Konsep Kepimpinan
Aspek kepimpinan dapat dihuraikan dengan pelbagai cara dan mengikut
kefahaman masing-masing. Menurut Tannenbaum dan Massarik, pengaruh
interpersonal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses
komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas. Jikalau menurut
perspektif islam, kepimpinan merupakan suatu amanah yang wajib
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Namun, ia merupakan tanggungjawab
yang besar bagi seseorang yang digelar sebagai pemimpin. Pemimpinlah yang
memulakan corak dalam mengukir sebuah lukisan. Jika pemimpin memberi
panduan dengan penggunaan warna yang menarik, pasti akan membuahkan
hasil karya yang hebat sekaligus menarik minat dan kepercayaan orang luar
yang melihatnya. Keunggulan dalam kepimpinan dapat dilihat melalui kejituan
pemimpin dalam pertuturan dan kepetahan dalam membahaskan ilmu atau
idea yang hendak disampaikan kepada subordinatnya dan masyarakat sejagat.
Seperkara lagi, ketelitian pemimpin dalam mengendalikan suatu organisasi
dapat dilihat melalui hasilnya. Begitu juga dengan masalah yang dihadapi oleh
pemimpin di mana dapat diselesaikan dengan mudah apabila ilmu di dada
membolehkan pemimpin berfikiran dengan lebih matang dan pintar.
Kepimpinan juga bukan bergantung kepada ketua semata-mata malah merujuk
kepada subordinatnya. Sifat keterbukaan masing-masing dalam memberi
pendapat dan tidak berlaku pertelingkahan antara satu sama lain akan
memudahkan untuk berinteraksi dengan yakin. Impaknya, mewujudkan
kepimpinan yang mantap.” Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing,”
merupakan salah satu peribahasa yang menunjukkan kerjasama antara suatu
badan sangat penting dalam tonggak suatu badan kepimpinan yang mana
bukan meletakkan beban pada bahu ketua sahaja malah berganding bahu
bersama dalam memikul beban dan cabaran mendatang. Kepekaan terhadap
perubahan persekitaran serta keterbukaan penerimaan segala tanggungjawab
merupakan aspek utama dalam kecemerlangan suatu institusi badan
kepimpinan itu.
Memimpin Generasi Muda
Memimpin generasi muda ataupun dengan erti lainnya generasi Z bukanlah
suatu yang mudah. Tidak dapat disangkal lagi terdapat banyak perbezaan dari
aspek pemerintahan antara generasi-generasi. Pemimpin haruslah cekap
196 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dalam menangani segala isu ketika memimpin serta memiliki sahsiah peribadi
yang terpuji bagi menjadi contoh kepada yang lain. Jika diperhatikan dari aspek
kepimpinan Islam, pemimpin haruslah bertanggungjawab ke atas setiap
tanggungannya serta harus bersikap adil dan saksama bagi memakmurkan
bumi yang terbentang luas. Selari dengan peredaran zaman, pemimpin
haruslah melaksanakan tuntutan Islam dalam memimpin namun dengan
pendekatan yang berbeza sesuai dengan generasi muda pada zaman
sekarang.
Asas memimpin yang pertama bagi menjanjikan kepimpinan yang gemilang
ialah kesanggupan pemimpin mendengar serta memahami. Pemimpin yang
baik ialah pemimpin yang mendengar pendapat yang lain serta mengamalkan
konsep keterbukaan.Kita dapat menyimpulkan bahawa tidak semua
pandangan serta kata-kata pemimpin ialah tepat dan digalakkan bagi yang lain
menegur pemimpin tersebut. Lazim bagi generasi Z sekarang yang mahu
didengari dan bukan sahaja diarah, pemimpin seharusnya mengambil berat
pandangan mereka supaya dapat diwujudkan persekitaran pimpinan yang utuh
serta harmoni. Apabila pemimpin dapat mendengar secara efektif, pemimpin
akan mula memahami perasaan serta pemikiran dari sudut yang berbeza.
Bermula dari proses pertama iaitu pengenal pastian permasalahan, salah
faham serta konflik dapat menghasilkan pengumpulan idea akhirnya
menghasilkan penyelesaian serta keputusan yang muktamad. Harus diingat
konsep "memahami dahulu untuk difahami".
Kepimpinan Bercirikan Islam
Kepimpinan ialah suatu bakat dan potensi diri dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Kepimpinan dalam
islam yang berpaksikan sifat-sifat Rasulullah sudah memadai untuk dijadikan
sebagai prinsip-prinsip dalam kepimpinan.
Terbuktilah bahawa sifat-sifat itulah yang telah menyanjung keperibadian
Rasulullah seraya diwarisi para sahabat serta salaf soleh, tidak boleh dilupakan
juga dengan sifat-sifat tersebutlah yang dapat membangunkan tamadun
manusia yang berakhlak mulia sekaligus memajukan tamadun islam di persada
dunia. Ajaran islam tidak dapat ditegakkan dengan murni melainkan melalui
kepimpinan para pemimpin yang berwawasan strategik dan tersusun.
Antara sifat Rasulullah yang boleh diterapkan sebagai pemimpin ialah siddiq
(jujur). Bercakap benar dalam setiap pertuturan dan tindakan dapat
meningkatkan keyakinan dan dapat mempengaruhi pemikiran orang untuk
197 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
mempercayai bait-bait kata yang diludahkan oleh sang pemimpin. Berkaitrapat
dengan kepimpinan di asrama, pengawas asrama perlu sentiasa bercakap
benar bukanlah bercakap kosong semata-mata ataupun dipanggil hipokrit.
Apabila mengotakan janji perlu ditunaikan bukanlah janji manis yang terasa
pahit ditelan. Sekiranya sifat jujur ini tidak ada dalam diri pengawas, maka
pelajar akan memandang rendah serta tidak memberi sebarang kepercayaan
lagi terhadap pengawas. Sebagai pengawas yang berwawasan, pengawas
hendaklah senantiasa jujur dalam setiap perkara, misalnya tidak membela atau
menyembunyikan kesalahan peraturan asrama yang dilakukan oleh seseorang
pelajar biasa.
Rasulullah SAW tidak ketinggalan memberikan nasihat supaya bersifat amanah
dalam kehidupan dan bersabda, Amanah dapat mengungkapkan maksud yang
sangat luas dan mendalam. Ia bukan sekadar bersikap jujur dan benar dalam
apa-apa jua urusan kehidupan manusia, malah turut mencakupi setiap
tanggungjawab atau tugas yang wajib dilaksanakan. Amanah yang dapat dilihat
melalui kepimpinan di asrama adalah tanggungjawab yang digalas oleh setiap
badan biro asrama. Tamsilnya, bendahari yang menguruskan hal kewangan
asrama untuk menjayakan program asrama dan setarafnya. Jikalau bendahari
menyalahgunakan kuasa dengan mengaut keuntungan untuk kepentingan diri
sendiri bermakna dia telah mengkhianati kepercayaan yang telah diletakkan
kepadanya. Oleh itu, sebagai pengawas yang bertauliah hendaklah menjaga
amanah dengan baik agar tidak disoal di akhirat kelak.
kegigihan Rasulullah dalam meneruskan dakwah baginda bagi mencapai
matlamat baginda tanpa mudah mengalah. Malah menyelitkan sifat rendah diri
baginda sewaktu berdakwah.Sifat sebegini rupa perlu ada dalam kepimpinan di
asrama apabila ingin menjayakan sesuatu program asrama. Contohnya,
pengawas tidak boleh mudah mengalah apabila terdapat minoriti yang enggan
bekerjasama, malah meletakkan semangat yang tinggi agar pengawas lain
turut bersemangat dalam menguruskan program asrama. Sehubungan dengan
itu, pengawas haruslah bersifat rendah diri agar dihormati dan disenangi ramai.
Jika pengawas tersebut sombong dan berasa diri hebat seperti merasai ilmu
sudah penuh di dada dan tidak layak untuk ditegur, dia tidak akan melihat
perkembangan semasa untuk berubah ke arah lebih baik serta akan dipandang
serong oleh pelajar lain.
Karnival Mahabbah 2019
198 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Program ini telah diadakan pada 18,19 dan 20 Julai 2019 secara besar-besaran
yang mana telah membuka peluang kepada semua warga Imtiaz Dungun
termasuk orang luar bagi menghadiri karnival ini.Tujuan bagi mengadakan
karnival ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara warga imtiaz dengan
orang luar serta mendedahkan identiti imtiaz kepada orang luar untuk lebih
mengenali keperibadian imtiaz.Tambahan pula, telah memberi peluang kepada
peniaga-peniaga luar untuk menyewa tempat di tempat letak kereta bagi
menjalankan jualan seperti makanan, cenderamata dan aksesori.Pada 18 Julai
waktu 9 malam,program Bicara Santai Keluarga Al-Quran daripada jemputan
luar iaitu qori 4 beradik,Haji Ahmad Tarmizi,Haji Mohd Amir Amazuddin,Mohd
Kamal,Abd. Alim telah mengupas pelbagai kisah hidup serta cabaran mereka
berkenaan Al-Quran.Pada malam seterusnya telah menjemput johan Qariah
Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat antarabangsa (MTHQA)
yang ke-61 iaitu Qori Farhatul Fairuzah sebagai penampilan khas.
Malam Kerohanian
'Malam Kerohanian' merupakan program khas yang dianjurkan oleh pihak
pengurusan asrama dijayakan khas oleh Majlis Perwakilan Asrama Sekolah
Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun. Program ini diwujudkan bagi
memperbaiki serta memperindahkan keperibadian pelajar mengikut garis
syariat berlandaskan Islam. Diadakan setiap minggu khas pada malam hari
"Sayyidul Ayyam" (penghulu segala hari) . Program ini merupakan gabungan
dua aktiviti iaitu yang pertamanya tazkirah ringkas dari jemputan luar atau dari
guru sekolah serta pihak pelajar sendiri. Peringatan berkala haruslah diamalkan
agar diri yang alpa ini mampu mengenal pasti setiap kesalahan dan cuba
mengatasinya melalui kaedah muhasabah. Sesuai bagi generasi muda yang
makin hari makin ditenggelami perkara-perkara melalaikan. Program kedua
pula ialah zikir munajat. Majlis Perwakilan Asrama akan memainkan peranan
mengetuai alunan zikir munajat. Bait-bait zikir yang dititipkan kebiasaannya
dapat membangkitkan semangat dalam jiwa pelajar. Bagi memulakan zikir
munajat,MPA akan menutup semua lampu bagi menghayati alunan zikir serta
ingin pelajar bermuhasabah diri.
Cabaran dan Cara Mengatasinya
Cabaran utama yang seringkali dihadapi pemimpin muda pada zaman kini ialah
ketidakpatuhan pelajar terhadap arahan yang dimaktubkan serta kedegilan
pelajar memberi kerjasama. Majlis Perwakilan Asrama Sekolah Menengah
IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun boleh dikatakan menghadapi masalah
199 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
ini dan berganding bahu menyelesaikan permasalahan ini. Terdapat berbagai
solusi yang wujud namun solusi itu haruslah menyelesaikan masalah yang
dihadapi tanpa menimbulkan sebarang kekeruhan. Maka, berbaliklah kami
pada teladan dan ikutan umat Islam seantero dunia iaitu Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW seorang pemimpin yang tegas, tetapi dirinya tetap di dominasi
dengan sifat kasih sayang serta lemah lembut. Majlis Perwakilan Asrama
Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun cuba
mengaplikasikan sifat Rasulullah SAW iaitu tegas terhadap perkara yang benar
seperti mewajibkan semua pelajar mematuhi peraturan asrama namun dengan
keadaan yang tinggi kasih sayang serta tahap kesabaran. Impak dari keputusan
ini, pelajar mula memberikan komitmen dalam memberikan kerjasama yang
mantap dalam setiap urusan kerana mula tertarik dengan teknik ini. Bukan
sahaja itu malah wujudnya cabaran apabila munculnya golongan minoriti yang
cuba membangkang setiap peraturan yang asalnya dipersutujui pihak
pemimpin serta majoriti pelajar. Cara terbaik bagi mengatasinya ialah dengan
melakukan sedikit soal selidik bersama golongan minoriti tersebut dan cuba
memahami dahulu perspektif mereka. Jika kelihatan tidak wajar dengan garis
undang-undang asrama, Majlis Perwakilan Asrama Sekolah Menengah IMTIAZ
Yayasan Terengganu Dungun melakukan usaha sebaik mungkin bagi
memastikan mereka memahami mengapa dicipta peraturan yang dimaktubkan
dengan cara yang tegas tapi lembut. Jika masih berlaku penafian, pihak
pengawas akan terus teguh dengan pendirian yang diasaskan mengikut garis
yang ditetapkan selagi dipersetujui ramai. Dalam nada yang berbeza, masih
ada segelintir subordinat yang tidak menjalankan tugas secara cekap serta
efisien akan diambil tindakan yang wajar. Tiada unsur tolak ansur dalam urusan
melatih pemimpin kerana mereka bakal menjadi pemerintah di masa hadapan.
Persediaan barisan Majlis Perwakilan Asrama diperketatkan dengan latihan
kepemimpinan dikelola oleh pengurusan sekolah serta para warden. Warden
akan melaksanakan pemeriksaan kualiti berkala terhadap barisan pengawas
asrama Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun bagi
mengelakkan berlakunya ketidakcekapan subordinat dalam menjalankan
tugas.
Natijahnya, dalam proses melahirkan generasi pemimpin muda berpaksikan
Islam bukanlah suatu yang boleh dipandang enteng. Ianya haruslah melibatkan
daya inisiatif, kreativiti serta kemahiran pelajar yang tinggi. Aspek kesemua
perkara inilah yang bakal melahirkan pemimpin Islam yang berketerampilan,
berilmu, berpandangan luas, serta berkeperibadian yang mantap pada masa
hadapan.
200 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Senarai Rujukan
Baco.C(2014 November 5),Konsep Kepimpinan,diperolehi daripada:
https://www.slideshare.net/biiey/konsep-kepimpinan
Ali.A(2021 Mac 11) ,Contohi Kepimpinan Rasulullah SAW ,diperolehi daripada:
https://www.sinarharian.com.my/article/52727/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Contohi-
kepimpinan-
Rasulullah-SAW
RISDA (2009 Disember 2), Konsep Kepimpinan Dalam Islam,diperolehi daripada:
https://www.risda.gov.my/images/pdf/Penerbitan/Dasar_Kualiti/2009/Bil-12-
2009/33.pdf
Aerisuli.A (2011 Mei 16),Penghayatan Ibadah dan Kesannya,diperolehi daripada:
https://core.ac.uk/download/pdf/268876565.pdf
201 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
KEPIMPINAN YANG CEMERLANG MEMBENTUK
TAULAN YANG GEMILANG
Muhammad Zakwan ‘Irfan Bin Mohd Zamri
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu, 22110, Setiu,
Terengganu
(E-mail: [email protected])
Sarah Nabihah Binti M Nordin
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu, 22110, Setiu,
Terengganu
(E-mail: [email protected])
Nor Erna Suzietiqa Binti Abdul Rahman
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu, 22110, Setiu,
Terengganu
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Kejayaan sesebuah sekolah dapat digambarkan menerusi pelbagai
pengiktirafan dalam bentuk anugerah sama ada di peringkat negeri mahupun
kebangsaan. Antara contoh anugerah tersebut adalah Sekolah Harapan
Negara, Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Penganugerahan
tersebut adalah berdasarkan pencapaian sebenar sesebuah sekolah itu sama
ada dari segi akademik, sahsiah diri, kemahiran sosial melalui pemupukan
budaya mahupun watak sekolah itu sendiri. Namun, di sebalik kejayaan
sesebuah sekolah itu, sudah semestinya terdapat faktor-faktor penting yang
menjadi penyumbang kepada pencapaian tersebut. Antara faktor terpenting
bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah dari segi kepemimpinannya di mana
setiap sekolah yang berjaya 8 sistem kepemimpinan yang cemerlang dan
sistematik. Sistem kepemimpinan yang cemerlang di sesebuah sekolah dapat
dilihat dari segi model kepemimpinan sekolah tersebut dan amalan
kepemimpinan yang dilakukan di sekolah tersebut. Majlis Perwakilan Asrama
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu juga tidak terlepas untuk
berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan sistem kepemimpinan yang terbaik
dengan merealisasikan model kepemimpinan sekolah dan mengadakan
amalan kepemimpinan yang berkesan.Kertas kerja ini akan membincangkan
model kepemimpinan dan amalan kepemimpinan bagi Sekolah Menengah
Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu.
202 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Kata kunci: kepimpinan, model kepimpinan, amalan terbaik
Pengenalan
Sesebuah sekolah mestilah mempunyai pemimpin yang berwibawa supaya
dapat membentuk ke menjadikan pelajar yang baik. Pengetua dan barisan guru
merupakan contoh positif yang boleh menjadi ikutan para pelajar. Namun
begitu, pengaruh rakan sebaya lebih penting dalam membentuk akhlak
seseorang itu. Oleh itu, pemimpin dalam kalangan pelajar amatlah penting
untuk membentuk kemejadian murid yang boleh menjadi contoh kepada orang
lain.
Islam mempunyai banyak pemimpin yang boleh dijadikan model kepimpinan
untuk kita contohi, baik dari segi cara pimpinan atau akhlak yang mulia.
Sebagaimana yang kita tahu akhlak yang mulia akan membuatkan kita
dihormati oleh orang lain. Contohnya akhlak yang mulia yang dapat kita contohi
daripada khalifah Islam adalah bertanggungjawab. Pemimpin perlulah
bertangungjawab agar amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan jujur.
Sekarang amanah tidak dijalankan dengan betul, kita tidak dapat menjadi
pemimpin yang baik dan dipandang remeh oleh orang sekeliling. Pemimpin
yang sebenar perlulah tegas dan berwibawa dalam menjalankan amanah
supaya para pelajar akan menghormati barisan kepimpinan bukannya ditindas
oleh pelajar.
Namun begitu, kita bukanlah pemilik hati yang boleh mengawal hati manusia.
Mungkin ada juga yang tidak selesa dengan sifat kita, namun itu bukanlah
penghalang bagi kita untuk tidak meneruskan tanggungjawab kita sebagai
seorang pemimpin. Sebaliknya, ini merupakan satu ujian daripada Allah SWT
kepada kita untuk terus berjuang dalam jihad kita di jalan Allah. Kita perlulah
mengambil langkah yang proaktif supaya kemenjadian pelajar dapat dibentuk
berlandaskan prinsip Islam. Kita boleh mengadakan program atau amalan yang
dapat membentuk disiplin pelajar yang mantap. Di mana lagi tempat remaja
masa kini untuk belajar tentang adab dan akhlak dengan sempurna jika bukan
di era sekolah menengah. Oleh itu, inilah fungsi badan-badan kepimpinan untuk
membantu para guru dalam membentuk akhlak yang mulia dalam kalangan
pelajar.
Model Kepemimpinan
Seiring dengan setiap badan organisasi lain, Majlis Perwakilan Asrama Sekolah
Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu juga mempunyai model
kepemimpinan yang ingin direalisasikan. Model kepemimpinan ini perlu
diaplikasikan oleh setiap individu dalam badan organisasi ini agar sekolah
203 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dapat membentuk satu kepemimpinan sekolah yang cemerlang dan sistematik
sekaligus menaikkan nama sekolah dari segi kecemerlangannya. Majlis
Perwakilan Asrama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu telah
membina satu model kepemimpinan yang berasaskan daripada sifat sahabat
Rasulullah yang mulia iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Seperti yang kita
sedia maklum, Saidina Abu Bakar merupakan sahabat Rasulullah yang sangat
hebat dan masyhur dari segi kepemimpinannya. Justeru itu, ahli-ahli Majlis
Perwakilan Asrama Sekolah Menengah Imtiaz Yayaysan Terengganu Setiu
perlu mengaplikasikan model kepemimpinan yang berasaskan khalifah yang
hebat ini bagi menjamin kecemerlangan kepemimpinan sekolah sekaligus
mewujudkan suasana kepemimpinan yang harmoni tanpa sebarang
percakaran dan perselisihan pendapat seperti anjing dan kucing. Model
kepemimpinan bagi Majlis Perwakilan Asrama Sekolah Menengah Imtiaz
Yayasan Terengganu Setiu ini telah dibina daripada empat sifat kepemimpinan
Saidina Abu Bakar As-Siddiq iaitu sifat jujur, bertanggungjawab,
bermusyawarah, dan berkasih sayang.
Sifat kepemimpinan Saidina Abu Bakar yang pertama ialah sifat
bertanggungjawab. Seperti yang kita tahu,Saidina Abu Bakar sangat
bertanggungjawab dengan amanah dan tugasan yang
diberikan.Malahan,Saidina Abu Bakar tetap memikirkan tentang harta umat dan
amanat kaum muslimin walaupun beliau berada di hujung ajalnya. Sifat inilah
yang perlu diaplikasikan dalam diri setiap ahli Majlis Perwakilan Asrama
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu. Setiap ahli perlu
bertanggungjawab dan menjalankan amanah yang telah diberikan tanpa
mengelak dan memberikan pelbagai alasan.
Setiap ahli Majlis Perwakilan Asrama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan
Terengganu Setiu juga perlu ikhlas menjalankan tugas dan bukan hanya
menerima tugas dan jawatan ini atas sebab populariti dan nama.Seterusnya
sifat kepemimpinan Saidina Abu Bakar yang patut diaplikasikan oleh setiap ahli
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu ialah sifat jujur. Sifat jujur
Saidina Abu Bakar dapat dilihat apabila beliau selalu jujur dalam tugasan
sehariannya terutamanya dalam urusan perdagangan. Beliau tidak pernah
menipu dan bermain helah untuk kepentingan diri sendiri.
Justeru itu,sifat jujur ini perlu diterapkan dalam diri setiap ahli Majlis Perwakilan
Asram Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu terutamanya
dalam memberi teguran kepada pelajar yang membuat kesalahan.Sebagai
contoh,ahli badan kepimpinan tidak boleh menutup dan tidak menegur
kesalahan mana-mana pelajar walaupun pelajar itu merupakan kawan baik
204 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
sendiri. Ahli Majlis Perwakilan Asrama perlu bersikap jujur dan tetap
mengenakan denda kepada pelajar tersebut.
Selain itu ,sifat kepemimpinan Saidina Abu Bakar yang perlu diaplikasikan oleh
setiap ahli Majlis Perwakilan Asrama ialah sifat berkasih-sayang. Saidina Abu
Bakar merupakan seorang khalifah yang amat penyayang dan selalu bercakap
dengan lemah-lembut hatta dengan musuh sekalipun. Beliau tidak menaruh
sifat benci dan dendam sedikitpun kepada musuh.Jadi,setiap ahli Majlis
Perwakilan Asrama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu
perlu mengamalkan sifat terpuji ini dalam cara kepemimpinan masing-masing.
Setiap ahli sewajarnya memberi teguran kepada para pelajar dengan lembut
dan berhemah. Ahli Majlis Perwakilan Asrama Sekolah Menengah Imtiaz
Yayasan Terengganu Setiu tidak boleh menegur kesalahan para pelajar
dengan kasar dan mengeluarkan apa-apa perkataan kesat.Perbuatan ini perlu
dielakkan sama sekali kerana ia dapat mencetuskan pergaduhan dan
perselisihan faham antara pelajar. Sesunguhnya,Allah S.W.T amat membenci
perdebatan sesama hambanya seperti di dalam hadis berikut.
َعنَعاءشةَقالتَقالَرسولَاللهَصلىَاللهَعليهَوسلمَانَبغضَالرجالَالىَاللهَالدَالخصمَ(رواهَالمسلم
)
Dari Aisyah (diriwayatkan ) ia berkata,Rasulullah S.A.W bersabda, “
sesungguhnya orang yang paling Allah benci adalah orang yang suka
membantah lagi sengit”
(HR.Muslim,no.2668)
Akhir sekali ,sifat kepemimpinan Saidina Abu Bakar yang wajar diaplikasikan
oleh ahli Majlis Perwakilan Asrama SM Imtiaz YT Setiu ialah sifat suka
bermusyawarah.Hal ini dapat dilihat apabila Saidina Abu Bakar memanggil
sahabat-sahabat untuk berkumpul bagi membincangkan siapa penggantinya
selepas beliau wafat.Beliau tidak membuat keputusan seorang diri mengikut
kehendaknya.Hal ini amatlah wajar untuk diterapkan dalam diri ahli Majlis
Perwakilan Asrama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu
dalam memimpin para pelajar.Ahli Majlis Perwakilan Asrama perlulah
bermusyawarah dalam menangani apa-apa masalah bukannya mencuba untuk
menyelesaikannya seorang diri secara semberono. Sifat mementingkan diri
perlulah dibuang sama sekali dalam diri untuk membentuk satu badan
organisasi yang terbaik dari segi kepemimpinanya.
Kesimpulannya,model kepemimpinan yang dibina berasaskan empat sifat
kepemimpinan Saidina Abu Bakar ini perlulah diaplikasikan dan diterapkan
205 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
dalam diri setiap ahli Majlis Perwakilan Asrama Sekolah Menengah Imtiaz
Yayasan Terengganu Setiu untuk membentuk satu lonjakan paragdima yang
positif dari segi kepemimpinan sekolah . Hal ini bukan sahaja dapat menaikkan
nama sekolah dari segi prestasinya malah dapat membentuk pemimpin-
pemimpin yang mampu memimpin mengikut cara dan acuan Islam.Model
kepemimpinan ini juga dapat membentuk jadi diri ahli Majlis Perwakilan Asrama
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu untuk menjadi insan
yang hebat dan cemerlang kelak terutamanya sewaktu melangkah ke alam
universiti nanti.
Program Amalan Terbaik
Seiring dengan pelaksanaan yang dilaksanakan oleh badan kepimpinan yang
lain, Majlis Perwakilan Asrama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
Setiu juga mempunyai program mingguan, bulanan serta tahunan yang dapat
membantu pelajar untuk memupuk disiplin dan jati diri yang unggul. Amalan-
amalan yang diadakan pada waktu asrama ini akan memberi pengalaman yang
baru kepada para pelajar di saat usia yang muda sebelum mereka melangkah
ke universiti dan menghadapi cabaran di luar sana. Bertepatan sekali dengan
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, anak-anak muda perlu diberi
pendedahan awal yang mahmudah dan contoh yang baik agar tidak terpesong
dengan anasir luar yang bertujuan untuk menjatuhkan umat Islam pada hari ini
dan masa akan dating(2020).
Program mingguan yang telah diadakan oleh badan kepimpinan Majlis
Perwakilan Asrama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu
adalah tidak lain tidak bukan kebersihan pelajar dan asrama. Program ini
menyasarkan semua pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
Setiu untuk menjaga kebersihan diri serta persekitaran asrama untuk
keselesaan para pelajar.
الطهورَشطرَالإيمان
“Bersuci itu sebahagian daripada iman.”
(Hadis Riwayat Muslim, no 328)
Maka, disini jelaslah bahawa kita sebagai umat Islam dituntut untuk menjaga
kebersihan. Dari sudut Islam, rata-ratanya umat Islam sudah tahu bahawa
keadaan akan menjadi lebih mudah jika kita melakukan ibadah dalam keadaan
yang suci. Apabila ada najis atau kotoran yang boleh mengakibatkan sesuatu
ibadah itu berubah hukum. Suka juga untuk saya kaitkan soal kebersihan ini
dengan dunia kita pada hari ini. Seperti mana yang kita semua sedia maklum,
dunia sekarang telah dilanda dengan pandemik Covid-19 yang telah
mengehadkan aktiviti harian manusia. Penyakit-penyakit yang datang ini tidak
206 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
lain tidak bukan datangnya dari aktiviti manusia yang tidak mengutamakan. Kita
perlu lihat nilai kebersihan yang diterapkan semasa berada di bangku sekolah
dengan pandangan yang jauh. Contohnya, apabila seseorang itu
mengutamakan kebersihan dalam dirinya, maka dia akan dihormati dan
disenangi oleh masyarakat sekeliling. Disebabkan itu, kebersihan akan dapat
dicapai dan inilah yang akan membentuk kepada iman serta perlakuan yang
baik.
Seterusya, program bulanan yang diadakan oleh Majlis Perwakilan Asrama
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu adalah program exco.
Setiap exco akan mengadakan satu program pada bulan tersebut. Program ini
akan dilaksanakan selama satu atau dua hari pada hujung minggu di bulan
tersebut. Program yang diadakan contohnya seperti Explore Race, ceramah
atau seminar yang melibatkan semua pelajar. Program yang diadakan ini
bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar di hujung minggu dengan perkara
yang berguna. Sekurang-kurangnya pelajar tidak akan berasa bosan dan
seronok untuk berada di sekolah dihujung minggu. Tambahan pula, di waktu
pandemik yang melanda dunia sekarang, pelajar tidak boleh pulang ke rumah,
ini sekali gus boleh merawat rasa sedih mereka. Selain itu, kita juga boleh
merapatkan ukhuwah antara pelajar di sekolah tersebut. Contohnya dengan
adanya aktiviti berkumpulan melibatkan pelajar yang berlainan tingkatan, jurang
antara pelajar dapat dirapatkan.
َࣖاِنَّ َماَا ْل ُم ْؤ ِمنُ ْو َنَ ِا ْخ َوةٌَ َفاَ ْص ِل ُح ْواَبَ ْي َنَاَ َخ َو ْي ُك ْمَ َواتَّقُواَّل هلاََ َلعَ َّل ُك ْمَتُ ْر َح ُم ْو َن
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah
antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar
kamu mendapat rahmat.
(Surah al-Hujurat Ayat 10)
Terdapat banyak kelebihan jika kita mengamalkan mementingkan ukhuwah
dalam hidup kita antaranya ialah, termasuk dalam 7 golongan yang di janjikan
yang akan mendapatkan payung Allah di akhirat kelak. Islam meletakkan
ukhuwah Islamiah yang terbina bukan kerana ada ikatan nasab yang serupa
atau keturunan yang sama,tetapi ikatan itu terjalin kerana kasih sayang sesama
manusia berlandaskan kepada cinta Allah SWT yang akan mendatangkan
kemanisan iman dalam setiap ikatan yang terjalin (2017).
Selain itu, terdapat juga program tahunan yang boleh memberi banyak faedah
dan pengalaman kepada para pelajar. Program ini diberi nama ‘Annual Dinner
Asrama’. Program ini diadakan bagi memberi anugerah kepada para pelajar
yang berjaya memenangi pertandingan bulanan yang diadakan. Dalam pada
itu, pengumuman pemenang bagi bilik-bilik tercantik atau terbersih juga akan
diumumkan pada program ini. Program ini dapat menyuntik semangat kepada
para pelajar untuk membersihkan serta mencantikkan bilik mereka mengikut
kreativiti sendiri. Program ini juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu pelajar
207 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
kerana terdapat persembahan pelajar yang akan dipersembahkan.
Kebiasaanya, program ini diadakan mengikut tema yang telah ditetapkan oleh
warden asrama. Oleh itu, para pelajar dikehendaki untuk memakai pakaian
mengikut tema tersebut. Program ini merupakan program penutup aktiviti
sepanjang tahun.
Kesimpulannya, program-program yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan
Asrama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu bertujuan untuk
mewujudkan suasana Islam dalam kalangan pelajar supaya pelajar dapat
mengaplikasikannya apabila berhadapan dengan cabaran di luar sana. Selain
itu, tujuan program-program ini diadakan juga untuk memberi pengalaman
sebelum mereka berganjak ke alam universisti. Sekurang-kurangnya mereka
tidak akan terkena kejutan budaya dengan ragam manusia di dunia luar. Akhir
sekali, program ini akan berjaya untuk melatih para pelajar untuk mempunyai
jati diri yang kuat serta menerapkan nilai-nilai mahmudah dalam diri pelajar
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu.
Rumusan dan cadangan
Sebagai rumusan, ditekankan sekali lagi bahawa sistem kepemimpinan
amatlah penting bagi sesebuah sekolah. Hal ini kerana sistem kepemimpinan
merupakan identiti sesebuah sekolah di samping dapat menaikkan prestasi
sekolah terutamanya dari segi sahsiah pelajar. Pihak sekolah haruslah
memastikan bahawa individu di dalam sesuatu badan organisasi menjalankan
tugas masing-masing untuk bersama-sama menjamin kemakmuran sekolah
dan tingkah laku pelajar. Justeru itu, ahli Majlis Perwakilan Asrama Sekolah
Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu perlulah bekerjasama dengan
guru-guru untuk merealisasikan model kepemimpinan yang telah dibina
berasaskan sifat-sifat seorang sahabat baik Rasulullah iaitu Saidina Abu Bakar.
Dengan izin Allah, model kepemimpinan ini akan membentuk para pemimpin
yang hebat dan cemerlang sekaligus melahirkan suasana sekolah dan asrama
yang harmoni. Pihak Majlis Perwakilan Asrama Sekolah Menengah Imtiaz
Yayasan Terengganu Setiu juga telah menganjurkan aktiviti-aktiviti kepada
para pelajar untuk membentuk jati diri mereka sebelum mereka melangkah ke
alam universiti. Sesungguhnya, jati diri mereka adalah lambang kepada
kecemerlangan sekolah ini kelak.
Seterusnya, pihak Majlis Perwakilan Asrama Sekolah Menengah Imtiaz
Yayasan Terengganu Setiu perlulah mengadakan pelbagai lagi aktiviti yang
menarik kepada para pelajar di asrama. Hal ini adalah untuk menghilangkan
stres dan bosan mereka di asrama. Seperti yang kita semua sedia maklum,
sepanjang tempoh pandemik ini, mana-mana pelajar yang tinggal di asrama
208 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
tidak boleh balik ke rumah sekerap dahulu. Hal ini sudah pasti meningkatkan
tekanan dan menganggu emosi mereka. Jadi, pihak Majlis Perwakilan Asrama
sepatutnya menjalankan tugas untuk melegakan dan menghilangkan tekanan
para pelajar. Pihak asrama boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti sukaneka
atau ceramah motivasi. Dengan cara ini para pelajar akan lebih gembira dan
tidak memberontak walaupun terpaksa tinggal di asrama dalam jangka masa
yang lama.
Senarai Rujukan
Boneka 2402. (2016). 6 sifat abu bakar yang patut diteladani. Diperolehi
daripada
https;//brainly.co.id/tugas/5190529
Rizqa.H. (2019). Teladan Abu Bakar Ash-Siddiq. Diperolehi daripada
https://www.republika.co.id/berita/pry8rd458/teladan-abu-bakar-
ashshiddiq
Raduan. N. (2014). Kejayaan sebuah sekolah amat bergantung kepada pucuk
pemimpin . Diperolehi daripada
http://tujuhpen.blogspot.com/2014/02/kejayaan-sesuatu-sekolah-
sangat.html?m=1
Muhamadiyyah. S . (2020). Hukum berdebat dalam Islam.Bolehkah ?.
Diperolehi daripada
https://www.republika.co.id/berita/q5haxo170120822023000/hukum-
berdebat-dalam-islam-bolehkah
Anonymous.(2019) Kertas Kerja Program Asrama. Diperolehi daripada
https://dokumen.tips/amp//documents/kertas-kerja-program-
asramadocx.html
Lee. F (2020) Status Hadis-Kebersihan Separuh Daripada Iman. Diperolehi
daripada
https;//tzkrh.com/status-hadis-kebersihan-separuh-daripada-iman/
Fatah. A. (2013) Makna Ukhuwah. Diperolehi daripada
http://ahmadfatah02.blogspot.com/2013/03/makna-ukhuwah.html
Ismail. N. H (2017) Indahnya Ukhuwah Dalam Islam. Diperoleh daripada
https://ikimfm.my/indahnya-ukhuwah-dalam-islam/
209 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
DISIPLIN SEBAGAI KUNCI KEUNGGULAN
SESEBUAH ORGANISASI
Muhammad Luqman bin Mohd Rasidi
Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh,73200 Gemencheh, Negeri
Sembilan.
(e-mel: [email protected])
Siti Nur Aerina binti Mainong
Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh,73200 Gemencheh, Negeri
Sembilan.
(e-mel: [email protected])
Syadiyah Nur Hanani binti Hasrul Hadi
Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh,73200 Gemencheh, Negeri
Sembilan.
(e-mel: [email protected])
Abstrak
Norma sebagai seorang manusia, peraturan berkait begitu rapat dengan
kehidupan. Begitu juga sebagai seorang pelajar, pelbagai perubahan suasana
berlaku sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam persekolahan termasuklah
rutin harian, proses pembelajaran dan sebagainya. Bagi para pelajar yang
kurang bermotivasi, mereka akan lebih cenderung untuk melanggar peraturan
apabila berhadapan dengan perubahan drastik. Permasalahan yang
memabitkan disiplin para pelajar ini merunsingkan banyak pihak menyumbang
kepada persekitaran sekolah yang tidak tenteram. Hal ini sekaligus
mengganggu proses perjalanan aktiviti di sekolah. Jadi, antara initiatif yang
diambil bagi membantu mengawal permasalahan ini adalah dengan
mewujudkan organisasi dari kalangan para pelajar itu sendiri bagi membantu
pihak pengurusan dalam mencapai matlamat yang dituju. Ini yang disebutkan
sebagai pemimpin di kalangan pelajar yang menjalankan tugas-tugas tertentu
berpandukan skop organisasi masing-masing. Untuk melaksanakan tugas
tersebut dengan efektif, pemimpin perlu mempunyai kemahiran dan
keperibadian yang berkualiti di samping pengetahuan dalam bidangnya (Male
2006). Oleh kerana sesebuah organisasi juga menggabungkan insan-insan
dengan kelebihan dan kelemahan tersendiri, maka pengukuhan disiplin dalam
diri sekumpulan insan itu penting demi menghasilkan pemimpin yang berkualiti
210 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
yang sekaligus menyumbang dalam proses pencapaian matlamat yang dituju
dengan hasil yang efektif. Kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana
elemen disiplin mampu menjadi sebahagian daripada kunci utama dalam
melahirkan organisasi yang unggul.
Kata kunci: disiplin, organisasi, unggul, kepimpinan.
Pengenalan
Mengikut statistik, seramai 111,895 murid iaitu 16,849 murid sekolah rendah
dan 95,046 murid sekolah menengah didapati terlibat dengan gejala salah laku
disiplin di sekolah (Sinar, 2017). Dunia hari ini menyaksikan hampir semua
sekolah berlumba-lumba bagi menempatkan nama sekolah masing-masing di
tangga terbaik dengan kes disiplin seminima yang mampu. Namun begitu,
matlamat ini agak sukar dicapai berikutan kepelbagaian karenah para pelajar.
Badan kepimpinan yang ditubuhkan di kalangan pelajar sedikit sebanyak
membantu pihak pengurusan sekolah dalam usaha mencapai matlamai yang
dianggap sukar tersebut. Pelajar pintar dan berbakat didapati mempunyai
kebolehan menjadi pemimpin yang hebat kerana mereka dikatakan
berkebolehan untuk mendorong dan memotivasikan pelajar-pelajar lain yang
berada di sekeliling mereka (Karne & Stephens 1999).
Antara badan kepimpinan yang diwujudkan ialah Pengawas Sekolah,
Pengawas Asrama, Badan Dakwah dan Rohani dan tidak dilupakan
Pembimbing Rakan Sebaya. Ahli bagi setiap badan kepimpinan ini turut
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tugasan memimpin
boleh dikatakan sebagai tanggungjawab tambahan bagi mereka. Setiap satu
daripada badan kepimpinan tersebut menjalankan tugas masing-masing
berdasarkan skop tugas tersendiri dan diamanahkan supaya menjadi contoh
teladan yang baik bagi pelajar lain. Namun begitu, para pemimpin di kalangan
pelajar ini perlu menerapkan elemen disiplin dalam diri mereka supaya tahan
penguasaan mereka terhadap aspek lain seperti akademik, hafazan,
kokurikulum dan sebagainya tidak terjejas.
Lembaga Disiplin Pelajar (LDP)
Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) merupakan salah satu daripada cabang
kegiatan kokurikulum/badan kepimpinan pelajar terpenting dalam sistem
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) selepas Badan Wakil Pelajar (BWP)
yang dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak pengurusan termasuk
guru, staf dan warden dalam mengawal disiplin dan tingkah laku pelajar. Badan
211 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
organisasi ini juga bertujuan bagi menguatkuasakan undang-undang sedia ada
dan adakalanya mengubahsuai sebahagian peraturan bersesuai dengan
keadaan. Kekuatan seramai 42 orang yang merangkumi 12 orang pelajar
tingkatan 2 dan kekosongan selebihnya milik pelajar tingkatan 4 ini dipimpin
oleh beberapa orang guru sebagai penasihat. Presiden dan Timbalan Presiden
bagi badan kepimpinan ini juga merupakan ahli majlis tertinggi BWP yang
membolehkan setiap permasalahan yang timbul sepanjang pengendalian tugas
masing-masing mudah dibawa ke peringkat seterusnya. Cara pemilihan ahli
LDP adalah dengan mengambil borang pemohonan bagi yang melepasi syarat-
syarat tertentu seperti tahap pencapaian akademik, hafazan, sahsiah dan
kelayakkan sebagainya. Borang yang dihantar akan ditapis dan hanya
sebahagian sahaja akan terpilih untuk menjalani temuduga. Berdasarkan hasil
temuduga, hanya yang terbaik di kalangan yang terbaik sahaja diserap masuk
ke badan kepimpinan ini.
Untuk mencapai target pihak pengurusan maktab iaitu “Sifar Masalah Disiplin”
di kalangan pelajar, 42 orang ahli LDP ini diamanahkan menjalankan tugas
masing-masing sebaiknya. Antarnya adalah seperti menggerakkan pelajar
menunaikan sembahyang berjemaah, mengendalikan rollcall, mengosongkan
blok akademik pada waktunya, mengawal pergerakkan pelajar ketika silent
hour, mengarahkan bacaan al-Mulk, lights-off serta banyak lagi. Kesemua ahli
LDP dibahagikan kepada dua squad utama iaitu Brute yang banyak
menjalankan tugas di blok akademik dan Armada yang ditugaskan lebih kepada
bahagian pengurusan asrama. Namun begitu, tugas asas dijalankan oleh setiap
ahli. Selain itu terdapat juga unit-unit khas yang diwujudkan seperti unit Publisiti,
Punctuality, Roll Call, Aktiviti, Tugas-tugas Khas serta Forensik. Unit-unit
tersebut bertujuan untuk menjadi ketua bagi skop tugas masing-masing. Secara
keseluruhannya, penubuhan LDP bertujuan membantu pihak pengurusan
dalam misi mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan di MRSM dengan
pelajar-pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
Konsep dan Kepentingan Disiplin
Menurut kamus dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan
supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib (Kamus Dewan,
Edisi Kelima). Oleh kerana ahli LDP yang bakal mengawal disiplin para pelajar
juga merupakan seorang pelajar, mereka tidak lari dari peraturan dan jadual
harian yang ditetapkan malah kebiasannya lebih padat berbanding pelajar lain.
Mereka turut mengalami masalah tersendiri, tekanan emosi tersendiri,
gangguan psikologi serta kejatuhan tahap motivasi. Hidup ini penuh dengan
gangguan yang menyebabkan kita lari dari landasan dan menghalang
212 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
seseorang untuk mencapai matlamat. Oleh itu, disiplin boleh diimaginasikan
sebagai akar yang menyokong pokok untuk tegak berdiri walau dibadai angin
dan ribut ketika hujan melanda (Unknown, 2020).
Pemimpin yang berdisiplin mampu mengembalikan semangat yang
adakalanya merosot dek perkara yang berlaku dalam kehidupan harian dan
kembali fokus terhadap matlamat yang hendak dicapai. Menurut Theodore
Roosevelt, dengan disiplin diri, hampir semua perkara mungkin berlaku
(Theodore Roosevelt, 2015). Impian yang adakalanya tidak pernah kita terfikir
boleh menjadi kenyataan mampu terjadi dengan salah satu cara iaitu
menguatkan akar bagi pokok itu sendiri.
Impak Kemerosotan Disiplin Pemimpin
Sekiranya pemimpin itu sendiri mula hilang tumpuan, sesebuah organisasi itu
akan makin menjauh daripada matlamat asal. Semangat menjalankan tugas
juga semakin pudar. Kemerosotan tahap disiplin pemimpin juga mempengaruhi
tahap disiplin para pelajar yang dipimpin. Ini yang disebutkan sebagai
pengaruh. Berdasarkan kamus dewan, perkatan pengaruh boleh didefinisikan
sebagai kuasa yang terbit daripada orang (benda dan lain-lain) atas orang
(benda dan lain-lain) lain, kekuatan batin (ghaib dan lain-lain) yang
meninggalkan kesan kepada orang lain. Kebiasaanya, salah satu ciri yang
terdapat dalam diri seorang pemimpin adalah mempunyai kuasa
mempengaruhi. Menurut Maxwell, kepimpinan dalah mengenai pengaruh, tiada
selain daripada itu. Setiap tingkahlaku pemimpin senantiasa diperhatikan oleh
mereka yang dipimpin. Seterusnya menurut Eric Lau, tokoh terkemuka
berkenaan seni membina pengaruh di Malaysia, pengaruh merupakan seni
untuk meyakinkan orang lain supaya bertindak. Oleh itu pentingnya untuk kita
sebagai pemimpin untuk mempamerkan contoh teladan yang baik supaya
tabiat buruk kita tidak mempengaruhi mereka yang dipimpin untuk melakukan
sedemikian.Sebagai contoh, bagaimana kita boleh mengharapkan pelajar yang
dipimpin mematuhi peraturan sedangkan pemimpin pelajar sendiri tidak
berusaha berbuat demikian. Dengan ini, kepimpinan yang dilaksanakan
berkemungkinan besar tidak efektif. Mereka akan lebih cenderung untuk
mengikut jejak langkah pemimpin yang salah kerana menganggap ia
merupakan ‘jalan mudah’.
Pengaplikasian Konsep Disiplin
Badan kepimpinan LDP mengapkasikan elemen organisasi dengan menjadikan
beberapa amalan sebagai rutin. Sebagai contoh, amalan It’s al-Mulk! dan
Weekly Muster. It’s al-Mulk merupakan amalan bacaan al-Mulk pada setiap hari
pada jam 11 malam di koridor wing masing-masing. Melalui aktiviti ini, elemen
213 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
disiplin dapat dilihat diterapkan kerana para pelajar tetap berkumpul untuk
bacaan al-Mulk biarpun hakikatnya mereka sibuk dengan urusan lain. Aktiviti ini
diakhiri dengan bacaan ayatul kursi dan doa tidur disambung pula dengan
pengumuman penting terutamanya bagi hari keesokannya, sekiranya ada.
Seperti para pelajar sedia maklum, berakhirnya It’s al-Mulk menandakan masa
untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Bagi yang masih punya urusan
yang perlu diselesaikan, bilik belajar terkecuali daripada Lights-off. Rondaan
dijalankan dan terdapat “hadiah” bagi bilik yang tidak lights-off pada mada yang
fitetapkan iaitu pada 11.30 malam.
Bagi Weekly Muster pula, ia merupakan satu pertemuan ringkas yang diadakan
pada setiap malam Sabtu di gelanggang futsal wanita berhadapan aspuri.
Pertemuan lazimnya diadakan selepas minum malam, dengan berpakaian
sukan lengkap dan kehadiran semua ahli LDP kecuali bagi yang tidak
berkesempatan. Pertemuan dimulakan dengan sesi kawad kaki sambil
mengambil kehadiran ahli, melapor, bacaan doa dan tazkirah ringkas mengikut
giliran masing-masing serta disetai dengan latihan fizikal. Sepanjang
pertemuan ini, kami membincangkan pelbagai perkara yang berlaku dalam
minggu tersebut secara santai seperti kerosakan yang telah dilaporkan namun
tidak lagi diambil tindakan, karenah pelajar yang sukar dikawal dan sebarang
cadangan mahupun penambahbaikan. Pada ketika ini jugalah, guru penasihat
atau ahli LDP memainkan peranan dalam memberi suntikan motivasi kepada
ahli LDP dan sering mengingatkan sesama sendiri berkaitan matlamat asal
mereka. Adakalanya, pertemuan tersebut ditutup dengan sedikit jamuan hasil
daripada kutipan bulanan para ahli bagi meraikan lelah masing-masing
termasuk guru penasihat yang menjalankan tugas.
Kebaikan daripada amalan-amalan ini, tahap disiplin diperkukuh melalui seperti
dalam aktiviti kawad kaki. Selain itu, dapat mengenalpasti masalah yang
dihadapi sepanjang minggu tersebut. Amalan-amalan ini turut mengeratkan
hubungan sesama ahli LDP termasuk guru penasihat yang sekaligus
meningkatkan lagi semangat untuk terus bertugas. Walaupun amalan berikut
tidaklah seformal mesyuarat bulanan, ia tetap membantu meningkatkan lagi
prestasi para pemimpin pelajar.
Rumusan dan Cadangan
Sebagai rumusan, kepentingan penerapan elemen disiplin dalam diri setiap
individu tidak dapat disangkal lagi. Dari aspek sebagai seorang pemimpin,
sama ada kepada diri sendiri, keluarga mahupun sebuah badan kepimpinan
tahap disiplin yang tinggi penting supaya kita tidak menjauh dari matlamat asal
214 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
yang hendak dicapai. Penerapan dan pengukuhan disiplin diri di kalangan
pemimpin pelajar ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Contohnya,
seseorang individu sendiri boleh menggantikan tabiat buruk lama dengan tabiat
yang lebih baik. Dalam proses kita mengembangkan disiplin diri, kita sering
berusaha untuk melepaskan tabiat buruk dan menggantinya dengan sesuatu
yang lebih produktif. Selain itu, tahap disiplin dalam diri dapat ditingkatkan
dengan proses pemantauan perkembangan. Tugas ini lebih kepada
tanggungjawab. Contohnya sewaktu sesi kawan kaki ketika Weekly Muster,
guru penasihat memantau disiplin para pemimpin pelajar.
Rujukan
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi Kelima.). Kuala
Lumpur
Azmi, M. (2019, Januari 19). Kembalikan Pendidikan Bersepadu. Sinar Harian.
Male, T. 2006. Being an Effective Head Teacher. London: Paul
Chapman Publishing.
Karnes, F.A. & Stephens, K.R. 1999. Lead the way to leadership education.
Education Digest 64(8): 62-65.
Unknown. (2020, September 20). Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-
murid. Diperolehi daripada https://www.ipendidikan.my/kepentingan-
disiplin-diri-kepada-murid.html
Theodore Roosevelt (2015). “Theodore Roosevelt on Bravery: Lessons from
the Most Courageous Leader of the Twentieth Century”, p.4, Skyhorse
Publishing, Inc.
Alvarado, J. (2019, Jun 30). “Leadership is influence. Nothing more, nothing
less.”. Diperolehi daripada https://www.linkedin.com/pulse/leadership-
influence-nothing- more-less-juan-alvarado
215 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
BARISAN PEMUDA-PEMUDI, PEMANGKIN UMMAH,
HARAPAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
Muhammad ‘Ilman Bin Hazlan
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, 20050
Kuala Terengganu, Terengganu
(E-mail: [email protected])
Muhammad Aysar Bin Zorimi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, 20050
Kuala Terengganu, Terengganu
(E-mail: [email protected])
Nur Afina Madihah Bt Muhammad Mazrin
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, 20050
Kuala Terengganu, Terengganu
(E-mail: [email protected])
ABSTRAK
Dalam dunia era globalisasi yang semakin pesat membangun ini, golongan
muda hendaklah diberikan perhatian yang khusus kerana mereka dikatakan
sebagai penentu masa depan sesuatu bangsa, agama dan negara. Golongan
ini juga dikatakan sebagai pewaris kepimpinan dan kehidupan akan datang.
Sehubungan itu, keperibadian setiap pemuda mestilah dilentur sedaya-upaya
agar dapat mewujudkan keseimbangan rohani, jasmani, emosi dan intelek. Ciri
utama pemuda-pemudi cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang
unggul. Kemahiran seorang pemuda-pemudi cemerlang juga tidak lupa untuk
diketengahkan. Hal ini juga termasuk dalam aspek pengurusan diri,
kepimpinan, bersosial, berorganisasi, kerohanian, berdakwah dan komunikasi.
Kemahiran ini amatlah perlu dikuasai bagi melahirkan pemuda-pemudi yang
berkaliber sekali gus menjadikan seseorang itu berwawasan tinggi. Apabila
barisan pemuda-pemudi bangkit dengan penuh keyakinan, keilmuan dan
segala penampilan yang sempurna, maka satu revolusi pemangkin ummah
akan dijelmakan. Pemangkin ummah yang mempunyai kekuatan dari aspek
keperluan kehidupan duniawi dan ukhrawi seterusnya mampu menangani
segala permasalahan yang mendatang dalam era globalisasi ini.
Kata kunci : pewaris kempimpinan, sahsiah, pemuda-pemudi
216 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
PENGENALAN
“Jika kamu mahu melihat masa depan sesuatu negara, maka lihatlah pemuda-
pemudinya pada hari ini.” (Saidina Ali RA)
Daripada kata-kata Saidina Ali RA telah menunjukkan bahawa jatuh bangunnya
sesebuah negara terletak di tangan pemuda-pemudi masa kini (Sahara,M.S.,
2019). Ironinya, pemuda hari ini didefinisikan oleh para pengkaji sebagai Gen
Y dan Gen Z. Gen Y merujuk kepada kelompok yang lahir antara tahun 1977
hingga 1997 manakala Gen Z antara 1998 hingga sekarang (Tappscott
Don,2009). Manusia saban hari semakin tidak memahami erti tujuan hidup
mereka, malah semakin ramai yang terjebak ke lembah gejala sosial yang tidak
bermoral. Bersuka-ria di kelab malam, terlibat dalam kes dadah, merokok dan
sebagainya, seolah-olah ia menjadi rutin wajib bagi mereka.
Ditambah lagi budaya Barat yang tidak pernah berhenti meluru masuk untuk
membunuh jiwa anak-anak muda dengan racun hedonisme, sekularisme,
liberalisme dan bermacam-macam lagi. Mereka diburu dari segenap arah sama
ada dari segi pemikiran, pakaian, pergaulan, hiburan dan cara hidup. Tanpa
kita sedar, musuh-musuh ini sering mengintai segenap ruang dan peluang
untuk memesongkan pemuda-pemudi Islam jauh dari landasan Islam sebenar.
Andai tiada pertahanan yang kuat, mereka akan tersungkur rebah dalam semua
serangan tersebut. Gagasan hidup akan hancur, malah hanyut dibawa arus dan
deraglobalisasi yang menyesakkan ini. Fenomena ini bukanlah asing, malah
telah menjadi darah daging kita, yang mana sukar untuk dihapuskan.
Kesannya, pemuda-pemudi Islam hidup dengan tidak berlandaskan syariat,
bahkan mengikut corak kehidupan Barat. Buktinya, masih ramai yang
menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang boleh melalaikan dan jauh dari
tujuan hidup di atas muka bumi ini.
KONSEP KEPIMPINAN DALAM ISLAM
Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah
bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang
diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh seorang pemimpin
ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan
menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikul kepadanya dengan
hak yang baik dan adil.
217 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Kepimpinan bukan sahaja dikaitkan dengan tanggungjawab kepimipinan dalam
membentuk satu kelompok, bahkan kepada diri sendiri sepertti mengawal
pancaindera supaya sentiasa mentaati Allah, menjauhi larangan-Nya, baik
dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun dari sudut akidah dan keyakinan
sehingga menyebabkan penyelewengan. Matlamatnya pula adalah untuk
mempertingkatkan kualiti diri bagi melahirkan kepimpinan melalui teladan atau
menjadi qudwah hasnah yang seterusnya akan menghasilkan tokoh-tokoh
pemimpin yang akan menjadi ikutan ramai dan pimpinan kepada orang lain
serta masyarakat dari kelompak yang sedikit kepada yang lebih besar.
(RISDA,2009)
Justeru itu, pemimpin mestilah berusaha mempertingkatkan kualiti diri dan
kualiti kepimpinannya ke tahap yang lebih cemerlang. Kepimpinan dalam Islam
bukanlah alat untuk memperoleh kekayaan, pangkat dan kesenangan hidup
semata-mata, malah ianya merupakan amanah yang wajib ditunaikan demi
kesejahteraan umat manusia dan seluruhnya. Hal ini juga pernah diceritakan
dalam satu hadis yang berbunyi “Kelalaian dan kegagalan pemimpin dalam
melaksanakan tanggungjawab dan amanah tersebut sama ada pemimpin yang
memimpin dalam keluarga dan dan rumah tangga, masyarakat atau sesuatu
organisasi akan mengakibatkan penyesalan dan kerugian di hari akhirat kelak”.
Oleh itu, konsep kepimipinan yang berjaya menuntut supaya Islam yang
merangkumi konsep iman dan amal soleh dapat ditegakkan dalam diri setiap
individu, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara sehingga kesepaduan
antara kepentingan dunia dan akhirat dicapai.
MODEL KEPIMPINAN
Apabila membicarakan tentang soal model kepimpinan sudah pasti dan tidak
lain tidak bukan iaitu Saidina Umar al-Khattab RA. Beliau adalah salah seorang
khulafa’ al-Rasyidin dan ketika zaman pemerintahannya ia merupakan salah
satu zaman gemilang bagi umat Islam.
Saidina Umar semestinya insan yang istimewa iaitu disenaraikan antara 10
orang sahabat yang dijanjikan syurga. Hubungan beliau dengan Rasulullah
SAW juga rapat kerana Hafsah puteri Saidina Umar ialah isteri Baginda SAW.
Umar menduduki kerusi khalifah pada tahun 13 Hijrah selepas kewafatan
Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Signifikannya Umar kerana beliau yang
memulakan pengiraan tarikh hijrah berbanding sebelum itu, masyarakat Arab
mengira tahun mengikut peristiwa besar yang berlaku pada mereka.
218 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Walaupun sudah dua kepimpinan berlalu, Umar tetap mengotakan janji
Rasulullah SAW itu. Pemimpin hebat akan meneruskan wawasan dan matlamat
digagaskan pemimpin sebelumnya, namun tidak bermaksud mengikut secara
taasub sehingga tiada ruang untuk penambahbaikan. Matlamat tetap sama,
tetapi pendekatan mungkin berbeza, sesuai dengan situasi semasa.
Kepimpinan negara kita menepati ciri berkenaan, bermula daripada
kemerdekaan Tanah Melayu sehingga kini. Setiap Perdana Menteri ada fokus
tersendiri tetapi ia di bawah satu wawasan yang besar, untuk menjadikan
negara kita lebih aman, makmur, sejahtera dan mampu bersaing dengan warga
dunia selain memastikan negara diperintah dengan acuan kita sendiri.
Ciri kedua pemimpin hebat yang ditonjolkan oleh Saidina Umar RA ialah
keberanian menerajui perubahan dan inovasi kerana penetapan takwim hijrah
ialah satu inovasi. Sistem pentadbiran negara juga ditambah baik pada zaman
beliau. Sistem gaji untuk tentera dan pekerja kerajaan, sistem pos, permulaan
jawatan polis untuk kawal keamanan kota khususnya pada waktu malam serta
pemantauan dan kawalan ketat terhadap urus niaga di pasar ialah sebahagian
inovasi dan pembaharuan beliau.
Pemimpin masa kini, jika mahu menjadi pemimpin hebat, perlu meletakkan
inovasi dan pembaharuan sebagai agenda kepemimpinan. Perlu terbuka
kepada idea di luar kotak, berani mencuba sesuatu yang baharu yang dapat
menyelesaikan isu atau masalah dihadapi rakyat dan negara.
Ketiga, Umar amat amanah dan berintegriti. Ketika beliau parah ditikam oleh
Abu Lu'luah al-Majusi, Umar sempat berwasiat supaya khalifah selepasnya
ditentukan oleh syura yang terdiri daripada sahabat yang dijanjikan syurga
(almubashsharun bil jannah).Walaupun begitu, beliau mengarahkan Sa’id bin
Zaid digugurkan daripada senarai calon bakal khalifah, kerana Sa’id
mempunyai kaitan kekeluargaan dengan beliau. Umar juga menegah anak
beliau terbabit dalam perniagaan, khuatir kemungkinan urus niaga yang
dilakukan akan dikaitkan juga dengan kedudukan mereka sebagai anak
khalifah.
AMALAN TERBAIK ASRAMA
Amalan terbaik ialah amalan yang kebiasaannya dilakukan oleh seseorang
dengan berterusan sehingga diikuti oleh orang lain. Antara amalan yang sering
diamalkan oleh sekolah kami ialah:
219 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
• Perjumpaan pada setiap hari Jumaat. Hal ini adalah untuk membimbing
para pelajar dan memperbaiki kesilapan sekali gus mampu
mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain.
• Gotong royong asrama atau bilik pada setiap hujung minggu.
Persekitaran yang bersih dan kemas mampu memberikan aura positif
dalam kehidupan seharian.
• Bacaan surah Yassin sebelum tidur. Tepat pada pukul 11.30 malam,
para pelajar dikehendaki berkumpul di dalam bilik masing-masing untuk
membaca Yassin mengikut bilik. Para pelajar tidak dibenarkan untuk
keluar daripada bilik sehinggalah tamatnya sesi bacaan Yassin setiap
bilik.
CABARAN SEBAGAI SEORANG PEMUDA-PEMUDI
Jika dilihat kepada perancangan yang begitu rapi oleh pihak musuh tersebut,
maka sanjungilah pemuda-pemudi Islam menghadapi cabaran yang perlu
dilalui oleh setiap mereka yang berkeyakinan berjumpa dengan Allah nanti.
Antara cabaran yang mesti dilalui oleh mereka ialah diri mereka sendiri. Dalam
kata lain, melawan hawa nafsu yang terdapat dalam diri setiap manusia, yang
terkadang tewas dalam suasana cemas walaupun pertahanan di peringkat
pengajian terlalu kukuh, namun apabila berada dalam masyarakat, terdesak
kepada perlumbaan mengejar dunia.
Selain itu, suasana masyarakat juga banyak mempengaruhi pembentukan
sahsiah Muslim. Kesan yang utama kepada keruntuhan moral boleh dilihat
melalui seebuah masyarakat yang lebih nyata lagi masyarakat dibentuk oleh
kerajaan yang memerintah, jika kerajaan memerintah mengikut acuan ajaran
Islam, maka sudah tentu masyarakat menjadi baik, begitulah sebaliknya.
Kesimpulannya, selagi kerajaan yang memerintah tidak melaksanakan syariat
Islam selagi itulah menjadi tanggungjawab kepada pemuda Islam mendesak
(mengikut syariat) agar dilaksanakan Islam kepada negara tersebut.
Cabaran seterusnya ialah memilih sahabat yang mampu mendidik dan
mengasuh serta menegur setiap kelemahan yang berlaku pada diri kita. Justeru
itu, Islam menggaris beberapa panduan dalam memilih sahabat bagi membantu
kita dalam setiap keadaan sekalipun.
Memilih teman yang baik bermaksud teman yang sentiasa menegur kepada
kebaikan dan sentiasa membimbing ke arah jalan yang lurus mengikut yang
dikehendaki oleh Allah. Teman inilah juga sebagai pembantu dalam perjuangan
Islam. Firman Allah:
220 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan
hendaklah kamu berada bersama bersama orang-orang yang benar.” (Surah
At-Taubah:119)
RUMUSAN DAN CADANGAN
Remaja hari ini akan membesar menjadi orang dewasa suatu hari nanti dan
merekalah yang akan mengambil alih pucuk kepimpinan negara , negeri,
daerah, kawasan, tempat kerja atau pun setidak-tidaknya sebagai ketua
keluarga apabila sudah berumah-tangga nanti.. Nabi pernah bersabda yang
bermaksud:
”Setiap daripada kamu adalah pemimpin.yang bertanggungjawab terhadap
mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke
atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan
bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga
rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab
terhadap harta tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan
bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan kerana mereka
merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa akan datangmu.”
(Hadis Sahih Bukhari)
Tiada siapa dalam dunia ini yang boleh lari daripada tanggungjawab masing-
masing. Sebagai pelajar, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk belajar.
Sebagai anak mereka juga ada tanggungjawab terhadap kedua ibu-bapa.
Sebagai abang, kakak, adik., rakan , jiran dan berbagai-bagai lagi
tanggungjawab yang boleh dipikul oleh seorang pemuda-pemudi.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka menerima
ajaran agama dan nilai-nilai murni di rumah. Ibu bapa perlu membimbing anak
mereka mengerjakan solat dan mengaji kitab-kitab suci. Golongan muda perlu
memiliki keimanan yang teguh untuk menjauhi segala godaan dan nafsu.
Pemuda dan pemudi yang berbudi bahasa, bertanggungjawab dan berjati diri
dapat melahirkan masyarakat sakinat yang diidam-idamkan. Dengan kata lain,
221 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
ibu bapa hendak membentuk anak remaja yang berakhlak mulia untuk
melahirkan masyarakat penyayang yang berjiwa kental.
Pihak sekolah berperanan penting untuk melahirkan insan yang kreatif dan
kritis. Sukatan pelajaran dan kokurikulum sekolah perlu mengalami reformasi
dan keluar dari kepompong yang tradisi dan statik. Dalam dunia ICT,
pendapatan Google, Facebook dan Microsoft telah mengatasi pendapatan
negara kita. Produk yang dijual oleh mereka ialah kreativiti dan ilmu mereka.
Hal ini telah membuktikan bahawa ilmu yang dimiliki tidak akan berguna jika
tidak dicampuri dengan imaginasi yang berani dan praktikal yang berterusan.
Ekoran daripada itu, pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar mengemukakan
idea mereka. Pertandingan reka cipta robotik, inovasi, laman web dan fesyen
serta lain-lain lagi perlu diadakan . Secara tidak langsung, pihak sekolah dan
warga didik tidak boleh lagi bergantung pada buku teks sahaja tetapi perlu
bersikap terbuka untuk melatih anak buah mereka untuk mencetuskan idea
yang kreatif dan kritis.
Kesimpulan, bak kata peribahasa, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara”, golongan muda perlu dicanai supaya menjadi modal insan yang
cemerlang. Ibu bapa dan guru memainkan peranan yang terpenting untuk
mencapai aspirasi tersebut. Adakah pada tahun 2057, negara kita telah
memiliki saintis yang memperoleh hadiah Nobel? Adakah negara kita akan
memiliki usahawan seperti Bill Gates? Adakah negara kita akan memiliki
olahragawan yang akan memiliki pingat emas dalam Sukan Olimpik? Hasrat
tersebut akan tercapai jika masyarakat kita mengalami anjakan paradigma dari
segi pembangunan kerohanian untuk melahirkan model insan yang cemerlang.
Senarai Rujukan
Drucker, P (2017). Human Prosperity in a Changing World. Peter Drucker
challenge 2017. The future economic man. PDC 2017.
Tapsscott, D. (2009). Grown up digital: how the net generation is changing your
world. New York, McGraw-Hill.
Sahara, M. S., (2019, August,1) Pemuda-pemudi berakhlak tunjang. Diperoleh
daripada saramsa-Dairi musafir: Pemuda-pemudi Berakhlak Tunjang
Negara (saramsa- rawahil.blogspot.com)
Masita S., t.t. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. Diperoleh
daripada pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara- International
College if Yayasan Melaka (ICYM)
222 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
RISDA, (2009, Disember) Konsep kepimpinan dalam islam. Diperoleh
daripada www. risda.gov.my
Kamarul, A. Y., (2004) Pembentukan nilai dan kecemerlangan bagai
melahirkan generasi muda yang mapan dalam menghadapi era pasca
modenisme. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/20653/
Al Quran Al Karim
223 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
MODEL KEPIMPINAN PELAJAR DAN PROGRAM
TERBAIK ASRAMA BAGI MEMASTIKAN
KESEJAHTERAAN PENGHUNI ASRAMA
Muhammad Syahmi Bahjat Bin Mohd Suhaimi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok, 16050 Bachok,
Kelantan.
(E-mail: [email protected])
Mohamad Mut’iel Akid Bin Ab Rashid
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok, 16050 Bachok,
Kelantan.
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Seiring dengan generasi-Z masa kini, dunia hari ini menyaksikan penurunan
akhlak dan disiplin dalam kalangan pelajar. Antara yang sangat memberi impak
negatif kepada negara dan masyarakat ialah apabila generasi muda masa kini
terlihat melakukan kegiatan-kegiatan negatif dan tidak senonoh di khalayak
ramai. Model kepimpinan pelajar merupakan antara faktor yang terpenting bagi
memastikan pelajar berdisiplin kerana dengan adanya model kepimpinan
pelajar dan program terbaik asrama serta Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di
sekolah, kejadian-kejadian negatif dalam kalangan generasi muda masa kini
dapat dielakkan serta dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan
pelajar. Kertas kerja ini akan membincangkan model kepimpinan pelajar dan
program terbaik asrama dalam memasrikan kesejahteraan penghuni asrama
serta peranannya yang sangat penting untuk mendisiplinkan dan membimbing
pelajar.
Kata kunci: model kepimpinan pelajar, program terbaik asrama, generasi
muda, peranannya untuk membanteras gejala negatif.
Pengenalan
Kita dapat lihat dunia hari ini semakin banyak kes jenayah dan perkara yang
tidak sepatutnya dilakukan oleh generasi muda semakin berleluasa dalam
kalangan mereka. Kejadian-kejadian seperti ini boleh berpunca daripada
224 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
kekurangan pendidikan moral, Kekurangan didikan agama, kurangnya kualiti
pembelajaran dan kekurangan nilai disiplin dalam diri.
Faktor-faktor tersebut seharusnya menjadi motivasi kepada pihak sekolah dan
barisan badan kepimpinan pelajar untuk terus berusaha untuk menangani
perkara tersebut daripada berlaku. Faktor-faktor tersebut tentu sekali dapat
dicegah dari bangku sekolah lagi dan barisan badan kepimpinan pelajar tentu
sekali merupakan peranan penting bagi memastikan faktor-faktor tersebut tidak
berlaku agar kegiatan-kegiatan negatif dalam kalangan generasi masa kini
dapat dikurangkan.
Sedar atau tidak, barisan badan kepimpinan ini sebenarnya merupakan bakal
pemimpin masa hadapan yang bakal menempuhi pelbagai cabaran di masa
akan datang. Bermula dari bangku sekolah lagi, mereka telah dilatih untuk
mendisiplinkan dan membimbing rakan-rakan mereka supaya menjadi orang
yang berguna dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Oleh itu, model
kepimpinan pelajar dan program terbaik asrama menjadi senjata utama dalam
membimbing dan mendisiplinkan pelajar pada peringkat sekolah ini agar masa
depan remaja-remaja masa kini lebih cerah.
Konsep Model Kepimpinan Pelajar
Dalam mendisiplinkan dan membimbing pelajar melakukan kebaikan, badan
kepimpinan tentunya memerlukan strategi. Model kepimpinan pelajar itu sendiri
merupakan strategi dan persiapan untuk barisan badan kepimpinan
mendisiplinkan dan membimbing pelajar melakulan kebaikan. Dalam kata lain,
model kepimpinan pelajar ini merupakan teknik yang digunakan oleh badan
kepimpinan tersebut untuk mendisiplinkan dan membimbing pelajar.
Sebagai contoh, kepimpinan strategik. Kepimpinan strategik membawa maksud
sebuah kepimpinan yang sangat teliti dan memikirkan segala kemungkinan jika
sesuatu keputusan itu diambil. Sebagai contoh, di sekolah kami, kami
mengamalkan model kepimpinan strategik ini bagi memastikan setiap tindakan
dan keputusan yang kami ambil tidak menimbulkan masalah dan menyebabkan
kerugian pelbagai pihak. Kami sentiasa mempertimbangkan sesuatu keputusan
dengan teliti dan menanyakan pendapat pelbagai pihak jika perlu. Kami ingin
memastikan keputusan yang diambil akan memberi manfaat kepada pelajar
dan ridak merugikan mana-mana pihak yang terlibat.
Model kepimpinan berdasarkan teladan juga sangat berkesan jika digunakan
untuk mendisiplinkan dan membimbing pelajar. Remaja kebiasaannya lebih
225 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
mudah mengikuti sesuatu yang dilihat oleh mereka berbanding mempraktikkan
apa yang didengar oleh mereka. Model kepimpinan berdasarkan teladan ini
dtelah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda menunjukkan
contoh dan akhlak yang baik dan terpuji sehinggakan orang kafir pun ingin
memeluk Islam kerana kagum dan terpesona melihat akhlak dan kelakuan nabi
yang sangat indah. Sebagai pemimpin kita mestilah menujukkan contoh yang
baik kepada rakan-rakan kita agar mereka lebih mudah untuk dibimbing.
Dengan cara ini juga, pelajar akan lebih menghormati barisan badan
kepimpinan pelajar kerana mempunyai akhlak dan tingkah laku yang baik.
Kita juga dapat mengambil iktibar daripada Kesultanan Melayu Melaka yang
mana kita semua tahu bahawa Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaan
yang terkuat suatu ketika dulu. Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan
pentadbiran yang sangat teratur dan berorganisasi. Sebagai contoh,
Kesultanan Melayu Melaka menggunakan kaedah Pembesar Empat Lipatan
untuk mentadbir kawasan pegangan mereka masing-masing. Dengan cara ini,
sistem pentadbiran akan menjadi lebih lancar dan teratur. Daripada kejayaan
pemerintah-pemerintah Kesultanan Melayu Melaka, kita dapat mengambil
pelajaran bahawa kita memerlukan sistem pentadbiran yang sistematik dan
berorganisasi untuk membimbing dan mendisiplinkan pelajar. Sebagai contoh,
di asrama terdaoat beberapa biro seperti biro sukan, biro disiplin, biro kebajikan,
biro makanan dan biro keceriaan. Setiap biro mempunyai tugas dan
tanggungjawab pada bahagian masing-masing dalam mentadbir asrama.
Selain itu, cara ini kerja dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat.
Program Terbaik Asrama
Pelaksanaan program-program di asrama juga dapat melahirkan dan memupuk
nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Antara program yang perlu diadakan
adalah perjumpaan mingguan bagi badan kepimpinan pelajar. Perjumpaan ini
bertujuan untuk memberi ruang kepada ahli-ahli badan kepimpinan itu untuk
berkongsi pendapat antara satu sama lain bagi memperbaiki kekurangan
mereka. Perjumpaan ini juga menjadi platform untuk mereka menceritakan
masalah yang dihadapi mereka ketika menjalani tugas agar masalah yang
mereka hadapi dapat diselesaikan dengan lebih mudah kerana dibincangkan
dalam suatu kelompok.
Selain disiplin dalam menjalankan tugas, kita juga mestilah disiplin dalam
menunaikan perintah Allah SWT. Nabi Muhammad SAW menganjurkan kita
untuk membaca surah al-Mulk setiap malam sebelum tidur agar kita semua
dijauhkan daripada azab kubur. Bacaan al-Mulk diadakan setiap malam di
226 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
asrama yang bertujuan mentaati perintah Allah SWT dan mengikut sunnah
nabi. Selain itu, program ini dapat memupuk rasa kasih dan sahang kepada
Allah dan nabi. Pelajar juga akan lebih menghormati bacaan al-Quran kerana
di setiap dorm akan diadakan halaqah untuk membaca surah al-Mulk secara
serentak. Di setiap dorm juga terdapat pengawas asrama yang akan
memastikan semua pelajar duduk dalam halaqah dorm masing-masing dan
menghormati alunan ayat suci al-Quran.
Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Oleh itu, sebagai pelajar
sekolah agama dan penghafal quran, tentu skali kita perlu menjaga kebersihan
diri dan kawasan sekitar kita kerana hal ini melambangkan sahsiah dan sikap
kita. Untuk memupuk nilai kebersihan dalam kalangan pelajar, badan
kepimpinan asrama mengadakan gotong-royong mingguan agar kebersihan
pelajar dan asrama terjamin selain dapat memupuk nilai kebersihan dalam diri
mereka. Seterusnya, asrama juga akan sentiasa berada dalam keadaan bersih
dan ceria.
Peranan Model Kepimpinan Dan Program Terbaik Dalam
Mendisiplinkan Pelajar
Generasi masa kini lebih sukar untuk dibentuk berbanding generasi terdahulu.
Hal ini disebabkan banyaknya pengaruh anasir-anasir luar yang diterima oleh
remaja-remaja melalui media sosial. Dengan adanya model kepimpinan pelajar
dan amalan terbaik asrama ini, pelajar akan lebih mudah dibentuk dan diarah.
Ini kerana terdapat banyak manfaat yang diperoleh jika model kepimpinan
pelajar dan amalan terbaik ini diamalkan. Antara faedah yang diperoleh pelajar
adalah dapat melatih pelajar membuat sesuatu keputusan dengan lebih
matang, memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar, melatih
pelajar bekerja dalam kumpulan, memupuk nilai kebersihan dalam diri pelajar
dan menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab. Selain memberikan banyak
faedah kepada pelbagai pihak, pelajar yang dibimbing dengan model
kepimpinan pelajar dan program terbaik ini akan menjadi lebih berdisiplin dan
mengurangkan risiko mereka terjebak dengan pelbagai gejala negatif masa kini
seperti mencuri, menagih dadah, meragut, melepak, ponteng sekolah dan lain-
lain. Model kepimpinan pelajar dan program terbaik ini boleh diaplikasikan
menggunakan model yang dipaparkan dalam rajah 1 berikut:
227 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Disiplin
Pelajar
Pengawas asrama Model Program
kepimpinan terbaik asrama
pelajar
Gambar Rajah 1. Model mendisiplinkan pelajar dengan model kepimpinan dan
program asrama terbaik
Menggunakan model ini, pengawas asrama dapat mendisiplinkan murid
dengan mengamalkan model kepimpinan pelajar dan program terbaik asrama.
Terdapat pelbagai manfaat yang pelajar dapat jika badan kepimpinan
mempraktikkan model kepimpinan pelajar dan program terbaik asrama
sehingga pelajar akan menjadi lebih berdisiplin. Tanpa model kepimpinan
pelajar dan program terbaik asrama, pengawas asrama sudah tentu akan
menghadapi kesukaran untuk membimbing dan mendisiplinkan pelajar. Pelajar
berkemungkinan akan terlibat dengan gejala-gejala negatif remaja masa kini.
Rumusan
Sebagai rumusan, ditekankan sekali lagi bahawa model kepimpinan pelajar dan
program terbaik asrama dapat mendisiplinkan pelajar. Bermula dari bangku
sekolah lagi perlu mendisiplinkan pelajar supaya di masa akan datang mereka
tidak terjebak dengan gejala negatif. Selain itu, faktor pengurusan asrama turut
mempengaruhi disiplin pelajar. Ramai pelajar bersetuju bahawa
penguatkuasaan peraturan asrama yang ketat tidak memberi peluang kepada
mereka untuk melakukan masalah disiplin. Hal ini kerana mereka bimbang jika
kesalahan yang dilakukan dilaporkan kepada keluarga mereka. Walau
bagaimanapun, penghuni asrama tidak akan berasa tertekan dengan peraturan
yang telah disediakan oleh pihak pengurusan asrama. Mereka juga mendapat
perhatian yang sama seperti orang lain di asrama dan menyebabkan mereka
tidak mempunyai alasan untuk melanggar disiplin asrama.
Sebahagian penghuni asrama bersetuju bahawa program terbaik asrama
mempunyai banyak faedah kepada mereka dan ia dapat meningkatkan tahap
dan mutu disiplin pelajar. Oleh itu, penghuni dorm masing-masing bersedia
memikul tanggungjawab apabila dilantik menjadi ketua dorm dan dapat
228 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
memberi arahan kepada ahli dorm yang lain untuk menjalankan tugas. Warden
juga akan mengambil tindakan sekiranya penghuni asrama tidak menghadirkan
diri dan melanggar peraturan asrama bagi memastikan mereka tidak terjebak
dengan perkara yang tidak berfaedah.
Senarai Rujukan
Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang:Bentong Pts
Publication &
Distributors Sdn Bhd.
Fadlina Binti Gupran. (2008). Persepsi Pelajar Terhadap Peraturan Dan Disiplin
Di Sekolah Agama. Kangkar Pulai, Johor: Universiti Teknologi
Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Alizah Binti Sha'ri. (2005). Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Di Kalangan
Remaja. Kajian Di Kalangan Pelajar Tingkatan Enam (Stam), Maahad Johor.
Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Awang Had Salleh (1991). Disiplin: Sebuah Tinjauan Konsep Dari Segi
Pendidikan. Dlm. Rohaty Mohd. Majzub Et.Al. Disiplin Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
Mohamad Dilmi Rosidi. (1999). Tanggapan Pelajar Terhadap Disiplin. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
229 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
KEMANTAPAN SAHSIAH MEMBENTUK INTEGRITI
DALAM KALANGAN BELIA
Fatimatuzzahrah binti Rosli
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Presint 11, 62300, Putrajaya
(E-mail: [email protected])
Mohamed Amar Hakimi bin Mohamed Zamri
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Presint 11, 62300, Putrajaya
(E-mail: [email protected])
Muhammad Azim bin Mohd Khairi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Presint 11, 62300, Putrajaya
(E-mail: [email protected])
Abstrak
Pemimpin didefinisikan sebagai individu yang mempunyai pengaruh terhadap
sesebuah organisasi. Pembangunan tamadun sesuatu bangsa terletak pada
kualiti generasi yang menerajui kepimpinan sesebuah negara. Usaha membina
kualiti kepemimpinan generasi muda khususnya para remaja adalah penting.
Mereka merupakan aset beharga yang bakal mengisi keperluan kepimpinan
negara bagi tujuan kelangsungan pembangunan di masa hadapan. Sebagai
seorang pemimpin, individu tersebut perlulah seorang yang mempunyai
intergriti dalam menjalankan tugas dan seorang yang bersahsiah mulia. Seiring
dengan perkembangan abad ke-21, pandangan yang disuarakan belia tidak
lagi dipandang serong seperti yang sudah menjadi kebiasaan pada suatu masa
dahulu. Kini, anak muda ataupun belia sudah mula diangkat menjadi pemimpin
dalam kalangan masyarakat dan ianya bemula dari sekolah. Pemimpin muda
yang dilahirkan dan dilatih di sekolah mempunyai potensi untuk dipilih menjadi
pemimpin masyarakat kerana sudah mempunyai ilmu dan kemahiran.
Kata kunci: sahsiah, integriti, pemimpin belia
Pengenalan
Kejayaan dan kemajuan sekolah bergantung kepada barisan kepimpinan untuk
menjalankan tugas yang diarahkan oleh guru. Konsep kepimpinan mempunyai
erti yang luas dan ia merangkumi pelbagai aspek termasuklah dari segi status
atau kedudukannya, peranannya sebagai pengurus, perancang dan juga
230 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
keperibadiannya sebagai seorang yang diberi kuasa. Pada dasarnya, kesemua
pemimpin mempunyai peranan yang hampir sama dalam merancang dan
mentadbir organisasi.
Pemimpin sekolah memainkan peranan sebagai individu yang mengetuai
matlamat sekolah. Oleh itu,setiap sekolah perlu mempunyai visi dan misi yang
perlu dicapai (Jamilah dan Yusof,2011). Budaya sekolah yang positif juga perlu
dibentuk oleh pemimpin sekolah supaya membantu dalam menjadikan sekolah
cemerlang (Yaakob dan Yahya,2012). Pemimpin sekolah juga mempunyai
inisiatif dalam pembangunan sumber manusia dengan menggalakkan guru
serta anggota kumpulan sokongan untuk meningkatkan ilmu (Jamilah dan
Yusof,2011). Di mana,pemimpin itu sendiri perlulah mempunyai sahsiah yang
baik bagi memastikan sekolah menjadi organisasi yang cemerlang bukan
sahaja dari segi akademik dan kurikulum malah sahsiah
Sahsiah
Pembangunan sahsiah adalah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah
laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Pembangunan sahsiah
juga membawa maksud iaitu membina akhlak, peribadi dan tingkah laku
dengan matlamat melahirkan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan
berdaya maju. Menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007), sahsiah juga
bermaksud akhlak. Akhlak terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji
dan akhlak tercela. Bagi seorang pemimpin,pentingnya dia untuk
mengamalkan akhlak yang terpuji dan meminimakan akhlak tercelanya. Di
sekolah, barisan kepimpinan pastinya diarahkan untuk mengawal disiplin dan
sahsiah murid dan untuk melakukan perkara tersebut, pemimpin itu sendiri
perlu bersahsiah baik demi menimbulkan rasa hormat dalam diri setiap murid
dan bagi mengelakkan timbulnya fitnah atas jawatan yang disandang.
Integriti
Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan hala tuju kejayaan
sesebuah sekolah. Pemimpin yang baik mestilah seorang yang berintegriti
dalam menjalankan tugas. Integriti adalah amalan bersikap jujur dan
menunjukkan kepatuhan yang tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral
serta etika yang kuat. Perkataan integriti berkembang daripada perkataan
integer iaitu kata sifat Latin, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Dalam
konteks ini, integriti adalah rasa "keutuhan" dalaman yang berasal daripada
kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Dengan demikian, seseorang dapat
231 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
menilai bahawa orang lain "memiliki integriti" sejauh mana mereka bertindak
sesuai dengan nilai, kepercayaan dan prinsip yang mereka dakwa. Dalam
menjalankan tugas,pastinya ada cabaran yang bakal ditempuh. Namun
sebagai seorang yang berintegriti, pastinya dia mampu untuk tempuhi walau
apa jua cabaran yang datang menduga.
Pemimpin Belia
Belia merupakan pemimpin masa hadapan negara yang memainkan peranan
penting dalam membantu meningkatkan kemakmuran ekonomi negara kerana
belia yang beretika dan berwawasan dapat membantu menyumbang kepada
perpaduan dan integrasi negara. Pemimpin belia kebiasaannya bermula dari
sekolah. Pihak sekolah akan memilih murid yang dilihat berpotensi untuk
memimpin murid yang lain. Kemahiran bertutur dan menyelesaikan masalah
yang dimiliki akan digilap untuk menghasilkan pemimpin yang berwibawa.
Selepas tamat sekolah, mereka mungkin juga dipilih untuk menjadi pemimpin
dalam kalangan pelajar universiti. Dan selepas itu, kemungkinan juga mereka
akan dipilih untuk menjadi pemimpin belia dalam kalangan masyarakat.
Amalan Kepimpinan
Kepimpinan yang baik bermula dengan amalan yang baik. Pada setiap hari
minggu tidak pulang bermalam, semua pelajar dikehendaki untuk bergotong-
royong membersihkan asrama dan kawasan sekitarnya. Tugasan membersih
akan dibahagikan mengikut dorm. Dengan ini, kebersihan asrama akan
terjamin. Kebersihan itu adalah satu perkara yang disukai Allah. Kenyataan ini
disandarkan pada sabda nabi SAW "Sesungguhnya Allah SWT itu baik,Dia
menyukai kebaikan.Allah itu bersih,dia menyukai kebersihan.Allah itu mulia,dia
menyukai kemuliaan.Allah itu dermawan,Dia menyukai kedermawanan maka
bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum
Yahudi”. Selain itu, di asrama kebiasaannya akan diadakan jamuan asrama
pada hujung tahun untuk meraikan barisan kepimpinan lama, warden dan
semua warga asrama. Ketika jamuan tersebut berlangsung, terdapat
persembahan yang akan dipertontonkan dan diadakan juga pemberian hadiah
bagi pelajar bersahsiah unggul dan pelajar yang sering melakukan puasa
sunat. Jamuan ini akan merapatkan lagi hubungan persaudaraan sesama
warga asrama. Firman Allah dalam surah Al Hujurat ayat 10 “Sesungghnya
mukmin itu bersaudara”. Pada setiap petang,semua pelajar diwajibkan untuk
beriadah. Tiada yang dibenarkan berada di dorm pada waktu tersebut. Riadah
dilakukan bertujuan untuk menjaga kesihatan. Kesihatan badan yang baik akan
membuatkan otak menjadi lebih cerdas seperti yang dinyatakan dalam pepatah
232 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
arab “akal yang sihat itu ada pada badan yang sihat”. Setiap malam pula,
semua pelajar diwajibkan untuk membaca surah Al- Mulk di dorm masing-
masing diketuai naqib atau naqibah usrah. Bacaan Al-Mulk dilakukan sebagai
salah satu usaha untuk menyelamatkan diri daripada seksaan kubur. Sabda
nabi SAW Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku
menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-
Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah
penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.
Semua amalan baik ini akan membentuk peribadi pemimpin belia yang
berintegriti dan bersahsiah mulia berlandaskan syariat Islam.
Senarai Rujukan
Al Quran Al Karim
Rorlind Yusof.(2014).Ciri-ciri Kepimpinan Pelajar Pintar dan Berbakat:Implikasi
Ke Atas Kepimpinan.Diperolehi daripada
http://www.ukm.my/ijit/IJIT%20Vol%206%202014/IJIT%20Vol%206%20Dec%
202014_6_57-70.pdf
Wikipedia Bebas.(2019).Integriti.Diperolehi daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Integri
Zulkifli Mohamad Al-Bakri.(2018).Baca Surah Al Mulk Untuk Si Mati.Diperolehi
daripada https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2932-al-kafi-
990-baca-surah-al-mulk-untuk-si-mati
Zulkifli Mohamad Al-Bakri.(2018).Konsep Kebersihan:Praktikal Dalam
Kesempurnaan Haji.Diperolehi daripada
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2745-bayan-linnas-siri-ke-152-
konsep-nazafah-praktikal-dalam-kesempurnaan-haji
233 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
JIKA BAIK DI ASRAMA,
MAKA BAIKLAH DI SEKOLAH
Muhammad Harith Haikal bin Rosdi
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, 28600 Karak
(E-mail: [email protected])
Uwais Munzir bin Mahathir
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, 28600 Karak
(Email: [email protected] )
Nurul Ayuni binti Roslaili
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong,28600 Karak
(Email: [email protected] )
Abstrak
Sektor asrama dalam pembentukan kemenjadian murid yang bermoral
akhlaknya dilihat sebagai satu elemen penting di setiap sekolah. Sektor asrama
memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah diri dan mencari
identiti diri yang sesuai untuk diaplikasikan apabila di luar sekolah. Asrama
merupakan platform kepada para pelajar untuk menjadi lebih baik dalam
pelbagai aspek sebagai persediaan apabila bekerja di luar
sana. Misalnya, rutin harian pelajar di asrama sudah mendidik pelajar untuk
mematuhi jadual masa yang telah ditetapkan untuk menjadi lebih berdisplin dan
peka dalam segala aktiviti yang dilakukan dan berfikiran secara kritis untuk
melakukan segala tugasan yang hendak dilakukan termasuk kehendak diri
dalam masa yang ditetapkan. Nampak remeh bukan? Tetapi inilah hakikat
kehidupan seorang pelajar berasarama tambahan menghafal Kalamullah
bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh seorang pelajar. Oleh yang
demikian, kondisi asrama perlu dititikberatkan kerana asrama ialah ibarat
rumah kedua bagi setiap pelajar. Keselesaan pelajar harus diutamakan
sekiranya pelajar mahu berjaya dengan seimbang dari aspek kokurikulum dan
kokorikulum di sekolah mahupun aspek identiti diri dan pembentukan sahsiah
diri di asrama. Seperti yang dikatakan terdahulu, asrama ibarat rumah kedua
bagi para pelajar. Jadi konsep “Rumah Ku Syurgaku” amatlah sesuai untuk
diaplikasikan di asrama.
Kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru telah memberi penekanan kepada kep
erluan tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi. Dasar ini telah
dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975-1980) dan memberi
234 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
penekanan kepada perkembangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). SBP
diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal
dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah
melahirkan modal insan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat
Malaysia. SBP menjana bakat yang sepadan dengan cabaran global.
• Mewujudkan program kepemimpinan murid SBP yang mapan.
• Menyediakan bantuan pendidikan kepada murid dari kalangan keluarg
a berpendapatan rendah.
• Menaiktaraf infrastruktur SBP sedia ada bagi mempertingkatkan suas
ana kondusif sekolah.
• Menawarkan mata pelajaran elektif dalam bidang Sains, Teknologi, K
ejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi memenuhi keperluan murid.
• Menawarkan mata pelajaran Bahasa Antarabangsa bagi mempertingk
atkan kemahiran berbahasa.
• Memperluas program jaringan dan jalinan di peringkat kebangsaan da
n antarabangsa
Kata kunci: Baik di asrama, baik di sekolah, asramaku syurgaku.
Pengenalan
Kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru telah memberi penekanan kepada
keperluan tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi. Dasar ini telah
dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975 – 1980) dan memberi
penekanan kepada perkembangan Sekolah Berasrama Penuh(SBP). SBP
diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal
dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah
melahirkan modal insan berkualiti. SBP memainkan peranan penting bagi
mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan
pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia. SBP
menjana bakat yang sepadan dengan cabaran global. (Wikepedia)
Pada zaman globalisasi, banyak masalah yang timbul berkaitan asrama. “Pada
ertinya bercakap tentang Revolusi Industri 4.0 sedangkan bumbung sekolah-
sekolah ini bocor, lantai retak dan berlubang, dinding punah dan merekah, yang
mana ia sangat tidak selamat untuk murid dan guru. Saya yakin dengan
menyelesaikan isu ini secara tuntas, barulah adil untuk kita bercakap tentang
futureproofing anak-anak, ketika sekolah daif ini setara dengan sekolah di
Kuala Lumpur.” (YB Dr Maszlee Bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia,2019).
Masalah seperti ini perlulah dipandang serius oleh semua pihak bagi
memastikan sistem pembelajaran pelajar tidak terjejas. Kertas kerja ini akan
235 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
membincangkan hubungkait antara asrama dan sekolah, amalan kepimpinan
yang terbaik serta cadangan penambahbaikan.
Hubungkait antara Asrama dan Sekolah
Asrama dan sekolah sudah tidak asing lagi bagi pelajar. Apa itu asrama
sebenarnya? Asrama itu merupakan bangunan tempat tinggal kumpulan
tertentu seperti murid sekolah, mahasiswa, jururawat dan sebagainya. Asrama
juga boleh dikategorikan sebagai rumah tempat tinggal sementara. Bagaimana
pula dengan sekolah? Perkataan sekolah sangat tidak asing lagi dalam
kalangan masyarakat umum. Sekolah didefinisikan sebagai sebuah bangunan
atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, yang
merujuk sesiapa yang belajar di situ. Struktur sekolah moden mungkin
dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik
darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga
pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.
i. Masa
Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi
pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan
akhirnya ke universiti. Tetapi kertas kerja ini akan membentangkan hubung kait
sekolah dan asrama di peringkat sekolah menengah. Asrama dan sekolah
amatlah berkait rapat dalam kehidupan seorang pelajar berasrama
terutamanya asrama penuh. Antara hubung kait antara asrama dan sekolah
antaranya ialah berkaitan masa. Masa merupakan aspek yang sangat penting
bagi pelajar. Hal ini kerana pelajar perlu bijak memanfaatkan masa dalam
menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar berasrama. Pepatah ada
mengatakan “ Gunakan setiap minit yang ada dan setiap jam akan menjadi
sangat berharga." ( Lord Chesterfield). Kata-kata dari tokoh Lord Chesterfield
sudah jelas menunjukkan bahawa pelajar perlu memanfaatkan setiap saat
masa yang ada. Hal ini kerana ia akan menjadikan satu kerugian yang besar
kepada pelajar untuk berjaya jika mereka tidak menggunakan setiap saat masa
yang ada. Contohnya, di asrama, pelajar perlu bijak mengurus masa dalam
semua aktiviti. Antaranya, pelajar haruslah membuat jadual harian di asrama
seperti masa mengemas bilik tidur, masa untuk menjemur baju, masa untuk
makan, masa untuk mengulang kaji di asrama, dan masa untuk bangun pada
awal pagi. Jika pelajar dapat menguruskan masa dalam menjalani aktiviti-
aktiviti tersebut dengan efisien, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada
pelajar dalam menguruskan masa di sekolah pula. Sebagai contoh, pelajar
yang betul-betul menghargai masa sentiasa tepati masa untuk bergerak
sesuatu tempat seperti makmal sains,perpustakaan, pulang mengikut masa
yang ditetapkan serta menggunakan masa dengan sebaiknya dengan
mengulangkaji pelajaran yang mereka kurang fahami sewaktu guru tidak masuk
236 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
ke kelas. Hal ini amat jelas jika pelajar itu dapat menjaga masa dengan baik di
asrama, sudah pasti pelajar tersebut dapat menjaga masanya di sekolah.
“Orang rata-rata tidak mempedulikan waktu yang ada, sementara orang yang
bijak menggunakan waktu dengan baik."(Shoppenhauer). Jadikanlah kata-kata
tokoh ini sebagai motivasi untuk pelajar agar dapat memanfaatkan masa
dengan sebaiknya sama ada di asrama mahupun di sekolah.
ii. Kebersihan
Pada alam kemodenan ini, masalah kerbersihan sering menjadi isu dimana-
mana sahaja kita berada. Sedangkan , aspek kebersihan ini merupakan
“common sense” ataupun menjadi kesedaran diri dalam masyarakat.
Hubungkait seterusnya antara asrama dan sekolah adalah berkaitan
kebersihan.
"Kebersihan menjadi awal dari penilaian baik buruknya seseorang. Kepribadian
yang baik akan menjaga kebersihan dirinya, lingkungannya dan sekitarnya."
(Marie Kondo)
Kata-kata tokoh di atas menerangkan bahawa kebersihan adalah satu aspek
penting dalam melihat keperibadia seseorang. Dalam konteks ini, aspek
kebersihan memaparkan atau menghuraikan pandangan awal seseorang
pelajar
Jika pelajar itu seorang yang menjaga kebersihan, mungkin pelajar itu
merupakan pelajar yang cemerlang. Jadi, pelajar-pelajar mestilah
menitikberatkan aspek kebersihan sama ada di asrama, mahupun di sekolah.
Misalnya, di asrama, pelajar-pelajar boleh menjaga kebersihan di kawasan
seperti kamar tidur, bilik rehat, tandas dan lain-lain lagi. Hal ini akan
menyebabkan suasana di asrama sungguh selesa . Pelajar-pelajar perlulah
menjaga asrama seperti menjaga rumah atau tempat tinggal mereka. Dengan
persekitaran yang bersih di asrama, pelajar-pelajar dapat berasa tenang,
selamat dan gembira untuk menetap di asrama. Jadi, mereka tidak sesekali
berasa stres ketika berada di asrama. Apabila pelajar dapat menjaga
kebersihan di asrama, perkara ini sudah semestinya akan memberi kesan
kepada kebersihan pelajar di sekolah . Buktinya, pelajar-pelajar akan sentiasa
peka terhadap kebersihan di kawan sekolah pada umumnya seperti padang,
kelas, kantin dan banyak lagi. Aspek seperti ini secara dapat memberikan
kesan yang positif kepada pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam menuntut ilmu,
pelajar-pelajar perlulah memastikan kawasan persekitaran mereka bersih. Hal
ini dapat membantu pelajar mempelajari sesuatu ilmu dengan mudah. Ilmu pun
akan mudah dihadam oleh pelajar tanpa ada gangguan daripada aspek
kebersihan.
237 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Lingkungan bersih, masyarakat akan sehat, dan bisa melakukan aktivitas
sehari-hari tanpa adanya ancaman penyakit yang berarti." (Kata-kata Mutiara)
Jadikanlah kata-kata hikmah di atas sebagai pedoman kepada pelajar untuk
sentiasa menjaga kerbersihan ketika berada di mana-mana sahaja sama ada
di asrama mahupun di sekolah. Apabila kawan persekitaran itu bersih,
masyarakat dapat melakukan apa-apa sahaja tanpa merisaukan ancaman
penyakit. Tuntasnya, titikberatkan lah aspek kebersihan di dalam kehidupan.
iii. Adab dan akhlak
Hubungkait antara asrama dan sekolah yang terakhir ialah berkaitan adab dan
akhlak. Sudah pasti, adab di asrama sudah tidak asing lagi bagi pelajar yang
tinggal di asrama. Setiap tempat yang kita duduki pasti mempunyai adab atau
peraturannya. Di asrama, sudah pasti hubungan antara “senior” dan “junior”
sangat tidak asing lagi. Gelaran “senior” “junior” sentiasa menghantui para
penghuni asrama. Dalam konteks ini, pelajar-pelajar perlulah menunjukkan
contoh dan akhlak yang baik ketika berada di asrama. Adab dan akhlak sudah
menjadi keutamaan dalam kehidupan manusia. Di asrama, kebiasaanya untuk
mendidik akhlak pelajar, menjadi tanggugjawab besar “senior” untuk menjadi
contoh yang baik dan menjaga akhlah pelajar lain. Hal ini kerana “senior” ni
ibarat abang dan kakak yang mendidik kita. Merekalah insan yang paling tinggi
umurnya di asrama. Jadi, sudah menjadi kewajiban bagi pelajar lain untuk
menghormati abang dan kakak “senior” mereka.
Kata hukama: Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana
ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat
kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka)
Kata-kata hukama ini sudah tidak asing dalam pemikiran masyarakat kini.
Lihatlah betapa pentingnya peranan setiap pelajar sama ada”junior” mahupun
“senior” dalam menjaga akhlak mereka. Sebagai contoh, jika seseorang pelajar
itu melakukan kesalahan seperti tidak menjaga adab dengan insan yang lebih
tua seperti warden, pelajar lain kemungkinan besar akan turut serta tidak
menjaga adab mereka dengan sesiapa pun. Contohnya, jika pelajar- pelajar
dapat menjaga tingkah laku mereka di asrama seperti menghormati warden dan
“senior”, sudah tentu mereka juga dapat menjaga perlakuan mereka di sekolah.
Hal ini sudah jelas hubung kait antara asrama dan sekolah berkaitan adab.
Pelajar yang sentiasa menjaga tingkah lakunya di asrama akan sentiasa
menghormati guru, kerani dan sebagainya. Alangkah banyaknya kelebihan
238 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
pelajar yang yang berakhlak mulia. Pelajar yang berakhlak mulia akan sentiasa
diredhai oleh guru dan mereka akan sentiasa mendapat keputusan yang
cemerlang di setiap peperiksaan. Perlu ditegaskan bahawa keadaan sesuatu
persekitaran itu amatlah mempengaruhi peribadi seseorang. Jika persekitaran
itu penuh dengan akhlak yang rosak, maka rosaklah akhlak individu itu. Jadi,
seseorang pelajar itu harus sentiasalah mengambil perkara yang positif sahaja
untuk mereka membentuk diri mereka menjadi seorang pelajar yang berakhlak
yang mulia di samping mempunyai ilmu yang tinggi.
Adab itu perlu lebih tinggi drpd ilmu. Jika seseorg itu memiliki ilmu yang banyak,
tetapi tidak memiliki adab dan akhlak yang baik, boleh jadi setiap apa yang
dipelajari itu adalah sia-sia. Sepatutnya semakin tinggi ilmu seseorang,
semakin tinggilah adab dan budi pekertinya. (thelttlestrong)
Peganglah kata-kata tokoh ini dalam mempelajari ilmu. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa adab itu merupakan satu keutamaan yang jauh lebih tinggi
dari ilmu. Jadi, jagalah adab dan akhlak agar ilmu yang dipelajariboleh
seseorang pelajar itu tidak sia-sia begitu sahaja.
Firman Allah SWT di dalam Surah al-Ma’idah ayat 2: “Dan tolong-menolonglah
kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong
dalam perbuatan dosa
dan permusuhan”
Amalan Terbaik Kepimpinan Sekolah Menengah Agama
Persekutuan Bentong
Dalam usaha memperkasakan kemenjadian pelajar di asrama agar dapat
memberi impak di sekolah. Dari segi penjagaan masa, pada subuh, Majlis
Kepimpinan Pelajar (MKP) akan mengunci pintu pagar asrama 15 minit awal
sebelum pukul 6 pagi. Jadi, pelajar- pelajar akan bergegas mengosongkan
asrama secepat mungkin pada waktu pagi. Bagi pelajar yang lewat iaitu pelajar
yang tidak terkunci di asrama, pihak MKP akan memberikan nama kepada
warden dan pihak disiplin untuk tindakan selajutnya. Jadi, hal ini dapat
memantapkan dan menyedarkan pelajar betapa pentingnya penjagaan masa.
Dari segi aspek menjaga menitikberatkan kebersihan dalam kalangan pelajar,
pihak MKP akan sentiasa membuat perjumpaan (rollcall) bersama pelajar dan
ditemani oleh warden bagi mengingatkan kepada pelajar untuk menjaga
239 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
kebersihan di asrama. Pihak MKP juga sentiasa melakukan “inspection” atau
pemeriksaan kebersihan dorm dan bilik-bilik setiap hari pada waktu pagi bagi
memastikan pelajar sentiasa menjaga kebersihan di kawasan asrama. Mana-
mana kamar dan bilik khas yang gagal mencapai markah kebersihan yang
memuaskan, pelajar yang menetap di dorm tersebut dan pelajar yang
bertanggungjawab menjaga bilik khas tersebut tidak dibenarkan riadah pada
hari tersebut.. Hal ini memberikan kesan yang amat mendalam kepada pelajar.
Jadi, pelajar-pelajar akan sentiasa memastikan dormnya sentiasa bersih agar
tidak mendapat denda.
Dari aspek penjagaan adab dan akhlak pelajar, pihak warden dan MKP akan
sentiasa membuat perjumpaan (rollcall) bersama pelajar lain untuk memberi
peringatan dan nasihat atau teguran kepada pelajar. Mana-mana pelajar yang
jelas melakukan kesalahan, pelajar tersebut akan diambil tindakan oleh pihak
disiplin sekolah. Pihak sekolah juga sentiasa mengadakan ceramah atau
perisian berkaitan adab dan akhlak. Aktivti-aktiviti seperti ini sudah pasti akan
menyebabkan akhlak pelajar ditingkatkan dan dikukuhkan sepanjang berada di
sekolah, mahupun di asrama.
Rumusan dan Cadangan
Bulan semakin cerah, bayang kian jelas bahawa aspek-aspek seperti masa,
kebersihan dan akhlak teramatlah penting dalam diri pelajar kerana ia
merupakan identiti sebenar dalam mencapai kecemerlangan. Sudah tentu ada
dalam kalangan ibu bapa atau penjaga bagi murid di sekolah berasrama yang
bimbang akan keselamatan anak-anak
mereka apabila tinggal di asrama. Terdapat banyak cara dan cadangan untuk
mempertingkatkan lagi aspek masa, kebersihan dan akhlak di asrama.
Antara cadangan yang dikemukakan ialah dalam aspek kebersihan, pihak
sekolah boleh memberikan penghargaan kepada dorm yang mendapat markah
kebersihan yang memuaskan . Antara hadiah yang boleh diberikan kepada ahli
dorm ialah seperti membawa ahli dorm ke lawatan tempat yang menarik seperti
zoo, menghadiahkan barang yang dapat mencantikkan lagi dorm. Pihak
sekolah tidak seharusnya memberikan wang ringgit sahaja. Jika pihak sekolah
memberikan penghargaan seperti membawa ahli dorm ke tempat menarik, ahli
dorm yang lain akan sangat bersemangat untuk menjaga kebersihan di dorm
mereka. Mereka akan bertungkus-lumus menjaga kebersihan dorm mereka
agar mendapat markah kebersihan yang terbaik.
240 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Cadangan seterusnya, dari segi masa pula, untuk memastikan pelajar sentiasa
menepati masa, pihak sekolah boleh mewujudkan sistem “auto-lightoff” untuk
asrama. Hal ini akan menjadikan asrama akan ditutup lampu pada masa yang
ditetapkan untuk pelajar tidur atau “light-off”. Cara ini dapat memberi banyak
kebaikan. Dengan cara ini, pelajar-pelajar dapat menghargai masa . Buktinya,
mereka akan melengkapkan segala aktiviti mereka sebelum lampu dorm satu
asrama dipadamkan. Mereka akan betul-betul memanfaatkan masa. Selain itu,
mereka juga dapat bangun awal dengan cara ini kerana pelajar tidak boleh
melakukan apa-apa aktiviti selapas lampu dorm satu asrama dipadamkan. Jadi,
mereka aku terus tidur dan bangun awal.
Cadangan terakhir, dari segi memantapkan akhlak pelajar pula, pihak sekolah
boleh memberikan hadiah seperti membawa pelajar ke kawasan menarik di luar
sekolah kepada pelajar yang mempunyai sifar masalah disiplin. Hal ini akan
menyebabkan pelajar lain juga berebut dan berusaha untuk mensifarkan
masalah disiplin mereka dan mereka akan sentiasa berakhlak mulia. Cara ini
dapat meningkatkan lagi peribada budi pekerti pelajar.
Sebagai penutup, asrama merupakan satu podium atau tempat yang amat
penting untuk membentuk pelajar. Jika di asrama sudah mempunyai masalah
yang tidak dapat dibendung, maka hancurlah pelajar di sekolah. Jika situasi ini
berterusan, murid akan menghadapi kesukaran untuk mencapai tahap
penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti. Ini akan
memberi kesan kepada minat dan motivasi murid untuk terus mengikuti
pengajaran dan pembelajaran. Hubungan murid dengan sekolah juga akan
terkesan kerana mereka telah terasing dari suasana persekolahan untuk satu
tempoh yang panjang. Kami yakin murid, ibu bapa dan guru menyedari betapa
perlunya sekolah dibuka semula bagi membolehkan pengajaran dan
pembelajaran secara bersemuka dapat dilaksanakan dalam keadaan selamat.
Sejajar dengan tajuk “baik di asrama, maka baiklah di sekolah”, aspek asrama
perlu dititikberatkan dalam membentuk pelajar. Jika keadaan di asrama baik,
maka tidak ada masalah pelajar di sekolah. Asrama merupakan tunjang dalam
membentuk pelajar. Dengan ini, semua pihak perlu memandang serius dalam
menjadikan asrama sebagai tempat untuk mendidik dan membentuk pelajar
menjadi pelajar yang berwibawa, cemerlang, gemilang dan terbilang.
Senarai rujukan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Berasrama_Penuh#Falsafah_SBP
https://www.moe.gov.my/korporat/bahagian-dan-unit/bahagian-pengurusan-
sekolah-berasrama-penuh-dan-sekolah-kecemerlangan
241 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/05_Mei/Teks_Ucapan_YBM
_Perhimpunan_KPM_Setahun_PH.pdf
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah
https://m.bola.com/ragam/read/4278108/35-kata-kata-motivasi-tentang-waktu-
maksimalkan-kesempatan-sebaik-mungkin
242 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
KEPIMPINAN ASRAMA MELAMBANGKAN JATI DIRI
INDIVIDU
Amir Hamzah Bin Kas Alwi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab,
93050, Kuching, Sarawak.
(Email: [email protected])
Ammar Bin Johari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab,
93050, Kuching, Sarawak.
(Email: [email protected])
Nur Hijanah Binti Nordin
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab,
93050, Kuching, Sarawak.
(Email: [email protected])
Abstrak
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu
yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik
dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi
yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan
pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang
cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau
aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya
meningkatkan tekad dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi
tersebut. Maka, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi
bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Antara ciri yang
perlu dimiliki oleh setiap pemimpin yang baik adalah menurut petunjuk yang
terkandung dalam Al-Qur’an dan contoh kepimpinan yang diamalkan oleh
Baginda Rasulullah SAW, kerana Baginda adalah contoh teladan yang unggul
dalam segala bidang kehidupan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiyaa’
ayat 107 yang tafsirnya:
“Dan tidaklah Kami (Allah) mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk
menjadi rahmat bagi seluruh alam semesta.”
243 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Kertas kerja ini akan membincangkan konsep kepimpinan asrama di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Kuching,
Sarawak mengenai konsep kepimpinan di asrama, pembahagian exco-exco,
tugasan setiap badan pimpinan pelajar, mengaplikasi konsep kepimpinan
dalam Islam serta program dan amalan yang telah dilaksanakan oleh exco
asrama.
Kata kunci: pemimpin, organisasi, asrama, jati diri
Pengenalan
Badan Pimpinan Pelajar Pengawas Asrama (BPPPA) SMKA Sheikh Haji
Othman Abdul Wahab telah dibentuk sejak sekolah ini ditubuhkan. BPPPA
sebelum ini lebih dikenali sebagai Badan Pengawas Asrama. Bagi sesi
2019/2020 Badan Pimpinan Pelajar (BPP) telah dibentuk bagi memantapkan
lagi organisasi kepimpinan pelajar SMKA SHOAW. BPP terbahagi kepada tiga
unit amsal Pengawas Sekolah, Pengawas Badan Dakwah dan Rohani
(BADAR) dan Pengawas Asrama. Oleh hal yang demikian, maka terbentuknya
BPPPA SMKA SHOAW.
BPPPA ditugaskan untuk menjaga ataupun mengawal pelajar di asrama SMKA
SHOAW dari segi disiplin diri, mengikut peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan mahupun menjaga penampilan diri di asrama. Bukan itu sahaja,
BPPPA ini juga ditugaskan untuk menyelia sesuatu program berkenaan dengan
asrama supaya berjalan dengan lancar.
Pembahagian exco-exco Badan Pimpinan Pelajar Pengawas
Asrama
Bagi membentuk sebuah organisasi yang mantap, kita mestilah membahagikan
exco-exco daripada BPP supaya dapat memudahkan urusan setiap ahli. Exco
ini bertujuan untuk memastikan setiap kerja lebih teliti dan teratur apabila
dilaksanakan. Secara objektifnya, setiap tugas yang dilaksanakan berkaitan
asrama dapat mencapai sasaran dan matlamat yang telah ditetapkan.
Oleh itu, pihak sekolah telah membahagikan Badan Pimpinan Pelajar
Pengawas Asrama ini kepada empat buah exco signifikan iaitu Exco Hal Ehwal
Bilik, Exco Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan, Exco Kejohanan Sukan
Asrama dan Exco Kebajikan dan Tugas-tugas Khas.
244 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH
Exco Asrama
Exco Hal Ehwal Bilik Exco Kebersihan, Keceriaan
dan Keselamatan
Exco Kejohanan Sukan Exco Kebajikan dan Tugas-
Asrama Tugas Khas
Gambar Rajah 1 Exco- exco BPPPA
Tugasan Setiap Exco dalam Badan Pimpinan Pelajar Pengawas
Asrama SMKA SHOAW
Setiap exco di dalam BPPPA mempunyai tugasan yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah. Tujuan pembahagian tugasan ini adalah supaya setiap exco
sentiasa dipantau dengan spesifik agar mencapai pencapaian yang luar biasa.
Contohnya, apabila pihak asrama mengadakan Kejohanan Sukan Asrama,
exco yang terlibat perlulah mengawal atur setiap gerakan semasa aktiviti
tersebut berlangsung. Hal ini kerana dengan adanya exco ini, maka aktiviti
tersebut dapat berjalan dengan lancar.
Antara tugasan Exco Hal Ehwal Bilik ialah mengetuai tugas yang diamanahkan
kepada Ketua Bilik dan Ketua Aras serta mengurus RollCall pelajar sama ada
pada waktu pagi ataupun malam.
Selain itu, tugasan Exco Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan pula ialah
mengendali gotong-royong, memastikan kebersihan bilik-bilik khas, mengurus
keceriaan asrama, memastikan asrama dikosongkan mengikut masa yang
ditetapkan dan mengawasi pelajar di dewan makan.
Seterusnya, tugasan bagi Exco Kejohanan Sukan Asrama ialah mengurus
program riadah petang pelajar dan mengurus kejohanan sukan asrama.
Akhir sekali, tugasan bagi Exco Kebajikan dan Tugas-Tugas Khas ialah
membantu guru hal ehwal kebajikan pelajar dan mengurus tugas-tugas khas.
Mengaplikasi Konsep Kepimpinan dalam Islam
Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah
245 | ISU-ISU KEPIMPINAN & ORGANISASI PELAJAR SEKOLAH