The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mattghani, 2016-09-04 11:49:08

المنجيات

AlMunjiat Edisi 3

memalingkan mata dari mereka hanya kerana
engkau inginkan kesenangan hidup dunia ini.
Jangan sekali-kali patuhi pada orang-orang yang
kami tahu yang hati-hati mereka lalai dari
mengingati dan mematuhi pengajaran Kami dalam
al-Quran, serta sering mengikut telunjuk hawa
nafsu mereka sahaja, serta tingkah laku mereka
pula melampaui kebenaran (28).

Tafsirnya,

Ayat 28 di atas diturunkan atas sebab, ketua-
ketua Quraisy yang datang menziarahi Rasulullah
meminta supaya Rasulullah menghalau keluar
semua sahabat-sahabat seperti Bilal, Suhaib,
Ammar, Khubab dan Ibnu Mas‟ud r.a. dari majlis
pertemuan mereka jika ia mahukan semua ketua-
ketua Quraisy ini memeluk Islam, atau
mengadakan majlis tanpa sahabat-sahabat ini
kerana ditakuti menyentuh kewibawaan ketua-
ketua Quraisy ini.

(Rujukan Sayyid Quthub Juzu’ 3 ms.2268)

ِ‫َوا ْتلُ َما أُو ِح َي ِإلَ ْي َك ِم ْن كِ َتا ِب َربِّ َك‬

Bacalah dan beramallah mengikut wahyu
kepadamu, Wahai Muhammad, dari al-Quran,
Kitab Tuhanmu itu.

Allah menyuruh Rasulullah membaca al-Quran,
untuk menghampirkan diri pada Allah (taqarrub)
di samping beramal dengan apa-apa ajaran yang

57

diwajibkan di dalamnya serta memperdalamkan
ilmunya dengan cara mengorek rahsia-rahsia yang
terdapat pada ayat-ayatnya. Dalam kata lain,
Allah mahukan Rasulullah jangan sama sekali
mendengar perkataan-perkataan mereka yang
kufur yang mahu sebuah kitab lain dari al-Quran
atau sesuatu yang boleh ditukar gantikan dengan
ajaran jahiliah yang lain. Mengapa kita perlu
kepada bacaan Kitab al-Quran,

1) mengujudkan kepimipinan yang
berilmu dari ajaran Allah

2) al-Quran adalah tidak sekali-kali boleh
menerima perubahan dan tidak ada

sebarang kuasa yang boleh menukar

ayat-ayatnya, kecuali hanya oleh Allah
sahaja. Ini bersesuaian dengan firman

Allah yang bermaksud, „Sesungguhnya
Kami yang telah menurunkan al-Quran
itu dan Kami jualah yang menjaganya.‟
(Al-Hijr Ayat 9)

3) al-Quran menganjurkan kita untuk

bergantung pada Allah secara mutlak.
Ibnu Jarir merakamkan sebuah hadis

mafhumnya, „Jika engkau, Wahai
Muhammad, tidak membaca al-Quran,

maka sesungguhnya engkau tidak

bergantung pada Allah‟. (Ibnu Kathir,
Juzu‟ 3 ms ) dan firman Allah

bermaksud, „Wahai Rasul,

sampaikanlah apa-apa yang telah
Kami turunkan kepada engkau dari

58

Tuhanmu, Rabb, dan jika engkau tidak
menyampaikannya, maka engkau telah
gagal melaksanakan risalahmu,
sedangkan Allah telah menjagamu dari
sebarang kejahatan manusia‟ (Al-
Maidah ayat 70).

Kedua-dua sebab di atas ini di catitkan dalam
Ayat berikut,

‫لا ُم َب ِّد َل لِ َك ِل َماتِ ِه َولَ ْن تَ ِج َد ِم ْن ُدونِ ِه ُم ْل َت َح ًدا‬

Bererti, Tidak siapa pun berkuasa mengubah
kalimah-kalimah-Nya (Kitab Allah), dan engkau
tidak sekali-kali akan mendapat tempat
perlindungan selain daripada Allah.

Nasihat utama Allah kepada Muhammad sebagai
pemimpin supaya berpegang pada al-Quran
dengan meneliti ayat-ayat serta rahsia-rahsianya
untuk menentukan „hala tuju‟ kepimpinannya.
Pergantungan kepada al-Quraan berbaloi kerana
al-Quran tidak berubah, diubah kandungan dan
ayat-ayatnya selama-lamanya dan dengan al-
Quran, ianya menganjurkan kita berlindung
dengan Allah apabila kita menghadapi tekanan-
tekanan dalam perjalanan kepimpinan kita. Inilah
corak kepimpinan yang dikehendaki Allah.

ُ‫َوا ْص ِب ْر نَ ْف َس َك َم َع الَّ ِذي َن يَ ْدعُو َن َربَّ ُه ْم بِالْ َغ َدا ِة َوالْ َع ِش ِّي يُ ِري ُدو َن َو ْج َهه‬
‫َولا تَ ْع ُد عَ ْي َنا َك عَ ْن ُه ْم تُ ِري ُد ِزي َنةَ الْ َح َيا ِة ال ُّد ْن َيا‬

59

Dan bersabar menjadikan diri engkau berdamping
dengan orang-orang kuat beribadat siang dan
malam, yang mengharapkan keredaan Allah
semata-mata, dan jangan sekali-kali „mengalih
pandang‟ dari mereka HANYA kerana engkau
mahukan keselesaan hidup di dunia ini.

Ayat ini menjawab persoalan siapakah kawan-
kawan seperjuangan kita dalam kepimpinan kita.
Allah menasihatkan Rasulullah agar bersabar
bersesama rakan-rakan yang beragama, kuat
berdoa pagi dan petang, yang memohon keredaan
Allah ke atas mereka. Orang-orang inilah kawan-
kawan kita dan bersabar bersama-sama mereka.
Jangan rasa rendah diri ketika bersesama mereka,
kerana doa-doa mereka dan hati mereka yang
sentiasa bertaut dengan Allah. Inilah contoh
rakan-rakan yang ikhlas dalam persahabatan
dengan mereka. Jangan kita rasa rendah diri dan
kita singkirkan mereka apabila berhadapan
dengan orang-orang kenamaan yang memandang
leceh pada mereka, demi hendak ambil hati orang
kenamaan ini atau atas satu-satu kepentingan
tertentu.

‫َولا تُ ِط ْع َم ْن أَ ْغ َف ْل َنا قَ ْل َبهُعَ ْن ِذ ْك ِرنَا َواتَّ َب َع َه َواهُ َو َكا َن أَ ْم ُرهُ فُ ُِرطًا‬

Dan jangan sekali-kali patuh kepada orang-orag
yang Kami tahu hatinya lalai dari mengingati dan
melaksanakan ajaran al-Quran, serta ia turut

60

bersekongkol dengan hawa nafsunya dan tingkah
lakunya juga melampaui kebenaran

Proses kepimpinan bukan hanya setakat
memimpin, tetapi kita tidak boleh patuh kepada
mereka yang lalai hati mereka dari mengingati
Allah dalam hidup mereka, yang hidup
bermotifkan nafsu syahwat dan tingkah laku
mereka yang melampaui batas-batas syariat.
Inilah ciri-ciri orang-orang yang TIDAK HARUS
ADA di sekeliling kita dalam melaksanakan tugas
kita sebagai pemimpin.

Syed Quthub pula mentafsir Ayat di atas berkata
bahawa Islam telah menyamakan semua ketua-
ketua manusia sama di hadapan Allah, tiada beza
di antara mereka, sama ada berwang banyak,
keluarga yang terkenal atau pangkat yang tinggi.
Yang membezakan ialah ketakwaan mereka pada
Allah. Kayu ukur inilah sahaja yang digunakan
oleh Islam dalam dakwah mereka dan selain dari
itu adalah hawa nafsu, dan kebatilan.

Seterusnya, orang yang lalai di sifatkan sebagai
mereka yang menumpukan hala tuju mereka pada
kepentingan diri, harta, anak-anak, kekayaan
mereka, keselesaan, kehendak yang tidak
terbatas, dan hati yang terlalu tumpu kepada
perkara-perkara ini akan menyebabkan
kurangnya kepada mengingati Allah dan
menjadikan mereka lalai pada Allah.

(Rujukan Syed Quthub, Juzu’ 4 ms 2268).

61

Ayat-Ayat 29-31

‫َوقُ ِل الْ َح ُّق ِم ْن َربِّ ُك ْم فَ َم ْن َشاءَ فَ ْل ُي ْؤ ِم ْن َو َم ْن َشاءَ فَ ْل َي ْك ُف ْر ِإنَّا أَ ْع َت ْدنَا‬
‫لِلظَّالِ ِمي َن نَا ًرا أَ َحا َِط بِ ِه ْم ُس َرا ِدقُ َها َو ِإ ْن يَ ْس َت ِغي ُثوا يُغَاثُوا بِ َما ٍء َكالْ ُم ْه ِل‬
‫) ِإ َّن الَّ ِذي َن آ َم ُنوا‬٢٩( ‫يَ ْش ِوي الْ ُو ُجوهَ بِ ْئ َس ال َّش َرا ُب َو َساءَ ْت ُم ْرتَ َف ًقا‬
‫)أُولَ ِئ َك لَ ُه ْم‬٣١( ‫َوعَ ِملُوا ال َّصالِ َحا ِت ِإنَّا لا نُ ِضي ُع أَ ْج َر َم ْن أَ ْح َس َن عَ َملا‬
‫َج َِّنا ُت َع ْد ٍن تَ ْج ِري ِم ْن تَ ْح ِت ِه ُم الأ ْن َها ُر يُ َحلَّ ْو َن فِي َها ِم ْن أَ َسا ِو َر ِم ْن َذ َه ٍب‬
‫َويَ ْل َب ُسو َن ثِ َيابًا ُخ ْض ًرا ِم ْن ُس ْن ُد ٍس َو ِإ ْس َت ْب َر ٍق ُم َّت ِك ِئي َن فِي َها عَلَى الأ َرائِ ِك‬

)٣١( ‫نِ ْع َم ال َّث َوا ُب َو َح ُس َن ْت ُم ْرتَ َف ًقا‬

Mafhumnya,

Dan katakanlah (Wahai Muhammad pada mereka)
„KEBENARAN (al-Haq) itu datangnya dari Allah,
Tuhan kamu.‟ Maka sesiapa yang mahu beriman
dengan-Nya, berimanlah! Dan sesiapa yang mahu
terus kufur dan ingkar dengan-Nya, biarlah dia
ingkar dan kufur kerana Kami telah menyediakan
bagi mereka yang zalim ini dengan api neraka,
yang akan menyelimuti mereka laksana khemah,
dan jika mereka meminta pertolongan kerana
dahaga, mereka akan dihulur dengan air yang

62

panas seperti tembaga cair yang pasti akan
membakar muka mereka; sungguh buruknya
minuman sedemikian; dan lebih buruk lagi neraka
itu sebagai tempat berpulangnya mereka. (29)
Manakala orang-orang yang beriman dan beramal
soleh pula, sepastinya Kami tidak akan mensia-
siakan pahala bagi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalan mereka. (30) Mereka itu,
akan disediakan untuk mereka syurga yang kekal,
yang mengalir di bawahnya beberapa anak sungai,
dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang
emas, berpakaian hijau dari sutera-sutera yang
bersulam, mereka berehat di dalamnya sambil
berteleku di atas tempat rehat itu. Demikian
itulah balasan yang sebaik-baiknya dan itulah dia
syurga, tempat rehat yang semolek-moleknya. (31)

Tafsirnya,

‫َوقُ ِل الْ َح ُّق ِم ْن َربِّ ُك ْم فَ َم ْن َشاءَ فَ ْل ُي ْؤ ِم ْن َو َم ْن َشاءَ فَ ْل َي ْك ُف ْر ِإنَّا أَ ْع َت ْدنَا‬
‫لِلظَّالِ ِمي َن نَا ًرا أَ َحا َط بِ ِه ْم ُس َرا ِدقُ َها َو ِإ ْن يَ ْس َت ِغي ُثوا يُغَاثُوا بِ َما ٍء َكالْ ُم ْه ِل‬

‫يَ ْش ِوي الْ ُو ُجو َه بِ ْئ َس ال َّش َرا ُب َو َساءَ ْت ُم ْرتَ َف ًقا‬

Allah menyatakan pada Muhammad s.a.w. dengan
perkataan; „Wahai Muhammad. Beritahu pada
semua manusia, apa yang sedang engkau bawa
ini, iaitu al-Quran dan syariat, adalah sesuatu
yang „ultra benar‟ (al-Haq), satu ajaran yang
unggul yang tidak patut dipertikai atau syak
tentangnya.‟

63

Selaras dengan itu Allah mencadangkan pilihan
pada mereka, „Sesiapa yang mempercayai
kebenaran itu dan yakin dengannya maka
hendaklah mereka beriman dengannya, dan
sesiapa yang tidak yakin, tidak mahu yakin, rasa
syak, dan ingkar dan masih suka pada kekufuran
maka tidak usahlah beriman dengannya.

Pilihan ada di tangan mereka! Walaupun ada
kebebasan memilih tersebut, Allah memberi „inzar‟
kepada yang terus ingkar dan memilih kekufuran
dengan cadangan-Nya, „Kami telah menyediakan
api neraka bagi orang-orang yang menzalimi diri
mereka itu dengan kekufuran mereka, api yang
melitupi mereka seperti litupan sebuah khemah
pada penghuninya, ianya terlalu panas dan terlalu
dahaga dan meminta tolong diberi air; air yang ada
hanya air panas yang menggelegak seperti
tembaga cair yang pasti membakar mulut dan
muka mereka apabila diminum; atau ianya air dari
lelehan air-air bisa dan nanah yang berbau busuk
yang terjadi akibat bakaran daging-daging
manusia dalam neraka itu.‟

Itulah seburuk-buruk minuman yang pernah
disediakan bagi orang yang memilih untuk terus
kufur dan ingkar pada Allah. Mungkin amaran
azab ini sebagai panduan pilihan kepada manusia
semua.

Syed Quthub pula menjelaskan jika al-Haq itu
merupakan kebenaran dari Allah, ianya unggul
dan mewakili syariat Allah dan budaya hidup
beriman, tidak menyeleweng dan tiada bengkang-

64

bengkok tetapi kuat berwawasan, jelas dan
teratur, sememangnya menjadi pilihan kita.
Mahukan IMAN dan menerima Allah ATAU
mengingkari Allah dan terus hidup dalam
kekufuran? Inilah pilihan yang ada. Jika kita
memilih kekufuran dan keingkaran, bagaiman
kita hendak menghadapi mahkamah Allah di
akhirat nanti? Seandainya kekufuran menjadi
pilihan, maka kita tidak perlu lagi pada akidah
dan panduan al-Quran. Pilihan ada di tangan
anda! Anda yang menentukan syurga neraka.

Akidah adalah milik Allah, dan tidak memberi
kesan apa-apa pada Allah jika mereka tidak
memilih Allah. Akidah yang al-Haq itu mungkin
pilihan kepada jiwa yang mahukan iman dengan
Allah, mendekati Allah, siang dan malam, ikhlas
dalam amalan mereka, kepada Islam dan kepada
muslimin.

(Rujukan Syedid Quthub, Juzu’ 4 ms 2269)

Yang memilih akidah dan iman dari al-Haq ini
ialah mereka yang beriman dengan Allah. Yang
beriman itu hendaklah menjauhkan diri dari
kezaliman, dari maksiat yang berterusan, selalu
beristighfar, melahirkan rasa kesal dan sentiasa
memperkuatkan tauhidnya kepada Allah melalui
zikrullah. Jika tidak, kita bakal merasai panas
neraka Allah, dan dahaga hanya boleh
dihilangkan dengan cecair terjadi dari air bisa dan
nanah yang terjadi dari bakaran daging-daging
manusia. Itu saja yang ada, dan itulah tempat

65

yang paling buruk yang bakal dihuni oleh yang
zalim kufur.

Sebuah hadis diriwayat dari Yazid Ar-Riqasyi yang
berkata, mafhumnya, „Pada satu hari muncul
Jibrail a.s. di hadapan Rasulullah dan mukanya
yang „kecut dan berubah‟. Tanya Rasulullah
padanya mengapa beliau datang dengan keadaan
muka tersebut. Jawab Jibril, „Aku datang
kepadamu ini ketika Allah memerintahkan aku
supaya menyalakan api neraka!‟. Kata Rasulullah
lagi, „Cuba kamu terangkan bagaimana neraka
itu?‟ Jawab Jibril, „Ianya punyai 7 lapisan dan
salah satu lapisan yang terbaik terdapat ribuan
bukit-bukit api, dan setiap satunya mempunyai
beribu-ribu wadi atau saliran dari api, terdapat
berbagai-bagai azab, agar Allah melindungi kita
semua darinya.‟

Begitulah dijelaskan dalam Kitab Misykatil Anwar
(Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi Juzu’ 5 ms 242).

‫ِإ َّن الَّ ِذي َن آ َم ُنوا َوعَ ِملُوا ال َّصالِ َحا ِت ِإنَّا لا نُ ِضي ُع أَ ْج َر َم ْن أَ ْح َس َن عَ َملا‬
‫أُولَ ِئ َك لَ ُه ْم َج َّنا ُت عَ ْد ٍن تَ ْج ِري ِم ْن تَ ْح ِت ِه ُم الأ ْن َها ُر يُ َحلَّ ْو َن فِي َها ِم ْن‬
‫أَ َسا ِو َر ِم ْن َذ َه ٍب َويَ ْل َب ُسو َن ثِ َيابًا ُخ ْض ًرا ِم ْن ُس ْن ُد ٍس َو ِإ ْس َت ْب َر ٍق ُم َّت ِك ِئي َن‬

‫فِي َها عَلَى الأ َرائِ ِك نِ ْع َم ال َّث َوا ُِب َو َح ُس َن ْت ُم ْرتَ َف ًقا‬

Tafsirnya,

66

Sesungguhnya, orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, segala usaha meperbaiki amal
mereka itu tidak Kami sia-siakan. Mereka itu
disediakan syurga, kekal dan mengalir di
dalamnya beberapa anak-anak sungai, dihias di
dalamnya dengan gelang-gelang emas, memakai
pakaian berwarna hijau dari sutera yang
bersulam. Mereka berehat di dalamnya sambil
berteleku di atas tempat rehat. Yang demikian
itulah dia balasan yang sebaik-baiknya dan
syurga adalah tempat berehat yang semolek-
moleknya.

Ahli-ahli yang beriman dan dilengkapi dengan amalan
hati dan fizikalnya, sentiasa mendekati diri dengan
Allah, akan diberi pahala, dan segala amalan mereka itu
tidak disia-siakan oleh Allah, iaitu dibayar ‘upah’ atas
semua amalan mereka itu. Sewajarnyalah upah dibayar
dari amalan-amalan yang dilakukan. Sewajarnyalah
amalan-amalan itu mempertingkatkan darjahnya,
mempertinggikan kemuliaan, dan mertabatnya di sisi
Allah. Sebuah Hadis Qudsi berbunyi,

ِ ‫ادخلوالجنة بفضلى وأقسموها بأعمالكم‬

Mafhumnya,

„Masuklah kalian semua ke dalam syurga dengan
restu-Ku, kemudian berbahagilah upah-upah itu di
atas semua amalan-amalan baik kamu itu‟

Dalam hadis ini, Rasulullah bermaksud terdapat
dua isu, iaitu orang yang beriman dengan Allah

67

dan orang yang menambahkan kualiti imannya itu
dengan „amal soleh.‟

Beriman maksudnya mempercayai Allah sebagai
Tuhan Penciptanya, dan berucap dengannya,
dengan „tasdiq‟ kepercayaan yang jitu hatinya
bahawa Allah itu Maha Esa, hanya Dia saja yang
disembah. Lantas dengan itu dia meninggalkan
yang ditegah Allah dan melakukan apa yang
diwajibkan ke atasnya oleh syariat.

Beramal soleh pula melakukan amalan tambahan
yang mendatangkan „value-added‟ (nilai tambah)
kepada iman tersebut dan sekecil-kecil amal soleh
ialah membuangkan duri di jalanan. Amal soleh
lebih ditekankan kepada berbuat sesuatu yang
baik untuk kepentingan orang lain, iaitu dalam
siri ‘hubungan manusia dengan Allah’,
Tuhannya, ‘hubungan manusia dengan
manusia’ dan „hubungan mansusia dengan
dirinya’.

Hubungan manusia dengan manusia dalam dunia
ini, dan yang beramal soleh sentiasa memikirkan
pembaikan kepada perjalanan hidup manusia
supaya mendapat keredaan Allah di dunia dan
akhirat.

Contoh yang terdekat ialah segala amal soleh yang
dilakukan oleh para sahabat Rasulullah, iaitu
Saidina Abu Bakar, Saidina Omar ibnu Khattab,
Saidina Othman ibni Affan dan Saidina Ali ibnu
Abi Talib r.a. Di samping iman mereka pada Allah
yang kental, melakukan apa yang diwajibkan atas

68

mereka dan meninggalkan apa yang ditegah,
mereka adalah pejuang-pejuang bersesama
Rasulullah yang mengorbankan harta, tenaga,
masa, berbuat soleh membangunkan agama Allah,
sehingga ke hari ini Islam berkembang pesat atas
kesan amal soleh mereka. Disebabkan amal soleh
tersebut, Rasulullah pernah berkata dalam satu
hadis seperti berikut,

Diriwayat dari Al Barra‟ bin Azib r.a. yang berkata,
„Telah datang pada Rasulullah seorang Badwi, dan
pada masa itu Rasulullah mengerjakan Haj
bersesama semua 4 sahabatnya itu, dan sedang
berada di atas tunggangannya. Kata Badwi itu
pada beliau, „Perjelaskanlah kepada aku tentang
Ayat ini‟.

‫ِإ َّن الَّ ِذي َن آ َم ُنوا َو َع ِملُوا ال َّصالِ َحا ِت ِإنَّا لا نُ ِضي ُع أَ ْج َر َم ْن أَ ْح َس َن َع َملا‬

Jawab Rasulullah, mafhumnya, „Wahai sahabat,
mereka itu tidak jauh dari kamu dan kamu tidak
jauh dari mereka, dan mereka itu ialah Abu Bakar,
Omar, Othman dan Ali „radhiallahu „anhum‟ yang
sedang wukuf bersesamaku ini, beritahulah
kepada semua orang bahawa Ayat ini diturunkan
menjelaskan amalan 4 orang ini.‟

(Imam Suhaili menerangkan dalam Kitabnya Attarif
wal I‟klam, Juzu 5 ms.243, Tafsirul Bayan oleh
Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi).

69

Di antara Masyhadil Qiamah (penyaksian hari
kiamat melalui al-Quran) bagi orang yang beriman
dan beramal soleh ialah,

a) Ditempatkan dalam Jannah Adnin
untuk selama-lamanya

b) Kawasan penempatan ini di sediakan
larian anak sungai yang mengalir dan
membahagiakan mata

c) Kawasan penempatan disediakan
dengan penuh kemewahan, iaitu adanya
tempat rehat untuk mereka berteleku,
dihias dengan sutera

d) Adanya nikmat-nikmat lain yang diberi
sebagai upah atas amal soleh tersebut

e) Tempat berpulang yang terbaik

f) Allah berjanji bahawa setiap amal soleh
itu tidak disia-siakan

Suasana begini bagi mendekatkan minda kita
dengan nikmat-nikmat pemberian Allah pada hari
kiamat tersebut. Secara khususnya Allah maha
mengetahuinya dan kita hanya diperdengarkan
melalui ayat al-Quran di atas. Dalam kata lain,
pilihlah beriman pada Allah, lakukanlah amal
soleh sebagai wira yang merperbaiki di atas muka
bumi ini, bersesama dengan orang-orang yang
beriman lain untuk menegakkan agama Allah dan
iman, beristiqamahlah dengan zikrullah,

70

perkuatkan semua amalan baik agar Islam
berkembang dan berterusan dijiwai oleh mansuia
dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.
KISAH KEDUA DALAM SURAH AL-KAHFI
Selepas penceritaan kisah Ashabul Kahfi dan amal
soleh maka Allah memperkenalkan kepada cerita
2 sahabat yang memperlihatkan tentang nilai-nilai
yang kekal atas nama iman dan amal dengan
nilai-nilai yang keduniaan yang „hilang‟ dan sia-sia
atas kehendak Allah, firman Allah,

Ayat-Ayat 32-44,

‫َوا ْض ِر ْب لَ ُه ْم َم َثلا َر ُجلَ ْي ِن َج َع ْل َنا لأ َح ِد ِه َما َج َّن َت ْي ِن ِم ْن أَ ْع َنا ٍب‬
‫) ِك ْل َتا الْ َج َّن َت ْي ِن آتَ ْت أُ ُكلَ َها‬٣٢( ‫َو َح َف ْف َنا ُه َما بِ َن ْخ ٍل َو َج َع ْل َنا بَ ْي َن ُه َما َز ْرعًا‬
َ‫) َو َكِا َن لَهُ ثَ َم ٌر فَ َقال‬٣٣( ‫َولَ ْم تَ ْظلِ ْم ِم ْنهُ َش ْي ًئا َوفَ َّج ْرنَا ِخلالَ ُه َما نَ َه ًرا‬
ُ‫) َو َد َخلَ َج َّن َته‬٣٤( ‫لِ َصا ِح ِب ِه َو ُه َو يُ َحا ِو ُرهُ أَنَا أَ ْك َث ُر ِم ْن َك َمالا َوأَعَ ُّز نَ َف ًرا‬
َ‫) َو َما أَظُ ُّن ال َّساعَة‬٣٥( ‫َو ُه َو ظَالِ ٌم لِ َن ْف ِس ِه قَالَ َما أَظُ ُّن أَ ْن تَ ِبي َد َه ِذ ِه أَبَ ًدا‬
ُ‫)قَالَ لَه‬٣٦( ‫قَائِ َمةً َولَ ِئ ْن ُر ِد ْد ُت ِِإلَى َربِّي لأ ِج َد َّن َخ ْي ًرا ِم ْن َها ُم ْن َقلَ ًبا‬
‫َصا ِح ُبهُ َو ُه َو يُ َحا ِو ُرهُ أَ َك َف ْر َت بِالَّ ِذي َخلَ َق َك ِم ْن تُ َرا ٍب ثُ َّم ِم ْن نُطْ َفةٍ ثُ َّم‬
‫) َولَ ْولا إِِ ْذ‬٣٨( ‫)لَ ِك َّنا ُه َو اّلَّل ُ َربِّي َولا أُ ْش ِر ُك بِ َربِّي أَ َح ًدا‬٣٧( ‫َس َّوا َك َر ُجلا‬

71

‫َد َخ ْل َت َج َّن َت َك قُ ْل َت َما َشاءَ اّلَّل ُلا قُ َّوةَ ِإلا بِاّلَّلِ ِإ ْن تَ َر ِن أَنَا أَقَلَّ ِم ْن َك َمالا‬
‫)فَ َع َسى َربِّي أَ ْن يُ ْؤتِ َي ِن َخ ْي ًرا ِم ْن َج َّن ِت َك َويُ ْر ِسلَ عَلَ ْي َها‬٣٩( ‫َو َولَ ًدا‬
‫)أَ ْو يُ ْص ِب َح َما ُؤ َها غَ ْو ًرا‬٤١(ِ ‫ُح ْس َبانًا ِم َن ال َّس َما ِء فَ ُت ْص ِب َح َص ِعي ًدا َزلَ ًقا‬
‫) َوأُ ِحي َط بِ َث َم ِر ِه فَأَ ْص َب َح يُ َقلِّ ُب َك َّف ْي ِه عَلَى َما‬٤١( ‫فَلَ ْن تَ ْس َت ِطي َع لَهُ طَلَ ًبا‬
‫أَ ْن َف َق فِي َها َو ِه َي َخا ِويَةٌ عَلَى عُ ُرو ِش َها َويَ ُقولُ يَا لَ ْي َت ِني لَ ْم أُ ْش ِر ْك بِ َربِّي‬
‫) َولَ ْم تَ ُك ِْن لَهُ فِ َئةٌ يَ ْن ُص ُرونَهُ ِم ْن ُدو ِن اّلَّ ِل َو َما َكا َن ُم ْن َت ِص ًرا‬٤٢( ‫أَ َح ًدا‬

ِ )٤٤( ‫) ُه َنالِ َك الْ َولايَةُ ِّلَّلِ الْ َح ّ ِق ُه َو َخ ْي ٌر ثَ َوابًا َو َخ ْي ٌر عُ ْق ًبا‬٤٣(

Mafhumnya,

Bawakanlah kepada mereka satu
misalan/perbandingan dua sahabat lelaki. Kami

kurniakan bagi salah seorang dari mereka dua
buah kebun anggur, dan Kami kelilingi kebun-

kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami

jadikan di antara kedua nya jenis-jenis tanaman
yang lain (32) Kedua-dua kebun tersebut

mengeluarkan hasilnya, tiada mengurangkan
sedikit pun dari hasil itu, dan juga Kami

mengalirkan di antara keduanya dengan sebatang

sungai (33) Sahabat di mana kebun miliknya itu
juga mempunyai harta lain di samping dua kebun

itu, berkata kepada sahabatnya itu, sewaktu
berbincang dengannya „Aku punyai lebih banyak

harta daripadamu, wahai sahabat! Dan aku lebih

berpengaruh dengan anak-anakku yang ramai (34)

72

Dan sambil dia masuk ke dalam dua kebunnya itu
bersama sahabatnya, dengan rasa angkuh
(sebenarnya dia menzalimi dirinya sendiri) dan
berkata, „Aku tak fikir kebun-kebunku ini akan
binasa selama hidupku ini! (35) dan aku tak fikir,
akan berlaku kiamat di mana aku dikembalikan
kepada Tuhanku (mengikut kepercayaanmu)
tentulah aku akan mendapat „tempat kembali‟ yang
lebih baik daripada ini!‟ (36) Sahabat yang
mendengar kata-katanya itu menjawab, „Patutkah
engkau kufur-ingkar kepada Allah, yang
sebenarnya Dia telah menciptakan engkau dari
tanah, kemudian dari air mani dan terbentuklah
kamu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?
(37) tetapi aku sendiri percaya dan yakin
sepenuhnya bahawa Dialah Allah, Tuhanku, dan
aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku
Allah itu, (38) dan sepatutnya sewaktu engkau
masuk ke dalam kedua-dua kebunmu itu,

berucaplah dengan perkataanِ ‫( ما شاء الله‬segala-

galanya akan terjadi dengan kehendak Allah) ‫لا قوة‬

‫( الابالله‬kekuatan yang ada hanya dengan

pertolongan Allah) semoga engkau mendapat
barakah dari-Nya). „Kalaulah engkau memandang
aku ini miskin dan kurang harta dan anak,
berbanding dengan engkau yang kaya (39) maka
mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan
aku nanti dengan yang lebih baik daripada kebun-
kebunmu itu, dan aku bimbang (dengan lagak dan
kufurmu itu) engkau akan ditimpa dengan bala
bencana dari langit (Allah) sehingga terbinasalah

73

semua kebun-kebunmu itu menjadi tandus dan
licin (40) atau pun segala air yang menyuburkan
kebun itu akan kering ditelan bumi, maka pada
masa itu nanti tiada apa yang dapat engkau
perolehi‟ (41) Dengan kuasa Allah, segala
tanaman serta harta benda sahabat itu
dibinasakan, lalu pada masa itu dia menyesal
dengan bertepuk-tepuk dua tangannya
(kehairanan dan sedih) di atas kehilangan
pulangan pelaburannya pada kebun-kebun itu, di
mana kebun-kebun itu mengalami kematian
pucuk-pucuknya, dan dia berkata kesal,
„Alangkah baiknya jika aku tidak sekutukan
sesuatu dengan Tuhanku‟ (42) Tiada sesiapa yang
boleh menolongnya selain dari Allah, dan pada
yang sama dia tidak boleh membela dirinya
sendiri (43) Pada saat-saat demikian, semua
kekuasaan memberi pertolongan hanya terletak di
tangan Allah sahaja, iaitu dari Tuhan yang
sebenarnya, Dialah sebaik-baik pemberi pahala,
dan sebaik-baik memberi kesudahan kepada
hamba-hamba-Nya yang taat (44).

Tafsirnya,

Kisah dua sahabat ini menggambarkan perbezaan
di antara nilai yang akan menghilang dengan nilai
yang kekal. Isunya ialah tauhid dan keimanan
pada Allah. Jiwa yang hanya menekan kekayaan
dunia dan mengabaikan Allah dan akhirat ialah
jiwa yang kosong berakhir dengan kekecewaan
berbanding dengan jiwa yang diisi dengan iman
dan amal soleh, yang meletakkan sepenuh
pengharapan pada Allah, yang tidak akan kecewa

74

menghadapi dunia dan akhirat. Kita boleh
melihat dan membandingkan misalan ini dengan
apa yang berlaku di sekitar kita hari ini.

Kisah benar ini berlaku dalam zaman Bani Israil,
di antara 2 sahabat, seorang sahabat itu
dikurniakan 2 buah kebun dan beliau melabur
dalam kebun itu. Hasil pelaburan itu beliau
memiliki sejumlah harta yang besar dan ditambah
dengan pulangan hasil yang besar dari pelaburan
kebun anggurnya itu.

Gambaran yang diberi dari Ayat di atas, beliau

merancang pelaburan dengan baik dan sistem
penanaman yang moden dan pasti produktivitinya

tinggi. Sayangnya, sikapnya yang

membelakangkan Allah, malah bertakbur dan
was-was tentang pertolongan Allah, tentang hari

kiamat dan tentang kekuasaan Allah, sambil
merendahkan orang yang beriman dengan Allah.

Sikap ini menjerumuskan beliau ke dalam

kerugian, rugi di dunia dan di akhirat nanti.
Sedangkan yang beriman jauh dari kekecewaan

dan kerugian, baik di dunia mahu pun di akhirat.

Permulaan cerita bandingan ini di lakukan dengan
menjelaskan dua sahabat ini di mana salah
seorangnya dikurniakan dua buah kebun buah-
buahan, khususnya anggur dan tamar, yang
memberi hasil yang lumayan. Sistem kebun yang
agak moden dijelaskan menggambarkan adanya
perancangan tanaman yang baik disusuli dengan
perparitan dan pengairan yang baik. Hasilnya
sangat lumayan dengan produktivi keluarannya

75

yang baik dan tidak berkurangan. Tuan punya
kebun ini juga dikatakan memiliki kekayaan lain
yang menunjukkan dia adalah seorang yang kaya
dengan harta dan pendapatannya. Inilah
pengertian dari ayat berikut,

‫َوا ْض ِر ْب لَ ُه ْم َم َثلا َر ُجلَ ْي ِن َج َع ْل َنا لأ َح ِد ِه َما َج َّن َت ْي ِن ِم ْن أَ ْع َنا ٍب‬
‫َو َح َف ْف َنا ُه َما بِ َن ْخ ٍل َو َج َع ْل َنا بَ ْي َن ُه َما َز ْرعًا كِ ْل َتا الْ َج َّن َت ْي ِن آتَ ْت أُ ُكلَ َها َولَ ْم‬

ِ‫تَظْ ِل ْم ِم ْنهُ َش ْي ًئا َوفَ َّج ْرنَا ِخلالَ ُه َما نَ َه ًرا َو َكا َن لَهُثَ َم ٌر‬

Dan berikanlah kepada mereka satu misalan
sebagai perbandingan, dua orang lelaki. Kami
kurniakan kepada salah sorang dari mereka
dengan dua buah kebun anggur, dan dikelilingi
kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta
kami jadikan di antara keduanya jenis-jenis
tanaman yang lain. Kedua-dua kebun itu
mengeluarkan hasilnya dengan baik dan tidak
kurang sedikit pun, dan juga kami mengalirkan di
antara keduanya dengan sebatang sungai, dan
tuan kebun itu menikmati keluaran buah-buahnya
dengan banyak.

Kekayaan sahabat ini membuat dia rasa bongkak
dan besar diri, dan beliau secara berseloroh
menyatakan pada sahabatnya yang miskin itu
yang dia seorang yang kaya, iaitu banyak
hartanya dan mempunyai pengaruh besar kerana
banyak kenalannya dan banyak anak-anak
lelakinya. Cara lagaknya dengan memasuki
kawasan kebunnya dan menunjuk-nunjuk pada

76

kawan itu dengan perasaan „ujub‟ dan angkuh.
Perbuatan menonjol diri serta bangga itu
sebenarnya dikatakan menzalimi dirinya sendiri,
lebih-lebih lagi dia mengulangi cakapannya „Aku
rasa tak habis untuk aku makan hasil kebun ini
yang akan kekal untukku, dan perkataan yang
berbentuk kufur pada nikmat Allah iaitu, „Aku tak
fikir hari kiamat yang kau percaya itu akan
berlaku! Dan kalaulah ianya berlaku seperti
kepercayaanmu itu, aku rasa akan dikembalikan
pada Tuhanmu mestilah aku akan mendapat
tempat yang lebih daripada keadaanku ini!‟.

Inilah sifat-sifat orang yang agak menidakkan
kuasa Allah dan menganggap apa yang dia
lakukan itu tidak kena mengena dengan Allah,
tetapi itulah hasil usahanya. Kerana keterlaluan
kepada harta benda, beliau berasa apa yang
didapati itu akan terus kekal, dan tidak perlu
dikaitkan dengan kiamat dan hari akhirat. Kalau
pun ada kiamat dan dibangkit semula dia rasa
akan mendapat tempat yang lebih baik dari dunia
itu, kerana dia seorang yang berpengaruh besar
dan kaya pula di dunia ini. Inilah maksud Ayat-
Ayat berikut,

ُ‫فَ َقالَ لِ َصا ِح ِب ِه َو ُه َو يُ َحا ِو ُرهُ أَنَا أَ ْك َث ُر ِم ْن َك َمالا َوأَعَ ُّز نَ َف ًرا َو َد َخلَ َج َّن َته‬
ً‫َو ُه َو ظَالِ ٌم لِ َن ْف ِس ِه قَالَ َما أَظُ ُّن أَ ْن تَ ِبي َد َه ِذ ِه ِأَبَ ًدا َو َما أَظُ ُّن ال َّساعَ َة قَائِ َمة‬

‫َولَ ِئ ْن ُر ِد ْد ُت ِإلَى َربِّي لأ ِج َد َّن َخ ْي ًرا ِم ْن َها ُم ْن َقلَ ًبا‬

Mafhumnya,

77

Tuan kebun itu berkata pada rakannya (yang
miskin beriman itu) semasa berbincang
dengannya, „Aku lebih banyak harta darimu, dan
lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikut yang
ramai!‟. Lalu ia pun masuk ke kebunnya itu
bersama-sama rakannya, sedangkan sebenarnya
ia telah menzalimi diri sendiri dengan
keangkuhannya itu, sambil ia berkata, „Aku tak
fikir kebun-kebunku ini akan binasa untuk ke
sekian masa yang lama!‟ dan „Aku tak fikir juga
hari kiamat itu akan berlaku, dan kalau pun
berlaku, seperti mengikut kepercayaan engkau,
maka aku dikembalikan kepada Tuhanku, tentulah
aku akan mendapat „tempat kembali‟ yang lebih
baik dari ini‟.

Fakhrurrazi mentafsirkan Ayat di atas dengan
menyatakan yang mereka berdua berbincang, dan
perbincangan oleh yang miskin beriman itu sudah
pasti menasihatnya jangan terlalu angkuh dan
kufur, dan meminta beliau berhati-hati bersyukur
pada Allah dan yakin yang kita semua akan
dibangkitkan semula apabila mati dan segala amal
soleh kita akan dipersoalkan.

Namun si kaya ini tetap memperlekehkan yang
beriman dan terus menonjolkan kekayaannya,
dan bukan saja beliau kaya tetapi berpengaruh
kerana adanya kawan-kawan berpengaruh beliau
itu. Jadi bagi memperlihatkan kemewahan dan
keceriaannya maka beliau menunjukkan kebun-
kebun itu untuk memperlihatkan kehebatannya.

78

Amalan begini dikatakan oleh Allah sebagai
„menzalimi dirinya sendiri‟ dan dijelaskan yang
beliau menzalimi dirinya sendiri dengan kufur
kepada Allah dalam kata-katanya kepada rakan
miskin berimannya itu, „Aku tak fikir kebun-
kebunku ini akan binasa dalam masa terdekat ini‟,
dan sambil mempersendakan kawan berimannya
dengan kata-kata; „Aku tak fikir hari kiamat itu
akan berlaku; dan kalau pun berlaku, seperti
kepercayaanmu itu, aku akan diberi penghormatan
oleh Tuhanku dengan memberi tempat yang
terlebih baik dari ini setelah aku dikembalikan
kepada-Nya‟.

Dari dialog-dialog yang dikemukakan dalam Ayat
di atas ternyata pemilik-pemilik kebun yang kaya
itu kufur pada Allah, menzalimi dirinya sendiri
dengan tidak beriman pada Allah, pada kuasa-
Nya, dan pada hidup kembali setelah mati di
mana amal soleh akan diperakukan. Inilah
kelibat orang-orang yang kaya dan mencintai
dunia yang membawa nilai keduniaan pada
hidupnya dan lupa pada nilai Allah dan ciptaan-
Nya.

Seterusnya, jawab kepada cakapan yang kufur itu
sahabat yang beriman terus berkata
mengingatkan beliau tentang keterlanjurannya
itu, „Patutkah engkau kufur ingkar pada Allah, Dia
sebenarnya yang telah menciptakan engkau dari
tanah, kemudian dari air mani, dan kemudian
membentuk engkau sebagai seorang lelaki?‟ Yang
terlanjur perlu disedarkan, bahawa apa yang telah
Allah anugerahkan padanya di dunia ini bukan

79

kerana „haknya‟ atau dia berhak atas semua titik
peluhnya, dan menafikan ianya dari Allah, tetapi
dari usahanya.

Kedua ternyata sahabat ini merasa SYAK tentang
adanya bangkit semula selepas mati dan perlu
diingatkan dia bahawa dia sendiri telah dicipta
Allah dari tanah dan akan pulang kepada tanah
dan dicipta dari air mani dan sudah pasti Allah
dapat menghidupkan dia semula selepas mati
untuk melihat amal solehnya.

Lantas sahabat miskin beriman itu menunjukkan
kepada beliau yang dia beriman dengan Allah;
dengan katanya, „Engkau kufur pada Allah
sedangkan aku ini beriman kepada-Nya dan aku
tidak syirik pada-Nya sedikit pun, iaitu miskin dan
kaya itu adalah dari-Nya, aku bersyukur pada-Nya
jika aku diberi rezeki, dan jika aku susah aku
bersabar, aku tidak takbur atas rezeki yang
dianugerah-Nya. Aku juga percaya semua kita
akan dibangkitkan dan dihisab atas amal soleh
kita.‟

Jadi beliau mencadangkan kepada pemilik 2
kebun itu mengucapkan dua perkara berikut
untuk mengembalikan imannya pada Allah
sewaktu beliau masuk ke dalam kebunnya itu,

iaitu perkataan ‫( ما شاء الله‬semuanya terjadi dengan

kehendak Allah) dan perkataan ‫( لا قوة الا بالله‬tiada

ada daya atau kekuatan KECUALI dengan
pertolongan Allah).

80

Kedua-dua perkataan tersebut adalah pemulih
akidah kepada Allah, dan iman yang meletakkan
segala-galanya pada kehendak Allah dan
pertolongan dari-Nya atas segala apa yang kita
dapat di dunia ini. Inilah dia pengertian dari
Ayat-Ayat seterusnya.

(Rujukan Tafsir Fakhruzrazi; Juzu 21 ms 126)

‫قَا َل لَهُ َصا ِح ُبهُ َو ُه َو يُ َحا ِو ُر ُه أَ َك َف ْر َت بِالَّذ ِذي َخلَ َقذ َك ِمذ ْن تُذ َرا ٍب ثُذ َّم‬
‫)لَ ِك َّنذا ُهذ َو اّلَّل ُ َربِّذي َولا أُ ْشذ ِر ُك بِ َربِّذي‬٣٧( ‫ِم ْن نُ ْط َف ٍة ثُ َّم َس َّوا َك َر ُجلا‬
‫) َولَذ ْولا ِإ ْذ َد َخ ْلذ َت َِج َّن َتذ َك قُ ْلذ َت َمذا َشذا َء اّلَّل ُلا قُذ َّوةَ ِإلا‬٣٨( ‫أَ َح ًدا‬

‫بِاّلَّ ِِل‬

Mafhumnya,

Berkatalah rakannya kepadanya, semasa
berbincang dengannya, „Patutkah engkau kufur
ingkar kepada Allah yang telah menciptakan
engkau dari tanah, kemudian dari air mani dan
kemudian Dia membentuk engkau menjadi seorang
lelaki? Tetapi aku sendiri sangat percaya dan
yakin dengan sepenuhnya bahawa Dialah Allah,
Tuhanku, dan tidak sedikit pun syirik pada-Nya
dengan sesuatu apa pun. Dan sepatutnya semasa
engkau masuk ke dalam kawasan kebun-kebunmu

itu ucapakanlah perkataan ‫ ما شاء الله‬dan ‫لا قوة الا بالله‬

81

(iaitu segala sesuatu itu hanya terjadi dengan
kehendak Allah dan tidak ada kekuatan dan helah
kecuali dengan pertolongan dari Allah).‟

Syed Quthub pula menyatakan bahawa sahabat
yang beriman dan miskin itu adalah contoh
seorang yang memulihkan secara adab agar
seseorang yang telah mendapat nikmat Allah
bersikap bersyukur dan mengingatkannya
keburukan menjadi takbur dan besar diri atas
nikmat anugerah Allah itu. Letakkan semua
kurniaan Allah itu kepada nikmat-Nya dan
kehendak-Nya.

Begitulah keperluan iman dalam diri orang yang
beriman, yang tidak menjadikan harta dan wang
sebagai segala-galanya, dan bertanggungjawab
memandu yang syak itu kepada jalan Allah agar
tidak tertipu dengan apa yang dikurniakn Allah
kepadanya. Beliau memandu yang bersikap
tamak pada hidup ini kepada iman dan
bertawakal pada Allah, dan dari bersikap takbur
dan syak kepada rasa berdosa dan mahu
bertaubat. Malah dia mendorong yang pelabur itu
ke arah pelaburan yang diredai Allah untuk dunia
dan akhirat.

Kita teruskan mendengar kata-katanya kepada
sahabatnya itu dalam Ayat berikut,

Katanya; „Kalau engkau memandang aku serba
kekurangan harta dan anak, berbanding
denganmu, mudah-mudahan Allah, Tuhanku, akan
mengurniakan kepadaku yang terbaik lebih dari

82

kebun-kebunmu itu! Dan aku takut (jika engkau
terus kufur ingkar) engkau akan menerima bala
bencana dari langit menimpa engkau, sehinga
terjadilah pada kebun-kebun engkau itu
kemusnahan dengan tanah yang licin dan tandus!
Atau pun terjadi pada kebunmu keadaan kering
kontang dan ditelan bumi dan pada masa itu
engkau tidak dapat mencarinya lagi!‟

Apakah kesudahannya pada pemilik kebun-kebun

ini? Dia terus dengan ingkarnya, walaupun

didakwah sebegitu rupa. Kebun-kebunnya
menjadi kekeringan, buah-buahnya keguguran,

kering kontang tanahnya dan beliau didapati kesal
dan kerugian atas pelaburannya itu. Pada masa

itu semuanya sudah terlewat. Tetapi Allah

mencatitkan pengakuan kesalahannya dengan
kata-katanya, „Alangkah baiknya, jika aku

tidak sekutukan sesuatau pun dengan
Tuhanku’ Inilah penjelasan Ayat-Ayat

selanjutnya seperti berikut,

‫)فَ َع َسى َربِّي أَ ْن يُ ْؤتِ َي ِن َخ ْي ًرا ِم ْن‬٣٩( ‫ِإ ْن تَ َر ِن أَنَا أَقَلَّ ِم ْن َك َمالا َو َولَ ًدا‬
‫)أَ ْو‬٤١( ‫َج َّن ِت َك َويُ ْر ِسلَ عَلَ ْي َهِا ُح ْس َبانًا ِم َن ال َّس َما ِء فَ ُت ْص ِب َح َص ِعي ًدا َزلَ ًقا‬
‫) َوأُ ِحي َط بِ َث َم ِر ِه فَأَ ْص َب َح‬٤١( ‫يُ ْص ِب َح َما ُؤ َها غَ ْو ًرا فَلَ ْن تَ ْس َت ِطي َع لَهُ طَلَ ًبا‬
‫يُ َق ِلّ ُب َك َّف ْي ِه عَلَى َما أَ ْن َف َق فِي َها َو ِه َي َخا ِويَةٌ عَلَى عُ ُرو ِش َها َويَ ُقولُ يَا لَِ ْي َت ِني‬

‫لَ ْم أُ ْش ِر ْك بِ َربِّي أَ َح ًدا‬

Mafhumnya,

83

Kalau engkau memandangku kekurangan harta
dan anak-anak, berbanding denganmu, maka
mudah-mudahan Allah, Tuhanku akan
mengurniakan aku lebih baik dari kebun-kebunmu
itu dan aku bimbang (jika engkau terus takbur dan
ingkar) Allah akan menimpakan engkau dengan
bencana dari langit, sehingga semua kebun-kebun
engkau menjadi tanah licin dan tandus, atau pun
air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi.
Pada masa itu engkau dapati semuanya hilang,
DAN dengan kuasa Allah, semua tanaman dan
harta bendanya telah dibinasakan (kerana
kekufuran dan ingkarnya pada Allah) dan pada
masa itu kelihatan dia membalik-balikkan kedua
tangannya dengan penuh rasa kesal terhadap
semua pelaburannya pada kebun-kebun itu.
Sambil kesal dia berkata, „Alangkah baiknya jika
aku tidak sekutukan Allah itu dengan sesuatu apa
pun.‟

Lihat kepada dialog di atas dalam Ayat ini, apa
yang dibimbang oleh miskin beriman itu memang
„masuk akal‟. Beliau bimbang jika pelaburan yang
membelakangkan Allah, dan penuh dengan rasa
takbur serta tamakkan dunia, dikhuatiri akan
memakan tuannya, jika pelaburannya ialah di
atas tanah maka tanah itu akan menjadi gersang,
jika ianya melibatkan wang, mungkin wang itu
akan salah „placement‟ dan esoknya rugi, dan
dalam semua pelaburan ada risikonya. Oleh itu
beliau meminta sahabatnya bertawakal pada
Allah, jangan ingkar kufur atas nikmat Allah,
bersyukur dan menggunakan jalan yang halal dan

84

mendekati Allah atas semua risiko yang mungkin
terjadi. Harapkan pertolongan dari Allah.

Apabila terjadi malapetaka kerana kesombongan
kita, kekufuran kita, kerana tamak, takbur dan
rasa was-was pada pembalasan Allah dan hari
bangkit semula, maka pada masa itu „kekesalan‟
tidak lagi memberi erti apa-apa pada kita.

Kisah Bani Israel di atas berakhir dengan
kerugian pelaburannya dan hilang semua harta
bendanya. Sekurang-kurangnya dia mengetahui
kekesalan itu dan kerugiannya itu kerana
syiriknya pada Allah.

Beliau sedar dalam keadaan kemusnahan semua
pelaburannya, siapa yang mahu dipohon
pertolongan? Dan siapa yang boleh memberi
pertolongan? Lihat saja Ayat berikut. Hanya
Allah saja yang boleh memberi pertolongan dan
membelanya dari terus musnah di dunia dan
akhirat. Allah adalah sebaik-baik pemberi pahala
dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang
berbahagia.

‫َولَ ْم تَ ُك ْن لَهُ فِ َئةٌ يَ ْن ُصذ ُرونَهُ ِمذ ْن ُدو ِن اّلَّ ِل َو َمذا َكذا َن ُم ْن َت ِصذ ًرا ُه َنالِذ َك‬
‫الْ َولايَ ُة ِّلَّ ِل الْ َح ّ ِق ُه َو َخ ْي ٌر ثَ َوابًا َو َخ ْي ٌر عُ ْق ًبا‬

Mafhumnya,

Dan dia tidak mendapat sebarang pertolongan dari
mana-mana golongan yang boleh membantunya

85

SELAIN dari Allah dan dia juga tidak dapat
membela dirinya sendiri. Pada saat-saat demikian
itu, kekuasaaan memberi pertolongan hanya
tertentu bagi Allah sahaja, Tuhan yang sebenar-
benarnya. Dialah Allah sebaik-baik pemberi
pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang
berbahagia kepada hamba-hamba-Nya yang taat.

Mengakhiri cerita dua sahabat, seorang pelabur
yang syak tentang akidah dan seorang yang
beriman, Allah menyisipkan satu prinsip akidah
yang sangat penting iaitu, YANG BOLEH
MENOLONG HANYA ALLAH, Allah Tuhan yang
sebenar-benarnya, pemberi pahala yang terbaik,
pemberi kesudahan yang berbahagia.

Bagaimana ini boleh berlaku dalam konteks
cerita di atas?

Terfikir apakah pengajaran yang boleh diambil
dalam cerita ini berkait dengan Surah Al-Kahfi
keseluruhannya. Setelah meneliti beberapa tafsir-
tafsir besar ianya tidak mencatitkan satu
pengajaran selain daripada kemenangan yang
beriman ke atas sahabat yang kufur ingkar.

Jika di teliti cerita ini secara keseluruhan,
perkara-perkara berikut dapat dirumuskan,

a) Allah menjelaskan ada konsep pelaburan
pertanian, iaitu 2 buah kebun milik
seorang sahabat yang was-was terhadap
kuasa Allah dan juga was-was tentang
adanya hari bangkit semula

86

b) Tuan punya 2 kebun anggur ini, telah
merancang pengeluaran kebun-kebunnya

secara terancang atau berekonomi ikut
skala yang pasti mendatangkan

produktiviti yang tinggi. Dia merancang

pengeluaran yang boleh
menguntungkannya dan pelaburannya

c) Kawalan ke atas kebun-kebunnya juga

dijelaskan dengan cara memperlihatkan

kebun-kebun itu pada sahabatnya dan
menyakini pengeluaran kebun-kebunnya

akan berterusan. Semuanya ini

menggambarkan adanya perancangan
pengeluaran pertanian yang moden

dengan pelaburan yang mencukupi dari
seorang palabur

d) Akibat perancangan pelaburan dan
penjagaan kebun-kebun ini maka dijangka
menguntungkan, lebih-lebih lagi tuan
kebun dikatakan sebagai seorang yang
mempunyai harta sampingan yang lain

e) Dari segi kerohanian dan agama, beliau

agak kurang beriman, was-was terhadap

konsep „amal-soleh‟, kurang percaya pada
kuasa Allah melalui usaha-usahanya, dan

was-was tentang bangkit semula selepas
mati. Walau bagaimanapun, beliau

sedang dinasihati oleh seorang sahabat

yang kuat imannya pada Allah, percaya
pada kuasa Allah, bertawakal atas segala

87

kehendak Allah, dan yakin atas usaha
amal soleh dan percaya akan
dibangkitkan semula untuk dihisab amal
baik/amal jahat di hadapan mahkamah
Allah

f) Tuan punya kebun-kebun itu yang terus
kurang memberi perhatian pada Allah dan

kuasa-Nya, akhirnya berhadapan dengan
kuasa Allah. Beliau gagal dalam

pelaburannya akibat kerosakan teruk

akibat cuaca dan semua pelaburannya
rugi. Rugi seorang pelabur yang was-was

tentang Allah dan kuasa Allah,

menyebabkan beliau kesal dan mengakui
„sepatutnya beliau tidak syirik pada Allah‟

membawa baliknya kepada Allah

g) Saranan ayat seterusnya ialah, yang boleh

menolong HANYA Allah, Allah adalah
sebenar-benarnya Tuhan, sebaik-baik

pemberi pahala, sebaik-baik pemberi
kesudahan yang berbahagia pada

manusia. Ini termasuklah kepada

penerusan pelaburan dan pembangunan
yang diusahakan oleh pelabur tadi

Cerita ini melibatkan seorang pelabur yang tidak
kuat imannya dengan seorang penasihat agama
yang kuat imannya pada Allah. Gabungan kedua-
dua manusia ini menjelaskan bahawa bagaimana
satu-satu pelaburan itu boleh mendapat barakah,
dan kejayaannya atas pertolongan dari Allah dan

88

atas kebijaksanaan pelabur merancang
pelaburannya.

Di antara nasihat yang diberi oleh sahabat yang
kuat imannya itu ialah,

a) Memulakan semua kerja-kerja
pelaburan itu dengan menyakini

semuanya di bawah kuasa Allah dan
didoakan dan mengharap penjagaan

dari Allah. Firman Allah atas lidah

sahabat yang menasihat itu, ‫ولولا اذ دخلت‬

‫ جنتك قلت ما شاء الله لا قوة الا با الله‬sepatutnya

sewaktu engkau memasuki kebun-

kebun engkau itu katalah, „Semuanya
yang akan berlaku hanya dengan
kehendak Allah dan tidak ada daya dan
kekuatan selain dari bergantung pada
kekuatan Allah.‟

b) Dalam melaksanakan perancangan
pelaburan itu hendaklah jangan kufur
pada Allah, dan mengucapkan sesuatu
yang jelas menentang Allah. Firman
Allah,

‫أَ َك َف ْر َت بِالَّ ِذي َخلَ َق َك ِم ْن تُ َرا ٍب ثُ َّم ِم ْن نُ ْط َفةٍ ثُ َّم َس َّوا َك‬
‫َر ُجلا لَ ِك َّنا ُه َو اّلَّل ُ َربِّي َولا أُ ْش ِر ُك بِ َربِّي أَ َح ًدا‬

ِ

89

Sahabat itu berkata padanya dalam

perbincangan mereka. „Adakah
patut kamu kufur dan ingkar pada

Allah yang telah mencipta kamu dari
tanah, kemudian dari air mani, dan

kemudian Dia membentuk engkau

menjadi seorang lelaki? Aku sendiri
sangat percaya dan yakin pada

Allah, Tuhanku, dan aku tidak
sekutu sesuatu pun dengan Tuhanku

itu‟. Ertinya, janganlah kita

menzalimi diri kita sendiri, tetapi
berimanlah pada Allah, memohon

keberkatan-Nya untuk kita berjaya

c) Menggunakan segala kepakaran kita
dalam merancang, pengorganisasian,
kawalan dan koordinasi semua faktur
modal, manusia dan keusahawanan dan
bertawakal pada Allah;

‫ِك ْل َتا الْ َج َّن َت ْي ِن آتَ ْت أُ ُكلَ َها َولَ ْم تَ ْظلِ ْم ِم ْنهُ َش ْي ًئا َوفَ َّج ْرنَا‬
‫ِخلالَ ُه َما نَ َه ًرا‬

Akibat perancangan yang baik kedua-
dua kebun itu mengeluarkan hasilnya,
dan sedikit pun tidak kurang hasilnya
dari biasa, dan didapati saliran air, iaitu
sungai yang berada di antara kedua-
duanya, (perancangan pengairan) dan di
samping itu dia juga mempunyai harta
yang lain (sumber modal yang teguh)

90

d) Rancangkan pengeluaran hasil yang

baik dan beramal soleh dengannya
untuk memberkati hasilnya dan

keuntungan darinya. Beramal soleh
dalam pengeluaran bererti

menuaikan hasil, menjualnya di

pasaran dan tidak menipu demi
mengumpul untung yang berlipat.

Amal soleh begini tidak akan disia-
siakan oleh Allah. Firman nya,

‫ِإ َّن الَّ ِذي َن آ َم ُنوا َو َِع ِملُوا ال َّصالِ َحا ِت ِإنَّا لا نُ ِضي ُع أَ ْج َر َم ْن‬
‫أَ ْح َس َن عَ َملا‬

Sesungguhnya orang yang beriman
dengan Allah, dan melakukan amal soleh
(kerana Allah) maka sesungguhnya Kami
tidak akan mensia-siakan pahala orang-
orang yang berusaha memperbaiki
amalnya itu‟ (Ayat 30 Surah Al-Kahfi)

Justeru, sahabatnya menekankan kosep
iman pada Allah dalam mendakwah
kawannya yang was-was itu, agar dengan
usaha gigihnya itu disaluti iman dan amal
soleh maka dia tidak akan kerugian baik
di dunia dan di akhirat.

Kesimpulannya,

91

Ayat-Ayat Al-Kahfi bermula dari Ayat 32 hingga
Ayat 44 adalah melibatkan amal soleh dalam
amalan pelaburan dan pengeluaran dan amalan
perniagaan yang boleh dijadikan panduan kepada
yang mahu keimanan dan bimbingan Allah agar
tidak rugi di dunia dan akhirat. Jika anda lalai
dari beberapa prinsip yang disebutkan dalam
Ayat-Ayat itu maka hasilnya ialah kerugian dunia
dan akhirat.

Maksud dari ayat berikut,

‫َوا ْض ِر ْب لَ ُه ْم َم َثلا َر ُجلَ ْي ِن َج َع ْل َنا لأ َح ِد ِه َما َج َّن َت ْي ِن ِم ْن‬
ِ ‫أَ ْع َنا ٍب َو َح َف ْف َنا ُه َما بِ َن ْخ ٍل َو َج َع ْل َنا بَ ْي َن ُه َما َز ْرعًا‬

Mafhumnya,

Akibat kerugian pelaburannya jadilah ia
membalik-balikkan kedua tangannya penuh
kekesalan terhadap semua pelaburannya pada
kebun-kebunnya itu‟.

Mengapa kita mahukan Allah dan iman dalam
hidup kita ini, mahukan Allah dan iman dalam
pergerakan amal harian kita? Allah menjelaskan
bandingan dalam Ayat-Ayat seterusnya untuk
renungan kita.

Pertama, hidup di dunia ini seperti air yang
membasahi bumi, menyuburkan tanah, tetapi
pada akhirnya, datang kemarau dan kering, maka
semua yang telah hidup itu kering dan terbang

92

ditiup angin. Yang tinggal hanyalah kekuasaan
Allah. Bagi yang beriman, iman itu menjadi
temannya, yang tidak beriman tiada sesiapa yang
bersamanya.

Antara anak ramai dan harta benda yang banyak
jika tidak diikuti oleh amal soleh dengan harta
dan anak itu, maka tiada tinggalan soleh yang
boleh dijadikan hasil yang baik di sisi Allah.
Tinggalan amal soleh yang terbaik, punyai
kebajikan yang tinggi di sisi Allah dan menjadi
cita-cita kepada yang beriman.

Untuk apa amal soleh itu perlu menjadi tinggalan
kita? Jawabnya, kerana pada akhirnya apabila
berlaku kiamat, gunung-ganang berterbangan,
semua manusia di waktu itu dihimpunkan di
Padang Mahsyar, untuk menghadap Allah di
hadapan Mahkamah-Nya untuk diperiksa semua
amal baik dan jahat mereka, dan orang beramal
soleh akan mendapat pahala yang besar.

Ayat-Ayat 45-48,

‫َوا ْض ِر ْب لَ ُه ْم َم َثلَ الْ َح َيا ِة ال ُّد ْن َيا َك َما ٍء أَ ْن َزلْ َناهُ ِم َن ال َّس َما ِء فَا ْخ َتلَ َط بِ ِه‬
‫نَ َبا ُت الأ ْر ِض فَأَ ْص َب َح َه ِشي ًما تَ ْذ ُروهُ ال ِّريَا ُح َو َكا َن اّلَّل ُ َعلَى ُك ِلّ َش ْي ٍء‬
‫)الْ َمالُ َوالْ َب ُنو َن ِزي َنةُ الْ َح َيا ِة ال ُّد ْنِ َيا َوالْ َباقِ َيا ُت ال َّصالِ َحا ُت‬٤٥( ‫ُم ْق َت ِد ًرا‬
‫) َويَ ْومَ نُ َس ِّي ُر الْ ِج َبالَ َوتَ َرى الأ ْر َض‬٤٦( ‫َخ ْي ٌر ِع ْن َد َربِّ َك ثَ َوابًا َو َخ ْي ٌر أَ َملا‬

93

‫) َوعُ ِر ُضوا عَلَى َربِّ َك َص ًّفا‬٤٧( ‫بَا ِر َزةً َو َح َش ْرنَا ُه ْم فَلَ ْم نُغَا ِد ْر ِم ْن ُه ْم أَ َح ًدا‬
‫لَ َق ْد ِج ْئ ُت ُمونَا َك َما َخِلَ ْق َنا ُك ْم أَ َّولَ َم َّر ٍة بَلْ َز َع ْم ُت ْم أَلَّ ْن نَ ْج َعلَ لَ ُك ْم َم ْو ِع ًدا‬

)٤٨(

Mafhumnya,

Wahai Muhammad, kemukakanlah kepada
mereka satu perbandingan misalan, iaitu HIDUP
DUNIA ini samalah seperti air hujan yang telah
Kami turunkan dari langit, ia turun dan kemudian
bercampur baur dengan tanah tanih
(menyebabkan kesuburan tanah dan hasil yang
hijau berlaku). Kemudian bila berlaku kekeringan
air itu, maka semuanya akan kering dan terbang
ditiup angina. Ingatlah! Allah maha berkuasa di
atas segala sesuatu itu (45) Harta benda dunia,
dan anak-pinak hanya sekadar perhiasan hidup
ini. dan AMAL SOLEH akan kekal faedahnya
kepada hidup ini dan paling berkebajikan di sisi
Allah dilihat dari segi pahalanya, dan adalah
sebaik-baik cita-cita yang diharapkan (46) Iaitu,
ingatilah, pada satu Hari itu akan Kami bongkar
dan terbangkan gunung-ganang (hari kiamat) dan
pada masa itu engkau akan dapat melihat bumi
ini rata dan terdedah nyata, dan Kami himpunkan
mereka semua (di Padang Mahsyar), dan tidak
seorang pun yang ketinggalan (47) Mereka tetap
akan dibawa menghadap Tuhanmu, Allah,
berbaris-baris dan seraya berkata, „Kamu semua
sekarang ini telah datang menemui Kami dalam
bentuk ciptaan seperti kamu dijadikan mula-mula

94

dulu, bahkan kamu dahulu menyangka yang
Kami tidak akan mengadakan waktu sedemikian
rupa (untuk di himpunkan kamu semua) „seperti
di janjikan.‟ (48)

Tafsirnya,

Ibnu Kathir mencatitkan bahwa banyak ayat-ayat
yang membandingkan manusia dengan air hujan,
hidup dan menghijaukan tanaman, apabila
kering, maka kekeringanlah daun-daun dan
tumbuhan itu dan ringan diterbangkan angin. Di
antaranya,

a) Dalam Surah Yunus (Ayat 24) Allah
berfirman,

‫ِإنَّ َما َم َثلُالْ َح َيا ِة ال ُّد ْن َيا َك َما ٍء أَ ْن َزلْ َنا ُه ِم َن ال َّس َما ِء فَا ْخ َتلَ َط بِ ِه‬
‫نَ َبا ُت الأ ْر ِض ِم َّما يَ ْأ ُكلُ ال َّنا ُس َوالأ ْن َعامُ َح َّتى ِإذَا أَ َخ َذ ِت‬
‫الأ ْر ُض ُز ْخ ُرفَ َها َوا َّزيَّ َن ْت َوظَ َّن أَ ْهلُ َها أَنَّ ُه ْم قَا ِد ُرو َن عَلَ ْي َها‬
‫أَتَا َها أَ ْم ُرنَا لَ ْيلا أَ ْو نَ َها ًرا فَ َج َع ْل َنا َها َح ِصي ًدا َكأَ ْنِ لَ ْم تَ ْغ َن‬
)٢٤( ‫بِالأ ْم ِس َك َذلِ َك نُ َف ِّصلُالآيَا ِت لِ َق ْو ٍم يَ َت َف َّك ُرو َن‬

Mafhumnya,

Sesungguhnya bandingan kehidupan
dunia hanyalah seperti air hujan yang
Kami turunkan dari langit, lalu
tumbuhlah dengan subur tanaman-

95

tanaman di bumi yang terdiri dari jenis-
jenis yang dimakan oleh manusia dan
binatang, bercampur-campur, bertaut-
tautlah kehidupan itu disebabkan oleh
adanya air itu, hingga apabila bumi
lengkap semua dengan keindahannya
dan terhias cantik dan penduduknya
pula menyangka mereka telah dapat
menguasai dan mengambil hasil dari
tanaman itu (kerana semua itu adalah
hasil kerja mereka). Apabila datang
bencana menimpanya di waktu malam
atau pada siang hari, lalu Kami
jadikannya hancur lebur, seolah ia tidak
pernah ada sebelum ini. Demikianlah
Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan
Kami satu persatu bagi kaum yang mahu
berfikir mengambil iktibar dari nya.

b) Dalam Surah Az Zumaar (Ayat 21),
Allah berfirman,

‫أَلَ ْم تَ َر أَ َّن اّلَّل َ أَ ْن َزلَ ِم َن ال َّس َما ِء َماءً فَ َسلَ َكهُ يَ َنابِي َع فِي‬
ُ‫الأ ْر ِض ثُ َّم يُ ْخ ِر ُج بِ ِه َز ْرعًا ُم ْخ َت ِل ًفا أَلْ َوانُهُ ثُ َّم يَ ِهي ُج فَ َت َراه‬
‫ُم ْص َف ًّرا ثُ َّم يَ ْج َعلُهُ ُحطَا ًما ِإ َّن فِي ذَلِ َك لَ ِذ ْك َرى لأولِي‬
‫الألْ َبا ِب‬

Mafhumnya,

96

Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa
Allah menurunkan hujan dari langit, lalu
dialirkannya dan menjadi mata air-mata
air di bumi, kemudian Dia menumbuhkan
dengan air itu akan tanaman-tanaman
yang berbagai jenis dan berbagai
warnanya, dan kemudian tanaman itu
tumbuh dengan segar menghijau (hingga
ke satu masa tertentu) selepas itu engkau
melihatnya berubah warna menjadi
kekuning-kuningan, kemudian hancur
bersepai? Sesungguhnya, segala yang
disebutkan itu menjadi peringatan yang
menyedarkan orang-orang yang berakal
sempurna.

c) Dalam Surah Al-Hadid (Ayat 20), Allah
berfirman,

‫ا ْعلَ ُموا أَنَّ َما الْ َح َياةُ ال ُّد ْن َيا لَ ِع ٌب َولَ ْه ٌو َو ِزي َنةٌ َوتَ َفا ُخ ٌر بَ ْي َن ُك ْم‬
‫َوتَ َكاثُ ٌر فِي الأ ْم َوا ِل َوالأ ْولا ِد َك َم َث ِل غَ ْي ٍث أَ ْع َج َب الْ ُك َّفا َر‬
‫نَ َباتُهُِ ثُ َّم يَ ِهي ُج فَ َت َراهُ ُم ْص َف ًّرا ثُ َّم يَ ُكو ُن ُحطَا ًما َوفِي الآ ِخ َر ِة‬
‫عَ َذا ٌب َش ِدي ٌد َو َم ْغفِ َرةٌ ِم َن اّلَّ ِل َو ِر ْض َوا ٌن َو َما الْ َح َياةُ ال ُّد ْن َيا ِإلا‬

ِ )٢١( ‫َم َتاعُ الْغُ ُرو ِر‬

Mafhumnya,

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) hidup dunia
itu hanyalah bawaan hidup yang berupa semata-

97

mata hiburan yang melalaikan serta perhiasan dan
bertujuan bermegah-megah, di antara kamu.
Berlumba-lumba memperbanyakkan harta benda
dan anak pinak semuanya ini dibandingkan seperti
air hujan yang menumbuhkan tanaman menjadi
hijau subur, memberikan keceriaan pada
penanamnya yang tertarik hati pada kesuburan
itu, yang terus bergerak segar (hingga ke satu
masa) tiba-tiba dilihat kekuningan dan akhirnya
hancur bersepai. Ketahuilah bahawa azab akhirat
adalah berat (disediakan kepada yang terlalu
keduniaan), tetapi tetap ada pula keampunan serta
keredaan dari Allah (bagi yang mengutamakan
akhirat). Kehidupan di dunia ini hanyalah tempat
kesenangan bagi orang-orang yang TERPEDAYA.

Ketiga-tiga ayat ini hanya menguatkan
kefahaman kita bahawa hidup dunia seperti
hujan, tidak lebih dari itu, yang menyuburkan
tanah-tanih seketika sebelum menjadi kuning dan
kering. Terlalu kepada dunia dan kemewahannya
adalah memperdayakan hidup ini dan jalan
terbaik ialah mengutamakan akhirat dalam hidup
ini.

Ayat kemudian membandingkan harta benda
dunia dan anak pinak yang ramai tidak lebih
dari hanya perhiasan sementara hidup ini, TETAPI
amal soleh di dunia dan tinggalan amal soleh
itu adalah sebaik-baik kebajikan di sisi Allah dan
menjadi impian dan cita-cita yang harus diberi
tumpuan.

98

Apakah dia amal soleh itu? Ar-Razi

mendefinasikannya sebagai „Setiap amalan dan
pertuturan dalam hidup manusia ini yang

dilakukan kerana Allah, dan cita-cita pengamal
kebajikan kerana Allah itu ialah bagi mendapat

keredaan Allah, pahala-Nya, dan nasib-Nya di

akhirat nanti. Amalan dan pertuturannya itu akan
meninggalkan kesan faedahnya yang boleh

diwarisi oleh orang yang terkemudian. Itulah cita-
citanya.‟

Gambaran hari kiamat dalam Ayat di atas
merangkumi,

a) Segala bukit bukau, dan gunung-
ganang, bangunan-bangunan, habis
diterbangkan seperti kapas

b) Keadaan bumi ini hanya mendatar dan
dipenuhi manusia yang dihimpunkan

c) Manusia dihimpunkan untuk
menghadapi Mahkamah Allah di Padang

Mahsyar

d) Tidak ada yang terlepas dari himpunan
ini walau seorang pun. Ini bererti
terkumpul semua manusia sejak dari
zaman Adam a.s. hingga manusia-
manusia yang ada pada akhir hayat
hidup dunia. Sesaknya tidak dapat
digambarkan

99

e) Semua manusia berbaris-baris mengikut
kehendak Allah

f) Manusia dibangkit semula dalam
bentuk biasa manusia, seperti mereka
dicipta dahulu

Semua gambaran kiamat ini hanya kita
mendengar dari al-Quran sahaja dan tidak pernah
tergambar bagaimana keadaan yang sebenar.
Ianya diperdengarkan kepada kita untuk
menambahkan iman kita pada Allah yang hari
kiamat itu BENAR dan akan berlaku, walaupun
sesetengah orang yang kufur menolak akan
adanya hari kiamat ini.

Penjelasan hari kiamat dan keadaannya dijelaskan
dalam ayat berikutnya. Keseluruhannya

menggambarkan huru-hara hari kiamat. Di
antaranya,

a) Setiap individu itu akan dibekalkan
dengan kitabnya (buku catitan amalnya
semasa di dunia dahulu), sama ada

diterima dengan tangan kanannya atau
tangan kirinya

b) Orang yang kufur berubah wajah
mereka ketakutan, takut terbongkar
segala kejahatan mereka kepada semua
yang ada atau takut kepada azab yang
bakal menunggu di hadapan

100

c) Gelagat pembaca buku catitan itu yang
terkejut kerana catitan tersebut terlalu
detail, walau sekecil mana pun amalan
itu dicatitkan

d) Terdapat catitan amal bersekali dengan
pahala dosanya

e) Pengakuan Allah, semua catitan itu
adalah benar dan Allah tidak menzalimi
sesiapa pun

Ayat 49,

‫َو ُو ِض َع الْ ِك َتا ُب فَ َت َرى الْ ُم ْج ِر ِمي َن ُم ْشفِ ِقي َن ِم َّما فِي ِه َويَ ُقولُو َن يَا َويْلَ َت َنا‬
‫َما ِل َه َذا الْ ِك َتا ِب لا يُغَا ِد ُر َص ِغي َرةً َولا َك ِبي َرةً ِإلا أَ ْح َصا َها َو َو َج ُدوا َما‬

ِ )٤٩( ‫عَ ِملُوا َحا ِض ًرا َولا يَظْلِ ُم َربُّ َك أَ َح ًدا‬

Mafhumnya,

Dan „Kitab-Kitab Amal‟ dibentangkan, engkau
akan dapat melihat bahawa orang-orang yang
berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat
di dalamnya, dan mereka akan berkata, „Aduhai
celakanya kami ini! Mengapa Kitab ini sedemikian
rupanya? Catitannya tidak meninggalkan yang
kecil atau yang besar, semua dihitung!‟ Dan
mereka mendapati segala amal yang mereka telah
lakukan itu „sedia tertulis‟, (ingatlah) Allah,

101

Tuhanmu itu tidak melakukan zalim kepada
seseorang pun. (49)

Tafsirnya,

Syed Quthub berkata Ayat di atas memperlihatkan
kepada kita akan huru-hara hari kiamat yang
pasti akan tiba. Kawasan bumi yang berhampar
luas, dipenuhi manusia untuk dihisab amal baik
jahat mereka, yang menggemparkan mereka ialah
segala amalan jahat mereka tertulis, dilihat,
dibaca, dan terdapat segala perincian amalan
mereka yang lalu.

Luahan kata-kata mereka menggambarkan
mereka terperangkap kerana kekufuran mereka.
Dalam keadaan takut, kesal, tertekan dan kelam
kabut dengan huru-hara yang menekan
persekitaran hari itu menambahkan tekanan atas
mereka. Di mana hendak melarikan diri? Segala
amalan maksiat mereka terdedah. Yang pasti
pada mereka, mereka tidak pernah percaya akan
adanya hari seperti ini, iaitu hari dibangkit
semula.

Penyaksian hari kiamat di atas dan keadaan
menakutkan kepada orang–orang kufur ingkar
sebenarnya berlaku kerana mereka selama ini
menyembah, mengikut telunjuk syaitan. Mereka
tahu bahawa syaitan dan zuriatnya adalah seteru
kepada manusia, tapi malangnya mereka menjadi
pengikut setia syaitan-syaitan ini, dan syaitanlah

102

yang mengajak mereka kufur pada Allah, tidak
percaya adanya hari bangkit semula, tiada amal
soleh, tiada Allah dan petunjuk-Nya.

Ayat seterusnya menjelaskan perlakuan Syaitan
dan pengaruh nya keatas mereka.

Ayat 50,

‫َو ِإ ْذ قُ ْل َنا لِ ْل َملائِ َك ِة ا ْس ُج ُدوا لآ َدمَ فَ َِس َج ُدوا ِإلا ِإبْلِي َس َكا َن ِم َن الْ ِج ِّن‬
‫فَ َف َس َق عَ ْن أَ ْم ِر َربِّ ِه أَفَ َت َّت ِخ ُذونَهُ َوذُ ِّريَّ َتهُ أَ ْولِ َياءَ ِم ْن ُدونِي َو ُه ْم لَ ُك ْم َع ُد ٌّو‬

ِ )٥١( ‫بِ ْئ َس لِلظَّالِ ِمي َن بَ َدلا‬

Mafhumnya,

Dan ingatkanlah peristiwa tatkala Kami berfirman
kepada malaikat mengarah mereka sujud kepada
Adam. Maka sekalian mereka itu sujud
kepadanya kecuali IBLIS. Iblis itu berasal dari
kumpulan bangsa jin, dan mereka derhaka
terhadap perintah Allah, Tuhannya. Patutkah
kamu (wahai yang kufur ingkar) menjadikan iblis
dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib
yang memimpin kamu selain dari-Ku? Sedangkan
mereka itu musuh-musuh bagi kamu. Satu
kekesalan kepada yang zalim ini dalam memilih
pengganti pilihan mereka itu. (50)

Tafsirnya,

103

Para kafir ingkar ini sebenarnya telah dipengaruhi
oleh syaitan dalam hidup mereka. Misalnya
syaitan mengajar mereka merasa megah dan
sombong dengan kekayaan dunia mereka,
menafikan amal soleh sebagai kebaikan, dan
menyesat anak Adam supaya syirik pada Allah
serta tidak mempercayai adanya hari kiamat dan
bangkit semula. Di atas sebab itulah Allah akan
meminta orang-orang yang syirik pada Allah
supaya memanggil „syirik‟ mereka iaitu iblis guna
menolong mereka dalam neraka dari azab Allah.

Iblis dan syaitan adalah dari bangsa jin yang telah
fasik dan ingkar perintah Allah, khususnya di saat
Allah memerintah mereka sujud pada Adam a.s.
iblis dan syaitan ini tidak mahu sujud pada Adam
atau perintah Allah, dan tidak mengaku kenabian
Adam dan menganggap Adam dan anak-anak
Adam adalah seteru mereka. Jadi mengapakah
orang-orang yang syirik itu, setelah tahu yang
Iblis menganggap mereka seteru MASIH memilih
syaitan dan iblis ini sebagai sahabat dan
pemimpin? Mereka bersekongkol dengan iblis di
dunia ini hingga sanggup menjadi syirik atas
pengaruh mereka? Satu pilihan yang tidak masuk
akal.

Para pengikut iblis dan syaitan terlalu ketara
dalam masyarakat. Meninggalkan perkara wajib
dan membuat perkara yang ditegah, adalah
contoh yang menyebabkan fasiknya umat
Muhammad. Pengikut iblis ini mencipta budaya

104

iblis dalam hidup ini, dan iblis meniupkan syirik
dalam diri kita pada Allah.

Apa yang ada pada iblis sehingga banyak
pengikutnya?

Dalam Ayat seterusnya, Allah menyangkal yang
iblis itu punyai keupayaan sama sekali atau
dipanggil Allah untuk membantunya untuk
mencipta bumi dan langit atau tidak pernah
diminta menolong Allah untuk mencipta diri
mereka sendiri. Begitulah, tidak sepatutnya Allah
mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan
itu sebagai pembantu-Nya. Jadi mengapa kamu
memilihnya sebagai Tuhan selain dari Allah?

Iblis dan syaitan ini tidak mampu membantu
pengikut-pengikut yang dipengaruhi mereka yang
terkena seksaan azab Allah di hari akhirat
walaupun dicabar Allah supaya membantu
sahabat-sahabat mereka itu. Malah mereka
sendiri pun sedang berada dalam azab Allah. Jadi
apalah yang ada pada si PENYESAT ini sehingga
mereka mencipta banyak pengikut-pengikutnya?

Inilah pengertian keseluruhan Ayat-Ayat berikut,

Ayat 51-53,

‫َما أَ ْش َه ْدتُ ُه ْم َخ ْل َق ال َّس َما َوا ِت َوالأ ْر ِض َولا َخ ْل َق أَ ْن ُف ِس ِه ْم َو َما ُك ْن ُت‬
‫) َويَ ْومَ يَ ُقولُ نَا ُدوا ُش َر َكائِ َي الَّ ِذي َن َزعَ ْم ُت ْم‬٥١( ‫ُم َّت ِخ َذ الْ ُم ِضلِّي َن عَ ُض ًدا‬

105

‫) َو َرأَى‬٥٢( ‫فَ َدعَ ْو ُه ْم فَلَ ْم يَ ْس َت ِجي ُبوا لَ ُه ْم َو َج َع ْل َنا بَ ْي َن ُه ْم َم ْوبِ ًقا‬
ِ )٥٣( ‫الْ ُم ْج ِر ُمو َن ال َّنا َر فَظَ ّنُوا أَنَّ ُه ْم ُم َواقِعُو َها َولَ ْم يَ ِج ُدوا عَ ْن َها َم ْص ِرفًا‬

Mafhumnya,

Aku tidak pernah memanggil mereka menyaksi
atau membantu-Ku mencipta langit dan bumi,
dan tidak juga pernah Aku meminta bantuan
sesetengahnya untuk mencipta sesetengah yang
lain, dan pastinya TIDAK sepatutnya Aku
mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan
ini sebagai pembantu-Ku (51) Ingatlah semasa
Allah pernah menyeru (dengan perkataan berikut
kepada orang-orang yang sedang diazab),
„Panggillah sekutu-sekutu-Ku (iblis dan syaitan
yang mempengaruhi mereka yang sedang diazab
itu) yang pernah kamu bersekutu dengan mereka
untuk menolong kamu.‟ Pada masa itu, sekutu-
sekutu tersebut dipanggil, tetapi sia-sia saja
kerana sekutu-sekutu itu tidak menyahut seruan
mereka yang sedang diazab itu. Kami telah
jadikan untuk mereka tempat azab yang
membinasakan (52) Dan orang musyrikin berdosa
itu tetap melihat neraka (yang berada di sekitar
mereka pada masa itu), maka yakinlah dalam diri
mereka yang mereka akan jatuh ke dalamnya dan
mereka tiada jalan untuk mengelak dari masuk ke
dalam neraka itu. (53)

Tafsirnya,

106


Click to View FlipBook Version