The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK MAYA LIB2U KKKL/KKKLCSG, 2022-12-07 02:28:53

FULL COMPLETE E-PROSIDING 2022

FULL COMPLETE E-PROSIDING 2022

E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

6.0 Analisis Kajian
Borang soal selidik di bahagikan kepada dua aspek yang dikaji iaitu

bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A adalah berkenaan latar
belakang demografi responden, bahagian B berkaitan tahap penguasaan
terhadap sukan Catur dan kemahiran mencongak manakala bahagian C pula
merupakan tahap penerimaan Caturmatik 2.0 sebagai ABM.

7.0 Dapatan Kajian
7.1 Maklumat Responden

Jadual 1: Maklumat Responden

Inovasi ini telah diujilari bersama para pelajar semester 1 dari Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal seramai 40 orang sebelum dan selepas penggunaan
Caturmatik 2.0. Profil respoden adalah merujuk kepada latarbelakang sampel yang
dipilih berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan sebagaimana yang ditunjukkan di
dalam Jadual 1. Analisis menunjukkan 87.5% adalah lelaki manakala 12.5% adalah
perempuan. Majoriti responden adalah bangsa Melayu iaitu 95%, diikuti India dan
lain-lain bangsa 2.5%. Data juga menunjukkan majority responden adalah dari
program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Rekabentuk Produk (DRP) dengan 35%.

279


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

7.2 Tahap penguasaan terhadap sukan Catur dan kemahiran mencongak

Rajah 5 : Penguasaan pelajar terhadap permainan sukan Catur

Rajah 6 : Tahap kemahiran pelajar dalam mencongak operasi nombor dengan
baik

Berdasarkan analisis pada Rajah 1, didapati penguasaan para pelajar dalam

permainan catur adalah di tahap yang sederhana iaitu tahu menggerakkan buah

catur tapi adalah sukar untuk memenangi perlawanan kerana tidak mengetahui

teknik dan strategi. Manakala di dalam Rajah 2, dapat diperhatikan bahawa 47.5%

pelajar bersetuju bahawa tahap kemahiran mencongak mereka adalah ditahap yang

membimbangkan. Ini kerana untuk para pelajar menyelesaikan masalah melibatkan

pengiraan khususnya dalam kursus Matematik Kejuruteraan atau masalah pengiraan

kursus kejuruteraan, pelajar perlu menguasai kemahiran mencongak ini agar masa

menjawab sentiasa mencukupi.

280


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

7.3 Tahap penerimaan Caturmatik 2.0 sebgai Alat Bantu Mengajar (ABM)

Rajah 7 : Tahap penerimaan Caturmatik 2.0 dikalangan para pelajar

Untuk menginterpretasikan dapatan analisis data, pengkaji memilih
menggunakan jadual interpretasi skor min yang dikemukan oleh Nunnally dan
Bernstein (1994), seperti mana yang ditunjukkan pada Jadual 2.

Jadual 2: Interpretasi Skor Min Lima Skala Markah

Skor Min Tahap

1.00 - 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana Rendah

3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi

4.01 – 5.00 Tinggi

Sumber: Munally dan Bernstein (1994)

Hasilnya, sebelum penggunaan ABM Caturmatik 2.0, skor min tertinggi yang
direkodkan adalah kebanyakan pelajar berminat untuk menggunakan ABM
Caturmatik 2.0 ini apabila melihat faktor rupabentuknya (4.075). Manakala selepas
penggunaan, kebanyakan pelajar bersetuju bahawa penggunaan Caturmaik perlu
diperluaskan lagi kepada semua pelajar Politeknik Malaysia (4.35). Caturmatik 2.0 ini
sememangnya menekankan kepada kemahiran berfikir secara kritis seperti yang
dicadangkan oleh Wong dan Kamisah (2018) dalam kertas kajian konsep yang
membincangkan potensi pelajar dan kepentingan penglibatan mereka sebagai pereka
cipta permainan dalam pembelajaran.

Selain itu, dapat dilihat di dalam Jadual 3 bahawa skor min terendah antara
semua item adalah kebanyakan pelajar mempunyai minat yang sederhana tinggi di
dalam permainan catur. Dengan penggunaan ABM Caturmatik 2.0 ini akan
menggalakkan lagi minat di kalangan pelajar. Berdasarkan tinjauan keberkesanan
kepada para pelajar pelajar, didapati selepas penggunaan ABM Caturmatik 2.0 ini,
kebanyakan pelajar yakin bahawa kaedah Caturmatik dapat meningkatkan minat
mereka kepada permainan catur sebenar. Perbandingan di antara min bagi sebelum
dan selepas penggunaan ABM ini adalah meningkat dari tahap sederhana tinggi
kepada tinggi.

281


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

7.0 Kesimpulan
Didapati, para pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik

Muadzam Shah cenderung dan bersemangat setelah menggunakan ABM
mengajar ini di dalam kursus sukan Catur MPU24011 dan sebagai latihan
mencongak sewaktu program santai bersama pelajar. Kajian ini merumuskan
bahawa para pelajar sangat berminat menggunakan ABM ini kerana boleh
bermain sambil meningkatkan kemahiran mencongak nombor. Melalui
Caturmatik 2.0 adalah diharapkan akan dapat membantu di dalam
perkembangan positif para pelajar seperti yang telah dibincangkan oleh
Nurfazliah Muhamad et al., (2015) bahawa minda dan pemikiran pelajar akan
lebih kritikal dan kreativiti melalui penggunaan Game-Based Learning.

Secara keseluruhannya, inovasi Caturmatik ini berpotensi besar dalam
membantu pencapaian dan minat para pelajar di peringkat Politeknik Malaysia
kerana berfungsi sebagai ABM yang mempermudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Penyelidikan dan pembangunan produk inovasi ini perlu
diteruskan melalui cadangan penambahbaikan yang dibuat supaya boleh
dikomersilkan seperti penggunaan bahan yang lebih ringan dan mendigitalkan
proses permainan Caturmatik 2.0 ini.

8.0 RUJUKAN

Azmin S. Rambely & Faridatulazna Ahmad Shahabudin. (2014). Jurnal
Pengukuran Kualiti dan Analisis, 10(2) 2014, 111-119.

Connie Cassy Ompok & Alley Emison. (2021). Permainan Matematik Untuk
Kanak-Kanak Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 6 (11), 181 - 189.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i11.1155

Mardziah Abdullah, Mariani Md Nor & Fonny Dameaty Hutagalung. (2021).
Pendekatan Pengajaran Bermain Di Bilik Darjah Dalam Kalangan Guru
Prasekolah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 64-74.

Muhamad, Nurfazliah and Harun, Jamalludin and Md. Salleh, Shaharuddin
and Megat Zakaria, Megat Aman Zahiri (2015) Pembangunan berasaskan
permainan bagi meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah kreatif dalam
matematik. In: 2nd International Education Postgraduate Seminar (IEPS 2015),
20-21 Dec, 2015, Johor Bahru, Johor.

Mohd. Razali, Nurul Amirah and Tasir, Zaidatun (2008) Rekabentuk sistem
pembelajaran konsep nombor berasaskan pendekatan permainan yang
menerapkan teori perkembangan kognitif kanak-kanak. In: Seminar
Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti
Teknologi Malaysia.

282


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Nurul Syadiyah Khairuddin & RamlaH Mailok. (2020). Pembelajaran
Berasaskan Permainan dalam Mata Pelajaran Sejarah Menggunakan Teknik
Mnemoni. Journal of ICT in Education (JICTIE), 7(1), 9-1. ISSN 2289-7844
Nunnally, J.C. and Bernstein, I.H. (1994) The Assessment of Reliability.
Psychometric Theory, 3, 248-292.
Puteri Azwa, Shanizan Herman & Shanizan Imran bin Mohd Radzi. (2017).
Mengukur Keberkesanan Penggunaan Board Game Dalam Pembelajaran Asas
Operasi Matematik. 3rd National Conference on Research & Innovation, 1-7.
Rahimah Wahid. (2020). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Permainan
Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi, Journal of Education and Social
Sciences, Vol. 16, Issue 1, (October), 9-13. ISSN 2289-9855
Wong Weng Siong & Kamisah Osman. (2018). Pembelajaran Berasaskan
Permainan dalam Pendidikan STEM dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21.
Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 3,
121-135. eISSN 0128-2875

283


E-Prosiding Se

Jadual 3: Hasil Dapatan Tinjau

Bhg PERKARA KEKERAPAN PERAT
B SEBELUM PENGGUNAAN CATURMATIK 2.0
TIDAK SETUJU
1. Saya sangat minat bermain catur
2. Saya boleh mencongak dengan baik 1 % 2
3. Caturmatik adalah mudah dan ringkas STS TS
4. Caturmatik dilabel dengan jelas
5. Saya berminat menggunakan ABM Caturmatik ini 1 2.5 6

0 01

0 00

0 00

0 00

KEKERAPAN PERAT

C SELEPAS PENGGUNAAN CATURMATIK 2.0 TIDAK SETUJU

1 %2
STS TS

1. Caturmatik meningkatkan minat saya terhadap

permainan catur 0 01

2. Lembaran markah (borang notasi) yang disediakan

sangat membantu saya dalam mengendalikan 0 0 0
Caturmatik

3. Caturmatikberkesan dalam membangunkan

keyakinan diri terhadap ilmu matematik 0 00

4. Caturmatik boleh mempercepatkan saya dalam

kemahiran mencongak 0 00

5. Caturmatik boleh membantu keperluan silibus

kokurikulum (MPU24011 Catur) 0 00

6. Kursus Catur akan lebih menarik dengan pengisian

Caturmatik 0 00

7. Penggunaan Caturmaik perlu diperluaskan lagi kepada

semua pelajar Politeknik Malaysia 0 00


eminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

uan Penggunaan Caturmatik 2.0

TUSAN TIDAK SKOR TAFSIRAN
PASTI SETUJU MIN
% SEDERHANA TINGGI
15 3 % 4 % 5 % 3.425 SEDERHANA TINGGI
2.5 TP S SS 12.5 3.6 TINGGI
0 5 4.025 TINGGI
0 13 32.5 15 37.5 4.025 TINGGI
0 4.075 SEDERHANA TINGGI
17 42.5 19 47.5 3 7.5 3.83
TUSAN TAFSIRAN
7 17.5 25 62.5 8 20
SEDERHANA TINGGI
6 15 27 67.5 7 17.5

6 15 25 62.5 9 22.5

Min Keseluruhan

TIDAK SETUJU SKOR
PASTI MIN

%3 %4 %5 %
TP S SS

2.5 10 25 17 42.5 12 30 4.00

0 4 10 30 75 6 15 4.05 TINGGI

0 6 15 22 55 12 30 4.15 TINGGI

0 5 12.5 22 55 13 32.5 4.20 TINGGI

0 7 17.5 23 57.5 10 25 4.075 TINGGI

0 6 15 26 65 8 20 4.05 TINGGI

0 1 2.5 24 60 15 37.5 4.35 TINGGI

Min Keseluruhan 4.125 TINGGI

284


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Persepsi Pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat Terhadap
Kaedah Pelaksanaan Pembelajaran Bersemuka dan Dalam

Talian

Kaswati Salleh1*, Nurul Mahfuzah Mohd Noor2, Tengku Faslidapati
Tunku Mansor3

123Kolej Komuniti Kuala Langat
*[email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala
Langat terhadap kaedah pelaksanaan pembelajaran bersemuka dan dalam talian. Kajian
ini melibatkan 121 orang pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat. Objektif kajian ini ialah
untuk mengenal pasti kaedah dan medium pelaksanaan pembelajaran yang sesuai dan
berkesan mengikut pilihan pelajar Kolej komuniti Kuala Langat. Kaedah kuantitatif
dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada tiga
bahagian iaitu persepsi kaedah pelaksanaan pembelajaran bersemuka, persepsi kaedah
pelaksanaan pembelajaran dalam talian dan persepsi terhadap medium pembelajaran
yang paling sesuai dan berkesan. Hasil dapatan menunjukkan majoriti responden telah
memilih kaedah pelaksanaan pembelajaran bersemuka kerana lebih baik berbanding
dengan kaedah pelaksanaan pembelajaran dalam talian. Tahap penerimaan terhadap
kaedah pembelajaran bersemuka adalah lebih tinggi manakala tahap penerimaan pelajar
terhadap kaedah pembelajaran dalam talian adalah memuaskan. Oleh itu,
penambahbaikan perlu dilakukan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi
memastikan kaedah pelaksanaan pembelajaran dalam talian dapat dijalankan dengan
lebih baik dan efektif. Kesediaan pelajar dalam menerima kedua-dua kaedah pelaksanaan
pembelajaran adalah penting sekiranya digabungkan kaedah pelaksanaannya demi
memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan
dan dapat menarik minat pelajar supaya pelajar tidak hilang fokus terhadap ilmu
pelajaran yang dipelajari.

Kata Kunci: Persepsi, kaedah pembelajaran, pembelajaran bersemuka, pembelajaran
dalam talian

1.0 Pengenalan
Kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan

perkara penting dalam menentukan keberkesanan penyampaian suatu
pengajaran. Kaedah pelaksanaan pembelajaran bersemuka adalah
melibatkan komunikasi di antara pelajar dan pensyarah serta sesama
pelajar dalam menuntut ilmu. Pembelajaran secara bersemuka memberi
kesan yang positif kerana pelajar boleh membuat kerja yang diberikan
dengan lebih cepat dan cekap melalui pemantauan dan tunjuk ajar daripada
pensyarah. Pembelajaran secara bersemuka juga mampu menilai kemajuan
dan kemahiran pelajar dengan cara yang dipercayai. Kaedah ini sudah tentu
dapat mengurangkan cabaran kepada pensyarah dan pelajar dapat
membina pemerkasaan diri serta dapat menyelesaikan masalah berkaitan
dengan tugasan diberi.

Pembelajaran dalam talian ialah merupakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku dengan menggunakan internet dalam
menyampaikan kandungan pelajaran, perkongsian maklumat serta bahan

285


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

pembelajaran. Pembelajaran dalam talian adalah pembelajaran secara maya
yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Perkembangan teknologi dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar
melalui pelbagai maklumat daripada internet seperti laman web, video dan
imej. Pembelajaran dalam talian juga membolehkan interaksi sosial antara
pelajar dan meningkatkan proses pemikiran mengenai ilmu. Kemahiran
berfikir secara kritis dapat dibangunkan melalui perbincangan berpusatkan
pelajar kerana pelajar akan berinteraksi dengan pelbagai pendapat dan
perlu menemui kata sepakat untuk mencapai objektif.

Sehubungan itu, kajian soal selidik telah dilaksanakan untuk
mengetahui kaedah pembelajaran yang mana paling berkesan dan memberi
impak yang tinggi kepada pelajar. Dalam era teknologi, bahan pembelajaran
kini bukan sahaja bergantung kepada buku teks dan alat tulis tetapi juga
kepada alat bantu mengajar (ABM) berasaskan teknologi maklumat. Pada
generasi kini, pelajar lebih berminat dengan teknologi komputer,
komunikasi, dan teknologi maklumat yang mendorong pelajar lebih
berminat dengan penggunaan warna, grafik dan penguasaan pelajaran
dengan baik tanpa hilang fokus.

2.0 Pernyataan Masalah
Pembelajaran secara dalam talian dilihat sebagai satu cabaran dan

memberikan implikasi besar kepada para pelajar, pensyarah dan institusi.
Antara permasalahan secara umum yang dihadapi oleh para pelajar dan
pensyarah adalah kebolehcapaian internet. Secara realitinya akses internet
bagi setiap kawasan penempatan adalah berlainan kebolehcapaiannya.
Justeru itu, masalah kebolehcapaian internet dilihat sering kali berlaku
apabila kelas secara dalam talian dijalankan dan bukan semua pelajar
memperolehi capaian internet yang baik bagi mengakses bahan
pembelajaran.

Cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam
talian antaranya ialah capaian kepada kemudahan Internet, ketiadaan
kemudahan komputer atau telefon bimbit, suasana pembelajaran yang tidak
kondusif dan juga keberkesanan pembelajaran yang berdasarkan kawalan
diri pelajar (Kementerian Sumber Manusia, 2020). Menurut Talerngsri
(2019) ketiadaan komunikasi dua hala antara pelajar dan pengajar, motivasi
dalam mengikuti pembelajaran dalam talian, risiko isolasi yang diakibatkan
dari ketiadaan galakkan atau dorongan dari rakan atau pengajar serta
kepelbagaian laman sesawang yang menyediakan kandungan hampir sama
mengakibatkan sukar untuk memilih sumber rujukan.

3.0 Objektif Kajian
Terdapat tiga objektif kajian iaitu:
i. Mengenal pasti persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat
terhadap pembelajaran bersemuka
ii. Mengenal pasti persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat
terhadap pembelajaran dalam talian
iii. Mengenal pasti medium pembelajaran yang sesuai dan berkesan
bagi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat

286


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.0 Persoalan Kajian
Soalan kajian berdasarkan objektif ialah:
i. Apakah persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap
pembelajaran bersemuka?
ii. Apakah persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap
pembelajaran dalam talian?
iii. Apakah medium pembelajaran yang sesuai dan berkesan bagi
pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat?

5.0 Sorotan Kajian
Kaedah pelaksanaan pembelajaran secara bersemuka lebih

dititikberatkan kerana diyakini dapat meningkatkan prestasi pelajar di
institusi pendidikan. Menurut Tichavsky et al. (2015), pembelajaran secara
bersemuka membolehkan pengajar dan pelajar berinteraksi secara berdepan
dan proses pengajaran berlaku secara peribadi. Pendekatan fizikal atau
secara bersemuka menggalakkan pembelajaran. Melalui beberapa tinjauan,
ramai pelajar menyatakan kaedah pembelajaran secara bersemuka
mengukuhkan ikatan mereka antara pensyarah dan rakan-rakan serta
membantu mereka untuk belajar dengan mudah.

Perkembangan teknologi kini memberi impak yang sangat besar
kepada penggunaan sistem di seluruh dunia. Menurut Ahmad Zaki et al.
(2014), teknologi mampu mempercepatkan aliran kerja kerana memudahkan
proses sesuatu sistem serta meningkatkan kualiti serta kuantiti
penghasilan. Kelebihan penggunaan kaedah dalam talian membolehkan
pelajar mendengar syarahan di pelbagai tempat, berinteraksi dengan
pengajar pada bila-bila masa dan menerima maklum balas segera
(Iwuchukwu, 2014).

Kaedah pelaksanaan pembelajaran dalam talian adalah lebih fleksibel
di dalam pembelajaran secara maya. Pembelajaran dalam talian adalah
kaedah pelaksanaan pembelajaran secara digital yang membolehkan
pensyarah dan pelajar komunikasi tanpa secara bersemuka (Abd. Kadir
Arifin, 2016). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian,
bahan pembelajaran lebih mudah diakses dengan cepat tanpa mengira
tempat dan waktu. Melalui kaedah ini juga terdapat pelbagai sumber
rujukan yang boleh menarik minat seperti penggunaan grafik dan
multimedia.

Menurut Harlina, Zubaidah dan Ainee (2017), pembelajaran dalam
talian merupakan pembelajaran berbantukan komputer di mana berlakunya
interaksi dua hala antara pelajar dengan sistem. Pembelajaran secara dalam
talian adalah bilik darjah yang menggunakan internet dan merupakan
kaedah pembelajaran secara aktif (Faridah dan Afham, 2019).

6.0 Metodologi Kajian
Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah dengan

menggunakan soal selidik yang melibatkan 121 orang pelajar Kolej Komuniti
Kuala Langat bagi mengukur persepsi pelajar. Metodologi kajian terbahagi
kepada tiga iaitu reka bentuk kajian, sampel kajian dan instrumen kajian.

287


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

6.1 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif.
Borang soal selidik dibangunkan dengan menggunakan borang google bagi tujuan
pengumpulan data kajian. Menurut Jones et. Al (1996), soal selidik sesuai
digunakan sebagai instrumen kajian yang berbentuk tinjauan kerana ia lebih
mudah untuk mendapat kerjasama daripada responden kajian. Melalui kajian
Elangkumaran (2009) menyatakan bahawa borang soal selidik boleh merangkumi
jumlah populasi kajian yang luas melalui sampel yang kecil, logik dan ada ciri-ciri
saintifik serta khusus.

6.2 Sampel kajian
Populasi yang dijalankan dalam kajian ini adalah pelajar-pelajar Kolej

Komuniti Kuala Langat. Jadual penentuan saiz sampel daripada Krejcie dan
Morgan (1970) digunakan dan menjadi rujukan dalam menentukan saiz sampel
kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 121 orang responden. Kaedah
persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah secara rawak.

6.3 Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dibangunkan sebagai
instrumen kajian dan melibatkan empat bahagian iaitu Bahagian A (demografi), B
(pembelajaran secara bersemuka), C (pembelajaran dalam talian) dan D (medium
pembelajaran yang paling sesuai dan berkesan). Semua soalan kajian ini
menggunakan kaedah skor skala lima likert daripada "sangat tidak setuju" pada
skala satu hingga sangat setuju pada skala lima sebagai pilihan jawapan
responden kajian. Skor skala lima likert ini digunakan bagi memudahkan pengkaji
mengenal pasti penilaian responden terhadap item-item yang dibangunkan. Jadual
1 menunjukkan skor penilaian skala likert yang digunakan dalam soal selidik
kajian ini:

Jadual 1: Skor skala likert

Pernyataan Skor

Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2

Kurang pasti 3
Setuju 4

Sangat setuju 5

6.4 Analisis data
Analisis data kajian ini menggunakan perisian Statistical Package for Social

Science (SPSS) versi 2. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan
dipaparkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan nilai min dan sisihan piawai.
Menurut Jamil (2002), dapatan skor min ditafsir menggunakan interpretasi
dapatan statistik deskriptif seperti Jadual 2.

Jadual 2: Interprestasi skor min

Skor min Interpretasi

1.00 - 2.33 Rendah

2.34 - 3.66 Sederhana

3.67 - 5.00 Tinggi

288


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

7.0 Analisis dan Perbincangan

Dapatan kajian adalalah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
menentukan tahap persepsi responden terhadap pembelajaran secara
bersemuka; menentukan tahap persepsi responden pembelajaran dalam
talian dan menentukan tahap persepsi responden mengenai medium
pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

7.1 Pembelajaran secara bersemuka
Analisis data untuk persepsi pelajar terhadap kaedah pelaksanaan

pembelajaran secara bersemuka berdasarkan kajian daripada responden Kolej
Komuniti Kuala Langat ditunjukkan dalam Jadual 3. Dapatan analisis skor min
menunjukkan nilai yang paling tinggi adalah pernyataan “Pembelajaran secara

bersemuka memudahkan saya memahami apa yang diajar” iaitu sebanyak 4.02.
Manakala pernyataan “Belajar secara bersemuka dapat mengeratkan hubungan
saya dengan pensyarah” mendapat nilai min 3.98. Seterusnya persepsi pelajar
terhadap pernyataan “Pembelajaran secara bersemuka dapat meningkatkan
pencapaian akademik saya” dan pernyataan “Belajar secara bersemuka adalah
lebih berkesan” mendapat nilai min sebanyak 3.97. Pernyataan “Menjimatkan
masa dalam menyelesaikan tugasan kumpulan” mendapat nilai skor min 3.92 dan
nilai skor min bagi penyataan “Belajar bersemuka dapat meningkatkan keyakinan
diri saya” mendapat nilai min 3.88. Persepsi responden terhadap pernyataan “Saya
merasakan pembelajaran secara bersemuka lebih menyeronokkan” mendapat nilai
min 3.86 manakala pernyataan “Saya dapat menyelesaikan masalah dalam topik

yang di ajar dengan lebih cepat dan mudah” mendapat nilai min sebanyak 3.84.
Pernyataan “Saya rasa belajar secara bersemuka dapat meningkatkan motivasi
saya” memperolehi nilai min 3.83 dan pernyataan “Belajar secara bersemuka dapat
menjimatkan masa saya” mendapat nilai min 3.67. Secara keseluruhannya nilai
skor min bagi “Persepsi pelajar terhadap kaedah pelaksanaan pembelajaran secara
bersemuka” adalah 3.89 dan berada pada tahap tinggi.

Jadual 3: Tahap persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap
pembelajaran secara bersemuka

No. Pernyataan Nilai Sisihan
Min Piawai

1 Saya merasakan pembelajaran secara bersemuka 3.86 1.027
lebih menyeronokkan

2 Pembelajaran secara bersemuka memudahkan 4.02 .953
saya memahami apa yang diajar

3 Pembelajaran secara bersemuka dapat 3.97 .948

meningkatkan pencapaian akademik saya

289


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4 Belajar secara bersemuka dapat mengeratkan 3.98 1.004
hubungan saya dengan pensyarah
3.92 .971
Perbincangan secara bersemuka dapat
5 Menjimatkan masa dalam menyelesaikan 3.88 .988
tugasan kumpulan 3.84 .949
3.97 .983
6 Belajar bersemuka dapat meningkatkan 3.67 .925
keyakinan diri saya 3.83 1.014

7 Saya dapat menyelesaikan masalah dalam topik
yang di ajar dengan lebih cepat dan mudah
8 Belajar secara bersemuka adalah lebih berkesan

9 Belajar secara bersemuka dapat menjimatkan
masa saya

10 Saya rasa belajar secara bersemuka dapat
meningkatkan motivasi saya

4.2 Pembelajaran secara dalam talian
Jadual 4 menunjukkan persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam

talian. Analisis skor min menunjukkan nilai yang paling tinggi adalah bagi
pernyataan “Saya boleh menggunakan aplikasi pembelajaran dalam talian di
pelbagai peranti” iaitu dengan nilai min 3.50. Pernyataan “Pembelajaran dalam
talian membolehkan saya mengakses bahan pembelajaran di mana-mana serta
meningkatkan kesediaan menghadiri kuliah” memperolehi nilai min 3.47.
Seterusnya pernyataan “Pembelajaran dalam talian lebih banyak menjimatkan
masa saya” mempunyai nilai min 3.38 manakala pernyataan “Saya sering
menggunakan aplikasi pembelajaran dalam talian seperti Google Classrom,
Schoology, Edmodo, Kahoot, Quizizz dan lain-lain” mendapat nilai min sebanyak
3.37. Persepsi terhadap pernyataan “Saya merasakan penggunaan media
pembelajaran dalam talian senang digunakan” mendapat nilai min ialah 3.33
manakala pernyataan “Video yang dimuat naik dalam medium e-pembelajaran
untuk meningkatkan pengetahuan saya dalam topik dengan lebih berkesan”
memperolehi nilai min 3.26. Pernyataan “Saya merasakan reka bentuk aplikasi
pembelajaran dalam talian sangat mudah digunakan dan senang difahami”
mendapat nilai min 3.20 dan persepsi terhadap pernyataan “Saya merasakan
penggunaan media dalam talian sangat berkesan dalam pembelajaran”
memperolehi nilai min sebanyak 3.17. Pernyataan “Aktiviti dan perbincangan
melalui e-pembelajaran lebih menyeronokkan dan menarik” mempunyai nilai min
iaitu 3.13 manakala pernyataan “Saya merasakan pembelajaran dalam talian lebih
menyeronokkan” memperolehi nilai min yang paling rendah iaitu 3.02. Secara
keseluruhannya nilai skor min bagi persepsi pelajar terhadap kaedah pelaksanaan
pembelajaran dalam talian adalah 3.28 dan berada pada tahap sederhana.

290


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Jadual 4: Tahap persepsi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat terhadap
pembelajaran dalam talian

No. Pernyataan Nilai Sisihan
Min Piawai

Saya sering menggunakan aplikasi pembelajaran
1 dalam talian seperti Google Classrom, Schoology, 3.37 1.009

Edmodo, Kahoot, Quizizz dan lain-lain

2 Saya merasakan pembelajaran dalam talian lebih 3.02 1.033
menyeronokkan

3 Saya merasakan penggunaan media 3.33 1.020

pembelajaran dalam talian senang digunakan

4 Saya merasakan penggunaan media dalam talian 3.17 1.090
sangat berkesan dalam pembelajaran

5 Aktiviti dan perbincangan melalui e-pembelajaran 3.13 1.000
lebih menyeronokkan dan menarik

Video yang dimuat naik dalam medium e-
6 pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan 3.26 1.006

saya dalam topik dengan lebih berkesan
Pembelajaran dalam talian membolehkan saya

7 mengakses bahan pembelajaran di mana-mana 3.47 .904

serta meningkatkan kesediaan menghadiri kuliah

8 Saya boleh menggunakan aplikasi pembelajaran 3.50 .896
dalam talian di pelbagai peranti
Pembelajaran dalam talian lebih banyak 3.38
9 menjimatkan masa saya 1.027

Sayamerasakanrekabentukaplikasi

10 pembelajaran dalam talian sangat mudah 3.20 .963

digunakan dan senang difahami

4.3 Medium pembelajaran yang sesuai dan berkesan

Jadual 5 menunjukkan persepsi pelajar terhadap medium pembelajaran
yang paling sesuai dan berkesan. Analisis skor min menunjukkan nilai yang paling
tinggi adalah bagi pernyataan “Saya lebih fokus belajar di dalam kelas daripada
belajar melalui dalam talian” iaitu dengan nilai min 3.72. Pernyataan “Saya
merasakan pembelajaran secara bersemuka dapat meningkatkan keyakinan diri
saya dalam berinteraksi dengan rakan dan pensyarah berbanding dengan
pembelajaran dalam talian” memperolehi nilai min 3.67. Seterusnya pernyataan
“Pembelajaran secara bersemuka lebih membantu saya di dalam akademik
berbanding dengan pembelajaran dalam talian” mempunyai nilai min 3.66
manakala pernyataan “Saya merasakan gabungan pembelajaran secara bersemuka
dan dalam talian lebih berkesan daripada pembelajaran secara bersemuka sahaja”
mendapat nilai min sebanyak 3.31. Persepsi terhadap pernyataan “Saya merasakan
bahawa pembelajaran dalam talian lebih fleksibel dan menjimatkan masa daripada
pembelajaran secara bersemuka” mendapat nilai min ialah 3.15 manakala
pernyataan “Saya lebih suka menggunakan aplikasi e-pembelajaran daripada
datang ke kelas” memperolehi nilai min 3.11. Pernyataan “Saya lebih suka belajar
secara dalam talian dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan
pembelajaran secara bersemuka” mendapat nilai min 3.00. Persepsi terhadap
pernyataan “Saya merasakan bahawa pembelajaran dalam talian lebih berkesan
daripada pembelajaran secara bersemuka” dan pernyataan “Saya lebih bermotivasi
belajar dalam talian daripada pembelajaran secara bersemuka” masing-masing

291


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

memperolehi nilai min sebanyak 2.92. Pernyataan “Saya berasa lebih seronok
belajar dalam talian daripada pembelajaran secara bersemuka” mempunyai nilai
min iaitu 2.88. Secara keseluruhannya nilai skor min bagi persepsi pelajar
terhadap kaedah pelaksanaan pembelajaran dalam talian adalah 3.23 dan berada
pada tahap sederhana.

Jadual 5: Tahap persepsi pelajar terhadap medium pembelajaran yang

sesuai dan berkesan

No. Pernyataan Nilai Sisihan
Min Piawai

1 Saya lebih suka menggunakan aplikasi e- 3.11 .956
pembelajaran daripada datang ke kelas
Saya merasakan bahawa pembelajaran dalam

2 talian lebih berkesan daripada pembelajaran 2.92 1.005
secara bersemuka

3 Saya berasa lebih seronok belajar dalam talian 2.88 1.005
daripada pembelajaran secara bersemuka

Pembelajaran secara bersemuka lebih membantu

4 saya di dalam akademik berbanding dengan 3.66 1.013

pembelajaran dalam talian

5 Saya lebih fokus belajar di dalam kelas daripada 3.72 1.043
belajar melalui dalam talian

6 Saya lebih bermotivasi belajar dalam talian 2.92 1.005
daripada pembelajaran secara bersemuka

Saya merasakan gabungan pembelajaran secara
7 bersemuka dan dalam talian lebih berkesan 3.31 .992

daripada pembelajaran secara bersemuka sahaja

Saya merasakan pembelajaran secara bersemuka

8 dapat meningkatkan keyakinan diri saya dalam 3.67 1.012
berinteraksi dengan rakan dan pensyarah
berbanding dengan pembelajaran dalam talian

Saya merasakan bahawa pembelajaran dalam

9 talian lebih fleksibel dan menjimatkan masa 3.15 .972
daripada pembelajaran secara bersemuka

Saya lebih suka belajar secara dalam talian dalam

10 jangka masa yang panjang berbanding dengan 3.00 1.080

pembelajaran secara bersemuka

Menurut Aithal (2016), pendidikan membentuk perwatakan dan kecerdasan
individu. Kaedah pelaksanaan dalam penyampaian pembelajaran adalah penting
untuk pembangunan individu melalui pendidikan di mana ia menjadi tonggak
utama pembangunan negara. Dalam era teknologi kini, proses pengajaran dan
pembelajaran tidak bergantung kepada pembelajaran di dalam bilik kuliah (secara
bersemuka) sahaja tetapi juga termasuk medium pembelajaran secara dalam
talian. Menurut Auster (2016), pendidikan dalam talian tidak revolusioner pada
beberapa dekad yang lalu tetapi telah berlaku peningkatan drastik penggunaannya
oleh golongan millennium. Allen dan Seaman (2011) berkata, lebih dua pertiga
daripada profesional bersetuju bahawa kursus dalam talian menawarkan hasil
yang sama dalam perbandingan dengan kursus secara bersemuka. Berdasarkan
kajian di Kolej Komuniti Kuala Langat, pelajar cenderung memilih kaedah
pelaksanaan pembelajaran bersemuka berbanding dengan kaedah pembelajaran
dalam talian. Selain itu, pembelajaran secara bersemuka merangsang tahap

292


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

keyakinan dan menjimatkan masa pelajar kerana pelajar boleh menyelesaikan
masalah dalam topik tertentu dengan lebih mudah dan cepat. Melalui tinjauan ini,
ia menunjukkan kaedah pembelajaran tradisional lebih berkesan dan serasi
dengan pelajar di Kolej Komuniti. Kaedah pembelajaran dalam talian masih bukan
satu medium yang diaplikasikan secara meluas di institusi pendidikan. Pelajar
lebih terbiasa dengan kaedah pembelajaran secara bersemuka sejak di bangku
sekolah lagi. Namun tidak dinafikan melalui tinjauan ini, pelajar menyatakan
kaedah pembelajaran dalam talian juga membantu mereka dalam pembelajaran.
Ramai pelajar juga menyatakan bahawa kaedah pembelajaran dalam talian
menyumbangkan banyak kelebihan dalam aspek tertentu seperti mudah diakses
dan menjimatkan masa.

5.0 Rumusan dan Cadangan
Dapatan hasil kajian soal selidik yang diedarkan kepada responden

menunjukkan kaedah pelaksanaan pembelajaran secara bersemuka menjadi
pilihan utama bagi pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat. Kaedah
pelaksanaan pembelajaran secara bersemuka lebih berkesan berbanding
dengan kaedah pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian. Pelajar Kolej
Komuniti Kuala Langat menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara
bersemuka memberikan maklum balas yang lebih positif terhadap prestasi
pembelajaran dan dapat meningkatkan hubungan pelajar dengan pensyarah
serta rakan sekelas. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kaedah
pelaksanaan pembelajaran dalam talian juga berkesan dan dapat membantu
mereka mencari maklumat dengan mudah dan respon yang lebih cepat.
Kesimpulannya, pengkaji dapat merumuskan bahawa persepsi pelajar Kolej
Komuniti Kuala Langat terhadap kaedah pelaksanaan pembelajaran secara
bersemuka adalah lebih efektif dan kaedah pelaksanaan pembelajaran
dalam talian adalah memuaskan. Ini juga bermaksud bahawa pelajar lebih
mengutamakan kaedah pelaksanaan pembelajaran secara bersemuka
sebagai kaedah pembelajaran utama berbanding kaedah pembelajaran
dalam talian.

Rujukan

Abd. Kadir Arifin. (2016). Pendidikan Andragogi. Selangor: Mazan Synergy
Enterprise.

Ahmad Zaki, Ahmed Thalal, Ahmad, Nor dan Mohd Shahriman. (2014).
Penggunaan Aplikasi Atas Talian Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Ketiga: Pengenalan Kepada Quizlet.com. Universiti
Malaysia Kelantan. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014
(INSAN2014), Batu Pahat, Johor, 9-10 April 2014

Aithal, P.S. and Aithal, S. (2016), Impact of on-line education on higher
education system, International Journal of Engineering Research and
Modern Education, 1(1), 225-235.

Allen, I.E. and Seaman, J. (2011), Going the Distance: Online Education in
the United States, Sloan Consortium, Newburyport, MA.

293


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Auster, C.J. (2016), Blended learning as a potentially winning combination
of face-to-face and online learning: an exploratory study, Teaching Sociology,
44(1), 39-48.
Elangkumaran, D. (2009). Hubungan antara kepimpinan pengajaran guru
besar dengan komitmen kerja dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di
zon Tanjung Karang. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Faridah Che In & Afham Zulhusmi Ahmad. (2019). Kajian Keberkesanan
Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan
Terhadap Kursus Principles of Marketing. Online Journal For TVET
Practitioners, 4(1), 1-10.
Harlina Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad. (2017). Pembelajaran
Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot dalam Pengajaran Abad ke-21. Buku
Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21. Institusi Pendidikan
Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Iwuchukwu, O. (2014), The perception of English literature students on
examination and online (web-based) learning, Turkish Online Journal of
Distance Education, 15(1), 152-165.
Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru
Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for
Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-
610.
Tichavsky, L.P, Hunt, A.N, Driscoll, A. and Jicha, K. (2015), It’s just nice
having a real teacher: student perceptions of online versus face-to-face
instruction, International Journal for the Scholarship of Teaching &
Learning, 9(2), 1.

294


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Faktor-faktor Yang Memberi Kesan Terhadap Kepuasan
Pelanggan Bagi Perkhidmatan Kurier Di Port Dickson

Siti Suhaila Jusoh1*, K. Devaki Kanapathi2

12Politeknik Port Dickson
*[email protected]

Abstrak

Perkhidmatan yang baik dari Syarikat Kurier memainkan peranan penting dalam memberi
kesan kepuasan dan kesetiaan daripada pelanggan. Matlamat kajian ini adalah untuk
menganalisa kualiti perkhidmatan kurier terhadap kepuasan pelanggan. Kualiti
perkhidmatan kurier diukur melalui kepercayaan, harga dan tempoh masa penghantaran.
Soalan berbentuk soal selidik diedarkan kepada penduduk sekitar Port Dickson untuk
dijawab. Data yang diperolehi dianalisa bagi memperolehi tahap dan hubungkait ketiga-tiga
faktor terhadap kepuasan pelanggan. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga faktor
menunjukkan hubungkait terhadap kepuasan pelanggan perkhidmatan kurier. Keputusan
kajian ini adalah memberikan kepentingan kepada beberapa pihak. Pertamanya kajian ini
dapat memberi panduan kepada syarikat kurier untuk memperkasakan perkhidmatan
mereka. Keduanya, perkhidmatan syarikat kurier boleh memperolehi kepercayaan pelanggan
dengan mengemaskini perkhidmatan menjejak barangan yang dipos bagi memudahkan
pelanggan. Yang ketiga, pelanggan dapat mengurangkan kos perkhidmatan pengeposan
kerana syarikat kurier mengurangkan cas penghantaran untuk memenuhi kepuasan
pelanggan.

Kata Kunci: Kepuasan Pelanggan, Perkhidmatan Kurier.

1.0 Pengenalan
Perkhidmatan Kurier meningkat dari segi permintaannya setelah

kewujudan pembelian dalam talian meningkat. Penjual dalam talian bukan
sahaja perlu memastikan pelanggan mendapat barang yang dipesan, malahan
perlu juga memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kurier
yang digunakan. Perkhidmatan kurier amat perlu memastikan barang yang
sampai selamat, dokumen-dokumen yang dipos sampai kepada orang yang
betul dan keselamatannya terjamin. Perkhidmatan kurier juga tumbuh
bagaikan cendawan bagi memastikan hasrat ini tercapai.

295


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Objektif Kajian:
1. Untuk menyelidik adakah faktor kepercayaan mempunyai
hubungkait dengan kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier di
Port Dickson.
2. Untuk menyelidik adakah faktor harga mempunyai hubungkait
dengan kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier di Port
Dickson.
3. Untuk menyelidik adakah faktor tempoh masa penghantaran
mempunyai hubungkait dengan kepuasan pelanggan bagi
perkhidmatan kurier di Port Dickson.

Persoalan Kajian:
1. Adakah faktor kepercayaan memberi kesan terhadap kepuasan
pelanggan bagi perkhidmatan kurier di Port Dickson?
2. Adakah faktor harga memberi kesan terhadap kepuasan pelanggan
bagi perkhidmatan kurier di Port Dickson?
3. Adakah faktor tempoh masa penghantaran memberi kesan terhadap
kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier di Port Dickson?

Kerangka Kajian:

296


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

2.0 Sorotan Kajian
Telah banyak kajian yang dijalankan oleh pengkaji terdahulu bagi mengkaji

kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier. Antara kajian yang dijalankan
adalah, Sekhon (2013) kepercayaan pelanggan memberi kesan terhadap
sesuatu perkhidmatan. Ben-Gal (2015) terdapat pendekatan yang diambil
untuk menambahkan kepercayaan pelanggan.

Penetapan harga perkhidmatan kurier juga memainkan peranan penting.
Nasir Abadi dan Bokaei (2013) jika pelanggan berpuas hati dengan
perkhidmatan yang diberikan, pelanggan sanggup membayar walaupun harga
perkhidmatan kurier tersebut mahal. Schiffman dan Kanuk (2004)
menyatakan samada harga perkhidmatan itu murah, mahal atau munasabah
memberikan kesan yang mandalam terhadap kepuasan pelanggan.

Selain itu, Park et al (2009) merujuk kepada pelanggan memerlukan
perkhidmatan kurier yang boleh menyerahkan barang dalam tempoh masa
yang sekejap. Dapatan yang sama juga dapat dilihat di dalam Lin da Wei,
Muyeed (2012) dimensi masa memberikan kepuasan secara menyeluruh
kepada pelanggan.
3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan di sekitar Port Dickson. Pemilihan lokasi ini adalah
kerana terdapat banyak pilihan perkhidmatan kurier di kawasan ini. Seramai
382 responden menjawab soal selidik yang diedarkan. Soal selidik yang
dibentuk terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian pertama adalah terdiri
daripada demografi responden dan bahagian kedua terdiri daripada faktor
kepercayaan, harga dan tempoh masa penghantaran.

Data yang diperolehi diterangkan menggunakan ukuran frekuensi min
serta peratusan. Terdapat 3 pembolehubah yang dikaji iaitu kepercayaan (5
item) harga (5 item) dan tempoh masa penghantaran (3 item) Kesemua item
tersebut menggunakan skala Likert 5 di mana skala 1 mewakili “sangat tidak
setuju” dan skala 5 mewakili “sangat setuju”. Data-data yang dikumpul
kemudiannya dianalisa melalui perisian SPSS versi 21.

297


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.0 Analisis dan Perbincangan
Berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan (1970) saiz sampel yang perlu

disediakan adalah 382 orang berdasarkan penduduk Port Dickson seramai
75000 penduduk.

Jadual 1: Jadual Krejcie dan Morgan (1970)

298


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.1 Profil Responden

Jadual 2: Taburan Demografi

299


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Daripada demografi 382 responden, 209 (53.7%) orang adalah terdiri
daripada perempuan dan 177(46.3%) adalah lelaki. Untuk julat umur seramai
55 (14.4%) orang yang berumur di bawah 20 tahun, 214(56%) orang berada di
dalam umur 21-30 tahun, 65 (17%) orang yang berumur di antara 31-40
tahun, 35 (9.2%) orang berumur 41-50 tahun dan baki 13 (3.4%) orang yang
berumur di atas 50 tahun.

Bagi analisa bangsa seramai 45 (11.8%) orang adalah berbangsa Cina,
134 (35.1%) orang India dan 203(53.1%) orang berbangsa Melayu.

Seterusnya untuk analisa tahap pendidikan, seramai 53(13.9%) orang
mempunyai Ijazah, 211(55.2%) mempunyai diploma, 28(7.3%) orang responden
memiliki master, 15(3.9%) orang mempunyai PHD dan baki 75 (19.6%) orang
dari kalangan sijil SPM.

4.2 Analisa Tahap.

Jadual 3: Analisa Tahap

Analisa tahap dibuat untuk 382 responden yang diperolehi daripada soalan
soal selidik yang diedarkan.

Berdasarkan keputusan untuk setiap item, min bagi faktor kepercayaan
adalah 3.8890, untuk faktor harga min yang diperolehi adalah 3.8539 dan
faktor tempoh masa penghantaran min yang diperolehi adalah 3.8342.
Berdasarkan jadual skor min, majoriti responden bersetuju dengan
pembolehubah ini memberikan kepuasan terhadap perkhidmatan kurier.

300


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

4.3 Analisa Regresi Berganda.
Jadual 4: Analisa Regresi Berganda.

Analisis regresi berganda bertujuan untuk memberi gambaran pengaruh
pembolehubah bebas ke atas permbolehubah bersandar. Hasil analisa
mendapati nilai kebarangkalian (p) adalah signifikan ke atas kepuasan.
Pembolehubah Kepercayaan mempunyai nilai Beta (0.491) dan signifikan
dengan nilai kebarangkalian p= 0.000. Manakala pembolehubah kedua, harga
mempunyai nilai Beta (0.208) dan nilai kebarangkalian p=0.001.
Pembolehubah yang terakhir iaitu tempoh masa juga adalah signifikan dengan
pembolehubah bersandar iaitu nilai p=0.01. Ketiga-tiga pembolehubah adalah
signifikan terhadap kepuasan pelanggan iaitu pada tahap p=<0.001.
5.0 Kesimpulan

Berdasarkan analisis data dan hasil kajian yang diperolehi, ternyata
kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan kurier bergantung kepada
kepercayaan, harga dan tempoh masa penghantaran barang kurier tersebut.

Hasil daripada kajian ini diharap dapat membantu syarikat kurier untuk
menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam meraih kepercayaan
pelanggan. Ini menjadikan perkhidmatan kurier lebih kompetitif kepada
produk dan perkhidmatan mereka.

Kajian lanjut juga perlu dibuat supaya ketidakpuasan pelanggan dapat
disalurkan terus kepada perkhidmatan kurier kerana ianya boleh memberi
kesan kepada syarikat dan pekerja mereka secara amnya. Pengkaji berharap
syarikat kurier memperkasakan perkhidmatan mereka bagi menghalang salah
komunikasi dan salah faham.

301


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Rujukan

Ben-Gal, H.C.; Tzafrir, S.S.; Dolan, S.L. Actionable trust in service
organizations: A multi-dimensional perspective. J. Work Organ. Psychol.
2015, 31, 31–39.

Bhardwaj and Chawla, 2013. Bhardwaj, S.S. and Chawla, K. (2013) ‘Exploring
competitiveness of the Indian health sector a service quality perspective’,
Journal of Health Management, Vol. 15, No. 4, pp.535–547.

Dietz, G.; Den Hartog, D.N. Measuring trust inside organizations. Pers.
Rev. 2006, 35, 557–588.

Hasnan, N., Noordin, A., & Osman, N. H. (2014). Alminnourliza Noordin,
Norlena Hasnan and Nor Hasni Osman . Universiti Utara Malaysia

Hossain and Leo, 2009. ) ‘Customer perception on service quality in retail
banking in Middle East: the case of Qatar’, International Journal of Islamic
and Middle Eastern Finance and Management, Vol. 2, No. 4, pp.338–350.

Jochen Wirtz (NUS Business School, National University of Singapore,
Singapore)2004.

Johnson, D.; Grayson, K. Cognitive and affective trust in service relationships.
J. Bus. Res. 2005, 58, 500–507.

Knutson et al., 1990. Knutson, B., Stevens, P., Wullaert, C., Patton, M. and
Yokoyama, F. (1990) ‘LODGSERV: a service quality index for the lodging
industry’, Journal of Hospitality & Tourism Research, Vol. 14, No. 2, pp.277–
284.

Lin and Wei, 1999; Muyeed, 2012. in, X. and Wei, B. (1999) ‘Service quality
dimensions of securities brokerage firms: what customers consider as
important’, Journal of Professional Services Marketing, Vol. 20, No. 1, pp.135–
146.

Low, Wen – Shinn., Jeng – Da Lee, dan Soo – May Cheng, 2012, The Link
between customer satisfaction and price sensitivity: An Investigation of
Relating Industry in Taiwan, Journal of Retailing and consumer services, Vol.
20 : 1 – 10

Nasirabadi, E. Z. & Bokaei, M. N. (2013). A study on relationship of brand
characteristics and customer satisfaction with brand loyalty. Management
Science Letters, 3(13), 1907-1914.

302


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Park et al. (2009). P ark, Y., Choi, J.K. and Zhang, A. (2009) ‘Evaluating
competitiveness of air cargo express services’, Transportation Research Part E:
Logistics and Transportation Review, Vol. 45, No. 2, pp.321–334
Schiffman, LG. & Kanuk, LL. (2004). Consumer behavior (8th ed.). Prentice
Hall.
Sekhon, H.; Roy, S.; Shergill, G.; Pritchard, A. Modelling trust in service
relationships: A transnational perspective. J. Serv. Mark 2013, 27, 76– 86.
[CrossRef]
Veronica, Jacqueline, and Melissa-Ray, (2015). Customer Satisfaction on
Service Quality of Bus Transport: A Survey of Passengers from Phnom Penh to
Poipet in Cambodia; Journal of Social Science Studies ISSN 2329-9150 2018,
Vol. 5, No. 2.
Yoon, S. J., & Kim, J. H. (2000). An empirical validation of a loyalty model
based on expectation disconfirmation. Journal of Consumer Marketing, 17(2),
120-136.
Zeithaml, V.A., Parasuraman, A. and Berry, L.L. (1985), Delivering quality
service; Balancing customer perceptions and expectations, The
Free Press, New York, NY.

303


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Kepentingan Akreditasi “Makanan Selamat, Tanggungjawab
Industri” (MeSTI) Terhadap Kebolehpasaran Produk Makanan
Keluaran Kolej Komuniti Khususnya Di Kolej Komuniti Lahad

Datu

Khairil Taufik Latif*

Kolej Komuniti Lahad Datu

*[email protected]

Abstrak

Akreditasi merupakan perkara yang sangat penting di dalam perniagaan dan penghasilan
produk. Ia menjadi kayu ukur terhadap kebolehpasaran dan penerimaan produk terhadap
pengguna terutamanya produk makanan yang baharu hendak bersaing dengan produk
tempatan seperti produk makanan keluaran Kolej Komuniti. Justeru, kajian ingin
mengenalpasti tahap pengetahuan tentang kepentingan pensijilan MeSTI terhadap
kebolehpasaran produk makanan keluaran Kolej Komuniti. Metodologi kajian dijalankan
berdasarkan analisis deskriptif melalui borang kaji selidik terhadap 36 responden melibatkan
kakitangan Kolej Komuniti Lahad Datu dan pengusaha kilang makanan sekitar Lahad Datu.
Skala likert diberikan daripada Skala 1 hingga 5 iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju,
kurang pasti, setuju dan sangat setuju. Hasil dapatan kajian menunjukkan nilai julat Min
keseluruhan bagi soalan tentang tahap pengetahuan berkaitan kepentingan pensijilan MeSTI
ialah 4.50. Soalan berkaitan tentang aplikasi pensijilan MeSTI yang mudah dibangunkan
mengumpul skor Min tertinggi iaitu 4.91 manakala peratus tertinggi responden terhadap 7
soalan kaji selidik ialah ‘Sangat Setuju’ iaitu mewakili 55%. Kajian boleh ditambah baik
dengan melibatkan responden dari Kolej Komuniti lain yang menawarkan Kursus
Pemprosesan Makanan supaya dapatan lebih meluas. Selain itu, kajian boleh dipanjangkan
dengan mengenalpasti hubungan diantara kepentingan MeSTI dengan tahap pengetahuan
responden.

Kata Kunci: Akreditasi, MeSTI

1.0 Pengenalan
'MeSTI' merupakan skim yang diperkenalkan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia di bawah seliaan Bahagian Keselamatan dan Kawalan
Mutu Makanan BKKP bertujuan bagi memantapkan sistem keselamatan
makanan di negara kita agar lebih bersih dan selamat (Yudi, 2014). Di
Malaysia, terdapat beberapa pensijilan seperti pensijilan HACCP, GMP dan
HALAL. Melalui permohonan pensijilan MeSTI, pemohon akan dibimbing bagi
membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan
(PJKM) sebelum pensijilan diberikan. Di dalam pensijilan MeSTI, pemohon
perlu membangunkan sistem amalan keselamatan makanan yang bersih dan
selamat dan di dokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Terdapat 9
elemen utama yang perlu dipatuhi oleh pemohon seperti kawalan kepada
premis, pengendali makanan, proses pemprosesan produk, kebolehkesanan
dan pengangkutan (Anon, 2012).

304


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Sejak MeSTI diperkenalkan pada tahun 2012, belum ada kajian terperinci yang
dibuat berkaitan tentang kepentingan pensijilan MeSTI terhadap kebolehpasaran
produk makanan. Namun demikian terdapat kajian lepas iaitu kajian Ahmad
(2012), berkaitan Isu dan Cabaran Badan Pensijilan Halal di Malaysia
merumuskan bahawa pensijilan Halal boleh dijadikan sebagai satu nilai komersial
perdagangan iaitu ‘marketing tools’ bagi memenuhi tuntutan pasaran Halal yang
kian meningkat. Hal ini dapat dijadikan sebagai garis panduan terutama produk
makanan keluaran Kolej Komuniti yang masih baru dapat bersaing dengan
produk tempatan yang mempunyai akreditasi dalam industri makanan. Dengan
adanya pengiktirafan MeSTI bagi produk makanan Kolej Komuniti, ia dapat
menjadi satu aset kepada Kolej Komuniti untuk bersaing dengan pasaran
tempatan kerana menurut Angelillo et al, (2011) Amalan keselamatan yang baik di
dalam premis makanan mampu menjadi salah satu penentu kepada persaingan
produk yang produktif. Manakala merujuk kepada Heizer dan Render (2006),
pengurusan yang baik terhadap keselamatan makanan di dalam premis
menyumbang kepada penambahbaikan produk yang berkualiti bagi menjamin
kepuasan pelanggan dan keselamatan pengguna.

2.0 Latar Belakang Kajian
Pensijilan ataupun akreditasi merupakan perkara asas yang penting dalam

pengurusan kualiti sesebuah organisasi. Menurut Norlia (2008), pensijilan atau
anugerah kecemerlangan (seterusnya dirujuk sebagai akreditasi) yang diberikan
oleh sesebuah organisasi dapat meningkatkan imej dan keyakinan organisasi
serta produk yang ingin dikeluarkan. Pensijilan MeSTI dipilih kerana pensijilan
MeSTI merupakan pensijilan yang paling asas iaitu ‘pre-requisite programme’
untuk dibangunkan. Ini dapat memudahkan proses keselamatan makanan
diaplikasikan tanpa sebarang halangan sepenuhnya kerana banyak negara telah
melaporkan halangan utama untuk kejayaan pelaksanaan pensijilan bertaraf
antarabangsa seperti HACCP ialah kekurangan pengetahuan mengenai HACCP
dan juga kos perbelanjaan yang tinggi (Karaman, Cobanoglu, Tunalioglu & Ova,
2012). Pensijilan MeSTI juga bersifat percuma untuk dibangunkan bagi
memberi galakan kepada pengusaha terutama Industri Kecil & Sederhana
memproses makanan dengan bersih dan selamat. Ini dibuktikan dengan
dapatan menunjukkan sistem jaminan kualiti di Malaysia masih bersifat
“sukarela” tanpa bersifat mandatori untuk melaksanakannya (SIRIM, 2005).
Sekalipun pensijilan MeSTI dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi produk
makanan keluaran Kolej Komuniti, ia juga harus bersaing dengan lambakan
produk tempatan lebih-lebih lagi pengusaha kecil-kecilan yang semakin diberi
perhatian oleh kerajaan. Faktor luaran seperti kemahiran & pengalaman
pengurusan, hubungan antara kaum, rangkaian dan pemasaran serta suntikan
dana daripada kerajaan merupakan antara sebab utama kejayaan Industri Kecil
dan Sederhana. (Suhaila Nadzri, 2014). Produk makanan keluaran Kolej Komuniti
dipilih kerana produk makanan seperti Inovasi makanan yang dibangunkan
berjaya mendapat tempat di dalam penyelidikan dan Inovasi tetapi masih belum
berjaya bersaing dan dikomersialkan ke pasaran. Ini selaras dengan Lonjakan
Pertama di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi)

305


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

2015-2025 iaitu melahirkan gradúan holistik, berciri keusahawanan dan
seimbang.
3.0 Objektif Kajian

Mengenalpasti tahap pengetahuan tentang kepentingan pensijilan MeSTI
terhadap kebolehpasaran produk makanan keluaran Kolej Komuniti.
4.0 Metodologi Kajian

Kajian ini telah dijalankan sekitar Kolej Komuniti Lahad Datu
melibatkan kakitangan kolej dan kilang pemprosesan makanan yang terdiri
daripada Pegawai Jaminan Kualiti (QA), Quality Controller (QC), Pengurus dan
Penyelia kilang. Kajian dijalankan menggunakan borang kaji selidik di mana
skala likert digunakan seperti dalam jadual 4.2. Bagi mengenalpasti tahap
pengetahuan tentang kepentingan pensijilan MeSTI, perisian SPSS digunakan
bagi membantu mengumpulkan data bagi peratus dan nilai julat dan skor min
seperti dalam jadual 4.1. Julat skor min ini berdasarkan interpretasi yang
dibuat oleh Landell, 1977.

Jadual 4.1: Julat tafsiran skor min

Jadual 4.2: Pengkelasan nombor dalam skala Likert

306


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Sebanyak 36 salinan soal selidik dihantar bagi kajian rintis mewakili 40

populasi kakitangan Kolej Komuniti dan responden di kilang pemprosesan

makanan. Kajian memilih seramai 36 responden daripada 40

sampel berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie & Morgan (1970).

Kemudian, ujian Cronbach’s Alpha digunakan untuk menentukan

ketekalan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik (Creswell, 2012).

Sekiranya nilai Cronbach’s Alpha menghampiri nilai 1 bermakna

kebolehpercayaan ítem soal selidik adalah tinggi dan baik manakala, jika

nilai Cronbach’s Alpha dibawah 0.6, kebolehpercayaan ítem soal selidik

adalah rendah seperti di dalam jadual 4.3. Hasil analisis nilai

kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha bagi soal selidik ini 0.864 iaitu sangat

baik dan borang soal selidik relevan untuk digunakan.

Jadual 4.3: Pekali Saiz Cronbach’s Alpha (Peraturan Umum)

Sumber: Buku Pendekatan Penyelidikan, Analisis & Interpretasi
(Azhari & Ramlee, 2015).

Jadual 4.4: Analisis nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha bagi soal
selidik

307


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

5.0 Analisis & Perbincangan
Sebanyak 7 item soalan soal selidik berkaitan tentang penyataan yang

menjurus tentang tahap pengetahuan pensijilan MeSTI terhadap
kebolehpasaran produk makanan keluaran Kolej Komuniti. Responden
menjawab item soalan berbentuk skala likert dengan memilih respon yang
sesuai daripada 5 skala pilihan jawapan iaitu dari skala 1 untuk sangat tidak
setuju dan seterusnya tidak setuju, kurang pasti, setuju dan sangat setuju.
Berikut adalah dapatan data yang diperolehi daripada responden menerusi
instrumen yang dijalankan.
Jadual 4.4: Analisis Kekerapan, Peratus dan Min tentang tahap
pengetahuan tentang kepentingan pensijilan MeSTI

308


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Rajah 2: Bar Skor Min bagi tahap pengetahuan berkaitan
kepentingan Akreditasi MeSTI.

Secara keseluruhan, nilai Min yang terkumpul adalah pada tahap tinggi.
Jadual 4.4 menunjukkan kebanyakan respoden bersetuju bahawa pensijilan
MeSTI mudah diaplikasikan di dalam industri makanan. Soalan ini
mengumpul jumlah nilai skor Min tertinggi iaitu 4.91. Manakala peratus
respon yang tertinggi ialah pada skala 55% iaitu ‘sangat setuju’. Hasil dapatan
ini banyak dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan dan pengalaman
responden yang menjawab soalan

Kaji selidik terhadap cara mengendalikan sistem keselamatan
makanan. Pengalaman menyebabkan mereka arif dan tahu bagaimana
mahu mengendalikan sistem keselamatan makanan. Ini bersamaan dengan
kajian yang dibuat oleh Norakiah & Siow (2012) yang mendapati bahawa
terdapat hubungan yang signifikan di antara pengalaman dan pengetahuan
responden. Ini dibuktikan lagi dengan kajian Jianu & Chris (2012) yang
mendapati bahawa jika tahap pendidikan seseorang tinggi, tahap
pengetahuan seseorang itu juga tinggi. Manakala, soalan berkaitan minat
untuk mengambil pensijilan MeSTI mengumpul skor Min yang terendah
iaitu 4.11. Dalam hal ini, komitmen pihak pengurusan merupakan salah
satu faktor yang menyebabkan nilai Min terkumpul rendah berbanding item
soalan yang lain. Jalan akhir bagi pelaksanaan atau penambahbaikan
sesuatu sistem pengurusan keselamatan makanan akan dipengaruhi oleh
kemahuan pihak syarikat melaburkan dana dan kewangan bagi
mendapatkan latihan yang berkaitan. Sumbangan dana daripada pihak
syarikat dalam membangunkan sistem keselamatan makanan yang
terancang dapat dipenuhi sekiranya pihak atasan syarikat meletakkan

309


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

komitmen yang padu terhadap sistem keselamatan makanan
(Fotopoulus et al., 2011)

Bagi soalan 1, berkaitan pensijilan MeSTI untuk produk pasaran dan
soalan 3, berkaitan produk makanan MeSTI yang bersih, selamat dan
berkualiti berkongsi nilai skor Min yang sama iaitu 4.86, kedua tertinggi.
Hasil dapatan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Hayati (2012),
menyatakan bahawa pematuhan terhadap sistem kualiti di dalam
perniagaan dan produk adalah amat mustahak pada zaman kini. Malah,
beliau menyatakan bahawa aspek jaminan kualiti adalah antara prospek
penting dalam memastikan makanan yang diproses adalah bersih dan
selamat untuk dipasarkan. Ini sekaligus menyokong skor nilai Min yang
tinggi pada item soalan 1 dan 3.

6.0 Rumusan & Cadangan
Berdasarkan dapatan kajian, secara keseluruhannya, responden

mempunyai tahap pengetahuan berkaitan kepentingan MeSTI yang tinggi
berdasarkan indikator skor Min kajian (Shaari & Jamal, 2008). Ini
dibuktikan berdasarkan skor Min terhadap 7 item soalan kesemuanya
mencapai tahap ‘tinggi’ iaitu diantara 3.00-4.00 skor. Ini menunjukkan
kebanyakan responden dapat memahami betapa pentingnya pensijilan
MeSTI terhadap kebolehpasaran produk Kolej Komuniti. Ini banyak
dipengaruhi oleh aspek kos yang percuma dan aspek jaminan kualiti yang
dapat dibangunkan melalui pensijilan MeSTI kerana menurut Hayati &
Khairul (2008), perbelanjaan dan kualiti produk menjadi salah satu kunci
kejayaan di dalam pasaran bagi menghadapi persaingan yang ketat dalam
pasaran antarabangsa terutamanya dalam produk makanan.

Soalan berkaitan pemasaran produk mengumpul skor Min iaitu 4.86,
soalan berkaitan kepercayaan pengguna mengumpul skor Min iaitu 4.31,
keyakinan produk MeSTI yang bersih dan selamat mempunyai skor Min,
4.86, soalan berkaitan sambutan produk MeSTI, 4.44, berkaitan
aplikasinya yang mudah mendapat skor Min paling tinggi iaitu 4.91, dan
soalan berkaitan tentang minat untuk mendapatkan pensijilan MeSTI dan
adakah pensijilan MeSTI mesra pengguna atau tidak masing-masing
mengumpul skor Min 4.11 dan 4.00. Bacaan Min menunjukkan tahap
pengetahuan responden adalah tinggi. Ini jelas membuktikan bahawa
pensijilan MeSTI terhadap tahap pengetahuan responden penting dalam
membantu kebolehpasaran produk Kolej Komuniti. Dapatan ini hampir
sama dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Pagasa et al., (2011)
terhadap industri makanan laut di Filipina diterima baik untuk prospek
pengeksportan terutamanya yang mempunyai akreditasi dalam
keselamatan makanan. Kajian ini boleh ditambahbaik dengan
mengenalpasti hubungan di antara tahap pengetahuan responden dengan
kepentingan MeSTI. Manakala, saampel boleh dibesarkan dengan
melibatkan respon dari Kolej Komuniti lain yang menawarkan Kursus
Pemprosesan Makanan.

310


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Rujukan

Ali, K. A. M. (2008). Aspek kualiti, keselamatan dan kesihatan di kalangan
PKS Makanan: Satu sorotan kajian. Jurnal Teknologi, 65â-79.

Angelillo, I. F., Viggiani, N. M., Greco, R. M., & Rito, D. (2001). HACCP and
food hygiene in hospitals knowledge, attitudes, and practices of food-
services staff in Calabria, Italy. Infection Control & Hospital Epidemiology,
22(6), 363-369.

Bakar, N. R. A., Shahwahid, F. M., & Eksan, S. H. R. (2018). Theory of
planned behaviour and halal compliance. International Journal of Academic
Research in Business and Social Sciences, 8(5), 816-829.

Buang, A. H., & Mahmod, Z. (2012). ISU DAN CABARAN BADAN
PENSIJILAN HALAL DI MALAYSIA: The Issues and Challenges of Halal
Certification Bodies in Malaysia. Jurnal Syariah, 20(3), 271-288.

Fotopoulos, C., Kafetzopoulos, D., & Gotzamani, K. (2011). Critical factors
for effective implementation of the HACCP system: a Pareto analysis. British
Food Journal.

Hayati, A. T, Khairul Anuar, M.A. 2008. Aspek Kualiti Keselamatan dan
Kesihatan di Kalangan PKS Makanan: Satu Sorotan Kajian. Jurnal
Teknologi. 49 (E): 65-79.

Jianu, C., & Chiş, C. (2012). Study on the hygiene knowledge of food
handlers working in small and medium-sized companies in western
Romania. Food control, 26(1), 151-156.

Hayati, K., & Caniago, I. (2012). Islamic work ethic: The role of intrinsic
motivation, job satisfaction, organizational commitment and job
performance. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 65, 1102-1106.

Karaman, A. D., Cobanoglu, F., Tunalioglu, R., & Ova, G. (2012). Barriers
and benefits of the implementation of food safety management systems
among the Turkish dairy industry: A case study. Food Control, 25(2), 732-
739.

Klassen, A. C., Creswell, J., Plano Clark, V. L., Smith, K. C., & Meissner, H.
I. (2012). Best practices in mixed methods for quality of life research.
Quality of life Research, 21(3), 377-380.

Khalique, M., Isa, A. H. B. M., Nassir Shaari, J. A., & Ageel, A. (2011).
Challenges faced by the small and medium enterprises (SMEs) in Malaysia:
An intellectual capital perspective. International Journal of current research,
3(6), 398.

311


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Lasco, R. D., Habito, C. M. D., Delfino, R. J. P., Pulhin, F. B., & Concepcion,
R.N. (2011). Climate change adaptation for smallholder farmers in Southeast
Asia.

Mohamed Nor Azhari, A. & Ramlee, M. (2015). Pendekatan, Penyelidikan,
Analisis & Interpretasi. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Nadzri, S., Shamsudin, S. M., & Sabri, M. F. M. (2014, May). Faktor-faktor
penyumbang kepada kejayaan dan kegagalan Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) bumiputera di Malaysia. In E-Proceedings of the Conference
on Management and Muamalah (Comm 2014), 26 (Vol. 27).

Nguyen, H. N., Pag-asa, D. G., Maridable, J. B., Malaluan, R. M., Hinode,
H., Salim, C., & Huynh, H. K. (2011). Extraction of oil from Moringa oleifera
kernels using supercritical carbon dioxide with ethanol for pretreatment:
Optimization of the extraction process. Chemical Engineering and
Processing: Process Intensification, 50(11-12), 1207-1213.

Norrakiah, A.S dan Siow, O.N. 2014. Knowledge, Attitudes and Practices of
Food Handlers on Food safety in food service at operation Universiti
Kebangsaan Malaysia. Food Control 3; 210-217.

Sani, N. A., & Siow, O. N. (2014). Knowledge, attitudes and practices of food
handlers on food safety in food service operations at the Universiti
Kebangsaan Malaysia. Food control, 37, 210-217.

Talib, H. H. A., Ali, K. A. M., & Idris, F. (2012). Peranan Akreditasi Kualiti ke
atas Hubungan antara Amalan Pengurusan Kualiti dengan Prestasi
Organisasi: Kajian dalam kalangan PKS Industri Pemprosesan Makanan.
Jurnal Pengurusan, 35, 123-137.

Yudi F. Hooi, H.N., Yusliza, Y. 2014. Activities Motives and External Factors
influencing food safety management system adoption in Malaysia. Journal of
Food Control 41: 69-75

312


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Perniagaan Semasa
Pengajian Satu Tinjauan Di Kolej Komuniti Rompin

Mohammad Azrinsha Abdul Wahab1*, Mastura Mastor2

12Kolej Komuniti Rompin
*[email protected]

Abstrak

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah menggariskan 10
lonjakan utama iaitu antaranya ialah Lonjakan 1 tentang Graduan Holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang iaitu antara kaedahnya mewujudkan peluang kepada pelajar
dan staf akademik untuk menguasai kemahiran keusahawanan dan menerusi cuti sabatikal,
sangkutan industri, inkubator perniagaan dan dasar laluan istimewa kepada perniagaan
yang dipelopori pelajar. Kebanyakan pelajar masih belum dapat mengenalpasti peluang dan
mengetahui kepentingan berniaga sebagai satu kerjaya mereka di masa hadapan. Oleh yang
demikian, kajian ini merupakan penyelidikan preliminary bagi mengenalpasti pelajar-pelajar
yang melibatkan diri dalam perniagaan ketika masih dalam pengajian di Kolej Komuniti
Rompin. Seramai 129 orang responden yang terdiri daripada pelajar 5 program di Kolej
Komuniti Rompin iaitu Program Sijil Kulinari (SKU), Program Sijil Operasi Perhotelan (SOP),
Program Sijil Kenderaan Ringan (SKR), Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) dan Program
Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU). Data telah dianalisis menggunakan
SPSS versi 22 dengan menumpukan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan kekerapan.
Hasil kajian didapati bahawa tahap penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa pengajian
masih berada pada tahap rendah. Kebanyakkan jenis perniagaan yang diminati oleh pelajar
ialah perniagaan dalam bidang makanan dan berskala kecil walaupun pada masa yang sama
mereka sibuk menjalankan tugasan sebagai pelajar. Keseluruhan pelajar yang menjalankan
perniagaan ini menggunakan medium perniagaan di atas talian seperti Facebook, Instagram
dan Whatsapp. Penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa proses pembelajaran boleh
memberi pengalaman dalam pengendalian perniagaan disamping boleh menambah wang
belanja mereka. Bagi mewujudkan budaya meniaga dalam kalangan pelajar pihak institusi
dan pensyarah program perlu memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang
perniagaan yang sangat luas serta memberi pulangan lumayan. Pelbagai program atau
aktiviti keusahawanan perlu digiatkan untuk membimbing pelajar dari segi kaedah memilih
produk bersesuaian, strategi pemasaran dan pengamalan sistem pengurusan yang betul dan
cekap. Pelajar yang terlibat dalam perniagaan ini perlu juga diberi bantuan modal bagi
menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi perniagaan semasa dalam pengajian.

Kata Kunci: Perniagaan, Keusahawanan, Pelajar, Pengajian

313


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

1.0 Pengenalan
Perniagaan merupakan bidang yang membolehkan peniaga mendapat

keuntungan yang tinggi jika terdapat galakan dan dorongan serta peluang dan
bantuan dari pihak keluarga, masyarakat, pemimpin serta negara amnya.
Perniagaan juga merupakan pekerjaan yang membolehkan peniaga
mendapat pendapatan untuk keperluan hidupnya dan keluarga. Lebih lebih
lagi diera dimana terdapat lambakan graduan lepasan universiti dan
lepasan sekolah menyebabkan mereka terpaksa bersaing dan bertungkus-
lumus mencari perniagaan. Maka belia dapat mendapatkan pekerjaan dari
para perniaga atau memulakan perniagaan sendiri.

Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang telah sekian lama
bertapak di dalam dunia ini. Ia bukan sahaja sahaja melibatkan pertukaran
barang, malah bidang ini juga menjadi bahan kajian dengan mengemukakan
pelbagai teori dan hasil kajian untuk pembangunan mapan. Sejak ia
diperkenalkan didalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat
institusi pengajian tinggi, bidang keusahawanan menjadi semakin penting
sebagai satu bidang kerjaya.

Kementerian Pengajian Tinggi telah melancarkan Pelan Tindakan
Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK IPT) 2021–2025 dan
Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu IPT atau MOHE Guide to
Entrepreneurship Integrated Education (EIE) bagi mendukung kelestarian
agenda keusahawanan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta melahirkan
lebih ramai usahawan dalam kalangan pelajar dan graduan IPT. Terdapat 6
fokus utama, iaitu:

• Asas Pengetahuan Dalam Keusahawanan (Fundamental/Basic);
• Pengetahuan Dalam Keusahawanan Lanjutan (Advanced);
• Pengetahuan Dalam Bidang Perniagaan (Business Knowledge);
• Aktiviti Tambahan Kurikulum Keusahawanan (Extra

Curriculum);
• Kemahiran Pembangunan Manusia (Human Development Skills);

dan
• Aperantis Keusahawanan (Entreprenuership Apprentice).

KPT menambah nilai sektor pendidikan tinggi negara seperti yang
dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
(Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT). Pelan ini sangat signifikan dalam
mendepani cabaran Covid-19 kerana ia berkait rapat dengan usaha
memperkasa kualiti dan menyerlahkan lagi keterlihatan nilai
keusahawanan graduan. Sasarannya untuk mencapai matlamat menyemai
minda keusahawanan dan mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi
melahirkan 'penjana pekerjaan' dan bukan saja 'pencari pekerjaan' dalam
kalangan graduan. Strategi keusahawanan tidak hanya kepada laluan
akademik biasa tetapi juga kepada pendidikan dan latihan teknikal dan
vokasional (TVET).

Program pembangunan keusahawanan banyak dilaksanakan di IPT
semasa mereka di kampus lagi. Ini bertujuan melahirkan siswazah

314


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

mempunyai nilai, pemikiran dan ciri-ciri keusahawanan serta meningkatkan
bilangan usahawan dalam kalangan golongan ini. Sekiranya mereka benar

berkecimpung dalam bidang perniagaan, ia akan menjadi pemangkin
kepada pencapaian transformasi ekonomi negara, iaitu dari ekonomi
berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

Ramai usahawan bermula dari berniaga secara kecil-kecilan
sehinggalah mencapai status perniagaan yang besar seperti Tan Sri Syed

Mokhtar Al-Bukhary, Irfan Khairi, dan Azman Hashim di mana bakat,
kesungguhan dan dorongan telah dicanai sejak awal lagi. Minat dan
kecenderungan dalam memulakan perniagaan perlu ditanam sejak dari

bangku sekolah lagi sehingga di peringkat IPT. Pelajar akan dapat
memperolehi pengalaman dalam pengendalian perniagaan sewaktu masih

belajar lagi.

Justeru kertas ini hanyalah untuk meninjau tahap penglibatan pelajar
dalam bidang perniagaan semasa dalam tempoh pengajian. Sebagai
penyelidik dan tenaga akademik adalah penting untuk mengetahui
kecenderungan pelajar dalam bidang perniagaan. Ia bukan sahaja

membantu dalam pembentukan modul pengajaran efektif, malah dapat
membantu dalam penambahbaikan program keusahawanan sedia ada.

2.0 Sorotan Kajian

Menurut Aziz dan Zakaria (2004) seseorang itu boleh menjadi
usahawan bila mereka melalui sendiri pelbagai proses-proses yang ada dalam
pembangunan keusahawanan. Faktor minat juga dapat mempengaruhi

penglibatan seseorang dalam perniagaan. Untuk menjadi usahawan,
seseorang itu memerlukan minat dan kemahiran dalam bidang yang

hendak diceburi. Mohammed Amin (2001) berpandangan bahawa,
usahawan perlu mengamalkan dan menghayati ciri-ciri keusahawanan.
Ciri-ciri usahawan yang dimaksudkan di sini ialah kreatif, inovatif, optimis,

mempunyai budaya kerja yang baik, bermotivasi, berkeupayaan
mengorganisasi idea, bertanggungjawab, berorientasikan keuntungan,

berkualiti dan sentiasa bekerja kuat kearah mencapai kejayaan sebagai
seorang usahawan.

Menurut Scott (1988) melalui kajian yang telah dijalankan mendapati
bahawa keluarga yang menjalankan perniagaan juga dapat mempengaruhi
ahli keluarga yang lain untuk meneruskan perniagaannya atau membuka

perniagaan baru. Segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi
daripada perniagaan dapat digunakan dalam bidang keusahawanan atau

perniagaan.

Dalam konteks pendidikan, amalan budaya keusahawanan ditonjolkan

melalui komitmen dan penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti ko

kurikulum berkaitan keusahawanan. Pendidikan dan mentoran

keusahawanan merupakan usaha yang mampu untuk menyuntik minat

dan kesedaran pelajar terhadap kegiatan keusahawanan (Zaidatol Akmaliah,

2007 ; Farhana, 2013). Lantaran itu, pengiktirafan bidang keusahawanan

315


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

sebagai daya saing dan sumber kemakmuran ekonomi sesebuah negara
membawa kepada kesedaran para pemimpin negara untuk
membangunkan pendidikan keusahawanan (Martine et al.,2010).

Menurut Mainor dan Lai (2020) melalui kajian sebahagian besar pelajar
memilih untuk melakukan pekerjaan sendiri iaitu terutama dalam bidang
keusahawanan yang dapat membawa perubahan kepada diri mereka untuk
lebih menceburi bidang pekerjaan sendiri berbanding bekerja dengan majikan
atau makan gaji.

3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan

rekabentuk tinjauan untuk menjawab persoalan kajian. Kajian tinjauan
merupakan kaedah popular dalam penyelidikan pendidikan kerana
kaupayaan mengutip dan menganalisis data pada satu masa (Creswell, 2005).

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan soal
selidik yang melibatkan 129 orang pelajar Kolej Komuniti Rompin. Kesemua
sampel adalah pelajar yang terdiri daripada 5 program iaitu Program Sijil
Kulinari, Program Sijil Operasi Perhotelan, Program Sijil Servis Kenderaan
Ringan, Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan
Program Sijil Teknologi Elektrik.

Penyelidik telah membangunkan instrumen kajian yang terdiri dari dua
bahagian iaitu Bahagian A tentang maklumat responden dan Bahagian B
menerangkan maklumat tentang perniagaan. Analisa data adalah
menggunakan SPSS versi 22 dengan menumpukan kaedah statistik deskriptif
iaitu peratusan kekerapan.

4.0 Analisis dan Perbincangan
Kajian yang telah dijalankan ini merupakan tinjauan terhadap pelajar

dari 5 program yang menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian.
Penglibatan seramai 129 orang responden yang terdiri daripada pelajar Kolej
Komuniti Rompin. Demografi tersebut akan dianalisis menggunakan
kekerapan dan peratusan. Berikut adalah keterangan bagi klasifikasi
tersebut.

Jadual 1: Kekerapan Jantina Responden

316


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Berdasarkan jadual 1 diatas, ia menunjukkan maklum balas instrumen
bagi kekerapan dan peratusan jantina lelaki dan perempuan. Responden
lelaki menunjukkan bilangan majoriti seramai 88 orang dan mencatat
peratusan sebanyak 68.2%. Manakala perempuan menunjukkan seramai 42
orang iaitu peratusan sebanyak 31.8%. Keputusan menunjukkan
jumlah responden yang menjawab kajian ini adalah seramai 129 orang
responden.

Jadual 2: Responden Mengikut Program

Jadual 2 diatas menunjukkan bilangan responden mengikut program.
Program Sijil Kulinari (SKU) mencatat peratusan yang paling tinggi iaitu
sebanyak 57 orang atau 44.2%. Di ikuti Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE)
iaitu seramai 22 orang atau 17.1%. Program Sijil Kenderaan Ringan (SKR)
seramai 20 orang atau 15.5 %. Manakala Program Sijil Teknologi Penyejukan
dan Penyaman Udara (SPU) mencatat seramai 18 orang atau 14% dan
Program Sijil Operasi Perhotelan (SOP) mencatat bilangan responden yang
sedikit iaitu 12 orang atau 9.3 %.

Rajah 1 di atas menerangkan peratusan pelajar yang terlibat dalam
perniagaan semasa pengajian. Bilangan pelajar yang terlibat dalam
perniagaan semasa pengajian ialah sebanyak 29 orang atau 22.5%. Manakala

317


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
yang tidak terlibat dalam perniagaan semasa pengajian sebanyak 100 orang
atau 77.5%. Ini membuktikan bahawa masih ramai lagi pelajar yang kurang
yakin untuk menjalankan perniagaan semasa pengajian.

Berdasarkan Rajah 2 di atas, ia menunjukkan bilangan pelajar terlibat
dalam perniagaan semasa pengajian mengikut program. Keseluruhan pelajar
yang terlibat dalam perniagaan semasa pengajian ialah seramai 29 orang.
Program Sijil Kulinari (SKU) memperolehi bilangan yang paling tinggi sekali
iaitu sebanyak 11 orang. Ini diikuti pula program Sijil Kenderaan Ringan
(SKR) yang mencatat bilangan seramai 7 orang. Manakala program Sijil
Teknologi Elektrik (SKE) dan Sijil Operasi Perhotelan masing-masing
mencatat 5 orang pelajar yang terlibat dalam perniagaan semasa pengajian.
Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara mencatat
bilangan paling rendah iaitu 1 orang pelajar yang menjalankan perniagaan
semasa pengajian. Ini menunjukkan bahawa setiap program perlu
menggalakkan pelajar-pelajar supaya merebut peluang menjalankan
perniagaan ketika masih belajar supaya keadaan ini dapat menimbulkan
minat pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan.

318


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 3: Jenis Perniagaan Pelajar

319


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Berdasarkan jadual 3 di atas majoriti pelajar dari program Sijil Kulinari
(SKU) terlibat dalam jenis perniagaan makanan. Manakala program-program
lain seperti SKE, SKR dan SOP turut terlibat dalam jenis perniagaan
makanan. Terdapat juga pelajar yang melibatkan diri dalam perniagaan
seperti menjual pakaian terpakai, barangan kosmetik, kesihatan, alat ganti
motor dan aksesori. Semua jenis perniagaan yang dijalankan oleh pelajar
adalah secara online seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan juga offline
seperti di sekitar kolej dan premis perniagaan. Setiap program perlu memberi
ruang masa dan program kepada pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam
perniagaan untuk meningkatkan jualan mereka.

Rajah 3: Medium Perniagaan
Rajah 3 di atas menunjukkan medium atau saluran perniagaan pelajar
secara online mahupun offline. Kebanyakan pelajar menggunakan perniagaan
secara online iaitu seramai 23 orang atau 79.3%. Manakala bilangan pelajar
yang menggunakan perniagaan secara offline seramai 6 orang atau 20.7%.
Perniagaan secara online yang dijalankan oleh pelajar seperti Facebook,
Instagram, Whatsapp dan juga offline seperti di sekitar kolej dan premis
perniagaan. Keputusan ini menunjukkan bahawa pelajar lebih banyak
memilih perniagaan secara online kerana perniagaan boleh diuruskan pada
bila-bila masa secara fleksibel. Perniagaan secara online juga sesuai kerana
berhadapan dengan risiko yang rendah.

320


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

5.0 Rumusan dan Cadangan
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penglibatan pelajar

dalam perniagaan semasa pengajian di Kolej Komuniti Rompin. Secara
keseluruhannya penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa pengajian
masih rendah. Perniagaan ini dapat menajamkan kefahaman dan kemahiran
mereka tentang pengurusan perniagaan. Perniagaan juga dapat mengajar
mereka cara berhadapan dengan pengguna, membina keyakinan diri dan
pembahagian masa untuk menyelesaikan tugas sebagai pelajar dan peniaga
dengan baik. Pelajar yang melibatkan diri dengan perniagaan ini juga
lebih memahami ekonomi pasaran bebas di mana mereka perlu bersaing
secara sihat.

Pensyarah dan pihak pengurusan perlu mempergiatkan lagi usaha
membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar supaya pelajar
dapat menambah keyakinan dalam diri mereka untuk terlibat dalam
perniagaan dan memilih perniagaan sebagai satu kerjaya pilihan. Program
latihan jangka pendek kepada pelajar juga boleh meningkatkan kemahiran
dalam bidang yang dipilih. Program atau aktiviti-aktiviti keusahawanan yang
dirancang dengan rapi boleh mengubah corak pemikiran pelajar tentang
konsep meniaga semasa dalam pengajian.

Pelajar yang terlibat dalam perniagaan ini perlu juga diberi bantuan
modal bagi menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi perniagaan semasa
dalam pengajian. Pelajar juga perlu didedahkan peluang-peluang bantuan
modal perniagaan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan.

Pensyarah di institusi yang membimbing pelajar juga perlu di beri
Training of trainers dalam bidang keusahawanan dan diberi peluang untuk
meningkatkan kemahiran dan pendidikan keusahawanan melalui program
Sijil Professional daripada Universiti terpilih serta pendedahan tentang
Keusahawanan Digital melalui program bersama Malaysia Leading Digital
Entrepreneur (MDEC).

Semangat dan usaha dalam menyediakan program keusahawanan
kepada pelajar boleh membantu pelajar lebih berketerampilan dan cekap
mengurus kehidupan dan keusahawanan. Situasi ini mengajar pelajar di
institusi untuk lebih bersedia dari segi ketahanan mental, jiwa dan fizikal
apabila benar-benar keluar sebagai graduan samada mereka memulai
perniagaan sendiri atau tidak.

321


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Rujukan

Alhaj, B. K. (2011). Entrepreneurial Intention: An Empirical Study of
Community College Students in Malaysia. . Jurnal Personalia Pelajar.

Anwar, M. A. (2020). Faktor Pendorong Pelajar UTHM Dalam Bidang
Keusahawanan. Kajian Kes Di Malaysia., (hlm. 45-52).

Baharu, K. (1994). Orientasi Sikap Keusahawanan di Kalangan Pelajar
Politeknik di Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Utara Malaysia).

Basu, A. &. (2007). Assesing Entrepreneurial Intentios Among Students: A
Comparative Study. Peer-Reviewed Papers., (hlm. 71-86 ).

Boon, Y. &. (2010). Profil Keusahawanan Dikalangan Pelajar Tahun Empat
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).

Farhana. (2013). Pembudayaan Keusahawanan Ke Arah Mempengaruhi
Kecenderungan Menceburi Bidang Keusahawanan Dalam Kalangan Bakal
Graduan Di UTHM. Tesis Ijazah Sarjana. Jabatan ikthisas pendidikan.
Fakulti pendidikan teknikal dan vokasional. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

Hamzah, M. R. (2009). Tahap pengetahuan dan minat pelajar Universiti
Malaysia perlis terhadap bidang keusahawanan: Satu tinjauan ke arah
pembentukan teknousahawan Universiti Malaysia Perlis. International
Proceedings of Entrepreneurship Development.

Harian, B. (Februari 19, 2021.). 3 teras Pelan Tindakan Keusahawanan IPT
2021-2025.

Ibrahim, S. S. (2021). Kajian profil pelajar yang melibatkan diri dalam bidang
perniagaan di Universiti Utara Malaysia. (hlm. 3(4), 355-370.). International
Journal of Social Science Research.

Laipat, F. B. (2021). Hubungan Antara Kemahiran Dengan Budaya
Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. (hlm. 3(2), 293-
313). Jurnal Dunia Pendidikan.

Mainor, N. A. (2020). Perspektif pelajar terhadap budaya bekerja sendiri. (hlm.
23(2), 1-13.). Jurnal Personalia Pelajar .

Malaysia, K. P. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
(Pendidikan Tinggi). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Malaysia, M. o. (n.d). ENTREPRENEURSHIP ACTION PLAN HIGHER
EDUCATION INSTITUTIONS (EAP-HEIs) 2021-2025. . Ministry of Higher
Education.

322


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Mat, N. M. (2016). Penglibatan mahasiswa dalam E-Dagang: kajian kes di
UKM. . (hlm. 19(2)). Jurnal Personalia Pelajar.
Othman, N. A. (2013). Kekangan dalam Menjalankan Perniagaan dalam
Kalangan Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. . Jurnal Personalia
Pelajar.
Zakaria, A. A. (2001). Prinsip Keusahawanan: Satu Penilaian Edisi Kedua.
Pearson Prentice Hall.

323


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Sikap Dan Keperibadian Dalam Diri Mempengaruhi
Kecenderungan Pelajar Untuk Menjadi Seorang Usahawan

Zulaikha Mohd Azman*

Kolej Komuniti Sabak Bernam
*[email protected]

Abstrak

Kajian ini merupakan satu tinjaun bagi mengenalpasti sikap dan keperibadian dalam diri
pelajar mempengaruhi kecenderungan pelajar Program Sijl Fesyen Dan Pakaian dan Sijil
Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Sabak Bernam Selangor terhadap bidang
keusahawanan. Kajian ini menggunakan soal selidik yang ditadbir sendiri untuk meneroka
pengaruh keusahawanan dan sikap kearah keusahawanan dalam diri pelajar. Responden
terdiri daripada 14 orang perempuan dan 23 orang lelaki. Tahap dianalisis menggunakan
kaedah graf. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam
Selangor lebih cenderung untuk menjadi usahawan. Mereka juga dilihat mempunyai
pengetahuan yang mencukupi untuk menjadi usahawan.Melalui dapatan kajian, dilihat
bahaawa sikap dan keperibadian dalam diri pelajar sememangnya mempengaruhi
kecenderungan pelajar untuk menjadi seorang usahawan.Di penghujung kajian turut
dibincangkan beberapa cadangan untuk membangunkan bidang keusahawanan di Kolej
Komuniti Sabak Bernam.

1.0 Pengenalan

Bidang keusahawanan di Malaysia telah wujud sejak zaman Kerajaan
Melayu Melaka lagi. Kebiasaannya istilah-istilah seperti pedagang dan
peniaga digunakan pada ketika itu untuk menggelarkan seseorang yang
terlibat dalam bidang keusahawanan. Sistem barter merupakan salah satu
aktiviti perdagangan yang dipraktikkan dalam kalangan masyarakat pada
zaman tersebut (Norasmah & Sumathy 2011). Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa aktiviti keusahawanan dalam kalangan masyarakat
Malaysia juga telah lama wujud sebelum negara ini mencapai kemerdekaan
dan bertambah maju selepas kemerdekaan.

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), YB. Dato Seri
Mohamed Khaled bin Nordi (2011), beliau berpendapat bahawa dua bidang
yang perlu ditingkatkan dan dimajukan adalah bidang Kusahawanan dan
Pendidikan. Beliau berpendapat bahawa, gabungan kedua-dua bidang ini
perlu seandainya kita ingin mengorak satu kuasa modal insan yang kental
demi membina sebuah negara Malaysia yang maju dan mampu berdaya
saing di peringkat globalisasi. Pelajar jika diberi pendedahan secara efektif
dalam bidang keusahawanan maka pelajar kita akan menjadi kreatif dan
dinamik kerana proses pembelajaran sebgai seorang usahawan membuka
ruang kepada mereka untuk berdaya saing, berinovatif, di mana aspek ini
akan dapat menjana inovasi negara, membuka peluang pekerjaan dan
pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mantap pada masa hadapan.

Sempena penubuhan Majlis Keushawanan Pengajian Tinggi Nasional,
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
(2011) berkata bahawa memantap dan meningkatkan usaha dalam
menerapkan aspek keusahawanana dalam kalangan penuntut di sektor
pengajian tinggi negara. Penubuhan yang ditadbir oleh sebuah lembaga

324


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

yang akan dipengerusikan sendiri olehnya sebagai Menteri bagi meneliti
dasar dan pendekatan terbaik untuk menjayakan pelbagai pembangunan
keusahawanan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan sebagai usaha
membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT.

Tiga teras strategi Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi
Pendidikan Pengajian Tinggi (IPT) 2021-2025 turut diperkenalkan oleh
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Pelan ini akan
membantu mendorong negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Pelan
yang disokong Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu Institusi
Pendidikan Tinggi (EIE) itu adalah naratif baharu kepada program
pembangunan keusahawanan di IPT, dengan strategi dan pendekatan lebih
menyeluruh dan mantap, serta mengambil kira perkembangan senario
global dan domestik.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata
pelan berkenaan memberi fokus kepada tiga teras strategi iaitu
memantapkan ekosistem keusahawanan yang bersinergi dan holistik,
memperkasa jaringan keusahawanan yang berimpak tinggi dan
menekankan kepada keusahawanan yang berteraskan inovasi dan
teknologi.

Beliau menyatakan bahawa EIE ini memberi fokus kepada enam
elemen pembangunan kurikulum program keusahawanan iaitu asas
pengetahuan dalam keusahawanan, pengetahuan dalam keusahawanan
lanjutan dan dalam bidang perniagaan.

1.1 Pernyataan Masalah
Bertolak daripada keperluan KPI Persist yang perlu dicapai oleh Kolej

Komuniti seluruh Malaysia, dalam pencapaian penglibatan pelajar dan
alumni dalam bidang keusahawanan, maka penyelidikan ini perlu
dijalankan bagi keperluan pensyarah untuk mengenalpasti apakah sikap
dan keperibadian dalam diri pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam Selangor,
mempengaruhi mereka dalam menceburi bidang keusahawanan. Melalui
data 2021 yang diperolehi daripada Unit Keusahawanan, didapati 13 orang
graduan yang hanya melibatan diri sebagai usahawan. Kajian ini perlu bagi
melihat adakah sikap dan keperibadian dalam diri mendorong pelajar
(semasa) menjadi seoarang usahawan. Selain daripada itu, kadar
pengangguran siswazah yang dilihat semakin meningkat sekitar tahun 2020
iaitu sebanyak 4.4 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 3.9 peratus,
(menurut berita harian online 27 Julai 2021).

1.2 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:

i.Mengenal pasti sikap dan keperibadian diri mempengaruhi kecenderungan
pelajar Kolej Komunitti Sabak Bernam melalui Program Sijil Fesyen Dan
Pakaian dan Program Sijil Teknologi Elektrik menjadi seorang usahawan.

325


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

ii.Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti sama ada pelajar
sememangnya berkecenderungan atau tidak untuk memilih kerjaya sebagai
seorang usahawan.

1.3 Batasan kajian
Kajian ini hanya akan melibatkan pelajar Semester 2 Sesi II

2021/2022 daripada Program Sijil Fesyen dan Pakaian dan Semester 2 Sesi
II 2021/2022 daripada Program Sijil Teknologi Elektrik.Segala keputusan
yang diperolehi adalah hanya melibatkan pelajar dari Kolej Komuniti Sabak
Bernam Selangor.

2.0 Tinjauan Literatur

Sikap didefinisikan sebagai satu nilai subjektif yang ada pada
seseorang sehingga dapat membuatkan sekeliling memberikan pandangan
terhadap orang tersebut. Sikap seorang usahawan boleh diterjemahkan
melalui tingkah laku seseorang. Sikap sinonim dengan tingkah laku ini
membawa seseorang itu ke arah matlamat yang jelas dan memungkinkan
kecenderungan yang mendalam untuk bertindak sebagai seorang
usahawan. Menurut Nawawi, pendorongan sikap seorang ushawan, bertitik
tolak daripada desakan dalaman (diri) dan luaran (faktor sekiling). Apa yang
paling utama dalam mendorong atau mempengaruhi pemikiran seseorang
(usahawan) terhadap suatu idea dan pandangannya terhadap orang lain,
adalah nilai-nilai hidup yang disetkan sebagai kepercayaan terhadap
persekitaran. (MEDEC, 1992)

Teori tingkah laku terancang telah digunakan secara meluar dalam
meramalkam tingkah laku seseorang itu terhadap sesuatu perlakuan.
Menurut Ajzen (1991) lagi, teori tingkah laku terancang melihat
kecenderungan sebagai percubaan untuk melaksanakan sesuatu kelakuan
yang dirancang terhadap keadaan sebenar. Kecenderungan itu adalah
menjadi faktor motivasi yang mempengaruhi kelakuan, di mana ia
menunjukkan bagaimana seseorang itu bersedia untuk mencuba
berdasarkan usaha mereka dalam merealisasikan sesuatu tingkah laku itu.
Perkara ini menjelaskan dan meramalkan bagaimana keadaan persekitaran
yang membabitkan budaya dan sosial memberikan suntikan serta kesan
terhadap kelakuan manusia.

Azjen (1991) mengaitkan kecenderungan individu sebagai faktor
motivasi yang mempengaruhi sikap atau jelas disebut sebagai tingkah laku.
Dalam membuat sebarang keputusan (oleh individu) bergantung kepada
tiga elemen utama iaitu pertama, sikap terhadap kelakuan (nilai peribadi)
yang lebih merujuk kepada tahap sokongan terhadap sesuatu kelakuan.
Kedua norma subjektif yakni tekanan sosial yang dihadapi atau
pengalaman yang akhirnya membuatkan individu itu memilih untuk
melakukan atau tidak. Ketiga adalah tanggapan kawalan tingkah laku iaitu
dengan melihat sejauh mana individu itu berupaya untuk mengawal
tingkah laku.

326


E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2

Menurut Arbaie Hashim (24 Okt, 2019) beliau menyatakan bahawa
seorang usahawan perlu mempunyai personaliti yang unik dan ciri-ciri
tertentu dalam sikap, kemahiran dan pengetahuan. Antara pendapat beliau
seoarang usahawan perlu ada keyakinan diri, terutama dalam memberikan
keyakinan kepada pelanggan. Selain itu pada pandangan beliau lagi,
seorang usahawan perlu bersikap strategik dan mempunyai kejelasan
dalam lontaran idea bagai mencapai kejayaan serta sanggup menghadapi
sebarang halangan dan cabaran. Beliau juga menambah bahawa
kesanggupan mengambil sebarang risiko juga perlu ada dalam diri
seseorang yang bercita-cita untuk menceburi bidang keusahawanan. Selain
itu, beliau menambah bahawa, kebijakasanaan dalam mengambil peluang
dan berfikiran kreatif juga perlu dalam diri seorang yang bergelar
usahawan.

Menurut Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, tiga teras strategi adalah fokus
pelan berkenaan, iaitu pemantapan ekosistem keusahawanan yang
bersinergi dan holistik, memperkasa jaringan keusahawan berimpak tinggi
dan menekankan kepada keusahawanan yang berteraskan inovasi dan
teknologi.

Jelas sekali, di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi, mendukung dan
mendorong kelahiran usahawan dalam kalangan pelajar dari IPT. Perkara
ini juga harus dipandang serius di peringkat IPT, dalam menyebar luas
pengetahuan dan konsep ke arah jati diri dalam diri pelajar, dan
pembentukan peribadi mereka juga perlu dalam ke arah merealisasikan
kelahiran keusahawanan terutama apabila mereka tamat belajar.

Di peringakt kementerian, melalui Pelan Tindakan Keusahawanan ini,
menekankan kepada enam fokus utama pembangunan kurikulum program
keusahawanan iaitu asas pengetahuan dalam keusahawanan, pengetahuan
dalam keusahawanan lanjutan dan dalam bidang perniagaan.

Di peringkat IPT juga dapat dilihat penekanan dalam tambahan
kurikulum keusahawanan, kemahiran pembangunan manusia dan pelatih
keusahawanan, yang mana pembelajaran kurikulum berteraskan kepada
semangat perhubungan dengan dunia perniagaan sebenar dan
pembelajaran berasaskan masalah serta pengalaman. Selain itu dilihat juga
bahawa Pelan Tindakan Keusahawanan ini, menekankan kurikulum
berasaskan teknologi serta keperluan untuk memantapkan hubungan IPT,
industri dan komuniti dalam menyokong kejayaan agenda keusahawanan di
IPT.

3.0 Metodologi Kajian

3.1 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini meliputi pelajar semester 2 Sesi II 2021/2022
daripada program Sijil Fesyen dan Pakaian dan Sijil Teknologi Elektrik.
Keseluruhan melibatkan 14 orang pelajar perempuan dan 23 pelajar lelaki.
Soal selidik diberikan kepada responden dalam bentuk Google Form,
kemudian dapatan dianalisis menggunakan SPSS.

327


Click to View FlipBook Version