Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
tidak ada, seboleh-bolehnya itulah yang hendak dibolehkan dan
itulah yang hendak diadakan.
Masyarakat sekarang kebanyakannya adalah masyarakat yang
berilmu dengan ilmu yang menongkah arus (berlawanan dengan '
sunnah dan Al-Quraan). Sebagai eontoh, seumpama kita
melarang budak keeil panjat pokok. Bilamana kita nasihat dan
bila kita suruh -~turun, malahan semakin tinggi mereka naik.
Bilamana kita suruh dial panjat lagi tinggi, panjat lagi tinggi dan
panjat lagi tinggi, barulah dia nak turon.
Begitu juga masyarakat kita hari ini, semakin kita larang jangan
berbuat, malahan semakin itulah mereka berbuat. Boleh kita
katakanl yang diri kita itu ada dan Allah juga bersifat ada Boleh
untuk tuan mengaku ada, tetapi dengan satu syarat. Syaratnya
biarlah adanya ' kita itu, seumpama adanya bayang.
Bolehkita mengaku yang diri kita itubersifatdengan sifatada
(wujud) dan Allah pun jugabersifat wujud (dua-dua bersifat
wujud). Tidak salah dan tidak mengapa. Ianya tidak menjadi
keberatan atau satu kesalahan. Saya membenarkan tuan-tuan dan
puan-puan mengaku ada dua sifat wujud. Tetapi dengan satu
syarat, iaitu jangan sampai terlihat adanya diri".
Jika tuan-tuan berhajat atau beria-ia sangat untuk mengadakan
sifat diri dan jika sekiranya tuan-tuan tidak boleh sampai kepada
tahap untuk menghilangkan keberadaan diri atau tuan-tuan tidak
boleh untuk menafikan diri itu tidak ada. Diboleh dan dibenarkan
tuantuan mengaku adanya dua wujud (iaitu wujudAllah dan
wujud diri) tetapi dengan satu syarat, syaratnya adalah anggaplah
wujudnya diri kita itu, tidak ubah seumpama wujudnya sifat
bayang.
Yakin dan pereayalah dengan seyakin-yakinnya bahawa
wujudnya kita itu, tidak ubah seumpama wujud bayang "wayang
kulit" semata-mata. Sekarang saya mahu tuan-tuan masuk kebilik
dan saya mahu tuan-tuan tilik diri sendiri dalam cermin.
Hj.Shaari Mohd Yusof | KAEDAH TUJUH ADALAH KAEDAH GURU TERDAHULU 339
MANGAJAR MAKRIFAT
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Sifat bayang adalah sifatyang mati. Sifatbayang adalah sifat
menipu, sifat bayang adalah sifat pembohong dan penuh dengan
kepurapuraan ada. Bayang adalah wujud yang olok-olok
seumpama barang mati, barang palsu dan barang yang mati.
Barang yang mati, mana mungkin boleh berkuasa.
2. Soal: Apakah maksud dan apakah erti berserah diri?
Jawab: Berserah diri itu, adalah seumpama mati sebelum mati
atau seumpama tidur. Contohnya seumpama "diri kita dengan
bayang". Sebenar diri kita itu, adalah seumpama bayang diri yang
didalam eermin. Bayang diri kita yang didalam eermin itu, itulah
yang diibaratkan dengan diri kita (benda mati).
Mulai dari hari ini, jam ini, saat ini dan sekarang di ketika
membaea kitab ini, sama-samalah kita jadikan diri kita ini mati,
mati sebagaimana sifat bayang diri kita yang didalam eermin.
Orangyangbersifatmatiataubersifatsebagaimanabayangitu, adalah
orang yang tidak lagi berkehendak, melainkan yang berkehendak
itu, Allah. Orang yang bersifat mati (bayang) tidak lagi boleh
melihat, melainkan yang melihat itu, Allah. Tidak lagi boleh
nampak untuk memandang, melainkan yang nampak dalam
pandangannya itu, Allah. Tidak lagi boleh membaca, melainkan
bacaan dan membaca itu, Allah .
Tahap Menuntut IImu Mengenal Allah
Apakah pendapat Imam Ghazali dalam hal mengenal Allah s.w.t?
Sebagaimana pendapat Imam Ghazali dalam kitab Ihya
Ulumuddin, beliau membezakan jalan pengetahuan ilmu
keyakinan orang yang menuntut ilmu dan membezakan tahap
pengetahuan ilmu orang mengenal Allah S.w.t itu, ada 3
peringkat. Pertamanya, peringkat keyakinan ilmu orang awam
atau peringkat mengenal Allah s.w.t. bagi orang kebanyakan.
Keyakinan ilmu mengenal orang awam itu, dibangunkan atas
dasartaklik, iaitu mengikut pendapat atau mengikut percakapan
orang ramai (menyakini melalui perkhabaran).
340 KAEDAH TUJUH ADALAH KAEDAH GURU TERDAHULU MANGAJAR
MAKRIFAT | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
1. Keyakinan penuntut ilmu golongan orang kebanyakan (orang
awam). Seumpama kita berhajat untuk menemui seorang tuan
rumah. Dengan mendatangi rumahnya sahaja, kita telah
menyakini bahawa tuan rumah itu ada di dalam rumah tanpa
menyelidiki atau tanpa usul periksa terlebih dahulu. Bilamana
orang mengatakannya ada, maka dia juga berkeyakinan ada.
Golongan ini menurut pendapat atau menurutperkhabaran orang,
inilah kedudukan atau tahap menuntut ilmu mengenal Allah bagi
golongan orang awam atau orang seumpama kebanyakan dari
kita sekarang.
2. Dengan mendengar perkhabaran yang syurga itu ada air yang
mengalir dibawahnya, ada bidadari dan makanan yang enakenak,
maka mereka sudah terlena dan merasakan mereka sudah
mengenal Allah.
3. Keyakinan dan kepercayaan ulamak kepada Allah itu, adal di
atas dasar tanda-tanda, iaitu dengan mengambil pendekat
mendengar tanda-tanda suara tuan rumah. Hanya deng sekadar
mendengar tanda-tanda suara tuan rumah, mereka tel menyakini
bahawa tuan rumah itu ada.
Dengan itu, berebutlah masing-masing kita untl
memperbanyakan ibadah. Ada yang mengamalkan zikir 40,01
sehari semalam. Ada yang memperbanyakan sembahyang sunl
ada yang berpuasa dan tidak kurang pula ada yang meninggalkl
tanggungjawab kepada keluarga dengan keluar berdakwl kesana
kemari. Ini semua perihal dan perilaku ulamak golong mengenal
Allah melalui kaedah seumpama mendengar tanda tanda
(seumpama mendengar tanda-tanda suara tuan rumah).
4. Manakala bagi para-para sufi, para-para Arifin Billah dan AI1
Khasyaf, pendekatan ilmu mereka bukan setakat tahu d~ dengar
sahaja, tetapi kepercayaan dan keyakinan yang dibin ditunjangi
serta mendasar atas pandangan rasa (mata hati Mendasar
pandangan mata hati dan mata zahimya, tidak lal terhijab atau
terdinding oleh sesuatu dari melihat Allah yan teramat terang lagi
nyata.
Hj.Shaari Mohd Yusof | KAEDAH TUJUH ADALAH KAEDAH GURU TERDAHULU 341
MANGAJAR MAKRIFAT
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Golongan ini bukan lagi setakat tahu perkhabaran atau setakl
mendengar suara, malahan lebih jauh dari itu. Mereka-mereka da.
golongan para-para sufi itu, boleh memasuki rumah yang menja
tujuannya dan melihat sendiri akan rupa paras tuan rumahny
Barulah jelas, terang dan nyata samada tuan rumah itu benal .
benar ada di dalam rumah. Makrifat atau suluhan rasa golongan
ini, tidak lagi terhijab oleh sebarang halangan atau penghadang.
Menuntut ilmu mengenal Allah itu, hendaklah sehingga sampai
ke peringkat makam melihat Allah, sebagaimana kita dapat
melihat wajah dan rupa tuan rumah, sebagaimana cerita di atas
tadi. Melihat Allah S.W.t bukan sahaja dengan mata hati.
MelihatAllah itu, adalah juga dengan pandangan dan rasa yang
disertai mata kepala itu sendiri.
Allah itu bukan sahaja Tuhan bagi hati. Allah itu adalah Tuhan
sekalianjasad dan Tuhan kepada seluruh anggota sifat. Yang
melihat dan menyatakan Allah itu, bukan sahaja dengan anggota
hati, malahan boleh juga melalui anggota mata kepala sendiri.
Dengan syarat, diri itu dapat lebur, fana dan dibinasakan terlebih
dahulu.
Oleh itu, makrifat yang diasas dan yang ditunjangi oleh Iman Al
Ghazali itu, tidak sebagaimana makrifat orang awam atau
makrifat ulamak. Makrifat para-para kekasih Allah (Aritin
Billah) itu, ia ditunjang dan dibangunkan oleh zuk, khasyaf dan
rasa hati yang hadir.
Pencapaian ilmu yakin dalam makrifat atau dalam mengenal dan
memandang Allah itu, dapat dicapai tanpa melalui perantaraan
(hijab). Malahan ianya dapat dilihat, ditatap dan dipandang
secara langsung tanpa had, tanpa batas dan tanpa terdinding oleh
sebarang hijab.
Justeru itu, jika para-para Nabi menerima penghayatan ilmu dari
Jibrail melalui wahyu, manakala para sufi (ahli khasyaf),
menerima penghayatan ilmu dari ilham, kedua-dua jua adalah
datangnya dari Allah.
342 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK KELAZATAN MAKAM MAKRIFAT | Hj.Shaari
Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
BAB 38
YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK KELAZATAN MAKAM
MAKRIFAT
Kenikmatan (lazat) kita mempelajari ilmu rasa mengenal Allah
S.W.t itu, adalah bagi membawa kita kepada tahap gembira,
suka, tenang, senang, aman dan berbahagia. Berbahagia itulah
maksud atau konsep hari raya yang sebenar. Dengan kata lain
berhari raya dalam erti kata berbahagia (As-Sa'dah), berbahagia
itulah maksud hari raya yang sebenar-benar hari raya.
Berbahagia itu, ertinya sesuai dikaitkan dengan tabiat. Tabiat kita
tidur dengan cara berbaring. Berbahagia ayam atau burung tidur
dengan cara berdiri dan burung helang berbahagia dengan cara
tidur tergantung kepala ke bawah. Berbahagia sifat mata apabila
dapat melihat gambar yang menarik dan cantik. Berbahagia sifat
telinga apabila dapat mendengar suara atau lagu-lagu yang
merdu.
Berbahagianya sifat lidah itu, apabila dapat merasa makanan
yang enak-enak. Begitujuga berbahagianya sifat hati nurani
(qalbu) kita, apabila dapat melihat Allah s.W.t melalui ilmu rasa.
Kenikmatan dan kebahagiaan yang tidak terbanding dan yang
paling besar serta agung, adalah kebahagiaan serta kenikmatan
bilamana hati, nurani atau qalbu kita dapat melihat dan
memandang Allah
Tidak ada perkataan atau bahasa untuk mengukur perbandingan
kebahagiaan rasa melihat dan memandangAllah. Suatu
kenikmatan yang melebihi kenikmatan yang lain dan suatu
kebahagiaan yang mengatasi kebahagiaan yang lain. ltulah yang
merupakan kelebihan dan faedahnya mengenal Allah (makrifat)
pada tahap rasa.
Kenikmatan dan kebahagiaan melihat serta memandang Allah itu
mengatasi kenikmatan dan kebahagiaan yang lain. Seumpama
kenikmatan dan kebahagiaan mata. Nikmat dan bahagianya
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK KELAZATAN MAKAM 343
MAKRIFAT
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
apabila dapat memandang gambar yang cantik. Setelah hilang
yang cantik, maka kenikmatan dan kebahagiaan mata itu juga
akan turut hilang. Begitu juga dengan kenikmatan dan
kebahagiaan telinga, akan turut hilang bilamana merdunya
hilang.
Nikmat memandang dunia akan turut terkubur bersama dunia,
manakala nikmat memandang Allah S.W.t itu, akan kekal sampai
bila-bila dan untuk selama-Iamanya dari dunia hingga akhirat.
Inilah bahagia, sentosa, aman dan nikmatnya bagi mereka-
mereka yang berjaya sampai kepada tahap mengenal Allah.
Inilah untung dan faedahnya kita menuntut ilmu makrifat kerana
ilmu ini akan' membawa kita kepada tahap mengenal dan melihat
Allah S.W.t secara terus tanpa terhijab oleh sesuatu. Mengenal
dan melihat Allah, dengan mata kepala dan sifat zahir batin
secara serentak, itulah kemuncak cita-cita, harapan dan idaman
mereka yang berilmu makrifat. Insyaallah.
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
...................................................................................................
344 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
BAB 39
YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA
Sebagaimana tafsiran hari raya haji (korban), sebegitulah tafsiran
hari raya puasa. Jika diambil kira ilmu syariat, pengertian serta
tafsiran hari raya puasa adalah merujuk kepada hari kemenangan.
Maksud sebenar kemenangan itu apa? Menang apa? Berperang
tidak, berjuang tidak dan berjihad tidak, apakah yang hendak
dimenangkan? Tidak akanlah, hanya dengan 30 hari menahan
lapar dan dahaga itu, dikatakan tanda menang?
Apakah dengan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga itu
boleh dikatakan menang? Setakat berpuasa lapar dan dahaga,
kanak-kanak seusia 4 atau 5 tahun juga boleh menahan lapar dan
dahaga sebagai mana kita yang dewasa. Apakah itu boleh
dikatakan kemenangan?
Hadis ada mengatakan bahawa,
"seringan-ringan berpuasa di bulan Ramadhan itu, adalah
menahan lapar dan dahaga"
Jika berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga, itu adalah
darjat atau tingkatan puasa yang paling kecil (terkebawah),
seringanringan, serendah-rendah dan selemah-Iemah puasa.
Manakah yang dikatakan seberat-berat, sebenar-benar dan
seafdal-afdal puasa itu?
Jika yang kecil dan yang ringan sahaja yang kita tumpu, kejar,
cari dan utamakan, sampai bila untuk kita mendapat tahap puasa
yang sebenar-benar puasa, sebenar-besar puasa dan seberat-berat
puasa?
Jika kita hanya asyik mengutamakan puasa yang kecil (ringan)
tanpa mengerjakan puasa yang berat dan besar, manakah yang
dikatakan kemenangan? Hendak menang apa? Cuba tuan-tuan
jawab persoalan ini.
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA 345
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Orang yang berpuasa itu, adalah orang yang di dalam
kemenangan. Sekadar menang lapar dan menang dahaga, itu
adalah tahap kemenangan puasa yang rendah dan itu adalah
darjat kemenangan puasa yang lemah dan kecil. Kemenangan
yang tidak mendatangkan kejayaan itu, bukanlah dikatakan
kemenangan.
Apakah erti kemenangan tanpa kejayaan? Menang dengan tidak
berjaya, apakah boleh dikatakan menang? Seperti kata pepatah
Melayu, "menang sorak, kampung tergadai". Itukah yang
dimaksudkan kemenangan? Lulus peperiksaan tetapi tidak ada
sijil. Apakah itu dikatakan kejayaan atau kemenangan? Tanam
jagung tetapi tidak ada buah. Apakah itu menang dan apakah itu
berjaya?
Kanak-kanak berusia 4 atau 5 tahun juga boleh melakukan puasa
menahan dahaga dan lapar sebagaimana apa yang dikerjakan oleh
orang dewasa. Adakah itu kejayaan dan adakah itu kemenangan?
Sedangkan dalam hadis, dengan terang dan jelas mengatakan
bahawasanya "menahan lapar dan dahaga itu, adalah
seringanringan puasa di bulan Ramadhan". Apakah tuan-tuan
sudah berusaha untuk mencari sebenar-benar dan seberat-berat
puasa?
Cukupkah dengan sekadar mengendong sesuatu perkara yang
ringan, yang juga boleh digendong oleh anak-anak sebaya
sekolah tadika? Sepatutnya kita yang dewasa ini, mengerjakan
puasa yang lebih berat, yang lebih besar dan yang lebih afdal.
Hampir setiap hari siaran radio dan telivisyen ada menyebut
bahawa "Seringan-ringan puasa di bulan Ramadhan itu
adalah menahan lapar dan dahaga". Apakah sudah kita jumpa
puasa yang berat atau puasa yang besar? Tanya diri kita sendiri,
manakah maksud puasa yang besar dan manakah puasa yang
berat?
Menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan itu, adalah
pekerjaan puasa syariat yang ringan. Mana pengertian puasa yang
hakiki dan puasa yang sebenar? Pekerjaan puasa syariat itu,
346 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
hendaklah disertai dengan pekerjaan hakikat. Amalan syariat
yang tidak disertai amalan hakikat itu, adalah batal atau hampa
Hadis dari Imam Malik;
"Syariat yang tidak disertai hakikat itu, adalah kufur dan
hakikat yang tidak disertai syariat itu, adalah kajir! "
Cuba tuan-tuan tanya diri sendiri, adakah sudah kita mengerjakan
puasa hakikat dengan tidak meninggalkan puasa syariat? Jika
ada, cuba tanya diri sendiri, apakah maksudnya syariat puasa dan
apakah maksudnya hakikat puasa itu?
Jika sekiranya kita tidak boleh menjawab atau mentafsirkan
pengertian hakikat puasa (roh puasa), apalah ertinya puasa tuan-
tuan selama ini. Di manakah kedudukkan puasa tuan-tuan di sisi
Allah, yang selama ini dikerjakan?
Apakah maksud pengertian seberat berat dan sebenar-besar puasa
itu? Jika hanya tahu mengerjakan puasa ringan sebagaimana yang
dikerjakan oleh kanak-kanak dengan tidak disertai puasa yang
berat ataupun puasa yang besar, apakah nilai dan letaknya puasa
kita disisi Allah? Cubajawab.
Oleh itu cukup-cukuplah, sedar-sedarlah dan hentikanlah
mengerjakan "hanya atau semata-mata" perkara-perkara kecil
dan perkara ringan sahaja. Marilah sama-sama kita menuju
kepada sebenar-benar ibadah puasa yang besar, yang afdal dan
yang seberatberat puasa disisi Allah Taala.
Bagi memahami puasa berat, puasa besar dan puasa yang
sebenarbenar afdal itu, hendaklah kita kembali rnjuk kepada erti
bulan Ramadhan. Apakah ertinya bulan Ramadhan? Erti bulan
Ramadhan itu, adalah bulan rahmat, bulan nikmat dan bulan
barakah. Bulan dikunci iblis dan syaitan, bulan dibuka pintu
syurga dan dibuka pintu langit. Juga, bulan keampunan dan bulan
dimakbulkan doa.
Mana nikmatnya puasa, jika dalam berkeadaan lapar? Mana
rahmatnya puasa bila berkeadaan tidak makan dan tidak minum?
Mana berkatnya puasa jika makanan tidak dapat dimakan?
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA 347
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Manakah yang dikatakan pada bulan Ramadhan itu, dirantai,
diikat dan dipenjara segala iblis dan syaitan oleh Allah, jika pada
bulan Ramadhan juga masih ada berlaku maksiat di sana sini? Di
bulan Ramadhan juga masih ada orang ditangkap khalwat, masih
ada orang minum arak dan juga berjudi.
Masih ada kemungkaran di merata alam Jenayah perkosaan,
pembuangan bayi, kecurian, rompakan dan pembunuhan masih
juga berlaku di sana sini pada bulan puasa. Masih berlaku kes
bersekedudukan, kelakuan sumbang mahram dan kemungkaran
yang dilakukan di bulan puasa?
Sedangkan Allah berfirman bahawa di bulan Ramadhan
itu,segala jenis syaitan dan segala jenis iblis, diikat, dikunci,
dirantai, disel dan dikurung dalam lokap oleh Allah?
Apakah masih ada syaitan atau iblis yang lain? Apakah kurang
kuat lokap, penjara, rantai atau jel Allah, sehinggakan iblis boleh
terlolos atau terlepas dari penjaraNya? Adakah syaitan atau iblis
itu, mempunyai makna, maksud atau erti yang lain, segala
kejahatan itu di dorong oleh iblis dan syaitan? Sedangkan iblis
dan syaitan di bulan puasa Ramadhan itu, te1ah dikurung,
dikunci atau di sel dalam penjara dengan rantai Allah.
Apakah rantai Allah itu, boleh terputus, sehingga terlepas atau
terlolosnya syaitan dari lokap Allah? Jika benar iblis atau syaitan
itu, ada maksud, makna atau erti lain disebaliknya, dimanakah
dan siapakah sebenamya syaitan dan iblis? Cubajawab.
Bagi menghayati pengertian hari raya puasa, hendaklah sekali
lagi kita tahu apa itu ertinya Ramadhan. Ramadhan itu, ertinya
rahmat, nikmat dan barokah. Saya minta tuan-tuan jangan sebut
perkataan bulan, terns sahaja sebut perkataan Ramadhan.
Sesudah menyebut perkataan Ramadhan, saya mahu tuan-tuan
gantikan sebutan Ramadhan (bahasa arab), dengan sebutan
bahasa Melayu.
Perkataan Ramadhan, apabila dimelayukan, ia akan membawa
erti rahmat, nikmat atau berkat. Untuk mengetahui maksud dan
erti Ramadhan yang sebenar, hendaklah kita jangan
348 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
membunyikan bahasa Arab. Terns sahaja kita sebut dengan bunyi
bahasa Me1ayu iaitu rahmat, nikmat dan barokah. Inilah cara
atau kaedahnya ulamak-ulamak terdahulu menggali, mengkaji
dan menilai maksud yang tersirat di sebalik bahasa.
Kadang-kadang, kita terkeliru dan terhijab oleh bahasa Arab itu
sendiri. Sekarang, mari kita sarna-sarna menyebut perkataan
nikmat, rahmat dan barokah (bagi menggantikan bahasa
Arab). Apakah yang dikatakan rahmat, apakah yang dikatakan
nikmat dan apakah yang dikatakan barokah itu?
Berpuasa Itu, Setelah Terlihat Anak Bulan
Apakah yang dimaksudkan dengan anak bulan?
Setelah kita tahu apakah itu Ramadhan, mari kita kaji dan selidik
pula bagai mana kaitan puasa dengan kelihatan (melihat)
anakbulan?
Manakah yang dikatakan sebenar-benar anak bulan? Apakah
puasa itu ditentukan oleh anak bulan? Bagaimanajika sekiranya
tidak ada anakbulan? Apakah maksud atau kiasan anak bulan?
Pada suluhan ilmu makrifat, maksud anak bulan itu, pasti ada
kiasan disebaliknya. Apakah maksud bulan itu merujuk kepada
bulan yang terletak diatas langgit?
Bulan Ramadhan itu, adalah bemaksud bulan rahmat, bulan
nikmat dan bulan barokah. Mengikut suluhan ilmu makrifat,
apakah yang dimaksudkan dengan nikmat, rahmat dan barokah
itu? Apakah rahmat, nikmat dan barokah itu, duduknya pada
anak bulan yang letaknya di atas langit?
Sekiranya tidak ada anak bulan yang di atas langit, apakah tidak
ada nikmat, rahmat dan barokah? Cubajawab pertanyaan saya,
jika tidak ada anak bulan, apakah Ramadan (nikmat, rahmat dan
barokah Allah) itu tidak ada? Apakah Ramadhan itu duduknya
pada bulanatau duduk di atas langit?
Apakah maksud yang disebalik perkara melihat anak bulan?
Ramadhan ditentukan dengan cara melihat anak bulan. Dengan
perkara "terlihat" anak bulan, maka wajiblah kita berpuasa.
Manakala hari raya pula ditentukan oleh perkara "terbitnya"
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA 349
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
anak bulan, maka wajiblah kita berhari raya malahan diharamkan
berpuasa pada hari raya. Apakah maksud tersirat disebalik
perkataan "terlihat dan perkataan terbit".
Cuba tuan-tuan tanya diri sendiri, apakah maksud kelihatan anak
bulan .dan· apakah maksud terbit anak bulan, anak bulan yang
mana? Apakah maksud itu, tertakluk atau terletak pada anak
bulan yang di atas langit? Maksud, makna atau erti anak bulan
yang di atas langit itu, adalah hanya sekadar kiasan, hanya
sekadar perumpamaan, misalan atau tamsil semata-mata.
Bulan atau anak bulan yang sebenamya mengikut suluhan ilmu
makrifat itu, bukan bermaksud, bukan bererti dan bukannya
terletak pada bulan bintang yang di atas langit!
Adapun maksud bulan atau anak bula nitu, adalah merujuk
kepada diri kita sendiri. Iaitu merujuk kepada tubuh, badan, jasad
atau diri kita sendiri. Diri kita itulah yang dikatakan anak
bulan Ramadhan. Bukannya merujuk kepada anak bulan yang
di atas langir.
Anak bulan yang di atas langit yang menjadi rujukan oleh pehak
ahli falak itu, adalah semata-mata kiasan, tamsil, ibarat atau
sematamata "perumpamaan". Pada pandangan ilmu syariat,
mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada perkara bulan
bintang yang di atas
Adapun nikmat, rahmat dan barokah atau Ramadhan itu,
tertakluk kepada sepanjang bulan (24 bulan setahun), bukannya
hanya sekadar 30 hari setahun sahaja. Setelah kita belajar maksud
Ramadhan, sampailah giliran kita belajar, apakah maksud
perkara "terlihat" dan apakah maksud perkara "terbit" anak bulan.
Maksud Perkataan "Terbit" Dan Maksud Perkataan
"kelihatan" Anak Bulan
Mengikut hukum feqah, untuk menentu atau menetapkan hari
raya itu, selain ilmu falak hendaklah melalui cara melihat anak
bulan. Iaitu memastikan yang anak bulan itu, "terbit" terlebih
dahulu, setelah terbit anak bulan, barulah boleh kita meyambut
puasa. Manakala untuk meyambut hari raya pula, hendaklah kita
350 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
tentukan yang anak bulan itu "terlihat". Jadi disini, apakah kiasan
perkataan terbit dan perkataan terlihat.
Untuk menentukan puasa, kita dikehendaki melihat anak bulan,
samada "terbit" atau belum. Manakala untuk menentukan tarikh
hari raya pula, kita dikehendaki melihat anak bulan samada
"terlihat" atau belum. Persoalannya disini, apakah maksud yang
tersirat disebalik perkataan "terbit" anak bulan dan apakah pula
maksud yang tersirat disebalik perkataan "terlihat" anak bulan?
Untuk memahami maksud yang tersirat disebalik puasa dan yang
tersirat disebalik hari raya, kita hendaklah terlebih dahulu faham
apakah maksud perkataan terbit dan apakah erti perkataan
kelihatan, inilah kunci untuk memahami ilmu makrifat, dalam
mencari kaedah, jalan atau cara untuk kita mentafsir apakah
maksud sebanar-benar Ramadhan.
Maksud terbit anak bulan itu, adalah merujuk kepada "mula
terlihat atau mula tersedar keberadaan diri. Sedangkan diri
kita itu, sebenar-benamya tidak wujud (tidak ada). Dalan kata
lain, ertinya mula berfikir atau mula sedar yang diri kita ini
ada. Sunggupun diri ini bersifat ada, tetapi sebenar-benamya
tidak ada dan tidak wujud.
Pada tahap terlihat keberadaan diri itu, kita sudah mula insaf atau
sudah mula berfikir bahawa diri kita yang sebenamya tidak ada,
jika ada sekalipun diri kita itu, adalah kepunyaan Allah, milik
Allah dan hak Allah. Itulah yang dimaksud, makna dan yang
dierti dengan perkataan "terbit anak bulan". Iaitu bermaksud atau
merujuk kepada terlihat adanya diri, sesudah terlihat adanya diri,
maka mulalah timbul keinsafan di dalam diri kita, bahawa yang
diri kita itu, sebenamya bukan hak kita, bukan milik kita dan
bukan kepunyaan kita. Yang hendak dikembalikan kepada
tuannya (Allah).
Sehubungan dengan itu, timbul, terbit atau terlihatlah keinsafan
ke dalam hati kita bahawa diri kita ini wujud (ada), jadi yang
bersifat ada atau yang bersifat wujud itu, hendaklah atau wajiblah
diserah atau dikembalikan semula kepada tuan yang asal (iaitu
dikembalikan kepada Allah). Perkataan terbit anak bulan itu,
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA 351
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
adalah bermaksud "mula sedar kehadiran atau kewujudan diri",
selepas kesedaran itu, timbul hajat untuk membuat penyerahan
diri kepada Allah selaku pemilik asaL Itulah yang dikatakan
"terbit anak bulan".
Berpuasa itu, adalah penyerahan diri atau berpantang mengaku
adanya diri, berpantang mengaku adanya aku. Setelah kita
mengaku yang diri kita ini tidak ada dan tidak memiliki apa-apa,
itulah ertinya puasa. Serah mulut dengan kata-katanya, serah
mata dengan penglihatannya, serah telinga dengan
pendengarannya, serah tangan dengan kekuatannya, serah kaki
dengan berdirinya dan serah alat sulit dengan kemahuan dan
kehendaknya., itulah puasa.
Puasa bukannya dengan menjaga mulut dari mengumpat, mata
supaya lihat AI-Quran, mulut untuk mengaji dan sebagainya. ltu
puasa pada fahaman feqah, adapun puasa pada fahaman ilmu
makrifat itu, mengembalikan segala sifat kepada Allah.
Apakah kiasan perkara terlihat anak bulan, ertinya kita kena
berhari raya (haram berpuasa).
Bilamana"terlihat" anakbulan,makahendaklahkitaberhariraya dan'
haram berpuasa. Kenapa haram berpuasa pada hari raya,
sedangkan jika ikut lojik akal, apa salahnya jika kita berpuasa
pada hari raya, mungkin dengan cara itu, lebih menunjukkan
yang bahawasanya kita itu alim dan taat kepada Allah, sehingga
orang lain sedang berhari raya bergembira bersuka ria dengan
makan minum, namun bagi kita yang ingin menunjukkan taat dan
alim kita kepada Allah, apa salahnya jika kita berpuasa pada hari
raya, sayangnya kenapa tidak dibolehkan di dalam islam? Ini
pasti ada muslihat disebaliknya. Persoalannya disini, apakah
muslihat itu?
Muslihat hukumnya haram (tidak boleh ) berpuasa pada hari raya
itu, adalah sebab "sudah terlihat" anak bulan. Persoalannya di
sini, apakah maksud yang tersirat disebalik perkataan "terlihat
anak bulan" (anak bulan yang mana?). Maksud atau erti
perkataan terlihat anak bulan di sini, adalah bermaksud "tidak
352 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
lagi terlihat keberadaan diri, yang terlihat adalah hanya
Allah belaka".
Semasa terbit anak bulan, ertinya mula terlihat kebaradaan diri,
manaka terlihat anak bulan pula, adalah membawa maksud
terlihat Allah. Bilamana terlihatAllah, haramlah hukumnya
mengaku kuasa kita, gagah kita, melihat kita, mendengar kita,
kaya kita, besar kita, adanya kita dan sebagainya. ltulah ertinya
hari raya dan haramnya berpuasa semasa berhari raya. Bilamana
kita sudah tidak lagi terlihat keberadaan diri, maka haramlah kita
mengaku anggota tangan itu, tangan kita. Haram
mengaku kaki itu, kaki kita, haram mengaku mata itu, mata kita
dan . seterusnya ..
Setelah nyata segala diri kita ini hak mutlak Allah, itulah yang
dimaksudkan dengan perkataan " terlihat" anak bulan. Terlihat
anak bulan itu, adalah bermaksud sudah nyata terlihat yang diri
kita ini tidak ada, yang terlihat ada, hanyalah hak mutlak Allah
Taala.
Sete1ah nyata diri kita ini hak mutlak Allah Taala, jadi haramlah
kita mengaku yang gagah itu, gagahnya kita, kuat itu, kuatnya
kita, cantik itu, cantiknya kita, bergerak itu, bergeraknya kita,
berkata itu, berkatanya kita dan ada (wujud) itu, wujudnya kita.
Haram hukumnya kita mengaku yang sedemikian itu, bilamana
sudah nyata Allah atas diri kita (inilah maksud terlihat anak
bulan haram berpuasa, iaitu haram mengaku keberadaan diri
kita).
Bilamana anak bulan terlihat dengan nyata (nyata hakAllah),
ertinya kita kena berpuasa (haram berhari raya), iaitu haram kita
mengaku anggota tubuh ini hak milik kita. Bilamana hati kita
yakin dengan je1as yang anggota kita ini adalah hak milik Allah
sepenuhnya, maka hendaklah kita serah diri kita kepada Allah,
itulah ertinya "terlihat anak bulan". Maka haramlah berpuasa atau
haramlah mengaku hak kita dan hendaklah kita berserah
segalanya kepada Allah.
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA 353
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Mari kita ulangi semula, supaya jelas. Muslihat disebalik maksud
berpuasa (terbit anakbulan) itu, adalah bermaksud kita terlihat
adanya diri kita (anak bulan itu adalah merujuk kepada diri kita
sendiri), diri kita itulah maksud terbit anak bulan. Bilamana
kelihatan adanya diri (bilamana kelihatan terbit anak bulan),
hendaklah kita berpuasa, iaitu dalam erti kata hendaklah kita
menyenihkan diri kepada Allah, jangan sampai terlihat lagi
adanya anggota diri.
Mengikut ilmu falak (kaji bintang), anak bulan atau bintang
kecil, semasa mengelilingi bulan, anak bulan semasa itu
berkedudukan bersebelahan bulan (seumpama bulan sabit kecil
bersebelahan bulan).
Untuk lebih faham, cuba tuan-tuan ambil sebiji piring dan sebiji
pinggan. Saya mahu taun-tuan betul-betul buat apa yang saya
sarankan supaya keberkatan ilmu dari guru itu, boleh difahami.
Sekarang ambil piring dan ambil pinggan. Piring kecil
perumpama anak bulan (bintang) dan pinggan besar
perumpamaan bulan.
Kelilingkan piring kecil mengelilingi pinggan besar. Sekarang
letakkan pinggan besar di atas piring. Pinggan hendaklah
menutup piring kecil, tetapi biar piring kecil yang di bawah
pinggan besar itu, terkeluar sedikit. (seumpama bulan sabit
dikereta ambulan) atau seperti bulan sabit lambang pandu puteri).
Piring kecil itu, kelihatan terkeluar sedikit bersebelahan pinggan
besar, piring kecil (anak bulan) terletak dibawah pinggan besar
(bulan).
Jika tuan--tuan betul-betul nak belajar erti Ramadhan sebenar,
saya mahu tuan-tuan benar-benar buat apa yang saya sarankan,
baru beroleh keberkatan ilmu faham. Bilamana piring kecil itu
terbit (kelihatan sedikit), maka tandanya puasa. Manakala setelah
piring kecil mengelilingi pingang besar dan setelah terlindung
piring kecil sepenuhnya oleh pinggang besar itulah yang
dikatakan "terlihatnya" anak bulan, iaitu setelah anak bulan
(piring kecil) benar-benar terkeluar atau terselindung disebalik
pinggan besar (ibu bulan), iaitu setelah bulan (pinggan besar)
354 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
benar-benar melindungi piring kecil (anak bulan), maka
terlihatlah dengan nyata ibu bulan setelah (tenggelam anak bulan
di dalam ibu bulan (tenggelam disebalik bulan), maka wajiblah
berhari raya dan haramlah berpuasa.
Hari raya disini, ertinya haram bagi kita mengaku yang kita itu
kita, haram bagi kita mengaku yang diri itu diri, haram bagi kita
mengaku yang aku itu aku, hendaklah kita berhari raya atau
bebaskan diri kita dari mengaku diri itu kita. Hendaklah kita
lepaskan diri (anak bulan) dan bebaskan diri (anak bulan) ke
dalam bulan (ibu bulan). Iaitu seumpama kita menyampakan
garam ke dalam lautan, supaya semuanya kelihatan masin.
Kelihatan ibu bulan di situ, etinya hendaklah kita lihat supaya
semuanya hak Allah dengan melepaskan atau hendaklah kita
membebaskan diri kita semuanya kepada Allah. Iaitu
tenggelamkan diri kita dalam ibu bulan, iaitu fana' dan baqa'kan
diri kita kepada Allah Taala.
Setelah anak bulan (diri) kita sudah binasa, lenyap, tenggelam,
karam serta binasalah segala wajah kita dalam wajah Allah, maka
di situ hukumnya haram lagi mengaku adanya aku (tidak lagi
kelihatan anak bulan). Setelah tidak lagi kelihatan diri (anak
bulan), yang jelas kelihatan semasa itu, adalah hanya Allah (ibu
bulan). Setelah kelihatan atau setelah nyata ibu bulan, maka
berhari rayalah kita (haram berpuasa).
Bilamana kelihatan ibu bulan, kita tidak lagi boleh mengaku
yang aku itu bersifat gagah, aku kuat, aku cantik, aku lawa, aku
kaya, aku untung, aku besar, aku menang, aku budiman, aku
rajin, aku taat, aku alim dan sebagainya.
Perkataan aku (anak bulan) itu, hendaklah kita hilangkan,
padamkan, tenggelamkan dan marilah diketika itu, sarna-sarna
kita biarkan diri kita karam dalam wajah Allah. Biarlah Allah
sahaja yang kaya, yang cantik, yang gagah, yang kuat, yang
untung, yang taat, yang rajin dan yang alim.
Inilah yang dikatakan tenggelamnya anak bulan (diri) dalam ibu
bulan (Allah). Maka itulah yang dikatakan berhari raya dan
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA 355
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
haram berpuasa. Haram sudah diketika itu, kita mengaku aku,
maka berhari rayalah kita. Setelah berhari raya, haram sudah kita
mengeluh, kecewa, patah hati, merajuk, mengumpat, mencela,
mengeji, mengata orang dan sebagainya.
Setelah kita berhari raya, sungguhpun kita rngi dalam pemiagaan,
sungguhpun dicaci orang, bilamana kereta berlaku kemalangan,
hutang tidak dibayar orang, wang ringgit hilang dicuri orang,
rumah terbakar, isteri dicerai suami atau suami ditinggal isteri,
kita jangan mengeluh, malahan berterima kasih (bersyukur).
Bilamana berhari raya, kita tidak boleh marah apabila kereta kita
dilanggar orang, sebab apa kita tidak boleh marah, kita tidak
boleh marah itu, adalah sebabnya sebelum orang langgar kereta
kita, sesungguhnya Allah sudah terlebih awal dan terlebih dahulu
melanggar kereta kita semasa dan diketika dalam Luh Hul
Mahfuz.
Bermaknanya disini, perkara perlanggaran kita itu, adalah
sesuatu perkara yang bukan barn, malahan perkara perlanggaran
itu, sesungguhnya perkara yang sudah siap tertulis, siap
ditetapkan, siap tercatat, termaktub dan sudah siap ditentukan
sedari awal oleh Allah Taala sejak diazali lagi (jadi kenapa perlu
ada perasaan marah). Inilah maksud berhari raya (haram
berpuasa) setelah anak bulan diri tenggelam dalam ibu bulan
(Allah).
Setelah kita berhari raya (anak bulan tengelam dalam ibu bulan),
hati kita akanjadi lebih tenang, tenteram, sejuk, damai, aman,
pemurah, pemaaf tidak: pendendam, sabar dan ikhlas dalam
mengerjakan sesuatu atau menerima sesuatu dugaan atau
musibah. Adapun kebanyakan orang sekarang, berpuasa hanya
pada lapar dan dahaga semata-mata (iaitu puasa yang paling
ringan dan puasa yang paling kecil). Adapun puasa yang paling
besar dan paling berat itu, adalah puasa berserah diri kepada
Allah Taala. Tidak kira bulan januari atau disember. Berpuasa
sepanjang bulan, sepanjang tahun dan sepanjang hayat.
1. Soal: Apakah perbezaan diantara puasa orang Nasarani atau
puasa orang Majusi, berbanding puasa orang islam?
356 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Jawab: Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.
Adapun perbezaan diantara puasa orang kafir dengan orang islam
itu, adalah hanya dari segi ibadah sahur. Puasa orang kafir itu,
adalah tidak dengan makan sahur.
2. Soal: Apakah Maksud Sahur?
Jawab: Mari kita sarna-sarna mengkaji pengertian atau maksud
Ramadhan satu persatu.Sebelumnya, cuba tanya kepada diri
sendiri, mengapakah sunnah mengalakkan kita bersahur? Jika
ikut pada hukum akal yang cetek akal ini, apa salahnya jika kita
tidak bersahur?
Tidakkah ianya menunjukkan lebih islamik!. Jika orang berpuasa
dengan bersahur, manakala kita pula berpuasa dengan tidak
bersahur, tidakkah kita itu lebih is1amik dan tidakkah sepatutnya
kita itu, lebih banyak pahala berbanding dengan orang lain yang
makan bersahur?
Sunnah mengalakkan kita makan atau sekurang-kurangnya teguk
seteguk air pada waktu sahur, jika kita tidak mahu menjamah
makanan, setidak-tidaknya kita menikmati "rahmat, nikmat dan
barokah" air. Selepas sahur dengan menikmati rahmat, nikmat
dan barokah air, kemudian kita dikehendaki berlapar dari makan
dan mmum.
Dalam kita berpuasa dari makan dan minum, bagaimana rasanya
bilamana bekerja di bawah panas terik matahari, tanpa minum
air' atau bilamana tidak dapat makan? ltu barn menahan lapar dan
dahaga dari makan dan minum yang bernpa seringan-ringan atau
sekecil-kecil puasa.
Bagaimanajika tidak mendapat air dan makanandari pagi
sehingga sampai petang? Apakah yang akan tuan-tuan rasa? ltu
barn selepas waktu subuh sehingga Maghrib, kita menahan
kelaparan. Apa kata jika kita tidak dapat minum dan makan
selama dua atau tiga hari, tiba-tiba dapat meneguk segelas air,
tidakkah itu dikatakan nikmat, rahmat dan barokah?
Tuan-tuan tentunya merasakan betapa rahmat, nikmat dan
barokahnya bilamana mendapat air. Nikmat, rahmat dan barokah
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA 357
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
itulah yang dikatakan puasa. Puasa itu ertinya nikmat, rahmat dan
berkat. Cuba sekali lagi kita tafsir erti bulan Ramadhan. Erti
bulan Ramadhan itu, adalah bulan rahmat, bulan nikmat dan
bulan barokah. Tidakkah air atau makanan itu, rahmat Allah,
nikmat dan barokah Allah? Menikmati nikmatnya air itu, itulah
yang dikatakan erti Ramadhan (rahmat, nikmat dan barokah
Allah) dan itu1ah yang dikatakan sebenar-benar puasa.
Puasa itu bukan sahaja menahan lapar dan dahaga. Puasa
menahan lapar dan dahaga dari minum air dan makan itu, adalah
puasa yang ringan dan puasa yang kecil!. Bilamana kita
menerima nikmat Allah .s.w.t, itulah barokah dan itulah puasa.
Mensyukuri nikmat Allah itulah pengertian puasa menurut
suluhan ilmu hakikat dan ilmu makrifat.
Mengikut tafsiran syariat, menahan lapar dan dahaga itulah yang
dikatakan puasa. Tetapi apabila ditilik melalui suluhan ilmu
hakikat, puasa itu bukan sahaja perkara menahan lapar dan
dahaga sahaja. Setelah menikmati nikmat, rahmat dan barokah
Allah, kemudian hendaklah nikmat, rahmat dan barokah itu
dikembalikan semula kepada Allah, itulah erti sebenar puasa.
Sebesar-Besar Puasa !
Seringan-ringan atau sekecil-kecil puasa itu, adalah nikmat
minum air dan nikmat makan makanan. Manakala seberat-berat
atau sebesar-besar puasa itu, adalah menikmati nikmat mata,
telinga, mulut, gerak, melihat, dengar, akal, pemikiran dan
sebagainya.
Puasa itu, adalah menikmati dari yang sekecil-kecil nikmat
Allah, yang bernpa air dan makanan, sampailah kepada yang
sebesar-besar puasa, iaitu menikmati nikmat anggota tujuh. Di
samping itu juga, kita hendaklah menikmati, nikmat alam, nikmat
langit, nikmat laut, nikmat udara, nikmat tumbuh-tumbuhan dan
sebagainya.
Yang jelasnya puasa itu, menikmati, menghargai dan memberi
nilai tambah kepada anugerah rahmat atau nikmat Allah. ltulah
erti puasa mengikut kaca mata ilmu hakikat atau ilmu makrifat.
358 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Bilamana kita tidak bersyukur atau tidak pandai untuk berterima
kasih akan nikmat pemberianAllah, itulah tandanya mereka yang
tidak berpuasa.
1.Soal: Kenapa Kita Disunatkan Segera Berbuka?
Jawab: Apakah sebabnya Allah memerintahkan supaya
disegerakan berbuka puasa?. Sengaja melambat-lambatkan
berbuka itu, dikatakan boleh mengurangkan pahala puasa. Jika
ikut pada hukum akal kita yang cetek akal ini, apa salahnya jika
kita berbuka puasa pada jam 10.00 malam, 12.00 malam ataujam
2.00 pagi?
Tidakkah itu menunjukkan lebih islamik? Lagi lambat kita
berbuka puasa, sepatutnya lagi bertambahlah pahala yang kita
dapat. Sebaliknya lagi lambat kita berbuka, malahan pahala puasa
kita lagi berkurangan.
Di tangan para cendiakawan, tulisan adalah ungkapan hati yang
tidak boleh disampaikan melalui kata-kata. Kerana itulah
makanya, tulisan para cendiakawan itu, menjadi unik lagi
mengkagumkan, tetapi kadang-kadang ianya sulit untuk
difahami. ltulah makanya, karya serta tulisan mereka
mengundang kekaguman ramai.
Sunnah menggalakkan supaya cepat berbuka, adalah bagi
menggambarkan dan menuntut kita supaya menikmati kurniaan
nikmat, rahmat dan barokahAllah yang ringan, yang berupa
makanan dan minuman. Dengan menikmati nikmat, rahmat dan
barokah Allah yang kecil, yang ringan dan yang rendah itu,
adalah bertujuan bagi mengajak kita supaya menginsafi pula
rahmat, nikmat dan barokah Allah atau "puasa" yang lebih besar,
lebih tinggi, lebih berat dan yang lebih afda!'
Makanan yang berupa nasi atau roti dan minuman yang berupa
air itu, adalah puasa (rahmat, nikmat dan barokah) yang ringan,
yang kecil dan yang rendah! Manakah yang dikatakan puasa
yang besar dan berat?
Ujian puasa yang ringan itu, adalah sandaran, sindiran serta
ungkapan bagi tujuan membawa kita supaya memerhatikan puasa
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA 359
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
yang berat!. Jangan tertidur danjangan terlena dengan kiasan
serta sindiran pada puasa yang menahan lapar dan dahaga!.
Masih ada puasa yang lebih besar. Sepertimana kata Baginda
Rasulullah, "masih ada perang yang lebih besar dari perang
Badar, iaitu perang nafsul". Puasa menahan lapar dan dahaga itu,
adalah puasa yang kecil dan ringan. Manakah yang dikatakan
puasa yang besar?
Sunnah menggalakkan kita supaya cepat-cepat berbuka puasa
atau cepat-cepat rasa nikmat Allah S.W.t. Setelah menahan
dahaga dan lapar, betapa rahmat dan nikmatnya kurniaan Allah
S.w.t ketika menjamu juadah berbuka. Belum lagi jika kita ukur,
sekiranya kita tidak ada mata dan tidak dapat melihat. Ditutup
mata sekadar 10 minit sahaja, telah kita rasa teramat seksa. Apa
kata jika Allah s.w.t tidak bagi nyawa, satu apa pun tidak
berguna lagi. Tidak berguna kasih sayang dan tidak berguna lagi
harta atau rumah yang besar, jika kita tidak ada nyawa.
ltulah bermakna, bererti dan berharganya nikmat dan rahmat
Allah s.w.t, apabila kita menikmatinya dengan penuh keberkatan.
Itulah erti puas~ Ramadhan iaitu menikmati rahmat Allah s.w.t,
dengan keberkatan. Jika kita tidak tahu berterima kasih dan tidak
menghargai nikmat Allah s.w.t, itulah tandanya kita tidak
berpuasa
Bulan puasa itu adalah bulan menahan diri dari melakukan
kemungkaran. Itulah ertinya segala iblis dan syaitan dikunci dan
dirantai olehAllah S.W.t pada bulan puasa. Ternyata bulan
Ramadhan jugalah banyaknya berlaku maksiat dan kemungkaran
berleluasa. Tetapi jika kita puasa mengikut pengertian hakikat,
barulah benarbenar syaitan itu terkunci dan dirantai dan tidak
terlolos lagi.
Contohnya seperti, ada rahmat mata, kita nikmati dengan jalan
keberkatan, maka terhindarlah dari maksiat mata. Bila ada nikmat
tangan, kita guna rahmat tangan itu dengan jalan keberkatan,
maka terhindarlah dari mencuri dan mengkhianati orang.
Bila ada kaki, kita guna nikmat dan rahmat kaki, itu
mengikutjalan keberkatan Allah s.w.t, terhindarlah diri dari
360 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
kemungkaran dan sebagainya. Barulah dikatakan syaitan dan
iblis itu benar-benar terantai dan benar-benar terkunci dalam
lokap Allah tanpa terlolos, terlucut dan terlepas dari kandang
kurunganNya.
Itulah makanya bulan puasa itu, dikatakan bulan dibuka pintu
langit taubat. Bulan diperkenankan keampunan dan bulan seribu
keberkatan. Bilamana kita tahu menikmati nikmat Allah dengan
keberkatan, maka di situlah pintu keampunan Allah terbuka
membelah langit dengan seribu kemuliaan atas hambaNya.
Mulianya Allah disisi hambaNya setelah si hamba tahu menilai
kebesaran Allah atas nikmat yang telah dianugerahkanNya ke
atas mereka. Tahu berterima kasih dan tahu menghargai nikmat
Allah.
RahmatAllah itu akan terasa nikmat apabila kita kembalikan
semula!j kenikmatan nikmat itu kepada Allah. Seumpama kita
mendapat seteguk air, bukan air yang menjadi nikmat, yang
menjadi nikmat 'I itu, adalah kenikmatan Allah. Bukan sedapnya
menikmati makanan,' yang menjadi sedap makanan itu, adalah
kenikmatan Allah
Bukan air atau nasi yang menghilangkan dahaga atau lapar. Yang
menghilangkan dahaga dan lapar itu, adalah kenikmatan nikmat
Allah. Inilah kaedah hakikat Ramadhan (yang dikatakan nikmat
dan rahmat Allah).
Bukan mata yang kita pandang, yang kita lihat itu adalah
pandangan Allah.Bukan telinga yang menjadi dengar, yang
menjadi dengar itu adalah pendengaran Allah. Jadi, segala
kenikmatan Allah itu akan tnenjadinikmat apabila
ianyadapatdikembalikansemulakepadaNya. Bukan nasi yang
mengenyangkan kita, yang mengenyangkan kita itu, adalah rasa
nikmat terhadap kenikmatan Allah. Jika kita kata nasi yang
mengenyangkan kita, bererti kita tidak mengembalikan
kesyukuran atau tidak mengembalikan terima kasih atas nikmat
Allah s.w.t, dan itu maknanya kita tidak berpuasa.
Bukan air yang menghilangkan dahaga, yang menghilangkan
dahaga kita itu, adalah rasa nikmat atas kenikmatan Allah. Bukan
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA 361
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
kita yang bergerak,dan yang mengerakan kita itu, adalah gerakan
Allah. Bukan kita yang bersifat, yang berwajah itu adalah wajah
Allah. Segala wajah, segala nama, segala gerak afaal itu, adalah
bagi Allah, bukannya pada kita.
Dengan mengembalikan segala-galanya kepada Allah, itulah
ertinya orang yang tahu bersyukur dan mereka yang tahu
mempergunakan nikmat Allah dengan sempurna (berkat). Itulah
erti puasa, iaitu mengerti dan tahu mengembalikan nikmat
kepada kenikmatanAllah. Bukan makanan yang mengenyangkan,
yang mengenyangkan itu adalah rasa nikmat Allah. Jika tidak
rasa rahmat (Ramadhan) Allah, maka makanlah apapun, mereka
tetap tidak akan rasa nikmat.
Kembalikan makan kepadaNya, kembalikan nasi kepadaNya dan
kembalikan sedap kepadaNya, dengan merasai nikmat atas
kenikmatan rahmatNya. Barulah kita rasa puas biarpun makan
sedikit, biar wang tinggal seringgit, biar pakaian tidak berganti
dan biarpun tinggal di rumah buruk.
Nikmat itu bukan pada nasi, air, gula, garam, wang ringgit atau
kekuatan. Ada orang yang hidupnya mewah berkepuk-kepuk
wang ringgit, tetapi tidak boleh makan garam atau gula kerana
kencing manis dan darah tinggi. Jadi, apa guna wang berjuta?
Apa guna badan besar tetapi menghidap sakit lumpuh. Apa
gunanya mempunyai perut besar tetapi hanya dapat diisi dengan
air tanpa gula, ikan tanpa garam, teh tanpa susu dan nasi tanpa
lauk. Yang mengenyangkan kita itu, adalah nikmat dan rahmat,
bukannya makanan.
Yang mengenyangkan kita itu, bila kita dapat mengembalikan
sifat bam kepada yang kadim. Sedapnya air dari rasa, sedapnya
makanan dari rasa dan sedapnya tidur dari rasa. Manakala rasa
pula dari mana? Adapun rasa itu adalah dari nikmat dan rahmat
Allah. Oleh itu, kembalikanlah segala rasa itu kepada nikmat
dan rahmat Allah. ltulah puasa.
Ramadhan itu seumpama, seribu bulan. Jika kita sekadar
menahan lapar dan dahaga, bagaimana untuk merasai kenikmatan
seumpama seribu bulan (hampir 90 tahun)? Jika kita hanya
362 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
minum seteguk air dengan menikmati rasa nikmat Allah, di situ
kita akan merasa sungguh bermakna, sungguh bererti dan bemilai
yang tidak terhingga. Nampak dan terlihat nikmat Allah atas air.
Barulah hati kita merasai betapa nikmat Allah itu mengatasi
segala rasa.
Nampak, kasih Allah, sayang Allah, cinta Allah dan dekat serta
hampimya Dia. Timbullah rasa bahawa Allah itu lebih berharga
dari air." Itulah balasan terima kasih yang tidak terhingga
terhadap Allah dan Dia juga melihat dengan tidak terhingga atas
kita.
Jika kita lihat Allah dengan sejengkal, Dia akan lihat kita sedepa.
Jika kita berterima kasih kepada Allah sedepa, Dia berterima
kasih kepada kita sehasta. Kita bersyukur atas nikmat Allah
sambi! berjalan, Allah secara berlari menerima nikmatNya
dikembalikan kepadaNya. Itulah baru timbul berkeadaan nikmat
yang seumpama seribu bulan (hampir seusia 90 tahun).
Jika dihukum dengan kesakitan sekalipun seumpama Bilal bin
Rabbah, semasa diseksa dengan besi dan batu panas, tanpa diberi
minum, namun yang dirasainya itu adalah bukan seksaan,
sebaliknya beliau merasa nikmat Allah atas seksaan itu.
Merasa nikmat Allah atas kepedihan seksaan. Bukan nampak
besi atau batu panas, tetapi nampak Allah beserta kepanasan,
nampak Allah dalam keadaan beliau sedang kehausan.
Biarpun didera dengan besi yang sangat panas dan menahan
dahaga seperti dua atau tiga hari, namun beliautidak merasa sakit
atau dahaga, kerana beliau merasakan seksaan itu sebagai nikmat.
Seumpama mendapat nikmat selama seribu bulan (hampir 90
tahun usia). Kenikmatan seumpama seribu bulan itu,
menghilangkan kesakitan, lapar dan dahaga.
Apakah ertinya kemenangan, jika tidak disertai dengan suatu
perjuangan yang hebat, keras, dalam dan tinggi? Apakah sudah
begitu hebat, tinggi dan mendalam dengan hanya sekadar
menahan lapar dan dahaga yang juga boleh dikerjakan oleh
kanak-kanak yang seumur 4 atau 5 tahun?
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA 363
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Bulan Ramadhan itu adalah bulan kemenangan. Bukan hari
menang menahan lapar atau dahaga kerana tahan lapar dan
dahaga itu adalah kemenangan yang kecil, ringan dan halus.
Kemenangan itu adalah
semestinya melalui suatu perjuangan yang begitu hebat, bemilai
tinggi dan suatu perjalanan perjuangan yang besar. Apakah sudah
dianggap besar dengan menahan lapar dan dahaga, hanya sekadar
13 jam?
Ramadhan itu kemenangan. Apakah yang hendak dimenangkan
pada bulan puasa dan apakah yang dimaksudkan dengan
perkataan kemenangan? Kemenangan Ramadhan itu adalah
kemenangan dari segi menikmati nikmat Allah. Bersyukur kita
ke hadrat Allah s.w.tildi atas segala kenikmatan nikmat yang
telah diberikan kepada kita dan kenikmatan nikmat itu pula
hendaklah dikembalikan semula\j kepadaNya. Dengan
sekembalinya segala kenikmatan nikmat kepada Allah, itulah
yang dikatakan kemenangan.
Kita tidak dikatakan menang, sekiranya masih memakai
kenikmatan itu, sebagai milik kita. Segala nikmat Allah itu,
bukan milik kita dan bukan hak kita untuk menikmati
kenikmatan nikmat Allah. Bukan makanan yang memberi kita
kekenyangan. Yang memberi kenyang itu adalah rasa.
Perkara rasa itu adalah nikmat, manakala nikmat itu, adalah milik
Allah. Jika ianya milik Allah, kembalikan segala rasa nikmat
kepadal tuan yang empunya, itulah Ramadhan dan itulah
kenikmatan nikmat Allah dan itulah ertinya sebuah kemenangan.
Menang itu adalah kerana berupaya dan menang itu adalah di
atas kesanggupan mengembalikan hak Allah kepadaNya semula.
Kita tidak punya apa-apa, kita tidak memiliki apa-apa dan kita
tidak berhak ke atas apa-apa. Apa lagi untuk memiliki dan
menguasai nikmat Allah. Apakah nikmat yang kita ada dan
apakah Ramadhan yang hendak kita kembalikan?
Nikmat yang kita ada itu, seumpama kekuatan, lalu dengan
mengembalikan segala kekuatan itu kepada Allah, itulah
364 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Ramadhan dan itulah nikmat dan itulah juga kemenangan.
Nikmat yang kita ada itu, seumpama penglihatan, pendengaran,
percakapan dan sebagainya, lalu apabila kita berjaya
mengembalikan semula kenikmatan nikmat itu kepada Allah,
itulah yang dikatakan hari kemenangan dan hari seribu bulan.
Yang dimaksudkan dengan keberkatan serta kerahmatan
diumpamakan seperti seribu bulan (sebaya dengan ibadah selama
hampir-hampir 90 tahun). ltu barulah yang dikatakan
kemenangan dan kejayaan yang boleh dirayakan dan disambut
dengan penuh kemeriahan hati!. ltulah hari yang paling menang
dan paling berjaya.
Ramadhan juga dikaitkan dengan malam Lailatul qadar. Lailatul
qadar itu adalah suatu hari melimpahnya rahmat. Apa tidaknya,
dikatakan bahawa perigi yang aimya cetek akan melimpah
penuh. Kayu-kayan yang tegak berdiri, sehinggakan boleh
tunduk, runduk dan rebah menyembah bumi. Air yang mudik
berpatah balik ke hulu dan bermacam-macam lagilah cerita yang
diperkhabarkan.
Betapa dalam bulan rahmat (Ramadhan) itu berlaku keajaiban
yang menggambarkan besar dan tingginya taraf atau tahap bulan
Ramadhan iaitu bulan nikmat Allah.
Setahu kita yang seusia hampir 60 tahun, yang selama ini
berpuasa, berapa keratkah di antara kita, termasuk diri yang
membaca ini, yang mendapat nikmat Lailatul qadar?
Lailatul qadar itu, bermaksud hari yang paling diperingati dan
suatu hari yang paling tidak boleh dilupakan. ltulah tinggi,
bemilai dan besamya nilai Lailatul qadar bagi sesiapa yang
mendapatnya.
Juga seumpama malam seribu bulan. Bagaimanakah untuk
mendapatkannya?.
Jika diambil kira dengan menahan lapar dan dahaga, apakah
mungkin mendapat lailatul qadar yang sebegitu besar? Dengan
memperbanyakan amal di masjid-masjid sampai ada orang yang
sanggup bersengkang mata menahan dari tidur, semata-mata
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA 365
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
menunggu lailatul qadar. Ada yang menyalakan pelita, kononnya
menunggu lailatul qadar, agar dengan memasang pelita itu,
mudahmudahan tidak terlepas pandang. Berapa keratkah yang
mendapat lailatul qadar?
Bagi mereka yangberserah diri, berserah nikmat kepada Allah,
Lailatul qadar itu didapati oleh mereka, biarpun tidak
menyalakan . lampu pelita dan biarpun tanpa bertegang urat
mata. Sekiranya kita tahu untuk mengembalikan kenikmatan
rahmat dan nikmat Allah kembali kepadaNya, Lailatul qadar itu
akan didapati dan akan diperolehi sepanjang hari, minggu, bulan,
tahun dan sepanjang hayat.
Seumpama Bilal bin Rabbah, kenikmatan nikmat Lailatul qadar
Allah itu, sudah dapat dirasainya, sekalipun di dalam keadaan
yang menyeksakan dan sekalipun bukan dalam bulan Ramadhan.
Sakit telah dirasainya nikmat, seksa telah dirasainya nikmat,
panas telah dirasainya nikmat dan mati sekalipun tela~ dirasakan
nikmat. Itulah Lailatul qadar, itulah Ramadhan, itulah puasa dan
itulah yang dikatakan sebenar-benar kemenangan.
Puasa itu, ertinya tidak lagi berhajat kepada nikmat. Segala
kenikmatan nikmat itu, te1ah dikembalikan semula kepada Allah.
Bukan berhajat kepada air dan bukan berhajat kepada makanan
(nasi). Air dan nasi itu, baginya adalah rahmat dan nikmat Allah.
Kita bukan makan nasi dan bukan minum air, tetapi kita makan
dan minum nikmat dan rahmat Allah. Itulah puasa.
Puasa itu bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, bukan
sahaja beriktikaf di masjid, bukan sahaja berzikir atas sejadah
sepanjang malam. Puasa itu adalah Ramadhan, Ramadhan itu
nikmat, nikmat itu rahmat, rahmat itu berkat, berkat itulah
.ikhlas, ikhlas itu berserah diri, berserah diri itu, mengembalikan
segala kenikmatan nikmat diri kepada Allah. "Aku tidak ada,
tidak punya dan tidak memiliki sesuatu selain Allah". Itulah
sebenar-benarnya pengertian puasa!
Marilah kita bersama-sama berserah diri kepada Allah dan
benarbenar memperhambakan diri kepadaNya. Bukan sahaja
ketika bulan Ramadhan sahaja, malahan marilah kita berpuasa
366 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
dengan berserah diri sepanjang masa, sepanjang hayat selagi di
kandung badan dengan berpuasa dari memakai pakaian Allah.
Bijak itu pakaian Allah s.w.t, pakaian kita adalah bodoh atau
dunggu.
Hidup itu pakaian Allah, pakaian kita itu adalah mati. Gagah itu
pakaian Allah, pakaian kita itu lemah. Melihat, mendengar,
berkatakata itu pakaian Allah, pakaian kita itu buta, tuli dan bisu.
Pakaian Allah itu sihat, kaya, cantik, besar dan tinggi, manakala
pakaian kita itu adalah sakit, melarat, fakir, hOclOh, kecil dan
bersifat rendah serendahnya.
Apabila kita telah mengaku yang kita ini rendah, buat apa perlu
meninggi diri dengan mengaku bahawa kita yang berkata-kata,
kita yang melihat, memandang, menilik, mendengar, gagah, kuat
dan sebagainya.
Pulangkan segalanya itu kepada tuan yang empunya dan itulah
yang dimaksudkan puasa sepanjang zaman, sepanjang tahun dan
sepanjang hayat. Bila kita telah sampai kepada tahap itu, itulah
ertinya puasa, itulah maknanya Ramadhan, itulah terjemahan dan
tafsiran kenikmatan nikmat yang berpanjangan (puasa). Puasa itu
pantang, pantang dari mengambil hak milik Allah, pantang dari
mengaku kepunyaan sendiri dan pantang dari mendakwa hak diri
sendiri. Sedangkan pemilik tunggal (hak milik kekal) itu, adalah
Allah. Ingat itu .
Oleh itu,· bagi menjalankan perintah Ramadhan, hendaklah kita
mengunakan sepenuh apa yang kita ada untuk dibaktikan kepada
Allah dengan menghulurkan bantuan nikmat anggota yang kita
ada, harta yang kita miliki dan ilmu yang kita pelajari untuk
disampaikan kepada makhluk lain. Nikmat yang Allah bagi
kepada kita itu hendaklah disalurkan semula kepada orang lain
dan kepada makhluk sejagat amnya. Guna sepenuhnya nikmat
yang Allah bagi kepada kita untuk dikembalikan semula
kepadaNya, dengan mempergunakannya melalui berbakti kepada
alam sejagat.
Sayang kerana Allah, kasih kerana Allah, cinta kerana Allah,
sembahyang kerana Allah, ibadah kerana Allah, beramal kerana
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA PUASA 367
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Allah dengan penuh kasih sayang (berkorban). Kasih sayang
itulah ertinya ikhlas. Dengan kasih sayang membuatkan kita
patuh, taat, sejuk hati, tetap hati, tabah hati, kukuh hati dan
segala yang dikerjakan tanpa mendatangkan kepayahan di hati.
Biarpun ke1ihatan seperti berat atau payah, namun sifat kasih
sayang, membuatkan kita bersemangat dan gagah untuk
menyempumakannya.
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.
368 HAJI ITU MENGENAL HATI DAN MENGENAL QALBU ATAU MENGENAL
ROH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
BAB 40
HAJI ITU MENGENAL HATI DAN MENGENAL QALBU ATAU
MENGENAL ROH
Haji itu, adalah bagi mereka-mereka yang mengenal hati
(mengenal qalbu). Setelah kita membicarakan soal korban, mari
kita mempelajari, apakah kaitannya korban dengan ibadah haji?
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.
Sekiranya kita mahu berfikir dan mahu mengkaji, sudah tentu
akan kita temui keajaiban demi keajaiban di dalam setiap ilmu
Allah.
Jangan sahaja kita baca, tetapi hendaklah kita membaca, jangan
sahaja kita selam, tetapi hendaklah kita menyelam. Begitu juga
dalam meneliti sesuatu ilmu, hendaklah kita mengkaji, barulah
kita memperolehi ilmu yang tersirat disebalik tulisan ilmu.
Dalam pengertian hari raya korban, kenapa adanya disebut hari
raya haji? Kenapa korban dan haji itu seiring? Ini
menggambarkan bahawa, perkara korban itu, akan menbawa
kepada perkara haji. Ilmu korban, sudah kita pe1ajari. Korban
itu, ertinya penyerahan nyawa kepada Allah. Setelah penyerahan
nyawa maka berlakulah haji. Apakah erti haji?
Erti Rumah Allah (Baitullah)
Selain rukun-rukun yang lain, haji mengikut hukum ilmu feqah,
adalah kunjungan ke rumah Allah (Kaabah), di tanah Suci Mekah
AI-Mukarramah. Manakala mengikut ilmu makrifat, haji itu
adalah mengunjungi rumah Allah pada qalbu (qalbu Mukmin
Baitullah). Yang sebenar-benar Baitullah (rumah Allah) itu,
adalah qalbu yang di dalam dada para mukmin.
RumahAllah S.W.t yang terletak di Kota MekahAI-Mukarramah
itu, pemah roboh dilanda banjir dan pemahjuga terbakar. Batu
Hajaratul Aswadnya juga pemah dicuri oleh tentera Rom selama
Hj.Shaari Mohd Yusof | HAJI ITU MENGENAL HATI DAN MENGENAL QALBU 369
ATAU MENGENAL ROH
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
beberapa tahun. Apakah itu, rumah Allah? Tidak pandaikah
Allah menjaga rumahNya sehingga ditimpa kemusnahan?
Apapun, rumah Allah (Baitullah) yang di dalam qalbu mukmin
itu, tetap utuh selamanya.. Tidak pemah dimasuki pencuri, tidak '
pemah terbakar, tidak pemah roboh dan tidak pemah dilanda
banjir. Baitullah qalbu mukmin, tidak dibina dengan kayu, simen
atau batu. Rumah Allah, tidak dibina oleh tangan mahluk,
malahan Allahlah yang membina, menjaga dan menyucinya.
Pengertian Haji
Haji itu, rukun yang besamya, adalah sampai ke KaabahAllah
(rumah Allah), iaitu sampai ke tempat kiblat. Kiblat dan
Baitullah syariat (feqah) itu, tempatnya adalah di tanah suci
Mekah Al Mukkaromah. Barang siapa yang sampai ke rumah
Allah, maka sucilah dosanya seumpama budak yang baru
dilahirkan (tidak ada dosa). Dosanya akan diampuni Allah.
Begitulah besamya hikmah haji.
Menurut hukum ilmu makrifat, sebenar-benar Rumah Allah itu,
adalah qalbu atau hati atau roh, atau nyawa atau nafas itu, adalah
merujuk kepada sebenar-benar rumah Allah. Dalam bahasa biasa,
kita panggil qalbu.
Barang siapa berjaya sampai ke rumah Allah (Baitullah qalbu),
maka itulah sebenar-benar haji dan sebenar-benar korban.
Barulah sebenar-benar jadi seumpama bayi baru lahir. Orang
sekarang kebanyakannya pergi haji bawa syaitan, dan baliknya
mereka bawa iblis. Ada yang pergi haji bawa iblis, dan baliknya
bawa syaitan. Bukan bawa balik haji mabrur (tetapi kata orang
sekarang bawa balik haji malboro).
Ini memang cerita benar dan kenyataannya tuan-tuan sendiri
boleh lihat dengan mata kepala sendiri. Baru balik haji dari
Mekah, sudah menipu wang orang, sudah gaduh dengan
menantu, sudah tidak bertegur sapa dengan jiran dan riak serta
bermegah-megah dengan pangkat haji dan sebagainya.
370 HAJI ITU MENGENAL HATI DAN MENGENAL QALBU ATAU MENGENAL
ROH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Sepatutnya setelah kita balik haji dari Mekah, hati kita akan jadi
baik, jadi sabar, jadi suci, jadi taat, tidak bergaduh, tidak panas
baran, tidak riak dan seharusnya jadi diri yang ikhlas.
Cuba tuan-tuan pergi menunaikan haji ke Baitullah di qalbu
mukmin. Pasti terhapus dosa-dosa seumpama budak baru lahir,
pasti tidak menipu orang, pasti tidak mencuri, tidak merompak,
mengumpat, mengeji, menjelekkan orang dan pasti bersih hati
luar dan dalam. Mukmin itu, adalah orang yang telah
menjalankan upacara korban (sembelih) nyawa dan sembelih roh,
iaitu kembalikan diri kepada Allah.
Orang yang benar-benar haji pada tanah qalbu itu, adalah
merekamereka yang sudah menyerah bukan sahaja anggota tujuh
(pengertian hari raya puasa) kepada Allah, tetapi menyerah
sampai kepada tahap nyawa (pengertian hari raya korban atau
hari raya haji). Iaitu dengan menunaikan penyerahan sampai
kepada roh, qalbu, nyawa atau hati.
Sampainya tuan-tuan kepada tahap mengenal hati atau mengenal
qalbu (roh), maka itulah yang sebenar-benar haji yang teramat
mabrur, selain menunaikan haji ke Tanah Suci Mekah.
Bilamana mengenal hati, ertinya kita mengenal qalbu. Bilamana
mengenal qalbu, ertinya kita mengenal roh. Bilamana mengenal
roh, ertinya kita dengan sendirinya mengenal kepada Allah.
Bilamana mengenal Allah, itulah dikatakan haji yang benar-benar
mabrur yang teramat mabrur dan mabrur yang terbesat Bilamana
mengenal Allah, sehingga sampai kepada tanap pengembalian
roh, tiada lagi akan terkeluar dari mulut selain perkataan Allah,
gerak Allah, melihat Allah, mendengar Allah. Inilah baru kena
dengan perumpamaan, seperti budak baru lahir dan seperti kain
putih yan belum tercemar, iaitu terlepas dan terampun dosa oleh
AlIah
Orang yang sudah naik haji di Baitullah tanah Qalbu, hati mereka
selalu dalam berprasangka baik, biarpun kepada kaum yang
berlainan agama dan kaum yang menyembah berhala, kerana
baginya, segalanya itu sudah terserah kepada Allah. Kenapa kita
Hj.Shaari Mohd Yusof | HAJI ITU MENGENAL HATI DAN MENGENAL QALBU 371
ATAU MENGENAL ROH
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
bemiat untuk membinasakan mereka, biarpun mereka itu orang
kafir.
Sungguhpun umatnya kafir, namun Allah masih sayang
walaupun umatNya menyembah berhala, sebagaimana kisah
yang tersirat disebalik kisah Nabi Ibrahim a.s, kenapa kita pula
sebagai makhluk, selalu berhajat untuk bermusuhan dengan
orang kafir, apa lagi sesama kaum sendiri?
Bagi yang sudah menunaikan haji di tanah qalbu, semestinya
segala sesuatu itu, kita kembalikan perkara buruk, baik, islam,
Nasrani, Hindu, Buddha, hitam, putih, syurga, neraka, tinggi,
rendah, untung, rugi dan sebagainya kepadaAllah, yang menjadi,
yang mencipta dan yang memelihara hamba-hambaNya.
Jika kita tidak menunaikan haji sebenar, usah kata orang kafir,
dengan sesama islam pun boleh bermusuhan!. Allah tidak
bersifat khianat dan Dia tidak bendendam kepada makhluk,
biarpun makhluk itu derhaka dengan cara menyembah patung
berhala sekalipun. Jika Allah berkehendak sedemikian, kenapa
kita 'pula bersikap sebaliknya?
Orang yang telah naik haji di tanah qalbu (hati atau roh), mereka
tidak akan khianat kepada kawan-kawan atau sahabat-sahabat
yang telah memberikan sepenuh kepercayaan mereka. Khianat
kepada perjanjian, kepada persahabatan, kepada binatang atau
kepada makhluk-makhluk lain.
Khianat itu, tandanya tidak haji . Kenapa kita tidak sanggup
berkhidmat kepada kedua ibubapa kita? Sebabnya adalah kerana
kita masih tidak sampai kepada tahap haji (hati). Begitu juga
makhluk-makhluk lain, kenapa kita khianat? Kita khianat, adalah
kerana kita tidak sampai kepada tanah qalbu.
Orang yang tidak tahu erti haji, mereka sanggup membaling batu
terhadap anjing, kerana dikatakan anjing itu haram. Cuba tuan-
tuan tanya diri sendiri, apakah anjing itu, mahu diberanakkan
sebagai anjing?
372 HAJI ITU MENGENAL HATI DAN MENGENAL QALBU ATAU MENGENAL
ROH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Jika kita tidak ada sifat kasih sayang, biat-pun kepada seekor
anjing, ertinya kita belum menunaikan haji pada tanah qalbu.
Bila kita menunaikan haji pada tanah qalbu (rumah Allah),
semestinya ada terselit sifat kasih sayang, kita tidak sanggup
mengkhianati, biar pun untuk membunuh seekor semut
sekalipun. Jika sudah tidak ada sifat pertimbangan kasih sayang,
usahkan kata anjing, orang pun sanggup dibunuhnya.
Tidak kurang juga, ada yang membunuh ibubapa kandung
sendiri. Ibubapa diperlakukan seperti musuh dan ada
sehinggakan sanggup membuat pelbagai alasan bahawa ibubapa
mereka tidak baik, tidak mendidik serta tidak mempedulikan
mereka.
Seribu alasan diberikan bagi membenci ibubapa. Ini tanda
orangorang yang tidak menemui tanah qalbu dan tidak menemui
rumah Allah (qalbu mukmin).
Ibubapa melarang anak-anak mereka dari berbuat perkara-
perkara yang tidak baik, tetapi dibalas pula oleh anak-anak yang
tidak pemah mengenal hati, nyawa, roh atau qalbu mukmin
(rumah Allah) ini, dengan menuduh ibubapa mereka jahat, tidak
menghulurkan wang dan mengatakan tidak berguna. Sedikit yang
ditegur oleh ibubapa, pelbagai tuduhan pula yang keluar dari
mulut anak-anak.
Ini semua adalah kerana tidak berkorban (tidak menyembelih)
dan tidak naik haji di tanah qalbu, walaupun telah berulang kali
menunaikan fardhu haji ke Kota Mekah. Apabila tidak ada kasih
sayang, ertinya tidak naik haji.
Terjadinya kerosakan dan pergaduhan di sana sini serta
peperangan sesama sendiri apa lagi terhadap orang lain. ltu
semua kerana tidak ada kesedaran kasih sayang di dalam qalbu
(tidak ada korban dan tidak kenaI qalbu) dan tidak naik haji.
Bukan perkara sembelih Nabi Ismail a.s yang hendak kita
pandang, yang sepatutnya dipandang itu, adalah disebalik
penyerahan diri zahir (Ramadhan) dan disebalik penyerahan diri
batin (korban), yang hendak kita tilik.
Hj.Shaari Mohd Yusof | HAJI ITU MENGENAL HATI DAN MENGENAL QALBU 373
ATAU MENGENAL ROH
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Benih patuh, taat, sabar, jujur, alim dan ikhlas itu, tidak bermula .
kecuali dengan penyerahan diri kepada Allah. Kepatuhan dan
ketaatan yang dilakukan secara kepura-puraan dan keterpaksaan
itu, bukan kerana Allah tetapi demi menjaga mata orang ramai.
Apabila kita melakukan sebaning pekerjaan tanpa sebarang
keberadaan diri sepenuhnya, kita akan mendapat dua bahagian.
Satu bahagian dari Allah dan satu bahagian lagi dari makhluk itu
sendiri, iaitu orang tidak akan marah kita, ketua tidak membenci
kita, masyarakat tidak menyisihkan kita, ibubapa pun jatuh kasih
kepada kita. Sesama kawan pun tidak saling benci-membenci,
malahan disayangi dan dikasihi oleh seluruh makhluk alam
termasuk binatang. ltulah orang-orang yang sudah sampai kepada
makam naik haji yang sebenar, iaitu haji ke tanah qalbu mukmin.
Sekalipun seekor binatang, ia tahu sarna ada kita sudah naik haji,
sembelih atau korban (menyerah. diri kepada Allah).
Segaranggarang harimau pun tahu bila seseorang itu sudah
berkorban (sembelih), naik haji atau belum. Oleh itu,
berkorbanlah (menyerah dirilah). Sebagaimana kasih sayangnya
Nabi Ibrahim a.s bersetuju untuk memulangkan kembali roh Nabi
Ismail a.s kepadaAllah, iaitu tanda simbolik penyerahan nyawa
kembali kepada Allah.
Dalam pengertian hari raya korban, tanda penyerahan perkara
batin, perkarayang terakhir, sesudahpenyerahan zahir (di dalam
pengertian puasa bulan Ramadhan), inilah erti, maksud atau
makna korban atau sembe1ihan yang sampai kepada qalbu (hati)
dalam kaca mata serta " suluhan ilmu hakikat.
Jangan kita nampak sembe1ih anak atau korban oleh Nabi
Ibrahim a.S itu, tetapi lihatlah kepada cerita dasar kisah Nabi
Ibrahim a.s minta hamba Allah S.W.t dilaknat dan dibinasakan
(dicabut nyawa atau dikeluarkan roh).
Peristiwa sembe1ih anak itu, adalah peristiwa kiasan. Sembe1ih
anak itu, adalah kisah untuk diambil iktibar. Setiap kali hari raya
korban, apa yang diketengahkan adalah kisah Nabi Ibrahim a.S
sembelih anaknya. Tidak seorangpun diantara kita yang
374 HAJI ITU MENGENAL HATI DAN MENGENAL QALBU ATAU MENGENAL
ROH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
mengisahkan cerita penyerahan roh atau menceritakan tentang
sesungguhnya qalbu mukmin itu, adalah rumah Allah.
Sebagai kiasannya atau sebagai simboliknya, digantikan
sembelihan (korban) itu dengan dua ekor kibas (kambing biri-
biri). Disebabkan buta mata hati dan buta mata basyirah, lalu kita
pun tumbangkan (sembelih) binatang ternakan sebagai tanda
korban. Bagi yang kaya, ditumbangnya beberapa ekor dan bagi
yang kurang berkemampuan diambilnya sebahagian dari tujuh
bahagian.
Betapa cetek dan rendahnya pendekatan umat islam, dengan
mengambil kiasan atau dalil simbolik itu sebagai pegangan.
Mereka hanya nampak tafsiran dari sudut zahir, dengan tidak
me1ihat buah butir tafsiran di lapisan dalaman. Sembelih
binatang ternakan itu, adalah sekadar kiasan semata-mata. Allah
bukan berkehendak atau bukan berhajat kepada daging atau darah
binatang. Tidak ubah sebagaimana orang jahiliah dahulu
me1akukan korban kepada berhala-berhala.
Zaman dahulu, berhala-berhala itu dikatakan berkehendak
kepada darah dan nyawa anak dara. Adakah Allah kita pun sarna
kehendakNya sebagaimana kehendak berhala? Maha Suci Allah
dari yang tersebut. Allah kita bukan lapar darah lembu atau unta
dan Allah kita bukan lapar nyawa kambing. Allah kita itu, hanya
berkehendak hamba-hambaNya mengembalikan hakNya, iaitu
roh, nyawa atau qalbu (hati).
Korban atau sembelih binatang itu, hanya sebagai simbolik dan
sebagai kiasan sahaja. Jangan kita duduk, jangan kita tidur dan
berpegang niat atas lembu, unta atau kambing. Jangan duduk atas
dasar sembe1ih Nabi Ismail a.s oleh bapanya. Duduklah atas
dasar pemulangan nyawa, pemulangan roh, sembelihan nyawa
atau mengembalikan roh kepada Allah. Itulah erti sebenar
sembelih atau korban.
Begitu juga dengan Nabi Isa a.s dengan kiasan "salib" oleh
penganut agama Kristian. Kiasan kepada salib atau mati ditiang
salib itu, adalah juga merujuk kepada pengertian penyerahan
Hj.Shaari Mohd Yusof | HAJI ITU MENGENAL HATI DAN MENGENAL QALBU 375
ATAU MENGENAL ROH
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
nyawa. Agama Kristian juga mengajar kepada penyerahan nyawa
atau bahasa halusnya adalah mengembalikan roh kepada Allah.
Bilamana kita sudah berserah kepada Allah sehingga sampai
kepada tahap nyawa, dengan sendirinya jadilah kita sebagai
seorang yang suka bersedekah, tidak kedekut, tid~k bakhil dan
tidak menyayangi harta benda. Timbullah sifat suka tolong-
menolong, murah hati, jadi seorang yang dermawan, derma
tenaga, derma wang ringgit, derma masa dan kudrat, tidak suka
melihat orang miskin, tidak rela melihat orang susah dan tidak
sanggup melihat orang dalam kelaparan.
Juga tidak suka bersifat khianat, dengki, jahat, pembenci,
pemarah, pendusta, zalim dan sebagainya. Semangat
penyerahan ikhlas dari sekecil-kecil perkara sehingga kepada
tahap penyerahan nyawa, inilah yang dikatakan korban
(sembelih).
Kita sanggup tumbangkan (sembelihkan) binatang temakan
semasa hari raya korban, tetapi kita tidak pemah terfikir untuk
tumbangkan sifat penyerahan diri (sampai kepada tumbangkan
nyawa) kepada Allah. Berkorban itu, ertinya bukan semasa
menyambut hari raya haji sahaja (hari raya korban sahaja).
Tetapi, hendaklah kita bersifat sebagaimana sabda Rasulullah
iaitu,
Hadis: "Berkorban itn, sepanjang masa"
Bilamana kita dalam keadaan berkorban sepanjang masa, jangan
pula sanggup menyimbah air asid ke atas belakang lembu yang
memakan tanaman dalam kebun kita. Jangan sampai jiran kita
membuang sampah ke halaman rumah kita, setelah itu kita pula
membuang semula sampah itu ke halaman mereka.
Jangan pula sampai memarahi anakjiran memetik buah yang
dahan pokoknya berjuntai memasuki kawasan halaman rumah
mereka. ltulah hakikat haji atau korban.
Melihat kedai jiran sebelah maju, timbullah perasaan iri hati,
dengan menuduh jiran itu telah mengenakan santau atau
376 HAJI ITU MENGENAL HATI DAN MENGENAL QALBU ATAU MENGENAL
ROH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
menggunakan jampi. Mulalah tuduh-menuduh sehingga tidak
bertegur sapa. Ini menggambarkan sifat orang yang tidak
berkorban (tidak berserah kepada Allah).
Sedangkan korban atau haji itu, adalah penyerahan jiwa dan raga
Rumah sekarang kebanyakannya duduk berjiran (pagar bertemu
pagar dan dinding berkongsi dinding). Bila tiba hari hujan, kita
hanya mengangkat kain jemuran kita sahaja, sedangkan jemuran
jiran sebelah dibiarkan basah.
Apa salahnya jika kita tolong angkat. Bila tiba masa hantar anak
sekolah, setelah melihat kereta jiran sebe1ah rosak, apa salahnya
kita mempelawa naik kereta kita. Melihat orang tua (ibubapa)
jiran sebelah rumah datang dari kampung, apa salahnya tegur-
menegur sebagai tanda hormat kepada orang tua.
Orang tua jiran itu, adalah juga seumpama orang tua kita. Ibu
jiran itu, adalahjuga seumpama ibu kitajuga. Anakjiran itu,
adalahjuga seumpama anak kita juga.
ltulah baru dikatakan semangat haji, roh haji atau hakikat haji
(korban Nabi Ibrahim a.s). Menumbang (sembelih) lembu atau
kambing berbelas ekor pada hari raya korban itu, adalah tanda
kaya atau tanda lebih wang, jika tidak disertai sikap bersih hati,
suci hati, penyayang, hormat-menghormati pada setiap waktu,
sebilang masa dan sepanjang hayat, itu bukan korban dan itu
bukannnya dikatakan haji.
Cukuplah itu sahaja penerangan dan penjelasan tentang
pengertian korban atau haji menurut suluharr ilmu hakikat dan
mengikut kaca mata ilmu makrifat. Selebihnya, tuan-tuan
bolehlah mentafsirkan, memperguna dan mengamalkannya
sendiri dalam kaedah menjalani kehidupan seharian. Kalam tidak
boleh menzahirkan kenyataan, melainkan alamilah sendiri
melalui kaedah rasa.Mudah-mudahan tuan-tuan dan puan-puan
akan memahaminya. InsyaAllah.
Hj.Shaari Mohd Yusof | HAJI ITU MENGENAL HATI DAN MENGENAL QALBU 377
ATAU MENGENAL ROH
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
...................................................................................................
378 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
BAB 41
YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN
Tafsiran korban
Maksud, erti, makna atau tafsiran korban menurut kaca mata
ilmu makrifat itu, adalah berkorban melalui sembelihan anggota
tujuh (anggota tubuh badan kita) yang sampai kepada sembelihan
nyawa (roh). Iaitu sembelihan (korban), dengan cara
mengembalikan roh kaki, roh tangan, roh mulut, roh mata, roh
telinga, roh hidung dan roh kemaluan kepada Allah.
Roh atau nyawa kita itulah sebenar-benamya yang hendak
dikorbankan dan yang hendak sembelihkan kepadaNya. Itulah
maksud korban yang sebenar. Contohnya, setimpama bukankah
berdiri di ketika solat itu, oleh kekuatan kaki, bukankah
terangkatnya takbir oleh kekuatan tangan, bukankah lafaz bacaan
oleh kekuatan mulut, bukankah lahimya zikir (ingat) dengan
kekuatan akal, jika tidak dikeranakan dengan adanya nyawa
(roh).
Cuba tuan-tuan bayangkan sekiranya kita tidak ada nyawa (roh),
bolehkah kitab erdiri, bertakbir, berkalimah semasa
bersembahyang? Sudah tentunya tidak boleh, bukan? Berdiri atau
terlaksananya sembahyang kita itu, sebenarnya adalah
dikeranakan adanya roh!
Sehubungan dengan itu, roh berdiri itulah yang hendak
dikorbankan atau disembelihkan kepada Allah s.w.t!
Setelah dikembali, dikorban atau disembelihkan segala daya
upaya, ikhtiar, usaha dan segalanya termasuk nyawa, itulah
korban!. Cuba tuan-tuan bayangkan sekiranya kita tidak ada
nyawa (tidak ada roh), masakan kita boleh berdiri.Yang
membolehkan kita berdiri untuk sembahyang dan yang
membolehkan kita berdiri untuk mencari harta itu, adalah kerana
adanya nyawa dan kerana adanya roh. Nyawa atau roh itulah
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN 379
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
yang hendak dikembalikan, disembelih dan yang hendak
dikorbankan kepada Allah.
Apa yang membolehkan kita beristeri, beranak, bercucu dan
berumahtangga itu, adalah kerana adanya nyawa (roh). Yang
membolehkan kita mencari harta dunia dan harta akhirat itu,
dikeranakanadanyanyawa(roh).Yangmembolehkankitaberibadah,
berzikir, sembahyang, puasa dan berhari raya itu, adalah kerana
adanya nyawa (roh).
Cuba tuan-tuan jawab, mana lebih besar di antara korban nyawa
atau korban binatang? Apakah ada lagi korban yang lebih besar
dari korban nyawa (roh)?
Olehitu,ambilahiktibarkisahkorbanNabiIbrahima.s, sebagaisalah
satu kaedah untuk kita menyelami maksud disebalik kisah
korban. Kisah itu adalah seumpama kiasan, sindiran, simbolik
atau sebagai pembayang kepada maksud sebenar. Itulah tanda
seni dan halusnya islam itu dalam memberi pengajaran kepada
umatnya kepada sesiapa yang berhati basirah, kepada sesiapa
yang berpenglihatan mata basyirah.
Jika kita serah tangan, ianya belum menyeluruh. Jika serah segala
harta, ianya be urn menyeluruh lagi. Serah anak isteri pula, ianya
belum menyel h atau belum mencukupi juga, tetapi, apabila kita
serah nyaw kepada Allah, itulah yang dimaksudkan dan yang
dikatakan sembeLih, korban dan hari raya korban yang sebenar.
Yang dituntut Allah bukan korban daging atau darah lembu,
kerbau atau unta dan bukan korban nyawa Nabi Ismail a.s. Yang
dituntut Allah itu, adalah korban hakNya, iaitu "ROH".
Kejadian seluruh makhluk alam ini, adalah dicipta oleh tangan
malaikat, tetapi sejarah kejadian roh itu, adalah dicipta daripada
"diri Allah sendiri", tanpa masuk campur atau bantuan dari
makhluk lain. Itulah satu satunya hak ciptaan Allah yang
esklusif.
Yang lain itu adalah ciptaan hasil karya tangan makhluk.
Manakala, ciptaan roh adalah hasil karya tangan Allah sendiri
dan inilah yang hendak diambil balik, hendak dikembali dan
380 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
yang hendak ditagih semula oleh Allah. Cara pengambilan balik
oleh Allah itu, dikiaskan dalam kisah Nabi Ibrahim a.s dengan
anaknya itu, Nabi Ismail a.s.
Allah memperlihatkan pengajaranNya serta mempamerkan
pengertianNya itu, melalui kisah Nabi Ibrahim a.s. Bagi yang
memandangnya melalui mata basirah, akan beroleh pengertian,
manakala bagi yang buta mata hatinya dan bagi yang hanya tahu
hari raya korban dengan sembelih lembu kerbau sahaja, maka
tidaklah ia tahu maksud yang tersirat disebalik korban yang
sebenar.
Mari kita cuba mendongakkan kepala kita ke alam ilmu makrifat,
mana tahu kita jumpa jawapannya di sana. Mari kita cuba
bertanya kepada diri sendiri, kenapa Allah memerintahkan Nabi
Ibrahim a.s menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s? Bagi yang
berpandangan jauh dan bagi yang berhati basirah, kiasan Allah
yang sedikit itu, telah dapat dibaca dan telah dapat dimengertikan
oleh ulamakulamak terdahulu dengan izinNya.
Dalam islam, Allah dan RasulNya melarang uttnya melakukan
upacara korban sebagaimana berkobannya orang jahiliah. Orang
jahiliah melakukan upacara korban adalah bertujuan bagi "
mempersembahkan korban kepada tuhannya. Sed ngkan kita
sendiri tidak nampak bahawa dalam islam juga ada upacata
korban. Apakah Allah sebagai Tuhan kita itu, lapar atau
dahagalJan darah binatang atau nyawa manusia? !
Allah sebagai Tuhan kita, tidak seumpama tuhan-tuhan mereka.
Jika kita tidak seumpama mereka, kenapa kita juga melakukan
korban dengan mengorbankan nyawa Nabi Ismail a.s oleh Nabi
Ibrahim a.s? Cubajawab.
Kita persalahkan orang jahiliah, sedangkan kita sendiri terlepas
pandang, bahawasanya kita sendiri juga, terlebih jahil dari orang
! jahiliah. Orang jahiliah melakukan upacara korban, sebelum
kedatangan islam, manakala kita pula melakukan upacara korban
sesudah kelahiran islam. Cuba fikir-fikirkan dan ajukan
pertanyaan kepada diri sendiri secara halus, jujur dan dengan
ikhlas. Apakah bezanya kita dengan orang jahiliah?
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN 381
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Jika kita tidak tahu maksud sebenar pengertian korban, maka
jadilah kita sebagaimana orang jahiliah. Sungguhpun kita ini
sudah lama beragama islam, tetapi islam kita itu, tidak ada
kurangnya sebagaimana orang jahiliah zaman dahulu, malahan
terlebih jahil dari mereka.
Allah melarang sekeras-kerasnya persembahan korban, apa lagi
yang bempa nyawa manusia atau nyawa binatang. Kenapa Allah
S.W.t memerintahkan sembelihan (korban) Nabi Ismail a.s?
Sekalipun
bertujuan unttif menguji keimanan Nabi Ibrahim a.s,
tidakkahAllah itu ada jalan la~n? Sedangkan Allah itu Maha
Mengetahui. sekiranyaAlla~\itu Maha Mengetahui, kenapa perlu
diuji? Allah itu sudah sedia tahu: biarpun tidak diuji. Lemahkah
Allah itu, sehingga memerlukan ujian bam bagi mengetahui
bahawa Nabi Ibrahim a.s itu kuat iman atau lemah imannya?
Cubajawab.
Bagi seorang Nabi, usahkan kata hendak diuji dengan cara
menyembelih anak, malahan bila disumh Allah sembelih diri
mereka sendiri pun, nescaya dikerjakannya juga tanpa usul,
inikan pula nyawa anak. Sebenar dan sebetulnya, dalam peristiwa
korban (sembelih) itu, ada tersimpannya rahsia, yang jarang-
jarang orang tahu.
Disebalik peristiwa korban itu, sebenamya menyimpan rahsia
atau tersembunyinya pengertian yang jauh lebih dalam, selain
dari gambaran sembelih anak (korban Nabi Ismail a.s).
Menumt tafsiran kamus dewan, mendefinasikan korban itu
sebagai,
"amalan menghampiri diri kepada Allah. Sesuatu
persembahan kepada dewa dalam pemujaan (menyerahkan
sesuatu untuk sesuatu yang lain".
Berbagai-bagai definasi telah diutarakan untuk mentafsir
pengertian korban. Semuanya menjums kepada tafsiran zahiriah.
Namun, tafsiran yaug tersirat di sebalik zahiriah, tidak ramai
yang tahu menyingkapnya.
382 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Bagi mendefinasi atau untuk menyingkap rahsia di sebalik
peristiwa korban itu, hams melalui pandangan ilmu makrifat.
Hanya melalui ilmu makrifat sahaja, kiasan disebalik korban
Nabi Ismail a.s itu akan dapat diungkap. Oleh itu, saya sarankan
hendaklah terlebih dahulu dibaca kitab "kasasul ambiak" (kisah
Nabi-Nabi). Dari situ baru kita dapat memahami dengan lebih
jelas dan fnudah maksud yang tersirat. Jadi, hayatilah kisah
berikut:-) Kepada para pembaca yang dikasihi Allah S.W.t
selcalian dan bagi yang berhajat untuk mengetahui maksud serta
pehgertian korban menurut ilmu hakikat, sila rujuk rahsia
pengertian yang tersembunyi di sebalik kalimah AI-Kautsar.
Yang bermaksud;
o Sesungguhnya kami telah memberi kebaikan yang banyak.
o Oleh itu sembahyanglah engkau kerana Tuhanmu dan
sembelihlah (korban).
o Sesungguhnya orang yang membenci mu akan musnah.
Secara zahimya, tafsiran korban itu dikaitkan dengan pengertian
menyerahkan sesuatu yang berharga kepada sesuatu pihak.
Korban dalam pengertian syarak merujuk kepada seumpama
sembelih lembu, unta atau kambing. Kemudian, dagingnya akan
disedekahkan pada hari raya haji. Bagi memperingati peristiwa
Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.
Mengikut kamus dewan, definasi korban adalah bermaksud
"amalan menghampirkan diri kepada Allah s.w.t" atau suatu
"persembahan kepada dewa dalam pemujaan, pemberian sebagai
tanda kebaktian atau menanggung suatu penderitaan", agar pihak
yang menerima apa yang diserahkan itu mendapat kebaikan
daripada pengorbanan itu. Kamus Merriam Webster sacrifice
mendefinasikan sebagai "menyerahkan sesuatu untuk sesuatu
yang lain".
Jika ditimbang, dikaji dan dihalusi dengan akal yang lemah ini,
akal yang lemah ini pun juga, sudah dapat mentafsir atau
mendefinasikan bahawa pengertian korban itu sebenamya bukan
merujuk kepada sembelihan binatang temakan. Sembelihan
binatang temakan itu, adalah hanya merujuk kepada simbolik
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN 383
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
atau kiasan semata-mata. Pengertian sebenar korban itu,
bukannya duduk kepada tafsiran sembelih binatang atau
sembelihan Nabi Ismail a.s.
Apalah sangat besamya sembelih binatang, berbanding wang
yang berjuta-juta dalam simpanan. Apalah sangat besar dan
kelebihannya sembelih seekor lembu jika dibandingkan kereta
mewah yang dimiliki dengan harga yang berjuta atau berpuluh-
puluh ribu. Setiap tahun tukar kereta baru, perabot baru dan
melancong ke luar negara setiap dua atau tiga kati setahun
berbanding seekor lembu yang harganya sekadar bawah tiga ribu
ringgit seekor (pada nilai wang sekarang).
Bagi yang berkemampuan, penyembelihan sepuluh ekor atau
seratus ekor lembu sekali tumbang pun, ianya tidak mendatang
kerugian atau kehabisan wang simpanan. Sedangkan, bagi orang
miskin yang tidak berkemampuan untuk menyembelih binatang,
apakah tidak ada peluang untuk beribadat kepada Tuhannya?
Adakah korban itu, hanya bagi orang yang kaya dan yang
berkemampuan sahaja. Sedangkan korban itu, adalah ibadat bagi
semua umat islam seluruhnya. Oleh itu, manakah erti atau
pengertian korban yang sebenarnya?
Dengan meneliti dan menghayati tafsiran surah di atas dengan
teliti, sudahkah ianya memberi kita faham erti korban? Biar
seribu kali diulang baca sekalipun kalimah di atas, tidak ramai
yang faham makna yang tersembunyi disebalik ibadah korban.
Bagi mengambil pendekatan faham, akan isi kandungan rahsia
yang tersirat di sebalik hurufkalimah firman di atas, kita
hendaklah terlebih dahulu memahami sejarah bermulanya
korban itu. Sejarah ibadah korban yang selalu bermain di fikiran
kita, hanyalah sejarah memperingati Nabi Ibrahim a.s
menyembelih anaknya. Nabi Ismail a.s.
Apakah dengan mengetahui dan memperingati sejarah
sembelihan Nabi Ismail a.s oleh Nabi Ibrahim a.s itu, mampu
membuat kita faham erti korban. Jika dihalusi dengan akal yang
384 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
lemah ini, akal yang lemah pun boleh merasai ada sesuatu yang
tidak kena dengan peristiwa penyembelihan itu.
Saya mahu mengajak tuan-tuan bersama-sama dengan saya
menyelami dan menghayati peristiwa korban (penyembelihan).
Apakah kebaikan atau kelebihannya mengingati peristiwa "ayah
sembelih anak" dalam bahasa kasarnya mengingati peristiwa
(ayah bunuh anak)?
Apakah patut untuk kita ingat kepada perkara seorang ayah;
membunuh anaknya? Tidakkah ada perkara lain disebalik
peristiwa .':il itu, yang hendak Allah sampaikan kepada kita?
Sungguhpun peristiwa bunuh itu, suatu pengorbanan besar,
tetapii sekarang ini, orang bunuh, buang anak dan seksa anak itu,
sudah.l tidak lagi asing pada kitaL Hari-hari menjadi hiasan di
dada-dada I akhbar mengenai ayah dan ibu buang anak, bunuh
anak, seksa anak, rogol anak dan dera anak!. Kenapa hari
pembuangan bayi tidak kita;! jadikan hari raya korban (untuk
memperingati hari pembuangan bayi)?
Cuba tuan-tuan fikir sejenak dengan hati dan fikiran yang bodoh
iniL Bukan tujuan saya untuk menghina atau merendah-
rendahkah hukumAllah, tetapi saya hendak mengajak fikiran
tuan-tuan supaya berfikir sejenak bersama-sama saya untuk
menghayati betul-betul apakah rahsia sebenar di sebalik peristiwa
sembelihan (korban).
Ada sesetengah (segelintir) dari kalangan kita, mengatakan
bahawasanya peristiwa korban itu, adalah bagi menguji ketaatan,
kesetiaan atau kepatuhan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.
Tuantuan dan puan-puan, apakah tidak ada cara lain untuk Allah
S.W.t menguji Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s? Kalau ya
pun Allah hendak menguji hambaNya, apakah tidak ada cara lain
selain dari perkara menyembelih anak? (melainkan disebalik
peristiwa sembelih itu, ada maksud yang tersirat disebaliknya).
Sebelum Nabi Ibrahim a.s menjalankan perintah sembelih,
adakah Allah S.w.t tidak tahu untuk mengukur kedalaman
ketakwaan Nabi Ibrahim a.s, sehingga perlu menjalani proses
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN 385
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
ujian? TidakkahAllah itu, sudah terlebih dahulu mengetahui akan
isi hati Nabi Ibrahim a.s dan Allah telah terlebih dahulu tahu dari
apa yang Nabi Ibrahim a.s belum tahu? Adakah Allah tidak tahu
untuk membaca hati Baginda Nabi Ibrahim a.s sehingga perlu
diuji terlebih dahulu, bam Allah tahu hatinya?
Sekalipun Allah bertujuan untuk menduga keyakinan serta
kepatuhan Nabi Ibrahim a.s terhadap Allah, tidakkah ada cara
lain dan kaedah lain, selain dari perkara menyembelih anak.
Sekalipun untuk menduga atau untuk menguji keimanan hati
seorang hamba Allah yang bemama Nabi Ibrahim a.s itu, tidaklah
sehingga sampai kepada denganjalan sembelih anak sendiri.
Allah sudah mengetahui akan isi hati seseorang hambaNya.
Biarpun tidak denganjalan menyembelih anak sekalipun, Dia
Maha Mengetahui. Sebelum turunnya perintah sembelih anak
pun, Allah sudah sedia maklum dan sudah sedia mengetahui akan
isi hati Nabi Ibrahim a.s.
Jika Allah telah sedia mengetahui, sedia maklum dan sudah
terlebihl tahu akan isi hati hamba-hambaNya, untuk apa Allah
itu, hendak menguji, hendak mencuba dan hendak menduga hati
hambahambaNya, sedangkan Allah sudah sedia maklum?
Sebagai seorang Nabi, usah kata nyawa anak isteri, malahan
sekalipun nyawanya sendiri, mereka sanggup korbankan demi
Allah, inikan pula nyawa anak. Apakah simbolik dan apakah
rahsia di sebalik peristiwa korban itu?
Dengan cara tidak menduga atau menguji sekalipun,
sesungguhnya Allah itu, sudah sedia tahu dan sudah sedia
maklum bahawa Nabi Ibrahim a.s itu, seorang yang sabar, patuh,
taat dan tidak ingkar kepada perintah Allah. Untuk apa lagi
hendak diuji atau hendak dicuba? Pastinya ada rahsia dan ada
mesej yang terindah di sebalik kiasan itu. Malangnya, tidak ramai
yang berpenglihatan yang mengetahui rahsia disebaliknya.
Dalam ilmu Allah, Dia sudah sedia tahu apa-apa yang akan
berlaku dan apa-apa yang sesudahnya. Sekiranya Allah sudah
tahu, kenapa mahu diuji lagi? Jawapannya sudah tentu ada rahsia
386 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
besar disebaliknya, yang kita terlepas pandang. Sebenamya
disebalik peristiwa sembelih (korban) itu, Allah hendak
memperzahirkan sesuatu rahsiaNya, melalui kisah korban
tersebut.
Dengan sedikit isyarat, bayangan atau gambaran yang diusulkan
itu, mudah-mudahan memberi sedikit cahaya dalam kaedah
memahami rahsia kiasan Allah disebalik kisah Nabi-Nabi. Oleh
itu, jangan kita tekankan sangat tentang perkara sembelih anak.
Cuba anjakkan sedikit pintu minda tuan-tuan kepada sesuatu
yang lebih besar dan kepada sesuatu yang lebih indah dari
peristiwa sembelih itu. Iaitu kepada permasalahan "NYAWA".
Permasalahan kembalinya "NYAWA".
Mesej yang hendakAllah S.W.t ketengahkan di sini, bukan sahaja
soal sembelih anak, tetapi lebih kepada persoalan "penyerahan
nyawa". Mesej itu, bukan tertuju kepada persoalan korban
"sembelih anak" tetapi lebih kepada mesej "pengorbanan nyawa".
Berkorban kepada Allah itu, bukan setakat menyerahkan ibadah,
sedekah jariah, berkorban wang inggit, berkorban lembu kerbau,
bekorban anak isteri atau menyerahkan anggota tujuh. Apa yang
lebih tinggi dan yang lebih besar dari peristiwa itu, adalah
pengorbanan sehingga sampai kepada tahap penyerahan nyawa.
Bukan seumpama berkorban dengan melakukan ibadah
sembahyang malam, bukan berkorban naik haji sehingga 100
kali, bukan berkorban harta benda atau berkorban wang ringgit
walaupun berjuta, bukan berkorban menyerah tanah bagi tujuan
diwakafkan, bukan berkorban menyerah (sembelih) anak isteri
untuk menunjuk ketakwaan kepada Allah.
Maksud berkorban di sini, hendaklah kita berkorban bagi
menyerah, berserah, pengembalian dan mengembalikan sehingga
sampai kepada tahap nyawa kepada Allah. Allah tidak pandang
kepada apa yang kita serah, samada serah ibadah, serah sedekah,
serah tangan, kaki, mulut dan sekalipun diserah keseluruhan
anggota tubuh. Allah tidak pandang, akan penyerahan atau
pengorbanan yang selain dari nyawa.
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN 387
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
YangdipandangolehAllah s.w.titu, adalahpenyerahanyangsampai
kepadatahapnyawa, serahhati,serahroh, serahjiwadanserahqalbu
kepada Allah S.W.t. Itulah erti, maksud dan tafsiran korban
menurut suluhan ilmu makrifat.
Yang menjadi tilikkan serta perkiraan Allah S.W.t itu, bukan
korban harta atau korban anak isteri. Korban yang menjadi
perkiraan Allah S.W.t itu, adalah korban "nyawa". Bila kita serah
nyawa atau korban nyawa, bererti kita telah menyerah dan
berkorban segala-galanya.
Korban nyawa itu, termasuk berkorban seluruh anggota, seluruh;\
harta, seluruh duma dan seluruh akhirat segala-galanya
hendaklah dikembali kepada pemilik asal (Allah). Jika kita serah
harta, kita belum serah anak. Bilamana serah anak, belum bererti
kita serah isteri. Bilamana kita serah isteri, belum bererti kita
serah dunia.
Serah selain dari nyawa itu, adalah penyerahan atau pengorbanan
yang tidak akan pemah habis-habisnya. Bilamana kita serah
nyawa, kembalikan nyaw korban nyawa, sembelih nyawa itulah
bererti kita telah mehyerah, berserah, memulangkan dan
mengembalikan segala-galanya. Segala-gala yang meliputi
perkara dunia dan perkara akhirat.
Cuba tuan-tuan berhenti seketika dari pembacaan kitab ini.
Bayangkan, sekiranya diri tuan-tuan sedang terbujur kaku,
sedang dikelilingi oleh anak-anak dan isteri yang sedang
menangis teresak- esak, meratapi pemergian tuan. Bayangkan,
apa lagi yang ada pada saat sekarang? Sudah tertinggal dan sudah
terbuang dunia. Inilah yang dikatakan korban, penyerahan nyawa
kepada Allah s.w.t.
Serah jasad kepada tanah, serah harta kepada dunia, serah anak ,
isteri kepada orang lain. Bila kembalinya kita kepada tanah, isteri
kita yang cantik, molek, cornel, gebu dan rupawan itu, tidak lama
lagi akan menjadi milik orang lain. Anak akan menjadi isteri atau
suami orang. Bila kita mati, semua itu akan terserah kepada
dunia. Manakala nyawa, kita hendak serah kepada siapa?
388 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN | Hj.Shaari Mohd Yusof