The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook ini ialah hasil tulisan Tg Hj Shaari

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by apcmawar, 2021-07-20 04:33:40

Mengenal Diri

Ebook ini ialah hasil tulisan Tg Hj Shaari

Warisan Ilmu

Tok’ Kenali Kelantan

‫�ﺎڠﻦ ﲰﭭأٔي �ﺮ�ﳱﺖ اداڽ د�ﺮي‬

Jangan
Sampai Terlihat

Adanya Diri

Oleh
Hj. Shaari Mohd Yusof Cik Wook

Muka 1

JANGAN SAMPAI TERLIHAT
ADANYA DIRI

Penerbit
TUJUH LIKUR ENTERPRISE
168-01-12 Sentu1 Utara iii, Sentu1

51000 Kuala Lumpur
ISBN 978-967-0513-06-5
Cetakan Ke-duabelas July2015

KaryaAsal
HJ. MOHD YUSOF CIK WOOK
NO.JLK 35A132I SE Kg. Jelakong Tok Samad,

JIn. Gual Ipoh, Batang Merbau
17500 Tanah Merah, Ke1antan

Penyunting
Hj. Shaari bin Hj.Mohd Yusof
Blog : makrifattokkena1i.com
No Hlp: 019-4444713,017-910 6011

Susun Atur oleh:
Khairu1 Annuar
Di Tulis/diketik/dicetak ulang di Pekanbaru
Pada 28hb April 2015
Guna Pemakaian kalangan sendiri Oleh :

Kamal Arifin
Kamaruzaman
Kaharuzaman
Kemas Kamrus
Kemas Kamrizal
bin Mahmudun ibnu Abdullah Sani ibnu Mohd. Toyib

© HAKCIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan menge1uar u1ang
mana-mana bahagian rencana, gambar, i1ustrasi dan isi kandungan
buku ini da1am apa jua bentuk dan dengan apa cara juapun samada
secara e1ektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebe1um mendapat izin bertu1is daripada Tujuh Likur Enterprise.

Dicetak di Malaysia oleh:
Litmus Print

Shah Alam, Selangor.
Muka 2

Haji Mohd Yusoff Ahmad ( Tok’ Kenali )

Lahir di Kg. Kenali, Kubang Kerian Kota Bharu Tahun 1287H/1870M

Muka 3

KANDUNGAN

ALIF LAM MIM ............................................. ........ BAB 1 1
BAB 2 11
MENTAUHIDKAN ALLAH.....................................
BAB 3 17
APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD
BAB 4 21
ALLAH MELIPUTI ................................................. BAB 5 31

GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR BAB 6 35
BAB 7 37
LUKISAN ORANG .................................................. BAB 8 53

MENGENAL ALLAH MELALUI DAKWAT ........ BAB 9 73

ILMU MAKRIFAT ITU HANYA ILMU UNTUK BAB 10 85

DIDENGAR BUKAN ILMU UNTUK DIFAHAM .. BAB 11 89
BAB 12 95
APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT ........
BAB 13 101
TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI ....................
BAB 14 105
APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI
BAB 15 113
MENGIKUT SULUHAN MAKRIFAT ....................
BAB 16 117
BERPISAHKAH ATAU BERSATUKAH ALLAH
BAB 17 119
DENGAN HAMBA ............................................
BAB 18 123
UNTUK MENJADIKAN ALLAH ITU BENAR
BAB 19 125
BENAR ESA ....................................................... BAB 20 127

CARA CARA MELIHAT ALLAH ....................

BELAJAR MENGENAL ALLAH MELALUI IKAN

LAUTAN ...................................................................

SIAPAKAH YANG LEBIH BERKUASA

ANTARA ALLAH DENGAN SYAITAN ........

CARA BERITIKAD KEPADA TAKDIR BURUK

DAN BAIK .......................................................

PANDANG YANG SATU KEPADA YANG

BANYAK DAN PANDANG YANG BANYAK

KEPADA YANG SATU ............................................

MAKRIFAT ITU ADALAH JALAN ILMU YANG

SUDAH TIDAK LAGI MEMAKAI DALIL ........

PENGHUJUNG MAKRIFAT ITU KEMBALI

SEMULA KEPADA SYARIAT ...............................

APAKAH KOSONGKAN GELAS FEQAH

SUPAYA AIR MAKRIFAT DAPAT

MENGAMBIL TEMPAT ...............................

KETEPIKAN PEGANGAN TORIKAT ....................

Muka 4

MENGENAL DIRI ITU SETELAH KEHILANGAN

KEWUJUDAN DIRI ............................................ BAB 21 131

MAKRIFAT DARI PANDANGAN IMAM BAB 22 137
BAB 23 145
GHAZALI .......................................................
BAB 24 157
ISU PERTIKAIAN TENTANG NAMA ALLAH ..... BAB 25 169
BAB 26 179
KAEDAH ULAMAK MAKRIFAT BAB 27 183
BAB 28 189
MENYATAKAN ALLAH ................................ BAB 29 195

LAFAZAN TAUHID YANG TIADA TAUHID ....... BAB 30 199

MAKRIFAT DALAM IHYA ULUMUDDIN ........ BAB 31 203
BAB 32 207
MANDI JUNUB ........................................................
BAB 33 229
DIMANAKAH HARAMNYA ANJING ........ BAB 34 237
BAB 35 249
DIMANAKAH HARAMNYA ARAK 181 BAB 36 261
BAB 37 271
BAGAIMANA MULA MULA DITENTUKAN
BAB 38 301
HARI ITU HARI JUM’AT ...............................
BAB 39 333
BELAJAR MENGENAL ALLAH MELALUI IKAN
BAB 40 343
DILAUTAN .......................................................
BAB 41 345
MINYAK WANGI ............................................
BAB 42 369
DIMANAKAH MAKRIFAT DARI PANDANGAN
BAB 43 379
IMAM GHAZALI ............................................
BAB 44 403
ISU PERTIKAIAN TENTANG NAMA ALLAH .....
BAB 45 415
KAEDAH ULAMAK MENYATAKAN ALLAH .... TAMAT 425

LAPAZAN TAUHID YANG TIADA TAUHID .......

MARTABAT TUJUH ............................................

ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH

TUJUH ...................................................................

KAEDAH TUJUH ADALAH KAEDAH GURU

TERDAHULU MANGAJAR MAKRIFAT ........

YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK

KELAZATAN MAKAM MAKRIFAT ....................

YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI

RAYA PUASA ........................................................

HAJI ITU MENGENAL HATI DAN MENGENAL

QALBU ATAU MENGENAL ROH ....................

YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI

RAYA KORBAN ............................................

YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA

MEMBAYAR ZAKAT DAN FITRAH TAFSIRAN

ZAKAT MELALUI HUKUM FEQAH ....................

YANG CARA UNTUK MENGHIDUPKAN IMAN

BAGAIMANA DIKATAKAN IMAN YANG

HIDUP ..................................................................

P E N U T U P .......................................................

Muka 5

Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali Kubang Kerian Kota
Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Mohd Yusof Ahmad Menuntut di Mekah selama
22 tahun (1305H – 1327H). Sangat Alim dalam Ilmu Tata Bahasa Arab (Nahu/Soraf).

Tok Kenali tidak meninggalkan Karya Tulis yang besar, namun berjaya melahirkan
satu angkatan Ulama pelapis paling berwibawa, bukan sahaja di negeri Kelantan.

Antara murud murud jempolannya termasuklah : Hj. Mat Jebeng (kemenakannya). HJ.
Che Mat-Padang Mengkali. Lebai Deraman-Pasir Mas. Hj.Seman Sering (Syeikh
Oeman Jalaluddin al-Kelantani). Hj.Yaakub lorong gajah mati. Hj.Abdul Kadir Melor.
Hj.Abdullah Tahir Bunut Payong. Hj.Yusuf Padang Bemban. HjAwang Lambor.
Dato’Hj.Ahmad Maher al-Azhari. Hj. Ali Pulau Pisang. Hj.Abdul Majid Kayu Rendang.
Hj.Mat Pauh. Hj. Awang Serendah. Hj. Daud Bukit Abal. Hj.Awang Beta. Hj. Hamzah
Padang Bemban. Hj. Ismail Perol. Dato’Hj. Ismail Yusof. Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah.
Hj. Hasbullah Bot dan Hj. Nor Bot. Mana kala yang diluar Kelantan tersenarai pula nama
nama seperti Hj. Wan Abdul Latif Jerteh. Hj. Zainal Abidin Dungun. Dato’ Hj. Hasan
Yunus al-Azhari (Menteri Besar Johor). Dato’Hj.Abdul Rahim Yunus (Mufti Kerajaan
Johor). Hj.Abdul Wahid Osman sungai udang. Hj.Ibrahim Bongek Rembau. Syeikh Mohd
Idris al-Marbawi al-Azhari Kuala Kangsar. Hj. Osman Bikit Besar. Hj.Abdullah Abbas
Nasution Jitra. Hj.Baharuddin Sumatera Jeneri. Hj.Hasan Lampung. Hj.Yaakub Legor dan
Tok’ Lata (Patani).

Tok’ Kenali kembali kerahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi. Ahad 2
Syaaban 1352H bertepatan 19 Nopember 1933 dan di kebumikan di Kubang Kerian.

Muka 6

Tok Kenali dan Tok Selehong telah lama meninggalkan kita. Sungguhpun begitu,
penghijrahan beliau berdua kealam baqa, beliau sempat menghadiahkan kita dengan
suatu harta yang tidak ternilai harganya. Harta peninggalan beliau itu, bukannya berupa
harta benda atau wang ringgit. Harta yang teramat beharga peninggalan beliau itu, adalah
berupa naskah ilmu makrifat dan naskah ilmu mengenal diri.

Semasa hayatnya, Tok Kenali dan Tok Selehong mempunyai ramai anak murid.
Diantara muridnya yang ramai itu, ada terdapat dua atau tiga orang muridnya yang
teristimewa dan yang tersayang. Salah seorang diantaranya adalah Hj. Mohd Yusof cik
Wook.

Tuan Guru Hj. Mohd Yusof Cik Wook

Hamba Allah yang bernama Mohd Yusof Cik Wook itu, seorang budak murid yang rajin
berbakti kepada guru-gurunya. Sementara anak murid yang lain semuanya telah balik
dari mengaji, Mohd Yusof masih tetap berrdammpingan dengan gurunya. Beliau urut tubuh
gurunya hampir setiap malam. Sebelum balik dari mengaji, beliau tidak pernah
meninggalkan kolah air gurunya kosong. Selagi tidak penuh kolah air, beliau tidak akan
balik. Air kolah itu, seemata-mata bertujuan untuk bekal gurunya manndi dan mengambil
air sembahyang.

Dalam pada murit yang lain telah kembali kekediaman masing-masing, Mohd Yusof
Cik Wook, tetap berdamping dengan gurunya. Dengan cara memicit (mengurut)
tubuh gurunya yang sekali-kali terasa lenguh, di situlah kelebihan Hj.Mohd Yusof
berbanding dari murid yang lain. Disitulah rupa-rupanya dengan cara tidak sengaja, terluah
dari bibir mulut sang guru, meluahkan segala rahsia ilmu, disebalik ilmu (rahsia disebalik
rahsia) yang sulit-sulit.

Muka 7

Dikala orang lain nyeyak tidur, Mohd Yusof masih tetap urut tubuh Tok kenali, yang
mana Tok Kenali diketika itu sudah hampir-hampir mengantuk, disaat Tok Kenali
hampir-hampir dibuai mimpi, sesungguhnya disitulah bibir Tok Kenali terlafas (terccerita)
barang ilmu yang tinggi-tinggi dan ilmu yang sulit-sulit. Rupa-rupanya dalam keadaan
sebeginilah kebarangkalian sang guru itu tadi, tercerita atau terlafas (dalamm keadaan tak
senggaja mungkin, ilmu yang sulit-sulit itu terlafas dari mulluut guru.

Dalam keadaan separuh sedar (keadaan sedar denngan tidak sedar), kebarangkalian Tok
Kenali sendiripun juga berkemungkinan dengan tidak sengaja atau mungkin juga
dalam keadaan yang disengajakan, telah mengungkap kalimah batin (ilmu makroifat)
kepada muridnya yang bernama Mohd Yusof Cik Wook. Dikesempatan keemasan itu juga,
cuping telinga Mohd Yusof ditadahnya dengan penuh cermat dan berhati-hati. Setiap patah
perkataan yang terkeluar dari bibir Tok kenali itu, disalin semula kedalamm buku catatan
setibanya dipondok (sekembalinya kepondok).

Begitulah rutin hidup Mohd Yusof Cik Wook dizaman remajanya. Sejaran sebenarnya
asal mulanya Mohd Yusof Cik Wook, mendapat pendedahan ilmu asas makrifat itu,
adalah dari Tuan Guru Tok Selehong. Rumah serta kampong orang tua Mohd Yusof
berasal dari kampong dalam Rhu, Tumpat yang bersebelahan dengan kampong Selehong.
Nama asal Tok Selehong adalah Abdul Rahman, dikeranakan beliau tingggal dikampong
selehong, maka orang dahulu lebih dikenali melalui kampongnya berbanding namanya
sendiri.

Selepas berguru dengan Tuan Guru Tok Selehong, Tuan Guru Mohd Yusof Cik
Woook, kemudiannya melanjutkan pula pelajarannya dengan Tuan Guru Tok Kenali.
Namun ternyata kedua-dua gurunya itu, mempunyai persamaan ilmu. Maklumlah Tok
kenalil dan Tok Selehong itu telah mendapat pendidikan ilmu makrifat dari guru yang
sama.

Butir permata yang indah itu, selalunya terdapat dan bertempat di tengah lautan yang
dalam, tempat yang jarang dikunjungi dan tempat yang susah didekati). Tempat yang
tidak ramai dikunjungi orang dan tempat yang jauh dari kunjunggan orang ramai, pada
kebiasaanya disitulah seelalunya terdapat dan terbitnya mutiara yang indah-indah.

Begitulah juga dengan nasib Mohd Yusof Cik Wook. Beliau tidak terkenal dan tidak
dikenali ramai, tidak tersohor sebagaimana nama-nama besar yang tercatat dalam
lipatan akhbar. Beliau hanya dikenali oleh murid-muridnya melalui lipatan sejaran hati
mereka -mereka yang terdekat. yang paling dekat dan rapat mengenali diri dan hati budi
ilmu makrifat Tuan Guru Hj.Mohd Yusof Cik Wook itu, ternyata tidak lain dan tidak bukan
adalah anak kandungnya sendiri, yang bernama Hj.Shaari Mohd Yusof.

Tuan-tuan dan puan-puan yang budiman seekalian, ingat dan ketahuilah bahawasanya
ilmu Allah itu, bukannya sebagaimana harta pusaka, yang boleh diageh-ageh atau
yang boleh dibahagi-bahagikan kepada anak cucu. Harta dunia boleh dijadikan pusaka,
manakala ilmu Allah itu, hanya kepada sesiapa yang dikehendaki Allah Taala. Barang siapa
yang tidak dikehendaki atau barang mereka yang tidak mendapat petunjuk Allah Taala,
biarpun ia belajar dengan 13 guru dan berpindah kepada 30 buah sekolah pondok sekalipun,
mereka tidak akan mendapat ilmu Allah.

Muka 8

Begitulah takdir yang terdapat pada batang tubuh Hj. Tuan Guru Mohd Yusof dan
anaknya Hj.Shaari Mohd Yusof. Berlakunya semua itu, adalah dengan tidak sengaja
dan tidak diketahui langsung oleh sang murid. Itu semua adalah pemberian dan anugerah
Allah Taala.

Pada mulanya anak kepada Tuan Guru Hj Mohd Yusof Cik Wook yang bernama Hj
Shaari Mohd Yusof, seekali-kali tidak menduga yang beliau itu juga pada suatu harri
nanti, berkemungkinan akan menerima titah harta peningalan Tok Kenali oleh
ayahndanya!. Sungguhpun begitu, bagi ayahndanya beliau, ianya sudah dapat menduga
yang suatu harri nanti anaknya yang bernama Shaari, akan dapat mewarisi serta dapat
mengganti tempanya, sebaggaimana beliau dapat menganti tempat Tok kenali dan Tok
selehoong.

Hj.Mohd Yusof Cik Wook, adalah seorang guru yang tidak terkenal sebagaimana orang
lain, yang menempah nama dalam suratan akhbar. Tuan Guru Hj.Mohd Yusof cik
Wook, sekaddar tercattat dalam lipatan sejarah hati para mukmin yang mengenal Allah.

Saya mewakili Tuan Guru Hj. Mohd Yusof cik wook, berdoa kepada Allah Taala, agar
dibuka pintu hati tuan-tuan, supaya dapat memahami kitab-kitab peningalannya.
Untuk itu kiranya tuan-tuan berminat untuk mendalami dan menghayati ilmu makkrifat
secara sebenar dan secara hakiki, milikilah kitab yang berjudul :

1. ILMU MENGENAL ALLAH (Tok Kenalil Kelanttan)
2. ILMU MENGENAL DIRI (Tok Kenalil Kelantan)

Tuan Guru Hj. Shaari Mohd Yusof Cik Wook

Muka 9

Kitab ini adalah Ilmu peninggalan Arwah Tok’ Kenali dan
Peninggalan Arwah Tok’ Selehong Kelantan, yang dipelajari
dari Syeikh Daud Al Fatani, yang ditinggalkan pula kepada
satu satunya murid beliau yaitu Tuan Guru Hj. Mohd Yusuf Cik Wook,
Bangol Chica pasir mas Kelantan, kemudian diturunkan pula kepada
anakandanya Haji Shaari Mohd Yusof.

Kitab Tok Kenali ini mengajak kita menyeberangi sempadan
lautan harian dan melewati batasan akal, Membicara Rahsia
Ilmu yang tersembunyi disebalik huruf dan Ilmu yang
terselindung disebalik penghujung rasa. Menyingkap Tabir Rahasia
Allah yang tenggelam di lautan Ghaib.

Kitab Makrifat adalah pengembaraan Ilmu Kalam, menuju
binasa, fana, baqa, zuk dan pengembaraan kalam menuju
Ilmu Rasa. Ilmu rasa adalah ilmu penamat segala
pencarian. Ilmu rasa adalah ilmu penyuluh kalbu, yang membawa
makrifat kepada Allah.

Makrifat adalah ilmu penyuluh didalam terang, seumpama
mata mencari kening, api mencari cahaya, masin mencari
garam dan ilmu pencarian barang yang tidak hilang.
Sungguhpun tidak hilang, dikejar semakin jauh, dipanggil semakin
sayup, digali semakin dalam, dilihat semakin ghaib yang akhirnya
lemah akal dari berkata kata.

Peninggalan Tok’ Kenali ini, adalah ilmu yang mudah difaham
oleh semua golongan masyarakat dan semua peringkat
umur. Makrifat tok’ kenali itu adalah ilmu segala rahsia tujuh
petala langit tujuh petala bumi yang terkandung didalam diri sendiri.

Carilah disana,.....................

Muka
10

UNIVERSITI QALBU MUKMIN

Saya tidak punya tanah untuk menapakkan bangunan Universiti,
saya tidak punya wang untuk menawarkan jawatan pensayarah!.
Untuk itu, saya tubuhlah Universiti sendiri yang bertapak
didalam Qalbu mukmin dan berpensyarah kepada diri saya
sendiri!. Jadi tidak perlu kepada tanah atau wang untuk bayar gaji
pensyarah!. Bagi sesiapa yang sudi melanjutkan ilmu, sila daftar
hati tuan-tuan kedalam kampus website makrifattokkenali.com

Bidang ilmu : Hanya dua, iaitu ilmu hakikat dan ilmu makrifat!

Lokasi Universiti atau alamat Universiti Qalbu: Qalbu Para
Mukmin, kg. jalan mati sebelum mati, Daerah ilmu hakikat dan
makrifat, Negeri Baqo’ Billah, pos kod ″0k0o0so0n0g0”,
Kelantan Darul Naim !. Inilah alamat surat menyurat yang pasti
sampai.

Bayaran masuk: Hendaklah dibayar dengan hati yang ikhlas!.
(tak perlu wang pendaftaran masuk). Tuan-tuan tak perlu bawa
wang ringgit atau mas perak untuk masuk Universiti saya, cukup
hanya sekadar bawa “hati Ikhlas”.
Fakulti atau bidang ilmu: hanya ada tiga bidang ilmu :

1) Pelajaran awal: Mengenal diri
2) Pelajaran akhir: Mengenal Allah
3) Pelajaran penutup: Jangan sampai terlihat adanya diri!.
Tarikh Tutup: Tidak ada tarikh tutup !.

Marilah kita beramai-ramai mendaftar diri kedalam Universiti
Qalbu Mukmin, Universiti sepanjang hayat hj Shaari. Kita juga
tak lama lagi, akan menubuhkan sebuah hospital rawatan.
Hospital khas bagi tujuan rawatan untuk mempercepatkan mati
iaitu (mati sebelum mati!). Kepada sesiapa yang rasa-rasa
berhajat kepada mati sebelum mati, bolehlah masuk hospital
saya. Alamat hospital ini, adalah juga sama dengan alamat
Universiti, iaitu hospital “Qalbu Mukmin”. Maaf, sekadar
melawak dengan tuan-tuan. drp hj Shaari

Muka
11

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

BAB 1
ALIF LAM MIM

1. Terjemahan huruf alif

Huruf Alif itu, adalah sesuatu yang melambang, menerang,
mengambar, merujuk atau kiasan bagi menterjemahkan Allah!.
Alif itu, adalah bangsa, bahasa atau suatu kiasan gambaran bagi
Allah!.

Bagi huruf-huruf didalam Al-Quraan, huruf apa lagi yang boleh
mengambaran Allah selain daripada huruf Alif?. Kerana huruf
alif itu, adalah huruf yang menegak, huruf yang berdiri, huruf
yang mula-mula dan huruf yang pertama.

Berdiri tegaknya huruf alif itu, adalah seumpama berdiri tegak
semasa bersolat. Berdiri tegak sembahyang itu, adalah bagi
mengambarkan berdirinya huruf alif. Menegakkan huruf alif itu,
adalah seumpama menegakkan Allah!. Huruf yang pertama itu,
adalah melambangkan Allah, sebab Allahlah yang pertama, yang
mula-mula dan terawal. Huruf Alif itu adalah huruf yang awal
dan yang awal itu, adalah mengambarkan Allah.

Banyak-banyak huruf dalam Al-Quraan itu, hanya huruf alif
bertulisan secara lurus dan tegak, yang mana tegak dan lurus itu,
adalah merujuk kepada Allah. Huruf-huruf lain, semuanya tidak
berdiri, tidak tegak dan tidak lurus. Seumpama huruf lam, huruf
lam tidak tegak, huruf lam bercangkuk seumpama mata kail.
Satu-satunya huruf yang lurus dan berdiri tegak itu, adalah hanya
huruf alif. Itu makanya huruf alif itu, dibangsa, dilambang,
ditafsirkan atau dikias kepada Allah.

Sebut sahaja huruf alif, huruf itu, adalah huruf yang
melambangkan kiasa berdiri. Sesungguhnya huruf tegak dan
lurus yang berdiri sendiri itu, adalah hanya Allah!. Itulah
makanya dipermulaan Al-Quraan kita baca huruf alif, lam, mim.
Alif itu, adalah merujuk kepada pengertian Allah!

Hj.Shaari Mohd Yusof | ALIF LAM MIM 1

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Untuk itulah makanya Allah swt. tekankan supaya kita baca
huruf alif, lam, mim sebelum membaca Quraan, pastinya ada
hikmah dan rahsia yang besar disebaliknya!. Apakah rahsia
disebalik huruf alif, rahsia disebalik huruf lam dan apakah rahsia
disebalik huruf mim itu?………………….

Apakah gambaran maksud yang hendak ditafsirkan atas huruf
alif?. Huruf alif itu, adalah huruf tauhid!. Semasa bacaan tahayat
didalam ibadah sembahyang, huruf alif ada digambarkan melalui
cara kita menggerak-gerak atau kita tegakkan jari telunjuk
semasa membaca kalimah syahadah!. Itu tanda huruf alif atau
huruf tauhid bagi mengambarkan satu, ke Esaan atau ketunggalan
Allah!. Itu makanya kita lihat selalu orang mengerak atau
menegakkan jari telunjuk semasa sembahyang bagi mengambar
dan bagi menunjukkan huruf alif, huruf tegak, huruf satu (esa),
huruf tauhid melalui jari telunjuk!.

Huruf alif meggambarkan anggka satu, anggka Esa, anggka
tunggal dan anggka tauhid. Siapakah yang yang dimaksudkan
dengan perkara satu?, siapakah yang dimaksudkan dengan
perkara Esa dan siapakah yang dimaksudkan dengan anggka
tunggal?, jika tidak Allah!. Itu makanya huruf alif itu,
diisayaratkan kepada Allah ………

Huruf alif itu, bagi mengisyaratkan kepada Allah. Alif itu, bagi
menunjuk, merujuk dan bagi mentafsirkan Allah. Yang satu itu
Allah, yang tunggal itu Allah, yang permulaan itu Allah, yang
berdiri sendiri itu Allah, yang lurus itu Allah dan yang Esa itu
Allah……………….Alif itu, adalah merujuk kepada Allah.

Dari kiasan huruf alif itu, hendaklah kita bawa kepada diri kita!.
Bermulalah bacaan kita itu, dengan Allah!. Bermulalah kata-kata
kita itu, dengan Allah. Bermulalah melihat kita itu, dengan Allah.
Bermulah mendengar kita itu, dengan Allah. Bermulalah tidur,
bangun, hidup dan mati kita itu dengan Allah!. Jangan terlihat
kepada selain Allah dan jangan tertilik kepada selain Allah.
Setelah kita nyata Allah dalam pandangan serta dalam tilikan,
maka ayoh mari kita sama-sama baca Al-Quraan, sama-sama kita
dirikan solat dengan ingat Allah!. Dirikanlah solat dan bacalah

2 ALIF LAM MIM | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Quraan dengan berkeadaan tiada lain selain Allah………Itulah
maksud, erti atau makna huruf Alif……………………….

Bermula alam dengan huruf alif, bermula kiamat dengan huruf
alif dan bermula segala yang bermula itu, adalah dengan huruf
alif. Setelah kita kenal huruf alif, maka kenallah kita akan Allah.
Bermula dengan huruf aliflah yang membuatkan huruf-huruf lain.
Bermula dengan Allahlah yang membuatkan seluruh makhluk
alam!.

Bermula dengan huruf alif (Allah)lah terjadinya diri kita. Tanpa
alif (Allah), diri kita tidak akan terjadi!. Setelah terjadinya diri
kita dan sertelah terjadinya alam dan setelah terjadinya segala
macam 6666 ayat didalam Al-Quraan itu, hendaklah jangan kita
tidur, terlena dan terleka dengan bunyi merdu suara yang
mengalunkan ayat-ayat suci!. Jangan kita leka dengan kemerduan
suara bacaan. Disebalik kelunakkan suara dan disebalik
kelunakan merdunya suara bacaan Quraan itu, Allah suruh kita
lihat, pandang dan tilik Allah disebaliknya!. Bacalah apapun
hendaklah kita kias kepada Allah.

Sebutlah apapun, hendaklah tertlihat Allah disebaliknya. Allah
bukan sesuatu, tetapi Allah nyata pada tiap-tiap sesuatu!.Jadi
lihat. pandang dan tiliklah Allah pada setiap patah ayat yang kita
baca. Baca syurga, syurga itu syurga Allah. Baca saja neraka,
neraka itu adalah neraka Allah. Sebut sahaja malaikat, hari
kiamat, soal kubur, titian, seksa kubur, pertanyaan kubur dan
malahan sebutlah apapun yang tersebut dalam ayat-ayar suci Al-
Quraan itu, segala-galanya adalah kalam Allah. Bilamanana
kalam Allah, kalam Allah itu tidak lain dari Allah jua. jadi
sebutlah apapun hendaklah tidak terhijab Allah disebaliknya,
malahan Allahlah segala-galanya disebalik setiap ayat yang
dibaca !.

Berkatalah apa yang hendak kita katakan, sesungguhnya Allahlah
disebalik kata mu!. Sebutlah apa sahaja yang hendak kita sebut,
sesungguhnya Allahlah disebalik sebutan mu!. Bergeraklah
apapun yang hendak kita gerakkan, sesungguhnya Allahlah
disebalik gerak mu!. Buatlah apa sekalipun yang hendak kita

Hj.Shaari Mohd Yusof | ALIF LAM MIM 3

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

perbuat, sesungguhnya Allahlah disebalik perbuatan mu!. Itulah
makanya huruf alif itu, diletak dan dibaca dipermulaan Al-
Quraan. Kerana dari huruf alif itu, boleh menjadikan huruf-huruf
yang lain.

Sebab apa Allah letak huruf alif,lam, mim dipermulaan segala
bacaan Quraan, sebabnya adalah kerana Allah mahu kita tahu,
Allah mahu kita mengerti dan faham bahawa disetiap apa yang
kita sebut dan yang kita baca itu, adalah Allah. Allah nak kita
lihat Allah, pandang Allah dan tilik Allah. Lihat Allah disetiap
apa yang kita kata. Allah nak kita lihat, nak kita tahu dan Allah
nak bagi kita mengerti bahawa disetiap apa yang kita sebut itu,
itulah AKU!. Bagi menunjukkan bahawa disetiap apa yang kita
katakan itu, itulah Allah dan itulah AKU!.

Apa yang kamu sebut itu, itulah AKU!. Apa yang kamu kata itu,
itulah AKU. Apa yang kamu buat itu, itulah Aku!. Setelah kita
nampak Allah, maka bacalah apapun dan sebutlah apapun 6666
ayat itu, itulah Allah, Allah, Allah………………………

2) Apakah maksud Huruf Lam (‫)ﻝ‬

Huruf lam itu, adalah bagi membawa maksud “la” (nafi). Huruf
lam itu, adalah bagi gambaran, tafsiran dan kiasan kepada
perkara nafi atau menolak!. Lam itu bermaksud “la”. Perkataan
“la” itu, adalah bahasa Arab, manakala maksud, erti dan makna
“la” dalam terjemahan bahasa melayu pula, adalah membawa erti
nafi (tolak) atau buang.

Setelah huruf “alif” pada permulaannya, manakala huruf yang
keduanya, adalah huruf “lam”. Setelah kita belajat yag alif itu
merujuk kepada Allah dan lam pula merujuk kepada nafi, tidak
atau buang. Persoalannya disini, apakah yang hendak kita tolak,
apakah yang hendak kita buang dan apakah yang hendak kita
nafikan?.

Lam bermaksud untuk menyuruh kita tolak, buang atau nafi.
permasalahannya disini, apakah yang hendak kita tolak?. Yang
hendak kita tolak itu, ada terkandung didalam huruh mim ( ).

4 ALIF LAM MIM | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Bahasa Arab kata “la”, bahasa kita kata “nafi”. apakah yang
hendak kita nafi?. Untuk tahu apakah yang hendak kita nafi, mari
kita ikuti kupasan huruf mim!.

3) Apakah Maksud Atau Pengertian Huruf Mim?

Huruf mim itu, adalah huruf yang memberi pengertian kepada
maksud maujud (yang dijadikan) iaitu maujud Nur Mohamad.
Mim itu, untuk memberi faham kepada kita bahawa yang hendak
kita nafi, yang hendak kita buang dan yang hendak kita tolak itu,
adalah perkara maujud (perkara yang dijadikan).

Apa-apa yang maujud atau apa-apa yang dijadikanitu, hendaklah
kita buanng, kita nafi dan hendaklah kita tolak. Biar Allah sahaja
yang ujud, wujud dan maujud!. Segala selain Allah itu,
hendaklah kita sucikan, bersihkan, buangkan dan perhilangkan
dari pandangan atau buang dari iktikad !.

Dengan bahasa lain, hendaklah kita buang segala bayang
(maujud) biar yang tinggal itu, adalah semata-mata tuan yang
empunya bayang. Sekalipun kita terlihat bayang, sesungguhnya
bayang itu, tidak boleh berdiri sendiri tanpa tuan yang empunnya
bayang. Bayang (maujud) sebenarnya tidak ada, yang ada itu, itu
adalah juga tuan yang empunya bayang!. Mim itu, adalah
membawa maksud makhluk (maujud).

Setelah kita nampak Allah (huruf alif) dan setelah kita nampak la
atau nafi (huruf lam). Mari kita lihat huruf mim, iaitu yang
membawa maksud maujud. Apa yang hendak kita buang atau
yang hendak kita nafikan dalam huruf min itu, adalah membuang
segala yang maujud ia itu membuang atau menolak segala
makhluk!. Itulah maksud atau pengertian huruf mim.

4) Bilamana Kita Gabungkan Ketiga-tiga Huruf !.

Bilamana kita gabungkan ketiga-tiga huruf alif, lam, mim bererti
kita gabungkan perkataan Allah, la dan maujud dan jika kita

Hj.Shaari Mohd Yusof | ALIF LAM MIM 5

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

terjemahkan lagi perkataan Allah, perkataan la dan perkataan
maujud, maka jadilah perkataan itu seperti berikut;

Allah itu, tidak ada maujud yang lain selan Allah!. Jika kita
tinggikan sikit lagi maksud alim, lam, mim, ianya membawa
maksud, “La Maujud Bil Haqqki Ilallah” (tidak ada yang maujud
selain Allah).

Bilamana kita tahu yang tidak ada lain selain Allah, jadi barulah
kita boleh mulai baca ayat-ayat suci Al-Quraan, kerana pada
setiap patah ayat yang kita baca itu, jangan sampai tertilik kepada
selain Allah!. Sedari awal lagi Allah telah memberi peringatan
kepada kita semua bahawa, bilamana kita membaca ayat atau
kalam Allah (Al-Quraan) hendaklah jangan sampai kamu terlihat
kepada yang lain selan Aku (Allah).

La maujud bilhaqqki ilallah, jangan kita pandang ujud yang lain
selain ujud Allah. Setelah kita nampak segala-galanya adalah
Allah, barulah kita boleh baca Al-Quraan!. Selepas kita tahu
segala-galanya itu adalah Allah, makanya sebutlah, katakanlah,
dan lafaskanlah apa yang hendak kita sebut, apayang hendak kita
kata dan lafaslah apa-apa yang hendak kita lafas, sesungguhnya
semua apa yang kamu kata, kamu ucap dan segala apa yang
kamu lafaskan itu, itulah Aku (Allah). Setelah segala-gala ayat
itu menjadi Allah, maka itulah Allah dan itulah kalamNya!. Allah
dan kalam Nya itu, tidak lain dari Allah jua. Seumpama yang
menilik itu, adalah juga tuan dengan yang ditilik!. Begitulah
ayat-ayat atau kata-kata Allah itu, tidak lain dari Allah jua. Untuk
itu, bacalah apapun isi kandungan didalam quraan itu, itulah
Allah, Allah dan Allah………………………….

Bermulalah dengan huruf alim, lam, mim iaitu bermulalah
dengan Allah, nafi, maujud. Setelah kita menafikan sekalian yang
maujud (sekalian yang dijadikan), maka disitulah akan kita
terlihat, terpandang dan tertilik Allah pada setiap ayat yang kita
baca. Untuk itu bacalah, bacalah dan bacalah, bahawa setiap apa
yang kamu baca itu, itulah Aku, Allah, Allah dan Allah………

‘LA MAUJUD BILHAQQKI ILALLAH” ingat itu, itulah
maksud, erti dan makna huruf alif, lam, mim…………………

6 ALIF LAM MIM | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

5) Sebelumnya Mari Kita Belajar Erti “Ingat kepada Allah”

Dalam menterjemah kalimah alif, kita tidak boleh lari dari
megentahui konsep “ingat”. Jika tuan-tuan tidak tahu untuk
menterjemah perkara “ingat kepada Allah”, maka tidaklah tuan-
tuan akan dapat menterjemah perkara alif. Sebelum saya
menghuraikan persoalan bab kalimah alif, saya minta tuan benar-
benar tahu, faham, mengerti dan betul-betul menghayati perkara
“ingat”!. Kiranya kita tidak faham konsep “ingat” kepada Allah,
tidaklah dapat kita mentafsir kalimah alif. Alif itu, adalah
bertujuan bagi menterjemah perkara “ingat kepada Allah”.

Ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat selain dari Allah.
Setelah tidak lagi ingat kepada selain Allah, barulah kita itu,
dikatakan ingat kepada Allah.

Setelah ingat kepada Allah, barulah dibolehkan untuk kita
membaca 6666 ayat-ayat Allah. Itu sebabnya bermula ayat Al-
Quraan itu dengan huruf alif, lam, mim!………………………..

Persoalan disini, bagaimana nak ingat Allah?. Barang siapa yang
tidak tahu cara-cara untuk ingat kepada Allah, maka tidaklah
mereka itu tahu untuk mentafsir alif, lam mim dan bilamana tidak
tahu mentafsir huruf alif, lam, min, maka tidaklah dikatakan
ingat kepada Allah!.

Sembahyang, hendalah ingat Allah. membaca Quraan, hendaklah
ingat Allah. Syahadah, hendaklah ingat Allah, Begitu juga
semasa kita mengerjakan ibadah puasa, zakat, haji, umrah,
sedekah, zikir, bekerja, dan sebagainya itu, hendaklah kita dalam
keadaan ingat Allah!. Samaada dalam keadaan sedang melangkah
berjalan, berfikir, tengah makan, sesudah makan, menonton
talivesion, pekerjaan jual beli, belajar, buat kerja dan samaada
didalam waktu sedang tidur sekalipun, kita hendaklah “ingat”
kepada Allah. Sekiranya sedang sembahyang dan sedang
membaca Al-Quraanpun kita tidak boleh ingat kepada Allah,
apalah erti sembahyang dan apalah erti membaca Quraan?………

Apakah maksud lam?………………..

Hj.Shaari Mohd Yusof | ALIF LAM MIM 7

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati
Allah sekalian. Pada permulaan surah Al-Quraan, kita ada terlihat
huruf ALIF LAM MIM. Menurut tafsiran ilmu feqah, maksud
huruf alif lam mim itu, adalah bererti “hanya Allah sahaja yang
megentahui”.

Jika hanya Allah sahaja yang megentahui maksuh huruf alif lam
mim itu, maka timbullah satu kemuskilan atau pertanyaan di hati
kecil kita yang jahil ini, apakah huruf itu untuk diketahui oleh
Allah sahaja?. Jika untuk Allah sahaja, kenapa diperturunkan
tulisan itu?. Jika huruf itu sahaja yang Allah ketahui, apakah
huruf-huruf lain itu, Allah tidak megentahuinya dan apakah huruf
alif lam mim sahaja yang Allah ketahui?.

Sebelum dibenarkan kita membaca dan melafaskan ayat-ayat suci
yang lain, kita dikehendaki melafaskan terlebih dahulu perkataan
alif lam mim, kenapa, kenapa dan kenapa………………….

Itulah makanya didalam kitab Mengenal Diri Tok kenali, ada
terdapat tulisan huruf alif lam mim di muka surat yang mula-
mula!. Misti ada maksud, mesti ada makna dan mesti ada erti
besar yang tersembunyi disebaliknya!. Ayahnda Mohd Yusof Cik
Wook, mendapat ilmu ini dari mulut tuan guru Tok Selehongn
dan dari mulut tuan guru Tok kenali sendiri.

Apakah maksud, apakah makna dan apakah ertinya huruf alif lam
mim, sehingga di tulis pada permulaan surah, sudah barang pasti
meyimpan maksud besar yang tersirat disebaliknya, apakah
maksud itu?……………………

Barang siapa yang megetahui tiga huruf itu, seumpama mereka
sudah megetahui seluruh 6666 ayat didalam Al-Quraan. Barang
siapa yang megetahui tiga huruf itu, seluruh alam termasuk 7
petala bumi dan 7 petala langit itu, seumpama telah dan sedang
bersujud dibawah tapak kaki kita!. Akan hancur segala isi bumi
dan akan lebur segala isi langit.

Bilamana kita tahu erti huruf alif lam mim, lidah kita akan jadi
kelu untuk meneruskan bacaan isi Al-Quraan, kerana sudah
terkandung seluruh 6666 ayat itu didalam lipatan lidahnya!

8 ALIF LAM MIM | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Perbetulkan sikit tentang huruf mim. Mim itu bermaksud atau
merujuk kepada nur muhamad (muhamad), manakala nur
muhamad itu, adalah mrujuk makhluk dan makhuk itu pula,
bermakna atau merujuk kepada “maujud”!. Untuk lebih fatonah
dan untuk lebih manis, huruf mim itu, adalah bermakna,
bermaksud dan bererti “maujud”.
Yang lain-lain itu, teramat benar dan betul. cuma perbetulkan
huruf mim shj. Jika kita gabungkan ketiga-tiga huruf itu,
bunyinya adalah “La maujud Bil haqqki Iallah” atau (Allah la
maujud).Allah La Maujud, itulah tafsiran alif lam mim. Sy tak
buka jawapan ini kpd org lain. amin hj shaari.

.........................................................................................................

.....................................................................................................

Hj.Shaari Mohd Yusof | ALIF LAM MIM 9

....................................................................................................

10 MENTAUHIDKAN ALLAH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

BAB 2

MENTAUHIDKAN ALLAH

Cara menyatakan Allah itu ada, Bagaimana cara menyatakan
sebenar benarnya Allah itu ada, Bagaimana cara menyatakan
wujud Allah itu ada, kita mengatakan Allah itu ada, mana Allah?
Terangnya cahaya matahari, terang lagi Allah, kenapa tuan tuan
sampai tak nampak Allah? dekatnya putih dengan hitamnya mata
dekat lagi Allah, kenapa sampai tak nampak? Allah tak ada hijap,
Allah tak ada dinding, tak ada tembok, kenapa sampai tak
nampak Allah? Allah itu meliputi sekalian alam, maknanya tiada
tempat yang tiada Allah, cubalah tilik pada diri, dimana tempat
yang tidak ada Allah, tapi kenapa tak nampak Allah? dimanapun
kita berada, dimana tempat yang tidak ada Allah? tapi kenapa
kita tak boleh nampak Allah? ayat Qur'an ada mengatakan,
artinya dimana saja kamu hadapkan mukamu, disitulah,.. bukan
kata wajah,.. disitulah AKU itu, bukan setakat wajah itu, Allah
itu, tapi kenapa sampai kita tak nampak Allah? Tidak ada dalam
dunia ini yang paling terang, paling jelas,paling dekat, paling
nyata selain pada Allah. tak payah sebut perkataan istilah
Wahdatul wujud wahdatul shuhud, mana bendanya? Hu Ha Hua,
mana bendanya? Allah tak bersifat, Allah bukan putih, Allah
bukan empat persegi, Allah itu nama saja, kalau kita sebut,
sampai kiamat pun tak habis, mana bendanya?

Bagaimana kita menyatakan Allah itu ada, tidakkah tuan tuan
tau, Allah jadikan sesuatu itu berpasang pasangan, putih adanya
hitam, rendah adanya tinggi, ada lawannya tidak ada, barang
siapa ingin mengetahui yang ada, musti mengetahui yang tidak
ada. bagaimana tau susah jika tak pernah senang, bagaimana tau
sakit jika tak pernah sihat, bagaimana tau hitam jika tak
mengenal yang putih, bagai mana nak mengenal yang ada jika
tak mengenal benda yang tidak ada. sebelum kita mengenal yang
ada, terlebih dahulu hendaklah kita mengenal yang tidak ada.

Hj.Shaari Mohd Yusof | MENTAUHIDKAN ALLAH 11

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

bagaimana tau tinggi jika tidak ada rendah? makanya Allah
jadikan sesuatu itu berpasang pasangan, Jikalau nak tau Aku itu
ada, hendaklah kau kenal yang tidak ada, Allah itu ada, taukah
kamu apa yang tidak ada? "Aku ciptakan Mahluk, Aku ciptakan
kamu, untuk menyatakan bahwa mahluk itu tidak ada, untuk
menyatakan yang kamu itu tidak ada". setelah kenal yang tidak
ada, siapa yang tidak ada? sebenarnya mahluk itu tidak ada, kita
ini tidak ada, setelah kita kenal yang tidak ada, maka taulah kita,
siapa yang ada. inilah tujuan kita (mahluk) dicipta. untuk
menyatakan bahwa kita (mahluk) itu tidak ada, yang ada itu
hanya Allah.

Setelah kita mengenal yang tidak ada itu tidak ada, maka barulah
kita kenal yang ada itu ada. setelah yang tidak ada itu tidak ada,
barulah yang ada itu ada. yang tidak ada itu tetap tidak ada. yang
ada itu tetap ada.

Kita belajar, mati sebelum mati, kita belajar jangan terlihat
adanya diri, kita belajar berserah diri, bagaiman kita menyatakan
yang kita ini tidak ada? yang ada ada ini apa? yang ada ini siapa?
kata mahluk, mahluk tidak ada, kata Allah, tak boleh, sebap kita
bersifat, Allah tak bersifat, kita kata La Maujud Baihaqqi Ilallah,
tiada yang ujud melainkan Allah, kita mahluk ini tidak ada, tapi
sekarang yang ada ada ini apa? kalau kita tidak ada, kalau kita
mati sebelum mati, berserah diri, artinya kita dah mati, habis
siapa yang kawin? siapa yang makan minum? siapa yang sakit?
kalau kita tidak ada. barang siapa kata kita ada Allah ada
hukumnya adalah Syirik, menduakan wujud, ada aku ada Allah.
kata kita tidak ada, ini yang ada ini, yang lagi cakap ini siapa?
Cuba bayangkan, satu mayat di pembaringan dalam satu bilik, ini
bagi nak tau siapa yang makan minum. cuba letak makanan yang
lazat lazat dekat mayat kemudian kunci bilik 30 minit, lepas tu
buka bilik, adakah makanan tadi luak/berkurang? jawabnya tentu
tidak, kerana mayat itu sudah mati, yang perlukan makanan dan
minuman itu adalah bagi yang hidup, yang makan itu bagi yang
hidup.

Lagi bagi nak tau siapa yang kawin, belaki, beranak. sekarang
kita kena pergi kecowket bawa pompuan/pelacur, bayar sesuai

12 MENTAUHIDKAN ALLAH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

tarip bawa masuk bilik mayat tadi, suruh dia buka pakaian, suruh
dia pusing disekitar mayat, kemudian kunci bilik itu selama 30
minit, setelah itu buka bilik, adakah kita dapati mayat tadi
bernafsu? jawabnya tentu tidak, sebab mayat dah mati mana ada
nafsu, makanya yang bernafsu itu bagi yang hidup, yang nikah
kahwin, beranak, belaki tiu bagi yang hidup. kerna hiduplah
bernafsu, kerna hiduplah perlu makan minum.

Lagi, bagi nak tau mana akal kita, mana fikiran kita, mana usaha
mana ikhtiar, sekarang kita bawakan pada mayat tadi, semua
tagihan yang ia kena bayar, semisal bil air, bil api, bil talipon,
letak dekat kepala mayat tadi, kemudian tutup bilik tadi selama
20/30 minit. lepas itu kita buka bilik tadi, tengok, adakah mayat
tadi ada buat kira kira, menghitung jumlah yang harus ia
bayarkan? sekali lagi tentu saja tidak, tetapi kenapa tidak? kan
sebelumnya dia ada akal, ada fikran, ada usaha ada ikhtiar? itu
semasa hidup. makanya dari itu, yang membuat usaha ikhtiar itu
ada kerana hidup.

Sedarlah kita, sebab apa kita makan? sebab hidup, sebap apa kita
kawin? sebab hidup. sebab apa kita sakit? sebab kita hidup. sebap
apa ada usaha ikhtiar? sebap hidup. lantas siapa kita ini? adanya
kita ini kerana Hayat, jika hayat tidak ada bolehkah kita hidup?
makanya kita hidup ini diatas sifat hayat. melihat kita kerna kita
hidup, mendengar kerna kita hidup, boleh berjalan kerna kita
hidup, jadi semua sifat itu menumpang atas sifat hidup. hidup
artinya Hayat, Hayat itu sifat Allah. Bila kita kata Roh, Roh itu
masih mahluk, Roh artinya Hayat, Hayat artinya hidup, hidup
artinya Allah. ingat, kita tak boleh terus kata kita ini Allah, kita
ini jasad, kita kata Roh, Roh itu mahluk. Roh itu Hayat, Hayat itu
Hidup Hidup itu Allah.

Seumpama Diri, didalam pokok kelapa itu, mana kelapa? begitu
juga diri kita, mana kita? sebelum mana kita, eloknya jawab
mana kelapa? kata pokok kelapa itu ada, coba tunjuk mana
kelapa? Buah..? buah kelapa, kelapanya mana? batang..? batang
kelapa, kelapanya mana? adakah tidak kelapa? begitu juga diri,
kata diri itu ada, coba tunjuk mana diri? mana kelapa? sebenar

Hj.Shaari Mohd Yusof | MENTAUHIDKAN ALLAH 13

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

kelapa itu hanya istilah, nak sebut buah, buah kelapa, sebut
santan, santan kelapa, sebut minyak, minyak kelapa,....

Siapa Kita ini..?

Adanya kita ini umpama barang mati, malah bukan umapama
lagi, kalau boleh mengakulah bahwa kita ini sebenarnya mati,
seperti kata "Mutu Qabla anta Mautu" matikan dirimu sebelum
mati. misalkan, kita ambil mata kita dan letak atas meja,
bolehkah mata kita itu melihat? jawabnya sudah tentu tidak, ini
menandakan mata itu barang mati, lagi misalkan kita potong
tangan kita dan letak atas meja, boleh kah tangan kita itu angkat
sesuatu atau bergerak? bermaknanya tangan kita itu barang mati.
begitu juga telinga, letak atas meja, bolehkah ia mendengar?
letak juga kaki atas meja, boleh kah ia berlari? jawabnya tentu
saja tidak, kalau dah macamtu, siapa yang berlari? siapa yang
melihat, siapa yang mendengar, jawabnya, yang berlari itu adalah
sifat hidup, melihat, mendengar, bergerak dan seterusnya adalah
diatas sifat hidup. Lawan sifat hidup adalah mati, sifat hidup itu
adalah sifat Allah, sifat mahluk mati, dari itu mengakulah kamu,
bahwa kita ini bersifat mati.

Kita ini barang mati, barang mati tak berguna, dulu istri kita
cantik, suami kita segak, apabila jadi mayat. dah tak guna.
anggaplah kita ini tak berharga, usah kata kita berilmu, kita kaya,
kita hebat, tinggi. sebab yang berilmu itu Allah, yang kaya itu
Allah dan yang ada itu hanya Allah. adapun kita ini adalah
barang mati.

Selepas ini, jangan sekali kali bercakap benda yang kita tak tau,
jangan guna bahasa bahasa istilah, bahasa istilah ini sedap
didengar, lunak ditelinga, luluh, cair dijiwa dengan bahasa
istilah, Seumpama Wahdatul Wujud, Nafas, tanafas itu cuma
istilah, bendanya mana? kalau pun nak becakap boleh dengan
bukti, buktikan apa yang disebut, sekarang ini, bagaimana kita
nak buktikan Allah itu ada, kata Allah meliputi, kata dimana kau
hadap disitu wajah Allah? bagaimana menyatakan Allah, biar
benar benar menjadi Realiti, budak kecik pun tau itu Allah, orang
buta pun tau itu Allah, orang pekak pun tau itu Allah, orang

14 MENTAUHIDKAN ALLAH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

bisupun tau itu Allah, Buktikan..! belajar ilmu biar buktikan,
jangan cakap Allah Allah, itu nama saja, mana tuan yang
ampunya nama? cuba buktikan.! Letak atas meja biar kita
tengok..! tak nak nama, tak nak sifat, taknak zat, Allah sebenar
benar yang punya nama,sifat,af'al,dan zat. Ini ilmu Ma'rifat,
Allah ini biar diletak biar nyata, biar terang, orang buta boleh
celik, orang pekak boleh dengar, orang bisu boleh becakap, tapi
ingat, barang siapa menempatkan Allah didalam diri adalah Kafir
lagi Zindik.

Barang siapa bertanya mana Allah, kita sebagai orang islam, kita
berpandu pada sifat 2o, jangan lari dari sifat 20. umpama sifat
bashar, artinya melihat, melihat itu adalah sifat Allah, sifat
mahluk buta. kita melihat Traficligh, ada hijau ada kuning ada

merah, ayat qur'an ad‫ِﷲ‬a mُ‫ﻪ‬e‫ْﺟ‬n‫و‬gَat‫ﱠﻢ‬a‫َﺸ‬kaّ‫ﻓ‬n‫ﻮا‬:‫ﻓَﺄَﻳْـﻨَ َﻤﺎﺗُـَﻮﻟﱡ‬
"Barang kemana kamu menghadap,
disitu wajah Allah"
Al-Baqarah: 115

Bagaimanakah traficligh itu supaya jadi Allah? umapa lagi kita
bawa kereta, tiba tiba lembu lintas depan kita, bagaimana nak
menyatakan lembu itu Allah, sdangkan lembu ada kaki ada
tanduk ada ekor, bagaimana nak menyatakan traficligh dan
lembu itu wajah Allah? kita melihat traficligh, traficligh itu
bukan Allah, dan mata ini bukan Allah, MELIHAT itu Allah.
sekarang mana Allah? melihat itulah Allah.

Katakanlah mata itu buta, tapi kita boleh dengar lagu P Ramli di
telepisen, Telepisen bukan Allah, P Ramli bukan Allah, telinga
bukan Allah, MENDENGAR itulah Allah. Kenapa Tuan tuan
susah sangat nak menyatakan Allah. katakanlah telinga kita
pekak, boleh kah kita becakap? bolehkan, mulut bukan Allah,
suara bukan Allah, BERKATA KATA itu Allah. katakanlah kita
tidur, atau kita pengsan/koma, bagaimana nak menyatakan
Allah? tidur, pengsan, koma itu hidupkan? hidup itu sifat Allah,

Hj.Shaari Mohd Yusof | MENTAUHIDKAN ALLAH 15

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

orang pengsan pun nyata Allah, nyatanya Allah itu biarpun
pengsan, biarpun koma biarpun tidur.

Katakanlah kita mati, bagaimana nak menyatakan Allah jika
mati? mati tentu ada jenazahkan? jenazah itu bukan Allah, ADA
nya itulah Allah. begitu juga lembu, kita bukan tengok kakinya,
tanduknya lembu itu, lembu itu bukan Allah, tapi HIDUP nya itu
Allah, katakanlah lembu itu mati, adakan bangkainyakan? bukan
bangkai itu Allah, tapi ADA nya itulah Allah. ada itu Wujud,
Wujud itu sifat Allah.

........................................................................................................

16 APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD ALLAH MELIPUTI | Hj.Shaari Mohd

Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

BAB 3
APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD ALLAH MELIPUTI

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, sesudah
sekian lama kita membicarakan soal mengenal, memandang,
menilik dan melilhat Allah Taala, ternyata kita masih lagi tidak
dapat untuk menyatakannya. Ramai lagi di luar sana yang masih
lagi tidak dapat untuk menghayati dan tidak dapat untuk
memahami kaedah-kaedah atau cara-cara bagaimana untuk
memandang Allah. Biarpun dikatakan Allah itu terang dan jelas,
namun itu hanya satu ungkapan istilah sahaja, pada realiti dan
pada hakikatnya, ramai di kalangan kita yang masih lagi tidak
dapat untuk membenarkan ungkapan bahawa Allah itu nyata,
terang, hampir dan jelas. Sekali lagi dinyatakan di sini bahawa
terang cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah. Dekat
atau hampirnya antara mata hitam dengan mata putih ternyata
dekat dan hampir lagi Allah.

Persoalannya di sini, kenapa kita masih lagi tidak terlihat atau
terpandang Allah. Tidakkah kita semua tahu yang bahawasanya
Allah itu meliputi sekalian alam? Bilamana Allah meliputi
sekalian alam, kenapa masih lagi tidak terlihat, tertilik dan
kenapa masih lagi tidak terpandang Allah. Semua tahu dan
semua mengaku yang bahawasanya Allah itu meliputi sekalian
alam tetapi kenapa, kenapa dan kenapa masih lagi tidak terlihat
Allah pada sekalian alam?

Tuan-tuan tahukah apa erti meliputi? Meliputi itu, ertinya “semua
sekali” iaitu bermaksud tidak ada lain selainnya. Sekarang jika
tuan-tuan dan puan-puan mahu tahu Allah, masih mahu kenal
Allah, masih mahu lihat, pandang, tilik dan masih mahu tengok
Allah, sekarang saya minta tuan masuk ke ruangan dapur dan
ambil sebiji gelas kaca (gelas yang cerah).

Hj.Shaari Mohd Yusof | APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD ALLAH 17
MELIPUTI

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Sekarang berhenti membaca kitab dan sila masuk ke ruangan
dapur dan ambil sebiji gelas (gelas cerah), sebagaimana yang
saya sarankan (jika benar tuan ingin mendapat barokah guru, sila
buat apa yang saya sarankan). Sesudah gelasnya diambil dan
pegang gelas itu dengan tangan tuan-tuan. Apakah sudah
dipegang gelasnya? Jika sudah dipegang diminta tuan-tuan tilik,
tengok dan pandang betul-betul kepada gelas kaca tersebut.
Apakah gelas itu, kaca, besi, tanah atau gelas tembaga? Jika
benar-benar gelas itu gelas kaca, maka tiliklah baik-baik dengan
mata hati.

Pastikan betul-betul bahawa gelas yang dipegang itu, diperbuat
dari kaca, tidak ada unsur lain selain kaca. Sebagaimana yang
kita tahu, gelas adalah diperbuat dari kaca manakala kacanya
pula tidak bercampur dengan besi, tidak bercampur dengan api,
tidak bercampur dengan batu dan tidak bercampur dengan selain
kaca. Gelas itu adalah gelas yang mutlaknya diperbuat
sepenuhnya dari kaca. Kacalah yang meliputi gelas tersebut. Saya
mahu tuan-tuan ambil gelas yang benar-benar diperbuat dari
kaca, yang tidak sedikitpun bercampur unsur-unsur selain kaca.

Setelah ianya benar-benar gelas kaca, saya ingin bertanya kepada
tuan-tuan sekalian. Ada atau tidak gelas itu bercampur atau
bersalut selain dari kaca? Jika jawapannya benar-benar diperbuat
dari kaca, bermakna di sini, gelas tersebut adalah “meliputi kaca
sepenuhnya”.

Pertanyaan yang kedua, apakah erti meliputi? Seumpama
“meliputi”nya kaca pada gelas? Jika jawapannya kaca meliputi
gelas, bererti perkataan “meliputi” itu, adalah membawa maksud
“semua sekali”. Gelas itu, semua sekali adalah kaca (itulah
maksud atau erti meliputi). Bilamana semua sekali gelas itu
“meliputi” kaca, bererti gelas itu “semua sekali” kaca.

Ambil pehatian kepada perkataan “meliputi” dan perkataan
“semua sekali”. Erti, makna atau maksud meliputi di sini, adalah
merujuk kepada maksud “semua sekali”. Semua sekali gelas itu,
adalah kaca, iaitu kaca yang tidak ada sedikitpun bercampur
dengan yang lain selain kaca. Apakah benar semua sekali gelas

18 APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD ALLAH MELIPUTI | Hj.Shaari Mohd

Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

itu kaca? Sila jawab? Jika benar dengan apa yang dikata itu, mari
kita ikuti langkah selanjutnya.

Setelah benar-benar kaca meliputi sekalian gelas, bererti tidak
ada lain gelas itu adalah kaca, iaitu kaca sepenuhnya yang tidak
sedikitpun bercampur dengan yang lain selain kaca. Apakah
maksud meliputi? Adapun erti atau makna perkataan “meliputi”
di situ adalah membawa maksud “semua sekali”. Meliputi itu
bermaksud “semua sekali”. Ertinya gelas itu semua sekalinya
kaca.

Berbalik kita kepada perkara percaya kepada Allah Taala. Untuk
menentukan keyakinan dan untuk menentukan kepercayaan kita,
kita kena pastikan terlebih dahulu bahawa perkataan meliputinya
Allah itu adalah bermaksud semua sekali Allah. Allah Taala itu
meliputi sekalian alam (meliputi ertinya semua sekali). Jika
meliputi itu bererti semua sekali, berertinya di sini semua
sekalian alam ini adalah meliputi Allah (semua sekali Allah).
Allah meliputi sekalian alam, bererti “semua sekali alam ini
adalah Allah” (Allah semua sekali). Meliputi di sini bermaksud
Allah semua sekali. Kaca meliputi gelas ertinya gelas itu semua
sekali adalah kaca. Allah meliputi alam, ertinya alam itu semua
sekali Allah. Tidak ada ruang di alam ini untuk tidak ada Allah
(inilah erti meliputi).

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

Hj.Shaari Mohd Yusof | APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD ALLAH 19

20 GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN ORANG | Hj.Shaari Mohd

Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

BAB 4

GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN ORANG

Cuba tuan-tuan perhatikan kiasan gambaran di atas baik-baik
dengan penglihatan yang jernih. Semua gelas itu adalah diliputi,
diselimuti atau meliputinya kaca (semua sekali kaca) dan
kemudian saya minta tuan-tuan lihat pula kepada gambar
manusia. Tidakkah manusia itu diliputi, diselimuti atau yang
meliputinya Allah (semua sekali Allah). Cuba perhatikan, di
manakah di atas diri kita itu, yang tidak ada Allah, cuba jawab?
Allah telah dikatakan meliputi diri kita. Seluruh jasad kita telah
Allah liputi, setelah Allah meliputi diri kita, bermakna di sini,
tubuh kita itu, tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Di dalam
jasad, di luar jasad, di kiri kanan jasad, di atas bawah jasad dan di
tengah tepi jasad kita itu, adalah telah meliputi Allah. Tidak ada
ruang untuk adanya jasad diri kita melainkan yang ada itu, itulah
Allah. Bilamana Allah meliputi diri kita, sudah tentu sifat
makhluk itu pasti binasa. Dalam kulit dan di luar kulit, di dalam
daging dan di luar daging kita itu, telah meliputinya Allah.
Sehingga tidak ada ruangan untuk adanya kulit, tidak ada ruang
untuk adanya daging, tidak ada ruang untuk adanya diri kita,
melainkan Allahlah yang meliputi segalanya. (Allahlah segala-
galanya atau Allahlah semua sekali). Jika Allah sudah
menyelimuti atau meliputi diri kita, sudah tentu tidak ada ruang
untuk adanya sifat-sifat yang lain, selain Allah Taala.

Semua dan malah boleh dikatakan seluruh jasad kita ini,
sesungguhnya telah di liputi Allah sehingga tidak ada peluang
langsung untuk tumbuh sifat-sifat daging, tulang, kulit, urat,
jantung, hati, darah malahan tidak ada ruang atau tidak peluang
sama sekali untuk tumbuh atau terbentuk diri kita. Tidak akan
ada peluang untuk ada yang lain, bilamana Allah sudah meliputi
diri kita. Sebagaimana meliputinya kaca pada seluruh gelas,
sebegitulah meliputinya Allah pada seluruh jasad diri kita. Bila

Hj.Shaari Mohd Yusof | GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN 21
ORANG

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

kaca meliputi seluruh gelas, tentunya gelas sudah tidak kelihatan
lagi, bilamana Allah meiputi diri kita, diri kita tidak akan
kelihatan lagi, melainkan kita ini, hanya tinggal pada panggil-
panggilan nama yang sesungguhnya tidak ada.

Saya mahu tuan-tuan pegang gelas, sekarang sudah tuan-tuan
pegang gelasnya? Jika gelas sudah dipegang, inginlah saya
ajukan satu pertanyaan kepada tuan-tuan, manakah yang
dikatakan gelas? Sekarang saya mahu tuan-tuan tunjuk, manakah
yang dikatakan gelas? Sedangkan yang tuan-tuan pegang itu,
adalah “kaca”, yang tuan-tuan pegang itu, adalah kaca, manakah
yang dikatakan gelas? Jika tuan-tuan kata tuan-tuan pegang itu
gelas, cuba tunjuk, manakah yang dikatakan gelas. Cuba tunjuk,
mana yang dikatakan gelas? Yang dipegang itu, adalah kaca,
yang ditunjuk itu, adalah kaca dan yang dilihat itu, adalah kaca,
mana yang dikatakan gelas? Inilah yang dikatakan bahawa
meliputinya kaca pada gelas, sehingga tidak lagi tertilik gelas,
setelah tidak lagi tertilik gelas, maka meliputilah kaca pada gelas
itu.

Kemudian cuba alihkan perhatian tuan kepada diri tuan-tuan
sendiri. Sekarang cuba jawab pertanyaan saya. Sekarang saya
mahu tanya tuan-tuan dan harap tuan jawab, biarpun sekadar
jawapan di dalam hati. Siapakah nama tuan? Sekarang jawab.
Seandainya diri tuan-tuan bernama Abdullah, sekarang saya
minta tunjukkan, mana yang dikatakan Abdullah atas diri tuan-
tuan. Yang tuan-tuan sebut itu mulut, yang tuan-tuan tunjuk itu
dada dan yang tuan-tuan angkat itu tangan, manakah yang
dikatakan Abdullah? Saya minta tunjukkan Abdullah di atas diri
tuan-tuan itu di mana? Cuba tunjuk, mana Abdullah? Inilah yang
menggambarkan bahawa sebenar-benar diri kita tidak ada. Yang
bersifat dengan sifat ada itu, adalah hanya Allah Taala (Allah
Taala sahaja yang bersifat dengan sifat wujud atau yang bersifat
dengan sifat ada).

Dengan yang demikian, saya dengan rasa rendah diri, memohon
kepada sidang pembaca dan pendengar yang dirahmati Allah
sekalian, bermula dari hari ini, ketika ini, saat ini dan detik ini,

22 GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN ORANG | Hj.Shaari Mohd

Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

marilah kita semua sama-sama mengaku dengan sepenuh percaya
dan dengan sepenuh yakin, bahawa Allah itu meliputi sekalian
alam dan sesungguhnya Allah itu meliputi sekalian jasad diri
kita. Oleh itu, bilamana Allah meliputi sekalian alam dan
meliputi sekalian jasad diri kita, bermakna leburlah sekalian
jasad. Setelah jasad terlebur, maka sesungguhnya yang terlihat
itu, itulah Allah, yang terpandang itu, itulah Allah, yang tertilik
itu, itulah Allah Taala (dengan syarat jangan sampai terlihat
adanya diri), barulah boleh terlihat nyata adanya Allah Taala.

Lihat gelas sekali lagi, sesungguhnya gelas itu adalah kaca dan
alihkan pandangan tuan-tuan kepada diri tuan-tuan sekali lagi,
sesungguhnya diri tuan-tuan itu, sesungguh dan sebenar-
benarnya tidak ada. Sebenar-benar diri pada hakikanya adalah
tidak ada, yang bersifat dengan sifat ada (wujud) itu, adalah
hanya Allah Taala.

Cuba lihat di atas langit, sekarang saya mahu tuan-tuan dongak
muka kalian ke arah langit. Benar atau tidak yang Allah itu
meliputi langit. Bererti Allah di atas langit dan Allah juga di
bawah langit, kerana Allah itu meliputi. Lihat pula bumi yang
kalian pijak ini, benar atau tidak yang Allah itu di dalam bumi
dan Allah juga di luar bumi?

Cuba pula tuan-tuan dan puan-puan tilik kepada diri tuan-tuan
sendiri. Cuba lihat betul-betul. Benar atau tidak yang Allah itu
meliputi diri kita? Cuba tuan-tuan cari di manakah dalam diri kita
ini yang tidak ada Allah? Cari tempat yang tidak ada Allah dalam
diri kita. Melainkan Allahlah yang meliputi diri kita, yang
sehinggakan tidak ada ruang di dalam atau di luar diri kita yang
tidak ada Allah (melainkan Allah itu meliputi sekalilan alam).

Cari di dalam diri kita masing-masing, manakah tempatnya yang
tidak ada Allah! Di dalam lidah dan di luar lidah, wujud dan ada
Allah. Di dalam mulut dan di luar mulut, wujud dan ada Allah.
Di dalam tangan dan di luar tangan, wujud dan ada Allah. Di
dalam kepala dan di luar kepala, wujud dan ada Allah. Di luar
jasad dan di dalam jasad, wujud dan ada Allah. Di dalam darah

Hj.Shaari Mohd Yusof | GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN 23
ORANG

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

dan di luar darah, wujud dan ada Allah. Di dalam daging dan di
luar daging, ada Allah. Tidak ada ruang di dalam diri kita yang
tidak ada Allah Taala. Tidakkah Allah itu meliputi sekalian alam
dan meliputi sekalian diri kita. Di dalam dan di luar diri kita itu
diliputi dan dipenuhi oleh Allah sehingga tidak ada unsur lain
selain Allah yang meliputi diri kita. Malahan keseluruhan (semua
sekali) diri kita ini, diliputi dan dipenuhi oleh Allah Taala.

Bilamana Allah Taala sudah meliputi, memenuhi, merangkumi
dan menepati sekalian alam diri kita, bererti diri kita ini
semuanya dipenuhi Allah. Bilamana Allah sudah memenuhi dan
sudah meliputi diri kita sepenuhnya, apakah tuan-tuan masih lagi
tidak tertilik dan tidak mempercayai wujudnya Allah? Bilamana
Allah sudah memenuhi atau sudah meliputi sekalian ruang,
segala masa, segala rongga, segala tempat, segala jarak dan
segala waktu, apakah masih terlihat lagi selain Allah?

Memenuhi itu ertinya meliputi dan meliputi itu pula adalah
bererti memenuhi. Meliputi dan memenuhi Allah itu, akan segala
waktu, segala tempat, segala ruang dan segala jarak. Sesudah
meliputinya Allah pada sekalian alam dan pada sekalian diri,
apakah masih lagi terlihat selain Allah? Sebagaimana
perumpamaan kaca yang meliputi gelas, begitulah meliputinya
Allah Taala atas diri kita. Meliputinya Allah itu, sehingga tidak
ada yang lain lagi selain Allah. Sebagaimana kaca meliputi gelas,
begitulah meliputinya Allah atas diri kita sehingga tidak
terpandang lagi kepada yang lain selain kaca pada gelas dan
sebegitu jugalah tidak tertilik lagi penglihatan kita kepada diri,
melainkan terpandang, tertilik, terlihat dan ternampak Allah.

Perhatikan sekali lagi terhadap sifat gelas, semua sekali gelas itu,
adalah bersifat dengan sifat kaca. Perumpamaan gelas kaca itu,
hendaklah tuan-tuan kiaskan kepada diri tuan-tuan. Bilamana
semua sekali gelas meliputi kaca, begitu jugalah diri kita. Diri
kita itu, sesungguhnya meliputinya Allah (Allah semua sekali).
Bila semua sekali Allah, ertinya diri kita hanyalah sekadar nama
sebut-sebutan sebagai sebutan nama gelas. Meliputi itu bererti
semua sekali. Bila Allah meliputi diri kita ertinya Allahlah semua

24 GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN ORANG | Hj.Shaari Mohd

Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

sekali. Bilamana Allah meliputi alam, bererti Allahlah semua
sekali alam (semua sekali diri kita dan semua sekali alam itu,
adalah Allah meliputinya), itulah ertinya Allah itu meliputi
sekalian alam.

Dalam kita melihat, memandang atau menilik Allah, hendaklah
memandang, melihat dan menilik dengan yakin dan dengan
percaya. Percaya dan yakinlah yang Allah itu meliputi sekalian
alam (semua sekali Allah). FirmanNya:

“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah
Aku”

Firman di atas, sudah memang jelas sejelas-jelasnya bahawa
Allah Taala itu meliputi (semua sekali). Tidak ada arah yang
tidak tertilik Allah. Pandang dalam batang tubuh ada Allah dan
pandang di luar tubuh ada Allah, kenapa masih lagi tuan-tuan
tidak ternampak Allah? Tilik alam, tidakkah Allah itu meliputi
(semua sekali), kenapa masih lagi tidak tertilik Allah? Yakin dan
percayalah bahawa sesungguhnya tidak ada ruang yang tidak ada
Allah, kenapa masih lagi tidak terlihat Allah.

Di alam ini, sesunguhnya tidak ada tempat yang tidak ada Allah,
kerana Allah memenuhi ruang, memenuhi waktu dan memenuhi
tempat, kenapa tuan-tuan masih lagi tidak terpandang Allah. Nak
nyata, nak terang dan nak jelas yang bagaimanakah lagi Allah
itu? Sedangkan terangnya cahaya matahari, sesungguhnya terang
lagi Allah dan dekatnya di antara mata putih dengan mata hitam,
sesungguhnya dekat dan hampir lagi Allah, kenapa sampai tuan
tidak tertilik, tidak terlihat dan tuan-tuan tidak ternampak Allah?
Tambahan pula Allah itu meliputi sekalian alam, kenapa masih
tidak tertilik, kenapa masih tidak terlihat dan kenapa masih tidak
terpandang Allah? Cuba tuan-tuan tanya kepada diri sendiri
kenapa, kenapa dan kenapa?

Pengajaran sudah sampai dengan jelas dan dengan nyata di depan
mata, sayangnya kenapa masih juga tidak faham-faham? Apakah
salah penyampaian ilmu atau salah kefahaman tuan-tuan? Saya
kira penyampaian ilmu oleh guru-guru terdahulu sudah lebih dari

Hj.Shaari Mohd Yusof | GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN 25
ORANG

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

cukup dan terang serta teramat-amat jelas. Untuk mendapat
barokah kefahaman dalam bidang ilmu makrifat itu, seharusnya
tuan-tuan ikut saranan guru. Dalam menimba ilmu Allah itu,
harus ada adab dan kaedahnya yang tersendiri.

Untuk mendapat faham dalam bidang ilmu makrifat itu, harus
ada cara, jalan, kaedah dan adab. Adapun adab atau caranya
adalah, tuan-tuan mesti ikut dan patuh kepada saranan guru.
Bilamana guru suruh tuan-tuan masuk ke halaman dapur ambil
gelas kaca, hendaklah tuan ikut dan patuh. Bila guru suruh
pegang gelas dan tilik, hendaklah tuan-tuan benar-benar pegang
gelas dan tilik, barulah ilmu guru itu menjadi barokah (berkat)
dan barulah kefahaman ilmu itu boleh meresap masuk ke dalam
jantung kalbu! Sayangnya, bila disuruh berbuat begitu, tuan tidak
endah dan tidak patuh kepada saranan guru, itulah makanya tuan-
tuan tidak mendapat kefahaman dalam menuntut. Allah tidak
jauh dan Allah tidak terdinding (terhijab), kenapa masih tidak
percaya kepada Allah Taala?

Meliputinya Allah itu, seumpama kiasan kepada ombak, kepada
gelora atau kepada buih di lautan. Seandainya tuan-tuan dan
puan-puan mempunyai kelapangan masa di hujung minggu,
sambil berjalan bersama keluarga, anak isteri, sudi kiranya
mampir buat seketika ke tepi pantai. Untuk mempercayai Allah,
untuk menyakini Allah, lepaskan pandangan ke arah lautan yang
luas. Di situ, hendaklah tumpukan pandangan ke arah gelombang
lautan itu, lepaskan pandangan ke arah ombak dan lepaskan
pandangan ke arah buih-buih di lautan. Dengan melihat tanda
ombak dan buih, yakinlah, di dalam hati masing-masing
bahawasanya ombak, gelombang dan buih itu, sesungguhnya
hanyalah zahir pada panggilan nama ataupun zahir pada
tanggapan akal. Sesungguhnya, gelombang, ombak dan buih itu,
pada hakikatnya adalah lautan AIR.

Begitulah, meliputinya lautan air pada ombak dan gelombang,
pada pandangan mata kasar kelihatan seumpama ombak,
sesungguhnya pada pandangan hakiki ianya adalah lautan AIR.
Tandanya di sini bahawasanya meliputinya air laut di dalam

26 GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN ORANG | Hj.Shaari Mohd

Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

ombak, meliputinya air laut di dalam gelombang dan meliputi air
di dalam buih, itulah tandanya gelombang tidak ada, gelora tidak
ada. Ombak tidak ada, buih tidak ada, yang ada hanyalah lautan
AIR.

Begitulah hendaknya kita semua insaf dan ambillah iktibar
daripada lautan air itu, ditafsirkan meliputinya Allah itu atas diri
kita dan meliputinya Allah pada sekalian alam. Bilamana
meliputi air laut pada ombak, meliputinya air laut pada
gelombang, begitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri
iaitu meliputinya Allah pada tangan, meliputinya Allah pada
mata, meliputinya Allah pada seluruh tubuh, meliputinya Allah
pada diri sendiri dan meliputinya Allah pada seru sekalian alam.

Tidak ada ruang pada ombak untuk tidak adanya air laut. Tidak
ada ruang pada gelombang untuk tidak adanya air laut dan tidak
adanya ruang pada buih untuk tiadanya air laut. Begitu juga tidak
ada ruang pada tangan untuk tidak adanya Allah. Tidak ada ruang
pada kaki untuk tidak adanya Allah. Begitulah juga seluruh
anggota jasad diri kita dan seluruh 7 petala langit, 7 petala bumi
alam ini. Allah itu meliputi sekalian alam dan meliputi diri kita.
Tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada tempat yang
tidak ada Allah. Tidak ada masa yang tidak ada Allah. Tidak ada
ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada penjuru yang tidak ada
Allah. Tidak ada sudut yang tidak ada Allah. Allah meliputi
setiap ruang, setiap sudut, setiap masa, setiap detik, setiap saat,
setiap segala sesuatu.

Oleh itu, percayalah, yakinlah, bilamana tuan-tuan melihat
tempat. Sesungguhnya bukan tempat yang tuan-tuan lihat.
Sepatutnya Allahlah yang tuan-tuan lihat pada tempat. Allahlah
yang tuan—tuan lihat pada masa. Allahlah sepatutnya tuan-tuan
lihat pada penjuru. Allahlah yang tuan-tuan lihat pada sekalian
Allah. Allahlah seru sekalian Alah. Sebegitulah tuan-tuan melihat
sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang,
sebegitulah tuan-tuan melihat Allah pada seluruh jasad anggota
diri dan seluruh seru sekalian alam.

Hj.Shaari Mohd Yusof | GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN 27
ORANG

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Pada hari ini, pada masa ini dan pada saat ini, saya menyeru
kepada tuan-tuan dan menyeru kepada diri saya sendiri, bilamana
melihat tempat, sesungguhnya tempat itulah Allah. Bilamana
tuan-tuan melihat masa, sesungguhnya masa itulah Allah.
Bilamana tuan-tuan melihat bentuk, bentuk itulah Allah.

Bilamana tuan-tuan melihat ruang, ruang itulah Allah. Bilamana
tuan-tuan melihat penjuru, sudut atau ruang, maka sudut, penjuru
dan ruang itulah Allah. Itulah tandanya meliputinya Allah itu
pada seru sekalian Allah. Tempat bukan Allah. Penjuru, sudut,
masa bukan Allah. Ruangan bukan Allah tetapi itu tanda
meliputinya Allah pada sekalian yang wujud dan pada sekalian
yang ujud dan pada sekalian yang maujud.

Kepada para sahabat, dan kepada sidang pembaca yang budiman,
seandainya ada kelapangan waktu, sudilah kiranya bawa diri
tuan-tuan ke tepi pantai. Lihatlah, tengoklah, tiliklah lautan.
Lautan di tepi pantai dan lepaskanlah pandangan tuan ke arah
persisiran pantai. Dengan penghayatan mata hati, insyaalah
kehadiran tuan-tuan untuk melihat lautan, mudah-mudahan
tafsiran atau kiasan lautan itu boleh dibawa dan boleh dikiaskan
pula pada diri kita sendiri. Ingat, ingat dan ingatlah,
sesungguhnya, sebagaimana meliputinya air laut pada ombak,
pada gelombang dan buih itu, sebegitulah meliputinya Allah pada
diri kita sendiri.

Oleh itu, mulai pada hari ini, pada jam ini, pada saat ini, leburlah
tanganmu, leburlah kakimu, leburlah dirimu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki kerana meliputinya Allah atas dirimu.
Sesunguhnya dirimu itu tidak ada. Yang ada hanya Allah (itulah
ertinya Allah itu meliputi).

Sungguhnya Allah itu terang, nyata dan jelas, melata di semerata
pelusuk alam dan itulah ertinya meliputi (meliputi Allah itu, di
sekalian alam). Lihat masa akan terpandang Allah. Lihat tempat,
akan tertilik Allah dan pandang ruang akan ternampak Allah.
Tidak ada ruang yang tidak ada Allah, tidak ada tempat yang
tidak ada Allah dan tidak ada masa yang tidak ada Allah.
Meliputi dan memenuhinya Allah pada segenap ruang, pada

28 GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN ORANG | Hj.Shaari Mohd

Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

segenap tempat dan segenap masa. Allah memenuhi dan Allah
meliputi langit dan bumi. Kenapa tuan-tuan masih lagi tidak
terlihat, terpandang dan kenapa masih lagi tidak tertilik Allah?
Allah itu kenyataan sekalian alam, kenapa masih tidak
terpandang Allah? (Dengan kata lain, kenyataan alam inilah
Allah). Kenapa kita masih tidak nampak Allah? Untuk
mempercayai Allah dan untuk meyakini Alllah, terlebih dahulu
hendaklah Allah itu dikenal dan nyata, barulah kita benar-benar
boleh percaya dan yakin kepada Allah.
Kenal dan ingat Allah itu, bukan hanya setakat cerita
perkhabaran atau cerita ilusi atau angan-angan khayalan akal.
Kenal dan lihat Allah itu hendaklah dengan kenyataan sebenar-
benar nyata. Kenal dengan cara dilihat, dipandang dan kenal
dengan cara ditilik dengan sebenar-benar penglihatan yang jelas.
Barulah Allah itu boleh dan dapat dipercayai dan diyakini dengan
sungguh-sungguh. Sungguhpun Allah itu bukan sesuatu tetapi
sesungguhnya Allah itu sebenar-benar nyata pada tiap sesuatu
(Allah bukan sesuatu tetapi nyata pada tiap sesuatu).

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

...................................................................................................

Hj.Shaari Mohd Yusof | GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN 29

30 MENGENAL ALLAH MELALUI DAKWAT | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

BAB 5

MENGENAL ALLAH MELALUI DAKWAT

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Untuk
menghayati penceritaan meliputinya Allah, sudilah kiranya tuan-
tuan mengambil sebatang pen ataupun kalam dan mengambil
sekeping kertas. Hendaklah saranan saya ini, dipatuhi dan diikuti
agar tuan-tuan mendapat barokah dalam penceritaan atau
penghayatan ilmu makrifat.

Sekarang, saya minta tuan-tuan menulis, tulislah apa saja yang
terlintas dihati tuan-tuan. Pada kebiasaanya penulis atau
pengarang sesebuah novel itu hanya tahu sekadar membaca
perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, perenggan demi
perenggan, tetapi tidak ramai yang memandang di sebalik ayat
dan di sebalik perenggan itu adalah dakwat. Sekarang saya
dengan hormatnya memohon agar tuan menulis perkataan ini,
“Saya sudah melihat Allah, Saya sudah mengenal Allah, Saya
sudah menyembah Allah”. Sudahkah tuan-tuan tulis?

Jika belum ditulis, saya mohon jangan diteruskan kitab ini
dibaca. Bagi sesiapa yang belum berbuat demikian hendaklah
masuk ke bilik, cari sekeping kertas dan sebatang pen. Buat apa
yang saya sarankan. Inilah kaedah, cara atau jalan guru-guru
terdahulu mengajar muridnya. Itulah makanya, pelajaran guru-
guru terdahulu mendapat penghayatan dari pembelajarannya,
sehingga meresap, terpaku, terkunci, terpahat dan tersemat ilmu
ini selama-lamanya ke lubuk hati membawa sampai ke mati.
Sesudah ditulis apa yang disarankan itu, tiliklah, lihatlah,
pandanglah, perhatikanlah dan bacalah baris-baris tulisan yang
ditulis itu.

Apakah yang tuan-tuan nampak? Nampak hurufkah, nampak
tulisankah, nampak perkataankah, nampak ayatkah, nampak
perenggankah, nampak bariskah, nampak muka suratkah,
nampak kitabkah atau nampak DAKWATKAH, DAKWAT,

Hj.Shaari Mohd Yusof | MENGENAL ALLAH MELALUI DAKWAT 31

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

DAKWAT! Tidakkah semua itu DAKWAT. Itulah ertinya
dakwat itu meliputi sekalian huruf, sekalian tulisan, sekalian
perkataan, sekalian ayat, sekalian perenggan, sekalian baris,
sekalian muka surat, sekalian isi kitab. Sesungguhnya, apa yang
dibaca, apa yang dilihat, apa yang dipandang dan apa yang ditilik
itu tidak lain daripada dakwat.

Begitulah jua meliputinya Allah atas diri kita dan meliputinya
Allah atas seru sekalian alam. Oleh itu, bilamana melihat,
hendaklah tertilik Allah, bilamana melihat, hendaklah terpandang
Allah, bilaman melihat, hendaklah ternampak Allah, kerana
Allah itu meliputi sebagaimana firman Allah:

“Fainamatuwallu, fasamma wajhullah”
“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah
Allah”.

Sekarang, tulis semula perkataan “melihat”, dengan perkataan
melihat itu kita hanya membayangkan tentang mata. Tulis semula
perkataan “mendengar”, dengan tulisan mendengar itu kita hanya
dapat membayangkan perkara telinga. Dalam pembelajaran ilmu
makrifat, dalam pembelajaran ilmu percaya dan dalam
pembelajaran ilmu yakin, tuan-tuan hendaklah jangan tumpukan
perhatian pada penglihatan, jangan tumpukan perhatian pada
pendengaran, pada mata, pada telinga. Dalam pengajian ilmu
makrifat, hendaklah memandang di sebalik tulisan telinga, tulisan
mata, tulisan pendengaran dan tulisan penglihatan itu, sebenar-
benarnya “dakwat”.

Dakwatlah sebenar-benar meliputi sekalian tulisan perkataan
mata, tulisan perkataan telinga, tulisan perkataan melihat, tulisan
perkataan pendengaran. Perkataan-perkataan yang tuan-tuan tulis
itu, sebenarnya adalah dakwat. Begitu jua perumpamaan
meliputinya Allah pada sekalian diri dan pada sekalian alam.
Tidak ada ruang dalam tulisan mata itu yang tidak ada dakwat.
Tidak ada ruang tulisan telinga itu yang tidak ada dakwat. Tidak
ada ruang tulisan penglihatan dan pendengaran itu yang tidak ada
dakwat. Segala-galanya dipenuhi dan diliputi dakwat (segala-
galanya dipenuhi dan diliputi Allah).

32 MENGENAL ALLAH MELALUI DAKWAT | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Beginilah caranya guru-guru terdahulu mengajar melihat, menilik
dan memandang Allah pada segenap dan sekalian yang maujud
di alam ini. Tidak ada yang wujud (ada), ujud (diadakan) dan
maujud (mengadakan) itu, melainkan Allah Taala. Itulah
makanya, yang memandang dan yang dipandang itu adalah
dakwat. Yang ditilik dan menilik itu adalah dakwat. Yang dilihat
dan melihat itu adalah dakwat. Yang menyembah dan disembah
itulah dakwat. Yang ingat dan diingati itulah juga dakwat. Inilah
yang dikatakan meliputinya Allah Taala.
Pada hari ini, jam ini, masa ini dan saat ini, yakinlah, percayalah
dan ketahuilah dengan sebenar-benar bahawasanya Allah saja
yang bersifat wujud (ada), ujud (diadakan) dan maujud
(mengadakan sekalian yang ada). Inilah kaedah, cara dan jalan
percaya kepada Allah Taala. ITULAH ALLAH.

Hj.Shaari Mohd Yusof | MENGENAL ALLAH MELALUI DAKWAT 33

34 ILMU MAKRIFAT ITU HANYA ILMU UNTUK DIDENGAR BUKAN ILMU
UNTUK DIFAHAM | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

BAB 6
ILMU MAKRIFAT ITU HANYA ILMU UNTUK DIDENGAR

BUKAN ILMU UNTUK DIFAHAM

Bermulanya ceramah ilmu Tok Kenali itu, beliau selalu
mengingatkan murid-muridnya agar, jangan sekali-kali
mengambil faham atas ilmu yang diajar. Beliau tidak benar anak
muridnya mengambil faham, akan ilmu yang diajar. Kata beliau,
tugas seorang guru itu, hanyalah sekadar mengajar atau
menyampaikannya sahaja. Sedangkan yang memberi faham itu
adalah Allah. Yang memberi faham itu, bukan kuasa guru atau
cikgu.

Tugas seorang cikgu itu, adalah hanya sekadar mengajar,
sesungguhnya yang memberi faham itu, adalah Allah.
HanyaAllah Taala sahaja yang berhak atau yang boleh memberi
faham kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Sebagairnana Tuan Guru Tok Kenali, sebegitu juga saya. Saya
tidak boleh memberi tuau-tuau faham, sesungguhnya yang
memberi faham atas ucapan atau tulisan saya itu, adalah Allah
Taala.

Soal: Siapa Yang Memberi Faham Itu, Adalah Allah

Jawab: Sungguhpun ada segelintir yang tidak faham, namun
masih terdapat ramai yang faham, sesungguhnya "ilmu faham itu
milik Allah ", bukan milik pembaca bukan milik pengarang.
Seumpama kita semasa dibangku se'kolah dahulu, kita sama-
sama belajar dalam satu tingkatan (satu darjah).

Pelajaran yang kita belajar adalah sama, subjek yang sarna, buku
yang sama, kelas yang sarna dan cikgu pun sama. Kenapa
bilamana ujian atau peperiksaan, tuan dapat nombor satu dan
saya pula dapat nombor 13? Sedangkan semuanya dari sumber
yang sama.

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU MAKRIFAT ITU HANYA ILMU UNTUK DIDENGAR 35
BUKAN ILMU UNTUK DIFAHAM

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Inilah bagi menggambarkan kepada kita semua bahawa yang
memberi faham itu adalah Allah. Oleh itu, bilamana terjumpa
fakta yang tidak kita faham, jangan cepat melatah dan jangan
cepat menuduh sesat atau salah. Cuba terlebih dahulu cermin dan
tilik diri sendiri.
Untuk mendapat faham itu, ianya perlu diulang baca, cuba lagi
dan cuba lagi membaca, mudah mudahan dengan berulang kali
itu, dengan izin Allah, insyaallah kita akan beroleh faham. Tuan-
tuau dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Tugas dan
tanggung jawab saya, adalah menyampai dan menerangkan ilmu
dengan sebaik mungkin.
Sekiranya masih ada lagi tuan-tuau dan puan-puan, muslimin dan
muslimah yang tidak faham. saya mohon berbanyak maaf. Bukan
kuasa saya untuk memberi tuan-tuan faham, sesungguhnya yang
memberi faham itu, adalah Allah.

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

....................................................................................................

36 APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

BAB 7
APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT

Soal: Apakah maksud taubat pada pengertian feqah?

Jawab: Maksud taubat pada pengertian feqah itu, adalah
memohon diampunkan Allah akan dosa dan semoga kita tidak
mengulangi lagi dosa-dosa lama.

Soal: Apalcah maksud taubat pada pengertian ilinu makrifat?

Jawab: Maksud taubat pada pengertian ilmu makrifat itu, adalah
membawa pengertian "kembali". Terjemahan taubat dalam
bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu itu, adalah membawa
malcsud "kembali".
1) Maqam Taubat

Perkara taubat itu, bukan sahaja diajar oleh agama Al-Quran,
malahan diajar juga oleh agama-agama Injil, Taurat dan Zabur.
Semua empat buah kitab terdahulu memulakan ilmu dengan
upacara taubat. Maqam taubat terbahagi kepada dua golongan
iaitu taubat golongan orang awam dan taubat golongan orang
makrifat.
2) Taubat Orang Awam

Taubat bagi golongan orang awam itu, adalah dengan melafazkan
ucapan penyesalan. Sesal kerana pelanggaran atau
ketidakpatuhan kepada perintah Allah. Mereka berjanji serta,
bersumpah tidak akan mengulangi dosa yang telah mereka
lakukan. Tetapi, bilamana gagal memenuhi sumpahnya, lalu
mereka memohon ampun lagi kepada Tuhan. Taubat orang awam
sebanyak 67 kali satu had, namun mengulangi perbuatan dosa
sebanyak 167 kali satu hari. Bertaubat lagi dan buat lagi. Ini
taubat golongan orang awam. Mereka hanya menghentikan
"seketika" perkara-perkara yang mendatangkan dosa.

Hj.Shaari Mohd Yusof | APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT 37

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

3) Taubat Orang Makrifat

Taubat bagi golongan mereka-mereka yang berilmu makrifat atau
yang berilmu hakikat· itu, adalah dengan cara mengembalikan
diri zahir kepada diri yang batin dan mengembalikan diri yang
batin kepada Allah Taala

Taubat itu, adalah jangan sampai lalai atau jangan sampai lupa
untuk mengembalikan diri kepada tuan yang empunya diri
(Allah). Dengan kata lain, taubat itu adalah bermaksud jangan
sampai kita lupa menyerah diri kepada Allah.

Kerana kelalaian menyerah did kepada Allah., telah dipandang
sebagai berdosa besar. Lalai atau alpa menyerah diri kepada
Allah walaupun sesaat, itu adalah termasuk dosa besar bagi
golongan makrifat. Taubat orang makrifat itu, adalah bermaksud
seperti mengalami "mati di dalam hidup" Mereka mematikan
cara hidup lama yang sering lalai kepada Allah dan mereka
menukar kepada cara hidup baru yang ternsmenerus ingat kepada
Allah dalam apa jua keadaan sekali pun.

Taubat orang makrifat itu, juga bererti membuang atau
menghilangkan rasa keberadaan diri. Mereka tidak lagi bertujuan
taubat itu, adalah untuk menghapuskan dosa. Bagi sesiapa yang
bertaubat dengan bertujuan untuk menghapuskan dosa,
sesungguhnya itu, adalah tabir tebal yang penyekat manusia
daripada mengingati Allah. Barang siapa yang masih berasa
keberadaan dir sesungguhnya itu adalah berdosa. Bahkan ianya
adalah termasuk dosa yang paling awal dan besar dari segala
dosa. Apabila diri sudah tidak ada, maka dosa pun sudah tidak
lagi boleh berlaku. Berlakunya dosa itu, adalah di atas sebab
adanya diri. Oleh itu, binasakan diri, kembalikan did atau
matikan diri di dalam hidup, itulah taubat.

4) Dari Mana Asal Datangnya Dosa, Sehingga Memaksa Kita
Bertaubat?

Dosa bukanlah sesuatu perkara yang barn dan bukan juga
pendatang yang terjadi kernudian. Sesungguhnya, dosa atau

38 APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT | Hj.Shaari Mohd Yusof

Click to View FlipBook Version