The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurimandina3025, 2022-05-22 19:54:25

ctdn

ctdn

Perjuangan Memartabatkan Warisan Bahasa Melayu
sebagai Tunjang Peradaban Melayu

serta dijadikan panduan dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negara
Malaysia yang berdaulat.

Perkara ini jelas dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan
bahawa warisan bangsa Melayu menjadi teras utama di negara Malaysia, yang perlu
dihayati dan difahami oleh setiap rakyat Malaysia bahawa negara ini bukanlah negara
yang mengamalkan warisan demokrasi ala Barat yang bebas sebebas-bebasnya.
Perlembagaan Persekutuan tetap menghormati dan mempertahankan warisan
penduduk asal di Malaysia yang terdiri daripada bangsa Melayu serta penduduk asli
dan bumiputera.

Berdasarkan pengalaman sebagai ilmuwan dan budayawan tanah air, kepimpinan
GAPENA (1971 ‒ 2016) turut dilantik sebagai pakar rujuk dan Ahli Lembaga Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta mempengerusikan Jawatankuasa
Penerbitan serta Jawatankuasa Sastera dan Bahasa. Di samping itu, kepimpinan
GAPENA turut dilantik menganggotai Ahli Penasihat Kebudayaan Negara dan Ahli
Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Perbadanan
Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dan Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme (IKSEP) di negeri Melaka, khasnya dilantik menjadi Pengerusi Institut Seni
Malaysia Melaka. Di samping itu, kepimpinan ini turut memainkan peranan penting
dalam pengiktirafan negeri Melaka, dondang sayang, silat dan pantun sebagai
Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO), serta mewujudkan sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).
Pengalaman dan kegiatan sebagai ilmuwan dan budayawan sebagai profesor di
Universiti Malaya (1975 ‒ 2010), Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011 ‒ 2015),
Universiti Malaysia Kelantan (2014 ‒ 2016) dan Universiti Islam Malaysia (2017 ‒
sekarang), saya berterusan memberikan tumpuan bagi memartabatkan dan mewarisi
peradaban Melayu berteraskan disiplin ilmu dalam bidang sejarah, media,
sosiobudaya dan bahasa Melayu.

Pengalaman bergiat dalam gerakan melalui GAPENA (1980 ‒ 2016) di bawah
kepimpinan Tan Sri Profesor Emeritus Ismail Hussein bersama barisan kepimpinan
para ilmuwan seperti Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling, Profesor Dr. Firdaus
Abdullah dan Dato’ A. Aziz Deraman, GAPENA telah menjadikan agenda
memartabatkan warisan peradaban Melayu sebagai perjuangan utama, di samping
bergiat membimbing dan memperkasakan kegiatan dunia penulisan tanah air
sehingga ke peringkat antarabangsa. Semangat ini diteruskan dengan mewujudkan
Majlis Penasihat Warisan Peradaban Melayu, di bawah naungan Lembaga Bahasa
Melayu Melaka (2019 ‒ sekarang) dan Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dalam usaha memartabatkan institusi raja-raja Melayu di tanah air Malaysia, saya
menyokong usaha Yayasan Pembangunan Buku Negara dengan kerjasama Majlis
Profesor Negara dan DBP bagi menjayakan program “Dari Buku ke Layar” dengan
menerbitkan Dokumentari Raja-raja Melayu dengan kerjasama Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Bagi memulakan usaha yang murni ini, saya diberikan tanggungjawab
mempengerusikan Majlis Wacana Memartabatkan Institusi Raja-raja Melayu yang
Berdaulat pada 24 Mac 2022, bertempat di Dewan Besar Seri Pasific Hotel, Kuala
Lumpur, bersempena menjayakan Anugerah Telenovela ke-8. Satu memorandum

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

telah disediakan bagi memartabatkan institusi Raja-raja Melayu untuk memantau
warisan peradaban Melayu dengan lebih berkesan.

Dalam usaha mewarisi peradaban Melayu yang berteraskan ajaran Islam, sewajarnya
kita berpandukan ajaran Islam untuk menjadi manusia yang bermaruah dan
berbudaya tinggi. Hal ini bukan bermakna penyelesaian secara “demokrasi” akan
menyelesaikan segala-galanya, tetapi sikap saling menghormati dan kasih sayang
yang berbudaya tinggi, sentiasa mengenang dan membalas budi kepada yang
berjasa, dan tidak bersikap “lupa daratan” dalam perjuangan kita. Perkara ini akan
menjadikan kita hidup dalam keadaan yang tenang dan tenteram dalam usaha
menjaga maruah dan harga diri kita sebagai pemimpin yang dihormati dan disanjung
tinggi.

PERJUANGAN GAPENA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, Kongres Kebudayaan Melayu (1957)
dan Perlembagaan Persekutuan (1957) telah meletakkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan di Persekutuan tanah Melayu (1957) dan Malaysia (1963).
Perjuangan dan pengisian memartabatkan bahasa Melayu diteruskan oleh GAPENA
sejak ditubuhkan pada tahun 1971. Pada sesi Perbincangan Meja Bulat
Memartabatkan Bahasa Melayu pada 27 April 2010 di Hotel Marriot Putrajaya, saya
turut mewakili GAPENA bersama-sama wakil GAPENA dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dikemukakan
kepada Menteri Pelajaran. Malangnya, cadangan ini kurang mendapat perhatian dan
sokongan pada ketika itu.

Saya yang memimpin perbincangan ini yang turut disertai oleh Profesor Datuk Dr.
Zainal Kling dan Datuk Zainal Abidin Borhan telah mengemukakan beberapa
cadangan bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di
Malaysia. Antaranya, GAPENA mendesak dan menegaskan bahawa;

1. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan bukan bahasa Malaysia
berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
2. Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan atas usaha
menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2012 di sekolah rendah dan menengah.
3. Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu hendaklah turut
dilaksanakan di peringkat matrikulasi dan pengajian tinggi.
4. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, kerajaan hendaklah
mempertingkat taraf dan insentif elaun kepada guru bahasa Melayu. Guru bahasa
Melayu hendaklah terdiri daripada mereka yang pakar dalam bahasa Melayu dan lebih
ramai lagi guru dilatih dengan lebih serius dalam bidang bahasa Melayu.
5. Kurikulum Bahasa Melayu turut mengutamakan ujian lisan dalam bentuk prosa
dan puisi serta diambil kira dalam peperiksaan. Mata pelajaran Bahasa Melayu
menjadi syarat wajib lulus (kepujian) untuk mendapat sijil atau syarat untuk masuk ke
institusi pengajian tinggi dan juga syarat untuk mendapat pekerjaan sama ada dalam
sektor kerajaan mahupun swasta.

Perjuangan Memartabatkan Warisan Bahasa Melayu
sebagai Tunjang Peradaban Melayu

6. Usaha dan tindakan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) hendaklah diselaraskan supaya tercipta kesinambungan dalam
memartabatkan bahasa Melayu.
7. KPT hendaklah serius dalam memartabatkan bahasa Melayu dan
menjadikannya sebagai bahasa pengantar utama dalam institusi pengajian tinggi
awam dan swasta. Bahasa Inggeris boleh dimantapkan dengan menyediakan kelas
bahasa atau menjadikannya sebagai bahasa kedua, bukannya bahasa utama.
8. GAPENA menyokong usaha untuk mewujudkan Majlis Penasihat Pendidikan
Negara dan Jawatankuasa Kabinet Memartabatkan Bahasa Melayu.
9. GAPENA mencadangkan agar Akta Bahasa Kebangsaan memperuntukkan
kuasa Bahagian Penguatkuasaan Bahasa Melayu agar dapat menghukum atau
menegur pihak yang tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
10. Pelajar dari luar negara hendaklah lulus Bahasa Melayu sehingga
membolehkan mereka bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik.
Sebelum itu, peranan kerajaan yang tidak serius memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, terutamanya dalam sistem pendidikan Malaysia
mendapat tentangan dan teguran daripada para pejuang bahasa Melayu di tanah air
kita. GAPENA memainkan peranan penting bagi mencapai usaha murni ini dengan
menjalankan pelbagai kegiatan dan mengingatkan kerajaan agar usaha
memartabatkan bahasa Melayu menjadi kenyataan. Pada 15 Februari 2010, GAPENA
telah menjayakan Hari Pejuang Bahasa 152 dengan kerjasama Persatuan Penulis
Kuala Lumpur (KALAM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) serta wakil-
wakil NGO telah mengadakan pertemuan dan menghasilkan Piagam Sumpah Setia
Bahasa.

BAHASA MELAYU DI RUMPUN MELAYU

Sejak awal abad ke-20, pemimpin Melayu terutamanya golongan guru seperti Zainal
Abidin Ahmad (Za’ba) dan wartawan seperti Abdul Rahim Kajai telah memainkan
peranan penting bagi menyuarakan kepentingan orang Melayu pada zaman pengaruh
pemerintahan Inggeris, terutama dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan
memartabatkan bahasa Melayu dalam mewarisi peradaban Melayu. Kongres
Kebudayaan Melayu serta Kesatuan Guru-guru Melayu Semenanjung (KPEMS) dan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah memainkan peranan penting
bagi mempertingkatkan taraf ekonomi, pendidikan, bahasa dan sosiobudaya Melayu
bagi perjuangan dan mengisi kemerdekaan di Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan
pembentukan Malaysia (1963).

Dalam konteks warisan dan geobudaya dalam peradaban Melayu, bahasa Melayu
merupakan satu-satunya bahasa yang diiktiraf di dunia sebagai bahasa perhubungan,
ilmu, dan digunakan di peringkat antarabangsa, khasnya di rumpun Melayu yang
dikenali sebagai Nusantara. Walaupun terdapat pelbagai bahasa sukuan di rumpun
Melayu, namun bahasa Melayu yang berkembang maju sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka, kepulauan Riau, amnya di Sumatera dan Kalimantan telah dijadikan
sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan di Indonesia, dikenali sebagai bahasa
Indonesia. Namun begitu, para ilmuwan dan kepimpinan politik tetap mengakui
bahawa bahasa Indonesia berasal dan berakar daripada bahasa Melayu, satu
daripada bahasa suku bangsa Indonesia.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa ilmu, komunikasi dan perdagangan yang
penting telah menjadi bahasa peradaban yang berbudaya tinggi bagi mewakili wilayah
di rumpun Melayu dan menjadi bahasa bertaraf antarabangsa. Bahasa ini dituturkan
oleh tidak kurang daripada 300 juta penduduk dunia dan menjadi bahasa ilmu,
komunikasi dan perdagangan di rumpun Melayu, Nusantara dan perhubungan
antarabangsa. Hal ini bermakna bahasa penting untuk dipelajari bagi menjalankan
perhubungan politik untuk meluaskan pengaruh di rumpun Melayu, Nusantara.
Walaupun bahasa Jawa daripada suku bangsa Indonesia yang popular dan teramai
dalam kalangan warga Indonesia, namun bahasa Melayu telah diterima di peringkat
antarabangsa bagi tujuan perluasan pengaruh oleh orang Barat sehingga berjaya
menakluki beberapa buah negara di rumpun Melayu seperti Indonesia, Malaysia,
Brunei dan Singapura. Perjanjian demi perjanjian, bahasa Melayu yang menggunakan
tulisan Jawi telah diterima pakai dalam urusan penerbitan, terutama dalam membuat
perjanjian dan hubungan diplomatik dengan Raja-raja Melayu di rumpun Melayu.

Pepatah Melayu menegaskan, “bahasa menunjukkan bangsa” ialah satu kenyataan
yang sungguh istimewa yang wajar dihayati oleh setiap warga di rumpun Melayu.
Namun demikian, bahasa Melayu yang bertulisan Jawi telah menjadi warisan budaya
yang beraras tinggi bagi pembinaan dan mewarisi peradaban Melayu yang bertaraf
dunia. Pengaruh Islam telah diterima pakai sebagai khazanah yang amat berharga
dan telah dijadikan panduan dan kekuatan serta harga diri sebagai rakyat yang cinta
akan tanah airnya.

Dalam mewarisi peradaban dunia, bahasa Inggeris yang berasal dari England telah
menjadi bahasa yang dominan bagi pewujudan negara baharu seperti Amerika
Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura, namun warisan bahasa Inggeris
tetap digunakan dan diabadikan sebagai bahasa kebangsaan di setiap negara dengan
mempopularkan bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa ilmu, komunikasi dan
perdagangan di negara baharu yang dikuasai oleh kepimpinan negara dari Eropah.
Bahasa Inggeris tetap dijulang dan tetap menjadi bahasa yang dihormati dalam
mewarisi peradaban Eropah.

GAGASAN PERDANA MENTERI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Semangat dan usaha Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk
memartabatkan bahasa Melayu di rumpun Melayu, Nusantara, amnya di Persidangan
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mendapat tindak balas yang
positif daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo. Walaupun pandangan ini
mendapat bantahan daripada Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, namun
gagasan ini mendapat sokongan kuat daripada para ilmuwan Indonesia dan
pertubuhan seperti Persatuan Perdagangan Melayu Indonesia yang bersikap positif
dan memberikan pandangan dari segi warisan sosiobudaya sebagai satu peradaban
di rumpun Melayu, Nusantara, yang wajar diperkasakan dan dijelaskan bahawa
bahasa Melayu ialah bahasa ilmu, komunikasi dan perdagangan di negara ASEAN
yang utama di Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Brunei dan
Singapura.

Perjuangan Memartabatkan Warisan Bahasa Melayu
sebagai Tunjang Peradaban Melayu

Sebagai satu peradaban Melayu di rumpun Melayu, amnya di negara ASEAN,
sewajarnya kita bersepakat dan duduk berunding demi perpaduan dan kesatuan
dalam mewarisi peradaban Melayu sebagai peradaban yang setaraf dengan
peradaban dunia. Pengertian dan konsep Melayu bukan dilihat dari segi kepimpinan
politik, tetapi seharusnya seiring dengan pandangan para ilmuwan dan perjuangan
pemimpin di rumpun Melayu.

Bagi saya, kita turut meraikan pandangan daripada pelbagai pihak meskipun berbeza-
beza dari sudut pemikiran, fahaman politik dan falsafah negara, namun kita perlu
melihat dan seiring dengan kefahaman dari segi ilmu dan pengalaman kita mewarisi
sebuah peradaban yang berjiwa besar demi perpaduan dan kesatuan rumpun Melayu
di bumi Nusantara yang dikenali oleh orang Barat sebagai kepulauan Melayu yang
dari segi fahaman geobudaya dan negara bangsa yang sebenar-benarnya. UNESCO
pula mengiktiraf warisan peradaban di rumpun Melayu, Nusantara sebagai warisan
peradaban yang setaraf dengan peradaban dunia yang lain seperti Eropah, Arab,
China dan India.

Semoga cadangan yang disarankan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri bersama-sama Joko
Widodo bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di ASEAN menjadi
kenyataan. Bagi mencapai gagasan ini, Dato’ Sri Ismail telah bertindak mewujudkan
sekretariat di Jabatan Perdana Menteri, dipengerusikan oleh Dr. Kamaruzaman
Yusof, Pegawai Khas Perdana Menteri. Sekretariat ini telah menyelaras kegiatan bagi
memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia, amnya menjadi bahasa rasmi ASEAN
sebagai bahasa kedua.

Bagi mencapai hasrat yang murni ini, satu simposium bahasa Melayu bertaraf
antarabangsa diadakan pada 22 hingga 24 Mei 2022 di Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) dengan kerjasama DBP dan Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI). Dianggarkan 60 kertas kerja ilmiah dibentang bagi memberi
pandangan dan penjelasan tentang peri pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa
peradaban Melayu yang menjadi asas kepada bahasa Indonesia dan turut
berkembang di negara di rumpun Melayu seperti Brunei, Singapura, Thailand, Burma
dan Kemboja.

Didoakan simposium ini mendapat kata sepakat dan sefahaman bagi menjadikan
bahasa Melayu sebagai asas dan kekuatan bahasa Indonesia, sebagai bahasa
peradaban dan penyatuan serta perpaduan di wilayah rumpun Melayu, Nusantara, di
bawah kesepakatan negara ASEAN. Beberapa forum berbentuk maya turut diadakan
dan sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) turut berperanan menjayakan forum
bertajuk “Pentingnya Bahasa Melayu di ASEAN” yang akan disampaikan oleh Ketua
Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran; Profesor Dr. Muslimin
(Universiti Malang, Indonesia); serta wakil dari DMDI Kemboja, Datuk Oknha Othsman
Hassan, Profesor Dato’ Perdana Dr. Abd. Malik (DMDI Kepulauan Riau), Profesor Dr.
Husin Mutalib (DMDI Singapura) dan Dr. Kumajdi Yamiudon (DMDI Thailand). Forum
ini dipengerusikan oleh Tan Sri Profesor Dr. Abdul Latiff Abu Bakar (Pengerusi
Sosiobudaya dan Warisan DMDI).

Didoakan dan menjadi harapan kita agar dapat diwujudkan gagasan “Bahasa Melayu,
Bahasa Kita” dan kita berjuang dan terus berjuang mewujudkan gagasan kesatuan
dan perpaduan di rumpun Melayu-Nusantara, bersepakat menjadikan bahasa Melayu

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

sebagai satu daripada bahasa pengantara di ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu demi mewarisi peradaban Melayu bertaraf dunia.

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

HIKAYAT SEORANG PENYEBERANG BAHASA

Muhammad Haji Salleh
([email protected])

Malaysia

Abstrak

Muhammad Haji Salleh ialah anak zaman kolonial. Oleh yang demikian bahasanya,
pada umumnya, ialah bahasa Inggeris yang membentuk percakapan dan
pemikirannya. Bahasa ialah empayar kolonial dan beliau dijajah oleh bahasa dan
sastera Inggerisnya, yang terus membuatnya menjadi pelajar Sastera Inggeris yang
setia, sehinggalah beliau berpindah kepada Sastera Bandingan. Bidang baharu ini
merungkaikan cengkaman bahasa dan sastera itu terhadap cara berfikir dan
menulisnya. Apabila beliau bertemu pula dengan contoh-contoh iluminasi dan
kandungan sastera lama yang luar biasa, beliau berkesimpulan bahawa sastera
Melayu juga sama canggih dengan sastera Eropah. Dari sejak itulah beliau berhenti
menulis puisi dalam bahasa Inggeris dan cuba memerikan pemikiran dan perasaannya
dalam bahasa Melayu. Sebagai perbuatan anti-kolonial (dan pasca-kolonial), beliau
telah mentranskripsi lima buah manuskrip Melayu yang penting ke dalam aksara Latin,
menulis 17 buah himpunan sajak, menterjemah karya Melayu ke dalam bahasa
Inggeris dan sebaliknya, menulis lebih 10 buah buku kritikan untuk terus menambak
jalan kembalinya ke bahasa Melayu dan membentangkan kepada dunia sastera besar
dunia Melayu.

PENDAHULUAN

Kolonialisme ialah sebuah empayar fizikal dan juga suatu penaklukan kejiwaan.
Seorang anak yang dijajah negerinya juga dijajah akal fikiran dan jiwanya secara
menyeluruh. Oleh yang demikian, penjajahan meninggalkan kesan pada cara berbuat,
cara melihat, berfikir dan menilai. Izinkan saya membawa perhatian kita kepada
pengalaman seorang anak, yang lahir 80 tahun yang lalu dan masih merasa kesannya.

Anak itu, saya, masuk ke sebuah Sekolah Melayu pada tahun 1949. Saya
diperkenalkan kepada abjad Melayu dan Rumi. Bahasa pengantarnya ialah Melayu,
walau pun diajar juga bahasa Inggeris selama tiga tahun. Namun, oleh kerana bahasa
Melayu dianggap tidak lengkap atau berupaya mengajar anak-anak negeri, sekiranya
ada yang ingin memasuki sekolah menengah mereka harus memasuki kelas peralihan
dalam bahasa Inggeris, itulah terakhirnya saya dapat mendengar bahasa Melayu
dalam kelas-kelas saya. Ini berlarutan hingga darjah 6, dan hingga tingkatan 5, kerana
hanya bahasa penjajah saja layak membawakan ilmu di peringkat lebih tinggi.

LATAR PENDIDIKAN

Saya bersekolah di High School Bukit Mertajam hingga tahun 1957. Kami tidak diajar
mata pelajaran bahasa Melayu, dan sewaktu ingin dicari gurunya, sekolah kami
(mungkin dengan sengaja) tidak mendapatnya, terutama di Pulau Pinang, negeri
kesayangan British. Saya belajar sendiri dan mengambil peperiksaan sendiri dan lulus
sendiri.

Hikayat Seorang Penyeberang Bahasa

Hanya setelah berpindah ke sebuah sekolah khusus di Kuala Kangsar, barulah kami
diajar bahasa dan kesusasteraan Melayu. Dan ini hanya dibenarkan untuk sekolah ini
saja. Sementara itu, sejak Tingkatan 4 lagi kami diperkenalkan kepada karya-karya
penting sastera Inggeris, dan oleh kerana gurunya terlatih khusus (guru kami memiliki
ijazah Sarjana dari Cambridge) dan pandai mengajar, maka bahasa dan sastera
Inggeris kekal dalam bawah sedar saya hingga sekarang. Namun sayangnya, guru
kami yang mengajar Kesusasteraan Melayu, kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan sedang belajar sendiri untuk lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)-nya.
Demikian besar perbezaannya.

Dalam sistem pendidikan begini, bahasa dan budaya sendiri serta kekayaan
peradaban dan khazanah sasteranya dikesampingkan dan dianggap rendah tarafnya,
dan oleh itu, tidak perlu diberikan ruang analisis yang adil dan saksama pinggir
tamadun. Semuanya tidak diulas atau diberikan konteks kepentingan dan
kejayaannya. Dalam bawah sedar anak-anak sekolah ini, semua ilmu pencapaian
bahasa dan seni sastera yang datang dari Britainlah saja yang indah dan penting.
Sepanjang persekolahan saya, hanya bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar
dan bahasa berfikir. Demikianlah kita dapat memahami pendapat Robert Phillipson,
1992, dalam bukunya, Linguistic Imperialisme, beliau menyatakan bahawa:

English language is the key to the process of cultural
imperialism, which indirectly leads to intellectual imperialism.

Tambah beliau lagi:
Linguistic imperialism is that the dominance started and
maintained by the establishment and continuous reconstitution
of structural and cultural inequalities, between English and
other languages.

Robert Phillipson, (1992), menyimpul,
The British empire has given way to the empire of English.

The power of English is that it locates in a larger concept – that
of imperialism.

Dan lebih tragis lagi, Phillipson menghubungkan imperialisme bahasa ini dengan
`facisme, sexisme, dan kapitalisme.’ Demikian besar dan dalamnya tragedi yang
dialami oleh semua anak-anak dan manusia yang dijajah. Saya merupakan salah
seorang daripada jutaannya.

Dan yang membuat saya sangat suka kepada sastera Inggeris ialah kenyataan kelas-
kelasnya diajar oleh guru-guru yang terlatih dan mahir. Sementara itu, pada tahun
1958, Sastera Melayu diajar untuk judul karyanya, tarikh ciptaannya, dan nama watak
serta peristiwanya. Budaya dan seni besar yang menghasilkan disenyapkan. Pada
tahun 1956, saya harus belajar bahasa Melayu di High School Bukit Mertajam dengan
usaha sendiri. Walau pun dicari seorang guru bahasa Melayu, namun tiada pun
seorang calon yang diambil. Oleh yang demikian, kami terus dijajah.

Sebagai bandingan, di Kuala Kangsar, English Literature diajar untuk sasteranya, dan
diperlihatkan genius pengarang-pengarangnya. Guru Inggeris saya berkelulusan
ijazah sarjana dari Cambridge! Dan beliau bersungguh-sungguh menyampaikan
genius William Shakespeare kepada kami, seperti yang tidak dapat dibuat oleh guru
bahasa dan Sastera Melayu yang pada waktu itu sedang belajar sendiri untuk
mendapatkan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Jadi, saya pun cepat jatuh cinta dengan William Shakespeare melalui guru saya, Mr.
Baird. Saya terus mengikut jalan sasteranya hingga ke Brinsford Lodge di
Wolverhampton, dan juga di Universiti Singapura. Jadi, di sebelah pihak emas dan
permata dilukis dan diserlahkan, di pihak yang lain mutu manikam di kebun kita sendiri
tidak dikenali dan masih tidak diberikan watak dan penampilan yang sewajarnya.

Saya terus membaca dan dibesarkan oleh bahasa Inggeris yang ditunjukkan keunikan
dan kelebihannya. Maka saya mengkaji T.S. Eliot penyair terbesar pada tahun-tahun
1960-an, dengan usaha sendiri, terus membaca W.H. Auden, Dylan Thomas dan lain-
lain.

Bukan saya tidak membaca daripada sastera Melayu, tetapi hanya sebagai pelajar
yang ingin lulus peperiksaan. Benar, saya mendapat hadiah bahasa di High School
Bukit Mertajam dan di Malay College Kuala Kangsar, tetapi kantung ilmu saya hanya
beberapa peratus terisi dengan permatanya. Jadi, berlakulah suatu
ketidakseimbangan pengalaman sastera kami yang amat sangat. Kursus
kesusasteraan Melayu tidak menyusup ke dalam diri saya dan membesarkan saya
seperti dibuat oleh sastera Inggeris. Bahasa ini tumbuh, berbunga dan berbuah. Dan
pada suatu hari di tengah musim sejuk, saya melahirkan sebuah sajak dalam bahasa
Inggeris.

Seterusnya, oleh kerana minat saya sudah terbina secara serius dan
mengghairahkan, maka saya pun terus mengikuti kursus Sastera Inggeris di Universiti
Singapura. Di sana, saya bertemu dengan Prof. D.J. Enright, seorang penulis ternama
sastera British mutakhir dan juga Edwin Thumboo. Benar, saya juga bertemu dengan
beberapa orang penyair Melayu di Singapura, tetapi hubungan kami tidak kental dan
berterusan, maka dunia sastera semakin memberat ke sebelah.

Benar, saya juga menulis sajak-sajak dalam bahasa Melayu, namun, saya rasa
kekuatannya agak tipis, berbanding dengan sajak bahasa Inggeris. Malah, pada tahun
1967, sebuah sajak saya, telah terbitkan di majalah Meanjin, di Melbourne. Beban
kolonial menekan saya. Setelah menerbitkan buku pertama dalam bahasa Inggeris,
Time and Its People, saya pun mula menanya diri sendiri: Mengapakah saya perlu
menambah kepada khazanah sastera Inggeris yang begitu besar dan menjajah diri
dan sastera saya? Dengan alatan bahasa dan sastera Inggeris yang ada, maka saya
pun memulakan sebuah kajian sarjana tentang `The Development of Malay-
Indonesian Poetry.’ Pada waktu menulisnya, saya terbayang jalan pulang. Dan saya
pun mula lebih banyak menulis dalam puisi dan kritikan dalam bahasa Melayu dan
menterjemahnya ke dalam bahasa Inggeris.

Walau pun pada tahun 1970, kita sedar wujudnya suatu khazanah sastera dalam
bahasa Melayu yang luas, namun sangat sedikit perbincangan yang dibuat tentang
karya-karyanya. Kalau pun dibincangkan apa yang dilihat ialah jumlahnya, tetapi tidak
pada kualitinya, pada geniusnya. Kita tidak cepat membuang pengaruh dan cara
berfikir Inggeris dan terus melihat diri kita sebagai bangsa yang kurang pintar atau
halus seninya. Itulah etnosentrisme dan racisme. Benar, ilmu sastera kita pada waktu
itu masih pada tahap membilang jumlah karya dan manuskrip. Ini tidak mungkin dapat
meyakinkan orang seperti saya yang direndam oleh karya-karya besar Inggeris,
kritikan yang pintar dan mengghairahkan.

Semua ini akhirnya muncul sebagai imperialisme intelektual dan pergantungan ahli
akademik tempatan terhadap ilmu barat. Pensyarah dan pelajar berkejar mencari teori
oleh sarjana atau intelektual Barat - mereka jarang sekali melihat ke Asia seperti ke

3

Hikayat Seorang Penyeberang Bahasa

Jepun, China, India atau Parsi, yang ternyata lebih besar dan lebih tua usia dan tradisi
ilmu dan seninya.
Kita sering diajar bahawa tanpa teori Barat, kita tidak dapat menyelesaikan karya
akademik yang sedang kita tulis. Benar, ada beberapa teori yang sangat baik dari
Barat, yang merentas bahasa dan budaya, tetapi banyak juga yang secara sedar
menyambung prasangka imperialis ilmu yang pernah menjajah mereka. Sewaktu
belajar di Universiti Michigan, Ann Arbor, saya mengikuti kursus-kursus Sastera
Bandingan, yang segera menyedarkan saya kepada kenyataan bahawa Inggeris
hanyalah salah satu sastera dunia. Masih ada yang lain, yang lebih besar dan
berkualiti tinggi seperti dari India, Parsi, Jepun dan China. Maka saya pun mula
mengikuti kursus sastera China, Jepun, serta Amerika Latin selain sastera Eropah.

Sementara itu, saya harus mengikuti dua semester bahasa Perancis dan Belanda,
sebagai syarat untuk melepasi comprehensives.

Perlu juga disebut bahawa untuk beberapa tahun saya dimasukkan ke sekolah
Arab/agama di Sungai Aceh dan Bukit Mertajam. Sayangnya pengajian bahasa Arab
saya tidak begitu maju. Apabila kami sudah sampai ke halaman 10, ustaz kami
berhenti untuk berkahwin. Dan apabila dia diganti, dia juga berhenti untuk tujuan yang
sama. Jadi bahasa Arab saya sangat dasar.

Saya juga belajar secara sendiri bahasa Sepanyol sewaktu akan ke Peru, dan bahasa
percakapan Jepun sewaktu saya setahun di Universiti Kyoto, dan di hujung pengajian
sastera saya di Michigan, saya membuat kesimpulan bahawa pada tarikh itu, puisi
saya akan ditulis dalam bahasa Melayu dan bukan lagi dalam bahasa Inggeris. Inilah
suatu tindakan membayarkan kembali terhadap penaklukan akal dan jiwa saya oleh
Inggeris.

Sebelum itu, mungkin boleh disebutkan beberapa peristiwa yang membawa saya
kembali menyeberang ke bahasa dan sastera Melayu. Pertama, pada tahun 1970-an,
sewaktu di London, saya melawat Muzium British dan Royal Asiatic Society, di mana
tersimpan beberapa puluh manuskrip Melayu yang langka, termasuk manuskrip yang
terindah, Taj al-Salatin, yang disalin oleh Muhammad Umar. Sulalat al-Salatin, (MS
Raffles18) pula dianggap salinan yang terawal. Saya cukup tercabar oleh karya yang
saya anggap sebagai permata terindah sastera dalam bahasa ini, maka saya pun mula
mentranskripsinya beberapa tahun setelah itu dan menerbitkannya (1998), dan malah
menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris sebagai The Genealogy of Kings
(2020).

Kedua, mengapakah saya tidak diberitahu oleh guru-guru saya bahawa kita juga
memiliki suatu budaya manuskrip yang sangat canggih, dan sering pula lebih halus
daripada manuskrip Chaucer dan Johnson dan lain-lain? Inilah titik saya kembali
sepenuhnya kepada sastera Melayu, dan mengaturkan kajian, transkripsi serta
terjemahan karya-karya terpenting, termasuk juga Hikayat Hang Tuah.

Selain seni khat dan iluminasi yang canggih, manuskrip tua tidak mendapat perhatian
dan kajian yang setimpal. Demikian juga seni dan muzik, bahasanya yang halus.
Bahasa Melayu jelas tercipta daripada pengalaman kehidupan bangsa kita - di sungai,
paya, belantara, bukit, pantai, lautan dan perahu bangsa kita - maka
perbendaharaannya dapat menangkap. Oleh yang demikian, saya cukup banyak
menyeberang sungai pemisah bahasa dan sastera dan pada terkaan saya mengisi
karung pengalaman bahasa bukan-Melayu dan sastera saya, dan memperkenalkan
saya kepada keindahan bahasa-bahasa lainnya, yang malah lebih indah daripada
Inggeris.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Di taman bahasa Melayu, saya menemui sebuah belantara dengan tumbuhannya
yang luar biasa, bunyinya yang merdu dan sebuah khazanah yang hampir jarang
disentuh, Maka, saya mengidap semacam penyakit gangguan disebabkan bahasa ini
dan manuskrip serta teks yang belum dialih aksara. Jadi, saya mencari teks tertua
Sulalat al-Salatin, mentranskripsi dan mengkaji, dan akhirnya menulis sejumlah sajak
yang didasarkan kepada bab-babnya. Setelah itu, saya menterjemahkannya kembali
ke dalam bahasa Inggeris kontemporari untuk generasi baru. Projek-projek yang sama
saya lakukan untuk naskhah yang tertua Hikayat Hang Tuah versi terawal 1762.
Sajaknya sudah hampir 80 buah sudah siap, dan sedang saya teruskan.

Sementara itu, sebagai penyair, saya sudah menghimpunkan 17 kumpulan puisi
dalam bahasa Melayu, sebagai pensyarah di universiti saya sudah menerbitkan kajian
kritikan dan teori dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Saya sedikit malu untuk
mempamerkan senarai kajian-kajian dan ciptaan saya ini, tetapi tujuan sebenar saya
ialah untuk menyatakan apabila saya menyeberang sungai lebar dan berbahaya,
daripada bahasa dan sastera Inggeris, saya menemukan sebuah taman yang sangat
indah dan mengghairahkan, dan membuat saya sedikit gila. Maka senarai hasil kreatif
dan akademik saya pun menjadi agak panjang. Saya dicabar oleh teks (dalam versi
lama dan baru) yang belum ditranskripsi atau dikaji. Inilah bayaran kembali saya
kepada bahasa dan sastera Melayu kerana lama meninggalkannya, dan juga
semacam perbuatan anti dan pasca kolonial.

PERBENDAHARAAN KATA

Kita sering mendapat kesan bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa yang besar,
dengan perbendaharaannya sendiri. Di sebaliknya, bahasa Melayu dilihat sebagai
bahasa yang terbina oleh istilah- istilah dan kata-kata pinjaman. Lihat saja kamus yang
disusun oleh Wilkinson dan Winstedt yang tekun mencari akar luar kepada kata-kata,
tetapi kita juga diingatkan oleh Wikipedia yang menunjukkan asal-usul
perbendaharaan.

Di sebaliknya, bahasa Melayu sangat kaya dengan istilah-istilah tentang persekitaran
alamiah, daripada tumbuhan, bunga-bungaan, herba, ikan dan siput dan sebagainya.
Misalnya durian, rambutan, pulai, pulasan, nam-nam, ulam raja, kangkong, serai,
merbau, meranti melantai, berembang, kenanga, melur, pinang, sirih, gelenggang dan
lain-lain. Maka saya pun membuat keputusan bahawa bahasa kreatif dan ilmu utama
saya ialah bahasa Melayu yang dianak-tirikan selama berpuluh dekad.

Dan Inggeris sendiri meminjam sekitar 200 perkataan Melayu. Sekiranya kita memuji-
memuji Inggeris sebagai bahasa besar dan serba-boleh, tetapi sebahagian besar
kelebihan ini didapatkan juga dari sumber di luar bahasa itu:

5

Hikayat Seorang Penyeberang Bahasa

Asal usul sejarah bahasa Inggeris.
Sumber: https://triangulations.wordpress.com/2014/09/30/the-history-of-the-english-

language-a-diagram/

Istilah bahasa Inggeris.
Sumber:

https://en.wikipedia.org/wiki/Lists_of_English_words_by_country_or_language_of_ori
gin

WAJAH DAN PERIBADI BAHASA MELAYU
Maka saya pun mengatur untuk memasuki taman bahasa yang saya tinggalkan dan
cuba memahami kembali sastera, jiwa dan budayanya, serta menemui sudut-sudut
pentingnya.

• Tradisi yang tua dan berkembang di berbagai-bagai daerah yang membawa
juga sumbangan daerahnya

• Bahasanya yang tersebar luas dan digunakan oleh banyak suku dan bangsa,
di pasar, desa, pelabuhan dan istana

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Hakikat bahawa masih ada sastera lisan yang masih hidup, sementara di
Eropah bentuk begini boleh dikatakan sudah mati.
• Ada bentuk-bentuk yang unik seperti nazam, seloka, pantun, luwes dan malah
digunakan dunia antarabangsa.
• Ada taman metafora indah yang dipungut oleh seni yang merdu daripada alam.
• Alunan muzik bahasa yang indah.
• Istilah yang hanya terdapat dengan kepenuhan makna dan iramanya. Seperti
rindu, merajuk, sejahtera, yang jelas lebih banyak gemanya daripada `missing’,
`sulking,’ dan ‘well-being’. Begitu pula istilah meminang dan bersunat,
mengadap raja, dan menyembah yang sama sarat dengan gema istiadatnya.
• Kapal Melayu seperti perahu, jalur, sampan, lancang, sekoci, jong, juga tiada
wujud dalam bahasa Inggeris, maka beberapa daripadanya diambil terus
daripada istilah-istilah bahasa Melayu.
• Istilah budaya yang luas dan rencam.
• Istilah bahagian-bahagian alam, yang tidak wujud dalam bahasa Inggeris,
misalnya, genggam geroda, air mata pengantin, ati-ati, beruas, gelugur,
lemuni, sirih, pinang, kantan, cengkih, rambai, sukun, mengkuang laut dan
mengkuang hutan, tapak kuda, dan sebagainya.
• Dan sangat unik dunia ghaib Melayu seperti pelesit, hantu pocong, jembalang
tanah, hantu rimba, hantu denai, hantu laut, hantu sungai, puaka, hantu tanah,
hantu minyak, hantu panah ranjuna, hantu rebut, hantu siluman, hantu bunian,
hantu lempoyan, dan puluhan yang lainnya.

Setelah itu, saya membaca puisi lama dan juga karya-karya terbaru oleh Chairil Anwar
dan Subagio Sustrawardoyo, Baha Zain dan Latiff Mohidin. Sementara itu, dengan
bahasa Inggeris yang masih ada dalam diri saya, saya menterjemah daripada Melayu
(yang dulunya diremehkan) ke dalam bahasa Inggeris dan sebaliknya. Rasa saya,
bahasa Inggeris saya semakin matang dan dapat menjalankan tugasnya sebagai
bahasa puisi dan bahasa terjemahan. Hingga kini saya sudah menterjemah hampir 20
buah buku, termasuk Hikayat Hang Tuah, Sulalat al-Salatin, Peribahasa, Pantun, Puisi
Moden Malaysia, Antologi Sastera Malaysia, dan dari Jepun (melalui terjemahan
Inggeris) Kawabata, karya Yukio Mishima, Salju Musim Bunga, dan beberapa karya
terpilih Amerika Latin dan India. Inilah sumbangan pasca-kolonial dan dekonstruksi
saya terhadap Inggeris dan penjajahannya, dengan membawa kembali genius wilayah
Melayu kepada dunia yang lebih luas, dan sementara itu mengajak dunia menikmati
kebijaksanaan dan keindahan sastera kita.

Pada masa yang sama, sebagai penyair, saya sudah menerbitkan 17 kumpulan puisi,
beberapa buah esei kritikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, alih aksara dari
naskhah sastera lama termasuk Sulalat al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Isma
Yatim dan Hikayat Kulawandu, dua buah jilid autobiografi (dan dalam persiapan tiga
lagi).

Oleh itu, saya menggunakan bahasa penjajah untuk menafikan tuduhan dan
merungkaikan prasangka mereka dan pada masa yang sama memperlihatkan
kekayaan dan keunikan bahasa dan sastera ini.

Pandangan saya tentang peranan bahasa pernah saya catatkan dalam sebuah sajak
‘bahasa dan bangsa.’

bangsa itu diperibadikan bahasanya,
dan dilayarkan di sungai waktu
untuk menimbuskan lopak

7

Hikayat Seorang Penyeberang Bahasa

dan gunung sejarah yang berpasir.
jadi, makna berlakon di pentas penglihatan
untuk mengutip sejambak bunyi
meletuskan sekuntum bunga kecil suara
atau menyimpulkan seutas benang erti.

Ilmu sastera awal saya didasari oleh kesusasteraan Inggeris yang saya dapat dalam
kursus sastera Inggeris dan terbitannya yang sangat luas. Guru dan pensyarah saya
bangga bahawa mereka sudah menyebarkan genius tamadun Inggeris. Maka, saya
pun menerima pandangan mereka, membaca terus hingga kepada sastera Amerika,
Australia dan New Zealand.

Guru-guru Melayu saya tidak terlalu bangga bahawa mereka mengajar suatu mata
pelajaran yang sudah ditolak ke samping di Malaysia, terutama oleh pegawai dan
menteri yang mabuk teknologi dan industri. Namun mereka lupa bahawa bahasa dan
sastera ini ialah ciptaan imaginasi, pemikiran dan perasaan, bahasa dan bakat bangsa
kita. Sastera tumbuh dari detak jantung dan dunia persekitaran kita.

Apakah genius yang terlihat pada sastera kita, yang lisan dan yang bertulis?
Pertama, pantun yang melihat dunia dengan dikotomi yang akhirnya bergabung jadi
suatu cakerawala tempat mereka tinggal dan membina kehidupan. Maka, alam pun
dikutip sebagai metafora untuk dibaca manusia – mentafsir erti pergerakan langit, dan
daratan, sungai dan paya. Dalam pantun terbinalah pemikiran manusia tempatan
terhadap alamnya. Dalam baris-barisnya juga diungkapkan nilai-nilai menghormati
jiran dan teman, berkongsi ruang dan perasaan, dan bersama membina sebuah
masyarakat yang sejahtera. Oleh kerana bahasa ini sangat indah, maka penyairnya
sering memetik bahasa dan nuansanya yang paling merdu.

Kedua, ribuan ungkapan peribahasa melukis renungan mereka terhadap alam, nasib
dan takdir mereka di bumi yang mereka huni. Dalam baris-barisnya juga diturunkan
pandangan, dan kesimpulan tentang fenomena alam, bagaimana mereka harus hidup
di bumi itu dan merangka nilai bersama. Peribahasa boleh dilihat sebagai puisi terbaik
– dengan estetika, metafora, serta strukturnya yang padat dan sesuai.

Ketiga, karya agung kita, Sulalat al-Salatin, menjalinkan sejarah ke dalam imaginasi
bangsa. Bersamanya kita lihat permata metafora, pemerian dan deretan watak di
pentas kerajaan Melayu.

Keempat, Hikayat Hang Tuah pula menjadikan manusia kosmopolitan sebagai wira
dan pendukung nilai-nilai peribadi yang mulia. Beliau juga seorang pelayar ke banyak
bahagian dunia pada masa itu, yang dapat bertutur dalam lebih daripada 11 bahasa.
Sementara itu, beliau juga sangat memahami budaya dan adat istiadat istana China
dan Keling. Mungkin inilah contoh karya kosmopolitan yang pertama dalam sastera
kita. Wiranya dilukis sebagai sama sekali tidak memikirkan dirinya tetapi menyerahkan
hidupnya untuk berbakti kepada negaranya.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

9

Hikayat Seorang Penyeberang Bahasa

PENUTUP DAN CADANGAN TINDAKAN

1. Saya rasa kita harus segera menyahkolonisasikan sistem pengajaran bahasa
dan sastera kita, dan bukan sahaja menekankan nahunya, tetapi juga
keindahan, kehalusan, dan kebijaksanaan karya-karyanya.

2. Dalam pengajaran sastera pula, kita perlu ditujukkan seni ilustrasi kita (yang
tidak kalah dengan Inggeris dan Eropah), bahasa yang muzikal dan sangat
halus, serta metafora yang luar biasa.

3. Sastera kita juga memiliki puncak-puncak sastera yang menandakan genius
pengarang kita, dalam peribahasa, pantun, Sulalat al-Salatin, Hikayat Hang
Tuah dan lain-lainnya.

4. Bahasa Melayu yang baik dan sastera yang bijaksana wajib dihidangkan
kepada semua pelajar di sekolah dan universiti, supaya mereka dapat
berkenalan dengan pencapaian bahasa dan sastera mereka. Kita perlu adakan
kursus-kursus metodologi pengajaran sastera kepada guru-guru di sekolah di
universiti dan kolej, kerana merekalah yang harus mengajar mata pelajaran
ini, dan bukan, seperti sekarang diserahkan kepada guru bahasa (yang tidak
dilatih untuk mengajar sastera).

5. Kita harus nyahkolonisasikan sistem pendidikan kita, ajarkan kepada guru
tentang kejayaan bahasa dan sastera kita supaya meraka bangga seperti
pelajar-pelajar Inggeris bangga dengan William Shakespeare dan lain-lain.
Dan mungkin juga menyahkolonisasikan Kementerian Pendidikan kita.

6. Akhir sekali tanpa mengutamakan keindahan dan pencapaian pelajar-pelajar
kita akan terus menjadi hanya penghafal, dan bukan pencipta pantun, novel
dan drama.

BIBLIOGRAFI

Lantz, Sabio. (2014). “Triangulations Playful Explorations”.

https://triangulations.wordpress.com/2014/09/30/the-history-of-the-english-

language-a-diagram/
Muhammad Haji Salleh. (2000, 2020). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Haji Salleh. (2002). “Hang Tuah dalam Budaya Alam Melayu”. In
Perpustakaan Negara Malaysia, Warisan Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur:

Perpustakaan Negara Malaysia. 95-107.
Muhammad Haji Salleh. (2008). Malay Literary Poetics. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.
Muhammad Haji Salleh (transl.). (2010). The Epic of Hang Tuah. Kuala Lumpur: Institut

Terjemahan dan Buku Malaysia.
Muhammad Haji Salleh. (2013). La Poetique de la Litterature Malaise (trans by

Monique-Zaini la Joubert. Paris: Indes Savantes.
Muhammad Haji Salleh. (2019). Pantun: The Poetry of Passion. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya Press.
Muhammad Haji Salleh. (2020). The Genealogy of Kings (Sulalat al-Salatin).

Singapore: Penguin Random House SEA.
Phillipson, Robert. (1992). Linguistic Imperialism. New York: Oxford University Press.
Wilkinson, R. J. (1903 N 1907). A Malay-English Dictionary. Singapore: Kelly and

Walsh.
Winstedt, R. O. (1969). A History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford

University Press.

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

PERKEMBANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU DI CHINA:

DAHULU, SEKARANG DAN MASA DEPAN

Su Yingying@Suria
Han Xiao@Indah

[email protected]
Institut Pengajian Asia, Beijing Foreign Studies University

China

Abstrak

China merupakan antara negara yang aktif menawarkan pengajian bahasa Melayu di dunia.
Kontemporari, sebanyak 13 institusi pengajian tinggi telah membuka jurusan bahasa Melayu
di seluruh negara China sejak tahun 1962. Dengan usaha gigih institusi-institusi yang terlibat
serta kerjasama erat dengan pihak Malaysia, bidang pendidikan bahasa dan budaya Melayu
di China telah mencapai perkembangan yang cukup membanggakan. Seiring dengan
persahabatan China-Malaysia yang terus dipertingkat, makalah ini membincangkan
perkembangan dan pengukuhan bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di
negara China, selain kejayaan yang pernah dicapai oleh pelajar-pelajar jurusan bahasa Melayu.

Kata Kunci: Pengajaran, pembelajaran,pencapaian, bahasa Melayu, China.

PENGENALAN

Hubungan Malaysia dan China mempunyai sejarah yang panjang yang telah bermula
dua ribu tahun yang lalu sejak Dinasti Han China. Persahabatan mesra antara kedua-
dua negara ini mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan Dinasti Ming China dan
Kesultanan Melaka. Selepas merdeka, Malaysia telah menjalinkan hubungan rasmi
dengan China pada tahun 1974. Dengan usaha sama kedua-dua pihak dalam selama
48 tahun, perhubungan diplomatik antara China-Malaysia telah diangkat tarafnya
sebagai “Perkongsian Strategik Komprehensif” semasa lawatan Presiden China, Xi
Jinping ke Malaysia pada tahun 2013.

Di samping itu, sejak inisiatif “Jalur dan Laluan”, iaitu Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan
Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 telah diperkenalkan pada tahun 2013, kerjasama
China dan Malaysia dalam pelbagai bidang kian berkembang dengan pelbagai
kerjasama yang menggalakkan, biarpun menghadapi cabaran dan juga menghadapi
perkembangan yang berliku-liku, usaha gigih tetap diteruskan. Secara keseluruhannya,
perhubungan dua hala ini berkembang dengan positif sekaligus mendorong
perkembangan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di China.

Pada masa kini, lebih 140 buah institusi pengajian tinggi yang berada di 40 buah
negara di seluruh dunia telah menawarkan kursus bahasa Melayu. Negara-negara
tersebut termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Britain, Rusia,
Belanda, Jerman, Mesir, Pakistan dan negara lain-lain. Antaranya, China merupakan
sebuah negara yang amat penting dalam mengembangkan pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu varian Tanah Melayu di persada dunia.
Memandangkan kemajuan menakjubkan yang telah dicapai dalam bidang pengajian
Melayu di China, maka memperkenalkan model pengajaran dan pembelajaran serta
berkongsi pengalaman negara ini adalah penting demi menggalakkan penubuhan

Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu di China:
Dahulu, Sekarang dan Masa Depan

dan penyebaran Program Ijazah Bahasa Melayu atau Pengajian Melayu di seluruh
dunia.

Dalam makalah ini, penulis akan meninjau kembali sejarah penubuhan Program
Ijazah Bahasa Melayu di China dengan menjelaskan situasinya yang terkini secara
umum, menonjolkan kejayaan yang pernah diraih dan berkongsi detik-detik
bersejarah yang penting dalam proses perkembangannya.

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN
PROGRAM IJAZAH BAHASA MELAYU DI CHINA

Pada hakikatnya, seawal 1960-an, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
telah mula membenih di China. Pada tahun 1962, Beijing Foreign Studies University
(BFSU) merupakan universiti pertama yang menawarkan kursus bahasa Melayu di
negara ini dengan Profesor Wu Zongyu sebagai pengasas dan perintisnya. Usaha
murni ini telah menjadi titik permulaan bagi penawaran dan perkembangan kursus
bahasa Melayu di China.

Dalam tempoh sepuluh tahun yang berikutnya, iaitu tahun 1990 hingga 1999,
terdapat sebuah universiti lagi menubuhkan jurusan bahasa Melayu, iaitu Information
Engineering University yang mula mengajar bahasa ini pada tahun 1998. Sepuluh
tahun kemudiannya, yakni 2000-2009, tersingkapnya lembaran baharu untuk
perkembangan bahasa Melayu di China. Hal ini demikian kerana terdapat tiga buah
universiti baharu telah memulakan program Ijazah Bahasa Melayu, iaitu
Communication University of China membuka kursus bahasa Melayu pada tahun
2001, Guangxi University for Nationalities turut menawarkan kursus bahasa Melayu
pada tahun 2008, Yunnan Minzu University di Kunming pula mengambil langkah yang
sama dan membuka kursus bahasa Melayu sejak tahun 2009.

Tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan peningkatan komunikasi dan
pertukaran ilmu antara China dengan luar negara, terutama sekali sejak inisiatif “Jalur
dan Laluan” pada tahun 2013 yang diperkenalkan oleh Xi Jinping, Presiden Republik
Rakyat China. Pemupukan individu yang berbakat dalam bahasa asing yang
berkualiti tinggi telah menjadi keperluan yang mendesak bagi memenuhi
perkembangan strategi negara. Oleh itu, dalam tempoh masa 2010 hingga 2020,
terdapat lapan buah universiti dan dua buah kolej telah menawarkan kursus bahasa
Melayu iaitu Lijiang College of Guangxi Normal University (2012), Guangdong
University of Foreign Studies (2013), Tianjin Foreign Studies University (2014), Xi’an
International Studies University (2017), Guangxi University (2017), Chong Qing
College of Multi-Languages, Sichuan International Studies University (2020),
Chengdu Institute, Sichuan International Studies University (2020) dan Yunnan
University (2020). Dua buah kolej pula ialah, Minjiang Teachers College (2016) dan
Hainan College of Foreign Studies (2017). Suatu perkara yang amat dikesali ialah
Guangxi University dan Lijiang College of Guangxi Normal University telah membuat
keputusan untuk membatalkan program ijazah jurusan bahasa Melayu pada tahun
2021 atas kehendak mereka sendiri. Sehingga kini, institusi pengajian tinggi di
seluruh China yang menawarkan Program Ijazah Bahasa Melayu telah mencecah 13
buah, antaranya 11 buah universiti dan dua buah kolej seperti yang telah ditunjukkan
dalam Jadual 1.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Jadual 1: Keadaan Penubuhan Program Ijazah Bahasa Melayu (BM) di
Institusi Pengajian Tinggi di China

Masa

Taraf No. Nama Institusi Pengajian Tinggi dalam Bahasa Penubuhan
Inggeris Program Ijazah

BM

1 Beijing Foreign Studies University 1962

2 Information Engineering University 1998

3 Communication University of China 2001

4 Guangxi University for Nationalities 2008

5 Yunnan Minzu University 2009

6 Guangdong University of Foreign Studies 2013

7 Tianjin Foreign Studies University 2014

Universiti 8 Xi’an International Studies University 2017
9 2020
Chong Qing College of Multi-Languages,
Kolej 10 Sichuan International Studies University 2020
11 2020
12 Chengdu Institute, 2016
Sichuan International Studies University 2017
13
Yunnan University
Minjiang Teachers College

Hainan College of Foreign Studies

PENCAPAIAN PERKEMBANGAN PROGRAM IJAZAH BAHASA
MELAYU DI CHINA

Terdapat tiga peringkat bagi program pengajian Melayu di China, iaitu program
pengajian peringkat ijazah sarjana muda yang mengambil masa empat tahun, ijazah
sarjana yang mengambil masa tiga tahun serta ijazah diploma yang juga mengambil
masa tiga tahun. Secara umumnya, program ini berfokus pada pengajaran bahasa
dan persuratan Melayu, bermatlamat untuk memupuk individu berbakat bahasa
Melayu yang mempunyai asas bahasa yang kukuh, mahir menguasai kebolehan
mendengar, bertutur, memahami dan berkebolehan menterjemah apa sahaja bahan
yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Di samping itu, jurusan-jurusan bahasa
Melayu di China tidak terhad kepada kajian bahasa Melayu sahaja, sebaliknya
merangkumi kajian kebudayaan dan kemasyarakatan Melayu. Program pengajian
Melayu di China bukan hanya untuk memastikan siswa-siswinya fasih bertutur
bahasa Melayu tetapi juga dapat menyelami pemikiran orang Melayu kerana itulah
modal berkomunikasi yang dapat menjalinkan persahabatan dengan lebih erat.

Dengan ini, graduan jurusan bahasa Melayu di China akan mampu mengendalikan
dengan baik kerja-kerja penterjemahan, penyelidikan, pendidikan dan pengurusan
dalam bidang-bidang seperti hal-ehwal luar, perdagangan, kebudayaan, media
massa dan penerbitan, pelancongan dan sebagainya.

3

Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu di China:
Dahulu, Sekarang dan Masa Depan

Harus ditegaskan bahawa pencapaian dan kejayaan melahirkan graduan jurusan
bahasa Melayu yang bermutu tinggi di China adalah berkait rapat dengan bantuan
dan sokongan berterusan yang amat berharga daripada pihak-pihak Malaysia yang
terlibat serta kerjasama erat yang terjalin antara kedua-dua pihak, misalnya
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia,
Kedutaan Besar Malaysia ke China serta institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia
tempatan.

Sebagai contohnya, siswa-siswi program ini biasanya juga diwajibkan mengikuti
pengajian pemindahan kredit di Malaysia antara enam bulan ke setahun. Institusi-
institusi pengajian tinggi yang dipilih sebagai pihak penerima siswa-siswi jurusan
bahasa Melayu China termasuklah UM, UKM, USM, UITM dan sebagainya.
Sepanjang belajar di Malaysia, siswa-siswi China bukan sahaja mengikuti kuliah tetapi
juga menghayati dan memahami secara lebih mendalam mengenai budaya dan
masyarakat Melayu melalui pelbagai program yang ditawarkan oleh pihak tempatan,
misalnya program homestay yang amat menarik di kampung-kampung Melayu. Itulah
suatu cara yang amat berfaedah supaya pelajar-pelajar China dapat mendekati
tamadun Melayu dan masyarakat Malaysia dengan pengalaman mereka sendiri .

Menurut statistik setakat Mei tahun ini, sejumlah 41 orang pensyarah China jurusan
bahasa Melayu dan tujuh orang pakar asing dari Malaysia menjadi tenaga pengajar di
13 institusi pengajian tinggi China. Sejumlah 457 orang siswa jurusan bahasa Melayu
peringkat sarjana muda dan enam orang sarjana sedang belajar di kampus. Sejumlah
965 orang lepasan peringkat sarjana muda dan sepuluh orang sarjana telah berjaya
menamatkan pengajian dalam tempoh 60 tahun ini.

DETIK-DETIK BERSEJARAH PENTING
DALAM PERKEMBANGANNYA

Dalam tempoh masa 60 tahun, iaitu sejak pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu di China mula membenih, berakar, bertumbuh sehinggalah berbuah dengan
subur, terdapat beberapa detik bersejarah penting yang bukan sahaja menandakan
pencapaian perkembangan bahasa Melayu di China, tetapi juga menjadi lambang
kepada hubungan ilmiah dan pendidikan antara China dan Malaysia.

Yang pertama ialah, penubuhan Pusat Pengajian Melayu China. Pada 20 Jun 1997,
Pusat Bahasa Melayu ditubuhkan di BFSU sebagai hasil persetujuan antara kerajaan
Malaysia dan kerajaan China untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan,
khususnya tentang pengajaran bahasa Melayu di China. Perasmian pusat ini
disaksikan bersama oleh kedua-dua orang Menteri Pendidikan China dan Malaysia
pada ketika itu, iaitu Tuan Zhu Kaixuan dan Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul
Razak. Pada 1 September 2005 pula, Pusat Bahasa Melayu BFSU dinaikkan taraf
menjadi Pusat Pengajian Melayu China, dan dirasmikan oleh Dato’ Sri Mohd. Najib
yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dengan peningkatan
taraf program pengajaran bahasa Melayu kepada program pengajian Melayu, Pusat
Pengajian Melayu China secara rasminya menjadi pangkalan kegiatan ilmiah dan
pengembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di China, malah
turut membantu penubuhan Program Bahasa dan Pengajian Melayu di institusi
pengajian tinggi yang lain di seluruh negara (Awang Sariyan, 2019).

Detik bersejarah yang kedua ialah penubuhan Kursi Pengajian Melayu Malaysia-
China di BFSU. Penubuhan ini merupakan jawatan ilmiah kehormat yang ditubuhkan
bersama antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan China, sebagai pengiktirafan

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

kepada peranan BFSU dalam pembangunan program pengajian Melayu di China
sejak 1962. Beijing merupakan tempat keempat yang memiliki Kursi Ilmiah dengan
kerjasama kerajaan Malaysia, selepas Ohio University di Amerika Syarikat, Leiden
University di Belanda dan Victoria University di New Zealand. Gagasan
penubuhannya ini telah dicetuskan pada tahun 1996 dalam Persidangan
Antarabangsa Pengajian Melayu anjuran BFSU dan Dewan Bahasa dan Pustaka
Malaysia dan pada awal tahun 2007 dan secara rasminya Kursi itu telah ditubuhkan.
Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan telah dilantik sebagai Penyandang Kursi
Pengajian Melayu China yang pertama dan yang ketiga, manakala Prof. Datuk Dr.
Hj. Mohd. Taib telah dilantik sebagai Penyandang Kursi Pengajian Melayu China
Kedua oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kursi yang mula berfungsi pada
awal tahun 2008 ini berperanan memperkenalkan bidang-bidang baharu dalam
pengajian Melayu, meningkatkan program ilmiah pada peringkat ijazah pertama dan
ijazah lanjutan, melaksanakan penyelidikan dan penerbitan, serta membantu
penubuhan dan peneguhan program bahasa dan juga pengajian Melayu di institusi
pengajian tinggi di China (Awang Sariyan, 2019).

Satu lagi detik bersejarah ialah, penubuhan Sekretariat Penggerak Pengajian Melayu
China (SPPMC) serta penganjuran Mesyuarat Meja Bulat Perkembangan Jurusan
Bahasa Melayu di China Kali Pertama. Pada 4 Januari 2019, dengan bantuan dan
sokongan Education Malaysia Beijing, Kedutaan Malaysia ke China, Mesyuarat Meja
Bulat Perkembangan Jurusan Bahasa Melayu di China Kali Pertama berjaya
diadakan di BFSU. Mesyuarat meja bulat ini sangat bermakna kerana memberikan
peluang yang berharga kepada tenaga pengajar bahasa Melayu dari sepuluh
universiti dan kolej di China untuk bersama-sama membincangkan dan merancang
masa depan perkembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di
China. Apa yang menjadikan mesyuarat meja bulat ini lebih bermakna ialah
penubuhan SPPMC dalam mesyuarat ini. Sekretariat tersebut diletakkan di BFSU,
manakala Profesor Dr. Su Yingying, BFSU dilantik sebagai pengerusi sekretariat
tersebut. SPPMC didirikan bertujuan untuk memainkan peranan penting dalam
menggalakkan komunikasi dan kerjasama antara institusi-institusi pengajian tinggi
yang menawarkan kursus bahasa Melayu di China, memberikan manfaat dalam
bidang pendidikan bahasa Melayu di universiti dan kolej masing-masing, di samping
memperkukuh hubungan kerjasama dalam bidang pendidikan dan kebudayaan
antara China dan Malaysia.

KESIMPULAN

Menempuh masa 60 tahun yang lalu, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
di China telah mendapat pencapaian yang cukup membanggakan dengan bantuan
dan sokongan daripada pihak Malaysia yang terlibat, biarpun kadang-kala
menghadapi cabaran dan kesukaran. Sebagai perkongsian kejayaan pelajar, setakat
ini, siswa-siswi jurusan bahasa Melayu di China pernah mendapat johan dua kali,
naib johan lima kali dan tempat ketiga satu kali dalam sejumlah 14 sesi Pertandingan
Pidato Antarabangsa Piala Perdana Menteri. Inilah salah satu bukti kejayaan
pendidikan program pengajian Melayu di China.

Kini, kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri
Yaakob sedang berusaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di rantau Asia
Tenggara khasnya dan di arena antarabangsa amnya. Usaha-usaha kerajaan
Malaysia seperti ini akan menjadikan bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa
ilmu yang lebih hebat dan bahasa berwibawa lagi berpengaruh di peringkat
antarabangsa. Pepatah Melayu berkata, “Bersekutu bertambah mutu”, kami yakin
bahasa Melayu akan mempunyai masa depan yang lebih cemerlang dengan

5

Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu di China:
Dahulu, Sekarang dan Masa Depan

kerjasama kita semua.

Dengan serangkap pantun sebagai akhirnya artikel ini,

Gunung tertinggi Gunung Himalaya,
Selat tersibuk Selat Melaka;

China-Malaysia cerlang budaya,
Bahasa Melayu dikembangkan bersama.

BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. (2019, Nov). Sisi-sisi Sosiobudaya yang Perlu Diberi Perhatian
dalam Inisiatif Jalur dan Laluan,Kertas kerja dalam Forum Antarabangsa Inisiatif
Jalur dan Laluan, Pulau Pinang, Malaysia.

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

PERKEMBANGAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI DALAM
KALANGAN MASYARAKAT KEMBOJA

Faridah binti Yaakob
([email protected])
Norol Iman Chroy Metrey High School

Kemboja

Abstrak

Sejak sekian lama Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara. Oleh yang demikian, senario yang berlaku pada hari ini, hampir semua
negara maju telah enggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dalam menuntut
ilmu sehingga peringkat pengajian tinggi. (Salleh Abdul Rashid dan Shuhairimi
Abdullah, 2015). Pada masa kini, Malaysia mengusulkan Bahasa Melayu menjadi
bahasa kedua ASEAN kerana bahasa ini dituturkan oleh kebanyakan penduduk
Negara-negara. Seramai 300 juta penduduk ASEAN menggunakan Bahasa Melayu
terutama di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina,
malah di Kemboja khususnya di kalangan masyarakat Cham (dari kerajaan Campa)
turut menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar". Bahasa Melayu adalah
bahasa ketujuh terbesar di dunia. (Noor Azmira Mohamed & Nor Azlili Hassan, 2009).
Artikel ini cenderung untuk membincangkan " Perkembangan Penggunaan Bahasa
Melayu Di dalam Kalangan Masyarakat Kemboja”. Hasil dari kajian pendapati bahawa;
perkembangan Bahasa Melayu di Masyarakat Kemboja makin meningkat dengan
beberapa fakta iaitu; fakta penyebaran dan pengaruh masa. Justru, Bahasa melayu amat
sesuai buat Masyarakat Kemboja pada masa kini dengan beberapa punca, iatu fakta
bersamaan (bunyi dan maksud), fakta pendidikan dan fakta pengaruh masa.

Kata Kunci: Bahasa, Budaya, Bahasa Melayu, Masyarakat Campa, Kemboja.

PENDAHULUAN

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa
Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan
persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Rekod terawal Bahasa Melayu
Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera
Selatan. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei,
serta salah satu Bahasa Kebangsaan di Sungapore. Di Indonesia, Bahasa Melayu
kini dipanggil Bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil
Bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, Bahasa Melayu
juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja,
Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Menurut statistik penggunaan bahasa di
dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama
penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah
penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas Bahasa Mandarin, Bahasa
Inggeris dan Bahasa Hindi/Bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000
orang mampu bertutur dalam Bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China,
terdapat radio dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di Universiti-
universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman,
New Zealand dan beberapa tempat yang lain. Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa
Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan
Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di

Perkembangan Penggunaan Bahasa Melayu di dalam
Kalangan Masyarakat Kemboja

Malaysia, Bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal
1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun
sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007,
Bahasa Kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia.
(Khairul Faezi Mohd Said, 2022).

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara Malaysia. Dalam Perkara 152,
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan di Malaysia
ialah bahasa Melayu. (Khuzaiton binti Zakaria, 2014). Ia menjadi bahasa perantaraan
utama, bahasa undang-undang-undang, bahasa ilmu dan bahasa dalam hal-hal
keagamaan. Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu menjadi wasilah pengungkapan
dan pengembangan ilmu yang cukup luas. Dalam bidang sastera, Bahasa Melayu
menjadi bahasa sastera yang meliputi pelbagai bentuk prosa dan puisi. Di samping
itu, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa undang-undang bagi hampir setiap
kesultanan Melayu; antaranya yang amat masyhur ialah Hukum Kanun Melaka. Di
peringkat antarabangsa pula, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan
diplomatik apabila digunakan dalam warkah dan perutusan serta perjanjian dengan
kuasa-kuasa dan pihak-pihak asing (Awang Sariyan, 2013).

Bahasa Melayu telah berfungsi sebagai alat komunikasi yang bersifat ekonomi pada
zaman Melaka ekoran daripada fungsinya sebagai pusat penyebaran agama Islam dan
pusat aktiviti perdagangan dan keusahawanan. (Journal of Human Development and
Communication, volume 4, 2015, page 126). Merujuk kepada penulisan Moene (1965)
dalam “Srivijaya Yava En. Katha”, beliau menukilkan pada era pemerintahan Srivijaya (650
- 1200 T.M) merupakan fasa peralihan ke arah proses kegemilangan Bahasa Melayu. Hal
ini demikian kerana Kerajaan Srivijaya telah meletakkan fungsi Bahasa Melayu
sebagai bahasa pentadbiran dan perantaraan. Memandangkan pemerintahan Srivijaya
menjadi pusat kegiatan ekonomi, secara tidak langsung ia telah menjadi pusat aktiviti
perdagangan bagi para saudagar tempatan dan asing menjalankan aktiviti
perniagaan. Untuk memastikan urusan transaksi perdagangan berjalan dengan licin,
golongan pedagang asing perlu menggunakan bahasa tempatan, iaitu Bahasa
Melayu Kuno sebagai medium perhubungan. (Journal of Human Development and
Communication, volume 4, 2015, page 127).

LATAR BELAKANG UMAT ISLAM KEMBOJA DAN PERKEMBANGAN
BAHASA MEAYU DI KALANGAN MASYARAKAT KEMBOJA

Latar Belakang Umat Islam Kemboja
 Muslim Kemboja adalah bangsa minoriti dalam Masyarakat Khmer yang
beragma Buddha.
 Dianggarkan jumlah Muslim 700,000 orang dari 15.5 Juta (5%)
 Penempatan Masyarakat Islam Kemboja di merata negeri seluruh Kemboja.
Namun yang paling ramai ialah di Negeri Tebong Khmum, Kompong Cham
dan Kompong Chnang.
 Manakala Pendidikan Islam di Kemboja (PIK): Jumlah sekolah PIK pada
masa kita sekitar 400 buah sekolah. (Dr. Maad Ahmad, 2021).

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Perkembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Masyarakat Kemboja

Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu
pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung
atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. (Mohd Isha
Awang, Berita Harian Rabu, 16 Julai 2008). Pada masa kini, Bahasa Melayu di
Masyarakat Kemboja makin meningkat dengan beberapa fakta iatu; fakta
pengaruh masa seperti penhijrahan pekerja rakyat Kemboja ke Malaysia, fakta
pendidikan dan fakta penyebaran.

Fakta Pengaruh Masa

Mengikut laporan, sekitar 1000 pelajar Kemboja yang sedang menyambung
pengajian mereka di Malaysia dan puluhan ribu rakyat Kemboja sedang bekerja
di negara Malaysia. Kesemua mereka ini boleh menguasai Bahasa Melayu
dengan baik.

Fakta Penyebaran

Terdapat pelbagai program kemanusian Malysia di Kemboja, seperti hubungan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan negara Kemboja bermula sejak tahun 1999 lagi
dengan lawatan Oukhiya Haji Kamaruddin Yusuf, Mufti Negara Kemboja dan al
marhum YB Tuan Haji Zakaryya Adam, Menteri di Kementerian Hal Ehwal
Keagamaan Kemboja (Secretary of State, Ministry of Cults and Religious Affairs,
Cambodia) ke DBP. Susulan daripada itu satu rangka program kerjasama telah
dirancang untuk mengembangkan bahasa Melayu di Kemboja. Program kerjasama
kebahasaan yang pertama diadakan di Kemboja ialah pada tahun 2002. Program ini
disasarkan kepada penduduk Kemboja yang berketurunan Melayu Cham yang
merupakan sebahagian besar penduduk Kemboja selain Khmer. (Wan Mohd Saophy
Amizul Wan Mansur, Berita Harian, Rabu, 16 Julai 2008, Halaman Dua Belas).

Bahasa Melayu Cham merupakan bahasa yang masih belum disusun tatabahasanya
secara sistematik. Atas faktor inilah DBP melalui Majlis Antarabangsa Bahasa
Melayu (MABM) mengambil inisiatif untuk mengadakan kerjasama dengan negara
Kemboja dalam usaha untuk mengembangkan bahasa Melayu ke persada
antarabangsa. Program kebahasaan ini diteruskan lagi pada tahun 2003 dan 2005
sebagai kesinambungan usaha terdahulu dalam melatih tenaga pengajar dalam
kalangan mereka untuk disampaikan pula kepada masyarakat Kemboja yang lain.
Pada tahun 2008, program kebahasaan ini telah diadakan pada 16 hingga 19 Jun.
Program dimulakan dengan Kursus Penataran Bahasa Melayu selama tiga hari dari
16 hingga 18 Jun di Dewan Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja. Seramai 30 orang
peserta yang mewakili setiap daerah di seluruh Kemboja seperti: Battambong, Kratie,
Kandal, Kampung Cham, Kampung Chnang, Siem Reap dan Phnom Penh
menghadiri kursus tersebut. Mereka juga merupakan peserta yang pernah terlibat
dengan program ini pada tahun-tahun terdahulu. kursus selama tiga hari ini
dirasmikan oleh YB Tuan Haji Zakaryya Adam dan YB Dr. Sos Mousine, Timbalan
Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Kemboja (Under Secretary of
State, Ministry of Rural Development, Cambodia) menyempurnakan majlis
penutupan serta menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta. Program
kebahasaan ini diakhiri dengan perbincangan ringkas bersama Duta Malaysia ke
Kemboja, Datuk Adnan Haji Othman di pejabat beliau di Phnom Penh yang turut
memberikan sokongan atas usaha yang dijalankan oleh DBP di Kemboja. (Wan

3

Perkembangan Penggunaan Bahasa Melayu di dalam
Kalangan Masyarakat Kemboja

Mohd Saophy Amizul Wan Mansur, BERITA HARIAN Rabu, 16 Julai 2008, Halaman
Dua Belas).

Fakta Pendidikan

Menurut temu bual dengan Dr. Maad Ahmad (Timb Dekan (Hepa), Ppt Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor, Kuis), kata beliau :”Diantara faktor penyebaran dan
penguasaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat Cham Kemboja adalah disebabkan
oleh sistem pendidikan agama di pondok2 sebelum dan selepas era Polpot adalah buku
jawi, antara buku jawi yang digunakan adalah buku karya syeikhh Daud fatani; yang
ditulis dalam Bahasa jawi. Buku itu menjadi rujukan utama, mijoriti guru-guru agama
ketika itu, sehingga terdapat beberapa sekolah Kemboja menjadi buku jawi sebagai buku
rujukan dan silibus hingga ke hari ini. Manakala selepas Polpot, boleh kata hampir semua
guru-guru agama boleh bahasa melayu, samada mereka boleh menguasai Bahasa
Melayu dengan sepenuhnya atau mereka memahami teknya, jadi apabila mereka
mengajar kepada anak-anak murid, mereka mengguna buku jawi tersebut. Kata Dr,
beliau sendiri belajar Bahasa jawi ketika beliau juga pernah mengikut pengajian buku-
buku ini pada tahun 1990-1994. Para murid ketika itu hanya menyelin buku tersebut
dengan tulisan tangan, kata beliau dengan cara ini secara automatik kita boleh
membelajari kandungan buku dan menguasai Bahasa Melayu sekaligus. Secara
umumnya, boleh dikatakan: Hampir semua guru-guru agama yang berpendidikan dalam
negara tahun 80/90han mereka dapat menguasai Bahasa Melayu (bahasa buku)”.

Manakala Pendidikan pada masa kini, terdapat pelbagai buah sekolah agama di
Kemboja yang mewujudkan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam silibus mata
pelajaran subjek Agama, seperti sekolah SEPAMA (Sekolah Bersepadu Musa-
Asiah), Sekolah Al-Nikmah, Institute Tahfiz Integrasi Kemboja (INTAC) dan lain-lain.

KEBERSAMAAN

Justru, bahasa melayu amat sesuai buat masyarakat kemboja dengab beberapa
asbab; pertama, Bahasa melayu telah digunakan dalam systim Pendidikan di
sekolah2 agama. kedua, kebolehan bahasa dan kebersamaan. Terdapat banyak
perkataan Cham yang mempunyai maksud yang sama dengan Bahasa Melayu;
diantara seperti berikut:

Bahasa Melayu Bahasa Cham
Mata Mata
Hiding Dung
Gigi Tagai

Tangan Tangan
Dahi Tahai
Kaki Kakai (Ley)
Betis Buhbetih
Langit Langi'
Kayu Kayau
Batu Batau
Dua Dua
Enam Enam
Tujuh Tujuh
Lapan Lapan
Semlan
Sembilan Hapuluh
Sepuluh

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Jalan Jalan
Lambu Lemo
Kerbau Kabau
Talam Talam
Duduk Duk
Talai
Tali Waktu
Waktu Petih
Putih Jau
Hijau Ayah
Ayah Lasai
Nasi Kapal
Kapal Kapak
Kapak Lakai
Lelaki Kakau
Kuku Mau
Mari Maen
Main Lemo
Lembu Boh
Buah

Tinjauan umum mendapati bahasa Cham yang digunakan oleh masyarakat Cham di Kemboja
mempunyai kebersamaan sekitar 25-30% dengan bahasa Melayu.

KESIMPULAN

Secara amnya, penggunaan Bahasa Melayu dalam Masyarakat Kemboja makin
meningka kerana fakta suasana semasa dan penyebaran. Oleh yang demikian,
penggunaan Bahasa Melayu amat sesuai untuk Masyarakat Kemboja dengan beberepa
fakta itu: fakta bersamaan bunyi dan maksud, fakta pendidikan dan fakta pengaruh
masa.

BIBLIOGRAFI

Fatimi, S.Q. (1953). Islam Comes to Malaysia. Singapura.
Howison, J. (1801). Dictionary of the Peninsula of Mallaca, the Island of Sumatera, Jawa,Borneo,
Pulo Pinang. & c. & c. t.p.
https://www.bing.com/newtabredir?url=https%3A%2F%2Fwww.kompas.com%2Ftren
%2Fread%2F2022%2F03%2F24%2F165100665%2Fmalaysia-usulkan-bahasa-
melayu-jadi-bahasa-kedua-asean-apa-alasannya-
Khuzaiton binti Zakaria, Thana binti Abdullah. (2014). Mengajar Bahasa Melayu
Kepada Penutur Asing dan Cabarannya: Pengalaman di Universiti Malaysia
Kelantan, Malaysia.
Maad Ahmad (Timb Dekan (Hepa). (Bual, 13 May 2022). Ppt Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor, Kuis.
Malaysia Usul Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua ASEAN, seen on 13 May 2022
at: https://news.detik.com/berita/d-5998866/malaysia-usul-bahasa-melayu-jadi-
bahasa-kedua-asean.
Noor Azmira Mohamed & Nor Azlili Hassan. (2009). Pengukuhan Bahasa Melayu

Sebagai Bahasa Perpaduan Di Institusi Pengajian Tinggi Swasta Universiti
Tunku Abdul Rahman (UTAR).

5

Perkembangan Penggunaan Bahasa Melayu di dalam
Kalangan Masyarakat Kemboja

Nur Rohmi, Malaysia Usulkan Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua ASEAN,
https://www.kompas.com/tren/read/2022/03/24/165100665/malaysia-usulkan-
bahasa-melayu-jadi-bahasa-kedua-asean-apa-alasannya-

Salleh Abdul Rashid dan Shuhairimi Abdullah. (2015). Mendaulatkan Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa Ilmu diInstitusi Pengajian Tinggi: Satu Analisis. Pusat Pengajian
Pembangunan Insan dan Tekno KomunikasiUniversiti Malaysia Perlis. Journal of
Human Development and Communication, Volume 4. Mukasurat [125–134].

Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansur, Berita Harian, Rabu, 16 Julai 2008,
Halaman Dua Belas.

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

BAHASA MELAYU DAN PEMBINAAN NEGARA: PENJENAMAAN
SEMULA STRATEGIK MESTI DILAKSANAKAN

Ahmad Murad Merican
([email protected])
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Abstrak

Dalam pelaksanaannya, wajar jika pihak berkenaan dan yang berwajib menjenamakan semula
Bahasa Melayu, bukan hanya sebagai agenda Melayu, tetapi juga sebagai agenda
kebangsaan serta global. Usaha memperkasakan bahasa kebangaaan ini mesti dilakukan
secara berterusan. Naratif Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan mesti dirombak
semula. Naratif negara sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat juga mesti
dirombak semula dalam konteks pertelinghakan terhadap bahasa Melayu dalam negara, dan
di rantau Kepulauan Melayu sendiri. Malaysia sedia maklum bagaimana Indonesia telah
menggunakan bahasa kebangsaannya. Bahasa Indonesia hakikatnya adalah satu usaha
penjenamaan semula negara bangsa Indonesia oleh Soekarno – demi penyatuan bangsa dan
sempadan negara seperti yang diimpikan oleh pejuang kemerdekaan negara tersebut.
Mungkin ini adalah masa dan peluang terbaik dalam menyelaraskan paparan nama bahasa itu
dalam membina negara. Sebahagian dari strategi penjenamaan semula ialah dengan
meneruskan dan melonjak pelaksanaan inisiatif diplomasi budaya. Malaysia selama ini
melaksanakan diplomasi tanpa konteks budaya dan peradaban. Inilah kelemahan negara.
Gagasan utama dalam hal ini ialah memperkenalkan dan mengatarabangsakan bahasa
kebangsaan itu sendiri lalu memperkukuhkan bahasa Melayu dalam negara. Persoalan bahasa
kebangsaan bukan hanya menumpukan kepada bahasa secara intrinsiknya, tetapi
menggunakan bahasa sebagai satu ‘alat’ negara dan dasar luar dalam memperkenalkan
semula budaya dan peradaban Melayu sebagai asas budaya Malaysia. Kini semua pihak
secara bersepadu mesti merancang satu naratif baharu mengenai Bahasa Melayu, sekurang-
kurangnya untuk 65 tahun akan datang.

Kata Kunci: Bahasa Melayu, pembinaan negara, penjenamaan semula strategik

PENGENALAN

Bahasa Melayu wajar dijenamakan semula. Malaysia telah melalui 65 tahun naratif
bahasa Melayu sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Apakah strategi
perlembagaan, pelaksanaan dasar dan Tindakan pentadbiran itu memadai? Apakah
perutusan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sampai ke jiwa setiap warga
negara? Beribu-ribu kajian dan tesis telah dilakukan dan diterbitkan bertujuan
mendalami keunggulan bahasa Melayu; memperkasakan bahasa Melayu. Sejarah
dan peranan Bahasa Melayu telapun mula dikaji sejak kira-kira 200 tahun dahulu, dan
65 tahun dalam negara yang merdeka ini.

Apakah dapatan dari hasil usaha tersebut digunakan, disebarluaskan, difahami oleh
semua lapisan warga negara? Dalam kertas kerja ini saya tidak akan menelusuri hujah
sejarah dan sosiologoi, mahupun hujah politik dan kesusasteraan. Namun, saya ingin
menyentuh sejenak pemerhatian seorang sarjana bukan Melayu (kebetulan beliau
bukan Melayu, bukan kerana dia orang putih) bagi renungan dan tindakan seterusnya.
Beliau membandingkan bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.

Bahasa Melayu Dan Pembinaan Negara: Penjenamaan Semula Strategik Mesti Dilaksanakan

Katanya satu artefak sejarah menarik adalah Bahsa Melayu dan Bahasa Inggeris
berumur kurang lebih sama dan mempunyai dokumen sejarah bertulis yang umumnya
juga hampir sepadan. Sekarang ini kedua-dua bahasa itu bertemu di Kepulauan
Melayu sebagai saingan.

Tetapi Bahasa Melayu dahulu telah bersaing dengan bahasa utama dan muncul
dengan lebih kaya dan lebih kuat dari pengalaman tersebut. Sepanjang sejarahnya
tercatat sekurang-kurangnya 1300 tahun, Bahsa Melayu telah menyerap bahasa-
bahasa Sanskrit, Arab, Portugis dan Belanda. Sementara mempertahankan atau pada
akhirnay mendapatkan Kembali perananya yang terhormat di rantau ini. Pertemua
Bahsaa Melayu dan Bahasa Inggeris telah berlangsung lama, yakni mulai abd ke-16
dan ke-17. Ketika itu bahasa Inggeris hanya digunakan di pulau Inggeris. Itupun bukan
oleh semua yang menghuni pulau itu. Pada ketika itu, Bahasa Inggeris menghadap
bahasa Melayu – bahasa besar di rantau ini. Namun mereka dipaksa keluar; lalu
mereka menyusuan Langkah kemajuan yang mapan - bukan tanpa bantuan dari
pemerintah, univeriti, dan perusahaan dari luar negeri yang mempunyai minat (Collins,
2005: 109-110)1

SEBAGAI AGENDA KEBANGSAAN, BUKAN AGENDA MELAYU

Malaysia, sebuah negara bangsa yang berusia hampir 65 tahun yang berpaksikan
Bahasa Melayu, anihnya masih mempunyai impian menjadikan Bahasa Kebangsaan
itu sebagai bahasa pertuturan rakyat, bahasa pentadbiran, bahasa komersial, bahasa
ilmu. Satu lagi kategori yang kita tidak dapat abaikan – sebagai bahasa bandar. Jika
dipetakan tumpuan Bahasa Melayu mengikut kawasan geografi budaya, ia kurang
digunakan di bandar dan kawasan perbandaran berbanding dengan di luar bandar.
Bahasa Kebangsaan juga adalah bahasa semua lapisan warganegara Malaysia,
sehingga kepada sekolah-sekolah persendirian Cina dan ke Kampung-Kampung
Baru. Saya sangsi bahawa Bahasa Melayu sampai dan diterima oleh kelompok warga
negara tersebut.

Makalah seperti ini tidak sepatutnya dinukilkan dalam negara sendiri. Ia lazimnya
berbaur mengemis, meminta belas kasihan dari kalangan orang-orang Melayu sendiri;
serta warganegara bukan Melayu yang mempunyai sikap negatif terhadap Bahasa
Melayu. Di kalangan warganegara ini juga dipupuk sikap kebencian; dan sikap yang
tidak peduli. Bayangkan jika Shakespeare sendiri merayu kepada orang Inggeris
untuk mementas lakunannya dalam bahasa Inggeris, atau Ferdowsi mengeluh
mengenai penggunaan bahasa Parsi.

Namun, kita sentiasa mengingatkan dan menyeru akan penggunaan bahasa Melayu
yang digunakan sebagai bahasa persuratan dan perantaraan sejak berkurun lamanya.
Ia masih berfungsi sebegitu di kalangan penutur rumpun bahasa Melayu di kepulauan
Melayu. Namun di negara sendiri, kita sentiasa perlu mengingatkan akan
tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh pihak berkuasa tempatan. Kita
bimbang akan penamaan tempat seperti nama jalan dan bangunan, nama-nama
taman-taman perumahan, serta bandar-bandar baru seperti Bangsar South dan KL
South. Di Pulau Pinang terdapat South Bay dan Aspen Vision City, kedua-duanya
masing-masing akan menggantikan dan menghapuskan nama Batu Maung dan Batu
Kawan. Tanjung telah lama diInggeriskan.

1 Lihat James T. Collins. 2005. Bahasa Melayu Bahasa Dunia: Sejarah Singkat. Jakarta: Yayasan Obor
Indonesia.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Apa yang penting ialah masyarakat kebangsaan amat rugi dan ketinggalan jika
dinamisme dan kerencaman penerbitan ilmu dari universiti-universiti kita tidak dapat
dimanfaatkan oleh penuntut, pembaca dari kalangan orang awam dan cendekiawan
berbahasa Melayu. Mereka yang hanya menimba ilmu dari jendela Bahasa Melayu
akan amat rugi sekali. Secara dominannya bahan bacaan diterbitkan, dijual dan
diedarkan dalam bahasa Inggeris. Jauh amat kurang dalam Bahasa Melayu. Yang
rugi ialah negara sendiri.

Banyak telah diungkapkan dan diperkatakan. Resolusi demi resolusi telah diluluskan
dan diserahkan kepada pihak berwajib. Namun, pihak pelaksana termasuk jabatan,
agensi kerajaan, kementerian dan pegawai-pegawai atasan pentadbiran, yang
umumnya terdiri dari kaum Melayu, tidak mempedulikan Bahasa Kebangsaan.
Kerajaan-kerajaan tempatan nampaknya amat dhaif, tidak peka kepada hal-hal
Bahasa Melayu dan warisan. Sama juga dengan pentadbir-pentadbir universiti.

Di kampus universiti-universiti awam, apatah lagi swasta, amat terasing dari
peruntukan perlembagaan dan kenegaraan. Pada bulan Mei 2017 di Putrajaya, satu
majlis Seminar Bahasa Melayu, yang bertemakan “Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Ilmu”, anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi telah meluluskan resolusi
menggariskan 10 usul.2 Resolusi tersebut digariskan dalam konteks pembinaan
negera bangsa di Malaysia dimana Bahasa Melayu telah lama dimartabatkan melalui
pelbagai cara, termasuk Wasiat Raja-raja Melayu, Penyata Pelajaran Razak 1956,
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Penyatan Pelajaran Rahman Talib 1960,
Akta Bahasa 1967 dan Akta Pendidikan Kebangsaan 1996.

Resolusi pertama, kedua dan ketiga masing-masing menyentuh mengenai Wasiat
Raja-Raja Melayu yang menentapkan Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu,
Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia; dan pemuliharaan
kedudukan Bahasa Melayu dalam dasar dan sistem pendidikan kebangsaan;
manakala resolusi keempat menyeru kepada barisan kepimpinan Universiti Awam dan
Universiti Swasta dalam kewajipan melaksanakan “Pelan Tindakan Memartabatkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)” yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebanyak dua kali (2011 dan 2016).
Resolusi itu juga menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi, secara serius memantau
usaha dan pencapaian memartabatkan Bahasa Melayu di semua IT dari masa ke
semasa.

Resolusi kelima meminta Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu yang diberikan
setiap tahun oleh Kementerian Pendidikan Tinggi kepada ahli akademik yang
menggunakan bahasa Melayu secara tekal dan berdampak tinggi hendaklah
diteruskan dan dimantapkan dengan diberi kenaikan nilak ganjaran wangnya.

Apa yang menarik dari segi struktur penghasilan dan pengendalian kegiatan akademik
dan kesarjanaan dalam Bahasa Melayu terletak di Resolusi keenam, ketujuh, kelapan
dan kesepuluh. Resolusi keenam mencadangkan bahawa Bahasa Melayu dijadikan
kriteria di semua universiti untuk mobiliti perkhidmatan dan kenaikan pangkat. Dalam
hal ini, universiti boleh menetapkan – tidak sepatutnya ada halangan – bahawa untuk
seseorang ahli akademik itu dijadikan profesor madya atau profesor, beliau hendaklah
menerbit sekurang-kurangnya sebuah buku dalam Bahasa Melayu dan beberapa
makalah berbahasa Melayu dalam jurnal-jurnal berwasit. Dan ini juga perlu wajib

2 Ahmad Murad Merican. 2017. Bahasa Melayu Agenda Kebangsaan, Bukan Agenda Meayu. Berita
Harian, 17 Mei, h.10.

Bahasa Melayu Dan Pembinaan Negara: Penjenamaan Semula Strategik Mesti Dilaksanakan

dipatuhi oleh universiti swasta. Apakah sukar sangat universiti swasta, apatah lagi
universiti awam, tidak kira apa bidang, menggariskan kriteria sebegitu?

Ini berkait rapat dengan resolusi ke sepuluh menggesa kerajaan mendukung
sepenuhnya penerbitan jurnal, buku dan majalah dalam Bahasa Melayu dalam
pelbagai bidang ilmu. Ia juga mengusulkan bahawa pengecualian cukai sepenuhnya
ke atas royalti penerbitan diberikan. Malah, universiti awam dan swasta mesti
memberi galakan kepada ahli akademik memulakan sesebuah jurnal dan penerbitan
jurnal dalam jurnal berwasit tempatan.

Resolusi ketujuh mengusulkan satu Sijil Kemahiran Bahasa Melayu untuk pelajar
asing yang belajar di Malaysia. Resolusi itu mencadangkan bahawa Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) di berikan peranan khusus untuk mengendalikan sijil kemahiran
tersebut. Usul ini perlu diambil perhatian oleh pihak-pihak berwajib. Tidak semestinya
jika kita menggalakan pelajar antarabangsa untuk memenuhi kriteria pelbagai sistem
penarafan, kita tidak boleh mengenakan satu piawai dalam kemahiran penggunaan
yang paling minima sebagai pelajar universiti?

Resolusi itu dibaca oleh Profesor Dato’ Seri Md. Salleh Yaapar dari Univeriti Sains
Malaysia yang mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Anugerah Tokoh Akademik
Bahasa Melayu. Beliau juga merupakan Pengerusi, Lembaga Pengelola DBP pada
masa itu.

Resolusi kelapan dan kesembilan, masing-masing mengenai kegiatan mempromosi
dan memaparkan bahawa Melayu di luar negara – yakni memajukan dan membiayai
Kursi-Kursi Pengajian Melayu oleh Kementerian Pendidikan Tinggi; dan peranan
kedutaan dan jabatan penuntut Malaysia dalam membantu mempromosikan Bahasa
Melayu di persada antarabangsa. Selain dari iltizam kerajaan melihat pembiayaan
Kursi-Kursi Pengajian Melayu di Eropah, China dan New Zealand, misalnya sebagai
satu pelaburan jangka panjang, satu pusat untuk mempromosikan Bahasa Melayu
ditubuhkan disetiap kedutaan sebagai langkah menglobalkan bahasa Kebangsaan.
Pusat itu boleh berperanan seperti British Council atau Lincoln Cultural Centre. Pusat
tersebut boleh diberi nama sempena salah seorang pujangga/pendeta Melayu.

Seminar itu, yang dimulakan dengan ucaptama oleh Dato’ Dr. Annabelle Teh Gallop
dari British Library bertajuk “Keistimewaan Bahasa dan Warisan Persutan Melayu”
menyaksikan pembentangan kertas kerja yang mengisahkan penggunaan bahasa
Melayu dalam bidang-bidang Sains, Perubatan dan Kesihatan, Kejuruteraan, Undang-
undang dan Ekonomi oleh beberapa sarjana dari universiti tempatan. Sebuah sesi
forum juga diadakan bagi menggalakan interaksi dan penglibatan audien dari universiti
dan beberapa agensi awam yang dianggarkan kira-kira 200 orang.

Penggunaan Bahasa Melayu di universiti tidak mengenepikan Bahasa Inggeris. Dalam
hal ini, memetik Canselor Pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tun Abdul
Razak: “UKM ini merupakan puncak dari usaha kearah memenuhi tuntutan dan
aspirasi rakyat yang ingin melihat bahasa ibunda mempunyai kedaulatan dan
kedudukan yang sewajarnya di dalam usaha memenuhi keperibadian nasional.” Dan
dalam hal ini, kita mesti berbalik ke soalan – mengapa seseorang itu belajar di
unversiti?

Salah satu sebab utama ialah untuk mengenal diri sendiri – mencari makna diri melalui
Bahasa sendiri. Bahasa merangkumi falsafah, budaya dan citra penyampainya.
Memperibumikan ilmu dan sains adalah satu peranan kritikal pusat penyelidikan,
jabatan dan fakulti di universiti. Terjemahan dan saringan ilmu mengikut pandangan

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

alam sesuatu tamadun dan budaya itu sendiri harus dijadikan satu tonggak perjalanan
unveriti kita.

Bahasa Inggeris sebagai bahasa global dan bahasa ilmu adalah satu fenomenon yang
baharu. Sejarah sains banyak memberi teladan mengenai penciptaan, penterjemahan
dan pemindahan ilmu dari satu zaman dan tamadun ke tamadun yang lain. Misalnya
ilmu yang dulunya diLatinkan dan dibentuk dalam acuan agama Kristian di Eropah dari
karya-karya Arab dan Islam pada abad ke 11-14 Masehi disebarkan ke seluruh Eropah
dalam bahasa Latin. Hanya selepas runtuhnya monopoli Gereja barulah bahasa
Anglo-Saxon, Peranchis dan Itali di gunakan untuk kajian dan penyampaian ilmu. Ini
telah sedikit sebanyak mencetuskan zaman Pencerahan Eropah dan Revolusi Sains.

Walapun pun sejarah di Eropah menampakan dinamisme yang liberal, namun terdapat
tekanan dan pengawalan sosial, budaya dan politik yang telah membolehkan bahasa-
bahasa vernakular di benua itu dijadikan sebagai bahasa ilmu dan sains.
Dalam perancangan bahasa, mesti ada penguatkuasaan. Terdapat pelbagai
pendekatan dan kaedah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu – dari
peruntukan undang-undang dan arahan pentadbiran, kepada tekanan politik,
rombakan radikal sikap kita, dan hukuman sosial dan celaan, kepada tindakan
undang-undang. Salah satu pendekatan Bahasa Melayu dalam pembinaan negara
ialah menggunakan strategi luaran.

STRATEGI DARI LUAR: DIPLOMASI BUDAYA

Kefahaman Diplomasi Budaya mesti dinilai semula sebagai instrumen dasar luar
Malaysia. Setakat mana yang dipaparkan dalam komponen baharu dasar luar
Malaysia bulan November 2021, kita masih terperangkap oleh geografi, dan oleh seni.
Sama juga halnya dalam naratif kebudayaan kebangsaan. Naratifnya tidak banyak
berubah setelah 50 tahun Kongres Kebudayaan Kebangsaan dianjurkan di Universiti
Malaya. Kini ia dijelmakan semula sebagai Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN).

Tumpuan selama 50 tahun sehingga terhasilnya DAKEN tahun lalu, masih di ceritakan
dalam kesedaran kerangka ketara dan tidak ketara, estetika dan kesenian; seolah-
olah itulah budaya yang di maksudkan dan yang hendak dipaparkan kepada dunia.
Itulah kesedaran dalam naratif yang terserlah; walaupun diungkapkan tujuh teras
utama di bawah DAKEN. Ini termasuk budaya nilai tinggi, pemeliharaan dan
pemuliharaan warisan budaya serta pemerkasaan budaya.

Pendekatan dan inisiatif diplomasi budaya tidak dapat dipisahkan dengan naratif rasmi
kebudayaan kebangsaan, dan naratif rasmi tersebut tidak boleh dipisahkan dengan
Bahasa Melayu.

Dalam hal ini, Wisma Putra masih nampak kabur mengenai diplomasi budaya dari segi
falsafah, pemikiran dan peradaban. Apakah yang ingin ditonjolkan – filem Malaysia,
tarian, dan lain-lain kesenian? Kelihatan Kementerian Luar Negeri banyak merujuk
kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam mengisi kerangka yang
memuatkan diplomasi budaya. Kita percaya Wisma Putra telah dan akan terus rujuk
kepada lain-lain institusi, termasuk juga Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu,
perbincangan juga telah diadakan dengan sarjana dari Institut Antarabangsa

Bahasa Melayu Dan Pembinaan Negara: Penjenamaan Semula Strategik Mesti Dilaksanakan

Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-
IIUM).3

Diplomasi Budaya adalah satu dimensi baharu dalam kerangka perhubungan luar
Malaysia dengan memperlihatkan kemunculan ‘ketatanegaraan budaya’ (cultural
statecraft), satu bentuk hubungan budaya yang menanamkan ‘budaya’ dalam bidang
dasar luar. Malaysia dapat sekali lagi mencetuskan satu kerangka ‘ketatanegaraan
budaya’ yang baharu, yang bersifat progresif. Ia boleh juga bermaksud ‘kerjasama
kecendiakaan’ dalam meluaskan peradaban negara dan serantau, serta melibatkaan
perhubungan peradaban antara negara bangsa. Tetapi yang perlu diutamakan ialah
menilai semula Malaysia sebagai sebuah negara bangsa di rantau Asia
Tenggara/Nusantara/Kepulauan Melayu. Wacana Malaysia sebagai sebuah negara
peradaban hendaklah ditegaskan dalam forum antarabangsa.

Dalam hal ini diplomasi budaya dapat mengurus perhubungan antara negara dengan
lebih baik. Dasar luar negara boleh menjurus kepada rantau negara-negara Melayu di
Kepulauan Melayu, kepada kelompok penduduk minoriti Melayu di lain-lain negara
Asean, serta di Alam Melayu yang mana tanah airnya menjangkaui dua lautan besar.
Menangani persoalan geopolitik serantau dengan menggunakan Bahasa Melayu
adalah satu strategi yang memberi kesan kepada kepada pembinaan negara.

Malah, sebahagian dari diplomasi budaya boleh disifatkan sebagai diplomasi Tanah
Air yang dapat menghubungkan negara-negara rumpun Melayu dari Madagascar ke
Hawaii ke New Zealand. Inilah Tanah Air, di mana Malaysia boleh mengamalkan dan
menonjolkan solidariti budaya, ekonomi dan kecendiakaan berdasarkan kepada
penggunaan Bahasa Melayu. Jumlah penduduk rumpun Melayu yang hampir 400 juta
penduduk itu bukanlah ruang sumber yang kecil; bukanlah pasaran yang mundur dan
bukanlah takungan adat resam dan bahasa yang harus dibiar bersendirian.

Potensi kerjasama amat luas dan rencam dalam konteks Bahasa Melayu. Kita tidak
ada pilihan melainkan mengamal kedua-dua diplomasi – yakni ‘Diplomasi Kancil’ pada
masa yang sama ‘Diplomasi Harimau.’ Ruang negara tidak semestinya kecil dari segi
Bahasa Melayu, politik, budaya dan ekonomi. Dan kita mesti bijak dalam
menggunakan alam geografi dan sejarah ini dalam menangani krisis demi keamanan
dan kesejahteraan rumpun Melayu, Islam dan manusia sejagat. Ini wajar dijadikan
strategi penjenamaan semula Bahasa Melayu.

Proses berterusan memartabatkan Bahasa Melayu dalam pembinaan negara perlu
menjenamakan semula Bahasa Kebangsaan. Malaysia sedia maklum bagaimana
Indonesia telah mengguna luaskan bahasa kebangsaannya. Inilah peluang terbaik
dalam menyelaraskan paparan nama bahasa itu. Bagaimana Malaysia, Indonesia dan
Brunei melakukannya akan menjadi saksi kepada pelaksanaan diplomasi budaya di
kalangan negara-negara Melayu.

3 ISTAC-IIUM serta institusi-institusi yang seumpamanya sentiasa sudi memberi maklumbalas yang
sewajarnya. Dalam mengagaskan diplomasi budaya sebagai sebahagian dari dasar luar negara.
Diplomasi budaya hendaklah diacuankan dari kewatanan dan peradaban yang diwarisi oleh sesebuah
negara, atau kerumpunan bangsa yang bermastautin pada beberapa buah negara. Diplomasi budaya
bukanah sesuatu yang baharu dalam amalan perhubungan antarabangsa. Namun istilah ‘cultural
diplomacy’ (diplomasi budaya) jarang diungkapkan sebelum akhirnya Perang Dingin. Malah, pengamal
perhubungan antarabangsa dan diplomasi mengelak kegunaan istilah tersebut. Sebaliknya mereka
menggunakan istilah ‘cultural relations’ (perhubungan budaya)Dimensi baharu dalam kerangka
perhubungan luar Malaysia memperlihatkan kemunculan ‘ketatanegaraan budaya’ (cultural statecraft),
satu bentuk hubungan budaya yang menanamkan ‘budaya’ dalam bidang dasar luar. Malaysia dapat
sekali lagi mencetuskan satu kerangka ‘ketatanegaraan budaya’ yang baharu, yang bersifat progresif.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Malaysia selama ini melaksanakan diplomasi tanpa konteks bahasa, budaya dan
peradaban. Inilah kelemahan negara. Gagasan utama dalam hal ini ialah
memperkenalkan dan mengatarabangsakan bahasa kebangsaan itu sendiri.
Diplomasi budaya bertunjangkan kepada penggunaan bahasa sebagai satu ‘alat’
dasar luar sebagai memperkenalkan budaya dan peradaban Melayu sebagai asas
budaya Malaysia.

Hanya dengan pelantar berkenaan, Bahasa Melayu boleh menjadi lingua franca
antarabangsa. Namun ia harus dilaksanakan dalam rantau ini terdahulu. Dalam hal ini,
Malaysia, melalui kementerian luarnya hendaklah mewujudkan satu mekanisme tetap
dalam penubuhan sebuah institut atau pusat budaya Melayu (secara generiknya) di
kedutaan-kedutaan dalam mengembangkan bukan hanya bahasa Melayu, tetapi juga
budaya, kesusasteraan, nilai, pemikiran dan peradaban Malaysia dan rantau
Kepulaauan Melayu, peradaban rumpun Melayu ke peringkat dunia.

Pusat itu dapat memperkenalkan pengajaran atau kelas bahasa Melayu serta tulisan
Jawi. Ia juga dapat meluaskan Kesusasteraan Melayu, dan Malaysia dalam bahasa
Melayu serta memaparkan buku-buku tentang tamadun dan budaya Melayu. Juga
sebahagian dari diplomasi budaya ini ialah mewujudkan sekolah antarabangsa di
mana bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu.

Pendekatan diplomasi budaya dalam dasar luar negara Malaysia amatlah sesuai
dalam memperkasakan Bahasa Melayu dalam pebinaan negara, dan negara pada
peringkat dunia. Inisiatif yang kini dilakukan amat lemah, tidak berdaya, dan tidak
mencerminkan iltizam yang tinggi. Usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya amatlah tidak memadai dan mungkin juga kurang sesuai. Perluasan bahasa
budaya adalah sebahagian integral dari dasar luar negara. Apakah kita tidak belajar
dari lain-lain negara?

Kegunaan bahasa kebangsaan negara masing-masing dalam falsafah dan
pelaksanaan dasar luar sememangnya wujud perbezaan. Tunjang kepada diplomasi
budaya ialah promosi bahasa. Sebagai contoh, amalan diplomasi dari segi
mempromosi bahasa dan aktiviti berkaitan bebeza antara negara-negara Eropah
seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol, yang masing-masing mewujudkan Alliance
Francaise, Goethe Institute dan Cervantes Institute; dan sudah tentu United Kingdom
melalui British Councilnya. Tidak lupa juga kepada Lincoln Cultural Center.
Mempromosi bahasa kebangsaan masing-masing merupakan sebahagian integral
bukan hanya kepada diplomasi budaya, tetapi keapada pelaksanaan diplomasi itu
sendiri.

Mengapa kritikal sekali digunakan bahasa Melayu sebagai alat diplomasi dasar luar
negara? Pengetahuan akan bahasa Melayu – dalam konteks falsafah, kesusasteraan
dan komunikasi oleh negara tuan rumah amat mustahak bagi penduduknya mendapat
akses kepada nilai dan pemikiran sesebuah negara itu. Ia sepatutnya dianggap
sebagai cara yang terbaik dalam penyebaran budaya kebangsaan Malaysia kepada
dunia, serta pengaruh politiknya dalam landskap global.

Keanggotaan Kementerian Luar Negeri, serta orientasi budaya dan kecendiakaan
diplomat Malaysia begitu diperlukan dalam menjalin hubungan dua atau pelbagai hala
berlatarbelakangkan sejarah dan ilmu. Salah satunya ialah memiliki pengetahuan dan
kemahiran yang sewarjarnya dalam bahasa, budaya dan peradaban Melayu. Diplomat
Malaysia mesti mempunyai semangat Bahasa Melayu, bukan semangat Bahasa
inggeris atau bahasa-bahasa lain. Orientasi kebangsaan diplomat Malaysia bukan

Bahasa Melayu Dan Pembinaan Negara: Penjenamaan Semula Strategik Mesti Dilaksanakan

hanya kepada mewakili negara sebagai unit politik, tetapi dengan jelasa dan yakin
memaparkan keaslian orientasi dan semangat budaya dan bahasa kebangsaan dalam
hubungan antarabangsa dan di persada global.

Diplomat mesti berpaksikan kepada kewatanan negara bangsa serta sejarah dan
geografi tanah air. Setiap diplomat mestilah berfungsi sebagai seorang budiman.
Keperluan mendalami peradaban, apatah lagi peradaban Melayu serumpun dan
serantau, Asia dan Eropah tidak akan tercapai jika sikap dan sentimen terhadap
budaya disalahtafsir lalu ditawan kekaburan. Apabila ini tidak tercapai, kepimpinan
Malaysia dalam arena serantau dan global pun akan terbantut. Nilai kewatanan bukan
hanya terpancar dari lubuk jiwa kehidupan negara, tetapi hendaklah menjadi
penyumbang yang tuntas dari luar kepada kebangsaan negara. .Diplomasi budaya
memerlukan keakraban idealisme budi dijalin dengan gagasan geopolitik Tanah Air.

INISIATIF PENJENAMAAN SEMULA

Dengan itu, kertas kerja ini menggesa dimulakan satu inisiatif menjenamakan semula
Bahasa Melayu. Selama 65 tahun dalam sanggar politik negara bangsa hendaklah
diperbaharui. Kewujudan dan asal-usul Melayu mesti diceritakan semula, dengan
tegas dan mantap. Penjenamaan semula bahasa sama tetapi tidak serupa dengan
menjanamakan semula suatu produk atau suatu perkhidmatan. Ia adalah satu nilai,
simbol dan amalan kehidupan. Menjenamakan semua bahasa Melayu juga
memerlukan menjenamakan semula etnisiti dan identiti Melayu; juga sejarah orang-
orang Melayu di Malaysia serta di rantau Kepulauan Melayu.

Secara khususnya, penjenamaan semula ialah suatu tindakan atau usaha – dan
dalam hal ini yang dilakukan oleh sebuah negara/kerajaan/institusi awam untuk
mengubah secara keseluruhan atau memperbaharui semula jenama – dalam hal ini
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang telah wujud sekian lama kepada
sesuatu yang lebih baik sambal mengekalkan tujuan utamanya, yakni bahasa Melayu
untuk pembinaan negara. Dalam hal ini ia mempertimbangkan beberapa faktor dalam
dan luaran, penggunaan, pengeluaran dan penyebarannya dalam dan luar negara;
warga negara dan masyarakat yang menggunakannya; institusi persekolahan dan
pendidikan, organisasi dan profesion, dan persekitaran dan alam bina yang wujud dan
boleh dibentuk semula untuk tujuan tersebut. Proses itu mengambil kira institusi dan
saluran media, maklumat dan Pendidikan bagi tujuan melaksanakan penjenamaan itu;
penerimaan warganegara, pelontaran dan percambahan maksud perubahan-
perubahan yang dilakukan. Proses dan kaedah yang digunakan bermatlamat
merangka naratif yang sesuai dan boleh diterima bermatlamatkan pembentukan imej
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Imej Bahasa Melayu di Malaysia tidak menggalakan. Ini kitab oleh garapkan melalui
penggunaanya oleh institusi-institusi negara, pihak swasta, di universiti, pengurusan
pemasaran dan perniagaan, sektor persekolahan serta ruang penerbitan dan media.
Petunjuk imej rendah/negatif Bahasa Melayu dapat disenaraikan seperti berikut:

(1) Kewujudan sekolah persendirian Cina – bahasa pengantara ialah Mandarin
(2) Kegawatan/pertelingkahan sekolah kebangsaan – salah satu alasan ialah

kegunaan bahasa Melayu
(3) Percambahan sekolah antarabangsa – bahasa yang digunakan bukan bahasa

Melayu
(4) Penguncupan media melayu – pembacaan dan pengedaran suratkhabar

bahasa Melayu menurun. Ini perlu dilihat dengan suratkhabar Bahasa China –
pembacaan dan pengedaran.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

(5) Penggunaan iklan dalam Bahasa Melayu masih tidak dapat dioptimumkan.
Malah tidak ada satu industri/kumpulan penulis kopi (copywriter) dalam
Bahasa Melayu.

(6) Kegiatan pemasaran lebih dilakukan dalam bahasa Inggeris berbanding
bahasa Melayu.

(7) Universiti awam mengabaikan bahasa Melayu dalam kesarjanaan dan
penulisan akademik. Tidak ada kriteria.syarat penerbitan, kajian dalam Bahasa
Melayu untuk kemajuan kerjaya/kenaikan pangkat

(8) Universiti swasta tidak langsung mempedulikan bahasa Kebangsaan/Bahasa
Melayu

(9) Bahasa penyampaian/pengantara pada seminar persidangan kebangsaan,
apatah lagi antarabangsa adalah dalam bahasa Inggeris.

(10)Nama tempat/bagunan/ruang/taman perumahan/kempen/slogan dalam
bahasa Inggeris dan lain-lain
(11)Penggunaan bahasa-bahasa/aksara lain diruang awam Bersama dengan
Bahsa Melayu.
(12)Penggunaan bahasa Inggeris/dan lain-lain melalui teknologi maklumat/telefon
bimbit/mesin ATM/lift.
(13)Urusan perniagaan/dan persatuan dalam bahasa Inggeris/China/Tamil dan
lain-lain.
(14)Sikap/pergerakan benci Melayu yang kini berleluasa di seluruh negara
(15)Penafian sejarah orang-orang Melayu di Malaysia
(16)Mencabar institusi negara oleh kerana ia dilihat sebagai institurusi Melayu dan
bukan institusi negara

Apa yang disenaraikan di atas adalah antara petunjuk yang jelas akan sikap
warganegara terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Sekian lama
sikap negatif dan benci ini berlaku. Dengan itu, wajar digerakan insiatif penjenamaan
ini dengan segera, dengan merancang kempen secara berterusan. Sekali lagi
ditegaskan, Bahasa Melayu mesti diceritakan semula. Bukan sekadar menyeru dan
merujuk kepada peruntuk perlembagaan, dasar dan dokumen itu dan ini. Segala
retorik tersebut tidak dipedulikan oleh warganegara yang memang bersikap negatif
dan benci. Dan pihak berkaitan perlu ingat, wujud sentimen yang melihat penggunaan
Bahasa Melayu ini sebagai satu paksaan dan dikaitkan dengan ‘ketuanan Melayu’
dengan tanggapan dasar Bahasa Melayu mengenepikan bahasa-bahasa ibunda yang
lain. Inilah yang sekian lama wujud. Inilah yang mesti ditangani dan diubati oleh
pentadbiran negara jika kita mahu menghapuskan barah anti Bahasa Melayu di bumi
Malaysia ini.

Proses ini melibatkan semua institusi dan pihak dalam negara. Ia bukan hanya tugas
dan tanggungjawab satu pihak. Namun perlu diwujudkan sebuah instititusi sebagai
peneraju utama. Dalam keadaan yang ada Dewan Bahasa dan Pustaka boleh
berperanan sebagai peneraju tersebut. Penjenamaan semula ini bukan hanya
memerlukan proses naratif, tetapi juga mencadangkan secara perundangan dan
pentadbiran institusi dan mekanisme dalam memperpukuhkan penggunaan Bahasa
Melayu dalam pembinaan negara. Sebelum dilanjutkan langkah-langkah yang wajar
di ambil, satu cadangan awal ialah mewujudkan sebuah Tribunal Bahasa
Kebangsaan. Fungsi badan ini ialah separa kehakiman dari segi menyediakan dan
memudahkan proses hukum dan timbang tara dalam ruang penggunaan Bahasa
Melayu serta penamaan ruang dan tempat dalam negara yang melanggar/bercanggah
dengan nilai kewatanan. Ruanglingkup operasinya ialah individu, organisasi dan
institusi. Konsep dan fungsi tribunal ini boleh dibawa ke meja perbincangan untuk di
asas penubuhan, rangka strukur, ruang lingkup kuasa dan jenis hukuman.

Bahasa Melayu Dan Pembinaan Negara: Penjenamaan Semula Strategik Mesti Dilaksanakan

Keperluan penjenamaan semula Bahasa Melayu. Ini adalah soal imej, identiti dan
kedudukan Bahasa Melayu di dunia.

(1) Penggunaan/mempopularkan budaya lisan/tradisional
(2) Kartun dalam bahasa Melayu
(3) Menceritakan semula sejarah Melayu
(4) Wujudkan pautan kepada esei/penulisan terbaik dalam bahasa Melayu. Bukan

hanya mendigitalkan. Keberadaan digital tidak menjamin apa-apa.
(5) Sampaikan/hantarkan pautan itu kepada pengguna media sosial
(6) Kempen semula bahan-bahan kesusasteraan Melayu
(7) Jenamakan semula majalah Dewan Sastera, jual dan edarkan melalui pebagai

pelantar.
(8) Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu diangkat statusnya lebih tinggi dari

Anugerah Akademik Negara dan di sampaikan oleh Yang diPertuan Agong
(10)Susun dan rancang semula media berbahasa Melayu – suratkhabar,
televisyen, radio, dan kewartawanan dalam talian.
(11) Guna papan iklan dengan seluasnya/dan ruang-ruang kosong (kos dan
teknologi rendah) dalam mempromosi/membentuk satu iklim buatan dalam
Bahasa Melayu. Muatkan rangkap pantun, peribahasa, ingatan dan pesanan
dalam bahasa Melayu; dan tempatkannya di sepanjang lebuh raya, persimpangan
dan ruang awam, di badaraya, bandar, pekan, daerah, mukim, kampung. Juga
besertakan dengan huruf Jawi.

RUMUSAN

Penjenamaan semula Bahasa Melayu mestilah dijadikan satu kempen berterusan.
Matlamat utama ialah menjadikan Bahasa Melayu diterima oleh semua warnegara,
Imej Bahasa Melayu dibentuk sebagai bahasa yang progresif, kompetitif, dan
mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi. Malah bahasa Melayu dijadikan bahasa
yang memimpin dunia, perhubungan antarabangsa dan global. Apakah ini tidak boleh
dicapai? Lihat kedudukan bahasa Inggeris hanya 150 tahun dahulu? Dan bagaimana
imej bahasa Inggeris melonjak. Begitulah juga apa yang dihasratkan dalam
penjenamaan semula Bahasa Melayu dalam pembinaan negara dan serantau. Media
Melayu dan berbahasa Melayu mesti digerakan dengan tersusun dan bersepadu.

RUJUKAN

Ahmad Murad Merican. 2017. Bahasa Melayu Agenda Kebangsaan, Bukan Agenda
Meayu. Berita Harian, 17 Mei, h.10.

Collins, James T. 2005. Bahasa Melayu Bahasa Dunia: Sejarah Singkat. Jakarta:
Yayasan Obor Indonesia.

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

BAHASA MELAYU DAN PEMBINAAN NEGARA

Mohd Ridhuan Tee Abdullah
([email protected])
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Malaysia

PENDAHULUAN

Pada 15 Februari 2010, penulis menerima jemputan sebagai panel dalam “Wacana
Peradaban Bahasa Melayu”, anjuran GAPENA, KALAM dan PENA di Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Tarikh 15.2 dipilih mengambil kira Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
kebangsaan. Dalam wacana tersebut, seorang Profesor daripada Korea Selatan,
fasih berbahasa Melayu amat berharap agar tulisan jawi diperkasakan dalam usaha
mendaulatkan BM.

Seorang lagi panel bukan Melayu, S. Nathesan Sellapan pula berkata, perjuangan
mendaulatkan BM tidak hanya dipikul oleh orang Melayu sahaja tetapi paling penting
orang bukan Melayu kerana ini agenda negara. Orang Bukan Melayu mesti
mempunyai tanggungjawab untuk mendaulatkannya (Mohd Ridhuan Tee 2011).
Setelah 12 tahun berlalu, tidak dapat dipastikan, apakah tarikh 15.2 masih terus
diingati? Apakah masih perlu diadakan wacana sedemikian memandangkan
kedudukan Bahasa Melayu (BM) sudah termaktub dan terdaulat dalam
Perlembagaan Persekutuan? Amatlah menghairankan sesuatu yang menjadi agenda
negara, termaktub dalam Perlembagaan, panduan hidup bernegara, perlu
dibincangkan acap kali. Sepatutnya perkara asas sebegini telah dapat diselesaikan
awal-awal lagi.

Setelah sekian lama merdeka, 65 tahun, kita dilihat seolah-olah masih tercari-cari
identiti dalam soal pembinaan negara. Perkara sebesar, agenda negara, melibatkan
perpaduan nasional, terus menjadi bahan perbincangan dari masa ke semasa,
sehingga wujud kementerian khas, berkaitan perpaduan nasional, yang jarang sekali
terdapat di negara lain, hanya kerana rakyat negara ini berbilang etnik.

Kita dikhayalkan dengan istilah bombastik seperti kesepaduan sosial (social
cohesion) dan mamakization. Malaysia tidak seperti negara lain, tidak mengamalkan
asimilasi, tetapi integrasi. Pembinaan negara ini lebih cenderung kepada kerjasama
sosial daripada penyerapan budaya dan sebagainya.

Ia seolah-olah membawa makna, masih banyak isu pembinaan negara berkaitan
perpaduan yang belum dapat diselesaikan. Paling ketara, agenda negara untuk
mendaulatkan Bahasa Melayu (BM) selaku bahasa kebangsaan atau bahasa negara.
Agenda besar yang sepatutnya dapat menyatukan rakyat Malaysia.

Malangnya, masih ramai rakyat Malaysia yang memandang sinis akan pentingnya
BM sebagai alat perpaduan dalam membina negara. Ini menyebabkan ada yang tidak
dapat berkomunikasi dan bertutur dalam BM dengan baik, terutama dalam kalangan
bukan Melayu. Lebih menjengkelkan, dalam kalangan pemimpin negara sendiri
memperlihatkan tahap penguasaan BM yang menyedihkan. Pembinaan negara
apakah yang sedang diperkatakan? Sedangkan negara lain di dunia, tidak

Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara

menghadapi masalah serumit ini dalam memperkasakan agenda bahasa negara
mereka. Bahasa menjadi asas kepada pembinaan negara.

PEMBINAAN NEGARA

Ramai sarjana politik mendefinisikan makna pembinaan negara mengikut perspektif
dan kesesuaian negara dan bangsa masing-masing disebabkan oleh sejarah yang
berbeza antara satu sama lain. Ada negara yang pernah dijajah, ada yang tidak. Ada
yang merdeka agak lama, ada yang tidak. Ada negara yang mengalami perubahan
yang pantas dan drastik, ada yang tidak. Dalam kata lain, proses pembinaan negara
dipengaruhi faktor persekitaran, mengikut keadaan geo politik masing-masing.

Bagi negara yang pernah ‘dijajah’ (naungi), misalnya, Malaysia, dikatakan
memerlukan masa yang panjang dalam proses pembinaan negara, disebabkan oleh
sejarah yang pernah dilalui dahulu dan kompleksiti masyarakatnya masa kini. Sebuah
negara yang dahulunya bersifat sebangsa, kemudian bertukar menjadi berbilang
bangsa.

Ada yang berpendapat, menguruskan negara sebangsa, tidaklah serumit berbilang
bangsa dengan latar belakang bahasa dan budaya berbeza. Justeru, alasan berbilang
bangsa selalu dijadikan hujah mengapa proses pembinaan negara perlu mengambil
masa lama. Wal hal, negara sebangsapun mengalami masalah dalam kalangan
mereka sesama sendiri menuju proses pembinaan tersebut.

Pembinaan negara dalam mendepani modenisasi, menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani
Abdul Ghani (2003), harus mengalami tiga tahap perkembangan iaitu:

Pertama, pembentukan kuasa pusat iaitu merujuk kepada usaha menguatkuasakan
kewibawaan awam ke seluruh negara;

Kedua, pembentukan negara yang bertujuan memupuk rasa sepunya, patriotisme
dan semangat kesetiaan dalam kalangan rakyat; dan

Ketiga, pembangunan negara bangsa iaitu merujuk kepada usaha menggerakkan
seluruh sumber manusia dan material bagi mencapai kemajuan dan perpaduan.

Melihat kepada kepelbagaian pandangan ini, penulis lebih cenderung kepada
pendekatan Karl & William (1966) dan Mylonas (2017) bahawa pembinaan negara
adalah satu proses mewujudkan sebuah identiti kebangsaan atau jati diri negara
menggunakan kuasa yang ada, dalam mencapai matlamat perpaduan, bagi
memastikan kestabilan dan kedamaian sesebuah negara.

Terdapat empat kata kunci utama dalam pembinaan negara iaitu sejarah yang
menjadi identiti atau jati diri, kuasa (negara), perpaduan dan kestabilan.

Pertama, jati diri atau identiti negara melibatkan perkara besar negara berpandukan
sejarah yang agenda nasional, menjadi pegangan semua, termaktub dalam
perlembagaaan seperti kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, hak pribumi
(Melayu dan Bumiputera, raja-raja melayu dan semua perkara berkaitan. Sejarah
menjadi paksi dan pasaknya.

Kedua, kuasa (negara) merujuk kepada perlaksanaan dan penguatkuasaan
undangundang dalam mencapai matlamat agenda nasional tersebut, agar menjadi
pegangan dan dipatuhi rakyat. Keadilan menjadi teras perjalanan kuasa tersebut.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ketiga, perpaduan pula adalah apabila agenda nasional dan nilai menjadi pegangan
dan amalan setiap warga, sama ada secara sukarela atau paksaan, akhirnya ia dapat
menyatupadukan rakyat, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan
sebagainya. Misalnya, Rukun Negara.

Keempat, apabila perpaduan telah tercapai, sudah pasti kestabilan atau kedamaian,
akan terhasil. Ini sudah tentu dapat membawa kemakmuran sesebuah kerana kerana
mendapat kepercayaan negara luar.

Dalam kata lain, pembinaan negara berjatidiri, bersendikan perlembagaam adalah
suatu agenda yang sangat penting dan serius. Kuasa yang ada hendaklah digunakan
bagi memastikan agenda itu dapat dilaksanakan, agar wujud perpaduan yang kukuh
demi masa depan negara. Segala usaha yang boleh membantutkan pembinaan
negara hendaklah dibenteras.

Sejarah merupakan tunjang bagi mengukuhkan kesinambungan pembinaan sebuah
negara mesti dijadikan asas. Bagi melengkapkan proses tersebut, saluran terbaik
merealisasikannya ialah melalui pendidikan khususnya pendidikan sejarah yang
merupakan teras penting dalam dasar pendidikan. Ia juga merupakan satu keperluan
dalam proses pemantapan kewarganegaraan bagi membolehkan sesebuah sejarah
bukan sahaja dihargai dan dihayati malah elemen penting lain ialah sebagai suatu
pengajaran, pedoman ataupun asas perencanaan. Melalui sejarah, pengalaman
masa lampau merupakan satu rujukan terbaik bagi generasi masa kini dan akan
datang membentuk sebuah negara bangsa (Mohamad Rodzi 2009).

Malangnya, dalam konteks Malaysia, pendidikan sejarah turut terabai. Sekolah
vernakular dan sekolah persendirian mempunyai versi sejarah negara tersendiri.
Sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka. Begitu juga dengan sekolah persendirian. Pendek kata, dalam
banyak perkara, kita gagal untuk menyeragamkan sistem pendidikan yang menjadi
asas pembinaan negara. Kita gagal menjadikan BM menjadi teras dalam pengajaran
dan pembelajaran, hatta subjek sejarah itu sendiri?

Persoalannya, adakah kedudukan BM berjaya menjadi asas kepada pembinaan
negara? Perlu diingat, dalam pembinaan negara, sejarah jati diri dan identiti sesuatu
bangsa inilah yang membezakan sesuatu kumpulan manusia dengan kumpulan
manusia lain. Menuturkan sebuah bahasa yang sama ialah antara ciri yang
menentukan jati diri sesebuah negara dan bangsa.

Rakyat Switzerland menuturkan empat bahasa yang berlainan iaitu Bahasa Perancis,
Jerman, Italy dan Roman mereka semua adalah bangsa Swiss. Malangnya, di
Malaysia, kita juga mempunyai satu bahasa kebangsaan, tetapi kelihatan seolah-olah
gagal untuk dilaksanakan, apatah lagi menyatukan

Kita akan berdepan dengan masalah demi masalah yang tidak dapat diselesaikan
sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan adalah agenda negara, matlamatnya besar. Manakala, agenda bahasa
ibunda adalah untuk agenda bangsa. Apabila berlaku pertembungan, maka sudah
tentu agenda negara perlu diberikan keutamaan tanpa menjejaskan agenda bangsa
(Mohd Ridhuan Tee 2010) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub
dalam perlembagaan, perkara 152. Bahasa Melayu, mengikut aplikasi, mestilah
digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-
bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh
dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau

Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara

mengajar atau belajar bahasa lain. Melalui kontrak sosial, bahasa Melayu diterima
sebagai bahasa kebangsaan. Peruntukan ini penting kerana bahasa merupakan
penghubung antara masyarakat yang berbilang budaya dan etnik. Hal ini kerana
kepelbagaian bahasa yang tidak difahami secara meluas antara satu sama lain boleh
menimbulkan salah faham yang akhirnya menjurus kepada ketegangan dan konflik
(Nazri Muslim et al. 2019)

Amat malang, sekali, BM sebagai bahasa kebangsaan, boleh dikatakan gagal
menjadi medium kepada pembinaan negara bermatlamatkan perpaduan.
Kesungguhan Perdana Menteri Malaysia hari ini, yang mengambil inisiatif untuk
mendaulat dan mengantarabangsakan BM patut diberikan perhatian dan pujian.

Persoalannya, hanya sebahagian yang bersama Perdana Menteri (PM) dalam usaha
memperkasakan bahasa Melayu (BM). Sebahagian bukan Melayu langsung tidak
mengendahkannya. Dalam kata lain, kita masih berbelah bahagi dalam soal
pembinaan negara bangsa. Sedangkan negara lain semua bersatu hati. Kita terus
berpolitik. Kerana takut sokongan politik beralih, lebih-lebih lagi menjelang pilihan
raya. Agenda negara sebesar ini dibiarkan begitu saja. Lebih malang lagi, sebahagian
orang Melayu sendiri tidak menunjukkan minat langsung.

Sedangkan hakikat asas yang membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi
asas pembinaan negara pada zaman kesultanan-kesultanan Melayu dahulu. Bahasa
Melayu menjadi tali pengikat perpaduan dan persefahaman, terutama dalam
kalangan pelbagai kumpulan etnik yang ada di Kepulauan Melayu yang ratusan
jumlahnya. Istilah bangsa Jawi yang bersinonim dengan bangsa Melayu itu
merupakan istilah yang merujuk kepada semua bangsa yang ada di Kepulauan
Melayu. Lebih daripada tahap itu, bahasa Melayu malahan telah menjadi bahasa yang
diterima oleh bangsa-bangsa lain yang datang bermastautin di rantau ini. Kewujudan
kaum Baba Cina di negeri-negeri yang dahulu di kenal sebagai Negeri-negeri Selat
(Melaka, Pulau Pinang dan Singapura), dengan ciri jati dirinya yang amat rapat
dengan kebudayaan Melayu, termasuk penggunaan bahasa Melayu kreol Baba Cina,
membuktikan bahawa bahasa Melayu secara alamiah dapat menjadi wasilah
perpaduan dan persefahaman antara bangsa yang berlainan. Selain kaum Baba
Cina, di Melaka terdapat kaum Ceti India yang juga mengasimilasikan jati dirinya
dengan budaya Melayu, termasuk dalam hal penggunaan bahasa Melayu kreol Ceti.
Dengan peranannya yang merentas etnik atau supraetnik dan juga merentas bangsa
itu, bahasa Melayu memang telah benar-benar menjadi asas pembinaan negara
(Awang Sariyan 2013)

Buktikan sejarah ini memang tidak boleh dinafikan sama sekali. Sejarah ini perlu
difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Seperti yang pernah diungkap oleh sejarawan
terkenal seperti Arthur Marwick, masyarakat manusia memang memerlukan sejarah.
Secanggih mana pun zaman, ia memerlukan banyak sejarah. Manusia mesti sentiasa
memandang kepada sejarah, sentiasa membuat pengadilan berpandukan sejarah. Ini
selaras dengan nukilan George Santayana, manusia yang tidak belajar dari sejarah
akan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.

SEJARAH PENDIDIKAN DAN PEMBINAAN NEGARA

Sistem pendidikan sesebuah negara, terutama pendidikan asas, adalah tunggak
kepada pembinaan negara (Paglayan 2021). Khoo Kay Kim (2012) memetik kata-kata
Rabindranath Tagore, to build a nation, first build a school.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Dalam konteks Malaysia, sistem pendidikan begitu rencam. Kerencaman ini
menjadikan proses pembinaan negara menjadi rumit, kerana bahasa kebangsaan
tidak dapat diperkasakan. Sistem pendidikan Malaysia agak komplek kerana
wujudnya sekolah pelbagai aliran, yang tidak terdapat di negara lain. Sekolah Cina
(SJKC) menjadi pilihan keluarga Cina sejak dari awal. Sejarah keluarga dan
perkembangan sistem pendidikan Cina di Tanah Melayu bermula sejak penghijrahan
masuk orang Cina pada awal abad ke19. Imigran Cina bukan sahaja membawa
bersama-sama adat, kepercayaan, agama dan kebudayaan keluarga, tetapi juga
sistem pendidikan mereka ke Tanah Melayu.

In the middle of the 1880s the Chinese in Malaysia began running local
schools for their children. School program mirrored education in China. In
1911, after the fall of the last imperial dynasty, the Qing, the school curriculum
reflected a growing sense of Chinese Nationalism. Emphasis was placed on
creating military spirit; drilling, uniform, and patriotic songs were incorporated
into the school day (Freeman 2000).

Perkara yang sama turut dibincangkan oleh Quek Weng Kim (2000), Purcell (1997),
dan Comber (2007). Menurut Zainal Mohd Jais (1996), pendidikan berorientasikan
negeri China ini, tidak membantu melahirkan generasi baru di Tanah Melayu.
Masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan dan memberikan penghormatan
tinggi kepada pendidikan. Mereka telah mendirikan sekolah Cina melalui usaha orang
perseorangan dan persatuan bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa mereka.
Hal ini dibuktikan dengan pembinaan sekolah Cina di mana sahaja terdapat
penempatan orang Cina (Sia Keng Yek 2005).

Hanya pada tahun 1920, penjajah British mula mengawal bahan pendidikan ini
melalui Ordinan Pendaftaran Sekolah Cina dengan mendaftarkan semua tenaga
pengajar dan memantau segala aktiviti sekolah Cina. British bimbang akan pengaruh
ideologi komunis jika sekolah ini dibiarkan bebas begitu sahaja. Reaksi ini mendapat
tentangan hebat daripada orang Cina. Namun demikian, sistem pendidikan Cina mula
terbantut di bawah penjajahan Jepun, dan bergiat aktif semula apabila Jepun
mengundurkan diri. Apabila British kembali menjajah selepas Perang Dunia Kedua,
orang Cina terus menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan menentang dasar-
dasar mengenai pendidikan kebangsaan yang mahukan bahasa Melayu dijadikan
sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah
menengah yang diperkenalkan pada Mei 1950. Secara umum boleh dikatakan
bahawa, orang Cina tidak menunjukkan sebarang minat terhadap sistem pendidikan
lain, kecuali pendidikan Cina. Walaupun sistem pendidikan lain (pendidikan teras
Melayu) menawarkan khidmat secara percuma atau dengan kos yang rendah,
mereka tetap menyatakan tidak.

Menurut Purcell (1997), yang penting bagi mereka ialah sistem pendidikan melalui
bahasa pengantar sendiri. Sentimen ini telah ditanam oleh semangat nasionalisme
yang dirangsangkan melalui gerakan revolusi. Ekoran itu, British memperkenalkan
pula Laporan Barnes (1950) mengenai pendidikan Melayu dan Laporan Fenn-Wu
(1951), mengenai pendidikan Cina. Laporan Barnes mencadangkan agar sistem
pendidikan harus berteraskan kepada bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ditentang
hebat oleh orang Cina (Lee Kam Heng dan Tan Chee-Beng 2000).

Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Kuala Lumpur menggesa Persatuan Guru-Guru
Sekolah Cina negeri-negeri lain menyokong tindakan mereka dengan
mengemukakan “Memorandum Pendidikan Persekutuan Malaya”. Sokongan ini
membawa kepada penubuhan Jiao Zong atau Persekutuan Gabungan Persatuan

Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara

Guru-Guru Sekolah Cina pada 25 Disember 1951. Mereka mahukan supaya bahasa
Cina, Tamil, Inggeris dan Melayu diberikan layanan yang sama dan disenaraikan
sebagai bahasa rasmi. Pendidikan Cina hendaklah dijadikan sebagai salah satu
aliran pendidikan negara.

Walaupun British telah memperkenalkan Laporan Fenn-Wu, bagi menenangkan
orang Cina, pada masa sama Laporan Barnes terus dikuatkuasakan. Keadaan ini
menimbulkan perasaan kurang senang orang Cina. Apatah lagi dengan wujudnya
Akta Pendidikan 1954 yang mahukan pelajar-pelajar yang cukup usia dihantar ke
sekolah kebangsaan. Cadangan terus ditentang oleh orang Cina sehingga
tertubuhnya lagi persatuan yang dikenali sebagai Dong Zong atau Persekutuan
Lembaga Pengurus Persatuan Sekolah Cina pada 22 Ogos 1954 (Quek Weng Kim,
2000).

Setelah kerajaan Perikatan mengambilalih pemerintah British, pada tahun 1955, satu
laporan pendidikan baru, Laporan Razak diumumkan pada 1956. Mencadangkan
dalam tempoh 10 tahun, dua jenis sekolah rendah akan diwujudkan yakni sekolah
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah yang
menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar. Pada
tahun 1960, kerajaan telah mengkaji semula Ordinan Pelajaran 1957 melalui
jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib yang akhirnya dikenali
sebagai Laporan Rahman Talib (Haris Md Jadi 1990, Oong Hak Ching 2000,
Asnarulkhadi dan Jayum A. Jawan 2001).

Laporan ini diluluskan pada Ogos 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961
pada Oktober 1961. Antara perkara penting dalam laporan ini ialah pertama, Sekolah
Kebangsaan yang diumumkan terdiri daripada pelajar Melayu yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kedua, Sekolah Jenis Kebangsaan yang
umumnya terdiri daripada pelajar Cina dan India, menggunakan bahasa Inggeris atau
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala bahasa Cina dan bahasa Tamil
dijadikan salah satu matapelajaran sekolah.

Orang Cina telah bertindak balas dengan keras terhadap dasar ini. Mereka menuntut
agar bahasa Cina turut diperakui sebagai bahasa rasmi setanding bahasa Melayu
dan Inggeris. Ternyata isu bahasa dan pendidikan amat sensitif dan menyinggung
perasaan orang Cina. Orang Cina menganggap dasar ini adalah sebagai percubaan
untuk menafikan hak anak-anak mereka terhadap bahasa dan kebudayaan mereka
di samping bertujuan mengasimilasikan dengan bangsa Melayu (Comber 2007).

Pendek kata, akta demi akta berkaitan bahasa dan pendidikan yang diperkenalkan
oleh kerajaan pada ketika itu terus tidak disenangi oleh kaum Cina. Apatah lagi
bermula 1962, kerajaan telah umumkan subsidi penuh hanya diberikan kepada dua
jenis sekolah. Sekolah Cina diberikan dua jenis pilihan, sama ada menerima
penukaran sistem menjadi sekolah kebangsaan yang diberikan subsidi penuh atau
berdikari dan hanya perlu mematuhi peraturan kerajaan.

Pada Januari 1962, sebanyak 54 Sekolah Menengah Cina setuju, jumlah selebihnya
16 buah enggan, menjadi sekolah persendirian. Perkembangan seterusnya
membawa kepada kewujudan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Ada sarjana yang
menganggap bahawa sikap menentang ini berlaku disebabkan oleh dasar-dasar
kerajaan lebih berpihak kepada orang Melayu dan tidak kepada kaum lain seperti
yang dinukilkan oleh Ratnam (2002).

Pertubuhan Cina tidak pernah bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan ini kerana
ditakuti akan menyebabkan bahasa dan budaya ibunda mereka terhapus. Mereka

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

mahukan juga bahasa Cina turut diperakui sebagai bahasa rasmi sebagaimana
bahasa Melayu dan Inggeris. Dengan sebab itu, sekitar tahun 1960-an, mereka
melancarkan kempen untuk menubuhkan Universiti Merdeka, menggunakan bahasa
Mandarin sebagai bahasa pengantar.

Selain daripada Pertubuhan Cina ini, ketiga-tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan
DAP menyokong penuh idea ini. Namun, ia mendapat tentangan hebat daripada
UMNO. Tidak puas hati dengan keputusan kerajaan menolak penubuhan Universiti
Merdeka, mereka mencabar dengan membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi.
Sekitar tahun 1980-an, mahkamah membuat keputusan menolak permohonan untuk
menubuhkan Universiti Merdeka.

Isu pendidikan Cina ini tidak hanya berlaku di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan
Sarawak. Sia Keng Yek (2005) membuat kajian yang mendalam mengenai sistem
pendidikan Cina di Malaysia banyak membincangkan bagaimana orang Cina akan
bermati-matian mempertahankan sistem pendidikan mereka yang sedia ada walau
apa jua terjadi sekalipun. Sebarang usaha untuk mengubah sistem pendidikan akan
ditentang habis-habisan oleh parti-parti politik Cina seperti MCA, GERAKAN dan DAP
serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Cina Dong Jiao Zong dan Pertubuhan
Cina Malaysia atau lebih dikenali secara kolektif sebagai Huatuan.

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamed amat tidak senang dengan pembinaan
negara sebegini. Keadaan sudah buruk dengan mereka tidak pergi ke sekolah yang
sama. Orang Cina diajar dalam bahasa Cina, sementara yang India menggunakan
bahasa Tamil, mereka tidak akan bercakap di antara satu sama lain langsung, dan
mereka tidak memerlukan antara satu sama lain. Setiap kali kerajaan berusaha untuk
merapatkan hubungan, ada sahaja yang menghalang supaya kita terus jauh di antara
satu sama lain (Mingguan Malaysia, 13 November 2005).

Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin turut
memberikan komen yang hampir serupa. Jelasnya, masyarakat Cina mesti
meletakkan kepentingan kebangsaan di tempat yang teratas bukannya kepentingan
etnik. Ini bukan bermakna, setiap etnik akan melupakan asal usul mereka, akan tetapi
kepentingan nasional hendaklah mendahului yang lain. Sama seperti di Amerika,
pelbagai etnik hidup dalam negara tersebut, tetapi mereka bangga dengan mereka
sebagai rakyat Amerika (Mingguan Malaysia, 13 November 2005).

Menurut Tan Liok Ee (1989: 166), isu pendidikan Cina merupakan isu yang amat
sensitif dalam politik Malaysia kerana masyarakat Cina amat mementingkan identiti
mereka. Inilah juga perjuangan Dong Jiao Zong sejak dahulu lagi sebelum dan
selepas negara mencapai kemerdekaan. Bagi mereka, sekolah Cina mesti
dipertahankan bagi pembentukan jati diri orang Cina (Utusan Malaysia, 27 April 2005).
Mengulas lebih lanjut, akhbar Cina, Shin Chew Daily memuji usaha-usaha yang
dilakukan oleh persatuanpersatuan Cina ini. Ketabahan mereka, yang mana telah
berjaya menempuh zaman penjajahan British dan kekejaman tentera Jepun, telah
membawa kepada kewujudan lebih 1,300 buah SJKC, 60 buah Sekolah Menengah
Cina, serta tiga IPTS Cina di negara ini. Sejarah yang mereka ditempuhi tidak sama
dengan orang lain, penuh dengan liku dan cabaran. Seringkali terhimpit dalam
banyak ketidaktentuan. Mereka mara tanpa menoleh ke belakang lagi. Mereka
berada dalam keadaan selesa dan mencipta banyak kejayaan. Melalui sumbangan
tanpa henti daripada pelbagai pihak, ia kini telah menjadi signifikan dalam sejarah
pendidikan negara.

Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara

Chinese education and language have been important communal issues to
the Chinese in Malaysia just like Islam in tha major issue to the Malays (Leo
Suryadinata, 1989)

Dalam kajian yang dibuat oleh Yew Yeok Kim (1973, 1982) dan Leo Suryadinata
(1989) mengenai pendidikan masyarakat Cina, beberapa penemuan mengenai sikap
dan tingkah orang Cina (pelajar) diperolehi. Terdapat perbezaan sikap (persepsi)
antara pelajar Cina yang mendapat pendidikan sekolah Cina dengan pelajar Cina
yang mendapat pendidikan Inggeris. Pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris
kurang identiti keCinaannya, lebih mudah bergaul dengan bangsa lain dan
memudahkan proses integrasi nasional. Manakala pelajar yang mendapat pendidikan
sekolah Cina adalah sebaliknya. Keadaan menjadi semakin buruk apabila wujudnya
parti-parti politik berasaskan kaum yang menjadikan pengaruhnya turut merebak
kepada institusi keluarga dan pendidikan. Apabila proses sosialisasi ini berlaku, maka
menurut Funston (2001), setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum
masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan
kebudayaan.

Kesannya, sekolah Cina kekal dengan identiti kecinaannya. Pembinaan negara dan
integrasi nasional masih lagi jauh untuk dicapai akibat proses sosialisasi. Ini kerana,
bahasa adalah persoalan yang merumitkan dalam masyarakat yang berbilang kaum
kerana ia boleh menjadi penghalang kepada integrasi jika kumpulan ras dan etnik
yang berlainan mahukan pengekalan bahasa-bahasa mereka sebagai alat untuk
menyampaikan kebudayaan dan nilai-nilai sosial (Haris Md Jadi 1990).

Pendapat hampir serupa diutarakan oleh Ramon Navaratnam, beliau tidak bersetuju
dengan kewujudan sekolah berasaskan bangsa seperti sekolah Cina dan sekolah
Tamil kerana ia membantutkan perpaduan kaum. Kerajaan sepatutnya mewujudkan
satu sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan dan penampilannya hendaklah
menarik orang Cina dan India. Beliau mengakui, sekolah kebangsaan mempunyai
banyak kelebihan. Selain dari mempunyai pelbagai kemudahan, bangunan yang
cantik dan guru-guru mencukupi, ia juga boleh meningkatkan taraf pendidikan negara
(Siti Mariam 2006). Sejarah membuktikan bahawa adalah suatu yang amat
memeritkan bagi kerajaan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa negara.
Penentangan demi penentangan dibuat oleh orang bukan Melayu. Orang bukan
Melayu mahukan juga bahasa mereka diikhtiraf sebagai bahasa rasmi juga.

Menurut Kayveas, dalam membentuk bangsa Malaysia melalui sistem pendidikan dan
bahasa pengantar yang sama, pemimpin BN mestilah berani dalam membuat
keputusan berkaitan dengannya. Beliau percaya rakyat 90 peratus akan patuh dan
mengikutinya.

Untuk membentuk bangsa Malaysia, tidak perlu banyak aliran dalam pendidikan.
Satu masa dulu kita ada satu sistem aliran. Satu sistem yang baik. Satu kesalahan
besar yang kita buat, ialah tukar sistem, tukar bahasa pengantar di sekolah. Inilah
kesilapan besar yang telah berlaku. Beliau memberi contoh negara India. Tidak ada
sekolah Tamil. Semua sekolah menggunakan Bahasa Inggeris. Tetapi bahasa Tamil
dibenarkan untuk dipelajari. Hasilnya, India telah muncul sebagai negara dunia ketiga
hebat, walaupun ia negara yang paling miskin. Beliau mencadangkan agar
mencontohi negara Singapura. Mulai tahun 1978, mereka tukar aliran menjadi satu
sahaja. Ketika itu ada yang menyatakan bahawa tindakan itu menyebabkan dia
(pemimpin) kalah pilihan raya tetapi keadaan berlaku sebaliknya (Siasah 31 Mac – 13
April 2006).

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ternyata, pengasingan pendidikan akan menimbulkan banyak kesan nagarif. Ini
dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Utara
Malaysia terhadap pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan
India. Kebanyakan pelajar-pelajar mempunyai sentimen perkauman yang tinggi.
Polarisasi di alam kampus amat membimbangkan. Pelajar-pelajar lebih suka bergaul
dengan kaum sendiri dalam segala hal. Semua ini berlaku disebabkan oleh proses
sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam kampus (Mansor Mohd Nor et al,
2006).

Dalam konteks pengajian tinggi, kerajaan telah meluluskan penubuhan universiti
berasaskan kaum atau parti politik, yakni Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
kepunyaan Parti politik Cina (MCA) pada tahun 2002 (Kementerian Pengajian Tinggi,
2005, 2006). Ini tidak termasuk Kolej Tunku Abdul Rahman kepunyaan parti MCA
yang tidak disenaraikan. Dalam beberapa siri lawatan penulis ke sana, boleh
dikatakan hampir seratus peratus pelajar UTAR adalah terdiri daripada kaum Cina.
Ini tidak termasuk kolejkolej swasta yang dipunyai oleh NGO-NGO Cina (Huatuan)
seperti Dong Jiao Zong dengan Kolej New Era yang beroperasi di Kajang. Tindakan
kerajaan meluluskan penubuhan pengajian tinggi oleh parti-parti politik Cina ini
merumitkan lagi usaha pembinaan negara dalam masyarakat majmuk.

Kerajaan mesti tegas dalam pelaksanaan BM bersekali dengan jawi dalam
Pendidikan. Minoriti (bukan bumi) mesti belajar memahami majoriti (bumi), demi
mencapai matlamat pembinaan negara bangsa, meskipun ditentang oleh kumpulan
cauvinis dan ekstremis (Mohd Ridhuan Tee 2013)

BAHAYA PEMBINAAN NEGARA DALAM NEGARA

Seperti yang telah dibincangkan, asas utama pembinaan negara adalah pendidikan.
Penghalang terbesar dalam pembinaan negara adalah sistem pendidikan berasaskan
kaum, yang mempunyai hasrat membina negara dalam negara. Pendidikan
sepatutnya menyatukan bukan memisahkan. Malangnya, dalam konteks negara kita,
pendidikan bersifat memisah bukan menyatu. Kewujudan sekolah pelbagai aliran
daripada peringkat asas hingga pengajian tinggi, begitu ketara pemisahannya. Tidak
ada penguatkuasaan. BM tidak didaulatkan. Penguasaan BM yang amat
menyedihkan.

Pada tahun 2010, menurut Pesuruhjaya Banci dan Ketua Perangkawan Malaysia
ketika itu, masalah sikap orang ramai khususnya masyarakat Cina merupakan
cabaran utama pembanci melakukan tugas pembancian sepanjang gerakan Banci
Penduduk dan Perumahan 2010. Mereka tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.
Mereka hanya tahu Bahasa ibunda sahaja. Katanya, ia tidak harusnya terjadi kerana
kita sebagai rakyat Malaysia, sebagai penduduk Malaysia sejak Merdeka hampir 53
tahun, sudah pasti tahu untuk menggunakan salah satu bahasa itu. Dalam Fasa I
Banci 2010, 70 peratus daripada mereka yang tidak memberikan respon adalah
masyarakat Cina. Jabatan Perangkaan terpaksa mendapatkan kerjasama media
berbahasa Cina, petugas jabatan berbangsa Cina dan persatuan-persatuan mewakili
masyarakat itu bagi memberi respon kepada pembanci. masyarakat Cina tidak boleh
mengatakan mereka tidak memahami soalan yang disediakan kerana kebanyakan
mereka tinggal di bandar dan mendapat akses kemudahan pendidikan. Paling
dikesalkan, mereka sanggup melepaskan beberapa ekor anjing bagi menghalang
pembanci mendekati rumah (MStar 12 Ogos 2010, Malaysiakini 11 Ogos 2010)

Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara

Berdasarkan kepada insiden ini, cuba buat kajian menyeluruh, berapa ramai bukan
Melayu yang boleh berbahasa Melayu dengan baik? Berapa ramai pelajar Cina yang
mendapat cemerlang dalam subjek BM? Berapa ramai pula yang gagal BM? Kenapa
lima Sekolah Wawasan yang dibina zaman Dr. Mahathir Mohamad menempatkan
semua aliran SK dan SJKC (T) di bawah satu bumbung gagal?
Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shad Faruqi berkata, hak orang Cina ada hak untuk
belajar bahasa Cina, itu memang dijamin dalam Perlembagaan, tetapi bukan belajar
dalam bahasa Cina. Dalam maksud, Perlembagaan memberi hak belajar ibunda
tetapi bukan belajar dalam bahasa ibunda (Mohd Ridhuan Tee 30 Dis 2021).

Pakar Sejarah Negara, mendiang Prof Khoo Kay Kim pernah berkata, British hanya
benarkan sekolah Cina beroperasi ketika zaman penjajah, jika mereka berhasrat
untuk kembali ke negara asal iaitu negara China. Tidak mahu menetap di Tanah
Melayu. Namun, jika orang Cina mengambil keputusan untuk menetap di Tanah
Melayu, maka sekolah Cina mesti dirobohkan. Orang Cina mesti belajar dalam aliran
kebangsaan.

Ternyata penjajah British sangat memahami dalam kehidupan membina negara.
Memberikan hak kepada yang berhak. Malangnya, perkara ini tidak difahami sebegitu
oleh sebahagian rakyat negara ini. Mereka merasakan semua hak mereka. Sampai
ke tahap hak yang diminta melampau-lampau. Menjadikan sekolah Cina beroperasi
secinacinanya. Lebih Cina daripada Cina di negara China.

Inilah bentuk pembinaan negara dalam negara yang menjadi ancaman kepada
pembinaan negara bangsa dalam memartabatkan agenda hidup bernegara, dalam
konteks memartabatkan BM. Sekolah dibiayai kerajaan, tetapi kelihatan kerajaan
tidak ada kuasa untuk mengubahkan disebabkan oleh desakan yang kuat daripada
badan bukan kerajaan.

Lebih malang lagi, dalam soal pembinaan, kerajaan tunduk kepada desakan politik
dan kepentingan politik, seolah-olah boleh dijualbeli. Ada perkiraan undi, untung dan
rugi. Ada unsur percaturan kuasa, tawar-menawar. Sedangkan pembinaan negara
memerlukan kepada penegasan.

Contoh, isu Kementerian Pendidikan mahu kuatkuasakan jawi enam muka surat di
Sekolah Kebangsaan dan SJKC, ditentang habis-habisan oleh kumpulan cauvinis dan
ekstremis. Sedangkan, sarjana Korea, mencadangkan perjuangan mendaulatkan BM
perlu disekalikan dengan pembelajaran jawi (Mohd Ridhuan Tee 2011).Akibat
penentangan ini, kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan kepada tiga
mukasurat. Malangnya, tiga mukasurat pun tidak dapat dilaksanakan. Kumpulan ini
mahu ianya dihapuskan terus.

Kerajaan mesti tegas dalam pelaksanaan Jawi di SJKC (T). Minoriti (bukan bumi)
mesti belajar memahami majoriti (bumi), demi mencapai matlamat pembinaan negara
bangsa. Amat sukar untuk diterima perancangan kerajaan harus gagal setiap kali
ditentang oleh NGO ini. Lebih malang lagi, kerajaan yang berdaulat terpaksa tunduk,
sedang NGO ini langsung tidak legitimasi apatah lagi berdaulat (Mohd Ridhuan Tee
10 Nov 2021).

Dalam kata lain, empat perkara pokok berikut mesti diterima oleh rakyat Malaysia
dalam pembinaan negara bangsa, bagi mengelakkan wujudnya pembinaan negara
dalam negara iaitu kedudukan Raja-raja Melayu (Perkara 32(1), agama Islam sebagai
agama Persekutuan (Perkara 3(10), kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi (Perkara 152 (1) dan hak istimewa orang Melayu
(kemudian meliputi hak istimewa kaum-kaum Bumiputera yang lain, terutama di

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Sabah di Sarawak, apabila terbentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963)
(Perkara 153 Perlembagaan) (Awang Sariyan 2013).

BAHASA MELAYU ASAS PEMBINAAN NEGARA

Bidang bahasa tidak ketinggalan dalam skema perancangan pembinaan negara
Malaysia, selaras dengan teori perancangan bahasa yang meletakkan bahasa
sebagai salah satu unsur pembinaan negara. Sebagaimana yang pernah
diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman
Putera, bahasa kebangsaan umpama roh atau jiwa negara. Negara tanpa bahasa
kebangsaan ialah negara tanpa roh atau jiwa. Maka itu, digubal Dasar Bahasa
Kebangsaan sebagai salah satu dasar negara. Bersamasama dengan “dasar-dasar
kenegaraan” yang lain, Dasar Bahasa Kebangsaan memainkan peranan penting
dalam proses pembinaan negara (Awang Sariyan 2013)

Dahulu, pada zaman P. Ramlee, sekitar tahun 1970an dan 1980an, ada ramai artis
berbilang kaum terlibat dalam dunia seni, nyanyian dan lakonan. Mereka dapat
menghayati watak dengan baik. Bahasa Melayu yang diluahkaan menusuk ke dalam
kalbu.

Lagu-lagu hari raya dendangan penyanyi India seperti D.J. Dave dan kumpulan
Cenderawasih terus berputar menjelang raya dan ketika raya. Begitu juga penyanyi
lain seperti Andre Goh, Francisca Peters, Roy, Kumpulan Alleycats, Lanny Lim Mui
Lan, Ben Nathan, Kenny Remy dan Martin, ramai lagi. Penghayatan mereka,
menusuk sanubari. Hari ini bagaimana? Bukan tidak ada, ada, tetapi penghayatan
tidak sampai ke hati. Penulis masih belum ketemu artis Cina menyanyikan lagu Hari
Raya menusuk kalbu seperti D J Dave dan Kumpulan Cenderawasih, berbanding
dengan orang Melayu menyanyikan lagu Kong Xi Fa Chai.

Justeru, sudah sampai masanya, meskipun sudah terlambat, kedudukan BM selaku
bahasa negara dan agenda negara diangkat setinggi-tingginya dalam proses
pembinaan negara.

Pertama, laksanakan agenda hidup bernegara, yang merupakan identiti negara,
dengan tegas, tanpa kompromi. Kuasa yang ada hendaklah digunakan sepenuhnya
bagi memastikan ia dikuatkuasakan dan dilaksanakan, meskipun ditentang banyak
pihak. Kerajaan tidak perlu gentar, kerana kita mahu membina negara, bukan
membina bangsa.

Seorang cendekiawan berketurunan Cina Indonesia, Aimee Dawis, dalam tulisannya
bertajuk"Orang Indonesia Tionghua mencari identitas" begitu menarik perhatian
penulis. Orang Cina Indonesia sudah tidak lagi kelihatan seperti orang Cina seperti di
Malaysia. Indonesia mengamalkan asimilasi secara paksaan bermula tahun 1965,
apabila jatuhnya rejim komunis pimpinan Sukarno.

Suharto yang menggantikan Sukarno mengambil tindakan drastik memutuskan
hubungan orang Cina Indonesia dengan negara asalnya secara kekerasan. Asimilasi
dilaksanakan. Cara hidup orang Cina diubah sepenuhnya menjadi orang Indonesia
termasuk dari segi nama, pakaian, bahasa, sambutan perayaan dan segala cara
hidup yang lain. Rancangan televisyen, radio, filem, sekolah, makalah, perayaan
kebesaran dan sebagainya yang ada berbau kecinaan diharamkan. (Mohd Ridhuan
Tee 2013).

Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara

Hari ini, orang Cina Indonesia tidak lagi seperti orang Cina. Mereka tidak ada beza
langsung dengan orang Indonesia dari cara hidupnya. Hatta, perkara-perkara kecil
melibat istilah juga dijaga rapi. Orang Cina di sana tidak dipanggil orang Cina
Indonesia tetapi dipanggil orang Indonesia Tionghua. Negara Indonesia didahulukan
berbanding dengan bangsa.

Kedua, gunakan kuasa yang ada, termaktub dalam perlembagaan melaksanakan
agenda hidup bernegara tanpa kompromi. Jadikan Bahasa sebagai syarat mendapat
kewarganegaraan

Gubal undang-undang khusus perkasakan BM. Beri kuasa kepada Dewan Bahasa
dan Pustaka, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan setiap kementerian. Bahasa tidak
boleh menjadi tanggungjawab hanya kementerian atau Menteri tententu.

Ketiga, BM mesti diperkasakan bermula daripada pendidikan asas lagi. Pendidikan
berasaskan kaum hendaklah dikaji semula dengan serius kerana ia tidak banyak
dapat membantu membina negara.

Jika sekolah berasaskan kaum mahu diteruskan beroperasi, pastikan
penambahbaikan dilaku selari dengan pembinaan negara. Perkasakan BM di sekolah
vernakular. BM mesti diajar setiap hari dalam pembelajaran dan pengajaran. Tidak
timbul lagi BM hanya diajar 180 minit (240 minit) seminggu di sekolah venerkular.
Mesti lebih daripada itu.

Silibus BM mesti diselaraskan semua jenis sekolah. Tidak timbul BM di sekolah
vernakular jauh lebih mudah daripada sekolah kebangsaan seperti hari ini. Wujudkan
hanya satu kertas BM di semua sekolah dalam peperiksaan, bukannya kertas BM
berbeza seperti amalan hari ini

Guru-guru BM tidak boleh disyaratkan lagi untuk mendapat kredit dalam mandarin
(SPM). Pemblejaran dan pembelajaran BM mesti sepenuhnya dalam BM bukan
diterjemahkan dalam Bahasa ibunda (Mohd Ridhuan Tee 2016)

Keempat, mata pelajaran asas seperti sejarah mesti diajar dalam BM tanpa kompromi
terutama di sekolah vernakular.

Kelima, jangan tunduk kepada tekanan NGO seperti Dong Zong, Jiao Zong, Hua Zong
dan lain-lain NGO bersifat rasis

Keenam, jangan perjudikan agenda negara berkaitan BM dengan undi. Agenda
negara tidak boleh sama sekali digadaikan dengan undi, atau tawar-menawar politik.

Ketujuh, buat kajian secara mendalam, berapa ramaikah sebenarnya rakyat Malaysia
yang tidak mampu berkomunikasi dalam BM

Kelapan, hapuskan identiti agen sosialisasi berasaskan kaum, akhbar, TV, Radio dan
sebagainya. Akibatnya setiap kaum akan menonton saluran sendiri. Rancangan
berasaskan kaum mesti diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan seperti yang
dilakukan oleh negara jiran.

Kesembilan, contohilah negara jiran, Thailand dan Indonesia serta lebih 190 negara
yang ada di dunia ini bagaimana mereka memperkasakan bahasa negara sebagai
agenda negara. Tidak ada tolak ansur dalam memperkasakan agenda negara. Ia
mesti ditegakkan dengan undang-undang.


Click to View FlipBook Version