The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook ini ialah hasil tulisan Tg Hj Shaari

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by apcmawar, 2021-07-20 04:33:40

Mengenal Diri

Ebook ini ialah hasil tulisan Tg Hj Shaari

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Kenapa sebabnya bilamana tidak ada cahaya, kita menuduh tidak
ada matahari? Sebabnya adalah kerana cahaya itu, adalah
petunjuk atau petanda atau penyata bagi matahari.

Sebenamya cahaya matahari itu, adalah bagi menyatakan adanya
matahari. Begitu juga dengan roh. Sebenamya adanya roh itu,
adalah bagi menyatakan adanya Allah. Pada hakikatnya cahaya
matahari itu, bukan apa-apa dan tiada apa-apa. Ada atau tidaknya
sifat cahaya matahari, sesungguhnya matahari "tetap ada".

Cahaya atau sifat cahaya itu, hanya sekadar-kadar bermaksud
bagi mengatakan yang adanya matahari! (itu sahaja). Peranan
cahaya, tugas cahaya atau misi yang dibawa oleh sifat cahaya itu,
hanyalah sekadar penyata atau pelengkap kepada mata4ari,
sebagaimana perumpamaan cahaya dengan matahari, sebegitulah
perumpamaan roh dengan Allah.

Hubungan antara roh dengan Allah itu, adalah seumpama waktu
malam dengan waktu siang. Sifat malam itu, adalah sekadar
pelengkap atau penyata kepada siang, manakala waktu siang pula
adalah hanya pelengkap atau penyata bagi malam, sedangkan di
antara siang dan malam itu, pada hakikat sebenamya adalah satu
dan bukan suatu sifat yang berasing atau bukan sifat yang
berceraiberai.

Sebab apa di katakan yang malam dan siang itu satu. Sekarang
saya mahu tuan-tuan lihat dan perhatikan betul-betul saranan
saya. Cuba tuan-tuan lihat, pandang atau perhatikan baik-baik,
kemana perginya siang bilamana datangnya malam dan kemana
perginya malam bila datangnya siang.

Bilamana datangnya siang, kemana perginya malam dan
bilamana datangnya malam kemana perginya siang. Jika
sekiranya malam dan siang itu suatu perkara yang berbeza, sudah
tentu ada jarak dan ada sempadannya. Saya ingin bertanya
kepada tuan-tuan, dimana sempadan siang dan dimana sempadan
malam (mana jarak pemisah antara malam dengan sinag?).
Tambahan pula bilamana mata orangitu buta.

Hj.Shaari Mohd Yusof | MARTABAT TUJUH 289

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Masukkan orang buta ke dalam bilik berhawa dingin pada waktu
malam dan masukkan pula orang buta ke dalam bilik berhawa
dingin pada waktu siang. Sutuh dia bezakan antara siang dan
malam? Suruh dia ukur dari segi cahayanya siang dan cahayanya
malam (bukan suruh ukur suhu panas atau suhu sejuk). Jika
dikira beza panas atau sejuk, memanglah siang itu panas dan
malam itu sejuk. Sebab itu saya suruh dudukkan orang buta itu
ke dalam bilik ekon dan tidak dengan cara berjemur ditengah
panas. Cuba suruh dia ukur, mana siang dan mana malam.
Kiranya malam dan siang itu berbeza, sudah tentu kita dapat
merasa jarak atau sempadannya.

Begitujugahubungan antaramatahari dengancahayadanbegitujuga
hubungan antara roh dengan Allah. Dan begitu jugalah hubungan
3 alam (ahadiyah, wahdah dan alam wahdiyah) dengan alam
arwah (alam roh).

Roh bukan Allah, cahaya bukan matahari, malam bukan siang
dan siang bukan malam. Hanya sekadar-kadar bagi
menyatakannya sahaja. Roh itu menyatakan adanya Allah (Roh
itu adalah penyata Allah), sebagaimana cahaya menjadi penyata
kepada matahari, sebegitulah juga roh menjadi penyata bagi
Allah. Maha suci Allah dari perumpamaan, iktibar atau contoh,
melainkan semata-mata bertujuan bagi mempennudahkan faham.

Martabat alam arwah (alam roh) itu, adalah semata-mata bagi
menyatakan, semata-mata bagi menunjuk dan semata-mata bagi
merujuk kepada perkara "nyawa" (rob itu, adalab nyawa)
Martabat alam arwah itu, adalah alam segala nyawa. Yang terjadi
dibawah kuniyyah kalimah "kun fayakun" semasa dilam martabat
wahdah (iaitu diketika dialam "ta'yin awal atau kejadian
pertama).

Pengajaran ilmu: Bab alam roh

Pengajaran dari mempelajari ilmu martabat arwah itu, adalah
bagi mengajar kita a~an wujudnya perkara roh. Dari perkara
rohlah maka terjadinya sekalian kehidupan alam, sehinggakan
terjadinya sifat atau terjadinya jasad.

290 MARTABAT TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Roh adalah selaku ketua yang memegang, mentadbir dan yang
memerintah seluruh anggota tubuh badan kita. Untuk itu, mahu
tidak mahu, kita harns mengenal roh, kerana roh itu, adalah raja
kepada sekalian raja dan raja kepada diri kita. Roh juga adalah
sultan tubuh badan kita (sultan kepada jasad kita). Jika kita tidak
mengenal roh, maka kita tidak mengenal raja yang sebemar-
benar raja kepada tubuh kita. Bilamana tidak mengenal roh,
dengan sendirinya kita tidak akan dapat mengenal siapa diri kita.

Adapun alam ruh itu, adalah dikenafi juga dengan panggilan
alam ilmu, alam akal, alam otak, alam rohani, alam hati, alam
nafsu dan ini jugalah yang dikatakan alam .tahu, Roh kita itu
sebenarnya sudah mengenal Allah sedari mula. Sebelum
bertajallinya roh ke alam misal dan sebelum roh bertajalli kealam
arwah, sebenamya roh sudah mengenal Allah.

Roh kita sememangnya sudah mengenal Allah semasa dizaman
alam wahdah lagi (iaitu dimasa zaman alam titik atau dimasa
zaman alam la'tayin). Alam roh ini, adalah juga dikenali dengan
alam cahaya (alam nur), iaitu cahaya yang teramat terang lagi
gemilang.

Bilamana menyebut perkataan cahaya, teringat saya kepada salah
seoarang sahabat yang mengatakan cahaya yang bewama merah;
kuning,putihdanhitam. Katanya semasa beliau belajar ilmu
"torikat" dari salah seorang guru dan gurunya menyuruh dia
berzikir. Semasa asyik berzikir (entah berapa puloh ribu), tiba-
tiba beliau terlihat wama (entah wama apa). Lalu dia menyangka
yang bahawasanya wama itulah roh. Katanya lagi wama itulah
Nur Muhamad. Setelah nampak wama, barulah gurunya
meluluskan atau mengiktiraf pengajian ilmu torikatnya.

Bagi sesiapa yang mengamalkan amalan torikat ini, saya
sarankan bawalah banyak-banyak berisytifar (kata orang,
banyak-banyaklah memohon ampun kepada Allah). Saya ingin
bertanya satu soalan, apakah hanya bagi orang yang nampak
cahaya sahaja yang dikatakan mengenal diri, mengenal Allah,
megenal roh dan mengenal nur muhamad?

Hj.Shaari Mohd Yusof | MARTABAT TUJUH 291

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Bagi yang tidak terlihat cahaya kuning, putih, merah dan hitam
semasa berzikir, apakah tidak layak dikatakan mengenal?
Bagaimana dengan orang yang rabun wama dan bagimana pula
dengan orang yang matanya buta, yang langsung tidak tahu rupa
cahaya?

Wama yang sahabat saya nampak diketika ratib itu,
berkemungkinan terpinar matanya dikeranakan banyaknya ratib,
itupun boleh jadi. Dikeranakan terlalu banyak sangat ratib (zikir),
ada kalanya mencecah 80 ribu dalam tempuh satu malam.
Dengan ratib (zikir) yang sebegitu banyak, bermula selepas
insyak membawa sampai ke subuh, berkemungkinan mata beliau
terasa terpinar (letih) oleh banyaknya ratib. Mungkin dikeranakan
terlalu mengantuk, letih dan terlalu penat itu, berkemungkinan
mata beliau terpinar, lalu kerana terpinar itu, beliau seolah-olah
terlihat cahaya (entah cahaya apa), lalu beliau sangggka itulah
nur Muhamad. Cuba tuan-tuan gosok mata (tenyeh mata), dikala
kita tenyeh (gosok) mata, terkadang terlihat cahaya. Untuk
melilhat cahaya, tidak perlu ' kepada ratib atau zikir, cukup hanya
dengan mengosok mata, kita boleh terlihat cahaya, walaupun
ditenyeh atau digosok pada waktu malam.

Tuan-tuan, puan-puan, sahabat-sahabat, muslimin dan muslimat
yang dirahmati Allah sekalian Sebanamya maksud, erti atau
maca aya 1tu, adalah merujuk kepada pengertian "nyata atau
kenyataan". Bukannya bermaksud terang atau gelap dan bukan
bermaksud kuning, putih, merah atau hitam. Kuning, merah,
putih hitam itu, adalah merujuk kepada kejadian diri kita,
bukannya kejadian wama.

Maksud nur itu, ertinya cahaya manakala maksud cahaya itu
pula, adalah ertinya nyata atau kenyatan. Nur Allah, ertinya nyata
Allah dan nur muhamad itu, ertinya nyata muhamad. Bukan
bersabit atau bukan merujuk kepada kuning, putih, merah atau
hitamnya wama.

Adapun maksud wama merah itu, adalah merujuk kepada
kejadian api. Maksud wama kuning itu, adalah merujuk kepada
kejadian angin. Maksud wama putih itu, adalah merujuk kepada

292 MARTABAT TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

kejadian air dan adapun wama hitam itu, adalah merujuk kepada
kejadian tanah., Tanah air, api dan angin itulah anasir
kejadiannya diri tubuh badan kita. Bukannya kuning, hitam, putih
dan merah itu merut kepada warna (kaler) hitam atau putih dan
gelap atau terang. Ianya sekadar perumpamaan dari segi
pengajian ilmu makrifat. Merah, kuning, putih, hitam dan wama-
wama yang lain itu, tidak sedikitpun kena mengena dengan
pengajian ilmu hakikat atau makrifat.

Dalam irmm makrifat, titik itu perumpamaan kepada Allah, huru
alif sampai huruf yaitu, perumpamaan kepada nur muhamad dan
erkataan atau ayat itu, perumpamaan kepada makhluk Begitu
juga perumpamaan wama merah, hijau, kuning, kelabu, coklat,
hitam dan sebagainya.

Yang langsung tidak ada kena mengenal dengan alam ruh atau
alam hakikat Nur Muhamad, itu sekadar kiasan bagi
mempermudahkan faham semata-mata. Kelima: Martabat alam
misal Alam misal ini, adalah bermaksud alam nama. Dengan kata
lain alam misal itu, adalah dipanggil juga dengan panggilan nama
alam ghaib atau nama alam malakut. Seumpama saya ini bemama
Shaari bin Mohd Yusofbin Cik Wook bin Russin bin Syed Ali.
Yang bemama shaari sehingga kepada nama syedAli itu, hanya
ada pada nama sahaja. Yang sebenar-benar' diri saya itu, mana
(mana diri sebenar saya). Cuba tuan-tuan raba kertas kitab ini
sekarang, tulisan yang mencatat perkataan shaari dalam kertas
dihadapan tuan sekarang, adakah benar-benar saya (shaari),
apakah tuan-tuan boleh sentuhjasad saya, dengan hanya baca
tulisan yang tercatat nama shaari?, sudah tentu tidak boleh bukan.
Jika tidak boleh, itulah menunjukkan kepada kita bahawa alam
misal itu, adalah alam nama semata-mata.

Begitujugabilamanatuan-tuansebutperkataanapi, manapanasnya.
Sebut perkataan harimau mana garangnya, sebut perkataan keris
mana tajamnya, sebut tinggi mana ilmunya dan sebut syurga
mana nikmatnya, sebut neraka mana panasnya, sebut titian
siratulmustakim mana titinya dan sebut malaikat atau jin, mana

Hj.Shaari Mohd Yusof | MARTABAT TUJUH 293

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

orangnya. Inilah gambaran yang boleh saya nyatakan kepada
tuan-tuan semua mengenai alam misal.

Mari kita sambung lagi perihal alam misal (misalan), supaya
lebih jelas dan lebih terang. Alam misal itu, adalah alam bagi
nama. Alam misal itu, adalah alam misalan atau alam kalau (alam
khayalan atau alam serba boleh).Seumpama misal atau kalau aku
kaya, misal atau kalau aku cantik, misal atau kalau aku boleh
projek itu, misal atau kalau aku dapat perempuan itu, misal atau
kalau aku boleh jawatan itu dan misal atau kalau aku boleh bayar
hutang itu dan hutang ini.

Alam ini, adalah alam semua selesai atau alam serba boleh, boleh
diselesaikan dalam masa beberapa minit. Ilmu kalau atau ilmu
misal itu, jika ianya boleh dijadikan berupa makanan, seekor
khinzir pun tidak mahu memakannya. Sebab makanan itu, adalah
makanan berupa khayalan atau berupa misalan sahaja. Hanya ada
nama, iaitu nama kaya, nama kuat, nama cantik, nama boleh
sedangkan pada kenyataan sebenamya kita tidak kaya pun, tak
cantik pun, tak boleh pun.

Inilah perumpamaan martabat misal. Alam misal ini, adalah alam
di mana Allah jadikan sekalian nama. Allah jadikan sekalian
bahasa, Allah jadikan sekalian ilmu dan Allah jadikan sekalian
misal. Alam misal ini, seumpama Allah jadikan nama harimau,
tetapi jasad harimau belum ada. Allah jadikan bukit, namun sifat
bukit belum wujud (belum ada). Allah jadikan kaya, tetapi wang
belum ada. Allahjadikan ubat, tetapi sembuhnya belum ada.

Bahasa-bahasa percakapan atau bahasa pertuturan kita seharian
ini, samaada bahasa tamil, orang putih, belanda, jerman, arab,
melayu, siam, burma dan sebagainya itu, adalah Allah yang buat
atau Allah cipta dalam masa zaman alam misal. Begitu juga
bahasa tulisan, bahasa tullisan itu juga telah Allah siapkan sejak
zaman alam misal. Tetapi belum berhurf atau belum berbentuk,
hanya dalam keadaan nama semata-mata.

Sifat-sifat tubuh badan kita itu, telah Allah buat dalam masa alam
misal. Allah bentuk susuk tubuh badan kita itu, adalah dimasa
zaman alam misal, tetapi ingat, Allah bukan buat dalam bentuk

294 MARTABAT TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

sifat tetapi Allah buat dalam bentuk nama panggil-pangggilan.
Sifat kita sebagaimana sifat hari ini, masih belum zahir pada
alam misal, Cuma diadakan dalam bentuk nama (misal) atau
masih dalam bentuk ilmu Allah.

Alam misal ini, adalah alam ilmu yang memberi faham atau alam
ilmu yang mengajar siapa diri kita yang sebenar? Diri kita yang
sebenar itu, adalah sebagai diri di alam misal. Di alam misal, diri
kita sebenamya telah tercipta sifatnya (dalam bentuk nama),
tercipta bentuknya, tercipta rupanya, tercipta perangainya,
tercipta putih hitamnya, tercipta anak berapa dan tercipta' kahwin
dengan siapa dan sebagainya.

Bilamana sampainya kita ke alam martabat insan, alam
kenyataan sebenar diri kita di dunia ini, segalanya akan berlaku
mengikut sebagaimana dinobat, ditulis dan sebagaimana yang
telah ditetapkan di alam martabat misal.

Keenam: Martabat alam ajsam atau alam jasad

Alam ajsam itu, ertinya alam yang telah bersifat. Alam yang telah
memiliki sifat. Pada martabat alam misal di atas tadi, kita hanya
kenaI pada perkara nama, manakala pada martabat alam ajsam,
kita akan mengenal sampai kepada perkara sifat.

Jika dimartabat alam misal kita hanya tahu menyebut perkataan
api, tetapi dimartabat alam ajsam, kita bukan sahaja tahu
menyebut nama api, akan tetapi ianya akan membawa kita
sampai kepada tahap tahu apa itu panas (apa itu sifat panas).

Martabat alam ajsam ini, adalah alam kenyataan sifat. Iaitu alam
ada nama dan ada sifat. Kiranya kita menyebut perkataan kaya,
pasti ada wangnya. Bilamana kita sebut perkataan panas, pasti
ada apinya, kita sebut tinggi, ada langit dan kiranya kita sebut
sejuk ada aisnya.

Ketujuh: Martabat Alam Insan (Alam syahadah)

Martabat alam insan ini, adalah martabat alam kenyataan
kehidupan seharian. Daripada setinggi kejadian, kini kita diletak
pada martabat insan, kita kembali kepada alam yang serendah-
rendah darjat.

Hj.Shaari Mohd Yusof | MARTABAT TUJUH 295

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

" Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk
yang sebaik-baiknya".

Dari sebaik kejadian, bilamana sampai kepada alam insan, kita
kembali kepada martabat alam yang sehina-hina atau
serendahrendah kejadian.

Alam insan, adalah alam yang menerima sakit, lapar, miskin,
susah, ketawa, duka, senang, luka, letih, penat, lelah dan
sebagainya. Diketika di dalam perut ibu, kita tidak pemah merasa
lapar, panas, sejuk, susah atau miskin, manakala di alam insan
ini, kita mengalami rasa sakit, lapar dan derita.

Jika kita menerima sakit, maka hendaklah kita terima dengan hati
yang ikhlas kerana sememangnya alam ini, adalah alam untuk
menerima sakit atau susah.

Terimalah apa saja ketetapanAllah, yang telahAllah tetapkan
sedari azali dengan redha dan ikhlas. Lalui sahaja apa yang
dianugerahkan kepada kita, samada baik mahupun buruk.

Alam Insan itu, Adalah Fitrah Beragama

Agama itu adalah fitrah, yang menjadi asas kehidupan sejak lahir
lagi. Sejak manusia mula dilahirkan ke dunia, fitrah beragama
itu, sudah berakar umbi, bertunjang dan sudah menjiwai sanubari
setiap insan. Semua makhluk manusia itu, naluri atau fitrahnya
adalah untuk beragama. Tidak mungkin bumi Allah ini sunyi dari
agama. Tidak juga mungkin manusia kehilangan naluri
beragama.

Hadis: "Tiap orang yang dilahirkan, dilahirkan dengan fitrah
(naluri beragama)"

Bahkan sebaliknya manusia itu, selalu rindu kepada agama,
kerana agamaitu adalahfitrah (semulajadi). Hidup tanpa
agamaitu, kosong, hampa dan sunyi. Cuma, tinggallagi cara
bagaimana manusia itu memilih jalan beragama.

Kelemahan atau kekurangan sebenar yang dihadapi oleh
golongan ilmuan zaman sekarang, bukan kerana tidak berakal

296 MARTABAT TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

atau bukankerana tidak berpendidikan tinggi. Malahan, tingkat
kecerdasan akal mereka melebihi tingkatan ilmu itu sendiri.
Malangnya kecerdasan. itu, tidak dapat mengimbangi, mendidik
atau tidak dapat mendorong hati mereka ke arah kecintaan
kepada kesempumaan rohani. Ilmu yang dituntut dan dipelajari
itu, tidak dikaji, tidak dibawa dan tidak disampaikan kepada
tahap hakikat ilmu itu sendiri. Dengan kata lain, menuntut ilmu
syariat (kulit) yang tidak sampai kepada ilmu hakikat (ilmu isi).

Akal manusia di zaman ini, cukup mendambakan suatu fitrah
agama yang ilmunya dapat dipercayai dan diyakini keasliannya.
Dapat diyakini dan dapat dirasai bukan sahaja oleh akal zahir,
malahan ianya boleh juga dirasai oleh denyutan jantung rohani.
Kecemerlangan akal manusia kini, tersangat ingin kembali
kepada fitrah, sebagaimana kecemerlangan akal mereka-mereka
semasa di zaman Rasullullah.

Ilmu dalam agama islam itu, adalah ilmu yang bersandarkan
kepada kepuasan hati, iaitu kepuasan yang muktamad, jelas dan
tanpa ragu.

Ilmu kepuasan dan ilmu muktamad itu, hanya akan dapat dicapai
melalui ilmu hakikat, bukannya melalui ilmu syariat. Oleh itu,
marilah kita bersama-sama menuju ke suatu tahap hijrah minda
(perubahan minda), daripada hanya berpelajaran ilmu syariat
kepada minda yang berorientasikan ilmu hakikat (ilmu isi). Ilmu
syariat itu, seumpama ilmu buih, ilmu kulit, ilmu bayang atau
i1mu kabus yang tidak boleh berdiri sendiri dan suatu ilmu yang
akan hilang tanpa kesan atau bekas. Ilmu yang tidak hilang dan
ilmu yang boleh berdiri sendiri itu, hanyalah ilmu hakikat, yang
nantinya akan tinggal kekal dalam lubuk hati tanpa ragu.

Firman:

"Adapun buih itu, akan hUang sebagai yang tidak ada harganya,
apa yang memberi man/aat kepada manusia maka ia tetap
dibumi" | Ar Rad: 17

Hj.Shaari Mohd Yusof | MARTABAT TUJUH 297

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

IImu hakikat sahaja satu-satunya kaedah yang membawa kita
kepada suatu tahap kepuasan berkekalan, kepuasan muktamad
dan kepuasan hakiki (mutlak) yang berkekalan. Hakikatlah satu-
satunya ilmu bagi menghidupkan ilmu dan satu-satunya ilmu
yang menghidupkan jiwa yang beku. Hakikatlah ilmu yang
menyegarkan hati yang lesu dan layu.

Ilmu syariat (ilmu kulit) tidak terlepas dari kecewa,
ketidakpuasan dan tidak terlepas dari lesu dan layu. Manakala
obor yang terus menyalakan apinya, hanyalah melalui ilmu
hakikat (ilmu isi). Oleh itu, marilah kita kembali ke alam 13
tahun pertama Rasulullah S.a.w, sewaktu mengajar dan menanam
tauhid ke dalam hati sahabatsahabatnya.

Dalam 13 tahun pertama, Baginda Rasulullah s.a.w
menghidupkan hati-hati sahabatnya dengan kehidupan ilmu yang
paling bersih, murni dan suci di atas bumi ini, "tanpa dicemari
oleh ilmu syariat".

Pada 13 tahun pertama, Baginda tidak mengajar sembahyang,
puasa haji, zakat atau sebagainya. Selama 13 tahun pertama
perpindahan Baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah, ajaran
Baginda Rasulullah s.a.w, tidak dicemari dengan ilmu syariat.
Sehinggakan sahabat-sahabat seumpama Bilal bin Rabbah, telah
mencapai tahap kesempumaan dan kepuasan ilmu hakikat yang
hakiki, tinggi dan sempuma (tanpa dicampuri syariat)!. Ilmu
syariat yang tidak ditunjangi hakikat itu, akan membawa dan
mengheret kita kepada kelemahan iman yang rendah, tidak
sebagaimana iman orang-orang. terdahulu. Orang-orang sekarang
menanam semaian benih dengan ilmu syariat tanpa didukungi
dan tanpa ditunjangi oleh ilmu hakikat, itu makanya amalan serta
keyakinan mereka kepada Allah s.w.t, tersangat-sangat rendah,
lemah dan kosong.

Benih ilmu yang ditunjangi oleh ilmu hakikat yang hakiki itu,
adalah benih ilmu yang tidak bercampur bayangan syariat. ltu
makanya iman orang-orang di zaman sebelum kedatangan syariat
itu, adalah di antara iman yang teramat tinggi. Sepatutnya,
dengan kedatangan banyaknya syariat itu, boleh menambah dan

298 MARTABAT TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

meninggikan keimanan. Tetapi sebaliknya semakin banyak ilmu
syariat, ternyata semakin jauh, semakin lemah dan semakin
menurun iman kepada Allah s.w.t! .

Sandaran ilmu syariat itu, bersandar kepada akal, manakala
sandaran ilmu hakikat pula, bersandar kepada rohani (roh). ltulah
makanya ramai dikalangan kita yang terlepas pandang untuk
bersandar kepada ilmu hakikat. Mereka hanya tahu bersandar
kepada akal (ilmu syariat).

Sudah tiba masanya untuk kita kembali kepada sunnah
Rasulullah s.a.w. Sunnah Baginda Rasulullah yang pertama itu,
mengutamakan pengajian ilmu pertama dan mengutamakan ilmu
permulaan, iaitu ilmu tauhid atau ilmu makrifatullah (ilmu
mengenal atau ilmu mengEsakanAllah s.w.t). Tidakkah
berpindahnya Baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah itu,
Baginda mengajar ilmu mengenal Allah S.W.t (tauhid)? Kenapa
kita tidak mengikut sunnah itu? Tidakkah itu sunnah yang
permulaan?

Adapun sunnah menunaikan fardhu sembahyang itu, adalah
sunnah yang setelah dan selepas 13tahun Baginda berhijrah.
Sunnah sebelum tahun yang ke 13 itu, adalah ilmu mengenal
Allah S.W.t (tauhid). Kenapa kita tidak ikut? Tidakkah
"awalluddin itu, makrifattullah" (mengenalAllah S.W.t itu, ilmu
agama yang pertama)? Kenapa tidak kita ikut? Cubajawab.

Selepas 13 tahun Baginda mengajar ilmu makrifat (mengenal dan
mentauhidkan Allah s.w.t), barulah turunnya perintah
sembahyang dan sebagainya. Sampailah masanya untuk kita
bersependapat untuk mengembalikan misi sunnah Rasulullah
s.a.w ini secara mutlak, tanpa terselindung dan tersembunyi oleh
ilmu syariat.

Kemajuan teknologi ilmu mengejar kebendaan dan keduniaan
merupakan perkembangan yang merbahaya kerana ianya berakhir
dengan persengketaan, peperangan, permusuhan, kehancuran dan
kemusnahan. Kemajuan yang tidak disertai persepakatan rohani,
menzahirkan gejala-gejala mungkar, sebagaimana yang melanda
umat di zaman ini.

Hj.Shaari Mohd Yusof | MARTABAT TUJUH 299

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Bagi mengembalikan umat sebagaimana 13 tahun pertama
Baginda Rasulullah s.a.w, marilah kita bersama-sama kembali
kepada fitrah persepakatan untuk kembali menuntut ilmu tauhid
(ilmu mengenal Allah s.w.t), supaya ilmu mengenal Allah S.W.t
(tauhid) itu, mendahului ilmu-ilmu lain. Negara telah banyak
membelanjakan sumber kewangan demi membanteras gej ala
sosial yang berleluasa tanpa dapat dibendung.

Ternyata ideologi yang datangnya dari pemikiran akal manusia,
masih belum berhasil menguranginya, malahan bertambah hari
demi hari. Saranan melalui kaedah akal duniawi (akal zahir),
semakin bertambah tahun demi tahun, namun hasilnya amat kecil
dan mengecewakan.

Hanya melalui ilmu hakikat sahaja yang boleh mengubati
gejalagejala sosial sekarang dari terns berlaku!. Hanya batin
dapat mengubah batin, zahir tidak boleh mengubah batin. Untuk
itu mari kita berbalik semula kepada ilmu hakikat dan ilmu
makrifat, agar gejala sosial dapat kita bendung.

Lagi banyak bayangan ilmu syariat, lagi meningkat kemaksiatan
dan kemungkaran!. Jadi, marilah kita sarna-sarna mengubahnya
melalui pengetahuan dan pendedahan ilmu hakikat sedari mula.

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

...................................................................................................

300 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

BAB 36
ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH

1. Soal: Apakah ilmu yang paling mudah dipelajari?

Jawab: Tidak ada ilmu yang paling mudah, paling senang,
paling ringan, paling rendah dan ilmu yang paling nipis di alam
dunia ini, selain dari ilmu mengenal Allah (makrifatullah).

Fitrah bagi semua yang hidup, adalah bertujuan untuk mengenal
Allah. Sayangnya kebanyakan dari kita, tidak tahu bagaimana
mencari ilmu mengenal Allah).

2. Soal: Kenapa ilmu makrifat itu, dikatakan ilmu yang paling
mudah?

Jawab: Ilmu makrifat itu dikatakan ilmu yang paling rendah,
adalah kerana Allah itu teramat terang. Terangnya cahaya
matahari, terang lagi Allah, kenapa tidak kita terlihat?

Allah itu dekat, dekatnya Allah itu, lebih dekat daripada mata
putih dan mata hitam kita sendiri. Allah itu hampir, hampimya
Allah itu, lebih hampir dari urat leher kita sendiri. Kenapa tidak
kita melihat dan kenapa tidak kita mengenalNya?

Ilmu mengenal Allah itu mudah, senang dan satu ilmu yang
paling rendah itu, kerana untuk mengenal dan melihat Allah itu,
suatu ilmu yang tidak mempunyai dalil, tidak mempunyai sebab
dan tidak mempunyai kerana dengan suatu kerana. Allah itu jelas
sejelas-. jelasnya, sehingga tidak lagi perlu kepada dalil.

Dikatakan ilmu mengenal Allah itu adalah suatu ilmu yang
paling . senang, adalah kerana Allah itu, tidak ada hijab, tidak
ada dinding, tidak ada tabir dan tidak ada jarak pemisah di antara
kita. Allah itu berada di mana sahaja kita berada. Sungguhpun
Allah itu bukan sesuatu, namun Allah itu, akan dapat dilihat
melalui sesuatu.

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 301

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

3. Soal: Berapakah jalan, kaedah atau cara mengenal Allah?

Jawab: Diantarajalan yang paling mudah untuk mengenal,
melihat dan memandang Allah itu, hanya ada 5 cara, 5 kaedah
atau 5 jalan.

Saya yakin dengan sebenar-benar yakin dan saya pasti dengan
sebenar-benar pasti, tuan-tuan dan puan-puan akan dapat
mengenal dan melihat Allah dengan kaedah ini. Setelah tuan-tuan
menghayati lima jalan ini, tuan-tuan dan puan-puan akan pasti
mengenal Allah.

Percayadan pegangakan kata-kata sayaInl, inilah satu-satujalan,
satu-satu cara atau satu-satu kaedah ilmu yang paling mudah
untuk mengenal, melihat dan ilmu yang paling ringan untuk
memandang Allah, yang diperturunkan oleh Tok Kenali kepada
kita.

1. Kaedah pertama: Mengenal Allah melalui Allah.

Bagaimanakah caranya mengenal Allah dengan Allah? Tahap
pertama pembelajaran mengenal Allah itu, hendaklah melalui
Allah itu sendiri. Tidak melalui bimbingan guru atau tidak
melalui Al-Quran yang boleh menyampaikan kita kepada tahap
mengenal Allah, melainkan ilmu mengenal Allah itu, adalah
melalui Allah itu sendiri.

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Hadis:

"Ana Araftu Rabbi Birabbi" (aku mengenal Allah dengan Allah).
Persoalanya disini, bagaimanakah caranya untuk kita belajar
mengenal Allah dengan Allah?

Dekatnya Allah itu, tidak bersentuhan dan jauhnya Allah itu,
tidak bersempadan. Dikeranakan Allah itu terlampau hampir dan
terlampau dekat, sehingga kebanyakan dari kita mendakwa tidak
dapat untuk melihatNya, sedangkan Allah itu teramat dekat lagi
nyata.

Mengenal Allah itu, adalah hal keadaan yang tidak dapat untuk
dilihat oleh pandangan mata atau suatu hal yang tidak dapat
diraba dengan anggota tangan. Allah tidak berhuruf sebagaimana

302 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

huruf (alif lam lam ha), Allah tidak bersuara sebagaimana suara
halkum yang keluar dari kedua bibir mulut. Allah tidak berjirim
mahupun berjisim, mana mungkin dikenali melalui akal.

Perkataan yang keluar dari kedua bibir mulut dengan sebutan
perkataan Allah itu, bukan Allah. Kita sebut perkataan Allah
dengan suara bibir, itu bukan Allah. Suara bukan Allah dan Allah
bukan suara. Adalah menjadi suatu perkara mustahil untuk
mengenal Allah melalui akal, melainkan mengenal Allah itu,
hendaklah melalui Allah itu sendiri.

Akan mendatangkan kepayahan dan akan mengundang kesulitan
untuk mengenal Allah dengan Allah. Dntuk itu, mari kita
tinggalkan dahulu bab ilmu mengenal Allah melalui Allah buat
seketika. Mari kita dahulukan belajar perkara-perkara yang boleh
dilihat dan yang boleh dipandang mata, agar ianya mendatangkan
kemudahan untuk akal mempercayainya.

Disebabkan kita tidak mampu untuk memecah kebuntuan
mengenal Allah melalui Allah, Dntuk menimbulkan keyakinan
penuh dalam perkara mengenal Allah, mari kita mengembara ke
alam "ilmu mengenal Allah melalui diri".

Kita tinggalkan dulu bab mengenal Allah melalui Allah buat
sementara. Dntuk mengenal Allah dengan Allah itu, hendaklah
terlebih dahulu kita lalui ilmu mengenal Allah melalui did.
Setelah melalui turutan mengenal Allah melalui diri, baru kita
boleh mengenal Allah dengan Allah.

Kita tidak boleh terus belajar ilmu mengenal Allah dengan Allah,
tanpa terlebih dahulu kita melalui ilmu mengenal Allah melalui
diri. Setelah kita mengenal Allah melalui diri, baharulah kita
boleh mengenal Allah melalui Allah. Tradisi peraturan atau
tradisi kaedah mengenal Allah itu, tidak boleh kita pecahkan
dengan mudah, sebelum kita pelajari ilmu mengenal diri terlebih
dahulu.

2. Kaedah kedua: Mengenal Allah melalui diri.

Mengenal Allah Melalui Diri. Setelah kita menghayati ilmu
mengenal diri, pelajaran ilmu mengenal Allah itu, akan

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 303

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

sendirinya menjadi lebih mudah, jelas, terang, nyata, dan akan
menjadi lebih yakin. Bilamana kita mengenal did dengan rata,
pastinya akan mengenal

Allah dengan nyata. Satu-satunya kaedah atau jalan untuk
mengenal Allah itu, adalah melalui kaedah mengenal diri.
Sebagaimana kata ulamak-ulamak terdahulu "Barang siapa
mengenal diri, maka kenallah ia akan Allah" (Man Arafanassahu
Faqad Arafarabbahu).

Persoalannya disini, bagaimanakah caranya yang dikatakan
sebenarbenar mengenal diri? Ramai dari kalangan kita yang
boleh menyebut perkataan istilah "bilamana mengenal diri, pasti
mengenal Allah", persoalannya disini, bagaimanakah cara atau
kaedahnya untuk kita mengenal diri?

Ramai dikalangan kita diluar sana hanya pandai megungkap
perkataan "mengenal diri, namun rata-rata ulamak diluar sana,
tidak ramai yang boleh mengupas atau menyelesaikan
permasalahan ini. Berbekalkan ilmu yang telah dicurah, dituang
dan dengan keberkatan ilmu yang diisi oleh Tok' Kenali ke dalam
dada Ayahanda Mohd Yusof Cik Wook, pada had ini, saat ini,
ketika dan masa ini, tuantuan dan puan-puan semua akan sarna-
sarna dapat mengenal diri.

Adapun yang dikatakan sebenar-benar diri itu, bukan merujuk
kepada jasad atau bukan merujuk kepada anggota tubuh badan.
Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah merujuk kepada perkara
roh. Roh kita itulah dikatakan diri yang sebenar-benar did.
"Rohlah sebenar-benar diri".

Bilamana para-para guru menyebut tentang perkara ilmu
mengenal did, bererti dan bermakna ianya merujuk kepada "roh".
Dntuk itu, barang siapa berhajat untuk mengenal Allah,
hendaklah terlebih dahulu mempelajari ilmu mengenal roh
(mengenal did), kerana roh kitalah yang dikatakan sebenar-benar
diri. Setelah kita benar-benar mengenal roh, bererti tuan-tuan
akan mengenal diri.

304 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Adapun pelajaran atau ilmu mengenal roh itu, adalah ilmu yang
paling sedikit, paling ringkas, paling mudah, paling senang dan
ilmu yang paling ringan. ltu makanya Allah berfirman yang
bunyinya:

"Jika ditanya kepada engkau ya Muhamad tentang rah,
katakanlah rah itu atas urusanKu, Jika Ku beri sekalipun,
melainkan hanya sedikit".

Tidak banyak ilmu yang membicarakan tentang mengenal roh.
Jika ada sekalipun ilmu mengenal roh itu, ianya hanya
mengandungi tiga patah perkataan. Dengan hanya menyebut tiga
patah perkataan, kita akan mengenal roh. Perkara atau ilmu
mengenal roh itu, adalah perkara yang teramat sedikit, iaitu
hanya dengan tiga patah perkataan.

Dikesempatan ini, saya tidak berhajat untuk memperkhabarkan
ilmu mengenal roh, kerana ia akan diperkhabarkan khususs
didalam kitab yang akan datang.

Untuk mengenal roh itu, ilmunya hanya ada lima patah
perkataan. Jika disingkatkan lagi, ianya hanya megandungi tiga
patah perkataan sahaja. Barang siapa yang berhajat untuk
mengetahui Ilmu yang lima patah perkataan itu, sila hubungi
pengarang kitab ini, seandainya semasa tuan-tuan membaca kitab
ini, saya masih hidup.

Untuk tidak melengahkan masa, Mari kita berbalik semula
kepada persoalan kita, iaitu bagaimanakah cara, jalan atau kaedah
untuk mengenal diri.

Satu-satunyajalan dan satu-satunya kaedah untuk mengenal diri
itu, hanyalah melalui cara Hmu mengenal roh. Sekali lagi
sayajelaskan dan saya tekankan disini, bahawa satu-satunya jalan
dan satusatunya kaedah untuk kita mengenal diri itu, adalah
hanya melalui cara "mengenal roh".

Barangsiapaberjaya mengenal roh, maka akan berjayapula
mengenal diri dan barang siapa yang berjaya mengenal diri, tuan-
tuan akan pasti dengan sepasti-pasti berjaya dalam ilmu
mengenal Allah. Jika sekiranya tuan-tuan gagal atau tidak

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 305

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

berjaya dalam mengharungi lautan ilmu mengenal diri, jangan
diharap untuk bertemu jalan mengenal Allah.

Untuk mengenal roh atau mengenal diri itu, adalah suatu jalan
yang teramat mudah. Dikeranakan ianya salah satu ilmu yang
teramatamat mudah, sehingga ramai dikalangan kita yang
terlepas pandang dan yang menemui jalan buntu.

Kita boleh bertemu dengan ramai orang dan kita boleh bertemu
dengan ramai diri, tetapi kebanyakan kita gagal untuk bertemu
dengan diri sendiri (kita boleh bertemu dengan diri orang lain,
tetapi kita gagal untuk bertemu dengan diri sendiri).

Cara, kaedah atau jalan untuk bertemu dengan diri dan untuk
mengenal diri sendiri itu, ianya bukan melalui jalan mengenal
diri yang zahir dan bukan dengan kaedah mengenaljasad (tubuh
badan), tetapi melalui jalan, cara atau kaedah mengenal diri
"roh".

Persoalannya di sini, bagaimanakah cara, jalan atau kaedahnya
untuk mengenal roh, sedangkan roh itu, suatu perkara yang tidak
bersifat. Sesuatu yang tidak bersifat itu, semestinya sesuatu yang
tidak dapat untuk dipandang, dilihat atau ditilik oleh pandangan,
bagaimana mungkin untuk dikenali?

Pada awalnya kita mengaku yang bahawasanya diri zahir (jasad
tubuh badan) kita itulah yangdisanggkakan diri. Ternyata
sangkaan kita itu meleset jauh, jasad atau tubuh badan itu,
ternyata bukan diri.

Jasad atau tubuh badan kita itu, bukan diri yang dimaksudkan.
Diri yang dimaksudkan itu, adalah diri yang tidak berhuruf dan
diri yang tidak bersuara. Diri yang tidak berhurufdan diri yang
tidak bersuara itu, itulah diri yang dikatakan sebenar-benar diri,
yang hendak kita kenaI.

Jasad atau tubuh badan kita, adalah suatu benda yang boleh
diraba dengan tangan dan suatu benda yang boleh dilihat dan
boleh dipandang oleh mata kasar. Temyata diri yang selama ini
disangka diri itu, sebenamya bukan diri yang kita cari.

306 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Anggapan serta sangkaan kita itu, temyata sarna sekali meleset.
Untuk itu, manakah yang dikatakan sebenar-benar diri? Manakah
diri yang tidak berhuruf dan diri yang tidak bersuara? Manakah
yang dikatakan roh dan manakah yang dikatakan diri?

Berbekalkan ilmu feqah yang dipelajari, belum membolehkan
kita mengenal diri dan belum membolehkan kita mengenal roh,
apa lagi untuk mengenal Allah (jauh sekali).

Yang dikatakan sebenar-sebenar diri itu adalah roh, dimanakan
ilmu yang membolehkan kita mengenal roh? Roh adalah perkara
batin atau makhluk halus. Barang yang kasar lagikan tidak dapat
untuk dikaji atau dikenal, inikan pula barang yang halus. Akal
atau ilmu feqah tidak mampu untuk membawa kita kepada tahap
mengenal diri (roh). Hanya ghaib sahaja yang mengenal ghaib
dan hanya batin sahaja yang mengenal batin. Perkara roh adalah
perkara yang tertakluk di dalam urusan kerajaan Allah. Sekalipun
ianya diberi ilmu, melainkan hanya sedikit.

Sekali lagi kita menemui kepayahan, kesukaran atau kegagalan
menuntut ilmu mengenal Allah melalui diri. Melalui diri atau
melalaui ilmu akal, kita tidak akan dapat sampai untuk
membicarakan soal roh. Roh itu, adalah termasuk kepada perkara
Amar Rabbi (urusan Allah). Setelah gagal untuk mengenal Allah
melalui diri, mari kita tinggalkan dulu buat sementara bab
mengenal Allah melalui diri, mari kita turun kepada anak tangga
ketiga, iaitu "mengenal Allah melalui mati".

3. Kaedah ketiga: Mengenal Allah melalui mati.

Setelah gagal mengenal Allah dengan Allah dalam pelajaran
tahap anak tangga yang pertama dan gagal mengenal Allah
melalui diri (roh) dalam pelajaran tahap anak tangga kedua, mari
kita belajar ilmu mengenal Allah melalui perkara mati (dalam
pelajaran tahap anak tangga yang ketiga).

Berpandukan Hadis "Matikan diri kamu sebelum kamu mati"
(Al-mutu Kablaan Tamautu), akan membawa kita kepada tahap
mengenal Allah Taala.

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 307

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Persoalannya di sini, bagaimanakah caranya untuk mengenal
perkara mati. Untuk mengenal mati itu, hendaklah terlebih
dahulu kita merasai mati, sedangkan kita belum mati dan belum
pemah merasai mati. Orang mati yang sudah pemah merasai
mati, tidak seorangpun yang kembali hidup untuk menceritakan
kepada kita akan perkara-perkara mati. Tidak pemah orang mati
hidup kembali untuk menceritakan perkara mati.

Sekali lagi kita gagal mengenal mati dan sudah tentu gagal untuk
mengenal Allah melalui mati. Kita gagal mengenal Allah melalui
Allah, kita gagal mengenal Allah melalui diri dan kali ini, sekali
lagi kita gagal menemui kaedah mengenal Allah melalui mati.
Kita sudah melewati tiga anak tangga. Namun ketiga-tiga anak
tangga itu, gagal untuk membawa kita kepada mengenal Allah
melaluinya. Tuan-tuan jangan khuatir, kita masih diberi ruang
untuk mengenal Allah melalui perkara tidur.

Kiranya payah, susah atau sukar untuk mengenal Allah melalui
Allah, sukar mengenal Allah melalui did dan sulit untuk
mengenal Allah melalui mati (keranakita belum pernah mati).
Mari kita belajar mengenal Allah melalui tidur. Perkara tidur,
adalah perkara yang pernah dilalui dan selalu di alami oleh
semua orang.

Sekiranya tuan-tuan merasa payah, merasa sukar, merasa susah
dan merasa sulit untuk mengenal Allah melalui Allah, ianya akan
mejadi mudah, menjadi senang dan menjadi ringan sekiranya kita
mengenal Allah melalui tidur.

Allah tidak berhuruf, Allah tidak bersuara, Allah tidak berjirim
dan Allah tida:k berjisim, sememangnya agak sukar untuk
mengenal Allah melalui Allah, tetapi ianya akan menjadi suatu
perkara yang teramat mudah, sekiranya kita mengenal Allah
melalui tidur. Sebab apa saya katakan mengenal Allah melalui
tidur itu suatu perkara yang teramat mudah, di antara sebabnya
adalah kerana semua orang pernah merasai dan pernah
mengalami tidur.

Barang siapa yang benar-benar menghayati dan benar-benar
menyelami perkara tidur, dengan pasti tuan-tuan akan dapat

308 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

mengenal Allah. Sebabnya adalah kerana setiap hari dan setiap
orang merasai dan mengalami tidur.

Begitulah senang dan mudahnya ilmu mengenal Allah!. Ilmu
mengenal Allah itu, adalah ilmu yang paling mudah, paling
senang, paling rendah dan paling bawah, yang tidak perlu kepada
tenaga, tidak perlu mengeluarkan peluh dan sehingga tidak perlu
kepada akal.

Untuk mengenal Allah melalui tidur itu, tidak perlu belajar
sehingga ke UniversitiAI-Azhar, tidak perlu keJordan, tidak perlu
ke Mesir dan tidak perlu ke gua, kerana semua orang merasai
tidur. Persoalannya disini, bagaimanakah caranya untuk kita
mengenal tidur?'

Tidur itu mengajar kita bagaimana cara penyerahan diri kepada
Allah secara total. Dalam tidur, kita serah harta, serah anak isteri,
serah rumahtangga dan serah hidup mati kita kepada Allah Taala.
Dalam tidur, kita tidak lagi ingat kepada apa-apa, melainkan
itulah yang dikatakan cara atau kaedah berserah diri kepada
Allah Taala secara total.

Dalam tidur, kita tidak lagi ingat akan diri sendiri, samada ada
atau tidaknya diri kita. Ianya sudah tidak lagi menjadi
perhitungan kita.

Nama kita sendiri pun tidak lagi kita ingat, melainkan itulah cara
atau kaedah berserah diri dan berserah segalanya kepadaAllah
Taala. Itulah pelajaran dari perkara tidur yang dapat kita contohi
dalam mencari kaedah atau mencari cara berserah diri kepada
Allah.

Soal: Apa faedah atau apakah pengajaran dari mempelajari ilmu
mati?

Bagi sesiapa yang menuntut ilmu mati atau ilmu mati sebelum
mati itu, adalah bertujuan supaya kita sedar akan diri. Supaya kita
tidak lupa, siapakah diri kita sebenamya.

Dari pelajaran mati atau mati sebelurn mati itu, kita akan dapat
diasuh, dididik dan diajar supaya kita tahu bahawa diri kita yang

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 309

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

sebenamya adalah tidak ada (sudah mati). Cuba tuan-tuan dan
puanpuan bayangkan kiranya diri tuan-tuan itu mati atau melihat
mayat atau jenazah yang sudah meninggal dan terbujur kaku.
Apa ada pada seseorang yang telah mati?

Orang yang mati itu, tidak lagi boleh berkemahuan. Sudah tidak
lagi boleh berangan-angan. Tidak lagi boleh meminta-minta.
Tidak lagi boleh berlari, betjalan dan tidak lagi boleh duduk.
Tidak merasa berkehendak kepada minurn atau makan. Tidak
lagi memikirkan soal bayar hutang kereta, bayar rurnah, bayar bil
api dan air. Orang mati itu, adalah orang yang sudah benar-benar
berserah diri kepada Allah Taala.

Jika dihurnban ke dalam longkang pun ia redha, jika dicincang
lumat pun ia redha, jika dibakar hangus pun dia redha dan jika
digantung sampai kering pun dia redha. Inilah yang hendak diajar
oleh ilmu mati. Ilmu mati itu, mengajar kita erti berserah, erti
redha dan erti ikhlas dengan apa yang telah di tentukan Allah.

Sekarang kita mengecapi hidup, janganlah hendaknya kita lupa
akan diri. Diri kita yang sebenar-benar diri itu, adalah diri yang
redha dan diri yang berserah kepada Allah Taala. Biarpun kita
kelihatan bagaikan seorang manusia yang hidup dan yang
kononnya berkuasa memilih apa yang kita suka, sesunguhnya
kita itu, tidak berkuasa, kita sebenamya mati.Diri kita ini, adalah
barang mati. Setiap barang yang mati itu, sudah tentunya tidak
memiliki apa-apa, yang adaitu, hanyalah berserah.

Seumpama kita berkehendak kepada rumah besar dan kereta
besar. Lalu kita beketja membanting tulang empat kerat dengan
gigih dan bersungguh-sungguh. Pada suatu hari yang tertentu,
temyata ianya membuahkan hasil dengan titik peluh, usaha dan
ikhtiar kita itu, kita benar-benar mendapat apa yang kita hajati.
Pada sepintas pandang, kita dapati yang usaha dan ikhtiar kita
itu, kelihatannya semacam kita yang punya.

Narnun sedarkah kita bahawa apa yang kita perolehi itu, adalah
sesuatu perkara yang sudah siap tertulis di dalam ketentuan
Allah. Kita pada hari ini, kebanyakannya terperasan atau
berprasangka yang usaha, ikhtiar dan kehendak itu, datangnya

310 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

dari kita sendiri, sedangkan ianya, adalah ciptaan Allah,
bukannya ciptaan usaha kita, bukan ciptaan ikhtiar kita.

Perkara mendapat rumah besar dan mendapat kereta mewah itu,
bukan suatu perkara baru. Perkara mendapat rumah besar dan
kereta mewah itu, sebenamya adalah suatu perkara yang sudah
lama, sudah sedia ada dalam karangan ilmu Allah Taala. Suatu
perkara yang sudah sedia ada sejak azali. Kita ini hanya
merealisasikannya sahaja (kita ini hanya menzahirkannya
sahaja).

Diri kita ini, sebenar-benamya tidak ubah seumpama seorang
pelakon filem, apa yang dizahirkan oleh seorang pelakon itu,

I

adalah penzahiran kehendak, kemahuan, cita rasa dan arahan
dari penerbit, pengarah atau dari tuan yang empunya cerita.

Kelihatan seolah-olah kitalah yang menjadi Raja atau berlakon
menjadi Hang Tuah (hero), Sebenamya yang benar-benar Raja
danbenar-benar Hang Tuah itu, adalah pengarah filem, bukannya
kita.

Kita ini, kuli batak (kata orang Kelantan), hamba melarat hanya
sekadar sampah ditepijalan sahaja. Ingalah,jangan sesekali
sehingga sampai kuli menjadi Raja.

Dalam hidup ini, kelihatan semacam kita yang
mengusahakannya, sebaliknya sebagai orang islam, hendaklah
hams kita peka, hams sedar dan wajib percaya yang bahawasanya
segala sesuatu yang berlaku itu, adalah berlaku di atas landasan
atau garis yang telah Allah tetapkan sedari mula. Ianya bukan
perkara baru.

Biarpun nyawa tuan-tuan dan puan-puan masih dikandung badan,
janganlah kita sombong dan jangan angkuh bilamana berjalan di
bumi Allah. Ingatlah bumi ini milik orang (milik Allah),
bukannya milik kita, jadi jangan anggkuh bila kita berjalan di
atasnya (kita ini hanya seorang kuli). Bilamana kuli, janganlah
hendaknya berlagak Raja.

Tidak perlu berlagak sebagai orang kaya, orang temama, orang
tersohor, orang berpangkat atau ketua besar. Bila sampai masa

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 311

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

mati, itu semua tidak boleh dibawa bersama. Biarpun isteri kita
seorang anak dara yang berumur belasan tahun, yang bam tiga
hari kita nikahi, secantik mana dan semuda mana isteri kita,
semua itu akan kita tinggal. Rumah besar yang mengalahkan
istana Raja sekalipun, akan kita tinggal, Harta berbillion di dalam
bank pun, akan kita tinggal dan jasad yang berpangkat pun, akan
kita tinggal, bilamanajasad disemadikan di dalam tanah.

Biar besar manapun kita, jangan sesekali angkuh atau sombong,
bilamana masih berpijak dibumi Allah. Tanah yang kita pijak itu,
adalah milik orang, bukannya milik kita.

Ada setengah dari setengahnya, memiliki harta dan wang yang
menimbun sakannya, namun bilamana minum, mereka terpaksa
!!: minum kopi tanpa gula atau tanpa susu. Apalah rasanya kopi
tanpa gula dan apalah ertinya nasi tanpa lauk ikan yang berperisa
garam (masin).

Kemana perginya kaya kita?, kemana perginya wang dan harta
kita? Orang lain berjalan dengan menggunakan kaki, adapun kita
berjalan dengan menggunakan kayu (setelah kaki dipotong akibat
kencing manis), sedangkan kita, adalah seorang yang bergelar
jutawan.

Apakah wang boleh membeli nyawa atau boleh membeli
kesihatan. Jika wang boleh membeli kesihatan, sudah tentu ramai
orang yang tidak mati. Temyata bilamana jatuh sakit, pergi
bembat sampai keluar negara sekalipun, mati tetap akan mati
juga.

Oleh itu, sedarlah bahawasanya, diri kita ini, tubuh kita ini dan
jasad kita ini, adalah milik orang (kepunyaan yang empunya).
Bila-bila masa sahaja boleh diambil, boleh dirampas dan boleh
ditarik balik.

Ada sesetengahnya, diambil penglihatan matanya, ada yang
diambil pendengaran telinganya, ada yang diambil sebahagian
tubuh dan ada yang diambil akal fikiran dan sebagainya. Mujur
dan bersyukurlah kita kepada Allah Taala, kerana masih diberi
dan dibekalkan oleh Allah, akan akal fikiran yang masih waras,

312 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

sehingga boleh lagi berkesempatan membaca kitab ini. Dari itu,
buangkanlah jauh-jauh sifat keberadaan dirimu.

Mari kita sarna-sarna memakai dengan pakaian redha dan
pakaian ikhlas. Jangan sampai terpakai pakaian sombong,
angkuh, dengki, khianat, kebesarandiri, tamak harta, tidak
bertegursapa dengan jiran tetangga dan bermusuhan dengan
orang di sana-sini. Sifat kebesaran itu, adalah milik Allah,
serahkanlah sifat itu kepada Allah.

Serah kembali segalanya kepada Allah, sehingga kita jadikan diri
kita ini, seumpama kelihatan sebagai mayat yang hidup. Diri kita
ini tidak ubah seumpama mayat yang hidup. Mayat tidak boleh
hidup dan bergerak sendiri. Hidup dan bergeraknya mayat itu,
adalah di atas bantuan orang. Begitu juga dengan diri kita, hidup
dan bergeraknya diri kita ini, adalah dikeranakan Allah Taala.

Kita boleh berjalan, adapun mayat juga boleh berjalan. Jika
mayat tidak boleh berjalan, masakan ianya boleh sampai ke tanah
perkuburan. Kita boleh berjalan, adapun mayat juga boleh
berjalan tetapi berjalannya mayat atau jenazah itu, adalah atas
bantuan atau atas pertolongan dari orang lain. Begitulah adanya
diri kita ini. Inilah pelajaran atau ilmu yang hendak disampaikan
kepada kita melalui perkara mati.

Marilah kita sarna-sarna mengaku dengan sepenuh kepercayaan
dan sepenuh keyakinan yang tinggi bahawa segala kehidupan kita
itu, adalah miliknya Allah Taala!.

Segala kehidupan kita, samaada dari segi sifat, nama, perbuatan
atau nyawa (zat) kita itu, sebenarnya milik Allah Taala, ianya
bukan menjadi milik kita, untuk itu jangan hendaknya kita hidup
dengan mendabik dada, mengaku kita yang berkuasa. Inilah
pelajaran, pengajaran atau ilmu yang hendak disampaikan kepada
kita melalui konsep mati (mati sebelum mati).

4. Kaedah keempat: Mengenal Allah melalui tidur.

Mengenal Allah Melalui Tidur. Tuan-tuan dan puan-puan yang
dirahmati Allah sekalian, tiada siapa yang tidak pernah tidur.
Semua dari kita pernah merasai tidur. Sedari bayi sehingga

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 313

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

sekarang, kita merasai tidur, apakah tuan-tuan masih tidak
mengenal tidur? Untuk pelajaran seterusnya, saya minta tuan-
tuan sidang pembaca yang budiman sekalian mengarnbil
sekeping kertas kosong.

Saya mahu tuan-tuan dan puan-puan tulis serta catatkan apakah
yang tuan-tuan tahu tentang tidur. Apakah pengajaran yang dapat
kita kutip dari perkara tidur. Buat catatan tuan-tuan dengan
cermat dan kemudian cuba padankan dengan catatan saya.
Apakah catatan tuan-tuan tentang tidur itu, sarna dengan ilmu
Tok' Kenali? Setelah semuanya telah tercatat, mari kita teruskan
perjalanan kita menghayati ilmu mengenal tidur.

Pengajaran yang dapat kita kutip dari perkara tidur itu, akan
membolehkan dan akan dapat membawa kita mengenal Allah
Taala dengan pasti. Jika sebelumnya kita tidak dapat mengenal
Allah melalui Allah, melalui diri atau tidak dapat membawa kita
mengenal Allah melalui mati, Baginda Rasullullah mengajak
tuan-tuan mengenal Allah melalui perkara tidur, kerana semua
orang tahu tentang tidur. Sebagaimana yang dinyatakan oleh
Baginda Rasul melalui Hadis "tidakkah tidur itu saudaranya
mati".

Apakah pengajaran yang dapat tuan-tuan kutip dari perkara tidur?
Semak balik catatan yang telah tuan-tuan tulis untuk
dibandingkan dengan apa yang akan di nyatakan. Pengajaran
yang dapat kita kutip melalui perkara tidur itu, adalah mengajar
kita kepada ilmu "menyerah diri kepada Allah Taala".

Cuba tuan-tuan perhatikan dengan cermat akan kata-kata saya
ini.

Semasa tuan-tuan tidur, apakah tuan-tuan masih ingat kepada
wang ringgit yang menimbun di dalam bank? Semasa tuan-tuan
tidur, apakah tuan-tuan masih ingat kepada rumah besar, kereta
besar atau pangkat besar. Apakah kita masih ingat?

Saya ingin ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan, semasa tuan-tuan
sedang tidur, apakah tuan-tuan kisah bilamana ada orang datang
untuk membunuh kita? Semasa tuan-tuan tidur, apakah tuan-tuan

314 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

tahu yang diri tuan-tuan itu, masih ada atau tidak (masih hidup
atau mati)? Dikala tidur, kita tidak lagi ingat akan diri, malahan
sudah tidak ingat lagi kepada nama diri sendiri dan semasa kita
tidur kita! tidak lagi ingat apa-apa. Dari itu, perkara tidur
mengajar kita erti menyerah diri kepada Allah Taala. Di dalam
perkara tidur, ianya mengajar kita erti sebuah "penyerahan diri
secara total" kepada Allah. Tidur mengajar kita, suatu rasa tidak
memiliki dan suatu rasa tidak mempunyai.

Dalam tidur, ianya mengajar kita mengenal siapa diri kita yang
sebenar. Sebenar-benar diri kita itu, tidak memiliki dan
mempunyai apa-apa (diri tidak ada). Dalam tidur kita tidak punya
suami, tidak ada isteri, tidak ada wang, tidak ada anak, tidak ada
dunia dan tidak ada apa-apa. Yang ada diketika itu hanya Allah,
hanya Allah sahaja yang terns hidup, hanya Allah yang terns
kaya, hanya Allah yang terus berkuasa dan hanya Allah yang
terns wujud (ada), ujud (yang mengadakan) dan maujud (yang
diadakan).

Wang yang banyak, tidak lagi kita peduli, ini menandakan yang
kita te1ah menyerahkan segala kekayaan wang ringgit, rnmah
besar, kereta besar dan pangkat besar kepada Allah ketika kita
tidur. Ada atau tidaknya diri kita dikala kita tidur, sudah tidak
lagi kita peduli, ini menandakan kita menyerahkan segala
kebesaran serta keberadaan diri kepadaAllah Taala. Tidak lagi
kita peduli kepada anak isteri atau orang yang tersayang. Tidur
membawa kepada konsep penyerahan diri kepada Allah Taala.

Tidur sebenamya adalah suatu ilmu yang teramat besar. Suatu
ilmu yang mengajar kita tentang ilmu menyerah diri secara total
atau menyerah diri secara mutlak kepada Allah Taala. Sayangnya
tidak disedari atau tidak diambil perhatian oleh kebanyakan dari
kita.

Tidur mengajar kita erti penyerahan diri secara total kepada
Allah Taala. Perhatikan baik-baik nasihat atau kiasan saya ini.
Semasa kita tidur, tiba-tiba seorang penjahat atau perompak
datang untuk membunuh kita, semasa kita sedang tidur, apakah
kita ambil kisah, npakah dapat kita elak?

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 315

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Kenapa tidak kita elak, kenapa tidak kita lari atau panggil jiran
sebelah? Sedangkan diketika tidur itu, kita masih merriiliki akal
yang berkelulusan Universiti. Kenapa akal yang berkelulusan
Universiti dan seorang cerdik pandai itu, tidak dapat kita guna
semasa kita tidur? Biarpun otak masih di dalam tempurnng
kepala, kenapa tidak boleh kita guna untuk mempertahankan diri
dari dibunuh oleh pcrompak? Itu tandanya tidur itu, adalah tanda
menyerah diri kepadaAllah Taala secara pukal, secara tunai,
secara tuntas dan secara jelas.

Dengan itu, fahamlah kita bahawa ilmu yang dibawa oleh perkara
tidur itu, adalah untuk mengajar kita kepada pengertian sebuah
penyerahan diri kepada Allah Taala.

Sekarang kenaI dan tahulah kita apakah maksud tidur itu
sebenamya. Pengajaran dari perkara tidur itu, membawa
pengerian mati. Itulah sebabnya Baginda Rasulullah menyatakan
dalam Hadisnya yang bahawasanya "tidakkah tidur itu
saudaranya mati".

Maksud perkataan saudara di sini, adalah merujuk kepada
perkara dekat, rapat, atau seumpama adik beradik kembar.
Bilamana kita tidak mengenal abang, cukup dengan mengenal
adik, kerana dengan mengenali adik, lambat laun kita akan dapat
mengenal abang. Melalui tidur, kita akan dapat mengenal mati
(itulah maksud tidur itu, adalah saudaranya mati).

Bilamana kita mengenal perkara tidur, bererti dengan sendirinya
kita akan mengenal perkara mati, kerana di antara tidur dengan
perkara mati itu, adalah seumpama saudara terdekat. Suasana
tidur itu, adalah mengajar kita mengenal suasana mati.
Sebagaimana tidur, sebegitulah mati dan sebagaimana mati,
sebegitulah keadaan tidur.

Bilamana kita tahu tidur, bererti kita tahu mati. Bilamana kita
mengenal tidur, bererti kita mengenal mati. Dari ilmu tidur,
mengajar kita ilmu mati. Sekarang saya mahu mengajak
tuantuan dan puan-puan sekalian, anggaplah diri kita sekarang
ini, benar benar sudah mati.

316 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Dari ilmu tidur, ianya telah berjaya membawa kita kepada
mengenal erti mati. Sebenamya kita sekarang ini, berada dalam
keadaan tidur dan sedang berada dalam keadaan mati. Biarpun di
saat ini, di ketika ini dan di masa ini, kita dalam berkeadaan
sedang berjalan, sedang menonton televisyen atau sedang
berbual. Sebenar-benamya kita ini, adalah mati dan berada di
dalam keadaan mati (berserah diri sepenuhnya dan selamanya
secara total kepadaAllah).

Mati itu hanya sekali, tidak ada mati buat kedua kali. Sekarang
kita sudah mati, yang tidak ada mati sesudahnya. Iaitu mati
sebelum mati (Al-mutu Kablaan Tamautu). Tidur itu, mengajar
kita kepada erti mati dan mengajar kita erti penyerahan diri
secara total kepada Allah Taala.

Setelah kita berserah diri, bererti kita telah dikatakan mati

sebelum mati. Hanyamereka-merekayangberserahdiri

sahajayangmengenal Allah (makrifatullah). Hanya mereka-

mereka yang berserah diri (mengenal Allah) sahaja yang boleh

dikatakan orang yang benarbenar hidup. Yang bersifat hidup itu,

adalahAllah. Allah sahaja yang bersifat hidup dan akan selalu

dalam berkeadaan jaga. Hidup yang tidak akan pernah lagi

menemui tidur itu, adalah Allah.

Diri kita ini sebenarnya, adalah diri yang bersifat dengan sifat
tidak ada (yang bersifat ada (wujud) itu, adalah hanya Allah).
Bilamana kita sudah tidak ada (tidak wujud), mana mungkin
boleh hidup dan mana mungkin orang yang tidak ada (tidak
wujud) boleh hidup, sedangkan yang sebenar-benar bersifat
dengan siafat hidup itu, adalah hanya Allah.

Sifat bagi kita itu, adalah tidak ada, tidak wujud (mati).
HanyaAllah yang bersifat hidup, bersifat ada dan bersifat wujud.
Jadi benarlah sebagaimana ajaran Tok' Kenali bahawa kita ini
sebenamya sudahpun mati. Hidup sesudah mati itu, adalah hidup
yang sebenar-benar hidup. Sebuah kehidupan yang tidak akan
merasai mati sesudahnya. ltulah yang dikatakan melalui Hadis
"mati sebelum mati" (AI-Mutu Kablaan Tamautu). Matikan diri
sebelum mati, itulah yang dikatakan sebenar-benar mati.

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 317

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Mati berpisah nyawa dari badan itu, adalah mati kepastian
manakala mati sebelum mati itu, adalah mati kemestian. Oleh itu,
kita "mesti" mematian diri sebelum datangnya mati kepastian.
Setelah kita mati, apa yang ada pada diri kita? Yang ada pada
kita hanyalah sifat lupa,sifat tidak tahu, sifat tidak ingat, sifat
hilang akal, sifat miskin, sifat tidak berkuasa dan sifat tidak ada,
itulah pengajaran yang dapat kita kutip dari perkara "tidur".

Sekarang saya mahu mengajak tuan-tuan dan puan-puan benar-
benar merasai mati. Saya mahu tuan-tuan beranggapan yang diri
tuantuan sudah mati. Cuba bayangkan yang diri tuan-tuan
sekarang ini mati, yang sedang berada diperbaringan, menunggu
dimandi dan dikafankan.

Anggaplah diri tuan-tuan sekarang sedang terbujur kaku,
dikelilingi oleh anak isteri yang sedang menangis meratap
pemergian tuan-tuan, untuk dihantar pulang kerahmatullah.
Sekejap lagi ada orang yang akan datang untuk memandi dan
kemudian akan memakaikan kita dengan pakaian kain kafan.
Sekarang ini tuan-tuan telah terbujur kaku dan sedang menunggu
saat-saat diusung keluar dari rumah dan untuk dikebumikan.

Dikala itu, dengan keterpaksaan kita akan meninggalkan anak
isteri, meninggalkan orang yang tersayang, meninggalkan harta
kekayaan, meninggalkan pangkat atau gelaran dan meninggalkan
segala kenangan pahit manis semasa hidup didunia. Semua
kenangan ketika di dunia itu, akan dikebumikan dan akan
disemadikan bersamajasad ke dalam kubur.

Cuba tuan-tuan bayangkan seandainya di saat ini, di masa ini dan
di ketika ini, tuan-tuan sudah terbaring berkeseorang di dalam
kubur yang gelap gelita, tanpa lagi ditemani oleh anak isteri,
tanpa ditemani suami tersayang, tanpa ditemani oleh anak
saudara, sahabat handai dan tanpa di mandi dengan lampu-lampu
indah yang cerah. Kini tuan-tuan akan menghadapi tempat baru,
di dalam keadaan gelap tanpa cahaya sedikitpun.

Semasa di dalam tanah, keadaannya amat gelap, panas, seram,
sunyi dan menakutkan. Cuba tuan-tuan bayangkan bilamana
tuan-tuan berada di dalam bilik yang tidak ada kipas, panaskan?

318 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Begitujuga semasa diperut bumi, baru kita rasa betapa panas dan
sunyi.

Dahulunya kita ditemani dengan gelak ketawa anak-anak dan
beramah mesra dengan suami atau isteri, kini tuan-tuan dan
puanpuan berkeseorangan di dalam perut bumi, sunyi, sunyi dan
sunyi, sepi, sepi dan sepi. Cuba tuan-tuan dan puan-puan
bayangkan betapa, betapa dan betapa ..

Apa lagi bilamana didatangi oleh Malaikat Mungkar dan
Nangkir. Datang dengan tujuan untuk menyoal tuan-tuan.
Sebelum disoal oleh Mungkar dan nangkir, terlebih dahulu saya
ingin menyoal tuan-tuan hanya dengan satu soalan.

Manakah yang dikatakan sebenar-benar diri? Dulunya tuan-tuan
gunakan anggota tangan bagi menunjukan gagah, menggunakan I
kaki bagi menunjukkan kuat, menggunakan mulut bagi
menunjukan pintar dan menggunakan akal bagi menunjukkan
pandai.

Sekarang bilamana diri tuan-tuan dalam keadaan "tidur atau
dalam keadaan mati" atau dalam keadaan sudah terbujur kaku
diperbaringan, ke mana perginya gagah, ke mana perginya kuat,
ke mana perginya pintar, ke mana perginya cantik, ke mana
perginya I! wang, ke mana perginya anak, ke mana perginya isteri
atau suami dan ke mana perginya diri? Diri dan nama diri kita
sendiri pun kita tidak tahu. Kemana pergi semuanya itu, dikala
kita tidur?

Apakah yang tuan-tuan miliki dikala tidur (mati)? Setelah kita
mengenal tidur, bererti kita telah mengenal mati. Sekarang kita
'sedang berada diambang kematian. Kemana diri ini hendak tuan-

tuan bawa? Kemana diri ini hendak dibawa, sekiranya kita tidak
mengenal diri.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah dan yang saya
kasihi sekalian. Saya dengan rasa rendah diri, ingin merayu
kepada tuantuan sekalian, supaya ingat sementara nyawa masih
dikandung badan dan sementara jasad masih mengandungi
nyawa, marilah kita samasarna belajar selok-belok ilmu

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 319

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

mengenal diri dan sarna-sarna belajar selok-belok ilmu mengenal
Allah dengan sebenar-benar mengenal (dengan sebenar-benar
nyata). Cukup-cukuplah belajar ilmu feqah dan cukup-cukuplah
belajar ilmu syariat. Sudah terlalu lama tuantuan duduk dalam
ilmu feqah, sampai bila untuk kita duduk dalam ilmu feqah,
bilakah masanya untuk beralih kepada ilmu hakikat dan ilmu
makrifat?

Mari kita sarna-sarna seimbangkan diantara ilmu feqah dengan
ilmu makrifat. Apakah tuan-tuan hendak tunggu ajal datang
menjemput, barn teragak hendak belajar? Sesungguhnya di dalam
alam kubur nanti, tidak lagi ada ustaz yang datang untuk
mengajar ilmu makrifat kepada tuan-tuan.

Inilah masanya, inilah saat dan ketikanya untuk tuan-tuan
mempertajam dan mendalami ilmu makrifat. Insaflah, insaflah
dan insaflah dan cukup-cukuplah duduk dalam ilmu feqah.
Melangkahlah, melangkahlah dan me1angkahlah ke alam ilmu
makrifatullah (alam ilmu mengenal Allah Taala). Sesungguhnya
perbuatan syariat tanpa hakikat itu, adalah kufur dan perbuatan
hakikat tanpa syariat itu, adalah zindek . Ini adalah Hadis sahih
dari Imam Malik.

Bermula daripada kelas KAFA (seusia enam tahun) sampai
sekarang, sekira-kira usia kita sudah bernmur dalam lingkungan
enam puluh tahun. Apakah dalam usia sekitar enam puluhan itu,
tuan-tuan masih lagi me1akukan ibadah dengan berbekal atau
berkaedah me1alui ilmu feqah?

Berdirinya kita di ketika solat itu, adalah berdiri dengan ilmu
feqah (iaitu berdiri yang berbekalkan dengan ilmu syariatin).
Mana yang dikatakan berdiri dengan ilmu hakikotun?, iaitu yang
dikatakan sebenar-benar berdiri solat? Sendainya kita masih
beranggapan yang berdiri itu adalah kita, bererti kita masih
beranggapan yang diri kita itu masih bersifat hidup. Sedangkan
yang bersifat dengan sifat hidup itu, adalah hanya Allah.
Bilamana Allah bersifat hidup, bererti kita bersifat mati.
Bilamana kita bersifat mati, apakah orang mati itu, boleh berdiri?

320 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Cubajawab pertanyaan saya, apakah orang mati itu, boleh
berdiri? Setahu kita orang mati itu, tidak boleh berdiri. Sifat kita
adalah mati, bilamana mati, kita tidak boleh berdiri solat.
Bilamana kita tidak boleh berdiri solat, siapa sebenamya yang
berdiri solat, cuba jawab?Apakah orang yang sudah mati atau
orang yang tidur itu, boleh berdiri untuk bersolat? Cuba jawab,
cuba jawab dan cuba jawab? ..

Sifat bagi kita adalah mati (tidur). Jika kita beranggapan yang
berdiri itu adalah kita, bererti kita bersifat hidup, sedangkan yang
bersifat hidup itu Allah. Siapakah yang berdiri diketika kita
bersolat, kiranya kita bersifat mati?

Cuba kita perhatikan sifat dua puluh, "kiamuhu Binafsih"
(berdirinya Allah itu dengan sendiri". Siapa yang bersifat berdiri?
Yang bersifat berdiri itu, adalah Allah. Sifat kita adalah duduk,
baring, lemah, kaku, tidur, tidak sedar dan mati.

Bilamana Allah bersifat berdiri, bererti, bermakna dan
bermaksudkita bersifat tidak boleh berdiri. Jika kita sifatnya tidak
boleh berdiri, siapakah yang berdiri diketika berdirinya solat?

Jangan pula sampai kepada tuduhan mengaku Allah. Bilamana
ilmu ini dibaca oleh orang yang berpegang kuat kepada fahaman
feqah, sudah pasti mereka dengan senang dan dengan mudah
menuduh fahaman atau karangan saya ini, berfahaman mengaku
Allah.

Diingatkan di sini, bilamana kita bersifat mati, tidur dan bersifat
tidak ada, jangan pula sampai mengaku yang kita itu, Allah.
Orang makrifatulah itu, adalah orang yang mengenal diri.
Bilamana mengenal diri, bererti diri sudah mati dan sudah tidak
ada. Bilamana diri sudah tidak ada, mana mungkin boleh
mengaku yang kita ini Allah. Orang mati, mana mungkin boleh
mengaku Allah. Orang yang mengaku Allah itu, adalah orang
yang belum mati, Orang yang belum mati dan orang yang
bersifat hidup itu, kebanyakannya adalah dari golongan orang
awam.

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 321

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Kefahaman orang makrifat itu, adalah kefahaman hanyaAllah
sahaja yang bersifat hidup, manakala orang makrifat itu, selalu
beriktikad bahawa sifat diri kita adalah mati. Bilamana Allah
bersifat hidup, bererti kita mestilah bersifat dengan sifat mati.

Cuba tuan-tuan dan puan-puan renung-renungkan usia kita
sekarang? Seusia sekarang, berapa lama lagikah tuan-tuan mahu
menghabiskan usia tua dengan pelajaran ilmu feqah? Berapa
lama lagikah masanya untuk kita menghabiskan umur kita
dengan hanya belajarilmusyariat?

Bilakahmasanyauntukkitabelajarilmuhakikat dan ilmu makrifat?
Antara ilmu feqah (syariat) dan ilmu hakikat (makrifat) itu,
adalah sarna-sarna fardhu ain atau sarna-sarna wajib. Kita telah
belajar ilmu feqah sedari umur enam tahun sedangkan seusia
enam puluh tahun ilmu hakikat masih belum datang wajibny
adan belum datang fardhunya? Nak tunggu bila dan nak tunggu
apa lagi? .

Marilah kita belajar "hakikat tidur" melalui ilmu makrifat,
dengan mengetahui hakikat tidur, ianya membawa kita mengenal
ilmu mati. Bilamana mengenal hakikat mati, ianya membawa
kita kepada mengenal diri. Dengan mengenal hakikat mati, ianya
membawa kita kepada ilmu mengenal diri. Bilamana mengenal
hakikat diri, ianya membawa kita kepada mengenal Allah. Inilah
tujuan kita belajar i1mu makrifat.

Dengan belajar ilmu makrifat, dengan sendirinya membawa kita
mengenal akanAllah swt. Sebabnya itulah saya membawa usul
tidur, usul mati, usul diri supaya dengan usul-usul tersebut, ianya
dapat membawa tuan-tuan menaiki tangga-tangga ilmu makrifat
dengan· tertib. Bilamana mendaki anak-anak tangga ilmu dengan
"tertib", ianya boleh membawa tuan-tuan dan puan-puan berjaya
sampai kepada ilmu mengenal Allah dengan teratur dan
berfatonah.

Saya bawa konsep mengenal diri, konsep mengenal mati, konsep
mengenal tidur itu, adalah bertujuan supaya pendekatan ilmu
mengenal Allah itu, kelihatan tersusun cantik, mudah-mudahan
dengan susunan yang cantik itu, supaya mudah difahami dengan

322 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

senang dan supaya mudah dimengerti oleh segenap lapisan umur.
Daripada konsep tidur, ianya membawa kita kepada konsep
penyerahan diri. Mari kita sarna-sarna belajar konsep yang
kelima, iaitu konsep mengenal Allah melalui penyerahan diri.

5. Kaedah kelima: Mengenal Allah melalui mimpi.

Mimpi adalah satu kaedah yang boleh membawa kita kepada
mengenal Allah dan mengenal diri.

Sekiranya tuan-tuan ingin mengenal sebenar-benar diri,
pelajarilah ia melalui perkara mimpi.

Contoh pertama:

Cuba tuan-tuan bayangkan ketika tuan-tuan tidur, lalu bermimpi
seolah-olah "ditindih oleh hantu". Semasa ditindih oleh hantu,
tuan-tuan telah memanggil isteri untuk meminta pertolongan.
Perkataan yang tuan-tuan lafaz atau yang terkeluar dari kedua
bibir mulut tuan, adalah perkataan "tolong, tolong, tolong",
sekuat suara yang termampu (sehingga habis kuat bersuara untuk
memanggil isteri menolong).

Dalam masa yang sarna, isteri tuan-tuan belum tidur dan sedang
mengosok baju sekolah anak disebelah katil tempat tuan tidur.
Setelah . tuan terjaga dari tidur dengan termengah-mengah, lalu
dengan suara yang kasar, tuan marah-marah kepada isteri, di
katakan isteri tidak mendengar panggilan suami. Tuan telah
mendakwa memanggil isteri, sedangkan di masa itu, isteri kita
berada di sebelah tempat tidur kita, tetapi tidak sedikitpun
mendengar panggilan dari kita.

Ini menggambarkan bahawa panggilan yang tuan panggil itu,
bukan dengan dengan bibir mulut. Sungguhpun tidak didengar
menggunakan kedua bibir mulut tetapi tuan tetap memanggil dan
tetap bersuara. Cuba fikir-fikirkan dari manakah datangnya suara
tuan tadi?

Tuan bersuara tetapi bukan dengan bibir mulut, suara siapakah
itu? dan bibir mulut siapakah itu? ltulah bibir dan suara yang
empunya diri, suara dan bibir dari tuan yang sebenar-benar diri.
Tuan yang sebenar-benar diri, bersuara tidak perlu kepada bibir

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 323

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

dan tidak perlu kepada suara (tidak perlu kepada berhuruf dan
bersuara) tetapi kita tetap memanggil dan tetap mengeluarkan
suara tanpa bunyi.

Itulah hebatnya tuan yang empunya diri, tanpa suara dan tanpa
bibir mulut pun, tuan yang empunya diri boleh bersuara dan
boleh memangggii. ltulah sebenar-benar tuan yang empunya diri
(sebenar-benar diri tetapi persoalannya di mana?). Pengajaran
atau pelajaran melalui perkara mimpi itu, ialah sesungguhnya
bahawa kita sebenamya boleh mengenal Allah, walaupun Allah
itu tidak berhuruf, bersuara, berjirim dan Allah yang tidak
berjisim.

Contoh kedua:

Di ketika tuan-tuan sedang tidur, katakanlah tuan-tuan telah
bermimpi sedang dikejar oleh seekor harimau, untuk mengelak
dari dibaham oleh harimau, lalu tuanpun lari dan terjun ke dalam
sungai. Berenanglah tuan di dalam sungai tersebut sehingga
sampai ketebing seberang.

Apabila terjaga dari tidur, kita terasa keletihan kerana di dalam
mimpi tadi, kita di dapati telah berlari dan berenang di dalam
sungai. Sungguhpun kita terasa keletihan, pada hakikatnya
apakah kita benar-benar berlari dengan menggunakan kaki dan
apakah benarbenar kita telah berenang menggunakan tangan?
Kaki manakah yang tuan guna untuk berlari dan tangan manakah
yang tuan guna semasa berenang, sehinggakan terasa keletihan?,
sedangkan temyata kita hanya terbaring di katil tanpa bergerak
sedikitpun?

Walaupun tidak menggunakan kaki zahir dan tangan zahir, tuan
tetap boleh berlari dan tetap boleh berenang. Siapakah
sebenamya yang berlari dan yang berenang itu? ltulah diri yang
sebenar-benar diri kita. Kenalkah tuan kepada diri yang sebenar-
benar diri kita, yang selama ini kita gunakannya setiap hari dan
setiap masa?

324 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Sekali imbas, temyata kita ini sentiasa dalam berkeadaan zalim
dan fasiq kepada diri sendiri (kerana tidak mengenal kepada tuan
empunya -diri kita sendiri). Hari-hari kita menggunakan anggota
tangan; kaki, mata, telinga, mulut, hidung dan anggota perut
tetapi tidak pemah kita ambil tahu untuk mengenal siapa
pemiliknya.

Cuba perhatikan sekali lagi, kiasan atau contoh yang kita alami
ketika di dalam mimpi. Tidakkah kita bercakap (memanggil) dan
tidakkah kita berlari dan berenang, sedangkan semasa itu, semua
ketujuh-tujuh anggota kita tetap berada di \ tas katil dan tidak
sedikit pun berganjak dari tempat pembaringan itula yang
katakan, mati sebelum mati, itulah yang dikatakan penyerahan
diri secara total dan itulah yang di katakan kembali kepada sifat
alam semula .adi kita (itu alam diri kita yang sebenar-benar diri).
Iaitu diri yang tidak berhuruf dan tidak bersuara, tanpa jisim dan
tanpa jirim tetapi bergerak, berlari dan berkata-kata.

Melalui mimpi, kenallah kita siapa diri kita yang sebenar. Diri
kita yang sebenar itu, adalah diri yang tidak menggunakan mulut
bila berkata-kata, tidak menggunakan kaki bila berlari dan tidak
menggunakan tangan bila berenang (persoalannya siapakah itu?).

Anggota tujuh zahiryang kita bawa "kehulu dan kehilir" ini
hanyalah petugas yang menjalankan tugas dengan taat dan patuh,
mengikut suruhan atau arahan daripada tuan yang didalam
(persoalannya disini, siapakah diri yang dalam itu?) Diri yang
sebenar-benar diri itu, bukan angota tujuh.

Serahkan segala diri yang tujuh itu, barulah tuan-tuan akan
terlihat, terpandang dan tertilik tuan yang empunya diri,
sebagaimana kiasan yang disampaikan melalui mimpi.

6. Kaedah keenam: Mengenal Allah melalui penyerahan sifat,
afaal, asma dan zat.

Dari kiasan tidur dan dari kiasan mimpi, dapatlah kita rumuskan
bahawasanya yang mengerakan hidup afaal, hidup sifat, hidup
asma' dan hidupnya zat kita itu, adalah dikeranakan apa? Sila
jawab dan cuba isikan tempat kosong yang sengaja saya

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 325

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

tinggalkan untuk tuantuan mencari jawapannya. Perkataan "apa"
yang saya tinggalkan (yang saya kosongkan) itu, barang siapa
yang tahu, itulah sebenarbenar diri kita. Untuk mengenal perkara
apa itu, hendaklah kita kembalikan, serahkan dan pulangkan
secara total empat perkara kepada Allah, iaitu:

1.sifat 2.afa'al 3. asma' 4.zat kepada Allah.

Keempat-empat sifat itu, jangan sampai terlihat atau terlekat lagi
pada tubuh badan diri kita. Setelah keempat-empat sifat itu telah
berjaya kita kembalikan kepada Allah, bererti kita sudah tidak
lagi memiliki apa-apa. Setelah kita tidak lagi memiliki apa-apa,
itulah yang dikatakan diri kita yang sebenar. Sebenar-benar diri
kita itu, tidak ada, yang bersifat dengan sifat ada itu, adalah
hanya Allah. Allah Taala sahaja yang bersifat dengan sifat ada.

Mengenal Allah melalui konsep penyerahan segalanya
kepada Allah

Pertama, kita tidak dapat mengenal Allah melalui Allah. Kedua,
kita tidak dapat mengenal Allah melalui diri. Ketiga, kita tidak
dapat mengenal Allah melalui mati. Keempat, kita mengenal
Allah melalui tidur. Yang kelima dan terakhir, mari kita
mengenal Allah melalui penyerahan diri.

Ramai dikalangan kita yang hanya tahu menyebut perkataan
menyerah diri atau penyerahan diri, namun tidak ramai yang
benar-benar tahu bagaimana caranya untuk menyerah diri. Untuk
menghayati, menyelami dan mengetahui cara, jalan atau kaedah
menyerah diri, mari kita imbas kembali perkara tidur.

Bagi yang berhajat untuk menyerah diri, mari kita umpamakan
diri kita ini dalam berkeadaan tidur. Biarpun kita dalam keadaan
berjaga, dalam keadaan sedahg makan, sedang mesyuarat, sedang
mengajar dan sebagainya, anggaplah seolah-olah diri kita ini,
seumpama dalam berkeadaan tidur.

Dalam berkeadaan tidur, ertinya kita dalam berkeadaan berserah
segalanya kepada Allah Taala. Kita tidak lagi tahu harta, kerana
harta kita itu, milik Allah. Kita tidak lagi tahu dan tidak lagi ingat
kepada diri kita sendiri. Sebab apa kita tidak ingat diri kita

326 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

sewaktu di dalam tidur, sebabnya adalah kerana diri kita sewaktu
tidur telah menjadi milik Allah sepenuhnya (secara total telah
menjadi milik Allah). Jika sakit sekalipun, kita hendaklah
bersyukur dan redha, kerana diri atau jasad kita ini, adalah milik
Allah. Jika di timpa kesusahan, kesulitan atau kecelakaan,
hendaklah kita bersyukur dan redha atasketentuan Allah, kerana
kita ini adalah milik Allah sepenuhnya.

Tidak ada sezarahpun atas diri kita ini yang menjadi milik kita,
melainkan segalanya adalah milik dan kepunyaan Allah Taala
secara total dan secara mutlak. Mengenal Allah melalui konsep
penyerahan diri itu, adalah pelajaran anak tangga yang paling
bawah, paling rendah, sebagai mana diri kita dalam berkeadaan
tidur.

Bilamana diri kita seolah-olah dalam berkeadaan tidur, itulah
ertinya penyerahan diri yang sebenar-benar penyerahan kepada
Allah. Penyerahan diri itu, bilamana diri kita seumpama
dalam berkeadaan tidur. Yang tidak lagi tahu apa-apa. Tidak
tahu lagi diri kita ini siapa. Tidak tahu lagi keberadaan diri.
Sekiranya kita tahu keberadaan diri, bermakna kita masih belum
tidur dan kita masih dalam keadaan belum berserah diri
sepenuhnya kepada Allah Taala.

Cuba imbas kembali pelajaran tidur. Bilamana kita tidur, apakah
lagi kita tahu siapa nama kita? Apakah kita tahu berapa banyak
harta kita? Apakah kita tahu anak isteri kita pergi kemana?
Dalam tidur apakah kita tahu samada diri kita itu, ada atau tidak?
Konsep penyerahan diri itu, adalah bilamana kita tidak lagi tahu
apa-apa (berserah kepada Allah).

Setelah kita dalam berkeadaan tidak tahu apa-apa, itulah ertinya
penyerahan diri yang secara total. Tidak tahu di sini, bukan
bermakna kita hilang akal, bukan bererti kita lupa ingatan, bukan
bermaksud kita lalai atau tidak ingat apa-apa? Penyerahan di sini,
adalah merujuk kepada diri kita tidak ada. Setelah diri kita tidak
ada, siapa yang bersifat ada? Setelah diri kita tidak ada, yang
bersifat ada itu, adalah hanya Allah.

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 327

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Di sini, sukalah saya bertanya dan ajukan pertanyaan kepada
sidang pembaca yang budiman sekalian. Bilamana diri kita tidak
ada, siapakah yang bersifat ada? Silajawab. Bilamana perkara ada
itu, adalah hanya sifat Allah (bererti Allah telah ada), bilamana
Allah telah ada, bermakna Allahlah yang akan meliputi jasad diri
kita dan bilamana Allah telah ada, bererti Allah telah meliputi
seluruh alam’

Setelah Allah meliputi sekalian alam dan setelah Allah meliputi
sekalian diri, bermakna diri kita akan sendirinya menjadi lebur,
menjadi binasa, menjadi hancur dan menjadi terkubur dalam
wajah Allah. Setelah lebur, setelah hancur dan setelah binasanya
diri kita ke dalam wajah Allah, bererti sifat diri ini, tidak lagi
kelihatan oleh pandangan rasa. Segalanya telah bertukar tangan
kepada tangan Allah.

Seumpama sebidang tanah yang mulanya milik kita, kini kita jual
kepada orang lain. Apabila kita telah menjual tanah tersebut
kepada orang lain, bererti tanah itu tidak lagi menjadi milik kita,
malahan ianya telah bertukar tangan menjadi hak milik orang
lain, telah tertakluk di bawah tanggungan orang lain dan sudah
terserah kepada penjagaan tuan tanah yang baru.

Di situ, kita tidak akan lagi terlihat keberadaan diri. Di situlah
terkaram, terlebur, hancur, hangus, terbakar, terkubur, fana dan
terbaqa'nya sifat diri se1aku makhluk, ke dalam wajah Allah
Inilah yang dimaksudkan dengan pengertian mati, inilah yang di
ertikan dengan pengertian tidur dan inilah yang dimaknakan
dengan penyerahan diri, iaitu penyerahan diri secara total kepada
Allah Taala, sehingga tidak lagi terlihat keberadaan diri.

Setelah segalanya terserah kepada Allah, di situlah barn kita akan
dapatnampaksifatAllah.
Selagikitabe1umberserahdirisebagaimana berserahnya sewaktu
kita tidur, selagi itulah, kita tidak akan nampak Allah, tidak
terpandang dan tidak terlihat Allah Taala.

Bilamana kita masih ada sifat diri atau masih mengaku
keberadaan diri, selagi itulah kita akan mendakwa dan masih
mengaku kita yang beribadah, kita yang sembahyang, kita yang

328 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

puasa, kita yang bersedekah, kita yang melihat, kita yang
mendengar, kita yang berkata-kata, kita yang bersifat pandai,
pintar, kita yang bersifat rajin, kita yang taat, kita yang lebai, kita
yang bersifat hidup dan kita yang bersifat wujud (ada).

Jika kita mengaku segalanya dari sifat kekuatan kita, ke mana
perginya sifat kekuatan Allah. Bilamana kita yang melihat,
apakah Allah itu bersifat buta? Bilamana kita yang bersifat hidup,
apakah Allah itu bersifat mati? Bilamana kita yang mendengar,
apakah Allah itu bersifat pekak (tuli)? Bilamana kita yang
bersifat wujud (ada), ke mana perginya sifat wujud Allah.

Itulah makanya ulamak terdahulu, mengajar dan menekankan
kepada kita supaya menuntut ilmu penyerahan diri. Setelah kita
serahkan diri sepenuhnya kepada Allah, bererti kita tidak akan
lagi terlihat keberadaan diri. Setelah tidak lagi terlihat
keberadaan diri, itulah yang dikatakan sebenar-benar diri.
Sebenar-benar diri itu, sudah terlebur, terkaram dan terkubur
dalam wajah Allah.

Setelah segalanya sudah dan telah terkubur dalam wajah Allah,
barnlah kita akan dapat mengaku dengan sebenar-benar
pengakuan bahawa yang me1ihat, memandang dan yang menilik
itu, adalah Allah Taala, bukan kita.

Bilamana tidak ada keberadaan diri, disitu baru kita akan nampak
sifat Allah. Disitu baru kita sedar yang sebenar-benar melihat itu
Allah, yang sebenar-benar mendengar itu Allah, yang berkata-
kata, yang berilmu, yang hidup, yang Esa, yang sedia, yang
kekal, yang berkuasa, yang berkehendak dan yang bersifat
dengan sifat ada (wujud) itu hanya Allah, hanya Allah dan hanya
Allah .

Inilah pelajaran yang hendak didedahkan, disampaikan dan yang
hendak ditunjukkan oleh guru-guru terdahulu kepada kita
sekalian. Juga kepada para pembaca yang budiman sekalian.

Marilah bermula dari hari ini, saat ini, diketika ini dan diwaktu
ini sama-samalah kita berserah diri (jangan sampai terlihat

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 329

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

adanya diri) kepada Allah dalam sebilang masa. Inilah yang
dikatakan konsep penyerahan diri kepada Allah Taala.

Bilamana semua pancaindera kita telah kita serah dan telah kita
kembalikan kepada Allah, apakah lagi yang tertinggal, yang
terbaki dan tersisa atas diri kita? Cuba tuan jawab sekali lagi
pertanyaan saya ini atau sudi kiranya tuan-tuan senaraikan atas
kertas kosong, apakah yang tersisa atau yang tertinggal atas diri
kita?

Untuk mendapat barokah dalam pembacaan kitab saya ini, saya
mahu tuan-tuan sidang pembaca sekalian, jawab pertanyaan saya,
biarpun di dalam hati kecil tuan-tuan.

Tuan-tuan dimintajawab secarajujur, sekalipunjawapan itu di
dalam hati. Agar dengan jawapan tuan-tuan itu, ianya akan
mendasar ke dalam lubuk hati, yang nantinya akan berbuah,
berkesan, terpahat, terpaku serta terpasak ke dalam lubuk hati
tuan-tuan sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian.

Pertanyaan saya adalah:

Apakah kita itu bersifat melihat? Jika Allah yang bersifat
melihat, kenapa pula kita yang bersifat nampak? Bilamana Allah
yang melihat, sepatutnya Allahlah yang nampak. Sedangkan kita
itu bersifat buta. Bilamana kita bersifat buta, masakan kita boleh
nampak? Sebenamya siapa yang melihat dan siapa yang nampak?
Mustahil untuk kita katakan kita yang nampak, sedangkan kita
itu bersifat buta. Cuba jawab, siapa yang melihat dan siapa yang
nampak? Bilamana kita bersifat buta, bererti kita tidak akan
boleh melihat dan tidak akan boleh nampak? Tetapi kenapa kita
nampak? Pertanyaannya, siapakah yang sebenar-benar bersifat
melihat? Jika Allah yang melihat, bererti kita buta, setelah dan
sekiranya kita buta, kenapa kita masih nampak untuk membaca
kitab ini? Siapakah yang me1ihat, siapakah yang nampak dan
siapakah yang membaca kitab ini?

Jika kita yang membaca, mana mungkin boleh nampak tulisan
tulisan makrifat di dalam kitab ini, tidakkah kita itu bersifat buta
Jika kita bersifat buta dan bersifat tidak nampak, siapakah yang

330 ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

membaca ayat-ayat atau tulisan-tulisan di dalam kitab ini?
Siapakah yang membaca, me1ihat dan siapakah yang
memandang kitab ini sekarang? Cubajawab pertanyaan saya

7. Kaedah ketujuh: Mengenal Allah melalui tidak ada apa lagi
yang hendak diserah.

Setelah kita lalui perjalanan penyerahan melalui mati, tidur,
mimpi dan penyerahan melalui anasir empat, kini sampailah kita
kepada anak tangga penyerahan yang penghabisan.Penyerahan
yang penghabisan (yang ketujuh) itu, adalah penyerahan yang
sampai ' sehingga kepada tahap tidak ada apa-apa lagi yang
hendak diserah.

Jika masih ada lagi sifat yang hendak diserah, itu bererti
pengajian ilmu penyerahan diri (mengenal diri) belum putus.
Putus atau tamatnya pengajian ilmu mengenal diri dan ilmu
mengenal Allah itu, adalah setelah sampainya ilmu kita kepada
peringkat, tidak ada apa-apa lagi yang hendak diserah.

Jalan untuk mengenal Allah itu, adalah suatu perkara yang
terlampau mudah dan terlampau senang. Lantaran mudah dan
senang itulah, sehingga kebanyakan dari kita terlupa dan terlepas
pandang. Cuba tuan-tuan fikir dan jawab pertanyaan saya dengan
ikhlas, apakah benda yang paling hampir dengan mata kita?
Benda yang paling hampir dengan mata kita itu, adalah bulu
mata. Kenapa benda yang paling hampir dengan kita,
membuatkan tidak boleh kita nampak?

Yang paling hampir dengan kita itu, adalah anggota tujuh.
Sungguhpun anggota tujuh itu di katakan paling hampir dengan
kita tetapi inilah yang menjadikan orang lupa dan terlepas
pandang. Begitu juga Allah, dikerana Allah itu terlampau hampir,
itulah makanya kita selalu terlepas pandang.

Sebab apa bulu mata dan Allah itu tidak dilihat? Sebab bulu mata
dan Allah itu tidak dapat dilihat, tidak dapat dipandang dan tidak
dapat ditilik itu, adalah kerana ia adalah perkara yang paling
hampir. Begitu juga dengan Allah. Kenapa sampai kita tidak
dapat untuk melihat Allah? Kita tidak dapat untuk melihat Allah

Hj.Shaari Mohd Yusof | ILMU PENYERAHAN DIRI MELALUI KAEDAH TUJUH 331

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

itu, kerana jarak kedudukannya Allah Taala dengan kita itu,
adalah teramat hampir dan teramat dekat.

Hampir dan dekatnya Allah dengan kita itu, sehingga tidak ada
lagi jarak pemisah. Sebagaimana hampir dan dekatnya bulu mata
dengan mata, hampir dan dekat lagi Allah. Allah itu dekat dan
Allah itu hampir, dekat tidak bersentuhan dan jauh tidak
berantara, sehingga kebanyakan dari kita terlepas pandang.
Disebabkan tidak terpandang akan Allah itu, adalah kerana kita
masih terlihat akan adanya diri.

Untuk mengenal sesuatu perkara yang dekat itu, hendaklah juga
melalui perkara yang hampir. Satu-satunya perkara yang paling
hampir dengan kita itu, adalah jasad. Pulangkan anasir empat,
iaitu zat, sifat, afaal dan asma (anggota tubuh), barulah kita akan
terlihat diri kita yang sebenar-benar diri. Sebenar-benar diri kita
itu, adalah tidak ada. Yang bersifat ada itu, itulah Allah. Setelah
mengenal diri dengan rata, barulah boleh melihat, memandang
dan menilik Allah yang nyata.

Untuk mengenal Allah itu, berkehendak ia melalui Allah itu
sendiri. Mengenal Allah itu, bukannya boleh melalui guru,
bukannya boleh melalui kitab, bukannya boleh melaluiAI-Quran
dan bukannya boleh melalui Malaikat. Allah akan campak atau
mengurniakan kefahaman ilmu mengenalNya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya. Untuk itu, marilah kita mengenal Allah
melalui Allah (mengenal Allah dengan Allah).

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

.........................................................................................................

332 KAEDAH TUJUH ADALAH KAEDAH GURU TERDAHULU MANGAJAR
MAKRIFAT | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

BAB 37
KAEDAH TUJUH ADALAH KAEDAH GURU TERDAHULU

MANGAJAR MAKRIFAT

Usul feqah atau ilrnu feqah, adalah cabang ilrnu yang sernua
ularnak boleh rnengajar dan sernua ularnak boleh
rnentafsirkannya. Sayangnya tidak rarnai ularnak feqah yang
boleh rnenjawab dan mentafsir ilrnu rnakrifat sebagairnana fasih
ularnak rnakrifat?

Tidak rarnai ularnak feqah yang boleh rnenghuraikannya.
Disebabkan mereka tidak boleh rnenjawab atau
rnenghuraikannya, itulah makanya ilrnu rnakrifat Tok Kenali itu,
di tuduh atau di dakwa sesat, salah dan tidak betul.

Sebenamya bukan ilrnu Tok Kenali yang tidak betul, yang
sebenarbenar tidak betul itu, adalah ularnak feqah atau orang
awarn yang tidak tahu ilrnu rnakrifat. Lalu rnenuduh sesat atau
salah. Palingpaling tidak, orang awarn akan rnenjawab dengan
jawapan bahawa ilrnu ini, adalah ilrnu yang "tak wajib usul".

Yang sebenamya bukan ilrnu tidak wajib usul tetapi rnereka yang
tidak tahu hurai atau tidak tahu untuk rnenjawab. Untuk rnenutup
rnalu atau rnenutup aib sebagai ularnak, rnaka rnereka akan
menjawab bahawa ilmu makrifat itu, adalah haram, salah, sesat ;
atau ilmu tak wajib usul. Inilah perangai, tabiat dan habitat
ulamak zaman sekarang.

Bilamana mereka tidak tahu untuk menjawab persoalan makrifat,
lalu mulalah datang perasaan hasad dihati mereka yang berilmu
feqah itu satu perasaan, yang sanggup melontar tuduhan sesat
terhadap ilmu makrifat. Sedangkan merekalah yang sebenar-
benar sesat.

Berbalik kepada pertanyaan saya di atas, siapakah yang
sebenarbenar me1ihat? Bialamana mata kita bersifat buta,

Hj.Shaari Mohd Yusof | KAEDAH TUJUH ADALAH KAEDAH GURU TERDAHULU 333
MANGAJAR MAKRIFAT

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

siapakah yang sebenar-benar membaca, melihat atau
memandang, sedangkan kita bersifat buta?

Jika kita mendakwa atau mengaku yang membaca, yang nampak
atau yang me1ihat itu, adalah kita, bererti kita telah memakai
sifat Allah Taala. Jika kita selaku makhluk memakai sifat Allah,
bererti kita te1ah menduakan Allah, menyekutukan Allah dan
bererti kita telah mensyirikkan Allah Taala.

Berdosalah kita dengan dosa yang tidak akan ada ampun oleh
Allah Taala. Jika berdosa dengan dosa selain dosa syirik, ianya
akan mendapat keampunan Allah tetapi sekiranya kita berdosa
dengan dosa syirik, biarpun sebesar zarah, tidak akan dapat di
ampun Allah, begitulah beasarnya dosa menduakan Allah
(syirik).

Bilamana Allah melihat dan kita juga bersifat melihat, bererti
sifat kita dengan sifat Allah itu sarna. Bila sarna, maka tidak ada
bezanya antara sifat Allah dengan sifat kita. Bilamana bersifat
dengan sifat yang sarna, bererti sudah ada dua wujud, sedangkan
sifat wujudnya Allah itu, adalah bersalahan dengan sifat yang
baham.

Sifat kita tidak boleh menyamai dengan sifat Allah Taala. Oleh
itu siapa yang me1ihat, siapa yang bersifat nampak dikala
tuantuan menilik, memandang atau dikala tuan-tuan melihat
barisbaris ayat dalam kitab ini?, dan siapa yang membacanya?
Cuba jawab? .

Untuk menjawab pertanyaan itu, hendaklah tuan-tuan pergi tidur.
Hanya tidur yang boleh menjawabnya. Setelah tahu dan sete1ah
mengerti ilmu tidur, bererti kita tahu ilmu penyerahan diri.
Sete1ah kita tahu ilmu penyerahan diri kepada Allah, barulah
boleh kita tahu siapa yang membaca, siapa yang melihat dan
siapa yang memandang.

Semasa diri kita tidur, bererti kita te1ah serah mata kepada Allah,
bilamana serah mata kepada Allah, bererti mata itu te1ah
bertukar tangan menjadai milik Allah, hak Allah dan nyata Allah.
Bilamana nyatanya Allah pada sifat mata, maka dengan

334 KAEDAH TUJUH ADALAH KAEDAH GURU TERDAHULU MANGAJAR
MAKRIFAT | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

sendirinya yang me1ihat, memandang dan yang nampak itu,
adalah Allah (bukan lagi kita). Kita bersifat tidur, bersifat mati
dan bersifat binasa. Sesudah tidur, sesudah mati dan sesudah
binasa, mana lagi ada diri, mana lagi ada mata, mana lagi boleh
me1ihat dan mana lagi boleh nampak.

Bilamana diri kita sudah tidak ada, masakan kita boleh me1ihat
dan masakkan kita boleh nampak. Maka yang me1ihat dan yang
nampak itu, itulah Allah, itulah Allah dan itulah Allah. Bilamana
temyata atau terzahimya Allah pada sifat mata kita, maka akan
hilanglah sifat diri dan akan hilanglah sifat mata. Apalagi sifat
melihat dan sifat nampak, sudah tentu dengan sendirinya akan

lebur. Bilamana hilang sifat diri atau bilamana sifat diri boleh
dihilangkan bermakna dengan sendirinya akan hilanglah sifat
melihat, hilanglah sifat memandang dan akan hilanglah sifat
menilik itu. Ertinya disini, kita tidak bersifat nampak, melihat,
menilik atau memandang. Yang nampak, yang melihat, yang
menilik dan yang memandang itu, itulah Allah (dengan syarat,
sesudah kita binasa).

Yang melihat, yang memandang dan yang menilik itu,
sebenamya bukan kita. Sebenar-benar yang melihat, memandang,
menilik dan menatap itu, adalah Allah Taala.

Sifat kita sudah tidak ada, sudah mati, sudah tidur, sudah fana
dan sudah baqa dalam wajah Allah Taala. Bilamana hilang diri,
maka akan hilanglah penglihatan. Bilamana hilang penglihatan,
maka akan, hilanglah sifat nampak. Bilamana hUang segala
sifat keberadaan '\ diri, itulah yang dikatakan sebenar-benar
diri kita. Sebenar-benar diri kita itu, adalah tidak ada. Setelah
tidak ada diri, barulah" Allah itu dikatakan bersifat dengan sifat
"ada".

Maka benarlah sebagaimana yang dinukilkan oleh sifat dua
puluh!. Iaitu yang bersifat melihat itu Allah, yang bersifat
memandang itu j Allah dan yang bersifat menilik itu, adalah
Allah Taala.

Hj.Shaari Mohd Yusof | KAEDAH TUJUH ADALAH KAEDAH GURU TERDAHULU 335
MANGAJAR MAKRIFAT

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Kita akan boleh nampak sifat Allah, setelah tidak adanya diri.
Bilamana ada diri, kita tidak akan boleh nampak adanya sifat
Allah. Bilamana masih ada diri, disitulah kita akan mendakwa
dan akan mengaku yang diri kitalah yang beribadah, kita yang
alim, kita yang bersifat taat, kita yangjujur, kita yang ikhlas, kita
yang sembahyang, ' kita yang berpuasa dan sebagainya.

Sekiranya kita telah berserah diri kepadaAllah, bererti diri kita
sudah tidak ada (binasa). Setelah diri binasa atau diri tidak ada,
barulah timbulnya yang ada itu hanya Allah, barulah kita tahu
yang Allah itu ada. Selagi kita bersifat ada, kita tidak akan
nampak yang Allah itu uda. Setelah kita tidak ada, barulah kita
faham yang sebenar-benar bersifat ada itu, adalah hanya Allah.

Disitulah baru terlatah atau terzahir dibibir mulut bahawasanya
Allahlah segala-galanya yang meliputi seru sekalian alam. Yang
menilikpun Allah dan yang ditilikpun Allah. Yang me1ihatpun
Allah dan yang dilihatpun Allah. Yang memandang pun Allah
dan yang dipandang pun Allah. Yang membacapun Allah dan
yang dibacapun Allah. Yang disembahpun Allah dan yang
menyembahpun Allah.

Inilah yang dikatakan ilmu berserah diri kepada Allah. Inilah
yang dikatakan ilmu tidur, ilmu mati dan ilmu mati sebelum
mati. Inilah cara, inilah jalan dan inilah kaedah kita berserah diri
kepada Allah Taala, mengikut suluhan dan mengikut tilikan
melalui kaca mata ilmu makrifat.

Mari kita lanjutkan sedikit lagi tentang ilmu penyerahan diri
kepada Allah. Saya mahu tuan-tuan tahu, setelah tahu hendaklah
diingat dan setelah ingat hendaklah diamal dan setelah diamal
hendaklah sentiasa dikekalkan (istikamah), berkekalan ingat
kepada Allah. Bagaimanakah caranya untuk berkekalan ingat
kepada Allah? Caranya begini;

1. Soal: Bagaimanakah cara untuk ingat kepadaAllah?

Jawab: Adapun cara untuk ingat kepada Allah itu, hendaklah
kita tahu dengan yakin bahawa siapakah yang bersifat zahir,
siapakah yang bersifat batin, siapakah yang bersifat awal dan

336 KAEDAH TUJUH ADALAH KAEDAH GURU TERDAHULU MANGAJAR
MAKRIFAT | Hj.Shaari Mohd Yusof

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

siapakah yang bersifat akhir?, jika tidak Allah. Allahlah yang
bersifat awal, akhir, zahir dan batin.? Tidak ada ruang untuk ada
atau wujudnya wujudnya diri kita samada ditengah-tengah
diantara awal atau akhir dan tidak ada wujudnya diri kita tengah-
tengah diantara zahir atau batin. Jadi sebenar-benar wujud diri
kita itu, tidak ada dan tidak wujud.

Bilamana yang awal (wal awalu) itu adalah Allah, yang akhir
(Wal Akhiru) itu adalah Allah, yang zahir (wal zahiru) itu adalah
Allah dan yang batin (wal Batinu) itu, adalah Allah. Apakah ada
lagi Allah lain sebelum atau sesudahnya?

Bilamana awal, akhir, zahir dan batin itu Allah, apakah Allah ada
menyebut perkataan di tengah-tengah diantara perkataan
awal,dengan perkataan akhir itu, wujudnya sifat makhluk dan
apakah ada ditengah-tengah zahir dan batin itu, adanya Allah
menyebut: wujudnya sifat kita?

Apakah di tengah-tengah diantara perkataan zahir dengan
perkataan batin itu, ada Allah disebut wujudnya sifat kita?
Pertama, di tengahtengah antara awal dan akhir itu, apakah ada
Allah menyebut perkataan "adanya" kita? Kedua, di tengah-
tengah antara zahir dan' batin itu, apakah ada Allah menyebut
perkataan "adanya" kita?

Setahu saya, Allah tidak pemah menyebut perkataan adanya kita.
Yang ada di antara awal, akhir, zahir dan batin itu, semuanya
adalah Allah, tidak sedikitpun adanya perkataan wujud atau
adanya kita.

Allah langsung tidak memberi ruang untuk adanya sifat diri kita.
Allah lansung menutup terus sempadan keberadaan diri kita.
Allah dengan tegas menutup serapat-rapatnya ruangan untuk
keberadaanl diri kita. Allah langsung menutup pintu, menutup
ruang dan I! menutup kesempatan untuk keberadaan diri kita.
Allah langsung , tidak memberi sedikitpun ruang kesempatan
untuk keberadaan diri kita, ingat itu!

Hj.Shaari Mohd Yusof | KAEDAH TUJUH ADALAH KAEDAH GURU TERDAHULU 337
MANGAJAR MAKRIFAT

Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri | Ilmu Peninggalan Tok’ Kenali Kelantan

Yang awal sehingga akhir itu, adalah Allah. Yang zahir sehingga
hatin itu, adalah Allah. Kenapa kita masih mengaku adanya kita?
Dan kenapa kita masih mendakwa yang kita beribadah, kita yang
solat, kita yang puasa, kita yang melihat, kita yang nampak, kita
yang mendengar dan kita yang hidup? Kenapa?, kenapa dan
kenapa?

Diawal dan diakhir, itu adalah Allah. Tidak ada Allah
menyatakan yang bahawasanya yang ditengah-tengah itu adanya
kita. Langsung .tidak disebut Allah, bahawasanya yang bersifat
ada itu adalah sifat kita. Yang bersifat ada itu, hanyaAllah,
Allahlah yang awal dan akhir serta Allahlah yang zahir dan batin.
Kenapa kita masih mengadakan (mewujudkan) sifat diri kita,
sedang Allah sendiri tidak pemah mengadakan (mewujudkan)
sifat lain selain diriNya sendiri, diriNya sahaja yang bersifat ada.

Sekiranya tuan-tuan beria-ia sangat untuk mengaku yang sifat
diri kita ini ada, anggaplah adanya kita itu, hanya sekadar bayang
kepada tuan yang empunya bayang (adapun bayang itu, bertindak
hanya selaku penyata kepada tuan yang empunya bayang). BiaI-
pun Allah telah berkata tidak ada yang lain selain Allah tetapi
kita beriaia sangat untuk mempertahankan hujah kita untuk
mengatakan yang diri kita ini ada (wujud), ianya di bolehkan. Di
bolehkan beriktikad adanya diri kita, tetapi adanya diri kita itu,
adalah dengan bersyarat. Syaratnya adanya kita itu, hendaklah
tidak lebih selaku bayang.

Agartidak mengecewa dan mengecilkan hatituan-tuan, biarpun
Allah kata tidak boleh, tetapi kita dibenarkan berkata ada dan
dibenarkan berkata boleh (boleh kita kata diri kita itu ada dan
sifat Allah juga pun ada). Biarpun kita sama-sama bersifat ada
(sama-sama bersifat wujud), tetapi adanya kita itu, tidak lebih
selaku bayang. Sebagai pengarang, penerbit dan penulils kitab
ini, saya membolehkan tuan tuan mengadakan sifat diri, tetapi
adanya diri kita hanya selaku adanya bayang.

Manusia atau ulamak-ulamak sekarang, bilamana kita bagi tahu
sesuatu perkara itu tidak boleh dan bagi tahu sesuatu perkara itu

338 KAEDAH TUJUH ADALAH KAEDAH GURU TERDAHULU MANGAJAR
MAKRIFAT | Hj.Shaari Mohd Yusof


Click to View FlipBook Version