The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mattghani, 2016-09-04 11:49:08

المنجيات

AlMunjiat Edisi 3

‫َولَ َق ْد فَ َت َّنا قَ ْبلَ ُه ْم قَ ْومَ فِ ْرعَ ْو َن َو َجاءَ ُه ْم َر ُسولٌ َك ِري ٌم (‪)١٧‬أَ ْن أَ ُّدوا ِإلَ َّي ِع َبا َد اّلَّ ِل ِإنِّي لَ ُك ْم َر ُسولٌ‬
‫أَ ِمي ٌن (‪َ )١٨‬وأَ ْن لا تَ ْعلُوا عَلَى اّلَّ ِل ِإنِّي آتِي ُك ْم بِ ُس ْلطَا ٍن ُم ِبي ٍن (‪َ )١٩‬و ِإنِّي عُ ْذ ُت بِ َربِّي َو َربِّ ُك ْم أَ ْن‬
‫تَ ْر ُج ُمو ِن (‪َ )٢١‬و ِإ ْن لَ ْم تُ ْؤ ِم ُنوا لِي فَا ْع َت ِزلُو ِن (‪)٢١‬فَ َدعَا َربَّهُ أَ َّن َه ُؤلا ِء قَ ْومٌ ُم ْج ِر ُمو َن (‪)٢٢‬فَأَ ْس ِر‬
‫بِ ِع َبا ِدي لَ ْيلا ِإنَّ ُك ْم ُم َّت َب ُعو َن (‪َ )٢٣‬وا ْت ُر ِك الْ َب ْح َر َر ْه ًوا ِإنَّ ُه ْم ُج ْن ٌد ُم ْغ َرقُو َن (‪َ )٢٤‬ك ْم تَ َر ُكوا ِم ْن َج َّنا ٍت‬
‫َوعُ ُيو ٍن (‪َ )٢٥‬و ُز ُرو ٍع َو َم َقا ٍم َك ِري ٍم (‪َ )٢٦‬ونَ ْع َمةٍ َكانُوا فِي َها فَا ِك ِهي َن (‪َ )٢٧‬ك َذلِ َك َوأَ ْو َر ْث َنا َها قَ ْو ًما‬
‫آ َخ ِري َن (‪)٢٨‬فَ َما بَ َك ْت عَلَ ْي ِه ُم ال َّس َماءُ َوالأ ْر ُض َو َما َكانُوا ُم ْنظَ ِري َن (‪َ )٢٩‬ولَ َق ْد نَ َّج ْي َنا بَ ِني‬
‫ِإ ْس َرائِيلَ ِم َن الْ َع َذا ِب الْ ُم ِهي ِن (‪ِ )٣١‬م ْن فِ ْر َع ْو َن ِإنَّهُ َكا َن َعالِ ًيا ِم َن الْ ُم ْس ِرفِي َن (‪َ )٣١‬ولَ َق ِد ا ْخ َت ْرنَا ُه ْم‬

‫عَلَى ِع ْل ٍم عَلَى الْ َعالَ ِمي َن (‪َ )٣٢‬وآتَ ْي َنا ُه ْم ِم َن الآيَا ِت َما فِي ِه بَلاءٌ ُم ِبي ٌن (‪)٣٣‬‬

‫‪Mafhumnya,‬‬

‫‪61‬‬

Dan demi sesungguhnya, sebelum kemunculan mereka, Kami telah menguji
kaum Firaun, dan mereka pun telah Kami utuskan seorang Rasul (iaitu Nabi
Musa a.s.) yang mulia.)۱۷( )Rasul inilah yang telah merunding dengan mereka
serta berkata(, “Pulangkan semula hamba-hamba Allah )iaitu Bani Israel yang
berada di bawah tekanan Firaun( itu kepadaku, kerana sesungguhnya aku ini
adalah Rasulullah utusan kepada kamu semua yang menjalankan amanah
Allah.)۱۸( Dan janganlah kamu menyombong terhadap perintah Allah,
sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.)۱۹(
Dan aku ini telah pun memohon perlindungan dari Allah, Tuhan Rabbku dan
Rabb kamu semua, dari perbuatan merejam kamu untuk menyakitiku.)۲۱(
Dan sekiranya kamu tidak mahu beriman dengan kerasulanku ini maka
janganlah menganggu aku.”)۲۱( (Setelah itu, Firaun menolak dan tidak
bersetuju atas rundingan itu) maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah
Tuhannya, “Sesungguhnya mereka ini adalah dari kaum yang penuh dosa
)dosa yang sebati dengan kekufuran mereka( dan zalim.”)۲۲( (Maka Allah pun
memerintah Musa, firmanNya) “Bawalah kumpulan Bani Israel )yang berada di
bawah tekanan Firaun itu( bersama-sama engkau keluar dari bumi Mesir di
waktu malam, kerana kamu semua akan dikejar oleh kaum Firaun dengan
tenteranya.)۲۳( )Dan teruskan perjalanan kamu semua sehingga menemui laut)
dan tinggalkan laut itu dan menyeberangi laut itu dengan tenang, ianya akan
terbelah memberi laluan, dan yang mengejar kamu dari kaum Firaun itu ialah
tentera yang akan ditenggelamkan dan binasa.”)۲۴( )Dengan tenggelamnya
Firaun dan tenteranya maka( mereka dari kalangan Firaun itu akan
meninggalkan banyak kebun buah-buahan, ruang rehat bermata air dan juga
berbagai jenis ladang-ladang pertanian yang luas serta istana-istana yang
meluas. Dan juga semua kemewahan hidup yang selama ini mereka
kecapi.)۲۷( Begitulah berakhirnya satu kuasa besar yang runtuh akibat tidak
beriman dan derhaka. Dan Kami jadikan segala tinggalan Firaun itu sebagai
harta warisan kepada kaum yang lain, iaitu kepada kaum Bani Israel.)۲۸(
Pemergian mereka itu sedikit pun tidak ditangisi oleh baik langit atau bumi
dan pemergian mereka tidak diberi amaran tempoh atau sebagainya.)۲۹(
Sebaliknya Kami telah menyelamatkan Bani Israel dari azab dan penghinaan
dari Kaum Firaun.)۳۱( Dari sikap menindas Firaun itu sendiri, kerana Firaun
adalah dari seorang raja yang sombong takbur dan terkenal sebagai orang
yang melampaui batas dalam melaksanakan kekejamannya.)۳۱( dan Kami telah
memilih Bani Israel itu sebagai kumpulan terpilih pada zaman mereka pada

62

seluruh alam.)۳۲( Dan mereka telah dibekalkan melalui Nabi Musa a.s. dengan
berbagai mukjizat terkini guna menguji mereka dan membentuk sikap mereka
kepada keimanan.)۳۳(

Tafsirnya,

Setelah Muhammad mendakwah mereka, satu perbandingan dibuat oleh Allah
untuk difikirkan oleh orang Quraish Mekah tentang Firaun yang angkuh,
sombong, ingkar kenabian Musa a.s., musnah kerana menolak iman
kebenaran yang dibawa oleh Musa a.s. Segala kebesaran, kekayaan, rezeki
yang mewah habis musnah diwarisi oleh Bani Israel. Adakah orang-orang
Quraish mahu balasan yang demikian? Insaflah dan ikutlah kenabian
Muhammad s.a.w.

Allah mula menguji Nabi Musa a.s. dan kenabiannya dengan menghantarnya
kepada kaum Firaun yang menghuni Mesir. Tujuannya ialah supaya mereka
beriman kepada Allah, dan memperlihatkan kepada mereka sesuatu mukjizat
yang mungkin membuka minda mereka kepada beriman. Malangnya Firaun
tetap memilih kekufuran dari keimanan.

Konsep „fitnah‟ ialah kaum Firaun selama ini hidup dalam kemewahan, luas
rezeki mereka, tetapi mereka hidup penuh maksiat di atas bumi Allah. Bani
Israel ialah amanah Allah di bawah tangan Firaun dan kaumnya dan mereka
perlu dipulangkan semula kepada bumi mereka di Palestin dan di Syam dan
terkeluar dari perhambaan oleh Firaun ke atas mereka.

Siapa Nabi Musa a.s.? Beliau seorang Rasul yang mendapat banyak
kemuliaan dari Allah, di antaranya seorang yang terlalu sabar, berakhlak
mulia boleh berkomunikasi dengan Allah tanpa perantaraan dan boleh
mendengar kalam Allah. Kisah Firaun dengan Musa a.s. boleh dijadikan
iktibar kepada kaum Quraish agar mereka tidak meneruskan kedegilan
mereka, balik kepada jalan Allah, dan menerima Muhammad sebagai nabi
utusan Allah, dan beriman dengan Allah dan dengar apa yang disampaikan
oleh Rasulullah kepada mereka. Malangnya orang Quraish tidak
menjadikannya iktibar tetapi meneruskan kedegilan mereka.

Nabi Musa a.s. yang ditentang oleh Firaun itu telah berdoa kepada Allah dan
lantas itu Allah telah meminta beliau membawa keluar Bani Israel dari bumi
Mesir pada waktu malam dan menuju ke Laut Merah bertujuan untuk
membawa balik mereka ke negeri asal mereka di Syam dan bumi Palestin. Di
antara amaran-amaran Musa a.s. kepada Firaun ialah,

1) Jangan takbur dan jangan menghina.

63

2) Jangan menolak kenabian Musa a.s. atas hujah yang jelas.

3) Musa a.s. sentiasa berada di bawah jagaan Allah yang bertawakal
kepadaNya sebagai mengelak dari tentangan Firaun.

4) Pilihan diberi oleh Musa kepada Firaun, jika mereka tidak bersetuju
dengan Musa maka janganlah ganggu agama yang dibawa oleh Musa
a.s. itu.

Rundingan-rundingan ini tidak diterima oleh Firaun dan Musa a.s. bersama-
sama Bani Israel bergerak ke Laut Merah dan Allah telah memberi petunjuk
agar Musa a.s. jangan teragak-agak untuk memasuki ruang air dalam laut
untuk menyeberangi laut bagi mengelak dari dibunuh oleh tentera Firaun
yang mengikut mereka itu. Kumpulan Musa a.s. dan Bani Israel terselamat ke
daratan sebelah sana dan Firaun dan tenteranya terperangkap dan tenggelam
dalam laut. Habislah riwayat Firaun yang zalim melampau itu akibat
kedegilan mereka.

Apakah mesejnya kepada kita?

Firaun yang kaya raya dengan istana di atas air yang mewah hancur dan
tenggelam kerana tidak mahu beriman dengan Allah dan RasulNya. Harta-
harta yang banyak itu menjadi tinggalan dan diwarisi oleh satu kaum yang
lain kerana zuriat Firaun terus dipupuskan oleh Allah. Pewarisnya ialah Bani
Israel.

Pemergian mereka penuh dengan penghinaan. Bumi tempat mereka berpijak
tidak sedikit pun menangisi pemergian mereka, apa lagi langit tempat mereka
berada di bawahnya tidak sedikit pun sedih. Pemergian mereka itu sedikit
pun tidak ditangguh dan berlaku dalam keadaan sekelip mata sahaja, akibat
sombong dan bongkak. Inilah keadaan orang-orang kufur yang maksiat.
Dicatitkan bahawa mukmin yang maksiat apabila mereka telah melakukan
dosa, ianya tidak dicatitkan lagi dalam suhuf amalan mereka atas Rahmat
Allah tetapi diberi kesempatan untuk mereka bertaubat. Kadang-kadang Allah
menurunkan musibah-musibah ke atas mereka guna untuk menghapuskan
semua dosa-dosa mereka.

Catitan sebuah hadis riwayat Syuraih Hadrami yang berkata, Rasulullah
pernah bersabda, „Islam bermula dengan penuh kehairanan, dan berakhir pun
dengan penuh kehairanan, orang-orang yang kehairanan di akhirat kelak akan
diberi keselesaan‟ Tanya sahabat, „Siapa mereka Ya Rasulullah?‟ Jawabnya,
„Mereka adalah orang yang beriman sentiasa membaiki yang rosak dan
lakukan amal soleh. Wahai mukmin yang kehairanan jika mereka mati
keseorangan maka ianya akan ditangisi oleh langit dan bumi.‟ Kemudian
Rasulullah membaca ayat,

64

“Mak)٢a٩la(n‫ َن‬g‫ي‬i‫ِر‬tَ‫ظ‬d‫ْن‬a‫ ُم‬n‫وا‬bُ‫ان‬u‫ َك‬m‫َما‬i‫و‬tَ i‫ض‬dُ ak‫أ ْر‬m‫َوال‬enُ‫اء‬a‫ َم‬n‫َّس‬g‫ل‬i‫ا‬s‫ُم‬i ‫ِه‬k‫ْي‬eَ‫ َعل‬at‫ت‬aْ s‫ َك‬mَ‫ا ب‬e‫ َم‬rَ‫ف‬eka”

Saidina Ali dan Ibnu Abbas r.a. berkata, “Seseorang yang beriman yang mati
akan ditangisi oleh tempat sujudnya itu di bumi dan ditangisi oleh perjalanan
naiknya amalannya di langit.”
(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 143 Jilid 4)

Bagaimana dengan Bani Israel?
Bani Israel adalah cucu Nabi Yakub a.s. dan mereka telah dilepaskan dari
kekejaman Firaun dan kaumnya. Firaun terkenal dengan melaksanakan
hukum yang zalim dan menindas.
Allah telah menjadikan mereka sebagai umat yang terpilih sebagai orang yang
berilmu, alim dalam zaman mereka kerana banyak nabi-nabi diturunkan dari
kalangan Bani Israel. Dikurniakan kepada mereka nikmat yang jelas untuk
mereka bersyukur, kurniaan dengan nikmat serta bala agar mereka membuat
pilihan yang betul dalam iman mereka.
Kepada kita sebagai pembaca? Berikrarlah agar kita tidak sedegil Firaun, kita
beriman dengan Allah dan RasulNya dan mohon bimbingan Al-Quran agar
iman kita mantap.

Ayat-Ayat 34- 37

‫)فَ ْأتُوا بِآبَائِ َنا ِإ ْن ُك ْن ُت ْم‬٣٥( ‫) ِإ ْن ِه َي ِإلا َم ْوتَ ُت َنا الأولَى َو َما نَ ْح ُن بِ ُم ْن َش ِري َن‬٣٤( ‫ِإ َّن َه ُؤلا ِء لَ َي ُقولُو َن‬
)٣٧( ‫)أَ ُه ْم َخ ْي ٌر أَمْقَ ْومُتُ َّب ٍع َوالَّ ِذي َن ِم ْن قَ ْب ِل ِه ْم أَ ْهلَ ْك َنا ُه ْم ِإنَّ ُه ْم َكانُوا ُم ْج ِر ِمي َن‬٣٦( ‫َصا ِدقِي َن‬

Mafhumnya,

65

Sesungguhnya orang-orang musyrikin Mekah akan berkata kepadamu dan
kepada pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad.)۳۴( “Mati yang akan kami
tempuhi itu hanyalah mati sekali sahaja dan sekali-kali kami tidak akan
dibangkit semula lagi.)۳۵( Jika benar dakwaan kamu itu, sila bawakan datuk
nenek kami dahulu yang telah mati itu (untuk kami tanya mereka tentang
itu(.“)۳۶( Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufuran mereka? Adakah
mereka terhandal dan terkuat dalam kekufuran mereka itu berbanding dengan
kaum Tubba‟ dan orang-orang kufur sebelum mereka? Mereka semua telah
kami binasakan lebih awal kerana dosa-dosa mereka (yang terus kufur pada
Allah dan berdosa).)۳۷(

Tafsirnya,

Orang-orang kafir Mekah menolak sama sekali adanya hidup semula selepas
mati. Hujahnya, datuk-datuk nenek mereka yang telah mati itu tidak pulang-
pulang lagi dan terus menghilang. Kalau boleh hidup selepas mati, mereka
pasti boleh pulang sekarang. Logik ini telah pernah diberikan oleh kaum-
kaum sebelum mereka, iaitu kaum Tubba‟ dan yang terdahulu. Kaum-kaum
ini telah dimusnahkan sama sekali akibat kekufuran mereka. Adakah kaum
musyrikin Mekah lebih kebal dan lebih kuat dari kaum-kaum sebelum mereka
itu jika Allah mahu mereka juga musnah?

Mengapa Allah bandingkan kaum musyrikin Mekah dengan Kaum Tubba‟?
Kedua-kedua adalah dari bangsa Arab. Tubba‟ adalah kaum Arab Yemen dari
Qahtan sedangkan kaum musyrikin Mekah juga keturunan Arab dari Adnan.
Jarak di antara kedua kaum ini hampir sekitar 700 tahun.

Kaum Tubba‟ yang telah dimusnahkan itu adalah di bawah seorang Raja
Negeri Saba‟. Di antara pengikutnya, pernah meninggalkan Saba‟, Yemen dan
bergerak hingga ke Samarqand dan kemudian menuju Mesir dan mereka ke
Madinah di zaman Jahiliyah dan mahu menaklukinya. Tetapi beberapa
Yahudi memberitahu mereka yang negeri itu akan diperintah orang Nabi
Terakhir Muhammad s.a.w. Mereka pun membatalkan niat mereka dan
bergerak ke Mekah dan bercadang menakluki Mekah dan menguasai
Baitullah. Juga mereka batalkan niat mereka setelah dinasihat.

Adakah musyrikin Mekah beriman? Masih tidak dan masih mendustakan
Rasulullah. Apa pun dakwah Rasulullah terus berjalan mengajak mereka ke
jalan Allah dan beriman.

Ayat-Ayat 38-42

66

‫) َما َخلَ ْق َنا ُه َما ِإلا بِالْ َح ّ ِق َولَ ِك َّن أَ ْك َث َر ُه ْم لا‬٣٨( ‫َو َما َخلَ ْق َنا ال َّس َما َوا ِت َوالأ ْر َض َو َما بَ ْي َن ُه َما لا ِع ِبي َن‬
‫)يَ ْومَ لا يُ ْغ ِني َم ْولًى عَ ْن َم ْولًى َش ْي ًئا َولا ُه ْم‬٤١( ‫) ِإ َّن يَ ْومَ الْ َف ْص ِل ِمي َقاتُ ُه ْم أَ ْج َم ِعي َن‬٣٩( ‫يَ ْعلَ ُمو َن‬

)٤٢( ‫) ِإلا َم ْن َر ِح َم اّلَّل ُ ِإنَّهُ ُه َو الْ َع ِزي ُز ال َّر ِحي ُم‬٤١( ‫يُ ْن َص ُرو َن‬

Mafhumnya,

Dan Kami telah mencipta langit dan bumi serta segala-gala yang berada di
antaranya bukanlah untuk satu permainan.)۳۸( Kami menciptanya adalah
berdasarkan konsep ALHAQ (iaitu dasar IMAN, SYARIAT, ke arah kebahagiaan
dunia dan akhirat dan yang kufur ke arah neraka dan balasan) yang ini
banyak orang tidak tahu.)۳۹( Sesungguhnya Hari Akhirat (Hari yang
Memutuskan Penghakiman atas amal seseorang) adalah waktunya semasa
mereka berkumpul di Mahsyar.)۴۱( Iaitu suatu hari di mana seseorang kawan
karib tidak dapat membantu rakannya walau sedikit pun dan tidak sesiapa
yang dapat menolong dan ditolong (dari azab yang diterima).)۴۱( KECUALI
mereka-mereka yang telah diberi Rahmat oleh Allah (hasil dari iman dan amal
mereka di dunia dulu) sesungguhnya Allah itu berkuasa membalas ke atas
yang ingkar tetapi Pemberi Rahmat kepada yang beriman.)۴۲(

Tafsirnya,

Ayat-ayat di atas menjelaskan konsep KEADILAN ILAHI yang telah mencipta
bumi dan langit serta apa-apa yang berada di antaranya itu dengan misi
tertentu. Bukan ianya dicipta untuk permainan atau suka-suka. Boleh
menjadi perosak dan merosakkan bumi ini kemudian melarikan diri tanpa
balasan? Yang menzalimi tidak dibalas dan yang dizalimi tidak terbela? Yang
kuat terlepas dan yang lemah tertindas? TIDAK, ianya dicipta atas satu
falsafah ALHAQ. Maha Suci Allah itu dari segala tuduhan bodoh ini, Dialah
Allah yang Esa, Al-Malikul Haq, Dialah Rabb kepada Arash yang Maha
Pemurah.

Manusia adalah bertanggungjawab atas apa yang mereka amalkan. Pokok
utama ialah BERIMAN kepada Allah, meyakini kemurahan Allah mencipta
segalanya untuk kepentingan hidup manusia. Mengambil kesempatan atas
segala tunjuk ajar dari Rasul-rasul yang diutus untuk menuju kebahagiaan di
dunia dan akhirat.

67

Secara tegas Allah menyatakan bahawa hari akhirat ialah hari di mana Allah
memisahkan di antara yang beriman dan yang tidak beriman. Mereka
dipisahkan pada hari di mana semua manusia dikumpulkan di Mahsyar.
Pada hari itu, siapa pun tidak boleh memberi pertolongan kepada yang lain,
walaupun mereka itu keluarga terdekat. YANG MENOLONG IALAH AMAL DAN
IMAN. Orang yang mendapat pertolongan dari Allah ialah orang-orang yang
mendapat RAHMAT Allah. Rahmat ini datang dari amalan baik mereka di
dunia lagi. Allah dijelaskan dengan dua sifat-sifat yang kontra, Pertama Dia
Maha BERKUASA menjalankan operasi azab dan Kedua Dia Maha Penyayang
kepada orang yang beriman yang menjalankan tugas-tugas soleh mereka di
dunia lalu.

Ayat-Ayat 43-50,

‫) َك َغ ْل ِي الْ َح ِمي ِم‬٤٥( ‫) َكا ْل ُم ْه ِل يَ ْغلِي فِي الْ ُبطُو ِن‬٤٤( ‫)طَ َعامُ الأثِي ِم‬٤٣( ‫ِإ َّن َش َج َرةَ ال َّزقُّو ِم‬
‫) ُذ ْق‬٤٨( ‫)ثُ َّم ُص ّبُوا فَ ْو َق َر ْأ ِس ِه ِم ْن عَ َذا ِب الْ َح ِمي ِم‬٤٧( ‫) ُخ ُذوهُ فَا ْع ِتلُوهُ ِإلَى َس َوا ِء الْ َج ِحي ِم‬٤٦(

)٥١( ‫) ِإ َّن َه َذا َما ُك ْن ُت ْم بِ ِه تَ ْم َت ُرو َن‬٤٩( ‫ِإنَّ َك أَ ْن َت الْ َع ِزي ُز الْ َك ِري ُم‬

Mafhumnya,

Ingatlah, sesungguhnya pohon Zaqqum (pokok berbuah dalam neraka).)۴۳(
(buahnya) Menjadi makanan orang-orang kufur dalam neraka.(۴۴) (makanan
itu panas seperti minyak panas hitam) Seperti tembaga cair, mendidih apabila
masuk dalam perut.)۴۵( Seperti mendidihnya air yang meluap-luap kerana
kepanasannya.)۴۶( (Lalu diperintahkan kepada penjaga neraka), Rentaplah
keluar orang yang kufur itu dan seretlah mereka ke tengah-tengah neraka.)۴۷(
Dan kemudian curahkanlah ke atas kepala mereka dengan air panas yang
mengelegak itu.)۴۸( Serta katakanlah kepada mereka dengan mengejek, „Nah
rasalah azab seksa ini.)۴۹( wahai orang yang berpengaruh dan terhormat
dalam masyarakat kamu dulu.‟ (Dan katakan lagi kemudiannya)
„Sesungguhnya, inilah dia rupanya seksaan itu yang kamu dahulunya „ragu-
ragu‟ tentangnya.‟)۵۱(

Tafsirnya,

68

Ayat-Ayat 43-50 di atas khusus menggambarkan balasan kepada mereka
yang ingkar hari bangkit semula, tidak mengindahkan Al-Quran, tidak mahu
menggunakan fikiran untuk menilai konsep mati dan hidup selepas mati, dan
yang menentang dakwah Rasulullah s.a.w., seperti Abu Jahal, akan kekal
dalam neraka Allah.

Allah menceritakan bahawa terdapat sejenis pohon yang hidup dalam neraka
dan buahnya menjadi makanan kepada ahli neraka yang kelaparan. Apabila
menelan buahnya maka buah-buah itu akan menjadi cair masuk ke dalam
perut mereka dan bertukar menjadi cecair panas dan membakar segala organ
perut mereka dengan kepanasannya. Mereka diperlakukan dengan kasar
sekali oleh penjaga neraka atas arahan Allah, di mana mereka ditarik rambut
dan diheret ke tengah-tengah neraka. Apabila sampai di sana, para Malaikat
ini akan mengambil air yang panas menggelegak itu dan dicurahkan ke atas
kepala mereka. Bagi memperingatkan mereka semula atas kedegilan mereka
dulu itu, maka para Malaikat itu diarah berkata menyindir seperti, „Nah
rasalah seksaan ini, wahai yang dihormati dan yang disegani!‟ Dan juga kata-
kata, “Nah rasalah, inilah dia azab yang pernah disampaikan pada kamu dulu
dan yang kamu ingkar dan tidak percaya itu, rasailah dia.”

Sebuah hadis yang menceritakan sebab turunnya ayat ini, hadis riwayat Asbat
bin Muhammad, dari Abu Bakar Hazali dari „Akramah yang berkata,
“Rasulullah telah bertembung dengan Abu Jahal dan berkata padanya, „Hai
Abu Jahal, Allah meminta aku beritahu engkau bahawa binasalah engkau dan
kebinasaan sudah dekat dengan engkau, kemudian nerakalah yang lebih
layak untuk engkau.‟ Jawab Abu Jahal, „Ah! Engkau dan Tuhan engkau tidak
boleh berbuat apa-apa padaku, engkau tahukan bahawa aku telah
menghalang banyak orang agar mengingkari engkau, dan aku ni orang yang
perkasa dan dimuliakan.‟ Allah telah mentakdirkan Abu Jahal mati dalam
peperangan Badar dan dihinakan kematiannya itu.”

(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 147 Jilid 4)

Maka turunlah ayat,

“Nah! Sekarang rasalah, s)e٤s٩un( g‫ ُم‬g‫ِري‬u‫ َك‬hْ‫ال‬e‫ ُز‬n‫ِزي‬g‫َع‬kْ‫ل‬a‫ت ا‬uَ ‫ْن‬aَ‫أ‬d‫ َك‬alَّ‫ن‬a‫ ِإ‬h‫ ُذ ْق‬orang yang terhormat dan

disegani”

Ayat-Ayat 51-59

69

‫)يَ ْل َب ُسو َن ِم ْن ُس ْن ُد ٍس َو ِإ ْس َت ْب َر ٍق ُم َت َقابِ ِلي َن‬٥٢( ‫)فِي َج َّنا ٍت َوعُ ُيو ٍن‬٥١( ‫ِإ َّن الْ ُم َّت ِقي َن فِي َم َقا ٍم أَ ِمي ٍن‬
‫)لا يَ ُذوقُو َن فِي َها‬٥٥( ‫)يَ ْدعُو َن فِي َها بِ ُك ِلّ فَا ِك َه ٍة آ ِم ِني َن‬٥٤( ‫) َك َذلِ َك َو َز َّو ْج َنا ُه ْم بِ ُحو ٍر ِعي ٍن‬٥٣(
‫)فَ ْضلا ِم ْن َربِّ َك َذلِ َك ُه َو الْ َف ْو ُز الْ َع ِظي ُم‬٥٦( ‫الْ َم ْو َت ِإلا الْ َم ْوتَ َة الأولَى َو َوقَا ُه ْم عَ َذا َب الْ َج ِحي ِم‬
Mafhumnya, )٥٩( ‫)فَا ْرتَ ِق ْب ِإنَّ ُه ْم ُم ْرتَ ِق ُبو َن‬٥٨( ‫)فَ ِإنَّ َما يَ َّس ْرنَا ُه بِ ِل َسانِ َك لَ َعلَّ ُه ْم يَ َت َذ َّك ُرو َن‬٥٧(

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa akan ditempatkan dalam keadaan
aman sejahtera.)۵۱( Iaitu dalam beberapa taman-taman Syurga, dengan
pancaran mata-mata air yang nyata.)۵۲( Dengan berpakaian kain sutera nipis
dan yang tebal bersulaman. Bersesama mereka ialah penghuni yang sama
yang berhadapan antara satu sama lain dalam perbualan.)۵۳( Demikianlah
keadaan mereka, dan bidadari-bidadari menjadi rakan taulan mereka, ianya
cantik dan sedap memandang bentuk mata mereka.)۵۴( Apa saja yang mereka
mahu dari buah-buahan akan diperolehi segera dan mereka terus berada
dalam keadaan sentosa.)۵۵( Mereka tidak akan merasai kematian kedua lagi
setelah mereka lalui kematian dulu dan Allah sendiri akan menyelamatkan
mereka dari api Neraka Jahim.)۵۶( Penganugerahan demikian rupa adalah
sebagai penghargaan terus dari Rabb, Allah Tuhan mereka, dan inilah dia satu
Kemenangan Yang Maha Agung.)۵۷( Maka kami telah memudahkan Al-Quran
itu dengan berbahasa Arab supaya mereka insaf dan beringat.)۵۸( Jadi jika
mereka terus mendustakan kamu, maka tunggulah kesudahannya dan
sesungguhnya mereka juga sedang menunggu kesudahannya.)۵۹(

Tafsirnya,

Ayat-Ayat 51-59 di atas memberi gambaran sebaliknya tentang kumpulan
orang yang bertakwa, iaitu Tidak Kufur, Tidak Maksiat, dan Beriman dengan
Penuh Ketaatan, serta menggunakan Al-Quran sebagai bimbingan hidup
mereka. Setelah mereka mati mereka akan ditempatkan di dalam keadaan
sentosa dari sebarang KETAKUTAN, iaitu takut dari segala tekanan, himpitan,
keletihan, dari syaitan dan dari semua musibah dan fitnah.

70

Kesentosaan ini ialah dalam Syurga Allah yang digambarkan dengan penuh
kemewahan tempat tinggal dan pakaian serta keselesaan yang dilayan oleh
para bidadari yang ditugaskan untuk layanan tersebut. Tekanan kepada mati
sekali lagi sudah tiada, kerana hanya kematian pertama sahaja. Apa lagi
untuk menjejaki azab-azab Allah dalam neraka Jahim. Keadaan dalam Syurga
begini adalah satu PENGANUGERAHAN dari Allah atas limpah kurniaNya
kepada mereka-mereka ini. Inilah yang dikenali sebagai KEMENANGAN
BESAR yang akan dilalui oleh yang beriman.

Seterusnya, selepas Allah menggambarkan tempat kembalinya orang-orang
yang beriman ini, SEKALI LAGI Allah membawa minda kita ke arah Al-Quran
yang diturunkan itu. Ianya adalah dicipta dengan bermatlamatkan mudah
difahami, mudah diingati, mudah dipelajari dan mudah dibaca dan diamalkan
untuk memberi hidayah kepada orang yang mahu beriman. Ianya dalam
bahasa Arab yang mudah dan hanya memerlukan sedikit pengorbanan untuk
mepelajarinya.

Sesungguhnya Al-Quran adalah sebesar-besarnya MUKJIZAT kepada yang
mahu beriman untuk meneliti jalan hidup ini agar seseorang itu beroleh
kemenangan di dunia dan di akhirat. Allah mencabar golongan yang tidak
mahu kepada Al-Quran dan ingkar pada keimanan supaya sama-sama
menunggu kesudahannya. Apa kesudahan orang yang tidak beriman?
Apakah matlamat hidup mereka? Kesudahan mereka ialah kehancuran hidup
mereka dan kehancuran tempat „berpulang mereka‟. Sama-sama kita
menunggu.

Kesudahan kepada orang yang beriman ialah PERTOLONGAN, kemenangan,
dan peninggian kalimat Allah padanya di dunia dan akhirat dan ianya adalah
untuk orang-orang yang beriman dengan Muhammad, dan rakan-rakan nabi
dan rasul-rasul dan pengikut-pengikut mereka dari orang yang beriman.
Penutup

Saya keluarkan catitan pentafsir Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi dalam Kitab
Tafsirnya “Tafsir Ruhul Bayan” (ms 433) tentang khasiat Surah ini, katanya,

“Terdapat hadis-hadis sahih khasiat Surah ini, contohnya, Rasulullah pernah
bersabda mafhumnya, “Sesiapa yang membaca Surah Ha Mim Ad-Dukhan ini
di malam Jumaat maka dia sentiasa mendapat pengampunan di atas dosa-
dosanya sehingga ke waktu subuh esoknya.” Ertinya, dia memasuki waktu
subuh dengan keadaan terampun semua dosa-dosanya.”

Sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda mafhumnya, “Sesiapa saja yang
membaca Surah Ad-Dukhan di satu malam, maka Allah menghantar
kepadanya 70 ribu malaikat yang memohon Allah mengampunkan semua
dosa-dosanya.”

71

(Kedua-dua hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.)
At-Tarmizi pula pernah meriwayatkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Umamah yang berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda,
“Sesiapa yang membaca Surah Ad-Dukhan ini di malam Jumaat atau di hari
Jumaat, maka Allah akan membina kepadanya sebuah rumah dalam
syurgaNya.” Ini bererti Allah mengarahkan para Malaikatnya membina sebuah
rumah untuknya di dalam Syurga.”
(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 137 Jilid 4)
Nasihat Imam ini, iaitu ada baiknya kita menghidupkan malam hari dengan
banyak membaca Surah ini dan menghayati intipati ayat-ayatnya ini serta
beramal dengannya untuk hidup di dunia ini, dan pohonlah keredaan Allah
agar amalan dengan Al-Quran akan dibalas dengan pahala yang besar. Amin.

72

SURAH AL-WAQIAH

MUKADIMAH
Surah ini adalah Surah ke-56, diturunkan di Mekah dan mengandungi 96
ayat. Tiga perkara pokok yang disampaikan dalam Surah yang popular ini,

1) Kejadian hari Kiamat yang pasti berlaku dan menjadi laluan ke alam
akhirat, yang ditolak oleh orang yang kufur pada Allah dan RasulNya.

2) Pembahagian semua manusia kepada 3 kategori di akhirat nanti, iaitu
Assabiqin, Ashabul Yamin dan Ashabus Syimal.

3) Konsep Al-Quran, Kitab Allah yang suci.
Intisari Surah ini ialah permohonan kepada Allah supaya kita menjadi
ASHABUL YAMIN, yang dijanjikan kemewahan hidup di akhirat. Memohon
kepada Allah supaya kita bukan dari kumpulan ASHABUS SYIMAL, iaitu yang
menerima balasan ngeri dari Allah di akhirat kelak. Kita faham golongan-
golongan baik terlalu sedikit dan janganlah Allah tidak memasukkan kita
dalam kumpulan sedikit ini. Oleh itu kita perlu perkuatkan iman dan amal
baik untuk terjamin menjadi ahli kumpulan yang diredai Allah. Terimalah
kemewahan hidup di akhirat bagi yang baik.

LATAR BELAKANG
Falsafah perkembangan Islam dan ketelusan dakwah Islamiah kepada
manusia adalah diasaskan kepada KEPERCAYAAN KEPADA ADANYA
AKHIRAT dan HIDUP DI DUNIA BERPANDUKAN IMAN DAN AMAL. Kedua-dua
asas ini telah menjayakan Rasulullah mendakwah dalam masa 23 tahun dan
Islam mula berkembang dan pekembangannya hingga ke hari ini. Pada
permulaan Islam, musyrikin Mekah tetap menolak akhirat dan hari kiamat
dan hari bangkit semula. Dengan TEGASnya Surah ini memastikan kepada
yang beriman bahawa AKAN ada hari kiamat itu.

TAFSIRAN

73

Ayat-Ayat 1-12

‫) ِإ َذا ُر َّج ِت الأ ْر ُض َر ًّجا‬٣( ٌ‫) َخافِ َضةٌ َرافِ َعة‬٢( ٌ‫)لَ ْي َس لِ َوقْ َع ِت َها َكا ِذبَة‬١( ُ‫ِإ َذا َوقَ َع ِت الْ َواقِ َعة‬
ِ‫)فَأَ ْص َحا ُب الْ َم ْي َم َنة‬٧( ً‫) َو ُك ْن ُت ْم أَ ْز َوا ًجا ثَلاثَة‬٦( ‫)فَ َكانَ ْت َه َباءً ُم ْن َب ّثًا‬٥( ‫) َوبُ َّس ِت الْ ِج َبالُ بَ ًّسا‬٤(
‫) َوال َّسابِ ُقو َن ال َّسابِ ُقو َن‬٩( ‫) َوأَ ْص َحا ُب الْ َم ْشأَ َم ِة َما أَ ْص َحا ُب الْ َم ْشأَ َم ِة‬٨( ‫َما أَ ْص َحا ُب الْ َم ْي َم َن ِة‬

)١٢( ‫)فِي َج َّنا ِت ال ّنَ ِعي ِم‬١١( ‫)أُولَ ِئ َك الْ ُم َق َّربُو َن‬١١(

Mafhumnya,

Dengan nama Allah yang memberi Rahmat di dunia dan Rahmat di akhirat,
apabila berlaku Hari Kehancuran itu (kiamat).)۱( Ianya PASTI berlaku dan
tiada dusta atas kejadiannya itu.)۲( Lintang-pukang peraturan berlaku yang
kufur ke bawah dan yang beriman ke atas.)۳( Di mana pada masa itu bumi
bergoncang dengan goncangan yang kuat.)۴( Gunung ganang lebur hancur.)۵(
Menjadi debu yang berterbangan.)۶( Pada masa itu kamu semua wahai
manusia akan dikategorikan kepada 3 kumpulan.)۷( Iaitu Puak Kanan, dan
bahagialah puak ini.)۸( Dan Puak Kiri, maka celakalah puak ini.)۹( Dan (puak
satu lagi) Puak Orang Yang Terdahulu, yang mendahului kebaikan dalam
hidup mereka.)۱۱( Dan mereka adalah dikenali sebagai MUQARRABUN.)۱۱(
Yang ditetapkan tempat tinggal mereka di dalam Syurga yang berkekalan
nikmatnya.)۱۲(

Tafsirnya,

Pkeermkuastanaanha)١n(,ُ‫قِعَة‬i‫وا‬aَ ْ‫ال‬i‫ت‬tِ uَ‫ َوقَع‬H‫ ِإذَا‬ardi iKaiwamalaSt”uriaaihtuinhiamriekmebmeurisenrathi,a“nApyaabniglabdeartlaaknugnsyeabahgaarii
akibat dari tiupan kedua oleh Israfil setelah mendapat perintah dari Allah.
Mengikut catitan Tafsir Ruhul Bayan, Ismail Haqqi Ar-Rusawi menyatakan
bahawa ianya terjadi apabila Israfil meniup tuipan keduanya, di mana tiupan
pertama yang telah diarahkan itu telah mewujudkan suasana kelam-kabut
dan suasana panik yang tidak ketentuan kepada semua manusia pada masa
itu.

74

Susuk ayat dan perkataan awal Surah ini menggambarkan kiamat itu akan
berlaku dan PASTI akan berlaku.

(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 316
Juzu‟ 9)

Ayat Ke-2 pula memperkuatkan bahawa kejadian kiamat itu bukan satu
pembohongan dan kejadian itu TIDAK SYAK lagi akan terjadi. Keadaan-
keadaan berikutan kiamat itu digambarkan sebagai,

1) Kumpulan beriman dimuliakan dan yang kufur dijatuhkan.

2) Berlaku pergerakan bumi yang ketara dan bukit-bukau menjadi seperti
kapas berterbangan dan meletup-letup bercambah ke semua kawasan.

3) Muka-muka orang yang kufur pada Allah akan dipenuhi dengan debu
yang tebal.

4) Buku-buku amalan akan berterbangan dan diambil dengan tangan
kanan dan mereka ini dikenali sebagai Kumpulan Kanan. Buku yang
diambil dengan tangan kiri dikenali sebagai Kumpulan Kiri. Mereka-
mereka yang berada di sebelah kanan Nabi Adam a.s. adalah
Kumpulan Kanan dan berada di kiri beliau adalah Kumpulan Kiri.

Allah mencatitkan bahawa Kumpulan Kanan ini yang dikatakan, “Wah, apa
punya bernasib baik dan penuh kesejahteraan,” berbanding dengan Kumpulan
Kiri yang dikejutkan dengan “betapa buruknya Kumpulan Kiri itu dengan
keadaan seksaan yang sudah mula terserlah.”

Bukan dua kumpulan sahaja, tetapi terdapat kumpulan ketiga, iaitu orang-
orang soleh TERISTIMEWA dikenali sebagai As-Sabiqun iaitu, “mereka-mereka
yang terdahulu dan termasyhur hal ehwal mereka, terserlah segala kebaikan
tinggalan mereka” dan “mereka adalah orang-orang yang mendahulukan
pahala-pahala dari Allah dan syurganya dalam amalan-amalan soleh mereka.”

Kumpulan ini juga dikenali sebagai „Muqarrabun”, iaitu darjat mereka
mendekati „Arash Allah dan tinggi kekudusan martabat mereka di sisi Allah
kerana kehampiran mereka kepada Allah, Tuhan mereka. Mereka ini adalah
penghuni Jannatul Naim.

Inilah tiga kumpulan yang terjadi apabila berlaku kiamat.

Siapakah Muqarrabun ini?

Pendapat mengatakan,

75

1) Dari mukmin Nabi Musa a.s. bernama KHARBIL, seorang yang
beriman dari keturunan Ali Firaun.

2) Dari mukmin Nabi Isa a.s., iaitu Habib Najjar.

3) Dari kumpulan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Abu Bakar dan Umar.

Hanya 4 orang sahaja semuanya tidak termasuk Rasul-rasul, Nabi-nabi,
siddiqin dan solihin.

Ka‟abul Ahbar berkata muqarrabun adalah ahli-ahli Al-Quran, penghafaz,
pengamal Al-Quran. Ada yang menyatakan kumpulan ini adalah terdiri dari
Rasul-rasul, Nabi-nabi serta Wali-wali Allah yang sempurna kewalian mereka.

Apakah implikasi Ayat-Ayat di atas kepada kita sebagai pembaca Surah
ini?

Pertama, yakin akan adanya hari kiamat, hari dibangkitkan semula dan
seseorang itu bertanggungjawab ke atas semua amalannya di dunia ini. Atas
landasan itu kita berjalan dalam hidup ini.

Kedua, hari akhirat ialah hari yang tertingkatnya imej orang yang beriman
beramal soleh, sebaliknya terlingkupnya imej orang yang kufur dan maksiat di
dunia ini.

Ketiga, kita akan menjadi salah satu dari 3 kumpulan, Yamin, Syimal atau
Sabiqun. Kumpulan Syimal adalah penghuni neraka, dan kumpulan Sabiqun
adalah yang terlalu tinggi darjatnya di sisi Allah. Yang tinggal dan perlu kita
berdoa ialah menjadikan kita dari kumpulan Ashabul Yamin. Salah satu
sifatnya ialah selalu mendahulukan amalan baik berdasarkan firman Allah
dalam Surah Al-Hadid Ayat 21,

ِ‫َسابِ ُقوا ِإلَى َم ْغفِ َر ٍة ِم ْن َربِّ ُك ْم َو َج َّنةٍ عَ ْر ُض َها َك َع ْر ِض ال َّس َما ِء َوالأ ْر ِض أُ ِع َّد ْت لِلَّ ِذي َن آ َم ُنوا بِاّلَّل‬
)٢١( ‫َو ُر ُسلِ ِه َذلِ َك فَ ْضلُاّلَّلِ يُ ْؤتِي ِه َم ْن يَ َشاءُ َواّلَّل ُذُو الْ َف ْض ِل الْ َع ِظي ِم‬

“Dahulukan dan cepatkan berbuat sesuatu yang baik bagi mendapatkan
pengampunan dari Rabb Tuhan mereka dan mendapat Jannah di mana
lebarnya adalah selebar bumi dan langit semuanya, yang disediakan bagi
orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-RasulNya. Itulah kurnia
Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah
mempunyai kurnia yang besar‟‟

76

Ayat-Ayat 13-26

‫) ُم َّت ِك ِئي َن َعلَ ْي َها ُم َت َقابِ ِلي َن‬١٥( ٍ‫) َعلَى ُس ُر ٍر َم ْو ُضونَة‬١٤( ‫) َوقَلِيلٌ ِم َن الآ ِخ ِري َن‬١٣( ‫ثُلَّةٌ ِم َن الأ َّولِي َن‬
‫)لا يُ َص َّدعُو َن‬١٨( ‫)بِأَ ْك َوا ٍب َوأَبَا ِري َق َو َك ْأ ٍس ِم ْن َم ِعي ٍن‬١٧( ‫)يَطُو ُف َعلَ ْي ِه ْم ِولْ َدا ٌن ُم َخلَّ ُدو َن‬١٦(
‫) َو ُحو ٌر ِعي ٌن‬٢١( ‫) َولَ ْح ِم طَ ْي ٍر ِم َّما يَ ْش َت ُهو َن‬٢١( ‫) َوفَا ِك َهةٍ ِم َّما يَ َت َخ َّي ُرو َن‬١٩( ‫َع ْن َها َولا يُ ْن ِزفُو َن‬
‫)لا يَ ْس َم ُعو َن فِي َها لَ ْغ ًوا َولا‬٢٤( ‫) َج َزاءً بِ َما َكانُوا يَ ْع َملُو َن‬٢٣( ‫) َكأَ ْم َثا ِل اللُّ ْؤلُ ِؤ الْ َم ْك ُنو ِن‬٢٢(

)٢٦( ‫) ِإلا قِيلا َسلا ًما َسلا ًما‬٢٥( ‫تَ ْأثِي ًما‬

Mafhumnya,

Kumpulan ini terdiri sekumpulan besarnya dari orang terdahulu.)۱۳( Dan
jumlahnya kecil sahaja dari orang-orang yang terkemudian.)۱۴( Mereka adalah
penghuni syurga bertakhta di atas tempat rehat yang sesuai.)۱۵( Sambil
berteleku di atasnya hadap menghadapi di antara satu sama lain.)۱۶( Mereka
dilayani oleh anak-anak muda yang kekal kemudaan mereka dan sentiasa
beredar di sekitar mereka.)۱۷( Dengan membawa gelas-gelas minuman dan
teko-teko yang diisi cecair minuman dari syurga yang mengalir.)۱۸(
Muqarrabin ini tidak tertekan dan „pening kepala‟ dan tidak mabuk dalam
menikmati nikmat-nikmat Allah itu.)۱۹( Dan mereka punyai pilihan buah-
buahan dari jenis pilihan mereka sendiri.)۲۱( Serta disediakan daging-daging
burung dari jenis kesukaan mereka.)۲۱( Dan dilayani bidadari-bidadari yang
besar matanya.)۲۲( Kecantikan mereka seperti mutiara yang tersimpan.)۲۳(
Dan semuanya nikmat-nikmat ini diperuntukkan kepada mereka atas segala
amalan baik yang telah mereka lakukan di dunia ini.)۲۴( Tiada kedengaran
dalam syurga itu dengan suara-suara sia-sia dan sumbang.)۲۵( Kecualilah
suara-suara yang melambangkan kesejahteraan dan salam.)۲۶(

Tafsirnya,

77

Kumpulan orang-orang yang terdekat di sisi Allah (iaitu kumpulan yang
dikenali sebagai Al-Muqarrabun) jumlahnya terdiri dari umat-umat yang lalu
yang merupakan kumpulan terbesar dan sedikit sekali dari kalangan umat-
umat terkemudian ini. Itu pendapat pertama, dan pendapat kedua berkata
kumpulan Muqarrabun yang disebut dalam Surah ini jumlahnya banyak di
kalangan orang-orang terdahulu yang bersahabat dengan Rasulullah, tetapi
hanya jumlah kecil yang terdiri dari kumpulan orang-orang yang terkemudian.

Apabila ayat ini diturunkan, Saidina Umar r.a. berkata, “Kecilnya jumlah
orang-orang Muqarrabun dari kalangan kita?” Apabila ayat terkemudian
turun iaitu,

)٤١( ‫) َوثُلَّةٌ ِم َن الآ ِخ ِري َن‬٣٩( ‫ثُلَّةٌ ِم َن الأ َّولِي َن‬

“Kumpulan besar dari kalangan umat yang lalu dan kumpulan besar dari umat
yang terkemudian”

maka Rasulullah pun bersabda, “Wahai Umar, dengarlah, sesungguhnya
Allah telah menurunkan 1/3 dari ahli Syurga dari kumpulan umat yang lalu

dan umat yang terkemudian ini, 1/3 dari zaman Adam a.s. dan 1/3 dari
umatku. Belum pun sempat penuh 1/3 maka sekumpulan mereka yang telah
melalui seksaan dalam neraka dan pernah mengucap LA ILA HA ILLAH akan

memenuhi syurga.”

Ini bererti kumpulan umat Muhammad yang memasuki Syurga Allah
mencapai hampir separuh dan lebih besar dari umat yang terdahulu. Ini
disebabkan oleh ketinggian darjat mereka dan kesempurnaan agama yang

dimiliki mereka serta kerana kedaulatan Nabi Muhammad s.a.w. Cuma
kesempurnaan para sahabat-sahabat terdahulu itu yang telah melayakkan diri

sebagai Muqarrabin hendaklah dicontohi oleh kumpulan akhir agar
kesempurnaan yang sama akan diperolehi.

Dalam Ayat-Ayat 13-26 ini juga Allah telah menggambarkan kemewahan-
kemewahan yang dilalui oleh mereka-mereka ini sewaktu menghuni

syurga Allah, di antaranya ialah,

Tempat berehat - Terbaik dan mewah
mereka

Cara - Hormat dan saling
memahami
berkomunikasi
antara mereka

78

Layanan yang - Dilayan dengan baik
diberi
oleh pelayan-pelayan
kanak-kanak

Peralatan - Gelas dan teko-teko
minuman serta minuman yang

bersih

Kesihatan - Terjamin dari semua
penyakit

Santapan - Dari daging burung
yang enak

Layanan - Oleh bidadari-
bidadari yang cantik

Tiada sebarang pertengkaran tetapi semuanya diselimuti dengan sejahteraan
abadi.

Semuanya ini adalah gambaran Al-Quran yang dapat dirasai oleh manusia
biasa sedangkan kenikmatan yang sebenarnya dikatakan sebagai “tidak

dapat digambarkan oleh mata dan tidak dapat dijelaskan oleh
pendengaran.” Nikmat-nikmat Allah ini dijanji akan diberi oleh Allah

semata-mata KERANA balasan atas kerja-kerja amalan hidup yang baik
berlandaskan IMAN dan Al-Quran di dunia dahulu.

Apakah implikasi Ayat-Ayat di atas kepada kita?

1) Saya suka kepada pengertian bahawa RAMAI di kalangan Muqarrabun

adalah dari kalangan sahabat di zaman-zaman awal Islam, kerana
keikhlasan sahabat-sahabat dan ketinggian amal mulia mereka. Umat

terakhir pula dikatakan sebagai berkurangan dari kalangan
Muqarrabun kerana kekurangan keikhlasan dalam amalan dan iman
mereka. Bagi mendapatkan peningkatan kita pasti berusaha lebih

ikhlas dan mantap menguasai alam Al-Quran dan berjaya menjalani
hidupan seperti para sahabat dulu.

79

2) Gambaran nikmat-nikmat Allah yang mewah seolah-olah ianya telah
terjadi bagi menerapkan rasa benar segala penyediaan ini, sedangkan
ianya masih belum berlaku lagi. Secara zahirnya ia mengundang rasa
inginkan dan mahu mendapatkan semua nikmat-nikmat itu sebagai
ganjaran atas amalan yang baik dan beriman. HakikatNYA segala
nikmat Allah akan lebih dari itu. Rebutlah pemberian Allah ini.
Ikutan kita ialah menjadikan dunia ini penuh dengan kesejahteraan
sesuai dengan perkataan “salaman salama.”

3) Suka saya menceduk sebuah hadis riwayat Al-Hasan bin Muhamad bin
Sabah yang berkata, “Apabila terbaca perkataan,
)١١( ‫َوال َّسابِ ُقو َن ال َّسابِ ُقو َن‬
maka aku dengar Hassan berkata, “Orang-orang Assabiqun telah pun
berlalu, tetapi Ya Allah, jadikanlah aku ini di kalangan kumpulan
Ashabul Yamin.” Marilah kita berdoa agar kita ini dikategorikan
sebagai Ashabul Yamin kelak di akhirat nanti. Amin.

(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 291 Jilid 3)

Ayat-Ayat 27-40

ّ‫) َو ِظ ٍل‬٢٩( ‫) َوطَ ْل ٍح َم ْن ُضو ٍد‬٢٨( ‫)فِي ِس ْد ٍر َم ْخ ُضو ٍد‬٢٧( ‫َوأَ ْص َحا ُب الْ َي ِمي ِن َما أَ ْص َحا ُب الْ َي ِمي ِن‬
‫) َوفُ ُر ٍش‬٣٣( ٍ‫)لا َم ْقطُو َع ٍة َولا َم ْم ُنو َعة‬٣٢( ‫) َوفَا ِك َهةٍ َك ِثي َر ٍة‬٣١( ‫) َو َما ٍء َم ْس ُكو ٍب‬٣١( ‫َم ْم ُدو ٍد‬
‫)لأ ْص َحا ِب‬٣٧( ‫)عُ ُربًا أَ ْت َرابًا‬٣٦( ‫)فَ َج َع ْل َنا ُه َّن أَ ْب َكا ًرا‬٣٥( ً‫) ِإنَّا أَ ْن َش ْأنَا ُه َّن ِإ ْن َشاء‬٣٤( ‫َم ْرفُو َع ٍة‬

)٤١( ‫) َوثُلَّةٌ ِم َن الآ ِخ ِري َن‬٣٩( ‫)ثُلَّةٌ ِم َن الأ َّولِي َن‬٣٨( ‫الْ َي ِمي ِن‬

Mafhumnya

80

Dan „Kumpulan Kanan‟ alangkah bahagianya „Kumpulan Kanan‟ ini.)۲۷(
Mereka sentiasa bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara tidak
berduri.)۲۸( Dan pohon-pohon pisang yang buahnya tersusun rapi.)۲۹( Di
bawah naungan yang terbentang luas.)۳۱( Dan pancutan air mengalir yang
berterusan.)۳۱( Serta buah-buahan yang banyak.)۳۲( Tidak terputus kerana
musim dan bebas untuk mendapatkannya.)۳۳( Dan hamparan yang
terbentang indah.)۳۴( Dan kami telah mencipta isteri-isteri mereka dengan
ciptaan yang teristimewa.)۳۵( Yang Kami jadikan mereka sentiasa dalam
kedaraan.)۳۶( Yang sentiasa menyayangi pasangan mereka.)۳۷( Semuanya ini
diperuntukkan kepada „Kumpulan Kanan‟.)۳۹( Kumpulan ini terdiri sebilangan
besarnya dari umat yang lalu dan sebahagian besarnya dari umat yang
terkemudian.)۴۱(

Tafsirnya,

Orang-orang yang dikategorikan sebagai „Kumpulan Kanan‟ adalah dari
kalangan Al-Abrar dan bukan dari kumpulan Muqarrabin yang darjatnya lebih
tinggi. Gambaran secara material yang mendekatkan kefahaman orang biasa
kepada mereka diberi sebagai,

- bersenang-lenang dalam penuh kerehatan di bawah pohon-pohon buah-
buahan

- pokok buah-buahan yang lebat buahnya dan pohon pisang dengan
tandannya

- kawasan rehat yang teduh dan nyaman, dengan pancutan air

- di kelilingi oleh pohon buah-buahan yang buah sentiasa ada

- isteri-isteri mereka yang dicipta khas supaya sentiasa bersih dan dara

- kasih sayang isteri yang kekal pada pasangan mereka

Saya cuba membawa 2 pendapat dari Ibnu Kathir dan Syed Quthub mengenai
komen mereka atas penjelasan ayat di atas.

81

Menurut Ibnu Kathir, kata Imam Ahmad disampaikan oleh Ali bin Bahar,
disampaikan oleh Hisham bin Yusuf, disampaikan Maamar dari Abi Yahya bin
Ibnu Kathir dari Air bin Zaid yang mendengar dari Utbah bin Abd. Salma yang
berkata, “Suatu hari datang seorang badawi dan bertanya tentang TELAGA
dan Syurga. Kata badawi itu, „Ada buah dalam Syurga?‟ Rasulullah menjawab,
„Ya ada, malah ada sejenis pokok yang menyamai dikenali sebagai THUBI.‟
Tanya badawi itu lagi, „Cerita sedikit tentangnya Ya Rasulullah. Adakah mana-
mana pokok yang sama di dunia?‟ Jawab Rasulullah, „Sebenarnya TIDAK
SAMA satu pun mana pokok di dunia ini dengan yang ada di Syurga.‟‟‟
(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 291 Jilid 3)

Syed Quthub pula berkata dalam buku tafsirnya, Tafsir Fi Zhilalul Quran ms
3464 jilid 6, “Pada pendapat kami, nikmat-nikmat yang digambarkan dalam
ayat di atas adalah nikmat yang diberi kepada Ashabul Yamin yang berupa
material yang boleh dirasai oleh seorang manusia biasa. Penjelasan mengenai
sifat-sifat balasan kepada mereka ini berdasarkan kepada penjelasan untuk
orang biasa, ia menggamit orang biasa untuk membisikkan sesuatu itu yang
boleh tercapai kepada minda mereka dan pengalaman mereka dalam gambaran
warna-warna nikmat Allah itu.”
Dari kedua-dua pendapat itu, maka sifat-sifat nikmat sebenarnya bukanlah
setakat itu tetapi dalam ilmu Allah ianya lebih dari itu. Tidak dapat
digambarkan oleh fikiran manusia. Apa pun, MATLAMAT dari nkmat-nikmat
yang dikurniakan kepada Ashabul Yamin itu dikaitkan dengan amalan mereka
sewaktu di dunia. Firman Allah dalam Ayat 24,

)٢٤( ‫َج َزاءً بِ َما َكانُوا يَ ْع َملُو َن‬
“Sebagai balasan kepada mereka atas semua amalan mereka yang lalu”
Serentak dengan penjelasan Ashabul Yamin, maka Allah membawa kita
kepada AZAB yang akan diberi kepada Ashabus Syimal (Kumpulan Kiri).
Firman Allah dalam Ayat-Ayat 41-56,

Ayat-Ayat 41-56

82

‫)لا‬٤٣( ‫) َو ِظ ٍلّ ِم ْن يَ ْح ُمو ٍم‬٤٢( ‫)فِي َس ُمو ٍم َو َح ِمي ٍم‬٤١( ‫َوأَ ْص َحا ُب ال ِّش َما ِل َما أَ ْص َحا ُب ال ِّش َما ِل‬
‫) َو َكانُوا يُ ِص ُّرو َن عَلَى الْ ِح ْن ِث الْ َع ِظي ِم‬٤٥( ‫) ِإنَّ ُه ْم َكانُوا قَ ْبلَ َذلِ َك ُم ْت َرفِي َن‬٤٤( ‫بَا ِر ٍد َولا َك ِري ٍم‬
‫)قُ ْل‬٤٨( ‫)أَ َوآبَا ُؤنَا الأ َّولُو َن‬٤٧( ‫) َو َكانُوا يَ ُقولُو َن أَئِ َذا ِم ْت َنا َو ُك َّنا تُ َرابًا َو ِعظَا ًما أَئِ َّنا لَ َم ْب ُعوثُو َن‬٤٦(
‫)ثُ َّم ِإنَّ ُك ْم أَيُّ َها ال َّضالُّو َن‬٥١( ‫)لَ َم ْج ُموعُو َن ِإلَى ِمي َقا ِت يَ ْو ٍم َم ْعلُو ٍم‬٤٩( ‫ِإ َّن الأ َّولِي َن َوالآ ِخ ِري َن‬
‫)فَ َشا ِربُو َن َعلَ ْي ِه ِم َن‬٥٣( ‫)فَ َمالِ ُئو َن ِم ْن َها الْ ُبطُو َن‬٥٢( ‫)لآ ِكلُو َن ِم ْن َش َج ٍر ِم ْن َزقُّو ٍم‬٥١( ‫الْ ُم َك ِّذبُو َن‬

)٥٦( ‫) َه َذا نُ ُزلُ ُه ْم يَ ْومَال ِّدي ِن‬٥٥( ‫)فَ َشا ِربُو َن ُش ْر َب الْ ِهي ِم‬٥٤( ‫الْ َح ِمي ِم‬

Mafhumnya,

Dan Kumpulan Kiri, alangkah malangnya puak kiri ini.)۴۱( Mereka akan
menerima seksaan keracunan angin panas dan kehangatan yang
mengelegak.)۴۲( Dan dari naungan asap hitam beracun.)۴۳( Ianya tidak sejuk
dan tidak selesa sama sekali.)۴۴( Mereka ini sebelum ini telah dilalaikan oleh
kemewahan dan pembaziran.)۴۵( Dan sentiasa melakukan dosa-dosa besar.)۴۶(
Dan pernah berkata, “Adakah sesudah kita meninggal dan menjadi tanah,
betulkah kita akan dibangkitkan semula?)۴۷( Dan adakah juga datuk-datuk
nenek kita yang telah lama mati itu, juga akan dibangkitkan semula?” )۴۸(
Katakanlah Wahai Muhammad kepada mereka yang ingkar ini,
“Sesungguhnya mereka yang telah lama mati itu dan mereka yang mati
kemudiannya.)۴۹( TETAP akan dihimpunkan pada masa yang telah ditentukan,
iaitu pada hari Kiamat yang termaklum itu.)۵۱( Kemudian, sesungguhnya kamu
semua, wahai orang-orang yang sesat, dan orang-orang yang pendusta,)۵۱(
Akan mengambil makanan kamu dari sejenis pokok Zaqqum.)۵۲( Makanan itu
akan memenuhi perut kamu dengan kepahitannya.)۵۳( Dan kemudian minuman
kamu dari air panas yang mengelegak.)۵۳( Dan kamu akan meminumnya
seperti unta yang sakit yang sentiasa dahaga dan tidak puas-puas.)۵۵( Inilah
dia jenis azab yang telah disediakan untuk kamu semua dan akan menyambut
kamu pada hari kiamat itu.”)۵۶(

83

84

Tafsirnya,

Jenis azab yang dikenakan pada orang Syimal adalah angin panas dan azab
dari kepanasan bahang api, ada naungan, tapi naungan pula dari asap hitam
yang beracun. Sungguh tidak ada keselesaan langsung. Mengapa demikian?

1) Pembazir dan Pendusta.

2) Berterusan membuat dosa besar.

3) Mencabar atas konsep bangkit semula dan mendustakannya.

Jawapan kepada mereka ialah jangan bimbang, mereka dan juga ibu bapa
mereka akan dihimpunkan di hari kiamat dan diazab.

Cara azabnya ialah,

- makanan mereka dari sejenis pohon yang pahit buahnya

- makanan itu akan penuh dalam perut mereka dan menjadi cecair
panas

- bila terlalu dahaga, air minuman dari gelegakan air panas terus
minum

Ayat di atas juga menjelaskan itulah sifat-sifat hari kiamat yang mereka ingkar
selama ini, dan hari yang pasti mereka menempuhinya. Sepatutnya itulah
hari rehat mereka, sayangnya bagi Ashabus Syimal, mereka tiada punya rehat,
hari yang mereka ingkar selama ini akan menjadikan mereka dalam keadaan
azab yang berpanjangan, iaitu hari yang selama ini mereka syak tentang
kebenarannya, hari yang dicerita oleh Al-Quran tetapi mereka menolaknya
dengan pelbagai logik, iaitu hari yang mereka tidak takut akan
kedatangannya. Nah, terimalah hari tersebut.

Satu iktibar dari ayat-ayat di atas, kita hendaklah meyakini akan datangnya
hari kiamat, dan memohon perlindungan Allah dari menjadi seperti Kumpulan
Kiri ini. Mahu tidak mahu ianya pasti datang. Perkuatkan akidah tentang
adanya hari kiamat itu.

Persoalannya, jenis azab yang dijelaskan ini berbentuk material dan mendekati
minda manusia biasa tentang azab Allah. Azab sebenarnya adalah lebih sakit
dan lebih parah. Apa pun, kita mohon agar Allah menjauhkan kita dari azab
di akhirat kelak. Amin.

Ayat-Ayat 57-62

85

‫)أَأَ ْن ُت ْم تَ ْخلُ ُقونَهُ أَمْ نَ ْح ُن الْ َخالِ ُقو َن‬٥٨( ‫)أَفَ َرأَ ْي ُت ْم َما تُ ْم ُنو َن‬٥٧( ‫نَ ْح ُن َخلَ ْق َنا ُك ْم فَلَ ْولا تُ َص ِّدقُو َن‬
‫) َعلَى أَ ْن نُ َب ِّد َل أَ ْم َثالَ ُك ْم َونُ ْن ِش َئ ُك ْم فِي‬٦١( ‫)نَ ْح ُن قَ َّد ْرنَا بَ ْي َن ُك ُم الْ َم ْو َت َو َما نَ ْح ُن بِ َم ْس ُبوقِي َن‬٥٩(

)٦٢( ‫) َولَ َق ْد عَلِ ْم ُت ُم ال َّن ْشأَةَ الأولَى فَلَ ْولا تَ َذ َّك ُرو َن‬٦١( ‫َما لا تَ ْعلَ ُمو َن‬

Mafhumnya,

Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) maka ada
baiknya kalau kamu mempercayainya (percaya kamu akan dibangkitkan
semula). Mengapa terus berdegil?)۵۷( Tidakkah kamu boleh berfikir
bagaimana air mani yang terpancar ke dalam rahim (berlaku proses awal
kejadian manusia)?)۵۸( Adakah kamu yang menciptakan kejadian manusia itu
ATAU hakikatnya Kamilah yang menciptanya?)۵۹( Setelah tercipta, Kamilah
yang telah menetapkan takdir-takdir masa kematiannya (ajalnya) dan Kami
tidak boleh dinafikan.(۶۱) Sebagai berkuasa menggantikan kamu semua
(setelah dimatikan) dengan manusia lain (bagi meneruskan generasi manusia)
atau Kami boleh mencipta kamu dalam bentuk yang kamu tidak
mengetahuinya (ciptaan dalam alam akhirat dan barzakh).)۶۱( Dan
sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu pada
kali pertama, maka ada baiknya kamu mengambil ingatan (yang boleh
mencipta kamu dari tiada, juga berkuasa mencipta semula kamu dari yang
pernah ada kepada ada semula).)۶۲(

Tafsirnya:
Ayat 57-62 jelas membawa minda kita kepada kejadian kita sendiri. „Kamilah
yang mencipta kamu! Tidak bolehkah kamu mempercayai yang kamu boleh
dicipta semula (setelah mati)?
Kamu boleh mempercayai yang kamu dicipta Allah dari „tiada‟ kepada „ada‟,
iaitu hidup kamu tanpa benda. Tidakkanlah untuk menghidupkan kamu
semula dari yang telah ada itu kepada ada semula menjadi sukar?‟

86

Lihat semula kepada kejadian kamu, air mani yang terpancar ke dalam rahim
yang memulakan proses kejadian kamu itu? Apakah yang kamu lakukan
selepas itu? Siapakah yang bertanggungjawab memastikan air itu bertukar
menjadi segumpal darah, dari segumpal darah menjadi seketul daging dan
ditiup roh ke dalamnya dan bila sampai 9 bulan ianya yang cukup sifat itu
pun dilahirkan? Lahirlah satu kehidupan yang dicipta Allah. Kemudian pasti
pula ianya akan mati melalui penentuan ajalnya oleh Allah. Inilah kerja Allah.
Setelah kamu mati, proses kejadian manusia terus berlaku dan mengambil
tempat kamu dan tidak mustahil Allah boleh mencipta bentuk tertentu
sewaktu kamu berada di alam barzakh dan alam akhirat nanti. Mungkin
bentuk itu tidak terlintas pun di kepala kamu?

Ayat-Ayat 63-74

‫)لَ ْو نَ َشاءُ لَ َج َع ْل َنا ُه ُحطَا ًما فَظَ ْل ُت ْم‬٦٤( ‫)أَأَ ْن ُت ْم تَ ْز َرعُونَهُ أَمْ نَ ْح ُن ال َّزا ِرعُو َن‬٦٣( ‫أَفَ َرأَ ْي ُت ْم َما تَ ْح ُرثُو َن‬
‫)أَفَ َرأَ ْي ُت ُم الْ َماءَ الَّ ِذي تَ ْش َربُو َن‬٦٧( ‫)بَلْ نَ ْح ُن َم ْح ُرو ُمو َن‬٦٦( ‫) ِإنَّا لَ ُم ْغ َر ُمو َن‬٦٥( ‫تَ َف َّك ُهو َن‬
‫)لَ ْو نَ َشاءُ َج َع ْل َناهُ أُ َجا ًجا فَلَ ْولا تَ ْش ُك ُرو َن‬٦٩( ‫)أَأَ ْن ُت ْم أَ ْن َزلْ ُت ُمو ُه ِم َن الْ ُم ْز ِن أَمْ نَ ْح ُن الْ ُم ْن ِزلُو َن‬٦٨(
‫)نَ ْح ُن‬٧٢( ‫)أَأَ ْن ُت ْم أَ ْن َش ْأتُ ْم َش َج َرتَ َها أَمْ نَ ْح ُن الْ ُم ْن ِش ُئو َن‬٧١( ‫)أَفَ َرأَ ْي ُت ُم ال َّنا َر الَّ ِتي تُو ُرو َن‬٧١(

)٧٤( ‫)فَ َس ِّب ْح بِا ْس ِم َربِّ َك الْ َع ِظي ِم‬٧٣( ‫َج َع ْل َنا َها تَ ْذ ِك َرةً َو َم َتاعًا لِ ْل ُم ْق ِوي َن‬

Mafhumnya,

87

Tidak kamu melihat kepada apa yang kamu tanam (sebagai punca makanan

kamu)?(۶۳) Siapakah yang menumbuhkannya? Kamu atau Allah yang

menumbuhkannya?(۶۴) Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami jadikan
tanaman itu kering (akibat kemarau dan lain-lain) sebelum berhasil, sehingga

kamu akan berada dalam kebingungan dan kesal.(۶۵) Mungkin tercetus dari

mulut kamu „Rugilah kami!(66) Dan hampalah kami dari sebarang hasil.‟(۶۷)
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat kepada air (untuk minuman kamu

itu)?(۶۸) Kamukah yang menurunkannya dari awan sebagai hujan ATAU Kami

yang menurunkannya?(۶۹) Kalau Kami kehendaki (jika kamu tidak bersyukur
atas pemberian percuma yang penting ini) maka Kami jadikannya masin dan

tidak selesa diminum, mengapa kamu tidak bersyukur.(۷۱) Tidak kamu

perhatikan API yang kamu nyalakan itu?(۷۱) Siapakah yang mencipta bahan

karbon dari pokok? Kami atau kamu?(۷۲) Kamilah yang telah menciptanya
dari bahan karbon (pokok basah) dan jadikan ia sebagai peringatan tentang
kebenaran adanya hari akhirat (dan adanya api neraka kepada yang mungkir).
Api adalah sebagai nilai tambah penting memberi kesenangan kepada manusia

yang sebenarnya sedang „musafir‟ menuju kepada alam akhirat.(۷۳) Oleh yang
demikian, wahai manusia, bertasbihlah memuji-muja nama-nama Allah

Tuhanmu Yang Maha Agung itu.(۷۴)

Tafsirnya,

Mencipta makanan kamu? Hasil pengeluaran dari tanah, siapa yang

menanamnya dan siapa pula yang MENGHIDUPkannya? Ya, kita berusaha
menanam pokok-pokok yang menjadi sumber makanan kita, tetapi yang
menghidupkannya ialah Allah. Ianya bermula dan berakhir menghasilkan

bijian dan makanan. Jika proses permulaan tidak berakhir dengan hasil,
kerana kemarau, penyakit dan lain-lain, maka ianya adalah kerja Allah.

Mungkin kerana kamu tidak bersyukur! Akuilah, Allah yang menghidup dan
memberi rahmah kepada kita sehingga apa yang kita taman berakhir dengan
hasil. Bersyukurlah.

Satu fatwa menanam pokok yang berkat, kata Sheikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi,
bila kita hendak menanam apa-apa juga pokok dan mengharapkan hasilnya

maka ikutlah fatwa ini,

1) Baca,

‫اَعُ ْوذُبِا ِّلَّلِ ِم َن ٱل َّش ْيط ِن ٱل َّر ِج ْيم‬

88

2) Baca Ayat-Ayat,

ُ‫)لَ ْو نَ َشاءُ لَ َج َع ْل َناه‬٦٤( ‫)أَأَ ْن ُت ْم تَ ْز َرعُونَهُ أَمْ نَ ْح ُن ال َّزا ِرعُو َن‬٦٣( ‫َأِفَ َرأَ ْي ُت ْم َما تَ ْح ُرثُو َن‬
3) Kata, “.Y‫َن‬a‫ ُمو‬A‫و‬l‫ُر‬l‫ح‬aْ h‫ َم‬,‫ح ُن‬Eْ nَ‫ْ ن‬g‫ل‬kَ‫)ب‬a٦u٦la(h‫و َن‬s‫ ُم‬e‫ َر‬b‫ ْغ‬e‫ ُم‬nَ‫ ل‬a‫نَّا‬r‫) ِإ‬n٦y٥a( ‫َن‬m‫و‬e‫ ُه‬n‫ َّك‬u‫َف‬mَ‫م ت‬bْ u‫ْل ُت‬hَ‫ظ‬kَ‫ف‬a‫ا‬n‫طَا ًم‬t‫ُح‬anaman,

menyuburkannya dan menyampaikan hasilnya.”

4) Selawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan berdoa dengan doa ini,

“Ya Allah anugerahkanlah rezeki dari tanaman ini, dan jauhkan kami
dari bahayanya jika ada, dan jadikanlah kami orang yang sentiasa
bersyukur atas nikmat-nikmat Engkau.”
Maka tanamlah dan Insyallah subur dan berkat.

Menyediakan air untuk sumber hidup? Ianya berasal dari hujan. Siapakah
yang mencipta proses penurunan air hujan itu dari awannya? Allah dan
bukan manusia. Ianya adalah percuma dan terpenting dalam hidup manusia,
haiwan dan pokok-pokok. Andai kata ianya pahit atau masin, maka manusia
tidak boleh hidup, begitu juga tumbuhan dan binatang. Bersyukurlah kerana
Allah memberi rahmatnya sehingga semua dapat hidup dengan selesa.

Mencipta Api Untuk Hidup Manusia? Lihatlah kepada nyalaan api,
bagaimana ianya terjadi? Allah mencipta sifat api sebegitu. Dia juga telah
mewujudkan bahan karbon dari pokok-pokok yang boleh menyalakan api yang
digunakan sejak dari manusia terkenal dulu lagi. Api adalah sumber hidup
penting, dan api jugalah akan menjadi bahan pembakar kepada yang kufur
pada Allah. Ingatlah!

Berasaskan nikmat-nikmat Allah di atas, Dialah Maha Pencipta Agung dan
akan mencipta kita semua setelah kita dimatikan. Bertasbih dan
bersyukurlah kepada ALLAH SEBAGAI HAMBA YANG BERIMAN.

Ayat-Ayat 75-82

89

‫فَلا أُ ْق ِس ُم بِ َم َواقِ ِع ال ّنُ ُجو ِم (‪َ )٧٥‬و ِإنَّهُ لَ َق َس ٌم لَ ْو تَ ْعلَ ُمو َن عَ ِظي ٌم (‪ِ )٧٦‬إنَّهُ لَ ُق ْرآ ٌن َك ِري ٌم (‪)٧٧‬فِي‬
‫ِك َتا ٍب َم ْك ُنو ٍن (‪)٧٨‬لا يَ َم ُّسهُ ِإلا الْ ُمطَ َّه ُرو َن (‪)٧٩‬تَ ْن ِزيلٌ ِم ْن َر ِّب الْ َعالَ ِمي َن (‪)٨١‬أَفَ ِب َه َذا الْ َح ِدي ِث‬

‫أَ ْن ُت ْم ُم ْد ِه ُنو َن (‪َ )٨١‬وتَ ْج َعلُو َن ِر ْزقَ ُك ْم أَنَّ ُك ْم تُ َك ِّذبُو َن (‪)٨٢‬‬

‫‪90‬‬

Mafhumnya,

Maka Aku bersumpah dengan tempat-tempat terbenamnya bintang-bintang
(dalam sistem cakerawala, ciptaanKU).(۷۵) Sebenarnya ianya satu SUMPAH
yang sangat Agung jika kita mengetahuinya.(۷۶) Sesungguhnya ianya juga
adalah dijelaskan oleh Al-Quran yang mulia.(۷۷) Dan Al-Quran itu pula
tersimpan dalam Kitab yang terpelihara.(۷۸) Al-Quran itu tidak boleh
disentuh/diamalkan kandungannya kecuali oleh mereka-mereka yang suci
akidahnya.(۷۹) Ianya diturunkan dari Allah, Tuhan yang mentadbir alam
ini(۸۱) PATUTkah kamu semua wahai golongan yang ingkar, bersikap acuh-
tidak-acuh terhadap semua keterangan-keterangan yang ada dalam Al-Quran
itu?(۸۱) Dan kamu jadikan sikap mendusta kamu itu sebagai ganti bahagian
dan nasib kamu menerima dan bersyukur atas ajarannya?(۸۲)

Tafsirnya,

Bagi memperkuatkan kata-kata Allah atas akidah manusia, maka Allah
bersumpah dengan menggunakan cakerawala/bintang ciptaanNya sewaktu
semuanya terbenam. Rasionalnya, kerana dengan terbenamnya waktu
Maghrib bahawa kesan dari itu menggambarkan adanya Allah yang
menciptanya, dan waktu itu ialah tepat turunnya rahmat Allah kepada mereka
yang mahukan Allah, dan kerana ianya sekali gus menggambarkan
keAGUNGAN Allah mencipta cakerawala yang bertaburan dalam angkasa luas.
Dan yang penting sekali kerana ianya menggambarkan keAgungan kuasa
Allah dan kesempurnaan hikmatnya yang tidak tercapai otak manusia untuk
berfikir tentangnya.

Sumpahan itu sendiri menjadil dalil tentang kekuasaan Agung Allah dan
kesempurnaan hikmat dan sibaran rahmatNya agar hamba-hambaNya
sentiasa di bawah Rahmah Allah.

Sumpah itu untuk apa? Sumpah itu bagi meyakinkan yang Al-Quran itu dan
segala ajarannya adalah Kitab terpenting, banyak munafaat kerana
kandungan ajarannya meliputi semua jenis ilmu yang memperbaiki kehidupan
dan kepulangan kepada Allah dan ianya mulia di sisi Allah. Al-Quran ini sejak
azali lagi disimpan dalam Loh Mahfuz dan pada masa itu ia hanya dikendali
oleh para Malaikat yang suci atau setelah ianya diturunkan Al-Quran tidak
layak diamal dan dibaca oleh orang-orang yang tidak suci akidahnya. Ianya
kemudian diturunkan dari Allah, Tuhan sekelian alam, dengan matlamat
ianya dibaca, diamalkan kandungannya, atas dasar Allah mencipta manusia
dan mengetahui kehendak manusia.

91

Apabila kita menolak Al-Quran dan menolak akan dibangkitkan semula bererti
kita kufur pada Allah. Jadi kekufuran kita pada Allah itu sebagai ganti ke
atas nikmat dan rezeki iman kita pada Allah yang sepatutnya kita terima jika
kita beriman. Ini adalah gambaran kebodohan orang yang memilih kufur dari
beriman!

Apakah implikasi Ayat-Ayat di atas pada kita sebagai pembaca?

Yakinkanlah KEAGUNGAN Allah yang telah mencipta semua bintang-bintang
termasuk bumi, yang hanya berada dalam ruang dan tidak berlanggar sesama
sendiri dan ianya jauh dari pengetahuan manusia. KeAgungan Allah itu
semuanya terdapat dalam Al-Quran yang kita baca dan beramal dengannya.
Betapa hebatnya Al-Quran itu, yang hanya akan memberi hidayah kepada
orang yang bersih akidahnya, yang yakin ianya dari Allah untuk manusia
meneruskan hidupnya dengan sempurna untuk dunia dan akhirat. Janganlah
kita memperjudikan iman kita dengan Allah itu dengan cara menolak akidah
yang sebenarnya. Kita takut akan kerugian. Kalau tidak mahu percaya lagi,

tunggulah hari kematian kita! Firman Allah lagi,

Ayat-Ayat 83-87

‫) َونَ ْح ُن أَقْ َر ُب ِإلَ ْي ِه ِم ْن ُك ْم َولَ ِك ْن لا‬٨٤( ‫) َوأَ ْن ُت ْم ِحي َن ِئ ٍذ تَ ْنظُ ُرو َن‬٨٣( َ‫فَلَ ْولا ِإ َذا بَلَ َغ ِت الْ ُح ْل ُقوم‬
)٨٧( ‫)تَ ْر ِج ُعونَ َها ِإ ْن ُك ْن ُت ْم َصا ِدقِي َن‬٨٦( ‫)فَلَ ْولا ِإ ْن ُك ْن ُت ْم غَ ْي َر َم ِدي ِني َن‬٨٥( ‫تُ ْب ِص ُرو َن‬

Mafhumnya,

(Tangguhlah hari kematian kamu itu) Alangkah eloknya kalau semasa roh
seseorang yang hendak mati itu mula mendekati kerongkongnya (waktu
nazak).(۸۳) Sedangkan kamu pada masa itu yang berada di sekelilingnya dan
sedang menyaksi keadaan kematiannya.(۸۴) Dan pada masa itu Allah dan
para Malaikatnya berada lebih hampir kepadanya dari kamu semua dan kamu
tidak dapat melihatnya.(۸۵) Dan jika kamu percaya, bukankah elok kalau
kamu semua wahai orang yang ingkar.(۸۶) BOLEH cuba kembalikan roh itu
semula kepada tuannya jika betul kamu sebagai orang yang benar?(۸۷)

Tafsirnya,

92

Ayat-Ayat 83-87 ini pula cuba mencabar orang-orang yang ingkar supaya
menerima cabaran Allah jika mereka berada di pihak kebenaran. Mereka yang
sedang melihat seseorang yang nazak apabila hampir hendak mati, bolehkah
mereka memulangkan roh yang hendak keluar dari orang yang nazak itu dan
sedang berada di halkum seseorang itu kepada asalnya dan boleh hidup
semula? Adakah mereka mempunyai kuasa menahan roh itu dari keluar?
Allah menjelaskan yang mereka mustahil boleh berbuat demikian itu tetapi
masih sombong. Pada masa itu mereka yang berada di sekeliling yang nazak
itu tidak tahu yang para Malaikat Maut sedang lebih dekat dengan si nazak
itu. Malah tidak boleh buat apa-apa untuk menghalang Malakul Maut untuk
terus menarik nyawa si nazak itu.
Bagi kita, pembaca Surah ini, ketahuilah yang para Malaikat mendekati orang
sedang nazak dan kita tidak nampak mereka. Roh seseorang itu akan
beransur-ansur bergerak ke halkum dan dicabut keluar oleh Malakul Maut.
Pada masa itu kita hanya melihat yang nazak itu mengalami sakaratul maut
dan amat sakit kecuali yang beriman kepada Allah. Begitulah caranya Allah
memulangkan seseorang itu kepadaNya dan akan dibangkit semula nanti.

Ayat-Ayat 88-96

‫)فَ َسلامٌلَ َك ِم ْن أَ ْص َحا ِب‬٩١( ‫) َوأَ َّما ِإ ْن َكا َن ِم ْن أَ ْص َحا ِب الْ َي ِمي ِن‬٨٩( ‫فَ َر ْو ٌح َو َر ْي َحا ٌن َو َج َّن ُة نَ ِعي ٍم‬
‫) َوتَ ْصلِ َيةُ َج ِحي ٍم‬٩٣( ‫)فَ ُن ُزلٌ ِم ْن َح ِمي ٍم‬٩٢( ‫) َوأَ َّما ِإ ْن َكا َن ِم َن الْ ُم َك ِّذبِي َن ال َّضالِّي َن‬٩١( ‫الْ َي ِمي ِن‬

)٩٦( ‫)فَ َس ِّب ْح بِا ْس ِم َربِّ َك الْ َع ِظي ِم‬٩٥( ‫) ِإ َّن َه َذا لَ ُه َو َح ُّق الْ َي ِقي ِن‬٩٤(

Mafhumnya,

93

Kesudahannya, jika yang mati terdiri dari golongan orang Muqarrabin.(۸۸)
Maka ia akan beroleh kerehatan, kesenangan dan kesejahteraan serta janji
Syurga kenikmatan.(۸۹) Dan jika ia dari golongan Puak Kanan.(۹۱) Maka
mereka akan diucapkan dengan, “Selamat sejahteralah kamu semua lantaran
kamu semua dari Puak Kanan.”(۹۱) Dan jika yang mati itu dari Puak Kiri iaitu
dari kumpulan Pendusta Rasulnya dan Penyesat yang sesat.(۹۲) Maka mereka
disambut dengan air panas yang menggelegak.)۹۳( Serata bakaran dari api
neraka.(۹۴) Sesungguhnya segala yang disebutkan itu adalah KEBENARAN
dari Allah yang diYAKINI benarNya.(۹۵) Oleh itu BERTASBIHlah dengan
memuji dan memuja nama Tuhanmu, Allah Yang Maha Agung itu.)۹۶(

Tafsirnya,

Ayat-ayat akhir Surah ini masih menjelaskan si nazak tadi. Jika dia dari
kumulan Muqarrabin, iaitu mereka yang tetap melakukan yang wajib, sunat
dan meninggalkan yang haram dan makruh dalam hidup mereka dulu, maka
dia akan didatangi malaikat yang harum baunya dan akan dilayan dengan
baik oleh malaikat sewaktu mati itu.

Dalam sebuah hadis riwayat Barra‟ berkata bahawa Malaikat Rahmat akan
berkata kepadanya, „Wahai roh yang terbaik ini, dari jasad yang terbaik ini,
keluarlah ke arah Rauhun Raihan dan kepada Allah tanpa sebarang
kemurkaan.‟

(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 291 Jilid 3)

Keluarnya roh dari badan Muqarrabin ini sebagai satu kerehatan dari dunia
ini. Abu „Aliah berkata, „Setelah berpulangnya roh itu pada Allah, mereka telah
diberitahu tentang syurga mereka.‟ Ertinya mereka terus akan diperkenalkan
kepada Syurga Allah dengan nikmat-nikmat dalamnya.

Jika yang hendak mati itu dari kumpulan orang Ashabul Yamin maka para
Malaikat akan berkata kepada mereka, „Selamat kamu semua wahai

Ashabul Yamin kepada Allah dengan penuh sejahtera.‟

Jika yang nazak itu dari kumpulan Ashabus Syimal, maka mereka ini adalah
orang yang mendusta kebenaran dan jauh dari hidayah. Mereka akan
disambut dengan pencair panas yang melecurkan daging dan kulit mereka dan
di sekeliling mereka ialah Jahim Allah. Terseksalah di situ hingga hari
dibangkit semula.

94

Allah menekankan di sini bahawa perkhabaran tersebut adalah BENAR dan
PASTI AKAN TERJADI. Ianya perkhabaran yang YAKIN dan hendaklah
diyakinkan kebenarannya. Oleh itu banyakkanlah bertasbih dan mengingati
nama Allah dalam tasbih itu.

KONSEP TASBIH
(Penelitian Arahan Bertasbih Dalam Surah Al-Waqiah)

Pengenalan

Terdapat 2 kali ulangan ayat dalam Surah Al-Waqiah ini yang menganjurkan
kita supaya bertasbih dengan menyebut/menzikirkan nama-nama Allah Yang
Maha Agung itu. Ayat-ayat ini ialah Ayat 74 dan ayat akhir Surah ini, iaitu
Ayat 96. Perkataan yang digunakan Allah ialah,
“Oleh yang demikian wahai man)٩u٦s(i‫ ِم‬a‫ ِظي‬,‫لْ َع‬b‫ َك ا‬eِّ‫ب‬r‫ َر‬t‫ ِم‬a‫ ْس‬s‫ح بِا‬bْ ‫ِّب‬i‫س‬hَ َ‫ف‬lah dengan memuji nama Allah,
Tuhanmu, yang Maha Agung itu”

Pada saya, ia menjadi petunjuk kepada semua manusia untuk bertasbih, dan
melakukan tasbih berpandukan ayat dalam Surah ini.

Pengertian Tasbih

Penjelasan pengertian perkataan TASBIH saya pecahkan kepada Iktikad,
Perkataan dan Lafaz dan Dalil.

Dari segi Iktikad, Tasbih membawa erti,

1) Memperingatkan kita yang Allah itu jauh dari sebarang persepsi jahat
dalam minda kita.

2) Mempersucikan Allah dari semua sifat-sifat yang TIDAK LAYAK
kepadaNya sebagai Allah.

3) Memperiktikadkan Allah itu sebagai yang TERMULIA dan Maha Tinggi
sebagai Tuhan.

4) Mentauhidkan, Mentahmidkan, serta Mentakzimkan Allah itu melalui
Iktikad KEESAANNya, KeMuliaanNya dan KeAgunganNya.

Dari segi Perkataan dan Lafaz yang digunakan ialah,

95

Yang umumnya dipakai ialah perkataan ‫ سبحان ٱلله‬bererti “Maha Suci Allah itu”,
dan juga mana-mana lafaz dan perkataan yang membawa pengertian
Keagungan, Kemuliaan dan Ketinggiannya Allah, seperti lafaz-lafaz TAKBIR,
TAHLIL dan TAHMID.

Dari segi Dalil,

Tasbih mengaitkan kejadian-kejadian Allah kepada wujudnya Zat Allah yang
disucikan itu. Ertinya „adanya sesuatu makhluk itu bererti adanya Allah.‟
Ianya bersifat dengan AL-JALAL (Termulia/Teragung) dan MUQADDAS ANIL
IMKAN (suci dari mempunyai tempat tinggal) dan banyak lagi ayat-ayat dalam
Al-Quran untuk dalil tersebut.

Ertinya, seseorang yang sedang bertasbih memuji-muji Allah dengan
menyebut nama-namaNya bukan hanya terhenti pada menyucikanNya sahaja,
tetapi melibatkan kepada penghayatan perkara-perkara di atas. Dengan itu
akan mantaplah amalan tasbih kita dan suburlah hati itu menjiwai Allah
dalam amalan dan hidup kita.

Sebutan 2 Kali Arahan Supaya Kita Bertasbih

Dalam Surah Al-Waqiah, Ayat 74 dan Ayat 96, selepas Allah membicarakan
beberapa konsep mengenai penciptaan makhluk, penyempurnaannya,
penentuan takdir dan pendorong kepada hidayah, maka disarankan supaya
kita bertasbih. Ini mengenai Ayat-Ayat 57 hingga 73.

Contohnya, mulut anda mengucapkan LAFAZ Tasbih, iaitu mengulangi
kalimah,

‫سبحان ٱلله سبحان ٱلله سبحان ٱلله‬

dengan mengertikan, „Maha Suci Mu Ya Allah‟ dan minda anda akan
mencernakan semua pengertian Ayat-Ayat 57-73 itu dengan
menyimpulkannya begini,

1) Engkaulah Ya Allah Pencipta yang mencipta aku dari air mani, serta
mentakdir maut aku dan akan menghidupkan aku kembali kemudian
nanti.

2) Engkaulah Ya Allah yang telah MENYEMPURNAKAN hidupku dengan
menghidupkan sumber makanan, menurunkan hujan, dan mencipta api
untuk kesempurnaan hidupku.

96

3) Merasai sendiri kesan dari tasbih itu untuk menyuburkan iktikad kita
kepada Allah sebagai Pencipta, Penyempurna, Penentu Takdir dan
Pendorong Hidayah. Dengan jiwa yang subur ini maka iman kita akan
bertambah hijau, dan paduan tautan kita dengan Allah akan terjalin.

Seterusnya, perkataan sama juga diulang pada ayat akhir Surah ini setelah
Allah menjelaskan semua perkara dalam Ayat-Ayat 75-95. Kesimpulan
penjelasan Ayat-Ayat 75-95 adalah,

1) Allah teragung mencipta cakerawala-cakerawala yang tidak terfikir oleh
manusia tentang keajaibannya, terapung-apung dan tiada manusia
yang dapat menguasainya kecuali Allah. Keagungan yang sama ialah
mencipta Al-Quran untuk diteliti kekuasaan itu oleh umat yang mahu
beriman denganNya, menjadikan Iman sebagai rezeki utama kepada
mukminin.

2) Mencipta ROH dan mengambilnya kembali dan ianya bukan kuasa
manusia.

3) Mempastikan amalan manusia adalah harga yang dibayar untuk
mereka di akhirat. Manusia dikategorikan kepada 3 kategori, Yang
TERTINGGI mutu akidah dan amalannya, disediakan Firdaus, Yang
Biasa dan Beriman disambut dengan salam sejahtera dari Allah dan
malaikatNya dan Yang Kufur dan Penyesat disediakan Jahim dan
nerakaNya. Lantas hati yang sedang bertasbih akan meminta kita
diketegorikan sebagai Ashabul Yamin dan bukan Ashabus Syimal.

Jadi apabila kita bertasbih, di samping mengulangan mentakdiskan Allah,
minda kita akan menjiwai perkara-perkara di atas itu sehingga meyakinkan
kita tentang keAgungan Allah itu. Jiwa akan subur, dihijaukan lagi dengan
pemantapan iman kepada Allah. Itulah inti dari Tasbih yang disarankan oleh
Allah agar kita bertasbih dalam Ayat-Ayat 74 dan 96 itu.

‫والله اعلم‬

Khasiat Surah Al-Waqiah

97

Al Hafiz Ibnu Asakir dalam menterjemahkan Ibnu Mau‟ud r.a., melalui
sanadnya kepada Amru Ibnu Rabi‟e bin Toriq Al Masri, disampaikan oleh Ibnu
Syaibani, dari Abi Syujak dari Abi Toyyibah, yang berkata, “Suatu hari
Abdullah telah jatuh sakit yang membawa kepada kematian beliau, beliau telah
diziarahi oleh Khalifah Othman bin Affan r.a. yang bertanya kepada beliau
beberapa soalan, di antaranya, “Adakah engkau perlu apa-apa hajat dariku,
lebih-lebih lagi engkau bakal meninggalkan anak-anak gadis kamu? Tidakkah
engkau takut yang mereka akan menjadi fakir selepas ketiadaan engkau
nanti?” Jawab Abdullah bin Mas‟ud r.a, “Aku tak perlu apa-apa hajat darimu,
aku telah mengajar anak-anak gadisku membaca Surah Al-Waqiah pada tiap-
tiap malam kerana aku mendengar dari Rasulullah yang pernah berkata
„Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada tiap malam, maka ia tidak akan
terkena kefakiran sama sekali dalam hidupnya.‟”
(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 302 Jilid 4)

98

SURAH AL-HASYR
MUKADIMAH
Surah ini adalah Surah ke-59, mengandungi 24 ayat dan diturunkan di
Madinah. Ianya juga dikenali sebagai Surah Bani Nadhir.
Surah ini menggalak seseorang itu supaya suka bertasbih kepada Allah
bersama-sama makhluk lain dan memperkuatkan iman melalui tasbih ini.
Melatih diri dengan memikirkan perihal anak yatim, orang miskin, ibnu sabil
(membantu orang yang berbuat sesuatu ke jalan Allah). Tidak tamak menjadi
kaya dan monopoli kekayaan pada kumpulan ini sahaja. Mengingati orang-
orang yang telah mati dengan iman agar Allah mengumpulkan kita bersama
mereka. Kita sentiasa muhasabah diri tentang bekalan yang akan kita bawa
selepas kita mati nanti. Mengaitkan Al-Quran itu dengan nama-nama Allah
sebagai penghayatan KeAgungan Allah. Memperkukuhkan keyakinan
bimbingan Al-Quran.

99

‫‪TAFSIRAN‬‬
‫‪Ayat-Ayat 1-5‬‬

‫َس َّب َح ِّلَّ ِل َما فِي ال َّس َما َوا ِت َو َما فِي الأ ْر ِض َو ُه َو الْ َع ِزي ُز الْ َح ِكي ُم (‪ُ )١‬ه َو الَّ ِذي أَ ْخ َر َج الَّ ِذي َن َك َف ُروا‬
‫ِم ْن أَ ْه ِل الْ ِك َتا ِب ِم ْن ِديَا ِر ِه ْم لأ َّو ِل الْ َح ْش ِر َما ظَ َن ْن ُت ْم أَ ْن يَ ْخ ُر ُجوا َوظَ ّنُوا أَنَّ ُه ْم َمانِ َع ُت ُه ْم ُح ُصونُ ُه ْم‬
‫ِم َن اّلَّ ِل فَأَتَا ُه ُم اّلَّل ُ ِم ْن َح ْي ُث لَ ْم يَ ْح َت ِس ُبوا َوقَ َذ َف فِي قُلُوبِ ِه ُم ال ُّر ْع َب يُ ْخ ِربُو َن بُ ُيوتَ ُه ْم بِأَ ْي ِدي ِه ْم‬
‫َوأَ ْي ِدي الْ ُم ْؤ ِم ِني َن فَا ْع َت ِب ُروا يَا أُولِي الأبْ َصا ِر (‪َ )٢‬ولَ ْولا أَ ْن َك َت َب اّلَّل ُ َعلَ ْي ِه ُم الْ َجلاءَ لَ َع َّذبَ ُه ْم فِي‬
‫ال ُّد ْن َيا َولَ ُه ْم فِي الآ ِخ َر ِة عَ َذا ُب ال َّنا ِر (‪َ )٣‬ذلِ َك بِأَنَّ ُه ْم َشاقُّوا اّلَّلَ َو َر ُسولَهُ َو َم ْن يُ َشا ّ ِق اّلَّلَفَ ِإ َّن اّلَّلَ َش ِدي ُد‬
‫الْ ِع َقا ِب (‪َ )٤‬ما قَطَ ْع ُت ْم ِم ْن لِي َنةٍ أَ ْو تَ َر ْك ُت ُمو َها قَائِ َمةً عَلَى أُ ُصولِ َها فَ ِب ِإ ْذ ِن اّلَّ ِل َولِ ُي ْخ ِز َي الْ َفا ِس ِقي َن (‪)٥‬‬

‫‪Mafhumnya,‬‬
‫‪Dengan nama Allah, Pemberi Rahmat di dunia dan Pemberi Rahmat di‬‬
‫‪Akhirat.‬‬

‫‪100‬‬

Segala sesuatu yang berada di langit mahu pun di bumi tetap akan bertasbih
memuji-muja Allah, Dialah Allah yang bersifat Gagah Perkasa dan Penuh
Hikmah.)۱( Dialah Allah yang telah mentakdirkan terkeluarnya orang-orang
kafir di kalangan Ahli Kitab (Bani Nadhir) dari kampung halaman mereka pada
julung kali mereka berniat hendak memerangi Rasulullah. Kamu semua
wahai orang yang beriman tentu tidak menyangka yang mereka akan senang
saja keluar, (sedangkan mereka sudah lama bertapak di situ dan jumlah
mereka besar sekali, serta pertahanan mereka yang kuat) dan mereka pula
menyangka yang mereka akan dapat berlindung kerana benteng-benteng
mereka yang pasti tidak dapat dicerobohi dan akan berlindung kepada mereka
dari azab Allah. Maka Allah telah mentakdirkan azabNya ke atas mereka dari
arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta diwujudkan ke dalam
hati mereka akan rasa cemas ketakutan yang menyebabkan mereka terus
merosakkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan
manakala orang-orang Islam memberi tekanan kepada mereka melalui
kepungan ke atas mereka sehingga akhirnya mereka keluar. (Dari peristiwa
ini) maka insaflah dan ambillah pengajaran darinya wahai orang-orang yang
waras berfikir dan celik matahatinya.)۲( Dan kalaulah tidak kerana Allah yang
telah mentakdirkan pengusiran buruk ini ke atas mereka, maka tentulah
mereka akan merana kekalahan dengan azab yang pedih di dunia ini
(sebagaimana seksanya Bani Qainuqa‟ dan Bani Mustaliq), sedangkan di
akhirat nanti pun mereka akan diberi azab seksa api (kerana kekufuran
mereka itu pada Muhammad sedangkan mereka adalah Ahlil Kitab).)۳( Mereka
ditimpakan azab sedemikian rupa kerana mereka menentang perintah Allah
dan RasulNya. Ingatlah sesiapa saja yang menentang perintah-perintah Allah
maka sesungguhnya Azab Allah ke atas mereka itu sangat pedih dan berat.)۴(
Mana-mana pohon kurma milik mereka yang kamu tebang atau yang kamu
tegak dibiarkan seperti asalnya, semuanya itu hanya dengan izin dan
kehendak Allah. Keizinan Allah itu demi memberi kemenangan kepada orang
mukminin dan menghina orang-orang yang fasik itu.)۵(

Tafsirnya,

Surah ini bermula dengan pernyataan TASBIH dan semuanya di bumi dan di
langit bertasbih mentakdiskan Allah dan berakhir pun dengan penjelasan
konsep tasbih yang sama. Allah menjelaskan bahawa setiap yang berada di
langit dan di bumi semuanya tetap bertasbih kepada Allah.

Dalam ayat yang lain Allah berfirman,

101

“Ditasbihkan kepadaNya oleh langit-langit tujuh lapis itu dan bumi dan oleh
apa-apa yang berada di langit dan di bumi itu dan setiap sesuatu yang
diciptaNya akan tetap bertasbih kepadaNya TETAPI kamu semua tidak faham
pengertian tasbih mereka.”

Dalam sebuah hadis pula Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya, “Aku
mengetahui bahawa batu bata di Mekah telah memberi salam kepadaku
sebelum aku dilantik menjadi Rasul dan sekarang baru aku tahu yang sesuatu
itu bertasbih kepada Allah.”

(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 332 Jilid 4)

Ibnu Masu‟ud r.a. pernah berkata, “Kami mendengar yang makanan yang kami
makan itu bertasbih sewaktu kami memakannya, itu adalah saksi penting
kepada anggota badan dan kulit aku mengikut apa yang dikatakan oleh Al-
Quran.”

(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 332 Jilid 4)

Manusia sepatutnya banyak bertasbih kepada Allah, tetapi mereka diberi
pilihan untuk berbuat demikian. Dalam kontek Surah ini, permulaan dan
pengakhiran Surah ini dengan BERTASBIH kepada Allah mengingatkan kita
bahawa BERGANTUNGlah sepenuhnya kepada Allah dalam semua urusan kita
di dunia ini.

Allah menjelaskan dua sifat-sifatNya selepas menyatakan konsep tasbih tadi.
Dua Sifat tersebut ialah ‫ العزيز‬yang bererti Yang Maha Perkasa KemuliaanNya,
ertinya jika kamu ingkar Allah berkuasa menimpakan azab ke atas kita, dan

‫ الحكيم‬yang bererti Yang Maha tinggi HikmahNya, jika kamu beriman
denganNya kamu memperolehi hikmah yang tinggi dari Allah. Dalam kata
lain, marilah kita pertingkatkan tasbih kepada Allah bagi mendapatkan
kemuliaan di sisiNya dan memperolehi hikmah dari keimanan tersebut.

Surah ini menjelaskan sejarah orang Yahudi Bani Nadhir dalam tahun ke-4
Hijrah yang telah mengadakan perjanjian kerjasama dengan Rasulullah dan
dikuatkuasakan demi kepentingan bersama Ahlil Kitab dengan muslimin di
Madinah. Bani Nadhir ini dikatakan dari zuriat Nabi Harun, saudara Musa
a.s., yang telah berada di Madinah. Sejak berlaku fitnah Bani Israel mereka
telah datang menduduki Madinah dan menunggu kedatangan seorang nabi
baru di sana dan ini tercatit dalam kitab mereka.

102

Setelah berlaku peperangan Badar dan kemenangan Islam maka mereka mula
mendekati orang-orang Quraish di Mekah dan bercita-cita membunuh
Rasulullah. Mereka cuba mencabul perjanjian dengan muslimin. Dalam satu
peristiwa sewaktu Rasulullah cuba mengatasi masalah pembunuhan dengan
Bani Nadhir ada beberapa orang mereka yang mahu menghentak batu ke atas
kepala Rasulullah dari atas bangunan untuk membunuhnya. Penentangan
kepada Muhammad s.a.w. diburukkan lagi dengan peranan yang dimainkan
oleh ketua kaum munafik Abdullah bin Ubai. Ini menyebabkan kampung Bani
Nadhir ini dikepung selama 26 hari sehingga mereka mahu meninggalkan
kampung halaman mereka tanpa senjata dan bergerak ke Syam dan
sebahagiannya ke Khaibar.

Allah menyatakan yang DIAlah sendiri yang telah menentukan kemenangan
orang islam ke atas orang Yahudi dengan mentakdirkan mereka semua keluar
dari bumi Madinah untuk mengelak dari fitnah kaum ini kepada
perkembangan Islam. Kepada orang Islam keluarnya Bani Nadhir dari bumi
Madinah tidak disangka boleh berlaku, dan kepada orang Yahudi sendiri
mereka lebih bergantung kepada kekuatan benteng pertahanan mereka dan
tidak kepada Allah sehingga mereka tertipu yang mereka akhirnya terpaksa
keluar secara hina dari kampung halaman mereka itu.

Bukan itu sahaja, kekuatan benteng mereka tidak dapat menahan mereka dari
ancaman kerana Allah sendiri menurunkan rasa ketakutan yang amat sangat
ke dalam hati mereka. Mereka takut akan dibinasakan oleh orang Muslimin.
Takutkan mati ini yang menyebabkan mereka hilang punca dan mereka mula
mengopek keluar rumah-rumah kediaman mereka dan bersetuju untuk keluar
dari kampung itu. Tekanan kepungan pun mempercepatkan secara psikologi
untuk mereka berundur keluar.

Justeru, keluarnya mereka dari kampung halaman mereka atas kemahuan
Allah, sebenarnya ada hikmatnya. Jika mereka terus menentang dan
dikalahkan, mereka akan menanggung seksaan perang dan sudah pasti di
akhirat nanti mereka akan diseksa kali kedua. Jadi, ianya adalah sebaik-baik
penyelesaian untuk mereka. Di antara sebab-sebab yang dicatit oleh Allah
tentang hukuman ini ialah MEREKA INI MENJADI PENGHALANG dan akan
menjadi penghalang kepada penyebaran agama Allah di Madinah.
Menyusahkan Allah dan Rasulnya. Sehingga Allah telah menetapkan kepada
sesiapa saja yang menyusahkan Allah dan RasulNya akan dikurniakan azab
yang pedih.

Apakah kesusahan-kesusahan yang dimaksudkan itu? Menentang
pelaksanaan hukum-hukum Islam, misalnya tentang sembahyang dan
bilangannya, bacaannya secara perlahan atau kuat, perlaksanaan Zakat dan
hukum-hukumnya, Hukum Haj dan rukun-rukunnya. Kalaulah semuanya
dibantah maka susah untuk melaksanakan hukum-hukum Allah.

103

Mereka dengan jelasnya menyusah RasulNya dengan cara ingkar perintahnya,
menunjuk sikap perseteruan dan mempengaruhi yang lain supaya menentang
Rasulullah dan ini akan menjejaskan perkembangan Islam yang baru hendak
memutik.

Sepatutnya mereka yang telah menjadi Ahlil Kitab mengetahui melalui Kitab
Taurat akan wujudnya seorang nabi akhir zaman yang bernama Ahmad, dan
mereka terus menyeterui Muhammad apabila nabi tersebut telah diwujudkan.
Ini akan menyebabkan mereka akan diazab di akhirat, iaitu mengingkari kitab
mereka sendiri.

Keputusan sama ada pokok-pokok tamar dalam kebun orang-orang Yahudi ini
hendak dipotong sebagai penghinaan kepada mereka atau membiarkannya
terus hidup dan hasilnya dipungut sebagai harta peperangan adalah dengan
IZIN Allah, bukan atas dorongan dari orang Bani Quraizah. Ayat mengenai hal
ini diturunkan kerana mempertahankan kebenaran orang yang mengarahkan
potong pokok itu dan membenarkan orang yang membiarkan pohon itu seperti
asalnya. Semuanya adalah IZIN Allah dan matlamatnya untuk menghina
orang-orang Yahudi itu.

Apakah kesimpulan dari Ayat-Ayat ini?

Pertama, semua makhluk bertasbih, mendaulatkan Allah dalam hidupnya.
Manusia digalakkan bertasbih.

Kedua, peranan Allah dalam mempastikan kemenangan kepada Islam di awal
perkembangannya dengan mentakdirkan keluarnya pengacau yang jahat dari
bumi Madinah. Ini Munjiat sebenar dari Allah agar Islam yang berputik akan
dapat bertapak.

Ketiga, kuasa Allah dalam menentukan pelaksaan satu-satu takdirnya agar
tidak menepati logik, tetapi kehendak Allah sentiasa berjalan.

Keempat, Allah murka kepada yang menyusah Allah dan Rasulnya dan
disediakan azab yang pedih.

Kelima, Allah menurunkan ayat yang tidak menyalahkan orang-orang Islam
yang bertindak memotong/membiarkan pokok kebun Yahudi itu semuanya
dengan IZIN Allah.

Keenam, yang pentingnya orang Islam diminta mengambil iktibar dari
peristiwa kepungan ini dan memahami sebenarnya kuasa Allah dari kuasa
manusia. Ini bererti perkuatkanlah iman kita dalam menghadapi semua
masalah.

104

Ayat-Ayat 6-7
‫) َما أَفَاءَ اّلَّل ُ َعلَى َر ُسولِ ِه ِم ْن‬٦( ‫َو َما أَفَا َء اّلَّلُ َعلَى َر ُسولِ ِه ِم ْن ُه ْم فَ َما أَ ْو َج ْف ُت ْم عَلَ ْي ِه ِم ْن َخ ْي ٍل َولا ِر َكا ٍب َولَ ِك َّن اّلَّلَيُ َسلِّ ُط ُر ُسلَهُ عَلَى َم ْن يَ َشاءُ َواّلَّل ُعَلَى ُك ِلّ َش ْي ٍء قَ ِدي ٌر‬
ُ‫أَ ْه ِل الْ ُق َرى فَ ِللَّ ِه َولِل َّر ُسو ِل َولِ ِذي الْ ُق ْربَى َوالْ َي َتا َمى َوالْ َم َسا ِكي ِن َوا ْب ِن ال َّس ِبي ِل َك ْي لا يَ ُكو َن ُدولَةً بَ ْي َن الأ ْغ ِن َيا ِء ِم ْن ُك ْم َو َما آتَا ُك ُم ال َّر ُسولُ فَ ُخ ُذو ُه َو َما نَ َها ُك ْم عَ ْنه‬

)٧( ‫فَا ْن َت ُهوا َواتَّ ُقوا اّلَّلَ ِإ َّن اّلَّلَ َش ِدي ُد الْ ِع َقا ِب‬

Mafhumnya,

Dan apa jua yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan harta
benda Bani Nadhir, yang telah diusir keluar itu adalah dari kuasa Allah.
Sebenarnya harta-harta al-Fai‟ itu terdapat tanpa kamu menunggang kuda
dan unta untuk berperang mengalahkan mereka maka urusan harta-harta
tersebut diberi sepenuhnya di bawah kawalan RasulNya. Dan Allahlah yang
telah memberi kekuasaan kepada RasulNya mengalahkan sesiapa yang
dikehendakiNya. Dan Allah berkuasa di atas segala sesuatu itu.)۶( Apa juga
harta al-Fai‟ yang Allah kurniakan kepada RasulNya itu, sama ada dari harta
penduduk negeri, bandar atau desa yang diperolehi tanpa berperang, maka
kuasa miliknya adalah pada Allah dan RasulNya, dan kepada kaum
kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin serta orang yang musafir.
Ketetapan ini dilakukan agar harta-harta al-Fai‟ itu tidak hanya beredar di
kalangan orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu. Apa juga perintah yang
datang dari Rasulullah kepada kamu HENDAKlah kamu menerimanya serta
amalkan, dan apa juga larangan yang datangnya dari Rasulullah maka
HENDAKlah kamu cegahnya dan patuhilah larangannya itu. Bertakwalah
kamu semua kepada Allah, sesungguhnya azab seksaan Allah kepada
pelanggar undang-undang Allah sangat pedih dan sakit.)۷(

Tafsirnya,

Kedua-dua ayat di atas ini menjelaskan hukum pembahagian harta tinggalan
Bani Nadhir setelah meninggalkan kebun dan harta mereka dan bergerak ke
Syam dan Khaibar. Hukum harta tinggalan begini penting agar tidak menjadi
rebutan dan perlu diagihkan kepada yang berhak.

105

Allah telah menegaskan harta al-Fai‟ ini, iaitu harta tinggalan begini tanpa
melalui peperangan atau pemecutan kuda dan unta memberi kuasa
sepenuhnya kepada Rasulullah atas dasar yang mengalahkan seteru itu dari
Allah sendiri. Harta Ghanimah, iaitu rampasan perang ditetapkan hanya 1/5
sahaja kepada Rasulullah dan 4/5 diagihkan kepada rakyat. Jadi harta Bani
Nadhir ini diberi kuasa sepenuhnya kepada Rasulullah, yang akan
mengagihkannya kepada keluarganya, iaitu saudara-saudara Muhajirin yang
bersamanya, anak-anak yatim di Madinah, orang-orang miskin dari semua
kalangan si musafir yang keputusan bekalan. Tujuannya ialah agar wang dan
harta itu tidak beredar hanya di kalangan yang kaya sahaja.

Oleh kerana Allah telah mengamanahkan Rasulullah sahaja yang
mengagihkan harta al-Fai‟ itu, maka satu hukum Allah dinyatakan ialah apa
sahaja arahan dari Rasulullah maka wajib kita mengikutinya dan apa jua
larangan darinya maka kita wajib akur dan tidak menentangnya. Taat kepada
Rasulullah itu bererti menjadi manusia yang bertakwa kepada Allah. Jika kita
menentang RasulNya, maka bererti kita melawan Allah, mereka yang maksiat
ini dibalas dengan azab Allah yang amat pedih.

Inilah dia sebahagian dari Syariaat Allah kepada penduduk Madinah dalam
mengatasi masalah tinggalan harta Bani Nadhir dan hukum ini akan
menjauhkan orang-orang Muhajirin dan Ansar dari sebarang pertelingkahan
sesama sendiri dan membenarkan pembinaan negara Islam pertama di
Madinah. Maka Rasulullah pun mengagihkan semua tinggalan itu kepada
semua sahabat-sahabatnya dari kaum Muhajirin, kumpulan yang fakir dan
miskin yang kebanyakannya dari kumpulan Muhajirin.

Ayat-Ayat 8-10
‫) َوالَّ ِذي َن تَ َب َّو ُءوا ال َّدا َر‬٨( ‫لِ ْل ُف َق َرا ِء الْ ُم َها ِج ِري َن الَّ ِذي َن أُ ْخ ِر ُجوا ِم ْن ِديا ِر ِه ْم َوأَ ْم َوالِ ِه ْم يَ ْب َتغُو َن فَ ْضلا ِم َن اّلَّلِ َو ِر ْض َوانًا َويَ ْن ُص ُرو َن اّلَّل َ َو َر ُسولَهُ أُولَ ِئ َك ُه ُم ال َّصا ِدقُو َن‬
‫َوالإي َما َن ِم ْن قَ ْب ِل ِه ْم يُ ِح ُّبو َن َم ْن َها َج َر ِإلَ ْي ِه ْم َولا يَ ِج ُدو َن فِي ُص ُدو ِر ِه ْم َحا َجةً ِم َّما أُوتُوا َويُ ْؤثِ ُرو َن َعلَى أَ ْن ُف ِس ِه ْم َولَ ْو َكا َن بِ ِه ْم َخ َصا َصةٌ َو َم ْن يُو َق ُش َّح نَ ْف ِس ِه فَأُولَ ِئ َك‬
‫) َوالَّ ِذي َن َجا ُءوا ِم ْن بَ ْع ِد ِه ْم يَ ُقولُو َن َربَّ َنا ا ْغ ِف ْر لَ َنا َولإ ْخ َوانِ َنا الَّ ِذي َن َس َب ُقونَا بِالإي َما ِن َولا تَ ْج َعلْ فِي قُلُوبِ َنا ِغلا لِلَّ ِذي َن آ َم ُنوا َربَّ َنا إِنَّ َك َر ُءو ٌف َر ِحي ٌم‬٩( ‫ُه ُم الْ ُم ْفلِ ُحو َن‬

)١١(

Mafhumnya,

106

Pengagihan al-Fai‟ itu hendaklah diuntukkan juga kepada orang-orang
Muhajirin yang kebanyakannya fakir, mereka ini telah diusir keluar dari
rumah-rumah kediaman mereka dan dari harta benda mereka di Mekah,
kerana semata-mata beriman kepada Allah dan berusaha mendapatkan restu
dan mencari keredaan dari Allah serta membantu (perkembangan Ugama
Islam) Allah dan RasulNya. Mereka ini adalah dari kategori orang-orang yang
Siddiq (benar iman dan amalan mereka).)۸( Dan orang-orang tempatan pula
(al-Ansar) yang telah lama mendiami Madinah dan telah pernah beriman
sebelum ini, mempunyai hati-hati yang penuh bersimpati dan mengasihi
orang-orang Muhajirin Mekah yang datang ke negeri mereka, walaupun tiada
apa-apa kepentingan pada mereka dengan kedatangan Muhajirin ini tetapi
mereka masih mengutamakan kebajikan Muhajirin ini lebih dari kebajikan diri
mereka sendiri, sekali pun mereka dalam keadaan kekurangan dan
memerlukan sesuatu hajat yang lebih besar dari itu. Ingatlah, sesungguhnya
mereka yang dapat mengawal kebakhilan dalam diri sendiri itu akan
memperolehi kejayaan.)۹( Manakala, penerusan ini berlaku, di mana orang
yang terkemudian datang dan mengetahui perihal peribadi mulia ini akan
mendoakan kepada mereka dengan berkata, “Wahai Allah, Rabb kami,
ampunkanlah semua dosa-dosa kami, dan dosa-dosa saudara-saudara
kami yang TERDAHULU itu yang telah mendahului kami dalam iman
mereka, dan janganlah Engkau, Ya Rabb, membiarkan hati-hati kami
penuh dengan hasad dengki kepada orang-orang yang beriman itu.
Wahai Allah, Rabb kami, sesungguhnya sangat besar limpahan belas
kasihan-Mu dan Rahmat-Mu ke atas kami.”)۱۱(

Tafsirnya,

Ayat-Ayat 8 hingga 10 menjelaskan bagaimana Allah memainkan
perananNya dalam mengekang sebarang perbalahan akibat dari pengagihan
harta al-Fai‟ itu. Allah gambarkan kaum Muhajirin yang katanya berjumlah
100 orang sebagai orang-orang yang FAKIR, dikeluarkan dari bumi tumpah
darah mereka di Mekah, diusir dan dirampas harta benda mereka dan mereka
sebenarnya merempat di Madinah dengan satu kekuatan, iaitu Kekuatan Iman
dan sebenarnya mereka sedang menolong Allah dan RasulNya dalam
mempertingkatkan perkembangan Islam. Ertinya, mereka orang yang
beriman, beramal dan mempunyai kekuatan diri untuk bersama-sama
Rasulullah. Mereka dikenali sebagai Assiddiqin (yang benar iman dan amal
mereka). Gambaran ini mengundang rasa hiba dan sekali gus memberi
tempat dalam hati orang-orang tempatan, iaitu kaum Al-Ansar.

107

Golongan Al-Ansar pula digambarkan sebagai pernah mempunyai keimanan
sebelumnya kerana kedatangan Yahudi ke Madinah sebelum ini, dan dari asas
iman ini mereka menunggu kedatangan Rasulullah dengan cahaya Islamnya.
Allah menggambarkan mereka sebagai mempunyai rasa kasih sayang kepada
kaum Muhajirin, dan membuka kedua tangan menerima kedatangan mereka
ini ke Madinah. Mereka lebih mementingkan rakan-rakan Muhajirin sendiri
dari kepentingan diri mereka sendiri walaupun ada hajat-hajat lain yang
sangat penting kepada mereka. Mereka tidak mempersoalkan harta al-Fai‟ itu
dan cara pembahagiannya kepada Muhajirin, malah semuanya perlu
diagihkan kepada kaum Muhajirin. Di antara sifat lain yang dirakamkan oleh
Allah tentang mereka ini ialah, mereka dapat menguasai diri mereka dari sifat
„bakhil‟ ke atas sesama manusia, sehingga ianya menjadi satu perakuan yang
mana-mana orang yang boleh menguasai diri mereka daripada kebakhilan
dalam diri mereka kepada orang lain maka orang-orang itu dipastikan dengan
kejayaan dalam hidup mereka.

Kemudian Allah menyatakan bahawa selepas matinya kumpulan-kumpulan
ini, maka generasi kemudian akan mendoakan mereka dengan doa yang
termasyhur itu, iaitu

‫َربَّ َنا ا ْغ ِف ْر لَ َنا َولإ ْخ َوانِ َنا الَّ ِذي َن َس َب ُقونَا بِالإي َما ِن َولا تَ ْج َعلْ فِي قُلُوبِ َنا ِغلا لِلَّ ِذي َن آ َم ُنوا َربَّ َنا ِإنَّ َك‬
)١١( ‫َرءُو ٌف َر ِحي ٌم‬

(Ayat 10 Surah Al-Hasyr)

“Ya Allah, Rabb kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa-dosa
saudara-saudara kami yang terdahulu dari kami yang penuh dengan
iman itu dan Ya Rabb, janganlah jadikan kami orang-orang yang hasad
kepada orang-orang yang beriman”

Sekali gus, inilah dia doa yang berterus menyambungkan silaturrahim di
antara yang berjasa dulu itu dengan orang yang terkemudian. Inilah dia asas
hubungan dalam Islam.

Apakah implikasi Ayat-Ayat ini pada kita?

1) Hargailah saudara Islam yang lain dengan mempastikan keikhlasan
dalam hidup ini dengan niat membantu Allah dan RasulNya. Lahirkan
keikhlasan itu dalam amal dan iman kita.

108

‫‪2) Dengan berikhlas akan menyebabkan pihak kedua juga akan ikhlas,‬‬
‫‪lebih-lebih lagi mereka yang ada asas iman. Pertembungan kedua-‬‬
‫‪kedua keikhlasan ini maka akan memuncakkan hubungan‬‬
‫‪silaturrahim yang terbaik untuk mengatasi sebarang masalah yang‬‬
‫‪timbul dan bergerak ke hadapan.‬‬

‫‪3) Kesan hubungan ini akan diterapkan kepada generasi akan datang‬‬
‫‪yang akan mendoakan kesejahteraan kita. Ini menjadikan‬‬
‫‪silaturrahim bukan sahaja di dunia malah ianya akan melampaui‬‬
‫‪selepas kita mati dan dikenang.‬‬

‫‪Ayat-Ayat 11-17‬‬

‫أَلَ ْم تَ َر ِإلَى الَّ ِذي َن نَافَ ُقوا يَ ُقولُو َن لإ ْخ َوانِ ِه ُم الَّ ِذي َن َك َف ُروا ِم ْن أَ ْه ِل الْ ِك َتا ِب لَ ِئ ْن أُ ْخ ِر ْج ُت ْم لَ َن ْخ ُر َج َّن‬
‫َم َع ُك ْم َولا نُ ِطي ُع فِي ُك ْم أَ َح ًدا أَبَ ًدا َو ِإ ْن قُوتِ ْل ُت ْم لَ َن ْن ُص َرنَّ ُك ْم َواّلَّل ُ يَ ْش َه ُد ِإنَّ ُه ْم لَ َكا ِذبُو َن (‪)١١‬لَ ِئ ْن‬
‫أُ ْخ ِر ُجوا لا يَ ْخ ُر ُجو َن َم َع ُه ْم َولَ ِئ ْن قُوتِلُوا لا يَ ْن ُص ُرونَ ُه ْم َولَ ِئ ْن نَ َص ُرو ُه ْم لَ ُي َولُّ َّن الأ ْدبَا َر ثُ َّم لا يُ ْن َص ُرو َن‬
‫(‪)١٢‬لأ ْن ُت ْم أَ َش ُّد َر ْه َب ًة فِي ُص ُدو ِر ِه ْم ِم َن اّلَّ ِل َذلِ َك بِأَنَّ ُه ْم قَ ْومٌلا يَ ْف َق ُهو َن (‪)١٣‬لا يُ َقاتِلُونَ ُك ْم َج ِمي ًعا‬
‫ِإلا فِي قُ ًرى ُم َح َّص َن ٍة أَ ْو ِم ْن َو َرا ِء ُج ُد ٍر بَ ْأ ُس ُه ْم بَ ْي َن ُه ْم َش ِدي ٌد تَ ْح َس ُب ُه ْم َج ِمي ًعا َوقُلُوبُ ُه ْم َش َّتى َذلِ َك‬
‫بِأَنَّ ُه ْم قَ ْومٌ لا يَ ْع ِقلُو َن (‪َ )١٤‬ك َم َث ِل الَّ ِذي َن ِم ْن قَ ْبلِ ِه ْم قَ ِري ًبا َذاقُوا َوبَالَ أَ ْم ِر ِه ْم َولَ ُه ْم عَ َذا ٌب أَلِي ٌم‬
‫(‪َ )١٥‬ك َم َث ِل ال َّش ْيطَا ِن ِإ ْذ قَالَ لِلإ ْن َسا ِن ا ْك ُف ْر فَلَ َّما َك َف َر قَا َل ِإنِّي بَ ِريءٌ ِم ْن َك ِإنِّي أَ َخا ُف اّلَّلَ َر َّب‬

‫الْ َعالَ ِمي َن (‪)١٦‬فَ َكا َن عَاقِ َب َت ُه َما أَنَّ ُه َما فِي ال َّنا ِر َخالِ َد ْي ِن فِي َها َو َذلِ َك َج َزاءُ الظَّالِ ِمي َن (‪)١٧‬‬

‫‪Mafhumnya‬‬

‫‪109‬‬

Tidakkah Engkau (Wahai Muhammad) dapat melihat dan merasa hairan
terhadap sikap orang-orang munafik (yang berada di Madinah) itu? Mereka
tergamak memperdaya saudara-saudara mereka yang kufur dari kalangan
ahli Kitab Yahudi dengan kata-kata, “Hoi, kalau kamu semua diusir keluar
sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan
tunduk taat kepada sesiapa pun yang menentang kamu semua untuk selama-
lamanya, dan jika kamu semua diserang sudah pasti kami akan membela
kamu semua,” pada hal Allah mengetahui serta mempersaksikan bahawa
kata-kata saranan itu adalah dusta.)۱۱( Demi sesungguhnya, jika orang-orang
Yahudi itu diusir keluar dari Madinah mereka yang munafik itu tidak akan
keluar bersama-samanya, dan demi sesungguhnya jika orang-orang Yahudi itu
diserang pasti sekali orang munafik itu tidak akan membantu mereka,
sesungguhnya jika ditakdirkan mereka membantu sekali pun sudah tentu
semua sekali akan melarikan diri dan hasil tiada pertolongan akan wujud.)۱۲(
Ini kerana bayang kamu Wahai Muhammad, sangat menakutkan mereka lebih
dari takut mereka pada Allah, oleh itu mereka sebenar adalah dari golongan
orang yang bodoh tentang Allah dan iman.)۱۳( Orang-orang Yahudi dan
munafik ini tidak akan memerangi kamu Wahai Muhammad KECUALI di
kampung-kampung yang berbenteng kukuh dan mencuri serang di belakang
tembok. Ini kerana adanya permusuhan di antara sesama mereka yang agak
melampau, mungkin engkau sangka mereka bersatu padu, sebenarnya hati-
hati mereka penuh ketakutan dan berpecah-belah. Yang demikian tentunya
kerana mereka adalah golongan yang jahil tentang iman dan amal baik.)۱۴(
Keadaan kaum Yahudi ini, samalah seperti pengalaman yang terkena ke atas
kaum-kaum Yahudi sebelum ini, (Bani Qainuqa‟) yang telah merasa keperitan
akibat kekufuran mereka, dan pastinya mereka akan beroleh azab yang perit
di akhirat nanti.)۱۵( Sikap kaum munafik kepada kaum Yahudi ini dapat
disamakan dengan sikap syaitan yang berkata pada manusia, “Kufurlah
kamu pada Allah” (melalui bisikan mereka) dan apabila telah berlaku
kekufuran orang itu, maka syaitan-syaitan akan berkata pula, “Maaflah, aku
tidak terlibat dalam kekufuran kamu ini, aku sebenarnya takut pada
Allah, Tuhan yang mencipta semua alam ini.”)۱۶( Maka akibat dari
bisikan ini, kedua-dua (syaitan dan manusia itu) akan menerima balasan
NERAKA dan kekal di dalamnya. Itulah dia balasan kepada mereka-mereka
yang menzalimi diri sendiri.)۱۷(

Tafsirnya,

110


Click to View FlipBook Version