The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK MAYA LIB2U KKKL/KKKLCSG, 2022-12-07 02:28:53

FULL COMPLETE E-PROSIDING 2022

FULL COMPLETE E-PROSIDING 2022

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Jadual 2: Sub Bahagian B, faktor yang dinilai dan bilangan pernyataan

Konstruk Faktor Yang Dinilai Bilangan Item
B1 Soalan
B2 Tempoh masa tindakan 4
B3 5
Cara bahasa layanan yang disampaikan
B4 Kepakaran pegawai mengendali Aplikasi 3
Telegram
Jaminan perkhidmatan dan SOP semasa 3
Pandemik Covid-19
15
JUMLAH

Menurut Rahimah (2006), soal selidik yang menggunakan markah lima mata
dalam skala Likert perlu diubah kepada tiga mata untuk memudahkan proses
analisis data seperti jadual di bawah.

Jadual 3: Pengelasan Maklumbalas Responden Berdasarkan Skor Min.

Julat Skor Min Interpretasi
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67
3.68– 5.00 Sederhana
Tinggi

Sumber: Mohd Khata Jabor & Ahmad Firdaus (2011)

Melaluinya min tahap kepuasan pelanggan terhadap maklumat yang
disampaikan melalui kumpulan Telegram Kursus Pendek KKJS dapat
diinterpretasi dengan mudah.

29

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Bahagian B1: Tempoh Masa Tindakan

Dalam konstruk tempoh masa, keputusan min dan interpretasi bagi pilihan
responden terhadap 4 pernyataan adalah seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 4: Interpretasi Skor Min Untuk Faktor Tempoh Masa Tindakan

Pernyataan yang dinilai dalam Sub Bahagian B1 Min Interpretasi
1. Memberi maklumat yang diperlukan dengan 4.79 Tinggi
cepat
2. Memberi maklumat yang diperlukan dengan 4.81 Tinggi
tepat
3. Memberi penjelasan yang rasional dan 4.79 Tinggi
munasabah 4.79 Tinggi

4. Menepati janji kepada pelanggan

Min Keseluruhan 4.80 Tinggi

Secara keseluruhan, bagi Bahagian B1: Tempoh Masa Tindakan, keputusan
min 4.80 adalah tinggi dan menyokong kepada kepuasan positif komuniti
setempat.

Bahagian B2: Cara Bahasa Layanan Disampaikan

Ringkasan kepada pernyataan yang dinilai, min dan interpretasi skor min
adalah seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 5: Interpretasi Skor Min Untuk Faktor Cara Bahasa Layanan
Disampaikan

Pernyataan yang dinilai dalam Sub Bahagian B2 Min Interpretasi
4.86 Tinggi
5. Memberi layanan mesra 4.81 Tinggi

6. Sedian membantu menjawab persoalan, aduan 4.86 Tinggi
atau cadangan.
7. Peka dan mengambil berat terhadap minat 4.81 Tinggi
pelanggan. 4.84 Tinggi
8. Menjawab persoalan dalam tempoh yang 4.84 Tinggi
memuaskan.

9. Mematuhi Piagam Pelanggan.

Min Keseluruhan

Di dalam dapatan 8 ini juga menunjukkan min keseluruhan adalah 4.84 dan
mengikut interpretasi skala skor min adalah tinggi.

30

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Bahagian B3: Kepakaran Pegawai Kolej Komuniti Jasin Di Dalam Telegram
Kursus Pendek KKJS

Jadual 6: Interpretasi Skor Min untuk Faktor Kepakaran Pegawai KKJS Di
Dalam Kumpulan Telegram Kursus Pendek KKJS

Pernyataan yang dinilai dalam Sub Bahagian B3 Min Interpretasi
10. Berkeupayaan memberi penjelasan/ maklumat 4.91 Tinggi
dengan jelas.
11. Mampu merujuk pelanggan kepada sumber 4.72 Tinggi
yang tepat.
12. Kesediaan pegawai untuk menjelaskan 4.72 Tinggi
permasalahan secara personal mesej. 4.78 Tinggi

Min Keseluruhan

Tiga pernyataan mengenai kepakaran staf PSH dalam menguruskan maklumat
di dalam kumpulan Telegram kursus pendek KKJS mendapat keseluruhan min
4.78, mengulangi interpretasi kepuasan positif yang tinggi dalam kalangan
responden.

Bahagian B4: Jaminan Perkhidmatan dan SOP Semasa Pandemik Covid-19

Jadual 7: Interpretasi Skor Min Untuk Faktor Jaminan Perkhidmatan dan SOP
Semasa Pandemik Covid-19

Pernyataan yang dinilai dalam Sub Bahagian B4 Min Interpretasi
4.74 Tinggi
13. Berkeyakinan akan menerima maklum balas
mengenai pertanyaan/ permasalahan kursus 4.84 Tinggi
pendek.
4.77 Tinggi
14. Berkeyakinan bahawa maklumat yang diterima 4.78 Tinggi
dan tatacara pengendalian kursus tidak
bercanggah dengan SOP Pandemik Covid-19 yang
sedang berkuatkuasa.

15. Ciri-ciri Telegram Kursus Pendek KKJS dalam
memenuhi keperluan mendapat dan menerangkan
maklumat dengan jelas.

Min Keseluruhan

Keputusan min keseluruhan adalah 4.78 dan mengikut interpretasi skala skor
min, ianya juga adalah tinggi.

31

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.3 Bahagian C: Cadangan Penambahbaikan

Bahagian ini menampilkan soalan terbuka, meminta responden
mencadangkan yang boleh dibuat oleh pengurusan KKJS untuk

penambahbaikan kualiti mutu perkhidmatan perhubungan dan penyampaian.

Terdapat lima responden yang memberi cadangan dan satu reponden yang
memberi komen. Komen yang diberi adalah “Terbaik”.

Cadangan-cadangan yang dikemukan oleh responden adalah:

Jadual 8: Komen/ Cadangan

Responden Komen/ Cadangan

Responden 1 Sewajarnya ada maklumbalas kpd setiap pertanyaan,
sekurang-kurangnya selang sehari atau berkala.

Responden 2 Pemakluman jangkaan kursus pendek di upload dalam
media yang sedi ada bagi mengurangkan pertanyaan.

Responden 3 Mohon persoalan dari peserta program dijawab dengan
secepat yang mungkin

Cadangan supaya diedarkan takwim kursus pendek ke

Responden 4 dalam grup Telegram dan memberi maklumat dengan tepat

dan jelas.

Responden 5 Banyakkan video promosi kursus pendek dan muatnaik ke
media sosial

Responden 6 Memberi maklumat secara face to face agar maklumat yang
disampaikan lebih tepat dah mudah faham

Responden 7 Perbanyakkan kursus secara online

5.0 Rumusan dan Cadangan

Empat sub bahagian B ditabulasikan min keseluruhannya seperti dalam
jadual di bawah.

Jadual 9: Jadual Tabulasi Min Keseluruhan Faktor-faktor Kepuasan Komuniti
Setempat

Penilaian Min Interpretasi
B1: Tempoh masa tindakan 4.80 Tinggi

B2: Cara bahasa layanan disampaikan 4.84 Tinggi

B3: Kepakaran Pegawai Kolej Komuniti Jasin Di 4.78 Tinggi
Dalam Telegram Kursus Pendek KKJS
B4: Jaminan Perkhidmatan dan SOP Semasa 4.78 Tinggi
Pandemik Covid-19 4.80 Tinggi

Min Keseluruhan

Min keseluruhan bagi tahap kepuasan responden adalah 4.80 atau 96%

32

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Oleh itu, hasil kajian mendapati tahap kepuasan komuniti setempat
terhadap penggunaan Telegram sebagai medium penyampaian maklumat bagi
penganjuran kursus pendek dalam era Pandemik Covid-19 adalah pada tahap
yang tinggi dengan nilai min sebanyak 4.8.

Dari tujuh cadangan yang disenaraikan secara peribadinya akan melihat
tiga cadangan yang harus diambil tindakan segera. Tiga perkara itu mengikut
keutamaan yang terpenting dahulu yang perlu diperhalusi segera ialah perlu
ada memberi maklumbalas kepada setiap pertanyaan sekurang-kurangnya
selang sehari atau berkala. Responden juga meminta agar persoalan dari
peserta perlu dijawab dengan kadar segera serta responden meminta
diperbanyakkan kursus secara dalam talian.

Hasil kajian mendapati tahap kepuasan responden terhadap kaedah
penyampaian maklumat yang diberi adalah pada tahap yang tinggi. Covid-19
seakan tidak memberi kesan terhadap kualiti penyampaian maklumat oleh
kakitangan PSH KKJS. Hasil dari kajian ini telah membantu Unit
Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Jasin dalam memantapkan
sistem penyampaian maklumat kursus pendek. Kesimpulannya, majoriti
responden adalah berpuas hati dengan penggunaan Aplikasi Telegram sebagai
medium penyampaian maklumat kursus pendek dalam era pandemik Covid-
19.

Antara kajian selanjutnya yang boleh dijalankan selepas ini adalah seperti
berikut:

i) Kajian Keberkesanan Aktiviti Promosi Untuk Kursus Pendek KKJS
Yang Dilakukan Semasa Era Pandemik Covid-19

ii) Kajian Keberkesanan Promosi Kursus Pendek Secara FB Berbanding
Telegram.

Rujukan
Abdul Hadi, Ahmad Firdaus (2011) Kecenderungan pelajar tahun akhir di
Institut Kemahiran MARA terhadap bidang keusahawanan. Master’s thesis,
Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

Batini, C., Cappiello, C., Francalanci, C. & Maurino, A. 2009. Methodologies
for data quality assessment and improvement. ACM Computing Surveys
41(3):152.

Datahaus, K. (2020). Coronavirus affecting internet speeds, as COVID-19 puts
pressure on the network. Dicapai daripada
https://www.abc.net.au/news/2020-04-01/coronavirus-internet-speeds-
covid19-affects datadownloads/12107334 pada 3/12/2020)

33

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Julia Hussein (2020). COVID-19: What implications for sexual and
reproductive health and rights globally? Dicapai daripada

https://doi.org/10.1080/26410397.2020.1746065 pada 3/12/2020)

Junpeng Guo, Zengguang Liu, Yu Liu (2016) Key success factors for the

launch of government social media platform: Identifying the formation
mechanism of continuance intention, Computers in Human Behavior – Elsevier

Ltd. Page 750-763

Mohd Azul Mohamad Salleh, Kamaliah Basir, Ali Salman & Nik Hairi Omar.
(2018). Media Sosial Dalam Transformasi Sistem Penyampaian Dan Kualiti
Maklumat Kolej Kediaman. Sistem Sumber Manusia Dan Organisasi
Cemerlang- Prosiding Konvensyen Kepengetuaan dan Felo Penghuni Kolej
Kediaman Universiti Awam Kebangsaan 2018. ISBN: e978-967-0829-97-5.
Kertas 23

Shahbudin, M. S. I. (2020). Kepanikan Pengguna Media Sosial Terhadap Virus
Covid 19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11,
1-10.

Somekh, B., & Lewin, C. (2005). Research Methods in the Social Sciences. In
Social Sciences (Vol. 36). https://doi.org/10.1111/j.14678535.2005.00515_7.x

Suriyana Binti Sulaji, Suhaila Binti Hassan & Wan Fadhilah Bin Wan Hitam
(2017), “Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus
Pendek Di Kolej Komuniti Selandar, Melaka”, Politeknik & Kolej Komuniti
Journal of Life Long Learning, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 101-112, nov. 2017. ISSN
2600-7738

https://www.moe.gov.my/muat-turun/borang/59-borang-soal-selidik-kajian
kepuasan-pelanggan/file (Akses pada 1/12/2020)

https://norasiahismail.wordpress.com/2016/10/23/pengenalan-kepada-
penyelidikan-tindakan/ (Akses pada 1/12/2020)

https://cgss.usm.my/index.php/en/2-uncategorised/485-kaji-selidik-impak-
pandemik-covid-19-dan-perintah-kawalan-pergerakkan-pkp-ke-atas-

perniagaan (Akses pada 2/12/2020)

http://www.mypolycc.edu.my/index.php/korporat/latar-belakang (Akses pada
2/12/2020)

https://www.alchemer.com/resources/blog/what-is-spss/ (Akses pada
2/12/2020)

https://elitemarketer.id/social-media/menggunakan-telegram-untuk-
berbisnis/ (Akses pada 2/12/2020)

34

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Kajian Maklum Balas Peserta Di Bawah Program Latihan
Kemahiran Kepada Pelajar Di Institusi Tahfiz Dan Sekolah

Pondok (PKTP) 2021 Di Kolej Komuniti Kuantan

Asri Abdullah1*, Mohd Soffian Abdul Samat2, Azliza Yusop3

123Kolej Komuniti Kuantan
*[email protected]

Abstrak

Kolej Komuniti Kuantan telah melaksanakan program latihan kemahiran kepada pelajar di
Institusi Tahfiz dan sekolah pondok (PKTP) pada tahun 2021. Kajian ini dilakukan untuk
mendapatkan maklum balas peserta selepas mendapat kemahiran melalui program tersebut.
Responden terdiri daripada 245 peserta yang terlibat di dalam program ini. Soal selidik
diedarkan selepas peserta tamat menjalani kursus. Borang soal selidik adalah Borang Maklum
Balas, Borang 9 yang dibangunkan oleh Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Data dianalisa dalam bentuk min untuk
mendapatkan hasil dapatan. Hasil dapatan analisa menunjukkan sebelum berkursus peserta
mempunyai kemahiran pada tahap rendah, tetapi selepas menghadiri program ini, peserta
telah mendapat meningkatkan kemahiran mereka. Impak selepas perlaksanaan kursus adalah
setiap peserta berkeyakinan setelah mendapat pengetahuan baru. Kemahiran-kemahiran ini
bukan sahaja sebagai nilai tambah ilmu untuk pelajar tahfiz tetapi ianya juga boleh
memudahkan pelajar tahfiz mendapatkan pekerjaan serta akan membuka peluang pekerjaan
kepada masyarakat setempat. Penambahbaikan kepada program ini ialah ianya boleh
disasarkan kepada golongan yang lain seperti orang gelandangan dan pelajar yang tercicir dari
arus pendidikan perdana. Pengkaji juga menyarankan kajian lanjut perlu dilakukan untuk
menilai keberkesanan kursus ini secara berterusan untuk mengetahui adakah kemahiran-
kemahiran yang telah diajar ini digunapakai oleh peserta tahfiz secara konsisten.

Katakunci: PKTP, Kemahiran.

1.0 Pengenalan

Di negara maju, pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi
antara pilihan utama pelajar kerana ianya menyediakan prospek kerjaya yang
baik. Sebaliknya di negara kita ianya di lihat sebagai pilihan terakhir kerana
persepsi prospek kerjaya yang terhad, andaian negatif ini harus disangkal.
Pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebenarnya menyediakan landasan
alternatif yang baik bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka.(Petikan
ucapan Rancangan Malaysia ke-10(RMK10), Perdana Menteri Malaysia, YAB
Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak).

Pada umumnya, kolej komuniti menawarkan kursus secara sepenuh
masa dan kursus-kursus pendek untuk memenuhi keperluan individu,
masyarakat, industri dan negara. Justeru itu, sebagai pelengkap kepada
pembelajaran kepada masyarakat, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
Kolej Komuniti Kuantan telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan

35

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Program latihan kemahiran kepada di Institusi tahfiz dan sekolah pondok.
Bagi melaksanakan program ini, Kolej Komuniti Kuantan telah bekerjasama
dengan 4 buah tahfiz sekitar Kuantan dengan pelaksanaan 13 kursus
kemahiran.

Ianya juga dilihat sebagai memenuhi tuntutan strategi dan inisiatif
pembelajaran sepanjang hayat fasa 3 seperti rajah 1.

Rajah 1 Strategi dan Inisiatif PSH
2.0 Penyataan Masalah

Program latihan kemahiran kepada pelajar di tahfiz dan sekolah pondok
(PKTP) ini dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat,
Kolej Komuniti Kuantan. Sebanyak 13 kursus telah dilaksanakan melibatkan
4 tahfiz sekitar Kuantan. Kebanyakan kursus-kursus ini mengambil masa
sehingga 4 bulan untuk melengkapkan sesi pembelajaran dan ianya juga telah
melibatkan kos yang banyak seperti penyediaan bahan-bahan kursus.
Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Kolej Komuniti Kuantan
bergantung kepada masa yang terluang di institusi tahfiz mengikut kesesuaian
antara pihak pengajar dan peserta supaya pembelajaran di institusi tahfiz
tidak tergangggu atau ditangguhkan. Kebiasaannya kursus-kursus ini
dijalankan pada hujung minggu.

Di atas inisiatif tersebut, pengkaji telah membuat kajian untuk
mendapatkan keberhasilan pembelajaran daripada kursus-kursus yang telah
dilaksanakan untuk pelajar-pelajar yang diluar daripada arus perdana
pendidikan ini. Keberkesanan perlaksanaan kursus ini termasuk mengetahui
pencapaian objektif kursus, penerimaan ilmu kemahiran pada setiap peserta
sebelum berkursus dan selepas berkursus.

36

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

3.0 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah menilai maklum balas peserta di bawah program
latihan kemahiran kepada pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok (PKTP) 2021
di Kolej Komuniti Kuantan. Penilaian dibuat dengan mengedar borang penilaian
kursus yang dibangunkan oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK) kepada setiap peserta. Borang akan diedarkan setiap kali peserta
selesai berkursus dalam masa yang ditetapkan.Borang ini merangkumi 3 bahagian
iaitu Bahagian A:Perlaksanan kursus, Bahagian B: Keberkesanan kursus dan
Bahagian C:Komen atau cadangan dari peserta.

Bahagian A mengandungi penyampaian kandungan mencapai objektif, cara
penyampaian pengajar menarik, kandungan kursus teratur, tempat kursus sesuai,
penyampaian pengajar jelas dan difahami dan masa dan tempoh kursus mencukupi.
Bahagian B mengandungi pengetahuan dalam bidang kursus (sebelum dan selepas
berkursus), kemahiran dalam bidang kursus (sebelum dan selepas berkursus),
yakin menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari (sebelum dan
selepas berkursus), membantu meningkatkan kerjaya (sebelum dan selepas
berkursus), membantu memulakan perniagaan (sebelum dan selepas berkursus)
dan adakah kursus membantu mengembangkan perniagaan (sebelum dan selepas
berkursus). Bahagian C mengandungi komen atau cadangan dari peserta.

4.0 Kajian Literatur

Yufiza Mohd Yusof, Rafidah Mohd Basir, Saleha Abd Azis, Zamaruzaman
Mohamad (2016), menyatakan bahawa kolaborasi antara pihak Kolej Komuniti
dengan pihak luar (institusi keagamaan) telah berjaya memberi ilmu kemahiran
kepada pelajar tahfiz dengan kursus yang dilaksanakan. Kenyataan ini dikukuhkan
lagi dengan kajian maklum balas peserta di bawah program latihan kemahiran
kepada pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok (PKTP) 2021 di Kolej Komuniti
Kuantan. Semua pelajar tahfiz yang dipilih adalah daripada remaja yang berusia 15
tahun keatas termasuk para pendidik yang bekerja di tahfiz berikut. Kursus yang
ditawarkan adalah kursus-kursus yang berkaitan dengan kemahiran kelangsungan
hidup serta dapat membantu peserta berkeyakinan dan berkemahiran untuk
meneruskan kehidupan disamping ilmu utama yang peserta ikuti di institusi tahfiz.

5.0 Metodologi Kajian

Kajian ini berbentuk kuantitatif yang mengkaji persepsi peserta di bawah
program latihan kemahiran kepada pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok
(PKTP) 2021 di Kolej Komuniti Kuantan. Oleh kerana kajian ini merupakan kajian
tinjauan, maka kajian ini menggunakan soal selidik untuk menjawab persoalan
kajian. Borang soal selidik diedar kepada 245 responden untuk 4 buah tahfiz di
sekitar bandar Kuantan. Data mentah ini dikumpulkan dan dianalisis menggunakan
perisian Microsoft Excel untuk mendapatkan nilai purata (skor min). Data-data ini
akan disatukan dan hasil dari keputusan ini akan digunakan untuk mendapatkan
keputusan bagi mendapatkan dapatan kajian.

37

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

6.0 Soal Selidik Kajian

Borang soal selidik dimulakan dengan pengenalan ringkas tentang tujuan
kajian dijalankan. Borang Keberkesanan kursus (Borang 9) ini distrukturkan
kepada tiga bahagian iaitu:

1. Bahagian A: bahagian ini mengandungi enam (6) item berkaitan dengan
perlaksanaan kursus.

2. Bahagian B: bahagian ini mengandungi enam (6) item berkaitan
keberkesan sebelum peserta berkursus dan selepas peserta mengikuti
kursus yang ditawarkan.

3. Bahagian C: mengandungi komen atau cadangan dari peserta terhadap

keseluruhan kursus. Di samping itu, peserta juga digalakkan untuk

memberi cadangan bagi meningkatkan mutu kursus di masa hadapan.

Bahagian A :Pelaksanaan Kursus

BIL. PERKARA Lemah Sederhana Baik Amat
(1) (2) (3) Baik

(4)

1 Penyampaian isi kandungan mencapai
objektif.

2 Cara penyampaian pengajar menarik.

3 Kandungan kursus teratur.

4 Tempat kursus sesuai.

5 Penyampaian pengajar jelas dan difahami.

6 Masa dan tempoh kursus mencukupi.

38

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Bahagian B : Keberkesanan Kursus

SEBELUM KURSUS SELEPAS KURSUS

BIL PERKARA Lemah Sederhana Baik Amat Lemah Sederhana Baik Amat
(1) (2) (3) Baik (1) (2) (3) Baik
Pengetahuan
1 dalam bidang (4) (4)

kursus.

2 Kemahiran dalam
bidang kursus.

Yakin
menggunakan
3 pengetahuan dan
kemahiran yang
dipelajari.

Membantu

4 peningkatan
kerjaya.

Membantu
5 memulakan

perniagaan.

Membantu
6 mengembangkan

perniagaan.

Kesemua item A dan B diukur skala yang menggunakan 4 skala jawapan
seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 6.1 dibawah :

Skor Jawapan

1 Lemah

2 Sederhana

3 Baik

4 Amat baik

Jadual 6.1 Skala pemerhatian

39

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

7.0 Dapatan Kajian Dan Analisis Kajian

7.1 Dapatan kajian

Populasi kajian adalah terhadap 245 responden yang mengikuti program
latihan kemahiran kepada pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok (PKTP)
2021 di Kolej Komuniti. Jadual 7.1 dibawah menunjukkkan senarai 4 buah
tahfiz, senarai kursus dan bilangan peserta dari setiap sekolah pondok.

BIL. NAMA TAHFIZ KURSUS BILANGAN
PESERTA

Kursus Fertigasi Cili 15 Orang

Ternakan Keli Organik 15 Orang

1 Pertukangan Asas Rehal 15 Oang
15 Orang
Madrasah Asyraful Baikpulih Telefon Bimbit 20 Orang
Madaris
Keusahawanan dan
Pemasaran Digital

2 Madrasah Tahfiz Ar- PSH Bermodul Teknologi 15 Orang
Rahman Elektrik

Aplikasi Google Meet dan 30 Orang
Google Classroom

Aplikasi Streamyard for 30 Orang
30 Orang
Conference 30 Orang
3

Pembinaan Grafik dan Video

Maahad Tahfiz Turath Intro

Negeri Pahang Media Editor for live

streaming & Video Content

Maahad Tahfiz Darul Rekabentuk Grafik 20 Orang
Ulum Al Basriyah Hjh Menggunakan Canva 20 Orang

4 Maimunah, Beserah, Pengucapan dan Komunikasi

Kuantan Berkesan

Tanaman Cendawan Tiram 20 Orang

JUMLAH 245 Orang

Jadual 7.1.1 Senarai Tahfiz & Peserta Kursus Yang Terlibat Bagi Program
Latihan Kemahiran kepada pelajar di tahfiz dan sekolah pondok (PKTP) tahun

2021

40

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Kajian ini melibatkan skor min bagi menunjukkan tahap pencapaian
kemahiran generik responden sebelum dan selepas mengikuti kursus yang
dianjurkan. Dapatan data Min akan digunakan untuk mendapatkan skor Min.

Julat Skor Min Aras Persetujuan Penilaian Min

1.00 – 2.00 Tidak Setuju Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana Setuju Sederhana

3.01 – 4.00 Setuju Tinggi Tinggi

Jadual 7.1.2 Jadual Skor Min Pentaksiran

Jadual 7.1.3 Dapatan data bagi bahagian A. Pelaksanaan kursus

41

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Dapatan daripada skor min peserta akan dianalisis untuk mendapatkan
penilaian Min. Pengkaji meggunakan formula berikut untuk mendapatkan

hasil keseluruhan Min

Hasil keseluruhan Min = Jumlah skor min x 4
52

= 46.27 x 4
52

= 3.55
Hasil dapatan menunjukkan penilaian Min berada pada tahap tinggi

SKOR MIN SKOR MIN

BIL. NAMA SEBELUM PENILAIAN SELEPAS PENILAIAN
TAHFIZ
KURSUS MIN MIN
KURSUS KURSUS

Kursus 1.14 Rendah 3.82 Tinggi
Fertigasi Cili

Ternakan Keli 1.45 Rendah 3.26 Tinggi
Organik

Pertukangan 1.48 Rendah 3.21 Tinggi
Asas Rehal
1
Baikpiluh 1.14 Rendah 3.26 Tinggi
Madrasah Telefon Bimbit
Asyraful
Madaris Keusahawanan 1.45 Rendah 3.48 Tinggi
dan Pemasaran
Madrasah Digital
2 Tahfiz Ar-
PSH Bermodul 1.14 Rendah 3.63 Tinggi
Rahman Teknologi
Elektrik

Aplikasi Google 1.14 Rendah 3.44 Tinggi
Meet dan
Google
Classroom

3 Maahad Aplikasi 1.45 Rendah 3.26 Tinggi
Tahfiz Streamyard for
Conference
Turath

Negeri Pembinaan 1.62 Rendah 3.26 Tinggi
Grafik dan
Pahang Video Intro

42

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Media Editor 1.45 Rendah 3.26 Tinggi
for live Tinggi
streaming & Tinggi
Video Content Tinggi
Tinggi
Rekabentuk 1.48 Rendah 3.39

Grafik

Maahad Menggunakan

Tahfiz Darul Canva

Ulum Al Pengucapan 2.38 Sederhana 3.44

4 Basriyah dan

Hjh Komunikasi

Maimunah, Berkesan

Beserah, Tanaman 1.45 Rendah 3.19
Kuantan Cendawan

Tiram

Jumlah Skor min 18.77 Rendah 43.9

Jadual 7.1.4 Dapatan data bagi bahagian B.

Keberkesanan kursus adalah seperti berikut;

Dapatan data dari skor B untuk menilai keberkesanan sebelum berkursus:

Hasil keseluruhan Min=Jumlah skor min x
4 52

= 18.77 x 4
52

= 1.44

Penilaian Min sebelum peserta menghadiri kursus adalah berada pada tahap
rendah.

Dapatan data dari skor B untuk menilai keberkesanan selepas berkursus:

Hasil keseluruhan Min=Jumlah skor min x
4 52

= 43.9 x 4
52

= 3.37

Penilaian Min selepas peserta menghadiri kursus adalah berada pada tahap
tinggi.

43

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

7.2 Analisis kajian

Berdasarkan kepada keputusan di atas, kajian menunjukkan analisis
pada bahagian A, perlaksanaan kursus menjelaskan bahawa penyampaian isi
kandungan mencapai objektif kursus, cara penyampaian menarik, kandungan
kursus teratur, tempat berkursus sesuai, penyampaian jelas dan difahami dan
masa dan tempoh kursus mencukupi.

Analisis pada bahagian B menunjukkan tahap pengetahuan peserta
sebelum menghadiri kursus adalah rendah dan analisa selepas menghadiri
kursus adalah tahap tinggi. Ini merangkumi pengetahuan dan kemahiran
peserta kursus bertambah setelah menghabiskan kursus yang ditawarkan
kepada mereka. Harapan peserta pegetahuan dan kemahiran yang didapati
akan membantu mereka membina kerjaya untuk menjana pendapatan mereka
pada masa hadapan. Dari sudut keusahawanan, kemahiran yang diperolehi
boleh digunakan untuk memulakan perniagaan dan untuk mengembangkan
perniagaan yang sedia ada.

8.0 Kesimpulan

Impak selepas perlaksanaan kursus adalah setiap peserta berkeyakinan
setelah mendapat pengetahuan baru. Kemahiran-kemahiran ini bukan sahaja
sebagai nilai tambah ilmu untuk pelajar tahfiz tetapi ianya juga boleh
memudahkan pelajar tahfiz mendapatkan pekerjaan serta akan membuka
peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Semoga dengan pelaksanaan
Program Latihan Kemahiran kepada pelajar di tahfiz dan sekolah pondok
(PKTP) kendalian Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Kuantan
dapat membuka peluang kepada pelajar yang bukan arus perdana pendidikan
untuk mendapatkan ilmu yang boleh digunakan sepanjang kehidupan mereka.

Penambahbaikan kepada program ini ialah ianya boleh disasarkan
kepada golongan yang lain seperti orang gelandangan dan pelajar yang tercicir
dari arus pendidikan perdana. Pengkaji juga menyarankan kajian lanjut perlu
dilakukan untuk menilai keberkesanan kursus ini secara berterusan untuk
mengetahui adakah kemahiran-kemahiran yang telah diajar ini digunapakai
oleh peserta tahfiz secara konsisten.

Kesimpulan akhir adalah Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej
Komuniti Kuantan telah berjaya memenuhi strategi dan inisiatif pembelajaran
sepanjang hayat fasa 3.

44

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Rujukan
Bernama.(2019). PSH Berjaya Dapat Penyertaan Golongan Sasar.
[online]{diakses 25 Ogos 2019}.Availableat:http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/psh-berjaya-dapatpenyertaan-golongan-sasar-204588
Hasami, H., and Buang, N.A., (2018), Keberkesanan Program Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) Terhadap Pengetahuan Dan Tahap Kemahiran Pelajar
Kolej Komuniti (The Effectiveness of the Lifelong. Jurnal Pendidikan Malaysia
SI 1(1) (2018): 89-106 DOI: Available at: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-
2018-43.03-10 Learning Programme (PSH) Towards Knowledge and Skill
Levels of Students Community College).
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti(2012). Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-
2015.Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/muat-
turun/penerbitan-danjurnal/buletin/1181-pemerkasaan-kolej-komuniti-2013-
2015/file
Kementerian Pengajian Tinggi (2011). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
Fasa 2 (2011- 2015)
Mohd Yusof, Y., Mohd Basir, R. and Mohamad, Z. (2016). Pelaksanaan
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti Kementerian
Pendidikan Malaysia. [online] Umceed.edu.my. Available at:
https://umcced.edu.my/psh2016/web_paper/2.4.1.pdf

45

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Keberkesanan Kursus Pendek Keusahawanan bagi Kluster
Katering dan Sajian di Kolej Komuniti Rompin

Natasha Noremilia Othman1*, Nurulshida Abdul Rashid2,
Noor Azhar Abd Wahab3

123Kolej Komuntiti Rompin
*[email protected]

Abstrak

Pandemik Covid-19 dilihat memberi kesan yang banyak kepada sosio ekonomi negara serta
komuniti setempat. Bagi mengatasi masalah tersebut pihak kerajaan telah mengambil
langkah pro aktif dengan mewujudkan program – program berteraskan keusahawanan yang
giat diadakan di seluruh kolej komuniti di Malaysia. Tujuan penyelidikan ini dijalankan
bagi mengetahui sejauh mana pandangan peserta terhadap perlaksanaan kursus pendek
keusahawanan bagi kluster katering dan sajian yang telah diadakan di Kolej Komuniti
Rompin (KKRP). Objektif kajian adalah untuk melihat tahap keberkesanan perlaksanaan
kursus pendek keusahawanan bercirikan masakan yang ditawarkan serta khidmat tenaga
pengajar yang mengajar kursus berkenaan. Reka bentuk kajian secara deskriptif kuantitatif
yang dibuat secara tinjauan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik
melibatkan 52 orang sampel daripada 60 orang populasi peserta kursus pendek di bawah
kluster katering dan sajian pada tahun 2021. Penggunaan perisian Statistical Packages for
Social Science Version 26.0 (SPSS) yang mana kajian frekuensi, peratus serta peratus min
digunapakai. Secara ringkasnya, hasil dapatan jelas menunjukkan keberkesanan kursus
pendek keusahawanan yang sangat tinggi pada skor min 4.45 dan persepsi terhadap tenaga
pengajar yang sangat tinggi pada skor min 4.51.

Kata kunci: Keusahawanan, Kursus Pendek, Masakan

1.0 Pengenalan

Kursus jangka pendek (Kurpen) adalah salah satu wadah utama
pembelajaran di kolej komuniti di seluruh Malaysia. Ia diwujudkan atas
tujuan memberi nilai tambah ilmu pengetahuan, mempertingkatkan
kemahiran serta keterampilan pada individu amnya serta masyarakat secara
umumnya. Perlaksanaan kursus pendek melibatkan penawaran kursus
yang releven dengan mengikut kehendak komuniti setempat dalam
membantu meningkatkan sara hidup dan pembangunan mereka. Kepelbagai
penawaran kursus yang ditawarkan menjadikan kolej komuniti di antara
hub pembelajaran bagi kursus-kursus kemahiran yang bermodul. Sebagai
salah sebuah kolej komuniti rintis, pada tahun 2021 pihak KKRP digalaskan
dengan satu tanggungjawab untuk mencapi norma peserta sebanyak 1400
orang.

Bagi mencapai hasrat tersebut, kepuasan peserta kursus pendek yang
menyertai kursus disini amatlah perlu diambil berat kerana ianya menyumbang
kepada lebih banyak permintaan bagi kursus-kursus keusahawanan
berunsurkan masakan di sini. Khidmat tenaga pengajar yang cemerlang dan
baik dilihat mampu mewujudkan kepuasan kepada peserta disamping
meningkatkan permintaan sesuatu kursus. Kenyataan ini selari dengan
penyataan oleh Masliza (2014), bagi mencapai sesuatu matlamat, prestasi
sesebuah organisasi harus bertumpu kepada hubungan dua hala.

46

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Berpandukan tujuan tersebut, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (UPSH)
dengan kerjasama Program Kulinari telah merangka gerak kerja dalam
melaksanakan kursus–kursus keusahawanan berkaitan dalam bidang
masakan.

1.1 Pernyataan Masalah

Sektor perniagaan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi
sesebuah negara, yang mana dalam mewujudkan peluang pekerjaan proses
melahirkan usahawan harus digilap dari akar umbinya. Justeru itu, dalam
usaha menggalakkan lagi masyarakat menjadi usahawan, satu platform
pembelajaran direka dengan menjadikan pembelajaran sepanjang hayat (PSH)
sebagai satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program
pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal
atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Dalam
menyusuri matlamat bagi menjayakan pelan tersebut, kita dikejutkan dengan
pandemik Covid-19 yang mengubah segalanya. Kesan Covid-19 terhadap
ekonomi di Malaysia dilihat memberi impak besar terhadap majikan dan
pekerja. Pengangguran menjadi banyak, punca pendapatan menurun serta
penutupan operasi perniagaan menjadi isu utama yang dibangkitkan. Menurut
Jaafar (2020), ekonomi kini mula dalam keadaan tergugat dan meruncing maka
kerajaan perlu mencari jalan untuk menyediakan pekerjaan supaya rakyat ada
pendapatan.

Sejajar dengan itu, kolej komunti sebagai hub Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) mengambil inisiatif dalam membantu rakyat bangkit
dari pandemik Covid-19 ini melaksanakan beberapa perubahan dengan
mengadakan serta memperbanyakkan kursus pendek yang berteraskan
keusahawanan. Hasil perubahan misi dan visi itu perlaksanaan kursus
keusahawanan mula giat dilaksanakan. Dengan kepelbagaian sumber
kewangan diberikan dalam menjayakan program keusahawanan di setiap
kolej komunti seluruh Malaysia. Justeru itu, pengkaji terpanggil untuk
membuat satu tinjauan mengenai keberkesanan kursus keusahawanan
dalam membantu masyarakat terutamanya di daerah Rompin dalam
menghadapi cabaran ekonomi dangan menjadikan kursus keusahawanan
sebagai medan menimba ilmu bagi kelangsungan hidup mereka. Kenyataan
ini turut disokong oleh Azlinda et al (2010) mengatakan bahawa kualiti
sesuatu khidmat diberikan dilihat atas keberkesanan penawaran yang
diterima oleh seseorang dimana outputnya bukan secara fizikal dilihat tetapi
secara keseluruhan. Pengkaji melihat, hasil penyelidikan ini harus
diketengahkan agar mampu menjadi panduan kepada penawaran kursus
keusahawan yang berkesan kepada pihak pengurusan UPSH amnya serta
Program Kulinari khususnya dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan
pernambahbaikan perlaksanaan kursus pendek berunsurkan
keusahawanan pada masa akan datang.

1.2 Objektif Kajian

Objektif penyelidikan ini adalah:
i. Mengenalpasti tahap keberkesanan kursus pendek keusahawanan
ii. Mengetahui persepsi peserta terhadap tenaga pengajar

47

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

2.0 Sorotan Kajian

Perubahan di dalam dasar hala tuju baru PSH mewujudkan satu
mekanisma baru di dalam perancangan kursus-kursus bermodul pendek.
Lima teras utama yang baru diwujudkan sebagai panduan perlaksanaan,
dimana salah satu hala tuju utamanya adalah memperkukuhkan
keusahawanan (Sumber Nota Jemaah Menteri; “Pencapaian 20 tahun PSH”,
KPT 17 Julai 2020). Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan teras
tersebut para pengajar perlu melakukan perubahan, menjadikan
kepelbagaian teknologi–teknologi sedia ada sebagai idea baru didalam
penawaran sesuatu kursus. Menurut Kasnawi & Sulaiman (2016), sesuatu
perubahan boleh dianggap sebagai satu proses pembelajaran dalam
melakukan sesuatu atau perbuatan seseorang yang berbeza dengan
keadaan sebelumnya. Ianya diperkuatkan lagi dengan kajian Sapiah (2013),
yang menyatakan membudayakan pembelajaran secara berterusan pada
komuniti setempat mahupun warga kolej itu sendiri, ianya harus menjadi
cabaran utama dalam menentukan keberkesanan perkhidmatan yang
ditawarkan. Sesuatu organisasi yang menguruskan mahupun yang
menyediakan latihan harus melihat dan mengukur tahap kesesuaian
sesuatu program tersebut (Kirkpatrik 2006). Di dalam Model Penilaian
Latihan Kirkpatrick (2006), ianya mempunyai empat tahap penilaian untuk
diukur bagi melihat keberkesanan sesuatu latihan, iaitu reaksi peserta,
proses pembelajaran semasa, sikap dan hasil selepas pembelajaran. Justeru
itu, tatacara penyampaian sesuatu maklumat serta perkongsian ilmu
haruslah diambil berat kerana ianya turut memberi peranan besar dalam
mencapai sesuatu misi serta visi sesebuah organisasi.

3.0 Metodologi Kajian

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian deskriptif berbentuk soal selidik dilaksanakan. Pendekatan ini
dipilih kerana kesesuaian bagi mendapatkan maklumat dengan lebih
sempurna serta lebih praktikal dan realistik dalam mendapatkan maklum
balas segera daripada responden yang berada jauh dari pengkaji.

3.2 Populasi dan Sampel Kajian

Persampelan secara berkelompok digunakan bagi populasi kajian yang
mana seramai 60 responden terdiri dari peserta yang telah menyertai lebih 3
kali kursus masakan bercirikan keusahawanan. Menurut jadual
persampelan adalah mencukupi dengan mengambil hanya 52 orang
responden sahaja sebagai sampel bagi mewakili populasi kajian (Krejcie dan
Morgan 1970).

3.3 Instrumen Kajian

Kaedah Kuantitatif digunapakai. Edaran borang selidik dibina
menggunakan templete Google Form. Medium Telegram dipilih sebagai
edaran instrumen soal selidik setiap kali kursus tamat dijalankan. Olahan
soalan penyelidikan diadaptasi dan diubahsuai daripada soal selidik
pengkaji terdahulu. Item-item soalan dipecahkan kepada tiga bahagian.

48

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Bahagian A: Demografi responden
Bahagian B: Tahap keberkesanan kursus pendek keusahawanan

Bahagian C: Persepsi terhadap tenaga pengajar

Jadual 1 Pengkaji mengukur item-item berdasarkan item skala Likert
5 mata yang terdiri daripada skala sangat setuju, setuju, kurang setuju,

tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk dijadikan pilihan jawapan
kepada responden. Skala Likert digunakan untuk mengukur sikap,

pendapat, dan persepsi seseorang atau kumpulan mengenai kegiatan sosial
(Adzhar et. 2017)

Jadual 1: Tafsiran Skala Likert Bahagian B dan C

Skala Skor
Sangat Tidak Setuju (STS) 1
2
Tidak Setuju (TS) 3
Tidak Pasti (TP) 4
5
Setuju (S)
Sangat Setuju (SS)

3.4 Kaedah Analisis

Bagi dapatan data, ianya dianalisis secara kuantitatif dengan

mengaplikasi analisis kekerapan dan deskriptif. Analisis kekerapan juga
dilakukan dalam mendapat dapatan mengenai latar belakang responden
seperti jantina, umur dan kekerapan peryertaan. Manakala interprestasi

min digunakan bagi tujuan analisis deskriptif. Penentuan interpretasi min
adalah berdasarkan jadual 2 yang diambil daripada Rizarina et al (2020).

Jadual 2: Interpretasi Min

Julat Skor Min Interpretasi Min
1.00 – 2.33 Rendah/Tidak Sesuai
2.34 – 3.66 Sederhana/Agak Sesuai
3.67 – 5.00
Tinggi/Sesuai

4.0 Analisis dan Perbincangan

4.1 Analisis Kekerapan

Bagi data demografi responden, pengunaan kaedah statistik

kekerapan dalam menentukan jantina, umur, dan kekerapan penyertaan
diperbincangkan. Hasil analisis bagi data demografi diperbincang
berdasarkan Jadual 3, 4, dan 5.

Jadual 3: Profil Responden mengikut jantina

Jantina Frekuensi Peratus (%)
Lelaki 14 26.9
Perempuan 38 73.1
Jumlah 52 100.0

49

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Jadual 3 memperlihatkan, bahawa daripada 52 responden, seramai 14

responden terdiri dikalangan peserta lelaki dengan nisbah (26.9%) manakala
seramai 38 responden dikalangan peserta perempuan dengan nisbah (73.1%).

Jadual 4: Profil Responden mengikut umur

Umur Frekuensi Peratus (%)
20 - 29 tahun 16 30.8
30 - 39 tahun 26 50.0
Lebih 40 tahun 10 19.2
52 100.0
Jumlah

Berdasarkan jadual 4, linkungan responden berumur diantara 20 hingga
29 tahun seramai 16 orang (30.8%) manakala seramai 26 orang (50.0%)
mewakili lingkungan umur 30 hingga 39 tahun. Bagi responden berumur lebih
40 seramai 10 orang (19.2%) daripada keseluruhan responden.

Jadual 5: Profil Responden mengikut penyertaan

Program Frekuensi Peratus (%)
Kali Pertama 20 38.5
Kali Kedua 17 32.7
9 17.3
Kali ketiga 6 11.5
Lebih dari tiga 52 100.0

Jumlah

Berdasarkan Jadual 5 pula menunjukkan bahawa 20 orang peserta
(38.5%) adalah peserta yang kali pertama menyertai kursus. Seramai 17

orang (32.7%) merupakan peserta yang menyertai bagi kali kedua, seramai 9
orang (17.3%) menyertai kursus pendek untuk kali ketiga manakala 6 orang
(11.5%) daripada jumlah keseluruhan responden adalah peserta yang

menyertai kursus lebih dari tiga kali.

4.2 Analisis Deskriptif

Pada item soalan dijadual 6 bahagian B, analisis deskriptif dijalankan

untuk mengenalpasti tahap kemahiran responden selepas mengikuti kursus
yang ditawarkan. Manakala jadual 7 bahagian C pula menunjukkan tahap
keberkesanan pengajaran kursus yang disampaikan.

Jadual 6: Tahap keberkesanan kursus pendek keusahawanan

Bil. Item Skor Sisihan Interpretasi
Piawai Min
Min 0.654 Tinggi

B1 Kursus yang ditawarkan adalah 4.53 0.560 Tinggi

menarik dan sejajar dengan

perkembangan terkini

B2 Kursus yang dijalankan dapat 4.53

membantu meningkatkan kerjaya

serta memberi peluang kepada

peserta bagi menambah sumber

pendapatan

50

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

B3 Kursus yang dijalankan dapat 4.47 0.696 Tinggi
0.710 Tinggi
dipraktikkan dengan mudah di 0.688 Tinggi
0.609 Tinggi
rumah 0.653 Tinggi

B4 Tempoh pelaksanaan kursus yang 4.31

fleksibel, dan sesi ‘’hands –on”

dijalankan dengan baik

B5 Yuran kursus yang dikenakan 4.39

berpatutan mengikut jenis kursus

yang ditawarkan

B6 Kursus yang dipelajari dapat 4.47
diadaptasi bagi menjadi seorang

usahawan

Skor min keseluruhan 4.45

Jadual 6 memperlihatkan item B1 serta B2 memperoleh min skor
tertinggi = 4.53, dengan sisihan piawai 0.654. Soalan B2 pula
menunjukkan sisihan piawai ialah 0.560. Bagi B3 dan B6, ianya mendapat

min skor yang sama iaitu = 4.47 dan diikuti oleh item B5 min skor = 4.39.
Manakala item B4 mendapat skor min terendah iaitu 4.31. Walaupun
mendapat min skor terendah walaupun masih pada interpretasi min sangat

memuaskan. Min skor keseluruhan sebanyak = 4.45 dan ini jelas
menyatakan analisis tahap kemahiran peserta selepas menyertai latihan

berada pada interprestasi yang sangat memuaskan.

Jadual 7: Persepsi terhadap tenaga pengajar

Bil. Item Skor Sisihan Interpretasi
Min Piawai Min
C1 Penceramah dapat menyampaikan 4.58 0.649
objektif kursus dengan jelas dan Tinggi
berkesan 4.44 0.558
Tinggi
C2 Penceramah menunjukkan sikap 4.47 0.609
mesra dan memberikan jawapan Tinggi
yang tepat kepada setiap soalan yang 4.47 0.609
diajukan 4.47 0.654 Tinggi
Tinggi
C3 Penceramah sentiasa bersedia 4.61 0.766
menghulurkan bantuan kepada Tinggi
peserta kurus sepanjang tempoh 4.51 0.641
berkursus Tinggi

C4 Keterampilan diri penceramah
adalah kemas, rapi dan meyakinkan

C5 Penceramah dapat berinteraksi
dengan baik kepada setiap peserta
sepanjang kursus dijalankan

C6 Penceramah menunjukkan
demonstrasi masakan yang jelas
dan mudah difahami

Skor min keseluruhan

51

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Jadual 7 pula memaparkan analisis data dapatan terhadap
keberkesanan pengajaran kursus yang diadakan. Item C6 mencatatkan
jumlah min tertinggi iaitu 4.61 dengan sisihan piawai 0.766 diikuti dengan
item C1 dengan catatan min 4.58 dan sisihan piawai 0.649. Item C3, C4 dan
C5 mendapat min yang sama iaitu 4.47 dengan sisihan piawai 0.609 bagi
item C3 dan C4 dan 0.654 bagi item C5. Item C2 mencatatkan nilai min
terendah iaitu 4.44 dan sisihan piawai 0.558, namun masih dalam
interpretasi min sangat memuaskan. Hasil skor min keseluruhan yang
dicatatkan adalah 4.51 iaitu pada tahap sangat memuaskan.

5.0 Rumusan dan Cadangan

Hasil penyelidikan memperlihatkan aspek min keseluruhan bagi
objektif pertama iaitu mengenal pasti tahap kemahiran peserta selepas
mengikuti kursus berada pada interprestasi min sangat memuaskan iaitu
4.45. Ini jelas membuktikan kursus keusahawanan ditawarkan kepada
responden adalah menarik dan sejajar dengan perkembangan terkini.
Peserta juga bersetuju kursus pendek yang dijalankan dapat membantu
meningkatkan kerjaya serta memberi peluang bagi menambah pendapatan.
Selain itu, kursus yang diberi dapat dipraktikkan dengan mudah, suasana
di tempat latihan yang selesa dan bersih serta yuran yang berpatutan
mengikut jenis kursus yang ditawarkan. Selaian tempoh pelaksanaan yang
fleksibel dan sesi hands-on yang dijalankan dengan baik serta teliti.

Bagi objektif yang kedua iaitu mengenal pasti tahap keberkesanan
pengajaran kursus yang disampaikan kepada responden, pengkaji melihat
bahawa skor min keseluruhan 4.51 menunjukkan hasil yang sangat
memuaskan. Dapatan ini dapat dirumuskan, bahawa peserta sangat
berpuas hati dengan penceramah yang dilantik, demonstrasi masakan yang
jelas dan mudah difahami oleh peserta. Gaya penyampaian mencapai
objektif kursus dengan jelas dan berkesan kepada responden sepanjang
tempoh berkursus. Responden turut berpuas hati dengan ketrampilan diri
dan kebolehan interaksi antara penceramah dan peserta serta sikap mesra
penceramah apabila diajukan soalan dengan memberikan jawapan yang
tepat kepada soalan yang diutarakan oleh peserta.

5.1 Cadangan

Hasil dapatan kajian dilihat, beberapa cadangan sebagai
penambahbaikan wajar untuk dipertimbangkan ataupun diambil perhatian
oleh UPSH dan program Kulinari, bagi meningkatkan keberkesanan kursus
keusahawanan dalam menjamin tahap kepuasan yang berterusan. Di sini
pengkaji menggariskan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian
dalam penambahbaikan:

i. Kemudahan fizikal dan keperluan asas yang lama harus diganti
dengan penggunaan mesin yang lebih moden, canggih dan terkini bagi
memberi pendedahan kepada peserta seiring dengan revolusi industri.

ii. Mengadakan kerjasama dengan chef–chef terkemuka bagi menarik
lagi peserta kursus untuk menyertai kursus di Kolej Komuniti Rompin
supaya dapat berkongsi pengalaman dan kemahiran di dalam industri
perniagaan dan keusahawanan.

52

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Secara keseluruhannya, kajian ini jelas menunjukkan bahawa tahap
keberkesanan kursus keusahawanan berteraskan katering dan sajian
adalah amat memberangsangkan. Kajian ini juga harus dipertingkatkan
serta diperhalusi dari setiap aspek agar mampu meningkatkan prestasi para
pengajar terutama diprogram kulinari serta turut membantu aspek
pengurusan UPSH dalam merangka dan merancang mekanisma yang
terbaik bagi mengekalkan momemtum dan memastikan tahap kepuasan
peserta sentiasa di tahap terbaik.

Rujukan

Adzhar, Hudiya & Abdul Karim, Aidah & Sahrin, Muhammad. (2017).
Pembangunan Instrumen Penerimaan E-Pembelajaran Pelajar
Pascasiswazah Menggunakan Analisis Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia.
42. 147-155. 10.17576/JPEN-2017-42.02-08.

Azlinda Kasma Azizan Bt Kamal A Nasir. (2010), “Kepuasan Pelajar Fakulti
Pendidikan UTM Terhadap Kualiti Perkhidmatan Di Pusat Kesihatan UTM”
Journal of Educational Management, Volume 1 March 2011, Pages 103-120
/ ISSN: 2231-7341

Creswell, J. W. (2005). Educational research-planning, conducting and
evaluating quantitative and qualitative research. Columbus: Pearson Merril
Prentice Hall.

Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Asas Statistik
Penyelidikan Buku 2. Malaysia: McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Hernon, P., Nitecki, D.A. & Altman, E. (1999). Service Quality and Customer
Satisfaction:An Assessment and Future Directions. The Journal of Academic
Librarianship 25: 9-17.

Jaafar. N (2020). Malaysia Berdepan Isu Pengangguran Pendapatan Kesan

Covid 19 https://www.sinarharian.com.my/article/80226/khas/
koronavirus/malaysia-berdepan-isu-pengangguran-pendapatan-kesan-
Covid-19

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. (2020). Kamus KPI
2021. https://mytvet.edu.my/persist

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for
Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3),
607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308

Kirkpatrick, D.L and Kirkpatrick, J.D. (2006) Evaluating Training Programs:
The four levels (3rd Ed). San Fransisco: Berret-Koehler.

Kasnawi M.T., & Sulaiman A (2016). Konsep dan Pendekatan Perubahan
Sosial.Pustaka.ut.as.id/lib/wp content/upload/pdfmk/IPEM4439-M1.pdf

53

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Pelan Pembangunan Strategik Pengajian Tinggi, KPM - Pelan Pembangunan
Pendidikan 2013-2025 (moe.gov.my)
Rizarina Ekhwan, Siti Hazwani Rosli & Razzatul Iza Zurita
Rasalli.(2020).Keberkesanan kursus jangka pendek anjuran Kolej Komuniti
Ledang Johor terhadap alumni. Asian Journal of Civilizational Studies
(AJOCS),2(1),68-79.
Rohani Abd Razak. (2013). Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan
Kakitangan Politeknik Kuala Terengganu: Diges Jabatan Pengajian
politeknik.
Siti Masliza Nawi. (2014). Persepsi Pensyarah Terhadap Pengurusan Kursus
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL):
Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014, 72 – 85.

54

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Tinjauan Pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
Secara Dalam Talian: Kerjasama Antara Langkawi Tourism

Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) Dan
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Zon Utara

Nor Asfarul Lail Azwan Haris1*, Izzah Imanina Ibrahim2,
Mohamad Arif Abdul Kadir 3

123Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi

*[email protected]

Abstrak

Inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan teras ketiga daripada 10 teras
yang dibangunkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025
(Pengajian Tinggi) bagi membudayakan amalan PSH. Kursus PSH ini telah sekian lama
dilaksanakan secara konvensional iaitu secara bersemuka bagi latihan PSH berbentuk
teori dan amali. Namun, pandemik COVID-19 yang melanda negara telah menjadikan
pembelajaran secara dalam talian sebagai alternatif kepada cara pelaksanaan kursus-
kursus PSH. Pembelajaran dalam talian merupakan suatu kaedah pembelajaran dan
pengajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital. Oleh itu, suatu
kajian berkenaan keberkesanan pelaksanaan kursus anjuran Langkawi Tourism
Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara
(NCER) Zon Utara di bawah seliaan Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM) yang
telah dijalankan secara dalam talian. Kajian yang mengetengahkan pendekatan
kuantitatif ini disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada golongan B40. Hasil
kajian mendapati bahawa keberkesanan kursus yang dijalankan secara dalam talian ini
adalah di tahap tinggi.

Kata Kunci: Pembelajaran sepanjang hayat (PSH), pembelajaran secara dalam talian

1.0 Pengenalan
Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) diperlukan kerana ia

memberi impak positif dalam semua peringkat umur di mana ia dapat
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran serta menambah nilai kepada
seseorang (Hasami, 2018). Kolej komuniti merupakan salah satu institusi
pengajian tinggi Malaysia yang diselia oleh Jabatan Pendidikan Politeknik
dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).
Penubuhan kolej komuniti di Malaysia telah diluluskan oleh kabinet
Malaysia pada tahun 2005. Kolej komuniti telah dinaik taraf sebagai Hub
Pembelajaran Sepanjang Hayat pada tahun 2007 bagi memastikan
objektifnya tercapai melalui pelaksanaan kursus pendek dan program hasil
kerjasama dengan agensi pihak berkepentingan mengikut keperluan
masyarakat setempat di kawasan tersebut.

Sejajar dengan matlamat penubuhannya, Langkawi Tourism
Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) bertindak sebagai sebuah
institusi pendidikan yang menyediakan aktiviti PSH khususnya kepada
komuniti setempat. LTA@KKLK menawarkan pelbagai bidang kursus pendek
mengikut keperluan dan kemahiran yang diperlukan oleh masyarakat

55

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

setempat. Istimewanya di Pulau Langkawi, aktiviti ekonominya berkisarkan
mengenai pelancongan dan hospitaliti yang mana ianya dikunjungi bukan
sahaja pelancong domestik malahan antarabangsa. Terdapat pelbagai
kursus yang ditawarkan di LTA@KKLK seperti Grafik dan Multimedia,
Masakan & Minuman, Perhotelan, Komputer dan Teknologi Maklumat,
Pemasaran Digital serta Perniagaan dan Keusahawanan.

Secara objektifnya, program PSH memberi peluang kepada semua
lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk
memperoleh asas pembelajaran yang ditawarkan di sesebuah institusi
pendidikan (Wan Ahmad, Wan Rashid; Mohd Hashim, M.H, 2011).
Pelaksanaan program PSH turut bertindak sebagai salah satu usaha
kerajaan Malaysia untuk meningkatkan ekonomi negara melalui pelaburan
di dalam pembangunan sumber manusia.

1.1 Penyataan Masalah
Cabaran pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh negara

menyebabkan kekangan untuk mengadakan kursus secara bersemuka
bersama peserta. Di samping itu, terdapat lonjakan penggunaan medium
digital sebagai platform pemasaran dan perniagaan untuk usahawan
memasarkan produk mereka di dalam talian berikutan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Di bawah
pelaksanaan PKP hanya sektor tertentu sahaja dibenarkan untuk
beroperasi. Demi kelangsungan perniagaan, usahawan telah melibatkan diri
dengan menjalankan perniagaan secara dalam talian.

1.2 Objektif kajian
i. Mengenalpasti tahap keberkesanan kursus yang dilaksanakan
secara dalam talian.
ii. Mengenalpasti tahap kesediaan usahawan terhadap pelaksanaan
kursus yang dilaksanakan.

2.0 Sorotan Kajian
Kolej komuniti yang telah ditubuhkan sejak 2001 telah membawa

perubahan yang positif terhadap landskap pendidikan berasaskan teknikal
dan vokasional di Malaysia. Program yang ditawarkan dan disediakan di
kolej komuniti mendapat sambutan yang menggalakkan dengan terdapatnya
peningkatan dalam pemohonan bagi mengikuti pengajian sama ada secara
program sepenuh masa mahupun program PSH.

LTA@KKLK merupakan sebuah institusi yang komited dalam
menawarkan program PSH bagi golongan sasaran Bersama-sama dengan105
buah kolej komuniti yang lain (JPKK, 2015). Bagi memastikan matlamat,
objektif serta hala tuju program PSH tercapai tanpa menjejaskan standard dan
kualitinya, kolej komuniti telah menawarkan kursus jangka pendek seperti
yang telah digariskan di dalam panduan pelaksanaan program Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) (JPKK, 2015).

Namun begitu, dengan berlakunya penularan wabak COVID-19,
proses pengajaran dan pembelajaran PSH terpaksa ditangguhkan mahupun
ditukar kepada mod secara hibrid. Menurut World Health Organization
(WHO), Coronavirus ialah kumpulan virus yang menjadi punca utama
penyakit seperti batuk, selsema, bersin, demam, dan beberapa gejala

56

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

pernafasan. Coronavirus adalah penyakit berjangkit, yang merebak dengan
sangat cepat di kalangan manusia. COVID-19 mula dikesan pada bulan
Disember 2019, yang mana ianya bermula di Wilayah Wuhan,China.
COVID-19 ini menjadikan haiwan sebagai perumah bagi ianya untuk
membiak namun terdapat bukti yang menyatakan bahawa virus ini boleh
disebarkan daripada haiwan kepada manusia (Perlman & Mclntosh, 2020).
Berdasarkan pernyataan tersebut, COVID-19 boleh dikategorikan sebagai
virus yang berbahaya.

Dalam mendepani proses pengajaran dan pembelajaran norma
baharu, pihak LTA@KKLK telah dan bersedia untuk menganjurkan program
PSH secara dalam talian ataupun dikenali sebagai e-pembelajaran. Menurut
Salloum & Shaalan, 2018, e-pembelajaran telah digunakan secara meluas di
institusi pendidikan sebagai satu platform pengajaran dan pembelajaran
secara dalam talian. E-pembelajaran pula boleh didefinisikan sebagai satu
paradigma baharu proses pembelajaran yang dilaksanakan secara dalam
talian berasaskan teknologi maklumat (Moore et al., 2011). Berbeza dengan
konsep pembelajaran akademik secara tradisional, dimana pelajar serta
pengajar perlu hadir secara bersemuka dalam menyelesaikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan.

Terdapat banyak kajian perbandingan telah dijalankan untuk
membuktikan sama ada kaedah pengajaran secara bersemuka atau
tradisional lebih produktif atau pembelajaran secara dalam talian atau
hibrid adalah lebih berkesan (Lockman & Schirmer, 2020; Pei & Wu, 2019).
Berdasarkan kajian yang dilakukan, telah terbukti bahawa prestasi pelajar
adalah lebih baik hasil daripada kaedah pembelajaran secara dalam talian
berbanding pembelajaran secara tradisional.

3.0 Metodologi Kajian
Bab ini menghuraikan reka bentuk kajian, instrumen yang digunakan

untuk melaksanakan dan serta sampel kajian yang dipilih. Kaedah kuantitatif
digunakan dalam reka bentuk kajian, dengan instrumen soal selidik sebagai
teknik utama pengumpulan data. Dalam kajian ini, pendekatan secara tinjauan
dipilih kerana ia dapat memberikan data yang bersesuaian bagi keseluruhan
populasi atau sampel. SPSS versi 25 digunakan untuk menganalisis data kajian
ini secara deskriptif dan inferensi.

3.1 Rekabentuk Kajian
Kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik telah digunakan

sebagai instrumen bagi kajian ini. Tiga (3) elemen penting yang dikaji adalah
merangkumi aspek demografik, keberkesanan pelaksanaan kursus dan
kesediaan pembelajaran secara dalam talian. Kursus yang telah dipilih
adalah kursus yang dijalankan secara dalam talian hasil kerjasama Unit
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Langkawi Tourism Academy@Kolej
Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara
(NCER) Zon Utara di bawah seliaan Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia
(PKSM). Kursus Jom Niaga@NCER Perlis dan Daerah Langkawi dalam
bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan, bidang Pembuatan Pastri dan
Roti serta Asas Barista & Bartending ini telah dilaksanakan secara berpakej
dalam tempoh dua bulan bermula Julai hingga Ogos 2021 iaitu sebanyak 24
sesi pertemuan dengan jumlah masa keseluruhan sebanyak 120 jam.

57

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Kursus ini terbahagi kepada dua (2) mod pengajaran iaitu secara dalam
talian dan secara amali bersemuka di LTA@KKLK. Kursus yang dijalankan
secara dalam talian sepenuhnya adalah kursus yang berbentuk softskills. Para
peserta yang terlibat akan mengikuti kursus melalui platform Zoom Meeting dan
Facebook Private Group. Setelah melalui sesi kursus, kesemua peserta kursus
akan menjawab soal selidik yang diedarkan menggunakan platform Google
Forms. Data yang diperolehi melalui soal selidik berkenaan kemudian dianalisis
bagi mendapatkan hasil dapatan kajian.

3.2 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik iaitu Borang
Maklum Balas Penilaian Kursus. Borang soal selidik ini digunakan untuk
mengenalpasti tahap kepuasan peserta Kursus Jom Niaga@NCER Perlis dan
Daerah Langkawi dalam bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan,
bidang Pembuatan Pastri dan Roti serta Asas Barista & Bartending yang
telah dijalankan secara dalam talian. Soalan yang terkandung dalam borang
tersebut menggunapakai skala likert sebagai pilihan jawapan seperti Jadual
1: Penggunaan Skala Likert empat pilihan (four-point) bagi borang soal
selidik adalah bertepatan kerana ianya mudah untuk ditadbir kepada
jumlah yang besar, membantu responden menumpukan kepada subjek yang
dikaji dan melicinkan proses penjadualan dan penganalisisan data (Deobold,
1999). Skala Likert empat (4) peringkat digunakan bagi menjawab 7 item
soal selidik tersebut.

Penggunaan 4 skala likert ini berupaya memberi maklumbalas yang
tepat berkaitan objektif kajian yang dipilih. Skala likert terdiri dengan skor 4

= Sangat Setuju, skor 3 = Setuju, skor 2 = Tidak Setuju, dan skor 1 = Sangat
Tidak Setuju (adaptasi daripada Hamidi & Md Sirat, 2016). Pilihan jawapan
yang menggunakan format Skala Likert empat pilihan adalah seperti di
bawah:

Jadual 1: Skala likert

Sangat tidak setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Skala 1 2 3 4

Jadual 2 menunjukkan min skor yang diinterpretasi berdasarkan
skala likert empat pilihan yang turut diadaptasi daripada Riduwan (2012).

58

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Jadual 2: Interpretasi Min Skor

1.00 – 1.50 Kurang kaitan

1.51 – 2.50 Rendah

2.51 – 3.50 Sederhana

3.51 – 4.00 Tinggi

Struktur borang soal selidik ini terbahagi kepada (3) bahagian iaitu
bahagian A, B dan C. Bahagian A merupakan terdiri daripada item-item
yang berkaitan dengan demografi responden kajian. Manakala Bahagian B
mengenai keberkesanan pembelajaran secara dalam talian dan Bahagian C
adalah mengenai kesediaan responden dalam pelaksanaan pembelajaran

secara dalam talian.

3.3 Populasi dan sampel kajian
Seramai 30 orang peserta kursus telah dikenalpasti sebagai responden

utama. Sampel ini merupakan 100% populasi keseluruhan penyertaan yang
merupakan peserta kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi program
PSH bersama NCER Zon Utara yang berasaskan Industrial Revolution (IR4.0)
yang ditawarkan pada tahun 2021. Peserta kursus yang dipilih terdiri daripada
golongan B40 dari Negeri Perlis dan Daerah Langkawi, Kedah.

4.0 Analisis dan Perbincangan

Data soal selidik yang diperoleh menggunakan platform Google form
telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS)
versi 26.0. Data yang terkumpul telah dianalisis mengikut keperluan
objektif kajian dan dilaporkan dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min
skor. Jenis data yang diperoleh dalam kajian ini adalah secara kuantitatif.
Hasil dapatan kajian dilaporkan secara jadual dan rajah yang dirumuskan
pada bahagian penerangan dibawah.

4.1 Demografi Responden

Rajah 2 menunjukkan profil responden yang menjawab soal selidik
adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk dari segi jantina,
umur, tahap pendidikan dan kursus yang disertai. Hasil analisis bahagian
demografi mendapati bahawa 80% daripada jumlah responden merupakan
wanita iaitu seramai 24 orang manakala baki 20% daripada jumlah
responden merupakan lelaki iaitu seramai 6 orang.

Jantina

Wanita Lelaki

Rajah 2: Demografi Responden

59

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Rajah 3 menunjukkan umur responden yang telah menyertai kursus
yang dianjurkan oleh LTA@KKLK adalah dalam lingkungan usia 21 tahun
hingga 55 tahun. Hasil dapatan menunjukkan peserta yang berusia
diantara 31 sehingga 35 tahun merupakan peserta majoriti yang menyertai
kursus yang ditawarkan oleh LTA@KKLK.

Umur

21 - 25 tahun 26 - 30 tahun 31 - 35 tahun 36 - 40 tahun
41 - 45 tahun 46- 50 tahun 51 - 55 tahun

Rajah 3: Kategori Umur Responden
Rajah 4 menunjukkan tahap pendidikan responden yang bertaraf SPM,
diploma, ijazah, dan lain-lain. Hasil dapatan menunjukkan bahawa majoriti
responden mempunyai tahap pendidikan tahap SPM iaitu sejumlah 50% atau
15 orang diikuti dengan 23.3 atau 7 orang peserta mempunyai diploma dan
20% atau 6 orang peserta mempunyai tahap pendidikan bertaraf ijazah.
Manakala baki 10% atau 3 orang memilih untuk menyatakan lain-lain.

Tahap Pendidikan

SPM Diploma Ijazah lain-lain

Rajah 4: Tahap Pendidikan Responden
Rajah 5 menunjukkan jenis kursus yang telah disertai oleh responden.
Majoriti kursus yang disertai oleh responden adalah Kursus Asas Barista &
Bartending iaitu sebanyak 50% atau 15 orang diikuti dengan Kursus
Pembuatan Pastri dan Roti iaitu sebanyak 36.7% atau 11 orang manakala

60

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan pula hanya mendapat sebanyak
13.3% atau 4 orang peserta sahaja. Ini menunjukkan bahawa kursus tersebut
tidak mendapat sambutan yang baik oleh para peserta.

Jenis Kursus

Asas barista dan bartending Penyediaan dan pembuatan makanan Pastri dan roti

Rajah 5: Jenis Kursus Responden

4.2 Keberkesanan Kursus
Jadual 3 menunjukkan hasil analisis item bagi mengukur tahap

keberkesanan kursus yang ditawarkan di LTA@KKLK. Sejumlah lima (5)
item yang telah dianalisis sepanjang kajian ini berlangsung.

Hasil dapatan menunjukkan keseronokan belajar telah mencapai

objektif dengan dapatan tafsiran min skor 3.63. Hal ini selari dengan reaksi

responden dimana para peserta setuju tenaga pengajar telah membantu

responden untuk memahami sesuatu subjek atau perkara yang diajar

secara atas talian dengan min skor 3.60. Responden juga mendapati

bahawa tempoh kursus yang ditawarkan adalah mencukupi walaupun

dilaksanakan secara dalam talian yang telah memperoleh tafsiran min skor

sebanyak 3.63.

Jadual 3 : Tahap Keberkesanan Latihan Secara Dalam Talian

Item Min Skor Sisihan Piawaian

Keseronokan belajar secara dalam talian 3.63 .490
Memahami kandungan subjek 3.41 .498
Tenaga pengajar membantu memahami 3.60 .498
Tempoh kursus yang mencukupi 3.63 .490
Kemudahan peralatan sederhana mencukupi 3.37 .490

Analisis dibahagian ini juga membantu memberi input yang penting
untuk penambahbaikan terhadap item-item berkenaan kemudahan
peralatan dan juga tahap kefahaman para peserta. Kedua-dua item ini telah

61

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

mendapat tafsiran min skor yang sederhana yang dilihat sebagai peluang
penambahbaikan bagi penganjuran kursus secara dalam talian. Para
peserta juga masih dalam proses penyesuaian diri untuk terlibat dengan
kursus secara atas talian mengakibatkan kemudahan peralatan yang tidak
lengkap dimana telah memperoleh min skor 3.37 seterusnya mengakibatkan
proses pemahaman terbantut dimana min skor yang diperoleh adalah 3.40.

5.0 Rumusan dan Cadangan
Susulan penularan pandemik COVID-19, ianya kini telah memberi

suatu anjakan paradigma khususnya dari aspek sistem Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) di Malaysia. Pelaksanaan pembelajaran secara
dalam talian dilihat mampu dijadikan sebagai satu alternatif baharu
terhadap pembelajaran secara konvensional ataupun tradisional dalam
usaha mengekang penularan pandemik ini. Kajian ini dilaksanakan untuk
melihat keberkesanan program PSH yang dilaksanakan dengan kerjasama
NCER Negeri Perlis dan Daerah Langkawi secara dalam talian.

Hasil dapatan kajian terhadap responden mendapati bahawa secara
keseluruhannya latihan yang dilaksanakan secara dalam talian berada di
tahap yang tinggi. Namun begitu, ada beberapa aspek yang perlu dinilai
semula dan ditambah baik sebagai contoh kemudahan dan kesediaan para
peserta menjalani kursus secara dalam talian. Aspek-aspek ini perlu diberi
perhatian bagi memberi pengalaman latihan yang lebih berkualiti kepada
para peserta sekaligus memberi impak positif terhadap perniagaan dan
pengetahuan mereka.

Kekangan wang ringgit dan infrastruktur secara dalam talian seperti
data internet, telefon pintar dan cara penggunaan instrumen tersebut juga
boleh dilihat sebagai suatu aspek yang mempengaruhi keberkesanan
program secara dalam talian. Kegagalan peserta dalam menyediakan diri
mereka dengan akses capaian internet dan peralatan yang berkaitan turut
memberi kesan kepada penganjur dan peserta lain untuk memberi fokus
sepanjang sesi program PSH berlangsung.

Kajian yang berbentuk tinjauan kuantitatif ini juga turut diharapkan
mampu memberi nilai dan input tambahan kepada kolej komuniti lain
dalam memperbaiki pelaksanaan program PSH dan mencapai objektif
dengan lebih mudah. Justeru, terdapat beberapa cadangan yang telah
dikenalpasti bagi pelaksanaan kajian pada masa akan datang. Antara faktor
yang boleh dikaji secara menyeluruh adalah kesediaan para peserta dalam
menjalani proses pembelajaran kursus secara dalam talian. Penggunaan
alat peranti, kesesuaian lokasi dalam menyertai kursus secara dalam talian
dan kemudahan akses capaian internet serta latarbelakang para peserta
yang pelbagai turut memberi kesan imperatif kepada kejayaan pelaksanaan
sesuatu program PSH. Pelaksanaan kursus secara dalam talian merupakan
suatu cabaran yang tidak dapat dinafikan dalam dunia digital dan endemik
ini. Tambahan pula, kepelbagaian demografi para peserta juga memerlukan
cara dan medium penyampaian yang bersesuaian dengan mereka. Hal ini
dapat memastikan interaksi di dalam kelas berjalan lancar tanpa
menghadapi masalah teknikal sama ada daripada peserta mahupun
institusi pendidikan yang menawarkan kursus tersebut.

62

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Rujukan

Bridge, S. (2020). Opinion: How edtech will keep our students on track
during covid-19. Arabian business. Com Retrieved from
https://search.proquest.com/docview/2377556452?accountid= 147490.
Accessed 12 April 2022.

Deobold, PV. (1999). Memahami Penyelidikan Pendidikan. Universiti Putra
Malaysia, Serdang.

Hamidi, S. & Sirat, M. A. (2016). Tourist satisfaction parameters in Malaysia:
a case study of ecotourism locations around Melaka. Malaysian Journal of
Society and Space, 12(9), pp. 69-78.

Hasami, H., & Buang, N. A. (2018). Keberkesanan Program Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) terhadap Pengetahuan dan Tahap Kemahiran Pelajar
Kolej Komuniti. Jurnal Pendidikan Malaysia SI 1(1) (2018): 89-106. DOI:
http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.03-10

Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2015). Koleksi Informasi Terkini Kolej Komuniti, Pengajian Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lockman, A. S., & Schirmer, B. R. (2020). Online instruction in higher
education: Promising, research based, and evidence-based practices. Journal
of Education and e-Learning Research, 7(2), 130–152

Moore, J. L., Dickson-Deane, C., & Galyen, K. (2011). E-learning, online
learning, and distance learning environments: Are they the same? Internet
Higher Educ, 14(2), 129–135.

Perlman S, & Mclntosh K. (2020). Coronaviruses, including severe acute
respiratory syndrome (SARS) and Middle East respiratory syndrome (MERS).
In: J.E Benett, R. Dolin, M. J. Blaser (Eds.), Mandell, Douglas, and Bennett’s
principles and practice of infectious diseases. 9th ed. Philadelphia, PA:
Elsevier: chap 155.

Pei, L., & Wu, H. (2019). Does online learning work better than offline
learning in undergraduate medical education? A systematic review and
meta-analysis. Medical Education Online, 24(1), 1666538.

Salloum, S. A. and Shaalan, K. (2018). Investigating students’ acceptance of
e-learning systems in higher educational environments in the UAE: Applying
the extended technology acceptance model (TAM), Ph.D. dissertation, Brit.
Univ. Dubai, Dubai, United Arab Emirates, 2018.

63

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Shehzadi, S., Nisar, Q. A., Hussain, M. S., Basheer, M. F., Hameed, W. U., &
Chaudhry, N. I. (2020). The role of digital learning toward students’ satisfaction
and university brand image at educational institutes of Pakistan:
a post-effect of COVID-19. Asian Education and Development Studies, 10(2),
276–294.

UNESCO (2020). United nations educational, scientifc and cultural
organization. COVID19 educational disruption and response. UNESCO,

Paris, France.https://en.unesco.org/themes/education-emerg
encies/coronavirus-school-closures. Accessed 17 Nov 2020.

Wan Ahmad, Wan Rashid; Mohd. Hashim, M. H. 2011. Pelaksanaan Program
Pendidikan Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. (Thesis). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

64

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Penggunaan "Water Roux (Tangzhong) Terhadap Resepi
Penghasilan Roti: Penerimaan Peserta Kursus Program
Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2022

di Kolej Komuniti Nibong Tebal

Nur Sabrina Che Abd Halim1*, Siti Salwa Mehat2, Kalsom Othman3

123Kolej Komuniti Nibong Tebal
*[email protected]

Abstrak

Water roux merupakan tepung gandum yang dimasak bersama air atau susu di atas api
yang kecil. Penggunaan water roux bertujuan untuk meningkatkan tekstur roti dan
menjadikannya roti lembut dan gebu. Teknik penggunaan water roux adalah pertama kali
digunakan dalam Kursus Penghasilan Roti di Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT), oleh itu
penyelidik berhasrat untuk menilai maklum balas dari peserta Program Pemerkasaan
Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) yang terlibat. Objektif utama kajian adalah untuk
mengenalpasti sejauhmana penerimaan peserta kursus terhadap penghasilan roti
menggunakan "water roux" (tangzhong). Objektif kedua adalah untuk mengenalpasti kesan
penggunaan "water roux" (tangzhong) kepada aspek warna, aroma, tekstur dan rasa
terhadap roti. Manakala objektif ketiga adalah mengenalpasti samada resepi penghasilan
roti menggunakan "water roux" (tangzhong) mempunyai potensi untuk bersaing di pasaran.
Metodologi kajian adalah menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Soal selidik
dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan oleh panel rujukan dari Universiti Awam dan
diedarkan melalui google form. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis secara
statistik deskriptif menggunakan perisian IBM SPSS (Statistical Package for the Social
Sciences) versi 26. Manakala, soalan temubual menggunakan soalan yang sama dengan
soal selidik agar memudahkan responden menjawab soalan. Secara keseluruhannya, dapat
dirumuskan bahawa penggunaan water roux memberi penerimaan yang positif di kalangan
peserta kursus kerana peserta dapat mengikuti kursus dengan cemerlang kerana cara
penyediaan roti sangat mudah difahami dan ringkas. Mereka juga akan memulakan
perniagaan dalam bidang ini kerana yakin akan produk yang bakal dihasilkan kelak. Kos
bahan-bahan yang digunakan tidaklah terlalu tinggi. Kesan penggunaan water roux juga
memberi kesan yang memuaskan dari aspek aroma, tekstur dan rasa. Produk roti yang
dihasilkan mempunyai potensi untuk berada di pasaran dan bersaing dengan produk lain.
Selain itu, peserta juga yakin untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan yakin untuk

mengolah kepelbagaian jenis roti. Penyelidik mencadangkan agar kajian secara

eksperimental terhadap water roux dilakukan bagi mendapatkan dapatan yang lebih
kukuh.

Kata Kunci: Water Roux, Tangzhong, Roti

65

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

1.0 Pengenalan

Tujuan utama penyelidikan dijalankan adalah untuk menilai
penerimaan peserta kursus Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti
Bandar (PEKB) terhadap penggunaan water roux (tangzhong) dalam resepi
penghasilan roti. Water roux atau tangzhong bagi masyarakat China
merupakan salah satu bahan yang sering digunakan dalam pembuatan roti
untuk menghasilkan roti yang lembut dan gebu (Mohamed et al., 2018).
Secara asalnya, water roux merupakan teknik yang berasal dari Jepun dan
semakin popular di Asia. Water roux merupakan tepung gandum yang
dimasak bersama air atau susu di atas api yang kecil. Penggunaan water
roux bertujuan untuk meningkatkan tekstur roti dan menjadikannya roti
lembut dan gebu. Teknik penggunaan water roux adalah pertama kali
digunakan dalam Kursus Penghasilan Roti di Kolej Komuniti Nibong Tebal
(KKNT), oleh itu penyelidik berhasrat untuk menilai maklum balas dari
peserta PEKB yang terlibat. Tambahan pula, kegunaan water roux adalah
kurang popular di kalangan pembuat roti. KKNT dipilih sebagai lokasi
pengumpulan data mentah bagi mencapai objektif kajian ini. Sampel kajian
terdiri daripada 17 orang peserta kursus PEKB yang menyertai kursus.
Kursus yang terlibat dalam kajian ini adalah Kursus Penghasilan Roti.

Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) merupakan
satu usaha penjenamaan semula Program AZAM Bandar dibawah
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Menurut Garis
Panduan Prosedur Permohonan Pemberian Bantuan Kerajaan Kepada
Pertubuhan Bukan Kerajaan yang dikeluarkan oleh KPKT, matlamat
program adalah untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasaran iaitu
golongan miskin bandar supaya berkeyakinan mengusahakan perniagaan
sendiri yang mampu meningkatkan pendapatan yang lebih tinggi, dan
seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar daripada kemiskinan.
Selain itu, objektif program ini ialah untuk meningkatkan kemahiran
kumpulan sasaran iaitu B40 di kawasan bandar melalui usahawan dengan
tujuan untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup serta membasmi
kemiskinan. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah diberi amanah
melaksanakan program ini adalah Pertubuhan Jaringan Pakar Berjaya yang
juga sebuah NGO yang ditubuhkan sejak tahun 2015. Pertubuhan ini telah
diberi tanggungjawab oleh KPKT untuk saling bekerjasama dengan Kolej
Komuniti Nibong Tebal (KKNT) bagi melaksanakan kursus dalam bidang
kulinari dan keusahawanan selama tujuh hari di KKNT.

Objektif Kajian

1. Mengenalpasti sejauhmana penerimaan peserta kursus
terhadap penghasilan roti menggunakan "water roux"
(tangzhong).

2. Mengenalpasti kesan penggunaan "water roux" (tangzhong)
kepada aspek warna, aroma, tekstur dan rasa terhadap roti.

3. Mengenalpasti samada resepi penghasilan roti
menggunakan "water roux" (tangzhong) mempunyai potensi
untuk bersaing di pasaran.

66

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

2.0 Sorotan Kajian

2.1 Rasional Pemilihan Kursus Penghasilan Roti

Kursus Penghasilan Roti merupakan kursus popular yang mendapat
banyak permintaan daripada komuniti setempat. Kursus penghasilan roti
juga mampu gandakan pendapatan sampingan kerana kos permulaan yang
kecil, tidak memerlukan tenaga promosi yang berlebihan dan hanya
hasilkan produk berdasarkan tempahan. Kaedah pelaksanaan kursus
adalah melalui latihan teori dan amali yang dilaksanakan oleh peserta
sendiri di samping tunjuk ajar dan pemantauan dari tenaga pengajar. Selain
itu, peserta juga didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas
perniagaan seperti pengiraan kos bahan dan jualan secara langsung dan tak
langsung. Selain itu, pemilihan kursus ini dibuat kerana tidak memerlukan
kos yang tinggi untuk memulakan perniagaan. Teknik dan kaedah yang
digunakan dalam penghasilan roti ini memudahkan peserta untuk
menghasilkannya sendiri di rumah seterusnya dapat dijual di sekitar tempat
tinggal mereka.

Roti merupakan makanan harian yang dihasilkan daripada doh
tepung dan air yang dimasak menggunakan kaedah pembakaran. Roti
merupakan makanan manusia yang paling awal dan penting setelah
wujudnya pertanian. Roti juga merupakan produk makanan yang utama
yang mempunyai nilai nutrient pemakanan yang tinggi dan ciri khususnya
iaitu tekstur, perisa dan aroma yang unik (Kong et al., 2015). Roti pertama
dihasilkan 12,000 tahun dahulu, yang telah dibangunkan melalui
eksperimen dengan menggunakan dua bahan asas air dan tepung bijirin.
Perintis yang menjadikan seni membuat roti terkenal ke seluruh dunia
adalah orang Mesir. Kawalan pengeluaran dan pengedaran roti digunakan
sebagai salah satu cara untuk melaksanakan pengaruh politik ke atas
penduduk sekurang-kurangnya 2000 tahun yang lalu (Mondal & Datta,
2008).

Untuk memberikan hasil roti yang lembut, penggunaan yis adalah
menjadi bahan utama yang terpenting. Yis bertindak sebagai agen penaik
dalam pembuatan roti. Yis daripada beras perang masak menghasilkan roti
yang paling baik daripada segi isipadu, kelembutan dan kandungan
kelembapan (Kong et al., 2015).

2.2 Formula dan Resepi Umum Penghasilan Roti

Terdapat pelbagai kombinasi dan kadar terhadap tepung serta bahan-
bahan lain dan cara penyediaan roti yang berbeza. Kesan dari ini, kita akan
mendapat pelbagai jenis, bentuk, warna, aroma, saiz dan tekstur roti. Air
dan tepung merupakan bahan yang paling penting dalam resipi roti, kerana
ia paling mempengaruhi tekstur dan rupa roti. Kebanyakan formula roti
artisan mengandungi dari 60% hingga 75% air manakala 50% air
menghasilkan roti yang bertekstur halus dan ringan (Mondal & Datta,
2008). Roti merupakan makanan yang berbeza berbanding beberapa bahan
makanan biasa yang lain kerana ia adalah produk beragi yang diperoleh
daripada penapaian gula tepung gandum yang dibebaskan daripada kanji
oleh tindakan enzim tepung semulajadi. Gula ditambah bagi permulaan

67

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

proses penapaian dan garam ditambah untuk menguatkan gluten serta
untuk menukar tindakan yis untuk pengembangan doh terkawal (Mondal &
Datta, 2008).

Agen lelemak atau pengelmusi seperti lemak sayuran dan marjerin
ditambah untuk meningkatkan kestabilan atau kelicinan pada doh roti. Apabila
doh dibakar dengan betul, ia akan menghasilkan roti dengan kualiti baik
seperti kerak bewarna cokelat keperangan, rangup, aroma yang menarik,
tekstur roti yang lembut dan elastik, dan isipadu yang ringgan. (Giannou et al.,
2003). Hal ini telah dibuktikan oleh Stampfli & Nersten, (1995) tujuan
pengemulsi di letakan doh roti adalah untuk pengendalian doh yang lebih baik
mengurangkan kadar penghidratan dan penyerapan air. Penambahan
pengemulsi amat penting untuk pengeluar roti industri skala besar kerana ini
memberikan kekuatan doh yang lebih besar untuk menahan pengendalian
mesin, meningkatkan kadar penghidratan, memperbaiki struktur,
meningkatkan kapasiti pegangan gas dan memanjangkan jangka hayat (Mondal
& Datta, 2008). Selain itu, kebaikan pengemulsi adalah menghasilkan tekstur
roti yang lembut, warna yang menarik, rasa yang sedap, tahan lebih lama dan
meringankan isipadu roti.

2.3 Potensi Produk Roti Bersaing di Pasaran dan Meningkatkan Pendapatan

Ketika ini, perniagaan bakeri dan pastri ibarat cendawan tumbuh
selepas hujan tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. Kepelbagaian
produk bakeri dan pastri terutamanya roti telah mendapat sambutan yang
menggalakkan dikalangan pembeli. Contoh usahawan produk pastri dan
bakeri yang telah berjaya Chef Daniel Hadi Faris merupakan anak jati dari
Pasir Mas, Kelantan dan telah memulakan perniagaan sebagai usahawan
bakeri dan pastri selama 4 tahun. Chef Daniel menubuhkan perniagaan
Daniel Bakery Project, di mana produk-produk beliau banyak mendapat
tempahan dikalangan pengemar bakeri dan pastri. Cream puff, éclair, mirror
cake, chocolate ganache dan aneka jenis roti adalah di antara produk-
produk bakeri dan pastri yang mendapat sambutan dan menjadi pilihan
pelanggan (Mahmood et al., 2020). Pengeluaran secara berskala besar telah
dibuat berikutan permintaan yang tinggi terhadap produk roti. Pengguna
mementingkan produk roti yang berkualiti dan mempunyai jangka hayat
yang lebih lama. Keadaan ini, telah mewujudkan keperluan untuk bahan
tambahan makanan berfungsi seperti pengemulsi dalam roti untuk
mencapai kualiti yang diinginikan.

Tambahan lagi, pada hari kita dapat melihat bagaimana Gardenia
Bakaries Sdn. Bhd boleh menghasilkan 700 juta keping roti, sekali gus
menjadikannya kedai roti borong terbesar di Asia Tenggara. Membekalkan
roti segar dibuat dan disimpan di gudang utama di Shah Alam dan pada
awal pagi, roti akan dihantar ke gudang kecil. Dari gudang kecil ini akan
menyimpan roti pada awal pagi dan akan dihantar ke kedai pada sebelah
petang. Terdapat juga trak penghantaran terus di mana roti akan dihantar
terus dari kilang Gardenia ke kedai dan kedai berhampiran. Gardenia telah
menghantar roti bakar segar setiap hari terus ke kedai 23,000 kedai (Fikri et
al., 2022).

68

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

2.4 Penggunaan Water Roux dalam Penghasilan Roti

Water roux merupakan sejenis bahan permulaan atau ibu roti bagi
memberi kelainan dalam penghasilan roti. Water roux ditambah dalam
bahan-bahan roti yang lain dan diuli sehingga elastik, kemudian biarkan
doh naik sehingga dua kali ganda untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Adunan ini mempunyai kelembapan yang tinggi dan apabila ianya dicampur
ke dalam doh roti, tekstur roti akan menjadi lembut dan gebu. Roti juga
akan kekal lembut lebih lama. Ini telah dibuktikan oleh Yvonne Chen dalam
bukunya The 65 Bread Doctor menyatakan bahawa kuantiti water roux yang
perlu dimasukkan ke dalam adunan adalah kira-kira 35% daripada berat
tepung utama. Secara ringkasnya, untuk menghasilkan sebuku roti seberat
1 kg sebanyak 480g tepung, 200g cecair, dan 170g water roux (30g tepung
dan 150g cecair) perlu digunakan dalam penghasilan roti tersebut. Dalam
kajian ini, penyelidik menggunakan water roux dalam menghasilkan doh
pau (50g tepung gandum dan 150g air) (Mohamed et al., 2018).

Cara penghasilan water roux adalah dengan memasak dua bahan
iaitu tepung dan air atau susu di atas api sederhana pada suhu 65 °C,
kemudian adunan tersebut akan dikacau menggunakan senduk kayu
sehingga menjadi pekat manakala spatula boleh digunakan untuk
mengelakkan doh melekat atau hangus di permukaan periuk. Kemudian,
adunan perlu dituang ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap
kemudian dibiarkan sejuk pada suhu bilik. Water roux yang tidak
digunakan perlu disimpan di dalam peti sejuk dan ia perlu mencapai suhu
bilik sebelum boleh digunakan bagi mengelakkan penyahwarnaan
(Mohamed et al., 2018).

3.0 Metodologi Kajian

Pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik dan temubual.
Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

3.1 Soal selidik

Instrumen soal selidik diedarkan melalui google form. Soal selidik
dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan oleh panel rujukan dari
Universiti Awam. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis secara
statistik deskriptif menggunakan perisian IBM SPSS (Statistical Package for
the Social Sciences) versi 26. Data yang dianalisis adalah untuk
mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Soal selidik
mempunyai empat bahagian (A,B,C dan D). Bahagian A adalah berkaitan
maklumat responden, manakala bahagian B berkaitan penerimaan peserta
kursus terhadap penghasilan roti menggunakan water roux (tangzhong).
Bahagian C berkenaan kesan penggunaan water roux (tangzhong) kepada
aspek aroma, tekstur dan rasa terhadap roti dan bahagian D adalah
berkaitan potensi produk roti yang dipelajari untuk berada di pasaran.

69

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Soal selidik menggunakan Skala Likert lima aras seperti di bawah
bagi mengukur maklumat kesetujuan dan ketidaksetujuan.

Jadual 1 : Skala Likert Lima Aras

Skor Pernyataan
1 Sangat Tidak Setuju
2
3 Tidak Setuju
4 Tidak Pasti
5
Setuju
Sangat Setuju

Sumber: Konting, 2000

Analisis kekerapan digunakan bagi mendapatkan kekerapan dan peratus

bagi bahagian maklumat responden. Manakala analisis statistik deskriptif
digunakan bagi mendapatkan min dan sisihan piawai bagi menjawab
objektif kajian. Tafsiran dan interpretasi bagi setiap min yang diperolehi

diringkaskan seperti jadual di bawah:

Jadual 2 : Interpretasi Skor Min

Skor Min Tahap
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi

Sumber: Konting, 1990

3.2 Temubual

Soalan temubual menggunakan soalan yang sama dengan soal selidik agar
memudahkan responden menjawab soalan. Penyelidik memulakan sesi
temubual ketika masa lapang bagi memberi laluan kursus dan mengelakkan
gangguan terhadap pembelajaran. Tempoh sesi temubual adalah selama 10
minit bagi setiap kumpulan. Dapatan kualitatif melalui temubual yang
dilakukan oleh penyelidik juga dapat menyokong dapatan data kuantitatif
yang dilaksanakan.

4.0 Analisis dan Perbincangan

4.1 Analisis Kekerapan Bahagian A

1. Jadual 3 : Umur

Valid 21-29 tahun Kekerapan Peratusan
40-49 tahun 1 5.9
50-59 tahun 7 41.2
Total 9 52.9

17 100.0

70

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut umur. Majoriti
responden berumur di antara 50-59 tahun.

2. Jadual 4: Jantina

Valid Wanita Kekerapan Peratusan
Lelaki 13 76.5
Total 4 23.5
17 100.0

Jadual 4 menunjukkan taburan jantina responden. Dapatan menunjukkan

majoriti responden adalah wanita, iaitu 13 orang, manakala selebihnya
peserta lelaki seramai empat orang.

3. Jadual 5 : Bangsa

Valid Melayu Kekerapan Peratusan
Total 17 100.0
17 100.0

Jadual 5 menunjukkan taburan bangsa responden. Dapatan menunjukkan
kesemua responden berbangsa Melayu.

4. Jadual 6 : Maklumat Pekerjaan

Jadual 6 menunjukkan taburan maklumat pekerjaan responden. Dapatan
menunjukkan kebanyakkan responden bekerja sendiri dan tidak bekerja

masing-masing berjumlah tujuh orang. Manakala selebihnya berkerja dalam
sektor kerajaan iaitu seramai tiga orang.

71

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

5. Jadual 7: Jumlah Pendapatan

Valid RM 0.00 hingga RM 500.00 Kekerapan Peratus
RM 501.00 hingga RM 1000.00 6 35.3
2 11.8
RM 1001.00 hingga RM 6 35.3
2000.00
RM 2001.00 hingga RM 1 5.9
3000.00
RM 4001.00 dan ke atas 2 11.8
Total 17 100.0

Jadual 7 menunjukkan taburan jumlah pendapatan responden. Dapatan

menunjukkan kebanyakkan pendapatan responden adalah diantara RM
0.00 hingga RM 2000.00.

4.2 Analisis Statistik Deskriptif Bahagian B :

Jadual 8 : Maklumbalas responden terhadap penerimaan mereka terhadap
penggunaan water roux dalam resepi kursus

Min Sisihan Interpretasi

N (M) Piawai (SP) Min

Saya dapat mengikuti Kursus 17 4.65 0.493 Tinggi
Penghasilan Roti menggunakan "water
roux" (tangzhong) dengan cemerlang 17 4.53 00.624 Tinggi
kerana resepi dan cara penyediaannya
yang ringkas dan mudah difahami.

Saya akan menggunakan "water roux"
(tangzhong) dalam penghasilan roti
pada masa akan datang kerana kualiti
roti yang dihasilkan sangat
memuaskan.

Saya yakin akan dapat mempraktikkan 17 4.53 0.624 Tinggi
0.618 Tinggi
penghasilan pelbagai roti menggunakan

"water roux" (tangzhong) untuk

permulaan perniagaan saya dalam

bidang bakeri setelah mengikuti kursus
ini.

Saya berpendapat bahawa kos 17 4.41

penggunaan bahan-bahan dalam

penghasilan roti yang dipelajari adalah

rendah dan bahan-bahan tersebut

mudah didapati di kedai-kedai bahan
bakeri.

72

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Jadual 8 menunjukkan maklumbalas responden terhadap penerimaan
mereka terhadap penggunaan water roux dalam resepi kursus. Dapatan
menunjukkan bahawa responden dapat mengikuti Kursus Penghasilan Roti

menggunakan water roux dengan cemerlang kerana resepi dan cara
penyediaannya yang ringkas dan mudah difahami. Dapatan ini

mencatatkan skor min “tinggi” iaitu M=4.65, SP= 0.493. Menurut responden
juga, mereka akan menggunakan water roux dalam penghasilan roti pada
masa akan datang kerana kualiti roti yang dihasilkan sangat memuaskan.
Dapatan ini memperoleh skor min “tinggi” iaitu M=4.53, SD= 0.624.
Disamping itu, responden juga yakin akan dapat mempraktikkan

penghasilan pelbagai roti menggunakan water roux untuk permulaan
perniagaan dalam bidang bakeri setelah mengikuti kursus ini. Dapatan bagi

ini adalah mencatatkan skor min “tinggi” iaitu M=4.53, SD= 0.624.
Responden berpendapat bahawa kos penggunaan bahan-bahan dalam
penghasilan roti yang dioelajari adalah rendah dan bahan-bahan tersebut

mudah didapati di kedai-kedai bahan bakeri. Dapatan ini mencatatkan skor
min “tinggi” iaitu M=4.41, SD=0.618.

4.3 Analisis Statistik Deskriptif Bahagian C:
Jadual 9 : Maklumbalas responden terhadap kesan penggunaan water roux
(tangzhong) kepada aspek aroma, tekstur dan rasa terhadap roti

Saya mendapati bahawa aroma roti N Min Sisihan Interpretasi
setelah dibakar adalah baik, 17 4.53 Piawai Min
menyenangkan dan menyelerakan. 0.514
17 4.47 Tinggi
Saya berpendapat bahawa penggunaan 0.624
"water roux" (tangzhong) membuatkan 17 4.47 Tinggi
tekstur roti menjadi lebih lembut dari 0.514
kebiasaannya. Tinggi

Saya mendapati bahawa produk roti yang
dihasilkan oleh saya dan ahli kumpulan
saya memberikan rasa yang enak dan
memuaskan.

Jadual 9 menunjukkan maklumbalas responden terhadap kesan
penggunaan water roux (tangzhong) kepada aspek aroma, tekstur dan rasa
terhadap roti. Dapatan menunjukkan responden mendapati bahawa aroma
roti setelah dibakar adalah baik, menyenangkan dan menyelerakan.
Dapatan ini mencatatkan skor min “tinggi” iaitu M=4.63, SD=0.514.
Responden juga berpendapat bahawa penggunaan water roux membuatkan
tekstur roti menjadi lebih lembut dari kebiasaannya. Dapatan ini
memperoleh skor kin “tinggi” iaitu M=4.47, SD=0.624. Selain itu, responden
juga mendapati bahawa produk roti yang dihasilkan oleh mereka dan ahli
kumpulan memberikan rasa yang enak dan memuaskan. Dapatan ini
mencapai skor min “tinggi” iaitu M=4.47, SD=0.514.

73

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.4 Analisis Statistik Deskriptif Bahagian D :

Jadual 10 : Maklumbalas responden terhadap sejauh mana potensi produk
roti yang dipelajari untuk berada di pasaran

N Min Sisihan Interpret
4.35 Piawai asi Min
Setelah selesai menjalani Kursus 17 0.606 Tinggi
4.47
Penghasilan Roti, saya mendapati 0.514 Tinggi
4.41
bahawa produk roti yang saya telah 0.795 Tinggi

hasilkan berpotensi untuk bersaing di
pasaran.

Saya yakin untuk mempraktikkan ilmu 17

yang dipelajari dengan orang lain untuk

meningkatkan ekonomi dengan

permulaan perniagaan pada masa akan
datang.

Saya berasa lebih yakin untuk 17

mengolah kepelbagaian jenis roti bagi

tujuan promosi untuk menarik minat
pembeli.

Jadual 10 menunjukkan maklumbalas responden terhadap sejauh mana

potensi produk roti yang dipelajari untuk berada di pasaran. Dapatan
menunjukkan setelah selesai menjalani Kursus Penghasilan Roti, responden
mendapati bahawa produk roti yang mereka hasilkan berpotensi untuk

bersaing di pasaran. Dapatan memperoleh skor min “tinggi” iaitu M=4.35,
SP=0.606. Responden yakin untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari

dengan orang lain untuk meningkatkan ekonomi dengan permulaan
perniagaan pada masa akan dating. Dapatan ini mencatatkan skor min
“tinggi” iaitu M=4.47, SP=0.514. Akhir sekali, responden berasa lebih yakin

untuk mengolah kepelbagaian jenis roti bagi tujuan promosi untuk menarik
minat pembeli. Dapatan ini menunjukkan skor min “tinggi” iaitu M=4.41,

SP=0.795.

Perbincangan

Berdasarkan hasil dapatan kajian secara keseluruhannya,
menunjukkan bahawa responden berasa amat bertuah kerana terpilih
dalam menyertai kursus ini dan mereka dapat mempelajari satu teknik yang
berlainan dalam penghasilan roti, di mana sebelum ini mereka hanya
mengikuti resepi-resepi dari internet dan kenalan. Pengetahuan mereka
sebelum ini hanya tertumpu pada kaedah yis yang dicampurkan air suam
sebagai proses permulaan dalam penghasilan produk berasakan yis.
Dengan ilmu baharu mereka dapat mengaplikasikan penggunaan water roux
dengan sebaiknya dalam penghasilan produk berasaskan yis. Penambahan
water roux ini bukan sahaja tertumpu kepada penghasilan roti, bahkan
produk berasakan yis yang lain seperti pau, donut, bun, kuih- muih dan

74

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

sebagainya. Penambahan formula water roux ke dalam roti mempengaruhi
tekstur, mengekalkan kelembapan yang tinggi dalam doh roti dan keadaan
ini memberi manfaat kepada industri bakeri kerana jumlah roti yang sama
boleh dihasilkan dengan bahan yang lebih sedikit (Whitworth et al., 2006).

Dapatan juga mendapati responden menjawab temubual yang
berlangsung di dalam kelas seiring dengan jawapan responden pada soal
selidik. Selain itu, rasional temubual dilakukan juga untuk mengurangkan
kekangan kepada peserta yang buta huruf untuk menjawab soal selidik
kelak. Seorang peserta yang buta huruf tersebut dibantu oleh ahli
kumpulan lain untuk menjawab soal selidik. Oleh hal demikian, penyelidik
beranggap tiada sebarang prasangka terhadap jawapan yang diterima oleh
responden. Selain itu, temubual ringkas dengan beberapa responden setelah
selesai kursus selama tujuh hari berkaitan roti yang dibawa pulang sedikit
sebanyak membantu dalam kajian ini. Enam dari 17 orang menyatakan
bahawa roti yang mereka simpan 1-2 hari masih lembut dan segar. Ahli
keluarga memberi respon yang positif terhadap produk tersebut. Hasil
temubual juga mendapati roti yang dibawa pulang kekal lembut untuk
tempoh yang lama, dan menjadikannya sesuai untuk penghantaran kepada
pelanggan. Menambah water roux ke dalam resepi roti telah memberikan
tekstur yang baik dan memenuhi penerimaan pengguna yang gemarkan roti
yang lembut (Whitworth et al., 2006). Roti dengan water roux ini sangat
sesuai dibuat pada hari ini, kemudian menikmatinya pada hari berikutnya.

5.0 Rumusan dan Cadangan

Hasil kajian yang dilaksanakan telah memberi sedikit sebanyak maklum
balas yang menjawab persoalan kajian. Oleh hal demikian, dapat
dirumuskan bahawa penggunaan water roux memberi penerimaan yang
positif di kalangan peserta kursus kerana peserta dapat mengikuti kursus
dengan cemerlang kerana cara penyediaan roti sangat mudah difahami dan
ringkas. Peserta juga akan menggunakan resepi yang diedarkan oleh tenaga
pengajar kerana kualiti roti yang peserta hasilkan adalah memuaskan.
Mereka juga akan memulakan perniagaan dalam bidang ini kerana yakin
akan produk yang bakal dihasilkan kelak. Kos bahan-bahan yang
digunakan tidaklah terlalu tinggi dan sesuai untuk peserta yang mula
berjinak dengan alam perniagaan. Kesan penggunaan water roux juga
memberi kesan yang memuaskan dari aspek aroma, tekstur dan rasa.
Produk roti yang dihasilkan mempunyai potensi untuk berada di pasaran
dan bersaing dengan produk lain. Selain itu, peserta juga yakin untuk
mempraktikkan ilmu yang dipejari dan yakin untuk mengolah kepelbagaian
jenis roti.

Setelah diteliti, tidak banyak kajian yang dijalankan tentang water
roux ini. Justeru, penyelidik mencadangkan agar kajian secara
eksperimental terhadap water roux dilakukan. Sebagai contoh, kajian
perbezaan penggunaan water roux dan tanpa penggunaan water roux dalam
produk berasakan yis. Kajian ini sedikit sebanyak dapat menyokong
formulasi water roux sendiri dan sejauh mana ia boleh memberi manfaat
secara langsung dalam industri bakeri. Kajian jenis ini merupakan kaedah
yang paling tepat tetapi agak rumit untuk dijalankan.

75

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Rujukan
Fikri, M., Aidi, M. A., Amir, M., Nadzhri, N., & Sengar, S. S. (2022).
Marketing Strategies in Peninsular Malaysia: Case Study of Gardenia
Barkeries Sdn. Bhd. Asia Pacific Journal of Management and Education, 5(1),
94–107. https://doi.org/10.32535/apjme.v4i3.1430

Giannou, V., Kessoglou, V., Tzia, C., 2003. Quality and safety charac-
teristics of bread made from frozen dough. Trends in Food Science and
Technology 14 (3), 99–108.

Kong, L. Y., Masturah, E. H., Norhasidah, S., & Maaruf, A. G. (2015). Potensi
yis yang dipencil daripada beras putih dan perang sebagai agen penaik roti.
Sains Malaysiana, 44(3), 399–403. https://doi.org/10.17576/jsm-2015-
4403-11

Konting, M. M. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka

Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka

Mahmood, O. R., Hairul, M., Razali, L., Fazlin, N., & Nik, H. (2020). Info
usahawan. MASMED UITMCT, 15.

Mohamed, S., Hasbullah, N. A., Kamis, A., Hanapi, Z., Puad, F. N. A., &
Kamaruzzaman, M. Y. (2018). The innovation of steamed bun (Pau) using
water roux: Bakery students’ acceptance. Journal of Social Sciences
Research, 2018(Special Issue 6), 177–183.
https://doi.org/10.32861/jssr.spi6.177.183

Mondal, A., & Datta, A. K. (2008). Bread baking - A review. Journal of Food
Engineering, 86(4), 465–474. https://doi.org/10.1016/j. jfoodeng. 2007.
11.014

Stampfli, L., & Nersten, B. (1995). Emulsifiers in bread making. Food
Chemistry, 52(4), 353–360. https://doi.org/10.1016/0308-8146(95)93281-U

Whitworth, A. L., Mann, N. H., & Larkum, A. W. D. (2006). Effect of water
roux starter (Tangzhong) on texture and consumer acceptance of rice pan
bread Sungchan. Ultrasound Obstet Gynecol., 50(6), 776–780

76

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Menilai Tahap Prestasi Penulisan Laporan Latihan Industri Bagi
Graduan Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran Dan
Diploma Sains Kesetiausahaan,
Politeknik Port Dickson Semasa Pandemik Covid 19

Zarina Yusof1*, Wan Khazani Wan Kamarudin2, Nor Afzan Abdul Ghani3

123Jabatan Perdagangan
Politeknik Port Dickson
[email protected]

Abstrak

Latihan industri merupakan salah satu pembelajaran dan latihan yang wajib diambil oleh
setiap pelajar di politeknik bagi melayakkan penganugerahan diploma sebagai graduan dalam
bidang yang dipelajari. Oleh itu, kajian ini berfokus kepada maklumbalas pensyarah penilai
terhadap penilaian pretasi penulisan laporan latihan industri pelajar yang telah menjalani
latihan industri di pelbagai organisasi dengan pendekatan skop kerja yang berbeza. Kajian ini
melibatkan graduan dari Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran Dan Diploma Sains
Kesetiausahaan di Politeknik Port Dickson yang menjalankan latihan industri semasa
Pandemik Covid 19 (1.0-3.0). Selain itu, kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif dan edaran
soal selidik telah diberikan kepada 70 orang pensyarah yang terlibat bagi penilaian ini. Data
dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor min dan peratusan untuk melihat
setiap hasil kandungan laporan, penerangan tugasan, komunikasi dan pembentangan yang
dominan terhadap pelajar politeknik yang telah menjalani latihan industri. Hasil analisis data
mendapati tahap pemahaman pelajar terhadap latar belakang firma (min 4.76), tahap
pemahaman pelajar berkaitan tugasan yang diberikan (min 4.21), tahap penguasaan bahasa
dalam penulisan laporan pelajar (min 4.31) dan tahap kemahiran merumus (min 4.32). Hasil
dapatan kajian ini adalah memberi impak yang amat positif bagi membantu organisasi,
pensyarah, Unit Perhubungan dan Latihan Industri untuk penambahbaikan pengurusan
terutama semasa Pandemik Covid 19 supaya graduan lepasan diploma di politeknik ini
menjadi pilihan majikan untuk mencapai kebolehpasaran graduan Politeknik Port Dickson.
Kata Kunci: Latihan Industri, laporan akhir latihan industri, pelajar, pensyarah penilai

77

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

1.0 Pengenalan
Politeknik berperanan melahirkan graduan yang mampu berdaya saing di

peringkat global. Pencapaian graduan merangkumi aspek akademik,
kemahiran dan potensi, khidmat sosial korporat, anugerah, penglibatan serta
lain-lain latihan. Untuk mencapai hasrat tersebut, Kementerian Pengajian
Tinggi telah menggariskan sepuluh (10) strategi Pendidikan Malaysia 2015-
2025 iaitu amalan berasaskan pengalaman, kepelbagaian pendidikan dalam
dunia global, pembelajaran melibatkan komuniti (CSR), seminar, projek
kolaboratif dan latihan internship (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2015-2025).

Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 20 minggu samada
di firma kerajaan atau swasta. Dalam tempoh tersebut, pelajar akan
dipertanggungjawabkan dan didedahkan dengan skop kerja yang sesuai dan
suasana persekitaran yang sebenar.Walau bagaimanapun, bermula di
penghujung tahun 2019, negara Malaysia telah dilanda wabak Covid 19 dan
Perintah Kawalan Berkurung (PKP) dilaksanakan di Malaysia. Justeru itu,
pembelajaran di semua peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti
dijalankan secara atas talian (PdPDT). Arahan ini termasuklah pelajar yang
sedang menjalani latihan praktikal di firma, dikehendaki mematuhi arahan
PKP dan melaksanakan latihan industri secara atas talian. Perubahan norma
baru ini perlu dilihat agar tidak menjejaskan aktiviti latihan industri serta
pembuktian melalui penulisan refleksi sepanjang melakukan kerja-kerja
lapangan. Usaha yang dipersetujui oleh pihak industri, pelajar dan pihak
politeknik memberikan impak yang baik kepada semua pihak.

Jaringan kolaborasi dan kerjasama antara pihak industri memainkan
peranan yang penting bagi memastikan objektif latihan industri antara pelajar,
politeknik dan firma tercapai. Manfaat yang diperolehi pelajar dan organisasi
adalah kemudahan latihan, penyeliaan dan pengawasan pelajar di industri
serta hasil selepas menjalani latihan industri didapati menguntungkan
kesemua pihak. Bagi memastikan keberkesanan latihan industri terhadap
pelajar semasa di firma, pelajar telah diberikan penerangan awal tentang
objektif latihan industri oleh pensyarah mengikut bidang serta Unit
Perhubungan dan Latihan Industri. Ini selaras dengan tujuan penubuhan
politeknik bagi menampung keperluan sumber tenaga kerja separuh mahir
dalam bidang pengurusan perakaunan, pemasaran dan sains sekretari.

Penyataan Masalah
Peranan pihak industri dalam menyediakan peluang latihan pekerjaan

kepada pelajar amatlah besar dalam menambahkan ilmu serta kemahiran
pelajar semasa menjalani latihan industri. Sikap dan integriti pelajar juga
amat dititikberatkan supaya menyumbang ke arah kejayaan program latihan
industri ini. Walau bagaimanapun terdapat kesan yang kurang

78


Click to View FlipBook Version