E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
bahawa amali secara simulasi merupakan satu peralatan yang cekap dan
mampu memberikan pelajar pengalaman yang sama seperti pelaksanaan
amali secara hands-on (Estriegana, Medina & Barchino, 2019)
2.2 Domain Pembelajaran
Taksonomi Bloom telah menggariskan aspek yang perlu digunakan
untuk mengukur pencapaian hasil pembelajaran. Tiga domain pembelajaran
telah ditetapkan iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Analisis melibatkan
ketiga-tiga domain pembelajaran tersebut perlu dilaksanakan bagi
mengukur hasil pembelajaran kerja amali kerana hampir semua aktiviti
pembelajaran melibatkan lebih dari satu domain. Ini membolehkan setiap
kemahiran yang diperoleh pelajar dalam pelaksanaan kerja amali
dihubungkaitkan dengan setiap domain dengan lebih terperinci (Alias &
Saim, 2020).
Domain kognitif adalah berkaitan dengan pemikiran seseorang pelajar
yang menumpukan kepada aspek pengetahuan dan kemahiran intelektual.
Domain ini merupakan teras kepada sistem pembelajaran dan domain
pembelajaran yang lain. Domain kognitif merupakan satu domain yang
paling mudah untuk dinilai berbanding domain psikomotor dan afektif (Alias
& Saim, 2020). Domain ini turut digunakan sebagai satu kriteria untuk
menganalisa pengalaman pelajar semasa melaksanakan kerja amali.
Domain psikomotor pula secara dasarnya adalah kemahiran atau
kebolehan seseorang untuk melaksanakan satu tindakan berdasarkan
kepada pengalaman pembelajaran tertentu. Hasil pembelajaran psikomotor
untuk seorang pelajar boleh dinilai berdasarkan kepada kemahiran dan
kemampuan untuk bertindak dalam sesuatu situasi tertentu. Hasil
pembelajaran psikomotor sebenarnya merupakan kesinambungan kepada
hasil pembelajaran kognitif dan hasil pembelajaran afektif (Mertayasa,
Subawa, Agustini & Wahyuni, 2021). Dalam pelaksanaan amali, domain
pembelajaran psikomotor merupakan satu aspek yang paling penting.
Domain ini dapat menterjemahkan koordinasi diantara minda dan fizikal
seseorang pelajar (Begam, 2019).
Domain afektif pula adalah berkaitan dengan sikap, perasaan atau
emosi berasaskan kepada pengalaman pembelajaran. Dalam pelaksanaan
kerja amali, domain ini boleh diukur melalui kerja berkumpulan dan
laporan kerja amali (Alias & Saim, 2020). Domain ini perlu dijadikan asas
ketika menetapkan satu struktur peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar
dalam pelaksanaan kerja amali. Domain ini sangat mempengaruhi prestasi
pelajar walaupun ianya tidak dapat dilihat secara terang-terangan (Zaghloul,
2001).
3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan hubungan antara tahap
hasil pembelajaran pelajar untuk domain kognitif, psikomotor dan afektif
semasa melaksanakan kerja amali. Kajian ini dilaksanakan untuk menguji
dan membandingkan aspek-aspek tersebut dalam konteks amali secara
simulasi dan amali secara hands-on.
3.1 Persampelan Kajian
Populasi responden kajian adalah terdiri daripada pelajar Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin kerana semua
229
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
pelajar terlibat dengan sesi amali untuk sesetengah kursus yang diambil
pada setiap semester. Pelajar semester dua untuk sesi pengajian Disember
2020 telah dipilih sebagai sampel kajian memandangkan mereka
merupakan pelajar yang telah melaksanakan amali dengan dua kaedah
berbeza iaitu secara simulasi dan hands-on untuk kursus yang sama dalam
semester tersebut. Berdasarkan data yang diperolehi dari Sistem
Pengurusan Maklumat Politeknik, terdapat 118 orang pelajar semester dua
untuk sesi tersebut. Krejcie dan Morgan (1970) menyatakan, sekiranya
populasi kajian adalah seramai 118 orang, bilangan sampel minima yang
diperlukan adalah seramai 86 orang sahaja. Dalam kajian ini, seramai 101
orang responden telah memberikan maklumbalas dalam instrumen kajian
yang diedarkan dan bilangan sampel ini adalah mencukupi mengikut
bilangan yang dicadangkan.
3.2 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian.
Instrumen kajian diadaptasi dari instrumen pengukuran hasil pembelajaran
untuk kerja amali yang telah dibangunkan oleh Radin-salim et al., (2013).
Konstruk yang sama telah ditetapkan untuk menguji maklumbalas
responden untuk kedua-dua kaedah amali. Ujian kebolehpercayaan
instrumen yang dibina menunjukkan Alpha Cronbach, α untuk domain
kognitif sebanyak 0.901, domain psikomotor sebanyak 0.853 dan domain
afektif sebanyak 0.774. Hasil ujian ini menunjukkan instrumen yang dibina
mempunyai konsistensi dalaman yang baik (Musa, 2018). Instrumen kajian
ini telah diedarkan kepada responden secara atas talian melalui platform
google form.
3.3 Kaedah Kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah analisis
deskriptif untuk menggambarkan hasil pembelajaran kognitif, psikomotor
dan afektif pelajar semasa melaksanakan kerja amali secara simulasi dan
hands-on. Ujian-t berpasangan dilaksanakan dimana perbezaan skor min
yang diperolehi daripada analisis dibandingkan untuk melihat tahap
pencapaian pelajar semasa melaksanakan kerja amali menggunakan dua
kaedah berbeza. Semua responden telah melaksanakan amali secara
simulasi untuk tempoh tujuh minggu pertama semester berkenaan
manakala pelaksanaan amali secara hands-on telah dilaksanakan pada baki
minggu berikutnya sehingga tamat semester. Analisis data dilaksanakan
dengan menggunakan aplikasi SPSS.
4.0 Dapatan dan Perbincangan
4.1 Profail Responden
Jadual 1 menunjukkan profail responden yang terlibat dalam kajian
ini. Berdasarkan jadual, 56.4 peratus responden adalah terdiri daripada
pelajar lelaki manakala 43.6 peratus responden adalah pelajar perempuan.
Kesemua responden ini merupakan pelajar semester dua dari tiga program
berbeza. Pelajar dari program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
merupakan kumpulan responden paling ramai dengan peratusan sebanyak
40.6 peratus diikuti responden dari program Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komunikasi) dengan bilangan responden sebanyak 32.7 peratus.
230
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Manakala 26.7 peratus responden lagi terdiri dari pelajar-pelajar di bawah
program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik).
Jadual 1 : Demografi responden
Profail Frekuensi Peratusan
Jantina 57 56.4
Lelaki 44 43.6
Perempuan
33 32.7
Program 27 26.7
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) 41 40.6
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
4.2 Persoalan Kajian dan Dapatan
Terdapat tiga persoalan kajian yang telah diuji kepada responden.
Hasil kajian dan dapatan adalah seperti perbincangan di bawah.
Persoalan 1 :
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap hasil
pembelajaran kognitif pelajar ketika melaksanakan amali secara simulasi
dan hands-on?
Berdasarkan Jadual 2, min hasil pembelajaran kognitif pelajar adalah
lebih tinggi semasa pelajar melaksanakan kerja amali secara hands-on
(M=4.41, SD=0.55) berbanding semasa pelajar melaksanakan kerja amali
secara simulasi (M=3.99, SD=0.78). Analisis ujian-t sampel berpasangan
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min antara amali secara simulasi
dan amali secara hands-on [t(100)=-5.093, p=0.000]. Analisis ujian-t ini
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min hasil
pembelajaran domain kognitif dalam sesi amali secara simulasi dan hands-
on.
Jadual 2 : Ujian-t bagi min hasil pembelajaran kognitif pelajar dalam amali
secara simulasi dan hands-on
Pembolehubah MN SD t df p
Amali secara simulasi 3.99 101 0.78 10
Amali secara hands-on 4.41
-5.093 0.000
101 0.55 0
Nota: Signifikan pada aras p<0.05
Dapatan ini menunjukkan pencapaian hasil pembelajaran domain
kognitif pelajar semasa melaksanakan kerja amali secara hands-on adalah
lebih tinggi berbanding ketika melaksanakan kerja amali secara simulasi
pada awal semester tersebut. Hal ini adalah selari dengan kajian yang
dilaksanakan oleh (Steger, Nitsche, Miley & Schweiger, 2017) yang
menyatakan bahawa sesi amali hands-on dapat memberikan pengetahuan
yang lebih baik berbanding dengan sesi amali simulasi. Kajian lain turut
menyatakan pelajar percaya bahawa aplikasi simulasi sahaja tidak begitu
kondusif untuk situasi dan aplikasi dalam dunia sebenar (Taher, 2015).
231
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Terdapat juga pelajar berpendapat, kombinasi diantara amali secara hands-
on dan simulasi merupakan satu strategi yang dapat mengoptimumkan
pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam menangani masalah
kejuruteraan dalam dunia sebenar. Namun, mereka tetap mengutamakan
amali secara hands-on sebagai kaedah pembelajaran utama (Rahman dan
Johari, 2022).
Persoalan 2 : signifikan bagi tahap hasil
Adakah terdapat perbezaan yang melaksanakan amali secara
pembelajaran psikomotor pelajar ketika
simulasi dan hands-on?
Analisis hasil pembelajaran psikomotor pelajar semasa melaksanakan
kerja amali adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3. Berdasarkan
jadual tersebut, min hasil pembelajaran psikomotor pelajar adalah lebih
tinggi semasa pelajar melaksanakan kerja amali secara hands-on (M=4.43,
SD=0.55) berbanding semasa pelajar melaksanakan kerja amali secara
simulasi (M=3.98, SD=0.79). Analisis ujian-t sampel berpasangan
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min antara amali secara simulasi
dan amali secara hands-on [t(100)=-5.556, p=0.000]. Analisis ujian-t ini
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min hasil
pembelajaran domain psikomotor dalam sesi amali secara simulasi dan
hands-on.
Jadual 3 : Ujian-t bagi min hasil pembelajaran psikomotor pelajar dalam
amali secara simulasi dan hands-on
Sampel MN SD t df p
Amali secara simulasi 3.98 101 0.79
Amali secara hands-on 4.43
-5.556 100 0.000
101 0.55
Nota: Signifikan pada aras p<0.05
Berdasarkan kepada dapatan kajian, pelajar menunjukkan
pencapaian hasil pembelajaran pelajar domain psikomotor yang lebih tinggi
dalam sesi amali secara hands-on berbanding sesi amali secara simulasi. Ini
menunjukkan pelajar dapat membentuk kemahiran praktikal mereka
dengan lebih baik melalui hands-on. Hal ini bertepatan dengan kajian yang
dilaksanakan oleh Altalbe (2018) dimana penggunaan peralatan amali
secara fizikal dapat membentuk kemahiran praktikal pelajar dalam
menyelesaikan masalah kejuruteraan berkaitan. Selain itu, pelaksanaan
sesi amali secara simulasi menyebabkan pelajar tidak dapat membiasakan
diri dengan peralatan dan peranti sebenar. Situasi amali secara simulasi
juga mungkin berbeza dengan situasi sebenar. Ini membawa kepada
kemahiran tertentu yang perlu dicapai oleh pelajar kejuruteraan tidak dapat
diasah seperti kemahiran mengendalikan peralatan dan peranti fizikal yang
tidak berfungsi dengan baik (Chan & Fok, 2015).
232
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Persoalan 3 :
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap hasil
pembelajaran afektif pelajar ketika melaksanakan amali secara simulasi dan
hands-on?
Berdasarkan Jadual 4, min hasil pembelajaran afektif pelajar adalah
lebih tinggi semasa pelajar melaksanakan kerja amali secara hands-on
(M=4.4,0 SD=0.54) berbanding semasa pelajar melaksanakan kerja amali
secara simulasi (M=4.00, SD=0.54). Analisis ujian-t sampel berpasangan
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min antara amali secara simulasi
dan amali secara hands-on [t(100)=-4.857, p=0.000]. Ini menunjukkan
terdapat perbezaan signifikan antara hasil pembelajaran pelajar ketika
melaksanakan amali secara simulasi dan hands-on.
Jadual 4 : Ujian-t bagi min hasil pembelajaran afektif pelajar dalam amali
secara simulasi dan hands-on
Sampel MN SD t df p
Amali secara simulasi 4.00 101 0.77
Amali secara hands-on 4.40
-4.857 100 0.000
101 0.54
Nota: Signifikan pada aras p<0.05
Dapatan ini menunjukkan pelajar lebih bersetuju bahawa
pelaksanaan amali secara hands-on dapat meningkatkan hasil pembelajaran
afektif berbanding amali secara simulasi. Dapatan ini menunjukkan bahawa
kemahiran bolehpindah pelajar adalah lebih baik ketika melaksanakan
amali secara hands-on berbanding secara simulasi yang diperlukan dalam
kerjaya mereka pada masa akan datang (Chan & Fok, 2015) Namun, dari
sudut komunikasi seperti dalam bentuk penulisan laporan, kedua-dua
kaedah amali menunjukkan tiada perbezaan ketara dimana hasil laporan
adalah bergantung kepada dapatan yang diperolehi dalam sesuatu
eksperimen itu sahaja. Selain itu, tahap tingkah laku beretika pelajar juga
menunjukkan tiada perbezaan diantara amali secara hands-on dan simulasi
(Altalbe, 2018).
5.0 Kesimpulan
Keperluan latihan amali untuk pelajar kejuruteraan sentiasa
berkembang selari dengan kemajuan dan pengenalan teknologi terkini.
Pelaksanaan sesi amali secara simulasi mampu menangani beberapa
kekurangan yang muncul ketika pelaksanaan amali secara hands-on.
Penggunaan perisian tertentu membolehkan pelajar mengukuhkan
kefahaman konseptual dan mampu membuat persediaan lebih awal
sebelum melaksanakan amali secara hands-on. Namun begitu, pelaksanaan
simulasi semata-mata adalah tidak praktikal dalam konteks amali di
institusi ini. Tidak dinafikan, penggunaan simulasi sedikit sebanyak
membantu dalam beberapa aspek tetapi pelaksanaan amali secara hands-on
masih merupakan amalan terbaik. Hasil dapatan yang ditunjukkan oleh
responden mereka bersetuju dengan pendapat ini dimana kesemua
233
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
responden menunjukkan hasil pembelajaran untuk domain kognitif,
psikomotor dan afektif adalah lebih tinggi semasa pelaksanaan amali secara
hands-on berbanding pelaksanaan amali secara simulasi. Secara
kesimpulannya, kaedah amali secara hands-on dan simulasi boleh
digabungkan sebagai satu strategi terbaik untuk mengoptimumkan hasil
pembelajaran serta dapat menyediakan pelajar dengan set kemahiran asas
untuk menangani situasi aplikasi sebenar semasa belajar dan semasa
bekerja kelak disamping dapat mencapai hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan oleh pihak berkenaan.
Rujukan
Alias, R. and Saim, N. M. (2020) ‘Cognitive Domain Performance for Non-
Laboratory Embedded and Laboratory’, International Journal of Learning and
Educational Research, 19(4), pp. 206–222.
Altalbe, A. (2018) Virtual Laboratories for Electrical Engineering Students:
Student Perspectives and Design Guidelines. University of Queensland.
Begam, A. A. A. (2019) ‘Psychomotor Domain of Bloom’ s Taxonomy in
Teacher Education Psychomotor Domain of Bloom’ s Taxonomy in Teacher
Education’, International Journal of Education, (March 2018).
Chan, C. and Fok, W. (2015) ‘Evaluating learning experiences in virtual
laboratory training through student perceptions: a case study in Electrical
and Electronic Engineering at the University of Hong Kong Evaluating
learning experiences in virtual laboratory training through student’,
Engineering Education, 0052.
Corter, J. E., Esche, S. K., Chassapis, C., Ma, J. and Nickerson, J. V (2011)
‘Computers & Education Process and learning outcomes from remotely-
operated, simulated, and hands-on student laboratories’, Computers &
Education. Elsevier Ltd, 57(3), pp. 2054–2067.
Estriegana, R., Medina-merodio, J. and Barchino, R. (2019) ‘Computers &
Education Student acceptance of virtual laboratory and practical work : An
extension of the technology acceptance model’, Computers & Education.
Elsevier, 135(December 2018), pp. 1–14.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research
activities. Educational and psychological measurement, 607-610.
Lal, S., Lucey, A. D., Treagust, D. F. and Zadnik, M. G. (2019) ‘A study of the
relative importance of student interactions for the attainment of laboratory-
learning outcomes’, Proceedings of the AAEE2019 Conference, (December).
Musa, D. (2018). Penyelidikan perniagaan:pendekatan kuantitatif kepada
penyelidik baru. Arau.
Mertayasa, I., Subawa, I. G.H., Agustini, K., & Wahyuni, D., (2021). Impact
of cognitive styles on students’ psychomotoric abilities on multimedia course
practicum. Journal of Physics: Conference Series. 1810.
012056.10.1088/1742-6596/1810/1/012056.
234
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Radin Salim, K., Ali, R., Hussain, N. H. and Haron, H. N. (2013) ‘An
Instrument for Measuring the Learning Outcomes of Laboratory Work’, in
IETEC’13 Conference.
Rahman, I. and Johari, M. (2022) ‘Students’ understanding and skills on
voltage and current measurements using hands‑on laboratory and
simulation software’, Education and Information Technologies. Springer US,
(0123456789).
S Sriadhi, R. R. and H. S. (2021) ‘Multimedia simulation model for electrical
laboratory learning’, IOP Conference Series : Materials Science and
Engineering, p. 1098.
Steger, F., Nitsche, A. and Miley, C. (2017) ‘Laboratory Learning : Hands-on
versus Simulated Experiments’, in AAEE2017 Conference, pp. 1–8.
Taher, M. T. (2015) ‘Effectiveness of Simulation versus Hands-on Labs : A
Case Study for Teach- ing an Electronics Course Effectiveness of Simulation
versus Hands-on Labs : A Case Study for Teaching an Electronics Course
Abstract’, in 122nd ASEE Annual Conference & Exposition.
Engineering Technology Accreditation Council, BEM. (2020) ‘Engineering
Technician Education Programme Accreditation Standard 2020’.
Zaghloul, A.-R. M. (2001) ‘Assessment of Lab Work : A Three-Domain Model ;
Cognitive , Affective , and Psychomotor’, in 2001 American Society for
Engineering Education Annual Conference & Exposition, p. 6.217.1-6.217.7.
Zainuddin, S. (2019) Investigation into the Effectiveness of Practical Work in
Achieving Curriculum Objectives for Engineering Studies in Secondary
Education. University of Lincoln.
235
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Kajian Keberhasilan Produk Inovasi (Mr. Fishy) Sebagai
Bahan Bantu Mengajar Dalam Subjek SKU 10213 Basic
Butchery
Nurulshida Abdul Rashid1*, Mohd Sharin Hafiza Isa2
Noor Azhar Abd Wahab3
123Kolej Komuntiti Rompin
*[email protected]
Abstrak
Responden TVET perlu didedahkan dengan kemahiran tambahan selari dengan keperluan
semasa yang mencabar kini. Pensyarah teknikal dan vokaisional harus mengoptimumkan
penggunaan bahan – bahan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan bahan
pengajaran yang diolah menjadi satu produk inovasi bagi membantu PdP diharap membantu
mengurangkan kos pembelajaran responden masa kini. Mr. Fishy adalah produk inovasi
yang menjadi salah satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) terhadap responden di Kolej
Komuniti Rompin (KKRP). Pemerhatian terhadap penggunaan produk bertujuan untuk
menilai keberhasilan produk ini dari aspek pengetahuan, kemahiran daya fikir dan kendiri
responden. Hasil dapatan dianalisis secara kuantitatif melalui soal selidik yang melibatkan
24 orang pelajar dari Program Sijil Kulinari (SKU) di KKRP. Analisa data deskriptif
menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), version 26.0. Tinjauan
sebelum produk dihasilkan menunjukkan skor nilai terendah iaitu 2.80 yang mana
interpretasi min adalah sederhana. Manakala peningkatan dapat dilihat selepas penghasilan
produk inovasi dihasilkan dengan min keseluruhan sebanyak 4.43, yang mana
memperlihatkan interpretasi min sangat memuaskan. Kesimpulannya, keberkesanan
leguaan bahan bantu mengajar ini terbukti sebagai salah satu bahan bantu mengajar
semasa sesi amali dalam kelas dilaksanakan.
Kata kunci: Mr. Fishy, Produk Inovasi
1.0 Pengenalan
Sistem pendidikan Malaysia sentiasa berubah-ubah, apabila teknologi
dan perkembangan baharu muncul. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini
sedang berusaha untuk membawa perubahan baharu yang akan memberi
impak ketara kepada cara pembelajaran pelajar Malaysia. KPT telah
memperkenalkan kaedah pembelajaran abad ke-21 yang merangkumi
penggunaan teknologi pada tahun 2014.
Produk Inovasi sebagai bahan bantu mengajar (BBM) sangat
bermanfaat dan boleh membantu mencapai kehendak sesuatu topik
pengajaran samada secara teori mahupun amali. Produk Inovasi Mr. Fishy
diilhamkan di Kolej Komuniti Rompin berdasarkan permasalahan yang
dihadapi pelajar dalam menjalankan aktiviti amali bagi subjek Basic Butchery
yang memerlukan responden melaksanakan amali potongan melibatkan
bahan mentah hanyir dan berbau kuat seperti ikan, karangan laut, ayam dan
daging berdasarkan prosedur-prosedur yang perlu dilaksanakan di bidang
masakan.
1.1 Penyataan Masalah
Setiap bahan mentah mempunyai bau, ciri yang tersendiri dan berbeza
rasa serta cara memprosesnya dalam mengelak berlakunya masalah
pencemaran bau (Anjna et al.2014). Ini adalah kerana bau mempunyai ciri
236
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
yang berbeza mengikut individu, di mana ianya boleh mendatangkan rasa
tidak selesa dan mampu menjejaskan kesihatan serta mengurangkan selera
makan kepada penerima yang sensitif (Nadzmi et al 2021). Bagi dunia
masakan pula, terdapat pelbagai bahan – bahan semulajadi yang berfungsi
sebagai bahan menghilangkan bau hanyir bahan masakan.
Namun penggunaan langsung bahan – bahan tersebut dilihat
meningkatkan kos pembelian bahan seperti limau, lemon, asam keping dan
asam jawa. Selain itu, didapati responden yang baru pertama kali memasuki
bidang masakan sedikit keliru serta sukar untuk menentukan bahan yang
tepat yang bersesuaian untuk digunapakai bagi menghilangkan bau pada
setiap bahan mentah yang digunakan. Berdasarkan pemerhatian juga,
berlaku pembaziran apabila bahan – bahan yang berkos tinggi seperti tepung
gandum, lemon dan limau digunakan membuta tuli bagi menghilangkan
hanyir sesuatu bahan masakan.
Oleh itu, pihak penyelidik ingin mengkaji sejauh manakah
keberkesanan produk Mr. Fishy ini dalam menambah minat terhadap kursus
SKU 10213 Basic Butchery, pemudah cara ketika proses penyediaan bahan
masakan dan tahap mesra pengguna produk.
1.2 Objektif
Objektif kajian keberkesanan Produk Inovasi Mr. Fishy:
i. Tambah minat responden terhadap kursus SKU 10213 Basic
Butchery.
ii. Memudahkan responden ketika proses penyediaan bahan masakan.
iii. Tahap mesra pengguna produk oleh responden.
1.3 Persoalan
Produk inovasi Mr. Fishy ini terbuktikah keberkesanannya dalam
menambahkan pengetahuan responden, meningkatkan keyakinan diri dan
kemahiran daya fikir responden?
2.0 Sorotan Kajian
Bagi Kolej Komuniti Rompin yang memfokuskan pengajaran dan
pembelajaran TVET secara hands-on sepenuhnya, keperluan produk inovasi
yang memudahcara proses pembelajaran harus ketengahkan serta
diimplementasikan. Proses penyampaian ilmu harus seiring dengan
kehendak serta maksud tujuan sesuatu perkara yang ingin dinyatakan. Idea
baru yang memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan
menggalakkan kreativiti, akan membantu seseorang responden untuk belajar
serta mencabar responden ke arah pencapaian potensi kemahiran mereka
yang optimum.
Menurut Jantan (2016) intipati terpenting dalam mencapai kehendak
sesuatu tujuan adalah proses pencarian idea yang bersesuaian dan
dikembangkan menjadi pemudahcaraan yang bersesuaian sebagai satu idea
kreatif dan inovatif. Kenyataan ini disokong oleh Siti dan Halim (2010) yang
menyatakan pentingnya kegunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam
penyelesaian terhadap permasalahan tenaga kerja, masa dan wang ringgit
dalam proses PdP. Keberkesanan produk Mr. Fishy menunjukkan bahawa
ianya adalah langkah positif meringankan tugas tenaga pengajar dalam
237
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
menjadikan mengajar dan belajar lebih memudahkan dan berkesan.
Penulisan oleh Bakhir & Zamri (2016), menyatakan ABM yang menarik
mampu memberi kelebihan kepada pengajar dalam membantu responden
menguasai sesuatu topik pembelajaran serta mengingati apa yang
direspondeni.
3.0 Metodologi Kajian
Kajian berbentuk kuantitatif dan sampel seramai 24 orang responden
SKU bagi Sesi 1 2021/2022 yang telah memberi respon terhadap Subjek
Basic Butchery. Soal selidik dan instrumen kajian ini telah diadaptasi dari
Nordiyana & Roslan (2022) yang berkaitan produk inovasi bertajuk
Keberkesanan IGATE dalam PdP Kursus SUE10011. Soal Selidik ini
diedarkan secara dalam talian di mana ianya terdapat tiga (3) aspek yang
dilihat:
Aspek A : Demografi responden
Aspek B: Hasil tinjauan sebelum pengunaan produk inovasi
Aspek C: Mr. Fishy digunapakai.
Hasil keberhasilan selepas pengunaan produk
inovasi Mr.Fishy digunapakai.
Skala Likert 1 hingga 5 di Jadual 1 digunakan bagi mengukur maklum balas
responden bagi binaan soalan yang diajukan.
Jadual 1: Tafsiran Skala Likert bahagian B dan C
Skala Skor
Sangat Tidak Setuju (STS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Tidak Pasti (TP) 3
Setuju (S) 4
Sangat Setuju (SS) 5
Analisis data secara kuantitatif digunapakai bagi memproses data yang
diperolehi . Analisis kekerapan dilakukan mengenai latar belakang responden
seperti jantina dan semester. Teknik min secara deskriptif bagi penentuan
interpretasi min diubahsuai daripada Creswell (2005) seperti di dalam Jadual
2.
Jadual 2: Tafsiran Skala Likert Bahagian B and C
Julat Skor Min Interprestasi Min
1.00 – 1.80 Sangat tidak memuaskan
1.81 – 2.60 Tidak memuaskan
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Memuaskan
4.21 – 5.00 Sangat memuaskan
4.0 Analisis dan Perbincangan
Dapatan hasil kajian ini terhasil daripada respon pengguna yang
menggunapakai produk ini semasa sesi amali praktikal berlangsung. Objektif
238
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
kajian dia jadikan sebagai elemen utama bagi menguji keberkesanan produk
kajian.
4.1 Analisis kekerapan
Jadual 3: Aspek demografi mengikut Jantina dan Semester
Demografi Frekuensi Peratus
Jantina 9 37.5 %
Lelaki 15 62.5 %
Perempuan
5 20.8%
Semester 18 75.0 %
Semester 1 1 4.2 %
Semester 2
Semester 3
Jadual 3, memperlihatkan analisis yang dijalankan terhadap
keselruhan populasi. Keputusan ini dianalsis berdasarkan jawapan yang
diberikankan oleh responden. Hasil keputusan menunjukkan bahawa lima
orang responden terdiri daripada semester 1, lapan belas orang responden
semester 2 manakala satu orang responden dari semester 3.
4.2 Analisis deskriptif
Bagi menentukan tahap ketepatan sesuatu keputusan, kaedah
statistik deskriptif digunapakai untuk melihat nilai bacaan dan sisihan
piawai bagi item- item yang terdapat dalam bahagian B dan C seperti mana
di dalam jadual 4 dan 5.
Jadual 4: Hasil tinjauan sebelum penggunaan produk inovasi Mr. Fishy
digunapakai
Bil Item Skor Sisihan Interpretas
Min Piawai i Min
B1 Menambah minat responden 2.75 .794 Sederhana
untuk belajar Kursus SKU 2.79 .721 Sederhana
10213 Basic Butchery 2.75 .737 Sederhana
B2 Menjadikan proses PdP 2.88 .797 Sederhana
Kursus SKU 10213 Basic
Butchery lebih menarik
B3 Menjadikan Sesi Amali
Kursus SKU 10213 lebih
praktikal dari segi masa,
tenaga dan kos
B4 Meningkatkan kemahiran
Dan keyakinan dalam proses
239
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
penyediaan bahan masakan 2.75 .847 Sederhana
B5 Meningkatkan kefahaman 2.88 .680 Sederhana
tentang kepentingan kaedah
mengurangkan dan bahan
masakan dengan lebih efisien
B6 Inovasi yang disarankan
mesra pengguna
Skor Min Keseluruhan 2.80 .649 Sederhana
Berdasarkan dapatan analisis dalam Jadual 4, ianya menunjukkan
skor min keseluruhan ialah 3.70, sisihan piawai 0.7 iaitu pada tahap
interpretasi min sederhana. Item B5 dan B 6 mencatat skor min tertinggi
iaitu 2.88 dengan interpretasi sederhana. Manakala item yang terendah
adalah pada item B1,B3 dan B5 dengan skor min 2.75 dan interpretasi min
sederhana. Item B4 memperlihatkan skor min 2.88 dengan interpretasi min
sederhana.
Jadual 5: Hasil keberhasilan selepas pengunaan produk inovasi
Mr.Fishy digunapakai.
Bil Item Skor Sisihan Interpretasi
Min Piawai Min
C1 Menambah minat responden untuk 4.29 .464 Sangat
belajar Kursus SKU 10213 Basic Memuaskan
Butchery 4.38
.495 Sangat
C2 Menjadikan proses pembelajaran & 4.42 Memuaskan
pengajaran Kursus SKU 10213 Basic
Butchery lebih menarik 4.33 .504 Sangat
Memuaskan
C3 Menjadikan Sesi Amali Kursus SKU
10213 lebih praktikal dari segi masa, .482 Sangat
tenaga dan kos Memuaskan
C4 Meningkatkan Kemahiran Dan
keyakinan dalam proses penyediaan
bahan masakan
C5 Meningkatkan kefahaman tentang 4.46 .509 Sangat
kepentingan kaedah mengurangkan 4.46 .509 Memuaskan
dan bahan masakan dengan lebih
efisien Sangat
Memuaskan
C6 Inovasi yang disarankan mesra
pengguna
Skor Min 4.39 .607 Sangat
Keseluruhan Memuaskan
240
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 5 menunjukkan analisis min terhadap keberhasilan
penggunaan bahan bantu mengajar (Mr. Fishy) dalam subjek SKU 10213
Basic Butchery di Kolej Komuniti Rompin. Skor min secara keseluruhannya
adalah sebanyak 4.39 iaitu pada tahap interpretasi min yang sangat
memuaskan. Soalan C5 dan C6 iaitu mencatatkan skor min tertinggi (4.46,
sisihan piawai .509) dengan interpretasi min sangat memuaskan
menunjukkan bahawa produk inovasi ini dapat meningkatkan kefahaman
tentang kepentingan kaedah mengurangkan bahan masakan dengan lebih
efisien serta merupakan produk inovasi yang disarankan sangat mesra
pengguna. C3 pula menunjukkan interpretasi min ketiga tertinggi,disusuli
dengan C2 dan C4. Manakala skor min terendah adalah pada item C1.
5.0 Rumusan dan Cadangan
Hasil dapatan kajian sebelum produk Mr. Fishy dihasilkan
menunjukkan skor min 2.80 adalah interpretasi yang sederhana manakala
hasil dapatan kajian selepas produk Mr. Fishy implementasi
memperlihatkan skor min tertinggi iaitu 4.39 di mana interpretasi min yang
sangat memuaskan. Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar
yang diinovasikan ini telah mencapai objektif kajian di mana ia membantu
menjadikan proses PdP Kursus SKU 10213 Basic Butchery lebih menarik,
praktikal serta lebih efisien. Ini bermakna penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) ini berkesan dalam subjek SKU 10213 Basic Butchery.
Produk inovasi ini mampu menambahkan pengetahuan, meningkatkan
keyakinan diri serta kemahiran daya fikir responden. Dalam menghadapi
cabaran globalisasi responden perlu melengkapkan kemahiran sebagai
tenaga mahir. Produk inovasi Mr. Fishy dapat membantu menjimatkan
masa, tenaga dan kos bahan mentah bagi program Kulinari secara amnya.
5.1 Cadangan
Secara keseluruhannya, keberkesanan penggunaan bahan bantu
mengajar ini terbukti sebagai salah satu bahan bantuan yang amat
bersesuaian semasa proses amali atau praktikal dilaksanakan. Penggunaan
produk inovasi ini dicadangkan agar diperluaskan serta dikomersilkan bagi
membantu dalam meringankan proses penyediaan bahan masakan yang
baik serta lebih berkualiti mengikut kehendak silibus pembelajaran.Namun
begitu, proses penambahbaikan terhadap produk perlu dilakukan bagi
menambahbaik kualiti dan daya tahan produk.
Rujukan
Anjna S, Tuula K, Mita S, Tuula P, Abhijit P.K. (2014)Case Study on Odour
Measurements In India.Acentral pollution Control Board, India Ministry of
Environment & Forests,2014,Delhi.
Bakhir, N. M. & Zamri, M.Z.I. (2016) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga.
In: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology
(REKA) 2016, Pulau Pinang, Malaysia.
241
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Creswell, J. W. (2005) . Educational research: Planning, conducting, and
evaluating quantitative and qualitative research.
Jantan, N. (2016). Penerapan Budaya Kreatif dan Inovatif Di Kalangan
Responden Politeknik Merlimau Melalui PERKAYA INOVASI. Jabatan
Kejuruteraan Elektrik. Politeknik Merlimau.
Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam
Pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 210 53-64.
Nadzmi T, Zaini S & Siti N. M(2021) “Penilaian Komuniti Bau Ke atas
Pengaruh Intensiti Pencemaran Bau Dari Ladang Ternakan Ayam”
Akademika 91(2), Julai 2021: 79-92.
242
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Kajian Pembangunan Sejadah Digital Dalam Menambah Baik
Sahsiah Pelajar Islam di Politeknik Dan Kolej Komuniti
Muhammad Sahril Yassin1, Muhammad Ammar Saifullah2*, Nadiah Din3
123Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam
*[email protected]
Abstrak
Setiap muslim diwajibkan belajar dan mengerjakan solat lima kali sehari. Setiap keluarga
mempunyai pendekatan tersendiri untuk mengajar anak-anak mereka berlatih dan melakukan
solat, terutamanya pada usia muda. Bagaimanapun, ibu bapa hari ini menghadapi cabaran
dalam mengajar anak-anak mereka tentang solat memandangkan anak- anak sekarang
mempunyai pelbagai alasan, termasuk bersikap lembab dan berbohong tentang amalan solat
mereka. Apabila melakukan solat, isu yang paling besar ialah mudah hilang jejak berapa
banyak rakaat yang telah anda lakukan. Isu ini sering berlaku semasa mengerjakan solat
raka'at seperti Zuhur, Asar, dan Isya'. Apabila membuat persembahan serta orang tua, anak
muda yang tidak berpengalaman akan keliru tentang berapa rakaat yang telah mereka
lakukan sebelum ini. Paparan untuk menunjukkan solat atau kiraan Raka'ah, sensor jarak
pertama untuk mengesan apabila kedudukan Sudjud telah diandaikan. oleh pengguna, dan
pemproses yang dikaitkan secara operasi dengan penunjuk dan penderia jarak pertama untuk
mengemas kini penunjuk kepada Raka'ah seterusnya semuanya disertakan dalam kaunter
solat elektronik interaktif yang menunjukkan Raka'ah semasa atau selesai daripada
kejamakan Rakat yang dilakukan oleh pengguna semasa solat istiadat Islam. Pengguna
dimaklumkan tentang kemajuannya melalui solat ritual Islam dengan cara ini. Sensor jarak
pertama boleh mengesan kedudukan Sujud tanpa perlu menyentuhnya. Sensor jarak kedua
boleh ditambah untuk mengenal pasti peringkat tertentu kitaran solat dan mengemas kini
paparan dengan sewajarnya. Teknologi elektrik dan elektronik iaitu sistem ultrasonik
digunakan dalam penyelidikan ini. Subsistem ini disambungkan menggunakan Arduino Uno.
Arduino dipilih sebagai mikropengawal utama untuk sistem ini kerana kemudahan
penggunaan dan keupayaan untuk membaca dan menjalankan bahasa Pengaturcaraan. Ia
juga merupakan platform mudah yang sesuai untuk pelbagai projek IT.
Kata kunci: Raka’ah counter, Arduino UNO, Sensor Ultra-sonic
1.0 Pengenalan
Dalam Islam, istilah "salah" merujuk kepada perbuatan berdoa. Ia
terbahagi kepada dua kategori, Solat fardu dan sunat. Orang Islam sepatutnya
solat lima kali sehari, pada masa tertentu sepanjang hari, dalam masa yang
diperuntukkan. Yang kedua daripada Rukun Islam yang lima, solat yang
diwajibkan, adalah rukun kedua daripada rukun yang lima. Subuh (Fajr atau
Subuh), Zuhur, Asar, Maghrib, dan Maghrib adalah solat lima waktu.
hendaklah diucapkan pada waktu tertentu (Isya). Umat Islam tetap diwajibkan
solat lima waktu sehari sekalipun jika mereka sakit. Semua Muslim Mukallaf
diwajibkan oleh Allah Taala untuk melaksanakannya beribadat dengan sebaik-
baiknya (Ali, M. M., 1939). Alasan utamanya ialah solat adalah ibadah paling
243
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
penting dalam Islam, dan gagal dilaksanakan ia hanya membawa satu penalti.
Menurut Quran, ayat 45 dalam Surah Al-Ankabut, Muslim percaya bahawa
solat boleh melindungi seseorang daripada melakukan aktiviti yang salah atau
berdosa.
Tambahan pula, solat dilihat sebagai ubat untuk semua penyakit. Apabila
seseorang mengerjakan solat, dia mengakui Allah Taala sebagai yang paling
agung, paling berpengetahuan, dan paling banyak kuat melindungi Sebagai
sebahagian daripada solat harian yang ditetapkan yang dikenali sebagai solat,
umat Islam melakukan satu kali lelaran terkawal usul dan doa yang dikenali
sebagai raka'ah. Setiap solat muslim termasuk beberapa rakaat. Takbir,
berdiri dalam solat, membaca surah Al-Fatihah, ruku, meluruskan dari ruku
(I'tidal), sujud (sujud), bangkit dari sujud, dan yang kedua. sujud sebelum
berdiri semula untuk rakaat berikutnya semuanya adalah sebahagian
daripada rakaat. Walau bagaimanapun, adalah mungkin bagi seseorang untuk
kehilangan jejak apa-apa rakaat yang mereka berada pada mana-mana masa.
Ia berlaku atas pelbagai sebab, termasuk gangguan. Kesukaran bagi seseorang
mengingati rakaat mana yang sedang dilakukan kebanyakannya berlaku
kepada orang tua, terutamanya mereka yang didiagnosis dengan gangguan
kognitif ringan dan kelemahan ingatan penyakit, seperti demensia peringkat
rendah, amnesia ringan, dan Alzheimer tahap-1.
2.0 Sorotan Kajian
Ramai orang Islam di seluruh dunia, termasuk mereka di Malaysia, akan
mengambil masa yang amat sangat serius tanggungjawab individu mereka
terhadap komitmen agama mereka. Akil baligh adalah umur di mana semua
orang Islam diwajibkan untuk solat atau solat. Ia biasanya menyerang gadis
antara berumur sepuluh dan empat belas tahun, manakala ia menyerang
kanak-kanak lelaki berumur antara dua belas dan enam belas (Melissa, C. S.,
2015). Setiap orang Islam yang telah baligh diwajibkan bersedekah lima solat
harian. Saya telah belajar banyak daripada kerja orang lain, dan mereka
berfungsi sebagai batu loncatan untuk kerja saya sendiri. Abdullah Solihin
Mohd Fauzi dan pasukannya adalah antara pengarang yang bijak projek yang
telah saya pelajari. Pembangunan Kerusi Solah Menggunakan Sensor
Elektronik untuk Membantu Orang Islam Kurang Upaya Menunaikan Solat
adalah projek mereka. Sistem kaunter disertakan dengan kerusi solat mereka.
Sistem kaunter digunakan untuk menggantikan tasbih atau tasbih sebagai
alat untuk zikir (mengingat Allah). Tuhan menekankan bahawa satu-satunya
cara untuk memperoleh ketenangan batin ialah mengingatiNya (Bavardi,
M.,2012). Zikir mempunyai beberapa kelebihan antaranya mengusir syaitan,
melemahkan rancangannya, dan menyingkirkan bisikan syaitan yang buruk
dari hati orang Islam. Zikir juga memudahkan kita melakukan aktiviti harian.
Ia memberikan Kehidupan Muslim lebih terhormat, cantik, dan bersinar
(Zarairfan, 2018). Kaunter ialah litar logik berjujukan yang boleh mengira
244
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
bilangan denyutan masuk menggunakan binary integer sebagai input. Hampir
semua peralatan elektronik yang menggunakan sistem digital dalam litarnya
mengandungi peranti yang boleh mengawal urutan operasi program (Fhajar R.
B., 2001). Sistem kaunter ini akan ditempatkan di panel sujud untuk
memudahkan pengguna menggunakannya mereka terus sejurus selepas
mereka selesai menunaikan solat. Menurut Daghistani (2015), sesetengah
kumpulan orang berumur antara 15 tahun dan ke atas menghadapi
kesukaran untuk melakukan solat seperti yang ditakrifkan oleh Syariah
kerana kesihatan atau kecacatan masalah (Daghistani, F., 2016). Berdiri
adalah bahagian penting dalam berdoa, dan jika seseorang melakukannya
tidak berdiri dalam solat, dari takbir awal hingga salam akhir, dan tidak sah
alasan untuk itu, solatnya tidak sah. Allah berfirman: “Dan berdirilah kamu
di hadapan Allah dengan ketaatan” [al-Baqarah 2:238].
3.0 Metodologi Kajian
Metodologi ialah kaedah dan teknik untuk mereka bentuk, mengumpul
dan menganalisis data untuk menghasilkan bukti yang boleh menyokong
sesuatu penyelidikan. Metodologi menerangkan bagaimana sesuatu masalah
yang sedang dikaji boleh diselesaikan dengan kaedah terbaik. Metodologi ini
bertujuan untuk membantu anda menggunakan kaedah dengan lebih baik
dengan menerangkan proses penyelidikan. Metodologi juga boleh menjadi
rujukan kepada kumpulan pelaksanaan projek yang ingin mereka lakukan.
Metodologi juga diperlukan untuk mengemas kini kemajuan projek. Dengan
metodologi, pelaksanaan projek akan lebih teratur dan dapat disiapkan
mengikut masa yang ditetapkan. Penyelia projek juga akan mengetahui kerja
yang dilakukan oleh pelajar dalam menyiapkan projek. Dalam metodologi ini,
terdapat penerangan yang lebih mendalam tentang penggunaan bahan yang
digunakan untuk menjalankan projek. Turut disertakan prosedur operasi
kerja dan prosedur yang digunakan untuk menjalankan projek. Metodologi ini
penting untuk setiap pelaksanaan projek atau penambahbaikan projek sedia
ada di pasaran.
Fokus utama projek ini adalah untuk menambah baik pelbagai jenis solat
digital sedia ada yang mempunyai ciri atau reka bentuk mekanikal tersendiri.
Dalam projek ini, dua aspek utama diterangkan iaitu pembangunan perisian
dan pembangunan perkakasan. Untuk yang pertama, tumpuan adalah pada
sensor melalui mereka bentuk kod untuk dimuat naik ke Arduino Uno. Untuk
yang terakhir, ia melibatkan mereka bentuk prototaip. Fasa reka bentuk
terbahagi kepada dua peringkat iaitu lakaran dan reka bentuk perisian.
245
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
3.1 REKA BENTUK DAN GAMBARAN KESELURUHAN PROJEK
3.1.1 PROJEK BLOK DIAGRAM
Figure 3.1: block diagram
INPUT: ultrasonik ialah peranti yang menjana atau merasakan tenaga
ultrasound. Mereka boleh dibahagikan kepada tiga kategori luas: pemancar,
penerimadan transceiver. Pemancar menukar isyarat elektrik kepada
ultrasound, penerima menukar ultrasound kepada isyarat elektrik, dan
transceiver boleh menghantar dan menerima ultrasound. (Della Corte), (July
2019).
PROCESSOR: Arduino UNO ialah papan “microcontroller” berdasarkan
ATmega328P. Ia mempunyai 14 pin input/output digital (yang mana 6 boleh
digunakan sebagai output PWM), 6 input analog, 16 Resonator seramik MHz,
sambungan USB, bicu kuasa, pengepala ICSP dan butang set semula.Ia
mengandungi semua yang diperlukan untuk menyokong mikropengawal;
hanya menyambungkannya ke computer dengan kabel USB atau kuasakannya
dengan penyesuai AC-ke-DC atau bateri untuk bermula. Awak boleh bermain-
main dengan UNO anda tanpa terlalu risau tentang melakukan sesuatu yang
salah, kes yang paling teruk senario anda boleh menggantikan cip untuk
beberapa dolar dan mulakan semula sekali lagi. (markespace)(2017).
246
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Output: “Liquid Crystal Display” (LCD) ialah paparan panel rata atau
peranti optik termodulat elektronik lain yang menggunakan sifat pemodulatan
cahaya kristal cecair digabungkan dengan polarizer. Kristal cecair tidak
memancarkan cahaya secara langsung, sebaliknya menggunakan lampu latar
atau pemantul untuk menghasilkan imej dalam warna atau monokrom.
4.0 Analisis dan Perbincangan
Penyelidikan ini menganalisis tahap ingatan orang yang lebih tua dan
menyiasat kesan jumlah mereka aktiviti sosial pada ingatan mereka.
Penyelidikan ini melibatkan sejumlah 104 individu yang lebih tua. TOMAL-SE
ialah diselaraskan untuk menguji tahap ingatan dan soal selidik aktiviti sosial
dan gaya hidup digunakan untuk menentukan jumlah aktiviti. Menurut
penemuan kajian, terdapat perbezaan yang besar dalam ingatan tahap warga
emas yang tinggal di lokasi bandar dan luar bandar, terdapat perbezaan yang
ketara dalam tahap ingatan orang tua yang mengambil bahagian dalam aktiviti
sosial, dan tahap aktiviti sosial mempunyai major kesan yang baik terhadap
tahap ingatan di kalangan warga tua. Menurut teori pembangunan manusia,
apabila seseorang memasuki alam dewasa pertengahan, ingatannya bermula
merosot secara beransur-ansur dan mengikut proses penuaan (Berk, 2010).
Individu berumur 60 tahun ke atas adalah diklasifikasikan sebagai warga
emas di negara kita, menurut angka rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia, yang berjumlah 2.5 juta warga emas pada 2014.
Akibatnya, golongan ini memerlukan perhatian. tambahan, terutamanya
dari segi kesihatan kognitif dan mental. Biasanya, perkara yang sering
dibimbangkan tentang keluarga atau orang tua sendiri mengalami masalah
ingatan dan penyakit Alzheimer.
247
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
5.0 Rumusan dan Cadangan
5.1 Rumusan
Kesimpulannya, antara matlamat-matlamat yang telah diusahakan semasa
menjalani projek ini adalah untuk mengkaji konsep pembangunan sejadah
digital bagi menambahbaik sahsiah diri pelajar yang beragama Islam tercapai.
Dari segi penjimatan kos, matlamat ini dapat dicapai kerana kos yang
digunakan amat berpatutan yang bereserenjang dengan kewangan pelajar.
Selain itu, ianya juga mudah untuk dilaksanakan dan dibaikpulih. Justeru,
inisiatif ini boleh membantu masyarakat Islam. Tambahan pula, idea ini boleh
dilaksanakan dengan cara yang berbeza dan sudah tersedia untuk sebilangan
besar umat Islam.
5.2 Cadangan
Untuk cadangan saya fikir projek ini boleh digunakan dengan pendekatan
lain dan sudah boleh diakses oleh ramai orang, seperti membangunkan
aplikasi mudah alih dengan beberapa ciri tambahan dan kefungsian.
Rujukan
Bavardi, M. (2012). The Investigation of ‘Zikr’From the View of the Holy Quran
and Narrations. J. Basic. Appli. Aci. Res, 2(11), 10824-10831.
Carotenuto, R., Merenda, M., Iero, D., & Della Corte, F. G. (2018). An indoor
ultrasonic system for autonomous 3-D positioning. IEEE Transactions on
Instrumentation and Measurement, 68(7), 2507-2518.
Cummings, J., Lee, G., Ritter, A., Sabbagh, M., & Zhong, K. (2019). Alzheimer's
disease drug development pipeline: 2019. Alzheimer's & Dementia:
Translational Research & Clinical Interventions, 5, 272-293.
Daghistani, F. (2016). Conceptual Design of Congregational Prayer Chair.
Jordan Journal of Mechanical & Industrial Engineering, 10(2).
Fauzi, A. S. M., Sa'idan, A. A. H. B., Jamaludin, J., Ismail, W. Z. W., Ismail, I.,
Naeem, B., ... & Raisin, S. N. (2020). The Development of Salah Chair Using
Electronic Sensor to Assist Disabled Muslims in Performing Prayers. REKA
ELKOMIKA: Jurnal Pengabdian kepada Masyarakat.
Fhajar, R. B., (2001) “Literature Penerapan Rangkaian Pencacah Digital,” vol.2
Lessard-Beaudoin, M., Laroche, M., Demers, M. J., Grenier, G., & Graham, R.
K. (2015). Characterization of age-associated changes in peripheral organ and
brain region weights in C57BL/6 mice. Experimental Gerontology, 63, 27-34.
248
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Mellis, D., & Buechley, L. (2012, February). Collaboration in open-source
hardware: third-party variations on the arduino duemilanove. In Proceedings of
the ACM 2012 conference on computer supported cooperative work (pp. 1175-
1178).
Rashid, A., Manan, A. A., & Rohana, S. (2016). The influence of social support
on cognitive impairment in the elderly. Australasian Medical Journal, 9(8)
Zaraifan, (2018, Jan 2018). The Importance of Dhikr: Benefits and Effects in
the Life of Muslim
249
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Persepsi Pengguna Terhadap Pembangunan & Penggunaan Kit
Digital DM2 Sebagai Alat Bantu Mengajar untuk Kursus
Discrete Mathematics 2
Marziah Che Mansor1*, Ezaimy Zainal Abidin2
12Kolej Komuniti Bagan Datuk, Perak
*[email protected]
Abstrak
Kursus Discrete Mathematics 2 adalah kursus teras umum yang perlu diikuti oleh pelajar
Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian serta pelajar Sijil Teknologi Maklumat di Kolej
Komuniti Malaysia. Proses pelaksanaan amali bagi mencapai objektif pembelajaran kursus
perlu dilaksanakan dengan menggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang betul. Kit Digital
DM2 dibangunkan untuk menyelesaikan isu ABM sedia ada yang kurang praktikal. Kajian
kuantitatif ini bertujuan untuk melihat persepsi pengguna terhadap pembangunan dan
penggunaan Kit Digital DM2 sebagai ABM untuk Kursus Discrete Mathematics 2. Soal
selidik kajian ini dibina dengan merujuk kepada soal selidik yang digunakan dalam kajian
lepas (Mohammad & Intan, 2020). Kajian ini melibatkan populasi seramai 55 orang dan
pemilihan sampel adalah merujuk kepada formula Taro Yamane dengan menggunakan
darjah ralat yang dijangka sebanyak 5%. Penemuan menunjukkan bahawa purata min
terhadap setiap aspek penilaian iaitu aspek motivasi dan keselesaaan pengguna adalah
tinggi dengan intepretasi skor Sangat Setuju. Oleh itu, penggunaan ABM berasaskan
teknologi seperti ini dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kata Kunci: Digital trainer, Kit Digital, Alat Bantu Mengajar
1.0 Pengenalan
Dalam konteks pembelajaran berpusatkan pelajar, selain kaedah
pengajaran, sumber pengajaran dan pembelajaran juga merupakan aspek
yang penting dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran (PnP).
Alat Bantu Mengajar (ABM) digunakan dalam PnP untuk menyalurkan
maklumat kepada pelajar berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar
dengan lebih jelas, sistematik dan berkesan.
Pelajar Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian yang mendaftar kursus
SSK 20152 Discrete Mathematics 2 perlu mencapai objektif pembelajaran
kursus 2 (CLO 2) iaitu show the installation of logical circuits using a logical
gateway and based on Boolean Algebra expressions (P2, PLO4). Kursus ini
juga diambil oleh pelajar Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti
Malaysia. Aktiviti PnP bagi topik 2.3 iaitu performs a combination of logical
circuit using Boolean expressions adalah melibatkan sesi amali pemasangan
litar digital. Proses pemasangan litar ini perlu menggunakan satu peralatan
khas iaitu Digital Trainer.
Salah satu ABM sedia ada di kolej komuniti ialah Digital Trainer iaitu
perkakasan yang berfungsi sebagai platform utama untuk pembinaan dan
ujian litar elektronik dan digital. Digital Trainer telah menjadi semakin popular
dalam pelbagai aplikasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (Ajao,
2014). Proses PnP dalam bidang teknikal dan kemahiran ini terbahagi kepada
dua bahagian utama iaitu pembelajaran secara teori dan amali. Proses
pelaksanaan amali selalunya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
Sebahagian pelajar terpaksa menambah waktu penggunaan makmal untuk
menyelesaikan amali mereka. Situasi ini menyukarkan pelajar kerana jadual
250
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
penggunaan makmal terhad pada masa tertentu sahaja. Keadaan ini dapat
diatasi sekiranya setiap pelajar mempunyai Digital Trainer sendiri, namun kos
pembelian dan kos baik pulih Digital Trainer yang tinggi menghadkan pelajar
dan pensyarah untuk memilikinya. Selain itu, saiz Digital Trainer yang besar
dan tidak bersifat mudah alih menyukarkan pengguna. Hal ini telah menjadi
punca pembangunan Kit Digital DM2 dan telah diuji guna oleh pelajar.
Sehubungan dengan itu, kajian dijalankan terhadap pelajar dan pensyarah
untuk melihat persepsi pelajar dan pensyarah terhadap penggunaan kit yang
telah dibangunkan ini.
2.0 Sorotan Kajian
Banyak kajian masa kini yang mengkaji peranan ABM sebagai alat
pengukuhan dalam pembelajaran supaya proses PnP menjadi lebih menarik.
Kit Digital DM2 dilihat dapat membantu pelajar mengingati topik yang diajar
dan seterusnya meningkatkan lagi pemahaman pelajar. Libau dan Ling (2020)
menyatakan pembelajaran pelajar akan lebih berkesan apabila elemen
persekitaran maklum balas dan penggunaan bahan bantu mengajar yang
berkualiti dan mencukupi disatukan ke dalam proses pengajaran (Libau & Ling,
2020). Berdasarkan kesimpulan dari kajian Mohammad dan Intan, 2020
majoriti responden adalah bersetuju bahawa rekabentuk “Digital Trainer Book-
Kit” ini bersifat mesra pengguna dan penggunaanya dapat meningkatkan
motivasi pelajar dalam proses PnP (Mohammad & Intan, 2020).
Keberkesanan ABM dalam pengajaran telah ditanyakan oleh ramai
tokoh penulis. Chien (2017) telah menjalankan kajian ke atas pelajar
tingkatan empat untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan
bahan bantu mengajar berasaskan teknologi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran matematik. Dalam kajian beliau telah membuktikan bahan
bantu mengajar berasaskan teknologi seperti penggunaan perisian
multimedia dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu
alternatif selain pengajaran tradisional (Chien S. C., 2017).
2.1 Latar Belakang Produk Sedia Ada
Rajah 1 menunjukkan Digital Trainer konventional yang biasa
digunakan di dalam amali untuk kursus Discrete Mathematics 2. Ia terdiri
daripada papan ujilari sebagai platform utama, bekalan kuasa, penjana
nadi, suis denyutan, suis mod, paparan tujuh segmen, paparan LED 16-Bit,
suis Data 16-Bit dan probe digital. Ia membolehkan pengguna melakukan
kebanyakan eksperimen digital tanpa menggunakan peralatan tambahan.
Rajah 1: Digital Trainer sedia ada
251
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Penggunaan alat ini sangat penting kepada pelajar untuk perlaksanaan
amali kursus, malangnya peralatan ini memerlukan kos yang tinggi untuk
pembelian dan juga untuk proses baik pulih. Pemasangan litar pada Digital
Trainer hanya boleh dilaksanakan di makmal. Jadi pelajar juga tidak dapat
mengisi independent learning time sebanyak 15 jam bagi menguasai CLO 2
kerana peralatan ini berat dan tidak boleh dipinjam keluar.
2.2 Latar Belakang Penghasilan Produk Baru
Kit Digital DM2 ini mempunyai 4 bahagian iaitu manual pemasangan
litar bersama data sheet, bekas komponen, set komponen digital dan
aksesori serta lampiran latihan litar kombinasi mudah seperti dalam Rajah
2. Pengguna diberi papan litar asas yang mempunyai struktur seperti
berikut :
i) Bekalan voltan (Vcc +5V)
ii) Tamatan Ground (GND)
iii) Kawasan get logik
iv) Masukan (input) dari suis
v) Keluaran (output) LED
Rajah 2: Kit Digital DM2
Kit Digital DM2 juga mempunyai kos penyelenggaraan yang murah, mampu
milik, menggunakan bateri sebagai bekalan kuasa (mudah alih) dan ianya
ringkas serta mudah untuk proses pemasangan litar di luar waktu PnP.
3.0 Metodologi Kajian
Metodologi kajian bagi kertas kajian ini menfokuskan kepada 3
bahagian utama iaitu reka bentuk kajian, populasi dan sampel serta
instrumen kajian.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan soal selidik
sebagai alat. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan data kuantitatif
dari pengguna Kit Digital DM2. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan
252
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
reka bentuk bukan eksperimental. Rasional kaedah tinjauan dipilih adalah
kerana ianya efektif dan mudah untuk mengumpul data dalam masa yang
singkat. Hal ini merujuk objektif kajian yang ingin mengenal pasti persepsi
pelajar terhadap pembangunan dan penggunaan Kit Digital DM2 sebagai
alat bantu mengajar untuk kursus Discrete Mathematics 2.
3.2 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini terdiri daripada semua pengguna Kit Digital DM2
dari 5 Kolej Komuniti terpilih, iaitu Kolej Komuniti Bagan Datuk, Kolej
Komuniti Pasir Salak, Kolej Komuniti Segamat, Kolej Komuniti Segamat 2
dan Kolej Komuniti Temerloh iaitu seramai 55 orang. Kaedah persampelan
secara kebetulan (convenience) digunakan kerana peserta dipilih
berdasarkan ketersediaan dan kesediaan untuk mengambil bahagian.
Daripada jumlah populasi, kajian ini memilih formula Taro Yamane (Hamidi,
2010) untuk tujuan pengiraan sampel seperti berikut:
Keterangan :
n : ukuran sampel
N: ukuran populasi
d : darjah ralat yang dijangka
1 : angka konstan
Teori ini menunjukkan pengiraan saiz sampel dengan darjah ralat
yang dijangka sebanyak 5%. Menurut formula Taro Yamane, sampel
minimum yang diperlukan dalam kajian ini adalah sebanyak 48 responden.
Sebanyak 52 orang responden telah menjawab borang maklum balas yang
telah diedarkan melalui Google Form. Bilangan responden ini telah melepasi
bilangan minimum yang dikira menggunakan formula Taro Yamane.
3.3 Instrumen Kajian
Soal selidik kajian ini dibina dengan merujuk kepada soal selidik yang
digunakan dalam kajian lepas (Mohammad & Intan, 2020) termasuk (Nor,
Selamat, Johari, & Omar, 2005). Walaubagaimanapun, item kajian telah
disesuaikan dengan pembangunan produk yang dihasilkan. Set soalan
kajian terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A: Demografi responden
dan Bahagian B: Pengukuran persepsi pelajar terhadap pembangunan dan
penggunaan produk. Setiap item soalan mengandungi lima pilihan jawapan
iaitu “amat tidak bersetuju” dengan skala satu dan untuk “amat bersetuju”
dengan skala lima.
Data-data dan matlumat yang diperolehi daripada soal selidik diproses
secara diskriptif dan dianalisis berdasarkan skor min dan purata min
keseluruhan.
253
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.0 Analisis dan Perbincangan
4.1 Dapatan Rekabentuk Produk
Seperti yang dipaparkan pada Rajah 3, iaitu analisis bahagian
demografi berkaitan status responden. Terdapat 52 responden iaitu 88.5%
responden terdiri daripada 46 orang pelajar dan 11.5% responden terdiri
daripada 6 orang pensyarah. Kesemua responden adalah warga Kolej
Komuniti yang terdiri daripada pelajar semester 2 yang mengambil kursus
Discrete Mathematics 2 pada tahun 2021 dan pensyarah yang mengajar
kursus tersebut.
Rajah 3: Status Responden
4.2 Analisa Data Secara Deskriptif
Manakala analisis Bahagian B pula bertujuan untuk mengukur
persepsi pelajar terhadap pembangunan dan penggunaan rekabentuk Kit
Digital DM2 dalam pembelajaran kursus Discrete Mathematics 2. Analisis
item terbahagi kepada dua aspek yang dikaji iaitu aspek motivasi dan aspek
keselesaan pengguna.
254
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Merujuk kepada Jadual 1, didapati bahawa purata skor min adalah
pada skala julat Sangat Setuju yang mana purata nilai min keseluruhan
telah mencatatkan sebanyak 4.42. Berdasarkan analisis ini, jelas
menunjukkan bahawa responden lebih bermotivasi dan seronok untuk
mengikuti proses amali bagi kursus Discrete Mathematics 2 dengan
menggunaan Kit Digital DM2 yang dibangunkan.
Berdasarkan Jadual 2, didapati purata skor min mencatat nilai 4.32 di
mana kesemua responden menyatakan Sangat Setuju dengan pembangunan
dan penggunaan Kit Digital DM2 dari segi aspek keselesaan pengguna.
Dengan ini terbukti Kit Digital DM2 dibangunkan menepati ciri mesra
pengguna.
Pemeringkatan skala skor min yang diadaptasi daripada Jamil (2002)
digunakan bagi analisis statistik deskriptif seperti Jadual 3 di bawah:
255
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Jadual 4: Purata Min Terhadap Setiap Aspek Penilaian
Aspek Penilaian Purata Min Interpretasi
Motivasi Keseluruhan Skor
Keselesaan 4.42 Tinggi
Pengguna
4.32 Tinggi
Jadual 4 menunjukkan purata min terhadap setiap aspek penilaian.
Berdasarkan Jadual 3, interpretasi purata min untuk kedua-dua aspek
tergolong dalam Skala Tinggi iaitu Sangat Setuju terhadap pembangunan
Kit Digital DM2.
5.0 Rumusan dan Cadangan
Kit Digital DM2 dengan saiz yang kecil telah berjaya dibangunkan dan
digunakan oleh pelajar yang mengambil kursus Discrete Mathematics 2. Kit
ini berciri mudah alih, menawarkan pemasangan litar yang mudah, kos
baikpulih yang murah dan mampu dimiliki oleh pensyarah dan pelajar. Para
pelajar dapat mengisi masa pembelajaran kendiri dengan baik. Soal selidik
yang dijalankan terhadap ciri-ciri produk ini menunjukkan bahawa majoriti
responden adalah sangat setuju bahawa rekabentuk Kit Digital DM2 ini
bersifat mesra pengguna sebagai alat bantu mengajar untuk kursus ini.
Hasil daripada analisis didapati bahawa min bagi setiap aspek yang dinilai
melebihi 3.67 dengan penilaian aspek motivasi sebanyak 4.42 dan
kefahaman penggunaan mencapai nilai min sebanyak 4.32. Penggunaanya
dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam proses P&P bagi kursus Discrete
Mathematics 2.
Penemuan kajian ini adalah penemuan awal kajian tinjauan sahaja di
kolej komuniti terpilih. Berikut adalah beberapa cadangan penyelidikan
lanjutan yang boleh dilaksanakan oleh pihak yang terlibat:
a) Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah gabungan (mixed
methods) yang melibatkan kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan
kuantitatif. Mokmin, 2012 menyatakan bahawa kombinasi teknik
ini dapat memberi gambaran yang jelas isu berkaitan teori dan
amalan berkaitan dengan polisi maklumat (Mokmin, 2012).
b) Kajian ini juga boleh ditambahbaik dengan menggunakan reka
bentuk kuasi eksperimen dengan memberikan ujian soal selidik
pra dan pasca bagi menentukan tahap keberkesanan penggunaan
Kit Digital DM2 sebagai alat bantu mengajar untuk kursus Discrete
Mathematics 2. Reka bentuk ini juga selalu digunakan apabila
melibatkan kajian tentang keberkesanan sesuatu kaedah
pengajaran, modul atau program dalam pelbagai situasi yang tidak
256
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
dapat menggunakan reka bentuk eksperimen tulen terutamanya
dalam situasi sebenar di sekolah (Asmah, 2008).
Rujukan
Ajao, K. & B. (2014). Local Fabrication of Digital Logic Trainer for Laboratory
Demonstration, 2(1), 43–46.
Asmah, O. H. (2008). Kaedah Penyelidikan Bahasa Di Lapangan (2nd ed.).
Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bakhir, N. M., & Zamri, Z. M. (2016). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh Untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga.
Pulau Pinang, Malaysia: Conference Proceeding: 2nd International
Conference On Creative Media, Design & Technology.
Chien, S. C. (2017). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Yang Mengintegrasikan Geogebra Bagi Topik Bulatan III. Behrang,
Malaysia: UPSI.
Danial, N. M., Anuar, S. M., Ayob, J., & Rosli, O. (2005). Pembangunan Dan
Penggunaan Pro-Trainer Kit Sebagai Alat Bantuan Pengajaran Dan
Pembelajaran Untuk Robotik Dan Sistem Kawalan Elektrik. Kuala
Terengganu, Malaysia: Prosiding Konvensyen Pendidikan ke 18.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di
Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Pendidikan:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hamidi, S. M. (2010). Metode Penelitian Dan Teori Komunikasi (3rd ed.).
Malang, Indonesia: UMM Press.
Hasrina, A., Nor Syazwani, W. W., & Nur Shuhadah, M. (2020). Kajian
Keberkesanan Produk Inovasi Multipurpose Foldable Drawing Desk 2.0
(MFDD 2.0) Sebagai Alat Bantu Dalam PdP. Melaka, Malaysia: Prosiding:
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Intan Shafinaz, M., & Syafiq, H. (2018). Persepsi Pengguna Terhadap
Pembangunan & Penggunaan “Digital Trainer-Book Kit” Sebagai Alat
Bantuan Pengajaran dan Pembelajaran untuk Kursus Elektronik Digital.
Johor, Malaysia: E-Jurnal Lis Liga Ilmu Serantau.
Mokmin, B. (2012). Model Polisi Maklumat: Kes Malaysia. Bangi, Malaysia:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sharlene Nagy Hesse, B. (2006). The Practice of Qualitative Research (3rd
ed.). Boston, CA: SAGE Publications, Inc.
257
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Penggunaan Google Meet Sebagai Medium Pdp Sepanjang
Tempoh PKP Dikalangan Pelajar KKKM
Fahimah Abdullah1*, Zafeera Zulkefli2
12Kolej Komuniti Kota Melaka
*[email protected]
Abstrak
Semasa pandemik covid-19, selaku pendidik, pasti akan mencuba semampu mungkin
untuk memupuk semangat pelajar untuk teruskan belajar kerana situasi akan berbeza dan
lebih mencabar. Para pensyarah terutama di Kolej Komuniti Kota Melaka menggunakan
Teknik pembelajaran secara jarak jauh iaitu secara maya semasa tempoh Perintah Kawalan
Pegerakan (PKP). Pelbagai platform digunakan, dan salah satu yang digunakan adalah
Google Meet. Kajian ini dijalankan dengan menemuduga 20 orang pelajar di Kolej Komuniti
Kota Melaka. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa Google Meet
mudah dicapai di samping mempunyai rekabentuk antara muka pengguna yang mudah
dan menarik. Responden juga bersetuju Google Meet mempunyai tahap mesra pengguna
yang bagus dan menyenangkan. Oleh itu Google Meet merupakan satu platform proses PdP
yang bagus untuk digunakan.
Kata kunci: Google Meet, pandemik, pelajar, PdP
1.0 Pengenalan
Pada Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
mengisytiharkan situasi pandemik akibat penularan sejenis virus baharu
iaitu Corona Virus Disease 19 (Covid19). Virus ini telah menyerang seluruh
dunia termasuk negara kita. Lantaran peningkatan kes yang semakin tinggi
pada waktu itu, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 18 Mac 2020 (Junhairi 2020).
Disebabkan arahan PKP membawa kepada penutupan sektor pendidikan di
mana semua sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup bagi memutuskan
rantaian penularan wabak ini. Disebabkan oleh arahan PKP itu juga, proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka terpaksa
diberhentikan dalam tempoh PKP. Boleh dikatakan semua institusi
pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta telah melaksanakan PdP secara
dalam talian sejak PKP. Termasuklah Kolej Komuniti Kota Melaka ini
sendiri. Hakikatnya perubahan ke arah PdP secara maya atau online ini
merupakan cabaran yang besar bukan sahaja kepada para pelajar, malah
turut memberi impak kepada para pensyarah. Terdapat beberapa platform
PdP dalam talian yang menjadi pilihan warga pendidik seperti Google
Classroom, Google Meet, Zoom Cloud Meeting, dan Microsoft Team. Kajian ini
meninjau penggunaan Google Meet dalam proses PdP di Kolej Komuniti Kota
Melaka.
258
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Kajian Literatur
Definisi Penggunaan
Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2015),
penggunaan bermaksud perbuatan (usaha, kegiatan dan sebagainya)
menggunakan sesuatu. Dalam kajian ini, penggunaan merujuk kepada
perbuatan menggunakan Google Meet sebagai platform dalam usaha
melaksanakan proses PdP secara atas talian.
Google Meet
Google Meet (dahulu dikenali sebagai Hangouts Meet) ialah
perkhidmatan komunikasi secara video persidangan atau perjumpaan
dalam talian yang dibangunkan oleh Google. Perkhidmatan Google Meet
adalah aplikasi yang menggantikan Google Chat dan Google Hangouts dan
juga yang lebih dikhususkan pada pertemuan dalam talian. Google
Hangouts telah diberhentikan pada Oktober 2019 oleh Google dan
merangcang untuk digantikan kepada versi yang lebih moden. Google Meet
diperkenalkan pada bulan Februari 2017 hanya untuk pengguna IOS
(iPhone) pada awalnya. Pada Mac 2017, Google Meet diperkenalkan secara
umum dan dapat diakses melalui web browser, iOS, dan Android. Pengguna
dapat melakukan pertemuan dengan jumlah maksimum 100 peserta.
Menurut (Dian, 2020) bagi versi premium, pengguna dapat melakukan
pertemuan daripada 100 sehingga 250 peserta. Pengguna yang mempunyai
akaun Google dapat membuat pertemuan atau menyertai pertemuan dalam
talian. Hos mempunyai akses penuh dalam sesuatu pertemuan dan ini
adalah bertujuan untuk alasan keselamtan. Hos boleh menerima masuk
dan menghapus pengguna sepanjang pertemuan berlangsung. Pada bulan
April 2020, Google juga telah menambahkan ciri-ciri audio pembatalan
bunyi khusus untuk pakej premium. Manfaat utama Google Meet adalah
untuk membantu dan memudahkan pengguna, terutama bagi pekerja yang
berada di dunia perniagaan untuk mengadakan Volume 3 Issue 8 (March
2021) PP. 104-113 DOI: 10.35631/IJMOE.38009 Copyright © GLOBAL
ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 107
perjumpaan dalam talian atau perjumpaan jarak jauh. Google Meet juga
sesuai digunakan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
secara atas talian. Lantaran penularan wabak pandemik Covid-19 yang
melanda dunia, sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi diarahkan
untuk ditutup bagi mengatasi penularan wabak ini. Untuk memastikan
pelajar dapat mengikuti pengajian, proses PdP secara atas talian merupakan
satu pilihan yang terbaik. Google Meet merupakan salah satu platform yang
menyediakan ciri-ciri yang bersesuaian untuk digunakan dalam proses PdP.
Antara ciri-ciri yang terdapat pada Google Meet adalah seperti berikut:
1. Mampu untuk melakukan pertemuan dalam talian dengan
menggunakan nombor telefon sahaja.
2. Teks tertutup yang dihasilkan oleh Artificial Intelligence (AI).
3. Boleh berkongsi skrin untuk melihat dokumen, persembahan,
atau spreadsheet.
4. Panggilan antara semua pengguna dienkripsi.
259
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Definisi Proses
Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2015), proses
bermaksud cara atau kaedah tertentu yang diikut untuk membuat sesuatu.
Selain itu, proses juga bermaksud beberapa perbuatan berperingkat-
peringkat yang dilakukan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam kajian ini,
proses merujuk kepada cara atau kaedah menggunakan Google Meet untuk
melaksanakan PdP secara atas talian.
Definisi Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengajaran menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua
(2015) bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau
mengajarkan (seperti caranya, sistemnya). Menurut Sharifah Alwiah (1986)
pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti
seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan
berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Dalam kajian ini pengajaran
bermaksud aktiviti pensyarah mengajar untuk menyampaikan maklumat
yang berkaitan kursus yang diajar melibatkan perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian. Manakala pembelajaran menurut
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2015) ialah perihal atau
proses belajar. Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Iskandar,
1986) yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut
Schunk, pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian
pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku. Dalam
kajian ini pembelajaran merujuk kepada perihal pelajar belajar untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dengan penyampaian maklumat dan
panduan daripada pensyarah.
2.0 Sorotan Kajian
1. Untuk mengenalpasti kemudahan capaian pelajar terhadap
platform Google Meet
2. Untuk mengenalpasti rekabentuk antara muka pengguna Google
Meet
3. Untuk mengenalpasti tahap mesra pengguna Google Meet
3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif. Denzin dan Lincoln
(1994) menyatakan bahawa kajian berbentuk kualitatif merangkumi
pelbagai kaedah utama, termasuk kaedah penggunaan Naturalisme (semula
jadi) untuk mempelajari sesuatu subjek. Cresswell (1994) menyatakan
penyelidikan kualitatif sebagai proses mencari pemahaman berdasarkan
kaedah pengumpulan data yang biasa digunakan semasa peninjauan
masalah sosial. Seramai 20 orang pelajar yang dipilih untuk menjadi
260
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
responden bagi kajian ini. 10 orang dari kursus Dandanan Rambut dan 10
orang kursus Terapi Kecantikan dan Spa. Kaedah temubual digunakan
sebagai alat pengumpulan data. Temubual ini adalah bertujuan untuk
mengenal pasti kemudahan capaian pelajar terhadap platform Google Meet,
mengenalpasti rekabentuk antara muka pengguna Google Meet dan juga
untuk mengenalpasti tahap mesra pengguna Google Meet.
Kandungan temubual dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Bahagian
A, latar belakang pelajar. Bahagian B, menemubual berkenaan dengan
pengetahuan pelajar berkenaan dengan kemudahan capaian pelajar
terhadap Google Meet. Pada Bahagian C pula, pelajar disoal berkenaan
dengan rekebentuk antara muka Goggle Meet itu sendiri. Manakala,pada
bahagian D pula, para responden disoal berkenaan dengan tahap mesra
pelanggan Google Meet kepada para pengguna.
4.0 Analisis dan Perbincangan
Sampel kajian yang terlibat adalah 5 orang pelajar lelaki dari kursus
Dandanan Rambut dan 5 orang pelajar perempuan dari kursus yang sama.
Bagi kursus Terapi Kecantikan dan Spa, sampel kajian yang terlibat adalah
10 orang pelajar perempuan.
Daripada sesi temubual yang dijalankan, didapati bahawa 8 dari 20
orang pelajar yang terlibat adalah pelajar yang berasal dari kawasan luar
bandar. Analisis juga mendapati bahawa hanya 17 orang daripada
responden memiliki capaian yang mudah kepada talian internet dan ini
adalah kerana mereka mempunyai wifi di rumah atau mempunyai talian
internet pasca bayar sendiri. Semua pelajar yang menjadi sampel kajian
menggunakan telefon pintar, laptop, atau komputer yang digunakan untuk
menggunakan Google Meet sepanjang tempoh PKP.
Dapatan dari temubual bagi bahagian B pula adalah, kesemua pelajar
yang ditanya berkenaan dengan kemudahan capaian terhadap google meet
itu sendiri adalah mereka bersetuju bahawa mereka tidak mempunyai
masalah yang ketara terhadap capaian kepada Google Meet kerana boleh
dikatakan semua telefon pintar yang ada mempunyai perisian Google dan
tidak perlu dimuat naik seperti aplikasi lain, contohnya seperti Zoom dan
Ms Team. Ini adalah kerana Google boleh terus digunakan dengan hanya
menggunakan alamat email (Gmail) yang digunakan pada telefon tersebut.
Bagi bahagian C, analisis mendapati bahawa 16 pelajar telah
mengetahui dan memahami berkenaan dengan paparan antara muka
Google Meet kerana ada yang pernah menggunakan sistem tersebut dan ada
yang sekadar membuka sahaja sistem tersebut. Menurut pelajar – pelajar
tersebut, paparan antara muka bagi Google Meet adalah senang untuk
difahami kerana ia tidak begitu sukar untuk difahami dan pelajar boleh
berkongsi dokumen dengan semua peserta yang ada tanpa perlu
mendapatkan keizinan dari hos sebelum membuat pembantangan atau
perkongsian dokumen.
Pada bahagian D, semua pelajar bersetuju bahawa tahap mesra
pengguna pada Google Meet adalah pada tahap yang sangat memuaskan. Ini
adalah kerana butang yang adalah adalah senang untuk difahami. Antara
sebab kenapa para pelajar bersetuju bahawa Google Meet adalah mesra
pelanggan adalah:
261
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
a. Google Meet menyediakan arahan pada skrin yang mudah
difahami
b. Google Meet mudah digunakan tanpa bantuan orang lain
c. Google Meet menggunakan teks yang bebas daripada kesalahan.
(Ejaan, tatabahasa, tanda baca atau lain-lain
d. Google Meet menyediakan tindak balas yang cepat
e. Google Meet menyediakan proses mendapatkan maklumat dengan
jelas dan mudah difahami
5.0 Rumusan dan Cadangan
Pelaksanaan PKP akibat COVID-19 memberi transformasi yang besar
kepada kaedah PdP disemua institusi Pendidikan di negara ini. Pelbagai
kaedah oleh para pendidik bagi melaksanakan PdP dengan lebih berkesan.
Disebabkan oleh itu, pensyarah di KKKM juga turut melaksanakan PdP
secara atas talian dengan menggunakan pelbagai platform yang ada bagi
memastikan pelajar dapat mengikuti proses PdP dengan mudah. Antara
yang menjadi pilihan ialah Google Meet.
Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tiga aspek Google Meet
iaitu dari segi aspek kemudahan capaian, rekabentuk antara muka
pengguna dan tahap mesra pengguna Google Meet dari perspektif pelajar.
Hasil kajian mendapati bahawa responden bersetuju bahawa Google Meet
mudah dicapai di samping mempunyai rekabentuk antara muka pengguna
yang mudah dan menarik. Pelajar juga bersetuju Google Meet mempunyai
tahap mesra pengguna yang bagus dan menyenangkan. Oleh itu, penyelidik
menyimpulkan bahawa platform Google Meet menjadi satu pilihan yang baik
untuk proses PdP dalam talian. Ia boleh terus digunakan dalam proses PdP
pada masa akan datang.
Rujukan
Dian Arifin. (Oktober 2020). Pengertian Google Meet | Fitur, Manfaat, Cara
Menggunakan. Retrieved From https://Dianisa.Com/Pengertian-Google-
Meet/
Ehwan Ngadi (2020). Covid19: Implikasi Pengajaran Dan Pembelajaran Atas
Talian. Retrieved From Https://Www.Usim.Edu.My/Ms/Berita/In-Our-
Words-Ms/Covid19-ImplikasiPengajaran-Dan-Pembelajaran-Atas-Talian/
Fraenkel, J.R., and Wallen, N.E. (1996). How to Design and Evaluate
Research. USA : Mc. Fraw-Hill Inc.
Herney Aqilah (2012). Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran. Retrieved from
https://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/konsep-pengajaran-
dan pembelajaran.html
Junhairi Alyasa (2020). Covid-19: Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh
negara bermula 18 Mac. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/74100/KHAS/Covid19/Covid-19-
Perintah-Kawalan-Pergerakan-di-seluruh-negara-bermula-18-Mac
262
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Edisi Kedua (2015). Dewan Bahasa &
Pustaka Landell, K. (1997). Management by Menu. London: Wilay and Sms
Inc.
Mahani Ishak (2020). PdP Dalam Talian Perlu Diperkasa. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/746837/pdp-
dalam-talian-perludiperkasa
Mohd Aliff Idzwan Abdullah (2020). PdP Dalam Talian Beri Cabaran Dan
Pengalaman Baharu. Retrieved from
https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/11/pdp-dalamtalian-beri-
cabaran-dan-pengalaman-baharu
Mohd Hafiz Abu Hassan (2020). Penggunaan Aplikasi Dalam Talian Norma
Baharu Pendidikan Tinggi. Retrieved from
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1872371
Mohd Majid Konting (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. 8th ed. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Nazri Abdul Rahman (2020). Ulasan | Berkesankah Norma Baru Kelas
Atas Talian? Retrieved From Https://Www.Malaysiakini.Com/News/552219
Rashid Aziz (2020). Wabak COVID-19: Penyesuaian Kendiri Terhadap Norma
Baharu. Retrieved from https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-
ms/wabak-covid19-penyesuaian-kendiri-terhadap-norma-baharu/
Sharifah Alawiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur:
Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.
263
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Tinjauan Pasaran Program Sijil Teknologi Elektrik Di Kolej
Komuniti Arau (Kolej Komuniti Cawangan Kangar)
2021
Wan Norhashimah Wan Husin1*, Noraiza Zainal Baharain2,
Badrolhisam Jaafar3
1Kolej Komuniti Bandar Darulaman
2,3Kolej Komuniti Cawangan Kangar
*[email protected]
Abstrak
Tinjauan yang dijalankan ini mempunyai kepentingan yang mana memastikan program
pengajian yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Cawangan Kangar iaitu Sijil Teknologi
Elektrik adalah relevan ditawarkan kepada komuniti dan memenuhi kehendak pasaran
serta keperluan industri masa kini. Bagi menentukan program yang berlangsung kekal
relevan dengan keperluan tenaga negara, tinjauan yang telah dilaksanakan pada tahun
2021 ini adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021–2025).
Objektif tinjauan ialah mengenalpasti program yang ditawarkan oleh pihak kolej komuniti
bersesuaian dan memenuhi keperluan majikan dan industri masa kini dan juga
mengenalpasti peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pihak majikan dan industri kepada
bakal graduan kolej komuniti. Tinjauan ini dilaksanakan menggunakan kaedah tinjauan
kuantitatif. Soal selidik diedarkan secara dalam talian dengan menggunakan Google Form
bagi memaksimumkan jumlah responden. Responden terdiri daripada 20 majikan mewakili
syarikat samada sebagai majikan atau penyelia kepada pelajar yang sedang menjalani
latihan industri itu sendiri. Secara amnya, objektif yang diharapkan bagi tinjauan yang
dijalankan telah berjaya dicapai. Hasil analisis sumber data dan analisis tinjauan dari
industri menunjukkan industri berminat dengan graduan program ini dan menepati
keperluan tenaga kerja negara. Secara keseluruhannya, program ni masih kekal relevan
untuk dijalankan di institusi ini. Sejajar dengan perkembangan teknologi terkini, program
ini mempunyai peluang untuk berkembang pada masa depan. Kelangsungan program ini
adalah sangat wajar dan memberi faedah kepada masyarakat setempat. Kajian analisis
lanjutan mengenai kepuasan boleh dilanjutkan lagi dengan menggunakan pembolehubah
yang lain.
Kata kunci: kerjaya, majikan, pasaran, industri
1.0 Pengenalan
Kerajaan telah memperkenalkan Transformasi Pendidikan Teknikal
dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai satu suntikan penerokaan minda
tenaga kerja tempatan dalam menghidupkan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)
bagi menjayakan transformasi Malaysia sebagai sebuah negara maju
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2050. Menerusi portal
new.upm.edu.my 3 Disember 2019, Bidang TVET menyediakan
pembelajaran pendidikan dan latihan kemahiran yang merupakan satu
suntikan ke arah menjadi produk komersial. Graduan TVET dilihat
mempunyai kekuatan kemahiran dan kemahiran vokasional dan teknikal
mampu menjana keperluan industri masa kini.
Secara keseluruhan, terdapat 105 Kolej Komuniti di seluruh Malaysia
yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil dan Diploma yang mendapat
264
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
akreditasi ‘Malaysia Qualification Agency’ (MQA) serta menjalankan
beberapa kursus jangka pendek mengikut permintaan keperluan pasaran
dan masyarakat setempat bagi setiap lapisan peringkat umur. Hal ini
selaras dengan permintaan kerajaan yang ingin melahirkan graduan TVET
yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.
1.1 Latar Belakang Program Sijil Teknolgi Elektrik
Program Sijil Pemasangan Elektrik yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti
Arau (dijalankan di Kolej Komuniti Cawangan Kangar) telah memasuki tahun ke-18
pengoperasian. Program ini telah melalui beberapa fasa perubahan dan
penambahbaikan dari segi silibus dan nama program serta cara pelaksanaannya.
Pada tahun 2018, sekali lagi kurikulum program ini disemak dan bilangan
semester dipendekkan menjadi 4 semester termasuk Latihan industri dengan
jumlah kredit sebanyak 60 jam kredit dengan menggunakan nama program Sijil
Teknologi Elektrik.
Setelah melalui beberapa fasa perubahan, pihak kolej terpanggil untuk
membuat kajian pasaran keperluan program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) kepada
pengekalan program TVET di Kolej Komuniti Cawangan Kangar oleh pihak JPPKK
dilihat amat perlu untuk melahirkan pekerja separa mahir bagi menampung
keperluan kegiatan ekonomi setempat serta membuka ruang pendidikan kepada
semua lapisan masyarakat. Pihak kolej memerlukan maklumbalas daripada
industri bagi memberi gambaran yang jelas tentang modul dan kurikulum Program
Latihan Teknikal dan Vokasional yang disediakan oleh pihak kolej adalah
bertepatan dengan kehendak industri.
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan yang mana memastikan
program pengajian yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Cawangan Kangar amnya
dan Sijil Teknologi Elektrik khususnya adalah relevan ditawarkan kepada komuniti
dan memenuhi kehendak pasaran dan keperluan industri masa kini selaras
dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021–2025).
1.3 Objektif Tinjauan
Objektif tinjauan ini dijalankan adalah bertujuan:
1. Mengenalpasti program yang ditawarkan oleh pihak kolej komuniti
bersesuaian dan memenuhi keperluan majikan dan industri masa
kini.
2. Mengenalpasti peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pihak majikan
dan industri kepada bakal graduan kolej komuniti.
1.4 Persoalan Tinjauan
Tinjauan ini juga dilaksanakan bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan
yang dinyatakan di bawah iaitu:
1. Adakah program yang ditawarkan oleh pihak kolej komuniti
bersesuaian dan memenuhi keperluan majikan dan industri masa
kini?
2. Adakah peluang kerjaya yang boleh ditawarkan oleh pihak majikan
dan industri kepada bakal graduan kolej komuniti?
265
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
2.0 Sorotan Kajian
Kolej Komuniti adalah salah satu institusi TVET di bawah Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus serta latihan yang
berbentuk teknikal dan vokasional. Tujuan Penubuhan Kolej Komuniti
adalah bagi melahirkan sumber tenaga kerja mahir dan separuh mahir
dalam membantu pembangunan ekonomi negara.
Bagi mengkaji secara berterusan penerimaan para graduan ke dalam
pasaran kerja, JPPKK telah mewujudkan satu sistem pengukuran yang
bersesuaian dan versatil bagi melaksanakan kaji selidik terhadap graduan
yang bakal menamatkan pengajian di JPPKK ini. Sistem Kajian Pengesanan
Graduan (SKPG) telah mula dilaksanakan sejak tahun 2006 dan
membekalkan fakta dan maklumat mengenai status dan pekerjaan graduan.
Kajian Pengesanan Graduan merupakan satu kajian tahunan bagi
mengesan destinasi pertama graduan selepas menduduki peperiksaan akhir
pengajian sehingga tarikh menghadiri majlis konvokesyen, iaitu lazimnya
dalam lingkungan tiga hingga enam bulan selepas tamat pengajian.
Kebolehpasaran graduan juga merujuk kepada permintaan dan penawaran
graduan.
Walaupun laporan kajian pengesanan graduan yang dilakukan setiap
tahun menunjukkan lebih 80% graduan bekerja selepas tamat pengajian,
namun begitu graduan yang bekerja dalam bidang masih lagi rendah
peratusannya. Menurut Zaliza et al. (2014), adalah menjadi satu keperluan
untuk melihat semula serta mengenalpasti kelemahan yang wujud di dalam
kurikulum bagi setiap bidang pengajian yang ditawarkan di Kolej Komuniti
yang menyebabkan pelajar lulusan Kolej Komuniti agak sukar dalam
memperolehi pekerjaan dalam bidang terutamanya graduan dari bidang
bidang pengajian kejuruteraan.
3.0 Metodologi Kajian
Kaedah tinjauan yang melibatkan kerja peninjauan kuantitatif telah
digunakan. Soal selidik dengan menggunakan Google Form telah diedarkan
kepada responden secara dalam talian. Responden kajian terdiri daripada
20 organisasi mewakili syarikat samada sebagai majikan atau penyelia
kepada pelajar latihan industri itu sendiri. Instrumen kajian dibahagikan
mengikut persoalan kajian iaitu:
Bahagian I : Kandungan program dan kesesuaian dengan keperluan
organisasi
Bahagian II : Peluang kerjaya
Bahagian III : Lain-Lain (aspek berkaitan program yang ditawarkan)
Soal selidik kajian telah diedarkan kepada majikan dan penyelia
latihan industri yang terlibat di dalam dan luar negeri Perlis. Dapatan data
telah dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif.
4.0 Analisis dan Perbincangan
4.1 Sumber Data Utama
Bagi memastikan program yang dijalankan memenuhi kriteria pasaran
tenaga kerja negara yang diperlukan, sumber data utama telah didapati daripada
agensi-agensi berikut:
266
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.1.1 Unit Perancang Ekonomi (EPU) - Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030)
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan dedikasi dalam
mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara
mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif
pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.
Terdapat tujuh teras yang terlibat dalam merealisasikan WKB 2030 iaitu: Teras 1:
Ekosistem Perniagaan & Industri, Teras 2: Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama,
Teras 3: Modal Insan, Teras 4: Pasaran Buruh dan Pampasan Pekerjaan, Teras 5:
Kesejahteraan Sosial, Teras 6: Keterangkuman Wilayah dan Teras 7: Modal Sosial.
Berdasarkan Teras Strategik 3 yang dinyatakan, WKB mensasarkan 35% pekerja
yang berkemahiran tinggi diperlukan. Oleh itu minimum 60% lepasan SPM perlu
melanjutkan pengajian dalam bidang TVET. Hal ini supaya sasaran pekerja
berkemahiran tinggi dapat dicapai.
4.1.2 Kementerian Sumber Manusia
Pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) memberi
komitmen yang tinggi dalam memastikan keperluan tenaga kerja mahir negara
seiring kehendak industri berfokuskan kepada aspek pembangunan modal insan
negara. Sehubungan dengan itu, dalam mengharungi kepesatan teknologi industri
para pekerja mahir negara mestilah sentiasa ke hadapan. KSM telah mewujudkan
Technical and Vocational Education and Training (TVET) Masterplan. Pengenalan
semula penetapan kadar gaji pokok adalah sepadan dengan kemahiran graduan
TVET iaitu Sijil dan Diploma yang dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada
kemahiran yang bertaraf antarabangsa yang dimiliki oleh mereka. Penetapan gaji
pokok permulaan adalah berdasarkan kepada kadar gaji minimum RM1,200
sebulan di wilayah bandar-bandar utama mulai awal tahun 2020.
4.1.3 Jabatan Perangkaan Negara
Jabatan Perangkaan Malaysia (Perlis) telah mengeluarkan satu statistik
sosio ekonomi yang digunapakai bagi mengukur pencapaian ekonomi bagi negeri-
negeri di Malaysia dan juga memenuhi kepentingan perancangan pembangunan
negeri. Berdasarkan Statistik Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi negeri
Perlis pada tahun 2019, data menunjukkan sektor pembuatan khususnya dalam
produk elektrik dan elektronik mencatatkan peratusan yang kedua tertinggi iaitu
sebanyak 23.3% seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1 : Peratus sumbangan sektor pembuatan di Perlis pada tahun 2019
267
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
4.2 Analisis Kajian Pasaran Terhadap Industri/Majikan
4.2.1 Bahagian I: Kandungan Program dan Kesesuaian dengan Keperluan
Organisasi
Seramai 20 responden telah menjawab soal selidik yang telah diberikan
secara atas talian melalui medium google form. Responden dalam kajian ini terdiri
daripada beberapa industri sekitar negeri Perlis dan juga luar negeri Perlis.
Berdasarkan data kajian berkenaan jenis organisasi didapati 100% responden
adalah daripada organisasi milik tempatan.
a) Adakah program yang dicadangkan memenuhi asas-asas teori dan praktikal
dalam bidang berkenaan?
Berdasarkan pendapat responden berkenaan program Sijil Teknologi
Elektrik yang dijalankan adalah memenuhi asas - asas teori dan juga praktikal di
bidang elektrik. Rajah 2 menunjukkan sebanyak 50% daripada pihak responden
bersetuju bahawa program yang sedang dijalankan memenuhi sepenuhnya asas
teori dan praktikal dan 50% lagi berpendapat program yang sedang dijalankan
memenuhi sebahagian sahaja asas teori dan praktikal. Oleh itu dapat dinyatakan
bahawa program SKE yang ditawarkan di Kolej Komuniti Arau secara
keseluruhannya dapat memenuhi kehendak pasaran pihak organisasi.
Rajah 2 : Program yang dicadangkan memenuhi asas teori dan praktikal
b) Adakah program yang ditawarkan sesuai dalam keadaan semasa?
Kesemua responden (100%) sangat bersetuju berkenaan dengan kesesuaian
program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Arau pada masa kini iaitu program
Sijil Teknologi Elektrik.
c) Adakah anda berpendapat program yang dicadangkan ini mencukupi dari segi:
i) Jangka masa pengajian
Kesemua responden bersetuju berkenaan dengan jangka masa pengajian
yang dijalankan oleh program Sijil Teknologi Elektrik iaitu selama Empat (4)
semester di mana Tiga (3) semester di institusi dan pelajar menjalani latihan
industri di industri selama Satu (1) semester pada semester akhir.
ii) Tempoh latihan industri
Berdasarkan analisis yang dijalankan seperti dalam Rajah 3, 95%
responden bersetuju tempoh Latihan Industri selama 14 minggu adalah
bersesuaian dengan program pengajian yang pelajar ikuti. Manakala 5% memilih
tidak kerana responden tersebut tidak memerlukan pelajar latihan industri kerana
beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Latihan industri diwajibkan kepada
semua pelajar semester akhir pengajian. Pelajar boleh memilih mana-mana
majikan yang bersesuaian dengan bidang pengajian mereka. Latihan Industri
dijalankan selama satu (1) Semester iaitu 14 minggu. Pelajar perlu menghabiskan
268
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
tempoh latihan tersebut untuk membolehkan mereka tamat pengajian dengan
jayanya. Kegagalan untuk menamatkan latihan dalam tempoh yang ditetapkan
menyebabkan mereka perlu mengulang semula Latihan Industri.
Rajah 3 : Tempoh latihan industri
4.2.2 Bahagian II: Peluang Kerjaya
Bahagian ini meliputi peluang pekerjaan yang bakal graduan ceburi selepas
berjaya menamatkan pengajian peringkat sijil. Selepas pelajar menamatkan latihan
industri, pihak industri boleh mencadangkan peluang kerjaya yang sesuai dengan
kemahiran pelajar.
a) Adakah graduan program ini sesuai bekerja di organisasi anda? Jika ya,
nyatakan dalam bidang apa? Contoh: (bidang elektrik, bidang elektronik,
bidang teknologi)
Merujuk kepada Rajah 4, sebanyak 90% bersetuju bahawa program pengajian
Sijil Teknologi Elektrik adalah bersesuaian dengan skop bidang yang dijalankan
oleh organisasi responden. Hal ini kerana mereka adalah terdiri daripada pihak
industri dalam yang terlibat secara langsung dalam bidang teknikal terutamanya
bidang elektrik. Selain itu pihak organisasi bersetuju bahawa peluang pekerjaan
yang luas untuk pelajar bidang elektrik ini. Sementara itu, 5% memberi maklum
balas bahawa jawatan tersebut masih belum diwujudkan di organisasi beliau dan
5% lagi mencadangkan untuk memasuki bidang kejuruteraan awam.
Rajah 4 : Bidang pekerjaan yang bersesuaian diisi oleh graduan
b) Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan program ini?
Contoh: (Juruelektrik, Juruteknik Elektrik, Penolong Penyelia Elektrik)
Rajah 5 menunjukkan peratusan jawatan yang bersesuaian ditawarkan
kepada graduan. Sebanyak 50% bersetuju untuk menawarkan jawatan sebagai
Juruteknik Elektrik, manakala 30% bersetuju untuk menawarkan jawatan sebagai
Juruelektrik di organisasi mereka. Selain itu responden juga bersetuju untuk
menawarkan jawatan sebagai Juruteknik dan Juruelektrik (5%), Penyelia Tapak
(5%), Drone Service (5%) dan Teknikal (5%). Jawatan Juruteknik sesuai ditawarkan
kerana mereka berkelulusan sijil.
269
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Rajah 5 : Jawatan yang sesuai ditawarkan di organisasi responden
c) Berapa banyak jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh graduan
program ini?
Bilangan jawatan ini bergantung kepada kesediaan perjawatan yang disediakan
oleh sesuatu organisasi. Semakin besar atau kukuh sesuatu organisasi, makin
banyak peluang jawatan atau pekerjaan boleh diisi. Hal ini juga melibatkan
kedudukan kewangan sesebuah organisasi. Sebanyak 55% responden menawarkan
1 - 3 jawatan kepada graduan bidang Sijil Teknologi Elektrik dan 30% pihak
responden bersedia untuk menawarkan 4 - 6 jawatan dalam organisasi mereka.
Seterusnya 15% daripada pihak responden memilih pilihan lain-lain seperti dalam
Rajah 6.
Rajah 6 : Bilangan jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi responden
d) Apakah pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini?
Rajah 7 : Pendapatan yang bersesuaian ditawarkan kepada graduan
Rajah 7 menunjukkan jumlah pendapatan yang bersesuaian ditawarkan
kepada graduan SKE oleh organisasi. Jumlah pendapatan ini adalah berdasarkan
kelayakan bagi graduan pemegang kelayakan akademik bertaraf sijil. Sebanyak
80% bersetuju untuk menawarkan gaji sebanyak RM1,001.00 hingga RM1,500.00.
Kadar gaji ini berkadar langsung dengan taraf kehidupan masyarakat di Perlis yang
kos sara hidup yang agak sederhana berbanding dengan negeri lain. Manakala 10%
bersetuju untuk untuk menawarkan pendapatan kurang dari RM1,000.00 kepada
graduan peringkat sijil ini. Hal ini mungkin kerana organisasi tersebut adalah
syarikat kontraktor kecil dan sederhana dimana sumber kewangan dan tenaga
kerja adalah terhad. Disamping itu kekangan pandemik COVID-19 menyebabkan
organisasi agak berhati - hati untuk menawarkan peluang pekerjaan dan
pendapatan yang tinggi daripada kadar sepatutnya. Sementara itu sebanyak 5%
organisasi bersetuju untuk menawarkan gaji sebanyak RM1,501 sehingga RM2,000
dan 5% bersetuju untuk menawarkan gaji sebanyak RM2,001.00 sehingga
RM2,500.00.
270
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
e) Adakah program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi?
Kesemua responden telah menjawab ya. 100% bersetuju graduan program SKE
sesuai dan layak melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. 90%
mencadangkan supaya program ini melanjutkan ke peringkat Diploma dan
selebihnya sebanyak 10% dilanjutkan ke peringkat Ijazah. Pihak organisasi
berpendapat graduan sijil perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan
Ijazah mahupun Sarjana dalam bidang Elektrik supaya tahap peningkatan ilmu
dan kemahiran graduan bertambah dan berkembang.
4.2.3 Bahagian III: Lain-lain
Bahagian terakhir bagi soal selidik ini lebih tertumpu kepada aspek - aspek
sampingan berkaitan dengan program pengajian yang sedikit sebanyak dapat
membantu para graduan dan pelajar Sijil Teknologi Elektrik (SKE) seperti
penajaan, faktor galakan dan sokongan daripada pihak industri.
a) Adakah organisasi anda mempunyai penajaan pelajar dalam bidang ini?
Hampir majoriti iaitu 95% organisasi tidak mempunyai penajaan
pelajar dibidang elektrik ini manakala sebanyak 5% daripada responden ini
mempunyai penajaan pelajar.
b) Adakah anda akan menggalakkan kakitangan atau rakan anda untuk
mengikuti program ini?
Kesemua responden bersetuju untuk menggalakkan kakitangan di dalam
organisasi mereka atau rakan mereka untuk mengikuti program di dalam bidang
elektrik ini. Galakan dan sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi bagi
sebuah organisasi sangat penting untuk mendorong pekerjanya menyambung
pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk kepentingan organisasi. Terdapat banyak
pihak yang menyediakan skim latihan untuk membantu pekerjanya menyambung
pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
c) Pada pendapat anda, adakah program ini dapat menghasilkan graduan yang
diingini?
Berdasarkan kepada soalan ini, semua responden berpendapat program
teknologi elektrik ini dapat melahirkan graduan yang diperlukan di sektor industri.
Salah seorang responden berpendapat peluang pekerjaan yang terdapat di Malaysia
sangat meluas bagi bidang elektrik kerana terdapat banyak kilang dan industri
berkaitan diwujudkan. Industri ini memerlukan tenaga kerja yang mahir di bidang
pemasangan dan perkhidmatan elektrik. Graduan yang seimbang dari segi teori
dan praktikal amat diperlukan di sektor elektrik ini.
Selain itu, maklum balas daripada salah seorang responden berpendapat
graduan daripada bidang ini juga dapat mengatasi kekurangan tenaga pakar dari
kalangan bumiputera khususnya kerana bidang ini dimonopli oleh bangsa lain
yang mana sedikit sebanyak menjadi faktor kepada kenaikan indikator harga
barang/perkhidmatan berkaitan kerana bidang kejuruteraan elektrik adalah
industri yang merangkumi setiap aspek dalam kehidupan seharian manusia.
Responden percaya jika banyak usahawan atau pakar elektrik dari kalangan
bumiputera dihasilkan maka ia sedikit sebanyak dapat memberi saingan yang sihat
kepada usahawan - usahawan yang lain seterusnya dapat memacu ekonomi negara
dengan lebih pesat.
Disamping itu, responden juga memberi maklum balas bahawa graduan
bidang teknologi elektrik ini dapat mengasah bakat untuk lebih berkemahiran
berbanding graduan yang mempunya ijazah dibidang yang sama. Manakala salah
271
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
seorang responden berpendapat ‘Kemahiran yang diceburi oleh setiap pelajar amat
memberi keberangsangan pihak syarikat atas segala pengetahuan yang dicurahkan
dan mahir dalam menjalankan sesuatu pekerjaan dengan integriti, rasional,
berdisiplin dan sikap berpasukan antara satu sama lain. Selain itu, berfikiran luas
dalam menyelesaikan sesuatu masalah.’
5.0 Rumusan dan Cadangan
Secara amnya, objektif yang diharapkan bagi tinjauan yang dijalankan
telah berjaya dicapai. Hasil analisis sumber data dan analisis tinjauan dari
industri menunjukkan industri berminat dengan graduan program ini dan
menepati keperluan tenaga kerja negara. Hal ini dapat dibuktikan dengan
hasil dapatan kajian yang telah menjawab dua persoalan kajian yang telah
diutarakan.
Hasil analisis data pada bahagian pertama telah menjawab kepada
persoalan pertama iaitu kandungan dan kesesuaian program telah
memenuhi keperluan organisasi. Hal ini dapat dilihat melalui peratusan
yang tinggi dalam menyokong jawapan kepada persoalan ini. Selain itu
pihak majikan juga bersetuju bahawa program yang dijalankan telah
memenuhi keperluan asas teori dan praktikal dalam bidang elektrik
mengikut kehendak pasaran.
Manakala bagi persoalan kedua pula adalah berkenaan peluang
kerjaya yang boleh ditawarkan oleh pihak industri kepada graduan SKE ini.
Hasil dapatan data didapati majoriti majikan bersetuju untuk menawarkan
jawatan kepada graduan program ini di organisasi mereka. Susulan
daripada dapatan ini, ia secara tidak langsung telah menjawab persoalan
kajian kedua ini iaitu mengenai kesesuaian peluang kerjaya yang
ditawarkan di organisasi.
Bagi menghasilkan graduan berkemahiran dan diiktiraf, para pelajar
juga harus di beri pendedahan dan latihan kompetensi yang diperakui oleh
pihak yang berwajib. Latihan ini akan dijadikan sebagai sijil -sijil nilai
tambah sebagai persediaan kepada tenaga pengajar. Selain itu pihak
institusi juga harus komited dalam menyediakan infrastruktur dan fasiliti
yang selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Sementara itu bagi
penyediaan kurikulum pula, proses penggubalan kurikulum perlu dibuat
secara terperinci dan menyeluruh dari segi kemahiran berfikir, kecakapan
bekerja dan kemahiran softskill supaya kandungan kurikulum seiring
dengan kehendak industri dan juga teknologi terkini. Kurikulum yang
dibentuk harus juga mendapat akreditasi daripada badan-badan profesional
seperti MBOT (Malaysia Board of Technologist) ataupun MQA (Malaysian
Qualifications Agency) bagi menjamin penawaran kursus yang dibuat kekal
berdaya saing di bawah piawaian semasa.
Secara keseluruhannya, program ni masih kekal relevan untuk
dijalankan di institusi ini. Sejajar dengan perkembangan teknologi terkini,
program ini mempunyai peluang untuk berkembang pada masa depan.
Kelangsungan program ini adalah sangat wajar dan memberi faedah kepada
masyarakat setempat. Kajian analisis lanjutan mengenai kepuasan boleh
dilanjutkan lagi dengan menggunakan pembolehubah yang lain dan
menambah kuantiti responden bagi menjawab soalan kaji selidik.
272
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Rujukan
Amin Ridzuan Ishak. (2018, Januari 23). Tingkat peranan industri dalam
TVET. BHONLINE.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/379393/tingkat-
peranan-industri-dalam-tvet/
Department of Statistics Malaysia. (2020). Perlis.
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cone&menu_id=Q1IwU
UU1Q1VneUphdUtFY0g5YlVNUT09
Kementerian Sumber Manusia. (2019, Ogos 22). Selamat Pagi Malaysia
Bersama Menteri Sumber Manusia: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET). https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/latest-
articles-2/1183-selamat-pagi-malaysia-bersama-menteri-sumber-manusia-
pendidikan-dan-latihan-teknikal-dan-vokasional-tvet
KOLEJ.MY. (2019, September 12). Kolej Komuniti – Institusi TVET yang
Melahirkan Pekerja Mahir dan Menjadi Pilihan Industri.
https://www.kolej.my/blog/kolejmy-komuniti-institusi-tvet
Kolej Komuniti Arau. (2021). Sejarah Penubuhan.
https://kkarau.mypolycc.edu.my/index.php/korporat/pengenalan
Mohammad Affendy Omardin. (2019, Disember 3). Mengarus Perdana
Progam TVET Aras Tinggi Transformasi Minda Berkemahiran Tinggi.
Universiti Malaysia Pahang. https://news.ump.edu.my/experts/mengarus-
perdana-progam-tvet-aras-tinggi-transformasi-minda-berkemahiran-tinggi
Official Portal of Economic Planning Unit, Prime Minister’s Department.
(2019, Januari 17). Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
https://www.epu.gov.my/en/wawasan-kemakmuran-bersama-2030
Unit Perancang Ekonomi. (2021, September 27). RMKe 12.
https://rmke12.epu.gov.my/bm/dokumen/rmke-12
Zaliza Hanapi, Mohd Safarin Nordin, Ridzwan Che Rus.2014. Penentuan
Kesepadanan Bidang Pengajian-Pengajian Dalam Kalangan Graduan di Kolej
Komuniti. International Seminar on Technical and Vocational Education
2014 (TVEIS 2014)
273
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Tahap Penerimaan Pelajar Politeknik Muadzam Shah terhadap
Inovasi Caturmatik 2.0 sebagai Alat Bantu Mengajar
Mohamad Hanifah Abd Ghani1, Mohd Huzairi Husin2*, Dr. Azlan Ramli3
123Politeknik Muadzam Shah
*[email protected]
Abstrak
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau maklumbalas tahap penerimaan
pelajar Politeknik Muadzam Shah semester 1 dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal terhadap
Alat Bantu Mengajar (ABM) iaitu Caturmatik 2.0 yang bertujuan untuk peningkatan
kemahiran mencongak dan menarik minat pelajar dalam permainan sukan catur. ABM yang
berkonsepkan ‘game-board learning’ sememangnya digemari oleh para pelajar kerana
keseronokan aktiviti tersebut menjadikan pelajar aktif berfikir dan membantu para pengajar
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kertas kajian ini menggariskan dua objektif iaitu
untuk mengenalpasti tahap penguasaan dan minat pelajar terhadap sukan Catur serta
mengenalpasti tahap penerimaan Caturmatik sebagai ABM di kalangan para pelajar semester
satu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Instrumen yang digunakan untuk mengukur
penerimaan para pelajar ialah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi dua
bahagian iaitu Bahagian A yang berkaitan dengan maklumat diri responden dan Bahagian B
pula mengandungi 12 pernyataan dengan pilihan jawapan menggunakan skala likert 5 pilihan
jawapan. Hasil kajian ini mendapati bahawa skor min terendah adalah sebelum penggunaan
ABM iaitu 3.43 iaitu pelajar sangat minat bermain catur. Manakala itu, selepas penggunaan
Caturmaik responden memberikan skor min tertinggi iaitu Caturmatik perlu diperluaskan lagi
kepada semua pelajar Politeknik Malaysia. Hal ini dapat dikaitkan dengan piliha responden
iaitu Caturmatik 2.0 berkesan dalam membangunkan keyakinan diri terhadap ilmu
matematik dan Caturmatik boleh mempercepatkan saya dalam kemahiran mencongak. Oleh
yang demikian, berdasarkan tinjauan kaji selidik yang dijalankan, Caturmatik 2.0 ini telah
berjaya mencapai okjektif yang telah ditetapkan dan diharap dapat menjadi rujukan kepada
pihak berkepentingan.
Kata kunci: Catur, Alat Bantu Mengajar, Matematik, Inovasi
274
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
1.0 Pengenalan
Caturmatik merupakan suatu konsep permainan yang digabungkan
antara permainan catur sedia ada dan melibatkan konsep penyelesaian
matematik yang khusus dicipta untuk meningkatkan pencapaian pelajar di
dalam ilmu matematik. Konsep permainan Caturmatik telah dicipta oleh En.
Safri bin A. Razak khusus bagi membantu murid di SK Buluh Nipis yang
terdiri dari masyarakat orang asli di Kampung Buluh Nipis, Bukit Ibam,
Muadzam Shah. Hubungan kolaborasi yang telah terjalin di antara Politeknik
Muadzam Shah dan SK Buluh Nipis telah membentuk satu kerjasama dalam
usaha untuk memperkenalkan alat permainan Caturmatik kepada para
pelajar di Politeknik Muadzam Shah tetapi dalam bentuk yang baru dan
mempunyai ciri-ciri yang lebih bagus.
Kelemahan di dalam matematik seringkali berlaku dari peringkat
sekolah rendah dan masih lagi terdapat pelajar di peringkat pengajian tinggi
yang lemah di dalam operasi mudah yang melibatkan tambah, tolak, darab
dan bahagi dalam topik Algebra. Antara punca kelemahan di dalam
penyelesaian operasi matematik mudah ini adalah kerana pelajar kurang
membuat latihan dan mudah bosan dengan kekerapan konsep pengajaran dan
pembelajaran (PdP) menggunakan amalan biasa seperti papan tulis.
Kelemahan pelajar di dalam kursus Matematik Kejuruteraan dan kurangnya
sambutan pelajar terhadap sukan catur di peringkat Politeknik Muadzam
Shah telah membuahkan satu usaha dalam mengetengahkan konsep
permainan Caturmatik ke peringkat yang lebih tinggi. Sebahagian dari mereka
tidak begitu berminat dengan permainan catur kerana seringkali catur
dianggap suatu permainan yang kompleks, strategi dan memenatkan minda.
Melalui usaha pembangunan ABM Caturmatik 2.0 ini, konsep
permainan dapat dipraktikkan oleh para pelajar di Politeknik Muadzam Shah
agar dapat membantu pencapaian pembelajaran mereka agar lebih baik.
TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3
Rajah 1: Papan Caturmatik asal dari kanvas bunting (Caturmatik 1.0)
275
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Rajah 2: Caturmatik 2.0 dengan ruang simpanan untuk buah catur dan
papan permainan
Rajah 3: Caturmatik 2.0 berserta papan permainan Tahap 1,2,3 dan catur
biasa
Caturmatik 2.0 TAHAP 2
Rajah 4: Rupa bentuk luaran ABM Caturmatik 2.0 bersama contoh papan
Caturmatik versi baharu (Tahap 2)
276
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
Dengan penghasilan ABM Caturmatik 2.0 ini, pelbagai jenis papan
permainan catur inovasi yang telah dan akan direka boleh bersedia untuk
dimainkan dengan hanya meletakkan ia di ruang atas permukaan ABM
Caturmatik 2.0
2.0 Objektif
Kajian ini menggariskan dua objektif seperti berikut:
i. Mengenalpasti tahap penguasaan dan kemahiran mencongak pelajar
semester satu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal terhadap sukan
Catur.
ii. Mengenalpasti tahap penerimaan Caturmatik sebagai ABM agar
penggunaannya selari dengan matlamat untuk membantu PdP
Matematik Kejuruteraan dan sukan Catur.
3.0 Kepentingan Kajian
Signifikannya, melalui usaha pembangunan ABM Caturmatik 2.0 ini,
konsep permainan dapat dipraktikkan oleh para pelajar di Politeknik Muadzam
Shah agar dapat membantu pencapaian pembelajaran mereka agar lebih baik.
Pembangunan inovasi ini diperlukan bagi mengubah rupabentuk Caturmatik
yang lama agar lebih menarik perhatian, mudah untuk disimpan dan dibawa
serta sebagai model prototaip bagi fasa pembangunan Caturmatik yang
seterusnya.
4.0 Tinjauan Literatur
Pada abad ke 21 ini, sektor pendidikan di Malaysia berkembang dengan
begitu pesat sekali seiring dengan arus kemajuan teknologi yang serba
canggih. Cabaran demi cabaran perlu ditempuhi oleh para pensyarah dalam
memberikan mutu dan kualiti penyampaian yang berkesan khususnya kepada
para pelajar yang mempunyai kelemahan dan perlu sentiasa dibimbing. Pelajar
di era kini merupakan generasi-Z yang berani mencuba dan cenderung untuk
belajar dan meneroka perkara baru. Hal ini bertepatan dengan Rahimah
(2020), yang menegaskan bahawa pembelajaran perlu memfokuskan kepada
cara berfikir yang baru dan sesuai dengan ciri pembelajaran abad ke 21 yang
berasaskan permainan. Shanizan dan Puteri Azwa (2017) turut sependapat
bahawa aktiviti permainan yang digabungkan bersama kaedah pengajaran
akan melonjakkan kecenderungan terhadap pembelajaran matematik kerana
medium pembelajaran tersebut popular, menyeronokkan dan memudahkan
para pelajar. ABM Ace of Math yang dibangunkan mengandungi kombinasi
kad operasi asas, nombor dan objektif adalah sebuah board game untuk
membantu pelajar menguasai asas operasi matematik. Manakala, Azmin dan
Faridatulazna (2014), bersetuju bahawa pembelajaran yang berkonsepkan
277
E-Prosiding Seminar SPSH Peringkat Kebangsaan 2022 | e-ISBN 978-967-18369-7-2
permainan mempunyai kelebihan seperti mendorong diri kearah sikap positif
terhadap mata pelajaran dan berasa seronok berbanding kaedah cuba-jaya.
Alat Bantu Mengajar (ABM) yang diguna oleh para pendidik adalah bukti
kesungguhan di dalam menjadikan suasana pembelajaran tidak kaku atau
bosan. Hal ini dipersetujui oleh Mardziah et al. (2021), yang menyatakan
bahawa Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi subjek bahasa Inggeris telah
terbukti menarik minat responden dan sesi pembelajaran dan pembelajaran
(PdP) menjadi semakin bermakna. Pembelajaran Berasaskan Permainkan (PBP)
merupakan antara ABM yang popular dan menurut Nurul Syadiyah dan
Ramlah (2020), pembelajaran berasaskan permainan adalah menghiburkan
kerana mempunyai dua kategori iaitu permainan digital dan bukan digital
selain bertujuan untuk mengekalkan momentum dan rasa minat pelajar
terhadap ilmu yang dipelajari.
PBP di dalam pembelajaran melibatkan nombor akan lebih berkesan
kerana melibatkan unsur seperti pengalaman dan interaksi sosial seperti yang
dirumuskan oleh Mohd Razali, dan Zaidatun (2008) bahawa Teori
Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif,
ikonik dan simbolik akan memberikan asas persediaan yang kukuh jika
dipraktikkan sejak dari peringkat kanak-kanak. Hal ini dipersetujui oleh
Connie (2021) kerana telah merumuskan terdapat perbezaan min markah
yang signifikan dalam pencapaian matematik awal kanak-kanak mengikut
kaedah mengajar yang berbeza. Hal ini kerana pendekatan pembelajaran
berasaskan permainan menyumbang secara signifikan terhadap pencapaian
matematik awal berbanding dengan kaedah tradisional buku nombor dan
lembaran kerja.
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini telah menggunakan instrumen borang soal selidik untuk
mendapatkan data primer bagi aspek yang dikaji. Sebanyak 40 orang
responden yang terdiri daripada pelajar semester satu Diploma Kejuruteraan
Mekanikal sebagai sampel yang mewakili populasi jumlah pelajar seramai 106
orang.
Setelah penerangan dan demonstrasi dilakukan oleh para pengkaji untuk
ditunjukkan kepada responden pelajar yang mengambil kursus sukan catur
(MPU24011), lima item soalan sebelum penggunaan perlu dijawab setelah
mereka memahami teori dan pengenalan caturmatik.
Selepas pengunaan Caturmatik 2.0 oleh responden selama 1 jam 30 minit,
responden perlu menjawab untuk melengkapkan baki tujuh item soalan
selepas penggunaan.
278