Pengkaji : Apa pendapat kamu apabila cikgu mengajar dengan
bantuan R-Off dengan modul ini?
Murid 1
Murid 2 : Rasa lagi senang.
: Betul tu sebab dah siap-siap ada warna dekat
Pengkaji
kumpulan nombor
Murid 1 : Maksudnya kamu berdua lebih faham apabila ada R-
Murid 2
Off tapi kalau R-Off tak ada, boleh bundar ke?
: Boleh je cikgu. Kan dah ada templat kat modul ni.
: Jimat masa kami bila ada templat. Balik nanti saya nak
scan kod QR ni. Saya nak ajar adik saya pula.
(TB/M1M2/15062022)
Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, murid menyatakan respon penggunaan kit R-
Off dan Modul Bundar Nombor. Kit R-Off memudahkan murid membundar kerana tersedia warna
yang berbeza mengikut kumpulan nombor. Teknik L yang ditekankan juga membantu
meyakinkan murid menjawab soalan dengan cara selepas L mesti 0. Hasil kerja murid juga lebih
kemas kerana disediakan templat untuk murid menjawab soalan. Templat tersebut menyediakan
ruangan untuk soalan dan jawapan untuk ditulis murid. Hal ini dapat juga berjaya menjimatkan
masa.
Saya sangat gembira apabila murid tersebut mahu mengajar adiknya pula di rumah.
Setelah murid imbas pada paparan kod QR, murid boleh mengakses penerangan guru cara
penggunaan R-Off serta jawapan bagi menyemak jawapan murid.
Analisis dokumen
Berdasarkan analisis dokumen pada Modul Bundar Nombor, seramai 13 daripada 15 orang murid
berjaya melengkapkan latihan dengan baik, tepat serta pantas. 13 orang murid ini juga mendapat
100% betul untuk kesemua soalan yang diberikan. Namun begitu, terdapat 2 orang murid yang
masih memerlukan bimbingan secara individu.
Antara kesilapan yang ditemui pada analisis dokumen ini, murid ini keliru pada nilai tempat
yang ingin dibundarkan. Arahan soalan ialah bundarkan pada ribu terdekat tetapi murid tersebut
telah membundar pada puluh ribu terdekat.
Rajah 8 : Murid keliru nilai tempat yang ingin dibundarkan
333 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Seorang murid lagi merupakan murid pemulihan yang berpencapaian rendah. Murid ini
melengkapkan tugasan dengan sangat perlahan dan memang memerlukan bimbingan secara
individu.
Analisis dokumen bahagian impak pada Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru juga
menguatkan lagi dapatan.
Rajah 9 : Impak selepas PdPc dijalankan
Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian saya, penglibatan murid di dalam kelas amat memberangsangkan
sekaligus menunjukkan murid telah mempunyai kefahaman yang baik dalam kemahiran
membundar nombor. Saya juga telah memilih secara rawak murid berpencapaian sederhana
untuk mengajar di hadapan dan ternyata murid kumpulan ini juga berupaya menerangkan semula
kefahaman mereka berkenaan kemahiran membundar nombor menggunakan kit R-Off. Situasi
ini telah memberi kepuasan pada diri saya kerana menunjukkan murid begitu memahami isi
pelajaran yang disampaikan. Namun begitu, berdasarkan pengamatan saya masih terdapat dua
orang murid yang agak perlahan dalam melengkapkan tugasan pada Modul Bundar Nombor.
Murid ini akan dibantu secara individu pada kitaran 2.
Kitaran 2
Murid dibimbing secara individu oleh guru dan menggunakan kit R-Off dengan lebih kerap.
Rajah 10: Murid diberi bimbingan secara individu
334 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Analisis dokumen
Berdasarkan analisis dokumen setelah bimbingan diberikan, murid boleh menjawab soalan pada
Modul Bundar Nombor dengan tepat pada kelajuan murid itu sendiri.
Pemerhatian
Pada permulaannya, saya membimbing murid untuk setiap soalan menggunakan kit R-Off.
Setelah bimbingan diberikan secara lebih kerap, murid berupaya membundar sendiri dengan
berbantukan kit R-Off. Berdasarkan pemerhatian saya, dua orang murid ini lebih cekap
membundar nombor dengan tepat apabila membundar menggunakan kit R-Off. Situasi ini telah
memberi kepuasan pada diri saya kerana menunjukkan murid begitu memahami isi pelajaran
yang disampaikan.
Temu bual
Saya telah menemu bual peserta kajian bagi kitaran 2 ini. Temu bual yang dijalankan adalah
secara tidak formal di mana tidak ada skrip yang disediakan terlebih dahulu. Keratan temubual
adalah seperti di bawah.
Pengkaji : Sekarang kamu rasa dah boleh bundar dengan baik?
Murid 3 : Boleh cikgu. Tadi saya tersilap sikit saja.
Murid 4 : Boleh cikgu.
Pengkaji : Bagus. Cikgu nampak peningkatan pada kamu berdua.
Kalau R-Off tiada dengan kamu, boleh ke kamu
membundar juga?
Murid 3 : Insya-Allah boleh cikgu.
Murid 4 : Boleh. Mesti boleh.
(TB/M3M4/15062022)
Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, murid menyatakan keyakinan mereka
dalam membundar nombor. Murid juga menyatakan rasa yakin mereka berupaya membundar
nombor walaupun tanpa kit R-Off.
Ujian Diagnostik Akhir
Setelah melaksanakan kesemua langkah yang dirancang dalam pelaksanaan tindakan bagi
kajian ini, Ujian Diagnostik Akhir dijalankan di akhir kajian. Dalam Ujian Diagnostik Akhir ini 10
soalan berfokus kepada bundar nombor sehingga ratus ribu terdekat diberikan. Walaupun soalan
Ujian Diagnostik Awal dan Ujian Diagnostik Akhir adalah berbeza tetapi kedua-dua soalan ini
adalah pada tahap yang sama. Hal ini bagi membolehkan saya mengenal pasti sama ada berlaku
peningkatan dari penguasaan murid bagi kemahiran membundar nombor sehingga ratus ribu
terdekat. Markah peserta kajian bagi Ujian Diagnostik Akhir ditunjukkan dalam Jadual 6 di bawah.
335 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 6
Markah Ujian Diagnostik Akhir setiap murid
Murid Markah
M1 80
M2 90
M3 100
M4 100
M5 100
M6 100
M7 100
M8 100
M9 100
M10 100
M11 100
M12 100
M13 100
M14 100
M15 100
Berdasarkan markah Ujian Diagnostik Akhir dalam Jadual 6 di atas, 13 orang telah
mendapat markah maksimum iaitu 100%. Murid telah berjaya menjawab kesemua soalan dengan
betul setelah diperkenalkan kit R-Off dan Modul Bundar Nombor. Seterusnya terdapat seorang
peserta kajian mendapat markah 90% di mana M2 menjawab 1 soalan dengan salah dan seorang
lagi mendapat 80%. Melalui markah Ujian Diagnostik Akhir ini secara keseluruhannya saya
mendapati semua murid telah mencapai tahap masteri dan menguasai kemahiran membundar
nombor hingga ratus ribu terdekat.
Perbandingan Markah Ujian Diagnostik Awal dan Ujian Diagnostik Akhir
Bagi mengukur tahap pencapaian murid sebelum dan selepas menggunakan intervensi, saya
telah membuat jadual serta graf perbandingan antara Ujian Diagnostik Awal dan Ujian Diagnostik
Akhir. Perbandingan markah antara Ujian Diagnostik Awal dan Ujian Diagnostik Akhir adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6 dan Rajah 6 di bawah.
Jadual 7
Perbandingan Markah Antara Ujian Diagnostik Awal dan Ujian Diagnostik Akhir
Murid Markah Ujian Markah Ujian Peningkatan
Diagnostik Diagnostik markah murid
M1 Awal (%) Akhir (%)
M2 (%)
M3 0 80
M4 0 90 80
M5 30 100 90
M6 20 100 70
M7 10 100 80
M8 40 100 90
60 100 60
90 100 40
10
336 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
M9 50 100 50
M10 40 100 60
M11 40 100 60
M12 60 100 40
M13 80 100 20
M14 100 100 0
M15 100 100 0
120
100
80
60
40
20
0
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15
Ujian Diagnostik Awal Ujian Diagnostik Akhir
Rajah 11: Perbandingan Markah Antara Ujian Diagnostik Awal dan Ujian
Diagnostik Akhir
Berdasarkan perbandingan markah antara Ujian Diagnostik Awal dan Ujian Diagnostik Akhir,
saya dapat melihat bahawa semua subjek kajian dapat menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan setelah diperkenalkan kit R-Off dan Modul Bundar Nombor. Malahan
terdapat dua orang peserta kajian yang mengalami peningkatan markah sehingga 90%.
Peningkatan yang ditunjukkan jelas membuktikan semua murid berjaya mencapai tahap masteri
selepas kit R-Off diperkenalkan. Hal ini membuktikan R-Off dan Modul Bundar Nombor sangat
membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran membundar nombor
hingga ratus ribu terdekat.
PERBINCANGAN
Penggunaan kit R-Off dan Modul Bundar Nombor telah berjaya memberi kesan kepada kedua-
dua pihak iaitu saya sebagai guru dan juga kepada murid. Bahagian ini akan membincangkan
hasil dapatan yang telah dianalisis secara mendalam bagi menjawab soalan kajian. Perbincangan
dilakukan secara berperingkat bagi menjawab soalan kajian.
Soalan Kajian 1:
Bagaimana kemahiran membundar nombor sehingga ratus ribu terdekat dapat ditingkatkan
dalam kalangan murid Tahun 5 Cerdik dengan menggunakan Kit R-Off?
Membantu Murid Membundar dengan Tepat
Komponen yang terdapat pada R-Off ternyata membantu murid membundar nombor dengan
tepat. R-Off mempunyai komponen penentu nilai tempat. Ini membantu murid menentukan +1
atau kekal pada nilai tempat yang ingin dibundarkan.
337 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 12: Penentu nilai tempat
Berdasarkan penentu nilai tempat ini, murid merujuk jadual yang diberikan.
Jadual 8 Nombor tempat yang ingin dibundarkan
Cara penggunaan penentu nilai tempat 0
+1
Jika nombor pertama dalam L
Biru
Merah
Gelungan pada roda nombor juga telah mengasingkan kumpulan nombor.
Angka 0,1,2,3, dan 4 dengan warna biru manakala kumpulan nombor 5,6,7,8 dan 9
dengan warna merah. Hasilnya, masalah murid melakukan kesilapan atau kecuaian
dalam membundar dapat dikurangkan. Ramai pengkaji yang berjaya membuktikan
bahawa warna mampu mempengaruhi prestasi pembelajaran murid. Salah satu
daripadanya ialah kajian Nurul Atiqah dan Salmiah (2013) yang menerangkan
bagaimana warna mampu menarik minat murid untuk belajar dan memahami konsep
matematik.
Bundar menggunakan teknik L kepada murid juga ditekankan. Teknik ini amat
membantu murid untuk menjadikan jawapan 0 selepas nilai tempat yang ingin
dibundarkan. Berdasarkan analisis dokumen pada Modul Bundar Nombor murid dan
pada Ujian Diagnostik Akhir, ternyata kesilapan yang tidak menjadikan 0 selepas L
dapat diatasi sepenuhnya.
Rajah 13 : Teknik L
338 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Semasa proses PdPc berlangsung, terdapat beberapa keadaan yang membuktikan murid
berjaya membundar dengan tepat. Antaranya ialah murid berpencapaian sederhana
menunjukkan keyakinan yang tinggi semasa dipanggil melengkapkan soalan di hadapan kelas.
Rajah 14: Murid berkeyakinan membundar di hadapan kelas.
Tambah lagi, murid berpencapaian sederhana menunjukkan keyakinan dalam
membimbing rakan lain membundar nombor dengan tepat. Rakan tersebut dari kumpulan murid
berpencapaian sederhana dan berpencapaian rendah.
Rajah 15: Murid berkeyakinan membimbing rakan lain melengkapkan Modul Bundar
Nombor.
Hal ini juga terbukti berdasarkan dapatan pada Ujian Diagnostik Akhir di mana semua
murid berjaya mencapai tahap pembelajaran masteri iaitu min markah ialah sebanyak 80%.
Memberi Kefahaman Isi Pengajaran Secara Maksimum
Sepanjang tempoh pembelajaran, murid diberikan Modul Bundar Nombor. Modul ini menekankan
aspek pembelajaran masteri. Modul ini telah dirangka secara teratur. Murid diberikan latihan
secara berperingkat bermula dari bundar nombor kepada puluh terdekat sehingga bundar nombor
kepada ratus ribu terdekat.
339 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 16: Kandungan dalam Modul Bundar Nombor.
Murid juga disediakan templat pada Modul Bundar Nombor. Hal ini memudahkan murid
belajar walaupun tanpa kit R-Off di tangan murid.
Rajah 17: Templat bundar nombor
Penerangan yang diberikan kepada murid yang ramai juga dalam bentuk tayangan slaid
di hadapan. Situasi ini membantu murid untuk memahami isi pelajaran dengan lebih jelas.
Rajah 18: Penerangan guru menggunakan slaid
340 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Di Modul Bundar Nombor terdapat pendekatan digital seperti video cara penggunaan dan
jawapan diberikan secara Kod Quick Response (QR). Murid boleh mengakses maklumat dengan
mengimbas kod QR pada bila-bila masa sahaja. Jelas disini, aplikasi digital berlaku. Ibu bapa
juga turut boleh membantu murid ketika berada di rumah. Pendekatan digital ini bertepatan
dengan Revolusi Industri 4.0 (4IR).
Rajah 19: Kod QR pada Modul Bundar Nombor
Rajah 20: Jawapan yang disediakan setelah diimbas kod QR.
Rajah 21: Video cara penggunaan kit R-Off
341 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Noriati (2009) menyokong bahawa penggunaan teknologi dalam pembelajaran
membuatkan penerangan dan penjelasan guru tentang sesuatu perkara akan lebih mudah
difahami apabila guru dibantu oleh pelbagai bahan dan peralatan yang mampu menterjemahkan
maksud yang jelas berhubung dengan penerangan guru. Murid boleh mengulangkaji dengan
mendengar penerangan guru berulang kali di rumah. Murid yang tidak hadir juga boleh
mengakses pembelajaran di rumah dengan bantuan video penerangan dan semakan jawapan
pada modul.
Murid Lebih Berminat untuk Belajar
Kaedah interaksi murid dan bahan dilihat berkesan membentuk komunikasi dua hala. Murid
memberikan respon yang sangat positif dan menunjukkan kadar penumpuan dan kefahaman
yang tinggi semasa guru memberi penerangan. Hal ini ditakrifkan ketika guru bertanyakan soalan
lisan kepada murid, mereka mampu memberikan jawapan yang tepat. Situasi ini diperjelaskan
oleh Rozinah (2002) bahawa visual interaktif memberi motivasi kepada pelajar dengan
menjadikan pembelajaran lebih menarik apabila pelajar memahami apa yang dipelajari dengan
lebih jelas.
Proses penyampaian sesuatu maklumat menjadi lebih efektif hasil daripada penggunaan
bahan maujud yang menarik serta pengaplikasian teknologi digital pada Modul Bundar Nombor
dan PdPc. Elemen-elemen pada kit R-Off ini menyokong penggunaan pelbagai sensor (multi-
sensory) serta mampu merangsang pelbagai deria murid. Mayer (2003) menyatakan bahawa
bahan pembelajaran yang bermakna adalah bahan pembelajaran yang dapat menarik minat,
mengurangkan beban kognitif, dan dapat memberikan pengalaman baru kepada pelajar.
Apabila murid berminat untuk mempelajari pembelajaran pada hari tersebut, mereka juga
akan mula minat dengan mata pelajaran Matematik ini sendiri. Kesan jangka masa panjang,
murid akan kekal fokus, menunjukkan minat dan sentiasa melakukan terbaik bagi mata pelajaran
Matematik ini. Oleh itu, visual interaktif merupakan langkah yang praktikal dan relevan untuk
mendapatkan perhatian murid dalam proses PdPc.
Soalan Kajian 2:
Bagaimana amalan pengajaran guru dapat ditambahbaik dalam membundar nombor sehingga
ratus ribu terdekat apabila menggunakan Kit R-Off dan Modul Modul Bundar Nombor?
Menjimatkan Masa Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Penggunaan kit R-Off dapat menjimatkan masa dalam mempelajari kemahiran membundar
nombor. Penggunaan Modul Bundar Nombor beserta templat yang disediakan memberikan
peluang kepada murid untuk membuat latih tubi dengan lebih cepat walaupun mempunyai
bilangan soalan yang banyak. Antara komunikasi murid di dalam kelas semasa PdPc
berlangsung:
Murid 5 : Cikgu, saya dah siap.
Murid 6 : Cepatnya kau siap.
Murid 5 : Kan dah ada templat ni, senang kerja saya.
Pengkaji : Bagus. Boleh bantu murid lain yang belum lengkap lagi.
(TB/M5M6/15062022)
342 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Selain itu, pemerhatian yang dilakukan menunjukkan murid mempunyai peluang untuk
membantu rakan lain setelah mereka menyiapkan tugasan.
Rajah 22: Murid membimbing rakan lain
Hal ini sekaligus dapat menjimatkan masa proses pengajaran pengkaji. Maka, pelaksanaan
Melindungi Masa Instruksional (MMI) dapat dipatuhi. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia
(2012), MMI didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti PdPc tanpa
gangguan. Murid yang tidak hadir juga turut berpeluang belajar topik tersebut dengan adanya
bantuan Modul Bundar Nombor.
Langkah Pengajaran Disusun Sistematik dan Teratur
Menurut Mohd Amir (2011), pengajaran merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan,
maklumat dan kemahiran kepada murid. Justeru, melalui penggunaan kit R-Off dan Modul Bundar
Nombor sangat membantu saya dalam menyampaikan pengajaran dengan teratur dan
bersistematik. R-Off membantu saya dalam mendemonstrasikan langkah-langkah membundar
nombor dengan tepat dan teratur. Penerangan berbantukan slaid amat membantu saya memberi
penerangan tanpa sebarang keciciran maklumat. Modul Bundar Nombor pula dirangka secara
berperingkat dan sistematik bermula dari soalan yang mudah kepada sukar. Lingkungan soalan
pembundaran juga bermula dari bundar kepada puluh terdekat sehingga bundar kepada ratus
ribu terdekat.
Rajah 23: Aktiviti pada RPH guru
343 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Meningkatkan Pengetahuan Pengkaji
Melalui kajian ini, saya berpeluang meningkatkan pengetahuan melalui pembacaan buku, jurnal,
dan kajian-kajian lepas. Pelbagai pengetahuan baharu dapat saya peroleh terutama melibatkan
kaedah atau strategi yang berkesan yang boleh digunakan dalam menambah baik amalan
pengajaran dalam bilik darjah. Kajian yang saya jalankan merupakan suatu perubahan baharu
dalam kaedah penyampaian pengajaran berbantukan kit R-Off.
Melalui pelaksanaan kajian ini, saya berpeluang untuk bertukar-tukar idea serta membuat
perbincangan bersama rakan guru, ketua panitia, barisan pentadbir dan pegawai SISC+ dalam
usaha memastikan pengajaran saya dapat mencapai hasil yang memberangsangkan. Sebagai
seorang guru juga, saya menyedari bahawa guru bertindak sebagai pengamal kemahiran
profesional harus mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian
yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi.
Menurut Azizul Rahman dan Mohamad Salleh (2009), guru perlu memilih kaedah yang
bersesuaian dengan kebolehan pelajar dan memikirkan bagaimana sesuatu pelajaran itu dapat
disampaikan dengan cara yang menarik di samping membangkitkan motivasi supaya pelajar
dapat mengikutinya dengan penuh minat dari awal hingga akhir. Seorang guru seharusnya
mempunyai pengetahuan mendalam tentang mata pelajaran yang diajarnya agar penyampaian
dalam pengajarannya dapat difahami oleh murid-murid.
Menyedari Kepentingan Intervensi dalam PdPc
Selain itu, kajian tindakan ini menunjukkan kesan bahawa pentingnya intervensi dalam
pendidikan terutamanya dalam PdPc. Intervensi ini boleh digunakan sebagai bahan inovasi.
Menurut Sabri Ahmad et al., (2006), pengubahsuaian dan perubahan strategi pengajaran
pendidikan matematik diperlukan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep
dan kemahiran asas. Matematik perlu diajar dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan
medium supaya mudah difahami. Pemilihan intervensi menggunakan Kit R-Off ini merupakan
satu bahan yang mudah untuk digunakan dan dalam masa yang sama memerlukan kos yang
rendah. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan pentingnya inovasi dalam pendidikan bagi
menghasilkan sesi PdPc yang lebih bermakna dan sistematik.
RUMUSAN
Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan negara
bertaraf dunia seperti yang dinyatakan di dalam PPPM 2013-2025. Dalam abad ke-21 ini, guru
perlu menyiapkan diri dengan pelbagai usaha bagi melahirkan murid yang lebih kreatif dan
inovatif serta mampu menyelesaikan masalah berfikir secara kritikal. Pembelajaran pada
peringkat ini menekankan pembelajaran akses kendiri. Fungsi guru pada waktu ini hanya sebagai
fasilitator kerana murid boleh belajar melalui bahan yang telah disediakan. Kit R-Off serta Modul
Bundar Nombor yang dibina bertepatan dengan saranan kerajaan yang menggalakkan
pembelajaran akses kendiri. Pembelajaran murid mengikut kepada kadar kelajuan dan
pencapaian mereka sendiri. Murid boleh mengulangi bahagian-bahagian yang mereka kurang
jelas. Perkara ini sekaligus menggalakkan pembelajaran tanpa sempadan kerana murid boleh
mengakses bahan tersebut berulang kali dan di mana-mana sahaja mereka berada.
344 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Demi meningkatkan mutu kajian pada masa akan datang, terdapat beberapa aspek yang
perlu diperbaiki. Kajian ini boleh diubahsuai dan digunakan oleh guru untuk mengajar topik
bundar. Melalui kajian yang dilaksanakan ini, saya mencadangkan agar kajian ini dapat
diteruskan lagi pada masa akan datang. Saya berharap kajian ini akan diperkembangkan lagi. Kit
R-Off boleh ditambahbaik dengan latihan secara Wordwall, Gamelab atau apa sahaja aplikasi
secara atas talian. Hal ini memudahkan lagi murid menjawab walau dimana mereka berada.
Guru juga boleh mengamalkan amalan pengajaran flipped classroom. Melalui bahan yang
telah disediakan oleh guru, murid akan menonton dan membuat persediaan awal di rumah
sebelum memasuki bilik darjah. Semasa sesi PdPc berlangsung, murid hanya perlu
melengkapkan tugasan yang diberikan. Di sini guru boleh menumpukan kepada murid yang
berpencapaian rendah. Pembelajaran seumpama ini menggalakkan murid bersikap berautonomi
selari dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan individu bestari pada abad ke-21 ini.
Kajian ini juga boleh dijalankan di kelas dan sekolah yang berlainan, di mana latar belakang
murid dan sekolah di bandar mahupun pendalaman. Perkara ini baik bagi mendapatkan kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi. Inisiatif dalam mengimbangkan jurang digital di antara
bandar, luar bandar dan pedalaman dapat dilaksanakan. Oleh itu, kajian lanjutan yang boleh
dijalankan ini diharapkan dapat memperkembangkan lagi idea serta penggunaan kit R-Off dalam
kemahiran membundar nombor.
Sebagai pemimpin pembelajaran, kajian tindakan ini telah berjaya meningkatkan
profesionalisme saya sebagai seorang guru. Saya dapat mempelajari bahawa kit R-Off dan Modul
Bundar Nombor memberi impak yang amat positif dalam membantu murid mempelajari
kemahiran membundar nombor dengan lebih baik. Barisan pentadbir sekolah juga bersetuju
bahawa penggunaan kit R-Off dan Modul Bundar Nombor ini telah membantu mencapai objektif
pembelajaran sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid. Kit yang
menarik berjaya membuat murid lebih bersemangat dan lebih fokus ketika belajar. Sementara
sebagai pemimpin, dari aspek amalan pengajaran, ternyata saya dapat meningkatkan kemahiran
teknologi maklumat. Saya telah mempelajari ilmu baharu seperti cara membuat kod QR, google
form, anyflip, canva dan pembuatan video. Diharapkan hasil kajian ini dimanfaatkan dan
menjadikan proses PdPc bertambah menarik, berkesan dan menyeronokkan.
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik (Sekolah
Kebangsaan) Tahun 5. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Fauziah Hanim Ghazali (2015). Meningkatkan Kemahiran Pembundaran Menggunakan Kaedah Intervensi
“L dan Jemari”. Prosiding Penyelidikan Tindakan Matematik (Sekolah Rendah). 12-21. IPG
Kampus Perempuan Melayu.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).
345 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Mayer, R. E. (2003). The Promise of Multimedia Learning: Using The Same Instructional Design Methods
Across Different Media, Learning and Instruction. Cambridge University Press.
Mohd Amir Sharifuddin Hashim (2011). Pengurusan Bilik Darjah : Interaksi Guru Murid. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Muhammad Haziq Buang & Tengku Noorzima Tuan Jaafar (2011). Kajian Penggunaan Bahan Manipulatif
dalam Pengajaran Penambahan Pecahan Tahun 5. Prosiding Penyelidikan Tindakan Matematik
(Sekolah Rendah). 44- 48. IPG Kampus Teknik.
Noriati A. Rashid (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar
Nurul Atiqah Fatkhorrahman & Salmiah Md Salleh (2013). Kajian Penggunaan Petak Warna dalam
Meningkatkan Penguasaan Konsep Pendaraban Murid Tahun 2. Prosiding Penyelidikan
Tindakan (Matematik Pendidikan Rendah). 111-115. IPG Kampus Pendidikan Teknik.
Piaget, J. (1952). The Child’s Concept of Number. Humanities Press.
Rozinah Jamaludin (2002). Teknologi Pengajaran. Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.
Zainudin Abu Bakar (2009). Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Dalam Matematik Tahun 4: Satu kajian di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor [Tesis Sarjana
Muda Pendidikan tidak diterbit]. Universiti Teknologi Malaysia.
Zainudin Hasan, Tengku Suhashila Tengku Langjuna, Mohd Najib Abd. Ghaffar & Hamdan Said (2007).
Kajian Tahap penggunaan ABM di kalangan guru pelatih. Prosiding Seminar Penyelidikan
Pendidikan. 30-36. IPG Kampus Batu Lintang.
346 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBANGAN DUGA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK
BAJANIC ON JAMBOARD SEMASA PDPR DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4
ELEKTIF PRINSIP PERAKAUNAN SMK TINGGI KAJANG
MISSURIYATI BINTI MASNAN
[email protected]
ABSTRAK
Sebagai pemimpin pembelajaran, kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid-murid tingkatan empat di SMK Tinggi Kajang yang mengikuti elektif
Prinsip Perakaunan dalam Modul 6 Imbangan Duga iaitu selepas Lejar dan Buku Catatan
Pertama. Seramai 10 orang murid telah terlibat. Tinjauan awal dilaksanakan melalui
kaedah pemerhatian dan soal selidik. Hasil tinjauan menunjukkan murid menghadapi
masalah apabila memindahkan baki-baki akaun ke Imbangan Duga dengan betul dan
sistematik. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik Baba Debat Love Jamilah Kiut
Mneumonik iaitu singkatannya ialah BAJAnic untuk meningkatkan penguasaan Imbangan
Duga. Kajian ini telah berjaya diselesaikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Murid telah belajar melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara
dalam talian iaitu Google Meet. Dapatan kajian ini mendapati peningkatan markah selepas
kaedah ini diperkenalkan. Pengkaji telah menginovasikan penggunaan kad BAJAnic ke
dalam Jamboard semasa sesi PdPR. Penggunaan Jamboard ini telah memudahkan guru
dan murid menjalankan aktiviti secara dua hala.
Kata Kunci: PdPR, jamboard, imbangan duga, lejar, buku catatan pertama
REFLEKSI KAJIAN
Kajian ini adalah lanjutan daripada kajian lepas iaitu kad BAJAnic dan telah ditambahbaik untuk
kegunaan semasa PdPR. Memandangkan kad BAJAnic tidak dapat digunakan semasa PdPR
maka satu kaedah baru perlu dilakukan oleh guru sebagai pemudahcara yang berkesan. Oleh
itu, untuk mengatasi masalah ini, guru telah menambahbaik dan membuat inovasi penggunaan
kad BAJAnic dalam PdPR dengan menggabungjalin penggunaan Jamboard bagi menarik minat
murid dan seterusnya meningkatkan penguasaan tentang Imbangan Duga. Kajian ini juga
dijalankan untuk mengatasi masalah murid semasa menyediakan Imbangan Duga dengan
mudah dan pantas. Modul ini merupakan Modul 6 dari Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Prinsip
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian dan semakan helaian latihan.
Hasil tinjauan mendapati seramai 10 orang murid telah gagal menyediakan Imbangan Duga
dengan betul.
Teknik pembelajaran Mnemonic digunakan untuk mengekalkan daya ingatan murid
kerana didapati tajuk ini mempunyai perkaitan mengikut proses Kitaran Perakaunan yang
bermula dari Dokumen Sumber, Buku Catatan Pertama, Lejar dan seterusnya Imbangan Duga.
Oleh itu, pengkaji memurnikan teknik ini dengan mengikut kesesuaian mata pelajaran dan
dinamakan “BAJAnic”. BAJAnic merupakan singkatan daripada BABA JaMiLaH Mnemonic.
Mnemonic ialah teknik belajar yang membantu pengekalan atau pengambilan maklumat
(mengingati) yang berasal dari perkataan Yunani kuno yag bermaksud memori. (Knowledge
Cube). Menurut Kamus Corsica pula, Mnemonic ialah sebarang teknik pembelajaran yang
membantu pengekalan maklumat. Bagi tujuan kajian ini, teknik ini digunakan agar dapat
347 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
mengekalkan memori murid terhadap sesuatu modul itu. Kaedah pengajaran di rumah (PdPR)
akan dijalankan dengan menggunakan Teknik BAJAnic dengan menggunkan Jamboard.
Penggunaan Kad BAJAnic juga dapat meningkatkan daya ingatan murid dan merupakan inovasi
yang dilakukan oleh pengkaji bagi menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Ini seterusnya dapat membantu murid mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan
sebenar.
PERNYATAAN MASALAH
Dalam proses pembelajaran, setiap murid memiliki gaya, pemikiran dan kadar pemerolehan ilmu
yang berbeza antara seorang murid dengan murid yang lain. Hampir kesemua murid yang dikaji
mempunyai kelemahan ketara dalam mengingati dan memahami penyediaan akaun dalam lejar
yang perlu ditutup dan diimbangkan supaya boleh dipindahkan senarai baki-baki debit dan kredit
ke Imbangan Duga dengan betul. Semua baki akaun ini mesti dihantar ke Imbangan Duga.
Imbangan Duga boleh mengesan dan menyemak ketepatan Sistem Catatan Bergu serta
ketepatan merekod. Kegagalan murid menyediakan Imbangan dalam tempoh masa yang
ditetapkan oleh guru semasa di dalam kelas PdPR ini bleh dilihat melalui refleksi guru dalam e-
RPH. Perkara ini telah mendorong guru untuk menyediakan teknik yang berkesan dan
seterusnya mengatasi kelemahan murid dalam modul 6 ini. Selain itu, di dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (muka surat 21) menyatakan bahawa dalam modul ini murid
dikehndaki menyediakan Imbangan Duga dengan memindahkan baki Buku Tunai, Buku Tunai
Runcit dan lejar. Murid juga perlu menyediakan Imbangan Duga mengikut Kitaran Perakaunan
bermula daripada Dokumen Sumber (DSKP, BPK, KPM, Putrajaya 2016).
Kefahaman dalam menyediakan Imbangan Duga dengan tepat memerlukan murid
menyediakan dengan betul Buku Catatan Pertama dan Lejar. Melalui kitaran perakaunan yang
bermula dari Dokumen Sumber, kemudian direkodkan ke dalam Buku Catatan Pertama dan
seterusnya dipindahkan ke Lejar perlu disediakan dengan sistematik dan betul bagi memudahkan
penyediaan Imbangan Duga. Dari sini timbul masalah murid untuk mengingat sama ada akaun-
akaun teresbut berbaki debit atau kredit. Imbangan Duga yang seimbang akan membuktikan
ketepatan catatan bergu, menyemak ketepatan pengiraan dalam buku catatan pertama dan lejar.
Selain itu, imbangan duga yang seimbang juga akan dapat menyemak ketepatan proses
pemindahan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam Lejar. Seterusnya, memudahkan
penyediaan Penyata Kewangan. Apabila murid menghadapi masalah dan kesukaran untuk
memindahkan baki-baki akaun tersbut mengakibatkan mereka tidak dapat menyeimbangkan
Imbangan Duga. Masalah yang dihadapi akan menjejaskan mereka untuk menyebabkan murid
“panik” dan tersangkut untuk meneruskan menjawab soalan-soalan lain di dalam Kertas 2 Prinsip
Perakaunan. Masalah ini sering berlaku kepada murid yang menghadapi peperiksaan dan ujian
semasa di sekolah. Menerusi penggunaan teknik BABA Debab Love JAMILAH Kiut Mnemonic
(BAJAnic) ini memudahkan murid menyediakan Imbangan Duga dan juga dapat mengesan
kesilapan di dalam lejar dengan mudah dan pantas.
Berikut merupakan markah Peperiksaan Pertengahan Tahun yang mendapati keputusan
markah yang kurang memberangsangkan yang menyebabkan guru membuat inovasi
penggunaan teknik BAJAnic dalam PdPR. Markah tertinggi yang murid capai ialah 51%
manakala markah terendah ialah 20%. 8 orang murid mendapat markah bawah 45% dan hanya
2 orang murid mendapat markah 50% ke atas.
348 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 1: Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun Prinsip Perakaunan 2021 Tingkatan 4
Gambar foto 1: Keratan e-RPH Guru Semasa PdPR Bahagian Refleksi.
349 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid Tingkatan 4 elektif Prinsip
Perakaunan semasa PdPR dalam menyediakan Imbangan Duga dengan menggunakan teknik
BAJAnic on Jamboard.
Objektif Khusus
1. Murid boleh menyenaraikan 8 item di sebelah debit dan kredit Imbangan Duga dengan
betul dengan menggunakan teknik BAJAnic
2. Menyediakan 1 Imbangan Duga yang seimbang dalam tempoh masa 30 minit.
3. Peratus pencapaian murid meningkat sekurang-kurangnya 80 peratus betul dalam Ujian
Penilaian Modul 6 yang dijalankan semasa sesi PdPR.
SOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini berkaitan dengan ojektif kajian yang mungkin dicapai. Pengkaji mendapati
bahawa teknik BAJAnic yang digunakan ini mampu meningkatkan daya ingatan murid yang
berbeza tahap pembelajarannya dan berbeza latar belakang. Dalam membuat hipotesis awal
bagi kajian ini, pengkaji telah membentuk hipotesis khusus seperti berikut:
1.Murid akan lebih mengingat isi pelajaran dengan adanya teknik Mnemonik yang berkesan
tanpa mengira latar belakang murid.
2. Murid akan mudah mengingat pembelajaran berbentuk mnemonik secara keseluruhan atau
sebahagian, apabila kerap mengingati untuk jangka masa yang panjang.
Bagi mengukuhkan hipotesis ini, pengkaji telah merujuk kepada Maizan Muhammad
(2017:309) mnemonik mampu menangkap maklumat dalam bentuk mudah untuk diingat bagi
membantu seseorang itu mengingati sesuatu yang penting. Oleh yang demikian, mnemonik
boleh membantu murid dalam pelbagai peringkat sekolah untuk lebih cepat mengingat semua
maklumat yang sering digunakan dan maklumat yang diperlukan dengan segera. Maka,
penggunaan BAJAnic ini akan dapat dapat membantu murid Prinsip Perakaunan untuk
mengingat dan menggunakan seoptimumnya.
350 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
TINJAUAN LITERATUR
Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berdasarkan cadangan kajian pengkaji sendiri. Oleh
itu, pengkaji telah cuba mempelbagaikan penggunaan kad BAJAnic semasa pandemik dengan
menggunakan Jamboard. BAJAnic merupakan kaedah mnemonik yang digunakan untuk
menyediakan Imbangan Duga secara efektif. Mnemonik merupakan satu kaedah untuk
membantu memori menyimpan maklumat atau informasi yang telah dipelajari. Menurut Maizan
(2017:310) menyatakan bahawa menyimpan maklumat atau informasi sangat membantu
mengingati fakta-fakta yang banyak dan rumit serta meningkatkan input ingatan, mengurangkan
tekanan minda dan membantu meluaskan skop ingatan dalam kadar maksima.
Pengkaji telah menjalankan kajian terdahulu dan menyediakan kad bagi memudahkan
murid untuk mengulang kaji. Tetapi murid-murid Tingkatan 4 pada tahun 2021 telah menjalankan
sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah sahaja, maka guru tidak dapat menyerahkan kad
tersebut. Oleh itu, guru telah menjalankan sesi PdPR secara maya iaitu google Meet dan
menggunakan Jamboard semasa aktiviti secara individu dan berkumpulan bagi menarik minat
murid dan mengelakkan kebosanan jika guru mengajar sehala sahaja.
METODOLOGI
Pengkaji telah membuat pemerhatian semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
rumah berlangsung. Sebelum kajian ini dijalankan murid tidak dapat mengingati perkaitan antara
modul sebelum ini iaitu Buku Catatan Pertama (Modul 4) dan Lejar (Modul 5). Ini menyebabkan
mereka menghadapiL kesukaran untuk menjawab soalan yang dikemukakan semasa sesi PdPR
kedua pada hari yannag sama. Murid terkial-kial untuk mencari jawapan dan merujuk buku teks
untuk menjawab soag lan. Hasil semakan latihan di dalam buku Modul mendapati murid tidak
menjawab dengan betul dan menunjukkan tahap pemahaman murid adalah sangat lemah.
Borang soal selidik telah disediakan oleh guru melalui Google Form kepada 10 orang
murid untuk mendapatkan maklumbalas murid berkenaan dengan minat murid, pengetahuan
murid tentang apa yang dipelajari, sebelum dan selepas teknik ini diperkenalkan. Temubual juga
menjadi kaedah yang digunkan dalam kajian tindakan ini. Pengkaji menemubual melalui Google
Meet setelah PdPR dijalankan.
a. Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan seramai 10 orang murid iaitu 3 orang murid dari Tingkatan 4 Amanah dan
7 orang murid dari Tingkatan 4 Bestari yang mengambil elektif Prinsip Perakaunan. Kumpulan
sasaran ini juga melibatkan 3 orang murid Melayu, 4 orang murid Cina dan 3 orang murid India.
b. Aktiviti/Intervensi yang dicadangkan
Kajian ini telah dijalankan semasa di dalam kelas PdPR sebanyak 2 kali selepas pemerhatian.
Masa yang diperuntukkan adalah selama 60 minit untuk menjalankan keseluruhan aktiviti. Berikut
merupakan langkah-angkah intervensi yang dijalankan semasa PdPR:
351 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
LANGKAH 1: Pada awal pengajaran dan pembelajaran guru cuba untuk melihat sejauh mana
pengetahuan sedia ada murid. Latihan awal dijalankan melalui soalan Imbangan Duga yang
diberikan guru. Tiada seorang murid yang menjawab dengan betul. Setelah itu, guru memberi
penerangan mengenai Imbangan Duga tanpa menggunakan teknik. Setelah itu, guru
mengedarkan kertas Latihan 1 dan murid cuba untuk menjawab sendiri.
LANGKAH 2: Bahan-bahan latihan murid dianalisis dan diterangkan kepada murid. Hasil
daripada latihan yang dijalankan menunjukkan murid masih tidak dapat memahami Imbangan
Duga. 10 orang murid gagal menjawab dengan betul.
Pada sesi ke 2 (hari kedua), masa yang diperuntukkan selama 60 minit.
LANGKAH 3: Guru menerangkan penggunaan inovasi baharu selepas Latihan 1 yang telah
diberikan pada pagi hari tersebut. Guru memberikan penerangan secara terperinci mengenai
teknik BAJAnic melalui Jamboard. Murid mula tertarik dan berasa seronok dengan menggunakan
teknik “BAJAnic”. Pada mulanya mereka agak sukar juga untuk memahami. Tetapi setelah
digunakan berulang-ulang kali teknik ini, akhirnya mereka boleh menyediakan Imbangan Duga
dengan betul. (Lampiran B)
LANGKAH 4: Mereka diberikan Latihan 2, secara berkumpulan dengan menggunakan Jamboard
bagi membina kerjasama dan keyakinan semasa aktiviti dijalankan. Selain itu, guru juga mahu
menanamkan sifat kepimpinan dan berani semasa membuat pembentangan hasil daripada
jawapan latihan yang diberikan oleh guru. Kumpulan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu
Kumpulan Baba, dan Jamilah.
LANGKAH 5: Selepas itu, murid secara individu diuji untuk menyediakan Imbangan Duga di
dalam Jamboard dalam tempoh masa 20 minit. Murid diberi cabaran BAJAnic on JAMBOARD
dan dipertandingkan. Murid yang awal siap akan menerima hadiah daripada guru sebagai
motivasi.
LANGKAH 6: Guru menilai dan mendapati perubahan yang ketara setelah teknik tadi
diperkenalkan. Kesemua kumpulan dapat menjawab dengan betul. Murid menjalankan aktiviti
dengan lebih cepat dan pantas. Begitu juga, semasa latihan secara individu.
LANGKAH 7: Selepas Latihan 2 dijalankan, borang soal selidik diedarkan sebagai aktiviti
penilaian.
c. Kaedah pengumpulan data
Kaedah pengumpulan data digunakan semasa kajian tindakan ini dijalankan ialah dengan
menggunakan borang pemerhatian semasa PdPR. Penggunaan borang soal selidik melalui
Google Form yang mudah diakses oleh murid melalui link yang diberikan. Pengkaji menemu bual
dengan murid selepas PdPR selesai.
d. Instrumen pengumpulan data
Instrumen pengumpulan data ialah melalui pemerhatian semasa Google Meet (guru akan
membuat catatan di dalam diari), temubual guru dan murid semasa PdPR (guru membuat
rakaman audio), dan soal selidik melalui borang Google Form yang disediakan.
352 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
e. Kaedah analisis data
Kaedah analisis data yang digunakan ialah melalui pemerhatian ialah berdasarkan penglibatan
murid di dalam kelas PdPR. Melalui pemerhatian, guru boleh melihat murid yang aktif dan kurang
aktif semasa PdPR.
Kaedah analisis data yang kedua digunakan oleh pengkaji ialah melalui soal selidik. Soal selidik
yang dibina oleh pengkaji mudah untuk difahami dan dijawab oleh murid. Hanya dua indikator
jawapan iaitu ya atau tidak sahaja. Soal selidik yang dijalankan melalui penggunaan Google Form
yang mudah diakses oleh murid. Data-data yang diperoleh akan dianalisis terus dalam bentuk
jadual secara automatik.
Kaedah ketiga ialah melalui temubual guru selepas sesi PdPR. Kaedah ini digunakan selepas
soal selidik dilakukan oleh pengkaji. Temubual ini dijalankan secara Google Meet dan dicatat oleh
guru. Semasa temubual dijalankan pengkaji menjaga etika dan menggunakan tutur kata yang
sopan. Rakaman audio juga dilakukan semasa temubual dijalankan
DAPATAN KAJIAN
Dari jadual 1 didapati bahawa 10 orang murid telah dikenalpasti gagal dalam Ujian Penilaian yang
melibatkan soalan Buku Catatan Pertama dan Lejar yang telah dijalankan pada bulan Jun. Ini
menyebabkan guru perlu mencari satu teknik yang mudah untuk murid memahami baki-baki debit
dan kredit bagi memudahkan mereka memindahkan baki-baki akaun ke Imbangan Duga.
Jadual 1
Markah yang diperoleh sebelum diperkenalkan Teknik BAJAnic dijalankan
Bil Murid Markah Latihan
1A 10
2B 10
3C 06
4D 06
5E 10
6F 02
7G 03
8H 05
9I 0
10 J 0
Dari jadual 1 didapati pencapaian murid semasa Latihan awal yang diberikan oleh guru
ialah 0-10 markah sahaja. Latihan semasa kelas PdPR seterusnya iaitu selepas Teknik BAJAnic
diperkenalkan pada minggu sebelumnya mendapati keputusan yang amat baik di mana kesemua
murid mendapat markah melebihi 16. Ini membuktikan murid sudah berilmu pengetahuan yang
tinggi terhadap tajuk ini. Melalui teknik yang diperkenalkan juga guru mendapati murid telah
membina keyakinan diri dalam menjawab soalan yang diberikan.
353 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 2
Pencapaian Murid dalam Latihan awal, Latihan Sebelum dan Selepas Penggunaan Teknik
BAJAnic
Skala Latihan awal Latihan Latihan
markah Sebelum Teknik BAJAnic
Selepas Teknik
0-5
6-10 BAJAnic
11-15
16-20 Markah Bilangan Markah Bilangan Markah Bilangan
(org) (org) (org)
5 8 5 2
9-10 2 9-10 8 0-5
0 0
0 0 6-10
11-15
16-20
Jadual 2 merupakan rumusan soal-selidik yang telah diberikan kepada murid untuk menjawab
soalan. Dapatan kajian adalah menunjukkan peningkatan yang baik seleps teknik BAJAnic
diperkenalkan.
a. TEMUBUAL
Kajian ini juga menggunakan kaedah temubual bersama guru dan murid. Temubual bersama
murid A:
“Pada mulanya saya tak tau pun apa itu BAJAnic. Tapi setelah cikgu Miss
mengajar BAJAnic barulah saya faham dan dengan cepat saya boleh
menyediakan Imbangan Duga dengan betul. PdPR pun menarik sebab
menggunakan Jamboard.”
(Responden 1)
PERBINCANGAN
Hasil dapatan kajian menunjukkan murid bertindakbalas positif dengan apa yang dipelajari.
Teknik ini mendorong murid untuk mencari jawapan dengan cepat dan mudah. Pada awalnya,
mereka sukar untuk mengingati tetapi pada Latihan 2, akhirnya kesemua murid berjaya
mengingat teknik tersebut dan dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari semasa
menjawab soalan. Kesemua murid juga telah mendapat markah lebih daripada 16 markah. Murid
juga berasa lebih seronok dan tidak berasa bosan dengan teknik yang digunakan oleh guru.
RUMUSAN
Penggunaan teknik “BAJAnic” on Jamboard ini adalah satu teknik dan cara bagi membantu murid
menguasai dan mengingati proses pembelajaran mereka. Kaedah ini juga telah berjaya
membantu kefahaman murid dalam mengingat dalam jangka masa panjang. Bagi meningkatkan
daya ingatan pengkaji juga perlu menjalankan satu kajian agar murid boleh mempertingkatkan
lagi daya ingatan mereka dengan menggunakan pelbagai kaedah, teknik dan aktiviti kecergasan
minda. Selain itu, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik yang boleh
digunakan bagi mempelbagaikan gaya PdP agar murid seronok belajar, guru pula seronok
354 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
mengajar. Semoga kajian ini dapat membantu guru-guru Prinsip Perakaunan untuk mengajar
Imbangan Duga dengan cara dan kaedah yang menyeronokkan.
RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2009. Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.
Chua Yan Piaw, 2014. Kaedah Penyelidikan, Edisi Ketiga (Kaedah dan Statistik Penyelidikan
Buku 1). McGraw-Hill Education (Malaysia). Sdn.Bhd.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, April 2016.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya.
Hamidah Yusof, Jamal Yunus & Khalip Musa, 2014. Pengurusan Pendidikan (Kaedah
Penyelidikan). Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jerry J. Weygrandt, Paul D. Kimmel, Donald E. Kieso, 2015. Accounting Principles. New York
: John Wiley & Sons, Incorporated.
Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner. Deakin
University Press.
Maizan binti Mat@Muhammad, 2017. Teknik Mnemonik sebagai Strategi Kognitif dalam Meningkatkan
Keupayaan Ingatan Pelajar peringkat pengajianPra-U: Sorotan Kajian Lepas, dalam National pre
University Seminar, 23bOgos 2017, hlm 309-317.
Mohd. Majid Konting, 2009. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Othman Lebar, 2014. Kajian Tindakan dalam Pendidikan (Teori dan Amalan). Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sulaiman Masri, 2005. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei, proposal, tesis).
Utusan Publications & Distributor Sdn.Bhd.
Tim Ken Kiat, Iswani Hj. Mohd Sanip, 2016.Prinsip Perakaunan Tingkatan 4. Kreatif Kembara Sdn.Bhd.
Zan ‘Asri Tasir, Sharini Haji ramli, Salina Kassim, 2010. Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan
5. Sasbadi Sdn.Bhd.
355 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM
PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
MENGGUNAKAN SIMULASI BLOK ASAS
NORLIE BINTI ZOLKAPLI
[email protected]
ROSLAILY BINTI MOHAMED RASHID
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran berfikir aras tinggi biasanya merujuk kepada empat tahap kemahiran teratas dalam
Taksonomi Bloom edisi semakan (Anderson & Krathwohl, 2001) mengaplikasi, menganalisis, menilai
dan mencipta. Soalan aras tinggi menggalakkan pembelajaran memerlukan pelajar mengaplikasi,
menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat, bukan semata-mata mengingat fakta. Kategori
soalan rutin masalah boleh diselesaikan dengan kaedah biasa digunakan oleh pelajar. Penyelesaian
masalah rutin menekan penggunaan satu set prosedur yang diketahui atau ditetapkan (algoritma).
Sementara soalan bukan rutin (KBAT) memerlukan analisis dan penaakulan matematik, di mana ia
boleh diselesaikan dengan lebih daripada satu cara atau penyelesaian. Kajian ini membincangkan
bagaimana murid boleh menjana kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan menggunakan
Simulasi Bentuk Asas (SBA) dan melihat pentingnya unsur KBAT ini dalam penyelesaian masalah.
Dalam bahasa ringkas, murid mesti BERFIKIR, untuk menjayakan aktiviti-aktiviti KBAT. Matlamat
KBAT adalah untuk menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi
cabaran Abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.
Kata Kunci: KBAT, SBA, penyelesaian masalah, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Simulasi Blok Asas
REFLEKSI KAJIAN
Pengkaji dan rakan merupakan guru Matematik Tahap 2 di SK Convent, Teluk Intan. Semasa
proses kajian ini dijalankan, pengkaji menghadapi beberapa kesukaran memandangkan tahun
2021 masih lagi dibayangi dengan masalah Covid-19.
Berdasarkan maklumat dari guru-guru yang terdahulu mengajar murid-murid ini,
keseluruhannya memberi gambaran bahawa P&P mereka amatlah mengecewakan walaupun
pelbagai kaedah telah diaplikasikan. Kesukaran murid menjawab soalan penyelesaian masalah
bukan rutin (KBAT) masih tidak dapat diselesaikan dan kebanyakan murid hanya mendapatkan
satu markah dalam kertas 2 Matematik.
Murid mengalami masalah dalam memahami kehendak soalan terutama soalan yang
berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pengkaji mendapati murid sukar mengenal
pasti data yang penting untuk digunakan bagi menyelesaikan soalan.
Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian inovasi Simulasi Blok Asas (SBA) dalam membantu
murid memahami soalan, mengenal pasti data seterusnya menyelesaikan masalah Matematik
khususnya yang mempunyai unsur KBAT. Penggunaan blok asas dalam aktiviti penyelesaian
356 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
masalah dapat membantu murid mengelaskan maklumat yang mereka perolehi dalam cerita
Matematik.
PERNYATAAN MASALAH
Penyelesaian masalah dalam mata pelajaran Matematik merupakan salah satu kemahiran
tambahan yang perlu murid pelajari di akhir setiap tajuk di sekolah rendah. Murid perlu
menyelesaikan masalah Matematik yang berbentuk cerita dengan menggunakan operasi yang
sesuai untuk memperolehi jawapan yang tepat.
Proses yang melibatkan pemahaman, aplikasi, sintesis, analisis, penaakulan dan penilaian ketika
menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan, mencipta dan menghasilkan inovasi
adalah merujuk kepada KBAT. Proses pemikiran yang kritikal mempunyai hubungkait dalam
penyelesaian masalah (Rhoades et al., 2009)
Berdasarkan data yang diperolehi dari keputusan ujian 1 pada bulan Mac, mendapati bilangan
Menguasai Tahap Minimum (MTM) bagi mata pelajaran matematik adalah 22 daripada 32 orang
murid 6 Allamanda bersamaan 68.75% sahaja.
Sementara seramai 10 orang murid merupakan mereka yang Belum Menguasai Tahap Minimum
(BMTM) berjumlah 32.25%. Kegagalan mereka adalah disebabkan tidak berjaya mendapatkan
markah dalam soalan penyelesaian masalah. Markah murid BMTM antara 22 hingga 37.
Sementara markah MTM hanya 40 selepas ditambah kedua-dua kertas 1 dan kertas 2.
Jadual 1
Analisis Ujian 1 Bulan Mac
Bil. Menguasai (MTM) Belum
Murid Menguasai
A % B% C% D% Bil % (BMTM)
0 3 9.38 22 68.75 E%
32 0 7 21.87 12 37.5
10 31.25
Seramai 10 orang murid BMTM tersebut mengalami kesukaran dalam menyelesaikan masalah
Matematik kerana mereka tidak memahami kehendak soalan khususnya soalan yang mempunyai
unsur KBAT.
Fokus kajian tertumpu kepada membantu murid untuk
i. Memahami kehendak soalan
ii. Mengenal pasti data yang penting
iii. Mengabaikan data yang tidak perlu/penganggu
iv. Melengkapkan gambar rajah, jadual dan garis nombor
v. Menulis ayat matematik
357 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti kelemahan murid dalam memahami kehendak soalan.
2. Mengenal pasti kaedah alternatif untuk menyelesaikan soalan.
SOALAN KAJIAN
Soalan kajian ini adalah seperti berikut:
1. Apakah punca kelemahan yang murid gagal memahami soalan?
2. Apakah kaedah alternatif untuk murid menyelesaikan soalan?
TINJAUAN LITERATUR
Kemahiran berfikir khususnya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah tonggak kepada
penentu kejayaan dalam transformasi pendidikan seperti yang dihasratkan di dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia
2015, 2013a). Proses yang melibatkan pemahaman, aplikasi, sintesis, analisis, penaakulan dan
penilaian ketika menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan, mencipta dan
menghasilkan inovasi adalah merujuk kepada KBAT (Kementerian Pendidikan Malaysia 2015,
2013a).
Menurut Barak et al. (2007) KBAT merupakan satu kemahiran berfikir yang mempunyai
kepelbagaian kaedah penyelesaian dalam mencari jawapan kepada sesuatu masalah dan ianya
kompleks. Walaupun KBAT ini telah lama diperkenalkan melalui model Taksonomi Bloom, namun
kini ia telah menjadi satu keutamaan di dalam pengajaran dan pemudahcaraan abad ke-21, yang
harus diberikan kepada semua pelajar.
Kemahiran penyelesaian masalah merupakan salah satu aspek yang penting dan menjadi
keperluan dalam kurikulum matematik di seluruh dunia. Dalam konteks Malaysia, pelajar telah
didedahkan dengan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah matematik berayat yang
berkaitan dengan kehidupan seharian melalui Matematik Kurikulum terkini KSSR semakan.
Namun, masih ramai murid telah dibuktikan menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran
tersebut melalui kajian lepas. Keadaan ini turut disokong dengan prestasi matematik pelajar
dalam pentaksiran antarabangsa PISA dan TIMSS yang masih berada di bawah markah purata
yang ditetapkan. Menurut Mahmud, Yunus, Ayub, & Sulaiman (2020) hal ini disebabkan
kebanyakan soalan yang dikemukakan adalah berbentuk penaakulan dan penyelesaian masalah
yang kompleks yakni KBAT.
Menurut Cheeseman (2018), tindakan memahami situasi dan kesukaran pelajar dalam
penyelesaian masalah matematik berayat adalah sangat penting untuk guru bagi mengelakkan
masalah tersebut menjejaskan minat mereka dalam penyelesaian masalah. Menurut Widodo,
Darhim dan Ikhwanudin (2018), kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik
berayat adalah berkait rapat dengan kemahiran membaca dan memahami bahasa, kemahiran
merancang, kemahiran mengira sert kemahiran menafsirkan penyelesaian.
358 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Bagi kesukaran yang berpunca daripada bahasa, pelajar mengalami masalah dalam membaca
dan tidak memahami makna masalah yang diberikan. Hal ini berlaku disebabkan bahasa yang
digunakan dalam soalan bukan bahasa ibunda pelajar atau bahasa yang biasa digunakan dalam
kehidupan seharian pelajar. Pernyataan ini telah dibuktikan melalui hasil dapatan kajian Chusnul
et al. (2017) bahawa penggunaan bahasa yang biasa digunakan oleh pelajar dapat memudahkan
proses pembacaan dan pemahaman berlaku dalam kalangan pelajar semasa menyelesaikan
masalah matematik berayat. Maka seseorang guru matematik dicadangkan menggunakan
bahasa yang mudah dalam penyoalan lisan atau berinteraksi dengan pelajar agar pelajar dapat
membaca dan memahami masalah matematik berayat. Selain itu, kesukaran penyelesaian
masalah matematik berayat turut berpunca daripada soalan penyelesaian masalah yang
diberikan adalah berbentuk soal cerita atau matematik berayat.
Menurut Nurkaeti (2018), pelajar yang jarang menyelesaikan masalah matematik yang berbentuk
soal cerita atau matematik berayat telah menyebabkan mereka tidak terlatih dari segi kemahiran
membaca dan mentafsir masalah. Keadaan ini akan menggalakkan pelajar melakukan
kesilapan dalam memahami soalan kerana pelajar tidak berupaya untuk mengenal pasti
maklumat penting yang terdapat dalam soalan, tidak dapat memahami maklumat tersirat dalam
masalah yang dikemukakan dan tidak dapat mengekstrak maklumat daripada masalah dengan
sepenuhnya (Chusnul et al., 2017). Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelajar yang tidak dapat
membaca dan memahami kata kunci atau simbol yang dikemukakan dalam masalah matematik
akan menghalangnya daripada menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik
berayat. Bagi kandungan pengetahuan pula, pelajar menghadapi masalah dalam
mentransformasi bahasa ke dalam bentuk operasi, melaksanakan proses pengiraan yang
diperlukan serta menentukan jawapan akhir untuk menyelesaikan masalah.
Terdapat pelbagai pendekatan pengajaran yang yang boleh digunakan oleh guru bagi membantu
pelajar menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat. Pendekatan
pengajaran seperti pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual, pembelajaran berasaskan
projek, pembelajaran berasaskan masalah, simulasi, inkuiri penemuan, pendekatan modular dan
pendekatan STEM telah mendatangkan banyak faedah kepada pelajar (BPK, 2019). Melalui
pendekatan pengajaran yang berbeza dalam menyampaikan kemahiran ini, pelajar dapat belajar
dalam suasana yang lebih menyeronokkan, bermakna dan mencabar serta berpeluang membina
generalisasi kendiri terhadap konsep matematik yang dipelajari. Dengan itu, penguasaan
kemahiran yang kukuh dan kefahaman konsep yang mendalam dapat dibentuk dalam kalangan
pelajar.
Selain itu, dengan menggunakan elemen scaffolding seperti yang terdapat dalam teori sosial
kontruktivisme (Vygotsky, 1978) turut dapat membantu pelajar menguasai kemahiran
penyelesaian masalah matematik berayat dengan lebih baik.
359 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
METODOLOGI
Metodologi yang pengkaji gunakan dalam kajian ini ialah:
i. Temu bual
Kaedah temu bual telah dijalankan terhadap murid Tahun 6 seramai 10 orang. Murid yang dipilih
dikenalpasti melalui keputusan ujian 1. Murid ditemu bual oleh pengkaji tentang masalah yang
mereka hadapi untuk memahami kehendak soalan penyelesaian masalah Matematik.
ii. Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra – dijalankan kepada pelajar untuk menguji kemahiran mereka dalam menjawab soalan
jenis cerita, gambar rajah dan jadual. Murid yang masih belum menguasai dan menghadapi
masalah dibimbing berpandukan contoh. Aras soalan dari mudah ke sederhana.
Ujian Pos – pelajar diuji sekali lagi dengan format soalan yang sama. Item dipilih dari soalan
UPSR 2016 – 2019.
a. Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tahun 6 Allamanda dari Sekolah Kebangsaan Convent,
Teluk Intan. Murid-murid ini dipilih mengikut tiga tahap penguasaan iaitu dari lemah, sederhana
dan cemerlang berdasarkan hasil ujian 1 yang dijalankan pada bulan Mac. Kajian ini
menggunakan persampelan bertujuan kerana responden telah dikenal pasti oleh pengkaji melalui
tinjauan awal , Persampelan bertujuan dapat membantu pengkaji menyelesaikan permasalahan
kajian (Rosinah Edinin, 2015).
b. Aktiviti/Intervensi yang dicadangkan
Antara aktiviti yang dicadangkan dalam kajian ini adalah seperti di dalam Jadual 2.
Jadual 2 Tarikh Pelaksanaan
Pelaksanaan Aktiviti
Julai
Bil Aktiviti
1 Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal Julai
2 Menganalisis masalah yang timbul dalam aktiviti 1
3 Ujian Pra Ogos
4 Bimbingan bersemuka Ogos
5 Ujian Pos Ogos
6 Refleksi kajian September
7 Menulis laporan kajian September
360 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 2 menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti sepanjang kajian dijalakan. Pengkaji
mengambil masa tiga bulan untuk melengkapkan gelung kajian Tindakan ini bermula dengan
mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal.
a. Intervensi
Kaedah biasa yang diajar pada murid ketika menjawab soalan penyelesaian masalah rutin diguna
pakai untuk menyelesaikan soalan bukan rutin seperti soalan KBAT. Murid dibimbing untuk
mengenal pasti maklumat penting dengan menggariskan maklumat itu. Kemudian murid akan
dibimbing untuk menyelesaikan masalah secara simulasi menggunakan blok asas. Langkah-
langkah yang perlu murid lakukan ialah dengan menggariskan maklumat yang:
Diberi Dicari Cara Semak
b. Inovasi
Berdasarkan daripada proses kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa kelemahan pelajar
yang masih diulangi tanpa disedari. Pelajar perlu selalu diingatkan untuk meneruskan langkah-
langkah yang telah dipelajari serta melakukan improvisasi berpandukan kepada kehendak
soalan.
Pengkaji juga telah mencipta satu inovasi yang diberi nama Simulasi Blok Asas. Tujuan
inovasi ini adalah untuk membantu ketika murid ingin menyelesaikan soalan KBAT. Pelajar tahu
tindakan pertama yang perlu dilakukan untuk menjawab soalan jenis ini. Setiap langkah yang
digunakan mestilah boleh digunakan sewaktu peperiksaan sebenar. Teknik yang dipelajari perlu
diulang berkali-kali supaya sebati dan boleh dipraktikkan dalam menyelesaikan masalah harian
bukan rutin
Strategi yang digunakan menggunakan bentuk 2D seperti bulatan, segi empat dan segi
tiga untuk membezakan data berdasarkan unit serta menggunakan blok pemikiran untuk mudah
memahami kehendak soalan. Langkah menjawab soalan penyelesaian masalah KBAT:
a) Lengkapkan gambar dan jadual dengan data (labelkan) - untuk soalan bergambar.
b) Baca satu ayat, tandakan nombor menggunakan bentuk 2D seperti bulatan, segi
empat dan segi tiga. Tandakan mengikut unit yang sama.
c) Menulis simbol +, - , x dan di atas kata kunci.
d) Baca ayat kedua, ulangi langkah b dan c.
e) Fahami kehendak soalan (di akhir ayat).
f) Membina ayat matematik.
g) Susun jalan kira dari kiri ke kanan.
h) Elakkan kecuaian mudah yang boleh menyebabkan kehilangan markah.
361 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Contoh:
c. Kaedah pengumpulan data
Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dalam pengumpulan data. Bagi kaedah
kuantitatif, pengkaji menjalankan ujian pra dan ujian pos. Manakala kaedah kualitatif pula,
pengkaji akan melaksanakan temuramah bersama murid untuk mengenal pasti kelemahan murid
dalam penyelesaian masalah matematik.
d. Instrumen pengumpulan data
Instrumen yang digunakan dalam pengumpulan data kuantitatif ialah set soalan. Satu set soalan
kertas 2 Matematik yang mengandungi 3 soalan di mana setiap soalan akan dipecahkan kepada
2 soalan kecil yang membawa markah 15 secara keseluruhannya. Kertas ujian yang sama
digunakan dalam pelaksanaan ujian pra dan ujian pos.
Manakala pengumpulan data kualitatif pula merupakan kaedah temu bual yang berbentuk
soalan separa berstruktur. Hanya satu soalan sahaja diberikan kepada murid yang terpilih.
e. Kaedah analisis data
Kaedah analisis data yang digunakan dalam kaedah temu bual adalah secara mengkategorikan
mengiut kekerapan. Manakala bagi ujian pra dan ujian pos pula di analisis berdasarkan markah
jawapan yang betul serta perbandingan pencapaian antara ujian pra dan ujian pos.
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan terhadap 10 orang murid yang dikenal pasti dalam tinjauan awal. Mereka
telah ditemubual serta menghadapi ujian pra dan ujian pos. Berikut adalah dapatan yang
pengakaji perolehi:
a. Dapatan Melalui Temubual
Bagi analisis dapatan melalui temubual, pengkaji telah menemu bual 10 orang murid Tahun 6
yang dipilih secara rawak. Kaedah temu bual yang dijalankan kepada murid ini adalah kaedah
temu bual separa berstruktur.
Bagi temu bual separa berstruktur, pengkaji hanya menyediakan soalan pertama sahaja, iaitu “
Apakah masalah yang kamu hadapi ketika menjawab soalan penyelesaian masalah Matematik,
khususnya yang mempunyai unsur KBAT?”. Secara keseluruhannya, kesemua murid yang
362 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
ditemu bual bersetuju bahawa soalan tersebut susah dan memerlukan langkah penyelesaian
yang panjang seperti yang diunjukkan di dalam Jadual 3.
Namun begitu, terdapat beberapa jawapan yang memiliki bilangan kekerapan yang tinggi iaitu
murid sukar memahami kehendak soalan, malas membaca soalan yang panjang, tidak tahu
memilih data yang penting dan juga kekurangan latihan.
Jadual 3
Hasil Temu Bual dengan Murid
Bil Faktor Kekerapan Peratus
7 13.46
1 Tidak memahami kehendak 8 15.38
soalan. 10 19.23
8 15.38
2 Tidak mahu membaca soalan 10 19.23
panjang 9 17.30
52 99.98
3 Susah
4 Tidak tahu memilih data yang
betul
5 Langkah penyelesaian yang
panjang
6 Kurang latihan
Jumlah
b. Dapatan Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
Setelah semua aktiviti yang ditetapkan dijalankan, pengkaji dapati terdapat peningkatan dalam
penguasaan murid menyelesaikan masalah Matematik yang mempunyai unsur KBAT di dalam
kertas 2.
Jadual 4
Perbandingan Markah daripada Ujian Pra dan Ujian Pos
Murid Ujian Pra Ujian Pos Peningkatan
1 1 5 4
2 0 4 4
3 0 5 5
4 5 8 3
5 5 10 5
6 4 10 6
7 6 12 6
8 4 8 4
9 4 9 5
10 5 10 5
363 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Pengkaji telah menganalisis keputusan ujian diagnostik (pra) yang dijalankan ke atas murid
untuk megesan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran penyelesaian masalah. Sebanyak
tiga soalan yang mengandungi dua sub-soalan setiapnya telah diberikan kepada murid yang
memperuntukan 14 markah keseluruhannya. Seramai 10 orang murid telah menduduki ujian ini.
Walau bagaimanapun, selepas ujian pra dijalankan dan menyemak jawapan murid, pengkaji
mendapati keputusannya amat memberansangkan.
Merujuk kepada jadual perbandingan bagi keputusan ujian pra dan ujian pos yang telah
dilaksanakan oleh pengkaji, terdapat perbezaan markah yang ketara antara kedua-dua
keputusan ujian tersebut. Keputusan ujian pra menunjukkan ada murid yang hanya mendapat
markah ‘0’ sebelum kaedah pembelajaran menggunakan inovasi Simulasi Blok Asas
diperkenalkan.
Perbandingan Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
15
MARKAH 10 Ujian Pra
Ujian Pos
5
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
MURID
Rajah 1: Graf Perbandingan Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Berbeza dengan keputusan pos, prestasi keputusan ujian murid menunjukkan peningkatan
yang memberansangkan. Jika rujuk pada rajah di atas, terdapat beberapa orang murid yang
menunjukkan 0 markah kepada 4 dan 5 markah. Walaupun terdapat seorang murid yang
memperolehi sedikit sahaja peningkatan markahnya iaitu daripada 1 markah kepada 4 markah
sahaja tetapi bagi pengkaji ia sudah memadai dan menggembirakan kerana situasi ini
menunjukkan impak yang positif terhadap inovasi Simulasi Blok Asas.
PERBINCANGAN
Sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini dijalankan kepada murid Tahun 6, pengkaji
berpendapat bahawa murid-murid amat sukakan kaedah Simulasi Blok Asas. Dengann
mengaplikasikan kaedah ini pengkaji berjaya mewujudkan iklim pembelajaran yang
menyeronokkan. Pengkaji bercadang untuk digunapakai oleh semua guru Matematik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah. Malahan inovasi ini boleh
diperkenalkan kepada murid Tahun 3 hingga Tahun 6 bagi menyelesaikan masalah khusus
kepada soalan yang mempunyai unsur KBAT.
Simulasi Blok Asas ini adalah khusus untuk murid yang sederhana pencapaiannya iaitu di antara
70% hingga 78% yang hampir mencapai 80%. Inovasi ini merupakan aktiviti pengukuhan bagi
364 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
kumpulan A dan aktiviti pengayaan bagi kumpulan B. Blok asas yang digunkan akan membimbing
murid-murid menyelesaikan masalah Matematik mengikut proses.
RUMUSAN
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dilaksanakan ini, kajian ini dapat membantu guru
mengenal pasti masalah yang di hadapi oleh murid dalam memahami kehendak soalan Kertas 2
Matematik. Inovasi Simulasi Blok Asas juga ternyata dapat membantu murid meningkatkan
penguasaan kemahiran penyelesaian masalah khusunya soalan yang berunsurkan KBAT. Murid
juga dapat mengenal pasti maklumat atau data penting yang dapat membantu dalam
penyelesaian masalah Matematik itu.
Seterusnya, pengkaji dapat merumuskan bahawa dapatan yang diperolehi melalui kajian
tindakan ini telah menjawab kesemua objektif kajian yang telah dikemukakan sebelum ini. Selain
dapat membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran penyelesaian masalah, inovasi ini
juga telah membantu pengkaji dalam aspek penyediaan bahan pengajaran.
RUJUKAN
Barak, M., Ben-Chaim, D. & Zoller, U. 2007. Purposely teaching for the promotion of higher-order thinking
skills: A case of critical thinking. Science Education 37: 353-369
Cheeseman, J. (2018). Teachers’ perceptions of obstacles to incorporating a problem-solving style of
mathematics into their teaching. Proceedings of the 41st Annual Conference of the Mathematics
Education Research Group of Australasia (pp. 210–217). Retrieved from https://eric.ed.gov/
Chusnul, R. C., Mardiyana, & Retro, D. S. (2017). Errors analysis of problem solving using the Newman
stage after applying cooperative learning of TTW type. International Conference and Workshop
on Mathematical Analysis and Its Applications (ICWOMAA 2017). doi.org/10.1063/1.5016662
Mahmud, M. S., Yunus, A. S. M., Ayub, A. F. M., & Sulaiman, T. (2020). Enhancing mathematical
language through oral questioning in primary schools. International Journal of Learning, Teaching
and Educational Research, 19(5), 395–410. doi.org/10.26803/IJLTER.19.5.24
NGUONG BAUL, Albert Ling; MAHMUD, Muhammad Sofwan. Kemahiran Penyelesaian Masalah
Matematik Berayat Dalam Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah: Sebuah Tinjauan
Literatur. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 3, p. 123-134, sep. 2021. ISSN 2682-826X.
Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/15135>. Date accessed: 18
aug. 2022.
Nurkaeti, N. (2018). Polya’s strategy: An analysis of mathematical problem-solving difficulty in 5th grade
elementary school. Jurnal Pendidikan Dasar, 10(2),140–147. doi.org/10.17509/eh.v10i2.10868
Widodo, S. A., Darhim, D., & Ikhwanudin, T. (2018). Improving mathematical problem solving skills
through visual media. Journal of Physics: Conference Series, 948(1). doi.org/10.1088/1742-
6596/948/1/012004
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: the development of higher psychological processes.
London: Harvard University Press.
365 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
APLIKASI TEKNIK KeNa (KENAL DAN WARNA) BAGI MENINGKATKAN
PENGUASAAN MURID TAHUN 3 BERKAITAN HURUF BESAR
PADA AWAL AYAT
G. KASTURI BAY GOVINDASWAMI
[email protected]
ABSTRAK
Dalam mempelajari Bahasa Melayu pelbagai kemahiran perlu dikuasai oleh murid-murid.
Salah satu kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah kemahiran
menulis. Kemahiran ini amat penting dikuasai oleh mereka demi mencapai kejadian yang
lebih cemerlang pada masa hadapan. Kemahiran menulis juga merupakan suatu budaya
intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis. Manakala Sasson
1930 pula mendapati guru seringkali kurang memberi penekanan kepada pengajaran
menulis di kelas terutamanya cara memegang alat tulis yang betul menulis huruf mengikut
pergerakan yang betul, Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang
betul pada peringkat awal lagi supaya minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang
cantik dan penuh kesenian. Sehubungan dengan itu pendidikan Bahasa Melayu pada masa
kini tertumpu pada usaha menguasai kemahiran bukannya pengetahuan. Salah satu
kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid ialah kemahiran menggunakan huruf
besar. Kegagalan menguasai kemahiran ini akan memberi impak dalam mutu penulisan
mereka,
Katakunci: Teknik KeNa, penguasaan awal ayat, pencapaian, tahun 3
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Saya merupakan pelajar PPG Program Pensiswazahan Guru, merupakan seorang guru yang
berkhidmat di sebuah sekolah di Daerah Sepang, Selangor. Saya telah diamanahkan untuk
mengajar matapelajaran Bahasa Melayu bagi Tahun 3 Kamban di sekolah tersebut. Di sekolah
ini terdapat hanya sebuah kelas bagi setiap Tahun persekolahan.
Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 3 Kamban, saya dapati
seramai 5 orang dari 23 orang murid mempunyai permasalahan dalam menggunakan huruf besar
untuk perkataan pada permulaan ayat. Dalam soal jawab secara lisan dengan mereka saya telah
telah mengemukakan soalan-soalan berkaitan dengan penggunaan huruf besar pada permulaan
ayat, namun murid-murid yang terlibat tadi masih gagal menjawab dengan tepat.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa guru yang mengajar sebelum ini kurang
memfokuskan terhadap penulisan huruf besar dalam ayat dan hanya menumpukan kepada
format penulisan karangan sahaja. Kebanyakan Latihan yang dibuat adalah berkaitan tatabahasa
dan pemahaman dan apabila latihan karangan, fokus hanya kepada format penulisan sahaja.
Murid menulisa ayat tanpa mengikut keperluan penggunaan huruf besar yang betul iaitu bagi
perkataan di awal ayat.
366 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Semasa berada di tahun lima, murid sepatutnya sudah boleh membezakan keperluan
penggunaan huruf besar pada tempat dan waktu yang betul. Penekanan terhadap aspek ini
seharusnya dilakukan supaya penulisan ayat murid adalah dalam keadaan yang betul. Selain itu,
apabila guru tidak menegur kesalahan ejaan murid dan tidak cuba membaiki kesilapan itu murid
akan berterusan mengulanginya.
Oleh itu apabila saya dapat mengenal pasti masalah murid saya pun cuba membina
latihan soalan berkaitan masalah penggunaan huruf besar di awal ayat. Hasil daripada latihan
tersebut saya mendapati terdapat & 5orang murid yang masih jelas ketara kesalahan huruf
besarnya. Murid ini tidak memulakan ayat dengan huruf besar pada awal perkataan pertama dan
masih keliru untuk menggunakan huruf besar.
Penggunaan huruf besar ini adalah sangat penting dalam penulisan ayat terutama untuk
karangan Bahasa Melayu. Penulisan huruf besar amat dititikberatkan dan menjadi satu kesalahan
jika berlaku kesilapan. Selain itu, penulisan huruf besar juga penting untuk dikaji supaya
penulisan akan lebih baik dan betul. Dalam kertas peperiksaan penggunaan huruf besar yang
salah diletakkan dalam kesalahan penggunaan ejaan. Dalam Bahasa Melayu ada peraturan
tertentu dalam penggunaan huruf besar. Antara peraturan bagi penulisan huruf besar ialah huruf
besar perlu digunakan pada huruf pertama pada awal ayat.
Begitu juga huruf pertama dalam ayat yang menyusuli ayat lain iaitu selepas tanda noktah.
Peraturan kedua huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam petikan langsung.
Terdapat beberapa faktor lagi yang menyebabkan penulisan huruf ditulis dalam huruf besar
namun saya hanya memfokuskan kepada dua faktor ini kerana kesalahan ini sering dilakukanoleh
murid sedangkan kedua-dua adalah faktor yang mudah. Format penandaan Bahasa Melayu
kertas juga menitikberatkan penggunaan huruf besar yang betul. Ini kerana penulisan huruf besar
ini merupakan asas lagi penulisan Bahasa Melayu dan seharusnya diketahui sejak murid berada
ditahun satu lagi.
Berdasarkan permasaalahan ini saya perlu mengambil satu inisiatif untuk membuat
tindakan tentang permasalahan murid masih tidak menggunakan huruf besar untuk perkataan di
permulaan ayat. Saya telah telah bercadang menggunakan teknik KENA iaitu singkatan
perkataan “Kenal” dan “Warna”. Teknik ini merupakan satu teknik penggunaan warna untuk
menunjukkan perbezaan antara huruf kecil dan huruf yang sepatutnya ditulis besar. Saya perlu
menggunakan teknik kepada murid-murid tahun lima berkenaan kerana ingin memperbetulkan
kesilapan mereka pada peringkat awal sebelum mereka melangkah ke tahun enam dan akan
menduduki Pentaksiran Penilaian Sekolah Rendah. Saya juga bercadang untuk bekerjasama
dengan guru-guru lain terutama guru Bahasa Melayu untuk cuba mengatasi semampu boleh
masalah ini dari peringkat yang lebih rendah terutama sejak murid mula belajar tentang penulisan
ayat dan juga kata nama khas di tahun satu lagi.
Pemilihan teknik kenal dan warna atau saya namakan teknik KENA ini adalah
berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Greene, et al., (1983) dan Wilson (1996) peningkatan
pesat dalam teknologi yang menggunakan spektrum warna penuh seperti televisyen, internet dan
telefon bimbit telah meningkatkan penyelidikan mengenai kesan warna pada proses psikologi
seperti rangsangan.
Justeru kita dapat melihat bagaimana warna dapat memberi kesan terhadap psikologi
manusia sehinggakan banyak kajian telah dijalankan mengenai kesan warna terhadap psikologi
manusia. Berdasarkan pendapat tokoh diatas pengkaji percaya bahawa ia melalui teknik cam
367 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
warna ini, psikologi murid akan menjadi positif dan mampu mengingat perkara tentang penulisan
huruf besar dengan baik.
Saya bercadang menggunakan teknik KENA kerana teknik ini dapat membezakan secara
lebih jelas tentang perbezaan huruf besar dan huruf kecil dalam ayat. Menggunakan teknik ini
aras pemahaman danpengetahuan murid dapat diukur dan dilihat perkembangannya dengan
mudah.
SOROTON LITERATOR
Sekolah-sekolah di Malaysia dipenuhi dengan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang budaya dan bahasa yang berbeza. Selain itu terdapat juga perbezaan-perbezaan lain
misalnya kebolehan tahap pemikiran minat dan bakat (Mok,1996). Hal ini terjadi kerana terdapat
dalam kalangan murid yang kebolehan belajar yang dapat menangkap setiap pegajaran yang
diajar dengan cepat dan terdapat juga yang memerlukan bimbingan serta pemulihan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu pelbagai trend pengajaran dan pembelajaran
boleh digunakan mengikut kesesuaian dan kehendak murid-murid berdasarkan perbezaan
perbezaan yang wujud. Ini merupakan cabaran yang perlu di depani oleh guru dalam mendidik
muridnya.
Kamaruddin Hj. Husin (1998) menyatakan bahawa “Tulisan ialah bahasa yang bertulis
dengan lambing-lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan Bahasa” (178).
Oleh itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak daripada sekolah
rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk mengelak permasalahan yang
berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam penggunaan huruf besar
dan huruf kecil dalam penulisan.
Keupayaan menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kamahiran menulis ialah
terhadap penggunaan alat yang gramatis tanda baca dan ejaan yang betul di samping tulisan
yang jelas cantik dan kemas.
Menurut Nik Safiah Karim, Farid Onn Hushim Haji Musa dan Abdullah Hamid Mahmood
(2007) kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara yang umum
sifatnya. Kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan kata nama am huruf pertama tidak
semestinya huruf besar. Kata nama Khas ialah kata yang mendukung makna rujukan khusus
pada sesuatu nama orang, haiwan benda perbadanan (institusi) undang-undang bangsa Bahasa,
pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan huruf pertama Kata Nama Khas ditulis dengan huruf
besar.
Zalian Jemat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh dituliskan ditengah
sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca. Hal tersebut
merupakan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang peserta kajian saya. Kaedah
penggunaan warna dipilih bagi membantu masalah murid dalam menggunakan huruf besar pada
huruf pertama perkataan sesuatu ayat.
368 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
FOKUS KAJIAN
Saya mengajar di tahun 3 yang terdiri daripada 2 orang murid yang tidak banyak masalah
pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid B murid yang berada pada aras sederhana.
Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di tahun 3, saya mendapati hanya 5
orang murid yang melakukan kesilapan dalam penulisan huruf besar sama ada dalam menulis
perkataan ayat mahupun karangan pada tempat yang sepatutnya. Oleh yang demikian, kajian ini
difokuskan kepada meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam kalangan murid
ini.
Hasil daripada pemerhatian saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid
disebabkan murid keliru dalam aspek penggunaan huruf besar serta keliru dengan konsep
penggunaan kata nama am dan kata nama khas iaitu saya telah melaksanakan teknik pengajaran
berkumpulan teknik warna dan latih tubi bagi mengatasi masalah murid.
Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik
dan strategi yang sesuai. Ini berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh saya terhadap
masalah penggunaan huruf besar yang pernah dilakukan oleh pengkaji terdahulu antaranya
Zailan (2005), Meimon (2009), Noraini (2009) Madihah (2005), Zaridah (2006) Abdul Karim
@Husaini (2003), Senua @Senia Chundi (2003) dan Mahmud (2003).
Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar walaupun banyak kajian telah
dilakukan di tempat lain, namun masih belum ada kajian tentang masalah penggunaan huruf
besar dilakukan di sekolah ini. Maka wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan Kemahiran
Penguasaan Penggunaan huruf besar dalam kalangan murid Tahun 3 ini.
TINJAUAN MASALAH DAN ANALISIS MASALAH
Dalam peringkat tinjauan masalah ini saya telah membuat pemerhatian terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Saya mendapati murid B murid
mengalami masalah dalam penulisan ayat. Kesalahan yang dilakukan adalah dalam aspek
penulisan huruf besar. Saya turut melihat rekod murid buku latihan dan markah ujian bulanan
bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan permasalahan yang dikenal pasti.Selain itu, saya
turut berbual bersama guru kelas dan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di
kelas tersebut.
Sebelum Langkah-langkah yang seterusnya diambil. saya perlu meninjau masalah-masalah yang
menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huru besar dengan
menggunakan methodologi yang dinyatakan.
Berdasarkan kepada instrument yang akan saya jalankan untuk meninjau masalah yang
menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar maka saya akan
membuat analisis mengikut pecahan masalah seperti yang terkandung dalam jadual di bawah: -
369 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Bil Masalah Jumlah%
86%
1. Kurang tumpuan 65%
2. Sikap malas 80%
77%
3. Tidak memahami arahan 90%
88%
4. Kurang keyakinan diri
5. Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar.
6. Tiada bimbingan di rumah
OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN
Objektif kajian dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan objektif khusus.
Objektif Umum
Meningkatkan penguasaan huruf besar dalam kalangan murid semasa penulisan ayat.
Objektif Khusus
a) Mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam penulisan huruf besar.
b) Membantu murid meningkatkan penguasaan penulisan huruf besar dalam ayat menggunakan
teknik KENA
c) Meningkatkan minat dan motivasi murid dalam menulis ayat menggunakan huruf besar
dengan betul melalui teknik KENA.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah murid sudah menguasai penulisan huruf besar?
2. Adakah teknik KENA dapat membantu murid meningkatkan penguasaan penulisan huruf besar
dalam ayat?
3). Sejauh manakah teknik KENA dapat meningkatkan minat dan motivasi murid untuk menulis
ayat menggunakan huruf besar dengan betul?
370 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
KUMPULAN SASARAN
Berdasarkan pemerhatian dan semakan buku latihan serta lembaran kerja murid saya telah
mengenal pasti lima orang subjek yang akan menjadi sampel dalam kajian ini. Subjek kajian
adalah terdiri dari tiga orang lelaki dan dua orang perempuan kesemuanya adalah murid tahun 3
yang belajar disekolah ini. Setelah mengenalpasti murid-murid yang terlibat saya telah
mendapatkan butiran maklumat peribadi subjek kajian daripada guru kelas mereka. Setelah
butiran peribadi mereka diperolehi saya telah membuat analisa latar belakang keluarga dan
persekitaran mereka. Hasil analisa yang saya lakukan saya dapati kelima-lima murid ini adalah
cucu peneroka di Felda ini. Kesemua mereka tinggal dengan datuk dan nenek apabila kedua-dua
bapa mereka bercerai, Manakala ibu dan bapa mereka tinggal di bandar untuk bekerja mencari
rezeki.
Saya juga mendapati bahawa murid-murid ini kurang mendapat kasih sayang dari kedua
ibu dan bapa mereka. Hasil semakan rekod disiplin juga mendapati mereka sering melakukan
pelbagai kesalahan disiplin di sekolah ini seperti bergaduh, ponteng sekolah dan sebagainya lagi,
Oleh itu demi memastikan kajian ini dapat memberi manfaat yang baik. Saya akan menggunakan
teknik kenal dan mengecam warna (KENA) supaya subjek kajian dapat di bantu dalam proses
intervensi nanti.
TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Model Kemmis dan McTaggart (1998) iaitu “action research cycle” merupakan model yang
biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam model
ini iaitu mereflek (reflect) merancang (plan) bertindak (action) dan memerhati (observe). Kajian
tindakan bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dalam
masalah ini tentang penulisan huruf besar dalam ayat.
Kemudian pengkaji akan menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah
yang dihadapinya. Seterusnya pengkaji melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses
pelaksanaannya disamping melihat proses perkembangan hasil daripada tindakan yang dibuat.
Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (cycle 1). Apabila masalah
itu masih tidak dapat diatasi maka pengkaji bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan
Kedua, (cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada gelung kedua mesti ada satu
penambahbaikan supaya langkah yang diulang lebih baik dan mampu memberi perubahan
kepada masalah. Model kajian tindakan ini ditunjukkan dalam Rajah 1
371 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Merancang
Merancang Tindakan kajian untuk
meningkatkan nilai pengajaran.
Mereflek Bertindak
Membuat refleksi tentang proses Melaksanakan kajian
p&p dan strategi yang telah menggunakan kaedah “lattice”
digunakan.
yang telah dirancang.
Memerhati
Mengumpul dan menganalisis
data yang diperolehi daripada
instrumen pengumpulan data
yang telah dilaksanakan.
Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Lewin, Kemmis & Mc Taggart (1998)
Saya telahpun memikirkan Tindakan yang perlu diambil bagi menangani masalah ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran penulisan huruf besar KENA dalam Program Kenal dan
Warna. Dalam program ini, saya akan melaksanakan intervensi yang pelbagai untuk
penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran mengenai penulisan huruf besar. Dalam
Program Kenal dan Warna (KENA) ini, terdapat tiga Teknik dan Langkah yang pengkaji lakukan
iaitu Teknik Ops KENA dan KENA Kekal.Kesemua Langkah ini, pengkaji memberi focus kepada
penggunaan warna sebagai satu cara untuk membuatkan murid lebih mampu mengecam huruf
yang perlu ditulis besar. Penggunaan warna sebagai satu cara untuk menambah daya faham
murid dan juga memudahkan murid untuk menghafal.
PERANCANGAN TINDAKAN
Tinjauan awal dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti masalah utama yang menjadi
fokus dalam kajian tindakan ini. Tinjauan ini dilakukan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah bersama dengan responden sepanjang tempoh kajian dilakukan dan melalui
data awal yang dikumpul iaitu melalui semakan buku latihan dan pemerhatian semasa sesi
bimbingan.
372 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
UJIAN DIAGNOSTIK
Bagi mengenalpasti masalah setara mendalam lagi, saya telah menjalankan kajian diagnostik.
Ujian ini dilakukan bertujuan bagi mencari sama ada betul atau tidak murid yang sama pilih
merupakan responden yang bersesuaian dengan kajian sama. Selain daripada itu, saya hendak
mencari bukti kukuh bahawa responden yang sama pilih memang termasalah dengan topik kajian
yang telah sama pilih.
UJIAN PRA
Instrumen ini sama gunakan selepas pemilihan responden dilakukan. Segala maklumat berkaitan
dengan ujian ini direkodkan bagi tujuan pertandingan dengan Ujian Pasca yang akan dijalankan
selepas sesi intervensi dijalankan.
Program Intervensi Teknik Kenal Dan Warna.
Teknik Ops & KENA
Teknik Ops KENA ini merupakan teknik permulaan Program Kenal Dan Warna.Teknik ini
menumpukan penggunaan proses kenal kedudukan huruf besar dalam sesuatu ayat serta
mengecam warna dan pengulangan. Saya menggunakan satu kad berwarna iaitu berwarna
kuning. Kad berwarna kuning mengandungi contoh ayat -ayat serta perenggan yang
menunjukkan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat.
Kad ini adalah perkaitan dengan Teknik Ops KENA dan teknik seterusnya KENA Kukuh
iaitu apabila murid melihat penggunaan huruf besar pada huruf pertama perkataan awal ayat
yang ditulis dengan warna kuning. Apabila murid melihat tulisan huruf berwarna kuning murid
akan merujuk kad berwarna kuning dan akan mempelajari dengan lebih jelas lagi tentang
huruf besar pada huruf pertama perkataan awal ayat supaya mendapat gambaran yang lebih
jelas tentang penulisan huruf besar untuk perkataan awal ayat beserta contoh-contoh bergambar
dan menggunakan symbol.
Saya ingin meneruskan lagi Program Kenal dan Warna dengan teknik Ops KENA ini
menggunakan kemudahan ICT terkini. saya mencadangkan satu langkah pendekatan
penggunaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif. Saya akan
menggunakan kemudahan perisian microsoft Power Point. dengan penggunaan perisian ini
pendedahan maklumat dapat dilakukan dengan betul dan berkesan. Langkah dalam Teknik ini
saya akan menayangkan paparan tentang satu ayat penuh yang lengkap.Dalam ayat ini huruf
besar iaitu huruf awal permulaan ayat akan ditulis dalam warna kuning. Murid akan diminta
mengalihkan penunjuk atau cursor dan menekan pada huruf yang berwarna. Huruf yang
berwarna tersebut akan membawa kepada pautan paparan seterusnya.
Apabila murid klik pada huruf besar berwarna kuning, satu pautan akan keluar. Pautan ini
menerangkan tentang penulisan huruf besar pada permulaan ayat. Penerangan merangkumi
373 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
contoh-contoh penulisan huruf besar pada awal ayat yang lain. Selain itu juga terdapat juga
latihan pengukuhan tentang penulisan huruf besar dalam ayat. Latihan dijalankan dengan
pengkaji akan menerangkan latihan ayat dalam huruf kecil keseluruhan dan murid akan menyalin
semula mengikut penulisan menggunakan penulisan huruf besar pada tempat yang betul.
KENA Kekal
KENA Kekal adalah satu teknik akhir iaitu bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid tentang
penulisan huruf besar. Murid akan diberi satu kad teks. Teks ayat tersebut adalah dalam tulisan
huruf kecil bagi keseluruhan ayat. Murid perlu menulis semula ayat tersebut menggunakan huruf
besar yang betul pada perkataan dan tempat yang betul iaitu pada huruf pertama perkataan
permulaan sesuatu ayat.
Seterusnya saya akan menyemak penulisan murid dan merekod kesalahan penggunaan
huruf besar. Langkah kedua saya akan memberi teks. Yang sama iaitu teks masih dalam tulisan
huruf kecil keseluruhan namun pada huruf awal permulaan ayat akan menggunakan tulisan
berwarna selain warna hitam. Saya menggunakan warna kuning untuk huruf awal perkataan
pertama dalam ayat. Saya menerangkan supaya murid menyalin semula teks dan dalam teks
tersebut, murid perlu menulis huruf besar untuk huruf berwarna kuning berdasarkan penunjuk
warna yang diberikan oleh saya kepada murid. Untuk langkah ini saya melihat bahawa dengan
menggunakan warna yang berbeza murid dapat mengenal huruf yang mana perlu ditulis besar
dan sebab perlu menulis huruf besar iaitu untuk huruf awal permulaan ayat. Murid juga akan
mudah mengingat tempat dalam ayat dan perkataan yang perlu ditulis menggunakan huruf besar.
Setelah itu, saya memberi semula teks ayat yang digunakan pada Langkah pertama iaitu
teks ayat dalam tulisan huruf kecil kesemuanya tanpa penunjuk warna dan tulisan keseluruhan
berwarna hitam. Murid diminta menyalin semula ayat tersebut menggunakan penggunaan huruf
besar yang betul. Pengkaji kemudian akan merekod keberhasilan terkini.
UJIAN PASCA
Setelah selesai sesi intervensi 3 satu ujian pasca akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat
serta bukti yang dapat menunjukkan kaedah yang telah digunakan dapat memperlihatkan
perubahan dari segi penguasaan kemahiran di kalangan murid. Keputusan ujian pasca dianalisis
dengan membuat bandingan dengan ujian pra bagi membuktikan bahawa kaedah yang
digunakan berjaya.
SOAL SELIDIK
Soal selidik dilakukan ke atas murid untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan dengan sesi
intervensi yang telah dijalankan. Setelah selesai sesi intervensi satu ujian pasca akan dijalankan
bagi mendapatkan maklumat serta bukti yang dapat menunjukkan kaedah yang telah digunakan
dapat memperlihatkan perubahan dari segi penguasaan kemahiran di kalangan murid.
Keputusan ujian pasca dianalisis dengan membuat bandingan dengan ujian pra bagi
membuktikan bahawa
374 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
PERANCANGAN DAN CARA MENGUMPUL DATA
Pengumpulan data merupakan satu cara yang sistematik mendapatkan sesuatu maklumat yang
dikehendaki. Berdasarkan kajian yang dijalankan terdapat beberapa instrumen dalam kaedah
pengumpulan data iaitu ujian diagnostik, ujian pra, ujian pasca temubual, soal selidik dan lain-
lain lagi yang dirasakan sesuai.
UJIAN DIAGNOSTIK
Saya menjalankan ujian ini bagi mengenalpasti masalah murid dalam pembelajaran dan ianya
lebih bersifat topikal. Dari ujian ini saya dapat mengenalpasti murid yang akan dijadikan subjek
kajian tindakan saya.
UJIAN PRA
Ujian dan latihan yang diberikan untuk menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.
UJIAN PASCA
Ujian yang dijalankan sebelum sesuatu intervensi dilaksanakan untuk dijadikan panduan serta
digunakan untuk membuat pertandingan dengan ujian pasca yang akan dijalankan selepas
intervensi dilaksanakan. Ujian ini boleh digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum
dan selepas sesuatu rawatan atau program inovatif seperti dalam reka bentuk bercorak
eksperimental.
SOAL SELIDIK
Soal selidik merupakan kaedah pengumpulan data yang kerap digunakan oleh pengkaji. Ia
merupakan suatu cara yang paling mudah memperoleh data atau maklumat yang diperlukan
untuk membolehkan pengkaji mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu pengajaran dan
pembelajaran. Ianya mestilah diiselaras atau memenuhi objektif atau masalah yang sedang dikaji.
Soalan soal selidik ini merupakan soalan jenis tertutup iaitu subjek kajian hanya perlu menanda
jawapan “atau”, “Tidak” sahaja.
375 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Contoh Soal Selidik Ya ( / )
Borang Soal Selidik Murid Tahun 3. Tidak ( X)
Bil Sila jawab dengan jujur
1. Pengajaran cikgu menyeronokkan
2. Cikgu memberi tumpuan kepada saya
3. Saya minat matapelajaran Bahasa Melayu
4. Keluarga memberi bimbingan di rumah.
5. Bimbingan yang cikgu beri mencukupi
6. Belajar menyeronokkan
7. Kerja sekolah yang diberi mudah
8. Saya suka menulis
9. Saya suka membaca
10. Saya faham arahan cikgu
11. Percakapan cikgu terlalu laju
TEMUBUAL
Menurut buku daripada Manual Kajian Tindakan bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan 2008 menyatakan bahawa temubual merupakan salah satu kaedah pengutipan data
yang melibatkan interaksi “face to face” antara pengkaji dan subjek. kaedah ini adalah kaedah
yang terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada subjek secara mendalam. Kaedah temubual
dijalankan secara berstruktur. yakni soalan utama disediakan terlebih dahulu dan disusuli dengan
soalan sampingan yang dibina secara spontan berdasarkan jawapan yang diberikan subjek
kajian. Justeru itu. Pengkaji akan dapat mencungkil masalah subjek secara mendalam secara
urutan.
PEMERHATIAN
Selain daripada kaedah yang disebut di atas, saya juga menggunakan kaedah pemerhatian
dalam mengumpul maklumat. Pemerhatian akan dilakukan sepanjang aktiviti intervensi
dilaksanakan. Melalui pemerhatian yang dilakukan saya dapat melihat perkembangan serta
kefahaman murid terhadap intervensi yang dilaksanakan dan saya dapat mengubah Teknik
pengajaran semasa aktiviti sedang dijalankan. Ini akan memberikan impak yang tinggi dalam
memperbetulkan kesalahan yang dilakukan murid semasa aktiviti.
376 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
PERANCANGAN DAN CARA MENGANALISIS DATA
Pada bahagian ini, saya akan memperkatakan serta menghurai berkaitan dengan cara
menganalisis data/maklumat yang telah dikumpul melalui instrumen pengupulan data yang telah
digunakan.
UJIAN DIAGNOSTIK
Pemeriksaan kertas soalan dilakukan setelah ujian selesai dijalankan dan markah dikumpul dan
dianalisis setiap jawapan yang diberikan murid. Seterusnya kumpulan sasaran dibentuk
berdasarkan analisis yang telah dijalankan. Melalui ujian ini, saya cuba mengenalpasti kesalahan
dan meneliti setiap kesalahan yang dilakukan. Seterusnya saya menyenaraikan factor-faktor
yang menyebabkan kesalahan itu dilakukan
UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA
Ujian Pra dilakukan sebelum intervensi dijalankan dan ujian pasca dijalankan selepas intervensi
dilaksanakan. Setiap skor markah ujian yang dijalankan akan direkodkan dan di akhir kajian iaitu
apabila proses penyediaan laporan akan dibuat skor markah yang dikumpul akan dianalisis
dengan membuat banding beza bagi melihat sama ada terdapat peningkatan atau tidak. Jika
perbezaan yang berlaku menunjukkan positif bermakna intervensi yang dilaksanakan memberi
impak yang baik terhadap kefahaman dan penguasaan kemahiran dikalangan subjek yang dipilih.
Seterusnya saya akan menunjukkan perbezaan skor bagi setiap murid yang menjadi subjek
kajian dalam bentuk peratusan. Nama yang dipaparkan dalam Jadual Skor Ujian Pra dan Pasca
adalah bukan nama sebenar murid selaras dengan etika penyelidikan yang dijalankan oleh
sesuatu kajian.
Lihat jadual dibawah: -
Jadual: Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bilangan murid Skor Skor
Ujian Pra Ujian Pasca
64%
1.M.Lingesvarma 48% 62%
72%
2.S.Aneesh Premanand 42% 56%
68%
3.K.Sasmitha 52%
4.T.Shaashini 36%
5.R.Kaarthik 35%
377 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca
80% S. Aneesh K. Sasmitha T.Shaashini R. Kaarthik
70% Premanand
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
M.Lingesvarma
Ujian Pra Ujian Pasca
SOAL SELIDIK
Bilangan subjek yang menjawab Ya bagi setiap soalan akan dihitung dan peratusannya akan
dikira. Begitu juga bagi bilangan subjek yang menjawab Tidak? Kemudian saya akan membina
carta barbagi menunjukkan perbezaan peratus jawapan bagi setiap soalan soal selidik. melalui
gambaran carta bar yang dibina. Saya akan membuat rumusan yang akan menjadi panduan
dalam kajian tindakan sama ini.
TEMUBUAL DAN PEMERHATIAN
Bagi kaedah temubual dan pemerhatian yang dilakukan semasa sesi intervensi dilaksanakan
maklumat yang diperolehi akan dibuat catatan dan seterusnya refleksi akan dibuat berdasarkan
maklumat tersebut.
PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Dalam bahagian perancangan pelaksanaan tindakan saya akan memperincikan setiap proses
serta aktiviti yang saya lakukan untuk menyiapkan kajian tindakan ini dengan membina carta
gant. Melalui carta gant dapat dilihat setiap tempoh pelaksanaan aktiviti yang telah dilaksanakan
dan akan dilaksanakan. Seterusnya saya akan memperlihatkan kos yang terlibat dapat
menyiapkan kajian tindakan ini.
378 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
TINJAUAN LITERATUR
Kajian yang saya lakukan ini adalah bersandarkan pada sebuah buku tulisan Asmah Hj Omar.
2008. Nahu Kemas Kini Selangor: PTS Professional, PTS Media Group Sdn Bhd dan juga buku
Yahya Othman (2005) Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu, Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.
Selain itu kajian saya juga bertitik tolak dari kajian yang telah dilakukan oleh Zaridah binti
Zuber (2006). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi murid Tahun 3
menggunakan Teknik Warna. Serta Carmelya (2010) yang juga telah menggunakan imej visual
untuk membantu mengurangkan masalah murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil
dalam penulisan yang mana beliau menggunakan “keluarga ayam” sebagai
bahan bantu utama untuk mengatasi masalah penggunaan huruf kecil pada huruf pertama dalam
perkataan pertama pada sesebuah ayat dalam penyelidikan beliau.
RUMUSAN/PENUTUP
Matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang
serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek rohani, emosi dan jasmani
selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas
mendengar, membaca, menulis dan mengira (4M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid menguasai kemahiran asas 4M. Jadi adalah menjadi tanggungjawab
kita untuk memikul amanah tersebut. Walaupun banyakan kekangan masa dan bebanan tugas
semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Sebagai seorang guru kita buat
semampu yang mungkin supaya semua murid dapat menguasai huruf besar selaras dengan Visi
dan Misi Pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.
Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu meskipun agak sukar dan
kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran,
namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas
yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat
semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan
Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.
Sikap murid kurang menumpukan perhatian tidak ikut arahan dan tidak faham arahan,
serta sikap tidak ambil berat, kurang keyakinan diri, cuai dan suka tergesa-gesa membuat latihan
dan tanpa berfikir panjang akan melakukan kesilapan menggunakan huruf besar ditempat yang
sepatutnya dapat dikurangkan. Sebagai seorang guru matapelajaran Bahasa Malaysia, guru
mata pelajaran dapat membantu pencapaian murid untuk meningkatkan peratus kelulusan
prestasi Bahasa Malaysia.
379 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am. PTS Professional, PTS Media Group Sdn Bhd
Abdul Karim Bin Haji Jawi. (2003) Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam Aspek Tanda
Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khusus serta Bimbingan Rakan Sebaya Prosiding Seminar
Kajian Tindakan 2010 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman Betong.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa
Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan
Nasional (2008) Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 – 4 Jun 2008.
Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-
murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Asmah Hj Omar. (2008). Nahu Kemas Kini, Selangor PTS Professional, PTS Media Group Sdn Bhd
Camelya, Loyanto Bronie. (2010). Mengatasi kelemahan penggunaan huruf
besar di hadapan ayat Bahasa Melayu murid Tahun 3 melalui imej visual. Koleksi Laporan
Penyelidikan Tindakan Tahun 2009 IPGKBL, 66-84.
Siti Zainab bt Haji Md Saman. (2003) “Jadual Formula Warna “Kaedah untuk Menerangkan Fakta.
Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Campbell, B. (1989). New Horizons for learning on the beam,9 (2)
Greene, T. C., Bell, P. A., & Boyer, W.N. (1983). Coloring the environment: Hue, arousal, and boredom.
Bulletin of the Psychonomic Society, 21, 253-254.
380 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
KEBERKESANAN PENGGUNAAN KERTAS GRID DALAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN BAGI SUBJEK
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
KHO SIAW HUI
[email protected]
ABSTRAK
Lakaran merupakan satu lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan menggunakan
teknik lakaran bebas tanpa bantuan alat melukis. Pelukisan lakaran memainkan peranan
penting dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi bagi menghasilkan idea awal
penghasilan objek. Kajian ini berasaskan pemerhatian masalah yang dihadapi oleh murid
dalam pembelajaran dan pengajaran iaitu mereka belum menguasai kemahiran membuat
lakaran dan menghadapi masalah melukis lakaran tanpa bantuan alat melukis.
Sehubungan itu, kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid dalam
membuat lakaran dengan penggunaan kertas grid bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi.
Seramai 20 orang murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Camporan Daro, Sarawak terlibat
dalam kajian ini. Model Kurt Lewin (1946) digunapakai sebagai rujukan prosedur
menjalankan kajian tindakan ini. Kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian
dilaksanakan untuk proses pengumpulan dan analisis data. Hasil dapatan kajian
menunjukkan impak yang positif dalam meningkatkan kemahiran membuat lakaran dengan
penggunaan kertas grid di kalangan murid Tahun 5 bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT).
Kata Kunci: Penggunaan kertas grid, Lakaran, Reka Bentuk dan Teknologi
REFLEKSI KAJIAN
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan satu mata pelajaran wajib untuk murid tahap dua
sekolah rendah. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) RBT memberikan penekanan
kepada proses penghasilan sesuatu produk dengan menggabung jalin kemahiran mereka bentuk
dan teknologi. Melakar reka bentuk produk merupakan satu langkah yang penting untuk
menghasil dan mengembangkan sesuatu idea. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran
untuk subjek RBT bagi murid Tahun 5, murid dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya tiga
lakaran idea reka bentuk bagi satu penyelesaian masalah. Lakaran tersebut perlu dibuat dengan
kemas dan bersih tanpa menggunakan pembaris.
Daripada proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan, pengkaji mendapati
murid kurang mahir untuk membuat lakaran idea reka bentuk dalam bentuk 3 Dimensi. Melalui
pemerhatian, murid sukar untuk menghasilkan lakaran reka bentuk kerana mereka tidak
mengetahui teknik-teknik menghasilkan lakaran dengan betul dan kemas. Tambahan pula, ramai
murid yang menggunakan pembaris untuk menghasilkan lakaran mereka. Terdapat juga murid
yang tidak berminat dan bersikap sambil lewa untuk menghasilkan satu lakaran. Hal demikian
381 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
menyebabkan lakaran mereka tidak dapat dihasilkan dengan baik dan dalam masa yang
ditetapkan. Secara tidak langsung, ini menyebabkan pembelajaran dan pengajaran selalu
ditangguhkan malah penghasilan lakaran reka bentuk tidak memuaskan kehendak untuk
memberikan gambaran objek atau bentuk benar sesuatu produk.
Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, pengkaji telah mencari maklumat dan
mendapati satu cara untuk meningkatkan kemahiran membuat lakaran dalam kalangan murid.
Alternatif yang telah dijumpai ialah menggunakan kertas grid untuk memudahkan murid dalam
penghasilan lakaran.
TINJAUAN MASALAH
Lakaran merupakan lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan menggunakan teknik lakaran
bebas tanpa alat bantuan melukis seperti jangka lukis dan pembaris. Lakaran memainkan
peranan mempercepat pembangunan konsep dalam meneroka konsep bagi menunjukkan
gambaran idea pereka. Selain itu juga, lakaran boleh digunakan bagi tujuan memperkembangkan
lagi sesuatu reka bentuk kepada pelbagai pilihan untuk dipilih bagi menghasilkan satu produk
yang sesuai. Lakaran yang dihasilkan juga perlu diperincikan dengan penerangan tentang
elemen, prinsip dan bahan yang digunakan dalam penghasilan produk. Pendek kata, lakaran
merupakan satu proses penting bagi memudahkan pembangunan reka bentuk.
Berdasarkan refleksi pembelajaran dan pengajaran RBT, didapati masalah yang dihadapi
oleh murid Tahun 5T ialah kurang mahir dan belum menguasai teknik-teknik menghasilkan
lakaran dengan betul dan kemas tanpa menggunakan alat bantuan. Lakaran yang dihasilkan
tidak dapat menunjukkan gambaran 3 Dimensi produk dengan jelas. Situasi ini menyebabkan
murid menggunakan masa yang lebih panjang dalam membuat lakaran dan hasilnya juga tidak
memuaskan. Penggunaan masa yang panjang dalam penghasilan lakaran secara tidak langsung
mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran seterusnya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti keberkesanan penggunaan kertas grid dalam meningkatkan kemahiran membuat
lakaran bagi subjek RBT.
FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, pengkaji dapat merumuskan bahawa murid-murid Tahun 5T
menghadapi masalah berikut dalam membuat lakaran:
1. Membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.
2. Kurang mahir dalam melakar bentuk 3 Dimensi.
Masalah ini perlu diselesaikan supaya murid boleh menguasai kemahiran membuat lakaran
dan ini merupakan satu teknik asas dalam subjek RBT untuk memberi gambaran penghasilan
produk. Oleh itu, satu alternatif perlu dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ini bagi
memastikan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran. Setelah pencarian maklumat
dalam internet, pengkaji telah menjumpai satu alternatif iaitu menggunakan kertas grid untuk
memudahkan murid dalam penghasilan lakaran. Justeru itu, kajian tindakan ini dilaksanakan
untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan kertas grid dalam meningkatkan kemahiran
membuat lakaran bagi subjek RBT.
382 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2