E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Dalam konteks ini, pihak institusi perlu untuk mewujudkan
saluran komunikasi terbuka dan langsung dengan wakil alumni.
Sebagai tambahan kepada sumbangan alumni, ia dapat memenuhi
banyak tujuan lain seperti menjadi atau membina duta institusi,
merekrut calon pelajar dan membimbing pelajar semasa,
memberikan bantuan kepada pelajar dalam kemajuan kerjaya;
membantu alumni untuk terus berhubung antara satu sama lain
dan memberikan maklum balas yang berharga kepada institusi
(Suliati Asri, 2021). Rangkaian alumni yang cekap dengan pihak
berkepentingan luaran membantu institusi dalam membina
reputasinya.
Di dalam teras yang ke-5 bagi Key Performance Indicator (KPI)
2021 Kamus Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) adalah memperkukuh kolaborasi industri, komuniti dan
alumnni. Di dalam teras ini terdapat 3 item utama yang ditekankan
iaitu memperkukuh jaringan industri-institusi, memastikan
sumbangan signifikan kepada negara dan komuniti dan
memperkukuhkan hubungan alumni. Selain itu juga, JPPKK telah
menyarankan supaya institusi mendapatkan penyertaan dari
industri, agensi awam dan agensi swasta kepada pelajar dengan
pendedahan peluang pekerjaan dalam industri sebenar bagi
membantu kebolehpasaran graduan TVET mengikut bidang
pengajian masing-masing (Kementerian Pengajian Tinggi, 2021) .
Berdasarkan Laporan Kajian Pengesahan Graduan TVET yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2021,
kadar kebolehpasaran graduan TVET 2018 sehingga 2020
menunjukkan semua bidang pengajian mencatatkan penurunan
kadar kebolehpasaran graduan pada tahun 2020 berbanding
tahun 2019. Bagi sektor perkhidmatan, kebolehpasaran graduan
pada tahun 2020 menurun kepada 86 peratus berbanding 93.4
peratus pada tahun 2019. (Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti, 2022).
Bidang perhotelan dikategorikan di dalam sektor
perkhidmatan dan terdapat 8 buah kolej komuniti yang
menawarkan program tersebut iaitu Kolej Komuniti Selayang,
Kolej Komuniti Sungai Petani, Kolej Komuniti Kuantan, Kolej
Komuniti Bukit Beruang, Kolej Komuniti Chenderoh, Kolej
Komuniti Beaufort, Langkawi Tourism Academy dan Kolej Komuniti
Rompin. Di setiap Kolej Komuniti, terdapat Unit Perhubungan
Industri dan Alumni yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam
mengurus dan memastikan semua aktiviti yang berkaitan dengan
latihan industri dan alumni dapat berjalan dengan baik. Program
Alumni Sharing Session @ SOP “Learn from industry experts and
alumni” anjuran Kolej Komuniti Rompin telah dijalankan secara
dalam talian melibatkan pelajar Sijil Operasi Perhotelan (SOP) yang
sedang mengikuti pengajian di Kolej Komuniti. Program yang telah
dijalankan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
pelajar tentang kerjaya, pendidikan dan prospek keusahawanan
yang wujud dalam industri. Realiti tentang keperluan tenaga kerja
dan kemahiran kebolehpasaran dalam bidang pelancongan dan
hospitaliti juga dijelaskan.
179
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan persepsi pelajar dari
lima buah Kolej Komuniti iaitu Kolej Komuniti Rompin, Kolej
Komuniti Selayang, Kolej Komuniti Beaufort, Kolej Komuniti Sungai
Petani dan Langkawi Tourism Academy yang telah menghadiri
program tersebut pada 8 Disember 2021. Kajian ini telah
mengenalpasti dua persoalan iaitu:
a. Apakah persepsi pelajar terhadap program bersama
alumni?
b. Apakah hala tuju pelajar setelah bergelar graduan kolej
komuniti?
2.0 Sorotan Kajian
Kewujudan pusat alumni di institusi pengajian membuktikan
betapa pentingnya sumbangan alumni kepada sesebuah institusi.
Sudah menjadi kebiasaan di kebanyakan institusi di Malaysia
menjemput alumni di majlis atau acara rasmi bagi menjadikan
mereka sebagai suri teladan (role model) kepada bakal-bakal
graduan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan
yang mereka ada. Ini juga disokong oleh Alumni Universiti Sains
Malaysia (USM) dimana komuniti terpelajar dan komuniti aras
tinggi diseru untuk menjadi “role model” kepada masyarakat,
negara malah juga dunia seluruhnya (USM News Portal, 2015). Ini
kerana graduan prasiswazah perlu meningkatkan daya saing
mereka dengan meningkatkan keterampilan dan kemampuan
mereka untuk menghadapi persaingan kerja (Akmal Sabarudin et
al., 2022).
Perkongsian alumni dengan mahasiswa sama ada dalam
pengurusan pembangunan disiplin diri atau dalam pengurusan
kerjaya boleh diterima dengan mudah sebagai bimbingan dan
inspirasi oleh mahasiswa yang lain. Fadzilna (2022) mengatakan
bahawa pengaruh alumni sangat besar terutama dalam aspek
pendidikan, kepimpinan dan pengurusan untuk membantu
mahasiswa menjadi nadi penggerak masa hadapan negara yang
lebih cerah.
Oleh itu, dengan adanya penyertaan alumni dalam sesebuah
institusi dapat menunjukkan satu petanda kesepakatan dan
penglibatan mereka dalam menyokong dan memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada pentadbiran institusi tersebut.
Sebagai contoh, melalui sesi perjumpaan bersama alumni dapat
memberikan cetusan idea dan inspirasi kepada kedua- dua pihak
terutamanya alumni supaya dapat berdaya saing dalam mencari
peluang pekerjaan di masa sekarang. Dengan keadaan semasa agak
sukar untuk mana-mana pihak mencari peluang pekerjaan dan ini
temasuklah golongan garduan universiti (Universiti Sains
Malaysia).
Salah satu objektif Kolej Komuniti adalah melahirkan
graduan yang berkemahiran (hands-on) untuk bekerja sebagai
pekerja mahir atau separa mahir mengikut keperluan industri.
Graduan cenderung untuk memilih untuk bekerja di industri
kerana lebih mudah dan cepat terutama di dalam industri
perkhidmatan berdasarkan kemahiran atau pensijilan yang
180
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
dimiliki.
Oleh itu, bagi membantu alumni memilih hala tuju yang tepat
selepas bergelar graduan, satu inisaitif perlu diambil bersama bagi
menilai kemampuan diri seseorang graduan untuk penetapan hala
tuju yang diimpikan. Alumni yang ada sekarang ini perlu
memanipulasi segala aspek yang disediakan di institusi dan juga
memanfaatkan isu-isu ke arah perkembangan diri sebagai seorang
mahasiswa yang mempunyai keintelektualan tinggi. Justeru,
sebagai mahasiswa yang merasakan diri mereka perlu untuk
menyahut cabaran selepas bergelar graduan inilah masanya untuk
bersiap sedia. Paling penting adalah hala tuju sebagai mahasiswa
akan berakhir dengan apa yang diimpikan terutamanya mendapat
pekerjaan yang membuatkan diri mahasiswa bergembira dan
bukannya berduka menunggu panggilan kerja.
3.0 Metodologi Kajian
Kajian kuantitatif deskriptif yang dijalankan adalah
berbentuk kajian tinjauan. Sampel kajian adalah terdiri daripada
66 orang pelajar dari lima buah Kolej Komuniti yang telah
menghadiri Program Alumni Sharing Session @ SOP “Learn from
industry experts and alumni” iaitu Kolej Komuniti Rompin, Kolej
Komuniti Selayang, Kolej Komuniti Beaufort, Kolej Komuniti Sungai
Petani dan Kolej Komuniti Langkawi. Borang soal selidik diedarkan
melalui ruangan chat di Google Meet setelah tamat program
menggunakan pautan Google Form. Instrumen abgi kajian ini telah
diadaptasi dari (Ekhwan et al., 2020) berkaitan dengan kursus
jangka pendek dikalangan alumni. Soal selidik ini mengandungi
tiga (3) bahagian iaitu Bahagian A (demografi responden program),
Bahagian B (berkaitan kandungan program) dan Bahagian C (Hala
tuju pelajar selepas tamat pengajian). Maklum balas responden
terhadap setiap item diukur menggunakan skala Likert dari 1
hingga 5 seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Tafsiran Skala Likert Bahagian A, B dan C
Skala Skor
Sangat Tidak 1
Setuju
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5
Analisis data kuantitatif digunakan dalam kajian ini, dan hasil
tinjauan dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains
Sosial (SPSS) versi 26. Analisis kekerapan dilakukan untuk
mendapatkan dapatan tentang latar belakang responden kursus,
seperti jantina, kumpulan umur, kolej komuniti, dan semester
pengajian semasa. Teknik min digunakan untuk analisis deskriptif
dan julat skor min yang disemak telah ditentukan oleh Creswell
(2005) dan ditunjukkan dalam Jadual 2.
181
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 2: Tafsiran Skala Likert Bahagian B dan C
Julat Skor Interpretasi Min
Min
1.00 – 1.80 Sangat tidak
memuaskan
1.81 – 2.60 Tidak memuaskan
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Memuaskan
4.21 – 5.00 Sangat memuaskan
4.0 Analisis dan Perbincangan
Dalam membincangkan dapatan kajian ini, pelaporan
disediakan berdasarkan kepada item yang terdapat di dalam borang
selidik berdasarkan persoalan kajian. Dapatan kajian ini adalah
daripada hasil maklumbalas responden yang terlibat di dalam
Program Alumni Sharing Session @ SOP “Learn from industry
experts and alumni” yang telah dijalankan.
4.1 Analisis Kekerapan
Jadual 3: Taburan Pelajar Mengikut Jantina, Kumpulan Umur,
Kolej Komuniti dan Semester
Demografi Frekuensi Peratus (%)
Jantina
Lelaki 27 40.9
Perempuan 39 59.1
Kumpulan Umur
18-20 Tahun 64 97.0
20-22 Tahun 2 3.0
Kolej Komuniti
Kolej Komuniti Rompin 39 59.1
Kolej Komuniti Beaufort 4 6.1
Kolej Komuniti Sungai Petani 1 1.5
Kolej Komuniti Langkawi 1 1.5
Kolej Komuniti Selayang 21 31.8
Semester
Semester 1 38 57.6
Semester 2 7 10.6
Semester 3 21 31.8
Mengikut Jadual 3, Bahagian A soal selidik ini mengandungi
maklumat demografi responden, iaitu jantina, kumpulan umur,
kolej komuniti dan semester. Secara keseluruhan, kesemua 66
responden adalah dari semester 1 hingga 3 di beberapa kolej
komuniti yang menawarkan program sijil dalam operasi hospitaliti,
dan termasuk 27 lelaki, 39 perempuan, dan berumur antara 18
tahun sehingga 22 tahun.
182
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.2 Analisis Deskriptif
Jadual 4: Analisis Deskriptif Kandungan Program
Bil Item Skor Sisihan Interpretasi
Min Piawai Min
A1 Objektif program tercapai. 4.53 .588 Sangat
.653 Memuaskan
A2 Pengisian program yang bersesuaian
Sangat
dengan keperluan 4.61 Memuaskan
kursus.
A3 Perancangan dan pelaksanaan 4.62 .602 Sangat
program telah dibuat dengan Memuaskan
lancar.
A4 Program ini memberi pendedahan 4.48 .707 Sangat
tentang hubungan kolaborasi Memuaskan
bersama agensi/ jabatan lain.
A5 Cara penyampaian penceramah 4.48 .685 Sangat
adalah menarik. 4.38 .780 Memuaskan
A6 Platform pembelajaran (Google Sangat
Meet) yang digunakan untuk Memuaskan
program ini adalah baik.
A7 Aktiviti pembelajaran yang 4.44 .726 Sangat
dijalankan semasa program ini Memuaskan
adalah menarik.
A8 Masa yang diperuntukkan untuk 4.48 .749 Sangat
menjalankan program ini adalah Memuaskan
sesuai.
A9 Pada keseluruhannya, program ini 4.56 .659 Sangat
berjaya dan bermanfaat. 4.50 .663 Memuaskan
Skor min keseluruhan Sangat
Memuaskan
Jadual 4 memaparkan analisis dan dapatan bagi item
keberkesanan program. Purata nilai rekod bagi semua item dalam
pembolehubah yang dikaji ialah 4.50, dan sisihan piawai purata
ialah 0.663. Item A3 mendapat markah tertinggi dalam ujian (skor
min = 4.62, sisihan piawai = 0.602). Skor min terendah ialah item
A6 (skor min = 4.38, sisihan piawai = 0.780).Walaupun skor min
terendah, pernyataan ini masih berada pada tahap tafsiran yang
sangat memuaskan. Secara keseluruhannya, min bagi program ini
ialah 4.50. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa
program ini telah dijalankan dengan baik dan mencapai
matlamatnya. Rata-rata responden bersetuju program yang
dijalankan ini memberi banyak pendedahan tentang peluang
mencari pekerjaan selepas bergelar alumni.
183
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 5: Analisis Deskriptif Penilaian Keberkesanan Program
Terhadap Responden
Bil Item Skor Sisihan Interpretasi
Min Piawai Min
B1 Program ini telah meningkatkan 4.58 .556 Sangat
pemahaman saya terhadap peluang Memuaskan
kerjaya selepas tamat pengajian.
B2 Program ini memberikan maklumat 4.58 .634 Sangat
yang lebih jelas mengenai peluang Memuaskan
melanjutkan pelajaran selepas tamat
program sijil di Kolej
Komuniti.
B3 Program ini telah menunjukkan 4.61 .579 Sangat
arah dan matlamat kerjaya yang Memuaskan
lebih jelas. 4.55 .661
4.62 .576 Sangat
B4 Program ini telah memberikan 4.58 .601 Memuaskan
kesedaran diri mengenai masa
depan saya. Sangat
Memuaskan
B5 Program ini telah meningkatkan
keyakinan diri saya. Sangat
Memuaskan
Skor min keseluruhan
Jadual 5 memaparkan analisis data dan dapatan bagi item
keberkesanan program. Secara keseluruhannya, min yang
dicatatkan bagi semua item dalam pembolehubah yang dikaji ialah
4.58 dan min sisihan piawai ialah 0.601. Berdasarkan jadual, B5
mempunyai skor min tertinggi (4.62), dan sisihan piawai ialah
0.576. Purata markah bagi item B4 ialah 4.55.Ini adalah lebih
rendah daripada skor purata untuk semua item lain (skor min =
5.14). Walaupun skor min terendah, pernyataan ini masih berada
pada tahap tafsiran yang sangat memuaskan. Responden bersetuju
program ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan pemahaman
mereka terhadap peluang kerjaya yang tersedia selepas tamat
pengajian. Selain itu, program ini juga telah menunjukkan arah
dan matlamat kerjaya yang lebih jelas kepada alumni.
184
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 6: Analisis Deskriptif Hala Tuju Selepas Tamat Pengajian
Bil Item Skor Sisihan Interpretasi
Min Piawai Min
C1 Saya tahu matlamat yang ingin 4.56 .611 Sangat
saya capai dalam hidup. 4.45 .706 Memuaskan
C2 Saya boleh membina matlamat Sangat
yang sesuai dengan kemampuan Memuaskan
diri saya.
C3 Saya lebih jelas tentang halatuju 4.33 .771 Sangat
Memuaskan
hidup saya selepas tamat
pengajian.
C4 Saya mampu untuk memilih 4.38 .718 Sangat
halatuju yang sesuai dengan Memuaskan
saya.
Skor min keseluruhan 4.43 .701 Sangat
Memuaskan
Analisis data dan dapatan bagi item hala tuju pelajar selepas
tamat pengajian seperti di Jadual 6. Purata nilai bagi item ini ialah
4.43 dan nilai purata sisihan piawai adalah 0.701. Item C1
mempunyai skor min tertinggi (skor min = 4.56) dan skor min
terendah ialah item C3 (skor min = 4.33). Walau bagaimanapun,
keputusan ini tidak muktamad kerana terdapat sisihan piawai
yang besar untuk kedua-dua item. Responden sangat memahami
tentang matlamat yang sepatutnya meraka tetapkan untuk
mencapai cita-cita mereka. Selain itu juga, responden bersetuju,
program ini dapat mampu membuatkan mereka lebih yakin untuk
memilih hala tuju yang sesuai dengan bidang dan latar belakang
mereka.
Jadual 7: Pemilihan Hala Tuju Pelajar Selepas Tamat Pengajian
Item Frekuensi Peratus (%)
Menyambung pengajian 37 56.1
Bekerja dalam bidang pelancongan dan 23 34.8
hospitaliti
Bergelar seorang usahawan 6 9.1
Jadual 7 menunjukkan analisis data dan dapatan bagi
pemilihan hala tuju pelajar selepas tamat pengajian. Item
“menyambung pengajian” mendapat skor yang tertinggi iaitu 56.1
peratus dan diikuti oleh item “bekerja dalam bidang pelancongan
dan hospitaliti” mendapat skor sebanyak 34.8 peratus. Skor
peratusan paling rendah adalah item “bergelar seorang
usahawan” yang sebanyak 9.1 peratus. Daripada dapatan ini, rata-
rata responden memilih untuk menyambung pengajian ke
peringkat diploma selepas tamat belajar di Kolej Komuniti. Ini
mungkin disebabkan responden ingin mendapatkan latar belakang
pendidikan yang lebih tinggi.
185
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
5.0 Rumusan dan Cadangan
Kajian ini telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap
keberkesanan program bersama alumni dalam aspek penetapan
halatuju pelajar setelah bergelar graduan Kolej Komuniti.
5.1 Mengenal pasti persepi pelajar terhadap program bersama
alumni
Penyataan pertama bagi kajian ini adalah melihat
keberkesanan kandungan program alumni. Keputusan
menunjukkan bahawa purata skor keseluruhan ialah 4.50, dan
ini adalah tahap tafsiran yang sangat memuaskan. Secara
jelasnya, program bersama alumni ini didapati berkesan dan
mencapai objektif program iaitu bermanfaat kepada semua alumni
yang hadir.
Berdasarkan hasil kajian keberkesanan program terhadap
responden, nilai min menunjukkan 4.58 iaitu interpretasi yang
sangat memuaskan. Secara jelasnya, keberkesanan program ini
dapat membantu pelajar menentukan arah dan matlamat kerjaya
yang lebih jelas. Selain itu juga, responden bersetuju program yang
dijalankan ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka setelah
bergelar alumni dalam menghadipi dunia pekerjaan. Penyertaan
alumni dalam setiap program di Kolej Komuniti menunjukkan satu
petanda kesepakatan antara pentadbiran setiap institusi demi
memberi perkhidmatan yang terbaik kepada bekas pelajar.
5.2 Mengenal pasti hala tuju pelajar setelah bergelar graduan
Kolej Komuniti
Penyataan kedua bagi kajian ini adalah melihat keberkesanan
hala tuju pelajar setelah bergelar graduan Kolej komuniti.
Keputusan menunjukkan purata skor keseluruhan ialah 4.43, iaitu
sangat memuaskan. Tinjauan mendapati pelajar mampu
menetapkan matlamat dan sasaran kerjaya selepas tamat
pengajian berdasarkan minat dan keinginan mereka.
Daripada dapatan analisis pemilihan hala tuju pelajar selepas
tamat pengajian, item “menyambung pengajian” mendapat skor
tertinggi dan ini bermakna pelajar telahpun menetapkan hala tuju
mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma
selepas tamat pengajian di Kolej Komuniti. Unit Perhubungan
Industri dan Alumni perlu mengadakan program berkaitan halatuju
pendidikan selepas sijil di Kolej Komuniti. Kesedaran tentang
peluang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma sangat
penting dalam memupuk minat pelajar untuk melanjutkan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Oleh itu, kewujudan pusat alumni di institusi sangat penting
bagi membanti graduan untuk memilih hala tuju yang tepat selepas
tamat pengajian. Program-program alumni perlu diteruskan
dengan memjemput mana-mana alumni untuk menceritakan
pengalaman mereka sebagi tanda aras kepada graduan dalam
pemilihan hala tuju selepas tamat pengajian.
186
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
5.3 Cadangan penyelidikan akan datang
Bagi kajian-kajian yang akan datang, disarankan agar
melanjutkan kajian yang lebih terperinci merangkumi pemilihan
sektor industri oleh alumni. Ini kerana dapat membantu pengkaji
untuk menerangkan secara keseluruhan tentang kepentingan
pemilihan industri kepada alumni serta kerjaya yang dipilih oleh
alumni tepat mengikut bidang dan minat masing- masing.
5.4 Kesimpulan
Kesimpulanya, program yang dijalankan bersama alumni ini
didapati berkesan berdasarkan persepsi alumni terhadap aspek
kandungan, keberkesanan dan hala tuju pelajar selepas tamat
pengajian. Program ini juga disyorkan untuk dijalankan kepada
semua institusi pada akhir semester bagi membantu dalam
pemilihan kerjaya di kalangan bakal graduan. Unit Perhubungan
Industri & Alumni, Kolej Komuniti bertanggungjawab untuk
memastikan program alumni ini dapat dilaksanakan sebagai
usaha membantu memperkukuhkan lagi keyakinan diri, menyalur
maklumat dan menyemai budaya seperti mana hasrat yang kolej
komuniti ingin sampaikan kepada bakal graduan. Pengalaman
yang dikongsi oleh alumni sama ada dalam soal pembentukkan
sahsiah diri, pengurusan masa dan kewangan mahupun bidang
kerjaya dapat diterima dengan lebih baik sebagai panduan dan
seterusnya menjadi inspirasi kepada pelajar.
Rujukan
Akmal Sabarudin, Nur Hannan Lokman, & Nahzatush Simaa Jantan.
(2022). Tinjauan Keberkesanan Program Keusahawanan di Universiti
Kebangsaan Malaysia ( UKM ) terhadap Kebolehpasaran Graduan
Menurut Perspektif Alumni UKM ( Review of the Effectiveness of
Entrepreneurship Program at Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )
on Gradu. 7(2).
Creswell, J. W. (2005). Educational research Planning, conducting,
and eva- luating quantitative and qualitative research (2nd ed.).
Columbus, OH Pearson Merrill Prentice Hall.
References - Scientific Research Publishing. (2013).
Scirp.org.https://scirp.org/reference/referencespapers.aspx?referenc
eid=95238 1
Ekhwan, R., Rosli, S. H., & Rasalli, R. I. Z. (2020). Keberkesanan
Kursus Jangka Pendek Anjuran Kolej Komuniti Ledang Johor
Terhadap Alumni. Asian Journal of Civilizational Studies, 2(1), 68–
79.
Fadzlina. (2022, April 18). Beri peluang pekerjaan pada graduan.
USIM | UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.
https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/beri-peluang-
pekerjaan-pada-graduan/
187
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Fidlizan, M., Azila, A. R., Mohd Yahya, M. H., & Salwa, A.
A. (2014). Kesanggupan Alumni Menyumbang Kepada Universiti :
Kajian Dalam Kalangan Guru- Guru Muslim Di Johor. Shariah
Journal, 22(2), 259–288.
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. (2022). Kamus
KPI2022.pdf. Google Docs.
https://drive.google.com/file/d/19JqdJHlf1J_84pBrQIogLKRAq0n
8Bn-/view
Kementerian Pengajian Tinggi. (2021). LAPORAN KAJIAN
PENGESANAN GRADUAN TVET 2020. In Ministry of Higher
Education. https://www.mohe.gov.my/en/download/publications-
journalsand-reports/lkpg/2020-1/833-laporan-kajian
pengesanan-graduan-tvet- 2020/file
Suliati Asri. (2021, Februari 14). Majlis alumni bina jaringan
kukuh. Harian Metro; New Straits Times.
https://www.hmetro.com.my/akademia/2021/02/674551/majlis
- alumni-bina-jaringan-kukuh
Tulankar, S., & Grampurohit, B. (2020). Role of alumni as
stakeholders in enhancing quality education. Sustaining Quality:
NAAC New Guidelines 2017.
https://www.researchgate.net/publication/341650267_Role_of_al
umni_ as_stakeholders_in_enhancing_quality_education
USM News Portal. (2015, April 27). ALUMNI USM DISERU
MENJADI “ROLE MODEL” KEPADA MASYARAKAT.
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/861-alumni-
usm- diseru-menjadi-role-model-kepada-masyarakat
188
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Kajian Dan Analisis Pasaran Program Pengajian Sijil
Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara
Di Kolej Komuniti Batu Pahat
Mohd. Norazizi Md. Yusop1*, Farrah A. Rahim2,
Muhammad Rahmat Md Padzil3
123Kolej Komuniti Batu Pahat
*[email protected]
Abstrak
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti perlu menyediakan pelbagai akses
kepada program TVET bagi menjamin kualiti dan pengiktirafan industri serta
berazam mewujudkan graduan yang terbaik dan bercirikan keusahawaan yang
seimbang. Justeru itu, Kolej Komuniti Batu Pahat telah mengambil langkah proaktif
dan tepat sejajar dengan misi tersebut dengan menawarkan program Sijil Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara bermula tahun 2012. Kajian analisa pasaran
Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara ini adalah berdasarkan dapatan
data skunder yang diperolehi daripada agensi-agensi yang berkaitan dengan guna
tenaga kerja negara manakala data premier pula daripada hasil dapatan beberapa
responden melalui kajian instrument soal selidik yang dijalankan terhadap majikan
terdahulu dan semasa, yang menggajikan graduan Kolej Komuniti Batu Pahat.
Dalam kajian ini, 71 responden soal selidik melibatkan majikan/syarikat swasta
yang dipilih secara rawak bagi memastikan sampel yang terpilih mewakili populasi
industri. Dapatan kajian menunjukkan 90% majikan bersetuju tempoh pengajian
yang ditawarkan selama 4 semester (2 tahun) termasuk 1 semester pelajar perlu
menjalani latihan industri manakala hanya 10% yang tidak bersetuju dengan tempoh
penawaran tersebut. Justeru itu, 74.60% majikan bersetuju bahawa asas- asas teori
dan kemahiran yang ditawarkan di dalam program Sijil Teknologi Penyejukan dan
Penyamanan Udara adalah memenuhi sepenuhnya kehendak mereka, tetapi hanya
25.40% majikan yang menyatakan bahawa hanya sebahagian sahaja asas-asas teori
dan kemahiran yang memenuhi kehendak mereka. Hasil daripada kajian yang
dijalankan mendapati 94.40% majikan mempersetujui bahawa graduan program Sijil
Teknologi penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) daripada Kolej
Komuniti Batu Pahat (KKBPJ) memenuhi kehendak guna tenaga kerja di
syarikat mereka. Manakala hanya 5.60% iaitu 4 majikan yang tidak mempersetujui
program ini memenuhi kehendak mereka. Secara amnya, kajian dan analisis pasaran
bagi program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) telah
mencapai objektif kajian di mana analisis dapatan kajian pasaran dari
industri/majikan telah menunjukkan program ini mempunyai keperluan industri
dan pasaran kerja dalam negara.
Kata kunci : Pasaran Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan
Udara,kerjaya pelajar, keperluan pasaran
189
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
1.0 Pengenalan
Isu tentang kemahiran kebolehpasaran pertama kali dibincangkan pada
awal abad ke 20 yang bermula di Amerika Syarikat dan United Kingdom di
mana istilah kebolehpasaran hanya memfokuskan kepada dua golongan iaitu
yang boleh bekerja dan tidak bekerja (Corker & Holland 2015). Sejak
kebelakangan ini, trend bidang pekerjaan menjadi semakin sukar dan ia
memerlukan para pekerja yang bukan sahaja berkemahiran teknikal malah
memiliki kemahiran kebolehpasaran yang tinggi (Guzman & Choi, 2013).
Oleh yang demikian, Kolej Komuniti mengambil dasar proaktif dalam
menjadi salah satu institusi peneraju TVET yang berperanan melahirkan
graduan yang holistik, berciri keusahawanan yang seimbang serta menjadi
pembekal tenaga kerja yang menepati kehendak industri. Kementerian
Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) telah berusaha untuk melaksanakan pelbagai agenda bagi
merealisasikan teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi dalam melahirkan
insan yang seimbang melalui sistem pendidikan yang mampu menggarap dan
membina potensi minda, jasmani, emosi dan rohani graduan secara holistik.
Bertepatan dengan hasrat ini, keperluan latihan dan kemahiran disetiap
Kolej Komuniti dipertingkatkan dari masa kesemasa selari dengan
perubahan globalisasi masa kini bagi memenuhi permintaan yang tinggi
terhadap tenaga kerja dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional (TVET).
Justeru itu, bagi memastikan program yang ditawarkan kekal relevan
dengan kehendak industri pada masa kini serta selari dengan misi dan visi
jabatan, kajian dan analisis pasaran program pengajian Sijil Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara telah dilaksanakan selaras dengan
Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021–2025).
2.0 Kenyataan Masalah
Penerimaan pihak industri terhadap graduan masa kini kian mencabar
kerana terdapat kurikulum yang ditawarkan oleh institusi Pendidikan tidak
bertepatan dengan kehendak pasaran kerja. Kebolehpasaran graduan dapat
difahami sebagai keupayaan graduan menguasai kemahiran kebolehpasaran
merangkumi aplikasi kemahiran, efikasi kendiri, metakognisi, kemahiran
keusahawanan dan kemahiran insaniah untuk mencapai matlamat graduan
iaitu mendapat pekerjaan yang diingini dan berjaya dalam pekerjaan serta
matlamat organisasi (Enah, Ridzwan, Mohd Adib & Mohd Azlan , 2018). Oleh itu,
kewujudan sesuatu program dalam kolej komuniti memerlukan kajian yang
terperinci supaya program yang ditawarkan selari dengan saranan kerajaan
menuju ke arah negara maju. Hal ini menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji
untuk mengkaji lebih lanjut terhadap pihak industri dalam menerima graduan
yang dihasilkan Kolej Komuniti Batu Pahat selari dengan kehendak dan
keperluan industri.
190
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif kajian bertujuan untuk:
3.1.1 Mendapatkan data dari sumber rujukan lain daripada agensi-agensi
yang berkaitan dalam memastikan program yang ditawarkan mencapai
kehendak pasaran industri; dan
3.1.2 Mendapatkan maklum balas pasaran guna tenaga kerja terkini
daripada industri/majikan yang pernah dan sedang menggajikan graduan
daripada program pengajian Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan
Udara yang sedang ditawarkan di Kolej Komuniti Batu Pahat.
4.0 Sorotan Kajian
Kajian analisa pasaran Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan
Udara ini adalah berdasarkan dapatan data skunder yang diperolehi
daripada agensi-agensi yang berkaitan dengan guna tenaga kerja negara
manakala data premier pula daripada hasil dapatan beberapa responden
melalui kajian instrument soal selidik yang dijalankan terhadap majikan
terdahulu dan semasa, yang menggajikan graduan Kolej Komuniti Batu
Pahat.
4.1 Data Sekunder
Data sekunder atau sumber data daripada agensi-agensi yang terlibat
dalam guna tenaga kerja negara diperolehi adalah bertujuan untuk memastikan
program yang sedang ditawarkan adalah mencapai kehendak pasaran tenaga
kerja negara:
4.1.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015 – 2025) Pendidikan
Tinggi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025,
PPPM (PT), yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak mempunyai 10 lonjakan dalam usaha memperkasakan sektor
pendidikan tinggi negara. Lonjakan yang terlibat adalah dari segi aspek
Graduan Holistik Berciri Keusahawanan dan Seimbang, Transformasi
Pendidikan Tinggi, Kemampanan Kewangan, Menghayati Pembelajaran
Sepanjang Hayat, Graduan Pendidikan, Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional (TVET), Pemantapan Tadbir Urus, Pembelajaran Dalam Talian
Tahap Global, Ekosistem Inovasi, Keunggulan Global dan Kecemerlangan
Bakat.
4.1.2 Kajian Kebolehpasaraan
Kadar kebolehpasaran graduan boleh menjadi ukuran kepada
kecemerlangan dan kualiti sesebuah institusi pendidikan apabila graduan
yang dilahirkan berjaya mendapat pasaran pekerjaan yang semakin
mencabar. Kebolehpasaran graduan juga boleh dirujuk kepada kebolehan
seseorang graduan untuk menguasai aspek kemahiran sama ada teknikal
191
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
atau insaniah bagi menceburkan diri mereka dalam bidang pekerjaan yang
diingini dan pihak majikan dapat merasakan dengan kehadiran mereka
mampu memberi pesaingan dan nilai tambah kepada kemajuan organisasi
(Enah, Ridzwan, Mohd Adib & Mohd Azlan,2018).
Laporan Kajian Kebolehpasaraan Pengesanan Graduan Kolej Komuniti
Batu Pahat bagi tahun 2019 dan 2020, telah menyenaraikan status graduan
selepas tamat pengajian bagi program Sijil Teknologi Penyejukan dan
Penyamaan Udara mengikut empat kategori iaitu bekerja, menunggu
penempatan pekerjaan, meningkatkan kemahiran, melanjutkan pengajian
dan tidak bekerja.
Daripada data laporan diatas, dapat dilihat bahawa graduan lulusan
Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara Kolej Komuniti Batu
Pahat meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2008 sebanyak 1198
pelajar telah lulus dan pada tahun 2000 pula, sebanyak 1345 pelajar telah
lulus. Ini menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap program Diploma
Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik. Maka, program Diploma Kejuruteraan
Mekanikal adalah relevan untuk diwujudkan di Politeknik Melaka dan sesuai
ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM dinegeri Melaka.
5.0 Metodologi
5.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini adalah berbentuk kajian kes yang dijalankan secara
kuantitatif. Kajian ini dijalankan dengan kaedah borang soal selidik untuk
mendapatkan data daripada responden dan mengukur konsep yang
berkaitan dengan persepsi responden, selain daripada keterangan demografi
atau latar belakang responden (Mohd. Najib, 1999).
5.2 Persampelan Kajian
Penyelidik telah memilih sampel secara rawak mudah bagi pelajar
tahun akhir. Menurut Mohd. Najib (1999), sampel rawak mudah adalah
kaedah mudah memilih sampel daripada populasi yang ramai. Saiz sampel
kajian adalah seramai responden soal selidik melibatkan majikan/syarikat
swasta yang telah dipilih secara rawak bagi memastikan sampel yang terpilih
mewakili populasi industri yang sebenar.
5.3 Instrumen Kajian
Penyelidik guna pakai borang soal selidik untuk mengumpul data dan
maklumat bagi kajian ini. Borang soal selidik yang disebarkan kepada
responden terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Bahagian A: Demografi/ Latar belakang responden.
Bahagian B: Item pada bahagian ini menjurus kepada objektif kajian.
i) Kandungan Program dan Kesesuaian dengan
Keperluan Organisasi.
ii) Peluang Kerjaya
iii) Hasil Graduan Kolej Komuniti Batu Pahat
192
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
6.0 Analisis Dan Perbincangan
Dalam kajian ini, 71 responden soal selidik melibatkan
majikan/syarikat swasta yang telah dipilih secara rawak bagi memastikan
sampel yang terpilih mewakili populasi industri yang sebenar. Pemilihan
jumlah bilangan sampel berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan (Krejcie &
Morgan, 1970). Kajian dilaksanakan hanya secara dalam talian bagi
memudahkan proses analisis dapatan kajian.
Jadual 1: Jadual Taburan Majikan
Bidang Bilangan Peratusan
Mekanikal 36 50.70
Penyejukan & Penyamanan Udara 35 49.30
Jumlah 71 100
Jadual 1 menunjukan penglibatan majikan dalam menjawab soal selidik ini
yang terdiri daripada organisasi swasta yang pernah atau sedang
menggajikan graduan KKBPJ untuk berkerja disyarikat mereka terdiri
daripada bidang Mekanikal iaitu 50.70% dan 49.30% adalah dalam bidang
Penyejukan dan Penyamanan Udara.
6.1 Bahagian I: Kandungan Program dan Kesesuaian dengan Keperluan
Organisasi
i) Adakah Program yang ditawarkan memenuhi asas-asas teori dan
praktikal dalam bidang berkaitan.
N=71
100% 90% 97.20%
80% 10% 2.80%
60% Tempoh Pengajian 4 Kesesuaian
Semester penawaran program
40%
20% dalam keadaan
semasa
0% 97.20%
2.80%
Ya 90%
Tidak 10%
Rajah 2: Rajah Jangkamasa Pengajian dan Kesesuaian Penawaran Program
Dalam Keadaan Semasa
Rajah 2 menunjukan 90% majikan bersetuju tempoh pengajian yang
ditawarkan selama 4 semester (2 tahun) termasuk 1 semester pelajar perlu
menjalani latihan industri manakala hanya 10% yang tidak bersetuju dengan
tempoh penawaran tersebut. Persetujuan ini adalah disebabkan oleh tempoh 4
semester adalah termasuk 1 semester latihan industri adalah tempoh yang paling
193
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
sesuai untuk pengajian diperingkat sijil seiring dengan tempoh pengajian yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Majikan juga bersetuju 97.2%
bahawa program ini bersesuaian ditawarkan dalam keadaan semasa, berbanding
dengan 2.80% majikan yang tidak bersetuju. Persetujuan penawaran ini adalah
bertepatan dengan permintaan pekerjaan pada masa akan datang seiring dengan
WKB 2030 yang mengkehendaki tenaga kerja dalam bidang TVET.
ii) Adakah program yang ditawarkan memenuhi asas-asas teori dan
kemahiran dalam bidang Teknologi Penyejukan dan Penyamanan
Udara?
25.40% N = 71
74.60%
Memenuhi sepenuhnya Memenuhi sebahagian
Rajah 3: Rajah Penawaran asas-asas teori dan kemahiran dalam bidang
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Merujuk kepada Rajah 3, 74.60% majikan bersetuju bahawa asas-asas
teori dan kemahiran yang ditawarkan di dalam program Sijil Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara adalah memenuhi sepenuhnya
kehendak mereka, tetapi hanya 25.40% majikan yang menyatakan bahawa
hanya sebahagian sahaja asas-asas teori dan kemahiran yang memenuhi
kehendak mereka. Ini membuktikan bahawa kolaborasi antara industri dan
kolej komuniti dalam membuat penambahbaikan kurikulum membuahkan
impak yang besar. Ini selaras dengan pendapat (Fitrisehara, 2008), bagi
memastikan graduan relevan seiring dengan permintaan tenaga kerja oleh
majikan dan industri, elemen kemahiran kebolehkerjaan perlu diintergrasi
dan diterapkan di dalam kurikulum Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(TVET).
194
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
6.2 Bahagian II: Peluang Kerjaya
i) Berapakah pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini?
Jadual 4: Jadual Pendapatan Yang Ditawarkan Oleh Majikan Kepada
Graduan Lepasan Program Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara
KKBPJ
Pendapatan Bilangan majikan Peratusan
RM 1000.00 - 1500.00 12 16.90
RM 1501.00 - 2000.00 28 39.40
RM 2001.00 - 2500.00 25 35.20
RM 2501.00 – ke atas 6 8.50
71 100%
JUMLAH
Hasil dapatan kajian dalam Jadual 4 menunjukan majoriti majikan
menawarakan gaji kepada graduan Kolej Komuniti Batu Pahat antara
RM1501.00 ke RM 2500.00. Namun begitu, terdapat 12 majikan iaitu 16.90%
yang menawarkan gaji antara RM1000.00 ke RM1500.00 dan terdapat 6
majikan iaitu 8.5% yang sanggup menawarkan gaji kepada graduan KKBPJ
di antara RM 2501.00 dan ke atas. Penawaran ini adalah dipengaruhi oleh
kemahiran dan kebolehkerjaan yang tinggi pada graduan tersebut.
6.3 Bahagian III: Hasil Graduan Kolej Komuniti Batu Pahat
N = 71
Rajah 5 :Rajah Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan
Udara menghasilkan graduan yang diingini oleh majikan
195
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Merujuk kepada Rajah 5, hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati
94.40% majikan mempersetujui bahawa graduan program Sijil Teknologi
penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) daripada Kolej Komuniti Batu Pahat
(KKBPJ) memenuhi kehendak guna tenaga kerja di syarikat mereka. Manakala
hanya 5.60% iaitu 4 majikan yang tidak mempersetujui program ini memenuhi
kehendak mereka. Ini menunjukan bahawa program SPU ini telah menghasilkan
graduan TVET yang berkualiti dalam memenuhi kehendak industri pada masa
kini. Malahan hasil kajian ini juga mendapati 95.80% iaitu 68 majikan
menyokong graduan untuk melanjutkan pengajian yang lebih tinggi dalam
bidang ini.
Secara tidak langsung, sasaran untuk meluaskan enrolmen pelajar
TVET melalui lonjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(Pendidikan Tinggi) 2015-2025, PPPM (PT) iaitu menghasilkan graduan TVET
yang berkualiti dapat direalisasikan.
7.0 Rumusan Dan Cadangan
Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) telah memenuhi objektif di mana
analisis sumber data dan analisis kajian pasaran dari industri/majikan telah
menunjukkan program ini mempunyai permintaan industri dan memenuhi
keperluan pasaran guna tenaga kerja negara.
7.1 Tenaga pengajar/pensyarah
Pensyarah merupakan satu aset yang sangat penting dalam
meneruskan pelaksanaan program ini. Kesediaan pensyarah SPU di Kolej
Komuniti Batu Pahat dari aspek bilangan adalah tidak mencukupi kerana
mempunyai hanya 4 orang sahaja dan kelayakan akademik dalam bidang
pengajain sebanyak 50%.
Berdasarkan kepada bilangan tenaga pengajar sediada yang tidak
mencukupi tetapi mereka masih mampu menampung keperluan program ini.
Walau bagaimanapun, bilangan pensyarah yang layak perlulah ditambah
selari dengan nisbah pengambilan pelajar yang akan dibuat nanti.
Jadual 5 : Waran perjawatan yang diperlukan mengikut norma
Perkara Bilangan
Pensyarah Sediada 4 Orang
Pensyarah Tambahan 3 Orang
Jumlah Keseluruhan Pensyarah 7 Orang
196
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
7.2 Infrastruktur dan fasiliti
Kemudahan bilik kuliah sediada sebanyak sebuah yang boleh
memuatkan kapasiti 40 pelajar untuk 1 bilik serentak dan sebuah dewan
kuliah yang boleh memuatkan kapasiti 90 pelajar serentak. Kemudahan
prasarana peralatan juga disokong dengan 4 buah bengkel yang lengkap
dengan peralatan. Peralatan dan kemudahan fizikal ini disediakan
berdasarkan kepada bilangan norma pelajar semasa. Penambahan peralatan
dan kemudahan fizikal walau bagaimana pun sentiasa dicadangkan secara
berterusan oleh Unit SPU melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM)
Tahunan dan Projek Rancangan Malaysia.
7.3 Kurikulum
Kurikulum yang terkini telah dibangunkan seiring dengan
perkembangan revolusi industri IR4.0 hendaklah merangkumi segala aspek
bagi menjaga kualiti graduan KKBPJ yang dihasilkan terutamanya dari segi
kemahiran berfikir, kecekapan bekerja dan kemahiran insaniah. Proses
penggubalan kurikulum memerlukan kajian terperinci merangkumi kajian
terhadap keperluan majikan yang mana ianya memasukkan input dari pakar
di dalam bidang berkaitan. Keperluan kepada akreditasi daripada badan
professional seperti Malaysian Board Of Technologist (MBOT) menjadi satu
keutamaan demi menjamin kualiti penawaran kursus yang dibuat agar
sentiasa kekal berdaya saing dengan keadaan pasaran semasa.
7.4 Lokasi
Cadangan bagi mengekalkan kelangsungan Program Sijil Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) mendapat sokongan penuh untuk
dilaksanakan di Kolej Komuniti Batu Pahat kerana lokasi kolej yang strategik
dan bersesuaian dengan demografi pendudukan Batu Pahat di mana
program SPU dijangka akan dapat menampung ekperluan tenaga kerja
berkemahiran selaras dengan perkembangan IR 4.0.
Secara keseluruhanya, program Sijil Teknologi Penyejukan dan
Penyamanan udara ini masih bersesuaian untuk terus dilaksanakan kerana:
i) Model Ekonomi Baru (MEB) menggalakkan sektor perindustrian dan
perkhidmatan (engineering services) untuk menjana pendapatan yang
lebih tinggi pada tahun 2020 dan mendapat status ‘High-Income
Economy Country’. Ini dibuktikan dengan peratusan kebolehpasaran
graduan TVET Kolej Komuniti Batu Pahat yang mendapati bahawa
penawaran pekerjaan bagi graduan program Sijil Teknologi Penyejukan
dan Penyamanan Udara masih kekal relevan dan berpeluang untuk
bersaing di pasaran perkerjaan masa hadapan.
ii) Kurikulum yang akan ditawarkan adalah selari dengan perkembangan
semasa. Penekanan kurikulum tersebut berdasarkan sistem
pembelajaran berdasarkan hasil pembelajaran / Outcome Based
Education (OBE) dan Generic Skill Attributes (GSA).
197
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
iii) Graduan Kolej Komuniti yang dihasilkan akan dapat membantu
mengatasi kebolehkerjaan terutama dalam sektor kejuruteraan dan
teknikal agar lebih moden, dinamik dan berdaya saing selaras Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12.
iv) Pelajar lepasan Kolej Komuniti mendapat lebih banyak pilihan program
dalam melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi terutamanya
di dalam Instituti Latihan Awam (ILA) dan Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA).
RUJUKAN
Corker, C. & Holland, S. (2015). Introducing Students to Employability, Skills
and Reflection: A Case Study from History. Student Engagement and
Experience Journal
Guzman, A. B. d. & Choi, K. O. (2013). The Relations Of Employability Skills
To Career Adaptability Among Technical School Students. Journal of
Vocational Behavior, 82(3)
Enah, Ridzwan, Mohd Adib & Mohd Azlan . (2018). Kebolehpasaran Graduan
Pendidikan Teknikal Dan Vokasional: Satu Analisis
Mohd Najib Abd. Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia
Krejeie, R.V dan Morgan, D.W (1970). Determining Sample Size For
Research.
198
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Kajian Pencapaian Objektif Program (PEO) untuk Program
Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
di Kolej Komuniti Sabak Bernam
Nor Azila Mohd Anuar1*, Nur Syamimi Ramlan2, Noor Izzati Umor3
123 Kolej Komuniti Sabak Bernam
*[email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengukur Pencapaian Objektif Program (Programme Educational
Objectives, PEO) untuk program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK) di
Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB). Kajian pengukuran pencapaian merupakan salah
satu usaha untuk mengetahui keberkesanan pelaksanaan program melalui penilaian PEO
terkini. Di samping itu, dapatan kajian ini penting dalam usaha penambahbaikan
berterusan (CQI) dan pemantauan serta penyemakan program yang bersesuaian. Kajian ini
akan mengukur pencapaian PEO setelah 3 hingga 5 tahun pelajar bergraduat. Kaedah
pengukuran pencapaian PEO ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan
kuantitatif. Responden kajian ini terdiri daripada 27 orang majikan kepada graduan KKSB
bagi program SPK yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2019 mengikut
Kurikulum Versi Julai 2017. Instrumen kajian ini merupakan satu set soal selidik yang
telah dibangunkan dengan rujukan beberapa orang pakar daripada politeknik, kolej
komuniti dan universiti awam. Dapatan data kajian menunjukkan pencapaian kesemua
PEO program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej Komuniti Sabak
Bernam adalah sangat tinggi iaitu skor min sebanyak 4.63. Pencapaian ini menunjukkan
bahawa Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
dan Kolej Komuniti Sabak Bernam telah memberi penekanan utama dalam memastikan
keseimbangan penerapan dan penilaian aspek-aspek kemahiran dan kurikulum dalam
menawarkan perkhidmatan pendidikan tinggi kepada para lepasan Sijil Pemprosesan dan
Kawalan Mutu Makanan.
Kata Kunci: Pencapaian Objektif Program, graduan.
1.0 Pengenalan
Kajian ini bertujuan untuk mengukur Pencapaian Objektif Program
(Programme Educational Objectives, PEO) untuk program Sijil Pemprosesan
dan Kawalan Mutu Makanan (SPK) di Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB).
Kajian pengukuran pencapaian merupakan salah satu usaha untuk
mengetahui keberkesanan pelaksanaan program melalui penilaian PEO
terkini. Di samping itu, dapatan kajian ini penting dalam usaha
penambahbaikan berterusan (CQI) dan pemantauan serta penyemakan
program yang bersesuaian. Kajian ini akan mengukur pencapaian PEO
setelah 3 hingga 5 tahun pelajar bergraduat.
Seterusnya, melalui kajian ini pihak pengurusan akademik Kolej
Komuniti akan membangunkan dan melaksanakan pelan penambahbaikan
secara berkala berasaskan prestasi berkaitan dengan sasaran
meningkatkan kualiti pendidikan tinggi.
Kajian pengukuran PEO merupakan salah satu usaha Bahagian
Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan
Kolej Komuniti untuk mencapai matlamat organisasi dalam menghasilkan
graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan bagi
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara seperti yang
dinyatakan dalam objektif Teras 1 – Menghasilkan graduan TVET berkualiti
199
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
dalam Pelan Strategik JPPKK 2018 – 2025. Penetapan KPI kajian ini adalah
untuk mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian
Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan untuk memenuhi keperluan
industri seperti yang ditunjukkan di Jadual 1.
Jadual 1:
Tahap pencapaian graduan terhadap Objektif Program
KPI (OP)/
Programme Educational Objectives (PEO)
Responden Seramai 27 responden dalam kalangan majikan telah
menjawab
soal selidik ini.
Julat min 1.00 – 1.89 Sangat rendah
1.90 – 2.69 Rendah
2.70 – 3.49 Sederhana
3.50 – 4.29 Tinggi
4.30 – 5.00 Sangat tinggi
Sumber: Zaihan & Hilmun (2016)
2.0 Sorotan Kajian
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) adalah
teraju utama bagi Kementerian Pengajian Tinggi yang berfokuskan
pembinaan suasana pembelajaran yang bercirikan transformasi, kreatif
dan inovatif ke arah peningkatan ekonomi yang lebih mantap. Antara
program yang ditawarkan di Kolej Komuniti ke arah menjadi peneraju
pendidikan serta latihan teknik dan vokasional yang unggul adalah
berkaitan teknologi, kejuruteraan dan lain-lain industri perkhidmatan yang
bersesuaian. JPPKK sangat komited dalam usaha mengekalkan dan
meningkatkan kualiti program TVET bagi memastikan tenaga kerja semi-
professional yang dilatih adalah menepati keperluan industri semasa dan
bakal majikan. Justeru itu, pelbagai konsep penilaian dilaksanakan bagi
mengukur kualiti program supaya selari dengan keperluan semasa industri
dan majikan.
Kolej Komuniti adalah salah satu organisasi di bawah JPPKK yang
berperanan penting menghasilkan graduan yang berpengetahuan tinggi
dan mengaplikasi kemahiran teknikal secara lebih mendalam bersesuaian
dengan evolusi pendidikan semasa. Selain itu, Kolej Komuniti merupakan
antara institusi yang menawarkan kursus sepenuh masa bagi peringkat
Sijil dan Diploma serta kursus-kursus jangka pendek kepada komuniti
setempat.
Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) yang telah ditubuhkan pada
tahun 2002 merupakan salah sebuah Kolej Komuniti rintis di Malaysia yang
turut menawarkan empat (4) kursus sepenuh masa iaitu Diploma Teknologi
Senibina, Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu
Makanan dan Sijil Fesyen dan Pakaian. Sehingga kini, KKSB telah melahirkan
ramai graduan TVET bagi keperluan industri di Malaysia. Antara ciri-ciri
utama pekerja yang menepati keperluan majikan adalah mempunyai
200
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
kemahiran teknikal dan analisis yang tinggi, berfikiran kreatif, boleh
menyelesaikan sebarang permasalahan, bertimbang rasa serta boleh bertolak
ansur (Bagshaw, 1997; Jailani et al., 2007; Mohd Salleh & Mohd Zaki, 2006;
Mohd Salleh et al., 2008; dan Siti Zaleha et al., 2007). Antara kelebihan para
pekerja yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi adalah beliau
berupaya mengharungi sebarang permasalahan berkaitan sosial mahupun
ekonomi semasa (Clark, 2011). Selain itu, mereka juga mampu
melaksanakan tugas dalam pelbagai keadaan yang mendesak berkaitan
situasi pekerjaan semasa (Abd Rahim & Ivan, 2007).
Antara persoalan yang pernah dikemukakan oleh Kamaruddin (2010),
“Adakah graduan-graduan institusi pengajian tinggi dapat memenuhi
kehendak majikan dan keperluan pasaran semasa?” Maka, kajian ini amat
perlu untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan program dalam
Pencapaian Objektif Program pengajian di Kolej Komuniti.
PEO adalah set pertanyaan yang menerangkan hasil-hasil pembelajaran
yang perlu dicapai oleh pelajar selepas tamat mengikuti sesuatu program
akademik dan mempunyai perkaitan dengan hasil pembelajaran dan
penggubalan kurikulum. Oleh yang demikian, PEO adalah kayu ukur untuk
menilai hasil pembelajaran dan kurikulum yang telah digubal (Abbadeni,
Ghoneim, & AlGhamdi, 2013). Pengukuran ini penting untuk melihat
keupayaan institusi mencapai pelan perancangan program dan juga untuk
menilai kewajaran dan kesesuaian program itu dijalankan. Antara kajian
pencapaian PEO yang telah dibuat adalah menggunakan kaedah pengukuran soal
selidik yang diedarkan kepada alumni (Jodin Makinda et al., 2011). Sampel yang
digunakan bagi kajian PEO lazimnya melibatkan industri dan alumni.
3.0 Metodologi Kajian
3.1 Rekabentuk kajian
Kajian pengukuran pencapaian PEO ini berbentuk tinjauan dengan
mengambil pendekatan kuantitatif. Kajian ini melibatkan analisis deskriptif
yang merangkumi pelbagai aspek dan faktor penilaian berkaitan dengan
kaedah kuantitatif.
3.2 Sampel kajian
Responden terdiri daripada 27 orang majikan graduan KKSB untuk
program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan yang telah tamat
pengajian dalam tahun 2019 mengikut Kurikulum Versi Julai 2017. Jumlah
graduan keseluruhan adalah seramai 52 orang merangkumi 27 orang
pelajar yang telah mendapat pekerjaan tetap, 24 orang telah melanjutkan
pelajaran dan seorang graduan yang tidak bekerja. Kajian dijalankan
menggunakan teknik pesampelan rawak bagi memastikan responden
mewakili populasi graduan di kolej komuniti berkaitan.
3.3 Instrumen kajian
Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Soal selidik
telah dibangunkan dengan rujukan beberapa orang pakar daripada
politeknik, kolej komuniti dan universiti awam. Pemurnian item soal selidik
telah dilakukan untuk memastikan kesahan instrumen dalam mengukur
apa yang ingin diukur dalam kajian ini. Instrumen kajian ini diukur dengan
menggunakan skala Likert. Penggunaan skala Likert dipilih kerana
mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi (Chua, 2012). Skala
201
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Likert yang digunakan adalah 1 - Sangat Lemah, 2 - Lemah, 3 - Sederhana,
4 - Baik dan 5 - Sangat Baik.
Instrumen kajian ini diedarkan kepada responden dengan
menggunakan aplikasi Google Forms untuk memudahkan proses
pengumpulan data. Penentu nilai kebolehpercayaan intrumen kajian telah
diperolehi melalui hasil data selepas soal selidik tersebut diberikan kepada
responden. Suatu alat ukur itu boleh diterima pakai sekiranya nilai
ketekalan dalaman yang diperolehi mempunyai nilai Alpha Cronbach
sekurang-kurangnya 0.50. Item-item yang bermutu dan signifikan sama ada
secara keseluruhannya mahupun mengikut sub skala adalah item yang
mempunyai nilai alpha (alpha if item deleted) kurang daripada nilai
standardized item alpha (Rozman & Ahmad Jazimin, 2016).
Berdasarkan Jadual 2, dapat dilihat di sini bahawa instrumen soal
selidik ini mempunyai ketekalan dalaman yang baik kerana nilai Alpha
Cronbach dalam mengukur tahap PEO program Sijil Pemprosesan dan
Kawalan Mutu Makanan di Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah 0.905.
Bilangan item sebanyak 9 merujuk kepada perincian soalan yang mewakili
PEO1 (S1, S2 dan S3), PEO2 (S4, S5 dan S6), dan PEO3 (S7, S8 dan S9). n =
27 mewakili responden majikan kepada graduan.
Jadual 2: Nilai pekali kepercayaan Alpha Cronbach (α) n = 27
Bilangan item Α
Objektif program (PEO) 9 0.905
4.0 Analisis dan Perbincangan
4.1 Analisis Data
4.1.1 Analisis Deskriptif
Analisis statistik deskriptif merupakan statistik yang digunakan untuk
menganalisis data dengan cara huraian dan gambaran data yang telah
terkumpul tanpa membuat kesimpulan keseluruhan. Data kajian dianalisis
dengan menggunakan perisian statistik Statistic Package for the Social Science
(SPSS v24.0). Melalui perisian SPSS ini, penyelidik mengaplikasi dapatan data
bagi huraian dalam bentuk frekuensi, peratus serta min. Analisis markah min
akan diinterpretasi merujuk Zaihan dan Hilmun (2016) seperti dalam Jadual 3.
Jadual 3: Interpretasi markah min
Julat min Interpretasi markah min
1.00 – 1.89 Sangat rendah
1.90 – 2.69 Rendah
2.70 – 3.49 Sederhana
3.50 – 4.29 Tinggi
4.30 – 5.00 Sangat tinggi
[ Sumber: Zaihan & Hilmun, 2016]
202
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.1.2 Objektif program (OP)
Kajian ini mempunyai empat Pencapaian Objektif Program (Programme
Educational Objectives, PEO) yang melibatkan:
PEO1: Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan
dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa dan hasrat
negara.
PEO2: Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif,
kreatif dan kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran
sepanjang hayat.
PEO3: Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan,
mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan
kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial.
4.1.3 Tahap pencapaian PEO 1
Dalam kajian ini, PEO 1 mempunyai tiga item soalan yang terkandung
dalam instrumen kajian merangkumi pengetahuan teknikal dan kemahiran
keusahawanan responden. Berdasarkan Jadual 4, item soalan untuk PEO 1
menunjukkan nilai min item soalan S1 iaitu 4.37. Manakala dapatan data
S2 menunjukkan min 4.81. Seterusnya, min untuk S3 adalah 4.78.
Dapatan data ini menunjukkan bahawa pencapaian responden dalam PEO 1
berada pada tahap yang sangat tinggi.
Jadual 4: Min PEO 1 (n = 27)
No. Penyataan item Min
item 4.37
S1 Memiliki kemahiran keusahawanan 4.81
S2
Memiliki kecekapan dalam pengetahuan 4.78
S3 disiplin asas selaras dengan keperluan
industri
Berkebolehan secara teknikal dalam
bidang disiplin
4.1.4 Tahap pencapaian PEO 2
PEO 2 turut mempunyai tiga item soalan yang melibatkan kemahiran
penyelesaian masalah dan pengurusan maklumat melalui pendekatan
pembelajaran sepanjang hayat responden. Jadual 5 menunjukkan item
soalan S4 mencapai nilai 4.67, dengan S5 nilai min 4.74 dan S6 adalah
4.67. Data min ketiga-tiga item soalan ini menunjukkan responden
mempunyai tahap pencapaian PEO 2 yang sangat tinggi.
203
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 5: Min PEO 2 (n = 27)
No. Penyataan item Min
item 4.67
S4 Mampu menyelesaikan masalah dalam
pelbagai situasi secara inovatif, 4.74
S5 kreatif dan beretika, melalui 4.67
pendekatan lestari.
S6
Keupayaan untuk bekerja
dalam kumpulan dengan
berkesan.
Terlibat dalam pembelajaran
sepanjang hayat untuk membolehkan
kemajuan kerjaya
4.1.5 Tahap pencapaian PEO 3
PEO 3 mempunyai tiga item soalan yang merangkumi kemahiran
komunikasi responden melalui pendekatan etika kerja dan tanggungjawab
sosial. Berdasarkan Jadual 6, min S7 menunjukkan nilai 4.78. Seterusnya,
data min S8 ialah 4.81 dan min S9 pula ialah 4.85. Dapatan data min turut
menunjukkan pencapaian responden dalam PEO 3 adalah sangat tinggi.
Jadual 6: Min PEO 3 (n = 27)
No. Penyataan item Min
item 4.78
Menunjukkan kemahiran 4.81
S7 komunikasi
lisan yang berkesan. 4.85
S8 Menunjukkan keupayaan untuk
meningkatkan kemahiran
S9 pengurusan maklumat di tempat
kerja.
Menunjukkan kemahiran sosial
yang penting di tempat kerja.
4.1.6 Tahap keseluruhan pencapaian PEO
Analisis data untuk keseluruhan min untuk ketiga-tiga PEO dalam
kajian ini menunjukkan tahap pencapaian responden terhadap PEO 1
hingga PEO 3 adalah sangat tinggi. Berdasarkan data dalam Jadual 7, dapat
disimpulkan bahawa responden daripada graduan program Sijil
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Sabak Bernam
mempunyai tahap Pencapaian Objektif Program (PEO) yang sangat tinggi
dengan min keseluruhan 4.63. Justeru, dapatan analisis data ini telah
mencapai KPI sasaran pengukuran pencapaian PEO yang telah ditetapkan
oleh Kolej Komuniti Sabak Bernam iaitu nilai min 3.50.
204
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 7: Min keseluruhan (n = 27)
Pencapaian Objektif Program Min
(PEO)
PEO 1 4.56
4.67
PEO 2 4.67
4.63
PEO 3
Min keseluruhan
5.0 Rumusan dan Cadangan
Dapatan data kajian menunjukkan pencapaian kesemua PEO
program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej Komuniti
Sabak Bernam adalah sangat tinggi iaitu skor min sebanyak 4.63. Justeru,
hal ini menunjukkan bahawa Bahagian Kurikulum, JPPKK dan Kolej
Komuniti Sabak Bernam telah memberi penekanan utama dalam
keseimbangan penerapan dan penilaian aspek-aspek kemahiran dan
kurikulum dalam menawarkan perkhidmatan pendidikan tinggi bagi para
lepasan program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Dapatan
data kajian ini juga amat penting kerana graduan merupakan salah satu
pihak berkepentingan (stakeholder) yang berhak memperoleh pengetahuan,
kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah yang merupakan nilai tambah
kepada seseorang pelajar semasa melanjutkan pengajian di kolej komuniti.
Rujukan
Ab. Rahim, B., & Ivan, H. (2007). Assessing employability skills of technical
vocational students in Malaysia. Journal of Social Sciences, 202-207.
Abbadeni, N., Ghoneim, A. and AlGhamdi, A. 2013. Program Educational
Objectives Definition and Assessment for Accreditation Purposes.
International Journal of Engineering Pedagogy (iJEP). 3, 3 (Jun. 2013), pp.
33–46.
Bagshaw, M. (1997). Employability - creating a contract of mutual investment.
Industrial and Commercial Training, 29(6): 187-189.
Chua, Y.P. (2012). Mastering research methods. Mcgraw-Hill Education,
Shah Alam.
Clark, A. (2011). Embedding Transferable Skills and Enhancing Student
Learning in a Political Science Research Methods Module: Evidence from the
United Kingdom. European Political Research Review, 135-139.
205
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
J. Makinda, N. Bolong, L. Gungat and A. Sarman, "Assessment of Program
Educational Objectives using Alumni Survey: The UMS experience," 2011
3rd International Congress on Engineering Education (ICEED), 2011, pp.
14-17
Jailani, M. Y., Wan Mohd Rashid, W. A., Noraini, K., & Wahid, R. (2007).
Technical and Vocational Education and Training TVET from Malaysia
Perspective. In:. 2nd International TT-TVET EUAsia Link project Meeting.
VEDC Malang.
Kamaruddin Md Tahir. (2010). Penilaian pembangunan kemahiran generik
dalam kalangan pelajar tahun akhir Kolej Komuniti Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Tesis PhD: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Salleh, A., & Mohd Zaki, K. (2006). Laporan program
pembangunankemahiran generik (soft skills) di kalangan pelajar (sehingga
Disember 2006). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Salleh, A., Mohd Zaki, K., & Wahid, R. (2008). Laporan kajian soal
selidik penerapan kemahiran insaniah (KI) di kalangan pelajar dalam aktiviti
pengajaran & pembelajaran di institusi pengajian tinggi awam. Putra Jaya:
Jawatankuasa Penerapan Kemahiran Insaniah Kebangsaan.
Rozman, S., & Ahmad Jazimin, J. (2016). Kesahan dan kebolehpercayaan
soal selidik egogram analisis transaksional dalam kalangan pelajar sekolah
menengah. Jurnal PERKAMA, (19), 67-82.
Siti Zaleha, O., Ahmad, J., Heng, L. H., Norliza, M. S., & Saifudin, M. Y.
(2007). Penentuan Kemahiran Yang Bersesuaian Untuk Pelajar Sarjana
Muda Pengurusan Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia: Research Vot
No:75101 Management Department Faculty Of Management And Human
Resource Development.
Zaihan, H. & Hilmun, M. (2016). Tahap efikasi dengan skor pemantauan
pembelajaran dan pengajaran pensyarah di Politeknik Melaka. Politeknik &
Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities. 1(1), 71-80.
206
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Keberkesanan Penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih Bagi
Pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Rompin
Noor Haslinda Zainoldin1*, Zulkhabri Md Kadri @ Md Kardi2,
Nur Qarina Zabri@Mohd Zabri3
123Kolej Komuniti Rompin
*[email protected]
Abstrak
Kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan penggunaan papan kawalan mudah alih
bagi pelajar Sijil Teknologi Elektrik (SKE), Kolej Komuniti Rompin. Papan Kawalan Mudah
Alih (PKMA) ini digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi subjek Motor Elektrik Satu
Fasa. Ia dapat memudahkan kefahaman pelajar sebelum menjalankan praktikal bagi
subjek ini. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar
semester 1 sesi 1 2021/2022 iaitu seramai 23 orang. Kajian ini menggunakan kaedah
kajian kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik kepada para pelajar. Data dianalisis
secara deskriptif menggunakan perisian SPSS 22.0. Objektif kajian ini adalah mengkaji
keberkesanan penggunaan PKMA dikalangan pelajar SKE, tanggapan pelajar terhadap
PKMA dan juga pencapaian pelajar yang menggunakan PKMA ini. Hasil analisis mendapati
pelajar sangat bersetuju terhadap keberkesanan penggunaan PKMA di dalam kelas pdp
dengan skor purata min 4.588 dan sisihan piawai 0.544. Nilai kebolehpercayaan soal selidik
adalah 0.937. Cadangan untuk penambahbaikan bagi alat ABM ini adalah untuk
menggunakan material Transparent Acrylic Sheet bersaiz A3 menggantikan papan litar
kayu kerana ia lebih ringan dan menarik.
Kata Kunci : Papan Kawalan Mudah Alih, alat bantu mengajar, Sijil Teknologi
Elektrik (SKE)
1.0 Pengenalan
Matlamat Malaysia untuk muncul sebagai negara maju berteknologi
tinggi dengan rakyat yang mengecapi kualiti hidup masyarakat kelas pertama
bakal tercapai menjelang tahun 2020. Justeru, Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkesan merupakan laluan terbaik
bagi negara untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan,
berkemahiran tinggi, berinovasi dan mampu menghadapi saingan pada
peringkat serantau mahupun global. United Nations Organization for
Education, Science and Culture (UNESCO) mentakrifkan TVET sebagai aspek
proses pendidikan selain pendidikan umum yang melibatkan pembelajaran
dalam bidang teknologi dan sains, latihan kemahiran praktikal, sikap,
pemahaman dan pengetahuan tentang pekerjaan dalam pelbagai sektor
ekonomi dan kehidupan sosial.
Sejajar dengan itu, penggabungan antara Politeknik dan Kolej Komuniti di
bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej komuniti (JPPKK) kini
menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta
berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara selaras dengan
misinya iaitu Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET
berkualiti dan diiktiraf, Memperkasa komuniti melalui pembelajaran
sepanjang hayat, Melahirkan graduan holistik berciri keusahawanan dan
207
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
seimbang serta memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak
berkepentingan.
Tujuan penubuhan kolej komuniti juga adalah untuk memberi peluang
kepada masyarakat tempatan untuk mendapatkan latihan dalam pelbagai
bidang kemahiran. Selain itu, institusi pendidikan tinggi ini menawarkan
peluang bagi lulusan sekolah menengah untuk meneruskan pendidikan dan
latihan di bidang teknologi, perniagaan dan sektor perkhidmatan sebelum
memasuki pasaran kerja (Sauki, 2011). Namun, tidak semua pelajar dapat
memahami konsep pembelajaran yang hanya menerangkan konsep teori
sahaja. Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar (ABM) banyak memberi
sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan kualiti pengajaran
dan pembelajaran dikalangan pelajar dan pendidik (Nurhanim Saadah
Abdullah, 2010).
Sijil Teknologi Elektrik merupakan satu program pengajian tahap sijil
yang menerapkan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam
perkhidmatan teknikal yang merangkumi pemasangan, pengujian dan
penyelenggaraan. Graduan juga akan dilengkapi dengan pengetahuan dan
kemahiran khusus dalam aplikasi teknologi hijau dan kecekapan tenaga,
teknologi komputer dan komunikasi serta aplikasi automasi selaras dengan
perkembangan industri masa kini. Kursus SEE 10033 Motor Elektrik Satu
Fasa dan SEE 30083 Motor Elektrik Tiga Fasa adalah antara kursus yang
ditawarkan melibatkan aplikasi sistem automasi dalam industri dimana
kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran pemasangan litar-litar
pemula motor.
Para pelajar pada awalnya mengalami kesukaran untuk memahami
konsep kendalian litar kawalan yang asas bagi kursus Motor Fasa Satu –
SEE10033. Oleh yang demikian Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) ini
dihasilkan bagi mengatasi masalah yang timbul dalam pelaksanaan PdP.
Penghasilan produk Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) menggunakan
bahan dan komponen yang terdapat di bengkel-bengkel Elektrik sahaja bagi
mengoptimumkan penggunaan bahan dan komponen bagi mengelakkan
pembaziran. Bermula dengan papan litar kawalan ynag menggunakan base
papan timbul idea untuk meriaskannya dengan menggunakan karpet nipis
terpakai. Terminal port pada komponen litar kawalan untuk sambungan
kabel disambungkan dengan banana port bagi memudahkan kabel dipasang
dan ditanggalkan. Untuk itu kabel penyambungan yang digunakan perlu
menggunakan banana plug. Ini menjadikan kabel yang akan digunakan
sebagai kabel pendawaian adalah jenis mudah alih (mudah dicabut dan
dipasang).
208
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Alat bantu mengajar ini akan menjadi suatu alat yang berkonsepkan
plug and play. Memudahkan para pelajar mencuba lari suatu pendawaian
litar kawalan tanpa perlu menjalur dan mengikat kabel di terminal komponen
alat kawalan.
1.1 Permasalahan Kajian
Tugas utama seorang pensyarah adalah untuk memudahkan pembelajaran
para pelajar. Oleh itu pensyarah perlu menentukan pendekatan, memilih kaedah
dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Antara kaedah pengajaran adalah dengan menggunakan alat
bantu mengajar seperti alat bantu simulasi.
Papan kawalan mudah alih ini dihasilkan berdasarkan masalah yang timbul
dalam pelaksanaan PdP bagi kursus Motor Elektrik Fasa Tunggal. Para pelajar pada
awalnya mengalami kesukaran untuk memahami konsep kendalian litar kawalan
yang asas. Ianya mempengaruhi kemampuan pelajar membuat amali pendawaian
litar kawalan dengan baik. Secara teorinya, pelajar perlu mengenali komponen dan
kefungsian litar tanpa melihat bagaimana sesuatu litar dan komponen itu berfungsi
terlebih dahulu. Berdasarkan pengalaman mengajar yang lalu, pelajar akan
bermasalah memulakan pemasangan litar kawalan. Dengan adanya alat ini pelajar
boleh membuat simulasi secara mudah alih dengan mudah terutamanya bagi litar
kawalan yang asas. Keadaan ini membantu pelajar untuk memahami bagaimana
setiap komponen itu berfungsi berbanding dengan hanya melihat litar kawalan
secara fizikal sahaja sebelum ini. Alat ini membantu mereka untuk memahami
dengan mudah bagaimana sesuatu litar itu berkendali. Pelajar secara tidak
langsung boleh mencuba lari pemasangan litar kawalan secara plug and play tanpa
merisaukan pembaziran bahan luak utama iaitu kabel pendawaian. Selain itu,
209
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
pelajar juga dapat mengenali proses troubleshooting apabila berlakunya pemasangan
yang salah dengan mudah. Proses mengesan dan membaiki menjadi lebih mudah
kerana kabel boleh dicabut dan dipasang kembali tanpa membazirkan kabel
pendawaian.
Tanpa penggunaan ABM ini, pelajar sukar untuk memahami dengan baik
konsep operasi litar kawalan motor. Pelajar juga menggunakan masa yang lama
untuk menyelesaikan soalan praktikal. Dengan menggunakan ABM yang sesuai
dalam sesuatu kursus, ia sangat membantu pelajar dalam meningkatkan
kefahaman dan juga dapat melahirkan minat pelajar terhadap kursus yang diajar.
Secara tidak langsung, ia memudahkan pensyarah dalam proses penyampaian.
Cabaran pada pensyarah dalam penyediaan ABM adalah kekangan masa dan
kurang sumber kewangan disamping beban tugas-tugas sampingan yang banyak.
Di samping itu, papan kawalan mudah alih ini juga boleh dijadikan sebagai
salah satu alat bantu pameran dan promosi kolej. Ruang pameran atau booth
pameran yang terhad agak memustahilkan bagi Program Sijil Teknologi Elektrik
untuk membawa bahan pameran dan demostrasi amali pelajar yang berkaitan
dengan pendawaian. Bahan ini biasanya memerlukan ruang dan kos bahan luak
yang agak banyak. Dengan menggunakan alat papan kawalan ini ianya dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Binaan yang kompak serta menggunakan
kabel mudah alih menjadikan ia sebagai alat yang jimat dan mudah digunakan bagi
demostrasi. Penggunjung pameran juga boleh turut mencuba papan kawalan ini
dengan mudah kerana ia dibekalkan lukisan pendawaian litar kawalan yang
berwarna dan mudah difahami oleh pengunjung.
1.2 Objektif Kajian
1. Mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap papan kawalan mudah
alih (PKMA) di kalangan pelajar SKE.
2. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan papan kawalan mudah alih
di kalangan pelajar SKE.
3. Mengenal pasti kepenggunaan dalam kalangan pelajar SKE dalam
menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA)
1.3 Persoalan Kajian
1. Apakah tahap persepsi pelajar terhadap papan kawalan mudah alih
(PKMA)?
2. Apakah keberkesanan penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA)
dalam kalangan pelajar SKE?
3. Bagaimanakah kepenggunaan dalam kalangan pelajar SKE dalam
menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA)?
2.0 Sorotan Kajian
Kaedah penyampaian boleh dipelbagaikan dan diaplikasikan dalam
proses pdp. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam pengajaran dan
pembelajaran (pdp) sangat membantu memudahkan proses pdp didalam
kelas terutama kelas amali/ praktikal. Produk inovatif telah memberi kesan
kepada pensyarah dan pelajar disamping dapat membantu pensyarah dalam
memudahkan proses pdp (Azyan & Isa, 2019).
Penggunaan ABM dalam proses pengajaran adalah sangat penting
kerana kaedah ini dapat membantu membimbing maklumat berkaitan mata
pelajaran yang diajar dengan lebih jelas dan berkesan. Ia juga sebagai satu
210
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
inisiatif papa pensyarah untuk mendidik pelajar tentang topik yang diajar.
Ini disokong oleh Muhammad Arid Abdulahim, Mohd Zulhasnan Mat, Fadli
Bacho (2019) iaitu penggunaan ABM dapat meningkatkan pemahaman
pelajar terutama dalam kelas amali disamping memberi persekitaran pdp
yang aktif. Menurut Zamri (2012, pelaksanaan pdp selaras dengan inovasi
dalam kursus yang diajar memudahkan penyampaian kandungan kursus
dan menarik minat pelajar. Penggunaan ABM adalah pelbagai dan
meningkatkan interaksi dan pemahaman pelajar tentang persekitaran
pengajaran yang lebih menyeronokkan dan institusi pendidikan perlu
memupuk inovasi yang membolehkan pensyarah dan pelajar berfikir secara
kreatif.
Menurut Norfarizah dan Zazril (2016), murid lebih tertarik dan menarik
semasa sesi pdp dengan kaedah yang berbeza yang tidak membuatkan
mereka stress. Pengajaran yang baik berlaku dengan merangsang minat
pelajar, merangsang keupayaan mereka untuk mengambil bahagian dalam
proses pembelajaran dan mewujudkan suasana yang membawa proses
pemikiran dan mengekalkan idea.
Pembangunan alat bantu manegajar perlu dipertingkatkan supaya dapat
membantu mencapai matlamat pdp dengan lebih berkesan, disamping
membangunkan pelajar berkemahiran melalui pendekatan praktikal atau
“hands-on”. Menurut Norfarizah Mohd Bakhir (2016) pelajar lebih berminat
dan menarik apabila mengajar dalam kaedah bebas tekanan yang berbeza.
Rekabentuk kit Latihan yang mesra pengguna memudahkan proses
pengajaran dengan meningkatkan motivasi pelajar dalam praktikal di
bengkel (Md Nor, Selamat, Johari dan Omar, 2005). Berbanding
menggunakan ABM tradisional seperti papan putih dan kertas mahjong,
menggunakan ABM berunsur audiovisual, komputer dan perisian lebih
menarik minat pelajar terutama yang melibatkan kemahiran kerja amali
(Mohamed et al., 2014)
3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan mengedarkan soal
selidik kepada para pelajar SKE semester 1 di Kolej Komuniti Rompin.
Bilangan responden adalah seramai 23 orang yang terdiri daripada 22 orang
lelaki dan 1 orang perempuan. Soal selidik ini mempunyai 19 item soalan
yang mempunyai 4 bahagian. Ia diadaptasikan daripada Wan Mohd Fakhri
bin Wan Mansor (2021). Soal selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
Bahagian A adalah demografi responden.
Bahagian B adalah untuk mengukur tahap tanggapan pelajar
terhadap Papan Kawalan Mudah Alih.
Bahagian C adalah untuk mengetahui keberkesanan penggunaan
Papan Kawalan Mudah Alih.
Bahagian D adalah untuk mengetahui pencapaian dalam kalangan
pelajar SKE yang menggunakan Papan Kawalan Mudah Alih.
211
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Skala Likert yang digunakan dalam soal selidik ini terdiri daripada
lima skala iaitu seperti Jadual 1:
Skala Likert Jadual 1
1
2 Item
3 Sangat tidak setuju
4 Tidak setuju
5 Memuaskan
Setuju
Sangat setuju
4.0 Analisis dan Perbincangan
Skor min yang diperolehi diinterpretasi berdasarkan skala pada
Jadual 2:
Jadual 2 : Sumber: Haron & Mohamad (2016)
Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 – 1.89 Sangat Rendah
1.90 – 2.69 Rendah
2.70 – 3.49 Sederhana
3.50 – 4.29 Tinggi
4.30 – 5.00 Sangat tinggi
Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini adalah 0.937. Analisis deskriptif
digunakan untuk mendapatkan nilai skor min dan juga sisihan piawai
berdasarkan item dalam soal selidik yang mempunyai 4 bahagian.
Bahagian A: Demografi Responden
Jadual 3: Demografi Responden
Umur Kekerapan,f Peratusan (%)
18 1 4.3
19 21 91.3
20 1 4.3
21 0 0
Kajian ini melibatkan 23 responden pelajar semester 1 SKE Sesi 1
2021/2022 di Kolej Komuniti Rompin iaitu terdiri daripada 1(4.7%)
212
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
berumur 18 tahun, 21(91.3%) berumur 19 tahun dan 1 (4.7%) orang
berumur 20 tahun.
Bahagian B: Persepsi Pelajar terhadap PKMA
Jadual 4: Persepsi Pelajar
Bil Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai Min
B1 Tunjuk cara yang disampaikan 4.609 0.583 Sangat
tinggi
oleh pensyarah dalam
Sangat
penggunaan Papan Kawalan tinggi
Mudah Alih menyakinkan saya. Sangat
tinggi
B2 Pensyarah saya dapat memberi 4.609 0.499
tunjuk cara penggunaan Papan
Kawalan Mudah Alih dalam
kelas praktikal dengan cekap
dan berkesan.
B3 Pensyarah menggunakan Papan 4.609 0.583
Kawalan Mudah Alih dengan
baik dan mudah difahami.
B4 Pensyarah saya mahir 4.783 0.422 Sangat
tinggi
menggunakan Papan Kawalan
Sangat
Mudah Alih dalam membantu tinggi
pelajar yang bermasalah dalam
praktikal.
B5 Tunjuk cara pensyarah 4.522 0.511
meyakinkan saya terhadap
penggunaan Papan Kawalan
Mudah Alih.
Berdasarkan jadual 4 diatas, menunjukkan skor min bagi item B4 adalah
sangat tinggi iaitu 4.7826 dan sisihan piawai 0.4217 dan diikuti dengan skor
min item B, B2 dan B3 iaitu 4.6087 juga berada dalam tahap sangat tinggi.
Skor Min bagi B5 adalah rendah berbanding dengan skor min item yang lain
iaitu 4.5217 dan sisihan piawai 0.5108, walaubagaimanapun skor min masih
dalam tahap sangat tinggi.
213
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Bahagian C: Mengenalpasti keberkesanan penggunaan PKMA
Jadual 5: Keberkesanan Penggunaan PKMA
Bil Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai Min
C1 Menambah minat pelajar untuk 4.652 0.487 Sangat
belajar Tinggi
C2 Menjadikan proses PdP Kawalan 4.522 0.593 Sangat
Motor lebih menarik. Tinggi
C3 Menjadikan masa demonstrasi 4.478 0.730 Sangat
praktikal Kawalan Motor lebih 0.590 Tinggi
Sangat
singkat 0.583 Tinggi
C4 Meningkatkan pemahaman 4.565 Sangat
Tinggi
pelajar tentang teori Kawalan
Motor berbanding kaedah tanpa
penggunaan Papan Kawalan
Mudah Alih
C5 Meningkatkan kemahiran pelajar 4.609
dalam Kawalan Motor
Berdasarkan dapatan analisis dalam jadual 5 diatas, menunjukkan
pelajar bersetuju PKMA dapat menambah minat pelajar untuk belajar dengan
dapatan skor min sangat tinggi iaitu 4.652 dan sisihan piawai 0.487. Skor
min yang terendah adalah item C3 iaitu 4.478 dan sisihan piawai 0.730 tetapi
interpretasi min adalah sangat tinggi.
Bahagian D: Pencapaian penggunaan PKMA
Jadual 6: Kepenggunaan dalam kalangan pelajar SKE dalam menggunakan
Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA)
Bil Item Skor Min Sisihan Interpretasi
Piawai Min
D1 Penggunaan Papan Kawalan Mudah Alih 4.609 0.499 Sangat
mampu menjadikan proses PdP lebih Tinggi
menarik dan tidak membosankan.
Sangat
D2 Menjadikan pelajar lebih berwaspada 4.304 0.470 Tinggi
semasa melakukan praktikal Kawalan
Motor Sangat
Tinggi
D3 Meningkatkan kecekapan pelajar dalam 4.652 0.487
praktikal Kawalan Motor Sangat
Tinggi
D4 Menjadikan tempoh demonstrasi 4.652 0.573
praktikal Kawalan Motor lebih cepat dan
ringkas
214
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
D5 Memberikan pengetahuan awal 4.522 0.593 Sangat
mengenai proses praktikal kawalan 0.470 Tinggi
motor sebelum ia dilaksanakan. Sangat
Tinggi
D6 Dapat meningkatkan pencapaian pelajar 4.696
dalam subjek kawalan motor
Dapatan analisis dalam Jadual 6 menunjukkan skor min D6 adalah
4.696 dan sisihan piawai 0.470 iaitu interpretasi min adalah sangat tinggi.
Skor min yang terendah adalah item D2 iaitu 4.304 dan sisihan piawai 0.470
dan masih dalam interpretasi min sangat tinggi.
Jadual 7: Rumusan Analisis Deskriptif
Item objektif Min Sisihan Interpretasi Keputusan
Piawai Min
Tahap persepsi pelajar terhadap 4.626 0.520 Sangat Disokong
papan kawalan mudah alih di Tinggi
kalangan pelajar SKE
Keberkesanan penggunaan papan 4.565 0.597 Sangat Disokong
kawalan mudah alih di kalangan Tinggi
pelajar SKE
Kepenggunaan dalam kalangan 4.573 0.515 Sangat Disokong
pelajar SKE dalam menggunakan Tinggi
Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA
Skor min keseluruhan 4.588 0.544 Sangat
Tinggi
Berdasarkan jadual 7 dapatan skor min tahap persepsi pelajar
terhadap PKMA adalah 4.626 dan sisihan piawai 0.520 adalah sangat tinggi
dan ini menunjukkan responden memberi tanggapan yang positif terhadap
ABM yang digunakan dalam subjek Kawalan Motor yang dapat membantu
meningkatkan kefahaman pelajar dalam PdP.
Responden juga menyokong penggunaan PKWA membantu pencapaian
pelajar iaitu dengan skor min 4.573 dan sisihan piawai 0.515 iaitu
interpretasi min sangat tinggi. Secara keseluruhan, pelajar sentiasa
menerima dan bersedia terhadap penggunaan ABM didalam kelas pdp.
Penerimaan positif daripada pelajar sangat membantu pensyarah
mengembangkan kreativiti dalam penghasilan ABM yang menarik.
5.0 Rumusan dan Cadangan
Penggunaan Alat bantu Mengajar (ABM) yang pelbagai di dalam kelas
pdp sangat membantu pelajar memahami dengan lebih baik dan mudah.
Disamping dapat menambah minat pelajar dalam pelajaran tersebut ianya
215
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
juga dapat menjadikan sesi pdp berlangsung dengan lebih aktif dan berkesan
dikalangan para pelajar.
ABM kurang menarik dan persediaan yang juga kurang menarik
menyebabkan pelajar hilang fokus terhadap pengajaran pensyarah. Oleh itu,
kecekapan pengajaran dan pembelajaran bersifat rendah menyebabkan
matlamat tidak tercapai.
Melalui ABM Papan Kawalan Mudah Alih (PKMA) ini, ia memberikan
satu simulasi kendalian suatu litar kawalan motor tanpa membuat
pendawaian yang lengkap. Pelajar boleh mencuba lari dahulu litar kawalan
tanpa risau membazirkan kabel pendawaian. Penggunaan kabel mudah alih
memudahkan pemasangan dan memudahkan membuat perubahan
sambungan pada komponen. Ia menjadi satu medium yang di mana pelajar
dapat melihat dan mengenal sesuatu komponen dan kefungsiannya selain
daripada penggunaan kata-kata penerangan dari pensyarah sahaja. Ia bukan
sahaja menambah kefahaman pelajar tetapi mereka juga dapat
melaksanakan amali tanpa perlu banyak kali pengulangan dan lebih pantas
tanpa perlu banyak bimbingan dari pensyarah kursus.
Cadangan untuk penambahbaikan bagi alat ABM ini adalah untuk
menggunakan material Transparent Acrylic Sheet bersaiz A3 menggantikan
papan litar kayu kerana ia lebih ringan dan menarik. Selain itu komponen
sedia ada akan ditambah baik dengan menambah bilangan kontaktor,
meletakkan timer dan suis jog untuk litar kawalan yang lebih kompleks.
Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada
pensyarah-pensyarah teknologi elektrik di dalam memantapkan lagi
pemahaman pelajar terutamanya dalam pemasangan litar kawalan motor. Ia
juga diharap dapat mewujudkan suasana interaktif dan menyeronokkan
dalam sesi pdp serta menyebabkan pelajar berlumba-lumba untuk
menyiapkan amali mereka.
Rujukan
Azyan binti Md Zahri, M. I. (2019). Kit Pembelajaran Litar Siri, Selari Dan
Siri-Selari. Journal Of Technical And Vocational Education (2019). Volume 1.
Page 15-22, 15-22.
Hashim, H. F. (2020). Litar Asas Pendawaian Penyamanan Udara Kenderaan
(Lappuk) Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Bagi Pelajar Sijil Teknologi
Penyejukan Dan Penyamanan Udara (SPU) Di Kolej Komuniti Hulu Langat
(KKHL). International Journal of Education and Pedagogy , eISSN: 2682-8464
| Vol. 2, No. 4, 301-309.
Mohamed, Z. B. (2016). Tahap Efikasi Dengan Skor Pemantauan
Pembelajaran Dan Pengajaran di Politeknik Melaka. Politeknik & Kolej
Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, Vol 1, 2016 eISSN 0128-
2875.
216
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Muhammad Arid Abdulahim, M. Z. (2019). Penggunaan Penguji Komponen
Litar Kawalan Motor bagi Pelajar Program Sijil Teknologi Elektrik di Kolej
Komuniti Tawau. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and
Humanities, Vol. 4, No. 1, 2019.
Norfarizah Mohd Bakhir, M. Z. (2016). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh Untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga.
2nd International Conference On Creative Media, Design & Technology
(REKA2016).
Nur Azyyati Bt Sauki, S. B. (2011). Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan
Penguasaan Kemahiran Pelajar Kolej Komuniti. Seminar Pasca Ijazah dalam
Pendidikan 2011.
Nur Syafiqah Isa, N. N. (2018). Keberkesanan Penggunaan Grafik
Berkomputer Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Pelajar
Reka Bentuk dan Teknologi. www.sainshumanika.utm.my, 81-87.
Nurhanim Saadah Abdullah, R. Z. (2010). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran
Bersepadu Magnetik-Plc. World Congress on Teacher Education for TVET in
conjunction with World Teachers Day Celebration. Johor, Malaysia.
Wan Mohd Fakhri Bin Wan Mansor, M. Z. (2021). Keberkesanan Portable
Brake Demonstrator Dalam Meningkatkan Tahap Pemahaman Konsep
Sistem Brek Kenderaan Kepada Pelajar SKR Kolej Komuniti Rompin. Seminar
LIS 2021 Ke-7 @ Universitas Ibnu Sina, Batam, Indonesia.
Zakiul Human Bin Mahamud, S. B. (2018). Kajian Keberkesanan Alat Bantu
Mengajar (ABM) BacadoL. National Innovation and Invention Competition
Through Exhibition (iCompEx’18).
Sauki, N. A., & Husin, S. (2011). Hubungan kecerdasan emosi dengan
penguasaan kemahiran pelajar Kolej Komuniti. In Seminar Pasca Ijazah
dalam Pendidikan.
217
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Analisis Pasaran Program Pengajian Sijil Teknologi Elektrik
Di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
Nurulhuda Salim1*, Haslan Azis2, Jayakumaran Kannen3
Kolej Komuniti Bukit Beruang
*[email protected]
Abstrak
Kajian analisis pasaran program pengajian Sijil Teknologi Elektrik (SKE) ini dilaksanakan di
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM). Objektif kajian adalah untuk mendapatkan
data atau sumber rujukan dalam memastikan program yang ditawarkan memenuhi
kehendak pasaran tenaga kerja negara dan mendapatkan maklum balas pasaran terkini
daripada industri yang berkaitan dengan program pengajian yang sedang ditawarkan.
Kajian melibatkan 26 orang responden selaku industri serta majikan yang terlibat dengan
program pengajian termasuk Latihan Industri dan kebolehpasaran graduan Program
Teknologi Elektrik di KKBBM bagi tahun 2018 hingga 2020. Kajian ini dilaksanakan secara
kualitatif melalui analisis dokumen dan pelaporan serta kuantitatif melalui edaran borang
soal selidik sebagai instrument kajian. Intrepretasi skor peratusan digunakan bagi
menganalisa dapatan kajian. Secara keseluruhannya majoroti item memperoleh intrepretasi
skor peratus yang tinggi di mana dapatan kajian menunjukkan kandungan dan kesesuaian
program yang ditawarkan bersesuaian dengan keperluan industri semasa. Melalui analisa
kajian mendapati bahawa keperluan asas teori dan praktikal, kesesuaian penawaran
program, jangka masa pengajian, serta tempoh masa Latihan Industri yang terkandung
dalam kurikulum semasa bersesuaian dengan keperluan semasa organisasi atau industri.
Malah peluang kerja serta melanjutkan pengajian ke peringkat diploma juga tinggi.
Kata Kunci: Analisis Pasaran Program Pengajian
1.0 Pengenalan
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka merupakan salah sebuah
daripada institusi Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di Malaysia yang
menawarkan latihan kemahiran kepada pelajar lepasan SPM bertujuan
untuk menyediakan graduan separa mahir yang berketrampilan dan
berkemahiran agar dapat menembusi pasaran pekerjaan semasa serta dapat
menyumbang tenaga kepada pembangunan ekonomi negara. Penawaran
program pengajian adalah di peringkat sijil, selama 2 tahun (24 bulan)
termasuk Latihan Industri selama 4 bulan di akhir pengajian. Bermula
tahun 2018, Program Teknologi Elektrik mula ditawarkan di Kolej Komuniti
setelah melalui proses semakkan semula dan penambahbaikkan kurikulum
agar sentiasa selari dengan perkembangan keperluan pasaran pekerjaan
semasa. Dahulunya program ini dikenali sebagai Program Pemasangan
Elektrik. Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) merupakan salah-
satu daripada kolej komuniti di Malaysia yang membuat penawaran
program pengajian ini. Justeru itu, bagi memastikan program yang sedang
ditawarkan kekal relevan dengan kehendak guna tenaga negara semasa,
kajian analisis pasaran (PNA) program pengajian Sijil Teknologi Elektrik
(SKE) telah dilaksanakan pada 2021 selaras dengan keperluan Rancangan
Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021–2025) serta bagi mendapatkan
akreditasi pensijilan MBOT.
218
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
2.0 Tujuan Dan Objektif Kajian
Tujuan kajian pasaran bagi program ini dilaksanakan adalah untuk
mendapatkan data atau sumber rujukan dalam memastikan program SKE
di KKBBM yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja
negara semasa dan mendapatkan maklum balas pasaran terkini daripada
industri yang berkaitan dengan program pengajian yang sedang ditawarkan.
2.1 Objektif kajian pasaran bagi program ini dilaksanakan adalah
bertujuan:
2.1.1 Mendapatkan data atau sumber rujukan lain dalam memastikan
program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga
kerja negara.
2.1.2 Mendapatkan maklum balas berkaitan kandungan dan
kesesuaian program yang ditawarkan dengan keperluan industri
semasa.
2.1.3 Mendapatkan maklum balas keperluan pasaran pekerjaan terkini
daripada industri yang berkaitan dengan program pengajian Sijil
Teknologi Elektrik.
2.1.4 Meninjau peluang kerjaya serta peluang melanjutkan pengajian
ke peringkat tinggi yang bersesuaian dengan program yang
ditawarkan.
3.0 Sorotan Dan Latar Belakang Kajian
Selaku pembekal Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di
Malaysia, penawaran program-program Politeknik dan Kolej Komuniti perlu
sentiasa seiring dengan kepesatan perubahan teknologi dunia masa kini.
Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan penelitian dan perancangan
rapi melibatkan maklum balas pihak berkepentingan (stakeholder) agar
program yang ditawarkan sentiasa kekal relevan serta menepati permintaan
industri dan keperluan guna tenaga semasa. Justeru itu, penawaran
program berciri demand-driven yang seiring dengan tuntutan perkembangan
teknologi dan menjadi nilai tambah kepada set kemahiran sedia telah
dirangka melalui perancangan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti
2018-2025 bagi merapatkan jurang seiring dengan perkembangan revolusi
industri 4IR.
Menurut Arshad, A. A., & Ibrahim, A. (2019), bagi memastikan program
yang ditawarkan terus relevan dan reponsif terhadap perubahan arus
teknologi serta bersesuaian mengikut keperluan permintaan industri dan
negara maka kajian pasaran program (PNA) amat penting dilaksanakan.
Hasil dapatan kajian ini akan dapat membantu pihak Jabatan Pengajian
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk merancang penawaran
program yang sejajar dengan cadangan bidang yang bersesuaian agar
sentiasa selari dengan perancangan kerajaan.
Menurut Abd Khalid et al. (2020), penawaran sesebuah program
pengajian perlu mendapat pengakreditasian program akademik sebagai
syarat wajib bagi tujuan jaminan kualiti kepada setiap institusi pendidikan
tinggi awam dan swasta. Bagi menghasilkan pembangunan program yang
berkesan, kajian analisis keperluan mesti dijalankan melalui tinjauan dan
analisis data daripada agensi yang berkaitan dengan penawaran program
219
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
agar sentiasa memenuhi permintaan pihak berkepentingan dan untuk
menjamin kelestarian program jangka panjang (Muhamad et. Al, 2019).
Justeru itu, bagi mencapai objektif kajian ini maka beberapa dokumen
daripada pelbagai sumber yang meliputi pelaporan serta dasar kerajaan
telah dianalisa bagi mendapatkan data atau sumber rujukan dalam
memastikan program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran tenaga
kerja negara semasa. Salah-satunya ialah dokumen Ringkasan Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), 2019. WKB2030 merupakan
dokumen yang menggariskan matlamat untuk memperkasakan ekonomi
negara daripada berkonsepkan kemahiran kepada berasaskan pengetahuan
kea rah kesejahteran rakyat. Melalui teras stetegik ketiga transformasi
modal insan yang terkandung di dalam WKB2030 ini telah menetapkan
Pendidikan dan Latihan TVET sebagai salah satu daripada 8 pembolehubah
utamanya. Bagi mencapai matlamat ini, modal insan diletakkan sebagai
teras ketiga dengan penetapan sasaran 60% lepasan SPM melanjutkan
pelajaran dalam bidang TVET bagi mencapai sasaran melahirkan 35%
pekerja berkemahiran tinggi dalam guna tenaga. Selain itu juga, dalam
perancangan aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA) WKB2030 juga
terkandung sasaran 20% penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB pada tahun
2025. Justeru itu, melalui dasar ini akan dapat memberi ruang dan peluang
kepada kebolehpasaran Graduan SKE di KKBBM Melaka untuk
mendapatkan pekerjaan bagi membantu menjayakan dasar negara ini.
Rajah 1: Teras Strategik ke-3 WKB2030, Transformasi Modal Insan
Kementerian Sumber Manusia (KSM) berperanan menganalisis
keperluan pekerjaan semasa dan trend industri pada masa hadapan.
Melalui Laporan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO), 2020
yang diterbitkan telah menjadi satu platform rujukan bagi penyebaran
maklumat kepada Institusi Pendidikan Tinggi dalam merencana strategi
pembangunan program pengajian bagi memastikan penghasilan graduan
dapat melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan pasaran
pekerjaan dan guna tenaga negara semasa. Menurut MASCO 2020, institut
pengajian atau penyedia latihan perlu membangunkan kurikulum,
menentukan asas pengetahuan yang diperlukan dalam sesuatu kumpulan
pekerjaan serta membangun kurikulum pengajian dan Latihan
berpandukan Laporan MASCO 2020. Justeru itu, merujuk garis panduan
220
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
tersebut, graduan SKE di KKBBM bersesuaian menyandang pekerjaan
Juruteknik dan profesional bersekutu. Skop tugasnya ialah melakukan
tugas teknikal dan tugas yang berkaitan dengan pekerjaan di bawah arahan
dan penyeliaan professional, mengawal, menyelia dan menyelaras kegiatan
pekerja di bawah seliaan mereka.
Merujuk kepada Laporan Media Statistik Guna Tenaga, Suku Tahun
Ketiga 2021 pula, lebih separuh daripada kekosongan jawatan tertumpu
dalam sektor Pembuatan yang merangkumi 56.9 peratus atau bersamaan
dengan 99.2 ribu kekosongan jawatan, terutamanya dalam subsektor
produk Elektrik, elektronik dan optikal (31.4 ribu). Kebanyakan pewujudan
jawatan adalah dalam kategori separuh mahir iaitu sebanyak 62.1 peratus
atau 9.3 ribu manakala kategori mahir merangkumi 30.1 peratus (4.5 ribu).
Data ini membuktikan bahawa walaupun dalam keadaan pendemik semasa,
namun peluang pekerjaan dalam kategori produk elektrik dan elektronik
tetap terbuka luas. Oleh itu penawaran program SKE di KKBBM masih
releven dengan keadaan semasa.
Menurut Laporan maklumat Prestasi dan Statistik Industri
Pembekalan Elektrik di Malaysia tahun 2015 hingga 2017 (2019) pula
menunjukkan, sebanyak 300 buah setsyen janakuasa tenaga elektrik
meliputi 34 buah stesyen janakuasa utama di Malaysia, 12 stesyen hidro
mini di Semenanjung Malaysia, serta 254 buah pemegang lessen janakuasa
tenaga boleh ubah (TBB) di seluruh Semenanjung Malaysia. Bilangan
stesyen janakuasa yang banyak di seluruh Malaysia ini akan dapat memberi
peluang pekerja yang luas bagi graduan bidang Teknologi Elektrik untuk
mendapatkan pekerjaan setara dengan kelayakkan yang ada.
Justeru itu, melalui dapatan Analisa data, dokumen dan pelaporan ini
jelas menunjukkan bahawa penawaran program Sijil Teknologi Elektrik di
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka masih kekal releven dengan
keperluan guna tenaga dan pekerjaan semasa negara.
4.0 Metadologi Kajian
Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan
pendekatan kajian berbentuk analisis kandungan bagi mendapatkan data
serta sumber rujukan dalam memastikan program yang ditawarkan masih
memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja negara semasa. Manakala
kaedah pengumpulan data menggunakan pendekatan analisis dokumen
selari dengan tujuan kajian. Menurut Arshad, A. A. bin, & Ibrahim, A. binti.
(2019), analisis dokumen merujuk kepada analisis data sekunder yang
dapat memberikan data dan maklumat relevan kepada isu dan masalah
yang dikaji memandangkan dokumen adalah dari sumber sedia ada dan
tepat.
Pendekatan kuantitatif juga telah digunakan untuk mengukuhkan
dapatan data kajian. Instrumen kajian melalui borang soal selidik yang
telah dibangunkan oleh pegawai JPPKK yang mempunyai kepakaran dalam
bidang yang berkaitan. Edaran borang soal selidik secara atas talian
dibangunkan menggunakan aplikasi Google Form. Sasaran populasi kajian
ialah majikan graduan Program Sijil Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti
Bukit Beruang bagi tahun 2018 hingga 2020. Memandangkan agak sukar
untuk mendapatkan maklumat dan kerjasama daripada majikan dan
industri yang terlibat, maka hanya seramai 26 orang responden telah
berjaya memberikan maklum balas kajian.
221
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Soal-selidik dibangunkan terdiri daripada 3 bahagian iaitu kandungan
program dan kesesuaiannya dengan keperluan organisasi, peluang kerjaya
serta keperluan majikan. Instrumen penyataan soalan diukur dengan
menggunakan skala Guttman dengan meminta responden menunjukkan
pilihan ‘Ya’ dan ‘Tidak’ dari setiap pernyataan yang diajukan. Ini kerana
menurut Fatimah & Puspaningtyas (2020) Skala Guttman adalah skala yang
hanya menyediakan dua pilihan jawaban, misalnya ya–tidak, baik–tidak,
pernah–belum pernah, dan lain-lain (Fatimah & Puspaningtyas, 2020).
Selain itu, soalan aneka pilihan juga digunakan.
Statistik deskriptif iaitu berbentuk taburan kekerapan dan peratusan
digunakan untuk menganalisa dapatan data kajian. Bagi membuat
penilaian dan perbincangan terhadap dapatan kajian, pengkaji telah
mengkategorikan pengurusan penilaian kepada 3 kategori berdasarkan
kepada purata peratus keseluruhan bagi setiap persoalan kajian. Analisa
data berdasarkan penilaian interpretasi skor peratus yang diadaptasi dari
kajian Mohd Sani (2011) seperti dalam Jadual 1 di bawah.
5.0 Analisis Dan Perbincangan
5.1 Demografi Responden
Kajian demografi responden menunjukkan majoriti 92.3% mewakili
organisasi atau industri milik tempatan manakala selebihnya milik asing.
5.2 Maklum balas kandungan dan kesesuaian program yang ditawarkan
memenuhi keperluan industri semasa
Jadual 2: Analisa kandungan dan kesesuaian program
Peratus Skor
Bil Item Ya Tidak
53.8% 46.2%
1 Adakah Program Sijil Teknologi Elektrik di
Kolej Komuniti yang ditawarkan memenuhi 96.2% 3.8%
asas-asas teori dan praktikal dalam bidang 84.6% 15.4%
berkenaan?
2 Adakah program Sijil Teknologi Elektrik di
Kolej Komuniti yang ditawarkan sesuai dalam
keadaan semasa?
3 Adakah jangka masa pengajian yang
dicadangkan (2 tahun, 4 semester termasuk
Latihan Industri) di Kolej Komuniti
mencukupi?
222
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4 Adakah anda berpendapat 4 bulan Latihan 80.8% 19.2%
Industri pelajar program Sijil Teknologi 78.9% 21.2%
Elektrik yang dicadangkan di Kolej Komuniti
mencukupi tempohnya?
PURATA
Bagi mendapatkan maklum balas berkaitan kandungan dan
kesesuaian program yang ditawarkan dengan keperluan industri semasa,
sebanyak 7 item telah diutarakan kepada responden secara taburan
kekerapan dan peratusan. Secara keseluruhannya hasil analisis kajian
menunjukkan majikan memberi maklumbalas pada tahap yang tinggi iaitu
purata peratusan 78.9% terhadap objektif kajian ini. Walaupun aspek
kandungan program memenuhi asas teori dan praktikal bersesuaian dengan
keperluan organisasi memperoleh interpretasi skor sederhana iaitu 53.8%,
namun sebanyak 46.2% menyatakan kandungan program telah memenuhi
sepenuhnya. 96.2% menyatakan Program SKE yang ditawarkan di KKBBM
telah memenuhi keperluan pekerjaan semasa, 84.6% bersetuju meyatakan
jangka masa pengajian yang ditawarkan mencukupi untuk keperluan
industry serta 80.8% menyatakan bahawa tempoh masa Latihan Industri
yang telah disediakan mencukupi untuk pengukuhan latihan kemahiran
pelajar. Antara cadangan yang diutarakan ialah memanjangkan masa
pembelajaran dengan menyediakan pensijilan kompeten kepada pelajar
sebelum tamat belajar.
5.3 Maklum balas keperluan pasaran pekerjaan terkini daripada industri
yang berkaitan dengan program pengajian SKE
Jadual 3: Analisa peluang kerjaya
Peratus Skor
Bil Item Ya Tidak
96.2% 3.8%
1 Adakah graduan Program Teknologi Elektrik
di Kolej Komuniti ini sesuai bekerja di 96.2% 3.8%
organisasi anda?
96.2% 3.8%
2 Pada pendapat anda, adakah program Sijil
Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti ini
dapat menghasilkan graduan yang diingini?
PURATA
Dari aspek peluang kerjaya, sebanyak 7 item soalan dikemukakan
berbentuk taburan kekerapan, peratusan dan soalan terbuka bagi
mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan pasaran pekerjaan terkini
daripada industri yang berkaitan dengan program pengajian SKE. Secara
puratanya menunjukkan intrepretasi peratusan di tahap tinggi. Sebanyak
96.2% mewakili 25 responden telah bersetuju menyatakan bahawa
kesesuaian penawaran program dengan keperluan industri. Sebanyak
73.1% responden menyatakan bahawa bilangan jawatan yang boleh diisi
oleh garduan di institusi mereka ialah sebanyak 1 hingga 3 jawatan
manakala 19.2% menyatakan bahawa 4 hingga 6 jawatan boleh diisi.
Jawatan yang bersesuaian ditawarkan kepada graduan ialah jawatan
223
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Juruteknik Elektrik, Pendawai Elektrik serta Penyelenggaraan Alat
Penghawa Dingin Domestik. Majoriti responden 69.2% menyatakan bahawa
kadar pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan ialah antara
RM1,001 hingga RM1500, manakala 23.1% menyatakan kadar yang
bersesuaian ialah antara RM1501 hingga RM2000. Justeru itu, majoriti
96.2% menyatakan bahawa graduan yang dihasilkan berkeperluan dalam
industri.
5.4 Maklum balas peluang kerjaya serta peluang melanjutkan pengajian
ke peringkat tinggi yang bersesuaian dengan program yang ditawarkan
Bagi aspek peluang kerjaya serta peluang melanjutkan pengajian ke
peringkat tinggi yang bersesuaian dengan program yang ditawarkan
melanjutkan pelajaran pengajian pula berada dalam interpretasi peratusan
yang tinggi iaitu sebanyak 92.3% bersetuju menyatakan bahawa graduan
sesuai melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, manakala
91.7% pula menyatakan bahawa pringkat yang bersesuaian untuk graduan
menyambung pengajian ialah peringkat diploma. Selain itu, dapatan kajian
juga membuktikan bahawa sebanyak 17 industri (65.4%) menawarkan
penajaan pelajar melanjutkan pengajian manakala 9 industri (34.6%) tidak
menawarkan.
6.0 Rumusan Dan Cadangan
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kandungan dan
kesesuaian program yang ditawarkan bersesuaian dengan keperluan
industri semasa. Ini dibuktikan melalui analisa dokumen data pelaporan
daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Piawaian Pengelasan Pekerjaan
Malaysia dari Kementerian Sumber Manusia, Pelan Strategik Politeknik dan
Kolej Komuniti 2018-2025, Laporan Suruhanjaya Tenaga Malaysia, dan
Ringkasan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah dijadikan
sumber rujukan jelas membuktikan program yang ditawarkan memenuhi
kehendak pasaran tenaga kerja negara semasa.
Menerusi maklum balas kajian mendapati bahawa kandungan dan
kesesuaian jangka masa program yang ditawarkan dengan keperluan
industri semasa keseluruhannya memperoleh intrepretasi skor peratusan
yang tinggi. Program pengajian Sijil Teknologi Elektrik didapati mempunyai
kesesuaian dengan keperluan pasaran pekerjaan terkini daripada organisasi
dan industri semasa. Bidang yang bersesuaian diceburi oleh graduan ialah
pendawaian elektrik, servis penghawa dingin domestik serta kawalan motor.
Jawatan tertinggi yang bersesuaian disandang oleh graduan pula ialah
Juruteknik Elektrik atau Pendawai Elektrik dengan penawaran gaji antara
RM1000 hingga RM2000. Selain itu juga, kajian menunjukkan bahawa dari
aspek peluang kerjaya dan melanjutkan pengajian, graduan Sijil Teknologi
Elektrik juga sesuai untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi iaitu diploma.
Namun begitu, kajian mendapati dari aspek kandungan pengajian
dari aspek keperluan asas-asas teori dan praktikal dalam bidang berkenaan
berada pada intrepretasi skor sederhana. Justeru itu, beberapa cadangan
penambahbaikan hasil maklum balas responden telah diperolehi iaitu
memanjangkan masa kemahiran praktikal berbanding kelas teori. Selain itu
cadangan responden agar memanjangkan tempoh Latihan indutri daripada
224
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4 bulan kepada sekurang-kurangnya 6 bulan wajar dikaji dengan lebih
terperinci oleh pihak JPPKK. Ini kerana responden berpendapat tempoh
Latihan Industri yang lama akan dapat menyeimbangi keperluan
pengetahuan teori dengan kemahiran praktikal agar lebih banyak
pengalaman dan pengetahuan dunia pekerjaan sebenar yang berkaitan
dengan bidang Teknologi Elektrik dapat diperolehi oleh graduan.
Justeru itu, terdapat beberapa aspek perlu diambil kira semasa
penawaran program pengajian Sijil Teknologi Elektrik di KKBBM dibuka. Ini
bertujuan agar graduan yang dihasilkan berkualiti dan berketrampilan
selari dengan visi dan misi yang digariskan. Aspek-aspek tersebut iaitu:
6.1 Tenaga pengajar
Latar belakang pendidikan tenaga pengajar dalam bidang perlu dititik
beratkan bagi memastikan kepakaran dan kemahiran yang diperolehi dapat
diterjemahkan dengan berkesan selari dengan objektif kursus yang
ditawarkan. Selain itu, barisan tenaga pengajar juga mempunyai
pendedahan pengalaman industri atau latihan kemahiran professional yang
setara dengan yang diajar agar dapat menghasilkan graduan yang
berkemahiran serta berkualiti bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan
semasa.
6.2 Infrastruktur dan fasiliti
Kemudahan infrastuktur dan fasiliti yang lengkap serta bersesuaian
dengan kursus yang dilaksanakan memainkan peranan penting bagi
mencapai hasil pembelajaran kursus dan program yang digariskan.
Memandangkan Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka merupakan
bangunan berkonsepkan premis rumah kedai, maka keluasan ruang kerja
bengkel, ruang penyimpanan peralatan serta susun atur kemudahan
bengkel agak terhad. Ruang yang agak terhad ini juga membataskan aktiviti
pembelajaran pelajar. Oleh itu enrolmen pengambilan pelajar perlu
disesuaikan dengan faktor keluasan ruang bengkel ini agar langkah
keselamatan serta keselesaan pelajar dapat dititik beratkan. Selain itu juga,
peralatan untuk latihan amali pelajar perlu ditambah baik selari dengan
kurikulum terkini serta perkembangan teknologi semasa.
6.3 Kurikulum
Pembangunan kurikulum perlu diselarikan dengan perkembangan
teknologi, dasar negara serta keperluan pasaran pekerjaan semasa dalam
bidang Teknologi Elektrik. Penetapan objektif program dan hala tuju
kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti perlu di ambil kira dalam proses
penambahbaikan kurikulum agar selari dengan keperluan semasa. Ini
kerana kandungan kurikulum yang dipelajari oleh pelajar sepanjang di Kolej
Komuniti akan memberi impak terhadap kualiti keluaran serta hala tuju
graduan selepas tamat pengajian kelak.
6.4 Lokasi
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka terletak berhampiran dengan
pusat pentadbiran dan pusat pelancongan Negeri Melaka. Kepesatan
pembangunan serta kepelbagaian kemudahan sedia ada di sekitar Negeri
Melaka khususnya di kawasan persekitaran institusi, telah membuka ruang
pekerjaan yang luas untuk graduan. Lokasi yang stategik serta penawaran
program yang bersesuaian menjadi faktor tarikan utama untuk pelajar-
225
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
pelajar lepasan SPM dengan kelulusan minima melanjutkan pelajaran ke
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka.
Secara amnya, kajian dan analisis pasaran bagi program Sijil
Teknologi Elektrik ini telah mencapai objektif yang diharapkan. Analisis
sumber data dan analisis kajian pasaran dari industri dan majikan
menunjukkan program ini mempunyai permintaan industri dan memenuhi
keperluan pasaran guna tenaga kerja semasa negara.
Rujukan
Abd Khalid, Nurnadia, Hashim, Noor Haszlina, Othman, M. R. (2020).
Pandangan Alumni Terhadap Hasil Pembelajaran Di Kolej Komuniti Bandar
Darul Aman. -Proceedings of the National Technology Research in
Engineering, Design and Social Science Conference (nTrends’20).
Arshad, A. A. bin, & Ibrahim, A. binti. (2019). Perancangan Kajian
Keperluan Program. In M. F. bin Mohd Yunus (Ed.), Buku Panduan
Penulisan Kajian Keperluan Program PNA Politeknik dan Kolej Komuniti (1st
ed., Vol. 1, pp.1–5). essay, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
Fatimah, C. & Puspaningtyas, N.D. (2020). Dampak Pandemi Covid-19
terhadap Pembelajaran Online Mata Pelajaran Matematika di MAN 1
Lampung Selatan. Jurnal Pendidikan Matematika UNILA, 8(4), 250-260.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2021, November). Kenyataan Media Bagi
Statistik Guna Tenaga, Suku Tahun Ketiga 2021. Jabatan Perdana Menteri.
Kementerian Sumber Manusia. (2020). Piawaian Pengelasan Pekerjaan
Malaysia 2020.
Mohd. Sani bin Ismail (2011). Kematangan kerjaya, efikasi kendiri kerjaya
dan penglibatan pelajar dalam aktiviti program bimbingan dan kaunseling
kerjaya. Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhamad, M. R. Bin, Bahari, A. Bin, Wan Azhar Bin Wan Yusoff, Ismail Bin
Abdul Rahman, Z. Y., & Jamil, M. L. B. M. (2019). Technology And Technical
Accreditation Manual 2019. Malaysia Board Of Technologist.
Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025. (2018). Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementrian Pendidikan Tinggi
Malaysia.
Ringkasan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. (2019). Kementerian Hal
Ehwal Ekonomi Malaysia.
Suruhanjaya Tenaga Malaysia. (2019, May). Maklumat Prestasi dan Statistik
Industri Pembekalan Elektrik di Malaysia 2017.
226
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Tahap Hasil Pembelajaran Kognitif, Psikomotor Dan Afektif
Dalam Kalangan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Semasa Melaksanakan
Kerja Amali Secara Simulasi Dan Hands-On
Sarah Jewahid1*, Nor Hazlinda Idris2, Azrini Idris3
123Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
*[email protected]
Abstrak
Kemajuan dalam teknologi maklumat telah merevolusikan satu landskap Pendidikan
dalam bidang kejuruteraan yang dikenali sebagai makmal maya. Perkembangan ini telah
mencetuskan pelbagai perbincangan tentang hasil pembelajaran pelajar yang dicapai
semasa melaksanakan kerja amali. Namun, tidak banyak kajian yang dilaksanakan
membincangkan tentang hasil pembelajaran secara menyeluruh untuk aspek ini. Justeru,
kajian ini adalah bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar di dalam hasil pembelajaran
untuk domain kognitif, psikomotor dan afektif dalam konteks pelaksanaan kerja amali
menggunakan dua kaedah berbeza iaitu secara simulasi dan hands-on. Kajian deskriptif
dengan menggunakan instrumen soal selidik telah dilakukan kepada pelajar di Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Hasil kajian mendapati, pelajar
menunjukkan pencapaian hasil pembelajaran yang lebih tinggi untuk ketiga-tiga domain
pembelajaran dalam pelaksanaan kerja amali secara hands-on berbanding simulasi.
Kata Kunci : Kerja Amali, Hasil Pembelajaran, Simulasi, Hands-On
1.0 Pengenalan
Pelaksanaan kerja amali merupakan satu elemen dalam sesi
pembelajaran untuk program kejuruteraan bagi memenuhi hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan oleh badan akreditasi. Kerja amali
membolehkan pelajar menguasai kemahiran kejuruteraan seperti
pendedahan kepada teknik penggunaan peralatan yang betul,
memperkukuhkan kefahaman konseptual serta memberikan satu
pengalaman yang boleh digunakan dalam kerjaya kelak (Zainuddin, 2019).
Penilaian terhadap kerja amali yang dilaksanakan pelajar dapat
memberikan satu petunjuk sejauhmana objektif dan hasil pembelajaran
berjaya dicapai.
Kerja amali boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah seperti secara
hands-on mahupun secara simulasi. Kerja amali secara hands-on
dilaksanakan secara fizikal di makmal yang mempunyai peralatan dan
kelengkapan untuk sesuatu amali. Pada kebiasaannya, tenaga pengajar
akan membuat demonstrasi pelaksanaan amali bagi memberikan gambaran
kepada pelajar bagaimana amali tersebut perlu dilaksanakan. Sepanjang
pelaksanaan amali, tenaga pengajar akan bertindak sebagai fasilitator bagi
membantu mana-mana kumpulan pelajar dalam menyelesaikan tugasan
amali tersebut.
Penggunaan simulasi sebagai alternatif kepada sesi amali secara
fizikal merupakan satu penyelesaian dalam mengatasi masalah kekurangan
peralatan amali serta kekangan waktu pelaksanaan amali itu sendiri.
Penggunaan perisian berasaskan multimedia interaktif berupaya membawa
aktiviti amali sebenar dalam persekitaran simulasi (Sriadhi, Restu &
Sitompul, 2021). Pelaksanaan amali secara simulasi untuk kursus pada
peringkat Semester dua di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik
227
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Tuanku Syed Sirajuddin tidak pernah dilaksanakan sebelum ini walaupun
terdapat beberapa platform sedia ada yang boleh diguna pakai. Namun,
kehadiran pandemik COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan
dimana pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa
dilaksanakan secara atas talian. Hal ini membuatkan, pelajar terpaksa
melaksanakan sesi amali secara simulasi bagi menggantikan pelaksanaan
amali secara hands-on untuk tempoh tertentu.
Walaupun simulasi dilihat sebagai satu alternatif dalam pelaksanaan
amali, masih terdapat beberapa pertikaian berkaitan dengan keberkesanan
penggunaan simulasi dalam memperkukuhkan asas dalam bidang
kejuruteraan berbanding pelaksanaan amali secara hands-on (Lal et al.,
2019). Terdapat banyak kajian telah dilaksanakan tentang hasil
pembelajaran kerja amali oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Namun
kajian ini tidak dilaksanakan secara menyeluruh, iaitu mereka hanya
menumpukan pada domain pembelajaran tertentu sahaja (Radin Salim, Ali,
Hussain & Haron, 2013). Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi melihat
tahap hasil pembelajaran pelajar dalam tiga domain pembelajaran iaitu
kognitif, psikomotor dan afektif semasa mereka melaksanakan amali
menggunakan kaedah simulasi dan secara hands-on.
2.0 Sorotan Kajian
2.1 Pembelajaran Amali
Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) telah menggariskan
bahawa kebolehan pelajar menggunakan teknik, sumber dan alat
kejuruteraan moden dan teknologi maklumat yang sesuai untuk mengatasi
masalah kejuruteraan yang dinyatakan dengan jelas, dengan limitasi
tertentu merupakan salah satu elemen yang perlu diukur sebagai hasil
pembelajaran kelima (PO5) dalam program pembelajaran (Engineering
Technology Accreditation Council, 2020). Hasil pembelajaran ini dapat
dicapai melalui kemahiran kejuruteraan yang dipamerkan pelajar semasa
pelaksanaan kerja amali bagi melengkapkan teori kejuruteraan yang
dipelajari semasa sesi kuliah.
Pembelajaran amali boleh dikelaskan dalam tiga kaedah iaitu secara
hands-on, remote laboratory dan secara simulasi. Dalam pelaksanaan amali
secara hands-on, pelajar akan hadir secara fizikal di makmal dan
melaksanakan eksperimen sebenar dengan menggunakan kemudahan,
peralatan dan instrumentasi mengikut amalan semasa industri. Melalui
amali secara hands-on pelajar dapat mengukuhkan kefahaman konseptual,
kemahiran merekabentuk, kemahiran profesional dan kemahiran sosial.
(Radin Salim et al., 2013).
Menurut Estriegana, 2019, pelajar menunjukkan hasil pembelajaran
amali adalah lebih baik setelah melaksanakan amali secara remote
laboratory berbanding secara hands-on. Melalui remote laboratory, pelajar
boleh mengumpul data daripada peralatan eksperimen sebenar dalam
makmal dari lokasi yang jauh seperti di dalam bilik melalui penggunaan
teknologi berasaskan web (Corter et al., 2011).
Pembelajaran amali secara simulasi pula melibatkan replikasi
eksperimen sebenar dimana semua komponen dan peralatan yang
digunakan secara fizikal disimulasikan menggunakan perisian komputer
(Radin-salim et al., 2013). Kajian yang telah dilaksanakan menyatakan
228