membincangkan konsep pengurusan organisasi Pembimbing Rakan Sebaya
yang sistematik yang bertindak sebagai wadah dalam melestarikan kepimpinan
energetik sesuai peredaran zaman.
Kata Kunci: Pengurusan organisasi, sistematik, hierarki, pemimpin muda
Pengenalan
Seni pengurusan organisasi amatlah dititikberatkan ketika mana seseorang itu
memegang tampuk kepimpinan tidak kira tempoh selama mana yang
diamanahkan. Kepemimpinan menurut perspektif Islam ialah ia lebih kepada
sudut setiap orang yang beriman adalah khalifah di muka bumi yang tindakan
dan perbuatannya sentiasa dalam pengawasan Allah S.W.T. Pengurusan
kepemimpinan yang gah dan mampan adalah kepimpinan yang berintegriti dan
mekar mengikut peredaran waktu dari masa ke masa. Dalam melaksanakan
kepimpinannya, pemimpin tidak boleh bertingkah laku sewenang-wenangnya,
iaitu terkeluar daripada landasan perintah Allah S.W.T atau melakukan
perbuatan yang dilarang. Kepimpinan juga harus mampu mengarah, dan
membimbing orang lain untuk sesuatu kegiatan (Mokhtar Efandy, 1986).
Pengurusan organisasi yang lengkap bukan sahaja berpegang pada prinsip
tercapainya hasrat dan cita sebuah tampuk kepimpinan bahkan menekankan
aspek hubungan antara pihak pengurusan dan klien. Dalam sesebuah
organisasi contohnya, sekiranya keadilan dan kesaksamaan wujud antara
pihak pengurusan dan klien, pasti melahirkan nilai kepuasan yang tinggi antara
mereka sekali gus mendatangkan kebahagiaan sejagat (Hasan Al-Banna, Ab.
Mumin & Siti Arni, 2011b).
Sistem pengurusan yang dipandang tinggi bukan sahaja berpandukan pada
pengurusan barat semata mata. Barat sering mengutarakan betapa prinsip
permuafakatan, kerjasama dan bermesyuarat memberi kesan yang positif
terhadap kepuasan para pekerja dalam sesebuah organisasi (Ebrahimpour &
Withers, 1992; Dimitriades, 2000). Bukan sahaja selari dengan aspek ini tetapi
pada era kini harus kita ingat bahawasanya kian meningkat usia bumi semakin
ramai yang mementingkan aspek intelektual dan bermuafakatan dan harus
berlandaskan Al-Quran dan lebih terperinci dari segi dalamannya. Adapun
prinsip seterusnya seperti yang dikemukakan oleh sarjana Muslim iaitu Mohd
Affandi (1992) yang menjelaskan suatu kaedah dalam sistem pengurusan yang
berkualiti iaitu Pengurusan Dengan Syura (iaitu keputusan secara kolaboratif),
konsep permuafakatan yang diutarakan mereka hanya memberikan
pencapaian secara luaran sahaja. Berbeza dengan konsep yang ditekankan
oleh Islam yang berpaksikan daripada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
yang amat mementingkan permesyuaratan dalam setiap tindak tanduk
seharian. Berpandukan ayat suci Al-Quran jelas menggambarkan satu
dorongan kepada umat Islam untuk mengamalkan Syura atau konsep
296 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
bermesyuarat secara kolaboratif dalam apa jua aktiviti dan seterusnya
bertawakkal kepada Allah S.W.T agar tercapai matlamat yang diharapkan.
Jadi, demi memastikan matlamat dan objektif sesebuah organisasi itu dapat
direalisasikan dan memberi impak yang semaksima mungkin bagi badan
kepimpinan terutamanya Pembimbing Rakan Sebaya adalah berdasarkan
corak kepimpinannya. Pengurusan organisasi yang boleh dianggap lengkap
dapat diukur berdasarkan beberapa indikator utama iaitu dari sudut pengurusan
pentadbiran, rangkaian global, rakan kongsi, penyelidikan serta inovasi
program yang dihasilkan. Jalinan inilah akan membentuk sebuah empayar yang
gah dan menjadi sebagai satu penggerak untuk memangkin keletarian
sesebuah tampuk kepimpinan yang energetik. Kini, menyedari hakikat
bahawasanya, gerakan seorang pemimpin yang hebat dapat dilihat dari dasar
bagaimanakah seorang pemimpin itu mengawal serta menyusun atur
rancangan bagi setiap program yang dirancang dan cara untuk
merealisasikannya. Susur galur sebuah tampuk kepimpinan sememangnya
memainkan peranan yang agak besar dalam menaik taraf sesebuah badan
kepimpinan dan disamping itu tidak meninggalkan perihal manusia iaitu dari
segi kefahaman secara mendalam.
Model kepimpinan yang dibawa di SM Imtiaz YT Besut adalah berpusatkan
kepada pelajar dan menjadikan guru sebagai tunjang utama dalam
membimbing pelajar. Pemerkasaan kepimpinan dan susur galur yang
sistematik telah membuahkan hasil kepada keberhasilan dan inovasi
perancangan pelbagai program dek kerana mempunyai susunan yang agak
kemas dan sesuai pada tempatnya. Seni pengurusan organisasi, hierarki yang
sistematik, dan kolaboratif antara ahli badan merupakan elemen penting bagi
melahirkan satu badan kepimpinan yang energetik selari dengan arus
pemodenan zaman. Dijelaskan di sini, Menurut Stoner dan Wankel (1989),
corak kepimpinan dalam organisasi sangat penting dan memainkan peranan
yang sangat kritis dalam membantu kumpulan, organisasi, atau pertumbuhan
bagi mencapai matlamat-matlamat.
Model Kepimpinan PRS Selari dengan Kepemimpinan Energetik
Model serta corak kepimpinan yang dibentuk dari akar umbi ini merupakan asas
yang bersifat konkrit telah dibina bukan semata–mata oleh guru, malah pelajar
juga turut sama berpatisipasi dalam melontarkan lontaran–lontaran idea yang
sesuai dengan arus nasional. Tiga indikator utama iaitu bersikap Professional,
Sistematik dan Berintegriti menjadi pegangan ahli Pembimbing Rakan Sebaya
dalam memastikan setiap program itu mencapai kepada objektif utama
disamping mengukuhkan lagi hubungan antara pihak atasan dan juga klien.
Tiga indikator inilah menjadi antara batu pengukur bahawasanya adakah
kepimpinan ini berjaya atau tidak dalam memastikan setiap gerak kerja itu
297 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
lancar dan dipandang dengan nilai yang tinggi. Apa yang menjadi keutamaan,
mewujudkan sebuah organisasi bersistematik yang dapat menjadi sumber nilai
tambah kepada kepimpinan muda kontemporari untuk mereka terus
berekspresi dengan bakat serta mencurahkan idea bernas yang kini menjadi
‘buruan’ dunia.
Majlis Penasihat
Majlis Pimpinan Tertinggi
Majlis Tertinggi
Sekreteriat
Gambar Rajah 1. Gambaran Hierarki Kepimpinan
Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar dipantau dan dinasihati oleh Majlis
Penasihat yang terdiri daripada para kaunselor berdaftar dan pihak pengurusan
sekolah, majlis penasihat akan bertindak sebagai penyampai idea serta medan
untuk berbincang berkaitan isu semasa, seterusnya penghubung antara pihak
pengurusan sekolah dan para pelajar digelar sebagai Majlis Pimpinan Tertinggi
(MPT). MPT terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden I (Jaringan dan
Hubungan), Timbalan Presiden II (Hal Ehwal Wanita), Timbalan Presiden III
(Pengurusan dan Kebajikan), Setiausaha Agung I, Setiausaha Agung II,
Bendahari Kehormat I dan Bendahari Kehormat II. MPT akan dipilih daripada
pucuk pimpinan terbaik ataupun the top of the cream antara ahli pimpinan
sewaktu memegang tampuk kepimpinan. MPT merupakan penggerak
perancangan utama dan memastikan takwim tahunan yang dihajatkan dapat
direalisasikan dalam sepanjang tempoh berada di bahagian MPT. Presiden
akan mengurus dan mentadbir organisasi secara keseluruhan dan mengetuai
setiap mesyuarat yang diadakan, Timbalan Presiden I dikhususkan bagi skop
jaringan dan hubungan PRS bersama badan lain bagi tujuan kolaborasi dan
kerjasama. Timbalan Presiden II mengetuai bahagian exco-exco dengan
keizinan presiden dan Timbalan Presiden III akan bertindak untuk membantu
memantau tugas-tugas Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat.
Setiausaha Agung I dan Setiausaha Agung II akan mengendalikan Majlis
Setiausaha, pengurusan fail dan dokumentasi serta merancang perangkaan
298 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
takwim dan perjalanan badan secara menyeluruh. Kewangan yang menjadi
tunjang kelancaran badan pula diurus tadbir oleh Bendahari Kehormat I dan
Bendahari Kehormat II.
Sekolah alumni
Pelajar Ibu
bapa
Komuniti
Gambar Rajah 2. Gambaran Sokongan Yang Menjadi Tunjang Kepada Keberhasilan Program
Di SM Imtiaz YT Besut, corak kepimpinan yang dibentuk bukan sahaja
berpegang pada berjayanya program kerana faktor gahnya sesebuah empayar
itu tetapi ia lebih kepada gabungan serta kolaboratif antara sekolah, yang
memberikan komitmen yang agak tinggi bagi memastikan pelajar dapat
berkembang selari dengan arus pemodenan dunia. Walaupun konsep untuk
membuat program itu dari pelajar kepada pelajar para ibu bapa memang
merupakan antara penyumbang terbesar untuk memastikan anak anak lebih
cenderung bukan sahaja kepada pelajaran tetapi juga dari segi softskill yang
menjadi buruan ramai setelah melangkah keluar daripada seorang pelajar.
Seterusnya, alumni juga bukan sahaja banyak memberikan sumbangan dari
sudut tenaga dan kerahan idea bagi memastikan seorang pemimpin itu lagi
bernas ideanya tetapi alumni juga memainkan peranan besar dalam membantu
pucuk kepimpinan ini dengan cabaran dari dunia luar. Boyatzis (2011) juga
menyarankan agar pemimpin perlu membina hubungan rapat dengan komuniti
setempat iaitu dengan mewujudkan perhubungan yang berasaskan
kepercayaan dengan komuniti.
Kepimpinan yang sistematik dengan pembahagian skop yang professional ini
telah digerakkan oleh pelajar sendiri, bertindak sebagai pemangkin demi
mencapai kelestarian kepemimpinan yang energetik. Kepimpinan dari waktu
persekolahan menjadi perkara yang kini dinilai tinggi di mata masyarakat
299 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
kerana memppunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovatif selari dengan
aspek pembangunan anak muda negara iaitu pemimpin intelektual sebagai
pemimpin negara. Dari Pengurusan Organisasi yang mampanlah setiap
perancangan program dapat diinovasikan serta direalisasikan dari waktu
sekolah lagi demi memartabatkan pelajar yang mempunyai semangat energetik
dan inteletual orangnya.
Pengurusan Organisasi Yang Bersistematik Membuahkan Hasil
yang Berkualiti
Kemahiran softskill kini bukan lagi menjadi bualan mulut orang sahaja, tetapi ia
menjadi antara aspek terpenting dalam pembentukan minda pelajar dan
pemimpin muda yang mempunyai sifat asertif yang baik, seorang pelajar yang
mahir dalam segala bidang atau lebih mesra dengan multifunction dan buah
pemikiran yang dapat melangkau jauh kehadapan ‘critical thinking’. Selain dari
pegangan kami terhadap Al-Quran dan akademik di institusi pendidikan kami
iaitu Imtiaz, kami juga tidak lari dari perkembangan dan keperluan pasaran luar
iaitu dengan adanya program yang dapat melatih diri sebagai seorang yang
mahir dalam beberapa bidang pengucapan awam.
Pembimbing Rakan Sebaya dengan kolaborasi Majlis Perwakilan Pelajar juga
telah mencetuskan inovasi yang baharu iaitu IBEST Development and
Enhancement Academy of Speakers (IDEAS). IDEAS merupakan tapak
pendedahan tentang pengucapan awam, membina asertif yang baik serta
memantapkan kemahiran berfikir para pelajar. Antara objektif utamanya adalah
membantu pelajar untuk meneroka potensi diri, meningkatkan profesionalisme
pelajar dalam pengucapan awam serta membantu pelajar untuk menentukan
matlamat hidup dan dapat memainkan peranan di sekolah. IDEAS telah
dilaksanakan selama 3 bulan dan dikendalikan oleh 12 orang mentor serta
penasihat IDEAS dan telah menggunakan 6 modul yang utama iaitu;
• Modul Personaliti Diri Unggul
• Modul Janaan Idea Kreatif
• Modul Seni Modulasi Suara
• Modul Kemahiran Kuasa Pengaruh
• Modul Perkasa Perkasasan dalam berucap
• Modul Aplikasi Pengucap Global
Modul utama ini telah disampaikan oleh penceramah yang bertaraf tinggi dan
berkualiti antaranya, Rizal Rashid yang merupakan jurulatih berpengaruh di
Malaysia. Dengan penubuhan IDEAS, ianya telah memberikan impak yang
besar kepada para pelajar sekolah. Ianya telah menambah daya saing pelajar
300 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dan pengucapan awam telah menjadi faktor utama dan penting bagi melahirkan
pelajar yg berkualiti tinggi dan pemimpin yang professional di era globalisasi
kini. Akademi ini juga merupakan bukti bahawa inovasi dan idea pemimpin
muda telah menjadi aset utama khususnya bagi kumpulan sasar iaitu pelajar
sekolah. Jelaslah di sini bahawa kepimpinan Islam inovatif amat penting bagi
memacu program-program yang dinamis, efektif dan mengikut tren sekaligus
mampu memberi impak yang besar kepada generasi muda.
Kelestarian Program Melalui Modul Serta Pengurusan Yang
Berintegriti
Organisasi Pembimbing Rakan Sebaya yang lengkap dan sistematik
merupakan aspek penting yang mampu membawa keberhasilan sesebuah
program yang dapat melahirkan sifat kepimpinan dan juga kemahiran dalam
kepelbagaian bidang terutamanya dalam pengendalian organisasi serta 'critical
thinking'. Selain daripada menganjurkan program berkenaan akademik,
program berkaitan pembangunan insan juga amat penting bagi melahirkan
insan yang stabil. Bagi membentuk organisasi yang lebih sistematik dan
lengkap PRS IBEST telah menghasilkan sebuah manual gerak kerja.
Manual Gerak Kerja PRS IBEST merupakan rujukan utama bagi organisasi
PRS. Antara kandungannya ialah falsafah, struktur organisasi, skop tugas
kerja. Objektif utama manual ini adalah melahirkan barisan 'Future Leader' yg
mempunyai jaringan luas dan global, melatih PRS dalam asas kemahiran
menolong dan pengurusan organisasi serta dapat memberi khidmat sokongan
dalam memperkasa perkhidmatan dan bimbingan kaunseling sekolah.
Sepanjang manual gerak kerja ini dijadikan sebagai sebuah rujukan bagi
organisasi PRS IBEST, maka kini tercapailah Pengurusan Organisasi
Pembimbing Rakan Sebaya sistematik, pemangkin kelestarian kepimpinan
energetik.
Hasil daripada gabungan idea antara pihak pengurusan organisasi PRS dan
pelajar lain, terbitlah satu program yang digelar sebagai Daily Positive
Affirmation (DPA). Sebelum bermulanya waktu Pembelajaran Dan Pelajaran
(PDP) di sekolah, pihak kami akan melaungkan beberapa bentuk perkataan
merangkumi 3 bahasa utama iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu bagi menaikkan semangat dan mengalirkan aura positif ke seluruh
tubuh badan. Perkara ini akan membuatkan para pelajar lebih yakin dan
bersemangat untuk memulakan hari bermula pada waktu pagi. “Ubah minda,
jiwa mesti besar. Ilmu dan minda yang jujur serta terurus akan mengubah hidup
kita daripada orang yang malas kepada rajin.”
Program-program ini tidak akan mencapai kepada realisasinya program ini
tanpa adanya satu tampuk kepimpinan yang bersistematik, teratur dan
301 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
berintegriti. Pengurusan Organisasi yang sistematik akan menjadi sebagai satu
method untuk memangkin kelestarian kepemimpinan yang energetik.
Rumusan dan Cadangan
Dasawarsa kini, sebuah kepimpinan yang hebat bukan sahaja menumpukan
pada keberhasilan program semata mata tetapi faktor kemanusiaan dan
persekitaran juga menjadi satu asbab mengapa terealisasinya sesebuah
program itu. Harus kita ingat sebuah empayar yang gah bukanlah yang selalu
berperang tetapi sebuah empayar atau tampuk kepimpinan yang bernas adalah
mereka yang mementingkan kualiti sesebuah program daripada kuantiti yang
dirangka. Impak yang besar itulah tujuan sebenar kenapa kita sebagai seorang
pemimpin merangka sesebuah program itu biar dari segi jaringannya menjadi
luas dan memberi kesan besar kepada masyarakat. Membentuk kepimpinan
yang sistematik bukanlah senang dan untuk capai sebuah organisasi yang
teratur serta kemas haruslah mengambil masa demi mencapai hasrat yang
ingin dicapai. Ingatlah bahawasanya setiap program yang diinovasikan pastikan
ia lebih kepada percambahan idea dan penggabungan idea antara sesebuah
badan itu untuk mendapatkan kerjasama antara ahli badan.
Rumusan akhir, melalui pengurusan organisasi yang mampan serta
bersistematik ia membawa sebuah badan itu kepada keberhasilan sesebuah
program. Walau sekarang kita lihat cabaran yang kian mendatang
menyebabkan kita dapat berhubung secara maya tapi dengan adanya sistem
pengurusan dan tampuk kepimpinan yang teratur secara maya itu bukan
menjadi satu batu penghalang bagi berekperimentasi dengan apa apa program.
Ini dibuktikan dengan kejayaan inovatif serta invensi program yang telah dicapai
oleh badan kepimpinan SM Imtiaz YT BESUT.
Rujukan
Al-Qardawi, Yusof. (1978). Thaqafah al-daiyah. Beirut: Dar al-ahya al Trath.
Hamka (2006). Sejarah umat Islam. Singapura: Pustaka Nasional.
Harun Nasution. (1975). Pembaharuan Dalam Islam, Sejarah Pemikiran
dan Gerakan.
Jakarta: Bulan Bintang.
Hasan A.B, Ab. Mumin, & Siti, B. (2011). Panduan Al-Quran dan Integrasi,
Ilmu Saintifik Ke
Arah Pemantapan Sistem Pengurusan Berkualiti.
Mohd Affandi, H. (1985). Pengurusan Pentadbiran dan Kepemimpinan dalam,
Pembinaan
Tamadun Manusia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar
Pentadbiran Islam
Peringkat Kebangsaan, UKM, Bangi.
302 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Mohd Affandi, H. (1992). The Tawhidic, Approach in Management and Public,
Administration: Concepts, Pronciples and, Alternative Model. National
Institute of Public
Administration, Malaysia (INTAN), Kuala Lumpur, Malaysia.
Prosiding International Seminar on Wahyu Asas Tamadun 2 (SWAT 2011).
Anjuran: Fakulti
Pengajian Quran dan Sunnah, USIM di Dewan Kuliah Utama, Fakulti
Pengajian Quran dan Sunnah, USIM, Nilai, Negeri Sembilan. Pada 21-22
September
Sparks, Danie.l (2017). How Many Users Does Twitter Have?. Diperolehi
daripada
https://www.fool.com/investing/2017/04/27/how-many-users-does-twitter-
have.aspx
Umar. (2016). Studi Tekhnologi Pai Dari Sejarah Islam Hingga Era Moden:
Tinjauan
Historis Pemanfaatan, Agenda Aksi dan Perubahan Pendidikan. Al-Qalam,
8(1): 145-165
303 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
MOTIVASI SEBAGAI VAKSIN KEUTUHAN EMOSI
REMAJA
Anis Nafesa binti Alias
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun, 23000 Dungun,
Terengganu.
(E-mail: [email protected])
Iman Farihin bin Kamarul Ash’ari
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun, 23000 Dungun,
Terengganu.
(E-mail: [email protected])
Puteri Nor Amalina binti Kariya Srong
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun, 23000 Dungun,
Terengganu.
(E-mail: [email protected])
ABSTRAK
Dunia hari ini diselubungi dengan pelbagai cabaran dan krisis. Cabaran yang
dihadapi oleh remaja pada hari ini adalah sesuatu yang dianggap luar biasa
ekoran daripada kepesatan dalam bidang teknologi serta bidang pendidikan di
negara kita. Arus hedonisme dan modenisme yang semakin diwar-warkan
khususnya kepada golongan remaja telah menimbulkan satu gelombang
ketandusan moral dan nilai murni dalam diri anak muda yang mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan emosi mereka. Lantaran itu, tidak hairanlah
gejala sosial dan salah laku dianggap sebagai sesuatu yang normal dalam
masyarakat sejagat. Justeru itu bagi menyahut cabaran ini, remaja hari ini
memerlukan satu elemen yang wajib disemai dalam diri mereka sebagai
pembakar semangat yang memandu mereka mencapai matlamat yang diingini
oleh diri sendiri, keluarga dan sekolah. Inisiatif yang ingin diperkenalkan ialah
motivasi. Motivasi perlu untuk mengerakkan dan seterusnya menimbulkan
kekuatan dalaman remaja dari segi emosi mahupun rohani bagi mencapai
kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Sama seperti vaksin yang diberikan
sebagai suntikan untuk menghalang jangkitan penyakit, motivasi berperanan
sebagai perisai daripada anasir-anasir negatif yang mampu menyerap ke dalam
jiwa dan emosi remaja. Kertas kerja kami ini akan mengetengahkan isu kondisi
emosi remaja masa kini, motivasi sebagai vaksin, halangan dan impak
motivasi beserta penambahbaikan dan harapan.
Kata Kunci: Motivasi, vaksin, remaja
304 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan
yang terpenting di sesebuah sekolah. Kepentingannya telah ditegaskan di
dalam Laporan Jawatan kuasa Kabinet mengkaji perlaksanaan Dasar
Pelajaran 1979. Perkhidmatan ini lebih mengutamakan perancangan dan
perlaksanaan ke arah kesejahteraan individu yang membolehkan lahirnya
kesedaran, keyakinan dan penerimaan individu atau warga sekolah itu sendiri.
Remaja merupakan aset yang amat penting kepada sesebuah negara amnya
dan kepada sesebuah masyarakat khususnya. Mereka adalah pelapis
pemimpin yang bakal mewarnai kepimpinan negara pada masa depan. Justeru
itu, pendidikan dan bimbingan yang bermula sejak bangku sekolah memainkan
peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka.
Namun begitu, cabaran yang dihadapi golongan remaja pada hari ini telah
mencorakkan dan menjejaskan perkembangan emosi dan sahsiah mereka.
Majlis-majlis ilmu dan program yang bermanfaat tidak lagi menjadi pilihan,
sebaliknya anak muda pada hari ini lebih tertarik dengan aktiviti-aktiviti hiburan
dan lebih terpengaruh dengan budaya barat sedangkan budaya kaum sendiri
semakin hilang ditelan arus pemodenan. Firman Allah S.W.T, dalam surah Ar-
Ra’d ayat 11 yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”
Ayat di atas membuktikan, sesiapa sahaja boleh mengubah nasibnya dengan
mengubah perilaku yang negatif kepada yang lebih positif. Remaja sepatutnya
menyedari bahawa mereka perlu mengorak langkah sendiri dan
mempersiapkan diri dengan sebaiknya untuk menempuh kehidupan yang lebih
mencabar di masa depan. Tidak dapat dinafikan lagi, zaman remaja amat
sinonim dengan zaman memberontak dan kebebasan yang menjurus kepada
gejala sosial seperti menagih dadah, ponteng sekolah dan lumba haram.
Justeru itu, pelbagai inisiatif telah diikhtiarkan oleh pelbagai pihak samada
induk mahupun pusat dalam usaha memelihara aset negara yang berharga ini.
Tidak terlepas dari tanggungjawab sebagai pembimbing rakan sebaya, kita
sepatutnya memberi galakan dan sokongan kepada rakan supaya mengambil
langkah positif dan tidak terpesong. Pihak kami amat mengesyorkan agar
elemen motivasi disasarkan kepada golongan anak muda supaya dapat
bertindak sebagai vaksin yang merangsang pertumbuhan dan kematangan dari
segi emosi, rohani mahupun fizikal.
305 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Secara ringkasnya, motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan dan
mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat
tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya
diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul.Menurut Anita
Woolfok Hoy, ahli psikologi Amerika, motivasi merupakan satu kuasa dalaman
yang membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia.
Ini membuktikan betapa berkuasa dan berpengaruh motivasi ini sekiranya
disemat dengan betul dalam diri anak muda sebagai benteng pertahanan yang
kukuh dan pemandu ke arah kejayaan.
Kondisi Emosi Remaja
Remaja merupakan satu kelompok masyarakat yang dikategorikan sebagai
golongan belia yang belum matang. Kebiasaannya ahli psikologi
mengkategorikan golongan remaja berdasarkan kepada usia mereka, iaitu
lingkungan umur 11-20 tahun. Dalam Islam, tahap usia remaja dihubungkan
dengan baligh atau murahiqah. Murahiqah dari sudut bahasa bermaksud
penderitaan, berasingan dan terburu-buru, tergopoh-gapah dan mudah
melakukan perkara buruk. Merujuk kepada istilah ini, ternyata golongan remaja
yang belum mencapai tahap usia matang memang bersifat tergopoh-gapah dan
terburu-buru. Sifat tersebut menjadikan remaja mudah terlibat dalam perkara
yang tidak baik kerana mereka tidak dapat berfikir secara matang tentang buruk
baik sesuatu perkara. Manakala melihat dari sudut perspektif psikologi pula,
zaman remaja adalah jambatan di antara kanak-kanak dan alam dewasa. Ini
merupakan satu tempoh di mana seorang individu perlu menyesuaikan dan
mengubah tingkah laku zaman kanak-kanak kepada bentuk dewasa untuk
diterima sebagai satu budaya.
Perkembangan emosi remaja dikenali dengan emosi yang tidak stabil dan
penuh gejolak. Pada peringkat ini ‘mood’ seseorang boleh berubah dengan
sangat cepat. Hasil penelitian di Chicago oleh Mihalyi dan Reed Larson (1984)
menemukan bahawa rata-rata remaja memerlukan hanya 45 minit untuk
berubah dari ‘mood’ sangat gembira ke ‘mood’ sangat sedih, sementara orang
dewasa memerlukan beberapa jam untuk hal yang sama. Perubahan emosi ini
berkait rapat dengan kematangan dan perkembangan hormon yang terjadi
pada remaja.
Menurut Robert James Havighurst, remaja mempunyai sifat ingin mencapai
kemandirian emosional dari ibu bapa dan orang dewasa. Hal ini boleh
menyebabkan remaja melawan keinginan atau bertentangan pendapat dengan
orang tuanya. Dengan ciri khas remaja yang emosional, pertentangan pendapat
ini seringkali membuatkan remaja menjadi pemberontak di rumah. Apabila
masalah ini tidak diselesaikan, remaja cenderung untuk mencari jalan keluar di
306 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
luar rumah, iaitu dengan bergabung dengan teman-teman sebaya yang
senasib. Namun begitu, mutakhir ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah
menghalang perjumpaan dan aktiviti sosial yang mendorong remaja hari ini
untuk berkomunikasi melalui media sosial yang lebih berbahaya kerana dunia
tanpa sempadan ini boleh menyebabkan remaja terikut-ikut dengan gejala
negatif seperti pornografi.
Justeru itu, lingkungan remaja termasuk guru-guru dan rakan-rakan
memainkan peranan penting dalam membentuk dan mencorakkan
keperibadian mereka. Antara peranan pelajar sebagai pembimbing rakan
sebaya ialah menjadi rakan yang peka terhadap perasaan orang lain dan
keadaan sekeliling serta menjadi salah satu sumber untuk rakan mendapatkan
bantuan. Pengendalian emosi amat penting supaya remaja dapat mengatasi
fasa ini tanpa terpengaruh dengan mana-mana pengaruh negatif. Oleh itu, ibu
bapa, orang dewasa dan rakan-rakan sepatutnya menjadi teladan dan
memberikan motivasi dan dorongan kepada remaja supaya berjaya mengenal
potensi diri dan menetapkan matlamat yang ingin dicapai pada masa depan.
Motivasi Sebagai Vaksin
Perkataan vaksin adalah amat relevan pada masa kini dengan keadaan virus
korona yang masih menghantui dunia. Kes-kes yang semakin hari semakin
meningkat melahirkan rasa bimbang akan keselamatan diri sendiri dan orang
tersayang. Baru-baru ini heboh tentang terciptanya vaksin yang khusus untuk
virus ini. Vaksin bertujuan untuk melindungi kita daripada mudarat virus
tersebut. Begitu juga dengan motivasi. Ini adalah kerana motivasi benar-benar
diperlukan oleh golongan remaja bagi meneguhkan jati diri dan menjauhkan diri
daripada perkara yang tiada manfaat serta maksiat. Motivasi dapat menguatkan
lagi keyakinan seseorang untuk melakukan sesuatu. Vaksin merupakan satu
rangsangan yang akan menguatkan antibodi manusia. Begitu juga dengan
motivasi yang dianalogikan sebagai vaksin, apabila disuntik motivasi, individu
akan menjadi lebih bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian dan
berazam untuk mengubah diri menjadi lebih berjaya pada masa hadapan.
Suntikan vaksin merupakan suntikan berkala yang bertujuan memberikan
perlindungan buat jangka masa yang lama, sesuai dengan sifat remaja yang
tidak suka dikongkong, vaksin motivasi seharusnya disuntik dalam diri setiap
remaja sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi meninggalkan kesan
yang mendalam pada diri seorang remaja.
307 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
INTRINSIK
MOTIVASI
EKSTRINSIK
Rajah 1: Jenis Motivasi
Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi dalaman dan motivasi luaran.
Motivasi dalaman dikenali sebagai motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik
diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri
daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa
mengharap ataupun meminta ganjaran. Motivasi luaran pula dikenali sebagai
motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik merujuk kepada tingkah laku yang
didorong oleh ganjaran luar seperti wang, kemasyhuran, gred dan pujian.
Motivasi jenis ini timbul dari luar individu, berbanding dengan motivasi intrinsik
yang berasal dari individu itu sendiri. Menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru
dan barisan Pembimbing Rakan Sebaya untuk membantu rakan-rakan dan
golongan muda ini mencari metodologi motivasi yang bersesuaian dengan diri
remaja agar perkembangan emosi mreka tetap terkawal walaupun dipengaruhi
oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Sekiranya fasa ini tidak dikendalikan
dengan penuh cermat, maka wujudlah masalah emosi seperti tekanan yang
secara amnya akan memberi kesan kepada psikologi dan pemikiran remaja.
Halangan Dalam Motivasi
Abad ini sering dikategorikan sebagai zaman yang paling mencabar. Arus
permodenan yang membawa generasi muda semakin hanyut dalam hujan ujian
dan fitnah yang bertebaran. Antara halangan dalam motivasi adalah generasi
muda yakni golongan remaja majoritinya adalah komuniti maya yang kerap
berhubung melalui pelbagai platform media sosial, membuka ruang kepada
mereka untuk bergaul secara meluas dan terdedah dengan pengaruh-pengaruh
negatif yang dibawa oleh orang luar seperti penularan video-video yang
berunsurkan keganasan seperti pembulian dan sebagainya. Tanpa
perlindungan, terlalu mudah untuk golongan remaja ini tewas dan terjerumus
dalam lembah yang sepatutnya dihindari. Adalah sangat merugikan sekiranya
medium media sosial ini disalahguna oleh generasi muda untuk menyebarkan
308 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
nilai-nilai negatif kepada masyarakat. Media sosial sepatutnya digunakan
sebagai medium interaksi yang boleh membawa impak positif terhadap
generasi muda kini, bukannya menanam benih negatif dalam generasi muda
yang bakal mewarnai kepimpinan negara.
Halangan yang seterusnya adalah pengaruh kuat rakan sebaya. Golongan
remaja kini sudah tentu mempunyai rakan sebaya yang mendorong mereka
dalam sesuatu perkara. Jika mereka tersilap langkah dalam memilih rakan
mereka, sudah tentu mereka berisiko terlibat dalam gejala-gejala sosial seperti
merokok, ponteng sekolah dan sebagainya. Zaman kini, terdapat sebahagian
ibu bapa yang tidak mengambil cakna dengan siapa anak mereka berkawan.
Pemikiran ibu bapa kini yang menganggap bahawa anak mereka bebas untuk
bergaul dengan sesiapa sahaja kerana dianggap tidak mahu mengongkong
kehidupan anak mereka.
Walaupun dihadapkan dengan pelbagai cabaran, ianya bukanlah penghalang
bagi pihak yang bertanggungjawab untuk mengabaikan krisis ini. Sebaliknya,
ini merupakan satu peluang pendekatan yang baik untuk menyuntik motivasi ke
dalam diri anak muda. Oleh itu, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan
Terengganu Dungun telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program
motivasi secara atas talian iaitu ‘Final Lap Motivation: Road to Success’ yang
menyasarkan para calon SPM 2020. Program ini bertujuan mengukuhkan
semangat dan pemikiran calon SPM yang terjejas akibat situasi semasa yang
telah menjejaskan takwim peperiksaan. Ini membuktikan bahawa agenda
motivasi dan bermuzakarah ini tidaklah terhad di sekolah sahaja, namun boleh
dijalankan secara meluas melalui jaringan sosial.
Impak Motivasi ke Atas Individu
Elemen motivasi yang disuntik dalam diri remaja akan menjadi penguat dan
pembakar semangat dalam kehidupan. Mereka akan dapat membentuk disiplin
diri dan mula mengatur langkah menuju impian mereka berdasarkan potensi
diri masing-masing. Hasil bimbingan kaunselor dan usaha-usaha dari pelbagai
organisasi dalam memelihara aset negara termasuk pihak sekolah akan
menjadi batu loncatan dan permulaan kepada hidup remaja yang lebih berdikari
apabila menempuh alam dewasa. Dorongan yang diberikan oleh guru-guru
samada secara langsung mahupun secara tidak langsung akan menghadirkan
kesedaran dalam diri remaja yang masih kabur masa depannya.
Masyarakat sepatutnya memberi peluang kepada generasi muda untuk
mengatur masa hadapan mereka sendiri dan tidak terlalu mengongkong dan
mempersoalkan keputusan yang dipilih oleh mereka. Sekiranya mereka tersilap
309 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
langkah, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa dan orang sekeliling untuk
membimbing mereka dan mendorong mereka agar bangkit dari kekalahan. Ini
akan melahirkan generasi yang berani menghadapi cabaran, yakin dalam
membuat keputusan serta matang dalam tindakan.
Fakta telah membuktikan beberapa individu terkenal yang berjaya bangkit dari
kegagalan masa lalu. Antaranya ialah Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin SyedNor
Al-Bukhary yang merupakan seorang ahli perniagaan dan antara jutawan
terkaya di Malaysia. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 12 Disember
1951. Beliau bukanlah berasal daripada keluarga yang berada, dilahirkan
sebagai anak ketiga daripada 7 orang adik-beradik yang hidup dalam serba
kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan
Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Kehidupan yang serba
kekurangan menyebabkan beliau tidak sempat mengambil peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mempunyai wang untuk membayar
yuran peperiksaan ketika itu. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga
tingkatan Lima dan beliau tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak
bermakna beliau tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan
pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri
semasa muda. Sekitar tahun 80-an, beliau menumpukan usaha beliau kepada
bidang yang membawa tuah kepada beliau sehingga menjadi seorang tokoh
korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Kejayaan demi kejayaan yang
diperolehi menjadikan beliau seorang hartawan berjaya yang disegani, namun
dihiasi sifat rendah diri. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang
yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar
daripada segala jua kesilapan yang dilakukan. Beliau memiliki peribadi unggul
yang wajar dicontohi oleh semua pihak terutamanya golongan remaja.
Penambahbaikan Dan Harapan
Setiap remaja mempunyai potensi yang boleh digemblengkan secara optimum
menerusi pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang cekap
dan berkesan secara menyeluruh berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi
melahirkan generasi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelektual dan sosial. Para Pembimbing Rakan Sebaya turut memainkan
peranan yang penting bukan sahaja sekadar mata-mata kepada kaunselor dan
guru bimbingan kaunseling. Sebaliknya, badan organisasi ini sepatutnya
bergerak sendiri dalam membina generasi yang bakal meneruskan kepimpinan
negara dengan lebih kerap menganjurkan program yang berbentuk
pemantapan rohani dan psikologi bagi memupuk kesedaran dalam kalangan
pelajar. Penambahbaikan yang disarankan ialah supaya usaha memelihara
perkembangan emosi remaja tidak diletakkan atas bahu sebahagian pihak
310 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
semata-mata malah usaha ini perlulah dipikul oleh setiap individu supaya dapat
dijayakan dengan baik.
Dibawa arus permodenan, platform media sosial sudah hampir menjadi rutin
bagi setiap remaja. Tambahan pula, pandemik Covid-19 yang melanda kini.
Oleh itu, media sosial merupakan salah satu medium yang sangat berkesan
untuk menyuntik vaksin motivasi ini kepada golongan remaja kini. Media sosial
menawarkan medium yang lebih terbuka untuk menebarkan vaksin ini. Pihak-
pihak atasan seperti pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
seharusnya melibatkan diri dalam media sosial seperti giat menghasilkan
bahan-bahan motivasi digital yang menarik perhatian golongan remaja seperti
video pendek, animasi, permainan video dan sebagainya yang menerapkan
konsep audio dan visual dengan baik. Perlu ditekankan juga, bahan-bahan
tersebut perlulah mesra dengan perisian gajet supaya memudahkan golongan
remaja ini mengakses pada bila-bila masa. Tidak kurang juga kepada para
kaunselor untuk mengambil bahagian dalam hal ini seperti menjayakan
program secara atas talian di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)
yang melibatkan penyertaan para pelajar.
Sabda Rasulullah S.A.W dalam satu hadis, dikeluarkan oleh Imam Ahmad
(4/151),
dan at-Thabrani dalam kitab al-Kabîr (17/903, no: 853), dan Abu Ya’la (3/288).
Al-Haitsami mengatakan dalam kitab Majma’ Zawâid (10/273), “Diriwayatkan
oleh Imam Ahmad, Abu Ya’la, dan Thabrani, sanadnya hasan.”
“Rabbmu kagum dengan pemuda yang tidak memiliki shobwah”
Shobwah disini bermaksud kecondongan untuk menyimpang dari kebenaran.
Dijelaskan dalam Kitab Faidhul Qadir (2/263) sebagai pemuda yang tidak
memperturutkan hawa nafsunya. Sebaliknya, dia membiasakan diri melakukan
kebaikan dan berusaha keras menjauhi keburukan.
Rujukan
Al-Quran Al-Karim
Abdul Rahman, Zuraidah. (2001), Pembimbing Rakan Sebaya Langkah
Seterusnya,
Petaling Jaya, Selangor, IBS BUKU SDN BHD
311 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Khairiyah Ibrahim, (2012, Ogos 30), Konsep Motivasi Dan Jenis-Jenis Motivasi.
Diperolehi
Daripada http://mycikguprihatin.blogspot.com
Mahirdanial, (2019, Januari 8), Remaja dan Akhlak: Satu Perspektif Islam dan
Barat. Diperolehi daripada http://mahir-al-hujjah.blogspot.com
Shaughnessy, F. (2004), an Interview with Anita Woolfolk: The Educational
Psychology of
Teacher Efficacy. Diperolehi daripada https://www.jstor.org/stable
Anonymous t.t. Hadits-Hadits Yang Berkaitan Dengan Pemuda. Diperoleh
daripada
https://almanhaj.or.id/5766-haditshadits-yang-berkaitan-dengan-
pemuda.html
Anonymous, t.t., A- Havighurst’s Developmental Task Theory.Diperolehi
daripada
https://www.peoi.org/Courses/Coursesen/nursepractice/ch/ch6a.html
Anonymous, t. t , Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.Diperoleh daripada
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.
Cherry, Kendra, t.t. Apakah Motivasi Ekstrinsik? Diperoleh daripada
https://ms.reoveme.com/apakahmotivasi-ekstrinsik/
312 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
MASALAH PELAJAR DAN HUBUNGANNYA
DENGAN PENUBUHAN BADAN KEPIPMPINAN
Muhamad Haziq Adli bin Hapiz
SM Imtiaz YT Setiu
([email protected])
Muhammad Akmal Syahmie bin Mohd Syharizam
SM Imtiaz YT Setiu
([email protected])
Dhiya Qaisara binti Masnaliz
SM Imtiaz YT Setiu
([email protected])
Abstrak
Saban hari berita akan masalah-masalah yang melibatkan golongan muda
semakin bertambah dalam jumlah yang amat merisaukan. Jenayah seperti
mencuri, membunuh, rogol, menyamun, merompak, pengedaran dadah, bunuh
diri, merokok, dan banyak lagi semakin banyak didengari didalangi oleh
golongan muda. Justeru, perkara ini sangatlah membimbangkan berikutan usia
mereka yang masih muda dan merupakan bakal pewaris negara pada suatu
hari nanti. Maka jika golongan bakal pewaris ini ramai yang sudah binasa,
apakah nasib negara kita pada masa yang akan datang? Dengan itu, langkah
yang proaktif perlu diambil bermula dari sekarang untuk membentuk para
remaja ini. Bak kata pepatah Melayu "Melentur biarlah dari rebungnya". Dengan
itu, kajian yang telah kami sempurnakan ini bertujuan untuk menunjukkan
kepentingan badan kepimpinan di sekolah dalam membendung masalah yang
berkaitan dengan para pelajar. Selain itu, diharapkan juga kajian ini mampu
memberikan solusi kepada pihak sekolah untuk membaik pulih dan menaik
taraf badan kepimpinan yang sedia ada di sekolah. Skop sasaran bagi kajian
ini bertumpukan kepada semua pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu
seramai 221 orang pelajar yang telah bekerjasama dalam pungutan data. Hasil
kajian ini akan membincangkan perihal ciri-ciri badan kepimpinan yang mantap
dan baik. Pada akhir kajian ini juga akan diberikan contoh badan kepimpinan
yang ada di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu berserta aktiviti yang
dilakukan hasil dari bancian yang dilakukan.
313 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Kes berkaitan gejala sosial yang disampaikan melalui media massa setiap hari
kini bukan sahaja didalangi oleh golongan dewasa. Malahan golongan muda
semakin banyak yang mula terpengaruh dgn perbuatan keji ini. Buktinya ialah
seperti statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada
2017, iaitu sebanyak 402 sekolah menengah dan sekolah rendah menghadapi
masalah disiplin iaitu 311 dalam pemerhatian manakala 91 lagi dikategorikan
dalam kalangan sekolah yang mempunyai kecenderungan masalah disiplin
yang tinggi. Juga direkodkan, sebanyak 111 895 orang murid terlibat dengan
masalah ponteng pada tahun 2016 manakala bagi masalah buli pula melibatkan
3448 kes pada tahun 2016 sehingga Jun 2017. Justeru, statistik ini jelas
menunjukkan bahawa pembentukan sahsiah murid masih lagi teruk dan akan
bertambah teruk dari tahun ke tahun.
Menurut Zulkifli Mohd Yusuf, masalah ini timbul disebabkan oleh sikap
golongan dewasa yang membawa institusi keluarga atas nilai yang rapuh,
menyebabkan anak yang dilahirkan terperangkap dalam bahang kepanasan
dalaman dan luaran rumah tangga. Selain itu, menurut Muhd Rashid dalam
buku "Mengapa Rotan Tidak Berkesan", beliau menegaskan bahawa institusi
keluarga dan sekolah amat berkait rapat dalam soal pembentukan sahsiah para
pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana masa yang dihabiskan para pelajar
banyak diluangkan dia antara kedua-dua institusi ini. Namun, turut ditegaskan
juga kepada ibu bapa pelajar bahawa tugas mendidik anak menjadi sebahagian
daripada tugas pihak sekolah juga kerana ketidakmampuan ibu bapa untuk
mengetahui perilaku anak-anak di sekolah.
Namun, apakah hubungan antara kepimpinan dan masalah pelajar ini? Merujuk
kepada Muhammad Syaari Abdul Rahman dalam buku "Kuasa Kepemimpinan
Al Fateh", maksud kepimpinan ialah posisi dalam sesuatu organisasi. Sama
ada kita sedar ataupun tidak, hidup kita semua berada dalam suatu organisasi.
Malahan badan kita ini juga terdiri daripada organisasi atau sistem yang
sistematik. Pendapat ini disokong oleh Joyce Huth Munro dalam bukunya,
"Educational Leadership". Justeru, badan kepimpinan yang ditubuhkan di
sekolah bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar kerana
dengan badan kepimpinan, posisi pelajar dan guru dapat disatukan dalam
organisasi yang sistematik ini. Kajian ini ingin membuktikan bahawa badan
kepimpinan seperti Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Asrama dan
Pembimbing Rakan Sebaya amat penting bagi mengurangkan kes masalah
sosial yang bertambah setiap tahun. Di samping itu, kajian ini juga akan
memperkenalkan contoh model kepimpinan dan amalan terbaik yang dipilih dari
SM Imtiaz YT Setiu.
314 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan bagi
mencadangkan langkah
untuk meningkatkan serta
menaik tarafkan sifat
kepimpinan para
pemimpin muda di
sekolah sehingga
mencapai taraf gemilang.
Kajian ini juga ingin
membuktikan bahawa
penubuhan badan kepimpinan di sekolah mampu untuk menyelesaikan
permasalahan para pelajar dengan lebih sistematik dan efektif. Hasil kajian ini
diharapkan dapat menjadi panduan bagi memudahkan urusan pihak sekolah
malah dapat membantu para pelajar yang menghadapi hari-hari mereka tanpa
sebarang tekanan yang membebankan emosi dan mengganggu aktiviti
seharian.
Metodologi
Bagi mengukuhkan kajian organisasi Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah
Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu telah mengedarkan boring soal
selidik kepada 212 orang pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan
Terengganu Setiu bagi mengumpul data tentang tekanan yang dihadapi para
pelajar akibat terlalu lama tidak pulang ke rumah. Hasil bancian ini organisasi
pembimbing rakan sebaya Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
Setiu telah mengadakan satu program yang diberi nama ‘Heart to Heart’.
Program ini telah dilakukan di luar kawasan sekolah. Tempat program ini
berlangsung ialah Pantai Mangkuk. Badan Pembimbing Rakan Sebaya
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu telah mengambil
beberapa gambar aktiviti sebagai bahan bukti.
Gambar 1 dan 2:
Aktiviti pelajar di Pantai
Penarik
315 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Hasil Soal Selidik Pelajar SM Imtiaz YT Setiu
Pelajar yang Tertekan Pelajar yang Tidak Tertekan
Carta 1: Hasil soal selidik yang telah dilakukan
Dapatan Hasil
Hasil dapatan soal selidik menunjukkan bilangan pelajar yang mengalami
tekanan akibat terlalu lama terkurung di sekolah agak tinggi. Hasil kajian ini
dapat disokong berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiriti
(NHMS) iaitu tiga daripada setiap 10 orang dewasa yang berusia 1 tahun ke
atas dalam negara kita akan akan menderita masalah kesihatan mental. Selain
itu, hasil ini juga sejajar dengan penemuan kaji selidik EMIR Research untuk
suku ketiga 2020 menunjukkan 72 pertaus rakyat Malaysia bimbang akan
kesihatan mental mereka.
Perbincangan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan badan kepimipinan penting
bagi melaporkan perihal permasalahan murid. Sekiranya para pelajar terus
dibiarkan dalam keadaan sedemikian, dikhuatiri akan berlaku beberapa pekara
yang tidak diingini. Maka seterusnya kajian ini akan membincangkan tentang
ciri-ciri badan kepimpinan yang baik dan contoh badan kepimpinan yang
ditubuhkan di SM Imtiaz YT Setiu.
Ciri-ciri Badan Kepimpinan yang Baik:
Memahami Punca-Punca Permasalahan Pelajar
316 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Setiap badan kepimpinan yang baik adalah yang tidak mengenakan tindakan
sebelum membuat pertimbangan yang baik. Hujah ini disokong oleh Mohd
Rashid (2016) dalam buku beliau yang bertajuk “Mengapa Rotan Tidak
Berkesan?”. Ditegaskan dalam kajian beliau ialah setiap perlakuan salah laku
murid mempunyai sebab-sebab yang tersendiri dan jalan penyelesaian yang
berbeza. Sebagai contoh, perbuatan mengingkari arahan guru disebabkan oleh
personaliti murid yang ingin menunjukkan kuasa, perbuatan buli disebabkan
oleh kekurangan kasih saying yang dialami pelajar, mencuri pula disebabkan
sifat pelajar yang berasa tidak cukup dengan harta yang dimiliki, dan perbuatan
mengeluarkan kata kesat dikaitkan dengan pengaruh dari media massa.
Justeru itu, amatlah ditekankan di sini bahawa setiap laporan permasalahan
tingkah laku yang dilaporkan hendaklah diselidik dan diketahui puncanya.
Mempunyai Disiplin yang Tinggi
Selain itu, antara ciri badan kepimpinan yang baik ialah mempunyai disiplin
yang tinggi. Menurut Foucalt (1977), disiplin merupakan satu bentuk
pengawasan dan membiasakan amalan yang dikehendaki. Pandangan beliau
melihat sekolah sebagai sebuah mesin pedagogi dan pelajar-pelajar
didisiplinkan supaya mematuhi peraturan-peraturan sekolah. Setiap badan
kepimpinan haruslah mempunyai disiplin yang sangat tinggi agar dapat menjadi
contoh teladan kepada pelajar-pelajar yang lain. Tuntasnya, disiplin merupakan
antara ciri penting bagi membentuk pelajar yang mendengar kata dan nasihat
sekaligus membendung masalah sosial.
Mempunyai Pemikiran yang Positif
Badan kepimpinan yang baik memerlukan ahli yang mempunyai moraliti yang
positif. Moraliti yang positif memberikan kesan yang amat baik kepada badan
kepimpinan sekali gus mewujudkan suasana yang mampu memberikan
keceriaan. Tamsilnya, jika setiap ahli mempunyai kesedaran akan kelemahan
serta kekuatan yang terdapat dalam setiap diri manusia, badan kepimpinan
tersebut mampu untuk bekerjasama dengan lebih baik memandangkan ahli
badan kepimpinan tersebut tidak sombong dan angkuh dengan merasakan
dirinya lebih hebat daripada ahli yang lain. Tambahannya, kebersihan jiwa
setiap ahli kumpulan terutamanya dari segi keadilan, tanggungjawab, disiplin
dan keteguhan peribadian turut memainkan peranan yang penting. Dengan
adanya setiap sikap ini, setiap ahli mampu berbincang serta membuat
keputusan untuk sesuatu perkara dengan lebih sistematik dan teratur sekali gus
mampu mengelakkan sebarang pergaduhan akibat daripada salah faham.
317 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan Model Badan Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya
SM Imtiaz YT Setiu
Pembimbing Rakan Sebaya SM Imtiaz YT Setiu ditubuhkan pada tahun 2018.
Pelajar yang dilantik akan dilatih dengan kemahiran asas kaunseling dan
komunikasi. Badan ini berfungsi sebagai pembimbing muda yang berkesan dan
rapat dengan rakan sebaya mereka terutamanya kepada mereka yang
memerlukan pertolongan. Pembimbing Rakan Sebaya tidak berfungsi untuk
memberikan nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan, tetapi menjadi
seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan
mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.
Misi Pembimbing Rakan Sebaya SM Imtiaz YT Setiu ialah untuk menguruskan
program kaunseling, melahirkan murid yang berakhlak mulia, mewujudkan
suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program kaunseling
dan memberikan kerjaya bersepadu murid serta memupuk semangat patriotik
dan kualiti kepimpinan dalam diri murid. Manakala matlamat badan ini ialah
membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan pelajar di
samping membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni
berasaskan kepercayaan kepada Tuhan. Akhir sekali, tidak dilupakan juga
bahawa matlamat badan ini adalah untuk memupuk potensi atau bakat
kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, rela, taat,
menolong, dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
318 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Guru penasihat
Pengerusi
Naib pengerusi
Setiausaha
bendahari
AJK setiap tingkatan Exco multimedia dan
buletin
Exco dakwah dan Exco disiplin dan
kerohanian pembangunan insan
Exco protokol dan Exco akademik dan
tugas-tugas khas kecemerlangan Al-
Quran
Peta pokok 1: Carta Organisasi Pembimbing Rakan Sebaya SM Imtiaz YT
Setiu
319 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Senarai Rujukan
Atmi, M. (18 Jan 2019) Kembalikan pendidikan bersepadu. Diperolehi daripada
berprestasi tinggi Malaysia.
1,1-12. doi: 8290-1129-17309-1-10
Hill, M.(2008) Educational Leadership (huth.j). Americas, New York: The
McGraw-Hill Companies, Inc
https://www.sinarharian.com.my|article|8243|KOLUMNIS|Pendidikan-
Bersepadu
Hussein Mahmood (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Edisi
Kedua. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ishak, R. & Ghani, M.F.A. (2012) Jurnal pendidikan Malaysia, Amalan
kepimpinan terbaik untuk sekolah "
Organisasi Pembelajaran". 37(2), 35-41. doi:
Ishak, R. (2014) Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Amalan kepimpinan organisasi
pembelajaran di sekolah
Mahmood, H. (1993) Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Malaysia, Kuala
Lumpur: Rosli & Zubir
Mahyuddin, R. (2009) Amalan Pengajaran Berkesan. Malaysia, Selangor:
MAXIMA COLOUR
SEPARATION SDN.BHD
Mat, C. (1999) Pengurusan Belia. Malaysia, Selangor: Dasar Cetak (M)
Sdn.Bhd
Mustaffa, M. (2004) Mengurus pembangunan profesional di sekolah. Malaysia,
Johor Bahru: Oyin Trading
Rahim, N.A. (2018) Pengaruh kepimpinan transformasi dan budaya sekolah
terhadap organisasi
pembelajaran sekolah menengah Imtiaz di Malaysia. 8, 64-89. doi:
350-619-1
Rahman, Z.A (1996) Pembimbing Rakan Sebaya. Malaysia, Selangor: Potensi
Serentak Sfn.Bhd
Saad, M.R.M (2006) Mengapa rotan tidak berkesan. Malaysia, Pahang: Zain,
Z.M
Stuart, N.(1991) Drug Wars. Americas, New York: Inc, C.M.W
320 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SEBAGAI
PENGAWAS HATI DAN EMOSI REMAJA
Ahmad Badzly Idraki Bin Mohd Zamri
Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh, 73200 Gemencheh, Negeri
Sembilan.
(E-mail: [email protected])
Sharifah Nabilah Binti Syed Haroun
Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh, 73200 Gemencheh, Negeri
Sembilan.
(E-mail: [email protected])
Qarissa Qirana Qadeeja Binti Zunaidi
Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh, 73200 Gemencheh, Negeri
Sembilan.
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Dewasa ini telah menyaksikan kepentingan yang nyata bahawa rakan sebaya
amat berpengaruh dalam kehidupan manusia bernama remaja. Dalam usaha
menerokai dan membentuk identiti diri, remaja sering bergantung kepada rakan
sebaya bagi memperoleh panduan hidup ke arah yang mereka impikan.
Sekiranya rakan sebaya yang didekati itu menzahirkan aura negatif, maka ia
akan menjangkiti diri remaja tersebut seperti virus Covid-19 yang sedang
melanda dunia. Keadaan seperti ini telah membawa kepada perancangan
pelbagai usaha yang perlu diketengahkan menaturalisasikan aura negatif
kepada positif demi membantu golongan remaja membina mahligai kehidupan
yang berkualiti serta berada di landasan rahmat tuhan. Malapetaka ini telah
mendorong keperluan penerapan kemahiran kepimpinan serta membina
perhubungan sihat sebagai tauladan kehidupan. Dengan kewujudan wadah
pembimbing rakan sebaya, keberkesanan dalam melatih pelajar untuk
mengenali dan mendalami hati serta emosi rakan sebaya, untuk membantu
mereka menguruskan hati dan emosi sebaiknya pasti menjadi realiti. Konsep
asas organisasi PRS ialah "Rakan Bantu Rakan". Rakan boleh berada dalam
lingkungan umur yang sama, lebih tua mahupun muda. Nama Pembimbing
Rakan Sebaya adalah sama dengan inisiatif lain seperti: Mentor Sebaya,
Kaunselor Sebaya, Adik angkat, Kelompok Sokongan Sebaya, College Sistem,
Buddy atau Tutor Sebaya.
Kata kunci: Rakan Sebaya, Remaja, Hati, Emosi
321 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah organisasi yang mengandungi pelajar-
pelajar terlatih dalam kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Mereka
berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya,
terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak berfungsi
hanya untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan
malahan menjadi seorang pendengar yang peka dengan perasaan serta emosi
orang lain, prihatin serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah. “Bantu
diri untuk bantu orang lain” ini merupakan falsafah dan slogan bagi Pembimbing
Rakan Sebaya. Slogan ini menunjukkan bahawa pelajar yang dipilih sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya bukanlah hanya dipilih untuk membantu pelajar
lain, malah untuk membantu diri sendiri, seterusnya membantu yang lain.
Rakan Sebaya watak utama dalam senario kehidupan para pelajar. Kanak-
kanak lazimnya merujuk rakan sebaya sebagai tali ukur bagi menilai dirinya
sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan.
(Nursuhaili, 2010)
Pada tahun 2020 sehingga kini, dunia dilanda Wabak Pandemik Covid-19 dan
Perdana Menteri Malaysia meisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan demi
mengawal penyebaran Wabak merbahaya ini. Pelajar sekolah dan juga institut
pengajian tinggi tidak dibenarkan menghadiri kelas secara bersemuka sejak
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020.Mereka
dinasihatkan untuk berada di rumah dan meneruskan pembelajaran dalam
talian yang diberi nama Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR).
Namun, timbul kegusaran dalam kalangan pelajar dan juga ibu bapa, adakah
pembelajaran dalam talian memberi kesan yang sama seperti pembelajaran
formal di dalam kelas? (Awani, 2020) Perintah Kawalan Pergerakan
memberikan impak yang besar terhadap masyarakat terutamanya pelajar, tidak
kira sama ada ianya impak yang positif mahupun negatif.
Pendidikan atau pembelajaran melalui skrin komputer yang terlalu lama akan
memberi kesan terhadap kesihatan mental, fizikal, emosi dan juga sosial. Pakar
Psikologi Klinikal International University of Malaya-Wales, Dr Mimi Fitriana
Zain berkata, apabila seseorang itu khususnya pelajar tidak dapat
menyeimbangkan penggunaan komputer, maka ia tidak akan dapat membantu
mereka melihat fenomena pembelajaran itu sebagai sesuatu yang positif.
Menurutnya, apabila berbicara tentang impak kepada psikologi pelajar itu
sendiri pula, akan wujud masalah-masalah kognitif terutama dari segi
pengambilan keputusan. (Sinar, 2021)
322 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Konsep Psikologi Dalam Dakwah
Pembimbing Rakan Sebaya Mrsm Gemencheh bergerak sebagai badan
kepimpinan dengan kuasa 38 ahli Bersama 2 orang Kaunselor. Antara skop
tugas Pembimbing Rakan Sebaya ialah mendekati rakan sebaya dan mengenal
pasti kelompok yang mempunyai masalah kemudian merujuk mereka kepada
guru bimbingan dan kaunseling. Selain itu, PRS juga bertugas untuk Membantu
kaunselor merancang dan melaksanakan aktiviti, kempen serta program
bimbingan dan kaunseling bagi warga sekolah. Mrsm Gemencheh merupakan
Mrsm Program Ulul Albab. Oleh itu, PRS di Mrsm Gemencheh menggunakan
platform kepimpinan ini sebagai satu platform untuk mendekati hati dan emosi
pelajar dengan berkonsepkan penggabungan elemen psikologi dan dakwah.
Salah satu matlamat dakwah adalah untuk mengubah sikap seseorang.
Mengubah sikap seseorang bukan perkara yang mudah. Namun sikap boleh
dipengaruhi. Salah satu pendekatan untuk mempengaruhi sikap adalah melalui
pendekatan psikologi. Oleh itu terdapat perkaitan yang rapat antara psikologi
dan dakwah. Menurut Abd.Aziz Md Zin (1999), terdapat empat kategori yang
menggambarkan antara psikologi dan dakwah. Pertama, dari aspek matlamat
psikologi dan dakwah. Matlamat psikologi adalah untuk menjelaskan
kedudukan sebenar sesuatu tanggapan, meramal dan mengawal tingkah laku
(Morris, 1979). Manakala menurut Davidoff (1980), matlamat kajian psikologi
adalah untuk memerihal, memahami, meramal dan mempengaruhi tingkah laku
manusia. Matlamat dakwah pula adalah mengajak, menyeru, memujuk dan
mempengaruhi manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan
keburukan dalam kehidupannya. Jelas menunjukkan bahawa dari aspek
matlamat dakwah dan psikologi ada unsur-unsur persamaan.
Kedua, hubungan dalam konteks kepentingan psikologi mempengaruhi
manusia. Dakwah juga mengandungi unsur-unsur mempengaruhi orang lain.
Dalam usaha untuk mempengaruhi
1. Menerangkan tanda-tanda dan hasil-hasil yang berfaedah kepada iman dan
penghayatan agama seseorang
2. Menolong untuk memahami dalil-dalil agama dan tafsir yang sesuai dengan
akal semasa
3. Boleh menambah maklumat untuk memahami rahsia hukum-hukum syarak
yang boleh membawa kepada keimanan;
4. Menolong pendakwah memahami jiwa sasaran, penumpuan dan cara
mempengaruhi jiwa sasaran dengan mudah;
5. Hubungan psikologi dan dakwah dalam konteks disiplin ilmu iaitu psikologi
dakwah.
323 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Psikologi dakwah merupakan dua gabungan perkataan iaitu antara psikologi
dan dakwah yang saling mempunyai hubungan antara keduanya. Psikologi
dakwah membawa maksud:
a. Dakwah mengikut cara psikologi;
b. Penggunaan psikologi dalam dakwah;
c. Dakwah melalui pendekatan psikologi;
d. Kajian jiwa manusia untuk dakwah (Abd. Aziz 1999).
Psikologi dakwah juga boleh ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan kajian
terhadap kejiwaan dan perwatakan manusia untuk kepentingan dakwah
(Fariza, 2009). Dalam konteks perbincangan kemahiran psikologi dalam
dakwah kepada remaja bermaksud pendakwah harus mempunyai beberapa
kemahiran dan ilmu yang berkaitan dengan kejiwaan remaja. Oleh itu,
memahami perkembangan psikologi remaja, minat dan kecenderungan serta
mengenal pasti pendekatan psikologi dakwah yang sesuai kepada remaja
merupakan satu keperluan kepada pendakwah bagi menyelami jiwa remaja
agar dakwah yang disampaikan akan lebih berkesan. Seterusnya, pendakwah
akan menggunakan pendekatan psikologi yang sesuai dengan kecenderungan
dan minat remaja.
Amalan Terbaik PRS
Setiap badan kepimpinan pasti mempunyai metode tersendiri untuk memimpin.
Di sini kami lampirkan amalan-amalan terbaik yang kami lakukan sepanjang
bertugas sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. Antaranya ialah:
Homeroom Angkat
Sistem Homeroom atau sistem "keluarga angkat" dijalankan di setiap Maktab
Rendah Sains MARA di Malaysia. Setiap Homeroom dijaga oleh seorang guru
penasihat dan terdiri daripada sebilangan pelajar sebagai sebuah "keluarga
angkat". Antara peranan utama Homeroom adalah untuk menjaga kebajikan
dan memantau perkembangan pelajar di dalam MRSM. Selain itu, Homeroom
juga merupakan sebuah medium di mana pelajar boleh saling berinteraksi dan
berkongsi masalah masing-masing, serta melakukan pelbagai aktiviti bersama.
324 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Cara Pelaksanaan
Setiap PRS dipertanggungjawabkan untuk menjaga satu homeroom bagi
pelajar tingkatan satu. Hal ini bagi membantu meringankan beban kaunselor
untuk memantau tingkah laku dan keadaan emosi pelajar khususnya pelajar
tingkatan 1 yang baru sahaja mendaftar di sekolah. Dalam pelaksanaan amalan
ini, PRS yang dipertanggungjwabkan untuk menjaga homeroom ini akan
dianggap sebagai PRS angkat atau lebih dekat lagi, kakak atau abang angkat
di MRSM.
Oleh itu, dengan adanya medium pendekatan seperti ini, PRS mengambil
inisiatif iaitu menugaskan pelajar homeroom angkat tersebut untuk
menyediakan sebuah jurnal atau diari. Jurnal ini digunakan untuk pelajar
meluahkan segala masalah yang terbuku sepanjang pelajar berada di MRSM.
Mengikut etika Pembimbing Rakan Sebaya, kami diamanahkan untuk menjaga
rahsia bagi setiap masalah pelajar. Jurnal ini juga merupakan amanah kami
untuk menjaga setiap isi di dalamnya daripada terdedah kepada orang lain.
Seterusnya, kami akan menjawab setiap persoalan atau menyelesaikan setiap
permasalahan pelajar yang diluahkan di dalam jurnal tersebut. Jurnal ini juga
merupakan suatu medium komunikasi antara pelajar selain daripada
berkomunikasi secara bersemuka. Berdasarkan etika PRS, kami perlu merujuk
dan melaporkan kepada guru bimbingan dan kaunseling bagi kes yang rumit
dan melebihi kemampuan kami untuk menyelesaikannya.
Kelebihan dan Kebaikan
a. Membantu dan memudahkan guru bimbingan dan kaunseling untuk
memantau dan membantu pelajar.
b. Pelajar introvert akan lebih selesa berkomunikasi di dalam jurnal.
c. Hubungan yang erat akan membuatkan pelajar lebih selesa untuk
berkongsi masalah bersama PRS.
d. Sistem homeroom ini akan memudahkan lagi tugas PRS untuk
mengenal hati dan emosi pelajar untuk membantu mereka dengan cara
yang lebih baik, malah akan membuatkan PRS lebih fokus dalam
menjalankan tugas untuk memantau dan membantu pelajar kerana
skop pemantauan lebih kecil.
Kempen “Love Letters” dan Sesi Kaunseling dalam Talian
Setiap tutur kata manusia akan memberikan kesan pada hati dan emosi orang
lain. Oleh itu pentingnya pemilihan PRS yang menjaga adab dan tutur katanya
dalam berkomunikasi. Terdapat kata-kata yang boleh menyembuhkan hati
325 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
manusia, terdapat juga kata-kata yang boleh membunuh manusia kerana
ketajamannya.
Cara Pelaksanaan
“Love letter” atau lebih dikenali sebagai surat cinta bukanlah membawa erti
bahawa PRS memberi surat cinta kepada pelajar. Namun, kami akan
memberikan sepucuk surat yang dihiasi dengan kata2 yang indah dan
bermotivasi kepada pelajar dan warga maktab. Tindakan dan usaha yang dilihat
kecil, namun memberikan impak yang besar terhadap pelajar, kerana setiap
kata-kata mempengaruhi hati dan emosi manusia. Kempen ini kami jalankan
pada setiap hari Selasa kerana hari Selasa merupakan penggiliran hari untuk
PRS berkempen. Sepanjang hari Selasa kami akan mengirim sepucuk surat
cinta kepada pelajar dan warga maktab yang kami temui mahupun berselisih.
Target audien kami ialah semua pelajar tanpa mengira umur dan semua warga
maktab tanpa mengira jawatan.
Seterusnya, sejak pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0, semua
pelajar diarahkan untuk tidak perlu hadir ke sekolah serta pulang ke asrama.
Oleh itu, setiap pelajar perlu akur dengan undang-undang yang telah ditetapkan
dan hanya tinggal di rumah bagi meneruskan pembelajaran dan pengajaran
secara dalam talian atau lebih dikenali sebagai PDPR. Hal ini juga membuatkan
timbulnya kegusaran para pelajar malah ibu bapa berkaitan dengan kesan
kaedah pembelajaran di rumah. Kami yakin dan pasti bahawa emosi pelajar
akan terganggu. Bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut, kami
Pembimbing Rakan Sebaya tidak menjadikan PKP sebagai satu alasan untuk
tidak bergiat aktif untuk membantu pelajar sekaligus menjadi rakan sebaya
yang setia mendengar sebarang luahan hati. Dengan itu, kami mengambil
inisiatif untuk melakukan sesi kaunseling dalam talian sebagai rutin kami.
Kelebihan dan Kebaikan
a. “Love letter” akan membantu pelajar menceriakan hari-harinya
di sekolah.
b. Memberi motivasi dan kata-kata yang akan membantu pelajar
agar lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di sekolah.
c. Sesi Kaunseling akan membantu pelajar dan memberitahu
mereka bahawa mereka tidak keseorangan.
d. Membantu pelajar untuk mengurus dirinya dengan baik di
rumah, dari segi masa, fizikal, mental dan emosi.
326 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Jamuan PRS
Jamuan Pembimbing Rakan Sebaya merupakan antara amalan yang wajib
dilakukan setiap tahun. Jamuan ini akan dianjurkan oleh PRS yang baru sahaja
dilantik bagi meraikan PRS yang sudah meletakkan jawatan. Amalan ini
merupakan antara memori yang manis bagi setiap PRS. Pihak yang terlibat
ialah PRS sesi terkini, PRS sesi yang lepas, Kaunselor dan juga Pihak
pengurusan maktab yang terlibat. Tahap kos yang digunakan untuk
mengadakan jamuan ini ialah kos sederhana, dan kebiasaannya, pihak maktab
akan menaja kos jamuan ini jika dipohon melalui kertas kerja. Jamuan ini telah
menjadi amalan wajib yang dilakukan oleh setiap badan kepimpinan.
Kelebihan dan Kebaikan
a. Mencipta memori dan mengeratkan silaturahim antara PRS baharu dan
PRS yang lepas.
b. Bertukar pendapat dan nasihat bagi memantapkan lagi ilmu
kepimpinan.
c. Belajar untuk mengendali program yang melibatkan kos dan lain-lain.
d. Berkomunikasi dengan PRS sesi yang lepas bagi mendapatkan nasihat
serta tauladan bagi menambahbaik kepimpinan PRS yang baharu.
Rumusan & Cadangan
Sebagai rumusan, PRS merupakan individu yang paling rapat dengan seorang
remaja. Penubuhan PRS dilihat memberi impak yang sangat berguna bagi
membentuk sahsiah remaja. PRS merupakan satu kaedah dalam mencari
rakan yang baik serta dapat membimbing rakan yang mempunyai sebarang
masalah. Fasa remaja merupakan fasa yang cukup kompleks dan penuh
cabaran. Ketika ini, remaja mengalami perkembangan psikologi yang pesat dari
aspek moral, sosial dan emosi. Kebanyakan remaja kini sangat memerlukan
bantuan dan sokongan daripada rakan sebaya. Sebagai seorang Pembimbing
Rakan Sebaya, kita seharusnya bertindak dan membantu golongan remaja
untuk keluar daripada kepompong permasalahan mereka. Pimpin dan bimbing
mereka ke arah yang lebih bahagia bersama Tuhan Yang Maha Esa. Bawa dan
tunjukkan kepada mereka bahawa di dunia ini setiap manusia pasti dan masih
ada peluang dan sinar harapan untuk bersama bahagia selagi nafas dan nyawa
dikandung badan.
327 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Senarai Rujukan
Shawalni,O. (2016,November 18 ). Kepentingan rakan sebaya. Diperolehi
daripada; https://prezi.com/hsrgb0vx8-1e/kepentingan-rakan-sebaya/
Anonymous; (http://smkakl.edu.my/index.php/warga-kerja/jawatankuasa-
sekolah/pembimbing-rakan-sebaya)
Aida, R.N. (2020, Disember 2) Pembelajaran online boleh beri kesan kesihatan
mental.
Diperolehi daripada;
https://www.sinarharian.com.my/article/112917/KHAS/
Awani,A. (2020, Jun 2) Impak negatif COVID-19: Pelajar ketinggalan, 'lost
generation'? Diperolehi daripada;
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/impak-negatif-covid19-
pelajar-ketinggalan-lost-generation-245384
Hati, S. (2017, November) Tugas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Diperolehi
daripada;
http://skserting3.blogspot.com/2011/11/tugas-pembimbing-rakan-sebaya-
prs.html
Sebaya, P. R. (2009, April 14) Etika PRS. Diperolehi daripada;
http://prssmkje.blogspot.com/2009/04/etika-prs.html
Zin,A.A.(1999).Psikologi Dakwah.Kuala Lumpur:JAKIM
Davidoff, L. L. (1980). Introduction to Psychology.New York: MGHBC
Morris, C. G. (1979).Psychology: An Introduction. New Jersey: PHI.
Sham, F.M. (2009).Perkembangan Emosi Remaja Dari Perspektif Psikologi
Dakwah. Dlm Khidzir Ismail, Jawiah Dakir, Fariza Md Sham, Hanina H.Hamsan.
Psikologi Islam Falsafah, Teori dan Aplikasi.Bangi: Institut Islam Hadhari, UKM.
Sham,F. M. (2015) AL-HIKMAH. Diperolehi daripada;
https://core.ac.uk/download/pdf/33344561.pdf
328 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
KEPERIBADIAN YANG UNGGUL MENJAMIN
KEJAYAAN KEPADA REVOLUSI BELIA ISLAM
Abdul Azim Bin Abdul Rahim
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, Serada
,20050, Kuala Terengganu, Terengganu
(E-mail: [email protected] )
Nur Anis Lidya Mursyida Binti ‘Arifin
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, Serada
,20050, Kuala Terengganu, Terengganu
(E-mail: [email protected] )
Abstrak
Pembangunan tanpa militasi kian pesat dan lincah membangun seiring dengan
kemajuan gelombang globalisasi yang sedang menggerakkan dunia pada
masa kini . Keunggulan sesebuah masyarakat dapat diukur daripada
keberhasilan belia yang mempunyai daya fikir yang kreatif serta keperibadian
yang tinggi akhlak dan sahsiahnya.Belia atau remaja mampu membangunkan
sesebuah masyarakat jika mempunyai sahsiah dan keperibadian yang mulia.
Mengikut pandangan Syed Naquib Al-Attasi, pencapaian tahap susila yang
tinggi merupakan konsep dalam tamadun Islam . Belia Islam dapat
diperkasakan dengan gah walau menghadapi era modenisasi yang kian pesat
berkembang . Melihat kepada kejayaan yang pernah diperoleh daripada
Rasulullah dalam sejarah Islam , belia Islam seharusnya meneladani
karakteristik belia pada zaman tersebut bagi menghadapi cabaran modenisasi
sekaligus membina kekuatan ummah dan memenuhi keperluan masyarakat
Islam moden. Kepimpinan yang cekap dan dinamik merangkumi keperibadian
tinggi dapat menjamin kejayaan yang besar dalam kalangan belia islam selaras
dengan revolusi 4.0 ini. Kertas kerja ini akan membincangkan konsep kejayaan
dalam melahirkan insan yang berkeperibadian tinggi bersandarkan syariat
islam dengan memfokuskan masyarakat konvensional , sebagai tumpuan
utama yang merangkumi isi, realiti, cabaran, prospek dan cadangan
penambahbaikan menjelang revolusi moden yang seterusnya.
Kata Kunci: Keperibadian, Kejayaan , Revolusi Belia Islam , Kepimpinan
329 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Pengenalan
Dunia pada masa kini berada di ambang kepesatan pembangunan dan
bermulanya susur atur strategi untuk mencorak langkah demi merealisasikan
revolusi menaik taraf status negara bukan sahaja di Malaysia malah seantero
dunia kini gian beraksi dengan wujudnya teknologi-teknologi yang pesat
membangun mengalahkan perkembangan pemikiran manusia.Gologan belia
atau remaja merupakan permata intan kepada sesebuah negara.Sejarah Islam
membuktikan bahawa peranan belia sangat penting dalam fasa perkembangan
Islam.Sesuatu tamadun tidak akan wujud atau membangun kecuali dengan
pembentukan individu dan keluarga serta masyarakat yang merupakan asas
dalam setiap kewujudan bangsa dan tamadun menurut Hassan al-
Banna(t.t).Merujuk kepada nukilan yang membawa 1001 titik tanda itu,kita
dapat mengkonklusikan bahawa kejayaan sesuatu tamadun itu bermula
daripada keperibadiaan di dalam diri sesuatu individu.Remaja dan belia
disinonimkan dengan maksud individu yang mempunyai tenaga yang
berterusan.Kita dapat melihat bahawa belia islam dapat membangunkan jati diri
dan membawa ke arah satu revolusi yang tidak dapat dinafikan
kehebatannya.Sesuatu perkara tidak dapat dijalankan dengan sempurna jika
tiadanya seorang pemimpin yang berwawasan dan berdedikasi.Pemimpin
merupakan individu yang boleh memberi pengaruh yang besar kepada individu
lain dan mampu menggalas tanggungjawab yang berat lalu menyelesaikannya
dengan berfikiran secara teratur dan strategik.Sebuah organisasi wajib memiliki
seorang pemimpin terutamanya di peringkat pendidikan menengah yang bakal
menghadapi dunia cabaran yang penuh dengan rintangan apabila melangkah
kealam dewasa.Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah badan organisasi
yang berkhidmat dan membantu pelajar lain,terutama mereka yang
memerlukan bantuan di dalam mengendalikan masalah.PRS bukan sahaja
dilatih untuk menjadi seorang pendengar yang aktif malah setiap seorang ahli
PRS akan dilatih untuk menjadi seorang pemimpin yang gah disamping
membentuk keperibadiaan yang unggul mengikut syariat Islam dalam menjalani
pelbagai bentuk rintangan dan cabaran seterusnya membangkitkan belia Islam
kontemporari dalam menempuhi era Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0).
Konsep Kepimpinan
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu
yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan
adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai
struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut
bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu
organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang
330 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke
arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan
aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang
pemimpin.
Kepimpinan juga adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia
menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada
dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepimpinan
membawa konotasi kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan
masing-masing. Kepimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih
sesiapa sahaja untuk kita jadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk
tidak mempunyai pemimpin. Kepimpinan juga menjadi penting kerana ia sering
dikaitkan dengan keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi
termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan:
"Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain".
Manakala, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah pelajar yang berkhidmat
dan membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan bantuan di
dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih oleh
Kaunselor bagaimana menjadi seorang pendengar yang aktif. Mereka juga
akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya
menggalakkan rakan-rakan berbincang tentang masalah, pandangan,
kebimbangan dan lain-lain perkara lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan
dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang
kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa
hormat dan memahami. Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti
oleh Kaunselor dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang
didapati ialah dalam masa mereka membantu rakan memahami diri dan
masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya akan belajar memahami dirinya
sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran kendiri (Self-awareness).
Kepimpinan dan Keperibadian
Dalam membincangkan tentang keperibadian Islam, terlebih dahulu perlu
difahami konsep personaliti secara umum. Personaliti merupakan satu
perkataan yang sering digunakan apabila menggambarkan diri sendiri dan
orang lain. Personaliti berasal daripada perkataan Latin iaitu persona, yang
merujuk kepada topeng yang digunakan oleh pelakon dalam pementasan
drama.Biasanya personaliti diberi definisi mengikut kecenderungan
masyarakat. Sesetengah masyarakat menganggap seseorang yang
berpersonaliti baik adalah seseorang yang mengagumkan orang lain dengan
kebolehannya bergaul dan berinteraksi dengan baik. Ada pula menganggap
personaliti yang baik apabila seseorang menunjukkan tingkah laku yang
bersopan santun dan bercakap dengan lemah lembut.
331 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Teori personaliti yang dikemukakan oleh Carl Jung, menyatakan tingkah laku
manusia dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku dan juga aspirasi
masa depan.Pembentukan personaliti individu bukan sahaja kesan daripada
peristiwa yang berlaku semasa zaman kanak-kanak tetapi juga ramalan itu
merupakan kejadian ataupun aspirasi pada masa depan.Menurut pandangan
Adler pula, personaliti itu pada dasarnya adalah kelakuan dan perasaan inferior
yang wujud apabila individu, sama ada secara langsung ataupun tidak,
membandingkan dirinya dengan orang lain dan mendapati dirinya lebih rendah.
Bagi mengelak perasaan rendah diri daripada terus menghantui, asas
keyakinan diri yang kukuh perlu dibina. Hanya dengan keyakinan diri yang
tinggi dapat membekalkan tenaga bagi mengubah tingkah laku yang bersifat
inferior.
Personaliti merupakan ciri-ciri yang mensifatkan seseorang individu dan
membezakannya daripada individu yang lain. Personaliti merangkumi gaya
hidup, kepercayaan harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti,
persepsi,tabiat, sikap dan watak seseorang.Personaliti menurut pandangan
Maddi dalam bukunya Personality Theories: A Comparative Analysis adalah
seperti berikut;
“Personaliti adalah satu set kestabilan kecenderungan dan sifat yang
menentukan mereka, persamaan dan perbezaan dalam perilaku psikologi
manusia (fikiran, perasaan, dan tindakan) yang mempunyai kesinambungan
dalam masa dan yang mungkin tidak mudah difahami sebagai hasil tunggal
dari cabaran sosial dan biologi.”
Berdasarkan beberapa takrifan personaliti di atas menggambarkan bahawa
personaliti merupakan corak daripada tingkah laku manusia yang berasal
dalam diri individu. Pelbagai tingkah laku yang terjadi pada manusia berasal
daripada manusia itu sendiri, sehingga yang menjadikan ukuran adalah diri
individu sendiri dalam setiap tingkah laku yang diperbuat oleh manusia.
Golongan remaja Islam pada masa kini merupakan cermin masa depan bagi
sesebuah tamadun dalam membina kemajuan dan kebangkitan dalam pelbagai
aspek seperti pentadbiran, teknologi, pendidikan dan pelbagai. Keperibadian
ibarat jantung manakala kepimpinan ibarat sel-sel darah yang sentiasa
memerlukan antara satu sama lain dalam apa jua keadaan bagi memastikan
semua perkara berjalan dengan sempurna dan sentiasa memberi kemajuan
dan impak yang besar bagi menjamin masa depan yang cerah. Jadi, terang lagi
bersuluh bahawa kepimpinan akan membawa keperibadiaan yang mantap
terutamanya dalam membangkitkan belia islam kontemporari.
332 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Prospek Mengungguli Keperibadian untuk Revolusi Islam
Era modenisasi pada masa kini sering dikatakan berhadapan dengan pelbagai
bentuk masalah dan tidak lari dari dunia menilai perbuatan seseorang atau lebih
dikenali dengan frasa “dunia kecaman”. Pada peringkat dunia masa kini, begitu
susah untuk mencari seorang pemimpin islam yang mempunyai keperibadian
yang dapat membawa kebangkitan revolusi Islam.Sebagai belia Islam yang
mempunyai pendedahan dalam mentadbir sesebuah organisasi dan
pendekatan yang diajar terutamanya bagi kami sebagai ahli PRS, kami perlu
mengambil setiap cabaran sebagai peluang dan ruang untuk membangkitkan
kebangkitan dunia pada era kini.
Para pemimpin wajib menjadi role model, setidaknya dalam hal akhlak, cara
berfikir, cara berperilaku dan bertindak, kejujuran, dan ketegasannya. Pada
prinsipnya pemimpin harus menjadi sosok manusia yang luar biasa harus lebih
banyak berkarya daripada banyak berbicara. Dipundak pemimpinlah melekat
tanggungjawab untuk melakukan perubahan dan pembaharuan organisasi.
Dengan karakter seperti itulah, maka seorang pemimpin dapat disebut sebagai
role model. Mungkin kita mempunyai jutaan rujukan tokoh dan pemimpin yang
menjadi idola. Namun, ia tidak dapat menandingi keunggulan keperibadian
Rasulullah SAW sebagai ketua kepada keluarga, masyarakat dan negara,
apatah lagi umat manusia di seluruh alam.
ALLAH SWT berfirman: “Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad)
melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.” (Surah al-Abiya’, ayat
107).
Ayat suci Al-Quran diatas menghuraikan bahawa tidak ada satu makhluk di atas
dunia ini yang tidak dapat ditandingi dan dibandingkan melainkan Rasulullah
SAW.Antara sifat kepimpinan yang kita dapat mengambil tauladan daripada
kekasih Allah SWT ini ialah Amanah iaitu benar-benar boleh dipercayai dan
Fathonah ialah bijaksana.Ini antara sifat-sifat Rasulullah yang kita boleh contohi
dan menerapkannya di dalam diri kita sendiri sebagai seorang PRS untuk
memajukan dan meningkatkan revolusi belia Islam kontemporari.
Selain itu,seorang pemimpin perlu bijak dan kreatif dalam membuat sesuatu
perkara yang dapat menarik minat masyarakat terutama generasi anak muda
pada masa kini. Kempen “Kepimpinan melalui Teladan” merupakan satu cara
memimpin melalui contoh teladan yang ditunjukkan oleh para pemimpin
sehinggakan orang-orang yang dipimpin mahu mematuhi dan melaksanakan
apa sahaja yang dikehendaki oleh para pemimpin secara sukarela dan
bukannya secara paksaan. Kempen “Kepimpinan melalui Teladan” merupakan
satu kempen yang diperkenalkan pada 19 Mac 1983. Pelancaran kempen ini
333 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
disempurnakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri yang bertujuan untuk
menanamkan dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan untuk dicontohi,
dihayati,dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Keadaan ini lebih
menjurus kepada usaha untuk menerapkan nilai bertanggungjawab dan etika
murni dalam kalangan kakitangan awam.Sebagai seorang PRS,kita perlulah
sentiasa memikirkan cara untuk menarik masyarakat terutamanya dalam
kalangan para remaja dalam dunia yang penuh cabaran pada masa kini.Ini
dapat meningkatkan kesedaran dan semangat para remaja terutamanya untuk
meningkatkan.
Cabaran
Antara cabaran yang dilalui oleh PRS terbahagi kepada dua iaitu personaliti
dan sikap remaja pada era milineum. Obsesi terhadap usaha dalam
mempengaruhi rakan taulan dalam membentuk keperibadian yang baik
memperkukuhkan jati diri seseorang individu. Namun begitu, niat para
pemimpin yang murni, masih tidak dapat diterima oleh masyarakat yang
berfikiran sempit .Diskusi di atas dapat dibuktikan dengan lebih spesifik, dengan
dunia kecaman yang meruntuhkan akhlak sesetengah individu . Buktinya ,
murid - murid tidak dapat menuruti keputusan dan arahan pemimpin dari
kalangan mereka. Mereka bukan sahaja mempertikaikan keputusan para
pemimpin, malah mereka juga menonjolkan sifat ketidak puas hatian mereka
dengan memberontak.
Rentetan itu, cabaran dalam menarik remaja untuk menjerumuskan diri dalam
kempen pengukuhan jati diri juga tidak kalah dengan cabaran dunia yang penuh
dengan penghakiman. Remaja kini kurang berminat dalam melibatkan diri
dalam kempen seperti ini. Tanpa sebarang perubahan yang dicetuskan
terhadap generasi Z, pemikiran yang tidak berpandangan jauh akan berlarutan
dari satu generasi ke generasi yang lain.Objektif dalam menggapai
keperibadian yang unggul dalam kalangan remaja gagal untuk dicapai oleh
golongan yang memperjuangkan hak asasi manusia.
Rumusan dan Cadangan
Sebagai rumusan, disignifikasikan lagi bahawa aspek role model dalam
seseorang pemimpin membawa impak yang besar dalam pembentukan identiti
seseorang belia Islam yang positif untuk menuju kearah pemikiran yang lebih
berwawasan. Ini dapat diperjelaskan lagi dengan melihat sifat Rasulullah iaitu
Siddiq yang bermaksud benar. Kita sebagai seorang belia Islam merangkap ahli
PRS yang berdedikasi perlulah sentiasa bersikap benar bukan sahaja melalui
lisan malah melalui perilaku kita sendiri.Melalui kempen yang diadakan untuk
memantapkan sahsiah diri dalam keperibadiaan belia Islam, kita dapat melihat
334 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
bahawa terbentuknya sifat kepimpinan bagi merealisasikan revolusi
kebangkitan Islam kini sedang menghampiri kejayaan.Sementelahan itu, skop
kemenjadiaan pelajar melalui kempen-kempen yang diadakan ini dapat
melahirkan belia Islam yang inovatif dalam menyeselesaikan masalah
bertambah dan terus bertambah.
Bagi melahirkan belia yang berkualiti dalam menguruskan tapak kepimpinan
bagi melaksanakan revolusi dalam dunia yang penuh duri-duri cabaran untuk
berjaya ini, kita seharusnya melatih para belia terutamanya murid-murid yang
masih belajar tentang liku-liku kehidupan untuk menghadapi dunia luar
daripada awal dan memberi impak yang besar bagi perancangan masa
hadapan. Badan-badan kepimpinan sekolah terutamnya PRS seharunya
memainkan peranan yang besar bagi melaksanakan tugas mereka dengan
penuh bertanggungjawab seperti melaksanakan aktiviti-aktiviti kepimpinan bagi
memantapkan nilai-nilai murni dalam diri, berkongsi buah idea sesama sendiri
supaya tidak berfikiran sempit dan boleh menerima pendapat, menghadiri
program-program rohani dan jasmani untuk meningkatkan prestasi diri dalam
semua aspek dan minda yang stabil dan pelbagai lagi.Seterusnya, kejayaan
bagi revolusi Islam akhirnya dicapai dengan keperibadiaan yang unggul dalam
memimpin satu organisasi terutamnya dalam organisasi Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS).
Senarai Rujukan
https://www.academia.edu/37812971/PRS_MODUL_KEPIMPINAN
https://ariffalbaqi.blogspot.com/2012/06/cabaran-cabaran-dalam-
berdakwah.html
https://www.kosmo.com.my/2020/07/23/duri-dalam-media-sosial-
selebriti-muda/
https://www.sinarharian.com.my/article/52727/LIFESTYLE/Sinar-
Islam/Contohi-kepimpinan-Rasulullah-SAW
335 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
P.R.S: KEBERKESANAN APLIKASI PRINSIP
KERAMAT DALAM KALANGAN PRS MELAHIRKAN
PEMIMPIN YANG UNGGUL DALAM SEGALA ASPEK
Muhammad Syahmi Bin Sahara
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, 21300 Kuala Nerus,
Terengganu.
(E-mail: [email protected])
Raja Ammar Najmi Bin Raja Sapulizan
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, 21300 Kuala Nerus,
Terengganu.
(E-mail: [email protected])
Nurul Hidayah Binti Hasnan
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, 21300 Kuala Nerus,
Terengganu.
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Menuju impian melahirkan pemimpin dalam kalangan pelajar yang mampu
memberikan impak kepada tampuk kepimpinan masa hadapan. Maka kami
percaya bahawa pentingnya untuk kita mempunyai prinsip sebagai pegangan
utama dalam sesebuah badan organisasi kepimpinan di sekolah. Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS) merupakan salah satu badan organisasi kepimpinan di
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu rakit (SBPIBR). Organisasi PRS di
sekolah kami mengenalkan satu prinsip kepada semua ahli PRS dan wajib
untuk berpegang kepada prinsip ini sepanjang berkhidmat sebagai seorang
PRS di sekolah. Secara jelasnya prinsip yang telah diperkenalkan oleh Unit
Bimbingan & Kaunseling SBPIBR ini telah berjaya membentuk serta melahirkan
ahli PRS yang unggul dalam segala aspek. Kertas kerja ini akan menerangkan
berkaitan prinsip yang telah diperkenalkan ini memberikan kesan kepada
kemenjadian PRS sekali gus melahirkan pemimpin yang unggul dalam segala
aspek.
Kata kunci: Prinsip keramat, keberkesanan, melahirkan pemimpin
Pengenalan
Kejayaan sesebuah organisasi itu disebabkan oleh pelbagai faktor yang
menjadi tunjang utama kepada hala tuju kepimpinan yang diamanahkan. Antara
336 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
faktor yang paling utama adalah pemimpin yang memimpin organisasi itu
sendiri. Menurut DR Zafir Khan (2020) beliau berpegang kepada prinsip
“Bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Beliau juga menekan bahawa
pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang berkarisma dan menjadi idola
kepada pengikutnya. Selain Doktor Zafir Khan, Prof Dr Engku Ahmad Zaki
Engku Alwi mengatakan bahawa, pemimpin adalah antara manusia yang
mempunyai tanggungjawab yang begitu besar dalam Islam. Dia secara
langsung di dalam urusannya memikul amanah dan tugas yang berat kepada
rakyat yang dipimpinnya. Hal ini terbukti bahawa faktor utama kejayaan
sesebuah organisasi itu terletak kepada pemimpinnya.
Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu yang timbul berkaitan kegagalan
pemimpin untuk mengendalikan organisasi mereka malah kebanyakan
daripada mereka gagal untuk memacu tampuk kepimpinan yang diamanahkan.
Antara faktor yang menjadi punca utama adalah rasuah. Seperti yang kita tahu
bahawa sudah menjadi kebiasaan kepada pemimpin terlibat dengan kegiatan
rasuah. Rasuah ini adalah salah satu faktornya sahaja tapi lebih banyak faktor
yang menyumbang kepada keruntuhan sesebuah organisasi. Jadi, untuk
melahirkan pemimpin yang unggul bermula dengan tampuk kepimpinan
organisasi yang kecil sebagai contohnya di sekolah. Pembimbing Rakan
Sebaya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit sentiasa mengambil
berat tentang prinsip yang menjadi pegangan utama untuk setiap ahli PRS
sepanjang berkhidmat di SBPIBR. Prinsip yang diperkenalkan oleh Unit
Bimbingan & Kaunseling SBPIBR adalah (P.R.S) di mana setiap huruf
membawa satu frasa yang berbeza yang mempunyai maksud yang tersendiri.
Dalam kertas kerja ini akan kami terangkan satu persatu bagaimanakah prinsip
keramat ini mampu melahirkan pemimpin yang unggul dalam pelbagai aspek,
termasuklah bagaimana prinsip ini memberikan kesan kepada kemenjadian
PRS sepanjang berkhidmat dan juga setelah tamat berkidmat sebagai seorang
PRS di SBPIBR.
Konsep (P.R.S)
Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit
(UBK BRAINS) sudah lama mengenalkan prinsip keramat ini sepanjang
mengendalikan organisasi PRS sejak awal penubuhan sekolah ini.
PRINSIP Jadual 1. Prinsip Keramat
P
R KETERANGAN
S PERSONALITI HEBAT
RAJIN BERUSAHA
SAHSIAH TERPUJI
337 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
PERSONALITI HEBAT (P)
Personaliti hebat merupakan frasa pertama dalam prinsip keramat kami. Dalam
organisasi PRS kami sentiasa diajar untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri
supaya mampu untuk menjadi contoh tauladan kepada pelajar lain. Setiap ahli
PRS haruslah menjaga nama baik PRS dan sentiasa meningkatkan prestasi
akademik dan juga hafazan. Kami juga dilatih untuk memimpin orang lain
dengan tujuan untuk langkah maju bersama. PRS juga wajib menekankan
penampilan yang kemas supaya tampil lebih berkarisma. Hal ini merupakan
salah satu perkara penting dalam ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber.
Bukan itu sahaja ahli PRS juga dilatih untuk mempunyai komunikasi yang
mantap. Kami juga mengadakan Kempen Bicara Positif di mana kempen yang
dijalankan secara berkala ini memeberikan peluang kepada ahli PRS untuk
berkongsi kata-kata positif di hadapan khalayak ramai. Hal ini menjadikan ahli
PRS mampu untuk berucap di hadapan. Jadi tidak hairanlah ramai dalam
kalangan ahli PRS SBPIBR diberikan peluang untuk mewakili SBPIBR dalam
pertandingan seperti Tokoh Nilam dan Juga Debat Bahasa Melayu, sehingga
telah berjaya mencipta nama SBPIBR di persada nasional.
RAJIN BERUSAHA (R)
Rajin berusaha merupakan frasa kedua dalam prinsip keramat kami. Ahli PRS
sentiasa diingatkan untuk menerapkan sifat sentiasa ingin tahu demi perubahan
yang lebih baik. Menurut rekod, ahli PRS sentiasa mampu untuk mengekalkan
rekod 8-12 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Kami juga sering ditekankan
bahawa setiap ahli PRS perlu mempunyai daya tahan mental dan juga fizikal
yang tinggi. Jadi tidak hairanlah PRS mampu untuk mendegar masalah pelajar
lain dan menyelesaikannya sekali gus masalah tekanan dalam pelajar dapat
dikurangkan secara perlahan-lahan. Kami juga sentiasa berpegang kepada
istilah “lakukan yang terbaik untuk hasil yang terbaik”. Hasilnya ahli PRS
SBPIBR sentiasa cemerlang dan dipandang elok di mata semua guru dan
pelajar lain.
SAHSIAH TERPUJI (S)
Sahsiah terpuji merupakan frasa terakhir daripada prinsip keramat kami.
Secara literalnya setiap ahli PRS perlu sedar akan tanggungjawab yang
diberikan. Sifat kebersamaan kami ahli PRS telah mewujudkan budaya saling
mengingati dalam kalangan PRS. Setiap ahli PRS sentiasa mengingati ahli lain
untuk sentiasa menjaga akhlak dan meletakkan tanggungjawab serta amanah
sebagai perkara yang paling utama. Kami juga terkenal dengan sifat kerjasama
pasukan yang tinggi. Kami diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk
mengedalikan beberapa aktivti besar sekoalh seperti Minggu Orientasi Pelajar
338 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Tingkatan 1. Hal ini kerana kami sentiasa mengamalkan amalan saling
membantu antara satu sama lain. Setiap tahun organisasi tertinggi PRS
sentiasa menerangkan bahawa betapa pentingnya untuk menanam nilai kasih
sayang antara satu sama lain dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.
Keberkesanan
Melihatkan kepada prinsip yang dipegang oleh setiap ahli PRS, terbukti bahawa
prinsip keramat ini telah memberikan kesan kepada ahli PRS, terutamanya dari
segi kemenjadian PRS. Disebabkan oleh prinsip ini kita dapat lihat
keberkesannya berdasarkan beberapa aspek, contohnya akademik,
kepimpinan, dan juga jati diri ahli PRS. Dari aspek akademik sudah terbukti
bahawa beberapa ahli PRS sudah berjaya meraih keputusan semua A dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antaranya Nurin Izzati binti Zaidi (pelajar SPM
2016), beliau juga merupakan penerima anugerah Full Colours Award di
peringkat sekolah dan juga Kebangsaan. Masih lagi berpegangkan kepada
prinsip keramat PRS sewaktu di bangku persekolahan kini beliau menyambung
pengajian di United Kingdom dalam jurusan perakaunan. Selain itu juga
terdapat ahli PRS cemerlang iaitu Nurain Husna binti Dellah (pelajar SPM 2017)
yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan farmasi dan bercita cita
untuk menjadi ahli farmasi yang terkemuka di dunia pada. Beliau berkata
“Dalam setiap perkara yang kita lakukan haruslah untuk berikan komitmen yang
terbaik agar hasilnya juga terbaik. Selain dari aspek akademik kita beralih pula
kepada aspek kepimpinan. PRS yang dilatih dalam kalangan pelajar SBPIBR
merupakan orang-orang yang terpilih, mempunyai daya kepimpinan yang
cukup mantap sehinggakan 2 tahun berturut-turut Ketua Pelajar SBPIBR dipilih
daripada kalangan PRS sedangkan kebiasaanya ketua pelajar dipilih dalam
kalangan pengawas sahaja. Di sini terbukti bahawa pihak sekolah sangat
mempercayai hasil kepimpinan yang ditawarkan oleh ahli PRS. Muhammad
Azfar bin Mohd Azhar (pelajar) dan juga Muhammad Aqil bin Azri (pelajar)
merupakan ketua pelajar bagi SBPIBR pada tahun 2020 dan tahun 2021.
Mereka juga merupakan pelajar cemerlang 12A Peperiksaan TIngkatan 3 (PT3)
pada tahun 2018 dan 2019. Bukan itu sahaja, disebabkan oleh kebolehan ahli
PRS untuk melakukan pengucapan awam, kami juga telah diberi penghormatan
untuk mewakili sekolah ke dalam Pertandingan Debat Universiti Sains Malaysia
2019, seramai 4 orang pendebat dari kalangan PRS SBPIBR terlibat. Salah
satu dari mereka iaitu Muhammad Syahmi Bin Sahara (pelajar) telah mendapat
anugerah pendebat terbaik sepanjang kejohanan. Tambahan pula, Muhammad
Syahmi juga merupakan Johan Tokoh Nilam Daerah Kuala Nerus bagi kategori
Bahasa Melayu. Secara rangkummanya hasil kemenjadian PRS pada hari ini
adalah disebabkan oleh pegangan prinsip kami iaitu (P.R.S) yang kami
katakana satu-satunya amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi kami.
339 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Melahirkan Pemimpin
Apakah yang dimaksudkan dengan melahirkan pemimpin ini? Bagaimanakah
dengan hanya berpegangkan prinsip keramat ini mampu untuk melahirkan
pemimpin di masa hadapan? Ya kami lagi yakin dan percaya apabila kita
berpegang kepada sesuatu prinsip dalam kehidupan maka apa yang kita ingin
kan sedikit demi sedikit akan tercapai dengan jayanya, itulah yang membentuk
perwatakan kami selaku PRS di SBPIBR. Kami dilatih, diajar, diberi
tanggungjawab dan macam macam perkara lagi sehingga amalan berpegang
teguh kepada prinsip keramat ini akhirnya membuahkan hasil yang bermakna.
Terdapat ahli PRS yang sudah berjaya melanjutlan pelajaran ke luar negara
dan dipilih untuk menyertai pelbagai pertandingan dan serta merta menempah
nama di persada negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Berpegang
kepada prinsip ini juga melahirkan ahli PRS yang sentiasa mempunyai sifat
untuk berubah dari baik ke arah yang lebih baik untuk kebaikan bersama.
Rumusan & Cadangan
Rangkuman kertas kerja, dapat dirumuskan bahawa betapa pentingnya untuk
kita mengaplikasikan sesebuah prinsip dalam memikul jawatan sebagai
seorang pemimpin dalam kalangan masyarakat agar kebaikan bersama dapat
dicapai. Menurut Prof Madya Burhanudin Jalal (2016) berkata kepemimpinan
merujuk kepada kemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain ke
arah kebaikan. Seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang mampu
mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain.
Selain daripada itu, menurut salah satu buku kepimpinan iaitu Kepimpinan
Instruksional - Satu Panduan Praktikal (Edisi Kedua) karya James Ang Jit
Eng, Balasandran Ramiah telah menunjukkan bahawa untuk menjadi seorang
pemimpin yang unggul maka kita haruslah mempunyai personaliti menarik
untuk dijadikan contoh kepada pengikut kita. Hal ini telah cukup untuk
menunjukkan bahawa betapa pentingnya pegangan sesuatu prinsip untuk
menjadi seorang pemimpin yang di pandang tinggi oleh masyarakat.
Demi kemajuan serta pembangunan negara kita Malaysia, maka perlu untuk
diingatkan bahawa sesebuah negara yang maju itu sentiasa akan dipimpin oleh
orang yang hebat. Untuk melahirkan pemimpin yang hebat di masa hadapan,
jadi apakah perkara yang kita perlu nilai pada hari ini? Semestinya anak muda
kita pada hari ini yang harus kita nilai, mampu atau tidak generasi muda hari ini
memacu tampuk kepimpinan negara kita di masa hadapan. Memetik mutiara
kata Saidina Ali R.A “Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara,
maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” Maka terbukti bahawa masa
depan kita pada hari ini bakal dipacu anak muda. Sebagai satu cadangan untuk
menjadikan sesuatu organisasi berjalan dan berkhidmat dengan lancar, kita
340 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
boleh mewujudkan satu prinsip yang tersendiri dalam organisasi kita di mana
setiap daripada ahlinya perlu untuk mengikut dan mematuhi. Jika amalan ini
dilakukan dengan penghayatan yang tinggi tidak hairanlah sesebuah organisasi
itu mampu untuk melahirkan ahli yang bagus dan mampu untuk menyumbang
kepada tampuk kepimpinan di masa hadapan. Kami PRS SBPIBR sentiasa
berpegang kepada prinsip keramat kami (P.R.S). Ini merupakan amalan terbaik
organisasi PRS SBPIBR lakukan sepanjang berkhidmat sebagai ahli
pembimbing rakan sebaya. Hasilnya kita dapat lihat apabilanya ada ahli PRS
yang berjaya dan dipilih untuk menyerlahkan lagi bakat kepimpinan mereka.
Maka benarlah, keberkesanan aplikasi prinsip keramat dalam kalangan PRS
mampu melahirkan pemimpin yang unggul dalam pelbagai aspek.
Rujukan
-Jadual 1: pengkelasan maksud frasa prinsip (P.R.S)
-https://www.hmetro.com.my/addin/2020/07/597687/pemimpin-dan-
kesejahteraan-negara
-https://www.sinarharian.com.my/article/72145/KOLUMNIS/Bagaimana-acuan-
begitulah-kuihnya
-https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/11/217290/3-ciri-utama-
perlu-ada-pada-pemimpin
-Kepimpinan Instruksional - Satu Panduan Praktikal (Edisi Kedua) oleh James
Ang Jit Eng Balasandran Ramiah (2012)
-http://www.icym.edu.my/v13/about-us/our-news/bulletin/220-pemuda-
harapan-bangsa,-pemudi-tiang-negara.html
- Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu
Rakit 21300 Kuala Nerus Terengganu Darul Iman
https://www.kramat.plj.ac.id/download/BUKU%20PEMIMPIN%20&%20KEPE
MIMPINAN.pdf
341 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
KEPIMPINAN YANG BERASAKAN SAHSIAH YANG
CEMERLANG DAN BERINTEGRITI MEMACU
KEPERIBADIAN PEMIMPIN YANG KONDUSIF
Muhammad Syakir Bin Shafie
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, 43000 Putrajaya
(E-mail: [email protected])
Puteri Nur Irdina Binti Mohd Zulkurnain
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, 43000 Putrajaya
(E-mail: [email protected])
Fatin Nur Aisyah Binti Asnawi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, 43000 Putrajaya
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Dalam abad ke-21 yang menyaksikan perkembangan teknologi yang begitu
pantas dan tangkas, aspek kepimpinan menjadi satu faktor utama yang perlu
diberikan keutamaan. Kemahiran, sahsiah, integriti, bakat dan sifat pemimpin
abad ke-21 yang dianggap kompeten dan layak memegang tampuk kepimpinan
pastinya berbeza dengan apa yang dimiliki pemimpin abad lalu. Kepimpinan
memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kualiti dan
kecemerlangan sesebuah institusi. Kepimpinan yang berintegriti perlu
mempunyai iltizam, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang
pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik dan
berhemah. “Generasi harapan bangsa dan negara” amat sinonim dengan
golongan belia. Mereka adalah pewaris kepimpinan negara dan tunjang
pembangunan dalam merealisasikan matlamat sesebuah negara. Elemen belia
mengukuhkan pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina
kekuatan diri, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi muda dapat
berperanan dengan berkesan.
Kata kunci: Kepimpinan belia, integriti, sahsiah
Pengenalan
Kepimpinan pendidikan telah menjadi fokus utama menerusi Anjakan 5, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) iaitu memastikan
kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Kepimpinan
342 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
tersebut menjelaskan tentang kecemerlangan pemimpin sekolah iaitu guru
besar dan pengetua yang sentiasa berusaha memperbaiki kemanjadian murid
dalam aspek akademik dan kokurikulum. Pemimpin sekolah seperti ini boleh
melonjakkan kemenjadian murid kira kira 20% (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Pemimpin berprestasi tinggi adalah individu yang menguasai
kemahiran atau kompetensi yang mampu mengubah iklim organisasi ke arah
kecemerlangan (Baker, Walsh, & Marjerison, 2015; Mansor & Hamzah, 2015)
dengan mengenakan pengaruhnya ke atas individu atau kumpulan untuk
merealisasikan visi (Leithwood, Harris, dan Hopkins, 2008; Jamilah dan Yusof,
2011).
Setiap organisasi yang cemerlang dan berdaya maju ditunjangi oleh pemimpin
berwibawa, yang mempunyai karakter, menjadi perangsang dan penuh dengan
nilai-nilai humanistik yang amat mementingkan kebajikan orang yang dipimpin
dan bagaimana memimpin mereka untuk menggerakkan organisasi mencapai
visi dan misi yang telah ditetapkan. Kepimpinan yang baik tentunya sangat
berdampak pada tercapainya tujuan organisasi kerana pemimpin memiliki
pengaruh terhadap individu yang dipimpinnya.
Kepimpinan menurut Islam pula berteraskan konsep khalifah iaitu setiap
manusia adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarga
dan ahli-ahli di bawahnya. “Kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu akan
ditanya tentang rakyat yang dipimpinmu” (Riwayat Bukhari Muslim). Di sekolah,
kepimpinan adalah satu aspek tingkah laku dan juga sejenis pengaruh
(Ramaiah 1999). Pemimpin sekolah memainkan peranan sebagai individu yang
mengetuai matlamat sekolah.
Elemen Sahsiah Dalam Kepimpinan
Pada masa kini pihak sekolah di Malaysia menghadapi isu sahsiah dan disiplin
murid yang perlu diatasi sepenuhnya. Walaupun dalam tempoh lima tahun
(2007 hingga 2011) isu sahsiah masih berada pada kadar purata 2.07%, namun
dari segi jumlah yang terlibat masih besar. Sebagai contoh pada tahun 2011
sahaja, seramai 11,0218 murid atau 2.05% terlibat dalam kes-kes berat seperti
bergaduh, ponteng sekolah dan kes ringan seperti kekemasan diri. Hal ini
menunjukkan bahawa sekitar 2 hingga 3 peratus bilangan murid yang masih
perlu diberi perhatian sewajarnya. Daripada jumlah tersebut, seramai 72,873
(66.1%) orang adalah melibatkan murid sekolah menengah dan seramai 37,345
(33.9%) orang adalah murid sekolah rendah (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2012).
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) telah menetapkan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling memberi fokus dan penekanan sebanyak 80%
343 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
kepada pembangunan dan pemantapan sahsiah dan disiplin pelajar manakala
20% lagi kepada bidang-bidang lain. Jelasnya, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menggariskan empat fokus untuk diberikan penekanan oleh unit
bimbingan dan kaunseling sekolah iaitu;
i) Pembangunan dan pengembangan sahsiah murid
ii) Peningkatan disiplin murid
iii) Pendidikan kerjaya murid
iv) Psikososial dan kesejahteraan mental murid
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hendaklah mengutamakan kepada
program-program pembangunan sahsiah.
Pemimpin yang dianggap unggul juga merupakan mereka yang sihat aqidah,
kukuh akhlak, luas pemikiran, kuat tubuh badan, mampu mencari sara hidup,
tempat ibadah, bermujahadah terhadap dirinya, menjaga waktu, tersusun rapi
segala urusannya serta berguna kepada orang lain. Mereka juga memiliki
kecergasan, kecerdasan, semangat dan kemahuan yang tinggi. Bahkan, ada
yang menganggap bahawa pandangan dan teguran mereka ini adalah ikhlas
kerana belum dipengaruhi kepentingan tertentu, terutama yang berbentuk
duniawi seperti pangkat, kuasa, harta dan populariti atau glamor.
Tertakluklah bahawa seorang pemimpin yang baik dan terpuji bukanlah lahir
daripada elemen kejayaan dan cemerlang dari segi akademik, malah peribadi
sahsiah juga memainkan peranan yang penting dan merupakan sifat domain
yang diperlukan dalam diri seorang pemimpin. Dan terang lagi bersuluh,
penyahut yang akan mencabar dirinya adalah dalam kalangan belia. Oleh yang
demikian, maka lahirlah idea untuk melihat perkaitan pembinaan
kecemerlangan diri pimpinan pelajar menerusi penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum yang merangkumi pembinaan sahsiah diri, pembinaan kepimpinan
dan aktiviti akademik khususnya pimpinan pelajar yang sememangnya terlibat
secara langsung dalam aktiviti kokurikulum dan organisasi sekolah.
Integriti Pemimpin
Perkataan ‘integriti’ dalam bahasa Melayu dipinjam daripada perkataan integrit
dalam bahasa Inggeris yang mempunyai makna the quality of being honest and
having strong moral principles. Sementara kamus dwibahasa Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) 1985 pula mendefinisikan integriti sebagai kejujuran,
ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Sebagai seorang pemimpin islam,
seharusnya kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Dengan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan sebenarnya telah menjadikan
kita sebagai seorang insan yang berintegrit.
344 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Bagi memupuk nilai integriti dalam diri pemimpin, kita sewajarnya sentiasa
berfikiran positif bahawa integriti sebenarnya boleh dicari malah dicapai
melalui ketinggian integriti seseorang seiring dengan keimanan di jiwa individu
itu. Mereka yang mempraktikkan integriti biasanya adalah mereka yang
menyanjung akan kebenaran dan tidak selesa terhadap pembohongan.
Pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti, akan mengakibatkan
ummah berada dalam sengsara. Kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk
apabila pemimpin lebih utamakan agenda bina kekayaan material dengan
mengambil dan menidakkan hak ummah secara tidak adil.
Integriti bermula dari dalam diri, kemudian integriti dicontohi dan diteladani oleh
mereka yang terdekat, keluarga dan masyarakat. Dari aspek sekolah,ketua
pelajarlah yang akan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain. sebagai
seorang pemimpin kita perlu sentiasa berusaha untuk mengamalkan,
menasihati dan menggalakkan pelajar-pelajar lain untuk melakukan kebaikan.
Sebelum kita menjadi pemimpin, kita mestilah bersedia dan pandai
menguruskan diri untuk membentuk orang lain jadi yang lebih baik. Pemimpin
perlu memodelkan dan mengukuhkan integriti secara aktif untuk semua orang
dalam organisasi serta mewujudkan budaya yang mementingkan integriti.
Pemimpin yang menjadikan integriti sebagai garis panduan atau pegangan
dalam menjalani kehidupan dapat menjadi benteng kepada diri sendiri daripada
terjebak dengan perkara-perkara yang merugikan dan merosakkan diri. bukan
mudah untuk kita membentuk diri untuk menjadi seorang individu yang
berintegriti. Namun, pepatah mengatakan bahawa kalau hendak seribu daya
tak hendak seribu dalih, maknanya kita akan berusaha untuk mencapai sesuatu
jika kita benar-benar inginkannya. “Sesungguhnya Allah S.W.T. mencintai
seseorang yang apabila mengerjakan suatu pekerjaan, dilakukannya dengan
penuh kesungguhan (itqan).” (hadis Riwayat Imam Muslim).
Secara tuntas, integriti menjadikan kita orang yang sama kepada semua orang.
Tidak kira siapa kita atau jawatan yang kita ada, jika tiada nilai integriti dalam
diri, maka kita tetap akan dipandang hina. Dengan kata lain, pemimpin tidak
boleh dipandang rendah untuk memberikan pengaruh kepada individu lain bagi
mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah
kecermelangan organisasi.
Kepimpinan Belia Peneraju Organisasi Generasi Moden
Belia merupakan generasi pemimpin pada masa kini yang akan menentukan
kelangsungan negara dan bangsa pada masa hadapan. Golongan aristokrat
turut berpendapat bahawa generasi muda merupakan penanda aras bagi
345 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH