36
BAHAN PEMBELAJARAN
BERTULIS
(WRITTEN INSTRUCTIONAL MATERIAL)
HT-012-2:2012/C02
COOKING TECHNIQUE
37
38
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
HT-012-2:2012/C02
COOKING TECHNIQUE
39
40
KOD DAN NAMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PROGRAM / KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROGRAM’S CODE & ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
NAME 62604 PUTRAJAYA
TAHAP / LEVEL KERTAS PENERANGAN
NO. DAN TAJUK UNIT (INFORMATION SHEET)
KOMPETENSI /
HT-012-2:2012
COMPETENCY UNIT NO. FOOD PREPARATION AND PRODUCTION
AND TITLE
LEVEL 2
HT-012-2:2012-C07 BREAKFAST PRODUCTION
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY BREAKFAST PRODUCTION MENU
AKTIVITI KERJA / WORK REQUIREMENT
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. SELECT BREAKFAST PRODUCTION STANDARD
RECIPES
NO. KOD / CODE NUM.
3. SELECT SUITABLE BREAKFAST PRODUCTION
UTENSILS AND EQUIPMENT
4. SELECT BREAKFAST PRODUCTION
INGREDIENTS
5. CARRY OUT BREAKFAST DISHES PRODUCTION
HT-012-2:2012-C07/P(1/5) Muka : 1 Drp : 11
TAJUK/ TITLE: BREAKFAST PRODUCTION MENU REQUIREMENT
TUJUAN/ PURPOSE:
The outcome of this module is to execute breakfast production to provide food for guest
satisfaction in accordance with company standard with company SOP
41
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 2
Drpd/of: 11
PENERANGAN
1.0 PENGENALAN SARAPAN
1.1 Definisi Sarapan
Makanan yang diambil pada waktu pagi dan sebelum memulakan aktiviti harian.
1.1.1 Jenis-Jenis Sarapan Pagi
Rajah 1: Jenis-jenis sarapan pagi
42
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 3
Drpd/of: 11
1.1.2 Kebaikan sarapan pagi
Terdapat banyak kebaikan di dalam mengambil hidangan sarapan pagi. Di antaranya
ialah:
Keperluan nutrisi
Menambah tenaga
Perlu untuk memulakan kerja
Meransang organ dalaman untuk bergerak
1.1.3 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Menyediakan Sarapan Pagi
Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan hidangan
sarapan pagi adalah seperti:
1. Makanan yang dihidangkan adalah dari bahan-bahan yang segar.
2. Bahan-bahan makanan yang disediakan mengandungi zat yang tinggi.
3. Makanan tersebut mengandungi serat bagi membekalkan tenaga.
4. Mudah disediakan dan cepat supaya dapat makan tanpa tergesa-gesa.
5. Gabungan warna yang menarik pada hidangan bagi menaikkan selera.
6. Hidangan perlulah mempunyai minuman panas dan sejuk (seperti jus
buah-buahan).
2.0 MENU SARAPAN
2.1 MENU SARAPAN TEMPATAN (MALAYSIA)
Sarapan pagi tempatan merupakan hidangan sarapan pagi berasaskan menu
atau makanan tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia.
Terdapat pelbagai kaum dan bangsa di negara kita, seperti Melayu, Cina dan
India. Oleh itu menu sarapan pagi juga berbeza-beza mengikut kaum.
2.1.1 Sarapan Pagi Melayu
Masakan Melayu adalah masakan orang Melayu dari Malaysia.
Ia juga dipengaruhi oleh kawasan di sekelilingnya iaitu negara Indonesia,
43
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 4
Drpd/of: 11
Singapura, dan Brunei yang dahulunya merupakan gugusan kepulauan
Melayu atau dikenali sebagai Nusantara.
Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus
yang banyak, serta santan untuk menghasilkan makanan berlemak dan
pekat. Masakan Melayu juga banyak menggunakan bahan tempatan seperti
pandan, lengkuas dan serai.
2.1.2 Sarapan Pagi India
Masakan India dapat dicirikan dengan penggunaan rempah ratus yang
pelbagai, sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan yang banyak terdapat
di seluruh India.
Hidangan sarapan tempatan India mempunyai persamaan dengan negara asal
India.
Antara bahan-bahan yang sering digunakan adalah seperti beras, tepung atta,
kekacang (split bengal gram, yellow gram, green gram), dadih atau yogurt atau
susu masam (tairu), garam masala, daun ketumbar, daun kari dan minyak sapi
sebagai bahan penambah rasa.
44
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 5
Drpd/of: 11
Rajah 3 : Split bengal gram, green gram dan yellow gram.
2.1.3 Sarapan Pagi India
Sarapan tempatan Cina Malaysia berakar umbi dari masakan tanah besar
China (Fujian, Kantonis, Hakka, Teo Chew).
Masakan ini dipengaruhi oleh penggunaan bahan tempatan dan budaya yang
lain di Malaysia tetapi masih mengekalkan pengaruh Cina.
Antara bahan-bahan yang sering digunakan dalam masakan Cina adalah
bawang putih, halia, minyak bijan kicap, hasil beras atau hasil gandum
seperti mihun, kuay teow, mi kuning, mi wantan dan sebagainya.
Rajah 4 : Bawang putih, minyak bijan dan mee wantan
2.2 MENU SARAPAN ANTARABANGSA
2.2.1 Continental Breakfast
Sarapan Continental berasal dari negara Eropah.
Sarapan yang dihidangkan biasanya ringkas dan ringan.
Contoh hidangan adalah seperti:
45
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 6
Drpd/of: 11
- Breadstuff (seperti roti bakar, croissant, dan pastri)
- Buah-buahan
- Jem dan sapuan
Contoh minuman pula adalah seperti:
- Kopi
- Teh
- Jus buah-buahan
Rajah 5 : Contoh hidangan Continental breakfast
2.2.2 American Breakfast
Hidangan American Breakfast biasanya dihidangkan dalam porsi yang
banyak dan tinggi nilai kalori makanan.
Contoh hidangan adalah seperti:
- Telur (direbus atau digoreng)
- Daging
- Sosej
- Roti atau roti bakar dengan jem/jeli/mentega
- Pankek dengan madu
- Emping jagung atau bijirin lain
- Hash browns
- Wafel
Contoh minuman pula adalah seperti:
- Kopi
- Teh
- Jus buah-buahan
46
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 7
Drpd/of: 11
Rajah 6 : Contoh hidangan American breakfast
3.0 KATEGORI SARAPAN
3.1.1 Set
Set ialah satu hidangan yang terdiri daripada beberapa menu makanan
dan mempunyai harga yang tetap.
Rajah 7 : Contoh set menu sarapan
Rajah 7 : Contoh set menu sarapan
47
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 8
Drpd/of: 11
3.1.2 Buffet
Semua jenis makanan disajikan secara serentak di ruang makan besar
yang selesa sementara pelanggan akan mengambil hidangan dengan cara
melayan diri dan kadangkala disajikan oleh pramusaji.
Rajah 8 : Contoh buffet sarapan
4.0 KENAL PASTI JENIS HIDANGAN
4.1 Sarapan Tempatan
4.1.1 Melayu
48
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 9
4.1.1 India Drpd/of: 11
4.1.2 Cina
4.2 Sarapan Antarabangsa
4.2.1 Continental
4.2.2 American
49
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 10
Drpd/of: 11
SOALAN:
Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. Apakah definisi atau maksud sarapan pagi?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
2. Senaraikan dua jenis sarapan pagi.
i) _____________________________________________________________
ii) _____________________________________________________________
3. Berikan contoh hidangan bagi setiap jenis sarapan pagi tempatan berikut.
i) Melayu : _____________________________________________________
ii) India : _____________________________________________________
iii) Cina : ____________________________________________________
4. Berikan tiga (3) contoh hidangan sarapan pagi barat : Continental.
i) _____________________________________________________________
ii) _____________________________________________________________
iii) _____________________________________________________________
5. Berikan tiga (3) contoh hidangan sarapan pagi barat : American.
i) _____________________________________________________________
ii) _____________________________________________________________
iii) _____________________________________________________________
50
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 11
RUJUKAN: Drpd/of: 11
1. The Culinary Institute of America, 2011. The Professional Chef. 9th Edition. Wiley.
ISBN: 978-0-470-42135-2
2. Wayne Gisslen, 2011. Professional Cooking. 7th Edition. Wiley.
ISBN 978-0-470-19752-3
3. The Culinary Institute of America, In the Hands of a Chef: The Professional Chef's
Guide to Essential Kitchen Tools. Wiley. ISBN: 978-0-470-08026-9
4. Wayne Gisslen, 2004. Essentials of Professional Cooking. Wiley.
ISBN: 978-0-471-20202-8
5. Haron, MD, MNH, 2018. Pramusaji: Asas Seni Penyajian Restoran. Dewan Bahasa
dan Pustaka. ISBN:978-983-49-0393-0
6. Online Resources
Masakan Melayu - https://ms.wikipedia.org/wiki/Masakan_Melayu
Indian Cuisine - https://www.newworldencyclopedia.org/entry/Indian_cuisine
The Culinary Institute of America (more than 86,000 culinary & related resources)
- http://www.ciachef.edu/
Kuasa sarapan pagi - http://nutrition.moh.gov.my/wp-
content/uploads/2016/03/kuasa-sarapan.pdf
51
52
KOD DAN NAMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PROGRAM / KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROGRAM’S CODE & ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
NAME 62604 PUTRAJAYA
TAHAP / LEVEL KERTAS PENERANGAN
NO. DAN TAJUK UNIT (INFORMATION SHEET)
KOMPETENSI /
HT-012-2:2012
COMPETENCY UNIT NO. FOOD PREPARATION AND PRODUCTION
AND TITLE
LEVEL 2
HT-012-2:2012-C07 BREAKFAST PRODUCTION
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY BREAKFAST PRODUCTION MENU
AKTIVITI KERJA / WORK REQUIREMENT
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. SELECT BREAKFAST PRODUCTION
STANDARD RECIPES
NO. KOD / CODE NUM.
3. SELECT SUITABLE BREAKFAST PRODUCTION
UTENSILS AND EQUIPMENT
4. SELECT BREAKFAST PRODUCTION
INGREDIENTS
5. CARRY OUT BREAKFAST DISHES PRODUCTION
HT-012-2:2012-C07/P(2/5) Muka : 1 Drp : 32
TAJUK/ TITLE: BREAKFAST PRODUCTION STANDARD RECIPES
TUJUAN/ PURPOSE:
The outcome of this module is to execute breakfast production to provide food for guest
satisfaction in accordance with company standard with company SOP
53
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 2
Drpd/of: 32
PENERANGAN
1.0 PENGENALAN JENIS MENU HIDANGAN SARAPAN
1.1 MENU SARAPAN TEMPATAN (MALAYSIA)
Jenis Nama Hidangan Penerangan
Sarapan
Melayu Nasi Lemak Nasi yang dimasak bersama santan,
Lontong hirisan bawang merah dan halia.
Dihidangkan dengan ikan bilis goreng,
kacang tanah goreng, hirisan timun
dan sambal cili pedas.
Dihidangkan di atas pinggan atau
dibungkus dalam daun pisang.
Boleh dimakan pada setiap hari.
Hidangan yang terdiri daripada nasi
himpit dan kuah bersantan bersama
dengan sayuran seperti kacang
panjang, lobak merah dan tempe.
Dihidangkan dengan bahan iringan
seperti telur rebus dan sambal ikan
bilis.
Nasi Kerabu Nasi yang dimasak dengan air
bunga telang untuk menghasilkan
warna biru pada nasi.
Dihidangkan dengan ikan goreng
atau ayam atau daging bakar,
sambal tumis, sambal cili, sambal
kelapa, keropok, ulam-ulaman,
solok lada, dan telur masin.
Berasal dari negeri Kelantan.
54
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 3
Drpd/of: 32
Melayu Beras wangi yang dikukus bersama
dengan santan kelapa, bawang
Nasi Dagang merah, halia dan halba.
Thosai
Dihidangkan dengan gulai ikan
tongkol dan acar timun.
Terkenal di negeri Pantai Timur
Malaysia seperti Kelantan dan
Terengganu.
Adunan bater daripada lentil dan nasi
yang dikisar dengan air dan diperam
semalaman.
Lapisan untuk bater adalah nipis,
berbentuk bulat dan kuali leper digris
dengan minyak sebelum proses
memasak bermula.
Thosai yang selesai dimasak akan
dilipat dan dihidangkan dengan sambar
(kari sayuran) dan chutni kelapa.
India Roti nipis / flatbread yang digoreng
di atas kuali leper.
Roti Canai
Murtabak Juga dikenali sebagai roti prata.
Dihidangkan dengan iringan seperti
kuah kari, sambal, kuah dhal dan lain-
lain.
Sejenis makanan berlauk terdiri
daripada roti berupa roti canai yang diisi
dengan inti daging cincang, telur,
rempah, bawang dan sebagainya.
Berasal daripada pendatang muslim
India dari Tamil Nadu yang bertempat di
Asia Tenggara dan Semenanjung Arab.
Dhidangkan bersama kuah pencicah
seperti kari, timun berkuah tomato,
kicap masam manis dan sebagainya.
55
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 4
Drpd/of: 32
India Sejenis unleavened flatbread (roti
rata yang tidak beragi) yang berasal
Chapati dari negara India.
Diperbuat daripada tepung atta, air,
minyak dan garam.
Dimasak pada tava (kuali rata).
Selalunya dimakan dengan kuah
dal, kari sayuran, kari kambing, kari
ikan, kari daging hancur dan
dimakan begitu sahaja.
Dim Sum Sejenis variasi dumpling Kantonis
yang ringkas dan dihidang bersama
Cina teh cina.
Teow Chew Porridge Disediakan dalam small bite-sized.
Dihidangkan di dalam pengukus
buluh atau pinggan kecil.
Mempunyai pelbagai variasi seperti
cha siu bau, ladu dan kuetiau gulung
di mana pilihan bahan-bahan adalah
seperti lembu, ayam, udang dan
sayur-sayuran.
Meminum teh semasa makan dim
sum dikenali sebagai yum cha.
Dim sum dimasak secara mengukus
atau menggoreng.
Bubur nasi yang dihidangkan
dengan pelbagai bahan iringan
seperti hirisan daging, telur ikan dan
sayuran.
Disebabkan bubur ini tanpa
perasa/tawar, ia sesuai dihidangkan
dengan hidangan iringan yang
masin (ikan masin, telur masin,
sayur jeruk dan sebagainya)
56
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 5
Drpd/of: 32
1.2 MENU SARAPAN ANTARABANGSA
Jenis Sarapan Nama Hidangan Penerangan
Produk bakeri Merangkumi roti (bagel, roti bun, roti
buku/loaf), biskut, pai, pastri dan
muffin.
Dihasilkan dengan menggunakan
bijirin (gandum, barli, millet, jagung),
yis, susu, gula, mentega sebagai
bahan utama.
Continental Potongan buah-buahan segar
seperti tembikai, kiwi, anggur,
mangga, oren dan sebagainya.
Cut fruits
Cecair semulajadi yang terkandung
di dalam buah-buahan.
Diperolehi melalui proses mekanikal
(pressing) buahan tanpa
penggunaan haba atau bahan
pelarut.
Fruit juice
57
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 6
Drpd/of: 32
American Egg dishes Merangkumi pelbagai jenis hidangan
Pancake seperti sunny side up, omelette,
boiled eggs, over easy, over hard,
over medium dan scrambled eggs.
Telur boleh dimasak dengan
menggunakan pelbagai kaedah
memasak seperti poaching, frying,
baking dan scrambling.
Kebiasaannya dihidangkan bersama
bacons, pancake, sandwich dan
sebagainya bagi melengkapkan
hidangan dan menjadikan sarapan
lebih mengenyangkan.
Pancake adalah sejenis quick bread.
Diperbuat daripada pourable batters.
Dimasak di atas griddle.
Dihidang panas untuk mengelakkan
pancake mengeras ketika sejuk.
Boleh dihidang bersama butter, mapple
syrup, fruit syrups, jem dan buah-
buahan.
Waffles adalah sejenis quick bread.
Diperbuat daripada pourable batters.
Dimasak menggunakan waffle iron.
Dihidang panas bagi mengekalkan
keragupan waffles.
Boleh dihidang bersama butter, mapple
syrup, fruit syrups, jem dan buah-buahan.
Waffles
58
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 7
Drpd/of: 32
French toast Kepingan roti yang direndam dalam
adunan bater yang terdiri daripada telur,
American susu, sedikit gula dan perasa.
Dimasak di atas griddle.
Boleh divariasikan dengan menukar
bahan-bahan asas seperti roti putih
ditukar dengan roti Perancis, roti whole-
grain dan roti rich-egg, dan boleh
ditambah dengan cream atau sour
cream dan perasa seperti vanilla,
cinnamon, nutmeg, parutan lemon dan
sebagainya.
Dihias dengan powdered sugars
dihidang bersama madu, syrup,
mentega dan lain-lain.
Banana Muffins Muffins adalah sejenis quick bread.
Mudah untuk disediakan kerana tidak
perlu memerlukan proses fermentasi
seperti roti.
Menggunakan kaedah muffin methods
(sama seperti penyediaan waffles dan
pancakes) iaitu kaedah mencampurkan
bahan kering di dalam satu bekas dan
bahan basah di dalam bekas yang
berlainan, kemudian baru dicampur
bersama dan dikacau sedikit sahaja.
Boleh divariasikan dengan menambah
pelbagai jenis bahan seperti kekacang,
coklat cip, buah-buahan kering dan
sebagainya.
59
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 8
Drpd/of: 32
American Terdapat dua jenis cereals iaitu hot cooked
cereals dan cold cereals.
Cereals
Hot cooked cereals boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu whole, cracked atau
flaked cereals dan juga granular cereals.
Contoh whole, cracked atau flaked cereals
adalah seperti oatmeal (rolled oats), Scotch
oatmeal (cracked oats) dan cracked wheat
di mana partikal cereals seperti ini adalah
besar dan tidak lembik atau kembang
apabila ditambah air panas.
Contoh granular creals pula ialah farina dan
cornmeal. Partikal cereals seperti ini adalah
kecil dan boleh menjadi lembik dan
kembang apabila ditambah air panas.
Cold cereals pula tidak memerlukan proses
memasak dan boleh dimakan terus.
(Contoh di pasaran : Cococrunch)
Kedua-dua jenis cereals ini boleh
dihidangkan bersama susu atau cream,
gula, dan kadangkala dengan buah seperti
berries dan potongan pisang.
60
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 9
Drpd/of: 32
2.0 RESIPI STANDARD HIDANGAN SARAPAN
2.1 MENU SARAPAN TEMPATAN (MALAYSIA)
2.1.1 Melayu
(i) Nasi Lemak
2 porsi Kuantiti
Bahan-bahan 1 cawan
Nasi Lemak 1 cawan
Beras ½ cawan
Air ½ inci
Santan ½ biji
Halia muda – (dihiris halus) ½ tsp
Bawang merah – (dihiris halus) 1 helai
Garam
Daun pandan – (disimpul) 20 g
1 biji
Sambal Ikan Bilis ½ biji
2 ulas
Ikan bilis – (digoreng hingga rangup) 20 g
Bawang merah – (dihiris halus) ½ inci
Bawang besar – (dihiris halus) ¼ eeping
Bawang putih 1 tbsp
Cili kering ½ tsp
Belacan ½ tsp
Gula Melaka ¾ cawan
Gula pasir
Garam
Asam jawa
Minyak masak
61
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 10
Drpd/of: 32
Bahan pengiring 2 hiris
1 biji
Timun
Telur - (direbus)
Cara-cara
Memasak nasi:
1. Basuh beras beberapa kali sehingga beras bersih.
2. Masukkan beras, bawang merah, halia dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga
mendidih, menggunakan api kecil, reneh selama 10-12 minit sehingga air kering.
3. Karih nasi dengan senduk.
4. Masukkan beras yang telah dimasak hampir kering tadi ke dalam periuk pengukus pula.
Teruskan mengukus nasi selama 15 minit atau sehingga masak.
Sambal Ikan Bilis:
1. Potong dan buangkan biji cili kering. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
2. Masukkan cili kering yang telah dibersihkan ke dalam periuk dan isi air. Kemudian rebus
selama 15 minit atau sehingga masak.
3. Masukkan cili kering yang telah dimasak, bawang merah, bawang putih, belacan dan air
(hanya cukup untuk menampung bahan-bahan) ke dalam pengisar dan kisar hingga
halus.
4. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, masukkan campuran cili yang dikisar dan
masak sehingga pecah minyak.
5. Tambahkan gula melaka, asam jawa dan masukkan bawang besar.
6. Masak sehingga campuran cili bertukar menjadi sedikit merah gelap.
7. Perasakan dengan garam dan gula. Sesuaikan rasa supaya tidak terlalu manis.
8. Masukkan ikan bilis yang digoreng, kacau sehingga sebati, dan tutup api.
9. Hidangkan nasi lemak di atas pinggan yang beralas daun pisang, susun hirisan
timun, kacang tanah dan sambal ikan bilis - dihidangkan panas atau pada suhu bilik.
Bahan pengiring:
1. Rebus telur dan potong separuh.
2. Hiriskan timun kepada kepingan nipis.
62
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 11
(ii) Lontong Drpd/of: 32
2 porsi Kuantiti
Bahan-bahan 1 cawan
3 cawan
Nasi 1/8 tsp
Beras ½ tsp
Air
Minyak masak ½ biji
Garam 2 ulas
Kuah lodeh 1 biji
Bawang besar - (dihiris) 1 batang
Bawang putih - (dihiris) 4 ekor
Bawang merah - (dihiris) ½ tsp
Serai – (dititik) ½ tsp
Udang basah - (kupas kulit dan tinggalkan ekor) ½ tsp
Udang kering - (ditumbuk) ½ tsp
Serbuk kunyit 2 cawan
Garam ½ cawan
Gula 2 tbsp
Air
Santan pekat ¼ batang
Minyak masak 1 helai
2 urat
Sayuran 10 g
Lobak merah - (dipotong batonnet) 1 keping
Kobis bulat - (dihiris) 1 keping
Kacang Panjang - (dihiris panjang 2.5 cm) 1 keping
Soo hoon - (rendam sebentar)
Fucuk - (rendam sebentar) 25 g
Tempe - (potong dadu) 1 biji
Tauhu - (potong dadu)
Bahan pengiring
Sambal ikan bilis
Telur - (direbus)
63
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 12
Drpd/of: 32
Cara-cara
Memasak nasi impit:
1. Basuh beras beberapa kali sehingga beras bersih. Masukkan garam. Tutup
periuk dan kecilkan api. Kacau dengan kerap supaya beras hancur dan nasi
masa dengan sekata. Biarkan sehingga nasi masak.
2. Keluarkan nasi, masuk ke dalam bekas dan tekan hingga mampat.
Himpitkan nasi hingga padat.
Kuah lodeh:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan serai sehingga
naik bau. Masukkan air dan serbuk kunyit.
2. Masukkan sayuran keras dahulu iaitu lobak merah. Kemudian masukkan
kacang panjang, kobis, tauhu, soo hoon dan tempe. Biarkan mendidih.
Kemudian, masukkan udang.
3. Masukkan perasa dan santan pekat. Renehkan.
4. Potong nasi impit. Hidangkan bersama kuah, telur rebus dan sambal ikan
bilis.
Bahan pengiring:
1. Rebus telur dan potong separuh.
2. Letak sambal ikan bilis sebagai bahan iringan
(iii) Nasi Kerabu
2 porsi Kuantiti
Bahan-bahan
Nasi 1 cawan
Beras 3 cawan
Air 7 kuntum/secukupnya
Bunga telang @ Serbuk kunyit/pewarna kuning
(Dikisar dengan sedikit air) 1 helai
Daun limau purut 1 helai
Daun pandan
64
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 13
Drpd/of: 32
Sambal Ikan 100 gm
Kelapa parut - (goreng api perlahan supaya
tidak keperangan & tumbuk kasar) 2 ekor
Ikan sardin - (rebus, ambil isi & tumbuk) 2 ulas
Bawang merah 1 batang
Serai ½ tbsp
Gula 1 tsp
Garam
15 gm
Sambal Tumis 1 biji
½ biji
Cili kering - (dikisar) 2 ulas
Bawang merah - (dikisar) Sehiris
Bawang besar - (dikisar) 1 cawan
Bawang putih - (dikisar) ½ cawan
Halia - (dikisar) 1 batang
Santan pekat 1 keping
Air ½ tbsp
Serai - (dititik) 1 tsp
Asam keping 1 tbsp
Gula 1tbsp
Garam
Budu 10 biji
Minyak masak ½ tsp
1 tbsp
Sambal cili Secubit
½ tsp
Cili padi 1 biji
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa - (ambil airnya)
Limau nipis - (ambil airnya)
Ulam-ulaman 2 helai
¼ biji
Kubis - (dipotong chiffonade) 1 urat
Timun - (dipotong fine julienne) 15 gm
Kacang panjang - (dipotong nipis) 15 gm
Daun kesum - (dimayang)
Bunga kantan - (dimayang)
65
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 14
Drpd/of: 32
Bahan pengiring 4 keping
1 biji
Keropok - (digoreng) 1 labu
Telur masin - (direbus) 2 ekor
Bawang putih jeruk
Ikan selayang - (digoreng dengan tepung berperisa)
Cara-cara
Memasak nasi:
1. Basuh beras beberapa kali sehingga beras bersih. Masukkan air bunga telang,
daun pandan dan daun limau purut.
2. Masak hingga mendidih, menggunakan api kecil dan reneh selama 10-12 minit
sehingga air kering.
Sambal ikan:
1. Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk.
Gaul sehingga rata.
3. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Sambal tumis:
1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan ½ cawan air. Masukkan
santan. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
2. Masukkan serai dan asam keping. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula.
Perasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau
sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Sambal cili:
1. Kisar semua bahan menggunakan pengisar makanan.
**Hidangkan nasi kerabu sebagai hidangan sarapan sepinggan lengkap
bersama-sama dengan bahan pengiring yang telah disediakan.
66
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 15
(iv) Nasi Dagang Drpd/of: 32
2 porsi Kuantiti
Bahan-bahan 1 cawan
Nasi 125 ml
Beras wangi 100 ml
Santan cair 1 ulas
Santan pekat ¼ inci
Bawang merah - (dimayang) 2 tsp
Halia - (dimayang) ¼ tbsp
Halba - (rendam sebentar)
Garam – (dicampur ke dalam santan pekat) 1 ekor
100 ml
Gulai ikan tongkol 10 gm
Ikan tongkol hitam (saiz kecil) 2 tbsp
Santan kotak - (campur dengan 50 ml air) 2 tsp
Cili kisar 2 keping
Serbuk kari – (dibancuh dengan sedikit air) ¼ tbsp
Halba campur 3 tangkai
Asam keping 1 tsp
Gula melaka/gula 3 ulas
Cili api 1 ulas
Garam ¼ inci
Bawang merah Sehiris
Bawang putih
Halia
Lengkuas
67
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 16
Drpd/of: 32
Bahan iringan ¼ batang
¼ batang
Acar timun 2 tangkai
1 biji
Timun 1 tbsp
Lobak merah 1 tbsp
Cili api ½ tsp
Bawang merah
Cuka
Gula
Garam
Cara-cara
Memasak nasi:
1. Beras dibersih dan direndam dgn air sebentar sebelum dikukus.
2. Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak
(nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit).
3. Apabila nasi menjadi separuh masak, angkat nasi dan masukkan ke dalam
bowl lalu siramkan santan cair dan kacau rata.
4. Masukkan semula ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus
sehingga masak.
5. Bila nasi sudah masak, angkat dan letak ke dalam bowl bersama dengan
halba campur, halia, bawang merah dan masukkan santan pekat dan kacau
perlahan sehingga rata.
Gulai ikan tongkol:
1. Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama asam keping dan garam
sehingga airnya tinggal separuh.
2. Dalam periuk lain, panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar dan
halba campur sehingga garing dan masukkan serbuk kari, tumis sehingga naik
bau dan pecah minyak.
3. Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan,
asam keping, gula melaka dan garam. Renih sehingga pecah minyak dan
agak pekat.
4. Masukkan cili padi. Renehkan selama 5 - 10 minit sebelum dihidangkan.
68
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 17
2.1.2 India (i) Tosai Drpd/of: 32
2 porsi
Bahan-bahan Kuantiti
Kacang thosai (putih)/urad dhal /split black gram ½ cawan
Beras
Garam 1 ½ cawan
Nasi sejuk ½ tsp
3 tbsp
Cara-Cara
Memasak Tosai:
1. Basuh kacang thosai dan beras. Rendamkan di dalam air selama 3 jam.
2. Selepas 3 jam, basuh semula rendaman kacang thosai dan beras tersebut. Kemudian,
isikan ke dalam pengisar. Letak sedikit air sahaja (kira-kira 1 inci dari bahan kisar).
Tambah juga nasi sejuk ke dalam pengisar.
3. Kisar sehingga halus. Masukkan adunan itu dalam bekas aluminium. Masukkan
garam, gaul menggunakan tangan dan peram semalaman pada suhu bilik.
4. Masak thosai di atas kuali leper yang telah digris dengan minyak masak. Ceduk penuh
adunan dengan senduk sederhana dan tuang di kuali. Buat putaran sehingga adunan
thosai menjadi nipis dan bulat.
5. Tutup permukaan thosai dgn penutup. Api perlu dikawal kerana thosai dimasak antara
1-2 minit.
6. Lipat thosai menjadi separuh/ digulung dan hidangkan
**Thosai boleh dihidangkan bersama iringan sambal tumis ikan bilis, kari ayam, kari sardin,
kuah dhal dan chutney kelapa.
69
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 18
(ii) Roti Canai Drpd/of: 32
2 porsi
Bahan-bahan Kuantiti
Tepung gandum 1 ½ cawan
Marjerin ½ tbsp
Susu pekat 1 tbsp
Air sejuk 1 cawan
Garam 1 tsp
Minyak masak ½ tbsp
Cara-Cara
Menyediakan roti canai:
1. Campurkan air, garam dan susu pekat di dalam satu bekas.
2. Masukkan campuran tadi ke dalam tepung gandum sedikit demi sedikit.
3. Masukkan minyak masak dan marjerin.
4. Uli sehingga doh menjadi lembut dan elastik.
5. Setelah doh siap diuli, tutup bekas dengan kain yang lembap dan rehatkan
selama 30 minit.
6. Selepas 30 minit, bulatkan doh kecil sebanyak 75g setiap satu doh. Salutkan
doh dengan marjerin atau minyak untuk mengelakkan doh dari melekat
antara satu sama lain. Rehatkan lagi selama dua jam.
7. Selepas dua jam, tebarkan doh:
i. Tekan doh dengan jari dan nipiskan doh.
ii. Pegang bahagian tepi doh (tangan kanan di bawah doh, tangan kiri
di atas doh)
iii. Tebar doh ke hadapan sebanyak 2-3 kali.
iv. Gulung @ lipat doh mengikut bentuk yang dikehendaki (bulat atau segi
empat).
8. Letakkan doh di atas kuali leper dan digris dengan minyak masak.
9. Masak sehingga keperangan.
** Roti canai boleh dihidangkan bersama iringan sambal tumis ikan bilis, kari
ayam, dalca sayuran dan kuah dhal.
70
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 19
(iii) Murtabak Drpd/of: 32
2 porsi
Bahan-bahan Kuantiti
Doh Murtabak
1 ½ cawan
Tepung gandum ½ tbsp
Marjerin 1 tbsp
Susu pekat 1 cawan
Air sejuk 1 tsp
Garam ½ tbsp
Minyak masak
Inti Murtabak 100g
1 biji
Daging lembu/ ayam kisar 1 biji
Bawang besar - (hiris bulat) ½ tsp
Cili merah 1 biji
Jintan manis - (tumbuk halus) 1 tsp
Telur ½ tsp
Garam
Lada sulah
Cara-Cara
Menyediakan murtabak:
1. Sediakan doh murtabak seperti doh roti canai.
2. Bancuh inti murtabak dan panaskan kuali leper.
3. Bentukkan bancuhan segi empat semasa menggoreng dan gaulkan sehingga masak.
4. Canai doh sehingga nipis, letakkan inti murtabak di atas doh dan lipatkan sebelum
dimasak di atas kuali leper.
5. Masak sehingga keperangan.
**Roti murtabaki boleh dihidangkan bersama iringan bawang jeruk dan kuah kari.
71
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 20
(iv) Capati Drpd/of: 32
2 porsi
Bahan-bahan Kuantiti
Tepung atta 2 cawan
Minyak sapi 1 tbsp
Air suam 1 cawan
Garam ½ tsp
Cara-cara
1. Campurkan tepung atta dan garam.
2. Masukkan air suam dan uli sehingga doh sebati dan tidak melekat pada
tangan.
3. Rehatkan doh selama 30 minit. Tutup bekas dengan kain lembap.
4. Selepas 30 minit, masukkan minyak sapi. Uli sebentar sehingga doh menjadi
sebati dan lembut. Rehatkan lagi doh selama 20 minit.
3. Letak minyak sapi dan uli sehingga doh lembut serta licin.
4. Rehatkan doh selama 1 jam.
5. Bahagikan doh kepada 6-8 bahagian.
6. Ambil doh chapati ini leperkan sedikit di tapak tangan dan tekapkan dalam
bekas tepung (boleh guna tepung gandum biasa) dan tepuk sedikit untuk
hindarkan tepung berlebihan.
7. Canai doh sehingga bulat dan nipis menggunakan penorak/rolling pin di atas
meja kerja.
8. Panaskan kuali leper dan masak doh chapati di atas kuali leper.
9. Apabila permukaan atas chapati kering, terbalikkannya dan tekapkan kain
lembap/ kitchen towel pada chapati (untuk mengeluarkan udara).
10. Sapukan minyak sapi pada setiap bahagian chapati yang telah masak.
**Chapati boleh dihidangkan bersama iringan kuah dhal.
72
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 21
2.1.3 Cina (i) Teow Chew Porridge Drpd/of: 32
2 porsi Kuantiti
Bahan-bahan ½ cawan
Bubur Nasi 950 ml
Beras 30 gm
Air 2 biji
Pengiring 1/8 tsp
Chai Poh Omelette 1 tbsp
Chai Poh/preserved radish - (dicincang) 1 biji
Telur
Lada sulah 1 tangkai
Minyak sayuran 1 tangkai
Telur masin (direbus)
Bahan Hiasan
Daun bawang (dicincang)
Daun sup (dibincang)
Cara-Cara
Menyediakan Bubur Nasi:
1. Basuh beras beberapa kali sehingga beras bersih. Masukkan air
2. Masak hingga mendidih, menggunakan api kecil, reneh selama 30 - 60 minit
sehingga air hampir kering.
Menyediakan Telur Masin:
1. Rebus sehingga masak. Belah dan hidang bersama porridge
Menyediakan Chai Poh Omelette:
1. Masukkan telur dan lada sulah di dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati.
2. Panaskan non-stick pan dan masukkan minyak dan tumis chai poh selama
1-2 minit.
73
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 22
Drpd/of: 32
3. Masukkan bancuhan telur ke dalam wok. Set telur untuk 2-3 minit.
4. Terbalikkan omelette dan pastikan setiap bahagian masak sehingga
keperangan sebelum dihidangkan.
**Teow Chew Porridge dihidangkan bersama pelbagai jenis iringan seperti
Sayur campur goreng hidangan ayam/daging/ikan dan lain-lain (rujuk resipi).
(ii) Har Gow/Shrimp Dim Sum
2 porsi
Bahan-bahan Kuantiti
Kulit Dim Sum
1 ½ cawan
Kanji gandum/ wheat starch 6 tbsp
Tepung ubi kayu 1 ½ tsp
Garam 1 tbsp
Minyak masak 1 cawan
Air mendidih
Inti Dim Sum 200 gm
50 gm
Udang – kupas, deveined 1 tsp
Rebung buluh ½ tsp
Garam ½ tsp
Gula ¼ tsp
Tepung jagung 1 tsp
Lada sulah
Minyak bijan
Cara-cara
Menyediakan Kulit Dim Sum:
1. Campurkan kanji gandum, tepung ubi dan garam ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air mendidih dan kacau dengan cepat.
3. Masukkan minyak masak.
4. Uli doh sehingga lembut.
74
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 23
Drpd/of: 32
5. Tutup doh dan rehatkan selama 5 minit.
6. Letak doh di atas meja kerja dan uli doh dalam satu jaluran yang panjang/ long strips.
7. Potong doh dalam porsi yang kecil – 20g.
8. Canai doh menjadi bulat dan nipis; letakkan inti dan kelim bahagian tepi doh.
Menyediakan inti dim sum:
1. Toskan udang yang telah dibersihkan. Perap dengan garam selama 5 minit
dan basuh semula
udang di bawah air mengalir.
2. Cincang udang dan rebung buluh sehingga halus.
3. Campurkan udang, rebung buluh dan bahan perasa sehingga inti menjadi
melekit
Mengukus dim sum:
1. Masukkan dim sum ke dalam pengukus buluh yang telah digris dengan
minyak.
2. Kukus selama 6 minit dan hidangkan.
2.2 MENU SARAPAN ANTARABANGSA
2.2.1 Continental
(i) Scones
Bahan-bahan 2 porsi Kuantiti
75
Tepung gandum 2 ½ cawan
Baking powder 2 ½ tsp
Garam ¼ tsp
Gula kastor ¼ cawan
Mentega - unsalted butter ½ cawan
Susu ¾ cawan
Telur 1 biji
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 24
Drpd/of: 32
Cara-cara
Menyediakan doh scones:
1. Ayak tepung gandum bersama dengan baking powder dan garam.
2. Gaul dan ramas mentega dengan bahan yang telah diayak.
3. Campurkan telur ke dalam susu. Masukkan susu ke dalam doh dan uli
sebentar.
Menyediakan scones:
1. Uli doh di atas meja kerja dan canai doh dengan ketebalan 2 cm.
2. Terap scones dengan penerap bulat.
3. Alihkan scones ke dalam dulang pembakar dan sapu kuning telur di atas
scones.
4. Bakar scones selama 15-20 minit pada suhu 200oC.
5. Hidangkan bersama dengan mentega dan jem.
(ii) Cut Fruits
2 porsi Kuantiti
Bahan-bahan
Oren - (potong baji/ wedges) 1 biji
Epal - (potong baji/ wedges) 1 biji
Kiwi – (kupas kulit dan potong melintang) 1 biji
Cara-cara
Menyediakan cut fruits:
1. Kupas kulit buah oren, epal dan kiwi
2. Potong baji buah oren dan epal.
3. Buah kiwi dipotong melintang.
4. Hidangkan di atas dessert plate
76
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 25
(iii) Fruits Juice Drpd/of: 32
2 porsi Kuantiti
2 biji
Bahan-bahan
Oren – (buang kulit dan potong baji)
Cara-cara
Menyediakan fruit juice:
1. Masukkan buah oren ke dalam mesin juice maker.
2. Tapis jus untuk membuang hampas.
3. Masukkan jus ke dalam juice glass.
2.2.2 American
(i) Omelette
1 porsi
Bahan-bahan Kuantiti
Telur 1 biji
Air 1 tbsp
Garam 1/8 tsp
Lada sulah 1/8 tsp
Mentega - (untuk menggoreng) 1 tsp
77
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 26
Drpd/of: 32
Inti 2 kaki
Cendawan butang - (dihiris nipis) 20 g
Capsicum - (dipotong dadu) 1 batang
Sosej - (dipotong dadu) 1 ulas
Bawang putih - (dicincang) 1 tbsp
Minyak masak
Cara-cara
Menyediakan omelette:
1. Pukul telur, air, garam dan lada sulah.
2. Panaskan mentega di atas non stick pan pada suhu sederhana.
3. Masukkan telur yang dipukul.
4. Pastikan semua bahagian telur masak.
5. Letakkan inti pada separuh bahagian telur.
6. Lipat omelette dan masukkan omelette terus ke pinggan dan hidangkan.
(ii) Pancake
2 porsi Kuantiti
Bahan-bahan 1 ¼ cawan
Tepung serbaguna 1 tbsp
Gula ½ tsp
Garam 1 tsp
Baking powder 1 cawan
Susu 2 biji
Telur – (asingkan kuning dan putih telur) 1 tsp
Esen vanilla 1 tbsp
Mentega - dicairkan
Sepotong
Hiasan: 1 tsp
1 tsp
Buah-buahan
Madu
Mentega
78
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 27
Drpd/of: 32
Cara-cara
Menyediakan pancake:
1. Campurkan tepung serbaguna, baking powder dan garam dalam satu bekas.
Kacau rata. (bahan 1)
2. Dalam bekas lain, campurkan susu, esen vanilla dan telur kuning. Kacau sebati.
(bahan 2).
3. Pukul putih telur dan gula sehingga menjadi soft peak (bertanduk).
4. Campurkan bahan 1 dan bahan 2 sehingga sebati. Kemudian, campurkan putih
telur yang telah dipukul tadi dengan menggunakan teknik kaup balik.
5. Panaskan mentega di atas non stick pan. Tuangkan satu senduk adunan.
6. Masak setiap bahagian hingga keperangan.
7. Hidangkan bersama bahan hiasan.
(iii) Waffles
2 porsi
Bahan-bahan Kuantiti
Tepung serba guna 1 ½ cawan
Gula 3 tbsp
Minyak ½ cawan
Susu tepung 1 tbsp
Baking powder 1 tbsp
Baking soda 1/8 tsp
Garam ½ tsp
Susu 2 ¼ cawan
Telur 1 biji
Mentega – (dicairkan) 1 tbsp
Esen vanila 1 tsp
Peanut butter 2 tbsp
Chocolate spread 2 tbsp
79
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 28
Drpd/of: 32
Hiasan: Sepotong
1 tsp
Buah-buahan 1 tsp
Madu
Mentega
Cara-cara
Menyediakan waffles:
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul menggunakan whisk.
2. Panaskan waffle iron dan ambil satu senduk adunan.
3. Masak setiap bahagian hingga keperangan.
4. Hidangkan bersama bahan hiasan.
(iii) French toast
2 porsi
Bahan-bahan Kuantiti
Roti 2 keping
Telur 2 biji
Esen vanilla 1 tsp
Serbuk kayu manis ½ tsp
Susu ½ cawan
Butter – (untuk menggoreng) 1 tbsp
Hiasan: Sepotong
1 tsp
Buah-buahan 1 tsp
Madu
Mentega
80
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 29
Drpd/of: 32
Cara-cara
Menyediakan French toast:
1. Potong roti menjadi separuh.
2. Campurkan semua bahan dan rendam roti selama 10 minit atau sehingga cecair
serap sepenuhnya.
3. Goreng pada suhu sederhana dan masak hingga keperangan.
4. Hidangkan bersama bahan hiasan.
(iv) Banana Muffins Kuantiti
2 porsi 1 ½ cawan
1 tsp
Bahan-bahan 1 tsp
Tepung ½ tsp
Baking powder 1 tsp
Baking soda ¼ tsp
Garam 3 biji (1 ½ cawan)
Serbuk kulit kayu manis 6 tbsp / 85g
Serbuk buah pala 2/3 cawan / 135g
Pisang 1 biji
Unsalted butter – (dicairkan) 1 tsp
Gula perang 2 tbsp / 30ml
Telur
Esen vanilla 1 cawan
Susu
Hiasan:
Choclate chips
81
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 30
Drpd/of: 32
Cara-cara
Menyediakan banana muffins:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan kering iaitu tepung, baking powder dan
baking soda di dalam bowl. Kemudian, ayakkan.
2. Di dalam bowl lain, pukul sedikit sahaja telur, gula dan pisang (jangan sehingga
kembang). Kemudian, masukkan bahan-bahan basah lain seperti esen vanilla,
susu dan butter yang telah dicairkan.
3. Seterusnya, campurkan adunan bahan-bahan basah tadi ke dalam adunan
bahan kering. Masukkan serbuk kulit kayu manis, serbuk buah pala dan coklat
cip. Kacau sedikit sahaja sehingga adunan rata.
4. Sendukkan adunan ke dalam muffin cup.
5. Bakar di dalam oven yang bersuhu 200⁰C selama 20-30 minit.
82
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 31
Drpd/of: 32
SOALAN:
Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. Senaraikan dua contoh sarapan tempatan India.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
2. Namakan tiga bahan utama bagi hidangan Nasi Lemak.
i. ________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________
iii. ________________________________________________________________
3. Nyatakan bahan utama yang digunakan dalam penyediaan french toast.
i. ________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________
iii. ________________________________________________________________
83
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(2/5) Muka/Page: 32
RUJUKAN: Drpd/of: 32
1. The Culinary Institute of America, 2011. The Professional Chef. 9th Edition. Wiley.
ISBN: 978-0-470-42135-2
2. Wayne Gisslen, 2011. Professional Cooking. 7th Edition. Wiley. ISBN 978-0-470-
19752-3
3. The Culinary Institute of America, In the Hands of a Chef: The Professional Chef's
Guide to Essential Kitchen Tools. Wiley. ISBN: 978-0-470-08026-9
4. Wayne Gisslen, 2004. Essentials of Professional Cooking. Wiley. ISBN: 978-0-471-
20202-8
5. Unit Seni Kulinari. Resipi Citarasa. Kolej Vokasional ERT Setapak.
6. Online Resources
Teow Chew Porridge
https://www.mummyicancook.com/2013/03/teochewporridge-and-basics.html/
Har Gow - https://tasteasianfood.com/har-gow/
The Culinary Institute of America (more than 86,000 culinary & related resources)
http://www.ciachef.edu/
Murtabak
https://ms.wikipedia.org/wiki/martabak
84
KOD DAN NAMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PROGRAM / KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROGRAM’S CODE & ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
NAME 62604 PUTRAJAYA
TAHAP / LEVEL KERTAS PENERANGAN
NO. DAN TAJUK UNIT (INFORMATION SHEET)
KOMPETENSI /
HT-012-2:2012
COMPETENCY UNIT NO. FOOD PREPARATION AND PRODUCTION
AND TITLE
LEVEL 2
HT-012-2:2012-C07 BREAKFAST PRODUCTION
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY BREAKFAST PRODUCTION MENU
AKTIVITI KERJA / WORK REQUIREMENT
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. SELECT BREAKFAST PRODUCTION STANDARD
RECIPES
NO. KOD / CODE NUM.
3. SELECT SUITABLE BREAKFAST PRODUCTION
UTENSILS AND EQUIPMENT
4. SELECT BREAKFAST PRODUCTION
INGREDIENTS
5. CARRY OUT BREAKFAST DISHES PRODUCTION
HT-012-2:2012-C07/P(3/5) Muka : 1 Drp : 13
TAJUK/ TITLE: BREAKFAST PRODUCTION UTENSILS AND EQUIPMENT
TUJUAN/ PURPOSE:
The outcome of this module is to execute breakfast production to provide food for guest
satisfaction in accordance with company standard with company SOP
85