2. ASPEK SOSIAL
- TRADISIONAL
-ZAMAN PENJAJAHAN
- MASA KINI
ASPEK SOSIAL
Kebudayaan Melayu (Bidang Sosial)
"Kesenian"
Kesenian merupakan perihal seni, yang berkaitan
dengan seni, berasaskan seni (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2010).
Kesenian Melayu menjadi identiti masyarakat
Melayu.Creative Writing 101 Presentation
Kesenian Seni Persembahan
Seni Tampak
Seni Muzik
Creative Writing 101 Presentation
Seni Seni Gerak Seni tari
Persembahan
Seni Suara Seni Drama/
Persembahan
Permainan
rakyat/ bela diri pentas
Seni Gerak
Seni Tari boleh dikategorikan seperti berikut:
1.Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang depersembahkan pada majlis perkahwinan,
pertabalan, dan sebagainya.
2. Tarian-tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi.
Contoh: Tarian rodat, tarian hadrat dan sebagainya.
3. Tarian rakyat
Contoh: Joget
4. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja. Creative Writing 101 Presentation
Contoh: Tarian kuda kepang, Tarian Labi-labi, dan Tarian Berdayung
Seni Drama / Persembahan Pentas
Seni drama merupakan karya drama yang dianggap oleh masyarakat
yang mewarisinya sebagai hasil yang diwarisi secara turun temurun
dari generasi yang lampau.
Drama tari/ Taridra. ( Menora, Mak Yong, Mek Mulong, dan
gamelan.
Patung, seperti wayang kulit.
Opera seperti bangsawan, mendu, memanda, (teater
orang Banjar), kemidi rudat ( teater orang Sasak/ Lombok)
Sketsa seperti boria.
Creative Writing 101 Presentation
Seni Suara
1. Cerita
- Penglipur lara, selampit, awang batil dan sebagainya.
2. Bersajak
- Nazam, syair, gurindam, pantun dan sebagainya
3. Berlagu
- Nasyid, dan Marhaban
4. Bernyanyi
- Lagu-lagu ghazal, lagu kanak-kanak dan sebagainya.
Creative Writing 101 Presentation
Permainan Silat Bela diri:
Rakyat/Bela - Sifat Gayung, Silat
Main wau, congkak, Cekak Hanafi dan
Diri selambut, galah
lain-lain.
panjang, menyabung
ayam dan sebagainya. Hiburan:
- Silat Tari, silat
pulut, dan lain-lain.
Seni Rupa/ Tampak
Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan
ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang
dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran,
anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.
Seni Ukir
Seni ukir dalam masyarakat melayu mempunyai
hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang
dicipta melalui kepandaian mengukir.
Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul,
ukiran terbenam, ukiran tebuk, dan ukiran tembus.
Creative Writing 101 Presentation
Seni kraftangan
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan
tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk
memberi bentuk yang indah dan menarik hati.
Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan asas yang
teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan
itu tercipta.
Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya
estetika demi memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
Creative Writing 101 Presentation
Sekian, terima kasih
BMMB1104
Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu
Flora Michale anak Andrian
Fazlinda Kesumie anak Jelly
Nur'Aisyah Syafiqah Binti Bidaree
Nurrabbiatullah Adawiyah binti Khasim
Pengenalan Sastera terhasil dari kesedaran dan keinginan
pengarang atau masyarakatnya untuk berkongsi
maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan
kehidupannya
Mereka menggunakan sumber daripada persekitaran,
pengalaman, pemerhatian atau pembacaannya untuk
mengetengahkan sesuatuyang menarik untuk dikongsi.
Lantaran itu sesebuah karya sastera tidak dihasilkan
dengan kekosongan atau tanpa sebab sebagaimana
dijelaskan oleh Mohamad Mokhtar Hassan (2005).
Beliau berpendapat bahawa teks atau karya sastera
adalah rakaman imaginasi pengarang yang di dalamnya
sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat
keintlektualan mahupun kerohanian
Pengenalan
Sesuatu yang dipaparkan dalam karya tersebut
mempunyai tujuan dan fungsinya yang tersendiri
berdasarkan pertimbangan dan pengamatan
pengarangnya.
Dalam konteks ini, Muhammad Haji Salleh (2000),
berpendapat bahawa peranan dan fungsi sastera
zaman tradisional lebih luas dan pelbagai cabarannya.
Beliau berpandangan bahawa fungsi kesusasteraan
pramoden ternyata lebih besar berbanding dengan
fungsinya pada zaman moden agak menipis
Secara keseluruhan bahawa peranan dan fungsi sastera
merangkumi aspek luaran dan dalaman yang dapat dikesan
melaui genre sastera tradisional mahupun genre moden.
Hiburan Kritikan
Sosial
Fungsi Kesusasteraan
Melayu
Pendidikan Dakwah
Hiburan
Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya
sastera yang membawa keseronokan yang indah
Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang
diungkapkan, irama atau rentak yang yang tersusun,
kemampuan karya sastera untuk membelai emosi
pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan
sebagainya.
Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya
sastera seperti cerita penglipur lara diterima oleh
masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai
masyakarakat pada suatu ketika
Hiburan
Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular
kerana keupayaannya membawa keindahan yang menghiburkan
Fungsi pantun sebagai alat hiburan, pantun selain digunakan dalam
acara berbalas pantun sesama anggota masyarakat, pantun turut
juga dinyanyikan sama ada oleh kanak-kanak, pasangan teruna
dan dara yang sadang asyik masyhuk dalam alam percintaan
mahu pun oleh golongan rang tua. Di dalam nyanyian rakyat
contohnya seperti lagu “Rasa Sayang” dan “Suriram”
Penggunaan pantun sebagai lirik lagu ternyata dapat memberikan
hiburan yang tidak sedikit kepada seluruh masyarakat Melayu.
Hiburan
Suriram (ram ram)
Suriram yang manis
Aduhai suriram sayang
Makin dipandang semakin manis.
Tinggilah tingggi si matahari (suriram)
Anak kerbau mati tertambat (suriram)
Sudahlah lama hamba mencari – sayang
Baru sekarang hamba mendapat.
Kritikan Sosial
Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan
menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi
dan sudut pandang yang berbeza-beza
Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu
yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia
Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera
berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia, tentunya
hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling
berkaitan.
Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan
kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam
kalangan mereka.
Kritikan Sosial
Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan
menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej
Dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu
dalam masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak dapat
melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan.
Novel Titis Darah Terakhir karya Adhyat Helmy memperlihatkan perbezaan
konsep perjuangan. Hal ini dapat dikesan melalui petikan berikut;
“…Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah kita kering di badan, namun
sesekali menyerah tidak sama sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu
dipertahankan”
Berdasarkan petikan tersebut jelas memperlihatkan bahawa perjuangan untuk
menegakkan hak memerlukan pengorbanan dan memerlukan pertumpahan
darah. Hal ini dapat dikesan melalui frasa“biar darah kita kering di badan,
namun sesekali menyerah tidak sama sekali"
Pendidikan
Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat
atau pesanan kepada masyarakat.
Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang
dapat membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah
pemikiran, serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai
moral yang dibawa dalam karya sastera.
Cerita Sang Kancil dengan Buaya misalnya cukup terkenal bukan
semata-mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi keupayaannya
untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran yang
berguna kepada masyarakat. Tanpa kita sedari kita dibesarkan dalam
asuhan moral yang dibawa dari cerita tersebut. Tanpa sedar kita
diserapkan dengan kepentingan nilai tolong-menolong dan kita pula
diperingatkan betapa buruknya sikap tidak mengenang budi
Dakwah
Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan pesan-
pesan yang hendak dikomunkasikan kepada khalayak pembacanya melalui
aneka bentuk dan ragam estetika ,metafora, simbol-simbol, subjek dan objek
yang ada dalam kehidupan.
Ia juga dapat menjelmakan eksistensi dirinya sebagai medium yang lebih neutral
untuk menjelajahi medan makna dibalik ruang dan waktu yang tidak terbatas.
Oleh sebab itu bahasa dakwah dalam kesusasteraan dapat menghibur dan
menyatu metamorfosa roh manusia dalam jangkauan trensendensi, spiritualitsa
dan religiusitas.
Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia maka
sudah tentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami
sebagai objek dakwah (Mad'u). Medium atau saranan dakwah tentulah melalui
bahasa. Bahasa sebagai saranan komunikasi dakwah ternyata efektif atau
keberkesanan.
Sekian, terima kasih.
Kebudayaan
Kebangsaan
Nama ahli kumpulan
(PPRBMM2-2):
1.Dayang Nur Humaira binti Hut
2.Eugenia Jee Chai Ling
3.Demica Irene anak Jupriten
4.Nur Liyana Syakirah binti Ibrahim
BAHAN KULIAH M13
Menjelaskan / Membincangkan Kebudayaan
Kebangsaan
Takrif kebudayaan kebangsaan
Perlaksanaan kebudayaan kebagsaan
-Makanan
-Pakaian
DEFINISI KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
KEBUDAYAAN :-Kebudayaan merupakan seluruh cara
hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran
dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu
generasi ke generasi yang lain melalui proses
pembelajaran.
KEBANGSAAN :-Maksud Kebangsaan merupakan suatu
perasaan atau semangat cinta dan taat setia yang
mendalam terhadap bangsa dan tanah air.
Kebudayaan Kebangsaan didefinisikan sebagai
kebudayaan keseluruhan cara hidup manusia.
DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
Satu dasar yang digubal Ini disebabkan kesedaran
pada tahun 1971 sejak yaang rendah dan
merdeka disebabkan kefahaman mengenai
kebangsaan tiada arah kebudayaan, kepentingan
politik yang menekankan
dalam mewujudkan kebudayaan kaum sahaja
kebudayaan kebangsaan. dan penekanan yang lebih
kepada kemajuan ekonomi
KEPENTINGAN
KEBUDAYAAN
Berperanan penting dalam proses
pembangunan negara di Malaysia di
mana keperibadian Malaysia haru
dipupuk dalam usaha-usaha yang
dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik.
Ini sudah tentunya memerlukan
penggemblengan dan penglibatan semua
lapisan masyarakat dalam satu proses
yang berterusan.
KEPENTINGAN
KEBUDAYAAN
Bagi sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum seperti di
Malaysia, proses pembentukan
kebudayaan nasional memerlukan
perancangan yang teliti dan rapi
supaya dapat melahirkan cara hidup
yang bersifat keMalaysia.
Perancangan kebudayaan ini harus
menentukan sifat-sifat yang baik, mulia
dan utama bagi pembinaan bangssa dan
ketahanan negara.
3 PRINSIP DASAR 1. BERTERASKAN KEBUDAYAAN
KEBUDAYAAN RAKYAT ASAL RANTAU INI.
KEBANGSAAN
Melaka merupakan pusat
perkembangan, penyebaran dan
warisan kebudayaan Melayu
Kebudayaan serantau digambarkan
dengan penggunaan Bahasa Melayu
Kebudayaan rakyat asal rantau ini
dijadikan teras dalam Kebudayaan
Kebangsaan.
2. UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN
LAIN YANG SESUAI
3 PRINSIP DASAR Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab,
KEBUDAYAAN India dan sebagainya.
KEBANGSAAN
Kesesuaian dan penerimaan dalam
penyerapan kebudayaan bergantung
kepada tidak wujudnya percanggahan
dalam Perlembangaan dan prinsip-
prinsip Rukun Negara
3. ISLAM MENJADI UNSUR DI DALAM
PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
3 PRINSIP DASAR Peringkat tertinggi-
KEBUDAYAAN sepatutnyamenampakkan Malaysia
KEBANGSAAN sebagai negara Islam.
Peringkat kedua- menerapkan budaya-
budaya lain yang tidak bertentangan
dengan budaya Islam
OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak
kebudayaan nasional
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang
tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan
Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupa
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.
PELAKSANAAN DASAR
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Peranan Kementerian Kebudayaan Di samping Kementerian Kebudayaan
Kesenian dan Pelancongan dalam Kesenian dan Pelancongan, penglibatan
pelaksanaan matlamat dan strategi dasar
ini adalah penting. Antara peranan lain pihak lain juga adalah penting dalam
ialah Kementerian ini menguruskan pelaksanaan dasar ini. Antaranya ialah
Kementerian-kementerian dan Jabatan-
penyelidikan,pembangunan dan jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-
penggalakan, pendidikan dan pengembangan kerajaan Negeri, badan-badan berkanun
kesenian dan perhubungan kearah dan pihak swasta serta pertubuhan-
kemajuan kebudayaan kebangsaan. pertubuhan kebudayaan
KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN DARI
ASPEK PAKAIAN
TUJUAN
Secara umumnya pakaian tradisional merupakan identiti
sesuatu bangsa yang terdapat di sesebuah negara. Salah
satu tujuan pakaian tradisional digunakan sehingga masa
kini adalah untuk mengekalkan budaya sesuatu kaum agar
tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Hal ini
kerana, pemakaian pakaian tradisional dapat mewujudkan
keunikan sesebuah negara. Salah satu daripadanya ialah
dapat memaparkan keunikan pakaian seperti baju melayu
dan baju kurung yang terdapat di Malaysia.
PAKAIAN MALAYSIA
(MELAYU)
Pakaian untuk lelaki Melayu ialah Baju Melayu.
Biasanya ia disertai dengan sejenis sarung iaitu
sampin yang diikat di pinggang. Ia juga sering
disertai dengan songkok atau kopiah
Melayu wanita memakai baju kurung berlengan
panjang berserta kain skirt yang labuh sehingga ke
tumit. Para pemakai baju kurung juga akan
mengenakan sehelai tudung bagi melambangkan
kepatuhan terhadap agama Islam yang mewajibkan
penganutnya menutup aurat. Satu lagi pakaian
tradisional orang Melayu adalah kebaya. Baju ini
hanya dipakai oleh golongan perempuan Melayu
PAKAIAN MALAYSIA
(CINA)
Klasik pakaian sehari-hari untuk lelaki Cina di
Malaysia ialah baju lengan pendek dipakai di luar
seluar, ringan seluar dan secara tidak rasmi,
sandal untuk kenyamanan.
Wanita Cina memakai cheongsam, sehelai pakaian
dengan leher yang tinggi dan menyerong yang
ditutup dengan klip kecil atau bertukar-tukar (kain
kancing). Cheongsam adalah sangat popular di
sekitar waktu Tahun Baru Cina dan majlis-majlis
formal. Yang lebih tua yang dihormati wanita akan
memakai samfoo, yang kelihatan seperti pijama
dengan memisahkan longgar atas sesuai diikat
dengan pin dan pergelangan kaki panjang, atau di
atas pergelangan kaki, celana
PAKAIAN MALAYSIA
(INDIA)
Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki.
Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna
putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini
tidak berminat dengan pakaian tersebut.
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan
ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada
musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran
kain yang berukuran semeter hingga dua meter
lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima
belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan
kain sati adalah jarang dan lembut.
PAKAIAN MALAYSIA
(ORANG IBAN)
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua
iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat juga dikenali
sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum
Iban. Dandong pula merupakan kain selendang yang
dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada
bedong.
Bidang merupakan pakaian tradisonal wanita Iban.
Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan
panjangnya cuma separas lutut. Biasanya bidang
diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110
cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain
seumpamanya yang dicantumkan.
Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka
corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang
dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang
perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak
geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata
dan kekuning-kuningan.
KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN DARI
ASPEK MAKANAN
KEPELBAGAIAN MAKANAN
Masakan Malaysia mencerminkan solekan pelbagai etnik
penduduknya, dan ditakrifkan oleh kepelbagaiannya. Banyak budaya
dari Malaysia dan kawasan sekitarnya telah banyak mempengaruhi
masakan Malaysia, dengan pengaruh yang kuat dari masakan
Melayu, Cina, India, Thailand, Jawa dan Sumatera. Kebanyakannya
adalah kerana Malaysia menjadi sebahagian daripada laluan rempah
kuno. Negeri-negeri yang berlainan di Malaysia mempunyai pelbagai
hidangan. Makanan dari satu budaya kadang-kala dimasak dengan
menggunakan gaya yang diambil dari yang lain. Ini bermakna
walaupun banyak hidangan Malaysia berasal dari budaya lain,
mereka mempunyai identiti mereka sendiri
MAKANAN PELBAGAI KAUM
Nasi Lemak Lemang Kuih Bakul
MAKANAN PELBAGAI KAUM
Roti Canai Lok-Lok Kuih Bulan
MAKANAN PELBAGAI KAUM
Asam laksa Kek Lapis Tosai
MAKANAN PELBAGAI KAUM
Maruku Manok Pansoh Ketupat
Nasi Lemak merupakan hidangan Nasi Lemak
makanan Melayu. Ia diperbuat dari
beras yang dimasak dengan santan
kelapa, bawang merah, halia dan juga
daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali
sebagai juadah kebangsaan Malaysia
dan boleh dijumpai di pelosok Malaysia.
Nasi lemak di Malaysia biasanya
mengandungi sambal tumis, ikan bilis
goreng, kacang tanah goreng, timun
dan telur rebus. Terdapat juga
penjual Nasi Lemak menyajikannyan
dengan lauk pauk lain seperti sambal
sontong, sambal kerang, ayam
goreng, rendang dan sebagainya.
Ayam Laksa merupakan hidangan Asam Laksa
tradisi masyarakat Baba dan Nyonya.
Hidangan ini merupakan mee beras
yang disajikan bersama kuah ikan
pedas. Keturunan Baba dan Nyonya ini
pada asalnya immigrant Cina yang
datang ke Tanah Melayu. Mereka ini
telah menggabungkan budaya Melayu
yang diterapkan dalam kehidupan
seharian. Gabungan unsur dua budaya
ini telah menghasilkan hidangan asam
laksa ini.