material kemajuan sesebuah bangsa dan organisasi kepimpinan. Elemen
integriti Kepimpinan dan Kenegaraan juga telah menjadi salah satu elemen
yang diketengahkan menerusi Bidang Keutamaan Belia dalam Dasar Belia
Malaysia. Belia pada masa kini secara realitinya lebih bersifat terbuka,
berfikiran kreatif, berinovatif, berani dan penuh dengan idealisme. dengan
adanya elemen kepimpinan dan kenegaraan yang diketengahkan menerusi
Dasar Belia Malaysia ini, belia-belia akan dapat menyerlahkan potensi
kepimpinan yang unggul dan bersifat matang.
Sebagai pemimpin, untuk menjalankan tugas-tugas yang mendorong orang
bawahan, seseorang pemimpin atau ketua perlu menjadi seorang yang mudah
disukai oleh orang bawahannya. Ini tidak bermakna pemimpin itu menjadi
seorang yang popular disebabkan dia tidak mahu bersikap tegas dan
mengambil tindakan yang tidak popular ke atas orang bawahan yang
melanggar peraturan (Ainon Mohd, 2003). Sebagai contoh pemimpin ulung dan
unggul dalam Islam ialah Nabi Muhammad S.A.W. yang terserlah keperibadian,
akhlak, corak pemikiran dan cara pentadbirannya sehingga disegani oleh setiap
negara ketika itu.
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang pelajar yang telah dilatih
dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai
seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka
yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan
menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang
peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela
serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah. PRS memegang falsafah
“Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain” yang membawa maksud
PRS perlu mempunyai kemahiran seperti perlakuan, perhubungan, ilmu
pengetahuan, kreativiti dan keimanan.
Amalan Terbaik
Kepimpinan yang cemerlang membuahkan organisasi sekolah yang terbilang.
“Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Bongsu, Muda &
Sulung” merupakan salah satu langkah kami untuk menerapkan elemen
kepimpinan di dalam diri pelajar, khususnya sekolah kami yang dinamakan
sebagai sekolah kepimpinan dengan motto “Berilmu, Beriman, Berintergriti”.
Langkah ini diharapkan dijadikan medan perkongsian dalam kalangan
kepimpinan sekolah dan seterusnya meransang penjanaan idea, cetusan
kreativiti dan menggerakkan warga sekolah untuk melaksanakan sesuatu di
sekolah yang boleh diiktiraf sebagai amalan terbaik dan seterusnya boleh
dicontohi oleh sekolah-sekolah lain.
346 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Selain daripada didikan dan pimpinan guru di dalam kelas, ikhtiar menghasilkan
program Mentor Mentee juga dapat menggiatkan pelajar untuk mengenal erti
kepimpinan yang sebenar. Program mentor mentee ini merupakan satu proses
interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing,
menyokong dan memberi nasihat. Melalui program ini pelajar akan dapat
membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan
sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan
mereka. Di samping, Setiap pelajar mempunyai kebolehan membangun potensi
diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan
daripada mentor.
Lanjutan daripada itu, pihak sekolah juga seringkali menjalankan program
kepimpinan berasaskan dakwah seperti Tamrin Nuqaba. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan sepanjang program berlangsung ialah perbincangan modul usrah,
ceramah dan sesi menyebarkan ilmu antara pemimpin-pemimpin atau digelar
sebagai naqib dan naqibah. Sasaran objektif program yang telah menjadi
kewajipan ini adalah untuk memperkukuhkan peribadi dan sahsiah para pelajar
sebagai pemimpin. Selain dapat menyalurkan ilmu dalam diri individu, program
ini dapat melahirkan para pemimpin yang mempunyai keprihatinan yang tinggi
terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan.
Akhir sekali, aktiviti gotong-royong merupakan salah satu program mingguan di
sekolah kami. Gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau melakukan
tugas bersama. Tujuan utama pastilah memastikan kebersihan kawasan
sekolah dan asrama terjamin tetapi dapat mengasah pelajar dari aspek
kepimpinan. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar akan dibahagi mengikut
kumpulan dan akan ditetapkan tugas mengikut unit tersendiri. Kehadiran
seorang pemimpin dalam kumpulan tersebut sudah pasti dapat membantu
kumpulan untuk melakukan tugasan dengan lebih efektif kerana mempunyai
seseorang yang mampu berkomunikasi dengan setiap ahli dan memberikan
arahan agar dapat menggerakkan kumpulan.
Rumusan
Kesimpulan awal yang dapat dilakukan berdasarkan kertas kajian ialah proses
perkembangan kepimpinan dalam diri pelajar merangkumi aspek seperti
integriti dan sahsiah. Kepentingan kepimpinan pelajar, dapat dilihat dari segi
pengaruhnya dalam memperkasakan pembangunan pendidikan pelajar
sekolah di Malaysia. Pengaruh kepimpinan pelajar terhadap kemajuan
pentadbiran sekolah yang membawa kepada kelicinan pentadbiran sekolah.
Amanah yang dipikul oleh seorang pelajar mampu melahirkan murid yang
berpotensi menjadi pemimpin negara masa hadapan dan tunggak kepada
pembangunan negara dalam apa jua bidang. Dalam hal ini, pemimpin di
sekolah dapat mempelajari lebih banyak pengalaman dari murid lain di sekolah.
347 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Dengan pengalaman dan pengetahuan ini, mereka dapat mematangkan diri
dan menjadi remaja yang bermaklumat, berpengetahuan, dan berkewibawaan.
Bagi menghasilkan generasi muda yang mempunyai kemahiran untuk program
seperti kursus kepimpinan menjadi salah satu solusi untuk tujuan ini. Hal ini
demikian kerana program ini akan mendedahkan kepada para peserta
mengenai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kepimpinan. Sejurus
dengan itu pelajar dapat memperkukuhkan kesediaan diri mereka untuk
memimpin sekolah yang merupakan tanggungjawab dan amanah yang besar.
Program ini juga sudah pasti menarik perhatian pelajar kerana mempunyai
pelbagai aktiviti yang melibatkan komunikasi dalam kumpulan. Tanpa disedari
pelajar akan dapat menambah keyakinan diri dan lebih mudah untuk dicapai
semasa menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin.
Deduksinya, terbuktilah bahawa demi mencapai sebuah organisasi yang
berupaya untuk menunjukkan hasil yang baik perlulah mempunyai pemimpin
yang bersahsiah dan memerlukan integriti. Seperti yang kita tahu, pemimpin
merupakan tunjang utama untuk sebuah organisasi kerana memegang
tanggungjawab yang besar dan perlu menjaga kebajikan orang bawahan.
Tanpa kehadiran seorang pemimpin yang baik, sesebuah organisasi akan
hancur seperti berlaku di Perancis semasa di dalam pemerintahan Raja Louis
XVI di abad ke-17.
Rujukan
Ajiman (2009). Kepimpinan Pendidikan di Sekolah. Diperolehi daripada
http://sumbanganku.blogspot.com/2009/04/kepimpinan-pendidikan-di-
sekolah.html
Azimi, N.A. (2014), Aspirasi Kepimpinan Belia. Diperolehi daripada
http://www.iyres.gov.my/dokumen/buletin/buletin-edisi-4-2014.pdf
Hassan, J. & Safar, S.A. t.t. Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar
Menerusi
Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum. Diperoleh daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/10788/1/Pembinaan_Kecemerlangan_Diri_Pi
mpinan_Pelajar_Menerusi_Penglibatan_Dalam_Aktiviti_Kokurikulum_Di_U
niversiti_Teknologi_ Malaysia.pdf
Hassan, N. (2020, December 16). Membudayakan Integriti dalam
Kehidupan. Diperolehi
daripada http://news.ump.edu.my/experts/membudayakan-integriti-dalam-
kehidupan
348 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Hassan, R. (2015). Mendepani Cabaran Kepimpinan Belia. Diperolehi
daripada
https://belia.org.my/wp/2015/08/06/mendepani-cabaran-kepemimpinan-
belia/
Jalal, F.H., Daud N. A, & Samad, N.A. (2015). Kesan Program Pembangunan
Sahsiah
Terhadap Pembentukan Karakter Pelajar. Diperolehi daripada
file:///C:/Users/HP_NB/Downloads/2451-Article%20Text-4827-1-10-
20190715.pdf
Kadir, M.D., Azman, N. & Ibrahim, M.S. (2010, Jan-April). Pengaruh
Integriti Kepimpinan
terhadap Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh di Institusi
Pendidikan Tinggi MARA. Diperolehi daripada
http://journalarticle.ukm.my/599/1/akademika78%5B03%5DA4.pdf
Saad, S., Jaffary, N.F.M. & Nordin, N. (2013). Sahsiah Pelajar. Diperoleh
daripada
http://aspirasigurudisiplin.blogspot.com/p/sahsiah-pelajar.html
Thomas, A. & Andin1, C. (2018). Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi:
Kriteria dan
Pembentukan Kepimpinan. Diperolehi daripada
file:///C:/Users/HP_NB/Downloads/12.pdf
Tujil, A.T. (2018). Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi: Kriteria dan
Pembentukan
Kepimpinan. Diperolehi daripada
file:///C:/Users/BS539TU/Downloads/12.pdf
Zulkapli, N. (2015). Buku Panduan Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya
Sekolah
Rendah Dan Menengah Malaysia SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Bantu
Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain. Diperolehi daripada
https://www.academia.edu/31698534/BUKU_PANDUAN_PENGURUSAN_
PEMBIMBING_RAKAN_SEBAYA_SEKOLAH_RENDAH_DAN_MENENGA
H_MALAYSIA_SMK_TUNKU_ABDUL_RAHMAN_PUTRA_45200_SABAK
_BERNAM_SELANGOR_Bantu_Diri_Supaya_Berupaya_Membantu_Oran
g_Lain_
349 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG EFEKTIF DAN
BERKESAN UNTUK MENJAMIN KECEMERLANGAN
ORGANISASI DI SEKOLAH
Muhammad Izz Lutfillah Bin Fazli
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, 28600 Karak, Pahang.
(E-mail: [email protected])
Nurul Haziqah Binti Othman
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, 28600 Karak, Pahang.
(E-mail: [email protected])
Nurul Fityati Safiah Binti Suharizan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, 28600 Karak, Pahang.
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi, pelbagai
cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian kita mahupun secara
langsung atau implisit. Negara kita yang maju kini telah berkembang pesat
secara holistik seiring dengan negara-negara yang lain. Akan tetapi,
sesetengah rakyat negara kita masih tidak memahami prakarsa obligasi
seorang pemimpin dengan betul. Tambahan pula, sikap evasif yang tersemat
dalam diri setiap rakyat sepatutnya tidak boleh dibiarkan tidak bersolusi. Seperti
yang telah kita ketahui, kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung
kepada cara seorang pemimpin tersebut mengendalikan organisasinya.
Sebagai contoh, jika seseorang pemimpin tersebut mahir meluaskan horizon
pemikirannya, maka tidak hairanlah sesebuah organisasi tersebut dapat
melakukan anjakan paradigma dan cara yang masih relevan dengan kehendak
zaman. Perkataan ‘relevan dengan kehendak zaman’ boleh juga ditakrifkan
sebagai sifat kotemporari, di mana pemimpin dapat memahami keadaan
semasa dan cara mengendalikan tugas secara variasi dan efektif. Tidak
dilupakan, kepimpinan yang berlandaskan konsep kontemporari adalah salah
satu cara untuk mengendalikan kecermelangan organisasi termasuklah di
sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kompetesi yang perlu
ada di dalam diri seorang pemimpin untuk memimpin sesebuah organisasi
dengan berkesan. Seorang pemimpin juga perlu memiliki etika kepimpinan
berkesan untuk memandu subordinat melakukan perkara yang betul.
Kata kunci: Kompetensi, etika, kontemporari
350 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Dunia kontemporari yang semakin berkembang dengan teknologi maklumat
dan komunikasi telah banyak memberi perubahan secara izhar kepada negara-
negara yang kompetitif termasuklah negara kita, Malaysia. Perubahan ini dapat
memanifestasikan bahawa sebahagian besarnya merupakan daripada usaha-
usaha pemimpin yang bersifat kompetensi dalam memainkan peranan penting
mereka. Tugas-tugas mereka merupakan entiti mithali kepada golongan yang
berusia muda, atau lebih diperincikan sebagai golongan murid. Pemimpin yang
boleh dijadikan contoh adalah Mohd Radzi bin Md Jidin, Yang Berhormat
Menteri Pendidikan Malaysia. Dalam musim pandemik yang kian
menggoyahkan semangat pelajar mahupun pendidik untuk terus menimba ilmu,
beliau berjaya mengusahakan cara untuk meneruskan pembelajaran di rumah
dengan melancarkan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR).
Walaupun keberhasilannya tidak seperti pembelajaran di sekolah, tetapi dari
segi perspektif usaha telah dipandang dan diterima baik oleh sebahagian besar
masyarakat.
Kepimpinan dalam kajian ini merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang
mengamalkan dimensi gaya kepimpinan. Gaya kepimpinan merupakan cara
seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk
mempengaruhi orang bawahan supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif
dan struktur tugasan organisasi yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh
sesebuah organisasi tersebut. Struktur tugas adalah aras seseorang pemimpin
menstruktur dan merangka standard piawai organisasi ke arah mencapai
matlamat organisasi (Yulk, 1989). Pemimpin yang berkesan boleh dilihat
melalui dua perspektif iaitu kanta global dan juga dari perspektif Islam.
Pemimpin yang berkesan dari aspek globalisasi dilihat dari segi tingkah laku
yang baik dan juga mempunyai ciri-ciri peribadi yang baik. Hal ini boleh
mempengaruhi prestasi dan kepuasan ahli-ahlinya. Selain itu, mereka juga
mempunyai cita-cita yang tinggi dan tahu apa yang mereka inginkan. Menurut
perspektif Islam pula, mercu kepada kepimpinan adalah niat. Jika berniat
kerana Allah maka seluruh kepimpinannya adalah ibadah selagi ia tidak
bertentangan dengan syariat Islam. Kepimpinan Islam adalah perlu
menyesuaikan tugas dan tanggungjawab pemimpin dan pengikut. Oleh itu, ia
tidak memberi autoriti kepada pemimpin untuk mengawal pengikut seperti gaya
autokratik. (Baharom Ahmad et al.2009).
Etika dan Kepimpinan Efektif
Etika adalah sesuatu yang berkait dengan keupayaan seseorang untuk
membezakan antara yang betul dan salah seterusnya melakukan sesuatu
351 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dengan betul. Seseorang yang mampu menjadi pemimpin yang beretika perlu
terlibat dengan tingkah laku yang baik dan memberi kesan positif kepada orang
lain (Kanungo, 2001). Beliau juga perlu menjauhkan diri daripada perbuatan
negatif yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada orang lain. Kepimpinan
beretika didefinisikan sebagai keupayaan pemimpin mempamerkan atau
menunjukkan tingkah laku yang sesuai dalam tindakan yang diambil dan juga
dalam hubungan antara manusia. Kepimpinan perlu melibatkan subordinat atau
orang bawahan. Hal ini bagi menunjukkan kesediaan subordinat menerima
arahan dan membantu menggerakkan organisasi agar status kepimpinan dapat
diwujudkan (Yaakob, 1989). Sifat yang sering dikaitkan adalah mengambil berat
tentang orang lain, boleh diharap, setia, berani, bertanggungjawab, berjimat
cermat, sabar dan lain-lain (Bass 1990; House & Howell 1992; Howell & Avolio
1992). Etika merupakan teras utama dalam membentuk pemimpin yang
berakaunbiliti. Pemimpin di sekolah menjadi role-model kepada para pelajar
kerana mereka telah diamanahkan dengan tanggungjawab dan mendapat
kepercayaan untuk mentadbir sesebuah organisasi di sekolah. Mereka perlu
memastikan kepercayaan dan tanggungjawab yang diamanahkan itu
dijalankan dengan telus. Secara kesimpulannya, etika merujuk kepada satu
piawai yang mempunyai asas yang kukuh mengenai apa yang baik dan buruk
yang mendorong manusia mengenai apa yang boleh atau perlu dilakukan.
Biasanya ia mempunyai kaitan dengan hak, obligasi, faedah kepada
masyarakat, keadilan atau perkara-perkara yang baik seperti kejujuran, sikap
belas kasihan dan kesetiaan. Organisasi yang mempunyai kepimpinan efektif
menuju kepada masa depan yang cerah kerana menetapkan matlamat yang
jelas dan sebaliknya (Robinson, 2006; Robinson et al.2008).
Seorang pemimpin tidak cukup hanya memiliki hati atau karakter semata, tapi
juga harus memiliki serangkaian metode kepimpinan agar dapat menjadi
pemimpin yang efektif. Pemimpin yang efektif menggunakan data dengan
sebaik mungkin dalam membuat keputusan. Sebarang program yang hendak
dijalankan di sekolah adalah berdasarkan keperluan semasa di mana data yang
relevan dianalisis dan diteliti terlebih dahulu bagi memastikan keputusan yang
diambil adalah bernas dan bukan hanya setakat ‘melepaskan batuk di tangga.’
Sebagai contoh, Pn. Teo, mantan Pengetua di SMK La Salle PJ menggunakan
data yang diperoleh melalui Classroom Walkthrough yang beliau lakukan untuk
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan guru khususnya di dalam PdPR.
Dapatan daripada analisis tersebut kemudian di bentangkan di dalam
mesyuarat guru bagi membincangkan langkah-langkah terbaik untuk diambil
bagi memastikan sebarang keperluan guru dapat dipenuhi. Pemimpin yang
efektif juga mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan, di mana
beliau mampu mempengaruhi individu lain agar dapat bekerjasama dengan
pemimpin bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Oleh yang demikian,
proses komunikasi yang berkesan oleh seorang pemimpin dapat menjadi titik
tolak kepada usaha penyatupaduan dan proses pencapaian matlamat serta visi
352 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
sekolah. Tambahan itu, komunikasi yang baik seorang pemimpin dapat
memberikan motivasi kepada orang bawahan dan sekaligus dapat
mempengaruhi mereka untuk menjalankan tugas yang baik dan secara
sukarela.
Kemahiran dan Kompetensi Pemimpin
Sifat utama yang perlu dijadikan titik fokus dalam memegang jawatan sebagai
seorang pemimpin adalah mempunyai kompetensi yang maslahat kepada
subordinat. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran dan kompetensi bagi
menghadapi cabaran memimpin dan mengurus organisasi. Kompetensi
kepimpinan boleh diwujudkan melalui latihan, ilmu pengetahuan dan
pengalaman (Eddy, 2013). Antara contoh pemimpin kompetensi ialah pemimpin
transformasi. Kepimpinan transformasi telah diperkenalkan sebagai suatu teori
oleh James MacGregor Burns pada tahun 1978 (Burns, 2003). Idea utama gaya
kepimpinan ini adalah kedua-duanya kerja yang unggul pemimpin dan
subordinat untuk mengangkat satu sama lain untuk meningkatkan semangat
dan motivasi mereka serta kecemerlangan organisasi. Kepimpinan
transformasi merupakan gaya kepimpinan di mana pemimpin menggunakan
kuasa dan semangat yang mempengaruhinya untuk memotivasi pengikutnya
untuk bekerja demi kepentingan organisasi. Pemimpin mencari keperluan untuk
mengubah budaya organisasi yang sedia ada, memberikan visi kepada
bawahannya, menggabungkan misi dan melaksanakan perubahan dengan
dedikasi para subordinatnya. Pemimpin transformasi bertindak sebagai model
peranan dan sebagai motivator juga yang menawarkan visi, kegembiraan,
dorongan dan semangat kepada orang bawahan. Pemimpin transformasi
mampu mengubah pengikutnya menjadi pemimpin-pemimpin baharu yang
lebih kreatif. Pemimpin ini juga dapat mengenal pasti, membentuk dan menilai
pemimpin yang berpotensi dalam organisasi. Kepimpinan transformasi dikenal
pasti sebagai gaya kepimpinan yang berkesan untuk mengurus perubahan di
institusi pendidikan (Leithwood & Jantzi 2006; Robinson et al. 2008).
Hal ini menunjukkan mengapa majoriti sekolah sering menjalankan atau
menggalakkan para pelajar untuk menyertai program kepimpinan yang
diadakan. Ianya bertujuan untuk mengasah sifat seorang pemimpin yang ada
dalam diri pelajar. Program pembangunan pemimpin penting bagi
meningkatkan kompetensi pemimpin berpotensi agar dapat memimpin dengan
efektif (Bush 2008; Gentry et al. 2013). Kompetensi kepimpinan boleh diperoleh
dengan mendapatkan bimbingan daripada pemimipin berpengalaman dan
mengikuti program penyediaan pemimpin yang memberi penekanan pada
pengalaman konteks sebenar (Bush 2008; DuBrin 2013). Pemimpin yang
kompeten juga boleh dihasilkan melalui pendidikan dan pengalaman.
353 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Kepimpinan Berkontemporari
Seorang pemimpin adalah orang yang memimpin bukan yang mengendalikan.
Seorang pemimpin adalah menginspirasi bukan mengintimidasi (Anthony Dio
Martin, 2015). Dengan kata-kata yang telah dinyatakan tersebut, jelaslah
seorang pemimpin yang berjaya tidak mempunyai kekangan alasan untuk
menangguhkan tugasnya. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berkontemporari
bukanlah hendonisme sepanjang masa lantas bersikap tegas dan berwawasan
dalam menjalankan tugasnya. Sifat kontemporari dikaitkan kepada pemimpin
kerana ia merupakan satu isu yang penting dalam mengendalikan sesebuah
organisasi.
Sebagai contoh, di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong
(SUPERB), pada akhir tahun 2017 kami menerima seorang pengetua baharu
dan secara perlahan beliau menukarkan sistem organisasi dan peraturan di
sekolah kami. Impak yang besar dilakukan dapat disaksikan setelah beliau
berpindah ke sekolah kami. Antara usaha beliau yang telah berjaya menjadikan
organisasi sekolah kami lebih teratur adalah mewujudkan sistem kelas
bersubjek atau dikenali sebagai Subject Based Class (SBC). Pembaharuan ini
sangat relevan dengan keadaan masa tersebut di mana murid-murid masih
menunjukkan persepsi tidak mencari guru apabila mereka lambat atau tidak
berkesempatan masuk ke kelas. Dengan wujudnya SBC, murid akan sentiasa
bergerak dari kelas ke kelas yang lain. Hal ini kerana setiap kelas mempunyai
subjek tersendiri dan akan ada guru yang menjaganya. Jika ditelusuri,
perubahan drastik ini juga memberi impak kepada tenaga pengajar iaitu guru
kerana guru akan sentiasa berada di kelas dan tidak mempunyai masa untuk
bergerak ke tempat sepatutnya atau mencuri masa.
Alhasilnya, sepanjang beliau memegang sekolah kami telah banyak modus
operandi yang dijalankan dan memberikan eksistensi yang baik. Malang tidak
berbau, tempoh perkhidmatan beliau hanya selama 2 tahun kerana diarahkan
pindah. Sepanjang tempoh itu, SUPERB menggapai pelbagai kejayaan dari
segi akademik mahupun kokorikulum.
Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan
yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan
kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa formal melalui jawatan dan
penerimaan orang-orang bawahan secara tidak formal yang bukan kerana
jawatan.
Rumusan
354 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Daripada perbincangan di atas perlu kami tegaskan bahawa kepimpinan adalah
proses dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain
didalam kumpulannya kearah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu.
Dalam erti kata yang lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan
dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang
dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya,
pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik
kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa
kepimpinan yang berkesan. Seorang pemimpin adalah sumber, pemberi
tenaga, catalyst dan wira bagi orang bawahannya. Gaya kepimpinan mereka
akan mempengaruhi peningkatan atau penurunan prestasi orang bawahan dan
organisasi tersebut. Amalan kepimpinan beretika akan memberi impak positif
kepada organisasi agar sentiasa berdiri teguh dalam keadaan sekeliling yang
tidak menentu. Pemimpin juga perlu memberikan perhatian dan memberi tunjuk
ajar yang baik kepada subordinannya agar tidak melakukan tindakan yang
boleh merosakkan dan melemahkan organisasi. Dalam persekitaran
persekolahan, pemimpin bukan sahaja menjaga kepentingan dan kebajikan
anak buahnya tetapi juga bertanggungjawab menjaga imej dan kepentingan
sekolah. Kajian ini mempunyai implikasi pada teori sedia ada mengenai
kepimpinan berkualiti. Pemimpin perlu mempunyai sikap pemimpin
transformasi, kompetensi dan kepimpinan berkontemporari. Oleh itu, pemimpin
haruslah seorang yang dinamik dan aktif memberi bimbingan kepada anak
buahnya agar organisasi dapat digerakkan dan dimajukan dengan jayanya.
Rujukan
Cherry, K. M. (t.t). Kepimpinan Transformasi. Diperoleh daripada
https://ms.reoveme.com/apakah-kepimpinan-transformasi/
Farid, F. M. (t.t.). Gaya kepimpinan. Diperoleh daripada
https://mohd-
farid.weebly.com/uploads/1/2/7/4/1274031/gaya_kepimpinan.pdf
Hamzah, F. M. (2015). Jurnal pengurusan. Kepimpinan berkualiti: perspektif
mengenai kompetensi yang diperlukan untuk memimpin dengan berkesan.
45. 143-154.
Hassan, Z. M. (2010). Journal article. Kepimpinan beretika dan kecemerlangan
organisasi. 10. 41-42. Doi: 1243/1/1
Ikram, M. D. (2010, 06 Oktober). Ciri-ciri pemimpin baik. Diperoleh daripada
http://bidangbahasasamer.blogspot.com/p/ciri-ciri-pemimpin-baik.html
355 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Nurshahlynn (2013, 28 November). Kepimpinan etika dalam organisasi
sekolah. Diperoleh daripada
https://www.slideshare.net/nurshahlynn/kepimpinan-beretika-dalam-
organisasi-sekolah\
Sifu (2010, 20 Mac). Definisi kepimpinan. Diperoleh daripada
http://ikankluang.blogspot.com/2010/03/definisi-kepimpinan.html
Sweeney, J. (1982). Research Synthesis On Effective School Leadership,
Educational Leadership 39 (5): 346 - 352.
Tannebaum, R. and Yulk (1992). Diperoleh daripada
https://www.slideshare.net/HamidahBudi/taktik-pemimpin-yang-efektif
Yazid, D. Z. (2014). Fleksibeliti Kepimpinan dalam Era Digital. Diperoleh
daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/10/613532/fleksibiliti-
kepemimpinan-dalam-era-digital
356 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
FIGURA ANAK MUDA ISLAM SEBAGAI IKON
KEPIMPINAN NEGARA
Muhammad Habibullah bin Mohd Ansarullah
SMISTA-MAIWP,d/a Masjid Saidina Othman Ibn Affan Bandar Tun
Razak,Cheras 56000 Kuala Lumpur
(E-mail: [email protected])
Tengku Puteri Qaisara binti Tengku Asmadi
SMISTA-MAIWP,d/a Masjid Saidina Othman Ibn Affan Bandar Tun
Razak,Cheras 56000 Kuala Lumpur
(E-mail: [email protected])
Damia Irdeena binti Mohd Khairul Rizal
SMISTA-MAIWP,d/a Masjid Saidina Othman Ibn Affan Bandar Tun
Razak,Cheras 56000 Kuala Lumpur
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Dalam meladani era pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda,
kita telah membentuk segenap masyarakat yang berfikiran terbuka khususnya
mampu untuk menjadi ikon kepada negara dan bangsa. Remaja yang
merupakan bakal tunjang negara masih terbelunggu oleh pelbagai kemelut
sosial. Dalam perkara ini, jelas dapat ditunjukkan bahawa sebahagian daripada
mereka masih belum melakukan anjakan paradigma yang selaras dengan arus
pembangunan negara kita. Struktur kepimpinan dan aktiviti-aktiviti yang
diadakan sejak bangku sekolah lagi merupakan tunjang utama dalam
membentuk figura anak muda islam yang dapat memperkasakan nusa dan
bangsa. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan konsep kendalian anak
muda islam sebagai contoh yang mampu untuk menjadi ikon kepimpinan
negara yang berkualiti sebagai kumpulan sasar yang merangkumi model
kepimpinan dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.
Kata kunci: Figura, ikon kepimpinan negara, aktiviti
Pengenalan
Dasawarsa ini, model kepimpinan remaja sudah tidak lagi dipandang enteng
dan serong oleh masyarakat dan negara. Remaja berkualiti mempunyai didikan
yang baik sejak peringkat sekolah telah membentuk individu yang luar biasa.
Antaranya termasuklah model kepimpinan pembimbing rakan sebaya yang
merupakan suatu kumpulan kecil yang bernaung di bawah Unit Bimbingan dan
Kaunseling. Unit ini tidak lain tidak bukan bertindak sebagai pohon akar kepada
357 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
unit lain dek memegang peranan sebagai penggerak utama segala aktiviti yang
dianjurkan. Setiap anggota Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai pelbagai
kemahiran dan kelebihan serta pengetahuan asas tentang aspek-aspek
bimbingan dan kaunseling supaya setiap individu mendapat khidmat sokongan
unit ini dengan lebih jelas dan berkesan berdasarkan pada maklumat awal
penubuhannya.
Guru kaunseling di sekolah merupakan guru yang ditugaskan untuk membantu
pelajar di sekolah yang memerlukan khidmat nasihat bagi menangani masalah
murid. Oleh yang demikian, pelajar yang mempunyai komunikasi yang
berkesan di kalangan murid amat diperlukan agar dapat menjadi agen guru
kaunseling bagi menjadi orang tengah di sekolah.
Intihanya, murid yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus
dalam komunikasi. Kumpulan kecil yang dikenali sebagai PRS ini telahpun
mempunyai model kepimpinan yang proaktif dan pelbagai kursus serta aktiviti
telah dijalankan bagi menambahbaik peranan masing-masing. Ahli unit ini juga
perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji di kalangan guru
dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna di
kalangan murid.
Ikon Kepimpinan Negara
Ikon bermaksud simbol ataupun contoh terbaik untuk dijadikan idola, panduan
dan teladan. Manakala, pemimpin pula merupakan individu yang boleh
memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Jadi
secara keseluruhannya, ikon kepimpinan ini membawa erti contoh terbaik
pemimpin dan juga cara untuk melahirkan insan yang lebih berguna dan sedikit
sebanyak dapat membantu orang untuk menjadi ikon pemimpin di negara kita.
Dalam skop model kepimpinan untuk kumpulan kecil PRS ini, kami sebagai
pembimbing rakan sebaya matlamat kami adalah untuk memupuk potensi atau
bakat kepimpinan untuk menjadi individu yang peka,bertimbang rasa, rela
menolong dan berupaya hidup dalam masyarakat majmuk. Hal ini menunjukkan
ciri-ciri pemimpin yang bole menjadi ikon negara pada masa hadapan. Dengan
ini, tugas PRS adalah menjadi model insan kepada pelajar dan ini untuk
menambah keyakinan semua orang dalam menjadi seorang pemimpin yang
berjaya. Seiiring dengan misi PRS iaitu melahirkan insan yang seimbang dari
aspek jasmani, rohani, intelek dan cemerlangan berdasarkan falsafah dan etika
Pembimbing Rakan Sebaya. Islam juga menekankan keperluan bantu
membantu antara sesama insan seperti firman Allah SWT yang
bermaksud “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah
kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang
melanggar perintah-Nya).” Akhir kata siapakah Pemimpin yang terbaik? Iaitu
358 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
yang telah disabdakan Rasulullah S.A.W. yang ertinya, “Sebaik-baik pemimpin
kalian adalah pemimpin yang kalian mencintai mereka dan mereka pun
mencintai kalian. Mereka mendoakan kalian dan kalian pun mendoakan
mereka. (HR. Sahih Muslim)”.
Model Kepimpinan
Pembimbing Rakan Sebaya harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan,
perhubungan, perlakuan, kemahiran, kreativiti dan keimanan supaya berupaya
untuk membantu orang lain. Semua pasti mengenali dan mengetahui slogan
PRS iaitu, “Bantu Diri untuk Bantu Orang Lain” dan slogan inilah menjadi
pegangan ataupun prinsip para PRS di sekolah kami. Hal yang demikian, kami
sebagai PRS juga perlu membantu diri kami sendiri untuk berkeupayaan
membantu rakan yang lain. Secara asasnya,tugas PRS ini bukanla memberi
nasihat dan menyelesaikan masalah. Tugas ataupun peranan kami amatlah
besar dalam kalangan remaja di sekolah iaitu sebagai model insan kepada
pelajar lain. Oleh itu, kami diberi tugas sebagai sumber utama kepada rakan
untuk dapatkan bantuan jika ada sebarang masalah. Namun, kami tidaklah
sewenang-wenangnya menyelesaikan masalah mereka dengan mengikut kata
hati kami sendiri. Kami diajar untuk memberi cadangan ataupun sedikit
sebanyak langkah untuk mengatasi dan keputusan itu dibuat oleh mereka
sendiri. Selain itu, seperti kebiasaan PRS perlu menganjurkan program sama
ada program motivasi, kerjaya ataupun sebagainya. Kehadiran PRS adalah
sebagai fasilitator, yakin dan percaya diri, mempunyai sikap simpati dan empati.
Di samping itu, PRS di sekolah ini memainkan peranan penting sebagai platfom
untuk para pelajar meliahkan masalah mereka kerana kami akan mendengar,
menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat
keputusan. Sebagai kesimpulan, PRS banyak memainkan model kepimpinan
yang lebih efektif dan membantu berbanding badan lain di sekolah ini, maka
PRS menjadi salah satu badan kepimpinan yang amat diminati dan dihormati
oleh ramai pelajar.
Aktiviti
Antara aktiviti ataupun program yang pasti dilaksanakan oleh semua sekolah
iaitu Kursus Asas Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu iaitu
program ini ditujukan kepada ahli-ahli PRS sendiri untuk memantapkan lagi
kemahiran mereka dalam membantu dan menjadi PRS yang berjaya. Selain itu
antara aktiviti yang boleh dijalankan di peringkat sekolah ialah, Prorgam
“Transformasi Diri Pengukuh Peribadi”. Dengan mendengar nama sahaja kita
dapat mengetahui bahawa ini ialah salah satu program motivasi yang boleh
melibatkan oleh semua pelajar. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan
kerohanian kita untuk menjadi insan yang cemerlang. Program ini amatlah
359 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
membantu para pelajar dalam menambahkan keyakinan dan merasa insaf
untuk mendekatkan diri kepada Allah. Antara slot yang ada dalam program ini
termasuklah, Pendekatan kepada Ilahi, Peringatan terhadap Rasululah,
Hubungan dengan ibu bapa, Barakah ilmu guru, Hubungan dengan orang ramai
dan terakhir sekali hubungan antara semua makhluk. Selain itu, dari aspek
jasmani dan kemahiran pula, program yang digelar “Team Building” dapat
membantu sedikit sebanyak untuk menambah keyakinan pelajar dalam
pelbagai kemahiran seperti bercakap di hadapan orang ramai, berinteraksi
dengan masyarakat dan sebagainya .Di samping itu,kecemerlangan pelajar
dalam bidang akademik dan kemahiran insaniah merupakan salah satu aspek
terpenting dalam mengukur kejayaan pelajar Kembara Ilmu Bersama PRS
“Program Pemantapan Matlamat dan Kepimpinan Diri Sebagai Pelajar
Cemerlang”. Tujuan program ini adalah untuk memberi halatuju yang tepat
kepada pelajar ke arah meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah
diri.
Program Terbaik Badan
Program terbaik badan yang telah dianjurkan oleh PRS sekolah kami ialah
Program Fastabiqul Khairat. Secara umumnya, maksud Fastabiqul Khairat
ialah berlumba-lumbalah melakukan kebaikan. Tujuan utama program ini
diwujudkan adalah untuk menyelesaikan masalah pelajar yang suka masuk
lambat ke dalam kelas dan menggalakkan lebih ramai pelajar masuk awal ke
dalam kelas. Program ini dilakukan dua kali dalam sehari iaitu Ketika rehat
pertama pada pukul 9.00 pagi hingga 9.30 pagi dan 10 minit sebelum kelas
persediaan malam dimulakan.
Program ini diwujudkan pada tahun 2018 dan masih aktif dijalankan
sehinggalah arahan penutupan sekolah akibat daripada pandemic covid-19
dikeluarkan. Setelah melakukan penyelidikan, kami mendapati bahawa
SMISTA merupakan sekolah yang pertama yang menjalankan program seperti
ini. Program ini merupakan program bulanan dan pemenang akan dipilih dari
setiap kelas mengikut tingkatan. Pemenang dipilih daripada seorang pelajar
perempuan dan seorang pelajar lelaki. Pelajar terawal yang tiba di kelas perlu
mengisi borang Fastabiqul Khairat. Contoh borang Fastabiqul Khairat yang
disediakan pada Gambar Rajah 1.2.
Borang Fastabiqul Khairat
NAMA:
KEGLAamS:bar Rajah 1.2. Contoh Borang Program Fastabiqul Khairat
MASA TIBA:
360 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Implikasi kewangan yang diperuntukkan untuk program ini adalah sebanyak
RM 150.00 dan hanya digunakan untuk membeli hadiah para pelajar. Hadiah
akan diberikan kepada pelajar sewaktu perhimpunan rasmi pada hari Isnin.
Dengan cara ini, lebih banyak murid dapat diransang untuk menyertai program
ini. Modus Operandi cara pelaksaan program ini ditunjukkan dalam Gambar
Rajah 1.2.
Rumusan dan Cadangan
Sebagai rumusan, ditekankan lagi tentang konsep Pembimbing Rakan Sebaya
iaitu dengan membantu rakan dan insan lain menjadi ikon kepimpinan negara.
Bahkan, kita akan dapat melahirkan lebih ramai insan yang suka menolong
antara satu sama lain sekaligus dapat menambah keyakinan mereka. Mengikut
aktiviti yang dinyatakan dan program terbaik di sekolah kami, sudah terang lagi
bersuluh menunjukkan kami sebagai PRS ini amat menekankan tentang
potensi kendiri, sahsiah dan motivasi para pelajar. Selain membantu mereka
untuk mengukuhkan kemahiran pelajar dalam menjadi insan yang berguna
kepada orang lain, PRS ditugaskan untuk memimpin rakan. Kesimpulan yang
boleh dibuat daripada kajian ini, Program Latihan PRS mampu disandarkan
sebagai harapan untuk melahirkan sekumpulan pelajar yang dapat membantu
meningkatkan prestai pengurusan kaunseling serta kepimpinan di sesebuah
institusi pendidikan kerana mereka mampu menjadi model insan yang berkesan
kepada rakan dan seterusnya melahirkan generasi anak muda Islam yang
berjaya.
Rujukan
Aiman A. (2016). Apa itu Kaunseling: Peranan Seorang PRS. Diperoleh
daripada
https://aimananuar20.blogspot.com/2016/10/peranan-seorang-prs.html.
Al Quran (2009). Tafsir Mahmud Yunus. Kuala Lumpur: Kelang Books Centre.
Bayan L. (2019). Siri ke-209 Pemimpin Dalam Islam.
Jaafar J. L. S (2008). Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.
Shah Alam:
Arah Publications.
Mas Ayu I. (2018, Julai 24). Jadi Pembimbing Rakan Sebaya Berjaya. Harian
Metro, ms42.
Muhammad Said M. (2009). Menjana Program Pembimbing Rakan Sebaya.
PT5
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Sulaiman A.G (2003). Kemahiran Asas Kaunseling. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan
Sultan Idris.
361 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
PEMBANGUNAN DAKWAH MELALUI
PELAKSANAAN AKTIVITI DAN HIBURAN ISLAM
Mahadzir Danial Bin Muhamad Azhan
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jalan Selandar, Kampung
Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka.
(E-mail:[email protected] )
Muhammad Fahmi Bin Kidam
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jalan Selandar, Kampung
Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka.
(E-mail: [email protected] )
Sofiyah Munirah Binti Mohamad Ali
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jalan Selandar, Kampung
Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka.
(E-mail: [email protected] )
ABSTRAK
Strategi dakwah yang sistematik serta pendekatan yang bersesuaian dengan
sasaran adalah amat penting bagi memastikan dakwah berjaya disampaikan
dengan berkesan. Di samping menumpukan kepada kandungan dan mesej
dakwah yang ingin dilontarkan, kaedah atau pendekatan dalam penyampaian
dakwah juga tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, kesan daripada
kesilapan dalam pemilihan atau penggunaan kaedah yang tepat akan
menyumbang kepada ketidak keberkesanan penyampaian mesej dakwah
tersebut. Malahan mendorong ke arah kegagalan pelaksanaan aktiviti dakwah
itu sendiri. Maka suatu pendekatan dakwah yang sangat relevan pada masa
kini dalam menarik golongan sasaran untuk menerima seruan dakwah perlulah
dilihat daripada pemanfaatan kesenian terutamanya yang bercorak aktiviti dan
hiburan islam. Di samping berperanan memenuhi tuntutan fitrah, kesenian yang
menepati batasan syariat serta mengandungi elemen-elemen mendidik turut
berpotensi besar dalam mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup ke arah
melahirkan generasi yang terdidik. Justeru, aktiviti dan hiburan islam ini dilihat
sebagai salah satu bentuk seni dakwah yang boleh memberi manfaat serta
menjadi pengantara dalam mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam
kalangan pelajar di sekolah. Oleh yang demikian, kertas kerja ini
membincangkan tentang kesenian dalam aktiviti dan hiburan Islam sebagai
medium dakwah di sekolah, pelaksanaan program serta kepimpinan dalam
menjayakan segala aktiviti yang mampu melahirkan pelajar dan menghayati
ajaran Islam.
362 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Kata kunci: pendekatan dakwah, seni berdakwah, hiburan Islam
PENGENALAN
Dakwah dan pendidikan merupakan dua dimensi yang cukup sinonim
jika dilihat sebagai satu pembudayaan ajaran Islam yang mencakupi segala
usaha kemanusiaan untuk meningkatkan kualiti hidup manusia. Menurut
Syabuddin Gade dan Abdul Ghafar Don (2015), dakwah melalui pendidikan
bukan hanya tertumpu pada proses interaksi antara guru dan murid malah
pembangunan institusi pendidikan juga merupakan sebagai sebahagian
daripada usaha dakwah. Oleh itu, satu badan organisasi yang kukuh telah
diwujudkan untuk merealisasikan perjalanan dakwah ini berkembang. Badan
Dakwah Akhlak dan Rohani (BADAR) merupakan suatu organisasi pendakwah
yang ditubuhkan pada tahun 2003. Secara amnya, BADAR SISMe ini
berdasarkan berperanan sebagai sayap dalam melaksanakan aktiviti
keagamaan terutamanya penyampaian ilmu yang sahih berlandaskan Al-Quran
dan as-sunnah berdasarkan pemahaman Salaf As-Soleh. Selaras dengan
namanya, badan ini bertanggungjawab untuk mengukuhkan penghayatan
Islam para pelajar serta melahirkan generasi terbilang yang dibentuk dengan
syumul daripada aspek akhlak dan peribadi. Justeru itu, badan ini juga
mengajak para pelajar kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta
merealisasikan kepimpinan khalifah seiring dengan ayat Quran yang disertakan
berikut.
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin
mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta
beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah
berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya “
Di samping menjadi golongan utama yang aktif berdakwah di sekolah, matlamat
badan ini juga ingin memastikan syiar Islam terus bernyawa di sekolah sekali
gus menyemarakkan lagi bia’h solehah. Oleh yang demikian, organisasi ini
akan terus berkhidmat bagi meningkatkan ilmu para pelajar seterusnya dapat
diamalkan dengan sempurna supaya insan yang beriman dan bertakwa dapat
dilahirkan.
Program Cinta Al-Quran (CAQ)
Program ini mula diperkenalkan pada sekitar tahun 2005 di SBPI Selandar.
Pada waktu itu, BADAR SISMe masih lagi setahun jagung dan masih belum
mahir mengendalikan organisasi besar seperti Program Cinta Al-Quran atau
363 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
lebih dikenali sebagai CAQ. Namun, pepatah Melayu pernah menyebut, “alah
bisa, tegal biasa”. Disebabkan setiap tahun perkara sama berulang, maka pihak
BADAR SISMe semakin teliti dan mahir dalam mengendalikan program
tahunan ini. Program ini terus menerus dijalankan kerana pelaksanaan program
program dakwah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai
dilihat sebagai salah satu langkah untuk menangani permasalahan yang
melibatkan remaja di sekolah (Mohamed Hamdan Abdullah, Fariza Md Sham
dan A’dawiyah Ismail, 2018).
Sebelum program di jalankan sudah tentu memerlukan sebuah organisasi yang
mantap. Anggota-anggota BADAR yang bertanggungjawab dalam
merealisasikan dan menjayakan program CAQ ialah:
• Mas’ul
• Naib Mas’ul
• Setiausaha
• Syukbah Ibadah Akhlak Dan Musolla
• Syukbah Tugas-Tugas Khas
• Syukbah Usrah Tarbiyyah
• Syukbah Multimedia
Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk mengajak para pelajar untuk
mendalami lebih lagi isi ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim. Hal ini secara tidak
langsung dapat melahirkan pelajar yang memiliki ketinggian ilmu pengetahuan
tentang Al-Quran serta keunggulan akhlak dan peribadi seiring dengan
panduan Al-Quran. Hafalan surah-surah lazim sudah tentu menjadi antara isi
utama program ini bagi memberikan pendekatan Al-Quran yang sesuai serta
mampu memupuk perasaan cinta akan Al-Quran. Anugerah penghafaz terbaik
yang akan diberikan kepada siapa yang mampu mencapai kualiti hafazan dari
segi tajwid dan bacaan sudah tentu menjadi antara pemangkin semangat
kepada mereka untuk sentiasa memperbaiki bacaan. Lebih-lebih lagi,
pertandingan nasyid yang menceritakan kisah-kisah dalam Al-Quran juga turut
dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat dalam bentuk hiburan. Hal ini
kerana suasana dan kecenderungan pelajar pada hari ini lebih tertumpu kepada
aktiviti kesenian berbentuk hiburan dan keseronokan. Nasyid merupakan
sebahagian daripada kesenian Islam berbentuk hiburan yang mempunyai nilai-
nilai mendidik dalam memperkukuhkan keimanan di samping mempunyai
peranan tersendiri dalam membentuk akhlak pelajar. Pemanfaatan kesenian
nasyid sebagai pendekatan dakwah di sekolah secara tidak langsung
merupakan salah satu pendekatan untuk memantapkan penghayatan agama
dalam kalangan warga sekolah khususnya pelajar dari aspek akidah, ibadah
dan akhlak.
364 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Justeru itu, aktiviti explorace juga digunakan sebagai suatu medium untuk
memberi pendedahan isi Al-Quran dengan lebih efektif. Sebagaimana yang
ditegaskan oleh Nik Safiah Nik Abdullah et al. (2015), aktiviti-aktiviti yang
menekankan elemen kerohanian di kalangan pelajar sangat perlu dan amat
penting dilaksanakan sama ada di sekolah secara berterusan dengan lebih
berkesan untuk meningkatkan lagi kefahaman para pelajar mengenai Islam dan
Al-Quran. Antara isi kemuncak aktiviti tersebut ialah mereka harus
menghasilkan satu inovasi berdasarkan sesebuah surah tertentu. Hal ini secara
tidak langsung dapat mengasah potensi diri pelajar untuk berdaya kreatif di
samping mempunyai ilmu pengetahuan Al-Quran. Sehubungan dengan itu,
aktiviti kerohanian turut dijalankan seperti qiyamullail, bacaan Al-Mathurat dan
banyak lagi bagi mencorak rutin harian mereka agar amalan tersebut mampu
terus diamalkan walaupun selepas program Cinta Al-Quran ini tamat. Tegasnya
disini menunjukkan bahawa penghayatan kepada aktiviti kerohanian ini akan
terlaksana seiring dengan proses penerapan nilai-nilai agama yang dapat
dilakukan dengan berkesan dan berterusan melalui perlaksanaan program-
program bercorak keagamaan yang boleh dilakukan sama ada secara formal
atau tidak formal (Nik Safiah Nik Abdullah et al., 2015).
Program Yaumul Mawaddah
Dalam memastikan matlamat penyampaian mesej dakwah tercapai, dakwah
perlu di sampaikan dengan cara yang bijaksana dengan perancangan yang rapi
serta dilakukan secara bersama dalam satu gerakan yang kukuh. Maka dengan
itu, pihak BADAR SISMe cekap mengorak langkah untuk terus mencipta dan
melaksanakan program yang mampu memberikan impak positif kepada para
pelajar. Secara umumnya, program Yaumul Mawaddah ini dilaksanakan di
bulan Ramadan bagi menyemai sikap kasih sayang di antara para pelajar
dengan komuniti di sekolah pada bulan yang barakah. Nilai kasih sayang yang
di ketengahkan atas prinsip kasih sayang asas penyatuan ummah yang
menjadi pegangan utama. Dalam pada itu, amalan dakwah dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja terhad dilaksanakan dan
disempurnakan secara keseluruhannya di dalam bilik darjah malah turut
dijalankan di luar bilik darjah pada waktu-waktu terancang. Hal ini bertujuan
membantu murid-murid beragama Islam agar dapat memperkukuhkan
pengetahuan dan penghayatan terhadap nilai-nilai agama.
Bertitik tolak daripada itu, antara aktiviti utama program ini adalah aktiviti
penyembelihan ayam. Sudah tentu aktiviti dilihat sebagai satu pendedahan
awal kepada para pelajar menengah atas tentang segala perkara utama yang
perlu disempurnakan supaya mencapai syarat sah penyembelihan. Setiap
daripada mereka akan merasai sendiri aktiviti penyembelihan agar mereka
mempunyai satu pengalaman yang dapat meningkatkan potensi diri mereka.
Hal ini secara tidak langsung sebagai satu pendekatan khusus untuk golongan
365 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
remaja pada zaman ini yang semakin kekok dengan aktiviti sebegini.
Sehubungan dengan tema kasih sayang sudah tentu melibatkan interaksi
antara guru dan pelajar yang akan mengeratkan lagi hubungan antara mereka.
Hal ini kerana menurut Mohd Azam Mahat dan Fakhrul Adabi Abd. Kadir (2011),
perancangan yang sistematik dan peranan guru dalam melaksanakan dakwah
di sekolah dilihat sebagai satu faktor kejayaan dan dan keberkesanan program
dakwah yang dilaksanakan.
Justeru itu, selepas aktiviti penyembelihan para pelajar akan memulakan aktiviti
memasak pelbagai jenis menu untuk dihidangkan semasa berbuka puasa.
Selain menu yang melibatkan daging penyembelihan tersebut, aktiviti
membakar lemang, mengacau dodol juga turut dilakukan bagi mempelbagaikan
lagi menu berbuka puasa. Pelaksanaan segala aktiviti tersebut sudah tentu
memerlukan kerjasama yang kukuh daripada pelbagai pihak. Dengan
berganding bahu tersebut, kasih sayang antara satu sama akan lebih terjalin
atas alasan hubungan sesama manusia adalah sebahagian daripada
kehidupan manusia yang mengimpikan kesejahteraan dan kemakmuran.
Amalan sunnah juga turut menjadi acara yang ditunggu-tunggu dimana para
pelajar akan menikmati juadah berbuka puasa di dalam talam secara
berkumpulan kecil. Oleh yang demikian, nilai kasih sayang antara ahli usrah
terus dapat disemai sepenuhnya. Kasih sayang yang terbina atas sifat rahmat
Allah S.W.T terhadap hamba-Nya dan kerana itulah manusia diciptakan.
Kesatuan umat seiring dengan sifat Allah itu Arrahim dan dengan sifat itulah
manusia dapat menjelmakan sifat terpuji lain sehingga diangkat oleh Allah
S.W.T sebagai hamba yang mulia disisi-Nya,
Seiring dengan program Yaumul Mawaddah, agenda yang turut dirangka dan
dilaksanakan oleh BADAR bagi pelajar menengah bawah supaya dapat
mengisi kekosongan masa yang terluang. Mereka akan mengikuti program
Nuqaba’ yang akan mendapat gandingan hebat daripada alumni BADAR
SISMe yang turut menyumbang tenaga bagi menjayakan program ini. Secara
umumnya, program ini bertujuan untuk melatih kepimpinan para pelajar pada
peringkat awal supaya berpotensi untuk menjadi pelapis Naqib dan Naqibah
yang akan meneruskan legasi dakwah di sekolah. Disini jugalah jawatan-
jawatan kecil akan dibentuk dan disandang oleh pelajar menengah rendah
dimana setiap tingkatan akan mempunyai organisasi BADAR sendiri supaya
dapat memberikan gambaran awal segala tanggungjawab dan cabaran dalam
proses berdakwah. Oleh yang demikian, setiap pelajar akan memahami dan
mempelajari perkara-perkara khusus apabila memegang jawatan yang penting.
Antara jawatan tersebut ialah seperti berikut.
• Ketua BADAR
• Penolong ketua BADAR
366 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
• Setiausaha
• Bendahari
• Syukbah Usrah
• Syukbah Ibadah Akhlak Dan Musolla
• Syukbah Kesenian
Dengan berbuat program demikian, perlaksanaan program dakwah yang
berterusan, terancang, sistematik dan efektif ini dapat membina sahsiah pelajar
supaya mereka terus bermotivasi dan bertanggungjawab seperti yang
ditekankan oleh Mohd. Zaki Hamid (2009).
Minggu Semarak Sunnah
Sunnah merupakan cara, amalan, ucapan, atau taqrir (persetujuan)
daripada Nabi Muhammad S.A.W. Secara bahasa, sunnah berasal dari kata
sanna yang bererti jalan, sama ada baik atau buruk. Dari segi istilah daripada
ahli hadis, Ajjaj Al-Khatib menjelaskan bahawa sunnah bererti sesuatu yang
disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W daripada perkataan, perbuatan,
ketetapan, sifat, sirah baik sebelum pengutusan ataupun selepasnya. Umat
Islam kini menjadikan sunnah Rasulullah sebagai ikutan kerana akhlaknya yang
tepuji dan Allah S.W.T memuji segala perbuatan Nabi dalam firman Nya
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah teladan yang baik bagimu iaitu
(bagi) orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada)
hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”
Maka dengan itu, organisasi BADAR SISMe telah mengambil langkah untuk
mengadakan satu program iaitu ‘Minggu Semarak Sunnah’ dimana para pelajar
diminta untuk mengikuti program ini pada minggu yang ditetapkan. Dengan
perbincangan yang rapi daripada semua ahli jawatankuasa, terdapat beberapa
aktiviti sunnah yang dipilih mengikut waktu yang ditetapkan. Yang pertama ialah
puasa perdana yang akan dilakukan setiap bulan. Kebiasaannya, puasa
perdana akan diletakkan pada hari yang disunahkan untuk berpuasa iaitu Isnin
atau Khamis. Pada hari tersebut, para pelajar akan bergilir-gilir mengikut
tingkatan untuk berbuka puasa di dataran dan makan di dalam talam. Pelajar
yang lain akan berbuka puasa di dewan makan sahaja. Hal ini dilakukan demi
untuk melatih para pelajar berpuasa sunat dan bukan hanya berpuasa pada
bulan Ramadan. Selain itu, amalan-amalan seperti bacaan hadis dan mathurat
terus menerus dilakukan bagi mengisi masa harian pelajar dengan aktiviti
kerohanian.
Justeru itu, hari pakaian sunnah turut menjadi sambutan hangat dimana pelajar
lelaki akan memakai jubah beserta serban manakala perempuan akan
367 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
memakai jubah hitam pada hari tersebut. Dengan cara itu, secara tidak
langsung suasana bi’ah solehah dapat dihidupkan serta merta. Hal ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan nilai kerohanian dalam diri ke arah
melahirkan graduan Muslim yang cemerlang, bersahsiah serta tinggi
keintelektualannya. Di samping itu, ia dapat memberi pengukuhan dan
penambahan amalan yang perlu diamalkan dan dilaksanakan dalam
kehidupan. Seterusnya, ditambah lagi dengan aktiviti najmullail yang dilakukan
pada setiap malam. Setengah jam sebelum pelajar tidur, mereka akan
berkumpul di dalam dorm dan membuat beberapa bacaan untuk sesi najmulail.
Antara bacaannya ialah surah Al-Mulk, ayat Kursi dan surah tiga QUL(Al-Ikhlas,
Al-Falak dan An-Nas). Di samping itu, pada setiap hujung minggu iaitu hari
Sabtu dan Ahad, para pelajar digalakkan untuk melakukan sesi qiamullail. Para
pelajar akan dikejutkan oleh ahli BADAR sebelum jam 5 pagi dan akan
memulakan qiamullail tepat jam 5 pagi. Hal ini kerana qiamullail merupakan
amalan salafussoleh (golongan terdahulu) seperti yang disebutkan oleh Nabi
Muhammad S.A.W dalam satu hadith yang lain bermaksud:
“Hendaklah kamu berqiamullail sesungguhnya ia adalah amalan orang-orang
soleh sebelum dari kamu, ia adalah jalan menghampiri Tuhan kamu dan cara
menghapuskan dosa-dosa kamu serta cara menjauhi dosa-dosa.” (Hadis
Riwayat At-Tirmidzi).
Hal ini juga merupakan usaha memudahkan urusan pelajar dalam pelajaran
dan membentuk akhlak peribadi yang baik kepada pelajar.
RUMUSAN DAN CADANGAN
Oleh yang demikian, jelas di sini bahawa pelaksanaan aktiviti dan hiburan Islam
bukan sahaja boleh dijadikan sebagai medium dakwah dalam menyebarkan
mesej-mesej agama bahkan turut berupaya untuk membantu mencapai
kecemerlangan dalam akademik dengan menjadikannya sebagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Segala aktiviti dan hiburan Islam yang
dilaksanakan oleh organisasi BADAR merupakan satu bentuk kesenian Islam
yang berupaya menjadi medium dakwah yang berkesan. Kepelbagaian
pendekatan dalam menyampaikan dakwah dengan lebih luas menyumbang
kepada perkembangan dakwah semasa di sekolah. Kemahiran menguasai
bidang kesenian merupakan suatu kelebihan bagi pasukan BADAR pada masa
ini di dalam memahami dan mendekati para pelajar khususnya bagi mereka
yang suka kepada aktiviti dan hiburan. Justeru, pemanfaatan kesenian dakwah
sebagai aktiviti utama di sekolah merupakan suatu usaha memperkukuhkan
penghayatan agama terhadap warga sekolah khususnya kepada para pelajar.
Mesej dakwah yang merangkumi aspek akidah, ibadah dan akhlak yang
368 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
disalurkan melalui metodologi ini mampu melahirkan pelajar yang bukan sahaja
cemerlang dalam akademik bahkan turut cemerlang dalam sahsiah dan akhlak.
Bagi mengatasi masalah kekangan masa yang dihadapi oleh para pelajar yang
berasrama, boleh juga mewujudkan suatu organisasi khusus yang menjaga
jadual harian para pelajar dan takwim sekolah dengan teliti agar segala
program yang dirancang atau dirangka tidak berselisih dengan mana-mana
program lain. Organisasi ini mestilah dipegang atau disandang oleh individu-
individu atasan yang mempunyai segala kebolehan untuk mengakses
maklumat para pelajar. Justeru itu, jika terdapat sebarang kekangan, individu-
individu tersebut dapat berbincang dan bermesyuarat dengan pihak atasan
sekolah agar dapat diselesaikan dengan baik. Bagi menambah lagi minat para
pelajar, segala aktiviti yang ingin dilaksanakan mestilah mempunyai unsur-
unsur boombastik supaya perasaan teruja akan timbul dalam diri mereka sekali
gus membuat mereka berasa tidak sabar untuk menyertai aktiviti seterusnya.
SENARAI RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim
Syabudin Gade, & Abdul Ghafar Don. (2015). Model Dakwah : Satu Analisis
Teoritikal. ’Ulum Islamiyyah Journal, 16, 23–41.
Mohd Azam Mahat & Fakhrul Adabi Abd. Kadir. (2011). Perlaksanaan
Program Dakwah di Sekolah sebagai Suatu Tuntutan Terhadap Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. International Conference on Humanities.
Jusoh, Z. (2015, Disember 23). Kasih Sayang Penyatuan Ummah. Diperoleh
daripada https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/12/107635/kasih-
sayang-asas-penyatuan-ummah
Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Wilayah Persekutuan.
Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
(Mohamed Hamdan Abdullah, Fariza Md Sham dan A’dawiyah Ismail, 2018).
Ahmad Sahlan Abdul Hatim & Rosmawati Mohamad Rasit. (2015). Hubungan
Pelaksanaan Aktiviti Dakwah melalui Kesenian terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni
dalam kalangan Pelajar Sekolah. Al-Hikmah, 7(1), 132-148.
Nik Safiah Nik Abdullah, Selamah Maamor, Abdullah Abdul Ghani, Norazlina
Abdul Wahab,Mohd Shahril Ahmad Razimi, Ahmad Bashir Aziz, & Nor Hanim Elias.
(2015). Kepentingan Elemen Kerohanian Dalam Perlaksanaan Aktiviti
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi).
369 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Anonymous. (2017, Disember 31). Gigit Sunnah Rasulullah dengan Gigi Geraham.
Diperoleh daripada https://people.utm.my/ajmain/2017/12/31/gigit-sunnah-rasulullah-
saw-dengan-gigi-geraham/
Anonymous. (2015, April 2). Qiamullail: Kepentingan dan Tuntutan
Pendakwah Jalan Allah. Diperoleh daripada
http://wanitakelantan.ikram.org.my/2015/04/qiamullail-kepentingan-tuntutan-
pendakwah-jalan-allah/
Hassan, N. (2020, Oktober 19). 5 Kelebihan Surah Al Mulk dan Kenapa Kita
Membacanya Sebelum Tidur. Diperoleh daripada https://siraplimau.com/kelebihan-
surah-al-mulk-hadis-sahih/
370 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
KEPIMPINAN HEBAT MEMBENTUK KESATUAN
UMAT YANG DIREDAI
Ainul Jannah Binti Wazi
Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Naim Lilbanat, 15150 Kota Bharu,
Kelantan
(E-mail: [email protected])
Nur Adnin Farhana Binti Mohd Zurhan
Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Naim Lilbanat, 15150 Kota Bharu,
Kelantan
(E-mail: [email protected])
Nur Shakirin Binti Nordin
Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Naim Lilbanat, 15150 Kota Bharu,
Kelantan
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Kajian-kajian lalu menunjukkan bahawa kepimpinan yang hebat ialah
mekanisme kepada kecemerlangan sesebuah organisasi. Pemimpin yang
mampu mengadaptasi dan fast thinking dapat menjadikan matlamat dan
objektif organisasi terlaksana. Kepimpinan yang hebat kebanyakannya tidak
datang secara semula jadi, namun kepimpinan yang hebat dapat dibentuk dan
diasah dalam diri seseorang. Mungkin sejarah Islam menunjukkan bahawa
seorang pemimpin perlulah orang yang semula jadinya mempunyai sifat
kepimpinan yang terbaik seperti Rasullah SAW, saidina Abu Bakar, saidina
Umar dan para sahabat nabi yang lain. Allah tidak akan menjadikan manusia
sebagai khalifah di bumi ini kecuali manusia benar-benar mampu menjalankan
amanah dan perintah-Nya. Oleh itu, sebagai khalifah kita sewajarnya melatih
diri kita agar dapat menjadi pemimpin yang hebat suatu hari nanti dan
menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabatnya sebagai tokoh pemimpin.
Apabila sifat kepimpinan yang berwibawa wujud dalam diri seseorang, maka
wujudlah sebuah organisasi dan kepimpinan yang mantap. Setiap masalah dan
cabaran juga dapat ditempuhi walau sesulit mana sekalipun selagi kita
berpegang teguh kepada amanah, Al-Quran dan As-Sunnah. Kertas kerja ini
akan membincangkan tentang konsep kepimpinan yang mantap mampu
371 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
melahirkan organisasi yang hebat hasil daripada ciri-ciri kepimpinan yang ada
dalam diri seorang pemimpin dan langkah dalam menjayakan matlamat.
Kata Kunci: kepimpinan hebat, organisasi, pemimpin
Pengenalan
Kepimpinan organisasi merupakan satu kelompok orang yang bekerjasama
bagi membentuk wadah organisasi yang mantap dan berkesan. Kepimpinan
yang hebat dapat diwujudkan apabila pemimpin dan ahli-ahli organisasinya
yang lain mampu memegang amanah dengan baik dan tidak mengabaikan
amanah tersebut, malah lebih berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Mutakhir ini, pemimpin yang wujud telah berpandangan bahawa kepimpinan ini
adalah suatu kehormatan dan darjat semata-mata sehingga mereka alpa dalam
memahami dan melakukan tugas sebagai seorang pemimpin yang berjaya.
Pemimpin ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah terhadap
kepimpinannya dan sesiapa yang tidak menjalankan amanahnya dengan baik
maka ia akan menjadi sebuah penyesalan bagi mereka kerana amanah
sebagai seorang pemimpin ini amatlah besar.
Pemimpin ini tidak semestinya merujuk kepada orang yang berjawatan sahaja,
tetapi semua manusia di muka bumi ini yang digelar khalifah adalah pemimpin
kerana setiap khalifah bertanggungjawab memimpin diri sendiri supaya tidak
terpesong dari ajaran sesat. Oleh itu, sekolah telah mewujudkan Saf Pimpinan
Badar (SPB) iaitu organisasi di bawah Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
yang bertujuan melatih pelajar-pelajar yang boleh memimpin diri sendiri, rakan
sebaya dan masyarakat sekeliling.
Konsep Kepimpinan
Pemimpin berperanan sebagai pembimbing dan penggerak kepada stafnya
bagi mencapai matlamat organisasi (Mohd Yatim 2006; Bush 2008).
Kepimpinan membawa erti penentu kepada hala tuju organisasi (Mohd. Yatim
2006; Bush 2008). Kepimpinan juga bermaksud keupayaan memimpin melalui
teladan (Kamus Dewan 2005).Untuk melaksanakan tugas tersebut dengan
efektif, pemimpin perlu mempunyai kemahiran dan keperibadian yang berkualiti
di samping pengetahuan dalam bidangnya (Male 2006). Kajian menunjukkan,
hanya pemimpin yang kompeten sahaja yang dapat mencapai hasil yang
memuaskan melalui kepimpinannya Eddy (2013).
372 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Organisasi yang mempunyai kepimpinan yang efektif mempunyai matlamat
yang jelas, manakala organisasi yang mempunyai kepimpinan yang tidak efektif
mempunyai matlamat yang kabur (Robinson 2006; Robinson et al. 2008).
Hanya organisasi yang mempunyai matlamat yang jelas sahaja yang boleh
merangsang dan menggerakkan stafnya untuk menyumbang ke arah
pencapaian organisasi cemerlang (Robinson 2006; Bush 2008; Robinson et al.
2008). Hal ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan itu memerlukan
kemahiran yang mantap dan berwawasan tinggi. Pemimpin yang berwibawa
tidak akan membiarkan matlamat mereka tidak tercapai, sebaliknya terus
berusaha dan berdoa meminta yang terbaik daripada Yang Maha Esa dan
bukannya berserah semata-mata. Dalam Al-Quran, Allah SWT telah berfirman
dalam surah Al-Baqarah, ayat 186:
ََو إِذَاَسَأ َلَ َك َ ِع بَا ِد يَعَن ِيَفَإِن ِيَقَ ِر ي ٌب َ َأ ُ ِج ي ُب َدَعْ َو ةََالدَّاعَِإِذَاَدَ عَا ِن َ َفَلْيَسْ تَ ِج يبُوا
َلِيَ َو لْيُ ْؤ ِم نُواَبِيَلَعَلَّهُ مْ َيَ ْر شُدُو َن
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka
(jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka
itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-
Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
Allah SWT juga berfirman dalam surah Al-Nisa, ayat 59:
ٰيأَ ُّي َهاَا ّلَذي َنَءا َمنواَأَطيعُواَّل َّلاََ َوأَطيعُواَال َّرسو َلَ َوأُو ِلىَالأَم ِرَ ِمن ُكم
”Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu.”
Kedua-dua ayat di atas saling melengkapi untuk menjelaskan bahawa
kepimpinan organisasi yang hebat adalah apabila ahli organisasi yang lain
mengikut arahan ketua pemimpin selagi tidak bercanggah dengan agama dan
jika menghadapi kesulitan, maka ahli-ahli perlulah saling membantu antara satu
sama lain serta sentiasa berdoa dan meminta pertolongan dari Allah SWT
kerana Allah adalah sebaik-baik penolong. BADAR Sekolah Menengah
Kebangsaan (Agama) Naim Lilbanat (SMKANL) juga mempunyai objektif yang
jelas dan telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan objektif-objektif
tersebut dapat dicapai. Bagi mencapai objektif ini, ahli-ahli BADAR yang lain
juga turut membantu dengan bimbingan ketua organisasi. Antara objektifnya
ialah:
• Melatih pelajar memimpin.
373 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
• Badar menjadi satu badan dakwah mengajak pelajar ke arah
amar ma’ruf nahi mungkar.
• Badar ialah badan yang membantu guru dan warden untuk
menjalankan aktiviti dakwah di sekolah dan asrama.
Ciri Kepimpinan
Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada ketua yang memimpin dan
mengarahkan gerak kerja dengan baik kerana keberkesanan sesebuah
organisasi itu terletaknya pada pemimpin itu sendiri. Apabila seseorang itu telah
berjaya memimpin, ini bermakna dia telah berjaya mempengaruhi ahli-ahli
organisasi itu. Kebolehan dalam mempengaruhi bergantung kepada ciri-ciri
ideal yang ada pada diri seorang pemimpin. Persoalannya, apakah ciri-ciri
seorang pemimpin yang ideal?
Antara ciri pemimpin yang ideal adalah memiliki ilmu pengetahuan yang luas
dalam bidang pimpinannya. Sebagai contoh, ahli BADAR di sekolah perlulah
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam dalam ilmu agama
supaya ilmu yang disampaikan tidak menimbulkan keraguan orang lain. Hal ini
dapat mewujudkan kepercayaan ahli-ahli dibawah pimpinannya. Firman Allah
SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 247:
َََوَوقَلَا ْم َلََيُلَ ْؤ ُه ْمَتَََن ِب ُيَّس ُهعَ ْمةًََ ِإ ِم َّن َنَٱََٱَّّْلل َل َمَاَق ِْدلََۚبََقََعا ََثلََلَإِ ُكَّن ْمََٱََّّلَطلَاَلُٱو ْصَتََط ََفمِٰىلهًكُاَ َۚ ََع َلقَ ْيالُ ُكَٰٓ ْوم۟اَََأَونَّ َزٰاى َدَيَهَُۥ ُكَبَو ُْسنَلََطهةًََُٱفِ ْل ُمى ْلَٱ ُْلك َِع ْل َِعم َلََْي ََنواٱ َْل َ ِوجنَ ْسْحِم َُنََ َأَوٱَحََّّل ُّلُقََيُبِ ْٱؤْلتِ ُم ْلىَِك ُمَْل ِمَك ْنهُهُۥ
َمنَيَ َشآَٰ ُءََۚ َوٱََّّللَُ ٰ َو ِس ٌعَ َع ِلي ٌَم
"Dan nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah
melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: Bagaimana dia
mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa
pemerintah itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?
Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi
raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu
pengetahuan dan kegagahan tubuh badan. Dan ingatlah, Allah jugalah yang
memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan
Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan pengurniaan-Nya), lagi meliputi ilmu-Nya."
Dalam ayat itu, memaparkan bahawa Nabi telah menyampaikan perintah Allah
SWT supaya kaumnya menerima Talut sebagai pemimpin. Walaupun berasal
dari keturunan yang miskin, Allah memilih Talut sebagai pemerintah kerana
kelapangan ilmu pengetahuannya. Oleh itu, penting bagi seorang pemimpin
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.
374 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Selain itu, pemimpin mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi
terutamanya apabila berbicara di khalayak ramai. Hal ini akan memudahkan
organisasi BADAR menyampaikan tazkirah kepada para pelajar dengan yakin
dan sekali gus dapat menunjukkan bahawa pemimpin itu mestilah seorang
yang berkeyakinan dalam penyampaiannya. Pemimpin yang mempunyai
kemahiran berkomunikasi yang baik, secara langsungnya dapat menjalankan
tugas-tugas yang lain seperti memberi arahan, mengendalikan mesyuarat serta
membina rangkaian atau jaringan dengan pihak luar.
Setelah diteliti dari kaca mata yang berbeza, pemimpin juga mampu
menyebarkan dakwah tanpa menyakiti perasaan seseorang kerana kepetahan
dan kepintarannya dalam menjaga percakapan. Sejarah Islam juga telah
membuktikan dakwah Rasulullah saw berlaku dengan jayanya disebabkan
komunikasi yang cemerlang.
Tambahan lagi, pemimpin mestilah mempunyai keperibadian yang unggul dan
azamat. Pemimpin perlulah menjaga hubungannya dengan Pencipta dan
masyarakat kerana ianya dianggap sebagai ibadah, sebagaimana firman Allah
SWT dalam Surah al-Mu'minun, ayat 1 hingga 6:
ََنُ)ُہَۡمَوَٱفَلَّإِ ِذّنَيُہ ۡ َمن٣ََ َإِ)ولَّٱاّلَ َِذي َع ََلنََٰٓى ُهَ ۡأَم َۡز َ َعوٲ ِنِجََٱِهل ۡلَّم َۡغأَ ِۡووََ ُمَم ۡاعَِر َم َل َكُض ۡوت ََنأََۡي( َم ٰـ٦))(٥٢َ((َٱ) َّلَ ِذَيوٱ َلَّن ِذَي ُه َۡنمََفُِه ۡمىََِلفُ ُ َرص ََول ِتِج ِہ ِۡهمۡمََغ َۡي َخَُٰحـرٰـَ ِفِشَملُعُظُووو ِمََنينََ َن٤)(١َ(َق ۡد ُهَ ۡأَمۡفَلَِلل َح َّزَٱَۡكل ٰ ُوم ِۡةؤَ ِفمَ ٰـنُ ِعولُ َنوَ َن
"Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk
dalam solatnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan
perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya
(dengan menunaikan zakat harta itu) dan mereka yang menjaga
kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka
sesungguhnya mereka tidak tercela."
Pelaksanaan ibadah dengan baik dan sempurna, akan membentuk peribadi
muslim yang unggul. Umat Islam sewajarnya memodelkan Rasulullah SAW
sebagai model kepimpinan kerana baginda memiliki sifat-sifat yang terpuji
seperti amanah, tabligh, siddiq dan fatonah yang menjadikan baginda sebagai
pemimpin Madinah yang luar biasa. Pemimpin yang memiliki peribadi yang baik
akan dihormati oleh orang lain dan sekiranya nilai yang diamalkan oleh
pemimpin itu positif maka akan wujudlah sebuah persekitaran yang aman,
damai, dan harmoni sama ada di rumah mahupun di sekolah. Oleh itu, ahli
BADAR telah mengambil alternatif menjalankan Kem Pemantapan Sahsiah dan
Kem Banat Solehah di sekolah supaya sifat-sifat ini dapat dipupuk dalam
kalangan pelajar.
375 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Akhir sekali, pemimpin perlu mempunyai fizikal yang kuat dalam memimpin
sesebuah organisasi, dalam erti kata lain, pemimpin perlulah proaktif dan
bertenaga, mempunyai semangat yang tinggi dan tidak lemah, serta
menampilkan luaran yang baik. Misalnya, ahli BADAR telah dipilih dan dilatih
untuk menjadi seorang pemimpin yang mampu menjadi qudwah hasanah
kepada pelajar-pelajar lain menerusi program-program yang diadakan di
sekolah seperti Tamrin Mursyidah Mumtazah dan Kursus Imam. Hal ini akan
menambahkan keyakinan orang dibawah pimpinannya. Manakala, rupa paras
yang menawan dapat dijadikan bonus yang boleh menambahkan tarikan fizikal
seseorang pemimpin.
Cabaran Seorang Pemimpin
Dunia hari ini semakin canggih seiring dengan perkembangan kemudahan
internet yang menjadi kepentingan hidup seseorang. Mungkin benar
kemudahan yang ada kini memudahkan dan memajukan kehidupan, tetapi
adakah ia mampu memajukan minda dan akhlak? Ahli BADAR telah mengambil
langkah inisiatif untuk menjalankan program secara atas talian, kerana dunia
kini sedang diuji pandemik covid-19. Sebagai contoh, naqibah mengadakan
usrah dengan mad’u iaitu anak buah melalui aplikasi Whatsaap atau Google
Meet yang dapat membantu memantapkan lagi sahsiah mereka. Namun begitu,
semangat naqibah untuk mendidik menjadi runtuh apabila ada di antara mad’u
yang tidak bersungguh-sungguh serta tidak menepati masa ketika usrah secara
atas talian dijalankan. Oleh hal yang demikian, pihak naqibah telah membuat
kuiz melalui quizziz bagi menaikkan semangat mad’u kerana aktiviti kuiz ini
kebiasaannya akan mendapat sambutan dan menyeronokkan.
Di samping itu, cabaran yang hampir semua pemimpin perlu berdepan ialah
pemberontakan dari sasaran objektif mereka yang terdiri daripada dua generasi
iaitu golongan senior dan golongan muda yang mewujudkan percanggahan
idea dan pendapat. Sebagai contoh, BADAR telah menetapkan pelajar asrama
wajib solat berjemaah di masjid, tetapi ada segelintir daripada mereka
mengambil remeh dan tidak menjalankan arahan seperti yang ditetapkan.
Maka, untuk memastikan setiap arahan kerja, idea, dan tindakan itu benar-
benar dapat memenuhi tuntutan kerja, pemimpin perlu cekap mengadaptasi
kaedah dan menambahbaik peranan mereka dalam membuat keputusan
semasa merancang dan melaksanakan tugas serta mengatasi halangan-
halangan yang mungkin timbul.
Rumusan
Secara rumusannya, kepimpinan adalah faktor yang terpenting dalam
memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam organisasi. Pemimpin adalah
376 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
peneraju atau pemandu organisasi yang mengintegrasikan kesemua faktor-
faktor dalam organisasi secara strategik bagi menuju wawasan, matlamat dan
objektif yang ditetapkan. Jadi, pemimpin mestilah orang yang mempunyai
kelebihan dari orang-orang yang lain seperti orang yang terkuat, terpandai, dan
paling banyak makan asam garamnya. Sifat-sifat inilah yang diidentitikan
melekat pada diri seorang pemimpin. Dalam proses menjalankan
kepemimpinan, pemimpin diharapkan memiliki sifat dan karakteristik yang
dijiwai oleh nilai-nilai yang diajarkan Rasulullah SAW.
Dalam pada itu pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi
memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh
pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkatkan tekad dan keazaman ke
arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan
aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang
pemimpin. BADAR SMKANL akan memantapkan lagi program-program yang
dapat memupuk semangat kepimpinan bagi melahirkan generasi muda yang
berintelektual dan berpegang pada prinsip yg telah ditetapkan oleh islam.
Tindakan tersebut akan dibantu oleh tenaga pengajar seperti guru-guru BADAR
serta alumni yang sedia menggembleng tenaga bersama-sama untuk
membentuk kesatuan umat yang diredhai.
Rujukan
Ahmad Shukri Yusoff. (2015, Oktober 16). Pilih pemimpin berilmu bukan mengikut
nasab kekayaan.
Al-Quran Al-Karim. Ustaz Muhammad Zuhaili Md Yusof. (2019,November 01). Kenali
dan contohi sifat Nabi. Diperolehi daripada
https://www.beritaharian.sg/hidayah/kenali-dan-contohi-sifat-nabi
Azizah Ab Rahman. (2013, September 12). Ciri kepimpinan pelajar. Diperoleh daripada
Burhanuddin Jalal. (2016, Februari 25). Lapan nilai bentuk akhlak mulia.
https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/amp/taxonomy/term/
61/2016/02/127801/lapan-nilai-bentuk-akhlak-mulia
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi keempat.). Shah Alam:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Eddy, P.L. 2013. Developing leaders: The role of competencies in rural community
colleges.Community College Review 41(1): 20-43
377 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Faizal Irdayanto. (2011, May 01). Pemimpin dan kepimpinan menurut islam. Diperoleh
daripada https://berkarya.um.ac.id/pemimpinan-dan-kepemimpinan-menurut-
islam/ (author: faizal indaryanto)
https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/amp/bhplus-
old/2015/10/89301/pilih-pemimpin-berilmu-bukan-ikut-nasab-kekayaan
https://www.slideshare.net/mobile/azizahabdrahman79/ciri-kepimpinan-pelajar
Male, T. 2006. Being an Effective Head Teacher. London: Paul Chapman Publishing.
Mohd Yatim Nawai. 2006. Implementasi pengurusan perubahan: Kajian tinjauan di
pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tesis PhD. tidak terbit. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Robinson, V.M.J. 2006. Putting education back into educational leadership. Leading &
Managing 12(1): 62-75.
Robinson, V.M.J., Lloyd, C.A. & Rowe, K.J. 2008. The impact of leadership on student
outcomes: An analysis of the differential effects of leadership types.
Educational Administration Quarterly 44(5): 635-674.
378 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
PENDEKATAN DAKWAH DARI TUNAS MENJADI
ASAS PEMACU RENCAH NADWAH KEPIMPINAN
ISLAM DALAM MENELUSURI ARUS PERUBAHAN
GLOBAL
Ahmad Taufq Aiman bin Mohd Khalid
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200
Besut, Terengganu.
(E-mail: [email protected])
Wan Ahmad Nu’man bin Wan Saidi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, 22200 Besut,
Terengganu.
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Pendekatan dakwah Islam yang moden perlu diberikan keutamaan dan
dititikberatkan pada zaman kini, bagi menjana serta menjamin masa hadapan
ummat yang unggul. Dakwah perlu dilakukan secara berperingkat dan berkala
mengikut tahap pemikiran dari sudut ideologi dan cara berfikir sesorang untuk
memastikan pendekatan dakwah tersebut adalah lebih fleksibel serta efektif.
Dari sudut kodifikasi yang lebih mendalam, pengisian dakwah yang lebih
terperinci dan kritikal tidak seharusnya didedahkan pada peringkat permulaan
dakwah lagi. Contohnya, berkenaan masalah umat pada hari ini.Sebaliknya
pengukuhan dalam asas dakwah itu perlu diutamakan dan difokuskan lebih
awal kepada golongan muda bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka.
Sosialisi mengenai agama dalam masyarakat perlu diluaskan kepada golongan
belia bagi memberi penekanan terhadap tunjang dakwah terlebih dahulu
sebelum masuk ke dalam perspektif yang lebih tinggi. Bertitik tolak daripada itu,
pendedahan asas dakwah kepada pemimpin Islam mampu membuahkan
pemikiran yang kritis dan lebih cepat seterusnya memacu gerakan dakwah
Islam yang lebih berkualiti serta bergerak sejajar dengan perubahan global
untuk memimpin generasi akan datang. Kertas kerja ini akan membincangkan
pendekatan dakwah secara tunas di dunia moden ini sebagai persiapan dalam
memacu kepimpinan Islam di hari sekiannya dengan menyasarkan golongan
belia kini atau secara tepat pelajar-pelajar.
Kata kunci: Dakwah, Tunas, Pemacu, Kepimpinan
Pengenalan
379 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pendekatan dakwah dari tunas merupakan cara atau langkah yang sesuai
diambil bagi memulakan dakwah mengikut tahap pemikiran serta umur mereka
di mana telah termaktub di dalam Al-Quran yang bermaksud, suruhan untuk
menyeru kepada dakwah dengan hikmah dan pengajaran yang baik (Al-Quran
Al-Kareem). Oleh itu, didikan ilmu asas kepada golongan belia perlu
dititikberatkan dari awal kerana pendidikan adalah senjata paling ampuh untuk
mengubah dunia (Nelson Mandela). Menelusuri dunia serba moden ini,
golongan remaja menjadi tonggak nadwah kepimpinan Islam yang akan
datang. Kehidupan seorang pemuda adalah dengan ilmu dan taqwa (Imam
Syafi’e). Maka, apabila adanya ilmu dalam hidup seseorang, akan hadirnya
rasa taqwa terhadap Allah s.w.t. Sehubungan itu, cara untuk menzahirkan rasa
taqwa adalah dengan menjayakan kepimpinan Islam dengan mengajak kepada
fitrah keislaman. Kepimpinan yang efektif bukanlah tentang berpidato atau
disukai, kepimpinan ditentukan oleh hasil, bukan atribut (Peter Drucker). Oleh
itu, pendekatan dakwah yang efektif dan secara berasas erlu dititikberatkan
bagi membuahkan hasil kepimpinan Islam yang cerah.
Kita perlulah ajar anak-anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka
hidup di zaman mereka, bukan pada zamanmu. Oleh itu, pendekatan dakwah
perlulah sejajar dengan dunia masa kini yang serba moden. Dengan
pergerakan yang sejajar dengan era kemajuan hari ini, dakwah akan dipandang
tinggi oleh masyarakat dan dianggap amat penting untuk merempuh dunia akan
datang. Perubahan masa kini berdampak pada perubahan cara didikan
tersebut. Kemajuan tidak mungkin dicapai tanpa perubahan, dan mereka yang
tidak dapat berubah fikiran, tidak dapat mengubah apa pun (George Bernard
Shaw). Oleh itu, kepimpinan Islam yang mengubah cara dakwah dengan
mengikut kesesuaian pada zamannya mampu memberikan impak yang efektif
dakwah Islam.
Pendedahan kepada dakwah seawal di peringkat sekolah dapat membawa
naratif baharu dalam kepimpinan Islam yang mendatang. Sementelahan itu,
sistem pendidikan juga dapat dibaharukan sesuai dengan konsep dakwah itu
sendiri. Dengan adanya konsep dakwah dalam pendidikan, tahap kemenjadian
seorang pelajar itu semakin tinggi. Pendidikan tanpa nilai, seberapa
bergunanya itu, tampaknya hanya akan menciptakan seorang iblis yang lebih
pintar (C. S. Lewis)
Model kepimpinan Islam yang dibawa di SM Imtiaz Yt Besut adalah menjadi
asas pendekatan dakwah yang digunakan secara efektif dan difokuskan
kepada pelajar itu sendiri. Sekolah Menengah Imtiaz bukanlah bergerak secara
kuantiti tetapi lebih menitikberatkan kualiti untuk menghasilkan produk-produk
yang mampu mneyumbang kepada agama. Oleh demikian, murabbi atau
murabbiah dijadikan sebagai pendedah atau pembuka tirai tehadap dunia
380 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dakwah kepada pelajar. Kami juga yakin pendekatan dakwah yang efektif
bukan hanya pada penerangan semata-mata tetapi lebih kepada diskusi
sejurusnya dapat pelajar dapat melontarkan idea dan mengemukakan
pendapat berkenaan sesuatu perkara. Dengan itu, produk-produk yang
dihasilkan adalah yang bermutu dan berkualiti tinggi. Seperkara lagi, di Sekolah
Menengah Imtiaz juga mengambil bahagian dalam ilmu kepimpinan supaya
ideologi pemikiran pelajar dapat digunakan dan dipraktikkan secara awal bagi
bergerak seiring dengan pendidikan masa kini. Kertas kerja ini akan
membincangkan pendekatan dakwah yang dizahirkan sejak awal dapat
membina model kepimpinan yang menjadi serta memberi impak yang efektif
dalam dunia pendidikan di sekolah.
Model Kepimpinan Islam Unggul
Di SM Imtiaz YT Besut, model kepimpinan Islam yang diterap dari akar umbi
ini merupakan asas yang telah dibina bukan semata-mata oleh guru, malah
pelajar turut terlibat dalam memberikan cetusan-cetusan idea yang sesuai.
Apa yang menjadi keutamaan, mewujudkan sebuah organisasi pembelajaran
yang dapat menjadi sumber nilai tambah kepada kepimpinan muda islam
untuk mereka terus berekspresi dengan bakat serta idea-idea mereka yang
kini menjadi buruan dunia. Kepimpinan Badan Dakwah dan Kerohanian
dipantau oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan Sahsiah Unggul Murid yang
terdiri daripada murabbi dan murabbiah. Kedua-dua ini akan menjadi
penasihat utama berkenaan setiap cadangan yang dinyatakan. Majlis
Pimpinan Tertinggi terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha
Agung, Setiausaha Eksekutif, Timbalan Setiausaha Eksekutif II, Bendahari
Kehormat dan Bendahari Eksekutif. MPT terdiri daripada 7 orang ahli yang
terbaik dari Badan Dakwah dan Kerohanian. MPT merupakan penggerak
perancangan asas badan atau lebih tepatnya menjadi pemikir utama dalam
ideologi berkaitan ilmu dakwah kepada pelajar dan berkenaan perancangan
organisasi. Presiden akan mengawal segala gerak kerja organisasi ,
memutuskan mesyuarat khas dan membawa cadangan organisasi ke
peringkat guru.Timbalan Presiden pula akan menyumbang cadangan dalam
pembentukan ahli jawatankuasa organisasi dan membantu presiden dalam
kawal atur setiap gerak kerja. Setiausaha Agung bertanggungjawab dalam
merangka strategi organisasi dan membuat penerangan gerak
kerja.Setiausaha Eksekutif pula perlu menyimpan data-data penting
organisasi dan membuat pendatalan semua maklumat organisasi. Bagi
Bendahari Kerhormat pula, bertanggungjawab berkenaan semua hal
kewangan badan serta merancang pembelanjaan secara berkala. Bendahari
Eksekutif pula membuat pendatalan setiap keluar masuk duit dan menyimpan
data dan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan. Kepimpinan yang
tersusun dengan pembahagian skop yang professional ini telah digerakkan
oleh pelajar sendiri dengan nasihat murabbi dan murabbiah, melalui idea
381 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
masa kini dan mengambil kira naratif kepimpinan terdahulu sebagai ikutan.
Kepimpinan muda seharusnya bersedia untuk mengambil kira pandangan
dari tokoh-tokoh ilmuan dan veteran yang mempunyai banyak pengalaman
agar idea-idea baharu dapat diutarakan tidak terhad dengan idea lama yang
telah diguna pakai oleh generasi terdahulu.
Majlis Pimpinan tertinggi akan memayungi Majlis Tertinggi yang bakal dibarisi
oleh pengerusi-pengerusi dan timbalan-timbalan lajnah. Bagi melicinkan
pembahagian skop pentadbiran, tujuh lajnah telah dibentuk agar gerakan dan
perlaksanaan badan lebih efisien dan tersusun. Pengerusi dan timbalan
lajnah dipilih dari ahli-ahli badan yang mempunyai kemahiran spesifik terbaik
dan mempunyai bakat kepimpinan. Lajnah-lajnah yang dibentuk ialah Lajnah
Surau, Lajnah Multimedia, Lajnah Tugas-tugas Khas, Lajnah Ekonomi,
Lajnah Nuqaba’, Lajnah Pelaksanaan Khas dan Lajnah Helsis. Lajnah-lajnah
ini bebas merancang program, mengemukan pendapat dan sistem mengikut
skop tugas yang telah ditetapkan. Lajnah ini telah merangkumi keseluruhan
skop tugas badan dengan lengkap dan sistematik. Dalam Badan Dakwah dan
Kerohanian juga, terbahagi pula dua jawatankuasa iaitu jawatankuasa
berkhidmat untuk organisasi badan. Jawatankuasa ini yang akan berkhidmat
khususnya hanya kepada organisasi badan yang mempunyai skop tugas
yang berkaitan dengan organisasi sahaja. Manakala, jawatankuasa
berkhidmat untuk sekolah pula akan berkhidmat khususnya hanya kepada
sekolah. Program yang perlu dilakukan perlulah sejajar dengan pengisian
yang difokuskan oleh sekolah. Bagi Lajnah Surau, skop tugasnya hanya
berfokus dengan aktivti di surau sahaja iaitu mengepalai qiamullail, bacaan
Yasin dan bacaan mathurat. Bagi Lajnah multimedia pula, bertanggungjawab
dalam semua aspek digital mahupun pencetakan seperti membuat poster
untuk kegunaan program, mengawal media sosial organisasi, membuat
membuat video untuk kegunaan program. Seterusnya Lajnah Tugas-tugas
Khas telah ditetapkan menjadi unit sokongan serta menjadi tenaga kerja
dalam program khas badan. Lajnah Ekonomi pula perlu merangka strategi
berkenaan ekonomi dan membantu bendahari menambah kewangan untuk
badan. Skop kerja bagi Lajnah Nuqaba’ pula mereka bertanggungjawab
dalam Hal Ehwal Pelajar melalui pendekatan tarbiah berkonsep usrah.
Seterusnya, Lajnah Pelaksanaan Khas bekerja sebagai pelaksanaan
program kahs badan dan mengepalai pembangunan bilik SUMUR. Lajah
Helsis pula perlu merangka program untuk menjelaskan tentang fiqh wanita
sebagai tunjang dalam pembentukan muslimah sejati. Dengan pembahagian
mengikut lajnah dan skop kerja ini, idea-idea program mereka mampu
memberikan pendedahan asas agama kepada pelajar sejurusnya memacu
nadwah kepimpinan Islam yang lebih unggul.
Menelusuri dari faset yang seterusnya, pendekatan dakwah dari tunas ini
diimplikasikan di Sekolah Menengah Imtiaz YT Besut dengan menggunakan
382 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
medium dakwah iaitu usrah untuk menyampaikan dakwah atau ilmu yang
dipimpin oleh Badan Dakwah dan Kerohanian sendiri di bawah Lajnah Nuqaba’.
Secara misalnya, usrah di sekolah ini diterapkan dengan ilmu asas agama
seperti amali solat, akidah, cerita teladan dan akhlak. Ketua usrah akan diberi
penjelasan terlebih dahulu sebelum menyampaikan ilmu tersebut. Di Sekolah
Menengah Imtiaz YT Besut ada menyediakan modul khas yang digunakan para
naqib sebagai rujukan yang dinamakan Quranic Group dimana ia mempunyai
penjelasan dan pencerahan yang menyeluruh mengenai ilmu asas agama
Islam. Oleh itu, ilmu yang ingin diterapkan dapat dicapai dan difahami secara
berkelompok serta dlaam kedaan diskusi, bukan daripada hanya mendengar
penerangan malahan bertanya, mengemukakan pendapat dan sebagainya. Itu
yang diterap dalam konsep usrah itu sendiri.
Bagi memacu kepimpinan Islam yang lebih hebat, di sekolah kami juga telah
diterajui oleh insan-insan yang memahami asas-asas Islam bagi para Nuqaba’
berdiskusi dan mengajukan soalan iaitu golongan pemimpin yang terdiri dari
ustaz dan ustazah jemputan. Dengan keberadaan mereka, kepimpinan Islam
dapat diterajui dengan lebih megah. Dengan adanya pasakan ilmu yang utuh,
mereka boleh mengadaptasi ilmu tersebut dengan kaedah yang berkesan
supaya pelajar-pelajar lain benar-benar memahami apa yang ingin disampaikan
seperti melaksaakan program-program Islami, tazkirah-tazkirah ringkas dan
sebagainya. Dengan itu, komuniti pelajar dapat mengasah pemikiran dalam
menyelesaikan masalah umat akan datang seterusnya memperi kesan yang
positif kepada umat.
Dari konteks yang sama, pendekatan dakwah haruslah sejajar dalam
menelusuri arus perubahan global. Mereka perlu sedar bahawanya adanya
revolusi yang perlu adanya dalam perubahan cara pimpinan. Oleh itu,
pemimpin Islam perlu menggunakan cara pendekatan terbaik untuk
disesuaikan dengan zaman. Para pemimpin juga perlu mengimbangi kedua-
dua bahagian iaitu ilmu dunia dan akhirat. Dalam erti kata lain, pendekatan
dakwah tidak berfokus kepada agama semata-mata malahan masih
menggunakan ideologi atau pendapat golongan cendekiawan. Mereka perlu
sedar akan hakikat kehadiran golongan cerdik pandai juga memberi bantuan
dalam menyelsaikan masalah agama pada zaman canggih ini.
Tahsin Ibadah Pencetus Khalifah Unggul
Pengetahuan dalam hal ibadah sewajarnya menjadi pengetahuan am di
Sekolah Menengah Imtiaz kerana ia telah menjadi rutin yang telah sebati di
dalam diri setiap pelajar. Namun demikian, mengikut perspektif yang berbeza,
perkara asas seperti cara pelaksanaan ibadah itu perlu dipraktikkan dari segi
bacaan, gerakan dan sebutan secara berkala agar tidak terpesong dari syariat
383 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
yang ditetapkan serta menerapkan supaya dapat diamalkan secara berterusan
kerana masih terdapat segelintir pelajar tidak melaksanakan ibadah dengan
cara yang betul dan tidak mempunyai pedoman untuk melakukannya secara
berterusan. Maka dilihat kepada pelbagai masalah yang telah diajukan, di
samping ingin melahirkan pelajar yang Ulul Albab, Badan Dakwah dan
Kerohanian telah menghasilkan sebuah program, iaitu Tahsin Ibadah, Pencetus
Khalifah Unggul.
Selain daripada mempelajari ilmu agama semata-mata, praktis secara amali
juga sepatutnya dilakukan bagi melahirkan insan yang bukan sahaja dapat
mempraktikkan cara yang betul dalam beribadah malah ingin melahirkan
khalifah yang unggul berdasarkan ibadah mereka sendiri dengan menjadi
qudwah hasanah kepada orang lain. Program ini akan diadakan secara berkala
setiap kali tapuk kepimpinan ditukar setiap tahun. Objektif utama program ini
dilakukan bagi melahirkan komuniti yang berdisiplin dinilai tinggi dari aspek
ibadah serta dapat menyampaikan ilmu kepada orang lain, bukan atas
ketinggian nilai intelektual semata-mata.
Perlaksanaan aktiviti-aktiviti akan dilakukan secara berkelompok mengikut
kapasiti yang ditetapkan.13 Fokus Utama yang wujud dalam program ini
adalah:
• Bacaan Surah Al-Kahfi
• Bacaan Surah Yaasin
• Bacaan Mathurat
• Tazkirah Subuh
• Tazkirah Zohor
• Tazkirah Mingguan
• Usrah
• Serban Day
• Qiamullail Perdana
• Ta’lim
• Imam Fardu
• Bilal Fardu
• Gotong Royong Surau
Sepanjang perlaksanaan program Tahsin Ibadah Pencetus Khalifah Unggul, ia
dapat mendidik pelajar supaya lebih berdisiplin dan cakna akan ketepatan
masa, ia juga dapat menzahirkan kesalahan atau kekurangan dalam ibadah
yang kita telah biasa lakukannya. Program ini juga membuktikan bahawa
mengukuhkan ilmu asas agama terlebih dahulu tidak dianggap mundur, malah
384 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
mampu mencetus khalifah yang lebih unggul di masa akan datang. Jelaslah di
sini bahawa pemimpin itu sendiri perlu mempraktikkan dengan perkara asas
agama terlebih dahulu sebelum melonjak naik ke arah yang lebih tinggi
seterusnya memacu nadwah kepimpinan Islam sejajar dengan arus global
masa kini.
Kesimpulan
Konklusi daripada kertas kerja ini, dunia dakwah perlu bergerak sejajar dengan
dunia harini. Jika dilihat secara kasar, dunia kini semakin berubah semakin
menembusi revolusi 4.0. Oleh demikian, jika pendekatan dakwah tidak diubah
dan masih menggunakan cara yang dahulu agak kurang rasional untuk
digunakan pada zaman kini. Kepimpinan yang telah dipelopori daripada orang-
orang terdahulu tidak dikatakan mundur, hanya cara pendekatan yang perlu
diubah mengikut zmaan sebaliknya konsep menyuruh kepada kebaikan dan
mencegah kepada kemungkaran masih perlu dijadikan asas. Jadi, di dalam
kertas kerja ini telah diselitkan cara dan langkah dalam pendekatan dakwah
yang efektif digunakan pada masa sekarang. Misalnya, kaedah praktikal atau
amali di mana kita memberi penerangan seterusnya mempraktikkan amalan
atau ibadah tersebut.
Revolusi dalam kepimpinan islam tidak dilakukan secara keseluruhan tetapi
dilakukan secara berkala dan berterusan kerana perjalanan dakwah ini perlu
diselitkan dengan arus pendidikan yang bersifat global. Pengukuhan ilmu asas
agama memang perlu diteruskan, walhal pendidikan intelektual iaitu ilmu alaf
juga perlu dilaksanakan sejajar dengan arus global masa kini. Sepanjang
pembelajaran ini dilakukan, ia perlu tidak tertakluk kepada teori sahaja tetapi
perlu diimplakasikan dalam kehidupan seharian mengikut fasa pembelajaran.
Maka, terbuktilah bahawa Sekolah Menengah Imtiaz YT Besut telah
memulakan langkah dengan cara pendekatan dakwah dari tunas untuk
melahirkan insan-insan yang berkualiti tinggi dari segi ijtihadik, ensiklopedik dan
quranik sebagai asas pemacu nadwah kepimpinan Islam pada masa akan
datang.
Rujukan
Wahyuddi, S.A. (t.t.) : Hidup Seorang Remaja. Diperolehi daripada:
https://arrohmahtahfizh.sch.id/portfolio/hidupnya-pemuda-dengan-ilmu-dan-taqwa/
Gradianto, R.A. (2020) : 30 Kata-Kata Mutiara Tentang Pendidikan. Diperolehi
daripada:
385 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
https://m.bola.com/ragam/read/4278089/30-kata-kata-mutiara-tentang-pendidikan-
memberikan- motivasi-dan-semangat-belajar
Fahruddin, A. (2017) : Mendidik Sesuai Zaman. Diperolehi daripada:
https://www.google.com.my/amp/s/www.kompasiana.com/amp/kang_fahru/mendidik-
sesuai- zaman_592cf43acc92736a09e7a327
Sulaiman, Dr. I. (2020) : Imbangi Ilmu Dunia dan Akhirat. Diperolehi daripada:
https://www.sinarharian.com.my/article/64615/KOLUMNIS/Imbangi-ilmu-dunia-
dan-akhirat
Ahmad, F. (2011) : Asas-asas Islam. Diperolehi daripada:
https://ukhwahtarbiah.wordpress.com/2011/05/15/asas-asas-islam/
386 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
KEPIMPINAN ISLAM: SATU INSTITUSI
PEMBANGUNAN UMMAH KHUSUSNYA KEPADA
PELAJAR
Nik Alzamdeen bin Nik Adlin
Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh,73200 Gemencheh, Negeri
Sembilan
(E-mail: [email protected])
Muhammad Hilman Musyrif bin Jamaludin
Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh,73200 Gemencheh, Negeri
Sembilan
(E-mail: [email protected])
Nur Iman Izzati binti Mohd Aizam
Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh,73200 Gemencheh, Negeri
Sembilan
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Allah SWT telah menjadikan manusia sebagai khalifah (pemimpin) di muka
bumi ini kerana manusia merupakan sebaik-baik penciptaan Allah S.W.T. Oleh
itu, kita perlu menjadi seorang pemimpin yang sentiasa mengikut perintah Allah
dan tinggalkan segala larangan-Nya. Konsep pemimpin sangat luas sama ada
kepada diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat, rakyat dan sebagainya. Menurut
perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin adalah orang yang
bertanggungjawab dalam memimpin, mengurus, mentadbir dan menjaga apa
yang diamanahkan kepadanya. Kepimpinan Islam pula merujuk kepada
kepimpinan yang menepati kehendak dan suruhan Allah SWT dan Nabi. Hal ini
kita mestilah menghidupkan bi’ah sunnah dan bi’ah solehah dalam kehidupan
seharian kita.
Kata kunci: Kepimpinan Islam, pembangunan ummah, bi’ah sunnah, bi’ah
solehah
Pengenalan
Sifat memimpin ialah satu fitrah dan anugerah Allah yang diberikan bagi setiap
manusia. Kepimpinan merupakan bakat dan potensi diri untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi. Setiap manusia tetap
menjadi seorang pemimpin sekurang kurangnya memimpin diri sendiri. Dalam
387 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Islam, terdapat pelbagai istilah Arab yang digunakan untuk membincangkan
makna kepimpinan daripada pelbagai peringkat seperti khilafah, imamah,
qiyadah, zi’amah, ri’ayah, ria’sah, wilayah siyadah dan siyasah (Muhammad
Khairi Mahyudin, 2019)
Definisi Kepimpinan Islam
Kepimpinan ialah satu seni, bakat, proses dan kreativiti. Ia adalah proses yang
melibatkan aktiviti mengetuai, keupayaan memimpin, berijtihad, merancang,
menguatkuasakan, membimbing, memerintah, menggubal dasar, mengurus,
ketanggungjawaban, memandu, menuntun, menunjuk, mempengaruhi,
mengajak, mendidik, mengajar masyarakat kearah mencapai matlamat dan
kebahagian hakiki melalui undang-undang yang diperintahkan oleh Allah.
Pemimpin pula dikenali dengan pelbagai istilah dan watak karakter mengikut
tingkatan hierarki berdasarkan adat dan amalan masyarakat setempat seperti
khalifah, raja, sultan, amir, perdana menteri, presiden gabenor, senator,rektor,
naib chanselor, ketua, kampung, pegawai tinggi, ketua kommander, general,
imam, ulama, kiyai dan sebagainya. Apapun istilah-istilah yang diberikan
kepada orang yang memimpin menunjukan bahawa pemimpin dan kepimpinan
tidak dapat dipisahkan dalam kitaran kehidupan harian manusia yang berkait
dengan urusan dunia dan agama. (Muhammad Khairi Mahyudin, 2019)
Dalam konteks ini, para ulamak mengemukakan pelbagai takrif mengenai
“Kepimpinan Islam”. Antaranya ialah Al-Imam Al-Mawardi menyatakan bahawa
kepimpinan ialah menggantikan tugas kenabian bagi menjaga agama dan
menguruskan kehidupan dunia. (Al-Imam Al-Mawardi, 422 H).
Selain itu, khilafah ialah membawa seluruh manusia berada di atas landasan
syara' bagi kepentingan akhirat dan urusan keduniaan yang menguntungkan
akhirat. Ini kerana segala urusan dunia bagi Allah S.W.T semuanya diukur
penerimaannya mengikut neraca akhirat. (Ibn Khaldun, 1984) Justeru itu,
khilafah adalah: Khilafah mengganti pihak Allah dan Rasul di dalam mengawal
agama dan menguruskan urusan keduniaan berdasarkan agama.
Al-Syaikh Rashid Rida telah mengambil takrif yang dikemukakan oleh Al-
Taftazani iaitu kepimpinan adalah mencakupi ke dua dua urusan; agama dan
dunia serta meneruskan tugas-tugas Nabi Muhammad S.A.W. (Al-Syaikh
Rashid, 1988)
Kenyataan di atas menunjukkan bahawa para fuqaha' di sepanjang zaman
telah memberikan perhatian serius dalam mengemukakan pengertian sebenar
"Kepimpinan Islam". Pada keseluruhannya, mereka cuma berbeza dari segi
pemilihan perkataan.
388 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah mengajak, memberi semangat dan
tunjuk ajar, mempertahankan atau menetapkan sesuatu sama ada ia benar
atau batil. Dari segi istilah pula ialah bermaksud mengasaskan masyarakat
Islam seperti dakwah Rasulullah SAW yang bermula daripada masyarakat
jahiliyyah kepada agama Allah SWT dengan menyampaikan wahyuNya dan
memberi peringatan tentang suruhan Allah SWT. Ia juga untuk mengislah dan
memperbaiki masyarakat daripada sebarang bentuk kesesatan, bid’ah,
kemungkaran, dan meninggalkan perkara yang wajib.
Takrif bagi badan dakwah pula ialah suatu kumpulan yang mempunyai susunan
organisasi yang tertentu, menyusun perencanaan dan perancangan untuk
mencapai sesuatu matlamat jangka pendek dan panjang bagi para pelajar di
sekolah-sekolah.
Terdapat beberapa objektif BADAR. Antaranya ialah:
1. Membina individu muslim yang beriman, bertaqwa, berjiwa murni
berlandaskan panduan Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Melatih dan memupuk bakat kepimpinan yang ada dalam diri pelajar-
pelajar agar dapat membentuk pemimpin-pemimpin generasi akan
datang yang menegakkan kebenaran di sisi Allah SWT.
3. Memupuk semangat berorganisasi di kalangan remaja Islam agar lebih
bersistematik
dalam memikul kehidupan sebagai seorang pendakwah dan pelajar
muslim.
Ahli BADAR mempunyai bilangan seramai 31 orang dan dua orang
penasihat. Terdapat ahli Majlis Tertinggi iaitu Presiden, Timbalan
Presiden, Naib Presiden 1, Naib Presiden 2, Setiausaha 1, Setiausaha
2 dan Bendahari. Bukan itu sahaja, terdapat lima lajnah (jawatankuasa)
dalam organisasi BADAR. Antaranya ialah:
1. Lajnah Surau
2. Lajnah Ceramah
3. Lajnah Usrah
4. Lajnah Multimedia
5. Lajnah Tugas Khas
389 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Naib Presiden I Presiden Naib Presiden
Setiausaha I Timbalan Presiden ii
Bendahari Setiausaha ii
Lajnah Lajnah Lajnah Lajnah
Surau Ceramah Usrah Multimedia
Gambar Rajah 1. Carta Organisasi BADAR sesi 20/21
Konsep Bi’ah Sunnah & Bi’ah Solehah
Bi’ah merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Ia bermaksud
suasana, persekitaran, keadaan dan situasi. Daya olahan fikiran manusia
dibentuk oleh persekitaran yang mampu membentuk suatu sistem spesifik.
Hasil daripada sistem tersebut akan membentuk amalan budaya. (Ibn. Khaldun,
1993)
Sunnah dari sudut bahasa pula bermaksud jalan, kelakuan, tabiat, keadaan
masa hidup, rupa, ketetapan dan kebiasaan. (Ibn. Manzur, 1964) Sunnah
mempunyai definisi yang khusus. Namun secara umumnya definisi sunnah itu
dilihat dari tiga disiplin ilmu iaitu dalam bidang ilmu feqah, ilmu usul dan ilmu
hadith.
Kemudian, solehah pula membawa maksud baik. Bi’ah solehah adalah suatu
keadaan baik yang terbentuk dari 3 elemen yang saling memerlukan. Elemen
tersebut ialah masyarakat yang bersyariat, ukhuwah (persaudaraan) dan
kebersihan. (Aiman Adnain, 2015)
390 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pelaksanaan Kempen Bi’ah Sunnah & Bi’ah Solehah di MRSM
Gemencheh
Secara amnya, kempen ini telah dilaksanakan oleh BADAR MRSM
Gemencheh. sesi 20/21 bermula tahun lepas. Pelaksanaan pembudayaan
kempen bi’ah sunnah dan bi’ah solehah boleh dikategorikan sebagai kurikulum
yang tersembunyi (hidden curriculum). Sasaran kempen ini ialah kepada semua
pelajar MRSM Gemencheh di Surau Al-Fateh MRSM Gemencheh. Hal ini
memerlukan usaha daripada pihak BADAR dan semua pelajar dalam
meningkatkan pembudayaan bi’ah sunnah dan bi’ah solehah di MRSM
Gemencheh sekaligus dapat menjayakan kempen ini.
Cara pelaksanaannya ialah pihak BADAR akan menetapkan satu amalan bi’ah
sunnah dan satu amalan bi’ah solehah setiap minggu. Pihak BADAR juga akan
berkongsikan tentang dalil amalan bi’ah sunnah daripada Al-Quran atau hadis
dan fadhilat yang diperolehi. Maka, para pelajar hendaklah mengamalkan
bersama di surau dengan pantauan pihak BADAR bagi mewujudkan
penghayatan amalan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Antara contoh amalan bi’ah sunnah yang pihak BADAR telah laksanakan ialah
selawat selepas solat, bacaan sunat selepas i’tidal, bacaan Surah An-Nas
sebelum solat dan solat sunat rawatib. Contoh amalan bi’ah solehah pula ialah
senyap dalam surau, susun Al-Quran, susun rehal dan susun selipar.
Pembangunan Ummah
Bahagian ini akan menerangkan kesan kepimpinan Islam dalam pembangunan
insan. Justeru itu, bi’ah sunnah dan bi’ah solehah merupakan elemen yang
amat penting dalam membentuk keperibadian khususnya golongan pelajar.
Usaha pembudayaan bi’ah sunnah dan bi’ah solehah yang berterusan perlu
dilaksanakan di maktab supaya dapat membangunkan ummah dengan
mengamalkan amalan yang baik dan sunnah Rasulullah SAW sekali gus dapat
melahirkan insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan budi pekerti. Bukan itu
sahaja, kempen ini juga dapat memberi contoh dan teladan kepada semua
pelajar.
Rumusan & Cadangan
Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa tiada suatu
kepimpinan yang boleh menandingi kehebatan sistem kepimpinan Islam dalam
sejarah kehidupan manusia. Contohnya, Rasulullah S.A.W merupakan
pemimpin terunggul dalam sejarah kehidupan manusia. Ini adalah kerana,
kecemerlangan hasil daripada kepimpinan tersebut bukan hanya tercerna pada
pemerintah sahaja, tetapi turut dapat dilihat pada rakyat jelata atau
391 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
masyarakatnya. Ini telah diakui oleh para sarjana sendiri termasuklah di
kalangan sarjana Barat. Contoh lain ialah kepimpinan Sultan Muhammad Al-
Fateh. Beliau merupakan pemimpin yang terunggul kerana telah menjadi
pemimpin sejak umur belasan tahun lagi. Benarlah pemimpin cemerlang
melahirkan masyarakat gemilang. Konklusinya, kita sebagai pemimpin
hendaklah mengamalkan Al-Quran dan Sunnah dalam sesebuah kepimpinan.
Hal ini kerana kepimpinan yang berlandaskan syariat merupakan jalan yang
terbaik bagi seseorang yang bergelar muslim.
Rujukan
Khairi M. M. (2019, November). Kepimpinan Berdasarkan Kecerdasan Hati
Dalam Islam. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/337292548_KEPIMPINAN_BERDAS
ARKAN_KECERDASAN_HATI_ DALAM_ISLAM
Al-Mawardi A. (422 H). Al-Ahkam Al-Sultaniyyah Wa Al-Witayat Al-Diniyyah,
Beirut : m.s. 5
Khaldun I. (1984) Al-Muqaddimah,Beirut : (Abd. Al-Rahman b. Muhammad)
Rashid S. (1988) Al-Khilafah, Kaherah : m.s. 7
Khaldun I. (1993) Al-Muqaddimah Beirut : (Terjemahan Dewan Bahasa
Pustaka)
Manzur I. (1964) Lisan Al- 'Arab. Mesir : (Al-Dar al-Misriyyat Li al-Ta'lif Wa al-
Tarjumat)
Adnain A. (2015, Mei 6) Dalam Merungkai Definisi Biah Solehah. Diperoleh
daripada http://perubatan.org/artikel/277-dalam-merungkai-definisi-biah-
solehah
392 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
MODEL KEPIMPINAN ETIKA ISLAM
BERSANDARKAN RASULULLAH DALAM
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Muhammad Aiman Faris Bin Mohamad Zaidi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, 62300, Wilayah
Persekutuan Putrajaya
(E-mail: [email protected])
Farah Nurelyana Binti Ahmad Radzi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, 62300, Wilayah
Persekutuan Putrajaya
(E-mail: [email protected])
Anis Sabrina binti Ahmad Suriadi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, 62300, Wilayah
Persekutuan Putrajaya
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Kepimpinan memainkan peranan penting dalam usaha membudayakan etika
Islam dalam pembangunan masyarakat supaya dapat melahirkan masyarakat
yang berintegriti. Sehubungan itu, konsep kepimpinan beretika Islam adalah
permulaan kepada usaha membudayakan etika di dalam struktur organisasi.
Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti model kepemimpinan etika
berasaskan karakter Nabi Muhammad S.A.W. Perbincangan mendapati tiga
faktor yang membentuk kepimpinan etika seperti dimodelkan daripada diri Nabi
Muhammad SAW. Faktor pertama terdiri daripada akhlak diri baginda sebagai
manusia bermoral dan faktor kedua ialah komitmen padu sebagai khalifah yang
ditugaskan dengan tanggungjawab tertentu. Manakala faktor ketiga ialah rasa
ubudiyyah kepada Pencipta yang dijelmakan dalam bentuk sifat zuhud, takwa
dan tawaduk. Elemen ubudiyyah merupakan ciri penting dalam konsep
kepemimpinan etika berteraskan sirah Nabi. Oleh yang demikian, ketiga-tiga
faktor membentuk konsep kepemimpinan etika syumul yang merangkumi
hablumminallah dan hablumminannas.
Kata kunci: kepimpinan, etika Islam, masyarakat.
Pengenalan
393 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu
yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik
dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi
yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan
pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang
cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau
aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya
meningkat tekad dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut.
Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung
besar kepada kepintaran seseorang pemimpin.
Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh dipertingkatkan dari
semasa ke semasa. Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam
sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan sesebuah organisasi itu.
Sebagai seorang pemimpin, mungkin kita mampu memberi arahan kepada
orang lain tetapi adakah arahan ini dipatuhi oleh orang yang menerima arahan?
Oleh itu, kita hendaklah pemimpin memimpin sesebuah organisasi itu
berlandaskan dengan cara Rasulullah memimpin umat-umatnya.
Rasulullah merupakan seorang pemimpin yang dikenali dengan sifat-sifatnya
yang mahmudah. Antara sifat terpuji Rasulullah ialah siddiq, amanah, tabligh
dan fatanah. Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan
tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun
dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT. Baginda telah menentukan
beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat
seperti solat, puasa, zakat, nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan negara
serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan Al-Quran dan hadis.
Konsep Kepimpinan
Konsep kepimpinan dalam Islam ialah satu proses mengerakkan sekumpulan
manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang
tidak memaksa. Secara jelasnya, kepimpinan Islam berjalan secara terbuka
dan penuh dengan semangat persaudaraan antara pemimpin dan pengikut.
Islam secara umumnya memberikan penekanan utama terhadap persoalan
kepimpinan kerana tanpa adanya elemen kepimpinan, urusan pentadbiran
agama dan bangsa tidak dapat dijalankan dengan sempurna (Ibn Taimiyyah,
1971).
Kepimpinan Islam juga merupakan amanah ketuhanan (divine trust) yang
menitikberatkan keseimbangan di antara roh dan jasad, antara perkembangan
spiritual dengan perkembangan material demi menjamin kesejahteraan hidup
manusia di dunia dan akhirat. Justeru itu, Islam meletakkan kepimpinan
394 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
sebagai pengganti kepada fungsi kenabian bertujuan menjaga agama dan
mengatur kehidupan manusia di dunia (al-Mawardi, 1996).
Di samping itu, terdapat sebuah kisah yang terkandung jelas dalam al-Quran
yang menceritakan bahawa Allah SWT mahu meletakkan manusia di muka
bumi ini sebagai khalifah iaitu pemimpin untuk melaksanakan tugas dan
memikul tanggungjawab sebagai pentadbir melalui firman Allah SWT dalam al-
Quran di dalam surah al-Baqarah (2), ayat 30 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak
menjadikan khalifah di muka bumi." Mereka berkata, "Adakah Engkau hendak
menjadikan orang yang akan merosakkan dan menumpahkan darah di sana,
sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?"
Allah berfirman, "Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui."
Etika Islam Dalam Kepimpinan
Etika Islam atau “Adab dan Akhlak Islamiyah” adalah etika dan moral yang
dianjurkan di dalam ajaran Islam yang tercantum di dalam Al-Quran dan
Sunnah, dengan mengikuti contoh dari teladan Nabi Muhammad SAW, yang di
dalam akidah Islamiyah sebagai manusia yang paling sempurna akhlaknya.
Pengertian akhlak menurut Imam Al-Qurthubi: "Akhlak adalah sifat-sifat
seseorang, sehingga dia dapat berhubungan dengan orang lain. Akhlak ada
yang terpuji dan ada yang tercela. Secara umum makna akhlak yang terpuji
adalah engkau berhias dengan akhlak yang terpuji ketika berhubungan dengan
sesama manusia, di mana engkau bersikap adil dengan sifat-sifat terpuji dan
tidak zalim karananya. Sedangkan secara rinci adalah memaafkan, berlapang
dada, dermawan, sabar, menahan penderitaan, berkasih sayang, memenuhi
kebutuhan hidup orang lain, mencintai, bersikap lemah lembut dan sejenis itu.
Sedangkan Akhlak yang tercela adalah sifat-sifat yang berlawanan dengan itu.
Berpegang kepada akidah Islamiyah adalah perkara yang penting bagi setiap
muslim kerana ia akan mempengaruhi pembentukan dan perkembangan
seseorang individu dan menjadi asas dalam perjalanan kehidupan mereka. Al-
Maududi (1976) menjelaskan bahawa kegagalan umat Islam memahami dan
menghayati sepenuhnya persoalan akidah akan membuka ruang kepada
syaitan merosakkan kehidupan mereka. Justeru itu, Rasulullah SAW
memulakan dakwah baginda di Makkah dengan menekankan terhadap
pembentukan akidah yang mantap dalam kalangan generasi Islam yang
pertama (al-Buti, 2000). Di dalam Al-Quran disebutkan tentang beberapa
akhlak yang baik berulang kali. Contohnya, berbuat baik dengan ibu bapa
dengan cara yang terbaik, berbaik terhadap saudara-mara dan jiran tetangga,
berbuat baik kepada anak yatim dan orang miskin, jujur dan bersikap ikhlas
395 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH