176 Jadual 3.11 Tahap Kesepakatan Panelis Pakar ke Atas Item Soal Selidik TD Klasik (Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al., 2017) Skor Julat Antara Kuartil Tafsiran Kesepakatan 0.00 – 1.00 Kesepakatan Tinggi 1.01 – 1.99 Kesepakatan Sederhana ≥ 2.00 Tiada Kesepakatan Kaedah ini bukan sahaja telah berjaya dijalankan dalam pelbagai sektor penyelidikan malah boleh meneroka isu-isu sebenar dunia semasa daripada sekumpulan panelis pakar di lokasi tinjauan (Harold A. Linstone et al., 2002; Chia Chien Hsu, 2007). Kejayaan kaedah ini bukan sahaja berhasil hanya dalam mereka bentuk dan membina instrumen, malah pembangunan sebuah model baru atau penambahbaikan juga dapat memberikan jalan penyelesaiannya. Banyak penyelidikan dijalankan telah menggunakan kaedah ini seperti perancangan program, keperluan pentaksiran, mengenalpasti polisi, penggunaan sumber dan seumpamanya (Chia Chien Hsu, 2007; Gregory J. Skulmoski, Francis T. Hartman, & Jennifer Krahn, 2007). Kaedah perlaksanaan TD secara umumnya berasaskan kepada ciri-ciri berikut seperti dinyatakan oleh Norman C. Dalkey (1967) dan digunakan juga dalam kajian Muhammad Imran Yousuf (2007), i) Anonimiti – Nama peserta (panelis pakar) tidak disiarkan, edaran item soal selidik atau apa sahaja bentuk komunikasi yang memerlukan maklum balas tidak mendedahkan indentiti peserta. Bebas memberikan pandangan tanpa tekanan peserta lain; dan Peserta adalah individu tidak mengetahui jawapan peserta lain; ii) Kawalan maklum balas daripada interaksi peserta (panelis pakar) – mengawal interaksi antara peserta bagi mengelak daripada percanggahan pandangan di antara mereka. Kemungkinan perbezaan pandangan peserta berlaku apabila analisis dihasilkan dan diedarkan kepada mereka. Peserta mengetahui jawapan lain dalam pusingan seterusnya setelah dimaklumi hasil analisis oleh penyelidik; Kawalan maklum balas bagi peserta menjelaskan atau memperbaiki pandangan terdahulu; dan Peserta tidak dipengaruhi oleh mana-mana peserta (panelis pakar) atau
177 individu lain dalam menentukan jawapan mereka; iii) Maklumat kumpulan secara statistikal – hasil pandangan dan maklum balas daripada kumpulan peserta diterjemahkan ke dalam bentuk statistikal. Data statistik dikeluarkan daripada agregat pandangan kumpulan bagi membolehkan analisis kuantitatif dan tafsirannya dihasilkan. 3.1.4.2 Teknik Delphi DiUbah Suai (Modified Delphi Technique – MDT) Penyelidik telah membuat sedikit perubahan ke atas kaedah TD klasik bagi kesesuaian skop penyelidikan dengan menyediakan borang soal selidik terlebih dahulu yang dibangunkan dengan adaptasi konsep, teoritikal dan model menerusi tinjauan literatur. Tinjauan telah menyumbang kepada satu konstruk instrumen dengan itemitem soalan yang telah dikenal pasti dan bersifat closed-ended. Menurut Mohd Nazri Abdul Rahman, Mohamad Muhidin Patahol Wasli, Zanariah Ahmad, Aniza Mohd Said, Saedah Siraj, Norlidah Alias, & Zaharah Hussin (2014) menggunakan MDT apabila mereka mengubah suai kaedah TD klasik bagi memulakan penyediaan konstruk instrumen soal selidik selepas membuat tinjauan literatur. Begitu juga dalam kajian oleh T. Masud et al. (2014) penyediaan draf kurikulum dihasilkan daripada tinjauan literatur sebelum pakar-pakar diminta mengisi borang soal selidik bagi mendapatkan kesepakatan mereka. Perubahan dan pengubahsuaian TD juga disarankan oleh penyelidikan R. Mohd Bekri, M.Y. Ruhizan, M.N. Norazah, Y. Faizal Amin Nur, & H. Tajul Ashikin (2013) bagi mendapatkan maklumat menerusi tinjauan literatur dalam membina draf instrumen sebelum diedarkan kepada panel pakar. Kaedah MDT juga digunakan dalam kajian oleh Rodney L. Custer, Joseph A. Scarcella, & Bob R. Stewart (1999) bagi membangunkan kurikulum kompetensi pendidikan dan latihan vokasional abad ke-21. Bagaimanapun, TD klasik asal adalah seperti yang dijalankan oleh Asnul Dahar Minghat & Ruhizan M. Yasin (2010) apabila temu bual berlangsung terlebih dahulu bersama pakar-pakar bagi mendapatkan kesepakatannya dan kemudiannya disusuli pula dengan pembangunan konstruk instrumen soal selidik. Namun begitu, segala perubahan dan keperluan semasa yang berbeza sekaligus keputusan pemilihan teknik ini telah menyelesai permasalahan kajian mereka. Oleh itu, keputusan untuk pemilihan teknik diubah suai ini merupakan sesuatu yang bersesuaian bagi penyelidikan ini.
178 Menurut kajian Chia Chien Hsu (2007) dan tesis oleh Mohd Ridhuan Mohd Jamil (2016) kesepakatan pakar diperlukan dalam menentukan kejayaan sesebuah penyelidikan teknik MDT. Beberapa pusingan soal selidik disediakan juga bertujuan memuktamadkan keputusan analisis seperti yang pernah dijalankan oleh kebanyakan kajian sebelum ini. Namun begitu Mohd Ridhuan Mohd Jamil (2016) bersependapat dengan Mohd Nazri Abdul Rahman et al. (2014) bahawa jumlah pusingan adalah bergantung kepada skop dan matlamat sesebuah kajian yang dijalankan. Jumlah pusingan bagi mendapatkan kesepakatan hanya akan tamat dan diberhentikan apabila penyelidik telah benar-benar mendapat persetujuan panelis pakar. Menurut pandangan Gregory J. Skulmoski et al. (2007) pusingan lazim digunakan dalam kajian adalah di antara dua atau tiga pusingan sahaja dan telah mencukupi bagi mewujudkan iterasi data yang baik. Dalam kajian Muhammad Imran Yousuf (2007) keutamaan ke atas kesepakatan maklumat oleh panelis pakar adalah penting dan manakala jumlah pusingan adalah bergantung kepada keperluan penyelidik. Dalam konteks penetapan saiz peserta TD mahupun MDT banyak penyelidikan mencadangkan hanya sudah memadai menggunakan bilangan paling minimum (Mohd Nazri Abdul Rahman et al., 2014; Najahudin Lateh, 2016). Pemilihan saiz peserta yang tinggi menimbulkan kerumitan dalam membuat iterasi serta rumusan idea-idea pesertanya. Manakala menurut John Nworie (2011) jumlah peserta yang ramai akan menyulitkan penyelidik mengenalpasti peserta yang benar-benar rela menyertai kaji selidik sehingga ke akhir pusingan. Menurut Gregory J. Skulmoski et al. (2007) pemilihan bilangan peserta secara umumnya bergantung kepada jumlah yang diperlukan oleh penyelidik dalam analisis maklumat. Shakila Thangaratinam & Charles WE Redman (2005) juga bersetuju dengan saranan oleh Harold A. Linstone et al. (2002) supaya peserta dipilih sekurang-kurangnya tujuh orang panel pakar sahaja dan sehingga maksimum boleh mencapai seramai tiga ribu peserta boleh dipertimbangkan. Seperkara lagi adalah pemilihan panelis pakar penyelidikan harus dilaksanakan dengan teliti bagi mengelakkan kesilapan terutamanya hasil dapatannya. Penyelidik menyenaraikan panelis pakar dengan pemilihan yang menyakinkan walaupun menggunakan saiz yang kecil. Penyelidik juga mengambil pandangan dan contoh kajian yang lepas berkaitan saiz peserta yang telah dilaksanakan seperti contoh dalam Jadual 3.12 iaitu saiz bagi peserta TD dan skop kajian mereka. Bagi pelaksanaan
179 kaedah TD, saiz minimum ditunjukkan adalah antara 3 hingga maksimumnya 50 orang peserta dengan kebergantungan kepada skop ditetapkan (Harold A. Linstone et al., 2002). Pelantikan panelis sama ada terhadap pakar rujuk pembangunan instrumen mahupun pakar sektor PLTV bagi teknik MDT adalah secara fokus berkumpulan (focus group). Mereka adalah terdiri daripada yang mempunyai pengalaman tinggi dalam latihan kemahiran sektor tersebut, benar-benar pengamal dalam bidang masing-masing dan pencalonan bukan secara rawak. Keberhasilan proses MDT dalam penyelidikan ini bergantung kepada usul dan maklumat yang diberikan mereka. Jadual 3.12 Saiz Peserta Teknik Delphi (TD) dalam Penyelidikan Lepas Penyelidik Lepas & Skop Kajian Saiz Peserta/ Pakar Dalkey & Helmer (1963) – Application (process), Penyelidikan asal TD 7 orang** Dalkey, Brown, & Cochran (1970) 15 -20* Jolson & Rossow (1971) – Process 11 – 14* Gustafson, Shukla, Delbecq, & Walster (1973) – Technique Comparison, Investigate Delphi accuracy. 4 orang** Riggs (1983) – Technique Comparison 4 – 5 orang* Reid (1988) – Application (Process) Min. 10 orang*** Witkin & Altschuld (1995) Mak. 50 orang*** Rowe, G & Wright, G (1996) – Process 5 orang* Nambisan et al. (1999) – Taxonomy Development of Organization Mechanism 6 orang** Rodney L. Custer et al. (1999) – Pembangunan kurikulum latihan vokasional 22 orang Lam, Petri, & Smith (2000) – Develop rules for ceramic casting process 3 orang** T. Masud et al. (2014) – Pembangunan kurikulum 49 orang * Sumber rujukan Gene Rowe & George Wright (1999) ** Sumber rujukan Gregory J. Skulmoski et al. (2007) *** Sumber rujukan Najahudin Lateh (2016)
180 Manakala Jadual 3.13 menunjukkan sebahagian daripada penyelidikan Ph.D menggunakan kaedah TD yang diubah suai. Dalam konteks penyelidikan kaedah TD di Malaysia, ianya digunakan secara meluas oleh para penyelidikan ilmiah. Jumlah pusingan dan saiz panel pakar TD adalah berbeza-beza mengikut keperluan kajian seperti yang dilaksanakan di universiti-universiti awam dan swasta dalam negara. Jadual 3.13 Penyelidikan Ph.D dalam Negara Malaysia menggunakan Teknik Delphi (TD). Penyelidik Tajuk Penyelidikan Jumlah Pusingan Jumlah Pakar Fairuzzah Harun, Mohd Isa Hamzah, & Khadijah Abd Razak (2016) Pembangunan Elemen Amalan Akhlak Diri Guru Pelatih Muslim Menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi 1 13 orang Najahudin Lateh (2016) Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) Di Malaysia. 2 13 orang R. Mohd Bekri et al. (2015) The Formation of an E-portfolio Indicator for Malaysia Skills Certificate: A Modified Delphi Survey. 3 11 orang Aniza Mohd Said (2015) Model Kurikulum Berasaskan Ilmu Perubatan Herba Orang Asli untuk Sekolah Rendah Masa Depan 2 18 orang Mohd Nazri Abdul Rahman et al. (2014) Pembangunan Model Homeschooling Berasaskan Nilai & Amalan Masyarakat Kanak-kanak Orang Asal 1 30 orang Asnul Dahar Minghat et al. (2010) The Develop the Framework of Sustainable Technical and Vocational Subjects in Malaysia’s Secondary School. 2 12 orang Kamisah Osman & Neelavany Marimuthu (2010) Setting New Learning Targets for the 21st Century Science Education in Malaysia 2 40 orang 3.1.4.3 Fuzzy Delphi Method (FDM) Menurut kajian oleh Gregory J. Skulmoski et al. (2007) dan Chia Chien Hsu (2007) kaedah TD yang dibangunkan secara rasmi adalah dalam tahun 1963 dan telah dianggap sebagai kaedah tradisional dan klasik. Kaedah tipikal klasik memerlukan kepada beberapa pusingan soal selidik dalam mendapatkan kesepakatan pakar. Namun begitu dengan hanya 1 atau 2 kali pusingan juga telah mampu mendapatkan hasil
181 penyelidikan yang dikehendaki dan berjaya memberikan solusinya. Justeru itu, mengambil pandangan daripada Gregory J. Skulmoski et al. (2007) supaya disesuaikan dengan keperluan semasa apabila beliau menyatakan bahawa TD klasik menjadi lebih berkesan apabila kaedah diubah suai dan diserasikan dengan kaedah analisisnya seperti Fuzzy Delphi Method (FDM) ke dalam penyelidikan. Perubahan kaedah TD lebih signifikan apabila proses analisisnya telah mengalami perubahan mengikut masa apabila bidang penyelidikan diperkenalkan dengan FDM iaitu satu teknik spreadsheet hasil gabungan aplikasi TD klasik dan MDT bersama set penomboran fuzzy (Mohd Nazri Abdul Rahman et al., 2014; Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Saedah Siraj, Farazila Yusof, Nururabihah Mat Noh, Zaharah Hussin, & Ahmad Arifin Sapar, 2015). Tinjauan literatur mendapati FDM merupakan set kombinasi ubah suai kaedah TD klasik dan teori set fuzzy. Teori ini telah membenarkan pentaksirannya secara beransur-ansur bermula dari digit 0 hingga 1. Teori set fuzzy mula diperkenalkan oleh pakar bidang matematik iaitu Lotfi A. Zadeh (1965) dan diubah suai bagi penggunaan dalam penyelidikan oleh T.J. Murray dalam tahun 1985. Seterusnya dalam tahun 1988 Kaufmann dan Gupta mengubah suai semula bagi membantu berfungsi sebagai alat pengukuran dalam penyelidikan yang lebih futuristik (Yu-Lung Hsu, Cheng-Haw Lee, & V. B. Kreng, 2010). Maka bermulalah perubahan kepada pertukaran daripada set klasik kepada set binari atau set bernombor digital (Ya atau Tidak). Menurut Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2015) FDM berupaya menganalisis kesepakatan pakar dengan hanya satu pusingan sahaja apabila elemen fuzzy disepadukan bersama TD klasik atau MDT. Penerimaan hujah ini menguatkan lagi kaedah dalam penyelidikan ini apabila merujuk kajian yang digunakan oleh Chia Chien Hsu (2007) dengan hanya satu pusingan TD sahaja. Beliau menegaskan bahawa item soal selidik yang dibangunkan dalam kaedah FDM adalah hasil daripada konsep teoritikal atau prinsip yang diperolehi sebelum itu. Ini bermaksud pembangunan instrumen soal selidik bermula dengan tinjauan literatur menjadi asas dalam membantu memendekkan tempoh penyelidikan. Lebih penting lagi apabila item soal selidiknya telah disahkan oleh sekumpulan pakar yang autentik dalam bidang masing-masing. Justifikasi ini jugalah yang digunakan oleh Mohd Ridhuan Mohd Jamil (2016) dalam kajian Ph.D nya. Beliau hanya menggunakan satu pusingan TD klasik dalam
182 mendapatkan kesepakatan pakar seterusnya kaedah FDM dilaksanakan bagi proses analisisnya dan berjaya dalam penyelidikannya. 3.1.4.4 Kaedah Penukaran Penomboran Fuzzy Delphi Method (FDM) Pengujian menggunakan analisis FDM adalah berpandukan kepada teori set fuzzy yang berfungsi sebagai penambahbaikan kepada teori set TD klasik dengan penetapan terhadap setiap elemen dengan satu set berdasarkan kepada nombor binari ‘Ya’ atau ‘Tidak’ atau lebih tepat lagi diwakili dengan nilai dari 0.00 hingga 1.00 (atau dalam unit interval 0 dan 1). Set fuzzy ini menyediakan tafsiran yang boleh mewakili setiap elemen pada sesuatu set penyelidikan. Sebagai contoh penyediaan skala Likert 5 (Sangat Setuju) dapat ditafsir menjadikan 3 skala fuzzy iaitu 0.60, 0.80 dan 1.00 (Mohd Nazri Abdul Rahman et al., 2014; Mohd Ridhuan Jusoh & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, 2015). Kaedah FDM telah diubah suai di dalam menambahbaik proses analisis dalam TD klasik (Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al., 2015). Seperti penyataan oleh Chia Chien Hsu (2007) inovasi mendapatkan kesepakatan pakar yang efektif menerusi FDM mengelak daripada melalui banyak pusingan soal selidik. FDM dapat mengatasi permasalahan yang mungkin timbul dalam TD klasik. FDM dapat membantu analisis dengan cepat di samping dapat mengutip maklumat kesepakatan hanya menghimpun panelis pakar dalam satu seminar sahaja seperti kajian yang berjaya dilaksanakan oleh Mohd Nazri Abdul Rahman (2014) dan Mohd Ridhuan Mohd Jamil (2016). Dan kadang kala pusingan berulang-ulang menyumbang kepada maklumat yang tidak lengkap dan mengelirukan. Menurut Saedah Siraj, Abd Razak Zakaria, Norlidah Alias, Dorothy Dewitt, Ponnei Kannan, & Jeyanthy Ganapathy (2012) dan Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2015) kelemahan dalam TD klasik yang dikenal pasti adalah disebabkan kepada kegagalan pemilihan panelis pakar yang betul untuk mewakili objektif dan skop penyelidikan sebenar. Pemilihan yang tepat atau sebaliknya secara langsung mempunyai pertalian dengan hasil pusingan TD yang berulang-ulang serta pemilihan jumlah pakar dan seterusnya memberi kesan kepada kebolehpercayaan maklumat yang diberikan. Kelebihan menggunakan kaedah FDM adalah boleh mengenal pasti elemen kompetensi dan mampu memperolehi kesepakatan pakar hanya dalam satu pusingan
183 sahaja. FDM dapat menjimatkan kos, masa penyelidikan dan pandangan pakar dilihat lebih konsisten berbanding TD klasik (Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al., 2015). Kaedah FDM ini dapat membantu dalam proses pengutipan maklumat menerusi satu konstruk instrumen soal selidik secara TD klasik. Konstruk item soal selidik dalam bentuk skala Likert 5 yang telah dibina mewakili pemboleh ubah liguistik kemudiannya ditukarkan ke dalam bentuk skala Penomboran Segitiga Fuzzy (atau Triangular Fuzzy Number (TFN)) dan mewakili penomboran binari iaitu 0 hingga 1. Di akhir analisis data kemudiannya diterjemahkan dengan menggunakan aplikasi spreadsheet perisian MS Excel bagi mendapatkan indikator kesepakatan pakar dalam semua item menerusi 3 maklumat iaitu (i) nilai threshold (d); (ii) peratusan (%) persetujuan panelis pakar; dan (iii) defuzzication (ranking atau kedudukan) item. Petunjuk ke (iii) pula menunjukkan indikator analisis defuzzication bagi menentukan kedudukan (ranking) dan skor median (-cut > 0.5) item soal selidik diterima atau sebaliknya (Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al., 2015). Bagi tujuan ini, kaedah FDM akan digunakan dalam penyelidikan dengan aplikasi yang diubah ke dalam bentuk binari iaitu proses Triangular Fuzzy Number (TFN). 3.1.4.5 Triangular Fuzzy Number (TFN) Triangular Fuzzy Number (TFN) adalah satu formula bagi menghasilkan skala fuzzy dalam menterjemahkan pemboleh ubah linguistik kepada sistem penomboran fuzzy. Menurut Saedah Siraj et al. (2012) dan Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2015) formula ini mengandungi nilai purata penomboran fuzzy yang secara lazimnya ditunjukkan dalam bentuk “m1, m2 dan m3”. Secara perincinya, kumpulan sepadu nombor fuzzy akan menghasilkan 3 faktor nilai yang dibahagikan kepada nilai m1 mewakili angka minimum (smallest value), manakala nilai m2 mewakili nombor paling munasabah (most plausible value) dan nilai m3 mewakili nombor maksimum (largest value). Ketiga-tiga nilai dalam TFN ini diwakili dengan merujuk kepada persamaan (equation) fuzzy yang diubah suai daripada Lotfi A. Zadeh (1965). Rajah 3.2 memaparkan bagaimana ketiga-tiga nilai min digambarkan menerusi Graf Segi Tiga Min melawan nilai Triangular.
184 Rajah 3.2, Graf Segi Tiga Min melawan Nilai Triangular (Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al., 2017) Justifikasi penggunaan ketiga-tiga nilai TFN ini adalah memperlihatkan setiap skala dipersetujui panelis pakar di dalam sesuatu skala fuzzy tidak berada pada nilai yang tetap. Ini berbeza di dalam skala Likert yang bersifat pemboleh ubah linguistik iaitu skala 1 sehingga 5. Proses perubahan skala 5 Likert berbentuk pemboleh ubah linguistik yang telah dipilih oleh panelis pakar dipecahkan kepada 3 nilai penomboran fuzzy iaitu nilai minimum (m1), munasabah (m2) dan maksimum (m3). Oleh itu, tafsiran sehala dari satu pilihan nilai dalam skala Likert telah diterjemahkan menjadi 3 nilai pada skala fuzzy. Perubahan skala Likert telah berlaku dan tidak lagi berada dalam satu nilai, malah telah menjadi 3 skala fuzzy. Lazimnya aras pemboleh ubah linguistik bergantung kepada bilangan ganjil skala Likert (skala 5 atau 7) sebelum perubahan kepada skala fuzzy. Skala fuzzy akan menghasilkan data yang lebih tepat kerana nilai bagi setiap pecahan skalanya di antara nilai binari 0.00 hingga 1.00. Sebagai contoh, skala fuzzy yang digunakan untuk 5 Likert adalah “0.0, 0.0, 0.2” bagi skala Likert “1” bagi pemboleh ubah linguistik “Sangat tidak Setuju”; “0.0, 0.2, 0.4” (Skala “2” – “Tidak Setuju”); “0.2, 0.4, 0.6” (Skala “3” – Tidak Pasti”); “0.4, 0.6, 0.8” (Skala “4” – “Setuju”); dan “0.6, 0.8, 1.0” (Skala “5” – “Sangat Setuju”) (Mohd Nazri Abdul Rahman et al., 2014; Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al., 2015; Mohd Ridhuan Jusoh et al., 2015). Penyelidikan ini telah menyediakan aras pemboleh ubah lingustik menggunakan skala Likert 5, oleh itu pembentukan tahap skala fuzzy turut mempunyai 5 aras mengikut konstruk instrumen soal selidik MDT. Jadual 3.14 menunjukkan nilai
185 skala fuzzy berbanding dengan skala Likert mengikut tahap yang sama, skala yang mempunyai 5 aras pemboleh ubah liguistik. Persetujuan pakar dikehendaki mengikut skala Likert dalam penyelidikan ini adalah tetap, sama ada skala “1”, “2”, “3”, “4” ataupun “5”. Jadual 3.14 Aras Pemboleh Ubah Linguistik (Nilai Skala Likert) & Skala Fuzzy Aras Skala Skala Likert Skala Fuzzy Sangat Setuju 5 (0.6, 0.8, 1.0) Tidak Setuju 4 (0.4, 0.6, 0.8) Tidak Pasti 3 (0.2, 0.4, 0.6) Tidak Setuju 2 (0.0, 0.2, 0.4) Sangat Tidak Setuju 1 (0.0, 0.0, 0.2) Sumber: Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2015) dan Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2017) Namun begitu, interpretasi skala fuzzy terletak pada nilai berlainan dan tidak tetap kerana setiap satu skala Likert telah dipecahkan kepada 3 mengikut skala fuzzy. Interpretasi setiap skala fuzzy dapat dijelaskan mengikut Jadual 3.15 menunjukkan tafsiran Skala Fuzzy Mengikut Aras Skala Likert (Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al., 2015; Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al., 2017). Dalam proses analisis TFN FDM, kesepakatan pakar adalah keutamaan bagi menentukan sama ada item soal selidik disediakan mendapat persetujuan pakar atau sebaliknya. Pengekalan atau pengguguran item bergantung kepada dua syarat yang lazim dijalankan oleh penyelidik yang lepas seperti Yu-Lung Hsu et al. (2010), Mohd Ridhuan Jusoh et al. (2015), Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2015) dan Nurahimah Mohd Yusoff & Muhammad Nidzam Yaakob (2016) iaitu (1) menggunakan nilai ‘threshold’ (ditem) (Hsi-Tien Chen, 2014; Mohd Ridhuan Jusoh et al., 2015) dan (2) berasaskan kaedah TD klasik (Chia Chien Hsu, 2007; Gregory J. Skulmoski et al., 2007). Kedua-dua syarat ini wajar dipenuhi sebelum sesuatu item set soal selidik diterima sebagai kesepakatan pakar. Kesepakatan pakar setiap item diperolehi menerusi dengan pendekatan berikut,
186 (1) Pendekatan nilai ‘threshold’ (ditem) Nilai threshold (d) tidak melebihi dan sama 0.2 (ditem ≤ 0.2), bagi penentuan jarak di antara dua nombor fuzzy. Untuk itu nilai threshold adalah diperolehi dari persamaan seperti berikut (Mohd Nazri Abdul Rahman et al., 2014; Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al., 2015; Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al., 2017), ditem = Jadual 3.15 Interpretasi Skala Fuzzy Mengikut Aras Skala Likert Skala Likert Aras Skala Skala Fuzzy Interpretasi Skala Fuzzy 5 Sangat Setuju 0.6 Nilai minimum (m1) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.6 atau 60% “Sangat Setuju” 0.8 Nilai paling munasabah (m2) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.8 atau 80% “Sangat Setuju” 1.0 Nilai maksimum (m3) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 1.0 atau 100% “Sangat Setuju” 4 Setuju 0.4 Nilai minimum (m1) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.4 atau 40% “Setuju” 0.6 Nilai paling munasabah (m2) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.6 atau 60% “Setuju” 0.8 Nilai maksimum (m3) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.8 atau 80% “Setuju” 3 Tidak Pasti 0.2 Nilai minimum (m1) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.2 atau 20% “Tidak pasti” 0.4 Nilai paling munasabah (m2) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.4 atau 40% “Tidak pasti” 0.6 Nilai maksimum (m3) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.6 atau 60% “Tidak Pasti” 2 Tidak Setuju 0.0 Nilai minimum (m1) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.0 atau 100% “Tidak Setuju” 0.2 Nilai paling munasabah (m2) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.2 atau 80% “Tidak Setuju” 0.4 Nilai maksimum (m3) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.4 atau 60% “Tidak Setuju” 1 Sangat Tidak Setuju 0.0 Nilai minimum (m1) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.0 atau 100% “Sangat Tidak Setuju” 0.0 Nilai paling munasabah (m2) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.0 atau 100% “Sangat Tidak Setuju” 0.2 Nilai maksimum (m3) Nilai persetujuan kemungkinan berada pada skala 0.2 atau 80% “Sangat Tidak Setuju”
187 Merujuk kepada Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2015) dan Najahudin Lateh (2016) formula di atas, ditem adalah nilai threshold, “n1, n2 dan n3” adalah nilai fuzzy, manakala “m1, m2 dan m3” adalah nilai purata fuzzy. Oleh itu, jika nilai ditem ≤ 0.2 menunjukkan kesemua pakar telah mencapai kesepakatan terhadap item tersebut. Namun jika nilai ditem melebihi 0.2 (ditem > 0.2), item tersebut akan disemak semula (atau dibawa ke pusingan ke-2) atau digugurkan (lazimnya digugurkan) (Yu-Lung Hsu et al., 2010; Hsi-Tien Chen, 2014). Manakala bagi interpretasi penyelidikan memenuhi syarat ditetapkan adalah mengikut paparan di dalam Jadual 3.16 iaitu interpretasi skala fuzzy berdasarkan aras skala Likert. Jadual 3.16 Interpretasi Skala Fuzzy berdasarkan Aras Skala Likert. Nilai threshold (ditem) Deskripsi Interpretasi ditem ≤ 0.2 Nilai threshold (d) kurang atau sama dengan 0.2 Item diterima ditem > 0.2 Nilai threshold (d) lebih daripada 0.2 Item ditolak atau ke pusingan ke-2 TD dilaksanakan hanya kepada pakar yang tidak sepakat sahaja Sumber: Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2015) & Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2017). (2) Pendekatan berasaskan kepada Teknik Delphi (TD) Klasik Kesepakatan pakar bagi setiap item disyaratkan dalam penyelidikan kaedah FDM ini. Penentuan kepada peratusan (%) persetujuan pakar adalah bagi keseluruhan item dalam kesepakatan setiap pusingan (jika berkaitan). Kajian oleh Mohd Nazri Abdul Rahman et al. (2014) dan Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2015) telah merujuk kepada andaian pencapaian kesepakatan pakar apabila peratusan item mendapat persetujuan melebihi 75.0% (> 75.0%). Kesepakatan Panelis Pakar > 75.0% Sebagai contoh dalam penyelidikan ini mendapati Item A1.09 memperolehi 89.0% daripada kesepakatan pakar, manakala Item A1.10 (33.0%) dan Item A1.11 (67.0%) pula tidak mendapat kesepakatan daripada kesemua sembilan orang pakar (Jadual 3.17). Menurut prosedur TD klasik item yang tidak disepakati boleh diinterpretasikan untuk disemak semula atau digugurkan.
188 Jadual 3.17 Contoh Tiga Item (A1.09, A1.10 & A1.11) dengan Peratusan Kesepakatan Pakar Bil. Pakar Terlibat Item Bil. Pakar Bersetuju Bil. Pakar Tidak Bersetuju % Pesertujuan Pakar Interpretasi 9 A1.09 8 1 89.0% Item diterima A1.10 3 6 33.0% Item ditolak ATAU di bawa ke pusingan kedua (jika perlu) A1.11 6 3 67.0% Namun begitu jika keperluan untuk penyemakan semula, sesetengah penyelidik TD klasik akan menggunakan pusingan ke-2 bagi mendapatkan kesepakatan semula daripada pakar yang tidak bersetuju sahaja. Konstruk item tidak perlu diedarkan kepada pakar yang telah mempunyai kesepakatan (Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al., 2015). Bagi tujuan penyelidikan ini, keputusan untuk tidak melakukan semakan semula adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti konstruk instrumen soal selidik telah berjaya mencapai tahap pengesahan (content validity) dan kebolehpercayaan (reliability) daripada empat orang panelis pakar. Keduanya mengambil rujukan daripada Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2015) yang menjelaskan apabila keseragaman dan kesepakatan panelis pakar adalah tinggi maka semakan di pusingan kedua tidak diperlukan lagi. 3.1.4.6 Proses Defuzzification (PD) Proses Defuzzification (PD) merupakan syarat kedua dalam kaedah FDM selepas proses TFN. Proses ini merujuk kepada penentuan kedudukan (ranking) dan keutamaan setiap pemboleh ubah atau sub kepada pemboleh ubah dalam konstruk instrumen soal selidik. Selain itu, PD juga bertujuan membantu penyelidik mendapatkan aras keperluan sesuatu konstruk atau pemboleh ubah atau sub pemboleh ubah yang diukur. Proses ini dapat membantu penyelidik bagi menghasilkan data mengikut keperluan berdasarkan kepada kesepakatan sekumpulan pakar sebagai responden penyelidikan. Terdapat tiga persamaan (equation) yang boleh digunakan dalam PD. Menurut Mohd Nazri Abdul Rahman et al. (2014) dan Mohd Ridhuan Jusoh et al. (2015)
189 penyelidik boleh memilih mana-mana di antara persamaan ini dalam menentukan ranking dan skor item penyelidikan mereka. Tiga persamaan yang mempunyai ketepatan pengiraan yang sama ini adalah seperti berikut: i) Amax = 1/3 * (m1 + m2 + m3) ii) Amax = 1/4 * (m1 + m2 + m3) iii) Amax = 1/6 * (m1 + m2 + m3) PD juga boleh berperanan sebagai alat semakan bagi menentukan sama ada sesuatu konstruk atau item soal selidik boleh diterima atau ditolak. Langkah ini adalah dengan membuat perbandingan nilai skor Purata Nombor Fuzzy (Average of Fuzzy Number (AFN)) atau Skor Fuzzy (A) dengan nilai -cut. Nilai -cut merupakan median (nombor penengah) di antara nombor fuzzy yang mewakili digit 0.0 sehingga 1.0 dan sudah pasti nilai bagi median menunjukkan jumlah 0.5. Apabila suatu skor Purata Nombor Fuzzy telah melebihi dari -cut = 0.5 (-cut > 0.5) ianya menunjukkan bahawa konstruk instrumen atau item soal selidik telah diterima dalam kesepakatan pakar. Manakala nilai skor yang kurang daripada nilai -cut = 0.5 (-cut < 0.5) maka item atau konstruk yang diukur tersebut ditolak dengan kesepakatan pakar (Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al., 2017). Jadual 3.18 memaparkan contoh tiga item mendapat kesepakatan pakar menerusi bagi analisis Skor Fuzzy (A). Jadual 3.18 Contoh Tiga Item Nilai Skor Fuzzy (-cut > 0.5) Kesepakatan Pakar Item A1.09 A1.10 A1.11 Purata Unsur m1 m2 m3 m1 m2 m3 m1 m2 m3 0.533 0.733 0.933 0.400 0.600 0.800 0.356 0.556 0.756 Skor Fuzzy (A) 0.733 0.600 0.556 Rumusan persamaan; Amax = 1/3 (m1 + m2 + m3) 3.1.5 Fasa III – Penilaian Kebolehgunaan Berdasarkan kepada Rita C. Richey & James D. Klein (2014) pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) model Rita C. Richey, James D.
190 Klein, & Wayne A. Nelson, (2007) ini adalah dilaksanakan bertujuan untuk mengesahkan kebolehgunaan dan kesesuaian produk yang telah dihasilkan. Produk berbentuk model pentaksiran kompetensi berasaskan nilai-nilai keseimbangan menyeluruh ini bagi kegunaan pelaksanaan pengukuran pencapaian pelajar dalam proses P&P sektor PLTV. Kaedah pelaksanaan di dalam fasa ini menggunakan soal selidik dengan item-item yang telah diperkembangkan dan dibangunkan sendiri oleh penyelidik berasaskan instrumen konstruk kesepakatan pakar yang diambil daripada Fasa II. Jadual 3.19 memaparkan kaedah pelaksanaan Fasa III Penilaian Kebolehgunaan model yang telah dibangunkan. Jadual 3.19 Proses Fasa III, Penilaian dan Kebolehgunaan Model Pentaksiran Kompetensi Reka Bentuk Kaedah Persetujuan Keberhasilan Menentukan kesesuaian & kebolehgunaan model prototaip (reka bentuk soal selidik kebolehgunaan) Set soal selidik kebolehgunaan Pengesahan & persetujuan pengajar latihan pedagogi (15 orang pengajar) Prototaip kerangka model kesesuaian & kebolehgunaan Analisis Fuzzy Delphi Method (FDM) Pengesahan sebenar pengajar sektor PLTV terhadap model pentaksiran kompetensi Kesahan & kebolehpercayaan daripada pengajar Menentukan kebolehgunaan model pentaksiran sebenar di sektor PLTV Tinjauan sebenar kebolehgunaan model (set soal selidik kebolehgunaan) Pengesahan & persetujuan draf model pentaksiran kompetensi daripada personel pengajar pakar (PAJAR) (25 orang pengajar) Kesepakatan pengajar Analisis Fuzzy Delphi Method (FDM) Kesepakatan persetujuan pengajar terhadap model draf prototaip Model pentaksiran kompetensi dengan nilai keseimbangan holistik Fasa akhir dalam penyelidikan ini merupakan langkah kepada penilaian terhadap keupayaan sesebuah produk yang telah dibangunkan (Ghazali Darulsalam et al., 2016). Umumnya, menurut Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2017) kebolehgunaan produk adalah bergantung kepada beberapa aspek pengukuran seperti keberkesanannya, kecekapannya dan kepuasan penggunaannya (Don Jyh-Fu Jeng & Gwo-Hshiung Tzeng, 2012). Kepuasan dalam penilaian kebolehgunaan ini adalah
191 merujuk kepada satu pengukuran terhadap pembinaan produk model bagi membantu penggunaannya di peringkat sebenar. Ini berpandukan kepada penyataan oleh Don JyhFu Jeng et al. (2012) dan Mohd Ridhuan Mohd Jamil (2016) yang menegaskan bahawa sesuatu produk yang telah dibangunkan boleh diukur menerusi pandangan dan pendapat kebolehgunaannya daripada personel-personel yang ahli dalam sektor berkenaan. Maka, dalam konteks penyelidikan ini aspek kepuasan daripada pengamalpengamal latihan sektor berkaitan adalah berkelayakan untuk diambil penilaian berpandukan kepada objektif dan skop penyelidikan ini. 3.1.5.1 Instrumen Pengukuran Penilaian Kebolehgunaan Penilaian terhadap kebolehgunaan model ini telah menggunakan kaedah FDM bagi mengukur persetujuan dan kesepakatan daripada pengajar-pengajar di dalam bengkel penilaian keberkesanan model pentaksiran kompetensi dianjur oleh penyelidik. Borang kaji selidik bertujuan mendapatkan persetujuan terhadap kebolehgunaan model pentaksiran tersebut. Kaedah FDM ini telah juga berjaya dilaksanakan dalam tesis Mohd Nazri Abdul Rahman (2014) bagi menilai kebolehgunaan model pembangunan homeschoolingnya di Fasa III. Berasaskan kepada pandangan beliau, penyelidik menggunakan kaedah bersemuka dengan pengajarpengajar berpengalaman seramai 25 orang bagi memberikan penerangan terperinci dalam bengkel keberkesanan tersebut. Tujuan penerangan adalah untuk melicinkan proses pengisian borang soal selidik penilaian kebolehgunaan model pentaksiran kompetensi pengukuran pencapaian pelajar-pelajar sektor PLTV. Kesemua pengajar selaku responden bertugas sebagai tenaga pengajar di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam iaitu sebuah institusi latihan bertauliah awam tunggal yang menjalankan latihan P&P kepada bakal-bakal tenaga pengajar PLTV di peringkat nasional (Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Para pengajar diminta untuk menjawab soal selidik kebolehgunaan model pentaksiran kompetensi dengan beberapa bahagian seperti berikut, 1. Bahagian 1: Demografik 2. Bahagian 2: Penilaian Model Pentaksiran Kompetensi 3. Bahagian 3: Pandangan Pengukuhan Elemen Pentaksiran Kompetensi 4. Bahagian 4: Pandangan elemen penghayatan dalam pentaksiran kompetensi.
192 Set instrumen penilaian kebolehgunaan ini mempunyai pilihan jawapan berbentuk closed-ended dan open-ended yang dapat menggambarkan persetujuan dan pandangan yang lebih jitu daripada responden selaku pengguna model pentaksiran kompetensi ini. Responden dikehendaki menyatakan persetujuan berdasarkan kepada instrumen borang soal selidik skala Likert 7 seperti berikut (secara perinci rujuk Appendik G). 1 Teramat Tidak Setuju 2 Sangat Tidak Setuju 3 Tidak Setuju 4 Sederhana Setuju 5 Setuju 6 Sangat Setuju 7 Teramat Setuju Jadual 3.20 memaparkan bahagian-bahagian item soal selidik yang dibahagikan kepada empat bahagian. Soal selidik berbentuk closed-ended ini merupakan model prototaip pentaksiran kompetensi. Item-itemnya menyokong kepada pembentukan struktur sebuah model, manakala soal selidik opened-ended juga diberikan bagi membantu penyelidik di dalam perbincangan dan cadangan. Kesahan kandungan menggunakan analisis spreadsheet perisian Microsoft Excel Versi 14.7.1 dengan sejumlah 25 borang kaji selidik diterima daripada para pengajar di CIAST Shah Alam di Fasa III ini. Analisis CVI dilaksanakan berdasarkan kepada prosedur sama dilaksanakan oleh D. F. Polit et al. (2006), Mohd Nazri Abdul Rahman (2014) dan Najahudin Lateh (2016). Skor penilaian dengan persetujuan (skor “4 = Sederhana Setuju”; skor “5 = Setuju”; skor “6 = Sangat Setuju”; dan & skor “7 = Teramat Setuju”) item tersebut adalah ‘sesuai’ dan boleh diterima, selain itu skor persetujuan (skor “1 = Teramat Tidak Setuju”; skor “2 = Sangat Tidak Setuju”; dan skor “3 = Tidak Setuju”) pula ditafsirkan sebagai tidak mendapat persetujuan para pangajar. Penyelidik telah menerima pakai prosedur ditetapkan sebelum ini iaitu nilai CVI item 0.75 sehingga 1.00 adalah sebagai tahap kesahan kandungannya yang diterima (Marie R. Lynn, 1986).
193 Jadual 3.20 Penyataan Pemboleh ubah, Konstruk dan Item Soal Selidik Penilaian Kebolehgunaan Bahagian Item-item No. Item Bahagian 1: Demografik Jantina Umur Tahap Pendidikan & Kemahiran Pengalaman Mengajar Kelayakan Iktisas Bahagian 2: Penilaian Model Pentaksiran Kompetensi 1. Kesesuaian Elemen Kesepaduan Nilai-nilai Utama dalam Latihan o Struktur 3 Kerangka Model (3) 1.01 – 1.03 o Klasifikasi Pengukuran 3 Domain Pembelajaran Bersepadu (3) 1.04 – 1.06 2. Pandangan Terhadap Klasifikasi Model Pemupukan Kompetensi Holistik o Kompetensi Alatan Kerja (7) 2.01 – 2.07 o Kompetensi Bahan Kerja (6) 2.08 – 2.13 o Kompetensi Operasi Kerja (3) 2.14 – 2.16 o Kompetensi Penambahbaikan Kerja (4) 2.17 – 2.20 3. Penyemaian Hubungan Dengan Manusia (10) 2.21 – 2.30 4. Penyemaian Hubungan Dengan Tuhan (8) 2.31 – 2.38 5. Penyemaian Hubungan dengan Alam (3) 2.39 – 2.41 6. Penyemaian Intelektual (6) 2.42 – 2.47 Bahagian 3: Pandangan Pengukuhan Elemen Pentaksiran Kompetensi 1. Pengukuhan Kemahiran Jasmani (5) 3.01 – 3.05 2. Pengukuhan Nilai Rohani (5) 3.06 – 3.10 3. Pengukuhan Intelektual (5) 3.11 – 3.15 Bahagian 4: Pandangan Elemen Penghayatan dalam Pentaksiran Kompetensi 1. Penghayatan Kemahiran Intelektual (2) 4.01 – 4.02 2. Penghayatan Kemahiran Jasmani (3) 4.03 – 4.05 3. Penghayatan Kemahiran Kerohanian (3) 4.06 – 4.08 3.1.5.2 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kebolehgunaan Manakala kebolehpercayaan instrumen diperolehi daripada maklum balas soal selidik yang sama dan analisis perisian SPSS versi 20.0. Kebolehpercayaan instrumen penilaian ini dijalankan bagi mendapatkan nilai koefisien -Cronbach. Penetapan oleh Mohd Nazri Abdul Rahman (2014) kajiannya bagi -Cronbach adalah 0.72 dan telah
194 digunakan sebagai asas persetujuan kepada kebolehpercayaan konstruk soal selidik. Justeru itu, Jadual 3.21 dan Jadual 3.22 menunjukkan nilai kesahan CVI dan kebolehpercayaan (-Cronbach) instrumen soal selidik Fasa III Penilaian Kebolehgunaan oleh 25 personel PAJAR adalah di tahap yang tinggi. 3.1.6 Prosedur Pemilihan Pakar (Responden) Penyelidikan Bagi menentukan prosedur pemilihan peserta sebagai responden penyelidikan, penyelidik memilih kumpulan ahli-ahli dan pakar berpengalaman dan auntentik dalam bidang P&P masing-masing. Manakala penjelasannya dihurai berdasarkan kepada setiap bahagian terlibat supaya lebih mudah dengan turutan dan langkah-langkah yang teratur. 3.1.6.1 Fasa Analisis Keperluan Pemilihan peserta sebagai responden penyelidikan adalah bersifat fokus berkumpulan bagi mendapatkan sepenuhnya maklumat langsung menerusi temu bual dan soal selidik. Kumpulan panelis pakar bagi Fasa I ini dilantik untuk memberikan pandangan berkaitan keperluan penyelidikan dan sebagai pakar rujuk kepada pembangunan konstruk instrumen soal selidik. Sebelum penyemakan item-item soal selidik dilaksanakan, temu bual dijalankan bagi mendapatkan pandangan mengenai keperluan penyelidikan ini. Maklum balas daripada temu bual dan penyemakan itemitem soal selidik dalam konstruk ini amat berguna dari segi berkeupayaan menjadi alat pengukuran di dalam penyelidikan ini. Sekumpulan pakar terdiri daripada empat orang panelis dengan kepakaran yang berpengalaman dalam bidang masing-masing telah dilantik. Pengesahan status kepakaran panelis ini merujuk kepada David C. Berliner (2004) apabila beliau menyatakan bahawa pakar adalah mereka yang telah terlibat secara langsung dalam sesuatu bidang secara konsisten melebihi tempoh 5 tahun. Selain itu, pengalaman dalam penyeliaan pelajar, penulisan jurnal, artikel, buku dan petikan sitasi artikel oleh pengarang-pengarang lain dalam penerbitan juga diambil kira.
195 Jadual 3.21 Indeks Kesahan Kandungan (CVI) Instrumen Fasa III – Penilaian Kebolehgunaan Bah. Item Mengikut Konstruk CVI 1 Kesesuaian Elemen Kesepaduan Nilai-nilai Utama dalam Latihan 0.96 – 1.00 Struktur Kerangka Model (Item 1.01 – 1.03) Klasfikasi Pengukuran Pencapaian Bersepadu (Item 1.04 – 1.06) 2 Pandangan Terhadap Klasifikasi Model Pemupukan Kompetensi 0.96 – 1.00 Klasifikasi Kompetensi Jasmani Kemahiran berkaitan dengan Peralatan Kerja (Item 2.01 – 2.07) Kemahiran berkaitan dengan Bahan Kerja (Item 2.08 – 2.13) Kemahiran Menjalankan Operasi Kerja (Item 2.14 – 2.16) Kemahiran dalam melakukan Penambahbaikan Kerja (Item 2.17 – 2.20) Klasifikasi Kompetensi Kerohanian Hubungan dengan Manusia (Item 2.21 – 2.30) Hubungan dengan Tuhan (Item 2.31 – 2.38) Hubungan dengan Alam Kehidupan (Item 2.39 – 2.41) Klasifikasi Kompetensi Intelektual Kemahiran intelektual dalam pengukuran Domain Kognitif (Item 2.42 – 2.47) 3 Pandangan terhadap pengukuhan elemen pentaksiran kompetensi 1.00 Pengukuhan pembangunan Kemahiran, Sikap/Akhlak dan Pengetahuan Peneguhan pembangunan kemahiran Jasmani (Item 3.01 – 3.05) Peneguhan pembangunan kemahiran kerohanian (sikap/akhlak) (Item 3.06 – 3.10) Pengukuhan pembangunan Intelektual (Item 3.11 – 3.15) 4 Pandangan terhadap elemen penghayatan dalam pentaksiran kompetensi 1.00 Parameter pengukuran pencapaian dalam pengamalan kemahiran jasmani, rohani dan intelektual (Item 4.01 – 4.08) Jadual 3.22 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Fasa III (-Cronbach). Instrumen (Bil. Item) Nilai Koefisien -Cronbach 76 Item 0.985 Namun begitu, penyelidik juga mengenal pasti beberapa kriteria lain yang dapat membantu meningkatkan kualiti dalam proses mendapatkan pandangan mengenai
196 keperluan penyelidikan dan penyemakan konstruk sebagai pakar rujuk pembangunan instrumen seperti berikut: i) Ahli-ahli akademik berpengalaman tidak kurang dari 10 tahun; ii) Personel pengamal penyampaian dalam proses P&P. iii) Pengamal penyelidikan dalam bidang pendidikan. iv) Penyelia pelajar-pelajar pasca siswazah; v) Professor/Professor Madya – Berkemahiran dengan pengkhususan teras dalam kaedah-kaedah penyelidikan dalam bidang pendidikan di institusi pengajian tinggi. Berkelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang pendidikan dan perguruan; vi) Professor/Professor Madya – Pengkhususan dalam latihan pedagogikal tenaga pengajar dan pensyarah. Berkelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang ‘Pendidikan Teknik dan Vokasional’. Berpengalaman dalam pembangunan kurikulum, penilaian, pentaksiran, pengujian dan latihan dalam pendidikan serta latihan industri berkaitan sektor PLTV; vii) Pensyarah/Pensyarah Kanan – Berkemahiran dan ahli dalam bidang Pengajian Akidah, Pemikiran Islam dan penyelidikan berkaitan Pengajian Usulludin. Berkelulusan kedoktoran falsafah (Ph.D) dengan pengkhususan Pemikiran dan Teologi Islam; viii) Pensyarah/Pensyarah Kanan – Berkemahiran serta berinovasi falsafah latihan perguruan kepada bakal-bakal guru berpendidikan Islam dalam pembangunan professionalisma perguruan. Berkelulusan kedoktoran falsafah (Ph.D) dalam bidang pembangunan pendidikan dengan pengkhususan kemahiran holistik kepada bakal-bakal guru Pendidikan Islam. Terlebih dahulu, kesemua panelis diperjelaskan tujuan pelaksanaan penyelidikan. Penyelidik juga memohon sokongan dari segi masa, idea dan komitmen berterusan diberikan dalam proses menyiapkan penyelidikan ini. Mereka dengan sukarela telah bersetuju selaku panelis pakar bukan sahaja dalam menambahbaik pembinaan instrumen malah bersedia memberi idea terhadap keperluan penyelidikan ini.
197 Justifikasi ke atas pemilihan mereka adalah merujuk kepada Curriculum Vitae (CV) yang telah dikemukakan kepada penyelidik yang kemudiannya disyorkan kepada penyelia sebelum pelantikan rasmi dibuat oleh fakulti. Seperkara lagi keupayaan, kredibiliti, kemahiran dan pengalaman panelis dalam bidang yang diperlukan amatlah berpadanan dengan matlamat di fasa ini. Secara keseluruhannya, pemilihan panelis juga telah merujuk kepada perkara-perkara yang menjadi subjek teras terhadap keperluan dan pembangunan instrumen penyelidikan ini yang signifikan dengan metodologi, isi kandungannya, proses penyelidikan, pedagogikalnya, pembangunan item soal selidik dan seumpamanya. 3.1.6.2 Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan Dalam Fasa II ini penyertaan kumpulan kedua panelis pakar adalah individu yang berbeza daripada Fasa I. Kaedah Teknik Delphi (TD) dilaksanakan dalam fasa ini bertujuan mendapat kesepakatan panelis menerusi borang soal selidik. Namun, begitu, kaedah TD telah diubah suaikan kepada Modified Delphi Technique (MDT) bagi disepadankan dengan kehendak objektif dan skop penyelidikan ini. Pemilihan seramai sepuluh orang pakar sebagai panelis adalah berdasarkan kepada pandangan Harold A. Linstone et al. (2002) dan Shakila Thangaratinam et al. (2005) yang bersetuju dengan hanya sekurang-kurangnya tujuh orang pakar sahaja pun sudah mencukupi sekiranya panelis ini mampu memberikan kesepakatan dan keseragaman yang tinggi di antara satu sama lain. Manakala dalam pandangan lain Gene Rowe & George Wright (2001) juga menjelaskan bahawa ianya boleh bermula daripada 5 orang pakar sahaja sehingga 20 orang boleh dilaksanakan juga bergantung kepada bidang kepakaran mereka. Jumlah ini merujuk kepada persetujuan kajian yang telah dijalankan dengan jayanya oleh Mohd Ridhuan Mohd Jamil (2016). Kriteria dan ciri panelis pakar berpadanan dalam konteks penyelidikan ini kerana melibatkan hanya kepakaran yang spesifik dalam sektor PLTV. Mereka adalah pengamal dalam latihan kemahiran dan vokasional dalam pelbagai bidang kompetensi dengan pengkhususan masing-masing dalam sektor ini. Kumpulan kedua panelis pakar ini bertugas sebagai pensyarah dan pengajar dengan pengalaman sekurang-kurangnya 6 tahun dalam proses P&P sektor PLTV. Berasaskan kepada pengesyoran terdahulu kepada pemilihan panelis pakar bagi fasa
198 ini, penyelidik telah mengenal pasti panelis pakar dengan beberapa kriterianya seperti berikut: i) Penggubal dan pembangun item-item soalan pengujian berasaskan program-program dalam bidang kejuruteraan dan sektor PLTV di universiti-universiti dan institusi latihan kemahiran; ii) Profesor/Professor Madya – Penggubal dan personel pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau NOSS. Keutamaan di dalam pembangunan dalam bidang Latihan Pedagogi Kemahiran dan Metodologi Pengajaran di peringkat kebangsaan. Berpengalaman sebagai penyelia pelajar pasca siswazah dalam bidang kejuruteraan, teknikal, vokasional atau sektor PLTV; iii) Professor/Professor Madya – Berkelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam Pengurusan Organisasi dalam sektor PLTV di peringkat kebangsaan. Berpengalaman dalam pengurusan latihan berasaskan kemahiran dan vokasional di beberapa institusi awam dan swasta; Berkemahiran sebagai Internal dan External Examiner kepada program di peringkat pengajian tinggi; iv) Pengerusi/Ketua Eksekutif/Pengurus/Pengajar Latihan Voaksional – Penggubal dan pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau NOSS daripada Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS). Berpengalaman dalam penggunaan kaedah pembangunan standard dan kurikulum latihan DACUM/DESCUM. Berkelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang-bidang kejuruteraan, kemahiran atau teknikal atau vokasional sektor PLTV di peringkat kebangsaan; v) Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong Pengarah – Berkelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam sektor PLTV berasaskan kepada sistem atau skim Perantisan (Apprenticeship Scheme) di peringkat nasional. Berpengalaman dalam penyampaian P&P di institusi latihan kemahiran atau pengajian tinggi dan pembuat keputusan dalam pengurusan latihan agensi masingmasing; vi) Pengarah/Penolong Pengarah/Pengurus – Berkelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam pengajaran P&P dengan latihan perantisan di industri. Pengurusan dan Pembangunan Latihan Kemahiran di peringkat lebih 20
199 ILKA berasaskan pendekatan pentaksiran Competency-based Training (CBT); vii) Pensyarah Kanan/Pensyarah/Pengajar Latihan Vokasional – Berkelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional atau sektor PLTV. Berpengalaman dalam penyampaian P&P amali dan teori dalam program di institusi pengajian tinggi dan institusi latihan kemahiran dan vokasional. Berkemahiran dalam penggubalan dan pembangunan item-item soalan pengujian dalam sektor PLTV; viii) Pensyarah Kanan/Pensyarah/Pengajar Latihan Vokasional – Berkelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam pelbagai bidang kemahiran atau teknikal atau vokasional. Berpengalaman dalam penyampaian P&P kepada bakal-bakal tenaga pengajar, pensyarah dan guru kemahiran teknikal dan vokasional di peringkat kebangsaan; ix) Pensyarah Kanan/Pensyarah/Pengajar Latihan Vokasional – Penggubal dan pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS daripada institusi pengajian tinggi atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Personel berpengalaman dalam bidang “TVET Development & Management” dan beberapa bidang kemahiran lain di peringkat kebangsaan; x) Pensyarah Kanan/Pensyarah – Berkelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam sektor PLTV dengan teras Sumber Manusia dan berkemahiran pelbagai bidang kemahiran dan vokasional dengan memiliki pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM); dan xi) Pensyarah Kanan/Pensyarah – Berkelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam Pendidikan Khas dengan teras kemahiran dan vokasional. Ahli kumpulan penggubalan dan pembangunan kurikulum Kemahiran Hidup berasaskan sektor PLTV. Berpengalaman dalam latihan pengajaran bakal-bakal guruguru teknikal dan vokasional di peringkat kebangsaan. 3.1.6.3 Fasa Penilaian Kebolehgunaan Di dalam Fasa III ini, satu bengkel dilaksanakan oleh penyelidik bagi menjalankan pengujian kebolehgunaan melibatkan sekumpulan 25 orang tenaga
200 pengajar berpengalaman dalam bidang pengajaran latihan pedagogikal berkumpul sehari memberi penilaian ke atas model pentaksiran kompetensi yang dibangunkan ini. Mereka juga berpengalaman dalam penyampaian latihan di dalam program Train-theTrainer (TTT) dan Vocational Training Operation (VTO) iaitu program teras kepada salah satu latihan yang diakreditasikan di dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2012a). Para pengajar ini juga berkelayakan sebagai Certified Trainer atau Pegawai Penilaian (Assessor/Examiner) oleh kerajaan Malaysia di bawah Akta 652 (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2006). Pengalaman melebihi 5 tahun dalam pengajaran latihan pedagogi, penggubalan item soalan, pembangunan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi setiap modul latihan serta mendapat pengesahan keterampilan berstatuskan Pengajar Pakar (PAJAR) meningkatkan lagi justifikasi ke atas pemilihan mereka sebagai pengguna dan pengamal kepada proses pentaksiran kompetensi pelajar sektor PLTV. 3.1.7 Prosedur Pengumpulan Data Dalam proses pengumpulan data dan maklumat, penyelidik membahagikan proses mengikut fasa-fasa utama yang terdapat dalam penyelidikan ini. 3.1.7.1 Fasa Analisis Keperluan Pengumpulan maklumat dalam fasa ini adalah menerusi soalan kepada kaedah protokol temu bual dan soal selidik yang berlangsung secara bersemuka bersama setiap seorang di kalangan empat orang panelis pakar rujuk. Soalan temu bual keperluan penyelidikan dibahagikan kepada 2 Bahagian iaitu (1) Keperluan dan Nilai penyelidikan kepada Sektor PLTV nasional. Dalam bahagian ini terbahagi kepada 2 sub-Bahagian iaitu a) Pembangunan Model Pentaksiran dengan Keseimbangan Nilai; dan b) Pengamalan Pentaksiran Kompetensi di Peringkat Nasional. Manakala Bahagian (2) adalah Penutup dan Penghargaan. Manakala konstruk soal selidik siap dibangunkan disediakan untuk semakan dan cadangan penambahbaikan. Semua maklumat temu bual diterjemahkan bagi mengenal pasti keperluan mengikut Bahagian dan sub-Bahagian yang disediakan. Dan borang soal selidik yang telah dibangunkan berdasarkan tinjauan literatur dan adaptasi
201 daripada konsep, prinsip dan kaedah teoritikal pentaksiran kompetensi diedarkan bertujuan penyemakan dan penambahbaikan. Satu konstruk instrumen soal selidik dihasilkan bagi digunakan mengukur kesepakatan panelis pakar dalam Fasa II. 3.1.7.2 Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan Proses pengumpulan maklumat kesepakatan pakar dalam fasa ini melibatkan kaedah Teknik Delphi (TD) dengan pertemuan bersemuka setiap seorang daripada sepuluh orang panelis pakar. Tinjauan dijalankan ke atas setiap panelis bagi mendapatkan maklum balas kesepakatan menerusi borang soal selidik. Penyelidik memastikan dapat bertemu secara bersemuka di lokasi pakar di samping mendapat peluang berdiskusi mengenai perkara-perkara yang melibatkan proses reka bentuk dari pandangan pakar. Selain itu, maklumat juga diperolehi menerusi e-mail dan secara lisan menerusi telefon dalam memuktamadkan jawapan mereka bagi melicinkan maklumat kesepakatan panelis. Namun, terdapat panelis yang lebih selesa untuk memulangkan semula borang soal selidik menerusi e-mail dengan lampiran softcopy (salinan .pdf). Seorang panelis tidak dapat menyediakan masa bersemukanya dengan penyelidik dan tidak dapat memulangkan borang soal selidiknya di atas sebab kekangan tugasan yang tidak dapat dielakkan. 3.1.7.3 Fasa Penilaian Kebolehgunaan Dalam fasa ini, penilaian ke atas kebolehgunaan model dijalankan menerusi pengumpulan pengajar-pengajar berpengalaman di dalam satu bengkel pengujian model pentaksiran kompetensi. Penilaian dibuat oleh sekumpulan pengajar dan penilai berstatuskan PAJAR kepada satu program latihan mengajar bidang Vocational Training Operation (VTO) di institusi yang diakreditasi sebagai sebuah pusat latihan pelaksana Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Sesi taklimat diberikan sebelum pengajar-pengajar mengisi borang soal selidik kebolehgunaan model yang telah dibangunkan berasaskan kepada instrumen utama penyelidikan. Pemerolehan dalam kesepakatan pengajar pengamal latihan dalam bidang ini bertujuan untuk melihat tahap kebolehgunaan model dalam sistem latihan berasaskan sektor PLTV.
202 3.1.8 Prosedur Penganalisisan Maklumat Dalam prosedur ini, penyelidik menjelaskan secara ringkas berkaitan dengan analisa yang dilaksanakan di dalam proses pembangunan model pentaksiran kompetensi ini. 3.1.8.1 Fasa Analisis Keperluan Di fasa ini, penggunaan soalan temu bual dan borang soal selidik digunakan kepada panelis pakar yang dilantik. Maklumat dan jawapan lisan daripada panelis pakar diterjemahkan ke dalam bentuk dokumen teks. Manakala penyemakan borang soal selidik yang telah melalui Kajian Rintis dengan pengujian koefisien kebolehpercayaan (-Cronbach) instrumen dengan aplikasi perisian SPSS versi 20.0. Instrumen soal selidik dan pandangan pakar jelasnya diambil terus sebagai keputusan ke atas analisis keperluan yang dijalankan secara kualitatif dalam fasa ini. 3.1.8.2 Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan Penganalisisan fasa ini melibatkan penggunaan kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM). Pendekatan spreadsheet MS Excel Versi 14.7.1 ini adalah bagi mengenal pasti, menilai dan mengesahkan kesemua Bahagian utama dan sub-Bahagian serta elemen-elemen menepati prosedur dengan tiga pra-syarat iaitu (1) nilai threshold (ditem); (2) peratusan (%) kesepakatan pakar; dan (3) nilai skor fuzzy (A). Penggunaan perisian MS Excel sebagai template analisis diubah suai ini telah dibangunkan oleh Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2017) dan dipadankan semula mengikut keperluan penyelidikan ini. Di samping itu juga, penyelidik sekali lagi menguji nilai kebolehpercayaan (- Cronbach) di kalangan panelis menggunakan perisian SPSS versi 20.0. Manakala pengujian nilai Indeks Kesahan Kandungan (CVI) juga dijalankan untuk melihat tahap kesahan dalam kesepakatan pakar. Kedua-dua pengujian ini bertujuan membuat semakan ketekalan dalaman dan kesahan instrumen bagi memenuhi keperluan penyelidikan. Di samping itu membuat pemilihan panelis pakar yang tepat untuk mendapatkan keseragaman yang tinggi dalam kesepakatan mereka. Justeru itu, dapat membantu penyelidik menyediakan kerangka yang baik dalam mereka bentuk dan pembangunan model pentaksiran kompetensi.
203 3.1.8.3 Fasa Penilaian Kebolehgunaan Dalam fasa ini, kaedah FDM dilaksanakan sekali lagi bagi meninjau kesepakatan menerusi instrumen soal selidik kebolehgunaan. Template aplikasi spreadsheet perisian MS Excel oleh Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2017) diubah suai membantu proses penganalisisan data. Perbengkelan pula dijalankan supaya maklumat jelas diberikan sebelum pengajar-pengajar untuk menjawab borang soal selidik yang disediakan. Manakala penganalisisan data adalah bertujuan mendapatkan nilai skor terhadap persetujuan pengajar yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk peratusan perbandingan berdasarkan tinjauan literatur. Jadual 3.23 memaparkan keseluruhan prosedur pelaksanaan ketiga-tiga fasa dalam menjelaskan lagi proses penganalisisan maklumat penyelidikan. Jadual 3.23 Prosedur Analisa Data Penyelidikan Fasa Pembangunan Jenis Kajian Instrumen Analisis Fasa 1: Analisis Keperluan i. Sorotan Literatur Dokumentasi Deskriptif ii. Kajian Keperluan Soalan Temu Bual & Penyemakan Soal Selidik Deskriptif & α-Cronbach Fasa II: Reka Bentuk & Pembangunan Teknik Delphi diUbah Suai (MDT) Borang Soal Selidik CVI, α-Cronbach & Fuzzy Delphi Method (FDM) Fasa III: Pengujian & Penilaan Kebolehgunaan Kajian Tinjauan Kebolehgunaan Borang Soal Selidik (Perbengkelan) Fuzzy Delphi Method (FDM) 3.1.9 Matriks Penyelidikan Pembangunan Model Penyelidikan ini menyediakan matriks berbentuk jadual yang mengandungi setiap fasa, kaedah dan teknik bersama menjawab soalan-soalan penyelidikan yang digunakan penyelidikan ini. Matriks ini bertujuan memudahkan penyelidik mengimbas kembali secara terperinci setiap proses dan aktiviti yang telah dilaksanakan sebelum ini. Jadual 3.24 memaparkan matriks penyelidikan yang dimaksudkan bagi pembangunan model pentaksiran kompetensi dalam pengukuran pencapaian pelajar dalam sektor PLTV.
204 Jadual 3.24 Matriks Penyelidikan Pembangunan Model Pentaksiran Kompetensi Sektor PLTV. Fasa Soalan Penyelidikan (RQ) Kaedah & Teknik Peserta/Responden Fasa I: Analisis Keperluan RQ1. Adakah pencapaian prestasi menyeluruh seseorang pelajar sektor PLTV diukur hanya dalam konteks intelektual (kognitif) sahaja? RQ1.1 Adakah terdapat keperluan pengujian pencapaian prestasi pelajar hanya memfokuskan kepada komponen terpilih sahaja? RQ1.2 Apakah item-item soalan pengujian pencapaian prestasi yang menyeluruh kepada pelajar? Dapatan fasa penyelidikan ini dengan kaedah tinjauan literatur, soal selidik dan temu bual. Pelaksanaan kajian rintis bagi pemerolehan nilai kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Jumlah peserta/responden: Panelis pakar rujuk (4 orang): 1) Pengkhususan bidang Metodologi Penyelidikan 2) Pengkhususan bidang Penyelidikan Teologi & Pengajian Islam 3) Pengkhususan latihan pengajaran P&P sektor PLTV. 4) Pengkhususan latihan perguruan dalam Pendidikan Islam. Analisis kualitatif (temu bual) dan deskriptif (soal selidik) dengan penggunaan perisian SPSS 20.0 bagi pengukuran nilai koefisien -Cronbach berada pada aras 0.72 (aras memuaskan).
205 Jadual 3.24 (sambungan) Fasa Soalan Penyelidikan (RQ) Kaedah & Teknik Peserta/Responden Fasa II: Reka Bentuk & Pembangunan RQ2. Apakah rekabentuk model pentaksiran kompetensi berasaskan kepada keseimbangan nilai holistik bagi pengukuran pencapaian pelajar sektor PLTV? RQ2.1 Apakah aspek kognitif mempengaruhi proses pembinaan item soalan pentaksiran kompetensi? RQ2.2 Bagaimanakah aspek afektif pelajar diukur dalam pentaksiran kompetensi? RQ2.3 Bagaimanakah pentaksiran kompetensi menyokong pengembangan holistik potensi pelajar? RQ2.4 Sejauh manakah unsur-unsur keseimbangan nilai holistik mempengaruhi proses pentaksiran kompetensi mendapat kesepakatan pakar? Dapatan fasa ini adalah berdasarkan kepada pendekatan seperti berikut: 1) Teknik Delphi diUbah suai (MDT) 2) Pengujian penilaian kebolehpercayaan 3) Pengujian penilaian kesahan 4) Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) Mendapatkan kesepakatan pakar (9 orang): 1) Penggubal & pembangunan item-item soalan sektor PLTV. 2) Pembangun NOSS bidang Metodologi Pengajaran sektor PLTV. 3) Pengurusan latihan kemahiran berasaskan sektor PLTV. 4) Personel penilai & pentaksir (Internal & External Examiner) di institusi pengajian tinggi berkaitan sektor PLTV. 5) Pembangunan NOSS daripada institusi swasta dalam sektor PLTV. 6) Pembangun NOSS dalam bidang TVET Development. 7) Pengurusan latihan kemahiran berasaskan skim perantisan kebangsaan dalam sektor PLTV. 8) Pengurus dalam latihan kemahiran dengan pelaksanaan pendekatan CBT di ILKA dalam sektor PLTV. 9) Pengajar/Pensyarah bidang latihan sektor PLTV mengajar amali dan teori dengan kelulusan SKM. 10)Pengajar/Pensyarah program latihan pedagogi kemahiran bakal-bakal pengajar & guru teknikal vokasional sektor PLTV.
206 Jadual 3.24 (sambungan) Fasa Soalan Penyelidikan (RQ) Kaedah & Teknik Peserta/Responden Fasa III: Penilaian Kebolehgunaa n RQ3. Sejauh manakah kebolehgunaan model pentaksiran kompetensi di kalangan pengamal latihan dalam memenuhi kriteria holistik sektor PLTV? Dapatan penyelidikan fasa ini berdasarkan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM). Mendapat kesepakatan pengajar pakar (PAJAR) (25 orang personel) berpengalaman dalam P&P Teknik Mengajar program pentauliahan Vocational Training Operation (VTO) di peringkat nasional. Berkebolehan menggubal item-item soalan pengujian setiap modul dalam program tersebut. Pengajar berkompetensi melakukan verifikasi keterampilan bakal-bakal pengajar kepada Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) di bawah Akta 652. Kesimpulan Pelaksanaan penyelidikan pembangunan model ini berdasarkan kepada pendekatan Design, Development and Research (DDR) yang mengandungi tiga fasa; Analisis Keperluan memberikan manfaat pengutipan maklumat dari proses temu bual dan semakan instrumen penyelidikan oleh pakar-pakar terpilih; Manakala fasa Reka Bentuk dan Pembangunan pula melibatkan aplikasi perisian spreadsheet yang telah diberikan inovasi futuristik dalam kaedah analisis maklumat dengan pelaksanaan kaedah Fuzzy Delphi (FDM); dan fasa akhir merupakan Penilaian Kebolehgunaan menggunakan FDM bagi penilaian persetujuan pengajar pakar pengamal latihan sektor PLTV mengenai pelaksanaan model pentaksiran yang telah dibangunkan. Kesemua kaedah yang digunakan dalam penyelidikan seperti temu bual, soal selidik MDT, aplikasi analisis perisian SPSS, analisis spreadsheet kaedah FDM memberikan gabungan ke dalam satu pakej kaedah DDR dalam penghasilan suatu kaedah penyelidikan yang komprehensif.
207 Di dalam fasa Analisis Keperluan, penglibatan panelis pakar kumpulan pertama berjaya memberikan maklumat keperluan ke atas penyelidikan pembangunan model. Manakala konstruk instrumen penyelidikan mendapat kesepakatan yang tinggi daripada kalangan panelis pakar PLTV. Kesepakatan panelis ke atas persetujuan konstruk sebagai instrumen penyelidikan memperlihatkan satu keseragaman yang baik terhadap tahap kebolehpercayaan (α-Cronbach) dan kesahan (CVI) instrumen yang memuaskan. Fasa I dan II melibatkan panelis yang berpengalaman dan autentik dalam bidang masing-masing berjaya menyalurkan maklumat berbentuk kualitatif dan kuantitatif dalam penyelidikan. Pemilihan panelis yang sepadan dengan skop dan matlamat penyelidikan melicinkan proses pengutipan, analisis dan interpretasi maklumat bagi penyediaan solusi kepada setiap isu penyelidikan ini. Penyertaan tiga kategori personel pakar-pakar dalam penyelidikan menyumbang penambahbaikan sistem pengukuran menerusi kaedah pentaksiran. Pengutipan maklumat, kesepakatan dan tafsiran yang diperolehi merupakan satu kaedah yang serasi dengan perubahan semasa. Dan kaedah ini berjaya dengan pendekatan fleksibelnya mampu diimplementasikan oleh semua penyelidik-penyelidik di masa hadapan.
208 BAB EMPAT DAPATAN DAN ANALISIS FASA I – ANALISIS KEPERLUAN Pengenalan Perbincangan dalam bab ini adalah mengenai dapatan penyelidikan dalam Fasa I iaitu Analisis Keperluan yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama memperbincangkan berkaitan dengan analisis data mengenai keperluan penyelidikan. Manakala Bahagian kedua pula memperjelaskan kaedah penyemakan dan penambahbaikan konstruk instrumen soal selidik penyelidikan oleh sekumpulan empat orang panelis pakar rujuk. Kedua-dua bahagian ini dijalankan secara serentak di lokasi berbeza panelis. Mereka dipilih terdiri daripada yang mempunyai pengkhususan mendalam dan berpengalaman luas dalam bidang-bidang mengikut skop dan matlamat yang dikehendaki dalam penyelidikan. Temu bual dan sesi penyemakan penambahbaikan instrumen penyelidikan dilaksanakan secara bersemuka di lokasi-lokasi panelis bertugas. Perancangan Fasa I ini dipaparkan mengikut schedule (tarikh dan masa) yang telah ditetapkan oleh pakar seperti di paparkan di Lampiran 3. 4.1.1 Maklumat (Data) Temu Bual Pakar – Analisis Keperluan Bahagian Pertama di dalam Fasa I analisis data mengenai keperluan pembangunan model dengan soalan-soalan temu bual merujuk kepada persoalan penyelidikan yang telah dibahagikan kepada satu soalan utama dengan dua sub-soalan iaitu: RQ1 – Adakah pencapaian prestasi menyeluruh seseorang pelajar sektor PLTV diukur hanya dalam konteks intelektual (kognitif) sahaja? RQ1.1: Adakah terdapat keperluan pengujian pencapaian prestasi pelajar hanya memfokuskan kepada komponen terpilih sahaja? RQ1.2: Apakah item-item soalan pengujian pencapaian prestasi yang menyeluruh kepada pelajar?
209 Bahagian Pertama, penjelasan dapatan dan analisis maklumat keperluan penyelidikan model pentaksiran kompetensi yang berasaskan kepada keseimbangan nilai-nilai jasmani, intelektual dan kerohanian. Pembangunan model adalah bermatlamatkan untuk mewujudkan satu kaedah pengukuran pencapaian prestasi pelajar-pelajar di dalam sektor PLTV. Justeru itu, satu pendekatan temu bual pakar (expert view) bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan keperluan penyelidikan telah dilaksanakan ke atas empat orang panelis pakar rujuk bidang penyelidikan. Seterusnya pendekatan ini dapat menentukan justifikasi rasional berkaitan dengan kesesuaian bagi pembangunan sebuah model pentaksiran kompetensi pelajar. Panelis adalah terdiri daripada (P1-GD) Professor (Dr) pakar rujuk dengan pengkhususan dalam bidang ‘Research Methodology’ bertugas di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (FPUM). Beliau adalah individu yang berjaya dalam bidang pembangunan instrumen dan item-item soal selidik; (P2-RC) Professor (Dr) selaku pensyarah kanan (dan Dekan) dalam bidang kemahiran metodologi pengajaran (Teaching Methdodology) proses P&P pendidikan teknik dan vokasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); (P3-NA) Pensyarah Kanan (Dr) dalam bidang Pengajian Akidah, Pemikiran Islam, Usulludin dan Teologi Islam dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM); dan (P4- RO) Pensyarah Kanan (Cemerlang) (Dr) dalam bidang Pendidikan Perguruan dengan pengkhususan Pendidikan Islam. Beliau bertugas di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisma Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI). Kesemua panelis ini mempunyai pengalaman dan kekompetenan yang tinggi di dalam proses P&P bagi setiap komponen pengajaran amali dan teori di institusi masing-masing. Hasil penelitian daripada temu bual telah dikenal pasti bahawa panelis memberikan gambaran yang baik mengenai penyelidikan ini. Kesemua panelis memberikan maklum balas yang boleh membantu penyelidik di dalam memberikan input terhadap kelangsungan penyelidikan ini. Berdasarkan kepada maklumat diperolehi daripada panelis menunjukkan bahawa pembangunan suatu model kaedah pentaksiran kompetensi sebagai alat pengukuran pencapaian pelajar amat diperlukan terutama di dalam sektor PLTV. Input yang sama juga dapat menyediakan justifikasi tambahan di bahagian kedua Fasa I ini apabila sesi penyemakan konstruk dan analisis instrumen dilaksanakan. Rata-rata kesemua pakar (P1-GD, P2-RC, P3-NA & P4-RO)
210 bersetuju dengan penyelidikan ini dalam meningkatkan lagi kriteria-kriteria dan ciriciri holistik ke dalam sistem pengukuran pencapaian pelajar-pelajar PLTV dan tidak bergantung hanya kepada aspek-aspek tertentu sahaja. Perkara ini diimbaskan kembali kenyataan-kenyataan panelis seperti berikut, Keperluan pembangunan penyelidikan terhadap model pentaksiran kompetensi dengan keseimbangan nilai-nilai jasmani, intelektual dan spiritual suatu pengukuran holistik pencapaian pelajar dalam sektor PLTV. “Kebanyakan yang saya teliti, banyak kajian berorientasikan keseimbangan nilai-nilai ini, namun lebih terarah kepada pendidikan arus perdana iaitu bagi solusi di peringkat institusi pengajian-pengajian tinggi, malah ada juga dilaksanakan dengan fokus di peringkat persekolahan sahaja” (P1-GD). Hal ini juga mendapat persetujuan daripada P2-RC yang banyak terlibat dengan kajian di peringkat latihan perguruan, “Keperluan model dalam kaedah pentaksiran dengan sesi pengujian komponen teoritikal dan praktikal bukan hanya terhadap aspek-aspek tertentu sahaja. Objektif pembelajaran yang digariskan agar mengcakupi elemen kognitif, afektif dan psikomotor sewajarnya diterima dalam sektor PLTV, tidak bergantung kepada kompentensi kemahiran (jasmani) sahaja, kesepaduannya wajar dizahirkan” (P2-RC). Selain itu juga, P1-GD yang juga telah menjalankan kajian bersama dengan Universiti Riau, Indonesia di bawah tajuk ‘Pembangunan Model Pentaksiran Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek (J.E.R.I.) di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia & Indonesia’ amat bersetuju dengan pengembangan keseimbangan domain-domain pembelajaran yang begitu sinonim dengan aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Dan secara dasar beliau berpendapat kedua-dua aspek seperti FPK dan domain pembelajaran wajar dijadikan panduan mengikut keperluan termasuk dalam sektor PLTV (P1-GD). Dalam konteks sektor PLTV, sistem pengukuran lebih menumpukan kepada komponen-komponen praktikal atau amali atau dalam aspek gerak kerja fizikal ‘handson’. “Sedikit sahaja amalan praktikal gerak kerja fizikal atau ‘hands-on’ dilaksanakan di dalam pendidikan arus perdana. Ini adalah kerana konsep pembelajaran bermatlamatkan pencapaian berpengetahuan (knowledge assessement) berbanding
211 pencapaian prestasi (performance assessment) gerak kerja dalam sektor PLTV” (P2- RC & P4-RO). Nilai dan perkara-perkara yang berbeza dari amalan sedia ada dalam pengukuran pencapaian telah disuarakan oleh P3-NA dan P4-RO “apabila menggubal dan membangunkan kurikulum atau kerangka pentaksiran bagi pencapaian pelajar iaitu elemen-elemen afektif atau lebih tepat lagi pengukuran nilai-nilai kerohanian pelajar sektor PLTV. Kadang-kala terlupa nilai-nilai ini kerana terlalu menumpukan kepada kemahiran fizikal atau kompetensi psikomotor dalam mengejar tahap kecekapan ‘hands-on’ sehingga adab dan akhlak pelajar tersisih untuk diukur” (P3-NA & P4-RO). P3-NA dan P3-RO percaya dengan pengembangan berasaskan kepada Falsafah Islam (FI) yang membincangkan tentang persoalan hubungan dengan Allah s.w.t, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan kehidupan alam yang lain. Menurut mereka, apabila sesuatu solusi dalam mana-mana kajian bidang pendidikan seharusnya merujuk kepada konsep Islamisasi yang menitik beratkan persoalan-persoalan dalam FI (P3-NA & P4-RO). Selain itu, P3-NA menambah lagi “model pentaksiran yang dilaksanakaan dalam penyelidikan ini merupakan pengujian kebolehan fizikal yang bukan hanya di dalam bidang pendidikan sahaja, malah berguna dalam mengingatkan kita semua agar konsep atau prinsip Islam mencari ilmu dan mengamalkannya”. Temu bual dijalankan mendapati bahawa keempat-empat panelis bersetuju agar penyelidikan ini diteruskan dengan penambahbaikan mengadaptasikan elemen-elemen sedia ada dalam pendidikan Islam kontemporari. Konsep holistik pada pandangan mereka adalah bukan sekadar komponen-komponen tertentu sahaja, malah kesepaduan nilai-nilai adalah lebih penting walaupun dalam pembangunan model pentaksiran sahaja. Tinjauan literatur juga mendapati pandangan P2-RC mengenai kerangka pembangunan item-item soalan ujian yang merujuk Taksonomi Bloom adalah orientasi Barat yang telah sejak lama dahulu (tahun 1956) dan masih mempunyai peranannya sehingga kini. Berasaskan objektif kepada pengembangan komponen kognitif dalam mengenal pasti pencapaian pelajar, maka eloklah satu mekanisma berkonsepkan Islamik diterokai (P2-RC).
212 4.1.1.1 Persetujuan Tentang Keperluan Penyelidikan Pembangunan Model Bahagian ini memaparkan dapatan penyelidikan berkaitan keperluan penyelidikan pembangunan model pentaksiran kompetensi bagi pengukuran pencapaian kompetensi pelajar-pelajar dalam sektor PLTV. Ciri-ciri model pentaksiran mengandungi nilai-nilai keseimbangan intelektual dan kerohanian menerusi platform aktiviti-aktiviti kemahiran jasmani atau latihan kemahiran. Secara langsung akan menjawab sub-soalan berikut, RQ1.1 Adakah terdapat keperluan pengujian pencapaian prestasi pelajar hanya memfokuskan kepada komponen terpilih sahaja? Hasil dari temu bual didapati kesemua panelis (P1-GD, P2-RC, P3-NA & P4- RO) tidak bersetuju dengan bentuk pengujian yang hanya memfokuskan kepada komponen-komponen terpilih sahaja. Ini bermaksud komponen teoritikal wajar bergandingan dengan komponen praktikal di semua bentuk pengujian pencapaian pelajar. Semua panelis bersetuju jika ruang lingkup aspek pengujian berorientasikan kesepaduan domain-domain pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor diserapkan ke dalam satu pakej pentaksiran pencapaian. Jadual 4.1 memaparkan terjemahan terhadap temu bual bersama panelis yang dibuat oleh penyelidik dari perspektif keperluan pembangunan penyelidikan bagi memenuhi solusi persoalan Fasa I sub-soalan RQ1.1. Manakala bagi sub-soalan kedua RQ1.2 dipaparkan menerusi Jadual 4.2 dalam konteks item-item keseimbangan bagi struktur pengukuran pencapaian dengan ciri-ciri holistik dan menjawab sub-soalan penyelidikan berikut, RQ1.2 Apakah item-item soalan pengujian pencapaian prestasi yang menyeluruh kepada pelajar?
213 Jadual 4.1 Persetujuan Panelis Pakar bagi Analisis Keperluan Penyelidikan bagi Sub-soalan RQ1.1 Aspek Pakar (Kod) Keputusan Keperluan pembangunan penyelidikan terhadap mewujudkan model pentaksiran bagi pengukuran menyeluruh pencapaian pelajarpelajar dalam Sektor PLTV. P1-GD YA, keperluan dalam proses penambahbaikan kepada kaedah pentaksiran sedia ada dan meningkatkan perbincangan intelektual di kalangan penyelidikpenyelidik dalam negara. P2-RC YA, keperluan pengujian ke atas komponen teoritikal dan praktikal. Dalam konteks latihan praktikal mencakupi kompetensi ‘hands-on’ kemahiran teknikal dan vokasional. P3-NA YA, keperluan pengukuran prestasi menyeluruh menurut keupayaan fitrah manusia. Hubungan antara ilmu dan pengamalan kemahiran fizikal. P4-RO YA, keperluan adaptasi pengukuran secara holistik menurut kemampuan manusia (pelajar). Jadual 4.2 Persetujuan Panelis Pakar bagi Analisis Keperluan Keseimbangan Nilai bagi Subsoalan RQ1.2 Aspek Pakar (Kod) Keputusan Nilai-nilai keseimbangan kemanusiaan dalam kaedah pengukuran pencapaian menyeluruh sektor PLTV P1-GD Bersetuju, panduan diberikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berorientasikan domain pembelajaran kognitif, afektif & psikomotor. Hubungan dalam aplikasi pembinaan nilai-nilai kemahiran jasmani, emosi, kerohanian & intelektual (JERI). P2-RC Bersetuju dengan gabungan nilai-nilai dipandukan oleh FPK yang berteraskan pengembangan jasmani, emosi, rohani & intelektual (JERI). P3-NA Bersetuju dengan nilai-nilai digariskan dalam Falsafah Islam; hablum minnallah, hablum minnas & hablum min al-Alam. P4-RO Bersetuju apabila nilai rujuk berpandukan kepada nilai-nilai keseimbangan terutama dalam aspek kerohanian dan diikuti dengan nilai intelektual, sikap/adab/akhlak dan kemahiran dalam amalannya. Terdapat tiga struktur maklumat bagi tujuan rujukan item-item pengukuran pencapaian pelajar dengan ciri-ciri holistik berhubung kait dengan nilai-nilai
214 keseimbangan jasmani, intelektual dan kerohanian. Paparan Jadual 4.3 adalah rumusan dapatan hasil penelitian temu bual bersama panelis pakar. Jadual 4.3 Persetujuan Rujukan Item-item Pengukuran Pencapaian Pelajar secara Menyeluruh dalam Sektor PLTV Bil. Item Pakar 1 Falsafah Islam (FI) P3-NA & P4-RO 2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) P1-GD & P2-RC 3 Objektif Pembelajaran (Domain Pembelajaran) P1-GD, P2-RC, P3-NA & P4-RO 4.1.1.2 Rumusan Dapatan Penyelidikan Temu Bual – Analisis Keperluan Bahagian Pertama dalam Fasa I analisis keperluan ini menjelaskan hasil temu bual bersama panelis pakar rujuk penyelidikan. Maklum balas panelis dapat membantu penyelidik bagi kelangsungan dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan pembangunan bagi mewujudkan model pentaksiran kompetensi berasaskan kepada ciri keseimbangan nilai-nilai yang holistik. Temu bual menyentuh kepada dua perkara utama yang merujuk kepada persoalan penyelidikan (RQ1.1 & RQ1.2) dengan solusi yang diterjemahkan ke dalam bentuk aspek-aspek yang wajar diteliti bagi memenuhi skop penyelidikan iaitu keperluan penyelidikan dengan adaptasi item-item keseimbangan jasmani, intelektual dan kerohanian. Keseluruhan analisis ini memberikan gambaran bahawa satu kerangka atau struktur model pentaksiran kompetensi wajar menepati ciri-ciri holistik yang diperlukan dalam menangani sistem pengukuran pencapaian pelajar dalam sektor PLTV negara. Beberapa item harus dipertimbangkan ke dalam penggubalan, reka bentuk dan pembangunan sebuah model pentaksiran yang boleh mengukur nilai-nilai kemahiran fizikal, kemahiran berfikir dan kemahiran kerohanian. Lanjutan itu, dapatan di Bahagian Pertama analisis keperluan ini dapat membantu penyelidik menyokong keperluan dalam pembangunan model pentaksiran berasaskan kepada keseimbangan nilai-nilai intelektual dan kerohanian di dalam aktiviti pembelajaran kemahiran fizikal sektor PLTV. Bahagian Kedua pula akan
215 memperbincangkan berkaitan penyemakan konstruk instrumen soal selidik yang dibangunkan penyelidik bagi tujuan penggunaannya dalam penyelidikan ini. 4.1.2 Penyemakan Instrumen Soal Selidik oleh Pakar – Analisis Keperluan Bahagian Kedua di Fasa I ini akan memperjelaskan kaedah pelaksanaan analisis penyemakan dan penambahbaikan konstruk instrumen soal selidik penyelidikan oleh sekumpulan empat orang panelis pakar rujuk. Konstruk instrumen soal selidik dibangunkan berdasarkan kepada tinjauan literatur yang dibahagikan kepada 3 Bahagian yang berfungsi bagi mendapatkan hasil penyelidikan iaitu Bahagian A adalah berkaitan dengan pemupukan ilmu dan kemahiran pelajar yang dipelajari. Diikuti dengan Bahagian B berkenaan pemantapan ilmu dan kemahiran bertujuan untuk mengukuh pelajaran atau latihan yang telah dipelajari. Manakala Bahagian C pula adalah peringkat penghayatan kepada ilmu dan kemahiran ke dalam bentuk amalan seharian. Bahagian-bahagian ini menggambarkan satu kitaran awal sehingga akhir sesuatu episod dalam proses P&P bukan sahaja dalam sektor PLTV malah sektor Akademik juga. Oleh itu, pendekatan yang dibawa ke dalam ketiga-tiga bahagian ini adalah kerangka utama di dalam mewujudkan satu model pentaksiran kompetensi bagi mengukur pencapaian pelajar setelah melalui proses P&P. 4.1.2.1 Pembinaan Konstruk Instrumen Penyelidikan Item-item soal selidik telah diolah semula daripada soalan-soalan sedia ada bagi menepati kehendak objektif penyelidikan ini. Olahan item-item bermula dari tinjauan literatur yang telah dikenal pasti menjurus kepada kaedah pentaksiran kompetensi dalam sektor PLTV bertujuan bagi mengukur pencapaian pelajar dengan asas-asas yang holistik. Jadual 4.4 memaparkan kerangka utama kepada konstruk instrumen diadaptasi daripada konsep pembelajaran yang dijelaskan oleh imam Al-Ghazali r.a. seperti dijelaskan H.M. Zurkani Jahja (2009) dan Abdul Hadi (2013). Kerangka ini merupakan sebuah kitaran amalan dalam proses P&P, bermula dari peringkat awal belajar iaitu pemupukan, diumpamakan sebagai proses penyemaian ilmu dan kemahiran dalam diri
216 pelajar; manakala ditengahnya adalah proses pengukuhan, iaitu peneguhan ilmu akal dengan keyakinan hati bagi pengamalannya; dan akhirnya ke peringkat penghayatannya yang diterjemahkan ke dalam bentuk pengamalan ilmu dan akhlak menerusi kemahiran jasmani. Konsep ini juga telah digarap dan disepadu dengan tindakan nilai kognitif, afektif dan psikomotor yang jelas meneraju pembinaan model pentaksiran kompetensi ini. Jadual 4.4 Kerangka Utama Konstruk Instrumen Soal Selidik berdasarkan Tinjauan Literatur Bahagian Kerangka Model Sumber Bahagian A Pemupukan H.M. Zurkani Jahja (2009) & Abdul Hadi (2013) Bahagian B Pemantapan Bahagian C Penghayatan Setiap Bahagian A, B dan C konstruk ini diikuti dengan tiga komponen iaitu pengukuran pencapaian dalam kemahiran jasmani, kemahiran intelektual dan kemahiran kerohanian. Manakala Jadual 4.5 pula memaparkan struktur komponen dibina untuk setiap bahagian soal selidik. Jadual 4.5 Struktur Pembinaan Komponen Soal Selidik berdasarkan Tinjauan Literatur Bahagian Item-item Konstruk Sumber Bahagian A Pemupukan - Kemahiran Jasmani - Kemahiran Intelektual - Kemahiran Kerohanian 1) Domain Pembelajaran Kognitif, Afektif & Psikomotor (Benjamin S. Bloom et al., 1956; David R. Krathwohl et al., 1964; Elizabeth J. Simpson, 1966) 2) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001) 3) Kesepaduan Domain pembelajaran oleh Sidek Baba (2006) Bahagian B Pemantapan - Pengukuhan Jasmani - Pengukuhan Intelektual - Pengukuhan Kerohanian Bahagian C Penghayatan - Pengamalan Jasmani - Pengamalan Intelektual - Pengamalan Kerohanian Manakala Jadual 4.6, Jadual 4.7 dan Jadual 4.8 menjelaskan struktur terperinci bagi konstruk Bahagian A. Kemudiannya setiap komponen iaitu kemahiran jasmani,
217 intelektual dan kerohanian dibahagikan pula mengikut skop dan pentaksiran pencapaian seseorang pelajar. Seterusnya Jadual 4.9, Jadual 4.10 dan Jadual 4.11 memaparkan struktur konstruk Bahagian B yang dibina menggunakan kerangka kemahiran jasmani, intelektual dan kerohanian. Jadual 4.12, Jadual 4.13 dan Jadual 4.14 pula menerangkan struktur konstruk Bahagian C yang juga dibina berasaskan kepada kerangka komponen yang sama. Struktur soal selidik bagi Bahagian A – Pemupukan memberi fokus kepada proses pengembangan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai afektif dalam proses P&P. Proses awalan ini dalam kitaran pembelajaran saling berkait dan menjadi jambatan menghubungkan di antara setiap bahagian dalam konstruk utama soal selidik ini. Jadual 4.6 Bahagian A: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pencapaian Kemahiran Jasmani Bahagian A Skop & Pentaksiran Pencapaian Sumber Pemupukan Kemahiran Jasmani 1) Kompetensi berkaitan Alatan Kerja 1) Kebolehan mengenal alatan kerja 2) Kebolehan kendali alatan kerja 3) Kebolehan asas kendali alatan kerja 4) Berkompeten mengoperasi alatan kerja 5) Berkepakaran mengoperasi alatan kerja Timothy L. J. Ferris et al. (2005) 2) Kompetensi berkaitan Bahan Kerja 1) Kebolehan mengenal bahan kerja 2) Kebolehan kendali bahan kerja 3) Kompetensi Merancang Operasi Kerja 1) Kebolehan merancang operasi kerja 4) Kompetensi penilaian hasil kerja 1) Kebolehan penilaian hasil produk kerja 2) Kebolehan mengenalpasti penambahbaikan produk kerja
218 Jadual 4.7 Bahagian A: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pencapaian Kemahiran Intelektual Bahagian A Skop & Pentaksiran Pencapaian Sumber Pemupukan Kemahiran Intelektual 1) Kompetensi Pengetahuan Kebolehan mengingati semula (recalling) pengetahuan Benjamin S. Bloom et al. (1956) 2) Kompetensi Kefahaman Kebolehan mentafsir (intepretasi) pengetahuan 3) Kompetensi Aplikasi Kebolehan aplikasi kefahaman dalam situasi berbeza 4) Kompetensi Analisis Kebolehan membahagikan/ memecahkan maklumat 5) Kompetensi Sintesis Kebolehan menggabung jalinkan menghasilkan satu teoritikal 6) Kompetensi Menilai Kebolehan mempertimbangkan keputusan penyelesaian sesuatu isu Jadual 4.8 Bahagian A: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pencapaian Kemahiran Kerohanian Bahagian A Skop & Pentaksiran Pencapaian Sumber Pemupukan Kemahiran Kerohanian Hubungan dengan Manusia 1) Kemahiran dengan Nilai-nilai Sosial 2) Kebolehan Kemahiran Sosial Omar Muhammad al-Toumy Al-Syaibani (1991); Rahim M. Sail et al. (2007) & Mohd Ridhuan Mohd Jamil (2016) Hubungan dengan Tuhan Elemen-elemen kebolehan kerohanian: 1) Berdoa 2) Amanah 3) Ehsan 4) Ikhlas 5) Muhasabah 6) Muraqabah 7) Tafakkur 8) Istiqomah Omar Muhammad al-Toumy Al-Syaibani (1991); Mgt Mohamed Amin Mgt Mohamed Nor, Noor Azlan Ahmad Zanzali, Rushami Zien Yusoff, Md Nor Bakar, Ahmad Basri Md Yussof, Hassan Hushin, & Adibah Abd Latif (2006)& Mohd Ridhuan Mohd Jamil (2016) Hubungan dengan Alam Kehidupan 1) Persekitaran selamat 2) Keharmurnian kehidupan bersama 3) Nilai sensitiviti kehidupan 4) Kesejahteraan hidupan lain Omar Muhammad al-Toumy Al-Syaibani (1991)& Mohd Ridhuan Mohd Jamil (2016)
219 Selanjutnya, struktur soal selidik di Bahagian B – Pemantapan menekankan kepada pengukuhan ilmu, kemahiran dan akhlak berpandukan kepada proses P&P di Bahagian A – Pemupukan. Jadual 4.9 Bahagian B: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pengukuhan Kemahiran Jasmani Bahagian B Skop & Pentaksiran Pencapaian Sumber Pemantapan Kemahiran Jasmani Peneguhan Jasmani 1) Kesihatan fizikal 2) Kesihatan pancaindera 3) Kebolehan ‘membuat’ (doing) 4) Kecergasan anggota fizikal 5) Kebolehan latihan/praktis 6) Kebolehan kendalian alatan 7) Kebolehan operasi kerja 8) Kebolehan penilaian Timothy L. J. Ferris et al. (2005) & Mgt Mohamed Amin Mgt Mohamed Nor et al. (2006) Jadual 4.10 Bahagian B: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pengukuhan Kemahiran Intelektual. Bahagian B Skop & Pentaksiran Pencapaian Sumber Pemantapan Kemahiran Intelektual Peneguhan Intelektual 1) Latihan ingat semula (recalling) 2) Latihan membuat rumusan 3) Latihan minda dengan fakta 4) Latihan minda pengembangan potensi afektif 5) Pengisian rohani pengembangan minda 6) Minda analitikal peneguhan kepercayaan Benjamin S. Bloom et al. (1956) Jadual 4.11 Bahagian B: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pengukuhan Kemahiran Kerohanian Bahagian B Skop & Pentaksiran Pencapaian Sumber Pemantapan Kemahiran Kerohanian Peneguhan Rohani 1) Hubungan dengan Tuhan 2) Pengisian rohani latihan hati 3) Stimuli potensi afektif 4) Pengembangan emosi/perasaan 5) Sosial pengembangan sikap 6) Moral sistem etika diri 7) Penilaian diri sistem koreksi diri 8) Kepercayaan pengembangan keyakinan Omar Muhammad al-Toumy AlSyaibani (1991) & Mgt Mohamed Amin Mgt Mohamed Nor et al. (2006)
220 Akhir sekali adalah struktur soal selidik di Bahagian C – Penghayatan memberi fokus kepada pelaksanaan dan pengamalan ilmu dan kemahiran dengan tingkah laku akhlak yang baik dalam gerak kerja seharian sama ada di bengkel, bilik kuliah mahupun bersama masyarakat amnya. Jadual 4.12 Bahagian C: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pengamalan Kemahiran Jasmani. Bahagian C Skop & Pentaksiran Pencapaian Sumber Penghayatan Kemahiran Jasmani Pengamalan/ Praktis Jasmani 1) Amalan aktiviti fizikal 2) Amalan manipulasi alatan 3) Amalan manipulasi bahan kerja 4) Amalan gerak kerja deria dan anggota 5) Amalan berbentuk lisan 6) Amalan berbentuk bukan lisan Timothy L. J. Ferris et al. (2005) Jadual 4.13 Bahagian C: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pengamalan Kemahiran Intelektual Bahagian C Skop & Pentaksiran Pencapaian Sumber Penghayatan Kemahiran Intelektual Pengamalan/ Praktis Intelektual 1) Pengamalan mengingati semula ilmu 2) Pengamalan merujuk kepada fakta 3) Pengamalan kepada nilai kuantitatif 4) Pengamalan kepada nilai kualitatif 5) Amalan penilaian data dan maklumat sahih 6) Amalan kepada ilmu logik Benjamin S. Bloom et al. (1956) Jadual 4.14 Bahagian C: Struktur Pembinaan Soal Selidik Pengamalan Kemahiran Kerohanian Bahagian C Skop & Pentaksiran Pencapaian Sumber Penghayatan Kemahiran Kerohanian Pengamala n/Praktis Rohani 1) Perbuatan dengan minat 2) Gerak kerja dengan tekun 3) Tingkah laku dengan beradab 4) Sikap penghargaan 5) Bertindak dengan emosi baik 6) Muhasabah penilaian kendiri 7) Amalan lisan cerminan nilai Omar Muhammad alToumy Al-Syaibani (1991) & Mgt Mohamed Amin Mgt Mohamed Nor et al. (2006)
221 4.1.2.2 Persetujuan Pakar Rujuk Kerangka Utama Konstruk Instrumen Penyediaan borang soal selidik bagi semakan, penelitian dan cadangan balas panelis pakar rujuk kepada kerangka utama yang terdiri daripada tiga bahagian utama (Rujuk Jadual 4.4). Hasil semakan mendapati bahawa kesemua panelis pakar tidak mempunyai halangan ke atas adaptasi dan penggunaan kerangka tersebut. Bahagianbahagian kerangka memaparkan cadangan mereka seperti di dalam Jadual 4.15. Keseluruhan panelis telah memberi sokongan ke atas kerangka utama di dalam penstrukturan model pentaksiran dalam proses P&P sektor PLTV. Namun begitu, P2-RC memberikan maklum balas yang amat berguna apabila telah mencatat cadangan balas ke atas penggunaan istilah di Bahagian A kepada istilah ‘Pemupukan’, apabila penyelidik sebelumnya telah menggunakan istilah ‘Penanaman’. Beliau memberikan justifikasi bahawa ‘penanaman’ lebih berorientasikan kepada bidang pertanian dan bukan pendidikan. Oleh itu, penyelidik telah menukarkannya kepada istilah ‘Pemupukan’ kerana lebih sesuai dengan pengembangan modal insan. Jadual 4.15 Maklum balas Pakar Rujuk Terhadap Kerangka Utama Konstruk Soal Selidik Bahagian Kerangka Utama Pakar P1-GD P2-RC P3-NA P4-RO Bahagian A Pemupukan Tiada Halangan Tiada Halangan Tiada Halangan Tiada Halangan Bahagian B Pemantapan Tiada Halangan Tiada Halangan Tiada Halangan Tiada Halangan Bahagian C Penghayatan Tiada Halangan Tiada Halangan Tiada Halangan Tiada Halangan 4.1.2.3 Persetujuan Pakar Rujuk Terhadap Komponen Pentaksiran Merujuk Jadual 4.5 struktur pembinaan yang merupakan komponen-komponen kesepaduan nilai kognitif, afektif dan psikomotor diperkembangkan lagi. Menerusi proses P&P yang berorientasikan ‘hands-on’ atau dikenali dengan komponen kemahiran praktikal, maka item-item soalannya dibina bertujuan memenuhi ciri-ciri kesepaduan nilai-nilai tersebut. Jadual 4.16 memaparkan hasil penelitian oleh panelis bagi menyatakan maksudnya tersebut di atas.
222 Jadual 4.16 Maklum balas Pakar Rujuk Terhadap Komponen Konstruk Pentaksiran Kerangka Utama (Bahagian) Komponen Konstruk Pakar P1-GD P2-RC P3-NA P4-RO Bahagian A Pemupukan - Kemahiran Jasmani - Kemahiran Intelektual - Kemahiran Kerohanian Setuju Setuju Setuju Setuju Bahagian B Pemantapan - Pengukuhan Jasmani - Pengukuhan Intelektual - Pengukuhan Kerohanian Setuju Setuju Setuju Setuju Bahagian C Penghayatan - Pengamalan Jasmani - Pengamalan Intelektual - Pengamalan Kerohanian Setuju Setuju Setuju Setuju Persetujuan ke atas item-item komponen soal selidik ini berpandukan kepada semua panelis membuat semakan ke atas setiap 163 item soalan yang telah dibangunkan. Namun, P3-NA memberikan maklum balas agar nilai-nilai Falsafah Islam (FI) sentiasa dijadikan unit pengukuran pencapaian di dalam pembangunan kerohanian pelajar. 4.1.2.4 Persetujuan Pakar Rujuk Terhadap Kriteria Pentaksiran Pencapaian Rujukan dari Jadual 4.6, Jadual 4.7 dan Jadual 4.8 yang telah menjelaskan struktur pembinaan item-item soal selidik untuk Bahagian A, di mana mengandungi kriteria-kriteria pengukuran pencapaian pemupukan jasmani, intelektual dan kerohanian. Dan hasil dapatan telah dipaparkan dalam Jadual 4.17 adalah maklum balas panelis terhadap persetujuan di Bahagian A iaitu pemupukan terhadap kriteria yang disediakan oleh penyelidik dengan ciri-ciri kesepaduan nilai-nilai holistik.
223 Jadual 4.17 Maklum balas Pakar Rujuk Terhadap Kriteria Konstruk Bahagian A – Pemupukan Kemahiran Jasmani, Intelektual & Kerohanian. Konstruk Utama (Bahagian A) Kriteria Pentaksiran Pencapaian Pakar P1-GD P2-RC P3-NA P4-RO Pemupukan Kemahiran Jasmani 1) Kompetensi berkaitan Alatan Kerja Setuju Setuju Setuju Setuju 2) Kompetensi berkaitan Bahan Kerja Setuju Setuju Setuju Setuju 3) Kompetensi Merancang Operasi Kerja Setuju Setuju Setuju Setuju 4) Kompetensi penilaian hasil kerja Setuju Setuju Setuju Setuju Pemupukan Kemahiran Intelektual 1) Kompetensi Pengetahuan Setuju Setuju Setuju Setuju 2) Kompetensi Kefahaman Setuju Setuju Setuju Setuju 3) Kompetensi Aplikasi Setuju Setuju Setuju Setuju 4) Kompetensi Analisis Setuju Setuju Setuju Setuju 5) Kompetensi Sintesis Setuju Setuju Setuju Setuju 6) Kompetensi Menilai Setuju Setuju Setuju Setuju Pemupukan Kemahiran Kerohanian 1) Hubungan dengan Manusia Setuju Setuju Setuju Setuju 2) Hubungan dengan Tuhan Setuju Setuju Setuju Setuju 3) Hubungan dengan Alam Kehidupan Setuju Setuju Setuju Setuju Hasil dapatan secara lisan daripada salah seorang panelis iaitu P1-GD memberikan pendapatnya bahawa olahan item-item soalan adalah baik, ianya ringkas dan mudah difahami. Namun, beberapa item didapati bersifat ‘dichotomous’, oleh itu perlu diperbaiki agar soal selidik tidak boleh sekali-kali dalam satu item soalan mempunyai dua maksud yang berbeza. Manakala lain-lain panelis pakar bersetuju dengan kriteria item-item disediakan. Manakala Jadual 4.18 menunjukkan kriteria Bahagian B – Pemantapan setelah segala elemen yang terdapat dalam proses di Bahagian A dilaksanakan sebagai kitaran proses P&P seperti dipersetujui oleh panelis pakar. Dapatan yang terdahulu merujuk kepada Jadual 4.9, Jadual 4.10 dan Jadual 4.11 merupakan struktur pembinaan bagi item-item soal selidik di Bahagian B mengandungi
224 kriteria pengukuran pencapaian di dalam pemantapan kemahiran jasmani, intelektual dan kerohanian pada setiap pelajar. Dan Jadual 4.18 pula memaparkan maklum balas daripada panelis pakar mengenai persetujuan ke atas kriteria yang disediakan oleh penyelidik. Jadual 4.18 Maklum balas Pakar Rujuk Terhadap Kriteria Konstruk Bahagian B – Pemantapan Kemahiran Jasmani, Intelektual & Kerohanian. Konstruk Utama (Bahagian B) Kriteria Pentaksiran Pencapaian Pakar P1-GD P2-RC P3-NA P4-RO Pemantapan Kemahiran Jasmani Peneguhan Jasmani Setuju Setuju Setuju Setuju Pemantapan Kemahiran Intelektual Peneguhan Intelektual Setuju Setuju Setuju Setuju Pemantapan Kemahiran Kerohanian Peneguhan Rohani Setuju Setuju Setuju Setuju Di akhir adalah rujukan kepada Jadual 4.12, Jadual 4.13 dan Jadual 4.14 merupakan penyediaan struktur soal selidik bagi item-item di Bahagian C yang terdiri daripada kriteria pengukuran pencapaian di dalam penghayatan menerusi pengamalan kemahiran jasmani, intelektual dan kerohanian pelajar. Jadual 4.19 memaparkan maklum balas keempat-empat panelis pakar penyelidikan ini. Keseluruhan analisis semakan oleh pakar-pakar rujuk ke atas konstruk soal selidik ini amat membantu penyelidik mengklasifikasikannya mengikut struktur pembangunannya seperti yang terdapat dalam kerangka utama, komponen konstruk dan kriteria pentaksirannya. Dan salah satu contoh penyemakan oleh seorang pakar rujuk (P1-GD) boleh dilihat secara perincian jawapannya di Appendik A.
225 Jadual 4.19 Maklum balas Pakar Rujuk Terhadap Kriteria Konstruk Bahagian C – Penghayatan Kemahiran Jasmani, Intelektual & Kerohanian. Konstruk Utama (Bahagian C) Kriteria Pentaksiran Pencapaian Pakar P1-GD P2-RC P3-NA P4-RO Pemantapan Kemahiran Jasmani Pengamalan Kemahiran Jasmani Setuju Setuju Setuju Setuju Pemantapan Kemahiran Intelektual Pengamalan Kemahiran Intelektual Setuju Setuju Setuju Setuju Penghayatan Kemahiran Kerohanian Pengamalan Kemahiran Rohani Setuju Setuju Setuju Setuju 4.1.2.5 Rumusan Dapatan Penyemakan Konstruk Instrumen Soal Selidik Secara khususnya, kerangka utama instrumen soal selidik dibenarkan untuk membentuk tema utama penyelidikan. Diikuti pula dengan komponen-komponen jelas sebagai rujukan berterusan dalam kitaran P&P. Kerangka utama dengan padanan komponen dan dilengkapi pula kriteria pentaksiran memenuhi kehendak suatu instrumen pengukuran penyelidikan. Berdasarkan kepada maklum balas diperolehi menerusi sesi penyemakan oleh panelis pakar, kerangka utama membantu dan memudahkan pembinaan instrumen soal selidik yang diperlukan penyelidikan. Penentuan komponen dan kriteria soal selidik berasaskan kepada konsep dan teoritikal oleh penyelidik terdahulu telah berjaya digabung jalin dan seterusnya mengadaptasikan dalam membentuk satu pakej instrumen yang baik dalam penyelidikan ini. Penyemakan konstruk instrumen oleh panelis pakar dengan maklum balas meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penyelidikan. Beberapa pembetulan minor dari segi tata bahasa, ejaan, penggunaan istilah dan kesesuaian item telah di sepadankan semula. Secara keseluruhannya, konstruk instrumen soal selidik dibina dengan isi kandungannya yang cukup-cakup keperluan penyelidikan. Proses penambahbaikan dengan kaedah penyemakan pakar sekaligus telah membentuk instrumen penyelidikan berasaskan kepada kehendak semasa. Lanjutan itu juga, dapatan penyelidikan dalam fasa analisis keperluan ini dapat membantu penyelidik menyumbang kepada keperluan pembangunan sebuah model