E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
memberangsangkan kerana kurangnya kerjasama antara pihak politeknik dan
industri yang terlibat (Muzafar Mat Yusof, 2018).
Selain itu, pelajar mengharapkan agar diberikan pendedahan pekerjaan dan
kemahiran berkaitan semasa penempatan latihan industri ini, manakala pihak
industri berpendapat bahawa pelajar dilengkapi dengan pengetahuan dan
kemahiran sebelum menjalani latihan industri. Oleh itu, terdapat satu
perdebatan antara tanggapan pelajar dan pihak industri (Warinda, 2013).
Selain itu, objektif latihan industri adalah memberi peluang kerjaya
kepada pelajar setelah selesai menjalani latihan industri iaitu samada diserap
terus ke firma terlibat atau memberi peluang di firma kerajaan atau swasta
yang lain. Kepentingan pelajar mengimplementasi ilmu samada teori dan
praktikal di politeknik dan latihan praktikal memberikan satu manfaat agar
pelajar dapat merebut peluang serta merancang kerjaya ketika berada di firma
(Osman et al., 2016). Melalui refleksi harian, pelajar dikehendaki menyediakan
laporan akhir latihan industri dan melaporkan kepada pensyarah pembimbing
(Garis Panduan Latihan Industri, 2013). Oleh itu, amat penting untuk pihak
penyelidik melihat keberkesanan penilaian laporan pelajar ini oleh pensyarah
penilai untuk melihat keupayaan pelajar yang berprestasi tinggi semasa
menjalani latihan industri. Sehubungan itu, penambahbaikan boleh
dilaksanakan bagi membantu pelajar dan juga pihak industri dalam
menjayakan jaringan kolaborasi antara pihak politeknik dan industri ini
melalui hasil kajian ini.
Objektif Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk mencapai objektif seperti berikut:
1. Mengetahui tahap pemahaman pelajar terhadap latarbelakang
firma.
2. Mengetahui tahap pemahaman pelajar berkaitan tugasan yang
diberikan.
3. Mengetahui tahap penguasaan bahasa dalam penulisan laporan
pelajar.
4. Mengetahui tahap kemahiran merumus oleh pelajar.
2.0 Sorotan Kajian
Latihan industri (LI) bermaksud satu kursus yang dilaksanakan melalui
pendekatan experimental learning dengan menempatkan pelajar di sesebuah
organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia oleh industri
yang dipilih, samada di dalam atau di luar negara dalam jangkamasa yang
ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan persijilan. Penilaian melibatkan
40% dari pihak politeknik dan 60% dari pihak industri (organisasi) akan
memberikan kelebihan kepada pelajar yang benar-benar dapat
mempamerkan pretasi latihan sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak
industri(Garis Panduan Latihan Industri, 2013). Sehubungan itu, pensyarah
penilai yang dilantik oleh ketua jabatan adalah dipertanggungjawabkan
79
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
untuk membuat penilaian terhadap pembentangan dan laporan akhir
latihan industri pelajar.
Selaras dengan keperluan industri masa kini yang memerlukan pekerja
yang kompeten, pelajar seharusnya berusaha untuk mencapai tahap
kebolehpasaran yang tinggi agar mampu bersaing dengan graduan dari
institusi yang lain (Mohlis, 2013). Pengalaman pelajar semasa menjalani
latihan praktikal mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
berkaitan tempat kerja, berkomunikasi secara berkesan dengan pihak
atasan dan rakan sekerja, mengamalkan semangat kerja berpasukan,
profesional dan beretika serta mematuhi dasar dan prosedur organisasi
adalah hasil pembelajaran yang diharapkan bagi setiap pelajar yang telah
menjalani latihan industri.
Pelaksanaan latihan industri ini menghubungkaitkan pengetahuan teori
yang telah dipelajari oleh pelajar samada bersemuka di dalam kelas, secara
atas talian (PdPDT) dengan kemahiran praktikal yang diperolehi dari
komuniti setempat. Sesuai dengan persekitaran komersial, majikan kini
lebih gemar memilih untuk mengupah tenaga sumber manusia yang
mempunyai pengalaman untuk mengekalkan kualiti perniagaan dan
meminimunkan perbelanjaan melibatkan latihan pekerja. Selain itu, tempoh
latihan indusrti yang bersesuaian boleh menjamin mekanisma yang terbaik
bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada graduan (Effah at el. 2014).
Tahap penyesuaian terhadap persekitaran kerja akan meningkat bagi
graduan yang mempunyai pengalaman kerana telah menjalani latihan
industri berbanding sumber tenaga kerja tanpa latihan praktikal.
Terdapat banyak kajian mengkaji keberkesanan latihan industri telah
menunjukkan impak positif dan program ini memberi manfaat yang besar
kepada organisasi, pelajar dan pihak industri. Hasil kajian mendapati
pelajar yang menjalani latihan industri dapat melaksanakan tugasan secara
hands-on, penggunaan alat dan peralatan dengan cara yang betul,
menyesuaikan diri dengan kepelbagaian teknologi, mengaplikasi
pengetahuan teori dan praktikal dalam melaksanakan tugas, mempamerkan
peningkatan dalam pengetahuan dan kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis. Kebolehpasaran atau keupayaan kerja adalah kapasiti individu untuk
memperoleh pekerjaan dalam pasaran kerja yang kompetitif (Jalani et al.
2017).
3.0 Metodologi Kajian
Rekabentuk kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk
tinjauan yang melibatkan pelajar-pelajar yang telah mengikuti latihan
industri. Instrumen kajian dibahagi kepada 4 bahagian iaitu A,B,C dan D.
Bahagian A mengandungi persoalan berkaitan tahap pemahaman pelajar
terhadap latar belakang firma, Bahagian B mengandungi persoalan
berkaitan tahap pemahaman pelajar berkaitan tugasan yang diberikan,
Bahagian C mengandungi persoalan berkaitan peningkatan tahap
80
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
penguasaan bahasa dalam penulisan laporan pelajar dan bahagian D
persoalan berkaitan tahap kemahiran merumus oleh pelajar.
Tinjauan bagi kajian kumulatif ini mengumpulkan data berdasarkan
kepada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh responden
yang terdiri daripada pensyarah penilai. Responden terdiri daripada 70
pensyarah yang menilai Soal selidik ini diberikan kepada pensyarah bagi
tujuan perubahan dan kesan yang berlaku kepada pelajar Diploma
Perakaunan, Diploma Pemasaran Dan Diploma Sains Kesetiausahaan.
Data yang telah dikumpulkan, seterusnya dianalisa menggunakan perisian
Microsoft Excel secara diskriptif seperti min dan peratusan. Populasi kajian
ini terdiri daripada para pensyarah yang menilai pelajar bagi penilaian
selepas tamat latihan industri.
Skala Likert, 5 mata telah digunakan sebagai mengenalpasti tahap
persetujuan responden bagi setiap penyataan. Tahap persetujuan Skala
Likert, 5 mata yang digunakan adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.
4.0 Analisis dan Perbincangan
4.1 Analisa Deskriptif Terhadap Tahap Pemahaman Pelajar Berkaitan
Firma.
81
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 2 menunjukkan analisis tahap pemahaman pelajar
berkaitan latar belakang firma. Keseluruhan dapatan menunjukkan
purata nilai min adalah 4.76 dimana tahap pemahaman pelajar
terhadap syarikat berada pada tahap tinggi. 78.6% pelajar berjaya
membangunkan kandungan yang penuh dan sangat jelas. Ia
merangkumi pengenalan dan latar belakang sejarah syarikat dan
aktiviti yang berkaitan serta penjelasan lengkap fungsi pengurusan.
4.2 Analisa Deskriptif terhadap Tahap Pemahaman Pelajar Berkaitan
Tugasan yang diberikan.
Jadual 3:
Analisis Tahap Pemahaman Pelajar Berkaitan Tugasan yang diberikan
Bil Perkara Tahap Tahap Tahap %
Rendah Sederhana Tinggi
Penjelasan tugas : Pengenalan - 12 3 45
Hubungan antara teori dan tugas
teknikal
1. Gagal mengaitkan antara teori 00 0 00 0
dan tugas teknikal
2. Kekurangan hubungan antara 00 0 00 0
teori dan tugas teknikal
3. Boleh mengaitkan sedikit teori 00 6 00 8.6%
dan tugas teknikal
4. Boleh mengaitkan beberapa 00 0 43 0 61.4%
teori dan tugas teknikal
5. Mampu mengaitkan teori dan 00 0 0 21 30%
tugas teknikal sepenuhnya
Jadual 3 menunjukkan Analisis Tahap Pemahaman Pelajar Berkaitan
Tugasan yang diberikan. Keseluruhan dapatan menunjukkan purata nilai
min adalah 4.21 dimana Tahap Pemahaman Pelajar Berkaitan Tugasan
yang diberikan berada pada tahap tinggi. 61.4% Pelajar boleh mengaitkan
beberapa teori dan tugas teknikal yang dijalankan. Ini menunjukkan para
pelajar faham dan jelas dengan bidang tugas yang diberikan.
82
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.3 Analisa Deskriptif Terhadap Tahap Penguasaan Bahasa oleh Pelajar.
Jadual 4:
Analisis Tahap Penguasaan Bahasa oleh Pelajar
Bil Perkara Tahap Tahap Tahap %
Rendah Sederhana Tinggi 0
Bahasa dan penggunaan 12 3 45 0
5.7%
1. Percubaan pada ayat mudah, 55.7%
banyak kesalahan 38.6%
tatabahasa,
perbendaharaan kata yang 00 0 00
mudah dan sering digunakan
secara tidak sesuai
2. Perenggan penutup kurang
berkaitan dengan topik 00 0 00
laporan
3. Julat sempit, banyak
kesilapan perkataan, istilah
teknikal dan perbendaharaan 00 4 00
kata lain yang sering
digunakan dengan sewajarnya
4. Penguasaan pola ayat yang
ditunjukkan, mungkin
terdapat kesalahan 00 0 39 0
tatabahasa sekali-sekala pada
peringkat ayat
5. Tatabahasa peringkat ayat
bebas ralat, julat kosa kata
yang luas dan lancar,
penggunaan kosa kata yang 00 0 0 27
ringkas dan sesuai,
penggunaan bentuk kata dan
pilihan kata yang betul.
Jadual 4 menunjukkan analisis tahap penguasaan bahasa oleh
pelajar dalam laporan yang dibuat. Keseluruhan dapatan menunjukkan
purata nilai min adalah 4.31 dimana mereka mencapai tahap
penguasaan bahasa yang tinggi. 55.7% peratus pelajar berjaya
menguasai pola ayat yang ditunjukkan, terdapat kesalahan tatabahasa
sekali-sekala pada peringkat ayat. 38.6% pelajar pula mencatatkan
tatabahasa peringkat ayat bebas ralat, julat kosa kata yang luas dan
lancar, penggunaan kosa kata yang ringkas dan sesuai, penggunaan
bentuk kata dan pilihan kata yang betul. Ini menunjukkan tahap
penguasaan bahasa oleh pelajar adalah baik.
83
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.4 Analisa Deskriptif Terhadap Tahap Kemahiran Merumus oleh
Pelajar.
Jadual 5:
Analisis Tahap Kemahiran Merumus oleh Pelajar
Bil Perkara Tahap Tahap Tahap %
Rendah Sederhana Tinggi 0
0
Kesimpulan terdiri daripada : 7.1%
Merumus dan membuat kesimpulan 1 2 3 45 52.9%
41.4%
tentang latihan industri
1. Perenggan penutup tidak 00 0 00
kelihatan
2. Perenggan penutup kurang 00 0 00
berkaitan dengan topik laporan
3. Perenggan penutup teratur dan 00 5 00
meringkaskan perbincangan
laporan serta membuat
kesimpulan
4. Perenggan penutup ringkas dan 0 0 0 37 0
membuat kesimpulan dengan
jelas
5. Perenggan penutup lengkap dan 0 0 0 0 28
membuat kesimpulan yang jelas
dan baik, berkesan serta
menunjukkan kesan laporan
Jadual 5 menunjukkan analisis tahap kemahiran merumus oleh
pelajar. Keseluruhan dapatan menunjukkan purata nilai min adalah 4.32
dimana tahap kemahiran merumus oleh pelajar adalah tinggi. 52.9%
pelajar berjaya merumus penutup ringkas dan membuat kesimpulan
dengan jelas. 41.4% pelajar pula berjaya merumus penutup dengan
lengkap dan membuat kesimpulan yang jelas dan baik, berkesan serta
menunjukkan kesan laporan. Ini menunjukkan tahap kemahiran
merumus oleh pelajar berada pada tahap yang baik.
5.0 Rumusan dan Cadangan
Secara keseluruhannya tahap pretasi penulisan Laporan Latihan Industri
bagi graduan Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran dan Diploma
Sains Kesetiausahaan, Politeknik Port Dickson semasa Pandemik Covid
19 berada pada tahap tinggi. Kesemua elemen penilaian termasuk
pemahaman terhadap latarbelakan syarikat, pemahaman terhadap
bidang tugas, penguasaan bahasa dan kemahiran merumus mencatatkan
min pada tahap tinggi melebihi nilai 4.0. Ini menunjukkan tahap pretasi
penulisan Laporan Latihan Industri berada pada tahap yang baik.
Objektif kajian ini telah dapat dicapai dengan jayanya.
84
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Berdasarkan dapatan dari aspek penguasaan bahasa, peratusan pelajar
yang mungkin terdapat kesalahan tatabahasa sekali-sekala pada
peringkat ayat adalah tinggi iaitu 55.7%. Sehubungan itu suatu usaha
perlu dilakukan dengan meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan
tatabahasa agar kesalahan ini dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Ini adalah kerana tatabahasa menyumbang kepada kualiti penulisan yang
dihasilkan terutama penulisan ilmiah seperti ini.
Rujukan
Effah et al. (2014). Issues of the industrial Training Programmed of
Polytechnics in Ghana: The Case of Kumasi Polytechnic. Journal of Education
and Practice, 5 (5), 39-46.
Garis Panduan Latihan Industri (2013). Jabatan Pengajian Politeknik,
Kementerian Pengajian Tinggi
Jalani et al. (2017). Effectiveness of the Structured Internship Program for
Engineering Technology Students in University Tun Hussein Onn Malaysia.
Advanced Science Letters, 23 (9).
Kementerian Pengajian Tinggi, (2015). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) PUTRAJAYA: KPT
Mohlis (2013). Garis Panduan Latihan Industri (2013). Jabatan Pengajian
Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi
Muzafar Mat Yusof (2018), Refleksi Pelajar Terhadap Keberkesanan Kursus
Latihan Industri: Kajian Kes Pelajar Politeknik Muadzam Shah. Malaysian Online
Journal of Education, Vol. 2, No. 2 (2018), 46-54.
Osman et al (2016). The Effectiveness of industrial Training from the Perspective
of Students of the Civil and structure Engineering Department. Journal of
Engineering Science and Technology, 11 (Special Issue on Pendidikan dan Alam
Bina), 1-12.
Warinda, T. (2013). Accounting Student’s Evaluation of Internship Experiences from A
Skills Perspective. International Journal of Asian Social Science, 3
(3), 783-799
85
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Laporan Kajian Dan Analisis Pasaran Program, Program
Pengajian Sijil Teknologi Elektrik (SKE) Di Kolej Komuniti
Kuala Terengganu
Abdullah Bedul1*, Nor Azarina Nordin2, Mohd Zuhairi Mustafa3
123Kolej Komuniti Kuala Terengganu
*[email protected]
Abstrak
Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah sebuah kolej komuniti rintis telah menawarkan
program Sijil Teknologi Elektrik mulai tahun 2001. Bagi memastikan program yang sedang
ditawarkan kekal relevan dengan kehendak tenaga kerja negara, maka kajian dan analisis
pasaran program Sijil Teknologi Elektrik telah dilakukan. Data-data berkaitan guna tenaga
mengikut tahap kemahiran telah diperolehi dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB2030) dan Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh
(ILMIA) bagi memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran kerja
(objektif 1). Hasil analisis data yang diperolehi dari WKB2030 menunjukkan penggunaan
tenaga kerja mahir yang ketara bermula tahun 2000 hingga 2018. Menurut ILMIA, 1.5 juta
pekerjaan dianggarkan tersedia pada tahun 2020 dimana 60% adalah memerlukan
kemahiran TVET. Instrumen soal selidik (kuantitatif) telah di edarkan secara atas talian
kepada 40 orang responden bagi mendapatkan maklum balas pasaran terkini berkaitan
dengan program yang ditawarkan (objektif 2). Responden merupakan majikan pelajar Kolej
Komuniti Kuala Terengganu yang menjalani latihan industri dalam industri tempatan. Data
yang dianalisis menunjukkan asas teori dan pratikal memenuhi sepenuhnya 90% dan
memenuhi sebahagian 10%. Manakala 100% bersetuju dengan program yang ditawarkan
sesuai dalam keadaan semasa dan jangka masa pengajian 2 tahun. 80% bersetuju bagi
tempoh Latihan Industri selama 4 bulan. 95% bersetuju program yang ditawarkan sesuai
berkerja dalam industri. Selain itu, 100% responden berpendapat sijil ini sesuai untuk
dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi, diploma 90% dan ijazah 10%. Responden juga
mencadangkan penambahbaikan program ini dengan meningkatkan pengetahuan teknikal
yang terkini dan memperbanyakkan latihan pratikal sebelum menjalankan latihan
industri.Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil Teknologi Elektrik di
Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah mencapai objektif yang diharapkan.
Kata kunci: Analisis pasaran, Siji Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Kuala Terengganu
1.0 Pengenalan
Kolej Komuniti Kuala Terengganu salah sebuah kolej komuniti rintis telah
menawarkan program Sijil Teknologi Elektrik mulai tahun 2001. Bagi
memastikan program yang sedang ditawarkan kekal relevan dengan
kehendak guna tenaga negara, kajian dan analisis pasaran program
pengajian Sijil Teknologi Elektrik telah dilaksanakan pada tahun 2021 selaras
dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) untuk tahun 2021–2025.
Dapatan kajian ini dilaksanakan secara dalam atas talian disebabkan
kekangan untuk bersemuka akibat pandemik Covid19 disamping bagi
memaksimumkan jumlah responden di samping memudahkan proses
analisis dapatan kajian.
86
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Objektif kajian pasaran bagi program ini dilaksanakan adalah
bertujuan untuk mendapatkan data dan sumber rujukan lain seperti Unit
Perancang Ekonomi (EPU) seperti Wawasan Kemakmuran Bersama
(WKB2030), Institut Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) dan
sebagainya dalam memastikan program yang ditawarkan memenuhi
kehendak pasaran tenaga kerja negara.
Mendapatkan maklum balas pasaran terkini dari pihak industri yang
berkaitan dengan Program Pengajian Sijil Teknologi Elektrik dan pihak
industri ini merupakan tempat pelajar menjalani latihan industri dan
berkerja dengan mereka selepas menamatkan pengajian SKE di Kolej
Komuniti Kuala Terengganu.
2.0 Sorotan Kajian
Banyak program yang ditawarkan oleh institusi awan dan swasta yang
tidak mendapat sambutan dari organisasi atau industri sama ada industri
tempatan atau antarabangsa. Ini disebabkan oleh graduan yang dihasilkan
tidak memenuhi keperluan majikan dari segi kemahiran teknikal dan
kemahiran generic.
Menurut kajian yang dilakukan oleh pihak Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (MTEN), terdapat lima faktor yang menyebabkan graduan sukar
mendapat untuk mendapatkan pekerjaan iaitu kekurangan kemahiran dan
pengalaman kerja, ketidaksepadanan antara keperluan industri dengan
bidang pengajian graduan, kurang keupayaan untuk berkomunikasi dengan
baik terutamanya dalam Bahasa Inggeris, sikap negatif sesetengah graduan
terhadap pekerjaan dan kurangnya kesedaran dan pengetahuan tentang
wujudnya pelbagai bidang pekerjaan.
Menurut Laporan pengesanan Graduan KPT 2020, bagi status
pekerjaan Graduan TVET 2020 peringkat sijil/ Tahap 1 – 3 mengikut kategori
ILKA, kadar kebolehpasaran graduan tertinggi bagi peringkat sijil ialah kolej
komuniti (94.1%; 5885 graduan) dimana graduan yang berkerja 73.8%,
melanjutkan pengajian 19.5%, meningkatkan kemahiran 0.1%, menunggu
penempatan berkerja 0.7% dan yang tidak berkerja Cuma 5.9% sahaja.
Kajian Pasaran Analisis Program SKE ini merupakan keperluan bagi
program yang terlibat dengan Akreditasi TTAC, MBOT(KPT.JPP(0).601-
5/2/44.Jld.2(51).
3.0 Metodologi Kajian
Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian kualitatif dan kajian
kuantitatif. Di mana kajian kualitiatif dengan mendapatkan data dari sumber
agensi-agensi Unit Perancang Ekonomi seperti Wawasan Kemakmuran
Bersama (WKB 2030), Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perangkaan
Negara, Institut Makluman Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Pelan Induk
ECER 2.0 Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) (2018-2025) dan Laporan
Pegesanan Graduan KPT 2020 Kementerian Pengajian Tinggi.
Kajian kuantitatif melibatkan 40 responden pihak industi yang terdiri
dari industri tempatan yang banyak terlibat dengan pelajar Kolej Komuniti
Kuala Terengganu di mana pihak industri dibekalkan dengan borang soal
selidik secara dalam atas talian kepada mereka . Soalan bahagian A terdiri
daripada maklumat responden. Manakala bahagian B terbahagi kepada 3
87
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
bahagian iaitu bahagian pertama berkaitan kandungan dan kesesuaian
program dengan keperluan industri. Bahagian kedua berkaitan peluang
kerjaya dan bahagian ketiga meliputi lain-lain perkara berkaitan pasaran
graduan terhadap industi/majikan.
Data-data yang diperolehi dianalisis diterjemah dalam bentuk
bilangan responden dan peratus. Bahagian terakhir ialah cadangan
penambahbaikan responden untuk graduan, bidang Sijil Teknologi Elektrik
Kolej Komuniti Kuala Terengganu.
4.0 Analisis dan Perbincangan
Mengikut Data daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB 2030). Peratus Guna Tenaga mengikut Tahap
Kemahiran menunjukan peningkatan pengguna tenaga mahir yang ketara
bermula tahun 2000 hingga 2018 berbanding pada tahun sebelum tahun
2020. Data juga menunjukkan bahawa peratus guna tenaga mengikut
pencapaian pendidikan tertiari menunjukkan peningkatan berbanding guna
tenaga yang tiada pendidikan rasmi. Berikut adalah graf yang terdapat WKB
2030.
Rajah 1: Graf Peratus Guna Tenaga Mengikut Pencapaian Pendidikan.
1982-2018
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
88
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Rajah 2: Graf Peratus Guna Tenaga Mengikut Tahap Kemahiran, 1982-2018
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Dengan Penawaran Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Kuala
Terengganu adalah selari dengan WKB 2030 untuk meningkatkan Guna
Tenaga mahir dikalangan komuniti Kuala Terengganu secara khusus dan
Terengganu secara amnya. Antara Teras Strategik WKB 2030 adalah Modal
insan adalah seperti berikut:
Rajah 3: Teras Strategik WKB 2030
Sumber: WKB 2030
Penawaran Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Kuala Terengganu
adalah selari dengan Teras Strategik Ketiga WKB 2030 di mana sekurang-
kurangnya 60% lepasan SPM melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET.
Penawaran khusus ini juga memenuhi majoriti tenaga kerja dalam pekerjaan
berkemahiran tinggi dan sektor ekonomi masa hadapan adalah Bumiputera
89
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
kerana majoriti komuniti di Kuala Terengganu adalah Bumiputera. WKB 2030
menyatakan bahawa Pendidikan & TVET merupakan Pemboleh Daya 5 untuk
meningkatkan jumlah guna tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri.
Usaha untuk membangunkan kemampuan rakyat dan menggalakkan
kemasukan pelajar ke aliran TVET.
Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh(ILMIA) adalah
bertanggungjawab untuk membangunkan modal insan dari segi
pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam ekonomi global. ILMIA adalah
memfokuskan untuk menambah baik TVET bagi memenuhi keperluan
industri. Pada tahun 2018, ILMIA menyatakan 1.5 juta pekerjaan
dianggarkan tersedia pada tahun 2020 dimana 60% adalah memerlukan
kemahiran dalam TVET. ILMIA 2018 juga menyatakan 3 cabaran dalam
memperkasa sistem TVET di malaysia iaitu:-
i. TVET dipandang sebagai jalan terakhir dalam sistem pembelajaran oleh
pelajar mahupun ibubapa. Stigma negatif adalah TVET adalah
merupakan untuk pelajar yang mempunyai keupayaan akademik
sederhana atau rendah.
ii. Kualiti graduan TVET yang tidak konsisten daripada segi keupayaan
dan kemahiran.
iii. Gaji yang rendah dimana 28% graduan TVET memperolehi gaji di
bawah RM1000 dan 45 % adalah diantara RM1000 hingga RM1500.
Sumber : ILMIA(2018)
ILMIA (2018) menyatakan sebanyak 92% graduan TVET berupaya
mendapat pekerjaan dengan 8% lagi melanjutkan pelajaran. Dengan
Penawaran Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Kuala Terengganu
adalah selari ILMIA (2018) untuk meningkatkan graduan dalam bidang
teknologi elektrik dikalangan komuniti Kuala Terengganu secara khusus dan
Terengganu secara amnya dalam memenuhi peningkatan keperluan industri
teknologi elektrik.
Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi teras utama dalam inisiatif
pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sejak penubuhannya
2008 yang lepas. Dalam pelan induk 2018-2025, sebanyak 120,000 peluang
pekerjaan ditawarkan. Peluang pekerjaan yang tinggi di bawah pelan Induk
ECER 2.0 ini sebagai kebolehpasaran graduan Sijil Teknologi Elektrik di Kolej
Komuniti Kuala Terengganu. Sejak tahun 2008 sehingga kini, pihak Majlis
Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah berjaya
membina asas yang kukuh untuk membangunkan landskap sosioekonomi
ECER berlandaskan Pelan Induk ECER 1.0 (2008-2017) dan sebanyak
149,400 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan.
90
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Rajah 4: Inisiatif Strategik Utama di bawah Pelan Induk ECER 2.0
Sumber: Pejabat Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
Terdapat 6 Inisiatif Strategik Utama di bawah Pelan Induk ECER 2.0
dan salah satu ialah Meningkatkan Produktiviti Pekerjaan iaitu
meningkatkan aktivti bernilai tinggi, kemahiran pekerja dan kemasukan
pekerja berpengetahuan. Sehubungan itu, dengan penawaran Sijil Teknologi
Elektrik di Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah selari Pelan Induk 2.0
untuk meningkatkan graduan dalam kemahiran bidang teknologi elektrik.
Bidang teknolgi elektrik adalah meluas dan graduan berpeluang
mendapatkan pekerjaan di bawah Pelan Induk ECER 2.0 ini.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pasaran graduan program
Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Kuala Terengganu melalui maklum balas
yang diberikan oleh majikan dan industri setempat.
Analisa data latar belakang responden. Data ini meliputi maklumat
industri sebagai responden utama dalam kajian ini. Sebanyak 40 (100%)
responden terdiri dari industri tempatan manakala 0 (0%) responden adalah
dari industri milik asing.
Jenis Pemilikan Organisasi /
Industri (Bilangan)
50 40
40
30
20
10
0
Industri milik tempatan Industri milik asing
Rajah 5: Jenis Pemilikan Organisasi/Industri
Pada bahagian I terdapat 4 item soalan yang telah dibina. Soalan
pertama adalah seperti berikut;
91
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
1. Adakah program yang ditawarkan memenuhi asas-asas teori dan praktikal
dalam bidang berkenaan?
Memenuhi asas-asas teori dan praktikal
dalam bidang berkenaan (%)
100 90
80
60
40 0
20 10
Tidak memenuhi
0 langsung
Memenuhi sepenuhnya Memenuhi sebahagian
Rajah 6: Memenuhi asas-asas teori dan pratikal dalam bidang berkenaan
Rajah 6 menunjukkan sebanyak 36 (90%) responden berpendapat
bahawa program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej Komuniti
Kuala Terengganu memenuhi sepenuhnya berkaitan asas-asas teori dan
praktikal dalam bidang berkenaan. Manakala sebanyak 4 (10%) menjawab
memenuhi sebahagian dan tiada menjawab tidak memenuhi langsung. Dapat
disimpulkan bahawa para majikan menunjukkan mereka berpuas hati
dengan kandungan program yang ditawarkan memenuhi asas-asas teori dan
praktikal dalam bidang ini.
2. Adakah program yang ditawarkan sesuai dalam keadaan semasa?
Program yang ditawarkan sesuai dalam
keadaan semasa (%)
100
100
50
0
Ya Tidak
Rajah 7: Program yang ditawarkan sesuai dalam keadaan semasa
Rajah 7 menunjukkan semua responden iaitu 40 (100%) responden
bersetuju bahawa program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej
92
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Komuniti Kuala Terengganu adalah bersesuaian dalam keadaan semasa. Ini
kerana pihak jabatan telah melaksanakan semakan kurikulum dari semasa
ke semasa bersama pihak industri agar kurikulum yang ditawarkan
memenuhi kehendak pasaran sekarang.
3. Adakah anda berpendapat program yang ditawarkan ini mencukupi dari
segi jangka masa pengajian?
Adakah anda berpendapat program yang
ditawarkan ini mencukupi dari segi jangka
masa pengajian? (%)
100
100
0
Ya Tidak
Rajah 8: Pendapat program yang ditawarkan ini mencukupi dari segi jangka
masa pengajian
Semua majikan memberi maklum balas yang positif dengan bersetuju
bahawa program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej Komuniti
Kuala Terengganu mencukupi dari segi jangka masa pengajian. Ini kerana
menurut pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) menyatakan bahawa
tempoh masa pengajian bagi peringkat sijil adalah 2 tahun.
4. Adakah anda berpendapat program yang ditawarkan ini mencukupi dari
segi tempoh latihan industri?
Program yang ditawarkan ini mencukupi
dari segi tempoh latihan industri (%)
100 80
20
0
Ya Tidak
Rajah 9: Program yang ditawarkan mencukupi dari segi tempoh Latihan
industri
Bagi tempoh perlaksanaan latihan industri pula, sebanyak 32 (80%)
responden bersetuju bahawa program yang ditawarkan mencukupi dari segi
tempoh latihan industri iaitu selama hampir 4 bulan iaitu 14 minggu.
Manakala 8 (20%) responden berpendapat bahawa tempoh latihan industri
perlu dipanjangkan kepada 6 bulan atau lebih bagi menambah dan
meningkatkan lagi kemahiran pelajar disamping meningkatkan kemahiran
pelajar.
93
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Pada bahagian ini, terdapat beberapa 5 soalan yang disediakan bagi
menjawab persoalan pengkaji berkaitan peluang kerjaya. Berikut adalah
soalan yang disediakan untuk pihak responden menjawabnya.
1. Adakah graduan program ini sesuai bekerja di organisasi anda? Jika ya,
nyatakan dalam bidang apa?
Bidang graduan program ini sesuai
bekerja di organisasi (%)
95
100
50
5
0
Bidang Elektrik Bidang Penghawa Dingin
Rajah 10: Bidang graduan ini berkerja di organisasi
Sebanyak 38 (95%) responden menyatakan bahawa graduan sesuai
dalam semua bidang pekerjaan melibatkan elektrik iaitu juruelektrik,
juruteknik elektrik, penolong penyelia elektrik. Ada dua orang responden (5%)
menyatakan dengan khusus graduan kolej komuniti sesuai bekerja dalam
bidang penghawa dingin.
2. Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan program ini?
Contoh: (pendawaian elektrik, penyelenggaraan dan pemasangan seperti
pemasangan CCTV, pemasangan sistem keselamatan, pemasangan
penghawa dingin, pemasangan sistem pencegah kebakaran)
Jawatan yang sesuai di organisasi bagi graduan
program ini (%)
Semua CCTV, ‘autogate’, Pendawaian
jawatan yang ‘autodoor’, smart Elektrik, 52.5
dinyatakan,
tv’, 5 Pendawaian Elektrik
22.5 Pendawaian Elektrik dan pemasangan
Pendawaian penghawa dingin
Elektrik dan
pemasangan
penghawa dingin
, 20
Rajah 11: Jawatan yang sesuai di organisasi bagi graduan ini
94
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Peratusan yang paling tinggi adalah responden memilih adalah jawatan
sebagai Pendawaian Elektrik iaitu sebanyak 21 (52.5%) kerana para graduan
mempunyai semua asas dalam pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa
seperti di Rajah 11. Sebanyak 8 (20%) pihak responden memilih graduan
sesuai ditawarkan dalam bidang pekerjaan Pendawaian Elektrik dan
pemasangan penghawa dingin. Manakala sebanyak 2 (5%) responden
menyatakan para graduan sesuai dalam bidang melibatkan CCTV, ‘autogate’,
‘autodoor’, smart tv’. Selebihnya iaitu 9 (22.5%) menyatakan graduan program
Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu
adalah sesuai untuk semua jawatan yang dinyatakan.
3. Berapa banyak jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh
graduan program ini?
Bilangan jawatan yang sesuai diisi dalam
organisasi oleh graduan program (%)
5
17.5
77.5
1 – 3 Jawatan 4 – 6 Jawatan 7 – 9 Jawatan 10 – 12 Jawatan
Rajah 12: Bilangan jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi oleh
graduan program
Merujuk Rajah 12, sebanyak 31 (77.5%) responden menawarkan 1-3 jawatan
kepada graduan. Manakala sebanyak 7 (17.5%) menawarkan 4-6. Manakala
2 (5%) memilih untuk menawarkan 7-9 jawatan kepada graduan Kolej
Komuniti Kuala Terengganu dalam bidang Sijil Teknologi Elektrik. ada
responden menyatakan pendapat mereka diruangan yang disediakan iaitu
kurang sesuai kerja elektrik kuasa dan untuk sijil syarikat responden
menyatakan graduan berjawatan pembantu juruteknik kerana juruteknik di
syarikat responden perlu mempunyai sekurang-kurangnya diploma.
4. Apakah pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini?
Pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada
graduan (%)
60 45 50
40
20 5 RM1,001-1,500 RM1,501-2,000 0
RM2,001-2,500
0
kurang RM1,000
Rajah 13 : Pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan
95
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Pihak responden juga perlu menjawab soalan pendapatan yang sesuai
ditawarkan kepada graduan ini. Rajah 13 menunjukkan 18 (45%) responden
menawarkan pendapatan kepada graduan program Sijil Teknologi Elektrik
sebanyak RM1,001 hingga RM1,500, 20 (50%) menawarkan pendapatan
sebanyak RM1,501 hingga RM2,000, manakala 2 (5%) pula menawarkan
pendapatan kurang daripada RM1,000. Kerajaan Malaysia telah menetapkan
tangga gaji minima kepada para majikan untuk diberikan kepada para
pekerja mereka. Ada responden menyatakan pendapatan akan bertambah
jika melakukan ‘overtime’.
5. Adakah program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih
tinggi?
Program ini sesuai untuk dilanjutkan ke
peringkat yang lebih tinggi (%)
100
100
50
0 0
Ya Tidak
Rajah 14 : Program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih
tinggi
Hasil daripada maklumbalas, 100% responden bersetuju bahawa
program Sijil Teknologi Elektrik sesuai dilanjutkan ke peringkat lebih tinggi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa program ini sesuai untuk dilanjutkan
ke peringkat yang lebih tinggi. Sijil yang ditawarkan ini adalah mendapat
pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan
membolehkan para pelajar menyambung pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi iaitu diploma dan seterusnya.
Peringkat pengajian yang dicadangkan
Peringkat pengajian yang
dicadangkan (%)
10
Diploma 90
Ijazah
Rajah 15 : Peringkat pengajian yang dicadangkan
96
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Peringkat pengajian yang dicadangkan adalah Diploma sebanyak 36 (90%)
dan selebihnya peringkat Ijazah iaitu sebanyak 4 (10%).
Dalam bahagian 3 ini terdapat tiga soalan utama responden memberi
maklumbalas berkaitan 3 persoalan iaitu penajaan pelajar dalam bidang
elektrik, galakan staf atau arahkan untuk mengikuti program elektrik dan
adakah program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej Komuniti
Kuala Terengganu mampu menghasilkan graduan yang diperlukan oleh pihak
majikan.
Aspek Mempunyai Menggalakkan Program ini
penajaan kakitangan dapat
dalam bidang mengikuti menghasilkan
program ini
ini graduan yang
(%) diingini
(%) (%)
Ya 27.5 92.5 97.5
Tidak 72.5 7.5 2.5
Jumlah 100 100 100
Organisasi mempunyai penajaan pelajar (%)
Ya, 27.5
Tidak, 72.5
Ya Tidak
Rajah 16 : Organisasi mempunyai penajaan pelajar
Menurut dapatan kajian ialah 11 responden (27.5%) iaitu majikan
menyediakan penajaan kepada pelajar dalam bidang elektrik ini. Manakala
selebihnya iaitu 29 (72.5%) majikan menyatakan mereka tidak mempunyai
penajaan kepada pelajar.
Menggalakkan kakitangan mengikuti program ini
(%)
Tidak, 3.2
Ya, 92.5
Ya Tidak
Rajah 17 : Menggalakkan kakitangan mengikuti program ini
97
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Analisis Kajian Pasaran terhadap menggalakkan kakitangan atau rakan
untuk mengikuti program ini menunjukkan keputusan seperti Rajah 17.
Majoriti iaitu 37 (92.5%) responden menggalakkan kakitangan atau rakan
mereka untuk mengikuti program ini. Ini menunjukkan kerana graduan
program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuala
Terengganu kekal releven untuk komuniti setempat di Kuala Terengganu
setelah menjalani latihan industri di organisasi mereka. Ini kerana reskilling
dan upskilling adalah perkara yang penting dalam meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan pekerja mereka. Hanya 3 (7.5%) responden yang menjawap
tidak. Dari hasil kajian didapati alasan responden memilih Tidak adalah
seperti responden lebih galakkan pekerja mengambil sijil kompeten PW4 dan
keatas melibatkan pendawaian elektrik kuasa dan ke pusat latihan
kemahiran yang menawarkan sijil PW atau A0.
Program ini dapat menghasilkan graduan yang
diingini
(%)
Tidak, 2.5
Ya, 97.5
Ya Tidak
Rajah 18 : Program ini dapat menghasilkan graduan yang diingini
Soalan kajian terakhir bagi bahagian ini ialah program ini dapat
menghasilkan graduan yang diingini. Dapatan kajian menyatakan bahawa
program ini dapat menghasilkan graduan yang diinginkan oleh pihak majikan
sebanyak 97.5% dan selebihnya 1 majikan memilih Tidak (2.5%) seperti di
rajah 18. Majikan yang memilih Ya menyatakan bahawa graduan
berkebolehan dalam bidang teknikal khususnya pendawaian dan
pemasangan elektrik, pasang sendiri penghawa dingin tanpa pegawasan dan
graduan boleh melakukan kerja dengan baik. Manakala responden yang
memilih Tidak ini menyatakan bahawa lepasan graduan program ini tiada sijil
kompeten (seperti PW) untuk pendawaian, maka bidang kerja graduan
terhad.
5.0 Rumusan dan Cadangan
Responden yang pernah menerima pelajar Kolej Komuniti Kuala
Terengganu dalam program Sijil Teknologi Elektrik diminta untuk memberi
pendapat berkenaan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi
meningkatkan kualiti kebolehpasaran program ini. Pelbagai maklum balas
yang diberikan oleh pihak industri dalam meningkatkan kebolehpasaran para
graduan. Diantara penambahbaikkan yang dicadangkan oleh pihak industri
antaranya adalah meningkatkan pengetahuan teknikal pelajar dan
kandungan silibus yang dipelajar mengikut teknologi terkini. Ini kerana
98
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
bidang teknologi teknologi elektrik telah berkembang pesat dan oleh yang
demikian pendedahan berkaitan teknologi perlu seiring dengan peredaran
semasa.
Responden juga mencadangkan latihan berkaitan pendawaian
hendaklah diperbanyakkan sebelum pelajar menjalani latihan industri.
Responden secara keseluruhan mencadangkan latihan industri dipanjangkan
lebih 14 minggu untuk pelajar menimba lebih kemahiran dan pengalaman.
Pelbagai maklum balas yang diterima daripada pihak industri dan majoriti
responden selaku pihak majikan berpuas hati dengan tahap kemahiran yang
ada bagi pelajar Kolej Komuniti Kuala Terengganu dalam program Sijil
Teknologi Elektrik.
Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil Teknologi
Elektrik (SKE) di Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah mencapai objektif
yang diharapkan di mana analisis sumber data dan analisis kajian pasaran
dari industri/majikan menunjukkan program ini mempunyai permintaan
industri dan memenuhi keperluan pasaran guna tenaga kerja negara.
Terdapat beberapa implikasi yang boleh diambil kira berkaitan
penawaran program pengajian ini melibatkan aspek-aspek berikut
diantaranya tenaga pengajar yang disediakan di Kolej Komuniti Kuala
Terengganu adalah berkemahiran tinggi bagi aspek teori dan amali
khususnya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Selain itu, pakar industri
berkaitan bidang tertentu juga turut bersama-sama berganding bahu dalam
menjayakan program tvet yang melibatkan bidang kemahiran dan kerjaya.
Tenaga pengajar juga perlu diberikan pendedahan terhadap industri
secara berkala. Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) yang
membenarkan pensyarah melakukan latihan amali di industri amat baik. Ini
membolehkan teknologi terkini dalam bidang elektrik dapat diterima oleh
pensyarah dan seterusnya dikongsi bersama rakan sekerja dan yang paling
penting para pelajar mendapat ilmu terkini daripada para pensyarah.
Infrastruktur dan fasiliti seperti kemudahan asas yang terdapat di kawasan
Daerah Kuala Terengganu seperti air, elektrik, talian telekomunikasi dan
jalan adalah sangat baik kerana Kolej Komuniti Kuala Terengganu terletak di
tengah bandar Kuala Terengganu. Kemudahan awam pengangkutan pula
seperti bas dan teksi adalah sangat baik. Perkhidmatan bas ekspress juga
disediakan iaitu dari Kuala Terengganu ke seluruh semenanjung Malaysia.
Selain itu, kemudahan awam seperti balai polis, bomba dan penyelamat,
hospital dan klinik kesihatan juga tersedia dalam keadaan sangat baik dan
berdekatan dengan bangunan kolej. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa
Daerah Kuala Terengganu mempunyai kemudahan infrastuktur dan fasiliti
yang sangat baik dan sesuai dengan penubuhan Kolej Komuniti Kuala
Terengganu.
Penawaran program Sijil Teknologi ELektrik di Kolej Komuniti Kuala
Terengganu akan menyokong perancangan pembinaan projek berimpak tinggi
seperti Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Selain itu, pembangunan
kurikulum TVET perlu ditransformasikan untuk memenuhi permintaan
industri bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Lokasi Kuala Terengganu ialah sebuah daerah di Negeri Terengganu
yang luasnya lebih kurang 60, 528.1 hektar persegi dan merupakan Ibu
Negeri bagi Negeri Terengganu. Dari sumber https://www.data.gov.my/,
99
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
terdapat 2 kawasan perindustrian di Kuala Terengganu yang masih sedang
pesat membangun iaitu Gong Badak dan Batu Rakit. Manakala kawasan
perindustri sedia ada di Kuala Terengganu ialah kawasan Perindustrian
Chendering. Peningkatan kepada pembangunan di bandar sebagai salah satu
faktor penubuhan Kolej Komuniti Kuala Terengganu agar menyumbang
graduan yang memnuhi keperluan industri tempatan.
Secara keseluruhannya, dapatan dari kajian ini boleh dijadikan asas
rujukan kepada pihak Jabatan Pengurusan Kolej Komuniti dan Politeknik
(JPPKK) dalam membuat keputusan terhadap program Sijil Teknologi Elektrik
yang tawarkan atau diteruskan penawaran di Kolej Komuniti Kuala
Terengganu pada masa akan datang. Selain dari itu dapatan kajian
menunjukkan program Sijil Teknologi Elektrik yang ditawarkan di Kolej
Komuniti Kuala Terengganu memenuhi sepenuhnya berkaitan asas-asas teori
dan praktikal dalam bidang berkenaan dan bersesuaian dalam keadaan
semasa. Kajian ini juga dapat membuktikan bahawa graduan yang dilahirkan
dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu dapat memenuhi permintaan industri
serta keperluan pasaran guna tenaga kerja negara.
Rujukan
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. (2019.) Penyusun semula keutamaan
pembangunan Malaysia: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
Kajian Pembangunan Pelan Induk Kebangsaan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) ke Arah Negara Maju. (2018): Institut Maklumat dan
Analisa Pasaran (ILMIA)
Malaysia Education Blueprint 2015-2025. (2015) : Ministry of Higher
Education
Pelan Induk Ecer 2.0, 2018-2025, Lonjakan Seterusnya (The Next Leap),
Wilayah Ekonomi Pantai Timur, https://www.ecerdc.com.my/about-
ecer/master-plan-2-0/
Laporan Pengesanan Graduan TVET 2020. (2021) : Kementerian Pengajian
Tinggi
Kajian Kepuasan Majikan Terhadap Graduan Politeknik Kementerian
Pendidikan Tinggi Malaysia, Kajian Di Politeknik Mersing. (2015) :Politeknik
Mersing
Muhamad Hazrul Ismail. (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah
di Malaysia: Tinjauan dari Perspektif Majikan : Prosiding Perkem VII, Jild
2(2012) 906-962X
100
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Penyampaian Kursus Pendek Masakan Bagi
Program Keusahawanan Komuniti (PKK) 2021:
Penerimaan Peserta Terhadap
Kaedah Demonstrasi Secara Video Di Era Pandemik Covid-19
Siti Salwa Binti Mehat1*, Nur Sabrina Binti Che Abd Halim2,
Kalsom Binti Othman3
123Kolej Komuniti Nibong Tebal
*[email protected]
Abstrak
Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
berperanan sebagai instusi pendidikan yang melahirkan usahawan di kalangan komuniti
setempat melalui program dan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Program
Keusahawanan Komuniti (PKK) bertujuan melahirkan komuniti berbudaya usahawan di
samping membantu mereka menjana pendapatan. Seramai 15 peserta yang ditetapkan oleh
JPPK bagi menyertai program ini. Pelaksanaan kursus semasa pandemik Covid-19
merupakan satu cabaran kepada KKNT disebabkan kelas tidak boleh diadakan secara
bersemuka. Pemasalahan ini bermula daripada pemilihan peserta sehingga pelaksanaan
kelas masakan yang kesemuanya dijalankan secara atas talian. Jadi, kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti penerimaan penyampaian kursus masakan melalui kaedah
demonstrasi secara video. Selain itu, kajian ini juga melihat sejauh mana cabaran yang
dihadapi peserta semasa kelas dilaksanakan serta usaha kendiri yang ditunjukkan dalam
mempraktikkan ilmu yang dipelajari untuk penilaian pengajar. Data kajian dikumpul
melalui soal selidik kepada semua peserta selepas program tamat. Soal selidik
menggunakan aplikasi google form diedarkan kepada peserta. Soal selidik cenderung
mempersoalkan penerimaan, cabaran dan inisiatif peserta terhadap penyampaian
demostrasi secara video kursus pendek masakan yang dijalankan secara dalam talian.
Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui perisian IBM SPSS
(Statistical Package for the social Science) versi 26. Hasil dapatan kajian dibentangkan
mengikut tahap skor min. Manakala rekabentuk kajian ini adalah bersifat kuantitatif.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa masa yang ditetapkan untuk melaksanakan tugasan
bagi setiap minggu adalah mencukupi. Responden berasa selesa mempelajari kursus
pendek masakan dengan melihat video yang dikongsi pensyarah dan responden setuju
dengan kaedah melihat demonstrasi video adalah lebih mudah kerana boleh mengulangi
dengan melihat video sekiranya pemahaman kurang jelas. Kesimpulannya, dapatan kajian
ini mendapati peserta program PKK bersedia menerima kaedah pengajaran secara video
dan kelas secara atas talian semasa keadaan norma baharu ini. Namun begitu, kaedah
demonstrasi secara bersemuka menjadi pilihan utama peserta sekiranya diberi pilihan oleh
pihak penganjur.
Kata Kunci: Kursus Pendek, Demonstrasi, Video, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
101
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
1.0 Pengenalan
Program Keusahawanan Komuniti (PKK) adalah satu program anjuran
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Bahagian Kurikulum, Jabatan
Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian
Tinggi. Program ini adalah suatu usaha murni bagi menbudayakan
keusahawanan di kalangan masyarakat Malaysia dalam menghadapi
persaingan globalisasi masa kini (H.Hazwani & B.N. Aishah, 2018).
Masyarakat perlu menambah nilai dan kemahiran dalam diri untuk
memenuhi keperluan industri agar dapat bersaing secara seimbang selari
dengan revolusi industri 4.0. Pembelajaran sepanjang hayat menyediakan
peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan pendidikan dan
kemahiran melalui kursus pendek yang ditawarkan di mana masyarakat
boleh kembali ke institusi pendidikan yang menawarkan kursus yang
berkaitan (Halili et al., 2012).
Program Keusahawanan Komuniti (PKK) menjadi fokus utama di kolej
komuniti untuk melahirkan usahawan yang berjaya. Sehubungan dengan
itu, Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) telah memilih bidang Kulinari
sebagai hub pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti di mana
konsep pembelajaran adalah secara bermodular. Penyampaian pengajaran
adalah melalui kursus pendek selama dua bulan pada setiap hujung
minggu melibatkan modul kulinari dan keusahawanan. Peserta akan
didedahkan dengan kursus kemahiran menghasilkan produk,
penyimpanan, pembungkusan seterusnya ke peringkat pemasaran.
Pembelajaran dan pengajaran berkonsepkan amali dan teknikal yang
berlangsung di dalam bengkel masakan adalah sinomin dengan bidang
kulinari. Tambahan lagi bidang ini sangat senang dipraktikkan secara
kaedah bersemuka. Namun, terdapat kekangan apabila negara dilanda
pandemik COVID-19 pada bulan Februari 2020, Kerajaan Malaysia
mengisyhtiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara pada
tempoh masa yang panjang (Awang et al., 2021). Oleh hal yang demikian,
kursus pendek masakan bidang Kulinari terpaksa dijalankan secara atas
talian. Peserta program perlu mempraktikkan kembali (hands on) teknik dan
ilmu yang diajar oleh pensyarah secara atas talian menerusi video
demostrasi masakan yang dirakam. Para peserta perlu mempraktikkan
kemahiran dan resepi yang dipelajari di rumah serta merakam video
masakan yang dihasilkan dan menghantar ke pautan link Facebook Page
yang disediakan bagi pemantauan dan penilaian oleh pensyarah.
Satu pendekatan baru telah dijalankan bagi melaksanakan kursus
pendek masakan ketika kerajaan menetapkan Prosedur Operasi Standard
(Standard Operation Procedur -SOP) bagi mengekang penularan covid-19.
Kaedah penyampaian demostrasi masakan kursus pendek secara video atas
talian telah dipilih ketika kebiasaan norma baharu. Sehubungan dengan itu,
pensyarah secara tidak langsung akan mengutamakan penglibatan teknologi
dalam memastikan proses perlaksanaan kursus pendek masakan secara atas
talian dapat berlangsung. Antara penggunaan teknologi yang terlibat adalah
102
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
internet, email, telegram, Google Meet, Whatsapps, Zoom dan sebagainya.
Kaedah penyampaian kursus diadaptasi daripada kaedah bersemuka
kepada kaedah secara atas talian.
Tujuan utama penyelidikan dijalankan adalah untuk mengenal pasti
penerimaan penyampaian kursus pendek masakan bagi Program
Keusahawanan Komuniti (PKK) 2021 melalui kaedah demonstrasi secara
video dan kelas secara atas talian ketika penularan pandemik Covid-19.
Kolej Komuniti Nibong Tebal telah dipilih sebagai lokasi untuk menjalankan
kajian ini. Sebanayak 15 responden telah dipilih baji tujuan sample kajian.
Kaedah sampel penyelidikan, reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan
data, instrumen kajian, kesahan dan kaedah analisis data telah digunakan
oleh penyelidik. Jumlah peserta yang dipilih merupakan bilangan yang telah
ditentukan oleh Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) bagi
menjayakan program PKK di KKNT.
Kajian berbentuk kuantitatif telah digunakan dalam penyelidikan ini
bermaksud kaedah pengumpulan data adalah secara instrument soal
selidik. Soalan soal selidik secara tertutup diberikan kepada responden
dengan memilih jawapan yang disediakan bagi memberi maklumat kepada
penyelidik. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis bagi mengenal pasti
tahap kefahaman responden terhadap kesukaran soalan yang dibina
dengan memilih lima orang peserta dari program PKK dipilih secara rawak
bagi menjawab kajian rintis ini. Data kajian dianalisis menggunakan
statistik deskriptif, versi 26 perisian IBM SPSS. Hasil dapatan kajian
dibentangkan mengikut tahap skor min (Sangat Tinggi, Tinggi, Sederhana,
Rendah, dan Sangat Rendah). Hasil dapatan dan perbincangan penyelidikan
akan digunakan oleh institusi lain bagi menambahbaik kursus pendek
dalam bidang masakan.
Objektif
1. Mengenal pasti penerimaan penyampaian kursus pendek masakan
kaedah demonstrasi secara video.
2. Mengenal pasti cabaran yang peserta hadapi terhadap kaedah
demostrasi secara video.
3. Mengenal pasti penilaian kendiri peserta terhadap kaedah demostrasi
secara video atas talian.
2.0 Sorotan Kajian
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik
sebelum ini berkaitan kajian yang mengkaji penerimaan pelajar terhadap
pembelajaran kaedah demostrasi secara video.
2.1 Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah satu program yang
menawarkan pendidikan kepada semua golongan masyarakat dengan kaedah
pembelajaran yang pelbagai di sesebuah institusi yang terpilih. Dalam
103
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
meningkatkan ekonomi negara, kerajaan Malaysia menjalankan satu usaha
dengan meningkatkan pendapatan rakyat melalui pelaburan di dalam
pembangunan sumber manusia melalui program pelaksanaan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) (H.Hazwani & B.N. Aishah, 2018). Terdapat banyak
institut pengajian tinggi yang menawarkan peluang pembelajaran sepanjang
hayat seperti universiti, politeknik dan kolej komuniti (Mohamad et al., 2017).
Kemahiran yang di tawarkan oleh Program Pembelajaran Sepanjang
Hayat melibatkan kombinasi dua kemahiran utama iaitu kemahiran insaniah
dan kemahiran teknikal bagi melahirkan individu yang berkemahiran seiring
dengan keperluan industri. Selari dengan perkembangan arus globalisasi dalam
industri menuntut para pekerja untuk meningkatkan prestasi melalui
pembelajaran kursus pendek bagi meghadapi perubahan industri. Justeru, unit
PSH atau latihan dan pembagunan memainkan peranan penting dalam
menigkatkan kualiti pekerja dalam pelbagai bidang atau lapangan uang
diceburi (Mohamad et al., 2017).
2.2 Pembelajaran Atas Talian
Pengajaran dan pembelajaran atas talian adalah satu kaedah yang
yang membolehkan pembelajaran berlaku tidak kira tempat dan tanpa
batasan waktu. (Krismadinata et al., 2020). Tambahan lagi, pembelajaran
dan pengajaran secara atas talian dapat dilaksanakan tanpa menghadkan
bilangan pelajar, pembelajaran secara terancang dan dijalankan secara
terbuka serta percuma (Amani Nawi & Umi Hamidaton, 2020). Oleh itu,
dapat dilihat bahawa pembelajaran atas talian sangat fleksibel dari segi
masa, ruang, kos dan bilangan pelajar.
Secara konvensionalnya, penggunaan teknologi seperti internet,
telefon pintar, komputer, kekuatan satelit dan sistem rangkaian interaktif
merupakan satu kaedah pendidikan atas talian yang sangat membantu para
pelajar dalam menyiapkan tugasan, bahan kuliah, penilaian, pembentangan
serta projek (Rasouli et al., 2016). Turut disokong oleh Golzari, Kiamanesh,
Ghoorchian & Jafari (2010), seiring dengan revolusi 4.0 yang berlaku pada
masa kini, penggunaan paltform pembelajaran atas talian merupakan
startegi yang paling sesuai dalam meningkatkan kualti pengajaran dan
pembelajaran. Jesteru, pembelajaran dan pengajaran atas talian adalah
sangat kait rapat dengan penggunaan teknologi dalam memastikan kelas
yang dirancang berjalan dengan lancar.
2.3 Teknologi Video Dalam Penyampaian Kursus Pendek Dalam Talian
Penggunaan video digital di dalam penyampaian kursus pendek atas
talian adalah sangat membantu proses pengajaran menjadi lebih pantas
dan menarik. Gabungan elemen-elemen seperti imej foto, garfik, muzik dan
suara lantar menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah
difahami berbanding dengan penerangan yang panjang lebar di dalam kelas
(Hanif, 2020). Seterusnya, penggunaan video terbukti mampu membantu
pelajar dalam menguasai sesuatu bidang dengan meningkatkan kefahaman
104
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
serta ketrampilan secara langsung menggalakkan pembelajaran sepanjang
hayat (Jaswadi, 2020).
Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan mod
penyampaian video secara langsung dan rakaman memberi lebih keselesaan
dan lebih sesuai untuk pelajar dewasa. Hal ini disokong oleh Halili et al.,
(2012), pengajaran dan pembelajaran menggunakan sidang video secara
langsung dan rakaman membantu pelajar lebih bersedia untuk belajar
berbanding dengan sidang video secara streamin. Selain itu, bagi
melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan selaras dengan
usaha kerajaan melahirkan modal insan yang berjaya khususnya dalam
bidang Technical Vocational Education Training (TVET) pengaplikasian
pembelajaran secara video merupakan salah satu kaedah yang wajar
digunakan di semua institusi yang berkaitan (Jaswadi, 2020). Hal ini juga
merangkumi, penggunaan video kursus pendek dalam talian agar mengatasi
kekangan pelajar yang jauh dari institusi.
Selain itu, teknologi telefon pintar telah memudahkan penghasilan
video samaada untuk digunapakai oleh pensyarah atau pelajar. Para pelajar
boleh menggunakan telefon pintar dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan terutamanya ketika menghasilkan tugasan video. Penggunaan
telefon pintar banyak membantu, memudahkan dan mempercepatkan
proces penghasilan video kerana aplikasinya mesra pengguna. Penghasilan
video berkualiti menggunakan aplikasi telefon pintar juga boleh
meningkatkan kualiti penyampaian sesi pengajaran dan pembelajar.
Teknologi yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat pembangunan aplikasi
telefon pintar sebenarnya banyak memudahkan serta menjadikan fungsi
telefon pintar sebagai peranti serbaguna dalam pembelajaran dan
pengajaran (Hanif, 2020). Oleh itu, penyuntingan video melalui aplikasi
yang terdapat pada telefon pintar dapat membantu pensyarah dan pelajar
dalam menghasilkan video yang berkualiti dengan cepat serta proses
penyampaian ilmu menjadi lebih menarik dan senang untuk difahami.
3.0 Metodologi Kajian
Kolej Komuniti Nibong Tebal dipilih sebagai tempat untuk menjalankan
pengumpulan data mentah, di mana 15 orang responden dari peserta
kursus PKK telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Pengumpulan data
menggunakan soal selidik kerana ia mudah dan menjimatkan masa. Soal
selidik diedarkan melalui pautan untuk memudahkan responden menjawab.
Soal selidik menggunakan Skala Likert lima aras iaitu Sangat Setuju,
Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Sangat Tidak Setuju. Soal selidik
mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A dan bahagian B. Bahagian A
merupakan soalan maklumat responden manakala bahagian B adalah
soalan penilaian responden terhadap kaedah penyampaian kursus pendek
kaedah demonstrasi secara video. Skor min diperolehi bagi mengukur
persetujuan jawapan responden. Data dari Skala Likert dianalisis
menggunakan SPSS Versi 26 untuk menentukan kekerapan, peratus dan
min. Dapatan ini dipersembahkan dalam bentuk jadual seperti dibawah.
105
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 1 : Score Mean Interpretation (Interpretasi Skor Min)
Mean Score (Skor Min) Score Mean Interpretation
(Interpretasi Skor Min)
1.00 – 1.80
1.81 – 2.60 Very Low (Sangat Rendah)
2.61 – 3.20
3.21 – 4.20 Low (Rendah)
4.21 – 5.00
Medim (Sederhana)
High (Tinggi)
Very High (Sangat Tinggi)
Sumber : Moidunny (2009)
4.0 Analisis dan Perbincangan
Bahagian A : Maklumat Responden
Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut umur. Dapatan
menunjukkan bahawa taburan umur responden adalah di antara 21
tahun sehingga 60 tahun ke atas.
Jadual 1 : Umur
Valid 21-29 tahun Frequency Percent Valid Cumulative
30-39 tahun 2 13.3 Percent Percent
40-49 tahun 5 33.3 13.3
50-59 tahun 3 20.0 13.3 46.7
4 26.7 33.3 66.7
20.0 93.3
26.7
60 tahun ke atas 1 6.7 6.7 100.0
Total 15 100.0 100.0
Jadual 2 menunjukkan taburan jantina responden. Dapatan
menunjukkan dari 15 orang peserta yang terlibat, hanya seorang
sahaja peserta lelaki.
Jadual 2 : Jantina
Valid Cumulative
Percent
Frequency Percent Percent 93.3
100.0
Valid Perempuan 14 93.3 93.3
Lelaki
Total 1 6.7 6.7
15 100.0 100.0
106
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 3 menunjukkan taburan bangsa responden. Majoriti
responden yang terlibat adalah berbangsa Melayu.
Valid Jadual 3 : Bangsa Valid Cumulative
Percent Percent
Frequency Percent
Melayu 15 100.0 100.0 100.0
Jadual 4 menunjukkan maklumat pekerjaan responden. Dapatan
menunjukkan majoriti responden iaitu seramai 14 orang bekerja
sendiri, manakala hanya seorang sahaja bekerja dalam sektor
swasta.
Jadual 4 : Maklumat Pekerjaan
Valid Cumulative
Percent
Frequency Percent Percent 93.3
Valid Bekerja 14 93.3 93.3 100.0
sendiri
Swasta 1 6.7 6.7
Total 15 100.0 100.0
Jadual 5 menunjukkan jumlah pendapatan responden. Dapatan
menunjukkan taburan pendapatan bulanan responden majoritinya
adalah di antara RM 0.00 sehingga RM 500.00.
Jadual 5 : Jumlah Pendapatan
Valid Cumulative
Percent
Frequency Percent Percent 46.7
53.3
Valid RM 0.00 - RM 500.00 7 46.7 46.7
73.3
RM 500.00 - RM 1 6.7 6.7
86.7
1000.00
93.3
RM 1000.00 - RM 3 20.0 20.0
100.0
2000.00
RM 2000.00 - RM 2 13.3 13.3
3000.00
RM 3000.00 - RM 1 6.7 6.7
4000.00
RM 5000.00 ke atas 1 6.7 6.7
Total 15 100.0 100.0
107
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 6 menunjukkan maklumbalas responden terhadap kaedah
pelaksanaan kursus pendek secara demonstrasi video. Dapatan
menunjukkan bahawa masa yang ditetapkan untuk melaksanakan tugasan
bagi setiap minggu adalah mencukupi dengan dapatan min 4.33 (SP: 0.488)
dan interpretasi skor min “sangat tinggi”. Responden berpendapat bahawa
video demonstrasi masakan kursus pendek yang dikongsi oleh pensyarah
ketika kursus masakan secara atas talian agak sukar dilaksanakan di
rumah tanpa bimbingan dari pensyarah secara langsung, dapatan min 4.27
(0.458) dengan interpretasi min skor “sangat tinggi”. Responden berasa
selesa mempelajari kursus pendek masakan dengan melihat video yang
dikongsi oleh pensyarah kerana kurang yakin untuk melaksanakan amali
secara bersemuka kerana bimbang hasil produk kurang memuaskan,
dapatan min 4.47 (SP: 0.516) dengan interpretasi min skor “sangat tinggi”.
Responden berpendapat bahawa kursus pendek masakan secara kaedah
melihat video adalah lebih memudahkan kerana boleh mengulangi video
tersebut jika ada proses kurang jelas, dengan dapatan min 4.27 (SP: 0.458),
interpretasi skor min “sangat tinggi”. Responden memilih untuk belajar
masakan secara melihat video masakan yang dikongsikan oleh pensyarah
berbanding belajar secara bersemuka. Dapatan ini memperoleh min 4.20
(SP: 0.414) dengan interpretasi skor min “tinggi”. Responden berpendapat
kursus pendek masakan secara bersemuka iaitu demonstrasi secara
langsung oleh pensyarah adalah lebih berkesan daripada kursus pendek
secara atas talian (video masakan).
Dapatan ini memperoleh 4.27 (SP: 0.458), dengan interpretasi skor min
“sangat tinggi”. Peralatan yang diperlukan untuk menjalani kursus pendek
kaedah melihat video di rumah menjadi kekangan kerana peralatan yang
ada di rumah tidak lengkap seperti di Bengkel Masakan, dapatan 4.47 (SP:
0.516) dengan interpretasi skor min “sangat tinggi”. Pendedahan tentang
platform digital dalam perniagaan sangat membantu dalam meningkatkan
keupayaan pemasaran produk. Dapatan ini memperoleh 4.47 (SP: 0.516)
dengan interpretasi skor min “sangat tinggi”. Responden berpendapat
bahawa kursus pendek masakan secara atas talian berjaya mewujudkan
rangkaian perniagaan antara usahawan-usahawan lain. Dapatan ini
memperoleh min 4.40 (SP: 0.507) dengan interpretasi skor min “sangat
tinggi”.
108
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Bahagian B:
Analisis Penilaian Responden Terhadap Kaedah Pelaksanaan Kursus
Pendek Secara Demonstrasi Video
Jadual 6 : Statistik Desriptif
N Minimum Maksimum Min Sisihan
4.33 Piawai Skor
Adakah masa yang ditetapkan 15 4 5
4.27 (SP) Min
untuk melaksanakan tugasan 0.488 Sangat
Tinggi
bagi setiap minggu adalah
0.458 Sangat
mencukupi Tinggi
Saya berpendapat bahawa video 15 4 5
demonstrasi masakan yang
dikongsi oleh pensyarah ketika
kursus masakan secara atas
talian agak sukar dilaksanakan
di rumah tanpa bimbingan dari
pensyarah secara langsung
Saya berasa selesa mempelajari 15 4 5 4.47 0.516 Sangat
kursus pendek masakan dengan Tinggi
melihat video yang dikongsi oleh
pensyarah kerana saya kurang
yakin untuk melaksanakan
amali secara bersemuka kerana
bimbang hasil produk saya
kurang memuaskan
Kursus pendek masakan secara 15 4 5 4.27 0.458 Sangat
kaedah melihat video adalah 15 4 Tinggi
lebih memudahkan saya kerana 15 4
saya boleh mengulangi video 5 4.20 0.414 Tinggi
tersebut jika ada proses yang
saya kurang jelas 5 4.27 0.458 Sangat
Saya memilih untuk belajar Tinggi
masakan secara melihat video
masakan yang dikongsikan oleh
pensyarah berbanding belajar
secara bersemuka
Pada pandangan saya, kursus
pendek masakan secara
bersemuka iaitu demonstrasi
109
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
secara langsung oleh pensyarah 15 4 5 4.47 0.516 Sangat
adalah lebih berkesan daripada Tinggi
kursus pendek secara atas 15 4
talian (video masakan) 15 4 5 4.47 0.516 Sangat
Peralatan yang diperlukan 15 4 Tinggi
untuk menjalani kursus pendek 15
kaedah melihat video di rumah 5 4.47 0.516 Sangat
menjadi kekangan kepada saya Tinggi
kerana peralatan yang ada di
rumah tidak lengkap seperti di 5 4.40 0.507 Sangat
Bengkel Masakan Tinggi
Pendedahan tentang platform
digital dalam perniagaan sangat
membantu dalam meningkatkan
keupayaan pemasaran produk
Pendedahan tentang kemahiran
multimedia seperti suntingan
gambar dan video untuk tujuan
pemasaran produk
Kursus pendek masakan secara
atas talian berjaya mewujudkan
rangkaian perniagaan antara
usahawan-usahawan lain
Valid N (listwise)
Perbincangan
Secara keseluruhannya, pelaksanaan kursus pendek di Kolej
Komuniti Nibong Tebal terhadap peserta PKK di dalam bidang masakan
telah memberi impak kepada pengajar dan juga peserta kursus. Dapatan
kajian menunjukkan dari segi masa yang ditetapkan untuk melaksanakan
tugasan bagi setiap minggu adalah mencukupi kerana kandungan kursus
yang teratur dan nota kursus yang mudah difahami dan mudah diikuti.
Video demonstrasi masakan yang dikongsi oleh pensyarah ketika kursus
masakan secara atas talian agak sukar dilaksanakan di rumah tanpa
bimbingan dari pensyarah secara langsung. Ini adalah kerana tiada
pemantauan secara langsung dari pensyarah menyebabkan peserta kursus
melaksanakan kursus mengikut apa yang ditonton sahaja tanpa ada
teguran kesalahan. Sebaliknya, terdapat juga perserta kursus yang berasa
selesa mempelajari kursus pendek masakan dengan melihat video yang
dikongsi oleh pensyarah kerana mereka kurang yakin untuk
melaksanakan amali secara bersemuka kerana bimbang hasil produk
kurang memuaskan. Kurang keyakinan diri menyebabkan beberapa
peserta kursus pendek memilih untuk belajar secara melihat video. Selain
110
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
itu, belajar secara atas talian menjadi mudah kerana terdapat peserta yang
pernah menghadiri kursus-kursus masakan lain yang berbayar secara atas
talian di website atau platform lain. Terdapat juga peserta kursus yang
selesa memilih kursus pendek masakan secara kaedah melihat video
kerana ia lebih memudahkan kerana boleh mengulangi video tersebut jika
ada proses kurang jelas. Menurut Kay, (2012) pembelajaran secara video
dapat mengawal proses pembelajaran, tabiat belajar yang teratur dan
mampu meningkatkan prestasi pembelajaran.
Peserta kursus memilih untuk belajar masakan secara melihat video
masakan yang dikongsikan oleh pensyarah berbanding belajar secara
bersemuka. Ini adalah kerana pelbagai faktor yang mendorong antaranya,
tumpuan peserta terhadap kaedah video dan secara bersemuka adalah
berbeza. Peserta bersetuju bahawa kursus pendek masakan secara
bersemuka iaitu demonstrasi secara langsung oleh pensyarah adalah lebih
berkesan daripada kursus pendek secara atas talian (video masakan).
Selain itu, peralatan yang diperlukan untuk menjalani kursus pendek
kaedah melihat video di rumah menjadi kekangan kerana peralatan yang
ada di rumah tidak lengkap seperti di Bengkel Masakan. Terdapat peserta
yang tidak mempunyai peralatan yang diperlukan untuk kegunaan kursus.
Pendedahan tentang platform digital dalam perniagaan sangat membantu
dalam meningkatkan keupayaan pemasaran produk kerana pensyarah
memberi tunjuk ajar yang lengkap supaya pemasaran produk menjadi
lebih berkesan dan menarik. Selain itu, kursus pendek masakan secara
atas talian berjaya mewujudkan rangkaian perniagaan antara usahawan-
usahawan lain. Rangkaian perniagaan dapat berkembang dengan baik
sekiranya tips dan pendapat tentang perniagaan boleh dikongsi dengan
usahawan-usahawan yang lebih berjaya. Secara keseluruhannya, dapat
disimpulkan bahawa kaedah pembelajaran secara atas talian harus
dipandang dari sudut positif. Dapatan kajian oleh Zhang et al., (2006)
menyatakan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah
penggunaan video lebih baik dan menggalakkan peserta, namun ia tetap
bergantung kepada banyak faktor iaitu peserta, tenaga pengajar, teknologi
yang digunakan dan nilai kandungan bahan tersebut.
5.0 Rumusan dan Cadangan
Pelaksanaan Program Keusahawanan Komuniti (PKK) di era pandemik
Covid-19 memberi pengalaman baharu kepada semua peserta dan juga
pengajar. Respond yang diberikan menunjukkan penerimaan peserta
terhadap kaedah demonstrasi melalui video sepanjang program berlangsung
amatlah positif. Walau bagaimanapun terdapat peserta yang menggemari
kursus secara bersemuka kerana mereka boleh bertanya secara terus
kepada pengajar semasa melakukan kerja-kerja amali berbanding hanya
menonton video semasa di rumah. Ini menyukarkan mereka untuk bertanya
111
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
sekiranya ada sebarang kemusykilan serta tiada pemantauan dari pengajar.
Memandangkan peserta terdiri daripada latar belakang yang berbeza,
peralatan memasak yang digunakan juga menjadi kekangan selain
memerlukan rangkaian internet yang baik bagi menghadiri kelas secara atas
talian. Melalui modul keusahawanan pula, peserta amat berpuas hati
dengan pembelajaran yang diajar secara atas talian kerana pendedahan
platform digital dalam perniagaan sangat membantu dalam perniagaan
mereka.
Secara keseluruhannya, penyampaian kursus pendek kaedah
demonstrasi secara video dapat diterima oleh peserta program PKK di era
pandemik Covid-19, namun jika diberi pilihan antara bersemuka atau atas
talian, kebanyakannya mereka memilih secara bersemuka. Ini kerana
interaksi secara bersemuka lebih memberi kefahaman kepada mereka di
samping dapat menggunakan kemudahan atau peralatan bengkel masakan
di kolej komuniti yang mana kadangkala peralatan-peralatan ini tidak
lengkap atau tiada di rumah. Walau bagaimanapun, kaedah demontrasi
secara video dan seterusnya kelas masakan atas talian memberi
pengalaman yang paling bermakna kepada pengajar kursus kerana terdapat
pro dan kontra dalam melaksanakan tugasan ini. Penyelidik berharap agar
hasil kajian ini dapat membantu jabatan dalam mengenalpasti medium
yang terbaik dalam meyampaikan kaedah pengajaran sekiranya perlu
dijalankan secara atas talian. Cadangan untuk kajian pada masa hadapan,
pengkaji boleh membuat penyelidikan berkaitan:-
a) Kajian tahap kepuasan peserta kursus pendek terhadap kualiti
video yang dihasilkan dan cara penyampaian berkesan dalam
melaksanakan kursus secara atas talian.
b) Kajian terhadap kesesuaian pembelajaran atas talian, bersemuka
atau campuran (blended learning) untuk pelaksanaan kursus
pembelajaran sepanjang hayat (PSH).
Rujukan
Amani Nawi, & Umi Hamidaton. (2020). Penerimaan Pelajar Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM) Terhadap Penggunaan Microsoft Teams Sebagai Platform
Pembelajaran – Satu Tinjauan. E-Proceeding : Seminar Antarabangsa Islam Dan
Sains (SAIS 2020), 315–330.
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6838
Awang, A., Ghani, R. A., Muhammud, F. safura, Bakar, R. A., & Sulaiman, N. H.
(2021). Analisis Penerimaan Pelajar Terhadap An Analysis Student Acceptance of
Islamic Education through Interactive MOOC Learning during Covid-19 Pandemic.
BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(4), 1–
14.
Golzari, Z., Kiamanesh, A., Ghorchian, G. N., & Ghafari, P. 2010. Development and
accreditation of a model for internal evaluation of E-Learning courses. Journal of
Higher Education Curriculum Studies, 1(1), 160-185.
112
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
H.Hazwani & B.N. Aishah. (2018). Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH) terhadap Pengetahuan dan Tahap Kemahiran Pelajar Kolej Komuniti (The
Effectiveness of the Lifelong Learning Programme (PSH) Towards Knowledge and Skill
Levels of Students Community College). Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(03), 89–106.
https://doi.org/10.17576/jpen-2018-43.03-10
Halili, S. H., Sulaiman, S., & Abd Rashid, M. R. (2012). Aplikasi Prinsip Pembelajaran
Dewasa Knowles dengan Penggunaan Mod Penyampaian Teknologi Sidang Video dalam
Kalangan Pelajar Jarak Jauh. Ajtlhe, 4(2), 79– 90.
Hanif, M. (2020). Penulisan Pengunaan Aplikasi Penyuntingan Video Telefon Pintar.
1–5.
Jaswadi, A. M. P. & N. (2020). Keberkesanan Pembelajaran Kursus Engineering
Science Berasaskan Video. Social Sciences & Humanities 2020, Vol.3
No.(December), 395–404.
https://www.researchgate.net/publication/291974748_Analisis_Keperluan_Ku
rikulum_Pendidikan_Vokasional_Pelajar_Bermasalah_Pembelajaran_LD_di_Mal
aysia
Kay, R. H. (2012). Exploring the use of video podcasts in education: A
comprehensive review of the literature. Computers in Human Behavior, 28(3), 820–
831. https://doi.org/10.1016/j.chb.2012.01.011
Krismadinata, Verawardina, U., Jalinus, N., Rizal, F., Sukardi, Sudira, P., Ramadhani,
D., Lubis, A. L., Friadi, J., Arifin, A. S. R., & Novaliendry, D.
(2020). Blended learning as instructional model in vocational education: Literature
review. Universal Journal of Educational Research, 8(11B), 5801– 5815.
https://doi.org/10.13189/ujer.2020.082214
Mohamad, N., Hashim, H. N., Komuniti, K., & Tanah, M. (2017). Kajian Kepuasan
Peserta Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat ( Psh ) Terhadap Kursus Pendek
Pemprosesan Makanan Di Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka employment Kolej
Komuniti Masjid Tanah ( KKMT ) yang dulunya dikenali sebagai Kolej terdapat di
Malaysia . 1(1), 101–112.
Moidunny, K. (2009). The effectiveness of the National Professional Qualifications For
Educational Leaders (NPQEL) (Unpublished doctoral dissertation). Bangi: The National
University of Malaysia.
Rasouli, A., Rahbania, Z., & Attaran, M. (2016). Students’ Readiness for E-learning
Application in Higher Education. (2016). Malaysian Online Journal of Educational
Technology, 4(3), 51–64. Malaysian Online Journal of Educational Technology, 4(3), 51–
64.
Zhang, D., Zhou, L., Briggs, R. O., & Nunamaker, J. F. (2006). Instructional video in
e-learning: Assessing the impact of interactive video on learning effectiveness.
Information and Management, 43(1), 15–27.
https://doi.org/10.1016/j.im.2005.01.004
113
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Penerimaan Pelaksanaan Kursus Pendek Barista di
Kolej Komuniti Kuantan
Amizah Mohamed1*, Mohd Fadzly Mohd Shuraimi2, Siti Mariam Mohd
Amin@Abd Aziz3
123Kolej Komuniti Kuantan
*[email protected]
Abstrak
Kursus Pendek Barista adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Unit Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti Kuantan. Kursus ini telah mendapat permintaan
yang tinggi daripada masyarakat di sekitar Kuantan. Namun pengkaji telah menggunakan
Ansoff Matrix untuk memahami maksud hakikat terhadap permintaan Kursus Barista di
Kolej Komuniti Kuantan. Kajian awal iaitu ujian rintis telah diedarkan kepada 10 orang
peserta untuk menentu-sah soalan kaji selidik itu wajar diedarkan kepada sampel dipilih.
Nilai Cronbach Alpha adalah setinggi 0.70 menunjukkan set soalan adalah wajar dan
mencerminkan set soalan yang menepati arah tuju kajian ini. Teknik persampelan yang
digunakan ialah Purposive Sampling seramai 33 peserta. Kajian ini menggunakan analisis
regresi pelbagai kerana pengkaji ingin melihat kekuatan hubungan antara pembolehubah
di dalam Model Ansoff Matrix. Daripada keempat-empat kuadran Ansoff Matrix, majoriti
peserta akur dan teruja dengan penerimaan yang tinggi pada kuadran 1 dan 4. Kuadran 2
dan 3 mempunyai hubungan songsang menunjukkan hubungan yang terbalik antara
pembolehubah bersandar kepada dua pembolehubah peramal. Terdapat sedikit jurnal
dan penulisan berkenaan model ini menjadikan model ini kurang popular di era digital.
Namun ia boleh menjadi satu platform kajian untuk dijalankan di bidang dan segmentasi
yang berlainan.
Kata Kunci: Barista, Kolej Komuniti Kuantan,PSH, Ansoff Matrix
1.0 Latar belakang Kajian
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Kuantan adalah
satu cabang pendidikan di Kementerian Pengajian Tinggi yang khusus
menyediakan pendidikan tidak formal kepada masyarakat setempat.
Kursus-kursus yang ditawarkan mencerminkan permintaan setempat
kepada Kolej Komuniti Kuantan. Antara kursus yang mendapat permintaan
masyarakat Kuantan adalah seperti Kursus Masakan Barat, Kursus
Solekan Asas, Kursus Elektrikal, Kursus Pastri dan Kursus Kemahiran
Interpersonal mengikut minat individu. Tarikan utama kursus PSH di sini
adalah disebabkan oleh yuran kursus yang amat murah dan sangat
berpatutan. Ini adalah kerana kursus PSH ini diajar oleh pensyarah dan ini
banyak mengurangkan kos berkaitan dengan kursus yang dipinta.
Antara kursus yang menjadi pilihan utama masyarakat Kuantan di
Kolej Komuniti Kuantan adalah Kursus Barista. Kursus ini menawarkan
ilmu dan kemahiran mengendalikan coffee machine, menghasilkan
114
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
minuman espresso menjadi kepada minuman yang lebih baik dari segi rasa
dan penampilan minuman ini. Kursus Barista ini kerap dilaksanakan
bermula pada awal tahun 2019 dan permintaan ke atas kursus ini kian
bertambah dari semasa ke semasa. Justeru itu, pengkaji ingin mengetahui
dari aspek pendekatan Ansoff Matrix di dalam kajian ini.
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Unit PSH Kolej Komuniti
Kuantan, sepanjang 3 tahun (2019-2022), 21 Kursus Pendek Barista telah
dilaksanakan. Kursus ini sangat mendapat sambutan di Kolej Komuniti
Kuantan seiring perkembangan yang sangat memberangsangkan industri
kopi di Kuantan.
1.1 Penyataan Masalah
Justifikasi kajian ini adalah untuk menentu-sahkan Ansoff Matrix ke
atas data Unit PSH Kolej Komuniti Kuantan. Data yang dikumpul oleh
Unit PSH cuma menyatakan data yang descriptive dan kajian ini
memerlukan pendekatan yang lebih ilmiah untuk menyokong data ini.
1.2 Objektif
Objektif kajian yang dirangka untuk kajian ini boleh dibahagikan
kepada beberapa objektif berikut :
1.2.1 Adakah 4 quadran Ansoff Matrix mempunyai hubungan ke atas
Pembolehubah Bersandar (Permintaan Barista).
1.2.2 Adakah Market Penetration mempunyai hubungan ke atas
Pembolehubah Bersandar (Permintaan Barista).
1.2.3 Adakah Market Development mempunyai hubungan ke atas
Pembolehubah Bersandar (Permintaan Barista).
1.2.4 Adakah Product Development mempunyai hubungan ke atas
Pembolehubah Bersandar (Permintaan Barista).
1.2.5 Adakah Diversity Strategy mempunyai hubungan ke atas
Pembolehubah Bersandar (Permintaan Barista).
2.0 Sorotan Kajian
Ansoff Matrix adalah rangka kerja berbentuk 2x2 yang mempunyai 4
kuadran untuk membantu individu dan organisasi mencapai strategi
perkembangan. Ia diasaskan oleh Igor Ansoff dan telah diterbitkan oleh
Harvard Business Review pada tahun 1957. Model ini telah mencetuskan
analisis terkenal seperti PESTEL, SWOT dan Porters 5 Forces (Ansoff Matrix,
2022).
115
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Ia adalah kaedah model pemasaran yang memaparkan 4 quadran
yang membuat diversifikasi 4 segmen pemasaran iaitu Penembusan
Pasaran (Market Penetration), Pembangunan Produk (Product Development),
Pembangunan Pasaran (Market Development) dan Strategi Kepelbagaian
(Diversification Strategy) (Clarissia, 2019). Dengan mengenali Ansoff Matrix
ini, pengkaji boleh menyusun permintaan Kursus Barista ini supaya tenaga
pengajar boleh menyusun kurikulum yang lebih efektif dan mempunyai
nilai tambah yang lebih menarik. Menurut (Yin, 2016) Ansoff Matrix juga
dikenali sebagai Pembesaran Vektor Matrix ( Growth Vector Matrix ) adalah
metodologi kajian yang khusus kepada analisis produk dan pemasaran dan
pengurusan. Ianya digunakan untuk mengenalpasti tahap yang
dihasratkan oleh pengguna atau organisasi.
OPC
Rajah 1 : 4 Quadran Ansoff matrix
Rajah 1 menunjukkan asas kepada Ansoff Matrix di mana individu
dan organisasi mampu mengadaptasi strategi implementasi untuk
perkembangan perniagaan. Quadran 1 menunjukkan penembusan pasaran
ialah peningkatan dalam jualan produk yang telah dihasilkan pada sasaran
yang sama. Dalam strategi ini, kita boleh mengambil lebih banyak kelebihan
daripada yang sedia ada produk tanpa mengubah produk atau aspeknya.
Kita boleh mencapai ini dalam pelbagai cara seperti melaraskan tahap harga
yang akan membawa lebih ramai pelanggan atau dengan
memperuntukkannya di lebih banyak tempat. Ia adalah pilihan yang
selamat untuk pemasar kerana hakikat bahawa anda sudah mengetahui
ciri-ciri produk anda dan anda tahu pasaran yang digunakannya. Jadi
strategi ini tidak mempunyai risiko yang besar kerana sudah ada pelanggan
sedia ada untuk pasaran. Cadangan baru bahawa untuk penggunaan
produk akan membantu pertumbuhan penembusan pasaran.
Perkara ini juga disokong oleh (Evangelia, 2017) dengan mengatakan
penembusan pasaran (Market Penetration) boleh menambahkan penjualan
produk di dalam pasaran yang sama. Evangelia percaya usaha ini boleh
116
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
dicapai dengan meletakkan harga bagi produk tetapi di lokasi yang berbeza
untuk meningkatkan kesedaran pengguna di pasaran baru.
Ansoff Matrix juga meletakkan isu Pembangunan Produk di quadran
ketiga dengan menyatakan individu ataupun organisasi mesti membuat
inovasi produk ataupun melancarkan produk baharu. Pembangunan
Produk ini seharusnya akan mencipta keinginan dan sikap ambil tahu ke
atas produk sediada.
Quadran berikutnya adalah Pembangunan Pasaran (Market
Development) yang juga dikenalpasti sebagai Market Extension. Kaedah
menunjukkan produk individu dan organisasi itu telah menambahbaik nilai
item di mana ia boleh berdiri sendiri di dalam pasaran yang baharu. Ia
melibatkan pasaran geografikal dan pakej yang baru diadaptasi. Ia juga
memberikan peluang kepada organisasi untuk memasarkan produk ke
lokasi yang baru.
Di dalam Ansoff Matrix, pada segmen akhir dinamakan Kepelbagaian
(Diversification) yang menunjukkan method yang paling berisiko di antara
segmen-segmen lain. Ianya melibatkan inovasi terbaharu yang tiada kaitan
dengan mana-mana produk sebelum ini baik dari segi produk, operasi dan
pengendalian seluruhnya (Evangelia, 2017).
3.0 Metodologi Kajian
Demi menjawab tajuk di atas, kajian adalah berbentuk kuantitatif di
mana data kuantitatif boleh diukur melalui proses pengukuran di dalam
soal selidik dan ujian persampelan. Kajian ini menggunakan korelasi dan ia
menunjukkan hubungan antara dua atau lebih pembolehubah dan ia boleh
menunjukkan kekuatan hubungan sama ada positif, negatif atau tiada
kaitan sahaja. Hasil laporan daripada Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Kuantan, memang ada permintaan yang tetap terhadap
Kursus Barista, namun dengan kajian seumpama ini, Unit PSH dan tenaga
pengajar mampu memberikan lebih nilai tambah kepada peserta di masa
akan datang.
Borang soal selidik dibina atas dapatan jurnal terdahulu dan
diadaptasikan dengan kehendak Unit PSH Kolej Komuniti Kuantan. Borang
ini telah diisi oleh alumni peserta kursus terdahulu.
3.1 Kerangka Kajian
Kajian ini menggunakan rujukan jurnal terdahulu dan ebook Free-
Management - Ebook (FME) untuk menafsir pembolehubah yang tepat agar
Ansoff Matrix ini boleh diaplikasikan. Dengan meneliti pembolehubah-
pembolehubah bersandar kepada pembolehubah tak bersandar ini, maka
ianya boleh ditafsirkan seperti di bawah
117
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Rajah 2 : Cadangan kajian ke atas Ansoff matrix
Berikut adalah set soalan yang dibina berdasarkan jurnal, ebook dan
pemahaman pensyarah agar ia menepati kehendak Cronbach Alpha.
Soalan dibina mengunakan Likert Scale (1-5) seterusnya diukur
menggunakan ANOVA untuk melihat kekuatan hubungan antara
pembolehubah-pembolehubah di dalam model cadangan di atas.
Penetration Strategy
S1 Saya yakin produk kopi mendapat pemintaan di sini
S2 Minuman kegemaran setempat adalah kopi ais
S3 Harga kopi ais adalah lebih rendah daripada milo ais
S4 Saya akan menjual pada harga yang sama di pasaran setempat saya
S5 Saya maklum akan rakan-rakan dan pesaing saya di dalam pasaran
Development Strategy
S6 Terdapat potensi di luar kawasan saya
S7 Saya impikan dapat menjual produk ini di Kuala Lumpur, Sunway
City, Ipoh dan Johor Bahru
S8 Saya percaya pada packaging yang menarik
S9 Saya menggunakan servis GRABFOOD untuk meluaskan pasaran saya
S10 Saya akan menggunakan harga yang baharu khusus di tempat baru.
Product Development Strategy
S11 R&D di dalam ilmu kopi ini adalah penting
S12 Saya menghargai feedback pelanggan saya
S13 Terdapat teknologi baharu di dalam bidang kopi ini
Diversity Strategy
S14 Kita mesti melangkaui jangkaan pelanggan
S15 Produk kopi kita mesti luar biasa
S16 Kita tidak boleh memeningkan pelanggan kita dengan produk baharu
118
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Permintaan Kursus Pendek Barista di Kolej Komuniti Kuantan
S1 Saya gemarkan kursus pendek di Kolej Komuniti Kuantan
S2 Saya dapat menimba ilmu di sini
S3 Saya belajar secara teori dan amali di sini
S4 Saya boleh mengaplikasi ilmu saya di rumah dan organisasi saya
3.2 Persampelan
Kajian ini menetapkan Teknik Persampelan Purposive (Saunders M,
2012) iaitu ianya khusus kepada kumpulan yang telah mengikuti kursus
Barista sebelum ini. Teknik persampelan ini berbentuk bukan
kebarangkalian di mana elemen sample dipilih berdasarkan penilaian
pengkaji. Ini akan membolehkan ketelusan jawapan dan memudahkan dan
penjimatan masa dan kewangan dalam membuat analisis. Menurut
Saunders et al (2012) juga kajian ini boleh mendapat banyak manfaat
kerana ia mempunyai jawapan yang lebih intuitif di dalam kajian.
4.0 Analisis dan Perbincangan
Ujian rintis telah diadakan dahulu sebelum diedarkan kepada calon-
calon. Didapati Cronbach Alpha menunjukkan 0.709 daripada 16 soalan di
dalam soal selidik pengkaji. Ia membuktikan soal selidik ini adalah
bertepatan untuk menghasilkan jawapan kepada persoalan kajian (B.,
2003). Pensyarah juga yang memiliki pengalaman 10 tahun juga memiliki
kredibiliti untuk menjana soalan berdasarkan kehendak Ansoff Matrix.
Sebanyak 33 responden telah menjawab melalui Google Form. Cara ini
adalah lebih efisyen kerana ia menjimatkan tempoh mengumpul kembali
soal selidik dan meningkat tempoh analisis kajian ini.
4.1 Analisis Regresi Pelbagai
Ia adalah analisis (Piaw, 2009) yang digunakan untuk mengenalpasti
dua atau lebih faktor yang menyumbang kepada perubahan di dalam variable
bersandar iaitu Permintaan Barista di Kolej Komuniti Kuantan. Berlandaskan
kepada Ansoff Matrix yang mempunyai 4 quandran, kami telah mengelaskan
kuadran ini kepada 4 pembolehubah peramal di dalam kajian ini iaitu
Penetration Strategy, Development Strategy, Product Development Strategy
dan Diversity Strategy.
Daripada Model Summary SPSS 13 , didapati nilai R Square ialah
0.670 bermakna 67.0 % perubahan di dalam ketiga-tiga pembolehubah
peramal di dalam model Ansoff Matrix kepada pembolehubah tidak
bersandar iaitu Permintaan Barista di Kolej Komuniti Kuantan. Manakala
Jadual ANOVA pula merekodkan kesan yang signifikan (p<-.0/05) iaitu
0.002 (nilai sigma) dan ianya menyatakan ketiga-tiga pembolehubah adalah
faktor dalam kajian ini.
119
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Daripada Jadual Coefficients, telah menunjukkan strategy
development dan product development strategy kesan yang songsang di
dalam Ansoff Matrix di mana ianya berlaku selepas menghadiri Kursus
Barista di Kolej Komuniti Kuantan barulah responden memberi maklum
kepada Ansoff Matrix bukan seperti yang dianjurkan dalam matrix asal.
Maka ianya boleh ditafsirkan seperti diagram di bawah kerana kedua-dua
menepati perancangan yang dianjurkan oleh Ansoff Matrix.
Untuk menerangkan persamaan garis lurus Y=mx+c pula, daripada model
Ansoff Matrix
3.227+ 0.337 Penetration -0.307 Development -0.309 Product Development
+0.578 Diversity
OPC
Rajah 3 : Hasil kajian Ansoff matrix
5.0 Rumusan dan Cadangan
Daripada Kajian ini dapat dirumuskan bahawa Ansoff Matrix telah
berjaya menerangkan ciri-ciri perkembangan produk Barista dengan
mengetengahkan 4 kuadran perkembangan produk. Namun begitu, kuadran 2
dan 3 yang diwakili oleh Perkembangan dan Product Development telah
menunjukan hubungan yang songsang di dalam matrix ini. Ini disebabkan oleh
dengan ilmu yang telah dipelajari di Kolej Komuniti Kuantan telah memberikan
perspektif yang baharu kepada peserta, sekaligus memberikan magnitude yang
negatif di dalam matrix ini. Ianya bukanlah sesuatu yang tidak baik di dalam
kajian namun ia memberikan cabaran bahawa kajian Ansoff Matrix ini boleh
dikembangkan dan diadaptasikan kepada segmen lain supaya ianya boleh
memberikan manfaat kepada organisasi lain.
120
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Rujukan
Ansoff Matrix, T. P. (June 23, 2022). Corporate Finance Institute CFI.
Retrieved from
https://corporatefinanceinstitute.com/resources/knowledge/strategy
/ansoff-matrix/:
https://corporatefinanceinstitute.com/resources/knowledge/strategy
/ansoff-matrix/
B., M. R. (2003). Kesediaan Guru Sekolah Rendah Melaksanakan Perubahan
Bahasa Pengantar Matapelajaran Sains dan Matematik. Kolokium
Penyelidikan Siswazah ke 7, Fakulti Pendidikan UKM.
Clarissia, M. S. (2019). A Study On Ansoff Matrix Technique: As A Growth
Strategy And An Adaptive Learning Technique Adopted In The Leading Brand
Of Products. Journal Of Composition Theory, Issn : 0731-6755.
Evangelia, T. (2017). Application of Ansoff’s Matrix-Methodology:Marketing
Growth Strategies For Products. Internationl Hellenic Unitversity , 1-61.
FME, T. (n.d.). Ansoff Matrix ( Strategy Skills) www.freemanagement-
ebooks.com. ISBN 978-1-62620-950-3.
Piaw, C. Y. (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan. Kuala Lumpur: McGraw-
Hill (Malaysia).
Saunders M, L. ,. (2012). Research Methods for Business Students . Pearson
Education Limited.
Yin, N. (2016). Application of AHP-Ansoff Matrix Analysis in Business
Diversification The case of Evergrande Group. MATEC Web of Conferences
44, DOI: 10.1051.
Appendix
121
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
122
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Tahap Penguasaan Al-Quran Dikalangan Pelajar Kolej
Komuniti Negeri Pahang
Zulkefly Mukhtar1, Haryati Baharuddin2, Azwan Harun3
123Kolej Komuniti Bentong
*[email protected]
Abstrak
Al-Quran merupakan wahyu dan kitab panduan bagi setiap muslim. Justeru itu,
adalah menjadi kewajiban bagi setiap muslim untuk mempelajari dan menguasai al-
Quran agar dapat menjadi panduan hidup. Sorotan daripada kajian lepas
menunjukkan tahap penguasaan al-Quran dikalangan umat Islam berada pada tahap
yang lemah. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengetahui tahap penguasaan al-Quran dikalangan pelajar Kolej Komuniti Negeri
Pahang dari aspek bacaan al-Quran, pemahaman terhadap ayat al-Quran,
pengetahuan tajwid & hafalan surah-surah pendek. Kajian ini memfokuskan pelajar
muslim di Kolej Komuniti Negeri Pahang sahaja yang mana melibatkan 200 orang
responden. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Proses pengumpulan
data melalui instrumen soal selidik dengan menggunakan Skala Likert. Data dianalisis
menggunakan IBM SPSS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi bacaan
al-Quran tinggi (min=4.11), manakala pengetahuan tajwid sederhana tinggi
(min=3.65). Skor min bagi pemahaman ayat al-Quran berada pada tahap sederhana
tinggi (min=3.21), manakala skor bagi hafalan ayat-ayat al-Quran berada pada skor
yang tinggi (min=4.02). Hasil dapatan kajian boleh diperhalusi dan ditambah baik lagi
dalam kajian-kajian akan datang dan boleh dibuat dalam bentuk ujian bertulis dan
ujian amali bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
Kata kunci: Tahap penguasaan al-Quran, Pelajar Kolej Komuniti negeri Pahang
1.0 Pengenalan
Al-Quran merupakan panduan hidup bagi setiap muslim. Adalah
menjadi satu keperluan bagi setiap pelajar untuk mempelajari al-Quran
serta menguasainya. Walaubagaimanapun, pada masa kini, terdapat ramai
golongan pelajar yang kurang mahir membaca al-Quran serta gagal untuk
menguasainya. Menurut Mohd Khairulazman (2015), terdapat ramai pelajar
yang kurang lancar membaca al-Quran walaupun mereka pernah belajar al-
Quran. Dapatan kajian beliau juga menjelaskan bahawa terdapat perbezaan
dari segi tahap penguasaan al-Quran mengikut jantina. Kemampuan pelajar
menguasai al-Quran tentunya berbeza disebabkan faktor-faktor yang
pelbagai. Pengajaran al-Quran yang berkesan memerlukan kreativiti guru
serta kebijaksanaan guru menarik minat pelajar semasa proses pengajaran
(Mohd Aderi & Rohani, 2009).
Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada
Rasulullah SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail AS. Ia merupakan
mukjizat agung yang menjadi panduan bagi umat manusia sehinggalah hari
123
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
kiamat. Ia mengandungi 114 surah yang dimulai dengan surah al-Fatihah
dan diakhiri dengan surah an-Nas. Al-Quran satu-satunya wahyu Allah
SWT yang terpelihara daripada sebarang kesalahan dan perubahan samada
tulisan, bacaan dan hafazan sejak daripada zaman Rasulullah SAW
sehinggalah hari kiamat (Abd Rahman, 2014). Keaslian al- Quran telah
dijamin oleh Allah SWT sepertimana tercatat di dalam al-Quran surah al-
Hijr ayat 9.
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan
Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
(Tafsir Ibnu Kathir, 2005)
Al-Quran bersifat lengkap sebagi pedoman manusia sejak dari zaman
Rasulullah SAW sehinggalah hari kiamat. Pelbagai disiplin ilmu terkandung
di dalam al-Quran yang mana menjadi kewajiban bagi umat Islam untuk
belajar serta memahami al-Quran. Setiap perlakuan yang melibatkan al-
Quran dikira sebagai ibadah serta diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Al-
Quran berperanan besar dalam pembentukan akidah dan akhlak seseorang
muslim. Membaca al-Quran dikira sebagai ibadah, manakala surah al-
Fatihah itu sendiri sangat penting dan wajib dikuasai oleh setiap muslim
kerana ianya adalah bacaan wajib di dalam solat (Abd Rahman, 2014).
Kepentingan menguasai dan memahami al -Quran sangat penting
bagi setiap muslim. Didorong rasa tanggungjawab, saya ingin
melaksanakan kajian ke atas pelajar kolej komuniti bagi mengukur sejauh
mana kebolehupayaan mereka membaca al-Quran. Harapan saya daripada
kajian ini dapat memberi input berkaitan tahap penguasaan al -Quran
dikalangan pelajar serta mengambil langkah-langkah yang signifikan dalam
memastikan pelajar kolej komuniti dapat mengenali dan sekaligus
menguasai al-Quran.
2.0 Sorotan Kajian Lepas
Banyak kajian lepas telah dilaksanakan untuk mengetahui tahap
pengetahuan pelajar dalam menguasai al -Quran. Kajian yang telah
dilaksanakan oleh Aminah Idris (1997) dan Siti Fatimah (2002)
menunjukkan masih ramai pelajar yang tidak mampu membaca al-Quran
dengan betul. Kajian mereka menunjukkan antara kelemahan pelajar yang
ketara adalah gagal menyebut makhraj huruf dengan betul, sukar
mengenalpasti huruf yang bersambung dan lemah dalam tajwid.
Pengetahuan tajwid merupakan aspek yang penting untuk membaca al-
Quran dengan betul, walaupun hukum mempelajari ilmu tajwid adalah
fardhu kifayah tetapi hukum mengamalkannya adalah fardhu ain (Abu
Mardhiyah, 2005).
Terdapat kajian yang telah dilakukan di Kolej Komuniti Sabak
Bernam berkaitan persepsi pelajar terhadap keupayaan bacaan al-Quran.
Kajian yang dilakukan oleh Nor Hidayah Sanusi et al. (2015) menyatakan
dapatan bahawa kebanyakan pelajar lemah dari segi bacaan al-Quran
bertajwid walaupun mereka dapat mengenal huruf hijaiyah dengan baik.
124
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Di samping itu, banyak hasil dapatan kajian lain yang menunjukkan
masih ramai pelajar yang lemah dalam menguasai pembacaan al-Quran.
Hasil kajian Mohd Yakub Zulkifli & Saidi (2008) menunjukkan 38.7%
pelajar berada pada tahap lemah dari segi bacaan al-Quran
menggambarkan ketidakmampuan membaca al-Quran atau dalam bahasa
lain “buta al-Quran”. Hal ini menunjukkan kadar yang agak tinggi jumlah
pelajar yang lemah dalam pembacaan al-Quran.
Dalam kajian yang lain, yang telah dilakukan oleh Mohd Zainul
Arifien (2006), menjelaskan bahawa ramai pelajar yang lemah dari aspek
tilawah, tajwid dan makhraj huruf. Terdapat juga pelajar yang gagal
membaca pototngan ayat-ayat yang pendek. Perkara ini menunjukkan
masih terdapat kelemahan dari aspek penguasaan al-Quran dikalangan
pelajar.
Menurut kajian yang telah dijalankan dalam kalangan pelajar di
Politeknik Port Dickson oleh Fazlina (2012), menunjukkan tahap amalan
pembacaan al-Quran masih di tahap sederhana. Terdapat aspek yang
masih perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap pengetahuan al-Quran
dikalangan pelajar tersebut. Menurut kajian lain yang dilakukan ke atas
pelajar Politeknik Kuching oleh Muhammad Farhan Ismail et al. (2010)
mendapati ramai pelajar muslim gagal menguasai al-Quran khususnya
surah al-Fatihah. Kajian tersebut telah dilakukan secara rawak ke atas 100
orang pelajar Politeknik Kuching.
Kajian juga telah dilakukan ke atas pelajar-pelajar tahun akhir di
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin oleh Mohd Khairulazman (2015)
mendapati pelajar masih lemah dari segi pembacaan al-Quran walaupun
sebahagian besar pelajar mengenal huruf hijaiyah dan pandai membaca
ayat-ayat pendek al-Quran.
Institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan dalam mendidik
pelajar dengan ilmu agama (Nor Ashiqeen et al., 2017). Hal ini
menunjukkan tempat belajar juga penting agar pelajar tidak tercicir dan
terlibat dengan gejala sosial. Selain itu, tempat belajar yang kondusif dapat
mempengaruhi pelajar dalam pelajaran menurut (Syarifah Norshah, Nor
Salimah & Zulkifli, 2011). Selain itu, suasana kelas sebagai belajar juga
penting dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap al-Quran.
Menurut Ahmad Zabidi (2006) seseorang guru hendaklah merancang serta
melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan ke arah persekitaran bilik
darjah yang harmonis kerana ia membantu peningkatan pengajaran dan
pembelajaran.
Rentetan daripada sorotan kajian yang lepas, saya mendapati kajian
yang terperinci masih kurang dilakukan ke atas pelajar-pelajar kolej
komuniti bagi mengetahui tahap penguasaan mereka terhadap al-Quran.
Atas dorongan rasa tanggungjawab, saya mengambil inisiatif untuk
melakukan kajian ke atas pelajar-pelajar kolej komuniti khususnya di
negeri Pahang bagi mengetahui tahap penguasaan mereka terhadap al-
Quran. Hal ini penting kerana hasil kajian dapat digunakan untuk
125
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
mengetahui punca dan menggembleng langkah ke arah menambah nilai
ilmu al-Quran kepada para pelajar.
3.0 Penyataan Masalah
Pelajar muslim telah didedahkan dengan pembacaan al-Quran sejak
dari kecil lagi. Kebanyakan pusat pendidikan awal kanak-kanak telah
mendedahkan pelajar dengan al-Quran menerusi pengenalan huruf-huruf
hijaiyah dan pengajaran Iqra’. Menurut Mohd Yakub Zulkifli & Saidi (2008),
proses pembelajaran al-Quran diteruskan ke peringkat sekolah rendah,
yang mana pendidikan al-Quran diajar menerusi program J-QAF dan KAFA.
Diperingkat sekolah menengah juga ditekankan berkaitan pendidikan al-
Quran dimana setiap pelajar diwajibkan untuk menghafal surah-surah
wajib dalam subjek pendidikan Islam.
Walau bagaimanapun, tahap kebolehupayaan dan penguasaan al-
quran dikalangan pelajar masih lagi lemah. Ini disokong dalam kajian
Azarudin, Azman & Ahmad Nazuki (2010), mendapati bahawa tahap
kemampuan pelajar membaca al-Quran berada pada tahap baik dalam
aspek-aspek asas walaubagaimanapun masih lemah dalam aspek
pembacaan al-Quran yang lebih sukar yang memerlukan kemahiran yang
tinggi. Kajian beliau juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan
tahap kemampuan membaca al-Quran antara pelajar lelaki dan
perempuan.
Dalam kajian yang lain menunjukkan, faktor telah khatam al-Quran
bukanlah kayu ukur menunjukkan seseorang pelajar itu mahir membaca
al-Quran. Menurut kajian Mohd Aderi (2004), mendapati bahawa walaupun
63% daripada responden telah berhenti pembelajaran al-Quran di peringkat
sekolah rendah, namun kemampuan bacaan majoriti responden adalah
pada tahap sederhana dan lemah.
Di samping itu, menurut Mohd Fauzan (2006), mendapati bahawa
silibus tilawah al-Quran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
merupakan bidang yang tidak disukai oleh kebanyakan pelajar. Hal ini
berlaku kerana kesulitan dan kurang minat pelajar terhadap pembacaan al-
Quran dan seterusnya menjadikan bidang tilawah ini di abaikan dan tidak
diambil berat. Antara kelemahan utama pelajar-pelajar ialah penguasaan
fasohah, makhraj huruf dan tajwid. Kegagalan menguasai kemahiran- dan
ilmu al-Quran ini menyebabkan pelajar gagal membaca al- Quran dengan
baik dan tidak lancar serta kurang minat membacanya (Mohd Fauzan,
2006).
Selain daripada itu, masalah ketidakbolehan pelajar membaca al-
Quran dalam kalangan pelajar Islam sama ada di sekolah rendah,
menengah dan IPTA dan IPTS merupakan masalah yang telah wujud lama.
Menurut Mohd Faisal, Zawawi & Rahimi (2008), sehingga hari ini masih ada
ramai umat Islam di Malaysia di peringkat dewasa yang mengenali huruf-
huruf hijaiyyah tetapi tidak mampu untuk membaca al-Quran dengan baik
atau mereka mampu membaca tetapi tidak lancar malah terdapat juga
segelintir yang langsung tidak mengenali huruf-huruf al-Quran.
126
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.0 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan al-
Quran dalam kalangan pelajar kolej komuniti khususnya kolej komuniti di
negeri Pahang. Kajian memfokuskan kepada beberapa aspek iaitu bacaan
al-Quran, pengetahuan tajwid, pemahaman terhadap ayat al-Quran dan
hafalan ayat-ayat lazim.
5.0 Metodologi Kajian
Penyelidikan ini berbentuk kuantitatif. Pengkaji menggunakan
instrumen soal selidik sebagai kaedah untuk mendapatkan data daripada
responden. Setelah data dapat dikumpul melalui soal selidik, pengkaji
membuat analisis data menggunakan perisian IBM SPSS versi 22.
Persampelan merupakan kaedah untuk mendapatkan sampel yang
memiliki ciri -ciri umum populasi. Menurut Syed Arabi (2002), ciri-ciri
populasi dan tujuan kajian juga akan menentukan pemilihan bentuk
sampel. Tambahan lagi, Azizi Yahya et al. (2006) menyatakan persampelan
adalah proses pemilihan subjek daripada populasi di tempat kajian sebagai
responden.
Reinard (2001) menyatakan pengkaji perlu melakukan pertimbangan
yang sesuai dalam memilih sampel kajian supaya sampel kajian yang
dipilih adalah bersesuaian dengan tujuan sesuatu kajian itu dijalankan.
Rentetan itu, kajian saya menumpukan kepada pelajar-pelajar muslim kolej
komuniti negeri pahang. Sebanyak 200 soal selidik akan diberikan kepada
para pelajar untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Penentuan saiz
sampel adalah mengikut rujukan Krejcie & Morgan (1970).
Sampel responden dipilih secara separa rawak daripada pelajar-
pelajar muslim kolej komuniti di negeri Pahang. Sebanyak 200 borang soal
selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar muslim kolej komuniti tersebut.
1. Kolej Komuniti Kuantan
2. Kolej Komuniti Paya Besar
3. Kolej Komuniti Rompin
4. Kolej Komuniti Temerloh
5. Kolej Komuniti Bentong
6. Kolej Komuniti Pekan
7. Kolej Komuniti Jerantut
8. Kolej Komuniti Raub
9. Kolej Komuniti Bera
10. Kolej Komuniti Lipis
127
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
6.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan
Skor min
4.3.1 Persepsi Pelajar Terhadap Penguasaan Al-Quran
Jadual 1
Bacaan Al-Quran
Kod Item Kekerapan & Peratus (N=200) Min SP Interpretasi
item 4.59 0.55
3.92 0.83 Tinggi
STS TS TP S SS
3.93 0.81 Sederhana
B.1.1 Saya mengenali 1 0 0 79 120 Tinggi
B.1.2 (0.5) (0.0) (0.0) (39.5) (60.0) 3.78 0.83
huruf-huruf 4.39 0.76 Sederhana
B.1.3 hijaiyah (huruf- 1 9 46 94 50 4.11 0.61 Tinggi
huruf al-Quran) (0.5) (4.5) (23.0) (47.0) (25.0)
B.1.4 Saya mampu Sederhana
B.1.5 3 5 40 107 45 Tinggi
menyebut huruf- (1.5) (4.5) (26.0) (53.5) (22.5) Tinggi
huruf hijaiyah
mengikut 3 9 52 102 34 Tinggi
makhraj yang (1.5) (4.5) (26.0) (51.0) (17.0)
betul.
Saya mampu 2 2 16 76 104
(1.0) (1.0) (8.0) (38.0) (52.0)
menyebut huruf-
huruf yang
hampir sama
bunyi dengan
betul.
Saya mampu
membaca ayat-
ayat al-Quran
dengan betul.
Saya mampu
membaca surah
al-Fatihah
dengan betul.
Keseluruhan
Dapatan dalam jadual 1 di atas menunjukkan jumlah keseluruhan
min bagi penguasaan Al-Quran melalui bacaan Al-Quran berada pada
tahap yang tinggi iaitu 4.11 (sp. = 0.61). Secara keseluruhan terdapat dua
item yang berada pada tahap yang tinggi terutamanya B1.1 “Saya
mengenali huruf-huruf hijaiyah (huruf-huruf al-Quran).” (min=4.59, sp.=
0.55) dan tiga item berada pada tahap sederhana tinggi terutamanya B1.3
“Saya mampu menyebut huruf-huruf yang hampir sama bunyi dengan
betul.” (min=3.93, sp.=0.81).
128