UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MODEL PENTAKSIRAN KOMPETENSI HOLISTIK DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (PLTV) ZULKIFLI BIN MOHD SIDI PhD Oktober 2018
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MODEL PENTAKSIRAN KOMPETENSI HOLISTIK DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (PLTV) ZULKIFLI BIN MOHD SIDI Tesis yang dikemukakan bagi memenuhi keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Oktober 2018
ii PENGESAHAN OLEH PANEL PEMERIKSA Saya sahkan bahawa Panel Pemeriksa yang telah bermesyuarat pada 06 September 2018 untuk mengendalikan peperiksaan akhir Zulkifli B. Mohd Sidi bagi tesis Doktor Falsafah yang bertajuk “Model Pentaksiran Kompetensi Holistik Dalam Pengajaran Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV)” berdasarkan Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173). Panel Pemeriksa telah mencadangkan pelajar tersebut layak dianugerahkan ijazah yang tersebut. Panel Pemeriksa adalah seperti berikut: Mohd Dani Bin Muhamad, PhD Professor Madya Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (Pengerusi) Ganefri, PhD Professor Rektor Kampus Utama, Universitas Negeri Padang (UNP), Jalan Prof. Dr. Hamka Air Tawar Padang, Sumatera Barat, Indonesia (Pemeriksa Luar) Asmaa’ Binti Mohd Arshad, PhD Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (Pemeriksa Dalaman) Muhammad Sabri Bin Sahrir, PhD Professor Madya, Jabatan Bahasa dan Literasi, Kuliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur (Pemeriksa Luar) PROF SR TS DR HJ ABDUL HADI HJ NAWAWI Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPSis) Universiti Teknologi MARA 23 Oktober 2018
iii DEKLARASI PENULIS Saya mengakui bahawa penghasilan tesis ini dilakukan mengikut peraturan Universiti Teknologi MARA. Ia adalah asli dan dapatan hasil usaha saya sendiri, melainkan dinyatakan sebaliknya atau diberikan penghargaan sebagai hasil rujukan. Tesis ini tidak pernah diserahkan kepada mana-mana institusi akademik atau bukan akademik untuk apa-apa ijazah atau kelayakan. Saya, dengan ini, menyatakan bahawa saya telah mengikuti Kaedah dan Peraturan Akademik bagi Pasca Siswazah, Universiti Teknologi MARA, sepanjang melakukan pengajian dan penyelidikan saya. Nama Pelajar : Zulkifli Bin Mohd Sidi No. Pelajar : 2012421492 Program : Doktor Falsafah (Pengajian Islam Kontemporari) – IC990 Fakulti : Akademi Pengajian Islam Kontemporari Tajuk Tesis : Model Pentaksiran Kompetensi Holistik dalam Pengajaran Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) Tandatangan Pelajar : …………………………………………... Tarikh : Oktober 2018
iv ABSTRAK Sektor Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) merupakan teras kepada proses pembangunan modal insan melahirkan graduan berkemahiran kepada industri negara. Sektor yang dijenamakan semula ini adalah hasil daripada transformasi yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) setelah penambahbaikan daripada RMKe-10. Perubahan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang dikaji semula telah mengubah landskap sistem pendidikan dan latihan negara. Pemerkasaan dan arus perdanakan sektor ini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat dalam memberi jaminan kepada graduan-graduan ke lapangan pekerjaan. Sektor ini menjadi platform kepada pelajar-pelajar yang memilih bidang kemahiran sebagai laluan kerjaya di industri-industri. Namun begitu, transformasi sektor ini telah membuka ruang untuk diterokai bersama di dalam pembangunan tenaga kerja berkemahiran supaya memenuhi keperluan industri semasa. Penyelidikan empirikal ini bertujuan untuk membangunkan sebuah model pentaksiran kompetensi dengan ciri-ciri pengukuran pencapaian yang bersifat holistik. Penyelidikan ini merujuk kepada apakah kaedah terbaik untuk memenuhi objektif semasa yang diperlukan bagi menepati keberhasilan graduan-graduan berkualiti mengikut keperluan industri. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang merujuk kepada model Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) oleh Rita C. Richey, James D. Klein & Wayne A. Nelson (2007). Model ini dilaksanakan menerusi tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan penilaian model. Fasa pertama dimulai dengan temu bual dan disertai penyemakan konstruk instrumen oleh 4 orang pakar rujuk. Item-item soal selidik yang berskala 5 Likert dibina berdasarkan kepada tinjauan literatur dan hasil temu bual pakar mendapati kesemuanya memberikan pandangan positif terhadap penyelidikan ini dan bersetuju (100%) dengan sejumlah 163 item soal selidik. Pada fasa kedua pembinaan reka bentuk menggunakan soal selidik sama bagi mengutip kesepakatan 9 orang pakar PLTV terhadap kerangka, komponen dan elemen-elemen bersesuaian menerusi kaedah Teknik Delphi diubah suai (MDT). Manakala analisis data menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) mendapati hanya 151 item sahaja yang telah disepakati kesesuaiannya. Sejumlah 12 item telah tidak dipersetujui apabila hasil analisis tidak menepati syarat threshold (d ≤ 0.2) dan peratusan kesepakatan rendah dari 75.00%. Kerangka “pemupukan”, 93 item; “pemantapan”, 32 item; dan “penghayatan”, 26 item. Manakala 3 item di bawah aras peratusan kesepakatan iaitu “pemupukan” (1 item); “pemantapan” (2 item); dan “pemupukan” (0 – tiada perubahan). Pada fasa terakhir, seramai 25 personel pakar pengajar (PAJAR) membuat penilaian kebolehgunaan model dengan mengisi soal selidik berskala 7 Likert. Setelah proses defuzzification dilakukan, nilai skor Fuzzy menunjukkan kesemua personel telah bersepakat apabila skornya melebihi nilai α-cut = 0.5, manakala peratusan threshold (d ≤ 0.2) mencecah 98.68%. Secara keseluruhan, penyelidikan telah berjaya membangunkan sebuah model pentaksiran kompetensi hasil daripada pengumpulan kesepakatan tiga kumpulan pakar yang terdiri daripada pakar rujuk penyelidikan, pakar bidang kemahiran sektor PLTV dan pakar pengajar latihan kemahiran. Pandangan serta cadangan pakar-pakar yang berkaitan mampu menghasilkan model pentaksiran yang memenuhi kehendak semasa latihan walaupun berlaku pelbagai perubahan di peringkat pembuat dasar.
v PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kebesaran rahmat, keluasan kasih sayang dan selaut pertolongan-Nya, saya dipilih oleh-Nya untuk menyempurnakan tesis ini bagi memenuhi keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Saya mulai bicara penghargaan ini dengan warkah tulisan “Terima Kasih‟ untuk semua yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang pelayaran Ilmu hingga sampai ke destinasi pelabuhan lengkap tesis ini. Pertamanya, saya ingin melahirkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih buat YBrs isteri saya Che Hashimah Bt. Mohamad dan anak-anak ‘Izzat, ‘Izzati dan ‘Izzatul serta keluarga dan sahabatsahabat saya yang sentiasa memberikan dorongan dan galakan dalam memahami susah payah menyiapkan tesis ini. Saya juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Assoc. Dr. Mohd Nor Bin Mamat dan Prof. Madya Ahmad Zaki Bin Abdul Latif selaku penyelia-penyelia saya yang banyak membimbing, membakar semangat, menguntum ceria dan sentiasa meluah kata-kata perangsang kepada saya sepanjang perjalanan bahtera sehingga ke pelabuhannya. Saya juga mengalungkan penghargaan dan terima kasih kepada saf-saf pakar yang membantu memperkemas dan sudi di temu bual serta menyemak struktur instrumen dan struktur bahasa penyelidikan ini iaitu Prof. Dr. Ghazali Bin Darulsalam (FP, UM), Dr. Ridzwan Bin Che Ros (FTV, UPSI), Dr. Nik Adli Bin Wan Ramli (APIUM, UM) dan Dr. Rahaila Bt. Omar (IPGKPI) (Pensyarah Cemerlang). Terima kasih juga kepada pakar dalam bidang latihan kemahiran sektor PLTV iaitu Dr. Faizal Tokeran (KSM), Dr. Affero Ismail (UTHM), Prof. Assoc. Dr. Ahmad Othman (KUPTM), Ir. Dr. Azmi Ahmad (KBS), Dr. Faridah Hanim Yahya (UPSI), Dr. Zaliza Hanapi (UPSI), En. Mohd Razali Md Yunos (UTEM), Prof. Assoc. Mohd Ariff Mat Hanafiah (UTEM) dan Dr. Amiron Ismail (PRITECH), guru-guru dan pengajar yang membimbing dalam memberikan input maklumat yang amat berguna. Segulung penghargaan dan terima kasih juga kepada Dr. Ridhuan Mohd Jamil (Politeknik Nilai) pakar analisis Fuzzy Delphi Method (FDM) membimbing dan meminjamkan template MS Excel nya bagi menjayakan proses analisis tersebut. Kalungan terima kasih jua kepada seluruh staf ACIS, pengajar-pengajar pakar di CIAST, Shah Alam kerana turut memberikan sumbangannya kepada penyelidikan ini Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kebaikan berpanjangan kepada kita semua di dunia dan akhirat.
vi ISI KANDUNGAN Halaman PENGESAHAN OLEH PANEL PEMERIKSA ii DEKLARASI PENULIS iii ABSTRAK iv PENGHARGAAN v ISI KANDUNGAN vi SENARAI JADUAL xv SENARAI RAJAH xx SENARAI SINGKATAN xxi JADUAL TRANSLITERASI xxiv BAB SATU: PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.1.1 Latar Belakang Penyelidikan 2 1.2 Penyataan Masalah 5 1.3 Tujuan Penyelidikan 6 1.4 Objektif Penyelidikan 10 1.5 Persoalan Penyelidikan 12 1.6 Rasional Penyelidikan 13 1.7 Signifikan Penyelidikan 17 1.8 Limitasi dan Skop Penyelidikan 19 1.9 Delimitasi Penyelidikan 21 1.10 Kerangka Teoritikal 22 1.11 Kerangka Konseptual Penyelidikan 29 1.12 Tafsiran Dan Definisi Operasional 30 1.12.1 Istilah-istilah dan Maksud Operasional dalam Penyelidikan 31 1.12.1.1 Model 31 1.12.1.2 Instrumen 31 1.12.1.3 Objektif Pembelajaran 32 1.12.1.4 Pendidikan Tertiari 32
vii 1.12.1.5 Kaedah 32 1.12.1.6 Pendekatan 33 1.12.1.7 Pengukuran 33 1.12.1.8 Penilaian 33 1.12.1.9 Pentaksiran 34 1.12.1.10 Kaedah Pentaksiran 34 1.12.1.11 Pengajar 34 1.12.1.12 ‘Hands-On’ 35 1.12.1.13 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 35 1.12.1.14 Kompetensi 35 1.12.1.15 Kompeten (Trampil) 36 1.12.1.16 Modal Insan 36 1.12.1.17 Pakar 36 1.12.1.18 Prestasi 37 1.12.1.19 Amalan (praktis) 37 1.12.1.20 Teknikal 37 1.12.1.21 Vokasional 37 1.12.1.22 Kemahiran 38 1.12.1.23 Pendidikan 38 1.12.1.24 Pendidikan, Latihan Teknikal & Vokasional (PLTV) 38 1.12.1.25 Latihan 39 1.12.1.26 Kemakmalan 39 1.12.1.27 Latihan Kemahiran 39 1.12.1.28 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) 40 1.12.1.29 Klasifikasi Objektif Pembelajaran (KOP) 40 1.12.1.30 Domain Psikomotor 40 1.12.1.31 Hiraki Pentaksiran Domain Psikomotor 41 1.12.1.32 Pentaksiran Psikomotor 41 1.12.1.33 Pentaksiran Pengetahuan 42 1.12.1.34 Pentaksiran Prestasi 42 1.12.1.35 Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 – NASDA 65242 1.12.2 Istilah-istilah Kerohanian dalam Penyelidikan 43 1.12.2.1 Metafizik 43
viii 1.12.2.2 Konsep al-Iman 43 1.12.2.3 Konsep Penghayatan Akidah 44 1.12.2.4 Pendekatan Islamik 44 1.12.2.5 Pemupukan 44 1.12.2.6 Pemantapan 45 1.12.2.7 Penghayatan 45 1.12.2.8 Kefahaman 45 1.12.2.9 Kepercayaan 45 1.12.2.10 Keyakinan 46 1.12.2.11 Perasaan 46 1.13 Kesimpulan 47 BAB DUA: TINJAUAN LITERATUR 48 2.1 Pengenalan 48 2.2 Metodologi Pengukuran Pendidikan Tertiari 49 2.2.1 Pembangunan Pendidikan Tertiari Malaysia 51 2.2.2 Standard dan Kurikulum Pekerjaan Kebangsaan 52 2.2.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 54 2.2.4 Pengukuran Pencapaian Pelajar 55 2.2.5 Istilah Pengukuran 56 2.2.6 Pengukuran Mengikut Standard Persijilan Kemahiran Malaysia 58 2.2.6.1 Kaedah Pengukuran Kompetensi Latihan Kemahiran Malaysia 58 2.2.7 Istilah Pengujian 59 2.2.8 Istilah Penilaian 61 2.2.9 Istilah Pentaksiran 63 2.2.10 Konsep Pentaksiran 66 2.2.11 Tujuan Pentaksiran 68 2.2.12 Prinsip Pentaksiran 70 2.2.13 Fungsi-fungsi Pentaksiran 71 2.2.13.1 Pentaksiran Formatif dan Sumatif 72 2.3 Latar Belakang Latihan Kemahiran Di Malaysia 73 2.3.1 Latihan Kemahiran Sebelum Merdeka 74 2.3.2 Latihan Kemahiran, Teknikal dan Vokasional 75
ix 2.3.3 Pemerkasaan Latihan Kemahiran Malaysia 76 2.3.4 Latihan Kemahiran Berasaskan Ketrampilan 77 2.3.5 ‘Hands-on’ Tindakan Praktikal 78 2.3.6 Demonstrasi Rancangan Amalan Praktikal 79 2.3.7 Penilaian Pencapaian Latihan Kemahiran 80 2.3.7.1 Penilaian Pengetahuan (Knowledge Assessment (KA)) 81 2.3.7.2 Penilaian Prestasi (Performance Assessment (PA)) 81 2.3.8 Pemerhatian sebagai Instrumen Pentaksiran Kompetensi 83 2.3.9 Kaedah Pengujian Pencapaian Prestasi 84 2.3.9.1 Pengukuran Pencapaian Kompetensi Latihan 85 2.4 Pendidikan Latihan Teknikal Dan Vokasional (PLTV) 86 2.4.1 Latarbelakang Pengajaran Sektor PLTV 88 2.4.2 Aliran Akademik Pengajian Tinggi 89 2.4.3 Aliran Latihan Kemahiran 89 2.4.4 Pembangunan Sektor PLTV 91 2.5 Isu-isu Pentaksiran Pencapaian Pendidikan Tertiari 92 2.5.1 Isu dan Cabaran Kaedah Pentaksiran: Peringkat Antarabangsa 93 2.5.1.1 Permasalahan Mengenai Pentaksiran di Negara Korea Selatan 93 2.5.1.2 Permasalahan Mengenai Pentaksiran di Negara Jepun 93 2.5.1.3 Permasalahan Mengenai Pentaksiran di Negara German 94 2.5.2 Isu dan Cabaran Kaedah Pentaksiran: Peringkat Nasional 95 2.5.3 Perubahan Sistem Pentaksiran Pendidikan Arus Perdana 95 2.5.4 Kebergantungan Kepada Kerangka Penggubalan Item Pengujian 98 2.5.5 Keupayaan Sektor PLTV dalam Pembangunan Modal Insan 99 2.5.6 Perubahan & Peluang Pembangunan Model Pentaksiran Kompetensi100 2.6 Metodologi Pentaksiran Dan Ciri-ciri Holistik 101 2.6.1 Menangani Pembangunan Holistik Pelajar 101 2.6.2 Pendekatan Holistik – Penambahbaikan Kualiti Penyampaian 102 2.6.3 Teologi dan Bimbingan Al-Ghazali r.a. – Pendekatan Metodologi 103 2.6.4 Ringkasan Mengenai Al-Ghazali r.a. 103 2.6.5 Pola Struktur Pemikiran Al-Ghazali r.a. 105 2.6.6 Fasa Pemupukan (Penanaman) 105 2.6.7 Fasa Pemantapan 107
x 2.6.8 Fasa Penghayatan 108 2.6.9 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Sektor PLTV 109 2.6.10 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 111 2.6.11 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Kaedah Pentaksiran Holistik 112 2.6.12 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Unsur Jasmani 113 2.6.13 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Unsur Emosi 115 2.6.14 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Unsur Rohani 117 2.6.15 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Unsur Intelektual 119 2.6.16 Kesepaduan Klasifikasi Objektif Pembelajaran 121 2.6.17 Taksonomi Bloom 121 2.6.18 Domain Kognitif – Kawasan Kemahiran Daya Mental 122 2.6.19 Domain Afektif – Kawasan Kemahiran Gerakan Perasaan/Emosi 125 2.6.20 Aras Hiraki Domain Afektif 126 2.6.21 Domain Psikomotor – Kawasan Kemahiran Gerak Kerja Fizikal 129 2.6.22 Aras Hiraki Domain Psikomotor 130 2.6.23 Kajian Lepas: Kaedah Pentaksiran Hiraki Psikomotor 133 2.6.24 Kemahiran Sosial 137 2.6.25 Kemahiran Sosial Dalam Sektor PLTV 139 2.6.26 Model Piramid dalam Kajian Penyelidikan 140 2.6.27 Keutuhan Falsafah Islam (FI) 141 2.6.28 Konsep Islam, Kesepaduan Amalan Kemahiran Kognitif (Intelektual) 143 2.6.29 Konsep Islam, Kesepadanan Amalan Nilai-nilai Kerohanian 145 2.6.30 Konsep Islam, Kesepadanan Amalan Kemahiran Psikomotor 147 2.6.31 Prinsip Keimanan dalam Pentaksiran Kompetensi 149 2.6.31.1 Konsep Keimanan 149 2.6.31.2 Konsep Keimanan Satu Analogi Pengukuran Pencapaian 151 2.6.32 Penghayatan Akidah dalam Pentaksiran Pencapaian 152 2.6.32.1 Konsep Penghayatan Akidah 152 2.6.32.2 Elemen Penghayatan Akidah 153 2.7 Kesimpulan 154
xi BAB TIGA: METODOLOGI PENYELIDIKAN 155 3.1 Pengenalan 155 3.1.1 Reka Bentuk Penyelidikan 155 3.1.1.1 Justifikasi Pemilihan Kaedah DDR 158 3.1.2 Kerangka Metodologi Penyelidikan 159 3.1.3 Fasa I – Analisis Keperluan 161 3.1.3.1 Soalan Temu Bual Pakar Rujuk Penyelidikan 163 3.1.3.2 Konstruk Instrumen Set Soal Selidik 164 3.1.3.3 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik 169 3.1.3.4 Kesahan Kandungan Instrumen – Content Validity Index (CVI) 170 3.1.3.5 Kebolehpercayaan Konstruk Instrumen Soal Selidik 172 3.1.4 Fasa II – Reka Bentuk dan Pembangunan 173 3.1.4.1 Kaedah Teknik Delphi (TD) 174 3.1.4.2 Teknik Delphi DiUbah Suai (Modified Delphi Technique – MDT) 177 3.1.4.3 Fuzzy Delphi Method (FDM) 180 3.1.4.4 Kaedah Penukaran Penomboran Fuzzy Delphi Method (FDM) 182 3.1.4.5 Triangular Fuzzy Number (TFN) 183 3.1.4.6 Proses Defuzzification (PD) 188 3.1.5 Fasa III – Penilaian Kebolehgunaan 189 3.1.5.1 Instrumen Pengukuran Penilaian Kebolehgunaan 191 3.1.5.2 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kebolehgunaan 193 3.1.6 Prosedur Pemilihan Pakar (Responden) Penyelidikan 194 3.1.6.1 Fasa Analisis Keperluan 194 3.1.6.2 Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan 197 3.1.6.3 Fasa Penilaian Kebolehgunaan 199 3.1.7 Prosedur Pengumpulan Data 200 3.1.7.1 Fasa Analisis Keperluan 200 3.1.7.2 Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan 201 3.1.7.3 Fasa Penilaian Kebolehgunaan 201 3.1.8 Prosedur Penganalisisan Maklumat 202 3.1.8.1 Fasa Analisis Keperluan 202
xii 3.1.8.2 Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan 202 3.1.8.3 Fasa Penilaian Kebolehgunaan 203 3.1.9 Matriks Penyelidikan Pembangunan Model 203 3.2 Kesimpulan 206 BAB EMPAT: DAPATAN DAN ANALISIS FASA I – ANALISIS KEPERLUAN 208 4.1 Pengenalan 208 4.1.1 Maklumat (Data) Temu Bual Pakar – Analisis Keperluan 208 4.1.1.1 Persetujuan Tentang Keperluan Penyelidikan Pembangunan Model 212 4.1.1.2 Rumusan Dapatan Penyelidikan Temu Bual – Analisis Keperluan 214 4.1.2 Penyemakan Instrumen Soal Selidik oleh Pakar – Analisis Keperluan 215 4.1.2.1 Pembinaan Konstruk Instrumen Penyelidikan 215 4.1.2.2 Persetujuan Pakar Rujuk Kerangka Utama Konstruk Instrumen221 4.1.2.3 Persetujuan Pakar Rujuk Terhadap Komponen Pentaksiran 221 4.1.2.4 Persetujuan Pakar Rujuk Terhadap Kriteria Pentaksiran Pencapaian 222 4.1.2.5 Rumusan Dapatan Penyemakan Konstruk Instrumen Soal Selidik 225 BAB LIMA: DAPATAN DAN ANALISIS FASA II – REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN 227 5.1 Pengenalan 227 5.2 Analisis Reka Bentuk Model Pentaksiran Kompetensi 228 5.2.1 Dapatan Langkah 1: Pembinaan Konstruk Instrumen Soal Selidik Berdasarkan Tinjauan Literatur Konsep Teoritikal Sedia Ada 229 5.2.2 Dapatan Langkah 2: Validasi Kesahan Instrumen Soal Selidik bagi Penentuan Komponen dan Kriteria pentaksiran Secara Content Validity Indexs (CVI). 233 5.2.3 Dapatan Langkah 3 – Pengesahan Kesepakatan Pakar-pakar
xiii Terhadap Kerangka utama, Komponen dan Kriteria Konstruk Menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) 239 5.2.3.1 Dapatan Item Kesepakatan Bagi Model Kaedah Pentaksiran Kompetensi Pencapaian Pelajar Sektor PLTV Berdasarkan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) 240 5.2.4 Dapatan Langkah 4: Pembangunan Elemen Utama Model Pentaksiran Kompetensi Berdasarkan Maklumat Kesepakatan Pakar 247 5.2.4.1 Pembangunan Kerangka Model Pentaksiran Kompetensi 247 BAB ENAM: DAPATAN DAN ANALISIS FASA III – PENILAIAN KEBOLEHGUNAAN 252 6.1 Pengenalan 252 6.1.1 Dapatan Penyelidikan: Penilaian Kebolehgunaan Model Pentaksiran Kompetensi bagi Pengukuran Pencapaian Pelajar Sektor PLTV 253 6.1.1.1 Analisis Data Maklumat Demografi Personel PAJAR 253 6.1.1.2 Analisis Data Penilaian Model Pentaksiran Kompetensi Kaedah FDM 254 6.1.2 Kesimpulan Dapatan Fasa III – Penilaian Kebolehgunaan Model Pentaksiran Kompetensi 268 BAB TUJUH: RUMUSAN DAN CADANGAN 270 7.1 Pengenalan 270 7.2 Perbincangan Dapatan Penyelidikan 271 7.2.1 Perbincangan Dapatan Fasa I: Analisis Keperluan 271 7.2.1.1 Perbincangan Mengenai Temu Bual Panelis Pakar Rujuk Penyelidikan 272 7.2.1.2 Perbincangan Berkaitan Penyemakan Konstruk Instrumen Penyelidikan 274 7.2.2 Perbincangan Dapatan Fasa II: Reka Bentuk dan Pembangunan Model 279 7.2.2.1 Interpretasi Bentuk Model Pentaksiran Kompetensi 287 7.2.3 Perbincangan Dapatan Fasa III: Penilaian Kebolehgunaan Model 290 7.3 Implikasi Dan Cadangan Penyelidikan 292
xiv 7.3.1 Implikasi Terhadap Teori 293 7.3.2 Implikasi Terhadap Amalan 296 7.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 300 7.5 Penutup Dan Rumusan 300 RUJUKAN 303 LAMPIRAN 329 PROFIL PENULIS 417
xv SENARAI JADUAL Jadual Tajuk Halaman Jadual 2.1 Tafsiran mengenai istilah pentaksiran (assessment) proses P&P 66 Jadual 2.2 Fungsi pentaksiran di dalam P&P (Martyn Long, 2000) 72 Jadual 2.3 Elemen Pengukuran Pencapaian Kompetensi (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013a; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015b) 85 Jadual 2.4 Struktur Holistik Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) diUbah Suai (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001) 113 Jadual 2.5 Domain Kognitif dan Deskripsi Tingkah Laku (Benjamin S. Bloom, Max D. Engelhart, Edward J. Furst, Walker H. Hill, & David R. Karthwohl, 1956) 126 Jadual 2.6 Aras Taksonomi Domain Afektif (David R. Krathwohl, Benjamin S. Bloom, & Bertram B. Masia, 1964) 129 Jadual 2.7 Unsur-unsur Manusia Menurut Al-Ghazali r.a. (Al-Ghazali, 1993a) 133 Jadual 2.8 Aras Taksonomi Domain Psikomotor oleh (Elizabeth J. Simpson, 1966) 134 Jadual 2.9 Hiraki Pentaksiran Psikomotor (Timothy L. J. Ferris & S.M. Aziz, 2005) 147 Jadual 3.1 Pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan oleh Rita C. Richey, James D. Klein & Wayne A. Nelson (2007) (Rita C. Richey & James D. Klein, 2014). 157 Jadual 3.2 Pendekatan Penyelidikan Model Rita C. Richey, Klein & James D. Nelson (2007) (Rita C. Richey & James D. Klein, 2014) Kaedah Kajian dan Peserta Jenis ke-2 158 Jadual 3.3 Hubungan Fasa-fasa Pembangunan Model Pentaksiran Kompetensi 160 Jadual 3.4 Nilai -Cronbach Setiap Item Soal Selidik Kajian Rintis 163
xvi Jadual Tajuk Halaman Jadual 3.5 Adaptasi Prinsip dan Konsep Teoritikal Berdasarkan Sumber Tinjauan Literatur 166 Jadual 3.6 Bahagian Kerangka dan Jumlah Item Konstruk Instrumen Penyelidikan 167 Jadual 3.7 Penyataan Pemboleh ubah, Konstruk dan Item Soal Selidik 168 Jadual 3.8 Pengesahan Kaedah Spreadsheet Item CVI oleh Panelis Pakar 172 Jadual 3.9 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Analisis -Cronbach 173 Jadual 3.10 Proses penyelidikan: Fasa II – Reka Bentuk dan Pembangunan Model 174 Jadual 3.11 Tahap Kesepakatan Panelis Pakar ke Atas Item Soal Selidik TD Klasik (Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Saedah Siraj, Zaharah Hussin, Nurulrabihah Mat Noh, & Ahmad Ariffin Sapar, 2017) 176 Jadual 3.12 Saiz Peserta Teknik Delphi (TD) dalam Penyelidikan Lepas 179 Jadual 3.13 Penyelidikan Ph.D dalam Negara Malaysia menggunakan Teknik Delphi (TD). 180 Jadual 3.14 Aras Pemboleh Ubah Linguistik (Nilai Skala Likert) & Fuzzy 185 Jadual 3.15 Interpretasi Skala Fuzzy Mengikut Aras Skala Likert 186 Jadual 3.16 Interpretasi Skala Fuzzy berdasarkan Aras Skala Likert. 187 Jadual 3.17 Contoh Dua Item (A1.09, A1.10 & A1.11) dengan Peratusan Kesepakatan Pakar 188 Jadual 3.18 Contoh Tiga Item Nilai Skor Fuzzy (-cut > 0.5) Kesepakatan Pakar 189 Jadual 3.19 Proses Fasa III, Penilaian dan Kebolehgunaan Model Pentaksiran Kompetensi 190 Jadual 3.20 Penyataan Pemboleh ubah, Konstruk dan Item Soal Selidik Penilaian Kebolehgunaan 193 Jadual 3.21 Indeks Kesahan Kandungan (CVI) Instrumen Fasa III – Penilaian Kebolehgunaan 195 Jadual 3.22 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Fasa III (-Cronbach) 195 Jadual 3.23 Prosedur Analisa Data Penyelidikan 203
xvii Jadual Tajuk Halaman Jadual 3.24 Matriks Penyelidikan Pembangunan Model Pentaksiran Kompetensi Sektor PLTV 204 Jadual 4.1 Persetujuan Panelis Pakar bagi Analisis Keperluan Penyelidikan bagi Sub-soalan RQ1.1 213 Jadual 4.2 Persetujuan Panelis Pakar bagi Analisis Keperluan Keseimbangan Nilai bagi Sub-soalan RQ1.2 213 Jadual 4.3 Persetujuan Rujukan Item-item Pengukuran Pencapaian Pelajar secara Menyeluruh dalam Sektor PLTV 214 Jadual 4.4 Kerangka Utama Konstruk Instrumen Soal Selidik berdasarkan Tinjauan Literatur 216 Jadual 4.5 Struktur Pembinaan Komponen Soal Selidik berdasarkan Tinjauan Literatur 216 Jadual 4.6 Bahagian A: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pencapaian Kemahiran Jasmani 217 Jadual 4.7 Bahagian A: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pencapaian Kemahiran Intelektual 218 Jadual 4.8 Bahagian A: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pencapaian Kemahiran Kerohanian 218 Jadual 4.9 Bahagian B: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pengukuhan Kemahiran Jasmani 219 Jadual 4.10 Bahagian B: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pengukuhan Kemahiran Intelektual 219 Jadual 4.11 Bahagian B: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pengukuhan Kemahiran Kerohanian 219 Jadual 4.12 Bahagian C: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pengamalan Kemahiran Jasmani 220 Jadual 4.13 Bahagian C: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pengamalan Kemahiran Intelektual 220 Jadual 4.14 Bahagian C: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pengamalan Kemahiran Kerohanian 220
xviii Jadual Tajuk Halaman Jadual 4.15 Maklum balas Pakar Rujuk Terhadap Kerangka Utama Konstruk Soal Selidik 221 Jadual 4.16 Maklum balas Pakar Rujuk Terhadap Komponen Konstruk Pentaksiran 222 Jadual 4.17 Maklum balas Pakar Rujuk Terhadap Kriteria Konstruk Bahagian A – Pemupukan Kemahiran Jasmani, Intelektual & Kerohanian 223 Jadual 4.18 Maklum balas Pakar Rujuk Terhadap Kriteria Konstruk Bahagian B – Pemantapan Kemahiran Jasmani, Intelektual & Kerohanian 224 Jadual 4.19 Maklum balas Pakar Rujuk Terhadap Kriteria Konstruk Bahagian C – Penghayatan Kemahiran Jasmani, Intelektual & Kerohanian 225 Jadual 5.1 Langkah Analisis Reka Bentuk Model Pentaksiran Kompetensi Pencapaian Pelajar Sektor PLTV 229 Jadual 5.2 Matriks Asas Reka Bentuk dan Perincian Komponen dan Kriteria Pentaksiran Berdasarkan Konsep Teoritikal Sedia Ada 232 Jadual 5.3 Ringkasan Analisis Indeks CVI setiap Item-item Pentaksiran Menerusi Pengesahan oleh Panelis Pakar 234 Jadual 5.4 Bahagian A – Pemupukan: Perincian Kriteria dan Elemen Pentaksiran 235 Jadual 5.5 Bahagian B – Pemantapan: Perincian Kriteria dan Elemen Pentaksiran 237 Jadual 5.6 Bahagian C – Penghayatan: Perincian Kriteria dan Elemen Pentaksiran 238 Jadual 5.7 Jumlah Item Dengan Nilai threshold (dkonstruk) Mengikut Bahagian 241 Jadual 5.8 Bilangan Item Tidak Mendapat Kesepakatan Pakar (ditem > 0.2) 242 Jadual 5.9 Peratusan Item Tidak Mendapat Kesepakatan Pakar (ditem ≤ 75%) 242
xix Jadual Tajuk Halaman Jadual 5.10 Interpretasi Skor Fuzzy (A)/AFN bagi Syarat Kesepakatan Pakar α-cut (3 item setiap bahagian) 244 Jadual 5.11 Kerangka, Komponen dan Elemen Model Kaedah Pentaksiran Berdasarkan Analisis Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) 245 Jadual 5.12 Penemaan Semula Struktur Komponen/Elemen Berbentuk Measureable Behaviour 248 Jadual 6.1 Maklumat Demografi Personel PAJAR: Tahap Kelayakan Iktisas Mengajar 254 Jadual 6.2 Maklumat Demografi Personel PAJAR: Tahap Pendidikan Akademik 254 Jadual 6.3 Kesepakatan Personel PAJAR Terhadap Kesesuaian Elemen Kesepaduan Nilai-nilai Utama dalam Latihan Sektor PLTV 258 Jadual 6.4 Kesepakatan Personel PAJAR Terhadap Klasifikasi Pengukuran Elemen Kesepaduan Nilai-nilai Utama dalam Latihan Sektor PLTV 262 Jadual 6.5 Kesepakatan Personel PAJAR Terhadap Klasifikasi Pengukuhan Elemen Pentaksiran Kompetensi dalam Sektor PLTV 266 Jadual 6.6 Kesepakatan Personel PAJAR Terhadap Klasifikasi Penghayatan Elemen Pentaksiran Kompetensi dalam Sektor PLTV 267 Jadual 6.7 Kesepakatan Personel PAJAR Terhadap Kebolehgunaan Model Pentaksiran Kompetensi bagi Pengukuran Pencapaian Pelajar Sektor PLTV 268 Jadual 7.1 Ringkasan Elemen Pentaksiran Pencapaian Kompetensi Menyeluruh Pelajar Sektor PLTV 277 Jadual 7.2 Komponen Kerangka Model Pentaksiran 283
xx SENARAI RAJAH Rajah Tajuk Halaman Rajah 1.1 Kerangka Teoritikal bagi Pembangunan Model Pentaksiran Kompetensi bagi Sektor PLTV 24 Rajah 1.2 Kerangka Penyelidikan (Diadaptasi dan diubahsuai dari Model Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan oleh Rita C. Richey, James D. Klein & Wayne A. Nelson (2007) (Rita C. Richey & James D. Klein, 2014; Mohd Nazri Abdul Rahman, 2014; Ghazali Darulsalam et al., 2016). 30 Rajah 2.1 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) Kajian Semula RMKe-11 50 Rajah 2.2 Kitaran Pembangunan SKPK/NOSS (JPK, 2013b) 53 Rajah 2.3 Rasional Pengukuran, Penilaian & Pentaksiran (Lynch, BK, 2001) 57 Rajah 2.4 Hubungan Pengajar-Pelajar dalam Proses P&P (Long, M, 2000) 67 Rajah 2.5 Rajah Piramid Hiraki Domain Kognitif oleh Bloom, BS et al. (1956) 124 Rajah 2.6 Rajah Piramid Hiraki Domain Afektif oleh Krathwohl, DR et al. (1964) 127 Rajah 2.7 Rajah Piramid Hiraki Domain Psikomotor oleh Simpson, EJ (1966) 131 Rajah 2.8 Contoh-contoh Model Piramid dalam bidang Pendidikan 141 Rajah 3.1 Kaedah Reka Bentuk Fasa I Analisis Keperluan Penyelidikan 164 Rajah 3.2 Graf Segi Tiga Min melawan Nilai Triangular (Jamil, MRM et al., 2017) 184 Rajah 7.1 Model Pentaksiran Kompetensi Holistik Sektor PLTV 288 Rajah 7.2 Carta Alir Langkah-langkah Penggunaan Analisis Kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM). 296
xxi SENARAI SINGKATAN Singkatan AFN Average of Fuzzy Number AKM/MQA Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency) BPTV Bahagian Pendidikan Teknikal & Vokasional CBT Competency-based Training (Latihan Berasaskan Keterampilan) CIAST Centre for Instructor and Advanced Skill Training (Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan) CTE Career & Technical Education CVI Content Validity Index DDR Design and Development Research DPK Dasar Pendidikan Kebangsaan DPN Dasar Pendidikan Negara FDM Fuzzy Delphi Method FPI Falsafah Pendidikan Islam FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan ICT Information and Communication Technology IKBN Institut Kemahiran Belia Negara IKM Institut Kemahiran MARA IKTBN Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ILKA Institut Latihan Kemahiran Awam ILKS Institut Latihan Kemahiran Swasta ILP Institut Latihan Perindustrian J.E.R.I. Jasmani, Emosi, Rohani & Intelektual JPK Jabatan Pembangunan Kemahiran JSU Jadual Spesifikasi Ujian KKM Kerangka Kelayakan Malaysia k-Worker Knowledge-Worker KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBS Kementerian Belia dan Sukan KOP Klasifikasi Objektif Pembelajaran
xxii Singkatan KPI Key Performance Index KPJPK Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran KPM Kementerian Pendidikan Malaysia KPPK Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran KSKV Kurikulum Standard Kolej Vokasional KSM Kementerian Sumber Manusia KV Kolej Vokasional LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia MDT Modified Delphi Technique MTUN Malaysian Technical University Network NASDA National Skills Development Act OBE Outcome-based Education OE Occupational Education OECD Organization for Economic Cooperation and Development P&P Pengajaran dan Pembelajaran PAJAR Pakar Pengajar PAV Pendidikan Aliran Vokasional PB Pusat Bertauliah PD Proses Defuzzification PDM Psychomotor Domain Model PKV Pendidikan Khas Vokasional PLTV/TVET Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical & Vocational Education and Training) PP Pegawai Penilai PT3 Penilaian Tingkat 3 PVE Professional & Vocational Education r.a radhiallahu ‘anhu RBT A Revision of Bloom Taxonomy RMKe-10 Rancangan Malaysia Ke-10 RMKe-11 Rancangan Malaysia Ke-11 RQ Research Question
xxiii Singkatan SKPK/NOSS Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard) SLDN Sistem Latihan Dual Nasional SMV Sekolah Menengah Vokasional SOP Standard Operation Procedures SPKM Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia SPM Sijil Pelajaran Malaysia SPSS Statistical Package for the Social Sciences TD Teknik Delphi TFN Triangular Fuzzy Number TTT Traine-the-Trainer TVE Technical-Vocational Education UKM Universiti Kebangsaan Malaysia UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization UPE Unit Perancang Ekonomi UPM Universiti Putra Malaysia UTM Univerisiti Teknologi Malaysia VET Vocational Education and Training VTO Vocational Training Operation WE Workforce Education
xxiv JADUAL TRANSLITERASI Transliterasi berikut digunakan untuk mengeja perkataan Arab di dalam huruf-huruf Latin: 1. Konsonan Huruf Arab Huruf Latin Huruf Arab Huruf Latin Huruf Arab Huruf Latin 2. Vokal Vokal Panjang Vokal Pendek Diftong Pengecualian: 1. Huruf Arab (‘) “hamzah” pada awal perkataan ditransliterasi kepada (a), bukan (‘a) 2. Huruf Arab ( ) “ta’ marbutah” dilieterasi kepada (t), kecuali jika berada pada perkataan terakhir yang ditransliterasi kepada (h). Sumber: Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis Pasca Siswazah Akademi Pengajian Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
1 BAB SATU PENGENALAN Pendahuluan Sistem pendidikan merupakan asas dan tunjang penting dalam pembangunan modal insan negara. Modal insan adalah aset penting yang menjadi faktor kritikal penjanaan pertumbuhan sosio-ekonomi dalam mengekalkan kemakmuran negara. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam pelbagai aspek pembangunan, perubahan sistem pendidikan abad ke-21 telah memberi impak signifikan kepada Malaysia bagi menghadapi pelbagai cabaran globalisasi. Negara terus melangkah dalam merancang, membina dan seterusnya memartabatkan sistem pendidikan beracuankan nilai-nilai Malaysia berstatuskan kelas dunia (Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Dalam menghadapi cabaran tersebut, sistem pendidikan negara menempuh pelbagai perubahan bukan sahaja telah mematangkan masyarakatnya dengan pandangan jauh ke hadapan malah meletakkannya sebagai penyumbang kepada ketamadunan saintifik dan sosial secara global. Namun, dalam kerancakan memacu perubahan demi perubahan pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia, unsur dan sifat kemanusiaan tidak harus dikompromikan. Sifat kemanusiaan dengan unsur-unsur fitrah insan memerlukan keseimbangan supaya proses pendidikan melalui sistem penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) memenuhi objektif sebenar pembangunan modal insan. Proses P&P merupakan wasilah bagi menangani pembangunan dan pengembangan potensi manusia yang semakin lama semakin mencabar. Namun demikian keberhasilan kepada proses ini bukan hanya diharapkan kepada kekuatan fizikal dan mental sahaja, malah mengambil kira banyak aspek yang boleh dikaji termasuklah pengembangan spiritual dalam menyeimbanginya sebagai salah satu sifat holistik pembangunan modal insan.
2 1.1.1 Latar Belakang Penyelidikan Dalam Rancangan Ke-11 (RMKe-11) kerajaan Malaysia memberi kepercayaan penuh terhadap pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. Modal insan berpengetahuan dan berkemahiran merupakan matlamat kepada keberhasilan tenaga kerja mahir dalam memacu industri negara maju menjelang tahun 2020. Di fasa akhir perancangan lima tahun berstatuskan negara maju ini, RMKe-11 telah memperjelaskan komitmen kepada pembangunan modal insan kemahiran berkualiti. Pelbagai bentuk strategi dipertingkatkan bagi penghasilan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran yang dapat menyumbang kepada perindustrian negara. Kerajaan percaya tenaga kerja berkualiti boleh mempertingkatkan daya saing, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi menerusi idea-idea inovasi dan kreativiti. Agama Islam amat memandang tinggi kepada seorang pekerja yang pengetahuan, berkemahiran dan tekun dalam penghasilan produk yang berkualiti bagi manfaat manusia lain. Dari sudut pandangan Islam, berkemahiran dan berpengetahuan sahaja belum mencukupi untuk menjadi seorang tenaga kerja yang berkualiti dan berkompeten. Bagi memenuhi pembangunan insan ini, potensi menyeluruh dengan nilai keimanan dan ketakwaan; berakhlak dengan Tuhan, manusia dan alam kehidupan lain; dan tekun, beradab, bersifat jujur, ikhlas, amanah perlu disepadukan bersama-sama unsur-unsur pengetahuan dan kemahiran bagi melahirkan modal insan kompeten. Transformasi sektor Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) merupakan salah satu agenda baru di dalam RMKe-11 setelah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) berjaya meletakkannya sebagai tanda aras ke arah merealisasikan perubahan tersebut. Ianya telah menjadi kayu pengukur kepada landasan perancangan dalam peningkatan arus perdana sektor ini sebagai salah satu teras dalam sistem pendidikan dan latihan negara. Kesungguhan kerajaan untuk melihat transformasi ini berjaya apabila kajian semula Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dengan dua teras utama sektor “Akademik” dan “PLTV” sistem pendidikan tertiari negara. Perubahan landskap sistem pendidikan telah mengukuhkan lagi strategi pembangunan sistem latihan berasaskan kepada kemahiran dan vokasional bagi mengembangkan lagi tenaga kerja berkemahiran untuk menghadapi globalisasi perindustrian negara yang sentiasa mengalami perubahan (Unit Perancang Ekonomi, 2015a).
3 Dalam konteks sektor PLTV, pembangunan tenaga kerja berkemahiran dapat dilaksanakan menerusi proses peningkatan latihan kemahiran dan pengetahuan secara berterusan. Program-program formal pendidikan dan latihan adalah contoh pelaburan yang dibuat ke atas pembangunan ini. Sebagai sebuah kerajaan yang merdeka, menjadi kewajipannya membuat pelaburan dalam penyediaan prasarana, kurikulum, personel dan kemudahan-kemudahan lain yang menjadi hak ke atas rakyatnya untuk menerima pendidikan dan latihan (UNESCO, 2009). Implikasinya yang dihadapi dalam menentukan pelaburan memenuhi matlamat bergantung kepada mekanisma analisis keberkesanannya. Analisis yang berbentuk keberhasilan dan keluarannya menyokong kepada kelangsungan strategi yang dilaksanakan. Dari konteks makronya, pelbagai bentuk pendekatan yang telah dan sedang dilaksanakan memantau dan mengawal dengan pelbagai alat pengukurannya, namun begitu dalam konteks mikronya pula beberapa perkara harus diterokai untuk melihat tahap keberkesanan dan pencapaiannya menerusi maklum balas pelajar-pelajar dalam proses P&P. Proses P&P sektor PLTV merupakan program arus perdana berstruktur dengan sesi pengajar menyampaikan latihan, bimbingan, didikan dan penyemaian ilmu serta kemahiran dan nilai-nilai disiplin tinggi kepada pelajarnya. Proses penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai baik kepada yang belum mendapat kefahaman kepada menjadi faham dan berkebolehan menjadi mahir dalam melakukan tugasan. Secara definisinya ianya merupakan satu proses dalam kaedah penyemaian sesuatu ke dalam diri pelajar dengan beberapa disiplin seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, nilainilai murni, adab, akhlak dan seumpamanya (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1980). Manakala elemen pengukuran kefahaman dan kebolehan pula merupakan parameter rujukan ke atas maklumat keberkesanan dalam sistem penyampaian. Maklumat komprehensif ini terdiri daripada maklum balas secara kolektif daripada pelajar sendiri menerusi kaedah pengukuran pencapaian. Maklum balas kefahaman dan kebolehan pelajar merupakan maklumat primer yang diperolehi menerusi sesi-sesi pengujian bagi tujuan pengukuran pencapaian mereka. Pengukuran pencapaian ini banyak dipengaruhi oleh pendekatan penyampaian pengajar dan penerimaan pembelajaran oleh pelajar sendiri. Maklum balas daripada pelajar terhadap sesi pembelajaran berjaya menyalurkan maklumat bagi membantu pelajar melaksanakan penambahbaikan dalam sesi-sesi latihannya. Di samping itu juga ianya mencerminkan
4 kemajuan penyampaian pengajarnya yang seharusnya selari dengan ketetapan yang dikehendaki oleh matlamat dan kurikulumnya. Namun begitu, kefahaman dan kemahiran belum memadai untuk membuat satu tafsiran pencapaian holistik seseorang pelajar tanpa proses pentaksirannya. Banyak perkara yang harus diukur sebagai pembuktian pencapaian prestasi pelajar yang memberi kesan kepada pelaksanaan strategi transformasi bagi menghasilkan graduangraduan berkualiti, berpengetahuan dan berkompeten. Pengukuran pencapaian adalah sesuatu yang signifikan untuk ditinjau dari masa kesemasa selari dengan perubahan dalam transformasi dan pemerkasaan sektor PLTV. Dalam masa yang sama dapat menyediakan satu instrumen pemantauan, pengukuran, penilaian dan pentaksiran serta boleh menangani beberapa isu berkaitan kebejatan sosial yang boleh ditambah baik di kalangan pelajar-pelajar PLTV di Malaysia. Banyak kajian ilmiah memperbincangkan usaha mencari solusi ke atas isu-isu kebejatan sosial yang rata-ratanya menjelaskan perkaitannya dengan pembangunan modal insan. Kaitan kajian banyak menjelaskan tentang pembangunan kerohanian yang perlu disisipkan dan dipantau dari masa kesemasa seperti kajian-kajian pembinaan akhlak dan sahsiah (Nik Ahmad Hisyam Duna Izfanna, 2012; Mardzelah Makhsin, Ab. Halim Tamuri, Mohd. Aderi Che Noh, & Mohamad Fadhli Ilias, 2012; Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, & Abdul Fatah Shaharudin, 2012), pengembangan sikap keutuhan dan jati diri (Nurfaradilla Nasri, Siti Norhidayah Roslan, Mohammad Iskandar Sekuan, Kasmah Abu Bakar, & Sharifah Nor Puteh, 2010; Ahmad Darmadji, 2014), akhlak mulia dan pemikiran intelektual (Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary, 2010; Noor Hisham Md Nawi, 2011) dan kualiti jiwa (Mostafa Kamal Mokhtar, Ahmad Razak, & Supyan Hussin, 2017). Tidak terkecuali juga mengenai kesan daripada proses P&P seperti kualiti keberhasilan pembelajaran (Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh, 2009), pencapaian akademik (Muhamad Faisal Ashaari, Zainab Ismail, Anuar Puteh, Mohd Adib Samsudin, Munawar Ismail, Razaleigh Kawangit, Hakim Zainal, Badlihisham Mohd Nasir, & Mohd Ismath Ramzi, 2012; Asmawati Suhid & Fathiyah Mohd Fakhruddin, 2012), kemahiran dan pasaran kebolehkerjaan (Nurfaradilla Nasri et al., 2010; Mohamad Sahari Nordin, 2013b; Ahmad Ali Seman & Warti Kimi, 2014) dan Islamisasi sistem pendidikan (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1980; Wan Mohd Nor Wan Daud, 2014).
5 Secara umumnya kajian-kajian ini menyentuh berkaitan isu-isu ketidakseimbangan pembangunan modal insan sama ada di peringkat persekolahan mahupun diperingkat pendidikan tertiari. Namun begitu, paling penting adalah kepada terdapatnya keperluan bagi kewujudan satu kaedah dan pendekatan yang harus diterokai bertujuan memenuhi ruang perubahan hasil daripada transformasi perancangan terdahulu. Dalam konteks penyelidikan ini perubahan strategi bersama perancangan transformasi akan mempengaruhi kaedah penyampaian. Seterusnya memberi kesan kepada kaedah pengukuran, penilaian dan pentaksiran kompetensi terhadap pencapaian pelajar dalam proses P&P terutama dalam skop sektor PLTV. Beberapa isu semasa seperti keseimbangan nilai kemanusiaan yang menjadi hasrat strategi transformasi supaya disepadankan ke dalam penyelidikan ini dengan elemen-elemen kesepaduan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Penyataan Masalah Transformasi sektor PLTV negara dalam RMKe-11 adalah perubahan kepada satu penambahbaikan sektor ini. Ianya dilaksanakan oleh kerajaan dengan beberapa strategi dan salah satunya adalah memperkukuhkan dengan memperkasakan kualiti sistem penyampaian latihan program sektor ini. Pemerkasaan dan pengukuhan yang dirancangkan adalah bertujuan bagi melahirkan graduan-graduan mahir dan berkualiti tinggi untuk memenuhi kehendak industri negara (Unit Perancang Ekonomi, 2015b). Kerajaan telah merancang dengan menyediakan pelan strategi pembangunan kepada perubahan terhadap kurikulum sektor PLTV berasaskan kepada keperluan industri (Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Dari perspektif pengupayaan kepada perubahan baru dengan hasrat memenuhi kurikulum yang diterajui oleh industri ini, maka semua kaedah dan pembangunan kerangka mahupun item-item soalan pentaksirannya juga sewajarnya berorientasikan kehendak industri. Ini bermaksud kurikulum memainkan peranannya dalam proses P&P dan penentu kepada kaedah pentaksiran pencapaian pelajarnya. Oleh itu, kaedah pentaksiran juga sewajarnya mencerminkan satu pengukuran kepada program latihan memenuhi kehendak industri. Perubahan kurikulum yang sepadan dan relevan dengan kehendak industri semasa memerlukan
6 kaedah pentaksiran kompetensi yang berupaya memenuhi matlamat yang baru dirancangkan sektor PLTV (Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Sekaligus perubahan kurikulum diterajui industri ini memberi kesan langsung kepada proses penyampaian P&P sektor ini. Segala perubahan kepada sesuatu yang baru memerlukan proses penyelarasan semula supaya sepadan dengan matlamat keberhasilan pelajar berkualiti kemahiran tinggi menepati kehendak industri. Perubahan kurikulum ini secara langsung akan mempengaruhi proses penyampaian latihan terutamanya dalam standard pengukuran pencapaian pelajar. Berasaskan kepada transformasi kurikulum ini jelas telah meninggalkan ruang kepada satu penerokaan baru bagi mengupayakan kurikulum PLTV yang lengkap dengan kehendak industri. Strategi-strategi baru telah mengambil alih ruang yang ditinggalkan bagi proses penambahbaikan dan peningkatan kualiti graduan PLTV menjelang tahun 2020. Idea-idea serta inovasi baru yang sepadan memerlukan penerokaan baru bukan hanya di dalam sistem penyampaian sahaja tetapi juga kepada kaedah-kaedah pentaksiran pencapaian kompetensi pelajar-pelajarnya. Justeru itu, penyediaan keperluan kaedah-kaedah pentaksiran yang lebih relevan dan holistik dengan kurikulum bertunjangkan kepada kompetensi industri bersesuaian dengan kehendak industri wajar diterokai. Kaedah pentaksiran yang lebih holistik mengikut objektif pembelajaran semasa disepadukan dengan nilai-nilai berkemahiran jasmani, kemahiran intelektual dan kemahiran kerohanian. Keupayaan keperluan kemahiran-kemahiran ini menyumbang kepada penambahbaikan dan peningkatan kualiti di dalam pembangunan modal insan bercirikan holistik yang bukan sahaja memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara malah dapat mengukur elemen-elemen sikap dan sifat seseorang pelajar. Seterusnya bersama-sama membendung permasalahan kebejatan sosial dengan memanifestasikan hasrat kesepaduan dengan keseimbangan nilai-nilai tersebut. Tujuan Penyelidikan Berikutan strategi baru transformasi terhadap kurikulum di dalam sektor PLTV, maka ianya secara langusung mempunyai hubung kait dengan kaedah pentaksiran pencapaian pelajar. Ini bermakna perubahan yang berlaku di dalam kurikulum pembelajaran semestinya diselaraskan semula mengikut kaedah baru pentaksiran
7 pencapaian supaya ianya lebih signifikan dengan kehendak industri dan permasalahan semasa. Oleh itu, penyelidikan ini mempunyai tujuan untuk membangunkan sebuah model pentaksiran kompetensi selari dengan kerangka berasaskan kepada kehendak kurikulum industri di samping pembentukan suatu pengukuran pencapaian pelajar yang mempunyai nilai-nilai keseimbangan intelektual, kerohanian dan jasmani. Fokus penyelidikan pembangunan ini adalah kepada penambahbaikan kaedah pentaksiran pencapaian kompetensi pelajar yang sedia ada dalam sektor PLTV. Penekanan kepada keseimbangan nilai jasmani, intelektual dan kerohanian diyakini boleh menyumbang kepada perseimbangan nilai ke atas domain-domain pembelajaran kontemporari sedia ada seperti kognitif, afektif dan psikomotor ke dalam kaedah pentaksiran yang holistik dan komprehensif (Hasan Langgulung, 2001; Sidek Baba, 2009). Jika dilihat daripada perspektif Islam, ianya merupakan pengembangan nilai dan sifat-sifat asal kemanusiaan dengan fitrahnya mampu membangun unsur-unsur lebih tepat seperti keseimbangan akal (al-Aql), jasmani (al-jasd), hati (al-Qalb), roh (ar-Ruh) dan nafsu (an-Nafs). Kesepaduan unsur-unsur ini dapat membendung pengaruh kebergantungan kepada kaedah pentaksiran bersifat konvensional dengan penggunaan kerangka model Barat Taksonomi Bloom yang bersifat sekularisma (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2014) dan telah lama mendominasi keseluruhan kaedah pengukuran pencapaian pelajarpelajar. Dalam konteks pendidikan Islam, Sayed Sabiq (2013) menegaskan bahawa segala perbuatan amal disertai dengan tindakan gerak kerja anggota adalah pakej ilmu kemahiran jasmani yang menjadi teras kepada ibadah menzahirkan perbuatan baik atau sebaliknya. Pandangan oleh Syeikh Ahmad Ibn Athaillah (1999) pula merujuk kepada pengertian ibadah itu adalah proses beramal secara ‘badaniyah’ atau jasmani bagi pelaksanaan segala syariat Allah s.w.t.. Berdasarkan kepada tinjauan literatur, adaptasi nilai-nilai Islam dalam pembangunan model pentaksiran belum pernah dijalankan oleh mana-mana pihak khususnya kepada penambahbaikan kaedah pengukuran pencapaian kompetensi pelajar terutamanya di dalam sektor PLTV. Penyelidikan pembangunan model ini akan melibatkan 3 fasa iaitu Fasa I: Analisis Keperluan model pentaksiran kompetensi bercirikan nilai-nilai keseimbangan yang holistik dalam pengamalannya di sektor PLTV. Fasa II: Pembangunan Rekabentuk model pentaksiran kompetensi bercirikan nilai holistik dalam pengamalannya di sektor PLTV. Fasa III: Pengujian dan penilaian model pentaksiran
8 kompetensi dengan nilai holistik bagi kebolehgunaan di institusi latihan kemahiran dalam sektor PLTV. Secara umumnya dinyatakan berkaitan setiap fasa dalam penyelidikan ini seperti berikut: Fasa I: Analisis Keperluan model pentaksiran kompetensi bercirikan nilainilai keseimbangan yang holistik dan pengamalannya di sektor PLTV dimulai dengan kaedah penyelidikan tinjauan literatur, temubual secara separa berstruktur dan sesi penyemakan konstruk instrumen set soal selidik yang telah dibangunkan. Fasa ini bertujuan mengenalpasti dan penambahbaikan kepada tema-tema serta konstruk instrumen penyelidikan. Seterusnya mendapat pengesahan terhadap keperluan penyelidikan pembangunan model pentaksiran kompetensi holistik dalam pengajaran sektor PLTV. Konstruk instrumen dibina berdasarkan kepada tinjauan literatur berasaskan kepada konsep dan prinsip P&P sedia ada dalam bidang pendidikan dan latihan seperti Falsafah Islam (FI), Flasafah Pendidikan Islam (FPI), Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bersama teori-teori kontemporari pendidikan. Penulisan dan pandangan daripada pakar-pakar penyelidikan bidang vokasional peringkat nasional juga tidak ketinggalan untuk diadaptasikan membantu memantapkan proses analisis fasa ini. Proses penyemakan konstruk instrumen oleh pakar-pakar rujuk boleh mengukuhkan lagi analisis keperluan penyelidikan apabila item-item set soal selidik instrumen dibentangkan untuk penelitian mereka. Kesahan instrumen penyelidikan ditingkatkan lagi dengan penambahbaikan konstruknya dari segi tata bahasa, sifat-sifat ‘dichotomous’ soalan, ejaan dan seumpamanya. Pengutipan maklumat temu bual dan penyemakan oleh pakar-pakar rujuk penyelidikan menyediakan maklumat yang tinggi kesahannnya bagi analisis keperluan dalam usaha memastikan signifikasi penyelidikan ini. Secara ringkasnya fasa ini menyediakan pendekatan berbentuk kualitatif dengan temu bual dan penyediaan item-item set soal selidik yang kemudiannya disemak oleh pakar-pakar. Pengemaskinian maklumat keperluan yang merupakan hasil temu bual dan set soal selidik digunakan unruk aplikasi fasa seterusnya iaitu Reka Bentuk dan Pembangunan bagi model pentaksiran kompetensi holistik bercirikan nilai-nilai keseimbangan dalam aspek jasmani, intelektual dan kerohanian. Fasa II: Pembangunan Rekabentuk model pentaksiran kompetensi bercirikan nilai-nilai holistik dalam pengamalannya di sektor PLTV. Penekanan kepada kehendak pengukuran dan penilaian yang menyeluruh dalam mengwujudkan kaedah pentaksiran
9 dengan kriteria utama agar integrasi konseptual sedia ada dapat membantu penambahbaikan kerangka kaedah pentaksiran. Idea ke arah penambahbaikan kerangka sedia ada dalam sistem latihan ini merujuk kepada sifat-sifat dan usul yang menjadi panduan kepada bidang pendidikan seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001; Sidek Baba, 2006), prinsip-prinsip keimanan (Syaikh Muhammad Shalih Al-'Utsaimin, 1995; Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali, 2007; Sayed Sabiq, 2013), struktur pengukuran penghayatan aqidah (Norsaleha Mohd Salleh, Ab Halim Tamuri, & Salleh Amat, 2013) dan seterusnya pengadunan konsep bimbingan metodologi P&P Imam Al-Ghazali r.a. (H.M. Zurkani Jahja, 2009; Abdul Hadi, 2013). Pembangunan model pentaksiran dalam sektor PLTV ini tidak hanya dikembangkan dengan dimensi-dimensi pemboleh ubah ini sahaja, malah tinjauan keperluan dalam Fasa I juga membantu kepada penyediaan parameter yang berbentuk aras-aras model pentaksiran. Pandangan dan persetujuan menerusi kesepakatan pakar-pakar dalam pengkhususan sektor PLTV dan sarjana pendidikan Islam juga adalah bertujuan bagi mendapatkan kesahan sebagai suatu kesepakatan ilmu yang berguna dalam penyelidikan ini. Fasa ini berperanan menyediakan sebuah reka bentuk dan pembangunan model pentaksiran kompetensi bercirikan nilai-nilai keseimbangan holistik dengan kesepaduan aspek jasmani, intelektual dan kerohanian yang boleh menyumbang kepada penambahbaikan kaedah pengukuran pencapaian prestasi pelajar sedia ada sektor PLTV. Fasa III: Pengujian dan penilaian model pentaksiran kompetensi bercirikan nilai-nilai keseimbangan yang holistik adalah bagi kebolehgunaannya dalam sektor PLTV. Pelaksanaannya adalah bertujuan menguji dan menilai sejauh mana model yang dibangunkan ini mendapat persetujuan di peringkat institusi pengamal latihan kemahiran, teknikal dan vokasional. Fasa ini mengumpul pandangan pakar-pakar dalam latihan pengajaran kemahiran dengan penyediaan set soal selidik untuk mendapatkan kesepakatan keputusan daripada pakar tersebut. Secara umumnya, proses pengembangan model pentaksiran kompetensi bercirikan nilai-nilai keseimbangan yang holistik ini merujuk kepada tinjauan terhadap pengamalannya di kalangan institusi latihan kemahiran sektor PLTV. Tinjauan ini boleh membantu penyelidik mendapatkan secenario sebenar kebolehgunaan model ini.
10 Objektif Penyelidikan Penyelidikan ini merujuk kepada model penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) oleh Rita C. Richey, James D. Klein & Wayne A. Nelson (2007) dalam pembangunan sebuah model pentaksiran kompetensi bercirikan keseimbangan nilai-nilai holistik bagi pengukuran pencapaian pelajar dalam sektor PLTV. Model penyelidikan DDR ini banyak digunakan dalam penyelidikan empirikal bidang pendidikan terutamanya berkaitan pembangunan model, instrumen, penilaian, pentaksiran, modul-modul dan seumpamanya (Rita C. Richey et al., 2005; Mohd Nazri Abdul Rahman, 2014; Rita C. Richey, & James D. Klein, 2014). Penyelidikan DDR ini dihasratkan dapat menghasilkan suatu ilmu baru menerusi proses analisis, reka bentuk pembangunan, pengujian dan pelaksanaannya di dalam pendidikan tertiari (Barbara B. Seels & Rita C. Richey, 1994; J. Michael Spector et al., 2008; Ghazali Darusalam, Wan Hasmah Wan Mamat, & Zaharah Hussin, 2014; Mohd Nazri Abdul Rahman, 2014). Objektif penyelidikan ini adalah membangunkan sebuah model yang menekankan kepada keberhasilan proses pentaksiran dalam sektor PLTV. Adaptasi keseimbangan nilai-nilai fizikal, intelektual dan kerohanian dalam satu pakej pentaksiran dengan kesepaduannya menyumbang keberhasilan pelajar yang diukur dengan ciri-ciri holistik (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1980; Sidek Baba, 2009). Model pentaksiran pencapaian kompetensi holistik ini dijangka dapat memenuhi kriteria FPK, FI, FPI, konsep teoritikal dan seterusnya berupaya memainkan peranannya dalam pemerkasaan sektor ini dengan berteraskan kerangka Islam kontemporari. Penyelidikan ini dilaksanakan menerusi 3 fasa pendekatan DDR adalah untuk mencapai tiga (3) objektif berikut: 1) Mengenalpasti kaedah pentaksiran kompetensi berasaskan kepada kemahiran psikomotor sebagai suatu metodologi menyeluruh di dalam proses P&P sektor PLTV; 2) Menentukan reka bentuk model kaedah pentaksiran kompetensi berasaskan kepada kemahiran psikomotor dengan mentodologi menyeluruh dalam sektor PLTV; dan
11 3) Menyediakan sebuah model kaedah pentaksiran kompetensi berasaskan kemahiran psikomotor dengan ciri-ciri metodologi menyeluruh pengukuran pencapaian pelajar sektor PLTV. Penyelidikan dibahagikan kepada empat peringkat, Pertama; berdasarkan kepada tinjauan literatur pembinaan konstruk instrumen set soal selidik dengan mengenalpasti keperluan seseorang pelajar bagi memenuhi potensi sedia ada dalam proses P&P dengan ciri-ciri holistik. Asas pemilihan deskripsi ini adalah menekankan kepada bagaimana item-item dibina dapat merealisasikan tindakan pengukuran jasmani pelajar ke dalam kehidupan seharian. Peringkat kedua, konstruk item set soal selidik ini kemudiannya melalui proses verifikasi kesahan dan kebolehpercayaan daripada pakarpakar rujuk yang dilantik dalam bidang berkaitan metodologi penyelidikan, pedagogi P&P dan pendekatan pembelajaran Islam. Manakala peringkat ketiga, pembinaan konstruk instrumen dipersetujui pakarpakar-pakar rujuk dikemaskini semula dan diedarkan pula kepada sebilangan pakar kedua yang mempunyai pengkhususan dalam sektor PLTV. Kaedah mendapatkan kesepakatan pakar-pakar diperolehi menerusi Teknik Delphi (TD) bertujuan mendapatkan persetujuan mengenai item konstruk sebelum diterjemahkan ke dalam draf model prototaip berbentuk set soal selidik yang baharu. Kriteria pemilihan pakarpakar sektor ini menjadi keutamaan supaya hasil kesepakatan mereka benar-benar mewakili kehendak objektif penyelidikan. Mereka adalah terdiri daripada ahli akademik, ahli penyelidik dan pengamal metodologi penyampaian latihan dalam pelbagai bidang sektor PLTV. Kesahan dan kebolehpercayaan kandungan item instrumen set soal selidik dilakukan secara kualitatif dan kemudiannya dianalisis semula setelah pengutipan maklumat pakar-pakar bagi melangsungkan pengujian kebolehapercayaan item-item secara kuantitatif sebelum langkah seterusnya penyelidikan. Akhirnya di peringkat ke-empat, pembangunan model pentaksiran kompetensi bercirikan nilai-nilai keseimbangan holistik dengan kesepaduan aspek fizikal, intelektual dan spiritual boleh dipraktiskan pengamal dalam penambahbaikan kaedah pentaksiran sedia ada bagi menepati kehendak kurikulum baru yang berorientasikan industri.
12 Persoalan Penyelidikan Bersandarkan kepada tiga fasa penyelidikan, tujuan dan objektif penyelidikan berserta beberapa persoalan penyelidikan (RQ) dapat memandu perlaksanaan penyelidikan ini. Isu dan permasalahan dalam skop penyelidikan adalah untuk penyelesaian kepada persoalan-persoalan seperti berikut: Fasa I: Analisis keperluan model pentaksiran kompetensi berasaskan kepada keseimbangan nilai-nilai fizikal, intelektual dan spiritual ke dalam sektor PLTV. RQ1. “Adakah pencapaian prestasi menyeluruh seseorang pelajar sektor PLTV diukur hanya dalam konteks intelektual (kognitif) sahaja?” RQ1.1 Adakah terdapat keperluan pengujian pencapaian prestasi pelajar hanya memfokuskan kepada komponen terpilih sahaja? RQ1.2 Apakah item-item soalan pengujian pencapaian prestasi yang menyeluruh kepada pelajar? Fasa II: Pembangunan reka bentuk model pentaksiran kompetensi bercirikan nilai-nilai keseimbangan yang holistik berasaskan keseimbangan nilai-nilai fizikal, intelektual dan spiritual bercirikan pengukuran pencapaian pelajar yang menyeluruh dalam sektor PLTV. RQ2. “Apakah reka bentuk model pentaksiran kompetensi berasaskan kepada keseimbangan nilai holistik bagi pengukuran pencapaian pelajar sektor PLTV?” RQ2.1 Apakah kerangka utama bagi pembinaan item soalan pentaksiran kompetensi? RQ2.2 Apakah komponen pentaksiran pencapaian pelajar dengan ciri-ciri menyeluruh dalam pentaksiran kompetensi? RQ2.3 Apakah kriteria pentaksiran kompetensi yang dapat menyokong pengembangan holistik potensi pelajar? RQ2.4 Sejauh manakah elemen-elemen keseimbangan nilai holistik dalam proses pentaksiran kompetensi dilaksanakan dalam pengukuran pencapaian pelajar mendapat kesepakatan pakar? Fasa III: Pengujian dan penilaian kebolehgunaan model pentaksiran kompetensi bercirikan nilai-nilai keseimbangan holistik dengan kesepaduan nilai fizikal, intelektual dan spiritual.
13 RQ3. “Sejauh manakah kebolehgunaan model pentaksiran kompetensi di kalangan pengamal latihan dalam memenuhi kriteria holistik sektor PLTV?” Rasional Penyelidikan Penyelidikan bagi mewujudkan satu model pentaksiran kompetensi bercirikan nilai-nilai keseimbangan yang holistik dengan kesepaduan aspek fizikal, intelektual dan spiritual bagi pengukuran pencapaian pelajar yang menyeluruh dalam sektor PLTV menggunakan kaedah penyelidikan DDR oleh Rita C. Richey, Klein & James D. Nelson (2007) (Rita C. Richey & James D. Klein, 2014; Mohd Nazri Abdul Rahman, 2014; Ghazali Darulsalam et al., 2016). Penyelidikan ini dilaksanakan berdasarkan kepada beberapa faktor seperti berikut: 1) Semenjak tahun 1956 falsafah Barat Taksonomi Bloom telah digunakan secara meluas dalam sistem pentaksiran pelajar sebagai sebuah kerangka klasifikasi pembelajaran yang bertujuan meninjau maklum balas pencapaian pelajar setelah selesai proses P&P. Sekian lama aplikasi kerangka tersebut telah menjadi model kepada para penggubal dan pengajar dalam pembangunan item-item soalan pengujian dan penilaiannya. Namun begitu, perubahan demi perubahan sistem pendidikan yang pesat berlaku telah menggerakkan idea untuk menambahbaik pendekatan atau kaedah dalam pentaksiran pencapaian pelajar. Sekaligus berpadanan dengan saranan oleh badan dunia UNESCO agar memberikan perhatian kepada perancangan dengan kesesuaian semasa bagi peningkatan dan penambahbaikan struktur pengukuran pencapaian pelajar di sesebuah negara (UNESCO, 2015). 2) Tinjauan dalam penyelidikan lepas mendapati setelah hampir setengah abad berlalu, sehingga tahun 2011 hanya terdapat satu sumbangan penambahbaikan pendekatan Taksonomi Bloom dengan semakan semula dalam kajian bertajuk “A Revised Bloom Taxonomy (RBT)” oleh beberapa orang yang terdiri daripada Lorin Anderson dan David Krathwohl. Mereka berdua telah berjaya menyenarai semula aras-aras hiraki taksonomi dengan istilah baharu supaya kekal relevan dengan sistem pendidikan sekarang (David R. Krathwohl, 2002; Cecelia Munzenmaier & Nancy Rubin, 2013). Namun begitu, penyelidikan tersebut hanya menumpukan kepada sumbangan dan keperluan berpaksikan kepada falsafah Barat yang masih terdapat
14 kekaburannya dalam pembangunan pendidikan yang benar-benar holistik (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1978). 3) Laporan UNESCO juga mengetengahkan cabaran kepada seluruh negara di dunia agar menjajari semula kurikulum dan kaedah pentaksiran agar bersesuaian dengan matlamat pendidikan yang dapat melahirkan pelajar yang berfikiran pada aras tinggi dan bertaraf dunia (UNESCO, 2015). Oleh itu, sejajar dengan dasar sedia ada yang telah digariskan kerajaan Malaysia bagi menangani perubahan dan pembangunan modal insan ianya tidak seharusnya bertentangan dengan matlamat FPK dan FPI yang telah ditetapkan. Para pelajar sewajarnya disisipkan dengan pengisian bersifat holistik dengan pupukan dan bimbingan nilai keseimbangan fizikal, intelektual dan spiritual yang berkualiti (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015a). 4) Iltizam pengembangan prestasi pelajar-pelajar bertepatan dengan kehendak aspirasi negara dalam pembangunan bakal-bakal graduan bersifat holistik yang bertakwa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001; Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Bakal graduan berkualiti diperkukuhkan dengan integrasi apsek yang dipandu oleh komponen-komponen kontemporari seperti psikomotor, kognitif dan afektif seimbang dalam melahirkan modal insan berjiwa holistik seterusnya dapat memperkasakan kehidupan masyarakat yang bersifat rabbani (Sidek Baba, 2006; Wan Mohd Nor Wan Daud, 2014). Kesan kepada matlamat tersebut melangsungkan perubahan ke atas nilai tingkah laku, pemikiran (akal) dan nilai emosi pelajar berakibat daripada program pendidikan yang dilaksanakan (Benjamin S. Bloom et al., 1956; Sidek Baba, 2009; M. David Miller, Robert L. Linn, & Norman E. Gronlund, 2009; Wan Mohd Nor Wan Daud, 2014). 5) Manakala dalam konteks pendidikan negara, dalam RMKe-10 (2010 – 2015) peringkat awal pelaksanaan transformasi sektor PLTV telah dimulai dengan fasa ‘pemacu perubahan’ dan disusuli pula RMKe-11 di bawah Kertas Strategi ke-9 telah menggariskan kaedah bagi memperkasakan sistem penyampaian PLTV berkualiti. Saranan mempertingkatkan aspek-aspek kurikulum dengan komponen praktikal dan ‘hands-on’ berorientasikan industri telah diberikan fokus utama ke arah merealisasikan “Kertas Strategi 9: Mentransformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) untuk Memenuhi Permintaan Industri” (Unit Perancang Ekonomi, 2015b). Oleh itu, amat bertepatan sekali penyelidikan ini dipilih dan dikembangkan bagi menyumbang kepada mekanisma penambahbaikan
15 sektor PLTV negara. 6) Namun begitu hasrat sejak dahulu lagi di kalangan negara-negara Islam sedunia semenjak tahun 1977 di dalam ‘Konferen Pertama Pendidikan Islam Sedunia’ di Mekah telah membuat kesepakatan dan komitmen untuk mengembalikan zaman kegemilangan pendidikan Islam (Hasan Langgulung, 2001; Rosnani Hashim, 2009; Sayed Sabiq, 2013) (1977). Usaha mengembalikan roh pendidikan menurut lunaslunas Islam semakin tinggi bertujuan mengurangkan dominasi Barat yang berkepentingan sekularisma wajar di perhalusi semula (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2001; Wan Mohd Nor Wan Daud, 2014). Bertitik tolak kepada faktor-faktor disenaraikan di atas dan disokong dengan asasasas rasionalnya disenaraikan seperti berikut, Kesesuaian pembangunan model pentaksiran kompetensi berpandukan kepada kemahiran psikomotor dalam sistem pengukuran pencapaian prestasi pelajar dalam sektor PLTV. Penyelidikan ini amat bertepatan sekali dengan keperluan semasa apabila perancangan dalam RMKe-11 menerusi bab mengtransformasi sektor PLTV. Strategi bagi memenuhi keperluan kurikulum industri negara dengan memperbaharui hala tujunya “Memperkasakan Kualiti dan Penyampaian Program PLTV untuk menambahbaik kebolehpasaran pekerjaan graduan – Memperkukuhkan Kurikulum PLTV berorientasikan Industri” (Unit Perancang Ekonomi, 2015a, 2015c). Kaedah pentaksiran berfungsi sebagai satu alat pengukur ‘barometer’ iaitu salah satu instrumen pengawalan kualiti pembelajaran secara berterusan bukan sahaja kepada pendidikan arus perdana negara malah memberi kesan kepada keseluruhan pendidikan tertiari terutamanya sektor PLTV. Kaedah dengan bermatlamatkan pengumpulan maklum balas daripada pelajar bagi membantu kepada penyediaan keputusan keberhasilan proses P&P, maka salah satu daripada prosesnya adalah pencapaian pelajar (Carol Evans, 2013). Tinjauan literatur mendapati bahawa terdapat keperluan mengkaji penambahbaikan sistem pentaksiran berasaskan kepada komponen praktikal. Atau lebih khususnya latihan kemahiran, teknikal dan vokasional yang mengpalikasikan anggota dan deria untuk gerak kerja di dalam bengkel atau
16 makmal (Roszilah Hamid, Shahrizan Baharom, Noraini Hamzah, W. Hamidon W. Badaruzzaman, Riza Atiq O. K. Rahmat, & Mohd Raihan Taha, 2012; Kamilah Radin Salim, Marlia Puteh, & Salwani Mohd Daud, 2012). Kelebihan kaedah pentaksiran kompetensi berasaskan kepada kemahiran psikomotor yang lebih unik dan spesifik pendekatan pembelajarannya dan banyak menghabiskan masanya dengan aktiviti-aktiviti ‘action-oriented’, bersifat prosedural, fungsional dan berobjektiviti (Elizabeth J. Simpson, 1966). Sebagai contoh, keputusan skor pencapaian menyelesaikan tugasan dengan kewajarannya kepada kebolehan gerak kerja anggota; pengukuran ketrampilan kompetensi di lokasi bengkel atau makmal atau di tempat kerja sebenar; dan prosedur langkah demi langkah bagi memastikan pencapaian ketrampilan sebelum meneruskan modul atau unit seterusnya (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013a, 2013b). Pentaksiran pencapaian kompetensi sektor PLTV merujuk kepada kebolehan pelajar mengaplikasikan hubungan antara pemahaman teoritikal yang perlu dizahirkan sebagai pembuktian ke dalam sesi pentaksiran menghasilkan hubungan di antara dua kemahiran iaitu kognitif dan psikomotor yang saling lengkap melengkapi bertindak secara langsung di dalam proses P&P (Timothy L. J. Ferris et al., 2005; Wen Chuan Wu, Yi Chyang Yang, & Chien Pen Chuang, 2007). Kaedah pentaksiran pencapaian kompetensi pelajar merupakan alat pengukuran paling tipikal dan mudah dilaksanakan berbanding kaedah lain di dalam proses pembangunan atau perubahan sistem pendidikan sesebuah negara. Pentaksiran adalah kaedah paling ekonomi berbanding pilihanpilihan lain yang tidak memerlukan kos operasi yang tinggi seperti bajet pembangunan infrastruktur, perolehan perisian, pembelian bahan latihan, pegwujudan perjawatan baru dan seumpamanya (M. David Miller et al., 2009). Kaedah pentaksiran juga memberi manfaat bersama kepada lebih dua entiti personel utama dalam proses P&P di antara pelajar, pengajar dan pihak pentadbir pelajaran dalam menyediakan maklumat kemajuan P&P. Justeru itu, wujud keperluan untuk pembangunan sebuah model pentaksiran kompetensi bercirikan nilai-nilai keseimbangan yang holistik bagi pengukuran
17 pencapaian pelajar. Hasil penyelidikan ini adalah berpotensi untuk meningkatkan sumbangan melahirkan graduan-graduan yang melalui proses pengukuran pencapaian kompetensi beracuankan kebudayaan negara Malaysia. Signifikan Penyelidikan Penyelidikan ini memberi manfaat kepada beberapa pihak bukan sahaja di peringkat persekolahan malah penumpuan kepada pendidikan tertiari sektor PLTV di Malaysia. Manfaat tersebut berguna kepada para pentadbiran pelajaran termasuklah personel-personel pembangun kurikulum, penggubal-penggubal item soalan ujian, pengajar, pembuat polisi dan seumpamanya. Hasil dapatan penyelidikan adalah sebuah model panduan kepada seluruh pengamal-pengamal latihan kemahiran dan teknikal, vokasional, kejurulatihan dan fasilitator di dalam teras sektor PLTV (Agensi Kelayakan Malaysia, 2011; Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Sumbangan ini juga memberi faedah kepada agensi-agensi utama kerajaan seperti Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mengurus tadbir Kolej-kolej Vokasional (KV) dengan kurikulumnya seperti Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV); Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam pembangunan standardnya mengurus Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau National Occupational Skills Standard (NOSS). Manfaat diperolehi bersama oleh seluruh Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS), politeknik, kolej-kolej kemahiran dan institusi latihan teknikal lain berkaitan beberapa aspek berikut: Pertama, penyelidikan ini adalah diharapkan dapat memberi manfaat kepada personel pembangun dan penggubal item-item soalan pentaksiran terutamannya dalam komponen praktikal di peringkat persekolahan seperti di sekolah-sekolah di bawah urus tadbir BPTV seperti Pendidikan Asas Vokasional (PAV), Pendidikan Khas Vokasional (PKV) atau persekolahan arus perdana. Manakala di peringkat pendidikan tertiari, hasil penyelidikan boleh digunakan untuk memaksimumkan kualiti pencapaian pelajar berteraskan latihan kemahiran, teknikal dan vokasional seperti di KV, ILKA, ILKS, politeknik-politkenik dan kolej-kolej teknikal lain. Cadangan dan dapatan penyelidikan ini sekurang-kurangnya menyediakan satu perspektif baharu ke atas
18 instrumen pengukuran pencapaian pelajar dengan keberhasilan kompetensi menyeluruh. Dan seterusnya mampu juga membendung ciri-ciri kebergantungan terhadap falsafah ilmu dengan kerangka pendidikan Barat, yang mengasingkan aspek kemahiran kerohanian dan Agama (Hasan Langgulung, 2001; Sidek Baba, 2009). Kedua, penyelidikan ini juga dapat memberi sumbangan kepada kehendak aspirasi nasional dalam usaha memenuhi pembangunan modal insan berkemahiran tinggi sektor pekerjaan menjelang tahun 2020 (Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Penyelidikan pembangunan model ini juga membantu aktiviti-aktiviti pentaksiran dan penilaian di dalam memilih tenaga sumber manusia bertepatan dengan kehendak kemahiran fizikal, keutuhan pemikiran dan keteguhan spiritual yang mampu berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa (George E. Miller, 1990; Mohd Nazri Abdul Rahman, 2014). Pembangunan spiritual juga merupakan salah satu perkara teras dalam pengembangan keseimbangan nilai-nilai holistik yang banyak menyentuh di dalam pembentukan potensi diri manusia yang sekaligus turut memenuhi kehendak FPK. Oleh itu secara teoritikalnya boleh memberi kesan ke atas pemerkasaan kualiti sistem penyampaian sektor PLTV dalam memastikan strategi transformasi berjalan dengan lancar (Unit Perancang Ekonomi, 2015b). Ketiga, sumbangan kepada dua agensi akreditasi utama negara iaitu Agensi Kelayakan Malaysia (AKM) dan JPK di dalam memberikan pentauliahan dan pengiktirafan kelayakan program-program pendidikan, latihan teknikal, vokasional dan kemahiran negara kepada agensi pendidikan dan latihan kemahiran. Pembangunan program kepada agensi-agensi pendidikan dan latihan ini menerusi kaedah pentaksiran adalah salah satu kaedah kepada penyediaan instrumen pengukuran keberkesanan kepada proses P&P boleh dijenamakan menurut acuan industri dan standard Malaysia. Akhirnya membuka laluan kerjaya kepada graduan-graduan yang boleh berjaya dengan program-program berdaya maju tanpa kebergantungan kepada kepakaran luar negara. Oleh itu, kewujudan model pentaksiran kompetensi ini dapat memangkin dan membantu sistem pengukuran pencapaian prestasi sebagai sumber rujukan peringkat kebangsaan, malah menjadi platform kepada pembinaan banyak model serta instrumen pengukuran pencapaian pelajar. Keempat, akhir sekali penyelidik adalah seorang personel Pakar Pengajar (PAJAR) yang bertauliah dan diiktiraf kelayakan di dalam bidang ‘Metodologi Pengajaran’ oleh kerajaan Malaysia. Selaku personel PAJAR yang berpengalaman
19 penuh dalam penggubalan dan pembangunan SKPK/NOSS berkaitan juga melatih bakal-bakal tenaga pengajar berkompeten kepada Pusat-pusat Bertauliah (PB) lain. Oleh itu, dapatan penyelidikan ini mempunyai kapasiti yang boleh dipertimbangkan dan dipanjangkan sebagai cadangan peningkatan, sumber rujukan model dan alat pengukuran pencapaian bakal-bakal pengajar kemahiran kepada pihak berkaitan. Seperkara lagi, penyelidik juga mempunyai peranan sebagai personel berkelayakan mewakili sebuah badan akreditasi pentauliahan program Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) di peringkat kebangsaan. Segala dapatan penyelidikan mempunyai peluang besar untuk diangkat dan diaplikasikan sebagai model penambahbaikan kepada sistem pengukuran pencapaian prestasi pelajar sektor ini. Signifikasi keempat merujuk kepada penyataan oleh John W. Creswell (2012) bahawa pengalaman menghadapi situasi dan permasalahan sebenar di lokasi oleh penyelidik pendekatan terbaik dalam proses pengumpulan maklumat yang berguna sebelum kaedah penyelesaiannya diperolehi. Komitmen dan usaha mendapatkan hasil di lokasi sebenar berkaitan isu dan permasalahan dihadapi sendiri oleh penyelidik mengukuhkan kualiti tahap kebolehpercayaan maklumat penyelidikan. Limitasi dan Skop Penyelidikan Kejayaan untuk mencapai objektif merupakan matlamat utama penyelidikan ini, namun begitu di dalam mana-mana penyelidikan empirikal terdapat beberapa cabaran dan batasan tertentu yang dihadapi menyebabkan kekangan di luar kemampuan penyelidik. Walau bagaimanapun penyelidik tetap berusaha melaksanakannya mengikut had-had yang dibenarkan supaya ianya tidak menjejaskan hasil dapatan penyelidikan. Batasan atau limitasi kepada penyelidikan ini adalah seperti berikut: 1) Keutamaan Penyelidikan – Pentaksiran Untuk Pembelajaran PLTV Penyelidikan ini hanya menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan pentaksiran kompetensi bagi pengukuran pencapaian pelajar di sektor PLTV sahaja. Pentaksiran dalam penyelidikan ini memberi maksud kepada kaedah berkaitan dengan ‘pentaksiran untuk pembelajaran’ dan bukan penyelidikan untuk mencari penyelesaian bagi ‘pentaksiran mengenai pembelajaran’. Di imbas kembali daripada tinjauan, kedua-dua
20 jenis pentaksiran ini adalah dua kaedah yang berbeza. Skop penyelidikan ini memfokuskan kepada pengukuran pencapaian pelajar selepas proses P&P selesai. Dan bukan pengukuran prestasi pencapaian sesuatu objektif atau matlamat yang ditetapkan dalam setiap program pembelajaran (Rick Stiggins, 2005). Usaha ini adalah tindakan ke arah penambahbaikan pencapaian pelajar yang boleh menyumbang kepada proses jaminan kualiti terhadap penyampaian latihan di agensi-agensi sektor PLTV. Penyelidikan ini juga menyentuh kepada usul-usul baru bersifat inovasi seperti yang dijelaskan di dalam persoalan penyelidikan dengan membawa kepada pembangunan reka bentuk dan penilaian model pentaksiran kompetensi pencapaian pelajar bercirikan nilai-nilai keseimbangan yang holistik dengan kesepaduan nilai fizikal, intelektual dan spiritual dalam sektor PLTV. 2) Kumpulan Fokus – Panelis Pakar Pengamal P&P Penyelidikan ini telah mendapat kerjasama dan sumbangan yang baik daripada kumpulan pakar rujuk, ahli akademik dan pengamal-pengamal P&P latihan di sektor PLTV. Ketiga-tiga kumpulan pakar yang dikenal pasti mempunyai kriteria yang bersesuaian dengan syarat yang dikehendaki dalam skop penyelidikan. Pakar-pakar berpengalaman dengan kelulusan daripada pelbagai kelayakan akademik dan kemahiran bidang teknikal dan vokasional dapat memberikan maklum balas yang dikehendaki penyelidikan ini. Selain itu, pemilihan pakar-pakar juga bergantung kepada faktor perbezaan individu yang juga memberi kesan langsung kepada maklumat yang diberikan, sama ada yang bersifat positif atau pun negatif terhadap hasil penyelidikan ini. Namun begitu ianya boleh digeneralisasikan semula mengikut matlamat dan tujuan penyelidikan ini. 3) Faktor Kesetaraan Dapatan – Perbezaan Hasil Penyelidikan Penemuan penyelidikan ini berkemungkinan bersifat tidak setara di antara institusiinstitusi pendidikan tertiari yang berorientasikan sektor Akademik. Ini adalah kerana fokus utama penyelidikan ini hanyalah tertumpu kepada pelaksanaan pentaksiran kompetensi pencapaian yang dihadkan kepada latihan teknikal, vokasional dan kemahiran sektor PLTV sahaja. Di mana objektif pembelajaran, tujuan dan keberhasilannya graduan di institusi-institusi selain PLTV memungkinkan perbezaan jangkaan dalam dapatannya. Walau bagaimanapun secara umumnya, objektif utama
21 kedua-dua sektor ini mempunyai matlamat yang sama. Justeru itu, kedua-duanya akan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan fokus yang berbeza tetapi peranan yang sama dalam pembangunan modal insan berkualiti aspek jasmani, intelektual dan kerohaniannya (Unit Perancang Ekonomi, 2015a). 4) Konstruk Instrumen Penyelidikan – Kaedah dan Konsep Objektif penyelidikan adalah untuk membangunkan sebuah model pentaksiran kompetensi menerusi maklum balas kesepakatan pakar-pakar ke atas instrumen soal selidik yang disediakan. Kesahan dan kebolehpercayaan konstruk instrumen diukur setelah analisis ‘Content Validity Indexs (CVI)’ dan koefisien -Cronbach menggunakan kaedah Teknik Delphi (TD) yang diubah suai. Manakala pengujian kesepakatan dalam fasa reka bentuk pembangunan dan kebolehgunaan model menggunakan kaedah ‘Fuzzy Delphi Method (FDM)’. Pandangan dan cadangan pakarpakar diterima sebagai cadangan keperluan semasa yang jelas menunjukkan amalan pentaksiran pencapaian pelajar boleh digunakan sebagai salah satu kaedah peningkatan terhadap pembangunan model ini. Manakala batasan kepada elemen teoritikal pula bergantung kepada penambahbaikan serta gabung jalin teori sedia ada dalam falsafahfalsafah, Taksonomi Bloom, Klasifikasi Objektif Pembelajaran (KOP), Teologi AlGhazali r.a., Taksonomi Domain Psikomotor dan kesepakatan pakar-pakar ke dalam pembinaan model ini. Berdasarkan limitasi tersebut, dapatan penyelidikan tidak boleh disandarkan kepada mana-mana kaedah atau metodologi dalam proses P&P sistem pendidikan berasaskan akademik dan pendidikan arus perdana. Ini adalah kerana penyelidikan yang dilaksanakan ini adalah spesifik hanya kepada konteks P&P sektor PLTV dan bukannya bertujuan untuk membuat rumusan yang umum. Delimitasi Penyelidikan Penyelidikan ini bertujuan bagi mengenalpasti keperluan komponen-komponen pembangunan bagi sebuah model pentaksiran kompetensi pencapaian pelajar bercirikan nilai-nilai keseimbangan yang holistik dengan kesepaduan nilai fizikal, intelektual dan spiritual bagi amalan dalam sektor PLTV. Pelaksanaan penyelidikan menumpukan kepada kesepakatan pakar-pakar yang terdiri daripada tiga kumpulan
22 berbeza iaitu pakar rujuk penyelidikan, pakar bidang pelbagai kemahiran sektor PLTV dan pakar pengajar (PAJAR) iaitu pengamal P&P di latihan kemahiran. Pembangunan model ini dibentuk dengan menggunakan kaedah TD dan analisis FDM bagi pengumpulan serta pentafsiran maklumat daripada pakar-pakar di dalam mendapatkan kesepakatan persetujuan terhadap pembinaan model di peringkat awal (Fasa I dan Fasa II) dihasilkan daripada maklum balas pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Di akhir penyelidikan ini satu ujian kebolehgunaan model di jalankan kepada pengamal-pengamal latihan kemahiran PLTV untuk memerhati keupayaan model pentaksiran ini di dalam situasi sebenar pelaksanaannnya. Kerangka Teoritikal Kerangka teoritikal penyelidikan adalah satu set rajah yang boleh memberi panduan kepada penyelidikan dalam menghubungkan antara beberapa idea dan komponen penyelidikan yang mengcakupi aliran teoritikal yang digunakan dalam penyelidikan. Ianya juga termasuklah kaedah-kaedah seperti tinjauan literatur, objektif penyelidikan, metodologi penyelidikan, kajian rintis dan seumpamanya. Kerangka teoritikal ini juga merupakan kunci yang mengandungi idea-idea kreatif, prinsip, gagasan dan konsep yang dijadikan sebagai pemboleh ubah-pemboleh ubah yang mendasari sesuatu tajuk penyelidikan (Ghazali Darulsalam & Sufean Hussin, 2016). Rajah 1.1 menunjukkan kerangka teoritikal penyelidikan yang merumuskan perhubungan di antara teori-teori penting di dalam kaedah-kaedah pentaksiran, penilaian, proses P&P, prinsip dan teori-teori seperti falsafah-falsafah pendidikan, Klasifikasi Objektif Pembelajaran dan Taksonomi Bloom merujuk kepada model pendidikan Islam kontemporari. Adaptasi nilai pembangunan spiritual juga merujuk kepada beberapa teoritikal berasaskan kepada konsep dan falsafah dalam Islam. Kerangka Teoritikal dibentuk dalam penyelidikan ini dengan integrasi modelmodel dan konseptual seperti berikut: 1) Pembangunan insan seimbang hasil integrasi pengembangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (J.E.R.I) menjadi teras utama FPK ke dalam sektor PLTV (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001; Yek Lang Yieng & Rohana Hamzah, 2012). Falsafah yang dapat melahirkan insan dengan
23 pegangan Agama, nilai kerohanian, intelektual dan fizikal berkemahiran tinggi (Rosnani Hashim, 2004); 2) Modul pembangunan item soalan ujian terdiri dari Hiraki Taksonomi Bloom yang dibahagikan kepada dua kategori pemikiran aras rendah dan tinggi iaitu ‘pengetahuan’, ‘kefahaman’, ‘aplikasi’, ‘analisis’, ‘sintesis’ dan ‘penilaian’ merupakan kerangka pengelasan yang wajar dicapai oleh setiap pelajar dalam komponen kognitif proses P&P sedia ada (Benjamin S. Bloom et al., 1956); 3) Klasifikasi objektif pembelajaran sebuah teori Barat dengan klasifikasi pembelajaran bersama domain-domain Kognitif, Afektif dan Psikomotor (Benjamin S. Bloom et al., 1956; David R. Krathwohl et al., 1964; Elizabeth J. Simpson, 1966) berjaya ditambah baik untuk melengkapkan objektif pembelajaran secara signifikan terhadap keperluan semasa pendidikan dan latihan. Dalam konteks kesepaduan teoritikal ketiga-tiga domain tersebut diperkuatkan dengan keseimbangan pencapaian fizikal dan spiritual dalam sektor PLTV (Hasan Langgulung, 2001; Sidek Baba, 2009); 4) Bimbingan P&P daripada Imam Al-Ghazali r.a. menerusi ‘Teologi AlGhazali – Pendekatan Metodologi’ mengkelaskan kepada tiga peringkat P&P dalam pendidikan dan latihan menjadi teras utama iaitu ‘pemupukan’, ‘pemantapan’ dan ‘penghayatan’ (H.M. Zurkani Jahja, 2009; Abdul Hadi, 2013); dan 5) Kemahiran Taksonomi Domain Psikomotor sebagai kaedah pengukuran pencapaian pelajar latihan kejuruteraan teknikal ‘hands-on’ dalam bengkel mencadangkan kepada tujuh peringkat pentaksiran yang komprehensif dalam membina kemahiran psikomotor pelajar-pelajar (Timothy L. J. Ferris et al., 2005).
24 Pembangunan Model Pentaksiran Kompetensi Sektor PLTV 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Jasmani Emosi Rohani Intelektual Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) 2. Taksonomi Bloom Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Benjamin S. Bloom et. al, (1956) 3. Klasifikasi Objektif Pembelajaran (KOP) Domain Kognitif Domain Afektif Domain Psikomotor Benjamin S. Bloom et. al., 1956; David R. Krathwohl et. al., 1964 & Elizabeth J. Simpson, 1966 5. Taksonomi Domain Psikomotor Timothy L.J. Ferris et. al, (2005) 4. Teologi Al-Ghazali r.a. Pendekatan Metodologi H.M. Zurkani Jahja (2009) & Abdul Hadi (2013) Rajah 1.1, Kerangka Teoritikal Pembangunan Model Pentaksiran Kompetensi Pelajar Sektor PLTV. Penjelasan Kerangka Teoritikal memperlengkapkan kriteria pemilihan teoriteori kepada integrasi dalam pembangunan model pentaksiran kompetensi, 1) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK); merupakan satu usaha yang berterusan dengan kepercayaan bahawa manusia itu perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Ianya diwujudkan bagi memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang terkini. Usaha yang ditekankan dengan memberikan fokus kepada memperkembangkan potensi seseorang individu di dalam aspek-aspek utama seperti Jasmani (J), Emosi (E), Rohani (R) dan Intelektual (I) bermatlamatkan kepada melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah baik, seimbang dan bersepadu dari segi nilai jasmani, intelektual dan kerohanian ke arah membawa ketaatan kepada Tuhan. Ringkasnya, pembangunan Jasmani (J) telah merujuk kepada keupayaan jasmani yang memberikan maksud kemahiran fizikal. Latihan kemahiran sentiasa memerlukan kesihatan jasmani yang akan membantu pelajar-pelajar menjalani latihan
25 praktikal ‘hands-on’ dengan baik. Kesihatan jasmani juga mencerminkan keupayaan untuk melakukan tindakan yang berkemungkinan mempengaruhi akal dan emosi pelajar. Dari perspektif Islam, jasad merupakan tempat di mana seluruh juzud seperti hati, akal, pancaindera dan anggota menumpang ke atasnya seperti pepatah Arab ada dicatatkan “Akal yang sihat ada pada jasmani yang sihat”. Manakala pembangunan Emosi (E) atau lebih spesifiknya merujuk kepada salah satu unsur kerohanian yang mempunyai hubungan rapat di dalam kaedah pengembangan potensi dalaman seseorang pelajar. Menurut Al-Ghazali r.a., “jiwa yang baik mencerminkan tingkah laku jasmaninya” dan ini telah memberikan gambaran bahawa kecemerlangan sebenar seseorang itu bukan sahaja diukur menerusi fizikal malah bermula daripada sifat kerohaniannya yang dikaitkan dengan kemahiran jiwa atau hati (al-Qalb). Begitu juga dengan pengukuhan ilmu pengetahuan berpunca daripada nilai kepercayaan yang dihubungkan dengan aspek Rohani (R) dan mempunyai pertalian dengan perasaan dan kejiwaan. Selanjutnya pertalian di antara pembangunan potensi Intelektual (I) pula lebih merujuk kepada perkembangan nilai kemahiran aspek kognitif manusia. Dalam konteks ini, Islam telah membuktikan bahawa ilmu adalah laluan kepada kejayaan manusia keluar daripada kejahilan dan ianya harus dipandu dengan perantaraan kemahiran akal (al-Aql) dan nilai kerohanian iaitu hati (al-Qalb). Teori epistemologi juga menyatakan bahawa pembangunan intelektual mampu diperkembangkan dengan penyemaian ilmu menerusi sistem pendidikan. Menerusi penyelidikan ini, akal dan hati adalah antara dua juzud utama dirujuk memainkan peranan dalam pembangunan kerohanian, di mana kedua-dua ini harus digembelengkan sebagai satu punca utama penerimaan ilmu pengetahuan. Manakala unsur jasmani (jasad) hanyalah kenderaan sebagai mengzahirkan matlamat ilmunya. Oleh itu, berlaku penyatuan di antara ketigatiga unsur tersebut sebagai satu kerangka lengkap menzahirkan ilmu menerusi tindakan (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1980; Rosnani Hashim, 2001). Begitu juga kesepadanan konsep teoritikal yang dibawa oleh Ibn-Khaldun (2001) menyatakan bahawa ilmu itu terdiri daripada dua jenis iaitu ilmu aqli (didasarkan kepada ilmu menggunakan akal, seperti ilmu matematik sains dan teknologi) dan ilmu naqli (didasarkan kepada ilmu as-Sunnah dan al-Quran, seperti dosa, pahala, haram, wajib dan seumpamnya).