The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mattghani, 2016-09-04 11:49:08

المنجيات

AlMunjiat Edisi 3

Ibnu Kathir mentafsirkan Ayat di atas sebagai,
„Mereka-mereka yang telah kamu lantik sebagai
pemimpin kamu, ikutan kamu itu, selain dari-Ku
adalah hamba-hamba-Ku seperti kamu juga, tidak
memiliki apa-apa keistimewaan pun. Dan Aku
tidak pernah memanggil mereka untuk membantu
Aku mencipta langit dan bumi ini, TETAPI Aku
sebagai Tuhan yang disembah, berdikari dalam
mencipta sesuatu itu secara keseluruhannya.
Akulah yang mentadbirkannya semua, dan Aku
juga mentakdirkannya semua, TIADA sesiapa lain
bersama-sama-Ku, sama ada sekutu-Ku, menteri-
Ku, tukang tunjuk-Ku, atau nazir penasihat-Ku‟.
Sebab itulah Allah mengatakan,

Mafhumnya, „Tidak sepatutnya Aku mengambil
makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai
pembantu.‟

Ibnu Kathir memetik Hassan Basri berkata dalam
mentafsir Ayat seterusnya dengan berkata,
„Bahawa Allah s.w.t. menjelaskan bahawa tiada
cara untuk mereka yang kufur itu untuk bertemu
dengan sekutu mereka dulu yang menjadi Tuhan
sembahan mereka, dan mereka semua terpisah
dan mustahil dapat bertemu di antara mereka,
malah di antara kedua mereka terdapat pemisah
yang bersifat huru-hara besar yang menghalang
mereka.‟

Jadi, bagaimana mereka boleh mendapat
pertolongan dari Tuhan sembahan mereka itu?
Inilah „perli‟ dan „pulang buah keras‟ pada mereka
yang disebut oleh Allah dalam Ayat di atas.

107

Imam Ar-Razi pula mentafsir Ayat seterusnya
dengan katanya, „Orang-orang kufur ini melihat api
neraka dari jauh sewaktu di Padang Mahsyar lagi.
Pada masa itu mereka terasa akan disumbatkan
mereka waktu itu juga, maklumlah atas kekufuran
mereka. Walau pun mereka tidak disumbat waktu
itu juga, namun para malaikat telah mengheret
mereka ke sana dan mereka tidak dapat melarikan
diri dan dimasukkan juga dalam neraka itu‟.

Inilah tafsiran-tafsiran yang dikemukakan oleh
pentafsir-pentafsir yang agung untuk kita ambil
iktibar, iaitu kekufuran akan dibalas dengan api
neraka dan dari segi saikologi ianya sangat
menekankan kita, lebih-lebih lagi ianya berlaku di
Mahsyar. Semoga Allah menjauhkan kita dari
semua kesudahan-kesudahan yang dijelaskan
oleh Ayat-Ayat di atas tadi.

Persoalannya, bagimana kita boleh menjauhkan
diri dari kekufuran yang akan dibalas dengan api
neraka ini?

Al-QURAN adalah jawapannya. Firman Allah
dalam Ayat 54,

Ayat 54,

‫َولَ َق ْد َص َّرفْ َنا فِي َه َذا الْ ُق ْرآ ِن لِل َّنا ِس ِم ْن ُك ِلّ َم َث ٍل َو َكا َن الإ ْن َسا ُن أَ ْك َث َر‬
)٥٤( ‫َش ْي ٍء َج َدلا‬

108

Mafhumnya,

Dan Kami telah huraikan di dalam al-Quran
dengan berbagai cara untuk umat manusia, dari
segala jenis contoh bandingan, tetapi
sememangnya manusia itu sejenis makhluk yang
suka membantah akan sesuatu. (54)

Tafsirnya,

Imam Ar-Razi sekali lagi mentafsirkan maknanya,
„Orang-orang kafir yang hidup mereka berbangga
dengan harta benda mereka, bertahan melalui
banyak penyokong telah dijelaskan tentang iman
melalui beberapa cara,

a) segala perkataan mereka itu tidak betul

b) dijelaskan beberapa perbandingan untuk
mereka fikirkan

c) segala syubhah mereka itu tidak benar

d) memberi penjelasan dan mengulang-
ulangkan perbahasan itu

d) mengemukakan jawapan-jawapan yang
mencukupi untuk mereka beriman, maka
mereka tetap membantah, berdegil dan
tidak mahu menerima kebenaran. Inilah
sifat orang yang kufur pada Allah‟

109

Bagi kita yang mahukan iman, al-Quran adalah

penjelas, pendorong dan pembawa kepada al-Haq,
iaitu tidak sesat, tidak terkeluar dari jalan

hidayah Allah, dan kita perlu menjauhkan diri
dari sifat suka bertekak dan membantah satu-

satu kebenaran al-Quran kerana ianya adalah

kitab Allah yang diturunkan. Malangnya,
walaupun mereka yang kufur mendapat hidayah,

meneliti al-Quran, mereka masih berdegil. Ini
disebabkan mereka hanya akan percaya jika

segala penjelasan itu dilihat, dirasa dan dialami

sendiri. Contohnya, Ayat-Ayat berikut
menjelaskan mereka mahukan bukti seperti

berlaku pada orang-orang yang terdahulu,

a) Pernah orang kafir memohon pada nabi
mereka (Surah Asy-Syu’araa 26:187)
supaya,

ِ ‫فَأَ ْس ِق ْط عَلَ ْي َنا ِك َس ًفا ِم َن ال َّس َما ِء ِإ ْن ُك ْن َت ِم َن ال َّصا ِدقِي َِن‬

Mafhumnya, „Oleh itu gugurkanlah atas

kami ketul-ketul batu yang

membinasakan kami dari langit, jika
engkau dari orang-orang yang benar.‟

b) Terdapat orang yang kafir berkata (An-
Ankabut 29:29),

ِ‫ائْ ِت َنا بِ َع َذا ِب اّلَّلِ ِإ ْن ُك ْن َت ِم َن ال َّصا ِدقِي َن‬
ِ

110

Mafhumnya, Mereka berkata sambil
mengejek, „Datangkanlah pada kami
azab dari Allah, jika betul engkau dari
orang yang benar.‟

c) Orang Quraisy pernah berkata pada
Rasulullah (Surah An-Anfal 8:32),

‫اللَّ ُه َّم ِإ ْن َكا َن َه َذا ُه َو الْ َح َّق ِم ْن ِع ْن ِد َك فَأَ ْم ِط ْر عَلَ ْي َنا‬
ِ ‫ِح َجا َرةً ِم َن ال َّس َما ِء أَ ِو ائْ ِت َنا بِ َع َذا ٍب أَلِي ٍم‬

Mafhumnya, Dan ingatlah ketika kaum
musyrikin Mekah berkata; „Wahai Tuhan
kami, jika betul al-Quran itu ialah yang
benar dari sisi-Mu, maka hujanilah kami
ini dengan batu-batu dari langit atau
datangkanlah kepada kami azab seksa
yang tidak terperi sakitnya.‟

d) Perkataan orang Quraisy kepada Nabi
untuk menjadi saksi tentang
kerasulannya, yang mahu melihat
untuk percaya (seeing is believing).
Firman Allah, (Surah Al-Hijr 15:6-7)

‫يَا أَيُّ َها الَّ ِذي نُ ِّزلَ عَلَ ْي ِه ال ِّذ ْك ُر ِإنَّ َك لَ َم ْج ُنو ٌن لَ ْو َما تَ ْأتِي َنا‬
ِ ‫بِالْ َملائِ َك ِة ِإ ْن ُك ْن َت ِم َن ال َّصا ِدقِي َن‬

111

Mafhumnya, Dan mereka yang ingkar
kufur berkata pada Rasulullah, „Wahai
orang kepadanya diturunkan al-Quran,
sesungguhnya engkau adalah orang gila,
sepatutnya engkau membawakan
malaikat kepada kami untuk menjadi
saksi atas kerasulanmu jika engkau dari
kalangan orang yang benar.‟

Dalam kata lain mereka mahukan apa yang
pernah terjadi pada kaum-kaum terdahulu di
mana didatangkan azab atas mereka baru mereka
percaya, atau pun mereka hanya akan percaya
jika azab yang diturunkan itu dilihat dengan mata
kepala mereka atau dihadapi.

Inilah dia maksud Ayat seterus,

Ayat 55,

‫َو َما َم َن َع ال َّنا َس أَ ْن يُ ْؤ ِم ُنوا ِإ ْذ َجاءَ ُه ُم الْ ُه َدى َويَ ْس َت ْغفِ ُروا َربَّ ُه ْم ِإلا أَ ْن‬
ِ )٥٥( ‫تَ ْأتِ َي ُه ْم ُس َّنةُ الأ َّولِي َن أَ ْو يَ ْأتِ َي ُه ُم الْ َع َذا ُب قُ ُبلا‬

Mafhumnya,

Yang menghalang manusia itu dari beriman dan
beristighfar pada Allah atas dosa-dosa mereka,
walaupun telah mendapat petunjuk dari al-Quran

112

ialah mereka mahu melihat, merasa untuk
beriman, menunggu didatangi azab yang
memusnahkan, dan yang telah menimpa orang-
orang dahulu atau diturunkan azab atas mereka
untuk dilihat dan dihadapi. (55)

Tafsirnya,

Mereka mendesak mahu melihat sesuatu itu baru

mahu beriman. Inilah kedegilan mereka,
walaupun al-Quran telah menggariskan beberapa

petunjuk yang jelas mereka mahu merasa azab itu
sendiri barulah mahu beriman. Rupa-rupanya al-

Quran saja masih tidak cukup untuk mereka

beriman. Mahu melihat sendiri Jibrail membawa
al-Quran itu pada Rasulullah? Ini berlaku dalam

semua zaman dan masa, sehingga pada masa ini
pun masih terpakai konsep „seeing is believing‟.

Fahamkah mereka bahawa tugas Rasul bukanlah
mempersembahkan semua itu sebagai sokongan
pada dakwahnya. Tugas Rasul hanya
menyampaikan khabar gembira kepada yang

beriman dan khabar duka pada yang kufur
dengan jenis-jenis azab menanti mereka.

Malangnya permintaan supaya Rasulullah
membawa kuasa luar biasa untuk dipertonton
mereka bagi menunjukkan kerasulanya akan
diputar belit untuk tujuan mengejek dan menolak
iman. Mereka mahu menunjukkan yang benar
kepada menjadi perkara yang batil. Dan

113

kemudian menggunakan ayat-ayat Allah bagi
tujuan menghina dan mengejek. Ini akan
melemahkan dakwah Rasulullah,

Kebenaran al-Quran adalah jelas dan terang, niat

mereka dengan meminta itu dan ini hanyalah

mahu memanipulasi kebenaran dan
membatalkannya. Segala apa yang mereka minta

itu bukanlah sebenar mereka mahukannya tetapi
untuk ejekan dan manipulasi. Inilah pengertian

dari ayat seterusnya,

Ayat 56,

‫َو َما نُ ْر ِسلُ الْ ُم ْر َسلِي َن ِإلا ُم َب ِّش ِري َن َو ُم ْن ِذ ِري َن َويُ َجا ِدلُ الَّ ِذي َن َك َف ُروا‬
ِ )٥٦( ‫بِالْ َبا ِط ِل لِ ُي ْد ِح ُضوا بِ ِه الْ َح َّق َواتَّ َخ ُذوا آيَاتِي َو َما أُ ْن ِذ ُروا ُه ُز ًوا‬

Mafhumnya,

Kami mengutus rasul-rasul adalah dengan tugas-
tugas menyampaikan khabar gembira kepada
yang beriman dan penyampai berita amaran
kepada yang kufur. Niat orang-orang kafir itu
membantah dengan alasan yang salah demi untuk
menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu,
dan mereka jadikan semua ayat-ayat-Ku termasuk
amaran-amaran yang disampaikan itu pada
mereka sebagai ejekan. (56).

Tafsirnya,

114

Ibnu Kathir mentafsir Ayat ini dengan katanya,
„Rasul-rasul menyampaikan khabar berita baik
kepada yang beriman atas kepercayaan mereka
pada Allah dan iman mereka kepada-Nya.
Sebaliknya menyampaikan khabar amaran
dikenakan azab kepada yang kufur kerana
kekufuran mereka dan „paling tadah‟ mereka pada
kebenaran yang Haq. Pada masa yang sama,
sikap orang yang kufur ini sebagai pembelit,
memutarbelitkan satu-satu kebenaran yang
disampaikan oleh Rasulullah itu sehingga yang
benar menjadi lemah pada pandangan orang.
Caranya ialah mengambil balik hujah-hujah, dalil-
dalil dan perkara luar biasa yang dikemukan oleh
Rasul itu sebagai perkara yang menggelikan hati
pendengar dan sebagai ejekan. Inilah dia
pembohongan besar ke atas ayat-ayat Allah.”

Setelah kita mengenal pasti sifat-sifat orang yang
kufur pada Allah sebagai suka berbantah-bantah
atas perkara-perkara benar, suka memutar
belitkan fakta kebenaran dengan cuba
melemahkan kebenaran itu, dan menjadikannya
bahan ejekan, maka Allah telah memberitahu kita
yang orang-orang kufur ini pernah
diperdengarkan dengan kebenaran melalui ayat-
ayat al-Quran yang diselitkan hujah-hujah
tertentu, NAMUN mereka tetap kufur.

Pada Allah, orang yang paling zalim sekali ialah
mereka-mereka yang telah diberi ingatan dengan
ayat-ayat-Nya, tetapi berpaling tadah dan
melupakan segala yang pernah dilakukan oleh

115

kedua-dua tangannya tanpa muhasabah diri,
tidak merasa takut langsung atas kekufuran
mereka, atas maksiat mereka dan tidak terasa
adanya azab yang menunggu mereka, dan
kezaliman besar ini dibalas dengan „ditutup hati-
hati mereka dari hidayah Allah‟ dan menghalang
mereka dari memahami kebenaran. Mereka tidak
terbuka lagi untuk cuba meneliti dan memahami
segala keterangan-keterangan yang ada. Maka
mereka terus berada dalam kegelapan iman
selama-lamanya.

Apabila mereka diajak kepada agama Allah dan
Islam, tidak terdapat nur hidayah dalam hati
mereka untuk itu dan terus mereka berada dalam
gelap. Ini kerana Allah telah menutup hati-hati
mereka dan amalan mereka dengan mengujudkan
rasa benci mereka pada kebenaran, begitu juga
dipekakkan pendengaran mereka dari hidayah
Allah, bererti mereka tidak suka mendengar
sesuatu pun dari ayat-ayat Allah.

Namun dengan kekufuran itu pun, Allah tidak
menurunkan azab yang spontan atas kekufuran
mereka itu sebagai balasan, tetapi segala balasan
itu ditangguhkan kerana semua dibalas mengikut
masanya, iaitu di hari kiamat, hari segalanya
dihisab nanti. Inilah dia kemurahan Allah, dan
rahmat-Nya tidak membalas azab secara tiba-tiba
atas mereka yang zalim ini tetapi tunggu hingga
hari kiamat, hari yang dijanjikan. Inilah
keseluruhan fahaman Ayat berikut,

116

Ayat 57-58,

‫َو َم ْن أَ ْظلَ ُم ِم َّم ْن ذُ ِّك َر بِآيَا ِت َربِّ ِه فَأَ ْع َر َض عَ ْن َها َونَ ِس َي َما قَ َّد َم ْت يَ َداهُ ِإنَّا‬
‫َج َع ْل َنا عَلَى قُلُوبِ ِه ْم أَكِ َّنةً أَ ْن يَ ْف َق ُهوهُ َوفِي آذَانِ ِه ْم َوقْ ًرا َو ِإ ْن تَ ْدعُ ُه ْم ِإلَى‬
‫) َو َربُّ َك الْغَ ُفو ُر ذُو ال َّر ْح َم ِة لَ ْو يُ َؤا ِخ ُذ ُه ْم‬٥٧( ‫الْ ُه َدى فَلَ ْن يَ ْه َت ُدوا ِإذًا أَبَ ًدا‬
‫بِ َما َك َس ُبوا لَ َع َّجلَ لَ ُه ُم الْ َع َذا َب بَِلْ لَ ُه ْم َم ْو ِع ٌد لَ ْن يَ ِج ُدوا ِم ْن ُدونِ ِه َم ْوئِلا‬

ِ )٥٨(

Mafhumnya,

Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang
yang telah diberi ingatan dengan ayat-ayat
Tuhannya, lalu ia berpaling tadah daripadanya
dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh
kedua-dua tangannya, sesungguhnya (disebabkan
sikap mereka yang buruk itu) Kami litupkan hati-
hati mereka dengan lapisan-lapisan, dan lapisan
ini akan menghalang mereka dari memahami
hidayah, dan Kami juga menjadikan penyumbat
yang menjadikan telinga mereka pekak pada
hidayah. Sehingga, jika engkau menyeru mereka
kepada petunjuk hidayah Allah, mereka tidak
sekali-kali mendapat petunjuk itu selama-
lamanya. (57) Dan Tuhanmu maha pengampun,
yang melimpah-limpah Rahmat-Nya. Jika Dia
mahu menyeksa mereka di dunia ini atas sebab
kekufuran mereka itu, tentulah Dia akan
menyegerakan azab itu dan pasti akan menimpa

117

mereka. TETAPI Dia tidak berbuat demikian,
bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang
tidak „sekali-kali akan dapat sebarang tempat
perlindungan‟ (iaitu di hari kiamat). (58)

Tafsirnya,

Orang yang dianggap zalim melampau oleh Allah
ialah mereka-mereka yang melihat ayat-ayat
Allah, dia tidak pernah mengambil iktibar darinya.
Atau beliau melihat jalan yang terbaik untuk
ikutannya, dia berpaling tadah dengannya. Tetapi
bila dia terserempak dengan jalan yang tidak baik,
dia jatuh cinta dengannya dan tidak mengambil
apa-apa usaha untuk menjauhkan dirinya dari
kejahatan itu:

Ibnu Kathir berkata, „Mana-mana hamba Allah,
yang telah diingatkan kepadanya dengan ayat-
ayat Allah, kemudian ia buat-buat lupa sehingga
dia lupa kepadanya,, dia menolaknya, dan cuba
tidak mahu mengerti maksudnya, dan tidak
memberi sedikit pun kesan pada hatinya, dan pada
masa yang sama dia lupa adanya amalan-amalan
buruk dan jahat yang pernah dilakukannya
sebelum ini, maka hati-hati mereka akan ditutup
dari hidayah Allah, supaya mereka tidak minat
memahami al-Quran dan penjelasannya dan
menutup telinga mereka dari sebarang petunjuk.
Sama ada diseru kepada hidayah atau tidak,
mereka tidakkan mendapat hidayah selama-
lamanya. Wahai Muhammad, Tuhanmu itu maha
pengampun, punyai rahmat yang luas. Di antara
keluasan rahmat-Nya ialah menangguhkan kepada

118

mereka akan azab yang sepatutnya diterima
dengan segera, mungkin dengan keperihatian
Allah, dan Dia menutup serta mengampunkan,
yang terus dengan maksiatnya akan menemui
azab mereka pada hari kiamat. Pada hari itu
mereka tidak boleh membolos dari azab Allah,
tiada yang menolong, kerana hari itu ialah hari
amalan yang diambil kira‟.

Walaupun ayat di atas seolah-olah azab yang
ditangguhkan itu akan dibawa kepada hari kiamat
tetapi ada kes-kes kezaliman dibalas oleh Allah
secara tunai, mungkin sewaktu bermulanya
kezaliman hingga berakhirnya kezaliman itu, atau
dibalas pada masa kezaliman itu berlaku. Untuk
menjadi iktibar kepada semua, ayat berikut
membawa contoh perlaksanaan azab Allah kepada
kezaliman dibuat pada masa itu atau di masa
yang terdekat dengannya. Firman Allah,

Ayat 59,

ِ )٥٩( ‫َوتِ ْل َك الْ ُق َرى أَ ْهلَ ْك َنا ُه ْم لَ َّما ظَلَ ُموا َو َج َع ْل َنا لِ َم ْهلِ ِك ِه ْم َم ْو ِع ًدا‬

Mafhumnya,

Dan terdapat penduduk-penduduk derhaka kufur
itu yang telah Kami binasakan tatkala mereka
melakukan kezaliman di mana Kami telah
tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan
mereka. (59)

119

Tafsirnya,

Ayat ini memberi contoh tentang penduduk-
penduduk derhaka terawal dari Kaum Thamud,
Kaum „Ad dan Kaum Lut dan semua yang sama
dengan mereka, telah dibinasakan pada masa
kezaliman itu sedang berlaku. Begitu juga di
zaman Rasulullah, kebinasaan yang berlaku
dalam peperangan Badr, iaitu dalam hal-hal ini
Allah menyegerakan kebinasaan mereka, sehingga
tidak lagi diberi tangguh waktu untuk mereka
bertaubat.

Kata Ibnu Kathir, „Waktu kebinasaan itu telah
ditentukan pada waktu tertentu, diketahui dan
boleh dirasai, begitulah juga ianya boleh berlaku
pada kamu semua. Berwaspadalah wahai yang
syirik, takut-takut terkena pada kamu apa yang
telah pernah berlaku pada kaum-kaum terdahulu
kerana kamu membohongi Rasulullah yang
termulia, teragung sebagai nabi dan kamu semua
tidaklah kuat sangat mempertahankan kebinasaan
ini, dan takutilah azab Kami ini.‟

Begitulah tafsiran Ayat-Ayat 45-59, yang begitu
tulus pengajarannya dan yang membacanya akan
berhati-hati dalam hidup ini agar kita tidak
tersasar keluar dari beriman pada Allah.

Bermula dengan perbandingan hidup ini seperti
air hujan membasahi bumi, menghijaukan bumi
dan selepas melalui proses ini, berlaku kekeringan
dan segala yang hijau tadi berubah menjadi

120

kuning dan kemudian menjadi kering dan ringan
dihembus angin.

Satu perbandingan yang menakjubkan dan
mengetuk jiwa yang terlalu keduniaan supaya
menstabilkan dunia dengan akhirat, iaitu hidup di
bumi ini berpandukan iman dan amal soleh.
Harta yang dicari, anak yang dianugerahi
hendaklah kita syukuri dan gunakan semua itu ke
arah amal soleh dan peninggalan soleh itu adalah
yang terbaik di sisi Allah.

Seterusnya, dalam ayat-ayat tersebut juga
ditekankan perkara akhirat, dan pertemuan di
hari Mahsyar, hari yang penuh huru-hara dan
yang terselamat ialah amal soleh, iman dan
keikhlasan pada Allah. Semua catitan amal kita
didedahkan dan berdasarkan catitan itulah kita
akan ditentukan sama ada ke syurga Allah atau
ke neraka Allah. Allah tidak menzalimi kita, tetapi
kita yang menzalimi diri sendiri.

Peranan yang dimainkan oleh syaitan yang boleh
mempengaruhi iman kita harus diambil perhatian.
Syaitan akan mewaswaskan kita, takut-takut kita
menjadi sasarannya untuk menyelewengkan
akidah kita pada Allah. Jangan sembah syaitan,
sembahlah Allah. Syaitan tidak ada apa-apa
kekuatan, kerjanya hanya membisik supaya kita
lari dari jalan yang benar. Syaitan seteru
manusia, mengapa harus kita menjadikannya
sebagai Tuhan, dan mensyirik diri dengan Allah.

121

Penyembah syaitan yang syririk pada Allah
diperlihatkan neraka dan bayangkanlah
bagaimana itu akan menjadi tempat tinggalnya?

Allah meminta kita meneliti al-Quran, dan hayati
ajarannya kerana al-Quran dari Allah yang
digunakan oleh Rasulullah dalam dakwah beliau.
Kurangkan membantah perkara yang benar,
terima dengan hati yang terbuka dan penuh iman.
Usahlah ikut gelagat orang yang kufur yang hanya
mahu beriman jika mereka dipersaksikan dengan
kehadiran perkara-perkara luar biasa seperti yang
pernah ditunjukkan pada kaum-kaum yang
terdahulu. Terima Allah dengan seadanya.

Seperkara penting, jangan kita menjadi musuh
Allah yang berusaha memutar belitkan yang benar
itu sehingga dipandang lemah. Ini berlaku
dengan cara mengambil ayat-ayat Allah, dalil-dalil
dan hujah-Nya di jadikan ejekan.

Apabila al-Quran menjadi rujukan kita, kita
membaca dan menghayatinya dan dijadikan
„imam‟ kita dalam hidup ini, maka itulah yang
dikehendaki Allah. Penzalim yang paling jahat
ialah orang yang telah membaca, menilai dan
memahaminya kemudian dia menolak, dan ingkar
dengannya. Hukum Allah ke atasnya mungkin
secara tunai di dunia ini lagi, atau akan
ditangguhkan sehingga dia berhadapan dengan
Mahkamah Allah di akhirat nanti. Pada hari itu
tiada sesiapa yang boleh membantu atau
membolos diri dari segala azab yang disediakan.
Semoga kita di bawah RAHMAT Allah.

122

KISAH KETIGA DALAM SURAH AL_KAHFI

Kisah pertama dalam Surah Al-Khafi ialah
penjelasan kumpulan yang menghuni gua dikenali
sebagai Kisah Ashabul Kahfi. Kisah kedua dalam
siri Surah ini ialah dua lelaki dan pemilik kebun
anggur yang berjaya, dan kisah ketiga ialah
pertembungan 2 manusia agung, Musa dan
seorang hamba Allah yang berilmu.

Apakah kewajarannya kisah ketiga ini kepada
dua kisah-kisah yang terdahulu?

Tafsiran Ayat-Ayat 60-82

Imam Fakrurazi mempunyai jawapannya. Kata

Imam Ar-Razi, dalam siri kisah kedua lelaki, salah
seorangnya kufur pada Allah. Ia telah

dikurniakan ladang anggur yang ditanam secara

sistematik dengan sistem perancangannya yang
baik, saliran yang termoden menghasilkan

pulangan yang baik. Dia seorang yang berbangga
dengan kekayaan dunianya, dan berbangga

dengan adanya sekutunya yang berpengaruh.

Beliau tidak percayakan akhirat dan bangkit
semula,sedangkan yang miskin itu dari kalangan

beriman pada Allah. Si kafir itu berbangga kerana
kekayaannya, pengaruhnya, dan kebanggaan ini

ditunjukkan pada si yang beriman.

123

Kisah Musa bertemu hamba Allah
menggambarkan sebaliknya. Kerendahan hati
Musa a.s. YANG KAYA DENGAN ILMU, TINGGI
TARAFNYA SEBAGAI RASUL, sanggup
merendahkan diri pada seorang hamba Allah yang
dikenali sebagai Khidir demi ilmu Allah, dan
meningkatkan keimanannya pada Allah.

Kewajaran kisah ketiga ini dengan kisah Ashabul
Kahfi juga dinyatakan oleh Imam Ar-Razi sebegini,

Orang-orang Yahudi berkata pada kafir Mekah,
„Jika Muhammad dapat menjelaskan kisah ini
pada kamu, maka dialah sebenar-benar Nabi. Jika
tidak dia bukan Nabi‟. Kata Ar-Razi, „Tidak
semestinya nabi itu tahu kesemua kisah yang
berlaku untuk melayakkannya menjadi nabi. Nabi
itu tetap nabi, seperti Musa a.s. Walaupun seorang
nabi, beliau juga tidak tahu tentang Khidir, hanya
setelah Allah mengarah beliau pergi menemuinya
di persisiran pantai laut barulah Musa mengetahui
Khidir itu untuk mempelajari ilmu tertentu
dengannya.‟

Siapakah yang terlibat dalam kisah ketiga ini?

Kebanyakan ulama tafsir menyatakan Musa yang
disebutkan dalam Ayat ini ialah Nabi Musa bin
Imran, Nabi yang diturunkan At-Taurat
kepadanya. Lelaki yang bersama Musa dikenali
sebagai Yusyak bin Nun, iaitu cucu kepada Nabi
Yusuf a.s. Kebanyakan ulama berkata bahawa
orang yang hendak diketemukan oleh Musa dan
pembantunya Yusyak itu dikenali sebagai KHIDIR;

124

seorang pemilik ILMU LADUNNI, iaitu ilmu terus
dari Allah. Pertemuan Musa serta pembantunya
dengan Khidir ini mengujudkan satu kisah
perjalanan mempelajari ilmu oleh Musa daripada
Khidir.
Firman Allah memulakan penceritaan ini seperti
berikut,

Ayat-Ayat 60-65,

‫َو ِإ ْذ قَالَ ُمو َسى لِ َف َتا ُه لا أَبْ َر ُح َح َّتى أَبْلُ َغ َم ْج َم َع الْ َب ْح َريْ ِن أَ ْو أَ ْم ِض َي ُح ُق ًبا‬
‫)فَلَ َّما بَلَ َغا َم ْج َم َع بَ ْي ِن ِه َما نَ ِس َيا ُحوتَ ُه َما فَاتَّ َخ َذ َس ِبيلَهُ فِي الْ َب ْح ِر‬٦١(
‫)فَلَ َّما َجا َو َزا قَالَ لِ َف َتاهُ آتِ َنا غَ َداءَنَا لَ َق ْد لَ ِقي َنا ِم ْن َس َف ِرنَا َه َذا‬٦١( ‫َس َربًا‬
‫)قَا َل أَ َرأَ ْي َت ِإ ْذ أَ َويْ َنا ِإلَى ال َّص ْخ َر ِة فَ ِإنِّي ِنَ ِسي ُت الْ ُحو َت َو َما‬٦٢( ‫نَ َص ًبا‬
َ‫)قَال‬٦٣( ‫أَ ْن َسانِيهُ ِإلا ال َّش ْيطَا ُن أَ ْن أَ ْذ ُك َر ُه َواتَّ َخ َذ َس ِبيلَهُ فِي الْ َب ْح ِر عَ َج ًبا‬
‫)فَ َو َج َدا عَ ْب ًدا ِم ْن‬٦٤( ‫َذلِ َك َما ُك َّنا نَ ْب ِغ فَا ْرتَ َّدا عَلَى آثَا ِر ِه َما قَ َص ًصا‬

ِ )٦٥( ‫ِع َبا ِدنَا آتَ ْي َنا ُه َر ْح َمةً ِم ْن ِع ْن ِدنَِا َوعَلَّ ْم َناهُ ِم ْن لَ ُدنَّا ِع ْل ًما‬

Mafhumnya,
Ingatkanlah (Wahai Muhammad) tatkala Nabi
Musa berkata pada pembantunya, „Aku tidak akan
berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat
pertemuan dua laut itu. Atau aku terus berjalan

125

bertahun-tahun (bagi mencari Khidir)‟. (60) Apabila
mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua
lautan itu mereka lupa akan hal ikan (bekalan
makanan dalam musafir) yang dibawa itu, lalu
ikan tersebut menggelupur dan mencari jalannya
terus ke laut. (61) Setelah mereka berjalan pergi
dari tempat itu, Musa pun berkata pada
pembantunya itu, „Bawalah makanan tengahari
kita itu, sebenarnya kita telah alami penat lelah
dalam perjalanan kita ini,‟ (62) Pembantunya
terus menjawab, „Tahukah tuan apa yang telah
terjadi sewaktu kita berehat di batu besar itu tadi?
Aku terlupa melihat ikan yang dibawa itu. Yang
menyebabkan lupanya aku ialah dari perbuatan
syaitan, dan ikan itu telah menggelupur dan
menuju jalannya ke dalam laut dengan cara yang
menakjubkan.‟ (63) Musa pun menjawab, „Itulah
dia tempat yang hendak kita tuju.‟ Mereka pun
berpatah balik ke tempat itu mengikut jejak
mereka. (64) Lalu mereka berdua bertemu
dengan salah seorang dari hamba-hamba Kami,
dia telah Kami kurniakan kepadanya rahmat
Kami, dan Kami telah mengajarnya dengan sejenis
Ilmu terus dari sisi Kami (Ladunni). (65)

Tafsirnya,

Allah memulakan penceritaan tentang Musa dan
Khidir ini apabila Musa memberitahu
pembantunya tentang niatnya untuk musafir.
Mengapa Musa hendak musafir?

Ibnu Kathir berkata, „Di antara sebab Musa
berkata demikian pada pembantunya ialah kerana

126

beliau telah diberitahu oleh Allah bahawa di
pertemuan dua lautan itu terdapat seorang hamba
Allah yang memiliki ilmu yang tidak ada pada
Musa dan ini mendorong Musa membuat
keputusan untuk musafir mencari tempat tersebut.‟

Tekad Musa bergerak mencari tempat itu dengan
menyatakan beliau akan terus berjalan sehingga
bertemu dengan kawasan pertembungan dua
lautan tersebut atau dia akan terus berjalan
walaupun lamanya 80 tahun. Inilah pengertian
dari Ayat 60.

‫َو ِإ ْذ قَالَ ُمو َسى لِ َف َتاهُ لا أَبْ َر ُح َح َّتى أَبْلُ َغ َم ْج َم َع الْ َب ْح َريْ ِن أَ ْو أَ ْم ِض َي ُح ُق ًبا‬

Ingatlah ketika Musa telah berkata pada
pembantunya, „Aku tidak akan berhenti berjalan
sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua
lautan itu, atau aku akan berjalan terus
(mencarinya) bertahun-tahun lamanya.‟

Tempat yang hendak dituju Musa itu ialah di
pertemuan dua lautan. Di mana? Ianya tidak
disebut di mana. Pentafsir meneka mungkin
ianya di cabang dari Laut Merah, iaitu di Teluk
Aqabah dengan Teluk Suez.

Maka berjalanlah Musa dan pembantunya itu dan
apabila sampai ke satu kawasan batu besar di
persisiran pantai tertidurlah mereka. Pada ketika
itu menggelupurlah ikan yang dibawa dari dalam
bakul mereka dan mencari jalan menuju ke laut
dan hilang. Setelah mereka bangun terlupa

127

pembantunya itu tentang hal ikan yang dibawa
itu, dan tidak pula ditanya oleh Musa. Ikan
tersebut telah dimasak dan dibawa sebagai
bekalan musafir. Mereka pun terus berjalan pergi
dari batu besar itu. Inilah pengertian dari Ayat
61,

‫فَلَ َّما بَلَ َغا َم ْج َم َع بَ ْي ِن ِه َما نَ ِس َيا ُحوتَ ُه َما فَاتَّ َخ َذ َس ِبيلَهُفِي الْ َب ْح ِر َس َربًا‬

Maka apabila berdua sampai ke tempat pertemuan
dua lautan itu, lupalah akan hal ikan mereka itu,
lalu ikan itu menggelungsur menempuh jalannya
kembali ke laut.

Mereka berdua pun terus berjalan sepanjang hari
dan malamnya dari tempat itu. Mungkin
kepenatan dan kelaparan perjalanan itu maka
Musa pun meminta pembantunya mengeluarkan
bekalan makanan tengahari itu untuk menjamu
selera. Dengan permintaan Musa supaya
disediakan makan tengahari itu, barulah
pembantunya itu memberitahu hal ikan yang
hidup semula dan masuk ke dalam laut.

Kehadiran peristiwa di luar adat ini, iaitu ikan
yang sudah mati dan menjadi makanan itu tiba-
tiba menggelupur dan mencari jalannya balik
semula ke laut menjadi alamat kepada Musa
tentang tempat yang dicari itu. Pembantunya
mengaku terlupa untuk memberitau Musa tentang
peristiwa itu, dan menganggap bahwa syaitanlah
yang melupakannya dari memberitahu Musa hal

128

tersebut. Jawap Musa, itulah sebenarnya tempat
pertemuan dua laut yang hendak dicari.

Inilah pengertian Ayat-Ayat berikut,

َ‫فَلَ َّما َجا َو َزا قَا َل لِ َف َتاهُ آتِ َنا َغ َداءَنَا لَ َق ْد لَ ِقي َنا ِم ْن َس َف ِرنَا َه َذا نَ َص ًبا قَال‬
‫أَ َرأَ ْي َت ِإ ْذ أَ َويْ َنا ِإلَى ال َّص ْخ َر ِة فَ ِإنِّي نَ ِسي ُت الْ ُحو َت َو َما أَ ْن َسانِيهُ ِإلا‬
‫ال َّش ْيطَا ُن أَ ْن أَ ْذ ُك َرهُ َواتَّ َخ َِذ َس ِبيلَهُ فِي الْ َب ْح ِر عَ َج ًبا قَا َل ذَلِ َك َما ُك َّنا نَ ْب ِغ‬

‫فَا ْرتَ َّدا عَلَى آثَا ِر ِه َما قَ َص ًصا‬

Mafhumnya,

Setelah mereka berdua melampaui tempat itu Musa
berkata pada pembantunya, „Bawalah makanan
tengahari kita, sebenarnya kita terlalu penat dalam
perjalanan ini.‟ Pembantunya menjawab, „Tahukah
apa yang telah terjadi tatkala kita berehat di atas
batu besar itu? Sebenarnya aku lupa tentang hal
ikan itu (untuk memberitau engkau) dan yang
melupakan aku itu ialah syaitan, dan ikan itu telah
menggelupur dan mencari jalan balik ke dalam
laut, dengan cara yang paling menakjubkan‟.
Musa pun menjawab, „Itulah dia tempat yang
hendak kita tujukan.‟ Mereka pun berpatah balik
semula ke tempat itu dengan cara menjejaki jalan
mereka itu. Apabila sampai semula ke tempat itu
mereka berdua bertemu dengan seorang dari
hamba-hamba Kami (Khidir); dan beliau itu telah

129

Kami ajar dengan sejenis ilmu yang terus dari
Kami (Labuni).

Inilah keterangan al-Quran tentang kedua-dua
Musa dan pembantunya Yusyak bin Nun yang
telah bertemu dengan seorang hamba Allah yang
dikatakan mempunyai ilmu dari sisi Allah.
Pertemuan kedua-duanya dengan hamba Allah itu
yang dikenali sebagai Khidir telah membuka
sebuah cerita seorang nabi besar mempelajari
ilmu dari seorang hamba Allah yang tidak begitu
masyhur. Khidir hanya dikenalkan oleh Allah
kepada kita sebagai „salah seorang dari hamba-
hamba-Ku yang telah Aku ajarkan mereka dengan
sejenis ilmu yang terus dari-Ku.‟

Ibnu Kathir menjelaskan, „Apabila kedua-dua
telah berpatah balik dan bertemu semula batu
besar yang pernah mereka berehat di mana ikan
dalam simpanan pembantunya itu menggelupur
dan mencari jalannya balik ke laut itu, maka
lantas mereka ternampak seorang yang diliputi
oleh selimut dan Musa terus menyampaikan
salamnya, dan dibalas salam dan orang tersebut
memperakui dirinya sebagai Khidir.

Musa pun memberitahu beliau tentang tujuannya
mencari beliau untuk mempelajari ilmu yang
pernah diajar oleh Allah kepadanya. Khidir tidak
percaya yang Musa boleh bersabar untuk
mempelajari ilmu itu, tetapi Musa menyatakan
yang beliau, Insya-Allah, akan bersabar sebagai
orang yang akan mempelajar ilmu dari gurunya.

130

Sikap tawaduk ini penting dalam menerima ilmu
dari seseorang. Apa pun, disyaratkan kepada
Musa dalam perjalanan beliau dengan Khidir
hendaklah jangan ditanya apa yang telah
dilakukan oleh Khidir sehinggalah diberitahu
kepada nya.

Musa bersetuju dengan syarat itu dan Musa serta
Khidir pun memulakan perjalanan mereka dan
dalam perjalanan itu Khidir akan mengajar Musa
tentang Ilmu Ladunni itu. Inilah penjelasan al-
Quran tentang perkara ini.

Ayat-Ayat 66-70,

َ‫)قَال‬٦٦( ‫قَالَ لَهُ ُمو َسى َهلْ أَتَّ ِب ُع َك عَلَى أَ ْن تُ َعلِّ َم ِن ِم َّما عُ ِلّ ْم َت ُر ْش ًدا‬
‫) َو َك ْي َف تَ ْص ِب ُر عَلَى َما لَ ْم تُ ِح ْط بِ ِه‬٦٧( ‫ِإنَّ َك لَ ْن تَ ْس َت ِطي َع َم ِع َي َص ْب ًرا‬
‫)قَا َل َس َت ِج ُدنِي ِإ ْن َشاءَ اّلَّل ُ َصابِ ًرا َولا أَ ْع ِصي لَ َك أَ ْم ًرا‬٦٨( ‫ُخ ْب ًرا‬
‫)قَا َل فَ ِإ ِن اتَّ َب ْع َت ِني فَلا تَ ْسأَلْ ِني عَ ْن َش ْي ٍء َح َّتى أُ ْح ِد َث لَ َك ِم ْنهُ ِذ ْك ًرا‬٦٩(

ِ )٧١(

Mafhumnya,

Musa berkata padanya, „Bolehkah aku mengikut
perjalananmu dengan syarat engkau mengajarku
ilmu yang diajar oleh Allah pada kamu? Ianya
menjadi petunjuk padaku.‟ (66) Khidir menjawab,

131

‟Sesungguhnya engkau wahai Musa tidak sekali-
kali akan dapat bersabar bersamaku. (67) Kerana
bagaimana hendak engkau bersabar terhadap
perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara
meliputi.‟ (68) Musa berkata, „Engkau akan dapati
aku ini, Insya-Allah, orang yang banyak sabar dan
aku tidak akan membantah sebarang perintahmu.‟
(69) Khidir menjawab, „Sekiranya engkau mahu
mengikut aku, maka janganlah engkau kemukakan
apa-apa pertanyaan padaku tentang sesuatu apa
pun yang berlaku sehingga aku menjelaskan
halnya padamu.‟ (70)

Tafsirnya,

Begitulah pertemuan kedua-dua hamba-hamba
Allah ini, Musa dan Khidir.

Ibnu Kathir mentafsirkan Ayat-Ayat 67-68 di atas
sebagai, „Sesungguhnya engkau tak terdaya untuk
bersahabat dengan aku dengan cara apa yang
akan engkau lihat perbuatanku yang menyalahi
syariat engkau, kerana aku diajar oleh Allah ilmu
yang tidak diajar pada engkau, dan engkau pula
tidak diajar ilmu yang diajar pada aku, kita sama-
sama tertakluk pada urusan-urusan Allah.‟
Dan aku tahu engkau, wahai Musa, akan
menentang aku atas perkara yang engkau nampak
sebagai „tak patut‟.

Akhirnya Musa bersetuju untuk mengikut Khidir
dan Khidir pun bersetuju mengajar Musa dengan
satu syarat, iaitu „jangan tanya apa-apa dari

132

perbuatan yang dilakukan Khidir sepanjang
perjalanan ini.‟

Pergerakan kedua-kedua hamba Allah ini, Musa
dan Khidir, dicatitkan dalam Ayat-Ayat berikut.

Pergerakan Pertama, Firman Allah,

Ayat-Ayat 71-73,

‫فَا ْنطَلَ َقا َح َّتى ِإ َذا َر ِك َبا فِي ال َّسفِي َن ِة َخ َرقَ َها قَالَ أَ َخ َرقْ َت َها لِ ُت ْغ ِر َق أَ ْهلَ َها لَ َق ْد‬
‫)قَالَ أَلَ ْم أَقُلْ ِإنَّ َك لَ ْن تَ ْس َت ِطي َع َم ِع َي َص ْب ًرا‬٧١( ‫ِج ْئ َت َش ْي ًئا ِإ ْم ًرا‬
ِ )٧٣( ‫)قَالَ لا تُ َؤا ِخ ْذنِي بِ َما نَ ِسي ُت َولا تُ ْر ِه ْق ِني ِم ْن أَ ْم ِري عُ ْس ًرا‬٧٢(

Mafhumnya,

Lalu berjalanlah kedua-dua mereka sehingga
apabila mereka naik ke sebuah perahu, lalu
dicacatkan dindingnya dan dikhuatiri ianya
terbocor. Pada masa itu Musa terus berkata,
„Patutkah engkau membocorkan perahu ini,
sedangkan akibat perbuatan itu akan
menenggelamkan penumpang-penumpangnya?‟
Sesungguhnya engkau telah melakukan seperkara
yang tidak betul‟. (71) Khidir menjawab, „Kan
aku dah kata yang engkau tidak akan sekali-
kali bersabar bersamaku.’ (72) Musa berkata
menjawab, „Janganlah engkau marah padaku

133

kerana aku terlupa syarat itu, dan janganlah
engkau memberatkan aku dengan sebarang
kesukaran dalam urusanku mempelajari ilmu
darimu itu.‟ (73)

Tafsirnya,

Peristiwa pertama perjalanan Musa Khidir ini
telah menunjukkan bahawa Musa terlupa syarat
Khidir agar jangan bertanya sebarang perbuatan
itu sebelum dijelaskan nanti. Apabila dia
mencacatkan perahu yang ditumpangi mereka,
logik Musa menyatakan bahawa perbuatan ini
agar melampau dan tidak beretika, lantas secara
spontan dia mengkritik Khidir. Apa pun
menyedari pelanggaran syarat itu Musa memohon
maaf dan meminta janganlah diberatkan lagi
urusannya agar dia dapat meneruskan perjalanan
pembelajaran seperti yang dirancangkan itu.
Khidir menerima permintaan Musa. Kemudian
mereka meneruskan perjalanan dan seterusnya
dicatitkan oleh al-Quran seperti berikut,

Pergerakan Kedua, firman Allah,

Ayat-Ayat 74-76,

‫فَا ْنطَلَ َقا َح َّتى ِإ َذا لَ ِق َيا غُلا ًما فَ َق َتلَهُ قَالَ أَقَ َت ْل َت نَ ْف ًسا َز ِك َّيةً بِغَ ْي ِر نَ ْف ٍس لَ َق ْد‬
‫)قَالَ أَلَ ْم أَقُلْ لَ َك ِإنَّ َك لَ ْن تَ ْس َت ِطي َع َم ِع َي َص ْب ًرا‬٧٤( ‫ِج ْئ َت َش ْي ًئا نُ ْك ًرا‬

134

‫)قَالَ ِإ ْن َسأَلْ ُت َك عَ ْن َش ْي ٍء بَ ْع َد َها فَلا تُ َصا ِح ْب ِني قَ ْد بَلَ ْغ َت ِم ْن لَ ُدنِّي‬٧٥(
ِ )٧٦( ‫عُ ْذ ًرا‬

Mafhumnya,

Kemudian kedua-duanya berjalan lagi sehingga
apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda,
lalu Khidir membunuhnya. Wah! Nabi Musa pun
berkata, „Patutkah engkau membunuh satu jiwa
yang bersih, yang tidak berdosa membunuh
sesiapa pun? Sesungguhnya engkau telah
melakukan satu perbuatan yang mungkar.‟ (74)
Lantas Khidir menjawab, „Bukankah aku telah
katakan pada kamu bahawa kamu tidak sekali-
kali akan dapat bersabar bersamaku. (75) Musa
terus membuat saranan dan berkata, „Jika aku
bertanya kepadamu lagi tentang sebarang perkara
selepas ini maka janganlah engkau terus
bersahabat denganku lagi, sesungguhnya engkau
telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat
demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan
bantahanku selama ini.‟ (76)

Tafsirnya,

Begitulah berlakunya peristiwa kedua di mana
Khidir telah membunuh seorang pemuda tanpa
apa-apa bukti dia sebagai pembunuh, dan ini
mengejutkan Musa dan ia terus mencabar Khidir
yang menanggap perbuatan Khidir itu terkutuk
dan mungkar. Apabila menyedari dia telah

135

melanggar janji „tidak bertanya apa-apa sebelum
dijelaskan‟ maka Musa telah membuat cadangan
jika dia bertanya lagi selepas ini maka akibatnya
terputuslah urusan belajar ilmu itu dengan
Khidir. Justeru Khidir bersetuju dan mereka
meneruskan perjalanan mereka ke destinasi lain
yang dijelaskan dalam Ayat berikut ini,

Pergerakan Ketiga, Firman Allah,

Ayat 77-78,

‫فَا ْنطَلَ َقا َح َّتى ِإ َذا أَتَ َيا أَ ْهلَ قَ ْريَةٍ ا ْس َتطْ َع َما أَ ْهلَ َها فَأَبَ ْوا أَ ْن يُ َض ِّي ُفو ُه َما‬
‫فَ َو َج َدا فِي َها ِج َدا ًرا يُ ِري ُد أَ ْن يَ ْن َق َّض فَأَقَا َمهُ قَالَ لَ ْو ِش ْئ َت لاتَّ َخ ْذ َت عَلَ ْي ِه‬
‫)قَالَ َه َذا فِ َرا ُق بَ ْي ِني َوبَ ْي ِن َك َسأُنَ ِّب ُئ َك بِ َت ْأ ِوي ِل َما لَ ْم تَ ْس َت ِط ْع‬٧٧( ‫أَ ْج ًرا‬

ِ )٧٨( ‫عَلَ ْي ِه َص ْب ًرا‬

Mafhumnya,

Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga
apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah
bandar, mereka meminta makan kepada orang-
orang di situ, lalu orang-orang itu enggan
menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di
situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia
membinanya. Nabi Musa berkata, „Jika engkau
mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah
mengenainya.‟ (77) Ia menjawab, „Inilah masanya

136

perpisahan antaraku denganmu, aku akan
terangkan kepadamu maksud kejadian-kejadian
yang dimusykilkan itu yang engkau tidak dapat
bersabar mengenainya.‟ (78).

Tafsirnya,

Kemudian kedua-dua mereka terus berjalan
sehingga mereka berada di satu perbandaran dan
memohon menjadi tamu dengan meminta makan
tetapi enggan diterima sebagai tamu oleh
penduduk, dan penduduk itu dikenali sebagai
kedekut. Kedua-dua mereka terlihat kepada satu
tembok yang mula senget dan hampir rebah ke
bumi. Tanpa memikirkan upah, Khidir telah
menggunakan tenaganya membetulkan dan
menegakkannya semula. Ini bererti, jika diminta
menjadi tamu tidak dilayan, maka khidmat
membetulkan balik tembok itu harus mendapat
upahnya.

Musa pun mengeluarkan kenyataannya pada
Khidir supaya meminta upah dari penduduk itu
kerana khidmatnya itu. Di sinilah kemuncaknya,
di mana Khidir dengan tegasnya melaksanakan
janji Musa agar berpisah. Maka berpisah antara
guru dengan murid kerana sudah 3 kali
melanggar syarat dan janji murid pada gurunya.

Walau bagaimanapun, sebelum berpisah Khidir
mahu menjelaskan hikmah dan sebab-sebab
mengapa beliau melakukan 3 perkara tersebut,
yang tidak boleh Musa bersabar dengannya.

137

Ayat-Ayat berikut menjelaskan sebab-sebab
mengapa Khidir melakukan 3 perkara tersebut.

Ayat 79,

‫أَ َّما ال َّس ِفي َن ُة فَ َكانَ ْت لِ َم َسا ِكي َن يَ ْع َملُو َن فِي الْ َب ْح ِر فَأَ َر ْد ُت أَ ْن أَ ِعي َب َها‬
ِ )٧٩( ‫َو َكا َن َو َراءَ ُه ْم َملِ ٌك يَ ْأ ُخ ُذ ُكلَّ َس ِفي َنةٍ غَ ْص ًبا‬

Mafhumnya,

Ada pun perahu itu adalah kepunyaan
sekumpulan nelayan miskin yang bekerja di laut,
dan aku sengaja mencacatkan perahu itu kerana
jauh di belakang sana terdapat seorang raja yang
kerjanya suka merampas setiap perahu yang
sempurna.‟ (79)

Tafsirnya,

Inilah hikmahnya mengapa Khidir telah
mencacatkan perahu yang diukir cantik itu agar
ianya cacat dan boleh tenggelam jika dirampas.
Rupa-rupanya di sana terdapat seorang raja yang
berminat merampas setiap perahu yang sempurna
untuk dijadikan milik mereka. Dengan ilmu yang
ada pada Khidir dia mengetahui akan berlakunya
rampasan ini dan dia terus mencacatkan perahu
agar tidak akan dirampas. Inilah ilmu yang ada
pada Khidir dan tidak ada pada Musa.

138

Sebab dan hikmat kedua dijelaskan oleh Ayat-
Ayat berikut,

Ayat-Ayat 80-81,

‫َوأَ َّما الْ ُغلامُ فَ َكا َن أَبَ َواهُ ُم ْؤ ِم َن ْي ِن فَ َخ ِشي َنا أَ ْن يُ ْر ِه َق ُه َما طُ ْغ َيانًا َو ُك ْف ًرا‬
ِ )٨١( ‫)فَأَ َر ْدنَا أَ ْن يُ ْب ِدلَ ُه َما َربُّ ُه َما َخ ْي ًرا ِم ْنهُ َز َكاةً َوأَقْ َر َب ُر ْح ًما‬٨١(

Mafhumnya,

Dan manakala pemuda yang dibunuh itu pula,
oleh kerana kedua-dua ibu bapanya adalah dari
kalangan orang yang beriman, maka kami
bimbang bahawa anaknya itu akan mendesak
mereka melakukan perbuatan zalim dan kufur
pada Allah. (80) Oleh itu, kami berharap supaya
Tuhan mereka menggantikan bagi mereka dengan
seorang anak yang lebih baik daripada yang
dibunuh itu tentang kebersihan jiwanya dan
menjadi ia lebih mesra kasih sayangnya pada
mereka. (81)

Tafsirnya,

Begitulah dalam ilmu Khidir. Sudah jelas pemuda
yang ditemui mereka mempunyai petunjuk yang
boleh memberi kesan kepada keimanan ibu bapa
mereka yang beriman pada Allah. Justeru, ia
perlu dihapuskan. Sebagai gantinya, Allah
memilih untuk seorang anak yang lebih soleh dan

139

lebih mesra. Ilmu ini ada pada Khidir dan tidak
ada pada Musa dan menjadikan Musa terkejut
besar atas tindakan Khidir itu. Ertinya, bukanlah
pembunuhan itu disengajakan oleh Khidir, tetapi
ianya dari Allah untuk satu maslahah dan
kebaikan pada kedua-dua ibu bapa yang beriman.

Seterusnya peristiwa ke-3 dan hikmah dijelaskan
dalam Ayat berikut.

Ayat 82,

‫َوأَ َّما الْ ِج َدا ُر فَ َكا َن لِغُلا َم ْي ِن يَ ِتي َم ْي ِن فِي الْ َم ِدي َن ِةِ َو َكا َن تَ ْح َتهُ َك ْن ٌز لَ ُه َما‬
‫َو َكا َن أَبُو ُه َما َصالِ ًحا فَأَ َرا َد َربُّ َك أَ ْن يَ ْبلُغَا أَ ُش َّد ُه َما َويَ ْس َت ْخ ِر َجا َك ْن َز ُه َما‬
‫َر ْح َمةً ِم ْن َربِّ َك َو َما فَ َع ْل ُتهُ عَ ْن أَ ْم ِري ذَلِ َك تَ ْأ ِويلُ َما لَ ْم تَ ْس ِط ْع عَلَ ْي ِه َص ْب ًرا‬

ِ )٨٢(

Mafhumnya,

Ada pun tembok yang ditegakkan semula itu ianya
dipunyai oleh dua orang anak-anak yatim di

bandar itu. Dan di bawah terdapat harta yang
disimpan untuk mereka berdua, sedangkan bapa

mereka pula adalah dari kalangan orang yang

soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya
mereka mencapai umur dan dapat mengeluarkan

harta tersimpan itu sebagai satu rahmat dari Allah
kepada mereka. Ingatlah wahai Musa!

Sesungguhnya aku tidak melakukan semuanya ini

140

mengikut fikiranku sendiri (bahkan semuanya

dengan perintah Allah jua). Demikianlah
penjelasan tentang maksud dan hikmah perkara-

perkara yang telah engkau tidak tahan bersabar
dengannya itu. (82)

Tafsirnya,

Begitulah halnya dengan tembok yang terdapat di
bawahnya harta tersimpan untuk kedua-dua anak
yatim yang bapa mereka seorang yang soleh.
Rahmat Allah mengundang Khidir untuk
membetulkan semula tembok tersebut agar harta
itu terus tersembunyi sehingga kanak-kanak itu
cukup umur mereka dan boleh mengambil sendiri
harta yang disimpan untuk mereka.

Inilah ilmu yang ada pada Khidir dan tidak ada
pada Musa sehingga dia sanggup mengejek Khidir
yang membetulkan semula tembok yang senget
itu.

Catitan ayat ini juga menyatakan pengakuan
Khidir bahawa semua yang dilakukannya itu
adalah bukan nafsunya tetapi dari Allah, dari ilmu
yang dikurniakan Allah kepadanya. Justeru, ilmu
ini adalah Ilmu Ladunni dan terlalu batin
sehingga Musa tidak dapat melihatnya dengan
zahir matanya.

Begitulah penjelasan Khidir kepada Musa
mengenai 3 perkara yang ditunjuk kepada Musa
agar ianya menjadi perhatian Musa a.s. Selaras

141

dengan itu apakah kewajarannya cerita ini kepada
kita dan umat Muhammad?

Mengikut Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi (Tafsir
Ruhul Bayan Jilid 5 ms. 281) beliau memberi
beberapa kewajaran cerita ini kepada kita. Di
antaranya,

a) Mengikut pandangan Ibnu Habban dan

kebanyakan ulama tafsir, bahawa Khidir

adalah seorang nabi dan ilmunya adalah

menepati semua urusan batin yang

diwahyukan kepadanya untuk beramal

dengannya, sedangkan Nabi Musa pula

dikurniakan ilmu yang melibatkan

pekara-perkara zahir dan keterangan

yang nyata sahaja. Sedangkan

Rasulullah sendiri dikurniakan kedua-

dua ilmu ini, iaitu ilmu zahir dan batin.

Dalam banyak urusan kepimpinannya

Rasulullah banyak menggunakan ilmu

zahirnya dan menggunakan ilmu batin

untuk beberapa urusan yang lain. Ini

meletakkan Rasulullah sebagai rasul

zahir dan batin yang tidak ada pada

rasul-rasul yang lain

b) Mengikut fahaman orang-orang Sufi,
sebarang ilmu yang menghasilkan
„pembukaan dalam ghaib‟ (KASYAF)
dikenali sebagai Ilmu Ladunni (ilmu

142

yang terus dari Allah). Ianya

dianugerahkan oleh Allah tanpa

mencarinya atau mempelajarinya tetapi

kebanyakannya melalui pembukaan

Allah kepadanya. Jenis Kasyaf yang

tertinggi sekali ialah penelitian

mengenai rahsia-rahsia Allah, termasuk

zat-Nya, nur sifat-sifat-Nya, kesan

semua perbuatan-Nya. Ilmu ini ialah

ilmu Allah, dan ilmu hakikat, iaitu ilmu

yang berkaitan dengan hakikat

Subhanahu wa Ta‟ala, dan ia punyai

kaitan dengan makhluk dan kebenaran

penguasaan ilmu ini pada manusia

berdasarkan kebolehannya menerima

ilmu ini sendiri. Ilmu ini berdasarkan

pada kasyaf Allah padanya dan

penjelasan-Nya. Sedangkan ilmu selain

dari itu adalah lahir dari pemikiran

menggunakan otak dan fikiran dan yang

terbaik berlandaskan cara bertakwa dan

amal soleh. Ilmu Ladunni ini di

gandingkan dengan RAHMAT Allah di

dalamnya yang merangkumi ibadat

pembelajaran, zahir dan syariat, iaitu

berdasarkan juga pada ilmu yang umum

c) Ilmu ini tidak dapat dipastikan hujung
pangkalnya, kerana rahsia-rahsianya,
dan yang mengetahuinya ialah pemilik

143

ilmu itu sendiri. Jadi adakah

pemiliknya akan menyepikan diri dari

semua orang untuk beramal

dengannya? Jawabnya, mungkin

keempat-empat imam terbesar iaitu

Imam Hanafi, Imam Syafie, Imam Malik

dan Imam Hambali adalah pemilik ilmu

ini dan mereka membimbing muslimin

ke arah syariat dan hakikat dan mereka

adalah pewaris Rasulullah, Allahu

aqlam (ms 73 Tafsir Ruhul Bayan)

Imam Fakhruz Razi pula memberi kita satu
kewajaran dari cerita ini di mana seorang murid
yang mahu mempelajari ilmu dari gurunya
hendaklah mempunyai sifat-sifat berikut,

a) Beradab dengan cara menjadi pengikut
gurunya

b) Memohon izin untuk mengikut untuk
belajar ilmu dari gurunya

c) Berikrar yang kita ini jahil dan mahu
mempelajari ilmu dari guru

d) Memohon mempelajari sesuatu yang
telah diajar oleh Allah padanya

144

e) Mengiktiraf ilmu guru itu yang Allah
telah mengajarnya

f) Berkomunkasi dengan guru

sebagaimana Allah berkomunikasi

dengannya

g) Menjadi pengikut guru itu kerana Allah,
bukan kerana guru

h) Ikut tanpa syarat, tetapi ikhlas pada
Allah untuk berilmu

i) Jauhkan diri dari merasa angkuh

j) Berkhidmat untuk mempelajari ilmu

k) Belajar dan mengajar tanpa upah.

(Ar-Razi Juzu’ 21 ms. 153)

Dari segi pembentukan iman, Ar-Razi membuat
kesimpulan bahawa ada perkara-perkara dalam
ilmu Allah yang kita tidak tahu langsung dan ia
ada kena mengena dengan kita. Contoh-contoh
dari 3 perisitiwa di atas, peristiwa adanya raja
yang suka merampas perahu yang sempurna di
laut, sedangkan kita dalam perahu itu, peristiwa
anak durhaka yang boleh membawa kita kepada
zalim dan kufur pada Allah atas tindakan anak
itu, dan peristiwa harta tersembunyi kepunyaan

145

anak yang bapanya seorang soleh; dan banyak
lagi perkara-perkara lain yang tersembunyi dari
kita.

Bagaimana cara kita mengatasinya setelah kita
percaya semuanya dalam ilmu Allah? Caranya
ialah,

a) Bersabar tentang sesuatu yang manusia
belum mengetahui hakikatnya dan
berserah pada Allah

b) Dalam hidup harian kita ada perkara-
perkara yang terjadi tanpa kita
mengetahui hakikatnya, hendaklah kita
bersabar dengannya sama ada kita
mengetahui hakikatnya kemudian atau
tidak

c) Jangan sekali-kali mencabar dan
melakukan maksiat atas perkara-
perkara yang belum lagi kita ketahui
hakikatnya

d) Rasa rendah diri kita yang berlebihan
diperlukan dan melahir rasa boleh
menanggung sesuatu itu kerana ilmu
Allah terlalu luas

e) Menginsafi bahawa ada perkara-perkara
dalam ilmu Allah yang kita tidak tahu

146

hakikatnya, tetapi berdasarkan

hakikatnya, dan berdasarkan iman pada

Allah yang boleh kita bergantung kepada

Rahmat-Nya, sama ada perkara tersebut

sesuatu yang biasa, yang mengejutkan

dan melibatkan masa depan yang tidak

jelas

Kesimpulannya, kita yang mengambil iktibar dari
cerita di atas akan dapat mengimbangkan iman
kita dengan hidup kita yang berserah tawakal
pada Allah atas apa sahaja yang berlaku kerana
tidak semua perkara kita tahu hakikatnya. Ilmu
Allah terlalu luas, hanya penyerahan diri dan
memperkuatkan iman kepada-Nya sahaja akan
menjamin kita mendapat RAHMAT Allah dalam
hidup kita di dunia dan akhirat.

KISAH KEEMPAT DALAM SURAH AL-KAHFI –
Pengembaraan Zulqarnain, Ya‟juj wa Ma‟juj dan
Pembinaan Ar-Radm (Benteng Pertahanan)

Ayat-Ayat 83 hingga 98 menjelaskan kisah
perjalanan Zulqarnain ke timur dan ke barat serta
ke kawasan tengah, serta kisah pembinaan
benteng pertahanan (Ar-Radm) dari serangan
Ya‟juj dan Ma‟juj. Ianya satu-satu kisah yang
menarik yang dicadangkan oleh orang-orang
Yahudi kepada kaum Quraisy di Mekah untuk
diminta dijelaskan oleh Rasulullah tentangnya.

Cerita yang lengkap ini tidak menceritakan siapa
dia Zulqarnain itu, di mana tempat-tempatnya,

147

dan bila berlaku. Apa yang penting ialah falsafah
yang diambil dari pergerakan ini untuk panduan
kita. Di antaranya ialah, „Semuanya ini adalah
rahmat dari Allah, Tuhanku, dalam pada itu
apabila sampai janji Tuhanku Allah, ia akan
menjadikan tembok benteng itu hancur lebur dan
segala janji Allah, Tuhanku itu, adalah benar.‟
(Ayat 98 Surah Al-Kahfi).

Sekali lagi saya mencatitkan hadis Rasulullah
mengenai sebab turunnya Ayat ini seperti yang
digariskan oleh Muhammad bin Ishak r.a. yang
berkata, „Diriwayat dari Akramah, dari Ibnu Abbas
r.a. yang berkata, „Orang Quraisy telah melantik
dan menghantar Nadhir bin Harith, Uqbah bin Ubai
Mu‟it supaya pergi menemui pendita Yahudi di
Madinah supaya bertanya dengan mereka tentang
Muhammad, melalui sifat-sifatnya, kerana mereka
adalah ahlil Kitab yang mengetahui tentang ilmu
nabi-nabi. Kedua-dua orang Quraisy ini pun
menuju Madinah dan menemui pendita Yahudi dan
berbincang dengannya mengenai Muhammad.
Pendita Yahudi itu mencadangkan kepada mereka
berdua supaya bertanyakan Muhammad tentang 3
perkara dan jika dia dapat menjawab ketiga-
tiganya itu maka benarlah dia seorang Nabi yang
diutus. Jika dia gagal dari menjawabnya, maka
dia adalah tukang cerita sahaja dan bukan
seorang nabi yang diutus. Ketiga-tiga soalan itu
ialah tentang pemuda-pemuda di abad terawal
dulu. Apa urusan mereka dan mereka punyai
cerita yang menakjubkan! Kedua, tentang lelaki
yang bergerak sehingga ke timur dan barat bumi

148

ini. Siapakah gerangan manusia masyhur itu? Dan
ketiga, tentang roh dan apa dia hakikatnya?

Kedua-dua utusan itu pun pulang ke Mekah
menjelaskan arahan cadangan pendita Yahudi
Madinah itu untuk mengetahui siapa Muhammad
itu. Lantas mereka terus menemui Rasulullah dan
mengemukakan cadangan tersebut dan Rasulullah
berjanji akan menjelaskan semua perkara itu esok
harinya tanpa mengatakan Insya-Allah. Wahyu
telah terputus selama 15 hari dan Quraisy Mekah
telah mempersendakan Nabi Muhammad atas
janjinya itu. Kemudian, Jibrail datang membawa
wahyu dan menurunkan Surah Al-Kahfi yang
menjelaskan kesemua cadangan soalan pendita
Yahudi itu.‟

Nas al-Quran pula tidak menyebut siapa dia
Zulqarnain itu, zamannya atau tempatnya guna
untuk memberi kita faedah dari cerita itu dan
iktibar darinya. Firman Allah,

Ayat-Ayat 83-98,

ُ‫) ِإنَّا َم َّك َّنا لَه‬٨٣( ‫َويَ ْسأَلُونَ َك َع ْن ِذي الْ َق ْرنَ ْي ِن قُلْ َسأَ ْتلُو عَلَ ْي ُك ْم ِم ْنهُ ِذ ْك ًرا‬
‫) َح َّتى ِإ َذا‬٨٥( ‫)فَأَتْ َب َع َس َب ًبا‬٨٤( ‫فِي الأ ْر ِض َوآتَ ِْي َناهُ ِم ْن ُك ِلّ َش ْي ٍء َس َب ًبا‬
‫بَلَ َغ َم ْغ ِر َب ال َّش ْم ِس َو َج َد َها تَ ْغ ُر ُب فِي عَ ْي ٍن َح ِم َئةٍ َو َو َج َد ِع ْن َد َها قَ ْو ًما‬
‫)قَالَ أَ َّما‬٨٦(ِ‫قُ ْل َنا يَا َذا الْ َق ْرنَ ْي ِن ِإ َّما أَ ْن تُ َع ِّذ َب َو ِإ َّما أَ ْن تَ َّت ِخ َذ فِي ِه ْم ُح ْس ًنا‬

149

‫َم ْن ظَلَ َم فَ َس ْو َف نُ َع ِّذبُهُ ثُ َّم يُ َر ّدُ ِإلَى َربِّ ِه فَ ُي َع ِّذبُهُ عَ َذابًا نُ ْك ًرا (‪َ )٨٧‬وأَ َّما َم ْن‬
‫آ َم َن َو َع ِملَ َصالِ ًحا فَلَهُ َج َزاءً الْ ُح ْس َنى َو َس َن ُقولُ لَهُ ِم ْن أَ ْم ِرنَا يُ ْس ًرا‬
‫(‪)٨٨‬ثُ َّم أَ ْت َب َع َس َب ًبا (‪َ )٨٩‬ح َّتى ِإ َذا بَلَ َغ َمطْ ِل َع ال َّش ْم ِس َو َج َد َها تَطْلُ ُع عَلَى‬
‫قَ ْو ٍم لَ ْم نَ ْج َعلْ لَ ُه ْم ِم ْن ُدونِ َها ِس ْت ًرا (‪َ )٩١‬ك َذلِ َك َوقَ ْد أَ َحطْ َنا بِ َما لَ َد ْي ِه‬
‫ُخ ْب ًرا (‪)٩١‬ثُ َّم أَ ْت َب َع َس َب ًبا (‪َ )٩٢‬ح َّتى ِإذَا بَلَ َغ بَ ْي َن ال َّس َّد ْي ِن َو َج َد ِم ْن‬
‫ُدونِ ِه َما قَِ ْو ًما لا يَ َكا ُدو َن يَ ْف َق ُهو َن قَ ْولا (‪)٩٣‬قَالُوا يَا ذَا الْ َق ْرنَ ْي ِن ِإ َّن‬
‫يَ ْأ ُجو َج َو َم ْأ ُجو َج ُم ْف ِس ُدو َن فِي الأ ْر ِض فَ َهلْ نَ ْج َعلُ لَ َك َخ ْر ًجا عَلَى أَ ْن‬
‫تَ ْج َعلَ بَ ْي َن َنا َوبَ ْي َن ُه ْم َس ًّدا (‪)٩٤‬قَالَ َما َم َّك ِّني فِي ِه َربِّي َخ ْي ٌر فَأَ ِعي ُنِونِي‬
‫بِ ُق َّو ٍة أَ ْج َعلْ بَ ْي َن ُك ْم َوبَ ْي َن ُه ْم َر ْد ًما (‪)٩٥‬آتُونِي ُزبَ َر الْ َح ِدي ِد َح َّتى ِإ َذا‬
‫َسا َوى بَ ْي َن ال َّص َدفَ ْي ِن قَالَ ا ْن ُف ُخوا َح َّتى ِإذَا َج َعلَهُ نَا ًرا قَا َل آتُونِي أُفْ ِر ْغ‬
‫عَلَ ْي ِه قِطْ ًرا (‪)٩٦‬فَ َما ا ْسطَاعُوا أَ ْن يَ ْظ َه ُروهُ َو َما ا ْس َتطَاعُوا لَهُ نَ ْق ًبا‬
‫(‪)٩٧‬قَا َل َه َذا َر ْح َمةٌ ِم ْن َربِّي فَ ِإ َذا َجا َء َو ْع ُد َربِّي َج َعلَهُ َد َّكاءَ َو َكا َن َو ْع ُد‬

‫َربِّي َح ًّقا (‪ِ )٩٨‬‬

‫‪Mafhumnya,‬‬
‫‪Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai‬‬
‫‪Muhammad) tentang Zulqarnain. Katakanlah‬‬
‫‪kepada mereka, „Aku akan bacakan kepada kamu‬‬

‫‪150‬‬

(wahyu dari Allah yang menerangkannya) sedikit
tentang perihalnya.‟ (83) Sesungguhnya Kami
telah memberikan kepadanya izin kekuasaaan
memerintah di bumi, dan Kami jua memberikan
izin kepadanya jalan-jalan bagi menjayakan tiap-
tiap sesuatu yang diperlukannya. (84) Lalu dia
pun menurut jalan yang menyampaikan
maksudnya itu. (85) Sehingga ia sampai ke satu
daerah tempat „matahari terbenam‟, dia melihat
matahari itu terbenam di sebuah „bulatan mata air
hitam yang berlumpur‟, dan di sisi kawasan itu
terdapat sebuah penempatan satu kaum (yang
kufur ingkar). Allah berfirman kepadanya, „Wahai
Zulqarnain. Pilihlah sama ada engkau hendak
mengazab mereka (yang kufur itu) atau engkau
bertindak secara baik pada mereka.‟ (86) Lalu dia
menjawab percakapan Allah itu, „Adapun orang
yang melakukan kezaliman (meneruskan derhaka
dan kufur mereka setelah didakwah), maka aku
akan menyeksa mereka kemudian mereka
dikembalikan kepada Tuhannya (di akhirat) untuk
diazab dengan seksaan yang seburuk-buruknya
(87) „Ada pun dari mereka yang beriman pula,
serta beramal soleh, maka kami akan memberi
balasan yang sebaik-baiknya, dan kami akan
memerintah mereka dengan perintah-perintah yang
tidak memberatkan mereka.‟ (88) Kemudian dia
pun berpatah balik mengikut jalan yang lain. (89)
Sehingga apabila dia sampai di daerah „matahari
terbit‟, ia mendapatinya terbit kepada satu kaum
yang Kami tidak menjadikan bagi mereka
sebarang perlindungan daripadanya. (90)
Demikianlah halnya dan sesungguhnya Allah
maha mengetahui secara meliputi segala yang ada

151

padanya. (91) Kemudian dia berpatah balik
menurut jalan yang lain pula. (92) Sehingga
apabila dia sampai di kawasan di antara dua
gunung, dan dia melihat terdapat suku kaum
yang percakapan mereka hampir-hampir tidak
dapat memahami perkataan. (93) Mereka
berkata, „Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum-
kaum Ya‟juj dan Ma‟juj sentiasa melakukan
kerosakan di bumi ini. Oleh itu setujukah kiranya
kami menentukan sejumlah bayaran kepada kamu
untuk engkau membina sebauh tembok
penghadang di antara kami dengan mereka itu?‟
(94) Jawabnya, „Bawalah kepada aku ketul-ketul
besi‟. Maka selepas dibawa ketul-ketul besi ini
hingga terkumpul separas tingginya menutup
kawasan antara dua gunung itu, dan dia pun
memerintah mereka membakarkan ketul-ketul itu
dengan berkata, „Tiupkanlah semuanya dengan
alat-alat kamu itu.‟ Sehingga apabila semua besi-
besi itu menjadi merah menyala seperti api, maka
dia berkata pada mereka, „Bawalah kepadaku
akan „tembaga cair‟ untuk aku tuangkan ke
atasnya.‟ (96) (Maka dengan terbinanya tembok
itu) kaum perosak itu tidak dapat memanjat
tembok itu (untuk menyerang) dan pada masa
yang sama tidak dapat menebuknya (untuk
membolos diri mereka ke dalam. (97) Setelah itu
Zulqarnain pun berkata, „Ini adalah satu RAHMAT
dari Tuhanku Allah. Dalam pada itu, apabila
sampai janji Tuhanku itu, Dia akan menjadikan
tembok ini pecah dan hancur lebur semula (apabila
berlaku kiamat) dan janji Allah, Tuhanku itu
adalah BENAR.‟ (98)

152

Tafsirnya,

‫َويَ ْسأَلُونَ َك عَ ْن ِذي الْ َق ْرنَ ْي ِن قُلْ َسأَ ْتلُو َعلَذ ْي ُك ْم ِم ْنذهُ ِذ ْكذ ًرا ِإنَّذا َم َّك َّنذا‬
‫لَهُ فِي الأ ْر ِض َوآتَ ْي َنا ُه ِم ْن ُك ِلّ َش ْي ٍء َس َب ًبا فَأَ ْت َب َع َس َب ًبا‬

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad) tentang peribadi bernama
Zulqarnain. Katakanlah pada mereka, „Aku akan
bacakan kepada kamu (melalui wahyu Allah)
sedikit tentang perihalnya. Sesungguhnya, Kami
telah memberikan kepadanya kekuasaan
memerintah di bumi, dan Kami telah berikan
kepadanya petunjuk jalan bagi menjayakan tiap-
tiap sesuatu yang diperlukannya. Lalu ia
memulakan jalan untuk mencapai maksudnya.‟

Kaum musyrik Mekah telah mengemukakan
cadangan bagi menguji kebenaran kenabian
Rasulullah dengan bertanyakan satu peribadi
dalam sejarah iaitu Zulqarnain. Pertanyaan ini
pun berlaku melalui suruhan kaum Yahudi
Madinah.

Siapakah sebenarnya Zulqarnain ini? Kita cuba
teliti tafsiran dari beberapa ahli tafsir untuk
meluaskan fahaman kita,

1. Ar-Razi berpendapat Zulqarnain ialah
Iskandar bin Filibus dari Yunan.
Buktinya, kerajaannya mencapai
kejayaan hingga ke barat, di samping itu

153

juga berkuasa di timur dan pernah
berada di kawasan tengah, iaitu di
selatan dunia. Apabila dia memerintah,
semua raja-raja Rom telah bersatu
dengan raja-raja dari timur dan
akhirnya beliau pulang ke Mesir dan
membuka kawasan Iskandariah.
Kemudian beliau memasuki Negeri
Syam dan pernah ke Baitulmuqadis,
dan bergerak ke Armenia dan Iraq dan
akhirnya ke Negeri Cina dan India.
Akhirnya beliau pulang ke Khurasan
dan Iraq. (Tafsir Ar-Razi, Juzu’ 21, ms
163-164)

2. Ibnu Kathir pula berendapat ianya dari
kerajaan Rom dan pernah melakukan
tawaf bersama-sama dengan Nabi
Ibrahim „Alaihi Salam sewaktu beliau
memulakan pembinaan Kaabah. Beliau
tidak menjelaskan dengan terperinci
siapakah Zulqarnain itu. (Tafsir Ibnu
Kathir, Juzu’ 3, ms 100)

3. Syed Quthub pula menjelaskan bahawa
Nas al-Quran tidak menjelaskan siapa
dia Zulqarnain itu, atau zamannya atau
tempatnya. Yang pasti Iskandar dari
Maqdun dari bangsa Greek itu
bukannya Zulqarnain yang dicatit oleh

154

al-Quran, kerana Zulqarnain tersebut
adalah seorang yang beriman dengan
Allah, beriman dengan adanya hari
akhirat. Mencari fatwa dan tarikh dari
al-Quran dari ceritanya itu tidak tepat
dan semuanya meraba-raba dalam
gelap. Yang penting dari al-Quran ianya
bergerak dan perjalanannya ke barat,
timur dan di satu kawasan di antara
dua gunung. (Tafsir Fi Zhilalil Quran;
Syed Quthub Juzu’ 4 ms 2290)

4. Hamdi bin Hamzah Abu Zaid yang
membuat kajian ke atas pergerakan
Zulqarnain di barat, timur dan kawasan
tengah dunia telah merumuskan
bahawa Zulqarnain itu sebenarnya ialah
Akhinaton, yang pernah bersahabat
dengan Nabi Musa a.s. dalam dinasti
Fir‟aun dari Mesir. Peristiwa perjalanan
ini dikaitkan dengan hijrahnya
Akhinaton dari bumi Mesir dengan
isterinya Nefatiti, yang beriman dengan
Allah (Hamdi bin Hamzah Abu

Zaid;ِ‫ فك أسرار ذى القرنين ويأجوج ومأجوج‬ms 29

Riyad 1425 H)

5. Hamdi menafikan Raja Maqduni
Iskandar Zulkarnain yang sampai

155

kekuasaannya ke Afghanistan,
kemudian menguasai Parsi dan India,
sebagai Zulqarnain yang dijelaskan
dalam Surah Al-Kahfi ini. Begitu juga,
beliau menafikan yang Zulqarnian itu
bersama dengan Nabi Ibrahim melawat
Kaabah kerana Iskandar Zulqarnain
dalam al-Quran adalah dari kalangan
orang yang beriman pada Allah,
bermuamalat dengan manusia, beriman
dengan Allah, bermatlamatkan keadilan
dan keselamatan serta membantu
manusia untuk menuju ke jalan Allah
yang Esa. Amal solehnya ialah beliau
bergerak di atas bumi Allah ke timur
dan ke barat serta di pertengahan
kedua-duanya itu. Matlamat utamanya
bukan membalas dendam bila
menyerang dan menundukkan negara-
negara seterunya, tetapi menyebarkan
keadilan, menolak kezaliman ke atas
bangsa dan umat manusia, membawa
manusia kepada beribadat pada Allah,
menolong orang yang kena zalim tanpa
mengharapkan terima kasih dari mereka
tetapi mencari keredaan Allah. Contoh
terdekat ialah membina Ar-Radm
(benteng penghalang pencerobohan
seteru) di negeri di antara dua gunung
tanpa mengambil upah (Hamdi, ms 47).

156


Click to View FlipBook Version