ISU-ISU
KEPIMPINAN DAN
AMALAN
ORGANISASI
PELAJAR SEKOLAH
2021
Hak Cipta / Copyright ©ILMUAN
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula
dengan apa acara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada penulis.
All right deserved. No part of this book may be reproduced in any form or any means
without permission in writing from the author.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Akademi Kajian Nusantara
Lot 2515, Pengkalan Kubur, 22200 Kampung Raja, Terengganu.
Disunting / disusun oleh
Alif Aiman Mohd Yusri
Muhammad Azim Hakimi Mohd Mazdi
Naufal Syakirin Shaifullah
Muhammad Izuan Adnan
Ahmad Taufiq Aiman Mohd Khalid
Nik Faruqi Naim Mohd Fauzi
Azfar Al-Hafiz Azman
Nabilah Imalin Mohammad Shah
Afifah Ismahani Tamin
Nur Amira Humaira Zulhairi
Anis Maisarah Muhd Habibullah
Illustrasi / Reka bentuk kulit
Nik Faruqi Naim Mohd Fauzi
Muhammad Azim Hakimi Mohd Mazdi
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
ISBN 978-967-17967-1-9
PROLOG
KISAH BERMULA
Kisah bermula hanya daripada perbualan biasa di telefon dengan anakanda
saudara Saiful Hadi, Presiden ILMUAN. Menjadi rutin saya untuk berhubung
dengan Saiful sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk bertanya khabar
tentang perjalanan NGO Ikatan Legasi Mahasiswa Ulul Albab Nasional
(ILMUAN) iaitu satu NGO yang baharu ditubuhkan dan berusia 3 bulan.
Sementalahan saya diminta untuk menjadi penasihat kepada ILMUAN.
Barangkali mungkin kerana pengalaman saya yang telah berkecimpung hampir
15 tahun dalam sistem dan kurikulum pendidikan berasaskan ulul albab dan
juga hampir 10 tahun menggerakkan NGO Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan
(IMPAK Malaysia).
ILMUAN merupakan satu NGO yang menjadi wadah untuk mengumpulkan
seluruh mahasiswa yang pernah mendapat sentuhan pendidikan daripada
aliran tahfiz model ulul albab ketika di sekolah menengah. Satu NGO yang
begitu pantas bergerak dan capaian keahliannya telah meliputi seluruh negara
bahkan juga telah melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa. Ia juga
dengan pantas telah berjaya menubuhkan Sayap Remaja ILMUAN yang
keahliannya terdiri daripada anak-anak pemimpin pelajar di peringkat sekolah
menengah di seluruh negara.
Daripada perbualan kami yang santai telah menjadi perbincangan yang serius.
Kebetulannya ILMUAN baru sahaja selesai menganjurkan program
Konvensyen Pendidikan Perdana Negara (PERDANA). Kami melihat bahawa
sistem pendidikan ulul albab negara boleh ditambahbaik jika para pemimpin
negara suatu hari nanti terdiri daripada mereka yang berfikrah Islam dan pernah
mengikuti sistem ulul albab itu sendiri. Kami juga berpandangan bahawa betapa
pentingnya satu usaha digerakkan untuk melahirkan generasi pemimpin pelajar
di peringkat sekolah menengah yang punya idealisme dan aktivitisme yang
mantap dan berasaskan nilai intelektualisme. Maka lahirlah idea untuk
menggerakkan satu kongres kepimpinan pelajar yang di beri nama “Kongres
Kepimpinan Pelajar Islam Nasinal (PIMPIN 01).
USAHA DIGERAKKAN
Saiful tanpa berlengah terus memainkan peranannya sebagai presiden dengan
memanggil mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi ILMUAN untuk
1 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
membincangkan tentang saranan tersebut. Pimpinan memutuskan supaya
kongres ini diberi amanah kepada Sayap Remaja ILMUAN untuk dilaksanakan.
PIMPIN ini telah digerakkan oleh anakanda Azim yang mewakili sayap remaja
ILMUAN bersama teman-teman dan juga rakan kolaboratif NGO Ikatan Muslim
Prihatin Kebangsaan (IMPAK Malaysia). IMPAK Malaysia dipilih sebagai rakan
kolaboratif kerana ia merupakan sebuah NGO lintas nasional yang tidak asing
dalam negara dan nusantara terutamanya dalam usaha-usaha menggerakkan
program pembinaan modal insan danjuga pemerkasaan pendidikan kepada
golongan asnaf. Banyak pengalaman IMPAK di pentas nasional yang boleh
dikongsikan untuk menjalankan program sebesar PIMPIN.
Beberapa siri mesyuarat secara atas talian telah di susun atur untuk
memastikan program kongres bertaraf nasional ini dapat direalisasikan.
PIMPIN diharap akan menjadi wadah untuk anak-anak pemimpin pelajar ini
untuk saling bertukar-tukar idea dan pandangan serta berkongsi amalan terbaik
organisasi kepimpinan pelajar yang telah digerakkan di peringkat sekolah
masing-masing. PIMPIN juga disusunatur untuk menjadi medium anak-anak
hebat ini berekspresi dengan bakat kepimpinan yang ada pada mereka serta
melahirkan “future leader” yang berbudaya ilmu pada suatu ketika nanti.
Anak-anak sayap remaja ILMUAN mula mencari penaja dan juga pembentang
kertas kerja utama untuk program besar ini. Beberapa nama figura besar
dicadangkan untuk mengisi slot yang ada dan akhirnya Kongres PIMPIN
berjaya menampilkan figura hebat seperti YB Hj Mohd Nurkhuzaini bin Abdul
Rahman, Exco Kerajaan Negeri Terengganu merangkap ADUN Kota Putra
sebagai penyampai Ucaptama sekaligus sebagai penaja program, Dato Dr
Hussamuddin Hj Yaacob , Pengerusi Kumpulan Karangkraf sebagai Perasmi
Penutup, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim sebagai Penasihat Kehormat
ILMUAN yang menyampaikan ucapan alu-alauan, Profesor Emeritus Datuk Dr
Nik Safiah Karim, Tokoh Pendidikan Negara yang juga figura utama tokoh NGO
Wanita Malaysia sebagai pembentang sidang utama dan beberapa nama besar
lain yang mewakili gerakan pelajar Islam ternama dalam negara yang turut
berpatisipasi sebagai pembentang utama.
Pemimpin-pemimpin pelajar dari seluruh negara juga berpeluang untuk
membentangkan kertas kerja masing-masing melaui medium sidang selari.
Dengan bermulanya PIMPIN yang disertai oleh 20 buah sekolah hebat seluruh
Malaysia yang melibatkan seramai 200 orang peserta dan 45 pembentangan
kertas kerja, maka bermulalah satu episod baru untuk dunia gerakan pelajar
peringkat sekolah menengah di Malaysia. Kesemua kertas kerja yang telah
2 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dibentangkan ini akhirnya dikumpul dan dijadikan sebuah buku seperti ditangan
anda ini dengan judul “Isu-Isu Kepimpinan dan Amalan Organisasi Di Sekolah”.
KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI BUKU INI?
Buku ini bukan buku biasa. Ia adalah himpunan idea, pemikiran serta
perkongsian amalan terbaik daripada sekolah-sekolah yang hebat dan ternama
seluruh Malaysia. Buku ini adalah lambang intelektualisme yang ada pada
barisan pemimpin masa depan negara. Buku ini adalah hasil wacana dunia
kepimpinan gerakan pelajar islam sekolah menengah yang julung-julung kali di
adakan di peringkat Negara.
Bagi saya, Ini bukan karya biasa-biasa. Ia adalah sebuah mahakarya yang
mengumpulkan di antara retorika dan realiti, garis pemisah corak pemikiran di
antara gerakan islam generasi yang pertama dan kedua, menghimpunkan
kepelbagaian lajur dan fikrah kepimpinan islam yang ada dan merapatkan
jurang pemikiran antara anak muda dan orang lama serta menemukan titik
pemikiran antara pemimpin dan marhein. JIka anda seorang anak muda yang
percaya bahawa dunia ini perlu dipimpin oleh generasi yang soleh dan musleh,
mukmin lagi professional serta legasi generasi yang sentiasa fikir dan zikir (ulul
Albab), maka buku ini adalah untuk anda! Saya secara peribadi begitu teruja
untuk mengunyah setiap idea dan buah fikiran yang telah digarapkan di dalam
setiap kertas kerja yang disediakan.
KHATIMAH
Alhamdulillah, setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya. Begitu jualah
dengan sebuah kehidupan. Setiap perkara akan ditinggalkan. Yang kekal
menemani hanyalah doa anak soleh, ilmu yang bermanfaat dan amal kebajikan
yang berpanjangan dan segala puji-pujian bagi Allah kerana buku ini telah
mengumpulkan ketiga-tiga perkara di atas. Semoga usaha kecil ini memberi
impak yang besar kepada kehidupan insan.
Sekalung tahniah kepada semua anakanda cikgu yang bertungkus lumus
mengumpul dan menyiapkan kompilasi kertas kerja PIMPIN ini iaitu Azim,
Naufal, Taufiq, Faruqi, Izuan, Azfar, Nabilah, Afifah, Amira dan Anis (sekadar
menyebut beberapa nama), semua penulis kertas kerja dan semua yang terlibat
dalam penghasilan buku kompilasi kertas kerja ini. Kalian merupa insan hebat
yang berani untuk melakukan apa yang anda percaya. Terus terbang
membelah awan dan jangan berhenti berlari. Kalian benar-benar telah
membuktikan bahawa kalian adalah pewaris masa depan negara! Cikgu
3 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
sentiasa mendoakan agar kalian tumbuh membesar menjadi obor umat,
mengeluarkan mereka yang berada di dalam gelap kejahilan kepada cahaya
keilmuan.
Terimalah persembahan buku susunan anak-anak soleh pintar ku ini dengan
judul,” Isu-Isu Kepimpinan Dan Amalan Organisasi Pelajar Sekolah”.
Bacalah Dengan Nama Tuhan Mu Yang Menciptakan.
Ikhlas,
CR MOHD FAKRUL RIZAL BIN MOHAMED DIN
Presiden
Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan
(IMPAK Malaysia)
Penasihat Kehormat
Ikatan Legasi Mahasiswa Ulul Albab Nasional
(ILMUAN)
4 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
PRAKATA
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya, saya diberi
peluang bagi menyampaikan sepatah dua kata. Kongres Kepimpinan Pelajar
Islam Nasional (PIMPIN) kali pertama merupakan sejarah baru bagi landskap
kepimpinan remaja khususnya remaja islam di Malaysia. Saya berasa amat
bertuah kerana di usia 17 tahun, saya dan rakan-rakan telah diberi peluang bagi
mengendalikan program bersejarah ini. Program yang telah melibatkan hampir
200 orang peserta dari 20 buah sekolah ini telah berjaya dilaksanakan dengan
54 kertas kerja yang telah dihantar. Pembikinan koleksi kertas kerja “Isu-Isu
Dan Amalan Organisasi Pelajar Sekolah” merupakan satu penanda aras
baharu.
Sekalung penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada seramai 20 orang
ahli jawatankuasa dari Sayap Remaja ILMUAN yang telah bertungkus lumus
dalam menjayakan PIMPIN kali pertama. Apresiasi khas di atas kesudian Yang
Berhormat Tuan Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Adun Kota Putera
merangkap Exco Kerajaan Negeri Terengganu, untuk menyampaikan
ucaptama dan menaja pimpin kali ini. Seterusnya, Dato’ Hussamuddin Haji
Yaacob, Pengerusi Kumpulan Karangkraf selaku perasmi kongres. Saya juga
mewakili pihak jawatankuasa ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua pembentang sidang utama khususnya Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik
Safiah Karim, Tokoh Kepimpinan NGO Wanita Malaysia merangkap Penasihat
Kehormat IMPAK dan pembentang-pembentang dari Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM), dan IKRAM Muda Malaysia
Besar harapan saya agar program ini dapat dijadikan acara tahunan dan
penerbitan koleksi ini akan membawa rencah baharu dalam gerakan
kepimpinan pelajar di Malaysia. Kebangkitan sesuatu bangsa dalam membina
tradisi ketamadunan adalah melalui tradisi ilmu yang berterusan. Bertepatan
dengan tema, Kebangkitan Kepimpinan remaja islam berasaskan budaya Ilmu,
diharapkan program ini bakal memberikan impak yang besar dalam
mencorakkan bakal-bakal pemimpin negara.
Tahniah sekali lagi diatas usaha dan semangat juang rakan-rakan saya di
ILMUAN dan ahli sidang editor kerana berjaya menerbitkan koleksi ini. Saya
5 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
berharap agar penerbitan koleksi seumpama ini menjadi gagasan ilmu dan
diteruskan lagi pada masa akan datang.
Sekian,
Muhammad Azim Hakimi Mohd Mazdi,
Pengerusi Sayap Remaja ILMUAN
Pengarah Kongres Kepimpinan Pelajar Islam Nasional (PIMPIN)
6 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
SENARAI KANDUNGAN
BIL. TAJUK & PENULIS MUKASURAT
17
1 Corak Kepimpinan Pelajar SM Imtiaz YT
Kemaman ke Arah Membentuk 24
Keperibadian Pelajar Yang Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang. 31
Muhammad Irfan Hakimi Mohd Sanusi 38
Izzatul Munira Taifunisyam 45
Aina Munirah Zamri 53
2 Budaya Keprihatinan Terhadap Rakan Mampu
Menjalin Ukhwah Serta Membentuk Jati Diri
Menggarap Kecemerlangan
Ahmad Shaheed Abd Rapi
Fatin Izzati Binti Zulkefli
Aisha Zafirah Nordin
3 Kepimpinan Ke Arah Membentuk Insan
Berkeperibadian Unggul
Idrees Bakti
Muhammad Irfan Azman
‘Aqilah Ahmad Shamimi
4 Aplikasi Kualiti Akhlak Pelajar Dalam Melahirkan
Kepimpinan Islam Di SMKA Sheikh Haji Mohd Said
Amer Hakim Izamer
Muhammad Iman Fahmi Kamarul Zaman
Siti Nuraqilah Aina Zulpakar
5 Pemimpin Berkualiti Contoh Ikutan Pelajar
Berintegriti
Nurul Fitri Balqis Rosli
Nur Iwani Irdina Mohd Khaidzir
Asna Tasneem Mohd Radzi
6 Kepimpinan Yang Unggul Merupakan Asas Kepada
Pembangunan Sahsiah Pelajar Di Sesebuah
Sekolah
Aaina Ajlaa Mohd Jalani
Mawaddah Farhah Mohd Sakri
Nurul Syifa’ Hanani Suhaimi
7 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
7 Aplikasi Kepimpinan Islam Inovatif Di Istana 61
Huffaz Memperkasa Budaya Organisasi
Pembelajaran 70
Muhammad Hidayatuliman Che Mohamad 76
Zulkifly 84
Naufal Syakirin Shaifullah 92
Nurul Anis Musli 97
Muhammad Azim Hakimi Mohd Mazdi
8 Sinergi Membentuk Modal Insan Melalui
Kepimpinan Berasaskan Teladan
Aiman Afiq Izomi
Nurul Najwa Insyirah Mohd Supian
Aleya Maisarah Azmi
9 Amalan Intervensi Mahabbah Asas Integrasi
Dalam Melestarikan Organisasi Kepimpinan
Sekolah
Muhammad Alif Solihin Zulkifli
Muhammad Rayyan Farhan ZUhardi
Nur Taqiah Ahda Mohd Sabbah
10 Badan Wakil Pelajar Maktab Rendah Sains MARA
Gemencheh Menakluki sempadan pandemik
COVID-19
Mohd Muaz Hafiz Musnizam
Hasya Amalin Hizamel
Muhammad Farish Emile Mazlan
11 Sekolah Sebagai Medan Untuk Melahirkan Belia
Yang Bersifat Profesional
Abdullah Ahmad Aqil Asmazi
Izzat Farhan Zakaria
Nur Hani Sofia Mohd Azam
12 Model Kepimpinan Dan Pengamalannya Di
Sekolah
Nur Aina Fariza Fauzi
Nur Fatini Alya Abdul Fatah
8 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
13 Badan Kepimpinan Membentuk Tanggungjawab 104
Dalam Diri Pelajar 111
Ahmad Ilham Hussain 120
Fatin Humaira Abdullah Syukri
128
14 Pemupukan Sahsiah Dan Pemantapan Integriti
Dalam Diri Pelajar Bagi Melahirkan Pemimpin 134
Belia 140
Anas Sulaiman Ahmad Amry 148
Nur Safiah Shamsuddin
Puteri Nurhannah Humaira Binti Hamidul Ghazali
15 Amalan Kepimpinan Kolaboratif Organisasi
Langkah Baharu
Kepimpinan Pelajar Sekolah
Ammar Hakeem Hilmisofli
Muhammad Izzman Haikal Mohd Yassir
Afifahtul Qistina Azhar
16 Obligasi Pemimpin Muda Islam Pemangkin Agama
Bermula Dari
Bangku Alma Mater
Awang Ameer Zikri Awg Kamarruddin
Dayang Nurshahdatul Syafieqa Awang Rusdi
Nurafrina Mirza Mohamad Norizam
17 Peranan Kepimmpinan Dalam Membentuk Belia
Islam Yang Berkualiti
Abdul Rahman Mohamad Nadzir
Amnee Mohd Hafizal
Nur ‘Aqilah Ahmad Shah
18 Kemelut Sahsiah Diri Murid: Kepimpinan Di
Asrama Salah Satu Cabang Solusi
Muhammad Najmi Aizam
19 Asrama Cemerlang Sekolah Terbilang Merupakan
Tunjang Kemenjadian Pelajar Berkaliber
Muhammad Fakhrul Azeez Azhar
Nur Zawani Mardhiah Zainal
Iliya Maisarah Harun
9 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
20 Pengenalan Kepimpinan Asrama Ke Arah Sunnah 156
Nabawiyah 164
Muhammad Amir Mirza Mohd Zamawi 172
Aufa Rosne 181
Nur Amalina Zolkefli 190
195
21 Pengenalan Model Kepimpinan Dan 203
Program/Amalan Terbaik
Asrama Smka Sheikh Haji Mohd Said
Nadhira Sofia Norzaidi
Husna Alisya Yusri
Muhammad Ihsan Hamzah
22 Kepimpinan Pemimpin
Berwawasan Ke Arah Mnetransformasi
Pelajar Berkredibiliti Tinggi
Maryam Nur Immanda Muhd Azli
Nurul Iffah Burhanuddin
Nawal Nasuha Zainal
23 Kepimpinan Bersyariat Tonggal Pembentukan
Sesebuah Organisasi Unggul Dalam Mencapai
Matlamat Negara
Nur Aribah Aminuddin
Nur Aimuni Nasuha Mohd Saufi
Nurul Batrisyia Mohd Rozaidi
24 Kepimpinan Belia Islam Menjadi Tunjang
Kemakmuran Negara Dari Perspektif Islam
Muhammad Izuan Adnan
Adham Muqriz Jazlan
Muhammad Imran Mohd Ropidi
Durratun Nasihin Muhammad Hadafi
25 Pembangunan Akhlak Generasi Muda Berpaksikan
Bentuk Kepimpinan Bercirikan Islam
Wan Muhammad Mursyid
Puteri Noradlina
Jahizah Nabilah
26 Kepimpinan Yang Cemerlang Membentuk Taulan
Yang Gemilang
Muhammad Zakwan ‘Irfan Mohd Zamri
10 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Sarah Nabihah M Nordin 211
Nor Ema Suzietiqa Abdul Rahman 217
225
27 Disiplin Sebagai Kunci Keunggulan Sesebuah 231
Organisasi 235
Muhammad Luqman Mohd Rasidi 244
Siti Nur Aerina Mainong 250
Syadiyah Nur Hanani Hasrul Hadi
28 Barisan Pemuda-Pemudi, Pemangkin Ummah,
Harapan Bangsa, Agama Dan Negara
Muhammad ‘Ilman Hazlan
Muhammad Aysar Zorimi
Nur Afina Madihah Muhammad Mazrin
29 Model Kepimpinan Pelajar Dan Program Terbaik
Asrama Bagi Memastikan Kesejahteraan Penghuni
Asrama
Muhammad Syahmi Bahjat Mohd Suhaimi
Mohamad Mut’iel Akid Ab Rashid
30 Kemantapan Sahsiah Membentuk Integriti Dalam
Kalangan Belia
Fatimatuzzarah Rosli
Mohamed Amar Hakii Mohamed Zamri
Muhammad Azim Mohd Khairi
31 Jika Baik Di Asrama, Maka Baiklah Di Sekolah
Muhammad Harith Haikal Rosdi
Uwais Munzir Mahathir
Nurul Ayuni Roslaili
32 Kepimpinan Asrama Melambangkan Jati Diri
Individu
Amir Hamzah Kas Alwi
Ammar Johari
Nur Hijanah Nordin
33 Institusi Pendidikan Sebagai Tapak Permulaan
Pemimpin Generasi Muda
Nurul Adani Shahrul Munir
Nurliyana Batrisyia Mohd Hafiz4
11 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Muhammad Imran Hussaini Mushi 257
262
34 Kepimpinan Efektif Pemacu Pembangunan Insan 269
Adam Zikri Ahmad Zamroni 273
Chempaka Nur Ariesha Juhari 279
Muhammad Irfan Muhaimin Ahmad Lukman 288
296
35 Pembentukan Masyarakat Insaniah Terhasil
Daripada Garapan Pemimpin Yang Menjalankan
Amanah Berlandaskan Agama Islam
Muhammad Albaqir Mahfuz
Adlina Safiyyah Shabirin
Nasuha Humairah Deswir
36 Pengenalan Kepimpinan Ahli Rakan Sebaya Di
Sekolah Dalam Membentuk Pelajar Mutadayyin
Dan Professional
Muhammad Aiman Afif Mohd Fadzil
Muhammad Hakim Izhar
Nur A’lia Farhana Mohamad Firdaus
37 Pengenalan Model Kepimpinan Dan Program
Terbaik SMKA SHAMS
Yasmin Usaimah Yunus
Nurul Husna Asmawi
Nursofea Azura Omar
38 Kepimpinan Pemimpin Berkaliber Ke Arah
Membentuk Pelajar Berintegriti
Tihani Aufa Syahrun Nizam
Nurin Natasha Marzani
Izzatul Husna Mohd Faisal
39 Tauladan Pembimbing Sebagai Model Kepimpinan
Dan Wadah Yang Dituruti
Nur Alia Maisarah Ismail
Nur Amalia Farisha Ab. Majid
Hurin Zuyyin Sya’ari
40 Pengurusan Organisasi Pembimbing Rakan Sebaya
Sistematik, Pemangkin Kelestarian Kepimpinan
Energetik
Nik Faruqi Naim Mohd Fauzi
12 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Muhammad Hafiz Izzudin Sadong 305
Sumaiyah Mardhiah Syafik Azizi 314
Nur Alya Mat Yusof 322
330
41 Motivasi sebagai Vaksin Keutuhan Remaja 337
Anis Nafesa Alias 343
Iman Farihin Kamarul Ash’ari
Puteri Nor Amalina Kariya Srong 351
42 Masalah Pelajar Dan Hubungannya Dengan
Penubuhan Badan Kepimpinan
Muhammad Haziq Adli Hapiz
Muhammad Akmal Syahmie Mohd Syharizam
Dhiya Qaisara Masnafiz
43 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sebagai
Pengawas Hati Dan Emosi Remaja
Ahmad Badzly Idraki Mohd Zamri
Sharifah Nabilah Syed Haroun
Qarissa Qirana Qadeeja Zunaidi
44 Keperibadian Yang Unggul Menjamin Kejayaan
Kepada Revolusi Belia Islam
Abdul Azim Abdul Rahim
Nur Anis Lidya Mursyida ‘Arifin
45 P.R.S: Keberkesanan Aplikasi Prinsip Keramat
Dalam Kalangan Prs Melahirkan Pemimpin Yang
Unggul Dalam Segala Aspek
Muhammad Syahmi Sahara
Raja Ammar Najmi Raja Sapulizan
Nurul Hidayah Hasnan
46 Kepimpinan Yang Berasaskan Sahsiah Yang
Cemerlang Dan Berintegriti Memacu Keperibadian
Pemimpin Yang Kondusif
Muhammad Syakir Shafie
Puteri Nur Irdina Mohd Zulkurnain
Fatin Nur Aisyah Asnawi
47 Ciri-Ciri Kepimpinan Yang Efektif Dan Berkesan
Untuk Menjamin Kecemerlangan Organisasi Di
Sekolah
Muhammad Izz Lutfillah Fazli
13 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Nurul Haziqah Othman 358
Nurul Fityati Safiah Suharizan 363
372
48 Figura Anak Muda Islam Sebagai Ikon Kepimpinan 380
Negara 388
Muhamad Habibullah Mohd Ansarullah 395
Tengku Puteri Qaisara Tengku Asmadi
Damia Irdeena Mohd Khairul Rizal
49 Pembangunan Dakwah Melalui Pelaksanaan
Aktiviti Dan Hiburan Islam
Mahadzir Danial Muhamad Azhan
Muhammad Fahmi Kidam
Sofiyah Munirah Mohamad Ali
50 Kepimpinan Hebat Membentuk Kesatuan Umat
Yang Diredhai
Ainul Jannah Wazi
Nur Adnin Farhana Mohd Zurhan
Nur Shakirin Nordin
51 Pendekatan Dakwah dari Tunas menjadi Asas
Pemacu Rencah Nadwah Kepimpinan Islam dalam
menelusuri Arus Perubahan Global
Ahmad Taufq Aiman Mohd Khalid
Wan Ahmad Nu’man Wan Saidi
Minhah Barakah Che’ Zahari
52 Kepimpinan Islam: Satu Institusi Pembangunan
Ummah Khususnya Kepada Pelajar
Nik Alzamdeen Nik Adlin
Muhammad Hilman Musyrif Jamaludin
Nur Iman Izzati Mohd Aizam
53 Model Kepimpinan Badan Dakwah Dan
Kerohanian (BADAR) Dalam Mengamalkan Amalan
Yang Terbaik Bagi Mewujudkan Bi’ah Solehah
Nurkhairunnisa Kamarul Aznan
Nurul Najihah Radzuan
Nurul Nadia Mohd Sukri
14 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
54 Model Kepimpinan Etika Islam Berlandaskan 401
Rasulullah Dalam Pembangunan Masyarakat
Muhammad Aiman Faris Mohamad Zaidi
Farah Nurelyana Ahmad Radzi
Anis Sabrina Ahmad Suriadi
15 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
CORAK KEPIMPINAN PELAJAR SM IMTIAZ YT
KEMAMAN KE ARAH MEMBENTUK KEPERIBADIAN
PELAJAR YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN
TERBILANG
Muhammad Irfan Hakimi Bin Mohd Sanusi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu
(E-mail: [email protected])
Izzatul Munira Binti Taifunisyam
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu.
(E- mail: [email protected])
Aina Munirah binti Zamri
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu
(E- mail: [email protected]
Abstrak
Tidak dapat disangkal lagi, kepimpinan merupakan aspek yang amat penting
dalam sesebuah masyarakat. Hal ini dapat dilihat melalui sejarah kehidupan
masyarakat pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin serta Kesultanan
Melayu Melaka. Pemerintahan mereka yang sistematik berpunca daripada
keunggulan organisasi kepimpinan yang mantap sekaligus mendorong kepada
terbinanya sebuah empayar yang agung dan dikagumi. Hal ini secara tidak
langsung memberi implikasi kepada suasana kehidupan masyarakat pada
ketika itu menjadi aman dan stabil. Sehubungan dengan itu, terbuktilah bahawa
organisasi kepimpinan amatlah penting dalam kehidupan sesebuah
masyarakat yang bertamadun. Tidak kurang juga di dalam bidang pendidikan.
Setiap sekolah juga haruslah mempunyai organisasi kepimpinan yang baik bagi
melahirkan pelajar yang bermutu tinggi. Oleh itu, tertubuhlah satu organisasi
kepimpinan di SM Imtiaz YT Kemaman yang digelar Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) yang bertujuan membantu para guru dalam menyelesaikan pelbagai
masalah yang sering berlaku dalam kalangan pelajar di samping memberi
ruang kepada para pelajar untuk menyuarakan kegusaran dan pendapat
mereka di sekolah. Objektif kertas kerja ini adalah untuk menerangkan corak
kepimpinan di SM Imtiaz YT Kemaman bagi membentuk pelajar yang
cemerlang, gemilang dan terbilang dari segala aspek. Selain itu, kertas kerja ini
juga akan mengupaskan tentang pelbagai program dan amalan harian yang
16 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dijalankan di SM Imtiaz YT Kemaman bagi membentuk peribadi pelajar yang
unggul dan selari dengan konsep Ulul Albab.
Kata kunci: Corak kepimpinan, program dan amalan harian, peribadi pelajar.
Pendahuluan
Dalam menempuhi arus pemodenan kini, pelbagai perubahan yang dapat kita
lihat daripada segi potilik, ekonomi dan sosial. Perubahan zaman ini
menyebabkan pelbagai perubahan berlaku dalam sistem pemerintahan
terutamanya di negara kita. Walaupun begitu, konsep kepimpinan masih
dikekalkan serta menjadi asas kepada penubuhan sesebuah negara. Misalnya,
prinsip rukun negara kita yang kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara
menunjukkan betapa pentingnya seorang pemimpin dalam sesebuah
masyarakat. Dari perspektif agama Islam, pemimpin bermaksud orang-orang
yang dipertanggungjawabkan dengan urusan umat islam seperti khalifah, ketua
tentera, kadi, menteri dan lain – lain orang yang bertanggungjawab dengan
pengurusan agama islam. Mempunyai pemimpin dalam suatu organisasi
amatlah penting bagi memastikan sistem pengurusan berjalan dengan lancar
dan sistematik. Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan
Terengganu Kemaman telah menubuhkan satu organisasi kepimpinan di
bawah bimbingan para guru yang diberi nama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
bagi memimpin dan mewakili para pelajar di sekolah. Dengan moto ‘yakin dan
memberi inspirasi’, peranan MPP adalah untuk menjadi tulang belakang
kepada para guru dalam mengurus para pelajar di sekolah. Oleh itu, sahsiah
diri yang unggul perlu ada di dalam diri seorang MPP bagi memberi inspirasi
kepada rakan-rakan yang lain. Penubuhan MPP amatlah penting bagi
mewujudkan sistem organisasi yang kukuh dan berkesan dalam memimpin.
Model Kepimpinan di SM Imtiaz YT Kemaman
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan satu organisasi pelajar yang
mengumpulkan semua badan pelajar yang ditubuhkan di SM Imtiaz YT
Kemaman. Organisasi ini terdiri daripada para pelajar yang diberi kepercayaan
daripada guru untuk memimpin para rakan. Secara kesimpulannya, MPP
merupakan satu organisasi pelajar yang berada dibawah bimbingan guru yang
berfungsi untuk memimpin para pelajar. Rajah 1 merupakan hierarki
kepimpinan di SM Imtiaz YT Kemaman:
Pihak Atasan
Majlis Tertinggi Pelajar
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
17 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Rajah 1: Hierarki kepimpinan di SM Imtiaz YT Kemaman
Pihak atasan terdiri daripada Pengetua, barisan Guru Penolong Kanan dan
barisan guru SM Imtiaz YT Kemaman. Pihak atasan berfungsi untuk
membimbing dan memberi arahan kepada MPP bagi memimpin para pelajar.
Majlis Tertinggi merupakan badan penting di sekolah selepas guru atau pihak
sekolah. Majlis tertinggi terdiri daripada Presiden, Naib Presiden dan
Setiausaha Agung daripada setiap badan kepimpinan utama di SM Imtiaz YT
Kemaman. Terdapat 4 badan kepimpinan utama di SM Imtiaz YT Kemaman
iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Asrama (MPA), Badan
Dakwah dan Rohani (BADAR) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Fungsi
Majlis Tertinggi Pelajar adalah untuk mengumpulkan dan membincangkan
masalah yang dihadapi setiap badan kepimpinan dan seterusnya melaporkan
perkara tersebut kepada pihak atasan seandainya masalah tersebut di luar
kuasa badan kepimpinan. Kemudian, organisasi ini disusuri atau disusuli lagi
dengan MPP yang terdiri daripada beberapa exco. Terdapat 9 exco yang
berperanan di bawah MPP iaitu Exco Akademik (PRS), Exco Asrama (MPA),
Exco Disiplin, Exco Dakwah dan Kerohanian (BADAR), Exco Ekonomi dan
Tugas-tugas Khas, Exco Sukan dan Kebudayaan, Exco Informasi Coretan
Teknologi (ICT), Exco 4K (Kebajikan, kebersihan, keceriaan dan keselamatan)
dan Exco Firqah. Terdapat 3 exco yang unik di SM Imtiaz YT Kemaman iaitu
Exco Asrama, Exco Akademik dan Exco Dakwah dan Kerohanian. Ketua bagi
setiap exco tersebut secara automatik menyandang jawatan presiden MPA,
PRS dan BADAR seperti di rajah 2:
Presiden Majlis Perwakilan Asrama (MPA)
Presiden Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Presiden Badan Dakwah dan Kerohanian
(BADAR)
Ketua Exco Asrama
Ketua Exco Akademik
Ketua Exco Dakwah dan Kerohanian
Rajah 2: Jawatan yang disandang secara automatik oleh ketua Exco Asrama, Exco Akademik
dan Exco Dakwah dan Kerohanian MPP.
Seterusnya, akan terdapat exco-exco di bawah badan – badan kepimpinan
tersebut yang bertanggungjawab melicinkan pengurusan dan tugas badan.
Setiap badan akan bersinergi dan saling bantu-membantu sesama ahli exco
18 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
yang lain bagi mewujudkan satu organisasi yang mantap. Antara kriteria
pelantikan MPP ialah murid yang dipilih haruslah berpengaruh, bijak, berkaliber,
berdisiplin dan bertanggungjawab ke atas setiap tugasan yang telah
diamanahkan. Hal ini kerana antara peranan MPP adalah dengan menjadi
mata-mata kepada guru dan membantu para guru dari segi penyampaian
arahan atau maklumat kepada rakan rakan pelajar serta memastikan para
pelajar sentiasa berdisiplin. Selain itu, menjaga nama baik sekolah merupakan
satu obligasi kepada setiap MPP untuk menjamin kecemerlangan mutu
kepimpinan di sekolah.
Program dan Amalan di SM Imtiaz YT Kemaman Ke Arah
Membentuk Keperibadian Pelajar
Misi melahirkan pelajar yang berkeperibadian unggul tidak mungkin akan
tercapai hanya melalui organisasi kepimpinan yang baik. Misi ini hanya akan
berjaya sekiranya pelajar dipupuk dengan amalan yang baik sejak di bangku
sekolah seperti bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa amalan dan program yang
dijalankan oleh MPP bagi membentuk keperibadian diri para pelajar di SM
Imtiaz YT Kemaman agar menjadi cemerlang dan berkualiti. Antara program
yang dijalankan di SM Imtiaz YT Kemaman ialah “Karnival Islam Al-Farouq”.
Program ini dianjurkan secara tahunan di SM Imtiaz YT Kemaman dan
sepenuhnya diatur oleh MPA dengan kerjasama MPP SM Imtiaz YT Kemaman.
Program in merupakan suatu program yang diisi dengan pelbagai pertandingan
Ko – Akademik yang bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam para pelajar
di SM Imtiaz YT Kemaman bagi mewakili sekolah di peringkat daerah, negeri
atau kebangsaan. Jadual 1 menunjukkan acara yang dipertandingkan di
Karnival Islam Al–Farouq:
Sajak Bahasa Melayu
Syarahan Bahasa Melayu
Nasyid
Tilawah Al - Quran
Jadual 1: Acara yang dipertandingkan di Karnival Islam Al-Farouq
Setiap acara berikut dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Kategori Lelaki
Menengah Atas, Kategori Lelaki Menengah Bawah, Ketegori Perempuan
Menengah Atas dan Kategori Perempuan Menengah Bawah. Persembahan
para pelajar dinilai oleh barisan hakim yang terdiri daripada para murabbi dan
murabbiah SM Imtiaz YT Kemaman berdasarkan skop – skop tertentu.
Pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan akan diberikan hadiah yang
lumayan dan secara automatik mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam
acara yang dimenangi. Selain itu, firqah yang diwakili oleh pemenang juga akan
19 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
diberikan mata tambah bagi menentukan juara keseluruhan firqah program
“Karnival Islamik Al-Farouq” ini.
Khulasahnya, melalui program ini, para pelajar dapat menonjolkan diri dan
menunjukkan bakat – bakat terpendam mereka. Hal ini secara tidak langsung
melatih diri pelajar untuk berhadapan di hadapan khalayak ramai sekaligus
membentuk keperibadian diri pelajar agar sentiasa berkeyakinan dan petah
berkata – kata. Tambahan lagi, para pelajar dapat menimba pengalaman
baharu yang mungkin akan berguna pada masa akan datang.
Di samping itu, aktiviti “Rollcall Pagi” dijalankan di SM Imtiaz YT Kemaman pada
setiap pagi. Rollcall Pagi merupakan satu aktiviti dimana semua pelajar di SM
Imtiaz YT Kemaman diwajibkan untuk berkumpul di dataran perhimpunan pada
setiap pagi dengan berpakaian pakaian seragam sekolah yang lengkap dan
membawa senaskhah Al-Quran. Terdapat 4 sesi yang penting di dalam aktiviti
ini. Antaranya ialah sesi Talaqqi bersama seorang guru Kokurikulum Bersepadu
Tahfiz (KBT). Sesi ini dilaksanakan dengan cara para pelajar harus mendengar
dan mengikuti bacaan Al – Quran yang dibaca oleh guru KBT yang ditugaskan.
Sesi talaqqi ini diadakan bagi memperbetul bacaan Al – Quran para pelajar di
SM Imtiaz YT Kemaman dan bertujuan membentuk para huffaz yang
mempraktikkan bacaan Al – Quran yang betul dan sahih di kalangan
masyarakat.
Seterusnya, alunan Sayyidul Istighfar dan Selawat. Sesi ini dilaksanakan oleh
seorang pelajar yang telah ditugaskan oleh Majlis Perwakilan Pelajar yang
diamanahkan untuk mengetuai alunan Sayyidul Istighfar dan Selawat. Tujuan
utama alunan ini dialunkan adalah untuk mempraktikkan amalan selawat dan
istighfar agar ianya menjadi amalan harian di dalam diri para pelajar di SM
Imtiaz YT Kemaman. Oleh itu, keperibadian pelajar akan bertambah unggul dan
sahsiah pelajar akan mudah dibentuk.
Dalam pada itu, sesi tazkirah daripada para pelajar. Sesi ini dilakukan secara
bergilir – gilir dalam kalangan pelajar dan ianya telah diatur melalui jadual yang
telah disediakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Di dalam sesi ini, pelajar harus
memberi satu tazkirah pendek yang bertajuk bebas tidak melebihi 5 minit. Sesi
ini bertujuan untuk membuka peluang kepada para pelajar bagi melontarkan
nasihat kepada para rakan yang lain. Tuntasnya, sesi tazkirah ini dapat
melahirkan para pelajar yang mengamalkan amal ma’ruf nahi, nahi mungkar
iaitu mengajak kepada kebaikan dan menegah daripada kejahatan sekaligus
melatih diri pelajar agar berkeyakinan dan bisa bercakap di hadapan khalayak
ramai.
Akhir sekali, sesi laungan kata – kata semangat. Sesi ini dilaungkan oleh wakil
para pelajar yang bakal menduduki PT3 dan SPM. Hal ini bertujuan melahirkan
20 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
para pelajar yang sentiasa bersemangat untuk menuntut ilmu di dalam
kehidupan seharian.
Pelajar Berkumpul Sesi Talaqqi Alunan Saiyidul
Istighfar dan Selawat
Laungan Kata-kata Bacaan Doa Sesi Tazkirah
Semangat
Rajah 3: Menunjukkan jadual perlaksanaan aktiviti “Rollcall Pagi”
Rumusan
Sebagai rumusan, ditekankan sekali lagi bahawa organisasi kepimpinan
amatlah penting dalam kehidupan. Sehubungan dengan itu, SM Imtiaz YT
Kemaman telah mengambil inisiatif dalam membentuk Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) yang bertujuan membantu para guru dalam usaha melicinkan
pengurusan dan pentadbiran pelajar. Selain itu, MPP juga merupakan satu
organisasi kepimpinan yang menyeluruh yang bertujuan mewujudkan sahsiah
yang unggul dalam kalangan murid seterusnya mewujudkan biah solehah di
SM Imtiaz YT Kemaman. Hal ini penting bagi melahirkan para pelajar yang
berkepimpinan serta mampu menyesuaikan diri dengan dunia luar yang penuh
dengan cabaran dan ujian terutamanya cabaran ketika berdakwah kepada
masyarakat. Dalam pada itu, MPP juga berkepentingan dalam memastikan
kecemerlangan sahsiah pelajar di samping menjadi contoh ikutan yang baik
kepada rakan-rakan yang lain. MPP yang telah dilantik haruslah melaksanakan
amanah dengan menjadi pemimpin yang berdedikasi dan berusaha untuk
membentuk sifat-sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar agar selaras dengan
hadis yang diriwayatkan daripada sabdaan Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud, "Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian akan disoal
tentang apa yang dipertanggungjawabkannya" (HR. Bukhari: 4789). Justeru itu,
MPP telah mengambil banyak inisiatif dengan menjalankan banyak program
dan aktiviti yang bertujuan membentuk diri pelajar agar menjadi masyarakat
yang berguna, bersahsiah dan bermutu tinggi pada masa akan datang.
Rujukan
21 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Mohd. S. (1988), al-Qiya dah Wa Al-Jundiyyah fi Al-Islam. C. 3 Mansurah: Dar
al-Waf a j.
Haron. S. (2012, 9 June). Hadith setiap seseorang adalah pemimpin.
Diperolehi daripada http://penerajuhati.blogspot.com/2012/06/hadith-12-
setiap-sesorang-adalah.html
Cute766 (2021, 10 March). Peranan pemimpin pelajar di sekolah karangan
SPM. Diperolehi daripada https://cute766.info/peranan-pemimpin-pelajar-di-
sekolah-karangan-spm/
22 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
BUDAYA KEPRIHATINAN TERHADAP RAKAN
MAMPU MENJALIN UKHWAH SERTA MEMBENTUK
JATI DIRI MENGGARAP KECEMERLANGAN
Ahmad Shaheed Bin Abd Rapi
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jalan Selandar, Kampung
Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka
(E-mail: [email protected])
Fatin Izzati Binti Zulkefli
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jalan Selandar, Kampung
Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka
(E-mail:[email protected])
Aisha Zarifah Binti Nordin
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jalan Selandar, Kampung
Batang Melaka Ulu,77500 Selandar, Melaka
(E-mail:[email protected])
Abstrak
Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat di segenap pelosok
dunia tentang ikatan persaudaraan yang kuat mampu menjalin ukhwah serta
membentuk jati diri dalam menuju kecemerlangan. Ukhwah atau persaudaraan
merupakan nikmat daripada kekuatan iman dan ketakwaan yang dapat
melahirkan perasaan kasih sayang, rasa saling percaya juga mempercayai, dan
hormat-menghormati sesama insan. Kesinambungan daripada perasaan ini
akan melahirkan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi untuk saling tolong-
menolong, berkasih sayang, saling memaafi, setia kawan, dan berbagai-bagai
lagi nilai positif. Secara tidak langsung, kebejatan moral yang kritikal dan kerap
kali menyumbang kepada peratus salah laku pelajar sekolah sedikit sebanyak
dapat dikurangkan. Hal ini demikian telah membuka mata kami sebagai badan
kepimpinan pengawas sekolah untuk melancarkan beberapa program yang
berkaitan dengan pemerkasaan ukhwah dalam kalangan pelajar di sekolah.
Kertas kerja ini akan memperkenalkan barisan kepimpinan pengawas sekolah
serta membincangkan konsep pihak kami sebagai badan pengawas dalam
membentuk jati diri kecemerlangan dengan memfokuskan ukhwah sebagai
medium penyatuan, pelajar sekolah sebagai kumpulan sasar, rakan sebagai
wahana, serta cara-cara pelaksanaan dan keberkesanan program-program ini.
Kata kunci: ukhwah, rakan, jati diri
23 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Pembentukan kerajaan Islam Madinah melalui perlembagaan Madinah
merupakan bukti bahawa ukhwah merupakan asas kecemerlangan ummah.
Bangsa Arab yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kafilah telah bersatu
untuk memajukan Madinah. Peristiwa hijrah Rasulullah SAW bermula dengan
rasa ukhwah yang jitu dalam kalangan penduduk Madinah kerana mereka tidak
sanggup melihat saudara seislam mereka ditindas dan dizalimi di Mekah. Oleh
itu, ukhwah yang baik sememangnya dapat membentuk jati diri kecemerlangan
pelajar. Sebagai satu jawatan kuasa besar di sekolah, kami badan pengawas
telah terpanggil untuk membantu pihak sekolah dalam menjayakan beberapa
program berkaitan dengan pemantapan ukhwah dalam kalangan pelajar.
Setelah menyedari bahawa ikatan persaudaraan amat penting dalam membina
jati diri kecemerlangan, berbagai-bagai usaha kami lakukan demi memastikan
program tersebut berjalan dengan jayanya agar hasil keberkesanannya dapat
diperoleh bersama. Tidak lupa juga, elemen rakan sebagai insan yang paling
dekat dengan seseorang pelajar merupakan komponen yang amat signifikan
dalam usaha membentuk jati diri rakannya. Oleh itu, keprihatinan sebagai
seorang rakan sangat diperlukan agar program yang dilaksanakan berjalan
lancar seiring dengan apa yang diharapkan. Kertas kerja ini akan
memperkenalkan barisan kepimpinan pengawas sekolah juga
mengetengahkan program terbaik di sekolah berkaitan dengan pemantapan isu
ukhwah dalam membentuk jati diri menggarap kecemerlangan dengan bantuan
rakan-rakan, serta cara-cara pelaksanaan dan keberkesanannya.
Barisan Kepimpinan Pengawas Sekolah
Umum mengetahui, pengawas sekolah memainkan peranan penting untuk
membantu pihak sekolah serta guru-guru memantau dan menguatkuasakan
peraturan dan undang-undang sekolah agar sentiasa berada dalam keadaan
yang terkawal sama ada dari segi disiplin mahupun keceriaan sekolah. Hal ini
demikian menuntut pihak sekolah untuk mewujudkan sebuah barisan
kepimpinan pengawas sekolah yang kuat agar segala gejala sosial dapat kita
atasi dengan jayanya. Secara tradisinya, tampuk kepimpinan pengawas
sekolah terbahagi kepada beberapa bahagian yang terdiri daripada majlis-
majlis tertinggi serta lajnah. Bagi majlis tertinggi;
● Ketua Umum
● Penolong Ketua Umum
● Ketua Sekolah
● Penolong Ketua Sekolah
Manakala bagi lajnah;
24 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
● Lajnah Akademik
● Lajnah Disiplin
● Lajnah Protokol
● Lajnah 3K
Lajnah dapat ditafsirkan sebagai suatu jawatan kuasa kecil yang membantu
ketua-ketua dalam mengerjakan tugas. Ia juga lebih dikenali dengan panggilan
exco. Cuma, di sekolah kami lebih tertarik untuk menggunakan panggilan lajnah
dek kerana lebih sesuai dengan keberadaan situasi sekolah kami iaitu Tahfiz
Model Ulul Albab. Setiap lajnah berfungsi mengikut tugasnya tersendiri yang
lebih spesifik seperti akademik, disiplin, protokol, dan 3K. Tidak lupa juga,
lajnah-lajnah ini seterusnya dibantu oleh beberapa lagi kepimpinan kecil yang
terdiri daripada murid biasa sekali gus menjadikan struktur kepimpinan
pengawas sekolah lebih sistematik dan cekap dalam mengendalikan sistem-
sistem berkaitan sekolah. Di samping itu, komitmen dan respons antara setiap
jawatan dalam barisan kepimpinan pengawas sekolah khususnya ketua dan
penolong telah menjadi prioritas dalam merealisasikan berbagai-bagai impian
pihak sekolah untuk membentuk jati diri serta menggarap kecemerlangan
dalam diri setiap pelajar. Tambahan pula, bagi menyemai tampuk kepimpinan
pengawas supaya lebih utuh, pihak sekolah telah sebulat suara untuk melantik
majlis tertinggi bagi setiap tingkatan meskipun bermula dari tingkatan satu.
Kesannya, keadaan sekolah akan lebih terjaga asbab melihatkan kepada
jawatan kuasa yang telah dibentuk sedari awal.
Program Terbaik Berkaitan Ukhwah Dan Pembentukan Jati Diri
Kecemerlangan
1) Program Bantu Rakanku (BARA)
Pengenalan:
Melihatkan kes-kes salah laku seperti buli di sekolah yang semakin
meruncingkan pemikiran tenaga pengajar dan pelajar itu sendiri, oleh itu, kami
merupakan individu yang bertanggungjawab membantu pengetua kami dalam
menjayakan program ini. Dikenali sebagai Program Bantu Rakanku (BARA)
merupakan inisiatif yang membawa seribu satu manfaat tidak kisah sama ada
dari segi manfaat kepada guru, pelajar terutamanya manfaat kepada mangsa
buli tersebut. Dengan pelaksanaan yang memerlukan pertolongan rakan, maka
program ini menjadikan seseorang guru itu rapat serta lebih mengenali sifat dan
jiwa seseorang pelajar.
Objektif:
25 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Sudah terang lagi bersuluh, program BARA ini secara holistiknya adalah untuk
membantu rakan-rakan yang mempunyai permasalahan sama ada dari aspek
pembelajaran, salah laku buli, permasalahan dalam kehidupan seharian dan
sebagainya. Antara objektif utama yang digariskan bagi pelaksanaan program
ini adalah;
● Mengetahui permasalahan murid yang menjurus kepada punca-punca
murid tersebut lalai dalam pembelajaran.
● Memberi peluang kepada pelajar untuk membantu rakan-rakan yang
memendam masalah bagi sama-sama menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.
● Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah agar masing-masing
cakna akan tugas sebagai seseorang individu iaitu seorang rakan
mahupun guru.
● Menerapkan sifat keprihatinan dalam diri pelajar sebagai seorang
rakan dalam usaha untuk menjalin sekali gus mengukuhkan lagi
ukhwah persahabatan yang ada.
● Membentuk jati diri kecemerlangan melalui ukhwah yang hebat agar
dapat menjadi pelajar berjaya bersama-sama rakan.
Cara pelaksanaan;
1. Program Bantu Rakanku (BARA) akan dilaksanakan secara
berperingkat mengikut tingkatan.
2. Setiap pelajar akan duduk berjauhan mengikut ukuran yang telah pihak
sekolah tetapkan dan diberikan sehelai borang.
3. Pelajar diminta untuk mengisi borang tersebut dan diberikan masa
berdurasi sepuluh minit sebelum guru yang bertugas mengutip borang
itu kembali.
4. Guru akan menyemak segala permasalahan pelajar dan sedaya upaya
membantu menyelesaikan juga mengurangkan masalah pelajar.
5. Badan pengawas memainkan peranan untuk membantu murid lain juga
dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Keberkesanan;
Setiap pelajar haruslah jujur dan telus semasa menjawab borang tersebut. Hal
ini demikian penting bagi memastikan kelancaran program tersebut. Menerusi
program BARA yang telah kami jalankan semasa tahun 2019 itu, terdapat
pelbagai implikasi positif yang warga kami peroleh. Antaranya;
● Pelajar yang mempunyai masalah mengetahui cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut lebih mudah dengan bantuan rakan
sekeliling.
26 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
● Program BARA menjadikan pelajar lebih fokus semasa pembelajaran
dan pengajaran sedang berlaku kerana masalah mereka sedikit
sebanyak telah selesai.
● Ikatan persaudaraan juga persahabatan akan menjadi lebih akrab bak
kata mutiara, "Air yang Dicincang Tidak Akan Putus" kerana seiring
dengan situasi mereka yang saling bantu-membantu apabila perlu
mahupun sebaliknya.
2) Program Seni Mempertahankan Diri
Pengenalan;
Memang tidak dapat dinafikan, seni mempertahankan diri merupakan cara
terbaik untuk pelajar membina jati diri, di samping meningkatkan tahap
kecergasan dan kecerdasan mereka. Selain dapat melindungi diri, mempelajari
seni mempertahankan diri juga boleh membuatka pelajar lebih berdisiplin,
penyabar, sihat serta berkeyakinan diri. Terdiri daripada seni silat gayong, silat
cekak, serta taekwondo, pelajar bebas memilih salah satu daripada mana-
mana seni pertahanan diri yang digemari. Memetik kata peribahasa, "Sambil
Menyelam Minum Air", hal ini sangat berketepatan dengan impak positif yang
pelajar dapat iaitu sedang pelajar mengukuhkan jati diri ke arah
kecemerlangan, pelajar juga dapat menjalin hubungan persaudaraan kerana
sewaktu latihan pertahanan diri, semua pelajar diminta berkumpul di tempat
latihan masing-masing. Meskipun tetap menjaga jarak satu meter akibat
pandemik yang sedang menular, perbuatan berkumpul sahaja sudah
menampakkan situasi terjalinnya ukhwah sesama pelajar.
Objektif;
Secara keseluruhan, program ini sememangnya dapat menjalin ukhwah di
samping membentuk jati diri menuju kecemerlangan. Terdapat juga beberapa
objektif yang wajib diperoleh seperti;
● Keyakinan diri dapat dibina kerana berkemahiran dalam
mempertahankan diri.
● Seni mempertahankan diri dapat menambahkan fokus semasa belajar
berikutan tiada gangguan-gangguan pelajar lain dan minda semakin
tajam kerana badan yang sihat, seperti kata mutiara, "Akal yang Cerdas
Terletak Pada Tubuh Badan yang Sihat".
● Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam seni pertahanan diri
yang diceburi.
● Mengelakkan diri pelajar daripada mengisi masa lapang dengan
perkara yang tidak bermanfaat.
● Sifat disiplin dapat dipupuk sedari awal agar apabila sudah dewasa,
pelajar dapat menguruskan diri dengan baik.
Cara pelaksanaan;
1. Pelajar memilih seni pertahanan diri yang digemari
27 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
2. Program akan dijalankan pada hari Ahad, tepat pukul sembilan malam
sehingga pukul sepuluh setengah malam.
3. Sewaktu program berjalan, semua pelajar dikehendaki untuk
berpakaian uniform seni pertahanan diri masing-masing kecuali bagi
pelajar yang tiada unform, dibenarkan memakai baju sukan.
4. Guru yang bertugas akan memantau keselamatan pelajar di sekolah.
Keberkesanan;
Dalam jangka masa terdekat pelaksanaan Program Seni Mempertahankan Diri
ini, terdapat beberapa keberkesanan yang telah kami capai. Antaranya;
● Pelajar dapat menjalin dan mengeratkan lagi ukhwah yang sedia ada.
● Jati diri ke arah kecemerlangan dapat dibentuk melihatkan kepada
disiplin diri yang terbina.
● Pelajar lebih berkeyakinan dalam mengatasi sebarang permasalahan
yang muncul.
Rumusan
Tuntasnya, dua program iaitu Program BARA dan Program Seni
Mempertahankan Diri yang telah kami jalankan ini amat efektif dalam
memberikan rakan-rakan menjalin ukhwah serta membentuk jati diri
menggarap kecemerlangan. Bahkan program-program ini juga menyediakan
medium yang membolehkan pelajar menimba ilmu-ilmu baharu seperti ilmu
untuk mempertahankan diri. Mutakhir ini, seni-seni itu agak mustahak kerana
penjahat di luar sana masih berlegar-legar mencari mangsa mereka. Lebih
menguntungkan kepada pelajar, dalam pada memantapkan ukhwah dan jati
diri, seni tersebut dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Jelaslah
bahawa, program-program tersebut dapat menjalin ukhwah yang baik sesama
rakan serta dapat bergerak bersama-sama ke arah kecemerlangan demi
kemaslahatan segajat.
Senarai Rujukan
Annymous. t.t. Koperasi Ukhwah. Diperoleh daripada https://ukhwah.com.my/
Sharif, N. A. M. (2017, Januari 20). Idea Program BARA oleh Guru
dari Melaka Cegah Salah Laku Pelajar. Diperoleh daripada
https://www.gpsbestari.com/mobile/artikel/personaliti/idea-program-bara-
oleh-guru-dari-melaka-cegah-salah-laku-pelajar-diiktiraf-kementerian-
pendidikan-1.614660
Yatim, R. t.t. Pembudayaan dan Jati Diri. Diperoleh daripada
https://www.kkmm.gov.my/foto/65-bahankpkk/dokumen/498-
pembudayaan-dan-jati-diri
Sudarjat, H. t.t. Membina Ukhwah Islamiyah. Diperoleh daripada:
28 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
https://www.unpad.ac.id/rubrik/membina-ukhuwah-islamiyah/
Awani, A. (2019, Mac 26). Faedah Seni Mempertahankan Diri. Diperoleh
daripada
https://www.astroawani.com/gaya-hidup/4-kebaikan-seni-
mempertahankan-diri-untuk-anakanak-202162
Annymous. (2020). Program Menggarap Kecemerlangan. Diperoleh daripada
https://smktta-wordpress-
com.cdn.ampproject.org/v/s/smktta.wordpress.com/2020/02/11/program-
menggarap-kecemerlangan-dan-penetapan-target-pt3-tahun
2020/amp/?amp_js_v=a6&_gsa=1&usqp=mq331AQHKAFQArABIA%
3D%3D#aoh=16152111393341&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.
com&_tf=From%20%251%24s&share=https%3A%2F%2Fsmktta.
wordpress.com%2F2020%2F02%2F11%2Fprogram-menggarap-
kecemerlangan-dan-penetapan-target-pt3-tahun-2020%2F
29 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
KEPIMPINAN KE ARAH MEMBENTUK INSAN
BERKEPERIBADIAN UNGGUL
Idrees Bin Bakti
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah,
05350 Alor Setar, Kedah
(E-mail: [email protected])
Muhammad Irfan Bin Azman
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah,
05350 Alor Setar, Kedah
(E-mail: [email protected])
‘Aqilah Binti Ahmad Shahimi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah,
05350 Alor Setar, Kedah
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Kejayaan sesebuah organisasi sangat bergantung kepada corak kepimpinan
dalam organisasi tersebut. Pemilihan corak kepimpinan bergantung kepada
situasi yang dihadapi sama ada secara autokrasi, demokrasi, bebas atau
diplomatik. Keberkesanan kepimpinan berkait rapat dengan keperibadian diri.
Pelbagai pendekatan boleh digunakan bagi membentuk insan berkeperibadian
unggul. Lembaga pengawas sekolah misalnya boleh digunakan sebagai
platform bagi melatih pelajar membentuk keperibadian unggul. Kemahiran
kepimpinan boleh dipelajari dan ianya bukanlah berbentuk statik. Program
pembentukan sahsiah pengawas perlu dijalankan dari masa ke masa bagi
membolehkan pengawas sekolah mendapatkan nasihat-nasihat yang
bermanfaat dari jurulatih program. Sesi perbincangan dengan pengawas dari
sekolah lain juga merupakan pendekatan yang baik untuk percambahan idea
pengawas dalam melaksanakan tugas mereka di sekolah masing-masing.
Namun, hubungan baik di antara sekolah dan pengawas sekolah juga perlu
diterapkan bagi mencapai objektif yang sama iaitu melahirkan pemimpin
generasi baru yang bertanggungjawab, berdisiplin dan sahsiah yang tinggi.
Justeru itu, program ini bertujuan untuk memupuk nilai kepimpinan dalam diri
pelajar SMKA Kedah terutamanya dalam kalangan pengawas. Hal ini akan
memberi dorongan dan semangat pada generasi baru dalam menjadi pemimpin
dan mempunyai kepimpinan yang adil pada masa akan datang.
Kata Kunci: Kepimpinan, organisasi, keperibadian unggul,
30 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Sejak permulaan awal tamadun manusia, konsep kepimpinan telah wujud
dengan membawa objektif untuk membimbing, membawa dan mendorong
sesuatu organisasi. Kejayaan sesebuah organsasi sangat bergantung pada
konsep kepimpinan. Pemilihan corak kepimpinan bergantung kepada situasi
yang dihadapi sama ada secara autokrasi, demokrasi, bebas, atau diplomatik.
Dalam era globalisasi kini, kepimpinan telah pun dipraktikkan dalam pelbagai
institusi dan sektor di seluruh dunia secara misalnya dari aspek politik, negara,
sekolah dan sebagainya. Oleh demikian, tompok kepimpinan di peringkat
SMKA Kedah seperti pengawas sekolah perlulah memiliki kriteria-kriteria
seperti adanya kejujuran, integriti, keyakinan yang tinggi, mempunyai aura yang
positif, komitmen dan kesungguhan yang tinggi, keupayaan meyakini dan
mengupayakan orang lain dan lain- lain. Kepimpinan pada peringkat ini adalah
penting untuk mencerminkan kebolehan dalam mempengaruhi sesebuah
kumpulan ke arah sesuatu objektif. Pemimpin pada peringkat ini juga dilantik
dalam kalangan murid supaya dapat menjadi contoh tanpa sebarang
perbandingan yang tidak adil.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa ayat yang ke 59:
ِمن ُكم الأَم َِر َوأُو ِلى ال َّرسو َلَ َوأَطيعُوا ّل َّلَاَ أَطيعُوا ءا َمنوا الَّذي ََن ٰيأَيُّ َها
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu.
Kepimpinan Ke Arah Membentuk Insan Keperibadian Unggul
Kepimpinan pengawas di SMKA Kedah bertujuan untuk menerapkan
kepimpinan ke arah membentuk insan berkeperibadian unggul. Keberkesanan
kepimpinan berkait rapat dengan keperibadian diri. Pelbagai pendekatan boleh
digunakan bagi membentuk insan berkeperibadian unggul. Lembaga
pengawas sekolah misalnya boleh digunakan sebagai platform bagi melatih
pelajar membentuk keperibadian unggul. Berdisiplin, berpakaian kemas, dan
pandai menguruskan masa merupakan bentuk latihan amali yang mereka
pelajari semasa berkhidmat sebagai pengawas sekolah. Pengawas sekolah
juga berpeluang belajar mengawal emosi diri sewaktu menjalankan tugas
mereka di sekolah. Selain itu, pengawas sekolah perlu serius dan positif dalam
melaksanakan tugas dan menjalankannya dengan penuh dedikasi di samping
31 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
bekerjasama agar tidak berlakunya berat sebelah dalam melaksanakan tugas
yang diberikan.
Seterusnya, pengawas sekolah juga membantu guru, pembantu kepada para
guru dari segi penyampaian maklumat kepada para pelajar. Penyampaian
maklumat akan menjadi lebih cepat dan tidak membuang tenaga dan masa
guru. Pengawas sekolah juga membantu guru terutamanya dalam bidang
disiplin sekolah mencegah kes- kes jenayah di sekolah agar nama sekolah tidak
tercemar serta pada rekod disiplin pelajar pada masa depan. Akhir sekali,
pengawas sekolah mengenal pasti murid yang mempunyai masalah disiplin dan
mencuba sedaya upaya untuk mengubah sikapnya secara nasihat dan
sebagainya.
Perkara – perkara sebegini dapat melatih para pengawas serta pelajar di
sekolah dalam mempunyai sahsiah disiplin. Hal ini penting agar pengawas
dapat dijadikan model kepimpinan ke arah membentuk insan berkeperibaian
unggul. Oleh kerana itu, setiap biro yang mempunyai peranan masing
ditubuhkan bagi melincinkan lagi kepimpinan ini di sekolah. Gambaran di
bawah menunjukkan susur jalur gemilang di SMKA Kedah.
Badan Penasihat
Majlis Tertinggi
Ketua-ketua Biro
Ahli-ahli Majlis Perwakilan
Ulul Albab
Rajah 1:
Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Ulul Albab (MPPUA) dinasihati dan
dibantu oleh Badan Penasihat yang terdiri daripada guru-guru Majlis Perwakilan
Pelajar Ulul Albab. Badan Penasihat akan mengemukakan cadangan yang
terbaik seterusnya memberikan mandat tanggungjawab kepada kepimpinan
pelajar bagi mencapai matlamat pihak pentadbiran sekolah. Majlis Tertinggi
(MT) terdiri daripada Ketua Umum, Timbalan Ketua Umum, Penolong Ketua
Umum (ketua umum pelajar puteri), Setiausaha, Penolong Setiausaha dan
Bendahari. Jawatan – jawatan ini terdiri daripada 6 orang ahli yang terbaik
daripada MPPUA. MT merupakan penggerak utama dalam menjana idea bagi
32 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
pembangunan sahsiah dan disiplin pelajar. Ketua Umum akan mengetuai
pimpinan dan pemutus keputusan dalam sidang mesyuarat antara MT dan
Ketua-ketua Biro. Timbalan Ketua Umum ditugaskan untuk berkolaborasi
bersama badan-badan lain dalam menjalankan sesuatu program. Penolong
Ketua Umum menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pelajar Puteri.
Setiausaha dan Penolong Setiausaha bakal menguruskan fail, dokumentasi
program, takwim tahunan badan. Kewangan yang menjadi keutamaan bagi
melicinkan pengurusan program diuruskan oleh Bendahari.
Kepimpinan yang teratur dengan pembahagian skop tugas yang efisien telah
diketuai oleh ahli MPPUA sendiri hasil daripada perbincangan dari aspek
kepimpinan moden. Pengurusan tugas ini juga dipantau dan ditambah baik oleh
guru- guru bagi merealisasikan 3 komponen utama dalam sistem Tahfiz Model
Ulul Albab (TMUA) iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik. MT turut dibantu
oleh 6 Ketua Biro iaitu Biro Disiplin, Biro Perhimpunan dan Majlis Rasmi, Biro
Kebajikan dan Kesihatan, Biro Dokumentasi dan Maklumat, Biro Sukan dan
Kokurikulum serta Biro Kebersihan dan Keceriaan.
Setiap biro mempunyai skop tugasannya yang tersendiri. Bermulalah dengan
Biro Disiplin. Biro ini berperanan dalam memastikan disiplin dan tatatertib dalam
kalangan pengawas berada pada tahap yang maksimum. Biro ini akan
mengepala aktiviti sekiranya terdapat ‘spot check’ yang dilakukan oleh Guru
Penyelaras Disiplin. Biro ini juga memastikan fail lengkap untuk merekod dan
mencatat pelajar yang melanggar disiplin seperti lewat, kuku panjang, kuku
berwarna, rambut berfesyen, tudung pendek, memakai selipar tanpa sebab
munasabah, kaki seluar ketat dan rambut panjang serta bewarna dan lain-lain
kesalahan yang relevan yang melanggar peraturan sekolah.
Seterusnya, Biro Sukan dan Kokurikulum. Biro ini berada dibawah Penolong
Kanan Kokurikulum bagi menguruskan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan
dan kokurikulum seperti hari sukan sekolah, hari kokurikulum di sekolah, kawad
kaki, kem unit beruniform dan sebagainya serta mengambil salinan sijil
penyertaan atau sijil anugerah pelajar untuk disimpan dalam galeri kokurikulum.
Biro ini juga memastikan peralatan sukan mencukupi di dalam bilik sukan
sekolah. Bagi Biro Perhimpunan dan Majlis Rasmi, biro ini membuat persiapan
di tapak perhmpunan atau di dewan setiap kali terdapat perhimpunan rasmi.
Biro ini juga memastikan perhimpunan ini berjalan lancar tanpa sebarang
gangguan, memastikan semua murid berada dalam barisan mengikut kelas
masing – masing, berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku dan lain –
lain. Tambahan pula, biro ini turut bekerjasama dengan Biro Dokumentasi dan
Maklumat serta Biro Disiplin.
33 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Di samping itu, Biro Dokumentasi dan Maklumat membantu Guru Media
menyediakan peralatan siar raya yang diperlukan oleh Biro Perhimpunan
semasa perhimpunan sekolah berlangsung. Mereka membantu guru – guru
bertugas menguruskan peralatan siar raya dalam Bilik Media dan di atas pentas
serta tempat lain berdasarkan arahan guru. Biro ini membantu guru menghias
pentas dewan untuk majlis keraian.Biro ini juga membantu menguruskan blog
Lembaga Pengawas Sekolah dan mengambil fotografi dalam majlis dan aktiviti
di sekolah.
Sementara itu, Biro Kebajikan dan Kesihatan akan menguruskan pelajar yang
sakit. Biro ini akan membuat laporan harian tentang murid yang sakit dari segi
kesihatan dan bilangan pelajar yang sakit. Biro ini juga memastikan pelajar
pergi dan pulang dari klinik kesihatan menaiki van sekolah selanjutnya
memastikan pelajar yang kurang sihat berehat di dalam bilik sakit sekolah. Akhir
sekali, bagi Biro Kebersihan dan Keceriaan pula, Biro tersebut membantu guru-
guru jawatankuasa keceriaan kelas menyediakan borang pemarkahan
keceriaan kelas serta memeriksa kesemua kelas sebulan sekali dalam program
keceriaan kelas di sekolah.
Amalan Atau Program Terbaik
i. Malam Interaksi Bersama MPPUA
Program ini dilaksanakan sebulan sekali pada malam hujung minggu. Ketika
berlangsungnya program ini, para pelajar akan diingatkan semula berkaitan
peraturan-peraturan yang sering dilanggar. Pada akhir program, pelajar
dibenarkan menanyakan seberapa banyak soalan dan cadangan kepada
badan MPPUA. Program ini dilaksanakan bagi merapatkan hubungan antara
badan kepimpinan sekolah dan pelajar. Hal ini kerana sebilangan pelajar
menganggap MPPUA ini satu organisasi yang hanya ditubuhkan bagi mencari
kesalahan dan menghukum mereka. Oleh itu, badan MPPUA mengambil
inisiatif untuk mengubah corak pemikiran pelajar bahawa MPPUA adalah suatu
badan untuk mengajak kearah kebaikan dengan mematuhi peraturan-peraturan
yang ditetapkan sekolah.
ii. Kem Pemantapan Disiplin dan Sahsiah
Kem ini dilaksanakan untuk pelajar menengah rendah, iaitu tingkatan 1,2 dan
3. Program ini digerakkan bersama guru-guru dan badan MPPUA. Kem ini
dijalankan setahun sekali bagi membentuk keperibadian yang unggul,
meningkatkan jati diri serta meningkatkan sahsiah peribadi. Selain itu, kem ini
memotivasikan diri pelajar supaya menjadi lebih teratur dan berdikari dalam
34 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
mendepani cabaran persekolahan menengah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
berkonsepkan santai namun terdapat objektif yang tersirat yang diterangkan
oleh guru-guru pengawas.
Cabaran Menjadi Model Kepimpinan Membentuk Insan
Berkeperibadian Unggul
Seperti yang kita tahu, setiap jawatan di dunia ini pasti tidak terlepas daripada
cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi sebelum mendapat kepercayaan
daripada individu lain. Sama seperti jawatan pengawas, mereka perlu
melakukan sesuatu pencapaian sebelum mendapat kepercayaan daripada
guru-guru dan para pelajar. Setiap ahli pengawas boleh dikatakan sebagai
contoh teladan kepada para pelajar. Sekiranya pengawas melakukan
kesalahan, pelajar pasti akan menimbulkan anggapan serong dan mempertikai
jawatan yang diberi. Para pelajar menganggap pengawas seperti malaikat yang
tidak melakukan kesalahan. Namun mereka salah bahawa menjadi pengawas
ini adalah satu cara mendidik diri kearah melakukan kebaikan. Pengawas juga
turut belajar untuk membentuk sahsiah dan disiplin membentuk ke arah insan
berkeperibadian unggul.
Rumusan & Cadangan
Sebagai rumusan, kepimpinan merupakan tonggak kejayaan pada sesuatu
organisasi. Tanpa kepimpinan yang adil, sudah pasti pemimpin akan
menggunakan tipu helah dan mempergunakan ahli – ahlinya untuk niat yang
jahat. Kepimpinan sudah mula diterapkan dalam diri pelajar sejak zaman
persekolahan lagi terutamanya dalam kalangan pengawas. Kepimpinan
pengawas di SMKA Kedah bertujuan membentuk insan berkeperibadian
unggul. Perkara sebegini dapat dijadikan contoh kepada para pelajar untuk
membentuk sahsiah diri. Malahan, pengawas dan pelajar sudah dididik dengan
kepimpinan yang adil untuk dijadikan seorang pemimpin yang adil pada suatu
kelak nanti.
Walau bagaimanapun, organisasi kepimpinan pengawas di SMKA Kedah ini
perlu sentiasa meningkatkan usaha bagi mengatasi cabaran yang dihadapi
antaranya adalah dengan cara mereka belajar untuk memahami keadaan serta
mendengar penjelasan daripada dua sudut agar permasalahan dapat
diselesaikan secara profesional. Keperibadian pelajar di SMKA Kedah ini juga
dapat dibentuk secara unggul jika kepimpiman pengawas sekolah dapat terus
beristiqomah, memberi komitmen dan mempunyai kesungguhan yang tinggi
serta tidak berat sebelah dalam menjalankan tugasan masing - masing. Firman
Allah SWT dalam Surah Al- Maidah ayat yang ke 49:
35 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
ما بَع ِ َض َعن يَفتِنو َكَ أَن َواح َذر ُهم أَهوا َء ُهم تَتَّ ِبع َولا ّل َّلَاُ أَن َز ََل بِما بَينَ ُهم اح ُكم َوأَ َِن
إِ َلي َكَ ّل َّلاَُ أَن َز ََل
Maksudnya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka
dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak
memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah
kepadamu.
Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya kalian akan bersungguh-sungguh menginginkan jawatan,
sedangkan jawatan itu akan menjadi sesalan pada hari Kiamat (jika tidak
dijalankan dengan baik).” -Riwayat Imam al-Bukhari.
Rujukan
Fazli Abdullah. (2019). 6 Pesanan Rasulullah Mengenai Kepimpinan. Diperolehi
daripada
https://tzkrh.com/6-pesanan-rasulullah-disiplin-diri-kepada-murid.html
Muhammad Atiulllah Othman. (2020). Dalil – Dalil Al-Quran Mengenai
Kepimpinan Politik
Islam. Diperolehi daripada http://alasolahpost.com/dalil-dalil-al-quran-
mengenai- kepimpinan-politik-islam/
Anonymous. (2015). Organisasi dan kepimpinan. Diperolehi
daripada
https://www.slideshare.net/zf s/organisasi-dan-kepimpinan
Anonymous. t.t. Sahsiah Pelajar. Diperolehi daripada
http://aspirasigurudisiplin.blogspot.com/p/sahsiah-pelajar.html
Anonymous. (2020). Kepentingan Disiplin Kepada Pelajar. Diperolehi
daripada
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-disiplin-diri-kepada-murid.html
Al-Quran Al-Karim
Al-Bukhārī, Muḥammad ibn Ismāʿīl ibn Ibrāhīm ibn al-Mughīrah. 1987. al-Ṣaḥīḥ
al-Bukhārī.
Bayrūt: Dār Ibn Kathīr.
Al-Bukhārī, Muḥammad ibn Ismāʿīl ibn Ibrāhīm ibn al-Mughīrah 2002. al-Ṣaḥīḥ
al- Bukhārī,
Muḥammad al-Nāṣir. Dār Ṭūq al-Naja.
36 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
APLIKASI KUALITI AKHLAK PELAJAR DALAM
MELAHIRKAN KEPIMPINAN ISLAM DI SMKA
SHEIKH HAJI MOHD SAID
Amer Hakim bin Izamer
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said Seremban,
70400, Seremban, Negeri Sembilan
(E-mail: [email protected])
Muhammad Iman Fahmi bin Kamarul Zaman
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said Seremban,
70400, Seremban, Negeri Sembilan
(E-mail: [email protected])
Siti Nuraqilah Aina Binti Zulpakar
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said Seremban,
70400, Seremban, Negeri Sembilan
E-mail: ([email protected])
Abstrak
Para pelajar sekolah zaman kini sering dikaitkan dengan isu keruntuhan akhlak
yang sedang melanda bukan sahaja di negara kita,malah di seluruh tamadun
bangsa di dunia..Sebagai contoh,isu penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti
pelacuran dan pergaulan bebas yang melanda negara kita tidak lain dan tidak
bukan berpunca daripada hilangnya akhlak pelajar dalam mengamalkan aktiviti
pergaulan sesama mereka.Oleh itu,tidak hairanlah sekiranya akhlak pelajar
yang tidak dibina mampu menambahkan lagi barah keruntuhan akhlak yang
melanda para pelajar sekolah..Sudah semestinya sekiranya akhlak pelajar
hilang sejak awal lagi,perkara ini bakal memberikan implikasi yang besar
kepada kepimpinan di negara kita pada masa hadapan.Sebagai contoh,aktiviti
rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melanda kepimpinan kini
berkemungkinan tidak akan menjumpai penghujungnya kerana keruntuhan
akhlak yang melanda para pewaris kepimpinan negara tidak dikawal seawal
mungkin..Kertas kerja ini membincangkan model kepimpinan SMKA Sheikh
Haji Mohd Said (SHAMS) dan program terbaiknya dalam usaha melahirkan
kepimpinan yang berakhlak tinggi dan berjati diri islam sejati.
Kata kunci: Akhlak, pelajar sekolah, kepimpinan islam, SMKA SHAMS
37 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Kertas kerja ini mebicarakan hubungan akhlak pelajar dan kepimpinan masa
hadapan yang diasah dari sekolah.Masyarakat sering dihidangkan dengan isu-
isu semasa melibatkan keruntuhan akhlak Islam pelajar sekolah khususnya
remaja Islam.Permasalahan ini juga adalah implikasi daripada arus modenisasi
dan kejutan budaya yang melanda remaja zaman ini yang memberi kesan
kepada individu, malah melibatkan institusi keluarga, masyarakat dan negara
(Zainudin & Norazmah 2011).Pelbagai tafsiran atau label yang boleh diberikan
kepada remaja-remaja yang terlibat dalam gejala sosial.
Kaitannya dengan kepimpinan adalah untuk membuktikan bahawa kepimpinan
yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan
dicorakkan daripada akhlaknya sejak sekolah. Pada zaman kini,isu-isu
melibatkan salah laku yang dilakukan oleh pemimpin dalam negara menjadi
punca rosaknya sesebuah kerajaan.Antara isu yang sering timbul berkaitan
dengan etika kerja di sesebuah organisasi adalah rasuah, ketirisan dan
penyalahgunaan kuasa. Oleh itu, etika menurut Islam dianggap sangat penting
dan relevan bagi pengurus dan pemimpin organisasi masa kini dan diharapkan
etika tersebut dapat menjamin mereka agar tidak menyimpang dari landasan
yang sebenar.
Kertas kerja ini juga mempersembahkan model kepimpinan dan program
terbaik yang dilaksanakan oleh Majlis Ketua pelajar (MKP) SMKA Sheikh Haji
Mohd Said (SHAMS).Pengenalan ini amat penting bagi menunjukkan komitmen
tinggi diambil oleh pihak sekolah dalam melahirkan kepimpinan Islam yang
menjadikan dunia dan akhirat sebagai tuntutan hidup.Kedua-dua bidang ilmu
iaitu ilmu akademik dan ilmu agama sama pentingnya dan dituntut oleh pelajar-
pelajar sekolah ini.Keseimbangan ini jelas untuk memantapkan kehidupan
seorang muslim.
Definisi Akhlak
Akhlak dari segi bahasa didefinisikan secara ringkasnya ialah adab.Secara
etimologi,akhlak berasal daripada kata al-akhlaqu iaitu kata jama’ daripada
perkataan al-khuluq yang bererti tabiat secara keseluruhannya.Akhlak
diberikan pengertian sebagai suatu sifat semula jadi,tabiat atau agama
ringkasnya.Dari segi istilah akhlak membawa pengertian suatu ilmu yang
menjelaskan erti baik dan buruk,menerangkan perkara yang seharusnya
dilakukan oleh sesetengah manusia kepada Manusia lain dan menunjukkan
jalan untuk perkara yang harus dilakukan.Menurut ahli falsafah islam Ibu
38 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Miskawayh mendefinisikan akhlak sebagai sebagai keadaan jiwa yang
menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa
pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Akhlak juga ditakrifkan sebagai keadaan
diri yang tenang terkeluar darinya 2 perbuatan dengan senang tanpa berhajat
kepada akal fikiran. Sekiranya terkeluar darinya perbuatan yang baik, menurut
akal dan syarak dipanggil akhlak yang baik. Sekiranya terkeluar daripanya
perbuatan yang buruk ,menurut akal dan syarak dipanggil akhlak yang buruk.
Menurut Islam akhlak dapat dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu akhlak
mahmudah dan akhlak mazmumah. Akhlak mahmudah yakni akhlak yang baik
merupakan akhlak yang sewajarnya dimiliki oleh setiap umat Islam.Akhlak
mahmudah seperti meninggalkan segala larangannya dan melakukan segala
suruhannya. Perkara ini dapat dibuktikan dengan lebih jelas melalui firman
Allah dalam surah an-Nahl yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan,
memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji,
kemungkaran dan permusuhan. dia
memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.
Seterusnya akhlak mazmumah yakni akhlak yang buruk, melanggari perintah
Allah seperti melakukan kerosakan. Dalam konteks kepimpinan untuk
melahirkan insan mutadayyin di sekolah, akhlak menjadi tunjang utama
keperibadian MKP SMKA SHAMS supaya menjadi teladan dan qudwah yang
terbaik kepada pelajar SMKA SHAMS. Sekiranya baik pemimpinnya,maka
baiklah pengikutnya.
Konsep Kepimpinan Islam
Kepimpinan menurut perspektif Islam merupakan suatu proses yang dapat
menggerakkan sekumpulan manusia untuk memenuhi kehendak Islam bagi
jangka masa pendek dan panjang yang mampu menghasilkan suatu wawasan
untuk menuju matlamat Islam (Bcrhanundin Abdullah,1997).Hal ini dikatakan
demikian kerana kepimpinan Islam itu bermaksud sebagai kepimpinan yang
menurut cara-cara Islam seperti yang diasaskan oleh Rasulullah SAW untuk
mewujudkan masyarakat yang menuju ke arah al-falah (mendapat kejayaan di
dunia dan akhirat). Pemimpin yang membawa dasar-dasar kepimpinan Islam
itu disebut sebagai pemimpin yang menjalankan politik "siasah" ketuhanan,
manakala pemimpin yang tidak membawa asas-asas kepimpinan Islam
dikatakan sebagai pemimpin yang menjalankan politik "siasah" syaitan
(Muhammad Tahyir,1986).
Pengenalan Majlis Ketua Pelajar SMKA Sheikh Haji Mohd Said
39 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Sekolah secara lazimnya merupakan tempat untuk pelajar menimba ilmu.
Namun, di sebalik institusi sekolah itu terdapat sebuah badan organisasi yang
membentuk keunggulan sesebuah sekolah.Badan organisasi yang menjadi
asas kepada keunggulan sesebuah sekolah ialah pentadbiran yang diterajui
oleh Pengetua, dan diikuti dengan Guru Penolong Kanan serta guru-guru
cemerlang.Dalam membentuk keperibadian murid sekolah yang unggul Majlis
Ketua Pelajar SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) telah menjadi tulang
belakang kepada para murabbi di sekolah bagi membolehkan sahsiah yang
mantap dan terpuji dapat dibentuk sekaligus melahirkan insan yang
mutadayyin.Majlis Ketua Pelajar(MKP) di SMKA SHAMS merupakan sebuah
badan organisasi yang menjadi tulang belakang kepada para guru bagi
mengawal masalah disiplin yang lazimnya berlaku di semua institusi
pendidikan.Dalam erti kata lain MKP ialah pengawas di sekolah.
Latar Belakang Majlis Ketua Pelajar
Majlis Ketua pelajar diterajui oleh pengetua dan diikuti dengan guru-guru
penolong kanan serta guru penasihat Majlis Ketua Pelajar.Bagi kepimpinan
pelajar, MKP diketuai oleh Ketua Umum Sekolah yang terdiri daripada muslimin
dan muslimat. Meskipun terdapat dua ketua namun, Allah telah berfirman
didalam surah an-nisa’ di dalam ayat 34 yang bermaksud:
Lelaki itu ketua bagi orang perempuan
(Al-Quran,3:34).
Secara ringkasnya, hal ini bermaksud MKP diketuai oleh Ketua Umum Lelaki
ringkasnya. Ketua Umum dibantu oleh Timbalan Ketua Umum khususnya
menjadi Ketua Asrama sekolah. Selepas TIMB.Ketua Umum, MKP dibantu oleh
Setiausaha MKP yang akan menulis laporan mingguan dan memastikan semua
urusan kerja MKP berjalan lancar.Terdapat beberapa EXCO dalam badan
organisasi MKP yang lazimnya terdapat dalam kabinet kerajaan bagi
memudahkan dan melancarkan urusan yang lebih terperinci mengikut aspek-
aspek tertentu.Seterusnya,Exco dan MKP akan dibantu oleh seluruh Ahli MKP
sebagai pelaksana setiap dasar yang dirangka oleh MKP dan guru-guru.Dapat
dilihat bahawa MKP sangat mementingkan kerja berpasukan antara satu sama
lain.MKP juga sentiasa bersedia bila-bila masa untuk bekerjasama dengan
Persatuan Badan Sekolah yang lain bagi melaksanakan apa-apa aktiviti dalam
usaha melahirkan pelajar berakhlak dan berkepimpinan tinggi.
Program yang Dilaksanakan oleh MKP
Bagi memastikan akhlak dan sahsiah yang terpuji dapat dibentuk, MKP telah
menggerakkan beberapa program rohani mahupun jasmani yang menjadi salah
satu medium dalam pembentukan akhlak yang terpuji seiring dengan misi MKP
40 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
iaitu melahirkan generasi pelajar SMKA SHAMS yang mempunyai daya
kepimpinan yang tinggi dan sahsiah terpuji.
Bagi memantapkan kerja berpasukan antara MKP, mesyuarat/perjumpaan
bulanan MKP diadakan setiap minggu selepas majlis bacaan Yassin antara
ketua pelajar.Aktiviti tazkirah dan kulimin(kuliah 5 minit) juga diadakan supaya
ketua pelajar dapat nasihat-menasihati antara pasukan untuk membentuk
sebuah kepimpinan Islam yang unggul.Program seperti khidmat guru dan majlis
penghargaan/jamuan juga merupakan salah satu program dan tarbiah dalam
membentuk akhlak yang unggul untuk memastikan visi dan misi MKP tercapai.
Toleransi antara ketua pelajar dengan pelajar ibarat pahat dengan penukul
yang saling memerlukan bagi membentuk sebuah kepimpinan yang unggul
dalam pelbagai aspek.Al-quran menjadi pedoman kepada seluruh umat
Islam.Program Tilawah al-Quran telah diadakan setiap minggu kepada semua
pelajar yang diketuai oleh ketua pelajar supaya mereka dapat mengkhatamkan
al-Quran dalam masa 30 minit.Aktiviti spotcheck juga diadakan kepada semua
pelajar supaya pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah serta pelajar menjadi
lebih berdisiplin sekaligus membentuk pelajar SMKA SHAMS yang mutadayyin,
cemerlang di dunia dan di akhirat.
Akhlak dan Kepimpinan
Sebagai orang Islam, akhlak merupakan satu perkara yang sangat penting bagi
setiap manusia yang bergelar muslim. Menurut Ibnu Khaldun, turun naiknya
sesebuah negara dan tamadun, banyak bergantung kepada sejauh mana umat
itu berpegang kepada nilai-nilai yang tinggi. Pandangan ini disokong oleh
seorang penyair Arab bernama Ahmad Shauqi yang berkata:
“Sesungguhnya sesebuah masyarakat itu akan ada selagi ada akhlaknya.
Sekiranya akhlaknya tiada, masyarakat akan lenyap.”
Dari sudut kepimpinan pula, jika buruk ketuanya, maka buruk pengikutnya.Ini
merupakan satu ungkapan yang sangat tepat bagi menunjukkan betapa
pentingnya akhlak dalam kepimpinan bagi memandu para pengikutnya ke jalan
yang diredai Allah.Ziauddin Sardar (1988: 16) berpendapat, masa hadapan
Tamadun Islam banyak bergantung kepada sejarah dahulu dan kini.
Perancangan untuk masa hadapan memerlukan suatu analisis terhadap
pengalaman-pengalaman masa lalu dan mengambil kira juga pengalaman-
pengalaman masa kini. Masalah-masalah akhlak seperti jenayah yang
berleluasa, institusi keluarga yang rapuh, pegangan agama yang longgar
memerlukan satu panduan dan perawatan Islam. Ini tidak dapat lari daripada
mengkaji pendekatan tokoh-tokoh akhlak Islam dalam menghadapi kegawatan
akhlak pada zamannya.
41 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Cabaran Pelajar di Sekolah
Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan pengkaji, pelbagai cabaran
terpaksa dihadapi oleh guru dalam pembentukan akhlak pelajar. Antara
cabarannya termasuklah cabaran dalaman bagi guru itu sendiri. Peranan guru
ialah menerapkan nilai murni kepada pelajar samada secara formal di dalam
bilik darjah mahupun secara tidak formal semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum di luar bilik darjah.(Kamarul Azmi Jasmi dan Ab Halim Tamuri
2007).
Menyedari akan cabaran dan kekangan yang berlaku dalam kalangan
guru,Majlis Ketua Pelajar mengambil cabaran ini sebagai tanggungjawab untuk
memastikan penerapan akhlak dan nilai murni pelajar tidak terhenti kepada
peranan guru,Tetapi juga peranan ketua pelajar sebagai pengawas dan
pembantu kepada guru-guru.Dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh
Majlis Ketua Pelajar dan kerjasama badan sekolah yang lain,penerapan akhlak
dan nilai murni kepada para pelajar dapat diteruskan di luar bilik darjah bagi
menjalani proses melahirkan insan yang berakhlak dan berkepimpinan tinggi
pada masa hadapan.
Rumusan
Sebagai rumusan,akhlak dan kepimpinan merupakan komponen merupakan
dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.Dalam kertas kerja ini telah dijelaskan
bahawa kegemilangan kerajaan dan kepimpinan Islam suatu masa dahulu
bermula daripada tingginya akhlak ketua dan pemimpinnya.Tidak dapat
dinafikan bahawa,keruntuhan akhlak dan moral sebuah kepimpinan mampu
menumbangkan sebuah ketamadunan masyarakat.Sejarah telah membuktikan
bahawa keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka juga berpunca daripada
masalah akhlak yang berlaku dalam kepimpinan Kesultanan Melayu Melaka
ketika itu.Tetapi tidak kurang pentingnya ialah kelemahan dalaman akibat
fitnah-memfitnah dan hasad dengki dalam kalangan orang besarnya serta
Sultan Mahmud yang berkuasa dan memerintah lebih banyak mengikut
perasaan dan hawa nafsu seperti kata pepatah, “bersultan di mata beraja di
hati” dan tidak patuh kepada prinsip raja pemerintah yang adil seperti yang
dituntut oleh Islam (Wan Hashim,1997).
Kertas kerja ini juga dapat merumuskan betapa pentingnya akhlak pelajar
dipupuk sejak sekolah bagi melahirkan kepimpinan Islam yang terbaik seperti
yang dilaksanakan di SMKA Sheikh haji Mohd Said,Seremban.Peranan MKP
yang sangat penting bagi membantu guru dalam penerapan akhlak juga telah
dinyatakan dalam kertas kerja ini.Peranan sebegini yang perlu dicontohi dan
diteladani oleh badan kepimpinan pelajar yang ada di semua sekolah bagi
42 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
merealisasikan harapan untuk melahirkan pemimpin yang berkaliber pada
masa hadapan.
Rujukan
Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-faktor yang
mempengaruhi
remaja terlibat dalam masalah sosial di sekolah tunas bakti, sungai lereh,
melaka. Journal of Education Psychology & Counseling 1: 115-140.
Sheikh Abdul Munir bin Sheikh Abdul Rahim, “Etika Kepimpinan Menurut Islam:
Suatu
Kajian di Kalangan Pemimpin Melayu Peringkat Negeri di Pahang Darul
Makmur”, (Disertasi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2008), 28.
Bcrhanundin Abdullah. Antal Jamaie adapt Organisasi Islam. Besut: Zabib
Enterprise.
1997. Hlm. 98
Muhammad Tagyir Rahbar. Sistem Politik Di Dalam al- ran. Kuala Lumpur.
Pustaka al-
Alami. 1986. Hlm.13.
Ziauddin Sardar, (1988). The Future Of Muslim Civilization. Kuala Lumpur:
Pelanduk
Publications
Kamarul Azmi Jasmi dan Ab Halim Tamuri.(2007).Pendidikan Islam:Kaedah
Pengajaran
& Pembelajaran.Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Wan Hashim Wan Teh . (1997). Tamadun Silam dan Pembinaan Tamadun
Abad ke-21.
Bangi : Penerbit UKM.
Baidaba, (2009), Kalilah dan Dimnah, Penerbit: Qisthi Press
Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib Al-Mandili, (2019), Qalbu Salim Syarah
Penawar
Bagi Hati, Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Imam Abdullah Alawi Al- Haddad, (2014), Nasihat Agama dan Wasiat Imam,
Penerbit:
PSN Publication
Syaikh Ibnu Atho'illah, (2001), Terjemahan Al-Hikam, Penerbit: Victory Agence
43 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
PEMIMPIN BERKUALITI CONTOH IKUTAN
PELAJAR BERINTEGRITI
Nurul Fitri Balqis Binti Rosli
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian, 34400 Semanggol, Perak
(E-mail: [email protected])
Nur Iwani Irdina Binti Mohd Khaidzir
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian, 34400 Semanggol, Perak
(E-mail: [email protected])
Asna Tasneem Binti Mohd Radzi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian, 34400 Semanggol, Perak
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Dalam era pembangunan sejagat ini, dunia ini menyaksikan perkembangan
dari pelbagai aspek. Perkembangan ini berlaku disebabkan lahirnya golongan
profesional dan pemimpin- pemimpin yang berfikiran terbuka dan cerdik dalam
setiap tindakan dan kepimpinannya. Bagi mewujudkan kepimpinan yang
membawa keberkesanan sepenuhnya, ianya bergantung kepada pemimpin
itu sendiri. Bagi menjadi seorang pemimpin yang baik, pemimpin itu perlulah
mempunyai personaliti yang baik dan pengetahuan yang luas tentang
kepimpinannya. Seseorang pemimpin perlulah mempunyai perancangan dan
menggunakan model kepimpinan yang baik bagi mencapai visi dan misi yang
ingin dicapai dan telah ditetapkan oleh sesuatu organisasinya. Kemudian,
seseorang pemimpin itu merupakan inspirasi dan teladan kepada orang
bawahan mereka. Oleh itu, seseorang pemimpin itu perlulah mempunyai
akhlak yang baik dan menunjukkan amalan yang terbaik supaya dapat
menjadi contoh buat orang lain dan membawa orang lain ke arah yang lebih
baik. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang model kepimpinan yang
dilakukan oleh Organisasi Pengawas Sekolah, Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Kerian (Tahfiz Model Ulul Albab), amalan mahupun
program terbaik yang dijalankan di SMKA Kerian (TMUA) dan beberapa
cadangan penambahbaikan dalam kepimpinan unit pengawas sekolah SMKA
Kerian (TMUA).
Kata kunci: kepimpinan, model kepimpinan, amalan, program terbaik.
44 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Isu kepimpinan bukanlah isu yang asing atau baru dibincangkan malah sudah
disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Teori kepimpinan Islam
telah menjadikan Rasulullah SAW sebagai model terbaik dalam kepimpinan
dalam setiap sudut sama ada sudut politik, kekeluargaan, ekonomi dan
sebagainya sehingga telah membawa perubahan yang besar kepada dunia
sehingga ke hari ini. Para Sarjana Barat juga tidak terlepas daripada
membahaskan isu ini. Stogdill (1974) menyimpulkan bahawa banyak sekali
definisi mengenai kepimpinan. Hal ini demikian kerana banyak orang yang telah
mencuba mendefinisikan konsep kepemimpinan tersebut. Namun demikian,
semua definisi kepemimpinan sama ada dari perspektif Islam mahupun Barat
yang ada mempunyai beberapa unsur yang sama. Menurut Khairil (2009)
apabila disebut tentang kepimpinan.
Antara perkara yang dapat dikaitkan ialah pengaruh, kuasa dan kekayaan.
Tambah beliau lagi, memetik daripada intisari kuliah John MacAuley pada
tahun 1991 yang menyebut “kepimpinan bukan warisan malah pemimpin itu
sendiri perlu mengetahui teori-teori kepimpinan jika mahu menjadi pemimpin
yang pandai dalam kepemimpinannya,” Kata-kata tersebut menjelaskan
bahawa mengetahui dan memahami erti kepimpinan merupakan keperluan
untuk menjadi pemimpin yang terbaik dalam sesebuah organisasi dan bagi
menjamin organisasi tersebut dapat mencapai visi dan misi yang telah
ditetapkan.
Beberapa teori dan pendekatan yang berbeza digunakan oleh penyelidik-
penyelidik dalam mengkaji gaya kepimpinan. Tiga pendekatan utama dalam
mengkaji gaya kepimpinan ialah pendekatan sifat, pendekatan tingkah laku
peribadi dan pendekatan situasi. Ramai pengkaji yang telah membuat kajian
dan memfokuskan perhatian kepada tingkah laku atau karakter individu para
pemimpin yang mempengaruhi keefektifan mereka dan keberhasilan
organisasi yang dipimpin oleh mereka. Menurut Mohd Hizam Hanafiah dan
Zafir Mohd Makhbul (2002), pendekatan tingkah laku boleh didefinisikan
sebagai apa yang dilakukan oleh seorang pemimpin terhadap pengikutnya
atau organisasinya dalam melaksanakan tugas. Pendekatan ini menumpukan
kepada apa yang dilakukan oleh pemimpin yang efektif dan bagimana mereka
mewakilkan tugas-tugas, cara berhubung antara satu sama lain dan cara
mereka mendorong orang bawahan mereka dan bagaimana mereka
menjalankan tugas. Hasil penelitian pada dekad 1970-an dan 1980-an
mengarah kepada kesimpulan bahawa pemimpin dan kepemimpinan adalah
persoalan yang sangat penting untuk dipelajari (crucial), namun kedua-dua
hal tersebut disedari sebagai komponen organisasi yang sangat kompleks.
45 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH