Tajuk: PAK21 dalam Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional.
b) Fasa 2 (Coordination/Penyelarasan) – perbincangan penyelarasan aktiviti Bidang Teknik dan
Vokasional. (Teacher Sharing Sessions)
Aktiviti: latihan dalam kumpulan, bengkel
c) Fasa 3 (Observe/Pemantauan) – melaksanakan pemerhatian (learning walk).
Aktiviti: melihat pelaksanaan rakan guru yang lain dengan menggunakan kaedah Learning Walk.
d) Fasa 4 (Summarize/Rumusan) – perbincangan rumusan data (Teacher Sharing Sessions)
Aktiviti: menganalisis hasil dapatan.
RUMUSAN PELAKSANAAN PLC: -
(Pelaksanaan 4 fasa perjumpaan ahli untuk melengkapkan 1 kitaran isu topik)
Jadual 1
Rekod Jadual Pelaksanaan PLC
BIL TARIKH TAJUK KAEDAH
1 18.4.2022 PAK21 dalam Mata Pelajaran Teknik dan Teacher Sharing
Vokasional.
2 24.4.2022 Penyelarasan aktiviti PAK21 Teacher Sharing
3 23.5.2022 Pengaplikasian PAK21 dalam PdPc Learning walk
4 30.5.2022 Post mortem hasil pelaksanaan PAK21 Teacher Sharing
c) Kaedah pengumpulan data
1. Pemerhatian oleh GKMP Teknik dan Vokasional sebelum kajian dilaksanakan melalui senarai semak.
2. Analisis dokumen seperti data SPLKPM juga dirujuk untuk melihat bilangan aktiviti PLC dilaksanakan.
3. Temubual bagi mendapatkan maklumat berkenaan masalah yang dihadapi untuk melaksanakan PLC.
4. Apabila intervensi dijalankan, Ketua Panitia merekodkan laporan PLC setiap kali perjumpaan dibuat
dalam SPLKPM. Sebaik selesai aktiviti PLC yang dirancang dilaksanakan, penilaian dibuat oleh semua
ahli panita untuk penambahbaikan.
d) Instrumen pengumpulan data
GKMP menggunakan senarai semak untuk merekodkan guru-guru yang tidak dapat melaksanakan PLC
mengikut jadual. Protokol temubual digunakan untuk mengenalpasti punca aktiviti PLC kurang
dilaksanakan dikalangan Guru Bidang Teknik dan Vokasional SMK Megat Panji Alam.
Kekerapan aktiviti PLC direkod menggunakan laporan PLC dan laporan SPLKPM. Soal selidik melalui
skala likert selepas aktiviti dibuat untuk mengenalpasti isu kajian dapat diselesaikan dan dibuat
penambahbaikan.
133 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Analisis dokumen dari SPLKPM akan diambil datanya untuk melihat sejauh mana kekerapan PLC
dilaporkan dan direkodkan.
e) Kaedah analisis data
Analisis data dibuat dengan melihat peningkatan penglibatan guru untuk berkongsi ilmu dengan guru-
guru lain dalam Bidang Teknik dan Vokasional. Analisis data juga dibuat dengan melihat kekerapan aktiviti
PLC yang dilaksanakan melalui kutipan data dari SPLKPM.
Soal selidik menggunakan skala likert (1-5) untuk mengetahui tahap keberkesanan PLC dalam kalangan
guru bidang Teknik Vokasional selepas kajian ini dilaksanakan.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan hasil pengumpulan data melalui rekod SPLKPM sehingga Jun 2022, didapati guru-guru
melaksanakan Empat (4) kali PLC dalam tempoh Dua (2) bulan. Berbanding data tahun lepas, hanya
Satu (1) hingga Tiga (3) kali sahaja PLC direkodkan dalam tempoh setahun.
Jadual 2 GURU 2021 2022
Rekod PLC SPLKPM (Jan - Dis) (April – Jun)
BIL 2 4
2 4
1 GURU A 1 4
2 GURU B 2 4
3 GURU C 2 4
4 GURU D 2 4
5 GURU E 1 4
6 GURU F 1 4
7 GURU G 3 4
8 GURU H
9 GURU I
Berdasarkan kepada skala likert (1–5), hasil kajian menunjukkan guru berkeyakinan tinggi untuk
melaksanakan PLC selepas ini.
Contoh tahap skala:
134 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 1: Data Kajian Tahap Keyakinan Melaksanakan PLC Menggunakan Skala Likert
PERBINCANGAN
Secara umumnya, kaedah ini digunakan untuk membantu guru melaksanakan PLC secara berterusan
dan mengikut fasa. Hasilnya isu atau permasalahan dapat diselesaikan. Dengan pelaksanaan kaedah ini,
guru-guru dapat merancang dan menggunakan masa dengan sebaiknya.
Namun, kaedah ini tetap ada kekurangan yang boleh ditambah baik pada masa akan datang. Kerjasama
rakan-rakan guru amat penting dalam pelaksanaan PLC ini.
Setelah kajian dilaksanakan, kaedah PCOS (Plan, Coordination, Observe, Summarize) of My Team akan
dikekalkan dengan penambahbaikan yang melibatkan setiausaha LADAP, GKMP dan Ketua Panitia.
Setiausaha LADAP memainkan peranan dengan penegasan setiap Ketua Panitia wajib melaporkan
aktiviti PLC yang telah dilaksanakan berterusan secara bulanan.
RUMUSAN
Sesuatu kaedah yang dikaji memerlukan perancangan yang terperinci dan sistematik supaya hasil
kaedah tersebut dapat dimanfaatkan oleh semua warga sekolah. Kajian ini tidak dapat dilaksanakan jika
tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua warga guru.
Walaupun terdapat kekangan, komitmen padu daripada responden amatlah penting untuk memastikan
kaedah ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Dengan adanya kemajuan teknologi dan aplikasi
perantara seperti telegram (group votek smkmpa) memudahkan komunikasi antara responden untuk
berhubung dan berkongsi idea secara maya dan respon dengan segera.
135 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Hasil kajian membuktikan bahawa kaedah PCOS (Plan, Coordination, Observe, Summarize) of My Team
ini dapat membantu guru-guru memperkasakan PLC dengan berkesan. Ketua panitia dapat melaporkan
secara berterusan dalam SPLKPM dan mendapatkan mata kredit SPLKPM bagi PLC. Guru-guru dapat
berkongsi pendapat dan mendapat pendedahan pelbagai kaedah dalam aktiviti PLC walaupun pelbagai
kekangan dihadapi.
RUJUKAN
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (Disember 2008),
Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.
laman web : http://www.ipg.edu.my/prosiding/sppk2019
Yee, B.C. (2019). Penggunaan komuniti pembelajaran profesional dalam perubahan guru melalui Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di sekolah rendah Malaysia.
136 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
MENINGKATKAN KEBOLEHPERCAYAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) MELALUI
PENGEMASKINIAN REKOD PERKEMBANGAN MURID SECARA TEKAL DAN BERSISTEMATIK
NURSYAHRI FAIZAL BIN AHMAD MOKHTAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BOTA KANAN, PERAK
[email protected]
ABSTRAK
Kajian dilaksanakan ke atas 23 orang guru melibatkan 8 panitia mata pelajaran. Demi meningkatkan
penjaminan kualiti dan kebolehpercayaan pentaksiran bilik darjah maka penyediaan rekod
perkembangan murid menjadi nadi keberkesanan dan kemajuan murid-murid di sekolah. Semasa
pemantauan dilaksanakan oleh pentadbir tahun lepas didapati 75 peratus guru tidak dapat
mempersembahkan rekod perkembangan murid mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengatasi
masalah penyediaan rekod perkembangan murid dan seterusnya membantu guru memperhalusi
perkembangan murid-murid mereka secara lebih efisien sekaligus mempertingkatkan tahap pencapaian
murid dalam setiap mata pelajaran, Kaedah yang digunakan adalah secara kuantitatif dan kualitatif.
Sepanjang empat bulan kajian dilaksanakan, didapati peratus pengisian rekod perkembangan murid
meningkat hampir tujuh puluh peratus. Secara kasarnya pengisian rekod perkembangan murid secara
atas talian dapat membantu pentadbir memantau hasil pengajaran guru dan juga kemajuan
perkembangan murid.
Kata kunci: pentaksiran bilik darjah, rekod perkembangan murid, pengisian rekod.
REFLEKSI KAJIAN
Sekolah Kebangsan Bota Kanan adalah sekolah luar Bandar. Mempunyai kekuatan seramai tiga puluh
sembilan orang guru dan sembilan orang anggota kumpulan pelaksana. Bilangan murid sekitar tiga ratus
enam puluh orang. Murid-murid terdiri daripada murid prasekolah, perdana dan program pendidikan khas
integrasi. Pencapaian di dalam kurikulum dan pencapaian kokurikulum di tahap sederhana. Demi
menyahut dan menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, maka perlu ada
anjakan paradigma dalam merealisasikan hasrat tersebut. Ditambah dengan tekanan akibat wabak covid-
19 menjadikan cabaran yang harus digalas oleh guru bertambah besar. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran dari rumah membuatkan lebih ramai murid tercicir dan kurang mantap menguasai sesuatu
kemahiran. Pentaksiran Bilik Darjah menekankan pembangunan kemahiran murid secara holistik
menyeru secara tidak langsung kepada guru agar mengupayakan kemahiran dan usaha mereka.
Seharusnya murid-murid perlu ditaksir dengan lebih sempurna dan tekal langsung pengajaran guru perlu
memenuhi tahap kecerdasan pelbagai murid. Apabila pihak atasan menekankan penjaminan kualiti PBD,
maka saya terpanggil untuk memastikan tahap pencapaian murid yang diukur oleh guru-guru di sekolah
saya benar-benar dapat memberikan laporan yang tepat, tekal dan jitu. Apa yang saya dapati hanya dua
puluh lima peratus guru yang dapat menyediakan rekod perkembangan untuk menyokong pengisian
template pelaporan PBD. Kebanyakan guru tidak merekod perkembangan murid secara tekal dan
sistematik. Apabila bukti diminta, ia agak sukar ditunjukkan. Maka berlaku konflik yang bermain di fikiran
saya adakah murid-murid di sekolah saya telah dinilai dengan sebaik mungkin. Kajian tindakan yang
dilaksanakan bertujuan meningkatkan kebolehpercayaan pelaporan yang dibekalkan serta dapat
membantu pentadbir memantau tahap pencapaian murid sepanjang masa . Kesedaran guru tentang
137 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
pentingnya untuk merekod perkembangan murid secara tekal dapat membantu meningkatkan
perkembangan murid secara lebih maksimum. Para guru perlu membuat perubahan dalam sesi
pengajaran dan pemudahcaraan. Lantaran itu kemenjadian murid akan lebih ketara agar mereka dapat
bersaing di peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan revolusi industri 4.0.
PERNYATAAN MASALAH
Masalah perekodan rekod perkembangan murid secara tidak tekal menyebabkan ramai murid tidak dapat
dinilai sebaiknya atau pun sepatutnya. Justeru itu tahap pencapaian murid tidak dapat dimaksimumkan,
lebih-lebih lagi program pembangunan murid banyak berlaku keciciran dan ketepatan mahupun golongan
sasaran sering terabai. Pencapaian di dalam kurikulum dan pencapaian kokurikulum di tahap sederhana.
Kajian tindakan yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan kesedaran guru tentang pentingnya untuk
merekod perkembangan murid secara tekal. Punca rekod perkembangan murid tidak dikemaskini adalah
disebabkan penggunaan medium yang berbeza dan kurang pemantauan daripada pihak pentadbir.
Bimbingan dan sokongan juga agak kurang. Pengetahuan dan kefahaman guru tentang pentaksiran juga
agak nipis. Sokongan kepada guru perlu diberi secara berkala.
TUJUAN KAJIAN
Apabila saya mendapati agar sukar menyemak Rekod Perkembangan Murid apatah lagi ianya menjadi
satu persoalan tentang perlunya kewujudannya. Lantas saya terpanggil untuk menyediakan satu platform
yang ringkas dan mudah untuk dicapai dan digunakan oleh semua guru di sekolah saya. Platform
menggunakan google sheet secara atas talian tidak memerlukan sebarang kos dan boleh dikongsi
bersama. Tujuannya disediakan platform ini untuk:
i. meningkatkan kebolehpercayaan terhadap pentaksiran bilik darjah
ii. memastikan murid-murid di sekolah saya diberikan tahap pencapaian yang sepatutnya atau
dengan kata lain secara maksimum
iii. memudahkan saya memantau perjalanan pengoperasian pentaksiran bilik darjah
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am
Meningkatkan kebolehpercayaan Pentaksiran Bilik Darjah melalui pengemaskinian rekod perkembangan
murid secara tekal dan sistematik
Objektif khusus
1. Memastikan rekod perkembangan murid sentiasa dikemaskini
2. Membantu guru menguruskan rekod perkembangan murid secara sistematik
SOALAN KAJIAN
Bagaimanakah saya dapat memastikan bahawa rekod perkembangan murid sentiasa dikemaskini oleh
guru-guru saya?
Bagaimanakah saya dapat membantu guru saya menguruskan rekod perkembangan murid secara
sistematik?
138 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
TINJAUAN LITERATUR
Apabila Pentaksiran Bilik Darjah menjadi sebahagian daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah, ramai
ibu bapa mahupun guru merasa janggal. Lebih-lebih lagi kefahaman guru sebagai pendidik masih lagi
terumbang-ambing dengan perubahan ini. Ditambah lagi dengan pemansuhan UPSR pada tahun 2021
yang menyaksikan PBD diperkasakan sepenuhnya. Pemerkasaan PBD pula bertunjangkan empat
elemen penjaminan kualiti iaitu pemantauan, pengesanan, penyelarasan dan pementoran. Menurut
Johari Ariffin (2021) antara aspek yang mereka masih kurang faham adalah dari segi perubahan
kurikulum, pertimbangan profesional, penjaminan kualiti dan kaedah pentaksiran formatif dan sumatif.
Apabila peperiksaan dimansuhkan sebenarnya murid-murid masih dinilai seperti contoh pentaksiran
formatif yang dilaksanakan selepas tamat sesuatu topik atau tema. Melaksanakan pengisian Rekod
Perkembangan Murid dapat membantu guru membuat penilaian yang lebih teguh dan dapat
memantapkan pelaksanaan PBD. Demi menjamin kualiti pendidikan yang menjurus kepada
pembangunan modal insan ‘minda kelas pertama’, sistem peperiksaan sekarang telah diperkukuh dengan
memperluaskan konsepnya kepada pentaksiran (Fakhri & Mohd Isha, 2016). Di dalam kajian Yeh dan
Mohd Zahuri (2018), yang menyatakan bahawa guru yang menilai mestilah berpengetahuan dan
berkemahiran dalam menjalankan penilaian pembelajaran murid. Program latihan yang dilaksanakan
adalah kurang berkesan sehingga menyebabkan guru kurang berjaya melaksanakan aktiviti PBD dengan
baik (Zahari, Nor Hasnida, Nor Junainah & Govindasamy, 2020). Guru perlu berupaya untuk membuat
pengubahsuaian dan penambahbaikan dalam strategi PdP bagi menentukan keberkesanan pentaksiran
dan seterusnya membimbing murid untuk membaiki kelemahan. Bagi memantapkan proses tersebut,
guru perlu mentafsir keputusan pentaksiran dan membuat analisis yang sewajarnya (Aniza & Zamri,
2015). Untuk itu, guru seharusnya mempunyai kemahiran dalam menentukan teknik dan instrumen
pentaksiran yang pelbagai dan sesuai dengan isi kandungan dan objektif pembelajaran (Guskey & Jung
2013). Lantaran itu amat jelaslah bahawa pelaksanaan PBD perlu mendapat sokongan item Rekod
Perkembangan Murid agar murid dapat dinilai secara holistic dan keupayaan mereka dapat
dimaksimumkan mereka akan dapat bersaing di peringkat global.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk
Terdapat pelbagai model kajian telah dibangunkan yang menjadi panduan kepada penyelidik tindakan.
Reka Bentuk Kajian Kurt Lewin (1946) telah digunakan dalam melaksanakan kajian saya. Lewin
merupakan orang pertama yang mewujudkan satu kodifikasi (codification) tentang prosedur menjalankan
kajian tindakan. Beliau menyarankan prosedur itu sebagai mempunyai 4 peringkat utama, iaitu:
i. merancang;
ii. bertindak;
iii. memerhati; dan
iv. mereflek.
Menurut Kurt Lewin, kajian tindakan bermula dengan pewujudan satu idea umum dan kemudian data
dipungut untuk menjelaskan atau merungkai sesuatu situasi. Dengan ini, satu pelan tindakan dapat
dihasilkan untuk mencapai objektif yang dikenal pasti bersama dengan keputusan tentang langkah-
langkah pertama yang perlu dijalankan. Peringkat seterusnya melibatkan pungutan fakta-fakta untuk
memantau dan menilai intervensi itu, iaitu bertindak sebagai penilaian formatif. Kurt Lewin (1946)
menyatakan bahawa kesemua ini boleh diwujudkan sebagai satu proses gelungan (spiral) yang
mengandungi perancangan, tindakan, pencarian fakta tentang hasil (outcome) daripada tindakan yang
telah diambil itu. Model kajian tindakan Kurt Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.
139 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kurt Lewin
Kumpulan Sasaran
Saya melaksanakan kajian ini ke atas guru-guru aliran perdana sahaja. Guru-guru aliran Prasekolah dan
Program Pendidikan Khas Integrasi dikecualikan kerana perlu diwujudkan tapak pelaporan yang lain
memandangkan perbezaan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran. Seramai 29 orang guru yang
menjadi sampel kajian saya.
Aktitviti
Merancang
i. Menggunakan platform google sheet secara atas talian
ii. Disemak 2 minggu sekali
iii. Penyediaan soal selidik
iv. Penyediaan bahan bimbingan dan pementoran
v. Penyediaan dashboard
Bertindak
i. Disemak dua minggu sekali
Memerhati
i. Pengisian data pada aplikasi google sheet secara atas talian
ii. Menilai perkembangan murid
iii. Merekod status kemaskini dalam borang Semakan Pengemaskinian Data
140 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Mereflek
i. Peratus pengemaskinian data
ii. Pencapaian positif peningkatan pencapaian murid
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data yang saya gunakan ialah pemerhatian dan juga soal selidik yang
menggunakan borang google secara atas talian. Pengumpulan data dibuat setiap minggu terakhir hujung
bulan April, Mei, Jun dan Julai. Pengumuman tentang pengumpulan data sentiasa diberitahu dalam
telegram rasmi sekolah. Ianya amat perlu untuk sentiasa mengingati semua yang terlibat.
Pemerhatian yang dibuat berdasarkan ketekalan guru mengisi rekod perkembangan murid atas
talian. Pautan laman sesawang rekod perkembangan murid telah dipinkan pada telegram rasmi sekolah.
Status pengemaskinian data rekod perkembangan murid dipindahkan ke bentuk fail excel setiap bulan.
Di awal penyediaan bahan, saya bangunkan tapak pengisian Rekod Perkembangan Murid secara
atas talian menggunakan google sheet seperti Rajah 2.
Rajah 2: Rekod Perkembangan Murid
Setiap guru mata pelaran perlu mengisi tapak rekod perkembangan murid setiap kali tamat
sesuatu kemahiran diajar. Ia mengandungi tarikh, tahap pencapaian murid, status pencapaian murid
sama ada menguasai, belum menguasai, tidak menguasai, dan tidak hadir. Saya perlu sentiasa
mengingatkan guru agar mengisi rekod perkembangan murid setiap minggu.
Satu pementoran telah dilaksanakan kepada guru yang disasarankan. Pementoran ini
dilaksanakan pada 23 Mac 2022. Pada setiap hujung bulan saya akan menyemak rekod perkembangan
murid. Pengemaskinian yang telah dibuat oleh guru saya rekodkan ke dalam Borang Semakan
Pengemaskinian Data seperti Rajah 3. Jika data dikemaskini akan ditandakan (/) manakala jika data tidak
dikemaskini ditanda pula (X).
141 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 3: Borang Semakan Pengemaskinian Data
Seterusnya data dari Borang Semakan Pengemaskinian Data saya pindahkan ke borang Data Studio
Semakan RPM 2022 yang dilaksanakan secara atas talian. Keperluan borang ini adalah untuk melihat
peratus pengemaskinian setiap panitia dan kelas. Data Studio Semakan RPM 2022 seperti pada Rajah
4. Bagi penerangan pengisian data, saya gunakan angka (1) bermaksud data dikemaskini manakala (0)
tidak dikemaskini. Pada bulan April bagi mata pelajaran Bahasa Melayu hanya 6 kelas sahaja dikemaskini
daripada 12 buah kelas. Ini bermakna status pengemaskinian rekod perkembangan adalah 6/12 darab
dengan 100, bermakna 50 peratus sahaja dikemaskini. Ia diteruskan lagi sehingga 11 mata pelajaran
yang terlibat.
Rajah 4: Data Studio Semakan RPM 2022
142 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Data daripada Data Studio Semakan RPM 2022 akan dibentukkan pula Dashboard Pengisian
Rekod Perkembangan Murid dan juga Rekod Setiap Panitia. Lihat Rajah 5 dan Rajah 6
Rajah 5: Dashboard Pengisian Rekod Perkembangan Murid
Rajah 6: Rekod Setiap Panitia
143 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Soal selidik juga digunakan untuk mengenal pasti pandangan dan cadangan guru. Soal selidik
dapat membantu saya mengubah suai cara berkomunikasi saya agar lebih berkesan dan dapat
membantu guru menyelesaikan tugasan mereka dengan mudah. Soal selidik ini saya gunakan Google
Form. Seramai dua puluh dua orang guru menjawab soal selidik ini.
Jadual 1
Dapatan Soal Selidik Rekod Perkembangan Murid
Ya Peratus Tidak Peratus X Pasti Peratus
No. Pernyataan
(Bil) (%) (Bil.) (%) (Bil.) (%)
1 Adakah anda tahu mengenai 22 100 0 0 0 0
Rekod Perkembangan Murid?
Adakah pihak pentadbir sentiasa
2 mengingatkan anda tentang 22 100 0 0 0 0
penyediaanRekod
Perkembangan Murid?
Adakah anda mempunyai 4 18.2 16 72.7 2 9.1
3 masalah untuk menyediakan
RekodPerkembangan Murid?
Pada pendapat anda, adakah
pengemaskinian Rekod
4 PerkembanganMurid dapat 21 95.5 1 4.5 0 0
membantu anda melaksanakan
perancangan yang lebih
baikuntuk murid anda?
Adakah Rekod Perkembangan
5 Murid dapat membantu anda 21 95.5 1 4.5 0 0
mengisi datapencapaian murid
dalam templat PBD?
Adakah Rekod Perkembangan 21 95.5 1 4.5 0 0
Murid membantu mengesan
6 standardprestasi yang perlu
diberi tumpuan yang lebih
strategik pengajaran?
Adakah anda bersetuju
penggunaan pengisian Rekod
PerkembanganMurid secara atas
talian? Jika tidak setuju, sila
7 berikan kaedah lain yanganda 19 86.4 3 13.6 0 0
rasa sesuai untuk merekod
perkembangan murid agar
mudahdipantau oleh Ketua
Panitia atau Pentadbir.
144 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
No. Pernyataan Setiap Hari
Peratus
Setiap Minggu
Peratus
Setiap Bulan
Peratus
Tidak Pasti
Peratus
(Bil.) (%) (Bil.) (%) (Bil.) (%) (Bil.) (%)
Bagaiamanakah kekerapan anda
8 mengemaskini Rekod 2 9.1 12 55 6 27 2 9.1
PerkembanganMurid?
No. Pernyataan Tiada Masalah
Peratus
Masalah Masa
Peratus
Penyimpanan Data
Peratus
Tiada Bimbingan Dari Pentadbir
Peratus
(Bil.) (%) (Bil.) (%) (Bil.) (%) (Bil.) (%)
Apakah masalah utama anda 10 46 11 50 1 4.5 0 0
9 untuk mengemaskini Rekod
PerkembanganMurid?
Dapatan daripada Jadual 1 menunjukkan bahawa 95% guru bersetuju dengan kepentingan Rekod
Perkembangan Murid. Yang menjadi persoalan paling ketara ialah kekerapan guru mengisi Rekod
Perkembangan Murid disebabkan kekangan masa. Pada andaian saya masa yang dimaksudkan adalah
disebabkan gangguan masalah internet dan juga cara untuk membuka Rekod Perkembangan Murid.
Setakat ini semua guru dikehendaki mengakses Rekod Perkembangan Murid melalui akaun Delima KPM.
Ia mengambil masa kerana hingga tujuh langkah barulah guru dapat mengisi rekod ini.
Instrumen Pengumpulan Data
Instrumen yang saya gunakan adalah Rekod Perkembangan Murid (atas talian), Borang Semakan
Pengemaskinian Data (luar talian) dan juga Data Studio Semakan RPM 2022. Selain itu saya juga
menggunakan Dashboard Rekod Perkembangan Murid Tahun 2022 yang dibangunkan menggunakan
aplikasi Google Studio.
145 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Kaedah Analisis Data
Data yang saya perolehi adalah data kuantitatif dan kualitatif. Bagi data Rekod Perkembangan Murid,
lebih sesuai digunakan analisis secara deskriptif. Analisis statistik deskriptif adalah statistik yang
digunakan untuk menganalisis data dengan cara mendeskripsikan atau menggambarkan data yang telah
terkumpul sebagaimana adanya tanpa bermaksud membuat kesimpulan yang berlaku untuk umum atau
generalisasi. Analisis ini hanya berupa akumulasi data dasar dalam bentuk deskripsi. Teknik analisis ini
biasa digunakan untuk penelitian-penelitian yang bersifat eksplorasi.
DAPATAN KEBERKESANAN INTERVENSI DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penyediaan Rekod Perkembangan murid menjadi isu kerana kerap kali tidak dapat ditunjukkan apabila
diminta oleh pemantau. Isu atau masalah ini bukan sahaja berlaku di Sekolah Kebangsaan Bota Kanan
tetapi juga kebanyakan sekolah di daerah Perak Tengah. Apabila ada perjumpaan dengan pentadbir,
sering sahaja terdengar keluh kesah barisan pentadbir. Pelbagai alasan diberikan oleh kebanyakan guru.
Dengan terhapusnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah maka penilaian berlandaskan kurikulum
telah digalas oleh Pentadbiran Bilik Darjah (PBD). Pentaksiran Bilin Darjah ketika ini pula mencanangkan
penjaminan kualiti PBD. Penjaminan kualiti PBD melibatkan empat item utama iaitu pementoran,
penyelarasan, pengesanan dan pemantauan. Pemberian tahap pencapaian kepada murid haruslah selari
dengan kebolehan mereka. Sistem perekodan perkembangan murid mestilah tekal dan boleh dipercayai
agar ibu bapa mendapat maklumat yang sahih tentang perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.
Berbalik kepada Rekod Perkembangan Murid secara atas talian yang saya usahakan, ianya
menampakkan kesan positif terhadap kebolehpercayaan pelaporan tahap pencapaian murid dan juga
dapat memastikan murid-murid dinilai dengan semaksima yang mungkin.
Jika pada akhir tahun 2021 apabila diminta Rekod Perkembangan Murid, hanya 7 orang guru yang
dapat memberikannya dengan maklumat yang hampir lengkap. Pada tahun 2022 ini pula telah
menampakkan banyak peningkatan. Seramai 26 daripada 29 orang guru telah menyediakan Rekod
Perkembangan Murid dengan pencapaian purata peratus dikemaskini mengikut bulan 56.6 peratus dan
purata peratus lengkap 73.9 peratus dari bulan April hingga bulan Julai 2022. Peratus guru menyediakan
Rekod Perkembangan Murid pada tahun 2022 telah meningkat dari 24.1 peratus kepada 89.7 peratus
iaitu peningkatan sebanyak 65.6 peratus. Seharusnya pengisian Rekod Perkembangan Murid dari segi
purata dikemaskini setiap bulan dan purata peratus lengkap tinggi tetapi pada bulan Julai pengisiannya
sangat rendah iaitu 43.9 peratus. Keadaan ini disebabkan pada bulan Julai terlalu banyak pertandingan
sukan di peringkat daerah. Ramai guru yang terlibat dan meninggalkan kelas. Guru yang berada di
sekolah pula terpaksa menggantikan kelas yang ditinggalkan. Lantaran itu semua guru kesuntukan masa
untuk mengisi data. Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan soal selidik yang telah dijawab oleh guru. Seramai
sebelas orang guru iaitu lima puluh peratus mengatakan mereka menghadapi kekangan masa untuk
mengisi data. Pengisian data yang terbaik adalah pada bulan Jun sebanyak 78.8 peratus.
Selain itu, saya telah membina dashboard Pengisian Rekod Perkembangan Murid Setiap Bulan.
Dalam dashboard juga ada memaparkan tahap pencapaian pengisian data oleh setiap panitia. Hal
sebegini dapat meransang dan memotivasi guru dalam panitia untuk terus mengemaskini dan mengisi
data secara tekal. Panitia Bahasa Arab adalah panitia yang terbaik pengisian data murid. Lihat Jadual 2
di bawah.
146 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 2
Rekod Pengisian Rekod Perkembangan Murid
BULAN
PANITIA APRIL (%) MEI (%) JUN (%) JULAI (%)
50 58.3
Bahasa Melayu 50 41.6 83.3 16.6
Bahasa Inggeris 66.6 41.6
Matematik 75 33.33 33.33 50
Sains 33.3 58.3
Pendidikan Agama Islam 16.6 91.6 91.6 100
Bahasa Arab 33.3 25
Pendidikan Seni Visual 33.3 83.3 100 16.6
Pendidikan Jasmani 25 50
Pendidikan Muzik 16.6 50 91.6 16.6
Reka Bentuk Teknologi 83.2 50
Sejarah 91.6 100
41.6 66.6
75 83.3
66.6 100
33.3 50
50 66.6
Panitia Bahasa Inggeris dan Reka Bentuk Teknologi agak terkebelakang. Pengisian data agak
lambat. Saya dapati saya perlu menyokong dan membantu guru-guru dari kedua-dua panitia ini.
Penambahbaikan yang saya cadangkan ialah:
i. Melaksanakan pementoran
ii. Membimbing ketua panitia agar bergerak lebih aktif
JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN APRIL MEI JUN JULAI OGOS
BIL AKTIVITI //
//
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. / ///
///
2 Menyediakan perancangan kajian. /
3 Menyediakan Platform Pengisian Rekod /
Perkembangan Murid.
/
4 Taklimat Pengisian Rekod Perkembangan Murid. / /
5 Pemerhatian Pengisian Rekod Perkembangan Murid. / /
6 Pengisian Borang Semakan Pengemaskinian Data.
7 Pengisian Borang Data Studio Semakan RPM 2022. /
8 Membina dan mengemaskini Dashboard. /
9 Penyediaan Soal Selidik. /
147 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
10 Refleksi kajian. ////
11 Menulis laporan kajian. //
BAHAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN KAJIAN
Bahan yang digunakan untuk melaksanakan kajian merupakan bahan yang telah tersedia ada. Senarai
bahan:
i. Komputer riba
ii. Pencetak
iii. Aplikasi Microsoft word, Microsoft excel, Google Data Sheet, Data Studio, Telegram
RUMUSAN
Secara umumnya intervensi yang saya laksanakan agak berkesan. Para guru perlu menyesuaikan diri
dengan pengisian Rekod Perkembangan Murid yang memerlukan guru memberikan komitmen yang lebih
tinggi. Peranan ketua panitia agar lebih aktif dan memantau pengisian rekod ini. Apa yang jelas adalah
telah berlaku perubahan positif dari segi bilangan guru yang menyediakan Rekod Perkembangan Murid
dan juga tahap kebolehpercayaan pentaksiran bilik darjah sangat memuaskan. Dari segi perbelanjaan,
tiada kos yang tinggi kerana instrumen yang digunakan adalah secara percuma. Terdapat sedikit kos
kertas dan dakwat pencetak sahaja.
RUJUKAN
Allal, L. (2013). Teachers’ professional judgement in assessment: A cognitive act and a socially situated practice.
Assessment in Education: Principles, Policy & Practice, 20(1), 20-34.
Andrade, H. L., & Brookhart, S. M. (2020). Classroom assessment as the co-regulation of learning. Assessment in
Education: Principles, Policy & Practice, 27(4), 350-372.
Bamber, P. (Ed.). (2019). Teacher education for sustainable development and global citizenship: Critical
perspectives on values, curriculum and assessment. Routledge.
Braun, V., & Clarke, V. (2019). Reflecting on reflexive thematic analysis. Qualitative Research in Sport, Exercise
and Health, 11(4), 589-597.
Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2018). Qualitative inquiry & research design (Fourth edi).
Fullan, M. (2018). Nuance: Why some leaders succeed and others fail. Corwin Press.
Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152-161.
Farah Izzati Marnizam, (2021). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Kalangan Guru
Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik, 81 -83
Johari Ariffin (2021). Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Dan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah:
Satu Tinjauan Dalam Kalangan Guru Besar. Asian People Journal (APJ), 3(1), 3 - 4.
148 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
LAMPIRAN
1. Soal Selidik
149 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
2. Dashboard
150 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
3. Rekod Perkembangan Murid atas talian
4. Borang Semakan Pengisian Data
5. Borang Data Studio Semakan RPM 2022
151 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
TEMA 2:
KEPIMPINAN DIGITAL
152 | KAJIAN TINDAKAN 2022
i_SmaTManS (i_Smart Teacher Management System)
PUSAT SEHENTI PINTAR PENGURUSAN SK PUJUT CORNER
ALEFF BIN AB. GHANI
Penolong Kanan Pentadbiran, SK Pujut Corner
[email protected]
ADAWATI BINTI SUHAILI
DAYANG HIRONI BINTI AWANG KIPLI
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SARAWAK
ABSTRAK
i_SmaTMans (i_Smart Teacher Management System): Pusat Sehenti Pintar Pengurusan
SK Pujut Corner. Secara ringkasnya, sistem ini bertujuan memudahkan guru-guru dan
pihak pentadbiran sekolah menguruskan maklumat secara berpusat di dalam satu sistem
sehenti. Sistem ini dibangunkan bagi mengatasi masalah pengurusan fail fizikal yang
terlalu banyak dan terhadnya storan penyimpanan fail fizikal di sekolah yang uzur diserang
anai-anai. Situasi pandemik Covid-19 yang menjerat dunia pendidikan dan betapa
pentingnya amalan teknologi hijau yang perlu dipelopori di sekolah, maka sistem ini
dibangunkan agar dapat memudahkan guru-guru di sekolah menguruskan maklumat
secara berpusat. Kebelakangan ini, isu beban tugas guru-guru yang semakin rencam dan
pelbagai telah mula ditularkan semula. Guru-guru sering kali dihidangkan dengan pelbagai
kerja perkeranian, dokumentasi dan terpaksa menguruskan pelbagai sistem dalam talian
yang banyak. Dengan hadirnya sistem ini, beban tugas guru-guru diharapkan dapat
dikurangkan supaya masa yang lebih berkualiti dapat diterjemahkan oleh guru semasa
menjalankan PdPC di dalam kelas. Pengurusan sekolah zaman kekinian mementingkan
data driven sebagai asas dalam merancang intervensi dan penambahbaikan di sekolah.
Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini akan menggunakan platform digital. Antara
empat objektif utama pembangunan sistem ini meringankan beban tugas guru,
mewujudkan pengurusan kerja dan maklumat secara sehenti, meringankan beban tugas
guru-guru serta melindungi masa instruksional di dalam kelas semasa proses PdPC demi
mencapai usaha ke arah guru yang berkualiti.
Kata Kunci: Pentadbiran, Pusat Sehenti, Guru, Pengurusan, Data Driven
REFLEKSI KAJIAN
Era pendidikan masa kini semakin diulit dengan pelbagai cabaran dan perubahan yang sangat
pantas lebih-lebih lagi apabila badai Covid-19 melanda dunia pendidikan. Dunia VUCA
(Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity) mula dirasai oleh semua aspek
kehidupan termasuk bidang pendidikan. Menginsafi akan pentingnya keperluan untuk
berubah ke arah cara serta sistem kerja baharu, peranan pentadbir di sekolah amat
penting dalam menakhodai organisasi supaya bergerak seiring dengan perubahan
yang amat pantas ini. Perubahan dalam pengurusan kerja di sekolah perlulah dimulai
dengan penguasaan dalam bidang teknologi pendidikan digital dalam kalangan
153 | KAJIAN TINDAKAN 2022
pemimpin di sekolah. Pemimpin di sekolah seharusnya berusaha menambahkan ilmu
serta kemahiran dalam bidang teknologi selaras dengan usaha kerajaan dalam
mewujudkan digitalisasi dalam dunia pendidikan. Tanpa usaha daripada barisan
hadapan kepemimpinan sekolah, agak sukar sesebuah sekolah mengikuti arus
perubahan pendidikan yang sangat pantas kini. Pemimpin di sekolah ibarat nakhoda
dalam sesebuah kapal. Jika nakhoda tidak menguasai ilmu kepemimpinan dan
kemahiran, mustahil anak kapal akan dapat mengikuti arahan nakhoda sehingga
mengakibatkan karamnya sesebuah kapal. Oleh itu, pemimpin di sekolah haruslah
memulakan langkah menuju perubahan dengan mewujudkan suatu sistem kerja yang
dapat memudahkan tugas guru-guru serta menghasilkan perancangan dan
pelaksanaan yang sistematik dan terancang.
PERNYATAAN MASALAH
Guru-guru merupakan sumber kekuatan utama bagi menggerakan segala visi dan misi yang
ingin dicapai. Suara dan pandangan mereka hendaklah sentiasa didengari oleh pemimpin di
sekolah agar penambahbaikan dapat dibuat supaya pengurusan sekolah menjadi lebih efektif.
Hasil temubual dan pemerhatian yang dijalankan sepanjang tiga tahun penulis menjawat
jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, terdapat beberapa isu dan permasalahan yang
sering menjadi bualan guru-guru di SK Pujut Corner. Antara isu dan masalah tersebut
termasuklah:
i. pengurusan fail fizikal yang terlalu banyak terpaksa dibuat meliputi pelbagai bidang
sehingga membebankan.
ii. ketiadaan tempat simpanan fail fizikal akibat ruang sekolah yang terhad ditambah lagi
dengan keadaan sekolah yang uzur dimamah anai-anai sehingga menyebabkan fail-fail
sebelum ini rosak.
iii. guru-guru terpaksa menguruskan kerja pelbagai sistem dalam talian dan adakalanya
menyimpan banyak pautan sistem kerja dalam talian.
iv. masa instruksional PdPC di dalam kelas menjadi kurang berkualiti akibat mengejar kerja-
kerja perkeranian dan dokumentadi di luar tugas hakiki.
Berdasarkan pernyataan masalah-masalah di atas, penulis telah mengkaji dan mendalami
suara guru-guru untuk berusaha mencari jalan penyelesaiannya.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. mengenal pasti isu dan masalah pengurusan maklumat dalam kalangan guru-guru di SK
Pujut Corner.
2. melaksanakan penambahbaikan terhadap pengurusan maklumat dan sistem kerja guru-
guru di sekolah.
3. meringankan beban tugas bukan hakiki dalam kalangan guru-guru.
4. mengenal pasti keberkesanan i_SmaTManS yang dibangunkan.
154 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
SOALAN KAJIAN
Terdapat beberapa persoalan kajian yang perlu dirungkai bagi memastikan kajian ini berjaya
mencapai objektifnya. Antara persoalan kajian yang ingin diutarakan ialah:
1. Siapakah yang akan mendapat manfaat terhadap sistem pengurusan maklumat yang
dibangunkan ini?
2. Bagaimanakah kajian ini dapat membantu tugas dan kerja buat guru-guru di sekolah?
3. Berapakah tempoh yang diperlukan untuk memastikan kajian ini dapat membantu
pengurusan maklumat guru di sekolah?
4. Sejauh manakah sistem yang dibangunkan berupaya meningkatkan kualiti masa
instruksional guru di dalam kelas?
TINJAUAN LITERATUR
Menurut Dr. Abdul Ghani Abdullah (2009), pemimpin sekolah perlu melakukan diagnosis
perubahan penambahbaikan sekolah. Diagnosis memberikan satu titik pemulaan (satu set
keadaan masa kini) dan objektif perubahan iaitu hasil perubahan yang diingini. Diagnosis adalah
proses berbentuk kitaran yang melibatkan pengumpulan data, menginterpretasikan dan
mengidentifikasikan masalah dengan merangka program yang berupaya menyelesaikan
masalah yang dikenal pasti. Pemimpin yang berkualiti seharusnya mempunyai sifat kepekaan
yang tinggi terhadap isu dan masalah yang timbul di sekolah agar pelan intervensi dapat
digerakkan ke arah penambahbaikan.
Dewasa kini, pemimpin di sekolah haruslah memiliki gaya kepemimpinan
transformasional berbanding gaya kepemimpinan tradisional lapuk yang tidak lagi sesuai
diamalkan. Parrish (dipetik dari Abu-Tineh et al., 2008) menegaskan bahawa elemen yang paling
kritikal bagi kejayaan transformasi sesebuah sekolah ialah kepimpinan sekolah. Dalam nada yang
sama, Fullan (1992) turut menyatakan bahawa dalam usaha transformasi sekolah, pemimpin
menjadi pemain utama untuk menyediakan panduan dan penyelesaian untuk meningkatkan
kualiti pembelajaran murid dan pembangunan profesionalisme guru. Barnett, McCormick dan
Corners (2001) telah mengenal pasti salah satu gaya kepimpinan yang terbaik bagi menangani
perubahan dalam penstrukturan sekolah adalah kepimpinan transformasional. Pemimpin di
sekolah yang memiliki gaya kepemimpinan transformasional sentiasa bersedia untuk
mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik serta efektif terhadap subordinatnya.
METODOLOGI
a. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 51 orang guru akademik biasa yang terlibat dalam
penggunaan laman sesawang i_SmaTManS yang dibangunkan.
b. Aktiviti/Intervensi
Aktiviti 1: Tinjauan pendapat dan pemerhatian terhadap suara guru.
Hasil pemerhatian dan temubual yang dijalankan terhadap guru-guru, terdapat beberapa
kelemahan dari aspek pengurusan maklumat di sekolah. Antaranya pengurusan bilangan fail
yang banyak, ketiadaan tempat penyimpanan fail yang sistematik dan pengurusan pautan
sistem dalam talian yang banyak. Berdasarkan pemerhatian ini, harus diakui inilah salah satu
155 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
faktor yang menyebabkan guru-guru menjadi kurang berminat untuk melakukan tugas-tugas
perkeranian. Hal ini kerana tidak ada pengurusan sistem kerja yang sistematik.
Aktiviti 2: Mendalami ilmu berkaitan teknologi maklumat.
Setelah mengetahui isu dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah, usaha
seterusnya yang dilakukan adalah mendalami imu-ilmu berkaitan teknologi maklumat. Penulis
telah menghadiri bengkel-bengkel dalam talian untuk menambahkan ilmu baharu berkaitan
dengan penggunaan teknologi digital. Tempoh masa yang diambil untuk menelaah dan
menguasai beberapa kemahiran ini adalah selama tiga minggu iaitu sepanjang tempoh cuti
persekolahan akhir sesi 2021/2022 yang lalu. Terdapat beberapa ilmu dan kemahiran yang perlu
dikuasai termasuklah penggunaan aplikasi Google seperti Google Sheets, Google Sites dan
Google Drive. Selain itu, perisian dalam talian seperti Appsheet dan Document Studio juga telah
dipelajari sebelum sistem pengurusan maklumat yang komprehensif dapat dibangunkan.
Aktiviti 3: Perbincangan bersama SLT
Bagi memastikan pembangunan sistem pengurusan maklumat bersifat holistik dan menyeluruh,
suatu perbincangan telah diadakan bersama Senior Leadership Team (SLT) yang terdiri
daripada Guru Besar dan barisan penolong kanan yang lain. Semua barisan pentadbir telah
memberikan idea-idea dan cadangan terhadap aspek serta elemen yang perlu dimasukkan ke
dalam sistem yang akan dibangunkan.
Aktiviti 4: Pembangunan i_SmaTManS.
Membina kerangka konsep sistem pengurusan.
Perkara pertama yang dilakukan ialah dengan membina kerangka konsep yang akan menjadi
elemen dalam pembangunan sistem. Sistem yang dibangunkan akan merangkumi semua aspek
yang terdapat dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) iaitu aspek
kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum,
pengurusan HEM dan kemenjadian murid. Hal ini kerana, SKPMg2 merupakan alat utama
pengurusan sekolah yang perlu digunakan oleh pihak pentadbiran sekolah. Beberapa inovasi
telah dijalankan bagi memudahkan tugas guru-guru meliputi segenap bidang di sekolah tidak
kira kurikulum, kokurikulum mahu pun hal ehwal murid.
Jadual 1
Antara Kerangka Inovasi awal yang terdapat dalam i_SmaTManS.
Inovasi dalam i_SmaTManS Fungsi
Sistem One Page Report Memudahkan tugas guru membuat laporan
(OPR) setiap aktiviti dan program sekolah secara
pantas. Sistem OPR ini menggunakan aplikasi
AppSheet yang membolehkan laporan dalam
bentuk Portable Document Format (PDF) dijana
dengan mudah.
156 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
MyPBD Mengumpulkan semua data PBD mengikut fasa
e-Panitia pada satu tapak agar guru dapat melihat prestasi
e-Minit Curai murid dengan lebih mudah.
e-Perhimpunan
Memudahkan tugas ketua panitia menguruskan
e-Post Mortem fail panitia secara digital berpandukan aspek
SKPMg2.
Memudahkan tugas guru-guru menyediakan
minit curai secara pantas setelah menghadiri
taklimat atau bengkel.
Menyediakan pelaporan perhimpunan rasmi
mingguan dengan pantas menggunakan google
form dan laporan dapat dijana terus menerusi
aplikasi Google Docs.
Memudahkan guru-guru membuat laporan
pasca-nilai selepas sesuatu program dijalankan
bagi melengkapkan kitaran PDCA.
Aktiviti 5: Membina tapak induk sistem.
Bagi membolehkan semua pengurusan maklumat dapat diakses secara dalam talian, semua
maklumat telah dihimpunkan ke dalam tapak induk menggunakan Google Drive sebagai
storan maya.
157 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Gambar 1: Google Drive dijadikan storan induk pengurusan maklumat sekolah secara dalam
talian. Pengurusan sistem maklumat disusun mengikut aspek yang terdapat dalam SKPMg2.
158 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Gambar 2: Menu pengurusan sistem menggunakan Google Sites. Semua bidang tugas dan
sistem kerja guru-guru telah dirangkumkan ke dalam Google Sites ini supaya guru-guru hanya
perlu masuk ke dalam sistem ini sahaja. Sistem ini akan berfungsi sebagai pusat sehenti pintar
untuk guru-guru menjalankan semua tugas dalam pelbagai bidang sama ada kurikulum,
kokurikulum, hal ehwal murid dan membuat semua pelaporan menerusi sistem i_SmaTManS
ini.
159 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Gambar 3: Antara menu pengurusan sistem maklumat yang terdapat dalam i_SmaTManS
merangkumi pelbagai bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid serta semua aspek
dalam SKPMg2.
Aktiviti 6: Taklimat dan bimbingan penggunaan kepada guru.
Sesebuah sistem yang dibina haruslah bersifat mesra pengguna, mudah difahami dan mudah
digunakan. Kejayaan sesebuah sistem yang dibina seharusnya bukanlah hanya difahami oleh
pembangun sistem, tetapi yang lebih penting guru-guru yang akan menggunakannya. Bagi
mencapai tujuan itu, beberapa siri taklimat dan bimbingan secara berterusan telah dilakukan
supaya memastikan penggunaan sistem ini mencapai matlamatnya iaitu memudahkan tugasan
seharian guru-guru.
160 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Aktiviti 7: Pembudayaan i_SmaTManS
Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan terhadap penggunaan sistem i_SmaTManS ini selama
dua bulan, guru-guru di SK Pujut Corner telah berjaya menjadikan sistem i_SmaTManS sebagai
budaya kerja baharu mereka di sekolah. Semua kerja dan pengurusan maklumat yang ingin
dilakukan akan menggunakan sistem i_SmaTManS sebagai pintu masuknya.
c. Kaedah Pengumpulan Data
Data dikumpulkan secara dalam talian berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh 51 orang guru
responden. Data tersebut dikumpulkan secara maya di dalam Google Drive e-Suara Guru.
Gambar 4: Soal selidik yang dijalankan menggunakan Google Form supaya
memudahkan kaedah pengumpulan data.
d. Instrumen Pengumpulan Data
Instrumen pengumpulan data telah menggunakan borang soal selidik yang dibuat menerusi
Google Form yang bertajuk Soal Selidik Keberkesanan Sistem Smart Teacher (i_SmaTManS)
SK Pujut Corner. Soal selidik tersebut terdiri daripada 9 soalan. Dalam soal selidik tersebut,
Skala Likert 5 mata telah digunakan iaitu 1: Sangat Tidak Setuju (STS), 2 : Tidak Setuju (TS),
3 : Kurang Setuju (KS), 4 : Setuju (S) dan 5 : Sangat Setuju (SS). Pautan borang soal selidik
telah dikongsikan melalui kumpulan Telegram rasmi sekolah.
e. Kaedah Analisis Data
Berdasarkan borang soal selidik yang telah dijawab, kaedah analisis data telah menggunakan
peratus dan skor min berdasarkan Skala Likert 5 mata untuk menentukan sejauh mana tahap
keberkesanan sistem i_SmaTManS dalam kalangan guru-guru.
161 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
DAPATAN KAJIAN
Bagi memastikan penghasilan sistem i_SmaTManS dioptimumkan penggunaannya, seramai 51
orang guru yang menjadi responden telah memberikan maklum balas melalui soal selidik yang
disediakan. Dapatan mempamerkan i_SmaTManS berjaya mencapai tujuan penghasilannya
dalam memudahkan urusan kerja buat guru-guru di SK Pujut Corner. Semua guru telah
memberikan respons yang sangat positif terhadap penghasilan i_SmaTManS ini.
162 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 1: Carta pai menunjukkan dapatan kajian daripada Soal Selidik Keberkesanan
i_SmaTManS.
163 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 2
Keberkesanan i_SmaTManS
SOAL SELIDIK KEBERKESANAN i_SmaTManS SK PUJUT CORNER
SKALA LIKERT 5 MATA STS (1) TS (2) KS (3) S (4) SS (5) MIN
BIL. ITEM BIL. % BIL. % BIL. % BIL. % BIL. %
Sistem Smart Teacher (i_SmaTManS) memenuhi
1 keperluan tugas saya sebagai seorang guru di SK Pujut 0 0 0 0 0 0 2 3.92 49 96.1 4.96
Corner.
2 Sistem Smart Teacher (i_SmaTManS) mudah diakses 0 0 0 0 0 0 3 5.88 48 94.1 4.94
dan mesra pengguna.
3 Sistem Smart Teacher (i_SmaTManS) membantu saya 0 0 0 0 0 0 3 5.88 48 94.1 4.94
dalam mendapatkan informasi terkini di sekolah.
Sistem Smart Teacher (i_SmaTManS) membantu saya
4 dalam pengurusan pentadbiran seperti TS25, SKPMg2, 0 0 0 0 0 0 3 5.88 48 94.1 4.94
Takwim Aktiviti dan profil guru.
Sistem Smart Teacher (i_SmaTManS) membantu saya
5 dalam melaksanakan tugas kurikulum seperti PBD, RPH, 0 0 0 0 0 0 1 1.96 50 98 4.98
Panitia.
Sistem Smart Teacher (i_SmaTManS) membantu saya
6 dalam melaksanakan tugas kokurikulum seperti 0 0 0 0 0 0 1 1.96 50 98 4.98
penyediaan laporan dan menguruskan fail kokurikulum.
Sistem Smart Teacher (i_SmaTManS) membantu saya
7 dalam melaksanakan tugas HEM seperti Dashboard 0 0 0 0 0 0 2 3.92 49 96.1 4.96
APDM, pelaporan perhimpunan mingguan dan pelaporan
unit.
Sistem Smart Teacher (i_SmaTManS) berjaya menjadi
8 pusat sehenti pengurusan maklumat sekolah secara 0 0 0 0 0 0 1 1.96 50 98 4.98
pintar.
Sistem Smart Teacher (i_SmaTManS) berupaya
9 meringankan beban tugas saya sebagai seorang guru di 0 0 0 0 0 0 3 5.88 48 94.1 4.94
SK Pujut Corner.
4.96
Jadual 2 mempamerkan skor min yang diperoleh untuk semua 9 item soal selidik sangat tinggi
melebihi 4.90 ke atas. Terdapat 3 item yang memperoleh skor min tertinggi, 4.98 iaitu sistem
i_SmaTManS telah membantu tugas guru-guru dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta
semua guru sangat bersetuju sistem i_SmaTManS berjaya menjadi pusat sehenti pengurusan
maklumat secara pintar.
Berdasarkan jadual di atas, pembangunan sistem i_SmaTManS telah berjaya dan berkesan
membantu memudahkan tugas seharian guru-guru di SK Pujut Corner. Daripada 51 orang guru
yang menjawab soal selidik tersebut, tiada seorang pun guru yang menyatakan kurang setuju,
tidak setuju apatah lagi sangat tidak setuju. Malah, kesemua guru iaitu 100% telah memberikan
respons sama ada setuju dan sangat setuju terhadap 9 item soal selidik. Hal ini membuktikan
kehadiran sistem i_SmaTManS membawa manfaat yang besar kepada guru-guru di SK Pujut
Corner.
Selain daripada 9 item soal selidik yang menggunakan Skala Likert, soal selidik tersebut juga
memberi peluang kepada guru-guru untuk menyatakan ulasan secara terbuka terhadap
keberkesanan sistem i_SmaTManS. Didapati bahawa semua guru (bukan nama sebenar) telah
memberikan apresiasi dan maklum balas yang positif terhadap keberkesanan sistem ini (Jadual
3).
164 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Jadual 3
Sebahagian ulasan dan pendapat guru-guru mengenai keberkesanan i_SmaTManS.
Nama Guru Ulasan
Cikgu Siti Junaidah Sistem ini sangat membantu. Semoga sistem ini dapat digunakan oleh sekolah-
sekolah lain juga pada masa akan datang bagi meringankan beban guru.
Cikgu Safarina Sistem ini sangat sistematik. Laporan program boleh disiapkan dengan cepat dan
mudah dengan sistem OPR hanya melalui telefon bimbit. Tidak perlu lagi
memindahkan gambar dan sebagainya. Tahniah PK1 dan terima kasih kerana
sedaya upaya memudahkan urusan guru.
Cikgu Dau Havit Convenient and very useful for a particular purpose.
Cikgu Julianna Sistem Smart Teacher (i_SmaTManS) sangat membantu memudahkan saya untuk
mendapat semua maklumat berkaitan sekolah secara pantas dan reliable.
Cikgu Masrinie Sistem yang mudah dan pantas. Setiap sekolah wajar menjadikan Smart Teacher
satu pilihan tepat. Hebat PK1. Tahniah
Cikgu Christina Sistem yang sangat efisien dan pantas. Maklumat di hujung jari. Tahniah dan terima
kasih, cikgu.
Cikgu Nur Azyan Smart Teacher (i_SmaTManS) sangat membantu dan mendorong saya sebagai
guru untuk lebih mengenali dan mendalami teknologi maklumat serta
memanfaatkannya dalam melaksanakan sesi PdP, lebih-lebih lagi untuk
menjalankan tugas/kerja saya dengan lebih mudah dan pantas.
Cikgu Nurul Afifah Untuk penambahbaikan saya rasa tiada buat masa ini. Bagi pandangan saya
tentang sistem ini : - sangat sistematik - dapat menjadi pusat rujukan cikgu sebagai
tapak utama untuk pengisian laporan dari semasa ke semasa - membolehkan guru
merujuk kembali data murid secara mudah - yang paling penting sistem ini
paperless and easy access.
Cikgu Florence Sangat bangga adanya sistem seperti ini, sistem yang mesra pengguna dan
paparan yang comel dan menarik. Terima kasih kepada pentadbir yang dapat
menghasilkan sistem yang menghimpunkan semua maklumat di satu hentian bagi
memudahkan capaian bagi semua warga sekolah. Syabas dan terus maju.
Cikgu Norrafidah Saya sangat bersyukur kerana dengan adanya sistem ini memudahkan kerja dan
selari dengan arus zaman kini. Paperless. Eco-friendly system. Terima kasih!
Cikgu Michelle Smart Teacher sangat “well organized”, menyenangkan cikgu-cikgu untuk mencari
dan mengakses apa-apa yang diperlukan dalam satu klik saja.
Cikgu Nur Izzati Sistem ini membantu guru-guru terutama dalam pengurusan maklumat berkaitan
PBD, kurikulum, HEM, kokurikulum dan semua hal-hal atau maklumat berkaitan
murid. Sangat memudahkan urusan guru-guru untuk mencari maklumat berkaitan
sekolah. Terima kasih Cikgu Aleff. Segalanya di hujung jari.
Cikgu Julia Sistem Smart Teacher ini adalah yg terbaik. Sejajar dengan kemajuan teknologi
zaman ini semuanya di hujung jari anda. Boleh diakses di mana-mana dan paling
penting pengurangan penggunaan kertas (paperless).
Cikgu Ling Kewujudan Smart Teacher telah memudahkan segala urusan saya di sekolah.
165 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
PERBINCANGAN
Secara relatifnya, sistem i_SmaTManS yang dibangunkan ini telah dinilai sebagai berjaya oleh
guru-guru di SK Pujut Corner. Namun begitu, sistem ini tidak lari daripada kekurangan yang
boleh ditambahbaik pada masa yang akan datang. Antara penambahbaikan yang boleh dibuat
ialah latihan serta bimbingan kepada guru-guru yang kurang mahir menggunakan aplikasi dalam
talian perlu dijalankan secara lebih berkala serta terancang. Hal ini bagi memastikan semua
guru tidak ketinggalan dan keciciran ilmu agar sistem ini dapat digunakan secara optimum.
Selain itu, sistem ini belum mempunyai pasukan khas menguruskannya. Buat masa ini, sistem
ini hanya dikendalikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran sahaja. Suatu pasukan pemandu
sistem ini akan ditubuhkan bagi memastikan sistem ini tetap dapat diguna serta dikendalikan
secara berterusan dalam tempoh masa yang lama.
RUMUSAN
Kesimpulannya, sesuatu visi perubahan dan penambahbaikan yang ingin dibuat di sekolah
perlulah bermula daripada pentadbir itu sendiri. Sebagai seorang pentadbir, ciri-ciri yang
diperlukan adalah memiliki sifat cakna yang tinggi, prihatin dan sentiasa menjadi pendengar
yang baik terhadap subordinatnya. Selain itu, pemimpin sekolah perlu mengambil inisiatif
menambahkan ilmu-ilmu pengetahuan baharu supaya kekal relevan dalam arus pendidikan
yang semakin pantas. Ilmu seperti teknologi maklumat dan teknologi digital perlu dikuasai oleh
pemimpin sekolah agar dapat membawa perubahan yang positif di sekolah.
RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah, PhD. (2009). Kepimpinan & Penambahbaikan Sekolah. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Nur Izzaty Mohamad, Azman Ismail, Zulkefli Aini. (2018). Tekanan Kerja dalam Organisasi. Konflik Kerja-
Keluarga. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
John Adair. (2009). Membuat Keputusan dan Strategi Menyelesaikan Masalah. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia.
Khairunneezam Mohd. Noor, Jessica Ong Hai Liaw, Farhana Sabri, Khairunnisa Mardzuki. (2019).
Kepemimpinan Era Moden. Kuala Lumpur: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Azman Safii. (2017). Penggunaan Data Dalam Program Penambahbaikan Sekolah.
www.jprisma.com
Khalip Musa, Hamidah Yusof, Jamal@Nordin Yunus, Suriani Abdul Hamid. (2014). Kepimpinan
Transformasional Pengetua: Perbandingan Antara Sekolah Menengah Awam dan
Swasta Cemerlang. ISSN 2232-0660
166 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
ROQMUNgi:
MENINGKATKAN RESPON DAN PENGUASAAN MURID TERHADAP NOMBOR DI DALAM
BAHASA ARAB MELALUI PERMAINAN DIGITAL
MOHD GHADAFI BIN MOHD GHAZALI
[email protected]
ISLIYANA BINTI KAMBALI
[email protected]
ABSTRAK
Penyelidikan ini dijalankan untuk berkongsi pengalaman berkaitan penggunaan aplikasi permainan
digital ROQMUNgi dalam membantu murid menguasai nombor 1 hingga 31 di dalam Bahasa Arab.
Penyelidikan ini dijalankan selama 4 minggu. Persampelan bertujuan telah digunakan dalam kajian
ini melibatkan 4 orang murid tahun empat yang agak lemah dalam penguasaan nombor di dalam
Bahasa Arab. Data dikumpulkan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, respon, reaksi murid
melalui rakaman video, foto, analisis dokumen seperti ujian sebelum dan selepas intervensi dan
transkrip temu bual dengan murid. Semua data seperti foto, video dan temubual dianalisis secara
analisis kandungan. Dapatan menunjukkan aplikasi ini memberi impak positif dan mesra pengguna.
Kesimpulannya, aplikasi permainan digital ROQMUNgi mempunyai potensi yang besar untuk
disebarluaskan dalam bidang Bahasa Arab.
Kata Kunci: ROQMUNgi, permainan digital,
REFLEKSI KAJIAN
Pada tahun ini saya berpeluang untuk mengajar matapelajaran Bahasa Arab Tahun 4. Saya
dapati terdapat beberapa orang murid yang agak lemah dan kurang berkeyakinan dalam
menyebut nombor di dalam Bahasa Arab. Masalah ini dikenalpasti apabila saya bertanyakan
tarikh di dalam Bahasa Arab sebelum memulakan sesi pengajaran, pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati murid-murid juga tidak yakin
untuk mnyebut nombor dalam Bahasa Arab. Apabila saya memberi arahan kepada murid-murid
untuk membuka halaman tertentu di dalam buku teks dengan menggunakan Bahasa Arab, murid-
murid kurang memberi respon dan kelihatan agak pasif. Saya juga telah menjalankan analisis
dan post-moterm ke atas pencapaian murid dalam satu ujian sebelum intervensi. Tinjauan
menunjukkan murid-murid tahun empat ini agak lemah dalam mengenalpasti nombor di dalam
Bahasa Arab. Oleh sebab itu, saya telah berbincang dengan suami untuk menyelesaikan masalah
ini. Hasil perbincangan bersama suami yang juga bertugas sebagai penolong kanan pentadbiran
dan kurikulum, tercetuslah idea untuk mencipta satu inovasi permainan digital berkaitan nombor
di dalam Bahasa Arab yang berfokus kepada nombor 1 hingga 31. Inovasi yang telah dihasilkan
oleh suami saya ini dinamakan ROQMUNgi. Permainan digital ROQMUNgi ini telah dibina dalam
bentuk aplikasi yang mempunyai bunyi dan gambar. Aplikasi yang menarik ini dapat membantu
murid untuk belajar nombor di dalam bahasa arab dengan seronok, santai dan mudah. Mereka
juga dapat belajar sendiri dengan bantuan aplikasi ROQMUNgi ini kerana saya telah memasang
aplikasi ini di dalam komputer riba di sekolah.
167 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan analisis keputusan dalam ujian sebelum intervensi dijalankan, saya mendapati
ramai murid tidak dapat menjawab ujian dengan baik. Selain itu, murid juga dilihat kurang
bersemangat dan agak pasif apabila sesi soal jawab berkaitan nombor dijalankan. Dalam kajian
ini, saya telah memilih empat orang murid sebagai peserta.
Jadual 1
Markah yang diperoleh oleh peserta dalam ujian sebelum intervensi
Bil Peserta Jantina Markah ujian bulanan
1A P 6 / 20
2B P 6 / 20
3C L 9 / 20
4D L 12 / 20
Dua orang murid telah mendapat 6 markah manakala dua orang lagi mendapat 9 hingga
12 markah. Keputusan ujian ini menunjukkan mereka masih agak lemah dalam penguasaan
nombor 1 hingga 31 dalam Bahasa Arab. Oleh yang demikian, saya telah mengaplikasikan
inovasi permainan digital ROQMUNgi untuk menarik murid serta membantu murid untuk belajar
dalam keadaan yang lebih santai dan seronok.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Meningkatkan minat murid dalam mempelajari nombor 1 hingga 31 dalam Bahasa Arab.
2. Meningkatkan penguasaan murid terhadap nombor 1 hingga 31 dalam Bahasa Arab.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah aplikasi permainan digital ROQMUNgi dapat meningkatkan minat murid untuk belajar
nombor 1 hingga 31 dalam Bahasa Arab?
2. Adakah aplikasi permainan digital ROQMUNgi dapat meningkatkan penguasaan murid
terhadap nombor 1 hingga 31 di dalam Bahasa Arab?
TINJAUAN LITERATUR
Perkembangan teknologi maklumat banyak mempengaruhi budaya kehidupan pada masa kini,
dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi telah memberikan anjakan baru
dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. (Roslinda Murad at al., 2018). Pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPC) yang menggunakan bahan teknologi bukanlah suatu perkara yang
baharu pada hari ini. Oleh sebab itu, pengajaran dan pembelajaran dalam talian (online
168 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
learning) terus berkembang dan memainkan peranan penting dalam pendidikan di Malaysia.
(Gunawan et al. 2020)
Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) semasa pandemik Covid-19 melanda negara
telah telah menyumbang beberapa perubahan kepada gaya pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas walaupun secara bersemuka pada fasa pasca pandemik. Murid-murid kini lebih
terdedah dengan penggunaan pelbagai alat digital seperti komputer riba dan telefon bimbit. Murid-
murid juga tidak lagi kekok menggunakan pelbagai aplikasi pembelajaran secara dalam talian.
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa permainan digital dalam pembelajaran dapat
meningkatkan tahap pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah (Shute, Venture &
Ke, 2015). Selain itu, generasi pelajar pada hari ini sangat ghairah dengan peralatan mobile
mereka dan peranti mereka sentiasa dapat menyelusuri alam siber pada bila-bila masa dengan
teknologi wireless. (Ahmad Sobri Shuib et al. 2021).
Perkembangan dalam teknologi mudah akih pada masa kini turut mengubah corak
pembelajaran (Naismith, Lonsdale, Vavoula & Sharples, 2004). Pembelajaran tidak tertumpu di
bilik darjah tetapi boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa dengan menggunakan
peralatan mudah alih dan disokong dengan teknologi mudah alih.
Kajian oleh Saran, Cagility dan Seferoglu (2008) mendapati mobile learning
menggunakan peralatan telefon bimbit telah meningkatkan pencapaian telah meningkatkan
kemahiran pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris melalui penggunaan bahan berbentuk
multimedia. Motivasi pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris meningkat dan pelajr dapat
menggunakan masa lapang untuk beajar Bahasa Inggeris.
METODOLOGI
Kajian ini dijalankan mengikut Prosedur Kajian Tindakan menggunaan Model Kajian Tindakan
Kemmis & Mc Taggart (1998) seperti Rajah 1.
Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart
Berdasarkan model ini, kajian tindakan ini melalui fasa-fasa berikut :
1. Pemerhatian
2. Penghasilan inovasi ROQMUNgi
3. Intervensi
4. Pelaporan
169 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
a. Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan empat orang murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Haji Mat Dahan
Pendang, Kedah. Mereka terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid
perempuan. Kajian dan program intervensi ini melibatkan 4 orang murid di dalam kelas yang
menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal seperti
yang tertera dalam Jadual 2 di bawah:
Jadual 2
Demografi data kumpulan sasaran atau peserta (P)
No Nama Jantina Bangsa Masalah yang dihadapi
1 PA L Melayu
- Malu dan pasif, tidak berani bertanya,
2 PB L Melayu - Lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa,
- Kurang berminat apabila menghafal nombor
3 PC P Melayu
- Kurang tumpuan dalam kelas,
4 PD P Melayu - Suka bermain dan leka semasa guru mengajar
-Tidak berminat apabila menghafal monbor
- Malu dan pasif, tidak berani bertanya
- Lambat memberikan respon apabila ditanya
- Tidak yakin apabila menjawab soalan
- Tidak yakin apabila menjawab soalan
- Memberikan respon apabila disoal tetapi
sentiasa memerlukan rujukan
b. Aktiviti/Intervensi yang dicadangkan
Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan, didapati murid tahun empat mempunyai masalah
dalam menguasai nombor dalam Bahasa Arab. Faktor-faktor seperti kurang keyakinan, bahan
bantu mengajar yang kurang sesuai dan kurang berinteraksi di dalam kelas menyumbang kepada
faktor permasalahan ini. Bagi mengatasi perkara ini, satu inovasi permainan digital ROQMUNgi
telah dihasilkan. Inovasi ini boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan. Aplikasi ini juga
mempunyai bunyi dan gambar yang menarik seterusnya membantu meningkatkan minat murid
untuk belajar.
Aplikasi ROQMUNgi ini berbentuk satu aplikasi permainan angka dalam Bahasa Arab.
Aplikasi ini telah dibina menggunakan aplikasi Scratch 2.0. Nama ROQMUNgi ini diambil
sempena perkataan Roqmun yang bermaksud nombor dalam Bahasa Arab. Nama gi pula diambil
sempena nama pencipta aplikasi ini dan pengkaji iaitu Ghadafi dan Isliyana. Aplikasi ini juga telah
dilengkapi dengan grafik yang menarik dan bunyi sebutan nombor dalam Bahasa Arab yang jelas
dan diikuti dengan tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Pengkaji telah memuatkan aplikasi ini di
dalam komputer riba sekolah. Sebelum intervensi di jalankan, pengkaji telah membuat
demonstrasi kepada responden berkenaan cara bermain aplikasi ROQMUNgi.
Setelah itu, empat orang responden yang dipilih hanya perlu menggunakan aplikasi ini
semasa PdPc Bahasa Arab sedang dijalankan. Apliksi ROQMUNgi dimainkan oleh responden
pada akhir PdPc. Selain itu, responden juga boleh menggunakan aplikasi ROQMUNgi ini secara
kendiri semasa membuat ulangkaji. Oleh yang demikian, semasa intervensi dijalankan, guru atau
pengaji berperanan sebagai pemudahcara dalam usaha menggalakkan murid belajar secara
kolaboratif mahupun kendiri.
170 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Intervensi melalui aplikasi ROQMUNgi ini telah dilaksanakan selama enam minggu dan
terbahagi kepada empat fasa iaitu pemerhatian, penghasilan inovasi, intervensi dan pelaporan.
Pemerhatian
Sebelum intervensi dijalankan pengkaji telah membuat pemerhatian bagi mendapatkan maklumat
tahap penguasaan responden melalui markah ujian sebelum intervensi. Selain itu, pengkaji juga
membuat pemerhatian sikap dan respon murid semasa PdPc Bahasa Arab dilaksanakan. Satu
temubual juga telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan minat murid terhadap
proses PdPc yang telah dijalankan sebelum intervensi.
Rajah 2 : Borang senarai semak respon murid sebelum intervensi
Rajah 3 : Borang senarai semak respon murid selepas intervensi
Penghasilan Inovasi ROQMUNgi
Setelah pengkaji menjalankan pemerhatian, mendapatkan maklumat mengenai penguasaan
responden dan menemubual mereka, pengkaji mendapati responden agak pasif dan kurang
berminat semasa PdPc Bahasa Arab dilaksanakan. Markah ujian juga agak rendah dan pengkaji
perlu memperbaiki cara penyampaian agar responden lebih aktif dan cekap dalam menyebut dan
memahami nombor di dalam Bahasa Arab.
171 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Pengkaji membuat inovasi aplikasi permainan nombor Bahasa Arab secara digital yang
diberi nama ROQMUNgi. Aplikasi ini telah dibina menggunakan perisian Scratch 2.0 dan grafik
di dalam aplikasi ini direka menggunakan perisian Adobe Ilustrator. Aplikasi permainan digital
ROQMUNgi ini sesuai digunakan oleh semua murid. Aplikasi ini juga dilengkapi dengan grafik
yang menarik. Suara yang dirakamkan bagi menyebut nombor yang dipelajari juga jelas dan
menarik perhatian murid.
Rajah 4 : Penghasilan inovasi ROQMUNgi
Pelaksanaan Intervensi
Intervensi telah dijalankan selama empat minggu. Intervensi ini juga dilaksanakan pada peringkat
akhir PdPc Bahasa Arab. Pengkaji meminta responden untuk bermain aplikasi ROQMUNgi
secara berkumpulan. Dalam permainan ROQMUNgi, responden diminta melontar dadu digital
dan bergerak mengikut bilangan yang telah ditunjukkan di dalam dadu. Responden juga diminta
mengira setiap petak yang mereka lalui dan mengira di dalam Bahasa Arab. Setelah itu,
responden diminta untuk menyebut semula nombor yang telah mereka perolehi sebanyak tiga
kali. Jika responden mendapat petak atau bilangan yang sama, mereka dikehendaki menyebut
semula nombor tersebut dengan betul. Responden yang berjaya menyebut nombor tersebut
dengan betul, diberikan ganjaran maju satu petak ke hadapan. Sekiranya gagal, responden
diminta mundur satu petak ke belakang. Responden pertama yang berjaya tiba ke petak terakhir,
dikira pemenang.
172 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Pelaporan
Setelah empat minggu intervensi dilaksanakan kepada responden, pengkaji meneliti semula
pencapaian murid melalui satu set soalan ujian. Markah ujian tersebut direkod dalam bentuk
jadual dan graf perbandingan. Perbandingan markah dilaksanakan bagi melihat keberkesanan
intervensi kepada responden. Selain itu, pengkaji juga merekod respon murid semasa intervensi
dijalankan bagi mengukur perubahan sikap dan minat murid terhadap sub tajuk nombor di dalam
Bahasa Arab. Temubual berstruktur yang dijalankan bersama responden juga direkod dan diteliti
bagi mendapatkan data berkaitan respon murid terhadap aplikasi ROQMUNgi yang digunakan
sepanjang intervensi.
c. Kaedah pengumpulan data
Data dikumpulkan melalui tiga kaedah iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan temubual.
Pemerhatian
Pemerhatian dalam bentuk catatan lapangan telah dijalankan ke atas empat orang peserta.
Pemerhatian terhadap perasaan, reaksi, respon dan tingkah laku responden sebelum dan
selepas intervensi untuk mengenalpasti perubahan tingkah laku dan keberkesanan intervensi.
Selain itu, video dan gambar juga direkodkan sebagai bukti.
Analisis dokumen
Kertas ujian responden dikumpulkan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan bagi menilai
tahap penguasaan responden dalam nombor 1 hingga 31 dalam Bahasa Arab. Kertas soalan
yang digunakan sebelum dan selepas intervensi adalah sama dan mengandungi 20 soalan.
Kertas soalan selepas intervensi diberikan kepada responden pada minggu keempat intervensi.
Temubual
Kahn dan Cannell (1957 dalam Marshall dan Rossman) mendefinisikan temubual sebagai
perbualan dengan tujuan (conversation with a purpose). Tujuan utama temubual adalah untuk
mendapatkan maklumat yang khusus. Mengikut Patton (1990) pula, temubual diadakan apabila
penyelidik hendak mengetahui apa yang terdapat dalam minda seseorang. Temubual kajian ini
adalah berbentuk semi berstruktur. Soalan dalam temubual semi berstruktur ditentukan terlebih
dahulu, tetapi jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan
mengikut budi bicara penemubual dan responden.
d. Kaedah analisis data
Analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis data kajian.
Analisis foto dan video
Foto dan video yang direkod, dianalisis bagi mendapatkan maklum balas berkaitan respon, minat
dan sikap responden sebelum, semasa dan selepas intervensi bermain ROQMUNgi
dilaksanakan.
173 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 4: Sebelum intervensi dijalankan (murid tidak memberi perhatian dan pasif)
Rajah 5: Selepas intervensi dijalankan (murid gembira dan bersemangat)
DAPATAN KAJIAN
Kajian tindakan yang dilaksanakan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan. Hal ini dapat
dilihat melalui perubahan markah ujian dan reaksi, respon serta sikap murid semasa PdPc
Bahasa Arab dijalankan.
a. Reaksi dan respon murid semasa dan selepas intervensi dijalankan
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, responden kelihatan lebih bersemangat apabila
belajar nombor di dalam Bahasa Arab menggunakan aplikasi permainan digital ROQMUNgi.
Responden lebih yakin dan tidak lagi malu-malu. Responden juga aktif dan mengangkat tangan
apabila diajukan soalan.
174 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Rajah 6 : Reaksi dan respon murid selepas intervensi dijalankan
b. Analisis soalan ujian
Pengkaji juga menganalisis ujian yang dijalankan sebelum dan selepas intervensi menggunakan
aplikasi digital ROQMUNgi dilaksanakan untuk menilai tahap penguasaan responden dalam topik
nombor 1-31 dalam Bahasa Arab. Data-data keputusan dipindahkan dalam bentuk graf dan
jadual. Berdasarkan dapatan markah ujian sebelum dan selepas intervensi, didapati berlaku
peningkatan markah murid. Keempat-empat murid menunjukkan peningkatan prestasi dan tahap
penguasaan mereka.
Dapatan kajian adalah seperti Jadual 3 di bawah:
Jadual 3
Markah yang diperoleh oleh peserta dalam ujian sebelum dan selepas intervensi
Bil Peserta Jantina Markah ujian Markah ujian
bulanan selepas
1A P Intervensi
2B P 6 / 20 16 / 20
3C L 6 / 20 14 / 20
4D L 9 / 20 16 / 20
12 / 20 20 / 20
175 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Berdasarkah Rajah 7 di bawah, terdapat peningkatan markah responden. Sebelum intervensi
melalui penggunaan aplikasi digital ROQMUNgi di laksanakan, murid A dan B mendapat markah
6/20 sahaja. Tetapi selepas intervensi dijalankan, murid A mendapat markah sebanyak 16/20
manakala murid B mendapat markah sebanyak 14/20. Murid A telah meningkat sebanyak 50%.
Manakala murid B pula telah meningkat sebanyak 40%. Bagi murid C, markah yang diperoleh
sebelum intervensi adalah sebanyak 9/20 dan meningkat sebanyak 35% kepada 16/20. Murid D
juga menunjukkan peningkatan sebanyak 40%. Markah yang diperoleh sebelum intervensi
dijalankan adalah 12/20 dan selepas intervensi dijalankan, markah yang diperoleh adalah 20/20.
Hal ni menunjukkan bahawa, intervensi menggunakan aplikasi permainan digital ROQMUNgi telah
membantu responden untuk menguasai nombor 1-31 di dalam Bahasa Arab.
Graf perbandingan markah ujian sebelum dan selepas
intervensi
25
20
15
10
5
0 Responden B Responden C Responden D
Responden A
Sebelum Selepas
Rajah 7: Graf perbandingan markah ujian sebelum dan selepas intervensi.
c. Temubual
Berdasarkan temubual yang dijalankan, responden seronok apabila belajar nombor
menggunakan aplikasi permainan digital ROQMUNgi.
“Seronok belajar hari ni. Boleh main game. Esok kita main lagi dak ustazah?”
(Responden A)
Responden B pula seronok dan tidak sabar untuk belajar pada hari berikutnya apabila belajar
nombor menggunakan aplikasi digital ROQMUNgi.
“Ustazah, saya suka belajaq dengan game ni. Tadi saya menang. Bila kita nak
belajaq lagi? Saya tak sabaq.”
(Responden B)
Responden C juga berasa seronok dan bersemangat untuk belajar.
176 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
“Ustazah, syioklah game ni. Esok kita main pulak ka?”
(Responden C)
Responden D juga berasa seronok dan ingin mengajak rakan lain untuk bermain bersama.
“Ustazah, esok kita main game lagi boleh? Saya nak lawan X pula.”
(Responden D)
PERBINCANGAN
Berdasarkan pemerhatian, analisis dokumen, iaitu perbandingan markah ujian dan temubual
yang dijalankan ke atas responden, pengkaji mendapati intervensi mengunakan aplikasi
permainan digital ROQMUNgi telah membantu menjawab persoalan kajian ini iaitu :
1. Adakah aplikasi permainan digital ROQMUNgi dapat meningkatkan minat murid terhadap
nombor 1 hingga 31 di dalam Bahasa Arab?
2. Adakah aplikasi permainan digital ROQMUNgi dapat meningkatkan penguasaan murid
untuk belajar nombor 1 hingga 31 dalam Bahasa Arab?
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap respon dan reaksi murid sebelum dan
selepas intervensi dijalankan. Berdasarkan nota lapangan dan borang pemerhatian pada Rajah
2, pengkaji mendapati murid-murid tidak suka bertanya, agak pasif, cepat berasa bosan dan tidak
dapat menumpukan perhatian. Pengkaji juga telah mengambil gambar mereka Rajah 4 dan ia
menunjukkan ramai yang kehilangan senyuman dan semangat. Manakala semasa intervensi
menggunakan aplikasi permainan digital ROQMUNgi dilaksanakan, Rajah 6, ramai murid yang
menunjukkan riak muka yang gembira, seronok. Mereka juga berebut-rebut untuk menjawab
soalan, berani bertanya soalan dan memberi respon yang sangat baik. Selepas intervensi,
berdasarkan temubual bersama responden, menunjukkkan mereka sangat seronok dan suka
PdPc yang menggunakan aplikasi permainan digital ROQMUNgi.
Secara keseluruhannya, aplikasi permainan digital ROQMUNgi ini membantu
murid-murid untuk belajar nombor 1-31 dalam Bahasa Arab. Aplikasi ini bukan sahaja boleh
digunakan semasa di dalam kelas, malahan di luar bilik darjah juga. Murid-murid boleh belajar
Bersama guru, rakan mahupun belajar sendiri sama ada di sekolah mahupun di rumah. Aplikasi
ini boleh disebarluaskan dengan mudah dan tidak memerlukan ruang simpanan memori
(memory storage) yang besar. Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga mesra pengguna yang mana
aplikasi ini sangat mudah digunakan serta menyeronokkan.
Pada masa hadapan, diharapkan agar aplikasi permainan digital ROQMUNgi ini
boleh disebarluaskan bagi membantu murid-murid untuk belajar nombor dalam Bahasa Arab
secara santai, mudah dan menyeronokkan. Diharapkan aplikasi ini juga dapat membantu guru-
guru untuk mengajar nombor di dalam Bahasa Arab dengan lebih menarik dan menyeronokkan.
Semoga dengan bantuan aplikasi permainan digital ROQMUNgi ini, murid-murid dapat
menyebut tarikh di dalam Bahasa Arab dengan betul dan tepat.
177 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
RUMUSAN
Kesimpulannya, intervensi menggunakan aplikasi permainan digital ROQMUNgi telah
memberikan impak kepada responden dalam penguasaan nombor 1-31 dalam Bahasa Arab.
Dapatan kajian telah menunjukkan aplikasi permainan digital ROQMUNgi ini membantu murid
dalam menguasai nombor 1-31 dalam Bahasa Arab selain membantu menaikkan semangat
mereka untuk belajar Bahasa Arab. Aplikasi permainan digital ROQMUNgi ini mesra pengguna,
mudah untuk digunakan serta tidak memerlukan simpanan memori yang besar untuk dimuatkan
di dalam komputer riba. Aplikasi permainan digital ROQMUNgi ini berpotensi untuk
disebarluaskan bagi membantu guru-guru dan murid-murid dalam menguasai nombor 1-31 dalam
Bahasa Arab. Walaubagaimanapun, data yang diperolehi ini tidak dapat digeneralisasikan untuk
semua murid. Justeru, pengkaji mengizinkan guru-guru lain untuk menggunakan aplikasi ini
secara percuma dan mengadaptasi kajian ini.
RUJUKAN
Ahmad Sobri Shuib, (2021). Mobile Learning. Isu dan Cabaran Dalam Pelaksanaan di Institusi Pendidikan
Guru.
Figueroa Flores, J. F. (2015). Using Gamification To Enhance Second Language Learning. Digital
Education Review, (27),32-54.
Muhammad Nidzam Yaakub. (2021). Inovasi emas Dilce’21. IPG Kampus Darulaman.
Naisnith, L., Lonsdale P., G., & Sharples, M. (2004). NESTA Futurelab Report 11:Literature review in
mobile technologies and learning.
Saran, M., Cagiltay, K., Seferoglu, G. (2008).Use of mobile phones in language learning. Developing
effective instructional materials.
178 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
MENINGKATKAN KEUPAYAAN GURU DAERAH PERAK TENGAH DALAM
MENULIS KAJIAN TINDAKAN BERPANDUKAN TOOL KIT Act-R
NUR ASNI BINTI ALIAS
[email protected]
WAN SAIFUL BAHRIN BIN WAN AYOB
[email protected]
ABSTRAK
Tool Kit Act-R (Tool Kit Kajian Tindakan Guru Daerah Perak Tengah). Tool Kit Act-R
berbentuk modul dan google site dibina untuk rujukan dan panduan guru dalam menulis
kajian tindakan kerana dapatan tinjauan awal mendapati guru kurang melaksanakan kajian
tindakan dan memerlukan panduan menulis yang selaras dalam daerah. Kajian tindakan
di peringkat sekolah adalah penting bagi mengenal pasti isu pengajaran dan pembelajaran
serta intervensi berimpak tinggi dan ditekankan dalam Kluster 4 (Penyelidikan dan Inovasi)
dalam Pelan Strategik Organisasi (PSO). Reka bentuk kajian tindakan ini menggunakan
Model Kemmis & McTaggart (1988) bagi meningkatkan keupayaan guru dalam menulis
kajian tindakan. Kumpulan sasaran melibatkan 30 orang Ketua Panitia yang merupakan
pemimpin pertengahan di Daerah Perak Tengah. Pengumpulan data melibatkan analisis
dokumen, temu bual dan soal selidik menggunakan aplikasi google form. Guru diberikan
bimbingan secara berkumpulan pada peringkat awal dan gelung kedua melibatkan
bimbingan secara individu semasa menulis kajian tindakan berpandukan Tool Kit Act-R.
Dapatan kajian menunjukkan Tool Kit Act-R dapat meningkatkan keupayaan guru dalam
menulis kajian tindakan secara sistematik.
Kata Kunci: kajian tindakan, pemimpin pertengahan, google site, tool kit Act-R
REFLEKSI KAJIAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah merangka sebelas anjakan
utama sebagai usaha dalam penyediaan murid yang mampu menangani cabaran globalisasi
abad ke 21. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) menggariskan enam
aspirasi murid yang perlu dicapai. Transformasi pendidikan kearah menghasilkan murid abad ke-
21 yang menguasai pelbagai disiplin ilmu serta berkemahiran berfikir secara kritis, kemahiran
berkomunikasi, berkolaborasi serta kreatif. Penekanan terhadap kesedaran mengenai
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan abad ke-21 turut diberi perhatian dalam sistem
pendidikan sebagai usaha untuk mencapai keberhasilan murid. Guru berperanan penting sebagai
agen pelaksana kurikulum dengan mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
selaras dengan perkembangan kognitif murid yang pelbagai. Guru perlu memperlengkapkan diri
dalam pemantapan pedagogi dari segi pengetahuan dan kemahiran serta amalan-amalan baru
pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan perkembangan dan keperluan abad ke-21.
179 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
Sehubungan itu, guru disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kualiti pendidikan
menerusi pelaksanaan kajian tindakan di peringkat sekolah. Kajian tindakan merupakan satu
kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan guru adalah penyelidik dalam melaksanakan kajian
tindakan. Setiap guru perlu mengenal pasti isu yang berlaku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Osman Lebar, 2011). Guru perlu menentukan intervensi yang bersesuaian bagi
menangani isu pengajaran dan pembelajaran yang dikenal pasti secara terancang dan sistematik.
Pembudayaan penyelidikan yang asas di peringkat sekolah menerusi kajian tindakan untuk
menambah baik pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ini adalah selari dengan Perancangan
Strategik Organisasi (PSO) bagi Kluster 4 iaitu Penyelidikan dan Inovasi yang menuntut guru
untuk melaksanakan penyelidikan dan inovasi dalam pendidikan sebagai satu usaha untuk
meningkatkan profesionalisme guru dalam semua aspek berkaitan pengajaran dan
pembelajaran.
Kajian tindakan di Malaysia diperkenalkan oleh Profesor Stephen Kemmis kepada 41
orang pegawai Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan para
pensyarah Maktab Perguruan Malaysia di dalam sebuah bengkel pada 11 hingga 20 Disember
1988. Kursus guru sebagai penyelidik telah dijadikan sebahagian daripada kurikulum pendidikan
guru dan latihan dalam perkhidmatan (LADAP) pada tahun 1990. Bahagian Perancangan Dasar
dan Polisi Kementerian Pelajaran Malaysia kemudiannya telah melancarkan sebuah program
iaitu Programme for Innovation Excellence and Research (PIER) pada tahun 1993. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kajian tindakan sebagai satu budaya
penyelidikan yang asas di peringkat sekolah untuk membantu guru-guru mengambil tindakan
yang releven bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Menariknya, pada awal pengenalan, beliau
telah menjalankan penyelidikan ke atas perubahan terhadap sikap dan perlakuan manusia dalam
beberapa bidang sosial. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
sebagai penggerak utama projek pemupukan budaya penyelidikan dalam kalangan guru, Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di semua negeri adalah
bertanggungjawab dalam merealisasikan matlamat memupuk budaya penyelidikan dalam
kalangan guru sekolah. Seorang Pegawai Penyelaras Kajian Tindakan dilantik bagi setiap
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pegawai Penyelaras
Kajian Tindakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program pemupukan budaya
penyelidikan serta menyelaras dan memantau pelaksanaannya di sekolah-sekolah bagi setiap
negeri. Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk terus
membudayakan penyelidikan asas dalam bidang pendidikan, kajian tindakan disarankan di
peringkat sekolah. Oleh itu, Jurulatih Utama Kajian Tindakan (JUKT) sebagai mentor dan pakar
rujuk kajian tindakan telah dilantik di setiap daerah bagi membantu guru melaksanakan kajian
tindakan di peringkat sekolah. Pelbagai program yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) menerusi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mempergiatkan budaya kajian
tindakan dalam kalangan guru.
PERNYATAAN MASALAH
Jurulatih Utama Kajian Tindakan (JUKT) telah dilantik dalam kalangan SISC+ bagi Daerah Perak
Tengah pada tahun 2021. Pengalaman sebagai Jurulatih Utama Kajian Tindakan (JUKT) selama
setahun mendapati bahawa guru kurang menyedari kepentingan kajian tindakan bagi menambah
180 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
baik amalan pengajaran untuk meningkatkan prestasi murid. Ini adalah kerana kajian tindakan
hanya dilaksanakan oleh guru Tingkatan 6 sebelum ini. Sekelompok kecil guru yang menghadiri
bengkel kerja kajian tindakan pada tahun lepas pernah menyertai inovasi dan menggunakan
format inovasi dalam penulisan kajian tindakan mereka. Ini menunjukkan guru masih keliru antara
penulisan kajian tindakan dan inovasi. Mereka juga menghasilkan inovasi tanpa mengenal pasti
isu terlebih dahulu tanpa berfokuskan data serta kurang bahan rujukan ilmiah yang dirujuk.
Kajian tindakan yang dilaksanakan oleh guru kurang berfokus dan tidak berdasarkan data
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Guru menilai tahap penguasaan murid berdasarkan standard
prestasi dari Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan seharusnya
menggunakan data ini untuk mengenalpasti strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk
meningkatkan kemahiran murid berkenaan. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu dijadikan kayu
pengukur kepada guru untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru
harus memilih cara yang lebih sesuai dengan tahap murid berdasarkan data pentaksiran (Hawe
& Dixon, 2017). Kajian tindakan yang dilaksanakan perlu memberi tumpuan kepada tahap
keupayaan murid agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembelajaran (Yates & Johnston,
2018).
Bengkel kerja kajian tindakan yang dijalankan pada tahun lepas hanya dihadiri oleh guru
mata pelajaran dari pelbagai subjek yang dipilih oleh pengetua dan guru besar. Guru tersebut
hanya menulis kajian tindakan untuk mata pelajaran yang diajar tanpa berlaku penyebaran
maklumat kajian tindakan kepada guru lain menerusi Komuniti Pembelajaran Professional (PLC).
Pemantapan kajian tindakan tidak berlaku kerana guru yang menghadiri bengkel adalah sentiasa
bertukar ganti dan hasil kajian tindakan yang dihasilkan guru tidak dapat ditambahbaik. Oleh itu,
kursus dan bimbingan yang bersesuian perlu diberikan kepada guru-guru (Kwiek & Szadkowski,
2018) bagi membantu guru menambah baik amalan pengajaran menerusi kepimpinan
instruksional Ketua bidang dan Ketua Panitia.
Format penulisan kajian tindakan yang pelbagai di internet menyebabkan guru keliru
dalam menulis kajian tindakan terutamanya guru yang tidak pernah menghadiri bengkel atau
dibimbing oleh Jurulatih Utama Kajian Tindakan (JUKT). Akhirnya, guru mengambil keputusan
untuk tidak melaksanakan kajian tindakan kerana tiada panduan penulisan yang selaras dalam
daerah dan kurang artikel rujukan ilmiah berkaitan bidang mereka dalam Bahasa Melayu.
Sehubungan dengan permasalahan tersebut maka Tool Kit Act-R berbentuk modul yang
mengandungi templat Act-R sebagai draf awal kajian tindakan dan Act-R Sites dibina sebagai
rujukan dan panduan guru bertujuan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam menulis kajian
tindakan di peringkat sekolah. Malahan, kajian ini melibatkan kumpulan sasaran dalam kalangan
Ketua Panitia selaku Pemimpin Pertengahan untuk mengupayakan guru panitia di sekolah dalam
menulis kajian tindakan selepas mengikuti bengkel kerja dan bimbingan oleh Jurulatih Utama
Kajian Tindakan (JUKT). School Improvement Partners+ (SIP+) menyambut baik intervensi kajian
ini dan turut serta terlibat dalam memberi idea dan menyampaikan maklumat kajian tindakan
dalam kalangan pengetua, guru besar dan penolong kanan pentadbiran.
181 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum:
Meningkatkan keupayaan guru Daerah Perak Tengah dalam menulis kajian tindakan secara
sistematik dan terancang.
Objektif khusus:
i) Guru Daerah Perak Tengah dapat mengenal pasti isu kajian tindakan secara berfokus
berdasarkan data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
ii) Membantu guru dalam merancang kajian tindakan secara sistematik berpandukan Tool
Kit Act-R.
iii) Meningkatkan keupayaan guru Daerah Perak Tengah dalam menulis kajian tindakan
berpandukan Tool Kit Act-R.
SOALAN KAJIAN
i) Adakah guru Daerah Perak Tengah dapat mengenal pasti isu kajian tindakan secara
berfokus berdasarkan data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)?
ii) Adakah guru Daerah Perak Tengah dapat merancang kajian tindakan secara sistematik
apabila berpandukan Tool Kit Act-R?
iii) Adakah keupayaan guru Daerah Perak Tengah dalam menulis kajian tindakan
berpandukan Tool Kit Act-R dapat ditingkatkan?
TINJAUAN LITERATUR
a. Model Kemmis & McTaggart (1988)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Kajian Tindakan sebagai satu
budaya penyelidikan yang asas di peringkat sekolah yang membantu guru-guru untuk mengambil
tindakan yang sewajarnya bagi menangani isu di sekolah. Menurut McNiff (1988), kajian tindakan
sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui
perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,
menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Kemmis &
McTaggart (1988) menyatakan kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang
dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial
bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan kemasyarakatan dan pendidikan
mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di
mana amalan itu dilakukan. Kajian tindakan Model Kemmis & McTaggart (1988) mempunyai
empat (4) langkah iaitu i. merancang (plan); ii. bertindak (act); iii. memerhati (observe) dan iv.
mereflek (reflect). Proses kajian tindakan dimulakan dengan guru menjalankan refleksi ke atas
satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. uru menyediakan satu rancangan
yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. guru melaksanakan rancangan yang
dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan yang
dijalankan itu. Kitaran lengkap proses tersebut dikenali sebagai Gelungan Pertama dan sekiranya
isu tersebut belum dapat diatasi, maka guru boleh meneruskan proses yang sama semula pada
182 | K a j i a n T i n d a k a n 2 0 2 2