The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK MAYA LIB2U KKKL/KKKLCSG, 2022-12-07 02:28:53

FULL COMPLETE E-PROSIDING 2022

FULL COMPLETE E-PROSIDING 2022

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Bagi item B1.1 Saya mengenali huruf-huruf hijaiyah, 120 responden
menjawab sangat setuju. 50 responden menjawab sangat setuju bagi item
B1.2 Saya mampu menyebut huruf hijaiyah mengikut makhraj. Manakala
bagi item B1.3 Saya mampu menyebut huruf yang hampir sama bunyi, 45
responden menjawab sangat setuju. Bagi item B1.4 Saya mampu membaca
ayat al-quran dengan betul, 34 reponden menjawab sangat setuju. Seramai
104 responden menjawab sangat setuju bagi item B1.5 Saya mampu
membaca surah al-Fatihah dengan betul.

Jadual 2

Penguasaan Tajwid

Kod Item Kekerapan & Peratus (N=200) Min SP Interpretasi
item
3.8 0.8 Sederhana
B.2.1 Saya mengenali STS TS TP S SS 07 Tinggi
B.2.2 tanda-tanda bacaan 3 9 56 90 42 3.8 0.8 Sederhana
B.2.3 yang terdapat di (1.5) (4.5) (28.0) (45.0) (21.0) 73 Tinggi
dalam al-Quran. 4.3 0.8 Tinggi
Saya mengetahui 39 40 108 40 71
tanda-tanda wakaf (1.5) (4.5) (20.0) (54.0) (20.0)
(berhenti) dalam al-
Quran. 9 15 0 69 107
Saya pernah belajar (4.5) (7.5) (0.0) (34.5) (53.5)

tajwid al-Quran.

B.2.4 Saya mengetahui 3 10 54 93 40 3.7 0.8 Sederhana
B.2.5 asas-asas hukum (1.5) (5.0) (27.0) (46.5) (20.0) 9 7 Tinggi
tajwid al-Quran.
Saya mengetahui 28 74 81 14 3 2.4 0.8 Sederhana
hukum tajwid al- (14.0) (37.0) (40.5) (7.0) (1.5) 5 7 Rendah
Quran secara
3.65 0.64 Sederhana
mendalam. Tinggi
Keseluruhan

Dapatan dalam jadual 2 di atas menunjukkan jumlah keseluruhan
min bagi penguasaan Al-Quran melalui penguasaan tajwid berada pada
tahap yang sederhana tinggi iaitu 3.65 (sp. = 0.64). Secara keseluruhan
terdapat tiga item berada pada tahap sederhana tinggi terutamanya B2.2

129


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

“Saya mengetahui tanda-tanda wakaf (berhenti) dalam al -Quran.).”
(min=3.87, sp.= 0.83). Terdapat satu item berada pada tahap tinggi B2.3
“Saya pernah belajar tajwid al-Quran.” (min=4.37, sp.=0.81) dan terdapat
satu item berada pada tahap sederhana rendah iaitu B2.5 “Saya
mengetahui hukum tajwid al-Quran secara mendalam” (min=2.45,
sp.=0.87).

Bagi item B2.1 Saya mengenali tanda bacaan yang terdapat dalam al-
Quran, seramai 42 responden menjawab sangat setuju. 40 responden
menjawab sangat setuju bagi item B2.2 Saya mengetahui tanda wakaf
dalam al-Quran. Sementara itu, 107 responden menjawab sangat setuju
bagi item B2.3 Saya pernah belajar tajwid. 40 responden menjawab sangat
setuju bagi item B2.4 Saya mengetahui asas hukum tajwid al-Quran.
Manakala, hanya 3 responden menjawab sangat setuju bagi item B2.5 Saya
mengetahui hukum tajwid dengan mendalam.

Jadual 3

Pemahaman Tentang Ayat Al-Quran

Kod Item Kekerapan & Peratus (N=200) Min SP Interpretas
item STS TS TP S 3.64 0.98 i
3.30 0.94
B.3.1 Saya selalu merujuk 7 13 65 75 SS 3.17 0.95 Sederhana
B.3.2 terjemahan apabila (13.0) (6.5) (32.5) (37.5) 40 Tinggi
B.3.3 saya membaca al- 7 31 74 72 (20.0)
Quran. (3.5) (15.5) (37.0) (36.0) Sederhana
Saya selalu merujuk 16 Tinggi
tafsir al-Quran bagi 10 34 82 61 (8.0)
memahami ayat- (5.0) (17.0) (41.0) (30.5) Sederhana
ayat al-Quran 13 Tinggi
dengan mendalam. (6.5)
Saya selalu merujuk
sebab-sebab turun
ayat (asbabun
nuzul) apabila
membaca al-Quran.

130


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

B.3.4 Saya menghayati 5 14 77 79 25 3.53 0.89 Sederhana
B.3.5 maksud ayat-ayat (2.5) (7.0) (38.5) (39.5) (12.5) 2.43 0.90 Tinggi
al-Quran yang saya 3.21 0.71
baca. 33 70 79 15 3 Sederhana
Saya memahami (16.5) (35.0) (39.5) (7.5) (1.5) Rendah
setiap ayat al-Quran
Sederhana
yang saya baca. Tinggi

Keseluruhan

Dapatan dalam jadual 3 di atas menunjukkan jumlah keseluruhan
min bagi penguasaan Al-Quran melalui pemahaman tentang ayat Al -Quran
berada pada tahap yang sederhana tinggi iaitu 3.21 (sp. = 0.71). Secara
keseluruhan terdapat empat item berada pada tahap sederhana tinggi
terutamanya B3.1 “Saya selalu merujuk terjemahan apabila saya membaca
al-Quran.” (min=3.64, sp.= 0.98). Terdapat satu item berada pada tahap
sederhana rendah iaitu B3.5 “Saya memahami setiap ayat al-Quran yang
saya baca.” (min=2.43, sp.=0.90).

Bagi item B3.1 Saya selalu merujuk terjemahan apabila membaca al-
Quran, 40 responden menjawab sangat setuju. Hanya 16 responden
menjawab sangat setuju bagi item B3.2 Saya selalu merujuk tafsir al-Quran
bagi memahami ayat al-quran. Sementara itu, 82 responden menjawab
tidak pasti bagi item B3.3 Saya selalu merujuk asbab nuzul apabila
membaca ayat al-Quran. Bagi item B3.4 Saya menghayati maksud ayat al-
quran, 25 responden menjawab sangat setuju. Hanya 3 responden
menjawab sangat setuju bagi item B3.5 Saya memahami ayat al-Quran
yang dibaca.

131


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Jadual 4
Hafalan Ayat Al-Quran

Kod Item Kekerapan & Peratus (N=200) Min SP Interpretas
item STS TS TP S 4.68 0.66 i
4.57 0.68 Tinggi
B.4.1 Saya menghafal 2 2 4 43 SS 4.34 0.82 Tinggi
B.4.2 surah al-Fatihah (1.0) (1.0) (2.0) (21.5) 149 3.60 1.02
B.4.3 dengan baik. 2 1 7 61 (74.5) 2.93 1.17 Tinggi
B.4.4 Saya menghafal (1.0) (0.5) (3.5) (30.5) 129
B.4.5 surah an-Nas, al- (64.5) 4.02 0.69 Sederhana
Falaq dan surah al- 2 4 21 71 Tinggi
Ikhlas. (1.0) (2.0) (10.5) (35.5) 102 Sederhana
Saya menghafal (51.0) Rendah
sekurang- 7 16 71 63 Tinggi
kurangnya 5 surah (3.5) (8.0) (35.5) (31.5) 43
dalam al-Quran. (21.5)
Saya menghafal 30 39 64 50
sekurang- (15.0) (19.5) (32.0) (25.0) 17
kurangnya 10 surah (8.5)
dalam al-Quran.
Saya menghafal
sekurang-
kurangnya 15 surah

dalam al-Quran.

Keseluruhan

Dapatan dalam jadual 4 di atas menunjukkan jumlah keseluruhan
min bagi penguasaan Al-Quran melalui hafalan ayat Al-Quran berada pada
tahap yang tinggi iaitu 4.02 (sp. = 0.69). Secara keseluruhan terdapat tiga
item berada pada tahap tinggi terutamanya B4.1 “Saya menghafal surah al-
Fatihah dengan baik”. (min=4.68, sp.= 0.66). Terdapat satu item berada
pada tahap sederhana tinggi iaitu B4.4 “Saya menghafal sekurang-
kurangnya 10 surah dalam al-Quran.” (min=3.60, sp.=1.02) dan satu item
berada pada tahap sederhana rendah iaitu B4.5 “Saya menghafal sekurang-
kurangnya 15 surah dalam al-Quran “(min=2.93. sp.=1.17).

132


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Bagi item B4.1 Saya menghafal al -Fatihah dengan baik, seramai 149
responden menjawab sangat setuju. 129 responden menjawab sangat
setuju bagi item B4.2 Saya menghafal surah an-Nas, al-Falaq dan al-Ikhlas.
Manakala bagi item B4.3 Saya menghafal 5 surah al-Quran, 102 responden
menjawab sangat setuju. Sementara itu, 43 responden menjawab sangat
setuju bagi item B4.4 Saya menghafal 10 surah al-Quran. Bagi item B4.5
Saya menghafal 15 surah al-Quran, hanya 15 responden menjawab sangat
setuju.

Analisis deskriptif telah di lakukan terhadap pembolehubah persepsi
pelajar terhadap penguasaan al-quran dengan faktor-faktor yang
mendorong minat terhadap al-quran. Analisis ini di lakukan dengan
mencari nilai min, sisihan piawai dan peratusan bagi setiap item.

Hasil analisis keseluruhan berkenaan persepsi pelajar terhadap
penguasaan Al- Quran melalui Bacaan Al-Quran menunjukkan skor min
pada bacaan tinggi. (min=4.11) dan pengetahuan tajwid berada pada tahap
sederhana tinggi (min=3.65). Skor min pemahaman tentang ayat Al-Quran
pula berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.21) dan hafalan ayat-ayat
al-Quran berada pada tahap yang tinggi (min=4.02).

Berdasarkan analisis keseluruhan berkenaan persepsi pelajar
terhadap penguasaan Al -Quran dapatlah ditafsirkan bahawa pelajar
mempunyai persepsi yang positif berkenaan Al-Quran. Hasil kajian yang
diperolehi ini berbeza dengan hasil kajian yang diperolehi oleh oleh
Muhammad Farhan Ismail et al (2010) mendapati ramai pelajar muslim
gagal menguasai al-Quran khususnya surah al-Fatihah. Kajian ini turut
berbeza dengan hasil kajian Kajian yang telah dilaksanakan oleh Aminah
Idris (1997) dan Siti Fatimah (2002) yang menunjukkan masih ramai pelajar
yang tidak mampu membaca al-Quran dengan betul.

7.0 Rumusan Dan Cadangan

Kajian yang di jalankan ini telah memberi satu gambaran baharu
tentang persepsi pelajar terhadap penguasaan al-Quran di Kolej Komuniti
negeri Pahang. Melihat kepada analisis dan hasil perbincangan dapat
dirumuskan bahawa ramai pelajar kolej mempunyai tahap yang positif
tentang penguasaan Al-Quran. Pelajar juga menyatakan hasil yang positif
dari segi kebolehan membaca al-Quran. Manakala dari aspek pengetahuan
tajwid, kefahaman ayat & hafalan surah-surah pendek mendapat
maklumbalas yang sederhana. Oleh yang demikian, kajian ini menyeru
semua pihak pelajar, ibu bapa, pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti dan
anggota masyarakat untuk mengambil inisiatif baru bagi memastikan
pelajar mengekalkan persepsi positif dalam diri mereka mengenai Al-Quran.

Pensyarah-pensyarah yang mengajar Pendidikan Islam di Kolej
Komuniti merupakan golongan yang pertama yang akan menerima
implikasi kerana golongan ini mengajar dan bertanggunjawab sepenuhnya
terhadap penguasaan Al-Quran pelajar di peringkat ini. Walau bagaimana
pun ibu bapa dan rakan -rakan pelajar juga memainkan peranan yang

133


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

besar bagi memupuk minat cinta akan Al-Quran terutamanya di luar
kawasan sekolah. Namun begitu, situasi yang berlaku pada hari ini adalah
sebaliknya kerana kebanyakan ibu bapa menyerahkan tanggungjawab
mendidik Al-Quran kepada golongan pendidik sama ada di sekolah atau di
institusi pengajian tinggi. Perkara ini disokong oleh Abdul Munir, Saharizah
& Misnan (2016) yang menyatakan ibu dan bapa tidak sepatutnya
melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah bahkan ibu bapa
sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada anak-anak.

Kajian ini merupakan perintis kepada kajian untuk mengetahui tahap
pengetahuan al-Quran pelajar Kolej Komuniti Negeri Pahang dari perspektif
persepsi pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan hasil yang positif.
Pengkaji mencadangkan pihak pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik
dan Kolej Komuniti (JPPKK) dapat mewujudkan silibus pengajian al-Quran
dalam modul Pendidikan Islam. Hal ini kerana tiada aktiviti pengukuhan al-
Quran selepas pelajar meninggalkan pendidikan pada peringkat sekolah
menengah. Hal ini pada pendapat pengkaji penting bagi meneruskan
kesinambungan pengajian al-Quran.

Selain itu, pada peringkat JPPKK, dianjurkan untuk mengadakan
kursus pengukuhan al-Quran serta teknik-teknik mudah mengajar al-
Quran bagi para pensyarah-pensyarah. Seterusnya para pensyarah dapat
menyebarkannya kepada pelajar dengan lebih berkesan. Tambahan juga,
pada peringkat kolej perlu memperbanyak program pendedahan serta
pengukuhan al-Quran dengan menggalakkan pelajar terlibat dengan
aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan kesedaran dan minat pelajar
terhadap al-Quran. Justeru itu, pengkaji mengesyorkan agar ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam menanam minat serta mendorong
pelajar menguasai al-Quran. Pendidikan dan pendedahan pada peringkat
rumah lagi perlu dalam mendorong pelajar menguasai al-Quran.

RUJUKAN

Abd Rahman Abd Ghani. (2014). Tartil al-Quran. Tanjong Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Munir Ismail, Saharizah Mohd Salleh & Misnan Jemali. (2016).
Analisis Bentuk Didikan Ibu Bapa Bagi Membentuk Sahsiah Cemerlang:
Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah,
Melaka. Jurnal Perspektif. 8 (2). 1-10.

Abu Mardhiyah. (2005). Tajwid al-Quran. Kuala Lumpur: Al-Jenderaki
Enterprise.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan:
Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, Universiti
Malaya.

Aminah Idris. (1997). Penilaian Program Tilawah al-Quran Sekolah
Menengah Rendah Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya Azarudin

134


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Awang, Azman Che Mat & Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakob. (2010). Tahap
Pembacaan al-quran dalam kalangan pelajar di UiTM Terengganu, Research
Management Institute (RMI), UiTM: Shah Alam.

Fazlina Fadzil & Nurulazidah Jaafar. (2012). Kajian Pengamalan dan
Kesedaran Pembacaan al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Muslim Politeknik
Port Dickson, Negeri Sembilan. Prosiding Seminar Pendidikan Politeknik
2012.

Ibn. Kathir. (2005). Tafsir Ibnu Kathir. Penterjemah: M. Abdul Ghoffar E.M.
Jakarta: Pustaka Imam Syafii.

Mohd Aderi bin Che Noh. (2004), Celik al-Quran Dikalangan Pelajar
Tingkatan Satu Di Zon Pudu Kuala Lumpur, Bangi: UKM.

Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. (2009). Persepsi Pelajar
Terhadap Amalan Pengajaran Tilawwah Al-Quran. Jurnal Pendidikan
Malaysia. 34 (1). 93-109.

Mohd Faisal, Zawawi & Rahimi. (2008). Celik al-Quran: Cabaran Dan Realiti
Dalam Pendidikan Islam Di Sekolah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Khairulazman bin Haji Abu Bakar. (2015). Kebolehupayaan
Pembacaan al-Quran dalam Kalangan Pelajar Politeknik Sultan Mizan
Zainal Abidin. Academia Journal UiTMT. 4 (2). 53-61.

Mohd Yakub Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff & Saidi bin Mohd. (2008).
Keupayaan Bacaan al -Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Kajian
di Beberapa Buah Sekolah Menengah Terpilih Negeri Terengganu. Journal
al-Quran and al-Hadith. 6. 58-85.

Mohd Zainul Arifien Mohd. (2006). Kaedah Pembelajaran Tajwid dan
Hafazan al-Quran, Fakulti Pendidikan, UKM.

Muhammad Farhan Ismail & Siti Nurfarhana Zakaria. (2010). Kajian
Pembacaan Surah al-Fatihah Dikalangan Pelajar Politeknik Kuching
Sarawak. Prosiding Seminar Transformasi Pendidikan Teknikal
(myTEDT10).

Muhammad Fauzan Abdul Wahid. (2006). Meningkatkan kemahiran
membaca al-Quran menerusi latihan amali & tasmik al-Quran. Institut
Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa: Kuala Lumpur.

Nor Ashiqeen Jamaluddin, Raihana Farahiyah Abdul Rahman, Sulaiman
Shakib Mohd Noor & Mohd Nazir Kadir. (2017). Peranan IPTA dan IPTS
dalam Menerapkan Pendidikan al-Quran di dalam Kurikulum sebagai
Kursus Teras bagi Semua pelajar Islam di Malaysia. International Islamic
Heritage Conference 1: 1129-1143.

135


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Nor Hidayah binti Sanusi, Nor Azura Binti Kiban & Nurul Hilwa Ahmad
Alias. (2015). Persepsi Pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam Terhadap
Keupayaan Bacaan al-Quran, Kolej Komuniti Sabak Bernam.
Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Nor Salimah Abu Mansor & Zulkifli A.
Manaf. (2011). Pelaksanaan Manhaj Rasulullah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Kelas al-Quran bagi Golongan Dewasa. Jurnal Islam dan
Masyarakat Kontemporari: 53-70.
Siti Fatimah Sudin. (2002). Pembancaan al-Quran dikalangan Mahasiswa
Melayu: Suatu Kajian di UITM Shah Alam, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

136


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Kajian Tahap Kepuasan Peserta bagi Sijil Persediaan
Keusahawanan Hasilan Roti, Kek Dan Biskut
(TVETpreneurship) Di Kolej Komuniti Tawau

Nur 'Adilah Razdwan1*, Aishah Mohd Sidi2,
Mustofa Kamal Achmad Rofi’ie3

123Kolej Komuniti Tawau
[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kepuasan peserta serta tahap keberkesanan
Sijil Persediaan Keusahawanan Hasilan Roti, Kek Dan Biskut (TVETpreneurship) kepada
peserta yang terdiri daripada kalangan komuniti yang terjejas pendapatan pasca
Pandemik Covid- 19 di daerah Tawau. Program yang berlangsung selama lima bulan ini
merangkumi dua modul iaitu Modul Keusahawanan dan Modul Hasilan Roti, Kek dan
Biskut. Sampel kajian ini terdiri daripada 14 peserta yang menyertai program ini di Kolej
Komuniti Tawau. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang diedarkan
setelah para peserta selesai mengikuti program dengan jaya. Data soal selidik telah di
analisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) For Windows
Version 23. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kepuasan peserta program adalah
tinggi dengan nilai skor min 4.74. Manakala dari sudut tahap keberkesanan program
turut mendapat nilai intepretasi tinggi iaitu 4.49. Secara ringkasnya, dari aspek
peningkatan kemahiran, peserta memberikan reaksi positif dengan menyatakan bahawa
mereka telah mempelajari pelbagai ilmu baharu dan lebih tepat dalam bidang
keusahawanan hasilan roti, kek dan biskut. Jelas disini, untuk matlamat jangka pendek
program iaitu meningkat kemahiran peserta dalam bidang program telah tercapai. Oleh
itu, program keusahawanan seperti Program TVETpreneurship ini wajar diteruskan pada
masa akan datang dengan penambahbaikkan yang sewajarnya.

Kata Kunci: TVETpreneurship, Usahawan, Covid-19, Bakeri, Perniagaan.

1.0 Pengenalan

Penularan wabak COVID-19 di Malaysia telah memberi kesan besar
terhadap ekonomi Malaysia terutama dari segi penurunan mata wang
ringgit dan keluaran dalam negara kasar (KDNK). Akibat norma baharu
yang terpaksa diamalkan seperti penjarakan sosial dan had waktu operasi,
pelbagai sector utama yang menyumbang kepada KDNK mengalami
penurunan jumlah pelanggan yang membeli dan mengunjungi premis
mereka secara fizikal. Selain daripada itu kejatuhan ekonomi telah
meningkatkan kadar pengangguran yang sekaligus mempengaruhi kuasa
membeli rakyat Malaysia.

Aktiviti perniagaan dan keusahawanan yang meluas dan berterusan
sebelum penularan wabak Covid-19 telah banyak menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi.
Menyedari tentang kepentingan dan potensi perniagaan dan keusahawanan
dalam meningkatkan taraf ekonomi, pendapatan, pelbagai program
dirancang dan dilaksanakan di kebanyakan negara sebelum fasa endemik
di isytiharkan.

Program latihan keusahawanan yang berterusan meliputi kursus,
latihan, seminar dan bengkel bagi membudaya, mengukuh dan

137


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

memperkasakan masyarakat. Bidang keusahawanan semakin diberi
perhatian sejak kebelakangan ini kerana akibat peluang perkerjaan yang
semakin terhad pasca penularan wabak Covid-19. Justeru itu, pihak
kerajaan Malaysia menerusi program Pelan Jana Semula Ekonomi 2021
(PENJANA) mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan pelbagai
program pembangunan keusahawanan bersasar bagi membantu
masyarakat yang terjejas punca pendapatan bangkit semula meneruskan
kelangsungan hidup.

Antara yang terlibat secara langsung sebagai institusi pelaksana
program latihan keusahawanan di bawah inisiatif PENJANA adalah Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui penganjuran
Program TVETPreneurship (Sijil Persediaan Keusahawanan). Program
TVETpreneurship merupakan sebuah program latihan jangka pendek yang
berteraskan keusahawanan bagi menyahut seruan kerajaan dan seterusnya
menjayakan matlamat Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Ianya bertujuan untuk melatih golongan belia, alumni IPTA atau lepasan
menengah yang masih menganggur dalam melahirkan sekumpulan individu
yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan, berdaya tahan serta daya saing
yang tinggi, khususnya dalam aspek penjanaan pendapatan melalui aktiviti
perniagaan.

Di akhir program ini, peserta program akan mempunyai pengetahuan
dan kemahiran keusahawanan untuk memulakan serta menguruskan
sebuah perniagaan baharu. Peserta akan dianugerahkan Sijil
TVETpreneurship (Sijil Persediaan Keusahawanan) berdasarkan bidang
pengkhususan yang diambil. 13 Kolej Komuniti telah dipilih bagi
melaksanakan program ini yang merangkumi pelbagai modul kemahiran
berbeza. Kolej Komuniti Tawau telah terpilih oleh JPPKK untuk
melaksanakan Program Sijil Persediaan Keusahawanan (TVETPreneurship)
Hasilan Roti, Kek dan Biskut bagi komuniti di Daerah Tawau. Program yang
dilaksanakan secara 5 bulan ini meliputi dua modul iaitu Modul
Keusahawanan dan Modul Hasilan Roti, Kek dan Biskut. Seramai 14
peserta telah menyertai dan berjaya menamatkan program ini.

Objektif

1. Mengenal pasti tahap kepuasan peserta yang menyertai Sijil
Persediaan Keusahawanan Hasilan Roti, Kek Dan Biskut
(TVETpreneurship) Di Kolej Komuniti Tawau.

2. Mengenalpasti tahap keberkesanan program dalam mewujudkan dan
mengembangkan perniagaan peserta.

3. Mengenalpasti tahap kemahiran peserta dalam menghasilan produk
hasilan roti, kek dan biskut sebelum dan selepas mengikuti program
ini.

2.0 Sorotan Kajian

Keusahawanan adalah pemacu bagi pembangunan usahawan
Bumiputera dalam potensi ekonomi yang memberi peluang kepada penciptaan
kekayaan dan peluang pekerjaan. Asal usul perkataan usahawan adalah
diambil daripada Bahasa Perancis “entreprendre” yang membawa

138


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

maksud seseorang yang sanggup mencuba atau mengambil peluang
melakukan sesuatu (Norita et al., 2007). Abd Rahman et al. (2015)
menyatakan bahawa secara umumnya terdapat persamaan konsep bagi
definisi dan perspektif keusahawanan dari pelbagai sumber, seperti
mengambil risiko, memikul tanggungjawab dan penciptaan baru. Ab. Aziz
(2010) pula turut menganggap usahawan sebagai ejen perubahanan yang
dapat mengenalpasti peluang dalam menghubungkan pengguna dan peluang
itu sendiri.

Ahmad bin Berek (1976) melalui Ab. Latif et al. (2011) memberi
pandangan bahawa usahawan adalah terbahagi kepada dua iaitu operan
dan responden. Usahawan operan lahir melalui dorongan dan kemahuan
diri sendiri manakala usahawan responden pula wujud hasil daripada
dorongan luar seperti latihan atau rancangan keusahawanan. Namun
begitu melalui penulisan yang sama, Ab. Latif et al. menyatakan bahawa
usaha untuk memupuk semangat keusahawanan yang didorong oleh faktor
dalaman perlu dipupuk melalui sistem pendidikan dan usahasama pelbagai
pihak sejak dari usia muda lagi.

Penerapan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat di
Malaysia adalah penting dalam membantu menangani masalah
pengangguran, meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi masyarakat
serta mewujudkan peluang pekerjaan (Syed,2013). Menurut dokumen
Dasar Keusahawanan Nasional 2030, keusahawan juga merupakan satu
pendekatan untuk sesebuah negara membangun seperti Malaysia untuk
keluar daripada perangkap pendapatan pertengahan.

Dapatan kajian Humam (1988) menyatakan bahawa usahawan sedia ada
di Malaysia bersetuju bahawa inisiatif pemberian latihan dan pendidikan dalam
bidang keusahawanan di Malaysia banyak membantu namun jumlah dan
kekerapannya perlu dipertingkatkan lagi. Bagi mengekalkan minat dan daya
usaha masyarakat dalam bidang yang mencabar ini, latihan dan pendidikan
perlu diberikan secara berterusan bagi golongan yang perlu. Ini kerana,
kekurangan kursus serta latihan keusahawanan juga menjadi antara faktor
yang mempengaruhi kurangnya penyertaan masyarakat dalam aktiviti
keusahawan (Talib et al. 2012). Zaidatol dan Habibah (1997) dalam kajian
mereka, juga menyokong kenyataan di mana pendidikan keusahawanan dan
kejayaan usahawan mempunyai hubungan yang positif.

Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) berperanan besar
dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia terutamanya kepada
Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) (Salleh & Ndubisi, 2006). PMKS juga
memainkan peranan penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan dalam
masyarakat (Smallbone & Wyer, 2000) bukan hanya terhad kepada negara
maju dan membangun malah turut menyumbang kepada pasaran kerja
negara kurang membangun (Birch, 1987; Bruederl et al. 1992, Mead &
Liedholm, 1998). Sejajar dengan ini, pelbagai inisiatif memantapkan budaya
keusahawanan melalui PMKS telah dibangunkan melalui dokumen
Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan oleh Unit
Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun 2021.

3.0 Metodologi Kajian

Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan, menyusun
dan menganalisis data untuk kajian ini. Data yang dikumpul akan dianalisis

139


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

secara deskriptif dengan menggunakan interpretasi skor min. Min digunakan
bagi menunjukkan arah kecenderungan responden terhadap persoalan yang
dikemukakan samada memihak kepada setuju ataupun tidak setuju.

Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik menggunakan instrumen soal
selidik bagi mengutip data-data. Cooper & Schindler (2003) menyatakan
bahawa pengunaan borang soal selidik membolehkan responden yang sukar
dihubungi dicapai dengan kos yang rendah serta memberi responden lebih
masa dan ruang untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini mempunyai dua bahagian
iaitu bahagian A: Maklumat Latar Belakang Responden (Demografi) dan
bahagian B. Bahagian A adalah merupakan bahagian untuk mendapatkan
maklumat latar belakang responden yang meliputi umur, jantina, bangsa
dan status. Pada bahagian B, beberapa soalan ditanya yang menjurus
kepada objektif kajian ini. Setiap item terdapat lima pilihan jawapan, iaitu
menggunakan skala Likert lima mata yang diberi nilai 1 hingga 5. Skala
yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Jadual 1: Skala likert lima mata

Skor Peringkat

5 Sangat Setuju

4 Setuju

3 Kurang Setuju

2 Tidak Setuju

1 Sangat Tidak Setuju

Borang dan soalan soal selidik ini diperolehi daripada pihak ibu
pejabat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang
telah mengedarkan instrumen ini bagi tujuan pelaporan bagi semua kolej
yang terlibat dengan program TVETpreneurship ini. Sampel kajian ini
melibatkan 14 orang responden yang terdiri daripada semua peserta
program TVETpreneurship di Kolej Komuniti Tawau yang berjaya mengikuti
program ini hingga selesai.

4.0 Analisis dan Perbincangan

Berdasarkan analisis deskriptif yang dijalankan, penyelidik
mendapati bahawa peserta yang berumur 21 hingga 30 tahun adalah
seramai 3 orang (23.1%), 31 tahun hingga 40 tahun juga seramai 3 orang
(23.1%), 41 tahun hingga 50 tahun adalah seramai 6 orang (42.9%) dan 2
orang (14.3%) bagi lingkungan 51 tahun hingga 60 tahun. Untuk kriteria
jantina pula, terdapat hanya 1 orang peserta lelaki (7.1%) dan 13 orang
peserta perempuan (92.8%). Penglibatan lebih ramai wanita dalam program
ini mungkin didorong oleh faktor bidang program yang bercirikan masakan
yang lebih diminati golongan wanita. Selain daripada itu, hasil kajian
Hassan dan Rifqi (2018) ke atas 304 usahawan wanita yang berdaftar
dengan PERDASAMA turut mendapati usahawan wanita kini lebih berhati-
hati dan selalu berwaspada dengan tindakan yang dibuat dengan
mempersiapkan diri dengan beberapa pelan kecemasan. Hasil dapatan
kajian tersebut juga menyatakan bahawa, wanita juga kini lebih berfikiran
terbuka dan berani di dalam pergaulan sebagai langkah memperluaskan

140


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

jaringan perniagaan dan kenalan mereka seperti mengikuti kelas dan
bertemu dengan komuniti yang mempunyai minat yang sama. Walaupun
terdapat bangsa lain yang mengikuti program ini pada peringkat awal,
semua peserta yang berjaya menamatkan program ini adalah berbangsa
Melayu dan diambil kira sebagai responden. Manakala peserta yang
berstatus bujang adalah seramai 3 orang (21.4%) dan berkahwin seramai
11 orang (78.6%).

Jadual 2: Profil responden kajian

Kriteria Kumpulan Frekuensi Peratus (%)
Umur
20 - 30 Tahun 3 23.1
Jantina 31 - 40 Tahun 3 23.1
Bangsa 41 - 50 Tahun 6 42.9
Status 51 - 61 Tahun 2 14.3

Lelaki 1 07.1
Perempuan 13 92.8

Melayu 14 100.00

Bujang 3 21.4
Berkahwin 11 78.6

Melalui kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti tahap kepuasan
peserta dalam mengikuti Program TVETpreneurship dengan menggunakan
kaedah interpretasi skor min. Intepretasi skor min untuk kajian ini adalah
merujuk kepada kajian Haron, Z., & Mohamed, H. (2016) seperti yang
dinyatakan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Interpretasi skor min

Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 – 1.89 Sangat Rendah
1.90 – 2.69 Rendah
2.70 – 3.49 Sederhana
3.50 – 4.29 Tinggi
4.30 – 5.00 Sangat Tinggi

Data analisis seperti pada Jadual 4 menunjukkan skor min secara
keseluruhannya bagi aspek tahap kepuasan peserta program TVETpreneur
berada ditahap sangat tinggi iaitu 4.74. Daripada 3 item yang diberi,
didapati item yang pertama “Memberi manfaat dalam menjana pendapatan
dalam perniagaan yang diceburi” mencatatkan nilai min tertinggi iaitu
4.85. Melalui program ini, peserta dapat menjana pendapatan dengan
mempraktikkan ilmu kemahiran yang telah dipelajari. Nilai min yang
paling rendah adalah pada item kedua, iaitu “Meningkatkan minat sebagai
Usahawan dalam bidang bakeri” dengan nilai min 4.62. Ini mungkin
disebabkan kebanyakkan mereka yang mengikuti program ini
sememangnya telah berminat untuk menjadi usahawan dalam bidang
bakeri apabila mereka membuat keputusan untuk menyertai program.
Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Ismail et. al
(2020) di mana Program Latihan Keusahawan yang dijalankan adalah

141


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

antara faktor yang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta
program.

Jadual 4: Skor min bagi tahap kepuasan peserta TVETpreneurship

Bil Item Min Tahap
1 Memberi manfaat dalam 4.85 Sangat tinggi

menjana pendapatan dalam 4.62 Sangat tinggi
perniagaan yang diceburi 4.77 Sangat tinggi
2 Meningkatkan minat sebagai 4.74 Sangat tinggi
Usahawan dalam bidang bakeri
3 Program ini wajar dilaksanakan
pada masa akan datang

Min keseluruhan

Data analisis seperti pada Jadual 5 menunjukkan skor min bagi aspek
keberkesanan program TVETpreneurship dalam membantu dan
mengembangkan perniagaan peserta. Secara keseluruhannya min berada
ditahap tinggi iaitu 4.49. Daripada 3 item yang diberi, didapati item yang
kedua iaitu “Pelaksanaan program amat berkesan kepada saya untuk
memulakan perniagaan Bakeri” mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.69. Ini
kerana, dengan adanya pengetahuan seseorang itu akan lebih yakin untuk
membuat sesuatu keputusan. Nilai min yang paling rendah adalah pada item
ketiga, iaitu “Program ini sangat sesuai bagi yang telah mempunyai
perniagaan” dengan nilai min 4.23. Terdapat peserta yang tidak bersetuju
dengan item tersebut memandangkan ramai peserta yang tidak mempunyai
perniagaan sendiri sebelum mengikuti program tersebut. Kajian yang
dijalankan oleh Ismail et. al (2020) juga selari dengan keputusan ini di mana
Program Latihan Keusahawan yang dijalankan membantu peserta
memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Selain daripada itu,
hasil daripada mengikuti program ini, 6 orang peserta telah berjaya membuka
syarikat berdaftar sendiri sebaik sahaja program tamat.

Jadual 5: Skor min bagi keberkesanan TVETpreneurship dalam
membantu dan mengembangkan perniagaan peserta.

Bil Item Min Tahap
4.54 Sangat tinggi
1 Akan menjalankan aktiviti 4.69 Sangat tinggi
Perniagaan Bakeri pada masa
akan datang 4.23 Tinggi
4.49 Tinggi
2 Pelaksanaan program amat
berkesan kepada saya untuk
memulakan perniagaan
Bakeri

3 Program ini sangat sesuai
bagi yang telah mempunyai
perniagaan

Min keseluruhan

142


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Untuk mengenalpasti peningkatan tahap kemahiran peserta dalam
hasilan roti, kek dan biskut, mereka ditanya tentang ilmu dan pengalaman
yang telah dipelajari sepanjang mengikuti program ini melalui soalan
respon terbuka. Semua peserta program memberikan respon yang positif
seperti “mempelajari teknik yang betul”, “mendapat ilmu dan resepi yang
baharu”, “mendapat ilmu keusahawanan dan perniagaan” dan
“memperbaiki kesilapan dalam pembuatan produk bakeri”. Peserta
menyatakan bahawa mereka merasa lebih yakin untuk memulakan
perniagaan setelah memperolehi ilmu dan pengalaman menghasilkan
produk sendiri. Ini adalah selari dengan dapatan kajian Brown dan Hamlon
(2004) yang menyatakan bahawa sesuatu kejayaan dalam bidang
keusahawanan adalah bergantung kepada tingkah laku mereka sendiri.

5.0 Rumusan dan Cadangan

Dapatan kajian mendapati Program Persediaan Keusahawanan
Hasilan Roti, Kek dan Biskut (TVETpreneurship) yang dijalankan secara
umumnya telah memberi impak yang positif dan mencapai objektif jangka
masa pendek pelaksanaannya. Silibus teori dan amali keusahawanan
penghasilan produk bakeri ini sedikit sebanyak memberi pendedahan
kepada peserta mengenai dunia sebenar perniagaan dan keusahawanan.
Secara keseluruhannya, program ini dilihat berkesan dalam meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran peserta yang menjadi antara faktor
penyumbang utama kepada kejayaan seseorang dalam bidang
keusahawanan yang mencabar ini.

Sikap usahawan yang berdisiplin tinggi dalam mengendalikan
perniagaan, berani dan sanggup menghadapi risiko, berfikiran kreatif dan
inovatif, sentiasa mendalami ilmu perniagaan sangat menyumbang
terhadap kejayaan usahawan muda IKS di Malaysia bagi mengembangkan
lagi perniagaan ke arah peringkat globa. Ini boleh menyumbang kepada
pembangunan ekonomi negara. Segala faktor cabaran tersebut sangat
mempengaruhi seseorang usahawan untuk mencapai kejayaan bagi
meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Usaha ini harus
dilaksanakan secara berterusan untuk menambahbaik kualiti kehidupan
komuniti dan masyarakat setempat (Mohd Yusof et.al, 2020).

Selain itu, dicadangkan agar modul-modul yang ditawarkan kepada
peserta perlu ditambahbaik dari masa ke semasa agar dapat memenuhi
permintaan industri. Dari segi promosi pihak penganjur juga boleh
menambah baik bagi menarik minat peserta dari bangsa lain dan jantina
lelaki bagi mengikuti program yang dianjurkan.

Kajian susulan juga sesuai dijalankan bagi program ini bagi
mengenalpasti samaada program berjaya mencapai objektif jangka panjang
iaitu memastikan peserta berjaya membuka perniagaan yang didaftarkan
dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pihak penganjur juga perlu
mengambil inisiatif memantau perkembangan perniagaan peserta secara
berkala selepas tamat program.

143


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Rujukan

Ab. Aziz Yusof. (2010). Pengenalan kepada Usahawan dan Keusahawanan.
Kuala Lumpur: ScholarMind Publishing.

Ab. Latif, A.A., Jusoh, M.A., Yahya, M.A., Jusoh, O. & Hamidon, S. (2011). Asas
Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan Kecil dan Sederhana. Majlis
Keusahawanan Mahasiswa Universiti-Universiti Malaysia (MAKMUM): Universiti
Malaysia Kelantan. ISBN 978-967-5782-08-4

Abd Rahman, S. S., Sabri, M. F. M., & Nadzri, S. (2015). Kompetensi
keusahawanan diri dalam kalangan mahasiswa yang mengambil kursus
keusahawanan di universiti. In Proceeding of the 2nd International Conference
on Management and Muamalah (Vol. 2, pp. 372-384).

Abdul Ghafar, M.N (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai, Johor: UTM.

Bank Negara Malaysia (2006), Laporan Tahunan PKS 2005, Bank Negara
Malaysia.

Birch, D. L. (1987). Job creation in America. New York: Fee Press.

Brown, T. C., & Hanlon, D. (2004). Developing behavioural observation scales to
foster effective entrepreneurship. Journal of Small Business & Entrepreneurship,
17(2), 103-116.

Bruederl, J., Preisendoerfer, P. & Ziegler, R. (1992). Survival chances of newly
founded business organizations. American Sociological Review, 57, 227-242.

Cooper, D.R. & Schindler, P.S. (2003). Business Research Methods. 8th ed.
McGraw-Hill Golden Books.

Haron, Z., & Mohamed, H. (2016). Tahap Efikasi Dengan Skor Pemantauan
Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah DiPoliteknik Melaka. Politeknik &
Kolej Komuniti Journal Of Social Sciences And Humanities, 1(1).

Hassan, Mohammad Mujaheed & Rifqi, Muhamad. (2018). Faktor Penglibatan
dan Cabaran Wanita Melayu dalam bidang Keusahawanan di Malaysia. Henry,
C., Hill, F. & Leitch, C. (2005). Entrepreneurship education and training can
entrepereneurship be taught? part1. Education + Training 47(2): 98-111.

Hisrich, R.D., Peters, M.P. & Shepherd, D.A. (2008). Entrepreneurship. Edisi
ke-7. Boston: McGrawHill Irwin.

Ismail, F.A., Rasdi, N., Omor, N.A. (2020). Kajian Tahap Kepuasan Peserta bagi
Program Latihan Keusahawanan (Kursus Spa dan Penjagaan Wanita) dalam
Peningkatan Kemahiran bagi Pembangunan Ekonomi di bawah Program
Northern Corridor Economic Region (NCER). E-prosiding Seminar Pembelajaran
Sepanjang Hayat Perigkat Kebangsaan (SPSH2020).383-394.

Keat, O. Y., Selvarajah, C., & Meyer, D. (2011). Inclination towards
entrepreneurship among university students: An empirical study of Malaysian
university students. International journal of business and social science, 2(4).

144


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Kuratko & Hodgetts (2007). Entrepreneurship: Theory, Process, Practice. USA:
South Western Cengage Learning.

Kuratko, D. & Hodgetts, R.M. (2004). Entrepreneurship: Theory, Process and
Practice. 6th ed. Mason, Ohio: South-Western, Thompson.

Lope Pihie, Z.A and Elias, H. (1997) Keusahawanan & motivasi diri. Universiti
Putra Malaysia Press, Serdang, Selangor. ISBN 983931923X

Mead, D.C., & Liedholm, C. (1998). The dynamics of micro and small
enterprises in developing countries. World Development, 26 (1), 61-74.

Mohd Yusof, M. Z., Tahir, Z., Abdul Malek, J. and Salman, A. (2020) “Cabaran
Usahawan Muda dalam Perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di
Malaysia”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12),
pp. 355 - 366. doi: 10.47405/mjssh.v5i12.614.

Mohamed, H. (1988) Entrepreneurial development in Malaysia with specific
reference to training and development initiatives
http://hdl.handle.net/1893/2139

Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Shuhyee Ahmad, Habshah Bakar,
Mohamad Yusif & Mohd Khairuddin. (2007). Keusahawanan. Shah Alam: Mc
Graw Hill Education.

Salleh, AS & Ndubisi, NO 2006, ‘SME Development in Malaysia: Domestic and
Global Challenges’, International Review of Business Research Papers, 2 (1) PP1-
14.

Talib, A., Jusoh, H., Ibrahim, I. & Ahmad, H. (2012) Penyertaan komuniti
dalam bidang keusahawanan luar bandar GEOGRAFIA Online Malaysia
Journal of Society and Space issue 9 (84-96)

Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building
Approach. 2nd ed. Toronto: John Wiley & Sons.

Shapero, A., & Sokol, L. (1982). The social dimensions of entrepreneurship.
University of Illinois at Urbana-Champaign's Academy for Entrepreneurial
Leadership Historical Research Reference in Entrepreneurship.

Smallbone, D. & Wyer, P. (2000). ‘Growth and development in the small firm’, in
Carter, S and Evans, JD (eds.), Enterprise and small business: Principles,
practice and policy. Addison Wesley, pp. 409-433.

Ahmad, S.Z (2013). The need for inclusion of entrepreneurship education in
Malaysia lower and higher learning institutions. Education + Training. Vol. 55
No. 2, pp. 191-203.

Sekaran, U. (2000) Research Methods for Business: A Skill Business Approach.
John Wiley & Sons, New York.

Wahab, A., Abdul Wahab, D., & Yaakub, M. T. (2019). Cabaran-Cabaran
Perusahaan Kecil Dan Sederhana di Malaysia Pasca Merdeka: The Challenges of
Small and Medium Enterprises In Malaysia Post Independence. Sains Insani,
4(2), 65-75.

145


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Pembudayaan dan Pelaksanaan Revolusi Perindustrian
Keempat (4IR) dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat di

Politeknik

Halida Mohd Zahari1, Hanida Abdullah2*, Nor Salasiah Mat Rashid3

13Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti
2Politeknik Nilai

*[email protected]

Abstrak

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan kaedah pembelajaran berterusan bagi
meningkatkan sosioekonomi sesebuah negara. Dalam usaha meningkatkan sosioekonomi
negara, Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR)
Negara. Bagi menyokong usaha Kerajaan ini, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK) telah mengambil inisiatif dengan membuat penetapan Key Performance
Indicator (KPI) bagi program PSH bercirikan 4IR. Inisiatif ini diambil bagi menyediakan
masyarakat dengan penggunaan teknologi baharu dalam mentransformasi industri. Kertas
kerja ini akan membincangkan pembudayaan dan pelaksanaan program PSH bercirikan 4IR
yang dijalankan di Politeknik. Kajian dilakukan secara deskritif berdasarkan data PSH di
Politeknik. Hasil kajian mendapati Program PSH bercirikan Revolusi Perindustrian Keempat
telah dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama dan mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada peserta PSH.

Kata Kunci: Pembelajaran sepanjang hayat, revolusi perindustrian keempat

1.0 Pengenalan
Bagi meningkatkan sosioekonomi sesebuah negara, masyarakat perlu

dilengkapkan dengan ilmu kemahiran. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
merupakan salah satu usaha kerajaan bagi melengkapkan masyarakat
dengan ilmu pengetahuan selari dengan perubahan dalam perkembangan
ekonomi (Mohamed, Z., Yusuff, N.A. & Che Omar, I., 2008). PSH adalah satu
program membudayakan pembelajaran secara berterusan sama ada bagi
meningkatkan kemahiran atau memupuk minat seseorang. PSH di Malaysia
ditakrifkan sebagai proses pendemokrasian pendidikan menerusi
penguasaan ilmu, kemahiran dan keterampilan menerusi kaedah formal atau
tidak formal berdasarkan pengalaman di tempat kerja atau semasa latihan
(PPPM(PT) 2015-2025).

Program-program PSH di politeknik lebih menekankan program
berbentuk teknikal. Pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di
politeknik adalah untuk meningkatkan produktiviti syarikat, menjana
pendapatan tinggi dan untuk pengembangan bakat (talent development)
(Abdullah, H., Rujihan, Z. & Ahamad Zabidi, M., 2020).
Bermula tahun 2020, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
telah membuat penetapan Key Performance Indicator (KPI) bagi penyertaan
program PSH bercirikan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) perlu mencapai
sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) daripada jumlah sasaran
penyertaan PSH di sesebuah politeknik. Menurut Kamus KPI JPPKK 2020 Versi
2, terdapat sembilan (9) teras yang digariskan dalam elemen 4IR iaitu Internet
of Things (IoT); Cloud Computing, Simulation - kecerdikan buatan (AI), Additive
manufacturing, Big Data, Augmented Reality dan Autonomous.

146


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4IR adalah merujuk kepada penggunaan teknologi baharu dalam
mentransformasi industri dengan menggabungkan alam fizikal, digital dan
biologi, yang memberi kesan kepada semua bidang, industri dan ekonomi
(Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara, 2021). Peralihan kepada
4IR merupakan sebuah revolusi digital yang merujuk kepada proses
pembangunan teknologi dalam sesebuah industri (Mohamad, S. 2020).

1.1 Penyata Masalah
Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) (2015) telah
menekankan PSH melalui Lonjakan Tiga (3) dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025. PSH merupakan
pemangkin kepada Program Transformasi Malaysia (ETP) bagi menjadikan
Malaysia sebagai negara maju (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
2015). Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015) Kementerian
berhasrat untuk membudayakan PSH di kalangan masyarakat melalui
pemantapan ekosistem PSH yang berkualiti tinggi, terselaras, harmoni dan
diiktiraf. Manakala, Dasar 4IR Negara merupakan dasar negara untuk
pembangunan sosioekonomi dengan menyokong dasar-dasar pembangunan
negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 dan Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030 melalui penggunaan teknologi 4IR (Dasar Revolusi
Perindustrian Keempat (4IR) Negara, 2021). Oleh itu, pembudayaan 4IR
dalam PSH merupakan elemen penting bagi kelangsungan dan kelestarian
sosioekonomi di kalangan masyarakat. Oleh hal yang demikian, penyelidik
ingin mengenalpasti dan pelaksanaan 4IR dalam PSH di Politeknik bagi
menyokong usaha Kementerian serta Dasar Revolusi Perindustrian Keempat
(4IR) Negara.

1.2 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

a) Mengenalpasti trend pembudayaan PSH 4IR di Politeknik; dan
b) Mengenalpasti trend bilangan penyertaan program PSH 4IR di

Politeknik.

2.0 Sorotan Kajian
Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara telah diterbitkan

oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 2021. Melalui
Dasar 4IR Negara ini, prinsip panduan utama dan hala tuju strategik 4IR
ditekankan dalam penggubalan dasar dan pelan tindakan kementerian dan
agensi bagi mengoptimumkan pengagihan sumber dan penyelarasan
pelaksanaan dalam perkara berkaitan teknologi baru muncul.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyokong Dasar 4IR Negara ini
dengan melalui beberapa dasar dan pelan kementerian. Melalui Pelan
Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025 menekankan supaya
institusi TVET berpacukan 4IR diperkasakan bagi menyempurnakan Teras 2
iaitu memantapkan governan yang responsif dan mampan.

147


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Melalui Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi
2021-2025, KPT menyarankan IPT supaya menggabungkan pendekatan
terkini dalam mendidik usahawan masa depan selaras dengan peralihan 4IR
bagi memastikan penggunaan kaedah terkini dan bersesuaian.

Revolusi Perindustrian merupakan peralihan zaman dalam bentuk
kemajuan dan teknologi. Peralihan ke zaman perindustrian dari zaman
pertanian menjadikan kehidupan manusia dalam bentuk moden semakin
kompleks dan penuh elemen daya saing (Ishak, M., Abdullah, H., Ahmad, S.,
& Mohamed, Y., (2018). Inisiatif menggalakkan 4IR telah dilaksanakan
didalam KPI Pembelajaran sepanjang hayat mengikut Dasar 4IR negara.

3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan secara deskriptif bagi memenuhi objektif kajian.

Pemilihan metode ini terdiri tiga (3) fasa iaitu (1) fasa pengumpulan data, (2)
fasa analisis data, (3) fasa penyampaian hasil analisis data. Pengumpulan
data diperoleh dari sistem data di Bahagian Kolaborasi Industri dan
Komuniti. Data ini diisi oleh pegawai di Politeknik dan telah dinilai melalui
pencapaian Key Performance Indicator (KPI) Jabatan. Bilangan penyertaan
PSH merupakan sasaran KPI Jabatan. Sasaran bagi tahun 2019 adalah
sebanyak 25,000 penyertaan, bagi tahun 2020 adalah sebanyak 12,500
penyertaan manakala bagi tahun 2021 adalah sebanyak 12,500. KPI
Politeknik dikategorikan mengikut Politeknik Premier/APACC, Konvensional
dan Metro.

Data penyertaan PSH menunjukkan peningkatan setiap tahun
walaupun ketika pandemik iaitu pada tahun 2020. Sasaran bagi tahun 2020
diturunkan kepada 12,500 penyertaan disebabkan kekangan pelaksanaan
program PSH di Politeknik. Walaupun terdapat banyak kekangan semasa
pandemik, penyertaan program PSH di Politeknik masih mendapat
sambutan. Jadual 1 menunjukkan bilangan penyertaan PSH pada tahun
2020 dan 2021 mengikut Politeknik.

Jadual 1: Penyertaan PSH Politeknik pada tahun 2020 dan 2021

Politeknik Bilangan Penyertaan Bilangan Penyertaan
PUO 2020 2021
POLISAS 2345 2494
POLIMAS 1192 1158
PKB 784 777
PKS 849 762
PPD 600 783
PKK 1539 1536
PSA 455 997

886 745

148


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

PIS 948 2103
PSP 880 544
PMK 423 591
PKT 458 513
PSMZA 1741 1251
PMM 1271 1201
PSAS 788 1037
PTSB 560 2681
PSIS 490 857
PTSS 640 1786
PMS 499 1797
PMU 679 671
PBU 547 1064
PJK 579 761
PNS 500 959
PBS 724 1283
PMJ 1014 1525
PHT 524 697
PSS 466 490
PMKL 851 340
PMKU 587 324
PMJB 251 268
PMBS 344 487
PMTG 1048 713
PTSN 949 495
PBT 358 286
PBD 255 388
PTS 547 59
Jumlah 27,571 34,999

149


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.0 Analisis dan Perbincangan
Sasaran KPI bagi penyertaan PSH untuk keseluruhan Politeknik

adalah 12,500 penyertaan untuk tahun 2020 dan 2021. Berdasarkan analisis
yang dijalankan, bilangan peserta PSH pada tahun 2020 adalah 27,571
penyertaan dan pada tahun 2021 seramai 34,999 peserta seperti di Rajah 1.
Jadual 2 menunjukkan bilangan penyertaan PSH pada tahun 2020 telah
melebihi sasaran JPPKK iaitu 27,571 penyertaan bersamaan 221% dan pada
tahun 2021 sebanyak 34,999 bersamaan 280%.

34,999 27,571

2020 2021
Rajah 1: Bilangan Peserta PSH tahun 2020 dan 2021

Jadual 2: Jumlah keseluruhan penyertaan PSH Politeknik
Malaysia bagi tahun 2020 dan tahun 2021

Tahun Sasaran Peserta Bilangan Peserta Peratus
2020 12,500 27,571 221%
2021 12,500 34,999 280%

Rajah 2 menunjukkan bilangan penyertaan PSH dalam kategori 4IR
bagi tahun 2020 dan tahun 2021 yang diperolehi dari Data PSH Bahagian
Kolaborasi Industri dan Komuniti, JPPKK. Sasaran KPI bagi penyertaan PSH
dalam kategori 4IR untuk keseluruhan Politeknik adalah 1,250 penyertaan
untuk tahun 2020 dan 2021. Pada tahun 2020, seramai 3,850 peserta
industri telah mengikut program PSH bercirikan 4IR dan pada tahun 2021
seramai 6,308. Jadual 3 menunjukkan bilangan penyertaan PSH dalam
kategori 4IR pada tahun 2020 telah melebihi sasaran JPPKK sebanyak 308%
dan pada tahun 2021 sebanyak 505%. Penyertaan program PSH 4IR di Kolej
Komuniti Kluang juga mendapat sambutan (Siti et. al., 2020), ini adalah
galakan daripada JPPKK agar melaksanakan program PSH bercirikan 4IR.

150


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

7,000 6,308
6,000

Bilangan peserta 5,000

4,000 3,850
3,000

2,000

1,000

0 2020 2021

Rajah 2: Penyertaan PSH dalam Kategori IR4.0 Tahun 2020 dan 2021

Jadual 3: Jumlah bilangan penyertaan PSH dalam kategori 4IR bagi tahun
2020 dan tahun 2021

Tahun Sasaran Peserta Bilangan Peserta Peratus
2020 1250 3,850 308%
2021 1250 6,308 505%

Jadual 4 menunjukkan bilangan peserta PSH bercirikan 4IR pada
tahun 2020 dan 2021 mengikut kategori KPI Politeknik. Rajah 3
menunjukkan bilangan peserta PSH Politeknik kategori Politeknik Premier
dan APACC adalah meningkat pada tahun 2021. Ini adalah galakan dari

JPPKK untuk melaksanakan program secara dalam talian.
Walaubagaimanapun terdapat kenaikan dan penurunan perserta PSH 4IR
bagi kategori Politeknik Konvensional dan METro bagi tahun 2021 seperti di
Rajah 4 dan Rajah 5. Kenaikan penyertaan program 4IR adalah galakan
daripada JPPKK agar menjalankan program PSH bercirikan 4IR dijadikan
sebagi KPI PSH (JPPKK, 2020 & 2021). Dapatan ini juga menunjukkan
terdapat Politeknik yang tidak mencapai KPI adalah disebabkan kekangan
dalam mendapatkan penyertaan PSH bercirikan 4IR di Politeknik masing-
masing.

151


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Jadual 4: Penyertaan PSH dalam 4IR pada tahun 2020 dan 2021
mengikut kategori KPI Politeknik

Politeknik Bilangan Penyertaan Bilangan Penyertaan
2020 2021

Kategori Politeknik Premier dan APACC

PUO 269 503

POLISAS 20 441

POLIMAS 79 69

PKB 108 408

PKS 57 75

PPD 253 394

PSA 154 187

PIS 115 130

PSP 150 25

PSAS 0 140

PKK 50 205

Kategori Politeknik Konvensional

PMK 15 51

PKT 180 77

PSMZA 598 332

PMM 326 150

PTSB 68 42

PSIS 129 168

PTSS 46 566

PMS 73 190

PMU 32 41

PBU 14 497

PJK 93 310

PNS 55 165

PBS 51 467

PMJ 80 87

PHT 76 40

152


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

PSS 28 132
PTSN 136 105
PBT 52 35
PBD 20 63
PTS 26 59
Kategori Politeknik METro
PMKL 295 0
PMKU 25 62
PMJB 33 0
PMBS 59 25
PMTG 85 67

Bilangan Peserta 600 408 394
503

500 441

400

300 269 253

187 205
140
154 130

115
150200
79 108
100 20 69 75 50
57
25 0

0

Rajah 3: Penyertaan PSH IR4.0 Tahun 2020 dan 2021 Kategori Politeknik
Premier dan APACC

153


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

598 566
600 497
500 467

Bilangan Peserta 400 332 310

326

300

200 180 150 168 190 165 87 136
129 73
100 51 77 93 132 105
15 68 41 55 51 80 76
46 52 63 59
0 42 32 14 40 28 35 20 26

Rajah 4: Penyertaan PSH IR4.0 Tahun 2020 dan 2021 Kategori
Politeknik Konvensional

Bilangan Peserta 295 62 59 85
300 25 25 67

250 PMKU 33 PMBS PMTG
0
200
PMJB
150

100

50
0

0
PMKL

Rajah 5: Penyertaan PSH IR4.0 Tahun 2020 dan 2021 Kategori Politeknik
Konvensional

5.0 Rumusan dan Cadangan
Penyertaan PSH bercirikan 4IR mengikut Politeknik adalah sangat
memberansangkan selepas dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama walaupun
terdapat penurunan di sesetengah Politeknik. Walaubagaimana pun pada
keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa penyertaan program PSH bercirikan
4IR amat menggalakkan dengan kenaikan penyertaan pada tahun 2021 secara
keseluruhan. Galakan kerajaan agar program PSH bercirikan 4IR ini adalah bagi
melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring
dengan Revolusi Perindustrian Keempat. Justeru itu, Politeknik Malaysia adalah
digalakkan untuk melaksanakan lebih banyak program PSH bercirikan 4IR
untuk lebih ramai tenaga mahir dalam bidang 4IR.

154


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Rujukan
Abdullah, H., Rujihan, Z. & Ahamad Zabidi, M., (2020). Pembudayaan dan
Pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di Industri. Seminar
Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020).
Ishak, M., Abdullah, H., Ahmad, S., & Mohamed, Y., (2018). Mendepani
Cabaran Era Revolusi Industri 4.0 : Hubungan Amalan Pembelajaran
Berterusan dengan Prestasi Peranan Guru Pendidikan Islam sebagai Agen
Perubahan Masyarakat. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan
Pendidikan Universiti Awam 2018.
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (2020), Kamus KPI 2020
Versi 2.0.
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (2020), Kamus KPI 2021.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (2018), Pelan Strategik
Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
Kementerian Pengajian Tinggi (2020), Pelan Tindakan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi 2021-2025.
Mohamad, S., (2020). REVOLUSI INDUSTRI 4.0: Cabaran & Peluang.
Perspektif, 10/2020.
Mohamed, Z., Yusuff, N.A. & Che, O.I., (2008). Pembangunan Modal Insan
dalam ECER. In: Seminar ECER – Merintis Kecemerlangan Usahawan melalui
Pembangunan Ekonomi Bersepadu. Hotel Primula Beach Resort, Kuala
Terengganu, Terengganu.
Kusairi, S.S., Siran, S. & Sis, A. (2020). Faedah Penyertaan Program PSH:
Tinjauan Penerapan Elemen Revolusi Industri ke-4 (IR4.0) di Kolej
Komuniti. Proceeding International Multidisciplinary Conference (IMC
2020).
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2021), Dasar Revousi
Perindustrian Keempat (4IR) Negara.

155


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Kajian Pasaran Graduan Sijil Landskap di Kolej Komuniti
Masjid Tanah

Azhar Yaakub1*, Sulianah Sani2, Mohamad Imran Hassan3

123Kolej Komuniti Masjid Tanah
*[email protected]

Abstrak

Bidang Senibina Landskap terdiri daripada dua bidang pekerjaan iaitu Perancangan
& Reka Bentuk Landskap dan Pembinaan Landskap. Senibina Landskap adalah mereka
bentuk kawasan awam terbuka, mercu tanda, dan struktur untuk mencapai hasil
persekitaran, tingkah laku sosial, atau estetika yang selesa dan mampan. Pembinaan
landskap melibatkan penyeliaan kerja-kerja pembinaan dan pengawasan di lokasi tapak
projek landskap, yang merangkumi pembinaan dan pemasangan landskap kediaman dan
komersial (Occupational Framework Landscape Industry, CIAST). Kajian ini dilaksanakan
secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Form bagi memaksimumkan jumlah
responden di samping memudahkan proses analisis dapatan kajian. Responden yang dipilih
adalah terdiri daripada industri yang pernah menerima penempatan latihan industri pelajar
dan juga industri yang menawarkan pekerjaan kepada graduan. Hasil kajian dan analisa
yang dibuat menunjukkan bahawa bidang kursus yang ditawarkan mendapat permintaan
yang menggalakkan daripada pihak industri. Kesimpulan nya program yang ditawar ini perlu
diteruskan dan dibuat penambahbaikan selari dengan perkembangan semasa dengan
mengambil kira cadangan yang diberikan oleh pihak industri.

Kata kunci: Kolej Komuniti, sijil landskap, pasaran graduan, industri.

1.0 Pengenalan
Bidang Senibina Landskap terdiri daripada dua bidang pekerjaan iaitu

Perancangan & Reka Bentuk Landskap dan Pembinaan Landskap. Senibina
landskap adalah mereka bentuk kawasan awam terbuka, mercu tanda, dan
struktur untuk mencapai hasil persekitaran, tingkah laku sosial, atau
estetika yang selesa dan mampan. Pembinaan landskap melibatkan
penyeliaan kerja-kerja pembinaan dan pengawasan di lokasi tapak projek
landskap, yang merangkumi pembinaan dan pemasangan landskap
kediaman dan komersial.

Kajian ini dilaksanakan secara dalam talian bagi memaksimumkan
jumlah responden di samping memudahkan proses analisis dapatan kajian.

2.0 Objektif Kajian
Kajian ini dibuat bagi mengenal pasti permintaan industri terhadap

pasaran graduan peringkat Sijil Landskap di Kolej Komuniti Masjid Tanah
bagi memastikan program yang sedang ditawarkan kekal relevan dengan
kehendak guna tenaga negara.

3.0 Soalan Kajian
Persoalan kajian permintaan industri terhadap pasaran graduan

peringkat Sijil Landskap di Kolej Komuniti Masjid Tanah adalah:

i. Memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran
tenaga kerja negara.
ii. Mendapatkan maklum balas pasaran daripada industri yang berkaitan
dengan program pengajian yang sedang ditawarkan.

156


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.0 Sorotan Kajian
Sumber data daripada agensi-agensi berikut telah diperolehi dalam

memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga
kerja negara:
4.1 Tenaga kerja mengikut jantina dan tahap pendidikan bagi Projek Pembangunan
Iskandar, Johor.

Rajah 1: Permintaan tenaga kerja mengikut jantina dan tahap pendidikan
Secara keseluruhannya peluang pekerjaan yang terdapat di Iskandar

Malaysia meningkat kepada 942,000 pada tahun 2015 dengan kadar
pertumbuhan tahunan tenaga kerja 5.2%. Merujuk kepada carta pai di atas
permintaan untuk tenaga kerja separuh mahir (peringkat sijil) adalah 54%
mendahului jumlah pekerja kurang mahir dan pekerja mahir (Zainolrin bin
Saari, 2015).

157


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.2. Statistik 30 industri yang mendapat permintaan tinggi bagi suku tahun pertama
2015.

Rajah 2: Statistik 30 industri yang mendapat permintaan tinggi bagi suku
tahun pertama 2015. ILMIA (2015)

Merujuk kepada jadual diatas, bidang Architecture Services yang
mempunyai perkaitan dengan bidang Landscape Architecture termasuk
dalam carta 30 bidang industri yang mendapat permintaan tinggi bagi suku
tahun pertama 2015 dan dijangkakan akan terus meningkat lagi.
4.3 Kemudahan Rekreasi di Negeri Pahang (2015-2050).

Rajah 3: Unjuran kemudahan Rekreasi di Negeri Pahang (2015-2050).
Sumber :Rancangan struktur negeri Pahang 2050

158


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Jadual di atas menunjukkan unjuran kemudahan rekreasi yang masih
banyak taman bandar dan taman tempatan diperlukan di negeri Pahang,
iaitu 20 taman bandar dan 51 taman tempatan. Penyediaan kemudahan
rekreasi dan sukan ini merupakan satu cabaran bagi memenuhi keperluan
penduduk. Sehubungan dengan itu, skop pasaran kerja graduan Sijil
Landskap amat diperlukan bagi membantu mencapai pelaksanaan
Rancangan Struktur Negeri Pahang 2050.

4.4 Draf Rancangan Struktur Negeri johor 2030
4.4.1 Kawasan Lapang dan Rekreasi

Negeri Johor mempunyai 4,755 hektar kawasan lapang dan rekreasi
(2015), iaitu 0.2 peratus daripada jumlah keluasan negeri. Daripada jumlah
ini, 2,217 hektar adalah tanah lapang awam. Manakala 1,251 hektar (26.3%)
adalah kemudahan rekreasi dan 1,299 hektar (27.3%) selebihnya adalah
kawasan kemudahan rekreasi. Untuk tanah lapang awam. Sehubungan
dengan itu, pasaran untuk graduan landskap amat diperlukan bagi
membantu membangunkan kawasan lapang dan rekreasi seperti yang
terdapat dalam Draf Rancangan Striuktur Negeri Johor 2030.
4.4.2 Unjuran Pekerjaan Mengikut Sektor Ekonomi di Negeri Johor, 2015 hingga
2030

Jadual 1: Unjuran Pekerjaan Mengikut Sektor Ekonomi di Negeri Johor,
2015 hingga 2030

Merujuk kepada jadual di atas, Sektor Sekunder yang mempunyai
perkaitan dengan bidang senibina landskap ialah sektor pembinaan.
Bilangan pekerja yang diperlukan pada tahun 2015 ialah sebanyak 149,300
mewakili 9.27%. Unjuran pekerjaan hingga tahun 2030 dijangkakan akan
meningkat sehingga 362,624 mewakili 12.21%. Oleh yang demikian, pasaran
graduan dalam bidang Sijil Landskap amat diperlukan bagi membantu
membangunkan sektor ekonomi di negeri Johor.

159


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

5.0 Metodologi kajian
Kajian ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan. Kajian ini

merupakan kajian kuantitatif di mana data dikumpul dalam bentuk
kuantitatif dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Borang
soal selidik dibina dalam format Google Form digunakan sebagai instrumen
untuk mengumpul data. Sebanyak 13 sampel diambil daripada pihak
industri yang pernah menyediakan tempat latihan industri kepada pelajar
Sijil Landskap. Pihak industri yang diambil sampel adalah terdiri daripada
pelbagai penyedia perkhidmatan seperti perunding rekabentuk landskap,
kontraktor projek landskap, kontraktor penyenggaraan landskap dan
pengusaha nurseri jualan tanaman hiasan landskap. Data diambil daripada
pihak industri untuk dibuat analisa pada tahun 2021. Kajian ini
menggunakan skor peratusan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian.
Instrumen kajian ini diambil daripada borang soal selidik yang telah
diubahsuai daripada borang soal selidik Kajian Kepuasan Bekerja Warga
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (2008).

6.0 Analisis Kajian Pasaran terhadap industri/majikan menunjukkan
keputusan seperti berikut:

6.1 Bahagian I: Kandungan Program dan Kesesuaian dengan Keperluan
Organisasi

6.1.1 Adakah program yang ditawarkan memenuhi asas-asas teori dan
praktikal dalam bidang berkenaan.

Kenyataan Respon (%)

Memenuhi sepenuhnya 41.7
Memenuhi sebahagian 58.3
Tidak memenuhi langsung 0

Rajah 4: Peratusan Program Sijil Landskap Memenuhi Asas-asas Teori Dan
Praktikal Dalam Bidang Berkenaan

160


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Merujuk kepada carta di atas didapati 41.7% organisasi bersetuju

bahawa program ini memenuhi sepenuhnya keperluaan asas-asas teori dan
praktikal dalam bidang landskap. Manakala selebihnya iaitu 58.3%
mengatakan program ini hanya memenuhi separuh dari keperluan asas-

asas teori dan praktikal dalam bidang landskap.

6.1.2 Adakah anda berpendapat program yang dicadangkan ini mencukupi dari
segi:

KENYATAAN YA TIDAK
100% 0
PROGRAM SESUAI KEADAAN SEMASA
100% 0
MENCUKUPI DARI SEGI JANGKA MASA 100% 0
PENGAJIAN
MENCUKUPI DARI SEGI TEMPOH LATIHAN
INDUSTRI

Rajah 5: Kesesuaian Program Dengan Keperluan Organisasi
Daripada kajian yang dilaksanakan didapati semua organisasi bersetuju
sepenuhnya bahawa program ini sesuai dari segi keadaaan semasa, jangka
masa pengajian dan tempoh latihan industri.
6.2 Bahagian II: Peluang Kerjaya
6.2.1 Adakah graduan program ini sesuai bekerja di organisasi anda?

Kesemua responden mengatakan bahawa program ini sesuai dengan
organisasi mereka. Berikut adalah rumusan bagi bidang yang ditawarkan di
organisasi mereka.

161


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Jadual 2: Bidang Yang Ditawarkan Dalam Industri

BIDANG PERATUS

REKABENTUK LANDSKAP 36.40%
PROJEK LANDSKAP 63.60%
PENYELENGGARAAN LANDSKAP 90.90%
NURSERI LANDSKAP 72.70%

Didapati kebanyakan organisasi menawarkan kerja dalam bidang
penyelenggaraan landskap.

Rajah 6: Bidang Yang Ditawarkan Dalam Industri

6.2.2 Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan program
ini?

Berikut merupakan rumusan jawatan yang sesuai ditawarkan bagi
program Sijil Landskap.

JAWATAN YANG DITAWARKAN PERATUS

DALAM INDUSTRI 10%
30%
PENGURUS LANDSKAP DESIGN AND 10%
BUILT
PENGURUS NURSERI LANDSKAP 90%
PELUKIS PELAN LANDSKAP 50%
PENYELIA PENYELENGGARAAN 60%
LANDSKAP
PENYELIA TAPAK PROJEK LANDSKAP
PENYELIA NURSERI LANDSKAP

162


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Rajah 7: Jawatan Yang Ditawarkan Dalam Industri

Dapatan kajian mendapati bahawa 90% organisasi menawarkan
jawatan penyelia penyelenggaraan landskap, di ikuti dengan jawatan penyelia
nurseri landskap (60%), seterusnya di ikuti dengan jawatan penyelia tapak
projek landskap (50%), pengurus nurseri landskap (30%), pelukis pelan
landskap (10%) dan pengurus landskap desing and built (10%). Didapati
bidang yang ditawarkan untuk program ini lebih kepada penyelenggaraan
dan penyeliaan tapak berbanding pelukis pelan dan rekabentuk landskap.

6.2.3 Berapa banyak jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh
graduan program ini?

Berikut adalah rumusan bilangan jawatan berkitan program yang
ditawarkan oleh organisasi

BILANGAN JAWATAN YANG DI PERATUS
TAWARKAN 91.70%
8.30%
1- 3 JAWATAN
4-6 JAWATAN

Rajah 8: Bilangan jawatan yang ditawarkan di organisasi.

163


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Didapati 91.7% menawarkan 1-3 jawatan dalam bidang landskap
manakala selebihnya (8.3%) menawarkan 4-6 jawatan di organisassi mereka.
6.2.4 Apakah pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini?

Berikut adalah rumusan bagi pendapatan yang sesuai ditawarkan oleh
organisasi.

Rajah 9: Jangkaan pendapatan
Dari kajian yang dilaksanakan, kebanyakan organisasi menawarkan
pendapatan RM1501.00 hingga RM2000.00. 25% organisasi menawarkan
pendapatan dari RM2001.00 hingga RM2500.00, 25% lagi menawarkan
pendapatan RM1001.00 hingga RM1500.00 dan 8.3% sahaja yang
menawarkan pendapatan bawah RM1000.00.
6.2.5 Adakah program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih
tinggi?
Kesemua responden bersetuju mengatakan program ini sesuai
dilanjutkan ke peringkat lebih tinggi. Berikut adalah rumusan peringkat
pengajian yang dirasakan sesuai.

Rajah 10: Peringkat Pengajian Yang Sesuai Untuk Sambung Pengajian

164


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

6.3 Bahagian 3: Lain-lain
Berikut adalah jadual yang menunjukkan lain-lain kriteria yang di kaji dalam

kajian ini.

Rajah 11: Lain-lain aspek berkaitan program yang ditawarkan
Di dapati hanya 25% sahaja organisasi yang menawarkan penajaan
pelajar ke program ini. 91.7% menggalakkan kakitangan mengikuti program
ini. 100% organisasi bersetuju bahawa program ini menghasilkan graduan
yang di ingini.
7.0 Kesimpulan
Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil Landskap
telah mencapai objektif yang diharapkan di mana analisis sumber data dan
analisis kajian pasaran dari industri/majikan menunjukkan program ini
mempunyai permintaan industri dan memenuhi keperluan pasaran guna
tenaga kerja negara.
Terdapat beberapa implikasi yang boleh diambil kira berkaitan
penawaran program pengajian ini melibatkan aspek-aspek berikut:
7.1 Tenaga pengajar:
Memandangkan permintaan daripada industri yang agak memerlukan
terhadap graduan Sijil Landskap kearah pencapaian aspirasi negara, adalah
dirasakan perlu untuk dikaji semula raten perjawatan untuk PPPT dalam
bidang senibina landskap bagi mengurangkan bebanan tugas pensyarah.
Keperluan ini agak kritikal juga disebabkan pihak kolej juga ada
menawarkan Program Sijil Asas Landskap bagi menyediakan peluang
pembelajaran untuk golongan yang mempunyai masalah pembelajaran (slow
learner).

165


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

7.2 Infrastruktur dan fasiliti:
Memandangkan Program Sijil Landskap sudah lama beroperasi di

KKMT, iaitu semenjak tahun 2006, jadi sudah semestinya ada beberapa
kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang perlu dibuat penambahbaikan.

Antaranya seperti ruang kerja bengkel kayu yang agak terhad dan
dicadangkan agar dibuat pembesaran ruang. Keperluan untuk pembelian
aset mesin belah kayu jenis bermeja bagi melancarkan proses PdP amali
pelajar.
7.3 Kurikulum:

Pelaksanaan PdP adalah dengan merujuk kepada silibus yang
dibangunkan berlandaskan kehendak industri dan teknologi semasa. Ia
mengalami proses vetting bersama pihak industri sebelum digunapakai oleh
kolej pelaksana. Pihak kolej juga ada inisiatif menjalankan program dialog
bersama industri dan juga mesyuarat bersama Penasihat Program bagi
mendapatkan input daripada industrI kearah penambahbaikan silibus (CQI).
Oleh yang demikian diharapkan peruntukan daripada jabatan bagi
melancarkan program ini.
Rujukan
Zainolrin bin Saari, (2015). kajian koridor ekonomi malaysia: penawaran dan
permintaan bidang pengajian di politeknik Malaysia: iskandar malaysia,
Politeknik Mersing, Johor
ILMIA (2015), Industrial Engagement On Demand For Skilled Workes.
Unjuran kemudahan Rekreasi di Negeri Pahang (2015-2050), Rancangan
struktur negeri Pahang 2050, (2015).
Kajian Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 (Kajian Semula) 2016, Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor.
JANMEr Beng Kiong (2008), Kajian Kepuasan Bekerja Warga Jabatan
Akauntan Negara Malaysia.

166


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Keberkesanan Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan
Dan Perkhidmatan) Di Kolej Komuniti Kuantan, Kementerian

Pengajian Tinggi

Asmawi Muda@Othman1*, Mohamad Rushdan Mohamad Deros2,
Muhamad Hafiz Abd Razak3

123Kolej Komuniti Kuantan
*[email protected]

Abstrak

Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) adalah satu program yang
menganugerahkan kelulusan tahap Sijil Kolej Komuniti beserta tambahan Sijil
Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW2) sekiranya layak yang dianugerahkan oleh
Suruhanjaya Tenaga selaras dengan Akta Bekalan Elektrik. Pelajar-pelajar yang mengambil
jurusan ini hendaklah memenuhi semua kriteria yang telah ditetapka oleh Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan juga kriteria yang telah ditetapkan
oleh Suruhanjaya Tenaga. Pelajar–pelajar ini telah melalui suatu proses pembelajaran yang
kompleks yang mana mereka memenuhi kriteria Pembelajaran dan Pengajaran dari 2 badan
akreditasi iaitu MQA dan ST bagi melayakkan mereka menyambung pengajian di peringkat
diploma dan Sijil Pendawai (PW4). Untuk menilai keberkesanan program ini, satu kajian
keberkesanan telah dilakukan untuk menilai sejauh mana keberkesanan program ini
setelah dijalankan selama 5 tahun di industri atau alam pekerjaan sebenar. Skop kajian ini
melibatkan kesesuaian program dengan keperluan, kemampuan memenuhi peluang
kerjaya, kesesuaian untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan
penerimaan industri terhadap Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan).
Dapatan hasil kajian graduan selama 5 tahun iaitu 2016 hingga 2020, adalah nilai purata
86.3% graduan mendapat perkerjaan dan 13.7% melanjutkan pengajian, manakala purata
bekerja dalam bidang sebanyak 89.5% dan 10.8% luar bidang. Dapatan dari pandangan
syarikat atau majikan, 30 buah syarikat bersetuju 100% tempoh pengajian program ini
selama 2 tahun iaitu 3 semester di kolej dan 1 semester di latihan Industri serta peluang
pekerjaan yang cerah serta relevan dengan keadaan semasa.

Katakunci: Graduan, Syarikat, Majikan, Sijil Teknologi Elektrik

167


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

1.0 Pengenalan

1.1 Pengenalan
Perkembangan yang pesat dalam bidang Teknologi Elektrik pada masa kini

telah menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja yang tinggi terutama pada
tenaga kerja yang mempunyai Sijil Kompeten yang dianugerahkan oleh badan –
badan yang berwajib. Bagi menampung kekurangan di sektor tenaga kerja ini
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti telah merangka satu Sijil Teknologi Elektrik
(Pemasangan dan Perkhidmatan) yang mana ia adalah satu program yang
menawarkan satu kelulusan tahap Sijil Kolej Komuniti dengan tambahan Sijil
Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW2) yang dianugerahkan oleh
Suruhanjaya Tenaga selaras dengan Akta Bekalan Elektrik. Pelajar yang mengikuti
program ini berpeluang mempelajari dan memahami secara teori dan praktikal
berkaitan Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) selain layak menjadi
Orang Kompeten yang diperakukan oleh Suruhanjaya Tenaga. Program ini juga
membawa pelajar merasai alam pekerjaan dengan lebih awal melalui Latihan
industri yang mewajibkan pelajar menghasilkan Buku Log.

Selain itu, melalui program ini pelajar juga dapat menyediakan dan
menawarkan diri dalam bidang perkhidmatan kontraktor sama ada untuk
pendawaian elektrik rumah kediaman, pejabat, premis perniagaan atau bagi
pemasangan lampu, pemasangan kipas dan peralatan elektrik yang lain. Pelajar juga
dapat meningkatkan kemahiran insaniah melalui modul-modul yang sesuai bagi
tujuan persediaan ke alam pekerjaan nanti.

1.2 Penyataan Masalah
Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) adalah suatu program

di Kolej Komuniti Kuantan yang berkaitan dengan teknologi elektrik. Namun begitu
setelah dijalankan selama 20 tahun maka sampailah masanya untuk melihat sejauh
mana keberkesanan program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuantan ini berjaya
menembusi pasaran pekerjaan di sekitar Kuantan khasnya dan seluruh negara
amnya.

1.3 Objektif Kajian
Untuk melihat sejauh mana keberkesanan program Sijil Teknologi Elektrik

(Pemasangan dan Perkhidmatan) dalam ertikata:

I. Kesesuaian program dengan keperluan industri dan alam pekerjaan
sebenar

II. Kemampuan memenuhi peluang kerjaya
III. Kesesuaian untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
IV. Penerimaan industri terhadap Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan

Perkhidmatan).

168


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

1.4 Persoalan Kajian

Bagi Kajian Keberkesanan program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan
Perkhidmatan) ini beberapa persoalan perlu dijawab iaitu:

I. Sejauh mana kesesuaian program dengan keperluan industri dan alam
pekerjaan sebenar?

II. Sejauh mana kemampuan program ini memenuhi peluang kerjaya?
III. Bagaimanakah kesesuaian perjawatan di dalam organisasi?
IV. Berapakah kesesuaian bayaran gaji/emolumen kepada pemegang sijil?
V. Adakah sesuai untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi

menggunakan kelayakan sijil yang diperolehi?
VI. Bagaimanakah penerimaan industri terhadap Sijil Teknologi Elektrik

(Pemasangan dan Perkhidmatan)?

2.0 KAJIAN LITERATUR

Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) (STE)
merupakan salah satu program yang terdapat di Kolej Komuniti Kuantan.
Program ini telah dijalankan di Kolej Komuniti Kuantan sejak dari tahun
2001 lagi. Sehubungan itu satu kajian dibuat untuk melihat keberkesanan
program ini setelah 20 tahun dijalankan. Ini bagi memastikan program ini
kekal berada di landasan yang betul dan memenuhi kehendak pasaran.

Namun begitu, ada perkara yang memerlukan perhatian daripada
pihak yang berkepentingan. Sebagai contoh perkembangan teknologi terkini
yang perlu dikuasai oleh pensyarah bagi membolehkan pelajar juga
mendapat pengetahuan terkini. Ini bagi menguatkan asas kepada pelajar
untuk berhadapan dengan dunia pekerjaan. Melengkapkan diri pensyarah
menjadikan tenaga kerja yang kompeten tidak boleh berhenti dan ianya perlu
diteruskan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.1

Program-program di kolej komuniti yang dibangunkan adalah
dimaklumi menerapkan kemahiran teknikal yang lebih berbanding teori.
Walaupun begitu, penerapan aspek “softskills” tidak ditinggalkan bagi
memastikan graduan yang terhasil memenuhi kehendak pasaran. Ini selaras
dengan kajian yang dijalankan oleh Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Jegak
Uli & Asma Ahmad, Rahmah Ismail (2006) menyatakan bahawa penilaian
tahap kekompetenan pendawaian dan persijilan oleh Suruhanjaya Tenaga
perlu merangkumi semua aspek kemahiran boleh kerja bukan sahaja aspek
teknikal tetapi juga aspek “soft skills”.2

Kebolehpasaran graduan merupakan satu kayu pengukur yang
penting dalam menentukan adakah hasil keluaran program dan kolej ini
diperlukan di industri. Graduan yang dilengkapi dengan kemahiran selain
pengetahuan yang baik pastinya dapat menyediakan pilihan tenaga kerja
yang baik kepada industri. Selari dengan penemuan Cummings (2002)3 dan

169


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Callan (2002)4 kajian ini turut menemui kemahiran teknikal dan kemahiran
boleh kerja kerap menjadi faktor signifikan penentu kebolehpasaran pelatih.

Peluang kerjaya yang ditawarkan oleh industri dalam bidang elektrik
ini sentiasa mendapat ruang untuk diisi oleh lepasan program ini. Dua sijil
yang diperolehi oleh graduan selepas menamatkan pengajian iaitu Sijil Kolej
Komuniti dan Sijil Kekompetenan sebagai Pendawai menjadi satu kelebihan
kepada graduan untuk ditawarkan pekerjaan oleh industri. Bersesuaian
dengan Akta Bekalan Elektrik Bahagian V Kawalan Kompeten Seksyen 23 (1)
yang menyatakan ‘Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik
selain daripada yang dipunyai atau diuruskan oleh pihak berkuasa bekalan
boleh dikerjakan atau di kendalikan kecuali oleh atau di bawah kawalan
orang-orang yang memilik apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa
perakuan sebagaimana yang ditetapkan, dan tiada seorang pun yang tidak
memiliki kelayakan atau memegang perakuan seperti yang disebut terdahulu
boleh menjaga apa-apa pepasangan atau boleh mengawal pengendalian apa-
apa loji atau kelengkapan elektrik’.5

3.0 METODOLOGI

3.1 Kaedah Kajian

Kajian ini merupakan suatu kajian yang menggunakan kaedah berbentuk
kuantitatif. Soal selidik merupakan instrumen utama yang digunakan untuk
memungut data. Kajian ini meninjau persepsi pelajar dan syarikat industri terhadap
tahap keberkesanan program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan
Perkhidmatan) yang telah dilaksanakan.

3.2 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini melibatkan beberapa orang graduan atau alumni dari Kolej

Komuniti Kuantan dan beberapa orang penyelia serta pemilik syarikat industri di
sekitar kawasan Kuantan. Menurut Krejcie dan Morgan (1970) saiz sampel yang
dipertimbangkan adalah 99% dengan mengambil kira ralat sebanyak 1.0%. Oleh itu,
jumlah sampel yang di ambil adalah 99% dengan mengikut sasaran Krejcie dan
Morgan (1970).

3.3 Instrumen Kajian
Kaedah soal selidik telah digunakan dan instrumen kajian adalah Borang

Maklumbalas Tahap Keberkesanan Program Sijil Teknologi Eletrik (Pemasangan
Dan Perkhidmatan) Dan Kajian Pengesanan Graduan Telah Dibina Oleh Bahagian
Perhubungan Industri Dan Pengkomersilan Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Soal selidik ini mengandungi dua (2) iaitu bahagian A
berkaitan kandungan program dan kesesuaian keperluan dangen organisasi dan
Bahagian B berkaitan peluang kerjaya. Kesemua borang akan dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS).

170


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.0 DAPATAN KAJIAN.
Kajian yang dijalankan ini terbahagi kepada dua kumpulan responden

iaitu majikan atau syarikat dan graduan lepasan Sijil Teknologi Elektrik
(Pemasangan dan Perkhidmatan). Oleh sebab itu hasil dapatan dari
maklumbalas yang dijalankan meliputi kedua-dua kelompok responden ini.

4.1 Status Graduan

Keberkesanan program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan
Perkhidmatan) adalah berdasarkan kepada kemana haluan pelajar selepas
menamatkan pengajian. Graduan akan dianggap berjaya dipasarkan apabila boleh
memperoleh pekerjaan ataupun mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian.

2020 2019 2018 2017 2016

40 35

32 59
54

Rajah 1: Carta bilangan graduan STE (Pemasangan dan Perkhidmatan)

Berdasarkan Rajah 1, menunjukkan jumlah lepasan graduan program Sijil
Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) selama lima tahun bermula
tahun 2016 hingga tahun 2020.

171


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.1.1 Status Graduan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan
Perkhidmatan)

Berdasarkan Jadual 1, pada tahun 2018 dan tahun 2019 lepasan Sijil
Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) telah berjaya memperolehi
pekerjaan sepenuhnya (100%) iaitu 54 orang dan 59 orang. Pada tahun 2020,
seramai 25 orang iaitu 71.4% memperolehi pekerjaan dan 10 orang iaitu 28.6% telah
melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Manakala pada tahun 2017 dan 2016, seramai 28 orang iaitu 87.5% dan 29
orang iaitu 72.5% telah memperolehi perkerjaan dan selebihnya telah melanjutkan
pengajian.

Jadual 1: Status graduan lepasan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan
Perkhidmatan)

STATUS GRADUAN

TAHUN BIL BERKERJA MELANJUTKAN
25 PENGAJIAN
2020 59 %
2019 54 71.4 BIL %
2018 28 100.0
2017 29 100.0 10 28.6
2016 87.5 0 0.0
72.5
0 0.0
4 12.5

11 27.5

Jadual 2: Status pekerjaan dalam bidang

PEKERJAAN DALAM BIDANG

TAHUN DALAM BIDANG LUAR BIDANG

2020 BIL % BIL %
2019
2018 25 100.0 0 0.0
2017
2016 45 76.3 14 23.7

50 92.6 4 7.4

24 88.9 3 11.1

26 89.7 3 10.3

Daripada Jadual 2, dapat dilihat pada tahun 2020 seramai 25 orang atau
100% lepasan STE (Pemasangan dan Perkhidmatan) bekerja dalam bidang iaitu
bidang elektrik. Pada tahun 2019 dan 2018, sebanyak 76.3% dan 92.6% bekerja
dalam bidang elektrik manakala selebihnya iaitu 23.7% dan 7.4% bekerja di luar
bidang elektrik.

172


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.1.2 Kadar pendapatan bulanan graduan

Berdasarkan Rajah 2, kadar pendapatan bulanan yang telah diperolehi oleh
graduan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) secara purata di
antara RM1,001.00 hingga RM1,500.00 untuk 5 tahun. Kadar pendapatan tertinggi
yang telah diterima antara RM2,500.00 hingga RM3,000.00 iaitu seramai 2 orang
pada tahun 2018.

Rajah 2: Kadar pendapatan bulanan graduan lepasan STE

4.2 Demografi Dan Latar Belakang Syarikat atau Majikan

Sebanyak 30 syarikat yang telah menerima pelajar menjalani latihan industri
dan menjadi majikan telah terlibat dalam kajian ini. Kesemua syarikat ini berada di
3 buah negeri di pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan yang terdiri
dari 29 syarikat tempatan dan sebuah syarikat asing seperti Rajah 3

Rajah 3: Responden majikan

173


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.2.1 Kandungan Program Dan Kesesuaian Dengan Keperluan Organisasi

Merujuk kepada kandungan program dan kesesuaiannya seperti Jadual 3,
100% syarikat bersetuju dengan penawaran program Sijil Teknologi Elektrik
(Pemasangan dan Perkhidmatan) di Kolej Komuniti Kuantan bersesuaian dengan
keadaan semasa. Tempah pengajian selama 2 tahun iaitu 3 semester di kolej dan 1
semester( 6 bulan) di latihan industri disambut baik oleh syarikat atau majikan.

Jadual 3: Kandungan dan kesesuaian program STE

Bil Item Bil Responden %
(Setuju) Responden

Adakah program Sijil Teknologi
1 Elektrik yang ditawarkan sesuai 30 100%

dalam keadaan semasa?

2 Jangka masa pengajian (2 Tahun) 30 100%

3 Tempoh latihan industri (6 Bulan) 30 100%

4.2.2 Peluang Kerjaya

Berdasarkan Rajah 4, purata pendapatan bulanan yang ditawarkan kepada
graduan program Sijil Teknologi Elektrik(Pemasangan dan Perkhidmatan) antara
RM1,500.00 hingga RM2,000.00 melibatkan 14 buah syarikat yang memberi
maklumbalas. Sebuah syarikat sanggup memberi pendapatan sebanyak
RM2,000.00 hingga RM2,500.00 sebulan sekiranya mempunyai sijil kompeten
tambahan.

Manakala selebihnya 15 buah syarikat bersedia menawarkan pendapatan
bulanan diantara RM1,000.00 hingga RM1,500.00.

174


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

PURATA PENDAPATAN BULANAN DITAWARKAN

RM 2,001.00 - RM 2,500.00

RM 1,500.00 - RM2,000.00 14

RM 1,001.00 - RM1,500.00 15

0 2 4 6 8 10 12 14 16

Rajah 4 : Purata pendapatan bulanan yang ditawarkan.

Merujuk kepada Rajah 5.0, sebanyak tiga puluh (30) buah syarikat bersetuju
program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) ini sesuai
dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu tiga belas (13) buah syarikat setuju
pengajian ke peringkat Sijil Pendawaian Kekompetenan PW2 atau PW4, sembilan (9)
buah syarikat setuju dilanjutkan ke peringkat diploma dan lapan (8) buah syarikat
ke peringkat Penjaga Jentera Elektrik (A0).

14 13

12

10 9
8

8

6

4

2

0
1

Penjaga Jentera Elektrik (AO) Pedawai Elektrik (PW2 & PW 4) Peringkat Diploma

Rajah 5: Maklumbalas majikan selepas graduan tamat pengajian

175


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

5.0 Perbincangan

Berdasarkan kajian yang dijalankan, sebanyak 30 industri telah
terlibat dalam mendapatkan maklumbalas mengenai program ini. Industri
yang terlibat ini berada di negeri pantai timur dan pernah mengambil pelajar
samaada untuk menjalani latihan industri ataupun graduan untuk bekerja
di syarikat mereka. Jika dilihat dari segi kesesuaian keperluan organisasi,
Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) memenuhi
kehendak dan masih relevan untuk dijalankan dalam keadaan semasa dan
seterusnya. Ini kerana tempoh pengajiannya selama 2 tahun iaitu 3 semester
berada di kolej dan 1 semester di latihan industri.

Seterusnya, semua industri bersetuju bahawa graduan daripada
program ini layak dan boleh diberikan peluang untuk membina kerjaya
mereka di industri elektrik serta menawarkan 1 - 3 jawatan di syarikat
mereka dalam satu tahun. Berdasarkan jadual graduan bekerja dalam
bidang untuk tempoh 5 tahun, seramai 220 orang graduan telah bekerja
dalam bidang dan ini membuktikan bahawa program ini perlu dikekalkan.

Secara amnya, keseluruhan industri dan graduan amat berpuas hati
dan menyokong program ini dijalankan. Malahan bersetuju untuk membantu
menghebahkan mengenai program ini kepada kakitangan dan rakan mereka.
Industri juga bersetuju bahawa program ini dapat menghasilan graduan yang
diingini oleh mereka sesuai dengan keperluan.

6.0 Kesimpulan

Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) yang
dijalankan di Kolej Komuniti Kuantan merupakan satu program yang baik
dan memenuhi keperluan industri. Oleh itu ianya sesuai untuk dikekalkan
dan boleh menjadi satu program yang sentiasa relevan dengan peredaran
masa. Kandungan program yang dibangunkan adalah sesuai dan ianya
sentiasa boleh ditambah baik sesuai dengan teknologi terkini. Ini kerana asas
kepada bidang elektrik itu sendiri tidak berubah walaupun berlaku
perubahan dalam aplikasinya. Penawaran kursus ini haruslah dikekalkan
malahan boleh diperkasakan dengan pendedahan kepada pensyarah
mengenai aplikasi teknologi terkini yang sesuai untuk disampaikan kepada
pelajar.

176


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Rujukan
Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Jegak Uli & Asma Ahmad, Rahmah Ismail
(2006) – “Program Latihan Kemahiran: Perbandingan Kos, Kebolehpasaran
Dan Pendapatan Pelatih”.
Akta Bekalan Elektrik 1990 Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (2020)
Cetakan 2020 MDC Publishers Sdn Bhd .
Callan, V. J. (2002). A study of VET student and teacher attitudes to generic
skills: A Progress report. National VET Training Research Conference,
Brisbane. 10 Julai.
Cummings, I. (2002). Lifelong learning, training and employment. Geneva:
ILO.
Tn. Hj. Ismail bin Hj. Samsudin, Asmawi Bin Muda atau Othman, dan
Mohamad Rushdan bin Mohamad Deros (2014) - “Kajian Tahap
Perlaksanaan Program Diploma Berasaskan Work-Based Learning (WBL) Di
Kolej Komuniti Kementerian

177


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Persepsi Pelajar Sijil Operasi Perhotelan Terhadap
Perlaksanaan Program Alumni di Kolej Komuniti

Muhammad Huzaifah Mohd Anuar1*, Mohd Zulfakar Mohd
Nawi2, Ridzuan Khalid3

123Kolej Komuniti Rompin, Pahang
*[email protected]

Abstrak

Alumni Kolej Komuniti yang berjaya wajar dijadikan contoh oleh pelajar lain.
Penglibatan alumni melalui kepakaran dalam bidang berkaitan profesion mereka
sangat penting dalam pembangunan program-program pengajian di kolej komuniti
yang merupakan sebuah institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
Malaysia (TVET). Program Alumni Sharing Session @ SOP telah dijalankan dengan
tujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kerjaya, pendidikan dan
prospek keusahawanan yang wujud dalam industri. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti keberkesanan program bersama alumni di kolej komuniti bagi
membantu pelajar dalam aspek pengetahuan, peningkatan keyakinan diri serta
berdaya saing apabila menempuh dunia pekerjaan. Satu soal selidik telah diedarkan
kepada 66 responden daripada lima kolej komuniti yang menawarkan sijil dalam
program operasi hospitaliti, dan data dikumpul secara kuantitatif. Data dianalisis
menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 26 dan ia
dinyatakan dalam bentuk analisis deskriptif. Kajian mendapati purata nilai skor
tertinggi bagi keberkesanan program ialah 4.58. Aspek kandungan program
menunjukkan bahawa skor nilai purata kedua tertinggi sebanyak 4.50. Daripada
dapatan analisis pemilihan hala tuju pelajar selepas tamat pengajian, item
“meyambung pengajian” mendapat skor tertinggi dan ini bermakna pelajar telahpun
menetapkan hala tuju mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma
selepas tamat pengajian di Kolej Komuniti. Kesimpulannya, program bersama alumni
ini didapati berkesan berdasarkan persepsi responden terhadap aspek
kandungan, keberkesanan program serta penentuan hala tuju selepas tamat
pengajian.

Kata Kunci: Program Alumni, Pelajar, Kolej Komuniti

1.0 Pengenalan
Bekas pelajar atau alumni institusi boleh memainkan peranan

yang sangat positif dalam transformasi pendidikan tinggi. Alumni
mempunyai potensi besar di sesebuah institusi dalam perkongsian
ilmu dari aspek pemilihan kerjaya pelajar. Ini kerana, alumni
adalah contoh teladan yang berkesan dan mudah diterima oleh
pelajar dan ia mempunyai kemampuan yang sama untuk membina
rangkaian kemahiran dan perkongsian pengetahuan. Oleh itu,
adalah strategik bagi institusi pengajian tinggi untuk menjalin dan
menjaga hubungan baik dengan alumni dengan mengundang
mereka dalam membuat keputusan, proses pembinaan dan
pembangunan rangkaian ke arah kemajuan keseluruhan institusi
mana pun (Tulankar & Grampurohit, 2020).

178


Click to View FlipBook Version