The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mattghani, 2016-09-04 11:49:08

المنجيات

AlMunjiat Edisi 3

Dengan pastinya Hamdi menyatakan
Zulqarnain itu ialah Akhinaton, iaitu
dari keturunan Raja Mesir di antara
tahun-tahun 1352-1370 sebelum
Masihi.

Mengikut al-Quran, Allah menempatkan
Zulqarnain di bumi ini dan dikurniakan
kepadanya kesultanan dan kepimpinan tertinggi,
serta Allah memudahkan dia kepada
melaksanakan hukum dan membuat pembukaan
negeri-negeri baru, mengadakan pembangunan
dan mempastikan kekuatan kerajaan dan
pemerintahannya sebagai pemimpin agung.

Beliau seorang yang beriman dengan Allah dan
yakin dengan hari akhirat. Sejarah bermulanya
pergerakan beliau adalah menuju ke barat (tempat
matahari terbenam) iaitu di kawasan terbenamnya
matahari. (Syed Quthub)

Kemudahan yang ada pada Zulqarnain ini ialah
semua peralatan penting yang dimiliki oleh
seorang raja yang besar, seperti kuasa tentera,
adanya alat-alat peperangan, dan ia memililiki
kerajaan di timur dan barat dan di antara kedua-
duanya dan dikatakan semua berkhidmat
kepadanya. (Ibnu Kathir)

Pergerakan Zulqarnain itu bermula dari barat dan
sampai ke pertengahan Lautan Hindi, iaitu

bermula dari kawasan terbenam matahari ( ‫َم ْغ ِر َب‬

157

ِ‫)ال َّش ْم ِس‬, dan kemudian bergerak ke kawasan
„matahari terbit‟ (ِ‫ ) َمطْلِعَال َّش ْم ِس‬kemudian dia berpatah

balik ke timur menuju ke Negeri Cina dan
berlakukan kisah Ya‟juj dan Ma‟juj serta kisah
pembinaan penghadang (Ar-Radm) di sempadan
Negeri Cina. Maka terlepaslah negara tersebut
dari gangguan serangan dari kaum perosak itu
(Hamdi Hamzah Abu Zaid).

Ar-Razi pula dalam mentafsir Ayat di atas berkata
Allah menganugerahkan kepada Zulqarnain segala
sesuatu yang membolehkan beliau mencapai apa
saja yang dihajatnya. Anugerah itu adalah
mengikut sebab-sebab tertentu, dan cara ini ia

akan membantu dia lebih hampir kepada sesuatu
yang mahu dicapainya. Inilah cara yang pernah
Allah anugerahkan kepada nabi-nabi-Nya. Jadi
mengikut Ar-Razi, Zulqarnain ini mungkin
seorang dari nabi-nabi Allah (Ar-Razi, Juzu’ 21
ms.166).

Pergerakan Zulqarnain bermula dengan
penjelasan Ayat-Ayat berikut,

Ayat-Ayat 86-88,

‫َح َّتى ِإذَا بَلَ َغ َم ْغ ِر َب ال َّش ْم ِس َو َج َد َها تَ ْغ ُر ُب فِي عَ ْي ٍن َح ِم َئةٍ َو َو َج َد‬
‫ِع ْن َد َها قَ ْو ًما قُ ْل َنا يَا َذا الْ َق ْرنَ ْي ِن ِإ َّما أَ ْن تُ َع ِّذ َب َو ِإ َّما أَ ْن تَ َّت ِخ َذ فِي ِه ْم ُح ْس ًنا‬

158

‫)قَالَ أَ َّما َم ْن ظَلَ َم فَ َس ْو َف نُ َع ِّذبُهُ ثُ َّم يُ َر ّدُ ِإلَى َربِّ ِه فَ ُي َع ِّذبُهُ عَ َذابًا نُ ْك ًرا‬٨٦(
‫) َوأَ َّما َم ْن آ َم َن َوعَ ِملَ َصالِ ًحا فَلَهُ َج َزاءً الْ ُح ْس َنى َو َس َن ُقولُ لَهُ ِم ْن‬٨٧(

ِ )٨٨( ‫أَ ْم ِرنَا يُ ْس ًرا‬

Sehingga apabila dia sampai ke daerah kawasan
„matahari terbenam‟, di sebuah kawasan bulatan
mata air yang berlumpur, didapati kawasan
berhampiran satu kumpulan manusia yang kufur.
Kami berkata padanya, „Wahai Zulqarnain,
pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa
mereka (kerana kufur mereka) atau engkau hendak
bertindak secara baik pada mereka.‟ (86) Jawab
Zulqarnain, „Ada pun orang-orang yang melakukan
kezaliman (terus derhaka dan kufur pada Allah),
maka kami akan menyeksa azab mereka,
kemudian mereka semua dikembalikan pada
Tuhannya, untuk azab akhirat seterusnya dengan
azab yang amat pedih.‟ (87) „ Ada pun orang yang
beriman serta beramal soleh, maka bagi mereka
balasan yang sebaik-baiknya, dan kami akan
memerintah mereka dengan cara yang tidak
memberatkan mereka.‟ (88)

Tafsirnya,

Apabila Zulqarnain sampai ke kawasan „matahari
terbenam‟ beliau melihat seolah-olah matahari
terbenam dalam air di satu kawasan bulatan di
atas kawasan berlumpur hitam. Hakikatnya
bukanlah matahari itu terbenam ke dalam air

159

tetapi ianya hilang dari pandangan di kawasan
tersebut. Ini bererti kawasan terbenamnya
matahari itu ialah di kawasan lautan kelihatan
dari jauh ianya terbenam.

Berdekatan dengan kawasan tersebut terdapat
satu penempatan manusia dan kaum yang kufur
pada Allah. Oleh kerana Zulqarnain ini seorang
nabi, maka Allah memberi kebenaran pada beliau
sama ada untuk menyeksa yang kufur itu atau
mendakwahkan mereka sehingga beriman.
Zulqarnain membuat cadangan, bahawa selepas
diberi dakwah dan bimbingan keimanan pada
mereka, maka yang masih kufur akan diseksa
azab dan yang beriman akan ditadbir dan dilepas
dengan baik melalui pemerintahannya yang tidak
membebankan. (Ar-Razi ms 167)

Ibnu Kathir menyatakan bahawa pilihan
Zulqarnain itu menggambarkan keadilannya,
dengan memberi masa kepada kaum itu beriman
pada Allah. Yang beriman dilayan baik dan
diperintah dengan adilnya dan yang kufur
dibunuh atas kekufuran dan kezaliman mereka
itu. (Ibnu Kathir Juzu’3 ms.104)

Syed Quthub menyatakan bahawa Zulqarnain
memperkenalkan satu pendekatan agama kepada
kaum itu dengan cara membiarkan mereka taat
pada Allah dan yang zalim ingkar dibunuh dan
yang beriman dan beramal soleh ditadbir dengan
penuh keadilan.

160

Persoalan Kawasan Matahari Terbenam Dan
Kawasan Bulatan Berlumpur Hitam

Hamdi bin Hamzah Abu Zaid yang telah
mengadakan satu kajian ilmiah mengenai rahsia

Zulqarnain dan Ya‟juj dan Ma‟juj dalam kajiannya

berkata, „Al-Quran berkata bahawa Zulqarnain
dalam perjalanannya telah melampaui satu
kawasan di atas bola muka bumi ini dan dikenali

sebagai kawasan „terbenam matahari‟ ‫َم ْغ ِر َب ال َّش ْم ِِس‬

dan dalam perjalanan keduanya dalam al-Quran
Allah menyatakan satu kawasan lain yang dikenali

sebagai kawasan „matahari terbbaith‟a‫ِِس‬w‫م‬aْ ‫طْلِعَال َّش‬s‫َم‬e.lepAals-
Quran juga mejelaskan

melampuai kedua-dua kawasan ini Zulqarnain

terus berpatah balik menuju ke kawasan „di antara

dua pergunungan‟ ‫ بَ ْي َن ال َّس َّديْ ِِن‬.

Ketiga-tiga kawasan ini telah dianalisa dan
dilawati oleh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid dalam
menyediakan kajiannya dan mendapati
kesimpulan seperti berikut,

a) Kawasan ‘terbenam matahari’ itu
terletak di kawasan berhampiran
Kepulauan Maldives di Lautan Hindi

b) Kawasan ‘terbit matahari’ itu terletak
di kawasan Kepulauan Kiribati dalam
Lautan Pasifik

161

c) Kawasan berlumpur hitam dan bulat itu
adalah hakisan kawasan pulau-pulau di
situ yang terjadi akibat reaksi dari
keadaan letupan gunung berapi dan
menjadikannya bulat seperti mata dan
bila matahari dilihat dari jauh seolah-
olah terbenam ke dalam kawasan
bulatan itu.

Begitulah kisah perjalanan Zulqarnain yang
pertama diceritakan oleh Allah melalui Surah Al-
Kahfi. Kemudian Zulqarnain berpatah balik dan
menuju ke kawasan matahari terbit mengikut
catitan ayat berikut,

Ayat-Ayat 89-91,

‫) َح َّتى ِإذَا بَلَ َغ َم ْطلِ َع ال َّش ْم ِس َو َج َد َها تَطْلُ ُع عَلَى قَ ْو ٍم لَ ْم‬٨٩( ‫ثُ َّم أَ ْت َب َع َس َب ًبا‬
‫) َك َذلِ َك َوقَ ْد أَ َحطْ َنا بِ َما لَ َد ْي ِه ُخ ْب ًرا‬٩١( ‫نَ ْج َعلْ لَ ُه ْم ِم ْن ُدونِ َها ِس ْت ًرا‬

ِ )٩١(

Mafhumnya,

Kemudian dia berpatah balik menurut jalan
lain. (89) Sehingga apabila dia sampai di
kawasan daerah „matahari terbit‟, dia
mendapati matahari itu menyinari terbitnya
ke atas satu kumpulan kaum yang Allah
tidak mentakdirkan mereka dengan sebarang

162

perlindungan daripada matahari itu. (90)
Demikianlah halnya, dan sesungguhnya
Kami (Allah) amat mengetahui secara
meliputi akan segala yang ada padanya. (91)

Tafsirnya,

Setelah berpatah balik dari kawasan matahari
terbenam di sebelah barat, maka Zulqarnain pun
menuju ke timur dan sampai ke kawasan
matahari terbit. Dia mendapati penduduknya
hidup secara liar, tidak berpakaian, dan tidak ada
sebarang bangunan yang mereka berlindung dari
matahari dan panasnya dan mereka adalah
penghuni gua-gua yang ada di situ.

Demikianlah halnya, sehingga Zulqarnain
melakukan pemerintahannya ke atas kaum ini
sebagaimana dia lakukannya kepada kaum di
kawasan matahari terbenam itu, iaitu dengan
penuh keadilan merubah cara hidup mereka.

(Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, ms 740)

Syed Quthub mentafsirkan Ayat-Ayat ini dengan
berkata, „Kemudian, Zulqarnain berpatah balik
dengan memulakan perjalanan ke arah timur untuk
menuju ke kawasan matahari terbit, iaitu terbitnya
matahari dari ufuk sebelah timur pada mata
Zulqarnain. Tempat sebenarnya terbit matahari itu
tidak dapat ditentukan dengan tepatnya di mana.
Yang pentingnya cerita ini mengaitkan terjumpanya
satu kaum liar yang hanya bekerja di waktu

163

malam dan siangnya mereka berehat mengelak
dari kepanasan matahari, kerana keadaan di situ
seolah-olah di padang pasir. Matahari terbit di
atas muka bumi ini dalam keadaan sama sahaja,
mungkin ianya berada di kawasan berhampiran
lautan di kawasan Afrika. Zulqarnain pula telah
melakukan pemerintahannya di kawasan itu
seperti mana yang pernah beliau lakukan di
kawasan matahari terbenam dahulu‟.

Ar-Razi menjelaskan bahawa Zulqarnain telah
berniat untuk bergerak ke satu kawasan yang
berhampiran kawasan terbenamnya matahari.
Setelah menemui kawasan tersebut dan berbuat
sesuatu di sana maka beliau mula bergerak ke
kawasan berhampiran matahari terbit pula. Yang
dijelaskan oleh Ar-Razi ialah penduduk yang
ditemui berhampiran kawasan itu tiada
penghalang mereka dari matahari, ertinya mereka
adalah penghuni gua dan tidak aktif di siang hari,
mereka mencari sumber hidupan pada malam
hari. Mereka tidak berpakaian, bertelanjang dan
liar. Inilah contoh kebanyakan orang-orang yang
tinggal di kawasan berdekatan dengan garisan
„Khatulistiwa‟. Apa pun, Zulqarnain telah
memerintah kawasan tersebut sebagaimana
pernah dia lakukan pada kawasan matahari
terbenam.

Hamdi bin Hamzah Abu Zaid dalam bukunya, ( ‫فك‬

‫ أسرار ذى القرنين ويأجوج ومأجوج‬Cetakan Pertama Tahun

2004 Keluaran Riyad, Arab Saudi) menyatakan
demikian,

164

„Sesuatu yang ajaib, al-Quran menjelaskan
pergerakan Zulqarnain adalah mengikut susur-
galur geografi yang menyusur di satu kawasan
yang serupa iaitu di kawasan matahari terbenam
di kawasan Kepulauan Maldives sebagai
pergerakan awal dan menyusuri kemudiannya ke
kawasan Kepulauan Kiribati, iaitu kawasan
matahari terbit dan kemudian menyusuri
pergerakannya ke Negeri Cina, di mana di sana
beliau diminta membina Tembok Penghalang
Pencerobohan Musuh (Ar-Radm). Pergerakan yang
tesusun ini berlaku apabila Zulqarnain bertolak
keluar dari bumi Mesir dengan menaiki perahu
layar Fir‟aun menyusuri Laut Merah ke Laut Arab
kemudian ke Lautan Hindi dan bertemu di
kawasan Khatulistiwa. Kawasan terbenamnya
matahari adalah di Kepulauan Maldives dan
kemudian berpatah balik ke kawasan matahari
terbit di Kepulauan Kiribati (Republic of Kiribati)
iaitu kawasan Christmas dan Milinium Islands.
Dalam perjalanan kemudiannya pula beliau
merentasi Lautan Pasifik sehingga menemui Laut
Cina dan menyusur masuk ke Negeri Cina, iaitu
negeri di antara dua gunung, di mana bermulalah
cerita Ya‟Juj dan Ma‟Juj.

(‫وج‬-‫ فك أسرار ذى القرنين ويأجوج ومأ‬ms 176 Hamdi bin

Hamzah Abu Zaid).

Lakaran Perjalanan Zulqarnain ini yang dimuat
turun dari bukunya adalah seperti Lampiran A,
Lampiran B dan Lampiran C berkembar.

165

Seterusnya, dari kesan-kesan sejarah Cina Kuno
Hamdi bin Hamzah Abu Zaid membuat kenyatan
yang berani bahawa sesungguhnya Zulqarnain
yang dicatitkan dalam Surah Al-Khafi itu ialah
Akhinaton kerana ianya bertepatan dengan
Dinasti Shang yang juga masa yang sama
wujudnya pemerintahan Firaun pada generasi
yang ke-18.

Inilah dia catitan seterusnya tentang perjalanan
Zulqarnain dalam Al-Quran

Ayat-Ayat 92-94,

‫) َح َّتى ِإذَا بَلَ َغ بَ ْي َن ال َّس َّد ْي ِن َو َج َد ِم ْن ُدونِ ِه َما قَ ْو ًما لا‬٩٢( ‫ثُ َّم أَ ْت َب َع َس َب ًبا‬
‫)قَالُوا يَا ذَا الْ َق ْرنَ ْي ِن ِإ َّن يَ ْأ ُجو َج َو َم ْأ ُجو َج‬٩٣( ‫يَ َكا ُدو َن يَ ْف َق ُهو َن قَ ْولا‬
‫ُم ْف ِس ُدو َن فِي الأ ْر ِض فَ َهلْ نَ ْج َعلُلَ َك َخ ْر ًجا عَلَى أَ ْنِ تَ ْج َعلَ بَ ْي َن َنا َوبَ ْي َن ُه ْم‬

ِ )٩٤( ‫َس ًّدا‬

Mafhumnya,

Kemudian dia berpatah balik dan mengikuti
satu jalan lain. (92) Sehingga ia sampai di
antara dua pergunungan, dan ia mendapati
di satu kawasan berhampirannya satu kaum

166

yang hampir-hampir mereka tidak dapat

memahami percakapan mereka. (93) Kaum
itu berkata pada Zulqarnain, „Wahai
Zulqarnain, sesungguhnya kumpulan Ya‟Juj
dan Ma‟Juj sentiasa melakukan kerosakan di
atas muka bumi ini. Oleh itu; bolehkah
kiranya kami menentukan sejumlah bayaran
kepada kamu dengan syarat kamu membina
sebuah tembok biasa yang memisahkan di
antara kami dengan mereka itu?‟ (94)

Tafsirnya,

Mengikut Imam Ar-Razi, kawasan ‘di antara
dua pergunungan’ itu tidak diketahui di

mana, dan hanya Allah sahaja yang
mengetahuinya. Apabila Zulqarnain

menyusuri kawasan „di antara dua

pergunungan‟ itu dia terlihat di sudut
berhampiran dengannya satu kawasan

penempatan satu kaum, di mana bahasa
mereka hanya mereka saja yang

mengetahuinya dan susah untuk difahami

oleh orang lain. Ianya boleh difahami tetapi
dengan cara isyarat atau sebagainya.

Apa pun, kumpulan itu meminta jasa baik
Zulqarnain menerima sedikit upah dan
membina sebuah tembok biasa bagi
menghalang 2 kumpulan pengganas yang
menjadi seteru mereka selama ini, iaitu Ya‟juj
dan Ma‟juj. Perkataan Ya‟juj dan Ma‟juj
bukan dari bahasa Arab dan mereka adalah

167

dari bangsa-bangsa yang tabiat mereka suka
menceroboh, menyalakan api rusuhan,
membuat kacau bilau, membunuh dan
merosakkan kehidupan manusia.

Ibnu Kathir pula mentafsir Ayat di atas

menyatakan bahawa Zulqarnain telah sampai
ke satu kawasan penempatan di antara dua

buah bukit. Ibnu Kathir tidak komen
tentang Ya‟juj dan Ma‟juj dan merujuknya

sebagai „hanya Allah saja yang tahu.‟

Syed Quthub pula menjelaskan bahawa

kawasan di antara dua pergunungan yang
dilalui oleh Zulqarnain itu tidak dapat

ditentukan di mana, atau apa sebenarnya.

Ianya dua pergunungan? Atau dua kawasan
banjaran gunung? Atau mungkin dua

kawasan yang berhampiran? Atau mungkin
satu pesisiran yang dilitupi oleh dua

daratan?

Yang penting pada beliau ialah terdapat satu

penempatan kumpulan yang berbahasa yang
hanya mereka saja yang fahami. Atas

semangat mahu menolong kaum yang

sentiasa diserang oleh Ya‟juj dan Ma‟juj ini
maka Zulqarnain ditawarkan untuk membina

„tembok biasa‟ bagi menghalang kaum-kaum
penyerang ini yang terus bermaharajalela.

Setelah meneliti tafsiran ahli-ahli tafsir yang
terdahulu, maka Hamdi bin Hamzah Abu

168

Zaid dalam tahun 2004 telah mencatitkan
tafsiran di atas seperti berikut,

a) Negeri yang didatangi oleh

Zulqarnain itu yang berada di dua

pergunungan itu ialah Negeri Cina

yang meminta pertolongan dari

Zulqarnain untuk membina tembok

biasa bagi menghalang kemaraan

Ya‟juj dan Ma‟juj itu. Yang meminta

kerjasama Zulqarnain membina

tembok biasa itu ialah Raja Cina

dari Dinasti SHANG yang sentiasa

diserang dari utara oleh kumpulan

jirannya termasuk dari Siberia

(Ya‟juj) dan dari selatan dari

kumpulan Mongolia (Ma‟juj)

b) Tembok kukuh (Ar-Radm) yang
dibina oleh Zulqarnain itu berlaku
sewaktu zaman Dinasti Shang di
Bandar Zhengzhou dalam kawasan
Henan, di tengah Negeri Cina. Ianya
dibina dalam tahun-tahun 1330
sebelum Masehi, iaitu tahun
berhijrahnya Raja Fir‟aun, dikenali
sebagai Akhinaton, dari Mesir ke
kawasan matahari terbenam dan
matahari terbit.(ms 256)

169

c) Dua pergunungan yang disebut oleh

al-Quran sebagai ِ‫ بَذ ْي َن ال َّسذ َّد ْي ِن‬itu adalah

dua banjaran gunung di kawasan
Shanxi yang berdekatan kawasan
Henan, dan di sebelah selatan
banjaran di kawasan Songshan yang
juga berhampiran kawasan Henan.
Kawasan Henan inilah di mana satu
tembok kukuh telah dibangunkan
oleh Zulqarnain dalam zaman
Dinasti Shang pada tahun-tahun
1330 sebelum Masehi

d) Ya‟juj dikenali sebagai kumpulan

dari jiran Negeri Cina daripada

Siberia dan Asia Tengah. Mereka

bersifat penceroboh dan menyerang

kerajaan Dinasti Shang dari arah

utara. Manakala Ma‟juj ialah

kumpulan berkuda dari kumpulan

Mogul dari Mongolia yang juga

termasyhur ganas mereka. Kedua-

dua kumpulan ini disebut dalam al-

Quran sebagai ‫يذذذذأجوج ومذذذذأجوج‬

merupakan „perosak‟ atas muka

bumi ini. Sebab itu Raja Cina

sanggup mengupah Zulqarnain

untuk membina tembok biasa bagi

170

menghalang kedua-dua kumpulan
pengganas ini dari terus mengganas

e) Atas sejarah Kuno Cina yang diteliti
oleh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid
ini, maka beliau membuat
kesimpulan yang Akhinaton dari
Raja Mesir yang memerintah Mesir
pada tahun 1330 sebelum Masehi
dan beliau beragama Islam dan
menerima Islam dari Nabi Musa a.s.
sebagai Zulqarnain. Ini bersesuaian
dengan kewujudan kerajaan Dinasti
Shang dalam tahun 1330 sebelum
Masehi

Mengikut sejarahnya, setelah orang-orang
yang berada di penempatan dua
pergunungan itu melihat Zulqarnain punyai
kekuatan membuka negeri, dan mereka akur
atas kekuatan yang ada pada Zulqarnain ini
serta sikapnya yang mahukan kebaikan,
memperbaiki keadaan yang buruk dan
membangunkan sebuah negeri taklukannya
itu, maka mereka pun mempelawa dengan
cara mengupah beliau untuk membina
sebuah tembok biasa bagi menghalang
kemaraan kaum Ya‟juj dan Ma‟juj itu ke
kawasan mereka.

Kaum Ya‟juj dan Ma‟juj ini adalah sentiasa
menyerang mereka dari arah belakang, dan

171

berada di situ dengan cuba merosakkan

semua sistem yang ada sedangkan mereka
tidak terdaya menahan kumpulan perosak

ini dari mengganas. Lantas Zulqarnain yang
tidak hirau kepada upah tetapi lebih kepada

masalah memperbaiki keadaan, maka beliau

sanggup secara sukarela membantu
membina tembok penghalang itu seperti yang

dicadangkan.

Ayat-Ayat seterusnya menggambarkan hal
ini.

Ayat-Ayat 95-98,

‫قَا َل َما َم َِّك ِّني فِي ِه َربِّي َخ ْي ٌر فَأَ ِعي ُنونِي بِ ُق َّو ٍة أَ ْج َعلْ بَ ْي َن ُك ْم َوبَ ْي َن ُه ْم َر ْد ًما‬
‫)آتُونِي ُزبَ َر الْ َح ِدي ِد َح َّتى ِإ َذا َسا َوى بَ ْي َن ال َّص َدفَ ْي ِن قَالَ ا ْن ُف ُخوا َح َّتى‬٩٥(
ُ‫)فَ َمِا ا ْسطَاعُوا أَ ْن يَ ْظ َه ُروه‬٩٦( ‫ِإذَا َج َعلَهُ نَا ًرا قَالَ آتُونِي أُفْ ِر ْغ عَلَ ْي ِه قِطْ ًرا‬
‫)قَالَ َه َذا َر ْح َمةٌ ِم ْن َربِّي فَ ِإ َذا َجاءَ َو ْع ُد َربِّي‬٩٧( ‫َو َما ا ْس َتطَاعُوا لَهُ نَ ْق ًبا‬

ِ )٩٨( ‫َج َعلَهُ َد َّكاءَ َو َكا َن َو ْع ُد َربِّي َح ًّقا‬

Mafhumnya,
Zulqarnain menjawab, „Kekuasaan dan kekayaan
yang telah Tuhanku anugerahkan padaku dan
dapat aku menguasainya, adalah lebih baik dari

172

upah dari kamu itu. Oleh itu (untuk memulakan
projek membina tembok ini) bantulah aku dengan
tenaga (orang-orang kamu yang ramai). Aku akan
bina sebuah tembok penutup yang kukuh (yang
akan memisahkan) di antara kamu dengan
mereka‟. (95) „Bawalah padaku bahan-bahan bijih
besi‟ sehingga apabila terkumpul dan menjadi
separas tingginya menutup lapangan di antara
dua belah tempat tembok itu, maka Zulqarnain
memerintah untuk membakar bahan-bahan itu
dengan katanya, „Sekarang nyala dan tiupkanlah
api-api itu ke dalam campuran bahan-bahan itu,
sehingga semuanya menjadi merah menyala
seperti api.‟ Pada masa itu dia akan menyarankan
dengan berkata, „Bawalah tembaga cair supaya
aku curahkannya ke dalam ruang bahan-bahan
besi itu.‟ (96) Maka dengan terlaksananya projek
tembok itu mereka tidak akan dapat memanjat
tembok itu dan juga tidak dapat menebuk lubang
untuk masuk ke dalam kawasan. (97) (Setelah
selesai membuat tembok kuat itu) Zulqarnain pun
berkata, „Ini adalah satu Rahmat dari Allah,
Tuhanku. Dalam pada itu, apabila sampai janji-
janji Allah, Tuhanku, maka tembok sekuat ini akan
menjadi hancur dan lebur, dan janji-janji Allah,
Tuhanku itu adalah benar.‟ (98)

Tafsirnya,

Ar-Razi mentafsir Ayat-Ayat di atas sebagai, „Aku
tidak perlu pada upah dan duit kamu jika
dibandingkan dengan apa yang telah Allah,
Tuhanku, telah mengurniakannya pada aku, tetapi

173

apa yang aku perlukan dari kamu semua ialah
tenaga kerja dan peralatan serta bahan-bahan
yang diperlukan saja. Dengan semuanya ini akan
aku binakan satu tembok kukuh (Radm) untuk
pertahanan kamu.‟

Bahan yang diperlukan ialah ketulan-ketulan besi
dan ianya disusun sehingga dapat menutup
kedua-dua pergunungan itu dan lantas itu dibawa
cecair dari tembaga panas untuk diturapkan ke
dalamnya. Bahan-bahan besi itu dibakar
sehingga merah sebelum turapan itu dilakukan.
Binaan ini dianggap sebesar-besar rahmat dari
Allah, sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan
kawasan ini dari terus diserang oleh Ya‟juj dan
Ma‟juj.

Apabila hampir kepada hari kiamat, maka tembok
yang kukuh ini akan meratakan dirinya atas
bumi, dan janji Allah itu adalah benar.

Ibnu Kathir mencatitkan bahawa terdapat banyak
cerita-cerita berbentuk Israiliat, yang tidak boleh
kita berpegang dengannya. Tafsiran Ayat-Ayat di
atas ialah kata-kata Zulqarnain yang mengaku
apa yang telah Allah berikan padanya dari segi
kekuatan, kerajaan dan kebolehan yang luar biasa
dan lebih baik jika dibuat amal soleh untuk
menolong mereka yang tersepit oleh Ya‟juj dan
Ma‟juj itu. Yang diperlukannya ialah tenaga kerja
dan peralatan serta bahan-bahan untuk membina
sebuah Radm, iaitu tembok kuat yang boleh
mempertahankan diri dari musuh.

174

Jadi apabila siap saja tembok itu, kumpulan Ya‟juj
dan Ma‟juj ini tidak berupaya untuk memanjat
atau menebuknya untuk masuk ke dalam
kawasan. Selepas terbinanya tembok kukuh itu
maka Zulqarnain pun berkata, „Inilah dia satu
Rahmat dari Allah, Tuhanku‟ kerana tembok ini
akan memisahkan di antara kejahatan Ya‟juj dan
Ma‟juj dengan kumpulan yang sentiasa diserang
oleh mereka itu. Namun, apabila telah hampir
kepada hari kiamat, maka tembok sekukuh itu
akan meratakan dirinya menjadi sebaris dengan
tanah yang lain, kerana janji Allah ini adalah
benar.

Syed Qutub pula mentafsirkan Ayat-Ayat di atas
dengan menyoal siapa Ya‟juj dan Ma‟juj itu. Di
mana mereka sekarang? Apa akan terjadi dengan
adanya mereka kepada dunia ini? Semuanya ini
hanya diketahui dari al-Quran dan sukar
ditentukannya.

Apa pun, Ayat yang membawa erti, „Maka apabila
datangnya janji-janji Allah, maka tembok sekuat ini
akan meratakan diri sebaris dengan bumi dan
janji-janji Allah itu adalah benar‟ bererti Allah
berjanji tembok ini akan pecah dan rosak dan
ianya berlaku sewaktu para tentera Tatar telah
menyerang negara sekitarnya dan berlakulah
pembunuhan di atas muka bumi ini, dan banyak
raja-raja dari beberapa kerajaan telah
dimusnahkan.

Nas Ayat ini tidak menentukan bila akan
berlakunya serangan Ya‟juj dan Ma‟juj ini.

175

Mungkin tembok itu telah meratakan dirinya pada
masa zaman Rasulullah dan masa sekarang, dan
salah satunya ialah apabila pengganas-pengganas
dari kaum Tatar dan Mongolia yang menaklukki
kawasan timur itu jawapannya? Hanya Allah
yang tahu kebenarannya.

Melihat kepada sulitnya menentukan di mana
tembok itu dan bagaimana ianya dibuat oleh
Zulqarnain, Hamdi bin Hamzah Abu Zaid telah
mengkaji dan membuat beberapa kesimpulan,

a) Negeri yang didatangi oleh Zulqarnain
itu ialah Negeri Cina. Tembok yang
dibina oleh Zulqarnain itu ialah tembok
pertama di Negeri Cina yang dijelaskan
dalam Kitab Sejarah Kuno Cina yang
dibina di masa Dinasti Shang di antara
tahun-tahun 1150-1330 sebelum
Masehi di Bandar Zhengzhao di daerah
Henan di tengah Cina. Kesannya masih
terdapat di sana hingga sekarang. (ms
256)

b) Pada tarikh tersebut, seorang raja Mesir
yang diperintah Fir‟aun, bernama
Akhinaton, dan beliau dikatakan
berhijrah menuju ke kawasan
„terbenamnya matahari‟ dan kawasan
„terbitnya matahari‟ di kawasan
Khatulistiwa. Disimpulkan bahawa
Akhinaton, seorang Fir‟aun yang

176

beragama Islam bersama Nabi Musa,
ialah Zulqarnain yang disebut dalam
Surah Al Kahfi

c) Dua Pergunungan yang disebut oleh al-

Quran sebagai ِ‫( ِبَ ْي َن ال َّس َّديْ ِن‬di antara dua

pegunungan) ialah dua banjaran gunung

di kawasan-kawasan „Shaanxi‟ dan

„Shanxi‟ yang melekat dengan kawasan

Henan. Ketinggian banjaran ini

menyamai ketinggian Bukit Songshan

yang berada di kawasan Henan, iaitu di

kawasan di mana Tembok Ar-Radm itu

dibina

d) Ya‟juj di tafsirkan dari perkataan Cina
bererti kumpulan dari kejiranan Cina
iaitu dari Siberia dan Asia Tengah.
Ma‟juj juga dari bahasa Cina yang
bererti kumpulan berkuda dari Mongolia
dan selatan Cina. Kedua-dua kumpulan
ini berseteru dengan kerajaan Cina
Dinasti Shang dan kerajaan Cina inilah
yang meminta pertolongan dari
Zulqarnain untuk diupah membina satu
tembok biasa bagi mengahalang 2
kumpulan perosak ini dari terus
menganggu kedaulatannya

177

e) Terdapat perbezaan tafsiran Ayat di atas
di antara pentafsir-pentafsir dulu
dengan yang dilihat sendiri oleh Hamdi
bin Hamzah ini. Misalnya kebanyakan

pentafsir menyatakan ِ‫ ُزبَ َر الْ َح ِدي ِد‬sebagai

„ketulan-ketulan besi‟ yang dibakar
menjadi cecair. Hamdi berpendapat
perkataan tersebut lebih bersifat kepada
serbuk-serbuk simen (tampered earth
method) dan pasir-pasir yang
mengandungi bijih-bijih tertentu yang
kemudiannya dikeraskan sehingga
menjadi bertindih-tindih di antara satu
sama lain dalam sarung kayu yang
menjadi pengepungnya. Jadi yang kekal
kuat hingga sekarang kepada tembok itu
ialah adanya bijih-bijih besi yang
digunakan dalam membangunkan
tembok itu. Inilah dia bahan yang
banyak digunakan oleh orang Cina sejak
dahulu lagi untuk pembinan mereka.
Pada kesimpulannya, Zulqarnain
menggunakan material bijih besi yang
dicampur dengan tanah liat
mengujudkan satu reaksi kimia untuk
membentuk satu tembok

178

f) Hamdi mentafsirkan perkataan ‫َح َّتى ِإذَا بَلَ َغ‬

‫ بَ ْي َن ال َّس َّديْ ِِن‬membawa erti bahawa tembok

Ar-Radm itu dibina di antara dua bukit
besar itu dengan menggunakan alat
acuan tembok dari kayu yang dihimpit
kedua-dua bukit untuk membentuk

satu tembok. Perkataan ِ‫ أُفْ ِر ْغ‬yang

ditafsir oleh banyak pentafsir sebagai
menuang cecair dari tembaga sebagai
tidak berkaitam. Yang dituang ke dalam
acuan yang mengandungi bijih-bijih besi
itu ialah sesuatu yang berbentuk simen
dan pasir. Inilah yang sesuai untuk kita

tafsirkan Ayat ‫قَالَ آتُونِي أُفْ ِر ْغ عَلَ ْي ِه قِطْ ًرا‬

(Zulqarnain berkata, „Bawalah pada aku
yang cair untuk aku „tuangkan‟ atasnya,
iaitu bahan yang boleh melekat dan
mengeraskan bahan-bahan dalam
acuan tadi mestilah seperti simen dan
pasir yang telah dibancuh dan
bukannya „tembaga cair‟ seperti tafsiran

yang ada. Perkataan ِ‫أُفْ ِر ْغ‬

menggambarkan cara orang Cina

membancuh simen dan pasir dan

bahan-bahan lain untuk membuat

tembok-tembok mereka. Perkataan itu

179

diterjemahkan dalam Sejarah Kuno Cina
sebagai „pour‟ (tuangkan cecair) dan
bertepatan dengan Ayat al-Quran.

Terjemahan ‫ قِطْ ًرا‬sebagai material

melekatkan bahan-bahan yang telah
ditaruh ke dalam acuan dan dalam
acuan itu ialah segala bijih besi yang
akan dibakar sebagai penyokong pada
tembok itu. Setelah besi-besi dalam
acuan itu dipanaskan sehingga merah
menyala dan dituangkan ke atasnya
cecair lebih dekat kepada simen dan
pasir. Ini menjadikan tembok yang
dikenali sebagai Ar-Radm itu masih
utuh dan kuat setelah berlalu hampir
3000 tahun.

g) Kesimpulan Hamdi ialah Zulqarnain
terpaksa menggunakan acuan kayu dan
meletaknya di antara beberapa bukit,
kemudian dimasukkan ke dalam acuan
tembok itu dengan besi-besi yang akan
dipanaskan melalui tiupan sehingga
semuanya menjadi merah menyala.
Kemudian barulah segala bahan
„compressed earth‟ yang menyerupai
simen dan bahan-bahan tertentu
dituang ke atas besi yang panas itu
menjadikannya tembok yang terkuat

180

dan tidak boleh diceroboh dan dibolos
oleh musuh

h) Teknologi tersebut dikatakan serupa
dengan teknologi yang dibuat di negeri
Mesir Kuno. Mengikut Hamdi, segala
cubaan meneliti dan menjejaki tembok
itu bersesuaian dengan penjelasan al-
Quran dalam Surah Al-Kahfi.

Hamdi tidak memperjelaskan Ayat terakhir dalam
Ayat-Ayat yang bermaksud, Setelah itu Zulqarnain
berkata, „Ini adalah satu Rahmat dari Tuhanku,
Dia akan menjadikan tembok ini hancur lebur, dan
adalah janji Tuhanku itu benar.‟

Tafsir Ar-Rahman, „Yakni, Ya‟juj dan Ma‟juj akan
meluru keluar untuk membinasakan umat
manusia dan ketenteraman dunia‟ (ms 831, Surah
An-Anbiya). Tafsiran Ayat 98 Surah Al-Kahfi di
atas dikaitkan dengan Ayat 96 dari Surah An-
Anbiya. firman Allah,

‫َح َّتى ِإذَا فُ ِت َح ْت يَ ْأ ُجو ُج َو َم ْأ ُجو ُج َو ُه ْم ِم ْن ُك ِلّ َح َد ٍب يَ ْن ِسلُو َن‬
……. ‫) َواقْ َت َر َب الْ َو ْع ُد الْ َح ُّق‬٩٦(

Mafhumnya,

Demikianlah keadaan mereka, sehingga apabila
„terbuka‟ tembok yang menyekat Ya‟juj dan Ma‟juj,
serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat

181

yang tinggi. (96) dan hampirlah datangnya janji
hari kiamat yang benar itu………(97)

Tafsirnya,

Persoalan ini dijawab oleh Syed Quthub dengan
menyoal bilakah akan „terbukanya‟ tembok yang
menghalang Ya‟juj dan Ma‟juj itu? Itulah dia
kehampiran pada hari kiamat yang dijanjikan
Allah dan janji Allah itu adalah benar.

Mengikut Syed Quthub; nas al-Quran tidak
menentukan bilakah dan zaman mana akan
berlaku „terbuka‟ tembok itu yang akan
menyebabkan Ya‟juj dan Ma‟juj meluru turun dari
tiap-tiap tempat tinggi dan keluar untuk
membinasakan umat manusia dan ketenteraman
dunia. Bila?

Pernah Allah berfirman,

)١( ‫اقْ َت َربَ ِت ال َّساعَةُ َوا ْن َش َّق الْ َق َم ُر‬

Telah hampir saat kedatangan hari kiamat dan
terkecailah bulan (Ayat 1 Surah Al-Qamar)

Ini bererti kiamat akan berlaku di antara zaman
Rasulullah dan masakini dan hanya Allah sahaja
yang mengetahuinya.

Kata Syed Quthub lagi, masa telah berlalu sejak
turunnya Ayat itu, kira-kita 13 abad yang lalu di

182

mana telah berlaku penaklukan kaum Tatar dan
Mongol yang menguasai timur dan barat dengan
kejamnya. Kerajaan-kerajaan Aram telah hancur
dengan hancurnya Kerajaan Abbasiyah. Jadi
perkataan „terbuka‟ dan „hancur lebur‟ tembok
yang dibina Zulqarnain itu hanyalah simbolik
kepada munculnya kejahatan dari kumpulan
manusia yang mengganas dan menaklukki dunia
dengan cara zalim mereka.

Hamdi pula menyoal konsep „terbuka‟ tembok, dan
„hancur leburnya tembok itu‟ mungkin bermaksud
akan berkembangnya negara-negara di Asia
Tengah dan negara yang penduduknya berkuda
(Mongolia) atau lebih khusus negara-negara Ya‟juj
dan Majuj di dalam ini dan memulakan serangan
dan kezaliman mereka ke atas penduduk dunia.

Keadaan yang ternampak sekarang ialah
berkembangnya kerajaan Jepun, Cina dan Korea
sebagai satu kekuatan dunia. Perkembangan
pasaran mereka, dan ilmu serta kepakaran
mereka yang juga punyai pengaruh kepada dunia
sekarang.

Ayat 98 tersebut telah mencatitkan satu janji
Allah yang tidak dimungkiri-Nya, iaitu akan
berlaku keadaan huru-hara sebelum tiupan
pertama, iaitu masa hampir pada kiamat. Ayat
seterusnya akan menjelaskan kiamat dan tiupan
kedua sangkakala di mana semua makhluk Allah
dari zaman Adam a.s. hingga ke hari dunia
dikiamatkan akan dikumpul untuk anugerah
pahala dan memastikan azab atas semua

183

perbuatan dan perlakuan manusia sewaktu hidup
mereka. Firman Allah,

Ayat-Ayat 99-101,

‫َوتَ َر ْك َنا بَ ْع َض ُه ْم يَ ْو َم ِئ ٍذ يَ ُمو ُج فِي بَ ْع ٍض َونُ ِف َخ فِي ال ُّصو ِر فَ َج َم ْع َنا ُه ْم‬
‫)الَّ ِذي َن‬١١١( ‫) َوعَ َر ْض َنا َج َه َّن َم يَ ْو َم ِئ ٍذ لِ ْل َكافِ ِري َن عَ ْر ًضا‬٩٩( ‫َج ْمعًا‬
‫َكانَ ْت أَ ْع ُي ُن ُه ْم فِي ِغطَا ٍء عَ ْن ِذ ْك ِري َو َكانُوا لا يَ ْس َت ِطيعُو َن َس ْم ًعا‬

ِ )١١١(

Mafhumnya,

Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (pada hari

sebelum kiamat) keluar beramai-ramai bercampur

baur antara satu sama lain dan kemudiannya
akan ditiupkan sangkakala kedua, lalu Kami

himpunkan semua makhluk-makhluk seluruhnya
di Padang Mahsyar. (99) Dan Kami

memperlihatkan kepada orang yang kufur akan

neraka Jahannam pada hari itu dengan
pendedahan yang jelas nyata. (100) Khusus

untuk yang kufur, iaitu orang-orang yang mata
mereka telah tertutup (sewaktu di dunia dulu)

daripada melihat tanda-tanda kebesaran-Ku yang

boleh membawa mereka kepada mengingati-Ku,
dan mereka pula tidak dapat mendengar (semua

ayat-ayat-Ku) sama sekali. (101)

184

Tafsirnya,

Ismail Haqqi Ar-Rusawi mentafsirkan Ayat-Ayat
98-101 seperti berikut,

„Pada hari itu, iaitu hari sebelum kiamat, dan hari
yang dijanjikan oleh Allah sebagai benar, Kami
jadikan sebahagian makhluk-makhluk yang
tertentu itu dalam keadaan porak-peranda,
bercampur baur manusia dan jin, bingung dan
resah, dalam keadaan kehairanan kerana
keterlaluan tekanan atas mereka. Mungkin ini
sebelum tiupan pertama. Selepas tekanan-tekanan
ini maka berlakulah kiamat sebenar dengan tiupan
pertama Israfil di mana semuanya dimatikan, dan
diikuti dengan tiupan kedua, yang terdapat
padanya Hari Mahsyar. Israfil akan meniupkan
tiupannya yang akan menggerakkan semua
arwah-arwah sebagai persediaan untuk disatukan
semula dengan badan-badan mereka terdapat
semua jasad-jasad yang sudah siapsiaga untuk
bersatu semua dengan roh mereka dan tiba
semuanya berdiri dan melihat keliling mereka.
Semuanya akan kelihatan khayal seolah-olah baru
bangun dari tidur. Kemudian semua makhluk-
makhluk ini dikumpulkan di atas satu kawasan
yang satu untuk urusan hisab dan urusan balasan
pahala atau neraka atas amalan mereka.‟

Sebuah hadis menyatakan, „Orang yang
ternampak bahagia dan ceria ialah yang dapat
meletak jejari kaki mereka di atas tanah.‟ Ini
bererti keadaan manusia yang terlalu ramai dan
himpit menghimpit di antara satu sama lain.

185

Kalau pun dapat meletakkan jari-jari kaki mereka
atas tanah pun sudah dapat berpuas hati.

Pada masa itulah Allah memperlihatkan kepada
sebahagian makhluk-Nya itu dengan nyalaan api
neraka, termasuk mendengar teriakan dari
dalamnya, dan kedengaran suara nyalaan api
yang membakar. Para malaikat yang bertugas
akan menarik dan menolak mereka dari tempat
berdiri mereka dan memastikan mereka berada di
barisan yang hanya boleh dilalui untuk melalui
„Siratul Mustaqim‟.

Pendedahan neraka dan apinya serta suaranya
kepada sebahagian makhluk itu sebagai
sebahagian bentuk penderaan kepada mereka
yang tidak mahu mendengar ayat-ayat Allah dan
memahami tentang neraka di dunia dulu.

Neraka itu jelas kelihatan pada makluk-makhluk
tadi, mata mereka melihat kepada
kedahsyatannya, kerana mata itulah yang
tertutup rapat dari mahu mengingati Allah dulu di
dunia, sehingga membuat mereka tidak berminat
mendengar kalimat-kalimat Allah. Hati mereka
pada masa itu dilitupi lilitan hitam dari semua
segi, khususnya dari mendengar, menghayati
ayat-ayat Allah yang mungkin boleh membawa
mereka kepada mengingati Allah. Ketulian telinga
mereka mendengar ayat-ayat Allah kerana telinga
itu terlalu penuh sumbatannya kerana
perseteruan mereka terhadap Rasulullah terlalu
membara.

186

Syed Quthub berpendapat ajaran dari Ayat-Ayat di
atas ialah, „Sesungguhnya orang yang kufur dan
ingkar mengingati dan menghayati Allah sebagai
Tuhannya adalah mereka-mereka yang ditutup
penglihatan mereka, dan ini membuatkan mereka
pekak, dan dengan memperlihatkan pada mereka
akan neraka Jahanam mungkin kali ini mereka
tidak pekak lagi, kerana pada hari itu mereka tidak
lagi boleh ingkar untuk masuk ke dalam neraka
Allah, kerana pada hari itu juga semua litupan
pada muka mereka sudah terbuka dan sehingga
mereka sedar balasan atas sikap mereka yang
lalu. Tunggulah pembalasan Allah, iaitu Neraka
Jahanam-Nya.‟ (Juzu’ 4 ms 2294).

Ertinya, pilihan yang dibuat oleh orang yang kufur
pada Allah, iaitu memilih selain dari Allah dalam
hidup mereka, dan ia tidak memberi apa-apa
pulangan yang baik. Sebaliknya yang menunggu
mereka ialah Neraka Jahanam. Inilah maksud
dari Ayat seterusnya.

Ayat 102,

‫أَفَ َح ِس َب الَّ ِذي َن َك َف ُروا أَ ْن يَ َّت ِخ ُذوا ِع َبا ِدي ِم ْن ُدونِي أَ ْولِ َياءَ ِإنَّا أَ ْع َت ْدنَا‬
ِ )١١٢( ‫َج َه َّن َم لِ ْل َكافِ ِري َن نُ ُزلا‬

Maka adakah orang-orang kafir ingkar ini
menyangka bahawa mereka telah memilih
makhluk ciptaan-Ku sebagai makhluk yang

187

disembah, menyekutui-Ku itu, boleh

menolong mereka? Sesungguhnya Kami
telah menyediakan neraka Jahanam kepada

yang kufur ingkar ini sebagai tempat
berpulangnya mereka. (102)

Tafsirnya,

Syed Qutub mentafsirkan ayat ini, katanya,
„Adakah golongan yang kufur pada Allah dan

menolak ketuhanan Allah, tetapi memilih

selain dari Allah, termasuk memperhambakan
diri pada makhluk Allah demi mendapat

habuan mereka di dunia ini, boleh mendapat

pertolongan selain dari Allah menjauhkan
mereka dari neraka Allah, atau menolak

mereka dari sebarang kecelakaan di akhirat?
Pilihan sedemikian itulah membawa

kesengsaraan apabila disediakan neraka

Jahanam untuk dia kelak! Inilah kerugian
yang besar yang diperjudikan oleh golongan

kufur ini.

Yang paling merugikan individu itu
dijelaskan dalam Ayat-Ayat berikut,

Ayat-Ayat 103-105,

‫)الَّ ِذي َن َضلَّ َس ْع ُي ُه ْم فِي الْ َح َيا ِة‬١١٣( ‫قُلْ َهلْ نُ َن ِّب ُئ ُك ْم بِالأ ْخ َس ِري َن أَ ْع َمالا‬
‫)أُولَ ِئ َك الَّ ِذي َن َك َف ُروا‬١١٤( ‫ال ُّد ْن َيا َو ُه ْم يَ ْح َس ُبو َن أَنَّ ُه ْم يُ ْح ِس ُنو َن ُص ْنعًا‬

188

‫بِآيَا ِت َربِّ ِه ْم َولِ َقائِ ِه فَ َح ِبطَ ْت أَ ْع َمالُ ُه ْم فَلا نُ ِقي ُم لَ ُه ْم يَ ْومَ الْ ِق َيا َم ِة َو ْزنًا‬
ِ )١١٥(

Mafhumnya,

Katakanlah pada mereka, Wahai Muhammad,
„Mahukah aku beritahu kepada kamu semua
tentang orang yang paling rugi sekali dalam
semua amal perbuatan mereka di dunia ini? (103)
Merekalah orang-orang yang sia-sia semua amal
mereka di dunia ini, sedangkan dalam sangkaan
mereka, merekalah orang yang paling betul dan
baik atas apa saja yag telah mereka lakukan.
(104) Mereka ialah orang-orang yang kufur ingkar
terhadap semua ayat-ayat Allah, dan juga ingkar
yang mereka akan bertemu dengan Tuhan mereka
(setelah mereka mati). Dengan penolakan ini
maka gugurlah segala amal-amal baik mereka.
Akibatnya, di hari Mahsyar Kami tidak berikan
mereka sebarang timbangan untuk menilai amal
mereka itu. (105).

Tafsirnya,

Orang yang paling rugi dari kaca mata Allah,
melalui Surah ini ialah amal-amal usaha mereka
di dunia ini sia-sia sahaja, iaitu semua amalan
mereka tidak membawa mereka kepada hidayah
Allah dan tidak pula ia berhenti di satu pulangan
atau mencapai satu matlamat, tetapi dalam minda
mereka itulah amalan paling baik, paling

189

berfaedah, kerana mereka yang sedang dalam
kesesatan dan lalai menyebabkan mereka tidak
dapat merasai amalan mereka yang telah
menyumbang kepada kesesatan, dan tidak
mendatangkan apa-apa pahala. Malah mereka
terus berada dalam jalan ini, jalan yang sesat ini
sepanjang hidup mereka. Dan seluruh hidup
mereka dilakukan atas kesesatan yang mereka
tidak sedar.

Siapakah mereka itu? Jawabnya ialah, „mereka-
mereka yang kufur, menolak dan mengabaikan
dalam hidup mereka akan ayat-ayat Allah,
termasuk meneliti al-Quran dan ajarannya,
termasuk menemukan diri mereka dengan
Penciptanya, atau memberi sedikit ruang untuk
berfikir tentang Allah dan kuasa-Nya, dan sebagai
gantinya mereka meneruskan hidup tanpa
matlamatnya sepanjang hidup mereka.
Meneruskan kepercayaan mereka terhadap apa
yang mereka percaya, percaya kepada mencintai
hidup dunia, menolak amal soleh, mengeksploitasi
orang lain demi keuntungan mereka dan
sebagainya.‟

Yang paling buruknya tidak percaya dan tidak
mahu percaya yang mereka akan dipersoalkan di
mahkamah Allah atas semua amalan mereka itu.
Dalam kata lain mereka tidak percaya yang
mereka akan menemui Allah setelah mati.

Mereka akan terperangkap dengan kepercayaan
mereka itu setelah berhadapan dengan hari
Mahsyar, hari pembalasan, di mana pada masa

190

itu tidak ada apa-apa yang mereka bawa untuk
menyelamatkan mereka dari Jahanam Allah itu.
Ada pun sedikit-sedikit amal kebajikan mereka
sudah tiada berguna lagi kerana semuanya tidak
ada nilai di sisi Allah. Jadi! Apa yang ada?
Semua tidak bernilai. Rugi dan rugi!

Apa kata Allah kepada mereka ini dijelaskan
dalam Ayat berikut,

Ayat 106,

ِ )١١٦(ِ‫ذَلِ َك َج َزا ُؤ ُه ْم َج َه َّن ُم بِ َما َك َف ُروا َواتَّ َخ ُذوا آيَاتِي َو ُر ُسلِي ُه ُز ًوا‬

Mafhumnya,

Itulah dia jenis balasan kepada mereka, iaitu
neraka Jahanam, balasan atas kekufuran mereka,
dan di atas perbuatan mereka menjadikan ayat-
ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku itu sebagai bahan
ejekan. (106)

Tafsirnya,

Orang-orang yang menolak ayat-ayat Allah dengan
mengemukakan dalil dan hujah-hujah mereka
sama ada secara logik atau ingkar, dan pada masa
yang sama mempertikaikan adanya hari akhirat
dan dibangkit semula setelah mati, dan mereka
menjadikan ayat-ayat Allah sebagai alat
mempersendakan agama Allah dan menganggap

191

Rasulullah sebagai bahan ejekan, maka mereka-
mereka ini diberi balasan neraka Jahanam.

Pastinya kita harus berwaspada jangan
menjadikan al-Quran dan ayat-ayatnya sebagai

sumber ejekan, kerana ia akan melemahkan

akidah dan iman. Apa lagi jika kita
memperlekehkan Rasulullah dan ajaran beliau

dan mereka akan diberi balasan neraka Jahanam.

Allah mengakhirkan Surah Al-Kahfi dengan satu
kesimpulan yang cukup bererti kepada yang
mahukan Allah, Rasul-Nya, yang mahukan dunia
dan akhiratnya, yang mahu memperkuatkan iman
dan amalnya dengan cara beriman dan beramal
soleh. Firman Allah,

Ayat-Ayat 107-108,

‫ِإ َّن الَّ ِذي َن آ َم ُنوا َوعَ ِملُوا ال َّصالِ َحا ِت َكانَ ْت لَ ُه ْم َج َّنا ُت الْفِ ْر َد ْو ِس نُ ُزلا‬
ِ )١١٨( ‫) َخالِ ِدي َن فِي َها لا يَ ْبغُو َن عَ ْن َها ِح َولا‬١١٧(

Mafhumnya,

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, mereka akan disediakan bagi
mereka syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat
mereka singgah (sebagai tetamu Allah). (107)
Mereka-mereka itu akan kekal menetap di
dalamnya dan tidak sekali-kali ingin berpindah
darinya. (108)

192

Tafsirnya,

Hamba-hamba Allah yang berbahagia di sisi
Tuhannya ialah mereka yang hidup di dunia ini
dengan beriman pada Allah dan Rasul-Nya dan
mempercayai kerasulannya serta melakukan amal
soleh kerana Allah. Dengan berpandukan amal
soleh dan beriman pada Allah dan Rasul-Nya
maka ini akan membawa mereka kepada syurga
yang dikenali sebagai Syurga Firdaus.

Syurga Firdaus dikenali sebagai tempat terbaik
dalam Jannah Allah dan paling sederhana dan
yang terbaik di antara semua jenis-jenis syurga
lain. Mereka akan berada di situ tanpa sebarang
gangguan dan mereka tidak mempunyai keinginan
untuk berpindah darinya kerana kesempurnaan
yang ada padanya.

Ayat di atas juga menjelaskan betapa sukanya
mereka dalam Syurga Firdaus ini sehinggakan
walaupun mereka sudah lama tinggal di dalamnya
mereka tidak akan merasa jemu dan inginkan
perpindahan atau bertukar angin ke tempat lain.
Inilah hadiah kepada mereka yang beriman
dengan seikhlasnya di dunia ini pada Allah, dan
beramal soleh dengan kerja-kerja yang dibuat
ikhlas kerana Allah sebagai satu penghormatan
Allah kepada mereka. Inilah yang dikatakan
dalam sebuah hadis,

193

‫أعددت لعبادى الصذالحين مذا لا عذين رأت ولا أذن سذمعت ولا‬
‫خطر على قلب بشر‬

Mafhumnya,

Aku telah menyediakan untuk hamba-hamba-
Ku yang soleh dengan sesuatu hadiah yang
tidak dapat digambarkan oleh mata yang
melihat dan tidak dapat digambarkan oleh
telinga yang mendengar dan ianya memberi
satu keasyikan kepada hati manusia itu‟.

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah pernah
bersabda,

‫ لا وعزتذى وجلال ذى لا‬٪ ‫ان الله يغذرس الفذردوس بيذده ث ذم قذال‬
‫تدخلها مدمن خمر ولا ديوث !لا قيل مذا الذديوث يذا رسذول الله‬
‫ لا‬٪ ‫قال الذى يرضى الفواحش لأهلذه ! كمذا فذى تفسذير الحذدادى‬

! ‫أو قال لا لن يدخلها مدمن خمر ولا مصر على زنى‬

Mafhumnya,

Sesungguhnya Allah sendiri yang telah
menyiapkan Syurga Firdaus itu dengan
tangan-Nya sendiri, dan selepas itu Allah
berkata, (maksudnya) „Demi kemuliaan-Ku,
demi ketinggian-Ku; tidak akan masuk ke

194

dalamnya mereka yang sentiasa meminum

minuman keras (arak dan sebagainya) dan
juga mereka yang DAYUS! Tanya sahabat-

sahabat, apakah makna dayus itu, Wahai
Rasulullah? Jawabnya, „Ianya terdiri dari

mereka-mereka yang membenar dan meredai

ahli keluarga mereka melakukan maksiat-
maksiat besar‟ ATAU kata baginda, „Demi

kemuliaan-Ku syurga ini tidak akan dimasuki

oleh orang yang sentisa terus menerus minum
arak dan yang sentiasa meneruskan amalan

zina.‟

Syurga Firdaus ini adalah tempat khusus
untuk mereka-mereka yang dikenali sebagai
al-Muqarrabin, yang didefinasikan sebagai

orang-orang yang terdapat dalam dirinya
kumpulan beriman dan juga beramal soleh,
dalam kata yang paling sempurna, iaitu
beriman dengan iman yang tertinggi
keikhlasannya; dan beramal dengan penuh
keikhlasan batinnya pada Allah dengan
syarat-syarat ianya menepati keperluan
syariat, termasuklah menperjuangkan amal
makruf dan nahi mungkar.

Sesungguhnya amalan yang menjurus
kepada kebajikan dan mencegah dari
kemungkaran adalah antara amal-amal yang
terbaik dan terkhusus untuk menjadikan
ianya soleh.

Syed Quthub berpendapat bahawa Ayat-Ayat
di atas mencerminkan fitrah manusia untuk

195

menjadi khalifah di atas muka bumi ini, iaitu
untuk membangunkan kehidupan yang
sempurna, beragama bagi mencapai satu
tingkatan hidup yang dirancangkan, iaitu
beriman dan beramal.

Setelah Allah menjanjikan kepada yang
beriman dan beramal soleh dengan Syurga
Firdaus maka Allah meminta Rasulullah
memberitahu kepada semua bahawa ilmu
manusia itu hanyalah terhad kepada apa
yang mereka nampak sahaja sedangkan ilmu
Allah tidak terhad. Oleh itu janganlah kita
cuba mendabik dada punyai ilmu yang
meluas, ianya terhad dan terlalu sedikit.
Firman Allah seterusnya,

Ayat 109,

‫قُلْ لَ ْو َكا َن الْ َب ْح ُر ِم َدا ًدا لِ َكلِ َما ِت َربِّي لَ َنفِ َد الْ َب ْح ُر قَ ْبلَ أَ ْن تَ ْن َف َد َك ِل َما ُت‬
ِ )١١٩( ‫َربِّي َولَ ْو ِج ْئ َنا بِ ِم ْثلِ ِه َم َد ًدا‬

Mafhumnya,

Katakanlah pada mereka, Wahai Muhammad,
„Kalaulah semua jenis lautan menjadi dakwat
untuk menulis (merakamkan) KALIMAT Allah,
Tuhanku itu, sudah tentu akan habis kering lautan
itu sebelum habis tulisan kalimat-kalimat itu,
walaupun Kami tambah lagi dengan lautan yang
setanding dengannya sebagai bantuan.‟ (109)

196

Tafsirnya,

Ayat di atas ini menjelaskan bahawa bayangan
yang kita buat terhadap sesuatu itu adalah terhad
jika dibandingkan dengan sesuatu hakikat yang
tidak terhad. Syed Quthub membandingkan
bayangan kita terhadap lautan sebagai luas
namun dia punyai hadnya, sedangkan KALIMAT-
KALIMAT Allah menggambarkan ilmu Allah yang
tiada hadnya, tidak tepinya malah manusia tidak
boleh menjejakinya.

Perkataan KALIMAT-KALIMAT Allah Tuhanku
dalam Ayat di atas diertikan sebagai tanda-tanda
Allah yang mengunjurkan kita kepada ilmu-Nya
adalah tanpa had sedangkan ilmu manusia
semuanya berada dalam ilmu Allah, sehingga
mereka tidak dapat mentakdirkannya dengan
kuasa mereka yang ada. Contohnya segala
nikmat dunia, awal dan akhirnya, yang membawa
kita kepada ilmu Allah adalah tidak terhad, dan
ini belum dimasukkan tentang nikmat-nikmat di
akhirat.

Apakah kaitannya Ayat ini setelah Allah
menjelaskan yang beriman dan bermal soleh akan
memperolehi Syurga Firdaus?

Ayat ini mungkin bertujuan menempelak orang-
orang kononnya punyai ilmu dan mahu mencabar
ilmu Allah. Katakanlah manusia itu telah
memperolehi beberapa rahsia yang dapat
dipecahkannya, mungkin mengenai diri mereka

197

atau mengenai dunia ini, dan mereka dianggap
punyai ilmu dan berilmu luas atas segala-galanya.
Sebenarnya kebolehan manusia mencungkil ilmu
dan menguasainya dari ilmu Allah itu hanyalah
sedikit dari yang sedikit, iaitu perbandingan
seuatu yang terhad kepada sesuatu yang tiada
hadnya.

Mungkin ilmu yang diperolehinya ialah seluas
lautan, tetapi ianya masih terhad, sehingga jika
semua lautan itu hendak kita tuliskan ilmu Allah,
nescaya lautan itu kering dan masih tidak habis
untuk menulis ilmu-ilmu Allah ini, hatta, kita
tambah lagi setandingnya lautan yang lain, masih
tidak habis untuk kita menulisnya.

Inilah konsep penghayatan Allah melalui apa yang
terhad pada kita untuk terus beriman dengan
Allah dan menerima Allah seadanya. Begitu juga
dengan nikmat di Firdaus yang terhad sekali
untuk kita fikirkan bagaimana? Akuilah kita
tidak berupaya mengetahui ilmu Allah kecuali
yang diberikan kepada kita.

Al-Quran adalah sebaik-baik ilmu Allah yang telah
diperincikan kepada kita untuk kita terokai. Jadi
apakah sebenarnya tugas Rasulullah dalam
keadaan ilmu Allah yang tidak terhad berbanding
dengan ilmu manusia yang terhad?

Ayat 110,

198

‫قُلْ ِإنَّ َما أَنَا بَ َش ٌر ِم ْثلُ ُك ْم يُو َحى ِإلَ َّي أَنَّ َما ِإلَ ُه ُك ْم ِإلَهٌ َوا ِح ٌد فَ َم ْن َكا َن يَ ْر ُجو‬
ِ )١١١( ‫لِ َقا َء َربِّ ِه فَ ْل َي ْع َملْ عَ َملا َصالِ ًحا َولا يُ ْش ِر ْك بِ ِع َبا َد ِة َربِّ ِه أَ َح ًدا‬

Mafhumnya,

Katakanlah kepada mereka, Wahai Muhammad,
„Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia
seperti kamu, diberikan wahyu kepadaku bahawa
Allah Tuhan kamu itu adalah Maha Esa, oleh itu
sesiapa di antara kamu yang mahu dan berharap
akan pertemuan dengan Tuhannya Allah, maka
hendaklah dia mengerjakan amal soleh (setelah
beriman) dan janganlah dia mempersekutukan
Allah itu dengan sesiapa pun dalam ibadatnya
kepada Tuhannya, Allah.‟ (110)

Tafsirnya,

Syed Quthub mentafsirkan Ayat di atas dengan
menampilkan perihal ilmu manusia yang terhad
sedangkan ilmu Allah tidak terhad. Maka
peranan yang dimainkan oleh Rusulullah s.a.w.
ialah membawa risalah tertinggi untuk manusia
sejagat, risalah yang meliputi segala
kesempurnaan yang melihatkan Allah sebagai
puncaknya dan manusia sebagai bimbingannya.

Pengakuan Rasulullah di sini ialah, „Aku adalah
manusia seperti kamu semua. Cuma aku diberi
wahyu dari Allah. Aku adalah manusia biasa yang
dibekalkan oleh Allah dari Ufuqil A‟ala yang

199

menyampaikan sesuatu kepada kamu. Aku
adalah manusia yang tidak melebihi hidayah yang
dianugerah oleh Allah, manusia yang belajar,
mengajar dan membimbing sehingga sesiapa yang
cuba mendekatkan diri dengan Allah, maka
ambillah manfaat dari apa yang aku sampaikan
kepada kamu melalui al-Quran ini, dan ambillah
tanpa perantara selain terus dari Allah. Cara yang
terbetul sekali ialah BERIMAN, BERAMAL SOLEH
dan TIDAK SEKALI-KALI MENSYIRIKKAN ALLAH
DALAM IBADAT KAMU DENGAN SESIAPA JUA.

(Syed Quthub Fi Zhilalil Quran Juzu’ 4 ms
2297)

Ismail Haqqi Ar-Rusawi pula menyatakan bahawa
pengertian „sesiapa yang ingin bertemu dengan
Allah‟ dalam Ayat di atas bererti „sesiapa yang
inginkan kemuliaan dari Allah ke atasnya‟. Maka
hendaklah dia beramal soleh.

Konsep amal soleh ialah semua jenis amal baik
tanpa riak, atau amal baik tanpa kepentingan diri
sendiri pada amalan itu, tanpa meminta upah dan
ucapan terima kasih. Katanya, amal soleh yang
dianjurkan oleh Rasulullah ialah, „membuat
sesuatu amalan itu semata-mata kerana Allah
sahaja, dan memutuskan semua kepentingan diri
dari mindanya.‟

Mengikutnya, konsep tidak syirik kepada Allah
dalam ibadat bererti, „Hendaklah jangan kita
sekutukan amalan kita kerana Allah dengan

200

amalan kita kerana manusia lain, ertinya adanya
perasan riak di situ.‟

Amalan yang dikongsi dengan perasaan riak
dikatakan adanya unsur-unsur syirik dalam
ibadat sesorang itu. Rasulullah bersabda dalam
sebuah hadis,

‫ان أخوف ما أخاف علذى أمتذى الاشذراك بذاللها امذا انذى لا أقذول‬

‫يعبدون شمسذاا ولا قمذراا ولا شذجراا ولا وثنذاا ولكذن أعمذالا‬

‫لغير الله‬

ِ

Mafhumnya,

„Perkara yang paling aku takut sekali yang
menimpa umatku ialah syirik pada Allah. Aku
tidak kata mereka menyembah matahari, atau
bulan atau pokok atau patung sembahan,
tetapi mereka melakukan amalan bukan
kerana Allah.‟

KESIMPULAN

Surah Al-Kahfi ini pada keseluruhannya

adalah menganjurkan amal soleh dalam

hidup kita. Perbanyakkanlah amal soleh
kerana Allah di samping memperkuatkan

iman dan amal kita agar kita diberi tempat

201

terbaik di sisi Allah dan mendapat
penghormatan-Nya.

Kisah penghuni gua itu sebenarnya
menggambarkan amal soleh yang telah
dilakukan oleh mereka yang beriman
mempertahankan agama Allah dari musuh
mereka dan sebagai jalan akhir mereka
mohon RAHMAT Allah untuk dilindungi dari
sebarang bahaya. Dengan rahmat Allah dan
barakah dari amal soleh mereka itu,
semuanya ditidurkan selama 300 tahun
dalam gua di bawah jagaan Allah.

Kisah kedua, iaitu pemilik kebun yang kaya

dan pemilik iman yang berusaha membentuk

keperibadian beragama dan beramal soleh
memberi ilham kepada kita yang amal soleh

boleh dilakukan oleh orang-orang yang kaya,
tetapi berteraskan Allah dan inayah-Nya.

Amal soleh boleh dilakukan dengan cara

berusaha mengendalikan pembangunan
pertanian tetapi dirinya mesti seorang yang

beriman kepada kuasa Allah dan beriman
dengan hari akhirat.

Kisah ketiga, memperlihatkan kita pada
hidup ini sebagai air hujan yang bercampur

baur dengan tanah tanih untuk melahirkan
hidup yang lebih ceria dan menghijau subur.

Jika tiada amal soleh dan tiada iman dalam

dada maka ianya akan menjadi kering dan
hilang ditiup angin. Ajaran dari kisah

202

tersebut, kita mestilah punyai iman dan
beramal soleh agar hidup ini bermatlamat.

Kisah Musa a.s. dan Khidir r.a. membawa
kita kepada konsep beriman kepada yang
ghaib, beriman pada Allah. Dalam beberapa
kisah dalam cerita itu konsep „beriman dan
amal soleh‟ ditonjolkan, misalnya dengan
adanya amal soleh kedua ibu bapanya maka
Allah sendiri menjaga harta anak-anaknya
dari sebarang kecurian. Allah mematikan
anak yang mungkin menderhaka pada bapa
yang soleh dalam kisah pembunuhan yang
dilakukan oleh Khidir ke atas remaja yang
ditemuinya.

Kisah keempat, perjalanan Zulqarnain dari
bumi Mesir, menyusur melalui kawasan
Khatulistiwa dan menembusi Negeri Cina
membawa selogan iman dan amal soleh
kepada penduduk-peduduk yang dikunjungi
Zulqarnain.

Kemudian, Surah ini diakhiri dengan konsep
AMAL SOLEH yang akan disajikan kepada
pengamal soleh yang beriman di akhirat
nanti dengan Syurga Firdaus. Menjadikan
satu kesimpulan besar Surah ini ialah surah
mengenai Amal Soleh dan disarankan untuk
kita semua beramal soleh dan beriman dalam
hidup ini. Allhu aqlam.

203

AMALAN-AMALAN DENGAN SURAH AL-KAHFI

Catitan dari Tafsir Ruhul Bayan

Dicatitkan beberapa hadis-hadis dan
tafsirannya dari buku Tafsir Ruhul Bayan
untuk
oleh Sheikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi

mengakhirkan tafsiran Surah ini.

Diriwayat dari Abid Dardak r.a. dari
Rasulullah s.a.w. yang bersabda

‫من حفظ عشر أيات من أول سورة الكهف عصم من الدجال‬

Mafhumnya,

„Sesiapa yang menghafaz 10 ayat pertama
dari Surah Al-Kahfi, maka dia akan terjaga
dari Dajal.‟ Riwayat Muslim.

Ibnu Malik menjelaskan konsep dajal dalam
hadis ini sebagai orang-orang yang
pembohong dan berpura-pura berdasarkan
sebuah hadis Rasulullah yang mafhumnya,
„Akan terdapat banyak dajal-dajal di akhir
zaman ini‟. Ini termasuklah mereka-mereka
yang bertuhankan nafsu dan pembawa ilmu-
ilmu bidaah dan sesat.

Rahsia perlindungan dari Dajal seperti
maksud hadis itu dengan melihat sifat 10
Ayat-Ayat awal Surah Al-Kahfi yang

204

memaparkan kisah Ashabul Kahfi kerana

mereka telah puas menentang Diqyanus, raja
kafir yang memaksa mereka menjadi kufur,

dan seterusnya memohon perlindungan Allah
melalui RAHMAT-Nya. Allah telah

melepaskan mereka dari fitnah tersebut

dengan menidurkan mereka selama 300
tahun dalam gua. Begitulah juga akan Allah

lindungi orang yang membaca 10 ayat awal
Surah tersebut. Apa yang diharap ialah agar

Allah melindungi iman dan agama mereka

dari fitnah Dajal ini.

Diriwayat dari An-Nasaii r.a., Rasulullah
pernah bersabda,

‫من قرأ العشر الاواخر من سورة الكهف عصم فتنة الدجال‬

Mafhumnya,

„Sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir
dari Surah Al-Kahfi, maka beliau akan
dilindungi dari fitnah Dajal.‟ Riwayat An-
Nasaii.

Dari Abi Said Khudri r.a, sabda Rasulullah
s.a.w.,

,

205

‫من قرأ الكهف كما أنزلت كانت له نذورا يذوم القيامذة مذن مقامذه‬
‫ ومت قرأ عشر أيات مذن أخرهذا ثذم خذرج الذدجال لذم‬٪‫الى مكة‬

‫ رواه الحاكم‬٪‫يسلط عليه‬

Mafhumnya,

„Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi
seluruhnya sepertimana ianya diturunkan
maka bagi pembaca itu nur di hari akhirat
yang jauhnya di antara tempat ia
membacanya dengan Mekah, dan sesiapa
yang membaca 10 ayat terakhir dari Surah
itu, maka keluar dajal dan sedikit pun tidak
akan mengganggunya‟ Hadis riwayat Hakim.

Dari Ibnu Umar r.a. Rasulullah pernah
bersabda,

‫من قرأ سورة الكهف فى يذوم الجمعذة سذطع لذه نذور مذن تحذت‬
‫قدميه الى عنان السماء يضىء لذه يذوم القيامذة وغفذر لذه مذا بذين‬

‫الجمعتين‬

Mafhumnya,

„Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada
hari Jumaat, terserlahlah padanya nur dari
kedua-dua tapak kakinya menjurus ke langit
tinggian ia akan menyinarkannya di hari

206


Click to View FlipBook Version