The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mattghani, 2016-09-04 11:49:08

المنجيات

AlMunjiat Edisi 3

Tafsirnya,
Orang yang beriman dengan Al-Quran, memahami ayat-ayatnya, selalu
mendengarnya, dan cuba beramal dengannya dan menjadi taat dalam perilaku
dan keperibadiannya kepada kandungan ayat-ayat itu. Maka apabila ayat-
ayat itu diperdengarkan kepada mereka, mereka akan terus sujud
mengikrarkan diri tentang kuasa Allah, menyatakan keyakinan serta
keimanan mereka kepada Allah, serta bertasbih membesarkan keAgungannya.
Contohnya, kita fahami kandungan Ayat-Ayat 1-14 sebagai,

1) Percaya dan yakin Al-Quran adalah DITURUNkan dari Allah.

2) Al-Quran membawa perkara-perkara Al-Haqq dari Allah untuk ingatan
supaya beriman dan memperolehi hidayah dalam hidup ini.

3) Allah Pencipta Agung, mencipta bumi dan langit dalam masa 6 hari,
kemudian mencipta ARASH sebagai „rangkaiannya‟ untuk
menyelaraskan operasiNya melalui malaikat yang saling berulang-alik
setiap hari dalam pentadbiranNya.

4) Allah meniupkan ROHNya ke dalam diri manusia dan mencipta
kebijaksanaan kepada manusia untuk mereka berfikir membuat
pilihan sama ada bersyukur atau kufur.

5) Oleh kerana adanya ROHnya dalam manusia, maka kematian
seseorang individu itu dilakukan oleh wakil Allah, Malakul Maut, yang
sering menziarahi kita setiap hari.

6) Adanya konsep PULANG SEMULA kepada Allah setelah kematian
untuk dihisabkan semua amalan kita.

7) Dijelaskan bagaimana orang yang kufur kepada Allah menerima
seksaan Barzakh, sebagai pekak dan buta menanti dalam kesempitan
kubur hingga hari qiamat.

8) Konsep PILIHAN melalui kebijaksanaan menolak sebarang salah laku
Allah kepada makhluknya, kerana penyediaan Neraka kepada yang
memilih kekufuran.

9) Saranan kepada yang beriman, bahawa hidupnya adalah berasaskan
penjelasan ini, dan mereka TIADA PILIHAN selain dari beriman kepada
Allah, Al-Quran dan membuat pilihan ke Syurga. Berwaspada
melakukan kejahatan untuk tidak pulang kepada Allah sebagai orang
kufur. Menerapkan amal soleh dalam hidup pendek ini, kerana setiap
gerak langkah kita diketahui Allah dan akan dipersoalkan.

11

Tidakkah dengan menghayati perkara-perkara di atas, serta meyakini ianya
adalah Al-Haq dari Allah maka diri itu akan sujud bertasbih kepada Allah
meresapkan rasa takut kepadaNya dan menagih keredaanNya yang Maha
Agung untuk dunia dan akhirat? Itulah sebabnya kita SUJUD pada Allah
setelah sampai ke ayat ini.
Bukan hanya setakat sujud, malah hamba Allah yang yakin ini akan
mengintai-intai sembahyangnya dan merasai kelazatan bertasbih dalam
sujudnya kepada Allah. Dalam ayat di atas, Allah menyatakan orang-orang ini
akan sanggup meninggalkan keempukan tilam tidur mereka di waktu malam
dan bangun BERTAHAJUD. Dalam tahajud mereka akan memanggil-
manggil nama-nama Allah sebagai Tuhan mereka, melahirkan rasa ketakutan
di atas dosa-dosa mereka jika tidak diampuni, lantas mereka memohon ampun
dan mengharapkan keredaan yang maksima dari Allah kepada mereka dengan
berkata, “Ya Allah, jadikan aku dari kumpulan orang yang banyak sujud
kerana-Mu, bertasbih memuji-muja-Mu, dan mohon lindungan-Mu dari menjadi
orang yang Takbur kepada urusan-Mu.”
Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, “Apabila di akhirat nanti, semua
manusia yang dulu dan terkemudian dikumpulkan, terdengar suara lantang
yang boleh didengar oleh yang berkumpul itu. Mereka sedang meneliti akan
mendengar siapa yang akan dimuliakan oleh Allah pada hari itu. Suara itu
bergema lagi menanyakan siapa-siapa dalam kumpulan itu yang bangun
malam bertahajud, maka ternampak hanya beberapa orang saja dan diarah ke
Syurga Allah. Kemudian bergema lagi suara itu yang menanyakan siapa di
antara kamu yang banyak bersyukur kepada Allah sama ada secara terang-
terangan atau secara bersendirian tersembunyi, maka beberapa orang
kelihatan yang mengiyakan diri dan mereka diarah ke Syurga Allah.
Kemudian barulah bermulanya proses HISAB manusia itu.”
(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 460 Jilid 3)
Nasihat dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi, katanya, “Ketahuilah bahawa
bangun malam bertahajud adalah dari kategori Himmah yang Tinggi,
dan ianya adalah ANUGERAH dari Allah, sesiapa yang dapat anugerah
ini, maka beristiqamahlah melakukan tahajud, dan jangan lupa
melakukan wirid-wirid malamnya.”
Sebagai balasan baik Allah kepada golongan ini, Allah berfirman bahawa tiada
satu makhluk pun, sama ada dari Malaikat yang muqarrabin atau dari Nabi
yang diutuskan Allah atau mana-mana sumber yang TAHU apakah persediaan
habuan yang dikenali sebagai Qurrati Ainin yang dijanjikan akan diberi
kepada mereka.
Mafhum firman Allah Ayat 17,
“Maka tiada siapa pun yang mengetahui apakah HABUAN yang
disembunyikan oleh Allah untuk dianugerahkan kepada mereka,
sebagai BALASAN atas apa yang telah mereka lakukan.”

12

Lakukan apa? Beramal soleh termasuk bangun malam, beramal untuk
kebaikan dengan IKHLAS kerana Allah, dan kepercayan meneruskan amal
soleh dengan niat ikhlas tadi.

Ayat-Ayat 18-22,

‫)أَ َّما الَّ ِذي َن آ َم ُنوا َو َع ِملُوا ال َّصالِ َحا ِت فَلَ ُه ْم‬١٨( ‫أَفَ َم ْن َكا َن ُم ْؤ ِم ًنا َك َم ْن َكا َن فَا ِس ًقا لا يَ ْس َت ُوو َن‬
‫) َوأَ َّما الَّ ِذي َن فَ َس ُقوا فَ َم ْأ َوا ُه ُم ال َّنا ُر ُكلَّ َما أَ َرا ُدوا أَ ْن‬١٩( ‫َج َّنا ُت الْ َم ْأ َوى نُ ُزلا بِ َما َكانُوا يَ ْع َملُو َن‬
‫) َولَ ُن ِذي َق َّن ُه ْم‬٢١( ‫يَ ْخ ُر ُجوا ِم ْن َها أُ ِعي ُدوا فِي َها َوقِيلَ لَ ُه ْم ذُوقُوا َع َذا َب ال َّنا ِر الَّ ِذي ُك ْن ُت ْم بِ ِه تُ َك ِّذبُو َن‬
‫) َو َم ْن أَ ْظلَ ُم ِم َّم ْن ُذ ِّك َر بِآيَا ِت َربِّ ِه ثُ َّم‬٢١( ‫ِم َن الْ َع َذا ِب الأ ْدنَى ُدو َن الْ َع َذا ِب الأ ْك َب ِر لَ َعلَّ ُه ْم يَ ْر ِج ُعو َن‬
‫أَ ْع َر َض َع ْن َها ِإنَّا ِم َن الْ ُم ْج ِر ِمي َن ُم ْن َت ِق ُمو َن‬
Mafhumnya,

Adalah tidak sama dari segi penghukuman di akhirat nanti di antara yang

beriman dengan yang fasiq.)۱۸( Orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
mereka akan disediakan Jannatul Makwa, sebagai satu karamah dari Allah

kepada mereka yang beramal baik itu.)۱۹( Bagi orang yang kufur dan fasiq
kepada Allah pula disediakan Neraka untuk mereka, dan melalui seksaan

yang bertalu-talu itu yang ingin keluar lari dari neraka akan ditarik balik
semula ke dalam neraka itu dan kedengaran pada masa itu kata-kata kesat
untuk mereka „Ha! Sekarang rasalah azab neraka ini yang di dunia dulu kamu

sentiasa mendustakannya.‟)۲۱( Sesungguhnya (di dunia dulu) kami telah

memberi mereka azab yang kecil-kecil (seperti sakit, musibah-musibah dunia,
untuk memberi ruang supaya mereka bertaubat dan balik pada Allah) dan
tidak diberi azab besar, agar mereka balik pada Allah (Namun, tidak juga

mereka bertaubat).)۲۱( Maka sebesar-besar kezaliman pada diri sendiri ialah

orang-orang yang telah didedahkan dengan ayat-ayat Allah serta diperingatkan
kepada mereka melalui ayat-ayat Al-Quran tetapi mereka ingkar dan tetap
ingkar. Selaras dengan itu, Kami akan membalas dendam kepada kaum yang

zalim ini.)۲۲(
Tafsirnya,

13

Demi keadilan Ilahi, orang yang beriman tidak sekali-kali sama dengan yang
kufur dari segi kemuliaan dan balasan di akhirat nanti. Yang beriman ialah

mereka yang mempercayai ayat-ayat Allah itu sebagai Al-Haq dan mengikuti
Rasulullah dan ajaran-ajarannya. Yang fasiq bererti mereka sendiri memilih

untuk keluar dari taat kepada Allah dan pada masa yang sama mendusta
kerasulan Rasulullah. Orang yang beriman, iaitu hati-hati mereka sentiasa
mempercayai ayat-ayat Allah dan beramal mengikut lunas-lunasnya, akan

dimuliakan Allah di akhirat nanti dengan Syurga Makwa, manakala yang fasiq
yang keluar dari taat kepada Allah akan dibelenggu dalam neraka Allah
dengan kata-kata kesat.

Manusia sebenarnya telah pernah merasai azab-azab kecil yang boleh
meruntunkan mereka untuk balik pada Allah, tetapi yang berhati batu tidak

mengambil ini sebagai satu pengembalian pada Allah malah mendustakannya.
Sepatutnya azab-azab kecil menjadi benteng kepada berlakunya azab besar di
akhirat nanti jika dia mahu beriman kepada Allah.

Allah menganggap orang yang telah terdedah kepada ayat-ayat Allah,
faham dan menggunakan kebijaksanaannya boleh beriman pada Allah,

TETAPI meninggalkannya, mengingkarinya dan berpura-pura seolah-olah ia
tidak mengetahuinya, SEBAGAI orang paling kejam ke atas dirinya sendiri.
Kata QATADAH, “Berhati-hatilah, jangan menolak diri kita dari menzikirkan
Allah, berserah kepada Allah, jika ia tinggalkan zikrullah maka dia tertipu,
menipu diri sendiri, dan ianya adalah besar dosanya.” Allah akan membalas
kepada mereka dengan balasan yang sakit.
Kata Muaz, “3 perkara yang menzalimi diri ialah, berjanji bukan tempatnya,
durhaka kepada dua ibu bapa dan berkawan dengan orang zalim.”

Ayat-Ayat 23-25

‫) َو َج َع ْل َنا‬٢٣( َ‫َولَ َق ْد آتَ ْي َنا ُمو َسى الْ ِك َتا َب فَلا تَ ُك ْن فِي ِم ْريَ ٍة ِم ْن لِ َقائِ ِه َو َج َع ْل َناهُ ُه ًدى لِ َب ِني ِإ ْس َرائِيل‬
َ‫) ِإ َّن َربَّ َك ُه َو يَ ْف ِصلُ بَ ْي َن ُه ْم يَ ْوم‬٢٤( ‫ِم ْن ُه ْم أَئِ َّمةً يَ ْه ُدو َن بِأَ ْم ِرنَا لَ َّما َص َب ُروا َو َكانُوا بِآيَاتِ َنا يُوقِ ُنو َن‬
)٢٥( ‫الْ ِق َيا َم ِة فِي َما َكانُوا فِي ِه يَ ْخ َتلِ ُفو َن‬
Mafhumnya,

14

Dan sesungguhnya Kami telah kurniakan kepada Musa a.s. sebuah Kitab
(Taurat), maka janganlah syak wasangka yang Engkau Wahai Muhammad
tentang pertemuan Engkau dengan Musa itu. Kami telah menjadikan Musa
(serta Kitabnya) sebagai Hidayah kepada Bani Israel.)۲۳( Dan kami jadikan
sebahagian daripada kumpulan mereka itu sebagai IMAM yang menjadi
pendorong kepada Hidayah Allah dan komitmen mereka kepada semua
suruhan kami dengan penuh kesabaran, di samping mereka itu sangat yakin
dan percaya kepada ayat-ayat kami itu.)۲۴( Sesungguhnya Allah, Tuhan kamu
itu akan menjadi HAKIM menyelesaikan pertikaian di antara mereka di hari
Kiamat nanti.)۲۵(

Tafsirnya,
Mengapa Allah mengalihkan pandangan kita kepada Musa a.s.? Nabi kepada
Bani Israel dan Yahudi ialah Musa a.s. Ahli Kitab di Mekah banyak yang
terdiri dari Yahudi yang berpegang kepada Taurat. Allah telah merestui Nabi
Musa a.s. sebagai Rasul kepada Bani Israel dan menurunkan Kitab Taurat
kepadanya dan menjadi bimbingan kepada Bani Israel. Malah Allah telah
mempertemukan Musa a.s. dengan Rasulullah dalam kisah Isra‟nya. Jangan
syak tentang pertemuan ini.
Kalaulah Nabi Musa a.s. telah dikurniakan Kitab Taurat dan dalam Taurat
telah menyatakan kemunculan Rasulullah, dan mengajar kepercayaan kepada
Allah yang Esa, maka Al-Quran adalah alternatif kepada Taurat yang telah
diubah-ubah itu. Mereka tahu kerana di antara mereka adalah ulama-ulama
besar Bani Israel. Al-Quran juga seperti Taurat memberi hidayah kepada Bani
Israel, malah beberapa ulama-ulama besar telah wujud dari kalangan mereka
dan menjadi IMAM/ketua mendakwah kepada hidayah Allah. Mereka-mereka
ini sangat yakin dan patuh pada ayat-ayat Allah. Semuanya ini melalui
kesabaran yang tinggi dari Musa a.s. dan para sahabatnya dalam menghadapi
Bani Israel dan menganjurkan akidah kepada Allah.
Jika mereka boleh menerima Taurat, mengapa mereka tidak boleh menerima
Al-Quran? Mereka berselisih faham dengan sesama mereka dan dengan nabi-
nabi yang diutuskan. Pertelingkahan telah berlaku di antara mereka tentang
beberapa isu-isu besar dan Allah berjanji akan menjadi Hakim menyelesaikan
pertikaian itu di hari Kiamat nanti.

15

Ayat-Ayat 26-27

‫أَ َولَ ْم يَ ْه ِد لَ ُه ْم َك ْم أَ ْهلَ ْك َنا ِم ْن قَ ْبلِ ِه ْم ِم َن الْ ُق ُرو ِن يَ ْم ُشو َن فِي َم َسا ِك ِن ِه ْم ِإ َّن فِي َذلِ َك لآيَا ٍت أَفَلا‬
‫)أَ َولَ ْم يَ َر ْوا أَنَّا نَ ُسو ُق الْ َما َء ِإلَى الأ ْر ِض الْ ُج ُر ِز فَ ُن ْخ ِر ُج بِ ِه َز ْرعًا تَ ْأ ُكلُ ِم ْنهُ أَ ْن َعا ُم ُه ْم‬٢٦( ‫يَ ْس َم ُعو َن‬

)٢٧( ‫َوأَ ْن ُف ُس ُه ْم أَفَلا يُ ْب ِص ُرو َن‬

Mafhumnya,
Tidakkah bagi orang-orang yang mendustakan Al-Quran itu INSAF tentang
berapa banyak orang-orang seperti mereka yang TERDAHULU yang telah
dihancurkan, berkurun-kurun lamanya dulu, dan jika mereka pergi melihat
BEKAS-BEKAS tempat tinggal mereka itu, yang ada hanyalah kesan
kemusnahan sahaja. Semuanya ini akan menjadi pengajaran berguna kepada

mereka. Tidak bolehkah mereka berfikir?)۲۶( (inilah akibat tidak mahu
beriman kepada Allah dan Kitab-KitabNya). Tidakkah mereka TERFIKIR
bagaimana Kami telah mengalirkan air ke arah tanah-tanah kontang dan
sekali gus menyuburkan tanah itu dan mengeluarkan hasil tani yang ianya
kemudian digunakan sebagai makanan kepada binatang-binatang ternakan
mereka dan menjadi sumber makanan mereka sendiri. Tidak mahukah

mereka terfikir? (siapakah yang mengadakan semuanya ini).)۲۷(
Tafsirnya,
Ayat di atas menegaskan betapa orang-orang yang menolak kerasulan dan
ajaran Kitab-Kitab Rasul-Rasul/Nabi-Nabi telah hancur dan musnah,
walaupun mereka pernah berkuasa dan masyhur. Yang tinggal hanya kesan
kemusnahan. Sebabnya ialah kesombongan mereka kepada Rasul dan Nabi
serta mereka menolak Kitab Allah. Ini menjelaskan betapa percaya kepada
Kitab Allah sangat dititikberatkan oleh Allah.
Sebuah cerita tentang tanah Mesir yang kontang. Sejak Amrubnil „As menjadi
khalifah di Mesir, maka amalan menyerah gadis cantik untuk „korban‟ agar air
Sungai Nile melimpah semula telah dihentikan. Berlaku tanah kontang dan
tidak ada air dan tanaman tidak subur. Orang Mesir pergi menemui Amrubnil
‟As dan berkata kepadanya, „Dulu jika keadaan begini berlaku, kami akan
mencari seorang gadis cantik dan mohon dari bapanya untuk menjadi korban ke
Sungai Nile. Kami akan pakaikannya dengan pakaian cantik dan beliau
dihumban ke dalam sungai, lantas sungai itu akan melimpahkan airnya.‟
Jawab Amrubnil „As, “Oh tidak, ianya haram dalam Islam.” Lantas Amrubnil
‟As meminta pandangan Umar Ibnu Khattab dan beliau menulis sesuatu dan
meminta Amrubnil „As mencampakkan tulisan itu ke dalam Sungai Nile. Selepas
berbuat demikian, maka esoknya Sungai Nile melimpahkan semula airnya
tanpa perlu kepada korban wanita. Catitan tulisan Umar bermaksud begini,

16

“Dari Abdullah Omar Amirul Mukminin kepada Nile ahli Mesir, engkau
pernah mengalirkan air sebelum ini dan sekarang ini terhenti. Jika

yang mengalirkan engkau dahulu ialah dari Allah Yang Maha Esa,
maka aku memohon kepada Yang Maha Esa supaya engkau

mengalirkan air sekarang ini.”

Setelah kertas tulisan itu dicampak ke dalam sungai pada hari Sabtu, maka
malamnya itu air sungai Nile telah melimpah ke tebing sedalam 7 hasta.
Begitulah, Allah telah mencipta air dan menghidupkan tanah kontang dan
mengeluarkan hasil untuk makanan kita dan makan bintang ternakan kita.
Takkanlah beriman kepadaNya satu yang berat?

Ayat-Ayat 28-30

‫أَ َولَ ْم يَ َر ْوا أَنَّا نَ ُسو ُق الْ َما َء ِإلَى الأ ْر ِض الْ ُج ُر ِز فَ ُن ْخ ِر ُج بِ ِه َز ْرعًا تَ ْأ ُكلُ ِم ْنهُ أَ ْن َعا ُم ُه ْم َوأَ ْن ُف ُس ُه ْم أَفَلا‬
‫)قُلْ يَ ْومَ الْ َف ْت ِح لا يَ ْن َف ُع الَّ ِذي َن‬٢٨( ‫) َويَ ُقولُو َن َم َتى َه َذا الْ َف ْت ُح ِإ ْن ُك ْن ُت ْم َصا ِدقِي َن‬٢٧( ‫يُ ْب ِص ُرو َن‬
‫ُم ْن َت ِظ ُرو َن‬ ‫ِإنَّ ُه ْم‬ ‫َوا ْن َت ِظ ْر‬ ‫ِإي َمانُ ُه ْم‬
)٣١( ‫َع ْن ُه ْم‬ ‫)فَأَ ْع ِر ْض‬٢٩( ‫يُ ْنظَ ُرو َن‬ ‫ُه ْم‬ ‫َولا‬ ‫َك َف ُروا‬

Mafhumnya,

Orang-orang kafir secara sinis bertanya, „Bila agaknya akan berlaku „Hari

Kemenangan‟ (yang diwar-warkan oleh kamu selama ini) jika benar apa yang

kamu kata selama ini?‟)۲۸( Jawablah kepada mereka Wahai Muhammad „Hari

kemenangan itu pasti menjelang dan pada masa itu tiada gunanya lagi, jika
orang-orang kafir hendak beriman dan pada hari itu tiada sebarang

penyeksaan dan pembalasan ditangguhkan lagi.‟)۲۹( Justeru, Wahai
Muhammad, jangan peduli cakap-cakap mereka, jauhilah diri kamu dari
mereka yang kufur itu dan tunggulah harinya dan sesungguhnya mereka juga

sedang menunggu hari balasan mereka.)۳۱(
Tafsirnya,
Orang-orang yang beriman dengan Allah telah mengetahui bahawa adanya

Hari Akhirat di mana Allah akan menghakimi kita atas semua amalan. Hari
itu ialah hari Allah memisahkan yang kufur dari yang beriman. Hal ini

diceritakan kepada orang-orang kafir dan secara mengejek mereka bertanya,
„Mana hari itu? Bila kamu akan menang ke atas kami? Itulah kepercayaan
kamu, buktikanlah!‟ Inilah kata-kata ejekan mereka.

Rasulullah diminta menjawab, „Wahai orang yang kufur, jika datangnya hari
itu, maka iman dan amal kamu tidak lagi berguna dan segala seksaan akan

dekat pada kamu dan tidak dilewatkan.‟ Jadi Wahai Muhammad, tidak usah
peduli cakap-cakap mereka itu dan tunggulah pertolongan Aku dan
kebinasaan mereka juga sedang menempah kekalahan dari kamu.

17

Sinopsis Ayat terakhir ini, sama ada dia seorang muslim atau kafir, jika
mereka was-was tentang Al-Quran itu, maka biarkanlah mereka dengan
kepercayaan mereka dan serahkan mereka kepada Allah kerana hari
PEMBALASAN tetap akan datang. Sama-sama kita tunggu kedatangannya.

18

SURAH YASIN
MUKADIMAH
Surah ini adalah Surah ke-36, mengandungi 83 ayat dan diturunkan di
Mekah.
Ya Sin (inilah dia Surah Yasin). Berdasarkan kepada hadis, “Allah pernah
membaca Surah Toha dan Surah Yasin dua ribu tahun sebelum Allah
memulakan penciptaan Adam a.s. Apabila para Malaikat mendengarnya,
maka mereka berkata „Bertuahlah umat yang akan diturunkan kedua-dua
Surah tersebut, bertuahlah lidah-lidah yang membaca Surah-Surah tersebut
dan bertuahlah mereka-mereka yang menghafaz Surah-Surah tersebut.‟”
(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 364
Juzu‟ 7)
TAFSIRAN
Ayat-Ayat 1-7

‫)تَ ْن ِزيلَ الْ َع ِزي ِز‬٤( ‫)عَلَى ِص َرا ٍط ُم ْس َت ِقي ٍم‬٣( ‫) ِإنَّ َك لَ ِم َن الْ ُم ْر َسلِي َن‬٢( ‫) َوالْ ُق ْرآ ِن الْ َح ِكي ِم‬١( ‫يس‬
‫)لَ َق ْد َح َّق الْ َق ْولُ َعلَى أَ ْك َث ِر ِه ْم فَ ُه ْم لا‬٦( ‫)لِ ُت ْن ِذ َر قَ ْو ًما َما أُ ْن ِذ َر آبَا ُؤ ُه ْم فَ ُه ْم غَافِلُو َن‬٥( ‫ال َّر ِحي ِم‬

)٧( ‫يُ ْؤ ِم ُنو َن‬

Mafhumnya,
Aku bersumpah.)۱( Demi Al-Quran yang penuh dengan HIKMAH-HIKMAH itu.
)۲(Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) adalah dari kalangan Rasul-
RasulKu yang diutuskan.)۳( Ke arah menganjurkan seseorang itu kepada
jalan-jalan Agama/Ad-Deen yang Istiqamah (dengan imannya kepada Allah).)۴(
Dan jalan-jalan Agama/Ad-Deen ini sebenarnya adalah diTURUNkan terus
dari Allah yang Maha PERKASA dan Maha Rahmat.)۵( Penurunannya itu
bermatlamatkan supaya dapat memberi kata pesanan kepada kaum-kaum
yang kufur itu yang tidak pernah dipesankan oleh datuk nenek mereka selama
ini sehingga menjadikan mereka LALAI (kepada beriman dengan Allah).)۶(
Namun begitu, Allah telah menetapkan ke atas kebanyakan mereka akan terus
kufur dan mereka tidak akan menjadi orang yang beriman (kepada Allah).)۷(
Tafsirnya,

1) Allah bersumpah dengan Al-Quran kerana kepentingan Al-Quran
terlalu besar kepada satu agama atau Ad-Deen.

19

2) Al-Quran mencatitkan sumber hukum-hukum yang mempertegakkan
satu agama dan ia sebagai sumber kepada seluruh hikmah dan penuh
kata-kata nasihat.

3) Allah mengisytiharkan Muhammad sebagai RasulNya, yang berpegang
kepada Al-Quran dan membawa risalah bagi menyampaikan Ad-Deen
kepada orang-orang Arab dan dunia semua supaya berpegang pada
agama Allah dan beriman denganNya menjauhkan kekufuran dan
azabNya.

4) Allah menurunkan Al-Quran terus dariNya yang bersifat „mengenakan
hukum/takzir dan berkuasa di atasnya‟ serta penuh rahmat yang
mengistimewakan yang beriman dari yang kufur.

5) Semua manusia perlu disampai khabar inzar, yang memberitahu
tentang azab yang bakal diterima kepada yang tidak beriman dan yang
kufur. Dengan inzar ini mereka tidak akan LALAI. Lalai sama ada dari
menzikirkan Allah, lalai di antara keluar fajar hingga tenggelam
matahari dan lalai seseorang itu kepada dirinya tentang agama.

6) Kebanyakan ahli Mekah yang degil tidak menerima Iman, telah
ditetapkan dalam Ummul Kitab yang mereka terus kufur. Apa pun
sebelum penetapan ini mereka telah memilih tidak beriman tidak
memberi kesan ke atas inzar yang disampaikan. Tetapi kebanyakan
manusia mungkin dapat menerima Allah sebagai Tuhan mereka.

Ayat-Ayat 8-12
Mafhumnya,

‫) َو َج َع ْل َنا ِم ْن بَ ْي ِن أَ ْي ِدي ِه ْم َس ًّدا َو ِم ْن‬٨( ‫إِنَّا َج َع ْل َنا فِي أَ ْع َناقِ ِه ْم أَ ْغلالا فَ ِه َي ِإلَى الأ ْذقَا ِن فَ ُه ْم ُم ْق َم ُحو َن‬
‫) َو َس َواءٌ َعلَ ْي ِه ْم أَأَ ْن َذ ْرتَ ُه ْم أَمْ لَ ْم تُ ْن ِذ ْر ُه ْم لا يُ ْؤ ِم ُنو َن‬٩( ‫َخ ْل ِف ِه ْم َس ًّدا فَأَ ْغ َش ْي َنا ُه ْم فَ ُه ْم لا يُ ْب ِص ُرو َن‬
‫) ِإنَّا نَ ْح ُن‬١١( ‫) ِإنَّ َما تُ ْن ِذ ُر َم ِن اتَّ َب َع ال ِّذ ْك َر َو َخ ِش َي ال َّر ْح َم َن بِالْ َغ ْي ِب فَ َب ِّش ْر ُه بِ َم ْغفِ َر ٍة َوأَ ْج ٍر َك ِري ٍم‬١١(

)١٢( ‫نُ ْح ِيي الْ َم ْوتَى َونَ ْك ُت ُب َما قَ َّد ُموا َوآثَا َر ُه ْم َو ُكلَّ َش ْي ٍء أ ْح َص ْي َنا ُه فِي ِإ َما ٍم ُم ِبي ٍن‬

20

Kami belenggukan kedua-dua tangan mereka melalui bawah dagu dan kedua-
dua tangan tadi mendongakkan kepala mereka ke atas dan mereka

berkeadaan terdongak.)۸( Di hadapan mereka dihadang dengan litupan
manakala belakang mereka pula dihadang juga dengan satu litupan lain dan

mereka hampir pitam maka mereka terus tidak dapat melihat apa-apa pun.)۹(
Sama ada engkau terus mendakwah kepada mereka atau tidak mendakwah

apa-apa, mereka akan tetap tidak mahu beriman.)۱۱( Yang boleh menerima
pesanan INZAR ialah orang-orang yang beriman mengikut Al-Quran, dan pada
masa yang sama takut kepada Allah, walau pun mereka tidak dapat
melihatNya, maka beritahulah kepada mereka Wahai Muhammad yang mereka
akan diberi pengampunan atas dosa-dosa mereka yang lalu dan dikurniakan

pahala yang mewah dari Allah.)۱۱( Percayalah bahawa Kamilah yang telah
menghidupkan semula mereka yang telah mati dan telah bertanggungjwab
mencatit segala amalan-amalan mereka yang lalu dan kesan-kesan dari
amalan lalu mereka itu dan semuanya itu terdapat perkiraannya dalam kitab

yang nyata (Ummul kitab).)۱۲(
Tafsirnya,
Mengikut pendapat Jumhur Ulama Tafsir, ayat-ayat di atas adalah satu
misalan yang diberi Allah menyifatkan hal orang-orang yang kufur yang tidak
mahu dan tidak melihat kebenaran. Kesungguhan mereka meneruskan hidup
kufur mereka itu dan keengganan mereka memberi ruang untuk cuba
memahami kebenaran samalah dengan orang yang dibelenggu kedua tangan
mereka ke bawah rahang muka mereka dan kedua-dua tangan ke belakang
sehingga mereka mendongak ke atas. Semuanya kaku dan tidak fleksibel
malahan kepala mereka ke atas dan tiada ada-apa yang dapat dilihat tentang
kebenaran Allah.
Misalan kedua pula seolah-olah mereka dipasung dalam satu tempat sempit di
mana hadapan belakang mereka diapit dengan dinding dan dalam keadaan itu
mereka hampir hilang akal dan mustahil dapat melihat kebenaran. Kedua-
dua misalan di atas menggambarkan yang mereka tiada HIDAYAH dari Allah
kerana kedegilan mereka dan kemungkiran mereka pada ayat-ayat Allah.
Oleh itu, seperti menuang air ke atas daun keladi, sebarang dakwah atau inzar
dari Rasulullah tidak akan memberi bekas kepada mereka, apa lagi kalau kita
harap mereka akan beriman. Oleh itu pesan Allah pada Muhammad agar
tidak membuang masa pada mereka ini.
Jadi orang-orang yang berkemungkinan menerima dakwah dan inzar ini ialah,

1) Mereka yang mahu mengkaji Al-Quran itu dan menerima saranan
Iman di dalamnya.

2) Mereka yang takut kepada Kebaikan Allah dengan RahmatNya agar
TIDAK ditarik balik rahmatNya itu.

21

3) Mereka percaya ghaib Allah tidak bermakna Allah itu tiada.

4) Mereka meyakini adanya bangkit semula dan akhirat sebagai hari
balas dosa/pahala atas amalan mereka.

Orang-orang begini dijanjikan Allah akan diberi PENGAMPUNAN di atas semua
dosa-dosa mereka dan sekali gus mendapat pahala dari Allah Yang Maha
Pemurah itu.
Rupa-rupanya, meneliti ayat-ayat Al-Quran dan menerima kesan dari
peringatan-peringatan di dalamnya BOLEH membawa kepada beriman yang
sekali gus membawa kepada pengampunan semua dosa-dosa kita. Inzar dan
peringatan yang memberi kesan kepada ahli zikrullah kerana mereka yang
sentiasa terdedah kepada penyaksian keAgungan Allah, dan dengan segala
nasihat yang ada dalam ayat-ayat Allah akan menambahkan rasa TAKZIM
kepada Allah dalam hati mereka dan membawa kepada peningkatan UBUDIAH
kita kepada Allah.
Kesan realiti atas amal soleh yang kita lakukan ialah setelah Allah
menghidupkan kita semula selepas mati nanti kita akan mendapati catitan
segala amalan-amalan baik tersebut berserta pahalanya dan juga kesan
amalan baik tersebut dari segi pengaruhnya kepada orang lain dan pahalanya
kepada kita. Hal ini bersandarkan satu hadis riwayat dari Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah pernah bersabda,
“Apabila mati anak Adam, semua amalannya akan terputus KECUALI 3
perkara, iaitu anak lelaki soleh yang mendoakannya, hasil ajaran ilmu darinya
yang telah memberi manfaat kepada yang lain dan sedekah jariah selepas dia
bersedekah.”
(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 566 Jilid 3)
Begitu juga dengan kesan tinggalan buruk yang berterusan, mengikut hadis
riwayat Said bin Jabir; bersabda Rasulullah, ”Sesiapa yang mengunjurkan
sesuatu amalan dan diamal oleh sesuatu kaum kemudiannya, JIKA ianya
menjana KEBAIKAN maka mereka akan mendapat pahala sama seperti yang
diterima pengamal dan sedikit pun tidak kurang, dan JIKA ianya menjana
KEJAHATAN maka mereka akan mendapat dosa sama seperti yang diterima
oleh pengamal kejahatan itu dan sedikit pun tidak kurang dari yang diperolehi
pengamal nya.”
(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 566 Jilid 3)
Semua catitan ini dibuat dalam „kitabamal‟ yang disaksikan ke atas mereka
atas semua perlakuan baik dan jahat. Setiap orang dibangkit dan dihisab di
Akhirat dengan cara membawa KITAB-KITAB ini bersama-sama mereka.
Ayat-Ayat 13-17

22

‫) ِإ ْذ أَ ْر َس ْل َنا ِإلَ ْي ِه ُم اثْ َن ْي ِن فَ َك َّذبُو ُه َما‬١٣( ‫َوا ْض ِر ْب لَ ُه ْم َم َثلا أَ ْص َحا َب الْ َق ْريَ ِة ِإ ْذ َجاءَ َها الْ ُم ْر َسلُو َن‬
‫)قَالُوا َما أَ ْن ُت ْم ِإلا بَ َش ٌر ِم ْثلُ َنا َو َما أَ ْن َزلَ ال َّر ْح َم ُن ِم ْن َش ْي ٍء‬١٤( ‫فَ َع َّز ْزنَا بِ َثالِ ٍث فَ َقالُوا ِإنَّا ِإلَ ْي ُك ْم ُم ْر َسلُو َن‬
‫) َو َما َعلَ ْي َنا ِإلا الْ َبلا ُغ الْ ُم ِبي ُن‬١٦( ‫)قَالُوا َربُّ َنا يَ ْعلَ ُم ِإنَّا ِإلَ ْي ُك ْم لَ ُم ْر َسلُو َن‬١٥( ‫ِإ ْن أَ ْن ُت ْم ِإلا تَ ْك ِذبُو َن‬

)١٧(

Mafhumnya,
Wahai Muhammad, berikanlah kepada mereka (orang-orang Jahiliyah) satu
perbandingan (dari segi penolakan mereka terhadap dakwah engkau) mengenai
penduduk sebuah bandar (Intokiah) yang kufur pada Allah dan mereka

didatangi oleh pendakwah-pendakwah.)۱۳( Ingatlah ketika itu, mula-mula
Kami menghantar dua orang (yang menyampaikan dakwah mereka dengan
mengajak mereka kepada keimanan) dan mereka berdua dituduh sebagai
pembohong/pendusta. Kemudian Kami telah memperkuatkan misi dengan
menghantar orang yang ketiga dan kesemua mereka berkata „Sesungguhnya
kami ini adalah rasul utusan kepada kamu semua (untuk menyeru kamu

kepada keimanan)‟.)۱۴( Penduduk bandar itu menjawab, “Mana ada manusia
yang dihantar menjadi Rasul, apa beza kamu dengan kami sebagai manusia,
dan Allah yang Rahman itu tidak akan menghantar apa-apa pada kami, dan

kamu sebenarnya adalah pembohong”.)۱۵( Jawab rasul-rasul itu, „Tuhan

kami, Allah, sangat tahu yang kami ini adalah utusan kepada kamu semua.)۱۶(

Dan tugas kami hanyalah sebagai penyampai yang nyata.‟)۱۷(
Tafsirnya,
Allah mahu Nabi Muhammad yang sedang menghadapi reaksi negatif dari
orang-orang Jahiliyah di Mekah supaya membandingkan mereka dengan
reaksi penduduk Intokiah di mana rakyat dan raja mereka adalah penyembah
patung. Intokiah adalah sebahagian dari negeri Rom.
Kisah bermula apabila Nabi Isa a.s. telah menghantar dua orang utusannya ke
Intokiah dan menyeru mereka kepada Agama Allah. Inzar yang didakwahkan
itu bertujuan agar mereka beriman kepada Allah dan tidak menolak Rasul.
Kekufuran kaum Intokiah ini sama dengan orang Jahiliyah. Kedatangan
mereka ini dikecam dengan perkataan-perkataan pembohong dan pendusta.
Alasan mereka ialah yang Allah Maha Pengasih itu TIDAK sekali-kali akan
menghantar manusia untuk menjadi Rasul, tetapi sekurang-kurangnya ialah
Malaikat. Apa pun alasan-alasan yang diberi, para utusan Nabi Isa itu
menyatakan bahawa Allah mengetahui yang utusan-utusan itu adalah dari
Allah yang hanya menjalankan tugas menyampaikan amaran Allah agar
mereka beriman kepadaNya.

23

Ayat-Ayat 18 –19

‫)قَالُوا طَائِ ُر ُك ْم‬١٨( ‫قَالُوا ِإنَّا تَطَ َّي ْرنَا بِ ُك ْم لَ ِئ ْن لَ ْم تَ ْن َت ُهوا لَ َن ْر ُج َم َّن ُك ْم َولَ َي َم َّس َّن ُك ْم ِم َّنا عَ َذا ٌب أَلِي ٌم‬
)١٩( ‫َم َع ُك ْم أَئِ ْن ذُ ِّك ْرتُ ْم بَلْ أَ ْن ُت ْم قَ ْومٌ ُم ْس ِرفُو َن‬
Mafhumnya,

Penduduk-penduduk (Intokiah) berkata, “Sesungguhnya Kami terlalu bosan

dan tertekan dengan kamu semua (yang terus mendakwah kami), jika kamu

semua tidak berhenti dari mendakwah kami maka akan kami rejamkan kamu

dengan batu dan akan kami kenakan kamu dengan azab yang

menyakitkan.”)۱۸( Jawab para utusan itu, “Sebenarnya, kebosanan kamu itu
ialah yang ada dalam diri kamu sendiri, tidakkanlah menyakitkan kamu

semata-mata kerana kami memperingatkan kamu (kepada keimanan),
sebenarnya kamu semua adalah dari kalangan orang-orang yang

membazirkan hidup kamu.”)۱۹(
Tafsirnya,

Ayat di atas memberi kesimpulan yang orang didakwah itu akan merasa bosan
dan enggan meninggalkan kepercayaan mereka dan sebarang cubaan menarik
mereka kepada agama Allah adalah membosan dan menyakitkan. Itu bukan

alasan, tetapi masalah keimanan adalah isu akidah dan kebenaran yang harus
difikirkan oleh individu itu. Keengganan mereka adalah berpunca dari dalam
diri mereka sendiri. Dengan hanya menyeru mereka kepada beriman sudah

menimbulkan masalah kepada mereka yang kufur? Sudah tentu tidak.
Pendakwah hanya menyampaikan amanah Allah kepada manusia dan

terpulanglah kepada mereka untuk menerima atau menolaknya. Malah Allah
menganggap orang-orang yang tidak mahu menerima iman kepada Allah
adalah orang-orang yang membazirkan hidup mereka dan sia-sialah mereka

dalam hidup ini kerana tidak dapat membantu mereka dari balasan azab atas
kekufuran mereka. Ketiga-tiga utusan itu telah dibunuh oleh kaum Intokiah

itu.
Ayat-Ayat 20-25

‫)اتَّ ِب ُعوا َم ْن لا يَ ْسأَلُ ُك ْم أَ ْج ًرا‬٢١( ‫َو َجا َء ِم ْن أَ ْق َصى الْ َم ِدي َن ِة َر ُجلٌ يَ ْس َعى قَا َل يَا قَ ْو ِم اتَّ ِب ُعوا الْ ُم ْر َس ِلي َن‬
‫)أَأَتَّ ِخ ُذ ِم ْن ُدونِ ِه آلِ َه ًة ِإ ْن‬٢٢( ‫) َو َما لِ َي لا أَ ْع ُب ُد الَّ ِذي فَطَ َرنِي َو ِإلَ ْي ِه تُ ْر َج ُعو َن‬٢١( ‫َو ُه ْم ُم ْه َت ُدو َن‬
‫) ِإنِّي ِإ ًذا لَ ِفي َضلا ٍل ُم ِبي ٍن‬٢٣( ‫يُ ِر ْد ِن ال َّر ْح َم ُن بِ ُض ٍّر لا تُ ْغ ِن َع ِّني َش َفاعَ ُت ُه ْم َش ْي ًئا َولا يُ ْن ِق ُذو ِن‬

)٢٥( ‫) ِإنِّي آ َم ْن ُت بِ َربِّ ُك ْم فَا ْس َم ُعو ِن‬٢٤(

24

Mafhumnya,
(Berbalik pada misi utusan-utusan ke Intokiah dan penahanan ketiga-tiga

utusan itu) maka pada masa yang sama telah datang seorang lelaki kampung
biasa (namanya Habib Najjar) dan bertegas menyeru kaumnya dengan berkata,

“Wahai kaumku, ikutlah ajaran-ajaran yang disampaikan oleh utusan-utusan

itu.)۲۱( Kamu ikuti ajarannya itu tanpa upah (untuk diri mereka) dan mereka

itu adalah orang-orang yang telah memperolehi hidayah Allah.)۲۱( Apa yang
boleh menghalang aku daripada melakukan ibadat dengan ikhlas kepada Allah

yang telah menciptaku dan kepadaNya akan aku berpulang nanti?)۲۲( Adakah

patut aku menyembah selain dari Allah, di mana jika sesuatu bala diturunkan
oleh Allah yang Rahman itu, tidak dapat diatasi oleh syafaat selain dari Allah

itu dan mereka sendiri pun tidak terlepas dari mudarat itu?)۲۳( Kalaulah

begitu, aku akan berada sebagai orang sesat nyata?)۲۴( Oh tidak, aku tetap
akan beriman dengan Allah, Tuhan Pembimbingku, maka wahai kaumku,

dengarlah baik-baik nasihatku ini.”)۲۵(

Tafsirnya,
Setelah kata-kata Habib Najjar itu dikeluarkan maka kaumnya telah
membunuhnya, membunuhnya kerana menyokong secara terang-terangan

kepada utusan-utusan Nabi Isa a.s. itu. Habib Najjar ini yang dikenali sebagai
Ali Yasin adalah korban Syahid kerana mempertahankan agama Allah.

Setelah beliau meninggal maka Allah telah meminta beliau memasuki
Syurganya.
Ayat-Ayat 26-29

‫)بِ َما غَ َف َر لِي َربِّي َو َج َعلَ ِني ِم َن الْ ُم ْك َر ِمي َن‬٢٦( ‫قِيلَ ا ْد ُخ ِل الْ َج َّن َة قَالَ يَا لَ ْي َت قَ ْو ِمي يَ ْعلَ ُمو َن‬
‫) ِإ ْن َكانَ ْت ِإلا‬٢٨( ‫) َو َما أَ ْن َزلْ َنا عَلَى قَ ْو ِم ِه ِم ْن بَ ْع ِد ِه ِم ْن ُج ْن ٍد ِم َن ال َّس َما ِء َو َما ُك َّنا ُم ْن ِزلِي َن‬٢٧(
)٢٩( ‫َص ْي َحةً َوا ِح َدةًفَ ِإ َذا ُه ْم َخا ِم ُدو َن‬
Mafhumnya,

25

Allah berkata kepadanya (Habib Najjar), masuklah Wahai Habib ke dalam
SyurgaKu! Maka (dengan terpegun dan terpesona) ia berkata, “Kalaulah

kaumku tahu bagaimana Allah telah memperlakukan kebaikan kepadaku
(nescaya mereka tidak menolak sarananku agar beriman dengan utusan-

utusan itu).)۲۶( Dengan cara memberi pengampunan ke atas semua dosa-

dosaku dan menempatkan aku di tempat yang termulia dan dimuliakan.)۲۷(
Selepas peristiwa pembunuhan itu, maka Kami telah menurunkan jumlah

bala tenteraKu (para Malaikat) dari langit sana untuk memusnahkan kaum

yang khianat itu, dan hal ini terlalu mudah untuk Kami lakukannya.)۲۸(
Dengan satu jeritan (dari Jibril a.s.) maka semua kaum Intokiah itu

tersungkur mati.)۳۱(

Tafsirnya,

Kesimpulannya, orang-orang yang menyokong Allah dan Rasulnya
ditempatkan di tempat yang mulia, iaitu dalam Syurga Allah. Suara dari
kubur ini menunjukkan bahawa Allah memberi “gelaran” KARAMAH pada

Habib Najjar dan beliau terpegun mengapa kaumnya menolak begitu sahaja
rahmat Allah yang boleh memberi kebajikan pada mereka di dunia dan di
akhirat. Selanjutnya, Allah menyatakan sesalanNya ke atas orang-orang yang

tidak mahu menerima Allah dan beriman denganNya melalui ayat berikut.
Ayat-Ayat 30-32

‫)أَلَ ْم يَ َر ْوا َك ْم أَ ْهلَ ْك َنا قَ ْبلَ ُه ْم‬٣١( ‫يَا َح ْس َرةً عَلَى الْ ِع َبا ِد َما يَ ْأتِي ِه ْم ِم ْن َر ُسو ٍل ِإلا َكانُوا بِ ِه يَ ْس َت ْه ِزئُو َن‬
‫َج ِمي ٌع‬ ‫) َو ِإ ْن‬٣١( ‫يَ ْر ِج ُعو َن‬ ‫ِإلَ ْي ِه ْم‬ ‫الْ ُق ُرو ِن‬ ‫ِم َن‬
)٣٢( ‫ُم ْح َض ُرو َن‬ ‫لَ َد ْي َنا‬ ‫لَ َّما‬ ٌّ‫ُكل‬ ‫لا‬ ‫أَنَّ ُه ْم‬

Mafhumnya,

Wahai hamba-hambaKu, kesal sungguh di atas keterlaluan kamu itu, mana-
mana Rasul yang diutuskan pada kamu nescaya kamu memperlekehkan

mereka, menuduh mereka pembohong dan ingkar ianya dari Al-Haq.)۳۱(
Lihatlah di sekeliling kamu, bagaimana kesan-kesannya dari tinggalan
runtuhan dan kehancuran sebelum kamu, sejak berkurun-kurun lalu,
sedangkan kamu semua tidak pernah mengambil ingatan darinya (apakah

sebab-sebab berlaku hal demikian?).)۳۱( Dan semua makhluk-makhluk yang
lalu dan terkemudian akan berkumpul di hadapanKu untuk hisab semua

amalannya.)۳۲(
Kesimpulan dari Ayat-Ayat 30-32 ialah,

26

1) Jangan degil untuk menerima Allah dan beriman denganNya. Rasul
dan utusan-utusan Allah hanya menyampaikan dan dirilah yang akan
menentukan penerimaannya. Oleh itu berimanlah kepada Rasul yang
diutuskan (misalnya beriman dengan Muhammad s.a.w.) dan
menerima ajarannya melalui Kitab yang dibawanya.

2) Rasul adalah dari kalangan manusia dan berbekalkan Kitab dia
menyeru kita kepada Allah. Berimanlah denganNya di akhirat nanti
sepenuh hati.

3) Sokonglah Allah dan Rasul dengan cara mengajak orang lain beriman.
Amalan yang baik akan dibalas Syurga dari Allah dan diberi
kemuliaan.

4) Kebodohan manusia ialah mempercayai selain dari Allah mempunyai
kuasa. Muhasabahlah diri, sejauh mana keimanan kita dan jangan
menjadi manusia yang sia-sia hidupnya.

27

Ayat 33-36

‫) َو َج َع ْل َنا فِي َها َج َّنا ٍت ِم ْن‬٣٣( ‫َوآيَةٌ لَ ُه ُم الأ ْر ُض الْ َم ْي َتةُ أَ ْح َي ْي َنا َها َوأَ ْخ َر ْج َنا ِم ْن َها َح ًّبا فَ ِم ْنهُ يَ ْأ ُكلُو َن‬
‫)لِ َي ْأ ُكلُوا ِم ْن ثَ َم ِر ِه َو َما عَ ِملَ ْتهُ أَ ْي ِدي ِه ْم أَفَلا يَ ْش ُك ُرو َن‬٣٤( ‫نَ ِخي ٍل َوأَ ْع َنا ٍب َوفَ َّج ْرنَا فِي َها ِم َن الْ ُع ُيو ِن‬
‫َو ِم َّما‬ ‫أَ ْن ُف ِس ِه ْم‬ ‫َو ِم ْن‬ ‫تُ ْن ِب ُت‬ ‫ِم َّما‬ ‫ُكلَّ َها‬ ‫الَّ ِذي‬
)٣٦( ‫يَ ْعلَ ُمو َن‬ ‫لا‬ ‫الأ ْر ُض‬ ‫الأ ْز َوا َج‬ ‫َخلَ َق‬ ‫) ُس ْب َحا َن‬٣٥(

Mafhumnya,

Dan di antara dalil yang terang untuk mereka memahami kekuasaan dan

ketuhanan Allah ialah BUMI yang kontang. Kami suburkan dan hidupkan

bumi itu dan darinya akan mengeluarkan biji-bijian dan dari biji-bijian inilah

yang telah menjadi makanan mereka.)۳۳( Dan juga dari bumi itu Kami

jadikannya sebagai kebun-kebun berskala besar dari jenis tanaman kurma
dan anggur. Yang menghidupkan tanah itu bukan saja hujan tetapi pancaran

mata air dari dalam tanah.)۳۴( Dan dengan lambakan biji-bijian ini maka
ianya menjadi sumber makanan mereka dan sebenarnya bukanlah semua ini

hasil ciptaan tangan mereka (walau pun mereka yang mengerjakan tanah-
tanah itu). Dengan habuan yang terjadi ini, tidakkah boleh mereka

bersyukur? (dan menerima Aku sebagai Tuhan mereka?).)۳۵( Maha Suci Allah,
yang telah mencipta semuanya ini dan mencipta berdasarkan jantinanya,

sama ada ianya dari tumbuh-tumbuhan di bumi ini atau ciptaan diri mereka

sendiri dan juga ciptaan-ciptaan lain yang mereka tidak mengetahuinya.)۳۶(
Tafsirnya,
Ayat di atas ini meminta kita berfikir dengan melihat kepada rezeki yang kita

makan setiap hari. Dalil yang paling nyata, paling terserlah tentang kuasa
Allah sebagai PENCIPTA dan menghidupkan semula yang mati, ialah
misalannya dengan melihat kepada tanah yang kering kontang. Apabila

diturunkan hujan maka tanah itu akan bertindak dan subur serta boleh
ditanam dengan tanaman biji-bijian, seperti gandum, beras dan lain-lain

makanan asasi manusia.
Sebenarnya inilah kuasa Allah sebagai Pencipta. Dengan ruang tanah yang
ada dan dipancarkan mata air dari dalam bumi, maka kawasan yang berskala

besar pula boleh mengeluarkan buah-buahan seperti kurma dan anggur dan
seluruh dunia dapat merasai kelazatannya.
Manusia menggunakan teknologi, tenaga dan fikiran dalam mengeksploitasi

bumi Allah ini, TETAPI Allahlah yang telah menyediakan semuanya ini dan
mewujudkan konsep boleh subur tanah itu. Sesungguhnya, Dialah PENCIPTA

dan bukan tangan manusia itu. Tidakkah boleh kita bersyukur dan mengakui
ketuhananNya Allah, sekurang-kurangnya sewaktu kita memakan rezeki-
rezeki tersebut?

28

Satu rahsia CIPTAAN Allah yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa jua ialah
Allah mencipta sesuatu itu berdasarkan jantinanya, positif-negatifnya,

berpasangannya dan ketentuan inilah meneruskan segala ciptaan Allah di atas
muka bumi ini. Carian sains akan menemukan kita dengan ciptaan Allah

yang tidak dapat disangkal lagi. Terimalah Allah sebagai Pencipta, yang telah
mencipta kita, mencipta sumber makanan kita dan mencipta tempat tinggal
kita serta kawasan sekitar kita.

Perkataan ‫ سبحان الذى‬yang digunakan dalam Ayat 36 di atas memberi gambaran

rasa „kagum‟ di atas keAgungan Allah yang berkeupayaan mencipta
ciptaanNya yang berbagai-bagai, menerusi ciptaan jantina, pasangan dan
postif-negatifnya, dan Maha Sucinya Allah dari tuduhan yang dilemparkan

kepada Allah yang tidak layak diberikan oleh orang yang kufur kepada Allah
dan syirik kepadaNya. Kekufuran inilah yang menjauhkan manusia itu dari
beriman kepada Allah dan bersyukur di atas segala-segala kurniaan Allah

kepada mereka itu.
Kita mohon pada Allah agar kita dapat berjejak di atas semua rahsia-

rahsiaNya, dan menumpang Nur dari cahaya kesan-kesan ciptaanNya, agar
Allah itu zahir dalam minda kita dengan tatapan semua nama dan sifat-
sifatNya, dan berkekalan dengan hakikat kesempurnaanNya sedangkan Ianya

ghaib dari kita. Inilah erti Iman kepadaNya.
Ayat-Ayat 37-40

‫) َوال َّش ْم ُس تَ ْج ِري لِ ُم ْس َت َق ٍّر لَ َها َذلِ َك تَ ْق ِدي ُر‬٣٧( ‫َوآيَةٌ لَ ُه ُم اللَّ ْيلُ نَ ْسلَ ُخ ِم ْنهُ ال َّن َها َر فَ ِإ َذا ُه ْم ُم ْظ ِل ُمو َن‬
‫)لا ال َّش ْم ُس يَ ْن َب ِغي لَ َها‬٣٩( ‫) َوالْ َق َم َر قَ َّد ْرنَا ُه َم َنا ِزلَ َح َّتى عَا َد َكالْ ُع ْر ُجو ِن الْ َق ِدي ِم‬٣٨( ‫الْ َع ِزي ِز الْ َع ِلي ِم‬
)٤١( ‫أَ ْن تُ ْد ِر َك الْ َق َم َر َولا اللَّ ْيلُ َسابِ ُق ال َّن َها ِر َو ُكلٌّفِي فَلَ ٍك يَ ْس َب ُحو َن‬
Mafhumnya,

Dan di antara dalil lain yang jelas dan terang untuk mereka berfikir ialah

kejadian MALAM. Kami sembunyikan siang daripadanya (melalui

tenggelamnya matahari siang) dan dengan serta merta berlakulah

KEGELAPAN dan terus mereka berada dalam gelap.)۳۷( Dan MATAHARI pula
bergerak dan kelihatan beredar dari tempat yang telah ditetapkan untuk

edarannya (mengelilingi bumi pada kadar 360 hari), dan fenomena ini adalah
satu PENENTUAN (takdir) dari Allah yang Maha PERKASA dan Maha

MENGETAHUI (kerja-kerjaNya).)۳۸( Dan BULAN pula ditakdirkan Allah beredar
melalui beberapa peringkat (dalam satu bulan 30 hari) sehingga di akhir

peredarannya kelihatan kembali pada peringkat awal berbentuk melengkung

seperti tandan kurma yang kering.)۳۹( Dengan ketentuan takdir Allah ini,

adalah PASTI sang matahari tidak akan mengejar bulan dan malam pula tidak
akan mandahului siang, kerana tiap-tiap satunya itu BEREDAR terapung-

apung di tempat edaran masing-masing.)۴۱(

29

Tafsirnya,
Apakah ertinya Ayat-Ayat ini pada Keimanan?
Kata Imam Nasafi, perkara cakerawala, bintang-bintang serta pergerakannya
telah menguasai hidup manusia di bumi ini, yang diberitakan sebagai
terapung-apung, berkeadaan „dulu kemudian‟ di antara satu sama lain,
kemungkinan pertembungan di antara satu sama lain, memperjelaskan
kefahaman ilmu sains cakerawala, adalah mengikut satu fenomena yang telah
ditetapkan oleh Allah mengikut ketetapan yang menakjubkan kita.
Ayat-ayat di atas yang menggunakan bahasa yang sebegitu rupa menjelaskan
keadaan sebenar pergerakan cakerawala, melibatkan pergerakan zat
cakerawala itu sendiri yang menggambarkan rahsia hidup ini, sama ada di
atas bumi mahu pun di langit sana dan menggabungkan dunia ini. Alangkah
TEPAT dan MENAKJUBKAN manusia yang berfikir.
Kita mohon pada Allah agar merestui kefahaman kita tentang HAKIKAT
semuanya ini dan ianya jauh dari kerosakan dan menggambarkan keAgungan
Allah yang Maha PENCIPTA. TIDAKKAH mahu kita menerima keAgungan
Allah itu dan beriman denganNya?
Ayat-Ayat 41-44

‫) َو ِإ ْن‬٤٢( ‫) َو َخلَ ْق َنا لَ ُه ْم ِم ْن ِم ْثلِ ِه َما يَ ْر َك ُبو َن‬٤١( ‫َوآيَةٌ لَ ُه ْم أَنَّا َح َم ْل َنا ذُ ِّريَّ َت ُه ْم فِي الْ ُف ْل ِك الْ َم ْش ُحو ِن‬
)٤٤( ‫) ِإلا َر ْح َمةً ِم َّنا َو َم َتاعًا ِإلَى ِحي ٍن‬٤٣( ‫نَ َش ْأ نُ ْغ ِرقْ ُه ْم فَلا َص ِري َخ لَ ُه ْم َولا ُه ْم يُ ْن َق ُذو َن‬

Mafhumnya,
Dan satu lagi dalil untuk mereka INSAF ialah ketika Kami telah melepaskan
zuriat mereka dari tenggelam sewaktu Kami bawa mereka belayar dalam kapal

yang sarat muatannya (dengan manusia, binatang dan lain-lain).)۴۱( Kapal itu

mereka telah menjadikan contoh untuk pengangkutan laut mereka.)۴۲( Jika
Kami KEHENDAKI, Kami boleh menenggelamkan mereka (dan jika Kami
biarkan mereka tenggelam) maka TIADA siapa yang boleh menghalangkan
Kami atau memberi pertolongan pada mereka, dan pastinya mereka tidak

dapat diselamatkan (maka PUPUSlah zuriat manusia di bumi ini).)۴۳( TETAPI
hanya dengan RAHMAT Kami sahaja mereka telah diberi nikmat untuk
meneruskan generasi manusia, itu pun hanya untuk beberapa waktu

sahaja.)۴۴(
Tafsirnya,
Ayat-ayat di atas menjelaskan peristiwa kapal Nabi Noh a.s. bersesama
haiwan-haiwan yang berpasangan yang dimuatkan sehingga sesak dan dibiar
belayar di atas permukaan air yang telah menenggelamkan semua yang ada di
bumi ini dalam kejadian banjir yang besar. Di bawah Rahmat Allah,
kumpulan anak-anak Nabi Noh a.s. ini telah diselamatkan untuk meneruskan
zuriat manusia di bumi ini selepas Adam a.s.

30

Jika kita benar-benar INSAF, itulah datuk nenek kita selepas Adam a.s. yang
bertanggungjawab atas ketidakpupusan zuriat manusia di bumi ini. Jika

Allah membiarkan kapal tersebut tenggelam dan pada masa itu tiada siapa
yang boleh menolong menyelamatkan mereka maka dengan kematian Noh a.s.

dan anak cucunya itu maka pupuslah zuriat manusia di bumi ini. Rahmat
Allah dan NikmatNya yang telah meneruskan zuriat Adam a.s. dan Noh a.s.,
inilah kita yang terus dilepaskan oleh Allah melalui RahmatNya yang

melepaskan bahtera Nabi Noh a.s. dengan zuriatnya.
Maka sayugialah dengan menerima nikmat dari Allah ini maka kita balas
dengan SYUKUR dan TAAT serta berijtihad ke jalan TAUHID dan MAKRIFAH

Allah. Inilah manifestasi keimanan pada Allah.
Kesimpulannya, ulangi membaca dan memahami 3 pesanan Allah ini agar ia

membuka minda kita kepada beriman dengan Allah.

1) Lihatlah persekitaran bumi di keliling kita, tanah yang kontang
dihidupkan dengan air dan memberi rezeki pada kita.

2) Lihatlah pada cakerawala di atas sana, ianya menggabungkan ciptaan
yang paling unik dan berfungsi untuk kita terima Allah sebagai
Pencipta yang TERAGUNG.

3) Keinsafan, maka kita adalah dari saki baki zuriat Nabi Noh a.s. yang
dilepaskan oleh Allah dan dapat meneruskan hidup di muka bumi.

Semuanya dengan Rahmat Allah dan NikmatNya. Tidakkah boleh kita
beriman dengan penuh TAKWA kepadaNya? Balasan kepada Nikmat

Allah ini ialah Kesyukuran, Ketaatan dan Berijtihad ke arah jalan
TAUHID dan MAKRIFAH dan inilah hakikat iman yang mahu
diterapkan Allah bila kita melewati ayat ini.

Ayat-Ayat 45-47

‫) َو َما تَ ْأتِي ِه ْم ِم ْن آيَ ٍة ِم ْن آيَا ِت‬٤٥( ‫َو ِإ َذا قِيلَ لَ ُه ُم اتَّ ُقوا َما بَ ْي َن أَ ْي ِدي ُك ْم َو َما َخ ْل َف ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْر َح ُمو َن‬
‫) َو ِإ َذا قِيلَ لَ ُه ْم أَ ْن ِف ُقوا ِم َّما َر َزقَ ُك ُم اّلَّل ُقَا َل الَّ ِذي َن َك َف ُروا لِلَّ ِذي َن‬٤٦( ‫َربِّ ِه ْم ِإلا َكانُوا عَ ْن َها ُم ْع ِر ِضي َن‬
)٤٧( ‫آ َم ُنوا أَنُطْ ِع ُم َم ْن لَ ْو يَ َشاءُ اّلَّل ُأَطْ َع َمهُ ِإ ْن أَ ْن ُت ْم ِإلا فِي َضلا ٍل ُم ِبي ٍن‬
Mafhumnya,

31

Dan apabila mereka didakwah dengan perkataan begini, “Bertakwa dan
berjaga-jagalah menghadapi semua urusan-urusan harian kamu (di dunia ini)
dan juga berjaga-jagalah menghadapi urusan „hari esok‟ kamu (hari akhirat
dengan balasannya) supaya kamu semua mendapat rahmat” (mereka tidak

mengindahkannya).)۴۵( (itulah respons mereka) Semua keterangan-keterangan
yang diutarakan pada mereka dari Allah Tuhan mereka tidak diterima dan

selalunya mereka berpaling dan menolaknya.)۴۶( Dan apabila diminta mereka
mengeluarkan sedikit sedekah dan derma dari rezeki yang mereka perolehi
dari Allah, jawab mereka kepada orang yang beriman dengan nada mengejek,
“Patutkah kami memberi makan kepada orang-orang yang jika Allah mahu
sepatutnya Dialah yang memberikannya? Kamu semua wahai orang yang

beriman adalah sesat yang nyata.”)۴۷(
Tafsirnya,
Ayat-ayat di atas menjelaskan sikap musyrikin yang menolak sebarang
nasihat. Bila dinasihat supaya hidup di dunia dengan beriman agar dengan
Iman itu mereka bahagia di dunia ini dan tidak melakukan maksiat dan
pastinya mereka beroleh rahmat dari Allah dan dijauhkan dari seksaan di
akhirat nanti, mereka menolak bulat-bulat seruan begini.
Apabila mereka didakwah agar beriman dengan ayat-ayat Allah, dengan cara
meneliti, menghalusi, menerima dan beramal dengannya, mereka menolak dan
tidak menerimanya. Apabila digalakkan mereka untuk berbuat kerja-kerja
kebajikan, termasuk bersedekah, maka mereka yang tidak bersyukur
menuduh orang yang beriman yang miskin sepatutnya dikayakan oleh Allah
kerana mereka beriman. Jika mereka mengharapkan lain dari Allah
memperkayakan mereka maka mereka sesat. Betapa angkuhnya mereka pada
ajaran-ajaran Allah.
Pada pembaca Surah ini, apabila kita melewati ayat-ayat ini pohonlah agar
Allah tidak mentakdir kita menjadi seperti mereka-mereka ini. Ini tidak hanya
terjadi kepada musyrikin sebenar, tetapi boleh juga terkena kepada orang yang
beriman tetapi bersikap seperti ini. Agar Allah memberi rahmat keimanan
pada kita.
Persoalan miskin kaya yang ada dalam satu masyarakat adalah lumrah hidup.
Sebuah hadis mencatitkan, “Jika Allah mahu semua kamu kaya-raya, maka
tiada seorang pun yang fakir, dan jika Allah mahu kamu semua fakir maka
tidak seorang pun yang kaya, TETAPI Allah menstabilkan masyarakat dengan
kaya dan miskin untuk MELIHAT bagaimana yang kaya MEMBANTU yang
miskin dan bagaimana yang MISKIN bersabar atas kemiskinannya.”

(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 406
Juzu‟ 7)

Memberi sedekah kepada yang memerlukan menepati 2 perkara pokok,

32

1) Menghormati keAgungan Allah yang telah mengurniakan rezeki pada
kita.

2) Melahirkan rasa simpati kapada makhluk Allah yang memerlukan.

Orang yang bakhil ialah orang yang tidak menghormati kurniaan Allah
kepadanya dan tidak bersimpati sesama makhluk.
Ayat-Ayat 48-50

‫) َما يَ ْنظُ ُرو َن ِإلا َص ْي َح ًة َوا ِح َدةً تَ ْأ ُخ ُذ ُه ْم َو ُه ْم‬٤٨( ‫َويَ ُقولُو َن َم َتى َه َذا الْ َو ْع ُد ِإ ْن ُك ْن ُت ْم َصا ِدقِي َن‬
)٥١( ‫)فَلا يَ ْس َت ِطي ُعو َن تَ ْو ِص َيةً َولا ِإلَى أَ ْه ِل ِه ْم يَ ْر ِج ُعو َن‬٤٩( ‫يَ ِخ ِّص ُمو َن‬
Mafhumnya,

Dan (apabila mereka diberitahu tentang huru-hara dan balasan di hari Akhirat

itu) maka mereka akan bertanya secara mengejek, „Mana dia Hari Akhirat yang

dijanjikan itu? Tunjukkanlah ianya pada kami (dan kami sedang tunggu ini)

jika benar dakwaan kamu tentang wujudnya hari itu.‟)۴۸( Jawab Allah,

“Dengan hanya SATU pekikan kuat sahaja dan mengejutkan, maka binasalah
semua mereka dan anehnya semasa itu mereka dalam keadaan leka

merunding urusan dunia.”)۴۹( Masa itu mereka tidak langsung berpeluang
membuat sebarang wasiat atau jika mereka berada di luar rumah, mereka

tidak sempat balik menemui keluarga mereka.)۵۱(
Tafsirnya,
Keengkaran orang yang kufur pada Allah akan melibatkan ejekan dan
penghinaan dengan cara mengaitkan pada perkara-perkara yang pernah

mereka ketahui, misalnya bila akan berlaku kiamat? „Mana dia, kamu kata
ada dan percaya ianya ada. Mana dia hari itu.‟ Ini akan mencabar
kepercayaan orang-orang yang mempercayai hari akhirat.
HARI KIAMAT datangnya secara mengejut dan semua manusia akan
dimatikan walau pun sedang berurusan sesama mereka, atau memang tidak

sempat untuk pulang bertemu keluarga. Inilah dia TIUPAN PERTAMA ISRAFIL
yang mematikan semua yang hidup.

Diriwayatkan, “Allah akan menghantar sejenis angin yang halus tiupannya dan
wangi, dan mana orang yang beriman, walau pun sedikit imannya itu dalam
dirinya akan disambar dan semua yang beriman akan mati. Maka tinggallah
dunia dengan mereka yang tidak beriman selama 100 tahun dan mereka inilah
yang sedang berurusan dan pada masa itu kejutan kiamat berlaku dan Allah
mengambil nyawa mereka dalam kiamat itu.”

Ada 2 perkara menjadi perhatian penafsir dalam ayat di atas,

1) Bertaubat sebelum mati.

33

2) Membuat wasiat 1/3 harta sebelum mati. Kedua-dua perkara ini tidak
sempat dilakukan oleh mereka di hari kiamat ini.

Rasulullah bersabda, “Pintu taubat terbuka luas sebelum seseorang anak
Adam itu menjadi nyawa-nyawa ikan.” Ini bererti jika sudah bernyawa-nyawa
ikan maka pintu taubat sudah tertutup. Berhati-hatilah.

Mengenai wasiat pula, “Sesiapa yang mati tanpa memberi wasiat, maka beliau
tidak dibenarkan bercakap dalam Barzakh hingga hari Kiamat. Arwah-arwah
yang bercakap-cakap sesama mereka akan berkata kepada si fulan itu, “Inilah
orang yang TIDAK berwasiat atas 1/3 hartanya.” Maka berwasiatlah 1/3 harta
kita sebelum mati.

(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 407
Juzu' 7)

Ayat-Ayat 51-54

‫)قَالُوا يَا َو ْيلَ َنا َم ْن بَ َع َث َنا ِم ْن َم ْرقَ ِدنَا‬٥١( ‫َونُ ِف َخ فِي ال ُّصو ِر فَ ِإ َذا ُه ْم ِم َن الأ ْج َدا ِث ِإلَى َربِّ ِه ْم يَ ْن ِسلُو َن‬
‫) ِإ ْن َكانَ ْت ِإلا َص ْي َحةً َوا ِح َدةً فَ ِإ َذا ُه ْم َج ِمي ٌع لَ َد ْي َنا‬٥٢( ‫َه َذا َما َوعَ َد ال َّر ْح َم ُن َو َص َد َق الْ ُم ْر َسلُو َن‬

)٥٤( ‫)فَالْ َي ْومَلا تُ ْظلَ ُم نَ ْف ٌس َش ْي ًئا َولا تُ ْج َز ْو َن ِإلا َما ُك ْن ُت ْم تَ ْع َملُو َن‬٥٣( ‫ُم ْح َض ُرو َن‬

Mafhumnya,

Apabila ditiupkan (kali kedua) maka semua yang telah mati itu akan bangkit
keluar dari kubur-kubur mereka dan bergegas mengadap Allah Tuhan
mereka.)۵۱( Pada ketika itu, dengan penuh rasa bingung mereka akan
berkata, “Aduhai! Celakanya kita semua. Siapa pula yang telah mengacau
membangkitkan kita dari kubur tempat penempatan tidur kita itu?”
Jawablah, “Inilah dia saat-saat yang telah dijanjikan oleh Allah yang Rahman
itu kepada kamu semua dulu dan BENARLAH apa yang telah didakwahkan
oleh Rasul-rasul utusan Kami itu tentang hari ini.”)۵۲( Dengan satu lagi
pekikan kuat (TIUPAN Ketiga) maka dengan serta-merta semua manusia-
manusia ini dihimpunkan ke tempat PERBICARAAN dan semuanya wajib
hadir untuk balasan-balasan mereka.)۵۳( Pada hari itu tiada sebarang
penganiayaan walaupun sedikit dan sebarang pembalasan hanya berdasarkan
amal yang telah dilakukan selama ini.)۵۴(

34

Tafsirnya,

Ayat-ayat di atas menggambarkan TIUPAN ketiga, iaitu membangunkan
menghidupkan semula daging-daging dari tanah dan perkuburan. Tiupan
Israfil pertama ialah mematikan semua yang hidup, tiupan yang kedua
menghidupkan semula yang mati. Di antara 2 tiupan ini jarak masanya ialah
40 tahun.

Semua mayat bergelimpangan dan mereput, hujan membasahi bumi dan
apabila genap 40 tahun, maka Allah akan menurunkan sejenis cecair yang
membasahi permukaan bumi dan pada masa itu terdapat hablur sebesar biji
mata belalang yang mendahului pencantuman badan dari tanah-tanah
perkuburan dan di atas bumi. Ia dikenali sebagai tulang sulbi yang tidak
hancur. Maka semua jasad akan menjadi sempurna, maka di kala itulah Allah
memerintah Israfil membuat tiupan ketiga dan tiupan ini memulangkan
semua roh-roh kepada jasadnya dan semua jasad-jasad ini akan bangkit dan
bergegas menuju ke tempat penghakiman di hadapan Allah di Mahsyar.

Gambaran Al-Quran yang orang-orang kufur kepadaNya sebagai membantah
hidup kembali ini seolah-olah mengacau mereka dalam alam Barzakh tempat
tidur mereka. Ini bukan menafikan mereka tidak melalui seksaan barzakh.
Dialog ini menggambarkan paku buah keras yang dipulangkan kepada orang
yang mendusta hari bangkit semula. Inilah dia HARI yang dijanjikan oleh para
Rasul tentang bangkit semula.

Israfil dikatakan memekik meminta semuanya berkumpul di hadapan Allah
untuk menghadapi hisab atas amalan mereka. Maka semua akan HADIR di
hadapan Allah selepas pekikan Israfil itu.

Kata Al-Faqih Rahimahullah, „Sesiapa yang ingin bebas dari azab kubur
hendaklah bermulazamah (membiasakan) dengan 4 perkara dan menjauhkan
4 perkara,‟

1) Mulazamah menjaga sembahyang-sembahyang fardunya, bersedekah,
membaca Al-Quran dan membanyakkan bertasbih.

2) Meninggalkan berbohong, khianat, mengumpat dan menjaga
kebersihan kencing.

35

Sehubungan dengan ini Tuhan membenci 4 amalan, sembahyang yang lalai,
bacaan yang lagha, rosakkan amalan puasa dan ketawa/bergembira di
perkuburan. Diriwayat dari Ibnu Samak, beliau melihat perkuburan dan
berkata, „Lihat kelibat kubur-kubur ini yang senyap sepi, di bawahnya penuh
dengan keluh-kesah, walaupun berbaris cantik letakannya tetapi di sana penuh
dengan perbezaan kedudukannya, maka sayugialah sebelum anda memasuki
kubur hendaklah mengingatinya dulu.‟

LIPUTAN KESELURUHAN KEJADIAN KIAMAT
DAN KEADAAN DI MAHSYAR
(Oleh Sheikh Nasaruddin bin Ibrahim Samarqand)

Sebuah hadis riwayat Khalil bin Ahmad dari Qasim bin Muhammad dari
Aishah r.a. beliau berkata, „Aku pernah bertanya Rasulullah adakah seorang
kekasih itu akan menemui kekasihnya di Hari Kiamat nanti?‟ Jawab
Rasulullah, „Seseorang itu pada Hari Kiamat akan berada di 3 situasi ini,

1) Di hadapan TIMBANGAN sedang menunggu ringan atau berat
amalannya.

2) Tergamam sama ada menerima buku catitannya dengan tangan kanan
atau kiri.

3) Di hadapan api neraka yang ekornya menyambar dan sedang
memekik,

Oh, mana orang yang syirik pada Allah di dunia dulu

Oh, mana orang-orang jadi pak turut orang-orang yang berkuasa dan
zalim

Oh, mana orang yang tidak beriman dengan hari kiamat

Lidah-lidah api itu tiba-tiba menyambar orang-orang ini dan menghumban
mereka ke dalam neraka. Di atas api neraka terdapat satu laluan berupa
jambatan yang terlalu kecil untuk dilalui oleh sesiapa saja. Ianya lebih halus
dari mata pedang. Orang yang beriman melaluinya seperti petir dan selamat.
Orang yang kufur dan maksiat tersungkur sembam dan jatuh ke dalam
neraka.‟

36

Sebuah hadis lain diriwayatkan oleh Muhammad bin Fadhl dari Muhammad
bin Jaafar dari Mua‟wiyah dari Al A‟amash dari Abi Soleh dari Abu Hurairah di
mana Rasulullah pernah bersabda, „Di antara dua TIUPAN ISRAFIL itu bumi
ini terbiar selama 40 tahun dan semua yang mati akan hancur. Kemudian
Allah menurunkan sejenis cecair putih seperti susu dan dari sentuhannya di
atas tanah menyebabkan semua tulang sulbi manusia menghidup dan
membentuk manusia.‟

Dalam satu hadis lain, Abu Hurairah berkata, ‟Apabila Allah selesai mencipta
bumi dan langit, maka Allah telah mencipta satu Alat TIUPAN dan diserahkan
kepada Israfil. Israfil meletakkannya dalam mulutnya dan menunggu arahan
Allah untuk meniupnya. Aku bertanya Rasulullah, „Bagaimana rupanya alat
itu Ya Rasulullah?‟ Jawab Rasulullah, „Ianya berbentuk seperti tanduk besar
dan lebarnya seluas bumi dan langit dan berlubang-lubang. Israfil akan
diminta meniupkannya sebanyak 3 kali tiupan di hari Qiamat. TIUPAN
PERTAMA untuk mematikan yang ada di bumi ini dan TIUPAN KEDUA untuk
menghidupkan semula semua yang telah mati dari awal Adam hingga ke hari
kiamat itu. TIUPAN KETIGA ialah untuk mengumpulkan semua yang
berselerak itu ke hadapan Allah untuk proses Hisab.‟

Tiupan Israfil yang pertama akan menakutkan semua dan mematikan semua
selepas huru-hara yang menimpa. Yang tinggal hanyalah beberapa makhluk
sahaja termasuk Jibril, Mikael, Israfil dan Malakul Maut. Serentak dengan
Allah memerintah Malakul Maut mencabut nyawa-nyawa para malaikat yang
tinggal ini, Allah berdialog dengan Malakul Maut. Kata Allah, “Wahai Izrael,
berapa lagi makhluk yang masih hidup?” Jawab Izrael, „Hanya hamba yang
lemah ini sahaja.‟ Kata Allah, “Tahukan kamu bahawa semua makhluk akan
menerima dan merasai maut KECUALI Aku?” Jawab Izrael, „Ya aku faham.‟
Maka Izrael pun diarah oleh Allah untuk mencabut nyawanya sendiri dan di
situlah dicatitkan kesakitan dan jeritan yang gemuruh berlaku apabila saat-
saat cabutan roh Izrael berlaku.

Berhubung dengan kaedah Izrael menemui ajal dengan menyabut nyawanya
sendiri seperti tersebut di atas, terdapat juga pendapat ulama yang
menyatakan Allah sendiri yang menyabut nyawa beliau. Inilah pendapat Ibnu
Kathir seperti yang diulaskan dalam tafsiran Surah As-Sajdah kitab ini (ms 9).

Apa pun kaedah matinya Izrael, pada hakikatnya Allah sahajalah yang Maha
Berkuasa dan menentukan segala-galanya. Segala makhluk pada akhirnya
akan menemui kemusnahan, kecuali Allah. Seperti disebut dalam Surah Ar-
Rahman Ayat-Ayat 26-27

)٢٧( ‫) َويَ ْب َقى َو ْجهُ َربِّ َك ُذو الْ َجلا ِل َوالإ ْك َرا ِم‬٢٦( ‫ُكلُّ َم ْن َعلَ ْي َها فَا ٍن‬

“Semua yang ada di bumi itu

37

akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabb mu yang mempunyai Kebesaran
dan Kemuliaan.”

Selepas tiupan pertama maka dunia yang tiada lagi makhluk bernyawa akan
terbiar selama 40 tahun. Apabila hampir tahun ke-40, Allah akan
menurunkan sejenis cecair putih yang membasahi bumi dan dikatakan
membanjiri bumi kira-kira 12 hasta. Dengan proses pendedahan cecair ini
kepada tulang-tulang sulbi yang tersimpan dalam tanah di perkuburan
manusia maka terbentuk semula semua makhluk-makhluk ini dan menjadi
sempurna.

Pada masa ini Allah telah mengarahkan beberapa malaikat menjalankan
tugas-tugas mereka, termasuk Israfil, Jibril, Mikael dan penanggung Arash
Allah, lantas Allah mengarahkan Israfil meniupkan tiupan kedua. Maka roh-
roh yang mati dikembalikan kepada badan-badan yang sempurna itu dan
mereka pun bergerak dari liang kubur seperti ulat-ulat yang baru keluar dari
kepompongnya. Kubur terawal yang terbuka ialah kubur Rasulullah.

Kemudian Allah memerintah Israfil sekali lagi meniupkan tiupannya dan
semua yang hidup tadi bergerak dan secara pantas menyusuri laluan untuk
menuju ke Mahsyar di hadapan Allah bagi tujuan HISAB. Keadaan
pengumpulan di Padang Mahsyar ini mengambil masa selama 7 tahun
lamanya. Keadaan kelam-kabut ini digambarkan oleh Allah dalam Al-Quran
sebagai HARI HURU-HARA yang keterlaluan. Peluh manusia membanjiri
hidung dan bermacam-macam jenis kesakitan dan panik berlaku.

Kemudian terdengar suatu suara kuat untuk meminta supaya dimulakan
Hisab. Kumpulan ini bergerak dan menemui Nabi Adam a.s. dan memohon
supaya ia memberi syafaat untuk memulakan Hisab. Jawabnya, “MAAF”
kerana beliau pernah berdosa kerana telah mengingkari arahan Allah menelan
buah KHULDI. Kumpulan terus kepada Nabi Noh a.s. dan juga MAAF kerana
beliau pernah mendoakan supaya makhluk ditenggelami air. Kemudian
mereka beralih kepada Nabi Ibrahim a.s. dan juga MAAF kerana beliau
pernah menafikan yang beliau memukul hancur patung sedangkan beliau
yang melakukannya. Kumpulan itu terus beredar kepada Nabi Musa a.s. dan
juga beliau memohon maaf tidak boleh memberi syafaat kerana pernah
membunuh di zaman remajanya. Kumpulan itu terus beredar kepada Nabi Isa
a.s. dan juga beliau tidak boleh memberi syafaat memulakan hisab kerana
beliau dan ibunya pernah dianggap sebagai Tuhan. Akhirnya mereka
menemui Rasulullah s.a.w. dan jawab Rasulullah, “Kita mulakan operasi hisab
ini atas syafaatnya.” Rasulullah pun memasuki Syurga Allah dan memohon
kepada Allah agar memulakan hisab. Maka bermulalah hisab Allah.

Ayat-Ayat 55-58

38

‫) ُه ْم َوأَ ْز َوا ُج ُه ْم فِي ِظلا ٍل عَلَى الأ َرائِ ِك ُم َّت ِك ُئو َن‬٥٥( ‫ِإ َّن أَ ْص َحا َب الْ َج َّن ِة الْ َي ْومَ فِي ُشغُ ٍل فَا ِك ُهو َن‬
)٥٨( ‫) َسلامٌقَ ْولا ِم ْن َر ٍّب َر ِحي ٍم‬٥٧( ‫)لَ ُه ْم فِي َها فَا ِك َهةٌ َولَ ُه ْم َما يَ َّدعُو َن‬٥٦(

Mafhumnya,
Sesungguhnya, penghuni-penghuni Syurga (setelah melalui Hisab) pada hari
Akhirat itu berada dalam keadaan sibuk kelekaan sambil menikmati
kesenangan (yang telah disediakan untuk mereka).)۵۵( Mereka dengan
pasangan suami isteri masing-masing bersuka ria di bawah teduhan sambil
duduk berteleku di atas singgahsana.)۵۶( Pelbagai jenis buah-buahan yang
mereka kecapi dan apa saja yang mereka tergerak menghendakinya maka
akan diperolehi.)۵۷( Mereka akan diberi SALAM dan ucapan salam itu terus
dari Allah Tuhan yang Maha Rahim kepada mereka.)۵۸(

39

Tafsirnya,
Ayat ini menggambarkan pembalasan baik yang diterima oleh penghuni-
penghuni Syurga Allah. Mereka akan meluru ke Raudatul Jannah dan akan
leka menikmati semua nikmat yang kekal dan PERLEPASAN yang BESAR,
iaitu terlepas dari neraka. Yang teragung ialah apa saja yang mereka mahu
akan mereka perolehi.
Dalam satu hadis diriwayat dari Musa bin Yusuf dari Muhammad bin Abd
Malik bin Abi Shauwarib dari Jabir bin Abdullah yang berkata Rasulullah
pernah bersabda, “Pada ketika ahli Jannah leka menikmati nikmat yang
disediakan, tiba-tiba terlihat Nur di atas kepala mereka dan kesemua mereka
mendongak ke atas, tiba-tiba Rabbul „Aalamin Allah berada di sana dan
berkata, „Assalamu‟alaikum Wahai ahli-ahli SyurgaKu!‟ dan mata-mata
bertentang mata dan penglihatan itu terus kepada Allah sehinggalah Allah
menghilang dan yang tinggal hanyalah NurNya serta BerkatNya kepada
penghuni Jannah Allah itu.” (Riwayat Ibnu Majah)
(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 418
Juzu‟ 7)

Kefahaman dari Salam ini ialah Salam terus dari Allah tanpa pengantaraan
kepada semua ahli Syurga itu. Ayat ini membawa makna RAHIM Allah, iaitu
dalam keadaan mereka dalam Syurga itu di antara RahmatNya ialah Allah
membenarkan zatNya dilihat oleh penghuni Syurga sebagai tanda
kesempurnaan nikmat Allah ke atas hambanya yang beriman. Katanya
SALAM dari Allah sentiasa ada dari Allah ke atas hamba-hambaNya yang
beriman di dunia ini lagi, cuma perbezaan salam dari Allah kepada penghuni
Syurga dengan memperlihatkan diri dan zatNya.

40

Ayat-Ayat 59-62

‫)أَلَ ْم أَ ْع َه ْد ِإلَ ْي ُك ْم يَا بَ ِني آ َدمَ أَ ْن لا تَ ْع ُب ُدوا ال َّش ْيطَا َن ِإنَّهُ لَ ُك ْم‬٥٩( ‫َوا ْم َتا ُزوا الْ َي ْومَ أَيُّ َها الْ ُم ْج ِر ُمو َن‬
‫) َولَ َق ْد أَ َضلَّ ِم ْن ُك ْم ِج ِبلا َك ِثي ًرا أَفَلَ ْم‬٦١( ‫) َوأَ ِن ا ْع ُب ُدونِي َه َذا ِص َرا ٌط ُم ْس َت ِقي ٌم‬٦١( ‫عَ ُد ٌّو ُم ِبي ٌن‬

)٦٢( ‫تَ ُكونُوا تَ ْع ِقلُو َن‬

Mafhumnya,

Dan Allah telah mengarahkan kepada orang-orang yang kufur dengan
kataNya, „Berpisahlah kamu semua pada hari ini daripada bergaul dengan
orang yang beriman.)۵۹( Bukankah pernah Aku memerintahkan kamu semua
wahai anak Adam daripada memperhambakan diri kepada syaitan? Di antara
sebabnya, syaitan-syaitan ini adalah seteru kamu yang sangat nyata.)۶۱(
Sebaliknya, hendaklah kamu semua menyembah hanya Aku sahaja, inilah dia
jalan yang lurus (istiqamah iman kamu).)۶۱( Sesungguhnya syaitan-syaitan ini
telah bertanggungjawab menyesatkan ramai golongan-golongan sebelum
kamu, maka tidakkanlah kamu semua tidak boleh berfikir dan insaf tentang
hal ini?‟)۶۲(

Tafsirnya,

Ayat ini pula menggambarkan hal ehwal orang-orang yang kufur pada hari
kiamat. Allah memerintahkan mereka supaya berpisah dari kumpulan orang
yang beriman. Pemisahan ini ialah dengan cara Allah membezakan yang
kufur dengan kehitaman di wajah mereka, sedang yang beriman pula dengan
wajah yang putih bercahaya. Atau di permulaan tiupan buku-buku amalan di
mana yang beriman akan menerimanya dengan tangan kanan dan yang kufur
akan menerimanya dengan tangan kiri. Atau yang beriman dengan kenyataan
timbangan berat dan yang kafir dengan timbangannya yang ringan.

Ketika semuanya mengetahui identiti masing-masing, orang yang kufur
kepada Allah diungkit dan di‟bahasa‟kan oleh Allah kepada mereka, di
antaranya mengaitkan manusia yang tidak beriman kepada Allah kerana
mereka memperhambakan diri kepada syaitan-syaitan, iaitu seteru manusia
yang telah berjanji akan menyelewengkan anak Adam kepada kufur pada
Allah. Jangan menjadi hamba kepada syaitan, jauhkan diri dari syaitan.
Syaitan-syaitan inilah yang memerangkapkan mereka sehingga mereka
menjadi kufur.

41

Nasihat-nasihat ini telah disampaikan oleh para nabi dan rasul. Di antara
nasihat mereka ialah, „Jangan merendahkan taraf manusia serendah syaitan
yang telah dilaknat oleh Allah, dan kamu manusia lebih mulia dari syaitan-
syaitan itu.‟ Cara yang terbaik ialah dengan BERIMAN kepada Allah dan
beristiqamah menghidupkan iman itu dalam diri, dan menjadikan iman
sebagai benteng melawan hasutan syaitan.

Allah mengajak kita mengkaji bagaimana syaitan telah memporak-perandakan
manusia dengan cara menyesatkan mereka sejak berabad-abad lalu. Ada
yang menyembah patung, menyembah manusia, matahari dan lain-lain
kepercayaan karut yang tidak mempunyai kuasa. Berfikirlah, carilah Allah,
berimanlah dengan Allah dan akuilah Allah sebagai Al-Azizi (Maha Perkasa)
dan Al-Ghafur (Maha Pengampun dosa-dosa kita). Dia mencipta kita semata-
mata untuk beribadat kepadaNya, mencipta yang lain ialah untuk kepentingan
kita manusia, malahan Allah memuliakan kita dengan cara memaksa para
malaikat sujud kepada Adam. Tauhidkanlah Allah dan jangan syirik
denganNya.

Di antara kekesanan ibadat pada Allah ialah, memperakui Allah, menerima
ujian Allah dengan reda, menyukai Allah, menjaga batas-batas, menunaikan
janji-janji, bersyukur ketika dalam nikmat, beriman ketika kesusahan, dan
tidak lalai dan meneruskan ketaatan padaNya.

Sayangnya mereka yang kufur terus berdegil dan tidak mahu berfikir
mengikut nasihat para rasul dan kitab-kitab yang diturunkan.

Ayat-Ayat 63-67

‫)الْ َي ْومَ نَ ْخ ِت ُم عَلَى‬٦٤( ‫)ا ْصلَ ْو َها الْ َي ْومَ بِ َما ُك ْن ُت ْم تَ ْك ُف ُرو َن‬٦٣( ‫َه ِذ ِه َج َه َّن ُم الَّ ِتي ُك ْن ُت ْم تُوعَ ُدو َن‬
‫) َولَ ْو نَ َشاءُ لَطَ َم ْس َنا َعلَى‬٦٥( ‫أَفْ َوا ِه ِه ْم َوتُ َكلِّ ُم َنا أَيْ ِدي ِه ْم َوتَ ْش َه ُد أَ ْر ُجلُ ُه ْم بِ َما َكانُوا يَ ْك ِس ُبو َن‬
‫) َولَ ْو نَ َشاءُ لَ َم َس ْخ َنا ُه ْم َعلَى َم َكانَ ِت ِه ْم فَ َما ا ْس َتطَاعُوا‬٦٦( ‫أَ ْع ُي ِن ِه ْم فَا ْس َت َب ُقوا ال ِّص َرا َط فَأَنَّى يُ ْب ِص ُرو َن‬

)٦٧( ‫ُم ِض ًّيا َولا يَ ْر ِج ُعو َن‬

Mafhumnya,

42

(Allah terus berkata menempelak mereka yang kufur ini) “Rasa! Inilah Neraka
Jahanam yang kamu semua diancam untuk memasukinya jika kamu terus
kufur.)۶۳( Rasalah bahang bakarannya di hari ini hanya kerana tidak beriman
dan terus kufur kepadaKu.”)۶۴( Pada hari itu, mulut-mulut mereka semua
dikunci dan dibenarkan tangan-tangan mereka bercakap membuat pengakuan
atas apa-apa yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka itu, manakala kaki-
kaki mereka pula akan menjadi saksi di atas apa yang telah mereka lakukan
selama ini.)۶۵( Kalau Kami mahu, Kami boleh menghapuskan bentuk biji mata
dan kepala mereka supaya menjadi rata sehingga masing-masing meraba-raba
tidak ketentuan jalan. Andainya Kami buat begitu, fikirkanlah bagaimana
mereka harus meneruskan hidup mereka?)۶۶( Kalau Kami mahu, Kami juga
boleh mengubah bentuk jasad mereka supaya menjadi kaku beku di tempat
mereka berada, maka mustahil mereka boleh bergerak ke hadapan dan
berundur ke belakang.)۶۷(

Tafsirnya,

Ayat-ayat di atas ini akan memperingatkan kita semua tentang balasan Neraka
Jahanam dan kerenahnya jika kita juga kufur pada Allah. Seolah-olah Allah
meminta mereka merasai kehangatannya, terimalah azabnya atas penerusan
kufur mereka di dunia dulu. Pasti hari kiamat ini adalah hari yang penuh
dengan kekesalan pada mereka. Jika mereka ditanya mengapa mereka terus
kufur di dunia, mereka akan berbohong menyatakan yang mereka beriman,
maka Allah mahu mereka menyaksikan sendiri pembohongan mereka itu.
Tangan mereka dibenarkan berkata-kata dan kaki mereka boleh menjadi saksi
atas semua perbuatan kufur mereka itu. Ertinya, mereka tidak boleh
berbohong.

Bagi kafir Mekah, kalau Allah mahu ditukarkan bentuk fizikal muka mereka di
mana biji mata dan kelopaknya diratakan pastinya mereka tidak nampak
untuk berjalan ke hadapan. Begitulah saranan untuk membuka minda
mereka untuk mencari hidayah, kerana Allah Maha Berkuasa. Atau kalau
Allah mahu, kerana keangkuhan mereka, fizikal mereka dibekukan di tempat
mereka berdiri dan pada masa itu mustahil mereka boleh ke hadapan atau
berundur ke belakang. Tetapi yang kufur itu terus tidak mahu beriman.
Malah mereka terus tidak terbuka minda untuk beriman.

Kepada kita, jadikanlah dialog-dialog ini untuk merasai balasan kepada
kekufuran yang berterusan di dunia ini. Hidup manusia tidak terlalu panjang,
walaupun orang-orang kafir mimpikan hidup yang panjang.

43

Ayat-Ayat 68-70

‫) َو َما َعلَّ ْم َنا ُه ال ِّش ْع َر َو َما يَ ْن َب ِغي لَهُ ِإ ْن ُه َو ِإلا ِذ ْك ٌر‬٦٨( ‫َو َم ْن نُ َع ِّم ْر ُه نُ َن ِّك ْسهُ فِي الْ َخ ْل ِق أَفَلا يَ ْع ِقلُو َن‬
)٧١( ‫)لِ ُي ْن ِذ َر َم ْن َكا َن َح ًّيا َويَ ِح َّق الْ َق ْولُ َعلَى الْ َكافِ ِري َن‬٦٩( ‫َوقُ ْرآ ٌن ُم ِبي ٌن‬

Mafhumnya,

Dan ingatkanlah bahawa sesiapa sahaja yang Kami panjangkan umurnya (di
dunia ini) kami sebenarnya membalikkan kembali kejadiannya kepada asal
kejadiannya (iaitu seperti kanak-kanak keadaan serba lemah dan tidak boleh
mengawal diri). Tidakkah boleh mereka berfikir tentang umur panjang ini?)۶۸(
(Nabi Muhammad s.a.w. bukan seorang Penyair) dan Kami tidak pernah
mengajarkan syair kepada beliau, dan penguasaan syair itu tidak sesuai
untuk tugasan kerasulannya. Yang Kami wahyukan kepadanya HANYALAH
„nasihat pengajaran‟ dan Al-Quran yang memberi penjelasan yang nyata.)۶۹(
Supaya dengan itu beliau dapat memberi INGATAN (inzar) kepada mereka yang
terbuka minda mereka (kepada beriman) dan mempastikan penentuan hukum
azab kepada orang-orang yang kufur kepada Allah.)۷۱(

Tafsirnya,

Ayat-ayat di atas sebagai petunjuk dari Allah kepada manusia agar usah
berangan-angan untuk hidup lebih lama di dunia ini. Sebaliknya beriman dan
berani menemui Allah dengan iman itu, kerana umur yang panjang itu akan
membalikkan seseorang itu dari zaman kekuatannya kepada zaman
kelemahannya, dari zaman yang gagah kepada zaman yang lemah, iaitu pola-
pola kelemahan akan menguasainya apabila umurnya panjang. Mulanya
kekuatannya akan berkurangan, rupa parasnya akan berubah, berakhir
menjadi badan menyerupai kanak-kanak kecil termasuk perubahan kepada
pemikirannya. Ini juga memberi erti bahawa dunia ini adalah tempat yang
menghilang dan bergerak berpindah dan BUKAN tempat berkekalan dan
mantap. Tempat yang kekal ialah Darul Akhirah. Oleh itu insaflah banyak-
banyak dan beriman kepada hari akhirat, HARI KEKAL dan bukan berpindah
randah lagi.

44

Perubahan dari kuat menjadi lemah, dari dewasa jadi tua dan menjadi kanak-
kanak semula adalah trend umum hidup ini. Jika ia mengalami perubahan
hidup ini dengan mendekati Allah dan iman kepadaNya, maka segala warna
perubahan ini tidak akan memberi banyak kesan kepada seseorang itu. Ini
kerana hidupnya itu dihubungkan dengan hidup yang Al-Haq. Rasulullah
pernah bersabda, „Jagalah 5 perkara sebelum munculnya 5 perkara, muda
sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, hidup sebelum mati
dan masa lapang sebelum sibuk.‟

(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 432
Juzu‟ 7)

Rasulullah juga pernah bersabda, „Apabila seseorang itu menjangkau
hayatnya pada umur 70 tahun maka Allah telah mengampunkan semua dosa-
dosa lalunya dan tertulis yang beliau adalah dari kumpulan orang-orang yang
dilepaskan di bumi ini, keluarga yang menjaga mereka akan mendapat
syafaat. Apabila seseorang itu menjangkau umur 100 tahun, Allah rasa malu
untuk menghisabkannya nanti dan banyak berkompromi dengannya atas
semua amalannya (pastinya beliau seorang yang beriman dan bukan kufur
pada Allah).‟

Orang Jahiliah Mekah menganggap bahawa Al-Quran itu adalah kumpulan
syair-syair yang ditulis oleh Rasulullah dan Rasulullah dikatakan sebagai
seorang penyair. Allah menafikan dakwaan itu dan menafikan yang
Rasulullah seorang penyair. Malah tidak layak untuk tugasan Rasulullah
sebagai tukang syair. Syair lebih kepada khayalan dan pembohongan, lebih
kepada waham, syak wasangka dan jauh dari kebenaran. Syair yang paling
baik ialah yang tinggi pembohongannya dan syair adalah Al-Quran kepada
Iblis. Sedangkan Al-Quran ianya bukan kalam manusia, ianya kalam Allah.

Di dalamnya terkandung hukum-hakam bermatlamatkan kebaikan di dunia
dan di akhirat. Ianya dari Allah yang dilengkapkan dengan ilmu-ilmu Al-
Awwalin dan Al-Akhirin. Ajaran-ajaran di dalamnya adalah dari Al-Haq. Oleh
yang demikian ianya hendaklah bukan syair. Rasulullah hanya layak untuk
Al-Quran, dan tidak layak untuk syair.

Matlamat Rasulullah ialah untuk kebenaran di dunia dan di akhirat, mesti
mengemukakan tunjuk ajar dari Allah kepada manusia dan jin. Ianya
membezakan yang Al-Haq dari yang batil, mengandungi resapan untuk
beramal dan apakah balasan-balasan jika seseorang itu kufur. Al-Quran itu
jika diteliti oleh hati yang hidup maka ianya paling berkesan untuk menjadi
hidayah kepada keimanan dan bertuhankan Allah. Jika ianya kufur, dan
hatinya mati, maka Al-Quran akan mempastikan orang-orang ini akan
menerima pembalasannya seperti yang ditetapkan.

45

Ayat-Ayat 71-73

‫) َو َذلَّ ْل َنا َها لَ ُه ْم فَ ِم ْن َها‬٧١( ‫أَ َولَ ْم يَ َر ْوا أَنَّا َخلَ ْق َنا لَ ُه ْم ِم َّما َع ِملَ ْت أَيْ ِدي َنا أَ ْن َعا ًما فَ ُه ْم لَ َها َمالِ ُكو َن‬
)٧٣( ‫) َولَ ُه ْم فِي َها َم َنافِ ُع َو َم َشا ِر ُب أَفَلا يَ ْش ُك ُرو َن‬٧٢( ‫َر ُكوبُ ُه ْم َو ِم ْن َها يَ ْأ ُكلُو َن‬

Mafhumnya,

Tidakkah mereka mahu melihat dan memikir, bahawa Kami telah mencipta
untuk mereka binatang-binatang ternakan, dan ianya adalah di antara jenis-
jenis makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan untuk mereka dengan
kekuasaan Kami, lalu mereka dapat memilikinya (serta menternaknya).)۷۱(
Dan Kami telah jinakkan sebahagian dari binatang-binatang itu sehingga
setengahnya dapat kamu tunggang menjadi kenderaan kamu dan sebahagian
lain pula boleh disembelih dan dimakan dagingnya.)۷۲( Berbagai-bagai faedah
lain boleh diperolehi dari binatang-binatang ini dan juga diminum susunya.
Tidak bolehkah kamu semua fikir sejenak dan bersyukur di atas semuanya ini
(dan seterusnya beriman)?)۷۳(

Tafsirnya,

Ayat-ayat di atas mengajak kita melihat dan berfikir untuk membolehkan kita
mempercayai PENCIPTA yang sebenarnya. Kita ambil saja haiwan ternakan
termasuk unta, lembu, kerbau, kambing dari semua jenisnya, ianya dicipta
atas kemurahan Allah yang telah menjadikan semua ciptaannya itu untuk
manusia, kegunaannya dan faedah kepada hidup mereka. Semuanya ini
berada di sekitar kita. Inilah ternakan dan tidak termasuk lagi bintang-
binatang seperti kuda, baghal dan himar. Ini tidak termasuk lagi bahan-
bahan galian dalam bumi dan juga semua jenis tumbuh-tumbuhan. Untuk
meneruskan hidup manusia, semua binatang-binatang ini boleh dibela dan
dilepaskan dan ianya memberi nilai tambah kepada kehidupan ini, malah
hidup ini memerlukannnya.

46

Allah membenarkan binatang-binatang ini menjadi jinak supaya
sebahagiannya boleh ditunggang dan dijadikan binatang untuk pengangkutan,
atau menenggala tanah-tanah sawah, seperti kuda, lembu, unta dan lain-lain.
Kambing-kambing dicipta dengan kebolehan dibiakkan dengan cepat untuk
kegunaan dagingnya. Lembu dicipta begitu besar dengan dagingnya untuk
diambilkan kulit, dan bulunya bagi mensejahterakan hidup ini. Susu adalah
minuman yang diperolehi dari binatang dan kadar pengeluarannya boleh
diminum oleh seluruh penduduk dunia. TIDAK BOLEHKAH TERFIKIR bahawa
semuanya ini adalah hasil ciptaan Allah. Tidak bolehkah kita beriman
kepadanya sebagai Pencipta untuk kita bersyukur?

Ayat-Ayat 74-76

‫)لا يَ ْس َت ِطي ُعو َن نَ ْص َر ُه ْم َو ُه ْم لَ ُه ْم ُج ْن ٌد ُم ْح َض ُرو َن‬٧٤( ‫َواتَّ َخ ُذوا ِم ْن ُدو ِن اّلَّ ِل آلِ َه ًة لَ َعلَّ ُه ْم يُ ْن َص ُرو َن‬
)٧٦( ‫)فَلا يَ ْح ُز ْن َك قَ ْولُ ُه ْم ِإنَّا نَ ْعلَ ُم َما يُ ِس ُّرو َن َو َما يُ ْع ِل ُنو َن‬٧٥(

Mafhumnya,

Dan tergamak mereka mengangkat beberapa sembahan-sembahan lain
sebagai Tuhan selain dari Allah, dengan HARAPAN mereka akan mendapat
pertolongan dari tuhan-tuhan sembahan itu.)۷۴( Sedangkan sembahan-
sembahan yang dijadikan tuhan itu tidak dapat sama sekali membantu
mereka, di mana patung-patung sembahan dan pengikutnya semua, di hari
akhirat kelak diheret bersama ke dalam neraka supaya menghadirkan diri
sebagai saksi kepada orang kafir itu.)۷۵( Oleh itu, Wahai Muhammad
janganlah engkau berdukacita atas semua tuduhan mereka ke atas kamu itu.
Sesungguhnya Kami lebih tahu apa saja yang mereka sembunyi dan apa yang
mereka nyatakan.)۷۶(

Tafsirnya,

47

Ayat-ayat di atas sekali lagi menyatakan yang kufur pada Allah itu tidak tahu
berterima kasih pada Allah. Masih degil dan mencipta patung-patung
sembahan dan menyembah mereka sebagai Tuhan. Sedar atau tidak sedar
mereka ini mengharapkan sembahan-sembahan ini akan boleh memberi
pertolongan syafaat kepada mereka di dunia ini dan juga di akhirat. Harapan
ini meleset, kerana di hari akhirat nanti, semua patung-patung sembahan
yang tidak mempunyai apa-apa kuasa itu dan pengikut-pengikutnya sekali
akan diheret ke muka pengadilan menghadirkan diri sebagai saksi utama di
atas kekufuran mereka.

Seterusnya, Allah menasihatkan Rasulullah, yang menghadapi tomahan dan
tentangan dari kafir Quraish di Mekah, agar tidak mempedulikan mereka dan
memberi kesan kepada dirinya dan kepimpinan dakwahnya. Kadang-kadang
logik kekufuran mereka boleh mempengaruhi dakwah Rasulullah. Allah tahu
isi hati mereka yang mereka sembunyikan itu dan Allah tahu apa yang
dikemukakan pada zahirnya kepada Muhammad.

Apakah implikasi Ayat-Ayat ini kepada pembaca-pembaca?

1) Menjadi lumrah manusia suka mencipta sesuatu yang boleh membawa
syirik kepada Allah di mana kita bergantung kepadanya dalam hidup
kita dan juga selepas mati. Jauhkan diri dari benda-benda seperti ini
dan kuatkanlah IMAN dan amal agar kita tidak tergelincir.

2) Sesuatu yang kita lakukan akan menghadirkan diri di hadapan Allah
kelak sebagai saksi di atas semua perbuatan kita. Oleh itu berhati-
hatilah dalam amalan kita agar tidak terus disogok dengan perkara
seperti di atas itu.

3) Jadikan diri penuh dengan kebenaran, yang luar sama dengan yang di
dalam, kerana Allah mengetahui semua yang kita sembunyi dan yang
kita nyatakan. Apa lagi yang akan didustakan oleh orang kufur?

Ayat-Ayat 77-80

‫) َو َض َر َب لَ َنا َم َثلا َونَ ِس َي َخ ْل َقهُ قَا َل‬٧٧( ‫أَ َولَ ْم يَ َر الإ ْن َسا ُن أَنَّا َخلَ ْق َنا ُه ِم ْن نُطْ َف ٍة فَ ِإ َذا ُه َو َخ ِصي ٌم ُم ِبي ٌن‬
‫)قُلْ يُ ْح ِيي َها الَّ ِذي أَ ْن َشأَ َها أَ َّو َل َم َّر ٍة َو ُه َو بِ ُك ِلّ َخ ْل ٍق عَ ِلي ٌم‬٧٨( ‫َم ْن يُ ْح ِيي الْ ِعظَامَ َو ِه َي َر ِمي ٌم‬

)٨١( ‫)الَّ ِذي َج َعلَلَ ُك ْم ِم َن ال َّش َج ِر الأ ْخ َض ِر نَا ًرا فَ ِإ َذا أَ ْن ُت ْم ِم ْنهُتُوقِ ُدو َن‬٧٩(

Mafhumnya,

48

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui bahawa Kami telah mencipta
mereka dari air mani, (kemudian melalui proses pembesaran dan mendapat
kekuatan fizikal) tiba-tiba saja mereka menjadi pembantah yang agresif
(menafikan bahawa Kami boleh menghidupkan semula semua yang telah
mati).)۷۷( (Bagi menyokong bantahan mereka itu) mereka mengemukakan satu
perbandingan dan mereka lupa yang mereka juga pernah diciptakan dari tiada
kepada ada, mereka mula berhujah kata mereka, „Siapa yang boleh
menghidupkan semula tulang-tulang yang reput hancur ini menjadi manusia
semula?‟)۷۸( Jawabkanlah (Wahai Muhammad), „Sesungguhnya tulang-tulang
yang hancur lebur itu akan dihidupkan semula oleh Allah yang telah
bertanggungjawab mencipta mereka pada mula awal kejadian mereka! Allah
itu Maha Mengetahui kerja-kerja penciptaan itu dan sebagai Pakar Pencipta.
)۷۹(Dia juga Allah yang telah bertanggungjawab mewujudkan bahan-bahan
karbon dari batang pohon pokok yang menghijau di atas bumi ini yang
digunakan sebagai bahan bakar. Dan api adalah bahan yang digunakan
untuk membakar dalam hidupan harian mereka.‟)۸۱(

Tafsirnya,

Di antara sebab mengapa ayat-ayat ini diturunkan ialah sewaktu orang-orang
Jahiliah Mekah mendengar kisah „bangkit semula selepas mati‟ oleh Allah ke
atas semua yang sudah mati maka mereka pula menolak dan membantah
konsep itu. Ini termasuklah Ubai bin Khalaf, Wahab bin Huzafah bin Juhah,
Abu Jahal bin Wail, Al Aas bin Wail, Walid bin Mughairah. Mereka ingin
memperlekehkan Rasulullah dengan cara membawa seketul tulang manusia
yang mereput sambil mereka melerekkannya dan jatuh habu-habunya ke
tanah, dan Ubai bin Khalaf bertanya Rasulullah, „Adakah tulang-tulang yang
reput lusuh ini akan dihidupkan semula?‟ Jawab Rasulullah, „Ya, ianya akan
dihidupkan semula, dan kamu juga akan dibangkitkan semula dan
dicampakkan ke dalam neraka.‟

Sistem kejadian manusia dijelaskan oleh Allah dalam ayat ini. Ianya dicipta
melalui ILMU Allah dari air mani. Kemudian setelah 40 hari berubah menjadi
seketul darah dan kemudian bertukar menjadi seketul daging dan pada masa
itu akan datang Malikat menulis 4 perkataan ke atas janin itu, iaitu Ajalnya,
Rezekinya, Celakanya dan Bahagianya.

49

Allah hanya menjelaskan ciptaanNya saja melalui konsep Pencipta Pakar yang
Mempunyai Ilmu Mencipta, dan sudah pasti ia juga mengatur bagaimana
ciptaan asalnya apabila sudah dimusnah masih boleh dibangunkan semula
untuk tujuan tertentu. Adakah ianya dari tulang-tulang yang ada atau dari
sejenis tulang sulbi yang akan menjadi punca ujud semula ciptaan itu atau
contoh terbaik ialah konsep DNA yang boleh mengetahui asal usul keturunan
keluarga itu. Jadi ianya tidak mustahil, lebih-lebih lagi Penciptanya itu
PAKAR Pencipta yang mempunyai ILMU ke atas ciptaannya. Allah mencipta
untuk manusia itu hidup dan kemudian mati dan kemudian dibangkitkan
semula. Apa mustahilnya? Allah dikenali sebagai AL-KHALLAQUL ALIM,
pencipta pakar yang berilmu tinggi.

Orang yang jahil dan lalai cuba menjadi juara memikirkannya dari segi logik
yang ciptaan semula ini MUSTAHIL. Lihatlah tulang-tulang yang mereput
mustahil boleh dihidupkan semula.
Contoh utama yang dijelaskan, ialah konsep API, ianya satu benda yang
sangat perlu kepada hidupan manusia. Allah mencipta pokok-pokok yang
menghijau di atas bumi ini. Batang dan daunnya itu adalah karbon yang
boleh dijadikan bahan bakar untuk mewujudkan api dan seterusnya
digunakan untuk hidupan seharian. Bagaimana ini boleh berlaku? Fikirlah,
bahawa kekuasaan Allah meliputi segala sesuatu termasuk menghidupkan
yang telah pernah dihidupkan. Oleh itu marilah kita mempercayai bahawa
diri-diri kita ini setelah mati, dikuburkan dan hancur akan dibangkitkan
semula bagi menghadapi hari pembalasan.

Ayat-Ayat 81-83

‫)أَ َولَ ْي َس الَّ ِذي َخلَ َق ال َّس َما َوا ِت‬٨١( ‫الَّ ِذي َج َعلَلَ ُك ْم ِم َن ال َّش َج ِر الأ ْخ َض ِر نَا ًرا فَ ِإ َذا أَ ْن ُت ْم ِم ْنهُتُوقِ ُدو َن‬
‫) ِإنَّ َما أَ ْم ُرهُ ِإ َذا أَ َرا َد َش ْي ًئا أَ ْن يَ ُقو َل‬٨١( ‫َوالأ ْر َض بِ َقا ِد ٍر عَلَى أَ ْن يَ ْخلُ َق ِم ْثلَ ُه ْم بَلَى َو ُه َو الْ َخلا ُق الْ َعلِي ُم‬

)٨٣( ‫)فَ ُس ْب َحا َن الَّ ِذي بِ َي ِد ِه َملَ ُكو ُت ُك ِلّ َش ْي ٍء َو ِإلَ ْي ِه تُ ْر َج ُعو َن‬٨٢( ‫لَهُ ُك ْن فَ َي ُكو ُن‬

Mafhumnya,

50

Tidakkah boleh kita memperakui bahawa Allah yang telah mencipta langit dan
bumi itu JUGA berkuasa mencipta semula manusia sebagaimana mereka

mencipta mereka terdahulu? Ya, kita akui, DIALAH Allah sebagai PAKAR

PENCIPTA yang Maha Mengetahui.)۸۱( Sesungguhnya, kemuncak

kekuasaanNya itu apabila ia menghendaki sesuatu itu TERJADI maka dengan

hanya berkata kepada sesuatu itu “jadi” maka melalui perosesnya

“terjadilah” ia. (Konsep KUN FAYAKUN).)۸۲( Marilah kita Mengakui

KeAgungan Allah ini dengan BERTASBIH mentakdiskanNya kerana Dialah
Allah yang Memiliki dan Menguasai segala sesuatu dan HANYA kepadaNyalah

sahaja kita semua akan berpulang.)۸۳(

Tafsirnya,

Di akhir ayat-ayat dari Surah Yasin ini, Allah masih lagi mahu membawa kita
meneliti konsep hidup semula atau hari dibangkitkan atau hari Akhirat.
Konsep hari bangkit semula begitu penting kerana „akauntabiliti‟ seseorang itu
akan dipersoalkan nanti. Jika kita yakin atas bangkit semula ini, maka ia
akan menstabilkan perlakuan kita dan perlakuan yang terbaik ialah mengikut
ajaran-ajaran yang ada dalam Al-Quran.

Allah adalah AZIM, iaitu Maha Agung, Pencipta bumi dan langit mengikut
ciptaan dan ilmu yang tinggi. Dia adalah Pakar Pencipta yang Esa yang
mencipta sesuatu mengikut susur galur proses yang terbaik sehingga
mewujudkan satu kitaran hidup yang berterusan. Konsep Kun Fayakun
menggambarkan penciptaan yang luar biasa sifatNya yang tidak ada lain yang
boleh melakukan sepertiNya.

Jika dibandingkan kekuasaanNya yang begitu meluas, meliputi batas-batas
logik, maka kita boleh menerima Allah berkuasa menghidupkan semula semua
yang dimatikan dan setiap diri akan bertanggungjawab ke atas semua baik
buruk perlakuan mereka di dunia ini. Inilah keadilan Ilahi. Maka sebagai
menghormati Ilahi yang teragung maka kita diminta bertasbih mentakdiskan
Allah dari segala tuduhan yang tidak berasas dan mengakui di tanganNyalah
sahaja ada kekuasaan abadi dan mahu tidak mahu kita akan pulang
kepadaNya.

FADILAT SURAH YASIN

51

Ayat terakhir Surah ini yang memberi makna „dan kepadaNya sahaja tempat
kamu berpulang‟ dan sebuah hadis yang bermaksud, „Bacalah Surah Yasin ke
atas mereka yang nazak dan yang mati.‟ Mengikut Ulama, ketika nazak
seseorang yang dibaca Yasin ke atasnya ia akan meyakini kepulangannya
hanya kepada Allah. Di ketika itu manusia yang sudah lemah seluruh
fizikalnya, masih mempunyai hati yang tertumpu kepada Allah. Dengan
bacaan ini, maka akan bertambahlah kekuatan hati tersebut, dan lebih
mendalam tasdiknya kepada Allah. Maka terpancarlah di saat-saat akhir itu
nur iman dan terpalitlah kepadanya kekuatan Basirah untuk kembali pada
Allah.

Surah Yasin digelar sebagai Hati Al-Quran kerana ia mengandungi 3 perkara
asas iaitu, Wahdaniyyatilaah (KeEsaan Allah), Risalah Muhammadiah
(Kerasulan Muhammad) dan Al-Hasyr (Penjelasan Hari Mahsyar). Ketiga-tiga
asas ini adalah amalan hati dan ianya adalah Hati kepada Al-Quran.

Terdapat sebuah hadis, yang bermaksud, „Sesiapa yang membaca Surah
Yasin ini, dengan niat KERANA Allah, maka Allah akan mengampuni dosa-
dosanya dan pahalanya sama dengan membaca Al-Quran seluruhnya
sebanyak 22 kali. Orang-orang yang menghadapi saat nazak maut sewaktu
malakul maut turun kepadanya, maka akan turun bersama mereka malaikat-
malaikat rahmat dikira pada tiap satu huruf Surah itu 10 malaikat, berada di
depannya, berselawat ke atasnya, dan mohon pengampunan Allah atasnya,
menyaksikan mayat itu dikafan, mengiringi jenazahnya dan menyaksikan
pengkebumiannya.‟

(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 443
Juzu‟ 7)

Sebuah Hadis lain, mafhumnya, „Terdapat satu surah dalam Al-Quran yang
boleh memberi SYAFAAT kepada pengamalnya, dan mengampunkan dosa
orang yang mendengarnya dan dikenali dalam Taurah sebagai Al-Ma‟amah
ialah Yasin. Bacalah Surah Yasin, kerana di dalamnya terdapat 10 barakah,
yang lapar akan kenyang, yang bogel akan berpakaian, yang tidak dipinang
akan berkahwin, yang takut akan menjadi berani, yang terkurung akan
terlepas, yang musafir akan mudah perjalanannya, yang kehilangan akan
bertemu kembali dan atas mayat akan meringankannya, yang dahaga akan
hilang dahaganya dan yang sakit akan sembuh.‟

(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 443
Juzu‟ 7)

„Pembaca dan Pengamal Surah Yasin akan memperolehi apa yang dihajatinya‟,
itulah maksud hadis ini.

52

Imam Yafie, berkata, „Semua amalan manusia itu ditanam bersama dengan
badannya dalam kubur. Jika amalannya itu mulia, maka dia akan dimuliakan
dan sebaliknya. Jika ada amal soleh, maka amal soleh itu akan menjadi
kawannya, membisik ganjaran yang bakal diterimanya, memperluaskan
kawasan kuburnya, dan mencahayakannya serta menahan dari sebarang
kesusahan dan tekanan. Jika ianya amalan tidak soleh, maka amalan itu akan
menggusarkannya, memaksa kegelapan kuburnya, menyempit di samping
mengazabkannya dalam tekanan, himpitan dan azab yang berterusan.‟
Begitulah dicatit dalam Kitab Al-Mathnawi.
(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 441
Juzu‟ 7)

53

SURAH AD-DUKHAN

MUKADIMAH
Surah ini adalah Surah ke-44, diturunkan di Mekah dan mengandungi 59
ayat. Seperti Surah-Surah As-Sajdah dan Yasin, penekanan surah ini ialah
kepada KEIMANAN dan AKIDAH.
Penekanan diberi kepada kepercayaan pada kalam Allah yang menjadi
petunjuk kepada manusia. Ianya diturunkan pada bulan Ramadan sebagai
petunjuk dan sebagai RAHMAT Allah kepada kita. Ia menekankan keimanan
yang kukuh dan menempelak kekufuran yang menolak Al-Quran. Orang yang
beriman ditangisi bumi dan langit di atas kematiannya. Berbeza sekali orang
yang tertakwa dengan yang kufur pada Allah.
TAFSIRAN
Ayat-Ayat 1-8

‫)فِي َها يُ ْف َر ُق ُكلُّأَ ْم ٍر‬٣( ‫) ِإنَّا أَ ْن َزلْ َنا ُه فِي لَ ْيلَ ٍة ُم َبا َر َك ٍة ِإنَّا ُك َّنا ُم ْن ِذ ِري َن‬٢( ‫) َوالْ ِك َتا ِب الْ ُم ِبي ِن‬١( ‫حم‬
‫) َر ِّب‬٦( ‫) َر ْح َم ًة ِم ْن َربِّ َك ِإنَّهُ ُه َو ال َّس ِمي ُع الْ َع ِلي ُم‬٥( ‫)أَ ْم ًرا ِم ْن ِع ْن ِدنَا ِإنَّا ُك َّنا ُم ْر ِسلِي َن‬٤( ‫َح ِكي ٍم‬
‫)لا ِإلَهَ ِإلا ُه َو يُ ْح ِيي َويُ ِمي ُت َربُّ ُك ْم َو َر ُّب‬٧( ‫ال َّس َما َوا ِت َوالأ ْر ِض َو َما بَ ْي َن ُه َما ِإ ْن ُك ْن ُت ْم ُموقِ ِني َن‬

)٨( ‫آبَائِ ُك ُم الأ َّولِي َن‬

Mafhumnya,

54

Dengan nama Allah, yang memberi Rahmat di dunia dan memberi Rahmat di
akhirat. HAA MIIM.)۱( Aku bersumpah, Demi Al-Quran, Kitab yang
menjelaskan semua Kenyataan dan Kebenaran.)۲( Sesungguhnya Aku telah
menurunkan Al-Quran itu (sekali gus) pada malam yang penuh BERKAT, dan
berbuat demikian kerana Kami sentiasa saja memberi „peringatan‟ dan
‟amaran‟ (agar hamba-hamba Kami tidak terkena azab).)۳( Pada malam
„BERKAT‟ itu juga Kami menjelaskan (kepada para Malaikat) tiap perkara yang
mengandungi HIKMAT (kepada manusia) serta ianya tetap berlaku, iaitu
perkara-perkara yang terbit dari HIKMAH kebijaksanaan Kami.)۴(
Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab Kami mengutus Rasul (bagi
menjelaskan kebenaran-kebenaran itu).)۵( Ini adalah RAHMAT dari Allah,
Tuhan Rabb yang mengasihi kamu, sesungguhnya Dia (Allah) adalah Maha
Mendengar (hamba-hambaNya yang memohon hidayah iman) dan Maha
Mengetahui (iaitu PAKAR dalam penciptaanNya).)۶( Dialah Rabb, Tuhan yang
mengasihani, Pencipta bumi dan langit dan segala sesuatu yang berada di
antara keduanya, dan jika kamu semua YAKIN akan hakikat ini (maka
terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu itu).)۷( Hanya Dialah Allah
yang Mencipta kehidupan dan Dialah juga yang mematikan kehidupan
tersebut, Dialah jua Tuhan Rabb kepada datuk nenek kamu yang terdahulu
itu.)۸(

Tafsirnya,

Surah Ad-Dukhan dimulakan dengan 2 huruf, iaitu HAA dan MIM, sebagai
daya tarik kepada musyrikin Mekah untuk mereka terus teliti apa selepas
huruf-huruf itu. Hanya Allah yang mengetahui maknanya. Ada yang
menyatakan sebagai ALHAMDU, iaitu kesyukuran kepada Allah, ada yang
menyatakan sebagai Wahyu Yang Khas kepada Muhammad s.a.w.

Allah sekali lagi bersumpah dengan “demi Al-Quran”, Kitab yang menjelaskan
segala kebenaran akidah. Ini menjelaskan bahawa Al-Quran adalah Kitab
TERPENTING kepada akidah seseorang itu. Yang lengkap maknanya kepada
orang-orang Arab yang menjelaskan jalan hidayat dari jalan-jalan kesesatan,
dan menjelaskan kepada mereka yang mahu mencari keredaan beragama.
Kepada kita sebagai pembaca Surah ini, kita harus bertekad, beriman dan
beramal dengan Al-Quran itu.

55

Al-Quran itu dijelaskan sebagai diturunkan sekali gus dari Loh Mahfuz kepada
Jibril a.s. dibawa ke Sama‟i dunia, (dunia biasa). Ini berlaku pada malam
Lailatul Qadr dalam bulan Ramadan. Malam itu dikenali sebagai „malam yang
penuh berkat‟ dan diturunkan kemudiannya kepada Muhammad s.a.w.
selama 23 tahun secara berdikit-dikit mengikut keperluan dan keadaan.

Dari segi operasi Allah, pada malam berkat ini juga Allah akan memberi butir-
butir tertentu tentang tugasan-tugasan Malaikat ke atas manusia untuk
diselenggarakan dalam masa satu tahun sehingga ke tahun akan datang.
Perkara-perkara ini dikenali sebagai perkara penetapan Allah untuk
dilaksanakan pada tahun itu. Ini termasuklah segala kebaikan, kejahatan,
ujian-ujian, pertolongan, kehancuran, kesuburan dan kegawatan,
perhubungan dan perceraian, taufik dan hidayah serta pertelingkahan
termasuklah semua jenis qada qadar Allah yang dipisahkan dari Loh Mahfuz
pada malam berkat tersebut untuk tindakan para Malaikat masing-masing.

Catitan berikut boleh menjelaskan operasi ini,

“Pada malam itu Allah akan menulis dan memisahkan semua perkara-perkara
yang ditetapkan dalam Loh Mahfuz dari jenis rezeki-rezeki hamba-hamba Allah,
ajal-ajal mereka dan semua urusan mereka kecuali kebahagiaan dan
kecelakaan untuk dioperasikan sehingga ke tahun hadapan. Permulaan
pemisahan perkara-perkara ini dari Loh Mahfuz ialah pada malam berkat itu.
Maka kepingan tulisan berhubung dengan rezeki diserahkan kepada Mikael,
dan kepingan tulisan mengenai peperangan, kehancuran, petir dan kerosakan
diserah kepada Jibril dan kepingan tulisan mengenai amalan diserahkan
kepada Ismail, Pengawal Samaiddunia (dunia ini) (iaitu Malaikat yang
terbilang), dan kepingan tulisan mengenai musibah diserahkan kepada Izrael.”

(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 404
Juzu‟ 8)

Mengenai Al-Quran pula maka turunnya ia mesti diikuti dengan seorang Rasul
untuk menjelaskannya kepada umatnya. Inilah peranan Rasulullah dengan
Al-Quran yang akan dijelaskan kepada yang mahu mendengar dan mahu
beriman. Inilah RAHMAT dari Allah kepada manusia untuk mereka berfikir
dan seterusnya beriman. Jika mereka dapat meyakini diri mereka dengan apa
yang diseru oleh Allah, dan apa yang berada di sekitar mereka, keyakinan ini
akan membawa mereka kepada beriman pada Allah.

Siapa dia Allah itu?

56

Allah menjelaskan dalam ayat di atas, TIADA yang lain selain dari Allah yang
telah mencipta kehidupan setiap yang bernyawa dan Dia sahaja yang mencipta
kematian kepada yang bernyawa itu, dan Dialah Allah yang menjadi Tuhan
kepada datuk nenek mereka, termasuk Tuhan kepada Adam, dan semua anak
Adam. Dialah Allah yang mencipta.

Walaupun penjelasan ini dikemukakan pada mereka, maka REAKSI mereka
tetap merasa RAGU dan SYAK. Oleh itu mereka memainkan isu-isu ini untuk
terus hidup dalam keadaan syak, serta mengejek-ngejek kebenaran dari Allah
itu.

Pengajaran kepada kita sebagai pembaca?

Mohon pada Allah untuk terus Allah kukuhkan Iman kita kepada Allah,
mohon agar Allah mendorong kita menggunakan Al-Quran untuk mendapat
tunjuk ajar langsung dari Allah. Kekuasaan Allah adalah agung dan setiap
diri kita ini sentiasa di bawah operasi dan penglihatan Allah, walau pun
sesetengahnya dilaksanakan oleh para Malaikat. Ini termasuk nasib kita
dalam satu-satu tahun, takdir kita yang mungkin datang dari perlakuan kita.
Ulangi ayat-ayat ini dan faham pengertiannya dan pohon dikuatkan iman dan
akidah kita agar ianya tidak sesat, sebagaimana sesatnya mereka yang tidak
mahu beriman.

Ayat-Ayat 9-16

‫)يَ ْغ َشى ال َّنا َس َه َذا عَ َذا ٌب‬١١( ‫)فَا ْرتَ ِق ْب يَ ْومَتَ ْأتِي ال َّس َماءُ بِ ُد َخا ٍن ُم ِبي ٍن‬٩( ‫بَلْ ُه ْم فِي َش ٍّك يَ ْل َع ُبو َن‬
‫)أَنَّى لَ ُه ُم ال ِّذ ْك َرى َوقَ ْد َجاءَ ُه ْم َر ُسولٌ ُم ِبي ٌن‬١٢( ‫) َربَّ َنا ا ْك ِش ْف عَ ّنَا الْ َع َذا َب ِإنَّا ُم ْؤ ِم ُنو َن‬١١( ‫أَلِي ٌم‬
َ‫)يَ ْوم‬١٥( ‫) ِإنَّا َكا ِش ُفوا الْ َع َذا ِب قَلِيلا ِإنَّ ُك ْم عَائِ ُدو َن‬١٤( ‫)ثُ َّم تَ َولَّ ْوا عَ ْنهُ َوقَالُوا ُم َعلَّ ٌم َم ْج ُنو ٌن‬١٣(

)١٦( ‫نَ ْب ِط ُش الْ َبطْ َش َة الْ ُك ْب َرى ِإنَّا ُم ْن َت ِق ُمو َن‬

Mafhumnya.

57

Mereka tidak mempercayai atau meyakini apa jua penjelasan yang diberi,
malah mereka berada dalam keraguan yang nyata dan menjadikan dalil-dalil
itu sebagai mainan/gurauan.)۹( (Dikatakan Rasulullah terus berdoa dan doa
beliau diterima Allah) oleh itu tunggulah (Wahai Muhammad) kedatangan
ASAP kemarau dari langit yang jelas (menyebabkan mereka kebuluran yang
dahsyat).)۱۱( Ianya akan menimpa seluruh manusia yang kufur itu.)۱۱(
Sehingga terkeluar kata-kata, “Ini adalah azab yang pedih yang pernah
diturunkan”. (Pada saat itu akan kedenganran RAYUAN mereka dengan kata-
kata), “Wahai Rabb, Tuhan kami, hapuskanlah azab yang pedih ini dan kami
akan beriman!”)۱۲( Apa pula yang harus mereka ingat (tentang beriman itu jika
Allah menghapuskan azab tersebut?) sedangkan sepatutnya mereka sudah
beriman, kerana mereka telah diutuskan seorang Rasul yang memberi cukup
keterangan-keterangan mengenai iman itu.)۱۳( Sesungguhnya, apabila
semuanya kembali normal, mereka akan bercakap-cakap sesama sendiri, di
samping terus mengingkari keimanan, dan menempelak Rasul dengan
berkata, “Dia itu seorang tukang ajar yang gila.”)۱۴( Telah menjadi anggapan,
jika Kami menghapuskan azab tersebut walaupun sedikit, mereka akan kufur
seperti sebelumnya.)۱۵( Ingatlah kamu semua akan terus ditimpa azab besar
yang dahsyat di suatu hari (dengan kemenangan perang oleh lawan kamu),
sesungguhnya itulah azab yang lebih besar dari keingkaran kamu itu.”)۱۶(

Tafsirnya,

Ayat 9 di atas menjelaskan segala penerangan dari awal ayat Surah Ad-
Dukhan ini ke Ayat 8, yang dibuat oleh Allah TIDAK memberi kesan langsung
kepada mereka yang kufur dari kalangan kafir Mekah. Mereka terus tidak
beriman, tetapi mewujudkan situasi syak dan ragu atas kebenaran itu. Malah
mereka mempersendakan agama sebagai satu permainan yang menjadi
sorakan ramai.

58

Dari Ibnu Masuud r.a. beliau berkata, “Setelah Rasulullah berdakwah dan
orang-orang Quraish terus menentang dan bertindak liar ke atas Rasulullah,
maka Rasulullah pun berdoa, “Ya Allah, turunkan azab ke atas Mudhir, (iaitu
azab yang menyerupai azab pada 7 tahun ke-2 Mesir di bawah Nabi Yusof) dan
Allah merestui doa tersebut maka berlakulah kemarau yang melampau dan
kebuluran di Mekah sehingga banyak orang yang memakan tulang dan
bangkai dan apabila mereka mendongak ke langit mereka dapat seolah-olah
ASAP yang menyelubungi permukaan langit. Apabila bala yang turun itu terus
menekan kaum Mudhir maka mereka datang bertemu Rasulullah, setelah
berada dalam azab itu selama 40 hari, dan berkata, “Wahai Rasulullah,
mohonlah pada Allah agar ditolong kaum Mudhir kerana mereka hampir
binasa dengan Asap tersebut.” Maka Rasulullah terus memberi minum
kepada kaum Mudhir ini, maka Allah menurunkan ayat,

)١٥( ‫ِإ َنّا َكا ِش ُفوا الْ َع َذا ِب قَلِيلا ِإنَّ ُك ْم عَائِ ُدو َن‬

“Kami telah mengatasi azab tersebut sedikit-sedikit, tetapi mereka akan tetap
berbalik kepada kekufuran mereka”

Oleh itu ayat selepasnya, Allah berfirman,

“Iaitu pada hari )١٦( ‫ِإنَّا ُم ْن َت ِق ُمو َن‬ ‫ى‬m‫َر‬e‫ ْب‬r‫ ُك‬ekْ‫ال‬a‫ َش َة‬a‫ ْط‬k‫َب‬aْ‫ل‬n‫ ُش ا‬m‫ ِط‬e‫ْب‬nَ‫ن‬eَ‫م‬r‫ْو‬imَ‫ ي‬a azab yang besar

peperangan Badr,

(dengan kekalahan dan hentaman yang kuat dari tentera Muslimin) dan
sesungguhnya itulah dendam kami (atas keingkaran mereka”

(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 139 Jilid 4)

Ayat di atas juga mempersoalkan orang yang kufur membuat syarat beriman
jika Allah mengangkat dari mereka azab tersebut? Mengapa memberi syarat,
sedangkan Rasulullah telah dihantar kepada mereka untuk menjelaskan
tentang keimanan yang sepatutnya mereka telah beriman? Jangan
meletakkan syarat kepada Allah dalam soal Iman, apa lagi selepas mereka
dibebaskan dari azab itu mereka terus balik kepada kekufuran,
mempermainkan Rasulullah dengan berkata yang Rasulullah adalah seorang
yang mendapat ilmu dari orang asing dan ianya gila.

Lantas selepas penghinaan itu, berlakulah peperangan antara Muslimin
dengan Quraish Mekah dalam peperangan Badr di mana kemenangan pertama
kepada muslimin ke atas orang-orang kafir Mekah. Azab kedua yang mereka
terima ialah dibelasah dengan kuatnya oleh orang-orang Islam yang jumlah
tenteranya jauh lebih kecil dari tentera Quraish.

59

Konsep SYAK dijelaskan oleh ulama tafsir bukan saja terkena pada orang yang
kufur tetapi meliputi semua manusia. Pertama mereka membiarkan hati-hati
mereka diliputi oleh rasa syak, sama ada benar atau tidak, semua ajaran Allah
ini? Orang-orang yang lalai juga akan mengundang rasa syak dalam hati
mereka, dan mereka akan teragak-agak dan ini akan menjauhkan mereka dari
kebenaran. Orang-orang yang syak ini akan bersekongkol dengan sifat
munafik yang menjadikan bahan agama dan keimanan sebagai gurauan yang
juga akan mempengaruhi mereka lebih jauh dari kebenaran. Lebih-lebih lagi
mereka terus terlibat dalam mencintai hidup dunia ini. Hati-hati yang syak ini
tidak akan masuk ke dalamnya sebarang nasihat dan iman, takut yang ada
hanyalah pura-pura sahaja.

Sebuah cerita pengalaman pentafsir dengan seorang remaja bawah umur di
Mekah. Beliau melihat bibir remaja itu berkumat kamit dan beliau terus
memberi salam kepadanya. Beliau bertanya apa yang diucapkan oleh remaja
itu. Jawabnya dia sedang berzikir Al-Quran yang dihafaznya. Beliau terus
menyoal remaja itu, „Umur engkau bawah baligh dan engkau belum ditetapkan
dosa pahala.‟ Jawabnya, „Aku melihat mati boleh berlaku pada yang kecil atau
yang sudah dewasa.‟ Beliau terus ditanya, „Mana bekalan kamu dalam masa
haj ini?‟ Remaja itu menjawab, „Aku yakin, aku adalah tetamu Allah yang
selalunya Dia yang menjemputku, pastinya dia akan menyediakan padaku
makan mimumku. Orang yang sibuk dengan persediaan mereka adalah kurang
yakin terhadap konsep tetamu Allah, aku tidak mahu terhina dan aku menjaga
adabku dengan Allah Tuhanku!‟ Pengalamanku dengan remaja kecil ini
membuatku terasa betapa keyakinanku lebih rendah jika dibandingkan
dengan remaja itu.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa asap dalam Surah ini dikaitkan
dengan tanda-tanda berlakunya kiamat. Dalam sebuah hadis dari Abi Said al
Khudri yang mencatitkan yang Rasulullah bersabda, „Asap yang akan
menyelubungi angkasa raya dan menghantui manusia semua, bagi orang yang
beriman mereka akan merasai sakit seperti lelah dan selsema dan bagi orang
kufur ianya menyumbat lubang telinga mereka dan binasa dengan tekanan itu.
Itulah tandanya kiamat akan berlaku.‟

(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 140 Jilid 4)

Ayat-Ayat 17-33

60


Click to View FlipBook Version