Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Serahdagingkorbankepadaorang, ianyaakanmenjadihabuanperut
manusia, kemudianjadi najis yang teramat kotor. Ianya tidak
bersifat kekal. Manakala bila kita serah atau sembelih nyawa
(korban roh), itulah korban yang menjadi hak milik mutlakAllah
S.W.t. Allah tidak dahagakan darah lembu orban Dia tidak la ar
da in sa i korban kibas, kerbau atau unta atu-satunya yang Dia
dambakan, adalah kembalinya nyawa (korban jiwa) atau "korban
roh" kepadaNya. Itulah sebenar-benar korban
Kiasan Korban Pada Binatang Yang Bernyawa '
Bagimemberifahamkepadamerekayangtumpulhatinya, teramatlah
payah dan susah. Namun, akan saya usahakan untuk
menghidangkan klasan atau contoh-contoh yang termampu. Jadi,
mari sarna-sarna kita lihat kiasannya. .
Cuba kita tanya diri sendiri, kenapa korban itu, diwajibkan atas
makhluk "binatang yang bemyawa"? Pasti ada rahsia
disebaliknya. Jika diikut pada hukum akal yang bodoh ini, apa
salahnya, lembu korban itu dibeli sahaja dagingnya di pasar raya.
Hendak berapa kilogram dan hendak berapa banyak daging atau
tulangngapun boleh.
Jika kita korban lembu sendiri, hanya ada 4 kaki atau hanya ada
kira-kira 40 kg daging sahaja. Sekiranya kita beli sahaja di pasar
raya, kita hendak 1000 kg daging dan 100 batang kaki pun boleh,
tetapi kenapa tidak dibolehkan sebegitu? Hukum korban itu,
adalah daging lembu, kerbau atau unta yang disembelih. Hukum
korban adalah pada sembelihan binatang yang bemyawa, tidak
boleh daging dari pasar raya Apakah sebabnya?
Jika difikir-fikirkan melalui akal yang bodoh ini, apa
kenamengenanya daging beku dengan daging dari lembu yang
masih hidup? Sedangkan Allah S.W.t bukan berkehendakan
kepada darah atau dagingnya. Kenapa berhajat kepada binatang
hidup? Cuba fikir-fikirkan, pasti ada kiasan dan pasti ada rahsia
disebaliknya.
Apakah kiasan atau rahsia disebalik korban binatang hidup?
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN 389
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Pastinya ada kaitan dengan perkara nyawa atau rob.
Maksud Korban Adalah Merujuk Kepada Roh
Hari raya korban atau sembelihan korban yang berupa
sembelihan binatang itu, adalah korban yang tidak kekal. Tahun
yang berikutnya, korban akan datang lagi bersama bergantinya
tahun. Hari raya korban berupa sembelihan binatang akan datang
lagi, tahun demi tahun. Begitulah silih berganti, korban
muncullagi, tidak habisnya atau tidak sudah-sudah sampai mati.
Adapun korban yang melalui sembelihan binatang itu, adalah
korban yang tidak kekal.
Kisah Nabi Ibrahim a.s
Pada suatu hari, bermunajatlah Nabi Ibrahim ke hadrat Allah
supaya memperlihatkan perlakuan seluruh hamba-hambanya di
dunia ini. Setelah hampir 700 atau 800 tahun dan ada yang
mengatakan hampir 1,000 tahun lebih, Baginda Nabi Ibrahim a.s
menghabiskan umumya dengan bertabliq kepada kaum dan
umatnya, namun kebanyakan umat dan kaumnya ingkar. Hanya
segelintir sahaja kaumnya yang patuh dan taat kepadanya,
sedangkan sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk bertabliq
tetapi umatnya tetap ingkar kepada ajarannya.
Baginda Nabi a.s agak kecewa, lalu bermunajat kepadaAllah
untuk diperlihatkan berapa ramaikah umat dan kaumnya yang
patuh kepada ajarannya dan berapa ramaikah yang ingkar. Lalu
bermunajatlah' Baginda kepada Allah supaya Allah
memperlihatkan kelakuan dan pekerjaan ibadah seharian kaum-
kaumnya. Apakah terdapat ramai yang beribadah atau apakah
ramai yang tidak beribadah kepada Allah?
Walaupun permohonan Nabi Ibrahim a.s itu berkali-kali ditolak
Allah, namun Baginda tetap juga memohon agar diperlihatkan
olehNya. Lalu diperkenankan oleh Alah akan permohonannya
itu. Dan, Allah memperlihatkan seluruh perlakuan kaum dan
umatumatnya diseluruh dunia.
390 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Setelah seluruh umatnya seisi dunia ini diperlihatkan Allah, maka
tahu dan mengertilah bahawasanya kebanyakan umat dan
kaumnya itu, adalah dalam keadaan kufur dan syirik kepada
Allah. Ramai diantaranya yang masih menyembah patung dan
menyembah berhala dan hanya segelintimya sahaja yang patuh
dan yang menyembah Allah.
Ajaran ilmu Allah yang disaran dan yang diajarkan selama ini,
bukannya dipatuhi atau ditaati, malahan dibalas dengan
kemungkaran, kebencanaan, kerosakan dan dibalas dengan
kemungkaran melebihi dari kemakrufan. Kecewa hati Nabi
Ibrahim a.s apabila melihat umat dan kaum yang selama ini
dididik, diasuh dan diajar dengan agama suci, temyata yang
berlaku adalah sebaliknya.
Dikeranakan tidak sanggup melihat hamba-hambanya yang
kembali kafir, kufur dan syirik kepada Allah dan memandangkan
lebih ramai yang ingkar berbanding yang patuh, lalu Nabi
Ibrahim a.s mengambil keputusan untuk sekali lagi bermunajat
dan bermohon kepada Allah supaya melaknat atau
membinasakan hamba-hambanya.
Dari doa dan permintaan Nabi Ibrahim a.s itu, Allah
mengabulkannya dengan pendekatan yang sebaliknya.
Pendekatan Allah Maha Sempuma dan MahaAdil, segala
ketetapan dan keputusanNya, tidak terpengaruh oleh permohonan
atau permintaan makhluk, walaupun dari seorang yang bergelar
Nabi. Keputusan atau ketetapan Allah itu, adalah melalui dan
mengikuti ilmuNya yang berdiri Ia dengan sendiriNya (Kiamuhu
Binafsih).
Setelah melihat kaumnya yang banyak membuat kemungkaran!
berbanding kemakrufan, lalu Baginda Nabi Ibrahim a.s melalui
permintaan doanya, supaya melaknat dan menghapuskan
kaumnya. Namun Allah mempunyai reneana dan pendirianNya
sendiri. Dalam hal ini, Allah s.w.t telah memilih jalan
memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya menyembelih anaknya,
Nabi Ismail a.s. Allah bukan melaknat kaum-kaum Nabi Ibrahim
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN 391
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
a.s, sebaliknya Allah memerintahkan anaknya, Nabi Ismail a.s
disembelih.
Kemudian, Nabi Ibrahim a.s buat kali keduanya, menadah tangan
bermunajat kepada Allah, bermohon agar anaknya Nabi Ismail
a.s tidak dijadikan korban (sembelih). Lalu Allah berfirman,
"sebagai mana sayangnya kamu kepada anak mu Ismail. Aku
Allah, terlebih sayang kepada hamba-hamba Ku yang engkau
minta laknat".
Walau keluar air mata darah sekalipun hambaNya memohon,
meminta dan berdoa, namun ketetapan serta keputusan Allah itu,
adalah adil dan mengikut ilmuNya (tanpa terpengaruh oleh
sesiapa). Doa serta permintaan Nabi Ibrahim a.s itu, dijawab oleh
Allah s.w.t dengan mewahyukan supaya Nabi Ibrahim
menyembelihkan anaknya.
Setelah menerima perintahAllah s.w.t supaya anaknya, Nabi
Ismail a.s disembelih, sekali lagi Nabi Ibrahim a.s berdoa,
bermunajat dan bermohon kepada Allah supaya ditarik balik dan
dibatalkan perintah itu, rrialahan Baginda sanggup menukar ganti
dengan nyawa dirinya sendiri,asal sajaanaknyaNabiIsmaila.s
tidakdisembelih(dikorban). Terlampau sayang dan eintanya Nabi
Ibrahim a.s kepada anaknya sehinggakan sanggup mengambil
tempat bagi menggantikan Nabi Ismail a.s.
Betapa sayangnya Nabi Ibrahim kepada anaknya, Allah terlebih
sayang kepada hamba-hambaNya, yang Nabi Ibrahim a.s minta
binasa. Padahal yang diminta laknat oleh Nabi Ibrahima. situ,
adalah mereka-mereka yang menyembah berhala dan yang
membuat kemungkaran.
Oleh itu, fahamlah Nabi Ibrahim a.s bahawa permintaan dan
doanya supaya dilaknat hamba-hamba Allah itu, adalah suatu
perbuatan yang tidak betul dan sesuatu perkara yang salah pada
ilmu Allah. Faham dan menyesal Nabi Ibrahim a.s.
Dengan itu, Baginda Nabi Ibrahim a.s pun rela, redha dan
mengizinkan untuk melepaskan nyawa atau roh anaknya kembali
kepangkuan Allah. Walau seburuk mana, sejahat mana dan
392 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
sezalim mana pun makhluk ia tetap hamba ciptaan Allah. Allah
tahu apa yang diperbuatNya. Yang menyembah barhala pun
Allah yang jadikan, yang taat kepadaNya pun, Dia yang jadikan.
Biar buruk sekalipun hamba itu, ia tetap seorang hamba yang
Allahjadikan.
Bilamana Nabi Ibrahim a.s minta hamba-hamba Allah yang
dijadikanNya itu dibinasakan, Allah tetap menolak permintaan
doa . Nabi Ibrahim a.s, sebabnya adalah kerana semua kejadian
sarna ada baik atau buruknya makhluk itu, ia adalah tetap
makhluk ciptaan Allah. Allah sayang dan tetap cinta kepada
hamba-hambaNya. Sungguhpun hambaNya itu dalam kekufuran
atau kafir sekalipun.
BilamanaAllah menguji Nabi Ibrahim a.s supaya sembelih
(korban) anaknya Nabi Ismail a.s, temyata Nabi Ibrahim a.s tidak
sanggup pada awalnya. Setelah dikhabarkan kepada Nabi
Ibrahim a.s bahawa "sebagaimana sayangnya engkau kepada
anak mu Ismail, Aku Allah terlebih sayang kepada hamba-hamba
yang telah engkau minta laknat". Lalu, sedarlah Nabi Ibrahim a.s
akan kesilapannya dan Baginda pun bersetuju untuk patuh
dengan perintah Allah untuk menyembelih anaknya.
Jika tidak kerana kiasan Allah, mungkin Nabi Ibrahim a.s belum
sedar. Temyata dengan kiasan Allah itu, membuatkan Baginda
akur untuk mengembalikan hak Allah dengan sanggup
menyembelih (korban) anaknya.
Hayati Dan Selami Maksud Yang Tersirat Disebalik Cerita
DarigambaranceritadankisahkiasanAllah s.w.tdiatas, kebanyakan
dari kita tertidur dan terlena dengan asyiknya cerita. Langsung
tidak mahu menyelami maksud yang tersirat disebaliknya. Tuan-
tuan I hanya memberi perhatian dan tumpuan kepada peristiwa
korban (sembelih) Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya.
Sedangkan di dalam kisah tersebut, ada kiasan yang teramat
dalam, untuk dimengertikan. Sayangnya, tidak siapa yang mahu
memahami. Tuan-tuan hanya memandang dari sudut
pengorbanan Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya sahaja.
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN 393
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Dengan terlaknat dan terbinasanya kaum atau umat yang kafir,
mungkar serta syirik itu, membolehkan Allah menggantikan
dunia ini dengan penduduk kaum dan umat yang taat, patuh dan
bersujud kepadaNya. Allah berkuasa menjadikan dunia ini dihuni
semuanya oleh orang islam dan semuanya dengan orang yang
baik-baik tanpa langsung adanya orang kafir dan tanpa adanya
penghuni neraka. Allah Maha Berkuasa menjadikan semuanya
islam dan tidak ada yang menyembah patung berhala.
Tetapi bagi menyatakan sempumanyaAllah itu, maka dijadikan
umat yang patuh dan juga umat yang ingkar, dijadikan tinggi dan
rendah, hitam dan putih dan sebagainya. Tujuannya, bagi
menggambarkan dan menyatakan Allah itu sempuma, boleh
mencipta segalagalanya.
Sejarah sebelum Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s
menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s itu, adalah bermula
dengan Nabi Ibrahim a.s memohon supaya Allah melaknat dan
membinasakan kaumnya (hamba Allah).
Apabila Nabi Ibrahim a.s memohon untuk membinasakan
hambahamba Allah kerana melakukan berbagai kemungkaran,
lalu untuk menggambarkan sayangnya Allah kepada hamba-
hambaNya, yang diminta binasa itu, walaupunjahat, mungkar dan
ingkar, sebaliknya Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s
menyembelih anaknya.
Sebagaimana sayangnya Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya Nabi
Ismail a.s, sebegitulah sayangnya Allah terhadap hamba-
hambaNya malahan terlebih sayangAllah kepadahamba-
hambaNya, berbanding sayangnya Nabi Ibrahim a.s kepada
anaknya.
Bertitik tolak dari situlah bermula dan tercetusnya pengertian
korban. Korban jtu, bagi menggambarkan sayangnya Allah
kepada hambahambaNya, sekalipun hambanya itu melakukan
kemungkaran, apa " lagi bagi yang patuh.
Bermaknanya di sini, korban itu bagi menyatakan kasih sayang
Allah terhadap hambaNya. Kasih sayang ibu bapa kepada anak
394 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
dan kasih sayang anak kepada ibubapa. Kasih sayang umat
sesama umat. Kasih sayang makhluk sesama makhluk, dan kasih
sayang hamba terhadap Allah.
Apabilaadaperasaankasihsayang,barulahtimbulkecintaan. Setelah
timbulnya kecintaan, barulah terbitnya bibit pengorbanan.
Setelah timbul bibit-bibit pengorbanan, barulah terzahirnya nilai
menjauhi yang buruk bagi mendekati kebaikan, menjauhi yang
jahat bagi menghampiri yang baik, buang yang keruh ambil yang
jernih, jauhi yang mungkar bagi mendekati yang makruf. Itulah
pengorbanan dan itulah pengertian korban.
Korbankan yang jahat bagi menimbulkan yang baik. Korbankan
buruk sangka bagi menerbitkan baik sangka, korbankan hasad
dengki bagi menghampiri pemurah, penyayang, pemaaf, pemalu,
penderma dan sebagainya.
Jika seribu ekor lembu sekalipun ditumbangkan pada hari raya
haji (hari raya korban) jika tidak ada sifat atau nilai-nilai kasih
sayang atau kecintaan, apalah maknanya korban. Bagi Allah
s.w.t, bukan tumbang seribu ekor lembu kerbau, tetapi bagiNya,
korban dari yang jahat kepada baik, korban dari jahil kepada
alim, dari bodoh kepada celik ilmu, korban masa yang terbuang
kepada zikir dan korban sifat membenci kepada sifat berkasih
sayang.
Apabila melihat orang miskin dan susah, hati kita menjadi
lembut untuk membantu. Melihat orang jahil, hati kita terpanggil
untuk mengajak kepada kebaikan dan melihat kemungkaran hati,
kita terpanggil untuk mengubah kepada kebaikan. Semua itu
dilakukan atas dasar kasih sayang.
Hari korban itu adalah hari kasih sayang, hari menggantikan
kebencian kepada nilai kasih sayang. Nabi Ibrahim a.s enggan
menyembelih anaknya adalah di atas dasar kasih sayang. Setelah
sedar kasih sayang kepada Allah mengatasi kasih sayang kepada
anak, lalu Nabi
Ibrahim a.s sanggup menyembelih anaknya di atas kasih sayang
kepada perintah Allah, walaupun sebelumnya Baginda keberatan.
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN 395
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Allah mencipta cerita atau kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi
Ismail a.s adalah atas dasar bagi menggambarkan kasih sayang.
Jadi kenapa kita hanya melihat hari raya korban itu, sebagai hari
menumbangkan lembu, kerbau, kambing atau unta? Ada seorang
hamba Allah, berniat dan berhajat untuk berkorban kepada
Baginda Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah bersabda:-
Hadis: "bahawa berkorbanlah kepada aku sepanjang masa".
Dari hadis di atas, tidakkah kita nampak bahawa, korban itu
bukan menumbangkan binatang ternakan semasa hari raya
semata-mata Maksud korban yang sebenar itu, adalah
menumbangkan kejahatan, pergaduhan, permusuhan" hasad
dengki, khianat, bakhil dan kemungkaran supaya diganti dengan
mendirikan kebaikan dan kemakrufan sepanjang masa.
Jika berkawan, berkawanlah dengan kasih sayang. Jika beljanji,
berjanjilah dengan kasih sayang. Jika bercinta, bercintalah
dengan kasih sayang. Jika bekelja, bekerjalah dengan kasih
sayang dan sebagainya. Kasih sayanglah resepi mujarab yang
boleh mendatangkan kesempurnaan dan kesejahteraan sejagat.
Sebab apa masakan yang dimasak oleh ibu kita enak? Ibu kita
masak ikan kering, orang lain pun masak ikan kering yang sama,
tetapi kenapa ikan kering yang dimasak oleh ibu kita lebih sedap
dan lebih enak?
Sedangkan ikan kering yang ibu kita masak itu, adalah ikan
kering yang sama seperti orang lain masak. Sebab yang
menjadikan ianya sedap, adalah kerana dimasak di atas dasar
kasih sayang. Apa yang ibu kita masak kepada kita itu, adalah
masakan di atas dasar kasih sayang. ltulah makanya masakan
ikan kering ibu kita itu lebih sedap berbanding orang lain,
sungguhpun dari ikan yang sama.
Begitu juga dengan kehidupan kita, kehidupan kita ini hendaklah
dipenuhi dengan sifat kasih sayang, barulah dipandang Allah.
Pemberian, pekerjaan, pengorbanan atau pertolongan yang
berharga itu adalah kasih sayang. Atas dasar kasih sayanglah
396 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
suatu yang dipandang Allah. Sifat kasih sayang itulah, sebenar-
benar yang dikatakan ikhlas.
Mari sekali lagi kita lihat tafsiran surah AI-Kautsar. Jika pada
awalnya kita lihat tafsirannya dengan tafsiran mata zahir, apa
kata kali ini kita sama-sama melihat tafsirannya dengan mata hati
dan juga dengan mata kasih sayang.
o Sesungguhnya Kami telah memberi engkau kebaikan yang
banyak.
o Sebab itu sembahyanglah engkau kerana Tuhanmu dan
sembelihlah (korbanlah).
o Sesungguhnya orang yang membencimu akan musnah.
Pengertian dari ayat pertama:
"Sesungguhnya kami telah memberi engkau kebaikan yang
banyak"
Melalui surah ini, Allah s.w.t menyatakan bahawa telah
mengurniakan kepada kita nikmat kebaikan yang banyak.
DiberiNya segala penglihatan, pendengaran, anggota, kekuatan,
gagah, segak, cantik dan sebagainya. Diberi hidup, boleh
bemafas, menyedut udara, meneguk air dan menikmati
bermacam-macam makanan yang lazatlazat
Buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan segala macam, nikmat telah
diberi kepada kita. Nikmat yang besar sekali adalah nikmat nafas,
nyawa atau roh. Sekiranya tidak ada nyawa, masakan sifat-sifat
yang dinyatakan seperti di atas dapat bergantung.
Pengertian dari ayat kedua:
"Sebab itu sembahyanglah engkau kerana Tuhanmu dan
sembelihlah (korbanlah) "
Berdasarkan kepada ayat di atas, adakah setiap kali bersolat, kita
hendaklah berkorban? Allah memerintahkan supaya kita
mendirikan sembahyang, kemudian diperintahkan pula supaya
kita sembelih (korban). Adakah begitu maksudnya, sembahyang
dan sembelih (korban)?
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN 397
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Apakah maksud sembelih (korban)? Adakah setiap kali
sembahyang kita perlu melakukan korban (sembelih), dan
apakah yang hendak disembelihkan? Cubajawab dan cuba
jelaskan.
Saya sengaja membuka persoalan ini untuk mengajak tuan-tuan
berfikir, supaya terbuka sedikit minda tuan-tuan. Selama ini, kita
hanya tahu membaca Al-Quran, tetapi tidak pemah mahu
mengkajinya. Setelah dikaji, barulah kita tahu bahawasanya
AlQuran itu, mempunyai maksud, makna dan erti yang berlapis-
lapis (tersirat).
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah adapun korban
(sembelih) itu, ertinya adalah penyerahan. Jikalau begitu,
apakah benda atau perkara yang hendak kita serahkan, yang
hendak kita sembelihkan dan yang hendak kita korbankan semasa
sembahyang?
Apapun yang perlu kita serahkan itu, adalah patuh, taat, sujud,
ikhlas dan melaksanakan sembahyang dengan penuh nyata
terhadap Allah. Berdasarkan ayat yang kedua ini, dinyatakan dua
suruhan iaitu dirikanlah sembahyang dan berkorban.
Setelah kita tahu pengertian korban itu membawa maksud
mengembalikan segalanya kepada Allah, sehingga sampai
kepada tahap roh. Jadi, sembahyanglah kita atau sembahlah Allah
itu, sehingga sampai kepada tahap tidak ada roh.
Bilamana jasad tidak ada roh, dengan sendirinya anggota-anggota
lain akan menjadi tidak berfungsi. Dengan erti kata lain,
bilamana roh sudah kembali kepadaAllah, dengan sendirinya
anggota-anggota lain juga akan turut kembali kepadaNya.
Pengertian dari ayat yang ketiga:
"Sesungguhnya orang yang membenci mu akan musnah"
Bagi mentafsir ayat ini, mari kita imbas kembali ayat pertama
dan kedua. Ungkapan ayat bahawasanyaAllah itu,
1. memberi banyak nikmat.
2. Sembahyang dan sembelihlah (serahlah).
398 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
3. Yang membenci akan musnah.
Merujuk kepada ketiga-tiga ayat tersebut, tafsiran setiapnya itu
adalah seperti berikut:
o Roh adalah nikmat pemberian Allah yang paling besar.
o Hendaklah kamu menyatakan Allah (sembahyang), dengan
penyerahan diri sehingga kepada tahap nyawa (roh).
o Sesudah semuanya diserahkan kepadaAllah s.w.t, maka
tidak apa lagi yang tinggal atas diri kita dan setelah segala-
galanya tidak tersisa atas diri kita, maka jadilah
sebagaimana hadis di bawah ini:
"Dan bila aku telah mencintainya, maka Akulah telinganya,
dikaladia mendengar dan Akulah matanya, dikala dia melihat
dan Aku tangannya, dikala dia mengambil dan Akulah kakinya,
dikala dia melangkah"
Sesudah kita serahkan segalanya kepada Allah, maka jadilah kita
ini milikNya. Setelah segalanya sudah menjadi milik Allah, maka
tidak akan ada seorang pun yang akan membenci kita. Sekiranya
ada sekalipun orang yang membenci, pasti akan musnah dan
binasa.
Oleh itu, marilah kita sarna-sarna lihat, bahawasanya terlalu
banyak nikmat Allah atas kita. Marilah kita sarna-sarna
menyembah Allah (menyatakan Allah) dengan menyerah diri
(menyembelih diri) sepenuhnya dan setelah menyerah diri
(sembelih), tidak akan ada lagi orang yang akan memusuhi dan
membenci kita. Malahan, kita ini akan dijadikan sebagai kekasih
Allah.
"Orang yang membenci mu akan musnah". Ertinya, bilamana diri
kita telah kita serah segalanya kepada Allah, maka tidak adalah
perasaan hasad dengki, khianat, iri hati, sombong, bakhil dan
perasaan meninggi diri. Maka dengan itu, tidak ada lagi orang
yang akan membenci dan memusuhi kita. Jika masih ada sifat
diri, maka sudah tentu adanya sifat-sifat seperti yang disebutkan
di atas.
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN 399
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Sekiranya kita sudah tidak ada, maka segala sifat yang buruk itu,
dengan sendirinya akan berakhir, terkubur, tamat dan hilang dari
diri kita. Maka kita akan disayangi, disanjung dan dimuliakan
orang sepanjang masa. Setelah diri kita sudah kita sembelih
(korbankan), maka sayang kita itu, adalah sayangnya Allah.
Kasih kita itu, adalah kasihnya Allah. Cinta kita itu, adalah
cintanya Allah.Sembahyang kita itu, adalah sembahyangnya
Allah. Ibadah kita itu, adalah ibadahnya Allah dan beramal kita
itu adalah beramalnya Allah. Inilah yang dikatakan korban atau
penyerahan yang sepenuhnya (total).
Berdasarkan pengertian ayat ketiga, dengan bersifat kasih
sayang, dapat menjauhkan diri kita dari dibenci orang.
Menghindarkan diri kita dari difitnah, disisih, dipulau dau
dimusuhi oraug. Bennakuauya I di sini, dengan sifat menyerah
diri (korban atau sembelih), I membuatkan kita akan dikasihi dan
disayangi oleh orang termasuk disayangi juga oleh binatang.
Apabila kita hidup dengan penyerahan . diri yang sepenuhnya
(keseluruhan), tidak ada lagi orang yang akan memusuhi kita.
Maksud korban bukan sahaja merujuk kepada sembelih binatang
dan bukan sahaja merujuk kepada sejarah Nabi Ibrahim a.s
menyembelih Nabi Ismail a.s. Ianya lebih condong dan merujuk
kepada sifat "penyerahan roh (nyawa)". Jangan lihat kepada bapa
menyembelih anak, tetapi lihatlah kepada kiasan penyerahan
nyawa atau roh kepada Allah. Maksud peristiwa penyerahan
nyawa kepada Allah itu, mengatasi maksud bapa sembelih anak.
Kisah pengorbanan seorang bapa kepadaAllah dengan
menyembelih anak kandungnya sendiri, adalah peristiwa
simbolik semata-mata. Perkara yang mengatasi seorang bapa
menyembelih anak itu, adalah perkara penyerahan, pengembalian
dan pemulangan nyawa atau roh kepada Allah.
Penyerahan nyawa atau penyerahan roh itu, lebih tingginilainya
berbandingjasad atau darah Nabi Ismail a.s. Lebih mulia
berbanding penyerahan darah atau daging. Lebih dilihat oleh
Allah, berbanding pengorbanan memotong lembu, sapi atau unta.
400 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Sekiranya kita benar-benar menghayati sejarah dan pengertian
korban, ianya akan membawa hati kita kepada satu tahap yang
menjadikan kita ini kosong. Kita sudah tidak punya apa-apa
selain Allah. Dahulu kita boleh bergerak, boleh bertutur, boleh
beIjalan dan boleh melihat serta boleh mendengar kerana adanya
nyawa.
Dahulunya kita boleh bergaduh, boleh bertengkar, boleh
menyombong diri, boleh ego, boleh berlagak tinggi diri dan
boleh merasa besar diri, tetapi sekarang sekiranya nyawa kita
tidak ada, setelah dikembalikan kepada Allah, apa lagi yang
tinggal? Setelah segalanya dikembaliakan kepadaNya, dengan
apa lagi hendak kita menyombong diri? Dengan apa lagi kita
hendak bermegah-megah? Sesudah kesemuanya termasuk nyawa
kita dikembalikan kepada Allah, apalagi yang tinggal pada kita?
Di situ barulah kita sedar dan barulah kita insaf, yang mana boleh
membawa kita menjadi seorang yang baik.
Sesudah kita menyerah diri kita sehingga sampai kepada tahap
nyawa, kita tidak lagi memandang alam ini kejam, jahat atau
buruk. Malahan, segala-galanya akan dilihat dan dipandang baik
belaka. Pandang dengan hati yang jujur, taat, patuh, sabar, pasrah
dan ikhlas.
Setelah mengembalikan nyawa kepada Allah, akan menjadikan
diri kita mati. Setelah mati, orang yang sudah mati tidak lagi
menjadi pemarah, tidak lagi ada perasaan takut, tidak lagi bersifat
kedekut, tidak lagi mahu megambil rasuah, tidak lagi menjadi
pembohong, tidak lagi menipu dan tidak lagi mudah putus asa.
Itulah erti, maksud atau makna korban (sembelih) atau haji (mati
sebelum mati atau penyerah nyawa atau penyerahan sehingga
sampai kepada tahap roh kepada Allah).
Korban Berkait rapat Dengan Ibadah Haji
Orang yang sudah berkorban (sembelih) itu, adalah orang yang
sudah menyerah segala urusan kepada Allah (termasuk
nyawanya). Hari raya puasa itu, bermaksud kita menyerah tujuh
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK HARI RAYA KORBAN 401
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
anggota kepada Allah, manakala maksud hari raya korban itu
pula, adalah bermaksud kita menyerah "nyawa atau roh"
kepada Allah.
Setelahjiwa dan raga, zahir dan batin telah kita serahkan
semuanya kepadaNya, jadi apa lagi yang tinggal kepada kita?
Melainkan segalanya telah terserah kepada Allah. Kita sudah
tidak punya apaapa lagi. Setelah kita tidak memiliki apa-apa, apa
lagi yang hendak Allah tuntut atas dari kita ini jika segalanya
sudah terserah? Kita telah menyerah segala diri kitakepadaAllah
sehingga sampai kepada tahap nyawa, apa lagi yang Allah
hendak tuntut pada kita.
Itulahyang dikatakan sebenar-benarkorban dan itulahyang
dikatakan sebenar-benar "pengertian haji". Haji itu, ertinya kita
sampai kepada tahap penyerahan nyawa. Setelah menyerah
hingga kepada tahap nyawa, itulah yang dikatakan sebenar-benar
haji dan itulah sebenar hari raya korban. Kenapa kita panggil hari
raya korban itu sebagai hari raya haji? Apa kena-mengenanya
haji dengan korban? Pasti ada rahsia yang tersirat disebaliknya
.........................................................................................................

402 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR ZAKAT DAN
FITRAH TAFSIRAN ZAKAT MELALUI HUKUM FEQAH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
BAB 42
YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR
ZAKAT DAN FITRAH TAFSIRAN ZAKAT MELALUI HUKUM
FEQAH
Pengertian atau makna zakat dari segi tafsiran hukum feqah
adalah bermaksud keperluan dapur atau keperluan asas.
Manakala makna atau pengertian fitrah pula, adalah semulajadi
atau bersih.
Berdasarkan erti, tafsiran atau makna zakat dan fitrah itu sendiri,
telah membawa kita kepada suatu pengertian yang jelas,
sekiranya kita melihatnya melalui mata hati. Tetapi sayangnya
sesuatu ilmu itu, kita tidak melihatnya dengan mata hati dan
kerana itulah kita selalu terbabas dan terlepas pandang untuk
menilai hakikat disebalik sesuatu maksud, walaupun ianya jelas,
terang dan nyata.
Yang kita ingat, yang kita nampak dan yang kita pandang itu,
adalah ibadah fitrah yang berupa sukatan beras (jika zaman
dahulu), manakala zaman sekarang, zakat itu dikeluarkan sekadar
disukat dengan kiraan wang ringgit iaitu di antara RM7 mengikut
negeri, tetapi ada negeri kiraan zakatnya, lebih murah dan ada
negeri yang lebih mahal.
Pembayaran fitrah pada zaman dahulu, dilakukan dengan
mengunakan beras. Disukatnya beras sekadar harga semasa
ketika itu. Manakala -pada zaman sekarang, ditukar ganti beras
dengan wang ringgit mengikut nilaian semasa. Jika pada masa
dahulu fitrah itu, adalah berupa beras yang disukat melalui
cupak. Dimasukkan beras ke dalam cupak, iaitu bekas sukatan
beras zaman dahulu. Kemudian, beras di dalam cupak itu
dijadikan sebagai akad jual beli. Bilamana kita datang untuk
membayar fitrah, amil akan menolak beras yang ada di dalam
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR 403
ZAKAT DAN FITRAH TAFSIRAN ZAKAT MELALUI HUKUM FEQAH
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
cupak kepada kita, kemudian kita tolak semula cupak yang berisi
beras tadi kepada amil.
Begitulah seternsnya, jika kita ada 12 orang anak, kita kena
sorong dan tarik cupak tadi sebanyak 14 kali termasuk kita dan
isteri. Datang orang lain pula, beras dan cupak yang sarna juga,
disorong dan ditarik. Begitulah cara orang zaman dahulu
membayar zakat fitrah sehingga sampai hari raya (sebelum
sembahyang raya).
Sekali pandang atau jika dilihat dengan akal yang cetek akal ini,
fitrah yang bernpa beras atau wang ringgit itu, seolah-olah lucu
dan suatu permainan yang boleh dipermain-mainkan atau sesuatu
yang boleh dipersendakan.
Apa tidaknya, datang orang lain, beras itujuga yang
diperdagangkan dan beras di dalam cupak itu juga yang disorong
dan ditarik sebagai akad. Bawah tapak cupak itu, lama-lama
boleh menjadi haus, kerana cupak yang sarna dan beras yang
sarna ditarik serta ditolak oleh amil.
Sekarang ini, tidak perlu lagi menarik dan menolak cupak, kerana
wang ringgit telah menjadi galang ganti. Sekali pandang
seolaholah Allah itu, boleh dipersenda, tetapi itulah
kenyataannya yang digariskan oleh hukum.
Dengan pernbahan zaman dan peredaran masa, kini fitrah boleh
pula dibayar terns dengan mengunakan nilaian wang ringgit.
Tidak perlu lagi mengunakan cupak yang berisi beras. lanya
boleh dibayar terns melalui potongan gaji, melalui wakil dan
sebagainya. Pada masa yang akan datang, dengan kecanggihan
teknologi moden, fitrah itu, entah akan dibayar melalui apa pula?
Konsep pembayaran fitrah zaman sekarang ini, telah dipandang
dan telah dilihat melalui nilaianwang ringgit, bukan melalui
nilaian hakikat sebenar. Jika nilaian wang ringgit yang sebanyak
RM 7.00 atau RM 8.00 itu, untuk diperbandingkan dengan
"perbelanjaan dapur" atau perbelanjaan minyak kereta yang
memakan belanja RM 30.00 hingga RM 80.00 sehari, berbanding
404 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR ZAKAT DAN
FITRAH TAFSIRAN ZAKAT MELALUI HUKUM FEQAH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
dengan fitrah RM 7.00 hingga RM 8.00 setahun, alangkah
jauhnya perbezaan itu.
Anak sekolah tahun 3 sudah memakai telefon bimbit, belanja
makan sahaja antara RM 5.00 ke RM 10.00 sehari. Jika
dianggarkan, lebih kurang RM150 ke RM300 sebulan dan dalam
masa setahun RMl,700.00 atau RM 3,600.00 dibelanjakan,
sedangkan fitrah barn mencecah RM 7.00 hingga RM 8.00 sekali
setahun.
Apakah sebenamya fitrah, menurut perkiraan ilmu hakikat
(makrifat) dan menurnt perkiraan Allah s.w.t? Bagi yang berfikir
dan mempunyai mata basyirah serta bagi mereka-mereka yang
berpandangan jauh, semestinya mengerti, faham dan jelas akan
bahasa isyarat, bahasa kiasan dan bahasa simbolik disebalik
maksud fitrah itu.
Malahan, ianya membawa pengertian yang jauh lebih besar, lebih
dalam dan lebih tinggi dari sangkaan ilmu feqah. Bagi yang
pengajiannya setakat ilmu syariat (ilmu feqah atau ilmu kulit),
mereka melihat, memandang dan menilik hanya melalui "nilai
hukum feqah" yang terbatas pada perbatasan akal.
Hukum akal dan hukum feqah itu, hanya memandang zakat,
kepada kadar beras yang dalam cupak dan hanya memandang
pada kadar wang yang berjumlah RM7 atau RM 8.00. Mereka
sangkakan dan mereka nilaikan zakat itu, hanya melalui kadar
wang ringgit. Alangkah sayangnya, makna dan tafsiran yang
tersirat disebalik zakat itu, tidak ramai yang mengetahuinya.
Pengertian Zakat Yang Sebenar Melalui Suluhan Ilmu
Makrifat
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah S.W.t sekalian.
Zakat pada pengertian feqah itu, adalah bermaksud "keperluan
dapur atau keperluan asas". Cuba tuan-tuan tanya kepada diri
sendiri, adakah Allah S.W.t itu, memerlukan kepada keperluan
dapur ataupun memerlukan kepada keperluan asas? Cuba tanya
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR 405
ZAKAT DAN FITRAH TAFSIRAN ZAKAT MELALUI HUKUM FEQAH
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
diri sendiri, saya mahu tuan-tuan dan puan-puan betul-betul tanya
dan ajukan persoalan ini kepada diri sendiri.
SekiranyaAllah S.W.t tidak perlu kepada perkara-perkara itu
semua, apakah yang Allah S.W.t maksudkan disebalik perkara
zakat? Jadi, mari kita sarna-sarna lihat apakah maksud yang
tersembunyi disebaliknya.
Zakat menurut suluhan ilmu makrifat dan tilikan ilmu hakikat itu,
adalah "tanggungjawab anggota tubuh yang tujuh". Anggota
yang tujuh kita itulah, sebenar-benar zakat yang harus kita
keluarkan. Zakat anggota tangan hendaklah kita gunakan untuk
bekerja mencari makan.
Rezeki yang,diperolehi hasil dari titik peluh anggota tangan kita,
hendaklah disampai-sampaikan pula kepada selain dari diri kita.
Panjangkan hasil titik peluh tangan itu, kepada anak isteri, kedua
orang tua, sau?ara-mara, penduduk setempat dan umumnya
kepada nusa dan bangsa.
Anggota tangan dan anggota mulut digunakan untuk mendidik
anak mood dengan sebaik mungkin bagi sesiapa yang bertugas
sebagai guru. Tangan bagi seorang petani bekerja dengan penuh
kesyukuran dan hasilnya itu, hendaklah disampai-sampaikan dan
dipanjangpanjangkan kepada orang lain, selain dari diri sendiri.
Inilah diantara kiasan zakat.
Zakat itu, ada yang berupa zakat peliharaan, zakat emas, zakat
harta dan sebagainya. Adapun zakat yang berupa barang berharga
seperti itu, hanya dapat dikeluarkan oleh orang yang berada dan
orang yang berduit sahaja. Bagi yang tidak berkemampuan,
mereka tidak diwajibkan menurut hukum feqah. Akan tetapi,
menurut hukum ilmu makrifat, zakat itu hendaklah dikeluarkan
oleh setiap insan.
Zakat mata, digunakan untuk membaca ilmu dan kemudian, ilmu
yang dibaca itu, disebar-sebarkan kepada orang ramai. Zakat
telinga, digunakan untuk mendengar ceramah-ceramah agama
misalnya, dandisampai-sampaikan pula kepada orang ramai.
406 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR ZAKAT DAN
FITRAH TAFSIRAN ZAKAT MELALUI HUKUM FEQAH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Begitulah pada setiap anggota tubuh kita yang tujuh itu, ada hak
bagi mengeluarkan zakat.
Zakat ibubapa kepada seorang anak dan zakat anak kepada
ibubapa. Zakat isteri terhadap suami dan zakat suami terhadap
isteri. Zakat diri kepada negara, zakat diri kepada
haiwan,tumbuh-tumbuhan, kepada amanah orang dan zakat kita
kepada janji orang, apa lagi zakat kita kepadaAllah S.W.t. Iaitu,
dengan menyerah segala anggota tujuh (menyerah diri)
kepadaNya dan sebagainya.
Zakat itu, luas skopnya. Bukan sahaja pada temakin, emas atau
harta benda. Zakat menurut suluhan ilmu makrifat itu luas,
tinggi, besar dan berat, iaitu zakat bagi mengeluarkan sifat
keberadaan diri kepada.sifat kosong. Zakat adanya diri kepada
sifat kembali kepada Allah S.W.t. Pulangkan diri kepadaNya.
Ilmu makrifat itu, biar apapun ilmu yang diperbincangkan,
semuanya berlegar di sekitar penyerahan diri. Apapun ilmu yang
diperbincangkan, semuanya berbalik kepada ilmu menyerah diri,
iaitu ilmu mentauhidkan Allah s.w.t, setelah ketiadaan diri. Itulah
zakat yang besar, erat dan zakat yang paling tinggi.
Pengertian Di Sebalik Fitrah
Fitrah ertinya semulajadi atau suei.
Jika digabungkan kedua-dua makna itu, jadilah sebagai perkara
yang semulajadi suci. Apakah perkara yang dikatakan semulajadi
dan apakah perkara yang dikatakan suci? Adakah beras itu
dikatakan perkara semulajadi dan adakah wang ringgit itu yang
dikatakan suci? Fikir, fikir dan fikirlah dengan bahasa hati yang
waras, jangan sekali-kali kita guna bahasa akal, kerana akal itu
lemah.
Sekiranya kita sudah tahu bahawa bahasa akal itu lemah, kenapa
masih mahu mengunakan bahasa akal? Bahasa akal tidak dapat
untuk mentafsir perkara yang batin. Bahasa batin itu hanya dapat
diterjemahdanbolehdimengertikanolehyangbatin.Bagimengetahui
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR 407
ZAKAT DAN FITRAH TAFSIRAN ZAKAT MELALUI HUKUM FEQAH
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
pengertian batin, gunakanlah bahasa hati (bahasa batin). Hanya
hati mengenal hati dan hanya hati yang boleh memahami bahasa
hati. Bilamana kita mengunakan bahasa hati, barulah perjalanan
ilmu hakikat itu, boleh diselarikan dengan jawapan yang akan
ditafsir nantinya. Bagi mengunakan bahasa hati, kita pinggirkan
dahulu perkataan beras, kita ketepikan dahulu bahasa cupak dan
wang ringgit.
Mari kita selami lautan makrifat ini dengan bahasa hati dan
bahasa mata basyirah. Mata basyirah itu, bila digunakan dengan
keberkatan nikmatAllah s.w.t, ianya akan dapat menjawab
persoalan fitrah yang hakiki.
Perkataan fitrah itu sendiri, sudah cukup jelas bagi
menggambarkan tafsiran makna dan erti fitrah. Cuba kita buka
semula pintu hati dan buka mata basyirah dan lihat semula
terjemahan fitrah. Fitrah itu bermaksud semulajadi. Apakah yang
dikatakan perkara yang semulajadi? Apakah beras itu
semulajadi? Beras itu adalah hasil dari benih yang ditanam oleh
anggota jasad. Wang ringgit itu dicari
olehtulangempatkerat(anggo.tajasad). Cupak itupun juga
dijadikan oleh anggota manusia. Apakah yang dimaksudkan
dengan perkataan semulajadi?
Dalam asyik menatap kalam kitab ini, jangan sekali-kali tuan-
tuan lupa bahawa kita sekarang ini sedang berbicara dalam
persoalan fitrah, belum lagi masuk bab zakat. Jangan tuan-tuan
keliru, tafsiran fitrah dan tafsiran zakat itu berbeza.
Apa yang sedang kita perbincangkan ini, adalah soal fitrah.
Manakah sebenamya yang dimaksud dan yang dikatakan dengan
pengertian atau tafsiran perkataan fitrah (semulajadi atau suci)?
Adakah beras itu suci, adakah cupak itu suci dan adakah wang
ringgit itu yang dikatakan suci?
Manakah yang dikatakan semulajadi dan manakah yang
dikatakan suci? Semulajadi dan suci itu terletak pada cupakkah,
pada beraskah atau pada wang ringgitkah?
408 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR ZAKAT DAN
FITRAH TAFSIRAN ZAKAT MELALUI HUKUM FEQAH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Mungkin dalam hati kecil pembaca, ada mengatakan yang suci
itu hati. Jika hati yang dikatakan suci, adakah yang dijadikan
akad jual beli itu hati? Adakah yang di dalam cupak itu hati?
Setahu saya, di dalam cupak, yang dijadikan akadjual beli itu
adalah beras dan bukannya hati!. Adakah boleh hati kita
dimasukkan ke dalam cupak? Manakah sebenarnya suci dan
manakah sebenarnya yang dikatakan semulajadi itu?
Oleh itu, cuba tuan-tuan tanya diri sendiri, apakah benda, perkara
atau sesuatu yang datang secara semulajadi dan yang datang
secara bersih? Jika beras yang dikatakan semulajadi, ianya perlu
ditanam, dibaja, dituai dan dimesin, barulah boleh jadi beras.
Jika wang ringgit yang kita sangkakan semulajadi, sedangkan
wang bukan datang dengan sendiri jika tidak dengan
mengunakan tulang empat kerat, berhempas pulas bekerja bagi
tujuan mendapatkan wang ringgit. Jadi, manakah yang dikatakan
sesuatu yang suci, yang bersih, yang semulajadi atau yang
dikatakan fitrah?
Ketahuilah oleh sekalian yang ada, bahawasanya yang
dimaksudkan dengan semulajadi, yang suci dan yang fitrah itu,
adalah diri kita sendiri. Diri kita dilahirkan denganfitrah. Diri kita
ini dilahirkan dalam berkeadaan suci. Biarpun anak Cina atau
India atau kafir sekalipun, jika sekiranya bagi yang belum akil
baligh, mereka dianggap suci dan bersih.
Yang dikatakan sebenar-benar fitrah (semulajadi dan bersih),
menurut suluhan Hmu makrifat dan menurut kaca mata
pandangan Hmu hakikat itu, adalah diri kita sendiri. Itulah
sebenar-benarnya pengertian fitrah, mengikut pengajian ilmu
makrifat, iaitu pengajian ilmu mata basyirah.
Apabila fitrah itu merujuk kepada diri, apakah yang perlu dibayar
oleh setiap dari diri? Apakah diri dilahirkan bersama dengan
wang atau dilahirkan bersama dengan beras?
Diri kita dilahirkan bukan dengan beras dan bukan dengan wang
ringgit, tetapi diri kita ini dilahirkan bersama dengan fitrah.
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR 409
ZAKAT DAN FITRAH TAFSIRAN ZAKAT MELALUI HUKUM FEQAH
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Inilah maksud fitrah yang hendak dikembalikan semula kepada
Allah s.w.t.
Semua cerita tentang agama islam adalah berkisar atas perkara
penyerahan diri. Kerana dengan cara pengenalan penyerahan
dirilah yang membantu kita ke arah mengenalAllah S.W.t.
Tujuan hidup kita, tujuan pelajaran ilmu dan tujuan pembelajaran
semua ini, melalui satu matlamat, iaitu dengan bermatlamatkan
untuk mengenal Allah S.W.t.
Percayalah bahawasanya semua yang kita pelajari itu, adalah
menuju kepada mengenal diri, secara tidak langsung ia juga akan
membawa kita kepada mengenal Allah s.w.t. Seumpama kita
makan garam, masin itu akan datang dengan sendirinya, tanpa
perlu dicari atau dipelajari. Begitu juga dengan pelajaran ilmu
makrifat atau ilmu hakikat.
Segala ilmu hakikat atau makrifat yang kita pelajari, tidak boleh
tidak dari mempelajari mengenal diri, iaitu cara penyerahan diri,
cara mengenal diri, cara bertawakal diri, cara fana'kan diri dan
berbagai-bagai ilmu itu ianya tidak boleh tidak dari pelajaran
untuk membinasakan diri dengan erti kata lain pelajaran
mengenal diri. Sebutlah apa ilmu sekalipun baik ilmu puasa, haji,
zakat, fitrah, sembahyang, kalimah syahadah dan apa-apa pun,
semuanya berkisar kepada penyerahan diri atau mengenal diri.
Namun, dalam pada banyak itu pun, tidak ramai yang
mengetahuinya.
Begitulah dengan kebanyakan karangan kitab arwah Tok Kenali
hanya berbalik atau berkisar kepada cerita pengenalan diri,
sehingga ada didantara sesetengah dari setengahnya hampir
bosan. Sesungguhnya yang bosan itulah, ramai di kalangan kita
yang tidak tahu dan yang ambil mudah. Biarpun kerap berulang
kali dinyatakan namun tetap tidakjuga faham-faham.
Saya tidak jemu-jemu untuk membicarakan tentang hal ilmu
penyerahan diri, kerana itulah satu-satunya kunci, jalan, cara atau
kaedah mengenal Allah s.w.t yang tidak ada jalan lain lagi
selainnya.
410 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR ZAKAT DAN
FITRAH TAFSIRAN ZAKAT MELALUI HUKUM FEQAH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Sekali lagi saya nyatakan di sini bahawa sekali-kali tidak ada
jalan atau cara lain untuk mengenal Allah s.w.t, selain dengan
cara mengenal diri atau melalui penyerahan diri!. Dengan cara
mengenal diri, bererti kita mengenal Allah s.w.t.
Oleh itu, pelajarilah kaedah penyerahan diri, agar dapat ilmu
mengenal diri kita. Begitulah dengan pelajaran ilmu fitrah. Fitrah
itu, adalah suci atau semulajadi. Apa yang suci dan apa yang
semulajadi? Maksud suci dan maksud semulajadi itu, adalah
merujuk kepada diri kita sendiri.
Diri kitalah pada mulanya dilahirkan dalam berkeadaan suci dan
diri kitalah yang datang secara semulajadi. Harta dan wang
ringgit, dicari setelah terzahimya diri. Begitujuga dengan beras,
ia hasil dari padi yang ditanam setelah kelahiran diri. Manakala
diri, lahimya diri dalam bentuk kejadian yang semulajadi,
kelahirannya tanpa bersama wang atau beras.
Oleh itu, maksud atau tafsiran fitrah itu, adalah merujuk kepada
diri kita. Diri kita ini yang dikatakan fitrah Allah S.W.t.
Bilamana diri telah menjadi fitrah Allah s.w.t, maka dirilah juga
yang harus dibayar balik kepada Allah S.W.t.
Diri kita inijugayang dikehendaki untukdiserah kembali
kepadaNya, selaku tuan yang empunya. Bukannya merujuk
kepada wang ringgit atau beras yang diisi di dalam cupak!.
Bukannya merujuk kepada harta benda yang baru, tetapi merujuk
kepada harta semulajadi (diri). Inilah yang hendak dikembalikan
kepadaAllah S.W.t
Pengertian Disebalik Zakat
Zakat itu ertinya barang-barang rumah. Dalam bahasa yang lebih
luas, zakat itu merujuk kepada pengertian memberi, menafkah,
membantu atau menolong. Menuruf tafsir feqah, zakat itu adalah
berupa sebahagian dari harta, mengikut kadar yang telah
ditetapkan oleh syarak. Seumpama zakat harta emas, wang,
binatang temakan dan sebagainya.
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR 411
ZAKAT DAN FITRAH TAFSIRAN ZAKAT MELALUI HUKUM FEQAH
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Sila rujuk surahAI-Maa'uun, ayat 7. Maksud barang-barang
rumah itu, adalah. merujuk kepada keperluan asas. Tidaklah
zakat itu bermaksud mencampuri masalah dalaman, yang berupa
keperluan kenderaan mewah, kediaman mewah atau makanan
mewah. Ia hanya sekadarkeperluan asas sahaja yang menjadi
keperluan sekadar untuk menyambung hidup.
Zakat menurut pandangan atau suluhan dari kaca mata ilmu
makrifat atau hakikat, zakat itu merujuk kepada menghulur
kebajikan pertolongan seberapa daya yang mampu. Menolong
berupa tenaga, nasihat, wang ringgit, bantu-membantu, tolong-
menolong,kerjasama dan seumpamanya, iaitu yang dikeluarkan
oleh anggota diri.
Jika ada kenderaan yang rosak di tepi jalan, tambahan pula orang
tua dan yang berkeluarga di tengah-tengah panas terik, hendaklah
kita keluarkanzakat dengan memberhentikan kenderaankita dan
bertanya khabar, jika ada yang boleh dibantu sekadar yang
termampu.
Melihat isteri penat bekerja, lepas kerja terpaksa memasak,
mengemas rumah, mencuci kain dan apa salahnya kita sebagai
lelaki mengeluarkan zakat dengan sama-sama membantunya.
Melihat kepenatan ibubapa, apa salahnya keluarkan zakat dengan
menghulurkan secawan air suam, urut atau bertanya khabar
dengan nada suara yang lembut.
Nasihat dan mengkhabarkan berita gembira dan menyenangkan
hati juga merupakan zakat. Melihat orang dalam kesusahan, apa
salahnya kita keluarkan zakat yang ada pada diri kita bagi
membantu meringankan beban mereka.
Zakat bukan sahaja berupa harta wang ringgit, binatang temakan
atau emas perak. Zakat itu adalah berupa apa yang ada pada diri
kita. Sama ada ilmu pengetahuan, nasihat, ajaran agama,
membantu orang buta melintas jalan, mendamaikan orang yang
sedang bergaduh, menasihati anak-anakjiran yang sosial dan
sebagainya. Itulah yang dikatakan zakat. Perkara-perkara yang
mengembirakan hati orang lain, itu adalah juga dikira zakat.
412 YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR ZAKAT DAN
FITRAH TAFSIRAN ZAKAT MELALUI HUKUM FEQAH | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Sebagaimana soalan yang diajukan kepada Baginda Rasulullah
s.a.w tentang amal,
"Apakah diantara amal yang paling afdal ya Rasul Allah "?,
Baginda menjawab: "mengembirakan hati seorang mukmin".
Bertanya lagi kepada Baginda, "bagaimanakah caranya Rasul
Allah?". Baginda menjawab: "Menghilangkan kelaparan,
meringankan penderitaan dan melunaskan hutang-hutang".
Secara simboliknya, zakat itu, adalah bagi menghilangkan sifat
bakhil, tamak dan haloba. Dengan menghulurkan bantuan, bererti
kita menghilangkan bakhil. Perbuatan-perbuatan yang lahir dari
kemurahan hati itu, itulah yang dikatakan zakat.
Perbuatan-perbuatan yang mendatangkan kepuasan hati orang,
bagi orang yang kita tolong, itulah zakat. Memberi khabar
gembira dan menyenangkan hati orang, itupun zakat. Zakat itu
bukan sahaja tertumpu kepada memberi makan kepada fakir
miskin sahaja. Kebanyakan kita, apabila sebut sahaja zakat, kita
hanya ingat orang miskin, sedangkan itu adalah salah satu
diantaranya, bukannya satusatu diantaranya. Yang pentingnya,
zakat itu hendaklah datang dari hati yang tidak sekali-kali
mengharap balasan, upah atau meminta sebarang ganjaran
pahala.
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
....................................................................................................
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK PERKARA MEMBAYAR 413

414 YANG CARA UNTUK MENGHIDUPKAN IMAN BAGAIMANA DIKATAKAN
IMAN YANG HIDUP | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
BAB 43
YANG CARA UNTUK MENGHIDUPKAN IMAN BAGAIMANA
DIKATAKAN IMAN YANG HIDUP
Beriman itu, adalah berasyik-asyikkan atau berasyik-maksyuk
dengan yang dicintai. Beriman itu, ertinya cinta-mencintai dan
rindu-merindui dengan yang dikasihi.
Iman itu, adalah pendalaman dan mendasar kaedah "rasa" iaitu
rasa kasih, rasa cinta dan rasa dendam kepada hanya Allah.Iman
yang hidup adalah iman yang hat1ya ingat kepada Allah. Ingat
yang tidak mahu melupai Allah dan tidak mahu berpisah
denganNya.
Iman yang hidup juga adalah ingat hanya mahu bersama dengan
Allah walau di mana dan ke mana. Mahu .berjalan bersamaNya,
mahu melangkah bersamaNya, mahu duduk, bangun dan baring
bersamaNya juga.
Orang yang hidup imannya itu, adalah orang yang hanya mahu
apa yang dilihatnya itu, hanya Allah, malahan jika boleh, biarlah
yang melihat itu pun jua Allah.Biarlah Allah s.w.t sahaja yang
melihat. Untuk sampai kepada tahap "biar Allah sahaja yang
melihat" itu, hendaklah kita butakan mata kita daripada melihat
selain dari Allah.
Para pembaca sekalian, cuba anda tutupkan mata anda dengan
telapak tangan. Jangan tutup mata dengan jari. Saya mahu anda
tutup mata dengan telapak tangan anda, biar sampai tidak terlihat
apa-apa. Tutup mata dan biarkan seketika, kemudian buka
semula mataanda.
Semasa anda menutup mata, sudah tentu anda tidak boleh
melihat atau nampak apa-apa bukan? Yang tidak nampak itulah
sifat kita dan yang tidak dapat melihat itu jugalah sifat kita.
Setelah kedua-dua belah mata dibuka, saya mahu bertanya
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG CARA UNTUK MENGHIDUPKAN IMAN 415
BAGAIMANA DIKATAKAN IMAN YANG HIDUP
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
kepada anda, adakah sekarang anda dapat melihat? Jika jawapan
anda itu memihak kepada ya, yakinlah bahawa yang melihat itu,
bukannya mata anda. Yang bersifat melihat itu, adalahAllah
s.w.t. HanyaAllah
S.W.t sahaja yang bersifat melihat dan hanya kita ini sahaja
bersifat buta.
Sekarang saya mahu bertanya lagi kepada anda, disaat ini,
dimasa ini dan diketika ini, dapatkah anda melihat? Jika jawapan
anda memihak kepada ya, sesungguhnya itulah penglihatan Allah
S.W.t dan bukan penglihatan anda.
Penglihatan kita ini, adalah seumpama semasa kita dalam
keadaan tutup mata dengan telapak tangan. Setelah kita angkat
tangan dari menutup mata, maka mata kita pun dapat melihat.
Sesungguhnya, yang melihat itulah penglihatan Allah s.w.t.
Inilah caranya untuk kita menghidupkan iman dan inilah caranya
juga untuk kita terus hidup dalam keadaan beriman kepada Allah
s.w.t. Inilah tanda kasih sayang, cinta berahi, rindu dendam dan
damba-mendamba dengan Allah s.w.t. Bagi menghidupkan iman
itu, caranya adalah dengan "berkekalan menggunakan" sifat
Allah s.W.t
Air Tangan Kekasih
Erti atau makna "berkekalan mengunakan" sifat Allah s.W.t
itu, adalah seumpama kita ada seorang kekasih atau seorang buah
hati yang sangat dicintai.
Dalam keadaan kita bercinta atau berkasih sayang, sudah tentu
kita mahu tangan kekasih yang membelai rambut kita, tangan
kekasih yang menyuapkan nasi ke mulut kita, tangan kekasih
yang menyikat rambut, tangan kekasih yang mengosok pipi kita
dan kita mahu tangan kekasih memegang tangan kita.
Cinta dan kasih kepada orang yang dicintai itu, boleh ditafsirkan
sebegini, seumpama kita membeli rumah, belilah rumah atas
nama kekasih. Beli kereta, belilah atas nama kekasih, beli tanah,
belilah atas nama kekasih dan beli baju, belilah baju yang
416 YANG CARA UNTUK MENGHIDUPKAN IMAN BAGAIMANA DIKATAKAN
IMAN YANG HIDUP | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
wamanya disukai kekasih. Segalanya atas kehendak dan atas
nama kekasih. Barulah cinta dan kasih serta rindu dendam kita
itu, terlihat, terpandang dan tertilik hanya oleh kekasih.
Kita mahu memakai baju yang digosok kekasih, nasi yang
dimasak oleh kekasih dan mahu tidur sebantal dengan kekasih.
Jika boleh, kita mahu satukan badan dan jasad kita ini dengan
jasad kekasih. Segala-galanya kita hendak mengunakan hasil
tangan kekasih Hidupkan Iman Dengan Mengekal Sifat Baqa'
Lihat-terlihat, tilik-tertilik dan pandang-memandang itu, adalah
hanya kepada kekasih. Akhir sekali "berkekalanlah mengunakan"
kekasih. Diri dan jasad kekasih sahaja yang kita manfaatkan,
sekalipun membakar diri sendiri. Asal sahaja dapat mengunakan
mulut kekasih, hidung kekasih, mata kekasih dan tangan kekasih.
Diringkaskan, seluruh jasad dan badan atau tuoo kekasih dapat
kita gunakansepenuhnya.
Begitu juga dengan Allah S.W.t. Sekiranya kita dapat
"berkekalan mengunakan" sifatAllah s.w.t, alangkah hidupnya
iman kita. Seumpama biarlah kaki yang berjalan itu, Allah.
Tangan yang mengenggam itu, Allah. Ridung yang menghirup
udara itu, Allah. Mulut yang berkata-kata itu, Allah. Telinga
yang mendengar itu, Allah. Malahan, seluruh hidup dan mati kita
itu, Allah. ltulah ertinya kita mengunakan sepenuhnya secara
berkekalan sifat Allah S.W.t. Jangan ada sedikit pun memakai
sifat kita.
Setelah kita mengunakan sepenuhnya sifat Allah s.w.t, maka
yang dilihat itu adalah juga yang melihat dan yang ditilik itu,
adalah juga diri yang menilik. ltulah tanda iman yang hidup.
Pandang Kehadiran Kekasih (Allah) Itu, Sehingga Tidak Lagi
Terlihat Kehadiran Diri Sendiri.
Yang bersifat melihat dan yang bersifat memandang itu, itulah
Allah S.W.t. Untuk terus duduk bersama Allah (kekasih awal dan
akhir), janganlah sampai terlihat adanya diri kita sendiri!. Untuk
sampai kepada tahap iman yang hidup itu, kita hendaklah
menpergunakan sepenuhnya sifat Allah s.W.t. Biar sifat Allah
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG CARA UNTUK MENGHIDUPKAN IMAN 417
BAGAIMANA DIKATAKAN IMAN YANG HIDUP
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
s.w.t sahaja yang me1ihat, biar sifat Allah S.W.t sahaja yang
mendengar dan biar sifat Allah sahaja yang berkata-kata. Setelah
terlihat segala-galanya Allah s.w.t, maka terkuburlah adanya diri.
Setelah terkuburnya sifat adanya diri, maka terzahirlah sifat
Allah S.W.t dengan nyata lagi terang.
Pandang-memandang dan lihat-melihat itu, serahkan sahaja
kepada kekasih (Allah). ltulah orang yang cinta, kasih dan rindu
kepada Allah S.W.t. ltulah iman yang hidup dengan hanya Allah
S.W.t. Sehinggalah diri kita ini tidak melihat, dan yang melihat
itu Allah Diri kita ini tidak memandang, dan yang memandang
itu Allah
Orang yang hidup imannya kepada Allah S.W.t itu, adalah orang
yang mengunakan mata kekasih untuk melihat, mengunakan
tangan kekasih untuk memegang, mengunakan telinga kekasih
untuk mendengar dan mengunakan nyawa kekasih untuk
bemafas. ltulah kasih yang hidup dan itulah iman yang hidup.
Biar kita hidup dengan sifat kekasih.
Apa yang penting, untuk hidup dengan sifat kekasih itu,
hendaknya janganlah sampai terlihat lagi kehadiran diri sendiri.
Jadi, barulah boleh dikatakan hidup dalam keadaan beriman
kepada Allah S.W.t. Beriman kepada Allah S.W.t itu, adalah
setelah segalanya itu adalah sentiasa Allah, Allah, Allah .
Beriman Itu, Bukan Sahaja Hanya Di Bibir
Beriman itu senang tetapi cara untuk menghidupkan iman itu,
adalah teramat payah. Semua orang bercakap tentang iman, tetapi
teramat susah untuk beriman. Iman itu melalui bibir tetapi
beriman itu melalui qalbu. Antara bibir dengan qalbu dan iman
dengan beriman itu, adalah suatu perkara yang jauh berbeza.
Istilah iman adalah isyarat tafsiran syariat manakala beriman
itu, adalah isyarat tafsiran makrifat. Contohnya seumpama
rukun iman yang pertama iaitu, percaya kepada Allah. Perkara
percaya kepada Allah itu, semua orang boleh mengaku percaya,
418 YANG CARA UNTUK MENGHIDUPKAN IMAN BAGAIMANA DIKATAKAN
IMAN YANG HIDUP | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
tetapi untuk mempercayainya adalah suatu perkara yang teramat
payah. Perkara percaya dan perkara mempercayai itu, adalah
suatu yang berbeza.
Begitu juga seumpama perkataan selam dengan perkataan
menyelam, perkataan baca dan perkataan membaca itu, adalah
juga suatu perkataan atau perkara yang berbeza. Memandangkan
dalam permasalahan iman dengan perkara beriman itu, adalah
suatu yang berbeza. Mari kita sarna-sarna be1ajar cara-cara
beriman.
Beriman itu, ada tiga tahap;
1. Beriman pada tahap taklid (tanpa dalil)
2. Beriman pada tahap mutakalimin (dengan dalil)
3. Beriman pada tahap nurul yakin (dengan rasa)
Kebimbangan atau permasalahan besar yang dihadapi oleh
masyarakat muda-mudi kita sekarang ini, adalah dalam
permasalahan kegoncangan kepercayaan. Permasalah anak-anak
muda zaman sekarang ini, adalah dalam soal kepercayaan hati,
iaitu hati yang dalam berkeadaan tidak basah dengan keyakinan
(iaitu hati yang berkeadaan kering dari beriman kepada Allah
s.w.t). Kegoncangan hati itu, adalah kerana warisan yang diwarisi
turun temurun sedari datuk nenek kita lagi, sehingga membawa
kepada zaman kita sekarang ini. Kegoncangan percaya atau
beriman kepada Allah S.W.t itu, suatu perkara yang bukan barn.
Ianya bermula sejak dari zaman para-para Nabi terdahulu.
Punca Kegoncangan Iman
Punca timbulnya kegoncangan iman itu, adalah kerana kita
mengunakan istilah akal!. Ramai masyarakat dan anak-anak
muda zaman ini, mengunakan istilah akal untuk mempercayai
Allah S.W.t. Sedangkan, untuk mempercayai Allah S.W.t itu,
tidak boleh dengan mengunakan akal semata-mata. Ianya
hendaklah juga dengan mengunakan perkara qalbu (roh atau
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG CARA UNTUK MENGHIDUPKAN IMAN 419
BAGAIMANA DIKATAKAN IMAN YANG HIDUP
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
rasa). Tetapi, sayangnya kerana masyarakat sekarang jarang
mengunakan anggota qalbu masingmasmg.
Apakah maksud beriman pada tahap taklid (tanpa dalil)?
Beriman pada tahap taklid bermaksud orang-orang yang beriman
secara mengunakan sangkaan. Pelbagai sangkaan timbul
sepertinya "aku ni sudah alim ", "aku ini sudah cukup beriman"
dan kalau diikutkan istilah bahasa sekarang, bolehlah dikatakan
dengan perkataan "syok sendiri".
Beriman pada tahap ini, merupakan beriman secara bersandarkan
kepada seberapa banyaknya mengerjakan ibadah seperti
berpuasa, berzikir dan membaca AI-Quran. Selain itu, ia juga
berlandaskan kekerapan hadir ke masjid, telah belajar di sekolah
pondok ataupun sehingga ke Universiti AI-Azhar.
Di samping itu, golongan yang beriman pada tahap ini juga
bersandarkan kepada jawatan yang disandang, seumpama gelaran
ustaz, ulamak atau penceramah agama kerana gelaran tersebut
sudah memadai untuk menjadi tanda atau menggambarkan
seseorang itu sudah beriman kepada Allah.
Tahap beriman secara bertaklid itu, adalah beriman orang-orang
yang bergantung harap kepada amalan yang dikerjakan secara
membabi buta sahaja. Semata-mata bergantung kepada amal
ibadah, tanpa mengunakan logik akal apatah lagi logik qalbu.
Bagi sesiapa yang beriman pada tahap taklid itu, adalah beriman
yang masih berharap kepada balasan syurga serta tahap yang
masih menghitung-hitung pahala dari amal yang mereka
kerjakan. Seumpama, mengerjakan amal mengikut apa yang
orang terdahulu buat (amalan ikut-ikutan).
Iman pada tahap taklid itu, adalah amalan yang tidak
berkehendak kepada Allah s.w.t, dan hanya berkehendakan
kepada banyak atau sakannya perbuatan amal.
Apakah Maksud Beriman Pada Tahap Mutakalimin (dengan
dalil)?
420 YANG CARA UNTUK MENGHIDUPKAN IMAN BAGAIMANA DIKATAKAN
IMAN YANG HIDUP | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Beriman pada tahap mutakalimin bermaksud beriman di atas
dasar mendalilkan Allah S.W.t dengan sesuatu. Kadang-kala,
iman pada tahap mutakalimin itu, adalah iman yang bercampur
dengan taklid. Pegangan iman bagi mereka-mereka yang duduk
pada tahap mutakalimin itu, ada kalanya bercampur.
Sekejap berpegang kepada dasar taklid dan sekejap berpegang
atas dasar mutakalimin. Pegangan orang yang berada pada tahap
ini, adalah pegangan iman yang tidak tetap. Sekejap duduk pada
tahap bertaklid dan sekejap lagi duduk pada mutakalimin, iaitu
golongan yang tidak tetap pendirian.
Sebagai contoh, seumpama kebanyakan dari orang yang pergi
menunaikan haji di Tanah Suci Mekah. Semasa berada di tanah
Malaysia, mereka mengamalkan pegangan fahaman Ahli Sunnah
Waljamaah tetapi setelah sampai ke tanah Mekah, ada sesetengah
amalan, mereka berpegang kepada fahaman Wahbi. Fahaman
mereka ini adalah fahaman yang tidak tetap.
Mereka yang berpegang atau mereka yang duduk kepada dasar
mutakalimin itu, adalah mereka yang berpegang kepada dua
kepercayaan, iaitu:
1. Beriman yang tertakluk di atas kuasa memilih dan ada
kuasa menentu (yang ada pada kita sebagai makhluk).
Seumpamanya, kita berhak dan berkuasa untuk memilih antara
baik dan buruk. Kita juga berkuasa dan berhak memilih untuk
beribadah. Contohnya, seperti dalam perkara mendirikan
sembahyang.
Golongan mutakalimin beranggapan bahawa akal mereka berhak
dan berkuasa untuk memilih sama ada mahu sembahyang
ataupun tidak. Malahan, mereka beranggapan lagi bahawa
kehendak dan kemahuan untuk tidak bersembahyang itu, adalah
pekerjaan syaitan atau kehendak dan kemahuan iblis. Bukannya
kemahuan mereka Iman bagi mereka yang berada pada tahap
mutakalimin itu, adalah golongan mereka-mereka yang tidak
melihat kuasa atas ketetapan Allah s.w.tL Mereka hanya
memandang pada diri mereka sendiri sahaja. Mereka tidak lagi
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG CARA UNTUK MENGHIDUPKAN IMAN 421
BAGAIMANA DIKATAKAN IMAN YANG HIDUP
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
memandang bahawasanya gerak iblis atau syaitan itu, adalah di
atas dasar kehendakAllah S.W.t.
Mereka mengira gerak syaitan atau gerak iblis itu, adalah kerana
kehendak dari diri iblis itu sendiri. Mereka tidak dapat melihat
bahawasanya gerak syaitan atau gerak iblis untuk mengoda kita
itu, adalah sesungguhnya dari perintah, takdir atau dari ketetapan
Allah s.w.tsedariazali!. Iblisatausyaitantidakberkuasabergerak
jika tidak dengan izin atau di atas kehendakAllah s.w.t.
2. Beriman yang menggunakan kuasa akal dan kuasa Allah s.w.t
secara sementara.
Contohnya, seumpama dalam perkara beribadah. Bagi golongan
mutakalimin, mereka mendakwa bahawa diri mereka berkuasa
dan berhak memilih untuk mengerjakan atau tidak mengerjakan
ibadah. Manakala dalam hal nikah kahwin, rezeki atau tanah
kubur pula, mereka akan mengaku bahawa diri mereka tidak ada
hak untuk memilih. Golongan ini adalah golongan yang tidak
tetap pendirian. Sekejap bergantung pada kuasa diri dan sekejap
lagi pada kuasa Allah S.W.t.
Orang yang berada pada tahap golongan mutakalimin itu, adalah
golongan yang mempunyai dua kuasa. Pertama, kuasa pada diri
makhluk manusia dan keduanya, kuasa padaAllah s.w.t. Sekejap
duduk pada kuasa sendiri dan sekejap lagi duduk pada kuasa
Allah S.W.t.
Iman orang yang sebegini, adalah orang yang telah "menduakan
sifat kudrat (kuasa) Allah s.w.t". Allah S.W.t berkuasa dan diri
manusia juga berkuasa. Golongan mutakalimin itu, adalah
golongan yang memiliki dua kuasa memilih, dua kuasa menentu,
dua kuasa menetap, dua kuasa mengerjakan atau dua kuasa
menguruskan pentadbiran alam!
Golongan Mutakalimin Masih Menggunakan Dalil Akal Untuk
Beriman Kepada Allah!
Golongan mutakalimin itu, adalah golongan yang beriman
dengan mengunakan kuasa dalil iaitu masih mengunakan dalil
422 YANG CARA UNTUK MENGHIDUPKAN IMAN BAGAIMANA DIKATAKAN
IMAN YANG HIDUP | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
akal, dalil syurga dan juga dalil pahala, untuk beriman kepada
Allah.
Mereka merupakan golongan yang mengunakan "dalil atau bukti
balasan". BagaimanakahkiranyajikaAllahtidakmenjadikansyurga
atau pahala, mahukah golongan ini beriman kepada Alah?
Berbeza dengan golongan pertama, iaitu golongan yang beriman
dengan cara menggunakan tahap taklid. Mereka dari golongan
ini, beriman kepada pegangan ikut-ikutan.
Seumpama dalam perkara berzikir. Berzikir orang mutakalimin
itu, adalah dengan sebutan tertentu, bilangan tertentu dan tempat
tertentu. Mereka berdalil dengan bunyi, mereka berdalil dengan
suara, dan juga berdalil dengan jumlah bilangan buah tasbih.
Golongan mutakalimin itu juga, adalah iman golongan yang
berdalilkan dengan pakaian. Sepertimana apabila berpakaian
jubah, barn dikatakan ulamak, ustaz atau alim. Dan apabila
seseorang lelaki memakai celak kening, memakai baju ala-ala
orang Afghanistan atau mengunakan kayu sugi, barulah
dikatakan islam sejati.
Selain itu, dengan berdalilkan kerap kali pergi ke tanah sud
Mekah, barulah dikatakan haji yang sebenar-benar haji. Orang
yang duduk pada tahap mutakalimin itu, adalah orang yang
melihat dengan akal dan berpandukan dengan logik akal.
Mari kita imbas kembali perbezaan antara iman golongan taklid
dengan iman golongan mutakalimin. Iman golongan taklid itu,
adalah golongan ikit-ikutan. Manakala golongan mutakalimin itu,
adalah golongan yang mengunakan dalil.
Jika dibandingkan antara golongan mutakalimin dengan
golongan taklid itu, pada pendapat saya yang jahil ini, golongan
taklid itu, adalah lebih baik dari golongan mutakalimin, biarpun
golongan mutakalimin itu berada pada kedudukan atau berada
pada anak tangga kedua.
Bagi golongan mutakalimin, mereka mengunakan zikir bukan
untuk ingat kepada Allah s.w.t. Tetapi untuk ingat kepada
Hj.Shaari Mohd Yusof | YANG CARA UNTUK MENGHIDUPKAN IMAN 423
BAGAIMANA DIKATAKAN IMAN YANG HIDUP
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
bilangan buah tasbih atau kiraan alat pengiraan nombor semasa.
mereka berzikir. Dengan mengunakan alat sebegitu, dapatlah
menentukan seberapa banyak sebutan zikir mereka. Asalkan
pengiraan itu banyak, sudah cukup bagi menunjukan mereka kuat
berzikir kepada Allah S.W.t.
Memandangkan golongan mutakalimin itu, adalah golongan yang
beriman kepada dalil atau beriman kepada sandaran,
seumpamanya dalam peketjaan ibadah, maka golongan ini,
adalah golongan yang bersandarkan kepada kehendak untuk
mendapatkan syurga atau ganjaran pahala dalam beribadah.
Mereka bukan beribadah untuk bersandar kepada Allah S.W.t
tetapi mereka bersandarkan kepada dosa atau pahala. Bersandar
mereka itu kepada balasan syurga atau neraka~ Jika tidak ada
dalil syurga, neraka, dosa atau pahala, saya pasti, golongan ini
tidak akan mengerjakan amal ibadat Sembahyang golongan
mutakalimin itu, adalah sembahyang di atas dasar bersandarkan
atau berdalil, iaitu bersandar atau berdalil kepada syurga dan
berdalil atau bersandar kepada berapa banyak pahala Apabila
melakukan ibadah itu, sekian pahalanya dan melakukan ibadah
ini, sekian banyak pahalanya. Lain ibadah, lainlah pahalanya.
Hidup golongan mutakalimin itu, hanya hidup dalam sandaran.
Orang mutakalimin itu, hidupnya dalam mengira-gira syurga dan
mengira-gira pahala!. Mereka hidup bukan untuk Allah S.w.t
tetapi hidup untuk berkira-kira (berdalil-dalil).
Setajam-tajam Ingatan, Sekabur kabur Tulisan
Setiap yang dibaca Hendaklah di catat
424 P E N U T U P | Hj.Shaari Mohd Yusof
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
PENUTUP
Inilah saja amanah Tok Kenali yang dapat kami nukilkan
untuk tatapan anak cucu sekalian. Selebihnya carilah sendiri pada
diri masing-masing, bilamana tingkatan hidup mu sampai
disana!. “Ilmu Sir” itu, haram hukumnya untuk dinukilkan
melalui kalam.
Karangan kalam nya yang sulit-sulit, hanya akan saya
sampaikan melalui lisan. Seandainya saya meninggal dunia,
insyaAllah ilmu ini akan ada penggantinya. Sungguhpun Tok
Kenali dan Tok Selehong tidak meninggalkan zuriat maknikam
sebagai nukilan, namun ianya dapat disambung juga.
Sepeninggalan saya ke alam baqa’ saya amanahkan ilmu
ini kepada satu-satunya anak saya, yang pada nukilan ini dicatat
ia baru berumur 10 tahun. Semoga hendaknya tuan-tuan menanti
hari dan saatnya dia membesar, didadanya sarat dengan
maknikam yang gemerlapan cahayanya. Disudahi juga nukilan
kalam ini dengan kalimah: Bismilllahi rohmaanir rohiim, alif,
lam, mim.
***
TAMAT
Setajam tajam Ingatan
Sekabur kabur Tulisan
Setiap yang dibaca
Hendaklah di Tulis
Ikhsan dari Pengarang
Hj.Shaari Mohd Yusof | P E N U T U P 425
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan
Catitan :

426 P E N U T U P | Hj.Shaari Mohd Yusof

Hj.Shaari Mohd Yusof | P E N U T U P 427

428 P E N U T U P | Hj.Shaari Mohd Yusof