The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurimandina3025, 2022-05-22 19:54:25

ctdn

ctdn

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kesepuluh, semua agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC mesti
mendaulatkan BM. Hari ini, dalam di pejabat mereka boleh dikatakan sepatah haram
tidak ada Bahasa Melayu, kecuali tanda KELUAR di pintu kecemasan. Itulah nilai BM
hanya di pintu. Kadang-kadang langsung tidak ada, diganti dengan

Cuba masuk ke CIMB, Maybank, PNB dan lain-lain. Tabung Haji pun sudah jadi orang
putih, nak buat macam mana. Ini belum masuk ke Hong Leong Bank, Alliance Bank,
dan bank persendirian.

Jauh bezanya bila masuk ke IKEA, Bahasa Melayu betul-betul didaulatkan. Pelik
sungguh, syarikat dan pusat membeli belah luar negara begitu menghormati Bahasa
Melayu. Tetapi syarikat dan pusat membeli belah tempatan, langsung tidak daulatkan
BM. Ini belum termasuk nama papan tanda, nama kedai dan taman perumahan.

Kesebelas, pelajar sekolah, terutama pelajar SJKC dan Persendirian. Bila lagi BM
mahu diperkasakan. Subjek BM hanya merempat sahaja di SJKC dan sekolah
persendirian, begitu juga sekolah antarabangsa.

Kedua belas, BM hendaklah didaulatkan dalam nama-nama taman dan bangunan.
Keadaan hari ini menjadi semakin serius tanpa kawalan. PBT semakin lena dibuai
mimpi. Apabila penulis memasuki daerah Teluk Panglima Garang, Kuala Langat,
nama-nama taman perumahan dan pusat komersial langsung tidak mencerminkan
jati diri negara. Langsung tidak mencerminkan sejarah Teluk Panglima Garang.

Ia sudah ditutupi dengan nama-nama teramat asing. Nama taman dan pusat
komersial telah menjadi twenty five 7, Quayside Mall, Sanctuary Mall, Tropicana dan
banyak lagi taman baharu yang sangat asing.

Janganlah masuk ke kawasan Subang, nama bangunan GeoSense, Geolake, Geo
Avenue, dan lain-lain sehingga memuntahkan perjalanan menuju Teluk Panglima
Garang

Pendek kata, nama-nama taman perumahan, nama bangunan, pusat membeli belah,
langsung tidak mencerminkan jati diri negara.

Ketiga belas, BM dalam papan tanda, kain rentang, notis dan lain-lain. Saya lihat
sebahagian besar syarikat bukan Melayu dan iklan kain rentang mereka, langsung
tidak mendaulatkan BM. Semua dalam Bahasa ibunda dan asing. PBT terus lena
dibuat mimpi.

Terlalu banyak yang mahu diperkatakan apabila bercakap tentang nasib Bahasa
Melayu di kepulauan Melayu atau Malay Archipelago, bukan Indonesia Archipelago.
Sebenarnya kita sudah gagal. Kita tidak belajar dari negara lain di dunia dalam
membina negara. Kita terus berbangga dengan kesepaduan sosial dan integrasi
sehingga menyebabkan setiap bangsa, terlalu tegar dalam memperjuangkan bangsa
sendiri, terutama bahasanya. BM tidak dianggap sebagai bahasa kebangsaan, tetapi
sebagai bahasa bangsa Melayu.

Sepanjang pengamatan, tidak ada negara di dunia yang mempunyai bahasa
kebangsaan mereka sendiri sibuk mempromosikan bahasa dalam negara sendiri,
berbanding dengan negara kita, bulan bahasa. Bahasa kebangsaan mereka sudah
terdaulat secara otomatis. Mereka menggunakan kuasa bagi memastikan identiti ini
didaulatkan.

Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara

Dengan masalah yang dihadapi, kita dengan bangga mengatakan, inilah Malaysia,
truly Asia, unity in diversity. Perpaduan dalam kepelbagaian. Kesannya apa? Adakah
kita berjaya melahirkan rakyat yang sanggup berkorban jiwa raga untuk negara?

Kita masih tehegeh-hegeh berkempen menggunakan Bahasa Kebangsaan. Saban
tahun kita menghabiskan wang, masa dan tenaga, kempen menggunakan Bahasa
kebangsaan, yang sudah sedia termaktub dalam perlembagaan

Tidak ada dalam sejarah, sesebuah negara berkempen, Bahasa kebangsaannya
sendiri. Semua sedia maklum bahawa setiap negara yang mempunyai Bahasa
kebangsaan, mesti dikuasai oleh warganya. Tetapi tidak untuk Malaysia. Masih ada
rakyat yang tidak boleh langsung berbahasa Melayu. Kempen bulan Bahasa ternyata
gagal. Rakyat Malaysia masih ramai yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa
kebangsaan. Dalam rumah mereka penuh dengan media Bahasa ibunda (Mohd
Ridhuan 9 Sept 2021)

Dalam membina negara, kerajaan tidak perlu takut kepada tekanan mana-mana pihak
terutama NGO, seperti Dong Zong, Jiao Zong. Dong Jiao Zong, hanya NGO, bukan
siapasiapa. Negara ini juga tidak akan kacau-bilau jika NGO ini diharamkan. Kita amat
hairan kenapa perancangan kerajaan harus gagal setiap kali ditentang oleh NGO
rasis ini. Lebih malang lagi, kerajaan yang berdaulat terpaksa tunduk, sedang NGO
ini langsung tidak legitimasi apatah lagi berdaulat. Sudahlah dasar kerajaan ditolak,
NGO rasis ini berani menggesa kerajaan agar tulisan pelbagai etnik dapat
diperkenalkan selain Jawi, sedangkan keputusan telah dibuat?

Hatta mereka sentiasa menolak apa juga keputusan kerajaan seperti menolak
menambah masa pengajaran subjek Bahasa Melayu, menolak subjek sejarah yang
mesti diajar dalam Bahasa Melayu, menolak guru-guru Melayu yang tidak ada
Pendidikan Cina berada di SJKC, menolak keputusan kerajaan untuk
menyeragamkan silibus Bahasa Melayu di semua sekolah. Dalam kata lain, kerajaan
tidak boleh menyentuh langsung proses pencinaan di SJKC, walaupun semua gaji
dan prasana ditanggung kerajaan. Malah saban hari mereka desak kerajaan tambah
lagi SJKC dan pinda perlembagaan untuk mengintitusikannya, supaya SJKC setaraf
dengan Sekolah Kebangsaan. Dalam kata lain, semua kemudahan dan bantuan
kerajaan mereka mahu, tetapi mereka langsung tidak mahu menerima keputusan
kerajaan. Malah, semakin berani dan lantang menolak keputusan kerajaan.

Penulis memohon Perdana Menteri, mengotakan apa yang telah diucapkan dua
tahun lalu, ketika menjadi Naib Presiden UMNO, kini sudah menjawat jawatan
Perdana Menteri, pernah memberi peringatan kepada Dong Zong bahawa mereka
perlu ingat dan sedar di mana mereka berpijak dan langit mana yang mereka sedang
dijunjung.

Perdana Menteri pernah menegaskan dalam Dewan Rakyat bahawa negara ini
adalah Tanah Melayu dan majoritinya masih Melayu Islam. Jadi, bukankah amat
penting minoriti memahami cara hidup majoriti. Perdana Menteri turut bersetuju
dengan kenyataan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa
Dong Zong ini merupakan satu pertubuhan yang rasis dan justeru itu beliau mencabar
kerajaan supaya mengharamkan Dong Zong (Mohd Ridhuan Tee 10 Nov 2021).

Justeru, janganlah terlalu bermegah dengan slogan ‘unity in diversity’ kononnya itulah
kekuatan Malaysia. Mengamalkan ‘social cohesion’ atau kesepaduan sosial. Tetapi
hakikat sebenar perpaduan amat rapuh (Mohd Ridhuan Tee, 16 Mac 2021)

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

KESIMPULAN

Dalam membina negara, khususnya dalam mendaulatkan BM, mesti dilakukan
dengan segera meskipun sudah terlambat. Gunakan peruntukan kuasa yang ada,
sudah termaktub dalam perlembagaan, untuk melaksanakannya. Tidak ada
kompromi dalam melaksanakan agenda pembinaan negara. Pembinaan negara
dalam negara yang digerakkan oleh kumpulan tertentu, hendaklah segera diambil
tindakan sebelum terlambat. Jika tidak, kita akan terus gagal dan gagal, meskipun
telah merdeka 65 tahun. Alasan lapok bahawa pembinaan negara memerlukan
masa dan proses panjang tidak dapat diterima lagi. Empat kata kunci utama keramat
pembinaan negara iaitu identiti (jatidiri), kuasa, perpaduan dan kestabilan, hendaklah
diperhalusi daripada peringkat setinggi-tingginya hingga kepada serendah-
rendahnya.

Hayati lirik Lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ yang begitu mendalam

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita

Jiwa bermaksud “nyawa atau roh”. Manakala, bangsa pula bermaksud, “kumpulan
manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan”. Mengapa bahasa itu dikatakan ‘jiwa’
atau ‘roh’ bangsa? Kenapa BM mesti dikuasai dan dihayati sebagai asas pembinaan
negara? Heraclitus menyatakan bahawa bahasa sangat berkait rapat dengan semua
aspek kehidupan manusia. Melalui bahasa, sesuatu masyarakat mempamerkan
nilai-nilai dan budaya mereka kepada bangsa lain. Dalam kata lain, BM
mencerminkan jati diri rakyat Malaysia sebenar.

Akhirnya, izinkan penulis berbeza pendapat dengan beberapa sarjana dalam dan
luar negara, yang banyak bercakap soal pembinaan negara bagi negara-negara
baharu (pernah dijajah/naungan), memerlukan masa yang panjang, untuk mencapai
matlamat utama iaitu perpaduan dan kestabilan, terutama apabila berubah daripada
negara sebangsa menjadi berbilang bangsa, disebabkan oleh kerencaman yang
dibawa, seperti agama, bahasa, budaya dan sebagainya.

Perbezaan yang banyak ini memerlukan masa untuk saling memahami antara satu
sama lain. Maka, muncullah pelbagai istilah seperti kesepaduan sosial,
penyatupaduan, integrasi, akamodasi, akulturasi, mamakization dan macam-macam
lagi, sehingga membawa kepada penolakan asimilasi secara total. Pendapat
sebegini tidak banyak berpijak di bumi nyata. Hakikat sebenarnya tidaklah sangat
sebegitu.

Membina negara baharu berbilang bangsa tidak serumit seperti yang digambarkan
jika ada penegasan sejak dari awal, dan tidak mustahil menjadi lebih mudah
daripada negara sebangsa. Sebab itu kita lihat ada negara sebangsa saling
berantakan sesama mereka, meskipun ada banyak persamaan, terutama dari segi
agama, bahasa dan budaya. Ini mungkin disebabkan mereka sudah menjadi kebal
berada dalam zon selesa.

Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara

Sebab itu, dalam membina negara berbilang bangsa, soal penegasan sangat penting
dalam melaksanakan agenda hidup bernegara, adalah sangat penting. Pembinaan
negara melibatkan perkara dasar, seperti kedudukan bahasa negara (bahasa
Melayu), mesti dilaksanakan, tanpa kompromi. Mereka yang berhijrah mesti
disedardirikan bahawa mereka wajib mengasimilasikan semua dasar itu.

Kata dua hendaklah diberikan, sama ada mahu menerima atau tidak. Jika tidak
mahu, tindakan tegas mesti dikenakan. Ini berlaku kepada sebahagian besar negara
dunia yang mahu mencapai matlamat pembinaan negara. Contoh terdekat, negara
jiran, Indonesia dan Thailand. Jika tidak menerima asimilasi, sekurang-kurang buka
sedikit. Jangan tolak secara total, seperti yang berlaku hari ini.

Disebabkan oleh tiada penegasan ini, sifat sedar diri yang sepatutnya ada, telah
bertukar menjadi tidak sedar diri. Tidak sedar diri ini membawa kepada keras kepala.
Keras kepala ini membawa kepada sikap kurang ajar dan sukar untuk dibentuk lagi.

Ini ditambahkan pula dengan kesantunan dan kemuliaan orang Melayu yang begitu
lunak meraikan tetamu (bangsa lain) bersendikan ajaran agama Islam yang menjadi
pegangan, sehingga alpa akan pentingnya soal penegasan hidup bernegara.

Keadaan menjadi semakin kompleks apabila nisbah berbilang bangsa menjadai 60-
40, kebergantungan terhadap undi untuk mendapat kuasa, mengakibatkan kita
terpaksa menggadaikan agenda negara, memperjudikannya dengan undi. Ini
menjadikan ada sebahagian menjadi naik kepala dan seterusnya memijak kepala.
Sebab itulah, kita seolah-olah dilihat ‘gagal’ memartabatkan bahasa Melayu dalam
pembinaan negara. Adalah sesuatu yang agak janggal untuk memartabatkan di
peringkat antarabangsa, jika kejayaan tidak dapat dilihat dalam negara itu sendiri.

BIBLIOGRAFI

Aimee Dawis. 2010. Orang Indonesia Tionghua mencari identitas. Jakarta: Gramedia
Pustaka Utama

Asmah Omar. 1979. Language Planning for Unity and Efficiency. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya

Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan. 2001. Kenegaraan Malaysia.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Awang Sariyan. 2013. “Strategi Menjayakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Negara”. Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Melayu VIII pada
13 – 14 November 2013Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Comber, Leon. 2007. Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu – Cina.
Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

Freeman, Amy L. 2000. Political Participation and Ethnic Minorities. Routledge: New
York. Funston, N.J. 1980. Malay Politics in Malaysia: A Study of the United Malay
Organisation and Party Islam. Kuala Lumpur: Hienemann Educational Books
(Asia Ltd).

Haris Md Jadi.1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Karl Wolfgang Deutsch, William J. Folt, eds. 1966. Nation Building in Comparative
Contexts. New York: Atherton.

Khoo Kay Kim. 27 Jun 2012. “What is our priority?” New Straits Times.
Lee Kam Hing dan Tan Chee-Beng (2000). The Chinese in Malaysia. Selangor:

Oxford University Press.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Maxwell & Gibson. 1924. Treaties and Engagements Affecting Malay States and
Borneo. London: Truscott and Son Ltd.

MStar.12 Ogos 2010. “Pembanci Hadapi Masalah Sikap Masyarakat Cina”. Pembanci
Hadapi Masalah Sikap Masyarakat Cina - Semasa | mStar.

Malaysiakini. 11 Ogos 2010. “Banci: Kurang Kerjasama, anjing dilepaskan”. Banci:
Kurang kerjasama, anjing dilepaskan (malaysiakini.com)

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Nasib melayu di Bumi Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2011. Masih adakah Ketuanan Melayu?. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2013. Melayu Menjadi Minoriti Dalam Majoriti. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2016. Melayu Amal Makruf Nahi Mungkar. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2017. Melayu Berkorban Jangan Samai Terkorban.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 20 Apr 2021. “SJKC diterima arus perdana? Hebat
kamu ultra kiasu”. Ismaweb

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 16 Mac 2021. “Mengapa masih tidak haramkan Dong
Zong?”. Ismaweb

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 10 Nov 2021. “Lakukanlah apa sepatutnya terhadap
NGO rasis ini - ismaweb

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 6 Sept 2021. “Kenapa masih tak maju, sedangkan
semua sumber dan pakar kita ada?”. Ismaweb

Mohd Ridhuan Tee. 30 Dis 2021. “Buat kajian kenapa pelajar Cina SK lebih mesra
berbanding pelajar vernakular”. Buat kajian kenapa pelajar Cina SK lebih mesra
berbanding pelajar vernakular - ismaweb

Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohamad Rodzi Abd Razak. 2009. “Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan
Pendidikan Sejarah Dan Dasar Pendidikan Kebangsaan”. Jebat 36 (2009) 90-106
90. Bangi: UKM

Mylonas, Harris. 2017. “Nation-building,” Oxford Bibliographies in International
Relations. Ed. Patrick James. New York: Oxford University Press.

Nazri Muslim & Otong Rosadi. 2021. “Peranan Bahasa dalam Pembinaan Negara
Bangsa di Malaysia dan Indonesia”. International Journal of the Malay World and
Civilisation 9(2), 2021: 79 - 89

Nazri Muslim et al. 2019. “Malaysia federal constitution from constitutional sociology
contexts”. Journal of Engineering and Applied Sciences 14(11): 3761-3770.

Paglayan, Agustina S. .February 2021. "The Non-Democratic Roots of Mass
Education: Evidence from 200 Years". American Political Science Review. 115
(1): 179–198.

Purcell, Victor. 1975. The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Purcell, Victor.1997. Orang-Orang Cina di Tanah Melayu. Skudai: UTM
Pitut Soeharto & A. Zainoel Ihsan. 1981. Pertama Terbenam: Kumpulan Pidato.

Jakarta: Aksara Jayasakti
Quek Weng Kim. 2000. Satu Tinjauan Tentang Kepuasan Kerja guru-Guru SJK (C) di

Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. Jabatan Pengajian Tionghoa. Universiti Malaya.
Ratnam, K.J (1967). Communalism and the Political Process in Malaya. Kuala

Lumpur: University Malaya Press.
Sia Keng Yek. 2005. SRJK (Cina) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: Dilema dan

Kontroversi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara

Sia Keng Yek.1997. Hua Tuan dan Perkembangan Politik Malaysia: Satu Kajian
tentang Asal Usul dan Perkembangan Gagasan Sistem Dua Barisan (1969-1995).
Tesis Sarjana Sastera. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. UKM.

Siti Mariam Md Zin. 2006, Sept 24. Hidup sederhana jangan tamak. Mingguan
Malaysia

Tan Chee-Beng. 2002. Chinese Minority in a Malay State: The Case of Terengganu in
Malaysia. Singapore: Eastern Universities Press.

Tan Chee-Beng.1993. Chinese Peranakan Heritage in Malaysia dan Singapore.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn bhd.

Yew Yeok Kim. 1982. Education, National Identity and National Integration: A Survey
of Secondary School Students of Chinese Origin in Urban Peninsular Malaysia.
Ph.D Thesis. Stanford University.

Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. 2003. Pendidikan Negara Bangsa. Kuantan:
PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu / 237 - 246
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MENERUSI WAHANA LATIHAN
PENJAWAT AWAM: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB INSTITUT
TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN), JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Alauddin bin Sidal1
Mohamad Ikhwan Al Syahid bin Abdullah Tahir 2

([email protected])
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara

Malaysia

Abstrak

Relevan dengan fungsinya sebagai perancang, pembangun dan pengurus sektor awam,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am
Bilangan 1 Tahun 2006 “Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa
Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam”, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011
“Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam” dan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 “Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan
dalam Perkhidmatan Awam” bagi memastikan kualiti penggunaan bahasa Melayu dalam
ranah sektor awam kekal di tahap tertinggi. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) sebagai
organ utama JPA diberikan tanggungjawab dalam mengintegrasikan agenda pemartabatan
bahasa Melayu dalam pembangunan modal insan penjawat awam. Namun begitu,
seumpama jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, pelaksanaannya sudah
pasti banyak melibatkan tugas dan kerja yang perlu digerakkan dalam mencapai matlamat
tersebut. Justeru, kertas kajian ini akan menghuraikan peranan dan tanggungjawab INTAN
dalam memastikan pelaksanaan pemerkasaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam
sentiasa terjaga dan dilestari. Empat cabang utama dibincangkan iaitu peluasan penggunaan
bahasa Melayu dalam komunikasi tidak ketara, pembangunan duta bahasa di jabatan, latihan
penataran bahasa dan kemahiran penulisan dokumen rasmi serta pembudayaan bahasa
Melayu melalui keterampilan konkrit dan halus.

Kata kunci: Bahasa Melayu, latihan, penjawat awam, INTAN, dokumen rasmi, pekeliling.

PENGENALAN

Penetapan dasar dan batu asas tentang kedudukan dan peranan bahasa Melayu
telah jelas iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu melalui
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Akta
Pendidikan 1996, Akta DBP 1959 dan beberapa peraturan lain. Penegasan tentang
kedudukan dan penggunaan bahasa Melayu dengan itu bukan berkisar tentang
penetapan dasar baharu, sebaliknya untuk “peningkatan”, “peluasan”,
“penguatkuasaan” dan “kesinambungan” iaitu rentetan daripada kejayaan yang telah
kita capai sejak kemerdekaan (Pejabat Perdana Menteri Malaysia, n.d.)

Dalam usaha memastikan penggunaan bahasa kebangsaan dimartabatkan
sewajarnya dalam perkhidmatan awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah
mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 “Langkah-langkah
Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam”,
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011 “Panduan Penggunaan Bahasa

1 YBhg. Datuk Dr. Alauddin bin Sidal merupakan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
2 Encik Mohamad Ikhwan Al Syahid bin Abdullah Tahir merupakan Perunding Latihan di Unit
Kecemerlangan Bahasa Melayu (UKEM), Kluster Kecemerlangan Bahasa, INTAN.

237

Pemartabatan Bahasa Melayu Menerusi Wahana Latihan
Penjawat Awam: Peranan dan Tanggungjawab Institut Tadbiran
Awam Negara (Intan), Jabatan Perkhidmatan Awam

Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam” dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1
Tahun 2020 “Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan
Awam” bagi memastikan kualiti penggunaan bahasa Melayu dalam ranah sektor
awam kekal di tahap tertinggi.

MANIFESTASI PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM RUANG
LINGKUP PERKHIDMATAN AWAM

Secara umumnya, semua urusan dan pentadbiran khususnya dalam perkhidmatan
awam telah dijalankan dalam bahasa kebangsaan, termasuklah perkhidmatan
kaunter, pengiklanan kekosongan jawatan perkhidmatan awam, maklum balas aduan
dan isu dalam media massa, surat dalam negara, dokumen perjanjian dalam negara,
urusan melibatkan kehadiran warganegara, dan penganjuran majlis rasmi melibatkan
kehadiran warganegara Malaysia. Namun, dokumen terjemahan bahasa Inggeris
juga disediakan dengan dokumen rasmi yang disediakan dalam bahasa kebangsaan,
manakala penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan bersekali dengan penggunaan
bahasa kebangsaan apabila terdapat majlis rasmi yang melibatkan kehadiran bukan
warganegara Malaysia. Dalam keadaan tertentu, Pegawai Khidmat Pelanggan juga
boleh menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan yang difahami oleh
pelanggan berkenaan.

ISU KAJIAN

Peluasan Agenda Pemartabatan Bahasa Kebangsaan Ke Seluruh Perkhidmatan
Awam

Peranan selaku agensi pusat membolehkan JPA untuk memperluas agenda
kebahasaan ke seluruh perkhidmatan awam. Dalam konteks ini, JPA mempunyai
kuasa melakukan sesuatu (the power to) dan kuasa kepada badan-badan lain (the
power over) dan telah pun mengambil tindakan ke arah tercapainya matlamat dasar
bahasa (Asmah Haji Omar, 2003). INTAN sebagai sebuah bahagian di bawah JPA
pula bertindak sebagai instrumen penting dalam mencapahkan agenda
pemartabatan bahasa kebangsaan ke seluruh perkhidmatan awam. Bermula tahun
2010, JPA menjadi anggota utama dalam Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa
Kebangsaan Sektor Perkhidmatan Awam yang berperanan untuk:

i. Melaksana penggunaan bahasa kebangsaan perkhidmatan awam;
ii. Memantau penggunaan bahasa kebangsaan perkhidmatan awam;
iii. Merancang program kebahasaan bagi mencapai matlamat bahasa

kebangsaan di kementerian dan agensi masing-masing;
iv. Melapor tahap pencapaian penggunaan bahasa kebangsaan kepada

Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan; dan
v. Melapor permasalahan pelaksanaan bahasa kebangsaan kepada

Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan.

INTAN melaksanakan peranan yang ketiga tersebut iaitu “Merancang program
kebahasaan bagi mencapai matlamat bahasa kebangsaan di kementerian dan
agensi masing-masing” sesuai dengan misi INTAN iaitu “untuk membangunkan
modal insan sektor awam yang kompeten melalui pembelajaran berkualiti”. Dalam
kata lain, INTAN menggalas tanggungjawab sebagai omboh penggerak agenda
pemartabatan bahasa Melayu dalam pembangunan modal insan penjawat awam.

238

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Menerusi kertas ini, empat cabang utama tanggungjawab INTAN dalam mencapai
peranan tersebut akan dihuraikan iaitu:

1. Peluasan penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi tidak ketara;
2. Pembangunan duta bahasa di jabatan;
3. Latihan penataran bahasa dan penulisan dokumen rasmi; dan
4. Pembudayaan bahasa Melayu melalui keterampilan halus dan konkrit.

PELUASAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM KOMUNIKASI TIDAK
KETARA

Menurut Asmah Haji Omar (2003), komunikasi tidak ketara merujuk kepada
komunikasi melalui medium bertulis sama ada dalam bentuk buku, peraturan dan
pekeliling. JPA sejak tahun 1963 sudah mula mengeluarkan dokumen-dokumen
peraturan dan pekeliling-pekeliling sepenuhnya dalam bahasa Melayu walaupun
bahasa Melayu belum lagi ditetapkan sebagai bahasa rasmi. Dalam konteks yang
lebih luas, komunikasi tidak ketara meliputi surat rasmi, memorandum dan e-mel
yang dihantar daripada suatu pihak kepada suatu pihak yang lain. Bahan-bahan
latihan di INTAN juga menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu. Usaha-usaha ini
jelas telah menggarisbawahi komitmen tidak berbelah bahagi JPA dan INTAN dalam
pemartabatan bahasa kebangsaan sektor awam (ibid).

Proses penetapan dan pembetulan bahasa dalam komunikasi tidak ketara ini terus
berlaku dari masa ke masa. Jika diperhatikan kadangkala masih terdapat
kesalahan-kesalahan ejaan yang wujud dalam pekeliling yang dihasilkan. Analisis
pemakaian ejaan kepada pekeliling berkaitan jenis pakaian yang sesuai dipakai oleh
pegawai awam dalam menghadiri upacara-upacara rasmi dapat menjadi contoh
terbaik berkaitan hal ini.

Terdapat enam pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA berkaitan perkara ini iaitu
pada tahun 1971, 1974, 1985, 1989, 1993 dan 2005. Perbezaan yang ketara dapat
dilihat pada pekeliling tahun 1971 dan 1974 kerana pada tahun 1972, Sistem Ejaan
Rumi Baharu telah dilaksanakan menggantikan sistem ejaan Zaaba. Di bawah
diperturunkan serpihan contoh daripada pekeliling tahun 1971:

“2. Bagi pakaian semasa bertugas, ada 2 jenis bentok yang
telah di-persetujui, seperti chontoh di-dalam rajah ‘A’ dan
‘B’. Adalah ditegaskan ia-itu jenis kain yang di-benarkan bagi
pakaian kedua2 bentok ini ialah sebarang kain batek
ataupun kain yang berbunga”. (Jabatan Perdana Menteri,
1971)

Jika diperhatikan, ejaan yang digunakan jelas menggunakan sistem ejaan Zaaba
seperti kata bentok, chontoh, ia-itu dan di-benarkan. Walau bagaimanapun,
ejaan-ejaan dalam pekeliling tahun 1974 telah berubah dengan ketara seperti contoh
di bawah:

“Untuk pegawai-pegawai lain sekurang-kurangnya baju
kemeja berlengan pendek yang berleher hendaklah dipakai
dengan baju yang dimasukkan kedalam.
Kakitangan-kakitangan yang diberi unifom ataupun pakaian
seragam hendaklah memakai unifom tersebut. Pada hari

239

Pemartabatan Bahasa Melayu Menerusi Wahana Latihan
Penjawat Awam: Peranan dan Tanggungjawab Institut Tadbiran
Awam Negara (Intan), Jabatan Perkhidmatan Awam

Sabtu atau hari bekerja separoh hari…” (Jabatan
Perkhidmatan Awam, 1974)
Perbezaan yang jelas dapat dilihat pada imbuhan yang tidak dieja dengan tanda
sempang seperti perkataan “dipakai”. Walau bagaimanapun, terdapat ejaan yang
masih tidak menepati peraturan baharu seperti kedalam, unifom dan separoh.
Namun kesilapan ini telah dibetulkan dalam pekeliling yang dikeluarkan pada tahun
1985, seperti keratan contoh di bawah:

“...baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah
dimasukkan ke dalam…”
“Seseorang pegawai awam, yang berhak memakai uniform
ataupun dikehendaki…”
“Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari…” (Jabatan
Perkhidmatan Awam, 1985)

Tuntasnya, usaha penerapan dan penggunaan bahasa yang betul dan berkualiti
terus dipertingkatkan dari masa ke masa berdasarkan contoh yang diberikan.

PEMBANGUNAN DUTA BAHASA DI JABATAN

Pembentukan Munsyi Muda Bahasa di jabatan dan agensi kerajaan bertitik tolak
daripada Strategi Kelima, rangka Pelan Tindakan Program Kebahasaan
Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan 2015-2017 yang berbunyi
“Mewujudkan Unit Khas Pelaksanaan Bahasa bagi memastikan penggunaan bahasa
Melayu yang baik, betul dan santun serta mahir dalam bidang kebahasaan dalam
kalangan penjawat awam”. Munsyi Muda Bahasa, secara definisinya, ialah penjawat
awam yang telah mengikuti kursus bahasa Melayu serta melepasi tahap penilaian
kefahaman bahasa Melayu oleh DBP dan ditauliahkan oleh Ketua Pengarah DBP
dan dilantik oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Sehingga 2022,
sebanyak 23 siri kursus bagi melahirkan Munsyi Muda Bahasa telah digerakkan oleh
INTAN dan telah menghasilkan sejumlah 480 orang Munsyi Muda Bahasa daripada
pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.

Tugas utama Munsyi Muda Bahasa adalah sebagai perujuk bahasa kepada
kementerian dan skop tugasnya termasuklah menyemak dan mengesahkan semua
surat-menyurat, dokumen, laporan rasmi, teks ucapan pengurusan tertinggi serta
merancang kursus kebahasaan kepada warga kerja di samping boleh menjadi
penceramah asas bahasa untuk kursus induksi staf baharu.

Bagi memantapkan lagi peranan Munsyi Muda Bahasa, Konvensyen Munsyi Muda
Bahasa Perkhidmatan Awam telah julung-julung kalinya diadakan pada 21 Oktober
2021 dengan tujuh resolusi telah dicapai dalam konvensyen tersebut iaitu:

1. Menubuhkan Sekretariat Munsyi Muda Bahasa Sektor Awam atau SEMUA
sebagai wadah strategi kolaboratif Munsyi Muda Bahasa di peringkat
kebangsaan dan kementerian/agensi/jabatan;

2. Munsyi Muda Bahasa perlu kreatif, inovatif dan proaktif dalam menjadi
penggerak utama aktiviti kebahasaan di kementerian/jabatan/agensi bagi
memangkin penggunaan bahasa kebangsaan yang bermutu di organisasi;

3. Munsyi Muda Bahasa perlu berdaya tahan dalam menghadapi
cabaran-cabaran usaha memperkasakan bahasa kebangsaan di organisasi;

240

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

4. Peningkatan kompetensi kendiri Munsyi Muda Bahasa perlu dilaksanakan
secara berterusan melalui penglibatan dalam kursus-kursus dan bengkel
penataran anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN) dan pihak lain yang berkaitan;

5. Pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada Munsyi Muda Bahasa yang
menjalankan fungsi-fungsi perujuk bahasa dalam bentuk ganjaran, imbuhan,
kelebihan dan peruntukan tertentu selari dengan Perkara 12 (C) Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020;

6. Bekerjasama erat dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
menjayakan kegiatan-kegiatan kebahasaan di organisasi sama ada dalam
skala kecil atau besar;

7. Ujian kenaikan pangkat atau ujian-ujian lain dalam perkhidmatan awam perlu
memasukkan elemen pengetahuan bahasa Melayu yang betul bagi
memastikan pegawai awam mempunyai penguasaan bahasa kebangsaan
yang baik.”

Keperluan Munsyi Muda Bahasa adalah jelas. Sebagai jentera tulang belakang
pembangunan negara, penjawat awam mengkhidmati rakyat Malaysia yang
berjumlah lebih 32 juta orang. Memandangkan medium komunikasi utama ialah
bahasa Melayu maka penekanan penggunaan bahasa yang betul dalam kalangan
penjawat awam amat penting. Penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi
kerajaan khususnya untuk siaran umum seperti poster atau teks sidang akhbar
perlulah menepati ejaan dan tatabahasa yang standard. Apatah lagi teks ucapan
pengurusan tertinggi yang akan dipetik oleh banyak sumber-sumber luar termasuk
media arus perdana dan media alternatif. Agensi awam juga menjadi sumber rujukan
dalam penggunaan bahasa Melayu bagi sektor swasta, sebagai contoh dalam aspek
perancangan iklan dan papan tanda premis perniagaan atau nama-nama jalan yang
perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan dengan nasihat DBP (Abdullah
Tahir, 2021).

Latihan penataran bahasa dan penulisan dokumen rasmi

Dokumen rasmi kerajaan merupakan sebarang dokumen yang dihasilkan oleh
kerajaan secara rasmi dan hal-ehwal pengurusannya tertakluk di bawah Akta 629
(Akta Arkib Negara 2003). Antara dokumen rasmi kerajaan yang paling lazim di
setiap pejabat kerajaan termasuklah surat rasmi, memorandum, minit mesyuarat,
kertas kerja, laporan dan teks ucapan. Dokumen rasmi kerajaan tergolong dalam
kategori wacana bertulis, bermaksud rekodnya lebih kekal serta hukum bahasanya
lebih ketat dan perlu diberikan perhatian berbanding wacana lisan.

Kerana itu, INTAN melalui Kluster Kecemerlangan Bahasa telah menubuhkan Unit
Kecemerlangan Bahasa Melayu bagi memastikan penggunaan bahasa yang
bermutu dalam dokumen rasmi kerajaan dapat dicapai. Unit ini bertindak selaku
penyelaras penggunaan bahasa kebangsaan dalam dokumen rasmi peringkat
perkhidmatan awam menerusi strategi serampang dua mata iaitu pertama,
melaksanakan latihan kemahiran penulisan dokumen rasmi; dan kedua,
meningkatkan kemahiran penggunaan format yang ditetapkan untuk penulisan
dokumen rasmi dalam kalangan penjawat awam.

241

Pemartabatan Bahasa Melayu Menerusi Wahana Latihan
Penjawat Awam: Peranan dan Tanggungjawab Institut Tadbiran
Awam Negara (Intan), Jabatan Perkhidmatan Awam

Sebelum ini, perbincangan dokumen rasmi hanya menitikberatkan isu format
semata-mata. Buktinya, sekian banyak punca kuasa bagi penulisan surat rasmi,
memo, e-mel dan minit mesyuarat yang dikeluarkan oleh kerajaan dan agensi pusat
hanya menetapkan format-format tertentu untuk dokumen tertentu. Kekecualian
dapat diperhatikan pada Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan
5 Tahun 2014 iaitu punca kuasa pertama yang membincangkan kesalahan bahasa
lazim dalam penulisan surat rasmi, memo dan e-mel kerajaan. Justeru, modul
pelatihan INTAN mengguna pakai pendekatan 50% format dan 50% bahasa dalam
menyampaikan kemahiran penulisan dokumen rasmi kepada penjawat awam
khususnya bagi Modul Kursus Penulisan Surat Rasmi, Memo, E-mel, Minit
Mesyuarat, Kertas Kerja dan Laporan.

Kaedah ini ternyata berkesan apabila hanya dalam jangka masa singkat, permintaan
terhadap kursus ini melonjak daripada 1,860 permohonan pada tahun 2021 kepada
3,087 pada tahun 2022 walaupun baru dua tahun diperkenalkan. Permintaan
terhadap kursus-kursus ini dijangka akan bertambah dua kali ganda bagi tahun 2023
justeru skala penyampaian ilmu kebahasaan kepada penjawat awam turut akan
meningkat dari tahun ke tahun.

Selain itu, kursus-kursus penulisan dokumen rasmi anjuran INTAN juga berfungsi
sebagai wahana pelatihan kemahiran bahasa Munsyi Muda Bahasa kerana
dikendalikan sepenuhnya oleh Munsyi Muda Bahasa. Ini juga memberi ruang dan
peluang kepada Munsyi Muda Bahasa untuk meningkatkan kemahiran tambahan
dalam penyampaian ilmu kebahasaan kepada penjawat awam.

Dalam perkembangan terkini, modul kursus ini turut menjadi salah satu slot dalam
kursus Diploma of Diplomacy anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri
di bawah Kementerian Luar Negeri. Latihan kebahasaan kepada diplomat-diplomat
muda ini dilaksanakan dalam rangka mendukung Diplomasi Kebudayaan dalam
Kerangka Dasar Luar Malaysia yang merangkumi elemen mengantarabangsakan
bahasa Melayu.

Pembudayaan bahasa Melayu melalui keterampilan konkrit dan halus

Terdapat dua program tonggak pembudayaan bahasa kebangsaan yang melibatkan
penjawat awam daripada semua kementerian dan jabatan tanpa mengira skim dan
gred perkhidmatan iaitu Pertandingan Gegar Pidato Piala Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Teater Perkhidmatan Awam. Kedua-dua program
yang digerakkan oleh INTAN dan JPA ini berfungsi untuk menggilap keterampilan
konkrit dan halus penjawat awam melalui bahasa kebangsaan.

Pertandingan Gegar Pidato Piala KPPA telah dianjurkan sejak tahun 2015 dan
dilaksanakan bersekali dengan Akademi Pidato Perkhidmatan Awam justeru
program ini mempunyai komponen pembelajaran dan persaingan dalam satu pakej.
Gagasan pertandingan ini bertitik tolak daripada matlamat utama untuk
menganjurkan program-program penggalakan dan pengembangan penggunaan
bahasa kebangsaan berskala luas dan mencakupi segenap lapisan masyarakat.
Wahana pidato dipilih kerana kemahiran pengucapan awam mempunyai prestijnya
yang tersendiri dengan Malaysia sendiri menjadi tuan rumah bagi Pertandingan
Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri (PABM) mulai
tahun 2007 yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu,
kemahiran pengucapan awam dapat menampilkan penjawat awam menjadi agen
penyebaran maklumat kerajaan yang berkesan.

242

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Apa yang lebih penting, Gegar Pidato Piala KPPA mengangkat wacana kebangsaan
dan antarabangsa melalui penggunaan bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu tinggi
menurut Nik Safiah Karim (1986) ialah bahasa Melayu yang digunakan untuk
mengungkapkan konsep dan pemikiran yang teknikal serta berfungsi sebagai
saranan budaya tinggi. Terdapat dua elemen utama dalam memastikan penggunaan
dan penguasaan bahasa Melayu tinggi, iaitu keintelektualan bahasa dan
kesempurnaan bahasa. Tema-tema yang dipilih dalam Gegar Pidato, selepas tahun
2019, telah mencakupi ruang lingkup kebangsaan dan antarabangsa seperti
Belanjawan Negara dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 bagi mengambil
semangat semangat Pendeta Zaaba yang mengatakan perbincangan mengenai
bahasa Melayu tidak harus berkisar kepada budaya dan bahasa Melayu
semata-mata. Mengambil aspirasi tersebut, bahasa Melayu harus dikembangkan
seluasnya kepada bidang ilmu lain supaya glosari bahasa Melayu semakin melebar
menjadi bahasa yang lebih moden (Rozali, 2010).

Keterampilan halus penjawat awam melalui bahasa kebangsaan pula diperkasakan
melalui Teater Perkhidmatan Awam yang telah digerakkan bermula tahun 2015.
Inisiatif ini, diukur daripada skala keterlibatan, merupakan inisiatif terbesar dengan
kerjasama pelbagai pihak termasuk 32 agensi kerajaan, pihak universiti seperti
Universiti Putra Malaysia (UPM) (Hairul_nizam, 2019), badan berkanun, pihak
berkuasa tempatan dan badan beruniform. Sehingga 2021, sebanyak enam
pementasan teater telah dilaksanakan dengan satu naskah tertunda akibat
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan satu naskah sudah dalam
perancangan untuk dipentaskan. Naskah-naskah tersebut ialah:

1. Legenda Puteri Saadong (2015) dipentaskan di Angkasapuri, RTM;
2. Geroda (2016) dipentaskan di Angkasapuri, RTM;
3. Seri Rajapatni (2017) dipentaskan di Auditorium DBP;
4. Lajang Peraja (2018) dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya;
5. Patah Hati (2019) dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya;
6. Sengkela Perak (2020/2021) tertangguh oleh PKP; dan
7. Antara Tiga (2022) dijadualkan dipentaskan di Istana Budaya pada Disember

2022.

Kekuatan dan keunikan teater perkhidmatan awam ini terletak pada tiga faktor utama
iaitu skrip teater dihasilkan sepenuhnya oleh penjawat awam, plot penceritaan
berdasarkan sejarah sebenar, dan penonjolan gaya bahasa yang indah dalam
dialog-dialog dengan hampir 50 peratus dialog yang dituturkan berteraskan puisi
tradisional. Keindahan gaya bahasa dalam dialog-dialog yang terkandung dalam
skrip teater ini dapat mengungkapkan semangat perjuangan hidup dan
menonjolkan kekayaan kosa kata bahasa Melayu yang menjadikan teater
perkhidmatan awam ini begitu menarik sekali (Wan Ismail, n.d.).

GAGASAN KESIMPULAN

Pengukuran nilai pulangan agenda kebahasaan

Antara persoalan yang sering berbangkit seputar agenda pemartabatan bahasa
kebangsaan ialah pengukuran nilai pulangan pelaburan untuk agenda kebahasaan
kepada kerajaan dan rakyat. Pulangan pelaburan (return of investment) memang
menjadi radas popular bagi pihak pengurusan kerajaan atau swasta membuat
keputusan dalam organisasi (Rate of Return, 2022; North, 2009; Phillips & Phillips,
2006). Namun begitu, pengiraan pulangan pelaburan bagi perkara-perkara yang
tidak ketara (intangibles) hanya akan menonjolkan nilai wang semata-mata tanpa

243

Pemartabatan Bahasa Melayu Menerusi Wahana Latihan
Penjawat Awam: Peranan dan Tanggungjawab Institut Tadbiran
Awam Negara (Intan), Jabatan Perkhidmatan Awam

mengambil kira manfaat-manfaat (baca: pulangan) dalam bentuk yang lain (Peter
Andru et. al, 2011).

Pulangan-pulangan tidak ketara yang dimaksudkan termasuklah:

1. Jati diri bangsa

Dasar pendidikan British selepas Perang Dunia Kedua telah mengubah
landskap persepsi rakyat tanah Melayu kepada bahasa Melayu itu sendiri.
Ditandai dengan pengisytiharan Malayan Union dan bersenjatakan dasar
pecah dan perintah, British telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pentadbiran dan Pendidikan. Matlamatnya,
untuk menghindarkan penyatuan semua kaum dalam satu pendidikan dan
satu fahaman kerana fenomena ini boleh melahirkan semangat perpaduan
dan nasionalisme yang sama dalam kalangan rakyat.

Kesan aktiviti kolonisasi pihak penjajah ialah hakisan jati diri dalam kalangan
sebahagian rakyat seterusnya menanggapi budaya dan bahasa sendiri
berkelas kedua selepas budaya dan bahasa bangsa penjajah. Kesan trauma
sejarah ini merupakan kebiasaan yang terjadi kepada majoriti negara-negara
yang pernah dijajah. Inilah juga apa yang disebut sebagai nostalgia
pascapenjajahan (Walder, 2009).

Justeru, sebaik sahaja negara berjaya menghirup udara kemerdekaan pada
tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagai langkah awal memartabatkan
kembali jati diri budaya dan bangsa sebuah negara baharu. Malah seawal
1956 lagi, Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan untuk menjadi institusi
tonggak pemelihara salah satu identiti negara iaitu bahasa Melayu. Usaha ini
dikukuhkan lagi dengan termaktubnya Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
Semua ini tidak lain dan tidak bukan untuk memberi mesej bahawa ikhtiar
pemartabatan bahasa Melayu adalah remedi yang mampu membuahkan
perpaduan nasional dalam kalangan rakyat.

Agenda pemerkasaan penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi melalui
medium bertulis inter dan intrajabatan dan Program Pembinaan Munsyi Muda
direka khusus bagi manfaat ini.

2. Patriotisme

Wan Mohd Nor (2015) telah mencadangkan 15 petunjuk utama patriotisme
dan salah satunya termasuklah “Menggunakan bahasa kebangsaan dalam
semua urusan rasmi dan kemasyarakatan”. Apabila berhubung dengan
patriotisme, kemahiran berbahasa yang baik tidak mencukupi kerana jika
kebolehan berbahasa sahaja yang menjadi kayu ukur, terdapat ribuan malah
jutaan pelajar berbangsa asing yang mengambil jurusan bahasa Melayu di
universiti luar negara mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa
Melayu tetapi sudah tentu mereka tidak ada sikap patriotik kepada negara
Malaysia.

Apa yang lebih penting ialah keupayaan setiap individu untuk menjiwai
bahasa tersebut. Menurut Ku Samsu et. al. (2020), “menjiwai” adalah
merujuk kepada mengetahui, memahami, mendalami serta
menghayati sejarah dan falsafah penggunaan bahasa Melayu itu sendiri.

244

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Secara umumnya, seseorang warga yang boleh bertutur bahasa
Melayu sepatutnya menjiwai bahasa tersebut, dengan erti kata
lain berupaya menghayati sejarah dan menguasai falsafah yang berkait
rapat dengan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan kaum.
Maka agenda kebahasaan dalam perkhidmatan awam, khususnya teater
perkhidmatan awam yang sememangnya mengangkat penghayatan sejarah
tanah air merupakan instrumen penting dalam pengukuhan patriotisme ini.

3. Imej profesional jabatan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, profesionalisme merujuk kepada
kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang
sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.
Profesionalisme dapat dijelaskan sebagai “tingkah laku kemahiran atau kualiti
yang dapat menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman dan
standard yang tinggi yang boleh diharapkan daripada ahli sesuatu profesion
itu”. Dengan lain perkataan, profesionalisme bermaksud memiliki kompetensi
yang tinggi, lengkap dengan pengetahuan dan kepakaran tugas yang
dilaksanakan (Mohd Kamal Hassan, 1988).

Terkait dengan bahasa kebangsaan, seperti yang dinyatakan sebelum ini,
penjawat awam mengkhidmati 32 juta rakyat Malaysia yang majoritinya
berbahasa Melayu serta mengangkat bahasa Melayu sebagai salah satu
lambang bernegara. Maka, Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan
merupakan antara instrumen berkesan bagi menggilap imej profesional
penjawat awam.

Justeru, pastinya INTAN dan JPA akan sentiasa komited dalam melestarikan agenda
pemartabatan bahasa kebangsaan khususnya melalui latihan sektor awam.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Tahir, M. I. A. S., 2021. Lestarikan program Munsyi Muda Bahasa. Berita

Harian 30 Disember 2021.

Boym, S., 2001. The future of nostalgia. New York: Basic Books.

Hairul_nizam, 2019. Pelajar UPM Berkolaborasi Dengan JPA Martabatkan Bahasa

Melayu. HOME. diakses pada 10 Mei 2022, daripada

https://upm.edu.my/berita/pelajar_upm_berkolaborasi_dengan_jpa_martabatkan_

bahasa_melayu-50801

Haji Omar, A., 2003. Peranan perkhidmatan awam dalam meningkatkan kedaulatan

bahasa Melayu. Journal of Modern Languages, 15(1), 21–36.

Jabatan Perdana Menteri, Surat Edaran Jabatan Perdana Menteri PM.13022,1971.

Kuala Lumpur” Jabatan Perdana Menteri.

Jabatan Perkhidmatan Awam, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985.

Kuala Lumpur; Jabatan Perkhidmatan Awam.

Jabatan Perkhidmatan Awam, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun

1974. Kuala Lumpur; Jabatan Perkhidmatan Awam.

Jawapan Parlimen, Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (n.d.). diakses pada 8 Mei

2022, daripada

https://www.pmo.gov.my/ms/2022/03/usaha-kerajaan-dalam-memperkasa-dan-me

martabatkan-bahasa-melayu-dalam-urusan-diplomatik-luar-negara-dan-hubungan

-antarabangsa-2/

245

Pemartabatan Bahasa Melayu Menerusi Wahana Latihan
Penjawat Awam: Peranan dan Tanggungjawab Institut Tadbiran
Awam Negara (Intan), Jabatan Perkhidmatan Awam

Ku Samsu, K. H., Adnan, Z. H., Ismail, M. M., Lee, Y. F., Ab Majid, A., & Ab Razak, R.
R. (2020). Pendirian Generasi Muda terhadap Penggunaan Bahasa Melayu
sebagai wadah patriotisme di Malaysia. Sains Insani, 5(2), 17–24.
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.205

Mohd Kamal Hassan, 1988, “Etika Kerja dan Professionalisme: Satu Tinjauan
Semula”, (Kertas Kerja Seminar Etika Kerja dan Profesionalisme dari perspektif
Islam, Anjuran Institut Penilaian Negara INSPEN, Kementerian Kewangan
Malaysia, 29 Februari-5 Mac 1988, h. 3.

Nik Safiah Karim,1986. Bahasa Melayu Tinggi: Teori dan Penerapan. Persatuan
Linguistik Malaysia.

North, J., 2009. The total economic impact of salesforce CRM customer service &
support. Forrester Consulting, Diakses pada 9 Mei 2022, daripada
https://www.salesforce.com/assets/pdf/misc/WP_Forrester_Eco_Impact.pdf

Peter Andru, & Alexei Botchkarev, 2011. Return on Investment: A Placebo for the
Chief Financial Officer...and Other Paradoxes. Journal of MultiDisciplinary
Evaluation, 7(16).

Phillips P. P., & Phillips J. J. 2006. Measuring ROI in the public sector. In Action Case
Study Series. ASTD Press.

Rate of Return. (n.d.). Diakses pada 5 Mei 2022, from
http://en.wikipedia.org/wiki/Rate_of_return

Rozali, E. A., 2010. 'Jalan Keselamatan Bagi Orang-Orang Melayu' : Pemikiran Za'ba
bagi memajukan pendidikan Dan Ekonomi Pada tahun 1920-an. SEJARAH,
18(18), 19–34. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol18no18.2

Wan Ismail, W. N. (n.d.). Teater Muzikal Lajang Peraja Mencungkil Bakat Penjawat
Awam : Klik web DBP. Diakses pada 11 Mei 2022, daripada
http://klikweb.dbp.my/?p=15231

Wan Mohd Nor Wan Daud, 2015. Patriotisme adil di zaman global. Dalam
Muhammad Zainiy Uthman (pytg). Bunga rampai bangsa, kebangsaan dan
patriotisme (ms. 13-26).CASIS UTM.

Walder, D., 2009. Writing, representation, and Postcolonial Nostalgia. Textual
Practice, 23(6), 935–946. https://doi.org/10.1080/09502360903361709

246

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

PERANAN PONDOK, MADRASAH DAN JAMIAH ISLAM DALAM
MEMELIHARA BAHASA MELAYU DI WILAYAH SEMPADAN SELATAN

THAI

Ibrahem Narongraksakhet
([email protected])
Prince of Songkla University

Pattani

LATAR BELAKANG

Kewujudan Wilayah sempadan selatan Thailand ada berkaitan dengan kedatangan
Islam ke wilayah ini. Dari fakta sejarah, wilayah sempadan selatan Thailand adalah
sebahagian daripada penempatan Melayu purba yang dikenali sebagai “Langkasuka”
yang diasaskan seawal abad pertama. Menurut catatan Dinasti Liang, Langkasuka
telah wujud sekitar tahun 80-100 Misihi.. Ada di kalangan ahli sejarah berpendapat
bahawa Langkasuka terletak di sebelah Timur Semenanjung Tanah Melayu yang
terletak diantara Songkhla dan Kelantan dan ada juga yang berpendapat yang
menyatakan ia terletak di sebelah Barat Semenanjung Tanah Melayu (Abdul Halim
Bashah, 1994). Langkasuka merupakan pelabuhan perdagangan penting bagi pelayar
Asia, terutamanya apabila pelaut mula belayar terus merentasi Teluk Siam ke
Semenanjung Tanah Melayu. (Abdulrazak dan Ahmad Fathi, 2018: 151).

Agama kuno bagi penduduk Langkasuka ialah Brahma, Hindu, Buddha dan Islam.
Golongan elit dalam masyarakat Langkasuka sebahagian besarnya terdiri daripada
penganut Hindu, Brahma dan Buddha. Islam datang ke wilayah ini pada abad ke-15.
Walaupun kebanyakan pakar menganggap bahawa penduduk tempatan memeluk
Islam pada abad ketiga belas atau keempat belas, tetapi terdapat beberapa sumber
yang berpendapat bahawa penduduk tempatan memeluk Islam tiga ratus tahun
sebelum raja Langkasuka yangterakhir memeluk Islam dan mengisytiharkan kerajaan
baru pada tahun 1457 Misihi. (Teeuw ,1970; Mohd. Zamri,1993; Abdul Rahman,2007).
Ringkasnya ketibaan Islam di wilayah sempadan selatan Thai dibahagikan kepada
dua bahagian, 1.Kemasukan Islam ke kelas pemerintah. 2. Kemasukan Islam ke
masyarakat rakyat jelata. Kemasukan Islam ke kelas pemerintah berlaku pada abad
ke-15, karena raja Lankasuka yang terakhir memeluk Islam pada tahun 1457 Misihi.

Pandangan ini bersependapat dengan pandangan Abdul Rahman Haji Abdullah
( 2007: 541- 543) yang menulis dalam bukunya “ Sejarah dan Tamadun Islam” beliau
mengatakan rakyat Patani sudah memeluk Islam sebelum raja Sri Wangsa memeluk
Islam selama tiga abad. Dalam buku yang sama beliau mengatakan ada beberapa
orang Arab Muslim yang tinggal di Langkasuka mereka menyebar Islam ke Pulau
Buton di Sulawesi. Ini bermakna pada masa itu Islam telah meletakkan asas yang
kukuh walaupun raja Patani baru memeluk Islam pada pertengahan abad ke-15. Ahli
sejarah tempatan termasuk juga O Bangnara seorang sarjana sejarah di daerah
sempadan selatan Thai menyokong pendapat ini, beliau menulis didalam bukunya
“ Patani Dahulu dan Sekarang” menyokong bahawa penduduk di Patani memeluk
Islam sekitar abad ke-11 dan para pemimpin Patani memeluk Islam pada abad ke-15
Misihi,

Mohd.Zamberi A. Malek (1993: 23) dalam bukunya “Umat Islam Patani : Sejarah dan
Politik” mengatakan Islam datang ke Champa pada abad ke- 1 1 atau ke- 1 2 dan

Peranan Pondok, Madrasah dan Jamiah Islam dalam
Memelihara Bahasa Melayu di Wilayah Sempadan Selatan Thai

Champa mempunyai hubungan yang baik dengan Patani mungkin dari hubungan baik
ini, Islam dibawa masuk ke Patani. Selepas raja terakhir Langkasuka memeluk Islam
Langkasuka beransur-ansur hilang dan ini berlaku sekitar abad keempat belas dan
awal abad kelima belas. Kerajaan Patani muncul sebagai penggantinya dan Islam
tersebar luas dan ia menggantikan beberapa budaya dan amalan lama masyarakat
termasuk upacara dan gaya harian, seperti cara makan dan berpakaian. Islam telah
beransur-ansur memasuki rantau ini. Kemudian bahasa Melayu yang mengguna
tulisan Palawa atau India digantikan dengan tulisan Jawi yang berdasarkan tulisan
Arab.

Wilayah sempadan selatan Thai terdiri dari wilayah Narathiwat, Pattani, Satun, Yala,
dan empat daerah dari Wilayah Songkhla; Chana, Nathawi, Sabayoi dan Theapha.
Majoriti penduduk di kawas ini adalah penduduk melayu Islam yang mempunyai etnik,
agama, bahasa, adat, tradisi dan budaya yang berbeza dengan penduduk di kawasan
lain- lain di negara Thailand. Penduduk Muslim yang majoritinya berbangsa melayu
yang mengguna bahasa melayu dalam komunikasi harian mereka. Penggunaan
Bahasa Melayu ini bermula dari masa Langkasuka.

Sekarang walaupun sesetengah dari mereka mampu berbahasa Thai, tetapi
kebanyakan mereka lebih suka berkomunikasi dalam bahasa melayu jika mereka yang
dikominukasikan itu berupaya betutur dengan bahasa melayu. Bagi penduduk Muslim
di sini bahasa melayu adalah bahasa ibunda mereka. Bagaimanapun, sesetengah
penduduk di beberapa kawasan di daerah Chana, Nathawi, Sabayoi dan Theapha
mereka mengguna bahasa Thai dalam pertururan harian. Secara umumnya, bagi anak
anak melayu di wilayah sempadan selatan mereka belajar bahasa melayu dari ibu
bapa dan masyarakat sekililingnya. Kebanyakan anak anak Melayu tidak bulih
berbahasa Thai pada masa kanak- kanak mereka. Mereka hanya mampu bercakap
bahasa Thai sewaktu mereka di sekolah kebangsaan atau Sekolah Agama Rakyat
yang menawarkan mata pelajaran akademik yang diadakan didalam Bahasa Thai.

Bagi penduduk Muslim di wilayah sempadan selatan bahasa Melayu tidak hanya
bermakna media untuk komunikasi sahaja tetapi ia juga membayangkan bahawa
pembicara Bahasa Melayun itu adalah seorang Muslim. Itulah sebabnya istilah Muslim
kadang- kadang difahami sebagai sinonim Melayu, dan oleh itu pemeliharaan identiti
Melayu telah menjadi begitu bermakna bagi kehidupan dan kewujudan mereka di
kawasan tersebut. Umat Islam di kawasan itu telah menjalani kehidupan keagamaan.
Justeru itu pendidikan agama di anggap sangat penting bagi semua umat Islam dan
keperluan pengetahuan inilah yang menjadi daya dan dorongan dalam mewujudkan
pelbagai bentuk institusi pendidikan dalam masyarakat Islam, terutama yang ada di
wilayah sempadan selatan yang termasuknya Pondok, Madrasah dan Jamiah.

KEWUJUDAN PONDOK DAN PERANANNYA DALAM MEMPELIHARA BAHASA
MELAYU DI WILAYAH SEMPADAN SELATAN THAI

Kini ada pelbagai asamsi yang berusaha untuk menjelaskan bagaimana wujudnya
Pondok. Sesetengahnya tidak jelas kerana bukti- bukti yang tidak semestinya benar-
benar sahih seperti hipotesis bahawa, 1 . Model Pondok pertama dibawa dari Mesir,
2) Pondok mendapat model dari Ashram atau pertapaan (Buddha) 3. Pondok telah
diubah kepada sekolah Agama Rakyat Islam. Dari kajian- kajian di atas terdapat
bahawa semua asamsi tidak betul. Apa- apa asamsi yang tidak dibuktikan dengan
bukti- bukti sahih akan membuat kesilapan dalam memahami perkembangan asal
Pondok. Oleh itu, secara logik pembentangan data yang betul mengenai
pembangunan Pondok amat diperlukan.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Sebenarnya istilah " Pondok" atau " Funduk" mempunyai akar dalam bahasa Creco-
Arab dari perkataan "Pandokein" yang bermaksud "penginapan". Oleh kerana bahasa
Melayu dalam pertuturan harian di wilayah sempadan selatan Thai tidak menyebut
huruf terakhir, istilah " Funduk" akhirnya disebut " Pono" hingga kehari ini. Pondok
dianggap sebagai institusi pembelajaran tertua yang dimulakan di wilayah sempadan
selatan. Ia telah memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan, agama,
budaya dan bahasa.
Di sana ada anggapan bahawa Pondok berasal dari Mesir dan kemudiannya
menyebar ke Asia. Tetapi ada kajian yang mengatakan bahawa Pondok berkembang
dari rumah orang ‘Alim (yang berpengetahuan). Rumah orang ‘Alim sering dikunjungi
oleh ramai orang yang ingin mencari pengetahuan dari mereka. Untuk memudahkan
mereka belajar lebih lama, mereka membina penginapan sementara di kawasan
sekitar rumah orang ‘Alim itu dan rumah ‘Alim itu merupakan pusat pembelajaran dan
pengajaran kemudiannya dikenali sebagai " Pondok" . Mereka yang menamat
pengajian mereka, sebelum kembali ke kampung halaman, dia mendedikasikan
penginapan mereka ke Pondok untuk pendatang baru. Bilangan penginapan akan
meningkat apabila bilangan pencari pengetahuan meningkat. Rumah ‘Alim yang
dianggap sebagai pusat pembelajaran tradisional ininlah yang beransur- ansur
berkembang menjadi Pondok di wilayah sempadan selatan Thai. Di kalangan ‘Alim
ulama yang terawal mengajar di rumahnya berasal dari Yaman iaitu Sheikh Safiyuddin
al-Abbas al-Yamani. ‘Alim ini juga yang di katakan sebagai pengasas Pondok Krese,
Pondok pertama di Patani. Kesimpulannya yang mengatakan model Pondok pertama
adalah dari Yemen adalah hipotisis yang paling dipercayai dan ia telah menulak
hipotisis yang mengatakan model Pondok berasal dari Mesir.
Ismail Ishaq Ben Jasmith ( 2 0 1 5 : 2 4 ) berpendapat bahawa Pondok Kresek adalah
Pondok pertama yang muncul di kawasan Patani yang telah ditubuh pada tahun 1400
misihi oleh Sheikh Safiyuddin al-Yamani. Tetapi Wan Muhammad Saghir mencatatkan
bahawa Pondok pertama di wilayah sempadan selatan adalah Pondok Kuala Bekah
yang terletak di kawasan Kuala Bekah ditubuh pada abad ke- 1 6 oleh seorang anak
lelaki Sheikh Uthman yang berasal dari Yaman. Kuala Bekah adalah bandar
pelabuhan yang terletak berhampiran dengan Kota Nilum di bandar Kresek. Pondok
Senor Janyar adalah satu lagi institusi pendidikan tradisi yang ditubuh sekitar tahun
1600 misihi oleh Penglima Fakih Lebai Wan Musa. Abdullah La-o Man ( 2540: 29)
berpendapat bahawa. Pondok Benang Dayo diasaskan sekitar tahun 1 8 1 7 misihi
terletak di daerah Yarang, Wilayah Pattani mungkin menjadi Pondok yang pertama di
rantau ini.
Pondok adalah satu institusi yang banyak berperan dalam memelihara bahasa
Melayu. Diklangan bentuk pemeliharaannya ialah 1.Bahasa pengantar didalam
Pondok adalah bahasa Melayu, Bahasa Arab ada diguna dalam beberapa buku
sahaja. 2.Buku-buku teks atau kitab Pondok terdiri dari kitab kuning atau kitab lama
yang tulisanya adalah tulisan Melayu ejaan Jawi 3.Bahasa bertuturan harian di dalam
Pondok adalah bahasa Melayu. 4. Cacatan dan tulisan asasi di dalam Pondok adah
bahasa Melayu. 5. Notis atau pengistiharan dikawasan Pondok diadakan di dalam
bahasa Melayu.

3

Peranan Pondok, Madrasah dan Jamiah Islam dalam
Memelihara Bahasa Melayu di Wilayah Sempadan Selatan Thai

KEWUJUDAN MADRASAH DAN PERANANNYA DALAM MEMPELIHARA
BAHASA MELAYU DI WILAYAH SEMPADAN SELATAN THAI

Setelah lama Masyarakat Islam di wilayah sempadan Selatan Thai berbiasa dengan
sistem Pondok manakala sistem Madrasah tidak dikenali melainkan setelah
ditubuhnya Madrasah di Makkah. Madrasah adalah satu bentuk institusi pendidikan
yang wujud di Patani pada tahud 1933 misihi. Sejarah kewujudan institusi pendidikan
tersebut ada hubungan rapat dengan penubuhan biberapa Madrasah di Makkah
seperti kewujudan 1.Madrasah Sawlatiyah yang ditubuh pada tahun 1874 misihi,
Madrasah ini ditubuh oleh ulama dari India, 2. Madrasah Indonisia yang ditubuh pada
tahun 1927 misihi dan 3. Madrasah Dar al Ulum yang ditubh pada tahun 1934 misihi,
Madrasah Indonisia dan Madrasah Dar al Ulum ini ditubuh oleh ulama dari Indonesia.
Ulama dari Patani lebih suka mempelajari di Madrasah Indonesia dan Madrasah Dar
al Ulum dengan alasannya Madrasah tersebut selain dari Bahasa Arab, bahasa
Melayu juga turut diguna, Manakala Madrasah Sawlatiyah menguna Bahasa Arab
tanpa pengunaan bahasa Melayu.

Penubuhan Madrasah di Patani dibahagi kepada tiga generasi. Generasi pertama
adalah 1. Madrasah al-Ma'arif al-Watoniyah ditubuh oleh Haji Sulung bin Abdul Kadir
2 . Madrasah al Tarbiyah ditubuh oleh Haji Yusuf bin Mustafa al Fatoni 3. Madrasah
Aziztan ditubuh oleh Haji Abdul Aziz. 4. Madrasah al Islah al Diniyah ditubuh oleh Haji
Abdulmajid Embung kawan rapat Haji Syulung bin Abdulkadir. 5. Madrasah Dakwah
6. Madrasah Dar al- Anwar 7. Madrasah Darul Ulum Nibongbaru. Generasi kedua
adalah 1. Madrasah Darussalam di Tanjung emas 2. Madrasah al Bi’sah al Diniyah di
Yala (Sekolah Haji Harun) 3.Mu’assasah al-Saqafah al-Islamiyah di Panare, Patani 4.
Madrasah Nahdatul Shu’ ban di Resa’ , Naratiwat. Madrasah yang di tubuh setelah
wujudnya Madrasah generasi kedua dianggap sebagai generasi ketiga Ibrahem dan
Numan ( 2553) . Pada Tahun 1975 misihi Madrasah mula berubah menjadi Sekolah
Agama Rakyat. Di dalam Sekolah Agama Rakyat ini dulisma pendidikan di mulakan.
Kebanyakan mata pelajaran agama dan bahasa Melayu di adakan di sebelah pagi dan
mata pelajaran akademik di adakan di sebelah petang.

Sebelum Madrasah diubah kepada Sekolah Agama Rakyat, Madrasah telah bermain
peranan dalam memelihara bahasa Melayu yang agak sama sahaja dengan peranan
Pondok. Iaitu Bahasa pengantar didalam Madrasah, buku teks, Bahasa pertuturan
harian didalam Madrasah, cacatan dan tulisan dan notis kesemua ini diada di dalam
bahasah Melayu. Setelah Madrasah diubah ke Sekolah Agama Rakyat, selaain
bahasa Melayu bahasa Thai juga turut diguna. Pada awanya bahasa Melayu lebih
banyak diguna tetepi kini nampaknya bahasa Thai banyak diguna jika berbanding
dengan penggunaan bahasa Melayu dalam separuh abad yang lalu.

KEWUJUDAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI ATAU JAMIAH DAN
PERANANNYA DALAM MEMPELIHARA BAHASA MELAYU DI WILAYAH

SEMPADAN SELATAN THAI

Masyarakat Patani mempunyai cita-cita untuk membangunkan institusi pendidikan
tingi. Usaha pertama ialah penubuhan "Kulliyah Sore" atau secara rasmi ialah
"Kulliyah Dakwah Islamiyah", institusi pengajian tinggi ini menggunakan bangunan
sementara di dalam Sekolah Agama Rakyat di kampung Cherang Batu, Pattani. “Sore”
ialah perkataan dalam bahasa Indonesia yang bermaksud petang atau tempoh dari
tengahari hingga petang. Ini kerana kelas dijalankan pada sebelah petang. Institusi ini
beroperasi tidak lama dan akhirnya terpaksa ditutup

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kesinambungan cita-cita dan usaha untuk membangunkan institusi pendidikan terus
berlangsung. Pada tahun 1978 ada usaha dari kalangan cerdikiawan untuk berusaha
membangunkan institusi pendidikan tingi. Pada tanggal 3 April 1998 mereka berjaya
membangunkan institusi pendidikan tinggi diatas nama “Kulliyah Islam Yala”. Pada
tanggal 14 Jun 2007 Kulliyah Islam Yala diangkat taraf ke university yang bernama
“Universiti Islam Yala” , pada masa itu universiti ini mempunyai 3 fakalti dan 1 pusat
bahasa. Akhirnya pada tanggal 3 Disember 2013 Universiti Islam Yala diubah ke
“Univesiti Fatoni” hingga sekarang.

Peranan Inistitusi pendidikan tinggi dalam memelihara bahasa Melayu tidak banyak
jika berbanding dengan peranan Pondok dan Madarasah. Diantara peranannya ialah
1.Menggalakan pengunaan bahasa Melayu didalm aktiviti Jamiah 2.Mengadakan
beberapa seminar, latihan dan bekel untuk memertabatkan bahasa Melayu
3.Menggdakan syarahan di dalam bahasa Melayu 4.Menggalakan pelajar pelajar
merujukan buku buku atau kitab kitab yang ditulis dengan bahasa Melayu.5.Ada notis
notis di dalam bahasa Melayu 6. Menawarkan ijazah serjana muda Bahasa Melayu

KESIMPULAN

Bahasa Melayu adalah satu symbol bagi tamadun Melayu. Pondok, Madrasah dan
institusi pendidikan tinggi bukan sahaja memainkan peranan penting dalam mengajar
pengetahuan agama yang dapat menghasilkan banyak para ulama tetapi institusi ini
juga memainkan peranan penting dalam memelihara bahasa Melayu. Keupayaan
penduduk Patani untuk membaca dan berkomunikasi dengan bahasa Melayu itu
adalah hasil dari peranan Pondok, Madrasah dan institusi pendidikan tinggi. Institusi
institusi ini berjaya memelihara dan memertabatkan bahasa tersebut. Malah pada hari
ini terdapat ancaman terhadap bahasa Melayu dan ancaman tersebut buleh
menghasilakan kehilangan bahasa Melayu di wilayah sempadan selatan Thai.
Pondok, Madrasah dan institusi Pendidikan tinggi pula yang memain peranan sangat
penting dalam melindungi bahasa Melayu. Selain bahasa Melayu, tulisan Jawi juga
merupakan lambang dan simbol utama dalam mengambarkan tamadun Patani,
Pondok, Madrasah dan institusi pendidikan tinggi dianggap sebagai pembela utama
dalam melindungi tulisan Jawi untuk tetap bersama dengan orang Patani. Pendek
kata, Pondok, Madrasah dan institusi pendidikan tinggi telah memainkan peranan
penting dalam pendidikan, bahasa dan perlindungan tulisan Jawi. Wallahu a’lam.

RUJUKAN

Abdul Halim Bashah. 1994. Raja Champa dan Dinasti Jembal dalam Patani Besar.
Kelantan: Pustaka Reka.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 2007. Sejarah dan Tamadun Islam. Alor Star: Pustaka
Darussalam.

Abdul Razak Muhmood; Ahmad Fathi Al- Fatani. 2018. Kelantan- Patani Ulama’ dan
Intelektualisme Melayu Wilah Timur. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

Abdullah La-o Man. (2540). “Faqeeh Wan Musa al-Fatoniy" in Cultural Journal, Vol. 2.
P.29

Ibrahem Narongraksakhet dan Numan Hajimasae. 2553. Thori Baru Kewujudan
Institusi Pendidikan di Selatan Thailand. Songkhla: Hadyai Graphic Co. Ltd.

Ismail Benjasmith. ( 2008) . The Roles of Shaykh Wan Ahmad al- Fatani ( 1856-
1908A. D. ) in Education and Politics. Master Thesis in Islamic Studies, College of
Islamic Studies, Prince of Songkla University, Pattani campus.

5

Peranan Pondok, Madrasah dan Jamiah Islam dalam
Memelihara Bahasa Melayu di Wilayah Sempadan Selatan Thai

Teeuw, A. and D.K., Wyatt. 1970. Hikayat Patani. The Hague: Martinus Nijhoff.

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

LANSKAP PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DALAM
SAINS, TEKNOLOGI, MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI

Asma Ismail1
([email protected])
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Abstrak

Bahasa Melayu mampu menjadi Bahasa ilmu bagi sains, teknologi, komunikasi dan multimedia
sekiranya ia digunakan sebagai bahasa penciptaan teknologi agar dapat diangkat ke peringkat lebih
tertinggi seiring dengan kemajuan terkini sains dan teknologi terutamanya dalam Industri 4.0. Untuk
tingkatkan penggunaan Bahasa melayu sebagai Bahasa ilmu, polisi sediaada untuk mengajar pelajar
tentang sains dan matematik, untuk kenaikan pangkat akademik yang tidak menekankan penerbitan
dalam Bahasa melayu dan sebagai Bahasa penghantar yang boleh dikecualikan harus disemak
semula. Masalah kekurangan pelajar STEM di negara juga perlu ditangani agar jumlah penutur yang
akan menggunakan Bahasa melayu dalam kerjaya STI tidak terus menunjukkan trajektori yang
menurun. Sekiranya trajektori ini berterusan kita akan kekurangan jumlah mereka yang terlatih dalam
bidang STEM yang sepatutmya mampu mengarusperdanakan penggunaan Bahasa Melayu dalam STI.
Di antara strategi untuk mengatasi cabaran termasuk penggunaan Bahasa Melayu yang perlu
bersepadu dan bergandingan dengan teknologi untuk mengangkat martabatnya sebagai Bahasa ilmu
dalam Pendidikan tinggi bagi negara di dunia yang berbahasa Melayu. Kita perlu bersama berusaha
untuk menggiatkan penggunaan Bahasa melayu sebagai Bahasa ilmu dalam penulisan, pembahasan
serta perbincangan dalam konsep baharu sains, teknologi, komunikasi dan multimedia selaras dengan
industry 4.0. Usaha Akademi Sains Malaysia untuk tingkatkan khazanah ilmu STI dalam Bahasa
melayu juga akan dikongsikan.
Kata Kunci: Landskap, penggunaan bahasa Melayu, bahasa ilmu dalam sains, teknologi, multimedia
dan komunikasi

1 Prof Emerita Datuk Dr. Asma Ismail FASc ialah Pemegang Kursi Ibn SIna bagi Perubatan, Universiti Islam
Antarabangsa, Kampus Kuantan, Pahang

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

PENGEMBANGAN BAHASA MELAYU MELALUI SAINS, TEKNOLOGI,
MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI

Jayum Anak Jawan
([email protected])
Universiti Putra Malaysia

Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan lima perkara utama berkaitan Bahasa Melayu.
Pertama, ia akan berhujah ringkas bahawa bahasa Melayu mampu menjadi Bahasa ilmu dan
pertuturan antara bangsa. Kedua, Bahasa Melayu adalah penting sebagai Bahasa rasmi
negara dan bahasa perpaduan. Ketiga, pejuang utama Bahasa Melayu adalah seorang suku
Melanau bernama Abdul Rahman Yakub yang menjadi Menteri pendidikan Malaysia sekitar
1974. Ke-empat, perbincangan akan menarik apakah peranan pentadbir dalam mengangkat
peranan dan martabat Bahasa Melayu. Akhir sekali, ke-lima, apa lagi perlu untuk menentukan
bahawa Bahasa Melayu tetap memainkan peranan nya dalam negara.

PENDAHULUAN

1. Terlebih dahulu, izinkan saya untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada
pihak penganjur kerana sudi menjemput saya ke simposium yang amat bermakna
ini. Apa bila saya dijemput, jawapan saya terus terang kepada pihak penganjur
simposium bahawa saya bukan pakar bahasa, termasuk Bahasa Melayu. Saya
generasi yang menjadi rakyat Malaysia melalui penguatkuasaan undang-undang
(dalam Inggeris: by Operation of Law) (Artikle 2A, Jadual Kedua, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, 2009). Itu adalah kerana saya dilahirkan pada zaman
Sarawak masih berada sebagai sebuah negara berdaulat tetapi telah memohon
perlindungan/ naungan dari Pejabat Koloni, London, England. Persekutuan
Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.

PENGALAMAN SENDIRI

2. Justeru, saya tiada pendidikan formal dalam Bahasa Melayu seperti anak-anak
Malaysia yang ada kertas Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu
peperiksaan awam setelah menghabiskan 5 tahun dalam sekolah menengah. Pada
zaman persekolahan saya, saya mengambil peperiksaan awam yang dinamakan
“Senior Cambridge”. Pada peperiksaan awam itu, Bahasa Melayu adalah pilihan tidak
wajib. Itu pun Bahasa Melayu mudah atau “Elementary Malay”. Saya cuma pengguna
bahasa (Melayu) sebagai alat untuk menyampaikan hasrat (mesej) dan kandungan
(content) berkaitan bidang yang saya pelajari, iaitu proses politik dan governan
termasuk hubungan antara pelbagai manusia/pihak dalam proses berkenaan. Itu pun
saya pelajari sendiri melalui kaedah “lantak sahaja” (atau paling dekat dalam
Inggerisnya: trial and error). Mujur juga saya ada mentor, iaitu seorang profesor
Melayu (tapi dia bukan professor Bahasa Melayu) yang sanggup memberi masa dia
untuk membantu dan mengajar saya Bahasa Melayu ketika itu. Masa itu belum ada
Penterjemah Google (Google Translator) lagi.

3. Dalam pejalanan sebagai pelajar Bahasa Melayu, saya mendapati bahasa
Melayu itu indah, halus, poetic, sarat dengan makna dan dengan peri bahasa yang

1

Pengembangan Bahasa Melayu Melalui Sains,
Teknologi, Multimedia dan Komunikasi

menakjubkan. Cakap sepatah dua, tapi bahasa itu sarat dengan makna dan ajaran.
Ini mengingatkan saya sendiri tentang Bahasa ibunda saya, Bahasa Iban, rumpun
bahasa sama dalam dunia Melayu. Bahasa Iban itu pernah digambarkan oleh sarjana
barat/ Amerika, iaitu Vinson H. Sutlive, Jr. (temuduga, Williamsburg, VA, 2016)
sebagai Gedung ilmu seluas ilmu dunia dan tamadun Yunani. Para ilmuwan, Tan Sri,
Datuk, Tuan-tuan & Puan-puan.

NEGARA DAN PENTADBIR KENA AMBIL PENTING BAHASA

4. Malaysia dan pentadbir di pelbagai peringkat perlu mengambil berat dan
langkah berkaitan kedudukan bahasa Melayu dalam konteks pembinaan negara-
bangsa Malaysia dan sebagai alat perpaduan dan integrasi. Sebagai rakyat Malaysia
dari Sarawak, saya amat bangga dengan pemimpin dari Sarawak kerana peranan
yang dilakukan memantapkan Bahasa Melayu sebabagi bahasa rasmi dan bahasa
pengantar (bahasa ilmu) di sekolah di seluruh negara, khasnya di Sarawak dan Sabah
selepas 10 tahun penubuhan Malaysia. Pemimpin dari Sarawak yang saya
maksudkan ialah Dato Abdul Rahman Yakub, seorang suku Melanau, yang
merupakan pejuang bahasa Melayu. Beliau ketika itu adalah Menteri Pelajaran
Malaysia (Berita Harian, 2015). Pada 1974, apabila sampai waktu Sarawak dan Sabah
perlu menimbangkan (berdasarkan peruntukan Perjanjian Malaysia) sama ada
Sarawak dan Sabah mahu mengekalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan
bahasa pengantar di sekolah di Sarawak dan Sabah, Rahman Yakub berusaha
supaya Bahasa Melayu diterima sebagai ganti kepada Bahasa Inggeris ketika itu.
Justeru, mulai 1974, Bahasa Melayu adalah adalah bahasa rasmi dan bahasa
pengantar di seluruh negara.

5. Persoalan: Apakah peranan kita, khususnya para pentadbir dalam
meneruskan pejuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan
bahasa rasmi negara Malaysia demi pelbagai matlamat termasuk khasnya matlamat
negara mahukan satu “Keluarga ‘besar’ Malaysia” supaya perpaduan dan ukhuwah
dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi? (Utusan Malaysia, 2022).

6. Mohon izin untuk berkongsi pengalaman dan data umum mengenai apa
peranan universiti awam berkaitan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara
ini. Saya berharap saya tidak dimaki dan dicop kerana ini. Itu juga berupa budaya
Malaysia ke belakangan ini. Bila tidak setuju, kita cam orang itu, kita buat laporan polis
dan bermacam macam lagi hal-hal tidak senonoh. Di Malaysia, ada 21 buah universiti
awam: 5 Universiti Penyelidikan dan 16 universiti biasa. Setiap lantikan profesor
penuh, penyandang dijangka akan memberi Syarahan Perdana sebagai pengukuhan
kepakaran.

PENGGUNA BAHASA MELAYU SEMASA SYARAHAN PERDANA

7. Misalnya, di Universiti Putra Malaysia, sehingga November 2021, sebanyak 257
syarahan perdana telah diberikan oleh ahli akademik yang sudah dinaikan pangkat
kepada jawatan profesor penoh (UPM, 2021). Dari jumlah itu, hanya 14 (atau lebih
kurang 5 peratus) sahaja syarahan perdana diberi dalam Bahasa Melayu. Selebihnya
dalam Bahasa Inggeris. Saya lontarkan soalan kepada pihak berkuasa dan berwajib:
apa peranan universiti dan para profesor dalam memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa rasmi negara? Sering diperkartakan Bahasa Melayu itu
Bahasa ilmu. Nah, bagaimana? Profesor sendiri tidak menitikberatkan Bahasa

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Melayu. Apa perlu pengurusan buat? Ada peranan dan macamana? Sama-sama kita
fikirkan.

SYARAHAN PERDANA DI UNIVESITI PUTRA MALAYSIA

Latar belakang Sains Sains Sosial Kemanusiaan JUMLAH
MI
Pengucap Melayu Inggeris Melayu Inggeris Melayu Inggeris

Melayu 2 181 7 31 2 - 11 212

Cina - 19 - 1 - - 1 19

India - 5 - - 1 1 16

Cina Sarawak - 1 - - - - -1

Iban - 1 1 - - - 11

Orang Ulu - 1 - - - - -1

Lain-lain - 3 - - - - -3

Jumlah 2 211 8 32 3 1 14 243

Sumber: UPM. 2021. Siri Kuliah Inaugural UPM (Bil. 156; Nota: data sah sehingga
syarahan perdana No. 257). Serdang: Penerbit UPM.

8. Dari sebanyak 183 syarahan inaugural yang sudah diberikan oleh para profesor
UPM dari bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), hanya 2
sahaja (atau 1 peratus ) disampaikan dalam Bahasa Melayu. Selebihnya, 181 atau 99
peratus disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Di universiti awam yang lain, saya tidak
yakin bahawa pola ini akan jauh berbeza di antara satu universiti berbanding UPM
atau universiti lain.

PROGRAM DWI BAHASA

9. Sementara terdapat pengakuan tentang kepentingan bahasa sebagai alat
perpaduan dan juga kebolehan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu, tetapi kerajaan
sendiri menunjukkan sikap kurang yakin tentang Bahasa Melayu dalam mengajar
sesetengah mata pelajar, khasnya yang berkait dengan sains, teknologi, kejuruteraan
dan sains. Atas alasan bahawa pelajar Malaysia perlu fasih dalam Bahasa Inggeris,
maka mata pelajaran STEM ditawarkan sebagai mata pelajaran yang boleh diajar
dalam Bahasa Inggeris. Sesetengah sekolah diberi pilihan untuk mengajar mata
pelajaran berkenaan dalam dua Bahasa, sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris (Sinar Harian, 2020).

10. Pada pandangan saya, negara memerlukan lonjakan dalam tindakan yang
mesti diambil untuk memastikan kedaulatan dan martabat Bahasa Melayu sebagai
Bahasa rasmi negara terpelihara dan diletak pada tempat yang sepatutnya. Ini penting
supaya proses pembinaan negara-bangsa Malaysia terancang dan proses perpaduan

Pengembangan Bahasa Melayu Melalui Sains,
Teknologi, Multimedia dan Komunikasi

dan integrasi dapat ditingkatkan bagi merealisasikan Keluarga ‘besar’ Malaysia terus
tercapai dalam waktu yang munasabah.

PERLU ADA AZAM PERKUKUHKAN PERANAN BAHASA MELAYU/ BAHASA
KEBANGSAAN

11. Setelah hampir 60 tahun Malaysia sudah ditubuhkan, tidak ada alasan lagi
rakyat Malaysia tidak boleh bertutur dengan betul dan baik dalam bahasa rasmi
negara, iaitu Bahasa Melayu. Sudah sampai masa dan perlu ada keazaman politik
untuk meletakkan pandai berbahasa Melayu sebagai syarat pencalonan dalam
pilihanraya. Ini memastikan supaya semua wakil rakyat di parlimen dan dewan
undangan negeri/ wilayah menjadi wakil yang berkesan, boleh menyampaikan hasrat
orang yang mereka wakili dengan jelas dan efektif dan bukan seperti ramai wakil
rakyat yang bercakap Bahasa Melayu lintang pukang, tidak teratur dan tidak
berpandukan konstruk ayat yang sempurna. Dewan mulia bukan pasar borong, pasar
tamu atau kaki lima (Sinar Harian, 2022).

12. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka amat penting dalam pemeliharaan
Bahasa Melayu. Sebagai agensi utama kerajaan, dewan ini perlu dikaji dan diteliti
semula fungsi dan operasinya bagi memastikan DBP itu “Malaysia” dan bukan
“Melayu” sifatnya. Ini kerana Bahasa Melayu itu bahasa semua rakyat Malaysia dan
bukan bahasa orang Melayu sahaja. DBP akan lebih cekap dan sempurna dalam
menjalankan fungsinya kalau ianya diwakili semua rakyat Malaysia yang ada
kepentingan untuk mendaulat dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
rasmi negara. Sekarang, kalau diperhatikan, semua ahli Lembaga Pengelola DBP
adalah terdiri dari semua orang Melayu (DBP, 2022). Saya rasa orang Iban,
Kadazandusun, Cina dan India serta ramai lagi seperti Orang Asal pun ada peranan
dalam hal ini. Sumbangan serta input mereka sebagai rakyat Malaysia juga penting
dan boleh membantu untuk memperkukuhkan serta memartabatkan Bahasa Melayu
di masa hadapan.

13. Bahasa Melayu itu bahasa kita rakyat Malaysia semua dan bukan bahasa
Orang Melayu sahaja. Kerangka pemikiran ini perlu juga diberi perhatian.

KESIMPULAN

14. Bahasa Melayu sudah diterima oleh masyarakat berbilang etnik Malaysia
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan (Artikel 152, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia). Adalah menjadi tanggungjawab beberapa agensi utama
negara seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Dewan
Bahasa dan Pustaka untuk memastikan bahasa ini dikuasai oleh semua lapisan rakyat
Malaysia.

15. Agensi kerajaan ini perlu mencari kerangka baharu dalam menjalankan
amanah masing-masing. Tanggungjawab memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan rasmi negara bukan terletak di bahu orang Melayu semata-
mata. Ia turut menjadi tanggungawjawab bersama orang Malaysia dari pelbagai etnik
seperti Cina, India, Kadazandusun dan Dayak, termasuk Orang Asli. Apa bila semua
etnik merasakan bahawa mereka adalah pemegang taruh dalam isu Bahasa Melayu,
maka mereka akan bangkit Bersama mahu mengangkat Bahasa Melayu sebagai
bahasa
“kita”.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

16. Akhir kata, kalau ada terkasar bahasa dan terlanjur kata-kata, saya susun
sepuloh jari memohon ampun dan maaf.

Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

DBP. 2022. Laman sesawang Dewan Bahasa Pustaka,
http://lamanweb.dbp.gov.my/-index.php/pages/view/13?mid=28, dilayari 9 Mei
2022.

Perlembagaan Persekutuan (Malaysia), 2009.
Sukar Faham Sains jika tidak fasih Bahasa Inggeris: Tun M, Sinar Harian, 6 Februari,

2020.
Sutlive, Vinson H. Jr. 2016. Sarjana pengajian Iban; Temuduga rawak di

Kediamannya, Williamsburg, VA, USA.
Tanpa Rekod Buruk, mudahkan Keluarga Malaysia, Utusan Malaysia, 18 Februari

2022.
Tun Abdul Rahman Yakub dalam Kenangan, Berita Harian, 10 Januari 2015.
UPM. 2021. Siri Kuliah Inaugural Universiti Putra Malaysia, sehingga November

2021.
Serdang: Penerbit UPM.
YB Harus kuasai Bahasa Kebangsaan, Sinar Harian, 9 Mei 2022.

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI AZERBAIJAN DALAM KONTEKS
PENGANTARABANGSAANNYA

Habib Zarbaliyev
([email protected])
Azerbaijan University of Languages, Azerbaijan

Abstrak

Dalam kertas kajian ini isu penyebarluasan, pengantarabangsaan bahasa Melayu/ Indonesia,
dipandang dari dua segi – dari segi penyebarluasan bahasa Melayu/ Indonesia sebagai bagian
dari kebudayan bangsa dalam arti kata seluas-luasnya dan dari segi pembelajaran bahasa ini untuk
penutur asing. Azerbaijan adalah salah satu negara di mana Bahasa Melayu/Indonesia diajar di
institusi pengajian tinggi. Bahasa ini diajar di sini sebagai bahagian dari budaya Melayu, dan dalam
integrasinya ke mata pelajaran-mata pelajaran lain terkait dengan Alam Melayu, khususnya ke
mata pelajaran sastera Melayu.Pengajaran bahasa Melayu dimana-mana hendaklah diarahkan
menjadi bahasa antarabangsa. Pelaksanaan kerja yang berkaitan di luar negara, yakni
penyelenggaraan kursus bahasa Melayu percuma bagi mereka yang ingin, penubuhan sekolah
menengah Melayu, peruntukan biasiswa bagi belia asing yang bersedia belajar di Malaysia dan
promosi bahasa Melayu di negeri masing-masing selanjutnya, dicadangkan sebagai langkah yang
perlu untuk pengantarabangsaan bahasa Melayu.

Kata Kunci: Pembelajaran, pantun, biasiswa, pengantarabangsaan bahasa Melayu, penutur asing

PENGENALAN

Isu penyebarluasan, pengantarabangsaan bahasa Melayu / Indonesia, kami pandang dari
dua segi – dari segi penyebarluasan bahasa Melayu / Indonesia sebagai bagian dari
kebudayan bangsa dalam arti kata seluas-luasnya dan dari segi pembelajaran bahasa ini
untuk penutur asing.

Dalam linguistik terdapat banyak pendapat yang berbeza dan bercanggah tentang
keutamaan bahasa atau pemikiran, namun perkaitan antara bahasa dan pemikiran tidak
diragukan lagi. Pada tahun 1930-an sarjana-sarjana Amerika Syarikat Edward Sapir dan
Benjamin Whorf mengemukakan hipotesis bahawa struktur bahasa menentukan struktur
pemikiran dan cara memahami dunia luar (Hoijer, 1954; Whorf, 1956.). Walaupun
hipotesis itu dikrtik tajam (Darnell, 1984; Preston, 2008), ada juga kebenaran tertentu
dalam fikiran tersebut. Tidak kira keutamaan bahasa atau pemikiran, pada peringkatnya
sekarang, pemikiran selalu melalui bahasa. Budaya, tradisi, masa lalu sejarah setiap
bangsa dipelihara dengan cara tertentu dalam bahasanya. Dari sudut pandangan ini,
untuk mempelajari mana-mana bangsa secara keseluruhan, pertama sekali kita perlu
menguasai bahasanya.

Beberapa tahun yang lalu saya ikut serta dalam konferensi “Minda Islam orang Melayu”
di Malaysia. Dalam konferensinya seorang Melayu dari Amerika Serikat mengucapkan
pidato mengenai tema tersebut dalam bahasa Inggeris. Saya pun bertanya kepadanya:
Apakah Bapak berbahasa Melayu? Tidak, jawabnya. Bukankah kita sanggup berpikir

Pengajaran Bahasa Melayu di Azerbaijan
dalam Konteks Pengantarabangsaannya

hanya berkat bahasa. Bagaimana mungkin, seorang tidak dapat berbahasa Melayu, tetapi
membicarakan minda (pemikiran) Melayu.

PENGAJARAN BAHASA MELAYU/INDONESIA DI AZERBAIJAN

Mengambil kira hal-hal tersebut di atas, di Universiti Bahasa-Bahasa Azerbaijan di
mana sebelum ini hanya bahasa-bahasa Eropa yang dipelajari, dimulai juga pengajaran
bahasa-bahasa Oriental, juga bangsa-bangsa-penutur bahasa-bahasa itu, dan kawasan-
kawasan yang didiaminya. Salah satu kawasan itu adalah kawasan Asia Tenggara.
Program Studi Asia Tenggara telah ditubuhkan di bawah fakulti Regional Studies dan
International Relations tahun akademik 2007-2008 atas inisiatif saya. Di sini mahasiswa
mengambil semua mata kuliah yang berkaitan dengan kawasan tersebut. Walau
bagaimanapun, perhatian khusus diberikan kepada pembelajaran bahasa. Bahasa
Melayu / Indonesia dipelajari sebagai mata kuliah utama – 8 jam per minggu selama 8
semester. Setiap tahun diterima 10 mahasiswa. Sampai sekarang ada lebih dari seratus
lulusan dari Jabatan Studi Asia Tenggara. Jumlah pengajar bahasa Melayu / Indonesia di
jabatan ini 3 orang, yaitu saya, seorang lulusan dari Universitas Negeri Yogyakarta, dan
seorang lagi lulusan dari program tersebut.

Selain mata kuliah Bahasa Melayu/Indonesia, kurikulum program ini juga menyangkut
mata kuliah-mata kuliah yang berkaitan dengan budaya, pendidikan, politik, ekonomi, dan
geografi Nusantara, khususnya Indonesia dan Malaysia, yakni Geografi (semester I),
Etnografi (semester II), Sejarah (semester II), Etnopsikologi (suku) bangsa Nusantara
(semester III), Sastera (semester IV), Ekonomi (semester V), Sistem hukum (semester
IV), Sistem politik dan lembaga-lembaga pemerintah (semester VI), Proses-proses sosial-
politik dan kultural (semester VII), Mata kuliah elektif (folklor, musik) (semester VIII).
Mulai dari semester IV mata kulah-mata kuliah di atas diajarkan dalam bahasa
Melayu/Indonesia.

Perhatian besar diberikan juga kepada pembelajaran sastera Melayu. Peranan
kesusasteraan dalam pembelajaran bahasa asing tidak terbantah. Dalam proses
pengajaran bahasa asing, sastera harus diajukan kepada para mahasiswa secara
demikian sehingga proses tersebut meliputi semua periode sastera rakyat itu. Dengan
tidak mengenal folklor bangsa Melayu, sastera kuno dan modernnya sangat sulit
memahami kosa kata periode-periode tersebut bahasa itu dalam segala macam
manifestasinya. Dalam proses ini peranan yang tertentu dimainkan oleh faktor-faktor lain
pula. Misalnya, para mahasiswa yang berbangsa Azerbaijan mempelajari folklor bangsa
Melayu dengan senang hati, karena, mempelajari dongeng, kisah, mitos, pantun Melayu,
mereka mendapati persamaan besar dengan orang-orang Melayu dalam cara berpikir.

Kami berusaha megajar bahasa Melayu/Indonesia demikian sehingga mahasiswa
Azerbaijan dapat berpikir seperti orang Melayu. Pantun Melayu sangat dekat dengan jiwa
bangsa Azerbaijan. Membandingkan pantun Melayu dengan bayati Azerbaijan,
mahasiswa mendapati bukan saja ciri-ciri yang sama, tetapi juga struktur puitis yang
sama, persamaan genre dalam kedua bentuk puisi ini. Bayati merupakan jenis puisi liris
yang mengandungi pikiran-pikiran filosofis, moral-etik, sosial dan meliputi segala aspek
kehidupan sosial, pandangan hidup, pandangan etik bangsa Azerbaijan. Bayati diciptakan
sebagai pernyataan luar perasaan jiwa, penderitaan, perasaan nostalgia orang awam.
Dari sudut isi ada bayati patriotis, bayati yang menimbulkan nostalgia, bayati cinta, bayati
kehidupan sehari-hari, dsb. Mempelajari pantun Melayu mahasiswa- Azerbaijan

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

mendapati pula bahawa berbeda dengan bayati, antara jenis-jenis pantun ada juga pantun
jenaka. Baik bayati maupun pantun terdiri dari empat baris. Dalam keduanya efek erti
jatuh pada dua baris akhir (isi) sedangkan dua baris awal (sampiran) mempersiapkan
alasan untuk dua baris akhir. Jadinya peranan sastera sangat besar dalam proses
pembelajaran bahasa (Zarbaliyev, 2007, hal.50-60).

Kalau ada sokongan tertentu dan insentif, universiti kami boleh membuka juga jabatan
sastera Melayu. Ini kiranya akan membolehkan penyebaran bahasa Melayu di Azerbaijan
lebih luas lagi.

Seperti yang diketahui, bahasa Melayu / Indonesia dugunakan di negara-negara Asia
Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Brunai, Singapura dan Timor Leste (bersama
bahasa Portugis), juga di Filipina dan Thailand sebahagiannya. Kerajaan Malaysia
menjalankan kerja konsekuen untuk meluaskan skopnya bahasa Melayu dan
menjadikannya salah satu bahasa yang digunakan pada skala global. Pertandingan
Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa yang belajar bahasa
Melayu, merupakan salah satu usaha untuk pengantarabangsaannya. Pemenang
pertandingan yang diselenggarakan oleh Kementerian Pendidikan dan Sains Malaysia,
menerima hadiah wang tunai yang ditubuhkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia
dan trofi yang melambangkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa terkemuka
dunia. Setiap kali salah satu mahasiswa terbaik program Studi Asia Tenggara di
Azerbaijan itu juga dikirim untuk ikut serta dalam pertandingan Pidato Antarabangsa
Bahasa Melayu. Sekembalinya dari pertandingan tersebut, peserta menceritakannya di
televisyen. Ini sangat menarik minat golongan belia.

Untuk menyebarkan bahasa dan budaya Nusantara di Azerbaijan, dilakukan banyak
lagi. Kami sering mengadakan program televisyen yang memaparkan budaya Melayu,
mengarang karya ilmiah dan popular mengenai bahasa Melayu, membuat terjemahan dari
bahasa Melayu dan bahasa Azerbaijan. Misalnya, saya sendiri telah menterjemahkan
beberapa karya penyair dan penulis Malaysia ke dalam bahasa Azerbaijan, dan
sebaliknya, cerpen Azerbaijan ke dalam bahasa Melayu:

- Jalil Memmedguluzade. Peti Surat // Dewan Sastera. Kuala Lumpur, Jun 1994,
hal. 85-99.

- Abdullah Ahmad Badawi. Ku Cari Damai Abadi. I Seek Eternal Peace. In 80
languages. University of Malaya. Kuala Lumpur, 2008, hal.7.

- Hashim Yacoob. Aku hanya mahu ke seberang. In 45 languages. University of
Malaya Press. Kuala Lumpur, 2006, hal.7.

Sekarang ini saya sedang menterjemahkan novel “Kicau” Isa Kamari – penulis
Melayu dari Singapura.

Semua ini menimbulkan minat orang Azerbaijan pada bahasa Melayu.

CARA MENYEBARKAN BAHASA KE LUAR NEGARA

Walaupun pemerintah Malaysia memberi perhatian yang besar kepada pembangunan
bahasa kebangsaan, ia mesti melakukan banyak lagi untuk mengantarabangsaannya.
Untuk mencapai matlamat ini, adalah sangat penting pengajaran bahasa Melayu di
universiti-universiti di peringkat antarabangsa (Zarbaliyev, 2006; Zarbaliyev, 2015). Untuk
merangsang aktiviti universiti-universiti di luar negara di mana bahasa Melayu diajar,
penting juga penyediaan bahan-bahan yang berkaitan. Kedutaan Kerajaan Malaysia di

3

Pengajaran Bahasa Melayu di Azerbaijan
dalam Konteks Pengantarabangsaannya

luar negara boleh memberi bantuan bahan sewajar dengan keperluan mereka-mereka.
Kedutaan Malaysia juga boleh menganjurkan kursus bahasa bagi mereka yang ingin.
Sebagai contoh, beberapa negara Arab menubuhkan pusat budaya Arab di Azerbaijan.
Di pusat-pusat itu pakar-pakar menganjurkan kursus bahasa Arab percuma untuk mereka
yang ingin. Model ini juga boleh digunakan untuk menyebarkan bahasa Melayu.
Selain itu, untuk penyebaran bahasa dan budaya Melayu boleh digunakan juga model
Turki. Turki mempunyai sejumlah besar sekolah menengah di banyak negara, dari
Indonesia hingga benua Afrika. Sekolah-sekolah itu menyebarkan dan mempromosikan
bahasa dan budaya Turki secara meluas di negara-negara itu.

Untuk mempromosikan bahasa Melayu di luar negeri perlu juga ditubuhkannya dana yang
sepadan. Pemerintah Jepang, Cina dan Korea secara aktif menaja jabatan bahasa-
bahasa yang sepadan di universitas-universitas Azerbaijan, bertukaran mahasiswa, guru.
Di sini juga telah ditubuhkan pusat-pusat kebudayaan Jepang, Cina dan Korea. Para guru
bahasa-bahasa itu mengadakan penyelidikan, percubaan bahasa di negeri-negeri
tersebut, memperkaya pengalamannya. Di Azerbaijan, lembaga-lembaga Prancis secara
aktif mempromosikan bahasa dan budaya Prancis, dan juga telah mendirikan pusat yang
sepadan. Mereka memberi rangsangan kepada guru-guru bahasa Prancis yang paling
aktif di Azerbaijan. Salah seorang guru bahasa Prancis bahkan dianugerahi bintang
tertinggi negara Prancis.

Pemerintah Republik Indonesia setiap tahun memperuntukkan biasiswa bahasa, budaya
dan seni bagi anak muda dari luar negeri untuk belajar bidang-bidang itu di Indonesia dan
selanjutnya mempromosikannya di negeri masing-masing. Program biasiswa itu
ditawarkan kepada semua mahasiswa asing dari negara-negara yang memiliki hubungan
diplomatik dengan Indonesia, untuk belajar bahasa, seni dan budaya Indonesia di lebih
dari 50 universitas Indonesia. Ramai mahasiswa dari universiti kami telah mendapat
biasiswa Departmen Luar Negeri Indonesia ini. Keberhasilan mahasiswa-mahasiswa
tersebut sangat mempengaruhi teman-temannya, sehingga ramai anak muda ingin
melanjutkan studinya di salah satu perguruan tinggi Indonesia. Biasiswa semacam ini
kiranya akan memainkan peranan penting dalam penyebaran bahasa Melayu selanjutnya.

Dahulu untuk mempromosikan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka setiap tahun
mengeluarkan beberapa darmasiswa untuk para penyelidik dan guru bahasa Melayu di
berbagai negeri dunia. Saya sendiri telah pernah menerima darmasiswa tersebut.
Pengalaman ini perlu diteruskan dan diperluas.

KESIMPULAN

Azerbaijan adalah salah satu negara di mana Bahasa Melayu / Indonesia diajar di institusi
pengajian tinggi. Bahasa Melayu diajar di Azerbaijan sebagai bahagian dari budaya
Melayu, dan dalam integrasinya ke mata pelajaran-mata pelajaran lain, khususnya ke
mata pelajaran sastera.

Pengajaran bahasa Melayu hendaklah diarahkan menjadi bahasa antarabangsa.
Pelaksanaan kerja yang berkaitan di luar negara, yakni penyelenggaraan kursus bahasa
Melayu percuma bagi mereka yang ingin, penubuhan sekolah menengah Melayu,
peruntukan biasiswa bagi belia asing yang bersedia belajar di Malaysia dan promosi
bahasa Melayu di negeri masing-masing selanjutnya, dicadangkan sebagai langkah yang
perlu untuk pengantarabangsaan bahasa Melayu.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

BIBLIOGRAFI
Hoijer, H., 1954. The Sapir-Whorf hypothesis // Language in culture: Proceedings of a

conference on the interrelations of language and other aspects of culture. Memoirs of
the American Anthropological Association 79. H. Hoijer edition, p. 92–105.
Comparative Studies of Cultures and Civilizations, No. 3. Chicago, IL: University of
Chicago Press.
Darnell, R., 1984. The Sapir Years at the National Museum, Ottawa // Edward Sapir:
Appraisals of his Life and Work. Amsterdam: John Benjamins. p. 159–178.
Preston, R. J., 2008. Reflections on Becoming an Applied Anthropologist //
Anthropologica. Vol. 50 (N 2). p. 195–205.
Whorf B. L., 1956. Language, thought and reality: Selected writings of Benjamin Lee
Whorf. Ed. John B. Carroll. New York: Wiley.
Zarbaliyev H., 2006. Pengaruh Cara Pandangan Masyarakat Dunia dalam Konteks
Pengajaran Bahasa Indonesia untuk Penutur Asing // Reaktualisasi Aeran BIPA dalam
Meningkatkan Citra Indonesia di Mata Dunia. Universitas Sultan Ageng Tirtayasa,
Serang /Banten, Indonesia, Sol Elite Marbella, 11-14 Juli 2006, hal.30-31.
Zarbaliyev, H., 2007. Mengenai Fitur Tipologis Bayati Azerbaijan dan Pantun
Melayu/Bahasa dan Sastera. N.2 (3). Baku, Universiti Bahasa-Bahasa Azerbaijan, hal.
50-60 (dalam bahasa Azerbaijan).
Zarbaliyev H., 2015. BIPA dalam Sinergi Disiplin // Indonesia: Bumi dalam Transisi.
Globalisasi, Multikulturalisme dan Strategi Pengembangan Pengajaran BIPA.
Konferensi Internasional Pengajaran BIPA IX. 30 September – 2 Oktober 2015.
Denpasar / Bali, Indonesia, 2015, hal.89.

5

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENERUSI SASTERA MELAYU
DAN KERANGKA ECOSHIFT UNTUK PELESTARIAN ALAM SEKITAR

Zaini Ujang1
([email protected])
Kementerian Alam Sekitar dan Air

Malaysia

Abstrak

Perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar menjadi antara cabaran utama untuk
kelangsungan masyarakat dan peradaban abad ke-21. Dalam konteks menangani cabaran ini,
Bahasa Melayu berpotensi untuk disemarakkan sebagai bahasa ilmu dan wahana komunikasi
utama, khususnya di Alam Melayu. Ketika ini, peranan Bahasa Melayu tidak begitu
dimanfaatkan sebaiknya menangani cabaran ini, dan tidak selari dengan perkembangannya
sebagai bahasa ilmu yang semakin mantap pada peringkat pengajian tinggi. Keadaan ini
banyak dipengaruhi khalayak pembuat dasar serta pengamal sains dan kejuruteraan alam
sekitar yang masih menggunakan Bahasa Inggeris secara meluas dari segi (a) wahana
komunikasi dalam kalangan pengamal profesional untuk kelayakan, dokumen rujukan serta
dokumen kontrak (b) penggunaan Bahasa Melayu terhad kepada penggunaan rasmi dalam
urusan pentadbiran kerajaan dan sistem pendidikan kebangsaan (c) penggunaan dalam
kalangan bukan Melayu masih tidak meluas khususnya dalam bidang perniagaan dan
kemasyarakatan di Malaysia (d) penerimaan Bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa
masih tertumpu kepada bidang akademia, khususnya dalam pengajian Melayu dan (e) inisiatif
bersifat sinergi pengembangan Bahasa Melayu tidak diadakan dengan negara-negara jiran,
khususnya Indonesia dan Brunei. Penulis mencadangkan penggunaan (a) sastera Melayu
merentasi sempadan disiplin ilmu dan amalan profesional dan (b) model ecoshift yang pernah
digunakan dalam transformasi ke arah pemikiran dan pembinaan budaya lestari. Sastera
Melayu khususnya genre novel dan puisi boleh digunakan untuk membantu meningkatkan
kesedaran dan pengetahuan khalayak pembaca tentang pelestarian alam sekitar. Menerusi
model ecoshift pula, perkembangan Bahasa Melayu tidak hanya terhad kepada domain
organisasi, bahkan turut dikembangkan dalam domain peribadi, khususnya dalam
pembentukan tabiat dan tingkahlaku yang akhirnya membentuk budaya yang mandarah daging
sifatnya. Untuk itu penglibatan masyarakat diperlukan menerusi lima tahap: (a) makluman (b)
perundingan, (c) penyertaan (d) kerjasama dan (e) empowerment.

Nota: Penulisan ini bukan bersifat kajian saintifik, sebaliknya merupakan pandangan peribadi
penulis menurut perspektif pengamatan dan pengalaman mantan ahli akademik, dan pengamal
profesional serta pentadbir dalam bidang pengurusan dan pelestarian alam sekitar.

1 Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (sejak Mac 2020); Mantan Naib Canselor
(2008_2013) dan profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM); penulis buku Ecoshift: Holistic
Transformation Towards Environmental Sustainability (2018), Japanese Ecosophy (2019), 40 Hadis
Peletarian Alam Sekitar (bersama Zulkifli Mohd Yusof, 2020) dan Air dan Pembetungan di Malaysia:
Sejarah serta Perspektif (penulis bersama, 2022); kumpulan puisi Lestari (2018), Kalau Ada Yang
Bertanya (2019), Denai (2020), Dari Penjuru Sofa (2021).

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU ABAD KE-21: STRATEGI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Haim Hilman Abdullah & Hishamudin Isam
([email protected])

Universiti Utara Malaysia

Abstrak

Antara persoalan utama yang bermain di fikiran ramai pemikir ialah di mana letaknya kedudukan
bahasa Melayu dalam kluster kemanusiaan digital di era Revolusi Industri 4.0? Tercuit dengan isu
tersebut, Universiti Utara Malaysia dengan langkah berani mengatur strategi menawarkan dua
program sarjana muda bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu yang dianggap berdaya saing
setelah mendapat input daripada analisis kritis kajian pasaran yang mapan. Penawaran program
Sarjana Muda Linguistik dan Teknologi Maklumat, serta program Sarjana Muda Kesusasteraan
Kontemporari dan Pengurusan Industri Kreatif yang direka bersesuaian dengan kehendak pasaran
dengan mengutamakan disiplin bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu yang dilengkapkan
dengan pakej ilmu pengurusan sebagai bidang tujahan utama Universiti, serta diperkukuhkan
dengan bidang teknologi maklumat dan industri kreatif sebagai major kedua, diharap dapat
memenuhi keperluan pasaran. Dalam masa yang sama, hasrat kita bersama, untuk melindungi,
memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa kita, dapat direalisasikan sewajarnya.

Kata Kunci: bahasa, kesusasteraan, Revolusi Industri 4.0, teknologi maklumat, industri kreatif

PENGENALAN

Revolusi Industri 4.0 bukan sahaja melibatkan bidang sains dan teknologi, malah turut
menempiaskan impak kepada bidang sains sosial. Kesannya, lahir kluster kemanusiaan
digital yang sedang hangat diperkatakan sekarang, sebagai suatu platform
menterjemahkan sasaran Revolusi Industri 4.0 untuk menaik taraf semua jurusan yang
terkandung dalam kluster sains sosial, termasuklah bidang bahasa dan linguistik
(Mahony, 2018). Menerusi kluster ini, menurut Cosgrave (2019), penyelidikan bidang
bahasa dan linguistik yang dijalankan dengan melibatkan penggunaan, pengunjuran dan
penerokaan aplikasi teknologi baharu wajar digiatkan, bertujuan mendefinisikan semula
pengertian sains sosial dan kemanusiaan, dan bagaimana disiplin ini boleh berkembang
melalui pelibatan peranti, media dan pengkomputeran.

Pengaplikasian teknologi yang dimaksudkan tidak hanya meliputi aspek metodologi kajian
semata-mata, sebaliknya bermula daripada isu penyelidikan yang dibincangkan (misalnya
isu bahasa dalam dunia teknologi maklumat), pemerolehan dan penganalisisan data
(misalnya memanfaatkan kaedah pengiklanan siber), serta signifikan kajian (yang
menjurus kepada keperluan teknologi maklumat dalam dunia bahasa dan linguistik)
(Schreibman, Siemens dan Unsworth 2008; Svensson 2012; Risam 2017; & Lam dan
Wong 2020).

1

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad ke-21:
Strategi Universiti Utara Malaysia

BAHASA MELAYU DALAM KLUSTER KEMANUSIAAN DIGITAL

Terkait dengan suasana terkini dalam dunia globalisasi yang lebih mementingkan bahasa
Inggeris sebagai mauduk utama, menjadi persoalan dalam kalangan pemikir, di manakah
letaknya bahasa Melayu dalam kluster kemanusiaan digital. Keupayaan bahasa Melayu
akan dipertikai sekiranya strategi kurang tepat diketengahkan sehingga mengakibatkan
rasa tidak yakin dan kurang percaya dengan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu.

Sehubungan itu, bagi memastikan kelestarian bahasa Melayu agar dapat berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa-bahasa lain dalam kluster kemanusiaan
digital, Universiti Utara Malaysia komited mengatur pelbagai strategi untuk terus
memartabatkan bahasa yang pernah menjadi lingua franca di rantau ini. Satu daripada
strategi utama yang diketengahkan oleh Universiti Utara Malaysia ialah menawarkan dua
program baharu sarjana muda berkaitan bahasa dan kesusasteraan Melayu dengan
nomenklatur dwimajor. Kedua-dua program sarjana muda tersebut direka khas untuk
memenuhi keperluan pasaran dengan mengetengahkan input kemahiran berteraskan
ilmu bahasa dan kesusasteraan Melayu serta major kedua (dari bidang teknologi
maklumat dan industri kreatif) yang dimantapkan dengan sinergi ilmu pengurusan yang
menjadi bidang tujahan utama Universiti.

PENAWARAN PROGRAM SARJANA MUDA BAHASA DAN KESUSASTERAAN
MELAYU DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Projek untuk menawarkan dua program sarjana muda bidang bahasa dan kesusasteraan
Melayu di Universiti Utara Malaysia dimulakan sejak tahun 2014 lagi, dengan Unit Bahasa,
Sastera dan Budaya Melayu (UBSBM), Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden
telah diamanahkan untuk menerajui usaha tersebut. Berteraskan penawaran program
yang berdaya saing di pasaran dengan tumpuan kepada bidang tujahan Universiti iaitu
pengurusan, UBSBM telah menjalankan kajian pasaran di hampir 50 buah syarikat
berprestij di Malaysia untuk meneliti keperluan menawarkan program bahasa dan
kesusasteraan Melayu yang diyakini dapat memenuhi keperluan pasaran.

Hasil analisis kritis kajian pasaran yang dijalankan ke atas syarikat berteraskan industri
pembangunan perisian dan pengkomputeran, perbankan, penerbitan, telekomunikasi,
penyiaran, dan pengiklanan mendapati bahawa, program bahasa dan kesusasteraan
Melayu yang dianggap berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran ialah program
bahasa dan kesusasteraan Melayu yang mempunyai nilai tambah ilmu pengurusan dan
kemahiran teknologi maklumat, serta dalam masa yang sama, mengetengahkan kursus-
kursus dalam bidang (bahasa dan kesusasteraan Melayu) yang relevan dengan kehendak
pasaran seperti kursus linguistik tulen dan linguistik gunaan seperti kursus terjemahan.
Hasilnya, dua program baharu yang dicadangkan, telah menarik minat Kementerian
Pengajian Tinggi untuk mengizinkan Universiti Utara Malaysia menawarkan kedua-dua
program tersebut yang mula ditawarkan mulai kemasukan bulan September 2020. Dua
program tersebut ialah program Sarjana Muda Linguistik dan Teknologi Maklumat, serta
program Sarjana Muda Kesusasteraan Kontemporari dan Pengurusan Industri Kreatif
(Jabatan Hal Ehwal Akademik, UUM, 2022).

2

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Sarjana Muda Linguistik dan
Teknologi Maklumat

Program yang bermatlamat melahirkan graduan linguistik berkemahiran pemprosesan
bahasa ini diharap mampu memenuhi keperluan guna tenaga negara, khususnya dalam
bidang linguistik dan teknologi maklumat. Dewasa ini, perkembangan mutakhir yang
melibatkan anjakan dan transformasi secara global dalam pelbagai bidang telah
menimbulkan keperluan guna tenaga yang mendesak dalam bidang yang dinyatakan di
atas, dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan dengan keperluan kemahiran linguistik
dan pemprosesan Bahasa (Azlinah Mohamed et al. 2019). Antara contoh bidang dan
pekerjaan yang boleh diceburi oleh graduan program ini ialah seperti Modern Languages
Employability Officer, Language and Cultural Advisor, Software Localisation Specialist,
Linguist and Localisation Specialist, Computational Linguist, Text Analytics Software
Tester, Web Development Specialist, Speech and Data Scientist, Artificial Intelligence
Content Lead, Data Scientist, Big Data Architect, dan BES (Building Employee Services)
Communication Officer (senarai pekerjaan ini adalah pekerjaan yang dicadangkan oleh
syarikat yang menjadi sumber kajian pasaran).

Bertepatan dengan keperluan guna tenaga dalam Revolusi Industri ke-4 yang
mementingkan aspek peranan (mengguna / mengaplikasi), struktur program ini direka
untuk menghasilkan graduan yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, malah berupaya
menggagaskan idea, merancang serta merealisasikan idea supaya dapat memajukan lagi
bidang bahasa dalam industri pembangunan perisian dan pengkomputeran, serta bidang-
bidang lain yang berkaitan. Menerusi nilai tambah berdasarkan elemen keusahawanan,
etika dan penguasaan dwibahasa serta bahasa ketiga yang turut dimuatkan dalam
struktur program, graduan yang dilahirkan juga berupaya untuk melakar kerjaya sendiri
sebagai usahawan profesional bebas (freelance professionals) dalam bidang berkaitan
bahasa dalam industri pembangunan perisian dan pengkomputeran, serta bidang-bidang
lain yang berkaitan.

Sarjana Muda Kesusasteraan Kontemporari
dan Pengurusan Industri Kreatif

Tumpuan utama program ini ialah berhasrat melahirkan graduan kesusasteraan
kontemporari berkemahiran pengurusan industri kreatif sebagai penghasil, pengurus dan
pentadbir produk karya kreatif menggunakan kemahiran teknologi dan pengurusan untuk
pembangunan industri kreatif. Kajian pasaran yang dijalankan menunjukkan bahawa
Sarjana Muda Kesusasteraan Kontemporari dan Pengurusan Industri Kreatif sesuai serta
relevan dengan industri. Program ini mempunyai potensi masa depan dan pasaran yang
cerah terutama dalam bidang berkaitan sastera kontemporari dan industri kreatif, serta
selaras dengan matlamat Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) untuk memperkasakan
industri kreatif negara dan menjana perolehan secara langsung sehingga RM7.2 bilion
setahun serta mampu mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan menjelang 2020
(Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Penerangan, 2020).

Kemahiran menghasilkan produk kesusasteraan dan kepengurusan amat diperlukan bagi
melahirkan graduan yang berupaya melonjakkan Malaysia dalam industri kreatif dan
industri perkhidmatan. Pengetahuan dalam bidang kesusasteraan kontemporari dan
kemahiran kepengurusan yang diadun dengan kreativiti, inovasi, dan alatan teknologi

3

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad ke-21:
Strategi Universiti Utara Malaysia

amat diperlukan demi memastikan produk kesusasteraan dan pengurusan industri
berkembang selari dengan arus perubahan semasa. Secara umum, syarikat yang
mengambil bahagian dalam kajian pasaran mencadangkan ruang pekerjaan yang
tersedia untuk graduan ini adalah seperti Penghasil Teks; Penghasil Skrip; Pengurus
Produksi; Pengurus Animasi; Casting Director; Action Director; Designer Head Animator;
Character Modeler; Director; Arkitek Perisian; Penulis Profesional (kreatif dan bukan
kreatif);Penerbitan Akhbar; Berkala; Buku: Direktori; Akademik; Elektronik; dan Perfomer

CABARAN MELAHIRKAN GRADUAN BAHASA DAN
KESUSASTERAAN MELAYU BERPRESTIJ

Pengurusan Universiti sedar, cabaran melahirkan graduan bahasa dan kesusasteraan
Melayu yang berprestij tidak hanya terletak kepada penawaran program yang berdaya
saing semata-mata. Yang menjadi pemangkin utama ialah, adakah mahasiswa program
itu sendiri sudah bersedia menjadi perintis yang berprestij?

tgDalam menangani isu tersebut, pengurusan Universiti juga telah melakukan pelbagai
persiapan agar graduan yang dilahirkan mendukung aspirasi universiti dengan
menerapkan lima (5) gagasan utama iaitu pemikiran kritis, penganalisisan, penyelesaian
masalah, pengurusan kendiri dan sentiasa mahu mempelajari perkara baharu. (UUM
Online, 2022). Sebagai perincian daripada gagasan tersebut, graduan sentiasa diingatkan
untuk mampu menguasai dan berkebolehan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa
Melayu, bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya satu bahasa ketiga demi menghadapi
dunia pasaran yang sangat. ilmu pengurusan dan keusahawanan sebagai pelengkap
kepada ilmu bidang pengajian juga dititikberatkan sejak dari semester pertama lagi,
melalui kursus yang ditawarkan atau aktiviti ko-kurikulum. Seterusnya Universiti juga
sangat komited menjalin hubungan baik dengan syarikat berkepentingan untuk
menyalurkan maklumat mengenai keperluan terkini graduan di pasaran.

Pengurusan Universiti juga mengambil serius mengenai pelibatan mahasiswa dalam
aktiviti penyelidikan dan penerbitan. Antara fokus penyelidikan mahasiswa bidang bahasa
dan kesusasteraan Melayu yang boleh diteliti dan diluaskan ialah aplikasi linguistik dalam
pembangunan korpus digital khusus untuk analisis dan interpretasi data bahasa,
penggunaan perisian pengesanan mata (eye tracking), penerapan teknologi inovatif
berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa, serta reka cipta dan
pembangunan model persekitaran PdP bahasa yang
menggunakan perisian realiti.

Pengurusan Universiti turut komited untuk melebarluaskan penawaran keduadua program
ini kepada pelajar antarabangsa. Jika universiti di luar negara mampu menawarkan
program bahasa dan kesusasteraan Melayu di negara mereka (seperti di Jerman, Rusia,
Korea, Jepun dan China), Universiti Utara Malaysia pula sangat berminat untuk
mengadakan usahasama dengan menawarkan kedua-dua program ini secara dwiijazah
(double degree) dengan universiti-universiti tersebut. Kerjasama yang erat antara kedua-
dua buah universiti akan mampu mengetengahkan idea-idea baharu, yang mungkin tidak
terfikirkan relevan buat masa ini, tetapi mempunyai kepentingan pada masa hadapan.

4

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

GAGASAN KESIMPULAN

Perahu sudah di depan mata, pendayung sudah di tangan, maka yang tinggal adalah
sedikit usaha sahaja. Jika kena caranya, strategi yang digagaskan ini diharap dapat
membantu usaha memartabatkan bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu, dan
seterusnya mengantarabangsakan bidang ini ke seluruh pelosok dunia.

Kedua-dua program ini dijangka mampu bertahan di pasaran selagi konsep pendidikan
liberal dan multi-disiplin (liberal and multi-disipline education) terus diamalkan, yang dapat
melahirkan graduan yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, malah berupaya
menggagaskan idea, merancang serta merealisasikan idea supaya dapat memajukan lagi
bidang bahasa dalam industri pembangunan perisian dan pengkomputeran, serta bidang-
bidang lain yang berkaitan.Dalam masa yang sama, hasrat kita bersama, untuk
melindungi, memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa kita, dapat direalisasikan
sewajarnya.

BIBLIOGRAFI

Azlinah Mohamed, Maryam Khanian Najafabadi, Yap Bee Wah, Ezzatul Akmal Kamaru

Zaman & Ruhaila Maskat . (2019). The state of the art and taxonomy of big data
analytics: View from the new big data framework. Artificial Intelligence Review, 53, 989-

1037.

Cosgrave, M. 2019. Digital humanities methods as a gateway to inter and
transdisciplinarity. Global Intellectual History, 6(1), 1-10. Jabatan Hal Ehwal Akademik,

UUM. 2022.

Buku Panduan Akademik 2022. Dari http://hea.uum.edu.my/index.php/academic-

handbook

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Penerangan. 2020. Dasar Industri Kreatif

Negara. Dari https://www.kkmm.gov.my/pdf/Dasar/dikn.pdf

Lam, C, & Wong, C. 2020. Accent in digital humanities and language studies: The case in
Hong Kong. 3L: The Southeast Asian Journal of English Language Studies, 26(1), 32-

43.
Mahony, S. 2018. Cultural diversity and the digital humanities. Fudan Journal of
Humanities and Social Sciences, 11(3), 371–388.
Risam, R. (2017). Other worlds, other DHs: Notes towards a DH accent. Digital

Scholarship in the Humanities, 32(2), 377-384.
Schreibman, S., Siemens, R., & Unsworth, J. (Eds.). (2008). A companion to digital

humanities. John Wiley & Sons.
Svensson, P. (2012). The digital humanities as a humanities project. Arts and Humanities

in Higher Education, 11(1-2), 42-60.

UUM Online (2022). Graduan harus kuasai lima kemahiran utama. Dari

http://www.uum.edu.my/uum-news-feed/1043-graduan-harus-kuasai-limakemahiran-

utama.html

5

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

BAHASA MELAYU MERENTAS SEGALA SEMPADAN: KES RUSIA

Dr. Victor A. Pogadaev
([email protected])
Rusia

Abstrak

Langkah pertama untuk menyebarkan bahasa Melayu di Rusia diambil pada abad ke-XVIII
apabila atas perintah ratu Catherine Agung sebuah kamus komparatif daripada 180 bahasa
dan loghat termasuk bahasa Melayu diterbitkan. Padahal pembelajaran bahasa Melayu dan
penyelidikan mendalam bermula pada abad ke-XX: yang menganjurkan penyelidikan itu ialah
Lyudmila Mervart (1888-1965) dalam bidang bahasa dan budaya serta Alexander Guber
(1902-1971) dalam bidang sosial dan politik. Usaha mereka membawa hasil-hasil yang
cemerlang: pada tahun 1950-an bahasa Melayu mula dipelajari di beberapa institusi
pengajian tinggi termasuk Institut Ketimuran (1949), Institut Perhubungan Antarabangsa
(1954), Institut Bahasa-Bahasa Timur di Universiti Negara Moscow (1956). Selama beberapa
puluhan tahun sahaja, dalam ilmu ketimuran Rusia terbentuklah “sekolah pengajian Melayu”
yang agak mapan dengan pakar-pakar dalam linguistik, sastera, sejarah, leksikografi,
budaya, etnografi. Para sarjana Rusia dengan berjaya mengusahakan karya-karya ilmiah
yang mendapat sambutan baik dalam kalangan saintis antarabangsa yakni Tatabahasa
Indonesia (1972), Kamus Besar Bahasa Indonesia (1990), Kamus Bahasa Russia-Bahasa
Malaysia (1986), Sejarah Kesusastraan Melayu (1983), Sejarah Malaysia (2010)? Kamus
Besar Melayu-Rusia (2014).Berkat usaha para pakar bahasa, beberapa karya ulung sastera
Melayu (Hikayat Hang Tuah, Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma, Sejarah Melayu,
Hikayat Maharaja Marakarma, Hikayat Pandawa Jaya, Hikayat Raja-Raja Pasai) dan karya
penulis dan penyair moden Melayu diterjemahkan dan diterbitkan dalam bahasa Rusia.
Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dipakai sebagai bahasa pengantar di
beberapa persidangan dan seminar yang diadakan di Moscow dan St.-Petersburg.Dengan
penubuhan Persatuan Nusantara (1992) dan pembukaan Pusat Nusantara di Universiti
Negara Moscow (1998) perspektif penyebaran bahasa dan pengajian Melayu di Rusia
menjadi lebih cerah lagi.

Kata Kunci: Bahasa Melayu, merentas sempadan, Rusia

PENGENALAN

Karya ilmiah pertama dalam bidang kajian Melayu telah muncul di Rusia pada abad
ke-XVIII apabila, sebuah kamus komparatif daripada 180 bahasa dan loghat
termasuk bahasa Melayu diterbitkan atas perintah ratu Catherine Agung.
Penyelidikan yang mendalam bermula pada abad ke-XX. Orang yang menganjurkan
kajian itu ialah Alexander Guber (1902-1971). pakar dalam bidang sosial dan politik
dan seorang lagi Lyudmila Mervart (1888-1965) dalam bidang bahasa dan budaya.
(Parnikel 1995; Pogadaev 1996).

Usaha mereka membuahkan hasil yang cemerlang; pada tahun 1950-an bahasa
Melayu/Indonesia mula dipelajari di beberapa institusi pengajian tinggi termasuk
Institut Ketimuran (1949, tutup pada tahun 1954), Institut Perhubungan
Antarabangsa (di bawah Kementerian Luar Negara) (1954), Institut Bahasa-Bahasa
Timur di Universiti Negara Moscow Lomonosov (1956) dan Universiti Negara
Leningrad (1959). Sumbangan Mervard memang sangat penting kerana beliau
bukan sahaja mengendalikan pengajaran bahasa Melayu, tetapi juga menyusun
buku-buku teks yang pertama untuk dijadikan buku teks utama bagi para pelajar

Bahasa Melayu Merentas Segala Sempadan: Kes Rusia

selama puluhan tahun (Parnickel 1995; Pogadaev 1996). Begitu juga dengan Guber,
beliau adalah orang yang pertama menerbitkan beberapa karya tentang Nusantara
sudah pada tahun 1920-an lagi dan beliau juga sebagai ahli Akademi Sains Rusia
berjaya membimbing ramai pakar dalam bidang sejarah.

Sejak tahun 1990-an, bahasa Melayu diperkenalkan pula di Institut Sains
Kemanusiaan, Institut Pelajaran Timur Amali dan Institut Ketimuran (swasta)
(semuanya di Moscow). Kini terdapat seramai 62 orang mahasiswa di keenam-
enam institusi yang menawarkan pembelajaran bahasa Melayu.

Apa yang perlu diambil perhatian ialah bahasa Melayu telah ditawarkan sebagai
mata pelajaran teras bukan pilihan. Para mahasiswa dikehendaki mempelajari
bahasa tersebut selama 4 hingga 5 tahun (sesuai dengan sistem pendidikan masing-
masing).

Sehingga sekarang, pengajaran bahasa Melayu tertumpu pada dua bandar sahaja:
Moscow dan Saints-Petersburg. Pada masa kini, wujud satu lagi tren baru. Bahasa di
perkenalkan di Kazan Universiti (Tatarstan). Minat terhadap bahasa Melayu
diperlihatkan oleh Universiti Amur (bandar Blagoveshensk) dan Universiti Timur Jauh
(bandar Vladivostok). Namun demikian, hasrat itu dihalang oleh kekurangan tenaga
pengajar.

Selama beberapa puluhan tahun sahaja, terbentuklah dalam bidang Sains Ketimuran
Rusia “Sekolah Pengajian Melayu” yang agak matang dan berwibawa dengan pakar-
pakar dalam berbagai bidang: Alieva N.F (1931-2015), Ogloblin A.K (1939-2020),
Pavlenko A.P. (1939-1970), Prokofiev G.I. (1923-1978), Sirk U.H. (1935-2011) dalam
linguistik; Braginsky V.I., Parnickel B.B. (1934 -2004), Sikorsky W.V., Smurova N.M.
dalam kesusasteraan; Tyurin V.A. (1933-2015), Tsiganov V.A. (1936-2012),
Bandilenko G.G. (1946-2002) dalam sejarah; Korigodsky R.N. (1925-2020),
Tesyolkin A.S. (1930-2016), Pogadaev V.A. dalam leksikografi; Solomonik I.N.(1932-
2009) dan Chukina N.P. (1941-1996) dalam kebudayaan serta Revunenkova E.V.,
Chlenov M.A. dalam etnologi.

Para sarjana Rusia telah berjaya menerbitkan karya-karya ilmiah yang mendapat
sambutan baik di kalangan para ilmuan antarabangsa yakni Tatabahasa Indonesia
(1972), Kamus Besar Bahasa Indonesia (1990), Kamus Bahasa Russia-Bahasa
Malaysia (1986), Sejarah Kesusastraan Melayu (1983), Sejarah Malaysia (2010),
Kamus Besar Melayu-Rusia (2014).

Untuk keperluan pelajaran telah diterbitkan lebih daripada 20 buah kamus termasuk
5 kamus khas Bahasa Melayu. Beberapa daripadanya misalnya Kamus Besar
Melayu-Rusia (2014) atau Kamus Besar Bahasa Indonesia-Rusia (1990) setanding
dengan Kamus Umum Bahasa Indonesia oleh W. Poerwadarminta di Indonesia
ataupun Kamus Dewan di Malaysia. (Poerwadarminta 1976; Teuku 1984). Seorang
ahli linguistik Poland yang ternama iaitu R. Stiller pernah menulis, "Mungkin tidak
ada kamus bahasa Melayu moden lain di dunia sekarang ini yang lebih sempurna
daripada Kamus Indonesia-Rusia tersebut. Buku panduan yang sangat padat itu
sangat mustahak untuk semua yang berkecimpung ke alam pengajian Melayu".

Berbeza dengan negara-negara lain, di Rusia diamalkan penerbitan kamus bahasa
Indonesia dan bahasa Melayu (Malaysia) secara selari. Program pelajaran bahasa
Melayu/Indonesia di beberapa IPT Rusia dijadwalkan untuk 5 tahun (sijil pakar dalam
bidang Ketimuran) dengan pengkhususan Bahasa, Sastera, Sejarah, Ekonomi serta
pengajian doktoral 3 tahun. Beberapa tahun lepas diperkenalkan sistem Barat (4 + 2
tahun – sarjana muda dan sarjana). Tetapi kedua program itu wujud selari terserah

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

kepada kemahuan para pelajar. Kurikulum termasuk 14-16 jam seminggu di kelas
pada tahap permulaan dan 4-6 jam seminggu pada tahap akhir (1 jam kuliah sama
dengan 45 minit, biasanya kelas berlangsung dua jam yakni 90 minit). Ini dipadukan
dengan kerja rumah dan pelajaran individual di makmal bahasa. Beberapa minggu
pertama, perhatian utama diberi kepada fonetik yang beberapa aspeknya
sebenarnya susah untuk penutur bahasa Rusia. Selanjutnya aspek pembacaan
analitik dan percakapan dititikberatkan. Tatabahasa menyertai percakapan, praktek
penulisan serta pembacaan teks. Beberapa bunga rampai sederhana dipersiapkan.
Semua teks disertai senarai kata dan glosari. Mahasiswa menggunakan kamus yang
sudah diterbitkan di Rusia. Pada tahap lebih tinggi mereka menggunakan juga
kamus ekabahasa seperti Kamus Dewan.

Buku teks bahasa Melayu (Malaysia) untuk tahap permulaan (2 tahun) disusun dan
diterbitkan oleh Dorofeeva dan Kukushkina (2006). Pelajaran terpisah bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia di Universiti Moscow bererti bahawa ada dua jabatan.
Kalau itu jabatan Indonesia, maka para mahasiswa mempelajari bahasa Indonesia,
sejarah, budaya, sastera, geografi, etnografi, politik, ekonomi Indonesia. Kalau itu
jabatan Malaysia, maka mereka mempelajari bahasa Melayu, sejarah, budaya,
sastera, geografi, etnografi, politik, ekonomi Malaysia.

Kegiatan kokurikulum juga giat dilaksanakan: menulis karangan, pantun,
mengadakan pertunjukan, mendeklamasi puisi, menyanyi lagu. Bukan kebetulan
beberapa kali para mahasiswa Rusia membuat pertunjukan cemerlang di
pertandingan pidato di Malaysia.

PANTUN MELAYU VERSUS PANTUN RUSIA

Banyak perhatian ditumpukan kepada kajian sastera rakyat Melayu terutamanya
pantun yang tidak boleh dipisahkan daripadsa pengetahuan mendalam bahasa.
Pengajian secara ilmiah tentang pantun untuk julung-julung kali dilakukan oleh
pengkaji sastera rakyat Rusia iaitu A.N. Veselovsky (1838-1906) dalam karyanya
yang kemudian diterbitkan dengan judul Istoricheskaya Poetika (Puitika Sejarah)
(Veselovsky 1940) dan diteruskann oleh Lyudmila Mervart Boris Parnickel, Vladimir
Braginsky, Maria Boldireva.

Sebelum dan sesudah Revolusi Oktober 1917, di Rusia ada aliran puisi yang
dinamakan Abad Perak. Beberapa pengikutnya terpengaruh dengan sastera rakyat
Melayu terutamanya pantun; malahan ada yang pernah menulis puisi berirama dan
berbentuk pantun berikat. Dalam karya Malayskie Pesni (Nyanyian Melayu) misalnya
yang diciptakan oleh Valery Bryusov (1873-1924) pada tahun 1909, kita dengan
senang boleh mengenali unsur-unsur keindahan Melayu seperti; keharuman bunga
cempaka “yang diserapi oleh angin”, pokok beringin, pisang, pandan, kelapa, sawah
dan harimau di belukar rimba serta ombak putih di pantai laut. Sudah tentunya
betapa puitisnya watak dan rentak muziknya:
***
Gelombang putih di pantai laut,
Siang malam ombak menderu;
Bunga putih di padang banyak,
Yang kena di hati cuma satu.

Pasang naik - air mendalam,
Mulut rakus menelan orang;
Nak cumbu rayu siang malam,

Bahasa Melayu Merentas Segala Sempadan: Kes Rusia

Rindu aku bukan kepalang.

Di langit bulan purnama putih,
Laut menari mabuk kepayang;
Mukamu – bulan, bibirmu merah,
Jantung menari di dada sayang.
***

Angin berhembus berbau cempaka,
Kurma, kelapa, pandan dan pisang;
Pengantin gembira, di leher pedaka,
Tocang beriben, tangan bergelang.

Padi memutih disinari bulan,
Kelawar hitam berandai-randai;
Pengantin baru berdakap-dakapan,
Isteri dicium dan dibelai.

Harimau ke rimba pagi-pagi,
Ular pagi-pagi ke dalam lubang;
Pagi-pagi panas terik matahari,
Aku cari teduh di gunung-ganang.
(Terjemahan ke bahasa Melayu: Victor Pogadaev)

Pantun Melayu popular di Rusia sehingga masa kini. Pada tahun 1996 dalam
antologi puisi tradisional dan moden Melayu (Ruchei 1996) yang disusun oleh Boris
Parnickel, termuat terjemahan 69 buah pantun. Jika dibandingkan, terdapat ada
persamaan; misalnya bunyi rima akhir pantun dalam terjemahan ke dalam bahasa
Rusia:

Lodka legko rassekaet volnu, Pisang emas bawa berlayar,
Zolotoi banan dozrevaet v teni; Masak sebiji di atas peti;
Den'gi zanial i totchas vernul, Hutang emas dapat dibayar,
Dolg serdechnyi poprobui vern. Hutang budi dibawa mati.

Singapur novym gorodom vse nazyvaiut; Singapura negeri baharu,
Mister Rafflz pravit im po zakonu, Tuan Raffles menjadi raja;
Ty zasmin moi! Chempaka moia Bunga melur, cempaka biru,
golubaia! Kembang sekuntum di mulut
Ty kak nezhnyi tsvetok v zubakh u naga.
drakona.

Malen'kii domik u samogo moria, Rumah kecil pintu ke laut,
Kto-to v tom dome na skripke igraet; Tempat orang menggesek biola;
Serdtse lishit menia razuma vskore, Tubuh kecil bagai diraut,
Vidia figurku tvoiu, zamiraet. Di situ hatiku gila.

HANG TUAH MULA BERCAKAP DALAM BAHASA RUSIA
Pengajaran Bahasa Melayu dan penerbitan beberapa kamus menjadikan mungkin
penterjemahan beberapa karya ulung sastera Melayu (Hikayat Hang Tuah, Hikayat
Seri Rama, Hikayat Sang Boma, Sejarah Melayu, Hikayat Maharaja Marakarma,

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Hikayat Pandawa Jaya, Hikayat Raja-Raja Pasai) dan karya penulis dan penyair
moden Melayu ke dalam bahasa Rusia juga.

Pengasas penterjemahannya ialah Boris Parnickel yang pada tahun 1962 telah
menterjemahan beberapa buah cerpen Usman Awang dan A. Samad Ismail (U
Obochini 1962- Di tepi jalan). Selepas itu diterbitkan pula antologi cerpen Dobroye
Delo (Kerja Amali) (1973), Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerpen Moden
Malaysia) (1977), novel Usman Awang Tam Gde Ikh Nastigla Pulya (Tulang-Tulang
Berselerakan) (1984) (penterjemah Alla Rozhanskaya), novel Shahnon Ahmad Omut
(Seluang Menodak Baung) (1987) (penterjemah Tatiana Dorofeeva), novel Anwar
Ridhwan Bili i Nebili Ostrovov Ogosoto (Naratif Ogonshoto) (2006) (kata pengantar
dan terjemahan oleh Victor Pogadaev) (Anwar 2006).

Pembaca Rusia menyambut baik penterjemahan puisi Melayu. Buku antologi Rucei
(Sumur di Ladang) yang disebut di atas untuk pertama kali memaparkan segala
kekayaan puisi Melayu: daripada puisi tradisional (pantun dan petikan dari Syair Ken
Tambuhan dan Syair Siti Zubaidah) sehingga puisi moden: Baru-baru ini dengan
berjaya kumpulan puisi perempuan Malaysia “Bunga-bunga dari pantai jauh”
diterbitkan yang disusul dengan siri cerita rakyat Malaysia dalam dua bahasa dengan
bekerjasama dengan GAPENA.

Sekarang ini, di Rusia, pengajian Melayu menduduki tempat yang penting di Institut
Negara-Negara Asia dan Afrika (Universiti Negaga Moscow Lomonosov) - ISAA, di
Institut Perhubungan Antarabangsa - MGIMO, di Universiti Sains Kemanusian Rusia
- RGGU dan juga di Universiti Negara St. Petersburg - SPbGU.

PERSATUAN NUSANTARA – WADAH UTAMA DALAM USAHA
MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU

Penganjur utama pengajian Melayu di Rusia ialah Persatuan Nusantara yang
ditubuhkan atas daya usaha mendiang Dr. Boris Parnickel pada 10 Januari 1990 dan
didaftarkan pada 7 Julai 1992 atas dasar Seminar Melayu-Indonesia yang wujud
sejak tahun 1968. Ianya menjadi ahli bersekutu Persatuan Eropah bagi Pengkajian
Asia Tenggara sejak tahun 1992.

Persatuan ini terdiri daripada para penyelidik, profesor, pensyarah, pelajar dan
siswazah dari institusi akademik, universiti di Moscow, St. Petersburg dan Kazan
yang mempelajari daerah luas yang didiami oleh orang-orang yang menggunakan
bahasa Austronesia. Ini termasuk Indonesia, Malaysia, Negara Brunei Darussalam,
Filipina, Madagascar dan Lautan Pasifik (Oceania) begitu juga Singapura, Thailand,
Vietnam dan Taiwan (Republik China) dengan penduduk minoriti Austronesia.

Pandemik memaksakan mengadakan sidang Nusantara dalam talian dan itu
memboehkan para sarjana dari luar negara irut serta dalam kegiatannya: misalnya
dari Azerbaijan Prof. Habib Zarbaliev, bahkan baru-baru ini ada siding khas di mana
tampil dua sarjana dari Malaysia Dr. Noor Zuhidayah Mohd Zulkipli dari UPSI dan Dr.
Indrawati Zahid dari UM.

Persatuan Nusantara mengadakan kontak saintifik dengan institusi dan universiti di
Nusantara, Eropah, Amerika Syarikat dan Australia, pertukaran buku, majalah dan
lain-lain bahan, menyusun penyelidikan bersama, mengatur pertemuan dan seminar
yang dilaksanakan sebulan sekali, persidangan antarabangsa.

Bahasa Melayu Merentas Segala Sempadan: Kes Rusia

Persatuan Nusantara mengelolakan kegiatan Pusat Pengajian Melayu di Institut
Negara-Negara Asia Afrika, Universiti Negara Moscow Lomonosov.

Banyak acara dalam rangka Persatuan Nusantara diadakan dalam bahasa Melayu.
Bahkan berkat usaha Persatuan Nusantara bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar Kolokium Eropah Kajian Indonesia-Melayu ke-11 yang diselenggarakan
pada 29 Jun – 1 Julai tahun 1999 di Moscow.

KESIMPULAN

Daripada apa yang dihuraikan di atas, jelaslah bahawa pembelajaran bahasa Melayu
dan pengajian Melayu di Rusia secara am dijalankan secara aktif, mencakupi banyak
bidang dan memperlihatkan pencapaian yang meyakinkan terutama dalam bidang
pembelajaran, perkamusan, penyelidikan sastera serta penterjemahan sastera.
Nama beberapa sarjana Rusia yang berkecimpung dalam bidang pengajian Melayu
sudah terkenal di luar Rusia termasuklah Malaysia. Jumlah IPT yang menawarkan
bahasa Melayu bertambah. Jumlah mahasiswa tetap agak ramai. Hubungan antara
Rusia dengan Malaysia menjadi lebih rapat sekarang yang mengakibatkan
munculnya akses kepada bahan pelajaran yang ada di Malaysia . Hal itu akan
membuat proses pembelajaran dan penyebaran bahasa Melayu lebih intensif dan
berkesan.

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

MEMBUMIKAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU DI INDONESIA

Yanhar Jamaluddin
([email protected])
Universitas Islam Sumatera Utara, Medan, Sumatera Utara,

Indonesia

Abstrak

Bahasa Melayu sangat berperan terhadap terbentuknya Bahasa Indonesia dan berperan di
berbagai bidang di Indonesia pada masa lampau. Bahasa ini tidak hanya sekedar sebagai alat
komunikasi pada bidang ekonomi (perniagaan), tetapi berperan pula sebagai bahasa perantara
atau lingua franca untuk keperluan perdagangan, komunikasi, penyebaran agama, dan politik
(perjanjian-perjanjian antar-kerajaan). Alasan Bahasa Melayu menjadi Bahasa Indonesia antara
lain ; Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sederhana dan komunikatif; Bahasa Melayu tidak
memiliki tingkatan-tingkatan bahasa seperti yang dimiliki oleh bahasa lain; Bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa kebudayaan. Sesuai dengan visinya, UISU telah turut berperan
membumikan bahasa dan kesusasteraan Melayu antara lain : Music/lagu Mars UISU diciptakan
sastrawan melayu Datuk Ahmad Baqi (1986), Tersusunnya draft buku ‘Kesultanan Langkat Dalam
Pusaran Hegemoni dan Makar” (2021), Laboratorium Sosial UISU di Kabupaten Langkat (2021),
Seminar Nasional Pantun (2021), Penggunaan aksara arab melayu untuk penamaan fakultas &
unit layanan (2020), Batik UISU bermotif melayu Serdang (2021), dan Merutinkan pagelaran music
gambus melayu dan peluncuran buku “ Seni Gambus dan Kasidah “ (2022). Melalui karya
intelektual dan program itu pula UISU identic sebagai kampus yang menggalakkan kearifan local
terkhusus Bahasa dan kesusastraan Melayu sebagai lingua franca sekaligus memberikan corak
budaya paling dominan di Medan Sumatera Utara

Kata Kunci: UISU, Membumikan, Bahasa Melayu

PENGENALAN

Bahasa Melayu sangat berperan terhadap terbentuknya Bahasa Indonesia. Beberapa
bukti dapat diketahui dari fakta seperti : Bahasa Melayu Kuno sudah dipergunakan
sebagai bahasa pengantar sejak abad ke-7 Masehi di Kerajaan Sriwijaya, seperti
ditemukannya prasasti dan penyebutan kata atau jabatan pada struktur pemerintahan di
Sriwijaya. Sriwijaya sebagai kerajaan maritim yang menguasai jalur perdagangan
internasional mengakibatkan banyak pedagang-pedagang internasional seperti
pedagang Cina, India dan Arab. Pedagang-pedagang Cina menyebut Sriwijaya dengan
sebutan Shi-li-fo-shi sedangkan pedagang Arab menyebut Sriwijaya dengan sebutan
Zabag atau Sribuza (Takashi Suzuki, 2012: 68, 137). Beberapa prasasti lainnya juga
ditemukan di Provinsi Jawa Tengah. Dokumen yang kuno ini menggunakan Aksara
Pallawa. Demikian pula adanya Naskah Nusantara tertua diketahui ialah naskah Melayu:
naskah Tanjung Tanah dari Kerinci, yang mengandung teks hukum pra-Islam berbahasa
Melayu beraksara Kawi, ditulis atas kertas dluwang yang pernah diuji karbon dengan hasil
kemungkinan besar diciptakan pada abad ke-14.

Selanjutnya naskah Nusantara beraksara Arab atas kertas tertua diketahui berupa tiga
surat yang disimpan dalam arsip nasional Portugal, Torre do Tombo, di Lisbon: sepucuk

Membumikan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Indonesia

surat berbahasa Arab dari Sultan Pasai Zainal Abidin pada 1516, dan dua surat Sultan
Ternate Abu Hayat berbahasa Melayu berhuruf Jawi, yang ditulis pada 1521 dan 1522.
Kemudian pada abad ke-19 ada buku Melayu yang dicetak bukan hanya di pusat
metropolitan seperti Singapura dan Batavia, tetapi juga di Ambon awal 1834, di Kupang
NTT pada 1838 dan di Banjarmasin pada 1853, namun berkat usaha pendakwa Kristen.
Bahkan ada juga puisi berbahasa Melayu berhuruf Jawi yang dicetak di Oxford pada 1695.
Dalam buku peringatan Ratu Inggris Queen Mary yang baru meninggal, banyak dosen
Universitas Oxford mengarang puisi peringatan dalam bahasa yang dikuasai masing-
masing, termasuk bahasa Anglo-Saxon, Yunani, Arab, Persia, Koptik, Etiopia—bahkan
Melayu. Ternyata Oxford-lah tempat percetakan bahasa Melayu dengan huruf Jawi yang
paling awal https://tengara.id/esai/bahasa-melayu-dan-dunia-persuratan-nusantara, 2020

Selain itu juga terdapat peta ciptaan Thomas Bowrey, pedagang Inggris yang menyusun
kamus Inggris-Melayu yang pertama, A Dictionary English and Malayo, Malayo, and
English, yang diterbitkan di London pada 1701. Petanya berjudul A map of the countrys
wherein the Malayo language is spoken (Peta Negeri Tempat Bahasa Melayu
Digunakan), dan merangkum seluruh kepulauan Asia Tenggara dari Sumatra di arah barat
hingga Papua di arah timur, menjangkau Semenanjung Melayu serta bagian selatan
Thailand dan Kamboja, dan kepulauan Filipina. Justru karena peranan penting bahasa
Melayu, wilayah luas ini sering pula dinamai sebagai “dunia Melayu” (the Malay world)
dan “kepulauan Melayu” (the Malay Archipelago), atau “maritim Asia Tenggara”
(maritime Southeast Asia)—ataupun “Nusantara” https://tengara.id/esai/bahasa-
melayu-dan-dunia-persuratan-nusantara, 2020

Dari beberapa fakta tersebut, membuktikan Peran bahasa Melayu sangat besar di
berbagai bidang di Indonesia pada masa lampau. Bahasa ini tidak hanya sekedar sebagai
alat komunikasi pada bidang ekonomi (perniagaan), tetapi peranan bahasa Melayu di
seluruh wilayah ini sebagai bahasa perantara atau lingua franca untuk keperluan
perdagangan, komunikasi, penyebaran agama, dan politik (perjanjian-perjanjian antar-
kerajaan). Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar awalnya merupakan
sarana untuk transaksi perdagangan di Selat Malaka yakni meliputi wilayah Semenanjung
Malaya dan pantai timur Pulau Sumatera. Akan tetapi, lambat laun penggunaan Bahasa
Melayu semakin meluas hingga hampir ke seluruh Nusantara (Vlekke, 2016: 11).
Meluasnya penggunaan Bahasa Melayu dari Selat Malaka hingga hampir ke seluruh

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Nusantara menandakan bahwa Selat Malaka merupakan embrio dari penyebaran Bahasa
Melayu di Asia Tenggara.

Dalam rangka mendeklarasikan bahasa Melayu ini, pada awal tahun 2004 Dewan Bahasa
dan Pustaka dan MABBIM (Majelis Bahasa Brunai, Indonesia, Malaysia) memprakarsai
bahasa Melayu dijadikan bahasa resmi ASEAN (Association of South East Asia Nations)
memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam bahasa
Melayu. Wacana ini terus diperbincangkan hingga sekarang. Demikian pentingnya
bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di kawasan induk Dunia Melayu dan
diasporanya. Diperkirakan bahwa penutur bahasa Melayu berjumlah lebih dari 300 juta
jiwa, dan merupakan bahasa kelima jumlah penutur bahasa-bahasa di dunia setelah
bahasa Mandarin, bahasa Inggris, bahasa Hindi Urdu, dan Spanyol.

ISU KAJIAN

Menurut statistik pemakaian bahasa di dunia, penutur Bahasa Melayu diperkirakan
mencapai sekitar 250 juta orang, dan merupakan bahasa keempat dalam urutan penutur
bahasa terpenting di dunia. Sejarah pemakaian bahasa yang panjang ini tentu saja
mengakibatkan perbedaan jenis bahasa yang digunakan; Bahasa Melayu Kuno (abad
ke-7 sampai dengan abad ke-13), Bahasa Melayu Klasik yang ditulis menggunakan huruf
Jawi (sejak abad ke-15), dan Bahasa Melayu Modern (sejak abad ke-20). Selepas era
Sriwijaya, catatan tertulis mengenai Bahasa Melayu baru ada sejak era Kesultanan
Melaka (Abad ke-15). Laporan dari Portugis dari abad ke-16 menyebutkan mengenai
perlunya penguasaan Bahasa Melayu untuk bertransaksi perdagangan. Seiring dengan
runtuhnya kekuasaan Portugis di Melaka dan munculnya berbagai kesultanan di Pesisir
Semenanjung Malaya, Sumatera, Kalimantan, serta bagian selatan Filipina, dokumen-
dokumen tertulis di kertas dalam bahasa Melayu mulai ditemukan. Surat-menyurat antar-
pemimpin kerajaan pada abad ke-16 juga ditemukan telah memakai Bahasa Melayu,
bukan karena penutur asli bahasa Melayu, namun mereka menggunakan Bahasa Melayu
yang disederhanakan serta mengalami percampuran dengan bahasa lokal yang lebih
populer sebagai bahasa Melayu Pasar (Bazaar Malay).

Pada literatur lainnya disebutkan bahwa bahasa Melayu digunakan oleh penduduk di
Kepulauan Nusantara sejak 3000/2500 SM sampai dengan 500 M. Kemudian, bahasa
Melayu menyebar dari timur di Pulau Pasifik ke barat di Madagaskar (Atlantik), dari utara
di Formosa/Taiwan sampai ke selatan di Selandia Baru.Pada abad ke-7 M sampai dengan
abad ke-14 M, bahasa Melayu digunakan oleh masyarakat di kerajaan Sriwijaya. Bahasa
terus menyebar hingga Selat Malaka kisaran abad ke-15 sampai dengan abad ke-16
(Suwardi dan Zulkarnain, 2010: 7). Bahasa Melayu telah mempertahankan kedudukannya
sebagai bahasa yang paling berpengaruh di Asia Tenggara, sehingga bahasa Melayu
termasuk salah satu dari lima bahasa dunia yang mempunyai jumlah penutur terbesar.

Rintisan kepada arah Bahasa Melayu Modern dimulai saat Raja Ali Haji, Sastrawan Istana
dari Kesultanan Riau Lingga yang secara sistematis menyusun Kamus Eka Bahasa
Melayu atau Kitab Pengetahuan Bahasa, yaitu Kamus Loghat Melayu-Johor-Pahang-
Riau-Lingga penggal Yang Pertama, saat pertengahan abad ke-19. Sejak saat itu dapat
dikatakan bahwa bahasa ini adalah bahasa yang full-fledged, sama tinggi dengan bahasa-
bahasa internasional pada masa itu, karena memiliki kodifikasi. Kodifikasi ini sangat
penting untuk menentukan status sebuah sistem linguistik. Sebagaimana dijelaskan oleh

Membumikan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Indonesia

Wardhaugh bahwa sebuah sistem linguistik dapat disebut sebagai bahasa yang mandiri
bila memiliki kriteria standardisasi. Hasil karya Raja Ali Haji ini kemudian menjadi embrio
Pada akhir abad ke-19 dimana bahasa Melayu memiliki dua variasi, yakni Melayu pasar
dan Melayu tinggi. Melayu pasar berupa bahasa kolokial dan tidak baku. Sementara itu,
bahasa Melayu tinggi merupakan bahasa standar atau baku, tetapi terbatas
pemakaiannya (Wardhaugh, 1988: 33-34).

Di Indonesia sebelum merdeka, pendirian Balai Pustaka (1901) sebagai percetakan buku-
buku pelajaran dan sastra mengantarkan kepopuleran bahasa Melayu dan bahkan
membentuk suatu varian bahasa tersendiri yang mulai berbeda dari bahasa induk yaitu
bahasa Melayu Riau, yang dimana para kalangan peneliti sejarah bahasa Indonesia masa
kini menjulukinya bahasa Melayu Balai Pustaka atau bahasa Melayu van Ophuijsen. Van
Ophuijsen adalah orang yang pada tahun 1901 menyusun ejaan bahasa Melayu dengan
huruf latin untuk dipakai di Hindia-Belanda. Puncaknya penggunaan bahasa Melayu
ketika disepakati pada Kongres Pemuda kedua yang dilaksanakan pada 28 Oktober 1928.
Sejak saat itu dengan terang disuarakan, “menjunjung bahasa persatuan, bahasa
Indonesia”. Sejak pada saat itu, Bahasa Melayu diangkat sebagai Bahasa Kebangsaan
(https://ayurinii.wordpress.com/ 2013/03/25/bahasa-melayu-diangakat-menjadi-bahasa-
indonesia/, 04/21/2022).

Selanjutnya pada tanggal 25—27 Juni 1938 dilangsungkan Kongres Bahasa Indonesia I
di Solo. Dalam kongres itu Ki Hajar Dewantara menegaskan bahwa "jang dinamakan
'bahasa indonesia' jaitoe bahasa melajoe jang soenggoehpoen pokoknja berasal dari
'Melajoe Riaoe', akan tetapi jang soedah ditambah, dioebah ataoe dikoerangi menoeroet
keperloean zaman dan alam baharoe, hingga bahasa itoe laloe moedah dipakai oleh
rakjat di seloeroeh indonesia;...". oleh karana itu, kongres pertama ini memutuskan bahwa
buku buku tata bahasa yang sudah ada tidak memuaskan lagi, tidak seusai dengan
perkembangan bahasa Indonesia sehingga perlu disusun tata bahasa baru yang sesuai
dengan perkembangan bahasa. Penggunaan bahasa Indonesia ini merupakan bentuk
nasionalisme dari bangsa Indonesia yang menginginkan kemerdekaan sepenuhnya.

Alasan diambilnya Bahasa Melayu menjadi Bahasa Indonesia sebagai berikut:

1. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sederhana (tidak memiliki aturan waktu
seperti Bahasa Inggris), dan komunikatif (asertif terhadap ragam kosakata), sehingga
akhirnya dijadikan bahasa yang menjadi ciri khas bagi perniagaan dan pelayanan di
pelabuhan Indonesia maupun di negara-negara di luar Indonesia.

2. Bahasa Melayu tidak memiliki tingkatan-tingkatan seperti yang dimiliki bahasa lain,
dan tidak ada pembedaan jenis antara bahasa bangsawan dengan bahasa rakyat
jelata.

3. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebudayaan.

Sutan Takdir Alisjahbana merupakan orang pertama yang menulis Tata Bahasa Baru
Bahasa Indonesia yang terbit pada 1936 dan masih digunakan sampai sekarang. Salah-
satu karya fenomenalnya adalah Hukum Diterangkan-Menerangkan (Hukum D-M). Dalam
literatur yang tersebar, cita-citanya adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di kawasan Asia Tenggara (https://hot.detik.com/book/d-5937767/5-fakta-
sutan-takdir-alisjahbana-sastrawan-ahli-tata-bahasa-indonesia, 04/21/2022). Begitu
pentingnya peran bahasa daerah (termasuk bahasa Melayu), Pemerintah Indonesia
menetapkan 10 Objek Budaya yang tersusun dan dilindungi dalam Undang-Undang
Pemajuan Kebudayaan, diantaranya adalah Bahasa. Bahasa menjadi salah satu objek

Simposium Pengantarabangsan Bahasa Melayu
22-24 Mei 2022/Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

penting yang harus dimajukan karena di Indonesia terdapat sekitar 700 bahasa daerah
(termasuk bahasa Melayu) tersebar dari ujung Sumatera hingga Papua
https://www.kemendikbud.go.id/main/blog/2017/06/ini-10-objek-budaya-dalam-uu-
pemajuan-kebudayaan,

GAGASAN:
UPAYA UISU MEMBUMIKAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU

Sebagai perguruan tinggi swasta pertama di Pulau Sumatera, Universitas Islam Sumatera
Utara (UISU) sesuai dengan visinya “ Menjadi Perguruan Tinggi yang Islami, Andal, Teruji
dan Bermartabat mulia, dicintai masyarakat, dan diridhoi Allah SWT “, telah turut memberi
kontribusi pada bidang pendidikan, penelitian, pengabdian kepada masyarakat, dan
dakwah islamiyah, termasuk pula dalam bahasa, kesusasteraan dan kearifan local pada
umumnya dan sastra Bahasa Melayu pada khususnya. Ini dibuktikan dengan berdirinya
Pusat Studi Sejarah, Budaya dan Kearifan Lokal tahun 2020. Melalui pusat studi ini civitas
akademika UISU berperan memberikan pemikiran/gagasan untuk mengembangkan
budaya/kesusasteraan dan kearifan local peradaban masyarakat Sumatera Utara .

Sebagai sebuah perguruan tinggi yang didirikan di Kota Medan, kebudayaan dan Bahasa
Melayu melekat erat dan memberikan corak dalam membentuk budaya akademik di
UISU, artinya kesusasteraan Melayu menjadi landasan UISU berjuang mewujudkan
visinya. Hal ini dibuktikan ketika Sultan Deli XI Tengku Osman Al-Sani Perkasa Alamsyah
berperan penting mendirikan UISU pada tahun 1952. Menurut T. Hamdy Osman Delikhan
Al-Hajj putra dari Sultan Deli ke XI dan Ketua Pembina Yayasan UISU, menyatakan
(06/05/2022) : pembentukan UISU diawali ketika Sultan Deli XI Tengku Osman Al-Sani
Perkasa Alamsyah (berkuasa sejak 1945 – 1967) bersama Gubernur Abdul Hakim dan
Wakil PM / Menteri Luar Negeri RI masa kepemimpinan Presiden Soekarno Mr.
Mohammad Roem menunjuk 6 pemuda Islam yang militan pada waktu itu, diantaranya :
Bahrum Djamil (mewakili Al-Washliyah), Rivai Abdul Manaf (mewakili Al-Ittihadiyah),
Sariani (mewakili Muhammadiyah), Sabaruddin Ahmad (mewakili Himpunan Seni Budaya
Islam), Adnan Benawi (mewakili Gerakan Pemuda Islam), Tagor Dalimunte (mewakili
pemuda dan kemudian mengundurkan diri). Pembentukan UISU ini pun diumumkan di
Istana Maimoon dan ditetapkan melalui Akte Notaris Sutan Paroehoem Pane tahun 1951,
dan gedung perkuliahan pertama UISU diberikan Hak Pakai oleh Sultan Deli ke XI terletak
di Jalan S.M. Raja. Dari fakta ini menunjukkan bahwa Kesultanan Melayu Deli berjasa
besar mendirikan UISU sebagai perguruan tinggi pelopor di Pulau Sumatra.

UISU telah berkontribusi dalam bidang kesusasteraan Melayu melalui tokoh – tokoh yang
dilahirkannya, di antaranya Alm. Mihar yang memiliki nama asli Abdul Rahim Harahap.
Alm. Mihar adalah sastrawan dan kritikus sastra. Karya sastra Almarhum di antaranya
adalah : Kritik Sastra dan Apresiasi Budaya (Perpustakaan dan Arsip Daerah Sumatera
Utara, 2018), dan Buku Antologi Bersama : - Air Mata Rohingya ( Apwas, 2017 ), Sajak –
Sajak Orang Laut (Fosad, 2019), dan banyak lainnya.

UISU masih terus berperan membumikan kearifan local kesusasteraan dan bahasa
Melayu dalam berbagai bentuk karya intelektual dan program, antara lain :

1. Music/lagu Mars UISU pada 17 Agustus 1986 diciptakan Datuk Ahmad Baqi (1922-
1999), merupakan karya ciptaan beliau yang ke 432. Beliau seorang
budayawan/maestro music gambus dan pencipta lagu-lagu melayu padang pasir. Atas


Click to View FlipBook Version