The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurimandina3025, 2022-05-22 19:54:25

ctdn

ctdn

Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya, Malaysia

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu / 1 – 6
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

MARTABAT BAHASA KEBANGSAAN

Asmah Haji Omar
([email protected])

Malaysia

Abstrak

Ucapan ini mengemukakan kerangka metodologi yang boleh digunakan untuk
menentukan martabat bahasa kebangsaan dengan mengambil bahasa Melayu sebagai
contoh. Unsur-unsur pencapaian dan sejarah yang ada pada sesuatu bahasa
ditempatkan dalam paksi dalaman dan paksi luaran. Paksi dalaman ialah keupayaan yang
ada pada bahasa itu sendiri, dalam aspek filogenetiknya, yang mewujudkan daya kognitif
penutur dengan konsep-konsep yang sedia ada dan yang baru tumbuh, sesuai dengan
kemajuan hidup komuniti penuturnya. Paksi luaran terdiri daripada konteks budaya dan
keluasan geografi dengan pertambahan komuniti baharu. Perbincangan ditumpukan
kepada unsur-unsur yang ada dalam tiap-tiap paksi itu, melihat sama ada unsur-unsur itu
boleh diterima sebagai eksponen yang memberi martabat kepada bahasa berkenaan,
atau sebaliknya.

Kata Kunci: Lama-waktu, bahasa tinggi, budaya tinggi

PENGENALAN

Martabat bahasa merupakan tajuk yang sering disebut orang, terutama sekali akhir-akhir
ini. Dalam ucapan ini saya akan cuba mengemukakan satu kerangka metodologi yang
boleh membawa kepada pengertian martabat bahasa. Setiap negara yang berdaulat
mempunyai bahasa utama (primary language) dengan pengertian bahasa yang paling
ulung dalam sejumlah bahasa di negara berkenaan, sebagai alat hubungan antara rakyat,
serta antara pemerintah dengan rakyat, dan tidak kurang pentingnya dalam membina dan
mempertingkatkan anak negeri dalam keupayaan intelektual dan kemahiran dalam setiap
bidang kehidupan. Pengertian “bahasa utama” ini diwujudkan dalam nama lain seperti
“bahasa kebangsaan” dan “bahasa rasmi”.

Di Asia, “bahasa kebangsaan” atau national language digunakan antara lain oleh
Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Cambodia. Indonesia pula memilih bentuk
serapan, iaitu “bahasa nasional “. Istilah “bahasa rasmi” (official language) digunakan
antara lain oleh India ,Republik Rakyat China, dan Papua New Guinea. Di Singapura pada
mulanya digunakan istilah natiomal language, dengan bahasa Melayu sebagai
pemegang peranannya. Kemudian istilah ini digantikan dengan First Language dan
penghormatan diberi kepada bahasa Inggeris. Walau apa pun nama yang diberi, setiap
negara tentu sahaja memilih bahasa yang baginya adalah bahasa yang martbatnya
melebihi bahasa lain di bawah langitnya.

1

Martabat Bahasa Kebangsaan

MARTABAT BAHASA

Kata “martabat”, asalnya bahasa Arab, bermakna “pangkat tinggi di atas segala yang
lain”. Ciri-ciri penting dari segi penggunaan bahasa, penciptaan sastera dan budaya telah
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Unsur-unsur itu
dalam pemerhatian saya boleh diletakkan dalam dua paksi, iaitu paksi dalaman dan paksi
luaran.

PAKSI DALAMAN

Paksi dalaman ialah keupayaan yang ada pada bahasa itu sendiri, pada aspek
filogenetiknya, yakni sistem dan struktur yang mewujudkan daya kognitif penutur dengan
konsep-konsep yang sedia ada dan yang baru tumbuh, sesuai dengan kemajuan hidup
komuniti penuturnya. Di bawah ini adalah unsur-unsur yang boleh dibincangka sebagai
eksponen martabat bahasa.

Keupayaan Melalui Bahasa Melayu Tinggi

Pengalaman Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam MABBIM (Majlis Bahasa Brunei-
Indonesia-Malaysia) menyediakan panduan mencipta istilah baharu dalam bidang
akademik dan profesional adalah contoh keupayaan yang ada pada bahasa Melayu.
Keupayaan sebegini bukan baru bermula dalam tahun 1972 dengan terbentuknya MBIM
(Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia), tetapi sudah wujud ratusan tahun sebelumnya,
mungkin juga ribuan tahun.

Batu Bersurat abad ke-7 di Sumatera Selatan dan Pulau Bangka memperlihatkan
penggunaan bahasa Melayu dalam pemerintahan empayar Melayu Srivijaya. Bahasa
tersebut menggambarkan ciri-ciri bahasa Melayu Tinggi (High Language – LH), sebagai
lawan bahasa Melayu Rendah (Low Language - LL) yang antara lain adalah bahasa
Melayu lingua franca sebagai bahasa pengantar antara penutur berlainan bahasa di
pelabuhan-pelabuhan Gugusan Pulau-Pulau Melayu.

Lama-Waktu (Time-Depth) Pertumbuhan Bahasa

Bahasa Melayu Tinggi tidak muncul secara tiba-tiba dengan adanya Srivijaya.
Pertumbuhannya berlaku jauh lebih lama dari itu. Istilah-istilah Sanskrit dalam batu-batu
bersurat itu terdiri dari nama pangkat, takwim dan unsur-unsur agama dan budaya Hindu-
Buddha. Selainnya teks-teks itu sudah menggambarkan bahasa Melayu yang sesuai
dengan peradabannya. Dari bukti-bukti ini, kesimpulannya ialah bahasa Melayu pada
zaman itu sudah mencatat time-depth, iaitu lama-waktu atau sejarah, yang cukup
panjang. Lama-waktu penting bagi pertumbuhan bahasa dari segi filogenetik dan juga
peraturan-peraturan sosiolinguistiknya yang menunjukkan adanya adab tertib yang
sangat penting dalam peradaban Melayu, dan ini diperkuatkan lagi dengan budaya hidup
yang dibawa oleh agama Islam.

Lama-waktu memungkinkan penghasilan sastera rakyat, bahkan sebelum orang Melayu
mempunyai sistem tulisan. Khazanah Melayu cukup kaya dengan sastera rakyat seperti
pantun dan cerita binatang, jenaka, dan tauladan, dengan kaedah bercerita yang cukup
canggih yang tidak mungkin ada jika tidak ada bahasa tinggi.

2

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu / 1 – 6
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Pertumbuhan Pesat dengan Adanya Tulisan Jawi

Apabila datangnya tulisan Arab bersama dengan agama Islam, tidak ada sekatan bagi
orang Melayu mencapai setakuk lagi tingkat dalam budaya tinggi, iaitu celik huruf.
Dengan keupayaan mereka sendiri, tulisan Arab disesuaikan dengan sistem bunyi
bahasa Melayu, menghasilkan tulisan yang kita kenal sekarang sebagai tulisan Jawi.
Mereka menerapkan alat ini sepenuh-penuhnya dengan merakam semua hasil sastera
yang selama itu terdapat dalam bentuk lisan sahaja, termasuk hasil sastera yang dibawa
dari luar. Maka muncullah juga ciptaan teks dalam genre-genre baharu seperti kitab
agama Islam, tafsir Quran juz demi juz, serta teks undang-undang dan hukum kanun
yang digunakan dalam pemerintahan negeri-negeri Melayu.

Bahasa Pemerintahan Kesultanan Melayu

Sebelum lahirnya Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, sembilan kesultanan
Melayu, sudah pun menggunakan bahasa Melayu, dialek masing-masing, sebagai
bahasa rasmi. Perbezaan dialek terletak pada sebutan dan sejumlah kecil perkataan
(antara 15% dan 16%) Perbezaan seperti itu tidak merosakkan jalan perbualan antara
mereka, disebabkan adanya komponen teras (core component), merangkumi aspek-
aspek filogenetik dan sosiolinguistik, yang mengikat dialek-dialek itu dalam kesatuan yang
kukuh di bawah nama “bahasa Melayu”.

Selain itu tiap-tiap negeri Melayu mempunyai karya agung seperti hikayat dan syair
yang dihasilkan oleh rakyatnya. Selama ini orang Melayu diperkenalkan dengan warisan
sastera lama yang terdiri daripada Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, seolah-olah
itulah sahaja karya agung peradaban Melayu, sehingga orang luar menganggap bakat
Melayu terhenti di situ sahaja. Dari negeri kelahiran saya, ada empat karya agung, iaitu
Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Terong Pipit, Selindung Bulan Kedah Tua dan
Syair Sultan Maulana. Negeri-negeri Melayu yang lain juga mempunyai khazanah yang
setaraf.

Budaya Tinggi dalam Seni Surat Menyurat

Hubungan antara raja-raja Melayu banyak melalui surat menyurat yang menggunakan
bahasa Melayu; demikian juga antara mereka dengan raja-raja lain serta dengan kuasa
penjajah di Alam Melayu. Epistolary atau seni surat menyurat Melayu sudah mencapai
taraf budaya tinggi dalam abad ke-19, bukti panjangnya lama-waktu seni tersebut.
Koleksi Surat-Surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang memerintah Kedah dari tahun
1881 hingga tahun 1943, diisytihar oleh UNESCO sebagai Warisan Dunia. Bukan sahaja
isi kandungan surat-surat itu memberi maklumat sejarah kehidupan masyarakat Kedah,
tetapi bahasa yang digunakan oleh Sultan adalah bahasa tinggi dengan gaya yang
berbeza-beza sesuai dengan kedudukan orang yang ditujukan suratnya. (Asmah,
2013b).

Penghasilan Buku Bahasa dan Kamus

Buku-buku bahasa yang meliputi fonologi dan nahu, sudah banyak dihasilkan oleh
pegawai-pegawai Inggeris sejak abad ke-19 lagi. Tidak kurang juga usaha dari pihak
penutur Melayu sendiri, bukan sahaja di Tanah Melayu bahkan juga di kawasan-kawasan
Melayu yang sekarang ini menjadi bahagian Republik Indonesia. Semuanya cukup baik,

3

Martabat Bahasa Kebangsaan

memberi tumpuan kepada pembentukan ayat, sesuai dengan zaman penulisannya
bahkan hingga sekarang ini.

Dari kajian saya, huraian nahu Melayu yang paling terkemuka dalam zamannya ialah hasil
karya Za’ba (Zainal Abidin bin Ahmad). Dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu (1934),
yang diikuti oleh Pelita Bahasa Melayu (1941, dalam tiga jilid), nahu Za’ba sudah dapat
mengenal pasti perkaitan fonologi dengan aspek-aspek nahu. Nahunya bukanlah
seperti yang diajarkan di sekolah-skolah di Malaysia yang berasaskan “Ayat sama dengan
FN-FK”. Nahunya berasaskan wacana dan konteks. Dia sendiri menjelaskan bahawa dia
mendapat idea nahunya itu setelah mengkaji nahu yang digunakan dalam pengajaran
bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Za’ba tidak menggunakan istilah “wacana” dan
“konteks”, tetapi penjelasannya seharusnya dapat ditafsirkan oleh mana-mana ahli
linguistik. Teori linguistik aliran London yang berasaskan konteks dalam situasi baru
diterbitkan sepenuhnya dalam tahun 1966 oleh Profesor J. R. Firth tidak lama sebelum
beliau meninggal dunia.

Dalam bukunya Rahsia Ejaan Jawi (1931), Za’ba sudah dapat memberi huraian bunyi-
bunyi bahasa Melayu berserta dengan ciri artikulasi dan akustik bunyi-bunyi itu, dengan
menggunakan istilah ciptaa nnya sendiri.Ini juga menunjukkan kehandalan linguistiknya
yang mendahului zamannya.

Perkamusan Melayu sudah bermula dari abad ke-19 sebagai kamus dwibahasa dengan
entri bahasa Melayu dan padanan bahasa Inggeris, Belanda atau Perancis. Bidang ini
terus hidup subur hingga sekarang, terutama sekali dengan adanya Dewan Bahasa dan
Pustaka yang menghasilkan kamus ekabahasa dan dwibahasa, serta juga kamus
simpulan bahasa dan pepatah petitih. Dalam tiga dekad kebelakangan ini Dewan Bahasa
juga menghasilkan kamus istilah dalam berbagai-bidang bidang ilmu pengetahuan.

PAKSI LUARAN

Paksi luaran terdiri daripada konteks budaya dan keluasan geografi wujudnya komuniti
bahasa. Ini bermakna martabatnya boleh dilihat dalam konteks-konteks tersebut.

Martabat Nama

Dalam “Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu” yang diturunkan pada 31 Ogos 1957, wasiat
yang bertepatan dengan tema ucapan saya ini ialah Wasiat Pertama dan Wasiat Kelima.
Wasiat Pertama berbunyi: “Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu
pijak dan langit yang kamu junjung, Persekutuan Tanah Melayu”. Bunyi Wasiat Kelima
ialah: “Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu”. (Asmah, 2013a: 46).

Penggunaan nama “bahasa Malaysia” yang tidak selaras dengan kehendak raja-raja
Melayu, hanya untuk ketika yang pendek dengan tujuan mengembalikan suasana aman
damai selepas konflik perkauman yang dikenal sebagai “Peristiwa 13 Mei 1969”. Nama
“bahasa Melayu” dalam Perlembagaan tidak diusik. Kehendak raja-raja Melayu secara
tidak langsung menyatakan lama-waktu ada pada perkataan “Melayu” yang mengikat
asal usul bahasa itu dengan nama etnik penuturnya.

Nama bahasa penting kerana di dalam nama itulah terletak sejarahnya, iaitu suku etnik
tempat tumbuhnya bahasa tersebut, dan dengan itu lama-waktunya. Amerika Syarikat,

4

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu / 1 – 6
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Canada, Australia, dan New Zealand berasal dari ibu kandung yang sama yang
menggunakan bahasa Inggeris, dan memperthankan nama bahasa berkenaan.
Singapura juga demikian untuk “First Languagenya. Ini jelas menunjukkan nama bahasa
adalah eksponen martabat bahasa tersebut. Jika bahasa Melayu digantikan dengan nama
lain, maka akan tenggelamlah nama asal dan sejarahnya seperti hilangnya nama “Tasik
Melayu”, yakni “Laut Melayu” yang digantikan dengan nama “Selat Melaka”. Nama Selat
Melaka menggambarkan seolah-olah tidak ada sejarah perairan yang penting di alam
Melayu sebelum abad ke-15, sebelum Parasmeswara bersandar kepenatan di bawah
pohon melaka setelah Singapura diserang Majapahit. Hasilnya, di Kepuluan Melayu,
tidak ada Laut Melayu.

Penyebaran Luas dan Komuniti Baharu

Martabat bahasa boleh wujud dalam penyebarannya yang luas, dengan syarat ada
kawasan komuniti penutur yang jelas dalam kawasan-kawasan peneyebaran itu, sama
ada sebagai komuniti bahasa pertama atau bahasa kedua. Bahasa Melayu mempunyai
komuniti yang jelas di daratan Asia Tenggara, iaitu Thailand, Cambodia dan Vietnam
dengan variasi masing-masing (Asmah, 2019). Ini berlaku sejak zaman silam lagi sebagai
kesinambungan kawasan bahasa Melayu yang ada di Tanah Melayu. Juga terdapat
komuniti baharu bahasa Melayu di tanah besar Australia di pantai timur dan barat, dan
juga di Pulau Christmas dan Kepulauan Cocos (Keeling) di Lautan Hindi. (Asmah, 2006
dan .2008) Sama halnya di Mekah dengan komuniti Melayu yang sudah wujud sejak
abad ke-19 lagi. (Asmah dll., 2016).

Adanya institusi-institusi yang mengajar bahasa tertentu di berbagai-bagai negara asing
dalam mata kasar menaikkan taraf sosial bahasa berkenaan. Faktor ini boleh diterima
jika insititusi-institusi itu membawa kepada wujudnya komuniti etnolinguistik baharu di
kawasan berkenaan. Jika tidak, maka pengajaran bahasa itu samalah seperti pengajaran
kursus-kursus elektif, yang ditawarkan kepada pelajar atas keperluan akademik tertentu.

Di School of Oriental and African Studies (SOAS), London, suatu waktu dahulu,
pengajaran bahasa Melayu, mendapat sambutan yang baik dengan adanya dua golongan
pelajar, iaitu pegawai kerajaan British yang akan bertugas di Malaysia, dan mubaligh
Kristian yang bertujuan menyebar agama Kristian kepada bumiputera bukan Melayu di
Sabah dan Sarawak. Sekarang sudah tidak ada lagi minat seperti dahulu. Lebih cepat
orang belajar bahasa Melayu di kelas-kelas yang dijalankan oleh kelas-kelas swasta.
Bagi mubaligh Kristian lebih cepat dan mudah mereka menggunakan Kitab Injil yang
sudah ada terjemahannya dalam bahasa Indonesia.

Bahasa asing juga diajar di institut bahasa angkatan tentera yang dijalankan oleh negara-
negara terentu dengan tujuan tertentu. Jika bahasa kita tidak dimasukkan dalam senarai
tersebut, kita tidak perlu gelisah, kerana pemilihannya belum tentu menambah kepada
martabat bahasa kita.

PENUTUP

Sumbangan saya dalam ucapan utama ini hanya meletakkan unsur-unsur yang boleh
diterima sebagai keunggulan bahasa, dan sebaliknya, dalam paksi dalaman dan luaran.
Dengan meneliti eksponen paksi-paksi itu, kita dapat memilih yang mana yang boleh
diambil sebagai penentu martabat, dan yang mana tidak. Eksponen yang penting dan
wujud dalam kedua-dua paksi itu ialah lama-waktu yang merupakan konteks kemantapan

5

Martabat Bahasa Kebangsaan

budaya tinggi serta juga tiang kestabilan bahasa, yang tidak ada pada bahasa yang tidak
cukup lama-waktunya.

BIBLIOGRAFI
Asmah Haji Omar. 2006. Bahasa Melayu di Samudera: Benih Yang Baik Menjadi Pulau.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 2008. The Malays in Australia: Language, Culture, Religion Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 2013a. Sejarah Ringkas Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan

Muzium Malaysia.
Asmah Haji Omar. 2013b. Surat-Surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 1881-1905:

Gambaran Penggunaan bahasa Melayu Masyarakat Kedah Akhir Abad ke-19. Kuala
Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Asmah Haji Omar. 2014. Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 2019. Bahasa Melayu di Daratan Asia Tenggara: Kajian Geolinguistik
dan Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Haji Omar, Kamila Ghazali, Faridah Noor. Mohd. Seman, Mohd. Taib Pa. 2015.
Malays in the Holy Land: An Ethnolinguistic Study. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III, Edisi Baharu.
dengan Pengenalan oleh Asmah Haji Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Mula diterbitkan 1941.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 2002. Ilmu Mengarang Melayu. Edisi Ejaan Rumi Baharu.
Dengan Pengenalan oleh Asmah Haji Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Mula diterbitkan 1934.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 2009. Rahsia Ejaan Jawi . Ditranslitersi dan Diperkenalkan
oleh Pengenalan oleh Asmah Haji Omar. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Mula diterbitkan 1931.

6

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu / 7 – 12
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

STRATEGI MENGANGKAT BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA
RESMI ASEAN

Khairil Ansari
([email protected])
Universitas Muhammadiyah, Sumatra Utara

Indonesia

ABSTRAK

Bahasa Melayu pernah berjaya sejak abad ketujuh (633 M) sampai abad ke empat belas (1397
M) dan digunakan sebagai bahasa pergaulan (lingua franca) di Nusantara ketika itu.
Sebenarnya ada kesamaan variabel bahasa Melayu dengan bahasa Inggris yang masa itu juga
menjadi bahasa perhubungan di kawasan Mediterania. Kesamaannya adalah sebagai bahasa
pergaulan (lingua franca) di kawasan yang berbeda.Kini lahir kembali gagasan untuk
mengangkat derajat dan martabat bahasa Melayu ke peringkat antarbangsa minimal di
peringkat ASEAN, selanjutnya Asia, dan akhirnya dunia sejagad antarbangsa. Tentu untuk
memulai pekerjaan besar ini memerlukan strategi internal dan eksternal yang mumpuni
dengan satu komitmen bersama di antara negara ASEAN pada tahap awal sembari
membenahi secara internal dan eksternal bahasa Melayu itu sendiri dengan mencari sisi lebih
banyak persamaan daripada mengkaji perbedaanya. Ditambah lagi fakta berbagai negara yang
memilih bahasa ibu sebagai bahasa negaranya juga berhasil membawa kemajuan bangsanya,
seperti Jepang, Korea, China, Jerman, Perancis, Arab, Rusia, dan Spanyol untuk dikemukakan
sebagai negara yang sukses dengan bahasa ibunya.

Kata Kunci: Strategi, bahasa Melayu, ASEAN

PENGENALAN

Usulan mengangkat gagasan Bahasa Melayu sebagai bahasa resmi ASEN muncul
kembali setakat ini dari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yacob
ketika bertemu dengan Presiden Indonesia Joko Widodo di Jakarta, 1 April 2022 yang
termuat di media massa dan sosial. Gagasan cemerlang ini patut diapresiasi dan dikaji
seluas-luasnya. Simposium ini merupakan perwujudan keseriusan untuk
melaksanakan gagasan itu.

Setakat ini, negara ASEAN sudah memiliki 10 negara anggota yang berdiri sejak 8
Agustus 1967 di Bangkok yang pada awalnya terdiri atas lima negara dan kini sudah
menjadi 10 Negara. Lima negara pemrakarsa ASEAN ini adalah Indonesia, Malaysia,
Filipina , Singapura, dan Thailand.

Salah satu yang terkait dengsn konteks tajuk kertas kerja ini adalah keinginan kembali
mengangkat bahasa resmi ASEAN yaitu bahasa Melayu yang selama ini adalah
bahasa Inggris sangat relevan dihubungkan dengan faktor penyebab dibentuknya
ASEAN (Prasentyono, 1967) tepatnya butir empat, Negara ASEAN memiliki dasar
kebudayaan Melayu Austronesia.

Kebudayaan Melayu Austronesia inilah sebagai sebuah rumpun bahasa yang
melahirkan bahasa Melayu. Oleh sebab itu, dasar berpijak mengetengahkan bahasa
Melayu untuk diangkat kembali menjadi bahasa resmi di kawasan Asia Tenggara ini
relevan untuk diwujudkan.

7

Strategi Mengangkat Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Resmi ASEAN

Kertas kerja ini akan mengetengahkan beberapa persoalan seputar dimensi
kesejarahan, peluang bahasa Melayu dari sisi internal dan eksternal untuk menjadi
bahasa resmi ASEAN, dan strategi yang digunakan secara mumpuni untuk
mewujudkan bahasa Melayu sebagai bahasa resmi ASEAN, serta cabaran atau
tantangan yang perlu ditenggarai dalam upaya mewu-judkan bahasa Melayu menjadi
bahasa resmi ASEAN.

BAHASA MELAYU DAN KESEJARAHANNYA

Aspek kesejarahan perkembangan bahasa Melayu pada awalnya dapat dilihat dari
induk bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Austronesia. Rumpun bahasa
Austronesia ini memiliki beberapa cabang keluarga bahasa Nusantara, Polinesia,
Melanisia, dan Mikronesia.

Selanjutnya, bahasa Melayu dalam perkembangannya menjadi bahasa Melayu Kuno,
bahasa Melayu Klasik, dan bahasa Melayu Modern. Bahasa Melayu Kuno inilah
merupakan keluarga bahasa nusantara. Perkembangan bahasa Melayu Kuno ini sejak
awal abad ke-7 sampai abad ke-13 pada zaman kerajaaan Sriwijaya sebagai bahasa
perhubungan (lingua franca) dan juga untuk keperluan perdagangan dalam bidang
ekonomi, budaya, dan diplomasi.

Selanjutnya, perubahan bahasa Melayu Kuno ke arah bahasa Melayu Klasik terjadi
karena pengaruh agama Islam yang semakin besar dan menetap di Asia Tenggara
pada abad ke-13. Di sinilah banyak terjadi perubahan besar bahasa Melayu pada
asepek kosakata, kalimat, dan penulisan. Demikianlah seterusnya perkembangan
bahasa Melayu terus berkembang hingga pada abad ke-19 bahasa Melayu ditandai
menjadi bahasa Melayu modern yang dikenal dalam bentuk karya-karya tulis dari
Abdullah Munsyi.

Dari sisi kemodernan bahasa Melayu sudah terwujud pada masa itu. Masalahnya
mengapa perkembangan bahasa Melayu tidak terus menjulang seperti perkembangan
bahasa Inggris misalnya? Untuk menjawab masalah ini tentu ada keterkaitannya
dengan kemunduran dan keterjajahan bangsa Melayu pada abad-abad selanjutnya
sampai pada akhirnya negara-negara pengguna bahasa Melayu merebut
kemerdekaannya dari negara kolonial yang menguasai negara tersebut.

BAHASA MELAYU DI INDONESIA

Indonesia sebagai negara belum ada saat bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa
dunia. Kitab-kitab terjemahan dan pelajaran agama Islam dari bahasa Arab ke bahasa
Melayu sudah ada sejak abad 13. Untuk orang Eropa, literasi Injil pertama dalam
bahasa Melayu ditulis orang Portugis tahun 1514 dalam huruf Jawi/Arab Melayu. Bibel
pertama yang diterjemahkan di luar bahasa Eropa dilakukan ke dalam bahasa Melayu
dan tahun 1618 dengan aksara Latin. Bahkan, hanya bertaut beberapa tahun saja dari
terjemahan Bibel pertama dalam bahasa Inggris. Penerjemahan lengkap Bibel dalam
bahasa Melayu ini mendahului tafsir Al Qur'an lengkap 30 Juz pertama dalam bahasa
Melayu Karya Abdurrauf Singkil tahun 1675, sepanjang manuskripnya dengan aksara
Jawi/Melayu sampai saat ini ditemukan. Tafsir Al Qur'an pertama di dunia dalam
bahasa Melayu.

Dunia literasi Melayu ini selama 300 tahun menjadi satu satunya kitab tafsir al Qur'an
lengkap berbahasa Melayu dan beredar luas di Timur Tengah. Kitab ini dicetak di
Mekkah, Kairo, Bombay, Turki, Singapura, Malaysia dan Indonesia (Zainal: 2012).

8

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu / 7 – 12
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Penggunaan dan penyebutan bahasa Melayu sebagai penerjemahan Al Qur'an terus
berlangsung. Bahkan 10 tahun sejak itu, para pemuda berbagai etnis itu berkongres
di Jakarta dan mengganti sebutan bahasa Melayu menjadi bahasa Indonesia, ;alah
satu bukti, kitab terjemahan Al Qur'an yang diterbitkan di Jogyakarta tahun 1938
terlampir menyebut judulnya "Qoer'an Tardjamah Melajoe". Bahkan, di bagian
belakang kitab ini ada iklan buku "Tardjamah Melajoe" termasuk kitab Hadis Boechar
dan Moeslim. Iklan ini memperlihatkan buku dengan corak Bahasa Melayu itu beredar
mulai di Bandung, Gorontalo, Semarang, Pladjoe, Pontianak, Takengon Atjeh,
Palembang, Pematang Siantar, Mataram, dan Palembang. Bahasa Melayu dipakai
dalam iklan buku tahun 1938. Ketika Kongres bahasa Indonesia II (1954) di Medan
salah satu putusannya yakni bahasa Indonesia adalah berasal dari bahasa Melayu
dan menyesuaikan dirinya dengan perkembangan bahasa yang modern. (Hadi, 2012).

KILAS BALIK NEGARA YANG TETAP MEMPERTAHANKAN BAHASA IBU

Di luar Indonesia yang mempertahankan bahasa Indonesia sebagai bahasa negara
dan bahasa nasionalnya, masih banyak negara lain yang berbuat sama, seperti
Malaysia, Jepang, dan Jerman. Akan tetapi, dibandingkan dengan dua negara terakhir
yang sangat teguh memegang bahasa negaranya sangatlah berbeda pencapaian
yang diperoleh negara tersebut. Kita mengambil contoh yang pertama yaitu Jerman.
(Ansari, 2019)

Setakat ini, Jerman merupakan negara maju dalam berbagai bidang hasil ilmu dan
teknologi. Hasil laporan US News Global Universities tahun 2018 menunjukkan posisi
negara ini terbaik keempat dalam bidang sains. Bidang-bidang tersebut termasuk
sains sosial, sastra, dan kemanusiaan. Pencapaian terbaik ini sudah diperoleh sejak
masa 30 tahun terakhir. Semua hasil ini merupakan kebijakan pengunaan bahasa
Jerman sebagai bahasa kebangsaan pada 17 universitasnya. Semua keluaran
teknologi Jerman sangat dikenal di dunia pada bidang automobil, industri berat, dan
lain-lain. Negara ini adalah penghasil teknologi bukan pengguna teknologi. Semua
produk keluaran teknologinya seperti Bayer, Nivea, Levi Strauss, Adidas, Mercedes
Benz, BMW, Volskwagen, Siemens, Porsche, Bosch, dan lain-lain.

Negara kedua yang selalu bangga dan tetap teguh dengan bahasa kebangsaannya
adalah Jepang. Walaupun hasil laporan Indeks Kemahiran Bahasa Inggrisnya (English
Proficiency Index) Jepang berada pada peringkat 35 dari 72 negara yang diteliti di
dunia. Pencapaian ini bila dibandingkan dengan hasil yang diperoleh Singapura
peringkat 6, Malaysia peringkat 12, dan Filipina berada pada peringkat 13 tentu tidak
memuaskan bagi Jepang. Akan tetapi, penguasaan bahasa Inggris ini ternyata tidak
berbanding lurus dengan pencapaian negara paling maju dan dihormati di dunia.
Jepang tetap teguh dengan penetapan bahasa Jepang sebagai bahasa negara tanpa
merasa rendah diri dengan negara lain yang pencapaian penguasaan bahasa
Inggrisnya sangat tinggi.

Kehebatan Jepang sebagai negara pencipta hasil teknologi di dunia sangat diakui oleh
semua negara di dunia. Lihatlah hasil teknologi otomotif dan ekektronik yang
membanjiri pasar Indonesia dan juga dunia, seperti Toyota, Suzuki, Honda, Mitsubishi,
Nissan, dan Yamaha. Demikian pula produk elektronik seperti Sony, Thosiba, Canon,
Nikon, Fuji , Panasonic, Sharp, Epson, Pioneer, Casio, Citizen, dan Seiko.

Bila diperbandingkan Indonesia dengan kedua negara ini tidak sepadan, karena dua
negara ini sejak awal telah menjadi negara kuat lalu runtuh akibat kalah pada perang
dunia kedua. Jika diambil contoh negara yang tetap teguh dengan bahasa
nasionalnya yaitu Korea. Selatan tentu lebih sesuai. Negara ini sepuluh tahun

9

Strategi Mengangkat Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Resmi ASEAN

belakangan telah menunjukkan prestasi dalam bidang teknologi khususnya komputer
dan elektronik. Produk yang telah akrab digunakan oleh masyarakat kita seperti
samsung, LG, dan lain-lian.
Bercermin dari kenyataan itu, Indonesia yang juga menetapkan bahasa
kebangsaannya adalah dari bahasa dari dalam negara sendiri yaitu bahasa Indonesia
yang berakar dari bahasa Melayu dan kini belum menunjukkan gambaran seperti
ketiga negara tersebut. Indonesia mampu mempertahankan bahasa ibunya sebagai
bahasa kebangsaan tanpa mengutamakan bahasa Inggris sebagai bahasa global.
Indonesia dapat mempertahankan jati diri dan budayanya melalui keteguhan
memegang bahasa nasionalnya.

STRATEGI YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGANGKAT BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA ASEAN

Dalam mengungkap strategi mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa resmi
ASEAN dapat dikaji dari aspek dalam bahasa itu sendiri, selain aspek di luar bahasa
itu. Secara intrabahasa, bahasa Melayu sebenarnya memiliki modal untuk menjadi
bahasa pada tingkat ASEAN yang dapat dilihat dari aspek kesederhanaan bentuk
kata, bentuk kalimat, dan huruf dan bunyi bahasa. Bahasa Melayu menggunakan huruf
latin, memiliki bunyi dan irama yang merdu (Malik, 2019). Kemudian dari sifat
keterbukaan menerima unsur serapan dari bahasa lain.

Namun, diakui bahwa bahasa Melayu masih memiliki keterbatasan kosakata . Dari
hasil riset peneliti Harvard University dan Google, penambahan kosakata bahasa
Inggris mencapai 8500 kata per tahun. Bandingkan penambahan kosakata bahasa
Indonesia tidak sampai 20 persen dari jumlah itu. Jumlah kosakata Kamus Besar
Bahasa Indonesia Edisi keempat saja hanya 91.000 kata. Bandingkan bahasa Inggris
yang kamusnya sekarang terdapat 1.022.00 kosakata. ([email protected], 2012.)

Oleh sebab itu, strategi yang diperlukan di antara penutur bahasa Melayu di negara
ASEAN ini perlu setiap tahun mengidentifikasi kosakata yang terkait dengan hasil atau
temuan penelitian atau kosakata dari berbagai aspek sosial dan kemasyarakatan agar
disumbangkan untuk keberadaan penambahan kosakata bahasa Melayu. Untuk itu
perlu dibentuk sejenis Komite atau Konsorsium atau Komisi Istilah dalam organisasi
ASEAN yang aktivitasnya setiap akhir tahun menghimpun sebanyak-banyaknya
kosakata untuk pemerkayaan kosakata bahasa Melayu.

Strategi mengangkat bahasa Melayu dari sisi eksternal bahasa berikutnya untuk
menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa resmi ASEAN adalah memperkuat bidang
pendidikan dengan akses literasi digital. Masa kini adalah era digital di seluruh dunia.
Oleh sebab itu, penguatan bahasa Melayu di era digital ini mutlak diperlukan. Lalu
bagaimana cara menguatkan literasi digital bahasa Melayu.

Gilster (dalam Belshaw, 2012) mengartikan literasi digital adalah kemampuan
memahami dan menggunakan informasi dalam berbagai bentuk dari berbagai sumber
yang sangat luas yang diakses melalui piranti komputer. Sejalan dengan itu, (Belshaw
2012) menekankan literasi digital adalah ketertarikan, sikap dan kemampuan individu
yang menggunakan teknologi digital dan alat komunikasi untuk mengakses,
mengelola, mengintegrasikan, menganalisis dan mengevaluasi informasi,
membangun pengetahuan baru, membuat dan berkomunikasi dengan orang lain agar
dapat berpartisipasi secara efektif dalam masyarakat. Beliau lebih jauh menjelaskan
bahwa literasi digital adalah kemampuan seseorang dalam menggunakan serta
memahami pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi, misalnya dalam
mendukung dunia pendidikan dan ekonomi.

10

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu / 7 – 12
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Literasi digital juga menjadi bagian dari rencana jangka panjang badan PBB yang
mengurusi soal pendidikan dan kebudayaan. Dalam peta jalan UNESCO (2015-2020),
literasi digital menjadi pilar penting untuk masa depan pendidikan. Literasi digital
menjadi basis pengetahuan, yang didukung oleh teknologi informasi secara
terintegrasi.

Literasi digital tidak semata mata penguasaan teknologi komputer dan keterampilan
penggunaan internet belaka yang berkonotasi menjadikan manusia sebagai sosok
robotik belaka, melainkan lebih luas daripada itu yakni memadupadankan "literasi" dan
"digital" (Ansari, 2018). Jika informasi digital (digital information) adalah simbol
representasi data sementara literasi lebih kepada kemampuan membaca, menulis dan
berpikir kritis (the ability to read for knowledge, write coherently, and think critically
about the written word).

Dengan demikian, pekerjaan besar yang harus dilakukan oleh penggerak bahasa
Melayu harus menarik minat pada generasi milenial agar selalu berselancar dalam
dunia maya dengan bahasa Melayu. Untuk itu perlu merujuk pendapat Bellshaw
(2011), yaitu perlunya menyiapkan berbagai unsur (elemen) kultural, kognitif,
konstruktif, komunikatif, kepercayaan diri, kreatif, kritis, dan bertanggung jawab secara
sosial. Artinya, diperlukan pendekatan multidimensi dalam proses peminatan
masyarakat agar terdidik secara digital, melek teknologi sekaligus cerdas, kreatif dan
berbudaya. Di tengah sebaran informasi di media digital, maka kemampuan literasi
digital menjadi sesuatu yang strategis.

Strategi berikutnya untuk mengangkat Bahasa Melayu menjadi bahasa ASEAN tentu
saja paling utama adalah mencapai kesepakatan di antara semua negara anggota
ASEAN. Untuk menumbuhkan kesepakatan itu tentu mencari titik persamaan bukan
titik perbedaan. Bahasa Melayu memiliki penutur yang tersebar luas di Indonesia,
Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand Selatan, Filipina Selatan dan
negara lain yang ada di Asia Tenggara. Walaupun masalah ini agak sulit untuk
disepakati karena penamaan bahasa Melayu kadang kala bukan hanya persoalan
nama atau nomenklatur tetapi berkait dengan kebijakan bahasa di negara masing-
masing yang telah disepakati bersama dalam konstitusi masing-masing. Terlepas dari
itu perlu kembali pada semangat awal terbentuknya ASEAN itu adalah negara yang
pada hakikatnya memiliki dasar kebudayaan yang sama yaitu kebudayaan Austronesi

PENUTUP

Bahasa Melayu secara menyejarah sudah terbukti kehebatannya pada masa lalu. Dari
sisi bentuk tulisan bahasa Melayu juga dapat menyesuaikan dengan huruf Arab Jawi.
Bila beranalogi kepada sejarah bahasa Inggris yang juga menjadi bahasa lingua
franca pada masa itu di Mediterania dan banyak negara menggunakan bahasa Inggris
sampai kini termasuk bekas jajahan Inggris seperti Amerika Serikat, Singapura yang
tetap menamakan bahasa nasionalnya sebagai bahasa Inggris, walaupun memiliki
varian-varian dialek sepertinya ada peluang menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa internasional dengan catatan harus melakukan kesepakatan bahasa Melayu
mana yang akan menjadi standar atau baku apakah bahasa Melayu yang dipakai di
Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam.

Dengan munculnya kembali perdebatan dalam kurun waktu abad ke-21 ini apakah
bahasa Melayu Malaysia, Melayu Indonesia, Melayu Brunei Darussalam yang akan
dijadikan sebagai bahasa resmi ASEAN perlu pertemuan berkelanjutan di antara
semua negara ini tidak sebatas hanya memadankan persoalan kosakata dan istilah
yang pernah dilakukan dalam bentuk kerja sama MABBIM (Majelis Bahasa Brunei

11

Strategi Mengangkat Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Resmi ASEAN

Darussalam, Indonesia, dan Malaysia terakhir pertemuan 2019, tetapi semakin
diperluas kesepuluh negara ASEAN ini dengan membentuk suatu Komisi atau
Konsorsium yang melekat di Sekretariat ASEAN yang tugasnya menghimpun
pertumbuhan kosakata dalam semua aspek untuk disumbangkan menjadi sebuah
kamus Bahasa Melayu yang menjadi keterpakaian dan sumber rujukan semua aspek
keilmuan dan keteknologian.

BIBLIOGRAFI
Ansari, Khairil. 2018. “Strategi Menyatupadukan Literasi Digital pada Pembelajaran

BahasaMelayu/Indonesia pada Era Disrupsi”. Makalah ini Dibentangkan pada
Seminar Bahasa, Sastra, dan Kebudayaan (SAPBasBum) ke-2 Kerja sama UPM,
UMSU, IPM, dan Gothe University pada 25- 26Maret 2018.
Ansari, Khairil. 2020. “Pembelajaran Bahasa dan Sastra Indonesia pada Era Revolusi
Industri 4.0. Makalah ini Dibentangkan pada Seminar Internasional Berbahasa
Indonesia
FDGBI 2020 pada 24-25 September 2020 di Universitas Islam Riau Pekan Baru
Asmah, Haji Omar. 2008. Susur Galur Bahasa Melayu. (ed. 2) DBP: Kuala
Lumpur.Badan Bahasa 2011, Pemberdayaan Bahasa Indonesia Memperkukuh
Budaya Bangsa dalam Era Globalisasi.
Malik, Abdul. 2019 “Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Dunia: Wacana Sinar Ilmuawan.
Majelis Profesor Negara dan Sinar Harian. Dewan Kerangkraf, Off Persiaran
Selangor, 9 Juli 2019.
Belshaw, Douglas. 2012. ”Wahat is digital literacy? A Pragmatic Investigation” Doctoral
Thesis Durham University.
Hadi Umry, Shafwan . 2012. Manusia Bandar dalam Pergulatan Budaya Medan: USU
Press.
Zainal Kling, 2012. Ismail Hussein Gelombang Jati Diri Melayu. KL: Gapena Niaga.

Sekilas Biodata:
Dato’ Prof. Dr. H. Khairil Ansari, M.Pd. dilahirkan di Tanah Serdang Bedagai pada 10
September 1963. Beliau menamatkan Strata Satu (S1) Pendidikan Bahasa dan Sastra
Indonesia dan Daerah dari IKIP Medan, Kemudian melanjutkan Starata Dua (S2)
dalam bidang Pengajaran Bahasa Indonesia dari IKIP Bandung, dan menyelesaikan
Strata Tiga (S3) Pendidikan Bahasa Indonesia dari IKIP Jakarta. Pernah selama 4
bulan mengikuti Kursus Linguistik Terapan di Regional Language Center (RELC)
SEAMEO di Singapura. Selain sebagai Dosen di Universitas Negeri Medan dan
Kepala Pusat Kajian Budaya Melayu di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara,
Penulis saat ini juga Ketua Badan Akreditasi Sekolah/Madrasah dan Tim Ahli di
Lembaga Layanan Dikti di Provinsi Sumatera Utara.

12

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu / 13 – 30
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

PELAN TINDAKAN STRATEGIK PENGANTARABANGSAAN
BAHASA MELAYU

Awang Sariyan1
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENDAHULUAN

Perihal taraf, kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia atau bahasa
antarabangsa memang telah menjadi fakta dalam sejarah perkembangan dan kebangkitan
tamadun Melayu, sejak zaman Sriwijaya pada abad ketujuh Masihi dan memuncak pada
zaman Kesultanan Melayu, dalam tempoh beberapa ratus tahun. Namun demikian, dengan
kesan penjajahan yang memadamkan sebahagian kegemilangan bahasa Melayu, upaya
menggemilangkan semula bahasa Melayu sebagai bahasa dunia memerlukan perancangan
yang rapi dan berkesan,meskipun memerlukan tempoh yang panjang dan beransur-ansur.

Pada masa ini, bahasa Melayu belum sampai pada tahap bahasa antarabangsa yang
dominan sebagaimana halnya dengan bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa ibunda
atau bahasa pertama lebih 45 peratus penduduk 10 buah negara di dunia seperti United
Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand,Barbados, Jamaica, Trinidad, Amerika Syarikat,
Kanada dan Guyana (Fishman et al., 1977), menjadi bahasa rasmi atau bahasa kedua di
Botswana, Cameroon, Fiji, Gambia, Ghana,India, Lesotho, Liberia, Malawai, Malta, Mauritius,
Namibia, Nauru, Nigeria, Filipina, Zimbabwe, Sierra Leone, Singapura,Afrika Selatan,
Swaziland, Tanzania, Tonga, Uganda, Saomoa Barat dan Zambia (Richards, 1991). Namun
bahasa Melayu mempunyai kedudukannya sendiri dalam perkembangan bahasa-bahasa
utama dunia sehingga memang ada keperluan pengajarannya kepada penutur asing
meskipun tidak seluas keperluan pengajaran bahasa Inggeris. Fakta mutakhir yang cukup
memberangsangkan ialah pernyataan tentang perkembangan dan potensi bahasa Melayu
sebagai bahasa dunia yang dominan, antaranya seperti pernyataan David Graddol, Pengarah
The English Company (UK) Ltd dalam jurnal The Future of Language (27 Februari 2004)
bahawa bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang amat pesat berkembang. Atas
dasar adanya keperluan bahasa Melayu diajarkan kepada penutur asing itu, perlu ada
perencanaan yang rapi untuk memenuhi keperluan tersebut.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ANTARABANGSA
DAN UPAYA PENGANTARABANGSAANNYA

Istilah pengantarabangsaan yang saya gunakan bagi bahasa Melayu dalam makalah ini ada
kalanya mengundang persoalan: Mengapakah bahasa Melayu perlu diantarabangsakan,
seolah-olah bahasa tersebut belum bertaraf antarabangsa? James T. Collins (1995) dalam
kritiknya terhadap pertanyaan “Wajarkah bahasa Melayu diantarabangsakan” yang diajukan
oleh seorang wartawan akhbar setempat kepadanya menegaskan bahawa bahasa Melayu
tidak perlu diantarabangsakan kerana bahasa Melayu memang sudah bertaraf antarabangsa.
Penegasan beliau itu jika dibaca sekali lalu seakan-akan bercanggah dengan semangat yang
tersirat di balik gagasan pengantarabangsaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu memang telah
mencapai taraf antarabangsa sejak lebih seribu tiga ratus tahun lalu (Collins, 1995), dengan

1 Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pengerusi Lembaga
Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpr.

13

Pelan Tindakan Strategik Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

memperhitungkan Kerajaan Sriwijaya sebagai titik tolak pengantarabangsaan bahasa Melayu.
Pada zaman itu bahasa Melayu telah berinteraksi dengan bahasa Sanskrit yang mewakili
kebudayaan India.

Oleh itu, semangat pengantarabangsaan bahasa Melayu yang kita bincangkan kini
sebenarnya merupakan upaya meningkatkan “taraf antarabangsa” yang telah dicapai oleh
bahasa Melayu dahulu, terutama dalam rangka kesesuaiannya dengan perkembangan
zaman. Hal ini selaras dengan kenyataan bahawa keantarabangsaan bahasa Melayu kini jika
dibandingkan dengan keantarabangsaannya pada zaman gemilang tamadun Melayu
sebelum datangnya penjajah masih jauh daripada yang kita dambakan. Meskipun bahasa
Melayu tersebar dan dipelajari di mana-mana bahagian di dunia ini, dan dengan demikian
melayakkannya bertaraf antarabangsa, peranannya sebagai wahana kehidupan moden
dalam kalangan masyarakat antarabangsa masih jauh jalannya. Bahasa Melayu dalam era ini
belum dianggap sebagai bahasa perdagangan, bahasa ekonomi, bahasa ilmu dan bahasa
teknologi pada peringkat antarabangsa, bukan kerana bahasa Melayu tidak mampu, tetapi
disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah kekangan yang membataskan ruang kepada
perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Apabila Islam datang ke Alam Melayu pada sekitar abad ke-13 (malah sumber Aceh
menyatakan bahawa Islam telah tiba di Alam Melayu pada abad kelapan lagi), bahasa Melayu
mengalami interaksi dengan satu lagi bahasa antarabangsa, iaitu bahasa Arab dan juga
bahasa Parsi. Kegiatan penterjemahan teks daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu
telah berlangsung, seperti usaha ulama Melayu yang menterjemahkan Aqaid al-Nasafi pada
tahun 1590 (Al-Attas,1988). Dengan demikian, bahasa Melayu telah diantarabangsakan
daripada sudut kandungan bahasa itu sendiri dan pada waktu yang sama dari sudut
peranannya juga, iaitu sebagai bahasa yang digunakan dalam ranah hubungan
antarabangsa, khususnya sebagai bahasa diplomasi. Amatlah menarik halnya bahawa
bahasa Melayu menjadi bahasa penyebaran Islam yang ampuh, sehingga ulama dari luar
Alam Melayu, seperti Nuruddin al-Raniri yang berasal dari Gujerat berkarya dan
mendakwahkan Islam dengan menggunakan bahasa Melayu – bukti bahawa ilmu lebih
berkesan disampaikan dalam bahasa umat itu sendiri, selaras dengan sunnatullah atau
peraturan Tuhan. Sumbangan Islam sebagai agama sejagat telah sesungguhnya membantu
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa, melalui penyerapan istilah-istilah
dasar yang berkaitan dengan akidah dan ibadah – istilah sejagat yang digunakan oleh umat
Islam lain di dunia. Demikian juga, dengan memperhitungkan bahawa bahasa Melayu
merupakan bahasa kedua terbesar sebagai bahasa Islam, sesudah bahasa Arab, tidak syak
lagi bahawa bahasa Melayu telah mencapai darjat bahasa antarabangsa dalam dunia Islam.

Dalam ranah diplomasi, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa terlihat,
misalnya pada surat Sultan Ternate, iaitu Sultan Abu Hayat kepada Raja Sepanyol pada tahun
1521 dan 1522 (Collins, 1998:18 dan 23), surat Sultan Aceh kepada kapitan Inggeris, James
Lancester (1601), surat Sultan Alauddin Shah Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat
Sultan Aceh kepada Raja Inggeris, King James (1612), kesemuanya dalam bahasa Melayu
bertulisan Jawi (Nik Safiah Karim et al., 1996) menjadi bukti keantarabangsaan bahasa
Melayu. Malahan apabila UNESCO mengiktiraf surat-surat Sultan Kedah (dalam bahasa
Melayu bertulisan Jawi) pada abad ke-19 kepada kerajaan Inggeris sebagai salah satu
warisan dunia, jelas bahawa taraf keantarabangsaan bahasa Melayu dalam bidang diplomasi
pada suatu waktu dahulu telah tercapai.

Dalam hal yang secara langsung berkaitan dengan pendidikan bahasa Melayu, perhatian
orang asing terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa memang telah wujud
seawal abad ketujuh apabila Y Jing, agamawan Buddha yang datang dari China mempelajari
bahasa Melayu kuno untuk tujuan pengajian agama Buddha yang pada zaman itu berwahana
bahasa Melayu kuno. Pegawai kerajaan China Dinasti Ming yang menjalin hubungan
diplomatik dengan Kerajaan Melayu Melaka dari abad ke-15 hingga abad ke-16 telah

14

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu / 13 – 30
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

menyusun daftar kata yang menggambarkan kosa kata bahasa Melayu yang perlu difahami
oleh para diplomat China dalam urusan mereka di Alam Melayu. Daftar kata yang
mengandung kira-kira 500 kata masukan itu telah mula disusun jauh lebih awal daripada
daftar kata Pigafeta (1522) kerana kosa kata yang terakam meliputi kosa kata sejak terjalinnya
hubungan Kerajaan China dengan Kerajaan Melaka.

Judul kamus itu dalam bahasa Cina ialah Man La Jia Guo Yi Yu atau Senarai Perkataan
Negeri Melaka (Liang Li Ji, 1996). Kata-kata yang terhimpun di dalamnya dipercayai meliputi
kosa kata dari zaman awal bermulanya hubungan Dinasti Ming dengan Kerajaan Melaka, iaitu
pada tahun 1403 hingga tahun jatuhnya Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Kamus
itu terdiri daripada 482 entri kosa kata Cina yang dianggap penting dan dikategorikan kepada
17 bidang, iaitu astronomi, geografi, musim dan masa, tumbuh-tumbuhan, unggas dan
haiwan, rumah dan istana, peri kelakuan, tubuh badan, barang emas dan permata,
kemasyarakatan dan sejarah, warna, hitungan, dan kata umum. Setiap entri diberi padanan
bahasa Melayunya dengan tulisan Cina. Kamus itu disusun untuk keperluan Kerajaan China
dalam Dinasti Ming dalam menjalin hubungan dengan Melaka dan hingga akhir abad ke-16,
kamus itu masih menjadi rujukan, termasuk dalam penyusunan buku sejarah China.

Demikianlah, eratnya dan akrabnya hubungan antara dua tamadun turut meninggalkan
dampak yang besar dan penting kepada bahasa juga, sebagaimana yang terbukti dengan
meluasnya peranan bahasa Melayu. Jika pada zaman Sriwijaya memang telah ada perhatian
pendeta Buddha China dalam mempelajari bahasa Melayu kuno, maka pada zaman
Kesultanan Melayu, bahasa Melayu bukan sahaja dipelajari oleh para pendeta agama,
malahan menjadi bahasa yang dipelajari dan digunakan untuk urusan perdagangan dan
kehidupan oleh orang China daripada golongan lain, khususnya pedagang. Yang lebih
penting daripada itu ialah adanya “perhatian diraja” pada pihak Dinasti Ming apabila
menubuhkan Jawatankuasa Jurubahasa (Da Tong Shi) untuk memenuhi kepentingan dan
keperluan dalam hubungan luar. Tong Shi atau jurubahasa yang berkhidmat dalam 18
jawatankuasa kecil (Xiao Tong Shi) berjumlah 60 orang, dan dua orang daripadanya khusus
untuk bahasa Melayu, iaitu seorang untuk Melaka dan seorang untuk Sumatera. Untuk melatih
para jurubahasa, pada tahun 1405 Maharaja Ming Cheng Zhu menubuhkan akademi bahasa
yang dikenal sebagai Si Yi Guan (Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) di ibu negara Ying Tian
Fu (kini Nanjing). Terdapat lapan jabatan di akademi bahasa asing itu. Bahasa Melayu
dimasukkan di bawah Hui Hui Guan (Jabatan Islam yang meliputi Parsi, Arab, Melaka, Jawa
dan lain-lain). Akademi bahasa asing itu bertahan melebihi 400 tahun, dan dilanjutkan dalam
Dinasti Qing yang menggantikan Dinasti Ming walaupun namanya diubah pada tahun 1748
menjadi Hui Tong Si Yi Guan. Peranan akademi itu hanya terhenti sesudah Perang Candu
pada tahun 1840, sesudah Dinasti Qing menghadapi ketidakstabilan politik (Liang Liji, 1996:
82-90).

Dalam hubungannya dengan tamadun Barat pula, usaha Antonio Pigafetta mengumpulkan
kosa kata bahasa Melayu dalam daftar kata bahasa Itali – bahasa Melayu pada tahun 1522
menandai wujudnya keperluan orang Barat mempelajari bahasa Melayu untuk keperluan
hubungan antarabangsa. Daftar kata itu kemudian diterbitkan juga dalam edisi Latin – Melayu
dan Perancis – Melayu (Collins, 1998: 16-17). Dalam persuratan sejarah bahasa Melayu, telah
terakam taraf keantarabangsaan bahasa Melayu, sebagaimana yang dirumuskan oleh
Francois Valentijn tentang kedudukan bahasa Melayu pada abad ke-16, “Bahasa mereka,
bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di
seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami
di mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di
Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya
bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak,

15

Pelan Tindakan Strategik Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

kerana bahasa itu bukan sahaja difahami di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di
sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina (Nik Safiah Karim et al. 2003: 14).

Gabenor Portugis di Moluku (1636-1539), Antonio Galvao menyamatarafkan kedudukan dan
peranan bahasa Melayu pada abad ke-16 dengan bahasa Latin di Eropah disebabkan oleh
peranan pentingnya sebagai bahasa ilmu, bahasa perdagangan, bahasa diplomasi, bahasa
keagamaan dan juga sebagai bahasa rasmi istana yang merupakan institusi utama
pemerintahan negara (Collins, 1998: 23 dan 25). Perhatian orang Barat terhadap bahasa
Melayu dari sudut korpus bahasa Melayu pun cukup besar, sehingga seawal abad ke-17 telah
terhasil sejumlah buku tatabahasa dan kamus seperti karya F. de Houtman (1603), Albert
Ruyl (1611), Casper Wittens dan Sebastian Danckaerts (1623), David Haex (1631) dan lain -
lain.

Interaksi bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Barat kemudian, terutama bahasa Inggeris,
telah memungkinkan bahasa Melayu menambah kekayaannya yang sedia ada, baik dalam
bidang fonologi, kosa kata, sintaksis mahupun wacana. Bahasa Melayu telah mencapai tahap
saling terjemah (inter-translatibality) yang tinggi dengan bahasa-bahasa moden yang lain.
Potensi besar bahasa Melayu yang menimbulkan keperluan perencanaan pengajaran bahasa
Melayu kepada penutur asing, sebagai salah satu usaha pengantarabangsaan bahasa dan
persuratan Melayu pada zaman ini ialah wujudnya pusat-pusat pengajian di seluruh dunia
yang mengajarkan bahasa Melayu (dengan pengertian bahasa Indonesia juga). Bahasa
Melayu diajarkan dan diteliti di puluhan universiti di Eropah, Australia, New Zealand, dan
Amerika Utara, di samping diajarkan dan diteliti di rantau Asia Tenggara, Asia Timur, dan Asia
Utara. Di Eropah Barat, kajian tentang bahasa dan sastera Melayu-Indonesia telah mencapai
tahap yang mapan, meskipun harapan banyak bergantung pada tokoh-tokoh tertentu.

Kegiatan pengajaran-pembelajaran dan penelitian bahasa, sastera dan budaya Melayu dapat
dikatakan meriah di benua tersebut, terutama di pusat-pusat tradisional pengajian Melayu
seperti Leiden, London, dan Paris. Selain itu, terdapat juga pengajian Melayu di Itali. Di
Jerman pula, sebagai kesan munculnya minat masyarakatnya terhadap Indonesia, lima buah
universiti di negara tersebut mengajarkan bahasa Melayu-Indonesia. Kelima-limanya itu ialah
Universiti Hamburg, Universiti Cologne, Universiti Bonn, Universiti Frankfurt, dan Universiti
Passau. Di sisi itu, ada juga perhatian kepada Dunia Melayu, termasuk bahasa Melayu di
Universiti Bochum, di Universiti Kassel, dan di Universiti Giesen. Profesor Emeritus Dr.
Abdullah Hassan (2004) dan pemakalah (2006 dan 2007) pernah diundang sebagai Profesor
Tamu oleh tokoh linguistik terkenal di Universiti Frankfurt, Profesor Dr. Bernd Nothofer untuk
menyampaikan kuliah intensif tentang linguistik Melayu kepada pelajar Magister (Sarjana)
universiti tersebut.

Di bahagian lain benua Eropah, khususnya di Portugal dan Skandinavia, tampak juga adanya
minat terhadap bahasa Melayu meskipun tidak serancak di negara-negara yang disebut
terdahulu. Di Perancis, telah mula berkembang pengajaran bahasa dan sastera Melayu di
Universiti La Rochelle pada tahun 2000. Rombongan ahli bahasa dari Malaysia yang terdiri
daripada Profesor Emeritus Dr. Asmah Hj. Omar, Profesor Dr. Awang Sariyan dan Puan Atiah
Salleh dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memberikan kuliah intensif
kepada pelajar universiti tersebut. Sebagai hasil kerjasama yang terjalin dengan DBP melalui
Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), pelajar dari universiti itu telah dihantar ke DBP
untuk program Latihan industri. Ada juga ura-ura pembukaan program pengajian Melayu di
Institut Asia dan Afrika Tiblisi (TIAA), Georgia (surat Profesor Dr. Guram Chikovani, Rektor
TIAA kepada pemakalah, bertarikh 25 Oktober 2005), tetapi dengan malapnya kegiatan
MABM sesudah kali akhir bersidang pada tahun 2004, tidak ada susulan yang dilakukan
terhadap hasrat tersebut.

Di Amerika Syarikat, universiti yang mula-mula mengadakan pengajaran dan penelitian
bahasa Melayu-Indonesia ialah Universiti Yale dan Universiti Cornell. Sesudah itu pengajian

16

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu / 13 – 30
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

bahasa Melayu-Indonesia dipergiat melalui Program Musim Panas yang kemudian
merangkumkan pelibatan Universiti Hawaii dan Universiti California-Berkeley. Bahasa Melayu
diajarkan juga di Universiti Wisconsin, Universiti Ohio, Universiti Michigan, Universiti Northern
Illinois, dan Universiti Arizona (Ismail Hussein, 1995). Universiti Northern Illinois menjadi lebih
giat sesudah Profesor Dr. James T. Collins, pakar dialektologi Melayu dilantik menjadi
Pengarah Pusat Pengajian Asia Tenggaranya sejak tahun 2008 hingga 2011, dengan projek
perkamusan Melayu dalam talian, pendanaan pelajar dari Asia Tenggara, termasuk dari
Malaysia dan Indonesia dan program penyelidikannya di Alam Melayu.

Di Australia, pengajaran dan penelitian bahasa Melayu terdapat di Universiti Sydney,
Universiti Melbourne, Universiti Kebangsaan Australia, Universiti La Trobe, dan Universiti
Monash. Di samping itu, bahasa Melayu diajarkan di Curtin University of Technology di Perth,
Universiti Australia Selatan, Kampus Bendigo Universiti La Trobe, Universiti Griffith, Universiti
James Cook, Universiti Deakin, Universiti Flinders, Universiti Queensland Selatan, Universiti
Murdoch, Universiti Tasmania, Universiti Kolej Wilayah Utara, dan Sekolah Bahasa-bahasa
Angkatan Udara Diraja. Daripada maklumat yang diperoleh oleh pemakalah daripada sumber
jabatan pendidikan, ketika melaksanakan pengembangan bahasa Melayu di Australia, di
Victoria sahaja, terdapat sejumlah 120 ribu orang pelajar bahasa Melayu (khususnya variasi
Indonesia) dari peringkat sekolah rendah hingga universiti (Awang Sariyan, 2004). Besarnya
minat masyarakat Australia terhadap bahasa dan budaya Melayu walau bagaimanapun tidak
pula menempiaskan minat yang sama besarnya kepada New Zealand sebagai satu lagi jiran
Barat bagi Asia, meskipun Kerajaan Malaysia menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di
Universiti Victoria, Wellington.

Namun demikian, bahasa Melayu pernah diajarkan di Universiti Auckland, Universiti Victoria,
dan Kolej Rongitoto. Sebagai hasil promosi bahasa Melayu oleh MABM melalui DBP, di
Australia, khususnya di Melbourne, Universiti Deakin telah memberikan kepercayaan kepada
DBP dan Universiti Putra Malaysia mengendalikan kursus bahasa Melayu kepada pelajar-
pelajarnya yang didatangkan ke Malaysia dalam tempoh sebulan setengah bermula pada
penghujung tahun 2004. Kumpulan kedua pelajar Universiti Deakin yang dihantar ke Universiti
Putra Malaysia mula mengikuti kursus pada 19 Disember 2005 untuk tempoh sebulan
setengah.

Di negara-negara Asia Timur, bahasa Melayu mendapat tempat yang cukup membanggakan.
Di Jepun, pada akhir tahun 1980-an ada lima buah institusi pendidikan tinggi yang mempunyai
jurusan bahasa Indonesia, iaitu Universiti Pengajian Asing Osaka, Universiti Pengajian Asing
Tokyo, Universiti Tenri, Universiti Kyoto Sangyu, dan Universiti Setsunan. Selain itu, ada 11
buah universiti yang ikut mengajarkan bahasa Melayu walaupun tidak mempunyai jabatan
khas bahasa Melayu, iaitu Universiti Kyoto, Universiti Takushoku, Universiti Nohon, Universiti
Sophia, Universiti Ajia, Universiti Daitobunka, Universiti Senshu, Universiti Tokto, Universiti
Tokyo Nogyo, Universiti Waseda, dan Universiti Pengajian Asing Kota Kobe. Pertemuan
dengan Dr. Kyoko Funada dari Universiti Pengajian Antarabangsa Kanda di Tokyo pada 6
Julai 2012 di Tokyo menambah maklumat sebuah universiti lain yang turut mengajarkan
bahasa Indonesia.

Di Republik Rakyat China, pengajian bahasa Melayu mencapai kemantapan di Universiti
Peking, Universiti Pengajian Asing Beijing dan Universiti Komunikasi China (ketiga-tiganya di
kota Beijing), Universiti Pengajian Asing Guangdong (di Guangzhou), sementara Universiti
Bangsa-bangsa Guangxi di kota Nanning telah memulakan program bahasa Melayu pada
tahun 2008. Pemakalah, bersama-sama dengan Profesor Wu Zong Yu, Pengarah Pusat
Pengajian Melayu China, berpeluang memberikan kuliah pengukuhan di Universiti Bangsa-
bangsa Guangxi pada akhir tahun 2008 dan di Universiti Pengajian Asing Guangdong pada
bulan April 2009. Dalam perkembangan Keantarabangsaan dan Pengantarabangsaan

17

Pelan Tindakan Strategik Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu yang mutakhir, Universiti Bangsa-bangsa di kota Kunming, Provinsi Yunnan
memulakan program bahasa Melayu pada bulan September tahun 2010 dan perancangan
telah dimulakan sejak awal tahun 2009, dengan kerjasama Universiti Malaya, Universiti
Pengajian Asing Beijing dan Konsul Jeneral Malaysia di Kunming. Universiti Pengajian Asing
Tianjin pula memulakan jurusan bahasa Melayu pada tahun 2014. Pada bulan November
2015, pemakalah diberi penghormatan merasmikan Jabatan Bahasa Melayu di Universiti
Pengajian Asing Guangdong di Guangzhou, bersempena dengan ulang tahun ke-50 universiti
itu. Terkini hingga tahun 2021, 15 universiti di Republik Rakyat China menawarkan Program
Ijazah Bahasa Melayu selama empat tahun dan sebuah Kolej Pengajian Asing menawarkan
Program Diploma Bahasa Melayu selama tiga tahun.

Pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada upaya pemerintah Republik Rakyat China dalam
memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu di tanah besar itu diterjemahkan dalam
usaha penubuhan Kursi Pengajian Melayu pada tahun 2007 di Universiti Pengajian Asing
Beijing, iaitu Kursi Pengajian Melayu yang ketiga sesudah Kursi di Universiti Leiden, Belanda
dan di Universiti Victoria, New Zealand. Pada awal tahun 2008, Kursi itu telah diisi, dengan
pemakalah sendiri sebagai penyandang pertama, dan tumpuan diberikan kepada peluasan
dan peningkatan program ilmiah pada peringkat sarjana muda dan pascasiswazah,
penyelidikan, penerbitan, seminar dan pengembangan program bahasa Melayu di universiti-
universiti lain di luar Beijing.

Demikian pula, di Korea Selatan bahasa Melayu diajarkan di Universiti Pengajian Asing
Hankuk di Seoul, Universiti Woosong dan Universiti Pengajian Asing Busan di kota Busan.
Dari Universiti Pengajian Asing Busan inilah munculnya sarjana pengagum dan peneliti
sejarah tulisan Jawi, iaitu Profesor Dr. Kang Kyoung Seock. Kerajaan Malaysia telah
menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di Universiti Pengajian Asing Hankuk, Seoul dengan
Profesor Dr. Zaharani Ahmad dilantik sebagai penyandang pertamanya.

Di Asia Utara pula, iaitu di Rusia, pengajaran dan pengajian bahasa satu sastera Melayu
sudah sekian lama bertapak di Moscow dan di Leningrad. Persatuan Nusantara yang berpusat
di Moscow aktif menganjurkan seminar dan pertemuan ilmiah lain yang berkaitan dengan
pengajian Melayu ̶ Indonesia. Di Thaskent, UPSI membantu penubuhan Jabatan Bahasa
Melayu di Universiti Thaskent pada tahun 2018.

Dengan agak meluasnya perhatian terhadap bahasa Melayu ̶Indonesia di pusat-pusat
pengajian sedunia, maka memang amat relevan dibincangkan isu-isu yang berkaitan dengan
pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing. Meskipun matlamatnya masih lebih
tertumpu pada minat ilmiah dan kebudayaan, dengan sedikit-sedikit pada peluang pekerjaan,
perlu ada perencanaan yang rapi untuk memungkinkan pengajaran bahasa Melayu kepada
penutur asing itu mencapai kesan yang sebaik-baiknya.

DBP pula dalam rangka mengisi agenda pengantarabangsaan bahasa Melayu telah
mengambil langkah menubuhkan MABM dengan kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 1997
dan memulakan operasinya dalam tahun 2000. Antara bidang yang ditangani termasuklah
pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing. Di samping mengutus tenaga pengajar
(seperti ke Republik Rakyat China, Korea, Eropah, Thailand, Kemboja dan Sri Lanka), usaha
menyusun buku dan modul pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing telah
dimulakan. Pada bulan Ogos dan September 2005, telah diadakan Kursus Bahasa Melayu
untuk Munsyi Antarabangsa dengan pelibatan penatar bahasa Melayu dari Thailand, Kemboja
dan Sri Lanka, iaitu penatar yang sebelumnya telah menerima kursus bahasa Melayu di
negara masing-masing atas usaha DBP. Program Minggu Bahasa dan Persuratan Melayu
untuk meneguhkan aspek pedagogi bahasa Melayu kepada penutur asing di samping
mempromosikan karya-karya persuratan Melayu kepada institusi-institusi ilmiah sedunia telah
digerakkan, misalnya pada tahun 2002 di Belanda, Jerman dan Perancis dan pada tahun
2004 di Melbourne, Australia dan di Korea Selatan. Kerjasama penyelidikan bahasa dan

18

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu / 13 – 30
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

persuratan telah dimulakan, seperti kajian etimologi dan keantarabangsaan bahasa Melayu
serta penerbitan Jurnal Melayu (lihat Bahagian Strategi, perkara 4 tentang strategi menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa dunia melalui badan penyelaras).

PERTIMBANGAN STRATEGI

Kisah kegemilangan bahasa Melayu pada zaman silam, termasuk tentang kedudukannya
yang telah membuana di jagat raya ini dapat menjadi pelipur lara bagi pejuang bahasa Melayu
yang pedih hatinya apabila melihat bahasa Melayu dihina dalam siri peminggiran dan
penurunan martabatnya di negara berbahasa Melayu sendiri. Namun, dengan sekadar
mengagumi sejarah gemilang bahasa Melayu pada zaman silam, kita tidak mungkin dapat
mengangkat martabatnya, melainkan dengan secara serius dan bertanggungjawab
merencanakan hala tuju bahasa Melayu dalam zaman yang penuh dengan tantangan ini.

Pemakalah mengemukakan beberapa strategi yang praktis untuk memenuhi
pengantarabangsaan dan keantarabangsaan bahasa Melayu, jika kita memang serius dalam
agenda tersebut. Antara strategi tersebut termasuklah:

1. Strategi yang Berkaitan dengan Pembentukan Bahasa Melayu Supranasional

Keampuhan bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan, paling tidak dalam tiga ranah penting
kehidupan dan tamadun bangsa Melayu pada zaman silam, iaitu dalam perdagangan,
pentadbiran (termasuk diplomasi), dan dalam bidang persuratan (sebagai bahasa ilmu,
kesusasteraan, ketatanegaraan, perundang-undangan dan yang lain) merupakan bukti jelas
wujudnya konsep bahasa Melayu supranasional, iaitu bahasa Melayu yang melampaui batas
negara di Kepulauan Melayu, apatah lagi batas negeri dan daerah di sesebuah negara
berbahasa Melayu. Walau bagaimanapun, hal itu tampaknya sudah menjadi fakta sejarah.
Bahasa Melayu yang digunakan di negara-negara berbahasa Melayu kini sudah
memperlihatkan jurang yang lebar dan dalam, baik pada segi kosa kata mahupun wacana
keseluruhannya. Sehingga demikian, keadaan saling faham antara pengguna bahasa Melayu
di negara-negara yang berlainan mengalami gangguan yang kadangkala sampai pada tahap
yang serius. Contohnya, buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu varian Indonesia
terpaksa diadaptasikan ke dalam bahasa Melayu varian Malaysia apabila dicetak di Malaysia.
Memang sejarah tidak dapat diputar semula. Sejak kedatangan penjajah, bahasa Melayu di
rantau ini mula melalui jalan sejarah yang berlainan. Secara beransur-ansur konsep bahasa
Melayu persatuan yang terjelma dalam bahasa persuratan klasik berpencar menjadi beberapa
jalur yang menandai kewujudan bahasa Melayu berjati diri kenegaraan. Bahasa Melayu di
Malaysia, bahasa Melayu di Brunei Darussalam, dan bahasa Melayu di Indonesia masing-
masing membentuk ciri-ciri khusus yang menandai situasi kenegaraan. Hal ini meskipun
alamiah sifatnya dan tentu memberikan erti tertentu kepada kewujudan Negara berdaulat,
namun dalam konteks kesuburan saling faham dan pemantapan wilayah pengguna bahasa
Melayu yang melampai batas negara, tidak dapat tidak isu itu memerlukan perhatian yang
saksama.

Memang bukan menjadi cita-cita pihak mana pun dalam kalangan Majlis Bahasa Brunei
Darussalam – Indonesia –Malaysia (MABBIM) untuk mewujudkan satu bentuk bahasa Melayu
yang mutlak seragam bagi semua negara berbahasa Melayu. Hal itu bukan sahaja tidak
munasabah malah membentur kreativiti yang berlaku dalam bahasa Melayu di setiap negara
berkenaan. Yang sesungguhnya diperlukan bukan bahasa yang mutlak seragam melainkan
bahasa Melayu yang relatif seragam pada sistem asas setiap tingkat korpus bahasanya, dari
tingkat sebutan hingga tingkat tatabahasa dan laras bahasanya. Inilah yang dimaksudkan
dengan bahasa Melayu supranasional, iaitu bahasa Melayu yang dapat memaksimumkan

19

Pelan Tindakan Strategik Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

darjah keadaan saling faham dalam kalangan pengguna bahasa Melayu di semua negara
berbahasa Melayu dan juga di negara bukan berbahasa Melayu.

Kewujudan bahasa Melayu supranasional ini dapat juga membantu upaya pengembangan
bahasa dan persuratan Melayu di luar dunia Melayu, apabila pelajar dan pengkaji asing tidak
terganggu oleh terlalu besarnya jurang perbedaan antara bahasa Melayu di negara-negara
berbahasa Melayu, terutama varian bahasa Melayu di Malaysia dengan varian di Indonesia
dengan pengalaman pemakalah sendiri apabila memberikan kuliah intensif kepada calon
sarjana dan doktor falsafah di Universiti Sumatera Utara, Indonesia, menunjukkan wujudnya
jurang komunikasi yang agak besar apabila sejumlah kosa kata, baik kosa kata umum
mahupun istilah perlu dijelaskan dalam varian Indonesia. Upaya merealisasikan bahasa
Melayu supranasional ini patut menjadi antara agenda dalam peluasan bidang kerja MABBIM.
Paling tidak, kita perlu bermula dengan kajian dan penyenaraian unsur-unsur yang berbeda
antara varian utama bahasa Melayu itu untuk didedahkan kepada pengguna bahasa supaya
wujud keadaan saling faham yang tinggi sesama pengguna bahasa Melayu di negara yang
berlainan dan juga untuk difahami oleh pelajar serta peneliti asing (Awang Sariyan, 2003 dan
2009).

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan (1998) dalam perinciannya tentang upaya
mempromosikan bahasa Melayu supranasional (yang diistilahkannya sebagai dialek Melayu
supra) menekankan pentingnya pembinaan wilayah Melayu besar dalam konteks membentuk
kekuatan tamadun Melayu di wilayah Asia-Pasifik dalam alaf baharu. Kekuatan tamadun
Melayu, di sisi terletak pada jumlah hampir 300 juta umatnya, kata Abdullah Hassan, terletak
pada potensi pemikiran bangsanya. Bahasa Melayu supranasional merupakan wahana asas
untuk membina pemikiran kolektif umat yang menggunakan bahasa Melayu dalam
kehidupannya. Selain itu, kewujudan bahasa Melayu supranasional dapat memungkinkan
pemanfaatan kekayaan gagasan yang terhimpun dalam kepustakaan berbahasa Melayu oleh
seluruh umat Melayu. Hal ini akan memberikan kesan langsung kepada pengayaan minda
umat Melayu untuk terus berkreativiti dan sekali gus meningkatkan tamadun.

Perlu difikirkan hipotesis Abdullah Hassan tentang adanya pertalian yang signifikan antara
penggunaan bahasa sendiri dengan kreativiti bangsa itu. Bangsa yang menggunakan
bahasanya sendiri dalam pembinaan tamadunnya mampu berkreativiti tinggi. Ia mengambil
bangsa Jepun sebagai contoh unggul yang mampu menghasilkan pelbagai produk, dengan
pengembangan minda melalui bahasa sendiri. Sebaliknya bangsa yang tertawan oleh bahasa
asing dalam kehidupannya menjadi lesu dalam kreativitinya. Ia mengambil contoh bagaimana
bangsa India yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengucapan
intelektualnya gagal mempamerkan kreativiti yang gemilang berbanding dengan bangsa
Jepun.

Dalam hubungannya dengan bahasa supranasional, kekayaan pemikiran bangsa akan lebih
terarah melalui penggunaan bahasa yang mempunyai ciri kolektif yang besar. Untuk
membentuk bahasa Melayu supranasional, diperlukan upaya menyelaraskan sistem bahasa
Melayu antara negara. Dalam aspek sistem ejaan Rumi, kita sudah mencapai keselarasan
yang relatif tinggi sehingga tidak timbul lagi kesenjangan pemahaman ketika membaca tulisan
dalam bahasa Melayu yang terhasil di Negara berbahasa Melayu yang lain. Aspek yang cukup
erat kaitannya dengan sistem ejaan ialah sistem sebutan atau lafaz. Selama MBIM dan
MABBIM menangani kerjasama kebahasaan sejak awal, aspek sebutan bahasa Melayu
supranasional belum pernah dijadikan agenda rasmi meskipun secara tersirat dan pada
praktiknya upaya ke arah itu tampak wujud dalam komunikasi antara sebilangan anggota
perwakilan. Untuk maksud menjadikan bahasa Melayu bahasa yang besar di persada dunia,
perlu diwujudkan konsep “bahasa Melayu unggul”, iaitu bahasa Melayu yang menjadi rujukan
dan asas bagi pengajaran dan pemelajarannya kepada generasi muda berbangsa Melayu
dan juga kepada warga dari wilayah bukan Melayu yang sejak dahulu menunjukkan minat
yang besar untuk mempelajari bahasa Melayu. Selain sistem ejaannya yang selaras,

20

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu / 13 – 30
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

diperlukan sistem sebutan yang selaras juga bagi bahasa Melayu supranasional. Asasnya
telah ada dan telah mantap di Indonesia dan di Brunei Darussalam, serta telah digerakkan di
Malaysia sejak tahun 1980-an tetapi malap sesudah tahun 2000 apabila dimansuhkan.

Aspek lain yang penting ialah kosa kata. Selama ini MABBIM telah berhasil menyelaraskan
pedoman pembentukan kosa kata khusus, iaitu istilah. Sebagai peluasannya, perhatian patut
diberikan juga kepada penggunaan kosa kata umum. Oleh sebab kosa kata umum banyak
dipengaruhi oleh latar sosiobudaya masing-masing pengguna bahasa Melayu menurut
daerah, negeri, dan negara, maka penyelarasan daripada segi penyusunan kamus antara
negara berbahasa Melayu cukup penting. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Darussalam menerbitkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2004) yang menjelaskan varian
bahasa Melayu Malaysia, Indonesia dan Brunei merupakan usaha permulaan yang besar
manfaatnya dan dapat dijadikan titik tolak pembentukan bahasa Melayu supranasional dalam
aspek kosa kata. Adanya kamus seumpama itu pasti dapat meningkatkan darjah saling faham
antara pengguna bahasa Melayu di ketiga-tiga buah negara induk wilayah bahasa Melayu itu
dan besar manfaatnya kepada pelajar dan peneliti asing.

Di samping kamus, perlu diperbanyak persuratan yang memerikan ciri-ciri sosiobudaya yang
melatari kosa kata umum bagi pelbagai ranah kehidupan umat Melayu di negara yang
berlainan. Kesemua upaya itu bukan sahaja dapat meningkatkan darjah saling faham antara
pengguna bahasa Melayu di negeri yang berlainan bahkan sekali gus dapat saling
memperkaya kosa kata bagi bahasa Melayu, sehingga keperluan menyerapkan kata daripada
bahasa asing menjadi minimum.

0. Strategi yang Berkaitan dengan Upaya Memperkaya Khazanah Ilmu Bahasa
Melayu

Upaya perancangan bahasa Melayu pada tahap korpus bahasa belum benar-benar bererti
andai kata tidak dipertalikan dengan upaya pengayaan kepustakaan atau ilmu dalam bahasa
Melayu. Masih relevan, pada hemat pemakalah, kerangka perancangan bahasa yang
dikemukakan oleh Profesor Sutan Takdir Alisjahbana (1977) dalam konteks ini. Beliau
membahagikan tahap perancangan bahasa Melayu kepada empat, iaitu pemilihan bahasa
kebangsaan, propaganda kepada rakyat, pembinaan bahasa, dan peluasan bahasa. Tahap
ketiga itu ialah perancangan korpus bahasa yang melibatkan pembakuan sistem ejaan,
sebutan, tatabahasa, dan kosa kata. Kemuncak perancangan bahasa Alisjahbana
direalisasikan melalui peluasan penggunaan bahasa Melayu yang salah satunya melalui
bidang ilmu. Memang semua tamadun sejak sejarah awal kehidupan manusia ditandai oleh
kesuburan ilmunya, dan kesuburan ilmu itu ditandai pula oleh kekayaan khazanah ilmunya,
terutama dalam bentuk tulisan. Oleh itu, pada tahap pembinaan korpus bahasa sudah relatif
mantap, sampailah saatnya MABBIM memberikan perhatian yang besar kepada upaya
pengayaan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu untuk pemerkasaan bahasa dan bangsa
Melayu sebagai pendukung salah satu tamadun di dunia.

Kehebatan khazanah persuratan ilmu dalam zaman Melayu klasik pada sekitar abad ke-14
hingga abad ke-19 perlu digemilangkan semula pada abad kini dan akan datang. Kerja
penghasilan karya ilmu yang selama ini dilakukan secara sendiri-sendiri memerlukan
perubahan strategi andai kata kita ingin menyaksikan terhasilnya khazanah ilmu dalam
bahasa Melayu secara besar-besaran.

Penggemblengan tenaga karyawan ilmu dalam pelbagai bidang dari semua negara
berbahasa Melayu perlu diusahakan. Perlu ada perencanaan yang rapi untuk mengenal pasti
bidang-bidang ilmu yang sudah agak kaya khazanahnya dan bidang-bidang yang masih muda
dan justeru memerlukan perhatian yang lebih besar. Demikian pula, perlu dikenal pasti

21

Pelan Tindakan Strategik Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

bidang-bidang ilmu yang sangat mendesak keperluannya bagi pembangunan umat Melayu,
katakan sahaja bidang teknologi maklumat sebagai contoh. Dengan prasarana yang sedia
ada dan dengan pengalaman kerjasama yang cukup erat sejak tahun 1972, MABBIM memiliki
kekuatan untuk menangani tugas memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa Melayu dengan
cekap dan produktif, baik melalui penghasilan karya asli, terjemahan, mahupun adaptasi.
Kejayaan Indonesia menggerakkan penghasilan kerja terjemahan yang cepat dalam pelbagai
disiplin ilmu perlu dipelajari oleh negara kita, khususnya oleh Institut Terjemahan Negara
Malaysia (kini Institut Terjemahan dan Buku Malaysia).

0. Strategi yang Berkaitan dengan Kerjasama dalam Penyelidikan dan Penerbitan
Bahasa

Satu segi lain yang perlu diberi perhatian ialah kerjasama dalam penyelidikan bahasa.
Memang terlalu banyak yang dapat diusahakan dalam bidang ini. Namun supaya ada arah
kerjasama yang jelas dan berfokus, pemakalah menyarankan agar diberikan perhatian
khusus kepada kerjasama penyelidikan untuk mengisi Projek Penyusunan Sejarah Bahasa
Melayu yang dimulakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada tahun 1985. Sejarah
bahasa Melayu dengan pengertian yang luas tentu perlu meliputi sejarahnya di seluruh dunia
Melayu, secara khusus, dan di seluruh buana amnya. Oleh itu, diperlukan penggemblengan
tenaga seluruh ahli ilmu yang dapat menyumbang kepada penyusunan sejarah bahasa
Melayu yang tuntas. Kekurangan maklumat tentang segi-segi tertentu dalam pensejarahan
bahasa Melayu pasti menjadikan projek tersebut pincang. Secara kasar, Projek Penyusunan
Sejarah Bahasa Melayu mencakup tiga bidang utama, iaitu sejarah struktur bahasa Melayu,
sejarah sosial bahasa Melayu, dan sejarah kajian bahasa Melayu. Bidang yang pertama itu
termasuklah kajian rekonstruksi bahasa Melayu induk, struktur bahasa Melayu kuno pada
prasasti, struktur bahasa Melayu klasik, struktur bahasa Melayu peralihan, dan struktur
bahasa Melayu baharu. Bidang yang kedua pula termasuklah perkembangan dialek, laras
atau variasi dari zaman ke zaman. Bidang yang ketiga pula meliputi pendokumentasian
perkembangan kajian ilmiah tentang segala aspek bahasa Melayu dari zaman ke zaman.

Kesemuanya itu jelas hanya dapat ditangani dengan penggemblengan tenaga seluruh ahli
ilmu yang terlibat dengan bahasa Melayu, secara cukup terencana dan berjadual. Dalam
konteks inilah MABBIM dapat berperanan besar dengan meluaskan cakupan bidang kerjanya.
Selain itu, projek-projek yang terbukti cukup berkesan dalam memaparkan sejarah dan
perkembangan semasa tentang bahasa, persuratan dan budaya Melayu, seperti yang telah
digerakkan oleh DBP sejak tahun 2000, iaitu Jejak Bahasa (dengan kerjasama TV3) dan
Semarak Bahasa (dengan kerjasama RTM) perlu diteruskan, dengan menggarap kawasan-
kawasan komuniti bahasa Melayu di seluruh dunia yang belum dijejaki dalam dua siri
dokumentari di televisyen itu.

Dalam bidang penerbitan, perlu diupayakan penyelarasan dalam pembinaan judul penerbitan
menurut keperluan dan kepentingan dalam bidang bahasa, sastera, budaya, sejarah, agama
dan bidang lain untuk kegunaan pengajian pada peringkat antarabangsa. Saya mengimpikan
siri penerbitan hasil kajian dan karya besar kesarjanaan sebagaimana yang pernah
diusahakan oleh Institut Antarabangsa Kajian Asia, Belanda dengan Pusat Bahasa Indonesia
dalam siri ILDEP (Indonesian Linguistics Development Project) yang menampilkan karya-
karya penting dan hasil kajian tentang bahasa dan persuratan Indonesia. Melalui siri
penerbitan seumpama itu, dapat dirancang dan diusahakan penerbitan segala hasil kajian
penting tentang Alam Melayu untuk disebarluaskan ke peringkat antarabangsa. Alangkah
ruginya sekian banyak tesis dan disertasi sarjana dan doktor falsafah tentang tamadun Melayu
dalam pelbagai bidang yang masih banyak tersimpan di rak-rak perpustakaan atau di bilik
penyelia. Masih amat kecil tesis dan disertasi yang diterbitkan. Yang tidak kurang pentingnya
ialah penerbitan bahan-bahan ajar bahasa Melayu untuk keperluan penutur asing, termasuk
kamus terperingkat.

22

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu / 13 – 30
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

0. Strategi Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Badan Penyelaras

Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) atau padanan bahasa Inggerisnya International
Council for Malay ICM) dengan rasminya dilancarkan penubuhannya pada 21 Ogos 2000,
serentak dengan sidangnya yang pertama yang dihadiri oleh wakil 20 buah negara anggota
dari seluruh dunia. Penubuhan majlis tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia pada
2 Julai 1997. Majlis ini bermatlamat untuk menyelaraskan segala aktiviti yang menjurus
kepada pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa dan
menaungi jawatankuasa-jawatankuasa bahasa yang ada pada pelbagai peringkat. Fungsi
pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh MABM mencakup aspek penyelidikan bersama
dengan pelbagai institusi dan agensi dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu, termasuk
usaha penterjemahan dan penerbitan dalam bahasa Melayu. Fungsi pengembangannya pula
meliputi program pengajaran dan pemelajaran di pusat-pusat pengajian atau badan
akademik, institusi penyelidikan dan budaya antarabangsa serta mewujudkan kerjasama
kebahasaan dan persuratan Melayu di seluruh dunia melalui pelbagai program
pengembangan.

Majlis yang menurut rancangan kerjanya bersidang mengikut jadual tertentu ini perlu
mengatur dan menyelaraskan pelbagai program dan aktiviti untuk mengisi dan menyokong
rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa.
Jawatankuasa khusus (jawatankuasa kecil) perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali
setahun untuk mengatur strategi pelaksanaan program/aktiviti dalam bidang kuasa masing-
masing. Antara aktiviti yang perlu diselaraskan termasuklah:

(a) Penubuhan dan pengukuhan pusat pengajian Melayu di institusi pengajian di luar
negara atau menyelaraskan kurikulum dan skopnya.

(b) Program pertukaran sarjana/pelajar/penyelidik pengajian Melayu dalam kalangan
negara anggota.

(c) Skim pertukaran/pemberian bahan berbahasa Melayu atau bahan tentang tamadun
Melayu dalam kalangan negara anggota.

(d) Penerbitan berbahasa Melayu atau penerbitan tentang tamadun Melayu.
(e) Persidangan, seminar dan kolokium bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa

sebagai wadah menyemarakkan pengembangan bahasa.
(f) Program galakan pengembangan dan penggunaan bahasa seperti anugerah,

hadiah, sumbangan, geran dan sebagainya.

Keanggotaan Majlis ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu Anggota Majlis, Anggota
Pemerhati dan Anggota Undangan. Anggota Majlis merupakan tokoh bahasa Melayu atau
tokoh pengajian Melayu atau sarjana yang berwibawa dari pusat pengajian atau penyelidikan
mana-mana negara yang dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Pelantikan ahli Majlis
berlaku sekurang-kurangnya satu penggal atau tiga tahun; keanggotaannya boleh disambung
dengan pelantikan baharu, tetapi tidak melebihi dua penggal berturut-turut, yakni enam tahun.

Anggota Majlis mempunyai hak mengundi. Anggota pemerhati pula dilantik sebagai pemerhati
mewakili institusi masing-masing. Anggota pemerhati tidak mempunyai hak mengundi. Walau
bagaimanapun, mereka boleh memberikan pandangan dalam sidang.

Anggota undangan ialah orang perseorangan atau wakil institusi yang diundang oleh Majlis
atau Urus Setia untuk hadir dalam sidang tertentu berasaskan kepakaran atau kepentingan
Majlis. Sekretariat tetap Majlis ini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam Sidang Pertama MABM pada 21 – 23 Ogos 2000, 20 buah negara telah menghantar
wakil yang terdiri daripada anggota Majlis dan juga pemerhati. Negara tersebut ialah Afrika

23

Pelan Tindakan Strategik Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, India, Indonesia, Jepun, Jerman,
Kemboja, Korea Selatan, Malagasi, New Zealand, Rusia, Sri Lanka, Singapura, Tanzania,
Thailand, dan United Kingdom, di samping Malaysia sebagai tuan rumah sidang. Setiap wakil
negara telah membentangkan laporan perkembangan pengajian Melayu atau pengajaran
bahasa Melayu di negara masing-masing. Bagi negara yang belum mengadakan program
bahasa atau pengajian Melayu, seperti Afrika Selatan dan India, telah dibentangkan
rancangan ke arah itu.

Pada akhir sidang, enam kelompok usul telah dikemukakan, iaitu yang berkaitan dengan
aspek pengurusan, program penggalakan, pengajaran dan penataran, program pengajian
Melayu, kerjasama antara negara anggota dan dukungan kewangan. Antaranya, yang penting
ialah:

Pengurusan dan Pentadbiran

(a) Jawatankuasa kerja yang anggotanya mewakili setiap wilayah perlu ditubuhkan.
(b) Perlu diwujudkan Laman MABM yang dirangkaikan dengan laman-laman web

negara-negara anggota.
(c) Perlu diadakan pertemuan kerja pada peringkat antarabangsa untuk

membincangkan pelbagai topik, contohnya kaedah pengajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa asing.
(d) Perlu ditingkatkan usaha penyelarasan penggunaan bahasa dan istilah bahasa
Indonesia, bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Brunei untuk menguatkan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa.
(e) Misi Pemerolehan Maklumat (fact finding mission) perlu dilaksanakan di negara
anggota MABM yang belum mempunyai program pengajaran bahasa Melayu seperti
di Sri Lanka dan Malagasi.
(f) MABM harus memikirkan usaha untuk menubuhkan pusat bahasa Melayu yang
berperanan seperti The British Council, dan Alliance Francaise, bagi
mengembangkan bahasa Melayu.
(g) MABM perlu mengkaji kemungkinan mewujudkan hubungan antara universiti negara
anggota dengan universiti negara induk bahasa Melayu.
(h) MABM haruslah memberikan tumpuan kepada usaha menubuhkan pusat-pusat yang
mengajarkan bahasa Melayu di negara anggota.
(i) MABM hendaklah memohon supaya kerajaan Malaysia mewujudkan unit bahasa
Melayu di semua kedutaannya dan sekali gus menjadi penggerak semua aktiviti
pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu.
(j) MABM hendaklah menubuhkan sekretariat yang bekerjasama dengan Kementerian
Pendidikan untuk menangani program pelantikan dan pengiriman tenaga pengajar &
quot; sukarela & quot; bahasa Melayu ke mana-mana jua negara yang memerlukan
bantuan pengajaran/pemelajaran bahasa Melayu.
(k) Perancangan dan penyelarasan di pelbagai peringkat untuk program pertukaran dan
penghantaran pakar ke institusi pengajian dan penyelidikan di kalangan negara
anggota MABM perlu dilaksanakan.

Program/Aktiviti Penggalakan

(a) Perlu diadakan aktiviti Bulan Bahasa di kelab, pusat kemasyarakatan dan pusat
pengajian tinggi di negara di luar dunia Melayu.

(b) Bagi menarik minat lebih banyak mahasiswa untuk mempelajari bahasa Melayu,
perlu diadakan promosi besar-besaran dan usaha mengembangkan
kaedah pengajaran bahasa Melayu.

24

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu / 13 – 30
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

(c) MABM perlu mengadakan festival Melayu dan sayembara menulis untuk
memperkenalkan dunia Melayu secara menyeluruh, teratur dan terus-menerus
kepada masyarakat antarabangsa.

(d) Aktiviti yang dicadangkan untuk menambah pelibatan pelbagai pihak dalam usaha
mengembangkan dan menyebarkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa
meliputi:

(i) Hadiah Tokoh Pengajian Bahasa atau Pengajian Melayu Antarabangsa (Tokoh
dalam negara dan luar negara yang giat dalam pengembangan bahasa Melayu).

(ii) Hadiah Penyelidik/Peneliti (yang giat menghasilkan penyelidikan/penelitian).
(iii) Hadiah Pelajar Cemerlang bidang Bahasa pada peringkat sekolah dan institusi

pengajian tinggi di seluruh dunia.
(iv) Anugerah Institusi Cemerlang (dalam pengajian Bahasa/Pengajian Melayu).
(v) Hadiah wibawa berbahasa Melayu dalam pelbagai genre (melalui pertandingan atau

sayembara).
(vi) Hadiah/Skim Pertukaran Pelajar.

Pengajaran/Penataran Bahasa Melayu

1. Kursus bahasa Melayu hendaklah mencakup pelbagai peringkat (rendah/asas,
pertengahan, dan tinggi) dan golongan (pengajar, pensyarah, penyelidik dsb).

2. Untuk mengemaskinikan kaedah pengajaran bahasa Melayu, sebaik-baiknya tenaga
pengajar dari DBP dihantar secara berkala ke negara bukan berbahasa Melayu untuk
memberikan ceramah dan syarahan.

3. Pengajaran bahasa Melayu haruslah terangkum di dalamnya variasi bahasa Melayu dan
bahasa Indonesia.

4. Harus diadakan ujian atau olimpiad untuk menguji mutu bahasa Melayu dalam kalangan
murid di rantau ini.

5. Penyusunan buku pengajaran bahasa Melayu untuk penutur asli bahasa asing perlu
diusahakan.

6. Kursus intensif bahasa Melayu harus diadakan mengikut keperluan dan dicadangkan
supaya kursus begini merangkum program inap desa atau “home stay”. Program “home
stay” seperti yang dianjurkan oleh Universiti Monash dan Deakin di Australia boleh
dijadikan model.

7. Perlu diadakan usaha sama antara beberapa universiti di negara induk bahasa Melayu
dengan universiti-universiti di negara anggota MABM untuk memberikan peluang
kepada mahasiswa dan pensyarah jurusan pengajian Melayu belajar di Malaysia, di
Indonesia dan di Brunei.

8. Ujian tara untuk bahasa Melayu (seperti ELTS Test untuk bahasa Inggeris) bagi
pelbagai peringkat (rendah, menengah, lanjutan) perlu dikembangkan dan harus
merangkumi keempat-empat kemahiran berbahasa.

9. Kursus bahasa Melayu melalui telesidang harus diwujudkan untuk membantu
meluaskan pengajaran bahasa Melayu.

10. Negara induk bahasa Melayu perlu memberikan sokongan terhadap pengajaran bahasa
Melayu di negara-negara anggota MABM.

11. Perlu ada usaha untuk mengembangkan dan memperbanyak bahan pengajaran bahasa
Melayu dan bahan rujukan asas dalam pelbagai bentuk seperti bahan bercetak, kaset,
V.T.R., filem, dan CD-Rom.

12. Buku sastera yang dipilih sebagai komponen sastera dalam pengajaran bahasa Melayu
di sekolah menengah Malaysia, karya-karya pilihan Indonesia, Brunei dan Singapura
digunakan untuk mengajarkan bahasa Melayu di luar negara.

13. Harus dibina pangkalan data bahasa Melayu baku yang dapat diakses melalui Internet
untuk tujuan mendapatkan bahan pengajaran bahasa.

25

Pelan Tindakan Strategik Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

14. Penyebaran bahan berbahasa Melayu atau bahan-bahan tentang bahasa, alam dan
pemikiran Melayu dalam bahasa-bahasa lain wajar digiatkan dan dilaksanakan dengan
terancang lagi teratur. Penyelarasan penyebaran maklumat-maklumat lain tentang
aktiviti ini perlu juga dibuat melalui pelbagai cara dan wahana, contohnya melalui:
(a) Institusi pengajian atau pusat penyelidikan.
(b) Persatuan atau pertubuhan kebahasaan.
(c) Pusat sumber (IPT, kedutaan dan badan-badan lain).

Program Pengajian Melayu

1. Perlu diwujudkan program musim panas (summer school) untuk pelajar, pakar dan
pengkaji bahasa Melayu di luar dunia Melayu yang menawarkan program pengajian
Melayu.

2. Modul untuk pengajaran kebudayaan Melayu perlu ditawarkan sebagai elektif, misalnya
bagi pelajar program pengajian kebudayaan.

3. Pengajian Melayu perlu diperkembang supaya menjadi program pada peringkat sarjana
dan pasca sarjana di luar dunia Melayu.

4. Kursi pengajian Melayu yang beroperasi antara 1992-1998 di Universiti Leiden harus
dinilai untuk diisi semula. (Langkah pengisian Kursi telah dilaksanakan pada tahun
2002).

5. Pemilihan tempat yang benar-benar sesuai untuk mewujudkan Kursi Pengajian Melayu
perlu dibuat berasaskan wilayah, kepentingan ekonomi, diplomatik, sejarah dan
sebagainya agar mendatangkan manfaat atau dampak yang besar.

6. Kursi Pengajian Melayu di Universiti Victoria, Wellington, harus dipindahkan ke
Universiti Auckland kerana universiti tersebut adalah satu-satunya universiti di New
Zealand yang masih menawarkan pengajian bahasa Melayu.

7. MABM perlu memberikan cadangan dan pandangan untuk mewujudkan Kursi
Pengajian Melayu di pusat pengajian pilihan untuk mengangkat taraf dan citra sarjana
bidang pengajian ini dan sekali gus mengangkat bahasa serta pengajian Melayu di
dunia.

Kerjasama Antara Negara Anggota

1. MABM harus memikirkan usaha menempatkan tenaga pakar untuk mengajarkan
bahasa Melayu di negara anggota seperti Thailand, Kemboja, Malagasi, Afrika dan Sri
Lanka.

2. Pertukaran pakar/pensyarah amat diperlukan antara pusat pengajian di pelbagai negara
anggota yang menawarkan kursus bahasa Melayu atau program pengajian Melayu.

3. Siswazah yang berkelulusan M.A. dihantar ke Malaysia sebagai penolong pensyarah
atau ditawarkan khidmat di mana-mana institusi, misalnya untuk membantu kerja-kerja
penterjemahan atau bekerja secara kontrak.

4. Pensyarah/penyelidik muda harus diberi peluang untuk diundang ke negara induk
bahasa Melayu sebagai karyawan tamu, di samping penyelidik veteran yang
berpengalaman.

5. Harus diusahakan projek penyelidikan/penelitian tentang variasi-variasi bahasa Melayu
moden (yang merangkumi bahasa Melayu Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura)
dengan tujuan menghasilkan buku yang membantu pelajar asing mengenal variasi-
variasi tersebut.

6. Kerjasama penyelidikan dalam kalangan negara anggota MABM amat perlu bagi bidang
dan aspek penyelidikan seperti yang disenaraikan di bawah:
(a) Sejarah Bahasa dan Persuratan Melayu (mencakup pelbagai aspek)
(b) Bahasa dan Linguistik
(c) Perbandingan Bahasa dan Sastera (dengan pelbagai bahasa/sastera asing)
(d) Perkamusan dan Peristilahan

26

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu / 13 – 30
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

(e) Pengajaran Bahasa dan Sastera Melayu (dengan pelbagai pendekatan dan kaedah)
(f) Bahasa dan Pemikiran Melayu
(g) Bahasa/Linguistik Melayu (Terapan)
7. Perlu ditingkatkan usaha untuk menerbitkan kamus bahasa Melayu-bahasa asing,
misalnya kamus bahasa Rusia-bahasa Melayu, bahasa Cham-bahasa Melayu dan
bahasa Korea- bahasa Melayu, untuk tujuan pengajaran dan pengembangan bahasa
Melayu.
8. Perlu diterbitkan buku teks bahasa Melayu untuk tenaga pengajar asing, berdasarkan
peringkat kemahiran, misalnya tingkat permulaan, pertengahan dan lanjutan.
9. Perlu diterbitkan buku yang mencerminkan kebudayaan/kehidupan di Indonesia dan
Malaysia. Untuk ini, ahli bahasa Malaysia/Indonesia dan beberapa pakar bahasa
Melayu asing harus bekerjasama.
10. Penerbitan dan penterjemahan karya sastera negara anggota dari atau ke dalam
bahasa Melayu perlu ditingkatkan. Karya sastera yang perlu diterjemahkan harus
dikenal pasti, disenaraikan dan diterbitkan di negara masing-masing.
11. Perlu diterbitkan Buletin MABM yang disebarkan melalui media elektronik.
12. MABM perlu menerbitkan hasil kajian tentang bahasa dan orang Melayu, serta bahasa-
bahasa lain (seperti bahasa Cham), terutamanya bahasa Austronesia yang dituturkan
di Alam Melayu.
13. Perlu diusahakan penerbitan bibliografi bahan pengajian Melayu di seluruh dunia yang
dapat diakses melalui Internet.
14. Kerjasama penulisan, penterjemahan dan penerbitan boleh diusahakan bagi bahan-
bahan seperti yang berikut, antaranya:
(a) Bahan tentang Bahasa dan Sastera Melayu
(b) Bahan tentang Seni, Tradisi dan Budaya Melayu
(c) Bahan-bahan Berunsur Falsafah dan Pemikiran Melayu
(d) Bahan-bahan untuk Perbandingan dari Bahasa Lain
(e) Bahan-bahan Pengajaran bagi Pengajian Melayu
(f) Penerbitan Berkala/ Buletin/ Surat Berita
(g) Jurnal Dunia Melayu

Dukungan Kewangan
1. Biasiswa untuk pengajian bahasa Melayu bagi pelbagai peringkat dan golongan perlu

disediakan, misalnya biasiswa untuk pelajar cemerlang, biasiswa untuk membolehkan
pelajar asing ditempatkan di salah sebuah universiti di Negara induk bahasa Melayu.
2. Sumbangan perlu diberikan kepada penerbit untuk tujuan penterjemahan karya sastera
dari atau ke dalam bahasa Melayu.
3. Sokongan kewangan perlu diusahakan untuk membantu kursus bahasa Melayu yang
ditawarkan sebagai kursus tambahan agar berkembang menjadi kursus yang lengkap.
4. Dana perlu disediakan untuk pengajaran linguistik, sains sosial dan kemanusiaan
dengan tujuan menghasilkan sarjana dan peneliti bahasa Melayu bagi mengatasi
masalah semakin kurangnya sarjana dan peneliti bahasa ini, baik di dalam mahupun di
luar negara.

Sebahagian rumusan sidang MABM yang tersenarai di atas telah dilaksanakan, tetapi
malangnya sesudah sidang kali keempat pada tahun 2004, kegiatan MABM telah
ditangguhkan dan pada tahun 2012 upaya mengaktifkannya semula telah mendapat restu
kepemimpinan DBP yang menjadi urus setia MABM.

PENUTUP

Makalah ini memberikan perspektif sejarah dan perkembangan semasa keantarabangsaan
dan program pengantarabangsaan bahasa Melayu. Selaras dengan pernyataan Perdana

27

Pelan Tindakan Strategik Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

Menteri Malaysia untuk mengangkat bahasa Melayu di persada dunia, makalah ini diharapkan
dapat memberikan beberapa masukan buah fikiran untuk mengisi gagasan Perdana Menteri
Malaysia.

RUJUKAN

Abdullah Hassan, 1998. “Dialek Melayu Supra untuk Melangsungkan Bangsa Melayu”. Kertas
kerja Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1998.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 1988. The Oldest Known Malay Manuscript Aqaid al-
Nasafi. Kuala Lumpur: University Malaya Press.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 1972. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 2001. Risalah untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur:
Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC).

Asmah Haji Omar, 2003. “Pengajaran Bahasa Melayu kepada Penutur Asing: Kaedah dan
Prinsip” dlm. Atiah Hj. Mohd. Salleh dan Ramlah Muhammad. Pengajaran Bahasa
Melayu untuk Penutur Asing. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan, 1995. “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Institusi Pendidikan
Tinggi: Pengalaman UIAM”. Kertas kerja Kongres Bahasa Melayu Sedunia, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 21 –25 Ogos 1995.

Awang Sariyan, 2002. “Bahasa Melayu sebagai Wahana Pemersatuan dan Pemerkasaannya
di Persada Antarabangsa”. Kolokium Bahasa dan Budaya Melayu, Universiti Frankfurt,
Jerman, 30 Oktober 2002.

Awang Sariyan, 2003. “Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Perbedaan dalam Kesatuan
(Bicara Awal Beberapa Aspek Kosa Katanya)”. Seminar Bahasa dan Persuratan
Melayu, Universiti Melbourne, Australia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1-6 Disember
2003.

Awang Sariyan. “Malay on the Ascendancy” dlm. The Star, 2 Mei 2004.
Awang Sariyan. “Bahasa Melayu Mekar di Benua Australia” dlm. Klik DBP, Berita Harian, 15

Disember 2004.
Awang Sariyan, 2006(a). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. (Siri

Lestari Bahasa). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan, 2006(b). Hakikat Bahasa dan Realisasi Fungsinya dalam Pembinaan dan

Penakatan Tamadun. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
Awang Sariyan, 2006(c). “Bahasa Melayu Setengah Abad Lalu dan Setengah Abad

Mendatang: Upaya Pemerkasaannya”. Kertas kerja Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Ke-7, 6 ‒ 8 November 2006.
Awang Sariyan, 2007. “Keunggulan Bahasa, Persuratan dan Tamadun Melayu”. Ucap Utama
Seminar Pasca-Kongres GAPENA, Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG),
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Penulis Pulau Pinang, 27 Mac 2007.
Awang Sariya, 2008. “Islam sebagai Teras Ilmu, Bahasa dan Budaya Melayu”. Kertas kerja
Seminar Angkatan Belia Islam Malaysia, 16 Ogos 2008.
Awang Sariyan, 2009(a). Mencari Makna Diri Melayu: Renungan untuk Bangsaku. Kuala
Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
Awang Sariyan, 2009(b). “Menjalin Persefahaman Tamadun melalui Pengajian Melayu:
Gagasan Pelan Tindakan”. Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu
Beijing 2009. Beijing Foreign Studies University, 31 Mei - 3 Jun 2009.
Awang Sariyan, 2009 (c). “Merealisasikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Dunia melalui
Jaringan Kerjasama yang Terancang dan Berkesan”. Kertas kerja undangan Seminar
Bahasa Melayu Bahasa Dunia, Kerajaan Negeri Johor, Universiti Malaya dan Universiti
Pendidikan Sultan Idris, 28 - 30 September 2009.

28

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu / 13 – 30
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Awang Sariyan, 2009(d). “Senario Perkembangan Bahasa Melayu di Peringkat Kebangsaan
dan Antarabangsa: Cabaran dan Harapan”. Ceramah Umum JKTBM, Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar Seremban,
17 Februari 2009.

Awang Sariyan. “Pengajian Melayu sebagai Gagasan” dlm. Pemikir, hlm. 145 – 177, April -
Jun 2010.

Awang Sariyan. “Pelajar Asing Ejen Perluas Penggunaan Bahasa Melayu” dlm. Berita Harian,
8 Mac 2010.

Awang Sariyan. “Melaksanakan Idealisme dalam Pendidikan Bahasa Melayu Bhg. 1” dlm.
Dewan Bahasa, Mei 2010.

Awang Sariyan. “Melaksanakan Idealisme dalam Pendidikan Bahasa Melayu Bhg. 2” dlm.
Dewan Bahasa, Jun 2010.

Collins, J.T., 1995 “Bahasa Melayu sebagai Bahasa Antarabangsa: Antara Kenyataan dan
Keraguan” Kongres Bahasa Melayu Sedunia, DBP, 21 – 25 Ogos 1995.

Collins, J. T., 1998. Malay, World Language A Short History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Collins, J.T., 1999. Wibawa Bahasa, Kepiawaian dan Kepelbagaian. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

“Cooperation between Leiden, Frankfurt and Kuala Lumpur: An Intensive Course in Malaysian
Malay” http://www.elnws.leidenuniv.nl/indes.php3?m=l&c=62

Farid M. Onn, 1989. “Bahasa Melayu Tinggi: Potensi dan Realiti Kerjasama Kebahasaan
Negara-negara Serantau” dlm. Asraf (ed.) Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan
Tamadun. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia dan Sasbadi.

Fishman et al., 1977. The Spread of English. Rowley Mass.: Newbury House.
Hassan Ahmad, 1998. “Gagasan MABBIM Menjadikan Bahasa Melayu - Bahasa Indonesia

Bahasa ASEAN Menjelang Tahun 2005” dlm. Prosiding Seminar Kebahasaan MABBIM.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kertas Perancangan Program
Kebahasaan 5 Tahun MABBIM Menghadapi Alaf Baharu 2000. Jabatan Bahasa, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein, 1995. “Bahasa Melayu di Dunia Melayu”. Syarahan Raja Ali Haji Ke-5,
Persatuan Linguistik Malaysia.
Liang Liji, 1996. Hubungan Empayar Melaka – Dinasti Ming Abad Ke-15. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Laporan Sidang Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) Pertama, 21 – 23 Ogos 2000.
Nik Safiah Karim et al., 2003. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Othman Yatim, 2007. Epigrafi Islam Terawal di Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Richards, J.C., 1991. The Context of Language Teaching. Cambridge: Cambridge Language
Teaching Library. Surat Prof. Dr. Guram Chikovani, Rektor Tbilisi Institute of Asia and
Africa, Georgia kepada pemakalah (25 Oktober 2005).
St. Takdir Alisjahbana, 1977. Dari Perjuangan dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia dan
Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Moderen. Jakarta: PT Dian Rakyat. Wawancara
dengan Abdul Razak Pandaemalae, Universiti Walailak, Wilayah Nakhon Si
Thammarat, 2010.
Wu Zong Yu, 2009. “Kedegilan Memperjuangkan Bahasa Melayu di China”. Kertas kerja
utama Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing 2009. Beijing Foreing
Studies University, 31 Mei ‒ 3 Jun 2009.
Zhao Yue Zhen, 2007. “Perkembangan Bahasa Melayu di China dan Impak Kesarjanaan
China dalam Pengajian Melayu”. Tesis Sarjana Pengajian Melayu, Beijing Foreign
Studies University.

29

Pelan Tindakan Strategik Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

* Petikan daripada buku Awang Sariyan, 2017, Pemartabatan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

30

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu / 7 - 12
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU ABAD KE-21 DALAM
PENGURUSAN DAN SEKTOR AWAM

Mohd Shafiq Bin Abdullah1
([email protected])

Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia

Abstrak

Usaha memperkasa bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam adalah selari dengan Perkara
152, Perlembagaan Persekutuan. Penggunaan bahasa Melayu di kementerian adalah pada
tahap yang baik. Namun masih terdapat ruang bagi penambahbaikan ke arah memantapkan
penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam. Antara isu dan cabaran utama yang
telah dikenal pasti dalam memperkasa bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam adalah
berkaitan dengan jati diri individu, penggunaan bahasa Melayu di organisasi dan peranan
bahasa Melayu dalam penyampaian perkhidmatan. Bagi mendepani cabaran-cabaran
tersebut, antara pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam usaha memartabat bahasa
Melayu dalam perkhidmatan awam adalah melalui pemantapan keupayaan dan perwatakan,
pemerkasaan bahasa Melayu dalam organisasi dan menyokong aspirasi kerajaan. Oleh itu,
perkhidmatan awam perlu menjadi contoh dan merupakan benteng hadapan dalam memenuhi
aspirasi kerajaan ke arah memartabat bahasa Melayu di persada antarabangsa.

Kata Kunci: Isu, cabaran bahasa Melayu abad ke-21, pengurusan dan sektor awam

PENGENALAN: BAHASA MELAYU DALAM PENGURUSAN DAN SEKTOR
AWAM

Sejarah kegemilangan bahasa Melayu dalam pengurusan dan sektor awam telah
terpahat sekian lama dalam pembangunan negara. Penggunaan bahasa Melayu
dipercayai bermula pada abad ke-7 semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya
(Fariza et al., 2018). Pernyataan ini membuktikan bahawa dalam sejarah pentadbiran
kerajaan, bahasa Melayu adalah bahasa utama dan telah digunakan secara meluas
sejak dahulu lagi.

Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu telah dikenali sebagai
bahasa komunikasi utama dalam bidang perdagangan, persuratan dan pentadbiran
(Fariza et.al., 2018). Penggunaan bahasa Melayu pada ketika itu turut menyumbang
kepada kemasyhuran Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sehingga dikenali sebagai
pusat perdagangan utama.

Sebelum kedatangan penjajah, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, lingua-
franca, perantaraan, komunikasi, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah
agama (Sharifah Darmia, 2019; Ku Hasnita et al., 2013; Awang, 1995). Namun, pada
zaman pemerintahan British, bahasa Melayu telah mula kurang diberi perhatian (Pusat
Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka). Walau bagaimanapun,
menyedari akan kepentingan bahasa Melayu kepada negara, bahasa Melayu telah
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan negara ini di bawah Perkara 152,
Perlembagaan Persekutuan (Mohd Taib, 1981).

1Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

7

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad Ke-21
dalam Pengurusan dan Sektor Awam

Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana sejak dari sejarah awal
penubuhan dan pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu seperti Kerajaan Bruas, Kesultanan Melayu Melaka, Johor Riau - Lingga dan
lain-lain merupakan kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pentadbiran, perdagangan, istitusi pendidikan dan hubungan luar (Pusat
Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka).

Penggunaan bahasa Melayu dalam kerajaan juga telah disokong dengan penemuan
Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1887 Masihi. Ini dibuktikan melalui catatan
huruf Jawi berbahasa Melayu pada Batu Bersurat tersebut dan ditulis pada awal abad
ke-14 (Salleh, 2010). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara
ini sangat bertepatan dan telah memberi impak yang cukup signifikan kepada
perkembangan bahasa Melayu. Setelah itu, bahasa Melayu telah mula berkembang
dengan lebih pantas dan meluas dengan berjaya muncul menjadi bahasa ilmu, bahasa
agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, bahasa
perdagangan dan bahasa pengantar dalam kebanyakan institusi kerajaan (Pusat
Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka).

Penggunaan bahasa Inggeris telah digunakan dengan meluas sebagai bahasa
komunikasi dalam perkhidmatan awam selepas penjajahan sehingga selepas
merdeka. Bahasa Inggeris digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti
perhubungan dengan bukan warganegara dan yang melibatkan hal-hal berkaitan
perundangan. Namun yang demikian, selari dengan Perkara 152, bahasa Melayu
tetap diberi keutamaan dan sentiasa diperkasa dalam perkhidmatan awam.

Perkembangan ini membuktikan bahawa bahasa Melayu sememangnya
berkeupayaan dan setanding dengan bahasa-bahasa besar dunia yang lain. Sejarah
kegemilangan bahasa Melayu adalah berdasarkan pembuktian yang jelas melalui
kejayaan yang telah dicapai sejak sekian lama. Sejarah kegemilangan ini hendaklah
diteliti dan menjadi penyuntik semangat ke arah membina sejarah baharu bahasa
Melayu.

ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU ABAD KE-21 DALAM PENGURUSAN
DAN SEKTOR AWAM

Bahasa Melayu telah wujud lebih daripada 1000 tahun dan mempunyai jutaan penutur
di seluruh dunia (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka).
Dalam tempoh lebih seabad itu, tentunya ia telah melalui pelbagai perubahan
berdasarkan budaya, penggunaan dan keperluan tertentu. Melihat kepada masa
hadapan, dengan pelbagai perubahan yang mendatang seperti perkembangan
teknologi dan peningkatan globalisasi, bahasa Melayu perlu terus ditambah baik
seiring dengan perubahan semasa.

Dalam menuju masa hadapan yang tidak menentu, cabaran untuk memartabatkan
bahasa Melayu juga adalah komple1ks. Penjawat awam perlu bertindak dengan
pantas berasaskan kepada daya ketahanan yang tinggi (resilient), bersifat anjal
(flexible), tangkas (agile) dan berinovasi (innovative) dalam mendepani cabaran masa
kini dan akan datang (Mohd Shafiq, 2022). Oleh itu, usaha menghayati dan
memartabatkan bahasa Melayu perlu konsisten dan seiring dengan perubahan zaman
(Hashim et al., 2014).

Berdasarkan cabaran-cabaran yang telah digariskan, tiga (3) isu dan cabaran yang
telah dikenal pasti berkenaan penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan dan

8

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

sektor awam adalah jati diri individu, penggunaan bahasa Melayu di organisasi, dan
peranan bahasa Melayu dalam penyampaian perkhidmatan.

Isu pertama adalah mengenai jati diri individu. Penggunaan slogan ‘Bahasa Jiwa
Bangsa’ oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah sangat bertepatan dan
membawa maksud yang cukup bermakna. Slogan berkenaan menunjukkan bahawa
bahasa merupakan milik mutlak sesuatu bangsa yang akhirnya menjadi identiti
kebangsaan (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka).
Bahasa menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Jati diri berkait dengan sifat atau ciri
yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya) yang
menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa.
Kekuatan bahasa juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa (Pusat Rujukan
Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka). Bangsa yang kuat akan lebih
berdaya saing dan lebih berjaya dalam pelbagai bidang.

Bahasa Melayu telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu dalam pelbagai bentuk
terutamanya semasa menuntut kemerdekaan negara (Pusat Rujukan Persuratan
Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka). Ini menunjukkan tahap jati diri dan semangat
patriotik yang sangat tinggi pada mereka. Namun pada hari ini keadaan telah berbeza
dan didapati semakin ramai warganegara dan rakyat negara ini yang semakin selesa
menggunakan bahasa Inggeris dalam berkomunikasi, dan meminggirkan bahasa
Melayu. Jika penggunaan bahasa Melayu adalah lambang kepada jati diri individu,
keadaan ini mencerminkan bahawa jati diri rakyat Malaysia yang semakin rapuh. Isu
ini perlu diteliti secara menyeluruh dalam usaha untuk terus memartabatkan bahasa
Melayu di masa hadapan.

Terdapat segelintir penjawat awam dan agensi kerajaan yang lebih cenderung
menggunakan bahasa Inggeris disebabkan terikut-ikut dengan trend atau tidak mahu
dilabel sebagai ketinggalan zaman. Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Penjawat
dan agensi awam sepatutnya menjadi pemacu utama ke arah memartabatkan
penggunaan bahasa Melayu.

Isu kedua adalah penggunaan bahasa Melayu di organisasi. Pada 5 April 2022,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melaksanakan kaji selidik terhadap 26 buah
kementerian mengenai penggunaan bahasa Melayu di kementerian (JPA, 2022).
Sehingga 22 April 2022, sebanyak 21 kementerian (81%) telah mengemukakan
maklum balas.

Hasil kaji selidik mendapati bahawa sebanyak 16 kementerian (76%) telah melaporkan
penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya iaitu 100%. Manakala sebanyak empat (4)
kementerian (19%) melaporkan penggunaan bahasa Melayu melebihi 90%. Terdapat
satu (1) kementerian atau (5%) yang melaporkan hanya menggunakan 10% bahasa
Melayu.

Penemuan kajian mudah ini menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu di
sektor awam adalah pada tahap yang baik, tetapi wajar dimantapkan lagi. Dalam
kajian berkenaan juga, kementerian-kementerian telah memberi maklum balas
berkenaan isu yang menyebabkan penggunaan bahasa Melayu tidak mencapai tahap
100%. Perkara ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam supaya sebarang isu
yang menghalang penggunaan bahasa Melayu dapat diatasi sebaiknya.

Isu ketiga adalah peranan bahasa Melayu dalam penyampaian perkhidmatan.
Peranan utama perkhidmatan awam adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik

9

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad Ke-21
dalam Pengurusan dan Sektor Awam

kepada rakyat. Pada masa kini, ekspektasi rakyat terhadap penyampaian
perkhidmatan kerajaan adalah sangat tinggi selari dengan perubahan persekitaran
semasa. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien serta
berimpak kepada rakyat, keupayaan menguasai bahasa Melayu adalah merupakan
suatu kelebihan kepada perkhidmatan awam.
Namun yang demikian, dalam dunia yang semakin mencabar dan penggunaan
teknologi yang bergerak pantas, keupayaan menguasai pelbagai bahasa adalah
merupakan satu kekuatan dan keperluan yang amat penting. Oleh itu, kemahiran
menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris perlulah seimbang dalam
memastikan penyampaian perkhidmatan awam adalah yang terbaik.

GAGASAN KESIMPULAN

Bagi memartabat bahasa Melayu di peringkat antarabangsa khususnya dalam
perkhidmatan awam, tiga (3) pendekatan yang telah dikenal pasti iaitu dengan
memantapkan keupayaan dan perwatakan, memperkasa bahasa Melayu di organisasi
dan menyokong aspirasi kerajaan.

Pendekatan pertama adalah memantapkan keupayaan dan perwatakan. Semangat
patriotik perlu diperkukuh agar dapat menyemai kecintaan terhadap bahasa Melayu.
Keupayaan dan perwatakan individu perlu dimantapkan supaya bahasa Melayu dapat
dihayati dan diamalkan sepenuhnya. Inisiatif dan program bagi memupuk kecintaan
terhadap bahasa Melayu perlu diteruskan secara konsisten.

Kesedaran dan pemahaman mengenai kepentingan bahasa Melayu perlu dijelaskan
melalui pelbagai platform dan bentuk. Bahasa Melayu bukan merupakan bahasa yang
tegar atau kaku, bahkan ianya adalah dinamik dan boleh berkembang dalam pelbagai
bidang.

Dalam konteks pembelajaran untuk membangunkan keupayaan, pembangunan
modul yang lebih interaktif dan mesra pengguna akan dapat menarik minat untuk
mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Terdapat
peningkatan minat yang tinggi untuk mempelajari bahasa Melayu di negara-negara
tertentu seperti Rusia dan Korea, tetapi menunjukkan penurunan minat yang agak
ketara dalam negara.

Pendekatan kedua adalah memperkasa bahasa Melayu di organisasi. Perkhidmatan
awam akan sentiasa memberi tumpuan dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu
dalam pengurusan dan sektor awam. Bagi memastikan bahasa Melayu digunakan
sepenuhnya dalam perkhidmatan awam, pelbagai inisiatif telah pun dilaksanakan.
Antaranya adalah penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi yang melibatkan
surat-menyurat, dokumen perjanjian, urusan mesyuarat dan penganjuran majlis rasmi,
perkhidmatan kaunter, maklum balas aduan dan isu dalam media massa,
pembangunan modal insan seperti pentauliahan Munsyi Muda Bahasa serta program-
program seperti pemerkasaan bahasa, pengauditan bahasa, dan pengiktirafan serta
penghargaan (JPA, 2020).

Ketua jabatan bersama-sama pegawai perlulah memastikan bahasa Melayu
digunakan dengan lebih baik di organisasi. Pelbagai inisiatif dan program boleh
dilaksanakan bagi meningkatkan lagi usaha dalam memperkasa bahasa Melayu.

Pendekatan ketiga adalah menyokong aspirasi kerajaan. Perkhidmatan awam
sentiasa menyokong aspirasi kerajaan dalam memperkasa bahasa Melayu seiring
dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Penggunaan bahasa Melayu

10

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

dalam perkhidmatan awam akan terus diperkasa dan ditambahbaik agar dapat
memenuhi hasrat kerajaan.
Kajian dan penelitian berterusan dalam pelbagai aspek adalah amat penting ke arah
memperkasa bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam. Salah satu usaha yang perlu
diberi perhatian adalah untuk memperbanyakkan istilah dan terjemahan dalam bidang-
bidang kritikal dan berimpak tinggi seperti dalam bidang Sains dan Teknologi dan
sebagainya.

PENUTUP: BERSAMA-SAMA MEMPERKASA BAHASA MELAYU

Perkhidmatan awam perlu menjadi contoh dan merupakan benteng hadapan dalam
memartabat bahasa Melayu. Perkhidmatan awam yang utuh diterjemahkan melalui
tahap penguasaan bahasa Melayu yang baik.

Usaha serta komitmen yang berterusan adalah perlu bagi memartabatkan bahasa
Melayu di persada antarabangsa. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab dan
amanah penjawat awam untuk memastikan bahasa Melayu sentiasa dimartabat
sepanjang zaman.

BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan., 1995. Ceritera Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fariza Md. Sham, Rohana Tan, Mohd Najib Adun, Azmah Ishak, Hamidah Erman,

Rohazaini Hasan, Siti Noraida Sood, Harun Bintang., 2018. Penggunaan

bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di Universiti Kebangsaan

Malaysia. GEMA: Online Journal of Language Studies, 18 (1). pp. 176-197.

Hashim Musa, Rozita Che Rodi, & Salmah Jan Noor Muhammad., 2014. Pelestarian

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan

Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi di Rantau Ini. IMAN: International

Journal of the Malay World and Civilisation. 2. 3-19.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)., 2020, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1

Tahun 2020: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam

Perkhidmatan Awam.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)., 2022, Maklum balas ke atas draf Pekeliling

Perkhidmatan Sumber Manusia - Ceraian PO.1.1.1: Pemerkasaan

Penggunaan Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam, Bahagian

Penyelidikan, Perancangan dan Dasar.

Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman., 2013. Keupayaan

Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa. International Journal of the Malay

World and Civilisation, 1(1), 2013: 55 - 65 55.

Mohd Shafiq bin Abdullah., 2022, Amanat YBhg. Dato' Sri KPPA, akses dari

https://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2022/teks_ucapan_kppa_feb.pdf

Mohd Taib Osman., 1981. “Sejarah Sepintas Lalu Perkembangan Bahasa

Melayu/Indonesia,” dalam Di Sekitar Persoalan Bahasa Melayu 1957- 1972,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka

https://prpm.dbp.gov.my/ akses pada 15 Mei 2022.
Salleh, A., 2010. Batu Bersurat Terengganu: Perspektif Matematik. Menemui
Matematik (Discovering Mathematics), 32(1),
1-15. akses

dari https://myjms.mohe.gov.my/index.php/dismath/article/view/13732.

11

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad Ke-21
dalam Pengurusan dan Sektor Awam

Sharifah Darmiabinti Sharif Adam., 2019. Peranan dan Cabaran

Bahasa Kebangsaan dalam Menyatupadukan Pelbagai Etnik diSab ah

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),

Volume 4, Issue 4 (pg1-11).

12

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu / 13 - 18
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU ABAD KE-21
-SUDUT PANDANGAN MALAYSIA-

Nik Safiah Karim
([email protected])

Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan isu peranan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi dalam konteks dasar dan pelaksanaannya di Malaysia. Turut
dibincangkan ialah cabaran globalisasi dan peranan bahasa Inggeris, bukan sahaja dalam
konteks negara Malaysia tetapi juga dunia yang lebih luas.

Kata Kunci: Isu, cabaran, bahasa Melayu abad ke-21, sudut pandangan Malaysia

PENGENALAN

Apabila tiba abad ke-21, aspek status bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan negara Malaysia tidak lagi dipersoalkan. Namun banyak
persoalan yang wujud dalam abad ke-20 ikut terbawa ke abad ke-21. Walaupun tidak
timbul lagi persoalan penggunaan bahasa Melayu di Parlimen (namun kualiti
penggunaannya perlu ditingkatkan), tidak demikian halnya di mahkamah-mahkamah.
Walaupun tidak timbul lagi persoalan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
institusi pengajian, namun beberapa dasar seperti PPSMI dan Dasar Dwibahasa tetap
diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Bahasa Melayu
dilaungkan dengan kuatnya sebagai bahasa utama negara; namun banyak pihak,
termasuk pucuk pimpinan negara dan golongan terpelajar, masih lebih selesa
menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi mereka.

Dengan kata lain, banyak persoalan abad ke-20 kekal menjadi isu dan cabaran abad
ke-21. Di samping itu, wujud pula isu dan cabaran bahasa baharu yang timbul dalam
abad ke-21 yang perlu juga ditangani.

Dalam kertas ini saya ingin menyentuh satu isu besar serta beberapa cabaran utama
yang menghadapai bahasa Melayu dalam abad ke-21, seperti yang berikut:

i) Isu peranan dan kedudukan bahasa kebangsaan itu sendiri.
ii) Cabaran globalisasi dan peranan bahasa Inggeris.

ISU PERANAN DAN KEDUDUKAN BAHASA KEBANGSAAN

Di bawah judul ini terdapat beberapa subisu, antaranya:
i) Sikap terhadap bahasa kebangsaan.
ii) Keupayaan bahasa Melayu.
iii) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sikap terhadap Bahasa Kebangsaan

Satu isu besar di Malaysia ialah walaupun wujud penerimaan bahawa bahasa Melayu
ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, sikap pucuk pimpinan dan

13

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad ke-21
Sudut Pandangan Malaysia

sebahagian besar rakyat adalah sebaliknya. Keadaan ini menghambat kejayaan
pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan.

Mengikut Awang Sariyan (1994), dasar bahasa di negara ini bermula dengan
idealisme, iaitu “idealisme untuk menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu,
idealisme untuk memupuk ciri-ciri pengenalan yang relatif seragam, dan idealisme
untuk menobatkan bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi yang berkesan dalam
sektor-sektor penting negara.”

Dengan kata lain, konsep idealaisme atau cita-cita membentuk rupa bangsa yang
memiliki ciri pengenalan yang sama amatlah penting. Ini selari dengan pandangan Le
Page (1964) yang mengatakan bahawa bahasa kebangsaan menjadi salah satu
lambang negara yang baru merdeka, sebagaimana lagu kebangsaan, bendera
kebangsaan, pakaian kebangsaan dan ciri-ciri lain yang diketengahkan untuk
menonjolkan suasana kedaulatan sesebuah negara baharu, sekali gus menimbulkan
rasa persatuan dalam kalangan rakyat jelata.

Ini selari juga dengan pandangan Paul Garvin (1974) tatkala membincangkan fungsi
bahasa kebangsaan dalam sesuatu negara. Beliau menyebut tentang empat fugsi
bahasa baku/standard, yakni bahasa kebangsaan, iaitu: (1) fungsi pemersatu, (2)
fungsi pembeza, (3) fungsi prestij, dan (4) fungsi rujukan.

Dalam konteks ini, tiga lagi istilah perlu ditimbulkan kerana pertalian yang amat rapat,
iaitu kesetiaan bahasa atau language loyalty, perasaan bangga terhadap bahasa
kebangsaan atau language pride, dan kesedaran akan norma atau awarenesss of
the norm.

Dalam konteks negara Malaysia, kesetiaan kepada bahasa kebangsaan menjadi
sebahagian daripada ramuan pembinaan jati diri bangsa kita. Demikian juga,
kesetiaaan bahasa amat rapat kaitannya dengan rasa bangga terhadap bahasa
kebangsaan sendiri.

Orang Perancis, misalnya, terkenal dengan rasa bangga dan kesetiaan bahasa
mereka dan terang-terang menolak penggunaan bahasa lain, terutama bahasa
Inggeris. Jepun, China dan Korea, tiga buah negara yang berjaya, sangat
menghormati bahasa kebangsaan masing-masing; mereka tidak ragu-ragu
menggunakan bahasa kebangsaan mereka dalam konteks antarabangsa.

Aspek sikap ini merupakan satu isu besar di Malaysia, terutama dalam kalangan pucuk
pimpinan dan golongan atasan. Alhamdulillah baru-baru ini YAB Perdana Menteri dan
seorang Menteri memulakan langkah dengan menggunakan bahasa Melayu dalam
arena antarabangsa, diikuti dengan pegumuman oleh YAB Perdana Menteri sendiri
bahawa amalan ini akan dipegang setiap kali beliau berada di luar negara.

Pada hemat saya, isu kesetiaan bahasa/language loyaty dan kebanggaan
berbahasa/language pride merupakan cabaran besar dan perlu diatasi dalam abad
ke-21 sekiranya Malaysia ingin berjaya dalam pelaksanaan dasar bahasanya.

Keupayaan Bahasa Melayu

Turut menjadi isu ialah persoalan sama ada bahasa Melayu mampu menjadi bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa perhubungan masyarakat
abad ke-21. Rasa sangsi ini terbit daripada kepercayaan yang teguh terhadap bahasa
Inggeris dan anggapan bahawa hanya bahasa Inggeris dapat memikul tugas-tugas
tersebut.

14

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Sebenarnya perasaan sangsi ni tidak berasas, dan terbit daripada perasaan terlalu
taksub dengan kepentingan bahasa Inggeris. Telah terbukti bahawa bahasa Melayu
telah berjala dilaksanakan sebagai bahasa pentadbiran negara. Surat-menyurat, minit
mesyuarat, laporan dan sebagainya telah ditulis dengan baiknya dalam bahasa
Melayu. Demikian juga, usaha-usaha gigih telah dijalankan untuk membina bahasa
Melayu terutama dalam bidang peristilahan, yang telah menjadikan bahasa tersebut
bahasa moden dan sesuai digunakan dalam konteks masyarakat semasa.

Sebenarnya yang tidak mampu ialah penutur bahasa Melayu itu sendiri. Penguasaan
bahasa Melayu mereka begitu rendah, dengan susunan ayat yang lemah dan
penggunaan istilah yang terhad, sehingga mereka tidak berupaya menggunakan
bahasa Melayu dengan baik. Namun mereka tidak menyalahkan diri mereka,
sebaliknya mengatakan bahawa bahasa Melayu yang lemah. Ini juga merupakan satu
isu besar, satu cabaran yang peru diatasi.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar

Ini juga merupakan satu isu yang dibawa dari abad ke-20. Ramai orang, termasuk
sebahagian daripada pucuk pimpinan, mempersoalkan pilihan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi. Akibatnya, wujud satu dua dasar yang
jelas bertentangan dengan dasar yang sedia ada, yang ditentang oleh rakyat, misalnya
dasar PPSMI dan Dasar Dwibahasa.

Sejarah telah membuktikan bahawa sejak tahun 1980-an lagi, bahasa Melayu telah
berjaya digunakan sebagai bahasa pengantar di universiti-universiti awam kita. Pada
waktu itu, terutama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang ditubuhkan untuk
membuktikan bahasa Melayu dapat menjadi bahasa pengantar di menara gading,
semua pensyarah tempatan menyampaikan kuliah dalam semua bidang ilmu dalam
bahasa Melayu. Ratusan buku dalam pelbagai ilmu telah dihasilkan dalam bahasa
Melayu.

Demikian juga, tesis sarjana dan kedoktoran turut ditulis dalam bahasa Melayu. Dalam
dunia akademik, kemuncak kesarjanaan seseorang profesor ialah penyampaian
syarahan perdana dalam bidang pengkhususan masing-masing. Sejak tahun 1980-
an, puluhan syarahan perdana dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan,
pergigian, kimia, fizik, biologi, perakaunan dan banyak lagi telah disampaikan dalam
bahasa Melayu oleh profesor Melayu dan bukan Melayu.

Jelas sekali bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan saluran ilmu
pengetahuan moden telah berjaya di Malaysia; namun kejayaan ini kemudiannya
diruntuhkan oleh seorang pemimpin yang terlalu taksub dengan bahasa Inggeris,
disertai para pengikut yang tidak berpendirian teguh terhadap bahasa Melayu.

CABARAN GLOBALISASI DAN PERANAN BAHASA INGGERIS

Gejala globalisasi telah melanda masyarakat kita dan seluruh dunia. Kita tidak dapat
menolak globalisasi kerana gelombangnya amat besar dan arusnya amat deras.
Globalisasi wujud dalam pelbagai bentuk dan kesan yang ditinggalkan pelbagai. Satu
aspek globalisasi ialah corak kesarwajagatannya dan peminggiran ciri-ciri khusus
sesebuah masyarakat atau negara. Terdapat juga unsur baik daripada gejala
globalisasi ini, namun kesan negatifnya kelihatan lebih jelas. Manusia kini mahu
berfikir sebagai individu dalam dunia yang telah mengecil tanpa sempadan. Jati diri

15

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad ke-21
Sudut Pandangan Malaysia

kenegaraan dianggap tidak sesuai lagi, kerana kita semua dalam satu dunia yang
sama. Tindakan yang bersifat lokal, bagi mereka, tidak lagi sesuai kerana kita
sekarang perlu berfikir dan bertindak secara global. Kita perlu bertindak berasaskan
satu budaya dan satu bahasa, kata mereka; pluraliti budaya dan bahasa akan hanya
melemahkahkan dan menghalang kecekapan perhubungan dan melambatkan
terbentuknya suasana bersatu padu.

Oleh sebab itu, dalam arus globalisasi, nilai-nilai asas kita perlu dipertahankan dan
kita perlu mengukuhkan jati diri kita sambil menolak unsur-unsur yang menggugat
keaslian kita. Kita hanya perlu menerima unsur-unsur globalisasi yang sesuai dan
selari dengan pegangan kita.

Globalisasi juga membawa sifat liberal, kecenderungan untuk melihat dunia sebagai
satu kawasan yang lebih kecil dan tidak banyak perbezaan. Sikap liberal ini popular
dalam kalangan generasi muda. Soal jati diri, bangsa, agama dan budaya semakin
terpinggir. Mereka berfikir sebagai anggota warga dunia. Mereka bercakap tentang
satu dunia, satu budaya besar dan satu masyarakat yang global sifatnya.

Dalam konteks bahasa, golongan ini tidak melihat kepentingan mempertahankan
bahasa-bahasa kecil kerana perhubungan lebih cekap jikalau hanya satu dua bahasa
yang luas penyebarannya. Bagi mereka bahasa-bahasa kecil yang ada lebih baik
diketepikan sahaja untuk memberi laluan kepada bahasa-bahasa yang lebih utama di
dunia, misalnya bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris, bagi golongan ini, amat sesuai
sebagai bahasa global dan bahasa-bahasa lain tidak diperlukan lagi. Soal maruah
bangsa, jati diri negara dan aspek-aspek kenegaraan lain tidak dianggap penting.

Jelas kelihatan bahawa sikap liberal yang dianuti oleh sejumlah besar golongan muda
pada masa ini menjadi satu cabaran kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan bahasa ilmu pengetahuan. Aspek ini
juga merupakan perkara yang dihadapai bersama oleh negara-negara ASEAN.

SIKAP TERHADAP BAHASA INGGERIS

Kita sedia maklum bahawa bahasa Inggeris kini merupakan bahasa yang paling luas
tersebar di dunia. Di samping menjadi bahasa kebangsaan negara-negara United
Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand dan bahasa yang
luas digunakan di beberapa buah negara lain, bahasa Inggeris juga berperanan
sebagai bahasa saluran ilmu pengetahuan dengan timbunan bahan rujukan dalam
pelbagai bidang ilmu pengetahuan ditulis dalam bahasa tersebut. Istilah lingua franca
amat tepat bagi bahasa Inggeris pada masa ini, kerana digunakan di seluruh dunia
sebagai bahasa perhubungan walaupun dalam pelbagai variasi (versi Inggeris,
Amerika, Australia, dsb.). Bahasa Inggeris juga merupakan salah satu bahasa rasmi
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bahasa yang paling luas digunakan
dalam kalangan anggota badan ini berbanding dengan bahasa-bahasa rasmi lain.

Bahasa Inggeris memang dikagumi oleh sejumlah besar penduduk dunia.
Kepentingannya amat ketara kerana telah berjaya menjadi alat perhubungan bagi
seluruh dunia di samping menjadi saluran maklumat, terutama dalam bidang sains dan
teknologi. Dapat dikatakan bahawa sesiapa yang tahu menggunakan bahasa Inggeris
tidak akan sesat walau ke mana ia pergi.

Oleh sebab itu, semua pihak berusaha untuk menguasai bahasa Inggeris. Demikian
juga kita di kawasan Asia Tenggara. Dalam dunia sekarang, dwibahasa telah menjadi
norma; dunia monobahasa semakin pupus.

16

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Masalah dan cabaran yang timbul daripada situasi ini ialah apabila wujud sikap terlalu
taksub terhadap bahasa Inggeris, sikap melihat kepentingan bahasa Inggeris sebagai
asas segala kejayaan dunia. Bagi mereka, jika hendak berjaya, bahasa Inggerislah
kuncinya. Mereka tidak melihat kepada kejayaan negara-negara seperti China, Jepun,
Korea, Perancis, Rusia dan banyak lagi yang sangat maju tetapi mempertahankan
bahasa kebangsaan sendiri. Sikap taksub terhadap bahasa Inggeris ini telah
mengakibatkan peminggiran bahasa-bahasa lain, termasuk bahasa kebangsaan
sendiri. Faktor jati diri dan maruah bangsa tidak menjadi perkiraan bagi mereka.

Demikian juga, mereka tidak melihat kepada gejala dwibahasa, iaitu keadaan
mempertahankan bahasa kebangsaan sendiri di samping menggunakan satu atau
beberapa bahasa lain, yang dilaksanakan selari tetapi mengikut fungsi masing-
masing. Aspek dwibahasa ini merupakan satu perkara yang telah sekian lama wujud
dalam masyarakat Asia Tenggara dan diterima dengan senang oleh ahli-ahli
masyarakatnya. Dalam situasi negara yang mahu mempertahankan bahasa
kebangsaan masing-masing tetapi sedar tentang kepentingan satu atau beberapa
bahasa antarabangsa lain, gejala dwibahasa merupakan satu penyelesaian yang
memuaskan semua pihak.

KESIMPULAN

Di Malaysia terdapat sekurang-kurangnya dua isu besar berkaitan dengan bahasa
Melayu menjelang abad ke-21. Antara yang utama ialah sikap terhadap bahasa
tersebut, iaitu tiadanya rasa setia dan rasa bangga terhadap bahasa negara, yang
terbit daripada keadaan masyarakat yang majmuk yang berkait rapat pula dengan
faktor sejarah dan penjajahan. Isu kedua berlegar di sekitar rasa kurang yakin dengan
keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan yang berkait pula dengan
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ini juga berkait dengan faktor
sejarah, yakni penjajahan, yang ada kaitan juga dengan kedudukan bahasa Inggeris
yang telah sekian lama bertapak di negara ini.

Dari segi cabaran, dua yang utama ialah cabaran globalisasi dan peranan bahasa
Inggeris. Bahasa Melayu, seperti bahasa-bahasa lain juga di dunia, menghadapi
cabaran globalisasi yang amat kuat dan sukar ditangani. Lebih mencabar ialah
peranan bahasa Inggeris yang sekian lama bertapak di Malaysia, akibat penjajahaan,
yang menjadikan usaha memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di
negara sukar dilaksanakan.

Namun, kesemua ini dapat diatasi sekiranya langkah diatur dengan cermat dan sikap
yang perlu dapat dipupuk. Kejayaan hanya dapat dicapai dalam jangka masa yang
agak lama. Paling utama ialah keyakinan yang ada untuk membuktikan bahawa usaha
memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu tidak bererti mengetepikan peranan
bahasa Inggeris.

BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan, 1994. “Idealisme dan Pragtisme dalam Menangani Dasar Bahasa.”
Pelita Bahasa, Februari.

Ferguson, C.A., 1968. “Language Development” dlm. Fishman et al. (1974) Language
Problems of Developing Nations. New York: Wiley.

Garvin, P., 1974,. “Some Comments on Language Planning”, dlm. Fisman, J.A.,

17

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad ke-21
Sudut Pandangan Malaysia

Advances in Language Planning. The Hague: Mouton.
Le Page, R.B., 1964. The National Language Question: Problems of Newly

Developing Nations. London: Oxford.
Nik Safiah Karim, 2010. Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman. Kuala

Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.
Nik Safiah Karim, 2017. “Sikap Terhadap Bahasa Melayu”. dlm. Nik Safiah Karim (ed).

Perancangan Bahasa: Ideologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

18

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu / 19
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

PENGUATAN, PERJUANGAN, POLITIK, & PEMARTABAN BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA DUNIA ABAD 21, ERA KOMPUTASI-KOMUNIKASI
GLOBAL

Harun Joko Prayitno1
([email protected])
Universitas Muhammadiyah Surakarta

Indonesia

Fungsi utama bahasa adalah untuk memartabatkan kehidupan. Memartabatkan bahasa
sama halnya dengan memartabatkan kehidupan. Pemartabatan kehidupan itu pada
hakikatnya adalah untuk memanusiakan manusia, memanusiakan penggunanya,
memanusiakan masyarakatnya, memanusikan bangsanya di kancah reputasi dunia.
Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia sama halnya dengan
memartabatkan dan memanusiakan masyarakat pengguna bahasa Melayu di seluruh
belahan dunia. Bahasa Melayu sebagai elemen terpenting dalam khazanah kebudayaan
telah mampu menunjukkan karakter penggunanya yang berkarakter kuat dan santun.
Bahasa Melayu telah mampu menunjukkan fungsinya sebagai perekat kebudayaan,
perkembangan keilmuan, kemajuan pengetahuan, transformasi teknologi, karya
monumental seni, wahana pengembang talenta inovasi kreativitas, dan media
komunikasi memajukan ekonomi serta perdagangan dunia. Karakter kuat dan santun
pada bahasa Melayu ini memerlukan penguatan, perjuangan, sikap, dan dukungan
politik bahasa. Politik pemartaban bahasa Melayu sebagai bahasa dunia hanya dapat
dideklarasikan oleh entitas struktur kebangsaan atau asosiasi kenegaraan yang sah dan
kuat. Perjuangan bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa internasional masih terus
dan tetap berproses sampai pada suatu tahap dinyatakan sebagai salah satu bahasa
komunikasi resmi internasional. Pemartabatan bahasa Melalyu menjadi salah satu
bahasa komunikasi resmi internasional ini sangat beralasan karena dukungan
penggunannya yang mencapai lebih dari 1 milyar, kekayaan budaya penggunanya,
kekhasan alam pengemban bahasanya, sebaran kawasan demografi penggunanya,
kontribusi temuan teknologi penggunanya, pergaulan global penggunannya sebagai
bagian dari warga dunia, dan sumbangan pemenuhan kebutuhan ekonomi
penggunannya untuk kemajuan bersama masyarakat internasional.

Kata Kunci: Bahasa Melayu, memartabatkan bahasa, memartabatkan manusia,
karakter bahasa, penguatan bahasa, perjuangan bahasa, sikap bahasa, deklarasi
bahasa, pengakuan bahasa internasional

1 Prof. Dr. Harun Joko Prayitno S.E., M. Hum ialah Timbalan Rektor (Akademik, Penyelidikan, Perkhidmatan,
Penerbitan dan Harta Intelek), Universitas Muhammadiyah Surakarta, Indonesia.

19

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu / 20 - 25
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYU DI KAWASAN
LAUTAN INDIA

Alexander Adelaar
([email protected])
University of Melbourne

Australia
Sinophon Project, Palacký University

(Czekia)

PENDAHULUAN

Lautan India adalah suatu kawasan yang biasanya tidak diberikan perhatian
semestinya dalam penelitian sejarah dan kebudayaan Melayu. Namun sudah
sejak lama sekali orang Melayu menelusuri pantai-pantai lautan ini dan melawat
ke pulaunya bahkan keberadaan mereka di daerah ini bersejarah sekali. Mereka
terlibat dalam perdagangan dan ekspansi territorial di Sri Lanka, baik secara aktif
dan pasif. Sudah diketahui umum masih ada orang Melayu di Sri Lanka dan
Afrika Selatan. Namun yang kurang diketahui ialah orang Melayu juga pernah
bergiat dalam pemukiman pulau Madagaskar dan berlayar sepanjang pantai
Afrika Timur. Orang Melayu pernah menduduki daerah-dareah di Sri Lanka. Lagi,
kemungkinan besar merekalah yang memulai berlayar ke Afrika Timur dan
Madagaskar dan mereka yang memindahkan orang Barito (orang Dayak dari
Borneo Selatan) ke daerah-daerah tersebut untuk membentuk populasi yang
baru. Juga kurang diketahui bahwa setelah penghijrahan penutur Bahasa Barito
ke Madagaskar, dunia Melayu dan Malagasi masih berhubungan terus lewat
perdagangan dan pertukaran budaya, dan hubungan ini dilanjutkan sampai
zaman penjajahan Eropah. Hubungan tersebut melibatkan pengenalan Islam
yang terawal di Madagaskar (Ottino 1986, Adelaar 1989, 2016a+b, 2017,
Beaujard 2012).

Lama kemudian di zaman moden penjajah Belanda dan Inggeris pernah
memindahkan orang Melayu ke Sri Lanka dan Afrika Selatan. Masa kini orang itu
sudah menjadi minoriti etnik yang cukup besar di kedua-dua negeri itu, walaupun
mereka tidak lagi bercakap Bahasa Melayu di Afrika Selatan, sedangkan bahasa
Melayu Sri Lanka memang mempunyai ciri yang tersendiri sehingga boleh
dikatakan hampir menjadi pun bahasa lain.

Situasi Bahasa di Madagaskar berlainan sekali dengan keadaan di Sri Lanka dan
Afrika Selatan. Asalnya bahasa Malagasi samasekali bukan Melayu (Dahl 1951).
Namun walaupun begitu bahasa ini masih berkaitan erat dengan bahasa Melayu
kerana pengaruh Melayu yang luar biasa atasnya, suatu pengaruh yang bermulai
jauh sebelum panghijrahan orang Malagasi ke Afrika Timur lagi berlangsung
sampai lama kemudian.

Dalam makalah ini saya menumpukan perhatian pada hubungan Melayu dengan
dua daerah di kawasan Lautan India, iaitu Sri Lanka dan Madagaskar. Di kedua-
dua daerah ini ada orang Melayu mahupun warisan budaya Melayu yang sangat
memerlukan perhatian dari saudara sepupu Melayu di Asia Tenggara. Orang
Melayu Sri Lanka masih selalu menjadi orang Melayu, dan mereka cuba bertahan
dalam keadaan kerusuhan politik dan ketidakstabilan ekonomi yang genting.

20

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Orang Malagasi masih berhubungan erat dengan orang Melayu. Sekarang ini
mereka di antara bangsa yang paling miskin di dunia (negara keempat termiskin
di dunia menurut laporan Bank Dunia [2022 Global Workforce Trends 2022]).
Walaupun asal bahasanya bukan Melayu, namun seperti akan saya jelaskan di
bawah, bahasa, sejarah, kebudayaan bahkan DNA orang Madagaskar masih
berhubungan erat dan secara langsung dengan orang Melayu, terutama dengan
orang Melayu dari kota Banjarmasin.

SRI LANKA

Negeri Sri Lanka pernah mengalami perang saudara kejam yang bermulai tahun
1983 dan berlangsung selama 26 tahun (sampai tahun 2009), bahkan boleh
dikatakan belum berakhir sepenuhnya. Walaupun sudah “damai” lagi, kerajaan
semasa suka terus menuduh minoriti Islam. Di masa lampau, orang Sinhala
bertempur dengan orang Tamil, Akhirnya Sinhala menang, namun di masa
seterusnya kerajaan nasionalis Sinhala mengalihkan kritiknya pada orang Islam,
menuduhkan mereka untuk banyak hal yang tidak disenanginya dalam politik dan
hidup sehari-hari di negeri. Orang Islam terdiri atas orang Moor dan orang
Melayu. Orang Moor merupakan kebanyakan di antara orang Islam: mereka
berasal dari Tamil dan bercakap bahasa Tamil.

Baru-baru ini keadaan di Sri Lanka lebih jelek lagi kerana kegawatan ekonomi.
Kebencian nasionalis di Sri Lanka (termasuk kerajaan semasa) terutama terarah
kepada orang Moor, namun orang Melayu juga makin dalam kawasan tembakan.
Strategi orang Melayu ialah untuk menekankan mempunyai identiti sendiri, yang
eksklusif Melayu.

Suku Melayu tersebut akan sangat dibantu kalau bahasa dan budayanya
mendapat dukungan infrastruktural, seperti perpustakaan sendiri (atau paling
tidak mendapat buku-buku sastera Melayu), buku-buku ilmu sejarah dan
kebudayaan Melayu, mungkin juga semacam pusat kebudayaan atau suatu
kedudukan profesor di universiti utama di Kolombo.

Memang tidak mungkin campur tangan dalam politik Sri Lanka. Walaupun semua
orang Islam dalam kedaan tidak selesa, tidak banyak yang boleh dibuat untuk
kaum itu dalam keseluruhannya. Namun paling tidak ada kemungkinan untuk
membantu pihak orang Melayu melalui dukungan perkembangan identiti mereka
sendiri. Mungkin menghalang mereka akan terlibat secara langsung dalam
kerusuhan politik di Sri Lanka.

MADAGASKAR

Penduduk Madagaskar adalah campuran orang Asia Tenggara dan orang Afrika
Timur. Nenek moyangnya yang berasal dari Asia Tenggara berhijrah ke Afrika
Timur, di mana mereka bergaul dengan orang berbahasa Bantu sebelum
meneruskan perjalanannya lewat Kepulauan Komoros ke pulau Madagaskar.
Inilah terjadi kira-kira pada abad ke-delapan. Bahasa mereka masih serumpun
dengan bahasa-bahasa Barito Timur di Borneo Selatan. Walaupun tidak berasal
dari bahasa Melayu namun masih banyak memuat banyak unsur bahasa Melayu,
terutama dalam kosakatanya. Unsur-unsur tersebut baik dari dialek Banjarmasin
mahupun dari dialek Sumatra. Ada juga pengaruh jelas dari bahasa Jawa, bahasa

21

Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Kawasan Lautan India

Sulawesi Selatan (Bugis?) dan bahasa Sanskerta. (Namun pengaruh Sanskerta
tidak langsung dari Sanskerta tapi masuk Malagasi lewat bahasa Melayu dan
Jawa). Pengaruh tersebut terdapat di seluruh kosakata tapi paling jelas dalam
bidang kosa kata laut, perkapalan dan nama angin dan sistem mata angin dan
dalam bidang nama bagian badan dan istilah persaudaraan (keakraban). Fakta
terakhir menunjukkan bahwa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa prestij
dalam konteks linguistik orang Malagasi. Pengaruh Melayu bukan hanya tampak
dalam kosa kata tapi juga dalam konsep-konsep celik huruf (literasi): terlihat
dalam penggunaan tulisan Arab dan istilah seperti anani soratra (anak surat),
renini soratra (ibu surat), yang sekarang ini sudah dilupakan sama sekali dalam
kedua-dua bahasa. Tulisan Arab tidak langsung dibawa ke Madagaskar oleh
penghijrah pertama tapi masuk beberapa abad kemudian (kira-kira abad ke-12?)
ke pantai Madagaskar oleh pelawat Melayu.

Memang Orang Melayulah yang memperkenalkan Islam yang paling awal ke
pulau itu, walaupun belakangan ini agama Islam datang melalui Afrika Timur
termasuk daerah pantai Swahili dan kepulauan Komoros. Memang Melayu dan
Jawalah yang pada mulanya memberi kerangka intelek kepada masyarakat
Malagasi. Jejak mereka juga dalam institusi-institusi, yang paling menonjol dalam
kerajaan, struktur istana dan penadbiran masyarakat Merina di pedalaman pulau.
(Bandingkan aplikasi struktur kosmologi moncapat, orientasi pada keempat mata
angin, penggunaan istilah seperti fanjaka ‘raja’, micara ‘bercakap, bicara’ dan
mpicara ‘hakim’, lapa ‘istana’ (< pendapa) dan prefiks kesopanan ra- (dari Bahasa
Jawa) pada awal nama terakhir, istilah persaudaraan dan kata ganti nama diri.
Kata sara ‘bayaran; hadiah; ufti’ masih wujud dari masa lampau, waktu nenek
moyang orang Madagaskar masih termasuk suku Dayak Barito Timur yang
secara teratur wajib membayar ‘serah’ (ufti, yang disebut sarah dalam Bahasa
Melayu Banjar). Tidak kalah penting, memang orang Melayulah yang membuat
penubuhan pertama dengan Afrika Timur dan menghijrahkan orang Barito ke
sana.

Dalam bidang kesusasteraan, ada hubungan langsung antara cerita epik Ibonia,
yang menjadi mitos asas bangsa Madagaskar, dan Hikayat Banjarmasin, suatu
teks yang menceritakan tentang sejarah dinasti diraja sultan-sultan Banjarmasin
dan menjadi legitimasi untuk perintahan mereka. Walaupun plot kedua cerita
berlainan, banyak butiran, metafor dan subplot masih serupa, atau paling tidak
sangat mirip, bahkan nama raja awal hampir sama: dalam mitologi Malagasi ialah
raja Ralambu (dari prefix hormat ra- + lambu, yang artinya ‘lembu’ dalam dialek
Melayu Banjar, bahasa-bahasa Barito Timur, dan bahasa Malagasi lama). Dalam
Hikayat Banjarmasin nama Lambu (atau Lambung) Mangkurat. Baik Si Pahlawan
Ibonia maupun Putri Huripan, anak putri Lambung Mangkurat, sudah boleh
bercakap waktu masih dalam rahim ibunya sebelum lahir: dua-duanya minta
supaya diberikan pisau untuk memotong perut ibu kerana tidak mau keluar
secara biasa, dianggap najis. (Dan tidak dapat dielakkan, dalam kedua-dua hal
si Ibu meninggal kerananya). Peran air yang bercahaya samar-samar digunakan
sebagai metafor dalam penceritaan penciptaan putri dan putra. Banyak contoh
lagi pernah dibincangkan dalam buku Paul Ottino (1986), pakar antropologi
Madagaskar dari Perancis, termasuk simbolisme warna, peranan kosmologik dari
mata angin, dan lain-lain.

Sampai hari ini epik Ibonia masih amat penting dalam masyarakat Malagasi.
Dulu, abad ke16, adalah ketegangan politik dan agama di daerah pantai timur
Madagaskar, ketua-ketua agama dan pakar-pakar budaya kelompok etnik
“Zafiraminia” lari ke tanah tinggi di pedalaman, di mana mereka mendirikan istana
Merina dan membangun kota Tananarivo. Orang Zafiraminia (yang kemudian

22

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

disebut “Merina”) sebenarnya orang luar di pedalaman namun mereka berjaya
(succeed) mewujudkan dinasti baru berdasarkan epik Ibonia. Ceritanya
direkayasa menjadi pelan tindakan dan pembenaran untuk memerintah daerah
tanah tinggi. Orang Merina menjadi kelas atas sedangkan penduduk awal
menjadi kelas menengah dan bawah. Antara raja-raja Merina yang terawal ialah
Raja Ralambu. Walaupun masa kini Madagaskar menjadi republik, dinasti
kerajaan masih ada di latar belakang dan orang Merina masih selalu menjadi
sebuah kuasa pemerintahan di negeri.

Baru-baru ini hubungan antara kebudayaan Malagasy dengan kebudayaan
Banjarmasin dipererat oleh penelitian genetik, terutama hasil penelitian DNA
“autosomal” (Ricaut, Brucato, Cox in press). Sehingga baru-baru ini penelitian
tersebut melibatkan hanya dua unsur sel, ialah DNA mitochondrial dan
chromosom Y. Unsur itu secara cukup terhad memberi maklumat tentang kelamin
nenek moyang kita. Y chromosom menunjukkan bahwa orang Malagasy lewat
bapaknya memang ada hubungan dengan orang Barito, walaupun “sinyalnya”
tidak begitu jelas, sedangkan lewat ibunya adalah hubungan yang cukup erat
dengan orang Indonesia Timur. Namun terdapat banyak unsur lagi dalam DNA.
Apalagi, sejak lima belas tahun yang lalu pusat penelitian genetik makin terarah
kepada unsur lain itu, yang menjadi sumber yang jauh lebih kaya (walaupun
kekelaminan tidak lagi menjadi tumpuan perhatian). Sumber lain itu disebut “DNA
autosomal”.

Menurutnya, nenek moyang Asia tenggara dari orang Madagaskar masih paling
berkait rapat dengan penduduk kota Banjarmasin. Walaupun hasil ini
mengherankan pada mulanya, masih boleh dijelaskan dengan terus terang
(Adelaar 2017). Senarionya begini: dulu sebelum abad ke-7, orang Barito di
Borneo Selatan tinggal lebih dekat pada pantai laut daripada sekarang. Orang
yang berbahasa Melayu membuat pangkalan dekat pantai (atau pada
persimpangan sungai).

Kelompok berbahasa Melayu ini memang kecil sekali, hanya menjadi inti. Tempat
makin berkembang menjadi pusat perdagangan dan pusat istana setempat,
memang menjadi “metropol”. Orang Barito yang paling dekat pada metropol itu
makin berasimilasi pada inti Melayu sehingga akhirnya alih bahasanya menjadi
penutur Melayu dan masuk agama orang Melayu (kemudian masuk Islam).
Sekarang ini penduduk Banjarmasin bercakap dialek Melayu, menganut agama
Islam, mempunyai kebudayaan Melayu, dan yang terutama, mempunyai identiti
Melayu yang kuat. Namun DNA-nya masih mendedahkan pertalian yang kuat
dengan orang Dayak di pedalaman. Memanglah, keadaan ini agak sama dengan
yang terjadi di kota-kota lain di Asia Tenggara, bahkan di kebanyakan kota besar
lain di dunia: DNA si penduduk biasanya sangat berlainan dengan identitinya.
Jika nenek moyang orang Malagasi dari Borneo, mereka pasti pernah mulai ikut
serta dalam proses asimilasi menjadi Melayu namun dibawa hijrah ke Afrika
Timur sebelum kehilangan bahasa, identitas dan separoh dari kebudayaannya.

KATA PENUTUP

Orang Melayu di kawasan Lautan India baik masa kini mahupun pada masa
lampau sering terlepas perhatian kita. Walau bagaimanapun, mereka pernah
main peranan yang penentu dalam sejarah kebudayaan dan politik dalam
kawasan tersebut. Padahal sering masih main peranan itu, dan bukan hanya
dalam hal orang Melayu Sri Lanka atau orang Malagasi. Orang Melayu di Afrika

23

Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Kawasan Lautan India

Selatan memang kehilangan bahasanya dan sebagian penting dari
kebudayaannya, namun mereka masih punya identiti Melayu. Waruno Mahdi,
pakar linguistik dan sejarah kebudayaan di kota Berlin, percaya bahwa kelompok
etnik Naga yang pernah main peranan dalam sejarah lama di benua kecil India
memang orang Melayu. Menurutnya, istilah ‘Naga’ pada mulanya merujuk pada
orang pelaut pada umumnya, termasuk Melayu, dan hanya kemudianlah menjadi
istilah untuk kelompok etnis tertentu di India sendiri (di Assam) dan di Burma.
Maka istilahnya sudah dilepaskan dari referent asalnya (Mahdi 2017). Teknologi
perkapalan di kepulauan Maldives secara jelas menunjukkan pengaruh Melayu
(Manguin 2011). Pengaruh Austronesian (termasuk Melayu) terjangkau ke pantai
Afrika Timur (termasuk daerah Swahili dan Komoros, lihat Blench 2008, 2010,
Adelaar 2016a+b, 2017, Beaujard 2012, Crowther et al. 2016). Kerajaan Srivijaya
pernah berfungsi sebagai tempat perhentian bagi pedagang India pada
perjalannya ke negeri Cina, dan sebaliknya, bagi pedagang Cina yang sedang
berlayar ke India. Pada waktu itu menjadi pusat agama Buddha yang cukup
penting, pengaruhnya bahkan terasa sampai di negeri Tibet. Sudah jelaslah
pengaruh kebudayaan di antara India dan Asia Tenggara bukan hanya dari satu
pihak saja pada masa lampau!

Saya minta maaf kerana agak menyimpang dari tajuk utama simposium ini.
Namun paling tidak boleh dikatakan: jika bertukar-tukar pandangan tentang
pengantarabangsaan bahasa Melayu, biar kita juga memberi perhatian pada
pengantarabangsaan yang pernah ada atau yang hampir musnah.

BIBLIOGRAFI

Adelaar, K Alexander,1989. Malay Influence on Malagasy: Historical and Linguistic
Inferences, Oceanic Linguistics 28(1): 1–46.

Adelaar, K Alexander, 1991. Some Notes on Sri Lanka Malay, in Hein Steinhauer (ed.),
Papers in Austronesian Linguistics, No. 1. Canberra: Pacific Linguistics, 23–37.

Adelaar, Alexander (2016a). A Linguist’s Perspective on the Settlement History of
Madagascar, NUSA 61: 69–88.

Adelaar, Alexander, 2016b. Austronesians in Madagascar: A Critical Assessment of
the Works of Paul Ottino and Philippe Beaujard, in Gwyn Campbell (ed.), East Africa
and Early TransIndian Ocean World Interchange.London: Palgrave Macmillan, 77–
112.

Adelaar, Alexander, 2017. Who Were the First Malagasy, and What Did They Speak?
In Andrea Acri, Roger Blench and Alexandra Landmann (eds.), Spirits and Ships:
Cultural Transfer in Early Monsoon Asia. Singapore: Institute of South East Asian
Studies, 441–69.

Beaujard, Philippe, 2012. Les mondes de l’Océan Indien. Tome I: De la formation de
L’état au

premier système-monde afro-eurasien (4e millénaire av. J -C -6e siècle apr. J -C ).
Paris: Armand Colin. [English Edition: The Worlds of the Indian Ocean. A Global
History. Volume 1. Cambridge University Press, 2019].

Blench, Roger, 2008. The Austronesians in Madagascar and their interaction with the
Bantu of the East African coast: surveying the linguistic evidence for domestic and
translocated animals, Studies in Philippine Languages and Cultures 18:18-43.

Blench, Roger, 2010. Evidence for the Austronesian voyages in the Indian Ocean, in
Atholl Anderson, James H. Barrett and Katherine V. Boyle (eds): The global origins
and development of seafaring. 239-248. Cambridge (UK): McDonald Institute for
Archaeological Research.

24

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Crowther, Alison, Leilani Lucas, Richard Helm, Mark Horton et al., 2016. Ancient Crops
Provide First Archaeological Signature of the Westward Austronesian Expansion,
Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America
113(24): 6635–40.

Dahl, Otto Christian, 1951. Malgache et ma’anyan. Une comparaison linguistique.
Avhandlinger

utgitt av Instituttet 3, Oslo: Egede Instituttet.
Mahdi, Waruno, 2017. Pre-Austronesian origins of seafaring in Insular Southeast Asia,

in: Spirits and Ships: Cultural Transfer in Early Monsoon Asia (Andrea Acri, Roger
Blench and
Alexandra Landmann eds). CHECK. Singapore: Institute of South East Asian Studies.
Manguin, Pierre-Yves. 2011. “The Maldives Connection: pre-modern Malay World
shipping across the Indian Ocean.” In Civilisations des Mondes Insularies, ed. C.
Radimilahy and N. Rajaonarimanana, 261-284. Paris: Éditions Karthala.
Ottino, Paul, 1986. L'Étrangère intime. Essai d'anthropologie de la civilisation de
l'ancien Madagascar. Tomes I et II. Paris: Collection de l'École des Hautes Études
en Sciences Sociales, Éditions des Archives contemporaines.
Ricaut, François-Xavier Ricaut ; Nicolas Brucato, Murray P. Cox. In press. ‘Human
genetic approaches to Malayo-Polynesian prehistory’, in Alexander Adelaar and
Antoinette Schapper (eds): The Oxford guide to the Malayo-Polynesian languages
of South East Asia.
Oxford Series of the World’s Languages. Oxford: Clarendon Press. 2022 Global
Workforce Trends. 2022. (E-book).
[https://worldpopulationreview.com/countryrankings/poorest-countries-in-the-world]

25


Click to View FlipBook Version