44 28. Guru saya selalu menasihati muridnya semasa beliau mengajar 4.17 0.93 29. Guru saya sentiasa bersedia semasa mengajar 3.98 1.06 30. Sesetengah guru yang mengajar saya sering lewat masuk ke dalam kelas 3.17 1.23 31. Pembelajaran dan pengajaran guru kurang berkesan dan menarik seperti yang saya harapkan 3.50 1.19 PURATA 3.44 1.16 Seterusnya, pengkaji mendapati secara keseluruhannya min yang diperoleh bagi faktor guru ialah 3.44 dan sisihan piawai ialah 1.16. Ini menunjukkan tahap pengaruh guru adalah sederhana. Hasil daripada kajian didapati item soalan “Semua guru yang mengajar saya memberikan kerja sekolah yang banyak” mencatatkan min tertinggi iaitu 4.04 dan sisihan piawai 1.17. Ini adalah selari dengan dapatan kajian Noremy et al., (2019) yang menyatakan bahawa gaya pengajaran guru di dalam kelas merupakan komponen penting yang memastikan wujudnya minat untuk belajar dalam kalangan murid. Permasalahan akhlak seperti masalah ponteng sekolah yang wujud dalam kalangan murid dikaitkan dengan keberkesanan pengajaran guru di sekolah. Hal ini demikian kerana apabila guru menggunakan kaedah pengajaran yang kreatif, ini boleh menimbulkan perasaan seronok dalam diri murid untuk datang ke sekolah. Jika sebaliknya ia menyebabkan murid hilang semangat untuk belajar serta mengambil keputusan untuk tidak mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Jadual 4:Taburan responden mengikut peratus, min dan sisihan piawai bagi faktor ponteng sekolah dari aspek rakan sebaya. ITEM MIN SISIHAN PIAWAI 32 Kawan-kawan selalu mentertawakan (gelak) saya apabila saya tidak dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru 3.13 1.39 33. Saya tidak suka ke sekolah kerana dapat bersama kawan di luar sekolah 3.88 1.29 34. Saya selalu diajak oleh rakan saya pergi taman permainan sewaktu persekolahan 4.04 1.17 35. Jika saya tidak ponteng bersama rakan, mereka tidak mahu berkawan dengan saya 3.79 1.46 36. Rakan sebaya menjadi tempat bagi saya mencurahkan masalah dan pengganti bagi ibu bapa 2.58 1.46 37. Saya rasa bangga mempunyai kawan yang berkebolehan dalam memimpin dan berpengaruh terhadap rakan lain 3.21 1.29 38. Saya lebih suka mengikut pemakaian kawan saya yang berjenama supaya saya diterima oleh kumpulan mereka 3.79 1.25 PURATA 3.49 1.15 Hasil dapatan kajian mendapati bahawa faktor rakan sebaya memperoleh nilai min 3.49 dan sisihan piawai 1.15. Hasil kajian didapati daripada penyataan “Saya selalu diajak oleh rakan saya pergi taman permainan sewaktu persekolahan. Mencatatkan min tertinggi iaitu 4.04 dan sisihan piawai 1.17. Keputusan ini selari dengan hasil dapatan daripada kajian Muhammad Azmi et al., (2018) iaitu faktor yang paling mempengaruhi masalah ponteng pelajar-pelajar sekolah menengah di kawasan FELDA Kuala Lipis adalah faktor rakan sebaya. Jadual 4: Taburan responden mengikut peratus, min dan sisihan piawai bagi faktor ponteng sekolah dari aspek ibu bapa.
45 ITEM MIN SISIHAN PIAWAI 39. Ibu bapa saya jarang di rumah kerana sibuk bekerja 3.40 1.43 40. Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab terhadap keluarga kepada orang gaji 3.75 1.38 41. Ibu bapa selalu menggalakkan saya belajar 2.29 1.24 42. Ibu bapa menyediakan segala keperluan dan kemudahan supaya hidup saya lebih mewah 2.81 1.32 43. Ibu bapa tidak ambil tahu saya jika saya tidak pergi ke sekolah 4.17 1.12 44. Ibu bapa selalu bergaduh (bertengkar) di rumah 1.77 1.15 45. Ibu bapa saya lebih sayang pada adik/abang daripada saya 2.50 1.53 PURATA 2.96 1.31 Faktor ibu bapa mencatatkan nilai min 2.96 dan sisihan piawai 1.31. Kebanyakan murid bersetuju bahawa ibu bapa mereka tidak mengambil tahu tentang pelajaran mereka. Hal ini disokong oleh kajian Lukman et al., (2019) yang mana mendapati bahawa antara faktor lain yang menjadi penyebab berlakunya masalah ponteng sekolah adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka. Oleh itu, perhatian daripada ibu bapa merupakan perkara yang sangat penting dalam menjamin kesejahteraan murid, kerana kekurangan perhatian daripada ibu bapa boleh menyebabkan masalah ponteng sekolah berlaku. Jadual 6: Taburan responden mengikut peratus, min dan sisihan piawai bagi faktor ponteng sekolah dari media elektronik. ITEM MIN SISIHAN PIAWAI 46. Bermain permainan video (video Games) memang merugikan masa 3.06 1.28 47. Saya lebih suka lepak dan bermain permainan video (video Games) daripada belajar di sekolah 3.50 1.24 48. Bermain permainan video (video Games) sangat menyeronokan 2.87 1.36 49. Permainan berkomputer di pusat hiburan boleh mengelakkan saya mendengar leteran guru yang membosankan 3.87 1.23 50. Jika saya ponteng, pusat hiburan/taman permainan adalah tempat bagi saya bertemu dengan kawan 3.58 1.53 51. Permainan video (video game) memang boleh menghilangkan rasa tekanan saya di rumah dan sekolah 2.81 1.44 52. Menonton televisyen memang boleh menghilangkan rasa bosan di rumah 2.69 1.31 PURATA 2.64 1.34 Faktor media elektronik secara keseluruhannya min yang diperoleh ialah 2.64 dan sisihan piawai ialah 1.34. Ini menunjukkan tahap pengaruh media elektronik adalah sederhana. Hasil daripada kajian didapati penyataan “Permainan berkomputer di pusat hiburan boleh mengelakkan saya mendengar leteran guru yang membosankan” mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 3.58 dan sisihan piawai 1.58. Ini selari dengan kajian oleh A’dawiyah Ismail et al., (2020) yang menyatakan bahawa pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan kehidupan bebas remaja banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda. Edobor dan Kate (2017) yang mendapati bahawa media elektronik faktor yang signifikan dalam menyumbang kepada masalah ponteng sekolah. Hal ini kerana, pengkaji mendapati bahawa semua media elektronik ini mempengaruhi motivasi pelajar untuk hadir sekolah.
46 Jadual 7: Min bagi setiap faktor ponteng FAKTOR PONTENG MIN Sikap murid 2.03 Suasana sekolah 3.39 Guru 3.44 Rakan sebaya 3.49 Ibu bapa 2.96 Media elektronik 2.64 Berpandukan jadual 7, faktor dominan yang mempengaruhi murid terlibat dalam gejala ponteng adalah faktor rakan sebaya yang mecatatkan nilai min 3.49, diikuti pula dengan faktor guru yang mencatatkan nilai min 3.44. Selain itu, nilai min ketiga tertinggi adalah faktor suasana sekolah serta faktor keluarga mencatatkan nilai min 2.96. Faktor media elektronik mencatatkan nilai min 2.64 diikuti dengan faktor sikap murid iaitu nilai min 2.03. Namun begitu, dapatan kajian ini adalah berlawanan dengan kajian yang dijalankan olen Husin et al., (2019) yang mengkaji Masalah Kecelaruan Tingkah Laku: Ponteng Sekolah di mana faktor ibu bapa merupakan faktor yang utama sekali yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah. Hal ini kerana ibu bapa sukar untuk mengawal anak-anak mereka dengan baik sehingga tidak sedar bahawa anak-anak mereka telah terlibat dengan masalah ponteng sekolah. KESIMPULAN Secara umumnya, pengkaji telah membuat satu kajian dengan tujuan untuk mengenal pasti faktor yang paling mempengaruhi murid ponteng sekolah dari aspek faktor sikap murid, suasana sekolah, guru, ibu bapa, media elektronik dan rakan sebaya. Bagi memenuhi tujuan kajian ini, pengkaji telah menjalankan sebuah kaiian tinjauan di sebuah sekolah di daerah Jerantut, Pahang iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut. Hasil analisis data menggunakan analisis statistik deskriptif, pengkaji dapat merumuskan bahawa faktor yang paling mempengaruhi murid SK Bandar Jerantut untuk ponteng sekolah adalah rakan sebaya yang kemudiannya dikuti oleh faktor guru, faktor suasana sekolah, faktor ibu bapa, faktor media elektronik dan faktor sikap murid. Walaupun pada tahap sederhana, dengan memperoleh nilai min tertinggi iaitu sebanyak 3.49, faktor rakan sebaya berada pada tahap yang tinggi dalam mempengaruhi murid ponteng sekolah. Sekiranya masalah ini berlarutan, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada kehidupan murid-murid ini. Menurut Keppens dan Spruyt (2020) dan Rocque et al., (2017), ponteng sekolah biasanya dikaitkan dengan faktor negatif yang boleh menjejaskan kualiti pembelajaran seterusnya berhenti sekolah awal dan gagal dalam peperiksaan. Kesan daripada berhenti sekolah awal ini kemungkinan besar akan menyebabkan mereka susah untuk mencari kerja dan meningkatkan kadar pengangguran negara. Bukan itu sahaja, ponteng sekolah juga telah dibuktikan memberi kesan negatif untuk murid-murid untuk berjinak-jinak membuka pintu kepada tingkah laku negatif yang lain seperti merokok, penyalahgunaan dadah, gengsterisme, buli (Laftman et al., 2017; Modin et al., 2017) serta risiko untuk terlibat dalam kes jenayah juga tinggi. IMPLIKASI Berdasarkan kajian, terdapat beberapa implikasi kepada beberapa pihak tertentu. Antaranya, murid dapat mengetahui dengan lebih jelas faktor-faktor ponteng sekolah seperti faktor murid, guru, pengaruh rakan sebaya dan
47 media elektronik. Oleh itu, faktor ponteng sekolah seperti faktor pengaruh rakan sebaya dapat membantu murid untuk memilih rakan yang mempunyai tingkah laku yang baik agar tidak mendorong mereka untuk terlibat dengan ponteng sekolah. Maka, kajian ini dapat menolong murid untuk lebih berwaspada agar tidak terjerumus dengan masalah ponteng sekolah. Tambahan pula, kajian ini juga dapat memberi implikasi kepada ibu bapa di mana ibu bapa dapat mengetahui faktor ponteng sekolah dengan lebih mendalam terutamanya dari segi faktor ibu bapa. Justeru, ibu bapa dapat mendidik anak mereka dengan baik agar tidak terlibat dalam masalah ponteng sekolah. Selain itu, ibu bapa juga boleh memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada anak-anak agar mereka tidak terasa terabai sehingga menyebabkan mereka membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Di samping itu, kajian ini juga dapat memberi implikasi kepada sekolah. Sekolah juga boleh mewujudkan pelbagai program kesedaran tentang keburukan ponteng sekolah seperti program Sifar Ponteng dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling sekolah. Selain itu, program Guru Penyayang juga boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah iaitu guru menyambut kedatangan murid-murid di pagar sekolah pada setiap pagi. Secara tidak langsung, murid-murid akan lebih bersemangat dan ceria untuk datang ke sekolah. Pada masa yang sama, sekolah juga boleh bertindak dengan memberi ganjaran atau hadiah kepada murid yang mencapai kehadiran penuh ke sekolah. Dengan ini, ia dapat merangsang murid-murid lain untuk selalu hadir ke sekolah agar turut memperoleh hadiah. CADANGAN Kajian yang dilakukan hanya melibatkan seorang murid SK AU Keramat, Kuala Lumpur sahaja. Keputusan daripada kajian ini tidak boleh menunjukkan keputusan yang sebenar untuk keseluruhan murid. Di bawah ini, penyelidik mencadangkan beberapa kajian yang perlu dilakukan oleh penyelidik lain pada masa akan datang. Antaranya; a. Tempat kajian perlu lebih luas iaitu kajian dibuat di semua sekolah rendah di seluruh daerah, negeri dan negara. Ini akan dapat mengenal pasti masalah ponteng dengan lebih tepat dan menyeluruh serta dapat ditangani oleh semua pihak. b. Aspek kajian boleh diperluaskan atau diperincikan lagi bagi mendapat kajian yang lebih tepat dan menyeluruh. Contohnya, tumpukan kepada aspek suasana bilik darjah sahaja dalam kajian tersebut. RUJUKAN A’dawiyah Ismail, Siti Najihah Mansor & Siti Naqiayah Mansor. (2020). Kesan permainan video terhadap perkembangan kanak-kanak. Bitara International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(1), 107- 118. Diana Wulandari, Lee Jun Choi & Sawan @ Mohammad Syawal Narawi. (2018). engaruh gaya asuhan ibu bapa terhadap gejala ponteng sekolah. Journal of Education and Social Sciences, 9(2), 11-22. Lukman Hakim bin Mohamad Amin, Muhamad Redha bin Abdul Hafiz, Muhamad Nazirul Asyraf bin Kamarulzalis, Abdul Hadi bin Ibrahim, Nursyuhada binti Mohd Taib, Nur Haziqah binti Ramlan dan Mohd Razimi bin Husin. (2019). Masalah kecelaruan
48 Muhammad Azmi Abdullah, Syed Sofian Syed Salim & Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip. (2018). Factors that influenced the problem of truancy among secondary school students. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(3), 343-353. Muslihah binti Mazlan, Siti Nur Afiqah binti Shafie & Noor Azizah binti Jakaria. (2020). Pengamalan hisbah dalam pengurusan disiplin pelajar. Jurnal Mawizah, 3(1), 77-83 Noremy Md. AKhir, Nur Syafawani Matderis & Mohammad Rahim Kamaluddin (2019). Penglibatan remaja dalam tingkah laku ponteng sekolah di Sekolah Menengah Daerah Limbang Sarawak. Malaysian Journal of Youth Studies, 20(4), 50-68. Robert V. Krejcie & Daryle W. Morgan. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(1), 607-610. Rogis Baker, Noor Mazlina Ariffin, Ahmad Azan Ridzuan, Hasimi Sallehudin, Jessica Ong Hai Liaw & Noor Azmi Mohd Zainol (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng sekolah: Satu kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan.
49 FAKTOR-FAKTOR STRES DALAM KALANGAN GURU PELATIH: SATU TINJAUAN AWAL DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU JULIE KRISTY A/P NG KEE CHOO ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan, kita tidak terkecuali untuk menghadapi dilema permasalahan sama ada dalam masalah yang kecil mahupun besar. Bagi memenuhi pelbagai tanggung jawab yang telah diamanahkan, terdapat pelbagai rintangan yang harus ditangani sehinggalah wujudnya stres dalam diri individu. Stres ini datang dalam pelbagai bentuk sehingga memberikan kesan kepada semua orang tanpa mengira peringkat umur (Anspaugh et al., 2003). Umumnya telah mengetahui bahawa stres ini boleh membawa kesan yang positif dan kesan negatif kepada diri seseorang. Oleh itu, kajian yang dijalankan berkaitan faktor berlakunya stres sudah banyak dijalankan terutamanya kajian ke atas pelajar yang berada di pelbagai institut pengajian tinggi. PENYATAAN MASALAH Berdasarkan tinjauan yang dijalankan di IPG Kampus Ilmu Khas dalam kalangan guru pelatih menjalani praktikum di sekolah telah mendapati stres guru pelatih berada pada tahap sederhana tinggi yang dipengaruhi oleh aspek perancangan pengajaran (Syed Ismail Syed Mustapa, 2016). Kajian yang telah dilaksanakan di IPG Kampus Keningau pula telah mendapati tahap stres guru pelatih berada pada tahap sederhana dan dipengaruhi oleh aspek akademik dan pembelajaran yang mencatat nilai min tertinggi (Vijayen Gopan, 2010). Tidak terkecuali juga mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi Islam di Malaysia yang mendapati tahap stres dalam pelajar tahun akhir berada pada tahap sederhana yang disebabkan oleh pengurusan masa yang lemah (Abdul Rahim Zumrah et al., 2015). Apabila stres dilihat Kajian ini dijalankan untuk meninjau faktor-faktor stres dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik secara atas talian yang melibatkan sampel seramai 290 orang guru pelatih di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Analisis data menggunakan perisian SPSS 27.0 yang melibatkan analisis deskriptif bagi nilai min, kekerapan dan sisihan piawai. Hasil kajian rintis berdasarkan nilai Alpha Cronbach bagi setiap konstruk menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.87. Hasil kajian mendapati faktor pembelajaran, item yang memperoleh nilai min yang tertinggi adalah adalah item “saya sering menangguhkan kerja tugasan” dengan nilai min (M=3.60). Bagi aspek kewangan pula, item tertingginya adalah “saya mempunyai masalah untuk menguruskan kewangan” dengan nilai min (M=3.56). Keseluruhannya, aspek kewangan merupakan faktor stres yang dominan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA dengan mencatatkan nilai min sebanyak (M=3.05), berbanding faktor pembelajaran (M=2.84). Kajian ini penting sebagai rujukan masyarakat terutama pihak Institut Pendidikan Guru dan guru pelatih agar lebih peka dengan isu stres dalam kalangan pelajar demi kesejahteraan mental mereka. Kata Kunci: Faktor Stres, Guru Pelatih, Institut Pendidikan Guru (IPG), IPGKTAA
50 daripada aspek yang negatif atau tahap stres yang terlalu tinggi, ia akan mengundang kesan yang negatif terhadap kesihatan antaranya, guru pelatih berhadapan dengan masalah kemurungan sehingga mengganggu pencapaian akademik. Oleh kerana isu stres acap kali terjadi dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi, maka adalah penting untuk mencari tahu faktor-faktor yang menyumbang kepada stres kerana faktor tersebut merupakan cabaran besar yang boleh menggugat kestabilan emosi guru pelatih yang seterusnya menyebabkan mereka bersikap negatif seperti kurang bersemangat dan rendah diri (Syed Ismail Syed Mustapa, 2016). Jelaslah bahawa sekiranya masalah ini tidak diberikan perhatian, ia akan terus menyebabkan guru pelatih terdedah dengan stres yang tinggi dan yang boleh menjejaskan kesihatan serta pencapaian akademik. Oleh itu, kajian ini telah dicadangkan bagi melihat faktor-faktor yang mempengaruhi stres dalam kalangan guru pelatih, supaya pendekatan yang bersesuaian daripada pihak yang terlibat dapat diketengahkan, disamping mengelakkan stres dalam kalangan guru pelatih berada di tahap yang tinggi sehingga menjejaskan kesihatan serta pencapaian akademik. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif kajian; 1. Mengenalpasti faktor pembelajaran yang mempengaruhi stres dalam kalangan guru pelatih. 2. Mengenal pasti faktor kewangan yang mempengaruhi stres dalam kalangan guru pelatih. Persoalan kajian ; 1. Adakah faktor pembelajaran yang mempengaruhi stres dalam kalangan guru pelatih. 2. Adakah faktor kewangan yang mempengaruhi stres dalam kalangan guru pelatih. METODOLOGI KAJIAN Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk kajian konvensional, yang mana analisis deskriptif akan digunakan untuk menganalisis data-data kajian agar dapat memberi gambaran kepada kajian-kajian yang menunjukkan hubungan, membuat ramalan dan memahamkan maksud daripada suatu masalah (Sukarmin, 2010). Analisis secara deskriptif ini dipilih bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang pembolehubahpembolehubah dan memerihalkan fenomena yang wujud. Oleh itu, pendekatan yang sesuai digunakan dalam kajian tinjauan adalah mendapatkan data daripada subjek kajian menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik ini dikatakan sangat popular terutama dapat mengumpul maklumat dengan mudah daripada sampel saiz yang besar sehingga mencecah kepada ribuan responden. Disamping itu, kajian tinjauan ini sesuai digunakan terutama dalam menjalankan penyelidikan dalam bidang pendidikan (Mohd Majid Konting, 1990). Disamping itu, pemilihan jumlah sampel yang diperlukan dalam kajian ini telah dibuat berdasarkan jadual penentu saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) yang mana jumlah populasi guru pelatih di IPGKTAA seramai 1119, maka bilangan saiz sampel yang diperlukan berdasarkan pengiraan adalah sebanyak 285 orang. Oleh yang demikian, pengkaji telah membuat ketetapan untuk mengedarkan kepada 300 orang guru pelatih IPGKTAA. Pemilihan populasi
51 dan sampel melibatkan guru pelatih PPISMP semester 1 sehingga PISMP semester 7, kerana isu stres kebanyakannya berlaku dalam kalangan pelajar yang berada di IPT. Pelajar tahun awal juga dilibatkan dalam kajian ini memandangkan mereka lebih mudah terdedah dengan stres disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di universiti (Towbes dan Cohen, 1996). IPG yang terlibat dalam kajian ini adalah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, yang telah dipilih menggunakan kaedah rawak mudah. Dahulunya, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dikenali sebagai Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan dibina di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-7 dengan kos sebanyak kira-kira RM55.8 juta di atas tapak seluas 24.7 hektar (60 ekar) yang terletak di KM 10, Jalan Padang Tengku, Kuala Lipis. Kampus ini mampu menampung seramai 1,200 orang guru pelatih pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang merangkumi kemudahan pentadbiran, akademik, kokurikulum, kediaman dan kemudahan staf sokongan yang lain sejajar dengan perkembangan dan keperluan pendidikan masa kini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Soal selidik dipilih kerana ia merupakan alat ukur yang sesuai digunakan dalam kajian ini bagi membantu pengkaji meninjau fenomena yang berlaku di sekolah secara keseluruhan. Hal ini kerana, instrumen soal selidik merupakan instrumen yang memudahkan pengkaji untuk mentadbir sekiranya item dibina dengan baik, disamping memudahkan pemprosesan data untuk tujuan analisis (Mohd Najib Abd Ghafar, 2003). Soal selidik yang diadaptasikan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah berlandaskan kepada kajian-kajian lepas yang relevan dengan tajuk kajian. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik 5 mata skala likert. Kaedah yang digunakan pada bahagian ini adalah dengan menggunakan skala likert yang terdiri daripada lima pilihan jawapan yang memerlukan responden untuk memilih jawapan daripada satu kontanium iaitu tidak ekstrem ke ekstrem. Responden hendaklah memberikan pandangan dengan menandakan pada bahagian skala likert sama ada bersetuju atau tidak, berdasarkan skala pemeringkatan yang mempunyai lima aras berbeza iaitu daripada ekstrem negatif kepada ekstrem positif. Setiap pilihan jawapan responden bagi bahagian B, C, dan D adalah merujuk seperti jadual berikut: Jadual 1.0: Skala Likert Instrumen TAHAP JAWAPAN KONTANIUM SINGKATAN 1 Sangat Tidak Setuju STS 2 Tidak Setuju TS 3 Tidak Pasti TP 4 Setuju S 5 Sangat Setuju SS Pengkaji telah membuka pautan soal selidik secara atas talian kepada 50 orang pelajar IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan. Walaupun begitu, hanya 40 soal selidik yang diisi dengan lengkap dan boleh digunakan iaitu terdiri daripada 14 orang lelaki dan 26 orang perempuan. Pelajar yang dipilih bukan terdiri daripada sampel yang sebenar namun begitu masih menetapi ciri-ciri populasi kajian untuk memastikan kesesuaian maklumat yang tepat bagi membantu mencapai
52 objektif kajian. Oleh itu, data yang diperolehi daripada kajian rintis ini telah dianalisis oleh pengkaji dengan menggunakan perisian IBM SPSS bagi menentukan tahap kepercayaan item-items soal selidik. Nilai alpha Cronbach yang diperolehi bagi konstruk yang ditadbir oleh penyelidik bagi kajian rintis adalah 0.847. Menurut Fraenkel dan Wallen (1996), realibiliti soalan item diterima apabila nilai alpha antara 0.70 hingga 0.90. Oleh itu, penganalisisan statistik deskriptif diaplikasikan dalam kajian ini untuk mengenalpasti nilai min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan bagi menjawab persoalan kajian. Antara elemen penting dalam statistik deskriptif yang digunakan dalam menganalisis data adalah nilai min (Steinberg, 2008) dan sisihan piawai (Kies, 2002). Nilai min dapat dijelaskan sebagai nilai yang paling tepat untuk mewakili sesuatu set data kerana ianya mengambil kira semua skor dalam set data tersebut. Manakala sisihan piawai pula merupakan ukuran serakan yang digunakan sebagai ringkasan data yang juga mengambil kira semua skor dalam set data. Peratusan bagi menjawab persoalan kajian dilihat dengan lebih jelas melalui ciri-ciri demografi responden, disamping menjawab persoalan kajian terutamanya untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi stres dalam kalangan guru pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Justeru itu, bagi menentukan nilai min bagi faktor yang mempengaruhi stres dalam kalangan guru pelatih, interprestasi data dibuat berdasarkan skala interprestasi oleh Landell (1997) seperti jadual di bawah: Jadual 2.0: Interpretasi Skala Min Landell (1997) PENGELASAN SKOR TAHAP PENILAIAN 1.00 – 2.33 Rendah 2.34 – 3.67 Sederhana 3.68 – 5.00 Tinggi DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan analisis statistik deskriptif untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Persoalan kajian 1: Apakah faktor pembelajaran yang mempengaruhi stres dalam kalangan dalam kalangan guru pelatih? Jadual 4.0: Nilai Purata min Faktor Pembelajaran Descriptive Statistics N MINIMUM MAXIMUM MEAN STD.DEVIATION MeanB 289 1.00 5.00 2.8420 .59611 Berdasarkan analisis statistik deskriptif yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa tahap nilai min bagi Faktor Pembelajaran (MeanB) adalah berada pada tahap sederhana (min =2.84, s.p. = 0.60), seterusnya menjadikan ia sebagai faktor stres yang kedua dominan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA. Jadual 4.6 menunjukkan item-item faktor tekanan dari aspek pembelajaran. Berdasarkan jadual tersebut, terdapat lima item yang mencapai tahap skor sederhana iaitu item B5 - “saya sering menangguhkan kerja tugasan” dengan nilai min sebanyak (M=3.60), B3 - “saya
53 sering mengalami keletihan fizikal dan mental selepas belajar” dengan nilai min sebanyak (M=3.41), B4 - “saya rasa tertekan jika rakan saya memperoleh gred yang baik” dengan nilai min (M=2.94), B1 - “saya sukar memahami apa yang diajar oleh pensyarah sewaktu pembelajaran” dengan nilai min sebanyak (M=2.63), B2 - “saya sering mendapat keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan” dengan nilai min (M2.51). Selain itu, terdapat satu item yang mencapai tahap skor rendah, iaitu item B6 - “saya sukar memberikan kerjasama dalam tugasan berkumpulan” dengan nilai min (M=1.96). Dapatan kajian menunjukkan faktor stres yang dominan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA dalam konstruk pembelajaran adalah merujuk pada item B5, iaitu “saya sering menangguhkan kerja tugasan” dengan nilai min (M=3.60). Dapatan kajian ini bertentangan dengan dapatan hasil kajian yang dijalankan oleh Myzatul, Teow, Mohd Adib, Azrina, Soon Lam dan Habizah (2021). Dalam kajian tersebut, pengkaji mendapati bahawa penangguhan kerja dalam kalangan pelajar berada pada tangga yang kedua dalam konstruk akademik. Dalam soal ini, sikap berlengah-lengah adalah merujuk kepada pelajar yang selalu berlengah dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan dan menghantar tugasan, yang akhirnya akan menyebabkan mereka cenderung untuk menghadapi stress. Bukan itu sahaja, analisis data daripada kajian yang dijalankan oleh Muhammad Wafi dan Sharifah Rohayah (2020) mendapati bahawa item “saya sering menangguhkan kerja” berada pada tangga yang kelima daripada enam item dalam konstruk pembelajaran. Manakala item kedua tertinggi adalah “saya sering mengalami keletihan fizikal dan mental selepas belajar” dengan nilai min (M=3.41). keletihan sememangnya akan menyebabkan keletihan dalam diri individu sehingga membuat mereka mudah letih, kekurangan tenaga dan tidak produktif. Hal ini selari dengan pandangan Kizhakkeveettil et al., (2017) mendapati terdapat hubungan yang siginifikan antara keletihan fizikal dan tekanan, sehingga boleh memberi kesan terhadap pembelajaran. Bagi item ketiga tertinggi pula adalah “saya rasa tertekan jika rakan saya memperoleh gred yang baik” dengan nilai min (M=2.94). Perkara ini berpunca daripada perbandingan pelajar dengan pencapaian antara rakan-rakan yang menyebabkan mereka merasakan tidak mampu buat yang terbaik. Hal ini kerana setiap pelajar takut kepada kegagalan dan ini selari dengan dapat kajian Bataineh (2013), mendapati sumber utama tekanan dalam kalangan pelajar adalah takut kepada kegagalan dan hukuman akademik. Namun begitu, dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa guru pelatih mudah untuk memberikan kerjasama dalam tugasan berkumpulan kerana dapatan min bagi item B6 - “saya sukar memberikan kerjasama dalam tugasan berkumpulan’’ dengan nilai min paling rendah iaitu (M=1.96). Jelaslah bahawa, tugasan berkumpulan kurang memberi impak terhadap stres dalam kalangan guru pelatih. Jadual 5.0: Faktor stres Pembelajaran Descriptive Statistics N MINIMUM MAXIMUM MEAN STD.DEVIATION B1- Saya sukar memahami apa yang diajar oleh pensyarah sewaktu pembelajaran 289 1.00 5.00 2.63 1.088 B2- Saya sering mendapat keputusan 289 1.00 5.00 2.51 1.024
54 peperiksaan yang tidak memuaskan B3-Saya sering mengalami keletihan fizikal dan mental selepas belajar 289 1.00 5.00 3.41 1.202 B4-Saya rasa tertekan jika rakan saya memperoleh gred yang baik 289 1.00 5.00 2.94 1.295 B5-Saya sering menangguhkan kerja tugasan 289 1.00 5.00 3.60 1.183 B6-Saya sukar memberikan kerjasama dalam tugasan berkumpulan 289 1.00 5.00 1.96 1.210 Valid N (listwise) 289 Persoalan kajian 2: Apakah faktor kewangan yang mempengaruhi stres dalam kalangan guru pelatih? Jadual 6.0: Nilai Purata min Faktor Kewangan Descriptive Statistics N MINIMUM MAXIMUM MEAN STD.DEVIATION MeanC 289 1.50 5.00 3.0513 .61954 Berdasarkan analisis statistik deskriptif yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa tahap nilai min bagi Faktor Kewangan (MeanC) berada pada tahap sederhana (min = 3.05, s.p. = 0.62), seterusnya menjadikan ia sebagai faktor stres yang paling dominan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA. Jadual 4.9 menunjukkan item-item faktor tekanan dari aspek kewangan. Berdasarkan jadual tersebut, kenamenam item telah mencapai tahap skor sederhana iaitu item C3 - “saya mempunyai masalah untuk menguruskan kewangan” dengan nilai min sebanyak (M=3.56), C1 - “saya memerlukan kerja sambilan untuk menampung hidup di kampus” dengan nilai min sebanyak (M=3.35), C6 - “saya sering lupa ke mana wang yang telah dibelanjakan oleh saya” dengan nilai min (M=3.17), C2 - “saya sering rasa malu meminta wang daripada ibu bapa” dengan nilai min sebanyak (M=3.04), C4 - “saya sering tidak dapat membeli barangan yang dihendaki.” dengan nilai min (M=2.75), dan C5 - “saya tiada wang simpanan untuk waktu kecemasan” dengan nilai min (M=2.43). Dapatan kajian menunjukkan faktor stres yang dominan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA dalam konstruk kewangan adalah merujuk pada item C3 - “saya mempunyai masalah untuk menguruskan kewangan” dengan nilai min sebanyak (M=3.56). Menurut kajian daripada Syed Ismal dan Lye Guet (2016), faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada stres pelajar dalam aspek kewangan adalah dari segi penerimaan elaun yang lambat dikreditkan ke dalam akaun pelajar. Jelaslah bahawa perkara ini akan memberi kesan kepada pelajar untuk menguruskan kewangan dengan sistematik. Namun begitu, dapatan kajian ini berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh Muhammad Wafi dan Sharifah Rohayah (2020) yang mendapati item yang paling dominan dalam konstruk kewangan adalah pelajar memerlukan kerja sambilan untuk menampung hidup di kampus, manakala item bagi pengurusan kewangan berada di
55 peringkat ketiga tertinggi. Hal ini kerana kos perbelanjaan dan yuran pengajian yang tinggi menyebabkan pelajar mengambil keputusan untuk mengambil keputusan untuk bekerja sambilan bagi menampung hidup yang selesa di kampus. Tambahan lagi, dapatan kajian ini juga tidak selari dengan kajian Nor Hazanah dan Ily Izyan (2020), bila mana pelajar mempunyai masalah untuk menguruskan kewangan dengan baik, berada pada peringkat yang kedua dalam konstruk kewangan. Hal ini berpunca daripada penyediaan makanan di kantin kurang menarik dan tidak variasi, menyebabkan pelajar memilih untuk menikmati juadah di luar kolej yang umumnya ketahui bahawa mereka akan berdepan dengan kos makan di luar yang lebih mahal. Selain Itu, item kedua tertinggi adalah “saya memerlukan kerja sambilan untuk menampung hidup di kampus” dengan nilai min (M=3.35). Kos perbelanjaan yang tinggi dan keperluan menyediakan Bahan Bantu Bimbingan menyebabkan pelajar mengambil keputusan untuk bekerja sambilan bagi menampung kehidupan yang selesa. Ini dapat disokong dengan kajian Azhar Muhamad dan Shamsiah Abd (2010), masalah yang paling banyak dihadapi oleh siswa pendidik yang praktikum adalah masalah kewangan. Disamping itu, item ketiga tertinggi dalam faktor kewangan adalah “saya sering lupa ke mana wang yang telah dibelanjakan oleh saya” dengan nilai min (M=3.17). Perkara sebegini terjadi disebabkan oleh tiada perancangan kewangan yang baik, menyebabkan pelajar tidak dapat menguruskan kewangan. Namun begitu, guru pelatih masih lagi mengamalkan amalan menyimpan wang untuk tujuan kecemasan kerana menurut item C5 - “saya tiada wang simpanan untuk waktu kecemasan” membawa nilai min paling rendah iaitu (M=2.43). Jadual 7.0: Faktor stres Kewangan Descriptive Statistics N MINIMUM MAXIMUM MEAN STD.DEVIATION C1-Saya memerlukan kerja sambilan untuk menampung hidup di kampus 289 1.00 5.00 3.35 1.457 C2-Saya sering rasa malu meminta wang daripada ibu bapa 289 1.00 5.00 3.04 1.513 C3-Saya mempunyai masalah untuk menguruskan kewangan 289 1.00 5.00 3.56 1.212 C4-Saya sering tidak dapat membeli barangan yang dihendaki 289 1.00 5.00 2.75 1.099 C5-Saya tiada wang simpanan untuk waktu kecemasan 289 1.00 5.00 2.43 1.271 C6-Saya sering lupa ke mana wang yang telah dibelanjakan oleh saya 289 1.00 5.00 3.17 1.401 Valid N (listwise) 289 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Jadual 8.0: Nilai Purata Min Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Stres Descriptive Statistics N MIN TAHAP Faktor Pembelajaran 289 2.8420 Sederhana
56 Faktor Kewangan 289 3.0513 Sederhana Jadual 8.0 menunjukkan keseluruhan nilai min dan tahap skor untuk faktor stres pembelajaran dan faktor stres kewangan. Kedua-dua faktor stres ini telah mencatat nilai min yang berada di tahap sederhana, iaitu faktor pembelajaran dengan nilai min (M=2.84) dan faktor kewangan dengan nilai min (M=3.05). Dapat dilihat bahawa faktor kewangan merupakan faktor yang paling dominan menjadi punca berlakunya stres dalam kalangan guru pelatih di IPGKTAA. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Hazanah dan Ily Izyan (2020), mendapati faktor pengurusan kewangan merupakan faktor stres yang paling dominan dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Malaysia. Berdasarkan dapatan dan perbincangan kajian, beserta dengan maklumat dan kekangan yang diperolehi sepanjang menjalankan kajian, pengkaji mengusulkan beberapa cadangan untuk dijadikan panduan dan penambahbaikan bagi kajian yang akan datang. Kajian ini secara keseluruhannya menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu dengan menggunakan instrumen soal selidik secara atas talian bagi mengukur faktor-faktor stres dalam kalangan guru pelatih. Justeru itu, kajian lanjutan boleh dijalankan menggunakan kaedah mixed method dengan menggabungkan pendekatan kualitatif seperti kaedah temu bual dan pemerhatian kepada setiap guru pelatih untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai faktor-faktor stres. Kajian ini hanya terbatas kepada faktor-faktor stres dalam kalangan guru pelatih. Oleh itu, kajian lanjutan dicadangkan untuk meninjau tahap stres dalam kalangan guru pelatih untuk mendapat gambaran yang lebih jelas berkaitan stres yang dihadapi. Bukan itu sahaja, kajian lanjutan juga boleh dijalankan untuk melihat kesan-kesan dan cara mengatasi stres dalam kalangan guru pelatih. Implikasi kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling IPGKTAA juga boleh bekerjasama dengan badan yang berkaitan untuk menyediakan bengkel dan kursus yang menjurus kepada aspek pengurusan stres selaku pelajar yang berada di Institut Pengajian Tinggi. Justeru itu, wajarlah bagi Unit Bimbingan dan Kaunseling IPGKTAA mengambil berat aspek ini bagi mewujudkan tindakan yang komprehensif dan relevan bagi membantu perkembangan emosi guru pelatih. Bukan itu sahaja, guru pelatih juga perlu bijak memanfaatkan segala bentuk ilmu, aktiviti dan program yang diadakan bagi menjadikan peluang untuk meningkatkan ketahanan emosi yang stabil dalam diri. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru pelatih juga untuk mencari program yang bersesuaian pada platform yang disediakan di media elektronik bagi membantu dalam aspek pengurusan diri agar terhindar daripada rasa tertekan dan kesunyian. Tamsilnya, guru pelatih mengisi ruang dalam diri dengan menyuburkan iman dalam hati kerana bak kata pepatah “dalaman yang baik pasti menatijahkan luaran yang baik”. RUJUKAN Abdul Rahim Zumrah, N. H. (2015). Stres dalam Kalangan Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam di Malaysia. Journal ̒Abqari ~ Vol.5, 2015, 15. Azhar Muhammad & Shamsiah Abd. (2010). Stres dalam kalangan guru pelatih FakultiPendidikan Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalani latihan mengajar.
57 Muhammad Wafi Ramli,Sharifah Rohayah Sheikh Dawood. (2020). Faktor Tekanan Dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Malaysia:Satu Tinjauan Awal. Vol. 17. No.7 (2020), 66- 76. ISSN: 1823-884x, 11. Mohd Majid Konting (1990). Alat Penyelidikan, In Kaedah Penyelidikan Pendidikan (p.202) Mohd Najib Abd Ghafar (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Noraini Idris. (2018). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit McGraw Hill Education Nor Hazanah Miskan, Iil Izyan Mohd Fisol. (2020). Pengurusan Pengurusan Stres dalam Kalangan Pelajar Kajian Kes:Kolej Universiti Islam Melaka. Journal of Business Innovation Volume 5 No. 1/ 2020: 33-42, 10. Syed Ismail Syed Mustapa, Lye Guet Poh. (2016). Tahap Stres Siswa Pendidik IPG Kampus Ilmu Khas Semasa Praktikum di Sekolah. Diterbitkan Dalam Jurnal Penyelidikan Tempawan, IPG Kampus Ilmu Khas,Kuala Lumpur, 15.
58 TAHAP EFIKASI KENDIRI KAUNSELING DALAM KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING IPGKTAA MAR ADHA FARHAZILZ A/P MOHAMAD ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Seiring dengan keperluan semasa, peranan dan tanggungjawab kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling dilihat sebagai keperluan yang penting terutamanya dalam membangunkan modal insan melalui program dan pendekatan psikologi dan kaunseling yang bersesuaian. Oleh itu, latihan, penyeliaan dan pelbagai program bagi pengkhususan bidang Bimbingan dan Kaunseling dilaksanakan untuk memantapkan kemahiran, kecekapan dan amalan profesionalisme kaunselor pelatih. Menurut Wan Marzuki Wan Jaafar (2011), latihan dan program yang diberikan adalah sebagai gambaran awal bahawa kecekapan adalah melebihi pengetahuan terhadap teori dan fakta semata – mata apabila graduan profesion ini berada di lapangan kelak. Kompetensi dan kecekapan merupakan antara aspek penting dalam kemenjadian kaunselor. Aspek – aspek ini dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri seseorang kaunselor untuk menjalankan peranan dan tanggungjawab dalam profesion sebaik mungkin. Perkara ini disokong oleh Mullen P.R. (2015) yang bersetuju bahawa kepercayaan kendiri kaunselor perlu diberikan penekanan dalam mengembangkan amalam profesionalisme kaunselor. Teori efikasi kendiri kaunseling yang diperkenalkan oleh Bandura (1977) membawa maksud satu set kepercayaan diri terhadap proses menilai keupayaan kognitif untuk melakukan sesuatu tingkah laku dalam situasi tertentu. Oleh itu, efikasi kendiri kaunseling pelatih merupakan faktor yang akan menyumbang kepada prestasi kaunselor dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling (Larson et al., 1992; Larson, 1998; Bandura, 1982). PENYATAAN MASALAH Efikasi kendiri kaunseling merupakan satu faktor penting yang perlu dititikberatkan dalam proses penyeliaan dan pendidikan kaunseling kerana faktor ini menyumbang kepada prestasi bakal kaunselor dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri kaunseling dalam kalangan guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling (B&K) di salah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG). Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Seramai 82 orang respondan telah terlibat hasil daripada persampelan rawak mudah yang digunakan terhadap populasi kajian. Instrumen yang digunakan adalah Counseling Self – Estimate Inventory (COSE) yang dibina oleh Larson et. al. (1992) mengandungi 37 item soalan dan mencakupi 5 dimensi yang mempengaruhi efikasi kendiri kaunseling. Hasil dapatan data menunjukkan nilai min bagi setiap dimensi iaitu dimensi Kemahiran Mikro (min = 4.67, S.P. = .68), Proses Kaunseling (min = 2.94, S.P. = .96), Menangani Tingkah Laku Klien yang Sukar (min = 3.65, S.P. = .56), Kompetensi Budaya (min = 4.02, S.P. = .74), dan Kesedaran Terhadap Nilai (min = 3.59, S.P. = .74). Manakala nilai min keseluruhan adalah 3.82 dengan nilai sisihan piawai = .42. Cadangan dan implikasi juga dibincangkan dalam artikel ini. Kata Kunci: efikasi kendiri kaunseling, guru pelatih, Bimbingan dan Kaunseling, dimensi efikasi kendiri kaunseling, kaunselor pelatih
59 Keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) dalam pelaksanaannya di sekolah telah memberikan banyak manfaat kepada sekolah dan juga pelajar sama ada dari aspek pembangunan insan, akademik dan kerjaya pelajar (Manchelah, 2017). Namun begitu, walaupun keberkesanan perkhidmatan ini diperakui oleh sesetengah pihak, kecekapan dan kompetensi guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dikatakan terjejas akibat daripada isu dan cabaran yang wujud seiring dengan perubahan dan perkembangan semasa. Buktinya, Nor Asmawati Ismail et. al. (2019) mendapati bahawa murid – murid generasi Z dan alpha mempunyai kecenderungan yang berbeza dalam pelbagai aspek berbanding dengan generasi X dan Y. Oleh itu, dari perspektif perkhidmatan B&K, fenomena ini memberikan satu cabaran kepada GBK dan bakal GBK dalam usaha untuk memenuhi keperluan generasi kini dalam membantu perkembangan dan pembangunan diri mereka. Mastura Mahfat (2022) pula mendapati wujudnya isu amalan kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling, perundingan, pengendalian intervensi krisis, aplikasi kreativiti dan hala tuju profesionalisme kaunseling abad ke – 21. Seterusnya, Pereira dan Rekha (2017) mendapati bahawa kaunselor pelatih mungkin mengalami beberapa isu seperti merasa gelisah atau gemuruh dan merasa rendah diri dengan kebolehan diri mereka untuk berhadapan dengan klien. Juga berpendapat bahawa terdapat tiga aspek dalam isu persediaan Rentetan itu, dapatan kajian Nor Asmawati Ismail et. al. (2019) menyeru semua guru untuk menguasai teknik, strategi dan intervensi terkini untuk berhadapan dengan kecenderungan murid – murid generasi Z dan alpha. Tambahan lagi, guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memiliki kemahiran – kemahiran khusus bagi meningkatkan kecekapan profesionalisme mereka untuk berhadapan dengan cabaran daripada permaslahan manusia yang pelbagai (Rorlinda Yusof et. al., 2016). Larson et. al., (1992) menjelaskan bahawa efikasi kendiri kaunseling adalah penggerak utama kepada kaunselor untuk mengekalkan keberkesanan perkhidmatan profesion mereka. Oleh itu, kajian ini dirancang untuk guru pelatih B&K yang merupakan bakal kaunselor dan bakal guru B&K di sekolah untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri kaunseling mereka. Hal ini kerana efikasi kendiri kaunseling adalah penting dalam persediaan bakal kaunselor yang akan meneruskan keberkesanan profesion kaunselor (Nur Adilah Ramli, 2021). OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objekit kajian ini adalah untuk: 1. Mengenal pasti tahap efikasi kendiri kaunseling dalam kalangan guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling (B&K) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). 2. Mengenal pasti tahap efikasi kendiri kaunseling dalam kalangan guru pelatih B&K IPGKTAA mengikut jantina. Persoalan yang diketengahkan dalam kajian ini adalah: 1. Apakah tahap efikasi kendiri kaunseling dalam kalangan guru pelatih B&K IPGKTAA? 2. Apakah tahap efikasi kendiri kaunseling dalam kalangan guru pelatih B&K IPGKTAA berdasarkan jantina? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat ukur dapatan kajian. Penyelidik menggunakan satu set soal selidik
60 yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A mengandungi demografi responden manakala bahagian B mengandungi item soalan daripada Counseling Self – Estimate Inventory (COSE) yang mengandungi 37 item soalan dan mengukur tahap efikasi kendiri kaunseling melalui 5 dimensi iaitu Kemahiran Mikro, Proses Kaunseling, Menangani Tingkah Laku Klien yang Sukar, Kompetensi Budaya dan Kesedaran Nilai. Kaedah persampelan bagi kajian ini adalah persampelan rawak mudah terhadap dua kohort guru pelatih B&K iaitu kohort guru pelatih yang telah selasai melaksanakan praktikum fasa 1 dan kohort guru pelatih yang sedang menjalani praktikum fasa 1. Saiz sampel ditentukan melalui Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970). Analisis statistik deskriptif digunakan untuk mentafsir dapatan keseluruhan kajian. Data statistik deskriptif yang telah dianalisis adalah dalam bentuk frekuensi (kekerapan), peratusan, skor nilai min dan sisihan piawai. Tahap efikasi kendiri dapat di kenal pasti melalui dapatan nilai min keseluruhan, setiap dimensi dan konstruk jantina. Interpretasi skor min dalam kajian ini adalah berlandaskan Moran dan Gareis (2004). Jadual 1.1 Interpretasi Tahap Efikasi Kendiri NILAI SKOR MIN INTERPRESTASI < 1.80 Sangat Rendah 1.81 – 2.60 Rendah 2.61 – 3.40 Sederhana 3.41 – 4.20 Tinggi 4.21 > Sangat Tinggi Sumber: Moran & Gareis, 2004 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Rajah 1.1 menunjukkan analisis data bagi jumlah respondan yang terlibat dalam kajian ini. Analisis data mendapati seramai 82 orang respondan telah menjawab soal selidik ini. Berdasarkan rajah di atas. seramai 26 orang respondan terdiri daripada guru pelatih lelaki dan 56 orang respondan terdiri daripada guru pelatih perempuan perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Rajah 1.1 Bilangan Respondan Seterusnya, bahagian ini turut membincangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi daripada maklum balas respondan. Jadual 1.2 menunjukkan dapatan nilai skor min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk jantina dan dimensi.
61 Dapatan tersebut menunjukkan bahawa tahap efikasi kendiri kaunseling bagi setiap dimensi iaitu dimensi kemahiran mikro (min = 4.67, S.P. = .68) adalah pada tahap sangat tinggi, dimensi proses kaunseling (min = 2.94, S.P. = .96) berada pada tahap sederhana manakala tiga lagi dimensi menunjukkan tahap tinggi iaitu dimensi menangani tingkah laku klien yang sukar (min = 3.65, S.P. = .56), dimensi kompetensi budaya (min = 4.02, S.P = .74) dan dimensi kesedaran nilai (min = 3.59, S.P. = .74). Jadual 1.2 Hasil Dapatan Nilai Min dan Sisihan Piawai KATEGORI KUMPULAN NILAI MIN SISIHAN PIAWAI,S.P Jantina Lelaki 3.88 .45 Perempuan 3.80 .41 Dimensi kemahiran Mikro 4.67 .68 Proses Kaunseling 2.94 .96 Menangani tingkah laku klien yang sukar 3.65 .56 Kompetensi budaya 4.02 .74 Kesedaran Nilai 3.59 .74 KESELURUHAN 3.82 .42 Berdasarkan jadual tersebut, kedua – dua kumpulan jantina menunjukkan dapatan skor min yang hampir sama iaitu bagi jantina lelaki adalah min = 3.88, S.P. = .45 manakala bagi jantina perempuan pula adalah min = 3.80, S.P. = .41. Oleh itu, hasil dapatan tersebut menjelaskan bahawa tahap efikasi kendiri kaunseling bagi kedua – dua kumpulan jantina menunjukkan tahap yang tinggi. Dapatan ini secara tidak langsung dapat menjawab persoalan kedua kajian. Secara keseluruhanya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap efikasi kendiri kaunseling dalam kalangan guru pelatih B&K IPGKTAA adalah berada pada tahap tinggi dengan nilai min = 3.82, S.P. =.42. Ini menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi terhadap diri mereka dalam memberikan perkhidmatan kaunseling semasa dalam proses latihan (praktikum). Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian Mullen P. R. et. al. (2015) yang mendapati bahawa pelajar yang mengikuti program persediaan mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi. Dapatan ini juga dipersetujui oleh kajian Flasch P. (2016) bahawa pelajar menyatakan bahawa kerja kursus mereka dalam bidang ini telah banyak mempengaruhi efikasi kendiri mereka. Ini menunjukkan bahawa latihan dan bimbingan yang diperolehi guru pelatih sebelum menjalani praktikum dapat membantu mereka meningkatkan tahap efikasi kendiri kaunseling sebelum berada di lapangan. Hal ini kerana melalui latihan, tugasan dan bimbingan yang diberikan guru pelatih dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam mengendalikan sesi kaunseling. Peningkatan aspek – aspek tersebut secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri mereka. Seterusnya, Fatin Zulaikha Mohd Zulkifli (2019) mendapati bahawa wujudnya tiga isu persediaan kerjaya kaunselor secara professional dan personal iaitu kaunselor kurang keyakinan diri, kurang pengetahuan kaunseling dan kurangnya kemahiran dalam kaunseling. Oleh itu, pentingnya fasa persediaan yang merangkumi latihan lapangan, tugasan kerja kursus serta bimbingan daripada tenaga pengajar kepada guru pelatih adalah kerana dapat mengurangkan atau membanteras isu – isu tersebut apabila mereka berada dalam profesioan kaunselor di lapangan nanti. Walaupun begitu, terdapat satu dimensi yang menunjukkan tahap efikasi kendiri kaunseling yang sedikit berbeza daripada dimensi – dimensi yang lain iaitu dimensi proses kaunseling yang menunjukkan tahap sederhana
62 dengan nilai min sebanyak 2.94. Berdasarkan konstruk dimensi ini, kebanyakan item soalan adalah berkaitan dengan rasa bimbang, tidak yakin dan khuatir terhadap beberapa aspek semasa melaksanakan sesi iaitu melibatkan respon, tafsiran dan pandangan yang diberikan. Ini menunjukkan bahawa, majoriti guru pelatih B&K bimbang sekiranya respon yang diberikan kurang refleksi terhadap perasaan, penjelasan, penerokaan dan mungkin mengelirukan klien. Dapatan ini dapat dibuktikan dengan kajian Azlina Abdullah (2017) yang bersetuju bahawa salah satu daripada empat faktor yang menghalang proses kaunseling adalah kaunselor itu sendiri. Faktor kaunselor dikatakan menjadi penghalang kerana kurang mahir dan persediaan yang tidak mencukupi dalam mengendalikan sesi sepenuhnya. Hal ini juga berkemungkinan berlaku apabila guru pelatih tidak menguasai beberapa kemahiran tertentu dengan baik sepanjang tempoh belajar dan mendapatkan latihan. Namun begitu, Fatin Zulaikha Mohd Zulkifli (2017) pula berpendapat bahawa kaunselor mudah mengalami perasaan gemuruh apabila berjumpa dengan klien dan tidak menjadi tulen akibat menginginkan kesempurnaan. Jika ditelusuri dari aspek ini, guru pelatih berkemungkinan berasa gemuruh kerana ini merupakan kali pertama mereka menjalani praktikum bagi bidang Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Kesimpulannya, tahap efikasi kendiri kaunseling dalam kalangan guru pelatih B&K IPGKTAA adalah pada tahap tinggi. Secara umumnya, lima dimensi yang dinyatakan dalam kajian ini dilihat sebagai faktor kepada pembentukan dan perkembangan efikasi kendiri kaunseling kaunselor pelatih atau guru pelatih B&K. Hal ini kerana kesemua dimensi tersebut dapat dibentuk dan dikembangkan melalui latihan, tugasan, bimbingan dan penyeliaan yang diberikan kepada guru pelatih dalam proses persediaan menjadi kaunselor atau Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) di sekolah. Secara keseluruhannya, hasil analisis daripada data – data yang telah dikumpulkan adalah relevan dan dapat menjawab persoalan – persoalan kajian. Sebagai sebuah kajian yang bermutu dan memberikan impak yang holistik, kajian ini mampu memberikan implikasi yang postif kepada beberapa pihak antaranya pihak institut, pihak tenaga pengajar dan kepada guru pelatih B&K. Oleh itu, implikasi ini boleh dikategorikan kepada tiga antaranya Sebagai rujukan dan panduan. Kajian ini memberikan implikasi kepada pihak institut adalah dengan bertindak sebagai satu bahan rujukan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri kaunseling dalam kalangan siswa pelatih di institut. Seterusnya, berdasarkan lima dimensi yang terlibat dalam kajian ini, tenaga pengajat boleh menjadikan dimensi tersebut sebagai panduan untuk memberikan bimbingan dan mengenal pasti tahap efikasi kendiri kaunseling guru pelatih semasa berada di lapangan. Selain itu, Sebagai Bimbingan (Mentorship). Kajian ini memberikan implikasi terhadap tenaga pengajar bahawa bimbingan yang diberikan sepanjang tempoh latihan dan penyeliaan yang dilakukan sepanjang fasa praktikum dan internship dapat membantu guru pelatih untuk meningkatkan tahap efikasi kendiri kaunseling mereka untuk memberikan perkhidmatan di lapangan sebenar. Terakhirnya sebagai Medium membentuk kesedaran. Kajian ini memberikan kesedaran kepada guru pelatih bahawa tahap efikasi kendiri kaunseling mereka dipengaruhi oleh lima dimensi yang merangkumi aspek kemahiran, kecekapan, kompetensi dan nilai dalam memberikan perkhidmatan kaunseling. Secara tidak langsung, guru pelatih jelas dan mengenal pasti konstruk dalam setiap dimensi yang dapat membantu mereka untuk meningkatkan tahap keyakinan dan kepercayaan diri mereka dalam memberikan perkhidmatan B&K di lapangan sebenar.
63 Setelah kajian ini dilaksanakan pengkaji mendapati terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dan penambahbaikkan kepada pihak penyelidikan selanjutnya yang ingin mengkaji skop kajian ini. Antara cadangan tersebut adalah dimensi kajian ini perlu diperlu ditambah dengan dimensi Penglibatan Klien Berkeperluan Khas. Melalui penambahan dimensi ini, hasil dapatan kajian dapat dibincangkan dengan lebih holsitik. Hal ini kerana dapatan kajian dapat mengenal pasti tahap keyakinan dan kepercayaan dalam diri kaunselor pelatih untuk memberikan perkhidmatan dan mengendalikan klien yang berkeperluan khas dalam sesi kaunseling. Cadangan seterusny adalah kajian ini boleh diperluaskan lagi dengan penglibatan semua guru pelatih B&K dari seluruh IPG. Hal ini supaya dapatan kajian ini dapat digeneralisasikan dengan lebih menyeluruh. Di samping itu, kemungkinan tahap efikasi kendiri kaunseling guru pelatih daripada pelbagai institut adalah berbeza secara tidak langsung perbandingan antara institut dapat dilihat. RUJUKAN Azlina Abdullah (2017). Halangan – halangan dalam proses kaunseling. Doktor Falsafah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malysia (UKM). Bandura, A. (1977). Self-Efficacy: Toward a Unifying Theory of Behavioral Change. Psychology Review. Fatin Zulaikha Mohd Zulkifli (2019). Penerokaan persediaan kerjaya kaunselor secara profesional dan personal dalam kalangan kaunselor pelatih. Tesis Dr. Mohamed Sharif Mustafa, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak. Flasch P., Bloom Z. D., & Holladay K. (2016). Self-Efficacy of Counselor Trainees in Pre-Practicum: A Phenomenological Study. Journal of Counselor Practice. Larson, L. M., & Daniels, J. A. (1998). Review of the counseling self-efficacy literature. The Counseling Psychologist. Larson, M. L., Suzuki, L. A., Gillespie, K. N., Potenza, M. T., & Bechtel, M. A. (1992). Development and Validation of the Counseling Self-Estimate Inventory. Journal of Counseling Psychology. Manchelah N. (2017). Keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah di Malaysia. Doktor Falsafah Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Mastura Mahfar (2022). Profesionalisme Kaunselor: Etika & Kompetensi. Universiti Teknologi Malaysia. Mullen, R. P., Uwamahoro, M. O., Blount, A. J., & Lambie, G. W. (2015). Development of Counseling Students' SelfEfficacy During Preparation and Training. The Professional Counselor. Nor Asmawati Ismail, Najihah Abd Wahid & Norsuhada Mat Hassan (2019). Meningkatkan efikasi kendiri guru di Malaysia terhadap kecenderungan pembelajaran generasi Z dan Alpha. Nur Adilah Ramli (2021). Pengaruh Efikasi Kendiri Kaunseling dan Strategi Daya Tindak Terhadap Identiti Profesional Kaunselor. UPSI. Pereira, M. & Rekha, S. (2017). Problems, difficulties and challenges faced by counsellors. International Journal of Indian Psychology. Rorlinda Yusof, Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, & Noriah Mohd Ishak (2016). Relationship Between Emotional Intelligence And Job Satisfaction Among School Counseling Head Teachers. Journal Of Humanities And Social Science.
64 Wan Marzuki Wan Jaafar (2011). The counseling performance among trainee counselor in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences 30.
65 FAKTOR-FAKTOR MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT MOHAMMAD AZREEN BIN ISMAIL ( [email protected] ) ( Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Pada masa kini, tumpuan utama pendidikan adalah bukan sahaja untuk melahirkan murid yang mempunyai akademik yang cemerlang tetapi juga memiliki sahsiah yang terpuji. Hal ini bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang berkualiti melalui pendidikan selaras dengan elemen aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Namun, kini statistik menunjukkan bahawa seramai 111,895 murid iaitu 16,849 murid sekolah rendah dan 95,046 murid sekolah menengah didapati terlibat dalam salah laku disiplin di sekolah. Lebih dikhuatiri lagi ia akan menyumbang kepada masalah jenayah di dalam negara kerana penglibatan murid dalam isu disiplin di sekolah mampu mempengaruhi murid kepada jenayah yang lebih serius pada masa akan datang seperti merogol, merompak, menggunakan bahan terlarang dan sebagainya. Oleh itu, kesemua komuniti terutamanya guru sebagai pembawa murid-murid ke arah pembentukan disiplin diri yang unggul semestinya menerokai secara lebih kritikal mengenai isu ini agar komuniti dapat memberi kesedaran kepada murid berkaitan kesan sekiranya murid terlibat dengan salah laku disiplin. Justeru, memandang kepada keseriusan isu ini dalam membentuk generasi yang berakhlak mulia serta berperibadi unggul pada masa akan datang, maka wujudnya keperluan penyelidik Masalah disiplin merupakan isu yang sentiasa hangat dibibir masyarakat terutamanya dalam masyarakat sekolah masa kini. Namun, faktor-faktor utama yang menjadi punca kepada isu ini masih kurang jelas dalam pengetahuan masyarakat kita. Seandainya isu ini tidak diatasi, maka Malaysia akan berpotensi dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai dan sahsiah diri yang buruk. Oleh itu, kajian ini dijalankan kepada murid tahap dua SK AU Keramat bagi mengukur tahap serta faktor yang mempengaruhi masalah tersebut. Selain itu, kajian ini akan menilai faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin murid dari aspek diri sendiri, rakan sebaya dan keluarga seterusnya menentukan faktor dominan dalam kalangan murid tahap dua SK AU Keramat. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik terhadap 147 orang responden dalam kalangan murid tahap dua SK AU Keramat. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan. Data dianalisis secara statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan faktor diri sendiri, rakan sebaya dan keluarga berada di tahap yang tinggi dengan bacaan min bagi faktor diri sendiri sebanyak 3.432, rakan sebaya sebanyak 3.547 dan keluarga 3.486. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesemua faktor menyumbang kepada masalah disiplin dalam kalangan murid tahap dua SK AU Keramat serta rakan sebaya merupakan faktor dominan dalam mempengaruhi masalah disiplin di sekolah tersebut. Kajian lanjutan dicadangkan untuk menganalisis tahap masalah disiplin dan faktor masalah disiplin murid bagi seluruh sekolah supaya guru bimbingan dan kaunseling dapat merancang perkhidmatan bimbingan yang dapat memenuhi keperluan semua murid. Kata Kunci: (faktor diri sendiri, faktor rakan sebaya, faktor keluarga)
66 dalam mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi murid terlibat dengan masalah disiplin. Hal ini demikian kerana masih terdapat kurang kajian yang menyelidik berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi masalah sosial atau disiplin murid (Azlina 2012). Justeru, dengan adanya kajian ini ia mampu menyedarkan kesemua komuniti masyarakat berkaitan isu ini seterusnya menimbulkan rasa tanggungjawab dalam kesemua komuniti bagi menangani isu yang semakin serius ini. PENYATAAN MASALAH Pada masa lalu, jumlah remaja yang terlibat dengan isu moral dan kes jenayah tidaklah terlalu tinggi, namun kini jumlahnya meningkat secara mendadak dan kesannya bukannya hanya terhad kepada ibu bapa dan murid tersebut sahaja, bahkan ianya juga memberi kesan kepada masyarakat dan kredibiliti sekolah yang membentuk semangat dan tingkah laku generasi muda (Hashim, 2020). Menurut Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, statistik tangkapan membabitkan remaja sekolah di Johor bagi kesalahan jenayah indeks tahun 2019 adalah seramai 1,230, tahun 2020 seramai 601 dan tahun ini bagi tempoh Janurari hingga Mac seramai 77 orang. Berdasarkan kajian Ahmad Pujo Sugiarto et al., (2019) mendapati bahawa pelajar dari SMK Larenda Brebes terdorong untuk terlibat dalam tingkah laku bermasalah adalah disebabkan oleh faktor dalaman atau faktor sikap pelajar itu sendiri. Manakala, menurut kajian Diana Wulanduri et al. (2019) mendapati terdapat perkaitan positif antara gaya keibubapaan dengan isu disiplin. Ini disokong oleh Aritha Perangin Angin (2017) yang menyatakan bahawa kajiannya sebelum ini menunjukkan faktor keluarga turut mempengaruhi masalah disiplin murid di sekolah. Kajian oleh Lukman Hakim et al., (2019) pula mendapati faktor rakan sebaya menyumbang kepada isu disiplin murid seperti ketidakhadiran dan ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid. Justeru, dalam kajian ini pengkaji akan menekankan masalah disiplin dari faktor diri sendiri, rakan sebaya dan keluarga sahaja. Sekiranya masalah ini tidak ditangani secara awal lagi ia akan menjadi wabak dan memberi kesan yang buruk kepada murid-murid. Ini kerana merujuk Akta 611 dan Akta Kanak-kanak, kanak-kanak yang berada di umur lingkungan 10 tahun sehingga 18 tahun boleh dibicarakan dalam makamah juvana sekiranya melakukan jenayah atau masalah disiplin seperti samun, pergaduhan, merogol dan sebagainya. Oleh itu, adalah amat relevan untuk pengkaji untuk menjalankan kajian ini ke atas murid tahap dua di Sekolah Kebangsaan AU Keramat bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi isu disiplin dalam kalangan murid sekolah tersebut. Selain itu, kajian ini juga akan mengukur faktor dominan kepada masalah disiplin dalam kalangan murid tahap dua Sekolah Kebangsaan AU Keramat. Tambahan pula, menurut Ahmad dan Kasim (2017), mendapati masih terdapat keperluan untuk meningkatkan penyelidikan berkaitan golongan remaja khususnya murid memandangkan penyelidikan berkaitan murid ini masih kurang dijalankan di negara kita. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif-objektif berikut: I. Mengenal pasti sejauh mana faktor diri sendiri, rakan sebaya dan keluarga dalam mempengaruhi masalah disiplin murid tahap dua di SK AU Keramat. II. Mengenal pasti faktor dominan yang memepengaruhi masalah disiplin murid tahap dua di SK AU Keramat.
67 Dengan menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif, kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut: I. Adakah faktor diri sendiri, rakan sebaya dan keluarga mempengaruhi masalah disiplin murid tahap dua di SK AU Keramat? II. Apakah faktor dominan yang mempengaruhi masalah disiplin murid tahap dua di SK AU Keramat? METODOLOGI KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dalam reka bentuk kajian tinjauan. Kajian ini sepenuhnya menggunakan kaedah kuantitatif di mana data-data yang berkaitan akan dikumpulkan melalui soal selidik bersama murid-murid tahap dua SK AU Keramat. Menurut Ghazali Darulsalam dan Sufean Hussin (2016), populasi ditakrifkan sebagai kesemua individu yang digunakan bagi mengumpul semua unsur yang dikaji yang akhirnya membawa kepada kesimpulan yang akan dibuat dalam sesebuah kajian. Dalam kajian ini, populasi merupakan semua murid tahap dua di SK AU Keramat iaitu seramai 440 orang. Pendekatan sampel bertujuan telah digunakan dan pengkaji telah mengedarkan soal selidik tersebut kepada semua murid tahap 2 SK AU Keramat yang pernah terlibat dalam masalah disiplin dan telah menerima sebanyak 147 responden. Dengan merujuk jadual penentuan saiz sampel Krejcie & Morgan (1970), bilangan saiz sampel yang bersesuaian adalah sebanyak 140 orang, maka ia telah memenuhi keperluan sampel dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan soal selidik yang diadaptasi sepenuhnya daripada kajian K. Shoba a/p Karuppaya (2007). Ini kerana soal selidik yang diadaptasi amat relevan dalam memenuhi kehendakkajian ini. Pengkaji tersebut telah menjalankan kajian rintis dan mendapati soal selidik memunyai nilai pekali alpha Croanbach sebanyak 0.949 Oleh kerana instrumen yang digunakan ini telah memenuhi aspek kesahan dan kebolehpercayaan, maka aspek kesahan kandungan telah dipenuhi (Sanchez- Franco & Roldan, 2010). Soal selidik skala 5 likert tersebut mempunyai 3 bahagian yang mengandungi 41 item secara keseluruhan bagi mencapai objektif dan persoalan kajian ini. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Jadual 1: Faktor Masalah Disiplin Murid Tahap Dua SK AU Keramat FAKTOR MIN INTERPRESTASI MIN Diri sendiri 3.432 Tinggi Rakan sebaya 3.547 Tinggi Keluarga 3.486 Tinggi KESELURUHAN 3.488 Tinggi Jadual 1 menunjukkan keputusan kajian berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan murid tahap 2 SK AU Keramat. Hasil kajian mendapati bahawa nilai min bagi faktor diri sendiri ialah (M=3.432), diikuti rakan sebaya (M=3.547) dan ibu bapa (M=3.486). Ini membuktikan bahawa kesemua faktor yang dikaji mempengaruhi masalah disiplin murid tahap 2 SK AU Keramat dengan bacaan min pada tahap yang tinggi.
68 Secara keseluruhannya, kesemua faktor yang dikaji mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan murid tahap 2 SK AU Keramat. Hasil mendapati bahawa faktor diri sendiri merupakan salah satu faktor yang mendorong masalah disiplin diri murid dengan bacaan purata nilai min sebanyak (M=3.432). Hal ini demikian kerana, sikap serta emosi murid itu sendiri kurang terkawal menyebabkan murid mudah terjerumus dalam melakukan salah laku atau isu disiplin semasa berada di sekolah. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Noradilah Abdul Wahab et al., (2021) yang menyatakan menyatakan bahawa tingkah laku negatif itu sendiri adalah penyebab kepada berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Ini turut disokong oleh Nooraisah Katmun (2018) yang mendapati hasil dapatan daripada kajiaanya yang dijalankan di sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan dan mendapati bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara faktor diri pelajar terhadap masalah disiplin pelajar di sekolah menengah (p<0.01). Seterusnya, bahawa faktor rakan sebaya juga berada pada tahap yang tinggi dalam mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan murid tahap dua di SK AU Keramat dengan nilai purata min (M=3.547). Dapatan ini dikukuhkan dengan kajian Alis Puteh et al., (2017), menyatakan bahawa kebanyakkan murid yang terlibat dengan masalah disipin adalah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana murid banyak menghabiskan hampir keseluruhan waktunya bersama kawan-kawan di sekolah menyebabkan pengaruh rakan mudah diserap oleh murid-murid. Ini juga turut disokong oleh kajian Rohana Tan, Norshani Zainal Abidin dan Nadi Suwira, (2019), yang mendapati faktor pengaruh rakan sebaya berada pada tahap min yang tinggi dalam pembentukan peribadi remaja dengan bacaan min (M=4.17). Bagi faktor ibu bapa pula mendapati min iaitu sebanyak (M=3.486). Hasil dapatan ini membuktikan bahawa ibu bapa murid tahap dua SK AU Keramat kurang prihatan dan tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka akibat daripada kesibukkan bekerja dan kurang meluangkan masa bersama anak-anak akibat kekangan masa yang dihadapi oleh mereka. Apabila perkara ini terjadi, ia akan menyebabkan anak-anak mudah memberontak dan terjebak dengan masalah disiplin di sekolah. Ini disokong oleh kajian Ahmad Faqih Ibrahim dan Khairul Azhar Meeragani (2019), menyatakan bahawa kekurangan dan gangguan interaksi antara ibu bapa dan anak-anak akan menyebabkan jiwa anakanak memberontak dan mendorong mereka dalam melakukan tingkah laku negatif. Bagi kajian luar negara yang dijalankan oleh Angelina Simai Suka, Saemah Rahman dan Shahlan Surat (2021) dalam kajiiannya iaitu “Persepsi Guru Tentang Pengaruh Ekologi Mikrosistem Terhadap Pembentukan Tingkah Laku Disruptif Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah” di Indonesia juga mendapati bahawa ekologi subsistem keluarga merupakan faktor yang paling tinggi dalam mempengaruhi tingkah laku disruptif murid sekolah rendah dengan bacaan min (M=3.62). Maka, berdasarkan hasil interpretasi min pengkaji mendapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor dominan kepada masalah disiplin ini. Dapatan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Absha Atiah dan Mohd Isa Hamzah (2019), menyatakan bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang dominan kerana berada pada tahap min yang tertinggi dalam mempengaruhi disiplin murid di sekolah dengan nilai min (M=3.12). Hasil dapatan kajian ini turut disokong dengan kajian Rohana Tan, Norhasni Zainal Abidin dan Nadi Suwira (2019), yang turut menyatakan bahawa faktor rakan sebaya berada pada tahap min yang tinggi dalam pembentukan peribadi remaja. Hal ini demikian kerana murid lebih banyak meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka di sekolah kerana kebanyakkan sesi persekolahan di Malaysia mempunyai anggaran sesi persekolahan selama lapan jam. Maka, sudah tentu rakan sebaya banyak mempengaruhi
69 tingkah laku murid. Dapatan ini juga selari dengan Teori Ekologi yang diasaskan oleh Bronfenbrenner yang menyatakan bahawa persekitaran terdekat kanak-kanak yang banyak meluangkan masa dan berinteraksi bersama-sama secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak tersebut. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Secara keseluruhannya, pengkaji telah menjawab persoalan kajian dengan menganalisis data yang diperoleh secara deskriptif dengan menggunakan perisian IBM SPSS bagi melihat kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Pengkaji telah membuktikan bahawa kesemua faktor-faktor iaitu diri sendiri (M=3.432), rakan sebaya (M=3.547) dan keluarga (M=3.486) mempengaruhi masalah disiplin murid tahap dua di SK AU Keramat kerana kesemua faktor tersebut berada pada tahap yang tinggi. Bagi persoalan kajian ketiga pula, pengkaji mendapati faktor dominan bagi isu masalah disiplin murid tahap dua di SK AU Keramat ialah faktor rakan sebaya dengan catatan min tertinggi iaitu sebanyak (M=3.547). Seterusnya, pengkaji juga mencadangkan pengkaji lain untuk menggunakan skop kajian yang lebih besar. Hal ini kerana pengkaji hanya mengkaji murid tahap 2 maka dapatan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada keseluruhan sekolah. Tambahan itu, menurut Borg dan Gali dalam Cates (1990), adalah lebih baik sekiranya pemilihan sampel dalam sesebuah kajian melibatkan jumlah yang lebih besar. Selain itu, dalam kajian ini soal selidik diedarkan melalui “Google Form” tanpa pantauan oleh pengkaji, ini berkemungkinan menyebabkan responden tidak memahami item-item yang terdapat di dalam soal selidik tersebut. Maka, ia akan menyebabkan kesahan dan kebolehpercayaan ke atas kajian yang dijalankan menurun. Justure, pengkaji mencadangkan pengkaji lain agar melakukan pengumpulan data secara dengan pantauan pengkaji agar nilai kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dijalankan semakin tinggi. Implikasi yang didapati daripada kajian ini ialah dari segi kerelevenan teori, di mana Teori Ekologi Bronfrenbrenner dan Teori Pembelajaran Sosial Bandura masih relevan digunakan kerana mampu membantu pengkaji dalam mengenalpasti faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak tersebut. Seterusnya, kajian ini juga memberi pengetahuan kepada pengkaji dalam menjalankan prosedur kajian secara beretika sepanjang melaksanakan kajian ini. Akhir sekali, kajian ini juga turut memberi kesedaran dan pengetahuan kepada komuniti berkaitan isu ini agar tindakan yang sewajarnya mampu diambil oleh komuniti terutamanya pihak kerajaan, sekolah, guru bimbingan dan kaunseling, ibu bapa dan sebagainya dalam menangani isu ini supaya tidak menjawadi sebuah wabak dalam generasi muda kita pada masa akan datang. RUJUKAN Absha Atiah Abu Bakar dan Mohd Isa Hamzah. (2019). Faktor Keterlibatan Remaja Dengan Masalah Sosial. Jurnal Hadhari, (1) (2019), 1-17. Ahmad dan Kasim. (2017). Permasalahan dan Cabaran Guru Pendidikan Islam dalam Membentuk Personaliti dan Akhlak Pelajar: Satu Analisis Secara Kritis. International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia Vol 283; 1-15.
70 Ahmad Faqih Ibrahim dan Khairul Azhar Meerangani. (2019). Pengaruh 3R (Race, Religion, Royalty) Terhadap Keharmonian Masyarakat di Malaysia Era Revolusi Industri 4.0. International Seminar on Comtemporary Fiqh 2020. Ahmad Pujo Sugiarto et al. (2019). Faktor Kedisiplinan Belajar Pada Siswa Kelas X SMK Larenda Brebes. Jurnal Mimbar Ilmu, Vol. 24 No. 2. Andy Chandra dan Aritha Perangin Angin. (2017). Hubungan Perhatian Orang Tua dan Iklim Sekolah Dengan Disiplin Pada Siswa SMP N2 Padang Tualang Kabupaten Langkat. Jurnal Psychomutiara; 1-14. Angelina Simai Suka et al. (2021). Persepsi Guru Tentang Pengaruh Ekologi Mikrosistem Terhadap Pembentukan Tingkah Laku Distruptif Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal dunia Pendidikan Vol 3, No 1: 581-591. Elmi Baharuddin. 2013. Kecerdasan Rohaniah dan Amalan Agama di Rumah Kebajikan. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pengajian Islam, Unversiti Kebangsaan Malaysia. Diana Wulanduri, Lee Jun Choi, dan Mohammad Syawal Narawi. (2018). Pengaruh Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Gejala Ponteng Sekolah. Journal of Education and Social Sciences Vol 2: 11-22. Ghazali Darulsalam, & Sufean Hussin (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan; Amalan dan Analisis Kajian (Edisi Kedua). Universiti Malaya. K. Shoba a/p Karuppaya. (2007). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplindi Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Johor. Tesis Psikologi Pendidikan: 1-176. Lukman Hakim et al. (2019). Masalah Kecelaruan Tingkah Laku: Masalah Ponteng Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Science 2019, 2 (1): 51-64. Noradilah Abdul Wahab, Mohd Sani Ismail dan Raihan Mohd Arifin. (2021). Pengaruh Kematangan Emosi Terhadap Masalah Disiplin Pelajr Islam Sekolah Menengah Kebangsaan di Terengganu. International Journal of Arts and Social Science Research: 55-69. Nooraisah Katmun. (2018). Faktor Penentu Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan. Management Research Journal, 3, 140-154. Rohana Tan, Norhasni Zainal Abidin dan Nadi Suwira. (2019). Faktor Yang Mempengaruhi Penghayatan Akhlak Islam dalam Kalangan Belia di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Jurnal Indonesia dan Kajian Pendidikan: 161-177. Sanchez-Franco, M. J., & Roldán, J. L. (2010). Expressive aesthetics to ease perceived community support: Exploring personal innovativeness and routinised behaviour as moderators in Tuenti. Computers in Human Behavior, 26(6), 1445-1457. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2019. Putrajaya. Malaysia.
71 FAKTOR-FAKTOR TINGKAH LAKU BULI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO ABDUL RAHMAN YAAKUB MUHAMMAD KHAIR HILMAN BIN MOHD RASHID ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Pelajar merupakan aset penting dalam negara di mana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Menurut kata mutiara sarjana, "Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini." Oleh hal demikian, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjelaskan bahawa objektif pendidikan adalah untuk memastikan semua pelajar mencapai perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Sekolah merupakan institusi bagi pelajar untuk menuntut ilmu serta menjadi pusat untuk membentuk jati diri dan diharapkan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang demi masa depan negara. Namun, masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan banyak pihak. Beberapa tahun kebelakangan ini negara kita dikejutkan dengan beberapa kejadian salah laku buli di sekolah sehingga sesetengahnya menyebabkan kecederaan yang serius serta kematian pada mangsa. Tajuk- tajuk berita yang membabitkan tingkah laku buli seperti Kes buli dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini merupakan satu kejadian yang sering berlaku di sekolah. Buli merupakan perbuatan negatif yang dikenakan oleh seseorang yang lebih kuat atau berkuasa terhadap seseorang yang lebih lemah atau kurang berkuasa secara berulang kali. Oleh itu, Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku buli dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub. Kajian ini melibatkan seramai 51 orang sampel yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah tersebut yang pernah menjadi mangsa buli atau pembuli yang telah dipilih secara bertujuan daripada tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam menentukan perhubungan antara kesemua pemboleh ubah bersandar iaitu faktor-faktor tingkah laku buli dengan pemboleh ubah tidak bersandar yang merujuk kepada faktor-faktor buli seperti faktor individu, faktor keluarga dan faktor sekolah. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS untuk melihat kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan dari segi faktor individu telah mencatatkan skor min tertinggi dengan nilai min sebanyak (Min=3.05) menerusi pernyataan “untuk suka”. Manakala dari segi faktor keluarga pula didapati nilai skor min keseluruhan ialah sebanyak (Min= 2.42) dengan nilai skor min tertinggi iaitu pada pernyataan “keluarganya miskin” (2.58). dari segi faktor sekolah pula menunjukkan bahawa nilai skor min bagi faktor sekolah ialah sebanyak (Min=2.70) dengan nilai skor min tertinggi pada item “mempunyai ramai kawan” (3.07). secara keseluruhannya, dapatan kajian ini mendapati faktor tingkah laku buli yang dominan ialah pada faktor individu. Implikasi daripada hasil kajian ini dapat digunakan sebagai input kepada pihak berkepentingan untuk merancang program pencegahan buli. Kata Kunci: faktor tingkah laku buli, Pelajar, Sekolah Menengah
72 "buli gugat semangat belajar" dan "kerjasama penting bagi banteras gengsterisme" juga banyak dipaparkan di akhbarakhbar tempatan pada masa kini. Berita sebegini sudah tentu menggusarkan hati banyak pihak kerana sekolah yang merupakan institusi yang mulia untuk menimba ilmu tetapi telah banyak dicemari dengan perkara yang merosakkan akhlak pelajar di mana banyak insiden buli di sekolah telah dilaporkan samada sekolah rendah mahupun menengah. Manakala menurut Azizi Yahaya et al. (2008), kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli dan isu ini perlulah ditangani dengan segera. PENYATAAN MASALAH Belakangan ini, kita sering dipaparkan oleh media massa berkaitan dengan gejala buli yang berlaku dalam kalangan pelajar. Pada tahun 2018, kita dikejutkan dengan dua kejadian buli yang memeranjatkan negara iaitu buli yang berlaku terhadap pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan pelajar 18 tahun di Georgetown, Pulau Pinang. Kedua-dua kes buli ini telah membawa kepada kematian mangsa. Ini menunjukkan bahawa kejadian buli semakin parah dan di tahap yang sangat membimbangkan. Menurut Sejiwa (2008) buli merupakan perbuatan penyalahgunaan kekuatan atau kekuasaan yang dilakukan oleh seseorang atau kelompok yang bukan hanya kuat dari segi fizikal namun kuat secara mental juga. Ini disokong oleh American Psychological Association (2013) di mana perlakuan buli dilakukan seseorang secara berulang yang akan menyebabkan berlakunya kecederaan atau ketidakselesaan pada orang lain. Selain itu, buli juga dilakukan bertujuan untuk mendapatkan kekuasaan dan dominasi terhadap orang lain (Imanda, 2013). Ini menunjukkan bahawa perbuatan buli merupakan satu perlakuan kekuatan atau kekuasaan yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan secara berulang untuk mendapatkan kekuasaan sehingga menyebabkan kecedaraan pada mangsa. Biasanya kita sering mendengar tentang kes buli kebanyakannya melibatkan pelajar sekolah menengah, namun begitu, kes buli pada hari ini juga melibatkan pelajar sekolah rendah. Sebagai contoh pada bulan Mac 2018, telah tular satu rakaman video seorang pelajar sekolah ditumbuk dan ditendang oleh beberapa pelajar lain di sekolah yang sama di Negeri Sembilan (Safeek Affendy Razali & Nor Azizah Mokhtar, 2018). Contoh yang lain pula, rakaman video seorang pelajar sekolah rendah dipukul oleh tiga pelajar lain di sebuah sekolah yang sama di Terengganu yang berpunca daripada perasaan tidak berpuas hati telah tular pada tahun 2019 (Hussain, 2019). Selain itu, kejadian buli di salah sebuah sekolah rendah berasrama yang dilaporkan pada 24 Ogos 2017 melibatkan seorang pelajar Tahun 1 bernama Jackson Nuing Awe meninggal dunia akibat dibelasah oleh seniornya sendiri. Pelaku merupakan pelajar Tahun 6 yang berusia 12 tahun. Apa yang menyedihkan adalah, punca kejadian ini berlaku disebabkan Jackson mengejek nama ayahnya lalu menyebabkan pelaku berasa berang (Mohd Roji Kawi, 2017). Hal ini kerana, tingkah laku buli ini bukan semata-mata berpunca daripada satu punca, malah la melibatkan rangkaian faktor yang mendorong kepada berlakunya tekanan. Namun terdapat kemungkinan bahawa suatu faktor tekanan itu memainkan peranan yang lebih dominan berbanding faktor-faktor lain dalam sesuatu situasi. Kejadian buli ini yang berlaku di asrama adalah selaras dengan pernyataan oleh Abdalqader et al., (2018) iaitu menurut beliau, kebanyakan insiden buli berlaku di sekolah dan juga di dalam bilik di asrama. Di samping itu, statistik kes buli menunjukkan pada tahun 2015, sebanyak 3011 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah, pada tahun 2016 sebanyak 3488 kes buli dilaporkan, manakala pada tahun 2017 sebanyak 2795 kes buli dilaporkan (Yaacob, 2018). Di Miri pada 8 Julai 2019, seorang pelajar
73 sekolah menengah berusia 13 tahun ditumbuk dan ditendang oleh lima pelajar dari sekolah yang sama (Sidi, 2019). Berita-berita seperti ini sudah pasti membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolahsekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang amat membimbangkan. Menurut Junainor Hassan et al. (2016), pembuli juga akan mempunyai implikasi yang negatif dan ini akan mempengaruhi pembentukan personaliti sehingga menjadi ganas dan tidak terkawal pada masa akan datang. Menurut Nachiappan et al., (2018), buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia juga disebabkan oleh faktor dengki, perasaan iri hati dan dendam terhadap kawan-kawan, kurang perhatian daripada ibu bapa yang menyebabkan pelajar bertindak agresif untuk mendapatkan perhatian. Menurut kalian mereka juga, terdapat juga pelajar yang bertindak agresif kerana mengikut perilaku ibu bapa yang melakukan kekerasan di rumah. Oleh hal yang demikian, masalah tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia perlulah dikaji bagi mengetahui keadaan sebenar kejadian buli seterusnya mampu untuk membendungnya daripada menjadi semakin berleluasa. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji tentang tingkah laku buli pelaiar sekolah rendah menggunakan senarai semak kehidupan pelajar di sekolah. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif kajian a) Mengenalpasti faktor diri yang yang mempengaruhi tingkah laku buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub. b) Mengenalpasti faktor dominan yang yang mempengaruhi tingkah laku buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub. Persoalan kajian a) Adakah faktor diri yang mempengaruhi tingkah laku buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub? b) Adakah faktor dominan yang mempengaruhi tingkah laku buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub? METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian merupakan panduan kepada pengkaji bagi memastikan objektif kajian tercapai seterusnya menjawab semua persoalan kajian. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif yang berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan kerana reka bentuk ini adalah sesuai dan merupakan cara yang spesifik bagi mendapatkan maklumat data daripada sampel dalam populasi yang ramai. Melalui kaedah ini satu set soal selidik akan disediakan kepada responden bagi mengumpulkan maklumat dan data faktor tingkah laku buli di sekolah menengah. Data yang diperolehi daripada kajian ini ialah bersifat numerik iaitu data diperoleh daripada maklum balas Persampelan
74 Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003), saiz sampel adalah penting kerana la melambangkan kekuatan keputusan kajian nanti. Sampel adalah bahadian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebin besar untuk tujuan kajian. Berdasarkan data diperoleh daripada unit bimbingan kaunseling di sekolah SMK Dato Abdul Rahman Yaakub, jumlah populasi pelajar yang pernah terlibat dengan masalah buli ini ialah seramai 60 orang. Jadi, 52 orang pelajar daripada populasi tersebut telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Ini bertepatan dengan jadual penentu saiz sampel yang diperoleh daripada Robert V. Krejcie & Daryle W. Morgan (1970). Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Pengkaji menggunakan persampelan bertujuan untuk menentukanresponden yang sesuai dan khusus dengan tujuan kajian. Pensampelan bertujuan digunakan bagi mengumpul maklumat daripada sekumpulan sampel yang khusus dan spesifik serta bertepatan dengan objektif kajian (Norizah Aripin, Hasrina Mustafa & Adan Hussein, 2011). Instrumen Kajian Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, instrumen ialah alat atau perkakas. Menurut Mohd. Najib (1998) dalam Mohd Faizal Nizam, Lee Abdullah dan Leow Tze Wei (2017), instrument menentukan jenis data yang diperolehi dan ini akan mempengaruhi jenis analisis data. Antara instrumen yang sering digunakan oleh pengkaji dalam kajian deskriptif ialah instrumen soal selidik. Hal ini kerana, instrumen soal selidik dapat membantu pengkaji mencapai objektif dengan lebih berkesan dan lebih praktikal. Oleh itu, instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan berkesan bagi menjawab semua persoalan kajian yang telah ditentukan terlebih dahulu. Tambahan pula, instrumen soal selidik adalah sangat sesuai untuk kajian yang mempunyai bilangan responden yang ramai dan lazim digunakan dalam kajian deskriptif. Instrumen soal selidik yang digunakan untuk kalian ini merupakan set borang soal selidik yang diubahsuai daripada set soal selidik yang telah dijalankan oleh Azizi Yahaya et al., (2008) . Set soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu : A : Maklumat diri pelajar B : Punca/Faktor kejadian buli Menurut Azizi Yahaya et al. (2008), Bahagian A adalah bertujuan untuk mengetahui latar belakang pelajar. Bahagian B adalah untuk mengenal pasti punca/faktor kejadian buli. Bahagian ini dibahagikan kepada 3 sub skala iaitu faktor keluarga, individu dan sekolah menggunakan kaedah Skala Likert lima mata sebagai skala jawapan responden. Jadual 2 : Taburan item dalam borang soal selidik BAHAGIAN PEMBOLEH UBAH NO.ITEM JUMLAH ITEM A Demografi 1 - 3 3 B Faktor Individu 1,3,4,5,8,11,12,13,17,18,19,22,23 13 C Faktor Keluarga 2, 6, 7, 9, 16, 25, 29 7 D Faktor Sekolah 10, 14, 15, 20, 21,24, 26, 27, 28, 30 10 JUMLAH SOALAN 33 menggunakan skala likert 5 mata iaitu 1, Sangat tidak setuju, 2, Tidak setuju, 3, Kurang setuju, 4, Setuju dan 5, Sangat setuju.
75 Kesahan & Kebolehpercayaan Kesahan merupakan konsep yang penting dalam konteks pengukuran sesuatu konstruk. Kesahan sesuatu pengukuran itu bergantung kepada sejauh mana ia beriaya mengukur apa yang bendak diukur. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen agar tidak terdedah daripada kecacatan (Syed Ismail et al.,., 2018). Semakin tinggi nilai kesahan dan kebolehpercayaan, semakin jitu data-data yang diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini merupakan instrumen yang diadaptasikan, daripada instrumen yang telah digunakan oleh Azizi Yahaya et al., (2008) dalam kajiannya yang bertajuk Indeks Perlakuan Buli di kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Kajian ini juga mengkaji faktor-faktor berlakunya tingkah laku buli berdasarkan 3 aspek yang sama faktor individu, faktor keluarga dan faktor sekolah. Selain itu, pengkaji telah membuat pengubahan terhadap instrumen yang diadaptasi dengan memberi fokus kepada bahagian punca kejadian buli sahaja. Pegubahsuaian ini juga telah disahkan olen pakar bidang dan juga pakar bahasa. Nilai alpha yang tinggi a=0.65 hingga a=.95 mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, jika nilai pekali alpha yang rendah a=<0.60 menunjukkan tahap keupayaan item instrumen kajian untuk mengukur konstruk dalam suatu kajian adalah rendah. Bagi menguji kebolehpercayaan instrumen yang ditadbirkan, pengkaji telah mendapatkan ketekalan item soal selidik dengan mendapatkan nilai Alpha Cronbach berdasarkan maklum balas daripada responden. Pengkaji telah mengumpul dan menganalisis data dengan menggunakan SPSS. Hasil daripada analisis menunjukkan nilai Alpha Cronbach bagi instrumen kajian ini ialah a=0.95 iaitu pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Prosedur pengumpulan data Bagi mencapai objektif kajian, satu set instrumen soal selidik telah diedarkan kepada sampel kajian secara bertujuan yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5 iaitu seramai 52 responden. Pengkaji telah menyediakan set soal selidik menggunakan borang soal selidik memandangkan pengkaji menggunakan kaedah bersemuka. Sebelum pengumpulan data dilakukan, pengkaji telah meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pengetua SMK Dato Abdul Rahman Yaakub untuk menjalankan kajian terhadap pelajar sekolah tersebut. Surat permohonan telah dihantar terlebih dahulu kepada pengetua melalui e-mel bagi memohon kebenaran. Pengkaji telah meminta bantuan kaunselor untuk bersama-sama mengendalikan pentadbiran borang soal selidik tersebut dimana pengkaji secara langsung melibatkan diri dalam pengagihan dan penerangan terhadap instrument soal selidik tersebut. Pengkaji juga telah meminta kebenaran Penolong Kanan untuk meminta pelajar yang berkenaan untuk berkumpul di satu tempat untuk menjawa kesemua soal selidik yang diberikan. Prosedur Penganalisian Data Seterusnya, pengkaji melakukan analisis data bagi tujuan menjawab segala persoalan kajian yang ditimbulkan sebelum ini. Penganalisisan data dalam kajian ini adalah berbentuk data kuantitatif melalui maklumat yang dikumpulkan menerusi instrumen soal selidik. Data-data daripada borang soal selidik tersebut telah diinterpretasikan secara manual dan kemudiannya dipindahkan ke dalam Excel. Seterusnya, data-data yang diperolehi daripada responden kajian
76 melalui pautan soal selidik akan dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS dengan menggunakan prosedur statistik desktriptif. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian adalah untuk melihat kekerapan, min dan sisihan piawai bagi menguji objektif kajian. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah ujian statistik deskriptif bagi aspek-aspek yang berkaitan profil demografi responden. Antara aspek yang telah dianalisis adalah jantina, bangsa dan juga tingkatan bagi mengetahui umur responden. Jadual 4 : Bilangan Responden mengikut jantina JANTINA KEKERAPAN PERATUS Lelaki 45 88.2 Perempuan 6 11.8 JUMLAH 51 100 Jadual ini menunjukkan majoriti responden adalah terdiri daripada pelajar lelaki iaitu seramai 45 responden (88.2%), diikuti pula dengan responden perempuan iaitu seramai 6 pelajar (11.8%). Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 daripada bangsa Melayu dan lain-lain. Pengkaji akan meniawab segala persoalan yang dikemukakan bagi memenuhi objektif kajian. Segala persoalan akan dijawab melalui pengemukaan keputusan statistik deskriptif yang telah dineroleni melalui kaedah pengiraan min terhadap 3 faktor-faktor tingkah laku buli iaitu faktor individu, faktor keluarga dan faktor sekolah. Antaranya faktor individu (min=3.05), faktor keluarga (min=2.42) dan faktor Sekolah (min=2.70). Persoalan Kajian 1: Adakah faktor diri yang mempengaruhi tingkah laku buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub? Jadual 5: Nilai min dan sisihan piawai bagi setiap item B ( Faktor diri ) ITEM KENYATAAN MIN SISIHAN PIAWAI B1 Badannya Lebih Besar 2.70 1.237 B2 Dirinya Nampak Kelakar 2.90 1.284 B3 Umurnya Lebih Tua 2.68 1.208 B4 Membalas Dendam 3.27 1.217 B5 Tidak Mempunyai Kawan 2.50 1.172 B6 Tubunya Kecil 2.94 1.084 B7 Disuruh Oleh Kawan 3.03 1.215 B8 Untuk Keseronokan 3.70 1.269 B9 Untuk Menunjukkan Dirinya Hebat 3.25 1.213 B10 Pernah Dibuli Oleh Pelajar Lain 3.09 1.268 B11 Untuk Mendapatkan Wang 3.07 1.213
77 Jadual 5 menunjukkan taburan responden mengikut nilai min dan sisihan piawai bagi faktor individu yang mempengaruhi tingkah laku buli. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa pernyataan “Untuk keseronokan” telah mencatatkan skor min yang tertinggi iaitu sebanyak 3.70 dengan nilai sisihan piawainya sebanyak 1.269. Hal ini kerana seramai 16 responden yang menandakan sangat setuju dengan peratus (31.1%) diikuti pula dengan responden yang menjawab setuju seramai 18 responden dengan nilai peratus sebanyak (35.2%). Seramai 8 (15.6%) responden yang kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala seramai 4 (7.84 %) responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Bagi yang menanda sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut ialah seramai 5 (9.80 %) responden. Persoalan Kajian 2: Adakah faktor dominan yang mempengaruhi tingkah laku buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub? Jadual 6: Nilai min bagi Pemboleh ubah kajian PEMBOLEH UBAH MIN Individu 3.05 Keluarga 2.42 Sekolah 2.70 Dapatan kajian ini berkaitan dengan faktor tingkah laku dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub menunjukkan faktor individu merupakan faktor tingkah laku buli yang paling dominan di sekolah tersebut dengan nilai skor min sebanyak (3.05) berbanding keluarga (2.42) dan sekolah (2.70). Dapatan ini adalah selari dengan kajian oleh MS. Afroz Jan (2015) iaitu punca atau faktor berlakunya tingkah laku buli ini adalah berpunca daripada faktor individu iaitu diri sendiri. PERBINCANGAN Dalam konteks faktor diri, kajian ini menunjukkan bahawa pernyataan membuli pelajar dengan tujuan untuk keseronokan menjadi salah satu faktor yang tertinggi yang menjadi punca berlakunya kejadian buli di sekolah menengah kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub dimana rata-ratanya adalah daripada pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4. Perkara ini sangat berkait rapat kerana nilai min kedua tertinggi pula ada pernyataan “untuk suka-suka” dengan nilai minnya sebanyak 3.43. Jadi, hasil dapatan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh MS. Afroz Jan (2015) dimana kajian tersebut mendapati bahawa kategori keseronokan menjadi punca utama berlakunya kejadian buli dimana pelajar mengusik rakan mereka sehingga menyebabkan ketidakpuashatian sehingga berlaku buli fizikal di sekolah tersebut. walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan dengan kajian oleh Darussalam et al. (2011) di mana punca atau faktor perlakuan buli sekolah adalah disebabkan untuk membalas dendam seterusnya diikuti dengan pernyataan untuk menunjukkan kekuatan diri. Manakala pernyataan membalas dendam berdasarkan hasil kajian ini mencatatkan skor min ketiga tertinggi dengan nilai min 3.27 dan sisihan piawai 1.217.
78 Manakala, hasil analisis kajian ini mendapati bahawa pernyataan “tidak mempunyai kawan” mencatatkan skor min yang paling rendah iaitu 2.50 dan sisihan piawai 1.172. Hal ini kerana hanya 3 (5.88 %) responden sahaja yang sangat setuju dengan pernyataan tersebut. seramai 9 (17.64 %) responden yang menjawab setuju selari dengan kurang setuju iaitu seramai 9 responden juga yang menjawab kurang setuju. Diikuti dengan responden yang paling tinggi B12 Untuk Suka-Suka 3.43 1.300 B13 Tidak Suka Padanya 3.21 1.316 Nilai Keseluruhan 3.05 yang menandakan tidak setuju iaitu seramai 20 (39.21 %) responden manakala seramai 10 (19.60 %) responden yang menjawab sangat tidak setuju. Hasil dapatan ini tidak selari dengan dengan kajian penyelidikan tentang tingkah laku buli dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak oleh Mahadi Haji Khalid (2007) yang menunjukkan bahawa umurnya lebih tua merupakan antara faktor dominan yang menyebabkan tingkah laku buli ini berlaku dalam konteks faktor dominan, Dapatan kajian ini berkaitan dengan faktor tingkah laku dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub menunjukkan faktor individu merupakan faktor tingkah laku buli yang paling dominan di sekolah tersebut dengan nilai skor min sebanyak (3.05) berbanding keluarga (2.42) dan sekolah (2.70). Dapatan ini adalah selari dengan kajian oleh MS. Afroz Jan (2015) iaitu punca atau faktor berlakunya tingkah laku buli ini adalah berpunca daripada faktor individu iaitu diri sendiri. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian oleh Novi Herawati dan Deharnita (2019). Dalam kajian mereka iaitu 'Gambaran Faktor-faktor Penyebab Terjadinya Perilaku Bullying pada Anak', faktor keluarga merupakan faktor utama yang menyumbang masalah tingkah laku buli di sekolah dikuti faktor sekolah manakala berdasarkan analisis data yang ditunjukkan dalam jadual 4.3.2.4, punca kejadian buli oleh keluarga mencatatkan min terendah dengan min skor 3.56 dan sisihan piawai 0.96. Punca kejadian buli iaitu sekolah pula mencatatkan min kedua tertinggi selepas faktor individu dengan catatan min 3.60 dan sisihan piawai 0.94. Hasil pemerhatian oleh Asy'ari & Dahlia (2015), punca kejadian buli-sekolah adalah disebabkan kurangnya tanggungiawab guru sebagai pendidik serta pengawasan yang lemah dari pihak guru juga menjadikan pelajar mudan melakukan tingkah laku buli pada rakannya ketika proses pembelajaran berlangsung. Hasil kajian yang dijalankan oleh Husmiati Yusuf dan Adi Fahrudin (2012) pula mendapati, kebanyakan pelajar memberikan pandangan bahawa mereka menerima sikap agresif daripada persekitaran di rumah iaitu daripada ibu bapa dan adik beradik. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Dalam konteks ini menggambarkan keseluruhan dapatan bagi faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku buli yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub. Dapatan dalam kajian ini menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan bagi faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku buli di SMK Dato Abdul Rahman Yaakub bagi tahun 2022 adalah pada tahap yang sederhana dan tidak kritikal dengan nilai min 3.07. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor individu merupakan faktor yang mempunyai nilai min yang paling tinggi membuatkan pengkaji dapat menunjukkan bahawa faktor individu merupakan faktor yang utama yang mempengaruhi tingkah laku buli di sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakub. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Espelage et al (2000) dan kajian Verlinden, Herson dan Thomas (2000) yang mendapati faktor-faktor pencampuran individu, sosial dan persekitaran berinteraksi untuk menentukan etiologic perlakuan buli.
79 Setiap kajian yang dilakukan mempunyai kelemahan serta batasan yang tertentu. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan kajian yang boleh dijalankan oleh pengkaji pada masa akan datang. Pertama sekali ialah pengkaji akan datang dicadangkan agar melakukan kajian dengan skop yang lebih luas seperti menjalankan kajian ke atas setiap sekolah rendah di dalam daerah yang sama. Hal ini dapat mengenalpasti masalah buli dengan lebih tepat dan menyeluruh tentang kekerapan jenis tingkah laku buli yang berlaku di sekolah. Selain itu, kajian ini boleh disambung dengan menjalankan analisis yang lebih mendalam terhadap dimensi buli mengenai jenis tingkah laku buli seperti menjalankan kajian tentang jenis tingkah laku buli siber. Hal ini demikian kerana, hampir kesemua murid termasuk sekolah rendah memiliki telefon pintar dan memiliki akaun media sosial. Jadi, pengkaji dapat menyambung kajian ini dengan melihat faktor tingkah laku buli siber yang berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah. Dalam menghasilkan sebuah kajian yang bermutu dan berimpak tinggi, seharusnya sesebuah kajian itu mampu memberikan implikasi positif serta memberi manfaat kepada pihak yang berkepentingan. Pengkaji telah membahagikan perbincangan implikasi kepada tiga bahagian iaitu implikasi terhadap teori yang dipilih, implikasi terhadap kaedah penyelidikan dan implikasi terhadap pengamal sumber manusia atau organisasi terlibat seperti pihak sekolah, Jabatan Pendidikan (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan anggota masyarakat setempat. Implikasi pertama adalah dari segi implikasi terhadap teori. Berdasarkan hasil dapatan kalian jelas menunjukkan bahawa Teori Pembelajaran Bandura mampu menghuraikan tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah di Sekolah Kebangsaan Menengah Dato Abdul Rahman Yaakub serta memahami faktor berlakunya buli tersebut. Perlakuan buli umumnya daripada proses pemerhatian dan peniruan tingkah laku terhadap orang lain yang signifikan dengan dirinya seperti rakan sebaya dan ibu bapa. Walau bagaimanapun, menurut Sigmund Freud dalam Teori Analisis, tingkah laku difahami disebabkan id, ego dan superego yang ada dalam setiap diri individu. Pengalaman lepas yang dialami oleh seseorang juga mendorong kepada tingkah laku agresif iaitu buli. Jadi, pelbagai faktor yang mendorong berlakunya gejala buli terutamanya pelajar SMKDARY yang menjadikan faktor individu sebagai faktor utama berlakunya tingkah laku buli tersebut. Seterusnya, implikasi kedua laitu implikasi terhadap pengamal sumber manusia atau organisasi yang terlibat seperti pihak sekolah, Jabatan Pendidikan (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan anggota masyarakat setempat. Hasil dapatan kajian ini dapat memberi banyak manfaat dari segi pemahaman yang lebih kuat mengenai dinamika buli khususnya dalam mengetahui faktor tingkah laku buli itu sendiri. Kajian ini secara tidak langsung membantu pihak berkepentingan ini mengenal pasti tingkah laku yang paling kerap berlaku, mengenal pasti punca serta tanda-tanda awal tingkah laku buli. Hal ini kerana, kefahaman pihak-pihak yang terlibat dengan para pelajar sekolah secara langsung seperti pihak pentadbir, guru, ibu bapa dan masyarakat membantu dalam usaha merangka strategi dan melaksanakan program-program pencegahan dan polisi anti buli di peringkat sekolah bag membendung masalah tingkah laku buli yang wujud ini. RUJUKAN Elmi Baharuddin. 2013. Kecerdasan Rohaniah dan Amalan Agama di Rumah Kebajikan. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pengajian Islam, Unversiti Kebangsaan Malaysia.
80 Amin Al Haadi Bin Shafie, , Azad Athahiri Bin Anuar, Norsayyidatina, Wan Ahmad Zakry B. Wan Kamaruddin, Musa B. (2017). Mangsa Buli dan Kesan Buli . Bully Victims and the Effects of Bullying. Azneenal Ar-Rashid Bin Mohd Ramli, Nora Binti Mislan, Siti Mislia Binti Selamat. (2015). Gejala Buli. Jurnal Seminar Pendidikan. Ghazali Darussalam, Esther Kwe Choi Lean, Latifah Ismail. (2014). Polisi antibuli dan perlaksanaannya di sekolah menengah wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Universiti Malaysia. Hamid, N. H. (2019). Kes Buli : Polis ambil keterangan murid, ibu. Sinar Harian. Husin, M. R. (2019). Gejala Buli Secara Fizikal Yang Semakin Berleluasa Di Sekolah. International Journal Of Humanities, management and Social Sciences. Junainor Hassan, Salleh Abd Rashid, Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, Suliadi Firdaus. (2016). BULI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR:KAJIAN KES DI KAWASAN FELDA UTARA KEDAH-PERLIS, MALAYSIA. Jurnal Psikologi Malaysia . Kalam, H. B. (2016). Pengaruh Persekitaran sosial Terhadap Tingkah Laku Disiplin Murid Di Sekolah Rendah di Klang . Universiti Putra Malaysia. Khalid, M. B. (2007). Tingkah Laku Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Di Sarawak. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. Madsarapi, R. (2011). Tahap Tingkah Laku Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. DISERTASI SARJANA YANG DIKEMUKAKAN KEPADA UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCE, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SEBAGAI. Nor Junainah Mohd Isa, Mohd Sobri Ismail, Amelia Mohd Nor. (2019). Masalah Buli Dalam Kalangan Murid : Apa Kata Guru? Jurnal Perspektif. Norjihan Ab Aziz, Zuraini Ab Hamid, Noor Shuhadawati Mohamad Amin. (2020). Buli Dalam kalangan pelajar : persidangan kumpulan keluarga sebagai alternatif kepda hukuman. jurnal undang- undang Malaysia. Nur Azrul Amirul Mustafa, Mohamad Rahim Kamaluddin, Fatin Adha, Balan Rathakrishan. (2019). Pengaruh Psikososial Terhadap Tingkah laku Agresif. Malaysian Journal Of Yuoth Studies. Rahmat, M. F. (2020). Lima pelajar ditahan kes buli. Kosmo Online .
81 TAHAP KECENDERUNGAN MINAT KERJAYA MURID DI SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PEKAN NOR AKMAL SYAMIMI BINTI MOHAMAD ZULKIFLI ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara dunia ketiga yang telah membangun dengan pesat sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Perkara ini telah membuktikan bahawa keperluan sumber tenaga manusia sebagai peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara adalah perlu. Tanpa tenaga kerja yang kukuh dan mencukupi, negara terpaksa berhadapan dengan kemerosotan ekonomi disebabkan oleh penurunan kadar pengeluaran hasil. Justeru itu, pendidikan dilihat sebagai landasan utama dalam membangunkan sumber tenaga manusia melalui pembentukan tenaga kerja profesional yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang yang terdapat di pasaran global. Lembaga Peperiksaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pentaksiran Psikometrik dalam usaha merintis pembentukan tenaga mahir sejak dari bangku sekolah. Ujian aptitud seperti Ujian Minat Kerjaya telah digunakan bagi mengenalpasti potensi murid berdasarkan kecenderungan dan minat kerjaya mereka. Dengan ini, murid dapat menjadikan keputusan ujian minat kerjaya yang diperoleh sebagai panduan dalam membuat pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti dan minat mereka. Menurut Zuraini Mat Nawi & Norasmah Othman (2019), minat mempunyai hubungan dengan kecenderungan murid untuk lebih mengetahui dan mempelajari sesuatu perkara. Oleh itu, murid yang mengetahui minat mereka akan mampu untuk menentukan aliran bidang yang ingin dipelajari semasa sekolah menengah dan institut pengajian tinggi dalam usaha mencapai kerjaya yang diimpikan. Tambahan lagi, murid juga akan lebih cenderung untuk bersikap proaktif dalam pembelajaran kerana mereka mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa berperanan penting sebagai fasilitator dalam membimbing murid sepanjang proses perkembangan kerjaya. PERNYATAAN MASALAH Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecenderungan minat kerjaya murid Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatf berbentuk tinjauan. Seramai 123 orang telah dipilih dari Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel adalah dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Instrumen yang digunakan adalah Inventori Minat Kerjaya dan analisis data deskriptif telah dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 26.0 for Windows. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konstruk Realistik (min = 1.76, s.p. = 0.22) adalah konstruk paling dominan diikuti dengan konstruk Enterprising (min = 1.65, s.p. = 0.24) dan konstruk Artistik (min = 1.63, s.p. = 0.24). Secara keseluruhannya, tahap kecenderungan minat kerjaya murid Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan berada pada tahap yang rendah (min = 1.61, s.p. = 0.2) Kata kunci : Minat Kerjaya, Inventori Minat Kerjaya
82 Minat kerjaya berdasarkan personaliti sering kali berkait dalam menentukan pemilihan kerja pada masa hadapan (Nursyafiqah Norazhar et al, 2018). Justeru itu, isu pemilihan kerjaya boleh terjadi sekiranya murid kurang jelas tentang personaliti diri mereka terutamanya dari aspek minat kerjaya. Mereka akan teragak-agak semasa membuat pemilihan kerjaya dan terdorong untuk memilih kerjaya atas apa yang diharapkan oleh orang sekeliling atau disebabkan oleh pengaruh rakan. Lantaran, murid tidak mendapat kepuasan apabila menceburi bidang kerjaya tersebut sekaligus menyebabkan kualiti kerja mereka sentiasa berada pada tahap yang kurang memuaskan. Perkara ini menjadi lebih buruk apabila pihak sekolah tidak memainkan peranan yang aktif dalam memberi pendedahan kepada murid berkaitan kepentingan memilih kerjaya berdasarkan minat, kebolehan dan personaliti diri mereka. Padahal, sekolah merupakan tempat yang amat penting untuk memahami minat murid terhadap kerjaya dan melihat ciri-ciri individu terdorong ke arah kerjaya yang bersesuaian (Nur Hafizah Ibrahim, 2017). Pemilihan kerjaya sejak di bangku sekolah adalah relevan kerana murid berhak untuk melalui proses perkembangan kerjaya yang baik ke arah masa depan yang cerah. Tambahan lagi, isu ketidakselarasan antara minat dan pilihan kerjaya akan membawa kepada isu penggangguran. Menurut Nora Sawal (2020), salah satu faktor masalah pengangguran ini terus meningkat adalah disebabkan kurangnya minat. Hal ini kerana, murid tiada kesungguhan dan motivasi untuk berdepan dengan segala cabaran dalam kerjaya seterusnya menyebabkan mereka lebih rela untuk menganggur daripada menceburi kerjaya yang tidak diminatinya. Dari perspektif yang lain, kesedaran kerjaya merupakan sesuatu perkara yang perlu dititikberatkan sepanjang proses perkembangan kerjaya. Kesedaran kerjaya adalah kesedaran individu terhadap kepentingan kerjaya. Hal ini bermakna, kesedaran kerjaya dapat menggerakkan murid untuk mencari maklumat berkaitan jenis-jenis kerjaya, persekitaran kerjaya dan peluang kerjaya yang ada di pasaran semasa. Mereka akan mengambil langkah untuk membuat perancangan awal dalam pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat mereka. Justeru itu, kajian berkaitan tahap kecenderungan minat kerjaya murid di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan adalah penting sebagai salah satu inisiatif dalam memberikan kesedaran kerjaya kepada murid. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 1. Mengenalpasti tahap kecenderungan minat kerjaya murid secara keseluruhan RIASEC Persoalan Kajian Persoalan yang terdapat dalam kajian ini ialah: 1. Apakah tahap kecenderungan minat kerjaya murid secara keseluruhan RIASEC METODOLOGI KAJIAN Kajian kuantitatif ini berbentuk tinjauan. Lokasi kajian dijalankan adalah di sebuah sekolah dalam negeri Kelantan iaitu Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan. Lantaran, pengkaji telah memilih jenis saiz sampel mengikut jadual penentuan saiz sampel berdasarkan populasi yang telah ditetapkan oleh Krejcie dan Morgan. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengambil sampel kajian yang terdiri daripada murid di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan
83 iaitu seramai 123 orang memandangkan populasi murid di sekolah tersebut ialah 180 orang. Jenis persampelan yang digunakan pula adalah persampelan rawak mudah. Hal ini memerlukan pengkaji akan memilih sampel secara rawak berdasarkan populasi dengan menggunakan teknik undian. Dengan ini, pemilihan sampel yang dibuat adalah adil tanpa bias. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Statistik Deskriptif PROFIL PESERTA KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan analisis statistik deskriptif bagi menganalisis aspek-aspek berkaitan demografi peserta kajian. Aspek-aspek yang telah dianalisis ialah aspek jantina dan aspek tahun. Jadual 4.1. Demografi Peserta Kajian PROFIL KEKERAPAN PERATUS Jantina Lelaki 38 30.9 Perempuan 85 69.1 Tahun 1 7 5.7 2 10 8.1 3 13 10.6 4 26 21.1 5 25 20.3 6 42 34.1 Hasil daripada analisis data menunjukkan bahawa peserta kajian perempuan adalah lebih ramai berbanding peserta kajian lelaki iaitu seramai 85 orang dengan peratusan sebanyak 69.1% berbanding peserta kajian lelaki iaitu seramai 38 orang dengan peratusan sebanyak 30.9%. Selain itu, daripada jumlah keseluruhan peserta kajian yang dikaji didapati bahawa majoriti peserta kajian adalah daripada tahun 6 atau 12 tahun iaitu seramai 42 orang (34.1%). Ia diikuti dengan peserta kajian daripada tahun 4 atau 10 tahun iaitu seramai 26 orang (21.1%). Peserta kajian yang paling sedikit adalah daripada tahun 1 atau 7 tahun iaitu seramai 7 orang (5.7%). DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan analisis statistik deskriptif untuk menjawab persoalan kajian. Bagi persoalan kajian ini, Apakah tahap kecenderungan minat kerjaya murid secara keseluruhan RIASEC Jadual 4.2: Analisis tahap kecenderungan minat kerjaya murid dalam konstruk Realistik KONSTRUK MIN SISIHAN PIAWAI Realistik 1.7615 0.21804 Jadual 4.3: Analisis tahap kecenderungan minat kerjaya murid dalam konstruk Investigatif KONSTRUK MIN SISIHAN PIAWAI Investigatif 1.5734 0.28872
84 Jadual 4.4: Analisis tahap kecenderungan minat kerjaya murid dalam konstruk Artistik KONSTRUK MIN SISIHAN PIAWAI Artistik 1.6369 0.2433 Jadual 4.5: Analisis tahap kecenderungan minat kerjaya murid dalam konstruk Sosial KONSTRUK MIN SISIHAN PIAWAI Sosial 1.4525 0.22885 Jadual 4.6: Analisis tahap kecenderungan minat kerjaya murid dalam konstruk Enterprising KONSTRUK MIN SISIHAN PIAWAI Enterprising 1.6451 0.23702 Jadual 4.7: Analisis tahap kecenderungan minat kerjaya murid dalam konstruk Conventional KONSTRUK MIN SISIHAN PIAWAI Conventional 1.6039 0.30795 Jadual 4.8: Analisis tahap kecenderungan minat kerjaya murid secara keseluruhan BILANGAN SAMPEL MIN SISIHAN PIAWAI 123 1.6122 0.20315 Berdasarkan analisis statistik deskriptif yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa tahap kecenderungan minat kerjaya murid Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan berada pada tahap yang rendah (min = 1.61, s.p. = 0.2). Analisis ini telah dibuat berdasarkan 123 sampel kajian daripada 180 populasi murid di sekolah tersebut. Pemilihan sampel kajian telah dilaksanakan secara rawak mudah. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Secara umumnya, pengkaji telah menjalankan kajian ini bagi memperoleh maklumat berkaitan tahap kecenderungan minat kerjaya murid Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan. Lantaran, objektif kajian adalah bertumpu kepada tahap kecenderungan minat kerjaya murid berdasarkan konstruk atau personaliti RIASEC. Personaliti RIASEC ini pula adalah berasaskan enam jenis personaliti yang terdapat dalam Teori Pemilihan Kerjaya Holland yang terdiri daripada persoanaliti Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, Conventional. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitaif berbentuk tinjauan di mana data-data telah dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk numerikal. Pengkaji juga telah menghuraikan secara jelas berkaitan kepentingan kajian kepada komuniti sekolah yang merangkumi murid, guru, ibu bapa, guru bimbingan dan guru lantikan dalaman (GLD) serta pentadbir sekolah. Definisi operasional bagi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian juga telah dibincangkan oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji telah melibatkan populasi murid di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan iaitu seramai 180 orang. Jadi, sampel kajian seramai 123 orang telah dipilih berdasarkan jadual penentuan saiz sampel yang dibina oleh Krejcie dan Morgan. Pemilihan sampel kajian pula telah dilakukan secara rawak mudah. Pengkaji telah menjelaskan dapatan kajian mengikut kerangka konseptual di mana personaliti RIASEC sebagai pemboleh ubah tidak bersandar manakala tahap kecenderungan minat kerjaya murid sebagai pemboleh ubah bersandar. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengggunakan instrumen dalam bentuk soal selidik iaitu Inventori Minat Kerjaya Holland (Self-Directed Search) yang mengandungi 192
85 item dengan format jawapan iaitu ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Inventori ini mempunyai 3 bahagian utama yang terdiri daripada Bahagian I (Kesukaan), Bahagian II (Kecekapan) dan Bahagian III (Senarai Nama Pekerjaan). Oleh itu, pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada sampel kajian di sekolah melalui bantuan guru. Sebelum itu, pengkaji telah menjalankan kajian rintis di Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar dan hasil dapatan menunjukkan bahawa instrumen kajian boleh diterima kerana pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah 0.974. Bagi tatacara penganalisisan data, pengkajia telah melakukan analisis deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 26.0 for Windows bagi memperoleh maklumat berkaitan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa majoriti sampel kajian ialah murid perempuan. Sampel kajian paling dominan adalah daripada tahun 6 manakala sampel kajian paling sedikit adalah daripada tahun 1. Selain itu, tahap kecenderungan minat kerjaya murid yang paling dominan adalah pada konstruk Realistik (min = 1.76, s.p. = 0.22) diikuti dengan konstruk Enterprising (min = 1.65, s.p. = 0.24) dan konstruk Artistik (min = 1.64, s.p = 0.24). Sampel kajian menunjukkan tahap kecenderungan minat kerjaya paling rendah pada konstruk Sosial (min = 1.45, s.p. = 0.23). Selain itu, item ‘penyair’ dalam konstruk Artistik (min = 1.92, s.p. = 0.27) adalah item paling dominan dalam kalangan murid manakala item ‘melayan orang yang lebih tua daripada saya dengan baik’ dalam konstruk Sosial adalah item yang paling minimum yang dipilih oleh murid (min = 1.05, s.p. = 0.22). Secara keseluruhannya, tahap kecenderungan minat kerjaya murid Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan berada pada tahap yang rendah (min =1.61, s.p. = 0.2). Bagi mempertingkat impak terhadap kajian ini, pengkaji mencadangkan agar kajian-kajian akan datang yang berkaitan dengan minat kerjaya perlu ditambah dari aspek pemboleh ubah tidak bersandar. Dengan ini, pengkaji dapat melihat isu berkenaan tajuk kajian dalam skop yang lebih luas dan menyeluruh. Contoh pemboleh ubah tidak bersandar yang boleh ditambah adalah dari aspek jantina, status sosioekonomi atau akademik. Bukan itu sahaja, pengkaji juga mencadangkan agar kajian-kajian akan datang boleh memasukkan pemboleh ubah bersandar lain dalam kajian. Jadi, pengkaji dapat memperoleh maklumat yang lebih sahih dan tepat. Sebagai contoh, pengkaji boleh melibatkan pemboleh ubah bersandar seperti kesedaran kerjaya, kematangan kerjaya atau perkembangan kerjaya dalam kajian yang dijalankan. Di samping itu, dapatan kajian yang diperoleh pengkaji adalah kurang menyeluruh. Jadi, pengkaji bercadang agar kajian masa hadapan berkaitan minat kerjaya dapat menganalisis data secara menyeluruh dan lebih berkesan. Dengan ini, dapatan kajian dapat memberi maklumat yang berguna dan mencukupi yang membolehkan pihak-pihak berkepentingan membuat tindakan susulan bagi menyelesaikan isu atau masalah yang berlaku. Sebagai contoh, pengkaji juga membentangkan analisis data dalam bentuk peratusan dan kekerapan di samping membuat perbandingan data antara murid lelaki dan murid perempuan. Tambahan lagi, pengkaji juga mencadangkan agar sampel kajian diperluas lagi. Hal ini kerana, sampel kajian yang lebih besar mampu untuk memberi impak yang lebih besar dan berkesan kepada orang lain. Contohnya, pengkaji memperluaskan sampel kajian kepada sekolah di setiap daerah atau negeri. Implikasi yang boleh diperoleh daripada kajian ini ialah dapatan kajian membantu murid untuk mengenali diri mereka dengan lebih baik. Tambahan lagi, dapatan kajian membolehkan murid membuat perancangan kerjaya sejak di bangku sekolah. Natijahnya, kerjaya yang diceburi oleh murid semasa dewasa kelak akan mampu memberi kepuasan kepada diri seterusnya mempertingkat kualiti kerja mereka.
86 RUJUKAN Ahmad Rosli Mohd Nor et al. (2017). Peranan Model Bimbingan Kerjaya dalam Perkembangan Kerjaya Individu. Universiti Teknologi MARA, 1-11. Azriah Mohd Azmir et al. (2019). Relationship Between Multiple Intelligence and Career Interest among Secondary School Students. Global Conferences Series: Social Sciences, Education and Humanities (pp. 121-132). Selangor: Red White Press. Bernama. (2020, April 16). Ranking Malaysia Naik ke Tangga 26 dalam Indeks Daya Saing Bakat Global. Retrieved from Malaysian Investment Development Authority: https://www.mida.gov.my/ Ghazali. (2018). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hanizam Hussin. (2020). Kajian Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS) terhadap Pelajar Diploma Reka Bentuk Industri di Politeknik Ibrahim Sultan, Malaysia. Journal Online Jaringan Pengajian Seni Bina, 52-58. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020, Jun 2-3). Sekretariat dan Jawatankuasa Khas DOSM Menangani Covid-19. Retrieved from Department of Statistics Official Portal: https://www.dosm.gov.my/ Julianah Saguni et al. (2018). Hubungan Personaliti dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Penagih Dadah di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 31-37. Maisarah Mohd Wahed et al. (2019). Pola Minat Kerjaya dan Penyesuaian Kerjaya Pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi di Universiti Awam. Southeast Asia Psychology Journal, 60-72. Mohd Uzir Mahidin. (2021, April 8). Statistik Utama Tenaga Buruh di Malaysia, Februari 2021. Retrieved from Jabatan Perangkaan Malaysia: https://www.dosm.gov.my/ Muzarina Juhari et al. (2019). Kecerdasan Pelbagai dan Minat Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Global Conferences Series: Social Sciences, Education and Humanities (pp. 133-141). Selangor: Red White Press. 51 Nora Sawal et al. (2020). Kesediaan Laluan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Kerja Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia, 28-38. Nur Hafizah Ibrahim. (2017). Kesedaran Kerjaya dalam Kalangan Murid Menengah Rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1-188. Nursyafiqah Norazhar et al. (2018). Minat Kerjaya dan Tret Personaliti dalam Kalangan Murid Tingkatan Satu Berbeza Jantina: Satu Kajian Kes. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (pp. 1-5). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Ruth K. Walya Munene & David M. Mulwa. (2020). Relationship between Career Personality Type and Career Indecision among College Students in Machakos County, Kenya. Journal of Research & Method in Education, 40-44. Samiah Ahmed et al. (2019). How RIASEC Personality Traits Crystallizes Occupational Preferences among Adolescents: Match or Mismatch. Pakistan Journal of Commerce and Social Sciences, 976-996. Sangin Anak Juat & Faridah Mydin Kutty. (2020). Pengaruh Tret Personaliti ke Atas Kematangan Kerjaya Pelajar Tahun Akhir Kolej Vokasional di Sarawak. Jurnal Dunia Pendidikan, 76-85. Sidek Mohd Noah. (2020). Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Suzianah Jiffar. (2019, September 9). Pilih Bidang Pengajian yang Sesuai. Retrieved from BH Online: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/09/605130/pilih- bidang-pengajian-yang-sesuai
87 Yulia Ayriza et al. (2020). Exploring Children's Career Interests and Knowledge Based on Holland's Theory. International Journal of Instruction, 643-662. Zairoslawanee Zaib. (2014). Pemilihan Kerjaya Pelajar Tingkatan 6 Atas di Sekolah Menengah Kluster di Kelantan. Universiti Tun Hussein Onn, 1-75. Zunaini Mat Nawi & Norasmah Othman. (2019). Trait Personaliti, Iklim Sekolah dan Minat Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar SMK. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, 51-65.
88 STRES DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN NUHA SYIFA BINTI NAZRI Institut Pendidikan Guru kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Stres boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang menyebabkan keresahan, cemas, tegang dan sebagainya akibat daripada tekanan mental atau fizikal (Kamus Dewan, 2005). Manakala menurut Angela (2009), stres merujuk kepada tindak balas badan terhadap apa-apa perubahan yang memerlukan penyesuaian emosi, fizikal atau mental. Meskipun stres dialami oleh semua peringkat umur, namun zaman remaja mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk stres akibat daripada peralihan fasa dalam kehidupan. Hal ini disokong oleh Yen Teck Hoe (2019) di mana golongan remaja dan pra-remaja cenderung menghadapi tekanan semasa menyesuaikan diri dalam zaman remaja sehingga menyebabkan berlakunya kekacauan dan ketidaktentuan mental semasa menghadapi fasa transisi di dalam hidup. PENYATAAN MASALAH Faktor stres yang diketengahkan di dalam kajian ini adalah faktor beban akademik. Menurut kajian Nooriza Kassim & Effandi Zakaria (2015), hubungan antara beban akademik dan stres boleh dilihat dari bebanan tugas akademik yang terlalu banyak boleh menyebabkan pelajar mengalami tekanan dan mereka tidak dapat mengawal stres tersebut dengan pemikiran yang positif. Selain itu, menurut satu kajian yang dijalankan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah menyatakan bahawa beban akademik seperti tuntutan peperiksaan, tugasan dan keperluan lain di universiti yang melebihi keupayaan pelajar untuk menghadapi situasi terssbut akan menyebabkan mahasiswa stres (Thawabieh dan Qaisy, 2013). Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti pelajar-pelajar tahun akhir di sebuah Institut Pendidikan Guru yang mengalami permasalahan stres dengan menganalisis tahap pengurusan stres serta faktor-faktor yang mendorong kepada terbentuknya permasalahan stres dalam kalangan mereka. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam menentukan perhubungan di antara pembolehubah bersandar iaitu tahap pengurusan stres dengan pembolehubah tidak bersandar iaitu faktor stres seperti faktor bebanan akademik. Responden kajian bagi penyelidikan tinjauan ini terdiri daripada 132 orang pelajar tahun akhir Ambilan Jun 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Borang soal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan data secara atas talian melalui Google Form dan hasilnya telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Analisis data telah dibuat dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu menggunakan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengurusan stres pelajar tahun akhir dari faktor beban akademik berada di tahap yang sederhana dengan nilai min sebanyak 3.31. Kata Kunci: tahap, faktor stres, pelajar tahun akhir
89 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Kajian i. Mengenalpasti tahap stres dalam kalangan pelajar tahun akhir IPGKTAA dari faktor beban akademik. Persoalan Kajian i. Apakah tahap stres dalam kalangan pelajar tahun akhir IPGKTAA dari faktor beban akademik? METODOLOGI KAJIAN Pengkaji menggunakan kaedah kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik bertujuan bagi mengkaji hubungan antara beban akademik dengan punca stres pelajar tahun akhir IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Penyelidik menggunakan instrumen soal selidik melalui edaran soal selidik secara atas talian iaitu dengan menggunakan aplikasi Google Form kepada responden-responden yang telah dipilih bagi mengumpul maklumat serta data berkaitan. Soal selidik tersebut terbahagi kepada 2 bahagian: Demografi dan Bebanan Akademik. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan persampelan bukan rawak iaitu persampelan bertujuan melibatkan sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri khusus berdasarkan objektif kajian. Sampel bukan rawak yang digunakan ialah pelajar tahun akhir Ambilan Jun 2019 IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Manakala dari aspek kesahan dan kebolehpercayaan, pengkaji melaksanakan kesahan dari aspek isi kandungan, kesahan muka dan konstruk soal selidik daripada pensyarah pakar di IPGKTAA bertujuan untuk menambahbaik penggunaan dan struktur ayat bagi soalan yang akan diedarkan. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Jadual 1: Faktor Beban Akademik ITEM KENYATAAN MIN TAHAP STRES 1. Saya stres kerana tugasan yang diberikan tidak jelas 3.55 Sederhana 2. Saya stres kerana terpaksa bersaing dengan rakan untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik 2.95 Sederhana 3. Saya stres kerana tidak mencapai tahap kejayaan yang diimpikan 3.34 Sederhana 4. Beban kerja yang banyak menyebabkan saya stres 3.72 Sederhana 5. Tugasan dalam tempoh masa yang pendek menyebabkan saya stres 3.80 Tinggi 6. Saya stres kerana CGPA tidak memuaskan berbanding dengan rakan-rakan yang lain 3.07 Sederhana 7. Saya tidak bersemangat untuk mengikuti pembelajaran 2.40 Sederhana 8. Saya stres kerana tidak sempat membuat persediaan secukupnya disebabkan terlalu banyak bab / topik yang perlu diulangkaji 3.14 Sederhana 9. Sering membuat kerja / mengulangkaji pada saat akhir 3.48 Sederhana 10. Masalah capaian internet menyukarkan membuat tugasan 3.72 Sederhana SKOR KESELURUHAN 3.31 Sederhana
90 Berdasarkan analisis daripada 10 soalan faktor beban akademik, didapati bahawa keseluruhan skor min bagi faktor beban akademik ialah 3.31 di mana hasil dapatan ini menunjukkan kebarangkalian faktor beban akademik sebagai pendorong kepada permasalahan stres adalah pada tahap yang sederhana. Namun, terdapat beberapa aspek yang perlu dilakukan menerusi faktor beban akademik kerana terdapat item soalan yang mendorong kepada permasalahan stres pada tahap yang tinggi. Item soalan yang mendapat nilai min pada tahap tinggi adalah pelajar stres apabila terdapat tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang pendek. Item soalan ini mendapat nilai min sebanyak 3.80 yang menunjukkan bahawa pelajar tahun akhir cenderung untuk stres pada tahap tinggi apabila mendapat tugasan yang mempunyai tempoh masa yang pendek. Tambahan pula, subjek yang diambil pada tahun akhir adalah berat dan memerlukan masa yang panjang untuk disiapkan. Dapatan ini juga menunjukkan pelajar tahun akhir merupakan pelajar yang komited terhadap tugasan mereka kerana mereka memerlukan masa untuk menyiapkan tugasan mereka pada tahap yang terbaik. Dapatan ini juga bertepatan dengan kajian Mufadhal Barseli et al., (2017) di mana pelajar yang mengalami stres akademik dilihat cenderung memiliki persepsi yang malapdatif terhadap tuntutan akademik. Tuntutan akademik dalam konteks kajian ini adalah tuntutan masa untuk menyiapkan tugasan. Selain itu, terdapat dua item yang mendapat nilai min sederhana namun hampir menjerumus ke tahap tinggi dengan nilai min masing-masing adalah 3.72. Min yang menunjukkan tahap tinggi adalah 3.80. Hal ini menunjukkan dua item soalan ini hampir mencapai tahap yang tinggi. Faktor yang menyebabkan pelajar tahun akhir stres dalam aspek beban akademik pada tahap sederhana tinggi adalah faktor beban kerja yang banyak serta masalah dalam pencapaian internet. Faktor ini bertepatan dengan kajian Nooriza Kassim dan Effandi Zakaria (2015) di mana hasil dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa bebanan tugas akademik yang terlalu banyak boleh menyebabkan pelajar stres dan mereka tidak dapat mengawal stres tersebut dengan baik. Beban tugas akademik dalam konteks kajian ini adalah beban kerja yang banyak. Bagi masalah capaian internet pula, dapatan kajian Ahad et al., (2020) turut menunjukkan bahawa antara foktor tekanan pelajar dalam proses PdP adalah kurangnya capaian serta kemudahan internet untuk pelbagai urusan pembelajaran mereka yang harus dijalani secara dalam talian contohnya seperti kehadiran atau tugasan tutorial yang perlu dihantar secara atas talian. Selain itu, pelajar tahun akhir juga perlu sering merujuk pelbagai sumber untuk menyiapkan sesuatu tugasan termasuklah sumber internet. Masih terdapat banyak faktor lain yang mendapat nilai min sederhana tinggi yang boleh meningkat ke tahap tinggi sekiranya tidak dibendung dari awal. Antara faktor tersebut adalah tugasan yang tidak jelas, tidak berjaya mencapai impian yang diimpikan serta membuat kerja pada saat akhir dengan min masingmasing sebanyak 3.55, 3.34 dan 3.48. Hasil dapatan ini selari dengan kajian Fadillah (2013) menulis dalam kajiannya bahawa stres pelajar semester akhir disebabkan oleh kerja saintifik atau tesis di mana pelajar mengalami kesukaran dalam memahami tugasan dengan baik. Apatah lagi jika mereka melaksanakan tugasan itu pada saat akhir, mereka cenderung mengalami stres pada tahap sederhana dan perlu dibantu agar tekanan tersebut tidak menjadi semakin serius. IMPLIKASI Antara implikasi kajian ini adalah dari aspek kaedah penyelidikan di mana antara prosedur pengumpulan data kajian termasuklah penggunaan kajian literatur, kajian rintis serta penggunaan borang selidik dalam mengkaji isu stres dan
91 boleh membantu pengkaji untuk mencapai matlamat kajian yang ditetapkan. Soal selidik yang telah dipilih juga terbukti mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi semasa pelaksanaan kajian rintis mahupun kajian sebenar. Di samping itu, ketika memilih sampel yang sesuai, pengkaji telah menggunakan kaedah persampelan bertujuan iaitu pelajar tahun akhir sebagai sampel kajian terhadap isu stres. Kaedah ini membolehkan pengkaji mendapat hasil data yang lebih berfokus serta mengelakkan berlakunya keciciran dalam proses untuk mendapatkan data bagi hasil kajian ini. Implikasi seterusnya adalah terhadap pengamal sumber manusia atau organisasi yang berkaitan seperti pihak kampus IPGKTAA. Hasil dapatan kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan dalam usaha untuk mengurangkan tahap stres serta menangani faktor-faktor stres yang telah dibincangkan terhadap pelajar tahun akhir. Setiap faktor yang dibincangkan dalam kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan pada masa akan datang dalam usaha mengenalpasti punca permasalahan stres yang dihadapi oleh sampel yang dipilih. Faktor-faktor yang telah dikenalpasti juga dapat dijadikan rujukan terutamanya untuk para pensyarah dan Unit Kaunseling IPGKTAA untuk tindakan lanjut. Bukan itu sahaja, dapatan yang telah diperoleh dari kajian ini juga boleh digunakan untuk menyokong dan mengukuhkan lagi keberkesanan teori dan model kajian lampau terhadap isu stres. Melalui pengenalpastian faktor-faktor stres, pihak yang terlibat akan mendapat kesedaran untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pencegahan stres. Keadaan ini supaya isu stres ini diterima baik oleh masyarakat seterusnya dibantu dalam aktiviti pencegahan. Berdasarkan dapatan kajian ini, antara cadangan yang boleh dikemukakan adalah peranan pihak IPG sama ada dari peringkat pensyarah mahupun peringkat pentadbiran untuk memandang serius akan isu stres dalam kalangan pelajar tahun akhir. Pihak IPG perlu mengambil langkah-langkah pencegahan seperti bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk melaksanakan program-program yang berkaitan kesedaran mental, program intervensi stres dan sebagainya bagi memastikan tahap stres dalam kalangan pelajar akhir tahun dapat berada pada tahap yang boleh dikawal serta tidak meningkat pada masa akan datang sehingga memberi impak yang negatif kepada pelajar, pensyarah, kampus serta masyarakat. Selain itu, pihak pentadbiran IPG juga boleh membuat sedikit perubahan pada jadual pembelajaran atau mengurangkan program-program sampingan yang menjadi faktor kurangnya masa lapang pelajar tahun akhir seterusnya mendorong pelajar untuk mengalami stres. dengan cara ini, pelajar dapat menguruskan masa dengan baik, menyiapkan tugasan pada masa lapang atau melakukan aktiviti sampingan. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor bebanan akademik merupakan faktor dominan yang mendorong kepada permasalahan stres dalam kalangan pelajar tahun akhir dengan nilai min sebanyak 3.31 di mana tahap stres yang disebabkan oleh faktor ini adalah pada tahap sederhana. Jika dilihat setiap item dalam bebanan akademik, item utama yang mendorong permasalahan stres secara keseluruhan adalah faktor tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang pendek dengan nilai min sebanyak 3.80. Kajian ini disokong oleh Atkinson (1998) kerana beliau mendapati bebanan kerja yang terlalu banyak dalam masa yang singkat boleh mengakibatkan stres dalam kalangan pelajar. Berdasarkan faktor akademik yang merupakan faktor dominan penyebab stres (min=3.31), kebanyakan responden menyatakan stres apabila bebanan tugas akademik terlalu banyak. Dapatan ini disokong oleh hasil kajian Nowak dan Marie (1999). Selain itu, arahan tugas yang kurang jelas akan menyebabkan kesukaran untuk mencari bahan rujukan pelbagai sumber dari perpustakaan
92 serta melakukan banyak tugasan dalam masa yang sama juga merupakan penyebab stres dalam kalangan responden kajian. yang diminati seperti sukan untuk mengurangkan stres. Di samping itu, para pensyarah juga perlu melaksanakan pendekatan mesra dengan pelajar akhir tahun untuk bagi mengenalpasti keperluan serta permasalahan yang berlaku dalam usaha membimbing mereka untuk menanganinya dengan cara yang positif. Melalui pendekatan mesra ini pula, para pensyarah mampu pelajar-pelajar yang mengalami masalah stres serta membimbing pelajar tersebut untuk mencari alternatif yang bersesuaian. RUJUKAN Abdul Rashid Abdul Aziz, Nurhafizah Mohd Sukor dan Nor Hamizah Ab. Razak. (2020). Wabak Covid-19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal of Social Science Research (IJSSR), 156-174. Awang, H. (2016). Stres dalam kalangan pelajar PISMP semasa praktikum. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 11, 146-160. Beasley, M., Thompson, T. and Davidson, J. (2003). Resilience in response to life stress: The effects of coping style cognitive hardiness. Personality and Individual Differences, 34: 77- 95. Berry, L. M. (1998). Psychology at work. 2nd ed. Boston: McGraw-Hill. Bullare, F. B., Rathakrishnan, B. & Ismail, R. (2009). Sumber Stres, strategi tindak dan stres yang dialami pelajar universiti. Jurnal Kemanusiaan, 46-62. Diane, A. and Misty, B. (1997). A study of stress, stressors and coping strategies . Social Work in Education, 19: 87-99. Fadillah. (2013). Self Disclosure dan Tingkat Stres pada Mahasiswa yang sedang Mengerjakan Skripsi . Jurnal Ilmiah Psikologi, 5(1), 115-130. Folkman, S. and Lazarus, R.S. . (1985). If it changes it must be a process: A study of emotion and coping during three stages of a college examination. Journal of Personality and Social Psychology, 48: 150-170. Hall, A. S., and Torres, I. . (2002). Partnerships in preventing adolescent stress: Increasing self-esteem, coping, and support through effective counseling. Journal of Mental Health Counseling, 24(2): 97-110. Haynes, C., Bulosan, M., Citty, J., Grant-Harris, M., Hudson, J., & Koro-Ljungberg, M. (2012). My world is not by doctoral program...or is it? Female students’ perceptions of well-being. International Journal of Doctoral Studies, 7, 1-16. Heiman & Kariv & Fadillah . (2013). Self Disclosure dan Tingkat Stres pada Mahasiswa yang sedang Mengerjakan Skripsi. Psympathic : Jurnal Ilmiah Psikologi, 5(1), 115–130. Ibrahim, a. b. (2005). Tekanan di Kalangan Pelajar Antarabangsa: Perbandingan di antara IPTA dan IPTS Malaysia Sarjana Muda. . Universiti Kebangsaan Malaysia. Irmohizam Ibrahim & Muhammad Hussin. (2016). Tahap Daya Tahan dalam Kalangan Pelajar IPTA di Malaysia. Johari, M. A. & Ahmad, S. (2019). Persepsi tekanan akademik dan kesejahteraan diri di dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor. EDUCATUM Journal of Social Science, 5(1), 24-36. Kajian Literatur. (n.d.). Retrieved from https://www.scribd.com/embeds/253865539/content?start_page=1&view_mode=scroll&access_key=keyDXFMtVntRav5tlToCCWR Li, H. Y. (2006). Tekanan Akademik dan Akulturasi di Kalangan Pelajar Antarabangsa. Bangi: UKM.
93 Martinez, E. O. (2013). Striving to obtain a school-work- life balance: The full-time doctoral student. International Journal of Doctoral Studies, 8, 39-59. Mastura Mahfar, Fadilah Zaini & Nor Akmar Nordin. (2007). Analisis Faktor Penyebab Stres di Kalangan Pelajar. Jurnal Kemanusiaan. McNamara, S. (2000). Stress in Young People: What’s New and What Can We Do? New York: Continuum. McNamara, S. (2000). Stress in Young People: What New and What We Can Do? New York: Continuum. Miskan, N. H. & Mohd Fisol, I. I. (2020). Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Kajian Kes: Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Jurnal Inovasi Perniagaan, 33-42. Nor Hazanah Miskan & Ily Izyan Mohd Fisol. (2020). Pengurusan Stres dalam Kalangan Pelajar Kajian Kes: Koleh Universiti Islam Melaka (KUIM). Jurnal Inovasi Perniagaan. Razali, S. N. (1997). Pedagogi: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rice, P.L. (1999). Stress and health. Pacific Grove. Salam, M. N. (n.d.). KAJIAN KES. Retrieved from https://www.scribd.com/embeds/402166756/content?start_page=1&view_mode=scroll&access_key=keyDXFMtVntRav5tlToCCWR Sang, M. S. (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Sang, M. S. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. In . Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Singh, D. R. (2006). Panduan Ulangkaji Sarafino, Wardi, R, & Ifdil, I. (2016). Jurnal Konseling dan Pendidikan Konsep Stres Akademik Siswa. Jurnal Konseling Dan Pendidikan, 5(3), 143– 148. Singh, D. R. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Thawabieh, A. & M. Qaisy, L. (2013). Assesing Stress Among University Students. Journal of Contemporary Research 2 (2, 110-116. Yusuf, Y. b. (2004). Tekanan di Kalangan pelajar institusi pengajian tinggi: satu kajian kes di UKM, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.