The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini merupakan koleksi kertas kerja sepanjang Kongres Kepimpinan Pelajar Islam Nasional (PIMPIN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azimkimi.p12, 2021-03-26 11:14:07

ISU-ISU KEPIMPINAN DAN AMALAN ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Buku ini merupakan koleksi kertas kerja sepanjang Kongres Kepimpinan Pelajar Islam Nasional (PIMPIN)

Keywords: Kepimpinan Pelajar Sekolah

MODEL KEPIMPINAN DAN PENGAMALANNYA DI
SEKOLAH

Nur Aina Fariza Binti Fauzi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok

(E-mail: [email protected])

Nur Fatini Alya Binti Abdul Fatah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok

(E-mail: [email protected])

Abstrak

Kepimpinan pengetua dan guru telah menjadi topik perbincangan dalam usaha
untuk melahirkan sebuah organisasi pendidikan yang terbaik pada masa kini.
Pengaruh kepimpinan terbaik merupakan contoh kepada generasi yang akan
datang. Keberkesanan dalam sesebuah sekolah adalah dipengaruhi oleh
kepimpinan yang diamalkan oleh pentadbir dan peradaban yang berakar umbi
di sekolah tersebut. Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, dalam anjakan lima untuk menempatkan pemimpin yang berimpak
tinggi di sekolah dalam usaha melahirkan pendidikan berkualiti tinggi. Model
kepimpinan adalah merujuk kepada amalan perancangan pentadbir dalam
memberi bimbingan kepada guru dan murid untuk menambahbaik dan
meningkatkan prestasi kendiri dan sekolah secara keseluruhan sama ada
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Prestasi ini akan membawa kepada
amalan terbaik sekolah yang mana berkesan dari dua bidang utama tersebut
dengan aspirasi kemenjadian murid. Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain
yang turut memainkan peranan dalam peningkatan prestasi pendidikan iaitu
pengaruh badan-badan pengawas dan MPP yang terbentuk di bawah pimpinan
pentadbir, yang mana menjadi contoh terdekat kepada pelajar-pelajar dalam
masa yang sama dapat melahirkan sebuah sekolah yang cemerlang.

Kata kunci: Model Kepimpinan, pendidikan berkualiti, amalan terbaik

Pengenalan

Sekolah merupakan asas kepada bermulanya pendidikan formal bagi setiap
individu pada masa kini. Selain itu, sekolah merupakan organisasi pendidikan
yang tidak berasaskan perniagaan dan keuntungan semasa. Namun begitu, ini
tidak bermakna bahawa sesebuah sekolah tidak perlu mempunyai daya saing.
96 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Selari dengan perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan pada masa kini,
ibu bapa meletakkan harapan tinggi dimana mahu anak mereka mendapat
pendidikan yang terbaik di sekolah. Justeru itu, sekolah perlu menjadi sebuah
institusi pendidikan yang berkesan dalam menyebarkan ilmu dan mendidik
pelajar menjadi insan yang seimbang dan berguna (Ishak, 2012)

Menurut kajian daripada Muhamad Faizal (2012), antara ciri sekolah berkesan
di Malaysia ialah sekolah yang mempunyai organisasi pembelajaran sempurna.
Organisasi pembelajaran mempunyai kelebihan dari segi penggalakkan
pembelajaran berterusan kepada semua kumpulan warga sekolah.
Pembelajaran berterusan merupakan satu sinergi yang mewujudkan motivasi
dalam kalangan guru dan murid.

Bagi memastikan pendidikan dapat dilaksanakan di atas landasan yang betul,
sekolah memerlukan pemimpin yang mampu menjana kecemerlangan
pendidikan. Seperti yang kita tahu, sumber terbaik untuk menjadikan sesebuah
sekolah berkesan adalah bergantung kepada pemimpinnya (Sathiyabama
Suprammaniam, 2017). Kajian oleh Voulalas dan Sharpe (2005) mendapati
kepimpinan memainkan peranan paling penting dalam proses transformasi
organisasi untuk menjadi komuniti pembelajaran yang lebih baik. Antara
amalan yang diharapkan daripada seorang pemimpin dalam sesebuah
organisasi pembelajaran adalah memberi sokongan dan nasihat semasa krisis,
membina pasukan yang saling menyokong, berkongsi visi dan sentiasa
menghidupkan visi walaupun dalam waktu sukar serta jujur, tulus dan
berintegriti (Lakomski 2001; Phillips 2003).

Strategi, hasil dan perkhidmatan seseorang pemimpin yang berkesan boleh
ditiru oleh orang lain, tetapi bakat kepimpinan yang dimilikinya adalah berbeza
dan unik. Bakat kepimpinan dalam pendidikan merupakan satu perkara yang
baru terutamanya di negara kita. (Brandt, 2011). Berdasarkan kajian-kajian
lepas, kualiti peribadi pemimpin menjadi tanda aras yang penting dalam
menentukan bagaimana hala tuju sekolah hendak dibawa. Kredibiliti dan
reputasi mereka banyak berteraskan kepada 3 aspek yang utama iaitu sikap
(Attitude), kemahiran (Skill) dan pengetahuan (Knowledge) (Ayudin, 2018).

Model Kepimpinan Dan Amalan Terbaik Sekolah

Kepimpinan merupakan suatu elemen penting dalam membina kekuatan
organisasi terutama dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai
matlamat yang ingin dicapai bersama. Kepimpinan membawa banyak maksud
bergantung kepada kesesuaian dan keperluannya. Walau bagaimanapun,
kepimpinan adalah sesuatu yang kompleks untuk ditakrifkan namun ia
membawa kepada suatu persamaan dari segi konteksnya iaitu sebagai suatu

97 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

proses, pengaruh, kerja sepasukan serta penentuan matlamat. Ini bermaksud
bahawa kepimpinan itu adalah suatu proses di mana seseorang individu itu
(pemimpin) mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat bersama.

Pemimpin yang berjaya bukan dilahirkan secara semulajadi tetapi mereka
dilahirkan setelah mendapat latihan dan pengalaman di samping melalui proses
pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat (Hussein, 2008). Mereka ini juga
perlu bertanggungjawab terhadap prestasi diri, semua warga sekolah dan
organisasi sekolah. Pemimpin yang cemerlang sentiasa mencari jalan untuk
meningkatkan diri dengan menimba ilmu dan kemahiran yang baharu dan
berguna. Mereka akan sentiasa proaktif, kreatif, membuat refleksi dan berfikir
di luar kotak. Mereka juga berusaha untuk meningkatkan prestasi orang-orang
bawahannya dan organisasi sekolah. Hubungan dan kolaborasi antara
pengetua dengan warga sekolah dan komuniti sama ada dalaman atau luaran
mestilah baik dan teguh. Tanpa hubungan yang baik sudah tentu visi sekolah
tidak akan dapat dicapai, sebaliknya akan timbul salah faham dan pelbagai
masalah (Leithwood & Jantzi, 2005; Ghani, 2012; Azian, 2010; Hussein, 2008;
Leithwood & Day, 2007). Pemimpin yang cemerlang dan berprestasi tinggi juga
mesti memiliki ilmu pengetahuan dan kepakaran untuk mengurus dan
menstruktur organisasi mengikut keperluan dan arus perubahan serta sentiasa
memberi fokus kepada proses instruksional, agar matlamat organisasi tercapai
(Mahmood, 2008).

Selain itu, pengetua sekolah ialah individu yang paling penting dan
berpengaruh di sesebuah sekolah. Beliau ialah orang yang bertanggungjawab
terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Cara kepimpinannya yang
menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap professionalisme dan
moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa depan pelajar (Rosemblum
dan Hussein Mahmood 1993). Dalam institusi sekolah, pengetua merupakan
pemimpin, pentadbir dan pengurus yang melaksanakan pelbagai fungsi dan
perlu cekap dan bijak untuk melaksanakan tugas kepimpinan tersebut. Kualiti
kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan
mentadbir sekolah bagi melahirkan generasi berkualiti (Musa 2002). Tercapai
atau tidak visi dan misi pendidikan yang dihasratkan bergantung kepada
kecekapan pengetua dalam mengurus sumber utama di sekolah.
Kepemimpinan pengetua di sekolah di anggap sebagai tunggak utama dalam
mewujudkan guru yang memiliki komitmen dan kepercayaan tinggi kepada
sekolah. Komitmen guru kepada sekolah adalah penting memandangkan ia
menjadi faktor utama dalam memastikan aspirasi pendidikan negara tercapai
(Yasin, 2018)

Di samping itu, antara contoh model kepimpinan ialah kepimpinan
transformasional. Kepimpinan transformasional merujuk kepada nilai peribadi
dan kepercayaan seseorang pemimpin itu terhadap perkongsian kepimpinan

98 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

itu sendiri yang akhirnya boleh melahirkan pemimpin di kalangan pengikut (Hoy
& Miskel, 2005). Dalam kata lain seorang pemimpin transformasional itu adalah
juga merupakan agen perubahan yang akan menggerakkan perubahan pada
organisasinya atau sekolah secara khususnya. Organisasi sekolah amat
memerlukan formula kepimpinan seperti ini terutama dalam aspek
pertimbangan serta pembangunan guru sebagai seorang individu.

Di sekolah, pengetua berperanan sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin
pengajaran. Dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pentadbiran dan
pengajaran, peranan pengetua juga adalah seperti menjalankan tugas seperti
mengatur dan melaksanakan jadual waktu dan kalendar sekolah , mengawal
SPBT , surat menyurat, mengatur dan mengagih kerja-kerja kerani,
memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dipatuhi pelajar,mengurus
perbelanjaan sekolah, memastikan kemudahan dan harta benda sekolah
digunakan sebaiknya, dan menjalinkan hubungan antara sekolah dan pelbagai
badan di luar.(Zaidatul Akmaliah,1991)

Sebagai contoh, daya kepemimpinan Rabbani diukur melalui tahap
kerabbanian kepemimpinan pengetua, dan persamaan pendapat antara
pengetua dan guru. Tahap kerabbanian kepemimpinan pengetua diperoleh
daripada persepsi pengetua dan guru setiap sekolah SMKA. Pengetua sentiasa
membuat pertimbangan sebelum sesuatu tindakan atau keputusan dilakukan.
Pengetua SMKA memberi perhatian dalam usaha membina kesepakatan
dalam kalangan guru. Persefahaman guru-guru dipertingkatkan melalui usaha
meningkatkan hubungan interpersonal dalam kalangan mereka. Pengetua
SMKA juga memberi perhatian terhadap usaha memantapkan pengurusan
program pengajaran dalam kalangan guru. Keterampilan guru-guru mengurus
program pengajaran dipertingkatkan melalui usaha mewujudkan sistem kerja
yang teratur dalam kalangan mereka. (Salamun, 2008)

Sehubungan dengan itu, menurut Zahorcova (2012), kompetensi guru adalah
pelbagai iaitu dari berkemahiran dalam bidang mata pelajaran hinggalah ke
bidang ICT serta sosio budaya. Ee (1998) pula menjelaskan guru juga
mempunyai kemahiran tertentu seperti keupayaan menyampaikan pengajaran
dengan berkesan, menyediakan aktiviti yang menarik, berkemahiran
memotivasikan dan minat pelajar, serta berkemahiran menguruskan disiplin
pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai role model kepada pelajarnya
(Yahaya, Mohamed, & Abdullah, 2007).

Gaya kepimpinan guru melibatkan peranan berikut, antaranya program
perkembangan staf membantu guru meningkatkan profesionalisme,
membimbing rakan sejawat untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran,
menguasai kandungan pengajaran. Selain itu, guru diberikan pengiktirafan
yang adil berdasarkan pencapaian semasa. Kerjaya guru merupakan profesion

99 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

yang mulia, di mana guru membentuk sebuah pasukan yang mantap untuk
menyumbang pengetahuan dan kemahiran kepada warga dalam dan luar
sekolah, guru juga menjadi role model kepada rakan sejawat yang lain. Di
samping itu, antara lain tugas guru ialah mengenalpasti pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan di bawah kawalannya, kepimpinan sekolah
berkeyakinan dengan kewibawaan guru melaksanakan tugas, mampu
penambahbaikan dalam pembelajaran dan pengajaran, guru menggunakan
masa yang maksimum untuk mengajar. Peranan guru dalam mempunyai
hubungan yang mesra dengan murid dan kebolehan guru dalam kepimpinan
kepakaran mampu mempengaruhi rakan sejawat, khususnya guru baru dan
guru bermasalah (Faizal, 2012)

Menurut Hallinger (2003), tanggungjawab memimpin telah berkembang dari
seorang pengetua diturunkan kepada guru yang diistilahkan sebagai
perkongsian kepemimpinan melalui kepemimpinan guru. Kajian literatur
penambahbaikan sekolah mendapati bahawa kepemimpinan guru
mempunyai kesan positif terhadap perubahan dalam organisasi di sekolah
seterusnya membolehkan guru-guru bekerja secara berkumpulan (Leithwood,
Seashore, Anderson & Wahlstrom, 2004). Rasional perkongsian
kepemimpinan adalah sebagai asas kepada perubahan sekolah yang lestari
(Fullan, 2006). Perkongsian kepemimpinan adalah penting untuk
memaksimumkan kecekapan peranan kepemimpinan dalam kalangan guru
(Lida, Amneh dan Sara, 2014). Berdasarkan Moller & Katzenmeyer (1996),
kepemimpinan guru ialah pemimpin dalam kalangan guru dimana mereka
menyumbang kepada penambahbaikan sekolah atau pembelajaran pelajar (di
dalam atau di luar bilik darjah), mempengaruhi orang lain untuk
meningkatkan amalan profesional mereka, atau sentiasa menyumbang
terhadap komuniti pemimpin. Guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama mengamalkan pengupayaan kepemimpinan guru melalui model
kepemimpinan Rabbani (Harun, 2017).

Kualiti kepemimpinan terutamanya MPP sering dikaitkan dengan sifat-sifat
peribadi pelajar itu sendiri. Antara ciri peribadi yang menjadi pemangkin dalam
menjana kualiti kepemimpinan MPP menurut Karnes dan Bean (1996)
termasuklah keinginan yang suka dicabar, daya tahan menyelesaikan masalah,
kebolehan membuat pertimbangan yang kritikal, kesediaan membina
perhubungan baharu dan keberanian mengekspresi pandangan secara verbal.
Meskipun telah diakui bahawa menjana kepintaran kepimpinan dalam diri MPP
adalah penting, namun Sternberg (2004) mendapati kajian berkaitan MPP
sering mengabaikan aspek ini. Penyataan tersebut menyokong pandangan
Chan (2003) yang menyatakan usaha mendokumentasi dan menilai
keberkesanan program latihan kepimpinan MPP menjadi suatu keperluan yang
mendesak bagi mempastikan supaya bakal pemimpin yang berpotensi dalam

100 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

kalangan pelajar ini boleh dilatih secara berkesan untuk menyedari bakat
kepemimpinannya. (Karnes, 1996)

Kepimpinan yang cemerlang dapat menghasilkan amalan terbaik sekolah.
Kegagalan dalam mengesan potensi kepimpinan dalam diri pelajar ini akan
melambatkan proses membangunkan kebolehan luar biasa MPP. Sebaliknya,
keupayaan mengesan potensi ini boleh menyedarkan MPP akan
tanggungjawab dan kepentingan peranan mereka dalam membangunkan
masyarakat dan negara. Sahsiah pemimpin juga dapat ditingkatkan melalui
pelaksanaan beberapa amalan terbaik sekolah seperti program perkembangan
sahsiah murid bertujuan untuk mencegah masalah disiplin murid (misalnya
kem jati diri) dan program perkembangan sahsiah murid bertujuan untuk
mengukuhkan disiplin murid (kem kepimpinan pengawas).

Rumusan Dan Cadangan

Selari dengan situasi semasa, kemahiran kepemimpinan pelajar perlu diberi
perhatian agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dan inovasi
pendidikan. Oleh itu kursus-kursus untuk meningkatkan kualiti kepemimpinan
pelajar terutama dalam hal kepemimpinan masa hadapan perlu diadakan
sebanyak mungkin. Keseimbangan kepemimpinan dan kecemerlangan
akademik boleh mempengaruhi persepsi guru-guru terhadap kepemimpinan
pelajar. Semakin baik kepemimpinan pelajar, maka semakin positif persepsi
guru-guru terhadap kepemimpinannya.

Selain itu pembolehubah-pembolehubah kajian perlu diperluaskan misalnya
dengan mengkaitkan kepemimpinan pelajar dengan pencapaian akademik
pelajar, komitmen guru terhadap profesion perguruan, dan lain sebagainya.
Hasil kajian tersebut boleh dijadikan asas untuk mempertingkatkan
kepemimpinan pelajar pada masa hadapan.

Senarai Rujukan

Voulalas and Sharpe. (2005). Creating schools as learning communities:
Obstacles and processes. Journal of Educational Administration, 187-
208.

Ayudin, A. R. (2018). REPUTASI KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL
GRADUAN NPQEL SEBAGAI PEMIMPIN SEKOLAH DI KAPIT,
SARAWAK. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 49-62.

Brandt, J. (2011). Transforming education with talent management. School
Business Affairs, 30-31.

101 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Faizal, M. (2012). Amalan Kecemerlangan Sekolah Dalam Kalangan Dua
Jenis Sekolah Berprestasi Tinggi Di Malaysia. Jurnal Kajian
Pendidikan, 207-234.

Hailan Salamun, R. H. (2010). DAYA KEPEMIMPINAN RABBANI PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA).

harun, a. (2017). AMALAN KEPEMIMPINAN GURU DI SEKOLAH
MENENGAH ZON TIMUR SEMENAJUNG MALAYSIA.

Harun, A. (2017). AMALAN KEPEMIMPINAN GURU DI SEKOLAH
MENENGAH ZON TIMUR SEMENAJUNG MALAYSIA.

Ishak, R. (2012). Amalan Kepimpinan Terbaik Untuk Sekolah"Organisasi
Pembelajaran". Jurnal Pendidikan Malaysia, 35-41.

Karnes, F. &. (1996). Leadership development and the gifted. Focus on
Exceptional.

Mahmood, H. (2008). Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah berjaya.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salamun, H. (2008). Kepimpinan Rabbani di Sekolah.
Sathiyabama Suprammaniam, C. Y. (2017). MODEL BAKAT KEPIMPINAN

PEMIMPIN SEKOLAH DI MALAYSIA. Journal Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan, 18-43.
Yahaya, A. S., Mohamed, A. R., & Abdullah, A. G. (2007). Guru sebagai
pemimpin. Kuala Lumpur : PTS Professional, 2007.
Yasin, Z. b. (2018). AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA
DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH.
Jurnal pengurusan dan kepimpinan sekolah, 25-44.

102 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

BADAN KEPIMPINAN MEMBENTUK
TANGGUNGJAWAB DALAM DIRI PELAJAR

Ahmad Ilham Bin Hussain
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, 21020, Kuala Nerus,

Terengganu
(E-mail: [email protected])

Fatin Humaira Binti Abdullah Syukri
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, 21020, Kuala Nerus,

Terengganu
(E-mail: [email protected])

Abstrak

Perkataan pemimpin tidak asing lagi dalam kalangan kita. Pemimpin kini tidak
kira bangsa dan usia. Apakah yang dimaksudkan oleh perkataan pemimpin?
Menurut Kamus Dewan, pemimpin merupakan seseorang yang menjadi ketua
kepada sesuatu pasukan atau pergerakan. Dari sudut pandangan Islam pula,
pemimpin merupakan orang-orang yang dipertanggungjawabkan dengan
urusan umat Islam seperti khalifah, menteri dan lain-lain. Secara umum,
pemimpin merupakan individu yang menjadi ketua dan bertanggungjawab atas
kepimpinannya. Pemimpin juga merupakan seorang individu yang boleh
memberikan pengaruh kepada ahli bawahannya dalam sebuah pertubuhan
atau organisasi. Justeru itu, kertas kerja ini membincangkan peranan seorang
pemimpin dalam kalangan pelajar, model kepimpinan sekolah dan amalan baik
yang dilaksanakan.

Kata kunci: peranan pemimpin pelajar, model kepimpinan sekolah dan
amalan baik

Pengenalan

Allah berfirman dalam Al-Quran di helaian enam iaitu surah al-baqarah ayat 30
yang bermaksud Allah menjadikan manusia sebagai seorang khalifah di muka
bumi ini. Apakah itu khalifah? Khalifah ialah gelaran bagi pemimpin dalam
Bahasa Arab. Sudah jelas termaktub di dalam kitab suci ummat Islam
bahawasanya manusia diciptakan untuk menjadi seorang pemimpin. Tidak
kiralah pemimpin negara, keluarga, institusi dan sebagainya. Seorang
pemimpin wajib melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan amanah.
Di sekolah pula, terdapat pemimpin yang bertanggungjawab untuk memastikan
peraturan sekolah dipatuhi oleh para pelajar. Pemimpin tersebut ialah badan
pengawas sekolah. Badan pengawas sekolah bertanggungjawab untuk
103 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

memastikan disiplin pelajar berada dalam keadaan terkawal dan cemerlang.
Namun begitu, model kepimpinan yang jitu dan keutuhan kefahaman terhadap
peranan yang perlu digalas memainkan aspek penting dalam melahirkan
pemimpin cemerlang. Di samping itu, pemimpin yang cemerlang dan disulami
amalan-amalan yang baik dapat membantu para pelajar memupuk sikap
tanggungjawab dalam diri mereka sekaligus dapat melahirkan generasi yang
unggul. Oleh itu, jelaslah bahawa seorang pemimpin sangat memainkan
peranan penting dalam kehidupan seharian kerana ia akan memberikan impak
yang besar kepada kita pada masa akan datang.

Peranan Pemimpin Dalam Kalangan Pelajar

Pengawas sekolah kebiasaannya dilantik oleh guru-guru dalam kalangan
pelajar yang berdedikasi, penuh bertanggungjawab dan dihormati oleh para
pelajar sekolah. Sudah semestinya disiplin merupakan elemen utama yang
ditekankan oleh para pengawas selari dengan peranannya iaitu membantu
pihak sekolah dan guru-guru memantau penguatkuasaan peraturan sekolah
dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, para pengawas membantu guru
dalam melaksanakan peraturan sekolah dengan cara memantau murid,
menegur kesalahan mereka dan melaporkan kepada guru sekiranya kesalahan
tersebut terlalu serius atau berulangan. Selain itu, pegawas sekolah juga
merupakan pengantara guru dan murid. Hal demikian kerana pengawas
merupakan pemudah cara sekiranya guru-guru ingin menyampaikan sebarang
maklumat. Misalnya terdapat perubahan dalam sesuatu perkara, para guru
akan menyampaikan maklumat kepada pengawas dan pengawas akan
memaklumkan pelajar perkara tersebut supaya dapat dilaksanakan dengan
sebaiknya. Tidak hairanlah para pengawas diberi kepercayaan oleh para guru
sebagai pengantara kerana para pengawas dilantik disebabkan oleh sikap
mereka yang bertanggungjawab dan komited.

Benarkah seorang pengawas sekolah merupakan ikon atau imej pelajar
sekolah mereka? Pendapat tersebut benar sekali dimana para pengawas
sekolah berfungsi sebagai ikon atau idola yang perlu membawa pengaruh yang
baik dan aura positif kepada pelajar lain. Seorang pengawas perlu menjadi role
model bagi para pelajar untuk membentuk sahsiah diri dan memangkin
kemenjadian pelajar pada tahap yang optimum. Pengawas sekolah tidak sahaja
kelihatan gah dan dihormati. Para pengawas juga bertanggungjawab
mengurangkan salah laku disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Sebagai
seorang pengawas, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk
membendung salah laku disiplin seperti merokok, membuli rakan dan mencuri.
Pengawas sekolah perlu menjadi seorang pembimbing kepada murid-murid lain
bagi memastikan salah laku disiplin dapat dikurangkan. Salah satu cara untuk
kita membimbing pelajar adalah dengan saling nasihat-menasihati. Tuntasnya,
seorang pengawas perlulah sentiasa mengingati antara satu sama lain dan

104 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

warga pelajar agar dapat meningkatkan kadar disiplin sekolah ke tahap yang
terbaik. Para pengawas hendaklah menjalankan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan dan melaksanakan tugas sebaiknya demi melahirkan
generasi yang berintegriti dan bermutu.

Model Kepimpinan Sekolah

Mustahil bagi seseorang jika dia tidak mempunyai idola atau contoh teladan
yang mereka ikuti. Bagi seorang umat Islam, ikon pemimpin yang wajar
diteladani ialah Rasulullah S.A.W. dimana Rasulullah menjadi khalifah ummat
Islam dan ketua angkatan perang ketika baginda masih hidup. Sudah tentu
tanggungjawab Rasulullah S.A.W. amat berat untuk dipikul dan sukar untuk
dilaksanakan. Namun begitu, kepimpinan baginda sangat dikagumi oleh ummat
Islam dari dulu hingga kini. Apakah model kepimpinan yang dapat dicontohi dari
Rasulullah S.A.W.? Yang pertama ialah akhlak baginda yang terpuji dan
keduanya ialah komitmen yang diberikan oleh baginda ketika menjadi seorang
khalifah. Ketiga ialah sikap ubudiyyah kepada Pencipta dengan sikap zuhud,
tawadduk dan takwa. Untuk menjadi seorang pemimpin sekolah yang berjaya,
kita perlulah mempunyai sikap bertanggungjawab dan amanah dalam diri. Cuba
kita bayangkan, bagaimana kita ingin memupuk sikap bertanggungjawab dalam
diri orang lain sedangkan kita sendiri tidak bertanggungjawab. Seorang
pemimpin khususnya pengawas sekolah haruslah berusaha untuk mengubah
dirinya ke arah yang lebih baik di samping mengajak pelajar lain untuk turut
serta melakukan perkara yang positif. Pengawas sekolah juga perlulah komited
dengan kerja yang diberi dan melaksanakannya dengan sedaya yang mungkin.
Hal ini dapat memberikan imej yang baik kepada murid-murid lain dan mampu
menjadi role model yang berkualiti. Taat kepada arahan pemimpin merupakan
elemen yang penting bagi memupuk sikap kerjasama dalam organisasi dan
dapat melahirkan kelompok pemimpin yang bersatu hati.

Setiap sekolah mempunyai model kepimpinan yang tersendiri. Badan
pengawas SBP Integrasi Batu Rakit berpegang kepada visi iaitu sekolah unggul
pemangkin generasi terbilang dan misi membangun potensi pelajar pelapis
generasi berkualiti. Badan pengawas sekolah kami membina impian untuk
melahirkan lebih ramai pemimpin yang bermutu agar dapat menabur jasa
kepada agama, bangsa dan negara. Kami percaya bahawa pelajar amat
berpotensi untuk membina negara yang hebat pada masa akan datang. Hal ini
kerana pelajar yang berada dalam kelompok generasi muda, mempunyai bakat
yang perlu digilap dan potensi yang tinggi untuk berkembang dengan lebih
efisien. Bakat-bakat inilah yang akan mewarnai negara dengan kemajuan sama
ada dari sudut ideologi mahupun teknologi. Selain itu, kami juga berpegang
kepada moto fly beyond perfection yang membawa maksud maju menuju
kesempurnaan. Sebagai seorang pemimpin, kita tidak boleh menidakkan
hukum alam dimana setiap insan mempunyai kelemahan tersendiri. Orang

105 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

yang dilantik untuk menjadi sebahagian daripada organisasi badan pengawas
tidaklah sempurna dan mempunyai kelemahan masing-masing. Pemimpin
perlulah bersikap profesional dalam mengendalikan kelemahan diri dan
menonjolkan sisi yang baik agar dapat memberikan pengaruh positif kepada
orang sekeliling. Badan pengawas akan sentiasa berusaha untuk melakukan
yang terbaik demi menjadikan kemenjadian pelajar berada pada skala yang
maksimum. Badan pengawas dibimbing oleh pengetua dan guru-guru
pengawas untuk memastikan para pengawas sentiasa melaksanakan tugas
dengan baik. Carta organisasi pengawas adalah seperti berikut;

106 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Gambar Rajah 1. Carta Organisasi Badan Pengawas.

Sebagai seorang pengawas, kita hendaklah memberikan pengaruh yang baik
kepada para pelajar yang lain agar mereka dapat mencontohi nilai-nilai yang
murni. Sudah menjadi amanah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan
tugas dengan tertib. Pemimpin yang baik akan mengamalkan model
kepimpinan berasakan kepimpinan transformasional. Kepimpinan
transformasional ialah model kepimpinan yang efektif dan telah diterapkan di

107 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

berbagai organisasi internasional yang mengelola hubungan antara pemimpin
dan pengikutnya. Model kepimpinan ini adalah antara model terbaik yang
menekankan beberapa faktor iaitu perhatian, komunikasi, kepercayaan, hormat
dan risiko. Badan pengawas di sekolah kami mengamalkan faktor komunikasi,
kepercayaan dan hormat iaitu 3 daripada 5 faktor yang disenaraikan. Bagi kami,
komunikasi dan saling mempercayai antara satu sama lain amatlah diperlukan
untuk mengukuhkan organisasi menjadi lebih mantap. Oleh itu, sebagai
seorang pemimpin haruslah kita mempunyai model kepimpinan yang jelas dan
tersusun agar kita dapat mengetahui matlamat sebenar kita sebagai seorang
pemimpin.

Amalan Baik

Sebuah sekolah mesti mempunyai amalan baik dan keunikan tersendiri. Antara
amalan baik yang dilakukan di sekolah kami ialah thumb print ketika solat fardhu
di surau. Dengan adanya thumb print ini, para pelajar dapat menepati waktu
dengan lebih baik untuk melaksanakan fardhu kifayah iaitu solat berjemaah.
Thumb print ini juga sedikit sebanyak mengurangkan salah laku pelajar kerana
pergerakan masa lebih teratur dan cekap. Selain itu, kami juga mengamalkan
iftar dan qiamullail perdana sebulan sekali. Hal ini dapat memupuk nilai
kesedaran Islam dalam diri pelajar disamping meningkatkan pahala beribadah.
Iftar dan qiamullail perdana ini kebiasaannya dilakukan pada hari Khamis
sehingga Jumaat. Kemudian, sekolah kami mengamalkan gaya hidup sihat
dengan mengadakan senamrobik dan dikendalikan oleh pelajar sendiri.
Senamrobik ini diamalkan bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam diri
pelajar dan kemahiran kepimpinan. Kemahiran kepimpinan perlu diaplikasikan
oleh pengendali senamrobik iaitu pelajar bagi menjayakan aktiviti tersebut.
Akhir sekali, sekolah kami mengamalkan inspection atau pemeriksaan
mengikut tema dikendalikan oleh badan pengawas untuk memastikan
keperluan pelajar sentiasa mencukupi. Kaedah ini dapat menjadikan para
pelajar sentiasa cakna dengan barang peribadi dan mengurangkan kecuaian
yang berlaku. Amalan ini juga dapat memupuk nilai kebersihan dan
keselamatan dalam diri pelajar. Oleh itu, kita perlulah sentiasa mengamalkan
amalan baik kerana banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada perkara
positif ini.

108 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Gambar Rajah 2. Qiamullail Perdana

Rumusan Dan Cadangan

Sebagai kesimpulann, pemimpin perlulah bertanggungjawab atas apa yang
dipimpinnya. Badan pengawas perlu bersedia membantu sekolah
mengurangkan salah laku disiplin seperti yang termaktub dalam ikrar yang
dilafazkan ketika watikah pelantikan. Seorang pemimpin bukan dilantik untuk
dilihat gah tetapi dilantik untuk memudahkan pengurusan di sekolah.
Kemahiran kepimpinan dapat ditambah baik dengan mengadakan kursus
kepimpinan dan program membina keyakinan diri. Golongan muda wajar
memupuk nilai kepimpinan agar dapat menjadi seorang pemimpin yang ulung
pada suatu hari nanti. Oleh itu, teruslah berjuang melaksanakan
tanggungjawab yang diberi agar dapat menjadi pemimpin yang hebat dan
membina generasi yang berkualiti sekali gus hasrat sekolah yang terbilang
dapat dilestarikan serta tidaklah sekadar angan-angan Mat Jenin.

Rujukan

https://www.slideshare.net/ahmadzuki/peranan-dan-tanggungjawab-pengawas
http://journalarticle.ukm.my/3242/1/makalah-v3n2-n2.pdf
https://www.djkn.kemenkeu.go.id/kanwil-jateng/baca-artikel/12708/Mengenal-
Kepemimpinan-dan-Model-Kepemimpinan.html
https://ohkarangan.blogspot.com/2018/11/peranan-pemimpin-sekolah-atau-
pengawas.html

109 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

PEMUPUKAN SAHSIAH DAN PEMANTAPAN
INTEGRITI DALAM DIRI PELAJAR BAGI
MELAHIRKAN PEMIMPIN BELIA

Anas Sulaiman bin Ahmad Amry
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya

(E-mail: [email protected])

Nur Safiah binti Shamsuddin
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya

(E-mail: [email protected])

Puteri Nurhannah Humaira binti Hamidul Ghazali
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya

(E-mail: [email protected])

Abstrak

Kepimpinan yang berkualiti sangat penting dalam membentuk sesebuah
organisasi. Sebarang perubahan terhadap kepimpinan akan memberikan
kesan terhadap sesebuah organisasi. Golongan belia merupakan pewaris
kepimpinan negara dan tunjang pembangunan dalam merealisasikan matlamat
sesebuah negara. Belia adalah aset yang penting dalam proses membina
sebuah negara yang berkepimpinan tinggi. Sahsiah yang tinggi dan terpuji
merupakan komponen penting dalam diri seorang belia untuk membangunkan
sebuah tamadun yang berbudi pekerti. Mereka mesti menunjukkan kepimpinan
yang berintegriti kepada pimpinannya. Integriti berkait rapat dengan jati diri
merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar dan
berpegang pada prinsip. Penerapan kepemimpinan belia dalam diri generasi
masa kini amat penting kerana remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk
pimpinan negara pada masa akan datang. Kertas kerja ini akan
membincangkan konsep kepemimpinan belia sebagai metode dalam
melahirkan masyarakat yang berkebolehan dalam pelbagai aspek dan
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kata kunci: Sahsiah, integriti, kepemimpinan belia

Pengenalan

Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam mewujudkan kekuatan
organisasi terutamanya dalam memimpin organisasi tersebut untuk mencapai
110 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

matlamat yang ingin dicapai bersama. Kepimpinan mempunyai pelbagai
pengertian bergantung kepada kesesuaian dan keperluannya. Walaupun takrif
kepimpinan adalah sesuatu yang kompleks, namun ia membawa kepada suatu
persamaan dari segi konteksnya iaitu sebagai suatu proses, pengaruh, kerja
sepasukan serta penentuan matlamat. Ini bermaksud bahawa kepimpinan itu
adalah suatu keadaan seseorang individu itu (pemimpin) mempengaruhi orang
lain untuk berjaya mencapai matlamat bersama.

Hughes, Ginnet & Curphy (1999) telah mengenal pasti kemahiran asas dan
kemahiran lanjutan perlu wujud dalam diri pemimpin. Antara kemahiran asas
yang dikenalpasti ialah komunikasi berkesan, kemahiran mendengar,
perlakuan asertif, keupayaan memberi maklum balas yang membina, memberi
hukuman secara berhemah, pengurusan stres, kemahiran teknikal berkaitan
bidang, pengendalian mesyuarat dan pembinaan hubungan positif dengan
pengurusan atasan, orang bawahan serta rakan sekerja. Kemahiran-kemahiran
lanjutan seorang pemimpin pula ialah bijak mengagihkan tugas dan
menurunkan kuasa, berupaya menangani konflik dengan baik, kepintaran
berunding, kemahiran pembuatan keputusan, meningkatkan kreativiti,
membina pasukan berkesan, membina kredibiliti, merancang pembangunan
organisasi, latihan dan pementoran.

Dalam menghadapi persaingan global yang kian sengit hari ini, golongan belia
masa kini perlu dimantapkan daripada segala aspek. Menurut Mantan Menteri
Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar iaitu Datu
Len Talif Salleh, kegemilangan golongan belia masa kini merupakan lakaran
bagi masa depan sesebuah negara, terutama yang menuju ke arah
kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan adalah menyeluruh sama
ada daripada aspek duniawi mahupun ukhrawi yang akan melahirkan generasi
yang beriman dan bertakwa. Golongan belia merupakan pemimpin masa depan
yang akan menetukan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran
sosial negara pada masa akan datang. Oleh itu, penerapan sifat kepimpinan
yang utuh lagi mapan haruslah dipraktikkan dalam diri setiap belia terutamanya
pelajar agar mereka tidak mudah patah semangat dan tidak cepat mengalah
dalam pelbagai perkara terutamanya apabila berhadapan dengan sesuatu
cabaran.

Pengukuhan Sahsiah Dalam Diri Seorang Belia

Perkataan sahsiah telah didefinisikan oleh seorang penulis yang mana beliau
ada menyatakan bahawa sahsiah mengandungi erti yang antaranya ialah
penentu pada tingkah laku berpusat dalam individu daripada persekitaran alam
sekeliling. Sahsiah itu berupa satu organisma bukanlah hanya yang terbahagi
kepada proses-proses terasing. Sahsiah ialah merupakan zahir dan batin,

111 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

fizikal dan mental terjalin tanpa dapat dipisahkan dengan penggunaan istilah
psychophysical itu. Setiap alam persekitaran seseorang serta penyesuaian itu
adalah unik baginya bergantung kepada corak tanggapannya yang sering pula
berubah. Proses-proses kesahsiahan seperti motif, tabiat umum dan
sebagainya sering berubah, sering membentuk dan menyesuai supaya
mencapai perseimbangan (Wan Azmi Ramli, 1986).

Tambahan lagi, seorang ahli psikologi barat pertama yang mengkaji dalam
psikologi personaliti ada menjelaskan bahawa sahsiah merupakan peribadi
sesuatu yang sama dengan konsep tingkah laku organisma. Ia dianggap satu
organisma sistem zahir dan batin psikologikal yang dinamik di dalam diri
seorang yang menentukan penyesuaian dengan alam persekitaran dengan
cara yang unik dan tersendiri. (Gordon Willard Allport, 1937). Dari beberapa
takrifan sahsiah ini, dapatlah disimpulkan bahawa sahsiah ialah suatu sifat atau
sikap seseorang yang sudah sebati dengan dirinya yang membezakan dengan
seseorang yang lain. Sahsiah adalah diri seseorang itu secara objektif atau
sebagai nama pada dirinya yang membentuk mengikut penyesuaian hidup
dengan alam sekeliling yang berubah-ubah bagi mencapai keseimbangan.

Lanjutan daripada huraian di atas, sahsiah adalah komponen utama dalam diri
seseorang belia. Sahsiah seorang belia perlu dibangunkan kerana ia
merupakan asas kepada keseimbangan hidup mereka di dalam sesebuah
masyarakat dan negara. Kelemahan golongan belia amat bergantung kepada
sejauh mana mereka itu berpegang teguh kepada prinsip agama Islam.
Pembinaan sahsiah belia adalah suatu persediaan yang perlu, agar mereka
mengikut jalan yang diredai Allah S.W.T dan mempunyai niat yang ikhlas dalam
setiap amalannya. Dalam membangunkan tamadun yang besar, ia memerlukan
generasi belia yang terpuji sahsiahnya dan mempunyai keazaman yang jitu dan
kuat.

Seorang tokoh Islam iaitu al-Qaradawi mengatakan, generasi belia yang
berjaya dengan cemerlang ialah generasi yang memiliki didikan Islam secara
komprehensif, akalnya dibekalkan dengan semua ilmu, badan dilatih dengan
segala kekuatan ibadat khusus dan umum serta sahsiahnya ditanam dengan
nilai murni dan mulia. Hal ini membuktikan bahawa agama Islam amat
menekankan sahsiah dalam rohani seseorang terutama mereka yang masih
belia. Sahsiah yang mantap perlu dididik dari kecil untuk melahirkan generasi
yang berbudi pekerti. Menurut Harun Din, hakikatnya, ada kelemahan dan
kekurangan pada diri belia dalam menghadapi cabaran hidup. Oleh itu, bagi
mengatasi kelemahan itu, belia harus mencari dan memiliki sahsiah yang baik
dengan hidayah Allah S.W.T. Sahsiah yang baik merupakan asas kepada

112 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

generasi belia yang cemerlang dan melahirkan rakyat yang dapat
menyumbangkan tenaga kepada mencapai wawasan negara. (Harun Din,
1991).

Kepimpinan Dan Integriti

Perkataan integriti diambil daripada perkataan integer iaitu kata sifat Latin,
yang memounyai maksud keseluruhan atau lengkap. Mengikut kamus
dwibahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 1985, integriti bermaksud
“kejujuran dan ketulusan”, kesempurnaan, ‘keutuhan’. Ini bermaksud integriti
adalah sifat “jati diri” yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan,
ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah
dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan lain-lain. Dalam
kata lain, integriti didefinisikan sebagai amalan bersikap jujur dan menunjukkan
kepatuhan yang tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral serta etika
yang kuat.

Pemimpin yang berintegriti adalah pemimpin yang mempunyai keselarasan
dengan apa yang dikatakan dengan apa yang dilakukan; keselarasan di antara
tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta
keselarasan di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Apa yang
dilakukan oleh pemimpin ini perlu cepat, tepat, bermutu dan bertingkah laku
konsisten dalam pelbagai segi. Pemimpin yang berintegriti memiliki nilai dan
etika yang menjadi piawai bagi tingkah laku mereka. Seseorang itu akan
dikatakan mempunyai integriti apabila dia bertindak atau bertingkah laku
mengikut nilai dan etika. Perkara ini perlu diterapkan dalam diri setiap individu
tanpa mengira usia, pangkat, jantina dan sebagainya. Sebagaimana hadis Nabi
Muhammad S.A.W, daripada Ibnu Umar Al-Khattab, beliau berkata, Rasulullah
S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

“Setiap orang daripada kalangan kalian adalah penjaga yang amanah dan
setiap kalian juga akan bertanggungjawab ke atas orang bawahannya.

Seorang pemimpin adalah penjaga yang amanah dan bertanggungjawab ke
atas rakyatnya. Seorang suami adalah penjaga yang amanah dalam

keluarganya dan bertanggungjawab ke atas bawahannya. Seorang isteri
adalah penjaga yang amanah dalan rumah tangga suaminya dan

bertanggungjawab ke atas jagaannya. Seorang pelayan adalah penjaga yang
amanah pada harta majikannya dan bertanggungjawab ke atas barang

jagaannya. Setiap orang daripada kamu adalah penjaga yang amanah dan
bertanggungjawab ke atas orang bawahannya.”

Berdasarkan hadis tersebut, dapat dihuraikan bahawa setiap orang merupakan
seorang pemimpin yang bertanggungjawab ke atas pimpinan yang telah

113 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

diamanahkan ke atasnya. Dalam konteks ini, pemimpin dari golongan belia
merupakan golongan penting yang akan mencorakkan masa depan negara kita
sama ada baik atau buruk.

Pada hari ini, dapat kita lihat bahawa semakin hari semakin ramai pemimpin
belia yang lahir di dunia ini. Namun kebanyakan dari mereka tidak
mengamalkan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin sehingga
menyebabkan kegagalan di dalam sesebuah organisasi. Perkara ini
seharusnya diambil berat oleh semua pihak agar masalah ini dapat dibendung
sepenuhnya. Nilai-nilai integriti haruslah dididik dalam diri setiap belia sejak dari
bangku sekolah lagi. Hal ini kerana, mendidik seseorang sesuatu perkara yang
baik perlulah dilakukan sejak kecil, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
dari rebungnya.

Kepimpinan Belia

Di zaman wawasan 2020 ini, komuniti tidak lagi memandang rendah dengan
kemampuan generasi muda yang berumur 15 tahun dan generasi muda ini
lebih senang dipanggil belia. Kamus Dewan mendefinisikan bahawa perkataan
belia bermaksud pemuda, muda, dan golongan muda yang secara
keseluruhannya termasuk lelaki dan wanita. (Noresah Baharom) Di samping
itu, terdapat juga tafsiran belia yang dibuat dalam Bahasa Arab iaitu disebut
sebagai al-Syabb yang jama’nya disebut Syubban yang membawa maksud
seseorang yang telah sampai umur dan disebut al-Syabab yang memberi
makna seseorang yang sampai umur lebih kurang tiga puluh tahun (al-Munjid,
1986). Dalam Bahasa Inggeris pula disebut Youth yang ertinya antara
kehidupan seseorang anak muda yang cukup umur dan dewasa.

Dalam pada itu, tafsiran belia menurut tokoh Malaysia pula ialah

generasi pemimpin negara pada masa kini yang akan

menentukan kelangsungan negara dan bangsa pada masa hadapan.

Golongan aristokrat turut berpendapat sekiranya mahu melihat kemajuan

sesebuah bangsa itu maka lihatlah generasi mudanya. (YB Khairy Jamaludin,

mantan Menteri Belia dan Sukan 2014) Pada tahun 2001, penduduk belia iaitu

mereka yang berumur di antara 18 ke 40 tahun pada masa itu mewakili 53.7

peratus atau 12.5 juta orang dari keseluruhan penduduk negara seramai 23.2

juta orang (statistik Jabatan Perangkaan Malaysia). Oleh hal yang demikian,

golongan belia merupakan aset atau sumber tenaga yang amat penting bagi

masyarakat dan negara. Golongan belia mempunyai potensi diri yang kuat dari

segi semangat juang, fikiran, daya cipta dan memerlukan sahsiah yang mantap

bagi menjamin pembangunan negara yang dihormati dan disegani di peringkat

antarabangsa.

114 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

“Generasi harapan bangsa dan negara” amat sinonim dengan golongan
belia. Golongan belia adalah pewaris kepimpinan negara dan tunjang
pembangunan dalam merealisasikan matlamat sesebuah negara. Belia
adalah aset yang penting dalam proses membina sebuah negara
yang berkepimpinan tinggi. Mengimbas kembali zaman kegemilangan
tamadun Islam dan tokoh-tokoh muda yang lahir dizaman tersebut, majoriti
pemimpin adalah dipelopori oleh
golongan belia. Antaranya ialah Usama bin Zaid yang merupakan seorang
Panglima Perang yang menentang kerajaan Rom di Syam ketika beliau berusia
18 tahun. Manakala, semasa perkembangan Islam di Makkah sehingga ke
Madinah, golongan muda seperti Saidina Ali Ibni Abi Talib, Saidina Uthman bin
Affan, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi sahabat Rasulullah
S.A.W yang muda belia menjadi pelopor kepada kebangkitan dan penggerak
utama dalam menyebarkan agama Islam (Dr. Wasitah Hj Mohd Yusuf).

Ahli bahasa dari Barat ada meletakkan takrif kepemimpinan

sebagai kemampuan untuk menbentuk kegiatan kelompok

mencapai suatu tujuan organisasi dengan efektif dan kerjasama

maksimum dari setiap individu dalam kelompok tersebut (G. L. Feman dan E.

K. Taylor 1950). Hal ini bertepatan dengan kata-kata Dr. Wasitah Hj Mohd Yusuf

yang menyatakan bahawa golongan belia ini mempunyai semangat juang,

kebijaksanaan akal fikiran serta daya cipta yang mantap. Oleh hal yang

demikian, kita boleh lihat bahawa tidak mustahil di era globalisasi ini, golongan

belia mampu untuk mempelopori pimpinan negara mahupun pimpinan dunia.

Amalan Terbaik

Menyedari hakikat bahawa pemuda-pemudi dalam negara kita merupakan
individu yang bakal memacu pentadbiran negara pada masa hadapan, SMKA
Putrajaya telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program-program
sebagai persediaan dalam menerapkan sifat kepimpinan belia dalam diri
pelajar. Antaranya adalah, Majlis Watikah Pelantikan yang melibatkan Ahli
Majlis Tertinggi, Exco dan Biro SMKA Putrajaya. Pelantikan ini adalah bertujuan
untuk meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk melaksanakan
tugas yang dipertanggungjawabkan dengan amanah dan berdedikasi tinggi.
Ekoran daripada itu, murid yang terpilih secara tidak langsung perlu
mempamerkan sahsiah diri yang tinggi yang akan menjadi contoh terhadap
murid-murid lain.

Dalam pada itu, turut juga diadakan program Tamrin Nuqaba’ yang melibatkan
para naqib dan naqibah. Program ini memberikan penekanan terhadap
pembentukan peribadi demi melahirkan para naqib dan naqibah yang

115 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap tugas yang
dipertanggungjawabkan. Antara pengisian program ini termasuklah
perbincangan modul usrah, ceramah dan sesi menyebarkan perkongsian serta
pendapat kepada para naqib dan naqibah. Program ini berjaya menambahkan
pengetahuan para naqib dan naqibah untuk menyebarkan ilmu kepada ahli-ahli
kumpulan dengan penuh amanah.

Demi melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek, Kem Smart Huffaz dilaksanakan terhadap semua pelajar Tingkatan 1.
Objektif kem ini adalah untuk melahirkan warga SMKA yang memiliki sahsiah
diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam. Kem ini
berjaya mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal
ibadah ketika mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi. Program seperti ini
adalah salah satu inisiatif dalam mewujudkan murid yang cemerlang sama ada
daripada aspek duniawi mahupun ukhrawi yang akan melahirkan generasi yang
beriman dan bertakwa.

Aktiviti gotong-royong turut dilaksanakan pada setiap hujung minggu untuk
mengekalkan kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah. Aktiviti gotong-
royong dapat meningkatkan semangat saling bekerjasama dan membantu
dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dalam masa yang sama, aktiviti seperti ini
juga menggalakkan para pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti
kemasyarakatan dan menyemai semangat sukarela. Malah, ia juga antara
aspek pendidikan yang tidak dapat dipelajari melalui buku, tetapi disemai
menerusi kerjasama antara pihak yang terlibat.

Umum mengetahui bahawa kepimpinan pelajar yang cemerlang dapat
diwujudkan melalui bimbingan dan didikan yang cekap dan jitu. Oleh itu, Kem
Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Bongsu, Muda & Sulung
telah dianjurkan sebagai satu pendekatan dalam menerapkan elemen
kepimpinan dalam diri pelajar. Sasaran objektif bagi program ini adalah untuk
melahirkan murid yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik,
perlakuan, emosi dan peribadi di samping melatih murid dalam kemahiran asas
yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan
individu lain.

Rumusan Dan Cadangan

Sebagai rumusan, kepimpinan yang berkualiti sangat penting dalam
pembentukan sesebuah organisasi. Organisasi yang mempunyai kepimpinan
yang cekap akan berjaya merealisasikan matlamat yang ingin dicapai bersama.

116 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Sebarang perubahan terhadap kepimpinan akan memberikan impak kepada
sesebuah organisasi tersebut. Golongan belia merupakan pewaris pimpinan
negara dan tunjang pembangunan dalam mencapai matlamat sesebuah
negara. Belia adalah aset yang utama dalam proses mewujudkan sebuah
negara yang berkepimpinan tinggi. Golongan aristokrat turut berpendapat
sekiranya mahu melihat kemajuan sesebuah bangsa itu maka lihatlah
generasi mudanya. Oleh yang demikian, golongan belia perlulah memiliki
potensi diri yang mantap bagi menjamin kepimpinan negara pada masa akan
datang.

Sahsiah yang terpuji perlu dididik di dalam diri belia kerana ia merupakan asas
kepada keseimbangan hidup mereka di dalam sesebuah masyarakat.
Pembinaan sahsiah juga perlu berpegang teguh terhadap ajaran agama agar
tidak terpesong daripada tauhid. Kelemahan golongan belia amat bergantung
kepada sejauh mana mereka itu berpegang teguh kepada prinsip agama Islam.
Seperti yang kita sedia maklum, akhlak yang digariskan oleh Al-Quran
terbahagi kepada dua iaitu sifat mahmudah dan sifat mazmumah. Rasulullah
S.A.W telah diutuskan oleh Allah S.W.T bagi menyempurnakan akhlak yang
terpuji iaitu akhlak yang berlandaskan Al-Quran. Diriwayatkan daripada
Rasulullah S.A.W yang bermaksud “agama itu ialah kemuliaan budi
pekerti”. Islam bermatlamatkan akhlak yang mulia dan terpuji. Pembinaan
sahsiah belia perlu dilaksanakan sebagai satu persediaan agar mereka
mengikut jalan yang diredai Allah S.W.T dan mempunyai niat yang ikhlas dalam
setiap amalannya.

Seterusnya, pemimpin yang berintegriti adalah pemimpin yang mempunyai
keselarasan dengan apa yang dikatakan dengan apa yang dilakukan;
keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-
undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dan kepentingan umum.
Segala tingkah laku mempunyai nilai dan etika yang boleh dijadikan contoh
terhadap individu lain. Dalam kata lain, integriti didefinisikan sebagai amalan
bersikap jujur dan menunjukkan kepatuhan yang tanpa kompromi terhadap
prinsip dan nilai moral serta etika yang kuat. Integriti juga berkait rapat dengan
jati diri merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar dan
berpegang pada prinsip. Perkara ini perlu diterapkan dalam diri setiap belia
sejak kecil lagi kerana merekalah yang bakal menerajui pimpinan negara pada
masa akan datang.

Senarai Rujukan

Haji Mohd Dom. (2006). Sekolah Berkesan: Faktor-faktor Keberkesanan
Sekolah. Seminar

Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13.

117 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Hughes, Ginnet, Curphy. (1999). Leadership: Enhancing the Lessons of
Experience.

Boston, Mass: Irwin/McGraw Hill.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi keempat) Kuala

Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Husin, M. F. (2016, Januari 17). Apa Itu Integriti? Diperolehi daripada
http:/integritimoa.blogspot.com/2016/01/apa-itu-integriti.html
Utusan Borneo Online. (2019, Ogos 20). Belia aset paling berharga kepada

negara.
Diperoleh daripada
https://www.utusanborneo.com.my/2019/08/20/belia-aset-paling-berharga-
kepada-
negara
L. Ma’luf. (1986). Kamus Al-Munjid. Beirut. Al-Maktabah Al-Katuliqiyyah
Allport, G. W. (1937). Personality: a psychological interpretation. Holt
Abd. Azimi, (Edisi 4/2014). Aspirasi Kepimpinan Belia. Institut

Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 1.
Haron Din. (1991). Manusia dan Islam. Kuala. Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.
AR Wan. (1986). Ranjau hidup, keluarga, aspek psikologi dan sosial.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributiors.
Kadir, A. M. B., Azman, N., Ibrahim, S. I. (2010). Pengaruh Integriti

Kepemimpinan terhadapPelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh
di Institusi Pendidikan Tinggi MARA, Akademika,
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1985). Kamus dwibahasa: bahasa Inggeris-
bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

118 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

AMALAN KEPIMPINAN KOLABORATIF PELBAGAI
ORGANISASI LANGKAH BAHARU KEPIMPINAN
PELAJAR

Ammar Hakeem bin Hilmisofli
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, 28600 Karak

(E-mail: [email protected])

Muhammad Izzman Haikal bin Mohd Yassir
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, 28600 Karak

(E-mail: [email protected])

Afifahtul Qistina binti Azhar
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, 28600 Karak

(E-mail: [email protected])

Abstrak

Kolaboratif dilihat sebagai elemen penting dalam memperkasakan sebuah
organisasi atau badan kepimpinan. Menurut agama Islam, kolaboratif
memberikan makna yang begitu mendalam kerana dakwah Islam itu sendiri ada
yang disebarkan melalui kolaboratif antara negara. Sememangnya, pelajar dan
kepimpinan tidak dapat dipisahkan. Setiap sekolah semestinya mempunyai
beberapa badan kepimpinan yang dipimpin oleh para pelajar di sekolah
tersebut. Sebuah kepimpinan yang hebat dinilai berdasarkan prestasi dan hasil
dari organisasi itu sendiri. Oleh itu, kolaboratif dalam kepimpinan pelajar dilihat
sebagai sebuah inovasi dalam menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan
dan mudah. Pada keseluruhannya, kepimpinan yang cekap, berwibawa dan
berkualiti adalah penting untuk menggerakkan sesuatu organisasi atau
kumpulan bagi mencapai objektif dan matlamat sekolah yang cemerlang.
Kertas kerja ini akan membincangkan konsep kolaboratif, kolaboratif antara
organisasi, aplikasi kepimpinan kolaboratif dalam kepimpinan pelajar sekolah,
amalan kepimpinan yang terbaik serta cadangan penambahbaikan.

Kata kunci: Kolaboratif, kolaboratif antara organisasi, perspektif islam,
kepimpinan pelajar.

Pengenalan

Pada Abad ke-21, manusia menyaksikan pembangunan gaya hidup yang pesat
dan kemajuan teknologi yang canggih. Biarpun teknologi tampak begitu hebat
dan membawa manusia ke arah kemajuan, kemahiran manusia untuk

119 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

memimpin sangat penting bagi mencapai kejayaan. Sekalipun teknologi digital
kini mampu menghasilkan kapasiti kecerdasan buatan yang boleh 'belajar'
membuat keputusan dan memudahkan urusan seharian, keupayaan manusia
memimpin hala tuju visi dan misi sesebuah organisasi dan komuniti masih
relevan dan diperlukan (Siraj, 2020).

Pemimpin seharusnya mempunyai keupayaan untuk memimpin, visi, komitmen
dan mampu menjiwai serta membawa perubahan kepada golongan yang
dipimpinnya (Azimi, 2014). Bagi membawa sesebuah organisasi dalam abad
yang serba mencabar ini, pemimpin seharusnya lebih profesional dalam
memimpin dan menerapkan gaya memimpin tradisional serta moden. Kim
(2009) menunjukkan bahawa kepemimpinan moden mesti melibatkan saling
bergantung antara semua pihak, memahami kerumitan masalah, dan pada
masa yang sama menyedari batasan yang memaksa konsep kepemimpinan
berubah bagi mengatasinya.

Sehubungan dengan itu, salah satu kaedah atau metod yang diamalkan oleh
kebanyakan organisasi adalah berkolaboratif bersama. Ini merupakan salah
satu usaha yang dilakukan dalam menerapkan ciri kepimpinan moden dalam
kepimpinan organisasi. Selain itu, kepimpinan belia merupakan satu amalan
yang diambil berat pada abad ini bagi menjamin kualiti pemimpin masa
hadapan negara. “Generasi harapan bangsa dan negara” amat sinonim dengan
golongan belia. Belia adalah aset yang penting dalam proses membina
sesebuah negara bangsa yang berkepimpinan tinggi (Azimi, 2014). Kertas kerja
ini akan membincangkan konsep kolaboratif, kolaboratif antara organisasi,
aplikasi kepimpinan kolaboratif dalam kepimpinan pelajar sekolah, amalan
kepimpinan yang terbaik serta cadangan penambahbaikan.

Konsep Kolaboratif

Indah sungguh pelangi kerana dihiasi variasi warna yang pelbagai. Indah juga
alam yang diciptakan oleh Allah SWT yang mempunyai kolaboratif flora dan
fauna membentuk kesatuan. Apakah itu kolaboratif? Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka versi dalam talian, maksud kolaboratif ialah kerjasama
dengan seseorang atau sesuatu pihak untuk melakukan sesuatu. Amalan
kolaboratif ini telah dinyatakan dalam Al-Quran di dalam surah Al-Maidah ayat
2 seperti mana terjemahan berikut:

“Dan tolong-menolonglah kamu kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan
taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan”

Berpandukan ayat Al-Quran tersebut, Allah S.W.T menggariskan bahawa
tolong-menolong ataupun kolaboratif ini perlulah di atas landasan perkara
kebaikan, manakala larangan tolong-menolong dan kolaboratif kepada perkara

120 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

kemungkaran. Kita seharusnya menjadi insan yang sentiasa tolong-menolong
ke arah kebaikan agar sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah S.W.T.
Konsep kolaboratif juga boleh dilihat apabila Rasulullah S.A.W. menjalinkan
sebuah hubungan di antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar supaya lahirnya
rasa persaudaraan serta kekeluargaan sehingga terbina sebuah ukhwah yang
rapat sesama mereka. Dengan ini, agama Islam lebih mudah disebarkan ke
serata tempat.

Kolaboratif sangat diperlukan dalam alam kepimpinan. Mereka memiliki arah
tujuan yang sama, persamaan persepsi, rasa keinginan untuk saling bertukar
pendapat dan tekad untuk mencari penyelesaian masalah bersama-sama
merupakan antara perkara yang paling penting dalam mengadakan
kolaboratif. "Kerjasama sesebuah pasukan merupakan suatu kemampuan
bekerja secara bersama demi meraih visi yang telah ditetapkan. Kemampuan
mengarahkan prestasi individu kepada tujuan perusahaan. Hal inilah yang
menjadi pembakar semangat untuk mencapai hasil yang luar biasa. Bagi
mencapai sesuatu visi yang telah ditetapkan oleh suatu organisasi, kerjasama
dengan organisasi lain amatlah digalakkan supaya mendapat kepercayaan
banyak pihak. Sekiranya semua orang maju bersama, maka kejayaan akan
berjaya dengan sendirinya. Dengan adanya kerjasama oleh pelbagai pihak,
sesuatu kerja akan menjadi lebih mudah untuk dijalankan.

Kolaboratif Antara Organisasi

Cabaran kepimpinan pada masa kini jauh lebih mencabar berbanding masa lalu
di mana konsep kepimpinan yang banyak berubah untuk organisasi awam
mahupun swasta. Oleh kerana itu, kepimpinan moden perlu diterapkan bagi
menempuh hal-hal tersebut. Peranan kepemimpinan dalam tadbir urus
kolaboratif adalah untuk membantu pihak berkepentingan mencari
penyelesaian terbaik, pemimpin adalah sebagai pemudah cara proses
kolaboratif. Menurut laman web Indeed (2020) keupayaan untuk membentuk
dan memimpin sekumpulan organisasi adalah kemahiran penting abad ke-21
yang dapat memberikan kelebihan daya saing yang nyata terutama bagi
organisasi yang bercita-cita untuk memimpin dengan efektif.

Menurut perspektif Islam, sarjana Muslim iaitu Mohd Affandi (1992) yang
menjelaskan suatu kaedah dalam sistem pengurusan yang berkualiti iaitu
pengurusan menggunakan sistem syura (keputusan secara kolaboratif).
Konsep ini ditekankan oleh Islam yang berpaksikan daripada Al-Quran dan
Sunnah Rasulullah SAW yang amat mementingkan permesyuaratan dalam
setiap tindak tanduk seharian. Berpandukan kedua-dua ayat suci Al-Quran dari
(3:159) dan (42:38) telah jelas menggambarkan satu dorongan kepada umat
Islam untuk mengamalkan syura atau konsep bermesyuarat secara kolaboratif
dalam apa jua aktiviti dan seterusnya bertawakkal kepada Allah SWT agar

121 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

tercapai matlamat yang diharapkan. Dalam dunia perusahanan, kolaboratif
pelbagai organisasi menjadi satu kaedah yang utama pada masa kini. Motivasi
dan inspirasi bagi memajukan industri bukan lagi dengan mengamalkan
persaingan antara syarikat tetapi lebih kepada bekerjasama bagi mencapai nilai
pemasaran dan keuntungan. Oleh kerana itu, Blue Ocean Strategy telah
diwujudkan bagi menggantikan Red Ocean yang tampak tidak lagi relevan (Kim
dan Maurborgne, 2006) Pandangan yang banyak dikemukakan menyatakan
bahawa di masa depan akan ada peningkatan strategi kolaboratif dibandingkan
dengan strategi persaingan sebagai usaha untuk mencapai kemajuan.

Cabaran utama dalam kolaboratif organisasi adalah ketidak serasian kerana
melibatkan pelbagai pihak dalam melaksanakan pekerjaan dan tugasan.
Seperti yang dinyatakan oleh O’leary (2010;112-114), penglibatan banyak
pihak dalam pemerintahan di peringkat tempatan memerlukan kepimpinan
kolaboratif dijalankan mengikut syarat tertentu. Antara syarat untuk
melaksanakan kepemimpinan kolaboratif yang berkesan;

1. Kepimpinan kolaboratif mesti dipandu oleh visi yang jelas dan sama
oleh semua organisasi.

2. Kepimpinan kolaboratif memerlukan inovasi, kreativiti dan fleksibiliti
untuk meningkatkan keupayaan pemimpin mengetuai kolaboratif.

3. Kepimpinan kolaboratif mesti mempunyai komitmen yang kuat untuk
mewujudkan suasana yang kondusif dan sesuai bagi semua pihak.

4. Kepimpinan kolaboratif perlu mewujudkan lalu lintas dan pertukaran
maklumat dan pengetahuan dari unit yang berbeza yang dengan jelas
agar dapat diakses oleh semua pihak yang memerlukannya.

Aplikasi Kolaboratif Antara Organisasi Kepimpinan di Sekolah
Menengah Agama Persekutuan Bentong

Setiap sekolah mempunyai sistem dan model kepimpinan pelajar yang
tersendiri. Antara organisasi kepimpinan pelajar yang paling utama di sekolah
ialah Pengawas Sekolah. Sesetengah sekolah mempunyai beberapa
organisasi tambahan seperti Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS),
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas Asrama bagi sekolah yang
menyediakan kemudahan asrama. Organisasi-organisasi ini akan menjalankan
tanggungjawab masing-masing bagi mencapai tujuan yang sewajarnya. Badan-
badan ini juga diketuai oleh ketua masing-masing yang memberikan arahan
selari dengan arahan daripada pihak pentadbiran.

Di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB), terdapat 4
badan kepimpinan pelajar iaitu Pengawas Sekolah, PSS, PRS dan Badan

122 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Agama Dakwah dan Rohani (BADAR). 4 badan kepimpinan ini telah diasaskan
sejak penubuhan sekolah pada tahun 2012. Namun begitu, beberapa masalah
telah timbul sepanjang menggunakan kaedah ini. Antaranya, lebih daripada
satu ketua yang berada dalam kalangan pelajar menimbulkan salah faham dan
perselisihan maklumat dalam kalangan pelajar dan guru penasihat. Hal ini
kerana kurang komunikasi dan kerjasama antara semua badan kepimpinan.
Selain itu, masalah pertindihan kuasa, luar daripada skop kerja juga
menimbulkan konflik antara badan organisasi.

Oleh yang demikian, SUPERB mula menggunakan kaedah baharu bermula
tahun 2018. SUPERB mengamalkan prinsip kolaboratif antara semua
organisasi kepimpinan pelajar. Setiap organisasi diletakkan bersama dengan
sedikit keutamaan diberikan kepada Badan Pengawas Sekolah. Badan
Pengawas Sekolah pula menukar nama rasmi organisasi kepada Majlis
Kepimpinan Pelajar (MKP) bagi melambangkan kepimpinan pelajar sekolah
melalui setiap organisasi yang bersatu. Setiap organisasi diletakkan di bawah
biro masing-masing dalam model hierarki MKP. Sebagai contoh, PRS
diletakkan sebagai Biro Kebajikan, PSS diletakkan sebagai Biro Akademik dan
BADAR diletakkan sebagai Biro Kerohanian MKP. Pada tahun 2020,
pembaharuan pada hierarki MKP telah dilakukan di mana ketiga-tiga biro ini
diletakkan sebagai antara biro yang tertinggi yang digelarkan sebagai Biro
Kanan. Hierarki ini boleh digambarkan seperti dalam Rajah 1 dan Rajah 2.

High Committee Barisan Biro Kanan

Barisan Kapten & Timbalan Ketua & Ketua &
Kapten Rumah Penolong Penolong Ketua
Ketua Biro Biro Kebajikan
Barisan Biro Kanan Akademik
Barisan Biro Ahli PRS
Ahli PSS
Rajah 1. Hierarki MKP bermula tahun 2020.
Rajah 2. Kedudukan Setiap Badan
Organisasi Sebagai Biro Kanan MKP

Model ini memupuk kolaboratif antara organisasi dengan satu visi yang jelas.
Setiap organisasi berada dalam keadaan yang lebih terkawal di bawah ketua
organisasi masing-masing dan Ketua Umum sebagai pemimpin tertinggi setiap
badan kepimpinan pelajar sambil dibantu oleh High Committee (Hi-Com).

123 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Dalam hal ini, skop kerja dan jalan kerja yang dilaksanakan oleh setiap
organisasi difahami dan diketahui oleh Ketua Umum bagi mengelakkan konflik
dan pertindihan tugasan antara organisasi.

Berdasarkan kandungan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM),
pendidikan di sekolah mesti melahirkan murid yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri bagi menjamin kemenjadian pelajar (KPM, 2021).
Selari dengan peranan badan kepimpinan sekolah, setiap organisasi
menjalankan peranan bersama-sama dalam membentuk kemenjadian pelajar
SUPERB. Secara mudah, MKP memastikan disiplin murid pada tahap yang
tinggi bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bertanggungjawab.
PSS sebagai Biro Akademik Kanan MKP mengambil bahagian yang besar
dalam memastikan kecemerlangan akademik pelajar. PSS berperanan
memastikan kelicinan perjalanan kelas persediaan pelajar dan juga kelas
tambahan serta bertanggungjawab ke atas aset dan bilik khas yang digunakan
dalam pembelajaran di samping menjalankan tugas am PSS iaitu menjaga
pusat sumber sekolah. BADAR sebagai Biro Kanan Kerohanian MKP
berperanan melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi rohani. Peranan
BADAR yang tidak hanya terhad di dalam surau sekolah sahaja menjadikan
Biro Kanan Kerohanian sebagai pihak yang paling utama dalam membentuk
nilai kerohanian yang mantap dalam diri pelajar. Begitu juga dengan peranan
PRS sebagai Biro Kanan Kebajikan MKP yang sentiasa membantu pelajar
dalam menjalani kehidupan terbaik di sekolah supaya menjadi pelajar yang
berjaya. Setiap watak utama dalam menjalankan skop kerja masing-masing
sentiasa dibantu dan disokong oleh setiap organisasi yang lain. Hal ini
mewujudkan model kepimpinan yang kondusif dan lengkap apabila setiap
organisasi melengkapi dan menyokong antara satu sama lain. Namun begitu,
model ini tidak dijanjikan akan membawa kepada tahap kepimpinan pelajar
yang terbaik. Pihak sekolah sentiasa berusaha bagi menjanjikan kepimpinan
pelajar yang unggul dapat dibina suatu hari nanti.

Amalan Terbaik Kepimpinan Sekolah Menengah Agama
Persekutuan Bentong

Dalam usaha memperkasakan kemenjadian pelajar sekolah, amalan dan
program tentang nilai kepimpinan dan kecemerlangan pelajar dari pelbagai
aspek dilaksanakan oleh pihak MKP. Sebagai contoh, Hari Terbuka Asrama.
Program ini mirip karnival jual beli yang diadakan secara tahunan di SUPERB.
Selain menjayakan program ini, MKP juga bersama organisasi yang lain
mengambil peluang menyebarkan ilmu dan pengetahuan melalui pameran,
demonstrasi dan permainan bagi mendidik pelajar. Hal ini sedikit sebanyak

124 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

membimbing pelajar-pelajar ke arah yang lebih baik menggunakan kaedah
yang halus. Selain itu, bagi memantapkan ukhwah sesama pelajar, MKP juga
bertindak mengadakan acara-acara sukan dalam kalangan pelajar. Program ini
bertujuan mengeratkan ukhwah dalam kalangan pelajar di samping
menggalakkan pelajar untuk bersukan untuk kesihatan tubuh badan.
Contohnya, Kejohanan Bola Baling antara Rumah Sukan pada tahun 2019
mendapat sambutan yang hebat daripada semua warga SUPERB. Bagi
mendidik nilai kepimpinan dalam diri ahli MKP dan organisasi yang lain pula,
MKP menganjurkan kem kepimpinan atau Leadership Camp (L-Camp) pada
setiap tahun. L-Camp yang pertama dilaksanakan di Kem Tentera Kuala Repas
pada tahun 2019 bagi melatih ahli kepimpinan yang baru dilantik pada ketika
itu melibatkan setiap organisasi pelajar sekolah. Pihak MKP juga tidak berdiam
diri kerana Pandemik yang melanda. MKP juga telah menganjurkan Kursus
Kepimpinan secara atas talian pada awal tahun 2021 bagi mengisi ahli MKP
dengan nilai kepimpinan biarpun tidak ke sekolah.

Rumusan dan Cadangan

Kesimpulannya, sangatlah penting bagi mengadakan kolaborasi bagi setiap
kepemimpinan kerana ia merupakan salah satu cara yang sangat berkesan
bagi memimpin sesebuah institusi yang terdiri daripada pelbagai pihak. Pada
zaman ini, lebih banyak kerjasama antara pelbagai pihak dapat menjayakan
sesuatu visi bersama-sama. Akan tetapi, masih banyak sekolah yang belum
melaksanakan kaedah kolaboratif ini. Pihak sekolah boleh menggunakan cara
ini supaya lebih mudah untuk semua badan kepimpinan bersatu padu dalam
melaksanakan tanggungjawab serta memastikan sekolah sentiasa berada
dalam keadaan yang terkawal dan teratur.

Antara cadangan yang dikemukakan ialah pihak sekolah perlu membentuk
gabungan sebuah organisasi sekolah yang terdiri daripada semua badan
kepimpinan sekolah seperti pengawas sekolah, pengawas asrama,
pembimbing rakan sebaya, badan dakwah dan rohani serta pengawas pusat
sumber sekolah bagi memudahkan urusan setiap badan untuk bekerjasama
mencapai visi mereka. Selain itu, setiap badan kepimpinan sekolah juga perlu
mengadakan mesyuarat bersama badan kepimpinan yang lain agar dapat
berkongsi pendapat antara satu sama lain bak peribahasa, “bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Bukan itu sahaja, pihak sekolah
juga perlu menganjurkan sebuah program yang melibatkan kesemua badan
kepimpinan untuk mengeratkan lagi hubungan setiap badan.

Sebagai penutup, kolaboratif merupakan pendekatan yang sangat sesuai untuk
menjadikan sesebuah badan induk mencapai sesuatu misi dan visi. Seorang
pemimpin haruslah mengadakan hubungan yang erat bersama pemimpin-
125 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

pemipin yang lain bak kata pepatah ‘bagai aur dengan tebing’. Pemimpin di
sekolah juga harus mendengar pendapat-pendapat pelajar supaya tidak
tercetusnya perbalahan antara pemimpin dan pelajar biasa. Dengan ini, semua
pelajar di sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar di
samping mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah dengan jayanya.

Senarai Rujukan

Ainon Mohd, (2003). Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di
Tempat Kerja. Selangor : PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.

Al-Quran Al-Karim.
Anwar, A. (2016). Kolaborasi Perjuangan. Diperoleh daripada

https://www.dakwatuna.com/2016/06/17/80975/kolaborasi-
perjuangan/#axzz6ocyej9J4
Azimi, N. A. (2014). Aspirasi Kepimpinan Belia. Diperoleh daripada
http://www.iyres.gov.my/dokumen/buletin/buletin-edisi-4-2014.pdf
Indeed. (2020, December 15). Collaboration Skills: Definition and Examples.
Retrieve from https://www.indeed.com/career-advice/career-
development/collaboration-
skills#:~:text=In%20the%20workplace%2C%20collaboration%20occurs,me
mbers%20of%20a%20virtual%20team
Kamus, D. B. P. (2021). Carian Umum. Diperoleh daripada
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kolaboratif
Kim, W. C. dan Maurborgne, R. (2006), Blue Ocean Strategy: Ciptakan
Ruang Pasar Tanpa Pesaing dan Biarkan Kompetisi Tak Lagi Relevan.
Jakarta: Serambi Ilmu Semesta. (Alih Bahasa: Satrio Wah)
KPM. (2021). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Diperoleh
daripada https://www.moe.gov.my/warga-kpm/pegawai-perkhidmatan-
pendidikan/standard-kualiti-pendidikan-malaysia-skpm
Mohd Affandi, H. (1992). The Tawhidic Approach in Management and
Public Administration: Concepts, Pronciples and Alternative Model. Kuala
Lumpur: National Institute of Public Administration, Malaysia (INTAN).
O’Leary, R. David, M. V. S. & Sohne, K. (2010). The Future of Public
Administration Around the World. Washinton DC: Georgetown University
Press.
Siraj, H. H. (2020, 25 Oktober). Kepimpinan berteraskan nilai murni sejagat.
Diperoleh daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/106977/KHAS/Pendapat/Kepimpina
n-berteraskan-nilai-murni-sejagat
Soonhee, K. (2009). Management strategy for local government to strengthen
transparency in local governance. Seoul: United Nations Project office on
Governance.

126 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

OBLIGASI PEMIMPIN MUDA ISLAM PEMANGKIN
AGAMA BERMULA DARI BANGKU ALMA MATER

Awang Ameer Zikri Bin Awg Kamarruddin
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab,

93050 Kuching, Sarawak.
(E-mail: [email protected])

Dayang Nurshahdatul Syafieqa Binti Awang Rusdi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab,

93050 Kuching, Sarawak
(E-mail: [email protected])

Nur Afrina Mirza Binti Mohamad Norizam
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab,

93050 Kuching, Sarawak
(E-mail: [email protected])

Abstrak

Kepimpinan merupakan sesuatu obligasi yang wajib dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab dalam
mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara
yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada
melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugas-
tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil. Para pemimpin perlulah
mengembleng tenaga dalam memastikan sesuatu atau sesiapa yang dipimpin
itu berada dalam kondisi yang baik dan sistematik dengan menerapkan ilmu
yang diajar dari bangku sekolah. Dato Ahmad bin Haji Ismail (2011)
menyatakan dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 30
mafhumnya;

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata:
"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan

membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan

berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu
ketahui.”(Al-Quran al-Karim)

Maka jelaslah bahawa kita diutuskan di atas muka bumi ini adalah untuk
memimpin ke jalan Allah S.W.T. Kertas kerja ini akan membincangkan badan

127 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

pimpinan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji
Othman Abdul Wahab, Kuching, Sarawak yang merangkumi konsep
kepimpinan, pembahagian biro-biro, tugasan setiap badan pimpinan pelajar
dan penerapan konsep kepimpinan Islam serta program yang telah
dilaksanakan dalam badan pimpinan tersebut.

Kata kunci: obligasi pemimpin muda, khalifah, pemangkin agama, di bangku
sekolah

Pengenalan

Badan Pimpinan Pelajar (BPP) SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab telah
dibentuk semenjak kewujudan awal sekolah ini. BPP sebelum ini lebih dikenali
Sebagai Badan Pengawas telah melahirkan ramai tokoh pemimpin terkemuka
samada di peringkat negeri atau negara. Bermula lantikan pengawas sesi
2019/2020 PBB telah dirangka semula bagi memantapkan lagi orgnisasi
kepimpinan pelajar SMKA SHOAW.

BPP yang baru dilantik dari kalangan pelajar tingkatan 6 rendah, tingkatan 4,
tingkatan 3 dan tingkatan 2. Mereka telah dipecahkan kepada 3 unit utama iaitu
unit Pengawas Blok dipimpin oleh AJK Unit Disiplin, Unit Pengawas Badan
Dakwah dan Kerohanian (BADAR) dipimpin oleh Setiausaha BADAR dan Unit
Pengawas Asrama yang dipimpin oleh Ketua Warden Asrama. Ketiga-ketiga
unit ini akan bergabung di bawah satu gerak kerja Pengawas Sekolah secara
kolaboratif namun lebih berfokus kepada tiga kawasan utama sekolah yang
berlainan.

Perlembagaan Badan Pimpinan Pelajar (BPP) SMKA Sheikh Haji Othman
Abdul Wahab Tahfiz Ulul Al-Bab mula diperkenalkan pada Januari 2020 atas
tujuan menjadi dasar utama sekolah untuk mengendalikan peranan Badan
Pimpinan Pelajar lebih berkesan, konsisten dan memenuhi hasrat falsafah
pendidikan kebangsaan. Dengan ada Perlembagaan BPP maka segala bentuk
perancangan dan perlaksanaan aktiviti BPP berjalan dengan lancar dan telus.

Pembahagian Biro-biro dalam Badan Pimpinan Pelajar

Suatu konsep yang disebutkan dalam Bahasa Arab dengan istilah Al-faslu
baina As-sulathat (pemisahan antara kuasa-kuasa dalam urusan negara).
Almarhum Tun Salleh ‘Abbas mahu mengesahkan fakta yang mengatakan
bahawa Islam telah mendahului Barat dalam pelaksanaan konsep tersebut
secara praktikal (Abdul Hadi Awang, 2021).
Dalam merangka sebuah organisasi yang mantap dan sistematik, kita
hendaklah membahagikan sesuatu organisasi tersebut kepada biro-biro kecil
bagi memudahkan kerja masing-masing. Antara kebaikan daripada
128 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

pembahagian biro menurut Islam seperti ini adalah melambangkan matlamat
yang hendak dicapai dan menjadi garis panduan sesebuah organisasi.
Selain itu, membolehkan segala sumber serta usaha digerakkan ke arah
pencapaian objektif. Di samping itu, perancangan dapat dilaksanakan sebaik
mungkin dengan mengambil kira realiti masa ini, pengalaman masa lampau
serta tuntutan untuk masa hadapan dan membolehkan pengukuran dapat
dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh dan
mengenal pasti masalah, cabaran serta pendekatan yang dilakukan untuk
menghadapi masalah yang datang.

Oleh itu, pihak sekolah telah membahagikan Badan Pimpinan Pelajar ini
kepada empat buah biro iaitu, Biro Disiplin, Biro Kebersihan, Keceriaan dan
Kebajikan, Biro Protokol dan Keselamatan dan Biro Akademik. Rajah 1 berikut
merupakan biro-biro dalam BPP SMKA SHOAW.

Biro Disiplin Biro-biro dalam Biro Kebersihan,
Badan Pimpinan Keceriaan dan
Biro Protokol dan
Keselamatan Pelajar SMKA Kebajikan
SHOAW
Biro Akademik

Gambar Rajah 1. Biro-biro BPP SMKA SHOAW

Tugasan Setiap Biro dalam BPP SMKA SHOAW

Dalam sesebuah organisasi seyogia mempunyai pembahagian tugas yang
teratur seperti yang telah dinyatakan dalam subtopik sebelum ini. Dengan
adanya biro-biro ini, tugas dapat dijalankan dengan baik dan teratur.
Biro yang utama ialah, Biro Disiplin. Biro ini bertanggungjawab dalam mengurus
hal ehwal disiplin murid-murid termasuk dalam kalangan pengawas itu sendiri.
Selain itu, biro ini akan mengawal pergerakan pelajar ketika rehat di sekolah.
Sebagai contoh, rehat pertama pada jam 10 pagi, biro ini perlu mengelakkan
pelajar daripada berada di dalam kelas ketika waktu rehat kerana dikhuatiri
pelajar akan mengotorkan kelas tersebut atau berkemungkinan berlaku
kecurian di dalam kelas. Seterusnya, biro ini juga membantu guru ketika
menjalankan pemeriksaan penampilan pelajar.

Seterusnya, kita beralih kepada Biro Kebersihan, Keceriaan dan Kebajikan
pula, mereka ditugaskan untuk membantu dalam pemantauan keceriaan dan
kebersihan blok akademik untuk penilaian markah kebersihan dan keceriaan

129 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

setiap tingkatan. Di samping itu, mereka juga membantu dalam hal ehwal
kebajikan pelajar seperti tabung sumbangan khairat kematian pelajar.

Biro Protokol dan Keselamatan ini bertujuan untuk bertugas dalam pengurusan
menyambut tetamu. Tambahan pula, mereka menjadi protokol majlis rasmi,
majlis besar, perhimpunan pagi dan perhimpunan rasmi. Mereka juga akan
mengawal lalu lintas di dalam dan di luar kawasan sekolah dalam program dan
aktiviti tertentu seperti hari pendaftaran pelajar.

Dan biro yang terakhir, Biro Akademik. Biro ini membantu dalam kawalan
pelajar ketika guru mempunyai taklimat. Selain itu, mereka juga bertugas dalam
membantu guru meningkatkan akademik pelajar seperti menganalisis
keputusan akademik dan mengadakan program mentor mentee. Dalam pada
itu, biro ini membantu guru untuk menyediakan peralatan untuk program
kecemrlangan seperti pecutan SPM dan PT3.

Konsep Kepimpinan dan Kekhalifahan dalam Islam

Dalam memperkatakan tentang qiadah atau pimpinan, khususnya kepimpinan
dalam gerakan atau jemaah Islam, maka unsur-unsur yang berkait rapat
dengan pemimpin Islam iaitu bentuk pemilihan, tanggungjawab, sifat-sifat dan
pengarahan yang perlu ada kepada seorang pemimpin mestilah jelas dan
bertepatan. Tidak boleh sebenarnya sebarang pemilihan terhadap pemimpin
dilakukan secara sambil lewa dan tidak serius tanpa melalui pemerhatian yang
mendalam. Apatah lagi jika berlakunya rasuah atau penyelewengan dalam
menentukan pemimpin yang akan mencorakkan masa depan pasti akan
menjadi hijab kepada keberkatan dan akan mengundang kemurkaan Allah
SWT (Abdul Aziz Bin Harjin, 2009).

Islam menganggap setiap seorang Muslim yang mukallaf sebagai pemimpin.
Sekurang-kurangnya mereka adalah pemimpin bagi diri mereka, dan keluarga
mereka. Dengan sebab seseorang itu dianggap pemimpin bagi dirinya, beliau
tidak boleh mencampakkan dirinya dalam kemusnahan atau dalam bahaya
(Dato Ahmad bin Haji Ismail, 2011).

Pada prinsipnya, walaupun seseorang itu dianggap pemimpin, mereka tetap
tertakluk kepada sifat-sifat mahmudah seperti yang dikehendaki bagi setiap
orang Muslim, seperti sifat amanah, ikhlas, jujur, tekun, dedikasi, rajin, suka
beribadat, suka beribadat waktu malam, belas kasihan, suka tolong menolong,
suka berderma, bekerjasama, nasihat menasihati dan pada umumnya
menjalankan tugas amr makruf nahi mungkar. Sebaliknya pula beliau
hendaklah meninggalkan sifat-sifat buruk seperti nifaq, suka melakukan atau
merela orang melakukan perbuatan maksiat dan sifat-sifat lain yang dibenci

130 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

oleh Syara’. Di samping itu, beliau dipertanggungjawabkan bagi setiap
perlakuan dan perbuatannya sebagai pemimpin.

Kepimpinan yang berkualiti adalah merupakan teras terpenting dalam
menjamin kemantapan dan keberkesanan proses pencapaian visi dan misi
yang diinginkan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Sebagai umat Islam
yang berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, kita mempercayai bahawa
Rasulullah S.A.W adalah satu-satunya insan yang memiliki ciri atau kriteria
kepimpinan yang terbaik untuk dicontohi oleh umat sepanjang zaman. Hal ini
amatlah penting, terutamanya dalam membentuk jadi diri seorang Daie yakni
pendakwah yang hidup pada zaman kontemporari, yang mana bakal
berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran dalam menjalani tanggungjawab
penyampaian risalah dakwah Islamiyyah kepada masyarakat umum. (Redwan
bin Yasin, Sayuti Ab. Ghan & Burhanuddin bin Jalal, 2014).

Oleh itu, konsep kepimpinan yang berjaya menuntut supaya Islam yang
merangkumi konsep iman dan amal soleh dapat ditegakkan dalam diri setiap
individu, keluarga dalam organisasinya, masyarakat dan negara sehingga
kesepaduan antara kepentingan dunia dan akhirat dapat dicapai (Anonymous,
2009).

Aktiviti yang dianjurkan BPP Pengawas SMKA SHOAW

Antara aktiviti yang dianjurkan BPP Pengawas adalah seperti mengadakan
Program Mentor Mentee. Program ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah
dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia,
berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
memenuhi keperluan negara menjadi sebuah negara maju menjelang tahun
2020.
Selain itu, badan pimpinan ini juga mengadakan Majlis Hi-Tea Pengawas setiap
kali pada hujung tahun. Majlis seperti ini dapat menimbulkan rasa syukur dan
menyemarakkan lagi semangat keserakanan di kalangan ahli dan memberikan
peluang untuk ahli bertukar pendapat dalam suasana yang santai.

Kesimpulan

Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W yang diberi amanah tanggungjawab
oleh Allah sebagai khalifah untuk memakmurkan alam ini daripada segala
kemungkaran dan kefasiqkan dengan tugas kepimpinan yang tertentu mengikut
tahap dan peringkat yang berbeza-beza, iaitu sebagai individu, ahli keluarga,
pemimpin masyarakat, pemimpin bangsa dan pemimpin negara termasuklah
badan pimpinan pelajar di sekolah adalah bertanggungjawab bagi meneruskan

131 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

risalah dan perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W, demi kebaikan dan
kesejahteraan seluruh umat manusia.

Justeru itu, marilah kita bersama-sama menyemarakkan dan memartabatkan
kepimpinan Islam terutama dalam kalangan pelajar di sekolah, kerana dari
bangku sekolahlah individu akan dibentuk menjadi insan yang berguna kepada
bangsa dan negara. Senario ini seiring dengan definisi sekolah dan alma mater
yang mempunyai obligasi besar dalam mendidik masyarakat.

Rujukan

Al- Quran al-Karim, tafsir pimpinan al-Rahman
Ismail, A. H. (2011, Februari 13). Muafakat Konsep Kepimpinan Dalam Islam.

Diperoleh daripada
https://muafakatmalaysia.wordpress.com/2011/02/13/konsep-kepimpinan-
dalam-islam/
Awang, A. H. (2021, Februari 6). Islam dan Konsep Pembahagian Kuasa.
Harakah Daily, diperoleh daripada
https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/06/islam-dan-konsep-
pembahagian-kuasa/
Anonymous. (2009, Disember 22). Konsep Kepimpinan Dalam Islam.
Diperoleh daripada
https://www.risda.gov.my/images/pdf/Penerbitan/Dasar_Kualiti/2009/Bil-
12-2009/33.pdf
Harjin, A. A. (2009, April). Islam Sebagai Al-Din Kepimpinan Dalam Islam.
Diperoleh daripada http://076115islam.blogspot.com/2009/04/kepimpinan-
dalam-islam.html
Yasin, R. , Ghan, S. A. & Jalal, B. (2014). Aplikasi Kualiti Kepimpinan
Rasulullah S.A.W. dalam Pembentukan Jati Diri Pendakwah Masa Kini:
International Journal of Quranic Research, 6(2), 69-82.

132 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

PERANAN KEPIMPINAN DALAM MEMBENTUK
BELIA ISLAM YANG BERKUALITI

Abdul Rahman Bin Mohamad Nadzir
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP, d/a Masjid
Saidina Othman Ibn Affan Bandar Tun Razak, Cheras, 56000,

Kuala Lumpur.
(E-mail: [email protected])

Amnee Binti Mohd Hafizal
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP, d/a Masjid
Saidina Othman Ibn Affan Bandar Tun Razak, Cheras, 56000,

Kuala Lumpur.
(E-mail: [email protected] )

Nur ‘Aqilah Binti Ahmad Shah
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP, d/a Masjid
Saidina Othman Ibn Affan Bandar Tun Razak, Cheras, 56000,

Kuala Lumpur.
(E-mail: [email protected])

Abstrak

Seiring dengan perkembangan semasa, kepimpinan merupakan satu aspek
yang perlu dititikberatkan walaupun dalam sekecil-kecil organisasi. Selain ciri-
ciri kepimpinan yang mantap, struktur organisasi yang sistematik juga
memainkan peranan yang dominan dalam memastikan pentadbiran yang
cekap. Dengan pengagihan tugas yang sama rata dan saksama, tugas yang
perlu diselesaikan akan menjadi lebih mudah. Setiap ahli mempunyai jawatan
masing-masing dalam suatu organisasi. Justeru, ketua mestilah memberikan
arahan atau tugasan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan atau
kesilapan dalam pelaksanaan tugas. Ahli-ahli lain pula mestilah menzahirkan
sifat taat kepada ketua supaya tidak timbul pemberontakan atau permasalahan
dalam sesuatu organisasi. Sebagai contoh, Rasulullah S.A.W bijak dalam
memberikan arahan dan para sahabat sentiasa patuh kepada perintah
Baginda. Hal ini mewujudkan satu organisasi yang harmoni dan stabil. Firman
Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud "Wahai orang-
orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil
Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berselisih
pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur'an) dan
Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang
133 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."Kertas kerja ini
akan membincangkan tentang Model Kepimpinan Badan Pengawas Sekolah
serta program/amalan terbaik dalam meningkatkan produktiviti dan
keberkesanan Badan Pengawas Sekolah dari pelbagai aspek

Kata kunci: Kepimpinan, Struktur Organisasi, Tugas.

Pengenalan

Dalam meniti arus kemodenan ini, semua sekolah berebut-rebut untuk
meletakkan nama sekolah mereka di tangga yang terbaik tanpa sebarang kes
salah laku murid direkodkan dan semua program yang dijalankan di dalam
sekolah berjalan dengan lancar. Meskipun begitu, sudah semestinya agak
sukar untuk sesebuah sekolah mencatatkan sifar kes salah laku murid lebih-
lebih lagi pada zaman yang penuh pancaroba ini.

Tugas membentuk semua murid supaya bersahsiah, bermoral dan berdisiplin
tinggi amat mencabar minda pihak pentadbiran sekolah kerana karenah murid-
murid yang pelbagai. Ditambah pula dengan ibu bapa dan penjaga yang sering
menyalahkan pihak sekolah jika anak atau anak jagaannya bermasalah
sedangkan pihak sekolah telah pun melakukan yang terbaik. Usaha mendidik
murid-murid supaya berdisiplin bukanlah satu hal yang mudah tetapi jika semua
pihak bersama-sama bergabung tenaga untuk menjayakan misi ini, ia pasti
menjadi satu tugas yang mudah. Barisan pimpinan pelajar merupakan
organisasi yang paling diperlukan untuk membantu pihak sekolah dalam usaha
mendidik dan mendisiplinkan murd-murid ini. Menurut bekas Menteri
Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik, seorang pemimpin yang hebat pasti
mampu memimpin sesebuah organisasi dengan baik. Persoalannya, apakah
peranan pemimpin pelajar di sekolah?

Kepimpinan Melahirkan Peribadi Unggul

Peranan utama pengawas sekolah semestinya untuk membantu pihak
sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin, bersahsiah tinggi serta
mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah dengan sebaik mungkin.
Pengawas telah diklasifikasikan sebagai orang kedua selepas guru dalam
membentuk peribadi murid yang mulia dan mengharmonikan sekolah. Soal
membentuk dan melahirkan murid yang berdisiplin amat penting kerana
Khalifah Umar Al-Khattab pernah berkata, ‘Jika kamu ingin mengetahui masa
depan sesebuah negara, lihatlah generasi muda yang berada di hadapan
anda’. Maka, kata-kata ini menunjukkan bahawa generasi muda yang

134 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

berdisiplin, berdedikasi dan beriltizam dalam setiap aspek amat penting
kepada negara dan jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada
generasi muda itu.

Pengawas sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru-guru
menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan di
sekolah. Pengawas sekolah berperanan sebagai ikon atau idola yang
membawa pengaruh positif kepada rakan sekolah sebaya. Pimpinan ini juga
bertanggungjawab dan berperanan membantu pihak sekolah menganjurkan
program. Selaku pengantara kepada pihak guru dan murid, pemimpin-
pemimpin ini perlu sentiasa berbincang dengan pentadbir sekolah agar
undang-undang sekolah diperketat dan dipatuhi sepenuhnya oleh murid-
murid. Ia merupakan antara prakarsa yang perlu diambil kira dan
diaplikasikan agar disiplin pelajar sentiasa dalam keadaan yang terkawal dan
mampu membantu pihak sekolah dalam membentuk sahsiah diri murid yang
unggul seterusnya melahirkan anak-anak jati Malaysia yang mampu
mengharumkan nama negara.

Struktur Organisasi

Organisasi bermaksud kesatuan (susunan dan sebagainya) yang terdiri
daripada bahagian-bahagian, orang dan lain-lain dalam sesuatu pertubuhan,
perkumpulan, perbadanan, untuk tujuan-tujuan tertentu seperti kepentingan
bersama dan sebagainya. Syed Ismail Syed Mustapa (2013) berpendapat
organisasi digunakan sebagai wadah dimana setiap kakitangan berkumpul,
bekerjasama secara sistematik, berorganisasi, terpimpin dan terkendali dalam
memanfaatkan sumber yang digunakan secara efisen dan efektif untuk
mencapai tujuan organisasi. Kepimpinan merupakan kebolehan untuk
mempengaruhi orang bawahan kearah mencapai matlamat sesuatu organisasi.

Secara rumusnya, organisasi merupakan sistem pendidikan negara
bergantung kepada organisasi-organisasi sistem pendidikan itu sendiri. Antara
organisasi penting yang bertujuan untuk memastikan kemajuan dalam bidang
pendidikan ialah organisasi sekolah. Contoh organisasi dalam sesebuah
sekolah ialah Badan Kepimpinan Pelajar seperti Pengawas Sekolah yang terdiri
daripada Ketua Pengawas Sekolah sebagai Ketua Barisan Pimpinan Pelajar
dan wakil murid, serta dibantu oleh Timbalan Ketua Pengawas Sekolah.
Barisan Pengawas Sekolah ini juga disokong oleh setiausaha dan bendahari
yang berwibawa serta biro-biro yang sentiasa bersemangat menjalankan tugas
dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Carta organisasi pengawas

135 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

sekolah SMISTA-MAIWP adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambar Rajah
1 berikut;

Ketua Pengawas Sekolah

Penolong Ketua Pengawas Sekolah

Setiausaha Bendahari
Timbalan Setiausaha Timbalan Bendahari

Biro Disiplin Biro Multimedia Biro Tugas-tugas
Perhimpunan khas

Gambar Rajah 1. Carta Organisasi Pengawas Sekolah SMISTA-MAIWP.

Tugas

Dalam usaha untuk membentuk disiplin dan peribadi unggul pelajar, para
pemimpin sekolah haruslah melaksanakan tugas yang telah diberikan. Hal ini
bertujuan untuk memastikan segala peraturan akan dituruti dan pengurusan
sekolah berjalan dengan lancar. Tugas-tugas pengawas sekolah merangkumi
pelbagai aspek dan dipecahkan kepada beberapa biro . Hal ini bertujuan agar
setiap pengawas mempunyai tugas tetap masing-masing. Antara biro yang
ditubuhkan adalah tidak lain tidak bukan biro disiplin, biro perhimpunan, biro
multimedia serta biro tugas-tugas khas.

Biro disiplin semestinya ditugaskan untuk memastikan semua murid menepati
masa sepanjang sesi persekolahan. Selain itu, pengawas sekolah juga akan
memastikan etika pemakaian sekolah sentiasa dipatuhi dengan mengambil
inisiatif untuk mengadakan pemeriksaan mengejut. Beralih kepada biro
perhimpunan pula, pengawas-pengawas akan menyusun dan memastikan
segala majlis atau program yang diadakan oleh pihak sekolah berjalan dengan
lancar. Dalam usaha memastikan pelajar-pelajar tidak ketinggalan tentang isu
semasa, biro multimedia akan menjalankan tugas dengan menampal artikel
atau berita isu semasa pada papan informasi agar semua pihak cakna terhadap
isu semasa. Bagi melengkapkan tugas, biro tugas-tugas khas diperlukan dan
pengawas-pengawas ini bertanggungjawab untuk membantu guru di dalam
menguruskan majlis dan menolong biro-biro lain. Konklusinya, setiap pengawas
sekolah haruslah menjalankan amanah yang diberikan dan saling bekerjasama
agar pengurusan sekolah dan murid dapat berjalan dengan lancar.

136 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Program / Amalan Terbaik

Seiring dengan topik yang dibawa, sudah semestinya Barisan Pengawas
Sekolah SMISTA-MAIWP telah menganjurkan beberapa program menarik
untuk para pelajar bagi mencapai tahap keperibadian terpuji dalam diri masing-
masing dan agar mereka mampu menjadi contoh yang terbaik untuk
masyarakat diluar sana.
Antara amalan atau program terbaik yang pernah dianjurkan ialah Jemaah Awal
Waktu Sifar Masbuk atau lebih dikenali sebagai JAWSIM. Program ini diadakan
bertujuan untuk mendidik para pelajar supaya sentiasa mengutamakan solat
jemaah pada awal waktu walau sesibuk mana pun seseorang itu dengan
urusan keduniaan dibandingkan dengan seruan Illahi. Berkat usaha semua
pihak, program ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan
jumlah pelajar yang masbuk juga dapat diminimumkan. Seterusnya, amalan
wajib mingguan ialah qiyamullail dimana semua pelajar wajib turun ke surau
untuk menunaikan solat malam secara berjemaah pada setiap hari Sabtu dan
Ahad. Dalam usaha untuk menjayakan program ini, pengawas sekolah akan
menggerakkan pelajar untuk turun ke surau dengan dibantu oleh Badan
Kepimpinan Pelajar yang lain agar solat malam secara berjemaah ini dapat
dijalankan dengan lancar. Disamping itu, pengawas juga bergiat aktif untuk
melakukan aktiviti yang melibatkan masyarakat luar. Program Singgah Sahur
pernah julung-julung kalinya diadakan dimana para pengawas telah pergi ke
sebuah rumah anak yatim di Cheras untuk bersahur bersama-sama dengan
mereka. Seminggu sebelum hari kejadian, pengawas telah meminta para
pelajar untuk mengumpulkan barang-barang yang ingin mereka infaqkan
kepada anak-anak yatim tersebut. Hasilnya, program ini sangat memberi kesan
yang mendalam kepada semua pihak dalam mensyukuri segala nikmat yang
telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Rumusan

Secara tuntasnya, terdapat puluhan malah ratusan ciri yang membentuk
seseorang pelajar untuk menjadi cemerlang. Semua pihak tidak kira tua atau
muda berperanan dalam membimbing dan menjadi contoh terbaik kepada para
pelajar dalam menjadi seorang individu yang berguna kelak untuk keluarga,
masyarakat dan negara. Semoga generasi muda hari ini dapat menepati ciri-
ciri modal insan minda kelas pertama iaitu mempunyai kualiti diri yang tinggi
dari segi akademik, kokurikulum, disiplin, sahsiah dan pegangan agama yang
disebut-sebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Diharapkan golongan
pelajar cemerlang ini berjaya dihasilkan dan menjadi harapan nusa bangsa
untuk meletakkan daya saing negara di pentas antarabangsa. Persis kata
peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

137 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Senarai Rujukan

Remie Farizf. (2018). Bab 4 : Kepimpinan dan Organisasi. Diperolehi
daripada https://remiefarizf.wordpress.com/2018/12/27/bab-4-
kepimpinan-dan-organisasi/

Anonymous. (2013). Seindah Bahasa. Diperolehi
daripada
http://panitiabmkevken.blogspot.com/2013/05/kara
ngan-cemerlang-bahagian-b.html?m=1

Anonymous. (2021). Ciri-ciri Pelajar Cemerlang.
Diperolehi daripada
https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pelajar-
cemerlang.html

Wanhaziraa. (2021). PERANAN PEMIMPIN PELAJAR DI SEKOLAH.
Diperoleh daripada

https://www.scribd.com/document/471171111/PERANAN-PEMIMPIN-
PELAJAR-DI-SEKOLAH docx#download.
Muhammad Khairi Mahyuddin.(2019) Kepimpinan Berdasarkan Kecerdasan
Hati. Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/publication/337292548_KEPIMPINAN_
BERDASARKAN_KECERDASAN_HATI_DALAM_ISLAM
Al Quran Al Karim

138 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

KEMELUT SAHSIAH DIRI MURID: KEPIMPINAN DI
ASRAMA SALAH SATU CABANG SOLUSI

Muhammad Najmi bin Aizam
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman,

24100 Kemaman, Terengganu.
(E-mail: [email protected])

ABSTRAK

Dalam meneladani arus pascamodenisme yang semakin mencabar dari
semasa ke semasa ini, nusa yang kita cintai ini dilanda kemelut sosial dalam
kalangan remaja. Remaja pada zaman millenium ini terdedah dengan dunia
tanpa sempadan menyebabkan tercetusnya pelbagai masalah sosial.
Senario ini jika dibiarkan menular dalam kalangan remaja kita akan
mengakibatkan keruntuhan moral dalam diri mereka. Majoriti masyarakat
lepas tangan dalam menyelesaikan masalah ini. Kemelut ini berterusan
sehinggalah kini terdapat pelbagai permasalahan sosial di kalangan remaja
yang menjadi ancaman keamanan sejagat juga menjadi penghalang dalam
kemajuan negara. Kebanyakannya beranggapan tugas ini terletak di pundak
pentadbiran sekolah dan juga tenaga pendidik. Hakikatnya, ramai tidak
menyedari bahawa badan kepimpinan asrama merupakan salah satu
modus operandi kemenjadian murid di asrama. Kertas kerja ini akan
mengetengahkan konsep serta kaedah yang digunapakai di SM Imtiaz YT
Kemaman bagi melahirkan insan yang Rabbani sekaligus menbentuk
sahsiah diri yang unggul.

Kata kunci: Masalah sosial, sahsiah diri, badan kepimpinan asrama, konsep
dan kaedah.

Pengenalan

Marcapada, dalam menempuhi arus modenisasi yang menerjah watan tanpa
diundang, remaja kontemporari lebih selesa mengatur kehidupan sendiri tanpa
batasan dan kekangan sekali gus meruntuhkan altitud moral dalam diri mereka
tanpa disedari. Dalam dunia mengejar modenisasi ini, kita dapat saksikan
banyak isu mengenai masalah social dalam kalangan remaja dan meniti dari
bibir ke bibir anggota masyarakat di negara kita. Kebanyakan masyarakat
terutamanya ibu bapa memandang enteng terhadap kemelut yang melanda
negara kita ini menyebabkan ramai anak muda watan ini terjatuh ke dalam

139 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

jenayah remaja atau lebih dikenali sebagai kes juvana. Kadar peningkatan
krisis ini berlaku penurunan pada tahun 2020 tetapi masih pada kadar yang
membimbangkan. Sebagai contoh, statistik oleh Ketua Polis Diraja Malaysia
Johor menunjukkan penurunan sebanyak 692 kes pada tahun 2020 berbanding
pada tahun 2019. (Zulhisham Isahak, 2020). Hal ini merunsingkan kerana
masalah sosial dalam kalangan remaja telah menggugat kredibiliti dan
profesionalisme pentadbiran sekolah melalui pelbagai komen yang kurang enak
didengar.

Mutakhir ini, cabaran ibu bapa dan tenaga pendidik dalam mendidik anak-anak
zaman ini, bukan sekadar ilmu, tetapi yang lebih utama adab bersama ilmu dan
guru. Tanpa adab bersama ilmu dan guru, tiadalah barakah mahupun kejayaan.
Kedua-duanya dapat membentuk sahsiah diri remaja untuk menangani
masalah sosial. Benarlah kata Ibn al-Mubarak, “Kita ini lebih memerlukan
sedikit adab berbanding ilmu yang banyak”. Selari dengan pendekatan berikut,
ramai pihak bersetuju salah satu modus operandi dalam menyelesaikan
masalah ini adalah penempatan murid di asrama. Langkah ini dapat
mendisiplinkan murid dalam kalangan remaja implisit membentuk sahsiah diri
remaja. Tetapi, adakah pembentukan sahsiah diri murid menjadi obligasi penuh
tenaga pendidik setiap masa?

Cakera buana telah membawa arus perbezaan dalam mendidik murid pada
masa kini. Kini, kebanyakan sekolah-sekolah berasrama telah menubuhkan
badan perwakilan asrama dalam kalangan murid. Dalam erti kata lain, mereka
adalah jalan alternatif tenaga pendidik bagi mengenalpasti masalah berhubung
hal-hal kebajikan, disiplin dan keperluan hak-hak murid. Badan perwakilan
asrama merupakan uswah dalam kalangan murid menjadikan cara ini adalah
yang paling efektif kerana remaja lebih selesa berkongsi masalah serta
kebimbangan mereka dengan rakansebaya. Pada waktu yang sama, badan
kepimpinan ini perlu memikirkan jalan terbaik untuk membantu guru-guru dalam
membentuk kemenjadian murid di asrama. Oleh itu, model kepimpinan yang
unggul serta program dan amalan yang interaktif amatlah penting bagi
menubuhkan organisasi badan kepimpinan yang dapat membentuk
kemenjadian murid.

Model Kepimpinan Asrama di SM Imtiaz YT Kemaman

Badan perwakilan asrama di SM Imtiaz YT Kemaman lebih dikenali sebagai
Majlis Perwakilan Asrama (MPA). MPA merupakan satu organisasi murid yang
ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman pada murid menjadi
pemimpin di masa depan. Organisasi ini terdiri daripada para murid yang diberi
kepercayaan daripada guru bagi membantu pengurusan asrama dan
menangani masalah disiplin murid.Secara kesimpulannya, MPA merupakan
satu organisasi murid yang berada dibawah bimbingan pengurusan asrama

140 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

yang berfungsi untuk melicinkan proses pengurusan murid di asrama. Gambar
Rajah 1 merupakan hierarki kepimpinan asrama di SM Imtiaz YT Kemaman:

Gambar Rajah 1: Hierarki kepimpinan asrama di SM Imtiaz YT Kemaman

Pihak pentadbiran terdiri daripada Pengetua, barisan Guru Penolong Kanan
dan barisan guru kepimpinan murid. Pihak atasan berfungsi untuk menganalisis
dan memberi arahan kepada Majlis Perwakilan Asrama bagi menguruskan para
murid. Pihak Pengurusan Asrama merupakan organisasi yang terdiri daripada
kalangan tenaga pendidik mahupun warga sekolah. Pengurusan asrama
kebiasaannya mempunyai ketua warden, warden dan juga warden khas.
Mereka merupakan pihak yang paling hampir mendorong dan membimbing
MPA dalam menyelesaikan masalah pengurusan asrama. Pengurusan Asrama
juga merupakan wahana para MPA dalam menyuarakan atau mengemukakan
masalah-masalah dalam kalangan murid kepada pihak atasan untuk dibudi
bicarakan. Kemudian, organisasi ini disusuri atau disusuli lagi dengan Majlis
Perwakilan Asrama yang dianggotai oleh 10 orang ahli. MPA diwakili oleh 6 biro
iaitu Biro Akademik, Biro Sukan, Biro 4K, Biro Kulinari, Biro Laundri, Biro Disiplin
dan Rohani. Terdapat sedikit keunikan dalam kepimpinan SM Imtiaz YT
Kemaman iaitu setiap murid yang memegang jawatan Kapten Asrama dan
Timbalan Kapten Asrama secara automatik menyandang jawatan dalam Majlis
Perwakilan Pelajar seperti di Gambar Rajah 2:

Gambar Rajah 2: Jawatan MPP yang disandang secara automatik oleh Kapten Asrama dan
Timbalan Asrama

Seterusnya, setiap permasalahan atau perkara berbangkit yang berat akan
dibentangkan dalam mesyuarat MPP untuk diselesaikan bersama-sama.
Pakatan diantara MPP dan MPP dapat mengukuhkan sistem pengurusan
asrama menjadi lebih pragmatik. Segala program dan aktiviti
141 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

diimplementasikan bersama bagi melicinkan proses perlaksanaan. Majlis
Perwakilan Asrama (MPA) wajarlah mempunyai kriteria yang bitara untuk
dijadikan pemimpin. Antara kriteria pelantikan MPA ialah murid yang dipilih
haruslah berpengaruh, bijak, berkaliber, berdisiplin dan bertanggungjawab ke
atas tugasan yang diamanahkan. Hal ini kerana antara peranan MPA adalah
saluran bagi para murid mengemukakan masalah-masalah mereka kepada
pihak sekolah atau asrama. Selain itu, mendengar luahan masalah berkaitan
hal-hal kebajikan, disiplin dan hak-hak murid merupakan satu obligasi kepada
setiap ahli.

Program dan Amalan di Asrama SM Imtiaz YT Kemaman Ke Arah
Membentuk Sahsiah Diri Murid.

Misi melahirkan murid yang mempunyai sahsiah diri terpuji tidak hanya akan
tercapai dengan struktur organisasi kepimpinan yang baik. Berdasarkan
pengetahuan awam, majoriti suara berpendapat mengubah peribadi dan
membentuk sahsiah diri seseorang bukanlah perkara yang mudah untuk
dilakukan. Kita haruslah mempunyai inisiatif yang mantap untuk memupuk
peribadi yang unggul dalam diri murid. Dengan moto “Asrama terbilang
pelajar dijulang”, konsep transformasional digunapakai dalam menjalankan
tugas dan menguruskan asrama di SM Imtiaz YT Kemaman. Konsep
transformasional merupakan konsep yang membawa perubahan dalam
menjalani kehidupan seharian setiap murid di asrama. Sehubungan itu,
MPA telah membina jadual kerja serta tugasan untuk menguruskan dan
memantau kehidupan seharian murid di asrama. Majlis Perwakilan Asrama
(MPA) telah mempunyai tugasan seharian yang telah diamanahkan seperti
di Gambar Rajah 3:

Gambar Rajah 3: Menunjukkan tugasan seharian MPA di SM Imtiaz YT Kemaman

142 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

“Gempur subuh’’ merujuk kepada operasi mengejutkan murid-murid di asrama.
MPA bertugas dikehendaki bangun lebih awal untuk memasang alunan zikir di
pembesar suara. Apabila alunan zikir sudah terpasang, para murid dikehendaki
bangun dan mempersiapkan diri untuk ke surau bagi mengerjakan solat subuh
berjemaah. Di setiap blok telah ditetapkan bilik setiap firqah berdasarkan sistem
firqah yang diterapkan oleh pengurusan asrama. Setiap firqah akan dironda
oleh MPA bertugas kerana murid-murid bukan sahaja perlu bersiap sedia untuk
ke surau sahaja malah untuk ke sekolah. Hal ini kerana, jadual sekolah di SM
Imtiaz YT Kemaman bermula dengan tahdir pada pukul 6.40 pagi. Seterusnya,
ahli-ahli MPA akan melakukan pemeriksaan kebersihan dorm bagi memastikan
dorm dalam keadaan baik setiap masa. Pemeriksaan kebersihan dorm akan
dilaksanakan dengan menggunakan borang pemarkahan 3K dorm supaya tidak
berlaku ketidakadilan dalam pemarkahan. Selain itu, “sahutan maghrib”
merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mendisiplinkan masa para
murid. Alunan nasyid akan dipasangkan oleh MPA bertugas bagi menyedarkan
murid-murid bahawa telah tamat waktu beriadah dan perlu bergegas ke dewan
makan ataupun dorm untuk mempersiapkan diri ke surau tepat pada pukul 7
petang.

Disamping itu, kami juga menggunakan inisiatif “Ops Malam Bisu’’ sebagai
uslub masalah murid-murid yang tidak mematuhi waktu “prep malam’’ yang
telah ditetapkan. Cara ini disempurnakan dengan bantuan badan-badan
kepimpinan di sekolah. Setiap ahli badan kepimpinan akan ditugaskan untuk
memastikan para murid membuat kerja sendiri pada kadar masa yang
ditetapkan. Maka, masalah murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah dapat
diselesaikan. Dalam pada itu, para murid akan naik ke dorm masing-masing
selepas makan malam untuk membersihkan dorm. Hal ini wujud akibat
daripada masalah dalam kalangan murid yang mempunyai kekangan masa
untuk mengemas dorm pada waktu pagi sehingga terdapat murid yang lambat
ke surau. MPA akan memantau murid-murid membersihkan dorm ala kadar
bagi mengurangkan bebanan kepada mereka. Akhir sekali, murid-murid akan
diperingatkan untuk menutup lampu bilik apabila alunan surah al-Mulk selesai.

MPA juga melaksanakan “rollcall’’ mingguan untuk mengumumkan masalah-
masalah yang berlaku di asrama sepanjang minggu tersebut. Murid-murid
boleh menyuarakan atau mengemukakan masalah yang dialami berkaitan
pengurusan asrama justeru MPA boleh menyelesaikannya. Setiap hujung
minggu juga akan diadakan gotong-royong asrama yang dapat mewujudkan
suasana ‘bagai aur dengan tebing’ diantara tingkatan. Aktiviti senamrobik juga
dilaksanakan bagi menjaga kecergasan fizikal serta kecerdasan mental para
huffaz.

143 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Pengurusan asrama dengan kerjasama MPA juga melaksanakan sebuah
program yang amat dinanti-nantikan oleh murid-murid pada setiap tahun.
Program ini merupakan satu modus operandi untuk meraikan para murid dalam
mengharumkan nama sekolah juga usaha mereka dalam memeriahkan setiap
aktivti yang telah diadakan oleh pentadbiran sekolah. Malam Apresiasi Asrama
adalah tradisi turun temurun di asrama SM Imtiaz YT Kemaman yang
dianjurkan oleh pihak pengurusan asrama pada setiap penggal persekolahan.
Program ini deserikan lagi dengan persembahan yang disediakan oleh pelajar
mahupun murabbi murabbiah SM Imtiaz YT Kemaman. Objektif tambahan
program ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim
serta semangat kekitaan antara murid dan tenaga pendidik.

Antara aktivti yang diadakan ialah persembahan murid-murid, penyampaian
insentif kepada murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah,
penyampaian hadiah kepada pemenang dalam setiap pertandingan yang
dianjurkan oleh MPA. Bukan itu sahaja, murabbi dan murabbiah juga
menyediakan persembahan tambahan kepada anak didik kesayangan mereka.
Pengumuman yang paling dinantikan oleh para murid serta guru ialah “Juara
Firqah Terbaik” berdasarkan pemarkahan sepanjang tahun. Sistem firqah yang
diterapkan mempunyai pemarkahan tersendiri untuk memotivasikan para murid
dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan
asrama. Kemuncak program ini ialah jamuan makan malam yang disediakan
oleh pihak pengurusan asrama bersama ahli-ahli MPA. Jamuan makan malam
akan diserikan dengan montaj-montaj yang disediakan oleh para murid.
Program ini secara tidak lansung dapat meningkatkan semangat dan usaha
murid-murid untuk mengekalkan potensi serta meningkatkan ikhtiar mereka
dalam aspek kurikulum, kokurikulum serta sahsiah diri di sekolah. Jelaslah
bahawa, program ini mampu membentuk kemenjadian murid di asrama.

Rumusan

Sebagai penutup wacana ini, jelaslah bahawa corak atau model kepimpinan
yang unggul serta program dan amalan yang pragmatik amatlah penting dalam
sesebuah organisasi kepimpinan. Sehubungan dengan itu, pengurusan asrama
SM Imtiaz YT Kemaman telah mengambil inisiatif dalam membentuk Majlis
Perwakilan Asrama (MPA) yang bertujuan mengenalpasti punca dan masalah
yang wujud dalam kalangan murid bagi melicinkan pengurusan murid di
asrama. Selain dari itu, MPA juga merupakan satu organisasi kepimpinan bagi
memberi pendedahan dan pengalaman menjadi pemimpin di masa depan.
Badan kepimpinan asrama juga inisiatif pihak pentadbiran yang bertujuan

144 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

mewujudkan keperibadian yang terpuji dalam kalangan murid seterusnya
melahirkan murid bersahsiah unggul di SM Imtiaz YT Kemaman. Hal ini penting
bagi melahirkan para pelajar yang berkepimpinan serta mampu menyesuaikan
diri dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran dan ujian terutamanya
cabaran ketika berhadapan dengan masyarakat lain. Selain dari itu, MPA yang
telah dilantik wajarlah melaksanakan tanggungjawab dengan menjadi
pemimpin yang berdedikasi dan berusaha membentuk sahsiah diri murid di
asrama. Konsep transformasional yang diterapkan dapat membawa perubahan
dalam menangani kemelut sahsiah diri murid. Hal ini bersangkut paut dengan
solusi permasalahan sosial dalam kalangan remaja. Dorongan melakukan
perubahan masyarakat dipertegas oleh firman Allah dalam Surat Ar Ra'du ayat
11: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah kondisi (nasib) suatu kaum, sebelum
mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka” (QS. 13: 11). Justeru itu,
MPA telah mengambil banyak inisiatif dengan menjalankan pelbagai program
dan amalan yang bertujuan membentuk kemenjadian diri murid agar menjadi
masyarakat yang berguna, bersahsiah dan bermutu tinggi pada masa akan
datang. Akhirul kalam, suka untuk saya sentiasa membawa pesanan pantun
yang dibuat oleh penolong kanan hal ehwal murid SM Imtiaz YT Kemaman iaitu:

“Wahai anak-anakku,
Jadilah seperti bernih yang bernas,
Bertahun-tahun dijemur panas,
Digetus getas binatang buas;
Tetap tumbuh mencetus tunas.”

Senarai Rujukan

Lian, C. P., Chueen, L. L. & Yeong, V. L. Y. (2005). Isi-Isu Masalah Disiplin

Pelajar :

Pendekatan Dan Penyelesaian. Jurnal Seminar Pendidikan 2005, Fakulti

Pendidikan, UTM, 2-4.

Soebagio, P. (2018, September 5). Mengenal Kepimpinan dan Model

Kepimpinan.

Diperolehi daripada https://www.djkn.kemenkeu.go.id/kanwil-jateng/baca-

artikel/12708/Mengenal-Kepemimpinan-dan-Model-Kepemimpinan.html.

Anonymous. (2018, November). Peranan pemimpin sekolah atau pengawas

sekolah.

Diperolehi daripada https://ohkarangan.blogspot.com/2018/11/peranan-

pemimpin-sekolah-atau-pengawas.html

Hashim, M.F. (2020, Disember 2). Trend jenayah remaja dan kanak-kanak

membimbangkan. Diperolehi daripada

145 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH


Click to View FlipBook Version