The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini merupakan koleksi kertas kerja sepanjang Kongres Kepimpinan Pelajar Islam Nasional (PIMPIN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azimkimi.p12, 2021-03-26 11:14:07

ISU-ISU KEPIMPINAN DAN AMALAN ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Buku ini merupakan koleksi kertas kerja sepanjang Kongres Kepimpinan Pelajar Islam Nasional (PIMPIN)

Keywords: Kepimpinan Pelajar Sekolah

dalam semua perbuatan yang kita lakukan. Konsep kerohanian dalam Islam
bertujuan memelihara status manusia sebagai khalifah Allah SWT yang
sentiasa meletakkan pencapaian keredhaan Allah sebagai matlamat utama
dalam hidup.

Perjalanan sirah Rasulullah SAW turut menggambarkan bahawa baginda SAW
sebagai pemimipin yang telah mempertahankan prinsip keimanan daripada
dihina oleh musuh-musuh Islam. Dalam satu peristiwa seorang wakil kaum
Quraish, Utbah bin Rabi’ah telah bertemu Rasulullah S.A.W dan menawarkan
kepada baginda harta yang banyak, perempuan-perempuan dan kedudukan
jawatan yang tinggi dalam kalangan kaum mereka dengan syarat baginda
berhenti daripada menyeru manusia beriman kepada Allah SWT tetapi demi
menjaga akidah Islam, baginda menolak tawaran tersebut (Al-Buti, 2000).
Dapat kita lihat disini bahawa hasil daripada didikan dan tunjuk ajar Nabi
Muhammad SAW, lelaki itu terselamat daripada godaan syaitan yang boleh
membawanya ke jalan yang sesat. Oleh itu, seseorang pemimpin mestilah
menjadi pemimpin yang mulia akhlaknya dan mendidik orang yang dipimpinnya
dengan akhlak yang baik supaya dapat melahirkan masyarakat yang beriman.

Islam Daripada Perspektif Ketamadunan Masyarakat

Tamadun merupakan taraf pencapaian kemajuan lahiriah mahupun kemajuan
rohaniah manusia. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua,
tamadun ialah cara hidup yang serba berkemajuan. Bagi pandangan Islam
pula, tamadun berasal daripada perkataan bahasa Arab “maddana” iaitu kata
kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta
perbuatan memperhalus budi pekerti. Manakala bagi pandangan Barat pula,
tamadun diistilahkan sebagai bermulanya fahaman proses sekularisasi yang
dikaitkan dengan pembangunan lahiriah dalam aspek aspek kebudayaan
seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran.

Pada umumnya, tamadun manusia telah wujud semenjak Nabi Adam A.S
dicipta oleh Allah S.W.T. Perkara utama yang diberikan kepada Nabi Adam
adalah ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditandingi oleh ilmu para malaikat.
Ilmu inilah asas kecemerlangan ummah dan paksi kepada kekuatan Islam.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu ciri terpenting pembinaan tamadun
manusia yang dicapai ketika itu ialah pembentukan Madinah sebagai pusat ilmu
dan elemen perpaduan antara kaum yang wujud secara praktikal. Sejarah Islam
memperlihatkan Madinah telah menjadi satu pusat yang penting dalam
penyebaran ilmu ke segenap pelusuk yang boleh dicapai pada masa itu. Ini
termasuklah ke segenap daerah Al-Jazirah, Al-Sham, Iraq, Euthopia dan Mesir.

Dari segi perpaduan pula, ia dapat dilihat ketika mana Nabi Muhammad S.A.W
membuat satu perjanjian yang dikenali sebagai Piagam Madinah dalam

396 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

mendirikan sebuah negara yang menjadi pelindung kepada rakyat. Piagam
yang mengandungi 47 fasal tersebut diiktiraf sebagai model bertulis pertama
yang wujud dalam dunia. Kandungan piagam tersebut secara ringkas adalah
seperti berikut:

1. Kaum Yahudi hendaklah hidup berdamai dengan kaum Muslimin: kedua
belah pihak bebas mengamalkan ajaran masing-masing.

2. Kaum Muslimin dan Yahudi wajib mempertahankan kota Madinah dari
serangan musuh dan bekerjasama melawan sesiapa sahaja yang memerangi
mereka.

3. Perdamaian dengan pihak lain hendaklah mendapat persetujuan kedua-dua
belah pihak.

4. Sesiapa yang tinggal di luar kota Madinah akan dilindungi kecuali orang yang
zalim dan bersalah.

5. Sekiranya timbul perselisihan antara kaum Yahudi dan Muslim maka
penyelesaiannya hendaklah dirujuk kepada Allah (al-Kitab) dan Rasul di mana
Rasulullah S.A.W adalah pemimpin umum penduduk Madinah.

Hasil daripada Piagam Madinah, masyarakat majmuk yang dibentuk di Madinah
telah berjaya menjamin keadilan dan hak semua warganegara. Islam telah
diterima hampir sepertiga dunia; dari Madinah, Eropah, Afrika, Asia dan negara-
negara lain kerana sifat kepelbagaian yang ada dalam masyarakatnya.
Manakala perpaduan antara kaum adalah manifestasi daripada kejayaan
negara Islam Madinah dalam memberi perlindungan kepada semua rakyat tidak
kira agama, bangsa mahupun warna kulit. Tindakan Rasulullah ini menjadi
dorongan dan contoh kepada seluruh umat Islam untuk terus mencetuskan
tamadun yang gemilang seperti saat Islam menguasai wilayah-wilayah dunia di
Timur dan Barat.

Amalan Terbaik

Penerapan rohani dalam setiap Muslim adalah penting untuk menguatkan
akidah seseorang individu. Oleh itu, badan organisasi kami telah menjalankan
beberapa program yang membantu untuk menerapkan sifat-sifat mahmudah
dalam diri pelajar sekolah kami. Antara program yang telah kami jalankan ialah
program “Ceramah Krisis Identiti Remaja”. Program yang telah dianjurkan oleh
Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) ini bertujuan untuk mengenalpasti
faktor latar belakang diri remaja yang terlibat dengan masalah sosial yang
semakin membimbangkan pada masa kini dan melahirkan remaja yang
sentiasa suburkan jiwa rohani mereka dengan sifat-sifat mahmudah dan

397 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

menjauhi sifat-sifat mazmumah dalam usaha menjadi insan yang cemerlang di
dunia dan di akhirat. Pelajar yang terlibat dalam program ini ialah semua murid
dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Selain itu, pihak BADAR telah menganjurkan satu program harian yang diberi
nama “Program Dakwah Billisan”. Program ini diadakan pada waktu rehat
pertama dari Isnin hingga Jumaat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk
menyediakan medan dakwah berkonsepkan ilmu yang mantap ke arah
mendekatkan diri ke hadrat Illahi bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan
kepada Allah S.W.T dan menyemarakkan silaturrahim dan ukhuwah yang
kukuh dalam kalangan murid SMAPUTRA kearah melahirkan perasaan
mahabbah, kerjasama, tolong-menolong, prihatin dan sanggup berkorban.
Selain itu, program ini juga membantu murid-murid SMAPUTRA untu mengisi
masa lapang dengan mendapat pengisian rohani melalui aktiviti yang
dilaksanakan semasa waktu Dhuha.

Akhir sekali, kami mengadakan juga satu program mingguan yang disediakan
khas bagi semua pelajar banat SMAPUTRA. Nama program tersebut ialah Ijlis
Bina Nu’min Saatan (IBINS). Objektif program ini adalah untuk melahirkan
remaja Muslimah yang mempunyai akhlak dan peribadi yang baik dan
meningkatkan kesedaran murid tentang isu-isu semasa. Selain itu, program ini
juga diadakan untuk membantu pelajar banat supaya memahami tuntutan dan
keperluan remaja Muslimah serta peranan serta tanggungjawab mereka
terhadap diri sendiri, ibu bapa, sekolah dan masyarakat.

Senarai Rujukan

Anonymous, (2009, Disember). Buletin ‘Integriti Menjana Kecemerlangan &
Jati Diri’. Konsep Kepimpinan Dalam Islam.

Diperolehi daripada:
https://www.risda.gov.my/images/pdf/Penerbitan/Dasar_Kualiti/2009/Bil-12-
2009/33.pdf

Ismail Salleh, (2020, Oktober 12). BH ONLINE. Tuntutan berakhlak mulia
melangkaui budaya, agama.
Diperolehi daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/10/740889/tuntutan-
berakhlak-mulia-melangkaui-budaya-agama

Anonymous, (2013, June 1). Kepentingan Akhlak Islamiyyah Dalam
Kepimpinan Islam. Diperolehi daripada

398 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/10/740889/tuntutan-
berakhlak-mulia-melangkaui-budaya-agama
Anonymous, (2018, November 12). Etika Islam. Diperolehi daripada
https://id.wikipedia.org/wiki/Etika_Islam
Anonymous, (2020, Disember 3). Kepimpinan. Diperolehi daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kepimpinan
Anonymous, TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA. Diperolehi daripada
https://www.coursehero.com/file/83235874/Unit-1pptx/
Anonymous, PEMBENTUKAN MASYARAKAT. Diperolehi daripada
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/pembentukan-masyarakat/
Suraiya Ishak, (2011). MODEL KEPEMIMPINAN ETIKA BERLANDAS SIRAH
NABI MUHAMMAD SAW. Ethical Leadership Model Based on Prophet
Muhammad PBUH Biography.
Diperolehi daripada http://journalarticle.ukm.my/3242/1/makalah-v3n2-n2.pdf
Dr. Ahmad Marzuki bin Mohamad, (2017). Penerapan Aqidah Tauhid Dalam
Kalangan Kepemimpinan Pendidikan.
Diperolehi daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/61082/1/AhmadMarzukiMohamad2014_Penerap
anAkidahTauhiddalamKepimpinan.pdf

399 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

MODEL KEPIMPINAN BADAN DAKWAH DAN
KEROHANIAN (BADAR) DALAM MENGAMALKAN
AMALAN YANG TERBAIK BAGI MEWUJUDKAN

BI’AH SOLEHAH

Nurkhairunnisa Binti Kamarul Aznan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB),28600 Karak.

Pahang
(E-mail: [email protected])

Nurul Najihah Binti Radzuan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB),28600 Karak.

Pahang
(E-mail: [email protected])

Nurul Nadia Binti Mohd Sukri
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB),28600 Karak.

Pahang
(E-mail: [email protected])

Abstrak

Pada era globalisasi ini, sesebuah organisasi amatlah penting untuk
kepentingan masyarakat di negara ini kerana merekalah yang mengawal
sesebuah sekolah, hospital, universiti dan sebagainya. Secara amnya, setiap
organisasi merupakan himpunan individu (dua atau lebih). Kepimpinan
merupakan satu sifat yang seharusnya dimiliki oleh setiap pemimpin dalam
sesebuah organisasi. Keberkesanan seorang pemimpin ditentukan melalui
kebolehan mempengaruhi dan mengarahkan pengikutnya. Kepimpinan adalah
salah satu kemahiran insaniah yang perlu ada dalam diri setiap pelajar di institut
pengajian tinggi sebagai salah satu kemahiran yang penting sewaktu memasuki
alam pekerjaan.Selain itu, dakwah adalah kegiatan yang bertujuan
mewujudkan perubahan positif bagi manusia, perubahan positif tersebut
mengarah pada peningkatan keimanan seseorang, kerana bertujuan yang baik,
maka secara automatik kegiatannya bersifat baik pula. Ukuran baik dan
buruknya sesuatu termasuk dalam syariat islam yang terkandung dalam Al-
Quran dan Hadis.13 Dengan demikian, dapatlah difahami bahawa sebuah
ajakan, seruan ataupun panggilan yang mengarah pada perbuatan yang tidak
baik dan tidak termasuk pada erti hakiki dari dakwah itu sendiri. Kertas kerja ini
akan membincangkan konsep kepimpinan dalam sesebuah organisasi dengan
400 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

memfokuskan dakwah sebagai kumpulan sasar yang merangkumi realiti,
cabaran dan cadangan-cadangan penambahbaikan. Organisasi juga dikenali
sebagai sesuatu pertubuhan atau perbadanan untuk kepentingan tertentu bagi
sesebuah masyarakat. Organisasi yang baik dapat digerakkan dengan adanya
pemimpin yang mempunyai pengurusan yang sistematik. Hal ini dapat
mengelakkan daripada berlakunya keganasan dan mewujudkan keharmonian
dan keamanan dalam sesuatu kumpulan.

Katakunci: dakwah, organisasi, kepimpinan, kemahiran

Pengenalan

Kepimpinan merupakan satu sifat yang seharusnya dimiliki oleh setiap ketua
dalam sesebuah organisasi. Keberkesanan seorang pemimpin ditentukan
melalui kebolehan mempengaruhi dan mengarahkan pengikutnya. Pemimpin
dapat mempengaruhi semangat dalam melakukan kerja, keberkesanan dalam
kualti bekerja dan juga meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Pemimpin
juga memainkan peranan yang penting dalam membantu kumpulan atau
individu untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pemimpin adalah
seseorang yang memiliki ciri dan kelebihan khususnya kecekapan dalam satu
bidang sehingga dia mampu mempengaruhi orang lain untuk bersama-sama
melakukan kerja tertentu untuk mencapai satu atau beberapa matlamat. Davis
(1977) mengartikan, kepemimpinan sebagai kemampuan untuk mengajak
orang lain untuk mencapai tujuan yang sudah ditentukan dengan penuh
semangat. Kepemimpinan menurut Mulyasa (2003) adalah kegiatan untuk
mempengaruhi orang-orang yang diarahkan untuk pencapaian tujuan bersama
atau organisasi. Menurut Ary H. Gunawan (1996) kepemimpinan adalah gaya
atau proses mempengaruhi orang lain atau sekelompok orang untuk
mengarahkan usaha bersama, guna mencapai suatu sasaran/tujuan yang telah
ditetapkan.

Dengan demikian, hakikat kepemimpinan pendidikan adalah kemampuan untuk
mempengaruhi dan menggerakkan orang lain untuk mencapai tujuan
pendidikan. Disini nampak bahwa unsur-unsur yang harus dipenuhi di dalam
kepemimpinan pendidikan adalah pengikut, tujuan, dan kegiatan
mempengaruhi. Pemimpin yang efektif adalah pemimpin yang anggotanya
dapat merasakan bahwa kebutuhan mereka terpenuhi, baik kebutuhan bekerja,
motivasi, rekreasi, kesehatan, sandang, pangan, tempat tinggal, maupun
kebutuhan lainnya yang pantas didapatkannya. Peranan pemimpin dalam
lembaga pendidikan sebagai figur sangat diperlukan dalam mengambil

401 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

kebijakan dan keputusan sehingga berbagai persoalan dapat diatasi dalam
keadaan yang paling rumit pun.

Unsur-unsur dakwah pula dengan adanya ilmu dakwah, aktiviti dakwah yang
semula hanya mengandalkan kemampuan pendakwah menjadi lebih mudah
untuk dipelajari, sehingga perkembangan dakwah dapat cepat untuk
mengimbangi perkembangan zaman yang sangat pesat. Dalam ilmu dakwah
terdapat beberapa hal yang menjadi kunci dari aktiviti dakwah, hal tersebut
dikenal dengan unsur-unsur dakwah, unsur-unsur tersebut merupakan sebuah
kesatuan yang harus ada demi suksesnya aktivitas dakwah, unsur-unsur
tersebut adalah: da’i (subjek dakwah), mad’u (objek dakwah), maudu’ (pesan
dakwah), uslub (metode dakwah), wasilah (media dakwah), dan tujuan dakwah.

Model Kepimpinan

Kepimpinan badan dakwah dan kerohanian (BADAR) SMAP Bentong telah
mengambil inspirasi daripada peristiwa perang Badar yang merupakan perang
yang pertama dalam Islam dan merupakan kejayaan terbesar dalam
perjuangan Islam yang melibatkan campur tangan Tuhan dan kepintaran Nabi
Muhammad dalam megetuai perang ini untuk meneruskan perjuangan dakwah
dalam kalangan pelajar di sekolah. Peristiwa ini disebut dalam Al-Quran pada
Surah Ali-Imran, yang bermaksud “Sungguh Allah telah menolong kamu dalam
peperangan Badar padahal kamu adalah (ketika itu orang-orang yang lemah
kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya)”

Bagi menguatkan kerohanian dan semangat kepimpinan dalam kalangan ahli
BADAR, kami telah mengadakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Antaranya
ialah perjumpaan ahli BADAR setiap minggu sama ada dua atau tiga kali
seminggu dengan pengisian rohani seperti ceramah daripada guru BADAR,
membincangkan masalah setiap pelajar dan bermain permainan yang dapat
mengeratkan hubungan sesama ahli serta mewujudkan keserasian antara ahli
BADAR.

Selain itu, program seperti ini dapat menyunting semangat kepimpinan antara
ahli BADAR. Ahli BADAR juga dapat menaikkan semangat dalam
menyampaikan dakwah dan memastikan pelajar mengaplikasikan dan
mengamalkan cara hidup Islam yang sebetulnya. Dengan kehadiran ahli
BADAR yang mempunyai tingkah laku yang baik dan sopan serta menutup
aurat mengikut syariat Islam pelajar dapat bersama-sama mewujudkan bi’ah
solehah.

402 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

Di samping itu, perbincangan antara biro (lajnah) di surau juga dilaksanakan.
Antara lajnah yang ada ialah lajnah surau, lajnah maktabah dan penerbitan,
lajnah tarbiah dan lajnah multimedia. Perbincangan setiap lajnah dilakukan
bertujuan untuk membincangkan masalah yang berlaku di setiap lajnah dan
aktiviti untuk menarik minat pelajar dalam mengamalkan amar ma’ruf nahi
munkar.

Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa badan dakwah dan
kerohanian (BADAR) merupakan salah satu organisasi yang sangat penting
dalam sesebuah sekolah untuk membantu guru bagi memantapkan lagi ilmu
Islamiah dalam kalangan pelajar. Oleh itu, semangat kepimpinan ahli BADAR
mestilah dipupuk supaya dipandang tinggi dan dakwah yang disampaikan oleh
ahli ini mudah untuk diterima oleh semua pihak dengan hati yang terbuka.

Unsur kunci dari definisi ini dirangkum pada gambar dibawah ini.
Kepemimpinan melibatkan hubungan pengaruh yang mendalam, yang terjadi
di antara orang-orang yang menginginkan perubahan signifikan dan perubahan
tersebut mencerminkan tujuan yang dimiliki bersama oleh pemimpin dan
pengikutnya (bawahan). Pengaruh (influence) dalam hal tetapi merupakan
suatu hubungan timbal balik dan tanpa paksaan. Dengan demikian
kepemimpinan itu sendiri merupakan proses yang saling mempengaruhi.

Pemimpin

Pengaruh Pengikut Perubahan

Keinginan/niat Tanggungjawab Tujuan bersama

Gambar 6.1 Unsur-unsur pokok dalam kepemimpinan

Pemimpin mempengaruhi bawahannya, demikian sebaliknya. Orang-orang
yang terlibat dalam hubungan tersebut menginginkan sebuah perubhan
sehingga pemimpin diharapkan mampun menciptakan perubahan yang
signifikan dalam organisasi dan bukan mempertahankan status. Selanjutnya,
perubahan tersebut bukan merupakan sesuatu yang diinginkan pemimpin,

403 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

tetapi lebih pada tujuan (purposes) yang diinginkan dan dimiliki bersama.
Tujuan tersebut merupakan sesuatu yang diinginkan, yang diharapkan, yang
harus dicapai dimasa depan sehingga tujuan ini menjadi motivasi utama visi
dan misi organisasi. Pemimpin mempengaruhi pengikutnya untuk mencapai
perubahan berupa hasil yang diinginkan bersama.

Amalan dan Program Terbaik

Setiap organisasi pasti ada amalan dan program yang terbaik yang dianjurkan
untuk memastikan pelajar-pelajar dapat mengisi masa lapang dengan membuat
perkara mahmudah. Begitu juga dengan BADAR SMAP Bentong juga telah
mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik ini sendiri mempunyai pelbagai
amalan dan program yang dianjurkan. Amalan-amalannya ialah seperti,
qiamullail, puasa perdana pada hari-hari penting Islam, membaca Al-Mulk
bersama-sama pada setiap malam sebelum tidur, superb spontan, program
ceramah jemputan luar dan program Maulidul Rasul.

Setiap hujung minggu, semua pelajar digalakkan untuk bangun pada jam 4.30
pagi bagi menunaikan qiamullail berjemaah yang diimamkan oleh imam yang
ditugaskan. Hal ini dapat menggalakkan lagi pelajar untuk mengamalkan
budaya ini dengan sukarela tanpa paksaan dan supaya mereka lebih menyukai
untuk melakukan solat ini pada kemudian hari. Oleh itu, ahli BADAR
memainkan peranan yang sangat penting untuk mengejut rakan-rakan, tidak
mengira umur sama ada tua mahupun muda untuk bersama menunaikan solat
sunat ini.

Seterusnya, pada hari-hari penting Islam, pelajar-pelajar SMAP Bentong
disunatkan untuk berpuasa agar bersedia pada masa akan datang. Hal ini
membuatkan pelajar-pelajar berasa lebih bersemangat untuk berpuasa di bulan
Ramadhan. Pada waktu berbuka, pelajar akan berkumpul di dalam kumpulan
masing-masing dan mengambil makanan yang telah disediakan olek makcik
dewan makan. Mereka akan makan di dalam talam bersama-sama seperti yang
diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Dengan adanya makan bersama-sama ini
dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar. Hal ini dapat membuatkan
pelajar merasai kenikmatan berpuasa.

Tambahan pula, sebelum semua pelajar masuk ke dalam dorm untuk tidur, ahli
BADAR yang ditugaskan akan mengetuai pembacaan surah Al-Mulk serta
surah-surah pilihan. Pada masa yang sama, Ahli BADAR yang lain akan
meronda kawasan asrama untuk memastikan semua pelajar memasuki dorm
masing-masing serta mengikuti pembacaan tersebut. Hal ini dapat dijadikan
404 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

sebagai pendinding diri sendiri supaya dapat mengelakkan diri daripada
sebarang gangguan yang tidak diiingini.

Selain itu, pada setiap malam Sabtu, ahli BADAR akan mengetuai program
yang dinamakan sebagai Superb Spontan. Dimana akan adanya pengundian
nama yang akan diundi oleh pengerusi majlis untuk menyampaikan tazkirah
atau cerita yang mempunyai pengajaran. Program ini dilaksanakan secara
santai dan sekadar untuk merehatkan diri daripada memikirkan benda yang
boleh membawa kepada stress. Program ini dapat meningkatkan keyakinan diri
untuk berkata-kata di khalayak ramai.

Di samping itu, program ceramah yang disampaikan oleh penceramah luar juga
dianjurkan oleh pihak BADAR. Hal ini dapat menaikkan semangat para pelajar
dalam menuntut ilmu agama. Antara penceramah luar yang dijemput adalah
seperti pencentus ummah selebriti dan da’i. Program ini membuatkan suasana
lebih menarik kerana remaja zaman sekarang yang lebih menggemari dengan
perkara yang dikaitkan dengan populariti di media sosial.

Akhir sekali, program maulidul Rasul seperti nasyid, pidato, melakar sepanduk
dan perarakan turut dipimpin oleh ahli BADAR itu sendiri. Pelbagai anugerah
yang diberikan bersempena hari tersebut bagi menghargai hasil karya mereka.
Hal ini dilakukan bagi mengingati jasa Rasulullah S.A.W dalam
memperjuangkan agam Islam dan sanggup mengorbankan diri demi umatnya.
Dengan adanya pengorbanan baginda, agama Islam masih kekal sehingga ke
harini.

Senarai Rujukan

https://www.matamatapolitik.com/listicle-historical-6-fakta-menarik-perang-
badar-yang- penting-diketahui/

Yusof,A(1987)The Holy Quran: Text, Translation & Commentary. Tahrike
Tarsile Qur’an
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Badar

http://file.upi.edu/Direktori/FIP/JUR._PEND._LUAR_SEKOLAH/194505031971
091-
MUHAMMAD_KOSIM_SIRODJUDIN/DEFINISI_DAN_TEORI_KEPEMIMPINA
Nx.pdf

405 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

https://www.researchgate.net/publication/344851209_Ciri-
ciri_Faktor_Cabaran_Kepi
mpinan_Pelajar_Wanita_di_Universiti_Putra_Malaysia
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian
Serupa; terma tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma Penggunaan untuk
butiran lanjut.
Dasar privasiPerihal WikipediaPenafianPaparan mudah
alihPembangunStatistikKenyataan kuki
Laman ini kali terakhir disunting pada 06:40, 3 Disember 2020
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kepimpinan
Ismail,T.A.(2009).Sejarah Hidup Nabi Muhammad S.A.W dan Kebijaksaan
baginda dalam Memimpin.Johor Bahru,Malaysia:Bin Halabi Press
Dewan Bahasa dan Pustaka(2017) diperolehi daripada
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=organisasi+&d=175768&

406 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH

407 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH


Click to View FlipBook Version