Serunai Seruling Tetawak
3. MAKANAN TRADISI MELAYU
Masakan Melayu adalah masakan orang Melayu dari Malaysia, Indonesia,
Singapura, dan Brunei yang dahulunya merupakan gugusan kepulauan
melayu atau di kenali sebagai Nusantara.
Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan tradisional yang
tersendiri.
Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang
banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak
dan pekat.
Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah
kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-
sama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal,
satu lagi perasa utama dalam hidangan.
Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.
Rendang Kuih Bangkit Bahulu
Ketupat Palas Dodol Nasi Lemak
4. RUMAH TRADISIONAL MELAYU
Rumah-rumah tradisional Melayu telah diwarisi semenjak beratus tahun yang
lalu. Gaya dan bentuk Rumah Tradisional Melayu dipengaruhi oleh cara hidup,
ekonomi, alam persekitaran dan iklim.
Iklim adalah perkara yang penting yang mempengaruhi bentuk senibina Rumah
Tradisional Melayu. Negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu
turun dengan lebat. Rumah-rumah dan bangunan dibina dengan berpanggung atau
bertiang.
Rumah Tradisional Melayu dibina demikian kerana memberi laluan atau pengedaran udara.Rumah
Tradisional Melayu yang bertiang dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlaku banjir.
Bentuk Rumah Tradisional Melayu ini telah mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Tetapi
bentuk asas iaitu bertiang dan berlantai tinggi dari tanah masih dikekalkan.
Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, atap nipah, atap rumbia, atap bertam,
buluh berayam, pelupuh, kayu buluh atau batang nibung, telah digantikan dengan
bahan-bahan lain seperti zing dan genting untuk bumbung dan simen serta batu bata.
JENIS RUMAH TRADISIONAL MELAYU
1. Rumah Limas Bungkus 2. Rumah Tradisional Kelantan 3. Rumah Lama Melayu Pahang
4. Rumah Tradisional Negeri Sembilan 5. Rumah Terengganu 6. Rumah Tradisoional Johor
5. SENJATA
Pada asalnya, senjata yang digunakan oleh masyarakat Melayu hanyalah
keris.
Semakin berkembangnya zaman dan peredaran waktu serta
perkembangan idea yang telah sedia ada oleh segelintir golongan yang
bijak pandai, telah banyak senjata yang digunakan sehingga ke hari ini.
Kebiasaannya, keris digunakan semasa majlis-majlis rasmi kerajaan dan
sebagai alat kebesaran raja pada suatu ketika dahulu.
KERIS Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh
orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan
Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang
lampau terutamanya oleh pendekar, pahlawan serta
kalangan pembesar istana.
Keris ialah suatu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang
kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata,
melebar dipangkal dan tirus di hujungnya serta tajam. Terdapat
mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor
serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.
Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran.
Kebanyakan keris terdiri daripada jenis yang berlok, sama ada
tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Terdapat juga keris
yang panjang berukuran 61 sentimeter dengan matanya
berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang.
Aspek penting mata keris ialah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan
corak berombak yang wujud daripada campuran logam dan nikel. Inilah
kehebatan orang Melayu yang bijak mencampurkan bahan-bahan logam
hingga terbentuknya senjata yang demikian rupa.
Proses pembuatan keris hanya dibuat seminggu sekali sahaja iaitu pada
hari Selasa daripada pagi sehingga petang sahaja.
Seterusnya, pembuatan keris di teruskan sehingga menjadi sebilah keris yang
berlok sendiri dan terbentuk dengan sendirinya pamor itu. Bunga pamor ialah
lukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris.
Manakala, lok atau kelok ialah liku pada mata keris.
PEDANG Pedang adalah sejenis senjata tajam yang memiliki bilah
panjang. Pedang dapat memiliki dua sisi tajam atau hanya
satu sisi tajam saja. Dalam beberapa kebudayaan, jika
dibandingkan senjata lainnya, pedang biasanya memiliki
prestij yang lebih atau paling tinggi.
Bilah pedang biasanya dibuat daripada logam keras
seperti besi atau baja. Meskipun begitu terdapat
pedang daripada emas yang digunakan sebagai
hiasan sahaja.
Untuk latihan biasanya pedang kayu yang digunakan,
meskipun pedang daripada kayu keras masih berbahaya.
Senjata serupa pedang dan tombak yang menggunakan
bilah obsidian digunakan oleh suku-suku asli Amerika
Tengah dan Selatan yang pada saat kolonisasi Eropah
belum mengenali logam.
BUDAYA BUKAN MATERIAL
Budaya bukan material merupakan salah satu elemen dalam budaya. Budaya bukan material
ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal. Misalnya adat, kepercayaan, bahasa dan nilai.
Kepercayaan masyarakat Melayu:
Kepercayaan awal masyarakat melayu sebelum kedatangan agama adalah ‘animisme’ dimana
mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang
mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk. Roh atau semangat ini perlu
dipuja agar membawa kebaikan dan menambahkan rezeki.
Pengaruh agama Hindu tersebar sejak abad ke 6 lagi yang dibawa oleh pedagang India.
Penyebaran agama ini berkembang pesat ketika kedatangan golongan Brahmana dan
penerimaan agama ini oleh golongan pemerintah. Ajaran ini diterima oleh pemerintah kerana
agama ini berpegang teguh kepada konsep Dewaraja iaitu raja adalah tuhan dibumi yang
sekaligus memperkukuhkan kedudukan raja sebagai pemerintah.
Sebagai contoh, terdapat dua buah kerajaan Hindu di Tanah Melayu yaitu
kerajaan Langkasuka dan kerjaaan Kedah Tua.
Disamping itu terdapatnya penyembahan Dewa Siva dan Vishnu, yang dapat
dilihat daripada pembinaan Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat
di Lembah Bujang, Kedah.
Agama Buddha pula turut tersebar di kalangan masyarakat melayu dan
mempunyai pertalian dengan agama Hindu. Ini disebabkan agama ini
mengalami pengakomodiran dengan unsur-unsur agama Hindu.
Agama ini diasaskan oleh Sidharta Gautama di India. Agama ini melarang
manusia melakukan kekejaman.
Kedatangan agama Islam pada abad ke 7 telah menghakis sebahagian
amalan kepercayaan Hindu Buddha yang telah lama bertapak di Tanah
Melayu.
Sehingga kini agama Islam telah menjadi agama kepada masyarakat melayu
di Malaysia. Kepercayaan utama Islam adalah Allah yang Maha Esa dan
Muhammad adalah pesuruh Allah.
Antara kepercayaan khurafat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dahulu
Mandi safar
Percaya bunyi burung gagak petanda kematian
Tangkal, bayu, kayu dan kristal mempunyai kuasa tertentu
Mandi bunga
Antara adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu:
Adat perkahwinan - merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan
persandingan.
Adat Kelahiran - Sebelum kelahiran iaitu melenggangkan perut iaitu upacara
ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan
berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.
Semasa Bersalin - Minum air selusuh, iaitu air jampi atau air penawaryang
bertujuan untuk menyenangkan kelahiran. Semasa kelahiran bayi, mengkuang atau
daun lain akan digantung di bawah rumah, iaitu tempat betul-betul di bawah rumah
ibu tersebut bersalin.
Selepas Melahirkan - Bayi perempuan akan diiqamatkan manakala bayi lelaki akan
diazankan oleh bapa bayi berkenaan. Uri yang dilahirkan bersama-sama dengan bayi
dibersihkan dan ditanam di tempat yang sesuai mengikut cara tradisional, iaitu
memasukkan uri ke daam belanga kecil dan ditambah dengan asam garam serta
benda lain yang merupakan harapan ibu bapa kelak
ADAT
KEMATIAN
1.Semasa Kematian 2. Semasa Pengebumian 3. Selepas Kematian
Apabila berlaku kematian, Selepas itu jenazah akan
keluarga si mati akan dimasukkan ke dalam keranda Keluarga si mati akan
dan diusung ke tanah perkuburan. mengadakan kenduri arwah dan
memberitahu tok imam agar doa selamat selepas jenazah
kematian itu dapat dimaklumkan Kaum lelaki digalakkan selamat dikebumikan. Ia
menghantar jenazah hingga ke diadakan pada hari pertama,
kepada semua orang. Mayat ketiga, ketujuh, keempat puluh
tersebut akan diletakkan di ruang kubur, empat atau keseratus hari.
sebaliknya kaum wanita kurang
tengah rumah dan dibaringkan digalakkan kerana dikhuatiri akan
serta ditutup dari kepala hingga ke meratapi kematian tersebut yang
kaki dengan sehelai kain. bercanggah dengan Islam.
Kepalanya dihadapkan ke arah
kiblat dan kedua-dua tangannya
pula dikiamkan iaitu tangan kanan
ditindihkan atas tangan kiri ke
dada.
Dinamik
CIRI-CIRI BUDAYA
Diwarisi Berkesinambungan
Berubah-ubah
BERSIFAT DINAMIK
Bermaksud amalan dan Misalnya ,masyarakat Dari segi perkerjaan ,perubahan
cara hidup masyarakat Melayu menerima berlaku dengan wujudnya
mengalami perubahan kedatangan Islam dengan keperluan semasa .
kesan perkembangan senang hati tanpa ada Hal ini kerana pada masa dahulu
masa dan kemajuan penolakan. ,pertanian merupakan pekerjaan
masyarakatnya. Menyebabkan budaya masyarakat Melayu untuk
Hindu dan Buddha dalam meneruskan kehidupan tetapi
diri masyarakat Melayu kini mereka terlibat dengan
terpinggir dan semakin sektor perindustrian dan
dilupakan perdangangan .
.
BERUBAH-UBAH Budaya yang berubah-ubah disebabkan oleh penerimaan dan
penolakkan unsur tertentu.
Penolakkan terhadap perubahan asalnya didorong oleh sikap
masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai
dan cara hidup lama yang sedia ada.
Penolakan juga berlaku kerana ada unsur yang masuk tidak
sesuai dengan masyarakat yang berkenaan
Penerimaan terhadap unsur baharu pula berlaku kerana
masyarakat bersedia untuk memasukkan idea-idea baharu
yang memberikan kebaikkan kepada masyarakat.
Perubahan diterima dengan syarat yang tidak bercanggah
dengan kepercayaan dan dipegang oleh nasyarakat
berkenaan terutama perkara yang berkaitan dengan agama.
DIWARISI
Kebudayaan menjadi salah satu proses interaksi sosial yang bisa
dipelajari dan diwariskan. Melalui proses itulah penyampaian ciri-ciri
budaya dari masyarakat kepada berbagai individu dapat dilakukannya.
Budaya diturunkan dari satu Sebagai contoh, adat Adat tersebut
generasi ke satu generasi lain. perkahwinan yang diwarisi masih diamalkan walaupun
daripada nenek moyang dahulu ada sedikit perbezaan dan
Kebudayaan yang menjadi
amalan nenek moyang suatu masih dikekalkan, seperti perubahan dari segi
berandam, malam berinai, pelaksanaannya akibat
masa dahulu diperturunkan
kepada generasi baharu dan ‟khatam Qur an dan adat peredaran zaman
secara tidak langsung menjadi
bersanding.
amalan dan perlakuan
masyarakatnya.
PROSES
KESINAMBUNGAN
Proses kesinambungan Misalnya, budaya seni bina yang Adat resam juga
berlaku sama ada dalam dahulunya dalam bentuk masih lagi
bentuk seni bina, peralatan,
sederhana mengalami proses diteruskan dan
dan budaya bukan kesinambungan yang berterusan diamalkan
kebendaan seperti
kepercayaan, nilai, dan sehingga melahirkan daya walaupun terdapat
kreativiti masyarakat untuk sedikit perubahan di
adat resam. mencipta berbagai-bagai bentuk
seni bina rumah pada hariini. sana sini.
SEKIAN TERIMA KASIH
BMMB1104: KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN MELAYU
BAHAN KULIAH M10
Ahli Kumpulan: PPRBMM2-2
1. Batricia Angelina anak Cain
2. Charle Nil anak Daniel
3. Jacklyn Julan Juk
TAJUK BAHAN KULIAH:
Menjelaskan dan membincangkan Akal Budi
Masyarakat Melayu
Pemikiran
Pertuturan
Perlakuan
Gaya Hidup
KONSEP AKAL ‘Akal’ juga dikenali sebagai otak atau minda yang
sangat penting dalam proses pembelajaran dan
pembangunan diri seseorang insan.
Akal adalah neraca dalam menentukan kebaikan
dan keburukan seseorang individu yang mampu
membawa masyarakat yang berilmu luhur,
berfikiran terbuka berakhlak mulia dan
bertamadun.
Dalam Islam juga menitikberatkan tentang akal
apabila hanya golongan yang berakal sahaja
yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan
ibadah kepada Allah S.W.T.
KONSEP AKAL Menerusi akal ini manusia berpeluang
meningkatkan pencapaian dirinya sama ada untuk
kehidupan dunia ataupun bekalan di hari akhirat.
Islam menjadikan berfikir sebagai satu kemestian
ke atas semua manusia.
Oleh itu, berfikir dianggap sebagai bentuk ibadah
yang paling tinggi.
Demikian juga kita dapat melihat pandangan Islam
yang begitu tinggi penggunaan akal fikiran yang
membawa kepada perkembangan sains dan
teknologi.
KONSEP BUDI Budi merujuk kepada adab, sopan santun
serta orang yang berakhlak dan beriman.
Budi juga merangkumi hati atau jiwa iaitu
peribadi seseorang atau sesuatu bangsa.
Kata budi membawa pengertian fikiran, akal
dan keinsafan menentukan baik dan buruknya
sesuatu.
Secara amnya, budi adalah sifat yang
menggambarkan peribadi insan ke arah
kebaikan (Zaidi Daud 1996).
KONSEP BUDI Budi adalah pancaran akhlak iaitu tingkah
laku, tabiat perangai, bentuk keperibadian,
kebiasaan kemahuan iaitu kemahuan yang
dibiasakan.
Oleh itu, budi dirumuskan dengan perangai
yang baik, akhlak yang terpuji, tingkah laku
yang sopan dan watak yang sempurna
dengan akal dan kebijaksanaan. Budi luhur
juga melambangkan sifat manusia yang baik,
perbuatan yang berakhlak dengan kebajikan
kepada manusia.
KONSEP Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
MASYARAKAT masyarakat dapat diertikan dengan kumpulan
manusia yang hidup bersama sehingga
membentuk satu aturan dan prinsip yang
bersama.
Masyarakat merupakan sekelompok orang yang
membentuk suatu sistem yang semi tertutup
ataupun semi terbuka, yang mana interaksi
sebahagian besar adalah antara perseorangan
yang berada di dalam kelompok masyarakat
tersebut. (Anne Ahira)
Pemikiran ialah proses menggunakan minda PEMIKIRAN
untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai
kemungkinan idea dan membuat
pertimbangan yang wajar dalam membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi terhadap proses
yang dilalui.
Menurut pandangan Islam pula, akal
berfungsi memerhatikan tenaga supaya otak
manusia dapat bekerja dan beroperasi.
PEMIKIRAN
Dari perspektif pemikiran, Melayu ini secara historikal akan
mengungkapkan perkembangan masyarakat Melayu dari aspek budaya
selaras dengan alam pemikiran mereka.
Manusia menggunakan akal dan hati untuk mendekati dan berinteraksi
dengan Tuhan dan juga memerlukan hubungan spiritual, emosi dan jiwa.
Manusia dipilih oleh Tuhan untuk dijadikan sebagai khalifahnya di muka
bumi bagi memaklumkan tuntutan tugas manusia. Oleh itu, manusia
memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjaga alam ini.
Dari sudut pertuturan pula, masyarakat Melayu dapat PERTUTURAN
dilihat melalui sifat kesantunan.
Menurut Kamus Dewan (1984), hal 115, santun
bermaksud halus, budi bahasa dan berusaha
menghindari konflik antara penutur dengan pendengar
dalam proses berkomunikasi.
Berdasarkan seoarang ahli bahasa Malaysia, Awang
Sariyan (2007), kesantunan diberi takrifan sebagai
penggunaan bahasa yang baik, sopan dan
seumpamanya kepada pihak yang menjadi teman
bicara.
Hamka menyatakan bahawa kecantikan yang abadi
terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah atau pakaian.
PERTUTURAN Misalnya, masyarakat Melayu akan menggunakan kata ganti
nama diri yang lebih lembut (merendah diri), Senario ini dapat
dilihat melalui pertuturan antara rakyat jelata dengan
Sultan/Raja.
Oleh itu, rakyat akan menggunakan kata ganti nama diri pertama
(patik atau hamba) manakala Raja akan menggunakan kata ganti
nama diri yang ketiga (tuanku) dala pertuturan laras bahasa
istana.
Tambahan pula, masyarakat Melayu ditegah sama PERTUTURAN
sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi
seseorang kerana mulut merupakan salah satu anggita
yang perlu dijaga .
Hal ini diperkatakan sedemikian kerana kadang kala
mulut akan mengungkapkan kata -kata yang kurang
sopan tanpa disedari.
Oleh itu, penggunaan mulut pada setiap hari perlu ada
hadnya dan orang Melayu sangat menitikberatkan hal
sebegini selaras dengan penciptaan peribahasa seperti
"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan
binasa"
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi PERLAKUAN
Keempat, perlakuan dapat ditafsirkan sebagai
perbuatan. Dalam kehidupan seharian, masyarakat
Melayu dapat dikateogorikan masyarakat yang
kaya dengan tingkah laku yang berhemah dan
baik. Misalnya, masyarakat Melayu akan melayan
tetamu terlebih dahulu walaupun dalam keadaan
yang sibuk,namun tingkah laku ini tidak dapat
dilihat di Negara Korea. Mereka akan memberitahu
secara berterus-terang bahawa mereka sedang
sibuk dan menyuruh tetamu tersebut pulang.
Selain itu, tertulis dalam hikayat sastera klasik di mana PERLAKUAN
terdapat beberapa pergaduhan yang mengaibkan atau
menghukum seseorang. Contohnya, kerana Jebat ingin
membalas dendam ke atas Sultan Melaka, Tuah telah
dimalukan dan dijatuhi hukuman bunuh kerana difitnah
bermukah dengan perempuan istana. Oleh itu,lahirlah
peribahasa “menconteng arang di muka” yang bermaksud
sesuatu perlakuan yang mendatangkan malu atau aib
kepada keluarga. Anggota masyarakat yang sanggup
memalukan diri sendiri dan ahli keluarganya ataupun
seseorang dianggap sebagai tidak bermaruah.
Justeru,masyarakat perlu menjaga perlakuan agar tidak
menyinggung perasaan seseorang.
Menurut sumber Kamus Dewan Edisi Keempat,
GAYA HIDUP
gaya hidup bermaksud cara tertentu seseorang
individu atau kumpulan menjalani kehidupan
mengikut kemampuan(mewah,sederhana dan
sebagainya). Manakala kehidupan dapat
didefinisikan sebagai perihal hidup(Sumber:Kamus
Dewan Edisi Keempat). Terdapat beberapa jenis
akal budi yang dapat dilihat dalam kehidupan
seharian iaitu agama dan kepercayaan, adat
istiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan
pengamalan nilai-nilai murni.
KESIMPULAN
Pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup ini
memaparkan tingkah laku dan jiwa masyarakat Melayu,
sekaligus mencerminkan akal budi penutur. Dari kempat-
emoat aspek ini juga kita dapat melihat dengan lebih
terperinci bagaimana Melayu menerapkan penggunaan
unsur akal budi di dalam kehidupan harian sehingga
dapat menjaga ukwah sesama. Oleh itu, akal budi
merupakan elemen yang penting untuk digunakan tidak
kira dalam apa jua perkara yagn ingin dilakukan,
disampaiakan agar tidak menyinggung mana-mana pihak.
THANK YOU FOR LISTENING!
Don't hesitate to ask any questions!
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Ahli Kumpulan:
Flora Michale anak Andrian
Fazlinda Kesumie anak Jelly
Nur'Aisyah Syafiqah Binti Bidaree
Nurrabbiatullah Adawiyah binti Khasim
Tajuk Minggu 11: Bidang Kebudayaan Melayu
Tajuk Minggu 11:
Bidang Kebudayaan Melayu
1.Aspek Politik Creative Writing 101 Presentation
- Tradisional
- Zaman Penjajahan
- Masa Kini
2.Aspek Sosial
- Tradisional
- Zaman Penjajahan
- Masa Kini
ASPEK POLITIK
A.Tradisional
- Sistem Pemerintahan & Pentadbiran
- Institusi Sosial Kebudayaan Melayu
- Herarki Sosial Masyarakat Melayu
SISTEM PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN
1 2
Malaysia mengamalkan sistem
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Demokrasi Berparlimen di Agong juga menjadi Kepala Utama Negara
bawah pentadbiran Raja dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi
Berpelembagaan dengan Seri Angkatan Tentera Negara. Baginda akan
Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong sebagai Ketua menjalankan tugas-tugas di bawah
Negara yang bertugas selama 5 Perlembagaan mengikut nasihat Perdana
tahun dan dipilih oleh Majlis Menteri atau Jemaaah Menteri. Raja-Raja
pula menjadi Ketua Negeri masing-masing
Raja-Raja. dan menjalankan tugas mengikut nasihat
Menteri-Menteri Besar atau
Ketua-Ketua Menteri.
SISTEM PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN
3 4
Sistem pemerintahan Sultan dikatakan berasal dari
disesuaikan dengan agama keturunan pahlawan.
Islam.
5 6
Sultan dibantu dalam menjalankan Sultan juga dianggap mempunyai
pemerintahan oleh orang-orang besar kekuatan dan keajaiban.
yang menjadi pegawai.
SISTEM PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN
7 8
Sultan dianggap sebagai Konsep daulat memberi peluang
individu yang perkasa. kepada Sultan untuk meletakkan
dirinya berbeza dengan orang lain.
9
Institusi raja merupakan
institusi yang menjadi
sanjungan.
INSTITUSI SOSIAL KEBUDAYAAN MELAYU
1.Perkataan 'sosial' dari segi kebudayaan membawa maksud
yang sangat luas meliputi segala aspek yang berkaitan dengan
masyarakat.
2.Sosial dalam pendefinisian ini merangkumi sistem sosial,
stratifikasi sosial, struktur sosial, perhubungan antara anggota
masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk kepercayaan.
3.Dalam konteks masyarakat tradisional, sistem sosialnya
merupakan struktur masyarakat yang belum menerima
pengaruh peradaban Barat.
HERARKI SOSIAL MASYARAKAT MELAYU
A B
Herarki merupakan susunan Herarki ini menggambarkan
sesebuah masyarakat yang bakal kedudukan sesuatu golongan atau
kelompok dalam masyarakat.
membentuk pentadbiran.
D
C
Bagi masyarakat Melayu tradisional, Raja atau Sultan berkuasa dan
sistem sosial atau herarkinya bersifat menduduki tempat tertinggi dalam
feudal. sistem sosial masyarakat Melayu
tradisional.
E
Herarki masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi oleh
beberapa faktor iaitu keturunan, hubungan kekeluargaan,
pangkat dan kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya.
F
Dari aspek demografi pula, kedudukan masyarakat dapat
dikategorikan mengikut jumlah pemilikan harta, reka bentuk
rumah, gaya pakaian dan penggunaan istilah dalam pertuturan.
ASPEK POLITIK
B.Zaman Penjajahan
Faktor Politik :
i.Masalah Yang Berlaku Di
Negeri-Negeri Melayu
ii.Perubahan Politik Dan
Dasar Di Britain
MASALAH YANG BERLAKU
DI NEGERI-NEGERI MELAYU
Perang saudara antara pembesar-pembesar Melayu dalam merebut
takhta dan kawasan. Contohnya, di Perak, British mengambil
kesempatan ini akibat perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan
antara kumpulan kongsi gelap Cina.
British campur tangan di Selangor kerana mengambil kesempatan dari
perbalahan pembesar-pembesar Melayu iaitu antara Raja Abdullah dan
Raja Mahadi yang bersaing untuk menguasai daerah Klang yang kaya
dengan bijih timah.
PERUBAHAN POLITIK DAN DASAR DI BRITAIN
Pihak Barat telah melaksanakan dasar kolonialisme dan imperialismenya dalam usaha
mengembangkan pengaruhnya ke seluruh pelusuk dunia. Perkembangan dasar ini adalah
hasil daripada perubahan sistem politik, pandangan hidup, dan penciptaan teknologi baru.
Semenanjung Tanah Melayu adalah destinasi yang menjadi tumpuan utama pihak Barat
terutamanya British kerana banyak sumber dan hasil bumi yang belum dieksploitasi oleh
penduduk tempatan.
Pihak British telah melihat Semenanjung Tanah Melayu sebagai pangkalan utama yang boleh
mendatangkan keuntungan besar kepada mereka untuk menyokong perkembangan yang
berlaku di dalam negara. Pembukaan Terusan Suez dalam tahun 1869, mempercepatkan
urusan perdagangan. Kesan daripada perkembangan ini, kegiatan perdagangan antara Asia
dan Benua Eropah semakin meningkat kerana perjalanan yang jauh antara kedua-kedua
kawasan ini telah dipendekkan. Peningkatan perdagangan ini dapat dilihat daripada
pembukaan beberapa pelabuhan yang baru seperti Singapura telah menjadi pelabuhan
antarabangsa selepas tahun 1870.
ASPEK POLITIK
C.Masa Kini
- Malaysia mengamalkan sistem politik berbilang
parti.
- Politik negara lebih stabil berbanding politik
negara pada zaman penjajahan.
- Sistem pentadbiran negara lebih teratur, licin
dan sistematik.