelas gantian tersebut. Setelah maklum guru perlu membuat
pengesahan penerimaan dengan menekan butang pengesahan yang disediakan. Pengesahan
tersebut adalah dalam bentuk google form yang perlu diisi oleh guru. Paparan dalam data studio
akan menunjukkan guru telah pun membuat pengesahan.

Rajah 12: Penerimaan mesej dalam aplikasi whatsapp

210 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 13 : Klik pengesahan
Rajah 14: Google form pengesahan penerimaan
211 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 15: Paparan dalam data studio sistem e-GGS

Peranan Pembantu Operasi (PO)
Pembantu Operasi perlu menyemak status pengesahan penerimaan guru setiap kali adanya
jadual guru ganti. Beliau perlu memastikan guru membuat pengesahan sebelum kelas ganti
bermula. Jika didapati guru belum membuat pengesahan 30 minit sebelum kelas bermula, guru
tersebut perlu dihubungi untuk pemakluman.

212 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan oleh pentadbir semasa tinjauan awal kajian dijalankan dan pemerhatian
respon dalam sistem e-GGS menggunakan rekod status pengesahan dipantau oleh Pembantu
Operasi semasa intervensi dijalankan.
Temubual
Temubual bersama pembantu Operasi dilaksanakan semasa tinjauan awal dan selepas
intervensi dijalankan. Temubual bersama 3 orang guru fokus (guru yang kerap mengganti)
dilaksanakan selepas intervensi.
Soalselidik
Soal selidik tertutup menggunakan skala likert secara google form selepas intervensi dilakukan
kepada 19 orang guru dan seorang Pembantu Operasi yang terlibat.

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA
Rekod Status Pengesahan
Rekod Status Pengesahan dilakukan mengikut hari jika ada jadual guru ganti dilaksanakan.
Tugas tersebut dilakukan oleh Pembantu Operasi di mana beliau perlu membuat semakan sama
ada guru membuat pengesahan mengikut masa yang ditetapkan setiap kali adanya kelas ganti.
Temubual
Temubual separa berstruktur dijalankan kepada Pembantu Operasi sebelum dan selepas
intervensi manakala temubual kepada 3 orang guru fokus yang terlibat selepas intervensi
dijalankan. Soalan adalah berdasarkan pendapat mereka tentang sistem e-GGS yang telah
dilaksanakan sepanjang tempoh kajian dijalankan.
Soal Selidik Tertutup – (google Form)
Soal selidik tertutup menggunakan Skala likert dilakukan kepada 18 orang guru yang terlibat
dalam kajian e-GGS ini. Soalan disediakan dalam bentuk google form. Guru hanya perlu
menjawab 5 soalan yang disediakan.

Kaedah analisis data
Data kajian ini di analisis secara deskriptif dan juga menggunakan frekuansi dan peratus.

DAPATAN KAJIAN
Untuk menguji keberkesanan dan impak kajian yang dihasilkan ini dalam aspek pengurusan
sistem e-GGS ( sistem jadual guru ganti ) yang dihasilkan, saya telah melaksanakan beberapa
kaedah kajian untuk mendapatkan maklum balas dan data yang diperlukan. Pelaksanaan kajian
ini menggunakan kaedah pemerhatian respon guru dalam sistem, temubual dan instrumen soal
selidik tertutup dalam bentuk google form kepada guru dan pembantu operasi yang terlibat.

213 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Dapatan Melalui Pemerhatian

Pemerhatian respon pengesahan guru dalam sistem e-GGS dipantau oleh Pembantu Operasi
setiap kali adanya jadual guru ganti. Data yang telah diperoleh daripada senarai semak telah
dianalisis menggunakan frekuansi dan peratus seperti di bawah. Didapati pada bulan Jun sahaja
bilangan guru yang membuat pengesahan tidak mencapai 100%. Ini disebabkan penggunaan
sistem yang baru bermula di mana guru-guru masih belum menyesuaikan diri dengan rutin pagi
untuk menyemak aplikasi whatsapp. Pada bulan Julai dan Ogos pengesahan telah mencapai
sasaran iaitu 100%.

Jadual 2
Respon Pengesahan Guru

Bulan Bilangan membuat pengesahan Peratus (%) Bilangan tidak membuat Peratus (%)
mengikut masa pengesahan /lambat

Jun 17 89.5 2 10.5
Julai 19 100 0 0
Ogos 19 100 0 0

Dapatan melalui Temubual Guru dan Pembantu Operasi

Temubual dilakukan kepada 4 orang respondan iaitu seorang Pembantu Operasi (PO) dan 3
orang guru-guru fokus ( guru yang kerap menerima jadual ganti ). Kaedah temubual yang
dijalankan adalah kaedah temubual separa berstruktur ( Gay & Airasian,2000). Bagi temubual
separa berstruktur ini, soalan yang sama dikemukakan kepada mereka. Hanya soalan pertama
sahaja disediakan iaitu “ Apakah pendapat anda mengenai inovasi sistem e-GGS yang
dilaksanakan ini ?”. Berikut adalah dapatan temubual yang telah dianalisis secara tematik dalam
bentuk jadual.

Jadual 3
Analisis Dapatan Temubual Guru dan Pembantu Operasi

Respondan Soalan Penyataan Temubual
PO 1
Apakah pendapat anda mengenai sistem e- Menjimat masa dan tenaga. Semakan
Guru 1
GGS yang telah dilaksanakan ini ? pengesahan yang mudah dan cepat.

Apakah pendapat anda mengenai sistem e- Data mudah dirujuk semula dan pantas.

GGS yang telah dilaksanakan ini ? Memudahkan pemakluman kepada guru.

Guru 2 Apakah pendapat anda mengenai sistem e- Sistem yang sangat sesuai dan memudahkan
Guru 3
GGS yang telah dilaksanakan ini ? rujukan. Boleh tengok jadual rakan lain yang

mengganti kelas saya.

Apakah pendapat anda mengenai sistem e- Sistem e-GGS ini sangat bagus kerana mesej

GGS yang telah dilaksanakan ini ? whatsapp yang diterima ada link disertakan.

Mudah dirujuk,cekap dan efisien.

214 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Data temubual yang dianalisis adalah berdasarkan tema yang dikesan iaitu faktor
menjimatkan masa, cepat dan memudahkan. Secara keseluruhannya guru dan pembantu
operasi yang ditemubual menyatakan mereka berpuashati dengan pelaksanaan sistem e-GGS
ini di mana penerimaan mesej tersebut tidak mengganggu urusan namun dapat memudahkan
serta memberi peringatan kepada mereka. Di samping itu, sistem ini juga mudah diakses untuk
rujukan. Pembantu Operasi pula turut menyatakan sistem ini amat membantu memudahkan
tugasan beliau setiap hari. Beliau tidak perlu pergi menghabiskan tenaga mencari guru
sebaliknya hanya membuat pemantauan di hujung jari serta amat menjimat masa dan tenaga.

Dapatan instrumen soal selidik

Instrumen soal selidik secara tertutup menggunakan skala Likert digunakan dan dijawab oleh 20
respondan kajian iaitu 19 orang guru dan seorang Pembantu Operasi yang terlibat di akhir kajian.
Berdasarkan respon daripada soal selidik didapati 100% guru amat bersetuju dengan kaedah
baru perlaksanaan sistem jadual guru ganti e-GGS ini. Mereka berpuashati dan menyatakan
sistem ini tidak mengganggu urusan di sekolah, memudahkan dan perlu diteruskan. Soal selidik
tersebut menggunakan Google form yang dihantar menggunakan link yang disediakan. Berikut
adalah dapatan daripada soal selidik tersebut.

Jadual 4 Amat Setuju Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti
Dapatan Instrumen Soal Selidik Bil % Bil %
Bil % Bil %
Bil Penyataan
20 100
1. Adakah sistem e-GGS mengganggu urusan
anda di sekolah ? 20 100

2. Adakah anda berpuas hati dengan sistem e- 20 100
GGS ini ?

3. Adakah sistem e-GGS ini perlu diteruskan?

4. Adakah sistem ini memudahkan urusan anda 20 100
berbanding kaedah sebelum ini? 20 100

5. Adakah anda merasakan sistem ini perlu
disebarluas kepada sekolah lain ?

PERBINCANGAN

MMI dalam PdP di dalam bilik darjah merupakan salah satu elemen terpenting bagi memastikan
pembelajaran berkesan dan berkualiti di dalam bilik darjah dapat diteruskan sepanjang waktu
persekolahan. Guru mesti berada di dalam bilik darjah bagi memastikan kelangsungan proses
PdP berlaku serta memastikan disiplin dan keselamatan murid di sekolah sentiasa dibawah
pemantauan guru. Sekiranya jadual guru ganti tidak dirancang dengan bijak, perkara tersebut di
atas tidak mungkin akan tercapai.

215 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam bilik darjah, pihak pentadbir sekolah
telah membuat penambahbaikan kaedah penyediaan dan pemakluman jadual guru di sekolah.
Jika sebelum ini pengurusan kaedah guru ganti dibuat menggunakan kaedah konvensional iaitu
secara lisan dan bertulis, kini satu sistem yang lebih mesra pengguna iaitu sistem e-GGS
diperkenalkan sebagai langkah satu langkah perubahan proaktif dalam menambahbaik
pengurusan jadual guru ganti di sekolah. Semasa menggunakan kaedah konvensional
digunakan, masa dan tenaga diperlukan untuk mengesan guru bagi menghantar slip serta
menandatangani rekod guru ganti, namun selepas sistem e-GGS diperkenalkan tugas tersebut
hanya dilakukan dihujung jari menggunakan telefon sahaja. Pengurusan masa dapat dijimatkan
dan diganti dengan tugas-tugas lain yang diperlukan.

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, sistem e-GGS ini sangat sesuai digunakan
sebagai satu kaedah alternatif penambahbaikan sistem guru ganti di sekolah. Guru-guru telah
menunjukkan respon yang sangat positif semasa perlaksanaan kajian dijalankan. Sistem ini juga
memberi banyak pengajaran dan pengetahuan dalam penggunaan kemudahan teknologi seperti
ICT bagi penyediaan rekod guru ganti di sekolah. Melalui sistem e-GGS ini menunjukkan wujud
persepsi positif tentang penggunaan kemudahan Information and Communications Technology
(ICT) di kalangan guru di sekolah ini. Kemudahan teknologi ini dapat dimanfaatkan dengan
sebaiknya dalam sistem kerana ia memudahkan pentadbir dan guru bagi merekodkan data jadual
guru ganti dengan lebih produktif dan sistematik.

RUMUSAN

Penghasilan sesebuah kaedah atau perisian e-GGS memerlukan perancangan terperinci,
sistematik dan memerlukan kepakaran tertentu dalam aplikasi bahasa pengarangan dan
mempunyai masa yang mencukupi untuk memastikan perisian yang dibangunkan menepati
kehendak pengguna. Perisian yang bersifat mesra pengguna serta mudah digunakan akan
membantu melancarkan pengurusan di sekolah. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sistem
e-GGS yang dilaksanakan ini didapati sangat sesuai digunakan sebagai suatu kaedah alternatif
bagi melancarkan pengurusan sekolah dan dapat meningkatkan kualiti penyediaan dan
pemakluman guru ganti di sekolah. Dengan sistem e-GGS ini penggunaan kertas dapat
dikurangkan, masa penyediaan juga adalah singkat dan maklumat guru ganti boleh terus dihantar
kepada guru dengan mudah dan cepat setiap hari. Guru pula akan terima maklumat
pemberitahuan melalui aplikasi whatsApp secara terus dan pengesahan penerimaan boleh
diakses dengan mudah melalui link yang disertakan dalam whatsApp tersebut. Data guru ganti
tersebut juga sangat mudah dirujuk pada bila-bila masa sahaja oleh semua guru di sekolah.

Guru Besar sebagai pemimpin instruksional di sekolah bersama barisan pentadbir telah
mengambil langkah yang proaktif dengan merancang tindakan yang strategik dan holistik bagi
mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam bilik darjah dengan menggunakan sistem e-GGS
yang didapati sangat cepat dan berkesan. Keberadaan guru dalam kelas juga dapat ditingkatkan
di samping penambahbaikan dalam pengurusan guru ganti dilihat sebagai salah satu modus
operandi sekolah bagi mengatasi MMI dengan berkesan.

216 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN/CARTA GANTT

Jadual 5 JUN JULAI OGOS
Carta Gannt Pelaksanaan Kajian

BIL AKTIVITI
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan
data awal
2 Menyediakan perancangan kajian
3 Melaksanakan tindakan 1
4 Melaksanakan tindakan 2
5 Pemerhatian terhadap intervensi
6 Refleksi keseluruhan kajian
7 Menulis laporan Kajian

BAHAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN KAJIAN
Tidak melibatkan bahan dan perbelanjaan

RUJUKAN

Adhiah Muhammad & Rohani Roslan. (2013). Program Relief Berkesan Melindungi Masa Instruksional dan
Meningkatkan Masa Pembelajaran Berkesan di dalam Bilik Darjah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.Ahtiar Sanusi & Ahmad Zamri Md Isa. (2013). Amalan

Melindungi Masa Instruksional di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buletin Anjakan Bil.5/2015. Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Emiza Alias.(2017). Kajian Kes Tahap Keberkesanan Bahan Kelas Tanpa Guru (KTG) dalam Melindungi
Masa Instruksional (MMI) di Zon Keramat, Kuala Lumpur. Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Perak.

Nurul Ulfa Abd Aziz, Zawiyah M.Yusof dan Umi Asma’ Mokhtar (2011) Aplikasi ICT dalam
Pengurusan Rekod:Kajian Kes Dalam Jabatan Kerja RayaMalaysia .Jurnal Teknologi
Maklumat & Multimedia 10(2011) 21-33

Radziah Abdul Manap &Nasri Ramli.(2013). Protecting Instructional Time : Mengatasi Masalah Guru
Meninggalkan Kelas Kerana Tugasan Luar. Kementerian Pendidikan Malaysia.

https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/melindungi-masa-instruksional/1340-
melindungi-masa-instruksional-2-pengurusan-final/file

217 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


MENINGKATKAN AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN PEGAWAI PPD KOTA SETAR
MELALUI APLIKASI Al-SSPMS

ZULKIFILI BIN SALEH

[email protected]

HAMIDAH BINTI ISMAIL

[email protected]

ELINA TAN BINTI SHARIFF TAN

[email protected]

ABSTRAK

Kewujudan Perpustakaan Al-Syafii bertujuan menggalakkan pembelajaran sepanjang
hayat dan cintakan ilmu dalam kalangan warga PPD Kota Setar. Terdapat lebih 1300
koleksi buku, namun sistem pengelasan buku tidak dilaksanakan. Pengguna juga
tidak dapat akses kepada bahan bacaan dengan cepat kerana susunan buku tidak
teratur. Buku-buku yang dipinjam juga gagal dikesan. Justeru, Al-Shafii Smart
Partnership Management System (Al-SSPMS) dilaksanakan dengan
menggabungkan dua teknik cepat dan mudah melalui kod warna dalam membuat
pengelasan dan penyusunan buku, manakala kod QR bagi membolehkan
penggunaan telefon sebagai alat pengimbas untuk peminjaman. Impak penggunaan
Al-SSPMS dapat dilihat melalui pengurusan perpustakaan yang optimum, mesra
pengguna dan meningkatkan kawalan keselamatan buku-buku yang ada. Jumlah
pinjaman buku juga meningkat berbanding sebelum tindakan dilaksanakan. Laporan
Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM) juga menunjukkan jumlah buku dibaca
dan direkodkan 110 bacaan pada Jun 2022 berbanding 30 bacaan sepanjang tahun
2021. Kajian seterusnya boleh dilakukan dengan merujuk kepada penggunaan bahan
digital yang semakin meningkat digunakan.

Kata Kunci: Al-Shafii Smart Partnership Management System, pengelasan buku, Kod Warna, Kod
QR

REFLEKSI KAJIAN

Kewujudan Perpustakaan Al-Syafii menyokong usaha KPM bagi menggalakkan pembelajaran
sepanjang hayat dan cintakan ilmu dalam kalangan warga PPD Kota Setar. Usaha mewujudkan
perpustakaan ini telah dijalankan semenjak tahun 2018. Buku-buku yang telah ditinggalkan serta
terbiar telah dikumpulkan di perpustakaan ini. Terdapat juga buku-buku yang disumbangkan oleh
orang perseorangan mahupun syarikat-syarikat buku. Pada tahun 2020, perpustakaan ini telah
berjaya mengumpul sebanyak 1300 buah buku hasil pembelian dan sumbangan yang diperoleh.
Namun, jumlah pinjaman buku yang direkodkan dalam Rekod Pinjaman Buku adalah sangat
rendah. Refleksi melalui penyoalan 4 Why Root Cause Analysis yang kami lakukan mendapati
empat punca utama iaitu (i) pengguna tidak tahu tentang buku-buku yang ada di perpustakaan,
(ii) buku-buku tidak dikelaskan dan disusun, (iii) pegawai yang menguruskan tiada kemahiran

218 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


untuk membuat pengelasan dan peminjaman buku, dan (iv) pegawai perlu memberi masa untuk
fokus kepada tugas hakiki.

Pemerhatian awal yang dilakukan menunjukkan buku-buku yang diletak di rak tidak
disusun mengikut kelompok yang sama. Keadaan ini menyebabkan susunan menjadi tidak
menarik, tidak teratur dan sukar dikesan kembali apabila dikehendaki. Jumlah pinjaman yang
rendah, mungkin dapat dikaitkan dengan rekod bacaan pegawai-pegawai dalam Sistem
Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM). Tinjauan rekod bacaan dalam
SPLKPM bagi tahun 2021 menunjukkan hanya 101 buah buku direkodkan. Keadaan ini
merupakan satu indikator bahawa amalan membaca dalam kalangan pegawai di PPD Kota Setar
masih di tahap rendah.

Justeru, berdasarkan refleksi di atas, kami telah melaksanakan satu kajian tindakan
penyertaan (Creswell, 2008; Soon 2007) bagi meningkatkan pinjaman buku dari Perpustakaan
Al-Syafii dan seterusnya meningkatkan amalan membaca dalam kalangan pegawai di PPD Kota
Setar. Menurut Creswell (2008), kajian tindakan penyertaan merupakan satu pendekatan kajian
dalam usaha memperbaiki pengurusan organisasi ataupun sesuatu program dengan memberi
fokus kepada penyertaan dan tindakan untuk memahami persekitaran dan berusaha
mengubahnya, secara kolaboratif dan refleksi berterusan.

PENYATAAN MASALAH

Jumlah bilangan buku di Perpustakaan Al-Syafii adalah sekitar 1300 buah, namun
penggunaannya masih di tahap rendah. Pinjaman buku pada tahun 2020 hanyalah 10 buah
sahaja seperti yang tercatat dalam Rekod Pinjaman Buku. Dapatan awal kajian mendapati dua
faktor utama adalah buku-buku tidak dikelaskan bagi membolehkan pengguna mengesan bahan,
dan pengguna mungkin tidak merekodkan buku yang dipinjam. Sistem pengelasan buku
merupakan satu proses untuk mengorganisasi bahan-bahan mengikut bidang, mata pelajaran,
perkara dan topik (Ruziah Ahmad, 2017). Menurut Ruziah Ahmad (2017) sistem pengelasan
dalam ilmu Sains Perpustakaan adalah bertujuan (i) memberi kemudahan kepada pengguna
mendapatkan bahan bacaan mengikut keperluan yang dikehendaki dengan cepat dan teratur,
dan (ii) mudah untuk menentukan di mana tempat menyimpan bahan berkenaan supaya mudah
dikesan kembali apabila dikehendaki. Satu sistem pengelasan yang baik dan mudah difahami
mungkin dapat membantu pengguna dalam mencari mencari bahan atau menyimpan bahan
dengan mudah dan cepat. Pemerhatian awal mendapati tiada pengelasan dilakukan dan buku-
buku diletakkan di rak tanpa nombor panggilan. Keadaan ini mungkin menyukarkan pengguna
mencari bahan yang dikehendaki. Selain itu, pengurusan juga gagal melaksanakan
pengkatalogan bagi menyimpan rekod yang lengkap koleksi buku yang ada disebabkan tiada
pegawai khusus melaksanakan tugas berkenaan. Keadaan ini akan memungkinkan kehilangan
buku-buku kerana tiada rekod pinjaman diselia.

Satu daripada sistem yang diperkenalkan oleh KPM untuk digunakan di sekolah-sekolah
adalah Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey (DDC). Dewey pada tahun 1973 telah memberi
nombor pengelasan berdasarkan perkara perkara supaya semua bahan perpustakaan dapat
disusun dalam kelas-kelas tertentu. KPM menggunakan sistem ini kerana mudah difahami dan
sesuai dengan koleksi sekolah. Namun, pengurusan buku-buku di Perpustakaan Al-Syafii adalah
berbeza dengan di sekolah kerana tiada pegawai yang dipertanggung jawab seperti guru media
di sekolah. Tidak ada pegawai yang mendapat latihan tentang penggunaan sistem yang
dicadangkan. Kami mendapati, kegagalan menguruskan buku-buku secara bersistem adalah
punca utama kepada tahap pinjaman di Perpustakaan Al-Syafii sangat rendah. Justeru, keadaan

219 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


ini membantutkan usaha meningkatkan amalan membaca dalam kalangan pegawai di PPD Kota
Setar, khususnya di Sektor Pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:

a. Menghasilkan satu kaedah pengelasan buku dan penyusunan yang sistematik di
Perpustakaan Al-Syafii melalui penggunaan Kod Warna.

b. Meningkatkan pinjaman buku melalui penggunaan Kod QR dalam kalangan pegawai di PPD
Kota Setar.

SOALAN KAJIAN

Persoalan kajian adalah:

a. Sejauh manakah penggunaan Kod Warna dapat membantu pengelasan dan penyusunan
buku di Perpustakaan Al-Syafii?

b. Sejauh manakah penggunaan Kod QR dapat meningkatkan bilangan pinjaman buku dalam
kalangan pegawai PPDKS di Perpustakaan Al -Syafii?

TINJAUAN LITERATUR

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996 yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia melalui Perpustakaan Negara Malaysia mendapati hanya 29% daripada penduduk
Malaysia menggunakan perkhidmatan perpustakaan (Mohd Taib Mohamed, 2000). Menurut
Mohd Taib Mohamed (2000), prasarana pembacaan di perpustakaan awam masih kurang. Oleh
itu, usaha-usaha perlu dilakukan agar lebih banyak perpustakaan awam dibina, kakitangan
terlatih, bahan bacaan yang berkualiti dan penggunaan teknologi yang mempunyai capaian
kepada internet perlu dibekalkan. Perpustakaan adalah tempat mencari maklumat yang sah dan
perlu mempunyai kualiti perkhidmatan yang memuaskan untuk memenuhi maklumat yang dicari
oleh pengguna. Kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan pada umumnya
perlulah memenuhi keperluan maklumat yang diperlukan oleh pengguna (Nurul Hasliza Zainan
et al., 2018). Kajian oleh Nurul Hasliza Zainan et al. (2018), mendapati terdapat hubungan yang
signifikan antara perkhidmatan perpustakaan dan kepuasan pelajar sarjana muda di sebuah
universiti di Malaysia. Justeru, perkhidmatan perpustakaan yang memudahkan akses kepada
pengguna perlu ditingkatkan. Menurut Lancaster (1988), perkhidmatan perpustakaan yang baik
akan dapat menarik minat pengguna untuk meminjam bahan yang disediakan.

Perkembangan teknologi yang semakin pesat kini memberi cabaran baru terhadap bidang
Keperpustakaan (Shahril Effendi Ibrahim & Mohd Afiq Rusly, 2013; Zulkurnain Hassan Shazrin
Neerwan Christopher & Norazlina Musa, 2021). Penggunaan Kod QR di perpustakaan awam dan
universiti terkemuka bukannya sesuatu yang baharu. Kod QR merupakan singkatan daripada
perkataan Quick Response Code kerana dapat menterjemah isi kandungan Kod QR dengan
cepat. Fungsi utama Kod QR ialah mengubah data bertulis ke dalam bentuk kod dua dimensi
yang kecil dan ringkas. Kamera telefon pintar dapat digunakan untuk membaca isi kandungan

220 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Kod QR menerusi aplikasi Kod QR Reader. Sehingga kini, dapat dilihat bahawa Kod QR semakin
banyak digunakan terutama dalam pengiklanan di akhbar, poster mahupun di majalah. Kod QR
juga boleh digunakan untuk menghubungkan laman sesawang, memuat turun dokumen,
menyediakan direktori untuk dihubungi, menjadi petunjuk arah dan juga menghantar SMS atau
membuat panggilan (Shahril Effendi Ibrahim & Mohd Afiq Rusly, 2013). Shahril Effendi Ibrahim
dan Mohd Afiq Rusly (2013) telah memberikan lima kelebihan penggunaan Kod QR iaitu aplikiasi
percuma, ketahanan, mudah dipamerkan, mesra pengguna dan fleksibel. Menurut mereka,
Perpustakaan Digital OUM juga mengambil langkah untuk memanfaatkan teknologi yang
semakin pesat ini dengan membangunkan inisiatif penggunaan QR-Code untuk pengguna
perpustakaan.

METODOLOGI

a. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah terdiri daripada 32 orang pegawai di Sektor
Pembelajaran. Jadual di bawah menunjukkan kumpulan sasaran yang terlibat mengikut unit yang
ada di Sektor Pembelajaran.

Jadual 1
Pecahan kumpulan sasaran mengikut unit

UNIT BILANGAN
1. Unit SISC+ 20
2. Unit Pendidikan Islam 2
3. Unit Pemulihan Khas 2
4. Unit Pendidikan Khas 2
5. Unit Sumber Teknologi Pendidikan 5
6. Timbalan PPD Pembelajaran 1
32
JUMLAH

b. Aktiviti/ Intervensi

Dua intervensi utama telah dilaksanakan iaitu penggunaan Kod Warna dan Kod QR.

i.Aktiviti 1: Kod Warna

Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey telah membahagikan buku kepada sepuluh bahagian
utama dalam ringkasan pertama seperti dalam Jadual 2. Berdasarkan ringkasan pertama, sistem
ini telah memperincikan lagi kepada perkara-perkara tertentu mengikut bidang-bidang yang
dikenal pasti dalam ringkasan kedua seterusnya adalah berdasarkan nombor kelas. Contohnya
nombor pengelasan 499.28 merupakan buku dalam kelas Bahasa (400) bagi ringkasan pertama,

221 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


dan Bahasa Lain (490) dalam ringkasan kedua. Nombor kelas 499.28 merujuk kepada Bahasa
Melayu dan diperhalusi lagi kepada 499.2801 sebagai nombor kelas yang merujuk kepada
Falsafah, Teori, Prinsip Sains, Perkaedahan, Metodologi dan Prinsip Psikologi dalam Bahasa
Melayu. Seterusnya, buku-buku diberi nombor panggilan yang terdiri daripada nombor
pengelasan dan tiga huruf awal tajuk entri iaitu sama ada nama pengarang atau judul. Nombor
panggilan atau label buku tersebut akan ditampal di tulang buku atau di bahagian hadapan kulit
buku sebelum disusun di rak yang ditetapkan. Proses yang perlu dilaksanakan mengambil masa
yang panjang bagi sebuah buku sebelum dapat disusun di rak buku. Malah, sistem pemulangan
akan menjadi sukar bagi pengguna dan akhirnya buku-buku tidak akan disusun di tempat yang
sepatutnya.

Jadual 2
Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey Peringkat Pertama dan Kedua

RINGKASAN PERTAMA DALAM SISTEM CONTOH RINGKASAN KEDUA DALAM SISTEM

PENGELASAN PERPULUHAN DEWEY PENGELASAN PERPULUHAN DEWEY
000 – KARYA AM
100 – FALSAFAH 300 SAINS KEMASYARAKATAN
200 – AGAMA 310 – Perangkaan, Statistik
300 – SAINS KEMASYARAKATAN 320 – Sains Politik
400 – BAHASA 330 – Ekonomi
500 – SAINS TULIN 340 – Undang-undang
600 – TEKNOLOGI 350 – Pentadbiran Awam
800 – KESUSASTERAAAN 360 – Perkhidmatan Sosial
370 – Pendidikan
900 GEOGRAFI, PENGEMBARAAN, BIOGRAFO 380 – Perdagangan
390 – Adat Resam dan Budaya
DAN SEJARAH

Kod Warna hanya menggunakan ringkasan pertama dalam Sistem Pengelasan Perpuluhan
Dewey dan diwakilkan dengan warna seperti Jadual 3 di bawah. Bagi sesetengah koleksi buku
yang lebih banyak, ringkasan kedua juga digunakan seperti buku-buku pendidikan (370).

Jadual 3
Penggunaan Kod Warna dalam sistem pengelasan

SISTEM PENGELASAN KOD WARNA

000 – KARYA AM White
100 – FALSAFAH
200 – AGAMA Light
Gold

Light Green

300 – SAINS KEMASYARAKATAN Light Purple

400 – BAHASA Green

500 – SAINS TULIN Purple

600 – TEKNOLOGI Blue

800 – KESUSASTERAAAN Yellow

900 – GEOGRAFI, PENGEMBARAAN, BIOGRAFO DAN SEJARAH Red

222 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Kod Warna menggabungkan nombor pengelasan dan stok buku di Perpustakaan Al-Syafii.
Nombor panggilan 800/26 dicetak berwarna kuning bermaksud bidang kesusteraan, stok ke-26
dan susunan ke-26 di atas rak buku. Pengguna boleh meminjam buku dan mengembalikan
buku di tempat asal dengan merujuk kepada warna serta nombor susunan buku tersebut di rak.

Rajah 1: Penyusunan buku berdasarkan warna dan nombor panggilan
ii. Aktiviti 2: Kod QR

Konsep peminjaman buku di Perpustakaan Al-Syafii adalah secara ‘based on trust’ iaitu
pengguna boleh meminjam buku dan merekod pinjaman dan mengembalikan buku mengikut
masa yang tidak ditetapkan. Walau bagaimanapun, kaedah tersebut menyukarkan pihak kami
mengesan buku tersebut. Bagi memudahkan pinjaman serta mengesan kedudukan buku-buku
tersebut, pihak kami telah menggunakan Kod QR yang lebih mesra pengguna kerana
penggunaan telefon bimbit sebagai alat pengimbas. Penggunaan barcode scanner tidak
digunakan kerana tiada kemudahan serta memerlukan pengimbasan barcode dilaksanakan oleh
seseorang yang dipertanggungjawabkan. Maka Kod QR didapati lebih praktikal dan
penggunaannya tidak asing dalam kalangan pegawai. Langkah-langkah penyediaan kod QR:
Langkah 1: Memasukkan maklumat asas tentang buku terutamanya nombor pengelasan buku
ke dalam google drive. Kerjasama semua pegawai memasukkan buku-buku tersebut ke dalam
google drive yang disediakan.

223 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 2: Memasukkan maklumat buku ke dalam google drive
Langkah 2: Menjana Kod QR menggunakan aplikasi www.qrcode-tiger.com. Setiap kod QR yang
dihasilkan ditampal di bahagian hadapan kulit buku untuk memudahkan pengguna mengimbas
dan memasukkan maklumat peminjam.

Rajah 3: Menjana Kod QR menggunakan aplikasi www.qrcode-tiger.com
224 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 4: Proses menampal Kod QR di hadapan muka buku

Rajah 5: Pengguna akan mengimbas Kod QR untuk membuat pinjaman
225 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 6: Rekod pinjaman boleh dipantau melalui Dashboard Perpustakaan Al-Syafii

c. Kaedah Pengumpulan Data

Data penting bagi menjana proses refleksi dan penilaian terhadap apa yang berlaku dan
merancang tindakan selanjutnya. Bagi menentukan kejayaan tindakan yang telah dijalankan,
kami telah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan soal selidik.
Pemerhatian dilakukan ke atas susunan buku di rak dalam aspek kedudukan nombor panggilan,
susunan warna buku, dan susunan mengikut nombor stok buku dalam tempoh 2 minggu.
Pemerhatian juga dilakukan ke atas tingkah laku pengguna apabila mereka meminjam dan
memulangkan buku. Maklumat-maklumat di luar jangkaan, kekangan dan halangan yang
dihadapi diperhatikan sebelum, semasa dan selepas aktiviti-aktiviti diperkenalkan. Temu bual
dilaksanakan sebelum intervensi diperkenalkan bagi mendalami isu permasalahan kajian. Temu
bual digunakan bagi membantu pengkaji membentuk persoalan kajian serta objektif kajian.
Dokumen utama yang dianalisis adalah Buku Rekod Pinjaman, Dashboard Perpustakaan Al-
Syafii dan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM). Buku
Rekod Pinjaman memberi maklumat berkaitan buku dan peminjam dan diletakkan di
perpustakaan. Manakala SPLKPM membantu pengkaji mendalami impak ke atas bilangan
pembacaan buku yang direkodkan. Soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklum balas
tentang persepsi pengguna tentang penggunaan Kod Warna dan Kod QR.

d. Instrumen Pengumpulan Data

Dalam kaedah pemerhatian, kami menggunakan senarai semak, gambar dan rakaman video
untuk mengumpul data pemerhatian mengenai penggunaan Kod Warna dan Kod QR semasa
melaksanakan aktiviti. Soalan temu bual terbuka telah disediakan bagi mendapatkan maklumat
tentang punca pengguna tidak meminjam buku di perpustakaan. Dokumen utama yang dianalisis
adalah Buku Rekod Pinjaman, Dashboard Perpustakaan Al-Syafii dan Sistem Pengurusan
Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM). Buku Rekod Pinjaman memberi maklumat
berkaitan buku dan peminjam dan diletakkan di perpustakaan. Soal selidik digunakan bagi
melihat persepsi pengguna yang diukur menggunakan lima skala likert bermula dari ‘1’ Sangat
tidak setuju sehinggalah ke ‘5’ Sangat setuju. Contoh penyataan adalah:

226 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


i. Kod warna membolehkan buku disusun dalam kelompok yang sama.
ii. Penggunaan kod warna memudahkan saya mencari terus buku dari rak.
iii. Proses peminjaman yang mudah menggalakkan buku dipinjam.
iv. Penggunaan Kod QR memudahkan pinjaman buku dilaksanakan.
v. Kaedah ‘based on trust’ menggalakkan pinjaman dalam kalangan pegawai.

Soal selidik disediakan dalam bentuk google form dan dimasukkan pautan tersebut ke dalam
Group Chit Chat Sektor Pembelajaran.

e. Kaedah Analisis Data

Kaedah mengumpul dan menganalisis data pada peringkat ini sama dengan peringkat tinjauan
awal bagi menilai keberkesanan tindakan yang telah dilaksanakan. Kata kunci dikenal pasti
daripada data pemerhatian dan temu bual. Manakala, data yang dikumpul menggunakan analisis
dokumen dan soal selidik dianalisis secara deskriptif bagi menentukan kekerapan dan peratusan.
Hasil dapatan analisis data dibandingkan dengan sebelum dan selepas aktiviti intervensi
dilaksanakan.

DAPATAN KAJIAN

a. Dapatan Inkuiri pengkaji

Kami telah melaksanakan soalan inkuiri kendiri bagi mengesan isu yang dihadapi iaitu jumlah
pinjaman buku yang terlalu sedikit dalam kalangan pegawai. Dapatan daripada isu yang dikenal
pasti adalah seperti Jadual 4 di bawah.

Jadual 4
Inkuri kendiri pengkaji

Soalan Inkuiri Kendiri Refleksi

• Mengapa pegawai tidak Buku-buku di Perpustakaan Al-Syafii telah disusun di rak yang terdapat
meminjam buku di di ruang legar bangunan dan laluan utama pegawai. Kedudukan
perpustakaan? perpustakaan ini sangat strategik jika pegawai ingin meminjam buku
tersebut. Namun begitu pengguna mungkin tidak dapat aksess kepada
• Adakah buku yang ada di buku-buku yang diminati kerana sukar mencari buku. Pengguna tidak
perpustakaan mencukupi? tahu jenis-jenis buku yang terdapat dalam koleksi. Temu bual dengan
beberapa pegawai mendapati (i) 40% menyatakan susunan buku tidak
• Adakah pegawai tahu buku- menarik dan teratur, (ii) 30% menyatakan tiada masa untuk mencari
buku yang ada di buku yang ada, (iii) 20% menyatakan tidak tahu ada Rekod Pinjaman
perpustakaan? Buku, dan (iv) 10% mengakui sikap sendiri terhadap pembacaan buku.
Kami mendapati satu kaedah untuk menyusun buku dengan lebih
• Adakah pegawai minat kemas perlu dilakukan bagi membolehkan pengguna tahu dan mudah
membaca buku? akses kepada buku-buku.

• Adakah susunan buku-buku di
rak buku tersusun dan menarik
minat pembaca?

• Apakah yang perlu dilakukan?

• Mengapa buku-buku tidak dibuat Sistem pengelasan buku yang digunakan di perpustakaan awam atau
sekolah adalah rumit untuk dipatuhi. Kami sedar bahawa kegagalan
pengelasan?

• Apakah keadaan susunan mengelaskan buku menyebabkan susun atur serta kedudukan yang

sekarang memudahkan pegawai tidak kemas. Kedudukan buku di rak pada waktu ini amat menyukarkan
meminjam buku-buku yang ada? pegawai meminjam dan mengembalikan ke kedudukan asal. Sistem

• Adakah pegawai yang mengurus Pengelasan Perpuluhan Dewey tidak mungkin dapat dilaksanakan
perpustakaan mahir dengan sistem kerana kami tiada kemahiran serta faktor masa. Tambahan pula, kami

227 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


yang digunakan dalam lebih menumpukan kepada tugas hakiki yang perlu dilaksanakan.
pengelasan? Keadaan ini jika dibiarkan akan menyebabkan suasana yang lebih
buruk disebabkan susunan yang tidak kemas. Satu kaedah yang
• Adakah buku yang dipinjam mudah perlu dilakukan bagi memudahkan buku-buku disusun.
dikembalikan kedudukan asal?

• Apakah yang perlu dilakukan?

• Bagaimana pegawai yang Rajah 7: Tiada pengelasan buku di rak
mengurus tahu kedudukan buku
yang dipinjam? Tinjauan dokumen ke atas rekod pinjaman dalam Rekod Pinjaman
Buku mendapati jumlah buku yang dipinjam pada tahun 2021 hanya
• Adakah kaedah pinjaman ‘based on direkodkan sebanyak 10 buah. Jumlah tersebut amat sedikit
trust’ sesuai digunakan? berbanding jumlah pegawai dan jumlah buku yang ada. Kami
mendapati kaeadah pinjaman ‘based on trust’ gagal meningkatkan
• Bagaimana kita dapat mengesan budaya membaca dalam kalangan pegawai. Malah isu keselamatan
buku yang dipinjam? buku-buku yang ada juga mungkin perlu diberi perhatian. Pengguna
mungkin tidak mencatat pinjaman dalam buku yang disediakan. Satu
• Mengapa terlalu sedikit buku yang kaedah yang cepat dan mudah perlu dilaksanakan.
dipinjam?

• Adakah peminjam mencatat buku
dalam Rekod Pinjaman Buku?

Berdasarkan refleksi yang telah dilakukan, kami telah merancang kaedah yang lebih mudah untuk
memastikan buku-buku tersebut disusun mengikut pengelasan bagi memudahkan pengguna
akses kepada bahan tersebut. Maka, kami telah menghasilkan satu kaedah yang dikenali sebagai
Kod Warna.

b. Impak Penggunaan Kod Warna

Jadual 5
Analisis peratusan respon penggunaan Kod Warna

BIL KENYATAAN Sangat Tidak Agak Setuju Sangat
Tidak setuju setuju 64.71% setuju
1 Bilangan buku yang ada mencukupi untuk Setuju
bacaan. 5.88% 5.88% 23.53%
0%
Membuat pengelasan buku memerlukan
0%
2 kemahiran dan menggunakan masa kerja 5.88% 11.76% 35.29% 47.06%
0%
pegawai.
0%
3 Kod warna membolehkan buku disusun dalam 0% 0% 23.53% 76/47%
kelompok yang sama 0% 0% 0% 11.76% 88.24%
0% 0% 11.76% 88.24%
4 Penggunaan kod warna memudahkan saya
mencari terus buku dari rak.

5 Penggunaan kod warna memudahkan saya
memulangkan buku di tempat asal.

228 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Berdasarkan Jadual 5, responden kajian sangat setuju bahawa Kod Warna membolehkan buku
disusun dalam kelompok yang sama dan memudahkan mereka mencari terus dari rak serta
memudahkan pemulangan buku dilakukan. Namun, masih terdapat pengguna yang tidak setuju
bahawa bilangan buku yang ada mencukupi untuk bacaan. Respon daripada soalan terbuka telah
diringkaskan melalui beberapa kata kunci iaitu Kod Warna adalah memudahkan, menarik,
berkesan, jimat masa dan inovasi seperti ditunjukkan dalam Rajah 8 di bawah. 71% responden
menyatakan bahawa penggunaan Kod Warna adalah memudahkan.

Rajah 8: Pandangan responden tentang penggunaan Kod Warna

Pemerhatian
Kami mendapati jumlah buku yang ada di Perpustakaan Al-Syafii adalah mencukupi bagi
memberi perkhidmatan kepada semua pegawai. Pada peringkat awal, susunan buku menjadi
amat tidak teratur dan menyukarkan capaian oleh pengguna, namun susunan buku menjadi lebih
baik dan kemas apabila menggunakan Kod Warna. Kami dapati, masa menyediakan nombor
panggilan serta ditampal di buku adalah kurang daripada 5 minit bagi sesebuah buku. Susunan
menjadi lebih menarik dan memudahkan kami menentukan stok buku tersebut. Kod Warna juga
memudahkan pengguna mengembalikan buku tersebut dengan hanya merujuk kepada warna
dan nombor susunan di rak tersebut.

Rajah 9: Susunan buku mengikut warna dan nombor panggilan
229 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 10: Kod Warna dan nombor perolehan memudahkan pemulangan buku
Rajah 11: Kod Warna memudahkan carian buku oleh pengguna

Rajah 12: Ruang perpustakaan yang menjadi lebih kemas.
230 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


REFLEKSI

Penggunaan Kod Warna telah memudahkan kami membuat pengelasan ke atas buku-buku yang
terdapat di perpustakaan. Warna berlainan bagi kelas yang berbeza telah membolehkan buku-
buku disusun mengikut kelompok yang sama serta menjadi sangat praktikal dalam keadaan di
mana tiada pegawai yang khusus menjaga buku-buku di perpustakaan ini. Nombor panggilan
yang mudah dikesan memudahkan pengguna meminjam dan mengembalikan buku tersebut.
Namun kami dapati, rekod pinjaman buku masih lagi rendah kerana catatan pinjaman dalam
Rekod Pinjaman Buku tidak membuktikan bahawa buku-buku yang ada dipinjam. Keadaan ini
mungkin disebabkan pengguna tidak mencatat pinjaman dalam buku yang disediakan. Justeru,
satu tindakan perlu diambil bagi memudahkan pinjaman dilakukan dan seterusnya membantu
meningkatkan keselamatan buku-buku tersebut.

Impak Penggunaan Kod QR

Penggunaan Kod QR dalam kalangan pegawai di Sektor Pembelajaran, PPD Kota Setar telah
menjadi perkara biasa terutamanya dalam mengambil kehadiran guru berkursus, perkongsian
bahan, mendapat maklum balas dan sebagainya. Maka, kami telah menggunakan Kod QR
sebagai alternatif untuk memudahkan pengguna mengimbas bagi membuat pinjaman dan
pemulangan buku. Hasil maklum balas penggunaan Kod QR ditunjukkan dalam Jadual 6 di
bawah.

Jadual 6
Analisis peratusan respon penggunaan Kod QR

BIL KENYATAAN Sangat Tidak Agak Setuju Sangat
Tidak Setuju setuju setuju 5.88% setuju
1 Proses peminjaman yang mudah 41.18% 94.12%
menggalakkan buku dipinjam. 0% 0% 0% 47.06%
11.76% 29.41%
2 Saya meminjam buku dari Perpustakaan Al- 0% 0% 64.71%
Syafii 5.88% 23.53%
29.41% 76.47%
Saya kerap menggunakan Kod QR dalam 0% 52.94%
17.65%
3 pelbagai urusan kerja dan kehidupan 0% 0%

seharian.

4 Penggunaan Kod QR memudahkan pinjaman 0% 0%
buku dilaksanakan. 0% 0%

5 Kaedah ‘based on trust’ menggalakkan
pinjaman dalam kalangan pegawai.

Dapatan maklum balas menunjukkan peratusan pelanggan sangat setuju (94.12%) bahawa
proses pinjaman buku yang mudah akan menggalakkan buku dipinjam. Walau bagaimanapun
hanya 47.06% sangat setuju mereka meminjam buku di Perpustakaan Al-Syafii. Oleh kerana
penggunaan Kod QR digunakan dalam pelbagai urusan kerja dan kehidupan seharian, peratusan
tinggi pelanggan sangat setuju penggunaan Kod QR memudahkan pinjaman buku dilaksanakan.
Respon daripada soalan terbuka telah diringkaskan melalui beberapa kata kunci iaitu Kod QR
adalah memudahkan, boleh diguna di mana-mana, berkesan, jimat masa, mesra pengguna dan
selari dengan dunia digital seperti ditunjukkan dalam Rajah XX di bawah. 45% responden
menyatakan bahawa penggunaan Kod Warna adalah memudahkan.

231 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Rajah 13: Pandangan responden tentang penggunaan Kod QR

Pemerhatian
Penggunaan telefon pintar telah membolehkan pengguna memasang pelbagai aplikasi seperti
penggunaan kod QR. Penggunaan Kod QR telah memudahkan penyediaan perkhidmatan
kepada pelanggan contohnya dalam membuat pinjaman dan pemulangan buku-buku. Pengguna
tidak lagi perlukan pen dan kertas untuk menulis semua maklumat pinjaman, tetapi hanya perlu
mengimbas dan menaip maklumat yang diperlukan. Pengimbasan boleh dilakukan di mana-mana
sahaja berbanding maklumat perlu dimasukkan secara bersemuka dalam pengisian borang
pinjaman konvensional. Perubahan ini menjimatkan kos penggunaan kertas dan menjimatkan
masa pengguna. Penggunaan google drive bagi menyimpan maklumat buku telah menjimatkan
masa dalam proses pengkatalogan. Capaian maklumat yang diperlukan boleh dilakukan dengan
cepat.

Maklumat dalam Dashboard Perpustakaan Al-Syafii menunjukkan peningkatan bilangan
pinjaman buku. Pada tahun 2021 hanya 15 buah buku direkodkan, namun pada bulan Mei 2022
sahaja telah merekodkan 46 pinjaman buku. Kami juga membandingkan jumlah bacaan buku
yang direkodkan dalam SPLKPM dan mendapati berlaku peningkatan yang ketara dalam jumlah
buku yang dibaca. Dalam Rajah 14 menunjukkan pada Jun 2021, jumlah buku di baca hanyalah
30 buah berbanding 110 buah buku pada tempoh yang sama pada tahun 2022. Sebahagian
besar buku yang dibaca boleh didapati dalam koleksi Perpustakaan Al-Syafii. Kami
menjangkakan rekod bacaan akan mencapai 200 buah pada hujung tahun 2022.

232 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2


Click to View FlipBook Version