26 2) Taksonomi Bloom; pembentukan kemahiran intelektual (akal) yang didasari oleh domain kognitif merujuk kepada konsep Taksonomi Bloom yang memainkan peranan pentingnya kepada penggubal-penggubal item soalan ujian bertulis merujuk kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) sebagai kerangka utama pembangunan instrumen pengujian pencapaian pelajar (Aijaz Ahmed, Aziz un-Nisa, & Tayyaba Zarif, 2013; Helenrose Fives & Nicole DiDonato-Barnes, 2013). Kerangka berasaskan kepada klasifikasi taksonomi ini merujuk kepada aras-aras hiraki dalam melakukan penggubalan item soalan ujian bertulis. Di mana ianya telah menyenaraikan aras taksonomi ini sebagai satu kerangka pengukuran pencapaian pengetahuan pelajar sahaja dalam proses pengujian (Aqilah Huddin, WM Diyana W.Zaki, Aini Hussain, Hafizah Husain, & Nor Fadzilah Abdullah, 2008; Aijaz Ahmed et al., 2013; Helenrose Fives et al., 2013). 3) Klasifikasi Objektif Pembelajaran; sebuah idea model integrasi antara domaindomain pembelajaran dan pembangunan kerohanian menerusi bimbingan Teologi AlGhazali r.a. yang mengatur proses P&P dengan sistematik. Klasifikasi diadaptasi merupakan asas utama ke dalam penyelidikan pembentukan model pentaksiran kompetensi ini dengan bermatlamatkan pencapaian pelajar-pelajar dalam menguasai ilmu dan kemahiran. Pengkelasan ini dibahagikan kepada tiga bahagian dengan matlamatnya tersendiri iaitu proses ‘kemahiran pembentukkan akal (kognitif)’; ‘kemahiran memupuk emosi, perasaan (afektif) dan nilai kerohanian’; dan ‘pembangunan kemahiran fizikal (psikomotor)’ oleh pelajar (Benjamin S. Bloom et al., 1956; David R. Krathwohl et al., 1964; Elizabeth J. Simpson, 1966). Kemahiran untuk kawasan psikomotor bertujuan untuk menyerap latihan kemahiran berorientasikan gerak kerja ‘hands-on’ atau ‘action-oriented’ yang diperlukan untuk tindakan sama ada di wokshop, makmal atau tempat kerja sebenar (Elizabeth J. Simpson, 1966). 4) Teologi Al-Ghazali r.a. Pendekatan Metodologi; sebuah teologi Islam yang dikonsepsikan oleh Imam Al-Ghazali r.a. (H.M. Zurkani Jahja, 2009; Abdul Hadi, 2013). Teologi memperbincangkan dua faktor bimbingan yang wujud iaitu mengenai manusia dan persekitaran yang berhubung kait dengan pengaruh fizikal dan psikologisnya. Al-Ghazali r.a. membahagikannya dengan tiga fasa utama dalam mencapai keberhasilan pembinaan insan. Fasa-fasa tersebut terdiri daripada
27 ‘Pemupukan’, ‘Pemantapan’ dan ‘Penghayatan’. Dan setiap fasa pula diikuti dengan struktur pembangunannya iaitu ‘untuk siapa (objeknya)’, ‘untuk apa (tujuannya)’, ‘bagaimana (kaedahnya)’, ‘bahan (apa yang diberikan)’, ‘literatur (maklumatnya)’ dan ‘keberhasilan (pemerolehan ilmu)’. Penanaman; tahap asas dan awalan proses pembelajaran seseorang manusia bermula dengan pemerolehan ilmu pengetahuan yang mudah sepadan dengan kapasiti peringkat permulaan pembelajaran. Sedikit demi sedikit penyemaian dan pemerolehan ilmu pengetahuan diperkembangkan sehingga mencapai matlamat dalam pembelajarannya; Pemantapan; ilmu dan kemahiran dipertingkatkan tahapnya sehingga menjadi kukuh dalam diri seseorang pelajar berbentuk kefahaman dan pengamalan ilmunya. Kaedah-kaedah peneguhan dipersiapkan sebelum melaksanakan pengamalan ilmu tersebut; dan Penghayatan; peringkat meletakkan sifat keyakinan diri pelajar mengenai ilmu dan kemahiran dipelajari sehingga berguna kepada manfaat kehidupan, malah ianya berjaya dipraktiskan dalam kenidupan sehariannya. Dan paling mustahak di fasa ini adalah berpotensi memberikan perkongsian ilmu pengetahuan dengan bimbingan kepada yang memerlukannya. 5) Taksonomi Domain Psikomotor; kemahiran psikomotor sebagai Domain Taksonomi oleh Ferris, TLJ & Aziz, SM (2005) membentuk tujuh aras hiraki dalam keberhasilan pembelajaran iaitu: i. Kenal pasti Peralatan dan Bahan Kerja Peringkat asas dalam kemahiran kompetensi melibatkan kebolehan mengenalpasti peralatan dan bahan kerja. Aras kemahiran ini mengkehendaki pelajar mengenali alat dan bahan latihan, sebagai contoh nama, fungsi alatan dan bahan yang akan digunakan. Dalam gerak kerja teknikal terdapat keperluan bagi penggunaan peralatan dan bahan-bahan tertentu bertujuan penyelesaian sesuatu tugasan. Mengenalpasti kedua-dua subjek peralatan dan bahan ini memberi kelebihan kepada pelajar dalam keberkesanan gerak kerja dan keselamatannya. Kenal pasti alatan dan bahan adalah peringkat pertama sebelum pelajar boleh melakukan kerja dengan baik sebelum menggunakannya. Keselamatan adalah perkara penting kerana ianya berkaitan dengan fungsi dan tugasan alatan dan bahan tersebut.
28 ii. Kendalian Peralatan dan Bahan Kerja Peralatan dan bahan memerlukan kendalian yang betul dengan fungsi dan peranannya yang betul. Penggunaan peralatan dan bahan perlu diketahui oleh pelajar seperti kaedah memegang, menggerakkan dan melaraskannya. Pengendalian yang baik mengelak daripada kerosakkan kepada peralatan, bahan dan persekitaran atau risiko kecederaan kepada rakan-rakan dan pengajar. Kesedaran terhadap kemungkinan menghadapi masalah kepada peralatan dan bahan kerja mengelak daripada berlakunya risiko kecederaan. iii. Operasi Asas Peralatan Kerja Operasi peralatan kerja adalah kebolehan pelajar mengendalikan alatan dengan baik. Aras kompetensi ini adalah berkaitan dengan bagaimana untuk menjalankan operasi sesuatu peralatan dan bagaimana pula untuk menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan. iv. Kompeten menjalankan Operasi Peralatan Kerja Di peringkat ini, pelajar dapat dengan lancar menggunakan alatan kerja melaksanakan pelbagai jenis tugas mengikut fungsi-fungsi peralatan itu direka. Tugasan dapat dilaksanakan dengan baik mengikut susunan dan langkah-langkah membolehkan pelajar menyelesaikan tugasannya. v. Berkepakaran menjalankan Operasi Peralatan Kerja Keupayaan untuk menggunakan peralatan kerja dengan mudah, cepat, cekap, berkesan dan selamat di dalam pelaksanaan tugasan secara konsisten. Pelajar sebagai pengguna alatan kerja ini dapat menghasilkan produk yang tepat dalam konteks yang lebih menyeluruh dan luas dalam operasinya. vi. Rancangan Operasi Kerja Pada tahap ini pelajar lebih cekap untuk membuat perancangan spesifikasi kerja yang diperlukan dan bersedia untuk boleh melakukan perubahan ke atas urutan tugasan kerja yang diberikan untuk mencapai penghasilan sesuatu produk yang baru. vii. Penilaian dan Perancangan kepada Penambahbaikan Produk Pada tahap kebolehan ini, pelajar cekap untuk membuat penilaian kualiti produk yang dihasilkannya. Pelajar berkebolehan mengenalpasti kekurangan dan boleh mengambil tindakan bagi pembetulan segala kekurangan, kerosakan produk dan tidak berlaku kesilapan yang sama lagi.
29 Tinjauan dari teori-teori pembangunan kerohanian menjelaskan bahawa proses pembelajaran atau proses penyemaian ilmu pengetahuan dan kemahiran serta nilai murni harus menepati kepada sifat fitrah manusia. Menurut Al-Ghazali (1990), manusia adalah secara fitrahnya akan memerlukan Agama kerana ianya bersifat mendidik. Agama Islam yang syumul sentiasa mempunyai peranannya dan relevan sepanjang zaman di dalam pembangunan potensi diri secara menyeluruh dan seimbang bagi persiapan manusia mendapatkan kemakmuran kehidupan dunia dan akhirat (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1980, 2001; Hasan Langgulung, 2001; Wan Mohd Nor Wan Daud, 2014). Oleh itu, komponen-komponen Agama mempunyai seribu satu macam ‘input’ yang boleh diadaptasikan ke dalam mana-mana penyelidikan. Justeru, rumusan boleh dinyatakan bahawa idea kepada gabung-jalin teoritikal yang terdiri daripada falsafah, model domain pembelajaran (kognitif, afektif dan psikomotor), taksonomi domain psikomotor dan bimbingan Teologi Al-Ghazali r.a. adalah bersesuaian sekali memenuhi keperluan penyelidikan ini. Adaptasi konsepkonsep dan falsafah telah membentuk satu kerangka penyelidikan yang dikhususkan dalam mereka bentuk model pentaksiran kompetensi pelajar berasaskan kepada keseimbangan nilai-nilai jasmani, intelektual dan kerohanian bagi pengamalan di sektor PLTV. Kerangka Konseptual Penyelidikan Kerangka konseptual merupakan satu rajah yang dijadikan panduan asas di dalam proses penyelidikan. Ianya adalah satu hubungan idea dalam komponenkomponen pelaksanaan penyelidikan. Menurut Ghazali Darulsalam et al. (2016) kerangka penyelidikan amat berguna dalam memandu penyelidik menyelesaikan apaapa permasalahan penyelidikan. Ianya berbentuk illustrasi dengan langkah-langkah disertai dengan prosedur yang memberikan maklumat sepenuhnya terhadap keseluruhan penyelidikan. Kerangka ini melicinkan lagi penyelidik membuat semakan dan mengesan hubungan antara semua pemboleh ubah di dalam penyelidikan. Rajah 1.2 menunjukkan kerangka penyelidikan menggambarkan keseluruhan penyelidikan ini. Ianya menjadi pandu arah kepada penyelidikan di dalam pelaksanaannya dengan sempurna supaya tidak tersasar daripada objektif asalnya.
30 Penyelidikan pembangunan model pentaksiran kompetensi pencapaian pelajar bercirikan keseimbangan holistik berasaskan kepada nilai-nilai jasmani, intelektual dan kerohanian bagi pengamalan di sektor PLTV dilaksanakan merujuk kepada Model Pembangunan Rita C. Richey, James D. Klein, & Wayne A. Nelson, (2007). Penyelidikan dibangunkan menerusi tiga fasa utama yang terdiri dari Fasa I: Analisis Keperluan; Fasa II: Pembangunan Rekabentuk Model dan Fasa III: Pengujian Kebolehgunaan Model (Rita C. Richey & James D. Klein, 2014). Rajah 1.2, Kerangka Penyelidikan (Diadaptasi dan diubahsuai dari Model Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan oleh Rita C. Richey, James D. Klein & Wayne A. Nelson (2007) (Rita C. Richey & James D. Klein, 2014; Mohd Nazri Abdul Rahman, 2014; Ghazali Darulsalam et al., 2016). Tafsiran Dan Definisi Operasional Terdapat beberapa tafsiran dan definisi operasional secara spesifik dan umum digunakan dalam penyelidikan ini. Tafsiran dan definisi ini diberikan menurut skop penyelidikan dan menerangkan mengenai pihak peserta, responden dan pemboleh ubah Fasa I Fasa II Fasa III Analisis Keperluan Reka Bentuk & Pembangunan Penilaian Kebolehgunaan Kenalpasti Keperluan Penyelidikan Pakar-pakar 1 (Pakar Rujuk) Pembangunan Model Pentaksiran Kompetensi bagi Pengukuran Pencapaian Pelajar Sektor PLTV Pakar-pakar 2 (Pakar PLTV) Pengujian Kebolehgunaan & Praktis Model Pentaksiran Kompetensi di Institusi Latihan Sektor PLTV Pakar-pakar 3 (Pakar Pengajar – PAJAR) Pembinaan Konstruk Set Soal Selidik Temu Bual Pakar Penyemakan Pakar Kesepakatan Pakar & Pengemaskinian Instrumen Kajian Rintis Teoritikal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Taksonomi Bloom Taksonomi Domain Psikomotor Teologi Al-Ghazali r.a. Klasifikasi Objektif Pembelajaran Kerangka Teoritikal Proses Kenalpasti Keperluan Penyelidikan Konstruk Set Soal Selidik 1 Kesepakatan Pakar Draf/Prototaip 1 Item-item Kerangka Model Penemaan Semula Item-item ke ‘action-verbs’ Draf/Prototaip 2 Item-item Kerangka Model Draf Model Pentaksiran Kompetensi Holistik Konstruk Set Soal Selidik 2 (Model Pentaksiran Fuzzy Delphi Kompetensi) Method (FDM) Kesepakatan Personel PAJAR Model Pentaksiran Kompetensi Holistik Pelajar PLTV Fuzzy Delphi Method (FDM)
31 yang hendak diuji atau dimanipulasikan. Ini memberikan gambaran bagaimana konsep dan teoritikal yang hendak di selidiki itu dapat diperhatikan. 1.12.1 Istilah-istilah dan Maksud Operasional dalam Penyelidikan Istilah-istilah bagi maksud penyelidikan ini adalah seperti penerangan berikut: 1.12.1.1 Model Menurut Stake (2004), model ditakrifkan sebagai “A model as a prototype or template or recipe or idea”. Secara ringkasnya, model adalah satu bentuk konsepsi yang diillustrasikan dalam bentuk grafik bagi pembaca senang untuk memahami proses kerja atau aktiviti yang dimaksudkan oleh penyelidik (Mohd Nazri Abdul Rahman, 2014). Manakala R. Palaniappan (2008) menjelaskan bahawa model dalam konteks kemahiran kompetensi bermaksud “… representations of the complex reality of the world”. Di mana istilah model berasal daripada bahasa Latin ‘modulus’ yang bermaksud “a small measure of something”. Manakala Ghazali Darulsalam et al. (2016) menyatakan bahawa model adalah kaedah atau cara atau bentuk yang sama seperti yang asalnya, tetapi berskala lebih kecil daripada asalnya. Oleh itu, penyelidikan ini merujuk kepada model gambaran berbentuk metodologi atau kaedah untuk mewakili item pemboleh ubah, benda atau perkara yang sebenar diwakilinya. Perkara ini adalah suatu kaedah, deskripsi, analogi, proses atau prosedur untuk dicontohi dan dikuti bagi membantu memahami perkara yang kompleks. 1.12.1.2 Instrumen Instrumen adalah satu alatan pengukuran atau alatan pemerhatian bagi menyediakan satu dokumen bermaklumat dengan fakta berbentuk boleh diukur atau nilai kuantitatif. Sesuatu instrumen perlu dikenal pasti sebelum sesuatu maklumat dikutip dan ianya berkemungkinan satu pengujian, set item soal selidik, maklumat log, senarai semak pemerhatian, inventori atau instrumen pentaksiran. Instrumen penyelidikan yang diubah suai ini dikenal pasti bagi mengutip maklumat yang
32 ditetapkan menurut kesesuaian objektif penyelidikan (John W. Creswell, 2012). Ubah suai instrumen adalah berpandukan dengan adaptasi konsep teroritikal sedia ada. 1.12.1.3 Objektif Pembelajaran Objektif pembelajaran adalah suatu penyataan yang menerangkan apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran atau menjelaskan hasil dan produk pembelajaran yang dilalui mereka. Di mana hasil tersebut harus dapat diukur dan dilihat sebagai bukti kepada objektif pembelajaran telah berlaku pada pelajar-pelajar (Benjamin S. Bloom et al., 1956). Umumnya, objektif pembelajaran adalah penyataan mengenai matlamat yang diharapkan mengenai perubahan ke atas pemikiran, emosi serta perasaan dan tingkah laku atau tindakan pelajar-pelajar berakibat daripada satu proses atau program pendidikan (M. David Miller et al., 2009). 1.12.1.4 Pendidikan Tertiari Pendidikan tertiari adalah tahap pendidikan pasca-persekolahan iaitu selepas pelajar berumur 15 – 17 tahun di persekolahan wajib arus perdana (Unit Perancang Ekonomi, 2010). Pendidikan di peringkat lepasan sekolah menengah ini meliputi pengajian di universiti, kolej, politeknik dan institusi kemahiran dan latihan teknikal. Penyelidikan ini hanya akan merujuk kepada pendidikan berasaskan kepada pendidikan berorientasikan kemahiran praktikal berteraskan kepada domain psikomotor yang berlaku di kolej-kolej vokasional, institusi pendidikan teknikal, pendidikan PLTV atau ILKA dan ILKS. 1.12.1.5 Kaedah Merupakan satu cara atau jalan dan langkah yang tertib menyangkuti masalah cara kerja untuk dapat memahami objek yang menjadi sasaran keilmuan yang berkaitan, sebagai alat berfungsi untuk mencapai objektif. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisinya sebagai “cara melakukan sesuatu atau sistem”. Menurut H.M. Zurkani Jahja (2009), kaedah adalah satu cara atau metodologi dalam mencapai sesuatu objektif. Manakala menurut Deborah Levy (2006) bermaksud,
33 “The strategy, plan of action, process or design lying behind the choice of particular methods and linking the choice and use of methods to the desired outcomes” (Crotty, 1998) Dalam konteks pendidikan, Ab. Halim Tamuri et al. (2010) mencatatkan bahawa ianya adalah satu perancangan atau prosedur dalam pelaksanaan pengajaran secara teratur, kemas, berstruktur dan bersistematik. Ianya adalah berkaitan dengan langkah demi langkah atau peringkat demi peringkat terhadap suatu pengajaran yang tersusun dengan kesinambungan yang harus diikuti dengan saksama dalam mencapai satu program pembelajaran. 1.12.1.6 Pendekatan Pendekatan adalah proses mendekatkan sesuatu perkara dalam bidang pendidikan bagi mencerminkan pandangan berkaitan hakikat matlamat pelajaran yang harus berlandaskan kepada model, prinsip, konsep atau teoritikal pembelajaran. Sebagai contoh, pelajaran mudah kepada pelajaran yang kompleks, pelajaran yang umum kepada pelajaran spesifik atau daripada spesifik kepada induktif (umum), dari perkara yang kecil kepada yang besar atau daripada belum diketahui kepada yang diketahui (Ab. Halim Tamuri et al., 2010). 1.12.1.7 Pengukuran Pengukuran merujuk kepada set prinsip asas dan prosedur di dalam menguji serta mentaksir pencapaian dalam proses P&P. Pengukuran adalah bersifat kuantitatif berbentuk penjelasan numerik (angka/nombor) mewakili pencapaian pelajar. Angka atau nombor merupakan indikator pengukuran tahap pencapaian atau kedudukan pelajar di dalam pembelajaran (Heather Fry, Steve Ketteridge, & Stephanie Marshall, 2009). 1.12.1.8 Penilaian Penilaian adalah proses yang bersistematik semasa mengumpul dan menganalisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif ditetapkan telah tercapai. Proses
34 yang dirangka bagi menyediakan maklumat membantu membuat pertimbangan berkaitan situasi sebenar dalam pendidikan. Penyelidik menggunakan istilah penilaian dan pentaksiran yang merujuk kepada konsep sejauh mana pertimbangan nilai yang diberikan kepada sesuatu pengukuran perangai dan tingkah laku (Heather Fry et al., 2009; Mokhtar Ismail, 2009). 1.12.1.9 Pentaksiran Maksud pentaksiran adalah merujuk kepada “satu metodologi pengumpulan maklumat mengenai pelbagai bidang yang menarik perhatian, dan menganalisis dengan menggunakan teknik yang sesuai dengan tujuan memberikan data yang realistik bagi membuat keputusan yang dapat membantunya dalam proses diagnosis dan terapi sesuatu bidang tersebut” (Hasan Langgulung, 2001). Manakala dalam konteks PLTV, pentaksiran adalah “suatu proses mengutip bukti dan seterusnya membuat pertimbangan sama ada tahap kekompetenan telah dicapai atau belum. Ini bagi menentukan bahawa seseorang individu tersebut telah mencapai prestasi dikehendaki menurut standard kebangsaan (GWA, 2013; Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2015c). 1.12.1.10 Kaedah Pentaksiran Satu cara dan strategi mengumpul data menerusi sesi pengujian dan penilaian yang terdiri daripada memilih jawapan bagi soalan berbentuk pilihan pelbagai (objektif), membina jawapan sendiri (esei), pentaksiran prestasi dan komunikasi individu (Agensi Kelayakan Malaysia, 2013). 1.12.1.11 Pengajar Pengajar adalah individu bertanggungjawab dan pakar dalam bidang berkaitan latihan kemahiran, teknikal dan vokasional yang berkompetenan dalam kemahiran pengajaran (Ryosuke Nakamura, Azmi Ahmad, & Zulkifle Omar, 2008). Dalam konteks Islam, istilah murabbi diterjemahkan sebagai pengajar atau guru bertanggung jawab menunjuk ajar secara gerak kerja perbuatan mengenai perkara yang tidak diketahui kepada yang diketahui (contoh: ilmu akidah dan tauhid). Manakala
35 proses ta’lim pula adalah proses mengajar sesuatu yang belum diketahui kepada diketahuinya dengan cara memindahkan ilmu dan kemahiran oleh seorang murabbi (Ab. Halim Tamuri et al., 2010). 1.12.1.12 ‘Hands-On’ ‘Hands-on’ adalah proses pembelajaran menerusi aktiviti perlakuan gerak kerja anggota badan atau ‘pembelajaran-membuat’. Gerak kerja ‘hands-on’ merupakan set kemahiran yang berkait dengan kemahiran psikomotor yang bertindak balas bersama komponen kognitif dan afektif dalam menyelesaikan sesuatu tugasan (Rahim M. Sail, Abdul Rahman Md. Aroff, Asnarulkhadi Abu Samah, Azimi Hamzah, Sidek Mohd Noah, & Zakaria Kasa, 2007). 1.12.1.13 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Istilah P&P merujuk kepada kaedah pengajaran yang menyokong pencapaian Objektif Pengajaran menerusi sesi pembelajaran antara pengajar dan pelajar (Ab. Halim Tamuri et al., 2010). Hasan Langgulung (2001, p. 30) mentafsirkan P&P adalah seperti berikut, “suatu proses guru atau pengajar dan pelajar berinteraksi dengan mata pelajaran bertujuan mengadakan perubahan pada tingkah laku (behaviour) pelajarnya”. 1.12.1.14 Kompetensi Kompetensi merupakan satu set kemahiran (psikomotor), pengetahuan (kognitif) dan berintegrasi dengan sikap-sikap (afektif) dan berkaitan dengan membenarkan seseorang pelajar mempersembahkan atau menyelesaikan satu kerja atau tugasan dalam satu fungsi operasional. Set tersebut terdiri daripada ciri-ciri sikap, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan kerja kemahiran dengan cekap yang kemudiannya dapat memberi petunjuk prestasi pelajar semasa proses P&P (Stuart E. Dreyfus & Hubert L. Dreyfus, 1980).
36 1.12.1.15 Kompeten (Trampil) Kompeten adalah kebolehan di dalam melaksanakan kemahiran yang ditetapkan suatu unit kompetensi. Menurut Nabishah Mohamad (2011) kompeten adalah pengintegrasian antara ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni ke dalam amalan seharian. Dalam proses P&P, integrasi komponen kemahiran komunikasi, pengetahuan, kemahiran teknikal, penaakulan dan perasaan adalah bagi membantu pelajar mengrefleksi maklumat bagi kebaikan pelajar. Kompeten menurut tafsiran oleh JPK adalah “suatu kebolehan dalam melaksanakan atau mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, keselamatan dan sikap yang dipelajari untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan kepada pelajar dengan jayanya” (Mohamad Sattar Rasul, Rose Amnah Abd Rauf, Azlin Norhaini Mansor, & A.P Puvanasvaran, 2012; Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013b). Kompeten juga dapat tafsirkan sebagai suatu kebolehan individu menggunakan pengetahuan dan kemahiran secara konsisten mengikut keperluan satu standard atau tanda aras di tempat kerja (GWA, 2013). 1.12.1.16 Modal Insan Modal insan (human capital) sering merujuk kepada kebolehan dan kemahiran manusia. Modal insan juga berkaitan dengan profesion buruh atau sumber manusia sebagai salah satu daripada faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada manusia (buruh), mesin dan modal (Mohd Musnizam Jaafar@Mustapha, Ab. Halim Tamuri, & Rohizan Ya, 2012). 1.12.1.17 Pakar Menurut David C. Berliner (2004) dan Mohd Ridhuan Mohd Jamil (2016) individu pakar dimaksudkan adalah yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang lama dalam sesuatu bidang melebihi lima tahun secara konsisten. Manakala IbnKhaldun (2001) dalam al-Mukaddimah menyatakan apabila pengamalan atau praktis secara berterusan terhadap sesuatu kemahiran akan menghasilkan kepakaran dalam bidang berkaitan.
37 1.12.1.18 Prestasi Dalam Model Dreyfus, prestasi merupakan suatu kebolehan pelajar menggunakan aspek kognitif, afektif dan psikomotor ke dalam amalan kehidupan seharian mereka. Dalam proses P&P, kebolehan menggunakan aspek-aspek tersebut adalah satu indikator dalam proses pengukuran pencapaian kompetensi termasuk nilainilai personaliti dan kompetenan seseorang pelajar (Stuart E. Dreyfus et al., 1980). 1.12.1.19 Amalan (praktis) Istilah ini didefinisikan sebagai satu metodologi atau teknik membolehkan sesuatu keputusan secara konsisten dalam mencapai matlamat. Penjelasan sebagai penandaras bagi pelaksanaan sesuatu pekerjaan. Dalam penyelidikan ini ianya membawa maksud kepada satu kaedah pentaksiran kompetensi yang berlaku secara konsisten di institusi latihan PLTV dan menjadikannya suatu budaya kerja sebagai rujukan yang berfaedah. 1.12.1.20 Teknikal Teknikal memberi maksud perkara-perkara berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu kerja, tugasan, aktiviti dan sebagainya yang mempunyai hubungan dengan sesuatu bidang ilmu pengetahuan yang tertentu (Mohamed Nor Azhari Azman & Ramlee Mustapha, 2014). 1.12.1.21 Vokasional Menurut Mohamed Nor Azhari Azman et al. (2014) istilah ini mempunyai kaitan dengan pendidikan dan latihan kemahiran hidup yang membawa maksud kemahiran ‘hands-on’ bidang pekerjaan yang khusus. Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005) menjelaskan ianya adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan “pekerjaan (profesion dan sebagainya) yang tertentu atau berkenaaan dengan kursus (latihan, praktik dan sebagainya) amali yang menitikberatkan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan”.
38 1.12.1.22 Kemahiran Kemahiran ditafsirkan sebagai “suatu kebolehan yang diperolehi dan yang diamalkan untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja dengan cekap” (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2006). Manakala Elizabeth J. Simpson (1966) dan David R. Krathwohl (2002) mentafsirkan kemahiran itu adalah “progress toward better performance in motor activity as a result of instruction and/or practice” (“kemajuan untuk mencapai prestasi lebih baik dalam aktiviti gerak kerja motor adalah hasil daripada pengajaran amali dan atau praktis”). Kemahiran mengcakupi aktiviti gerakmotor yang memerlukan semua koordinasi pergerakan secara umum atau spesifik bagi ketrampilan yang terbaik. Mereka menegaskan bahawa kemahiran adalah tahap kecekapan prestasi melaksanakan tindakan menggunakan seluruh anggota badan termasuk deria dan otot-otot badan. 1.12.1.23 Pendidikan Pendidikan formal bermula dari peringkat pra-sekolah, persekolahan rendah dan tinggi, pasca-persekolahan. Menurut Long, M (2000) dan Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1980), pendidikan adalah proses ‘penyemaian sesuatu ke dalam diri pelajar’. Dalam konteks penyelidikan ini, beberapa disiplin penyemaian adalah terdiri daripada ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni, adab dan akhlak. Usaha penyemaian disiplin-disiplin tersebut adalah menerusi pendekatan penyampaian oleh guru dan penerimaan oleh pelajar dengan perancangan strategik kurikulum dan standard yang berkesan. 1.12.1.24 Pendidikan, Latihan Teknikal & Vokasional (PLTV) PLTV merupakan program pendidikan tertiari yang didefinisikan sebagai satu sistem pendidikan bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan serta memiliki kemahiran teknikal psikomotor, dapat menyesuaikan diri dengan inovasi, memahami kaedah kontemporari dan saintifik, mencari penyelesaian kepada masalah serta kemampuan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan (Mohamed Nor Azhari Azman et al., 2014).
39 Sistem pendidikan ini menekankan tindakan manipulatif ‘hands-on’ pelajar dalam menyelesaikan sesuatu kemahiran dan kompetensi. Tugasan dilaksanakan dengan tahap kemahiran praktikal yang berteraskan kemahiran gerak-motor pelajar, bukan sahaja memerlukan kemahiran generik, malah dengan kemahiran fungsional bahan, alatan, operasi kerja dan penambahbaikan kerja (Timothy L. J. Ferris et al., 2005). 1.12.1.25 Latihan Latihan menurut Stuart E. Dreyfus et al. (1980) adalah satu proses pemerolehan kemahiran baru atau pembelajaran untuk mendapatkan komponen kemahiran tertentu yang memerlukan praktis dan amalan terhadap sesuatu kompetensi. Kamus Dewan Edisi Keempat pula memberi maksud “kemahiran merupakan kecekapan, kepandaian dan terlatih untuk mengerjakan sesuatu tugas”. Dan Kamus The Oxford Study Dictionary menjelaskan maksud kemahiran adalah “ability to do something” (“kebolehan melakukan sesuatu”). 1.12.1.26 Kemakmalan Kaedah saintifik menggunakan radas-radas atau instrumen bagi mendapatkan penyelesaian secara analitikal tentang sesuatu permasalahan. Kajian dan dapatannya bersifat empirikal dengan hujahan berfakta diterbitkan dalam menyelesai sesuatu permasalahan (Abdul Hadi, 2013). 1.12.1.27 Latihan Kemahiran Latihan kemahiran merupakan satu ‘program atau aktiviti yang berasaskan kerja dan berorientasikan industri, bertujuan untuk mengadakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru dikehendaki bagi pelaksanaan sesuatu tugasan atau kerja dengan berkesan, cekap dan termasuklah latihan ulang kaji, lanjutan, pengemaskinian dan khusus yang berkaitan dengan kerja’ (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2006, 2013b).
40 1.12.1.28 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) adalah satu huraian atau deskripsi sistem pendidikan dan latihan kebangsaan yang difahami di peringkat antarabangsa, yang menjelaskan semua kelayakan dan pencapaian akademik dalam pendidikan tinggi (pasca-persekolahan) dan menghubungkaitkan kelayakan-kelayakan ini secara bermakna. Kerangka yang bermula dari tiga sektor utama iaitu ‘Kemahiran’, ‘Vokasional dan Teknikal’ dan ‘Pengajian Tinggi’ dengan mengandungi 8 tahap penarafan kelayakan pendidikan dan latihan Malaysia (Agensi Kelayakan Malaysia, 2011). Manakala dalam RMKe-11, berkuatkuasa dalam tahun 2016 dilancarkan KKM dikaji semula dan berubah kepada 2 sektor sahaja iaitu ‘Akademik’ dan ‘PLTV’ (Unit Perancang Ekonomi, 2015a) KKM juga merupakan instrumen untuk membangun dan mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria dipersetujui di peringkat nasional dan ditanda aras dengan amalan antarabangsa bagi menjelaskan tahap pembelajaran, hasil pembelajaran dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar. Kerangka ini mengintegrasi dan menghubungkan semua kelayakan pendidikan dan latihan negara. 1.12.1.29 Klasifikasi Objektif Pembelajaran (KOP) Suatu pengkelasan taksonomi yang mengandungi 3 domain utama dalam standard, objektif dan tujuan pembelajaran dikenali dengan istilah domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Pengkelasan ini ditafsirkan dengan ‘kawasan daya mental untuk domain kognitif, kawasan gerakan perasaan atau emosi untuk domain afektif dan kawasan kemahiran kerja fizikal untuk domain psikomotor’ (Benjamin S. Bloom et al., 1956; David R. Krathwohl et al., 1964; Elizabeth J. Simpson, 1966). 1.12.1.30 Domain Psikomotor Domain psikomotor adalah objektif pembelajaran diasaskan oleh Elizabeth J. Simpson (1966). Objektif pembelajaran ini adalah kerangka yang memenuhi keperluan
41 tahap kompetenan menerusi proses manipulasi anggota neuromuscular bersama peralatan kerja dalam menyelesaikan kemahiran kerja fizikal. Proses ini berkaitan dengan komponen amali atau praktikal dengan pembelajaran berorientasikan latihan teknikal dan vokasional dalam pembelajaran (Elizabeth J. Simpson, 1966; David R. Krathwohl, 2002; Kamilah Radin Salim et al., 2012). Elizabeth J. Simpson (1966) menjelaskan domain psikomotor adalah, “satu klasifikasi hubungan antara elemen-elemen psikologikal manusia yang bertindak dengan gerak motor bersama koordinasi ‘neuromuscular’ badan manusia serta dinyatakan dalam bentuk kebolehan (abilities) dan kemahiran” 1.12.1.31 Hiraki Pentaksiran Domain Psikomotor Timothy L. J. Ferris et al. (2005) dalam kajiannya mengatur bentuk hiraki mengikut aras keutamaan taksonomik ke dalam kelompok pentaksiran psikomotor. Hiraki tersebut diatur mengikut turutan bermula daripada mengenalpasti, mengendali dan operasi asas alatan; kompeten mengoperasi alatan, berkepakaran dan merancang operasi; dan akhirnya menilai perancangan untuk penambahbaikan. Hiraki dibangunkan ini merujuk secara keseluruhannya daripada Domain Psikomotor oleh Simpson, EJ (1966). 1.12.1.32 Pentaksiran Psikomotor Metodologi pengumpulan maklumat berbentuk kuantitatif terhadap pencapaian prestasi kemahiran gerak-kerja motor pelajar. Proses jaminan kualiti ini membantu meningkatkan pencapaian pengetahuan, nilai murni dan kemahiran amalan kerja pelajar demi menepati kehendak objektif pembelajaran teknikal dan vokasional. Aktiviti pengukuran prestasi kemahiran ini dapat mengenalpasti tahap pencapaian dan kecekapan pelajar (George E. Miller, 1990; Lorrie A. Shepard, 2000; Peter W. Airasian & Helena Miranda, 2002). Maklum balas daripada pelajar membantu pihak pentadbir pelajaran menjalankan penambahbaikan kaedah penyampaian bagi meningkatkan proses P&P. Domain-domain berbentuk kawasan pembelajaran ini merupakan objektif dan matlamat pendidikan yang harus dicapai dalam setiap proses P&P.
42 1.12.1.33 Pentaksiran Pengetahuan Mekanisma atau metodologi yang digunakan sebagai alat untuk menilai dan mentaksir pengetahuan dan pemahaman pelajar mengenai apa yang telah dipelajarinya (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013b). Dan lazimnya pengujian bertulis sebagai instrumen pentaksiran ini dikendalikan di dalam kelas-kelas dan bilik-bilik kuliah bagi menentukan keberhasilan pembelajaran (Y.K. Lee, A.A.A. Rahim, N.M. Thamrin, A.J. Nor'aini, Nik Mohd Asrol Alias, & N Omar, 2009). 1.12.1.34 Pentaksiran Prestasi Mekanisma atau metodologi yang digunakan untuk menilai dan mentaksir kemahiran serta sikap dan amalan keselamatan dalam melaksanakan tugasan, praktikal atau kerja amali yang ditugaskan (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013b). Lazimnya pengukuran pencapaian prestasi dilaksanakan dengan aktiviti pengujian berbentuk amali atau praktikal di bengkel atau makmal. Di mana pentaksiran prestasi dikenal pasti mempunyai integrasi komponen psikomotor dengan komponenkomponen kognitif serta afektif (Elizabeth J. Simpson, 1966; Timothy L. J. Ferris et al., 2005). Secara umumnya, pentaksiran prestasi juga mempunyai cakupan di dalam pengukuran pencapaian nilai-nilai pengetahuan, sikap dan kemahiran secara bersama (Nabishah Mohamad, 2011). 1.12.1.35 Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 – NASDA 652 Punca kuasa dalam penguatkuasaan sistem pembangunan kemahiran kebangsaan. Akta yang menggalakkan, menerusi latihan kemahiran, pembangunan dan perbaikan keupayaan seseorang, yang diperlukan untuk kerjaya dan bagi mengadakan peruntukan dalam perkara lain yang berkaitan dengannya dan di bawah kuasa penuh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) atau merupakan satu punca kuasa di bawah Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (KPJPK) (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2006).
43 1.12.2 Istilah-istilah Kerohanian dalam Penyelidikan Konsep yang diadaptasikan ke dalam keperluan penyelidikan berteraskan kepada tafsiran berasaskan keagamaan bagi Pembangunan Kerohanian. 1.12.2.1 Metafizik Metafizik dimaksudkan satu falsafah ilmu yang membincangkan tentang perkara-perkara di sebalik faktor jasmani. Metafizik menjelaskan perkara-perkara berkaitan ketuhanan, kalam, roh, nafsu (jiwa), akal, takdir, alam akhirat, syurga, neraka, malaikat, perkara ghaib, akhlak, psikologikal dan seumpamnya (Mat Rofa Ismail, 2016). 1.12.2.2 Konsep al-Iman Dari segi bahasanya al-Iman memberikan maksud menerima dengan penuh yakin penyampaian seseorang yang tertentu kerana kepercayaan terhadapnya. Menurut jumhur ulamak, keimanan (ciri ilmu) menjamin seseorang untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Imam Malik, As-Syafi’i, Ahmad ibn-Hanbal dan Ahli al-Hadith bersepakat bahawa iman itu berdiri dengan tiga perkara utama asas iaitu tashdiq, iqrar dan amal (Syaikh Muhammad Shalih Al-'Utsaimin, 1995). Tashdiq adalah membenarkan dengan hati atau iktikad, yang menekankan tugas ‘hati bagi iman di atas pengakuannya’ (al-Tashdiq bi al-Qalb). Manakala ‘iqrar dengan lisan’ (al-Iqrar bi al-Lisan) mesti bersatu bersama hati, dari segi bahasa bermaksud mengucap dan menuturkan perkataan dengan lidah. Dan amal pula ialah hati melaksanakan dengan keyakinan sedangkan anggota lahiriah ‘mengamalkannya dalam bentuk tindakan kerja’ (al-‘Amal bi al-Jawarih) atau pun ibadah yang semuanya membentuk satu kesatuan (Mohd Said Ishak, 2002; Abdul Latif Muda et al., 2007; H.M. Zurkani Jahja, 2009).
44 1.12.2.3 Konsep Penghayatan Akidah Menurut Syaikh Muhammad Shalih Al-'Utsaimin (1995), akidah adalah berkaitan dengan hal-hal yang asasi di dalam kehidupan seorang Islam, akidah akan mendasari sikap, amalan dan segala perbuatan yang dikerjakan. Penghayatan akidah amat diperlukan untuk memberi rangsangan kepada deria-deria mental, fizikal dan spiritual manusia. Penghayatan akidah dimaksudkan oleh Norsaleha Mohd Salleh et al. (2013) adalah terdiri daripada unsur-unsur kefahaman, emosi/perasaan dan amal perbuatan berkaitan, “sebuah proses untuk menjiwai dan berpegang teguh kepada isi kandungan akidah dengan penuh kefahaman, perasaan (emosi) dan diikuti dengan amal perbuatan yang selari dengan tuntutan iman” Penghayatan akidah merupakan gabungan antara lahiriah dan rohaniah (pengetahuan, kemahiran & kerohanian) yang sentiasa perlu dipupuk dalam diri supaya memberi kesan tersemai ke dalam hati sebagai amalan diri pelajar tersebut (Zulkiple Abd. Ghani & Nor Salimah Abu Mansor, 2006). 1.12.2.4 Pendekatan Islamik Penyelidikan ini merujuk maksud pendekatan di dalam penggunaan kaedah pembangunan kerohanian dengan penerapan nilai-nilai fitrah dengan istilah al-Iman (Syaikh Muhammad Shalih Al-'Utsaimin, 1995; Sayed Sabiq, 2013), penghayatan akidah (Norsaleha Mohd Salleh et al., 2013) dan ilmu metodologi pengajaran berasaskan kepda Teologi Al-Ghazali (H.M. Zurkani Jahja, 2009) ke dalam metodologi pentaksiran kemahiran amali proses P&P. 1.12.2.5 Pemupukan Pemupukan merujuk kepada penanaman ilmu di peringkat awal. Al-Ghazali r.a. menjelaskan pemupukan ilmu di awal usia kanak-kanak adalah pendekatan terbaik dalam pendidikan modal insan (H.M. Zurkani Jahja, 2009). Beliau juga menekankan kepada kewujudan iman dalam diri pelajar dengan kaedah menghafal, memahami,
45 menyimpul, meyakini dan membenarkan atau mengiakannya ilmu yang telah dipelajari (Abdul Hadi, 2013). Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) menjelaskan pemupukan adalah merujuk kepada maksud perbuatan (atau cara, usaha dan seumpamannya). 1.12.2.6 Pemantapan Pemantapan adalah proses penyediaan sebelum pengukuhan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari atau dialami menerusi peringkat pemupukan supaya ilmu disemaikan semakin kuat dan tidak tergoyah dalam diri individu terbabit (Abdul Hadi, 2013). Pemantapan dari kaca mata Al-Ghazali r.a. adalah kaedah dalam pengajaran berkaitan dengan bagaimana menangani dua kelompok iaitu yang telah faham ilmu dan yang belum faham ilmu. 1.12.2.7 Penghayatan Penghayatan adalah proses pembangunan kualiti diri berpandukan kepada ilmu dan amal kemahiran yang telah dipelajari. Pengamalan bukan hanya berbentuk fizikal semata-mata tetapi pengamalan batin atau kerohanian (Abdul Hadi, 2013). 1.12.2.8 Kefahaman Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan kefahaman sebagai “kemampuan memahami akan sesuatu yang dipelajari”. Kefahaman dalam konteks penyelidikan ini bermaksud fahami sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menghayatinya. Kefahaman merupakan proses pertama sebelum penghayatan, kerana penghayatan tidak dapat berlaku apabila tiada kefahaman tentang sesuatu perkara (Norsaleha Mohd Salleh et al., 2013). 1.12.2.9 Kepercayaan Kepercayaan adalah satu unsur psikologis yang merupakan tumpuan perhatian akalnya untuk menerima segala yang ada berdasarkan kepada pemilikan keyakinan
46 kepada seseorang atau perkara. Kepercayaan adalah kondisi mental (akal) yang berdasarkan kepada situasi dan konteks sosialnya. Ketika pelajar mengambil suatu keputusan, ia akan lebih memilih keputusan yang didasarkan kepada orang-orang yang lebih dapat dipercayainya (contoh: pensyarah/pengajar/guru) (Denise M. Rousseau, Sim B. Sitkin, Ronald S. Burt, & Colin Camerer, 1998). 1.12.2.10 Keyakinan Keyakinan adalah salah satu kemampuan pengaturan diri pelajar terhadap situasi atau suatu perasaan pelajar mengenai kemampuan dirinya untuk membentuk tingkah laku atau perangai yang relevan dalam situasi-situasi khusus yang mungkin tidak dapat diramalkan (Albert Bandura, 1977). Menurut Albert Bandura (1977) keyakinan adalah proses psikologis yang mempengaruhi fungsi-fungsi kemanusiaan berkaitan dengan aspek kognitif, afektif dan motivasi pelajar. Proses tersebut menghasilkan tahap memilih aktiviti atau tingkah laku yang tepat. Kesilapan memilih tindakan yang betul menyebabkan pelajar hilang keyakinan diri dan menghadapi masalah dalam situasi tertentu. 1.12.2.11 Perasaan Albert Bandura (1977) bersependapat dengan ahli-ahli psikologis lain yang menyatakan bahawa perasaan terhasil daripada sifat-sifat keyakinan diri pelajar. Tahap keyakinan pelajar menghasilkan perasaan di atas kemampuan mengerjakan suatu tugasan yang diberikan sehingga pelajar mampu menampilkan kecekapan berkaitan. Dalam konteks pendidikan Islam Norsaleha Mohd Salleh et al. (2013) menyatakan bahawa perasaan merupakan perkara yang berlaku apabila sifat keimanan seseorang kepada Tuhan meresap dalam hati sehingga menguasai akal dan fikiran seterusnya mencetuskan perasaan bertanggung jawab bagi melaksanakan tindakan (ibadah). Kamus Dewan Edisi Keempat pula menyatakan maksud perasaan sebagai “satu perihal atau perbuatan merasai dalam hati atau batin”.
47 Kesimpulan Perubahan untuk peningkatan kepada kebolehan yang lebih berkualiti adalah sesuatu yang berterusan mengikut perubahan semasa. Pembangunan modal insan secara berterusan kadang kala dipengaruhi oleh perubahan dasar dan polisi yang memberi kesan langsung kepada pelaksanaan proses P&P. Teras kepada pelaksanaan latihan adalah berasaskan kepada semangat holistik memenuhi objektif pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor. Keupayaan mengembalikan kaedah yang holistik menerusi pengembangan potensi menyentuh kepada keberhasilan pembangunan kemahiran jasmani, intelektual dan kerohanian pelajar. Unsur-unsur holistik dalam Islam lebih mendominasi pembangunan model penyediaan satu perspektif baru kepada sektor PLTV. Istilah kontemporari Barat dirujuk seiring dengan kesepadanan skop yang lebih besar lagi iaitu kemahiran jasmani, kemahiran intelektual dan kemahiran kerohanian. Kesepadanan aspek-aspek ini memberikan sumber kepada suatu pembangunan unsur-unsur holistik supaya dapat dimanisfestasikan ke dalam sistem pengukuran pencapaian pelajar sektor PLTV. Kerangka konseptual penyelidikan menerokai adaptasi konsep keseimbangan nilai dalam melangsungkan penyelidikan ke atas keutuhan komponen-komponen Islamik ke dalam pendekatan penyampaian melalui kaedah pentaksiran kompetensi. Kemajuan pembangunan bersifat kebendaan dalam segenap aspek kehidupan memberi kesan kepada akal dan hati. Sifat kerohanian dalam diri pelajar harus dididik agar tidak tercemar dengan arus materialistik dalam kemajuan akademik dan penemuanpenemuan sains yang semakin canggih dan sentiasa berubah. Manusia sentiasa bermatakan pembangunan teknologi dan lupa kepada pengembangan hati serta kerohanian.
48 BAB DUA TINJAUAN LITERATUR Pengenalan Bab ini menjelaskan dan menghuraikan secara tinjauan literatur berkaitan penyelidikan dalam mereka bentuk dan membangunkan sebuah model pentaksiran kompetensi berasaskan kepada keseimbangan nilai-nilai intelektual, fizikal dan kerohanian. Perbincangan dalam bab ini adalah untuk menguatkan konsep-konsep secara teoritikal bagi membantu menterjemahkan, mentafsirkan hujah-hujah dan fakta buat manfaat penyelidikan. Perbincangan dalam bab ini akan dikategorikan kepada 2 bahagian utama iaitu, (I) ‘Metodologi Pengukuran Sistem Pendidikan Tertiari’ dan (II) ‘Metodologi Pentaksiran bersifat Holistik’. Bahagian (I) dibahagikan kepada 3 sub topik utama iaitu i) Pengukuran Pencapaian Prestasi Pelajar; ii) Latihan Kemahiran, Teknikal dan Vokasional; iii) Isuisu Pelaksanaan Pentaksiran Pencapaian Pelajar; Sub-topik i) Pengukuran Pencapaian Prestasi Pelajar mengutarakan kaedah penilaian serta pentaksiran yang menjadi amalan di peringkat persekolahan dan pendidikan tertiari. Konsep dan peranan pentaksiran turut dijelaskan bagi melengkapkan maksud dan tafsiran mengenainya dalam sistem pendidikan negara. Manakala sub-topik ke ii) menjelaskan pembangunan serta kelestarian aliran latihan kemahiran, teknikal dan vokasional; Dan sub topik ke iii) menerangkan mengenai isu-isu pelaksanaan pentaksiran pencapaian pelajar menerusi kajian-kajian di peringkat antarabangsa dan nasional dalam sektor PLTV. Bahagian (II) pula membincangkan perkara-perkara berkenaan metodologi pentaksiran bersifat holistik dari pandangan sarjana-sarjana Islam. Bahagian ini merangkumi penjelasan mengenai beberapa pendekatan pembangunan kerohanian di dalam penyampaian pengajaran dan di akhir sub-topik adalah penerangan mengenai pembangunan menurut FPK terdiri daripada pengembangan komponen domaindomain psikomotor, kognitif dan afektif. Mengembalikan pendidikan modal insan berkonsepkan ‘ilmu dan amal’ adalah metodologi pendidikan yang ulung berteraskan pandangan Agama menjelaskan satu rujukan yang tepat bercirikan nilai holistik bagi manfaat kehidupan dunia dan akhirat.
49 Manakala rujukan syumul awal dan akhir adalah terletak kepada al-Quran dan alHadith sebagai sumber penyelesaian permasalahan. Kedua-duanya sumber rujukan kepada pembangunan modal insan yang berakal bermatlamatkan kepada kerahmatanNya menuju kejayaan dunia dan akhirat (Syaikh Muhammad Shalih Al- 'Utsaimin, 1995; Abdul Latif Muda et al., 2007; JAKIM, 2010). Oleh itu penjelasan teoritikal ini selanjutnya akan membantu penyelidik menyediakan hujah-hujah dalam pengembangan perjalanan penyelidikan ini. Metodologi Pengukuran Pendidikan Tertiari Penyelidik memulakan dengan penjelasan dan perbincangan yang menumpukan kepada sektor PLTV yang merupakan keutamaan dalam penyelidikan ini. Kuasa undang-undang di bawah Akta 652 (Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006) memainkan peranannya dalam mengawal selia dan mentauliah persijilan kemahiran Malaysia (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2006). Pengiktirafan kelayakan kekompetenan di peringkat kebangsaan memberi pengiktirafan kepada tenaga kerja mahir negara apabila standard dan kurikulumnya dilaksanakan dengan aplikasi SKPK/NOSS dalam latihan kemahiran (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013a). Manakala Agensi Kelayakan Malaysia (AKM) pula menyediakan akreditasi terhadap program-program di peringkat pendidikan arus perdana iaitu sektor Akademik (Agensi Kelayakan Malaysia, 2011; Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Pada tahun 2011, Pada peringkat awal, AKM telah membahagikan sistem pendidikan tertiari negara kepada tiga sektor utama iaitu Pengajian Tinggi, Vokasional, Teknikal dan Kemahiran. Pewartaan sektor-sektor ini membentuk sebuah Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) bertujuan memberi kredit dan kelayakan program-program pendidikan tertiari di peringkat nasional (Agensi Kelayakan Malaysia, 2007; Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Bagimaimanapun, dalam tahun 2016 penambahbaikan KKM dilaksanakan bertujuan kepada peningkatan keberkesanan sistem pendidikan tertiari. Kaji semula ke atas kerangka ini telah membentuk pengukuhan semula struktur baharu kepada dua sektor sahaja iaitu ‘Akademik’ dan ‘PLTV’ (UPE, 2015a). KKM dikaji semula ini merupakan satu penyataan deskripsi terhadap titik rujuk kesemua kelayakan dan pencapaian pelajar di dalam kedua-dua sektor tersebut.
50 KKM merupakan satu dokumen deskripsi yang memberikan penjelasan kepada satu set kriteria menyeluruh dalam bentuk peta kelayakan sistem pendidikan, latihan kebangsaan dan dapat difahami sehingga ke peringkat antarabangsa. Kerangka ini juga menjelaskan perhubungan antara kelayakan-kelayakan pendidikan tertiari mengikut tahap pencapaian Akademik dan PLTV secara bersama (Agensi Kelayakan Malaysia, 2011). Proses pemerkasaan kerangka secara berterusan berupaya memperkukuhkan sistem tadbir-urus dan penambahbaikan kualiti penyampaian latihan sektor PLTV. Perubahan kerangka kelayakan membolehkan keupayaan ke atas mobiliti kebolehpasaran kerja graduan-graduan menjelang tahun 2020. Keupayaan ini dapat memenuhi aspirasi RMKe-11 kepada sebuah penyatuan sistem akreditasi tunggal negara (Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Rajah 2.1 adalah satu pengukuhan perancangan menerangkan struktur KKM sebelum dan selepas kajian semula menerusi RMKe-11. Rajah 2.1, Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) Kajian Semula RMKe-11 (Unit Perancang Ekonomi, 2015b). Kelayakan program lengkap melengkapi antara sektor pendidikan dan latihan di ini merujuk kepada agensi-agensi pengamalnya sebagai pemain utama kepada domaindomain berkaitan yang terdiri daripada seluruh institusi pengajian tinggi, institusi Kerangka Kelayakan Malaysia
51 latihan teknikal, kemahiran, vokasional dan pendidikan tertiari yang lain seperti universiti, kolej, politeknik dan institusi latihan teknikal, kemahiran dan vokasional di seluruh negara awam dan swasta (Mohd Nazri Abdul Rahman, 2014; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015b). 2.2.1 Pembangunan Pendidikan Tertiari Malaysia Perubahan teknologi, budaya, demografi dengan pengaliran kewangan dan produk barangan beserta keupayaan mobiliti tenaga kerja merupakan cabaran baru yang dihadapi oleh seluruh dunia. Cabaran dengan ketidaktentuan ekonomi menghasilkan kekangan fiskal yang besar setiap tahun. Peningkatan taraf kehidupan dan pendedahan kepada sistem perkhidmatan penyampaian secara global menyebabkan permintaan rakyat sesebuah negara menjadi lebih sofistikated. Bagi menangani cabaran ini, model-model baharu yang lebih praktikal harus disediakan supaya sepadan dengan teknologi, keperluan, kaedah dan kehendak semasa (Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Model-model baharu ini bukan hanya tertumpu kepada sektor penyampaian perkhidmatan sahaja, malah menghasilkan satu fenomena terhadap transformasi yang akan turut mempengaruhi sistem pendidikan tertiari di peringkat nasional. Model atau instrumen baharu direka bentuk membolehkan setiap perubahan perancangan boleh mengukuhkan semua operasinya ke arah yang lebih kos efektif. Dalam konteks pembangunan modal insan, ketersediaan awal tenaga kerja berkualiti merupakan faktor terbaik bagi memenuhi kehendak sosio-ekonomi dan ekspektasi negara Malaysia menjelang tahun 2020. Pembaharuan dan pengukuhan ini memerlukan sokongan ke atas penyediaan tenaga kerja mahir yang lebih cekap, produktif, inovatif, kreatif serta berupaya menyampaikan latihan kemahiran yang lebih baik lagi kepada pelajar-pelajarnya (Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Penambahbaikan kualiti berterusan tidak terhad hanya kepada penyediaan perkhidmatan, produk dan sistem sahaja tetapi yang mustahak sekali adalah penghasilan graduan berkualiti dalam bidang teknikal, kemahiran dan vokasional negara. Cabaran utama bagi menangani perubahan suasana ini adalah kesan terhadap proses kitaran penyampaian pembelajaran sedia ada yang memerlukan tindakan penambahbaikan. Keberkesanan sessuatu proses P&P sentiasa disusuli dengan kaedah
52 pengukuran yang dilakukan dengan pendekatan pengujian, penilaian dan pentaksiran. Menurut M. David Miller et al. (2009) kitaran tersebut menunjukkan terdapat aktiviti perhubungan di antara pelajar dan pengajar bagi menentukan proses tersebut berlaku. Justeru itu, aktiviti dan proses penyampaian dalam kitaran pembelajaran akan turut terkesan apabila perubahan terhadap keperluan dasar pendidikan dan latihan berlaku. Transformasi sektor PLTV telah meletakkan pelan dan strateginya RMKe-11 yang baru turut juga mempengaruhi ke atas kaedah dan pendekatannya. Malah isi kandungannya menerusi perubahan terhadap kurikulum berubah apabila ianya akan diterajui oleh pihak-pihak industri (Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Oleh itu, bersesuaianlah sekali jika satu perubahan dilakukan ke arah pengukuhan kepada proses penyampaian menerusi kaedah pentaksiran dilaksanakan penambahbaikan dan peningkatan kualiti dalam kitaran proses P&P. 2.2.2 Standard dan Kurikulum Pekerjaan Kebangsaan Kekuatan dan keutuhan pembelajaran dalam latihan kemahiran sektor PLTV diterajui oleh standard dan kurikulumnya. Pembangunan SKPK/NOSS sebagai sebuah dokumen dalam menggariskan kriteria keterampilan yang wajar dimiliki seseorang pelajar dan tenaga kerja. Dokumen standard digubal oleh pakar-pakar industri disediakan dengan ciri-ciri fleksibiliti, dinamik dan responsif terhadap segala perubahan teknologi dan keperluan semasa. Dokumen lengkap dengan laluan pembelajaran yang komprehensif terhadap keperluan pencapaian pakej kompetensi secara kolektif bermula daripada tahap terendah sehingga tertinggi mengikut bidang kemahiran. Pentauliahan tahap pencapaian bergantung kepada tahap kompetensi diperolehi memenuhi kehendak standard dan kurikulum tersebut. Penggubalan dan pembangunan SKPK/NOSS bermatlamatkan kepada penyediaan satu dokumen yang sekurang-kurangnya dilengkapi dengan kompetensi asas atau minima dalam sesuatu kemahiran pekerjaan. Pembangunannya oleh pakarpakar industri negara bertepatan dengan kehendak industri seperti digariskan dalam strategi RMKe-11. Kemudiannya diperkembangkan semula dalam bentuk latihan inetensif oleh personel-personel bertauliah dari institusi latihan Jabatan Pembangunan Kemahiran bersama-sama institusi pengajian lain bagi memenuhi keperluan sosioekonomi negara (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2006). Di bawah Akta 652,
53 SPKP/NOSS merupakan dokumen pra-syarat wajib ke atas pencapaian kompetensi sebelum kelulusan pentauliahan dikeluarkan kepada seseorang pelajar. Pra-syarat ini melengkapkan kriteria pengukuran pencapaian kekompetenan pelajar dalam latihan berasaskan latihan teknikal, kemahiran dan vokasional di Malaysia (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2015c). Rajah 2.2 menunjukkan konsep sebuah kitaran bagaimana pembangunan dan penggubalan dokumen SKPK/NOSS dilaksanakan. Gandingan pihak industri dan institusi latihan kemahiran dan vokasional berjaya menyalurkan graduan terlatih kembali kepada pihak industri. Oleh itu, dipastikan bahawa kerjasama jelas oleh pihak industri sebagai peneraju pembangunan standard dan kurikulum telah menghasilkan dokumen komprehensif yang diterima oleh semua pihak. Konsep ini memenuhi pendekatan kepada pelaksanaan latihan bertujuan menyalurkan kembali graduan tenaga kerja mahir kepada industri. Rajah 2.2, Kitaran Pembangunan SKPK/NOSS (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013a) Secara umumnya, kitaran sistem pembangunan standard, kurikulum dan pelaksanaan latihan telah diterajui dengan penetapan keperluan industri yang kemudiannya dilaksanakan sebagai latihan oleh pengajar-pengajar berkompeten. Manakala prosedur pengukuran pencapaian kompetensi pelajar pula dipandu dengan kaedah pentaksiran yang ditetapkan oleh JPK seperti dijelaskan dalam Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2006, 2012a).
54 2.2.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Secara khususnya, pendidikan merupakan satu proses pengembangan potensi individu, di mana potensi manusia yang boleh dibangunkan mempunyai 99 potensi seperti dinyatakan oleh Hasan Langgulung (2001). Merujuk kepada Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1980) kepada maksud pendidikan adalah “a process of instilling something into human being”. Dalam konteks latihan kemahiran ianya diterjemahkan sebagai “process of new skills aqusition” oleh Stuart E. Dreyfus et al. (1980) dan “process of behavioural change” oleh M. David Miller et al. (2009). Ketiga-tiga definisi merujuk kepada konseptual pembangunan dengan pelaksanaan terhadap proses P&P oleh pengajar kepada pelajar. Ditinjau dalam konteks Islam pula, pendidikan adalah kaedah penyediaan kepada pemerolehan ilmu untuk pengembangan potensi ilmu aqli dan merupakan satu kewajiban berstatus fardhu ain kepada setiap Muslim (Hasan Langgulung, 1990; IbnKhaldun, 2001). Pelaksanaan pendidikan dan latihan tidak akan lengkap jika tidak berlakunya penyampaian pembelajaran dan penerimaannya menerusi pengajaran di dalam proses P&P. Penyampaian oleh pengajar bertujuan memberikan ilmu dan kemahiran sebagai satu keberhasilan yang bermakna dan bermanfaat kepada pelajarnya. Ditinjau dari konteks pendidikan Islam, proses P&P memberikan penekanan kepada ‘konsep berguru’ yang bermatlamatkan kepada pembinaan adab, akhlak dan penghayatan nilai. Menurut Noor Hisham Md Nawi (2011), proses P&P yang tepat adalah pemangkin kepada pemikiran kritis dan kreatif sintesis yang sentiasa berpegang kepada nilai-nilai adab dan akhlak berguru. Jika sesuatu proses tersebut berjalan dengan baik, ianya memberikan penekanan kepada pengembangan terhadap peranan jiwa (hati) atau aspek kerohanian. Oleh itu, gabungan kedua-dua ilmu dan hati tersebut maka lengkaplah manifestasi ke atas pembangunan potensi insan secara fitrah dengan keseimbangan dan kesepaduan nilai-nilai fizikal, intelektual dan kerohanian yang menyeluruh. Proses penyampaian P&P adalah kaedah pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mempunyai pertalian di antara dua entiti utama iaitu pengajar sebagai penyampai pelajaran (pengajaran) dan pelajar sebagai penerima pelajaran (pembelajaran). Penyampaian pembelajaran juga adalah satu usaha memperkembangkan potensi seseorang pelajar bagi manfaat diri dan kehidupan
55 sekelilingnya. Menurut Hasan Langgulung (2001, p. 30), potensi pelajar boleh diperkembangkan dengan cara sistem pendidikan yang berterusan apabila beliau merujuk kepada, ‘Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah proses guru dan pelajar berinteraksi dengan mata pelajaran bertujuan mengadakan perubahan pada tingkah laku (behaviour) pelajarnya dengan nilai-nilai dan disiplin yang baik’. Tinjauan daripada Kamus Dewan Edisi Keempat pula menyatakan bahawa istilah pengajaran berasal daripada perkataan dasar ‘ajar’ yang bermaksud ‘petunjuk supaya diketahui (diikuti) sebagai bimbingan atau panduan untuk melakukan sesuatu’. Pengajaran juga merujuk kepada mendidik, membimbing, melatih dan menyampaikan ilmu kepada orang lain. Manakala istilah ‘pembelajaran’ pula dimaksudkan sebagai ‘proses (usaha, kegiatan) memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran’ bagi berlakunya proses “changes of behavioural” (M. David Miller et al., 2009). Sinonimnya proses pembelajaran berlaku apabila adanya pengajar menyampaikan pengajaran dan hadirnya pelajar untuk menerima pembelajaran tersebut. Namun begitu, proses pembelajaran tidak akan menjadi berkesan apabila tidak berlaku aktiviti pertanyaan dan perbincangan di kalangan pelajar bersama pengajar. Penegasan kepada mustahaknya dua perkara ini dijelaskan dalam kaedah pembelajaran oleh Al-Zarnuji (1947) dalam kitabnya ‘Ta'lim al-Muta'allim Tariq al-Ta'allum”. Rosnani Hashim (2009) percaya kedua-dua aktiviti ini boleh memantapkan kebolehan pelajar bagi pemahaman dan kemahiran untuk berhujah, idea dan pendapat yang mana ianya telah pudar dipraktiskan di kalangan pelajar-pelajar sekarang. 2.2.4 Pengukuran Pencapaian Pelajar Dalam tahun 1905 sesi pengujian pertama kali dijalankan oleh Binet dan Simon bagi pengukuran kecerdasan mental. Dalam tahun 1908 dan 1911 pual ianya diperkembangkan lagi dalam versi baru dikenali Binet-Simon Intelligence (Kirk A. Becker, 2003; Harvey Goldstein, 2012). Manakala dalam tahun 1916 kaedah ini ditambahbaik oleh Lewis Terman dengan penerbitan manual skala pengukuran kecerdasan dikenali versi ‘Stanford-Binet Intelligence Scale’. Kaedah pengukuran terus menerus melalui revolusi perkembangnnya dengan siri-siri penambahbaikan sehingga menjadi satu sistem yang diikuti sehingga sekarang (Kirk A. Becker, 2003).
56 Penjelasan secara konseptual oleh Brian K. Lynch (2001) seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.3 membantu membezakan proses-proses dalam kaedah pengukuran bermula dengan sesi pengujian. Namun beliau menjelaskan bahawa pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan satu rasionalisasi beberapa kaedah dalam penilaian atau pentaksiran. Rajah 2.3, Rasional Pengukuran, Penilaian & Pentaksiran (Brian K. Lynch, 2001). 2.2.5 Istilah Pengukuran Pengukuran adalah satu proses yang bersifat kuantitatif digunakan bagi mendapat penjelasan secara numerik (berangka dan bernombor) berkaitan pencapaian seseorang pelajar. Angka atau nombor merupakan indikator kepada suatu tahap pencapaian, kebolehan atau kedudukan seseorang pelajar di dalam kelas. Pengukuran dibantu dengan siri-siri dan sesi pengujian sebagai langkah pelaksanaan kepada kaedah penilaian dan pentaksiran (Brian K. Lynch, 2001). Pengukuran menjadi lengkap apabila sesi pengujian menghasilkan perihal gred skor pencapaian berskala yang ditetapkan. Secara amnya, pengukuran dalam pendidikan bertujuan untuk pengkelasan, pemilihan atau kadang kala sebagai peramalan pencapaian pelajar dengan pelajar yang Pentaksiran Penilaian Pengukuran Pengujian
57 lain (Heather Fry et al., 2009; M. David Miller et al., 2009; Harvey Goldstein, 2012; Agensi Kelayakan Malaysia, 2013; Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2014). Pengukuran juga boleh membawa maksud kepada satu set prinsip asas kepada prosedur yang mengandungi pengujian sehingga satu tafsiran kepada keputusan pencapaian pelajar boleh dikenal pasti. Nunnally, J.C. (1978) merujuk pengukuran ini kepada beberapa maksud seperti berikut, “Measurement consists of rules for assigning numbers to objects in such a way as to represent quantities of attributes”; “… a procedure for the assignment of numbers to specified properties of experimental units in such a way as to characterise and preserve specified relationships in the behavioural domain”; dan “… the assigning of numbers to individuals in a systematic way as a means of representing properties of the individuals”. Brian K. Lynch (2001) juga bersependapat dengan M. David Miller et al. (2009) apabila menyentuh hubungan antara pengujian, pengukuran dan pentaksiran seperti penyataannya, “…measurement is the assigning of numbers to the results of a test or other type of assessment according to a specific rule” Istilah pengukuran yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (2013, p. viii) lebih signifikan dalam konteks penyelidikan ini sebagai panduannya kepada proses pengukuran iaitu, “Pengukuran adalah hasil daripada proses mengukur dan memberikan nilai angka kepada atribut atau ciri dan juga kepada pencapaian hasil pembelajaran” Namun begitu kaedah pengukuran di peringkat akademik mempunyai sedikit perbezaan berbanding dengan bidang atau aliran kemahiran dan vokasional. Gerak kerja praktikal dalam makmal atau wokshop lebih memfokuskan kepada kemahiran psikomotor ‘hands-on’ dan keputusan pencapaian berasaskan kepada keterampilan kompetensi seseorang pelajar.
58 2.2.6 Pengukuran Mengikut Standard Persijilan Kemahiran Malaysia Dalam konteks standard latihan kemahiran yang disediakan oleh JPK, istilah pengukuran merujuk kepada sesuatu ukuran nilai angka berkaitan kebolehan prestasi, di mana prestasi merujuk kepada kebolehan praktikal “ … pengukuran merupakan suatu proses menentusahkan tahap ketrampilan dibuat secara berterusan dengan pemerhatian dan penilaian aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap bagi memenuhi kompetensi sama ada ke atas suatu produk, perkhidmatan atau keputusan dalam menyelesaikan tugasan/pekerjaan” (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013a, 2014) Tugasan praktikal ‘hands-on’ adalah kriteria utama pengukuran pencapaian prestasi kepada pelajar dengan skop penilaiannya diperhatikan dan diambil ketrampilan semasa pelajar melakukan kerja. Kriteria tersebut dinyatakan dalam bentuk skema maklumat pemarkahan ke atas pencapaian kebolehan pelajar. Kriteria dinyatakan terdiri daripada beberapa aspek seperti (1) ‘Perkara Kritikal’; (2) ‘Proses Kerja’; (3) ‘Hasil Kerja dan Tugasan’; dan (4) ‘Sikap terhadap Keselamatan’ (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013b). Keempat-empat kriteria pengukuran ini adalah unik sekali dengan penumpuan kepada frasa-frasa tugasan yang boleh diukur dengan ‘kata kerja aktif’ mengandungi satu atau lebih kriteria ‘kelayakan’ bagi tujuan penilaian kompetensi (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013a). 2.2.6.1 Kaedah Pengukuran Kompetensi Latihan Kemahiran Malaysia Pengukuran kompetensi bagi kriteria di bahagian (1) adalah mengenai ‘Perkara Kritikal’ merujuk kepada jenis tugasan yang bermula dari perkhidmatan, proses kerja dan penghasilan produk yang membawa kepada pemarkahan sehingga 60% daripada keseluruhan pencapaiannya. Penghasilan produk ditentukan dengan tahap keboleh fungsiannya dalam menepati kehendak spesifikasi ditetapkan. Manakala perkhidmatan pula harus menepati perkara-perkara berkaitan dengan kepuasan pelanggan seperti kebolehan prestasi perkhidmatan, penyelesaian masalah pelanggan dan membuat keputusan bagi pelanggan. Dan akhir sekali membuat pertimbangan dan penentuan ke atas tahap kekompetenan dalam melengkapkan prosedur kerja (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013b).
59 Bagi kriteria di bahagian (2) adalah ‘Proses Kerja’, menyediakan pemarkahan kepada 25% mewakili pematuhan langkah-langkah pada permulaan tugasan sehingga berjaya menghasilkan produk atau perkhidmatan yang dikehendaki. Manakala kriteria di bahagian (3) pula adalah pencapaian prestasi yang diukur menerusi ‘Hasil Kerja dan Tugasan’ yang mewakili pemarkahan sebanyak 10% bagi pengahasilan produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak spesifikasi. Akhir sekali bagi kriteria ke-(4), pengukuran prestasi ke atas tatacara pematuhan keselamatan kepada Prosedur Operasi Standard atau Standard Operating Procedure (SOP) oleh pelajar semasa kerja sedang berjalan. Prosedur bertujuan bagi memastikan sikap dan nilai-nilai murni amalan kerja seperti keselamatan peralatan, bahan, benda kerja dan persekitaran telah dipatuhi (5%). Keseluruhan pendekatan pengukuran ini berasaskan kepada gerak kerja pemerhatian ke atas segala tugasan yang diberikan kepada pelajar. Pembuktian menerusi sesi pengujian berbentuk kutipan maklumat berobjektif dan bersifat kuantitatif adalah direka bentuk bagi memenuhi kriteria pengukuran pencapaian pelajar sentiasa telus (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2013b). 2.2.7 Istilah Pengujian Secara khususnya pengujian adalah kaedah atau prosedur pemerhatian terhadap pencapaian pelajar secara yang sistematik terhadap sikap, tingkah laku, tugasan, kerja atau sifatnya berhubung dalam aspek pendidikan, latihan atau psikologi (M. David Miller et al., 2009). Pengujian pula adalah satu instrumen sama ada berbentuk kertas, pensil, lisan, amali, demonstrasi atau simulasi dan seumpamanya bagi pengukuran pencapaian pelajar. Pengujian pencapaian bertujuan mengukur prestasi seseorang pelajar setelah pelbagai sesi penyampaian pembelajaran sama ada dalam kelas, bengkel wokshop atau pun di lokasi sebenar pekerjaan sudah dilaksanakan. Lazimnya proses pengujian memerlukan pelajar bertindak balas dengan item-item soalan seperti dilaksanakan dalam ujian teoritikal atau pun praktikal. Kebiasaannya pengujian bertulis ini mengutamakan kepada penghasilan keputusan berbentuk maklumat bernombor bagi mewakili sesuatu keputusan pencapaian. Pencapaian ini akan merujuk kepada perkembangan pemahaman pelajar setelah selesai proses P&P (Y.K. Lee et al., 2009). Manakala pengujian praktikal berbentuk prosedural yang lebih sepesifik dengan
60 pemerhatian pengajar bagi mengumpul maklumat sebelum analisa pencapaian dilaksanakan. Pemerhatian ditumpukan terhadap aspek gerak kerja, tugasan, kerja, tingkah laku perbuatan atau lain-lain pergerakan anggota yang dilakukan (Kamilah Radin Salim et al., 2012). Pengujian jelas mempunyai hubungan bersama dengan lainlain istilah seperti diperjelaskan oleh M. David Miller et al. (2009, p. 28), “Testing is an instrument or systematic procedure for measuring a sample of behaviour by posing a set of questions in a uniform manner. Because a test is a form of assessment” Sesi-sesi pengujian telah memberikan galakkan kepada pelajar dalam mempertingkatkan kebolehan dan kecemerlangan pencapaian pembelajaran mereka. Pengajar pula dapat memperbetulkan segala kekurangan di dalam pendekatan penyampaian mereka. Pengajar mendapat maklumat analisis daripada pengujian yang kemudiannya dilaksanakan semula koordinasi penyelarasan bagi faedah penyesuaian supaya selari dengan matlamat pembelajaran. Segala kekurangan dan kesulitan pengajaran boleh diselesaikan, manakala pelajar terus menerus dapat mempertingkatkan pembelajaran dengan lebih baik, positif, kreatif, dan inovatif (Martyn Long, 2000). Dari konteks pendidikan Islam, pengujian adalah berstatuskan kewajiban ke atas hamba Allah s.w.t menerimanya bersesuaian dengan kadar kebolehannya. Dalil pelaksanaan tugasan pengujian dibebankan (taklif) kepada Muslim itu adalah seperti yang diRiwayatkan oleh Imam Al-Tirmidzi bermaksud, “Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya” [Hadith Riwayat Al-Tirmidzi (2398) dari Syaikh M. N. Al-Albani (2013), Imam Al-Nawawi: Riyadh Al-Salihin] Ayat al-Quran telah memberikan jawapan bagaimana sesuatu kriteria pengujian Allah s.w.t. diberikan kepada umat seperti maksud berikut, “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta” [Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3]
61 Maka, pengujian Allah s.w.t. adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah keimanan dan ketaqwaan hati hambaNya kerana penilaian Allah s.w.t. bermula daripada hati seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Dan ketahuilah pada setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rusak maka rusaklah tubuh tersebut. Ketahuilah, ia adalah hati". [Hadith Riwayat Al-Bukhari (52) & Al-Muslim (1599) dari Syaikh M. N. Al-Albani (2013), Imam Al-Nawawi: Riyadh Al-Salihin] Berbeza pula dengan kebolehan penilaian manusia kepada manusia lain apabila hanya meletakkan kepada tindakan perbuatan zahirnya sahaja. Justeru, dapat difahami bahawa istilah pengujian manusia kepada manusia adalah berbentuk penilaian yang hanya terhad kepada apa yang dilihat dan dilakukan sahaja, tetapi penilaian Allah s.w.t. adalah penilaian kepada apa yang tersembunyi di dalam hati berpandukan keikhlasan dan dizahirkan sebagai perbuatan ibadah badaniyah (Sayed Sabiq, 2013). 2.2.8 Istilah Penilaian Penilaian adalah suatu pertimbangan profesional bersistematik yang dibuat kepada suatu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Penilaian bukan hanya meliputi pengukuran pencapaian sahaja malah mengcakupi pentaksiran kemajuan pembelajaran dalam semua aspek perkembangan mental, emosi, sikap dan fizikal pelajar. Ditinjau daripada pengamalan di institusi-institusi pengajian tinggi, penilaian berperanan dalam mengenalpasti jurang perbezaan antara ‘apa yang dihasilkan’ (outcomes) dengan ‘apa yang dihasratkan’ (objectives) dari sesuatu program pendidikan (Agensi Kelayakan Malaysia, 2013). Dalam konteks latihan kemahiran peringkat nasional, istilah penilaian yang dirujuk adalah daripada Daniel L. Stufflebeam (1971) bermaksud, “… satu proses yang bersistematik bagi mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat yang berguna di dalam mempertimbangkan keputusan dan pilihan-pilihan yang ada” Jabatan Pembangunan Kemahiran (2014) Manakala menurut Heidi M. Anderson (2005, p. 82) pula penilaian adalah,
62 “The utilization of the data collected through assessment to facilitate judgments about quality and effectiveness in education” Heidi M. Anderson (2005) juga merujuk penilaian kepada fungsinya sebagai pengumpulan maklumat menerusi aktiviti pentaksiran membantu proses pengukuran terhadap prestasi pelajar. Di mana penilaian ini boleh meningkatkan keberhasilan (outcomes) serta keberkesanan sesuatu penyampaian dalam kelas atau wokshop. Heather Fry et al. (2009) memperkukuhkan lagi penjelasan tersebut dengan maksud, “Proses semasa yang bersistematik mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif ditetapkan telah tercapai. Proses yang dirangka bertujuan untuk menyediakan maklumat daripada maklum balas dalam membantu membuat pertimbangan keputusan pencapaian sebenar proses P&P” Selain itu, Marie Baehr (2010, p. 7) juga berpendapat dengan menyatakan bahawa proses penilaian adalah bagi menentukan, “… the quality level of a performance or outcome and enables decision making based on the level of quality demonstrated” Manakala istilah penilaian dirujuk oleh kebanyakan institusi pengajian tinggi adalah sepadan dengan rujukan oleh JPK juga yang memberi maksud, “Suatu proses bagi membuat pertimbangan dan keputusan mengenai prestasi pelajar dan prestasi program bersandarkan kepada standard tanda aras atau objektif yang dinyatakan oleh kriteria prestasi dan sasaran prestasi bagi sesuatu hasil pembelajaran berdasarkan bukti yang telah diperolehi daripada proses pentaksiran” (Agensi Kelayakan Malaysia, 2013) Namun begitu, pihak JPK (2014b) lebih menumpukan keberhasilannya bersifat kompetensi standard ditetapkan dalam dokumen SKPK/NOSS dan secara langsung merujuk kepada satu pencapaian setara dengan industri yang bermaksud, “Suatu proses menilai tahap kekompetenan yang menerangkan tahap kemahiran, pengetahuan, sikap dan nilai-nilai murni pelajar dalam menyelesaikan sesuatu tugasan (task). Tugasan tersebut merujuk kepada pemerolehan (aquisition) pencapaian kekompetenan yang ditetapkan oleh standard iaitu piawaian ‘National Occupational Skills Standard (NOSS)’ bertujuan penganugerahan persijilan kemahiran Malaysia” Istilah penilaian oleh JPK ini selari dalam konteks pengukuran pencapaian pelajar kemahiran mewakili proses ‘mengenal pasti, memperolehi dan menyediakan
63 maklumat berguna untuk pertimbangan dalam membuat satu pilihan keputusan’. Penilaian dibuat bagi menentusahkan pencapaian keterampilan seseorang pelajar dalam mana-mana sesi P&P latihan berkemahiran dan vokasional (Daniel L. Stufflebeam, 1971; Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2012b, 2013b). 2.2.9 Istilah Pentaksiran Pentaksiran adalah kaedah pengumpulan maklum balas daripada pelajar bagi menyediakan suatu maklumat berkaitan pencapaian prestasi di dalam proses P&P. Maklum balas diperolehi dan dianalisis bagi membolehkan satu sumbangan dalam mengesan kesilapan, kesukaran dan kelemahan dialami oleh pelajar. Di akhir proses P&P, pengajar mengambil peranannya bertindak untuk membaik pulih dan memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam meningkatkan pencapaian pelajarnya (M. David Miller et al., 2009; Carol Evans, 2013). Dari perspektif AKM, pentaksiran dirujuk sebagai (Agensi Kelayakan Malaysia, 2013), “Satu kaedah berstrategi untuk mengumpul data menerusi sesi pengujian atau penilaian sama ada secara objektif, subjektif, esei, prestasi mahupun komunikasi individu” selanjutnya AKM juga menjelaskan, … data yang dikumpul, dianalisis dan dibincangkan adalah bertujuan untuk mengetahui dan memahami secara lebih mendalam mengenai apa yang pelajar benar-benar tahu dan mampu lakukan supaya maklum balas dapat disampaikan untuk tujuan menambahbaik kualiti prestasi pelajar, kemajuan pelajar, pengajaran pengajar/pensyarah, perancangan kurikulum dan keberkesanan program secara keseluruhan” (p.ix) Pandangan sama juga diberikan oleh Hasan Langgulung (2001, p. 30) dengan mengulas mengenai pentaksiran merupakan proses diagnosis yang disusuli dengan sesi penambahbaikan yang merupakan satu terapi, “… proses pengumpulan maklumat tentang pelbagai bidang yang menarik perhatian dan menganalisis maklumat tersebut dengan menggunakan teknik yang sesuai untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat dengan tujuan memberi data yang realistik kepada mengambil keputusan yang dapat membantunya dalam proses diagnosis dan terapi bidang tersebut” Selain itu, pentaksiran juga berperanan sebagai salah satu kaedah pengawalan kualiti dalam P&P sama ada mengenai penambahbaikan pencapaian pelajar atau
64 peningkatan penyampaian pengajar atau perkara perubahan yang lebih baik dalam sistem pendidikan. Tinjauan juga mendapati beberapa pandangan mengenai pentaksiran daripada kalangan ilmuan pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Menurut Khodori Ahmad (2012, p. 5) pentaksiran merupakan satu proses pemantauan keberhasilan seperti dinyatakan berikut, “proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam pembangunan dan pembentukan modal insan” Manakala Marie Baehr (2010) pula menjelaskan bahawa keputusan sesuatu aktiviti pentaksiran dibuat adalah untuk penambahbaikan susulan yang bermaksud, “… assessment is the term used to look at how the level of quality of a performance or outcome could be improved in the future; it includes strengths that should be sustained as well as high-priority areas for improvement” Kaedah pentaksiran berjaya memainkan peranannya dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar secara berterusan dan ianya dilihat sebagai pendekatan yang baik di dalam setiap perancangan latihan akan datang. Menurut Peter W. Airasian et al. (2002), kaedah ini merupakan prosedur pengumpulan maklum balas yang boleh dijadikan untuk membentuk satu inferen, “An assessment is any system procedure for collecting information that can be used to make inferences about the characteristics of people or object” Merujuk penyelidikan oleh A.M. Zubairi, Isarji Sarudin, & Mohamad Sahari Nordin (2008) yang menjelaskan mengenai pentaksiran bermaksud, “… the process of obtaining information that used to make educational decisions about students, to give feedback to student about his or her progress, strengths and weaknesses, to judge instructional effectives and curricular adequacy and to inform policy” Selanjutnya, kaedah pentaksiran telah memberikan cabaran kepada setiap pelajar untuk bersama-sama meningkatkan motivasi di dalam memperbaiki prestasi pencapaian. Pengajar diberikan tanggung jawab untuk memainkan peranan masingmasing mengenalpasti nilai-nilai penambahbaikan yang dikehendaki bagi memenuhi matlamat pendidikan (Rick Stiggins & Jan Chappuis, 2006). Dalam konteks latihan di peringkat antarabangsa, sektor PLTV berjaya mendapat tempat di kalangan pelajar-pelajar sebagai salah satu laluan kerjaya. Banyak istilah-
65 istilah digunakan oleh mereka yang telah berjaya dalam sektor ini seperti di Eropah (ENQA-VET, 2009; Pilar Pineda-Herrero, Carla Quesada-Pallarès, Berta EsponaBarcons, & Óscar Mas-Torelló, 2015), Switzerland (Kim Hunziker, 2016), Australia dan New Zealand (National Centre for Vocational Education Research, 2013), Korea Selatan (KRIVET, 2013) dan Japan (Organization for Economic Cooperation & Development, 2015) dengan nama-nama ‘Vocational Education and Training (VET)’. Sebagai contoh di Negara Australia di bawah kerangka pendidikan mereka, Australian Qualification Framework (AQF) menterjemahkan pentaksiran sebagai (Technical and Further Education, 1995; Erica Smith, Doug Hill, Andre Smith, Paul Perry, Paul Roberts, & Tony Bush, 1995), “… assessment is the process of collecting evidence and making judgement on the nature and extent of progress towards performance requirements set out in a standard, or a learning outcome, and at the approriate point, making the judgement as to whether the competency has been achived”. Selanjutnya menambah dalam konteks VET dengan maksud, “… assessment in vocational education and training has two basic elements: the collection of evidence of each learner’s achievements; and the use of that evidence to make judgments about whether learners have met the competency standards as specified in the relevant national training package or modules and course curricula from state or provider accredited courses” (National Centre for Vocational Education Research, 2013) Manakala maksud pentaksiran di Eropah adalah, “Process of appraising knowledge, know-how, skills and/or competences of an individual against predefined criteria (learning expectations, measurement of learning outcomes). Assessment is typically followed by validation and certification” (European Centre for the Development of Vocational Training, 2011) Jadual 2.1 menunjukkan beberapa tafsiran mengenai pentaksiran bagi perbandingan dalam proses P&P oleh beberapa kajian dan ahli-ahlinya.
66 Jadual 2.1 Tafsiran mengenai istilah pentaksiran proses P&P. No. Petikan Pentaksiran 1 Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) Proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif atau sumatif formal atau informal dalaman atau luaran bagi mendapatkan bukti yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penilaian tentang sesuatu produk pendidikan. 2 Mohamad Sahari Nordin (2013a) Maklumat hasil dan panduan yang signifikan dengan pembelajaran pelajar. Sebagai pemangkin untuk membuat pembaharuan di dalam amalan pengajaran dan menumpukan kepada penambahbaikan proses pendidikan. 3 Khodori Ahmad (2012) Proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. 4 Kamilah Radin Salim et al. (2012) Satu pertimbangan mengenai pencapaian pelajar yang memerlukan maklumat pembuktian seperti pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pelajar. 5 M. David Miller et al. (2009) Satu rangkaian prosedur yang digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan pembelajaran pelajar (seperti pemerhatian, pencapaian prestasi atau projek, ujian berasaskan kertas & pensil) dan menyediakan satu keputusan bagi pertimbangan ke atas sesuatu kemajuan pembelajaran. 6 A.M. Zubairi et al. (2008) Mengumpulkan maklumat yang boleh digunakan untuk membuat keputusan berkaitan pelajar di dalam proses pendidikan. Maklumbalas berkaitan kemajuan pelajar, kekuatan dan kelemahannya. Dan membuat keputusan berkaitan keberkesanan, kecukupan kurikulum dan informasi polisi P&P. 7 Ricahrd Frye, Gary R. McKinney, & Joseph E. Trimble (2006) Mengumpul maklumat yang sistematik dan analisa bagi menambahbaik proses pembelajaran pelajar. Panduan kepada penyedia kursus-kursus, program akademik dan menyokong program yang dilaksanakan ke arah penambahbaikan secara berterusan. 8 Ilene F. Rockman (2002) Proses menambahbaik kualiti (Quality Improvement). 9 Hasan Langgulung (2001) Mengumpul maklumat dari pelajar dan menganalisis, menggunakan teknik yang sesuai untuk membantu proses diagnosis dan terapi P&P. 10 John Salvia & James E. Ysseldyke (1985) Proses mengumpul dan menilai data atau maklumat untuk tujuan membuat keputusan tentang pelajar, terutamanya dalam aspek keperluan pengajaran dan pembelajarannya 11 Oxford Dictionary /Thesaurus of English Proses mendokumentasikan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan berkaitan. 2.2.10 Konsep Pentaksiran Paparan di Rajah 2.4 menjelaskan secara konsepnya kaedah pentaksiran yang merupakan satu komponen tetap di dalam satu kitaran proses P&P yang tidak boleh dipisahkan. Menurut Martyn Long (2000) pentaksiran adalah kaedah bagi mendapatkan maklumat keberkesanan pelaksanaan penyampaian latihan dan juga menjadi indikator kepada keberhasilan sesebuah proses P&P. Penjelasan yang sama juga diperolehi dalam
67 catatan oleh Martyn Long (2000) dan M. David Miller et al. (2009) bahawa kaedah pentaksiran memainkan peranannya sebagai saluran maklumat berguna apabila sesuatu tindakan transformasi pendidikan hendak dijalankan oleh sesebuah institusi latihan. Dalam konteks ini, kaedah pentaksiran telah memainkan peranannya secara langsung dalam usaha-usaha ke arah penambahbaikan, perubahan, pengembangan, pencapaian dan peningkatan kualiti bukan hanya kepada institusi pendidikan dan latihan, malah memberi kesan terhadap sistem latihan sesebuah negara. Rajah 2.4, Hubungan Pengajar-Pelajar dalam Proses P&P (Martyn Long, 2000). Secara umumnya, kaedah pentaksiran adalah suatu komitmen terhadap sistem pengujian pencapaian prestasi pelajar. Di mana jika dirujuk kepada penyataan Miller, MD et al. (2009) pentaksiran adalah satu platform terbaik untuk mengutip, analisis dan membuat interpretasi bagi menjawab persoalan, “How well does individual (students) perform?”. Dan apabila berlaku kesilapan dan kesukaran oleh pelajar, kaedah ini boleh memberikan gambaran prestasi kepada proses bimbingan semula. Akhirnya usaha pembimbingan berjalan lebih teratur untuk dan sistematik ke arah penyediaan peningkatan pencapaian pelajar secara terus-menerus diperkasakan sebagai sektor arus perdana pendidikan dan latihan negara. Kesepakatan dan pandangan ilmuan bidang pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Erica Smith et al. (1995), Langgulung, H (2001), M. David Miller et al. (2009), Baehr, M (2010), Ahmad, K (2012) serta agensi-agensi pendidikan seperti TAFE (1995), UNESCO (2012), NCVER (2013), MQA (2013), Lembaga Proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Pelajar Pengajar/ Pensyarah Pentaksiran Bagaimana perubahan pengajaran dilaksanakan bagi menambahbaik pencapaian Bagaimana pelajar mengikuti pembelajaran bagi menambahbaik pencapaian
68 Peperiksaan Malaysia (2014) dan UNESCO (2014) telah merumuskan bahawa kaedah pentaksiran bukan sahaja berperanan secara komprehensif untuk menghasilkan keputusan pencapaian pelajar, ianya juga telah menyediakan satu kaedah terapi untuk memperbaiki, menambahbaik dan mempertingkatkan pencapaian prestasi pelajar dan pengajar secara keseluruhannya. 2.2.11 Tujuan Pentaksiran Menurut Gordon Joughin (2009) banyak masa telah diperuntukkan di dalam aktiviti pentaksiran dan penilaian pelajar di institusi dan agensi pendidikan dan latihan. Jangkaan beliau dalam kajiannya didapati sebanyak 30% sehingga 50% masa pembelajaran yang disediakan penuh dengan sesi-sesi pengujian pencapaian pelajar. Pengajar atau pensyarah menghabiskan tempoh masa tersebut dengan tujuan mengutip, mengumpul dan menganalisis maklum balas sebelum sesuatu skor diberikan. Secara lazimnya skor berbentuk penggredan, pentauliahan atau persijilan adalah sesuatu yang boleh diukur dan menjadi standard pencapaian pelajar di masa akan datang. Tempoh selebihnya pengajar memberikan penumpuan kepada pelbagai pendekatan seperti sesisesi penyampaian, demonstrasi, perbincangan, penyeliaan, pembelajaran bersemuka dan seumpamanya. Secara khusus, pentaksiran bertujuan mendapatkan maklumat tahap penguasaan pelajar dalam pembelajaran dan membantu memperbaikinya agar dapat mencapai matlamat pembelajaran yang ditetapkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Rick Stiggins et al. (2006) telah menjelaskan bahawa terdapat tiga (3) tujuan pentaksiran, Pertama, adalah ‘pentaksiran untuk pembelajaran’ (assessment for learning); dan Kedua, ‘pentaksiran mengenai pembelajaran’ (assessment of learning). Kedua-dua tujuan ini melibatkan individu yang sama dalam proses pembelajaran seperti pengajar dan pelajar atau peserta. Pentaksiran juga berjaya dalam mengukur tahap pembelajaran dengan had-had tertentu yang harus diterima oleh pelajar. Had-had ini bergantung kepada kurikulum yang digunakan dalam membantu menetapkan batasan latihan agar memenuhi keupayaan penerimaan pelajar dalam satu satu masa. Oleh itu, segala pertimbangan terhadap keputusan dalam pentaksiran juga merujuk kepada proses membuat pemilihan, mengukur perkembangan, pembangunan kandungan dan kurikulum secara
69 keseluruhannya. Maklumat-maklumat daripada proses pentaksiran ini sanagt diperlukan oleh pihak pentadbir pelajaran sebagai sumber rujukan penambahbaikan ke arah peningkatan dan perubahan pembelajaran di masa akan datang. Namun begitu, paling mustahak dalam kaedah pentaksiran adalah kesannya terhadap faktor pemboleh ubah kepada pelajar membuat penilaian kendiri, maklumbalas daripada pengajar, peluang pembelajaran dan motivasi dalam pengembangan pembelajaran jangka panjang mereka. Selanjutnya, para pengajar boleh menjalankan semakan dan analisis terhadap keberkesanan penyampaian mereka. Dan pengajar juga akan mendapat manfaat bagi tindakan susulan untuk mempertingkatkan kaedah penyampaian pengajaran mereka dalam sesi lain P&P. Kepada pihak pentadbir pelajaran, mereka boleh bertindak dalam merumuskan maklumat kemajuan pencapaian bagi tujuan pemilihan pelajar dan kursus, status lulus atau gagal, gred atau tahap, penetapan standard institusi, pemilihan pekerjaan, pentauliahan dan berkemungkinan penyelesaian permasalahan pelesenan pengajar. Manakala bagi penggubal kurikulum dan pembangun item soalan pengujian pula mereka dapat membuat satu keputusan berkaitan pembangunan kaedah pengujian dan pengukuran yang lebih cekap pada masa akan datang (Agensi Kelayakan Malaysia, 2013; Mohamad Sahari Nordin, 2013a). Oleh itu, segala perubahan dalam dasar dan polisi pendidikan sebenarnya bermula daripada maklum balas pelajar yang mempunyai peranannya tersendiri (Rick Stiggins et al., 2006). Secara keseluruhannya, tujuan pentaksiran melibatkan pengutipan dan pengumpulan maklumat bagi memberikan gambaran awal dalam aspek prestasi pencapaian pelajar dan kualiti sistem pendidikan. Pentaksiran bukan sahaja untuk memerhati pencapaian prestasi pelajar semata-mata, malah memberi peluang kepada para pengajar meningkatkan keberkesanan kaedah penyampaian pengajaran mereka juga. Manakala pentadbir pelajaran pula berusaha mengawal kualiti dan isu-isu yang dipertanggung jawab ke atas mereka. Bagaimanapun setiap kaedah pentaksiran pencapaian pelajar memerlukan sesi-sesi pengujian dalam membantu mengenalpasti, memperbaiki dan mengembangkan potensi pelajar. Dan gabungan aktiviti-aktiviti pentaksiran dan pengujian memberikan indikator jurang di antara sesama pelajar bagi susulan penambahbaikan pencapaian mereka. Ketiga-tiga entiti iaitu pelajar, pengajar dan pentadbir pelajaran adalah sebagai penyumbang utama kepada proses P&P dalam
70 peningkatan kualiti dan imej penyampaian sistem pendidikan sesebuah negara (P. Griffin, B. McGaw, & E. Care, 2012). 2.2.12 Prinsip Pentaksiran Perancangan yang bersistematik dalam latihan membantu proses pengembangan potensi pelajar menerusi pemupukan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni. Beberapa prinsip dapat dijelaskan bahawa pentaksiran adalah alat berkesan dalam proses refleksi pelajar dan pengajar selaras dengan pembelajaran yang bersifat penumpuan multi-dimensional, integrasi, pendedahan kefahaman dan nilai serta kemahiran kepada pelajar. Pentaksiran adalah aktiviti penyediaan kaedah yang berbentuk eksplisit kepada proses P&P di dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan (American Association for Higher Education, 1996). Keputusan daripada hasil kaedah ini berdasarkan kepada suatu peraturan atau standard yang dianggap sebagai suatu proses merumus hasil pembelajaran yang merangkumi seperti aktiviti-aktiviti merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat untuk sesuatu tujuan tertentu (LPM, 2015). Richard Stiggins, Judy Arter, Jan Chappuis, & Steve Chappuis (2004) juga menerangkan, pentaksiran adalah kaedah paling ekonomik dan berjaya di lakukan apabila berlaku perubahan dalam sistem pendidikan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Seperkara lagi, paling unik dalam kaedah pentaksiran adalah apabila merujuk kepada oleh M. David Miller et al. (2009, p. 4) apabila beliau menyatakan pentaksiran adalah mekanisma yang konstruktif dan boleh dipertimbangkan oleh pentadbir pelajaran bagi membuat dan penggubalan dasar berbanding dengan kaedah-kaedah yang lain seperti penyataan berikut, “Tests and assessments are relatively inexpensive. Compared to changes that involve increases in instructional time, reduced class size, attracting more able people to teaching, hiring teacher aides, or programmatic changes involving substantial professional development for teachers, and cheap”; “Testing and assessment can be externally mandated. It is far easier to mandate testing and assessment requirements at the state or distict level than it is to take actions that involve change in what happens day to day inside the classroom”; dan
71 “Testing and assessment changes can be rapidly implemented. Importantly, new test or assessment requirements can be implemented within the term of office of elected officials” 2.2.13 Fungsi-fungsi Pentaksiran Secara teoritikalnya pentaksiran berfungsi sebagai suatu mekanisma pengujian ‘formatif’ dan ‘sumatif’ (Richard Stiggins et al., 2004). Pengujian berterusan dan berkala berperanan meningkatkan pencapaian pelajar dalam proses P&P (Rick Stiggins & W. James Popham). Sesi pengujian dalam pentaksiran menggalakkan proses P&P dengan aktiviti-aktiviti seperti terapi, panduan, pemilihan dan membuat ramalan pencapaian pelajar dalam sistem pendidikan (Martyn Long, 2000). Secara khususnya, pentaksiran adalah satu usaha menyediakan kaedah dan panduan pemilihan pelajar dalam meneruskan laluan pembelajaran ke peringkat tertiari seterusnya. Namun paling penting adalah pengutipan maklumat menerusi pencapaian pelajar ke atas kefahaman dan kemahiran yang diperolehi dalam situasi semasa. Kaedah pentaksiran juga merupakan sebuah episod pengutipan maklumat kuantitatif data numerik, angka, skor dan nombor. Menurut M. David Miller et al. (2009) maklumat ini menjadi bukti pencapaian pelajar dalam siri-siri pengembangan potensi pelajar secara formal yang diterjemahkan secara analitikal. Jadual 2.2 menunjukkan beberapa fungsi pentaksiran untuk mempertingkatkan kualiti proses P&P. Beberapa pandangan terhadap pentaksiran banyak merujuk kepada sesi-sesi pengujian dan penilaian yang mempunyai perkaitan dengan pentaksiran. Kaedahkaedah ini berkeupayaan untuk memenuhi keperluan kebersamaan bagi mendapatkan tiga maklumat asas iaitu Pertama, ‘Kepada Siapa (Who)’ kita dapat manfaatkan keputusan pengukuran tersebut, berfungsi sebagai penyemakan sama ada pembelajaran telah atau belum berlaku, sebagai contohnya proses akauntibiliti dalam P&P (Rick Stiggins et al., 2006); Kedua, ‘Apa (What)’ pengukuran yang diperlukan agar meliputi objektif dan matlamat utama supaya standard diberikan tumpuan dan dipenuhi; dan ketiga, ‘Bagaimana (How)’ pengukuran tersebut harus dilaksanakan supaya mengadungi perkara-perkara yang telah digariskan mengikut matlamat, sebagai contoh kurikulum, objektif pembelajaran dan seumpamanya (Hasan Langgulung, 2001).
72 Jadual 2.2 Fungsi pentaksiran di dalam P&P (Martyn Long, 2000). Fungsi Deskripsi Diagnosis & Terapi Maklumat berkaitan kemahiran, kekuatan (strengths) dan kelemahan (weaknesses) yang perlu ditambahbaik dan berguna di dalam kaedah penyampaian pengajaran. Panduan (Guidance) Skor ujian dapat membantu pelajar, sebagai contoh mengenal pasti bahagian yang sesuai dengan bidang pelajaran dan kemahiran pelajar tersebut. Pemilihan (Selection) Ujian dapat mengenal pasti kebolehan dan prestasi pelajar untuk ditempatkan secara berkumpulan atau menentukan bentuk pendidikan pelajar itu perlu diberikan. Ramalan (Prediction) Mengenal pasti potensi kemajuan akademik dan kemahiran pelajar tersebut. Penilaian (Evaluation) Memberi nilaian atau skor ke atas pencapaian pelajar atau kebolehan yang dicatatkan sebagai rekod dan berguna sebagai sumber kawalan serta bukti kemajuan prestasi pelajar. Gred/Persijilan (Grading/Certification) Keputusan yang dicapai oleh pelajar menentukan kelayakan pencapaian yang dimiliki mengikut tahap kompeten atau pengetahuannya. 2.2.13.1 Pentaksiran Formatif dan Sumatif Pentaksiran formatif merupakan pendekatan tipikal dalam proses P&P. Ianya dijalankan secara berterusan dalam membantu pengajar menyediakan maklum balas berguna untuk penambahbaikan pencapaian pelajar. Pentaksiran berupaya memberikan indikator kepada pelajar-pelajar mahupun pengajar dalam mengenal pasti kecenderungan, keupayaan dan kelemahan mereka yang kemudiannya boleh dipertingkatkan di masa akan datang. Pentaksiran formatif berguna bagi penyaluran maklumat bagi dimanfaatkan secara dalaman oleh pelajar, pengajar termasuk personel penggubal kurikulum dan standard. Pendekatan ini popular dilaksanakan oleh pengajar-pengajar bukan sahaja meninjau prestasi pelajar tetapi juga dalam melakukan penambahbaikan kepada proses penyampaian pembelajaran mereka (Richard Stiggins et al., 2004; Siham El-Kafafi, 2012; Lee Kean Wah, & Yoon Sook Jhee, 2017). Manakala pentaksiran sumatif pula adalah bertujuan untuk memberikan manfaat dalam membuat suatu keputusan terhadap pencapaian pelajar berbentuk skor. Tipikalnya kaedah pentaksiran sumatif merupakan proses pengukuran pencapaian yang dilaksanakan secara berkala di akhir aktiviti pembelajaran. Menurut Lee Kean Wah & Yoon Sook Jhee (2017), pentaksiran sumatif direka bentuk bagi penyediaan kepada satu pertimbangan ke atas keseluruhan pencapaian pelajar sepanjang proses pendidikan
73 dan latihan yang telah berlaku. Dengan kata lain pentaksiran sumatif juga berfungsi menyediakan gred keseluruhan pencapaian sebagai indikator yang diperlukan dalam membuat perubahan dalam peningkatan kualiti di masa depan oleh orang-orang yang berkepentingan. Sebagai contoh, pentaksiran formatif dilaksanakan dalam aktiviti-aktiviti pengukuran pencapaian seperti peperiksaan pertengahan tahun, kuiz-kuiz, ujian-ujian refleksi, perbincangan kumpulan, penilaian portfolio atau kertas-kertas tugasan. Manakala pentaksiran sumatif pula adalah lebih penekanannya kepada keseluruhan pencapaian pelajar seperti peperiksaan akhir tahun, laporan projek, pembentangan analisis, forum, tesis dan seumpamanya. Secara ringkasnya, pentaksiran sumatif adalah bertujuan untuk merumuskan pemerolehan keseluruhan pencapaian pelajar dalam satu-satu proses P&P. Sementara pentaksiran formatif pula adalah untuk menggalakkan lagi peningkatan berterusan pelajar semasa proses P&P yang seterusnya kaedah penambahbaikan dapat dilakukan ke atas pencapaian prestasi pelajar (Richard Stiggins et al., 2004; Siham El-Kafafi, 2012; Lee Kean Wah, & Yoon Sook Jhee, 2017). Latar Belakang Latihan Kemahiran Di Malaysia Laporan Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10) mendapati masih ramai di kalangan masyarakat Malaysia menganggap latihan kemahiran adalah untuk pelajarpelajar pasca-persekolahan yang lemah bidang akademik dan menjadi pilihan kedua bagi melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tertiari (Unit Perancang Ekonomi, 2010; Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2015b). Namun begitu, usaha kerajaan berjalan secara berterusan apabila RMKe-11 mula menyelesaikan permaslahan ini dengan ‘Meningkatkan Penjenamaan Untuk Menarik Minat’ dalam sektor ini yang mula bertapak semenjak sebelum merdeka lagi. Aliran kemahiran yang mula bertapak di Tanah Melayu telah melalui perubahan demi perubahan termasuk perubahan minda pradigma masyarakatnya. Usaha ini direalisasikan dengan perancangan RMKe-11 di bawah transformasi sektor PLTV dengan mempertingkatkan promosi arus perdanakan bersama dalam satu pakej pemerkasaan (Unit Perancang Ekonomi, 2015a). Kelangsungan usaha pemerkasaan ini sedikit sebanyak dapat ditelusuri menerusi
74 sejarah latihan kemahiran di Malaysia sehingga mencapai negara maju menjelang tahun 2020. 2.3.1 Latihan Kemahiran Sebelum Merdeka Menurut mantan Ketua Pengarah JPK, Pang Chau Leong (2010b) yang bertanggungjawab dalam latihan kemahiran peringkat kebangsaan menjelaskan bahawa sejarah latihan kemahiran di Malaysia bermula dalam tahun 1897. Bagaimanapun secara rasminya latihan kemahiran mula bertapak di Negeri Selangor dalam tahun 1900, apabila beberapa orang tukang tradisional yang terdiri daripada pengukir kayu (wood-carver), tukang perak (silversmith), tukang besi (blacksmith) dan tukang jahit (tailor) ditugaskan untuk mengajar anak-anak Melayu di pinggir Bandar Kuala Lumpur. Dalam tahun 1902, latihan kemahiran dipertingkatkan lagi di bawah naungan Sultan Perak yang telah memperkenalkan banyak bidang kemahiran berasaskan vokasional. Kemudiannya dalam tahun 1906 sebuah sekolah dikenali dengan nama ‘Teacher Technical School’ ditubuhkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi manfaat pengurusan pentadbiran Negeri-negeri Persekutuan Melayu di waktu itu. Bagaimanapun, sekolah ini telah dibuka semula selepas Peperangan Dunia Pertama. pada tahun 1918. Pembukaan semula sekolah telah memperkenalkan konsep ‘apprenticeship’ buat pertama kalinya bertujuan melatih pekerja-pekerja dari agensi JKR, Jabatan Ukur dan Syarikat Keretapi Negeri-negeri Persekutuan Melayu. Kemudiannya disusuli pula dalam tahun 1919, kerajaan Tanah Melayu secara rasmi menubuh satu jawatankuasa bagi membincangkan keperluan pendidikan teknikal dan industrial bertujuan mengembangkan latihan teknikal ke seluruh negeri-negeri di bawah Persekutuan Melayu (Pang Chau Leong, 2010b). Dalam tahun 1926 penubuhan sebuah sekolah dengan nama ‘Federal Trade School’ di Kuala Lumpur telah menyediakan latihan sepenuh masa program bagi keperluan JKR bagi melatih mekanik, fitters, machinist dan juruteknik. Kemudian pada tahun 1931 secara rasmi Jabatan Pendidikan telah mengambil alih sekolah tersebut dan bertukar nama kepada ‘Technical School’ dengan beberapa program baru diperkembangkan seperti program keusahawanan pelombongan, perladangan dan pensyarikatan.
75 Penubuhan ‘Technical School’ menjadi pemangkin kepada pembukaan banyak sekolah-sekolah seumpamanya seperti di Pulau Pinang, Ipoh dan Singapura. Seterusnya, sekolah teknikal di Kuala Lumpur ditukar namanya kepada ‘Technical College’ dalam tahun 1945 yang kemudiannya dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam tahun 1972 (Pang Chau Leong, 2010b). Sementara itu, ‘Laporan Razak’ dalam tahun 1956 sedikit sebanyak telah mempromosi aliran vokasional ke dalam satu sistem pendidikan negara yang telah dibahagikan kepada tiga jenis institusi iaitu Kolej Teknikal, Institut Teknikal dan Trade School (Pang Chau Leong, 2010a; Zulkifli Mohd Sidi & Mohd Nor Mamat, 2016). 2.3.2 Latihan Kemahiran, Teknikal dan Vokasional Dalam tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknik (BPT) dibentuk bagi merancang dan melaksanakan program-program pendidikan latihan berasaskan teknikal dan vokasional. Kemudiannya disusun semula sebelum dinaik taraf menjadi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) pada tahun 1996 dengan hasrat meluaskan konsep sains dan teknologi dalam sistem pendidikan negara (Mohamed Nor Azhari Azman et al., 2014). Manakala dalam tahun 1968, ‘Laporan Rahman Talib’ telah menyatukan dan menukarkan nama dan peranan Trade School kepada Sekolah Menengah Vokasional (SMV). Transformasi pertama dalam sistem pendidikan Malaysia adalah perubahannya selepas merdeka telah merubah landskap pendidikan negara terutamanya dalam sektor kemahiran dan vokasional. Pengembangan aliran kemahiran dan vokasional ini dipertingkat lagi apabila dalam tahun 1964 dua buah institusi kemahiran ditubuhkan iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Dusun Tua dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Kuala Lumpur. Disusuli pula dengan penubuhan Institut Kemahiran Mara (IKM) di Jasin dalam tahun 1968 dan Politeknik Ungku Omar (PUO) (1969) (Unit Perancang Ekonomi, 2015b). Pembentukan Dasar Pendidikan Negara (DPN) dalam tahun 1979 telah merumuskan bahawa pendidikan menengah rendah wajar diberi peluang untuk menyediakan dua aliran pendidikan iaitu akademik dan vokasional (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1979). Perkembangan sektor ini dipertingkatkan lagi dalam tahun 1983 apabila sebuah pusat latihan tenaga pengajar kemahiran nasional dibina dengan nama Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di Shah Alam.