Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
pahala itu, sesungguhnya datang secara semulajadi bersamasarna
dengan diri kita sejak azali lagi.
Segala perbuatan yang rnendatangkan dosa atau pahala, adalah
datangnya dari ketetapan Allah. Untuk membuang atau
mendatangkan dosa itu, bukannya kerja makhluk, itu adalah kerja
ketetapan luh hulmahfuz Allah sedari azali.
Kita sebagai selaku makhluk yang dijadikan oleh Allah,
sesungguhnya sedikit pun tidak berdaya untuk mendatangkan
atau membuangkan dosa. Oleh itu, marilah kita bersama-sama
berserah diri kepada Allah, agar diri kita terhindar dari dosa.
Bukan hanya pahala, dosa, syurga, neraka atau amal ibadah
sahaja yang datangya dari Allah tetapi taubat juga adalah
datangnya daripada Allah. Taubat, dosa atau pahala itu, adalah
datangnya dari anugerah dan kurniaan Allah. Datangnya taubat
itu, sesungguhnya adalah juga dari Allah dan bukan datangnya
dari manusia. Saya ingin bertanya kepada tuantuan, siapakah
yang menjadikan kita dan siapakah yang menjadikan perbuatan
kita? Sedang dalam Firman Allah Taala, ada mengatakan bahawa
"Wallah huKholakokum, Wamatakmalun"
(Aku jadi kan kamu dan apa-apa kamu perbuat).
Sesungguhnya taubat itu, adalah juga datangnya dari Allah,
bukan datangnya dari diri kita, tetapi datangnya dari Allah.
Taubat yang datangnyadari kudrat dan iradat Allah itulah, yang
dikatakan sebenar-benar taubat.
Taubat yang datangnya dari diri kita sendiri itu, kebanyakannya
akan berulang kembali. Biar pun 67 kali bertaubat, ada yang
masih melakukan dan mengulangi perbuatan sarna. Kadang-
kadang ada yang banyak mengulangi perbuatan lama dari yang
bertaubat.
Taubat itu, adalah bererti, bermaksud dan bermakna "kembali".
Oleh itu, kembalilah kita kejalan yang telah ditetapkan Allah,
iaitu dengan jalan berserah diri sepenuhnya .kepada Allah,
itulahjalan yang sebenar-benar lurus.
Hj.Shaari Mohd Yusof | APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT 39
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Setelah kita faham yang bahawasa segala-galanya datang dari
Allah, jangan pula kita jadikannya alasan untuk berbuat dosa.
Yang haram, tetap haram dan yang halal, tetap hala!. Jangan pula
yang haran dihalalkan dan yang halal di haramkan. Kefahaman
orang awam dengan kefahaman orang makrifat itu, selalunya
bercanggkah dalam banyak hal. Begitu juga dengan perkara
taubat, taubat orang makrifat itu, adalah setelah kita berserah
segala diri kepada Allah. Manakala taubat orang awam itu,
adalah meminta ampun dari Allah.
Kefahaman orang makrifat itu, teramat yakin dan teramat
percaya bahawa sebelum dicipta makhluk, sesungguhnya Allah
sudah siap mencipta kelakuan, perangai perbuatan, gerak atau
diamnya kita. Apa yang berlaku di alam ini, adalah
sesungguhnya sudah sedia ditetapkan Allah sejak azali, sarnada
perbuatan kita itu yang baik mahupun yang buruk.
Allah tidak bekerja dua kali, kerja Allah itu hanya sekali, iaitu
dengan hanya berkata dengan perkataan "kun" maka jadilah
(fayakunlah) Setelah segalanya sudah sedia dicipta sedari awal
(sebelum kejadian kita) ini mengambarkan kepada kita bahawa
taubat itu sendiri, adalah bagi menyatakan Allah jua. Untuk itu,
kembalilah kepada Allah dengan sebenar-benar berserah diri.
Itulah taubat
5) Untuk Rasa Nikmat Tauhat Kepada Yang Tidak Berhuruf
Dan yang Tidak Bersuara Itu, Tidak Payah Dan Tidak Mudah
Untuk sampai kepada tahap "rasa nikmat" mengenal Allah yang
tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, tidak payah dan tidak
susah, bagi mereka-mereka yang mendapat bimbingan Allah.
Sungguhpun· ianya bukan payah dan bukan susah, tetaJ~i ianya
menjadi payah dan menjadi tidak mudah bagi yang baru bermula
atau bagi yang baru-baru untuk berjinak-jinank dalam bidang
ilmu makrifat. Sungguhpun susah tetapi mudah dan nak kata
mudah pun payah. Inilah seninya ilmu makrifat.
Bagi yang baru berhajat dan bagi yang baru bermula untuk
berjinak-jinak dalam ilmu makrifat itu, terlebih dahulu hendaklah
melalui proses. Proses yang harus dilalui itu, adalah proses.
40 APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
sebagaimana yang dilalui oleh ulamak-ulamak terdahulu, iaitu
melalui proses bertaubat.
Untuk sampai kepada tuan yang empunya diri, yang tidak
berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah kita lalui terlebih
dahulu proses bertaubat (kembali). Iaitu dengan megembalikan
segala sifat anggota tubuh badan kita kepada Allah Taala. Taubat
(kembali) adalah kunci untuk sampai, kepada Allah, yang
sebagaimana diamalkan juga oleh agama agama lain. Kita akan
dapat merasa nikmat biIamana kita telah berjaya megembalikan
sifat tangan kepada Allah. Setelah kita berjaya mengembalikan
sifat tangan, kaki, mulut, mata, telinga, hidung dan anggota perut
kepada Allah, kita akan dapat rasai bahawa diri kita ini seolah-
olah kosong, rasa ringan, rasa terlepas dari beban, rasa lega, rasa
terlepas dari hutang dan rasa seolah-olah diri ini sudah suci dari
dosa.
Dosa itu bermula dari anggota tangan, kini tangan kita telah kita
kembali (taubat) kepada Allah. Dosa kita bermula dari kaki, kini
kaki kita telah kita kembali kepada Allah. Dosa kita bermula dari
mata, telinga, mulut, hidung atau anggota perut kini telah kita
kembali (taubat) kepada Allah. Inilah yang menjadikan did kita
ini, seolah-olah sudah suci dan terlepas dari dosa.
Punca yang mendatangkan segala dosa itu, adalah dari anggota
tujuh, setelah kita mengembali (taubat) segala anggota tubuh
kepada Allah, dari mana lagi datangnya dosa?
Punca datangnya dosa itu, adalah dad anggota tujuh. Setelah
segala anggota tujuh telah terserah (kembali atau bertaubat)
kepada Allah, dari mana lagi datangnya dosa? Segala ariggota
tclah menjadi milik Allah, bagaimana mungkin milik Allah boleh
melakukan dosa. Sebagaimana yang berlaku kepada anggota
tangan Nabi Allah Khidir semasa memegalkan kepala kanak-
kanak yang masih kecil.
Jika sekali imbas atau sekali pandang, tergamakah seorang Nabi
memengalkan kepala seorang budak kecil yang tidak berdosa.
Hj.Shaari Mohd Yusof | APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT 41
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Setelah kita faham dan mengerti bahawa anggota tangan yang
memenggal kepala kanak-kanak itu, adalah milik Allah dan
bukannya milik Nabi Khaidir, maka jadilah segala perbuatan itu,
adalah gerak dari Allah. Maka terhindarlah ia dari dosa, itulah
pengertian taubat (kembali).
Begitu juga yang berlaku kepada Baginda Rasulullah semasa
baginda memanah atau melontar. "Tidaklah engkau yang
melontar itu, ya Muhamad melqinkan Akulan yang melontar dan
tidaklah engkau yang memanah itu, ya Muhamad, melainkan
Akulah yang memanah itu" kata Allah.
Untuk itu, marilah kita sarna-sarna bertaubat (kembali) kepada
Allah, semoga segala gerak anggota tubuh jasad kita itu, adalah
menjadi gerak dari keizinan dan ketentuan Allah yang mencipta
kita dan apa-apa yang kita perbuat.
Barulah hidup kita ini, ditemani dengan rasa nikrnat yang amat
sangat terhadap Allah Taala. Barulah hidup kita ini dipenuhi
dengan rasa nikmat syukur dan nikrnat redha. Barulah kita dapat
rasakan yang bahawasanya berjalannya kita itu, adalah dengan
langkah nikmat Allah, bercakapnya kita itu, adalah dengan rasa
nikmat kata-kata Allah, melihatnya kita itu, adalah dengan rasa
nikmat penglihatan Allah, mendengarnya kita itu adalah dengan
rasa nikrnat pendengaran Allah dan sebagainya, kerana segala-
galanya telah menjadi milik Allah Taala.
Nikmat taubat (kembali) itu, barulah benar-benar kita dapat rasai
dengan hati yang limpah. Tidak sebagaimana taubat yang sudah-
sudah, taubat yang sudah-sudah itu, hanya taubat yang lahir dari
kedua anggota bibir mulut, bukanya taubat yang datang dari
keinsafan mutlak.
Mari kita sarna-sama mengenal tuan yang empunya anggota
jasad dan setelah mengenal taun yang empunya jasad, lalu
anggota jasad kita itu, kita kembalikan (taubat) kepada Allah
selurunya, itulah pengertian taubat mengikut suluhan ilmu
makrifat.
42 APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
6) Merdekakan Diri Kepada Allah Melalui Jalan Taubat.
Bertaubat mengikut bahasa feqah, adalah memohon ampun atas
dosa-dosa silam. Mengikut kefahaman atau suluhan melalui kaca
mata ilmu makrifat, bertaubat itu, "bukan sahaja" memohon
ampun di atas dosa-dosa silam.
Segala dosa atau segala pekerjaan keji, buruk dan pekerjaan jahat
yang kita kerjakan itu, bukan dari kehendak, keinginan atau
ketetapan kita, sebelum kita perbuat sesuatu itu, sesungguhnya
ketetapan buruk atau ketetapan baik itu, adalah datangnya dari
tulisan dan karangan Allah.
Jadi,. mengikut fahaman ilmu makrifat, bertaubat itu bukan
sahaja memohon ampun segala dosa-dosa. Adapun erti taubat
mengikut suluhan ilmu makrifat· itu, adalah bertujuan bagi
"menggembalikan hak kepada yang berhak". Membersihkan did
dengan menyerah semula segala pekerjaan, segala kelakuan,
segala amal dan segala baik buruk kepada tuan empunya
(tuannya yang asal).
Bertaubat mengikut suluhan ilmu makrifat itu, bukan menyesal
atas perbuatan lama dan bukan kerana tidak ingin mengulangi
lagi perbuatan maksiat atau keterlanjuran yang sudah-sudah.
Biarpun dari perbuatan sengaja, tidak sengaja, terlanjur atau
keterlanjuran yang sudah-sudah, mengikut fahaman ilmu
makrifat itu, itu adalah sudah dari ketentuan dan sudah dari
ketetapan Allah keatas kita, yang tidak sedikitpun dapat kita elak
dari berlaku. Memang segalanya sudah dari kctetapan Allah sejak
azali.
Setelah kita benar-benar bertaubat (kembali), kita akan dapat
rasai yang bahawasanya did kita ini seolah-olah merdeka, bebas,
suci dari dosa seperti budak yang bam lahir dan seumpama kain
yang masih putih.
Melalui taubat (kembali), kita akan dapati did kita ini tidak
memiliki apa-apa. Namun harus diingat!, sungguhpun did kita
seolah-olah tidak memiliki apa-apa dengan pendekatan ini,
Hj.Shaari Mohd Yusof | APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT 43
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
jpngan pula dijadikan alasan untuk kita berbuat kejahatan atau
menjadi malas untuk berusaha.
Bilamana segala tujuh. anggota telah menjadi milik Allah,
masakan Allah berbuat jahat atau malas untuk berusaha. Malahan
setelah diri kita telah menjadi milik Allah sepenuhnya, ini
membuatkan diri kita menjadi lebih gigih dan lebih tekun
berusaha.
Gigih, rajin, patuh, taat dan berusahanya kita, akan bertambah
setelah berserah diri (taubat) kepada Allah. Setelah berserah diri
kepada Allah, membuatkan did kita akan bekerja dalam keadaan
yang amat luar biasa rajinnya dan amat luar biasa usahanya. Jika
dulu kita bekerja dengan hanya ditemani oleh anggota tubuh
badan manakala sekarang setelah berserah diri kepada Allah, kita
akan berkerja dengan lebih rajin kerana telah ditemani Allah.
Itulah yang mebuatkan kita bekerja dengan lebih gagah, taat,
rajin, tepati masa, tidak perlu diawasi dan yakin kepada diri
sendiri untuk terus berusaha.
Diri akan menjadi merdeka setelah berjaya berserah diri (taubat)
kepada Allah. Diri dan anggota tubuh jasad kita tidakij lagi perlu
diawasi, dijaga atau dipantau bilamana berkerja berseorangan.
Jika dulu kita perlu diawasi bilamana bekerja tetapi sekarang
cukuplah Allah mengawasi kita. Biarpun tidak dipantau, kita
akan tetap berkerja dengan jujur dan ikhlas (tanpa curi wang atau
menipu), kerana diri kita sudah merdeka (merdeka dalam erti
kata sebenar-benar merdeka).
7) Bertaubat Itu, Adalah Rasa Tidak Berdaya.
Kita bersifat "la khaulawala Kuuwataila Billah Hilali yilazim"
(tiada daya upaya kita untuk bergerak atau menahan). "La
tataharoku Illa biiznillah" (tidak bergerak sebesar zarah, jika
tidak izin Allah). Segala buruk atau baik itu, sesungguhnya
adalah kepunyaan serta keizinan Allah. Jadi, bertaubat mengikut
kefahaman ilmu makrifat itu, adalah mengembalikan baik, buruk
dan mengembalikan awal dan akhir kepada Allah.
44 APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Rasa diri kita ini, tidak lagi berdaya upaya. Mana mungkin diri
kita ini masih lagi berdaya upaya, sedangkan seluruh anggota
jasad kita itu, adalah telah menjadi milik Allah. Seumpama untuk
anggkat tangan, tangan sudah tidak milik kita, untuk Anggkat
kaki, kaki sudah bukan milik kita dan untuk menggerakan
seluruh anggota tubuhpun sudah tidak berdaya, kerana segalanya
sudah menjadi milik Allah. Biar Allahlah yang menggerakkan
hakNya, kita sudah tidak berdaya.
Serasa diri ini sudah tidak lagi berdaya upaya, melainkan milik
Allahlah segala daya dan upaya, usaha mahupun ikhtiar kita. Biar
Allahlah yang menggerakan hak milikNya. Biarlah Allah yang
anggkat kaki kita untuk berjalan dan biarlah Allah menggerakan
tangan kita untuk berkerja. Setelah·Allah yang menggerakan
seluruh anggota tubuh kita, itulah yang membuatkan kita menjadi
lebih gagah, lebih gigih, lebih rajin, lebih berusaha, lebih
berusaha dan lebih berikhtiar.
Dalam keadaan diri kita rasa tidak berdaya itu sesungguhnya kita
menjadi bertambah gagah, rajin, dan kuat, bilamana digerakan
oleh kudrat Allah Taala.
Segala anggota telah terserah kepada Allah (taubat), jadi flpa lagi
yang tinggal pada kita selain Allah, Allah, Allah dan
kepunyaanNyalah segala-galanya.
8) Bertaubat Orang Makrifat
Bertaubat orang makrifat itu, adalah membawa maksud.
megembalikan untung baik dan untung buruk kepada pemilik
buruk dan baik. Setelah Allah tempatkan (menempatkan) sifat
baik buruk itu diatas kita, kemudian hendaklah kita
mengembalikannya semula sifat baik atau buruk itu kepada
pencipta baik buruk. Setelah mengembalikan segalanya kepada
pencipta baik buruk, maka terlihatlah Allah dalam perkara baik
dan terlihatlah Allah dalam perkara buruk.
Perkara yang elok itu, selalunya dipandang baik sedangkan
perkara yang buruk itu, selalunyan dipandang buruk. Pada
suluhan Hmu makrifat, perkara baik mahupun buruk itu,
Hj.Shaari Mohd Yusof | APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT 45
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
sesungguh dan sebenarnya adalah baik disisi Allah. Segala
kejadian Allah itu, sesungguhnya tidak ada yang buruk, semua
kejadian Allah itu, baik belaka, sekalipun ianya perkara buruk.
Tidak perkara yang baik sahaja kita katakan datangnya daripada
Allah, malahan dalam perkara jahat, buruk atau keji sekalipun,
adalah juga datangnya dari Allah. Yang baik itu, kita selalu
katakan datangnya dari Allah. Adakah yang buruk itu, datangnya
dari Allah yang lain? Tidakkah buruk dan baik itu, datangnya
dari Allah yang sama?
Lalang dikatakan buruk oleh petani, kerana menganggu·
tanaman. Lalang itu buruk bagi kita, manakala bagi Allah, ianya
adalah baik bagi mengawal tanah dari runtuh. Lalat itu buruk
bagi manusia, manakala bagi Allah lalat itu adalah baik kerana
boleh mereputkan bangkai. Buruk: dan baik itu, adalah sangkaan
makhluk. Adapun bagi Allah, setiap kejadian itu, adalah baik
belaka bagiNya.
Baik dari Allah dan perkara buruk juga adalah asal datangnya
dari Allah yang sama. Tidak ada Allah lain uang mencipta jahat
dan tidak ada Allah lain yang mencipta baik. Itulah makanya
orang makrifat itu, hati mereka adalah hati yang hanya nampak
Allah disebalik baik mahupun disebalik yang keji. Jadi taubat
bagi orang makrifat itu, adalah bertaubat ulltuk mengembalilkan
segalanya kepada Allah. Bagi orang yang berilmu makrifat, apa
sahaja perbuatan yang telah, sedang dan yang akan dikerjakan
itu, tidak pemah tersasar atau lari dari ketetapan Allah. Sarna ada
pekerjaan kita itu baik mahupun buruk, adalah dari ketetapanNya
9) Bertaubat Itu, Setelah Yakin Segala Sesuatu Itu, Datangnya
Dari Ketetapan Allah melalui Kitab Luh Hul Mahfuz
Apa sahaja kelakuan yang kita lakukan itu, adalah datangnya dari
ketetapan Allah melalui kitabNya, Luh Hulmahfuz. Kita tidak
berkuasa melakukan perbuatan amal baik atau amal jahat,
sekiranya tidak datangnya dari ketetapan Allah. Kita perlu
menyakini rukun Iman tentang qada dan qadar Allah (untung
baik dan untung jahat).
46 APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Gerak Iblis sekalipun bukan datangnya dari. kehendak atau
kernahuan Iblis sendiri, malahan gerak atau kelakuan Iblis atau
syaitan itu, adalah juga datangnya dari ketentuan dan ketetapan
Allah sedari azali. Iblis dan syaitan tidak sekali-kali boleh
menggoda, menganggu atau menghasut kita, melainkan atas izin
Allah Taala. Jadi, buat apa takutkan iblis. Marilah kita bersanla-
sarna takut kepada Allah berbanding takut kepada Iblis.
Bertaubat itu, bilamana kita mengaku dengan sebenar-benar
yakin bahawa jika itulahkehendak Allah, jika itulah perjalanan
takdir, jika itulah tulisan nasib dan jika itulah yang telah
ditetapkan Allah, maka kita redha, kita terima dan kita ambilnya
dengan hati yang berserah diri kepada Allah Taala. Bukannya
bertaubat itu, dengan berkehendakkan Allah mengubah ketetapan
nasib yang telah sedia tercatat diLuh Hul Mahfuz, dari buruk
kepada baik.
Taubat yang sebenar-benar taubat itu, bukannya minta Allah
ubah takdir, kerana takdir atau ketetapan yang sudah Allah
tetapkan itu, sudah termaktub dan tidak boleh berubah lagi. Kita
bertaubat mohon kepada Allah supaya samaada perkara buruk,
perkara keji atau perkara mungkar yang sudah dan yang telah
kita lakukan itu "tidak berulang".
Mengikut kefahaman ilmu makrifat, berulang atau tidaknya
perkara buruk, keji atau mungkar itu, adalah bukan urusan atau
ketetapan kita, itu adalah urusan atau ketetapan azali Allah, yang
sudah siap tercatat Taubat untuk tidak mahu mengulangi lagi
kejahatan lama itu, bukan semestinya tidak berulang.
Perkara berulang atau tidaknya sesuatu kejahatan itu, bukan atas
kehendak kita, tetapi ianya· adalah kehendak dan ketetapan Allah
yang sudah tertulis dan sudah siap tercatat. Samaada kita minta
agar tidak berulang kejahatan lama, itu adalah urusan Allah. Kita
seboleh-boleh tidak mahu mengulangi kejahatan lama, namun
kiranya Allah tetapkan juga untuk kita mengulanginya, tidak ada
siapa yang tahu dan tidak ada siapa yang dapat menahan atau
mengubah ketetapan yang sudah siap tercatat.
Hj.Shaari Mohd Yusof | APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT 47
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Begitu juga dengan dosa-dosa.lama yang telah kita lakukan.
Dosa lama yang sudah kita lakukan, samaada dosa yang dengan
sengaja kita lakukan atau kejahatan yang dikerjakan tanpa
disedari, sesungguhnya berjalannya semua itu, adalah juga
mengikut kepada yang sudah sedia tertulis. Apa juga perkara
yang sudah berlaku, sedang berlaku dan yang berlaku akan
datang itu, semuanya diatas ketetapan Allah Taala. Kejahatan,
keburukan, kealpaan dan kemaksiatan yang telah kita kerjakan
sebelum ini, adalah sesuatu yang bukan pekerjaan baru atau
bukan ketetapan yang baru Allah buat.
Sebelum terjadinya kemungkaran dan keburukan itu, Allah sudah
terlebih tahu sedari awaI. Kerana baik dan buruk itu, adalah
ciptaan dari yang Maha Esa (Allah). Perkataan taubat pada sudut
pandang ilmu makrifat itu, ianya bukanlah bertujuan untuk
meminta arnpun atau meminta maaf tetapi lebih kepada
pengembalian diri kepada Allah. Taubat itu, adalah "tahu buat",
iaitu hanya Allah sahaja yang tahu berbuat, sedangkall makhluk
manusia itu, sedikitpun tidak tahu untuk berbuat. Baik atau buruk
"Kul Kullun Minindillah" (baik dan buruk itu, adalah
sesungguhnya datang dari Allah). Hanya Allah sahaja yang tahu
berbuat, manakala kita, adalah bersifat dengan sifat yang tidak
tahu berbuat, itulah taubat.
IO) Bertauhat (kembali) Itu, Setelah Tidak Takutnya Kepada
Iblis Atau Syaitan
Bagi orang makrifat itu, adalah mereka-mereka yang tidak takut
kepada iblis. Kenapa kita harns takut kepada iblis atau syaitan?
Iblis atau syaitan itu, tidak sekali-kali akan mampu atau tidak
sekali-kali akan berani untuk menganggu atau mengoda kita,
sekiranya tidak mendapat keizinan-dari Allah Taala.
Geraknya syaitan atau gerak iblis untuk menganggu atau.
mengoda kita itu, adalah juga dari ketetapan dan keizinan Allah.
Iblis atau syaitan itu, tidak berdaya untuk bergerak atau untuk
mengoda kita, melainkan gerak iblis syaitan itu, adalah juga dari
gerak yang telah diizinkan· oleh Allah, yang telah ditetapkan
48 APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
sedari azali. Jadi kenapa perlu takut atau kenapa harus takut
kepada syaitan, iblis, jin atau jembalang.
Sekiranya kita tidak perlu takut kepada jin, syaitan, iblis atau
hantu jembalang, kepada siapakah yang barns kita takut? Hendak
kata kita takut kepada Allah, kita tidak perlu takut kepada Allah,
kerana Allah itu teramat baik, teramat penyayang, terarnat
pemurah dan teramat maha mengasihan oleh itu kenapa harus
takut kepada Allah.
Dalam pengajian ilmu makrifat, kita tidak perlu takut kepada jin,
jembalang, hantu, syaitan, iblis dan apa lagi kepada Allah. Kita
juga tidak harus dan tidak perlu takut kepada Allah. Buat apa kita
nak takut kepada Allah, sedangkan Allah itu baik. Allah itu,
Maha Pengampun dan Maha Pengasih lagi Penyayang. Allah
bukan Jahat dan Dia juga bukan garang. Jadi kenapa perlu takut
kepadaNya? Orang makrifat itu, tidak takut kepada iblis, hantu
syaitan dan tidak juga takut kepada Allah.
Yang paling ditakuti oleh orang makrifat itu, adalah bilamana
lalai dari ingat kepada Allah. Yang ditakuti oleh orang makrifat
itu, adalah apabila tidak berkesampaian untuk "berserahdiri
kepada Allah". Takut untuk mengaku diri itu ada dan takut untuk
mengatakan diri itu wujud.
Para ulamak terdahulu, yang paling mereka takut adalah
bilamana lalai hatinya dari ingat kepada Allah dan doa orang
makrifat terdahulu adalah hanya satu, iaitu doa jangan sampai
hatinya lalai dari ingat kepada Allah. Oleh itu, kita tidak perlu
takut apa-apa. Mari kita sarna-sarna berserah diri kepada Allah,
supaya apa yang kita takut selama ini, akan hilang
11) Pengertian Taubat
1) Soal: Apakah tujuan kita bertaubat?
Jawab: Taubat pada pengertian kita orang awam itu, adalah
memohon arnpun dan maaf kepada Allah, atas kesalahan dan
kesilapan kita yang telah lalu.
Bilamana kita melihat taubat dari sudut pandang ilmu makrifat,
taubat dari sudut pandang ilmu makrifat itu, adalah bukan
Hj.Shaari Mohd Yusof | APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT 49
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
bertujuan untuk kita memohon ampun (pelepasan dosa), kepada
segala dosa-dosa kita yang lampau, sekarang dan dosa-dosa kita
yang akan datang.
2. Soal: Apakah perbuatan baik atau buruk itu, suatu perkara
baru?
Jawab: Tentang dosa atau pahala yang kita lakukan, baik yang
sudah lepas, yang sekarang dan yang akan datang, pada pegertian
ilmu makrifat itu, bukan suatu perkara baru (bukanperkara yang
barn kita lakukan), adapun segala I'erbuatan baik atau bUruk
yang kita lakukan itu, adalah suatu perkara yang sudah lama,
iaitu suatu perkara yang sudah lama Allah tetapkan (sedari azali).
Berlakunya sesuatu perkara, samada ianya perkara baik mahupun
perkara buruk itu, adalah mengikut ketetapan, mengikut garisan,
mengikut catatan, mengikut tulisan dan mengikut kehendak yang
sedia termaktub di dalam ilmu Allah (Luh Hul Mahfu)
Apa yang berlaku (apa perkara yang kita buat itu), adalah perkara
yang telah tercatat oleh Allah. Allah Taala telah sedia
menetapkan karanganNya sedari dulu dan mengikut apa yang
dikehendaki Allah yang sedia tercatat di dalam kalam Alah di
Luh Mahfuz sedari azali. Perkara baik, jahat, amar makruf, nahi
mungkar, buruk atau elok itu, adalah sesuatu perkara yang sudah
lama diketahui Allah, selaku pencipta buruk dan baik hamba-
hambaNya. Selaku makhluk manusia yang bersifat dengan sifat
baharu itu, manalah kita ada kuasa untuk menahan, menolak,
menegah atau mengubah apa yang telah tercatat oleh tangan
Allah sendiri.
3) Soal: Apakah ketetapan Allah itu, boleh diubah-ubah atau
dipadam-padamkan catatannya?
Jawab: Tidak layak bagi kita untuk meminta Allah memadam
atau mengubah kembali apa yang sudah sedia ditetapkan.
Sekiranya Allah selalu menukar-nukar atau sentiasa mengubah-
ubah dengan apa yang telah ditetapkan, seolaholah Allah itu buat
kerja dua kali, seolah-olah Allah itu, tidak tahu apa yang
dikehendaki oleh hambaNya dan tidak pandai untuk buat kerja
hanya sekali. Jika sekiranya Allah itu selalu meminda-minda apa
50 APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
catatan yang telah dibuat, Allah itu kena patuh, kena akur dan
kena taat kepada keinginan, kemahuan atau mengikut apa sahaja
hajat makhluk manusia. Sepatutnya kita selaku makhluk manusia
yang sepatutnya patuh, taat dan akur kepada ketetapan Allah dan
bukan sebaliknya Allah pula yang patuh dan yang mengikut
kehendak kita. Kita memohon supaya Allah mengubah ketetapan
baik buruk kita, seolah-olah Allah itu tidak konsisten (tetap)
dalam menentukan atau mengagak perkara akan datang yang
akan berlaku dikemudian hari sehingga memaksa Allah bertindak
untuk menukar, mengubah, meminda dan memadam kembali
ketetapanNya yang sudah sedia ada dan yang sudah sedia
tercatat, untuk diganti dengan ketetapan barn, solah-olah Allah
itu, tidak mengetahui perkara yang akan berlaku.
Allah itu, seolah-olah kena tunggu makhluk meminta, barn Allah
tahu akan hajat makhluk. Sekiranya makhluk tidak meminta,
seolah-olah Allah tidak tahu hajat kita (adakah setelah kita
meminta, baru Allah tahu). Apakah setelah lahirnya makhluk ke
dunia atau apakah setelah berlaku sesuatu kejahatan atau
kebaikan, baru Allah tahu kehendak dan keinginan kita?
Apakah tulisan terdahulu Allah itu, tidak lagi relevan (tidak
boleh diguna pakai) lagi untuk masa-masa yang akan datang,
sehingga memaksa Allah mengubah ketetapan lama kepada
ketetapan barn. Apakah Allah itu, tidak Maha Mengetahui?
Apakah Allah itu seolah-olah tiada komitmen (ketidak
tangunjawaban) diatas ketetapan yang telah ditetapkanNya
sendiri? Sila jawab pertanyaan ini .
4) Soal: Apakah maksud, makna dan erti taubat?
Jawab: Taubat mengikut suluhan kacamata ilmu makrifat itu,
adalah bermaksud, bermakna dan bererti "kembali" (penyerahan).
Sekali lagi saya catatkan bahawa erti taubat itu, adalah "kembali"
Perkataan taubat itu, adalah bahasa Arab. Manakala dalam
bahasa Melayu, taubat itu adalah bermakna, bermaksud atau
bererti "kembali". Bahasa Arab menyebut taubat manakala
bahasa Melayu menyebut "kembali". Tafsiran maksud atau
tafsiran makna tersebut, bukan saya yang buat-buat ikut pandai
Hj.Shaari Mohd Yusof | APAKAH ITU SEBENAR BENAR TAUBAT 51
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
saya. Maksud, makna dan erti perkataan itu, adalah dari
terjemahan bahasa Arab yang betul. Tuan-tuan boleh rujuk
kepada pakal' bahasa Arab dan tuan-tuan boleh rujuk sendiri
kepada bahagian penyelidikan bahasa.
Mengikut suluhan dari sudut pandang i1mu makrifat, erti,
maksud atau makna taubat itu, bukanya bererti meminta dosa
diampun Allah. Ingat itu!.
.........................................................................................................

....................................................................................................
52 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
BAB 8
TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI
Tuan-tuan tidak akan yakin dan tidak akan percaya kepada kata-
kata saya, kerana saya bukan orang yang berbangsa Arab. Tetapi
percaya dan yakinlah bahawa iainya adalah mengikut terjemahan
bahasa Arab yang sebenar. Berkebetulan pada tanggal 27hb Julai
2013, saya pergi ke Ipoh Perak. Pada jam lebih kurang 5.00
petang, saya berhenti disebuah restoren (berhadapan dengan
Mahkamah Syariah Ipoh}. Saya duduk direstoran tersebut sambil
menunggu seseorang. Sambil itu, saya terlihat ada surat khabar
Sinar. Sementara menunggu, adalah lebih baik saya baca surat
khabar tersebut.
Apa yang diperkhabarkan oleh ayahanda Mohd Yusof Cik Wook
dan guru-guru terdahulu (Tok Kenali) itu, memang benar,
bahawa taubat itu, adalah bermaksud "kembali". Dalam Akhbar
Sinar diruangan agama, saya terbaca ruangan agama. Disitu saya
terjumpa terjemahan taubat oleh seorang penyelidik dan
pensyarah yang berpendidikan Arab, yang telah mentafsirkan
bahawa taubat itu, adalah bererti kembali. Tuan-tuan boleh layari
internet dan cari Surat Khabar Sinar bertarikh tersebut.
1) Soal: Apakah yang hendak dikembalikan?
Jawab: Adapun maksud kembali itu, adalah penyerahan diri
(penyerahan buruk dan baik) kepada Allah Taala. Itulah
makanya, didalam mempelajari ilmu makrifat ( lmu rohani), kita
hendaklah terlebih dahulu benar-benar memahami erti, makna
dan maksud sebenar taubat. Pengertian taubat yang sebenar-benar
mengikut penterjemahan Jakim dan sebenarbenar terjemahan
maksud bahasa arab itu, adalah ertinya dan maknanya, adalah
'kembaIi'. Ingat pesan saya. Sila rujuk maksud taubat yang
sebenar-benar dalam bahasa Arab, yang mana ianya membawa
erti kembali atau penyerahan.
Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 53
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Kebanyakan orang awam itu, mentafsir perkara taubat itu,
sebagai memohon Allah mengubah ketetapan yang telah Allah
buat (taubat). Solah-olah memohon Allah memadam, menukar,
membatal (cancel) tulisan yang sedia azali kepada tulisan baru
buruk (mungkar) kepada baik (makruf). Sedangkan ketahuilah
wahai pembaca yang budiman sekalian, maksud sebenar taubat
itu, adalah penyerahan (inilah maksud bahasa Arab yang
sebenar), Sila rujuk kepada Jabatan Bahasa. Begitu juga dengan
maksud Iqra. Iqra' mengikut tafsiran orang awam itu, adalah
bererti baca. Adapun mengikut terjemahan bahasa Arab, erti
makna, maksud perkataan iqra itu, adalah 'pengakuan'. Sila rujuk.
kepada Jabatan Bahasa.
Begitu juga dengan maksud langit (isra' mikraj baginda
Rasulullah). Maksud tafsiran orang. awam, Rasulullah berjumpa
Allah di langit. Dilangit yang diatas kepala, di langit yang diatas
awan, dilangit yang diatas matahari dilangit yang diatas angkasa.
Adapun maksud terjemahan bahasa Arab yang sebenar itu,
adalah bererti 'ketinggian' Barulah tanggapan kita selama ini
yang Baginda Rasullulah pergi berjumpa Allah diatas langit itu,
bukanlah langit yang diatas angkasa, tetapi 'langit ketinggian'
(ketinggian ilmu). Dengan itu, tidaklah lagi kita beriktiqad Allah
itu berada dilangit. Tidak lagi beriktiqad Allah itu bertempat.
Bilamana kita mengetahui maksud bahasa arab yang sebenar,
terhindarlah kita daripada beriktiqad bahawa Allah itu berada di
atas langit (atas awan biru atau diatas kepala kita). Sesiapa yang
beriktiqad bahawa Allah itu bertempat, maka hukumnya kafir.
Dengan mengetahui terjemahan bahasa arab yang sebenar,
barulah kita terhindar daripada kafir, sebagaimana tafsiran yang
dibuat oleh hukum feqah (mengatakan Allah itu diatas langit,
langit yang diatas kepala). Begitu juga dengan perkataan Buraq.
Buraq dalam terjemahan feqah, dimengertikan sebagai kuda putih
yang bersayap. Mengikut terjemahan bahasa arab yang sebenar,
buraq itu ertinya kilat. Manakala pengertian mengikut ilmu
makrifat, buraq itu ertinya kilat.Manakala kilat pula ertinya
pantas, laju, cepat (buraq itu adalah ertinya kepantasan).
54 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Adapun yang dimaksud dengan kepantasan itu, bukanlah kuda
putih yang bersayap. Kepantasan yang mengikut ilmu makrifat
itu, adalah kepantasan ilmunya. Kecepatan ilmunya. Kelajuan
ilmunya Baginda Rasullulah, bukannya sebagaimanan kelajuan
kuda.
Begitulah pengertian taubat mengikut suluhan ilmu makrifat.
Taubat dalam suluhan ilmu makrifat itu, bukan bermaksud taubat
yang tidak mengulangi kesalahan-kesalahan lama. Bukan bererti
taubat yang menyesal kesalahan-kesalahan lepas, dosa-dosa lalu.
Tidak bermaksud taubat itu, untuk tidak mengulangi kejahan-
kejahatan lampau. Taubat itu, tidak bermaksud berjanji untuk
tidak mengulangi kesalahankesalahan terdahulu. Adapun taubat
yang sebenar-benar taubat mengikut suluhan kacamata ilmu
makrifat dari makna bahasa arab yang sebenar itu, adalah
kembali, iaitu kembali kepada Allah Taala..
2) Soal: Persoalannnya disini apakah yang hendak dikembalikan
(taubat)?
Jawab: Yang tidak dikembalikan itu, adalah berupa sebarang sifat
milik Allah, segala afaal milik Allah, segala asma' milik Allah
dan segala zat milik Allah.
3) Soal: Apakah perkara yang menjadi milik Allah?
Jawab: Adapun perkara asma', afaal, sifat dan perkara zat yang
menjadi milik Allah itu, seumpama mengembalikan sifat mata
berserta pandangan, mengembalikan sifat telinga berserta
pendengaran, mengembalikan sifat tangan berserta kekuatan
mengembalikan sifat mulut berserta ucapan kata, mengembalikan
sifat akal berserta ilmu, mengembalikan sifat nyawa berserta roh,
mengembalikan zahir dan batin, awal dan akhir kepada ketentuan
Allah yang telah ditetapkan sedari azali. Itulah sebenar-benarnya
pengertian taubat.
Bilamana kita belajar maksud terjemahan taubat yang sebenar,
disitulah ianya akan membawa kita kepada suatu kaedah
kesedaran diri yang bahawasanya kita itu, tidak memiliki apa-
apa semuanya terserah bulat-bulat secara total kepada Allah
Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 55
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Taala. Iaitu suatu tahap penyerahan secara keinsafan diri yang,
benar-benar insaf. Insaf (penafian) atau taubat yang
megembalikan secara mutlak terhadap membinasakan
keberadaan sifat diri kepada Allah swt. Bukan memohon dosanya
di ampun.
Dengan mempelajari ilmu taubat mengikut terjemahan yang
betul, ia bukan sahaja dapat membawa kita kepada tahap
"megembali" (penyerahan) diri, ia juga akan membawa kita
kepada suatu tahap mengenal Allah Taala.
Pengetahuan tentang taubat, sebenarnya adalah bertujuan untuk
membawa kita kepada satu kesedaran, penyesalan dan keinsafan
tahap yang teramat tinggi di dalam diri hamba untuk kembali
(mengembalikan diri) kepada Allah TaaIa. Cara ini juga,
mengajar dan menyedarkan kita mana sempadan hak Allah dan
mana sempadan hak kitat. Dengan cara itu, akan membawa diri
kita kepada jalan fana' (binasa diri) dan jalan baqa' akan diri kita
sendiri kepada wajah Allah. Bertaubat itu hendaklah sampai
kepada tahap "mengembali" atau (berserah) segala afa'al
(perbuatan) kepada afa'al Allah atau perbuatan Allah. Bilamana
segala perbuatan diri dan segala afa'al diri, telah binasa dan telah
dikembalikan kepada Allah, bererti dan bermakna segala
perbuatan dan afa'al kita itu, sudah terserah, diserah dan sudah di
kembal kepada Allah, maka jadilah gerak kita itu, adalah gerak
Allah dan jadilah afa'al kita itu, adalah afaal Allah, itulah
ertinyataubat atau taubat afaal.
Bermaknanya disini, segala perbuatan atau afaal diri kita sudah
binasa dalam perbuatan Allah atau dalam afaal Allah.
Bermaknanya disini, segala afaal diri itu, sudah binasa dalam
afaal Allah dan segala perbuatan diri itu, sudah binasa dalam
perbuatan. Allah, itulah yang dikatakan taubat atau taubat
perbuatan (taubat afa'al). Taubat itu, ertinya kembali.
Maksud kembali itu pula, adalah megembalikan hak Allah
kepada Allah. Jika kita tidak boleh menyerahkan sepenuhnya
atau jika kita tidak boleh megembalikan sepenuhnya (sampai
kepada tahap mati) hak Allah, menyerah (megembali)
56 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
separuhpun boleh. Jika kita tidak mampu menyerah (taubat)
sampai kepada tahap mati, menyerah (taubat) sampai kepada
tahap separuh mati atau sampai kepada tahap hampir-hampir mati
pun boleh, jikakita tidak boleh menyerah (bertaubat) diri
sepenuhnya, sekurang-kurangnya menyerah atau megembali
(bertaubat) sebahagian pun jadilah.
Firman:
"Tidak (diterima) taubat mereka yang mengerjakan
kejahatan, sehingga apabila seorang di antara mereka
hampirmati" | An-Nisa' : 18
Terjemahan Firman Allah disini, bukan bermaksud hanya
diterima taubat itu, seketika hampir-hampir mahu mati (diketika
hampir-hampir nazak). Hampir mati disini, adalah membawa
maksud iaitu, sekiranya kita tidakboleh hertaubat sampai kepada
tahap keseluruhan, setidak-tidaknya sebahagianpun jadilah.
Hampir mati disini, bukan bermaksud nazak. Hampir mati disini,
adalah bermaksud, jika tidak boleh sampai kepada tahap berserah
diri sepenuhnya, maka setidak tidaknya sampai kepada tahap
separuh atau sebahagian darinya pun jadilah.
4) Soal: Apakah maksud hampir mati dan apakah maksud mati
sepenuhnya?·
Jawab: Mati yang separuh, separuh mati atau hampir mati itu,
bermaksud menyerahan diri yang belum putus (tidak keseluruhan
ataun tidak sepenuhnya) atau tidak total. Ertinya penyerahan
anggota tujuh, seperti anggota mata, hidung, telinga, mulut,
tangan, kaki, kepala, perut belum keseluruhan kepada Allah.
Adapun maksud mati penuh itu, adalah pegembalian atau
penyerahan sifat diri batin secara total atau secara keseluruhan
sehingga sampai kepada tahap megembalikan (menyerahkan)
nyawa atau roh.
Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 57
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan hampir mati.
Bukanya perkataan hampir mati itu, bermaksud saat nazak atau
diketika nazak. Hampir mati disini, adalah bermaksud, jika kita
tidak boleh menyerah roh kepada Allah, menyerah tujuh anggota
pun jadilah. Setidak-tidaknya kita menyerahkan diri zahir
(anggota tujuh). Tidak boleh sampai kepada tahap penyerahan
nyawa, sampai kepada tahap penyerahan sifat diri zahir (sifat
anggota tujuh pun jadilah).
Erti, makna atau maksud taubat itu, adalah menyerah diri kepada
Allah. Setelah kita berjaya sampai kepada tahap menyerah diri
zahirdan seterusnya diri batin kepada. Allah, itulah yang
dikatakan "taubatan nasuha". ltulah erti, maksud atau makna
terjemahan perkataan hampir mati. Hampir mati di sini, adalah
bermaksud mati sebelum mati atau tahap penyerahan anggota
zahir (bukannya bererti nazak diketika hendak mati).
Setelah kita berserah anggota tujuh kepada Allah setidaktidaknya
dan jika boleh atau jika mampu sampai kepada tahap penyerahan
roh (penyerahan batin), itulah taubat nasuha yang diterima Allah.
Perkataan taubat itu, adalah bahasa Arab, adapun taubat dalam
bahasa bahasa Melayu itu, adalah bermaksud "kembali".
Manakala maksud kembali itu pula, adalah bermaksud
mengembalikan roh (penyerahan nyawa) kepada Allah. Itulah
ertinya taubat.
5) Soal: Apakah itu erti hampir mati (nazak?)
Jawab: Nazak mengikut pengertian orang awam, adalah
bermaksud orang yang sedang bertarung nyawa diketika saatsaat
kedatangan maut. lni sahajalah ilmu yang kita tabu tentang
nazak, yang pernah kita dengar selama ini.
Kita diajar bahawa keadaan orang yang hampir mati, nazak atau
orang yang sedang hendak dicabut nyawanya, seseorang itu, telah
dibutakan mata, dibisukan mulut, dipekakkan telinga dan
dilupakan ingatannya. lnilah ilmu orang awam, yang selalu kita
dengar dan yang diajar kepada kita selama ini. Apakah benar
begitu?
58 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Jika begitulah keadaan kefahaman kita, kenapa kebanyakan dari
kalangan kita masih lagi mengajar orang mengucap diketika
orang sedang nazak? Tidak kah orang yang sedang nazak itu,
dipekakkan telinganya, bilamana telinganya sudah dituli
(dipekakkan), mana mungkin boleh mendengar? Jika orang nazak
tidak boleh mendengar, kenapa masih lagi kita mengajar mereka
mengucap? Setahu kita, kebanyakan saudara mara kita yang
sedang nazak atau yang sedang hampir mati (sedang hendak
meninggal dunia), masih boleh bercakap, masih boleh kenaI
saudara-mara yang datang menziarahi dan masih boleh dengar
apa yang kita cakap. Ada kalanya masih boleh pesan-memesan
(wasiat), tidakpun buta, pekak, tuli kelu atau bisu. Sedangkan
kita diajar oleh ilmu feqah, bahawa orang yang hampir mati
(nazak) itu, ditarik pendengaran, penglihatan dan ditarik dari
berkata-kataL Apakah sebenarnya rahsia yang tersembunyi di
sebalik perkataan nazak (hampir mati)?
6) Soal: Apakah maksud atau pengertian sebenar perkataan
nazak?
Jawab: Maksud sebenar nazak (hampir mati) itu, bukannya
ditarik sifat mendengar dari telinga (tuli), bukan ditarik sifat
melihat dari mata (buta) dan bukan ditarik sifat bercakap dari
mulut (bisu).
Adapun maksud sebenar perkataan nazak (hampir mati) itu,
adalah hampir kembalmya sifat lidah (mulut) dengan suaranya,
hampir kembalinya sifat mata dengan penglihatan dan hampir
kembalinya sifat telinga dengan pendengaran kepada Allah.
Orang nazak itu, bukannya bererti mata buta tidak boleh melihat,
telinga tuli (pekak) tidak boleh mendengar dan bukanya bererti
mulut bisu tidak boleh berkata-kata. Maksud sebenar nazak itu,
adalah bermula kembalinya kata-kata dari mulut kepada Allah,
pendengaran dari telinga dan mengembalikan pandangan dari
mata kepada Allah.
Diantara kita ada yang mentafsir hampir mati atau nazak itu,
bilamana Allah tarik mulut supaya tidak boleh bercakap. Adapun
maksud dari suluhan atau menurut tafsiran ilmu makrifat itu,
Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 59
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
nazak itu, bukan bererti mulut tidak boleh bercakap semasa saat-
saat mahu mati (nazak). Nazak ertinya bermulanya Allah
menarik kembali sifatNya dan hakNya.
Seumpama kembalinya sifat berkata-kata dari mulut, sifat
melihat dari mata dan sifat mendengar dari telinga, yang akan
kembali kepada Allah Taala. Ketujuh-tujuh sifat anggota kita itu,
yang selama ini kita tidak mahu serah kepada Allah dan sifat
yang selama ini kita mengaku menjadi hak milik kita itu, kini
akan Allah tarik batik dan akan kembali semula kepada Allah,
sarna secara rela atau tidak.
Cuba kita lihat orang atau saudara mara kita yang hampir mati
(nazak), mereka boleh lagi bercakap, boleh mendengar, boleh
menangis, boleh kenaI anak isteri, boleh mengucap dua kalimah
syahadah dan boleh pesan memesan. Nazak (hampir mati itu)
bukan bererti pekak, buta atau bisu, tetapi bererti akan kembali
kepada Allah. Perkara nazak itu, boleh disabitkan dengan perkara
taubat (kembali).
Nazak bagi orang makrifat (mengenal Allah) itu, bukan pekak,
bisu atau buta, tetapi bererti penyerahan diri atau megembalikan
diri sepenuhnya kepada Allah. Bukan taubat (kembali) separuh-
separuh, sebahagiari-sebahagian atau bukan lagi menyerah
sekerat--sekerat, sebenarnya mereka orangorang makrifat itu,
adalah mereka-mereka yang telah berserah diri sepenuhnya
(taubatan nasuha) atau kembali yang sepenuhnya.
Matinya mereka orang-orang makrifat itu, adalah mati diketika
hidup (mati sebelum mati). Kembali atau menyerah diri sebelum
berpisahnya nyawa dari badan, itulah yang dikatakan taubat
nasuha dan itulah juga yang dikatakan nazak (hampir mati).
taubat (kembali) orang-orang makrifat dan itulah yang dikatakan
sebenar-benar taubat (kembali).
Selagi diri masih kekal dengan afa'al diri, sifat diri, asma diri dan
zat diri, selagi itulah kita tidak dikatakan bertaubat (kembali).
Perkara taubat (kembali) akan berlaku setelah segala sifat afa'al,
segala sifat asma' dan segala sifat zat dikembali kepada Allah,
barulah dikatakan bertaubat.
60 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Dari perbuatan taubat itu sahaja, boleh membawa kita kepada
mengenal diri. Tetapi bagi yang buta mata hatinya, biar apapun
disebut dan biar apapun yang diperkatakan ianya tetap , tidak
akan mendatangkan apa-apa kesan dan tidak akan mendatangkan
apa-apa bekas dalam hatinya, malahan sanggup menabur fitnah
terhadap orang makrifat.
Bagi yang berilmu makrifat, hanya dengan bertaubat, sudah
gugur segala jasad, gugur segala sifat tubuhnya, nama dirinya,
perbuatan atau tingkah laku dirinya kerana kembali kepada
Allah.
7) Soal: Bilakah masanya kita perIu mengulangi taubat?
Jawab: Taubat bibir boleh berubah-ubah dan boleh berlaku pada
kesekian kalinya, terus dan seterusnya akan berIaku dengan
berulang kali. Namun taubat makrifat, berIakunya hanya sekali,
selagi berakal waras dan selagi kita mengingati dan mengenal
Allah, selama itulah juga kita dalam berkeadaan taubat (kembali).
Jika sekiranya ingatan kita gugur dari mengingati Allah, di situ
terbatal taubat dan perIu kembali bertaubat. Namun jika ingatan
kita tetap kekal selamanya dengan Allah, selagi itulah dan selama
itu juga kaedah taubat itu kekal. Jika taubat bibir, ia boleh disebut
pada bila-bila masa dan pada sebarang tempat, dengan mengucap
perkataan "Astaghfrrullah Hal Azim".
Dengan hanya mengucap perkataan Astaghfrrullah Hal Azim
sahaja, ianya telah dikatakan bertaubat. Mengikut fahaman feqah,
dikatakan sudah berlaku perkara taubat, kiranya mulut kita
menyebut perkataan Astaghfirullah Hal Azim. Biarpun kesalahan
yang sama akan berulang kesekian kali.
Namun bagi taubat yang sebenar itu, bukan sahaja pada sebutan
bibir mulut yang selalu pandai menipu, tetapi taubat itu, setelah
penyerahan perbuatan, asma', afa'al dan penyerahan zat kepada
Allah. Bertaubat itu, adalah bilamana berlakunya penyerahan diri
zahir dan diri batin, barulah dikira bertaubat nasuha. Serah sifat
zahir sahaja, itu dikatakan taubat manakala serah sifat zahir dan
batin itu, barulah dikatakan taubat nasuha, itulah taubat atau
Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 61
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
penyerahan diri sebenarsebenar kembali (taubat) mengikut sudut
suluhan kaca mata ilmu makrifat.
Taubat itu, boleh membawa kita kepada perkara mati sebelum
mati. Bilamana kita sudah sampai kepada tahap mati sebelum
mati, itulah tandanya kita sampai kepada tahap taubat. Bila
berlakunya perkara taubat, maka akan dengan sendirinya berlaku
perkara penyerahan diri (kembali atau taubat). Bilamana
menyerah diri dan bilamana bertaubat (kembali sifat diri zahir
dan batin), itulah yang dikatakan mengenal diri.
Bilamana mengenal diri, itulah tandanya kita telah benarbenar
bertaubat. Bilamana bertaubat (kembali), itulah tandanya kita
benar-benar mengenal Allah. Setelah kita benarbenar mengenal
Allah, itulah dikatakan makrifatullah. Taubat atas perbuatan
buruk atau taubat atas kesalahan jahat yang telah kita lakukan itu,
adalah taubat bibir mulut. Taubat bibirmulut itu, adalah taubat
yang belum tentu ianya tidak berulang. Entah-entah setelah
selesai bibir bertaubat, ianya masih mengulanginya lagi
kesalahan dan kesilapan lama
Setelah tidak ada lagi perbuatan (afaal), asma' sifat dan zat dari
diri, itulah tandanya kita telah bertaubat nasuha!. Perbuatan baik
atau buruk kita itu, adalah datangnya dari sifat anggota tujuh.
Bilamana anggota tujuh kita sudah tergadai, sudah terlelong,
sudah mati, sudah kembali dan sudah terserah kepada Allah.
Setelah segala anggota tujuh sudah tergadai dan terjual kepada
Allah, apa bolehkah lagi kita berkelakuan?
Tidakkah kelakuan kita itu datangnya dari anggota, bagaimana
mungkin kita berkelakuan samaada baik: atau buruk, sedangkan
anggota kita sudah tidak ada!. Perbuatan keji itu, selalunya
datang dari pergerakan anggota, bagaimana mungkin kita boleh
melakukan kejahatan lagi, sedangkan anggota tujuh kita sudah
terjual kepada Allah (kita sudah tidak bersifat), ·Setelah kita
tidak bersifat,bagaimana mungkin kita boleh melakukan
kejahatan. Setelah tidak lagi dapat melakuan kejahatan, itulah
yang dikatakan taubat nasuhaYang boleh kita lakukan sedangkan
anggota kita semuanya sudah tidak ada. Selagi diri itu masih ada,
62 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
selagi itulah kita berafa'al. Selagi kita berafaal, biar tidak banyak,
lambat laun sedikitpun kita akan melakukan kejahatan. Lainlah
kiranya kita tidak memiliki afaal!. Selagi ada afaal, selagi itulah
proses taubat tidak akan pemah berhenti. Taubat (kembali) atau
hampir mati (nazak) itu, adalah taubat yang menjurus kepada
kaedah mengenal diri.
Mereka yang mengenal diri itu, adalah mereka-mereka yang
menyerahkan kelakuan, perbuatan, tingkah laku, fe'el perangal
dan afa'al kepada Allah, itulah hakikat sebenar taubat. Taubat itu,
adalah setelah segala-galanya telah terserflh kepada perbuatan
dan gerak dari Allah Taala, yang mana segala afa'al atau segala
perbuatan kita itu, adalah gerak dari . perbuatan afa'al Allah
Taala.
Sebagai hamba makhluk, kita tidak sedikit pun ada daya supaya
untuk bergerak, melainkan gerak atau perbuatan Allah Taala.
Firman:
"Hendaklah kamu katakan yang semua itu datangnya daripada
Allah" | An-Nisa' : 78
Maksud mati bagi orang makrifat itu, adalah bennakna fana'kan
diri, binasa dan lebur diri dalam wajah Allah. Maksud hampir
mati mengikut terjemahan ilmu makrifat adalah orang yang
berserah diri kepada Allah (itulah maksud mati). Perkataan
"hampir mati itu", adalah hanya satu kiasan dan satu gambaran
simbolik, bagi menerang dan menggambarkan tahap orang yang
menyerah diri kepada Allah, iaitu tahap orang yang menjuruskan
dirinya bagi menyerahkan jiwa dan raganya kepada Allah. Inilah
tahap penyesalan, keinsafan dan taubat orang yang berdampingan
dan yang menghampiri dengan mati, iaitu merujuk kepada
hampir dengan Allah. Tanda tahap orang yang merapatkan diri
dengan taubat itu , apabila orang itu merapatkan diri dengan
mengenal dirinya sendiri dan merapatkan diri dengan mengenal
Allah.
Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 63
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Taubat adalah salah satu cara penyerahan atau pemulangan
semula sifat diri kepada Allah, iaitu dengan mengembalikan
semula segala sifat dirinya kepada Allah. Tahap orang yang
hampir mati itu, adalah bagi menggambarkan tahap hampimya
diri dengan Allah. Menghampirkan diri dengan konsep
penyerahan dan konsep pemulangan anggota zahir dan batin
kepada Allah Taala, itulah maksud hampir mati mengikut
pandangan ilmu makrifat.
Orang yang benar-benar hampir dengan mati itu, adalah orang
yang kembali (taubat) atau orang yang berserah diri dan
bertawakal kepadaAllah. Orang yang hilang nafsu kepada dunia,
orang yang nafsunya bukan lagi untuk kepentingan diri. Inilah
pengertian perkataan "hampir mati "menurut pandangan ilmu
makrifat dari Finnan Allah tersebut. Bukannya hampir mati itu
merujuk kepada keadaan "nazak". Hampir dengan mati itu,
adalah merujuk kepada orang yang mati dahulu sebelum mati.
Taubat dan penyesalan yang diterima Allah itu, adalah taubat
yang apabila hati, nafsu, kemahuan dan kehendak kita tidak lagi
mengatasi ketetapan dan ketentuan Allah. Matikan sifat makhluk,
matikan nama makhluk, matikan perangai makhluk dan matikan
zat makhluk.
Semuaituhendaknyadikembalikankepadayangempunya, sebagai
tuan asal yang mutlak. Mati diri kita secara keseluruhannya zahir
dan batin, serta berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Inilah
konsep mati dan konsep berserah diri, konsep menghampiri mati
dan konsep mati sebelum mati. Yang boleh membukajalan
makrifat kepada Allah (jalan mengenal Allah).
Orang yang hampir mati atau nazak itu, Allah Taala telah
menarik darinya empat perkara. Pertama penglihatannya, kedua
pendengarannya, ketiga tutur katanya (lidah) dan keempat adalah
penciumannya (melibatkan deria bau). Orang yang hampir mati
atau nazak, telinganya akan menjadi tuli, matanya akan menjadi
kabur atau buta, mulutnya akan menjadi kelu dan penciumannya
(deria hidu) akan menjadi lemah. Bagaimana taubat akan
64 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
diterima Allah, sedangkan pintu taubat di ketika itu sudah pun
tertutup.
Pintu taubat yang tidak pemah ditutup dan pintu taubat yang
sentiasa terbuka adalah pintu taubat dari orang-orang yang
menyerah diri kepada Allah. Iaitu orang yang benar-benar
bertawakkal kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan
perkataan hampir mati menurut tafsiran dari kaca mata ilmu
makrifat.
Hampir mati menurut pandangan ilmu makrifat itu, adalah diri
kita ini seolah-olah berkeadaan tidak berdaya-upaya melainkan
daya dan upayaAllah, diri kita ini seolah-olah berkeadaan tidak
berkuasa walau untuk berkelip, jika bukannya dengan kuasa dan
izin Allah. Kuasa, kudrat dan iradat serta upaya diri kita itu,
sebenamya telah lama hilang, pupus dan telah lamfl tidak
berfungsi. Yang membolehkan kita terus hidup dan terns
berfungsi ini, adalah kerana daya hidup dari Allah.
Dengan kata lain, diri kita ini, sebenamya sudah hampir mati,
malah lebih tepat lagi jika kita gunakan bahasa bahawa
sebenamya diri kita ini bukan sahaja setakat hampir mati, tetapi
sebenamya diri kita ini, telah benar-benar mati (binasa). Setelah
segala makhluk bersifat dengan sifat mati dan binasa, maka
hanya Allah sahaja yang bersifat dengan sifat hidup. Yang
bemyawa itu adalah Allah, yang bemafas itu adalah Allah, yang
melihat itu adalah Allah, yang mendengar itu adalah Allah, yang
berdiri itu adalah Allah, yang berkata-kata itu adalah Allah dan
yang hidup itu adalah Allah, Allah, Allah
Bagi sesiapayangberakal,penerangandiatas sudahcukupkuatuntuk
menemukan kita dengan diri kita yang asal dan menemukan kita
dengan Allah. Dari penerangan dan cerita-cerita di atas,
sepatutnya sudah cukup kuat untuk membawa kita kepada
mengenal diri dan mengenal Allah. Diri yang kita bawa kesana
kemari ini, sebenamya telah binasa (fana') dan telah pun merasai
mati. Yang tetap hidup dan yang tidak mati itu, adalah wajah
Allah. Itulah maksud sebenarbenar taubat (kembali).
Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 65
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Dntuk merasai perkara taubat dan merasai perkara berserah diri,
marilah sama":sama kita bawa akal dan fikiran kita, untuk cuba·
membayangkan bagaimana perasaan taubat bagi orang yang
karam , sedang terapung-apung di tengah lautan luas atau cuba
bawa hati kita untuk menyelami perasaan taubat orang yang pada
hari esoknya akan mati di tali gantung dan cuba bayangkan
perasaan taubat orang yang mengalami sakit yang membawa
mati.
Sebagai seorang yang beragama Islam, sudah tentu yang kita
ingat disaat itu, hanyalah bertaubat (kembali) kepada Allah.
Kuasa makhluk di ketika itu, tidak lagi dapat menyelamatkan
diri. Di saat dan ketika itu, yang kita ingat dan yang kita harap
hanya Allah. Anak, isteri, ibu, bapa dan sanak saudara, tidak lagi
dapat membantu . bila hukuman mati telah dijatuhkan atau bila
karam seorang diri di tengah-tengah lautan. Cuba bayangkan
taubat mereka.
Seandainya kita dapat menyelami dan merasai apa yang mereka
rasa di saat itu, sudah tentu ianya akan membawa kita kepada
suasana taubat yang sebenar-benar taubat (kembali) kepada Allah
Taala, iaitu perasaan berserah yang tidak pemah kita rasa
sebe1umnya. Di situ barulah tahu betapa diri kita ini teramat
kecil, lemah, tidak berdaya upaya, tidak bertenaga, tidak
berteman dan di ketika hampir mati itu, barn kita tahu bahawa
Allah itulah Yang Maha Besar dan Maha bermakna bagi kita.
Membuatkan hati kita di ketika itu terlalu hampir dan terlalu
dekat dengan Allah. Merasakan diri kita ini telah diserah dan
terserah kepadaAllah (taubat). Kiranya rasa penyerahan dan
penyesalan yang amat sangat seumpama itu, yang dapat kita
se1ami, alangkah dekat dan hampimya kita dengan Allah.
Suasana taubat (kembali)sebeginilah yang hendak kita cuba rasa
dan yang hendak kita cuba cari. Suasana, kaedah dan cara
penyerahan atau taubat sebeginilah yang sedang kita cuba
wujudkan ke dalam diri masing-masing. Penyerahan atau taubat
(kembali) yang seumpama itulah, kaedah taubat atau cara
penyerahan diri yang sebenar, yang cuba kita hayati dan yang
cuba kita rasai di ketika ini, melalui firman yang bererti "hampir
66 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
mati". Hampir mati itu, bukannya bermaksud nazak, tetapi ianya
bermaksud berserah diri zahir dan batin kepada Allah. Dengan
menjiwai keadaan orang yang berada pada kedudukan hampir
mati, mudah-mudahan dapat membuka kefahaman kita,dalam
memahami konsep berserah diri atau taubat kepada Allah,
sebagaimana berserahnya orang yang hampir mati. Suasana
penyerahan yang seumpama itulah, yang sedang kita cuba
ketengahkan sekarang ini, supaya ditauladani dan difahami dalam
mencari jalan kaedah berserah diri kepada Allah yang sebenar.
Walaupun kita tidak benar-benar lemas di tengah lautan dan tidak
benar-benar dikenakan hukuman gantung tetapi penyerahan yang
seumpama itulah yang cuba kita selami melalui cerita di atas.
Suasana penyerahan seumpama orang yang hampir mati itulah
yang hendak kita terapkan ke dalam hati kita mulai sekarang.
Pada saat ini dan di ketika ini, marilah kita sarna-sarna menuju ke
jalan berserah diri kepadaAllah, sebagaimana berserahnya orang
yang hampir mati lemas atau yang hampir mati di tali gantung
keesokkan harinya. Jika tidak kepadaAllah, kepada siapa lagi
hendak kita serahkanjiwa dan raga kita, apakah masih ada Tuhan
lain selain Allah untuk kita serah dan bergantung harap!
Cuba kita bayangkan sekali lagi, seandainya kita berada di
tempat mereka di saat itu, kepada siapa lagi hendak kita taruhkan
harapan dan kepada siapa lagi hendak kita berserah. Dalam
keadaan hampir mati, kita Cuma ada Allah. Biarpun umur kita
masih panjang, tetapi marilah kita anggap yang diri kita ini sudah
hampir mati, bila kita letakkan diri kita pada keadaan itu, barulah
suasana penyerahan itu dapat kita rasa. Itulah gambaran kaedah
penyerahan hakiki yang cuba disampaikan kepada kalian.
Walaupun kita tidak betul-betul lemas, sekurang-kurangnya kita
dapat selami dan gambarkan kaedah penyerahan diri kepada
Allah. Seumpama penyerahan diri orang yang hampir mati.
Hanya kepada Allah sahaja tempat kita berserah dan menyerah
diri. Begitulah apa yang berlaku kepada Firaun semasa hampir
lemas di lautan ketika mengejar Nabi Musa. Walaupun dia telah
menganggap dirinya sebagai tuhan, tetapi bila tiba saat hampir
Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 67
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
mati, kepada Allah juga dia berserah, tetapi penyerahan dia sudah
terlambat. Inilah gambaran sebenaryang hendak di ketengahkan
bagi dijadikan contoh mengenai kaedah atau cara penyerahan diri
yang sebenar.
lnilah keadaan dan suasana yang dimaksudkan oleh ilmu
makrifat dalam hal berserah diri (taubat) kepada Allah. Cerita di
atas adalah semata-mata bagi menunjuk cara dan kaedah taubat
(menyerah diri» kepada Allah, iaitu seumpama kaedah orang
yang dalam keadaan hampir mati (menyerah setakat diri zahir
yang tidak termasuk roh). Walaupun kita tidak karam sebagai
karamnya mereka di lautan luas, setidak-tidaknya kita cuba
karamkan diri kita ke dalam wajah Allah. I.tulah cara pemikiran
orang makrifat, dalam memberi takrif taubat (penyerahan, fana',
lemas, binasa atau tafsiran karamkan) diri ke dalam wajah Allah,
yang lebih baik dari karam di laut.
Cuba bawakan diri kita supaya dapat dikaramkan ke dalam lautan
wajah Allah. Apabila semuanya telah karam ke dalam lautan
wajah Allah, semua anggota sudah tidak lagi bergerak, kerana
segala gerak telah dikembalikan kepada afa'al Allah. Segala
nama tidak lagi terpanggil, kerana segala yang terpanggil itu,
telah kembali dengan terpanggil asma' Allah. Akal sudah tidak
lagi berfungsi kerana telah dipulangkan kepada qalam Allah. Zat
(roh) tidak lagi bemyawa kerana sudah berada di alam fana'.
Yang tinggal dan yang tersisa buat kita, adalah wajah Allah.
Inilah konsep taubat dan konsep berserah diri kepada Allah
melalui taubat ilmu makrifat.
Begitu juga dengan kaedah menyerah daya upaya, rupa paras dan
termasuk juga semua sifat diri kita, ianya seolah-olah sudah lebur
musnali, hilang ghaib dan hancur binasa seluruh sifat keakuan
(sifat diri) kerana telah terjual kepada Allah.
Sifat diri sudah tidak ada, yang ada, yang ujud dan yang nyata,
bukan lagi diri kita,jasad kita dan daya-upaya kita lagi, tetapi
semua yang ada ini, adalah kerana adanya Allah, ujud Allah,
nyata Allah, maujud Allah dan Allahlah semata-mata yang
terzahir di sekalian Alam.
68 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Taubat itu, setelah sifat kita telah kembali kepada diri yang asal,
iaitu kembali ke alam kosong, ke alam ghaib dan ke alam binasa,
yang ada pada kita sekarang ini, hanyalah wajah Allah Taala.
Keinsafan, penyesalan dan kesedaran sebeginilah yang dikatakan
taubat. Penyerahan akal dalam bertaubat juga hendaklah diserah
secara muktamad, total dan penyerahan pada tahap yang mutlak.
Andaikata kita bertaubat untuk tidak melakukan pekerjaan
mencuri, belum tentu kita bertaubat untuk tidak membunuh.
Andainya kita bertaubat untuk tidak membunuh, belum tentu kita
bertaubat untuk tidak mengumpat. Jika kita bertaubat untuk tidak
mengumpat, belum tentu lagi kita bertaubat untuk berperasaan
buruk sangka. Malahan jika seribu satu benda yang kita taubat,
kita tetap masih ada berjuta satu perkara lagi, yang belum
ditaubatkan.
Tetapi jika segala diri telah kita serah dan telah kita kembalikan
kepada Allah, bermakna kita telah bertaubat segala-galanya
kepada Allah Taala. Segala sifat, afaal, asma' dan zat kita, telah
kita serah kepada Allah. Ini bermakna kita tidak lagi perlu
menghitung apa yang hendak diserah. Jika kita bertaubat
(kembali) atau berserah diri sepenuhnya kepada Allah Taala,
bermakna kita tidak lagi perlu berserah satu persatu. Malahan
segala macam penyerahan sudah terkandung dalam satu
penyerahan sahaja.
Itulah cara bertaubat atau penyerahan diri yang sebenar. Setelah
kita benar-benar berserah diri kepada Allah, ianya sudah cukup
dengansekali lafaz. Dengan sekali lafaz, pendek kata, taubat atau
konsep penyerahan diri kita itu, sudah difahami oleh Allah,
kerana Allah itu maha mengetahui.
Kiranya kita serah diri atau bertaubat kepada Allah secara satu
persatu, bila hendak selesai (tamat)? Kiranya dihitung kesalahan
dan kejahatan yang telah kita lakukan selama kita hidup di atas
muka bumi ini, saya kira ianya tidak terhitung dan tidak akan
habis-habis. Dengan konsep bertaubat dan matikan diri sebelum
mati, ianya akan memberi ruang kepada kita untuk bertaubat
secara keseluruhan (secara sekaligus).
Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 69
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Dengan cara menjual diri secara keseluruhan (sekaligus), bererti
kita juga telah bertaubat secara semua sekali. Dengan yang
demikian, menjadikan diri kita seorang yang tidak lagi memiliki
apa-apa sifat atau anggota untuk melakukan segala perbuatan
(afa'al). Bila nnggota kita sudah tidak ada (sudah terjual), dengan
anggota mana lagikah, untuk kita berbuat kemungkaran
seterusnya? Jika kaki dan tangan, jika mulut dan telinga, jika
mata dan akal sudah tidak ada, dengan anggota mana lagikah
hendak kita lakukan kejahatan? Cuba jawab?
Untuk bertaubat secara keseluruhan (sekaligus) atau secara total,
hendaklah melalui proses penyerahan diri dan proses penyerahan
anggota pancaindera kepada Allah secara total. Setelah ke semua
sifat diri, telah dikembalikan kepadaAllah, ini membuatkan diri
kita tinggal kosong. Setelah semuanya kosong, dengan anggota
apa dan dengan anggota mana lagi hendak kita bawa untuk pergi
mencuri, merompak merogol, menfitnah, membunuh,
mengumpat dan untuk menuduh orang makrifat itu sesat atau
salah?
Setelah kita serah diri, diri kita akan menjadi kosong. Tempat
yang ditingalkan kosong itu akan diganti dan akan diisi dengan
sifat penyerahan. Bila diri kita telah diisi dengan sifat
penyerahan, ianya akan di kuti dan dipenuhi pula dengan sifat
tawakal, takwa, taat, redha, berserah diri, rendah diri, malu, tidak
sampai hati, perasaan belas kasihan dan dipenuhi pula dengan
sifat bertimbang rasa. Inilah yang dikatakan konsep taubat, yang
pada akhimya membawa kita kepada konsep mengenal diri dan
seterusnya membawa kita kepada melihat, memandang, menilik,
menatap wajah dan mengenal Allah.
InsyaAllah apabila diri telah terjual (berserah) dan diterima beli
pula oleh Allah dengan harga tunai yang mahal. Itulah yang
membuatkan diri kita menjadi kosong atau mati sebelum mati.
Apabila proses jual beli kita telah diterima Allah, secara rasmi
dan secara serta merta dosa diri kita akan hangus terbakar
(binasa) dalam wajah Allah. Terbakamya diri kita di ketika itu,
bukan dengan kerana api. Terbakamya diri kita di ketika itu,
adalah dengan kerana fana' dan baqo' dalam wajah Allah. Bila
70 TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
diri telah sampai kepada tahap perkara rasa, biarpun tidak ada
hujan, namun pipi kita akan tetap ditimpa basah dengan linangan
air mata.
Di sinijuga hujan air mata mula berguguran membasahi
permukaan pipi kita, tanda lazat, lunak, cair perasaan kita diulik
asyik dan zuk kepada Allah. Setelah kita bertaubat, semua diri
kita di dapati mati. Setelah diri kita kosong atau mati, di situlah
perkara rasa kehadiran wajah Allah akan mendatangi dan
memenuhi jiwa kita. Apabila perkara rasa telah menjiwai,
memenuhi dan melimpah ke dalam 'i' jiwa kita, di situlah wajah
Allah akan dapat kita lihat dan pandang.
Kita akan dapat rasa bahawa wajah Allah dengan wajah diri kita,
bersatu tidak dan bercerai tiada. Inilah perumpamaan taubat yang
tidak berpisah dengan perkara penyerahan diri zahir dan
penyerahan diri batin atau nyawa (roh kepada Allah).
Apabila diri telah bertaubat, membuatkan timbulnya perasaan
menyesal, takut, rendah diri, khusyuk, diri ini kecil, murah hati,
kurang marah kepada orang, sayang menyayangi sesama
makhluk Allah, terbitnya perasaan pemurah, suka menolong
orang dengan tenaganya, lazat dalamberibadat, sayang
kepadaAllah dan RasulNya dan berbagai-bagai lagi sifat terpuji.
Bermula dari biji benih yang mati, ianya bercambah menjadi
pokok yang besar.
Dari pokok taubat yang hidup segar, akhimya mati dan tumbang
menyembah bumi. Begitu juga dengan diri kita, sebelum kita
menyembah bumi, marilah sarna-sarna kita terlebih dahulu
kembali kepada Allah dengan berkeadaan taubat (kembali),
sebelum mati sebenar datang menjemput.
Inilah yang dikatakan konsep taubat. Mari kita sarna-sarna
semaikan pokok yakin, daripada pokok yakin, nantinya akan
mengeluarkan buah berserah diri, dari pada buah berserah diri,
akan mengeluarkan bunga tawakal, daripada bunga tawakal, akan
mengeluarkan haruman dan wangian cahaya wajah Allah yang
tidak terperi terang dan indahnya.
Hj.Shaari Mohd Yusof | TAUBAT ITU ARTINYA KEMBALI 71
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Mekar semerbak bunga-bunga taubat, menghiasi taman-taman
hati orang makrifat, tidak akan pemah padam wanginya,
walaupun hidung dan matanya ditutup. Berbekalkan dengan buah
berserah dan bunga tawakal, ianya akan mengeluarkan pula
haruman zuk, wangian cinta dan khusyuk kepada Allah. Di
sinilah kita akan mejadi mabuk, karam dan tenggelam dalam
lautan wajah Allah yang tidak bertepi. Sekali lagi lautan Allah
dilimpahi dengan air mata, yang berguguran jatuh melalui
kelopak mata anak Adam yang mengenal melalui taubat
(kembali).
Dari air mata yang mengalir ini, mudah-mudahan akan dapat
membasuh pennukaan bumi diri yang selama ini lupa kepada
Allah. Dengan air mata ini juga, membawa diri kita lebur dan
karam dalam wajah Allah. Leburnya diri orang makrifat itu,
bukan kerana dibakar dengan api, leburnya diri anak Adam yang
mengenal Allah itu, kerana dibakar oleh air mata taubat
(kembali). Apabila ayat-ayat ini ditulis dan dibaca dengan
linangan air mata zuk taubat (kembali) kepada Allah,
membuatkan diri menjadi binasa, binasa segalagalanya, dalam
wangian wajah Allah yang harum dan gemilang. Dari itu,
sungguhpun diri kita ini hidup dengan penuh miskin dari segi
harta benda dan wang ringgit, namun hati kita di kala ini, tetap
merasa kaya, bahagia, selesa dan aman dengan sifat tawakal di
dalam dakapan dan pelukan wajah Allah Yang Maha Agung.
Orang makrifat itu, sedikit dalam berkata-kata tetapi banyak
dalam menangis zuk kepada Allah. Inilah maksud taubat,
kembali, penyerahan diri zahir (penyerahan sifat anggota tujuh)
dan diri batin (penyerahan diri batin atau roh) secara total kepada
Allah Taala. Disini saya tamatkan bab taubat, semoga Allah
memberkati ilmu kita amin
.........................................................................................................
...................................................................................................
72 APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT SULUHAN
MAKRIFAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
BAB 9
APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT
SULUHAN MAKRIFAT
Firman:
"Tidak (diterima) taubat mereka yang mengerjakan kejahatan,
sehingga apabila seorang di antara mereka hampir mati",
| An-Nisa' : 18
Tidak (diterima) taubat mereka yang mengerjakan kejahatan,
sehingga apabila seorang di antara mereka hampir mati. Bukan
menggambarkan keadaan semasa nazak (hampir berpisah nyawa
dengan badan). Perkataan "hampir mati" mengikut suluhan kaca
mata ilmu makrifat itu, adalah bermaksud orang yang
menghampiri kepada fana (binasa). Orang yang menghampiri
tahap binasa diri atau tahap berserah diri.
Bagi mereka yang berilmu makrifat, tidak ada istilah mati. Mati
baginya adalah bermaksud fana' (binasa). Istilah mati kepastian
atau mati berpisah nyawa dengan jasad, bagi orang makrifat
bermaksud berehat atau berpindah alamo Mati berpisah nyawa
dengan jasad, bukan bermaksud mati bagi orang makrifat, Cuma
berpindah alam. Maksud mati bagi orang makrifat itu, adalah
bermakna fana'kan diri, binasa dan lebur diri dalam wajah Allah.
Maksud hampir mati mengikut terjemahan ilmu makrifat adalah
orang yang berserah diri kepada Allah (itulah maksud mati).
Perkataan "hampir mati itu", adalah hanya satu kiasan dan satu
gambaran simbolik, bagi menerang dan) menggambarkan tahap
orang yang menyerah diri kepada Allah, iaitu tahap orang yang
Hj.Shaari Mohd Yusof | APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT 73
SULUHAN MAKRIFAT
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
menjuruskan dirinya bagi menyerahkan jiwa dan raganya kepada
Allah. Inilah tahap penyesalan, keinsafan dan taubat orang yang
berdampingan dan yang menghampiri dengan mati, iaitu merujuk
kepada hampir dengan Allah. Tanda tahap orang yang
merapatkan diri dengan taubat itu apabila orang itu merapatkan
diri dengan mengenal diririya sendiri dan merapatkan diri dengan
mengenal Allah.
Taubat adalah salah satu cara penyerahan atau pemulangan
semula sifat diri kepada Allah, iaitu dengan mengembalikan
semula segala sifat dirinya kepada Allah. Tabap orang yang
hampir mati itu, adalah bagi menggambarkan tahap hampirnya
diri dengan Allah. Menghampirkan diri dengan konsep
penyerahan dan konsep pemulangan anggota zahir dan batin
kepada Allah Taala, itulah maksud hampir mati mengikut
pandangan ilmu makrifat. Orang yang benar-benar hampir
dengan mati itu, adalah orang yang kembali (taubat) atau orang
yang berserah diri dan bertawakal kepada Allah. Orang yang
hHang nafsu kepada dunia, orang yang nafsunya bukan lagi
untuk kepentingan diri. lnilah pengertian perkataan hampir mati
menurut pandangan ilmu makrifat dari Firman Allah tersebut.
Bukannya hampir mati itu merujuk kepada keadaan "nazak".
Hampir dengan mati itu, adalah merujuk kepada orang yang mati
dahulu sebelum mati.
Taubat dan penyesalan yang diterima Allah itu, adalah taubat
yang apabila hati, nafsu, kemahuan dan kehendak kita tidak lagi
mengatasi ketetapan dan ketentuan Allah. Matikan sifat makhluk,
matikan nama makhluk, matikan perangai makhluk dan matikan
zat makhluk. Semua itu hendaknya dikembalikan kepada yang
empunya, sebagai tuan asal yang mutlak. Mati diri kita secara
keseluruhannya zahir dan batin, serta berserahlah sepenuhnya
kepada Allah. lnilah konsep mati dan konsep berserah diri,
konsep menghampiri mati dan konsep mati sebelum mati. Yang
boleh membuka jalan makrifat kepada Allah Galan mengenal
Allah).
74 APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT SULUHAN
MAKRIFAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Orang yang hampir mati atau nazak: itu, Allah Taala telah
menarik darinya empat perkara. Pertama penglihatannya, kedua
pendengarannya, ketiga tutur katanya (lidah) dan keempat adalah
penciumannya (melibatkan deria bau). Orang yang hampir mati
atau nazak, telinganya akan menjadi tuIi, matanya akan menjadi
kabur atau buta, mulutnya akan menjadi kelu dan penciumannya
(derita hidup) akan menjadi lemah. Bagaimana taubat akan
diterima Allah, sedangkan pintu taubat di ketika itu sudah pun
tertutup.
Pintu taubat yang tidak pemah ditutup dan pintu taubat yang
sentiasa terbuka adalah pintu taubat dari orang-orang yang
menyerah diri kepada Allah. Iaitu orang yang benar-benar
bertawakkal kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan deng an
perkataan hampirmati menurut tafsiran dari kaca mata ilmu
makrifat.
Hampir mati menurut pandangan ilmu makrifat itu, adalah diri
kita ini seolah-olah berkeadaan tidak berdaya-upaya melainkan
daya dan upaya Allah, diri kita ini seolah-olah berkeadaan tidak
berkuasa walau untuk berkelip, jika bukannya dengan kuasa dan
izin Allah.. Kuasa, kudrat dan kadat serta upaya diri kita itu,
sebenarnya telah lama hilang, pupus dan telah lama tidak
berfungsi. Yang membolehkan kita terus hidup dan terus
berfungsi ini, adalah kerana daya hidup dari Allah.
Dengan kata lain, did kita ini, sebenarnya sudah harnpir mati,
malah lebih tepat lagi jika kita gunakan bahasa bahawa
sebenarnya diri kita ini bukan sahaja setakat hampir mati, tetapi
sebenarnya diri kita ini, telah benar-benar mati (binasa). Setelah
segala makhluk bersifat dengan sifat mati dan binasa, maka
hanya Allah sahaja yang bersifat dengan sifat hidup. Yang
bernyawa itu adalah Allah, .yang bernafas itu adalah Allah,· yang
melihat itu adalah Allah, yang mendengar itu adalah Allah, yang
berdiri itu adalah Allah, yang berkata-kata itu adalah Allah dan
yang hidup itu adalah Allah, Allah, Allah ..
Hj.Shaari Mohd Yusof | APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT 75
SULUHAN MAKRIFAT
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Bagi sesiapa yang berakal, penerangan di atas sudah cukup kuat
untuk menemukan kita dengan diri kita yang asal dan
menemukan kita dengan Allah. Dari penerangan dan ceritacerita
di atas, sepatutnya sudah cukup kuat untuk membawa kita
kepada mengenal diri dan mengenal Allah. Diri yang kita bawa
kesana kemari ini, sebenarnya telah binasa (fana') dan telah pun
merasai mati. Yang tetap hidup dan yang tidak mati itu, adalah
wajah Allah. Itulah maksud sebenar-benar taubat (kembali).
Untuk merasai perkara taubat dan merasai perkara berserah diri,
niarilah sarna-sarna kita bawa akal dan fIkiran kita, untuk cuba
membayangkan bagaimana perasaan taubat bagi orang yang
karam, sedang terapung-apung di tengah lautan luas atau cuba
bawa hati kita untuk menyelami perasaan taubat orang yang pada
had esoknya akan mati di tali gantung dan cuba bayangkan
perasaan taubat orang yang mengalami sakit yang membawa
mati.
Sebagai seorang yang beragama Islam, sudah tentu yang kita
ingat disaat itu, hanyalah bertaubat (kembali) kepada Allah.
Kuasa makhluk di ketika itu, tidak lagi dapat menyelamatkan
diri. Di saat dan ketika itu, yang kita ingat dan yang kita harap
hanya Allah. Anak, isteri, ibu, bapa dan sanak saudara, tidak lagi
dapat membantu bila hukuman mati telah dijatuhkan atau bila
karam seorang diri di tengah-tengah lautan. Cuba bayangkan
taubat mereka.
Seandainya kita dapat menyelami dan merasai apa yang mereka
rasa di saat itu, sudah tentu ianya akan membawa kita kepada
suasanataubat yang sebenar-benar taubat (kembali) kepada Allah
Taala, iaitu perasaan berserah yang tidak pernah kita rasa
sebelumnya. Di situ barulah tahu betapa diri kita ini teramat
kecH, lemah, tidak berdaya upaya, tidak bertenaga, tidak
berteman dan di ketika hampir mati itu, baru kita tahu bahawa
Allah itulah Yang Maha Besar dan Maha bermakna bagi kita.
Membuatkan hati kita di ketika itu terlalu hampir dan terlalu
dekat dengan Allah. Merasakan diri kita ini telah diserah dan
terserah kepada Allah (taubat). Kiranya rasa penyerahan dan
76 APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT SULUHAN
MAKRIFAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
penyesalan yang amat sangat seumpama itu, yang dapat kita
selami, alangkah dekat dan hampirnya kital dengan Allah.
Suasana taubat (kembali)sebeginilah yang hendak kita cuba rasa
dan yang hendak kita cuba cari. Suasana, kaedah dan cara
penyerahan atau taubat sebeginilah yang sedang kita cuba
wujudkan ke dalam diri masing-masing. Penyerahan atau taubat
(kembali) yang seumpama itulah, kaedah taubat atau cara-
penyerahan diri yang sebenar, yang cuba kita hayati dan yang
cuba kita rasai di ketika ini, melalui fIrman yang bererti "hampir
mati". Hampir mati itu, bukannya bermaksud naiak, tetapi ianya
bermaksud berserah diri zahir dan batin kepada Allah.
Dengan menjiwai keadaan orang yang berada pada kedudukan
hampir mati, mudah-mudahan dapat membuka kefahaman kita,
dalam memahami konsep berserah diri atau taubat kepada Allah,
sebagaimana berserahnya orang yang hampir mati. Suasana
penyerahan yang seumpama itulah, yang sedang kita cuba
ketengahkan sekarang ini, supaya ditauladani dan difahami dalam
mencari jalan kaedah, berserah diri kepada Allah yang sebenar.
Walaupun kita tidak benar-benar lemas di tengah lautan dan tidak
benar-benar dikenakan hukuman gantung tetapi penyerahan yang
seumpama itulah yang cuba kita selami melalui cerita di atas.
Suasana penyerahan seumpama orang yang hampir mati itulah
yang hendak kita terapkan ke dalam hati kita mulai sekarang.
Pada saat ini dan di ketika ini, marilah kita sama-sama menuju ke
jalan berserah diri kepada Allah, sebagaimana berserahnya orang
yang hampir mati lemas atau yang hampir mati di tali gantung
keesokkan harinya. Jika tidak kepada Allah, kepada siapa lagi
hendak kita serahkan jiwa dan raga kita, apakah masih ada Tuhan
lain selain Allah untuk kita serah dan bergantung harap!.
Cuba kita bayangkan sekali lagi, seandainya kita berada di
tempat mereka di saat itu, kepada siapa lagi hendak kita taruhkan
harapan dan kepada siapa lagi hendak kita berserah. Dalam
keadaan hampir mati, kita Cuma ada Allah. Biarpun umur kita
masih panjang, tetapi marilah kita anggap yang diri kita ini sudah
Hj.Shaari Mohd Yusof | APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT 77
SULUHAN MAKRIFAT
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
hampir mati, bila kita letakkan diri kita pada keadaan itu, barulah
suasana penyerahan itu dapat kita rasa. Itulah gambaran kaedah
penyerahan hakiki yang cuba disampaikan kepada kalian.
Walaupun kita tidak betul-betul lemas, sekurang-kurangnya kita
dapat selami dan gambarkan kaedah penyerahan diri kepada
Allah. Seumpama penyerahan diri orang yang hampir mati.
Hanya kepada Allah sahaja tempat kita berserah dan menyerah
diri. Begitulah apa yang berlaku kepada Firaun semasa hampir
lemas di lautan ketika mengejar Nabi Musa. Walaupun dia telah
menganggap dirinya sebagai tuhan, tetapi bila tiba saat hampir
mati kepada Allah juga dia berserah, tetapi penyerahan dia sudah
terlambat. lnilah gambaran sebenar yang hendak di ketengahkan
bagi dijadikan contoh mengenai kaedah atau cara penyerahan diri
yang sebenar.
Inilah keadaan dan suasana yang dimaksudkan oleh ilmul
makrifat dalam hal berserah diri (taubat) kepada Allah. Cerita di
atas adalah semata-mata bagi menunjuk cara dan kaedah taubat
(menyerah diri) kepada Allah iaitu seumpama kaedahj orang
yang dalam keadaan hampir mati (menyerah setakat diri zahir
yang tidak termasuk roh). Walaupun kita tidak karam sebagai
karamnya mereka di lautan luas, setidak-tidaknya kita cuba
karamkan did kita ke dalam wajah Allah. ltulah carai pemikiran
orang makrifat dalam memberi takrif taubat (penyerahan, fana'
lemas, binasa atau tafsiran karamkan) diri ke dalamwajah Allah,
yang lebih baik dari karam di laut.
Cuba bawakan diri kita supaya dapat dikaramkan ke dalam lautan
wajah Allah. Apabila semuanya telah karam ke dalam . lautan
wajah Allah, semua anggota sudah tidak lagi bergerak, kerana
segala gerak telah dikembalikan kepada afa'al Allah., Segala
nama tidak lagi terpanggil, kerana segala yang terpanggil itu,
te1ah kembali dengan terpanggil asma' Allah. Akal sudah tidak
lagi berfungsi kerana telah dipulangkan kepada qalam Allah. Zat
(roh) tidak lagi bernyawa kerana sudah berada di alam fana'.
Yang tinggal dan yang tersisa buat kita, adalah wajah Allah.
78 APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT SULUHAN
MAKRIFAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
inilah konsep taubat dan konsep berserah diri kepada Allah
melalui taubat ilmu makrifat.
Begitu juga dengan kaedah menyerah daya upaya, rupa paras dan
termasuk juga semua sifat diri kita, ianya seolah-olah sudah lebur
musnah, hilang ghaib dan hancur binasa se1uruh sifat keakuan
(sifat diri) kerana telah terjual kepada Allah.
Sifat diri sudah tidak ada, yang ada, yang ujud dan yang nyata,
bukan lagi diri kita, jasad kita dan daya-upaya kita lagi, tetapi
semua yang ada ini, adalah kerana adanya Allah, ujud Allah,
nyata Allah, maujud Allah dan Allahlah semata-mata yang
terzahir di sekalian Alam.
Taubat itu, setelah sifat kita telah kembali kepada diri yang asal,
iaitu kembali ke alam kosong, ke alam ghaib dan ke alam binasa,
yang ada pada kita sekarang ini, hanyalah wajah Allah Taala.
Keinsafan, penyesalan dan kesedaran sebeginilah yang dikatakan
taubat. Penyerahan akal dalam bertaubat juga hendaklah diserah
secara muktamad, total dan penyerahan pada tahap yang mutlak.
Andaikata kita bertaubat untuk tidak melakukan pekerjaan
mencuri, belum tentu kita bertaubat untuk tidak membunuh.
Andainya kita bertaubat untuk tidak membunuh, belum tentu kita
bertaubat untuk tidak mengumpat. Jika kita bertaubat untuk tidak
mengumpat, belum tentu lagi kita bertaubat untuk berperasaan
buruk sangka. Malahan jika seribu satu benda yang kita taubat,
kita tetap masih ada berjuta satu perkara lagi, yang belum
ditaubatkan.
Tetapi jika segala diri telah kita serah dan telah kita kembalikan
kepada Allah, bermakna kita telah bertaubat segala-galanya
kepada Allah Taala. Segala sifat, afaal, asma' dan zat kita, telah
kita serah kepada Allah. Ini bermakna kita tidak lagi perlu
menghitung apa yang hendak diserah. Jika kita bertaubat
(kembali) atau berserah dii sepenuhnya kepada Allah Taala,
bermakna kita tidak lagi perlu berserah satu persatu. Malahan
segala macam penyerahan sudah terkandung dalam satu
penyerahan sahaja.
Hj.Shaari Mohd Yusof | APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT 79
SULUHAN MAKRIFAT
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Itulah cara bertaubat atau penyerahan diri yang sebenar. Setelah
kita benar-benar berserah diri kepada Allah, ianya sudah cukup
dengan sekali lafaz. Dengan sekali lafaz, pendek kata, taubat atau
konsep penyerahan diri kita itu, sudah difahami oleh Allah,
kerana Allah itu maha mengetahui.
Kiranya kita serah diri atau bertaubat kepada Allah secara satu
persatu, bila hendak selesai (tamat) Kiranya dihitung kesalahan
dan kejahatan yang telah kita lakukan selama kita hidup di atas
muka bumi ini, Saya kira ianya tidak terhitlmg dan tidak akan
habis-habis. Dengan konsep bertaubat dan , matikan diri sebelum
mati, ianya akan memberi ruang kepada kita untuk bertaubat
secara keseluruhan (secara sekaligus).
Dengan cara menjual diri secara keseluruhan (sekaligus) bererti
kita juga telah bertaubat secara semua sekali. Dengan yang
demikian, menjadikan diri kita seorang yang tidak lagi memiliki
apa-apa sifat atau anggota untuk melakukan segala perbuatan
(afa'al). Bila anggota kita sudah tidak ada (sudah terjual) dengan
anggota mana lagikah, untuk kita berbuat kemungkaran
seterusnya? Jika kaki dan tangan, jika mulut dan telinga, jika
mata dan akal sudah tidak ada, dengan anggota mana lagikah
hendak kita lakukan kejahatan? Cuba . jawab?
Untuk bertaubat secara keseluruhan (sekaligus) atau secara total,
hendaklah melalui proses penyerahan diri dan proses penyerahan
anggota pancaindera kepada Allah secara total. Setelah ke semua
sifat diri, telah dikembalikan kepada Allah, ini membuatkan diri
kita tinggal kosong. Setelah semuanya kosong, dengan anggota
apa dan dengan anggota mana lagi hendak kita bawa untuk pergi
mencuri, merompak merogol, menfitnah, membunuh,
mengumpat dan untuk menuduh orang makrifat itu sesat atau
salah?
Setelah kita serah diri, diri kitaakan menjadi kosong. Tempat
yang ditingalkan kosong itu akan diganti dan akan diisi dengan
sifat penyerahan. Bila diri kita telah diisi dengan sifat
penyerahan, ianya akan di kuti dan dipenuhi pula dengan sifat
80 APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT SULUHAN
MAKRIFAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
tawakal, takwa, taat, redha, berserah diri, rendah diri, malu, tidak
sampai hati, perasaan belas kasihan dan dipenuhi pula dengan
sifat bertimbang rasa. lnilah yang dikatakan konsep taubat, yang
pada akhirnya membawa kita kepada konsep mengenal diri dan
seterusnya membawa kita kepada melihat, memandang, menilik,
menatap wajah dan mengenal Allah.
InsyaAllah apabila diri telah terjual (berserah) dan diterima beli
pula oleh Allah dengan harga tunai yang mahal. Itulah yang
membuatkan diri kita menjadi kosong atau mati sebelum ma~i.
Apabila proses jual beli kita telah diterirna Allah, secara rasmi
dan secara serta merta dosa diri kita akan hangus terbakar
(binasa) dalam wajah Allah. Terbakarnya diri kita di ketika itu,
bukan dengan kerana apr. Terbakarnya diri kita di ketika itu,
adalah dengan kerana fana' dan baqo' dalam wajah
Allah. Bila diri telah sampai kepada tahap perkara rasa, biarpun
tidak ada hujan, namun pipi kita akan tetap ditimpa basah dengan
linangan air mata.
Di sini juga hujan air mata mula berguguran membasahi
permukaan pipi kita, tanda lazat, lunak, cair perasaan kita diulik
asyik dan zuk kepada Allah. Setelah kita bertaubat, semua diri
kita di dapati mati. Sete1ah diri kita kosong ataul mati, di situlah
perkara rasa kehadiran wajah Allah akanj mendatangi dan
memenuhi jiwa kita. Apabila perkara rasa telah menjiwai,
memenuhi dan melimpah ke dalam jiwa kita di situlah wajah
Allah akan dapat kita lihat dan pandang. Kita akan dapat rasa
bahawa wajah Allah dengan wajah diri kita, bersatu tidak dan
bercerai tiada. lnilah perumpamaan tatlbat yang tidak berpisah
dengan perkara penyerahan diri zahir dan penyerahan diri batin
atau nyawa (roh kepada Allah).
Apabila diri telah bertaubat, membuatkan timbulnya perasaan
menyesal, takut, rendah diri, khusyuk, diri ini keeil, murah hati,
kurang marah kepada orang, sayang menyayangi sesama
makhluk Allah, terbitnya perasaan pemurah, suka menolong
orang dengan tenaganya, lazat dalam beribadat, sayang kepada
Hj.Shaari Mohd Yusof | APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT 81
SULUHAN MAKRIFAT
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Allah dan RasulNya dan berbagai-bagai lagi sifat terpuji.
Bermula dari biji benih yang mat~ ianya bereambah menjadi
pokok yang besar.
Dari pokok taubat yang hidup segar, akhirnya mati dan tumbang
menyembah bumi. Begitu juga dengan diri kita, sebelum kita
menyembah bumi, marilah sarna-sarna kita terlebih dahulu
kembali kepada Allah dengan berkeadaan taubat (kembali),
sebelum mati sebenar datang menjemput.
Inilah yang dikatakan konsep taubat. Mari kita sarna-sarna
semaikan pokok yakin, daripada pokok yakin, nantinya akan
mengeluarkan buah berserah diri, dari pada buah berserah diri,
akan mengeluarkan bunga tawakal, daripada bunga tawakal, akan
mengeluarkan haruman dan wangian cahaya wajah Allah yang
tidak terperi terang dan indahnya.
Mekar semerbak bunga-bunga taubat, menghiasi taman-taman
hati orang makrifat, tidak akan pernah padam wanginya,
walaupun hidung dan matanya ditutup. Berbekalkan dengan buah
berserah dan bunga tawakal, ianya akan mengeluarkan pula
haruman zuk, wangian cinta dan khusyuk kepada Allah. Di
sinilah kita akan mejadi mabuk, karam dan tenggelam dalam
lautan wajah Allah yang tidak bertepi. Sekali lagi lautan Allah
dilimpahi dengan air mata, yang berguguran jatuh melalui
kelopak mata anak Adam yang mengenal melalui taubat
(kembali).
Dari air mata yang mengalir ini, mudah-mudahan akan dapat
membasuh permukaan bumi diri yang selama ini lupa kepada
Allah. Dengan air mata ini juga, membawa diri kita lebur dan
karam dalam wajah Allah. Leburnya diri orang makrifat itu,
bukan kerana dibakar dengan apa leburnya diri anak Adam yang
mengenal Allah itu, kerana dibakar oleh air mata taubat
(kembali). Apabila ayat-ayat ini ditulis dan dibaca dengan
linangan air mata zuk taubat (kembali) kepada Allah,
membuatkan diri menjadi binasa, binasa segala-galanya, dalam
wangian wajah Allah yang harum dan gemilang. Dari itu,
82 APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT SULUHAN
MAKRIFAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
sungguhpun diri kita ini hidup dengan penuh miskin dari segi
harta benda dan wang ringgit, namun hati kita di kala ini tetap
merasa kaya bahagia selesa dan aman dengan sifat tawakal di
dalam dakapan dan pelukan wajah Allah Yang Maha Agung.
Orang makrifat itu, sedikit dalam berkata-kata tetapi banyak
dalam menangis zuk kepada Allah.
Inilah maksud taubat, kembali, penyerahan diri zahir (penyerahan
sifat anggota tujuh) dan diri batin (penyerahan diri batin atau roh)
secara total kepada Allah Taala. Disini saya tamatkan bab taubat,
semoga Allah memberkati ilmu kita amin.
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
...................................................................................................
Hj.Shaari Mohd Yusof | APA MAKSUD PERKATAAN HAMPIR MATI MENGIKUT 83

84 BERPISAHKAH ATAU BERSATUKAH ALLAH DENGAN HAMBA | Hj.Shaari
Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
BAB 10
BERPISAHKAH ATAU BERSATUKAH ALLAH DENGAN
HAMBA
Apakah Nafi Dan isbat itu, Bercerai Atau Bersekutu?
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Ramai
dikalangan kita tidak tabu apa itu nafi dan tidak tabu apa itu
isbat? Barang siapa yang tidak tahu nafi dan isbat, tidaklah dia
bersyahadah, melainkan syahadahnya seumpama seekor burung
tiung.
Adakah Islam seekor burung tiung itu, bilamana ia bersyahadah?
Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya. Sekiranya jawapan tuan-
tuan memihak kepada tidak, bererti sesiapa diantara kita yang
bersyahadah tanpa mengetabui akan nafi dan isbat, mereka-
mereka itu tidak ubah syahadahnya seperti seekor burung tiung.
Jika syahadah seekor burung tiung itu tidak boleh mengislamkan
dirinya, maka sedemikianlah juga syahadah kita yang tidak tabu
perkara nafi dan isbat. Barang siapa diantara kita yang tidaki tahu
nafi dan isbat, ianya belum tentu boleh mengislamkan kita.
Sekiranya syahadah kita tidak boleh mengislamkan diri kita,
apakah agama bagi kita yang seumpama itu? Cuba tuan tuan
Jawab.
Nafi dan isbat itu, seumpama warna dan baju yang tuan-tuan
pakai sekarang. Baiklah, sekarang jawab lagi soalan saya.
Apakah warna baju yang tuan-tuan pakai sekarang?
Sekiranya baju yang tuan-tuan palcai kini berwarna merah, saya
mahu tuan-tuan gunting atau kita koyakkan dua. Adakah warna
merah pada baju yang kita koyakan itu, boleh bercerai atau
berpisah? Seandainya kain dan warna kain itu, tidak boleh
berpisah, sebegitu juga kita dengan Allah. Kita dengan Allah,
tidak boleh berpisah.
Hj.Shaari Mohd Yusof | BERPISAHKAH ATAU BERSATUKAH ALLAH DENGAN 85
HAMBA
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Merah itu, adalah baju dan baju itu pula, adalah juga merah (baju
adalah merah dan merah itu adalah baju, jadilah ia baju merah).
Tetapi harus diingat bahawa merah itu bukan baju dan baju pula
bukan merah. Merah itu, adalah warna, manakala baju itu pula,
adalah kain, mana mungkin warna dengan kain itu sarna.
Mustahil baju dengan warna merah itu sarna. Sekiranya tidak
sama, kenapa tidak bercerai dan tidak berpisah? Bilamana
dikoyak atau digunting, antara kain dengan warna, tidakkah
kedua-duanya turut tergunting atau turut terkoyak? Bilamana
kedua-duanya turut terkoyak atau turut tergunting, adakah boleh
ianya dikatakan bersatu dan adakah boleh ianya dikatakan
berasing? Cuba jawab .
Barang siapa yang tahu akan jawapan itu, maka fahamlah mereka
akan makna nafi dan makna isbat. Dengan sendirinya juga, akan
fahamlah mereka, siapa hamba dan siapa itu Allah. Inilah yang
dikatakan bahawasanya antara hamba dengan Allah itu, bercerai
tidak berpisah tiada. Setinggi manapun kita, tidak mungkin
tingginya kita itu, menjadi Allah dan serendah manapun Allah
itu, tidak akan mungkin rendahnya Dia itu, menjadi hamba.
Bilamana kita sebut perkataan "hamba Allah", perkataan sifat
hamba (kita) itu, tidak sekali-kali memungkinkan kita menjadi
Allah. Bilamana kita sebut "Allah hamba", ianya juga sekali-kali
tidak memungkinkan Allah menjadi hamba.
Dalam halini, warna tidak mungkin menjadi kain dan kain pula
tidak mungkin menjadi warna. Tidak akan bertukar antara kain
dengan warna. aleh itu, sebutlah serendah manapun Allah,
seburuk mana atau sejahat manapun Allah, namun tidak mungkin
Allah bertukar menjadi serendah hamba. Allah tidak terbi,nasa
dan Allah tidak berkurangan kerajaanNya dengan sebutan mulut
makhluk manusia dan dengan perbuatan makhluk manusia. Allah
tetap utuh selamanya, walau seluruh alam memburuk-burukkan
Allah. Allah tidak mengambil faedah dari pekerjaan atau dari
sebutan mulut makhluk.
Sekalipun kita menyebut narnaNya Allah dan sekalipun kita
bakar tulisan yang bertulis dengan perkataan Allah, ianya tidak
86 BERPISAHKAH ATAU BERSATUKAH ALLAH DENGAN HAMBA | Hj.Shaari
Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
memberi bekas kepada Allah Taala, kerana apa, kerana Allah itu
Allah.
Sungguhpun kita tidak mahu mengenal Allah, sesungguhnya
Allah tetap memperkenalkan diriNya kepada kita. Sungguhpun
kita tidak mahu memandang Allah, sesungguhnya kita tetap
terpandang Allah. Beban yang tuan sangka masih dibawah,
sesungguhnya sudahpun berada diatas bahu tuan-tuan. Nafi dan
isbat itu, tidak akan pernah berpisah dan tidak akan pernah
bercerai. Hanya kita selaku makhluk, sering terlepas pandang .
Kain dengan warna, gararn dengan masin, api dengan asap,
cahaya dengan matahari dan Allah dengan makhluk (hamba) itu,
tidak selamanya akan bercerai dan tidak juga selamanya akan
bersatu.
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
...................................................................................................
Hj.Shaari Mohd Yusof | BERPISAHKAH ATAU BERSATUKAH ALLAH DENGAN 87

88 UNTUK MENJADIKAN ALLAH ITU BENAR BENAR ESA | Hj.Shaari Mohd Yusof