kiamat nanti, dan akan terima ampunlah
dosa-dosanya di antara 2 jumaat itu.‟
Dari Abi Said Al-Khudri r.a. menyatakan
yang Rasulullah pernah bersabda,
من قرأ سورة الكهف ليلة الجمعة أضاء له من النذور مذا بينذه وبذين
البيت العتيقلا رواه الدارمى فى مسذنده موقوفذا علذى أبذى سذعيد
ِالحضرىا كذا فى الترغيب والترهيب
Mafhumnya,
„Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada
malam Jumaat, akan bercahayalah ke
atasnya dengan nur di antaranya dengan
Baitullah.‟ Begitulah riwayat Ad-Darimi dari
sanadnya yang bergantung pada Abu Said Al-
Khudri, itulah yang ditulis dalam buku At-
Tarhib dan Attarghib.
Terdapat dalam Tafsir Al-Bayan riwayat dari
Abdullah bin Farudah r.a. yang menyatakan
Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya,
„Mahukah kamu semua aku jelaskan terdapat
satu surah sewaktu ianya diturunkan diikuti
dengan 70,000 para malaikat yang telah
memenuhi ruang di antara bumi dan langit
pada malamnya?‟ Jawab sahabat, „Ya kami
mahu.‟ Sabda Rasulullah, mafhumnya,
„Ianya ialah Surah Al-Kahfi. Bagi sesiapa
yang membacanya pada hari Jumaat, akan
207
diampuni dosa-dosanya oleh Allah sehingga
ke hari Jumaat akan datang. Allah akan
menyinarkannya dengan nur yang boleh
menembusi ruang langit di atas dan akan
menghindarkannya dari fitnah Dajal.‟
Inilah beberapa catitan yang diambil dari
Kitab Tafsir Al-Bayan oleh Sheikh Imam
Ismail Haqqi Ar-Rusawi. Kita perlu
mengambil beberapa perhatian di atas
catitan-catitan begini.
Banyak penulis-penulis mempertikaikan
hadis-hadis begini dan menyatakan inilah
contoh Hadis Mauduk dan tidak boleh kita
berpegang dengannya. Pada pendapat saya
tiada salahnya kita beramal dengan Surah
Al-Kahfi, lebih-lebih lagi ianya adalah dari al-
Quran. Beramal dengan Surah Al-Kahfi
dengan cara membacanya, memahami setiap
ayat yang kita baca, menjiwainya dan
menterjemahkannya dalam amalan harian
kita merupakan tuntutan dari Allah kepada
umat Muhammad. Ini tidaklah berdosa.
Oleh yang demikian beramallah dengan
Surah ini dengan meneliti susunan tafsiran
yang kita cuba ambil dari petikan-petikan
buku-buku tafsir yang muktabar untuk kita
hayatinya. Dengan menterjemahkannya
dalam amalan harian semoga kita akan
mendapat rahmat dari Allah dan semoga
dengan itu terampunlah dosa-dosa kita dan
208
mendorong kita kepada iman yang lebih kuat
dan amalan soleh yang lebih bermakna.
Inilah matlamat dari pentafsiran Surah ini
yang dibuat dengan tujuan memberi
penjelasan yang secukupnya untuk
memahami erti Surah Al-Kahfi dengan
sejelas-jelasnya. Semoga kita mendapat
faedah darinya.
Berakhirnya penulisan ini pada waktu „Asar
22 Syaaban 1433H bersamaan 12hb Julai
2012 dengan izin Allah
209
Lampiran A
Peta Mesir Kuno dan Menjelaskan Tempat Tell el-
Amarna (Akhetaten)
210
Mengikut kajian ilmiah yang dilakukan oleh
Hamdi bin Hamzah Abu Zaid, pergerakan pertama
Zulqarnain adalah dari bumi Tell el-Amarna
menyusuri Laut Merah dan merentasi Lautan
Hindi dan menghampiri kawasan garisan
Khatulistiwa dekat Kepulauan Maldives. Ini
melibatkan Raja Fir‟aun yang ke-18 bernama
Akhinaton dan mengikut Hamdi Akhinaton inilah
dia Zulqarnain yang disebut dalam Surah Al-
Kahfi.
211
Lampiran B
Peta Pergerakan Keseluruhan Zulqarnain
Bermula dari Tell el-Amarna ke 3 tempat.
Pergerakan Zulqarnain dari Tell el-Amarna,
menuju Laut Arab dan merantasi Lautan Hindi
dan menyusuri Khatulistiwa menuju ke gugusan
pulau-pulau Maldives. Pada pendapatnya, inilah
tempat „terbenamnya matahari‟ yang disebut oleh
al-Quran sebagai ِ( َم ْغ ِر َب ال َّش ْم ِسkawasan terbenam
matahari).
212
Kemudian Zulqarnain meneruskan
penyusurannya melalui garis Khatulistiwa dan
menuju ke kawasan Kepulauan Kiribati (Republic
of Kiribati) yang dikatakan beliau sebagai tempat
„terbitnya matahari‟ seperti yang di sebut dalam
Surah Al-Kahfi dalam al-Quran sebagai َِمطْلِعَال َّش ْم ِس
(kawasan terbitnya matahari).
Kemudian Zulqarnain berpatah balik dan
menyusuri Lautan Pasifik dan menuju ke Negeri
Cina, iaitu negeri ‘di antara dua gunung’ seperti
y(dainagndtaicraatidtudaaplaemrguSnuuranhgaAnl)-Kdaahnfibseelibaaugadiik ِِنaَْديtّ a َّسk الa َنnبَ ْي
berhenti di kawasan pemerintahan Dinasti Shang
(Tahun 1330 sebelum Masehi) di kawasan Henan
(lihat Lampiran C) dan di situlah cerita
Pembinaan Ar-Radm (Benteng Pertahanan
Serangan Musuh) oleh Zulqarnain bermula.
213
Lampiran C
Peta Pembinaan Ar-Radm
Di sinilah cerita Pembinaan Ar-Radm (Benteng
Pertahanan Serangan Musuh) oleh Zulqarnain
bermula.
214