https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/trend-jenayah-remaja-dan-
kanak-kanak-membimbangkan/
Isahak, Z. (2020, Disember 2). Trend pelajar lelaki di Johor terlibat kes jenayah
meningkat.
Diperolehi daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/112940/EDISI/Johor/Trend-
pelajar-lelaki-di-Johor-terlibat-kes-jenayah-meningkat
146 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
ASRAMA CEMERLANG SEKOLAH
TERBILANG MERUPAKAN TUNJANG
KEMENJADIAN PELAJAR BERKALIBER
Muhammad Fakhrul Azeez bin Azhar
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jalan Selandar, Kampung
Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka.
(E-mail : [email protected] )
Nur Zawani Mardhiah binti Zainal
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jalan Selandar, Kampung
Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka.
(E-mail : [email protected] )
Iliya Maisarah binti Harun
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jalan Selandar, Kampung
Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka.
(E-mail : [email protected] )
ABSTRAK
Kecemerlangan sebuah sekolah sedikit sebanyak bergantung kepada
kehebatan kecemerlangan asramanya. Hal ini kerana dikatakan asrama adalah
tempat mulanya seseorang itu belajar cara hidup baharu tanpa bantuan ibu
bapa mahupun adik-beradik. Kehidupan di asrama sebenarnya memberikan
para pelajar pelajaran pertama untuk berdikari. Selain itu, proses pembelajaran
juga akan menjadi lebih tersusun. Melalui penekanan dan jadual waktu
pembelajaran, mereka memiliki tempoh pembelajaran yang lebih teratur dan
seimbang. Ini membolehkan mereka menumpukan lebih perhatian kepada
pelajaran dan tidak terlalu terdedah kepada gejala buruk di luar sekolah seperti
melepak, berjudi, merokok, dan bermain permainan video. Tinggal di asrama
mampu mendisiplinkan sikap dan kelakuan para pelajar. Melalui jadual waktu
yang ditetapkan, pelajar-pelajar akan lebih menghargai waktu dan mampu
mendisiplinkan diri untuk mengikut tempoh dan jadual waktu yang ditetapkan
oleh pihak sekolah. Selain itu, tinggal di asrama juga boleh mengurangkan
keadaan ‘kejutan budaya’ ketika melangkah ke alam universiti. Justeru modal
insan terbilang dapat dihasilkan bagi memenuhi tuntutan masyarakat dan
semasa. Kertas kerja ini akan membincangkan model kepimpinan pengawas
asrama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar serta program-program
147 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
terbaik yang dijalankan oleh pihak pengurusan asrama dalam melahirkan
pelajar yang cemerlang dan terbilang serta berketrampilan tinggi dari segi
akhlak, akademik dan sahsiah.
Kata Kunci: asrama, modal insan, terbilang
PENGENALAN
Pemimpin berwawasan sememangnya telah diiktiraf sebagai faktor penting
yang menerajui organisasi bagi menuju wawasan, matlamat dan objektif yang
ditetapkan. Keupayaan pemimpin dalam menerajui organisasi telah diterima
sebagai faktor yang boleh menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi
berkenaan. Dalam konsep Sekolah Berasrama Penuh, sebuah organisasi yang
mantap amat penting bagi melicinkan pengurusan pentadbiran asrama dan
menguruskan semua hal ehwal yang berlaku di asrama. Pengawas-pengawas
ini adalah dilantik oleh pihak sekolah daripada kalangan pelajar berdasarkan
kriteria-kriteria seperti penampilan pelajar dari segi kelakuan dan kecerdasan
mereka. Melalui strategi, perancangan dan aktiviti yang dijalankan oleh jawatan
kuasa pengurusan asrama, adalah sangat diharapkan pelajar-pelajar dapat
menghadapi pembelajaran dengan lebih selesa dan kondusif di sekolah dan
asrama di samping dapat mengamalkan budaya hidup beragama dan
cemerlang pada masa hadapan, berakhlak mulia, berhemah tinggi, cerdas dan
cergas.
Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang
bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan.
Hal ini selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025, KPM yang berusaha untuk menerajui perubahan demi menyediakan
anak-anak warganegara Malaysia dengan enam aspirasi murid yang seimbang
melalui ilmu dan akhlak – pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
dwibahasa (llmu), kemahiran memimpin, etika dan kerohanian, identiti nasional.
Perubahan landskap pendidikan tinggi dan ekonomi juga menuntut anak-anak
kita iaitu bakal pemimpin generasi akan datang supaya seimbang ilmu dan
akhlaknya.
LONJAKAN SAUJANA PELAJAR ASRAMA
Sejak dahulu, murid asrama telah menunjukkan pencapaian yang baik dalam
peperiksaan awam setanding dengan murid yang tidak tinggal di asrama. Murid
asrama akan mewarisi dunia yang penuh cabaran hebat. Kejayaan
148 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
mengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan kemahiran
kepimpinan tetapi memerlukan murid yang mempunyai nilai murni sejagat
seperti integriti, belas kasihan, adil, dan penyayang bagi membimbing mereka
dalam membuat keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan
identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi dengan pembangunan
warganegara yang global. Setiap murid yang tinggal di asrama akan
diperkukuhkan melalui amalan nilai kehidupan yang murni secara praktikal
dalam menjalani kehidupan mereka di asrama. Justeru, amalan kepatuhan
kepada peraturan, memanfaatkan masa, hubungan sosial yang tulus dan telus,
nilai pengorbanan, kasih sayang, toleransi, kesyukuran, dan kepatuhan kepada
Tuhan akan menjadi amalan teras dan rutin di asrama.
Setiap asrama tanpa mengira lokasi, saiz, atau jenis akan menyediakan
peluang pendidikan yang baik dan holistik kepada muridnya. Setiap asrama
harian sekolah di Malaysia tanpa mengira lokasi, saiz, dan jenis perlu
mencapai tahap keperluan infrastruktur yang minimum bagi mewujudkan
persekitaran tempat tinggal yang selamat, bersih, dan kondusif. Amalan
perkongsian pintar, pembentukan Task Force, Penarafan Asrama, Majlis
Permuafakatan Asrama merupakan asas amalan yang mendorong
pengurusan asrama melaksanakan intervensi yang berbeza supaya
bersesuaian dengan tahap prestasi asrama yang berbeza. Kehidupan
berasrama mampu melahirkan pelajar yang menerapkan sifat-sifat keislaman
dalam diri mereka. Lebih-lebih lagi dalam aspek kebersihan seperti dalam
hadits shohih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu:
الطهورَشطرَالإيمان
“Kesucian/bersuci merupakan setengah/sebagian dari Iman”
(HR. Muslim: 328).
Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa asrama merupakan tunjang
kemenjadian pelajar yang berkaliber dari segi aspek duniawi mahupun
ukhrawi
MODEL KEPIMPINAN PENGAWAS ASRAMA SBPI SELANDAR
Barisan kepimpinan pengawas asrama terbahagi kepada beberapa bahagian
yang terdiri daripada Ketua Asrama, Penolong Ketua Asrama serta beberapa
Lajnah yang turut membantu dalam kepimpinan ini. Setiap Lajnah pula
memainkan peranan yang tersendiri dalam memimpin dan membentuk sahsiah
149 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
serta disiplin pelajar di asrama. Lajnah-lajnah ini seterusnya dibantu juga oleh
beberapa kepimpinan kecil yang terdiri daripada murid biasa yang menjadikan
struktur kepimpinan ini lebih terperinci dan sistematik. Selain itu juga,
komunikasi serta toleransi antara Ketua Asrama, Penolong Ketua Asrama serta
Lajnah-lajnah sangatlah diutamakan dalam membina kepimpinan cemerlang
dan melahirkan insan yang berintegriti.
PROGRAM- PROGRAM TERBAIK PERINGKAT ASRAMA
1) Inspection Bertema
Pengenalan : Program ini diadakan bagi memastikan semua pelajar mempunyai
pakaian seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah .
Objektif :-
1. Mengesan mana-mana pelajar yang tidak
mempunyai pakaian uniform sekolah yang lengkap
2. Melakukan gotong-royong asrama pada setiap
hujung minggu secara besar-besaran
3. Memastikan keadaan dorm dan asrama sentiasa
berada dalam keadaan yang bersih dan selesa.
Cara Pelaksanaan Program :-
1. Program ini diadakan pada setiap hari Ahad bermula
jam 8.00 pagi
2. Para pelajar dikehendaki mengemas dorm dan
kawasan asrama secara keseluruhan bersama-
sama mengikut senarai nama tugas yang telah
disediakan oleh Lajnah 3K.
3. Selepas itu, para pelajar dikehendaki memakai baju
mengikut tema yang telah ditetapkan oleh warden
untuk minggu tersebut contohnya seperi tema baju
uniform sekolah, baju batik sekolah, baju uniform
kokurikulum dan sebagainya.
2) Anugerah Kebersihan Dorm
Pengenalan : Anugerah ini dijalankan agar dapat menaikkan lagi semangat
pelajar untuk menjaga kebersihan dorm dan menghias
dorm.
Objektif :-
1. Sikap yang positif seperti berdaya saing dan semangat
kesukanan dapat dilahirkan dalam diri para pelajar.
150 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
2. Dari segi sahsiah,pelajar akan lebih berdisiplin untuk
menjaga kebersihan walaupun di mana jua mereka
berada tidak kira di sekolah atau asrama
3. Dapat membawa perubahan yang positif kepada
pelajar dan tahap kebersihan asrama akan bertambah
baik.
Cara Pelaksanaan Program : -
1. Pelajar dikehendaki untuk memastikan dorm bersih
dan kemas setiap pagi termasuk hari-hari
minggu.Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah
akan memeriksa dan mengambil markah dorm.
2. Program ini akan melibatkan pelajar daripada
tingkatan satu sehingga pelajar tingkatan lima.
3. Majlis Tertinggi Pengawas Asrama, Ahli Lajnah 3K
serta barisan Ketua Rumah dan Penolong Ketua
Rumah sukan akan terlibat dalam pengiraan markah
dan pengadilan.
3) Anugerah Akademik Dorm
Pengenalan : Anugerah ini dijalankan dalam peringkat asrama untuk
memupuk semangat berdaya saing secara sihat dalam
pelajaran untuk bersama-sama mencapai
kecemerlangan.
Objektif :-
1. Menyemarakkan semangat pelajar untuk berjaya
dalam bidang akademik demi mencapai kejayaan.
2. Menggalakkan para pelajar membantu rakan-rakan
satu dorm yang lemah dalam bidang akademik agar
bersama-sama menuju kejayaan.
3. Membolehkan pelajar menggunakan masa lapang di
dalam dorm dengan perkara yang berfaedah seperti
mengulang kaji pelajaran dan
4. menyiapkan kerja sekolah serta latihan yang diberikan
oleh guru-guru.Melahirkan pelajar yang berketrampilan
tinggi,berilmu pengetahuan, berdisiplin dan bersahsiah
serta berupaya meningkatkan prestasi akademik
sekolah.
Cara Pelaksanaan Program : -
1. Penilaian akan dilakukan sebaik sahaja keputusan
peperiksaan sekolah iaitu Peperiksaan Bulanan
151 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Februari dan Ogos,Peperiksaan Pertengahan Tahun
dan Peperiksaan Akhir Tahun dikeluarkan oleh
Setiausaha Peperiksaan Sekolah.
2. Penilaian akan dilakukan oleh badan pengawas asrama
bahagian Lajnah Akademik Asrama
3. Penilaian dilakukan dengan cara :-
Jumlah gred purata setiap pelajar
Bilangan pelajar
4. Penilaian berasingan akan dilakukan untuk pelajar-pelajar
daripada Menengah Rendah dan Menengah Atas
5. Setelah dibandingkan dengan setiap dorm di asrama,
dorm yang mempunyai jumlah purata yang terbaik
akan menerima anugerah.
6. Manakala , dorm yang mendapat jumlah purata yang
tidak memuaskan akan diberi kelas tambahan serta
kerja sekolah yang lebih banyak oleh guru-guru mata
pelajaran.
5) Hari Sukan Asrama
Pengenalan: Sukan Asrama Sisme 2021 ini diadakan bagi
mewujudkan suasana asrama yang ceria dan
harmoni. Program ini juga dapat melahirkan pelajar
SISME yang cerdas dan berdaya saing . Sifat daya yang
kurang dipupuk di antara pelajar SISME mampu disuntik
menerusi program ini
Objektif :-
1. Dapat mendedahkan kepada para pelajar tentang
kepentingan bersukan dalam kehidupan seharian.
2. Mengukuhkan potensi para pelajar dalam semua aspek
terutamanya dari aspek mental, rohani, emosi dan intelek
agar menjadi insan yang cemerlang.
152 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
3. Program ini dapat mendidik amalan daya saing yang sihat
dalam bidang sukan dan untuk menyemerakkan lagi
semangat kesukanan dalam kalangan pelajar
4. Memberi peluang kepada para pelajar untuk
menyertai sekurang -kurangnya satu aktiviti sukan secara
positif
Cara pelaksanaan program :-
(Sabtu)
7.30 pagi : Semua peserta berkumpul
8.00 pagi : Pertandingan futsal peringkat kumpulan
Pertandingan bola jaring peringkat kumpulan
Pertandingan permainan dalaman
10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi : Pertandingan futsal peringkat kumpulan
bersambung Pertandingan bola jaring peringkat kumpulan
bersambung
12.30 tengah hari : Bersurai
(Ahad)
7.30 pagi : Semua peserta berkumpul
8.00 pagi : Pertandingan sukan dalaman
Pertandingan futsal peringkat kalah mati
Pertandingan bola jaring peringkat kalah mati
12.30 tengah hari : Bersurai
RUMUSAN
153 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Jawatankuasa Pengurusan Asrama SBPIS telah meletakkan empat fokus
utama dalam pengurusan asrama iaitu sahsiah, akademik, 3K dan kokurikulum.
Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah sebagai okus strategik
jawatankuasa asrama demi memastikan pengurusan asrama yang cemerlang
dan pembentukan sahsiah muriah murid yang efisien dan berkualiti memenuhi
tuntutan semasa iaitu melahirkan modal insan terbilang sejajar dengan moto
“Asrama Cemerlang Sekolah Terbilang’’.
SENARAI RUJUKAN
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.t.t.Fokus kecemerlangan asrama.
Diperolehi daripada
https://www.smista-maiwp.edu.my/index.php/profil/asrama/fokus
Dennis Jamah. (2015) Bidang tugas pengawas asrama.Diperolehi daripada
https://123dok.com/document/q2knxdrq-bidang-tugas-pengawas-asrama-
ppt.html
Sayangeda (2011). Model Kepimpinan pengawas asrama.Diperoleh daripada
https://www.scribd.com/doc/71379262/Kertas-Kerja-Kursus-Kepinpinan-
Pengawas-Asrama
Dato' Haji Mazlan bin Mohamad (2013). Kemenjadian pelajar
asrama.Diperolehi daripada
https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/07_Jul/02_BUKU_KONSEP
_TRANSFORMASI_2020-2020_JULAI_2013.pdf
KonsultasiSyariah.t.t.Hadis Kebersihan. Diperoleh daripada
https://konsultasisyariah.com/35845-hadis-palsu-kebersihan-sebagian-dari-
iman.html
154 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
PENGENALAN KEPIMPINAN ASRAMA KE ARAH
SUNNAH NABAWIYYAH
MUHAMMAD AMIR MIRZA BIN MOHD.ZAMAWI
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, 03750, Alor Setar, Kedah
(E-mail: [email protected])
AUFA BINTI ROSNE
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, 03750, Alor Setar, Kedah
(E-mail: [email protected])
NUR AMALINA BINTI ZOLKIFLI
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, 03750, Alor Setar, Kedah
(E-mail: [email protected])
ABSTRAK
Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan
masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berintelektual dan
dinamik yang dapat memimpin sesebuah organisasi. Sejarah manusia penuh
dengan pemimpin tentera, politik, agama dan sosial. Sebagai contoh,
kepimpinan yang terdapat di asrama iaitu pengawas asrama bertanggungjawab
dalam membentuk individu yang memiliki jati diri yang tinggi menerusi program
atau amalan terbaik yang dijalankan. Amalan atau program ini dijalankan
adalah bertujuan bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Hal ini juga
membantu organisasi bekerja dengan sistematis dan terstruktur dalam
meningkatkan lagi kualiti badan kepimpinan asrama di SMKA Kedah. Program
atau amalan ini juga bertujuan untuk memdedahkan kepada pelajar di asrama
SMKA Kedah dengan lebih dekat ke arah sunnah Nabi Muhammad
S.A.W..Menurut ahli hadis, sunnah adalah segala yang bersumber daripada
Nabi Muhammad S.A.W., baik berupa perkataan, perbuatan, amalan, budi
pekerti dan perjalanan hidupnya.
KATA KUNCI:, Kepimpinan Pengawas Asrama, amalan terbaik, sunnah nabi
PENGENALAN
Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”.Pimpin bererti bimbing,
pandu atau tunjuk. Memimpin diberi ertisebagai memegang tangan dan
155 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti
“keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai
pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994). Sejak permulaan
tamadun awal manusia,konsep kepimpinan telah wujud dengan membawa
objektif untuk membimbing,membawa dan mendorong sesuatu organisasi.
Dalam era globalisasi kini, kepimpinan telah pun dipraktikkan dalam pelbagai
institusi dan sektor di seluruh dunia. Contohnya dari aspek
politik,negara,sekolah dan lain-lain. Demikian itu, tompok kepimpinan di
peringkat asrama SMKA Kedah seperti pengawas asrama, perlulah memiliki
kriteria-kriteria seperti kejujuran, keupayaan untuk berkomunikasi atau
bekerjasama dengan orang lain, sentiasa positif, mendorong orang lain ke arah
kebaikan dan memberikan komitmen yang sepenuhnya. Kepimpinan pada
peringkat ini adalah penting untuk mencerminkan kebolehan dalam
mempengaruhi sesebuah kempulan ke arah sesuatu objektif. Pemimpin pada
peringkat ini juga dilantik dalam kalangan murid supaya dapat menjadi contoh
tanpa sebarang perbandingan yang tidak adil.
Seterusnya, sesuatu program atau amalan adalah merupakan susunan
rencana kegiatan kerja yang sudah dirancang dan telah disepekati bersama
untuk dilaksanakan dalam jangka waktu tertentu. Program atau amalan ini
harus dibuat secara tearah oleh badan kepimpinan asrama kerana ia akan
menjadi pegangan organisasi dalam mencapai sebuah matlamat. Dan selain
itu juga, program kerja atau amalan ini sendiri juga dapat menjadi sebuah tolak
ukur dalam pencapaian target saat akan melakukan pekerjaan, dan hasilnya
akan di evaluasi pada masa akhir pengurusan.
KEPIMPINAN ASRAMA BERDASARKAN SUNNAH NABAWIYYAH
Kepimpinan pengawas asrama di SMKA Kedah cuba untuk menerapkan
kepimpinan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. di Madinah. Contohnya,
sebagai pemimpin baginda mempunyai matlamat dan wawasan yang jelas
apabila melakukan sesuatu perkara. Dalam kepimpinan ini juga, disiplin setiap
ahli juga amat dititikberatkan dalam menjalankan tugas. Hal ini penting agar
pengawas dapat dijadikan model kepimpinan mengikut konsep sunnah
nabawiyyah.Oleh kerana itu, setiap biro yang mempunyai peranan masing
ditubuhkan bagi melincinkan lagi kepimpinan ini di asrama.Rajah di bawah
menunjukkan carta organisasi kepimpinan pengawas asrama di SMKA Kedah;
156 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
CARTA ORGANISASI KEPIMPINAN PENGAWAS ASRAMA SESI
2020/2021
GURU PENASIHAT
EN.BADRULHAFIZ BIN MUSTAFA KAMIL
KETUA ASRAMA PEN.KETUA ASRAMA
MUHAMMAD AMIR MIRZA BIN NUR AMALINA BINTI ZOLKIFLI
MOHD.ZAMAWI PEN.SETIAUSAHA
AUFA BINTI ROSNE
SETIAUSAHA
FATNIN AYUNI BINTI HASRIZAL
BENDAHARI
MUHAMMAD ARIF NAUFAL BIN ABU
HASSAN
BIRO LEMBAGA
PENGAWAS
BIRO DISIPLIN BIRO KHIDMAT SELERA
MUHAMMMAD SYAHMI BIN NIZAR (K) MOHD FARHAN BIN CHE MAIRUDDI (K)
NUR AISYAH NABILAH BINTI MODH NASEH (P.K) KHAIRUN ‘AQILAH BINTI SHAMLAN (P.K)
BIRO PERALATAN DAN KESELAMATAN BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
MUHAMMAD HAZIM BIN OSMAN (K) MUHAMMAD FARIS DANIAL BIN MAFUDZ
ASMA ATHIRAH BINTI MD AZAM AKMAL (P.K)
(K)
BIRO DOKUMENTASI DAN MAKLUMAT AUFA BINTI MOHAMAD ZAID (P.K)
MUHAMMAD JASRIEL SYAZUAN BIN ZAINUDDIN BIRO KEBAJIKAN DAN KESIHATAN
MUHAMMAD ABBAS BIN MOHD SUBRI (K)
(K) AFIFAH AFWAN BINTI CHE MAHIR (P.K)
NUR AINA SYAMIMI BINTI FADZLI (P.K)
Rajah 1 menunjukkan carta organisasi kepimpinan pengawas asrama di SMKA Kedah;
Setiap daripada ahli majlis tertinggi dan biro yang dilantik seperti RAJAH 1
mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Peranan ketua dan
penolong ketua asrama adalah untuk memimpin serta memastikan setiap AJK
melaksanakan tugas masing-masing. Bagi biro displin, tugas mereka
hendaklah merancang serta melaksanakan program dalam meningkatkan
kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar dan melaksanakan hukuman
157 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
disiplin sekiranya diwakilkan pengetua. Hukuman atau teguran mereka
dilakukan dengan profesional dan berhikmah bagi membentuk keperibadian
murid di asrama. Seterusnya, peranan biro khidmat selera adalah membuat
laporan harian tentang makanan di dewan makan asrama mengikut menu yang
ditetapkan dan melaporkan sekiranya terdapat masalah di dewan makan
kepada warden. Selain itu, bagi biro peralatan dan keselamatan, mereka
ditugaskan untuk memastikan peralatan yang disediakan terjaga dan selamat
untuk digunakan seterusnya melaporkan semua jenis kerosakan kepada pihak
pengurusan asrama. Di samping itu juga, biro kebersihan memainkan peranan
yang penting dalam memastiikan kebersihan pelajar di asrama dan melakukan
program yang berkaitan kerana kebersihan juga adalah separuh daripada iman.
Manakala, biro kebajikan dan kesihatan ditugaskan untuk memaklumkan
kepada warden jika terdapat pelajar sakit yang perlu dihantar ke klinik bagi
mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Mereka juga perlu untuk memastikan
peralatan kecemasan di asrama lengkap sekiranya berlaku kecemasan. Akhir
sekali, biro dokumentasi dan maklumat bertanggungjawab bagi merakam atau
merekod segala aktiviti yang berlangsung sepanjang program dan membuat
laporan mengenainya. Biro ini juga penting untuk mendedahkan isu-isu semasa
yang berlaku kepada pelajar asrama agar tidak menjadi katak di bawah
tempurung. Allah SWT berfirman dalam kitab suci Al-Quran di dalam surah An-
Nisa’ ,57;
َ۞َإِ َّنَّل َّل َاََ َيأْ ُم ُر ُك ْمَأَ ْنَتُ َؤ ُّدواَا ْلأَ َمانَا ِتَ ِإلَ ٰىَأَ ْه ِل َهاَ َوإِ َذاَ َح َك ْمتُ ْمَ َب ْي َنَالنَّا ِس
أَ ْنَتَ ْح ُك ُمواَ ِبا ْل َع ْد ِل ََۚ ِإ َّنَّل َّل َاَ ِن ِع َّماَ َي ِع ُظ ُك ْمَبِ ِه ََۗ ِإ َّنَّل َّل َاَ َكا َنَ َس ِميعًاَبَ ِصي ًرا
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang
berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di
antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah
memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah
adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
Berdasarkan surah di atas, jelaslah bahawa setiap pemimpin yang
diamanahkan seperti pengawas asrama SMKA Kedah perlulah serius dalam
melaksanakan tugas dengan amanah dan tidak mengambil mudah dalam
setiap perkara yang salah. Mereka juga perlu mempunyai kriteria-kriteria seperti
memiliki program kerja atau matlamat yang jelas, mempunyai rasa
tanggungjawab yang tinggi, pengawasan yang efektif, berdedikasi dan
158 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
memcontohi perwatakan Rasulullah SAW sesuai dengan konsep kepimpinan
yang dirancang.
PROGRAM ATAU AMALAN TERBAIK
Program atau amalan terbaik perlulah dijalankan dengan membawa objektif
untuk memupuk semangat berukhuwah dan disiplin dalam kalangan murid.Di
asrama SMKAK,pihak pengawas asrama dengan kerjasama dari pihak warden
telah bersatu dan bersepakat dalam menjalankan program-program yang telah
dicadangkan.Amalan yang dipraktikkan antaranya ialah program gotong
royong perdana.Aktiviti ini dijalankan dengan bertujuan untuk melatih para
penghuni asrama untuk menjaga kebersihan.Dalam islam,aspek kebersihan
menjadi salah satu aspek yang penting dlam kehidupan seseorang muslim.Hal
ini dapat dikaitkan dengan ayat quran dari surah al-baqarah ayat 222:
ِإ َّنَّل َّلاََيُ ِح ُّبَالتَّ َّوا ِبي َنَ َويُ ِح ُّبَا ْل ُمتَ َط ِه ِري ََن
" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai
orang-orang yang mensucikan diri"
Oleh itu,pengawas asrama SMKAK telah mengambil inisiatif ini dalam usaha
untuk memupuk sikap mengutamakan kebersihan dalam kalangan
pelajar.Aktiviti gotong royong perdana ini dijalankan sekerap dua kali dalam
sebulan.Hasilnya ialah kamar dan kawasan asrama yang besih dan sejuk mata
memandang.Dalam pada itu,hubungan silaturrahim antara penghuni asrama
juga dapat dieratkan kesan daripada kerjasama yang diterbitkan untuk
membersihkan kawasan asrama.Maka sikap berpuak-puak atau assabiyah
dapat dielakkan serta dapat mewujudkan suasan bi’ah solehah.Islam juga
menggalakkan umatnya agar sentiasa bersatu padu dan megelakkan wujudnya
assabiyah dalam kalangan penghuninya.
Selain itu, program puasa perdana dan puasa sunat turut dijalankan di
SMKAK.Puasa perdana adalah sesuatu program di mana seluruh penghuni
aspuri dan aspura berpuasa pada hari yang digalakkan untuk berpuasa sunat
contohnya pada Hari ‘Asyura.Program ini turut melibatkan para guru,staf
sekolah dan warden.Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melatih para
pelajar supaya sentiasa mengamalkan puasa sunat dan menghayati kejadian
pada hari tersebut. Sebuah riwayat daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya
Rasulullah S.A.W bersabda:
159 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
.َُِص َيا ُمَيَ ْو ِمَ َعا ُشو َرا َءَإِنِيَأَ ْحتَ ِس ُبَ َعلَىَّل َّلاَِأَ ْنَيُ َك ِف َرَال َّس َنةََالَّتِيَقَ ْب َله
Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan
kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun
sebelumnya.
Riwayat Ibn Majah (1738)
Manakala puasa sunat yang sering dilakukan oleh para pelajar ialah puasa
sunat isnin dan khamis.Hari tersebut adalah bergantung kepada pelajar sama
ada mereka mahu berpuasa atau tidak kerana tiada paksaan dalam
melakukannya.Bagi pelajar yang berpuasa,kad puasa akan diedarkan kepada
mereka yang berkenaan sebagai tiket untuk berbuka di dewan makan.Tujuan
kad tersebut diwujudkan adalah untuk memelihara nilai kejujuran dalam
kalangan pelajar.Kesannya is dapat mendidik pelajar suapaya menjadi seorang
yang membawa nilai kejujuran dalam diri.Program seperti yang sedemikian
kerap dijalankan bagi melatih para pelajar untuk sentiasa bersabar serta
mensyukuri nikmat yang Allah berikan setiap hari kepada makhluk-Nya.Dengan
berpuasa juga,kita dapat melatih dan mendidik jiwa ke arah yang lebih
positif.Dalam pada itu,amalan ini ialah amalan sunat yang sering diamalkan
oleh Rasullah saw.Adalah diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a bahawa “Adalah
Rasulullah amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis.”(Riwayat Imam
Tarmizi).
CABARAN MENJADI MODEL KEPIMPINAN DAN MENJALANKAN
PROGRAM
Antara cabaran yang dihadapi untuk menjadi model kepimpinan dan
melaksanakan program berunsurkan sunnah-sunnah nabi di asrama SMKA
Kedah adalah pengawas asrama kebanyakkan tidak didedahkan dengan
kemahiran untuk memimpin atau melaksanakan sesuatu program. Hal
demikian kerana kurangnya program kepimpinan dan tiada pendedahan oleh
pihak yang terlibat. Selain itu juga, kekurangan teladan daripada ahli badan
kepimpinan juga dapat menyebabkan mereka kurang sesuai untuk dijadikan
sebagai model kepimpinan. Kurang interaksi antara ahli organisasi juga
menjadi faktor ketidakberhasilan kepimpinan sesebuah organisasi. Walaupun
organisasi tersebut terdiri daripada ahli-ahli yang hebat, kekurangan interaksi
ini dapat menyebabkan berlakunya salah faham dan kata sepakat sukar
diperolehi. Petengkaran yang berlaku antara ahli organisasi juga merencatkan
kepimpinan sesebuah organisasi tersebut Perkara ini boleh menyebabkan
aktiviti atau program yang dirangcang sukar untuk dijalankan dan tidak akan
mendapatkan hasil yang sempurna. Seterusnya, badan kepimpinan hendaklah
160 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
mempunyai jiwa yang kental serta sanggup menempuhi pelbagai ujian yang
datang. Hal demikian adalah kerana terdapat beberapa pelajar lain
melemparkan pelbagai tomahan dan kecamam yang negatif. Badan
kepimpinan juga haruslah yakin dengan keputusan sendiri. Gentar atau takut
dalam menegakkan sesuatu perkara yang benar hendaklah dielakkan sama
sekali dan menyelesaikannya dengan cara yang penuh berhikmah seiring
dengan peredaran zaman. Kekurangan sokongan daripada pihak-pihak yang
terlibat juga menjadi cabaran yang sukar kepada organisasi dalam
melaksanakan aktiviti yang telah dirancang..
RUMUSAN DAN CADANGAN
Sebagai rumusan, ditekankan sekali lagi bahawa kehidupan di sekolah
berasrama memberi lebih banyak manfaat jika seseorang itu sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni dan amalan sunnah dalam mengharungi
kehidupan di asrama. Seseorang pelajar akan menjadi lebih berdisiplin,
mempunyai jati diri yang tinggi dan berjaya menyesuaikan diri dalam hidup
bermasyarakat. Sunggguh pun ibubapa atau pun penjaga pelajar berada jauh
dari mereka, mereka masih dapat menghargai dan mengamalkan nilai-nilai
murni yang mereka telah ajar kepada anda sekarang dan di masa hadapan.
Tambahan pula dengan mengamalkan konsep sunnah an nubuwwah.
Walaubagaimana pun, organisasi kepimpinan di asrama SMKA Kedah ini perlu
sentiasa meningkatkan usaha bagi mengatasi cabaran yang dihadapi..
Antaranya adalah dengan cara mereka belajar untuk memahami keadaan serta
mendengar penjelasan daripada dua sudut agar permasalahan dapat
diselesaikan dengan professional. . Keperibadian pelajar di asrama SMKA
Kedah ini juga dapat dibentuk dengan lebih baik jika kepimpiman asrama ini
dapat terus beristiqomah dalam menjalankan tugas dan melakukan amalan-
amalan yang terbaik tersebut.
RUJUKAN
Azam, K. (2014, Ogos 6), Kepimpinan Pengawas Asrama.Dimuat turun
daripada www.slideshare.net/khaist05/bahagian-pengurusan-asrama
Azizul, S. (2017, Disember 22). Tugas Biro. Dimuat turun daripada
www.scribd.com/document/Tugas-Biro-Asrama&ved
Abdullah,M, (2017, Februari 21),Konsep Sunnah Nabi Muhammad.Dimuat
turun
Daripada https://tzkrh.com
Al-Quran Al-Karim
161 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Jaafar, S, (2005), Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Majah, A.B,(2011), Sunan Ibnu Majah. Gema Insani: Muhammad Mukhlisin
Isa, M , (2020 Disember 21), Al-Syamail Muhammadiyah. PTS: Muhammad
Masnu Hamzah
162 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
PENGENALAN MODEL KEPIMPINAN DAN
PROGRAM/AMALAN TERBAIK ASRAMA SMKA
SHEIKH HAJI MOHD SAID
Nadhira Sofia binti Norzaidi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Jalan Tunku
Kurshiah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
(Email: [email protected])
Husna Alisya binti Yusri
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Jalan Tunku
Kurshiah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
(E-mail: [email protected])
Muhammad Ihsan bin Hamzah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Jalan Tunku
Kurshiah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
(E-mail: [email protected])
ABSTRAK
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said atau
lebih dikenali sebagai SMKA SHAMS yang terletak di Seremban, Negeri
Sembilan menempatkan bilangan purata kira-kira 420 orang pelajar dalam
setahun. Bilangan tersebut terdiri daripada 38% pelajar putera dan 62% pelajar
puteri yang akan dipantau dan diawasi oleh pihak pentadbir asrama seperti
penyelia, warden dan guru-guru. Namun begitu, terdapat juga organisasi
kepimpinan asrama yang dilantik dalam kalangan pelajar iaitu Majlis Perwakilan
Pelajar Asrama (MPPA). Kepimpinan MPPA ini akan membantu pentadbir
asrama memastikan semua program yang dijalankan untuk semua pelajar
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kepimpinan ini juga akan menjadi
penggerak utama untuk mewujudkan biah solehah dalam kalangan pelajar di
asrama. Kertas kerja ini akan memperkenalkan model kepimpinan MPPA dan
program/amalan terbaik yang dilaksanakan dengan tujuan untuk terus
mengekalkan biah solehah ini agar asrama SMKA SHAMS dapat melahirkan
pelajar-pelajar yang unggul dengan kefahaman, penghayatan serta
pengaplikasian ilmu agama dalam kehidupan seharian mereka.
Kata kunci: Kepimpinan MPPA, program/amalan terbaik, biah solehah
163 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi
terutama dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai matlamat
yang ingin dicapai bersama. Kepimpinan membawa banyak pengertian
bergantung kepada kesesuaian dan keperluannya. Walaupun kepimpinan
adalah sesuatu yang kompleks untuk ditakrifkan namun ia membawa kepada
suatu persamaan dari segi konteksnya iaitu sebagai suatu proses, pengaruh,
kerja sepasukan serta penentuan matlamat. Ini bermaksud bahawa kepimpinan
itu adalah suatu proses di mana seseorang individu itu (pemimpin)
mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat bersama. Dalam konteks
pengurusan sekolah atau pendidikan amnya, kepimpinan adalah berhubung
rapat dengan keberkesanan sekolah. Sekolah yang berkesan adalah dihasilkan
melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti (Alimuddin, 2006). Oleh yang
demikian, kepimpinan yang unggul haruslah sentiasa meluaskan horizon
pemikiran untuk menyusun strategi dan langkah yang efektif bagi mewujudkan
persekitaran yang baik dalam sesebuah komuniti.
Pemimpin yang hebat juga memainkan peranan yang penting dalam
menggerakkan sesebuah kepimpinan. Sebenarnya menjadi seorang pemimpin
bukanlah suatu kemuliaan tetapi lebih kepada kebertanggungjawaban
pemimpin tersebut. Sebagaimana kita maklum pemimpin terbaik bagi umat
Islam adalah Rasulullah SAW dan antara sifat yang ditonjolkan sebagai amanat
kepada seluruh umat Islam ialah sifat kemaafan serta menolak kejahilan seperti
keangkuhan. Berkata benar, amanah, menyampaikan dan cerdas adalah sifat
pemimpin agung yang perlu disemai dalam diri setiap pemimpin.
Konsep Biah Solehah
Biah berasal dari perkataan arab yang membawa erti persekitaran manakala
solehah pula membawa maksud baik. Biah solehah adalah suatu keadaan baik
yang terbentuk daripada tiga elemen yang saling memerlukan iaitu masyarakat
yang bersyariat, ukhuwah (persaudaraan) yang kukuh dan kebersihan. Elemen-
elemen ini perlu wujud serentak bagi membentuk sebuah biah yang solehah.
Elemen yang pertama iaitu masyarakat yang bersyariat merangkumi segenap
aspek kehidupan baik dari segi ekonomi, perundangan, pentadbiran,
pendidikan, sosial dan kebudayaan. Struktur sosial yang bersyariat merupakan
nadi utama dalam menilai tahap pengamalan syariat di dalam sesebuah
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat yang mengamalkan
cara-cara pergaulan, berpakaian dan bermuamalah sesama manusia seiring
164 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dengan garis panduan yang ditetapkan Allah adalah penjamin keharmonian
sesebuah komuniti.
Elemen yang kedua pula ialah ukhuwah yang kukuh antara satu sama lain.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 10, “Sesungguhnya orang-
orang mukmin adalah bersaudara, maka perbaikkanlah hubungan dengan dua
saudara kamu, bertakwalah kepada Allah, semoga kamu beroleh rahmat.”
Pembentukan ikatan yang kukuh bermula apabila setiap hati manusia
mempunyai cita-cita yang satu iaitu menuju Allah. Apabila hati tertumpu kepada
Allah, maka senanglah untuk masyarakat bersatu. Jika kita terlihat perkara-
perkara mungkar berlaku, kita haruslah menjadi orang pertama yang berdiri
untuk membanteras kemungkaran tersebut. Firman Allah SWT dalam surah Ali-
Imran, ayat 104, “Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang
menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah
dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Kita akan
melihat bagaimana indahnya manifestasi ukhuwah itu apabila kita berasa
sayang dan tidak rela jika saudara seagama kita berterusan bergelumang di
dalam lembah kemungkaran dan kemurkaan Allah.
Elemen yang terakhir ialah kebersihan. Kebersihan yang dimaksudkan
bukanlah sekadar didefinisikan dengan tingkap rumah yang licin berkilat tanpa
habuk tetapi termasuklah dari segi jasmani mahupun rohani. Kebersihan
jasmani merangkumi kebersihan diri, tempat tinggal, tempat beribadat, tempat
kerja dan seluruh tempat awam. Kebersihan rohani pula merupakan kebersihan
hati iaitu dengan menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah seperti marah,
hasad dengki, kedekut, kemegahan, mencintai dunia, ujub, takabbur dan riak.
Firman Allah SWT dalam surah asy-Syams, ayat 9-10, “Sesungguhnya
berjayalah orang yang mensucikan jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang
yang mengotorinya.” Oleh yang demikian, elemen kebersihan ini sangat penting
kerana agama Islam amatlah mengutamakan kebersihan dalam semua bidang
kehidupan.
Tuntasnya, biah solehah dapat menjadi faktor penolak yang paling penting buat
semua masyarakat untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. Suasana dan
persekitaran yang diwujudkan dalam rangka mencari keredaan-Nya, pastilah
akan melahirkan insan-insan yang turut dahagakan kasih dan sayang-Nya.
Semua orang mempunyai kisah silam yang kelam dan semua orang juga
mempunyai peluang untuk melakar masa hadapan yang gemerlapan.
Sesungguhnya, berubah menjadi lebih baik merupakan proses mencantikkan
lagi perjalanan hidup kita.
165 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan Model Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Asrama (MPPA)
SMKA SHAMS
Majlis Perwakilan Pelajar Asrama (MPPA) merupakan organisasi kepimpinan
utama yang terdapat di asrama SMKA SHAMS. MPPA akan mengurus serta
melaksanakan aktiviti dan program di asrama. Selain itu, MPPA juga adalah
sebagai penggerak utama bagi mengekalkan biah solehah di asrama SMKA
SHAMS dengan memastikan aktiviti dan program asrama dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Oleh yang demikian, MPPA akan sentiasa mewujudkan
program-program dan amalan-amalan terbaik sekali gus melaksanakan tarbiah
islamiah dalam diri setiap pelajar dengan berlandaskan al-Quran dan as-
Sunnah. Ironinya, asrama SMKA SHAMS dapat melahirkan para pelajar yang
unggul dengan pengaplikasian ilmu agama dalam kehidupan seharian mereka.
Organisasi kepimpinan MPPA adalah seperti dalam Rajah 1.
Ketua Umum Asrama
Setiausaha Timbalan Ketua Umum Bendahari
Biro Disiplin Biro Kebajikan Biro Bilik-bilik Khas
Biro Akademik Biro 3K Biro Sukan dan Kerohanian
Biro Dobi dan Dewan Makan
Rajah 1: Carta Organisasi Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Asrama (MPPA)
Berdasarkan carta ini, organisasi kepimpinan MPPA diketuai oleh Ketua Umum
Asrama yang akan dibantu oleh Timbalan Ketua Umum. Kedua-dua individu ini
akan sentiasa bekerjasama dengan pentadbir asrama untuk melaksanakan
sesuatu program serta bertanggungjawab mengingatkan dan menasihati ahli-
ahli untuk menjalankan tugas masing-masing dengan penuh amanah. Mereka
juga perlu menjadi contoh terbaik buat semua pelajar untuk diteladani. Selain
itu, terdapat Setiausaha yang akan menguruskan surat menyurat dan maklumat
pelajar asrama. Di samping itu, terdapat juga Bendahari yang berperanan untuk
menyediakan dan membentangkan penyata laporan kewangan. Bendahari juga
bertanggungjawab terhadap semua bentuk pungutan wang setiap ahli. Akhir
sekali, organisasi MPPA terdiri daripada tujuh ahli biro yang mempunyai
peranan masing-masing yang tersendiri
166 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Perkataan biro yang didefinisikan sebagai sesuatu jabatan atau agensi
(terutama yang mengendalikan urusan tertentu) digunakan oleh kepimpinan
MPPA bagi permulaan nama setiap kumpulan kecil di bawahnya untuk
membezakan MPPA dengan badan kepimpinan yang lain. Biro yang pertama
iaitu Biro Disiplin berperanan untuk mengawal disiplin pelajar dengan
memastikan semua pelajar asrama mematuhi peraturan asrama termasuk
kekemasan diri. Biro yang kedua pula ialah Biro Kebajikan yang akan
menguruskan pelajar yang sakit serta memastikan peralatan bekalan peti ubat
sentiasa cukup untuk kegunaan kecemasan. Biro yang ketiga iaitu Biro
Akademik akan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar asrama serta
memantau pelajar ketika kelas prep berlangsung. Biro yang keempat pula ialah
Biro 3K yang akan memastikan kebersihan, keceriaan dan keselamatan
asrama serta kawasan di sekelilingnya sentiasa berada dalam keadaan yang
terbaik. Biro yang kelima pula iaitu Biro Sukan dan Kerohanian (BISIK) akan
merancang serta menguruskan program sukan seperti Liga Asrama yang
diadakan setiap tahun dan program kerohanian seperti program ceramah. Biro
yang keenam ialah Biro Bilik-bilik Khas (BIBIK) yang akan menguruskan semua
bilik-bilik yang ada di asrama seperti bilik sakit, bilik gym dan bilik belajar. Biro
yang ketujuh yakni yang terakhir, Biro Dobi dan Dewan Makan (BIDOM) yang
akan menguruskan semua hal yang berkaitan dengan dobi dan dewan makan
asrama seperti menguruskan senarai nama pelajar yang ingin berpuasa sunat.
Ketujuh-tujuh ahli biro ini mempunyai ahli jawatankuasa kecil di bawahnya yang
terdiri daripada semua tingkatan dari tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 6.
Jelaslah bahawa kepimpinan MPPA ini melibatkan ramai pelajar untuk
bersama-sama menjalankan peranan yang terbaik buat asrama yang tercinta.
Tuntasnya, semua pihak yang melibatkan diri dengan kepimpinan ini haruslah
sentiasa berganding bahu dan mewujudkan kolaboratif antara satu sama lain
dalam mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.
Program/Amalan Terbaik Asrama SMKA SHAMS untuk
Mengekalkan Biah Solehah dalam Kalangan Pelajar
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya” bermaksud mendidik anak biarlah sejak
mereka kecil lagi. Peribahasa Melayu ini bersesuaian dengan hasrat MPPA dan
pentadbir asrama untuk melahirkan para pelajar asrama yang produktif dan
inovatif dalam mewujudkan kriteria dari segi akademik dan sahsiah
beraspirasikan agama dan negara. Biah solehah yang wajar dikekalkan dalam
kalangan pelajar asrama juga harus diikhtiarkan sehabis baik agar pelajar dapat
menjadi lebih unggul di bawah struktur sosial yang bersyariat dan komuniti yang
diredai.
167 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Oleh yang demikian, satu program terbaik telah diwujudkan di asrama SMKA
SHAMS yang diberi nama program Ta’alim. Ta’alim merupakan perkataan
bahasa arab yang membawa maksud pengajaran dari segi bahasa dan dari
segi istilah pula bermaksud pengajaran yang bersifat pemberian atau
penyampaian pengertian, pengetahuan dan keterampilan. Program Ta’alim ini
diwujudkan khas untuk semua pelajar asrama tingkatan 1 dan tingkatan 2.
Pelajar tingkatan 3, 4, 5 dan 6 juga dibenarkan turut serta bagi memeriahkan
lagi program ini. Setiap hari pada jam 6.30 petang, program ini akan
dilaksanakan sebelum bermulanya bacaan zikir al-Mathurat di Surau al-
Hidayah SMKA SHAMS. Para pelajar yang terlibat akan didedahkan dengan
pelbagai aktiviti yang menarik dan berfaedah. Antaranya termasuklah aktiviti
usrah ta’alim, tadarus dan tadabbur al-Quran, tazkirah, bahas, permainan
ukhuwah dan bercerita kisah-kisah yang terdapat ibrah di dalamnya. Program
ini akan dikonduk oleh seorang pelajar tingkatan 2 dan akan dipantau oleh
pelajar-pelajar senior. Secara tidak langsung, program ini dapat memupuk sifat
berani dalam diri pelajar untuk bercakap di khalayak ramai serta membentuk
sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 yang bakal
menjadi pemimpin kelak.
Selain itu, terdapat juga program Kelas Fakulti Pengajian Islam (FPI) yang turut
diadakan khas untuk pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2. Para pelajar akan
diajar oleh guru-guru FPI yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5.
Guru-guru FPI akan memikul tanggungjawab mereka mengikut jadual kelas FPI
yang telah ditetapkan. Pelaksanaan kelas FPI ini adalah sama seperti Kelas
Agama Fardu Ain (KAFA) yang disertai oleh semua pelajar selama lima tahun
sewaktu berada di alam sekolah rendah. Dalam program ini, para pelajar akan
menimba ilmu pembelajaran di bawah bidang fiqah, akidah, sirah dan adab.
Semua tajuk di bawah bidang ini berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai
seorang muslim. Oleh yang demikian, sudah terang lagi bersuluh bahawa
perkara-perkara asas seperti mandi wajib, solat sunat dan adab dengan guru
dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Dengan adanya kelas FPI ini juga,
pelajar akan memperoleh lebih banyak ilmu pendidikan luar buku teks sekali
gus dapat memastikan masa terluang pelajar diisi dengan perkara yang
bermanfaat.
Akhir sekali, budaya memberi salam di bumi SHAMS amatlah ditekankan
kepada semua pelajar tidak kira pelajar MPPA mahupun pelajar biasa. Hal ini
dikatakan demikian kerana budaya memberi salam ini merupakan kunci utama
untuk semua pelajar merapatkan serta mengukuhkan lagi ukhuwah antara satu
sama lain. Ukhuwah yang kukuh akan membina sesuatu komuniti yang terbaik
bagi mencapai falah dalam kehidupan. Bukan sahaja itu malah budaya
168 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
memberi salam ini sedikit sebanyak menjadi asbab untuk kita mengamalkan
sunah Rasulullah SAW dengan mendoakan kesejahteraan sesama umat Islam.
Oleh yang demikian, semua pelajar di SMKA SHAMS sentiasa mengamalkan
budaya memberi salam setiap kali berselisih dengan pelajar lain, pentadbir
asrama mahupun pelawat yang datang ke sekolah atas sebab-sebab tertentu.
MPPA juga akan sentiasa mengingatkan semua pelajar tentang budaya
memberi salam ini setiap kali mengadakan liqo’ yakni pertemuan dengan
semua pelajar asrama.
Rumusan
Akhir kalam, kepimpinan MPPA yang menjadi organisasi utama di asrama
SMKA SHAMS ini memainkan peranan yang sangat penting bagi misi
mengekalkan biah solehah dalam kalangan pelajar. Walaupun kadangkala
terdapat onak dan duri dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan,
kepimpinan MPPA tetap berdiri teguh sama lebur, sama binasa demi
membantu pelajar-pelajar asrama yang lain untuk menjadi lebih baik dari hari
semalam dengan meniupkan api semangat dalam diri mereka dan mewujudkan
pelbagai aktiviti dan program yang terbaik. Jelaslah bahawa kepimpinan MPPA
SMKA SHAMS ini bukanlah seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing malah lebih mementingkan peri pentingnya para pelajar asrama
untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam komuniti yang bersyariat
yakni biah yang solehah.
Senarai Rujukan
Adnain, A. (2015, Mei 06). Dalam merungkai definisi biah solehah. Diperolehi
daripada
http://perubatan.org/artikel/277-dalam-merungkai-definisi-biah-solehah
Anonymous (2016). Apa Itu Ta’alim. Diperolehi daripada
https://usrahthuroh.wordpress.com/2016/04/15/apa-itu-taalim/
Anonymous (2018). Kelebihan memberi salam. Diperolehi daripada
https://iluvislam.my/kelebihan-
memberi-salam/
Al-Quran Al-Karim
Bakar, Z. R. A. (2019). Teladani kepimpinan Rasulullah SAW. Diperolehi
daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/15510/KOLUMNIS/Teladani-
kepimpinan-Rasulullah-SAW
169 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Natrah (2017). MPPA 16/17. Diperolehi daripada
https://prezi.com/zhosyy05sbb2/m/
Wasimah S. N. (2018, Oktober 13). Jaga kebersihan rohani dan jasmani kita.
Diperolehi daripada
https://mediapermata.com.bn/jaga-kebersihan-rohani-dan-jasmani-kita-2/
170 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
KEPIMPINAN PEMIMPIN BERWAWASAN KE ARAH
MENTRANSFORMASI PELAJAR BERKREDIBILITI
TINGGI
Maryam Nur Immanda binti Muhd Azli
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul
Albab,33440 Kerian, Perak
(Email: [email protected])
Nurul Iffah binti Burhanuddin
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul
Albab,33440 Kerian, Perak
(Email: [email protected])
Nawal Nasuha binti Zainal
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Tahfiz Model Ulul
Albab,33440 Kerian, Perak
(Email: [email protected])
ABSTRAK
Pada era pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda, dunia telah
mengalami perkembangan dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pertanian,
perlancongan dan sebagainya. Perkembangan-perkembangan ini berlaku
kerana adanya golongan bijak pandai yang profesional dalam menjadi seorang
pemimpin yang cekap mengurus sesebuah organisasi. Pemimpin ini perlulah
mempunyai kredibiliti yang bagus agar organisasi dapat beroperasi dengan
lancar. Antara kredibiliti tersebut ialah pemimpin perlu menguasai aspek
mental, fizikal, intelektual dan sosial. Seorang pemimpin yang bagus akan
sentiasa berfikiran jauh dan terbuka apabila memberikan arahan kepada
ahlinya. Pemimpin tersebut juga perlu sentiasa memberikan motivasi yang
memberangsangkan agar ahlinya bersemangat. Pemimpin juga pelu
mempunyai sifat suka membantu dan mengambil berat ahlinya dengan
berkomunikasi dengan mereka agar persefahaman antara dua pihak ini baik.
Kerjasama antara dua pihak inilah yang menjadikan sebuah organisasi berjaya,
bukan sahaja terletak pada pemimpin malah pada semua jawatankuasanya.
Kertas kerja ini akan membincangkan model kepimpinan yang memenuhi
segala aspek tersebut yang dilakukan oleh Pengawas Asrama Sekolah
171 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Menengah Kebangsaan Agama Kerian(SMKA Kerian), amalan mahupun
program terbaik yang dijalankan serta beberapa cadangan penambahbaikan
dalam kepimpinan unit ini.
Kata kunci: kepimpinan, kredibiliti, kerjasama
Pengenalan
Kepimpinan ditakrifkan dengan takrifan yang berbeza-beza daripada pelbagai
sudut dan pendapat. Kepimpinan secara umum bermaksud sebuah
kemampuan yang terdapat di dalam diri seseorang yang mencakupi sifat-sifat
seperti keperibadian, kemampuan dan kesanggupan untuk menggerakkan
sekumpulan manusia menuju kepada sesuatu yang ditetapkan. Kepemimpinan
ini sangatlah tidak dapat dipisahkan daripada gaya, perilaku dan cara
seseorang pemimpin itu berinteraksi dengan pengikutnya dan situasi sekeliling.
Sehubungan dengan itu, pencapaian cemerlang dalam sesuatu organisasi
memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan bijak
oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkatkan keazaman dan
tekad yang tinggi ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Justeru, usaha
ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi amatlah bergantung besar
kepada kepintaran dan kebijaksanaan seseorang pemimpin dalam mengatur
sesuatu organisasi. Oleh itu, kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang
boleh dipertingkat dari masa ke masa.
Sementelahan, kemahiran kerjasama merupakan aspek utama yang
ditekankan dalam sesebuah organisasi. Hal ini demikian kerana, jika
pengarahan yang diberi oleh pemimpin tersebut tidak dipatuhi dengan baik
oleh ahli pimpinannya, pasti objektif organisasi tersebut tidak dapat dicapai.
Oleh itu, pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan ahli
bawahnya di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.
Natijahnya, untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin
perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus, memperjelas dan
menghayati budaya kerja di dalam organisasi. Pemimpin itu juga mesti peka
bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan
budaya kerja cemerlang. Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu dirangka
oleh pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah
mencapai matlamat kecemerlangan yang diinginkan.
Seterusnya, kajian-kajian mengenai model kepimpinan telah banyak dijalankan
sejak dari dahulu. Teori kepimpinan Islam telah menjadikan Rasulullah S.A.W
172 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
sebagai model terbaik dalam kepimpinan sama ada dari sudut keluarga,
pentadbiran, ekonomi, politik dan sebagainya sehingga telah membawa
kepada sesuatu perubahan yang sangat besar .Para Sarjana Barat juga tidak
terlepas pandang daripada membahaskan isu ini dan salah satu bentuk
kepimpinan yang menjadi kajian mereka ialah kepimpinan transformasi. Teori
yang dibawa oleh mereka juga telah dijadikan panduan daripada pelbagai
kumpulan dan organisasi di Malaysia pada masa kini.
Model Kepimpinan Sekolah
Islam telah memandang kepimpinan sebagai salah satu sifat yang dimiliki oleh
setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Dimana masing-masing daripada
setiap individu memiliki hak yang sama untuk memimpin dan mengendalikan
satu sama lain. Mungkin kita mempunyai jutaan rujukan tokoh dan pemimpin
yang menjadi idola, namun ia tidak dapat menandingi keunggulan keperibadian
Rasulullah SAW sebagai ketua kepada keluarga, masyarakat dan negara,
apatah lagi umat manusia di seluruh alam. ALLAH SWT berfirman,
“Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi
rahmat bagi seluruh alam” (Al-Quran Karim)
Buku 100 Most Influential People In The World oleh pengarang Barat, Michael
H Hart juga telah menobatkan Nabi Muhammad SAW sebagai orang yang
paling berpengaruh di dunia dan menjadi pemimpin agung sepanjang zaman.
Hal ini telah membuktikan dengan jelas bahawa pimpinan Rasulullah adalah
pimpinan terbaik dan patut dicontohi seperti firman
Allah
”Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW suri teladan yang baik
bagimu” (Al-Quran Karim).
Untuk itu, saya ingin menegaskan bahawa kepimpinan sekolah seharusnya
berorientasikan Rasulullah agar perjalanan sebuah organisasi berjalan dengan
lancar serperti yang diharapkan. Pemimpin hebat akan meneruskan wawasan
dan matlamat digagaskan pemimpin sebelumnya, namun tidak bermaksud
mengikut secara taasub sehingga tiada ruang untuk penambahbaikan bagi
mengikuti selang peredaran masa dan teknologi. Hal ini demikian kerana
pemimpin yang baik ialah pemimpin yang berani untuk membuat inovasi dan
perubahan terhadap pimpinanya sebagai batu loncatan untuk terus maju ke
hadapan. Matlamat tetap sama, tetapi pendekatan mungkin berbeza, sesuai
dengan situasi semasa.
173 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Justeru itu seorang pemimpin perlu bijak mengawal sesebuah situasi itu
sendiri. Dengan itu
Islam telah melaraskan beberapa model yang patut dicontohi antaranya,
1. Menjadi pemangkin semangat yang tinggi
Rasulullah SAW mendapat sokongan dan kekuatan daripada isterinya, Siti
Khadijah RA ketika menerima wahyu pertama. Baginda SAW ditenangkan oleh
isterinya Aishah RA ketika berhadapan dengan tekanan dalam berdakwah.
Sebagaimana yang telah dipraktikkan di asrama SMKA Kerian, seluruh
pimpinan atau organisasi mahupun pelajar sendiri akan berkolabrasi dan
bertoleransi untuk mewujudkan suasana asrama yang kondusif dan efisien
kerana di asrama sikap altruisme sangatlah penting dan perlu dipupuk. Hal ini
dapat dibuktikan dengan kepelbagaian aktiviti yang telah dilaksanakan hasil
kerjasama dan sikap yang saling memberi semangat daripada dua belah pihak
agar tetap kuat untuk menempuh segala kemelut kepincangan yang berada di
hadapan. Seperti kejayaan organisasi pengawas asrama dalam menjayakan
Program Hari Kemerdekaan yang ianya memerlukan penglibatan dan
persetujuan daripada semua pihak termasuk pihak atasan. Ia juga memerlukan
cadangan yang bernas dan persediaan yang sangat teliti.
2. Sifat integriti yang tinggi
Sifat ini juga perlu diterapkan dalam diri setiap individu terutama sekali dalam
diri seorang pemimpin yang berkaliber. Integriti adalah amalan bersikap jujur
dan menunjukkan kepatuhan tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral
serta etika yang kuat. Ianya dimana islam memandang seorang pemimpin
sebagai orang yang disegani dan ditiru tingkah dan perbuatannya untuk tujuan
yang lebih baik. Dengan kata lain, sifat integriti sangat penting lebih-lebih lagi
dalam kalangan pelajar itu sendiri supaya tiada unsur penipuan dan evasif
kerana setiap pelajar akan patuh kepada arahan yang diberikan tidak kira
mudah atau sukar, kesemuanya akan dilakukan oleh mereka dengan taat.
Sebagai contoh, semua pelajar asrama ditetapkan untuk sentiasa solat
berjemaah di surau tanpa sebarang pengecualian. Perkara ini adalah sebuah
pilihan, dan pelajar yang mempunyai sifat integriti akan memilih untuk
mengikutinya walau tiada kereleaan hati dalam melaksanakannya. Hal ini
demikian kerana, bagi mereka segala peraturan yang ditetapkan adalah salah
satu platform untuk mendidik pelajar menjadi seorang yang berdisiplin dan
berkarisma. Begitu juga sebaliknya, pengawas akan mengambil tindakan
terhadap pelajar yang melakukan kesalahan tanpa kompromi.
174 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
3. Sifat tamakkan pencapaian dan merendah diri
Rasulullah SAW tidak pernah berhenti untuk berdakwah. Ketika bapa saudara
Rasulullah SAW meminta untuk berhenti berdakwah atas desakan pemimpin
Quraisy, baginda SAW bersabda,
“Wallahi, Demi ALLAH. Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan
kananku dan bulan di tangan kiriku ini, nescaya aku tidak akan menghentikan
dakwahku ini hingga ALLAH memenangkannya atau aku binasa.” ( At-
Tarmidzi & At-Tabarani).
Hal ini menunjukkan bahawa jika ingin mencapai matlamat, jangan mudah
mengalah dan perlu bersifat rendah hati. Ketua atau pemimpin yang berasa diri
hebat dan sombong akan berhenti belajar, tiada inovatif dan tidak melihat
perkembangan semasa untuk berubah ke arah lebih baik. Seperti kata, Boona
Mohammed "Ilmu membuat seseorang rendah hati, sementara kesombongan
menjadikan seseorang bodoh". Justeru itu jangan lah kita berasa sombong dan
sempurna kerana kita hanya hambaNya yang diberi nikmat sementara untuk
dibawa ke jalanNya. Perkara ini juga telah dipraktikan oleh SMKA Kerian
dengan memberi pelbagai pencerahan dan ilmu baharu melalui kem atau
program kepimpinan kepada setiap calon pemimpin sama ada yang akan
dilantik atau sudah dilantik. Hal ini supaya mereka cakna dan tidak mengambil
enteng tentang tanggungjawab yang akan digalas oleh mereka kelak. Mereka
juga akan dipupuk dengan sikap merendah diri dan sentiasa heuristik agar
dihormati dan ditaati oleh pimpinannya sendiri.
Amalan Terbaik
Seperti yang kita tahu, asrama merupakan salah satu tempat yang terbaik
untuk memulakan amalan-amalan baik kerana di asramalah warden atau
pimpinan yang dilantik akan memberikan bantuan dalam proses
pengembangan peribadi melalui proses penghayatan dan nilai budaya. Bagi
membuktikan perkara ini, kepimpinan di sekolah kami telah mengadakan
pelbagai aktiviti yang menarik kepada para pelajar bagi mengisi masa dan
mewarnai sejarah mereka semasa berada di asrama. Antara program yang
dianjurkan oleh kepimpinan sekolah kami adalah mengadakan Hari Aspura
Aspuri. Banyak faedah dan kebaikan yang telah kami dapati melalui program
ini antaranya ialah para pelajar dapat memupuk sifat bekerjasama dan tolong-
menolong antara satu sama lain dalam menghias dorm masing-masing. Hal ini
demikian kerana sifat bekerjasama dan tolong-menolong dapat mewujudkan
semangat positif antara satu sama lain terutamanya dalam memastikan
175 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Sifat ini juga
memberikan satu semangat kepada para pelajar bahawa walau seberat
manapun sesuatu tugasan tersebut tetap akan mampu diselesaikan dengan
begitu baik sekali jika semua pihak menghulurkan bantuan untuk menghias dan
menceriakan dorm masing-masing. Keadaan ini menjadikan semua perkara
yang diberikan dapat dilakukan dalam masa yang singkat dan mudah sahaja
seperti bak kata pepatah, ‘’bukit sama didaki lurah sama dituruni’’. Tambahan
pula, program ini juga akan melahirkan rasa tanggungjawab dalam kalangan
para pelajar apabila menerima arahan atau perintah daripada pemimpin. Hal
ini secara tidak langsung akan mendidik mereka untuk menjadi pemimpin
walaupun hanya dengan satu peratus. Disini kita dapat lihat gerakan pimpinan
akan menjadi lebih senang dan mudah dikendalikan apabila sifat itu telah
dipupuk sejak awal. Oleh itu, pemimpin hanya perlu memberi arahan dan
selebihnya akan dilakukan oleh para pelajar sendiri tanpa memerlukan
pengawasan dan pengendalian yang teliti oleh banyak pihak.
Di samping itu, kepimpinan sekolah kami juga telah menganjurkan program
mencipta Pamphlet Raya yang boleh diberikan kepada sahabat lama di
sekolah-sekolah yang tertentu. Antara sekolah yang tertentu ialah SMKA
Sultan Azlan Shah, SMA Izuddin Shah, SRP Taayah, SMS Raja Tun Azlan
Shah dan beberapa lagi sekolah yang terkemuka di Perak. Para pelajar akan
diberikan dua helai kertas A4 dan beberapa helai kertas warna untuk mereka
hias mengikut kreativiti masing-masing. Selain dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara sekolah lain, para pelajar juga dapat mengasah bakat yang
terpendam dan merangsang otak mengikut daya kreativiti masing-masing.
Seterusnya dapat memupuk pelajar untuk berfikiran secara terbuka dan berfikir
di luar kotak secara analitik, kritikal dan praktikal.
Cetusan idea yang seterusnya ialah kepimpinan sekolah kami telah
menganjurkan program himpunan warga aspuri selama sehari pada tarikh yang
tertentu. Program ini kebiasaannya dianjurkan setelah warga aspuri
menamatkan peperiksaan akhir tahun. Nama program ini akan diubah pada
setiap tahun mengikut kreativiti setiap kepimpinan. Antara nama program yang
telah disusun untuk warga aspuri ini ialah Muslimah Night, Starry Night dan
Princess Night. Program ini selalunya diadakan di dewan besar atau di dewan
makan secara tertutup bagi membenarkan warga aspuri memakai pakaian
bebas seperti gaun, tudung bawal atau shawl. Pimpinan kami akan membuat
pemeriksaan bagi setiap orang agar memakai tudung labuh di bawah dada
supaya kehormatan seorang wanita terjaga dengan baik. Selain itu, tujuan
program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara warga aspuri.
Seperti yang sedia maklum, tugas sebagai seorang pelajar adalah belajar. Jadi
176 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
pada realitinya, masa agak singkat bagi warga aspuri untuk meluangkan masa
bersama walaupun tinggal di asrama yang sama. Oleh itu, kami sebagai
pimpinan asrama menggunakan peluang yang ada untuk menganjurkan
program yang ini. Secara tidak langsung, ukhuwah antara warga aspuri akan
terjalin erat dan sifat muslimah sejati dapat dipupuk bersama. Aktiviti-aktiviti
yang berfaedah juga diselitkan dalam program tersebut seperti pertandingan
ratu muslimah, cabutan bertuah dan banyak lagi. Pihak sekolah juga turut
menggalakkan aktiviti seperti ini diadakan kerana sudah terbukti memberi
banyak kesan positif kepada warga aspuri.
Sementara itu, kepimpinan kami juga turut mengadakan pertandingan hiasan
dorm dalam kalangan warga asrama putera dan puteri. Hal ini dikatakan
demikian kerana program ini dimanifestasikan dengan membuka peluang
kepada warga asrama untuk menghias dorm mereka mengikut citarasa
masing-masing. Pihak sekolah juga akan mengumumkan dorm tercantik dan
tercorot setiap minggu bagi menggalakkan para pelajar untuk berdaya saing
secara sihat dalam memastikan dorm mereka bersih dan cantik setiap masa.
Implikasinya, program ini dapat mewujudkan warga asrama yang berfikiran
terbuka seperti kreatif, inovatif dan produktif serta dapat menanam sikap
kepimpinan yang berkredibiliti dalam diri masingmasing. Justifikasinya, amalan
penganjuran pertandingan hiasan dorm merupakan salah satu aktiviti dan
amalan yang terbaik yang memberi impak dan kesan postif kepada warga
asrama.
Rumusan & Cadangan
Hasil kajian ini mengesahkan bahawa pengaruh idea dan perkembangan
individu yang bermoral bertindak sebagai penentu sesebuah organisasi. Kajian
juga mendapati kepelbagaian program yang menarik dan proaktif akan
memberi impak positif dalam diri setiap pelajar. Di samping itu, hasil kajian ini
menunjukkan bahawa keupayaan pemimpin sewajarnya mengamalkan gaya
kepimpinan transformasi yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam
merancang dan melaksanakan fungsi organisasi yang akan mendorong hasil
positif terhadap pekerja (contohnya, kecekapan, prestasi, kepuasan,
komitmen, kepercayaan, dan nilai-nilai moral positif). Hal ini juga telah
dibuktikan dengan jelas bahawa kepimpinan berorientasikan Rasulullah itu
sangat dituntut kerana pelbagai kejayaan yang telah tercipta setelah
mempraktikan rahsia-rahsia kepimpinan rasulullah dalam sesebuah organisasi
yang diuruskan. Ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w dalam pendidikan juga telah
dipilih sebagai ciri kepimpinan Islam yang paling dominan dilaksanakan oleh
177 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
semua sekolah. Kajian ini juga menegaskan bahawa pemimpin yang hebat
ialah pemimpin yang mampu memberi inspirasi kepada pimpinannya untuk
membuat sesuatu yang lebih baik dan efektif. “Jika apa yang anda lakukan
memberikan inspirasi kepada orang lain untuk bermimpi lebih, belajar lebih,
melakukan lebih dan menjadi lebih, maka anda adalah seorang pemimpin”.
Oleh itu, kepimpinan pemimpin yang berwawasan boleh membawa kepada
daya saing organisasi yang dapat dikekalkan dan dipertingkatkan secara tidak
langsung mampu mentransformasi diri mereka menjadi seorang pelajar yang
berkredibiliti selari dengan perkembangan teknologi yang semakin mencabar
pada abad ke-21 ini.
Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, bagi memastikan kepimpinan yang
berkredibiliti dapat dilaksanakan di sekolah penambahbaikan perlu dilakukan
agar kepimpinan dapat dikemudikan ke arah yang lebih baik, cemerlang dan
terbilang. Jadi sejajar dengan ini terdapat beberapa cadangan yang dapat
dikemukakan, antaranya pihak sekolah perlu cakna tentang program
kerohanian di sekolah. Hal ini demikian kerana, pada zaman mutakhir ini
pelajar inginkan kejayaan dalam hidupnya namun hubungan dengan tuhannya
tidak dijaga dan dihiraukan seperti tiada makna. Kita perlu ingat bahawa sejauh
mana usaha yang telah dijalankan semuanya perlu berbalik kepada tuhan yang
Esa dimana kita hanya merancang dan Dia yang berhak menentukan setiap
perancangan. Selain itu, pihak sekolah juga digalakkan menambah program-
program menarik seperti Talent Show atau Santai Minda supaya para pelajar
tidak merasa bosan berada di asrama sekaligus dapat menggilap bakat-bakat
terpendam mereka. Program yang menitikberatkan isu kewangan atau
ekonomi juga perlu diamalkan kerana pelajar perlu dididik dengan sikap
berdikari dari pelbagai aspek bukan sekadar mental dan fizikal malah secara
teknikalnya sekali. Sebagai contoh melaksanakan Hari Usahawan Muda pada
setiap tahun dengan penjualan hasil kreativiti mereka sendiri. Seterusnya,
pihak sekolah digalakkan untuk melaksanakan lawatan penanda aras ke
sekolah yang terpilih dan terbaik bagi meningkatkan lagi semangat daya saing
diantara pelajar. Akhir kata, kesemua program masih perlu mematuhi konsep
asrama cemerlang iaitu dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti
bertangunggjawab, berkerjasama, kerajinan, kreatif dan semangat setia kawan
di kalangan penghuni asrama.
Senarai rujukan
Amir,F.(2010) Contoh Kepimpinan Rasulullah SAW diperoleh daripada
https://www.sinarharian.com
178 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Anonymous (2021) model kepimpinan dalam perspektif islam diperolehi
daripada https://dalamislam.com
Abdullah,N A. (2018) Saidina Umar pamer contoh kepimpinan cemerlang
diperolehi daripada
https://www.bharian.com.my
Ibrahim,N.(2016) Gaya Kepimpinan Islam Satu Proses Tranformasi
Dalam Organisasi https://www.researchgate.net
Edwin Kata-kata Kepimpinan Menurut Tokoh Terkenal
https://pertamakali.com
Anonymous (2013) Kertas Konsep Pertandingan Asrama Terbilang
Peringkat Negeri https://dokumen.tips.
179 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
KEPIMPINAN BERSYARIAT TONGGAK
PEMBENTUKAN SESEBUAH ORGANISASI
UNGGUL DALAM MENCAPAI MATLAMAT NEGARA
Nur Aribah Binti Aminuddin
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, 15150 Kota Bharu,
Kelantan.
(E-mail: [email protected])
Nur Aimuni Nasuha Binti Mohd Saufi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, 15150 Kota Bharu,
Kelantan.
(E-mail: [email protected])
Nurul Batrisya Binti Mohd Rozaidi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, 15150 Kota Bharu,
Kelantan.
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Seiring dengan kemodenan dan cabaran yang ada pada masa kini, pemimpin
yang berkualiti menjadi suatu keperluan inklusif kerana mereka merupakan
penyumbang utama kepada kecemerlangan sesuatu organisasi. Hanya
pemimpin yang mempunyai sifat kompeten dapat mengurus organisasi dengan
cekap dan berkesan. Oleh hal yang demikian, sifat kepimpinan dalam diri belia
perlu diterap seawal mungkin kerana belia pada masa kini merupakan
penggerak kepada pembangunan negara pada masa akan datang. Generasi
muda perlulah mempunyai kemahiran dan kepakaran yang berguna agar dapat
menyumbang kepada negara selain daripada bercita cita untuk memegang
tampuk kepimpinan negara. Kepimpinan yang ada pada diri semua masyarakat
perlulah selari dan bertepatan dengan syariat islam agar tidak berlanggar
dengan segala suruhan dan perintah Allah. Golongan masyarakat yang
mempunyai visi, berkarisma, mempunyai keyakinan diri, kreatif, keberadaban
tinggi, keberanian dan sanggup berkorban demi negara merupakan pemimpin
yang diperlukan dalam sesebuah organisasi mahupun sebagai pemimpin
negara sendiri demi mewujudkan negara yang mapan. Pemimpin yang
mempunyai ilmu yang luas dan pengalaman yang mencukupi akan mempunyai
matlamat yang jelas dalam menggerakkan organisasi. Sifat kepimpinan ini
dapat dipelajari melalui latihan dan pengalaman ketika berada di dalam
180 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
organisasi ketika di bangku sekolah mahupun universiti. Kertas kerja ini akan
membincangkan tentang, konsep kepimpinan dalam islam merangkumi
matlamat dan kepentingan kepimpinan cara-cara memantapkan organisasi,
cara pengurusan dan alternatif contoh amalan yang terbaik serta cadangan-
cadangan penambahbaikan.
Kata kunci: pembangunan negara, pemimpin, kompeten, organisasi,
kepentingan kepimpinan
Pengenalan
Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah
bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang
diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh
seorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan
mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugas tugas yang dipikulkan
kepadanya dengan baik dan adil. Kepimpinan adalah suatu fungsi yang penting
di dalam islam. Seorang individu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri,
suami isteri mempunyai tugas kepimpinan mereka di dalam rumah tangga dan
keluarga, imam memimpin Jemaah solatnya sebagai para makmum, ketua
masyarakat dan ketua negara memimpin rakyat serta seluruh warganya. Hal ini
menunjukkan bahawa fungsi kepimpinan wujud di semua peringkat mengikut
tahap tahap dan tugas-tugas.
Konsep Kepimpinan Dalam Islam
Kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang sentiasa wujud di alam ini.
Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya iaitu
kepimpinan Allah terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-
kecilnya iaitu kepimpinan individu. Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan
manusia merupakan satu bentuk amanah firman Allah:
ََلَ ِفيَٱ ۡلأَ ۡر ِضَ َخ ِلي َفةٞ َو ِإ ۡذَقَا َلَ َر ُّب َكَ ِلۡل َم َٰٓلَئِ َك ِةَإِنِيَ َجا ِع
Maksudnya: “Sesungguhnya aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di
atas muka bumi”
(Surah Al-Baqarah,30)
Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya
tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara
181 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Oleh itu,
kepimpinan dalam islam bukan sahaja merupakan satu tashrif tetapi juga lebih
daripada itu kerana ianya merupakan satu taklif yang amat besar kepada insan
yang terpilih. Ia hanya diberikan kepada mereka yang benar benar layak dan
memenuhi prasyarat kepimpinan untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan
dan tawakkal kepada Allah.
Pemimpin juga adalah umpama kepala kepada badan, akan
menentukantujuan, menghimpunkan di sisinya segala maklumat, mengkaji dan
berfikir dengan keupayaan yang khusus, juga memberi penerangan serta
mengawasi perlaksanaan sehingga semua kerja berjalan dalam bentuk yang
betul dan mencapai objektif yang disasarkan.
Selain itu, kepimpinan yang wujud ini adalah bertanggungjawab untuk
memastikan hak-hak semua pihak terpelihara. Apabila keadaan ini dapat
direalisasikan maka nasib ummat akan terbela dan maslahah akan terjaga. Ini
adalah berdasarkan konsep keadilan di dalam islam yang menuju ke arah
keamanan sejagat dan kesejahteraan bersama.
Kepimpinan yang diredai Allah perlu diwujudkan kerana ia dituntut oleh syarak
berdasarkan ijmak ulama, ayat-ayat dan akhbar-akhbar, di antaranya:
١٠٤ََةَيَ ۡد ُعو َنَإِ َلىَٱۡل َخ ۡي ِرَ َويَ ۡأ ُم ُرو َنَ ِبٱۡل َم ۡع ُرو ِفَ َو َي ۡن َه ۡو َنَ َع ِنَٱۡل ُمن َك ِۚرَ َوأُ ْو َٰٓلَئِ َكََ ُه ُمَٱۡل ُم ۡف ِل ُحو َنٞ َوۡلتَ ُكنَ ِمن ُك ۡمَأُ َّم
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah yang
َmungkar mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(Surah Ali Imran,104)
Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan “hendaklah ada di antara
kamu” merupakan perintah yang zahirnya menunjukkan wajib. “Mereka itulah
orang yang beruntung” menunjukkan tugas tersebut merupakan fardu kifayah
bukan fardu ‘ain iaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah
kewajipan ke atas yang lain.
Matlamat dan Kepentingan Kepimpinan
Kepentingan kepimpinan ini adalah untuk memakmurkan bumi dengan
pelaksanaan syariat. Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan
“peruntukan-peruntukan kuasa” yang tertentu menjadikan tugas pemimpin
182 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
untuk melaksanakan syariat merupakan satu tuntutan yang pasti. Pemimpin
wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana dengan cara ini sahaja
kemakmuran akan dapat dikecapi. Pemimpin mestilah yakin untuk
mengaplikasi saranan-saranan islam kerana ianya dijamin oleh Allah SWT.
Selain itu, kepimpinan ini adalah bagi menyambung tugas rasul. Ketetapan
bahawa rasulullah SAW merupakan utusan terakhir mrenegaskan tiada lagi
pemimpin umat bertaraf rasul yang akan dibangkitkan hinggalah kebangkitan
semula Nabi Isa AS, sedangkan tugas menegakkan syariat Allah SWT
merupakan kewajipan sepanjang zaman. Oleh itu, perlulah wujud pemimpin di
kalangan manusia itu sendiri untuk mengambil peranan baginda. Pemimpin
yang dimaksudkan adalah pemimpin yang benar benar berkelayakan.
Akhirnya, kepimpinan ini merupakan bukti kepatuhan terhadap Allah SWT.
Setelah Berjaya merealisasikan kedua-dua matlamat utama di atas secara tidak
langsung terbuktilah kepatuhan insan muslim kepada Allah SWT, yang
dipelopori oleh pemimpin-pemimpin yang berteraskan tauhid yang kukuh dan
amalan yang benar. Masyarakat akan dibimbing supaya sentiasa taat kepada
Allah SWT dalam amalam seharian mereka dan mereka sentiasa diingatkan
oleh pemimpin mereka agar sentiasa berlumba-lumba mencari keredhaan Allah
SWT. Allah telah berfirman dalam surat At-Taubah:
َََوٱۡل ُم ۡؤ ِمنُو َنَ َوٱۡل ُم ۡؤ ِم ٰ َن ُتَبَ ۡع ُض ُه ۡمَأَ ۡو ِل َيآَٰ ُءَ َب ۡع ۚضَيَ ۡأ ُم ُرو َنَبِٱۡل َم ۡع ُرو ِفَ َويَ ۡن َه ۡو َنَ َع ِنَٱۡل ُمن َك ِرَ َويَُ ِقي ُمو َنَٱل َّص َل ٰوة
Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan
sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.
Mereka menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan mendirikan
sembahyang.”
(Surah At-Taubah,71)
Pemantapan Organisasi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi didefinisikan sebagai
kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan
(perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain) untuk tujuan-tujuan tertentu. Menurut
Gibson (1997), beliau menyatakan bahawa pengertian organisasi merupakan
satu kesatuan yang memungkinkan masyarakat mencapai suatu tujuan yang
tidak dapat dicapai melalui tindakan individu secara terpisah. Edgar H. Schein
(2002) pula menyatakan organisasi merupakan koordinasi sejumlah kegiatan
manusia yang telah direncanakan untuk mencapai maksud dan tujuan tertentu
183 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
bersama melalui pembahagian tugas dan fungsi serta melalui serangkaian
wewenang dan tanggungjawab.
Organisasi ini menjadi wahana malah tonggak dalam mencapai sesuatu
matlamat, visi dan misi sebuah pertubuhan. Keterbilangan sesebuah organisasi
ini adalah berkait rapat dengan kepimpinan sebagai penyumbang utama atau
penyebab secara langsung kepada kecemerlangan sesebuah organisasi
supaya lebih sistematik. Kepimpinan dalam sebuah organisasi ini wajarlah
dititikberatkan kerana kejayaan sebuah organisasi memperlihatkan hampir
keseluruhan kebergantungan adalah kepada pemimpin yang berwibawa.
Dalam mengharungi persekitaran yang penuh dengan cabaran ini, organisasi
perlu memberi perhatian terhadap kualiti, persaingan, keberkesanan sesuatu
strategi dan lain-lain isu berkaitan.
Mengikut sudut perspektif yang lain, anggota dalam sesebuah organisasi juga
dianggap sebagai pemimpin selain daripada menganggap ketua adalah satu-
satunya pemimpin dalam sesebuah perbadanan. Segala komitmen dan
tanggungjawab yang diberikan oleh pemimpin suatu badan itu bukanlah hasil
pendapatnya sahaja, malah keputusan tersebut diambil melalui kata sepakat
atau sebulat suara oleh seluruh anggota dalam organisasi ataupun melalui
majoriti. Dalam Surah Al-Ahzab Allah telah berfirman :
َۖ ا ْل ِإن َسا َُن َو َح َملَ َها ِم ْن َها َوأَ ْشفَ ْق ََن َي ْح ِم ْل َن َها أَن َفأَ َب ْي َنَ َوا ْل ِجبَا َِل َوا ْلأَ ْر ِضَ ال َّس َما َوا َِت َع َلى ا ْلأَ َما َن َةَ َع َر ْض َنا ِإ َّنا
ََُج ُهو ًلَ َظلُو ًما َكا ََن ِإ َّنه
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah
(Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya),
maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk
memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada
padanya) sanggup memikulnya (ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan
manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-
perkara yang tidak patut dikerjakan.”
(Surah Al-Ahzab, 72)
Jelaslah di sini bahawa setiap daripada kita telah diamanahkan oleh Allah
sebagai pemimpin generasi ummah di akhir zaman. Sesunggunhnya ini adalah
amanah terbesar yang dipikul bagi seorang insan kerdil yang bergelar hamba,
yang mana sifatnya lemah dan mempunyai akal fikiran dan kemampuan yang
terbatas, sentiasa diganggu dan tergugat dengan tipu daya muslihat dan hawa
184 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
nafsu yang cenderung untuk bersifat tamak haloba. Namun begitu, dengan
adanya satu tampuk organisasi yang kukuh iaitu dengan menjalankan
tanggungjawab dengan penuh kesedaran, penuh fikiran dan kemahuan, maka
dia telah mencapai satu matlamat yang besar yang telah diberikan oleh Allah
SWT kepadaNya.
Pengurusan dan Alternatif
Kejayaan ataupun kegagalan sesebuah organisasi atau pertubuhan itu banyak
bergantung pada kewibawaan seseorang pemimpin dan bagaimana sesebuah
organisasi tersebut di arah, diurus, ditadbir dan dikawal selia. Oleh itu, setiap
pemimpin yang pertanggungjawabkan mesti mempunyai kewibawaan,
kemampuan mengurus dan daya motivasi yang tinggi untuk diteladani oleh
anggota organisasi yang lain serta pengurusan adalah berdasarkan konsep
kepimpinan yang berteraskan nilai-nilai etika dan peradaban yang unggul serta
selari dengan arus pemodenan yang kian mencabar ini.
Hasil daripada kata sepakat dalam musyawarah, maka terhasillah satu
alternatif atau inisiatif yang berperanan untuk memenuhi perancangan aktiviti di
bawah satu badan kepimpinan. Musyawarah adalah suatu kelaziman fitrah
manusia dan termasuk tuntutan dalam masyarakat. Musyawarah bukanlah
tujuan pada asalnya, tetapi disyariatkan dalam agama Islam untuk mewujudkan
keadilan diantara manusia dan juga untuk memilih perkara yang paling baik
untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, musyawarah adalah
salah satu cabang dari cabang-cabang syari’at agama, mengikuti serta tunduk
pada dasar-dasar syari’at agama. Firman Allah SWT:
ّل َّل ِاَ َع َلى فَتَ َو َّك َْل َع َز ْم ََت َفإِ َذا َۖ ا ْلأَ ْم ِرَ ِفي َو َشا ِو ْر ُه َْم
Maksudnya: “Dan bermusyawarahlah denga mereka dalam urusan itu,
kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakal kepada
Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal
kepadaNya.”
(Surah Ali Imran, 159)
Inisiatif yang dipersetujui dengan penuh adil dan saksama akan membentuk
satu ikatan persaudaraan yang kuat bagi melancarkan perkara yang
dibincangkan. Pebagai program atau amalan atau alternatif yang telah
dipersetujui untuk menjadikan sesebuah organisasi itu berfungsi dengan
jayanya dan memperlihatkan sifat ketelusan pemimpin dan organisasi dalam
185 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Program atau amalan tersebut
hendaklah seimbang dari segi rohani dan jasmani. Di samping melahirkan
pelajar yang mempunyai kesihatan akal kewarasan dan kecergasan fizikal
tubuh badan, tanggungjawab sebagai seorang hamba itu tidak boleh diabaikan.
Pada masa yang sama, hal ini juga perlu diingat maksud kesihatan ini menurut
perspektif Islam bukan terhad kepada kesihatan lahiriah atau jasmani sahaja,
malahan turut mencakupi kesihatan batin atau rohani.Hakikat ini menepis sama
sekali persepsi umat Islam yang hanya menekankan kesihatan jasmani
semata-mata hingga mengabaikan aspek kerohanian sedangkan ia amat
penting dalam menentukan kesudahan nasib setiap manusia.Begitu juga, Islam
menolak pandangan sebahagian umat Islam yang hanya menitikberatkan
kesihatan rohani tanpa menghiraukan kesihatan jasmani. Islam ialah ad-din
yang seimbang dalam urusan duniawi dan ukhrawi.
Rumusan & Cadangan
Sebagai rumusan, secara umumnya, kepimpinan adalah suatu seni yang
membentuk individu yang kuat dan tangguh untuk memotivasi sekelompok
orang agar mau bertindak dan bekerja bersama demi meraih tujuan bersama.
Kepimpinan yang efektif dan kuat bukan hanya bermanfaat bagi orang lain yang
dipimpinnya, namun ini juga sangat bermanfaat untuk individu yang
menerapkannya. Setiap dari kita adalah pemimpin, yang mana kita harus
memimpin diri sendiri untuk memilih hal-hal yang dianggap benar dan menjauhi
segala hal yang dianggap salah. Pemimpin sememangnya telah diiktiraf
sebagai faktor penting yang menerajui organisasi bagi menuju wawasan,
matlamat dan objektif yang ditetapkan. Keupayaan pemimpin dalam menerajui
organisasi telah diterima sebagai faktor yang boleh menentukan kejayaan dan
kegagalan organisasi berkenaan.
Pemimpin hendaklah mengurus dan mentadbir sesebuah organisasi mengikut
landasan Islam iaitu berlandaskan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Pemimpin
itu tidak boleh mengadakan atau melaksanakan sesuatu gerakan, program,
atau aktiviti-aktiviti mengikut kehendak selera dan hawa nafsu sendiri semata-
mata; perkara tersebut mestilah merujuk kepada ketetapan Islam yang
sebenar. Dalam konteks kepimpinan Islam, pengabdian diri kepada Allah SWT
hendaklah dilaksanakan sepenuhnya meliputi tugas-tugas keagamaan dan
keduniaan. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh oleh setiap pemimpin
daripada kita bagi menjamin kesejahteraan dan keberkesanan sesebuah
organisasi yang dipimpin seluruhnya di dunia dan di akhirat. Bagi
melaksanakan suatu tugasan atau mengatasi suatu permasalahan,
musyawarah dianggap salah satu komponen penting bagi menyesaikan isu-isu
186 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
permasalahan yang timbul atau dalam mencapai satu kata sepakat antara
organisasi. Hai ini bagi memastikan pemimpin bertindak secara adil dan tidak
menindas mana-mana pihak.
Bagi melahirkan golongan pemimpin yang bertanggungjawab dalam
menggalas amanah yang diberikan, dicadangkan supaya setiap daripada
pemimpin hendaklah sentiasa membuat persiapan diri dengan ciri-ciri
kepimpinan yang berlandaskan syariat Islam bagi melahirkan pemimpin
berketrampilan dan mampu membimbing sesuatu organisasi ke jalan Allah.
Peranan pemimpin dalam masyarakat tidak boleh dipandang ringan kerana
mereka adalah pelapis yang bakal mencorakkan masa depan negara. Malah
kita memerlukan pemimpin yang mempunyai jati diri serta mampu mengangkat
martabat bangsa serta agama ke peringkat paling tinggi, selaras dengan
tuntutan Islam.
.
Senarai Rujukan
Abdullah, D. (2014). Musyawarah dalam Al-Quran (Suatu Kajian Tafsir
Tematik). Diperolehi
daripada http://journal.uin-
alauddin.ac.id/index.php/al_daulah/article/view/1509
Al-Quran Al Karim
Anonymous. (2009). Konsep kepimpinan dalam Islam. Diperolehi daripada
https://www.risda.gov.my/images/pdf/Penerbitan/Dasar_Kualiti/2009/B
il-12-2009/33.pdf
Awang, N. ( 2007). Gaya Hidup Sihat Perlu Keseimbangan Rohani dan
Jasmani. Diperolehi daripada
http://www.ikim.gov.my/index.php/2007/05/30/gaya-hidup-sihat-perlu-
keseimbangan-rohani-dan-jasmani/
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi Kempat.). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Dosen Pendidikan. (2020). Fungsi Organisasi – Tahapan, Prinsip, Struktur
dan Bentuk. Diperolehi daripada
https://www.dosenpendidikan.co.id/fungsi-organisasi/
187 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Hariin, A. A. (2009). Kepimpinan Dalam Islam. Diperolehi daripada
http://076115islam.blogspot.com/2009/04/kepimpinan-dalam-
islam.html
Muslim, N. (2009). Kepentingan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi
dalam Perkhidmatan Awam. Diperolehi daripada
http://journalarticle.ukm.my/1243/1/1.pdf
Mansor, R. (2016). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif mengenai Kompetensi
yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. Diperolehi
daripada https://ejournal.ukm.my
STUDiLMU. t.t. Pengertian Kepemimpinan secara Umum dan 6 Jenis
Kepemimpinan. Diperolehi daripada
https://www.studilmu.com/blogs/details/pengertian-kepemimpinan-
secara-umum-dan-6-jenis-kepemimpinan
Yusof,M,R & Mat Husin,M,N, (2008). Quranic Group (Siri 4 Bahagian 1). Kota
Bharu, Kelantan: ItqanEvent Management
188 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
KEPIMPINAN BELIA ISLAM MENJADI TUNJANG
KEMAKMURAN NEGARA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Muhammad Izuan bin Adnan
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200, Besut,
Terengganu
(Email: [email protected])
Muhammad Adham Muqriz bin Jazlan
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200, Besut,
Terengganu
(Email: [email protected])
Muhammad Imran bin Mohd Ropidi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200, Besut,
Terengganu
(Email: [email protected])
Durratun Nasihin binti Muhammad Hadafi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200, Besut,
Terengganu
(Email: [email protected])
Abstrak
Artikel ini mengupas tentang kepimpinan belia menjadi tunjang kemakmuran
negara dari perspektif islam belia untuk melahirkan individu dan seterusnya
masyarakat yang berkualiti dan berperibadi anggun. Artikel ini juga
mengaplikasikan kaedah kualitatif menerusi analisa dokumen dan data sumber
sekunder. Hasil perbincangan mendapati bahawa kepimpinan belia dari
perspektif Islam menekankan pembentukan akhlak yang luhur dan kemahiran-
kemahiran berlandaskan Islam bagi mencapai dan menepati ciri-ciri ideal belia
cemerlang. Justeru, belia sebagai umat hebat akan muncul apabila wujudnya
suatu perancangan yang menyeluruh berpaksikan kepada empat unsur utama
iaitu pemupukan dan pengawasan terhadap rohani, jasmani, intelek dan emosi
sejajar dengan ajaran Islam. Setiap bidang ajaran Islam, sama ada yang
berkenaan tasawuf, akidah ataupun fiqh mementingkan pembangunan kualiti
insan yang setara. Jika ciri-ciri ini dapat diadaptasikan oleh belia islam nescaya
negara kita akan selamat dari ancaman luar.
189 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Kata kunci: pembangunan belia, ideal, perspektif Islam
Pengenalan
Golongan muda adalah mereka yang masih teguh fizikalnya, segar fikirannya,
sihat tubuh badannya, kental jiwa dan semangatnya. Pemuda adalah tonggak
negara kerana kekuatan fizikal mereka boleh menjadi benteng pertahanan
teguh sesebuah negara.
Memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna, "Asas keimanan adalah hati yang
bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan
yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara dan semua sifat ini tidak
wujud kecuali pada diri seorang pemuda."
Menurut penceramah terkenal, Ustaz Nazrul Abdul Nasir, pemuda Islam yang
ideal adalah pemuda yang bertakwa kepada Allah SWT dan menjalankan
peranan dakwah kepada sesiapa sahaja supaya ajaran agama Islam terus
berkembang kepada seluruh umat manusia, malah Islam terus utuh serta kukuh
diamalkan setiap penganutnya.
Bahkan, usia muda dengan kekuatan fikizal dan semangat yang sentiasa kental
adalah ruang terbaik bagi pemuda memperkukuhkan peranan mereka memberi
sumbangan kepada agama, bangsa serta negara.
Bagaimanapun, seorang pemuda yang ingin menabur jasa perlu
mempersiapkan diri dengan jati diri kukuh seperti ketaatan kepada agama dari
segi solat, beramal ibadah, memiliki akhlak terpuji dan menjauhi perkara
membawa kepada kemungkaran serta kesesatan. Menurut Nazrul, untuk
menjadi pemuda Muslim ideal haruslah mempunyai sifat akidah yang benar
kerana ia inti pati tertinggi dalam memusatkan ketauhidan iaitu mengesakan
Allah SWT, menyembah dan menyerahkan diri sepenuhnya hanya kepada
Allah Yang Maha Satu. Pemuda ideal juga memiliki ilmu dan pengetahuan
agama yang tinggi serta memahaminya secara mendalam, pemuda tidak
tersasar daripada landasan ajaran agama yang berpandukan kepada al-Quran
dan hadis.
Pemuda ideal juga mesti mempunyai keterampilan dalam pelbagai sudut
kehidupan untuk dimanfaatkan demi meningkatkan kemajuan diri serta mereka
yang ada di sekelilingnya. Mereka juga bijak mengambil peluang
mengembangkan potensi dan mempertajamkan kemahiran diri. Firman Allah
SWT yang bermaksud: "(Ingatlah peristiwa) tatkala serombongan orang muda
pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami
rahmat dari sisi-Mu dan berikanlah kami kemudahan serta pimpinan kepada
kami untuk keselamatan agama kami." (Surah al-Kahfi, ayat 10) Model
kepimpinan yang dibawa di SM Imtiaz YT Besut adalah berpusatkan kepada
190 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
pelajar dan menjadikan guru sebagai tunjang utama dalam membimbing
pelajar. Pemerkasaan Kepimpinan pelajar telah membawa kepada integriti
seorang pemimpin belia islam yang hebat. ). Kertas kerja ini akan
membincangkan aplikasi kepimpinan belia islam di arus pendidikan khususnya
dalam pembentukan model kepimpinan yang sistematik , cetusan idea kreatif
program yang segar serta memberi impak yang besar kepada neraca
pembelajaran di sekolah .
Model Kepimpinan Belia Islam Unggul
Di SM Imtiaz YT Besut, model kepimpinan yang dibentuk dari akar umbi ini
merupakan asas yang telah dibina bukan semata-mata oleh guru, malah
pelajar turut terlibat dalam memberikan cetusan-cetusan idea yang sesuai
dengan kapasiti kemampuan mereka. Tiga aspek utama yang menjadi
tunjang dalam pembentukan organisasi adalah sistem yang
sistematik,integriti dan delegatif. Tiga kata kunci inilah yang telah
menghasilkan susun galur kepimpinan yang berpusat kepada pelajar. Apa
yang menjadi keutamaan, mewujudkan sebuah organisasi pembelajaran
yang dapat menjadi sumber nilai tambah kepada kepimpinan muda islam
untuk mereka terus berekspresi dengan bakat serta idea-idea mereka yang
kini menjadi wira negara.
Majlis Penasihat
Majlis Pimpinan Tertinggi
Majlis Tertinggi
Ahli Exco
Rajah 1 : Gambaran susun galur kepimpinan
Majlis Perwakilan Asrama (MPA) di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut
merupakan satu badan organisasi yang ditugaskan dan
191 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dipertanggungjawabkan untuk membantu para warden dan penasihat asrama
dalam membentuk kemenjadian pelajar di asrama dan mengawal disiplin
pelajar di kawasan asrama selepas tamat waktu PdPc di sekolah. Jumlah ahli
MPA di sekolah ini adalah seramai 68 orang. Dalam masa yang sama, MPA
turut dibantu oleh guru-guru penasihat seramai 17 orang. Mengikut kepada
carta organisasi, Presiden merupakan ketua MPA dan dalam masa yang sama
merupakan kapten asrama bagi aspura, manakala Timbalan Presiden II
merupakan penolong ketua MPA dan kapten asrama bagi aspuri. Mereka turut
dibantu oleh 9 biro, iaitu biro disiplin, kebersihan, keceriaan dan keselamatan
(3K), kebajikan, dakwah dan kerohanian, akademik, kulinari, sukan dan
permainan, multimedia dan logistik serta kehadiran.
Rumusan Dan Cadangan
Belia atau pemuda semalam dan hari ini adalah bakal pemimpin masa
hadapan serta akan mengisi saf kepimpinan baru negara. Oleh itu, sebarang
usaha dan inisiatif untuk memperkasakan lagi keperluan, kehendak,
kebajikan dan hak asasi golongan realistik ini adalah sangat dialu-alukan dan
perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Biarpun begitu, kelompok
belia atau pemuda secara objektifnya mempunyai idealisme mereka yang
tersendiri dan tidak wajar dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang
berkepentingan. Oleh demikian, mereka perlu tegas dan berani menyatakan
hasrat dan pandangan tanpa berpihak kepada mana-mana badan serta
bebas mengkritik dan memberi pendapat dalam semua perkara.
Sehubungan itu, diharapkan ini menjadi titik tolak dan pemangkin kepada
gerakan belia di seluruh negara serta menyemarakkan lagi peranan dan
potensi mereka sebelum terjun ke dalam kancah dan realiti masyarakat
sebenar. Jika belia dan pemuda Palestin ketika ini sedang sibuk bertungkus
lumus melawan pencerobohan Israel, sekatan ekonomi serta berusaha
membangunkan semula negara mereka yang telah teruk dimusnahkan,
namun di negara kita golongan sebaya ini terutamanya remaja masih
dibelenggu dengan pelbagai masalah serta krisis keruntuhan akhlak yang
teruk seperti penyalahgunaan dadah, aktiviti pelacuran, pergaulan dan seks
bebas, hidonisme dan sebagainya. Ini adalah cabaran dan realiti sosial yang
perlu ditangani oleh belia Islam dari masa ke semasa.
Dalam buku Belia Dalam Pembangunan Dunia Melayu Dunia Islam (2002),
turut disentuh tentang peranan belia Melayu dan Islam, cabaran dan
rintangan yang perlu dihadapi terutama sekali dalam memastikan golongan
ini tidak tertinggal jauh oleh arus pemodenan. Ini adalah kerana para belia
perlu menguasai ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi (IT) agar
192 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
ilmu yang diperolehi dapat membantu memajukan umat Islam. Selain
penguasaan dalam bidang IT, bidang ekonomi dan politik juga penting di
dalam senario globalisasi yang sedang diketengahkan oleh kuasa-kuasa
Barat dan tidak dinafikan lagi bahawa golongan belia adalah aset yang cukup
berharga kepada sesebuah negara atau bangsa. Kekuatan dan kelemahan
sesuatu bangsa dan negara banyak bergantung kepada kekuatan dan
kelemahan para belianya sepanjang zaman. Rumusan akhir, ditekankan
bahawa generasi muda merupakan aset penting buat ibu pertiwi. Kita dapat
lihat hasil-hasil titik peluh mereka yang dapat menyumbang kepada
kemajuan negara dan Islam khususnya SM Imtiaz YT Besut di mana ia
memberikan impak yang sangat besar kepada masa hadapan mereka.
Program-program pembangunan pemimpin muda hendaklah giat dijalankan
demi masa depan tanah air kita. Generasi muda islam khususnya yang telah
diasah untuk mengamalkan sebuah kepimpinan islam yang efektif pastinya
dapat membina sebuah tamadun pemikiran yang dapat berhadapan dengan
rencaman realiti global.
Senarai Rujukan
Al-Quran Al-Karim
Abdul Latif Abu Bakar, et all, 2002. Belia Dalam Pembangunan Dunia Melayu
Dunia
Islam. Kuala Lumpur: Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia
(IKSEP) Diperoleh daripada
https://mohamadsofee.blogspot.com/2008/12/peranan-dan-
tanggungjawab-belia-islam.html
Ismail,N.I. (2015,Januari 30) Sifat perlu dimiliki pemuda Muslim ideal,Berita
Harian
Diperoleh daripada :
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/01/32411/sifat-perlu-
dimiliki-
pemuda-muslim-ideal
193 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
PEMBANGUNAN AKHLAK GENERASI MUDA
BERPAKSIKAN BENTUK KEPIMPINAN
BERCIRIKAN ISLAM
Wan Muhammad Mursyid
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun, 23000 Dungun,
Terengganu.
(Email: [email protected])
Puteri Noradlina
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun, 23000 Dungun,
Terengganu.
(Email: [email protected])
Jahizah Nabilah
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun, 23000 Dungun,
Terengganu.
(Email: [email protected])
Abstrak
Kepimpinan secara umum merupakan satu cara mengorganisasikan kegiatan
manusia melalui pemusatan kuasa untuk mencapai matlamat. Namun, akhlak
juga merupakan aset penting dalam pembentukan model kepimpinan.
Kepimpinan yang diterapkan di asrama berlandaskan islam dapat memberi
inisiatif kepada sekolah dalam membentuk keperibadian generasi muda bagi
keutuhan jati diri yang unggul. Kepimpinan yang berpaksikan islam yang
merujuk kepada sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW, yang dapat
membentuk suatu organisasi dengan mantap sekaligus membina akhlak
sahsiah yang cemerlang dalam jiwa generasi muda.Generasi muda ialah aset
negara yang amat berharga. Masa depan negara terletak kepada keupayaan
serta peranan mereka dalam memastikan pembangunan negara sentiasa
terjamin. Kertas kerja ini membincangkan konsep kepimpinan yang
memfokuskan cara memimpin generasi muda serta kepimpinan yang
berpaksikan islam dengan menjelaskan cabaran termasuk cara mengatasinya.
Kata kunci: akhlak, generasi muda, kepimpinan, Islam
194 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Nescaya jika tidak wujudnya tampuk kepimpinan maka robohlah suatu institusi
itu, hanya dengan menyelusuri setiap bait kalimah tersebut maka sudah
terbuktilah bahawa pentingnya kepimpinan dalam sesuatu organisasi. Majlis
Perwakilan Asrama Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun
merupakan badan organisasi yang ditubuhkan khas oleh pengurusan sekolah
setaraf dengan permulaan operasi kali pertama pada tahun 2005. Diiktiraf
sebagai badan yang sah bergerak dalam alur kepimpinan sekolah, Majlis
Perwakilan Asrama Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun
bermatlamat membantu pihak pengurusan sekolah seraya menguruskan
urusan perihal asrama. Lanjutan daripada itu, kami juga berhasrat membentuk
sahsiah juga moral pelajar yang mantap sama ada di asrama atau sekolah.
Bukan sahaja berfokus pada pemantapan moral sivik, badan MPA juga
mengutamakan akhlak islamiah terhadap para pelajar. Maka jelaslah tugas
badan organisasi Majlis Perwakilan Asrama iaitu menitipkan kepatuhan disiplin
serta sahsiah yang unggul dalam diri setiap pelajar.
Pembentukan tampuk hierarki kepimpinan suatu badan dalam organisasi
merupakan kunci asas kepada kejayaan dalam memimpin. Wujudnya sistem
pemimpin berstruktur dalam badan organisasi merupakan rahsia terbesar
dalam kegemilangan suatu pimpinan itu. Majlis Perwakilan Asrama Sekolah
Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun merupakan kombinasi asas
sistem pemimpin berstruktur serta kerjasama dua hala antara pemimpin dan
subordinatnya. Setiap ahli merupakan pemimpin yang menggalas tugas dalam
bidang masing-masing. Pangkal permulaan kepimpinan Majlis Perwakilan
Asrama (SMIYTD) diketuai oleh kapten asrama yang bertanggungjawab
sebagai ketua utama badan organisasi serta menguruskan segala hal ehwal
berkaitan asrama. Sudah menjadi lumrah kehidupan, di balik tiap pemimpin
pasti ada yang mendukung badan tersebut dalam kata lainnya ialah subordinat.
Kapten asrama seterusnya dibantu oleh timbalannya yang bertanggungjawab
membantu tugas kapten asrama. Seterusnya, hadirnya setiausaha yang
memastikan segala perihal berkaitan proses dokumentasi badan Majlis
Perwakilan Asrama dijaga rapi serta tersusun. Keempat, terdapatnya bendahari
yang menyelaraskan soal kewangan Majlis Perwakilan Asrama dan akhirnya
diikuti beberapa badan biro yang ditubuhkan bagi mengendalikan tugas-tugas
tertentu.
195 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH