The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini merupakan koleksi kertas kerja sepanjang Kongres Kepimpinan Pelajar Islam Nasional (PIMPIN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azimkimi.p12, 2021-03-26 11:14:07

ISU-ISU KEPIMPINAN DAN AMALAN ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Buku ini merupakan koleksi kertas kerja sepanjang Kongres Kepimpinan Pelajar Islam Nasional (PIMPIN)

Keywords: Kepimpinan Pelajar Sekolah

bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang
diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin
ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan
menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya
dengan baik dan adil.

Justeru itu, pemimpin mestilah berusaha mempertingkatkan kualiti diri dan
kualiti kepimpinannya ke tahap yang lebih cemerlang. Kepimpinan dalam Islam
bukanlah alat untuk memperoleh kekayaan, pangkat dan kesenangan hidup di
dunia semata-mata, malah ianya merupakan amanah yang wajib ditunaikan
demi kesejahteraan umat manusia seluruhnya. Kelalaian dan kegagalan
pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah tersebut sama
ada pemimpin yang memimpin dalam keluarga dan rumah tangga, masyarakat
atau negara akan mengakibatkan penyesalan dan kerugian di hari akhirat
kelak.

Tegasnya, tugas kepimpinan yang telah digariskan dalam Islam ialah
mendaulatkan kalimah Allah di pelbagai tahap dan peringkat tanggungjawab
masing-masing. Umpamanya seorang lelaki yang telah berkeluarga
mempunyai tanggungjawab yang lebih banyak berbanding mereka yang belum
ada tanggungan, kerana ianya harus menunaikan tanggungjawab kepada
dirinya dan keluarganya. Begitu juga seorang suami yang diberi amanah yang
lain sebagai pemimpin masyarakat akan lebih berat tanggungjawab terhadap
keluarga dan negara.

Program dan Amalan yang Dilaksanakan dalam Exco Asrama
untuk Pelajar Asrama

Pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh Exco Asrama untuk semua
pelajar asrama. Tidak ketinggalan bagi warden asrama mahupun guru yang
ingin menyertai program tersebut. Tujuan program-program ini dilaksanakan
adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah di antara guru-guru, warden asrama
dan pelajar asrama SMKA SHOAW. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat
mengajar individu untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan menjaga
keterampilan diri sekali gus dapat mengetahui uslub bagaimana untuk menjadi
seorang pemimpin dan memimpin sesebuah kumpulan.

Program yang dilaksanakan oleh Exco Asrama untuk pelajar asrama antaranya
ialah Perhimpunan Asrama, Hari Asrama Terbuka, Kejohanan Sukan Asrama,
Malam Dirimu Ku Hargai, 1 Malam 1000 Kenangan dan banyak lagi. Setiap

246 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

tahun, program-program ini akan dilaksanakan jika tiada halangan untuk
melaksanakannya.

Seterusnya, tidak lupa juga beberapa amalan yang selalu diterapkan bukan
sahaja pelajar asrama tetapi warga SMKA SHOAW juga digalakkan untuk
mengamalkannya. Tujuan penerapan amalan ini kepada pelajar asrama adalah
kerana amalan ini membawa pelbagai kebaikan bukan sahaja di asrama malah
mereka juga boleh menerapkan amalan ini di rumah.
Antara amalan yang diterapkan kepada pelajar asrama amsal membaca Surah
Al-Mulk setiap malam sama ada di Masjid Ar-Rahman SMKA SHOAW ataupun
di asrama iaitu di bilik masing-masing. Pelajar asrama juga digalakkan untuk
membuat gotong-royong asrama supaya asrama sentiasa dalam keadaan
bersih dan ceria. Bukan itu sahaja, aktiviti mengemas bilik masing-masing juga
perlulah dilakukan pada setiap hari.

Rumusan

Secara konklusinya, BPPPA merupakan badan yang amat signifikan kepada
alma mater yang berasrama penuh bagi mengawal pelajar-pelajar di asrama.
BPPPA sewajarnya menanam sifat kepimpinan di dalam diri masing-masing
agar dapat menjadi teladan yang baik kepada pelajar-pelajar lain. Firman Allah
SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 30;

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata:
"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan

membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan

berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu
ketahui.”

Oleh itu, izharlah bahawa kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang diberi
amanah tanggungjawab oleh Allah sebagai khalifah untuk memakmurkan alam
ini daripada segala kemungkaran dan sikap mazmumah dengan tugas
kepimpinan yang tertentu mengikut tahap dan peringkat yang berbeza-beza,
iaitu sebagai individu, ahli keluarga, pemimpin masyarakat, pemimpin bangsa
dan pemimpin negara adalah bertanggungjawab bagi meneruskan risalah dan
perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW demi kebaikan dan kesejahteraan
seluruh umat manusia.

247 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Senarai Rujukan

RISDA, (2009, Disember 2009). Konsep Kepimpinan Dalam Islam. Diperolehi daripada
https://www.risda.gov.my/images/pdf/Penerbitan/Dasar_Kualiti/2009/Bil-12-

2009/33.pdf.
kemenag.go.id. QS. Al-Baqarah Ayat 30. Diperolehi daripada
https://kalam.sindonews.com/ayat/30/2/al-baqarah-ayat-30.
Wikipedia, ensiklopedia bebas, (2020, Disember 3). Definisi Kepimpinan. Diperolehi
daripada

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kepimpinan.

248 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

INSTITUSI PENDIDIKAN SEBAGAI TAPAK
PERMULAAN PEMIMPIN GENERASI MUDA

Nurul Adani Binti Shahrul Munir
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP, d/a Masjid Saidina Othman

Ibn Affan Bandar Tun Razak, Cheras, 56000, Kuala Lumpur.
(E-mail: [email protected])

Nurliyana Batrisyia Binti Mohd Hafiz
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP, d/a Masjid Saidina Othman

Ibn Affan Bandar Tun Razak, Cheras, 56000, Kuala Lumpur.
(E-mail: [email protected])

Muhamad Imran Husaini Bin Mushi
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP, d/a Masjid Saidina Othman

Ibn Affan Bandar Tun Razak, Cheras, 56000, Kuala Lumpur.
(E-mail: [email protected])

Abstrak

Dalam menelusuri era pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda,
kita telah membentuk segenap masyarakat dan warga belia yang berfikiran
terbuka khususnya yang mampu untuk menjadi pemimpin kepada negara dan
bangsa. Belia yang merupakan bakal pemimpin dan tunjang negara masih
terbelenggu oleh pelbagai permasalahan sosial dan juga disiplin diri. Dalam
perkara ini, jelas dapat ditunjukkan bahawa sebahagian daripada mereka masih
belum melakukan anjakan paradigma yang selaras dengan arus pembangunan
negara kita. Struktur kepimpinan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan sejak di
bangku sekolah merupakan tunjang utama dalam membentuk sahsiah belia
Islam yang dapat memperkasakan dalam memimpin nusa dan bangsa. Oleh
itu, kertas kerja ini akan membincangkan konsep kepimpinan belia islam
sebagai contoh yang mampu untuk menggalas tanggungjawab kepimpinan
negara yang berkualiti sebagai kumpulan sasar yang merangkumi model
kepimpinan dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.

Kata kunci: Disiplin diri, sahsiah, tanggungjawab

249 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Pengenalan

Dasawarsa ini, model kepimpinan remaja sudah tidak lagi dipandang enteng
dan serong oleh masyarakat dan negara. Remaja berkualiti mempunyai didikan
yang baik sejak peringkat sekolah telah membentuk individu yang luar biasa.
Antaranya termasuklah model kepimpinan pengawas asrama yang merupakan
suatu kumpulan kecil yang bernaung di bawah Unit Kebajikan Dan Keceriaan.
Setiap anggota Pengawas Asrama mempunyai pelbagai kemahiran dan
kelebihan serta pengetahuan asas tentang aspek-aspek bimbingan di asrama
supaya setiap individu mendapat khidmat pertolongan dari unit ini dengan lebih
jelas dan berkesan berdasarkan pada maklumat awal penubuhannya.

Guru penasihat atau dengan panggilan lebih mesra iaitu warden di asrama
merupakan guru yang ditugaskan untuk membantu pelajar di asrama yang
memerlukan khidmat nasihat dan bantuan bagi menangani masalah murid.
Oleh yang demikian, pelajar yang mempunyai komunikasi yang berkesan dan
memberi pengaruh yang kuat di kalangan murid amat diperlukan dalam
organisasi untuk memudahkan gerak kerja.

Intihanya, murid yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus
dalam mengawal keadaan dan bijak memberi arahan. Kumpulan kecil yang
dikenali sebagai Pengawas Asrama ini telah mempunyai model kepimpinan
yang proaktif dan pelbagai kursus serta aktiviti telah dijalankan bagi
menambahbaik peranan masing-masing. Ahli unit ini juga perlu dipupuk agar
mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji di kalangan guru dan rakan sebaya
agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna.

Disiplin Diri Tunjang Utama Kepimpinan

Disiplin diri merupakan tunjang yang penting dalam diri seseorang, jika tidak
dilatih dari kecil susah untuk mendisiplinkan diri apabila umur sudah menginjak
remaja. Tanpa disiplin, diri tidak akan maju ke hadapan untuk membantu
generasi muda untuk memimpin negara dan bangsa. Menurut definisi disiplin
itu sendiri ialah peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk
membentuk generasi muda dan belia selari dengan kehendak agama, norma-
norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Manakala definisi
diri ialah seseorang atau empunya badan. Maka, jika dilihat definisi disiplin diri
secara menyeluruh ialah di mana satu kemampuan untuk melaksanakan
arahan kepada diri sendiri untuk melakukan apa yang seharusnya
dilaksanakan, sama ada kita menyukai hal tersebut atau tidak.

250 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Dari hal ini dapat dikaitkan perkaitan antara disiplin diri dan pengawas asrama,
biarpun gelaran pengawas asrama itu kurang mendapat nama dalam mata
pelajar sekolah harian tetapi tidak bagi pelajar sekolah berasrama penuh, sosok
pemegang jawatan pengawas asrama inilah memainkan peranan yang penting
dalam membentuk jati diri, sahsiah dan disiplin diri seseorang pelajar supaya
dapat memimpin negara dengan jati diri dan pegangan yang kuat. Pengawas
asrama berfungsi untuk membantu guru dan ibu bapa dalam membentuk
keperibadian dalaman dan kupayaan mental yang kuat. Pengawas asrama juga
berperanan sebagai idola atau pemberi contoh yang baik untuk diikuti oleh para
pelajar termasuk kepimpinan itu sendiri. Badan kepimpinan ini juga
bertanggungjawab dalam membantu pihak sekolah menganjurkan program
yang membantu meningkatkan jati diri pelajar. Sebagai pengantara pihak guru
dan murid, badan kepemimpinan ini perlu sentiasa berbincang dengan guru
penasihat atau warden agar undang- undang di asrama dapat dipatuhi
sepenuhnya oleh murid-murid. Ia merupakan antara prakarsa yang perlu
diambil kira dan diaplikasikan agar disiplin pelajar dapat dibentuk dan mampu
membantu pihak sekolah dalam membentuk sahsiah diri murid yang unggul.

Tanggungjawab Menjadi Asas Kepimpinan

Kita semua tidak dapat lari daripada tanggungjawab, sama ada sebagai anak
atau pelajar semua ada tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab
bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipikul tetapi kita mesti berusaha untuk
melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Menurut definisi tanggungjawab itu
sendiri, perkataan tanggungjawab itu merujuk pelbagai definisi. Menurut kamus
Akademi Bahasa Sepanyol Diraja (RAE), merujuk kepada komitmen atau
kewajipan moral yang timbul daripada kesilapan yang mungkin dibuat oleh
individu dalam sesuatu perkara tertentu. Tanggungjawab juga adalah
kewajipan untuk membaiki kesilapan dan mengimbangi kesalahan yang
disebabkan apabila situasi tersebut menjadi wajar. Satu lagi definisi yang
mungkin disebutkan oleh RAE menegaskan bahawa tanggungjawab adalah
keupayaan manusia untuk mengukur dan mengenali kesan-kesan episod ia
dijalankan dengan kesedaran dan kebebasan penuh.

Oleh itu, orang yang bertanggungjawab adalah orang yang membuat tindakan
secara sedar dan boleh dihitung oleh rujukan. Oleh itu, tanggungjawab boleh
menjadi kebaikan keatas orang yang menikmati kebebasannya atau menjadi
beban keatasnya. Secara lebih tepat, kita dapat menentukan bahawa
seseorang itu mempunyai tanggungjawab adalah orang yang sedar akan
posisinya dan berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan

251 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

tanggungjawabnya. Begitu pula halnya dengan pengawas asrama, mereka
melatih para pelajar untuk membiasakan diri mereka dengan tanggungjawab
seperti memberi mereka tugasan atau latihan untuk memantapkan lagi disiplin
diri dan perasaan bertanggungjawab. Hal ini dapat menjadikan para pelajar
lebih berdaya saing untuk berusaha memegang tanggungjawab di dalam
kepimpinan untuk memimpin di masa akan datang. Pengawas asrama
berperanan penting untuk memastikan para pelajar bertanggungjawab keatas
kesalahan atau perkara yang mereka lakukan supaya mereka menyedari
kesalahan dan tidak mengulanginya kembali. Ia merupakan salah satu asas
yang penting dalam membentuk keperibadian pelajar yang unggul sahsiahnya
dalam meminpin negara.

Struktur Organisasi

Organisasi bermaksud kesatuan (susunan dan sebagainya) yang terdiri
daripada bahagian-bahagian, orang dan lain-lain dalam sesuatu pertubuhan,
perkumpulan, perbadanan, untuk tujuan-tujuan tertentu seperti kepentingan
bersama dan sebagainya. Struktur organisasi memegang peranan yang
penting bagi kelancaran sesuatu aktiviti, baik dari skala yang kecil mahupun
besar. Hal ini karena pengorganisasian akan menjadikan pekerjaan lebih efektif
dan tidak terpusat dalam satu kendali. Dari aspek organisasi, suatu badan yang
dianggotai oleh pelbagai individu dengan pelbagai kelebihan yang menjalankan
tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama. Secara
rumusnya, organisasi merupakan sistem pendidikan negara bergantung
kepada organisasi-organisasi sistem pendidikan itu sendiri. Antara organisasi
penting yang bertujuan untuk memastikan kemajuan dalam bidang pendidikan
ialah organisasi sekolah. Contohnya organisasi dalam sesebuah asrama iaitu
Badan Kepimpinan Pelajar seperti Pengawas Asrama yang terdiri daripada
Ketua Pengawas Asrama, serta dibantu oleh Timbalan Ketua Pengawas
Asrama. Barisan pimpinan asrama ini juga disokong oleh setiausaha dan
bendahari yang berwibawa serta biro-biro yang sentiasa bersemangat
menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Carta
organisasi pengawas asrama SMISTA-MAIWP adalah seperti dalam Gambar
Rajah 1 berikut.

252 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Ketua Pengawas Asrama
Penolong Ketua Pengawas Asrama

Setiausaha Bendahari
Timbalan Setiausaha Timbalan Bendahari

Biro Akademik Biro Disiplin Biro Multimedia Biro Kebersihan Biro Sukan
khas Dan Keceriaan khas

Gambar Rajah 1. Carta Organisasi Pengawas Asrama SMISTA-MAIWP.

Aktiviti / Tugas

Dalam usaha untuk membentuk disiplin dan peribadi unggul pelajar, badan
kepimpinan pengawas asrama akan mengadakan beberapa aktiviti pada setiap
tahun untuk memantapkan lagi struktur organisasi badan kepimpinan ini. Hal ini
bertujuan untuk membantu meningkatkan keupayaan pengawas asrama dalam
membentuk sahsiah diri murid. Antara aktiviti ataupun program yang pasti
dilaksanakan oleh semua sekolah ialah Kursus Asas Kepimpinan Pengawas
Asrama, program ini ditujukan kepada ahli-ahli badan kepimpinan pengawas
asrama untuk memantapkan lagi kemahiran dan keupayaan mereka dalam
membantu dan menjadi pengawas asrama yang berjaya. Program ini amat
membantu para pengawas dalam menambahkan keyakinan dalam memimpin
dan membantu para pelajar.

Dalam masa yang sama, para pemimpin haruslah melaksanakan tugas yang
telah diberikan. Hal ini bertujuan untuk memastikan segala peraturan akan
dituruti dan pengurusan asrama berjalan dengan lancar. Tugas-tugas
pengawas asrama merangkumi pelbagai aspek dan dipecahkan kepada
beberapa biro. Hal ini bertujuan agar setiap pengawas mempunyai tugas tetap
yang telah diagihkan kepada semua orang secara sama rata. Antara biro-biro
yang ditubuhkan adalah tidak lain tidak bukan biro disiplin, biro akademik, biro
multimedia, biro sukan serta biro kebersihan dan keceriaan. Biro-biro tersebut
membantu para guru untuk mengawal keadaan di asrama agar peraturan
sentiasa dipatuhi.

253 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Program / Amalan Terbaik Badan

Seiring dengan topik yang dibawa, sudah semestinya Barisan Pengawas
Asrama SMISTA-MAIWP telah menganjurkan beberapa program menarik
untuk para pelajar bagi mengeratkan lagi hubungan antara kepimpinan dan
pelajar-pelajar tersebut. Ia juga bagi menguji tahap keupayaan dalam diri
masing-masing dan agar mereka mampu menjadi contoh yang terbaik untuk
masyarakat diluar sana.

Antara program yang telah dilaksanakan oleh Badan Kepimpinan Pengawas
Asrama ialah Program Tayangan yang diadakan pada hari minggu yang tidak
pulang balik bermalam. Program ini dapat membantu mengeratkan hubungan
sesama pelajar sekaligus mengajar mereka nilai-nilai murni yang terdapat di
dalam tayangan tersebut. Program Tayangan ini bermula selepas solat Isyak
berjemaah sehingga waktu makan malam. Di samping itu, pengawas asrama
juga melakukan Program SisKA (Sistem Keluarga Asrama), di mana program
ini diikuti oleh guru-guru penasihat dan juga warden dalam memantau para
pelajar di asrama. Antara inti program ini ialah melaksanakan acara guru angkat
untuk setiap bilik (dorm), tujuan acara ini dilakukan supaya pelajar dapat
dipantau dengan mudah oleh guru-guru yang telah dikhaskan untuk setiap bilik.

Seterusnya, antara amalan terbaik Badan Kepimpinan Pengawas Asrama ialah
amalan Gotong-Royong Perdana. Amalan ini dilaksanakan pada setiap hujung
minggu dengan tujuan untuk memastikan keadaan asrama sentiasa bersih
setiap masa tidak kira sama ada pada waktu persekolahan atau pada cuti
hujung minggu. Gotong-Royong Perdana dimulakan seawal jam 8 pagi
sehingga 9.30 pagi dan dipantau oleh warden bertugas. Pengagihan tempat
dilakukan oleh pengawas asrama yang bertugas supaya adil. Amalan Gotong-
Royong Perdana ini dapat mengajar pelajar-pelajar akan erti kemandirian
sekaligus menjadikan mereka lebih matang dan bertanggungjawab keatas
setiap perkara. Amalan ini sangat digalakkan untuk dilaksanakan di asrama
kerana dapat membantu para pelajar mengasah kemampuan mereka dan
mengenal mereka dengan lebih dalam lagi.

Rumusan

Secara tuntasnya, terdapat puluhan malah ratusan ciri yang membentuk
seseorang pelajar untuk menjadi cemerlang. Ditekankan lagi tentang konsep
Pengawas Asrama iaitu dengan membantu rakan dan insan yang lain menjadi
pemimpin yang mampu mepimpin negara. Bahkan, kita akan dapat melahirkan

254 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

lebih ramai insan yang berbakat dan mempunyai keupayaan dan kerjasama
yang tinggi dalam memimpin sekaligus dapat menambah keyakinan mereka. Di
samping itu, semua pihak tidak kira tua atau muda berperanan penting dalam
membimbing dan menjadi contoh terbaik kepada para pelajar dalam menjadi
seorang individu yang berguna kelak untuk keluarga, masyarakat dan negara.
Semoga generasi muda hari ini dapat menepati ciri-ciri modal insan minda kelas
pertama iaitu mempunyai kualiti diri yang tinggi dari segi akademik,
kokurikulum, disiplin, sahsiah dan pegangan agama yang disebut-sebut
sebagai hala tuju pendidikan negara. Diharapkan golongan pelajar cemerlang
ini berjaya dihasilkan dan menjadi harapan nusa bangsa untuk meletakkan
daya saing negara di pentas antarabangsa. Persis kata peribahasa, kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Rujukan

SMKABEMAS (2012, Mac 29). Konsep dan Definisi Disiplin. Diperolehi

daripada https://smkabemas.wordpress.com/2012/04/29/konsep-dan-

definisi-disiplin-3/

EDUCALINGO (2021). Definisi Diri. Diperolehi daripada
https://educalingo.com/ms/dic-ms/diri

PENGERTIAN MENURUT PARA AHLI (2019). Pengertian Disiplin Diri dan
Contohnya. Diperolehi daripada:
https://pengertianmenurutparaahli.org/pengertian-disiplin-diri-dan-

contohnya/

erf-est.org (2012, April 21). Definisi Tanggungjawab. Diperoleh daripada
https://ms.erf- est.org/12421-responsabilidad.html

jurnal entrepreneur (2021). Struktur Organisasi: Definisi, Jenis, dan
Fungsinya. Diperoleh daripada https://www.jurnal.id/id/blog/struktur-
organisasi-definisi-jenis-dan-fungsinya/

255 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

KEPIMPINAN EFEKTIF PEMACU PEMBANGUNAN
INSAN

Adam Zikri Bin Ahmad Zamroni
SM Imtiaz YT Kemaman

[email protected]

Chempaka Nur Ariesha Binti Juhari
SM Imtiaz YT Kemaman

[email protected]

Muhammad Irfan Muhaimin Bin Ahmad Lukman
SM Imtiaz YT Kemaman

[email protected]

Abstrak

Kepimpinan adalah satu proses yang mempengaruhi aktiviti kumpulan yang
dianjurkan dalam usahanya untuk mencapai keazaman dan pencapaian
objektif. Kepimpinan merupakan aspek yang penting dalam membentuk
sesuatu organisasi bagi mencapai matlamat, visi, misi dan objektif yang
diharapkan oleh sesebuah organisasi. Dalam tajuk ini kita akan
membincangkan konsep kepimpinan pelajar yang berkesan dalam
membangunkan modal insan di sekolah. Selain itu, tajuk ini juga memfokuskan
tentang peranan penting setiap ahli jawatan kuasa dalam sesebuah organisasi.
Malah, turut dibincangkan cabaran-cabaran yang biasa dihadapi dalam
membangunkan modal insan di sekolah. Bagi memperluas skop perbincangan
kita lihat pula usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Akhir sekali, tajuk ini akan membincangkan penambahbaikan
yang perlu dilakukan dan memerlukan usaha yang lebih kuat bagi pihak sekolah
dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membentuk dan
menghasilkan sumber manusia yang selari dengan perubahan persekitaran
dan matlamat negara ke arah merealisasikan wawasan 2020.

Kata Kunci: kepimpinan, modal insan, cabaran, usaha, objektif.

Pengenalan

Kepimpinan merupakan salah satu elemen asas yang menjadi tonggak utama
dalam sesebuah komuniti. Ia memberikan impak yang sangat besar terhadap
persekitarannya. Jika wujudnya sesebuah kepimpinan yang berwibawa, maka
lahirlah masyarakat yang berjaya. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa

256 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

sesebuah tampuk kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting bagi
melahirkan generasi yang berkeperibadian tinggi pada masa akan datang.

Modal Insan Pelajar

Menurut Yahya, Aziah dan Yaakob, (2006) matlamat persekolahan adalah
untuk mencorak dan membentuk sumber manusia yang berpotensi menjana
pembangunan negara. Ini menunjukkan bahawa generasi muda yang terdiri
daripada mahasiswa dan pelajar sekolah bakal mencorakkan masa depan
sesebuah negara. Golongan inilah yang akan menggantikan pemimpin-
pemimpin negara pada masa hadapan. Dengan ini, jelaslah bahawa masa
depan sesebuah negara boleh dilihat melalui generasi muda negara tersebut.
Antara aspek modal insan pelajar yang perlu dilatih dalam diri setiap pelajar
ialah akademik, sahisah, keyakinan diri dan disiplin. Oleh itu, sekolah dan
institusi pengajian merupakan medium yang sangat penting dalam membentuk
generasi muda yang berjaya bagi menjamin masa depan negara.

Model Kepimpinan di SM Imtiaz YT Kemaman

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan satu organisasi pelajar dibawah
pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang ditubuhkan di SM imtiaz YT
kemaman. Organisasi ini terdiri daripada para pelajar yang diberi kepercayaan
daripada guu untuk memipin para rakan. Kesimpulannya, PRS merupakan satu
organisasi pelajar yang berada di bawah bimbingan individu yang merupakan
ketua exco akedemik di dalam badan MPP.

Pihak Atasan

Majlis Tertinggi Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar

Rajah 1: Hierarki Kepimpinan di SM Imtiaz YT Kemaman

Pihak atasan terdiri daripada pengetua, barisan Guru Penolong Kanan dan
barisan paru guru di SM Imtiaz YT Kemaman. Pihak atasan berfungsi sebagai
pembimbing dan memberi arahan kepada MPP bagi memastikan kepimpinan
pelajar di sekolah menjadi lebih efektif dengan pelbagai program yang telah
berjaya dilakukan dengan usaha pihak atasan. Seterusnya, majlis tertinggi
merupakan badan penting di sekolah selepas guru atau pihak sekolah.Majlis
tertinggi terdiri daripada Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung
daripada setiap badan kepimpinanan utama di SM imtiaz YT Kemaman.
257 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Terdapat 4 badan kepimpinan utama iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),
Majlis Perwakilan Asrama (MPA), Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR), dan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Fungsi Majlis Tertinggi Pelajar adalah
untuk mengumpulkan dan membincangkan masalah yang dihadapi setiap
badan kepimpinan dan seterusnya melaporkan perkara tersebut kepada pihak
atasan sekiranya kritikal. Kemudian, organisasi ini disusuli lagi dengan Majlis
Perwakilan Pelajar yang terdiri daripada beberapa exco. Terdapat 9 exco yang
berperanan di bawah MPP iaitu Exco Akademik (PRS), Exco Asrama (MPA),
Exco Disiplin, Exco Dakwah dan Kerohanian(BADAR), Exco Ekonomi dan
Tugas-tugas Khas, Exco Sukan dan Kebudayaan, Exco Informasi Coretan
Teknologi (ICT), Exco 4K (Kebajikan, kebersihan, keceriaan dan keselamatan)
dan Exco Firqah. Terdapat 3 exco yang unik di SM Imtiaz YT Kemaman iaitu
Exco Asrama, Exco Akademik dan Exco Dakwah dan Kerohanian. Ketua bagi
setiap exco tersebut secara automatik menyandang jawatan presiden MPA,
PRS dan BADAR seperti di rajah 2:

Ketua Exco Asrama PresidenMajlisPerwakilanAsrama(MPA)
Ketua Exco Akademik
Presiden Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Ketua Exco Dakwah dan Presiden Badan Dakwah dan Kerohanian
Kerohanian (BADAR)

Rajah 2: Jawatan yang disandang Secara Automatik oleh Ketua Exco Asrama, Exco
Akademik dan Exco Dakwah dan Kerohanian.

Usaha dalam Membangunkan Modal Insan Pelajar

Antara program yang telah kami jalankan sebagai langkah dalam
membangunkan modal insan pelajar di sekolah ialah program ceramah
berkaitan Cabaran Kelas Online yang disampaikan oleh Ir. Dzulfarqeish Bin
Zainudin. Beliau berpengalaman dalam menyampaikan ceramah mengenai
pendidikan digital era IR4.0 serta pendidikan STEM MALAYSIA di seluruh
sekolah di Malaysia. Program ini telah diadakan pada 12 Februari 2021 secara
dalam talian menerusi aplikasi Instagram. Objektif utama program ini adalah
untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang cara belajar yang
efektif. Selain itu, para pelajar turut didedahkan dengan adab-adab yang perlu
diamalkan sebagai seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan
sahsiah.

Selain itu, kami juga mengadakan perkongsian santai bersama alumni sekolah
kami berkait cabaran di institusi pengajian tinggi. Program ini telah diadakan

258 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

pada 6 Februari 2021 juga menerusi aplikasi Instagram. Objektif utama
program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para
pelajar tentang suasana dan persekitaran di institusi pengajian tinggi. Program
ini dapat membantu para pelajar agar lebih bersedia untuk menempuh dan
mengharungi cabaran yang bakal didepani apabila meneruskan pelajaran di
peringkat seterusnya.

Bagi meningkatkan keyakinan dalam diri para pelajar, kami telah mengadakan
pengucapan awam secara individu. Program ini diadakan pada setiap hari
Ahad, Isnin dan Rabu setiap minggu dan diwajibkan ke atas setiap pelajar. Para
pelajar diberi jadual giliran dan makluman awal supaya dapat membuat
persediaan secukupnya. Program ini dapat memberi sedikit sebanyak
pengalaman untuk bercakap di hadapan khalayak ramai sekali gus
menerapkan keyakinan diri dalam kalangan pelajar.

Akhir sekali, pihak kami telah mewujudkan akaun Instagram. Di dalam akaun
Instagram tersebut, kami menyediakan informasi tentang isu semasa,
perkongsian ayat-ayat al-quran dan kata-kata semangat khas buat para pelajar.
Program ini sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu tambahan kepada mereka
dan memberi sokongan kepada mereka dari segi mental.

Rumusan

Melalui perbincangan di atas, kita dapat rumuskan bahawa kepimpinan yang
efektif sangat penting dan perlu dilatih dan diterapkan kepada generasi muda
sejak dari bangku sekolah lagi. Kepimpinan di sekolah akan memberi kesan
kepada para pelajar apabila mereka mula memasuki ke alam pekerjaan. Segala
keputusan yang diambil sama ada baik atau buruk akan memberi impak kepada
komuniti pada masa akan datang. Hal ini juga saling berkait rapat dengan
pembangunan modal insan pelajar di sekolah. Pada keseluruhannya, tajuk ini
membincangkan mengenai kepimpinan dalam pembangunan modal insan di
sekolah. Tajuk ini juga membincangkan mengenai, ciri, gaya dan kepentingan
kepimpinan bagi membentuk individu yang berketrampilan dan boleh menjalan
tugas dengan lancar. Tajuk ini juga menyentuh persekitaran yang memengaruhi
penghasilan dan pengurusan sumber manusia yang mempunyai hubungan
dengan pembangunan modal insan. Akhir sekali tajuk ini juga
mempertengahkan aspek kepimpinan dalam persekitaran sumber manusia
dalam persekolahan di Malaysia yang perlu diamalkan oleh kepimpinan sekolah
dan guru-guru ke arah keberkesanan penjanaan modal insan yang berkualiti.

Rujukan

259 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Shanti. (2018,Mac). Konsep Kepimpinan. Diambil dari
shanti.staff.uns.ac.id/files/2018/03/konsep-kepemimpinan-std.ppt
Yahya (2014, Ogos,2). Konsep Pembangunan Insan.Diambil dari
https://dpi1apgl.blogspot.com/2014/08
Mohamad.Baharom (2009,Mac,24)Kepimpinan Pendidikan dalam
Pembangunan Modal Insan
irep.iium.edu.my/11674/1/...dlm_Pbgnan_Modal_Insan.pdf Sharma.S.Robin,
t.t. What is Leadership
https://www.robinsharma.com/article/what-is-leadership
Sharma.S.Robin (2011).The Leader Who Had No Title.New York,NY Simon
and Schuster,Inc
Ab. Aziz Yusof. (2003). “Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi”. Petaling
Jaya. Prentice Hall

260 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

PEMBENTUKAN MASYARAKAT INSANIAH
TERHASIL DARIPADA GARAPAN PEMIMPIN YANG

MENJALANKAN AMANAH BERLANDASKAN
AGAMA ISLAM

Muhammad Albaqir bin Mahfuz
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jalan Selandar, Kampung

Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka.
(E-mail : [email protected] )

Adlina Safiyyah binti Shabirin
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jalan Selandar, Kampung

Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka.
(E-mail : [email protected] )

Nasuha Humairah binti Deswir
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jalan Selandar, Kampung

Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka.
(E-mail : [email protected] )

Abstrak

Dasawarsa ini, konsep kepimpinan amat dititikberatkan dalam sesebuah
organisasi. Seseorang yang bergelar pemimpin akan menentukan hala tuju dan
jatuh bangun masyarakat itu.Tidak kiralah dari sebesar-besar organisasi yang
terpenting dalam negara sehinggalah ke sekecil-kecil institusi-institusi
pendidikan. Sebagai contoh, kebejatan moral murid pada zaman ini telah
menjadikan tugas sebagai seorang guru itu semakin sukar. Oleh itu, antara
langkah dan inisiatif tenaga pengajar adalah dengan mencipta sebuah
organisasi yang terdiri daripada barisan pelajar yang berkepimpinan yang
mampu membantu guru-guru dalam usaha membentuk sahsiah dan
membanteras segala salah laku murid-murid. Islam juga mengajarkan bahawa
setiap seorang Muslim yang mukallaf itu merupakan seorang pemimpin.
Keperluan ketua atau pemimpin ini adalah jelas, iaitu untuk menjalankan syariat
Allah di muka bumi ini, terutama suruhan-suruhan yang berkaitan dengan tugas
penguasa, juga untuk memberi pengarahan, menjaga kebajikan dan
keselamatan mereka dan menjalankan usaha untuk kemuslahatan ramai.
Baginda Nabi Muhammad S.A.W. sendiri juga merupakan seorang pemimpin
yang sangat hebat dan peribadinya patut dicontohi sebaiknya. Setiap
tanggungjawab dalam urusan memimpin ini juga merupakan amanah yang
besar dan wajib ditunaikan buat seseorang pemimpin itu demi kesejahteraan
umat manusia seluruhnya. Mereka perlulah berusaha menjalankan tugas

261 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

dengan baik ,mempertingkatkan kualiti diri dan kualiti kepimpinannya ke tahap
yang lebih cemerlang. Kelalaian dan kegagalan pemimpin dalam
melaksanakan tanggungjawab dan amanah tersebut sama ada pemimpin yang
memimpin dalam keluarga dan rumah tangga, masyarakat atau negara akan
mengakibatkan penyesalan dan kerugian di hari akhirat kelak.

Kata Kunci: kepimpinan, islam, amanah

Pengenalan

PRS ataupun singkatan bagi Pembimbing Rakan Sebaya merupakan jawatan
yang diberikan kepada murid yang dilatih dengan asas komunikasi dan
kaunseling. Mereka juga diajarkan menguasai kemahiran membantu supaya
mereka dapat membantu rakan yang memerlukan pertolongan dari segi mental,
sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Berbeza dengan tugas pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya lebih
menekankan aspek pendekatan dalam kalangan murid-murid biasa lebih-lebih
lagi rakan sebaya. Melihat kepada slogan pembimbing rakan sebaya iaitu
‘bantu diri untuk bantu orang lain’ sangat memberi impak yang besar kepada
jawatan seorang pembimbing rakan sebaya itu sendiri. Pentingnya seseorang
yang berjawatan PRS itu untuk menjadi ‘role model’ buat pelajar lain iaitu
dengan memberikan contoh yang terbaik kepada pelajar lain agar dijadikan
contoh dan ikutan. Pembimbing rakan sebaya juga dikatakan antara orang yang
paling terdekat dalam memahami masalah seseorang pelajar. Dengan cara ini,
tugas sebagai Pembimbing Rakan Sebaya dapat dijalankan dengan membantu
pelajar yang mungkin bermasalah dan mempunyai kesukaran untuk meluahkan
masalahnya kepada guru ataupun ahli keluarga mereka. Tugas pembimbing
rakan sebaya bukanlah memberikan jawapan kepada kekeliruan pelajar tetapi
membantu dalam membuat pilihan yang dihadapi oleh pelajar lain. Sebagai
seorang pembimbing rakan sebaya yang juga merupakan seorang pelajar,
boleh dikatakan mereka ini lebih faham mengenai jiwa sebagai seorang remaja.
Oleh yang demikian amat sesuailah pembimbing rakan sebaya untuk menjadi
pendengar masalah yang setia dan menjadi rakan yang peka terhadap
perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Tak lupa juga bagi seseorang
pembimbing rakan sebaya itu untuk memimpin rakan melihat masalah dengan
objektif dan menggalakkanya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar
melalui pengalamannya. Mereka juga mestilah mematuhi etika kerahsiaan
apabila mendengar permasalahan pelajar. Ada di antara pelajar lebih memilih
untuk merahsiakan permasalahan mereka maka seseorang pembimbing rakan
sebaya itu perlulah menjaga rahsia dan membantu apa yang mereka mampu.
Tegasnya, jawatan pembimbing rakan sebaya amat penting dalam institusi
pelajaran dan dalam sesebuah sekolah untuk membantu pelajar-pelajar yang
mempunyai masalah dan membantu mendalami permasalahan yang dihadapi
oleh dalam kalangan segelintir pelajar dalam komuniti sesebuah sekolah itu.

262 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Carta Organisasi Pembimbing Rakan Sebaya

Barisan kepimpinan pembimbing rakan sebaya terdiri kepada beberapa
bahagian yang terdiri daripada Ketua PRS, Penolong Ketua PRS, Setiausaha,
Bendahari serta beberapa Lajnah lain yang turut membantu dalam kepimpinan
ini. Lajnah ataupun Exco mempunyai peranan mereka yang tersendiri dalam
membantu memudahkan urusan gerakan dalam kepimpinan ini. Setiap
masalah ataupun tugas akan dibahagikan mengikut tugas dan peranan lajnah
masing-masing supaya dapat diuruskan dengan lebih sistematik dan terurus.
Lajnah-lajnah ini amatlah penting agar setiap yang berjawatan sebagai
pembimbing rakan sebaya merasakan mereka memegang peranan yang
penting dan mewujudkan sifat kebertanggungjawaban dalam menjalankan
tugas mereka. Barisan kepimpinan pembimbing rakan sebaya di Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi Selandar adalah seperti di rajah 1.1 berikut:

PENGERUSI

N.PENGERUSI

SETIAUSAHA BENDAHARI
N.SETIAUSAHA N.BENDAHARI

LAJNAH LAJNAH KEMAHIRAN & LAJNAH
SOSIAL PENGURUSAN MEDIA

AJK PRS

Rajah 1.1. Barisan Kepimpinan PRS
263 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Peranan Lajnah

● Lajnah Media

Lajnah media lebih menumpukan kepada bidang-bidang teknologi yang perlu
diuruskan dalam organisasi. Ahli PRS yang berada di bawah lajnah ini akan
menguruskan bahagian fotografi ketika program-program di bawah unit
kaunseling diadakan, mengemas kini maklumat-malumat tentang kaunseling
dan pelajar di televisyen sekolah dan instagram unit bimbingan kaunseling,
menyebarkan dan membuat poster tentang aktiviti dan program yang
dianjurkan di bawah unit bimbingan dan kaunseling.

● Lajnah Sosial

Lajnah Sosial lebih menumpukan kepada pendekatan ahli PRS dengan murid-
murid yang lain dalam isu permasalahan pelajar. Mereka ini juga berkemahiran
dari segi komunikasi yang baik. Ahli PRS di bawah Lajnah Sosial akan
menguruskan tentang kutipan data murid-murid yang mungkin mempunyai
masalah dari segi kesihatan mental mereka. Ahli-ahli Lajnah Sosial ini juga
akan lebih menggunakan pendekatan kepada murid-murid dengan mendengar
masalah mereka dan cuba membantu memberikan pilihan bagi permasalahan
mereka.

● Lajnah Kemahiran & Pengurusan

Ahli-ahli di bawah Lajnah Kemahiran & Pengurusan akan lebih menumpukan
kepada pengurusan ujian-ujian psikometrik yang akan dijalankan oleh unit
bimbingan dan kaunseling. Mereka akan membantu guru mengagihkan ujian-
ujian psikometrik dan mengutip data-data pelajar bagi setiap ujian seperti
inventori tret personaliti, inventori minat kerjaya, inventori kecerdasan pelbagai
dan inventori personaliti warna dan mengklasifikasikan setiap bahagian supaya
memudahkan tugas guru untuk menyemak data pelajar.

Program / Amalan Terbaik

● Program BARA (Bantu Rakan)

VISI: Mewujudkan Pengurusan Disiplin yang sistematik dan berkualiti, untuk
meningkatkan keberkesanan kehidupan serta kecemerlangan para pelajar.

264 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

MISI: Mewujudkan suasana tanggungjawab bersama membantu membanteras
sebarang kemungkaran serta salah laku pelajar secara berhemah demi
menyediakan iklim persekitaran yang kondusif, ceria serta selamat di asrama
dan sekolah bagi menjana kecemerlangan para pelajar atas prinsip rakan yang
baik adalah yang sudi menegur dengan cara mengetahui dan mengenai nama
rakan serta nama pelajar lain.

Menyedari hakikat menjaga sahsiah pelajar itu tanggungjawab bersama,
tercetusnya idea mewujudkan program Bantu Rakan atau BARA dari seorang
guru anak kelahiran Melaka yang berpengalaman 27 tahun dalam bidang
pendidikan. Lebih membanggakan, program ini mendapat pengiktirafan
Kementerian Pendidikan Malaysia apabila diguna pakai di dalam buku Kursus
Peningkatan Profesionalisme Warden Sekolah Berasrama Penuh selain turut
menjadi kajian Institut Aminuddin Baki. Baharudin Husin, 53, merupakan
Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar, Jasin berkata,
program BARA dibuat berdasarkan konsep agama Islam iaitu bersama dalam
mencegah kemungkaran.

Masalah utama di mana-mana sekolah berasrama adalah budaya ragging
senior dan junior. Rentetan dengan adanya budaya ragging senior-junior, maka
wujudlah budaya melindungi (backing-up) rakan sebaya. Budaya ini juga wujud
di SBPI Selandar. Pelajar tingkatan satu dan dua terutamanya takut untuk
membuat laporan atau mengadu kepada warden kerana sekiranya diketahui
oleh senior mereka akan dipanggil dan dipulaukan. Oleh yang demikian,
program BARA ini adalah medan mereka melaporkan segala salah laku yang
berlaku di asrama dari sekecil-kecil perkara sehingga masalah yang serius.
Contohnya, ada sesetengah masa pada waktu prep malam, pelajar-pelajar
menggunakan masa tersebut untuk ‘berdating’ dan kebiasaan aktiviti seperti ini
diadakan di lokasi kelas yang jauh daripada perhatian warden. Masalah ini
boleh dipanjangkan kepada guru disiplin atau warden oleh pelajar lain, namun
proses ini tidak berlaku kerana pelajar lain takut dipulaukan atau dikenakan
apa-apa tindakan oleh pelajar terbabit.
OBJEKTIF:

1. Mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah gejala sosial untuk
dibimbing.

2. Mengurangkan masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar.
3. Mewujudkan suasana yang harmoni dan bebas daripada suasana

persekitaran negatif terutamanya di asrama.

Pelajar diminta untuk mengisi borang BARA. Tetapi, sebelum mengisi borang
tersebut para pelajar akan diberikan taklimat oleh penyelaras BARA yang terdiri
daripada guru BADAR. Semasa taklimat ini, mereka diminta untuk menulis
nama pelajar yang ada melakukan salah laku (OKT) sama ada kecil ataupun

265 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

besar. Pelajar diminta jujur dan bukan niat untuk mengenakan rakan. Selepas
selesai mengisi borang BARA, hasil dapatan data akan dianalisis. Dapatan data
ini akan diserahkan kepada Guru Bimbingan Kaunseling (GBK) untuk membuat
intervensi sama ada sesi kaunseling individu, kelompok ataupun program. Data
pelajar yang dituduh akan diambil dan direkodkan terlebih dahulu tanpa
tindakan lanjutan. Namun, sekiranya pelajar terbabit melakukan kesalahan
yang sama berulang kali, pihak sekolah akan mengambil tindakan selanjutnya
seperti melaporkan kes tersebut kepada ibu bapa pelajar terbabit. Susur alur
program ini seperti rajah 1.2:

Taklimat Bara oleh
penyelaras BARA

Pelajar mengisi borang
BARA

GBK menganalisis data
BARA

OKT tandatangan
aduan pelajar

Tidak Ya

Kekalkan kerahsiaan Kes Dirujuk kepada
besar GBK

??

Lakukan kesalahan
yang sama

Tindakan disiplin

266 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Rajah1.2. Program Bantu Rakanku (BARA)

SENARAI RUJUKAN

Unit Kualiti dan Produktiviti Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan (2009)
Konsep Kepimpinan Dalam Islam. Diperoleh daripada
https://www.risda.gov.my/images/pdf/Penerbitan/Dasar_Kualiti/2009/Bil-12-
2009/33.pdf
E. Bahruddin. t.t. Konsep Kepimimpinan dalam Perspektif Islam. Diperoleh
daripada https://core.ac.uk/download/pdf/230805077.pdf
Sulaiman N. AI. W. (2011) Pembimbing Rakan Sebaya. Diperoleh daripada
http://noralwanisulaiman.blogspot.com/p/aktiviti.html
PRS SMK Tengku Ampuan Intan (2012) Peranan Murid Sebagai PRS.
Diperoleh daripada
http://pembimbingrakansebayatai.blogspot.com/2012/04/peranan-murid-
sebagai-prs.html

267 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

PENGENALAN KEPIMPINAN AHLI RAKAN SEBAYA
DI SEKOLAH DALAM MEMBENTUK PELAJAR
MUTADAYYIN DAN PROFESSIONAL

MUHAMMAD AIMAN AFIF BIN MOHD FADZIL
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, 05350, Alor Setar, Kedah

(E-mail: [email protected])

MUHAMMAD HAKIM BIN IZHAR
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, 05350, Alor Setar, Kedah

(E-mail: [email protected])

NUR A’LIA FARHANA BINTI MOHAMAD FIRDAUS
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, 05350, Alor Setar, Kedah

(E-mail: [email protected])

Abstrak

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu
yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan
adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai
struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut
bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu
organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang dirancang
oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkatkan tekat dan
keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Dalam Islam,
kepimpinan adalah satu tugas dan tanggungjawab berat yang merangkumi
kemaslahatan dan balasan manusia di dunia dan akhirat. Sebagai contoh yang
dapat kita lihat, ahli Pembimbing Rakan Sebaya merupakan sebuah organisasi
yang diwujudkan di bawah bidang kuasa Unit Bimbingan Dan Kaunseling di
sekolah bagi membantu guru – guru mengenalpasti pelajar di sekolah yang
memerlukan khidmat nasihat bagi menangani sebarang masalah. Oleh itu, guru
kaunseling memerlukan pelajar yang mempunyai komunikasi yang berkesan
dalam kalangan pelajar agar dapat menjadi agen guru kaunseling bagi menjadi
orang tengah di sekolah. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan
latihan khusus dalam komunikasi dan kepimpinan dikenali sebagai ahli
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah. Oleh itu, PRS perlu dibekalkan
dengan kemahiran komunikasi dengan berkesan dengan murid lain di sekolah
dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain.

268 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Kata Kunci: pemimpin, kecemerlangan, kemaslahatan, ahli pembimbing
rakan sebaya, kaunseling

Pengenalan

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih
para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya
mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi
mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri
sendiri.

Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat
sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Program ini berasaskan konsep
bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling
memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang.

Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat
bagi menangani sesuatu masalah. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa
mereka membantu rakan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan
Sebaya akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran
kendiri (Self-awareness).

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga mampu memberi sumbangan di
sekolah dengan mewujudkan suasana persekitaran yang selamat melalui
budaya penyayang dan saling membantu di kalangan pelajar selain memupuk
nilai diri yang peka, bertolak ansur dan bertimbang rasa serta rela membantu
orang lain dalam masyarakat majmuk berbilang kaum.

Proses Kepimpinan Ahli PRS Di SMK Agama Kedah

Kepimpinan ahli Pembimbing Rakan Sebaya di SMKA Kedah menunjukkan
bakat dan potensi diri untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di
sekolah. Setiap daripada mereka tetap menjadi seorang pemimpin sekurang-
kurangnya memimpin diri sendiri dan rakan-rakan. Dalam Islam, terdapat
pelbagai istilah arab yang digunakan untuk membincangkan makna, isu dan
perihal kepimpinan daripada pelbagai peringkat. Ia adalah proses yang
melibatkan aktiviti keupayaan memimpin, berijtihad, membimbing,
mempengaruhi dan mengajak masyarakat kearah mencapai matlamat dan
kebahagiaan hakiki melalui undang-undang yang telah ditetapkan. Inilah
kepimpinan Islam yang telah dilakukan oleh Rasululah SAW, para sahabat dan
salaf soleh. Mereka berjaya memimpin ummat dalam pelbagai aspek kehidupan
dan membangunkan tamadun manusia yang berakhlak mulia. Ajaran Islam

269 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

tidak dapat ditegak dengan murni melainkan melalui kepimpinan para pemimpin
yang berwawasan, strategik dan tersusun.

Program Terbaik

Program Ziarah Cakna - Program ziarah cakna ini boleh diringkaskan kepada
aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa penjaga
bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh
pelajar. Selain itu juga melalui lawatan yang dibuat diharapkan guru dapat
mengumpul maklumat keluarga murid memahami latar belakang murid
berdasarkan tempat mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat
merapatkan lagi hubungan atau ibu bapa dan guru.

Program Mentor Mentee - Program mentor mentee merupakan satu proses
interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing,
menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan
individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga
membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-
kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau
mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu
yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Program Khidmat Masyarakat - Khidmat masyarakat bermaksud berkhidmat
atau membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan bantuan mahupun
tunjuk ajar untuk mengurangkan beban mereka. Khidmat masyarakat
merupakan salah satu aktiviti membangkitkan perasaan empati dan
mengamalkan nilai-nilai murni yang baik. aktiviti ini juga memberi pendedahan
kepada pelajar mengenai ilmu kemasyarakatan, institusi dan masyarakat.
Pelajar didedahkan kepada program khidmat masyarakat dan sukarelawan,
kemahiran psikologi bagi mendekatkan masyarakat dari aspek budaya, nilai
dan norma masyarakat.

Rumusan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam sistem
pendidikan kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas
untuk diperbaiki, khidmat "murid membantu murid" merupakan satu khidmat
sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab murid
tersebut adalah lebih ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan
rakannya, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih
dalam kemahiran-kemahiran asas menolong sangat penting untuk
meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan,
maka mereka perlu diberi latihan supaya khidmat mereka lebih berkesan. Maka

270 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

satu modul latihan telah dibentuk oleh beberapa orang Guru Bimbingan dan
Kaunseling untuk dijadikan panduan dalam melatih pelajar sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya.
Walau bagaimanapun, pihak pentadbir sekolah, guru, staf lain dan masyarakat
haruslah sedar bahawa PRS ini adalah remaja atau murid biasa yang masih
mempunyai kekurangan diri dan perlukan bimbingan berterusan daripada orang
dewasa. Mereka juga tidak akan berupaya menjadi murid serba sempurna
tanpa membuat kesilapan. Mereka juga tidak akan berupaya memenuhi
tuntutan pentadbir dan guru untuk mengatasi masalah disiplin sekolah. Apa
yang boleh mereka lakukan melalui bimbingan dan galakan daripada pentadbir,
guru dan orang dewasa lain ialah dengan menggunakan pengaruh positif serta
contoh teladan untuk menarik perhatian rakan-rakan ke arah perlakuan yang
diterima.

Rujukan

Melalui penyelidikan perisian internet :
Wikipedia, Ensiklopedia bebas (16 April 2020)

maklumat-maklumat tentang pengawas pembimbing rakan sebaya diperolehi
daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembimbing_Rakan_Sebaya

Wikipedia, Ensiklopedia bebas (3 Disember 2020)

Pengenalan pemimpin dan kepimpinan diperolehi daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kepimpinan

Buku Panduan PRS Kebangsaan (2018)

Pengurusan pembimbing rakan sebaya diperolehi daripada
https://vdocuments.mx/buku-panduan-prs-kebangsaan.html

Melalui penyelidikan buku-buku rujukan :

Bimbingan dan Kaunseling : maklumat / panduan – Asmah Ismail (1968)
dicetak dan diterbitkan di Malaysia, FAR Publishers, 43000 Kajang, Selangor

271 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

PENGENALAN MODEL KEPIMPINAN DAN
PROGRAM TERBAIK SMKA SHAMS

Yasmin Usaimah binti Yunus
SMKA Sheikh Haji Mohd Said, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

(Email: [email protected])

Nurul Husna binti Asmawi
SMKA Sheikh Haji Mohd Said, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

(E-mail: [email protected])

Nursofea Azura binti Omar
SMKA Sheikh Haji Mohd Said, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

(E-mail: [email protected])

Abstrak

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan satu program yang menjadi
khidmat sokongan penting dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di
sekolah. Pelajar dijangka lebih mudah untuk menemui dan memahami curahan
perasaan pelajar lain atas faktor tertentu seperti umur, status dan hubungan
persahabatan. Maka, pihak UBK akan melantik golongan pelajar yang terpilih
sebagai ahli PRS bagi mendekati para pelajar yang memerlukan khidmat UBK.
Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting
untuk mengukuhkan lagi sistem UBK. Ahli PRS berkeupayaan membantu
kaunselor sekolah dalam mengenalpasti rakan-rakan mereka yang
memerlukan perkhidmatan kaunseling. PRS bertindak sebagai salah satu
penyumbang tenaga, idea dan tenaga penggerak kepada aktiviti yang
dianjurkan oleh UBK. Pelbagai program mampu dianjurkan oleh pihak PRS.
Kertas kerja ini akan membincangkan berkenaan beberapa program iaitu
Program Kem Jati Diri, Program Keibubapaan dan Penetapan Target serta
Program Sambutan Hari Lahir yang mampu dianjurkan oleh pihak PRS sekolah.

Kata Kunci: khidmat, program, pelajar.

Pengenalan

Dasawarsa ini, pelbagai cabaran akan dihadapi oleh setiap insan bergelar
pelajar ketika zaman persekolahan sama ada dari segi pembelajaran mahupun
sahsiah mereka. Dari segi pembelajaran, mereka mungkin akan berasa
tertekan kerana standard pembelajaran yang telah meningkat menyebabkan
mereka menyangka bahawa hal tersebut adalah melebihi kemampuan mereka,

272 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

bakal menimbulkan kekeliruan dalam pembelajaran subjek atau masalah bagi
meminati subjek yang tertentu.

Dari segi sahsiah pula, pelajar berkemungkinan tiada tempat untuk
mencurahkan perasaan mereka yang sebenar kerana ibu bapa yang sibuk
bekerja. Selain itu, cabaran mental yang dihadapi mungkin disebabkan oleh
tekanan daripada orang-orang disekeliling yang negatif seperti disisihkan
rakan-rakan, pembulian daripada pelajar senior atau sifat tidak yakin kepada
diri.

Akibatnya, mereka memilih untuk memendam perasaan sendirian sehingga
terlalu penat menyimpan masalah tersebut lalu dilepaskan kepada individu lain,
harta awam atau harta persendirian dan amat dikhuatiri jika mereka memilih
untuk mencederekan atau membunuh diri. Isu-isu negatif ini tidak akan berlaku
sekiranya setiap insan berkelakuan positif terhadap diri masing-masing.

Dengan itu, para pelajar yang memerlukan bimbingan kaunseling dialu-alukan
agar meminta bantuan mana-mana ahli PRS yang terdiri daripada kawan-
kawan mereka untuk mendengar masalah yang dihadapi sebagai langkah
pertama bagi membendung masalah tersebut. Ahli PRS adalah antara individu
yang boleh dipercayai oleh para pelajar untuk berkongsi masalah. Hal ini terjadi
kerana setiap ahli PRS perlulah mempunyai etika yang baik contohnya
amanah, jujur dan mengormati rakan. Ahli-ahli PRS juga telah dilatih dalam
program-program tertentu yang menerangkan dengan lebih lanjut peranan ahli
PRS agar mereka tidak leka memikul tanggungjawab yang diberikan.

Di samping itu, PRS akan menganjurkan program-program yang dapat
memberikan faedah kepada para pelajar dalam usaha menyebarkan nilai-nilai
murni kepada masyarakat. Pihak PRS sentiasa berusaha bagi membantu diri
para pelajar untuk membina keyakinan diri, meluaskan kotak pemikiran dengan
lebih positif dan menghargai setiap saat mereka dianugerahkan bagi
meneruskan kehidupan seharian dengan aktiviti atau cara yang lebih baik.
Kebiasaannya, program-program tersebut akan dijalankan ketika cuti sekolah
agar aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah dapat dijalankan
seperti biasa tanpa gangguan atau perubahan dan untuk mengisi masa lapang
para pelajar dengan aktiviti yang lebih berfaedah bersama-sama rakan sebaya
mereka. Program-program yang tidak dapat dijalankan secara fizikal kerana
sebarang kekangan tertentu masih tetap dapat diteruskan dengan kemudahan
internet dan komputer atau telefon pintar yang meluas pada zaman ini.

Program Kem Jati Diri

Hati sendiri tidak bergalang, Pandang dipupuk meruntun jiwa, Jati diri adalah
tunjang, Hilang tunjang runtuhlah jiwa. Pantun di atas merujuk kepada betapa

273 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

pentingnya satu jati diri yang mantap bagi mengecapi kejayaan berkumpulan.
Merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka jati diri membawa maksud
sifat atau ciri yang unik dan istimewa sama ada dari segi adat, bahasa, agama
dan lain-lain. Selain menggambarkan identiti seseorang atau pun sesebuah
kumpulan itu, jati diri juga penting dalam menentukan sesebuah hala tuju dalam
mencapai maksud perjuangan mereka.

Objektif kem jati diri ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan di kalangan
para pelajar berpotensi menerusi pendedahan dan latihan eksklusif berhubung
kemahiran-kemahiran global seperti kepimpinan, komunikasi, hubungan
antarabangsa dan diplomatik. Selain itu, ia juga untuk memperbaiki akhlak
remaja agar berteraskan Akidah Islam dengan mengikut ajaran Al-Quran dan
Al-Sunnah. Maka kem ini akan membantu murid untuk mencapai akhlak yang
bagus dengan mencontohi baginda Nabi Muhammad.

Kelebihan menyertai kem ini adalah ia membuka mata dan minda pelajar
tentang kepentingan motivasi diri. Hal ini demikian kerana sekiranya mereka
didedahkan dan sedar betapa mustahak untuk mempunyai motivasi diri yang
utuh dalam menempuh apa jua perkara pasti masyarakat yang intelegensia dan
cakna dapat dilahirkan. Pada masa yang sama, semangat kepimpinan dapat
dipupuk dalam kalangan pelajar jika mereka menyertai kem jati diri. Dengan
adanya kepimpinan diri yang tinggi pelajar akan mengutamakan perkara yang
mustahak berbanding perkara yang remeh dan tidak mendatang manfaat pada
diri mereka.

Sebagai konklusi, penganjuran kem jati diri adalah medan terbaik untuk pelajar
membentuk ketrampilan diri yang lebih unggul dan cemerlang. Pelajar
seharusnya bersikap terbuka dan gemar untuk menyertai inisiatif - inisiatif yang
di rencana oleh pihak sekolah dalam membantu pelajar menjadi seorang
manusia yang lebih baik. Sesungguhnya jika usaha ini di perkasa dan
dilaksanakan dengan efisien, generasi muda akan bebas dari belenggu
masalah sosial serta berjaya dalam kehidupan mereka.

Program Keibubapaan Dan Penetapan Target

Hal yang berkaitan dengan masa hadapan anak-anak pastilah akan melibatkan
pihak ibu bapa. Para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mestilah mempunyai sasaran untuk
mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Oleh itu, Program
Keibubapaan dan Penetapan Target amatlah bagus untuk dianjurkan supaya
pihak ibu bapa, pihak pelajar dan pihak sekolah dapat berbincang mengenai
langkah seterusnya dalam mencapai kejayaan. Setiap pihak dapat bertukar
buah fikiran masing-masing bersama-sama ketika program tersebut.

274 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Objektif program ini adalah untuk menetapkan sasaran pencapaian pelajar
dalam peperiksaan awam serta membantu ibu bapa dan pelajar memahami
harapan dan usaha pihak sekolah untuk melahirkan pelajar cemerlang. Selain
itu, program tersebut bertujuan meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar
dan pada masa yang sama mencapai persefahaman untuk berkongsi ilmu
keibubapaan bersama ahli PIBG dan komuniti untuk kepentingan bersama.

Antara manfaat yang dapat diperoleh dalam program tersebut adalah dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka.
Seterusnya, program tersebut dapat menjadikan mereka lebih bersemangat
untuk berusaha menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh. Program ini juga
dapat mengingatkan ibu bapa untuk memantau perkembangan pembelajaran
anak mereka serta membantu dan menyokong anak mereka untuk belajar
seperti membekalkan buku rujukan dan buku latihan tambahan. Di samping itu,
ibu bapa juga boleh menolong anak mereka menyelesaikan sebarang
kekeliruan dalam pelajaran.

Kesimpulannya, program ini merupakan antara inisiatif terbaik untuk pelajar
menyedari kemampuan mereka dalam pelajaran dan mengeratkan hubungan
dengan ibu bapa mereka. Pelajar seharusnya belajar bersungguh-sungguh
dalam pelajaran untuk mencapai kejayaan dan lebih bertanggungjawab untuk
membalas budi ibu bapa mereka. Prgram yang diusahakan ini dapat membantu
pelajar bersikap lebih terbuka untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa
mereka dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Program Sambutan Hari Lahir

Hari lahir ialah hari dimana seseorang dilahirkan lalu memulakan kehidupan di
dunia. Manakala sambutan hari lahir pula bererti meraikan peluang seseorang
itu telah menginjak usia untuk meneruskan kehidupannya dengan rasa syukur
dan bermuhasabah diri. Sambutan hari lahir biasanya diraikan oleh pihak
keluarga dan sahabat handai kepada insan tersayang masing-masing.

Allah berfirman dalam kitab suci Al-Quran, surah An-Nisa’, ayat 86 yang
bermaksud:

Dan apabila kamu dihormati dengan suatu (salam) penghormatan, maka
balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah
(penghormatan itu, yang sepadan)dengannya. Sungguh, Allah
memperhitungkan segala sesuatu.

Firman Allah tersebut menunjukkan bahawa jika seseorang itu dilayan dengan
baik oleh orang di sekelilingnya maka dia juga perlulah melayan mereka

275 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

dengan baik atau bagusnya dengan lebih baik. Apabila menerima ucapan
salam daripada seseorang maka wajiblah kita menjawab salam itu. Tetapi
dalam soal pemberian hadiah, dibolehkan bagi penerima membalas hadiah
tersebut jika berkemampuan. Oleh itu, eloklah supaya kita mengamalkan
pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa dalam
kehidupan seharian.

Setiam muslim dituntut untuk sentiasa memuliakan, menghormati dan
menyayangi semua peringkat usia tanpa mengira soal tua dan muda. Apabila
kita menyambut hari lahir orang tersayang, individu tersebut akan berasa
gembira dengan keprihatinan kita terhadap dirinya. Sehubungan dengan itu,
keikhlasan hati dalam menyambut hari lahir seseorang juga mampu
merapatkan hubungan yang jarang. Sifat positif yang disebarkan dalam hidup
masyarakat pasti akan memberi impak yang positif kepada diri seseorang.

Begitu juga halnya dengan hubungan guru dan pelajar. Hadiah yang diterima
oleh pelajar daripada pihak sekolah boleh menaikkan semangat pelajar untuk
bersungguh-sungguh menimba ilmu dan menaikkan nama sekolah sebagai
tanda terima kasih atas hadiah tersebut. Maka, program sambutan hari lahir
setiap pelajar amat berbaloi untuk dijalankan walaupun secara kecil-kecilan
sahaja. Nilai hadiah yang diberikan tidak perlu dikisah mahal ataupun murah
kerana keprihatinan yang dizahirkan telah menunjukkan kasihnya kita kepada
insan tersayang. Akhir kata, eloklah supaya kita mengamalkan pepatah orang
berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa dalam kehidupan seharian.

Rumusan & Cadangan

Sebagai rumusan, PRS adalah satu program untuk melatih para remaja
terutamanya pelajar agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya
mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi
mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri
sendiri.Ditekankan sekali lagi bahawa PRS memberikan khidmat “pelajar
membantu pelajar” iaitu satu khidmat sokongan yang penting di dalam Unit
Bimbingan dan Kaunseling (UBK). PRS juga berasaskan konsep bahawa rakan
sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah
yang dihadapi oleh remaja atau seseorang. Dengan itu mereka merupakan
orang yang paling tepat bagi memberi nasihat kepada generasi muda bagi
menangani sesuatu masalah.

Bagi menghindarkan kes-kes yang tidak diingini daripada berlaku pelbagai
program yang menarik boleh dilangsungkan untuk para pelajar. Setiap program
mestilah mempunyai nilai-nilai murni yang diterapkan untuk dicontohi oleh
pesertanya, memberikan pengalaman baharu dan bertujuan bagi merehatkan
sebentar minda dan fizikal para pelajar daripada sesi PdP yang padat di

276 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

sekolah. Terdapat banyak lagi program-program yang boleh dijayakan oleh
pihak PRS seperti Program Kitar Semula di Kawasan Sekolah, Program
Orientasi Tingkatan 1 dan Asrama serta Program Pendidikan Pencegahan
Dadah, HIV dan Vape.

Tuntasnya, pihak sekolah termasuklah PRS sewajarnya mengadakan
program-program yang berkemungkinan tinggi menarik perhatian para pelajar
untuk turut menyertainya dan agar semangat mereka tidak luntur untuk terus
menuntut ilmu akibat penat dari segi mental juga fizikal. Manakala, ibu bapa
perlulah mengawasi keadaan emosi anak mereka supaya sentiasa stabil
secara berkala. Justeru, mereka akan dapat meneruskan rutin harian yang
melibatkan sesi persekolahan seperti biasa dengan senang hati tanpa beban di
dada.

Senarai Rujukan

Al Quran Al Karim
Anonymous, (2016). Program Penetapan Target SPM & Sarana. Diperolehi

daripada https://smkdamaijaya.edu.my/2016/02/24/program-penetapan-target-
spm-sarana/

Ibrahim, M. R. t.t. Penanda Wacana. Diperolehi daripada
http://mrafain.blogspot.com/p/penanda-wacana.html

Ayoup, M. M. A. (2018). IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-326: PANGGILAN
WAHAI ANAKKU. Diperolehi daripada https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-
hadith-siri-ke-326-panggilan-wahai-anakku

Noor, U. M. M. (2016). hukum menyambut hari lahir dan ulang tahun
perkahwinan. Diperolehi daripada https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-
fatawi/1695-hukum-menyambut-hari-lahir-dan-ulang-tahun-perkahwinan

Farhan, M. (2020). IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-445: HUKUM BERTUKAR-
TUKAR HADIAH MELALUI UNDIAN. Diperolehi daripada
https://muftiwp.gov.my/asrtikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4283-irsyad-
fatwa-siri-ke-445-hukum-bertukar-tukar-hadiah-melalui-undian

Anonymous, (2014). KEBAIKAN MENGIKUTI KEM. Diperolehi daripada
http://kebaikkanmengikutikem.blogspot.com/2014/03/kebaikan-mengikuti-
kem.html

Zulkifli, A. A. (2010). KERTAS KERJA " KEM MURNI DIRI". Diperolehi
daripada http://kemjatidiriadnin.blogspot.com/2010/04/kertas-kerja-kem-murni-
diri.html

Anonymous, t.t. Kem Jati Diri. Diperolehi daripada https://asiacamp.my/kem-
jati-diri/

Anonymous, (2020). Pembimbing Rakan Sebaya. Diperolehi daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembimbing_Rakan_Sebaya

277 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

KEPIMPINAN PEMIMPIN BERKALIBER KE ARAH
MEMBENTUK PELAJAR BERINTEGRITI

Tihani Aufa Binti Syahrun Nizam
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab,

34400 Kerian, Perak
(E-mail: [email protected])

Nurin Natasha Binti Marzani
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab,

34400 Kerian, Perak
(E-mail: [email protected])

Izzatul Husna Binti Mohd Faisal
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab,

34400 Kerian, Perak
(E-mail: [email protected])

Abstrak

Pada era yang serba moden ini, kepimpinan yang berkualiti seharusnya
memberikan kesan yang positif. Pembangunan tamadun sesuatu bangsa
terletak pada kualiti generasi yang menerajui kepimpinan sesebuah negara.
Usaha membina kualiti kepemimpinan generasi muda khususnya para remaja
adalah penting. Mereka merupakan aset yang bakal mengisi keperluan
kepimpinan negara bagi tujuan kelangsungan pembangunan di masa hadapan
. Kepimpinan ini merupakan salah satu kebolehan semula jadi yang terkandung
dalam domain sosio afektif. Individu yang memiliki kebolehan kepimpinan
didapati berbakat dalam aspek komunikasi yang melibatkan keupayaan untuk
berempati, kreatif dalam menggunakan daya pujuk untuk mempengaruhi orang
lain. Pemimpin yang kompeten dapat mengurus organisasinya dengan
berkesan. Ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi yang diperlukan
untuk memimpin institusi. Peranan pemimpin sangat berkaitan dengan isu-isu
bagaimana hendak mendorong mereka yang dipimpin, tingkah laku
interpersonal dan proses komunikasi. Kebolehan pemimpin mengamalkan
gaya transformasi telah meningkatkan tanggapan penghargaan dalam diri
seseorang pekerja. Seterusnya keadaan sedemikian dapat mendorong
individu meningkatkan prestasi diri dengan lebih berkualiti dan berdaya saing.
Selain itu, keberkesanan seorang pemimpin ditentukan melalui kebolehan
mempengaruhi dan mengarahkan pengikutnya. Mereka ini seharusnya
mempunyai kelebihan dalam aspek kepimpinan, keterampilan, keyakinan diri,
kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial. Oleh yang demikian,
kertas kerja ini akan membentangkan model kepimpinan Pembimbing Rakan

278 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Sebaya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian(SMKA KERIAN),
amalan terbaik mahupun program yang dilakukan berserta beberapa cadangan
penambahbaikan yang akan dilakukan unit pimpinan ini.
Kata Kunci: kepimpinan, generasi muda, transformasi

Pengenalan

Kepimpinan didefinisikan dengan cara yang berbeza-beza daripada pelbagai sudu
merupakan proses mempengaruhi kegiatan kelompok yang diorganisasikan dalam
menentukan tujuan dan pencapaian. Kepimpinan adalah unsur penting
dalam pengurusan yang menjadi penggerak bagi sesebuah organisasi
berbeza-beza kerana ianya bergantung kepada pelbagai faktor seperti lokasi,
masa dan jenis organisasi yang dipimpin. Definisi pemimpin seperti kecantikan,
ianya bergantung kepada siapa, bila dan dimana ianya berlaku. Walau
bagaimanapun, secara umumnya pemimpin ialah seorang yang mempunyai
kemampuan untuk mempengaruhi orang lain supaya menerima cadangan dan
idea untuk mencapai sesuatu matlamat. Kepimpinan merupakan suatu proses
yang kompleks di mana seseorang itu mampu mempengaruhi orang lain bagi
mencapai misi, tugasan atau objektif bagi sesebuah organisasi.

Menurut perspektif Islam, setiap orang yang beriman adalah khalifah di muka bumi yan
perbuatannya sentiasa dalam pengawasan Allah s.w.t. Kepimpinan dalam Islam adal
kepada nilai murni yang mendapat keredaan Allah s.w.t. Matlamat

kepimpinannya adalah untuk kebaikan dan kebajikan semua makhluk. Malah,

merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,

manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab dalam mengurus,

mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu

dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan

perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang

dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil. Kepimpinan bukan sahaja

dikaitkan dengan tanggungjawab kepimpinan dalam bentuk kelompok, bahkan

kepada diri sendiri seperti mengawal pancaindera supaya sentiasa penuh

mentaati Allah, menjauhi larangan-Nya, baik dalam bentuk perkataan,

perbuatan mahupun dari sudut aqidah dan keyakinan sehingga mengakibatkan

penyelewengan. Matlamatnya pula adalah untuk mempertingkatkan kualiti diri
bagi melahirkan kepimpinan melalui teladan atau menjadi ‘qudwah hasanah’

yang seterusnya akan menghasilkan tokoh-tokoh pemimpin yang menjadi

ikutan ramai dan pimpinan kepada orang lain serta masyarakat dari kelompok

yang sedikit kepada yang lebih besar.

Dalam konsep kepimpinan, komunikasi kepemimpinan adalah sangat penting.
Komunikasi kepemimpinan ialah kebolehan mempengaruhi pengikut dan
melibatkan penggunaan kuasa oleh pemimpin dan penerimaan pengikut.

279 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Kebolehan mempengaruhi pengikut berhubung kait dengan memenuhi
keinginan kepuasan. Kepimpinan adalah proses di mana seseorang individu
itu mempengaruhi anggota-anggota lain did alam kumpulannya ke arah
mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata yang lain,
kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh di mana
seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah
sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya, pemimpin memimpin dan dipimpin.
Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi dan organisasi
tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.

Model Kepimpinan

Kepimpinan ialah satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan
atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang
menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh
dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu
sama lain. Terdapat tiga perkara yang ditekankan dalam konteks kepimpinan
iaitu kedudukan atau jawatan, sebagai peribadi seorang individu dan sebagai
satu rangkaian tingkah laku yang tertentu. Bagi Northouse (2009), beliau
mencerakinkan lima dimensi untuk menjelaskan takrif kepimpinan. Pertama,
dimensi kepimpinan adalah berkaitan ciri-ciri individu menyokong pernyataan
bahawa pemimpin adalah dilahirkan (nature) dan bukannya dibentuk. Ia
merujuk kepada pemimpin yang mempunyai ciri-ciri khusus seperti
berkeyakinan tinggi, bijak membuat keputusan, pandai bergaul dan
sebagainya. Keduanya, dimensi kepimpinan adalah satu bentuk keupayaan
mempunyai persamaan dengan pandangan yang pertama iaitu keupayaan
memimpin sebagai bakat semulajadi. Namun, sesetengah pendapat
menghujahkan keupayaan memimpin boleh dibangunkan menerusi latihan.

Ketiganya, dimensi kepimpinan merupakan satu bentuk kemahiran, di mana
kepimpinan dilihat sebagai kompetensi boleh-bina untuk mencapai matlamat
organisasi. Ia membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk menjadi
pemimpin melalui pembelajaran dan latihan. Keempat, dimensi kepimpinan
adalah berkaitan tingkah laku menekankan jenis tingkah laku utama dalam
orientasi tugasan pemimpin iaitu berorientasikan tugas dan berorientasikan
manusia. Kelimanya, dimensi kepimpinan adalah berkaitan perhubungan
mentakrifkan kepimpinan daripada sudut komunikasi dua hala, di antara
pemimpin dengan pengikutnya. Dalam hal ini, perlakuan pemimpin
mempengaruhi pengikutnya dan begitulah pula sebaliknya. Seperti yang kita
tahu, kepimpinan itu boleh wujud di mana-mana. Contohnya, di suatu institusi,
program, juga antaranya termasuklah kepimpinan di sekolah.

280 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia mengorak langkah menuju ke arah
pemantapan dan pemerkasaan pembangunan modal insan secara bersepadu
dan menyeluruh dengan mengambil kira tanggungjawab dan kepimpinan
pelajar di peringkat sekolah. Dengan itu KPM memperkenalkan Program
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang dipercayai mampu membantu
mengurangkan masalah disiplin dan gejala sosial yang semakin berleluasa di
kalangan remaja kini. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan beberapa
pelajar yang ditugaskan untuk berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama
mereka yang memerlukan pertolongan dalam mengendalikan masalah.
Mereka dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui
pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham.

Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA KERIAN telah menubuhkan
Pembimbing Rakan Sebaya yang diketuai oleh Tuan Pengetua diikuti oleh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta beberapa orang guru kaunseling.
Organisasi di bawahnya terdapat Pengerusi dan Naib Pengerusi, Setiausaha,
Naib Setiausaha, Bendahari serta Naib Bendahari. Seterusnya diikuti oleh Biro
kebersihan dan keceriaan, Biro buletin dan papan penyata, Biro dakwah dan
kebajikan, Biro akademik dan kerjaya, dan terakhir ialah Biro lawatan dan
perkhemahan. Organisasi Pembimbing Rakan Sebaya SMKA Kerian ini
berperanan membantu bagi membentuk sahsiah pelajar dari segi akhlak,
akademik, dan kokurikulum.

Antara model kepimpinan yang terdapat pada Pembimbing Rakan Sebaya
sebagai seorang pemimpin adalah mereka haruslah mempunyai sifat positif
terhadap kawan-kawan sebaya sekolah dan juga orang dewasa. Selain itu,
mereka juga mestilah seorang yang mesra, peramah, berupaya membantu
orang lain serta mudah mengadaptasi dirinya dengan keadaan sekeliling
dengan cepat dan pantas. Hal ini membolehkan PRS melakukan tindak balas
dengan cekap terhadap masalah pelajar lain dengan baik. Seterusnya,
Pembimbing Rakan Sebaya adalah seorang pelajar yang seimbang dari segi
pembelajarannya dan aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana ia mampu
menjadikan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain agar mereka
terinspirasi. PRS juga mempunyai etika tersendiri yang perlu dipatuhi apabila
menggalas jawatan ini. Antaranya, amanah dan menyimpan rahsia.
Pembimbing Rakan Sebaya tidak boleh sesuka hati ingin menyebarkan
masalah atau rahsia pelajar bermasalah kepada rakan lain, ini untuk
mengelakkan daripada aib seseorang itu terbuka. Selain itu, menerima dan
menghormati rakan dan orang lain, memahami batasan dan keupayaan diri,
sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek. Di samping itu,
melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh
merosakkan diri, merujuk kes rumit kepada guru kaunseling serta mematuhi
peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.

281 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Selain daripada yang diterangkan di atas, Pembimbing Rakan Sebaya juga
mempunyai tanggungjawab yang penting sebagai pemimpin dalam sebuah
kepimpinan. Dengan tanggungjawab yang mereka pikul ini, secara tidak
langsung telah menggerakkan sebuah organisasi penting di sekolah.
Antaranya, Pembimbing Rakan Sebaya menjadi pendengar yang peka kepada
curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam
keadaan krisis. Selain itu, PRS menjadi medium antara guru kaunseling
dengan pelajar dalam memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan
dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan.
Merujuk, jika perlu, kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan
persetujuan mereka. Seterusnya, tugas mereka juga membantu pelajar yang
menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya.
Contohnya, jika di SMKA Kerian, telah disediakan bilik kaunseling di sekolah
serta asrama pelajar. Bilik kaunseling ini diwujudkan supaya dapat
menjalankan sistem mentor.

Amalan dan Program Terbaik Kepimpinan

Berdasarkan yang kita semua tahu, Pembimbing Rakan Sebaya merupakan
suatu badan yang telah diwujudkan di setiap sekolah. Mereka merupakan
tenaga pembantu utama kepada guru-guru kaunseling dan tenaga pembantu
ketiga kepada sekolah selepas Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat
Sumber Sekolah. Selain itu, PRS juga bertanggungjawab mengendalikan serta
membantu bagi melancarkan segala program yang diadakan oleh Pihak
Bimbingan dan Kaunseling. Kesannya, jika sesuatu program berjalan dengan
lancar, maka objektif program turut tercapai dengan jayanya. Para pelajar juga
akan mendapat banyak manfaat daripada program-program yang diadakan.
Bagi membuktikan hal ini, badan Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah kami
telah menjayakan beberapa program bagi mencapai matlamat PRS.

Antaranya ialah program khas yang dinamakan Kem Mawaddah. Kem ini
dianjurkan hanya kepada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 pada setiap
tahun yang diadakan di luar sekolah. Kem ini juga turut dibantu oleh beberapa
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang ditugaskan untuk memberi
pertolongan kepada guru kaunseling dalam mengendalikan kem tersebut. Kem
ini bertujuan untuk memupuk semangat motivasi dalam diri para pelajar yang
akan menghadapi peperiksaan penting. Dalam kem ini mereka akan
didedahkan dengan teknik belajar dan teknik menjawab soalan dengan betul.
Di samping mengetahui teknik pembelajaran, guru pakar motivasi juga
memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar agar sentiasa
termotivasi dan tidak menjadi orang yang lemah. Selain itu, kem ini turut
mencungkil potensi pelajar dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat dilihat melalui
aktiviti berkumpulan yang dimasukkan sebagai pengisian kem yang penting.

282 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Melalui slot ini, pelajar akan sedar potensi diri sendiri yang selama ini
terpendam.

Program seterusnya iaitu di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
adalah Minggu
Orientasi Pelajar Tingkatan 1 pada setiap tahun. Program ini dikendalikan
sepenuhnya oleh badan Pembimbing Rakan Sebaya bersama guru
kaunseling. Program ini adalah program yang memberi pengenalan tentang
suasana sekolah, disiplin, serta proses pelajar tingkatan 1 untuk mengadaptasi
persekitaran yang baharu di sekolah dan asrama. Kebiasaannya, minggu
orientasi ini diadakan selama 5-6 hari. Dalam tempoh itu, Unit Kaunseling
menyediakan pelbagai aktiviti LDK kepada pelajar supaya pelajar dipenuhi
dengan aktiviti yang bermanfaat dan seronok. Mereka juga diberikan pengisian
kerohanian bagi memantapkan lagi keazaman mereka untuk tinggal di asrama.
Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan dan diatur oleh badan Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS). Mereka juga diberi izin untuk melakukan penambahan aktiviti
lain yang bersesuaian seperti ‘ Treasure Hunt ‘, iaitu permainan yang
mencabar fizikal dan kecerdasan. Ada juga aktiviti yang mencabar minda,
aktiviti bagaimana menguatkan jati diri, aktiviti merapatkan ukhwah sesama
mereka seperti permainan yang memerlukan sokongan antara satu sama lain
serta ceramah atau tazkirah sebagai peringatan kepada kita yang merupakan
hamba Allah yang dikasihi-Nya.

Selama 5-6 hari tersebut pelajar tingkatan 1 akan diberi taklimat berkaitan
dengan disiplin sekolah, peraturan-peraturan asrama, sistem pembelajaran di
sekolah seperti waktu sekolah, waktu persediaan kelas malam (prep) dan
waktu tahriri. Mereka juga diberi peluang untuk memilih persatuan, sukan dan
unit uniform yang mereka mahu sebagai markah kokurikulum di sekolah. Slot
ini diadakan pada hari pertama hingga hari ketiga dan kemudiannya diikuti
dengan aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan dia atas pada hari keempat hingga
hari keenam. Pada hari terakhir minggu orientasi, Unit Bimbingan dan
Kaunseling mengadakan Hari Penutup yang dihadiri oleh Tuan Pengetua. Hari
Penutup ini bertujuan bagi menzahirkan rasa kesyukuran terhadap program
yang telah berjalan lancar. Kemudian, penyampaian hadiah kepada para
pemenang juga diberikan pada waktu itu. Selain itu, ucapan alu-aluan daripada
Tuan Pengetua dan guru kaunseling. Dengan wujudnya minggu orientasi di
sekolah, pelbagai manfaat yang diperoleh oleh pelajar-pelajar juga kepada
Pembimbing Rakan Sebaya itu sendiri. Manfaat bagi para pelajar adalah
mereka akan lebih rasa bersemangat untuk belajar dengan keazaman yang
mereka telah terapkan semasa orientasi. Mereka juga dapat menerima
kenyataan untuk tinggal berjauhan daripada ibu bapa demi menuntut ilmu. Di
samping itu, PRS juga mendapat manfaat iaitu mereka dapat mempelajari cara
mengendalikan program dengan baik. PRS dapat mengambil pengalaman
daripada program ini untuk dijadikan panduan pada program yang akan

283 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

datang. Dengan itu, mereka boleh memperbaiki atau menambah baik
kekurangan jika ada kerana mereka telah berpengalaman. Hal ini terbuktilah
bahawa semua program mempunyai manfaat dan kebaikan yang tersendiri.

Rumusan & Cadangan

Dalam mencapai matlamat sebuah organisasi, pemimpin perlu bersikap
proaktif melalui aspek keberkesanannya gaya kepimpinan terhadap pelajar.
Kajian mendapati bahawa pemimpin tidak semestinya seorang pengarah atau
yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi, mereka yang
mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian matlamat dan juga
diklasifikasikan sebagai pemimpin berasaskan kemampuan memimpin dengan
bijaksana, kemahiran, pengalaman, empati dan sebagainya. Teori kepimpinan
Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang diperkenalkan oleh Robert House
mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai
sesuatu tindakan yang boleh memotivasikan pelajar. Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling telah lama bertapak di SMKA Kerian. Walaupun perkhidmatan
ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat "murid
membantu murid" merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk
mengisi ruang tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih ditemui dan dijangka
lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati.
Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran-kemahiran asas menolong
sangat penting untuk meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah. PRS juga perlu menjadi role model kepada pelajar yang
lain serta menjadi mata dan tangan guru kaunseling semasa berada di asrama.
Apa yang boleh mereka lakukan melalui bimbingan dan galakan daipada
pentadbir, guru dan orang dewasa lain ialah dengan menggunakan pengaruh
positif serta contoh teladan untuk menarik perhatian rakan-rakan ke arah
perlakuan yang diterima.
Walau bagaimanapun, pengaruh positif serta contoh teladan untuk menarik
perhatian rakan-rakan ke arah perlakuan yang diterima. Sungguhpun
demikian, kepimpinan yang berkualiti perlu melakukan penambahbaikan agar
dapat dijalankan dengan berkesan. Terdapat beberapa cadangan yang
dikemukakan antaranya mengedarkan risalah ilmiah untuk memberi
penjelasan awal mengenai bahayanya penggunaan dadah, rokok dan buli.
Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai masalah mengenai apa yang
disebutkan dalam risalah itu digalakkan untuk merujuk guru kaunseling dengan
persetujuan mereka bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku. Justeru,
kepimpinan yang berteraskan Islam adalah penting bagi pembentukan dan
pembangunan warga institusi yang berkualiti. Dalam elemen keperibadian
pemimpin, terdapat dua komponen hasil kajian ini yang berbeza dengan
keperibadian pemimpin berkualiti oleh sarjana-sarjana terdahulu. Dua
komponen tersebut ialah berjiwa Melayu dan sihat. Kajian ini hanya berfokus

284 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

kepada kepimpinan pelajar membangunkan sekolah. Oleh itu, pemimpin
pendidikan haruslah seorang yang dinamik, sentiasa bertenaga dan aktif
memberi bimbingan kepada stafnya. Hanya pemimpin yang mempunyai
kesihatan yang baik; yang boleh menjadi seorang yang dinamik. Model
Kepimpinan Berkualiti dari dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai asas
dalam proses pemilihan pemimpin dan merancang program pembangunan
bagi pemimpin pendidikan. Dengan adanya model kepimpinan ini, program-
program pembangunan kepimpinan yang berstruktur dapat dirancang bagi
memupuk kompetensi kepimpinan calon pemimpin. Penilaian yang
dilaksanakan dalam proses pemilihan pemimpin juga haruslah penilaian yang
dapat mengenal pasti kepimpinan calon. Program pembangunan kepimpinan
dan pemilihan berasaskan kompetensi memastikan hanya calon yang
berkualiti dilantik sebagai pemimpin.

Rujukan

Ahmad, CA (2015 November). Program Kepimpinan Pengawas – Sekolah
Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu
pendidikan, Universiti Sains Malaysia . Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/publication/305471924_Program_Kepi
mpinan_Pengawas__Sekolah_Kebangsaan_Convent_Greenlane_da
n_Pusat_Pengajian_Ilmu_pendidikan_Univer siti_Sains_Malaysia

Hassan, AM (2012). Persepsi Gaya Kepimpinan Terhadap Kepuasan Kerja.
Diperolehi daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/34245/Article_7.P
DF

Hassan, MM. (2018 November). Ciri-ciri, Faktor & Cabaran Kepimpinan
Pelajar Wanita di Universiti Putra Malaysia. Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/publication/344851209_Ciriciri_Faktor_
Cabaran_Kepimpinan_Pelajar_Wanita_di_Universiti_Putra_Malaysia

Ikan, S (2010 March 20). Apa itu kepimpinan. Diperolehi daripada
http://ikankluang.blogspot.com/2010/03/apa-itu-kepimpinan.html

Ismail, A & Rafiuddin, NM, etc (2010 Januari). Gaya Kepimpinan
Penyertaan, Tanggapan Penghargaan dan Prestasi Kerja Dalam
Konteks Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/publication/215828795_Gaya_Kepimpi
nan_Penyertaan_Tangg
apan_Penghargaan_dan_Prestasi_Kerja_Dalam_Konteks_Pengurus
an_Kualiti_Menyeluruh

Mansor, R & Hamzah, MIM (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif
mengenai Kompetensi yang

Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan Vol 45
https://www.researchgate.net/publication/215828795_Gaya_Kepimpinan_Pe

285 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

nyertaan_Tanggapan_P
enghargaan_dan_Prestasi_Kerja_Dalam_Konteks_Pengurusan_Kualiti_Men
yeluruh
Risda (2009 Disember). Konsep Kepimpinan Dalam Islam. Diperolehi

daripada
https://www.risda.gov.my/images/pdf/Penerbitan/Dasar_Kualiti/2009/
Bil-12-2009/33.pdf
Smk Tengku Ampuan Intan, PRS (2012 April 30). Pembimbing rakan sebaya.
Diperolehi daripada http://pembimbingrakansebayatai.blogspot.com/
Supirman. (2016). Definisi Dan 3 Bentuk Kepimpinan Dalam Organisasi.
Diperolehi daripada https://dpm2pdi.blogspot.com/2016/08/definisi-
dan-3-bentuk-kepimpinan-dalam.html
Yusuf, R ( 2014). Ciri-Ciri Kepimpinan Pelajar Pintar dan Berbakat: Implikasi
Ke atas Kepimpinan
Remaja Islam Vol. 6: 1-3

286 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

TAULADAN PEMBIMBING SEBAGAI MODEL
KEPIMPINAN DAN WADAH YANG DITURUTI

Nur Alia Maisarah Binti Ismail
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, 15150, Kota Bharu,

Kelantan.
(E-mail: [email protected])

Nur Amalia Farisha Bt Ab Majid
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, 15150, Kota Bharu,

Kelantan.
(E-mail: [email protected])

Hurin Zuyyin binti Sya’ari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, 15150, Kota Bharu,

Kelantan.
(E-mail: [email protected])

Abstrak

Kajian kepimpinan merupakan satu subjek yang amat menarik dan berguna
kepada manusia. Persoalan mengenai kepimpinan diperkatakan di mana-mana
dan merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia di muka bumi.
Sememangnya pemimpin amat ramai, tetapi pemimpin yang membawa
perubahan yang baik kepada kehidupan manusia di dunia ini amat wajar untuk
dikaji dan dicontohi. Dalam kajian ini penulis ingin mengemukakan pengenalan
kepada model kepimpinan yang berbentuk bimbingan oleh kepimpinan
Pembimbing Rakan Sebaya serta amalan-amalan terbaik yang dapat
menyasarkan sebuah kejayaan. Sekolah yang terbilang melahirkan para
pemimpin muda bagi membimbing rakan-rakan sebaya untuk menjadi pelajar
yang berdedikasi,prihatin pada perilaku, cakna pada akademik dan kukuh
dengan akhlak yang tinggi. Model kepimpinan yang teratur dan turut disertakan
dengan rutin yang membawa ikutan yang baik dapat melahirkan sebuah
sekolah yang penuh dengan pelajar yang bersahsiah,gemilang,dan cemerlang
dunia dan akhirat.

KATA KUNCI: Model Kepimpinan, Amalan Terbaik, Pembimbing Rakan
Sebaya, Rakan Rebaya

Pengenalan

Kepimpinan ini ditakrifkan dalam pelbagai bentuk dan definisi. Kepimpinan yang
baik adalah mempunyai syarat-syarat yang tertentu seperti adil, mempunyai
287 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

ilmu pengetahuan, sempurna pancaindera, tidak cacat, mempunyai
kemampuan berfikir, keberanian dan kekuatan serta berketurunan mulia (Abdul
Hassan al Mawardi, 1985). Kepimpinan juga didefinisikan sebagai keupayaan
seseorang itu memimpin (Kamus Dewan, 1994). Daripada satu sudut yang lain
pula kepimpinan ialah ‘setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber
kearah matlamat yang benar-benar bermanfaat (Ismail Noor, 2000). Dalam
pada itu, kepimpinan itu digambarkan sebagai amat penting dan wujud dalam
mana-mana jua masyarakat, baik masyarakat yang kecil mahupun yang besar.
Melalui kepimpinanlah, sesebuah masyarakat itu boleh mencapai kemajuan
ataupun kemunduran (Mustafa Suhaimi, 1993). Walaubagaimanapun, para
pemimpin yang dipilih untuk memimpin perlulah berkepimpinan untuk menjamin
alamat yang baik kepada mereka yang dipimpin dan juga diri mereka sendiri.
Hal ini amat ditekankan kerana merupakan antara yang disebut oleh Rasulullah
S.A.W,tidak mengira pemimpin itu dari kalangan mana sekalipun.

Pada era globalisasi ini,semua sekolah berebut-rebut untuk meletakkan nama
sekolah mereka di tangga yang terbaik tanpa sebarang kes salah laku murid
direkodkan dan semua program yang dijalankan didalam sekolah berjalan
dengan lancar.Walaubagaimanapun, agak sukar untuk sesebuah sekolah
untuk mencatatkan sifar kes salah laku murid lebih-lebih lagi pada zaman
kini.Tugas membentuk semua murid supaya bersahsiah,bermoral dan
berdisiplin tinggi amat mencabar minda pihak pentadbiran sekolah kerana
karenah murid-murid yang pelbagai.Oleh sebab itulah, wujudnya para
pemimpin muda di kalangan pelajar di sekolah. Pendidikan sahsiah seseorang
pelajar yang meliputi pelbagai aspek menyebabkan terbahaginya pemimpin-
pemimpin ini kepada pelbagai model atau bentuk kepimpinan. Antaranya ialah
Pengawas sekolah,Pembimbing Rakan Sebaya (PRS),Pengawas Pusat
Sumber(PSS),Briged Siber, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR),serta
Pengawas Asrama atau lainnya dikenali juga sebagai Exco Asrama.

Setiap badan yang dibentuk di sekolah memainkan peranan atau tugas yang
berlainan. Namun begitu, kesemuanya menuju kepada satu matlamat yang
sama seperti untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan
sekolah.Perbezaan peranan antara badan ini dapat dilihat secara langsung
mahupun tidak.Contohnya, pengawas sekolah lebih cenderung kepada disiplin
pelajar dan mereka juga perlu bersifat tegas dalam melaksanakan tugas.
Perkara ini juga penting kerana bagi mengelakkan sebarang penindasan
daripada pelajar lain dan juga untuk mereka lebih yakin dalam menjalankan
tugas mereka yang senantiasa tidak disukai para pelajar lain di sekolah.Walakin
begitu,Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) berperanan yang berbeza. Mereka
lebih menumpu kearah psikologi dan menyiasat permasalahan yang dihadapi
oleh pelajar yang kebanyakannya suka memendam hingga memudaratkan diri.
Mereka memastikan pelajar yang mengalami masalah tidak melakukan

288 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

sebarang salahlaku. PRS juga perlu menjaga disiplin pelajar namun dengan
afalnya yang lebih santai.

Secara ringkasnya, PSS lebih kepada memupuk pelajar dalam minat membaca
dalam pelbagai bentuk atau cara yang kreatif dan menarik untuk meluaskan
perspektif menajamkan pemikiran para pelajar dan menjadi kaya dengan ilmu
agar dapat meraih kejayaan yang tinggi.Manakala Brided Siber cenderung
kepada ilmu IT sementara BADAR kearah dakwah demi pembaikpulih akhlak
dan mengukuhkan keimanan, Seterusnya, begitu juga dengan Exco Asrama
yang mana banyak menjaga dan menguruskan hal-hal yang berkaitan asrama
demi melahirkan pelajar yang berdikari dan berdedikasi.

Pembimbing Rakan Sebaya

Kajian luar negara dan tempatan telah membuktikan bahawa rakan sebaya
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap remaja. Dalam usaha mencari identiti
diri, remaja banyak bergantung kepada rakan sebaya untuk mendapat panduan
hidup ke arah yang mereka ingini. Jika rakan sebaya yang digauli itu
mempunyai pengaruh negatif, maka remaja itu akan terikut-ikut dengan
perlakuan negatif juga. Oleh itu pelbagai usaha harus dijalankan supaya
pengaruh negatif itu dapat digantikan dengan pengaruh positif bagi
membolehkan remaja membina nilai hidup yang sihat untuk menyediakan
mereka menjadi orang dewasa yang matang dan bertanggungjawab. Gegala
inilah yang mendorong kita melatih remaja dengan beberapa kemahiran untuk
mempengaruhi kawan melalui pembinaan perhubungan mesra dan menjadi
contoh teladan.

Pembimbing Rakan Sebaya merupakan seorang pelajar yang telah dilatih
dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai
seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada
mereka yang memerlukan pertolongan dalam mengendalikan masalah.
Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih oleh Kaunselor bagaimana untuk
menjadi seorang pendengar yang aktif. Mereka juga akan dilatih di dalam
bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan rakan-rakan
berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan dan lain-lain perkara
lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan
Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui
pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan memahami.
Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Kaunselor dalam
masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa
mereka membantu rakan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan
Sebaya akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran
kendiri (Self-awareness).

289 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Matlamat

Di samping melaksanakan tugas ini, PRS yang berkemampuan membantu
rakan sebaya secara positif,berkesan,berkemahiran dan berketrampilan ini
perlu mencapai matlamat mereka untuk membina budaya kasih mesra dan
saling membantu dalam kalangan murid.Selain itu, prs juga perlu membina
murid yang yakin diri dan nenghayati nilainilai murni berasaskan kepada
kepercayaan Tuhan. Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu
yang peka,bertimbangrasa, rela, taat,menolong dan berupaya hidup selesa
dalam masyarakat majmuk juga merupakan satu matlamat kepada setiap PRS.
Kesannya,melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti, PRS dapat
memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan
pelajar.

CARTA GALUR PRS

Barisan pembimbing dikenderai oleh para guru dalam meraih matlamat yang
cerah. Aluran seperti ini dapat mengukuhkan dan mengemaskan lagi bentuk
kepimpinan disamping curahan idea dan kreativiti mereka yang menjadi buruan
pada masa kini.

Majlis Penasihat

Majlis Pimpinan Tertinggi

Majlis Tertinggi

Ketua Unit

Rajah 1: Susur galur kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya

Majlis penasihat yang terdiri daripada Barisan Pentadbir Sekolah iaitu Pengetua
sekolah, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP), Penolong Kanan Hal ehwal
murid (PKHem), Penolong Kanan KoKurikulum (PK Ko), dan Barisan guru-guru
penasihat setiap badan di sekolah.Kemudiannya ditaut dengan Majlis Pimpinan
Tertinggi yang berdiri dengan aturan barisan majlis-majlis tertinggi setiap badan
di sekolah,pengawas. Hasil perbincangan dan pengurusan di peringkat ini akan
dikemukan lagi kepada Majlis Tertinggi setiap badan. Pengerusi, Naib

290 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Pengerusi, Naib Pengerusi,Setiausaha,Naib Setiausaha, Bendahari dan Naib
Bendahari. Elemen-elemen atau arahan tugas yang lebih jelas dan telah
disusun rapi akan dilaksanakan oleh Ketua-ketua unit. Antara unit yang
terdapat dalam pembahagian ini mewakili beberapa aspek seperti,unit
disiplin,unit kerjaya,unit motivasi,unit ekonomi,unit perhubungan luar,unit
editor,dan unit tugasan khas.Setiap ketua unit ini akan memainkan peranan
mereka masing-masing.

Kaedah Pemilihan PRS

Pemilihan ahli perlu dititikberatkan kerana ia akan memberi impak yang besar
sekirannya ahli dipilih secara serkap jarang.PRS yang ingin dipilih dan dilantik
juga perlu memiliki beberapa kriteria seperti menunjukkan minat dan komitmen
yang tinggi untuk membantu diri dan orang lain berkomunikasi dengan
baik.Tambahan lagi,calon perlu mempunyai ciri dan personaliti PRS iaitu
mendengar dengan penumpuan, memahami, menerima tanpa menilai atau
melabel, mengambil berat,komitet,jujur, dan tulen.

Proses pemilihan ini adalah melalui permohonan di mana unit kauseling dan
bimbingan akan melakukan beberapa proses iaitu:
1. Mengiklan dan mempelawa permohonan murid untuk menjadi PRS melalui
pengumuman semasa perhimpunan sekolah dan maklumat papan notis.
2. Menyediakan borang permohonan untuk proses pemilihan.
3. Mengadakan sesi temuduga untuk mengenal pasti calon-calon yang sesuai.
Setelah selesai sesi sesi tersebut dan telahpun disahkan pelantikannya,maka
bermulalah kehidupan calon itu dengan amanah dan tanggungjawab di bahu
sebagai seorang Pembimbing Rakan Sebaya.

Amalan Dan Program Terbaik PRS

Antara amalan terbaik yang dilakukan ialah Khidmat Murabbi. Khidmat Murabbi
adalah suatu program dimana PRS akan membantu semua guru-guru di
sekolah dan menawarkan pelbagai bentuk pertolongan misalnya membantu
guru-guru membawa barang-barang mereka ke tempat masing-masing. Guru-
guru juga dapat menggunakan khidmat ini untuk membantu mereka dalam
membuat persediaan dan pengurusan program di sekolah. PRS akan
dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bertugas pada hari yang
ditetapkan mengikut jadual pada waktu pagi sebelum bermulanya
pembelajaran di dalam kelas.

Setiap badan kepimpinan tidak mempunyai mana-mana sumber pendapat,
namun begitu ia bukanlah penghalang untuk sesebuah badan berputus asa.
Seorang pemimpin perlulah bijak merancang kewangan agar setiap aktiviti
dapat dijalanakan dengan baik. Menjadi satu rutin buat pembimbing rakan
291 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

sebaya untuk menguruskan sesebuah perniagaan kecil di sekolah. Idea yang
berjaya direlisasikan ini tetap akan dipantau oleh guru penasihat. Selain itu,
mengadakan satu jualan mega pada Hari Sukan Sekolah merupakan satu
peluang keemasan untuk menjana pendapatan. Di mana kaitan hal ini dengan
amalan yang menjadi tauladan ialah hasil hasil yang diperoleh. Selain
digunakan untuk menguruskan beberapa program, hasil kewangan ini juga
diagihkan kepada rakan-rakan taulan yang memerlukan atau disumbangkan
kepada pihak pengurusan masjid sekolah. Apa yang ingin ditekankan dan
disampaikan disini ialah para pemimpin muda ini telahpun belajar berkongsi
rezeki dan memahami rasa yang dikurniakan apabila melihat perilaku mereka
dibalas lebaran senyuman. Secara tidak langsung hal ini telah pun menjadi
contoh yang terbaik kepada para pelajar. Pengalaman membantu dalam aspek
ini memberi manfaat yang hebat kepada para pemimpin ini apabila motivasi
yang bermakna dapat disampaikan kepada rakan taulan. Pengajaran untuk
mereka berdikari dan membantu saudara yang memerlukan dapat disebatikan
dalam kehidupan para pelajar. Amalan ini dapat menjadi salah satu cara untuk
PRS membantu lebih ramai pelajar di sekolah yang mengalami masalah
tersebut.

Dalam pada itu, PRS turut melaksanakan program yang diberi nama Puteriku
Sayang yang diadakan kepada pelajar asrama Tingkatan 1. Program ini
dikendalikan sepenuhnya oleh pembimbing rakan sebaya Tingkatan 2 agar
mereka dapat bersedia sepenuhnya dalam mengacarai majlis pada masa akan
datang. Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar
Tingkatan 1 mengenai matlamat sebenar mereka tinggal di asrama supaya
mereka tidak lagi berasa kesal dan sedih serta dapat meletakkan fokus utama
mereka kepada pembelajaran di sekolah. Pelbagai aktiviti disediakan dalam
program ini antaranya ialah aktiviti berpengajaran dalam bentuk permainan dan
tayangan video.

Cabaran Seorang Pemimpin

Setiap pemimpin pasti mempunyai cabaran dan halangan dalam memimpin
sesebuah oragnisasi. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin itu terdiri dari kalangan
pelajar perempuan. Pelbagai halangan dan cabaran yang harus ditempuhi
sebagai sorang pemimpin. Namun, cabaran dan halangan yang dihadapi
membolehkan seseorang pelajar terutamanya pelajar perempuan menjadi
semakin matang dalam mendepani cabaran yang sama atau berlainan pada
masa akan datang.

Dalam buku yang bertajuk Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan ada
mengulaskan tentang kepimpinan secara bersama, delegasi dan pemberian
kuasa. Dalam bab ini, proses dalam membuat keputusan adalah satu
kemahiran yang penting kepada semua pemimpin. Keupayaan pemimpin
membuat keputusan yang tepat boleh menentukan kejayaan pencapaian

292 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

matlamat sebuah organisasi. Keputusan yang tepat boleh menentukan tahap
kecekapan dan kemahiran seorang pemimpin. Pelbagai pendekatan yang
boleh dilaksanakan oleh seorang pemimpin dalam membuat sebarang
keputusan. Setiap pendekatan mempunyai kesan dan implikasi masing-masing
pada keberkesanan suatu keputusan yang dibuat.

Rumusan

Sebagai rumusan, ditekankan sekali lagi bahawa kepimpinan bukan hanya
bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang
merupakan salah satu punca potensi kepimpinan berjalan dengan baik. Dalam
erti kata yang lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan
pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin
supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Setiap pemimpin perlu peka
terhadap amanah yang dipikul oleh mereka agar tidak menjadi sesalan di
akhirat kelak. Memikul amanah sememangnya satu kerja yang mudah namun
begitu kita tidak boleh memandang remeh dengan perkara ini. Pemimpin
hendaklah mengurus dan mentadbir sesebuah organisasi mengikut landasan
Islam iaitu berlandaskan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Pemimpin itu tidak
boleh mengadakan atau melaksanakan sesuatu gerakan, program, atau aktiviti-
aktiviti mengikut kehendak selera dan hawa nafsu sendiri semata-mata; perkara
tersebut mestilah merujuk kepada ketetapan Islam yang sebenar. Dalam
konteks kepimpinan Islam, pengabdian diri kepada Allah SWT hendaklah
dilaksanakan sepenuhnya meliputi tugas-tugas keagamaan dan keduniaan.
Perkara ini tidak boleh dipandang remeh oleh setiap pemimpin daripada kita
bagi menjamin kesejahteraan dan keberkesanan sesebuah organisasi yang
dipimpin seluruhnya di dunia dan di akhirat. Bagi melaksanakan suatu tugasan
atau mengatasi suatu permasalahan, musyawarah dianggap salah satu
komponen penting bagi menyesaikan isu-isu permasalahan yang timbul atau
dalam mencapai satu kata sepakat antara organisasi. Hai ini bagi memastikan
pemimpin bertindak secara adil dan tidak menindas mana-mana pihak. Justeru
itu, dalam memikul tanggungjawab juga setiap pemimpin prlu sentiasa peka
dengan amanah yang diberikan agar tidak akan menjadi beban kepada orang
lain dan diri mereka sendiri. Memikul Amanah sememangnya satu kerja yang
mulia namun sangatlah berat sehingga akan dipersoalkan dosanya jika tidak
dilaksanakan dengan sepatutnya. Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata,
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya kalian akan bersungguh-sungguh menginginkan jawatan,
sedangkan jawatan itu akan menjadi sesalan pada hari Kiamat (jika tidak

dijalankan dengan baik).”
(Riwayat Imam al-Bukhari)

293 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Rujukan

Imam Abdul Hassan,Al Mawardi, 1985. Al Ahkamu’s Sultaniyyah, Beirut:Darul
Kutub al ilmiyyah,hlm 7
Kamus Dewan, 1994. Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 1038
Ismail N. 2000.
Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W Pengurusan Altruistik Model Ikutan

Sepanjang Masa Perbandingan Silang Dengan Kepimpinan dan
Pengurusan Semasa, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, hlm 4
Mustaffa S. 1993. ‘Kelayakan Pemimpin Menurut Al Quran, Mastika Julai

1993,Utusan Melayu, (Malaysia) Bhd, Utusan Printcorp,hlm
48http://prssstmi.weebly.com/pengenalan.html
https://www.researchgate.net/publication/344851209

294 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

PENGURUSAN ORGANISASI PEMBIMBING RAKAN
SEBAYA SISTEMATIK, PEMANGKIN KELESTARIAN

KEPEMIMPINAN ENERGETIK

Nik Faruqi Naim Bin Mohd Fauzi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200 Besut,

Terengganu.
(E-mail: [email protected])

Muhammad Hafiz Izzudin Bin Sadong
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200 Besut,

Terengganu.
(E-mail: [email protected])

Nur Alya Binti Mat Yusof
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200 Besut,

Terengganu.
(E-mail: [email protected])

Sumaiyah Mardhiah Binti Syafik Azizi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200 Besut,

Terengganu.
(E-mail: [email protected])

Abstrak

Dunia pada hari ini telah memaparkan betapa pentingnya sifat kepimpinan
diterapkan dalam jiwa generasi milennium demi melahirkan pemimpin muda
yang progresif, futuristik dan energetik pada masa yang sama. Seiring pula
dengan era pemodenan, manusia pantas menginovasikan dan memodenkan
pelbagai ideologi demi mencari solusi yang terbaik dalam apa jua perkara.
Antara ideologi yang kini boleh dilihat sebagai solusi terbaik termasuklah dari
segi seni pengurusan organisasi yang bersistematik yang mana telah
membuktikan keberkesanannya dalam badan Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS). Pengurusan organisasi PRS yang sistematik ini menggabungkan sistem
hierarki yang lengkap dan sempurna dari akarnya. Dengan pengalaman dan
intelek yang diambil sepanjang menjalankan tanggungjawab dalam organisasi,
ditambah pula dengan keperibadian pemimpin muda yang energetik,
kepemimpinan belia yang mencakupi segala aspek dapat dilahirkan dan digilap
dari masa ke masa. Kelahiran pemimpin muda melakui gabungan acuan intelek
dan energetik ini akan menjadi tunjang kepada pembentukan ummah yang
gemilang dan perlulah dilestarikan sepanjang masa. Kertas kerja ini akan

295 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH


Click to View FlipBook Version