Di dalam Surah ini terdapat empat kumpulan yang disebut-sebut, iaitu
kumpulan MUHAJIRIN (penduduk dari Mekah yang diusir keluar), kumpulan
Ansar (anak tempatan Madinah), kumpulan Bani Nadhir (yang dikepung
Rasulullah kerana cuba membunuh Rasulullah dan khianati perjanjian), dan
kumpulan orang munafik (berpura-pura menjadi muslimin tetapi bertindak
menghasut supaya menentang Islam (diketuai oleh Abdullah bin Ubai ibnu
Salul). Dua kumpulan awal telah diceritakan sifat-sifat mereka dalam Ayat-
Ayat 8-10. Ayat-Ayat 11-17 pula menjelaskan dua kumpulan, iaitu Bani
Nadhir dan Munafik Madinah.
Kumpulan Munafik ini adalah terkeluar dari Syara‟ dan aktiviti mereka ialah
mendekati Bani Nadhir sebelum dan sesudah dikepung Rasulullah dengan
mengacukan beberapa kata-kata peransang seoalah-olah mereka mempunyai
hubungan muhibbah. Di antara kata-kata mereka kepada Bani Nadhir ialah,
1) Mereka akan bersesama Bani Nadhir jika mereka diusir keluar, dan
tidak ada sebarang kuasa dapat menghalang mereka.
2) Munafikin akan membantu Bani Nadhir jika terdapat sebarang
serangan dari orang Islam ke atas mereka.
Bani Nadhir telah terpengaruh dengan kata-kata ini dan sanggup bertahan,
walaupun seorang kanan mereka, iaitu Salam bin Mashkam telah terang-
terang menolak cadangan itu kerana dia tahu Abdullah bin Ubai, ketua
munafik ini seorang pembohong. Inilah dia perpecahan sesama mereka yang
memecahkan kesatuan mereka.
Di samping itu Allah awal-awal lagi telah memberitahu yang orang-orang
munafik ini tidak akan mengotakan kata-kata mereka, iaitu,
1) Apabila Bani Nadhir diusir dan keluar meninggalkan Madinah orang
munafik tidak ikut sama keluar.
2) Mereka bersikap tidak membantu sewaktu Bani Nadhir dan kebun
mereka ditumbangkan dan tidak menolong langsung.
Barulah mereka mengakui bahawa orang-orang munafik ini hanya berlakon
sahaja.
Keadaan Bani Nadhir yang jahil, tidak beriman kepada Allah itu telah merasa
terlalu takut kepada muslimin lebih dari takut kepada Allah. Jikalau pun
mereka mahu menentang Rasulullah ini hanya sewaktu mereka berada dalam
kota pertahanan mereka sahaja atau mencuri membunuh dengan cara
bersembunyi di belakang pagar. Mereka kecut, hati-hati mereka berkecamuk,
dan yang pastinya orang-orang munafik akan hanya membisu seribu bahasa.
Nampaknya dengan konon ada beribu-ribu jumlah kaum yang membantu,
mereka sebenarnya lemah dan berpecah.
111
Perpecahan kaum Bani Nadhir ini dinyatakan oleh Allah sebagai TIDAK
PUNYAI SYARIAT, TIDAK BERILMU dan TIDAK BERAKAL.
Pertalian di antara Syariat, Ilmu dan Akal ini dapat dijelaskan seperti berikut,
Bersyariat akan menghubung manusia dengan ilmu
Berilmu melihat dengan mata kepala dan meyakini
Berakal kekuatan menerima ilmu yang boleh beri faedah
Jika perpecahan berlaku maka seseorang itu dikatakan tanpa syariat, tanpa
ilmu dan tanpa akal.
Dalam sebuah hadis dari Anas r.a. seorang sahabat berkata kepada
Rasulullah, „Orang yang berakal mungkin pemilik dosa yang banyak?‟ Jawab
Rasulullah, „Setiap anak Adam pasti ada dosa-dosanya dan kesalahan yang
dilakukannya, jika akal menjadi pengimbangnya dan nalurinya menjadi
peyakin, maka yang berdosa itu akan mengakhirkan dosanya dengan bertaubat
dan kesal, maka dosa-dosa itu akan terpadam dan yang tinggal ialah RESTU
untuk dia masuk ke dalam Syurga.‟
(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 442
Juzu‟ 29)
Kesimpulannya, bahawa orang Yahudi Bani Nadhir dan Munafik adalah sama
sahaja dari segi kekufuran mereka dan tidak berakalnya mereka dalam
menghadapi Rasulullah. Mereka dan kumpulan ketiga dan keempat ini adalah
sama seperti syaitan, yang membisikkan sesuatu ke dalam telinga anak Adam
sehingga menyuruhnya KUFUR pada Allah. Apabila ianya telah menjadi
kufur, maka syaitan akan berkata, „Kami tidak bertanggungjawab atas
kekufuran kamu itu, sesungguhnya kami takut pada Allah Rabbul
„Alamin.‟ Tinggallah Bani Nadhir terkial-kial menghadapi azab usiran dari
orang Islam. Apa pun syaitan itu tidak terlepas dari neraka Allah kerana
kedua-duanya akan menghuni neraka Allah. Inilah dia kezaliman, dan
balasannya ialah neraka Allah.
Apakah realiti Ayat-Ayat ini pada kita?
1) Jadikanlah diri seikhlas mungkin dengan beriman pada Allah, maka
kita akan diterima orang sebagai kawan dunia dan akhirat (Muhajirin).
2) Jadikan diri sentiasa menerima orang yang ikhlas atas keikhlasan kita
sendiri, iaitu berpegang pada Allah dan beriman kepadaNya (Ansar).
112
3) Jauhkanlah diri dari menjadi orang yang tiada Syariat dalam hidup,
tidak berilmu dan tiada berakal dalam satu masalah. Kita akan tertipu
dengan penipu yang berpura-pura. Oleh itu mohon Allah jauhkan kita
menjadi orang-orang munafik dan tidak beriman.
4) Pokoknya ialah keikhlasan dapat memperbaiki hubungan manusia dan
mengurus perpecahan dengan baik.
Ayat-Ayat 18-20
يَا أَيُّ َها الَّ ِذي َن آ َم ُنوا اتَّ ُقوا اّلَّلَ َولْ َت ْنظُ ْر نَ ْف ٌس َما قَ َّد َم ْت لِ َغ ٍد َواتَّ ُقوا اّلَّلَ ِإ َّن اّلَّلَ َخ ِبي ٌر بِ َما تَ ْع َملُو َن
)لا يَ ْس َت ِوي١٩( ) َولا تَ ُكونُوا َكالَّ ِذي َن نَ ُسوا اّلَّلَ فَأَ ْن َسا ُه ْم أَ ْن ُف َس ُه ْم أُولَ ِئ َك ُه ُم الْ َفا ِس ُقو َن١٨(
)٢١( أَ ْص َحا ُب ال َّنا ِر َوأَ ْص َحا ُب الْ َج َّن ِة أَ ْص َحا ُب الْ َج َّن ِة ُه ُم الْ َفائِ ُزو َن
Mafhumnya,
Wahai orang-orang yang beriman, BERTAKWALAH dengan Allah, dan
berwaspadalah dengan sentiasa melihat diri sendiri tentang PERSEDIAAN
yang bakal diagih di hari esok (hari akhirat melalui amal baik dan nahi
mungkar). BERTAKWALAH, sesungguhnya Allah itu Amat Meliputi ILMUNya
atas segala apa yang telah kamu lakukan.)۱۸( Dan janganlah kamu MELUPA
DIRI dengan melupakan Allah, kerana dengan itu Allah akan mentakdirkan
mereka menjadi lupa diri mereka sendiri, sehingga dengan itu mereka bakal
menjadi orang FASIK yang durhaka.)۱۹( Ahli Neraka TIDAK SAMA dengan ahli
SYURGA, ahli Syurga adalah mereka-mereka yang beroleh KEMENANGAN.)۲۱(
Tafsirnya,
Orang-orang yang ikhlas beriman dengan Allah diseru supaya bertakwa dalam
semua urusan hidup mereka, dan berwaspada dari melakukan maksiat
dengan cara memperkuatkan ketaatan mereka kepada Allah, iaitu
- meninggalkan kekufuran dengan cara banyak bersyukur (ambil
perhatian kisah munafikin dan kaum Bani Nadhir dalam surah ini )
113
- menghalang menjadi PELUPA kepada Allah dengan banyak berzikir
- menghalang „bersembunyi‟ melakukan kemungkaran dengan
meyakini Allah itu sedang menyaksikan semua perlakuan kita
- memberi PERSEDIAAN amalan baik kita bagi menghadapi hari
AKHIRAT kita
- mewujudkan „jiwa‟ yang sempurna dan berakal untuk meneliti
segala akibat yang akan diterima
- memberi penekanan ke atas takwa diri agar sempurna penglibatan
kita kepada diri kita, Allah dan masyarakat
Sekilas dialog di antara Malik bin Dinar dengan Saadon,
Malik „Bagaimana hal kamu?‟
Saadon „Wahai Malik, bagaimana halnya seorang yang melalui pagi dan
petangnya dan mahu „musafir‟ jauh meninggalkan dunia ini tanpa
persediaan, dan kemudian bertemu dengan Allah Yang Maha Adil itu
yang akan menjalankan penghakiman di antara hamba-hambaNya?”
(kemudian menjawab dengan tersedu-sedu)‟
Malik „Mengapa Engkau tersedu-sedu begini dan nampak terlalu sedih?‟
Saadon „Aku tersedu bukan kerana kesusahan di dunia ini, atau takut pada
kematian, tetapi tangisan ini kerana kekesalanku atas umurku
yang telah melalui beberapa waktu dan masih jelas kurangnya
amal baikku. Persediaanku terlalu sedikit, tidak tahu sama
ada perjalananku akan berakhir ke Syurga atau ke Neraka?
Lantaran keinsafan itu, aku telah mencurahkan „sayang‟ku ini pada
Allah, dan Dia menjadi bunga hatiku dan terpahat kesayangan itu di
antara daging dan darahku.‟
114
Allah telah memberi amaran kepada kita semua, berdasarkan kes di atas,
supaya jangan sekali-kali menjadi seperti orang-orang Yahudi Bani Nadhir itu
dan seperti orang-orang Munafik yang telah melupai Allah, iaitu mereka lupa
hak mereka terhadap Allah, lupa tentang takdir Allah ke atas mereka, dan
tidak mempertahankan semua arahan-arahan Allah dan mencegah segala
tegahan-tegahanNya yang telah bertanggungjawab menjadikan mereka lupa
pada diri mereka sendiri. Mereka tidak mendengar sesuatu yang boleh
memberi manfaat pada mereka, dan tidak bersikap IKHLAS dan lupa
menyediakan diri untuk menghadapi hari akhirat Allah. Iaitu mereka telah
dengan sendirinya lupa pada Akhirat dan pada Allah. Akibat yang mereka
terima ialah pengusiran dengan hina keluar dari Madinah.
Oleh kerana terlalu banyak orang-orang yang lupa pada Allah maka Allah
mengingatkan kita bahawa TIDAK SAMA di antara penghuni Neraka dengan
Penghuni Syurga. Ahli neraka ialah orang melupai Allah dalam hidup mereka.
Manakala ahli Syurga ialah yang bertakwa, dan mereka berjaya mendapat apa
yang dikehendaki mereka dan terlepas sama sekali dari segala keburukan di
hari akhirat.
Oleh kerana manusia seolah-olah tidak dapat membezakan di antara Neraka
dan Syurga maka Allah memperingatkan kita perbezaan antara Neraka dan
Syurga. Ahli Syurga ialah orang yang menang dengan adanya keselamatan,
terlepas dari segala kesusahan dan mereka adalah dari kumpulan orang yang
dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat.
Ahli neraka pula ialah yang terhina di dunia dan di akhirat, kerana melampau
kelalaian mereka, suka pada perkara yang cepat dan mengikut telunjuk hawa
nafsu dan bagi mereka „baik dan jahat‟ tiada perbezaan. Jadi tujuan Allah
mahukan kita mengambil iktibar dan waspada daripada „kelalaian‟ dan
keluarkan diri dari maksiat.
Rasulullah pernah bersabda, „Ahli Syurga yang paling rendah darjatnya ialah
orang yang bertanggungjawab pada dirinya, keluarganya, nikmat kurniaan
Allah atasnya dan suka kepada perkara-perkara yang mendekati Allah. Ahli
Syurga yang paling tinggi darjatnya ialah yang sentiasa melihat pada dirinya
pagi dan petang dan menghayati firman Allah,
وجوه يومئذ ناضرة الى ربها ناظرة
yang bermaksud, “Muka-muka mereka sentiasa tenang pada hari akhirat,
yang dapat melihat wajah Allah Tuhan mereka” iaitu wajah mereka
sentiasa ceria dan melihat terus pada wajah Allah.”
(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 448
Juzu‟ 29)
115
Ayat-Ayat 21-24
لَ ْو أَ ْن َزلْ َنا َه َذا الْ ُق ْرآ َن َعلَى َج َب ٍل لَ َرأَ ْي َتهُ َخا ِش ًعا ُم َت َص ِّدعًا ِم ْن َخ ْش َي ِة اّلَّ ِل َوتِ ْل َك الأ ْم َثالُ نَ ْض ِربُ َها لِل َّنا ِس
) ُه َو اّلَّل ُ الَّ ِذي لا ِإلَهَ ِإلا ُه َو َعالِ ُم الْ َغ ْي ِب َوال َّش َها َد ِة ُه َو ال َّر ْح َم ُن ال َّر ِحي ُم٢١( لَ َعلَّ ُه ْم يَ َت َف َّك ُرو َن
) ُه َو اّلَّل ُالَّ ِذي لا ِإلَهَ ِإلا ُه َو الْ َم ِل ُك الْ ُق ُّدو ُس ال َّسلامُ الْ ُم ْؤ ِم ُن الْ ُم َه ْي ِم ُن الْ َع ِزي ُز الْ َج َّبا ُر الْ ُم َت َك ِّب ُر٢٢(
) ُه َو اّلَّل ُالْ َخالِ ُق الْ َبا ِرئُ الْ ُم َص ِّو ُر لَهُ الأ ْس َماءُ الْ ُح ْس َنى يُ َس ِّب ُح لَهُ َما٢٣( ُس ْب َحا َن اّلَّ ِل عَ َّما يُ ْش ِر ُكو َن
)٢٤( فِي ال َّس َما َوا ِت َوالأ ْر ِض َو ُه َو الْ َع ِزي ُز الْ َح ِكي ُم
Mafhumnya,
Sekiranya kami menurunkan Al-Quran ini ke atas sebuah bukit, nescaya
Engkau, Wahai Muhammad, dapat melihat bukit itu akan menunduk khusyuk
serta berpecah-pecah melerai kerana kegerunan pada Allah. Ingatlah Wahai
Muhammad, perbandingan begini dikemukakan kepada kamu dan manusia
semua untuk menjadi bahan pemikiran mereka.)۲۱( Dialah Allah, hanya Dia
yang disembah, Mempunyai Ilmu sama ada tentang yang ghaib atau yang
nyata dilihat, Pemberi Rahmat di dunia ini dan Pemberi Rahmat di Akhirat
nanti.)۲۲( Dialah Allah, hanya Dia yang disembah, memiliki sifat-sifat Al-Malik
(Penguasa Agung), Al-Quddus (Ditakdis oleh semua), As-Salamu (Pencetus
Keselamatan/Kesejahteraan), Al-Mukminu (Pelimpah Keamanan), Al-
Muhaiminu (Pengawas/Mengawal), Al-Azizu (Maha Berkuasa/Penunduk), Al-
Jabbaru (Maha Bengis), Maha Suci Allah itu dari segala anggapan syirik
mereka kepadaNya.)۲۳( Dialah Allah, hanya Dia yang Mencipta semua
makhluk, mewujudkan makhluk itu dari tiada kepada ada, Dialah yang
mereka bentuk rupa-rupa makhlukNya, Ianya mempunyai nama Al-Husna,
iaitu sebaik-baik nama sifat dan semulia-mulianya. Dengan nama-nama ini,
Dia ditasbihkan oleh makhlukNya sama ada yang berada di langit-langit sana
dan berada di bumi, sekali gus Allah itu Maha Perkasa (dalam menghukum
yang ingkar) dan Maha Adil (dalam melaksanakan ciptaan dan hukumNya).)۲۴(
Tafsirnya
116
Panduan yang membawa kita ke dalam Jannah dan menjadi ahli Syurga ialah
Al-Quran dan Keagungannya sebagai pembimbing ke arah takwa dan
kesejahteraan. Keagungan mukjizat Al-Quran itu digambarkan oleh Allah,
yang jika ianya diturunkan ke atas sebuah bukit, nescaya semua orang dapat
melihat kelibat bukit itu yang menggeletar tunduk khusyuk serta berlerai
pecah batu-batunya itu, kerana gerun kepada Allah, takut tidak memberi
layanan yang sewajarnya kepada Al-Quran itu.
Inilah dia Keagungan Al-Quran, mengisi semua sumber kekuatan nasihat,
dalam spiritual dan zahirnya, dan bagaimana manusia boleh menerima dan
membacanya serta menerima hakikatnya dari Allah, penjelasan Al-Quran dan
KeAgungannya untuk membantu kita berfikir dan menemui kaedah
menghubungi dan mengingati Allah, berdasarkan kepada ketuhanan zat dan
sifat-sifat nama Allah.
Selepas memberi bayangan Al-Quran sebagai teragung maka Allah
menyarankan konsep tauhid dengan cara memaparkan perkataan, “Dialah
Allah yang hanya disembah dan tiada yang lain.” Tujuannya ialah
menimbulkan ketauhidan kita pada Allah dalam iktikad kita pada Allah.
Kemudian diikuti dengan sifat nama yang bererti, “Allah itu Maha
Mengetahui sama ada yang GHAIB dan yang NYATA” yang membawa erti
GHAIB sebagai yang ghaib dari pancaindera manusia. Yang NYATA pula
bererti perkara yang dapat dilihat oleh mata kepala manusia. Implikasinya
ialah bahawa Allah itu Maha Mengetahui setiap pergerakan amalan kita
seharian selama hidup kita ini, baik yang zahirnya atau yang tidak zahir,
AGAR kita berwaspada supaya ia tidak menjejaskan persediaan untuk hari
„esok‟ kita.
Kemudian Ayat ini diikuti dengan, “Dia adalah Pemberi Rahmat di dunia
ini (kepada semua makhluk, tidak kira beriman atau tidak) dan Pemberi
Rahmat pada hari Akhirat (khusus kepada yang beriman sahaja).”
Implikasinya ialah ia menggambarkan bahawa Rahmat Allah itu amat luas.
Dengan keluasan Rahmat Allah ini ia akan memberi motivasi kepada umat
yang melakukan maksiat akan berbalik kepada Allah, memohon restuNya
untuk beriman dan bertaubat. Pada masa yang sama ia akan menyegarkan
orang yang beramal soleh akan meneruskan kerja baiknya itu agar dia akan
memperluaskan rahmatnya kepada sesama manusia. Seseorang itu juga
harus memberi rahmat kepada dirinya secara zahir dan batin dan kemudian
memanjangkannya kepada yang lain.
Sekali lagi Allah membawa kita kepada konsep TAUHID dengan sebutan kali
kedua, „Dialah Allah yang hanya disembah dan tiada yang lain‟ agar kita
terus menjaga akidah kita dan tidak syirik kepadaNya, dan Allah Yang Maha
Esa itu diikuti dengan sifat-sifatNya seperti berikut,
117
Al-Malik iaitu Allah memiliki kuasa mutlak dan menyempurnakan kuasa itu
untuk satu perkara dan berkuasa untuk tidak menyempurnakan mengikut
kehendaknya. Contohnya, ٱل َّنا ِس ِكm َم ِلenydeamnpurِنnِّْديaٱلkمaِ ْوnَي َمالِ ِكyang masing-masing
menggambarkan Allah berkuasa kuasaNya ke atas perkara-
perkara yang berhubung dengan manusia dan Dia berkuasa
menyempurnakan kuasanya pada hari akhirat tanpa bantuan dari sesiapa
pun.
Al-Quddus
Iaitu bersifat „bersih‟, „terbersih‟ dari sebarang kekurangan yang mengaibkan
Dia sebagai Allah. Konsep „bersih‟ ini terus ditakdiskan oleh makhluk kepada
Allah, kerana Allah tidak perlu kepada yang lain untuk Dia bersih kerana
sifatNya adalah bersih dalam nama dan sifat secara mutlak.
As-Salam
Iaitu zatNya memiliki keselamatan dari sebarang bala dan kekurangan.
Misalnya, ُ ٱللَّ ُه َّم أَ ْن َت ال َّسلَامbererti Engkau terlepas dari semua kekurangan dan aib
ُ َو ِم ْن َك ال َّسلَامbererti Engkau sumber keselamatan, terselamat dari kesusahan َوِاِلَ ْي َك يَعُ ْو ُد
ُkلَامa َّسm الidmanohkoenpakdeaseElanmgkataaun saja tertumpu semua akkehsierlaatmatanُبِال َّسلَام فَ َح ِّي َنا maka
dari-Mu di dunia dan َربَّ َنا
Al-Mukmin bererti menentukan ketauhidan dalam zat dan diri Allah.
Misalnya,
y َوa ُهnِإلَّاgُِإله لآdَ ُهiَّنsَه ُ أeٱللmِه َدb َشahberseerlatiinteladhardi ipAerllsaahk.sikaAntaoulehbAelrlearhti bahawa tiada yang lain
Dia sebagai sumber
mendapatkan rasa keamanan diri dari sebarang ketakutan, baik di dunia atau
di akhirat jika seseorang itu beriman dengan Allah.
Al-Muhaimin bererti penjagaan Allah yang keterlaluan dari sebarang bahaya
dan kerosakan. Atau teliti menjaga sesuatu yang diciptaNya. Peringkat
tertinggi kemuliaanNya di mana semua makhluk sujud kepadaNya.
Al-Jabbar bererti menundukkan makhluk dan memaksa atas satu kerja dan
tujuan baik. Misalnya Allah memaksa sesuatu itu demi mahu mewujudkan
sesuatu yang lain. Menundukkan Firaun memberi jalan kepada Musa a.s.
118
Al-Mutakabbir bererti terlalu takbur dalam keAgungan dan ketinggianNya
sebagai Allah. Misalnya, dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Umar
r.a. yang berkata, “Satu hari aku melihat Rasulullah berdiri di atas mimbar
menceritakan tentang Allah, beliau bersabda, „Di hari Kiamat, semua bumi dan
langit serta yang berada di dalamnya akan dikumpul ketat oleh Tangan Allah
dan kemudian Allah menunjukkan bagaimana dia mengawal semuanya itu
dengan kuasaNya dan berkata; “Akulah Allah, Akulah Pemberi Rahmat di
dunia dan Pemberi Rahmat di akhirat ini. Akulah Al-Malik, Al-Quddus,
As-Salam, Al-Mukmin, Al-Muhaimin, Al-Azizi, Al-Jabbar dan Al-
Mutakkabir, Akulah yang memulakan penghidupan di dunia dulu dan
sekarang ini di mana raja-raja yang zalim dan kasar dulu?” Riak kata-
kata itu menggambarkan Allah itu Mutakabbir.
(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 494
Juzu‟ 29)
Selepas dinyatakan 8 nama-nama ini maka Allah mengajak kita bertasbih
mentakdiskan Allah itu dari sebarang syirik dari sifat-sifat yang tidak layak
bagiNya. Di akhir ayat itu, Allah sekali menonjolkan nama AgungNya untuk
mengembalikan kita kepada memperakuiNya sebagai Pencipta Mutlak dengan
berkata. “Al-Kholiq” mafhumnya, “Dialah Allah Pencipta Mutlak‟ iaitu
Dialah yang mencipta makhlukNya mengikut hikmahNya, mengikut
kehendakNya, dan mentakdirkan pewujudan dan pentadbiran makhluk-
makhlukNya itu. Ini bererti Dialah yang mentakdirkan sesuatu mengikut
kehendakNya.
Al-Bari‟, bererti sebagai Pencipta Mutlak, Allah tersunyi dari sebarang
pertindihan penciptaanNya, dan semua melalui takdir hikmatNya demi
menjaga kesempurnaan ciptaanNya itu.
Al-Musawwir bererti sebagai pencipta Dia bertanggungjawab mencipta
gambaran dan bentuk untuk semua ciptaanNya. Dia mencipta kejadian ini
dalam bentuk-bentuk yang berbeza. Bagi Allah, terdapat banyak lagi nama-
nama Al-HusnaNya, sekurang-kurangnya 99 nama dalam Al-Quran, semua
nama-nama ini digunakan bagi mentasbih, mentakdiskan Allah, sehingga
keAgunganNya terserlah kepada yang beriman denganNya.
Kemudian Allah menggulung semua nama-nama ini merangkumi dalam nama
Al-Aziz dan Al-Hakim yang bererti Ketinggian Kemuliaan Keperkasaan Allah
sebagai Pencipta Agung Yang Maha Esa untuk disembah, dan yang ingkar
akan disanggah, dan semua urusan ciptaanNya adalah penuh Hikmah. Ini
bererti seolah-olah Allah mengingatkan kita bahawa bergantunglah kepada
Allah dan RasulNya serta berpandukan Al-Quran dan pertingkatkan akidah
kepada Allah, kerana hanya Allah yang memiliki hikmah.
119
Fadilat Bacaan Surah Al-Hasyr
Diriwayat dari Ibnu Abbas r.a. yang berkata, Rasulullah pernah bersabda,
mafhumnya; „Sesiapa saja yang membaca Surah Al-Hasyr maka semua
syurga dan neraka, Arash dan Al-Kursi, dan semua hijab dan 7 petala
bumi dan langit, binatang, burung, angin, pokok, binatang ternakan,
bukit bukau, matahari, bulan dan para malaikat-malaikat akan
menselawatkan ke atasnya. Jika ia mati pada hari atau malam hari
itu, maka kematiannya disaksikan sebagai syahid, iaitu diberi
ganjaran pahala yang tinggi.‟
(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi ms 472 Juzu‟ 9)
120
SURAH AL-MULK
MUKADIMAH
Surah ini adalah Surah ke-67, diturunkan di Mekah dan mengandungi 30
ayat. At-Tarmizi meriwayatkan mengikut cara Lais bin Abi Salim dari Abi
Zubair dari Jabir yang berkata, bahawa “Rasulullah tidak akan tidur setiap
malamnya sehingga baginda telah membaca Surah Alif Lam Mim Tanzil dan
Surah Al-Mulk.”
(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 396 Jilid 4)
Gambaran umum Surah ini mengikut Syed Quthub ialah sebuah surah yang
diturunkan di Mekah yang menggariskan hubungan makhluk dengan
Penciptanya, menjelaskan hubungan yang menjangkau alam bumi yang
sempit ini dengan alam langit, alam makhluk lain seperti jin dan burung dan
alam akhirat seperti Neraka Jahanam. Semuanya untuk manusia berfikir
tentang iman dan Allah.
121
TAFSIRAN
Ayat-Ayat 1-5
)الَّ ِذي َخلَ َق الْ َم ْو َت َوالْ َح َياةَ لِ َي ْبلُ َو ُك ْم أَيُّ ُك ْم١( تَ َبا َر َك الَّ ِذي بِ َي ِد ِه الْ ُم ْل ُك َو ُه َو َعلَى ُك ِلّ َش ْي ٍء قَ ِدي ٌر
)الَّ ِذي َخلَ َق َس ْب َع َس َما َوا ٍت ِط َباقًا َما تَ َرى فِي َخ ْل ِق ال َّر ْح َم ِن ِم ْن٢( أَ ْح َس ُن عَ َملا َو ُه َو الْ َع ِزي ُز الْ َغ ُفو ُر
)ثُ َّم ا ْر ِج ِع الْ َب َص َر َك َّرتَ ْي ِن يَ ْن َق ِل ْب ِإلَ ْي َك الْ َب َص ُر َخا ِس ًئا٣( تَ َفا ُو ٍت فَا ْر ِج ِع الْ َب َص َر َهلْ تَ َرى ِم ْن فُطُو ٍر
) َولَ َق ْد َزيَّ َّنا ال َّس َما َء ال ُّد ْن َيا بِ َم َصابِي َح َو َج َع ْل َنا َها ُر ُجو ًما لِل َّش َيا ِطي ِن َوأَ ْع َت ْدنَا لَ ُه ْم٤( َو ُه َو َح ِسي ٌر
)٥( َع َذا َب ال َّس ِعي ِر
Mafhumnya,
Dengan Nama Allah Pemberi Rahmat di dunia dan Pemberi Rahmat di akhirat.
Maha Barakah dan Tinggi Kelebihan Allah Yang Menguasai Pemerintahan
dunia dan akhirat itu, dan sewajarnyalah Dia Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu itu.)۱( Dialah yang telah mentakdirkan wujudnya mati dan hidup
manusia, semata-mata bertujuan menguji kamu semua dan dari ujian itu
akan terserlahlah siapakah di antara kamu-kamu yang terbaik amalannya (di
sisi Allah) dan sewajarnyalah Dia itu Maha Perkasa sekali gus Maha
Pengampun.)۲( Dialah juga yang telah mengatur kejadian 7 petala langit yang
berlapis-lapis keadaannya, maka sehingga sukar sekali bagi kamu untuk
mendapati kecacatan dari ciptaan Allah yang Rahman itu, jika diragui
kenyataan ini maka ulangilah pemerhatian kamu itu berkali-kali (melalui
penyelidikan, misalnya) dan dapatkah kamu menemui sebarang kecacatan
dari kejadianNya itu.)۳( Kemudian ulangilah lagi pemerhatian kamu itu
berkali-kali jumlahnya nescaya kamu akan kecewa hampa mencari-cari
kecacatannya sehingga berakhir kamu dengan keadaan letih lesu akibat hilang
tenaga kamu.)۴( Dan sesungguhnya Kamilah yang telah menghiaskan langit
itu dengan kilauan cahaya bintang-bintang sebagai lampu, dan Kami jadikan
bintang-bintang itu alat untuk merejamkan syaitan-syaitan, dan sekaligus
kami menyediakan Azab Neraka yang apinya menjulang tinggi kepada syaitan-
syaitan ini.)۵(
122
Surah Al-Mulk menyampaikan kepada kita konsep pelaksanaan Kuasa Mutlak
Allah dalam mentakdirkan kejadianNya dan keseluruhan surah menjelaskan
hubungan Allah dengan Kuasa MutlakNya itu dan takdir ciptaanNya dengan
perkara-perkara berikut,
- mencipta maut dan hidup dan dijadikan ujianNya untuk menilai
amalan baik
- mencipta langit dan bintang-bintang, bintang dijadikan alat untuk
merejam syaitan
- menyediakan neraka Jahanam dengan sifat-sifatnya
- mempunyai ilmu ghaib untuk mengetahui yang rahsia dan yang ghaib
- mencipta bumi dan keselesaan untuk berjalan di atasnya
- menjadi perkasa atas yang ingkar sebaliknya pengampunan kepada
yang bertaubat
- menahan melalui rahmatNya burung dari jatuh ke tanah
- memanjangkan rezeki kepada yang Dia mahu
- mencipta kebijaksanaan kepada semua manusia untuk berfikir dan
buat pilihan
- memastikan pembiakan manusia di dunia ini dan kemudian
dikumpulkan
- menjelaskan kewujudan alam akhirat dan ilmunya
- melaksanakan azab akhirat kepada yang kufur
- menjelaskan kepentingan air kepada hidupan dan jika tiada air
Semua perkara-perkara ini adalah bahan berfikir dan keyakinan kepada kuasa
mutlak Allah dan kepadaNya kita berpulang, melengkapkan iman kita dan
keyakinan pada Allah.
Tafsirnya,
123
Ayat )۱( mafhumnya, „Keberkatan Allah dan manusia beriman akan
menerima berkat ini dari Allah Yang Maha Berkuasa dan yang berkuasa
di atas segala sesuatu‟ bererti berlimpahruah berkat Allah kepada manusia
yang beriman kepadaNya, kerana Dialah pemilik kuasa mutlak menentukan
wujudnya kita di dunia ini. Kita bergantung berkat kepada yang Maha Kuasa.
Dengan perlaksanaan kuasa Allah yang berterusan ini akan bertukar-tukar
berkat kepada semua yang wujud di dunia ini dan kepada yang beriman akan
menyebabkan makmurnya hati-hati mereka dengan meyakini bahawa Dia
adalah ESA dalam melaksanakan kuasa-kuasaNya tanpa syirik kepadaNya.
Ayat )۲( mafhumnya, „Dialah dengan Kuasa MutlakNya itu telah
melaksanakan kuasaNya tanpa syirik telah mewujudkan dua mati dan
dua hidup, iaitu maut sebelum kita dilahirkan dan hidup selepas
dilahirkan dan kemudian maut selepas hidup dan hidup semula selepas
mati. Dari hidup mati inilah manusia diuji Allah dan hasil ujian itu Dia
akan mengetahui siapakah di antara manusia ini yang baik
amalannya. Ujian itu lebih kepada beriman kepada Allah dan kepada
amalan soleh. Jika ia terjebak dalam kancah kemaksiatan misalnya,
dan dia terus mencari Allah maka Allah Maha Pengampun, tetapi jika
dia terus keluar dari iman akan kecundang itu maka Allah Maha
Perkasa seksaanNya.‟
Inilah kuasa AgungNya dan penciptaan maut dan hidup ini bermatlamatkan
menguji iman dan amal seseorang itu bagi melihat amalan yang terbaik. Ini
akan mendorong kita sentiasa muhasabah diri kita tentang amalan kita sama
ada yang kecil atau yang besar agar niat dan gerakannya selaras dengan
matlamat Al-Quran. Hati kita akan tenang, dan jika kita gagal dalam
perjalanan kita itu, janganlah kita membuang Allah, kerana kita akan
ditempatkan dalam nerakaNya, tetapi kita masih mencari Allah kerana Allah
Maha Pengampun. Inilah konsep Allah yang Aziz dan Ghafur, perkasa
membalas dengan sekeras-kerasnya kepada yang berpaling tadah tetapi Maha
Pengampun kepada yang sentiasa mencariNya.
Ayat )۳( pula bererti, „Dialah juga yang mencipta langit yang berbentuk
berlapis-lapis sebanyak lapisan, dan tiada sebarang kecacatan dalam
ciptaanNya itu. Jika cacat, telah lama ianya runtuh dan hancur. Oleh
itu kita perlu kaji untuk meneliti keAgungan kuasaNya dalam
melaksanakan kuasa ciptaanNya itu. Tiada cacat. Buatlah kajian,
buatlah penelitian dengan menggunakan teknologi tertentu untuk
melihat kalau-kalau ada yang tecacat. Tiada yang cacat.‟
124
Ini bererti kita disarankan supaya meneliti kejadian Allah dengan mata hati
seorang yang beriman. Fikirkanlah, kajikanlah bagaimana ianya terjadi.
Mesti ada Kuasa Mutlak. Kejadian yang tersempurna sehingga otak manusia
tidak boleh meneka adanya kecacatan. Inilah produk yang tersempurna yang
diciptaNya untuk kita manusia.
Ayat )۴( Allah mencabar kita sekali lagi untuk terus mencari-cari kalau-kalau
ada kecacatan dalam siri kejadian langit itu. Jika niat kita tidak beriman
maka kita akan kecewa dan hambar kerana tidak akan kita temui kecacatan
pada kejadian Allah ini.
Ayat )۵( pula membawa erti, Allah menjelaskan tentang peranan bintang-
bintang, bahawa ianya berada di atas sana seperti lampu-lampu yang
berwarna-warni, ianya adalah di ufuk langit dunia yang terhampir dengan
bumi ini dan dapat kita saksikan dengan mata kepala kita. Allah mahu kita
terus memerhati ke atas dan berfikir kecantikan langit yang dipenuhi bintang-
bintang yang berubah-ubah, sekejap warnanya begini sekejap begitu, dan
sekadar ianya menghilang. Kecantikan ini membuka minda kita ke arah
melihat kecantikan Penciptanya. Tidak tertautkah hati itu memikirkan Allah
yang melimpahkan barakah dan rahmatNya di atas takdirNya, mencipta langit
dan bintang-bintang itu untuk beriman denganNya?
Satu rahsia besar yang dijelaskan oleh Allah ialah peranan bintang-bintang
yang cantik itu untuk merejamkan syaitan-syaitan. Inilah adalah
perkhabaran yang ghaib. Saintis sehingga ke hari ini masih belum mencapai
kata sepakat tentang kejadian petir dan halilintar, dan ada fikiran yang
mengaitkan kejadian kilat dan dentuman petir itu dengan bintang. Bagi
muslimin ianya benar, yang bintang-bintang berperanan merejam syaitan yang
menjadi ejen untuk menyesatkan manusia dari beriman dengan Allah.
Oleh kerana peranan syaitan sebagai penghalang kepada iman seseorang itu
untuk yakin pada Allah, mereka diusir dan direjam oleh bintang dan di akhirat
pula mereka ini disediakan api neraka yang membakar. Syaitanlah menjadi
sumber kekufuran di atas muka bumi ini.
Implikasi Ayat-Ayat 1-5 ini adalah,
1) Beriman dengan Allah adalah setepat-tepat keputusan, kerana Allah
adalah pusat kepada semua barakah, penciptaan dan kekuasaan. Kita
pasti beroleh barakah di atas keimanan itu.
125
2) Yakini yang Allah melalui takdir dan perlaksanaan KUASANya itu telah
mencipta maut dua kali, hidup pun dua kali dan mahu tidak mahu
kita tetap melalui dan akan melaluinya. Hanya yang beriman akan
terselamat dan yang kufur terseksa.
3) Yakini kita cakerawala yang dicipta Allah tidak terdapat sebarang
kecacatan. Subhanallah! Agungnya Allah Pencipta itu. Resapkanlah
rasa keghairahan kecantikan cakerawala ini dalam minda kita dan
yakin kepada Allah dan beriman denganNya.
4) Jauhkanlah diri dari bisikan syaitan yang sentiasa direjam oleh tahi
bintang dan dijanjikan azab neraka dari api yang meliar membakar.
Beriman dengan syaitan bererti beriman dengan sesuatu yang tidak
berguna, tiada barakah dan tiada faedah.
Ayat-Ayat 6-11
َولَ َق ْد َزيَّ َّنا ال َّس َماءَ ال ُّد ْن َيا بِ َم َصابِي َح َو َج َع ْل َنا َها ُر ُجو ًما لِل َّش َيا ِطي ِن َوأَ ْع َت ْدنَا لَ ُه ْم َع َذا َب ال َّس ِعي ِر
) ِإ َذا أُلْ ُقوا فِي َها َس ِم ُعوا لَ َها َش ِهي ًقا َو ِه َي٦( ) َولِلَّ ِذي َن َك َف ُروا بِ َربِّ ِه ْم عَ َذا ُب َج َه َّن َم َوبِ ْئ َس الْ َم ِصي ُر٥(
)قَالُوا بَلَى٨( )تَ َكا ُد تَ َم َّي ُز ِم َن الْ َغ ْي ِظ ُكلَّ َما أُلْ ِق َي فِي َها فَ ْو ٌج َسأَلَ ُه ْم َخ َزنَ ُت َها أَلَ ْم يَ ْأتِ ُك ْم نَ ِذي ٌر٧( تَ ُفو ُر
) َوقَالُوا لَ ْو ُك َّنا٩( قَ ْد َجا َءنَا نَ ِذي ٌر فَ َك َّذ ْب َنا َوقُ ْل َنا َما نَ َّز َل اّلَّل ُ ِم ْن َش ْي ٍء ِإ ْن أَ ْن ُت ْم ِإلا فِي َضلا ٍل َك ِبي ٍر
)فَا ْع َت َرفُوا بِ َذ ْن ِب ِه ْم فَ ُس ْح ًقا لأ ْص َحا ِب ال َّس ِعي ِر١١( نَ ْس َم ُع أَ ْو نَ ْع ِقلُ َما ُك َّنا فِي أَ ْص َحا ِب ال َّس ِعي ِر
)١١(
Mafhumnya,
126
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Allah, Tuhan mereka itu,
disediakan azab neraka Jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat
berpulangnya mereka.)۶( Apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka
Jahanam itu akan kedengaranlah suara nyaring dari jeritan mereka yang
meraung-raung kuat, sedangkan pada masa itu api sedang menggelegak
menjulang tinggi.)۷( Hampir-hampir Neraka itu berkecai pecah kerana
kemarahannya (ke atas orang yang kufur itu), tiap kali mereka dicampakkan
ke dalamnya, iaitu secara berkumpulan besar, maka penjaga Neraka akan
bertanya mereka menyindir, „Tidakkah kamu semua pernah diberitahu oleh
Rasul tentang ingatan dan amaran ke neraka ini, jika kamu kufur?)۸( Mereka
menjawab; “Ya, ada! Sebenarnya kami telah diutuskan Rasul memberi
ingatan dan amaran ini, tetapi kami dustakan mereka serta kami
mendakwa mereka semua dusta dan kami katakan, „Allah tidak sekali-
sekali menurunkan sesuatu pun, semua ini hanyalah sesat dan
pembohongan dari kamu.‟")۹( Seterusnya mereka mengaku atas dosa-dosa
mereka itu dan berkata, „Kalaulah kami pada masa itu mendengar dan berfikir
dalam, tentulah kami tidak akan menjadi orang yang dimasukkan ke dalam
neraka ini.‟)۱۱( Begitulah pengakuan mereka atas dosa-dosa mereka yang lalu,
iaitu kufur ingkar, maka terus ditakdirkan Allah mereka berada JAUH dari
RahmatNya dan terus dalam seksaan azab yang pedih itu.)۱۱(
Tafsirnya,
Dalam Ayat )۵( di atas, Allah telah menyentuh sedikit tentang syaitan yang
direjam oleh bintang-bintang dan disediakan azab api neraka yang menjulang
itu kerana Syaitan menyebabkan bisikan-bisikan yang menjauhkan manusia
dari Allah dan menjadi kufur. Syaitan juga mendorong manusia kepada
kerosakan di bumi Allah ini dan syaitan juga menyokong seseorang itu
menjadi kufur pada Allah.
Ayat-Ayat )۶( hingga )۱۱( pula menjelaskan kedudukan orang-orang yang kufur
pada Allah di hari akhirat nanti. Orang-orang yang kufur kepada Allah, iaitu
mereka yang tidak berterima kasih pada Allah sebagai Rabb yang membimbing
mereka, mencipta mereka, menyempurnakan mereka, menentukan takdir ke
atas mereka dan memberi hidayat kepada mereka dan dengan senang hati
membuang Allah, mereka ini ditetapkan ke dalam api neraka Jahanam.
Apakah dia Neraka Jahanam itu?
127
Neraka adalah perkara sam‟iyyat dan sebagai muslim kita wajib
mempercayainya. Neraka Jahanam ialah sejenis makhluk Allah yang hidup
dan diberi amanah untuk menjalankan tugasnya dengan kejam tanpa
perasaan kesian kepada mereka yang telah ditetapkan masuk ke dalamnya.
1) Sebagai Neraka yang paling azab seksaannya, keadaan
persekitarannya penuh dengan azab seksaan yang menghancurkan
tulang belulang.
2) Gambaran dalam Al-Quran begitu rupa adalah satu hakikat, neraka
merasa marah melihat adanya kekufuran kepada Allah dan ledakan
operasinya sehingga memarah dengan keras ke atas mangsanya.
3) Oleh kerana Neraka Jahanam ini beriman pada Allah, dan terlalu
marah kepada yang kufur maka kemarahannya itu digambarkan
dengan menjulangnya api melalui gelegakannya. Ia hampir-hampir
pecah berkecai kerana marah pada yang kufur pada Allah.
4) Apabila mereka-mereka yang kufur pada Allah dicampak ke dalam
neraka Jahanam, penjaga neraka ini secara menghina akan bertanya
kepada mereka itu, dengan pertanyaan, „Tidakkah pernah kamu
semua diberi amaran tentang neraka ini kepada yang kufur
pada Allah oleh Rasul-rasul utusan Allah?‟ Yang kufur akan
merasa kesal, terhimpit dan mungkin mengakui atas kelalaian mereka,
sayangnya sudah terlewat.
Siapa dan angkara apa yang dibuat oleh yang kufur?
Gambaran Al-Quran bahawa mereka yang kufur ingkar pada Allah adalah
menidakkan adanya Allah, dan menghalang para Rasul meneruskan dakwah
mereka dan mewujudkan perseteruan dengan yang beriman. Mereka adalah
penyembah dan pengikut Syaitan.
1) Orang yang kufur akan mengiyakan jawapan kepada pertanyaan
malaikat yang mereka sebenarnya telah diberi amaran yang kufur
akan terima Jahanam.
2) Mereka mengaku menentang para rasul dengan cara mendakwa rasul-
rasul ini sebagai pembohong dan pendusta, dan meyakin orang lain
dengan berkata bahawa Allah tidak akan menurunkan rasul-rasul
seperti itu.
3) Mereka merasa kesal dan terlewat, mengaku bodoh dan tidak berfikir
sedalam-dalamnya tentang iman dan amalan soleh di dunia ini.
128
4) Mereka membuat pengakuan agar diringankan azab ke atas mereka
melalui Rahmat Allah. Sesungguhnya mereka telah jauh dari Rahmat
Allah dan kekal dalam Jahanam. Kekal dalam kesusahan azab Allah
atas kekufuran mereka di masa lalu itu. Pedihnya azab kepada yang
kufur.
Setelah memberi gambaran Neraka Jahanam dan penghuninya, serta
bagaimana diperlakukan oleh Allah kepada mereka yang kufur dan pengikut
syaitan, maka Allah membawa pendengaran kita kepada keadaan orang-orang
yang BERIMAN pada Allah dalam Ayat-Ayat 12-15
Ayat-Ayat 12-15
) َوأَ ِس ُّروا قَ ْولَ ُك ْم أَ ِو ا ْج َه ُروا بِ ِه ِإنَّهُعَلِي ٌم١٢( ِإ َّن الَّ ِذي َن يَ ْخ َش ْو َن َربَّ ُه ْم بِالْ َغ ْي ِب لَ ُه ْم َم ْغ ِف َرةٌ َوأَ ْج ٌر َك ِبي ٌر
) ُه َو الَّ ِذي َج َعلَ لَ ُك ُم الأ ْر َض١٤( )أَلا يَ ْعلَ ُم َم ْن َخلَ َق َو ُه َو اللَّ ِطي ُف الْ َخ ِبي ُر١٣( بِ َذا ِت ال ُّص ُدو ِر
)١٥( َذلُولا فَا ْم ُشوا فِي َم َنا ِك ِب َها َو ُكلُوا ِم ْن ِر ْزقِ ِه َو ِإلَ ْي ِه ال ّنُ ُشو ُر
Mafhumnya,
Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, yang takut melanggar hukum-
hukum Tuhannya, dan terus beriman walaupun mereka tidak melihat dengan
nyata Allah itu (percaya dalam GhaibNya Allah itu), mereka akan direstui
dengan pengampunan dari Allah atas semua dosa-dosa mereka dan
dikurniakan pahala yang besar.)۱۲( Dan tuturkanlah percakapan kamu itu
sama ada secara perlahan atau secara nyaring (dalam semua gerakan kamu,
sama ada sewaktu beribadat atau di waktu biasa), kerana ianya sama saja di
sisi Allah, kerana Allah Maha Mengetahui segala isi hati kamu yang
terkandung dalam dada kamu itu.)۱۳( Tidakkah terfikir oleh kamu yang Allah
itu sebagai Pencipta Maha mengetahui segala-galanya tentang ciptaanNya?
Allah itu Maha Rapi dan Halus serta Luas pengetahuanNya tentang
ciptaanNya itu.)۱۴( Dialah Allah yang mencipta untuk kamu bumi yang
meluas ini, mudah digunakan, maka berjalanlah kamu di atasnya ke semua
ceruk rantaunya, serta nikmatilah kurniaan rezeki yang disediakanNya pada
kamu, dan sambil mengingati bahawa mahu tidak mahu kepadaNyalah sahaja
tempat kamu berpulang serta kamu dihidupkan semula selepas mati.)۱۵(
Tafsirnya,
129
Allah menjelaskan dalam Ayat )۱۲( mengenai perihal orang yang bertakwa
(beriman pada Allah) yang takutkan maqam Allah Tuhannya di antaranya
dengan Allah sewaktu dia bersendirian dengan dirinya. Dia tidak melakukan
maksiat dan tetap dengan taatnya kepada Allah dan hatinya meyakini
semuanya sedang diperhati oleh Allah. Orang begini dijanjikan pengampunan
dari Allah dan dikurniakan pahala dan rahmat yang besar kepadanya.
Contohnya dalam sebuah hadis disebut (mafhumnya),
“Terdapat 7 jenis manusia yang diberi teduh di hari mahsyar melalui teduhan
Arash Allah, dua di antara jenis itu ialah,
1) Seorang lelaki yang diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita
berpangkat dan cantik tetapi ia menolak dengan berkata „aku takut
pada Allah.‟
2) Seorang lelaki yang sentiasa bersedekah dan amalan sedekahnya itu
jika diberi oleh kanannya, maka kirinya tidak sedar.”
(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 398 Jilid 4)
Syed Quthub memberi contoh lain, iaitu termasuklah seorang yang takut
melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang Allah sedangkan mereka
tidak berhadapan dengan Allah secara zahirnya. Atau seorang yang takut
melakukan sebarang pelanggaran undang-undang Allah sewaktu ia
bersendirian dan meyakini segala perbuatannya disaksikan oleh Allah.
Inilah dia jaminan kata hati yang tersembunyi yang menguasai ketakwaan dan
membentuk budaya iman dan taat kepada Allah, DEMI untuk melahirkan
seorang muslim yang beriman dan IKHLAS dalam keimanannya.
130
Ayat )۱۳( dan Ayat )۱۴( pula menjelaskan orang-orang yang ikhlas imannya, dan
hatinya sentiasa bertaut pada Allah dan membudayakan amal kerjanya
mengikut lunas-lunas ketaatan pada Allah, boleh memperlahankan suaranya
atau menyaringkan suaranya dalam sebarang pergerakannya, namun ianya
sama di sisi Allah. Yang Allah pentingkan ialah keikhlasan hati yang berada
dalam dada seseorang itu. Ini bererti Allah mengetahui gerak hati dan niat
seseorang itu. Penciptaan hati yang memancarkan niat dan hala amalan
seseorang itu menggambarkan yang Allah itu adalah PENCIPTA yang HALUS
ciptaanNya dan Maha MENGETAHUI semua ciptaannya. Oleh itu, janganlah
kita bersembunyi melakukan sesuatu yang lain di waktu sendirian dan lain
sewaktu berkawan. Jadikan yang dalam dan yang luar itu sama saja dan
diasaskan kepada keikhlasan kerana Allah maha mengetahui kita dan amalan
kita.
Ini menggambarkan ketentuan takwa seseorang itu dengan amanah
akidahnya, amanah keadilan dirinya, amanah dalam pelaksanaan kerja, amal
dan niat. Sekali gus semuanya ini akan membentuk mukmin yang ikhlas.
Ayat )۱۵( pula menjelaskan satu nikmat Allah yang terserlah dan dapat
dikecapi oleh manusia yang hidup, iaitu penyediaan bumi untuk kita tinggal di
atasnya, kita boleh berjalan menuju kesemua ceruk rantau. Bumilah tempat
manusia berada di atasnya, berjalan dan bergerak ke mana saja,
menggunakan tanahnya, airnya, rezeki keluarannya, mencungkil keluar apa
yang ada di dalamnya, sebagai rezeki kehidupan manusia ini. Dialah Allah
yang mencipta bumi dan memudahkan kita tentang semuanya ini.
Pandanglah nikmat ini, ianya unik dan seluruh hidup kita akan terus
berpusing di atas bumi ini.
Merujuk kepada penghujung Ayat 15 di atas,
konsep rezeki, konsep be)١rp٥u(la ُرnوg ّنُ ُشkالeِهp ْيaَ ِإلd َوaزقِ ِهAْ ِرlla ْنhِم َو ُكلُوا sampai ajal di mana
setelah
badan akan balik kepada tanah dan roh kita balik semula kepada Allah, dan
dibangkitkan semula untuk tujuan penghakiman adalah saranan untuk kita
berfikir tentang hakikat ini. Semuanya akan berpulang kepada Yang Maha
Kuasa yang punyai kuasa MUTLAK. Masukkanlah hakikat ini ke dalam minda
kita agar kekuatan akidah akan bertunjang dan menjadi kental dan kuat.
Dalam Ayat )۱۵( di atas, Allah telah menjelaskan penyediaan bumi untuk
manusia menjadikannya sebagai tempat tinggal dan di bumi itulah mereka
mengorek rezeki dan menghirup udaranya sehingga mereka berada di atasnya
dengan AMAN dan SEJAHTERA. Semuanya disediakan oleh Allah yang di
TANGANNya Kuasa Mutlak sebagai TUHAN Pencipta.
131
Berikutnya adalah Ayat-Ayat 16-19 yang menjelaskan betapa orang yang
tidak beriman sebenarnya tidak selesa dan bahagia.
Ayat-Ayat 16-19
)أَمْ أَ ِم ْن ُت ْم َم ْن فِي ال َّس َما ِء أَ ْن١٦( أَأَ ِم ْن ُت ْم َم ْن فِي ال َّس َما ِء أَ ْن يَ ْخ ِس َف بِ ُك ُم الأ ْر َض فَ ِإ َذا ِه َي تَ ُمو ُر
) َولَ َق ْد َك َّذ َب الَّ ِذي َن ِم ْن قَ ْبلِ ِه ْم فَ َك ْي َف َكا َن١٧( يُ ْر ِسلَ َعلَ ْي ُك ْم َحا ِص ًبا فَ َس َت ْعلَ ُمو َن َك ْي َف نَ ِذي ِر
)أَ َولَ ْم يَ َر ْوا ِإلَى الطَّ ْي ِر فَ ْوقَ ُه ْم َصافَّا ٍت َويَ ْق ِب ْض َن َما يُ ْم ِس ُك ُه َّن ِإلا ال َّر ْح َم ُن ِإنَّهُ بِ ُك ِلّ َش ْي ٍء١٨( نَ ِكي ِر
)١٩( بَ ِصي ٌر
Mafhumnya,
Bolehkah kamu semua terus merasa aman dan sejahtera (di atas bumi itu)
selama-selamanya dari Allah itu, jika (kamu tidak beriman denganNya) ia
menunggangbalikkan bumi ini dengan gegaran dan menimbus kamu hidup-
hidup dan dengan sekelip mata lenyaplah bumi itu sebagai hasilnya? )۱۶(
ATAU bolehkah kamu semua terus merasa aman dan sejahtera (di atas bumi
itu) selama-lamanya, jika (kamu tidak beriman denganNya) maka DIA
menurunkan pada kamu ribut dengan hujan batunya, dan pada masa itu
tahulah kamu betapa murkanya Allah sebagai kesan kemurkaanNya pada
kamu?)۱۷( Demi untuk renungan kamu semua, contohnya orang-orang kafir
terdahulu dari mereka itu telah mendustakan rasul-rasul mereka dengan
menolak iman pada Allah, lalu mereka dibinasakan, perhatikanlah betapa
murkanya Allah dan betapa buruknya kesan kemurkaan ini?)۱۸( Bukakanlah
minda dan lihatlah sendiri kepada burung-burung yang berterbangan di
udara, sebenarnya di atas kepala-kepala mereka, terbang dengan cara
membuka dan menutup sayapnya! Tiada yang dapat membendung burung-
burung ini dari terjatuh ke bumi, ianya dicipta dan ditahan oleh RAHMAT
Allah dari terjatuh ke tanah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala sesuatu
ciptaanNya itu.)۱۹(
Tafsirnya,
132
Dalam kesejahteraan berada di atas bumi Allah itu, tidakkah sesekali terfikir
jika Allah menurunkan gegaran kuat dan memusnahkan sama sekali bumi
tempat anda bersantai dan sejahtera itu? Atau berlaku kemungkinan tiupan
taufan kuat dengan iringan air batu memusnahkan sama sekali kesejahteraan
kamu dan mewujudkan huru-hara? Kedua-dua keadaan contoh ini diberi
kepada orang-orang yang tidak beriman pada Allah dan itu bukan fenomena
semula jadi alam tetapi ianya kemarahan Allah kepada kekufuran hamba-
hambaNya. Manusia, sesungguhnya telah pun diberitahu tentang khabar-
khabar ini, agar mereka beriman pada Allah.
Perkara-perkara seperti di atas boleh dan selalu berlaku. Bagi orang-orang
kufur mungkin keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati itu adalah
fenomena biasa, bukan dari Allah, KuasaNya dan TakdirNya? Ini bererti
kesejahteraan bukan kerana Allah, Ri‟ayahNya serta RahmatNya.
Yang beriman kepada Allah akan tenang hatinya, sentiasa memohon RestuNya
dan RahmatNya dan minda mereka cuba meneliti kekuasaan Allah dengan
mendalam, sesungguhnya mereka ini adalah BERIMAN kepada Allah sentiasa
memohon dijauhkan dari KEMURKAANNya.
Allah telah membawa contoh sejarah manusia yang tidak mahu beriman
kepada Allah dan dijelaskan akibat perbuatan mereka. Mereka dimurkai Allah
dan sangat buruk kemurkaan Allah itu kepada mereka.
1) Rasa aman dan sejahtera, yang tidak berdasarkan ketegangan, Ri‟ayah
dan Rahmat Allah, tetapi pada kelalaian, lupa dan tamak
mendapatkan harta dunia ini sebenarnya bukan sejahtera yang
mutlak. Sejahtera yang mutlak ialah berdamping dengan Allah,
beriman denganNya.
2) Rasa sejahtera dan berterusan kepadaNya dan Kuasa MutlakNya.
Sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, dari Aisyah r.a. menyebut Aisyah
sebagai berkata,
“Aku jarang melihat Rasulullah berketawa, hanya senyum biasa
saja. Tapi aku dapat melihat perubahan di wajahnya bila
terjadi ribut dan angin, lantas aku bertanya beliau „Jika orang
ramai mengalami ribut mereka akan suka dan riang, kerana
mengharapkan hujan datang, tetapi Ya Rasulullah, bila keadaan
beribut berlaku aku melihat perubahan di wajahmu seolah-olah
kamu membencinya?‟ Mengapa ya? Jawab Rasulullah, „Wahai
Aisyah, semua orang tidak percaya, mungkin yang itu semua
adalah azab yang diturunkan! Allah pernah menurunkan bala
azab ke atas kaum terdahulu hanya dengan angin dan ribut.‟”
133
(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms
436 Juzu‟ 10)
Inilah rasa berjaga-jaga yang berterusan dengan takdir Allah dan
kuasa mutlakNya. Ini tidak menafikan adanya rahmat Allah dan
ketentuan anugerahNya kepada kita.
3) Bagaimana mereka merasai azab Allah yang diterima oleh kaum-kaum
yang lalu akibat dari keingkaran beriman mereka. Azabnya sangat
pedih.
4) Mereka tiada kuasa untuk menolak kedatangan azab-azab ini dan
terpaksa menerimanya. Ini termasuklah azab dari jenis adanya
gegaran yang meranapkan dan azab yang dibawa oleh ribut taufan
yang menghancurkan.
5) Jika mereka beriman kepada Allah, dan memohon restu Allah agar
Allah menjauhkan mereka dari sebarang bala-bala yang berlaku, ATAU
jika ianya berlaku atas kehendak Allah dan mereka meredainya, maka
ini sebenarnya memberi ketenangan kepada mereka walau pun dalam
kesusahan.
Selepas memberi penjelasan akan azab Allah kepada yang ingkar dan tidak
beriman, minda kita dibawa semula untuk berfikir sesuatu perkara biasa yang
berada di persekitaran kita, malah sentiasa berlegar di atas kepala kita, iaitu
burung-burung yang berterbangan.
Lihatlah kepada burung-burung itu! Boleh terbang sesuka hati mereka di atas
udara. Kita lupa bahawa burung-burung ini juga boleh jatuh ke tanah jika
tiada kuasa terbang. Adakah ianya terletak pada kepak dan sayap yang
membuka menutup sewaktu ia terbang? Ikhtiarnya ialah mengepak untuk
membolehkannya terbang. Sebenarnya, Allah melalui RahmatNya yang telah
mempastikan ianya sebagai burung tidak jatuh ke bumi. Burung dicipta Allah
mempunyai dua kepak/sayap yang mengembang menguncup yang menahan
dirinya dari tarikan graviti bumi. Inilah dia ciptaan Allah Yang Rahman yang
memegang setiap yang terbang dengan segala macam sayap masing-masing.
Termasuk kapal terbang? Inilah yang dikatakan “Allah Maha Melihat segala
ciptaan yang diadakanNya dan Maha Mengetahui semua sifat-sifat ciptaanNya
itu.” Oleh yang demikian lihat-lihat kecemerlangan Allah ini dan berimanlah
kepadaNya dengan penuh ikhlas dan penuh rasa bertanggungjawab sebagai
manusia kepada Allah Yang Rahman itu.
Ayat-Ayat 20-27
134
أَمْ َم ْن َه َذا الَّ ِذي ُه َو ُج ْن ٌد لَ ُك ْم يَ ْن ُص ُر ُك ْم ِم ْن ُدو ِن ال َّر ْح َم ِن ِإ ِن الْ َكافِ ُرو َن ِإلا فِي غُ ُرو ٍر ()٢١أَمْ َم ْن
َه َذا الَّ ِذي يَ ْر ُزقُ ُك ْم ِإ ْن أَ ْم َس َك ِر ْزقَهُ بَلْ لَ ُّجوا فِي عُ ُت ٍّو َونُ ُفو ٍر ()٢١أَفَ َم ْن يَ ْم ِشي ُم ِك ًّبا َعلَى َو ْج ِه ِه
أَ ْه َدى أَمْ َم ْن يَ ْم ِشي َس ِويًّا َعلَى ِص َرا ٍط ُم ْس َت ِقي ٍم ()٢٢قُلْ ُه َو الَّ ِذي أَ ْن َشأَ ُك ْم َو َج َعلَ لَ ُك ُم ال َّس ْم َع
َوالأبْ َصا َر َوالأفْ ِئ َدةَ قَ ِليلا َما تَ ْش ُك ُرو َن ()٢٣قُلْ ُه َو الَّ ِذي َذ َرأَ ُك ْم فِي الأ ْر ِض َو ِإلَ ْي ِه تُ ْح َش ُرو َن
(َ )٢٤ويَ ُقولُو َن َم َتى َه َذا الْ َو ْع ُد ِإ ْن ُك ْن ُت ْم َصا ِدقِي َن ()٢٥قُلْ ِإنَّ َما الْ ِع ْل ُم ِع ْن َد اّلَّ ِل َو ِإنَّ َما أَنَا نَ ِذي ٌر ُم ِبي ٌن
()٢٦فَلَ َّما َرأَ ْو ُه ُزلْ َفةً ِسي َئ ْت ُو ُجو ُه الَّ ِذي َن َك َف ُروا َوقِيلَ َه َذا الَّ ِذي ُك ْن ُت ْم بِ ِه تَ َّدعُو َن ()٢٧
Mafhumnya,
135
Bahkan fikirlah, siapa yang bakal menjadi pembela yang menolong kamu
semua dari ditimpa semua kecelakaan itu selain dari Allah? Allah yang
bersifat Rahman itu? Hakikatnya, orang-orang yang kufur itu sebenarnya
berada dalam keadaan TERPEDAYA/TERTIPU.)۲۱( Atau, siapa pula yang boleh
memberi rezeki pada kamu, jika Allah mentakdirkan rezeki itu ditahan?
Hanya Allah yang boleh memberi rezeki! Sayangnya orang-orang yang kufur
terus berada dalam kesombongan serta melarikan diri dari kebenaran.)۲۱(
Maka, adakah orang yang berjalan terhuyung-hayang dan mungkin
tersembam jatuh ke atas muka mereka itu boleh mendapat HIDAYAH dari
Allah ATAU orang yang berjalan tegak betul melalui jalan yang diredai
kelurusanNya (oleh Allah)?)۲۲( Katakanlah, Wahai Muhammad, “Insaflah
bahawa yang kamu semua dicipta oleh Allah dan diberi kepada kamu
kebijaksanaan tetapi amat sedikit sekali kamu menggunakannya untuk
beriman dan bersyukur.)۲۳( Katakanlah lagi pada mereka, “Allahlah yang telah
mencambahkan kamu di bumi ini, dan ingat kepadaNyalah sahaja kamu
semua dihimpunkan (untuk diperiksa segala yang kamu lakukan).”)۲۴( Kata-
kata yang keluar dari mereka yang kufur itu ialah, “Bilakah akan datangnya
hari Kiamat, iaitu hari yang dijanjikan oleh kamu itu? Jika betul, kamu ini
orang yang benar mempercayainya?” (kata-kata mengejek).)۲۵( Jawablah
Wahai Muhammad, “Segala pengetahuan kejadian kedatangan hari itu ada
dalam ILMU Allah sahaja, dan aku selaku RasulNya hanya sebagai Pemberi
Ingatan pada kamu semua dan disertai amaran keras.”)۲۶( Apabila datang
sahaja hari kiamat itu, dan mereka dapat melihatnya dari jarak dekat, dan
pada masa itu muka-muka mereka akan tergamam dan tercetus dari mulut
orang yang beriman, “Nah! Inilah dia hari yang kamu semua meminta
penyegeraan kedatangannya itu.”)۲۷(
Tafsirnya,
Apabila berlaku gegaran yang menggugat mereka yang tidak beriman,
siapakah selain dari Allah yang dapat membantu memberhentikan semua
malapetaka ini dari terus berlaku dan menimpa mereka? Atau, berlaku
ketandusan dan menyebabkan tiada tanaman yang menjadi sumber makanan
mereka dan terputuslah rezeki mereka, siapa yang akan dapat membantu
mereka mengembalikan rezeki tersebut? Selain dari Allah? Yang kufur pada
Allah beranggapan yang mempercayai bahawa ada selain dari Allah yang dapat
membantu mereka, dan persepsi ini hambar, mereka sebenarnya TERTIPU.
Malah mereka terdedah kepada kemurkaan Allah dan akan ditindas di bawah
takdir Allah yang buruk itu tanpa SYAFAAT!
136
Bagaimana rezeki seseorang itu boleh terancam? Persoalannya, apakah
faktor-faktor yang menyebabkan rezeki itu terjadi? Bekerja dengan rajin?
Mencipta sesuatu produk? Berniaga? Dan semuanya ini memerlukan satu
persekitaran yang elok dan sejahtera. Jika atas kehendak dan takdir Allah
berlakulah gegaran, berlaku huru-hara, berlaku kucar-kacir yang menyentuh
persekitaran ini, maka rezeki mereka akan terancam. Siapa selain dari Allah
yang dapat meneruskan rezeki ini? Hanya yang RAHMAN sahaja yang boleh
mengatur rezeki ini kepada mereka.
Sayangnya orang yang kufur ini masih sombong, masih tidak mahu mengaku
Allah dan beriman denganNya, sebagai pemberi rezeki mereka. Mereka akan
membatu diri, dan menutup hati mereka dari mengakui Allah.
Jadi PERJALANAN hidup mereka ini akan menuju ke arah kehancuran, iaitu
yang tidak meletakkan diri mereka kepada Rahmat Allah. Mereka tertipu, dan
bergerak dengan penuh rasa takut kehilangan segala-segalanya. Mereka ini
seolah-olah orang yang terhoyong-hayang perjalanan mereka dan sesekali
jatuh tersembam muka ke atas tanah.
Inilah dia hakikat orang yang tidak beriman dengan Allah. Oleh itu,
jadikanlah diri kita sebagai orang yang sentiasa mendapat HIDAYAH Allah,
dan bergerak menuju ke arah jalan Allah yang istiqamah. Beriman bererti
berfikir melihat segala kejadian di sekeliling kita dan membuat keputusan.
Syed Quthub berkata, “Hidup beriman ialah hidup yang menyenangkan,
penuh istiqamah dan jelas matlamatnya.” Hidup kufur bererti hidup yang
susah, tidak tentu hala tuju dan diselubungi kesesatan dan kebingungan.
Inilah yang dikatakan KERUGIAN.
Ruginya mereka kerana mereka tidak menggunakan peralatan-peralatan yang
diberi untuk membuka minda mereka kepada beriman. Sesungguhnya
mereka tidak BERSYUKUR. Dengan ini Allah berpesan kepada Rasulullah
supaya memberitahu kepada orang yang kufur,
٢٣( )قُلْ ُه َو الَّ ِذي أَ ْن َشأَ ُك ْم َو َج َعلَلَ ُك ُم ال َّس ْم َع َوالأبْ َصا َر َوالأفْ ِئ َدةَ قَلِيلا َما تَ ْش ُك ُرو َن
“Sebenarnya Allahlah yang telah mencipta kamu semua, dan
menganugerahkan kepada kamu kebijaksanaan, menjadikan kamu semua
cerdik, iaitu dianugerahkan pendengaran, penglihatan dan hati untuk kamu
gunakan bagi tujuan berfikir. TETAPI malangnya sedikit sekali di antara kamu
yang bersyukur” (Tafsiran Ayat 23)
137
Allah juga yang telah mentakdirkan zuriat manusia bercambah di atas muka
bumi ini dan semua manusia yang tercambah ini akan dikumpulkan di hari
Akhirat nanti untuk diperiksa segala amalan baik-buruk mereka. „Bercambah
dan Berkumpul di Mahsyar‟ menetapkan bahawa lebih besar bercambahnya
manusia di bumi ini maka lebih besar jumlah yang terkumpul di Akhirat
nanti. Inilah dia konsep kejadian dan bangkit semula yang diadakan oleh
Allah untuk pengetahuan kita.
Sayang sekali, setelah minda manusia-manusia ini dibawa untuk menerima
logik percambahan manusia dengan konsep dibangkit semula dan berkumpul
di Mahsyar untuk menentukan amalan baik buruk mereka itu, telah
menambahkan syak dan wasangka mereka lagi. Mereka terus mengejek
dengan membangkit-bangkitkan soalan yang cuba menjerat akidah orang yang
beriman.
Tanya mereka, “Kalaulah kamu benar-benar percaya adanya kiamat itu,
maka bilakah ianya akan berlaku? Tunjuklah pada kami tarikh dan
masanya.” Harapan mereka supaya orang yang beriman ini akan
terperangkap dengan soalan itu.
Konsep hari kiamat ditentukan sebagai,
1) Allah tidak akan memberitahu hari terjadinya kiamat kepada mana-
mana hambanya, baik dikalangan manusia mahu pun para malaikat.
2) Tiada keperluan untuk memberitahu masa kiamat itu, kerana tiada
faedah untuk mengetahuinya.
3) Tidak ada hubungan kejadian hari itu dengan hakikat kejadian hari
kiamat itu sendiri.
4) Terdapat faedah yang besar jika kejadian hari itu dirahsiakan.
5) Ketentuan hari kiamat hanya ada dalam ilmu Allah sahaja.
Allah telah mengajar Rasulullah untuk menjawab soalan itu dengan berkata,
“Pengetahuan mengenai hari itu hanya ada dalam ilmu Allah sahaja,
dan aku hanya bertindak sebagai penyampai berita tentang wujudnya
hari itu.”
Walaupun ianya tersembunyi, Allah cuba menyingkap sedikit tentang keadaan
hari itu untuk mempengaruhi jiwa dan fikiran orang kafir itu dengan
berfirman dalam Ayat 27. Tafsirnya seperti begini,
138
“Apabila hari kiamat itu menjelang, maka pada masa itu orang yang
kafir dengan Allah itu akan dapat melihatnya dengan dekat dan
merasai kedatangannya itu, maka kejutan mereka atas kedatangan
hari itu akan menyebabkan muka-muka mereka „pucat-lesu‟ ketakutan.”
Malah orang-orang yang beriman dengan Allah akan menempelak mereka
dengan berkata, “Inilah dia hari kiamat yang kamu semua minta
dipercepatkan kedatangannya itu! Kata kamu dulu ianya „tidak akan
berlaku.‟ Nah, sekarang terimalah kedatangannya.”
Ayat-Ayat 28-30
)قُلْ ُه َو٢٨( قُلْ أَ َرأَ ْي ُت ْم ِإ ْن أَ ْهلَ َك ِن َي اّلَّل ُ َو َم ْن َم ِع َي أَ ْو َر ِح َم َنا فَ َم ْن يُ ِجي ُر الْ َكافِ ِري َن ِم ْن عَ َذا ٍب أَلِي ٍم
)قُلْ أَ َرأَ ْي ُت ْم ِإ ْن أَ ْص َب َح٢٩( ال َّر ْح َم ُن آ َم َّنا بِ ِه َو َعلَ ْي ِه تَ َو َّك ْل َنا فَ َس َت ْعلَ ُمو َن َم ْن ُه َو فِي َضلا ٍل ُم ِبي ٍن
)٣١( َما ُؤ ُك ْم غَ ْو ًرا فَ َم ْن يَ ْأتِي ُك ْم بِ َما ٍء َم ِعي ٍن
Mafhumnya.
Tanyalah mereka Wahai Muhammad, “Bagaimana fikiran kamu semua, jika
Allah mengambil nyawaku dan orang-orang bersama-samaku ini (sebagaimana
yang kamu harap-harapkan selama ini dan kebetulan sampai ajal kami) ATAU
Allah, sebaliknya mencucurkan RAHMATNYA ke atas kami (sehingga misi
mendakwah akidah ini berjaya), maka SIAPAKAH yang dapat melindungi
orang-orang kufur seperti kamu dari hentakan azab pedih itu?)۲۸(
Tegaskanlah kepada mereka dengan kata-kata ini, “(Yang boleh melepaskan
mereka dari azab) ialah Dia, iaitu Allah yang bersifat Ar-Rahman, selama ini
kami penuh beriman denganNya, dan kami menyerahkan segala jiwa raga
kami kepadaNya. Oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah sebenarnya
yang berada dalam kesesatan yang nyata itu.”)۲۹( Tegaskan lagi kepada
mereka dengan kata-kata ini, “Apa akan kamu lakukan, jika sekiranya air
yang menjadi minuman kamu selama ini menjadi pahit atau dipupuskan,
maka SIAPAkah selain dari Allah tadi yang dapat membantu kamu
memancarkan semula air itu?")۳۱(
Tafsirnya.
139
Sebabnya ayat ini diturunkan ialah, orang-orang kufur Mekah mengharapkan
Muhammad dan umat-umatnya mati kerana mereka dianggap penyesat.
Dalam ceramah-ceramah mereka itulah harapan mereka. Jadi, kalaulah
anggapan mereka itu terjadi, dan Muhammad bersama sahabat semuanya
mati, adakah mereka akan terlepas dari azab Allah kerana kekufuran mereka
itu? Siapa yang boleh melepaskan mereka dari azab itu di akhirat nanti?
Jadi ayat yang menyoal mereka untuk berfikir ialah, „Apa pendapat kamu
kalau cita-cita kamu tercapai dan Muhammad serta pengikutnya mati? Sudah
pasti mereka akan mendapat rahmat Allah kerana mereka adalah pengikut
nabi-nabi. Adakah kamu semua akan terlepas dari azab Allah kerana
kekufuran kamu itu?‟
Soalan ini akan menjerat mereka kerana kematian Muhammad dan sahabat
tidak bererti mereka terlepas dari azab akhirat kerana akhirat itu tetap ada.
Apa lagi, Nabi Muhammad dijanjikan kemenangan, dan Islam akan berdiri
tegak atas kehendak Allah. Dalam mana-mana keadaan pun yang terjadi
orang yang kufur ini akan tergugat.
Hanya Allah yang dapat menyelamatkan mereka. Allah yang bersifat Ar-
Rahman akan menjaga kebajikan Rasulnya Muhammad s.a.w. dan
pengikutnya yang hanya Allah dapat menyelamatkan mereka. Mereka perlu
beriman dengan Muhammad ini, menerima hakikat hidup ini akan
dibangkitkan semula, dan hanya kepada Allah sahaja di mana orang-orang
yang beriman meletakkan jiwa raga mereka, bertawakal dan mereka tidak
terkena apa yang sepatutnya seorang yang kafir terkena. Apa yang mereka
akan hadapi ialah azab Allah kerana mereka kufur. Dan pasti sekali mereka
akan mengetahui siapa mereka, sebenarnya mereka adalah orang sesat yang
nyata.
Sekali gus, dakwah Rasulullah kepada yang kufur, jika mereka beriman pada
Allah, hubungan mereka dengan Allah ialah hubungan BERTAWAKAL dan
penyerahan diri kepada yang mengasihi kita, iaitu Ar-Rahman.
Akhir ayat ini, Allah sekali lagi membawa minda kita menilai keperluan air
sebagai alat kepada kehidupan ini. Firman Allah untuk disampai oleh
RasulNya kepada orang kufur tidak bersyukur itu, “Jika Allah
mentakdirkan semua air yang berada di bumi dihakis oleh kemarau,
atau disedut bumi atau ianya diturunkan pahit atau masin” di manakah
mereka-mereka yang tidak percaya pada KEKUASAAN MUTLAK di tangan
Allah itu akan mencari gantinya untuk meneruskan hidup mereka? Siapa
yang boleh memancarkan semula air dari sumbernya kepada mereka? Atau
mereka mati tanpa pertolongan kerana kesombongan kekufuran mereka?
140
SURAH AL-INSAN
MUKADIMAH
Surah Al-Insan adalah Surah ke-76 dan diturunkan di Madinah mengandungi
31 ayat. Keseluruhan Surah menyarankan kita supaya mengambil perhatian
ke atas saranan-saranan yang diberi dalam 31 ayat ini demi menjadi manusia
yang sempurna di sisi Allah.
Surah ini memberi bisikan yang halus menyeru kepada ketaatan pada Allah,
berlindung dengan Allah, memperolehi keredaanNya, merasai restuNya, takut
pada azabNya, dan berjaga-jaga atas ujianNya, dan memperolehi hikmahNya
dalam kejadian, nikmat, ujian dan……….
(Petikan dari Syed Quthub Tafsir Fi Zhilalil Quran ms 3777 Juzu‟ 6)
Surah ini mengajak mengenali manusia sempurna yang dicadangkan oleh
Allah. Memahami diri ini terlalu hina dicipta Allah dan tidak mahu membesar
diri dan menolak Allah. Bersikap suka memberi makan kepada orang dari
rezeki yang kita terima tanpa mengharapkan balasan atau mahu diucapkan
terima kasih. IKHLAS dalam bersedekah. Takut yang amat sangat kepada
hari dibangkitkan semula semua manusia dan mengharapkan Allah melepas
mereka dari kesusahan itu. Al-Quran sekali lagi sebagai pembentuk rohani
seseorang itu dengan cara BERSABAR menerima hukum Allah. Tidak terlibat
dengan dosa dan nista. Mengingati Allah di semua ketika, di malam hari ia
sujud dan BERTASBIH. Menjadi Al-Quran untuk tazkirah pada dirinya dalam
hidup di dunia ini. MEMOHON RAHMAT ALLAH dan yakin Allah itu MAHA
MENGETAHUI hambanya, dan PENUH HIKMAH segala ajaranNya melalui Al-
Quran.
TAFSIRAN
Ayat 1-3
TAFSIRAN
141
) ِإنَّا َخلَ ْق َنا الإ ْن َسا َن ِم ْن نُ ْط َف ٍة١( َهلْ أَتَى عَلَى الإ ْن َسا ِن ِحي ٌن ِم َن ال َّد ْه ِر لَ ْم يَ ُك ْن َش ْي ًئا َم ْذ ُكو ًرا
)٣( ) ِإنَّا َه َد ْي َنا ُه ال َّس ِبيلَ ِإ َّما َشا ِك ًرا َو ِإ َّما َك ُفو ًرا٢( أَ ْم َشا ٍج نَ ْب َت ِلي ِه فَ َج َع ْل َنا ُه َس ِمي ًعا بَ ِصي ًرا
Mafhumnya,
Bukankah telah berlaku kepada yang bernama manusia itu, satu ketika dari
masa yang beredar, sedangkan ia (masih belum wujud lagi dan) tidak pernah
disebut-sebutkannya? (Kalau dari tiada, dari masa yang tidak pernah disebut-
sebutkan itu, manusia dicipta, TIDAKkah boleh Allah mencipta manusia
selepas dimatikan?).)۱( Sesungguhnya, Kami telah mangaturkan cara
mencipta manusia bermula dari air mani yang bergabung (dari pati benih
lelaki dan perempuan), dan (setelah dicipta) Kami akan menguji mereka
dengan kebertanggungjawaban pada hidup dan Allah, dengan cara memberi
mereka keupayaan mendengar dan melihat.)۲( (Sebagai tambahan) Kami telah
membimbing mereka melalui penghantaran Rasul ke arah jalan-jalan (yang
benar dan yang salah) maka menjadi PILIHAN bagi mereka sama ada ia akan
menjadi orang yang BERSYUKUR atau menjadi orang KUFUR. )۳(
Tafsirnya,
Ayat )۱( dari Surah ini akan menyentuh kehalusan perasaan hati manusia
iaitu;
1) Di mana manusia itu sebelum ianya dicipta?
2) Siapa yang menciptanya?
3) Siapa yang menjadikannya tersebut-sebut dalam hidup ini, walaupun
tiada sebutan berlaku sewaktu dalam alam azali?
4) Di mana ianya sebelum itu?
Firman Allah dalam Ayat 1 di atas, tafsirnya,
142
“Bukankah telah berlaku kepada semua manusia, di mana pada satu
ketika dalam peredaran masa, yang ia pada masa itu belum wujud lagi
dan tidak pernah disebut-sebut pun? Tiba-tiba mereka dicipta dari
tiada kepada ada dan mulalah diri mereka disebut-sebutkan! (Hakikat
ini menunjukkan yang manusia boleh dicipta semula dari tiada selepas
mati kepada ada di hari akhirat nanti dan diperiksa semua amalan
baik buruk mereka itu).”
Bolehkah kita menafikan kemungkinan bangkit semula itu, kerana kita sudah
melalui satu tahap pergerakan dari tiada kepada ada?
Dalam satu kenyataan logik ialah, “Siapa yang mewujudkan manusia selepas
satu masa ketiadaan apa-apa (tiada apa-apa sebutan mengenainya), dan
siapakah yang akan menghalang ianya dibangkitkan semula dan
menghidupkannya selepas ia mati.”
Ada yang menyatakan bahawa “ketika satu masa itu” dirujuk kepada waktu
manusia itu sudah berada dalam perut ibunya, dan pada masa itu ia hanya
disebut sebagai „kandungan‟ sahaja, tiada nama, tiada pangkat, tiada kenalan.
Tahukah siapa yang mencipta mereka, daripada keadaan „tidak pernah
disebut‟ itu kepada alam ini? Apakah hakikat asal kejadian ini?
Hakikatnya, manusia semua dicipta melalui percampuran pati air mani lelaki
dan perempuan dalam rahim, dan matlamatnya ialah menguji mereka setelah
mereka dikurniakan kebijaksanaan untuk berfikir. Mereka adalah manusia
dan berfikiran. Cukupkah fikiran semata-mata untuk mereka menuju
matlamatnya? Atau mereka perlu kepada bimbingan dari Rasul dan Al-
Quran? Mereka perlu kepada bimbingan para Rasul dan KitabNya, di antara
hikmatnya ialah menunjuk jalan hidayah kepada jalan Allah, memandu
mereka melalui Al-Quran atau kitab, dan memberi KEBEBASAN kepada
mereka untuk membuat pilihan.
Ayat-Ayat )۲( dan )۳( di atas memberi 3 sentuhan kepada kita,
1) Menyentuh perasaan, mengimbas kembali perkembangan kehidupan
kita.
2) Menyentuh tentang asal usul kita.
3) Menyentuh peluang menuju hidayah Allah.
Kita diberi kuasa MEMILIH, sama ada memilih ke arah menjadi orang yang
BERSYUKUR, atau menjadi orang yang KUFUR.
143
Konsep PILIHAN ini dipadankan dari sebuah hadis, kata Imam Ahmad yang
diriwayatkan oleh Ma‟amar bin Abi Khaisam, dari Abd Rahman bin Sabit dari
Jabir bin Abdullah yang berkata, Rasulullah pernah bersabda kepada seorang
sahabat, iaitu Ka‟ab bin Ujrah, sabdanya, “Semoga Allah melindungi kamu dari
„Pihak Berkuasa Pembohong‟. Tanya sahabat, siapa tu? Jawab Rasulullah,
“Mereka adalah pemimpin atau ketua selepasku yang tidak lagi mengikuti
ajaranku dan hidayahku, tidak melaksanakan sunahku, sesiapa yang
meng‟iya‟kan pembohongan mereka atau membantu melaksanakan kezaliman
mereka, maka mereka bukan dari umatku. Sesiapa pula yang menentang
mereka dan tidak membantu melaksanakan kezaliman mereka, mereka adalah
dari umatku dan akan meminum dari telagaku di akhirat nanti. Wahai Ka‟ab,
“Puasa itu mendorong ke Syurga, bersedekah itu memadam semua kesilapan
kita dan sembahyang itu adalah pendekatan kepada Allah.”
(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 454 Jilid 4)
Apakah kesan ketiga-tiga Ayat di atas kepada kita? Di antaranya ialah,
1) Rasalah „sentuhan‟ Allah yang membawa kita memikirkan hakikat diri
kita yang digelar manusia. Di mana sebelum kita diciptakan,
bagaimana kita diciptakan? Setelah lahir dan kita dewasa kita diberi
kebijaksanaan untuk berfikir. Terlihat pada kita kuasa mutlak Allah
yang mencipta kita, dari sewaktu dalam „alam tidak disebutkan‟
kepada „alam ciptaan dan intelek‟. MUSTAHILkah Allah
membangkitkan kita semula untuk menghadapi tanggungjawab kita
itu?
2) Dialah Allah yang mencipta kita, bermatlamatkan „ujian‟,
kebertanggungjawaban kita di dunia ini. Hasil ujian ini untuk
membolehkan kita membuat pilihan sama ada menjadi orang
bersyukur, terpegun melihat Kuasa Mutlak Allah itu dan beriman
denganNya atau menjadi orang yang tidak bersyukur dan kufur.
3) Hayatilah diri kita sebagai manusia yang beriman. Lihatlah semua dari
kaca mata IMAN pada Allah, maka kita tidak akan sesat. Inilah
caranya kita hendak menjadi manusia yang SEMPURNA.
Ayat-Ayat 4-12
144
) ِإ َّن الأ ْب َرا َر يَ ْش َربُو َن ِم ْن َك ْأ ٍس َكا َن ِم َزا ُج َها٤( ِإنَّا أَ ْع َت ْدنَا لِ ْل َكافِ ِري َن َسلا ِسلا َوأَ ْغلالا َو َس ِعي ًرا
)يُوفُو َن بِال َّن ْذ ِر َويَ َخافُو َن يَ ْو ًما َكا َن٦( )عَ ْي ًنا يَ ْش َر ُب بِ َها ِع َبا ُد اّلَّ ِل يُ َف ِّج ُرونَ َها تَ ْف ِجي ًرا٥( َكافُو ًرا
) ِإنَّ َما نُطْ ِع ُم ُك ْم لِ َو ْج ِه٨( ) َويُ ْط ِع ُمو َن الطَّ َعامَ َعلَى ُح ِّب ِه ِم ْس ِكي ًنا َويَ ِتي ًما َوأَ ِسي ًرا٧( َش ُّر ُه ُم ْس َت ِطي ًرا
ُ )فَ َوقَا ُه ُم اّلَّل١١( ) ِإنَّا نَ َخا ُف ِم ْن َربِّ َنا يَ ْو ًما عَ ُبو ًسا قَ ْمطَ ِري ًرا٩( اّلَّ ِل لا نُ ِري ُد ِم ْن ُك ْم َج َزاءً َولا ُش ُكو ًرا
)١٢( ) َو َج َزا ُه ْم بِ َما َص َب ُروا َج َّنةً َو َح ِري ًرا١١( َش َّر َذلِ َك الْ َي ْو ِم َولَ َّقا ُه ْم نَ ْض َرةً َو ُس ُرو ًرا
Mafhumnya,
Sesungguhnya, Kami telah menyediakan untuk orang yang kufur itu rantai-
rantai, belenggu besi dan seterusnya api yang menjulang-julang.)۴( Dan
sesungguhnya pula, orang-orang Abrar, yang berbakti, beriman dan taat,
mereka meminum minuman dari piala yang unik dengan air minuman yang
bercampur dengan sejenis campuran yang melazatkan (Kafuur).)۵( Ianya
terdiri daripada mata air Syurga, yang disedia untuk diminum darinya oleh
hamba-hamba Allah yang taat tadi, di mana mereka dapat mengalirkan air-air
itu ke tempat tinggal mereka dengan cara saliran yang mudah sekali dan
memenuhi kemahuan mereka.)۶( Kesenangan ini dianugerahkan Allah kepada
mereka kerana mereka telah menyempurnakan tanggungjawab mereka,
mereka takut menghadapi hari akhirat di mana seksaannya merebak ke sana-
sini.)۷( Mereka juga sentiasa memberi makan kepada orang-orang miskin,
anak-anak yatim dan orang tawanan perang, dari rezeki yang mereka perolehi
yang sangat mereka sayang.)۸( Sekali gus dengan itu mereka akan berkata;
“kami memberi makan tersebut kepada kamu adalah kerana Allah, kami tidak
perlukan sebarang balasan mahupun ucapan terima kasih.)۹( Kami
sebenarnya takut pada Allah, takutkan azabNya pada hari akhirat di mana
muka-muka orang pada hari itu penuh dengan tekanan dan berkerut-
kerut.”)۱۱( Dengan kesedaran itu dan amalan mereka itu, maka Allah akan
menyelamatkan mereka dari kesengsaraan pada hari itu dan memberikan
mereka keceriaan dengan wajah yang berseri-seri.)۱۱( Dan Allah telah
membalaskan kepada mereka atas kesabaran mereka itu dengan Syurga dan
persalinan dari sutera.)۱۲(
145
Tafsirnya,
Ayat )۴(
Allah menyediakan rantai-rantai besi, belenggu dan api neraka yang
menjulang sebagai alat penyeksaan kepada yang kufur pada Allah. Ianya
sebagai satu penghinaan dan azab pada mereka kerana mereka tidak tertarik
pada yang HAQQ, mereka dihina sebegitu rupa kerana tidak TAWADUK pada
Allah dan dibakar dengan api menjulang kerana mereka tidak takut pada
Allah. Orang-orang yang terlindung dan tertutup daripada al-HAQ disediakan
rantai besi yang digunakan untuk mengheret mereka ke neraka.
Ayat )۵(
Bagi orang yang beriman, bersyukur memperluaskan kebajikan mereka, taat
kepada Allah, Tuhan mereka dan memperluaskan ketaatan, yang merangkumi
iktikad, amalan-amalan fardu dan sunat akan dihidangkan dengan minuman
campuran dari bahan wangi yang lazat dari berbagai bekas yang unik. Di
antaranya mereka menahan diri dari meminum arak yang diharamkan di
dunia ini.
Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda,
فانى لا استقر أنا وهى فى, " لا تدخلها على٪ ناشده الايمان بالله," اذا تناول العبد كأس الخمر
تاب الله, فان تاب.وعاء واحد" فان ابى وشربها و نفر الايمان نفرة لا يعود اليه أربعين صباحا
" ونقص من عقله شئ لا يعود اليه أبدا,عليه
Mafhumnya,
”Apabila seseorang hamba Allah itu mengambil segelas arak untuk diminum,
maka IMAN pada Allah dalam dirinya akan berkata, “Jangan kamu masuk ke
dalam ronggaku, kerana kau tidak boleh bersesama dengan aku wahai arak
dalam satu tempat yang sama.” Jika hamba Allah itu ingkar dan meminumnya,
maka iman pada Allah itu akan melarikan diri dari rohnya sekali gus dan
hanya berbalik setelah berlalu 40 subuh. Jika hamba Allah itu bertaubat, Allah
akan terima taubatnya, tetapi terdapat satu kehilangan kecil dalam akalnya
dan kehilangan itu akan kekal selama-lamanya.”
146
(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 264
Juzu‟ 10)
Ayat )۶(
Terdapat satu macam mata air yang memancar keluar air yang berterusan dan
menjadi bahan minuman hamba Allah itu. Ianya boleh disalirkan ke mana-
mana yang disukai oleh hamba Allah itu sebagai satu kemudahan.
Mengapa semuanya ini dikurniakan pada hamba Allah ini?
Ayat )۷(
Pertama, kerana mereka telah menunaikan semua tanggungjawaban mereka
dengan sempurna, iaitu melakukan yang wajib di samping hati mereka
menjadikan hari akhirat sebagai tempat menginsafkan mereka untuk tidak
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Allah. Mereka yakin
hari akhirat itu penuh dengan semua jenis seksaan pada yang ingkar dan
kufur yang ada di mana-mana saja. Mereka takut ianya akan terkena pada
mereka.
Ayat )۸(
Kedua, mereka hidup di dunia ini sentiasa saja memikirkan hal ehwal orang-
orang fakir miskin, anak-anak yatim dan orang yang menjadi tawanan perang
tentang nasib mereka. Oleh itu mereka tidak lokek untuk memberi makan
kepada mereka-mereka ini dengan makanan-makanan yang menjadi kesukaan
diri mereka sendiri dari rezeki yang mereka perolehi.
Ayat )۹(
Ketiga, mereka menyatakan yang pemberian makanan itu bukan kerana
mendapat balasan atau ucapan terima kasih tetapi ianya kerana ALLAH, ianya
ikhlas dari hati yang tahu tanggungjawab sosialnya pada 3 jenis manusia tadi.
Ayat )۱۱( dan )۱۱(
147
Keempat, dalam hidup harian mereka pula, mereka sentiasa wujudkan rasa
takwa pada Allah, khususnya akan adanya hari akhirat dan suasana hari
akhirat itu yang penuh dengan tekanan dan kerunsingan dari muka-muka
yang berada di Mahsyar agar Allah menjauhkannya dari mereka. Oleh kerana
mereka yakin akan wujudnya hari itu maka Allah berjanji memperkenankan
doa-doa mereka itu dan mereka akan dilindungi oleh Allah daripada terkena
sebarang keburukan dan kesengsaraan pada hari itu dan terlepas dari
keadaan yang dahsyat itu. Muka mereka akan bercahaya, riang dan tiada
ketakutan.
Ayat )۱۲(
Dalam hidup mereka, mereka adalah orang yang bersabar, bersabar dari
segala kesusahan hidup, bersabar dalam melaksanakan segala yang
diwajibkan Allah ke atas mereka, bersabar mempertahankan diri mereka dari
melakukan perkara yang haram dan bersabar menghadapi musibah-musibah
yang ditakdirkan atas mereka. Sebagai balasan bersabar ini, Allah telah
menjanjikan mereka dengan syurgaNya dan pakaian yang dianugerahkan
dalam syurga itu dari sutera.
Inilah ciri-ciri sifat yang disyorkan oleh Allah untuk menjadi seorang insan
yang sempurna dan insan yang bertakwa, beramal, dan bertanggungjawab
pada dirinya, masyarakatnya dan kepada Tuhannya.
Ayat-Ayat 13-22
) َو َدانِ َي ًة عَلَ ْي ِه ْم ِظلالُ َها َو ُذلِّلَ ْت١٣( ُم َّت ِك ِئي َن فِي َها َعلَى الأ َرائِ ِك لا يَ َر ْو َن فِي َها َش ْم ًسا َولا َز ْم َه ِري ًرا
)قَ َوا ِري َر ِم ْن فِ َّض ٍة١٥( ) َويُطَا ُف َعلَ ْي ِه ْم بِآنِ َي ٍة ِم ْن فِ َّضةٍ َوأَ ْك َوا ٍب َكانَ ْت قَ َوا ِري َرا١٤( قُطُوفُ َها تَ ْذلِيلا
)عَ ْي ًنا فِي َها تُ َس َّمى َس ْل َس ِبيلا١٧( ) َويُ ْس َق ْو َن فِي َها َك ْأ ًسا َكا َن ِم َزا ُج َها َز ْن َج ِبيلا١٦( قَ َّد ُرو َها تَ ْق ِدي ًرا
) َو ِإ َذا َرأَ ْي َت ثَ َّم١٩( ) َويَطُو ُف عَلَ ْي ِه ْم ِولْ َدا ٌن ُم َخلَّ ُدو َن ِإ َذا َرأَ ْي َت ُه ْم َح ِس ْب َت ُه ْم لُ ْؤلُ ًؤا َم ْن ُثو ًرا١٨(
)عَالِ َي ُه ْم ثِ َيا ُب ُس ْن ُد ٍس ُخ ْض ٌر َو ِإ ْس َت ْب َر ٌق َو ُحلُّوا أَ َسا ِو َر ِم ْن فِ َّض ٍة٢١( َرأَ ْي َت نَ ِعي ًما َو ُم ْل ًكا َك ِبي ًرا
)٢٢( ) ِإ َّن َه َذا َكا َن لَ ُك ْم َج َزاءً َو َكا َن َس ْع ُي ُك ْم َم ْش ُكو ًرا٢١( َو َس َقا ُه ْم َربُّ ُه ْم َش َرابًا طَ ُهو ًرا
148
Mafhumnya,
Mereka beristirehat di dalam syurga Allah dengan keadaan berteleku di atas
pelamin-pelamin terhias, tiada kelihatan matahari atau hawa panasnya, dan
tiada juga merasai kedinginan yang melampau (cuacanya baik sekali).)۱۳(
Mereka sentiasa saja dinaungi oleh pohon-pohon yang mendekati mereka,
dimudahkan mereka untuk memetik buah-buahannya dengan senang
sekali.)۱۴( Selain dari itu, terdapat budak pelayan yang memegang bijana dari
kaca yang „transparent‟ dengan minuman.)۱۵( Pembalut kaca bijana tadi dari
perak, dan budak-budak pelayan itu akan menentukan kadar isian minuman
sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.)۱۶( Minuman yang
disediakan itu dari jenis campuran zanzabil (halia muda).)۱۷( Ianya adalah
sebuah mata air dalam Syurga yang dikenali sebagai Salsabila.)۱۸( Mereka
dilayani oleh kanak-kanak lelaki yang kekal sifat mereka, yang beredar di
sekitar mereka, sehingga jika engkau dapat melihat mereka seolah-olah
mereka adalah mutiara yang bertaburan.)۱۹( Sekali gus, jika engkau melihat
ke dalam syurga itu, engkau akan melihat penuh nikmat yang berlimpahruah,
dan kekuasaan yang mutlak tanpa tolok bandingnya.)۲۱( Pakaian mereka
dalam syurga pula adalah hijau diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal
yang bertekad, serta mereka dihiasi dengan gelang dari perak, dan mereka
sebenarnya diberi minum oleh Allah, Tuhan mereka dengan minuman yang
suci.)۲۱( Mereka diperkatakan oleh Allah dengan, „Sesungguhnya segala
anugerah ini adalah untuk kamu-kamu semua sebagai balasan atas usaha-
usaha kamu yang telah diterima Allah dan dihargaiNya.‟)۲۲(
Tafsirnya,
Gambaran sebuah alam yang lain dari dunia ini, iaitu golongan Abrar ini
ditempatkan dalam Syurga Allah, beristerihat tenang, dengan cuaca sekitarnya
yang bagus dan nyaman, tidak panas dan tidak sejuk, tiada matahari
menyengat panasnya atau kesejukan yang menggigil tubuh. Pokok-pokok
yang melambaikan daunnya yang menjadi penaung memantapkan lagi
keselesaan mereka dalam syurga itu.
149
Gambaran pahala ini mendekatkan fahaman kita pada keadaan dunia kita
sekarang. Pelayan-pelayan yang melayan dengan gelas-gelas perak dan kaca
yang dapat dilihat air minumannya, dibawa ke sana-sini untuk mereka semua.
Minuman itu dari campuran zanjabil dan ianya datang dari satu mata air yang
dikenali sebagai Salsabila. Hiasan kanak-kanak syurga yang menjadi pelayan
mencantikkan lagi seolah-olah mereka adalah mutiara yang bertaburan.
Keseluruhannya, inilah gambaran kenikmatan dari Allah yang dianugerahkan
kepada penghuni syurga sebagai nikmat yang agung dari kuasa yang agung.
Semuanya adalah restu pemberian dari Allah yang pemurah. Allah sendiri
yang akan berkata kepada mereka dengan kata-kata seperti dalam Ayat 22
tafsirnya, „Semua anugerah ini sebagai balasan dari amalan kamu yang
telah diterima dan diredai serta diucapkan terima kasih.‟
Konsep „balasan‟ dan terima kasih Allah atas sikap proaktif manusia
sempurna itu adalah hadiah kepada mereka di dalam syurga Allah. Sama ada
ianya kiasan atau petunjuk kepada kita untuk merasai nikmat Allah, tetapi
ianya adalah dari amal yang baik dan diredai serta diterima Allah serta
diucapkan terima kasih atas kerja amal itu. Inilah ganjaran kepada Al-Abrar,
iaitu manusia sempurna yang dicadangkan oleh Allah untuk kita semua
memiliki sifat-sifatnya.
Ibnu Kathir dalam mentafsir ayat berikut,
“Nescaya Engkau Wah)a٢i ١M(uاhي ًرa ِبm َكm ًكاaلdْ َو ُمaاk ًمaيn نَ ِعd َتaْيpَرأaَ tثَ َّمmَتelْيiَأh َرat nikmat-nikmat Allah
yang melimpahruah, dan Keagungan Kekuasaan Allah Yang Maha Besar”
berkata ayat ini menjelaskan Keagungan Kekuasaan Allah yang telah
menyediakan Syurga dan sekali gus menggambarkan pemilikan Kuasa Mutlak
Allah yang amat terserlah. Nikmat yang tidak terbatas yang dianugerahkan
kepada penghuninya itu juga menggambarkan kemurahan Allah yang diberi
kepada mereka yang membawa amalan baik mereka ke akhirat. Katanya,
„Allah pernah berkata pada orang yang terakhir memasuki syurga Allah,
„Milikilah apa yang kamu mahu di Syurga ini sebagaimana kamu mahu miliki di
dunia kamu dulu.‟ Fikirkanlah bagaimana pemberian nikmat Allah kepada
orang yang diredhai amalannya di dunia ini.
Oleh kerana itu, dalam ayat,
yang bermaksud, )٢٢( ِإ َّن َه َذا َكا َن لَ ُك ْم َج َزاءً َو َكا َن َس ْع ُي ُك ْم َم ْش ُكو ًرا
150
„Sesungguhnya semua anugerah nikmat-nikmat ini disediakan untuk kamu
semua, wahai ahli syurgaKu, sebagai BALASAN atas kerja-kerja amal baik
kamu di dunia dulu dan sebenarnya segala amalan baik kamu itu adalah ikhlas
kepadaKu dan ianya diterima, direstui dan dihargai.‟
Allah mahu memperingatkan kita agar berbuat baik, dengan amalan baik
sehingga digelar Al-Abrar. Ganjaran yang diterima adalah dari buah amalan
baik kita di dunia ini. Perbaikilah amalan kita di dunia ini dan cuba
menghayati sifat-sifat manusia sempurna yang dicadangkan oleh Surah ini.
Ayat-Ayat 23-31,
)فَا ْص ِب ْر لِ ُح ْك ِم َربِّ َك َولا تُ ِط ْع ِم ْن ُه ْم آثِ ًما أَ ْو َك ُفو ًرا٢٣( ِإنَّا نَ ْح ُن نَ َّزلْ َنا َعلَ ْي َك الْ ُق ْرآ َن تَ ْن ِزيلا
) ِإ َّن٢٦( ) َو ِم َن اللَّ ْي ِل فَا ْس ُج ْد لَهُ َو َس ِّب ْحهُ لَ ْيلا طَ ِويلا٢٥( ) َوا ْذ ُك ِر ا ْس َم َربِّ َك بُ ْك َرةً َوأَ ِصيلا٢٤(
)نَ ْح ُن َخلَ ْق َنا ُه ْم َو َش َد ْدنَا أَ ْس َر ُه ْم َو ِإ َذا٢٧( َه ُؤلا ِء يُ ِح ّبُو َن الْ َعا ِجلَ َة َويَ َذ ُرو َن َو َراءَ ُه ْم يَ ْو ًما ثَ ِقيلا
) َو َما تَ َشاءُو َن٢٩( ) ِإ َّن َه ِذ ِه تَ ْذ ِك َرةٌ فَ َم ْن َشا َء اتَّ َخ َذ ِإلَى َربِّ ِه َس ِبيلا٢٨( ِش ْئ َنا بَ َّدلْ َنا أَ ْم َثالَ ُه ْم تَ ْب ِديلا
)يُ ْد ِخلُ َم ْن يَ َشاءُ فِي َر ْح َم ِت ِه َوالظَّالِ ِمي َن أَعَ َّد لَ ُه ْم٣١( ِإلا أَ ْن يَ َشا َء اّلَّل ُ ِإ َّن اّلَّلَ َكا َن عَ ِلي ًما َح ِكي ًما
)٣١( َع َذابًا أَلِي ًما
Mafhumnya,
151
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepada engkau Wahai
Muhammad secara beransur-ansur.)۲۳( Maka wajarlah engkau bersabar
menerima hukum Allah (iaitu memberi masa kepada penentang engkau itu
agar berbalik kepada jalan Allah) dan pada masa yang sama jangan sekali
engkau mengikut petunjuk orang-orang yang hidup dalam dosa dan mereka
yang kufur pada Allah.)۲۴( Perbanyakkanlah menyebut nama-nama Allah
dengan lidah atau dengan hati pada awal pagi dan pada sebelah petang.)۲۵(
Dalam keadaan apa pun, pada waktu malam perbanyakkanlah sembahyang
tahajud dan seboleh-bolehnya bertasbih dalam malam yang panjang.)۲۶(
Sesungguhnya orang-orang yang menentangmu Wahai Muhammad adalah
terlalu suka kepada dunia yang bersifat cepat habisnya, dan membelakangkan
akhirat yang amat berat balasannya itu.)۲۷( Kamilah yang telah mencipta
mereka dan melalui tulang Kami memperkuatkan sendi dan saraf badan
mereka dan kalau Kami kehendaki Kami akan gantikan mereka dengan orang
yang serupa dengan mereka, iaitu penggantian yang sebaik-baiknya.)۲۸( Ini
adalah menjadi peringatan kepada sesiapa saja, dan bagi yang mahukan
kebaikan bagi diri bolehlah mereka memilih jalan yang mendekatkan diri
dengan Tuhan mereka, dengan taat dan iman.)۲۹( Sesungguhnya sesuatu
yang kamu mahukan itu tidak akan terjadi tanpa juga dikehendaki oleh Allah.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.)۳۱( Allah sahaja yang boleh
merestui sesiapa di bawah RahmatNya yang Ia kehendaki, sedangkan orang
yang zalim kufur itu akan disediakan untuk mereka dengan azab yang paling
pedih.)۳۱(
Tafsirnya,
Apabila orang-orang kafir menuduh Al-Quran itu sebagai ungkapan sihir dan
Muhammad itu pula sebagai tukang sihir, maka Allah dengan tegasnya
menyatakan bahawa Dialah Allah yang telah menurunkan Al-Quran itu
kepada Muhammad s.a.w. dengan katanya dari Yang Hidup, dari Yang Benar,
dariKu sendiri sebagai Pencipta kamu semua.
Agar Muhammad tidak mempedulikan kata-kata itu, Allah memperakui yang
Muhammad itu adalah seorang yang dipercayai, seorang Nabi yang
bertanggungjawab mengisi jiwa manusia ke arah mempercayai Allah. Jadi Al-
Quran itu adalah BENAR dari Allah diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. untuk disebarkan kepada manusia.
152
Dengan berbekalkan Al-Quran itu, Allah mencadangkan supaya Muhammad
bersabar sehingga datangnya hukum Allah iaitu membawa kemenangan.
Allah menyarankan agar Rasulullah meneruskan tugasnya yang penuh
cabaran itu dan jangan sekali-kali taat kepada orang yang kufur penuh dosa
itu dan yang kufur bergerak menyebar maksiat kepada Allah.
Bagi menenangkan fikiran dan dari penat lelah berdakwah, Allah
menyarankan supaya Muhammad memperbanyakkan mengingati Allah
melalui berzikir, dan berzikir di awal pagi dan akhir petang. Pada malam hari
pula, dicadangkan berdiri menunaikan sembahyang tahajud dengan penuh
ikhlas dan jauh dari riak, memusatkan diri kepada Allah dalam malam yang
tenang itu. Bagi menghayati keAgungan Allah, maka disarankan agar
Muhammad bertasbih di malam yang panjang itu dan tumpukan fikiran
kepada keAgungan Allah yang akan memberi kemenangan kepada usaha-
usaha murni beliau itu.
Sifat-sifat utama orang kafir Mekah ialah terlalu suka kepada dunia dan
mengejar sesuatu yang material dan terlalu tamak untuk itu. Ehwal akhirat
ditinggalkan sama sekali.
Sesuatu yang harus mereka insafi ialah mereka yang kufur itu adalah dicipta
oleh Allah dan bukan lain dari Allah, dan Allah jugalah yang telah
memperkemaskan segala tulang dan sistem urat saraf mereka sehingga
mereka menjadi kuat dan bergerak seperti manusia itu. Ini bererti jika Allah
mahukan mereka dibangkitkan semula dalam keadaan yang berlainan sekali
dari rupa bentuk yang ada maka ianya tidak mustahil. Allah membangkitkan
mereka semula selepas mati dan bagaimana kedudukan mereka itu adalah
dalam kuasa Allah.
Semua penonjolan kata-kata dalam Surah ini dan semua ajaran-ajaran yang
ada dalam Surah ini hanya untuk MEMPERINGATKAN semua manusia sahaja
dari Allah Yang Maha Agung itu. Jadi sesiapa yang berminat untuk
menjadikan Allah sebagai HIDAYAH dan memperkemaskan ke arah jalan
menuju Allah akan mendapat faedah besar.
Tetapi ingat, jangan kita mengandaikan semua yang kita minta itu akan
menjadi kenyataan kecuali ianya mendapat TAUFIK dari Allah. Apa-apa yang
kita mahu, bagi mempastikan ianya terjadi hendaklah juga ianya dikehendaki
oleh Allah. Oleh itu berusahalah mencari Allah, memohon agar Allah merestui
kita, menghendaki kita menjadi orang-orang yang dikehendakiNya agar kita
tidak sesat di dunia dan di akhirat.
153
Kehendak Allah pula diasaskan kepada asas ILMU dan HIKMAH. Ertinya,
Allah mempunyai ilmu dan menjadikan sesuatu itu penuh dengan
hikmahNya, maka segala perbuatan Allah untuk kepentingan semua
dan ianya didasarkan kepada ilmuNya dan dipenuhi dengan hikmah
agar ianya tidak sia-sia.
Jika kita menzalimi diri sendiri, dengan membuang semua ingatan-ingatan ini,
dan terus menjadi kufur maka balasan kepada yang kufur zalim ini ialah
AZAB Allah yang sangat pedih di akhirat nanti.
Rujukan Utama
1. Tafsir Ibnu Kathir oleh Abil Fida Ismail Ibnu Kathir Al Quraisyi (meninggal
774 H) terbitan,
(Beirut Lebaيْ ِعnو ِزoْ َّتn َوٱل1ْش ِر4 َّن0َوٱل1عَ ِةHطَّ َباijلrِلa، ِرh ْك,ِٱلْف1ا ُر9 َد84 Masehi)
2. Tafsir Ruhul Bayan oleh Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi (meninggal 1137
H) terbitan,
(Beirut َوٱل َّت ْو ِزيْ ِع 1ْش ِر4 َّن0َوٱل1ِعَةHطَّ َباijلrِلa، ِرh ْك,ِٱلْف1ا ُر9 َد84 Masehi)
Lebanon
3. تفسير في ظلال ٱلقرآ نoleh Syed Quthub terbitan,
P.O Box 8064
بيروت،دارٱلشروق
154
1
TAFSIRAN SURAH AL-KAHFI
PRAKATA PENYUSUN
بسم ٱلله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah
mengizinkan saya menyusun tafsiran Surah Al-
Kahfi ini dalam Bahasa Malaysia untuk difahami
oleh pembaca dan pengamal Surah ini.
Surah Al-Kahfi telah kami hafaz dan
mengamalkannya sejak 25 tahun lalu. Kami
membaca secara berjemaah selepas Sembahyang
Isya‟ tiap-tiap Malam Jumaat. Apa yang kurang
puas hati saya ialah mungkin ianya dibaca tanpa
memahami secara mendalam akan makna dan
pengertian Ayat-Ayat Surah ini.
Sekarang saya berpeluang membaca dan beramal
dengan ahli keluarga saya, anak-anak dan cucu-
cucu, dan demi untuk kesempurnaan amalan
dengan Surah ini saya telah mengambil inisiatif
menyusun, menulis dan merakamkan pendapat-
pendapat pentafsir muktabar dalam buku kecil ini
semoga segala susunan dalam buku kecil ini tidak
lari dari norma-norma tafsiran yang sedia ada.
Sekurang-kurangnya, ianya dapat difahami dan
diterjemahkan ke dalam amalan kita, Insya-Allah.
Tulisan dan susunan tafsiran Surah ini dibaca
dan dikongsi bersama-sama dengan ahli keluarga
saya dan saya mendapati ada manfaatnya kepada
pembentukan jiwa ke arah menghayati ajaran al-
Quran.
2
Dalam menyusun tafsir Surah ini saya rujukkan
kepada buku-buku tafsir berikut,
a) Tafsir Ibnu Kathir, oleh Ismail Ibnu
Kathir, Jilid 3
b) At-Tafsir Al-Kabir, oleh Al-Fakruraai,
Juzu‟ 21
c) Tafsir Ruhul Bayan, oleh Imam Ismail
Haqqi Ar-Rusawi, Juzu‟ 5
d) Fi Zhilalil Quran, oleh Syed Quthub,
Jilid 4
e) فك أسرار ذى القرنين ويأجوج ومأجوجoleh Hamdi bin
Hamzah Abu Zaid
Rujukan dalam Bahasa Arab membawa saya
kepada meneliti sumber asli tulisan-tulisan
pentafsir muktabar ini untuk memberi kefahaman
yang mendalam kepada susunan buku ini agar ia
menepati fahaman yang sebenar.
Diharap buku kecil ini dapat memberi manfaat
kepada pembaca semua, dan diharap ianya
menjadi panduan kita untuk menterjemahkan
ajaran-ajaran yang ada di dalamnya kepada
amalan berdasarkan al-Quran.
Untuk renungan dan perhatian anak-anak dan
cucu-cucuku.
Wassalam
Sheikh Khalid bin Sheikh Ibrahim
22hb Syaaban 1433H bersamaan 12hb Julai 2012
3
PENGENALAN
Surah Al-Kahfi adalah Surah dari juzu‟ yang ke-15
al-Quran, dan diturunkan di Mekah. Ayat-
Ayatnya sebanyak 110 ayat.
Oleh kerana ianya diturunkan di Mekah, maka
kebanyakan isi kandungannya menerangkan
tentang KEBENARAN al-Quran, menegaskan
dasar tauhid kepada Allah dan iman, dan
menggariskan kesesatan yang perlu dijauhi dan
menekankan konsep amal soleh dan kesannya
kepada individu dan keluarganya.
Cerita Ashabul Kahfi, pendekatannya ialah ke
arah keimanan. Cerita kedua dari Surah ini
melibatkan kebun dan dua orang yang beriman
dan tidak beriman. Cerita ketiga mengisahkan
Musa a.s. dan orang yang ditemuinya di pinggir
laut dan perjalanan mereka dikaitkan dengan
iman kepada Allah, serta cerita akhirnya
mengenai perjalanan Zulqarnain dan
penaklukannya di timur dan barat, semuanya
mengundang penelitian kepada amal soleh dan
iman pada Allah.
Surah ini diakhiri dengan menjelaskan konsep
keluasan KUASA Allah, dan memerintahkan Nabi
Muhammad s.a.w. agar beliau memperakui
bahawa dia HANYA sebagai seorang manusia dan
TIDAK lebih dari itu, menanggung tugas tertentu
dari Allah untuk manusia. „Sesiapa yang ingin
menemui Allah, maka perbanyakkanlah membuat
4
amal soleh dan jauhkan diri dari syirik dalam
peribadatan kepada-Nya.‟
SEBAB-SEBAB NUZUL SURAH AL-KAHFI
Muhammad bin Ishak telah menceritakan tentang
Asbab Nuzul kepada Surah Al-Kahfi dengan
memetik periwayat dari Akramah yang
meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berkata,
„Orang-orang Quraisy telah menghantar wakil
mereka termasuk An-Nadr bin Harith, Uqbah bin
Abi Muit untuk bertemu orang alim Yahudi bagi
mendapat maklumat tentang kenabian Rasulullah
s.a.w. kerana mereka adalah ahli Kitab. Kumpulan
ini telah pergi ke Madinah dan bertanyakan hal
Muhammad kepada alim Yahudi dan alim Yahudi
meminta mereka menanyakan 3 perkara kepada
Muhammad dengan berkata, jika Muhammad
dapat menjawab ketiga-tiga perkara itu maka
beliau adalah seorang nabi. Wakil Quraisy pun
balik dan bertanyakan 3 perkara berikut, tentang
penghuni Gua (Ashabul Kahfi), tentang Zulqarnain
yang menguasai timur dan barat dan tentang ROH.
Rasulullah telah meminta untuk menangguhkan
jawapan itu pada esok harinya. Masing-masing
menunggu jawapan Rasulullah dan wahyu
Rasulullah terputus sehingga 15 hari sehingga
orang-orang Islam telah merasa cemas dan
Rasulullah sendiri terpaksa bermurung. Pada hari
ke-15 itu maka Jibrail pun telah menurunkan
Surah Al-Kahfi, sekaligus menjawap semua 3
persoalan untuk membuktikan kenabian Rasulullah
itu.
5
TAFSIRAN
Ayat-Ayat 1-5
ِ بِ ْس ِم اّلَّلِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِحي ِِم
)قَ ِّي ًما١( الْ َح ْم ُد ِّلَّ ِل الَّ ِذي أَ ْن َزلَ عَلَى عَ ْب ِد ِه الْ ِك َتا َب َولَ ْم يَ ْج َعلْ لَهُ ِع َو َجا
لِ ُي ْن ِذ َر بَ ْأ ًسا َش ِدي ًدا ِم ْن لَ ُد ْنهُ َويُ َب ِّش َر الْ ُم ْؤ ِم ِني َن الَّ ِذي َن يَ ْع َملُو َن ال َّصالِ َحا ِت
ُ ) َويُ ْن ِذ َر الَّ ِذي َن قَالُوا اتَّ َخ َذ اّلَّل٣( ) َما ِك ِثي َن فِي ِهِِأَبَ ًدا٢( أَ َّن لَ ُه ْم أَ ْج ًرا َح َس ًنا
) َما لَ ُه ْم بِ ِه ِم ْن ِع ْل ٍم َولا لآبَائِ ِه ْم َك ُب َر ْت َكلِ َمةً تَ ْخ ُر ُج ِم ْن أَفْ َوا ِه ِه ْم٤( َولَ ًدا
)٥( ِإ ْن يَ ُقولُو َن ِإلا َك ِذبًا
Mafhumnya,
Syukurku kepada Allah yang telah menurunkan
ke atas Pesuruh-Nya Muhammad Kitab al-Quran,
dan sekali-kali tidak menjadikan Kitab itu
terpesong dari landasan sebenar (1) Bahkan Kitab
itu terus bertindak sebagai memandu dan menjadi
pengawas. Matlamat turunnya al-Quran itu
untuk memberi AMARAN kepada yang kufur
dengan balasan azab yang seberat-beratnya terus
dari Allah, dan menyampaikan BERITA GEMBIRA
kepada orang-orang yang beriman yang
6