Model Kepimpinan Pengawas Sekolah SMK Agama Kerian
(TMUA)
Kepimpinan merupakan satu konsep yang sukar dan kompleks kerana ia tidak
terikat dengan penghasilan dan pengekalan arahan tetapi ia menghasilkan
perubahan. Sejak dahulu lagi individu yang dikenali sebagai pemimpin didapati
berjaya mencipta perubahan dalam pelbagai cara dengan tujuan bagi
mempengaruhi orang lain dan melaksanakan sesuatu. Dalam situasi sekolah,
kepimpinan adalah satu bentuk pengaruh istimewa yang berkaitan dengan
persetujuan untuk berubah secara sukarela. Persetujuan pula adalah bersifat
sementara, ia mesti diperoleh dan boleh diberi atau diambil daripada pemimpin
oleh orang lain. Terdapat satu kata-kata yang berbunyi, “Pemimpin pada hari
ini tidak lagi mempunyai banyak kuasa memaksa-maksa orang bawahan
supaya patuh sahaja pada apa- apa keputusan dan arahan ketua kecuali
apabila orang bawahan itu sendiri bersetuju dengan keputusan itu.” Salah satu
perkara yang wajib dilakukan oleh seorang ketua ialah berkongsi kuasa dengan
orang-orang bawahan. Proses perkongsian kuasa ini disebut sebagai
'pemerkuasaan' atau ‘empowerment’. Bagi menyerahkan lebih banyak kuasa
ke bawah, salah satu strateginya adalah dengan menubuhkan banyak pasukan
bawahan untuk merancang dan melaksanakan tugas-tugas khas dengan cara-
cara mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, unit pengawas di SMKA Kerian
(TMUA) juga mempunyai organisasi dan biro-biro khas bagi memudahkan
tugasan dilaksanakan. Organisasi pengawas di SMKA Kerian (TMUA) diketuai
oleh tuan pengetua diikuti dengan beberapa orang guru penasihat. Seterusnya,
seorang wakil pelajar yang dilantik oleh guru-guru sebagai ketua umum yang
merangkumi sebagai ketua tertinggi bagi setiap unit di SMKA Kerian (TMUA)
lalu diikuti oleh penolong ketua umum, setiausaha dan bendahari. Kemudian,
ahli pengawas yang lain dibahagikan kepada lapan biro mengikut tugas-tugas
yang perlu dilaksanakan supaya setiap tugasan yang dilakukan lebih sistematik
dan tersusun. Contohnya seperti biro disiplin, biro kebajikan, biro kantin, biro
pemeriksaan dan biro-biro yang lain. Organisasi Pengawas Sekolah SMKA
Kerian (TMUA) adalah seperti yang dipaparkan dalam Gambar Rajah 1 yang
berikut.
46 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Tuan Pengetua
Guru Penasihat
Ketua Umum Penolong Ketua Umum
Setiausaha Bendahari
Lapan Biro Utama
Gambar Rajah 1. Organisasi Pengawas Sekolah SMKA Kerian (TMUA).
Sudah pasti, Organisasi Pengawas Sekolah SMKA Kerian (TMUA) berperanan
dalam membimbing pelajar-pelajar ke arah kebaikan dan mencegah mereka
daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang seperti melanggar
peraturan sekolah. Oleh itu, Organisasi Pengawas Sekolah SMKA Kerian
(TMUA) telah mengambil beberapa langkah yang berkesan bagi mengatasi
masalah-masalah yang selalu berlaku dalam kalangan para pelajar. Langkah
pertama yang akan diambil adalah dengan membuat perancangan dan
formulasi. Perancangan turut dihadiri oleh semua ahli badan pengawas sekolah
serta beberapa orang guru penasihat. Sewaktu perbincangan, ahli-ahli
pengawas akan berupaya untuk berkomunikasi secara berkesan sesama
mereka mengikut biro masing-masing. Perbincangan tersebut merangkumi isi-
isu yang berlaku dalam kalangan pelajar serta tindakan-tindakan strategik yang
dapat dilakukan bagi menyelesaikan isu-isu tersebut. Guru- guru penasihat
yang turut bersama dalam perbincangan tersebut juga sangat membantu dan
memberikan idea yang amat bernas. Langkah seterusnya yang akan dilakukan
ahli badan pengawas sekolah setelah selesai perbincangan adalah dengan
melakukan pelaksanaan. Wakil badan pengawas sekolah akan memberi
taklimat ringkas atau peringatan kepada para pelajar tentang kesalahan-
kesalahan yang sering dilakukan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi.
Kebiasaannya, taklimat ringkas tersebut akan diberikan kepada para pelajar
sewaktu diadakan perhimpunan asrama mingguan memandangkan SMKA
Kerian (TMUA) merupakan sekolah berasrama penuh. Antara isu yang
ditekankan adalah mengenai pemakaian pakaian sekolah, waktu mula
persekolahan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malah berkenaan isu
pemakaian pakaian sekolah para pelajar, unit pengawas sekolah akan
membuat pemeriksaan ke atas setiap pelajar sebelum waktu persekolahan
bermula. Jika terdapat sebarang kesalahan, nama pelajar terbabit akan dicatat
berserta kesalahan pemakaiannya dan seterusnya akan diserahkan kepada
47 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
guru disiplin sekolah. Langkah yang ketiga adalah dengan melakukan
pemantauan dan pengukuran prestasi. Badan pengawas akan melakukan
pemantauan berkala terhadap para pelajar berkenaan peraturan sekolah yang
seringkali tidak dipatuhi untuk memastikan langkah yang diambil berjaya
menghentikan perbuatan yang melanggar peraturan sekolah. Selain itu, badan
pengawas di SMKA Kerian (TMUA) juga akan memantau para pelajar sewaktu
prep malam berlangsung. Setiap kelas akan dipantau oleh dua orang
pengawas bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah atau kebisingan
melampau yang akan mengganggu pelajar lain yang mahu menyelesaikan
tugasan sekolah mahupun mengulangkaji pelajaran. Seterusnya, setelah
selesai membuat pemantauan dan pengukuran prestasi, badan pengawas
sekolah akan membuat penilaian dan semakan semula disertai oleh guru-guru
penasihat. Para pengawas dan guru-guru penasihat akan bersama-sama
membuat penilaian berkenaan langkah-langkah yang telah diambil bagi
mengatasi permasalahan yang berlaku dalam kalangan pelajar sama ada
berkesan bagi para pelajar atau masih tidak berkesan. Jika langkah yang
diambil didapati tidak berkesan atau masih juga para pelajar mengambil remeh
tentangnya, badan pengawas berserta guru-guru penasihat akan membuat
penambahbaikan berterusan dan memikirkan langkah lain yang sesuai dan
berkesan. Seterusnya, berlangsunglah perbincangan semula antara badan
pengawas dan guru penasihat yang terlibat. Setelah memperolehi langkah yang
lebih baik, maka langkah- langkah seperti pelaksaan, pemantauan dan
pengukuran prestasi, serta penilaian dan semakan semula akan berterusan
berlaku sehinggalah tiada lagi isu-isu yang tidak diingini berlaku dalam
kalangan pelajar.
Amalan Dan Program Terbaik Kepimpinan Pengawas
Sekolah Smka Kerian (TMUA)
Seperti yang kita tahu, proses pembinaan dan pembentukan pelajar yang
cemerlang dapat diterapkan dalam elemen kepimpinan yang strategik. Dengan
itu, kerajaan mengambil inisiatif dengan mendedahkan ilmu kepimpinan dalam
kalangan pelajar supaya mereka mendapat pendedahan awal. Dengan itu,
wujudlah badan seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan
pengawas pembimbing rakan sebaya dengan harapan golongan pendidik
dapat membantu kerajaan dengan mengeluarkan tenaga mahir yang diperlukan
bagi memenuhi semua aspek kehidupan rakyat. Hal ini dikatakan demikian
kerana kepimpinan sekolah juga bertanggungjawab dalam usaha
merealisasikan matlamat kemajuan negara. Namun demikian, persoalannya di
sini adakah pemimpin itu berguna sekiranya tidak wujud amalan baik yang
boleh dicontohi oleh anak buahnya meskipunmempunyai ciri yang berkaliber
untuk memimpin? Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa amalan baik perlulah
bergerak seiring dengan kepimpinan seseorang itu termasuklah pelajar
48 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
mahupun pemimpin negara. Secara khususnya, amalan baik bertujuan untuk
melahirkan pemimpin yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab serta mampu mencari dan memperoleh kesejahteraan diri
disamping memberi sumbangan kepada kemakmuran dan keharmonian dalam
sesebuah organisasi. Oleh itu, kita dapat melihat contoh tersebut di SMKA
Kerian (TMUA) dimana para pimpinan muda menjadikan Rukun 13 KERIS
TMUA yang diperkenalkan oleh Mantan Pengetua SMKA Kerian (TMUA), Tuan
Haji Nor Azam Abdullah sebagai asas panduan yang utama untuk membimbing
rakanmereka. Antara senarai Rukun KERIS tersebut termasuklah al-Quran
kami hafaz, solat kami muafiq, kokurikulum kami antarabangsa, markah kami
atas 80, guru kami hormat, dormkami ceria, kasut kami susun serta ibu bapa
kami sayang.
Selain itu ialah amalan baik yang dapat dipupuk melalui program kepimpinan
yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, Kem Induksi Qiadah
diadakan khas untuk para pengawas dan nuqaba’ yang terpilih. Program ini
bermatlamat untuk memberikan pendedahan mengenai kepimpinan kepada
para pengawas dan nuqaba’ selain mengajar mereka untuk menyelesaikan
sesuatu masalah yang merupakan salah satu cabaran kepada para pemimpin
dimana mereka perlukan kemahiran untuk menyelesaikannya dengan bijak.
Disamping itu, kem ini juga bermatlamat untuk membentuk peribadi dan akhlak
mahmudah dalam diri para pengawas dan nuqaba’. Tambahan pula, kem
ini disertai juga oleh para alumni SMKA Kerian(TMUA) bagi membimbing para
pimpinan yang masih baru mengenai kepimpinan. Hal ini selari dengan nama
kem tersebut iaitu Induksi yang bermaksud pengenalan kepada organisasi
pekerjaan, tugas, jawatan dan sebagainya yang baru.
Manakala Qiadah pula berasal dari kata qaadu-yaqudu-qiyadatan yang
membawa maksud menuntun atau memimpin. Dalam literatur istilah
kepimpinan meliputi: imam, khalifah, amir, wali dan sultan. Apa-apa pun
sebutannya tetap membawa makna yang satu iaitu yang memerintah dengan
syariat Allah dan sunnah Nabi-Nya. Secara ringkasnya, Induksi Qiadah
membawa kita kepada pengenalan kepada kepimpinan. Pertama sekali, para
pemimpin akan membentuk kumpulan. Kumpulan ini akan dicampur dengan
pelbagai tingkatan bagi merapatkan hubungan antara pemimpin di sekolah.
Kemudian, mereka akan diajar untk merangka program yang akan
dilaksanakan dalam masa yang singkat selangkah demi selangkah. Selepas
itu, mereka perlu berbincang bersama alumni yang berpengalaman mengenai
masalah yang berlaku di sekolah mengenai jalan penyelesaian yang boleh
dibuat sebagai pengawas sekolah serta berdiskusi beberapa penambahan
untuk badan kepimpinan pengawas sekolah supaya lebih cemerlang dan
berintegriti. Antara aktiviti yang diberikan penekanan ialah semua peserta akan
diberikan sekeping biskut kering yang perlu dijaga sepanjang kem itu
berlangsung selama tiga hari dan dua malam. Hal ini bertujuan untuk menguji
49 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
sifat amanah yang terdapat dalam diri setiap pemimpin. Mereka juga diberikan
pengisian rohani dimana penceramah luar dijemput oleh sekolah untuk
membentangkan mengenai ciri-ciri pemimpin yang baik mengikut sunnah Nabi
SAW sambil mengaitkannya dengan realiti remaja masa kini. Para pengawas
dan nuqaba’ akan dilatih dan diuji dari pelbagai aspek. Oleh yang demikian,
jika mereka gagal untuk mematuhi segala arahan yang ditetapkan maka
tindakan tegas akan diambil oleh para fasilitator.
Rumusan Dan Cadangan
Konklusinya, kita dapat melihat bahawa menjadi pemimpin bukanlah satu
perkara yang mudah kerana kita bertanggungjawab atas setiap perkara yang
berlaku dalam sesebuah organisasi sama ada baik mahupun buruk. Seorang
pemimpin yang berwibawa seharusnya bersikap optimis dalam setiap keadaan
dimana mereka tidak menggunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan itu
untuk kepuasan nafsu sendiri serta tidak terlalu taksub akan tugasan mereka
sehingga mengabaikan kebajikan anak buahnya sendiri. Dengan demikian,
pemimpin tersebut sewajarnya menjadikan Rasulullah SAW sebagai model
kepimpinan kerana Allah telah bersabda dalam al-Quran, surah al-Ahzab ayat
ke-21 iaitu, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan
yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan
(kedatangan)hari kiamat dan dia yang banyak menyebut Allah.” Daripada ayat
ini, kita mendapati bahawa Rasulullah merupakan sebaik- baik contoh dan
teladan dari setiap sudut sama ada dari personaliti baginda mahupun gaya
kepimpinan baginda sendiri yang telah membawa kejayaan dan perubahan
yang sangat besar bagi agama Islam itu sendiri malahan kepada seluruh dunia.
Sebagai seorang pemimpin, kita hendaklah mencontohi Rasulullah dan
berpandukan al-Quran dan as-Sunnah supaya kita dapat menjadi seorang
pemimpin yang dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain
terutamanya kepada agama Allah itu sendiri iaitu agama Islam. Secara tidak
langsung, seseorang pemimpin itu akan mengamalkan nilai keperibadian
insaniah yang unggul ketika memimpin sambil dibantu oleh anak buahnya.
Selanjutnya, antara cadangan yang boleh dipraktikkan untuk menginovasikan
sesuatu kepimpinan ialah mempunyai matlamat yang jelas dalam menjayakan
suatu program. Hal ini dikatakan demikian kerana organisasi yang mempunyai
matlamat nyata mampu merangsang buah fikiran yang tepat sambil
menggerakkan anak buahnya itu ke arah pencapaian organisasi yang lebih
efektif dan berkesan. Oleh itu, komunikasi yang berkesan antara pemimpin dan
anak buahnya memainkan peranan yang sangat hebat. Hal ini kerana
komunikasi yang efektif dapat mewujudkan pasukan kerja yang mantap bagi
mencapai sasaran yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, proses komunikasi
yang berkesan dapat mengelakkan sebarang pertelingkahan berlaku yang
mana akan mengakibatkan kecacatan dalam suatu organisasi. Selain itu,
50 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
pemimpin itu sendiri perlulah mengetahui serta membudayakan nilai-nilai
kepimpinan seperti amanah, berdikari, berdisiplin, baik hati dan sebagainya
dengan baik bagi mencapai kegemilangan diri dan sekolah sekaligus dapat
melahirkan pemimpin yang berkebolehan untuk membentuk barisan pimpinan
muda yang kreatif dan inovatif. Seterusnya ialah bersifat terbuka dalam
menerima cadangan dan pendapat orang lain. Hal ini demikian kerana hasil
interaksi dua hala membolehkan berlakunya pengubahsuaian serta
pengadaptasian berkaitan pelaksanaaan program atau aktiviti yang akan
dilaksanakan. Perjumpaan boleh diadakan dalam suasana formal dan tidak
formal bagi membincangkan segala masalah yang dihadapi sekaligus
mencapai kata sepakat mengenai penyelesaian masalah tersebut. Akhir sekali
adalah dengan mengadakan perjumpaan barisan pimpinan muda bersama
pihak pentadbir sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan
keadaan di sekolah berada dalam keadaan terkawal. Dengan berbuat
demikian, pihak pentadbir dapat memenuhi segala keperluan para pelajar
disamping mengenali diri pelajar dengan lebih mendalam.
Senarai Rujukan
Abdullah, A . G. et al. (2008). Gaya-gaya Kepimpinan dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Pts Professional Publishing
Sdn.Bhd
Buansa, A. S. (2012,September 20). Tiga Gaya Asas Kepimpinan.
Diperolehi daripada
http://sribuansalokbatik.blogspot.com/2012/09/tiga-gaya-
asas-kepimpinan.html?m=1
Don, Y. et al. (2007). Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar Sekolah di
Malaysia. Kuala Lumpur: PtsProfessional Publishing Sdn.Bhd
Hanipah, N. A. A & Kawangit, R. M (2017). Al-Hikmah: Teori Kepimpinan
dari Perspektif Islam dan Barat dalam Terma Kepimpinan
Transformasi, 9(2), 141-153
Hassan, A & Mohd, A (2007). Teori danTeknik Kepimpinan. Kuala
Lumpur: Pts ProfessionalPublishing Sdn.Bhd
Ikan, S. (2010,March 20). Model Kepimpinan.
Diperolehi daripada
http://ikankluang.blogspot.com/2010/03/mod
ek-kepimpinan.html?m=1
Manaf, M. B. A (2018,Oktober 27). Kepimpinan Strategik. Diperolehi
daripada
https://www.slideshare.net/mobile/muhdbustaman/kepimpinan-
strategik-strategic-leader
51 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
KEPIMPINAN YANG UNGGUL MERUPAKAN ASAS
KEPADA PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR DI
SESEBUAH SEKOLAH
Aaina Ajlaa Binti Mohd Jalani
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat,
15150 Kota Bharu, Kelantan
(E-mail: [email protected] )
Mawaddah Farhah Binti Mohd Sakhri
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat,
15150 Kota Bharu, Kelantan
(E-mail: [email protected] )
Nurul Syifa’ Hanani binti Suhaimi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat,
15150 Kota Bharu, Kelantan
(E-mail: [email protected] )
Abstrak
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, tidak dapat
dinafikan bahawa kepimpinan yang unggul dalam sesebuah organisasi di
sekolah amat penting bagi memastikan sekolah serta organisasi tersebut dapat
berjalan seiring untuk menggapai kegemilangan. Selain itu, kepimpinan yang
unggul di sekolah juga dapat memastikan sahsiah pelajar di sekolah dari segi
lahiriah dan rohaniah terjaga dan berkualiti. Hal ini dapat dilihat sendiri daripada
contoh kepimpinan yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW dan para
sahabat RA yang menekankan konsep Islam dalam pimpinan mereka. Kesan
daripada pimpinan mereka yang unggul dengan adanya amalan-amalan baik
yang dipraktikkan dalam pimpinan mereka seperti amalan syura, menyebabkan
agama Islam dapat diperluas ke setiap pelosok dunia di samping akhlak umat
Islam juga terpelihara. Kepimpinan di sekolah juga haruslah mencontohi
konsep serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam berdasarkan
sumber utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Kertas kerja ini akan
mengetengahkan pengenalan konsep kepimpinan yang unggul di sekolah serta
konsep model kepimpinan yang harus ada dalam setiap badan organisasi.
Seterusnya, penulisan ini juga akan memfokuskan mengenai amalan terbaik
yang dilakukan dalam sesebuah organisasi di sekolah, cabaran yang dihadapi
serta cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan.
Kata Kunci: Kepimpinan, sahsiah pelajar, sekolah
52 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Dalam konteks ini, para fuqaha silam telah mengemukakan berbagai-bagai
takrif bagi menjelaskan pengertian "Kepimpinan Islam". Antaranya ialah
menurut (Ibn dan Rosenthal, 1967), Khilafah ialah membawa seluruh manusia
berada di atas landasan syara' bagi kepentingan akhirat dan urusan keduniaan
yang menguntungkan akhirat. Hal ini kerana segala urusan dunia bagi Allah
(SWT) semuanya diukur penerimaannya mengikut neraca akhirat. Justeru,
Khilafah adalah manusia yang mengganti pihak Allah atau Rasul di dalam
mengawal agama dan menguruskan urusan keduniaan berdasarkan agama.
Bagi (Northouse, 2009), beliau mencerakinkan dua dimensi untuk menjelaskan
takrif kepimpinan. Pertama, definisi kepimpinan adalah berkaitan dengan ciri-
ciri individu menyokong pernyataan bahawa pemimpin dilahirkan dan bukannya
dibentuk. Definisi ini merujuk kepada pemimpin yang mempunyai ciri-ciri
khusus seperti berkeyakinan tinggi, bijak membuat keputusan, pandai bergaul
dan sebagainya. Selain itu, kepimpinan juga merupakan satu bentuk
keupayaan mempunyai persamaan dengan pandangan yang pertama iaitu
keupayaan memimpin sebagai bakat semulajadi. Namun, sesetengah
pendapat menghujahkan keupayaan memimpin boleh dibangunkan menerusi
latihan. Sehubungan dengan itu, kepemimpinan yang unggul adalah
kepemimpinan yang diredhai oleh Allah SWT, adil, mementingkan suara
bersama dan bebas daripada sebarang unsur mazmumah seperti rasuah,
menipu orang dan mementingkan diri sendiri. Unsur-unsur sebegini haruslah
dielakkan sedaya upaya kerana unsur-unsur inilah penyebab utama kepada
tumbangnya sesebuah organisasi. Nabi Muhammad SAW turut menjelaskan
dalam hadis yang cukup masyhur bermaksud “Katakanlah yang benar walau
pahit sekalipun.” (Hibban, 2019). Melalui hadis ini, Nabi Muhammad SAW
mengajar kita sebagai pemimpin supaya tidak melakukan dua perkara.
Tidak boleh mempunyai sifat menipu orang dan tidak dibenarkan melakukan
perkara bercanggah dengan kewibawaan seorang pemimpin, termasuklah
bercakap tidak benar. Jika seseorang pemimpin menerapkan sifat-sifat
mazmumah ini dalam memimpin hal ini juga akan mendorong orang bawahan
untuk turut serta mengamalkan unsur-unsur mazmumah ini. Justeru, sifat
kepemimpinan Rasulullah SAW haruslah dicontohi oleh para khalifah di atas
muka bumi ini kerana kajian telah membuktikan bahawa kaedah yang
digunakan oleh Rasulullah SAW dalam memimpin masyarakat arab jahiliah
terbukti membawa perubahan yang besar kepada dunia dari aspek akidah
53 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
terutamanya. Oleh itu, pembentukan sahsiah pelajar berteraskan Al-Quran dan
As-Sunnah adalah sangat penting bagi menjamin pembentukan sahsiah pelajar
yang berkualiti. Al-Quran merupakan kalam Allah SWT dan wahyu yang
menjelaskan secara nyata prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak. Kitab ini
juga turut menyentuh berbagai bidang ilmu pengetahuan dan apa jua persoalan
yang menjadi keperluan umat Islam secara umum. Al-Quran menjadi kitab
petunjuk yang memberi bimbingan dan panduan buat seluruh umat manusia,
malah golongan jin juga. Al-Quran sepatutnya menjadi bahan bacaan, objek
perenungan, sumber ilmu dan pedoman bagi membentuk sifat kepimpinan
peribadi seseorang muslim. Memang tidak dinafikan bahawa kewujudan
sekolah dapat membentuk kemenjadian pelajar supaya menjadi seseorang
insan yang unggul dan berkualiti. Pendidikan adalah proses membentuk
manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan
bertujuan untuk mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani
manusia ke tahap kesempurnaan. Nilai-nilai yang diterapkan di sekolah
membuktikan kepentingan wujudnya sekolah sebagai medan tarbiah yang
memupuk penghayatan amalan kepimpinan dalam kehidupan. Oleh itu, sifat
kepimpinan yang unggul sudah lagi tidak asing dalam kehidupan kita kerana
sifat ini merupakan fitrah semula jadi manusia.
Konsep Al-Fateh
Sifat memimpin adalah suatu fitrah dan anugerah teragung yang diberikan oleh
Allah S.W.T kepada makhluk yang bergelar manusia. Kepimpinan secara
umum merupakan satu cara mengorganisasikan kegiatan manusia melalui
pemusatan kuasa untuk mencapai matlamat kehidupan bermasyarakat (Yunus,
2003). Bertitik tolak daripada itu, maka sumber rujukan dalam kepimpinan Islam
perlulah bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Justeru itu, pemimpin Islam hendaklah mengetahui, memahami dan
mengamalkan segala dasar ajaran Islam pada setiap masa dan tempat.
Menelusuri kecanggihan sistem kepimpinan abad ke-21, konsep kepimpinan
Al-Fateh masih lagi digunakan pada abad ini kerana kebijaksananya memimpin
dari aspek politik dan ketenteraan mengikut siyasah dan syar’iyyah dalam
usaha menakluki Kota Constatinople pada tahun 1453. Siyasah dan
Syar`iyyah merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan implimentasi
tugas Khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Tugas menjadi Khalifah ini
merupakan tugas asasi manusia dijadikan dan dihidupkan di dunia ini. Pada
hakikatnya tugas ini bukan sekadar mentadbir urusan manusia tetapi sebelum
itu, tugas ini juga berkaitan dengan bagaimana hendak menjadikan manusia
boleh ditadbir oleh sebuah pentadbiran yang berasaskan kepada undang-
undang dan peraturan Syariat Islam (Musyawwir, 2017). Ilmu siyasah dan
54 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
syar’iyyah juga merupakan satu disiplin ilmu berkaitan dengan sistem politik
Islam yang mencakupi bidang kepimpinan, ketenteraan, pentadbiran,
pertahanan, perundangan dan ekonomi, dengan tujuan untuk melindungi
kemaslahatan masyarakat sejagat berasaskan syarak. Justeru, menerusi
penghayatan prinsip-prinsip yang terangkum dalam siyasah syar‘iyyah, para
pemimpin mampu menjaga hak kebajikan anggota masyarakat secara telus
dan adil. Kepimpinan dalam Islam digerakkan oleh tiga perkara utama, iaitu
ilmu, iman dan amal soleh yang ditunjangi oleh keikhlasan dalam semua bentuk
tindakan yang diambil sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, politik,
kebajikan dan lain-lain.
Ketiga-tiga perkara ini penting bagi membentuk sebuah organisasi yang
cemerlang di samping mewujudkan sebuah pentadbiran yang aman dan adil
berdasarkan syarak.
Amalan Terbaik di Sekolah
Amalan terbaik di sesebuah sekolah dapat dikenal pasti melalui pencapaian
sekolah itu sendiri. Setiap badan yang terdapat di sekolah sudah pasti akan
melaksanakan beberapa amalan yang dapat membentuk perkembangan
lahiriah dan rohaniah para pelajar. Oleh itu, badan pengawas Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat (SMKANL) terus maju mengorak
langkah dalam membina personaliti unggul dalam kalangan pelajar supaya sifat
kepimpinan dapat diterapkan dalam diri setiap individu.
Antara amalan terbaik yang telah dipratikkan dalam badan SMKANL itu sendiri
ialah Liqa’ Syahri Dhobitah. Liqa’ Syahri Dhobitah telah dijadikan sebagai
sebuah nadi bagi memantapkan lagi kualiti kemenjadian para pelajar. Tujuan
liqa’ ini dilaksanakan adalah bagi mengeratkan lagi silaturahim antara
pengawas, pelajar dan guru-guru. Kemenjadian murid melalui program usrah
adalah sebagai pelengkap kepada satu matlamat pendidikan yang dinyatakan
dengan jelas di dalam Falsafah Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam
Selangor. Ia sebagai satu usaha berterusan ke arah membina potensi individu
berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berketerampilan. Matlamat
utama kemenjadian murid ini ialah melahirkan muslim bertaqwa yang memiliki
10 ciri iaitu akidah yang bersih, fikiran yang cerdas, ibadah yang betul, berjuang
melawan hawa nafsu, akhlak yang mulia, pandai menjaga masa, jasmani yang
kuat, teratur dalam urusan, memiliki kemampuan dan bermanfaat kepada orang
lain (JAIS, 2017).
Selain itu, organisasi pengawas turut mengambil inisiatif untuk melaksanakan
program pembacaan Al-Quran secara talaqqi dan musyafahah. Talaqqi dari
segi bahasa diambil daripada perkataan laqia iaitu pelajar bersemuka atau
berhadapan dengan guru. Musyafahah pula bermakna dari mulut ke mulut di
55 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
mana pelajar belajar Al-Quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk
mendapatkan sebutan makhraj yang betul (Sana, 2016).
Pendekatan pengajaran Al-Quran menggunakan teknik ini telah diamalkan
sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Pembacaan Al-Quran telah diwarisi secara
penyampaian berhadapan guru dan murid dari mulut ke mulut bagi menepati
bacaan yang telah diturunkan kepada Baginda S.A.W secara Tartil (bertajwid)
menepati firman Allah S.W.T.: “Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu)
kepada (Muhammad S.A.W.) secara Tartil (bertajwid)” .Sasaran utama program
ini adalah untuk para pelajar yang telah melakukan kesalahan dari aspek
disiplin terutamanya. Hal ini bagi mendidik para pelajar tentang betapa
pentingnya untuk menanam sikap tanggungjawab dalam diri masing-masing
supaya pelajar itu sendiri dapat memacu kecemerlangan dalam kehidupan.
Cabaran dan Cadangan
Menurut (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:232) cabaran didefinisikan
sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk
berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang
mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu
organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Setiap yang
hidup pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup. Hal
ini sememangnya telah dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Kahfi, ayat
7:
“Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi
sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di
antaranya yang lebih baik amalnya.”
Hal ini jelas membuktikan bahawa tiap-tiap yang bernyawa pasti akan diuji oleh
Allah SWT. Perkara ini juga tidak dinafikan akan berlaku dalam sesebuah
badan atau organisasi. Antara cabaran yang dihadapi oleh sesebuah organisasi
ialah masalah dari segi komunikasi. Komunikasi dalam sesebuah badan amat
penting untuk memastikan tiada salah faham yang berlaku dalam kalangan ahli
badan tersebut. Menurut (Pincus,1986), komunikasi ke atas, komunikasi
mendatar dan komunikasi ke bawah mempunyai hubungan positif yang kuat
dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja. Komunikasi ke atas ialah maklum
balas daripada orang bawahan kepada pihak atasan. Perkara ini
56 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
sememangnya diperlukan dalam sesebuah organisasi supaya pihak atasan
dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang bawahan sekali gus
kualiti kerja orang bawahan dapat ditingkatkan. Di sekolah, badan pengawas
terutamanya haruslah proaktif dalam memberi pendapat mengenai masalah-
masalah disiplin yang dihadapi di sekolah kepada pihak atasan sekolah seperti
Pengetua, Penolong Kanan mahupun guru disiplin. Dengan adanya hubungan
komunikasi yang baik antara badan pengawas serta pihak atasan di sekolah,
program-program atau inisiatif lain dapat diambil untuk membendung masalah
disiplin daripada berlaku.
Cabaran lain yang dihadapi oleh sesebuah organisasi ialah kurang penglibatan
aktif daripada ahli organisasi itu sendiri. Misalnya, orang bawahan tidak
memberikan komitmen yang menyeluruh terhadap amanah yang diberikan atau
tidak mempedulikan arahan yang diterima daripada pihak atasan. Sekiranya
ahli dalam organisasi terbabit masih bersikap lewa terhadap pekerjaan mereka,
tahap pembangunan sesebuah organisasi akan merosot kerana tiada
komitmen daripada orang bawahan. Di sekolah, badan-badan kepimpinan
seperti badan pengawas haruslah bersedia dalam apa jua keadaan sama ada
dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan arahan yang diterima daripada
pihak atasan. Dengan adanya komitmen yang penuh daripada badan
pengawas serta badan kepimpinan yang lain, masalah-masalah disiplin di
sesebuah sekolah dapat dielakkan. Selain itu, sesebuah organisasi turut akan
menghadapi cabaran dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang terdapat di
sekolah. Hal ini kerana ahli dalam organisasi itu kurang berpengalaman dalam
usaha menyelesaikan masalah dan tidak mempunyai daya ketahanan yang
tinggi dalam diri masing-masing menyebabkan sesuatu masalah tidak dapat
diselesaikan dengan jayanya. Namun begitu, bagi mengatasi setiap cabaran
yang datang, ahli dalam organisasi tersebut haruslah mengikuti kursus-kursus
kepimpinan yang dilaksanakan di sekolah bagi menambah ilmu dalam
bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan bijaksana dan berwibawa.
Setiap ahli juga hendaklah sentiasa menguji tahap keyakinan serta
kesediaannya dalam memimpin supaya visi dan misi sesebuah organisasi
dijayakan dengan terbilang dan gemilang. Untuk memperoleh tahap keyakinan
diri yang tinggi dan kemampuan melaksanakan tugas dengan cemerlang,
setiap ahli yang dilantik ini memerlukan bantuan daripada pihak guru atau pihak
sekolah bagi memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Percambahan
minda juga merupakan salah satu cara yang berupaya memantapkan
keyakinan terhadap tugas yang diamanahkan.
Rumusan
57 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Seiring dengan apa yang dijelaskan menerusi Al-Quran, kepimpinan adalah
anugerah teragung yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia supaya
manusia tetap berada pada jalan yang benar dan mempunyai pedoman hidup
yang jelas. Kepimpinan Nabi Muhammad SAW adalah model kepimpinan yang
terunggul hasil bimbingan Allah SWT yang mengintegrasikan segala ciri
kepimpinan, antaranya kekentalan akidah, kekuatan ilmu dan daya fikir dan
kewibawaan akhlak, Justeru itu, kepimpinan yang benar haruslah diteladani
oleh golongan belia pada zaman kini. Hal ini bagi memastikan kemenjadian
sahsiah pelajar yang berkualiti di mana dapat menjamin pembangunan lahiriah
dan rohaniah dalam diri masing-masing yang boleh memacu kejayaan dalam
kehidupan.
Senarai Rujukan
Al-Quran Al Karim
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia. Pusat Rujukan Persuratan
Melayu (PRPM). t.t. Diperoleh daripada:
http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=komitmen
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi keempat.). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
JAIS. (2017). Kertas Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Jabatan Agama Islam
Selangor. Diperoleh daripada:
https://ihesjais.wordpress.com/2017/11/24/kertas-dasar-dan-hala-tuju-
pendidikan-islam-jabatan-agama-islam-selangor/
Hibban, I. (2019). Gugur integriti, amanah pemimpin menipu. Diperoleh
daripada :
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/02/531070/gugur-integriti-
amanah-pemimpin-menipu
Ibn, K. & Rosentahl, F. (1967). The Muqaddimah: an introduction to history.
Princeton, N.J: Princeton University Press
Musyawwir. (2017). Konsep Siyasah Syar’iyyah dan Pelaksanaanya.
Diperoleh daripada
http://musyawwir5275.blogspot.com/2017/04/konsep-siyasah-
syariyyah-dan.html
Northouse, P.G.(2009) . Introduction to Leadership: Concepts and Practice.
USA: SAGE Publications.
Pincus, J.D. (1986). Communication satisfaction, job satisfaction and job
performance. Human Communication Research.
Sana, D. S. (2016). Apa itu Talaqqi dan Musyafahah. Diperoleh daripada:
https://dakwahkitablog.wordpress.com/2016/12/26/apa-itu-talaqqi-
musyafahah/
58 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Suhaili, I. (2010). Muhammad Al-Fateh: Pemimpin yang Dijanjikan. Dipeoleh
daripada: http://ibnusuhaili88.blogspot.com/2010/01/muhammad-al-
fateh-pemimpin-yang.html
Winston, B.E. & Patterson, K. 2006. An Integrative Definition of Leadership.
International Journal of Leadership Studies, Vol. 1 Issue 2: 6-66.
Yulk, G. (1998). Leadership in Organizations (4th Edition). New Jersey:
Prentice Hall International.
Yunus, A. R. M. (2003). Demokrasi dan Kepimpinan Islam: Suatu
Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.
59 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
APLIKASI KEPIMPINAN ISLAM INOVATIF DI
ISTANA HUFFAZ MEMPERKASA BUDAYA
ORGANISASI PEMBELAJARAN
Muhammad Hidayatuliman Bin Che Mohamad Zulkifly
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200 Besut,
Terengganu
(E-mail: [email protected])
Naufal Syakirin Bin Shaifullah
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200 Besut,
Terengganu.(E-mail: [email protected])
Nurul Anis Binti Musli
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200 Besut,
Terengganu.(E-mail: [email protected])
Muhammad Azim Hakimi Bin Mohd Mazdi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200 Besut,
Terengganu.(E-mail: [email protected])
Abstrak
Kepimpinan muda kini dilihat sebagai prospek utama dalam melakar masa
hadapan negara, merealisasikan agenda nasional, mengemukakan idea-idea
yang lebih realisitik dan menjadi pencetus revolusi masyarakat yang lebih
bertamadun. Khususnya kepimpinan muda islam , sisi pandangnya lebih
terarah kepada pemimpin yang memiliki iman, menjadikan Al-Quran dan hadis
sebagai panduan, bersatu, optimis dan teguh dalam pendirian serta konsisten
dengan perkataan. Realiti global masa kini memperlihatkan bahawa pemimpin
islam yang dapat beradaptasi dengan arus akan terus relevan dan ‘bernyawa’
manakala sebaliknya, akan tersadung di tembok pemikiran ‘liberal’. Penyediaan
ilmu berasaskan realiti dalam kalangan pemimpin islam khususnya di Malaysia
bakal membawa sinar baharu dalam memacu gerakan islam generasi kedua.
Konsep kepimpinan islam yang sedia ada dan ditambahkan dengan konsep ulul
albab bakal memacu sebuah kepimpinan inovatif yang lengkap. Pembentukan
pemimpin muda yang progresif dan berilmu akan membawa kepada legasi
empayar yang kukuh bagi jangka masa panjang. Kertas kerja ini akan
membincangkan aplikasi kepimpinan inovatif di Sekolah Menengah Imtiaz
Yayasan Terengganu Besut sebagai nafas baharu dalam mempersiapkan
pemimpin muda yang bersedia menghadapi realiti global dengan menjadikan
60 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
pelajar-pelajar sebagai kumpulan sasar utama.
Kata kunci: Kepimpinan muda, Islam, Inovatif, Ulul Albab
Pengenalan
Kepimpinan dalam pandangan Islam merupakan amanah dan tanggungjawab
yang tidak hanya dipertanggungjawabkan kepada anggota-anggota yang
dipimpinnya, tetapi juga akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.
Jadi, pertanggungjawaban kepemimpinan dalam Islam tidak hanya bersifat
horizontal-formal sesama manusia, tetapi bersifat vertikal-moral, yakni
tanggungjawab kepada Allah SWT di akhirat (Pitiriani,2018). Kepimpinan Islam
yang lengkap dapat dibahagikan kepada tiga menara utama iaitu Autokrasi,
Demokrasi dan Laissez-Faire. Jalinan tiga menara ini akan membentuk sebuah
pencakar langit kepimpinan yang lengkap, mesra ahli, profesional dan
sistematik. Namun, menyedari hakikat era ini merupakan antara detik-detik
paling mencabar dalam sejarah umat islam, maka ulul albab merupakan
pembuka jalan kepada pemimpin islam untuk kekal bernyawa dalam arus
teknologi. Gabungan kepimpinan islam dan model ulul albab akan membawa
kepada sebuah kepimpinan inovatif yang bakal membawa nafas baharu dalam
pentas siasah global. Kepimpinan inovatif adalah gerbang baharu dalam
ketamadunan manusia era ini, yang mana dunia kini amat mendahagakan
pendekatan baharu, selari dengan peredaran iklim sosiologi umat.
Model kepimpinan yang dibawa di SM Imtiaz YT Besut adalah berpusatkan
kepada pelajar dan menjadikan guru sebagai tunjang utama dalam
membimbing pelajar. Pemerkasaan kepimpinan pelajar telah membawa
kepada pelbagai janaan idea dan inovasi dalam mencorak dan membangunkan
pelajar yang mempunyai gaya intelektualisme Rausyanfikir. Seni pengurusan
organisasi, pengamatan realiti, dan pembentukan pemimpin inovatif melalui
budaya berfikir merupakan penerapan utama yang diterjemahkan melalui
badan kepimpinan pelajar. Dijelaskan di sini, pemimpin inovatif adalah
merupakan individu yang boleh dianggap sebagai jantung yang memainkan
peranan utama dalam amalan kepimpinan inovatif. Dr. David Gliddon (2006)
adalah merupakan individu yang bertanggungjawab bagi membangunkan
Model Kompetensi Pemimpin Inovatif bagi menilai kompetensi seseorang
pemimpin. Tanpa kepimpinan inovatif, sesebuah organisasi mungkin akan
mengalami kesukaran untuk terus bersaing (Gliddon, 2006). Kertas kerja ini
akan membincangkan aplikasi kepimpinan inovatif di SM Imtiaz YT Besut
khususnya dalam pembentukan model kepimpinan yang sistematik , cetusan
idea inovasi program yang segar serta memberi impak yang besar kepada
neraca pembelajaran di sekolah .
61 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Model Kepimpinan Islam Ulul Albab Bercitra Inovatif
Model kepimpinan Islam yang sedia ada pada hari ini sudah cukup lengkap.
Gabungan Autokrasi, Demokrasi dan Laissez-Faire sudah utuh dalam
membentuk kepimpinan yang tidak terlampau ekstrem, berintegriti dan
muafakat. Autokrasi merupakan seni kepimpinan yang mana memberikan
kuasa mutlak kepada seorang pemerintah atau pemimpin tanpa menerima
pandangan sesiapa. Kelihatan terlampau ekstrem namun nyata bahawa dalam
masa yang kritikal, melibatkan dasar organisasi, dan sebuah reformasi ,
pemimpin perlu bersifat autokratik dalam menegakkan hala tuju organisasi dan
kekal berprinsip. Satu Cabang lain pula ialah demokrasi, sebuah bidang
kepimpinan yang lebih terbuka, mengamalkan cara demokratik iaitu sesuatu
keputusan akan dibuat melalui suara majoriti. Demokrasi diperlukan dalam
organisasi terutamanya apabila ia melibatkan hal-hal berkaitan keseluruhan
organisasi, maka keputusan hendaklah dibuat melibatkan semua pandangan
ahli. Demokrasi juga dapat mengendurkan sikap autokratik yang melampau
seseorang pemimpin. Berbeza dengan autokratik, Laissez-Faire merupakan
method kepimpinan yang memberikan kebebasan kepada ahli untuk
bereksperimen dan menguruskan tugas. Laissez-Faire membantu ahli untuk
lebih berani, berdikari dan membangunkan potensi kepimpinan dalam diri.
Ketiga-tiga gabungan ini amatlah diperlukan dalam sebuah model kepimpinan
islam khususnya, namun pemimpin memainkan peranan yang amat penting
dalam menyeimbangkan ketiga-tiga cara mengikut situasi. Contohnya,
Autokratik hanya digunakan ketika hal-hal melibatkan dasar, demokratik adalah
apabila melibatkan keputusan organisasi secara menyeluruh , dan Laissez-
Faire hanya digunakan untuk ahli yang cukup pengalaman, bertanggungjawab
dan boleh dipercayai.
AUTOKR-
ASI
MODEL
KEPIMPINAN
LAISSEZ- DEMOKRA
FAIRE -SI
62 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Gambar Rajah 1. Gambaran model kepimpinan sedia ada
Hakikat yang perlu kita amati, meskipun model sedia ada sudah cukup
lengkap namun ia masih belum cukup lasak untuk berhadapan dengan
perkembangan teknologi, tentangan musuh islam dan ideologi umat yang
telah banyak berubah dalam tempoh beberapa abad. Kepimpinan islam pada
masa kini memerlukan permata pemikiran dan berlian pedagogi yang baru
dalam memastikan era kepimpinan islam terus berkilau. Setelah diteliti dan
beberapa kajian dibuat, tokoh-tokoh mendapati bahawa sebuah model
baharu perlu diwujudkan, maka terbitlah Model Ulul Albab.
Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi
mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspekitf yang
betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks ini mereka suka
mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam, dalam
masa yang sentiasa mengingati sang pencipta. Dato’ Seri Idris Jusoh dalam
Seminar Ulul Albab yang diadakan di Kuala Terengganu pada 21 September
2006 memberi definisi Ulul Albab, “Satu golongan yang mempunyai asas
kukuh dalam Al-Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu
berfikir danmemerhati kejadian Tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam
serta mengambil iktibar darinya”. Terdapat tiga paksi utama dalam model Ulul
Albab iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik yang akan membentuk
pemimpin berteraskan ulul albab. Digambarkan disini bahawa Ulul Albab
adalah seorang intelektual Muslim yang mempunyai ketinggian ilmu.
QURANIK
MODEL IJTIHADIK
ULUL
ALBAB
ENSIKLO
PEDIK
Gambar Rajah 2. Gambaran Model Ulul Albab
Quranik adalah mewartakan Al-Quran sebagai sumber ilmu dalam membentuk
hati dan membina keperibadian, perwatakan dan jiwa yang positif. Ensiklopedik
pula adalah memfokuskan dan mengasah bakat komunikasi serta kepelbagaian
ilmu dan kemahiran lain termasuk penguasaan bahasa asing manakala Ijtihadik
63 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
adalah melahirkan generasi yang berkeupayaan berdepan dengan
kepelbagaian cabaran, di samping berfikiran kreatif dan inovatif serta
berteknologi tinggi.Gabungan Model Kepimpinan Islam sedia ada dan Model
Ulul Albab bakal menerbitkan sebuah kepimpinan ulung berteraskan
kepimpinan inovatif yang bakal menggoncang dunia. Kepimpinan yang cukup
bersedia dan seimbang untuk terus berada di pentas siasah global bagi
memperjuangkan umat manusia.
QURANIK KEPIMPINAN
INOVATIF
AUTOKRASI
MODEL MODEL
ULUL KEPIMPINAN
ALBAB
ENSIKLOPEDI IJTIHADIK LAISSEZ DEMOKR
K -FAIRE A-SI
Gambar Rajah 3. Gabungan Model Kepimpinan Islam Dan Model Ulul Albab
Di SM Imtiaz YT Besut, model kepimpinan yang dibentuk dari akar umbi ini
merupakan asas yang telah dibina bukan semata-mata oleh guru, malah pelajar
turut terlibat dalam memberikan cetusan-cetusan idea yang sesuai dengan
kapasiti kemampuan mereka. Tiga aspek utama yang menjadi tunjang dalam
pembentukan organisasi adalah sistem yang Profesional, Mesra Ahli dan
Sistematik. Tiga kata kunci inilah yang telah menghasilkan susun galur
kepimpinan yang berpusat kepada pelajar. Apa yang menjadi keutamaan ,
mewujudkan sebuah organisasi pembelajaran yang dapat menjadi sumber nilai
tambah kepada kepimpinan muda islam untuk mereka terus berekspresi
dengan bakat serta idea-idea mereka yang kini menjadi ‘buruan’ dunia.
Kepimpinan yang tersusun dengan pembahagian skop yang profesional ini
telah digerakkan oleh pelajar sendiri , melalui idea masa kini dan mengambil
kira naratif kepimpinan terdahulu sebagai tamsilan. Penyusunan ini juga telah
ditambah baik oleh guru-guru dalam memacu budaya Check and Balance
dalam kepimpinan muda khususnya. Kepimpinan muda seharusnya bersedia
untuk mengambil kira pandangan dari tokoh-tokoh ilmuan dan veteran yang
64 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
jauh lebih berpengalaman agar idea-idea segar dan progresif tidak dibatasi
dengan kesalahan berulang seperti yang telah dilakukan generasi terdahulu.
Budaya-budaya seperti ini pasti bakal melahirkan inovasi-inovasi yang lebih
mampan dan dinamis untuk mendepani zaman teknologi.
Kepimpinan Inovatif Memacu Aplikasi Inovasi Amalan Di
Sekolah
Kemahiran Insaniah atau lebih dikenali dengan ‘softskills’, merupakan aspek
penting dalam pembentukan pelajar dan pemimpin muda yang mempunyai sifat
asertif yang baik, mahir dalam pelbagai bidang dan penguasaan budaya ‘critical
thinking’ . Selain dari akademik, program-program pembangunan insan wajar
diperkasa bagi melahirkan insan yang seimbang. Melihatkan kepada pelbagai
masalah dan isu yang timbul, disamping menyokong hasrat institusi imtiaz bagi
melahirkan pemimpin bertaraf global, Majlis Perwakilan Pelajar dengan
kolaborasi bersama Pembimbing Rakan Sebaya telah menghasilkan sebuah
inovasi, Ibest Development And Enhancement Academy Of Speakers (IDEAS).
IDEAS merupakan akademi yang mula bertapak di ibest pada tahun 2020,
perancangan dan perlaksanaan keseluruhannya adalah cetusan buah fikiran
dari pemimpin-pemimpin muda di SM Imtiaz YT Besut, berpaksikan kepada
konsep isu,fakta dan solusi. IDEAS ditubuhkan sebagai sebuah akademi yang
memberi pendedahan berkenaan kemahiran pengucapan awam ,kemahiran
berfikir dan membina personaliti unggul dalam kalangan pelajar. IDEAS
dikendalikan oleh pelajar sendiri dan dipantau oleh bahagian kaunseling
sekolah. Objektif utama perangkaan ideas adalah bagi melahirkan pelajar yang
mempunyai sifat asertif diri yang baik, membantu meneroka potensi diri dan
menggunakannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan
memainkan peranannya di sekolah serta membina sikap professionalisme
pelajar dalam memperkasakan kemahiran pengucapan awam.
Perlaksanaan IDEAS adalah selama 3 bulan berdasarkan 6 Modul Utama yang
telah disusun dan dirangka oleh barisan kepiminan pelajar yang terpilih serta
guru-guru penasihat yang berpengalaman. 6 Modul Utama IDEAS adalah :
• Modul Personaliti Diri Unggul
• Modul Janaan Idea Kreatif
• Modul Seni Modulasi Suara
• Modul Kemahiran Kuasa Pengaruh
• Modul Aktivasi Perkasasan dalam Berucap
• Modul Aplikasi Pengucap Global
Sepanjang perlaksanaan Generasi Perintis IDEAS, pelbagai impak besar yang
65 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
telah membawa kepada perubahan persaingan dalam kalangan pelajar.
Pelajar-pelajar kini lebih proaktif dalam pembelajaran, tidak kira dalam atau luar
kelas. Pelajar-pelajar kini lebih cenderung dalam membahaskan isu-isu semasa
dan memantapkan bekalan ilmu. Impak ini bukan sahaja kepada peserta malah
pelajar lain juga kini mula melibatkan diri. IDEAS telah membuka mata ramai
pihak bahawa kemahiran insaniah merupakan aset penting dalam melahirkan
pemimpin islam professional yang dapat berhadapan dengan realiti global.
Akademi ini juga merupakan bukti bahawa inovasi dan idea pemimpin muda
telah menjadi aset utama khususnya bagi kumpulan sasar iaitu pelajar sekolah.
Jelaslah di sini bahawa kepimpinan islam inovatif amat penting bagi memacu
program-program yang dinamis, efektif dan mengikut tren sekaligus mampu
memberi impak yang besar kepada generasi muda.
Penghasilan Inovasi Melalui Gerbang Rangkaian
Kebiasaan yang senantiasa dapat dilihat ialah gerakan mahasiswa dalam
mengumpulkan pucuk-pucuk kepimpinan universiti, persatuan dan NGO bagi
mencapai agenda tertentu. Namun, dengan aplikasi kepimpinan inovatif, kini
fenomena ini boleh dilihat diimplementastikan oleh pelajar sekolah
menengah. Gerakan ini telah berlaku dengan memanfaatkan rangkaian
teknologi yang kian membangun.
Sebuah lagi program yang telah dijalankan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar
SM Imtiaz YT Besut iaitu, Tour Benchmark. Tour Benchmark merupakan
sebuah program kolaboratif
yang mengumpulkan sekolah-sekolah terbaik seluruh negara. Program yang
dijalankan secara atas talian melalui medium aplikasi Instagram telah
menghubungkan SM Imtiaz YT Besut dan sekolah-sekolah terbaik bagi
perkongsian pengalaman khususnya dalam mendepani cabaran Covid-19. Ini
merupakan sebuah inovasi baharu yang telah menghubungkan sekolah-
sekolah terbaik seluruh negara bagi sama-sama mengamalkan budaya
berkongsi, bertukar-tukar pandangan dan pemikiran.
Hasil dari program-program atas talian, pelbagai inovasi yan telah dilaksanakan
seperti Amalan Fajr Energizer. Setiap pagi setelah menunaikan solat subuh,
pelajar-pelajar akan terlibat dalam sesi Neuro Linguisitik Program, sesi
melakukan laungan sorakan positif yang menyegarkan diri serta membentuk
penuntut ilmu yang bersemangat dan bertenaga. Waktu pagi adalah waktu
terbaik untuk menetapkan bagaimana diri kita ingin terbentuk sepanjang hari
tersebut. Perkara ini adalah sebab mengapa afirmasi positif di pagi hari adalah
sangat efektif dan kuat.(Catherine Moore,2021).
Program-program yang telah dinyatakan tidak akan terhasil tanpa tenaga
pemikir yang inovatif, berani bereksperimen dan tidak bersifat jumud. Konsep
66 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Ulul Albab yang telah diterapkan wajar ditabalkan sebagai laluan utama sebuah
konsep kepimpinan islam yang lebih inovatif,proaktif dan progresif selari
dengan era teknologi.
Rumusan Dan Cadangan
Abad ini sering disebut sebagai zaman yang paling mencabar dalam dunia
umat Islam. Cabaran teknologi, perubahan pemikiran dan iklim ideogi
pemimpin yang berubah-ubah kian menjadi isu utama pentas siyasah dunia,
realiti sebenar yang perlu dihadapi oleh penghuni zaman ini. Ditekankan sekali
lagi bahawa model kepimpinan yang sedia ada sudah cukup lengkap, namun
sudah tumpul bagi mendepani cabaran islam kontemporari. Model Ulul Albab
iaitu Quranik,Ensiklopedik,dan Ijtihadik merupakan ciri-ciri pemimpin yang
diperlukan oleh zaman ini dan cantuman ini bakal membentuk sebuah
kepimpinan islam inovatif yang mampu mencipta zaman. Kepimpinan Islam
Inovatif mampu memastikan kerajaan islam berada setara dengan kuasa-kuasa
besar dunia. Jelas dan pasti bahawa kepimpinan inovatif hanya dapai dicapai
dengan diterajui oleh pemimpin inovatif yang terbuka,demokrat dan memahami
fiqh setempat.
Membentuk pemimpin inovatif tidak mengambil masa sehari, malah ia
memerlukan sebuah model kepimpinan yang dimulai dari awal iaitu arus
pendikan perdana (sekolah). Khususnya dalam pembentukan pemimpin
muda, arus pendidikan perdana merupakan medan yang paling efektif dan
lengkap bagi menyediakan sebuah organisasi pembelajaran. Ini amat penting
agar pemimpin muda dapat meluaskan pengalaman dan buakn sedar
menelaah teori semata-mata. Praktikal merupakan tunjang utama dalam
memacu pemimpin pragmatis dan dinamis. Peluang dan ruang hendaklah
diberikan kepada pemimpin muda untuk mereka terus bereksperimen dan
mengembangkan potensi kepimpinan dan pemikiran.
Rumusan akhir, ditekankan bahawa generasi muda merupakan aset penting
buat ibu pertiwi. Kita dapat lihat hasil-hasil inovasi yang berjaya diterbitkan oleh
badan kepimpinan pelajar di SM Imtiaz YT Besut telah memberikan impak yang
menyeluruh. Program-program pembangunan pemimpin muda hendaklah giat
dijalankan demi masa depan tanah air kita. Generasi muda islam khususnya
yang telah diasah untuk mengamalkan sebuah kepimpinan inovatif pastinya
dapat membina sebuah tamadun pemikiran yang dapat berhadapan dengan
rencaan realiti global
Senarai Rujukan
67 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Ardiyansyah, M. Asrori. 2016. Pengertian Kepemimpinan Menurut Islam.
Diperolehi daripada
http://www.asrori.com/2016/04/pengertian-kepemimpinan-menurut-
islam.html.
Farahani, R. (2019). Rausyanfikir: Satu Pengenalan. Diperolehi daripada:
https://borneokomrad.com/rausyanfikir-satu-pengenalan/
Anonymous (t.t). Apa Itu Ulul Albab? Diperolehi daripada:
https://tintazizah90.wordpress.com/about/
Anonymous (2011). Diperolehi daripada:
http://wanmohdariffin.blogspot.com/2011/02/gaya-kepimpinan- autokrasi-
demokrasi-dan.html
Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002). Pengurusan Dalam Islam. Kuala lumpur:
Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Daud, M.A (2011) Pengaruh Kepimpinan Inovatif Terhadap Pembelajaran Dan
Kesan Kepada
Tingkah Laku Inovasi Pekerja, Johor: Universiti Teknologi Malaysia
Abdullah, H. (2018) Neuro Linguistik Program (NLP) Diperoleh daripada:
http://www.myhealth.gov.my/neuro-linguistik-program-nlp/
68 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
SINERGI MEMBENTUK MODEL INSAN MELALUI
KEPIMPINAN BERASASKAN TELADAN
Aiman Afiq bin Izomi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun, Jalan Sura Jeti,
Terengganu, 23000 Kuala Dungun
(E-mail:[email protected])
Nurul Najwa Insyirah binti Mohd Supian
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun, Jalan Sura Jeti,
Terengganu, 23000 Kuala Dungun
(E-mail: [email protected])
Aleya Maisarah binti Azmi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun, Jalan Sura Jeti,
Terengganu, 23000 Kuala Dungun
(E-mail:[email protected])
Abstrak
Sebagai pelajar sekolah, sudah menjadi tanggungjawab dan amanah bagi
setiap pelajar untuk bersama-sama menaikkan nama sekolah. Namun untuk
melakukan hal yang demikian,organisasi yang tersusun perlulah diwujudkan
untuk mengetuai pelajar-pelajar yang lain dan memastikan keharmonian dan
prestasi dalam kalangan pelajar dikekalkan bagi mencapai agenda tersebut
.Disebabkan hal yang sedemikian ,wujudlah organisasi seperti Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) yang membantu pihak pengurusan sekolah dalam
mengendalikan hal-hal berkaitan pelajar .Di samping membantu guru-guru
dalam melancarkan serta melicinkan lagi sebarang urusan atau program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah . Kertas kerja ini membincangkan tentang konsep
kepimpinan melalui teladan dalam Majlis Perwakilan Pelajar dan program
amalan terbaik Majlis Perwakilan Pelajar di Imtiaz Dungun bagi memacu
keunggulan nama sekolah.
Kata kunci: MPP, teladan, amalan
Pengenalan
Dalam era globalisasi kini, pelajar-pelajar perlulah mempraktikkan sifat
berdisiplin dalam diri masing-masing agar dapat mencegah daripada gejala-
gejala sosial yang dapat memburukkan bukan sahaja nama diri sendiri bahkan
nama baik ibu bapa serta nama sekolah juga. Disebabkan hal yang sedemikian,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditubuhkan dalam membangunkan personaliti
69 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dan ideal seorang pemimpin dalam kalangan pelajar. MPP dibentuk melalui
pembelajaran pengurusan, kepimpinan, perlaksanaan aktiviti, etika majlis dan
motivasi bagi membolehkan mereka mempunyai nilai tambah yang berbeza
kepada pelajar lain. MPP inilah yang memainkan peranan yang besar dalam
mengawal disiplin pelajar sekolah yang akan mencerminkan keperibadian dan
akhlak pelajar-pelajar tersebut.
Namun begitu, sebelum bertindak mendisiplinkan pelajar-pelajar yang lain,
setiap ahli MPP perlu memastikan disiplin sendiri terjaga kerana apabila
seseorang individu dilantik menjadi pengawas maka secara automatiknya
banyak mata-mata yang akan memerhati dan menilai setiap tingkah lakunya
serta dijadikan teladan. Pemimpin yang berwibawa bukan sahaja akan
memenuhi tanggapan orang lain malah dia juga akan mampu mempengaruhi
para pelajar untuk bersama-sama menjaga disiplin dan keharmonian sekolah.
Pemimpin mesti mengadaptasikan gaya-gaya kepimpian yang terbaik bagi
mengubah keadaan dan dapat meberi impak kepada para pelajar. Antara ciri-
ciri penting yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin dan pengawas yang
hebat adalah jujur dan tidak pentingkan pujian, berani meberi soalan dan
jawapan yang baik, bersikap terbuka dan positif dalam memberi dan menerima
pandangan, dapat mengendalikan masalah dan cabaran yang bijak serta yang
paling penting ialah memikul amanah dengan penuh tanggungjawab. Setiap
pemimpin wajar dijadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh teladan yang
baik dan mengambil intipati-intipati daripada kisah-kisah kepimpinan Rasulullah
dalam menyebarkan agama Islam.
Kepimpinan Melalui Teladan
Konsep kepimpinan melalui teladan merujuk kepada perlunya pemimpin
menunjukkan kepimpinan yang terbaik dan berintegriti kepada rakyat. Hal ini
sangatlah penting kerana seorang pemimpin berkuasa untuk memimpin
sesebuah negara atau institusi ke arah positif atau negatif. Sebagai contoh,
Adolf Hitler mempunyai kemahiran kepimpinan yang kuat walaubagaimanapun,
beliau menggunakan rakyatnya untuk kepentingan sendiri. Namun kita dapat
melihat pemimpin Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya
menakluk kota Rom yang megah melalui kepimpinan baginda.
Pemimpin sebenarnya ialah ikon atau ikutan yang menjadi contoh di mata
pengikutnya. Seorang pemimpin yang mengamalkan amalan dan gaya
kepimpinan terbaik selalunya dihormati dan bukannya digeruni. Memimpin
melalui teladan sememangnya sifat seorang pemimpin yang sebenar.
Sekumpulan individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah akan cepat
merosot dan akan menjadi konflik kerana semua orang mempunyai personaliti
70 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
yang berbeza dan semula jadinya akan bersandar ke arah penyelesaian yang
berbeza.
Selain itu, Islam juga sangat menititberatkan soal kepimpinan melalui teladan.
Sebagai contoh ia ada diterangkn dalam Al-quran iaitu dalam surah Al-baqarah
ayat 44 yang bermaksud “Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat
kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua
membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal? “Jelaslah dalam ayat ini bahawa
Allah SWT sangat membenci orang yang hanya menyuruh orang lain
melakukan kebaikan, tetapi dirinya sendiri tidak melakukannya. Justeru itu,
ditegaskan lagi bahawa individu yang memegang tanduk kepimpinan perlu
melakukan kebaikan terlebih dahulu barulah diikuti pengikutnya.
Keperibadian Pemimpin
Bagi menerapkan konsep kepimpinan melalui teladan di Sm Imtiaz Dungun,
setiap ahli MPP yang dilantik oleh pihak sekolah diajar serta dikenakan
peraturan-peraturan untuk ahli MPP tersendiri. Antara peraturan yang telah
ditetapkan untuk ahli MPP sendiri adalah jika ahli MPP melakukan sebarang
sebarang bentuk tindakan yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan
hukuman dua kali ganda daripada pelajar-pelajar yang lain. Hal ini demikian
agar setiap pengawas turut sentiasa mematuhi segala perturan sekolah yang
ditetapkan dan tidak terjebak dengan masalah-masalah sosial dalam kalangan
pelajar yang lain. Jika seorang pengawas melanggar peraturan sekolah yang
telah ditetapkan, pelajar -pelajar lain akan memandang rendah terhadap ahli
MPP dan akan menggalakkan mereka melakukan kesalahan yang sama. Hali
ini boleh menyebabkan peningkatan masalah sosial di sekolah sekaligus dapat
memburukkan nama sekolah.
Selain itu, setiap ahli MPP wajib memastikan diri sendiri memakai pakaian yang
kemas dan lengkap setiap hari. Imej setiap individu dinilai daripada
keterampilannya setiap masa. Pemakaian yang bersih dan kemas membawa
imej yang boleh dipercayai dan berani. Ia juga sudah pasti menonjolkan sifat
sopan dan teratur di mata pelajar-pelajar dan para guru. Ahli MPP juga perlu
memastikan pelajar-pelajar yang lain memakai pakaian yang lengkap dengan
melakukan pemeriksaan pakaian setiap pagi selepas waktu perhimpunan.
Demgan melakukan sedemikian, bukan imej ahli MPP sahaja yang dapat
dipertingkatkan malah imej sekolah juga.
Pada setiap waktu perhimpunan mahupun program-program rasmi yang
dianjurkan pihak sekolah,Majlis Perwakilan Pelajar akan bergilir-gilir untuk
menjadi pengerusi majlis.Hal ini demikian supaya ahli-ahli MPP menjadi lebih
berani untuk bercakap dan selesa di khalayak ramai.Keberanian untuk
bercakap di depan orang ramai sememangnya penting bagi seorang pemimpin
71 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
kerana pemimpin merupakan harapan serta ikon pelajar lain.Apabila melihat
pemimpin yang berkeyakinan berdiri dan memberi ucapan atau mempengerusi
kan majlis,keyakinan tersebut akan turut tersebar kepada orang-orang yang
melihatnya membuatkan mereka lebih percaya untuk bergantung kepada
pemimpin itu dan yakin pemimpin itu dapat mengendalikan pelajar-pelajar lain.
Program Amalan Terbaik
MPP bertanggungjawab untuk membawa pelajar-pelajar yang lain melangkah
ke hadapan ke arah yang lebih baik. Bagi memenuhi agenda ini, MPP di Sm
Imtiaz Dungun mengambil beberapa prakarsa seperti menganjurkan beberapa
program amalan terbaik untuk setiap pelajar. Antara program-program tersebut
ialah ‘Sepagi Sebutir Mutiara’. Program ini diadakan pada setiap pagi ketika
waktu perhimpunan di mana salah seorang daripada kalangan pelajar akan
dipilih secara rawak untuk memberikan tazkirah selama 5 minit mengikut tema
yang telah ditetapkan. Ketika program ini berlangsung, pelajar- pelajar lain
wajib mencatat input-input yang penting dalam tazkirah tersebut.
Program ini bertujuan untuk melatih para pelajar menjadi seorang yang berani
berhadapan dengan orang ramai, berfikiran kreatif dan inovatif, sentiasa
bersedia menghadapi cabaran serta sekaligus dapat menambah ilmu para
pelajar.
Pihak MPP juga menganjurkan program mentor mentee antara pelajar senior
dan pelajar junior. Program ini diadakan sekali seminggu di mana sekumpulan
pelajar senior yang terpilih akan menanyakan khabar serta memberi nasihat
kepada pelajar-pelajar junior mengikut kumpulan masing-masing. Motif
program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan ikatan silaturahim antara
senior dan junior sekaligus dapat mewujudkan suasana sekolah yang harmoni
dan ceria. Pelajar junior juga dapat mengambil input-input yang positif daripada
pelajar senior untuk dipratikkan. dalam kehidupan seharian.
Program belajar secara berkumpulan juga diadakan pada setiap minggu.
Beberapa orang pelajar akan dipilih mengikut keputusan peperiksaan yang
paling cemerlang dalam setiap tingkatan masing-masing untuk mengajar dan
mengulangkaji pelajaran bersama-sama pelajar-pelajar lain mengikut
kumpulan yang telah dibahagikan. Inisiatif ini diambil agar semua pelajar
menjadi lebih faham dalam pelajaran serta dapat membuat persediaan awal
untuk peperiksaan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah.
72 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Rumusan & Cadangan
Sebagai rumusan, konsep kepimpinan melalui teladan adalah antara konsep
yang berkesan untuk memimpin orang lain ke arah yang lebih baik. Untuk
mengubah seseorang, teguran itu tidak semestinya perlu datang dengan kata-
kata namun ia juga boleh ditunjukkan melalui tingkah laku yang baik.
Kebanyakan orang terutamanya para pelajar lebih cenderung untuk
terpengaruh dengan tingkah laku berbanding kata-kata. Maka, sudah terang
lagi bersuluh ahli MPP perlu memainkan peranan yang besar untuk menjadi
model ikutan pelajar lain.
Menjadi pemimpin yang hebat bukanlah sesuatu perkara yang mudah seperti
perlu bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah dengan bijak dan
mengharungi segala cabaran dengan sendiri. Antara cabaran yang selalu
dialami oleh MPP adalah apabila ada antara ahli MPP sendiri yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan dan tidak ikut arahan ketua. Kebiasaanya
individu seperti ini merasakan bahawa apabila memegang sesuatu jawatan, dia
boleh membuat apa sahaja yang diinginkan. Masalah ini tidak sepatutnya timbul
dalam kalangan ahli MPP sendiri. Oleh itu, pihak sekolah perlulah mengambil
tindakan yang tegas terhadap individu seperti ini dan membuat pemilihan yang
tepat ketika ingin melantik menjadi ahli MPP. Sebagai contoh, pihak sekolah
boleh menjalankan sesi temuduga yang ketat agar tidak membuat pemilihan
yang salah untuk memilih seorang pengawas yang layak.
Seterusnya, masalah terbesar yang dihadapi oleh MPP adalah tidak yakin
berkomunikasi di khalayak ramai. Masalah ini merupakan satu masalah yang
besar kerana komunikasi yang efektif merupakan kunci untuk melicinkan
sesuatu organisasi. Isu pengawas lelaki malu berkomunikasi dengan pengawas
perempuan atau sebaliknya selalu timbul terutamanya dalam sekolah-sekolah
agama kerana terbiasa menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Isu ini akan dapat diselesaikan dengan melakukan banyak perjumpaan atau
mesyuarat sesama ahli MPP supaya setiap MPP lebih berani menyuarakan
pendapat dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi tersendiri.
Kesimpulannya, setiap ahli MPP perlulah bersikap lebih kehadapan untuk
melangkah menuju kemajuan bersama-sama pelajar lain.
Rujukan
Al Quran Al Karim
As-salam. M (2013 Mei 18),Kepimpinan Melalui Teladan,diperolehi
daripada:assalambs.blogspot.com
73 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Hallinger, P. (2003). Leading educational change: Reflection on the practice of
instructional and transformational Leadership. Cambridge Journal of
Education, 33(5): hlm. 51-329.
Ismail.M(2013 Ogos 18),Kepimpinan Melalui Teladan,diperolehi
daripada:pemikiranpositif.blogspot.com
Sergiovanni, T. J. (2001). Leadership:What ‘s in it for schools?. London,
UK:Routledge
Yusoff.A(2017 Ogos 7),Peranan dan TanggungjawabbPengawas,diperolehi
daripada:slideshare.net
74 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
AMALAN INTERVENSI MAHABBAH ASAS
INTEGRASI DALAM MELESTARIKAN
ORAGANISASI KEPIMPINAN SEKOLAH
Muhammad Aliff Solihin bin Zulkifli
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu, Kg Saujana, 22110
Setiu,Terengganu
(E-mail: [email protected])
Muhammad Rayyan Farhan bin Zuhardi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu, Kg. Saujana 22110
Setiu, Terengganu
(E-mail: [email protected]
Nur Taqiah Ahda binti Mohd Sabbah
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu, Kg. Saujana 22110
Setiu, Terengganu
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Kajian ini dijalankan bagi mengetahui amalan intervensi mahabbah yang
menjadi asas integrasi dalam kepimpinan sekolah. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengkaji konsep Mahabbah dengan model kepimpinan dan
mengenalpasti amalan atau program yang terbaik untuk dilakukan di sekolah
berasaskan konsep. Kepimpinan bermaksud keupayaan seorang ketua
organisasi memimpin melalui pengajaran dan teladan berdasarkan
pengalaman yang diperoleh. Proses transisi kepimpinan dan kekuasaan dalam
politik moden merupakan satu elemen yang sangat penting kerana ia
menunjukkan ciri sistem politik sesebuah negara sama ada berada dalam
sistem berdemokrasi, monarki, sosialis dan sebagainya. Begitu juga dengan
kepimpinan dalam sesebuah sekolah, menjadi satu keperluan untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai visi dan misi dalam berorganisasi. Melalui konsep
mahabbah, iaitu konsep yang paling terbaik untuk diterapkan dalam kepimpinan
kerana di dalam kitab suci Al-Quran, Allah SWT menyuruh kita berkasih sayang
sesama manusia bukan berkasih sayang pada Dia sahaja. Jadi, kombinasi
antara mahabbah dan kepimpinan akan menghasilkan satu amalan atau
program terbaik untuk dilakukan di organisasi kepimpinan seperti di sekolah
dan lain-lain. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan temubual dan kajian
perpustakaan bagi mendapatkan maklumat mengenai model kepimpinan MPP
yang terdapat di sekolah. Kepelbagaian konsep telah diketengahkan oleh para
responden telah menjadikan hasil kajian lebih jelas. Dapatan kajian ini
75 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dirumuskan mengikut tema tertentu mengenai model kepimpinan dan amalan
terbaik yang mana menunjukkan bahasa konsep mahabbah sangat diperlukan
dalam melestarikan organisasi yang diharapkan oleh pihak sekolah. Hasil
kajian ini diharap dapat memberi pendedahan mengenai kepentingan konsep
mahabbah dan membuka peluang untuk para pemimpin melaksanakannya
dalam organisasi dengan lebih berfokus.
Kata kunci: kepimpinan, mahabbah, amalan terbaik
Pengenalan
Intervensi bermaksud campur tangan dalam urusan antara dua pihak sama ada
orang, negara atau golongan lain. Manakala mahabbah pula bermaksud kasih
sayang atau percintaan (Kamus Dewan, 2005). Menurut (Fariza & Ahmad
Marzuki,2020) perasaan kasih sayang bersifat menyeluruh merupakan bekalan
bagi setiap individu pemimpin dalam organisasinya agar mereka saling
mengasihi, bersahabat dengan penuh kasih sayang menasihati secara ikhlas
dan berlemah lembut dalam pergaulan.
Dua konsep ini dapat digabung bagi melestarikan sesebuah organisasi
kepimpinan. Intervensi adalah salah satu cara untuk melakukan suatu tugas
dengan cekap dan berkesan dalam sesebuah organisasi.Manakala konsep
mahabbah pula, dapat digabung dengan badan kepimpinan supaya dapat
menghasilkan satu organisasi yang maju dan cemerlang dengan era pada
masa kini iaitu,pembelajaran abad ke-21 di sekolah atau lain-lain organisasi
pembelajaran.
Kepimpinan ialah satu sifat atau ciri yang seharusnya perlu ada pada setiap
ketua dalam sesebuah organisasi.Keberkesanan seorang pemimpin adalah
terletak pada bagaimana cara dia memimpin sesebuah organisasi dengan
mengarahkan semua ahli organisasinya melakukan sesuatu tugas dan
berkebolehan untuk mempengaruhi setiap orang di sekeliling.Pemimpin juga
dapat mempengaruhi ahli organisasinya dalam melakukan sesuatu
tugas,melalui keberkesanannya dalam kualiti kerja dan juga untuk
meningkatkan prestasi sesebuah organisasi yang dipimpin(Fakhira &
Mujaheed,2018).
Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas
kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus untuk merangsang ahli-ahli
berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama(Johari &
Sutinah,2010).Pemimpin juga perlu memainkan peranan yang sangat penting
dalam mempengaruhi organisasinya dalam mencapai matlamat yang
dikehendaki.Selaras dengan hasrat kerajaan dan Kementerian Pendidikan
76 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Malaysia(KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia(PPPM)2013-2025 merupakan dasar yang menjadi nadi penjana
perubahan sistem pendidikan di Malaysia.Kecemerlangan pendidikan di
Malaysia perlu didokong oleh kecemerlangan barisan kepimpinan yang dilantik
dan dilatih (Sukor,Marinah & Ramlee,2018).
Metodologi
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti amalan atau program terbaik di
sekolah dan mengkaji model kepimpinan di Sekolah Menengah IMTIAZ
Yayasan Terengganu Setiu (SMIYTS). Kaedah yang dijalankan adalah melalui
temubual dan kajian kepustakaan. Temubual dilakukan ke atas tiga orang
responden bagi mendapatkan maklumat berkaitan model kepimpinan MPP di
SMIYTS. Mereka adalah terdiri daripada Pengetua sebagai responden A,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebagai responden B dan Penolong Kanan
Pentadbiran sebagai responden C. Beberapa perkara digariskan dalam
temubual antaranya berkaitan model kepimpinan di sekolah merangkumi model
kepimpinan, amalan terbaik dan kemenjadian MPP. Temubual dijalankan
selama 10 minit bagi setiap responden. Selain itu, kajian kepustakaan juga
dilakukan dengan meneliti bahan bacaan seperti buku digital, jurnal,
suratkhabar dan laman web menggunakan kata kunci kepimpinan dan
mahabbah.
Dapatan Kajian
Berdasarkan temubual dan kajian kepustakaan yang dilakukan, dapatan kajian
dapat dihuraikan seperti berikut.
1) Intervensi mahabbah
Intervensi mahabbah yang dijalankan adalah berbentuk program
pembangunan pelajar bersama guru dan ibu bapa. Program ini secara tidak
langsung telah mewujudkan mahabbah antara murid dan guru serta ibu bapa.
Pertama, program pengagihan bubur asyura telah mewujudkan mahabbah
antara guru dan murid. Semangat kerjasama serta kepimpinan telah
ditunjukkan oleh setiap wakil pelajar. Selain itu, program Ya Bunayya pula
mewujudkan kerjasama erat antara ibu bapa dan guru serta mewujudkan
kelestarian berdasarkan pembelajaran yang kondusif.
2) Model kepimpinan
77 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Kepimpinan adalah salah satu kemahiran insaniah yang perlu ada pada diri
setiap pelajar di sekolah sebagai satu kemahiran yang penting sewaktu
memasuki alam universiti dan alam pekerjaan.Kepimpinan dalam diri
seseorang pelajar dapat dipupuk dan dicambah dengan adanya penglibatan
badan kepimpinan di sekolah seperti Majlis Perwakilan Pelajar(MPP), Majlis
Perwakilan Asrama(MPA), Gerakan Pengawas Perpustakaan(GPP) dan
Pembimbing Rakan Sebaya(PRS).Melalui MPP,kami menerapkan konsep
mahabbah sebagai model kepimpinan kami dan kami juga mengambil konsep
Za’amah yang bermaksud kepimpinan di dalam falsafah IMTIAZ itu sendiri.Oleh
itu,kami menjalankan tugas kami berdasarkan carta organisasi yang telah
dibuat.
Kami juga telah menemubual beberapa responden tentang model kepimpinan
dan amalan terbaik. Pengetua sebagai responden A menyatakan bahawa
model kepimpinan adalah merangkumi pembangunan pelajar dan sahsiah
pelajar. Kepimpinan pelajar dapat dilihat apabila wakil pelajar mampu menerajui
kepimpinan dalam program pengagihan bubur asyura. Program ini melibatkan
kerjasama semua pihak termasuk guru dan pelajar. Program ini secara tidak
langsung menghasilkan model kepimpinan pelajar dan konsep mahabbah
antara guru, murid dan ibu bapa.Selain itu,Penolong Kanan Pentadbiran(PKP)
sebagai responden B pula menyatakan bahawa mahabbah boleh dimasukkan
dalam model kepimpinan MPP kerana mempunyai perkaitan yang sangat kuat
dimana falsafah imtiaz itu sendiri telah menggambarkan zaamah
sebagai(kepimpinan) pelajar.Manakala Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid(PKHEM) sebagai responden C pula menyatakan bahawa program
pengagihan bubur asyura juga boleh dijadikan sebagai amalan yang terbaik
untuk dilakukan di sekolah.
Setiap orang mempunyai tugas yang tersendiri.Tugas penasihat adalah untuk
menjadi sumber rujukan kepada ahli MPP dimana ahli MPP boleh
mengutarakan masalah yang berlaku di sekolah.Manakala tugas bagi
penyelaras MPP pula adalah untuk menjadi penolong kepada penasihat
dimana beliau akan menolong penasihat dalam memberi penyelesaian
masalah.Seterusnya,tugas bagi majlis tertinggi pula ialah membimbing ahli
exco dalam melakukan sesuatu program.Akhir sekali,tugas bagi ahli-ahli exco
pula ialah mengetengahkan program yang terbaik untuk dilakukan di
sekolah.Kami juga mempunyai satu keistimewaan dimana jawatan naib
pengerusi 2 juga merangkap sebagai kapten MPA.Jadi,setiap permasalahan
yang berlaku di asrama akan diselesaikan dengan kerjasama antara ahli MPP
dengan ahli MPA.Setiap organisasi kami berlandaskan sistem pembangunan
murid iaitu pengetahuan,kemahiran berfikir,kemahiran memimpin,kemahiran
78 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dwibahasa,identiti nasional dan etika serta kerohanian sejajar dengan falsafah
pendidikan kebangsaan.
3) Program Ya Bunayya
Dalam mengetengahkan konsep Mahabbah yang diasaskan dalam organisasi
MPP,perkara tersebut telah membawa kepada satu perbincangan dengan
kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) melalui pihak pengurusan
sekolah untuk menjalankan sebuah program yang diberi nama Ya Bunayya
atau dalam Bahasa Melayu pula bermaksud Wahai Anakku.Sasaran utama
program ini melibatkan seluruh warga sekolah,guru,semua murid tingkatan satu
hingga lima serta para ibu bapa pelajar dan kakitangan sekolah.Hasil usaha
sama semua pihak dalam program ini telah berjalan dengan lancar.Tujuan
program ini dijalankan ialah untuk merapatkan ukhuwah silaturahim Antara
guru,pelajar dan juga ibu bapa selaras dengan konsep Mahabbah yang
diterapkan dalam organisasi MPP sendiri.
Terdapat banyak impak positif yang dapat diperolehi daripada program ini iaitu:
1. Mewujudkan rasa kecintaan sesama warga sekolah
Program ini merupakan satu kejayaan yang besar melalui kerjasama rakan
strategik sekolah iaitu semua murid, guru, kakitangan dan ibu bapa dalam
melestarikan intervensi mahabbah melalui kepimpinan sekolah iaitu MPP.Hal
ini demikian dikatakan kerana, ibu bapa diharuskan bermalam selama satu
malam bersama murid di kediaman asrama sekolah untuk memberi ruang
kepada mereka merasai sendiri pengalaman berada di asrama tersebut.
Selain itu, ibu bapa juga turut merasai kehidupan harian seorang murid bermula
daripada waktu tidur pelajar sehingga bangun untuk mendirikan Qiamullail
bersama-sama seterusnya menunggu untuk menunaikan solat fardhu Subuh
secara berjemaah dan memenuhi ruang Tahdir untuk menghafaz Al-Quran
pada waktu pagi.Secara tidak langsung,perkara ini dapat menyemaikan rasa
kecintaan ibu bapa terhadap kehidupan anaknya sebagai seorang anak soleh
pintar di SMIYTS.Para pelajar juga dapat berkongsi dan bertukar-tukar
pendapat bersama ibu bapa sepanjang program tersebut berlangsung bagi
memenuhi objektif program tersebut dilaksanakan.
2. Saranan ibu bapa
79 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Dalam program ini juga ibu bapa dapat menyalurkan kepakaran yang boleh
sumber sekunder yang menjana kelestarian kecemerlangan dan kemenjadian
pelajar-pelajar di sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa terdiri daripada pelbagai
latar belakang pendidikan mahupun kerjaya yang mampu dijadikan kelebihan
kepada pihak sekolah dalam mencipta satu wadah kerjasama yang baik. Bukan
sahaja wang ringgit bahkan buah fikiran juga boleh dijadikan tambah nilai
kepada pihak sekolah melalui program yang dijalankan.
3. Sekolah kondusif berteraskan PAK 21
Program ini secara tidak langsung dapat menjadikan bilik darjah para pelajar
berada dalam keadaan yang kondusif dan sesuai untuk proses Pengajaran dan
Pemudah caraan (PdPc). Hal ini juga selaras dengan teras PAK 21 yang
mengutamakan pelajar dalam setiap pembelajaran. Dengan ini, para pelajar
dapat belajar dengan lebih semangat dalam menggapai cita-cita untuk menjadi
insan berguna pada masa akan dating
Hasil program ini berjaya dicapai asbab kerjasama dan sumbang saran dalam
kalangan ibu bapa dan guru serta para pelajar. Semua pihak bekerjasama
mengecat, membersihkan dan menghias kelas.Hal ini menyebabkan,sifat rasa
sayang pada sekolah akan timbul dalam diri seluruh warga sekolah.
Selain itu, Program Pengagihan Bubur Asyura juga turut dijadikan salah satu
amalan Intervensi Mahabbah yang merupakan acara tahunan sekolah. Badan
MPP telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program tersebut dengan
berkongsi rezeki mengagihkan bubur Asyura dan sedikit sumbangan barangan
bukan sahaja kepada waraga sekoah malah dengan komuniti setempat
juga.Program ini jugak banyak memberikan manfaat kepada badan MPP.
Antaranya ialah:
1. Menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar
Menerapkan nilai Mahabbah yang menjadi pegangan kepada kepimpinan
MPP,ahli MPP telah berusaha melibatkan diri menjalinkan hubungan murni
dengan komunuiti setempat di sekitar kawasan sekolah.Program ini juga dapat
menghubungkan ahli MPP dengan orang luar dan secara tidak langsung dapat
menaikkan nama sekolah seterusnya menjadi salah satu tarikan medan
pendidikan di kawasan tersebut.Diharapkan dengan program seperti
ini,sekolah mendapat tempat untuk bersaing secara sihat dengan sekolah-
sekolah yang berada berdekatan dan hubungan murni tersebut terjalin demi
kelangsungan kehidupan pendidikan bersama.
80 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
2.Medium dakwah dan sesi perkongsian pendapat
Ahli-ahli MPP juga tidak melepaskan peluang dalam menyebarkan kebaikan
melalui kata-kata nasihat kepada semua golongan masyarakat yang ditekankan
oleh tuntutan agama iaitu Amal Makruf dan Nahi Mungkar.Tambahan pula,ahli
MPP sendiri merupakan tonggak kepimpinan di sekolah yang harus mempunyai
tanggungjawab selaku penggerak dakwah islam walaupun berada di mana-
mana sahaja.Malah,MPP juga mampu menjadi tempat rujukan dan bertukar-
bertukar pendapat untuk menyebarkan ilmu-ilmu asas Fardhu Ain kepada
semua masyarakat setempat.Nilai Za’amah atau kepimpinn ini juga diterapkan
jelas dalam model Ulul Albab IMTIAZ untuk menjadikan semua murid SMIYTS
sebagai tempat rujukan dalam segala aspek kehidupan.
3. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan social
Di samping itu,komunikasi merupakan aspek yang paling penting dalam
pembentukan seorang pemimpin yang unggul.Dengan itu,program Pengagihan
Bubur Asyura ini merupakan satu wadah dalam meningkatkan cara
berkomunikasi dalam diri semua ahli MPP.Setiap kali program ini
diadakan,banyak pengalaman yang berharga diberikan kepada ahli MPP untuk
menempuh segala cabaran yang mendatang selari dengan Falsafah
Pendidikan Negara iaiatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmoni dari segi intelek,rohani,emosi,dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
KESIMPULAN
Konsep Mahabbah didalam model kepimpinan tampak jelas menyatu padukan
ukhuwah antara ibu bapa, pelajar serta guru. Hal ini menyebabkan,nama
sekolah terus melonjak naik menjadi sekolah yang hebat kerana tiada
perselisihan faham antara mana-mana pihak. Program Ya Bunayya juga
memberi pelbagai implikasi dengan maklum balas yang amat baik dengan
semua pihak. Program ini selaras dan bertepatan dengan kriteria falsafah
pendidikan kebangsaan menjadikan program yang paling baik dianjurkan oleh
pihak MPP sendiri. Kami pihak MPP menjadi semakin bersemangat untuk
program yang akan datang dan ingin mengetengahkan pelbagai lagi pendapat
tentang program yang terbaik untuk mengharumkan nama SMIYTS di seantero
dunia.
81 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
RUJUKAN
Aris,F.dan Mohamad,A.M. (2020). Pembentukan Organisasi Cemerlang:
Amalan Qudwah Hasanah Dalam Kepimpinan Organisasi Pendidikan
Sebagai Asas Dorongan Motivasi Kerja Yang Kompeten. Journal Of
Human Capital Development. 1(13): 31-56.
Beram,S.,Awang,M. dan Ismail,R.(2020)Pembangunan Model Kompetensi
Pemimpin Pertengahan:Satu Kajian Reka Bentuk Dan
Pembangunan,Tanjong Malim.Kolej Matrikulasi Perak dan Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Dewan Bahasa dan Pustaka.(2005).Kamus Dewan(Edisi Keempat).Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fauzan,I. dan Sulaiman,N.(2019)Transisi Kepimpinan Dalam Islam:Analisis
Terhadap Cara Pemiihan Khulafa’ Ar-Rasyidin,Selangor.Institut Kajian
Etnik(KITA),Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khadis,N.F. dan Hassan,M.M.(2018)Ciri-Ciri,Faktor Dan Cabaran Kepimpinan
Pelajar Wanita Di Universiti Putra Malaysia,Serdang.Fakulti Ekologi
Manusia,Universiti Putra Malaysia.
Safar,A.S. dan Hassan,J. (2010). Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan
Pelajar Menerusi Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.
82 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
BADAN WAKIL PELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS
MARA GEMENCHEH MENAKLUKI SEMPADAN
PANDEMIK COVID-19
Mohd Muaz Hafiz Bin Musnizam
Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh, 6016, Jalan Besar, Kampung
Sungai Dua, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan
(E-mail: [email protected])
Hasya Amalin Binti Hizamel
Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh, 6016, Jalan Besar, Kampung
Sungai Dua, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan
(E-mail: [email protected])
Muhammad Farish Emile Bin Mazlan
Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh, 6016, Jalan Besar, Kampung
Sungai Dua, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan
(E-mail: [email protected])
Abstrak
COVID-19 bukan sahaja memberikan cabaran kepada sistem pembelajaran,
namun pelaksanaan kepimpinan dan aktiviti pelajar juga merasakan impaknya.
Transisi pemindahan kepimpinan Badan Wakil Pelajar (BWP) Maktab Rendah
Sains MARA (MRSM) Gemencheh tahun 2020/2021 kebetulan bersamaan
dengan pandemik yang menghalang aktiviti dijalankan secara bersemuka. Oleh
itu, pihak BWP dengan segala kemahiran yang ada mengguna pakai wadah
digital yang tersedia, di samping sosial media yang menjadi tren masa kini,
untuk menjalankan aktiviti yang tetap memberikan hasil dan kesan aktiviti
seperti sebelum pandemik. Kertas kerja ini, memberikan pencerahan tentang
apa itu BWP MRSM Gemencheh secara keseluruhan dan juga penekanan
kepada aktiviti yang dijalankan sebelum dan semasa pandemik. Aktiviti yang
dijalankan tetap mendukung visi dan moto maktab serta BWP itu sendiri.
Pandemik bukanlah sempadan penghalang dalam melahirkan warga Ulul Albab
yang Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik.
Kata Kunci: Kepimpinan, BWP, MRSM, COVID-19, Aktiviti, Digital
Pengenalan Dan Latar Belakang Badan Wakil Pelajar Mrsm
83 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Gemencheh
Tamadun yang maju dan berjaya terletak pada kualiti generasi yang menerajui
kepimpinan pada waktu tersebut (Yasin, 2019). Usaha membina kualiti
kepimpinan bergantung rapat kepada kualiti generasi remaja yang merupakan
aset penting yang bakal mengisi keperluan kepimpinan negara bagi tujuan
kelangsungan pembangunan di masa hadapan (Yusof, 2014).
Kualiti kepimpinan ini boleh dipupuk dan dilatih dengan proses sistematik dan
terancang. Antara sistem yang banyak diguna pakai ialah pelantikan pemimpin
di kalangan pelajar untuk pelajar itu sendiri. Teknik ini juga diguna pakai di
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
MRSM Gemencheh ditubuhkan pada 18 Disember 2006 dan merupakan
MRSM Premier. MRSM Program Premier melaksanakan Sistem Pendidikan
MRSM (SPMRSM) yang mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan
kurikulum MARA tanpa model model Ulul Albab pada waktu itu. Seterusnya,
pada tahun 2010, MRSM Gemencheh diubah menjadi MRSM Ulul Albab iaitu
program yang menekankan 3 elemen penting iaitu ‘Quranik, Ijtihadik dan
Ensiklopedik’ lantas menjadi MRSM Ulul Albab yang kedua di seluruh Malaysia.
Sekretariat Kepimpinan Pelajar di MRSM adalah selaras di seluruh Malaysia
dengan sedikit perbezaan berbanding sekolah kementerian. Jawatan tertinggi
yang boleh disandang oleh pelajar di MRSM ialah Badan Wakil Pelajar (BWP).
BWP ditubuhkan sebagai sebuah wadah kebajikan dan kerjasama pelajar
dalam menjaga kepentingan pelajar MRSM ke arah mencapai matlamat dan
wawasan pembangunan bangsa dan negara, disamping menjadi titian atau
landasan kepada pelajar untuk memupuk dan menyuburkan bakat kepimpinan
serta nilai-nilai demokrasi dan kerjasama di kalangan pelajar (Anonymous n.d)
Visi, misi dan moto adalah wawasan serta pandangan yang jauh dan mendalam
untuk melaksanakan tugas-tugas khusus yang meyokong cita-cita dan
kehendak pembangunan sesuatu perkara. Oleh itu sebuah kepimpinan yang
kukuh haruslah berdiri tegak atas satu visi yang jelas dan membentuk misi yang
kuat.
Visi MRSM Gemencheh ialah ‘Mendidik Hamba, Membangun Khalifah’ selari
dengan pembangunan moto itu sendiri iaitu ‘Berilmu, Beriman, Beramal’.
Kedua-dua visi dan moto ini menyokong elemen teras program Ulul Albab yang
didefinisikan sebagai ‘Quranik, Ijtihadik, Ensiklopedik’. Ketiga-tiga tonggak ini
diterapkan dalam kepimpinan BWP kerana setiap aktiviti yang dilakukan oleh
BWP haruslah selaras dengan visi dan moto maktab.
‘Forging the spirit of future khalifahs’ pula adalah Visi BWP MRSM Gemencheh.
Visi yang berlandaskan tanggungjawab membantu dan mendorong para pelajar
mengasah diri, bakat serta keupayaan menjadi seorang khalifah yang berguna
84 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dan mampu melakukan perubahan untuk kebaikan masyarakat, bangsa,
negara serta agama Islam.
Struktur Organisasi Badan Wakil Pelajar
BWP di MRSM Gemencheh diletakkan bawah jagaan tiga pihak iaitu Pengetua,
Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat dan guru-guru penasihat yang
membantu dalam menasihati ahli BWP dari segi kepimpinan, sahsiah, dan
program-program yang bakal dijalankan. Terdapat 14 jawatan dalam organisasi
BWP yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden 1, Naib
Presiden 2, Setiausaha Agung, Bendahari Kehormat, Exco Kerohanian dan
Keagamaan, Exco Akademik dan Ulul Albab, Exco Kebajikan, Exco Hal Ehwal
Wanita, Exco Maklumat dan Komunikasi, Exco Homeroom dan Kebudayaan,
Exco Sukan Dan Rekreasi dan Exco Makanan dan Kesihatan.Setiap jawatan
mempunyai peranan tersendiri dalam usaha menjaga kepentingan dan
kebajikan pelajar.
Selari dengan visi BWP, tanggungjawab ini digalas dengan menaja program,
menganjurkan aktiviti dan membantu setiap pihak dalam rangka menjaga
kebajikan, keselamatan dan kecermerlangan pelajar di setiap masa. Selain
pelajar, BWP juga bertanggungjawab untuk membantu maktab melaksanakan
dan melancarkan setiap agenda dan program yang dirangka.
Badan kepimpinan lain yang dibawah selenggaraan BWP adalah Lembaga
Disiplin Pelajar (LDP), Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) dan juga Biro
Badan Wakil Pelajar LDP diketuai oleh Naib Presiden 1 dan dibantu oleh Naib
Presiden 2 manakala BADAR diketuai oleh Exco Kerohanian dan Keagamaan.
Biro BWP pula diketuai oleh exco-exco yang lain mengikut jawatankuasa
masing-masing. Secara umum, badan kepimpinan ini adalah wadah
pelaksanaan tanggungjawab oleh BWP. Gambar rajah berikut adalah carta
organisasi BWP MRSM Gemencheh.
85 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengetua
Timbalan Pengetua
Pembangunan
Bakat
Guru
Penasihat
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden 1 Naib Presiden 2
Bendahari Kehormat Setiausaha Agung
Exco Exco Exco Exco
Kerohanian Akademik Maklumat dan Homeroom
dan Ulul
dan Exco dan
Exco Kebajikan
Exco Sukan Makanan dan Exco Hal
dan Rekreasi Ehwal Wanita
Kesihatan
86 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Proses Pemilihan
Pemilihan oleh pelajar untuk pelajar menjadi kriteria utama dalam proses
pemilihan BWP. Terdapat enam fasa dalam proses pemilihan BWP bermula
dengan pengambilan borang, penamaan calon, pembentangan manifesto,
kempen pilihan raya, pengundian dan pemilihan jawatan.
MRSM Gemencheh telah meletakkan syarat-syarat tambahan untuk seseorang
pelajar boleh mengambil borang pencalonan BWP. Antara syarat-syaratnya
ialah pointer Purata Nilai Gred (PNG) mesti melepasi 3.50, hafazan melebihi
juzuk 15 bagi tingkatan 4 dan juzuk 5 bagi tingkatan 2, syarat hafazan ini
mengikut standard kelayakan dan boleh berubah mengikut purata hafazan
tingkatan, dan pelajar tidak boleh mempunyai rekod kes disiplin.
Seterusnya, setiap calon perlu mencari seorang pencadang dan seorang
penyokong daripada badan kepimpinan sesi sebelumnya. Penamaan calon ini
diadakan di hadapan seluruh pelajar. Setelah berakhirnya penamaan calon,
setiap calon dikehendaki untuk membentangkan manifesto iaitu janji-janji yang
akan dilakukan masing-masing sekiranya berjaya menjadi seorang ahli BWP.
Sepanjang tempoh pilihan raya BWP dijalankan, setiap calon diberi satu
peluang untuk berkempen di depan semua pelajar dan meyakinkan mereka
untuk mengundi diri calon. Sebelum berakhirnya pilihan raya BWP, para
pelajar, guru serta staf akan mengundi calon pilihan mereka yang akan menjadi
ahli BWP untuk sesi seterusnya melalui aplikasi “Google Form”. Seramai 12
orang pelajar tingkatan 4 dan 2 orang pelajar tingkatan 2 akan yang akan terpilih
sebagai ahli BWP berdasarkan undian tertinggi.
Pemilihan jawatan dalam BWP akan dilakukan oleh ahli BWP sendiri dengan
membuat undian sesama sendiri dan menetapkan jawatan biasanya mengikut
bilangan undian. Senarai nama kabinet bayangan akan diserahkan kepada
guru penasihat untuk disemak dan disahkan. Akhir sekali, guru- guru akan
berbincang jika sesuai atau tidak pelajar diletakkan di jawatan tersebut
berdasarkan personaliti serta kemampuan pelajar dan akan mengeluarkan
senarai jawatan yang sebenar.
Perbezaan Pelaksanaan Aktiviti Sebelum Dan Semasa Pandemik
Pandemik adalah wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas hingga
ke seluruh wilayah, benua atau dunia (Iskandar, 2005). Wabak COVID-19 yang
merebak dengan cepat ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan
tetapi juga mengubah keseluruhan hidup kita termasuk pelaksanaan program
akademik dan kokurikulum.
87 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Sebelum pandemik ini berlaku, BWP menjalankan tugas seperti biasa di
sekolah dan kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti bersemuka.
Tambahan juga, hampir kesemua program yang dilakukan adalah dengan
pertolongan dan pantauan yang ketat daripada guru-guru. Sebaliknya, semasa
berlakunya pandemik ini, BWP menjalankan tugas sepenuhnya di rumah dan
dalam talian, komunikasi dilakukan melalui aplikasi Whatsapp. Informasi
banyak disampaikan melalui Instagram, dengan mengguna pakai pelbagai
grafik yang menarik. Pandemik datang dengan hikmah. Antara kebaikannya
ialah BWP menjadi lebih kreatif untuk menjalankan aktiviti atau program yang
memberi impak terhadap pelajar. Di samping itu, BWP menjadi lebih berdikari
kerana pengurusan program atas talian dari awal hingga ke akhir, diuruskan
sendiri.
Antara cabaran yang dihadapi ialah kita tidak dapat melihat tahap
keberkesanan aktiviti yang dilakukan. Contohnya, tahap kefahaman pelajar
tidak dapat dikesan apabila perkongsian secara dalam talian diadakan seperti
perkongsian motivasi bersama kaunselor. Seterusnya, jenis aktiviti yang dibuat
terbatas seperti pelaksanaan program Hari Sukan Negara oleh Exco Sukan dan
Rekreasi tidak dapat dijalankan.
Antara portfolio yang mengalami perubahan dalam cara pelaksanaan program
ialah Exco Sukan dan Rekreasi. Sebelum ini, hampir keseluruhan aktiviti yang
diadakan merupakan aktiviti fizikal seperti pertandingan sukan, senamrobik dan
sebagainya. Tetapi disebabkan pandemik yang melanda negara kita, aktiviti
seperti ini tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, inisiatif yang diambil oleh Exco
Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Exco Maklumat dan komunikasi,
pertandingan E-Sukan seperti PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) dan
Mobile Legends telah dilaksanakan. Selain itu, jenis aktiviti yang dilaksanakan
oleh Exco Makanan dan Kesihatan juga bertukar. Antara aktiviti yang dijalankan
sebelum ini adalah Puasa Sunat dan Kempen Minumlah Air manakala aktiviti
yang dijalankan sewaktu pandemik ialah What You Say: Health Care iaitu
pertandingan video tentang kesedaran penjagaan kesihatan, Fun Food Facts
iaitu perkongsian poster yang berkaitan info menarik tentang makanan dan
seterusnya perkongsian video pembuatan makanan yang sihat oleh BWP
sendiri kepada para pelajar melalui program Ketuk Ketuk BWP.
Kreativiti Pengolahan Aktiviti Semasa Pandemik Covid-19
Pandemik COVID-19 bukanlah penghalang untuk BWP menjalankan aktiviti
yang dapat menggerakkan visi. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya, tiada rotan akar pun berguna. Kombinasi peribahasa yang tepat
menghadapi cabaran yang datang bersama pelaksanaan aktiviti. Berikut adalah
beberapa program terbaik antara puluhan program yang dipilih untuk
dikongsikan bersama.
88 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Keberadaan pelajar jauh dari MRSM, telah mengekang peluang untuk program
biah solehah yang selalunya dijalankan secara bersemuka. Sahsiah dan akhlak
pelajar adalah keutamaan yang sangat dititikberatkan di MRSM Ulul Albab.
Halangan bersemuka bukanlah rintangan untuk BWP dalam menerapkan
program biah solehah memupuk sahsiah dan akhlak.
Program “Al-Ilmu Nurun” merupakan kolaborasi di antara Badan Wakil Pelajar
(BWP) dan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) MRSM Gemencheh. Program
ini dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan individu Muslim yang mempunyai
tahap ilmu pengetahuan yang tinggi dalam agama di samping menjadi insan
yang mempunyai kebolehan dalam berdakwah. Ia dilaksanakan secara
mingguan. Cara pelaksanaannya ialah setiap seorang daripada wakil BWP dan
BADAR membuat perkongsian Al-Quran dan Al-Hadis sambil mengulas tajuk
tertentu pada minggu tersebut melalui aplikasi Google Meet. Oleh itu, pelajar
bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan Al-Quran dan Al-Hadis
malah dapat menjadikan program ini sebagai batu loncatan dalam perjalanan
menjadi seorang pendakwah dengan peribadi dan akhlak ilmuan ijtIhadik.
Seterusnya, program Talent in Search. Setiap pelajar sekolah diwajibkan untuk
menganggotai kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta badan
beruniform. Pelajar akan memperolehi markah tambahan untuk Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) jika menyertai mana-mana
pertandingan yang berkaitan dengan ketiga-tiga elemen di atas. Melihat kepada
perumpamaan air yang separuh penuh di dalam gelas, kepimpinan BWP kali
ini sangat beruntung kerana berdepan dengan cabaran pandemik yang
memacu kreativiti dan ilham dalam membantu pelajar memenuhi kriteria PAJSK
yang penting ini. Program Talent in Search dibina sebagai platform pengkalan
data.
BWP akan menguar-uarkan aktiviti atau pertandingan terbuka yang boleh di
sertai oleh pelajar melalui deskripsi Google Form yang dikemaskini dari semasa
ke semasa. Plejara kemudia boleh memilih pertandingan tersebut dengan
mengisi Google Form. Kemudian, guru pengiring akan dilantik untuk
pertandingan tersebut. Setelah selesai pertandingan, pelajar akan memuat naik
sijil yang diperolehi melalui Google Form. Data ini kemudian akan dikemaskini
untuk pelajar yang terbabit.
Pelajar juga boleh menyertai pertandingan lain yang tiada didalam senarai yang
dikemukan oleh BWP. Pelajar hanya perlu mengisi Google Form Pertandingan
sebagai rujukan data, kemudian guru pengiring akan dilantik jika perlu. Sijil
yang diperolehi dimuatnaik sama seperti diatas, untuk tujuan rekod.
89 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Program ini merupakan inisiatif pihak BWP untuk menambah markah
kokurikulum para pelajar walaupun aktiviti anjuran maktab adalah terhad. Para
pelajar masih berpeluang menyertai pelbagai program untuk meningkatkan
markah kokurikulum di samping dapat menyerlahkan bakat yang terpendam di
dalam diri mereka.
Selain kokurikulum, akademik yang terus menjadi kayu ukur seorang pelajar
tetap menjadi antara keutamaan aktiviti BWP. Dipayungi Exco Akademik dan
Ulul Albab BWP, Program Leisure Study dijalankan. Terbatasnya, program
belajar secara berkumpulan di masa ini telah mencetuskan idea Leisure Study.
Program Leisure Study ini melibatkan pelajar yang memperoleh Purata Nilai
Gred (PNG) 3.70 dan ke atas. Program ini dilancarkan secara dalam talian di
mana Exco Akademik dan Ulul Albab berkongsi latihan dan nota subjek-subjek
terlibat kepada pelajar melalui aplikasi Telegram. Perkara ini akan
meningkatkan kemahiran para pelajar dan membantu mereka untuk menguasai
semua subjek. Dengan itu, mereka juga dapat membantu pelajar-pelajar lain
yang kurang menguasai sesuatu subjek itu dengan lebih efektif.
Rumusan Dan Cadangan
Pemimpin remaja adalah cerminan kepimpinan negara pada masa hadapan.
Pembangunan kecemerlangan kepimpinan tidak terhenti walaupun cabaran
datang lebih dari dua kali lipat. Alah bisa tegal biasa. Pandemik COVID-19
bukan sahaja datang sebagai bencana, tetapi hikmah yang mengajar
kepimpinan BWP ini untuk berkreatif dan menggunakan semua wadah untuk
menjalankan aktiviti pembangunan sahsiah insan dan membantu pihak maktab
menjalankan agenda yang telah dirancang. Komuniti digital yang mengguna
pakai teknologi dan sosial media dengan baik telah terbentuk. Pihak BWP
MRSM Gemencheh, telah membuktikan bahawa sempadan COVID-19 tidak
menghalang aktiviti untuk dijalankan.
Senarai Rujukan
Anonymous (n.d). Badan Wakil Pelajar. Diperoleh daripada
https://www.angelfire.com/rnb/PPHEP/bwp.html
Iskandar, T.(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan pustaka
Yasin, S.K. (2019). Karakter Pemimpin Politik Dalam Memperkasakan
Ketamadunan Masyarakat Malaysia, Proceedings of the International
Conference on Islamic Civilization and Technology Management, 66 –
76.
Yusof, R. (2014). Ciri-Ciri Kepimpinan Pelajar Pintar dan Berbakat: Implikasi Ke
atas Kepimpinan Remaja Islam, International Journal of Islamic
Thought, Vol. 6:57 - 70.
90 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
SEKOLAH SEBAGAI MEDAN UNTUK MELAHIRKAN
BELIA YANG BERSIFAT PROFESSIONAL
Abdullah Ahmad Aqil Bin Asmazi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, 20050
Serada, Kuala Terengganu.
(E-mail: [email protected])
Izzat Farhan Bin Zakaria
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, 20050
Serada, Kuala Terengganu.
(E-mail: [email protected])
Nur Hani Sofia Binti Mohd Azam
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, 20050
Serada, Kuala Terengganu.
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Desawarsa kini, dunia kini telah menyaksikan perkembangan yang mendadak
dalam sektor pendidikan dan ekonomi. Seperti yang kita boleh lihat pada masa
kini ramai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM. Menurut statistik yang dikeluarian oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia pada tahun 2020 untuk keputusan SPM 2019,negara kita
telah mencatatkan peningkatan dalam pelajar mendapat keputusan cemerlang
dalam setiap subjek iaitu seramai 8876 calon SPM dari 389,498 calon. Satu kaji
selidik yang bertajuk Employer Perception of Fresh Graduate Survey telah
mengenal pasti beberapa punca yang menyebabkan ramai graduan gagal
mendapat pekerjaan. Antaranya ialah ramai di antara mereka lemah dalam
penguasaan bahasa Inggeris. Kita sedia maklum bahawa bahasa inggeris
merupakan bahasa pengantar yang paling penting di dunia. Majoriti syarikat
menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi kerana majoriti pelanggan
mereka adalah bangsa asing. Kertas kerja ini membincangkan tentang inisiatif
untuk pihak sekolah membina modal insan yang profesional dan kompetitif
yang bertaraf dunia bagi meningkatkan persaingan di kalangan golongan belia
sejak dari sekolah.
Kata kunci: Personaliti, profesional, program, peluang pekerjaan.
91 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Melahirkan belia yang profesional dan kompetitif bukanlah suatu perkara yang
mudah. Hal ini kerana terdapat ramai pelajar yang tidak mempunyai keyakinan
diri dan sukar untuk menerima suasana yang baru. Perkara ini menyebabkan
mereka sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan kerana kemahiran asas
seperti kemahiran insaniah tidak dapat diterapkan dalam diri seseorang pelajar
itu.
Keterampilan individu yang meliputi kemahiran seperti berkomunikasi,
berhubung, komputer dan berbudaya sememangnya suatu perkara yang
sentiasa dipandang remeh di sesebuah sekolah.Hal ini disebabkan oleh pihak
sekolah atau badan kepimpinan yang mungkin terlepas pandang akan pelajar-
pelajar kerana menyangka bahawa mungkin kemahiran-kemahiran ini tidak
digunakan dalam alam sekolah menengah. Walhal, perkara-perkara seperti
inilah yang harus diterapkan dalam diri para pelajar kerana Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) itu bukanlah titik pengakhiran buat pelajar-pelajar. Namun ia
merupakan titik permulaan buat mereka untuk menjalani hidup sebagai seorang
belia yang bersifat holistik.
Jenis Personaliti Pelajar
Personaliti dapat ditakrifkan sebagai sesuatu kualiti atau keadaan yang
terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut
menggelarkan dirinya sebagai seorang insan. Dalam dunia psikologi,
personaliti membawa maksud himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan
yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Dan tidak dapat dinafikan
bahawa ia turut berkait rapat dengan tindak-tanduk sesorang yang ingin
menzahirkan ciri-ciri kawalan emosi dan pemikiran serta menjadi sudut
pandangan luaran seseorang. (Sadock et al., 2017)
Jenis personaliti pelajar dapat dikategorikan mengikut penampilan bentuk
perlakuan samada seseorang pelajar itu bersifat introvert, introvert atau
ambivert. Sebuah kajian telah dilakukan bagi mengkaji pelajar yang bersifat
introvert seperti contoh Teori Tiga Faktor (TTF) dan Teori Psikososial. Aspek
personaliti merupakan aspek yang menujukkan perbezaan yang ketara di
antara seseorang pelajar dan pelajar yang lain (Hadi et al., 2019).
Jenis personaliti yang pertama ialah introvert. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, introvert didefinisikan sebagai
orang yang bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian kepada
dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar. Sudah
tentu akan terdapat pelajar sebegini di sekolah tidak kira sama ada sekolah
menengah atau sekolah menengah. Keperibadian seseorang individu yang
92 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
introvert ini kebiasaannya mereka lebih cenderung untuk menyukai situasi yang
tenang, suka menyendiri dan sudah pastinya tidak suka berinteraksi dalam
kelompok yang besar.
Sikap extrovert adalah berlawanan dengan introvert. Extrovert lebih suka akan
interaksi dalam lingkungan orang ramai berbanding dengan introvert.
Seseorang yang mempunyai personaliti extrovert ini dapat disimpulkan sebagai
orang yang mempunyai personaliti yang kuat dan menyenangkan serta pandai
membawa diri. Extrovert juga menggemari aktiviti social yang memerlukan
komunikasi dan mudah membuat kawan baharu. Individu extrovert mudah
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu dan hal ini bakal
memudahkan seseorang dari perspektif pelajar sekolah untuk memasuki
universiti dan mencari peluang pekerjaan.
Ambivert atau kombinasi antara introvert dan extrovert. Ambivert kebiasaannya
mempunyai kualiti si extrovert namun juga memiliki ciri-ciri introvert. Kadang-
kadang dia mudah bersosial dan ada waktu tertentu ambient lebih selesa
berkeseorangan. Individu ambient mempunyai beberapa ciri khas seperti
contoh, suka berada di khalayak ramai, resah apabila terlalu lama menyendiri,
dan selalu memikirkan soal kerja. Personaliti ini adalah sesuatu hal yang biasa
dan tanpa disedari, sebenarnya, pengalaman adalah kunci dalam proses
pematangan.
Peluang pekerjaan
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, untuk suku tahun pertama 2019,
Malaysia mencatat seramai 516,600 penganggur. 174,327 siswazah
dikenalpasti mengganggur sebagai pencari kerja aktif di bawah Jabatan
Tenaga Kerja Semenanjung (Faisal, 2019).
Program
Pihak sekolah sudah tentu memahukan yang terbaik buat para pelajar tidak kira
dalam aspek akademik, akhlak, mahupun agama. Badan kepimpinan
ditubuhkan di sekolah bagi merealisasikan hasrat guru-guru dalam melahirkan
pelajar yang cemerlang serta professional untuk masa hadapan Negara. Oleh
itu, program yang dilaksanakan di sekolah haruslah bertepatan dengan visi
sekolah agar impian semua pihak dapat dikecapi.
Program sebegini kebiasaannya diuruskan oleh majlis perwakilan murid di
dalam sesebuah sekolah atau organisasi seperti contoh, program yang
meraikan hari-hari istimewa seperti hari kemerdekaan, taklim agama, serta
aktiviti yang mengukuhkan silaturahim diantara pelajar sekolah. Penglibatan
murid yang diwajibkan untuk menyertai adalah sebanyak 85%. Program seperti
93 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
ini diharapkan dapat menggalakkan pelajar untuk bersosial bersama-sama
dalam pada masa yang sama mewujudkan persaingan sihat di antara pelajar.
Seperti yang diterangkan, personaliti yang berbeza boleh menimbulkan jurang
di antara pelajar atas asbab keselesaan individu untuk berinteraksi antara satu
sama lain. Justeru, program yang dianjurkan haruslah seimbang di antara
pertandingan individu dan berkumpulan agar semua pelajar dapat menonjolkan
bakat yang tersembunyi. Program pertama yang kebiasaannya dapat
ditekankan dengan sifat kerjasama adalah hari sukan. Toleransi dan kata
sepakat perlu dicapai bagi melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan
sebegini khususnya untuk menerapkan sifat kasih sayang dan tidak
mementingkan diri sendiri.
Pertandingan bersajak, berpantun, melukis merupakan cabang bagi program
individu dimana dapat kita perhatikan ramai introvert bakal mengambil
bahagian. Program sebegini amatlah digalakkan kerana ia meningkatkan rasa
ingin bersaing dengan diri sendiri. Individu tersebut akan cuba untuk memerah
otak sedaya upaya bagi memperolehi keputusan yang terbaik. Memandangkan
kita sekarang berada pada abad yang ke-21, kaedah pemikiran seseorang
amatlah penting dalam menyelesaikan masalah harian tidak kira di mana jua
seseorang itu berada.
Taa’lim atau dapat ditakrifkan sebagai sebuah majlis yang membicarakan
tentang ilmu agama islam merupakan salah satu program yang dianjurkan di
sekolah kami dimana ia dijalankan pada setiap petang dan malam minggu.
Semua pelajar diwajibkan memberi taalim mengikut jadual yang telah
ditetapkan oleh badan kepimpinan sekolah kami. Taalim yang disampaikan
merangkumi pelbagai aspek daripada cabang agama seperti hadis, tafsir,
fatwa, sirah dengan bantuan ustaz yang lebih berilmu dalam bidang berkenaan.
Program ini dipercayai dapat melatih diri untuk berani bercakap di khalayak
ramai dan tanpa disedari, ia telah melatih diri pelajar untuk memberikan
pandangan mereka secara terbuka yang boleh digunakan dalam mencari
peluang pekerjaan pada masa hadapan. Program ilmu sebegini amatlah
bermanfaat kerana pada masa yang sama pelajar mendapat ilmu yang
disampaikan.
Rumusan
Sebagai rumusan, ditekankan sekali lagi bahawa sekolah adalah tempat untuk
membentuk identiti seorang belia pada masa hadapan. Mutakhir ini, negara
kita berjaya melahirkan ramai pelajar- prelajar yang hebat dan berkaliber yang
membuatkan persaingan dalam kalangan pelajar lebih kuat. Dengan ini,
sesebuah sekolah dan badan kepimpinan perlulah memainkan peranan yang
94 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
penting dalam membentuk identiti dan integriti pelajar supaya dapat
mengharungi kehidupan pada masa hadapan yang lebih mencabar.
Bagi mengatasi masalah pelajar yang tidak mahu terlibat dalam program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah dan kepimpinan, badan kepimpinan perlulah
mengambil langkah yang lebih bijak dalam menganjur sesuatu program bagi
menarik minat pelajar untuk turut serta dalam program tersebut selain dapat
memberikan impak yang mendalam kepada kalangan pelajar. Dengan ini,
permasalahan pelajar tidak aktif dan tidak mempunyai keyakinan dapat
diselesaikan.
Amalan baik dalam kalangan pelajar juga perlu ada pada setiap orang supaya
segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial.
Kemahiran-kemahiran insaniah yang dapat diterapkan di sekolah dapat
melahirkan belia yang unggul dan utopia demi merealisasikan misi nasional
negara. Seperti yang kita tahu, kemahiran insaniah atau kemahiran generik ini
merupakan elemen yang amat diperlukan oleh pihak majikan dan perlu diberi
penekanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Senarai Rujukan
Alkhudri. (10 Mac 2021). Introvert, Extrovert dan Ambivert – Yang Mana
Satukah Anda?
Dicapai daripada https://alkhudhri.com/2020/07/introvert-extrovert-dan-
ambivert-yang-mana-satukah-anda/
Faisal Muhammad. (19 Oktober 2019). Peluang kerja cukupkah? Sinar Harian.
Dicapai
daripada
https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/5287
5
Hadi, N. H., Husin, M. R., Slanjat, E. M., Hussin, S. W., Ja’afar, N., Leonard, V.
S., &
Edwin, S. (2019). Pelajar Introvert di Sekolah. Journal of Humanities and
Social Sciences, 1(1), 1-21. doi:10.36079/lamintang.jhass-0101.99
Sadock, B. Sadock, V. Ruiz, P. (2017). Kaplan and Sadock's Comprehensive
Textbook of
Psychiatry. Wolters Kluwer. ISBN 978-1-4511-0047-1.
95 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH