E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
obesiti, mencegah penyakit jantung, menurunkan kolesterol, menurunkan
tekanan darah, mengurangkan stress dan mencegah osteoporosis (Majalah
Nona, 2017). Namun demikian, menurut dapatan kajian Nutrition Society of
Malaysia menunjukkan hampir 30 peratus kanak- kanak dan remaja
berumur 6 hingga 17 tahun mempunyai berat badan berlebihan atau obes
(Beatrice Nita Jay & Naim Zulkifli, 2016). Selain itu, aktiviti sukan mendaki
gunung juga dapat membantu meningkatkan stamina seseorang. Stamina
merujuk kepada daya ketahanan sesorang untuk bekerja lebih kuat atau
dapat melakukan senaman dalam jangka masa panjang. Merujuk artikel
yang diterbitkan oleh National Institute on Aging, terdapat empat senaman
yang boleh meningkatkan stamina seseorang iaitu Endurance (Ketahanan),
Strength (Kekuatan), Balance (Keseimbangan), dan Flexibility (Fleksibiliti).
Aktiviti pendakian merangkumi empat aktiviti tersebut. Ini kerana,
sepanjang tempoh pendakian, seseorang itu perlu melalui tahap dan
cabaran tertentu yang melibatkan fizikal. Di samping itu, aktiviti mendaki
juga dapat memupuk perasaan untuk menghargai alam sekitar serta
memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain. Dalam era teknologi
zaman kini, dilihat golongan remaja terutamanya lebih cenderung kepada
penggunaan gajet dan peralatan elektronik menyebabkan kurang masa
berkualiti bersama orang sekeliling. Justeru, kajian ini dilakukan untuk
mengetahui persepsi pelajar Kolej Komuniti Jempol terhadap sukan
mendaki gunung dan penyelidik turut melakukan beberapa penilaian
terhadap kajian lepas bagi mengetahui kesesuaian pelaksanaan aktiviti ini
untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti luar kelas untuk pelajar di masa
akan datang.
2.0 Sorotan Kajian
Sukan mendaki gunung juga merupakan sebahagian daripada
pendidikan di luar kelas yang boleh diceburi oleh pelajar. Terdapat dua teori
yang sangat relevan dengan pendidikan luar iaitu Teori Pembelajaran
Berasaskan Pengalaman Kolb (Kolb, 1984). Aktiviti rekreasi luar memberi
peluang
kepada individu untuk membina sahsiah yang lebih baik setelah mereka
melalui pengalaman melaksanakan aktiviti-aktiviti rekreasi ini. Ini
menjadikan Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman sangat relevan
dengan kajian ini. Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman merupakan
teori pendidikan dalam pelbagai peringkat pendidikan yang terkenal (Healey
& Jenkins, 2000). Belajar di luar kelas melalui aktiviti mencabar diketahui
mempunyai faedah pendidikan yang ketara. Ia membantu pelajar
mengembangkan kemahiran teknikal, intelektual dan sosial dengan
mengatasi cabaran dan berkongsi keputusan. Sebagai contoh, ketika
378
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
melakukan aktiviti rekreasi dengan jurulatih, seseorang sentiasa dinasihati
untuk mematuhi peraturan agar aktiviti dapat dilaksanakan dengan
selamat. Jika individu tersebut berfikir dan membuat refleksi bahawa
mematuhi peraturan adalah satu tindakan yang baik dan menguntungkan,
maka dia akan mengulangi tindakan tersebut dalam keadaan yang lain.
Keadaan pengalaman ini perlu berlaku lebih banyak untuk menjadi satu
tabiat (Ismail, Soaib, Shamsudin, & Shafie, 2014). Selain itu juga, aktiviti
rekreasi lasak memanjat gunung merupakan aktiviti sihat dan merupakan
aktiviti fizikal yang popular (Niedermeier, Einwanger, Hartl, & Kopp, 2017).
Aktiviti mendaki membantu mengawal berat badan, menyumbang kepada
kesihatan tulang, otot dan sendi, melegakan penyakit arthritis serta
mengurangkan simptom anxiety dan depression (Lloyd-Jones D, Adams RJ,
Brown TM 2010). Aktiviti mendaki bukit dan gunung juga tidak kurang
hebatnya dalam mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori
dengan banyak kerana membabitkan latihan kardio. mendaki bukit
tergolong dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan
banyak kelebihan kepada tubuh. Selain menguatkan otot kaki dan gluteus,
latihan sebegini juga boleh turut memberi kesan baik kepada pinggul dan
paha, jika dilakukan secara serius. Sebab itu mereka yang sering mendaki
gunung mempunyai kaki yang kuat dan pinggul anjal disebabkan
pergerakan tanpa henti serta dilakukan dalam jangka masa panjang.
Rajah 1: Ahli Kelab Kembara dan Rekreasi Kolej Komuniti Jempol semasa
mengikuti Ekspedisi Merdeka Mendaki Gunung Datuk pada 2019
379
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
2.1 Objektif Kajian
1. Mengetahui persepsi pelajar Kolej Komuniti Jempol terhadap sukan
mendaki gunung
2. Mengkaji manfaat sukan mendaki gunung kepada kesihatan.
3. Mempromosikan sukan mendaki gunung di kalangan pelajar Kolej
Komuniti Jempol
3.0 Metodologi Kajian
Rekabentuk kajian adalah berbentuk kajian bukan eksperimen
menggunakan borang soal selidik Google Form. Borang soal selidik Google
Form diedarkan kepada 50 orang pelajar Kolej Komuniti Jempol yang pernah
mengikuti program di bawah Kelab Kembara dan Rekreasi Kolej Komuniti
Jempol dan hanya 44 respondan yang menjawab borang soal selidik Google
Form dengan lengkap telah dianalisis. Data yang diperolehi telah dianalisis
dan digambarkan melalui carta pai bagi menilai persepsi pelajar Kolej
Komuniti Jempol terhadap sukan mendaki gunung.
4.0 Analisis dan Perbincangan
Kajian ini dijalankan ke atas 44 orang pelajar kolej dari kemasukan
tahun 2019 hingga 2022. Soalselidik kepada para pelajar Kolej Komuniti
Jempol untuk mengetahui persepsi mereka terhadap sukan mendaki
gunung sebagai aktiviti kokurikulum adalah menggunakan borang
maklumbalas yang diedarkan melalui Kaedah Google Form. Berikut adalah
soalan-soalan yang diberikan:
i. Sukan mendaki gunung baik untuk kesihatan.
ii. Sukan mendaki gunung baik untuk meningkatkan stamina.
iii. Sukan mendaki gunung melatih saya untuk menghargai alam sekitar.
iv. Sukan mendaki gunung memupuk semangat perpaduan.
v. Pihak Kolej Komuniti Jempol menggalakkan pelajar menyertai sukan
mendaki gunung.
vi. Sukan mendaki gunung sesuai dijadikan subjek kokurikulum di Kolej
Komuniti Jempol.
380
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.1 Persepsi yang pertama adalah sukan mendaki gunung baik untuk
kesihatan
Rajah 2: Persepsi tentang sukan mendaki gunung baik untuk
kesihatan
Rajah 2 menunjukkan persepsi pelajar mengenai sukan mendaki gunung
adalah baik untuk kesihatan. Daripada rajah tersebut didapati majoriti
pelajar seramai 24 orang adalah bersetuju bahawa sukan mendaki sangat
baik untuk kesihatan manakala seramai 20 orang pelajar pula iaitu 45.5%,
sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Aktiviti rekreasi lasak
memanjat gunung merupakan aktiviti sihat dan merupakan aktiviti fizikal
yang popular (Niedermeier, Einwanger, Hartl, &Kopp, 2017).
4.2 Persepsi yang kedua adalah sukan mendaki gunung baik untuk
meningkatkan stamina
Rajah 3: Persepsi tentang sukan mendaki gunung baik untuk
meningkatkan stamina
381
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Rajah 3 menunjukkan persepsi pelajar mengenai sukan mendaki gunung
adalah baik untuk meningkatkan stamina. Didapati bahawa majoriti pelajar
seramai 61.4% atau 27 orang adalah bersetuju bahawa sukan mendaki
sangat baik untuk meningkatkan stamina mereka. Aktiviti mendaki bukit
mampu mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan
banyak kerana membabitkan latihan kardio. Mendaki bukit tergolong dalam
satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak
kelebihan kepada tubuh. (Kholili I, 2018)
4.3 Persepsi yang ketiga adalah, sukan mendaki gunung melatih untuk
menghargai alam sekitar
Rajah 4: Persepsi pelajar tentang melatih menghargai alam sekitar
Rajah 4 menunjukkan persepsi pelajar tentang sukan mendaki gunung
boleh melatih untuk menghargai alam sekitar. Didapati bahawa majoriti
pelajar seramai 50% atau 22 orang pelajar bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Manakala, terdapat 2 orang pelajar yang tidak pasti sama ada
sukan mendaki ini boleh menghargai alam sekitar.Biodiversiti memberi
ruang kepada manusia untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah serta
rekreasi di samping menghayati keindahan alam semulajadi serta
meluaskan pengetahuan tentang kepelbagaian dan kekayaan sumber
biodiversiti . Pelbagai aspek aktiviti riadah yang dapat dijalankan
termasuklah aktiviti sukan air, terjunan udara, meredah hutan, aktiviti
berkhemah, penjelajahan hutan dan berbagai lagi.(Hasbullah N, Zakaria,J
2007)
382
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.4 Persepsi yang keempat adalah; sukan mendaki gunung memupuk
semangat perpaduan
Rajah 5: Persepsi pelajar tentang mendaki gunung memupuk
semangat perpaduan
Rajah 5 menunjukkan persepsi pelajar tentang sukan mendaki gunung
boleh memupuk alam sekitar. Didapati bahawa majoriti pelajar seramai
56.8% atau 25 orang pelajar bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Manakala, terdapat 3 orang pelajar yang tidak pasti sama ada sukan
mendaki ini boleh memupuk semangat perpaduan.
4.5 Soal selidik yang kelima adalah; pihak Kolej Komuniti Jempol
sering menganjurkan program mendaki gunung
Rajah 6: Galakan institusi kepada pelajar untuk sertai sukan
mendaki gunung.
Rajah 6 menunjukkan galakan institusi Kolej Komuniti Jempol kepada
pelajar untuk menyertai sukan mendaki gunung. Didapati bahawa seramai
24 orang pelajar atau 54.5% bersetuju dengan pernyataan tersebut dan
383
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
38.6% atau 17 orang pelajar sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa
institusi sangat menggalakkan penglibatan pelajar untuk menyertai sukan
mendaki gunung.
4.6 Soal selidik yang terakhir adalah; adakah sukan mendaki gunung
sesuai untuk dijadikan subjek kokurikulum di Kolej Komuniti Jempol
Rajah 7: Sukan mendaki untuk dijadikan subjek kokurikulum
Rajah 7 adalah analisis yang menunjukkan kebersediaan pelajar institusi
Kolej Komuniti Jempol untuk menerima sukan mendaki dijadikan subjek
kokurikulum. Didapati bahawa seramai 52.3% majoriti pelajar bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Dan 43.2% pelajar sangat bersetuju jika sukan
mendaki dijadikan subjek ko-kurikulum.
5.0 Rumusan dan Cadangan
Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan sukan mendaki
gunung memberikan persepsi positif kepada pelajar. Ini dapat dilihat
melalui analisis soal selidik yang telah dijalankan. Majoriti pelajar bersetuju
bahawa sukan mendaki gunung baik untuk kesihatan, meningkatkan
stamina, melatih untuk menghargai alam sekitar, serta memupuk semangat
perpaduan. Pelajar juga bersetuju sekiranya aktiviti sukan mendaki gunung
ini menjadi salah satu aktiviti kokurikulum di kolej. Justeru, penyelidik
mencadangkan agar kajian seterusnya dijalankan terutama kepada
pembuat dasar bagi melihat kesesuaian program mendaki ini dapat
dijadikan subjek kokurikulum wajib yang menjurus kepada aspek
kesihatan, semangat perpaduan, dan penerapan sikap menghargai alam
sekitar. Sementara itu, penyelidik juga ingin mencadangkan agar aktiviti
mendaki gunung bersama pelajar dijalankan dengan lebih kerap berserta
dengan pengisian ilmu asas yang berkaitan seperti ilmu asas kesihatan,
ilmu asas alam sekitar, dan ilmu asas perpaduan supaya pelajar dapat
mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan harian.
384
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Rujukan
Johannis, N. J. (2016). Kajian Retrospektif Insiden Pergunungan Di Malaysia.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norhidayah Hairom (2019). Pendaki bukan sekadar menjadi pelancong
gunung. Retrieved Disember 11, 2019 from
https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=4316
Suzi (2017). Ramai wanita gemar mendaki gunung sekarang, semuanya
gara- gara tertarik dengan 6 manfaat berikut. Retrieved Disember 28, 2017
from
https://www.nona.my/ramai-wanita-gemar-sukan-mendaki-sekarang-
semuanya-gara-gara-tertarik-dengan-6-manfaat-berikut/
Beatrice Nita Jay & Naim Zulkifli. (2016). Environment drives childhood
obesity. New Straits Times
Kolb, D. A. 1984. Experiential Learning. Englewood Cliff. New Jersey:
Prentice Hall.
Healey, M., & jenkins, A. (2000). Kolb's experiential learning theory and its
application in geography of higher education. Journal of Geography, 99, 185-
195.
Ismail, M., Soaib, A., Shamsudin, A., & Shafie, M., Daud. . (2014). Mentor's
role in human teacher development program Jurnal Personalia Pelajar, 17,
31-40
Niedermeier, M., Einwanger, J., Hartl, A., & Kopp, M. (2017). Affective
responses inmountain hiking—A randomized crossover trial focusing on
differences betweenindoor and outdoor activity. PLoS One, 12(5), 1-17
Ilzam Kholili, (2018).Persiapan Fisik Dalam Pendakian Gunung Sindoro,
Fakultas Keguruan Dan Ilmu Pendidikan Jasmani Kesehatan Dan Rekreasi
Universitas Wahid Hasyim, 1-13
Hasbullah N, Zakaria J, (2007). Pelancongan Rekreasi Berasaskan cabaran
dan Biodiversiti: Isu dan Konflik. Academia, 1-12
385
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Faktor Pemilihan Program Pengajian di Kolej Komuniti
Jempol
Umi Halawati Ahbarruddin1, Rosmawaty Ahmad2, Megawati Muhamad3*
123Kolej Komuniti Jempol
*[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan
program pengajian di Kolej Komuniti Jempol. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian
tinjauan di mana seramai 160 orang pelajar telah dipilih untuk menjadi responden bagi
kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah berbentuk soal
selidik. Terdapat dua bahagian di dalam borang soal selidik yang diedarkan. Berdasarkan
data yang diperolehi kemudian dianalisis, didapati bahawa faktor kerjaya adalah yang
tertinggi dengan skor min 4.14, faktor minat skor min adalah 4.00, faktor peranan ibu
bapa dalam mendorong pemilihan program skor min 3.13 dan yang akhir sekali faktor
rakan sebaya menjadi pendorong dalam pemilihan program di Kolej Komuniti Jempol skor
min 3.05.
Kata kunci: faktor, pemilihan program, program pengajian
1.0 Pengenalan
Pendidikan adalah gabungan proses pelajaran dan pembelajaran.
Antara perkara yang terlibat dalam pendidikan adalah pengetahuan,
pertimbangan kemahiran dan kebijaksanaan. Pendidikan menjadi teras
yang dapt menghasilkan tenaga manusia bagi memenuhi pelbagai sektor
dalam sesebuah negara.
Pencapaian akademik di peringkat sekolah menengah boleh
membantu individu menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi
disamping perkembangan Pendidikan yang pesat pada masa kini memberi
banyak ruang dan peluang untuk pelajar lepasan SPM dan STPM untuk
menyambung pengajian. Setiap pelajar mengimpikan untuk melanjutkan
pengajian sebagai jaminan untuk mendapatkan perkerjaan yang baik suatu
hari nanti. Oleh yang demikian setiap pelajar yang ingin menyambung
pengajian di peringkat yang lebih tinggi haruslah memilih program
pengajian yang bersesuaian dan tepat bagi merealisasikan apa yang mereka
impikan. Walaubagaimanapun apakah faktor yang mempengaruhi mereka
dalam pemilihan sesuatu jurusan sehingga kini masih kurang jelas dan
sukar untuk ditafsirkan.
2.0 Sorotan Kajian
Menurut Borchert (2002), bagi menentukan masa depan sesorang
pelajar perlulah membuat pemilihan kerjaya yang betul dan ini adalah
keputusan penting yang perlu dibuat oleh seorang pelajar kerana keputusan
yang diambil ini akan memberi kesan sepanjang kehidupan mereka.
Penyataan ini juga telah disokong oleh Abdullah,Ab Rahim, Soain dan Loh
(2009) di mana mereka menyatakan pembuat keputusan akan mendapat
kepuasan dan keharmonian bila mana membuat keputusan dengan tepat.
Sebelum memasuki dunia pekerjaan sesorang perlu membuat keputusan
386
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
dalam menentukan pemilihan kerjaya. Seawal dari kecil sebenarnya
seseorang telah menetapkan cita-cita sendiri kerana seseorang itu sejak dari
remaja lagi akan melalui proses pemilihan kerjaya sehinggalah berumur
seawal dua puluhan dimana sesorang individu itu telah mula mengambil
tahu dan sedar tentang dunia pekerjaan.
Ibu bapa adalah sumber inspirasi anak-anak. Ibu bapa juga adalah
tempat rujukan bagi anak-anak. Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik
untuk anak-anak mereka. Oleh itu, menurut Sheau, Juliana, Samsudin dan
Nurhana (2012) dorongan dan galakkan daripada ibu bapa akan memberi
kesan kepada pemilihan kerjaya anak-anak. Menurut Suhaila, Nor Ayuni
dan Nuzul (2015) jika pemilihan kerjaya dilakukan atas pemilihan keluarga,
ada dua kemungkinan yang mungkin akan berlaku iaitu samada kerja yang
dilakukan itu akan dilakukan dengan senang hati, gembira dan bersifat
terbuka atau kerja tersebut akan dilakukan secara sambal lewa dan kurang
berminat dalam melakukan kerja tersebut. Menurut Mohd Najib dan
Choong (2002) persekitaran hidup seseorang akan mempengaruhi minat
seseorang terhadap sesuatu bidang. Ini adalah berdasarkan pengetahuan,
pengalaman dan pendedahan yang diterima.
Minat dalam sesuatu bidang memainkan peranan yang sangat penting
dalam pemilihan kerjaya seseorang individu. Minat yang mendalam dalam
sesuatu bidang akan mendorong sesorang untuk berusaha bersungguh-
sungguh mencapai apa yang diimpikan. Minat yang tinggi dalam sesuatu
bidang juga boleh menjadi motivasi atau penggalak untuk seseorang
berusaha dengan lebih gigih lagi. Minat boleh membentuk sikap positif
dalam diri sesorang di mana sesorang itu akan bersedia untuk mengikuti,
mempertimbangkan atau bertindak terhadapa sesuatu. Minat terhadap
sesuatu juga mempunyai peringkat-peringkat tertentu di mana ianya boleh
berubah-ubah daripada minat yang mendalam kepada kurang berminat
ataupun sebaliknya. Menurut Syahida dan Mohd (2018) apabila perasaan
kurang minat timbul dalam diri seseorang maka kualiti kerja yang
dilakukan akan berkurangan.
Rakan sebaya mampu memberikan pengaruh yang sangat besar
dalam proses pembentukan diri seseorang. Ada sebahagian remaja belajar
erti kehidupan melalui rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya
mampu membuatkan berlakunya penularan masalah sosial menurut
Faridah khamis (2001) dalam kajiannya. Menurut Najmudin (2005)
pengaruh rakan sebaya mampu membuatkan seseorang memilih bidang
program pengajian yang ingin di ambil untuk menyambung pelajaran.
Walaubagaimanapun menurut konteks kajian ini pengaruh rakan sebaya
adalah dalam menentukan program pengajian yang ingin di pilih untuk
menyambung pengajian. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh pelajar
yang tidak ingin berpisah dengan rakan baik semasa di sekolah menengah.
Ini mungkin disebabkan oleh tidak mahu rasa terasing di persekitaran yang
baharu.
Bimbingan dan kaunseling kerjaya di peringkat sekolah boleh
membantu pelajar dalam menentukan haluan kerjaya seseorang pelajar.
Menurut Adnan Ahmad (2010) dalam kajiannya bimbingan dan kaunseling
dapat membantu sesorang pelajar mendapatkan gambaran bagaimana
situasi sebenar alam pekerjaan. Pelajar dapat membuat persediaan dari segi
mental dan fizikal berdasarkan gambaran ini bagaimana mereka dapat
387
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
memanfaatkan diri mereka kepada masyarakat kelak. Menurut kajian Yahya
Buntat (2010) pihak yang berpengalaman seperti guru kaunseling kerjaya
mampu memberikan pertolongan kepada seseorang pelajar dalam pemilihan
kerjaya di mana hal ini mungkin tidak dapat dilakukan oleh ibu bapa.
Menurut Noor dan Suppiah (2021) menusia diciptakan berbeza dan
mempunyai ciri-ciri unik masing-masing. Pemilihan kerjaya seseorang
bergantung kepada pembentukan personaliti masing-masing.
3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yamg menggunakan kaedah
tinjauan deskriptif bagi mendapatkan faktor-faktor yang mempengaruhi
pemilihan program pengajian di Kolej Komuniti Jempol. Kaedah tinjauan ini
digunakan dalam menjalankan kajian ini kerana kaedah ini merupakan
kaedaha yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang. Melalui
penggunaan kaedah kuantitatif ini sesuatu data dapat dikumpulkan dan
dianalisis bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan berkaitan
pendapat sikap dan amalan (Gall,M, Gall J.P dan Borg, 2007)
Kajian ini melibatkan seramai 160 orang pelajar. Responden adalah
terdiri daripada pelajar program Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Servis
Kenderaan Ringan serta Sijil Teknologi Senibina.
Borang soal selidik kajian ini telah diadaptasi daripada borang soal
selidik kajian “Faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program
Kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang”. Instrumen yang
digunakan di dalam kajian ini telah diubahsuai dari segi struktur ayat
supaya ianya lebih bersesuaian denagan situasi kajian ini. Bagi kajian ini
kedah yang digunakan adalah skala lima likert sebagai pilihan jawapan
kepada responden bagi mengenalpasti faktor-faktor pemilihan program
pengajian di Kolej Komuniti Jempol.
Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden mengandungi
maklumat seperti berikut :
Skala lima likert ini juga digunakan bagi memudahkan pengkaji
mendapatkan pandangan dan penilaian responden terhadap item-item yang
dirasakan sesuai. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan skor skala likert yang
digunakan.
388
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.0 Analisis dan Perbincangan
Berdasarkan kajian yang dijalankan seramai 88.13% responden adalah
terdiri daripada pelajar lelaki manakala 11.88% pula adalah respoden
perempuan. Kajian ini dibuat berdasarkan rujukan dan menggunakan
interpretasi skor min yang dikemukakan oleh Pallant (2011) seperti yang
berikut:
Pada bahagian ini sebanyak 23 item soalan yang ditanya dalam
borang soal selidik telah dianalisa menggunakan Microsoft Excel. Hasil
dapatan kajian adalah seperti berikut :
Jadual 4, menunjukkan hasil analisis skor min bagi faktor peranan ibu
bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih pengajian di Kolej Komuniti
Jempol. Berdasarkan Jadual 4 ini menunjukkan bahawa para pelajar
berpendapat galakan dan sokongan ibu bapa semasa memohon program
389
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
pengajian mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu 3.51. Pendapat ibu
bapa tentang program pengajian yang dipilih boleh menjamin masa depan
pula mempunyai nilai min 3.36.
Seterusnya aspek ibu bapa yang membuat keputusan dalam
pemilihan program mempunyai nilai min 3.21. Manakala ibu bapa
merasakan program yang dipilih oleh pelajar adalah bersesuaian dengan
pelajar mendapat nilai min 2.81 dan akhir sekali ibu bapa yang memohon
program tanpa pengetahuan pelajar mendapat nilai min terendah iaitu 2.75.
Secara keseluruhannya faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar
untuk memilih program pengajian di Kolej Komuniti Jempol berada pada
tahap sederhana iaitu pada nilai skor min 3.13.
Jadual 5 menunjukkan analisis skor min bagi faktor rakan sebaya
dalam mendorong pemilihan program pengajian di Kolej Komuniti Jempol.
Analisis skor min menunjukkan nilai min yang paling tinggi adalah pada
penyataan memohon program pengajian bersama rakan-rakan iaitu dengan
nilai 3.24. Ramai rakan yang mengikuti program yang sama memberi nilai
min sebanyak 3.19.
Seterusnya program pengajian yang dipilih adalah baerdasarkan
cadangan daripada rakan-rakan mempunyai nilai min sebanyak 3.10.
Ramai rakan-rakan yang mengikuti program pengajian yang dipilih berjaya
mendapat keputusan yang baik memberikan nilai min sebanyak 3.08 dan
penyataan yang terakhir rakan berpendapat bahawa program yang dipilih
adalah bersesuaian mendapat nilai min sebanyak 2.66. Secara
keseluruhannya faktor peranan rakan sebaya dalam mendorong minat
pelajar memilih program pengajian di Kolej Komuniti Jempol adalah berada
pada tahap sederhana dengan nilai min 3.05.
390
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Hasil dapatan analisis berdasarkan jadual 6 menunjukkan cita-cita
merupakan perkara yang paling diambil kira oleh responden dalam membuat
keputusan memilih program pengajian. Ini adalah berdasarkan nilai min yang
diperolehi adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 4.30. Kemahiran yang
ditawarkan dalam program yang dipilih memberi nilai min sebanyak 4.20.
Responden merakan program pengajian yang dipilih boleh memberi peluang
pekerjaan yang baik dan juga dapat membantu responden menjadi seorang
usahawan melalui program yang dipilih. Ini adalah berdasarkan nilai min yang
diberikan iaitu sebanyak 4.08. Penyataan yang terakhir adalah respoden
berpendapat program pengajian yang dipilih dapat memberikan persediaan
yang mencukupi untuk melangkah ke alam pekerjaan memberikan nilai min
sebanyak 4.04. Secara keseluruhannya faktor kerjaya dalam mendorong
pelajar memilih program pengajian berada pada tahap tinggi iaitu dengan
nilai min 4.14.
391
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 7 menunjukkan faktor minat dalam mendorong pelajar untuk
memilih program pengajian di Kolej Komuniti. Nilai min yang paling tinggi
adalah berkaitan minat respoden kepada keja-kerja amali berbanding
dengan teori dimana nilai min yang dicapai adalah sebanyak 4.16. Program
yang ditawarkan juga memang diminati oleh pelajar mendapat nilai min
sebanyak 3.98 manakala faktor minat dalam bidang yang berkaitan dengan
program yang dipilih mendapat nilai min sebanyak 3.88.
Secara keseluruhannya faktor minat dalam mendorong pelajar
memilih program pengajian di Kolej Komuniti Jempol berada pada tahap
tinggi iaitu dengan nilai min 4.00.
5.0 Rumusan dan Cadangan
Pemilihan program pengajian bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi merupakan perkara penting yang perlu dititik beratkan.
Pemilihan program yang tepat dan bersesuaian adalah perlu ianya akan
memberi kesan jangka panjang kepada seseorang pelajar. Antara perkara
juga perlu diambil kira juga dalam menghasilkan pelajar yang berjaya
antaranya adalah tempat pengajian, situasi semasa dan minat pelajar
tersebut.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini, secara keseluruhannya
faktor peranan ibu bapa, rakan sebaya, kerjaya dan minat telah mendorong
responden dalam membuat pemilihan program pengajian di Kolej Komuniti
Jempol. Namun, daripada keempat-empat faktor yang disenaraikan dalam
kajian ini, faktor kerjaya adalah faktor terbesar yang dilihat sebagai
pendorong dalam menentukan pemilihan program pengajian.
Rujukan
Abdullah Mat Rashid, Ab Rahim Bakar, Saib Asimiran dan Loh Pei Tieng.
(2009) Career Development Interventions in Secondary Schools in the State
of Terengganu, Malaysia.
Faridah Khamis (2001). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
pelajar aliran teknikal dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan di
sekolah menengah Teknik Daerah Kinta, Perak.
Michael Borchert (2001). Career choice factors og high school students
M.H. Norhidayah, H.Y. Ahmad Mujahideen, A.S.W.A Najmuddin (2017).
Faktor-faktor pendorong pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi. 139-
145. Jurnal of Humanities.
Mohd Najib Abdul Ghafar dan Choong Yoon Weng (2002) Perkaitan Antara
Pengurusan Masa Dengan Pencapaian Akademik Pelajar UTM. 71-92 Jurnal
Pendidikan UTM.
392
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Noor Athirah Sukri dan Suppiah Nachiappan. (2021) Kecenderungan
Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Bandar dan
Luar Bandar di Kelantan. 56-63. Jurnal Ilmi
Nurul Farhana Yahya dan Mohd Izwan Mahmud (2021). Pengaruh Hubungan
Ibu Bapa Terhadapa Minat Kerjaya Anak. 210-216, Jurnal Dunia Pendidikan
Sheau Tsuey Chong, Juliana Rosmidah Jaafar, Samsudin A.Rahim dan
Nurhana Zainal (2012) Motivasi Diri dan Dorongan Ibu Bapa Terhadap
Minat Akademik Belia, 026-033, FSSK UKM.
Suhaila Nadzri, Nor Ayuni Rosli, Nor Suhaily Bakar dan Nuzul Akhtar
Baharudin (2015). Faktor Keluarga, Ganjaran dan Kesukaran Memperolehi
Pekerjaan Mempengaruhi Kerjaya diceburi Alumni KUIS.
Yahya Buntat dan Mahadhir Mohd. (2010) Faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar Kolej Komuniti Yayasan
Pelajaran johor (KKYPJ) Terhadap Kursus Pertanian (Landskap dan Nurseri)
yang ditawarkan.
393
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Pengaruh Efikasi Kendiri Terhadap Perancangan Kerjaya
Lulusan TVET
Nurul Hidayah Ahmad Alemi1, Ahmad Rosli Mohd Nor2, Yunisra Yusof3*
13Kolej Komuniti Masjid Tanah
2Universiti Teknologi MARA Melaka
*[email protected]
Abstrak
Efikasi kendiri memainkan peranan penting dalam perancangan kerjaya lulusan TVET. Ini
kerana setiap manusia mempunyai keunikan sendiri dan berlainan pada setiap orang. Ia
adalah salah satu daripada faktor yang penting bagi seseorang untuk bertindak dalam
mencapai kejayaan dan kemajuan diri terutama dalam bidang kerjaya. Kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti pengaruh efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya graduan
lulusan TVET. Seramai 246 alumni TVET tahun 2020/2021 dipilih secara rawak berstrata
dalam kajian ini. Kajian secara kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan untuk
mengutip data menerusi set soal selidik dalam talian Google Form. Seterusnya melalui
analisis deskriptif menunjukan skor min yang tinggi (µ=4.26) terhadap tahap efikasi kendiri
dalam lulusan TVET merancang kerjaya. Melihat kepada nilai skor min tinggi bagi setiap
faktor efikasi kendiri lulusan TVET merancang kerjaya menunjukkan Personaliti Diri dan
Nilai Percaya Diri (µ=4.28), Kebolehan Diri (µ=4.26), Kekuatan dan Kelemahan Diri (µ=4.25)
dan Perlaksanaan Kerjaya (µ=4.24) kriteria yang sangat diperlukan untuk membantu
mereka merancang kerjaya. Hasil kajian ini merungkaikan hubungan signifikan yang kuat
antara efikasi kendiri dan kebolehan membuat keputusan perancangan kerjaya (p=0.722).
Kajian ini membuktikan kepentingan efikasi kendiri dalam perancangan kerjaya alumni
TVET dan sewajarnya para pensyarah dan pengurusan institusi TVET memandang serius
pembangunan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar TVET demi kelangsungan kerjaya
masa depan mereka.
Kata Kunci: Efikasi kendiri, Perancangan Kerjaya, Kerjaya TVET
394
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
1.0 Pengenalan
Kerajaan membangunkan insiatif dalam usaha meningkatkan
kebolehpasaran graduan terutamanya bagi lulusan TVET melalui Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 (WKB). Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi
Negara dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (PENJANA KPT-CAP) dalam
menangani cabaran isu pengangguran akibat Covid-19. Melalui PENJANA
KPT-CAP ini, graduan yang terpilih berpeluang meningkatkan kemahiran
sekaligus mendapat tawaran pekerjaan sebaik sahaja berjaya menamatkan
kursus. Walaupun pelbagai inisiatif disediakan, lulusan TVET juga perlu
mengambil keputusan dalam merancang kerjaya mereka untuk jangka
masa panjang. Self-efficacy atau efikasi kendiri membawa maksud persepsi
diri sendiri terhadap kebolehupayaan untuk melakukan sesuatu di dalam
situasi tertentu. Efikasi kendiri juga berkait rapat dengan keyakinan
seseorang untuk mencapai sesuatu yang diinginkan atau untuk berjaya
dalam kehidupan.
Menurut kajian S. R. F. Tasriff, R. H. Abdull Rahman, A. A. Abdul
Rahman & S. Abdul Patah (2016) wujudnya hubungan positif serta
signifikan yang sederhana di antara strategi pembangunan kerjaya dengan
efikasi kendiri di kalangan kakitangan sokongan. Ini menunjukkan efikasi
kendiri mempunyai pengaruh dalam perancangan kerjaya. Semakin tinggi
efikasi kendiri individu itu semakin yakin diri untuk membuat keputusan
dalam perancangan kerjaya kehidupan mereka. Kerjaya dalam bidang TVET
ini merupakan peluang bagi golongan belia negara membina kerjaya serta
meraih pendapatan mengikut kelayakan mereka. Imej lulusan TVET masa
kini semakin mendapat permintaan dari pihak industri dan menawarkan
gaji yang setimpal dengan kelayakan kemahiran mereka. Menurut Sulaiman
F. (2019) graduan bidang TVET berkemahiran mudah mendapat tawaran
kerja dengan pendapatan tinggi berbanding graduan bidang akademik.
Lulusan TVET di Malaysia terdiri pada pelbagai institusi seperti
Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),
Institut Kemahiran Malaysia (IKM) dan sebagainya. Malah pusat pengajian
swasta juga melahirkan lulusan TVET turut berperanan dalam
meningkatkan pengeluaran lulusan TVET di Malaysia seperti GMI, MFI dan
lain-lain. Namun begitu ia turut memberi kesan terhadap persaingan
merebut kerjaya impian dalam kalangan lulusan TVET ini. Oleh yang
demikian, strategi perancangan kerjaya dilihat sangat penting dalam
menentukan haluan kerjaya lulusan TVET masa kini. Pelbagai program
persediaan kerjaya serta pendedahan kerjaya dilaksanakan semasa meraka
di dalam institusi bagi membantu mereka merancang kerjaya mereka.
Hal ini menjadi lebih kompleks dengan cabaran kerjaya di era dunia
tanpa sempadan dan era endemic Covid-19 menjadikan kerjaya sesuatu yang
sangat dinamik dan sukar untuk dijangka. Ini memerlukan perancangan yang
disusun dengan baik dan dilaksanakan mengikut kaedah yang betul.
395
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Namun begitu, ia tidak semudah yang dirancang di atas kertas kerana ranjau
yang mendatang merupakan sesuatu yang sukar dijangkakan. Menurut Artess,
Hooley & Mellors (2017), menyatakan kebergantungan lulusan TVET terhadap
kelayakan akademik menyebabkan mereka kurang kompeten dalam kemahiran
kebolehkerjaan. Ini merupakan cabaran utama bagi lulusan TVET dalam
merebut peluang pekerjaan yang disediakan oleh majikan, apatah lagi bersaing
dengan graduan dari institusi pengajian tinggi yang lain. Oleh yang demikian,
unsur-unsur penting dalam perancangan kerjaya menjadi aspek penting untuk
diketahui dan dikaji kesignifikannya bagi membantu kebolehkerjaan lulusan
TVET ini. Kajian Zaidi Othman et al. (2020) menunjukkan efikasi kendiri
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan sahsiah pelajar
kolej komuniti bagi menghadapi dunia luar selepas tamat pengajian mereka.
Ini disokong oleh kajian Yunisra et al. (2021) menyatakan lulusan kolej
komuniti mempunyai efikasi kendiri yang tinggi dalam perancangan pemilihan
kerjaya mereka. Ini menunjukkan efikasi kendiri merupakan salah satu elemen
penting dalam persaingan kebolehkerjaan dalam lulusan TVET secara amnya.
Namun begitu kajian ini hanya khusus kepada satu institusi sahaja
iaitu kolej komuniti. Adalah penting untuk kita mengetahui gambaran
keseluruhan institusi TVET memandangkan kerajaan telah mengeluarkan
peruntukan yang sangat besar untuk memperkasakan institusi TVET di
Malaysia. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti
tahap efikasi kendiri dalam perancangan kerjaya oleh lulusan TVET secara
keseluruhan. Sekaligus, mengkaji tentang faktor dalaman yang diperlukan
oleh lulusan TVET dalam merancang kerjaya mereka. Kajian juga dibuat
untuk melihat melihat kepada hubungan yang wujud di antara efikasi
kendiri dengan kemampuan mereka membuat keputusan kerjaya setelah
bergraduan.
2.0 Sorotan Kajian
Efikasi kendiri merujuk kepada konsep yang diketengahkan oleh
Bandura (1986) iaitu keyakinan dan kepercayaan individu terhadap
kemampuan diri sendiri dalam mencapai sesuatu matlamat untuk tujuan
kejayaan. Konsep keberkesanan efikasi kendiri terletak pada Teori Sosial
Kognitif Bandura yang menekankan peranan belajar daripada pemerhatian
dan pengalaman sosial dalam pembangunan keperibadian. Ia merupakan
suatu tingkah laku yang berubah-ubah mengikut pengaruh persekitaran
dalaman mahupun persekitaran luaran (Bandura, 1986; Schunk & Pajares,
1998; Sherer & Adams, 1983). Jelas sekali efikasi kendiri boleh ditakrifkan
sebagai penilaian individu terhadap kebolehan dirinya sendiri dengan
menyusun dan melaksanakan tugasan untuk mendapatkan hasil yang
diingini atau yang diharapkan.
396
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Secara amnya, takrifan ini terdapat persamaan dengan konsep
kendiri dan persepsi kendiri. Efikasi kendiri dapat menilai seseorang
individu dalam menyelesaikan masalahnya serta sejauh mana keyakinan
dirinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Individu yang mempunyai
efikasi kendiri yang tinggi akan lebih rajin bekerja dan mampu bekerja
dalam tempoh yang lama berbanding individu yang mempunyai efikasi
kendiri yang rendah (Bandura, 1986). Menurut S. R. F. Tasriff, R. H. Abdull
Rahman, A. A. Abdul Rahman & S. Abdul Patah (2016), terdapat hubungan
yang positif dan signifikan di antara efikasi kendiri dengan strategi
pembangunan kerjaya individu dalam kalangan pekerja iaitu pada tahap
sederhana. Ini menunjukkan efikasi kendiri boleh mempengaruhi strategi
pembangunan kerjaya individu.
Manakala menurut Day & Allen (2004), dalam konteks efikasi kendiri
terhadap pembangunan kerjaya berkait rapat dengan kejayaan kerjaya dan
keberkesanan prestasi pekerja. Efikasi kendiri antara salah satu sikap
positif dan pandangan individu terhadap diri sendiri di mana seseorang
individu itu percaya bahawa diri sendiri berupaya mengurus satu-satu
kerjaya dengan jayanya (Kossek et al., 1998). Hall (2002), percaya bahawa
efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya khasnya dalam konteks
kerjaya moden mencakupi suatu peringkat permulaan pembelajaran jangka
panjang terhadap perkembangan kerjaya. Tahap efikasi kendiri di kalangan
pelajar universiti dan pekerja dalam persediaan dan pembangunan kerjaya
adalah tinggi (Hariyanti Abd Hamid et al., 2019; Jakaria et al., 2020; Kim et
al., 2016). Semakin tinggi tahap efikasi kendiri seseorang pekerja itu
semakin tinggi tahap strategi pembangunan kerjaya individu mereka.
Oleh itu, efikasi kendiri terhadap perancangan kerjaya merujuk
kepada sikap, pandangan dan tingkah laku individu terhadap diri sendiri di
mana seseorang individu itu percaya bahawa diri sendiri berupaya
mengurus satu-satu kerjaya dengan jayanya. Ia bergantung kepada suatu
petunjuk kejayaan kerjaya yang mewakili persepsi individu terhadap
kemampuan individu merentasi kepelbagaian situasi dan persekitaran.
Efikasi kendiri bersifat dinamik yang sentiasa berubah dan berkait dengan
domain-domain prestasi tertentu. Efikasi kendiri boleh memotivasikan
individu seseorang itu dengan menetapkan objektif, fokus dan matlamat
kerjaya.
Seterusnya, motivasi kerjaya mempengaruhi komitmen individu
dalam menilai perancangan kerjaya mereka. Efikasi kendiri memainkan
peranan penting dalam menghadapi matlamat, tugas, dan cabaran. Individu
yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi percaya bahawa mereka dapat
membuat keputusan yang tepat. Malahan, melihat sesuatu kerjaya yang
sukar adalah sebagai cabaran yang harus mereka ambil demi
pembangunan kerjaya. Sebaliknya, individu yang mempunyai efikasi
kendiri yang rendah cenderung untuk tidak memilih kerjaya yang sukar.
397
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Berdasarkan Osman et al. (2020) program dalam pengajian seperti
kursus luar, lawatan ilmiah, aktiviti kokurikulum serta pengalaman
berkerja sambilan menjadi faktor pemangkin dalam perancangan kerjaya
lulusan kolej komuniti. Tambahan pula, dalam merancang kerjaya strategi
perancangan kerjaya harus dititikberatkan dalam lulusan TVET supaya
menjadi pilihan utama pihak industri pembuatan. Antara faktor-faktor yang
signifikan dalam perancangan kerjaya adalah fokus, penentuan objektif,
faktor pemangkin dan efikasi kendiri berada pada tahap yang tinggi dalam
perancangan kerjaya lulusan kolej komuniti (Zaidi Othman et al., 2020).
3.0 Metodologi Kajian
Kajian tinjauan ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif.
Penggunaan instrumen soal selidik ini dibangunkan oleh Ahmad Rosli
(2016) dengan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.83. Nilai
kebolehpercayaan ini menunjukkan pengukuran bebas dari kesilapan dan
seterusnya menghasilkan keputusan yang konsisten. Dalam kajian ini,
aplikasi percuma iaitu G-Power digunakan dalam proses pemilihan sampel.
G-Power akan memberi cadangan saiz sampel berdasarkan kesan saiz dan
kekuatan sampel serta jenis analisis yang pengkaji gunakan (Wan
Muhammad Amir, Muhammad Shafiq, Adam Husein dan Mohd Fadli 2018).
Aplikasi ini mencadangkan minimum sampel seramai 45 orang bagi analisis
t (Independent sample T-Test), effect size: 0.8 dan eer prob.: 0.05 (Faul,
Erdfeder, Lang & Buchner 2007).
Kaedah edaran soal selidik manual diubah ke dalam bentuk Google
Form bagi meluaskan taburan kepada sampel kajian secara dalam talian
kepada lulusan TVET tahun 2020/2021 yang merupakan alumni daripada
pelbagai institusi TVET seperti Politeknik, Kolej Komuniti, ILP, ADTEC,
IKBN dan IKM. Seramai 246 orang sampel kajian telah berjaya dikutip
menjawab soal selidik dengan lengkap dalam tempoh masa yang singkat.
Selari dengan pendapat Ghazali Darussalam dan Suffean Hussin (2016)
yang menyatakan semakin besar sampel kajian semakin baik dapatan
kajian. Bahagian A soal selidik mengandungi maklumat demografi lulusan
TVET. Bahagian B pula mengandungi maklumat tentang efikasi kendiri
dalam mempengaruhi perancangan kerjaya lulusan TVET. Hasil data-data
yang diperolehi daripada kajian ini, telah dijalankan analisis secara
deskriptif dan korelasi untuk menjawab semua persoalan kajian.
398
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.0 Analisis dan Perbincangan
Kajian ini berjaya mencapai objektif bagi menjawab persoalan
kajian seperti berikut:
1. Mengenalpasti tahap efikasi kendiri dalam perancangan kerjaya oleh
lulusan TVET
Berdasarkan pada Jadual 1, menunjukkan hasil dapatan melalui analisis
deskriptif bagi keseluruhan kajian yang mempunyai skor min yang tinggi
(µ=4.26). Oleh itu dapatan kajian ini menunjukkan lulusan TVET
sememangnya mempunyai yakin diri semasa merancang kerjaya mereka.
Dapatan kajian ini seiring dengan dapatan kajian Yunisra et al. (2021)
mendapati lulusan TVET di kolej komuniti mempunyai efikasi kendiri yang
tinggi dalam perancangan pemilihan kerjaya mereka. Begitu juga dengan
penyelidik lain mendapati tahap efikasi kendiri di kalangan pelajar
universiti dan pekerja dalam persediaan dan pembangunan kerjaya juga
adalah tinggi (Hariyanti Abd Hamid et al., 2019; Jakaria et al., 2020; Kim et
al., 2016). Ini membuktikan bahawa lulusan TVET juga mempunyai sikap
percaya diri bahawa mereka berupaya mengurus sesuatu kerjaya dengan
jayanya.
2. Mengenalpasti faktor efikasi kendiri yang diperlukan dalam perancangan
kerjaya lulusan TVET
Jadual 2, menunjukkan skor min yang tinggi bagi setiap faktor-faktor
efikasi kendiri lulusan TVET dalam perancangan kerjaya. Lulusan TVET
percaya bahawa item Personaliti Diri dan Nilai Percaya Diri memainkan
peranan yang paling penting dalam perancangan dalam sesebuah kerjaya
mereka. Selebihnya, diikuti dengan Kebolehan Diri (µ=4.26), Kekuatan dan
Kelemahan Diri (µ=4.25) dan terakhirnya Perlaksanaan Kerjaya (µ=4.24).
399
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Dapatan ini menunjukkan kelima-lima faktor efikasi kendiri ini
memainkan peranan penting dalam proses perancangan kerjaya bagi
lulusan TVET. Kebolehkerjaan juga berkaitan dengan efikasi kendiri,
keyakinan diri individu terhadap keupayaan mereka untuk mendapatkan
pekerjaan (Coetzee and Oosthuizen, 2012). Oleh yang demikian, program
ko-kurikulum yang dirangka semasa dalam kampus lagi perlu
mengambilkira faktor-faktor tersebut bagi membantu pelajar-pelajar
TVET membina efikasi kendiri mereka dalam aktiviti-aktiviti berkaitan
eksplorasi kerjaya sekaligus bijak dan konsisten dalam merancang
kerjaya mereka mengikut bidang pengajian mereka.
3. Mengenalpasti hubungan di antara efikasi kendiri dengan kemampuan
membuat keputusan dalam kerjaya lulusan TVET
Dapatan analisis Korelasi Pearson di Jadual 3 menunjukkan nilai
kolerasi 0.722. Ini membuktikan wujudnya hubungan signifikan yang tinggi
di antara efikasi kendiri dan kemampuan membuat keputusan kerjaya
dalam lulusan TVET. Menyokong dapatan S. R. F. Tasriff, R. H. Abdull
Rahman, A. A. Abdul Rahman & S. Abdul Patah (2016) wujudnya hubungan
positif serta signifikan antara strategi pembangunan kerjaya dengan efikasi
kendiri di kalangan pekerja. Ini menunjukkan efikasi kendiri mempunyai
hubungan dalam perancangan kerjaya individu kerana semakin tinggi
efikasi kendiri individu itu semakin yakin diri untuk membuat keputusan
dalam perancangan kerjaya kehidupan mereka.
5.0 Rumusan dan Cadangan
Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektifnya
menjawab persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan bagi
mengenalpasti tahap efikasi kendiri lulusan TVET dalam perancangan
kerjaya dengan memperoleh nilai min yang tinggi. Ini menunjukkan lulusan
dari institusi TVET mempunyai efikasi kendiri atau kata lainnya keyakinan
diri yang tinggi dalam mengatur strategi perancangan kerjaya mereka.
400
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Bertepatan dengan teori (Bandura, 1997) yang menyatakan bahawa
semakin tinggi efikasi kendiri kerjaya individu itu, semakin tinggilah
keinginan dan keyakinan individu itu dalam mencapai matlamat
impiannya.
Bandura (1986) menyatakan efikasi kendiri merupakan suatu tingkah
laku yang boleh berubah-ubah. Tingkah laku seseorang boleh dijangka
tidak konsisten bergantung kepada faktor perubahan persekitaran dan
mungkin faktor dalamannya. Tambahan pula, menurut (Makki, et.al, 2016)
efikasi kendiri mempunyai pengaruh positif berkaitan aktiviti eksplorasi
kerjaya serta mampu mempengaruhi prestasi dengan tahap usaha serta
kecekalan seseorang dalam perkembangan kerjaya mereka. Perancangan
kerjaya seseorang mungkin boleh berubah bergantung kepada kecekalan
dan usaha individu itu. Justeru itu, kajian akan datang ingin melihat
kemungkinan wujudnya perbezaan efikasi kendiri ini dikalangan jantina
lelaki dan perempuan dalam aktiviti eksplorasi dan perancangan kerjaya
lulusan TVET. Melihat kepada hubungan signifikan yang positif di antara
efikasi kendiri dengan kemampuan lulusan TVET membuat keputusan
dalam merealisasikan rancangan kerjaya impian mereka, cadangan kajian
lanjutan oleh penyelidik untuk mengkaji faktor-faktor efikasi kendiri yang
berpengaruh dalam kemampuan lulusan TVET membuat keputusan
kerjaya.
Melalui kajian ini, kesemua faktor efikasi kendiri yang diperlukan
dalam proses merancang kerjaya ini perlu diambil serius oleh institusi
TVET bagi merangka atau menambahbaik program intervensi atau program
kesediaan kerjaya yang perlu diterapkan pada peringkat awal pengajian. Ini
penting bagi menjamin kualiti lulusan TVET negara dalam pasaran
pekerjaan berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh pihak industri.
401
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Rujukan
Bandura, A. (1986). Social Foundations Of Thought And Action: A Social
Cognitive Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Bandura, A. (1977). Self-efficacy: toward a unifying theory of behavioral
change. Psychological review, 84(2), 191.
Coetzee, M., & Oosthuizen, R. M. (2012). Students' sense of coherence, study
engagement and self -efficacy in relation to their study and employability
satisfaction. Journal of Psychology in Africa, 22(3), 315–322.
Faul, F., Erdffelder, E., Lang, A.G & Bucher, A. (2007) G*Power: a flexible
statistical power analysis program for the social, behavioral and biomedical
sciences. Behavior Research Method, 39(2). 175-191.
Hariyanti Abd Hamid, Maheran Baharum, & Azizah Sarkowi. (2019).
Pengaruh Efikasi Kendiri Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Akademik
Siswa Pendidik. Jurnal IPDA, 26, 104–113.
http://103.8.145.246/index.php/ipda/article/view/8209
Jakaria, N. A., Mazlan, M., Samri, N., & Shafie, S. N. A. (2020). Perbezaan
Efikasi Kendiri Terhadap Pembangunan the Difference Between Self-
Efficiency of Career Development Based on Demographical Factors. Jurnal
‘Ulwan ‘Ulwan’s Journal Jilid 5 (1) 2020 : 223-235, 5(1), 223–235.
Kim, Sun-Hwan, & Kim, Mi Jong. (2016). The Effect of Career Preparation
Program on Self-esteem, Self-efficacy related career decision-making and
Career Development Readiness in University Students. Journal of Digital
Convergence, 14(4),407–418.
https://doi.org/10.14400/JDC.2016.14.4.407
Makki, B.I., Javaid, M.U., & Bano, S. (2016). Level of Work Readiness Skills,
Career Self-Efficacy and Career Exploration of Engineering Students.
Osman, K., Mohd Nor, A., & Ujang, Z. (2020). Peranan Faktor Pemangkin
Dalam Perancangan Kerjaya Lulusan Kolej Komuniti. Politeknik & Kolej
Komuniti Journal Of Life Long Learning, 4(1), 20-29
S. R. F. Tasriff, R. H. Abdull Rahman, A. A. Abdul Rahman & S. Abdul Patah
(2016). Efikasi Kendiri dan Strategi Pembangunan Kerjaya Kakitangan
Sokongan. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences.
Vol. 4, No. 2. Halaman 125-135
Sulaiman, F. (2019). Graduan TVET mudah dapat kerja, pendapatan
lumayan.
Yunisra, Y., Nurul Hidayah, A. A., & Norazamimah, M. J. (2021). Efikasi
Kendiri Terhadap Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Lulusan Kolej
Komuniti. E-Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2021, 1– 10.
402
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan Sistem
eKBDR dalam Kalangan Staf Kolej Komuniti Paya Besar
(KKPB) dan Kolej Komuniti Cawangan Maran (KKCM) bagi
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Ayu Hasnidah Zainudin1*, Syarifah Fauziah Syed Mohamed2,
Dzazuriaty Muhamad3
123Kolej Komuniti Paya Besar
*[email protected]
Abstrak
Penguatkuasaan PKP memberikan pelbagai impak kepada kehidupan masyarakat di
Malaysia berikutan pandemik Covid-19. Terdapat keperluan bagi jabatan untuk memantau
kehadiran staf mereka secara ‘real time’ apabila kerajaan mengarahkan dasar Bekerja Dari
Rumah (BDR) bagi pegawai Perkhidmatan Awam. Bagi memastikan pengurusan kehadiran
staf di KKPB dan KKCM adalah terkawal, maka satu kaedah pemantauan kehadiran iaitu
penggunaan sistem eKBDR telah dilaksanakan. Sistem ini adalah berasaskan web, ia juga
disesuaikan dengan paparan telefon pintar. Pembangunan sistem ini bermula apabila
terdapat keperluan dari pengurusan tertinggi untuk memantau keberadaan semua staf
semasa tempoh PKP bermula iaitu pada bulan Mac 2020. Kajian ini dijalankan bagi
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan sistem eKBDR dalam
kalangan staf. Sasaran responden adalah seramai 66 orang yang terdiri daripada 23 orang
lelaki dan 43 orang perempuan. Kajian ini dibataskan kepada 3 faktor iaitu tanggapan
kebergunaan, tanggapan mudah guna dan sistem sokongan teknikal. Pengkaji
menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data dan dianalisis menggunakan
perisian Microsoft Excel. Responden menerima secara positif penggunaan sistem eKBDR
dalam tempoh PKP. Sistem eKBDR didapati mesra pengguna, lebih sistematik, serta
responsive. Sistem ini juga berkesan membantu pengurusan tertinggi mengakses dan
menyemak data kehadiran staf secara terus. Berdasarkan daripada hasil dapatan,
cadangan penambahbaikan diutarakan bagi meneruskan penggunaan sistem ini sekiranya
tiada perlaksanaan PKP iaitu sebagai medium untuk merekodkan kehadiran pelajar di
dalam kelas secara ‘real time’ di KKPB dan KKCM.
Kata Kunci : Kebergunaan, Mudah Guna, Sokongan Teknikal, Sistem Kehadiran
403
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
1.0 Pengenalan
PKP yang disyorkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19
telah menyebabkan organisasi terpaksa beralih kepada mod ‘Bekerja Dari
Rumah’ (BDR). Pandemik ini benar-benar mewujudkan norma baharu
dalam pekerjaan. Teknologi dan komunikasi menjadi platform untuk
mengukuhkan pengurusan organisasi walaupun dalam keadaan sukar
ketika itu. Ini bagi membolehkan penyampaian perkhidmatan berjalan
seperti biasa kepada pelajar dan komuniti setempat. Manakala, majikan
dan staf boleh berhubung dengan menggunakan teknologi komunikasi
bagi mengemaskini maklumat serta status mereka yang terkini, (Dalam &
Pandemik, 2021).
Teknologi komunikasi merujuk kepada kesediaan individu dan
institusi untuk menerima teknologi sebagai sebahagian daripada
persekitaran kerja mereka. Kejayaan sesebuah organisasi pada era ini
dibantu dengan kemudahan teknologi komunikasi yang cekap serta
pengurusan yang berkesan. Teknologi komunikasi yang lancar akan
berupaya untuk meyakinkan pihak pengurusan untuk
mengimplemenkannya dan melakukan perubahan yang meluas. Teknologi
ini termasuklah penggunaan laman web, komputer berinternet, sistem
sokongan elektronik serta perantara komunikasi (Ahlam Abdul Aziz, 2016).
Perangsang perubahan ini memerlukan penglibatan kemahiran staf
organisasi tersebut, dan kebolehan organisasi memberi respon dengan
perubahan yang berlaku diluar organisasi.
Krisis kesihatan awam global ini telah menyebabkan kepincangan
dalam fungsi organisasi sektor awam. Pelaksanaan BDR dilaksanakan
mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja
Dari Rumah,(Bahariatulaini Binti Badri@Harun, Mohd Afandi Bin Abdul
Hamid, 2020). Pihak pengurusan atau pentadbiran perlu menjadi lebih
kreatif dalam mengurus pekerja. Kemampuan memahami perubahan yang
berlaku akibat pandemik, serta diluar kebiasaan adalah sesuatu yang
dituntut. Banyak aplikasi atau sistem atas talian dibangunkan bagi tujuan
pemantauan serta memastikan impak BDR semasa tempoh PKP adalah
berkesan.
Sistem eKBDR merupakan sebuah sistem laman web yang
dibangunkan untuk memantau kehadiran staf serta digunakan pada
telefon pintar. Staf perlu merekod kehadiran dua kali sehari, iaitu semasa
masuk kerja dan sekali lagi semasa tamat waktu bekerja. Tujuan utama
pembangunannya adalah sebagai medium pemantauan kehadiran semua
staf yang bertugas di KKPB dan KKCM dalam tempoh PKP dilaksanakan.
Sistem ini dibangunkan secara dalaman menggunakan kepakaran
pensyarah dari Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) dan Program Sijil
Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK). Sistem ini adalah permintaan dari
pengurusan tertinggi kerana penggunaan sistem thumbprint pada waktu
tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pemantauan staf yang bekerja
dari rumah.
Maka pengkaji merasakan perlu untuk mengetahui bagaimana
penerimaan sistem eKBDR yang telah dibangunkan ini. Kajian ini adalah
untuk mengenalpasti faktor-faktor penerimaan sistem eKBDR dalam
kalangan staf di kedua-dua buah kolej komuniti. Hasil kajian ini akan
digunakan untuk cadangan penambahbaikan penggunaan inovasi atau
teknologi baru di institusi pada masa depan.
404
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
2.0 Sorotan Kajian
Penerimaan teknologi dalam persekitaran kerja telah banyak
dibincangkan oleh penyelidik melalui gabungan pelbagai model dan teori
terhadap penyelidikan yang dibuat. Terdapat 3 faktor yang di adaptasi dari
kajian lepas,(Arshad et al., 2021) iaitu tanggapan kebergunaan, tanggapan
mudah guna dan sokongan teknikal. Kerangka kajian adalah seperti Rajah
1.
Menurut (Md Ali & Mohamad Ali, 2019), penyelidik mendapati
penerimaan sesuatu teknologi yang dibangunkan bergantung kepada faktor
teknologi seperti kualiti sistem yang dibangunkan serta servis yang
diberikan. Ciri-ciri seperti sistem yang mudah digunakan, interaktif,
antaramuka yang mesra pengguna, akses internet serta maklumbalas yang
cepat dari pentadbir sistem. Penerimaan dan penolakan terhadap sistem
adalah ditentukan oleh ciri-ciri tersebut.
Berdasarkan kajian oleh penyelidik di Fakulti Pendidikan (Universiti
Kebangsaan Malaysia), penerimaan dan penggunaan sesuatu sistem di
dalam organisasi dijadikan kayu ukur merujuk kepada Model TAM. Persepsi
kebolehgunaan, persepsi kemudahan penggunaan serta norma subjektif
menjadi penyebab utama sesebuah sistem pengurusan itu diterima pakai.
Keadaan ini menunjukkan seseorang pengguna itu akan menggunakan
sistem terlebih dahulu dan mengenalpasti sama ada ia mudah digunakan
atau tidak, bagi meneruskan penggunaan sistem tersebut (Rohaila
Mohamed Rosly & Fariza Khalid, 2016).
Menurut penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah, penerimaan adalah
berkait rapat dengan perceived usefulness iaitu pengguna percaya setelah
menggunakan sistem teknologi, ia akan memberi kebaikan kepada mereka.
Faktor kedua adalah perceived ease of use. Faktor ini mengandaikan bahawa
penggunaan sistem teknologi akan memberi kesan kepada mereka untuk
menjadi lebih mahir dan cekap (Dympna James Jemson et al., 2019).
Sokongan teknikal daripada pihak pengurusan turut diperlukan bagi
menjayakan keberkesanan kualiti sistem. Faktor ini dapat memberi galakan
405
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
serta mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap sistem. Bantuan
teknikal dapat memberi impak yang positif terhadap penggunaan teknologi
baru dalam sesebuah organisasi, (Noraznida Binti Husin & Atan, 2020).
Rajah 2: Gabungan Model dan Teori Penerimaan e-Pembelajaran, (Arshad et
al., 2021)
Menurut (Arshad et al., 2021), penggunaan sistem adalah
dipengaruhi dengan tanggapan kebergunaan dan tanggapan mudah guna
untuk mengaplikasikan teknologi tersebut. Kedua-dua tanggapan ini saling
berkait di mana seseorang itu merasakan sistem itu berguna apabila ianya
mudah untuk digunakan seperti dalam Rajah 2.
Rajah 3: Technology Acceptance Model, TAM (Davis, 1989)
Model yang paling penting dalam kajian penerimaan teknologi
maklumat adalah Technology Acceptance Model (TAM) yang dibina oleh
Fred Davis pada tahun 1986, (Saad & Daud, 2016). Apabila pengguna
dipersembahkan dengan sesuatu inovasi yang baru, dua pemboleh ubah
yang mempengaruhi keputusan mereka bagaimana dan bila akan
menggunakannya iaitu perceived usefulness dan perceived ease of use
seperti dalam Rajah 3.
TAM turut mengemukakan bahawa orang mungkin telah digalakkan
untuk menggunakan sistem maklumat kerana manfaat yang diperolehi,
seperti kebergunaan, mudah diguna dan sikap terhadap penggunaan sistem
(Quah, 2020).
406
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
3.0 Metodologi Kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa fasa yang telah dijalankan
iaitu pengumpulan data, analisis dapatan data serta perbincangan dan
kesimpulan. Kajian ini dijalankan terhadap staf KKPB dan KKCM
seramai 76 orang. Seramai 66 orang responden yang menjawab soal
selidik. (Rujuk jadual 1)
Jadual 1 : Jumlah populasi yang dikaji
Borang soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan
data. Terdapat 4 bahagian iaitu:
• Bahagian A: Demografik
• Bahagian B: Tanggapan Kebergunaan
• Bahagian C: Tanggapan Mudah Guna
• Bahagian D: Sokongan Teknikal
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif melalui edaran soal selidik
secara atas talian kepada semua responden. Aplikasi Google Form
digunakan di mana pautan ke soal selidik telah dihebahkan melalui
aplikasi Telegram kumpulan. Soalan-soalan dalam soal selidik ini telah
diadaptasi daripada kajian Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Penerimaan e-Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Port
Dickson, (Arshad et al., 2021). Tiada kajian rintis dijalankan untuk
menilai kesahan instrumen kajian yang digunakan kerana soalan
diadaptasi daripada kajian terdahulu.
4.0 Analisis Dan Perbincangan
Tinjauan ini terdiri dari empat (4) bahagian; Bahagian A adalah latar
belakang demografi yang terdiri daripada tiga (3) soalan iaitu jantina, kategori
dan jenis pelan internet yang digunakan. Bahagian B terdiri dari empat (4)
pernyataan berkaitan dengan faktor tanggapan kebergunaan sistem eKBDR.
Bahagian C pula mengandungi empat (4) pernyataan berkaitan faktor
tanggapan mudah guna sistem eKBDR, dan Bahagian D mengandungi empat
(4) pernyataan berkaitan faktor sokongan teknikal yang diberikan.
407
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 2 di bawah menunjukkan gambaran keseluruhan profil
demografi responden.
Berdasarkan Jadual 2, staf perempuan yang menjawab soal selidik
adalah lebih ramai iaitu 65% berbanding lelaki kerana staf di kedua-dua
buah kolej komuniti adalah majoriti di kalangan perempuan. Staf dari
kategori pensyarah dengan peratus tertinggi iaitu 69% adalah yang paling
ramai menjawab soal selidik ini. Majoriti responden menggunakan pelan
internet rangkaian tetap(bulanan) dengan peratus sebanyak 80%.
Sisihan piawai adalah pengukuran statistik bilangan yang berbeza
dari jumlah purata dalam satu siri. Sisihan piawai rendah bermaksud
bahawa data sangat berkaitan dengan purata, dan oleh itu sangat
dipercayai. Sisihan piawai yang tinggi bermaksud terdapat perbezaan yang
besar antara data dan tidak boleh dipercayai. Interpretasi tahap julat skor
min ini ditunjukkan dalam Jadual 3.
408
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 4 di bawah menunjukkan nilai min dan sisihan piawai untuk setiap
pernyataan item tersebut.
409
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Faktor Tanggapan
Kebergunaan
4.47
Faktor Sokongan Teknikal 4.43
4.5 Faktor Tanggapan Mudah
Guna
Rajah 4: Nilai Keseluruhan Purata bagi setiap item
Item faktor sokongan teknikal mendapat keseluruhan purata yang
tinggi iaitu 4.5 menunjukkan bahawa staf mendapat bantuan teknikal yang
baik semasa menggunakan sistem ini. Walaupun dalam keadaan PKP,
komitmen bahagian sokongan teknikal dalam memastikan penggunaan
sistem ini dapat digunakan dengan sepenuhnya dan lancar dengan sentiasa
memberikan manual pengguna yang terkini mengikut penambahbaikan
yang dibuat terhadap sistem. Bagi item faktor tanggapan kebergunaan, nilai
keseluruhan purata adalah 4.47 menunjukkan staf dapat merasakan
manfaat dari penggunaan sistem, serta kemudahan teknologi ini dapat
memudahkan urusan merekod kehadiran bekerja dalam tempoh PKP.
Seterusnya, keseluruhan min bagi faktor tanggapan mudah guna mendapat
nilai 4.43 menunjukkan kesediaan staf menggunakan sistem ini adalah
baik kerana fungsi serta antaramukanya yang mudah difahami serta mesra
pengguna.
410
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
5.0 Rumusan dan Cadangan
Dalam usaha meningkatkan penggunaan teknologi maklumat digital,
pekerja khususnya harus berubah dan mengambil inisiatif dengan
menggunakan teknologi komunikasi secara cekap, dan berkesan,(Dalam &
Pandemik, 2021). Hasil daripada dapatan analisis ini mendapati, kebanyakan
staf menerima penggunaan sistem eKBDR dalam tempoh PKP. Ini disebabkan
berlakunya pandemik Covid-19 yang memerlukan staf menggunakan teknologi
dalam proses pemantauan keberadaan mereka pada waktu bekerja.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi staf menerima inovasi
ini iaitu tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna dan sokongan
teknikal yang diberikan oleh pentadbir sistem eKBDR. Ini kerana mereka
dapat merasakan sistem ini dapat berfungsi dengan baik serta responsive.
Mereka juga dapat merasakan komitmen untuk melaksanakan kerja dari
rumah apabila perlu mendaftar kehadiran bekerja pada setiap hari serta
membuat pelaporan. Antaramuka sistem yang ringkas serta mudah untuk
digunakan turut membantu staf menggunakannya dengan berkesan.
Konsep sistem yang boleh digunakan pada telefon pintar sangat
memudahkan mereka tanpa perlu membuka laptop atau menghadap
komputer. Tanpa sokongan teknikal daripada pentadbir sistem, sesuatu
sistem tidak dapat dijalankan dengan baik (Arshad et al., 2021). Kesediaan
pihak pentadbir sistem eKBDR menyediakan sokongan melalui manual
pengguna, bantuan teknikal serta penambahbaikan fungsi mengikut
permintaan pihak pengurusan dapat memberikan tanggapan yang positif
kepada staf untuk menggunakan sistem ini. Selain itu, kemudahan akses
internet turut mempengaruhi penerimaan mereka.
Justeru itu, pihak institusi perlu menyediakan kepakaran dengan
menyediakan serta menggalakkan staf untuk celik teknologi bagi
meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam mendepani era
globalisasi kini. Staf perlu diberi pendedahan tentang teknologi maklumat
yang terkini walaupun mereka berada dalam pelbagai kategori, supaya
mereka seiring dalam revolusi industri 4.0. Selain itu, sistem eKBDR boleh
ditambahbaik untuk digunakan sebagai ‘tools’ rekod kehadiran pelajar di
dalam kelas. Pelajar boleh terus mendaftar kehadiran sewaktu di dalam
kelas serta dipantau pensyarah secara ‘real time’. Ini adalah sebagai rekod
awal kehadiran bagi memudah dan membantu pensyarah ‘key in’ data
sebenar ke dalam Communiti College Management System (CCMS). Pelajar
yang tidak hadir juga perlu memaklumkan secara terus alasan tidak hadir
supaya dapat memudahkan pensyarah mengambil maklum hal tersebut
(bukti/dokumen sokongan).
6.0 Rujukan
Ahlam Abdul Aziz. (2016). Peranan teknologi komunikasi dan
sumbangannya ke arah perkembangan komunikasi dalam organisasi yang
berkesan. Forum Komunikasi, 11(2), 51–64.
https://forumkomunikasi.uitm.edu.my/images/FKVol11No2-
2016/FK2016-03-Dr-Ahlam.pdf
411
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Arshad, N. M., Hassan, Z., & Noh, S. H. M. (2021). no - Faktor-faktor yang
mempengaruhi penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di
politeknik port dickson: Kajian kes semester 4 diploma kejuruteraan
mekanikal pembuatan. International Journal of Humanities Technology and
Civilization (IJHTC), 1(10), 107–123.
Bahariatulaini Binti Badri@Harun, Mohd Afandi Bin Abdul Hamid, N. A. B.
A. A. (2020). Pandemik Covid-19 Di Malaysia: Pengaruh Strategi Bekerja
Dari Rumah Serta Keseimbangan Kerja Dan Kehidupan Terhadap Prestasi
Kerja Pensyarah Politeknik Premier. Proceeding of the 8th International
Conference on Management and Muamalah, 0(August), 856–868.
Dalam, P., & Pandemik, E. R. A. (2021). KESAN FAKTOR RUANG KERJA &
PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERHADAP PEKERJAAN DALAM ERA
PANDEMIK COVID-19. March.
Dympna James Jemson, Sabariah Sharif, & Soon Singh A/L Bikar Singh.
(2019). Penerimaan Penggunaan Mobile Learning di Kalangan Pelajar
Tingkatan 6 dalam Mata Pelajaran Geografi. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities, 4(6), 101–107.
Md Ali, S., & Mohamad Ali, A. Z. (2019). Perceived Ease of Use Towards
Acceptance on Focused Educational Video Sharing Site. Asia-Pacific Journal
of Information Technology & Multimedia, 08(01), 1–15.
https://doi.org/10.17576/apjitm-2019-0801-01
NORAZNIDA BINTI HUSIN, & ATAN, N. S. B. (2020). Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Penerimaan E-Pembelajaran dalam Subjek Pengiraaan di
Kolej Universiti Islam Antarabangsa. Proceeding of the 7th International
Conference on Management and Muamalah 2020, 2020(ICoMM), 260–270.
Quah, W. B. (2020). Tanggapan Kebergunaan , Tanggapan Mudah Diguna ,
Dan Sikap. April.
Rohaila Mohamed Rosly, & Fariza Khalid. (2016). Analisis faktor
penerimaan terhadap aplikasi E-Daftar dalam kalangan kakitangan NIOSH,
Malaysia. International Conference on Education and Regional Development
2016 (ICERD 2016) “Cross-Cultural Education for Sustainable Regional
Development,” 31 Oktober(November), 633–642.
Saad, A., & Daud, E. D. (2016). Kepelbagaian Model Penerimaan Teknologi
dan Sistem Maklumat. International Conference on ICT in Education,
Universiti Pendidikan Sultan Idris., March, 25–26.
412
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Analisis Pembaziran Proses Penambahbaikan Penyediaan
Laporan KKBBM dengan Pendekatan Value Streaming
Mapping (VSM)
Nohayati Ali1*, Tuty Farhida Sajat2 Haslan Azis3
1,3 Kolej Komuniti Bukit Beruang
2 Kolej Komuniti Masjid Tanah
*[email protected]
Abstrak
Kolej Komuniti Bukit Beruang merupakan salah satu daripada kolej kerajaan
di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti. Terdapat
beberapa KPI yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
bagi memastikan kolej komuniti sebanding dengan institusi pengajian tinggi
yang lain. Salah satu daripada KPI tersebut adalah penghantaran laporan
tahunan yang perlu dihantar setiap tahun. Proses pengumpulan maklumat
aktiviti bagi melengkapkan laporan tahunan bukanlah sesuatu yang mudah
kerana melibatkan pegawai yang agak ramai dan memerlukan masa yang
lama bagi mendapatkan maklumat tersebut. Satu penambahbaikan telah
dilaksanakan bagi memastikan penyediaan laporan KKBBM lebih
menjimatkan masa dan efisien. Oleh yang demikian, satu kajian telah
dilakukan bagi menganalisis pembaziran proses penambahbaikan
penyediaan laporan KKBBM dengan menggunakan pendekatan Value
Streaming Mapping (VSM). Analisis kajian mendapati proses menunggu bagi
mendapatkan maklumat daripada pegawai untuk penyediaan laporan adalah
tinggi dengan nilai 347,400 saat menyebabkan nilai peratus kecekapan di
tahap yang rendah iaitu kurang 50% iaitu sebanyak 40.2%. Kajian juga
mendapati penggunaan kaizen pada proses penyediaan laporan KKBBM
menyumbang kepada kecekapan proses sebanyak 100%.
Kata Kunci: penyediaan laporan; pembaziran; kaizen, Value Streaming Mapping (VSM)
413
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
1.0 Pengenalan
Pengurusan Lean adalah konsep penambahbaikan sistem
perkhidmatan sebuah organisasi secara berterusan dengan mengurangkan
kos serta meningkatkan kecekapan dan kualiti produktiviti. Lean merupakan
mekanisme bagi mengurangkan kos jika diaplikasikan dengan betul dan
dapat menjadi panduan sesebuah organisasi. Ia juga boleh dijadikan sebagai
garis panduan untuk menjadikan sesebuah organisasi bertaraf dunia
(Chaplin dan rakan-rakan, 2016).
Menurut Azim, A.O, Rusalbiah, C.M & Mazita, M.A (2020), sistem pengurusan
lean amat penting dalam memastikan tadbir urus sesebuah organisasi
menjadi lebih terancang. Ianya selari dengan Pelan Strategik Politeknik Dan
Kolej Komuniti (2018-2025) melalui Inisiatif A5 iaitu meningkatkan Tadbir
Urus melalui Lean Management. Selaras dengan itu, bermula tahun 2018
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti menetapkan Petunjuk
Prestasi Institusi bagi Kolej Komuniti menerusi KPI 9 iaitu bilangan program
atau aktiviti yang dihebahkan melalui media sosial oleh jabatan atau institusi
pada tahun semasa. Laporan aktiviti perlu dihantar mengikut sukuan bagi
menentukan pencapaian sesebuah institusi.
Namun demikian, kerosakan server telah menyebabkan maklumat yang
disimpan hilang dan kesukaran bagi mengumpulkan maklumat aktiviti yang
dijalankan oleh program atau unit. Proses pengumpulan data dan maklumat
ini juga mengambil masa yang lama. Justeru itu, satu kajian telah dijalankan
untuk mengenalpasti pembaziran dalam penyediaan laporan KKBBM
berdasarkan Value Stream Maping (VSM) dan mengenalpasti penggunaan
kaizen dalam proses penyediaan laporan KKBBM untuk melancarkan tadbir
urus serta menambah baik kecekapan dalam pengurusan penyediaan dan
pemantauan laporan.
2.0 Sorotan Kajian
Tujuan utama pengurusan lean adalah untuk mengurangkan aktiviti
yang tidak bernilai dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi dan
kaedah VSM selalu digunakan untuk menyokong pendekatan tersebut
(Romero & Arce, 2017). Manakala pembaziran (waste) adalah aktiviti yang
tidak memberi nilai tambah (non value added-NVA) (A. Merici ,2015). Menurut
Bilviken (2014), pembaziran dikategorikan kepada 3 iaitu pembaziran
material (material loss), pembaziran masa (time loss) dan pembaziran nilai
(value loss). Menurut Wang, Tan, Zou & Zhou (2020) VSM adalah kaedah yang
boleh membantu organisasi mengenalpasti punca pembaziran. Masalah yang
timbul boleh dianalisis dengan sistematik dengan menggunakan kaedah
pemetan proses yang terlibat. Mazita (2020) menyatakan bagi memastikan
kesempurnaan sesuatu produk atau task mencapai kepada zero losses
seperti zero defect, zero rework, zero accident dan zero downtime merupakan
visi lean yang perlu diambil kira oleh sesebuah pengurusan organisasi.
414
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Selain itu, lean juga berfungsi sebagai alat atau tools untuk
menghapuskan pembaziran (waste) dengan mengekalkan aktiviti yang
mepunyai nilai tambah (value added) dan menghilangkan pembaziran dengan
menghapuskan aktiviti yang tidak mepunyai nilai tambah (non value added).
Jasti dan Sharma (2014) dan Wang et al. (2020) juga menjelaskan bahawa
necessary non value added activity juga merupakan aktivti yang membawa
kepada pembaziran. Langstrard (2016) pula mendapati pembaziran
merupakan perkara yang yang memeperlahankan nilai dan tidak mempunyai
faedah yang berkait rapat dengan pembaziran.
Menurut Douglas, Antony dan Douglas (2015) aktiviti bernilai tambah
adalah hasil akhir yang diberikan kepada pelanggan dengan cara yang betul
dan pelanggan mengesahkannya bernilai kepada mereka. Lean adalah satu
budaya penambahbaikan sesustu proses secara berterusan yang juga
dikenali dengan kaizen (perubahan kepada yang lebih baik). Lean
menggunakan tools yang bertindak membantu mengenalpasti dan
menghapuskan pembaziran (Mazita, 2020).
Kaedah lain untuk menghilangkan pembaziran adalah dengan
menjadikan matlamat pengurusan lean sebagai satu strategi dalam
pengoperasian pengukuran pencapaian melalui kitara waktu yang paling
singkat iaitu dengan menghapuskan pembaziran masa (Liker, 2004). Mazita
(2020) menjelaskan bahawa sesebuah organisasi memerlukan konsep
penambahbaikan yang berterusan (kaizen) untuk menambahbaik produk,
perkhidmatan atau proses bagi meningkatkan kecekapan dan nilai kualiti
sesebuah organisasi.
3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif.
Kutipan data adalah dengan menggunakan kaedah analisis dokumen
penyediaan laporan aktiviti kolej yang telah dihantar oleh 20 orang pegawai
yang terlibat pada bulan Mac 2020. Proses kerja penyediaan laporan ini telah
direkodkan daripada proses yang pertama sehingga selesai. Setiap proses
penyediaan laporan melibatkan Process Time (PT), Waiting Time (WT) dan
Leading Time (LT) yang dicatatkan masanya menggunakan saat. Kaedah
analisis yang digunakan untuk kajian ini adalah kaedah kuantitatif
menggunakan kaedah Peta Aliran Nilai (Value Stream Map - VSM) iaitu salah
satu kaedah yang digunakan dalam menganalisa data hasil perlaksanaan
Projek Lean.
415
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.0 Analisis dan Perbincangan
i. Mengenalpasti pembaziran dalam penyediaan laporan KKBBM
berdasarkan Value Stream Mapping (VSM).
416
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Rajah 1: Carta alir VSM sebelum perlaksanaan Projek Lean
Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan analisis data proses penyediaan laporan
aktiviti KKBBM. Value Stream Mapping (VSM) merupakan prinsip utama Lean
Tool, bagi mengenalpasti masa proses kerja dan masa menunggu dalam
memperbaiki dan mengurangkan pembaziran, Bhosale (2015). Terdapat 3
Value Stream yang dikenalpasti sebagai pengukuran iaitu Process Time (PT),
Waiting Time (WT) dan Lead Time (LT). Langstrand (2016) menyatakan bahawa
Process Time (PT) merupakan masa yang diperlukan bagi sesebuah proses
yang dilaksanakan daripada awal hingga ke akhir proses tersebut. Waiting
Time (WT) pula adalah masa yang tidak digunakan tanpa sebarang manfaat
semasa pelaksanaan sesuatu proses. Lead Time (LT) pula adalah jumlah masa
yang diperlukan oleh sesutu proses. Ia adalah hasil daripada campuran
Process Time (PT) dan Waiting Time (WT). Manakala Proses Efficiency (PE)
adalah nisbah PT kepada LT dan PE akan memberikanmaklumat dari segi
peratus aktiviti bernilai tambah (value added) bagi keseluruhan proses ini
(Langstrand, 2016). Hasil daripada analisis, didapati terdapat 4 daripada 6
proses kerja yang mempunyai Waiting Time (WT) iaitu proses 2 (menyediakan
maklumat), 3 (menerima maklumat), 4 (menyediakan laporan) dan 5
(menghantar laporan). Jumlah keseluruhan masa proses adalah sebanyak
233,400 saat, proses menunggu (Waiting Time) sebanyak 347,400 saat serta
lead time sebanyak 580,800 saat. Proses menunggu didapati tinggi dengan
nilai 347,400 saat menyebabkan nilai peratus kecekapan di tahap yang
rendah iaitu kurang 50% iaitu sebanyak 40.2%. Sepertimana yang dijelaskan
oleh A. Merici, 2015 pembaziran (waste) adalah aktiviti yang tidak memberi
nilai tambah (Non Value Added-NVA) yang perlu dihapuskan. Oleh yang
demikian, proses penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi mengurangkan
atau menghapuskan masa menunggu dan memendekkan masa proses
penyediaan laporan aktiviti.
417
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
ii. Mengenalpasti penggunaan kaizen dalam proses penyediaan laporan
KKBBM
Rajah 2: Carta alir kaizen selepas perlaksanaan Projek Lean
Rajah 2 menunjukkan carta alir kaizen yang dianalisis menggunankan VSM
selepas pelaksanaan lean dalam penyediaan laporan aktiviti KKBBM. Bagi
meningkatkan perkhidmatan secara berteruskan dengan meningkatakan
kualiti dan produktiviti serta membantu penjimatan kos, prinsip kaizen telah
diaplikasikan dalam proses penyediaan laporan aktiviti KKBBM. Terdapat 4
kaizen yang dikenalpasti dan digunakan dalam VSM selepas pelaksanaan
projek Lean ini. Kaedah ECRS (Eliminate, Combine, Rearrange, Simplify)
digunakan dalam kaizen 1, 2, 3 dan 6 yang melibatkan proses kerja 1
(memohon maklumat), 2 (menyediakan maklumat), 3 (menerima maklumat),
dan 6 (mencetak laporan). Eliminate merupakan proses pengurangan
kegiatan kerja tertentu yang tidak mempunyai nilai, tidak mempengaruhi
peroses dan dianggap tidak penting. Combine merupakan penggabungan dua
proses atau lebih untuk mengurangkan pembaziran masa. Rearrange pula
adalah satu cara untuk mengatur semula sesuatu proses yang masih bernilai
supaya proses kerja lebih efektif dan efisien. Manakala simplify pula adalah
penggabungan proses yang berulang-ulang agar dapat mengurangkan
lebihan pemprosesan dalam sesuatu proses kerja (Tiena & Novia 2018).
Kaizen yang keempat yang telah digunakan adalah penggunaan teknologi
digital melibatkan proses kerja 4 (menyedia laporan) dan 5 (memohon
kelulusan dan menghantar laporan). Keempat-empat proses yang
dikenalpasti menyumbang kepada pembaziran masa menunggu (Waiting
Time) yang tinggi telah dihapuskan (eliminate) iaitu proses kerja 1 (memohon
maklumat), 2 (menyediakan maklumat), 3 (menerima maklumat), dan 6
(mencetak laporan). Oleh yang demikian, hanya 2 proses sahaja yang akan
terlibat bagi penyediaan laporan aktiviti selepas penggunaa kaedah ECRS.
Secara keseluruhannya, penggunaan kaizen pada proses ini menjadikan
proses menunggu menjadi 0 saat menyumbang kepada kecekapan proses
sebanyak 100%. Mazita, 2020 menjelaskan bahawa sesebuah organisasi
memerlukan konsep penambahbaikan yang berterusan (kaizen) untuk
418
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
menambahbaik produk, perkhidmatan atau proses bagi meningkatkan
kecekapan dan nilai kualiti sesebuah organisasi.
5.0 Rumusan Dan Cadangan
Secara keseluruhannya, terdapat beberapa pembaziran yang dikenalpasti
berdasarkan analisis Value Stream Mapping (VSM) yang telah dilaksanakan.
Pembaziran masa didapati pada proses menunggu yang lama iaitu sebanyak
347,400s. Melalui kaedah kaizen pula, keempat-empat proses yang
dikenalpasti menyumbang kepada pembaziran masa menunggu (Waiting
Time) yang tinggi telah dihapuskan. Dapatan kajian ini dapat membantu
pihak pengurusan kolej untuk membuat penambahbaikan pada proses
penyediaan laporan Kolej Komuniti Bukit Beruang pada masa akan datang.
Penambahbaikan proses penyediaan laporan KKBBM menggunakan
teknologi digital dicadangkan agar dapat memberikan impak yang besar
terhadap penjimatan masa, tenaga dan kos. Satu kajian keberkesanan
penggunaan teknologi digital dalam penyediaan laporan Kolej Komuniti Bukit
Beruang, Melaka akan dilaksanakan bagi mengenalpasti peluang
penambahbaikan yang dapat dilakukan oleh pihak kolej.
419
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Rujukan
A. Merici, Perancangan Perbaikan Area Permesinan Komponen Isolating Cock
di PT. Pindad (Persero) untuk Meminimasi Waste Menggunakan Metode 5S
dengan Pendekatan Lean Manufacturing, Bandung: Telkom University, 2015
Azim, A.O, Rusalbiah, C.M & Mazita, M.A(2020). Lean Transformation
Sustainability Models: A Critical Review. Advances in Business Research
International Journal, 6(2), 2020, 1-18
Bilviken, Trond, John Rooke, and Lauri Koskela. 2014"The Wastes of
Production in Construction -A TFV Based Taxonomy." 22nd Annual
Conference of The International Group for Lean Construction. Oslo, Norway.
pp 811- 822
Bhosale, P., Salunke, H. (2015), Value Stream Mapping: Case Study On
Residential Construction Sector. International Journal Of Engineering Sciences
& Research Technology, 4. (7)
Chaplin, L., Heap, J., & O’Rourke, S. T. J. (2016). Could “Lean Lite” be the
costeffective solution to applying lean manufacturing in developing
economies? International Journal of Productivity & Performance
Management, 65(1), 126 -136
Douglas, J., Anthony, J. and Douglas, A (2015). Waste Indetification and
elimination in HEIs: the role of Lean thinking. International Journal of Quality
& Reliability Management, 32 (9), 970-981.
Jasti, N. V. K & Sharma, A. (2014). Lean Manufacturing Implementation
Using Value Streamimng Maping As A Tool: A Case Study From Auto
Component Industry. International Journal of Lean Six Sigma, 5(1), 89 – 116
Langstrand, J. (2016). An Introduction to value streaming mapping and
analysis. Divison of Logistic and Quality Mangement. Departmen of
Management and Engineering Linkokping University Sweden
Liker, J.K., The Toyota way. 2004. NY: McGraw Hill Nordin, N., Deros, B. M.,
& Abd Wahab, D. (2010). A survey on lean manufacturing implementation in
Malaysian automotive industry. International Journal of Innovation,
Management and Technology, 1(4), 374.
Mazita, M. A. (2020). Kajian Tahap Kesediaan Praktis Pengurusan Lean
Dalam Pengajian Separuh Masa Di Kalangan Pensyarah TVET. Journal on
Technical and Vocational Education, vol.5, no. 2.
420
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Romero, L. & Arce, A. (2017). Applying value streaming mapping in
manufacturing: a systematic literature review. IFAC-Papersonline, 50 (1,
1075-1086
Sarhan, J. G., Xia, B., Fawzia, S., & Karim, A. (2017). Lean Construction
Implementation in the Saudi Arabian Construction Industry. Construction
Economics & Building, 17(1), 46–69.
Tiena, G.A., Novia, C.W. (2018). Pembaikan Proses Produksi Sistem
Pengeraman Kenderaan Bermotor Dengan Metode ECRS-Base Line
Balancing. Seminar Nasional Pakar ke 1 2018. Buku 1.
Wang, S., Tang, J., Zhou, Y. and Zhou, Q. (2022). Research on production
process optimization of precast concrete component factory based on value
streaming maping. Engineering, Construction and Architectural
Managemnet, 27 (4), 850-871.
421
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Hubungan Di Antara Keseimbangan Kerja - Kehidupan Dan
Komitmen Terhadap Organisasi Dikalangan Pensyarah Di Kolej
Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor
Eliza Seth1*, Mohamad Bakhtiar Mohamad Yusof2
1Kolej Komuniti Tanjung Piai
2Politeknik Ibrahim Sultan
*[email protected]
Abstrak
Keseimbangan kerjaya-kehidupan adalah situasi seorang pekerja yang bukan hanya mampu
memenuhi kehendak kerjaya dan keluarga, malah menuntut individu itu untuk
melaksanakan pelbagai tanggungjawab tanpa wujud konflik. Secara keseluruhan,
keseimbangan kerjaya-kehidupan tidak hanya meliputi kerjaya dan keluarga, malahan
meliputi peranan lain di dalam kehidupan. Selain itu keseimbangan kerjaya-kehidupan juga
menekankan kebolehan seseorang pekerja untuk meningkatkan motivasi, produktiviti dan
kesetiaan kepada organisasi. Secara umumnya, keseimbangan kerjaya-kehidupan
berhubungkait kepada waktu bekerja, kebolehubah, kesejahteraan, keluarga, waktu
senggang dan sebagainya. Keseimbangan kerjaya-kehidupan adalah penting kerana ia dapat
mengurangkan risiko ketidakpuasan kerja, konflik kerjaya-kehidupan dan burnout di dalam
diri seseorang pekerja. Keseimbangan kerja-kehidupan diukur dengan menggunakan Survey
Work-home Interaction/NijmeGen (SWING)(Geurts et al (2005)) berdasarkan kepada Effort
Recovery Theory oleh Meijiman and Mulder’s (1998) untuk mengukur dan menilai work-home
interaction (WHI). WHI adalah proses interaktif, fungsi seorang tenaga kerja di dalam satu
domain dipengaruhi samada secara positif atau negatif akibat dari kesan yang terbina di
dalam domain lain (Demerouti et al., 2004; Geurts et al., 2005; Mostert & Oldfield, 2009).
Definisi menunjukkan interaksi di antara kerja dan kehidupan boleh terjadi dalam gerak dua
hala dan pastinya akan mempengaruhi samada secara positif atau negatif. Instrumen yang
berasaskan teori ini digunakan untuk mengukur pengaruh di kedua hala (negatif atau positif)
hidup seseorang individu (Geurts et al., 2005; Marais et al., 2009; Mostert & Oldfield, 2009;
Van Aarde & Mostert, 2008). SWING merangkumi 20 item iaitu 13 item untuk skala
sementara 9 item lain untuk mengukur interaksi negatif. Soal selidik mengukur komitmen
terhadap organisasi adalah gabungan OCQ (Porter and Smith, 1970) dan TCM (Meyer and
Allen, 1993) untuk memperkukuh keesahan pengukuran komitmen. Komitmen organisasi
ialah sikap pekerja yang membawa kepada objektif, nilai dan sasaran organisasi di samping
kesediaan pekerja untuk memaksimakan keupayaannya untuk organisasi sehingga pekerja
rasa selesa dan bersama organisasi untuk mencapai visi, misi, nilai dan tujuan organisasi.
Seorang pekerja yang dikatakan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi,
dikenali dengan karekteristik lain termasuk kebolehpercayaan yang kuat dan penerimaan
matlamat dan nilai organisasi, keinginan yang tinggi untuk bekerja dengan organisasi selain
keinginan yang tinggi untuk kekal sebagai sebahagian dari organisasi.
Kata kunci: Keseimbangan kerjaya, Kehidupan, Komitmen Organisasi
422
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
1.0 PENGENALAN KAJIAN
Perubahan di dalam pendidikan hari ini telah membuatkan pengajaran dan
pembelajaran di kalangan pensyarah menjadi lebih kompleks daripada dahulu. Sebelumnya,
pensyarah hanya bertanggungjawab menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada
anak didik. Beban tanggungjawab pensyarah politeknik, ditambah dengan harapan dan
pelbagai matlamat yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi telah mengakibatkan pensyarah menghadapi kesukaran
mendapatkan keseimbangan kerjaya-kehidupan yang berkualiti. Laluan transformasi Kolej
Komuniti direkabentuk untuk memperkuatkan lagi peranan Kolej Komuniti di dalam
pendidikan dan latihan telah sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada para pensyarah.
Terdapat beberapa objektif yang digariskan di antaranya adalah; untuk melonjakkan Kolej
Komuniti sebagai institusi TVET yang unggul; untuk memperkukuhkan perkaitan program
Kolej Komuniti agar selari dengan keperluan pembangunan ekonomi; melonjakkan bidang
tujahan disamping teknologi yang berkaitan untuk menghasilkan graduan yang berkualiti –
semangat keusahawanan, kebolehpasaran dan berdayasaing; membentuk reputasi yang baik
dan meletakkan Kolej Komuniti di antara institusi pendidikan yang terbaik di Malaysia; untuk
memperkembangkan program yang ditawarkan demi memenuhi permintaan pelajar Tekanan
yang dihadapi oleh pensyarah Kolej Komuniti telah menyebabkan kesukaran untuk mereka
mencapai keseimbangan kerjaya-kehidupan. Ketidakseimbangan kerjaya-kehidupan yang
dihadapi menyebabkan para pensyarah menghadapi konflik kerjaya-kehidupan dan
pemerkasaan kekeluargaan yang rendah. Akibatnya, ketidakseimbagan kerjaya-kehidupan
menyumbang kepada komitmen yang rendah kepada organisasi di kalangan pensyarah.
2.0 SOROTAN KAJIAN
Menurut Mitchell, B., keseimbangan kerjaya-keluarga merupakan elemen untuk
mendapatkan keseimbangan yang ideal di antara kehidupan professional dan peribadi
seseorang individu. Tahap kepentingan yang diberikan kepada elemen ini adalah kerana
kekurangan penumpuan kepada keseimbangan ini telah memberikan beberapa kesan negatif.
Burnett, B. & Evans, D. pula mengatakan bahawa keseimbangan kerjaya-kehidupan yang
berkesan akan menyumbang kepada rasa gembira dan puas hati dalam kehidupan. Rasa puas
hati ini pula akan menyebabkan individu tadi mengekalkan tahap kerja keras di dalam
kerjaya serta kekal berpuas hati.
Di dalam sesebuah organisasi, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk
memastikan tenaga kerja memperolehi keseimbangan kerjaya-kehidupan. Dalam konteks
kajian ini, Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor bertanggungjawab untuk memastikan
para pensyarah mencapai keseimbangan kerjaya-kehidupan agar tenaga kerja menunjukkan
komitmen yang tinggi keada organisasi. Untuk organisasi yang memperolehi komitmen tinggi
dari tenaga kerja, perkhidmatan atau produk yang terhasil akan mencapai tahap yang tinggi
dan ini pastinya meberikan impak dalam mencapai visi dan misi organisasi.
Menurut dapatan Soal Selidik Stress dan Burnout yang telah dijalankan di Kolej
Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor pada akhir 2021, tahap stres dan burnout adalah agak
tinggi. Bertolak dari masalah itu, kajian tentang hubungkait keseimbangan kehidupan dan
komitmen organisasi telah dijalankan di kalangan pensyarah Kolej Komuniti Tanjung Piai,
Pontian, Johor. Adalah diharapkan agar hasil dari kajian ini akan dapat membantu Kolej
Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor dalam mempertingkatkan produktiviti dan komitmen
para pensyarah.
423
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap keseimbangan kerja-kehidupan di
kalangan pensyarah Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor. Kajian akan menganalisa
hubungkait di antara tahap keseimbangan kerja-kehidupan dengan tahap komitmen terhadap
organisasi yang ditunjukkan oleh pensyarah. Kajian diharapkan akan dapat memberikan
peluang kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor untuk
mengambil langkah terbaik bagi menyediakan keseimbangan kerja-kehidupan kepada
pensyarah kerana ia akan memberi kesan terhadap komitmen kepada organisasi.
Kajian adalah untuk mengenalpasti keseimbangan kerja-kehidupan dan komitmen
terhadap organisasi di kalangan pensyarah Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor.
Tahap komitmen terhadap organisasi pula menfokuskan kepada tiga dimensi – afektif,
kesinambungan dan normatif. Soal selidik diedarkan meliputi tahap keseimbangan kerja-
kehidupan, tahap komitmen kepada organisasi dan hubungkait di antara keduanya. Serama
20 orang kakitangan telah menjawab soal selidik tersebut.
Rajah 1: Teori Persempadanan Kerjaya-Keluarga (Clark, 2002 & Schieman et al., 2019)
Rajah di atas memaparkan dua komponen penting yang menentukan persempadanan
di antara kebolehtelapan dan fleksibiliti. Kebolehtelapan merujuk kepada gangguan luar
kawalan yang boleh dialami oleh seseorang pekerja. Contohnya apabila seseorang pekerja
dihubungi oleh ahli keluarga semasa bertugas. Ia juga boleh wujud sebaliknya sekiranya
sesorang pekerja terlalu memikirkan beban kerjanya semasa berada di rumah. Sementara itu,
fleksibiliti pula bila mana keadaan seorang pekerja itu merasakan mereka boleh meninggalkan
pejabat pada bila-bila masa untuk menguruskan ha-hal keluarga. Bekerja dari rumah juga
juga merupakan satu aspek fleksibiliti.
424
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
3.0 INSTRUMENT KAJIAN
Soal selidik kajian digunakan untuk mengutip data kuantitatif. Terdapat tiga bahagian
dalam soal selidik, maklumat demografi, keseimbangan kerja-kehidupan dan komitmen
kepada organisasi. Keseimbangan kerja-kehidupan diukur dengan menggunakan Survey
Work-home Interaction/NijmeGen (SWING). SWING dibangunkan untuk mengukur dan
menilai work-home interaction (WHI). WHI adalah proses interaktif, fungsi seorang tenaga
kerja di dalam satu domain (contoh; rumah) dipengaruhi samada secara positif atau negative
akibat dari kean yang terbina di dalam domain lain (contoh; kerja) Definisi menunjukkan
interaksi di antara kerja dan kehidupan boleh terjadi dalam gerak dua hala dan pastinya akan
mempengaruhi samada secara positif atau negative. Instrument yang berasaskan teori ini
digunakan untuk mengukur pengaruh di dua-dua hala (negative atau positif) hidup seseorang
individu SWING merangkumi 20 item (13 khusus untuk skala sementara 9 item lain
khususnya untuk mengukur interaksi negative). Bahagian III soal selidik mengukur komitmen
terhadap organisasi di kalangan pensyarah Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian, Johor.
Sejumlah 15 soalan di bahagian ini.
4.0 KAEDAH ANALISA DATA
Berikut adalah instrument- instrument yang digunakan untuk menjalankan kajian
serta kaedah analisis data yang berkaitan.
425
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
ANALISA DATA
Berikut adalah data demografi yang diperolehi dan dianalisa
Kebanyakan staf adalah berusia dalam lingkungan 36 hingga 40 tahun dan semua dari
mereka berbangsa melayu. Majoriti telah pun berumahtangga sementara majoritinya tahap
pendidikan mereka adalah diploma hingga sarjana. Lebih separuh dari mereka telah pun
berkhidmat melebihi 5 tahun di Kolej Komuniti Tanjung Piai dan 30% telah pun berkhidmat
sejak dari mula penubuhan Kolej Komuniti Tanjung Piai lagi.
426
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga item untuk komitmen daripada organisasi adalah
sederhana sahaja. Ini memberikan gambaran bahawa responden mencapai tahap sederhana
untuk komitmen terhadap organisasi.
Sementara itu, Jadual 7 pula menunjukkan analisa korelasi di antara hubungan di
antara keseimbangan kerja - kehidupan dan komitmen terhadap organisasi. Statistik
inferential digunakan di dalam usaha mengukur hubungan di antara keseimbangan kerja -
kehidupan dan komitmen terhadap organisasi di kalangan kakitangan di Kolej Komuniti
Tanjung Piai. Korelasi Pearson pula telah digunakan di dalam menguji pekali korelasi
hubungan di antara keseimbangan kerja - kehidupan dan komitmen terhadap organisasi.
427