144 yang berlaku dalam kalangan murid sekolah menengah di dalam negara. Bukan itu sahaja, dengan adanya pendedahan kajian-kajian berkaitan dengan masalah disiplin ini pastinya akan membuka mata banyak pihak. Rentetan daripada itu, pelbagai usaha-usaha dibuat oleh semua pihak dalam membendung masalah disiplin ini daripada terus berleluasa. Golongan remaja merupakan aset negara yang sangat berkualiti pada negara. PENYATAAN MASALAH Masalah disiplin pelajar di sekolah sewajarnya mendaoat perhatian daripada semua pihak kerana masalah displin bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan oleh semua pihak. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga perlu memastikan bahawa masalah disiplin murid perlu berada dalam keadaan terkawal. Hal ini kerana, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan adalah salah satu usaha yang berterusan dalam mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Rentetan daripada itu, kita dapat melahirkan generasi muda yang mampu untuk membawa negara ke arah kecemerlangan dan kemajuan negara. Sudah terbukti bahawa terdapat 2 peserta daripada golongan remaja yang telah mewakili negara pada kejohanan Bocce di Rom pada tahun ini. Ini membuktikkan bahawa dengan adanya disiplin dalam diri mampu membuatkan seseorang itu dikagumi dan dicontohi oleh masyarakat. Namun hakitkanya negara kita masih dibelenggu dengan kes-kes masalah disiplin pelajar yang saban hari makin membimbangkan masyarakat kita. Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan kes membuli sehingga menyebabkan kematian. Mangsa yang terlibat merupakan pelatih kadet laut yang belajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang bernama Zulfarhan Osman Zulkarnain. Mangsa berumur 21 tahun dan mangsa disahkan meninggal kerana dipercayai seluruh tubuh melecur akibat ditekap oleh seterika wap yang dibuat oleh beberapa mangsa. Bukan itu sahaja, menurut statistik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam penulisan Haslina Junid (2022), kes hamil anak luar nikah sebanyak 79,302 dilaporkan pada tahun 2012 sehingga 2016. Tingkah laku delinkuen sememangnya tidak disukai oleh masyarakat kerana peribadi individu tersebut yang tidak menyenangkan. Sekiranya sekolah tersebut terkenal dengan masalah disiplin yang tinggi, pastinya ibu bapa tidak yakin untuk menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah yang terlibat. Bukan sahaja masyarakat yang terkesan dek tingkah laku yang tidak bermoral itu malah guru turut menjadi mangsa peras ugut, diejek, serta merosakkan harta benda guru. Menurut Mohamad Hafis Nawawi (2017), terdapat guru yang menjadi mangsa seperti diugut oleh sekumpulan murid yang mempunyai kumpulan gangster di luar waktu sekolah. Pengkajian berkaitan dengan masalah disiplin murid adalah untuk semua pihak terutamanya ingin membantu pihak sekolah dalam membendung masalah disiplin murid dengan lebih berkesan. Bukan itu sahaja, memberi pendedahan kepada ibu bapa bahawa penglibatan mereka dalam membendung masalah disiplin sangat penting. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif i. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar (SMKSAB).
145 ii. Mengenal pasti faktor dominan yang mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar (SMKSAB). Persoalan kajian i. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar (SMKSAB). ii. Apakah faktor dominan yang mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar (SMKSAB). METODOLOGI KAJIAN Kajian ini berbentuk kuantitatif. Pengkaji menggunakan kuantitatif adalah disebabkan saiz sampel yang digunakan lebih besar jika nak dibandingkan dengan kajian berbentuk kualitatif. Pengkaji telah memilih reka bentuk kajian yang berbentuk kajian tinjauan di mana kajian tinjauan ini merupakan kajian deskriptif dan kebiasaannya kajian ini dilakukan secara bancian kepada seluruh populasi atau tinjauan sampel sahaja. Pengkaji memilih sampek bertujuan di mana hanya murid yang mempunyai masalah disiplin sahaja yang terlibat dalam kajian tinjauan ini. Responden yang terlibat seramai 45 orang pelajar yang terdiri daripada 30 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan. Pengkaji telah memilih lokasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar sebagai lokasi kajian. Pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Terdapat 5 bahagian dalam borang soal selidik tersebut antaranya Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, Bahagian D dan Bahagian E. Setiap bahagian ini terdiri daripada aspek demografi, faktor diri sendiri, faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan masalah disiplin murid. Pengkaji menggunakan Statistic Package for Social Science 27.0 (SPSS) untuk menganalisis data. Penganalisian data ini menggunakan statistik deskriptif di mana ia melibatkan pengiraan min dan peratus. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Persoalan Kajian 1 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin murid Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar. Jadual 2: Nilai min bagi faktor diri sendiri Jadual 3: Nilai min bagi faktor rakan
146 Jadual 4: Nilai min bagi faktor keluarga Ketiga-tiga faktor mempengaruhi masalah disiplin murid di SMKSAB. Hal ini kerana, ketiga-tiga faktor ini berada pada tahap yang sederhana tinggi dan ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga ini mempengaruhi masalah disiplin murid di sekolah tersebut. Ketiga-tiga faktor ini mempunyai skor yang berada pada tahap 3.01 hingga 4.00 (sederhana tinggi). Menurut Ashikin (2022), ketiga-tiga faktor ini sangat mempengaruhi masalah disiplin murid. Disebabkan pengaruh inilah yang membuatkan tahap masalah disiplin di sekolah itu berada pada tahap sederhana tinggi. Nilai min setiap faktor adalah seperti berikut: 1) Faktor diri sendiri (Min= 3.45, SP= .28) 2) Faktor rakan (Min= 3.70, SP= .43) 3) Faktor keluarga (Min= 3.46, SP= .47) Persoalan Kajian 2 Apakah faktor dominan yang mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar. Jadual 5: Nilai min bagi setiap faktor Dapatan mendapati bahawa faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi masalah disiplin murid di SMKSAB adalah faktor rakan sebaya (MeanC). Hal ini kerana nilai purata min bagi faktor rakan sebaya adalah lebih tinggi berbanding faktor yang lain iaitu sebanyak 3.70. Kajian ini selari dengan Mariam Abd Majid et al., (2021) di mana masalah disiplin murid disebabkan oleh terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan sebaya juga yang yang akan mempengaruhi seseorang terutamanya dalam aktiviti sosial (Azizi Bin Yahaya Dan Rohaya Binti Ahmad, 2018). Namun terdapat perbezaan pada dapatan kajian yang dibuat oleh Yahya Buntat (2019) di mana beliau mengatakan bahawa secara keseluruhannya pengaruh rakan sebaya bukanlah faktor yang memberi impak yang besar dalam berlakunya masalah disiplin murid di sekolah menengah di sekitar daerah Klang. Ini membuktikan bahawa perbezaan dari aspek lokasi juga turut memberi impak terhadap berlakunya masalah disiplin murid.
147 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Kesimpulan Tahap masalah disiplin di sekolah menengah kebangsaan syed abu bakar berada pada tahap yang sederhana tinggi. Hal ini kerana setiap nilai min bagi ketiga-tiga faktor tersebut berada pada lingkungan 3.44 hingga 3.70. Menurut Nurmally dalam penulisan Norasmah (2002), interpretasi skor min yang berada pada tahap 3.01 hingga 4.00 berada pada tahap yang sederhana tinggi. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengambil inisiatif yang lebih berkesan agar masalah disiplin di sekolah tersebut dapat dibendung dengan segera dan berkesan. Pihak sekolah boleh mengembleng tenaga bersama dengan ibu bapa dalam mengatasi masalah disiplin murid. Namun diharapkan kajian ini sedikit sebanyak membuka mata kepada pembaca serta pengkaji-pengkaji yang lain agar sentiasa cakna dan ambil tahu akan masalah disiplin terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Cadangan Untuk kajian lanjutan, pengkaji perlu memperluaskan lagi faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin pelajar di sekolah. Hal ini kerana, pelbagai faktor yang mempengaruhi masalah disiplin murid namun dalam kajian ini pengkaji hanya memberi fokus kepada tiga faktor sahaja iaitu faktor diri sendiri, faktor rakan sebaya dan faktor keluarga. Menurut Othman Md Johan & Norazamah Mohamad Roslan (2016), individu yang terlibat dengan masalah disiplin murid adalah berpunca daripada gangguan emosi. Cadangan yang seterusnya adalah pengkaji perlu mempelbagaikan suku kaum dan agama dalam kajian ini. Hal ini kerana, dalam kajian ini hanya satu kaum sahaja yang terlibat iaitu kaum melayu dan beragama islam. Jadinya, pengkaji tidak dapat tahu bahawa kaum-kaum lain turut terlibat dalam masalah disiplin atau tidak. Implikasi Bagi Implikasi kepada sekolah, pihak sekolah dapat mengenalpasti punca-punca tentang berlakunya masalah disiplin di sekolah tersebut. Secara tidak langsung, pihak sekolah boleh mengambil langkah untuk atasi masalah disiplin dengan lebih berkesan dari sebelumnya. Manakala bagi Implikasi kepada guru, guru akan memberi lebih perhatian kepada murid-murid yang mempunyai masalah disiplin. Dengan cara ini, murid akan rasa lebih dihargai dan disayangi oleh guru di sekolah. Sekaligus meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan mendengar arahan daripada guru. Bukan itu sahaja, dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh guru mampu untuk membentuk peribadi dan tingkah laku yang baik dalam diri murid. Menurut Gragey (1970), perwatakan guru yang kurang mesra dan garang akan membuatkan murid lebih berasa geram dan takut lalu murid akan melampiaskan kemarahannya itu kepada orang lain. Seterusnya Implikasi kepada murid Kajian ini memberi kesedaran kepada murid bahawa masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada keluarga sematamata malah berpunca daripada pengaruh daripada rakan. Oleh itu, mereka akan lebih berhati-hati dalam memilih rakan selepas ini. Bukan itu sahaja, murid bermasalah akan lebih diberi perhatian dan pelbagai aktiviti atau program yang akan pihak sekolah laksanakan dan akan memberi manfaat kepada murid dalam membendung masalah disiplin ini. RUJUKAN
148 Ad, N. F. (2016, September 14 ). 310 Pelajar Sekolah Di Kedah Terjebak Dadah. Retrieved From Bharian.Com: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2016/09/192659/310-pelajar-sekolah-di-kedah-terjebak-dadah Ajzer, Armittage & Corner. (1991). Instrumen Soal Selidik . Ambrose, A. M. (2022). Conteng Nama Guru Wanita Guna Ayat Lucah, Punca Murid Seremban Teruk Kena Marah. Retrieved From Majoriti: https://majoriti.com.my/berita/2022/08/12/conteng-nama-guru-wanita-guna-ayatlucah-punca-murid-seremban-teruk-kena-marah Arieff & Wardah. (2006). Masalah Disiplin Berpunca Daripada Gangguan Emosi Murid . Asmah Suboh, Nurulhuda Azizi & Mascilla Binti Hamzah. (2011). Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan.Jurnal Pendidikan Psikologi Dan Kaunseling Fakulti Sains Komputer Dan Matematik, Universiti Teknologi Mara & Universiti Teknologi Malaysia , 50-62. Awani, A. (2021, September 8). Masalah Disiplin Berpunca Daripada Keluarga Bermasalah. Retrieved From Astroawani.Com: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/95-masalah-disiplin-berpunca-daripada-keluargabermasalah-dr-fadzillah-kamsah-100904 Azizi. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan (Jadual Nilai Alpha Cronbach). Azizi Bin Yahaya & Rohaya Binti Ahmad . (2010). Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah Disiplin Di Sekolah . Core, Pp. 1-5. Azizi Yahaya & Yusof Boon. (2008). Masalah Dalam Kalangan Remaja. Utm Skudai: Fakulti Pendidikan . Azizi Yahaya, Jamaludian Ramli & K.Shoba. (2005). Faktor-Faktor Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Johor. Pp. 1-18. Bukhari, S. A. (2012). Sample Size Determintaion Using Krejcie And Morgan . Retrieved From Reserchgate : httpss://www.researchgate.net/publication/349118299_sample_size_determination_using_krejcie_and_morgan _table Chin Pek Lian. (2005). Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar: Pendekatan Penyelesaian. Seminar Pendidikan , 1-11. Dana. (2017). Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara | Dana Pendidikan Icym. Retrieved From Dana.Icym.My: https://dana.icym.my/news-1/331-pemuda-harapan-bangsa-pemudi- tiang-negara.html Daud, Y. B. (2018). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Disiplin Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Di Sekitar Daerah Klang, Selangor. Academia, Pp. 1-8. Dissayanake. (2013). Perbincangan Implikasi Pada Bab 5. Foucalt. (1977). Maksud Disiplin Mengiku Perspektif Umum. Fraenkel & Wallen. (1996). Definisi Kajian Rintis Dan Cara Pelaksanaan. Gregey. (1970). Masalah Disiplin Berpunca Daripada Perwatakan Guru. Harian, S. (2019, April 25). Hati-Hati Kesan Stres Terhadap Mental, Fizikal. Retrieved From Sinarharian.Com: https://www.sinarharian.com.my/article/25276/sinar-aktif/hati-hati-kesan-stres Hero, C. (2022). Instrumen Kajian: Instrumen Kajian Merupakan Satu Alat Yang Digunakan Oleh . Retrieved From Coursehero.Com: https://www.coursehero.com/file/p2l2cv6/instrumen-kajian-instrumen-kajian-merupakan-satualat-yang-digunakan-oleh/
149 Husin, H. (2021). Masalah Disiplin Berpunca Daripada Perubahan Dan Perkembangan Mental.Ismail, Ghazali & Ibrahim. (N.D.). Not All Development Assets Can Predict Negative Mental Health Outcomes Of Disadvantage Youth. Journal Of Social Sciences 6 (5), 452-461. Issahak, M. A. (2019). Jenayah Dalam Kalangan Pelajar Masih Membimbangkan. Berita Harian. Retrieved From Bharian : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/627250/jenayah-dalam-kalangan-pelajar-masih membimbangkan Jiun, L. H. (2021). Aplikasi Teknik Dalam Mengatasi Masalah Buli Murid . Kuala Lipis : Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan . Junia Triswanita & Fathra Annis Nauli & Agrina . (2014). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perilaku Agresif Remaja Di Smk Negeri 2 Pekanbaru. Jurnal Psik Vol. 1 No 2 Oktober 2014. Program Studi Ilmu Keperawatan. Universiti Riau. Junid, H. (2022). Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan Remaja Di Pusat Pemulihan Akhlak . Journal Cotemporary Of Islamic Counselling Perspective Volume 1, No 1 August 2022 Eissn: 2948-4774, 180 - 189. Kadi, N. (2016). Masyarakat Membawa Berkat. Mariam Abd Majid, Nurzatil Ismah Azizan, Abur Hamdi Usman, Noor Hafizah Mohd Haridi, Zainab Ismail & Aisyah Humairah Abdul Rahman. (2021). Faktor Penglibatan Tingkah Laku Delinkuen Dalam Kalangan Remaja: Satu Sorotan Literatur Sistematik. Jurnal Pengajian Islam Vol 14 No 2, 12-27. Mashira Yahaya & Aimi Dalila Ahmad Yatim. (2018). Kesan Agama Ke Atas Pelajar Delinkuen Melalui Model Spiritual Pemantapan Sahsiah . Jurnal Pendidikan Dedikasi , 63 - 80. Meng, E. A. (1997). Definisi Murid Disiplin Dalam Kalangan Murid Sekolah. Mokhtar, A. B. (2022). Contoh Masalah Disiplin Di Sekolah Ini. (S. B. Subri, Interviewer) Murihah Abullah, Abdul Hafiz Abdullah & Arieff Salleh Rosman. (2015). Identifikasi Peranan Ibu Bapa Dalam Memastikan Kelangsungan Pendidikan Tahfiz Anak-Anak. Academia, Pp. 1-12. Nawawi, M. H. (2017). Guru Menjadi Mangsa Buli Murid Di Sekolah . Nurul Farhana Mat Daud, Nur Asma Surianti Mat Yusoff, Nurul Hazlin Mohd Azmi, Siti Zulaikha Khairunnisa Mohd Asri, Nur Zalikha Manisha Zaidi, Mohd Razimi Husin . (2021). Kerja Sambilan Mempengaruhi Ketidakhadiran Pelajar Tingkatan 3. Journal Of Humanities Dan Social Sciences Volume.3 Issue 2, 67-79. Othman Md Johan & Norazmah Mohamad Roslan. (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Fakulti Pendidikan , Pp. 1-13. Rahim, R. N. (2019). 10,154 Kes Disiplin Babit Pelajar Tahun Lalu. Retrieved From Bharian : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/02/532222/10154-kes-disiplin-babit-pelajar-tahun-lalu Ramli, W. A. (1972). Psikologi Keluarga . Jurnal Kebajikan Masyarakat, 1-12. Razak, F. A. (2016). Guru Cuai Kes Buli Murid Diarah Tukar Sekolah. Retrieved From Bharian: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/2645/2016/01/110187/guru-cuai-kes-buli-murid-diarah-tukarsekolah Saidah, S. (2013). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian. Retrieved From Academia.Com:https://www.academia.edu/11713806/kesahan_dan_kebolehpercayaan_instrumen_kajian
150 Sang, M. S. (1995). Strategi-Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran Mikro Dan Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Selamat, N. N. (2018). Tingkah Laku Delinkuen Pelajar Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya. Jurnal Wacana Sarjana Jilid 2(1), 1-9. Submacher, S. & Mcmillan, J.H. . (1993). Research In Education - A Conceptual Introduction (3rdEd.). New York : Harper Collins College Publishers Wiersma. (2000). Definisi Kajian Rintis. Yahya, A. (2008). Pengenalan Psikologi Perkembangan. Utm Skudai: Fakulti Pendidikan . Zaki, T. N. (2021). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Disiplin Murid Dalam Kalangan Murid Sekolah Jerantut Jaya. Kuala Lipis: Institut Pendidikan Tengku Ampuan Afzan .
151 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELENDANG ZAFIZA ZABINA A/P ZAMLAN Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Masalah disiplin merupakan salah laku pelajar, keruntuhan akhlak, mempunyai masalah dalam sosial dan sebagainya. Masalah disiplin sinonim dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana remaja adalah lapisan yang mudah terpengaruh kerana masih pada tahap mengenal dunia luar dan masih mempertimbangkan perkara baik dan juga buruk dalam kehidupannya. Menurut Imam Al-Ghazali, definisi akhlak membawa maksud suatu disposisi yang mantap dalam jiwa seseorang dan segala perbuatanya. Oleh itu, akhlak sangatlah penting sebagai indikator atau kayu ukur bagi membangunkan keperibadian seseorang yang akan ditunjukkan melalui tingkah laku dan gaya berfikir. Kajian ini akan mengkaji berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang iaitu dari segi faktor sikap pelajar, rakan sebaya dan keluarga. PENYATAAN MASALAH Faktor masalah disiplin mempunyai pelbagai punca antaranya adalah kurang didikan daripada ibu bapa dan guru, faktor rakan sebaya serta faktor media massa dan sebagainya. Maka kajian ini akan memperincikan faktor – faktor masalah disiplin ini dengan secara teliti untuk mengetahui punca yang sebenar yang sedang berlaku kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang ini. Dapatan kajian dapat membantu pelbagai pihak dalam menangani masalah disiplin dengan tangkas agar remaja tidak terus hanyut dengan kesalahan mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah disiplin dan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang. Seramai 103 orang responden dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diubahsuai daripada penyelidikpenyelidik lepas iaitu azhar (2003), foziah (1999) dan jumail (1999). Reka bentuk kajian adalah menggunakan kaedah kuantitatif. Soal selidik telah disahkan oleh seorang pensyarah daripada IPGKTAA. Kajian rintis telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok untuk memastikan soal selidik yang digunakan bersuaian kepada kajian sebenar. Kajian ini telah dianalisis data menggunakan perisian Statistic Packages For the Social Science (SPSS) 27 untuk mendapatkan nilai peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai bagi analisis data secara deskriptif. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa faktor sikap pelajar, rakan sebaya dan keluarga menunjukkan nilai min yang sederhana tinggi dan dapat dikenal pasti bahawa masalah disiplin di Sekolah menengah kebangsaan selendang dalam keadaan yang membimbangkan. Faktor paling dominan dalam masalah disiplin didapati adalah faktor rakan sebaya. Cadangan adalah guru, ibu bapa dan pihak KPM perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang. Kata kunci: faktor masalah disiplin, rakan sebaya, sikap pelajar, keluarga.
152 Menjelang tahun 2022, masih hangat diperkatakan di keratan akhbar berkaitan dengan masalah disiplin pelajar sekolah. Sekitar tahun 2017, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 402 buah sekolah yang mempunyai masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Antara sekolah yang banyak tersenarai adalah terdiri daripada sekolah kawasan negeri Selangor. Hal ini berkemungkinan faktor persekitarannya iaitu terletak di kawasan bandar yang menjadi tumpuan pelbagai perkara di situ termasuklah pendedahan yang tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah, mat rempit, merokok dan sebagainya. Kesan daripada masalah disiplin juga membawa padah kepada pelbagai pihak terutamanya kepada pihak sekolah. Pihak sekolah yang akan menanggung malu jikatahap masalah disiplin sekolah meningkat. Sehubungan dengan kajian yang akan saya lakukan adalah pelajar di sekolah tersebut sering mempunyai masalah disiplin seperti merokok, berdating, datang sekolah lewat, ponteng kelas, dadah dan ponteng sekolah. Selain itu, kesan kepada murid sudah semestinya kerana mereka yang telah melakukan kesalahan tingkah laku dan masalah disiplin. Antara kesan daripada masalah disiplin adalah pelajar akan mempunyai masalah juga dalam pelajaran iaitu pembelajaran menjadi merosot kerana tidak fokus semasa belajar di dalam kelas. Di samping itu, kesan yang turut terasa adalah masalah disiplin juga penyumbang kepada imej negara. Hal ini demikian kerana negara tidak dapat melahirkan generasi yang dapat menyumbang ke arah kebaikan kepada negara. Tidak hanya itu masalah disiplin ini juga dibimbang akan menjadi penyumbang kepada masalah negara iaitu akan melahirkan ramai penjenayah negara yang akan menyusahkan negara dan juga masyarakat. Masalah disiplin sering dikaitkan dengan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah kerana mereka pada usia remaja yang masih dengan perasaan ingin tahu yang tinggi berbanding golongan yang lain. Maka kajian ini ingin disasarkan kepada pelajar yang telah mempunyai masalah disiplin di SMKS dan ingin mengenal pasti faktor – faktor yang mempengaruhi mereka dalam penglibatan masalah disiplin di sekolah. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN a. Objektif kajian ini adalah: i. Mengenal pasti masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang. ii. Mengenalpasti faktor sikap pelajar terhadap masalah disiplin pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang. iii. Mengenal pasti faktor rakan sebaya terhadap masalah disiplin pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang. iv. Mengenal pasti faktor keluarga terhadap masalah disiplin pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang. v. Mengenal pasti faktor paling dominan terhadap masalah disiplin pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang. b. Soalan kajian: i. Apakah masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang? ii. Adakah faktor sikap pelajar mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang? iii. Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang?
153 iv. Adakah faktor keluarga mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang? v. Apakah faktor paling dominan yang mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah menengah kebangsaan selendang? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan reka bentuk secara kuantitatif iaiitu menggunakan kaedah soal selidik. Lokasi kajian adalah berada di kawasan Rompin, Pahang iaitu dilakukan terhadap pelajar – pelajar yang berada di kawasan Perladangan Felda. Sampel kajian adalah secara bertujuan iaitu terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin sahaja seramai 103 orang responden. Manakala instrumen kajian menggunakan kaedah soal selidik yang diedarkan melalui atas talian iaitu pengedaran link google form yang akan diisi oleh pelajar. Kajian rintis juga telah dilaksanakan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok untuk mengetahui kesesuian intrumen yang digunakan. Seterusnya, kesahan dan kebolehpercayaan instrument telah diperoleh daripada pengesahan pakar iaitu daripada Dr Mohd Faizal Bin Hassan daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). Penganalisisan data berstastistik menggunakan perisian pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan bebas daripada berlakunya ralat. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan menunjukkan bahawa masalah disiplin pada tahap sederhana tinggi iaitu min menunjukkan (min=3.39 dan S.P=.974). Selain itu, faktor masalah disiplin semua menunjukkan pada tahap sederhana iaitu sikap pelajar (min=3.6461 dan S.P=.66685), rakan sebaya (min=3.8147 dan S.P=.62464) dan keluarga (min=3.7485 dan S.P=.64911). Namun faktor masalah disiplin yang paling dominan adalah faktor rakan sebaya (min=3.8147 dan S.P=.62464) yang menunjukkan nilai min tertinggi daripada ketiga-tiga faktor yang dikaji. Dapatan kajian ini telah disokong oleh Kajian Absha Atiah Abu Bakar dan Mohd Isa Hamzah (2018). Kajian yang mengaji berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dengan masalah sosial. Pengkaji ini telah menunjukkan bahawa penyataan “selalu menghabiskan masa bersama kawan” dan item ini menunjukan tahap sederhana tinggi dalam kajian mereka. Penyataan ini jelas menunjukkan bahawa meluangkan masa bersama kawan-kawan yang tidak bermoral akan menyebabkan pelajar cenderung untuk menjadi pelajar mempunyai masalah disiplin. Tan Toh Wah (1995) juga telah membuat kajian masalah disiplin dan dapatan menunjukkan bahawa rakan sebaya memang kuat memberi kesan pada pembentukan peribadi diri pelajar. Namun kajian ini juga bertentangan dengan kajian kajian yang dilakukan oleh Rogis Baker et al., (2020) yang membuat kajian berkaitan dengan gejala ponteng yang telah menunjukkan dapatan faktor dominan lebih kepada faktor keluarga dan persekitaran. Hal ini demikian kerana persekitaran pelajar adalah terdiri daripada keluarga juga yang sering bertemu pada setiap hari. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
154 Secara keseluruhannya, pengkaji telah membuat satu kajian untuk mengenal pasti faktor – faktor yang mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang, Rompin, Pahang. Kajian ini telah mengenal pasti dan memperoleh dapatan berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin yang berlaku. Selain itu juga pengkaji telah membuat kepastian mengenal pasti faktor yang paling dominan yang mempengaruhi masalah disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang. Cadangan ini dilakukan untuk mengurangkan dan menangani masalah disiplin. Cadangan daripada pengkaji agar mengurangkan faktor – faktor masalah disiplin berlaku seperti faktor sikap pelajar, faktor rakan sebaya dan faktor keluarga yang memberi pengaruh kepada masalah disiplin. Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah memainkan peranan dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang memberi kesan buruk kepada perkembangan mereka sebagai penimba ilmu yang sewajarnya menjadi pewaris yang mempunyai akhlak terpuji. Seterusnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Contohnya pihak PIBG perlulah membuat satu perjumpaan dengan ibu bapa dan pelajar pada setiap bulan. Perjumpaan tersebut perlulah mengupas isu– isu bukan akademik berkaitan dengan disiplin pelajar. Penghasilan kajian ini telah memberi impak yang positif kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam kajian faktor yang mempengaruh masalah disiplin ini. Hal ini kerana implikasi kajian dapat memberi panduan yang dapat dirujuk untuk menyelesaikan masalah disiplin sekiranya berlaku dan makin berleluasa. Pihak yang memperoleh implikasi daripada kajian ini seharusnya pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat. RUJUKAN Ahmad Pujo Sugiarto, T. S. (2019). Faktor Kedisplin Belajar pada siswa kelas x SMK larenda brebes . Jurnal Mimba Ilmu , 232-238. Ahmad, A. Y. (2007). Masalah-masalah disiplin di sekolah . Fakulti Pendidikan UTM ,1-3. Ahmad, A. Y. (2012). Faktor-faktor penyebab masalah disiplin di sekolah . Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia , 1-5. Aziz, N. (2013). Kajian rintis . Retrieved from Scrib : https://www.scribd.com/document/344569467/kajian-rintis Azizi Yahaya, S. H. (2009). Masalah salah laku agresif kalangan pelajar sekolah rendah dan hubungannya dengan gaya keibubapaan. Jurnal teknologi , 91- 103. Chin Pek Lian, L. L. (2005). Isu-isu masalah disiplin pelajar: pendekatan dan penyelesaian . Sceinces Pendidikan UTM , 1- 11. Chng G, H. M. (2020). Masalah vape di sekolah dalam kalangan awal remaja . Journal of Humanities and social Sciences , 34-46. Daud, Y. B. (2007). Faktor-faktor yang mempengaruhi disiplin kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Klang, Selangor. Fakulti pendidikan, UTM,1-8. Daud, Y. B. (2011). Faktor yang mempengaruhi masalah disiplin pelajar . Journal of educational social science , 1-5. Derani, R. (2004). Persepsi ibu bapa terhadap faktor - faktor keruntuhan akhlak remaja islam masa kini: satu kajian tinjauan di taman aman anak bukit, alor setar kedah. Fakulti pendidikan, UTM , 1-32.
155 Farzana, N. (2021). Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin murid di Sekolah Kebangsaan Kechor Tui, Kuala Lipis, Pahang. PISMP BNK IPGKTAA,1-84. Fatah, J. A. (1998). Masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar sekolah menengah .UUM , 1-26. Hanin, M. R. (2016). Faktor zina dan kesannya dalam kehidupan remaja . Jurnal sains Insani , 1-9. Harun, N. A. (11 November , 2020). salah laku punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah iailah pengaruh daripada rakan sebaya . Retrieved from Scrib : https://www.scribd.com/doc/144763476/Salah-Satu-PuncaBerlakunya-Kes-Buli-Dalam-Kalangan-Pelajar-Sekolah-Ialah-Pengaruh-Daripada-Rakan Sebaya#:~:text=Salah%20satu%20punca%20berlakunya%20kes%20buli%20 dalam%20kalangan,guru%20tidak%20menjadi%20model%20dalam% Hassan, K. Z. (2009). Pendekatan Islam dalam menangani masalah disiplin tegar dalam kalangan pelajar sekolah: Satu kajian kes . Journal of Islam and Arabic education, 1-14. Kalam, H. B. (2016). Pengaruh persekitaran sosial terhadap tingkah laku disiplin murid sekolah rendah di klang selangor malaysia . UPM , 1-48. Kamaruddin, M. N. (22 mei , 2020). Hirarki Keperluan Maslow . Retrieved from Nota ringkas : https://www.academia.edu/44348702/HIRARKI_KEPERLUAN_MASLOW Lukman Hakim, M. R. (2019). Masalah kecelaruan tingkah laku: ponteng sekolah. International Journal of Humanities , 51-64. Majid, N. A. (2012). Pembinaan kesedaran disiplin pelajar melalui pembelajaran PAFA. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM, 1-72. Muhammad, J. H. (2012). Faktor-faktor yang memyebabkan masalah ponteng sekolah di Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya, Johor. Universiti Teknologi Malaysia , 1-11. Mzain. (2010). Populasi dan persampelan . Retrieved from Scrib : https://www.scribd.com/document/97755750/Populasi-Dan-Persampelan Nooraisah Katmun @ Katmon, S. R. (2014). Faktor penentu masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah di wilayah persekutuan. Management Research Journal , 140-154. Nor Junainah Mohd Isa, M. S. (2019). Masalah buli dalam kalangan murid : apakah kata guru? Jurnal Perspektif , 1-14. Nor Nazimi Mohd Mustaffa, J. A. (2017). Teori Maslow dan kaitannya dengan kehidupan muslim . UKM PRESS, 275-285. Noradilah Abdul Wahab, N. M. (2019 ). Pengurusan masalah disiplin pelajar: isu dan cabarannya di malaysia . International Social Science and Humanities Journal, 43-47. Norhasilah Mat Nor, A. H. (2012). Faktor-faktor yang mempengaruhi gelaja ponteng di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai . Journal od Educational psychologi & Counseling , 12-29. Nugroho, R. S. (2017). Perilaku merokok remaja . Departemen Sosiologi FISIP Universiti Airlangga, 1-22. Nurul Hudani, A. D. (2019). Faktor situasi keluarga dan hubungannya dalam penghargaan kendiri dalam kalangan pelajr bermasalah . Borneo international Journal of education , 37-56. Roslee Ahmad, M. S. (2008). Punca, kesan dan langkah untuk menangani tingkah laku seksual pelajar mengikut pendekatan kaunsleing islam . Fakulti sains kognitif an pembangunan manusia , 1-17.
156 Saidah, S. (2019). kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian . Retrieved from A: https://www.academia.edu/11713806/Kesahan_dan_kebolehpercayaan_instrumen_kajian Saidi, F. S. (2015). Faktor dan peranan institusi keluarga dalam mencegah salahlaku dan devian dalam kalangan remaja . Seminar on regionol education , 5-7. Salimi, H. (23 Mac , 2020). Analisis data menggunakan perisian SPSS . Retrieved from A: https://www.academia.edu/9488782/ANALISIS_DATA_MENGGUNAKAN_PERISIAN_SPSS Thomas, S. (14 Ogos, 2018). Apakah kajian rintis . Retrieved from Slide share : https://www.slideshare.net/mse_tamparuli/apakah-kajian-rintis-109793734 Yusof, N. S. (2020). Hubungan kasih sayang ibu bapa dengan tingkah laku delinkuen pelajar tingkatan tiga sekolah menengah kebangsaan sultan alauddin, masjid tanah, melaka. Journal of sains sosial , 25-32. Zainol Abidin Ishak, M. N. (2017). Tahap salah laku Disiplin Pelajar sekolah negeri Kedah . Journal Of Social Science , 41- 50.
157 JENIS TINGKAH LAKU BULI DI DALAM KALANGAN MURID DI SJK(T) LADANG EDINBURGH CRYSTAL ANCELYTA A/P CHRISTOPHER ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Masalah disiplin yang sering berlaku di dalam kalangan murid sekolah mampu mendatangkan ketidakseimbangan terhadap masyarakat dalam aspek ekonomi, politik dan sosial di negara kita. Hal ini berlaku kerana, murid–murid merupakan harapan bagi meningkatkan kemajuan negara pada masa akan datang. Buli adalah salah satu gejala sosial yang amat serius yang memerlukan perhatian bukan sahaja kerana kesannya terhadap orang ramai tetapi kecenderungannya berlaku secara berterusan di dalam komuniti yang sentiasa memerhatikan. Menurut Olweus (1996), buli di takrifkan sebagai tingkah laku agresif yang berulang di mana satu atau lebih individu dengan sengaja mencederakan atau menganggu individu lain yang secara relatifnya tidak berkuasa secara fizikal, lisan atau psikologi. Tingkah laku buli dikategorikan sebagai satu set tingkah laku agresif. Seseorang individu dianggap sebagai mangsa buli apabila dan jika mereka secara berterusan dan berulang-ulang terdedah kepada tingkah laku berbahaya atau negatif, yang digubal oleh individu lain atau beberapa individu lain, tanpa mempunyai kekuatan untuk mempertahankan diri. Kajian menunjukkan bahawa gejala buli disekolah telah menjadikan sekolah tempat yang tidak selamat untuk murid (Jan & Hussain, 2017). Sebenarnya, menurut Gomez Ortiz, Romero dan Ortega Ruiz (2018), buli dianggap sebagai masalah serius di dalam sistem sekolah di seluruh dunia. Jan dan Hussain (2017), berpendapat bahawa buli boleh berlaku di dalam dan Kajian ini dijalankan dengan tujuan bagi meningkatkan kesedaran tentang tingkah laku buli di dalam kalangan murid sekolah rendah dan mengetahui jenis tingkah laku yang sering dilakukan oleh murid di SJK(T) Ladang Edinburgh, Kuala Lumpur. Seramai 480 orang dipilih sebagai responden kajian iaitu jumlah keseluruhan murid SJK(T) Ladang Edinburgh. Menurut Krejcie dan Morgan (1970), bagi populasi bersaiz 480 orang maka 214 orang sampel kajian perlu diambil. Jadi, pengkaji telah memilih 214 orang murid sebagai sampel bagi menjalankan kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan. Statistik yang digunakan adalah berbentuk peratusan. Statistik yang digunakan adalah berbentuk peratusan. Kajian ini menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B yang mengandungi 15 item sebagai instrumen kajian melalui pautan Google Form. Analisis hasil kajian menggunakan min, peratus dan tahap penilaian yang diperoleh daripada skor responden berdasarkan Skala Likert. Analisis ini dipersembahkan dalam bentuk carta dan jadual supaya ianya mudah dicerap. Hasil kajian ini akan dipersembahkan berdasarkan analisis yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa buli verbal adalah tinggi di dalam kalangan murid di SJK(T) Ladang Edinburgh dan perlu ditandatangani oleh pihak sekolah dengan berkesan. Kata Kunci: jenis buli, tingkah laku, murid – murid, sekolah rendah
158 di luar perskitaran sekolah seperti di dalam kelas, di tandas sekolah, sementara menunggu bas sekolah, semasa menaiki bas, di belakang bangunan sekolah atau di kawasan terpencil yang jauh dari pandangan guru. Dalam literatur masa lalu, telah didokumentasikan bahawa mangsa buli mengalami masalah yang berkaitan kesihatan secara fizikal, kesejahteraan mental dan pencapaian prestasi akademik. Mereka juga didapati lebih cenderung mengalami kemurungan (depression), kebimbangan (anxiety), harga diri yang rendah (low self - esteem) berbanding dengan individu yang tidak pernah menjadi mangsa kepada tingkah laku buli. World Health Organization (WHO, 2019) mendapati bahawa remaja di dunia membuli sekurang – kurangnya sekali seminggu. Buli di dalam kalangan pelajar boleh memberi kesan buruk seperti kecederaan fizikal, kecederaan kekal dan juga kematian, pengasingan daripada sosialisasi, mempengaruhi kualiti akademik dan menghadapi masalah dalam membina hubungan sosial dengan komuniti sekolah (Yoneyama & Rigby, 2016) serta menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan mental (Kumpulainen & Rasanen, 2018). Berdasarkan kepada laporan akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin, keganasan dan buli yang berlaku di sekolah-sekolah menengah kebangsaan merupakan perkara biasa pada hari ini dan merupakan satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini. Terdapat 14, 000 kes buli di sekolah direkodkan antara tahun 2017 hingga 2018 di Malaysia oleh Menteri Pendidikan lebih 35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun ini. Satu klip video yang menjadi viral mengakibatkan penangkapan sepuluh pelajar sebuah sekolah tahfiz di Pasir Puteh, Kelantan pada 21 Nov 2019, kerana membuli rakan sekelas berusia 12 tahun. Saya melakukan carian dalam talian tetapi tidak dapat menemui laporan mengenai sama ada sepuluh pelajar itu didakwa di mahkamah, atau apa yang berlaku pada kes tersebut.Kebanyakan kes-kes ini berpunca daripada perbuatan buli. Menurut kajian Kesihatan Remaja 2017 oleh kementerian kesihatan, didapati bahawa 16.2% pelajar sekolah di negara kita terlibat dalam gejala buli. Saya mengesyaki angka semasa mungkin lebih tinggi. Kita harus ingat bahawa banyak kes buli tidak dilaporkan dan apa yang kita dengar hanyalah insiden yang menjadi berita kerana klip video viral. Justeru, kajian ini cuba untuk mengkaji apakah jenis – jenis tingkah laku buli yang sering dilakukan oleh murid – murid sekolah rendah SJK(T) Ladang Edinburgh. Kajian ini juga ingin mengkaji peringkat umur pelajar yang sering terlibat dalam tingkah laku buli. Seterusnya, kajian juga telah memberikan beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi kejadian tingkah laku buli ini. PENYATAAN MASALAH United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO, 2017) menyatakan bahawa kes buli adalah salah satu keganasan yang paling banyak dilaporkan di beberapa negara seperti Eropah, Amerika Utara, Australia dan Asia. Ini kerana data menunjukkan 80% murid - murid sekolah rendah di dunia terlibat dalam kes buli yang sering berlaku di dalam kelas.Menurut Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, buli menjejaskan 84% kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dalam beberapa cara atau bentuk. Buli berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk buli siber dan dalam beberapa kes, keganasan fizikal yang membawa kepada kecederaan parah dan juga kematian. Pada 2017, rakyat Malaysia dikejutkan dengan beberapa siri kejadian buli yang berakhir dengan kematian T Nhaveen dan pegawai kadet tentera laut Zulfarhan Osman di tangan rakan sebaya mereka. Terdapat banyak langkah yang telah diambil yang
159 menumpukan pada penghukuman terhadap pembuli tetapi perbuatan ini hanya meneruskan kitaran keganasan terhadap masyarakat. Isu buli di sekolah-sekolah Malaysia menjadi perhatian pihak berkuasa yang bertanggungjawab, dan juga orang ramai, begitu banyak sehingga komponen buli telah dimasukkan dalam kajian peringkat nasional yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Awam Malaysia. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, yang dijalankan pada tahun 2012, mengkaji kelaziman kadar mangsa buli, bilangan hari mereka dibuli dalam tempoh 30 hari yang lalu dan kaedah yang paling biasa digunakan untuk membuli responden. Sebagai kesimpulan, kajian tinjauan mengenal pasti kadar mangsa dibuli adalah 17.9%. Walau bagaimanapun, tinjauan hanya mengukur dari perspektif mangsa buli sahaja. Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih tepat mengenai keadaan buli yang sebenar di dalam negara kita, pentingnya untuk tidak hanya mengenal pasti mangsa, tetapi juga pembuli dan individu yang memainkan peranan sebagai mangsa dan pembuli, jenis buli serta faktor berlakunya tingkah laku buli terutamanya yang sering berlaku di sekolah rendah atau menengah. Jamalsafri telah menjalankan sebuah kajian pada tahun 2010, berkaitan pelbagai faktor yang berlakunya buli di sekolah dan didapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar terlibat dalam gejala ini seperti faktor sosial iaitu faktor rakan sebaya, konflik keluarga, pengaruh media massa, kelemahan pengurusan sekolah dan sebagainya. Kajian yang sistematik terhadap gejala buli di sekolah sebenarnya telah bermula sejak tahun 1970 – an yang dijalankan oleh Dan Olweus. Beliau yang memulakan beberapa siri kajian tentang perlakuan buli terutamanya di sekolah – sekolah di negara Scandinavia. Kajian ini membincangkan jenis – jenis tingkah laku yang sering berlaku di sekolah – sekolah rendah serta mengkaji peringkat umur dan jantina yang melibatkan diri dalam tingkah laku buli secara aktif. Jadi, penyelidik telah memilih sebuah sekolah yang terletak di bandar, SJK(T) Ladang Edinburgh bagi menjalankan kajian ini. Langkah – langkah pencegahan turut diketengahkan yang dirasakan sesuai dilaksanakan oleh pihak sekolah, ibu bapa, masyarakat dan pihak kerajaan dalam menangani keadaan ini pada zaman ini. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa amat diperlukan untuk murid – murid sekolah bagi menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Kajian • Mengenalpasti jenis – jenis tingkah laku yang berlaku di dalam kalangan murid SJK(T) Ladang Edinburgh. • Mengkaji peringkat umur pelajar yang lebih terlibat dalam tingkah laku buli. Persoalan Kajian • Apakah jenis tingkah laku yang berlaku di dalam kalangan murid SJK(T) Ladang Edinburgh? • Berapakah peringkat umur pelajar yang lebih terlibat dalam tingkah laku buli? METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian Jenis – jenis Tingkah Laku Buli di dalam kalangan murid SJK(T) Ladang Edinburgh adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan.
160 Persampelan Kajian Seramai 480 orang dipilih sebagai responden kajian iaitu jumlah keseluruhan murid SJK(T) Ladang Edinburgh. Menurut Krejcie dan Morgan (1970), bagi populasi bersaiz 480 orang maka 214 orang sampel kajian perlu diambil. Jadi, pengkaji telah memilih 214 orang murid sebagai sampel bagi menjalankan kajian ini. Kelas yang dipilih untuk menjalani kajian ini adalah murid yang pernah terlibat dalam tingkah laku buli di sekolah atau kelasnya. Instrumen Kajian Pengkaji telah merangka satu set borang soal selidik bagi menerima maklum balas daripada responden untuk mencapai objektif kajian ini. Bentuk instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah bentuk soal selidik. Secara lazimnya, instrumen ini digunakan dalam kajian deskriptif. Menurut Tuckmen (1978), Instrumen yang berbentuk soal selidik merupakan cara yang amat berkesan untuk mendapatkan maklumat daripada responden semasa menjalankan sebuah kajian. Soal selidik diberikan dalam bentuk pautan ke Google Form. Kaedah ini digunakan untuk mengumpulkan data kerana kaedah yang paling efektif dan sesuai untuk mengumpulkan data dari sebilangan besar peserta dalam jangka waktu yang singkat. Pengkaji telah membina satu set soal selidik yang diubahsuai item – item daripada soal selidik Bullying Participant Behaviors Questionnaire yang dibangunkan oleh Summers and Demaray (2008) untuk mengumpul maklumat serta menjawab persoalan kajian ini. Instrumen soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu: i. Bahagian A: Maklumat Diri Murid SJK(T) Ladang Edinburgh ii. Bahagian B: Jenis – jenis Tingkah laku Buli Bahagian A mengandungi 4 soalan bagi mendapatkan maklumat demografi murid yang terlibat dalam kajian ini seperti tahap, umur, tinggal bersama dan jantina. Bahagian B pula mengandungi 15 soalan tertutup yang mesti dijawab oleh reponden mengikut skala Likert Ya, Tidak dan Mungkin. Soalan – soalan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau data bagi menngenalpasti jenis tingkah laku buli yang kerapa berlaku di dalam kalangan murid SJK(T) Ladang Edinburgh. Selain itu, soalan – soalan ini dibina untuk mengetahui tahap murid yang mana sering terlibat diri dalam tingkah laku buli. Soal selidik ditadbirkan kepada 480 murid sekolah sebagai responden melalui Google Form. Guru – guru sekolah tersebut membantu pengkaji untuk mentadbirkan soalan dengan teratur mengikut masa yang ditetapkan. Kesahan Dan Kebolehpercayaan Menurut Kerlinger & Lee (2001), Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu instrument adalah sangat penting kerana dapat memastikan dapatan yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan. Dengan itu, pengkaji telah mendapatkan kesahan dan memastikan kualiti instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini. Instrumen telah dikesahkan oleh Dr Zarina binti Eshak dari segi tatabahasa, isi kandungan, kefahaman soalan serta mengenal pasti kekurangan dalam instrument tersebut. Bukan itu sahaja, pengkaji juga telah menjalankan kajian rintis di sekolah yang dipilih untuk meneruskan kajian ini. Lima orang dari tahap 1 dan lima orang dari tahap 2 telah dipilih untuk menjalani kajian ini. Keputusan dari kajian rintis yang telah dilakukan dapat membantu pengkaji untuk memastikan dan membuat pembetulan bahagian soalan soal selidik yang mungkin tidak tepat atau tidak difahami oleh responden. Kajian ini juga dapat membantu pengkaji untuk menguji instrumen dari segi aspek kefahaman, tatabahasa, isi kandungan, kesahan dan kebolehpercayaan.
161 Mengikut keputusan kajian rintis yang berlaku, pengkaji mendapati bahawa murid – murid yang terlibat dalam kajian ini telah memahami serta menjawab setiap instrumen dalam soal selidik tersebut dengan mudah dan mengikut penetapan masa. Menurut Mohd Najib (2003), nilai kebolehpercayaan yang melebihi 0.800 merupakan nilai “Alpha Cronbach” di mana kebolehpercayaan sesuatu item itu adalah sangat tinggi dan boleh diterima. Mengikut pernyataan Mohd Najib keputusan yang diperolehi dalam kajian rintis yang dilakukan mendapatkan nilai kebolehpercayaan bagi soal selidik yang dijawab oleh responden adalah 0.809. Nilai ini merupakan nilai yang secukupnya di mana ia menunjukkan bahawa soal selidik yang dibina oleh pengkaji boleh digunakan dalam kajian ini di dalam kalangan murid. Kaedah Pengumpulan Data Pengkaji telah menggunakan dua kaedah iaitu data primer dan data sekunder untuk mengumpulkan data dalam kajian ini. Data primer merupakan instrument yang digunakan. Misalnya, data yang dikumpulkan oleh pengkaji sendiri manakala pengumpulan data merupakan penyelidikan perpustakaan dan data – data yang dikumpul mengikut kajian – kajian lepas berkaitan tajuk yang dipilih dalam pelbagai bentuk. Antaranya termasuklah, bentuk artikel, majalah, surat khabar, jurnal, buku dan sebagainya. Data kajian ini dikumpulkan melalui satu cara sahaja iaitu melalui soal selidik. Sebelum menjalankan kajian ini, pengkaji terlebih dahulu telah menghantar surat kebenaran dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan bersama kertas proposal kajian ini kepada guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Edinburgh bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian ini di sekolah beliau. Kebenaran daripada Guru Besar sekolah tersebut telah membantu pengkaji bagi menjalankan kajian ini dengan lancar. Sebuah kajian rintis telah dijalankan di sekolah tersebut dengan 10 orang murid yang terdiri daripada tahap 1 dan tahap 2 bagi memastikan soalan – soalan yang dibina oleh pengkaji dapat memahami dengan jelas dan tidak mewujudkan sebarang kekeliruan semasa menjawab soalan tersebut supaya kersahan dan kebolehpercayaan dapat diuji. Dengan kebenaran guru besar sekolah tersebut, pengkaji mula mengedarkan soal selidik dalam bentuk Google Form kepada responden yang terlibat melalui guru kelas murid – murid tersebut. Sebelum soal selidik diedarkan, pengkaji pula telah memberikan penerangan yang jelas kepada semua murid yang terlibat mengenai tujuan dan proses menjawab soal selidik. Pengkaji juga memberi kepada respondennya bahawa semua maklumat adalah sulit dan dirahsiakan serta hanya digunakan untuk menjalankan kajian ini sahaja. Setelah soal selidik dijawab oleh responden dengan lengkap, pengkaji telah tutup akses Google Form untuk responden supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam analisis data semasa pengiraan peratus dan min bagi jenis tingkah laku buli di sekolah tersebut. Perisian Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 27 telah digunakan untuk mendapatkan peratusan dan min mengikut data – data yang diperolehi. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini membincangkan analisis data dan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan daripada soal selidik yang telah dijawab oleh responden dalam dapatan kajian yang dijalankan. Pengkaji telah memasukkan data yang telah diproses untuk mendapatkan statistic seperti min, purata dan nilai peratusan. Demografi Jadual ini menunjukkan hasil berdasarkan ciri demografi murid yang mengambil bahagian dalam kajian ini.
162 Jadual 1: Jumlah kuantiti demografi murid Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 213 responden seramai 116 orang (54.5 %) terdiri daripada responden lelaki manakala sebanyak 97 orang (45.5 %) merupakan responden perempuan. Terdapat sedikit jurang perbezaan antara jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat daripada rajah dan jadual di atas. Kajian ini bertujuan bagi mengetahui tahap murid yang sering terlibat dalam tingkah laku serta jenis tingkah laku yang kerap berlaku di sekolah tersebut. Oleh itu, jurang perbezaan tidak mempengaruhi sebahagian besar kajian ini.
163 Mengikut jadual dan rajah di atas, pengkaji juga dapat melihat bahawa daripada 213 responden yang diterima seramai 67 orang (20.7) merupakan responden yang berada dalam tahap 1 iaitu berumur tujuh hingga sembilan maka 262 orang (79.3 %) adalah responden yang berada dalam tahap 2 iaitu berumur sepuluh hingga dua belas. Jurang perbezaan antara kedua – dua tahap ini dapat menunjukkan bahawa isntrumen soal selidik ini telah banyak dijawab oleh murid – murid tahap dua di sekolah tersebut. Dapatan hasil menunjukkan bahawa daripada 213 responden 200 orang (93.9 %) yang tinggal bersama ibu bapa mereka manakala 13 orang (6.1 %) yang tinggal bersama penjaga mereka. Perbezaan jurang nilai ini menerangkan bahawa murid – murid yang tinggal bersama ibu bapa yang lebih terlibat dalam aktiviti tingkah laku buli. Ibu bapa terlalu sibuk mengejar urusan dunia sehingga tidak mempunyai masa mendidik anak-anak. Penjagaan kanak-kanak diserahkan kepada pembantu rumah yang sudah pasti warga asing untuk keluarga kaya. Ibu bapa perlu sedar bahawa mendidik anak-anak sejak kecil meningkatkan keberkesanan penerapan nilai-nilai positif. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pelbagai pekerjaan mereka tidak mempunyai masa lapang yang diperlukan untuk berinteraksi dan memahami anak-anak mereka. Disebabkan kelemahan institusi keluarga, ibu bapa cenderung untuk memberikan anak-anak mereka lebih kebebasan dan kurang pengawasan ibu bapa. Akibatnya, ibu bapa gagal mengajar anak-anak mereka tentang agama dan menerapkan prinsip moral dalam diri mereka. Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini terlalu sibuk dengan pelbagai pekerjaan sehingga meninggikan taraf hidup mereka. Akibatnya, mereka menunjukkan anak-anak mereka kurang kasih sayang, kelembutan, dan perhatian. Contohnya, sesetengah ibu bapa bertolak ke tempat kerja seawal jam 6:30 pagi dan pulang ke rumah selepas tengah malam. Jadi mereka mempunyai kekurangan masa untuk memahami perkembangan anaknya dari segi emosi. SOALAN TENTANG JENIS – JENIS TINGKAH LAKU BULI Dalam bahagian ini pengkaji telah membahagikan soalan mengikut jenis buli yang sering dilihat di dalam kalangan murid sekolah rendah iaitu buli verbal, buli fizikal dan buli siber. BULI VERBAL
164 Sebarang bentuk buli yang melibatkan penggunaan pertuturan, seperti mengejek, menghina, menyebarkan khabar angin atau fitnah, mengugut, atau mengejek orang lain, dirujuk sebagai buli lisan. Ini adalah bentuk buli yang paling lazim, dan ia boleh berlaku di mana-mana—di sekolah, di tempat awam, di rumah, di tempat kerja, dan lain – lain. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan kekerapa responden menjawab soalan yang diberikan dalam soal selidik dengan YA, Tidak dan Mungkin mengikut tahap. Jadual 2 Jumlah kuantiti responden yang menjawab soalan jenis tingkah laku buli verbal Jadual 3 Jumlah min / peratus responden yang menjawab soalan jenis tingkah laku buli verbal Buli Fizikal Sebarang perbuatan memukul, menendang, mencuri, menyembunyikan atau menyebabkan kerosakan pada harta benda orang lain, serta memaksa pembuli melakukan tindakan yang tidak mereka mahu, dianggap sebagai buli fizikal. Pembuli mungkin memukul, menyeksa, dan mengejek mangsa bulinya. Jadual di bawah menunjukkan kekerapa responden menjawab soalan yang diberikan dalam soal selidik dengan YA, Tidak dan Mungkin mengikut tahap. Jadual 4: Jumlah kuantiti responden yang menjawab soalan jenis tingkah laku buli fizikal YA TIDAK MUNGKIN
165 SOALAN / TAHAP MURID TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 1 TAHAP 2 6. Saya pernah menolak, menumbuk atau menampar pelajar lain. 16 64 25 98 3 7 7. Saya pernah merosakkan atau memecahkan sesuatu benda kepunyaan pelajar lain. 16 64 27 97 1 8 8. Saya pernah membaling barang kepada pelajar lain. 16 48 28 111 0 10 9. Saya pernah mencuri barang pelajar lain. 11 54 31 113 2 3 10. Saya pernah membuat pelajar lain melakukan perkara yang mereka tidak suka lakukan. 13 68 27 94 4 7 Jadual 5: Jumlah min/peratus responden yang menjawab soalan jenis tingkah laku buli fizikal Buli Siber Buli siber ialah buli yang menyasarkan orang ramai dengan menggunakan teknologi seperti emel, mesej teks, tapak media sosial seperti Facebook dan telefon mudah alih untuk mengganggu, mengugut atau menyasarkan mereka. Jadual di bawah menunjukkan kekerapa responden menjawab soalan yang diberikan dalam soal selidik dengan YA, Tidak dan Mungkin mengikut tahap. Jadual 6: Jumlah kuantiti responden yang menjawab soalan jenis tingkah laku buli siber YA TIDAK MUNGKIN SOALAN / TAHAP MURID TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 1 TAHAP 2 11. Saya pernah bercakap buruk tentang pelajar lain dalam media sosial. 16 37 26 125 2 7 12. Saya pernah bersikap kurang ajar atau jahat kepada seseorang pelajar semasa bermain permainan dalam talian. 15 61 26 100 3 8 13. Saya pernah membongkarkan rahsia pelajar lain dalam media sosial. 11 45 31 123 2 1
166 14. Saya pernah menghantar teks yang menyakitkan hati seseorang pelajar. 11 65 31 98 2 6 15. Saya pernah terlibat dalam ‘prank call’ seseorang pelajar. 12 62 29 102 3 5 Jadual 7: Jumlah min/peratus responden yang menjawab soalan jenis tingkah laku buli siber PERBINCANGAN ANALISIS DATA Purata min berdasarkan keputusan bagi soalan – soalan yang dijawab oleh responden yang bersetuju dalam soal selidik yang diberikan bahawa mereka terlibat dalam aktiviti tingkah laku buli verbal di sekolah merupakan sebanyak 0. 42 manakala 0. 55 adalah dari kalangan responden yang tidak terlibat dalam tingkah laku tersebut. Seterusnya, berdasarkan keputusan soalan – soalan jenis buli fizikal bagi reponden yang mengakui bahawa pernah terlibat adalah 0.35 manakala 0.61 merupakan responden yang menjawab ‘tidak’. Selain itu, berdasarkan keputusan bagi soalan 11 hingga 15 mengenai buli siber adalah purata min 0.31 bagi responden yang menjawab ‘ya’ manakala 0.55 bagi yang tidak terlibat dalam tingkah laku buli tersebut. Mengikut keputusan yang didapati di atas, pengkaji dapat lihat bahawa berbanding dengan keputusan purata min lain, buli verbal dinilai paling tinggi iaitu 0.42 manakala tindak balas lain menghasilkan purata min 0.35 untuk buli fizikal dan 0.31 untuk buli siber. Dengan ini, pengkaji dapat disimpulkan bahawa tingkah laku buli verbal kerap dilakukan oleh murid terutamanya murid tahap 2 di SJK(T) Ladang Edinburgh. Faktor utama yang menyebabkan murid melibatkan diri dalam tingkah laku tersebut merupakan faktor status sosial. Hal ini boleh dikaitkan dengan jurnal Hubungan antara Status Sosial Murid dengan Tahap Tingkah Laku Buli yang dikemukakan oleh Jamalsafri Saibon. Dapatan kajian menunjukkan dapatan perbezaan yang besar antara kedudukan sosial pembuli sekolah lelaki dan tahap tingkah laku buli mereka. Pautan yang tidak menguntungkan ini menerangkan sebab pelajar yang kerap terlibat dalam tingkah laku buli cenderung mempunyai kedudukan yang buruk dalam hierarki kedudukan sosial pelajar. Kajian ini mendapati bahawa pembuli dalam kalangan pelajar dijauhi oleh rakan pelajar mereka. Seterusnya, tingkah laku buli verbal ini berlaku di dalam kalangan murid kerana sesetengah pelajar yang memepunyai nilai harga diri yang amat rendah. Dengan
167 mempersendakan orang lain, mereka cuba mengatasi sensasi ini dan mendapat kepuasan daripada berbuat demikian. Mereka mungkin berasa hebat pada masa itu, tetapi ia akan berlalu dengan cepat, jadi mereka cenderung untuk mengulanginya tanpa menyedari betapa mangsa mereka terjejas oleh sensasi kebahagiaan ini. Walaupun sesetengah orang mempunyai keyakinan diri yang jauh lebih kuat daripada orang lain, mereka sering tidak mempunyai belas kasihan dan empati serta mempunyai kecenderungan untuk bertindak ganas apabila mereka berasa terancam. Kanak-kanak yang membuli dilaporkan didapati mempunyai tahap empati yang lemah dan oleh itu tidak sensitif terhadap penderitaan orang lain. Ini menerangkan sebab kanak-kanak memberikan alasan seperti "Kanak-kanak yang lain itu membuat saya jengkel, ”Untuk membalas dendam” ”Untuk keseronokan” ”Untuk menunjukkan betapa kerasnya saya” tentang sebab mereka membuli orang lain. Buli bukanlah sesuatu yang harus diterima, tanpa mengira sebab di sebaliknya. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Kesimpulan Buli di kalangan remaja adalah bentuk penderaan rakan sebaya dan didefinisikan sebagai sekumpulan tingkah laku negatif dan penyalahgunaan kuasa secara sistematik yang melibatkan pengulangan, bahaya, dan kehadiran kekuatan yang tidak sama antara pelaku dan mangsa. Hasil kajian telah mengenal pasti maklumat penting. Ini menunjukkan bahawa usia, jantina, etnik, masa yang dihabiskan di media sosial, tahap tekanan psikologi, bilangan rakan, kekerapan konflik domestik dengan rakan, kehadiran pelajar pengacau di dalam kelas, kasih sayang pelajar terhadap guru mereka, kekerapan pujian daripada guru, sikap pelajar dalam menolong rakan mereka dan berlatih kelas ponteng dengan sengaja adalah faktor yang paling berpengaruh dikaitkan dengan pelajar melibatkan diri dalam tingkah laku buli. Mengenai perbincangan analisis data di atas, kita dapati bahawa tingkah laku buli verbal kerap berlaku di dalam kalangan murid sekolah SJK(T) Ladang Edinburgh. Cadangan Buli adalah masalah biasa dan serius di kebanyakan Sekolah Malaysia. Berbagai langkah telah diambil oleh pihak berwenang untuk memerangi masalah ini, sayangnya, kes buli hanya meningkat dalam beberapa tahun terakhir. Buli bukan hanya bermaksud menyalahgunakan seseorang secara fizikal, tetapi juga boleh bermaksud mencabul, menyalahgunakan lisan, memeras ugut dan menyala. Sering dikatakan bahawa pengganggu harus dihukum dengan hukuman berat atas apa yang telah mereka lakukan, tetapi sedikit usaha dilakukan untuk benarbenar belajar tentang pengganggu itu sendiri. Dalam beberapa kes, pengganggu mengatakan terlibat dalam buli kerana mereka merasakan bahawa mereka mengawal keadaan, tidak seperti di rumah, ibu bapa tidak banyak memperhatikan keberadaan mereka. Guru dan ibu bapa harus dipersalahkan sebahagiannya kerana membangkitkan pembuli pada seseorang, tetapi pada akhirnya orang itu harus memutuskan dengan bijak tentang terlibat dalam buli agar merasa lebih baik, atau meminta pertolongan daripada rakan atau profesional. Guru memainkan peranan penting dalam menjaga sekolah yang kondusif dan bebas daripada pembuli. Pertama, guru harus mengenal pasti pembuli dan mendekatinya dengan cara yang lebih lembut. Guru juga harus bercakap dengan mereka agar tidak mengambil perhatian. Pembuli kadang-kadang hanya memerlukan orang yang akan mendengarkan
168 mereka, dan perbincangan sederhana boleh membawa dunia kepada mereka. Guru juga harus mendorong pelajar untuk tidak mengasingkan mereka semasa aktiviti berkumpulan, atau perbincangan mesra, untuk membolehkan pembuli bergaul dengan masyarakat. Rakan-rakan sangat penting dalam kehidupan pelajar ’, dan dipercayai bahawa, hanya rakan yang dapat menukar rakan lain. Selain itu, sekolah juga harus mengambil langkah untuk mendidik pengganggu untuk memberitahu mereka betapa seriusnya masalah mereka. Kempen tahunan diadakan di sekolah untuk mendidik dan memberitahu mereka bagaimana buli boleh merosakkan kehidupan. Di beberapa sekolah, pengganggu dibawa ke penjara untuk menyaksikan keadaan penjara yang tidak menyenangkan. Menemu ramah tahanan yang berkaitan dengan buli dapat memberikan gambaran baru kepada pembuli dan boleh mengubahnya menjadi lebih baik. Sebilangan besar tahanan menyesali tindakan mereka, dan mengambil bahagian dalam program pemerintah untuk mendidik anak muda agar tidak melakukan buli. Buli juga boleh menyebabkan masalah besar lain di masa depan seperti terlibat dalam pergaduhan geng, pembunuhan, pembakaran, dan bahkan masalah dengan undang-undang. Mungkin mengejutkan, tetapi buli adalah langkah Walau bagaimanapun, kekerasan diperlukan pada satu ketika untuk menukar pembuli. Sekolah harus menguatkuasakan undang-undang dan bertindak keras terhadap pembuli. Hukuman berat harus dikenakan terhadap mereka atas tindakan mereka. Sekolah juga boleh menegur mereka daripada memasuki kelas dengan meminta mereka menyapu sekolah, sebagai contoh. Pengetinan awam dan penggantungan sekolah juga perlu bagi pembuli yang terlibat dalam banyak isu serius. Sudah tentu ini mungkin bukan cara yang paling menyenangkan untuk membetulkan pembuli, tetapi sekolah bukan sahaja melakukan ini untuk kesejahteraan pelajar lain, tetapi juga mahu memecahkan pembuli dan membuat mereka tersedar daripada buli. Selain itu, adalah pilihan pembuli untuk bertukar cuti baru, dan memulakan kehidupan baharu. Sekolah dan bilik darjah mesti menawarkan pelajar persekitaran pembelajaran yang selamat. Guru dan jurulatih perlu mengingatkan pelajar dengan jelas bahawa buli tidak diterima di sekolah dan tingkah laku sedemikian akan membawa akibat. Mencipta dokumen antibuli dan meminta pelajar dan ibu bapa/penjaga menandatangani serta mengembalikannya ke pejabat sekolah membantu pelajar memahami betapa seriusnya buli. Selain itu, bagi pelajar yang sukar menyesuaikan diri atau mencari rakan, guru dan pentadbir boleh memudahkan persahabatan atau menyediakan "pekerjaan" untuk pelajar lakukan semasa makan tengah hari dan rehat supaya kanak-kanak tidak berasa terasing atau berada dalam bahaya menjadi sasaran buli. Kebanyakan program sekolah yang menangani buli menggunakan beberapa pendekatan yang berbeza-beza untuk masalah tersebut. Ini biasanya melibatkan beberapa jenis aktiviti seperti kaunseling, sama ada oleh rakan sebaya, kaunselor sekolah, guru atau pengetua. Tidak dinafikan, kesedaran ibu bapa adalah kunci untuk mengurangkan buli di sekolah. Pihak berkuasa sekolah harus melibatkan ibu bapa kanak-kanak dalam program buli. Jika ibu bapa pembuli dan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku di sekolah, maka keseluruhan program buli tidak akan berjalan dengan sempurna. Mengurangkan buli di sekolah memerlukan kerjasama dan usaha bersepadu di pihak semua orang. Buli juga harus dibincangkan semasa Hari Ibu Bapa untuk memahami cara pembuli hidup dan berkelakuan di rumah mereka untuk mencari jalan untuk menghentikan buli. Selain itu, kita tidak seharusnya membiarkan pelajar yang bukan mangsa menjadi tidak bersedia apabila menghadapi situasi sebegini. Semua guru harus bekerjasama dengan pelajar mengenai buli.
169 Selalunya, guru juga dibuli di dalam kelas. Satu program harus disediakan yang melaksanakan pengajaran tentang buli. Kita mesti membenarkan pelajar melakonkan situasi buli. Melakonkan situasi buli adalah alat yang sangat berkesan untuk membolehkan pelajar berhati-hati dengan perkara yang harus mereka lakukan. Pembuli tidak akan dapat menyasarkan mangsa mereka kerana semua orang tahu untuk melindungi diri mereka sendiri. Sememangnya, sebenarnya terdapat banyak cara untuk menggagalkan kes buli di sekolah. Peraturan yang melibatkan tingkah laku buli harus dikuatkuasakan dan disiarkan dengan jelas. Sekolah juga boleh meminta profesional kesihatan mental untuk memotivasikan atau memberikan pendedahan tentang tingkah laku buli dan bagaimana ia memberi kesan secara langsung kepada mangsa kepada murid sekolahnya. Sekolah perlu memastikan terdapat penyeliaan yang mencukupi di sekolah untuk mengurangkan dan seterusnya mencegah buli. IMPLIKASI Penggunaan tinjauan dalam kajian ini memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai kes buli di sekolah, jenis buli dan kesannya terhadap pelajar yang lemah. Tanpa kesedaran semacam itu di kalangan pelajar dan guru di sekolah, pendekatan holistik untuk menangani buli tidak dapat dipenuhi di institusi pendidikan Malaysia. Mesej mengenai pengalaman dan perasaan remaja ketika terlibat dalam buli sangat penting dalam langkah pertama untuk mewujudkan kesedaran dalam masyarakat. Selain itu, penemuan ini akan membolehkan pihak berkuasa yang berkaitan mengatasi masalah tersebut melalui lebih spesifik dan kaedah strategik, yang membolehkan pengurusan dan pencegahan buli yang berkesan di dalam negara. Kajian ini juga memberi peluang kepada kita untuk memerhatikan tindak balas pelajar mengenai program anti-buli yang sudah ada dalam jangka masa panjang. Namun, itu hanya dapat dilakukan jika ada metode dan struktur penelitian yang sesuai, selain penggunaan analisis statistik yang sah. Setelah mempertimbangkan perkara ini, para penyelidik dipilih dengan teliti pilihan kaedah yang digunakan untuk memastikannya sesuai dan dapat mengukur apa yang mereka inginkan. Selain itu, penemuan ini juga dapat memberi pihak berkuasa sekolah untuk membina pemahaman yang lebih jelas mengenai tingkah laku dan reaksi pelajar mengenai penglibatan buli. Kajian menunjukkan bahawa penglibatan remaja dalam buli adalah fenomena yang cukup meluas di sekolah rendah Malaysia, dengan faktor dalam domain yang berkaitan dengan individu dan sekolah yang berkaitan dengan penglibatan buli remaja. Faktor rakan sebaya, sebaliknya, didapati mempunyai tahap kepentingan minimum dalam hubungan mereka dengan penglibatan buli, walaupun masih ada pengaruh yang signifikan. Hasil kajian semasa menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk campur tangan buli yang drastic. Strategi yang akan digunakan di sekolah, dengan fokus pada pelajar dengan risiko yang lebih tinggi untuk terlibat dalam buli dan penilaian bertingkat yang berterusan yang menentukan dan memastikan keberkesanan program yang digunakan. Maklumat yang diperoleh daripada pelajar telah banyak membantu para penyelidik memahami sifat dan kelaziman buli di sekolah, serta cara-cara di mana pelajar-pelajar ini terjejas. Selanjutnya, penemuan tersebut memberikan maklumat awal penting yang membantu meningkatkan pemahaman isu-isu yang berkaitan dengan kes buli di sekolah dan dapat bertindak sebagai rujukan ketika menilai dasar anti buli dan tindakan yang dapat diambil oleh pihak sekolah untuk mengekang fenomena ini. Di samping itu, maklumat yang diperoleh dapat digunakan oleh pihak berkuasa yang relevan di
170 Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, dan Polis Diraja Malaysia sebagai panduan untuk menentukan tindakan yang diperlukan. RUJUKAN Amin Al Haadi (2013). Intervensi Kaunseling Kelompok Terapi Tingkah laku Kognitif dalam Membantu Mangsa Buli di Sekolah. Tesis tidak diterbitkan. Arseneault, L., Bowes, L., & Shakoor, S. (2010) Bullying Victimization in Youths and Mental Health Problems: ―Much Ado about Nothing‖? Psychol Med, 40:717–29. Arseneault, L., Milne, B. J., Taylor, A., Adams, F., Delgado, K., Caspi, A., & Moffitt, T. E. (2008). Being Bullied as an Environmentally Mediated Contributing Factor to Children‘s Internalizing Problems: A Study of Twins Discordant for Victimization. Archives of Pediatrics & Adolescent Medicine, 162, 145–150. Aziz Yahya, Jamaludin Ramli, Abdul Latif Ahmad & Zurhana Muhamad. (2007). Buli, Skudai, Johor: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Bajet Negara (2016), Ucapan Bajet 2016. Retrived from http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub16.pdf Batsche, G. & Knoff, H. (1994). Bullies and Their Victims: Understanding a Pervasive Problem in the Schools. School Psychology Review, 23(2): 165-174. Brockenbrough, K., Cornell, D. & Loper, A. (2002). Aggressive Victims of Violence at School. Education and Treatment of Children, 25:273–287. Brown, S. & Taylor, K. (2008). Bullying, Education and Labour Market Outcomes: Evidence from the National Child Development Survey. Economics of Education Review, 27: 387-401. Copeland,W.E., Wolke, D., Angold, A. & Costello, E.J.(2013). Adult Psychiatric Outcomes of Bullying and Being Bullied by Peers in Childhood and Adolescence. JAMA Psychiatry: 70: 419–426. DOI: 10.1001/jamapsychiatry.504. Dombeck, M. (2007). The Long Term Effects of Bullying. Retrieved from http://www.mentalhelp.net/poc/view_doc.php?type=doc& id=13057 Fried, S., & Fried, P. (2003). Bullies, Targets and Witnesses. New York: Evans. Gini, G. & Pozzoli, T. (2009). Association between Bullying and Psychosomatic Problems: A Meta-Analysis. Pediatrics, 123, 1059-1065. Grennan, S. & Woodhams, J. (2007). The Impact of Bullying and Coping Strategies. On the Psychological Distress of Young Offenders Psychology, Crime & Law, (5):487504. Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Noran Fauziah, Rajendran Nagappan & Ahamad Jazimin. (2005). Bullying Among Malaysian Elementary School Children. http://mahdzan.com/papers/bully/bully.asp [26 July 2009]. Rivers, I., Noret, N., Potent,V.P. & Ashurst, N. (2009). Observing Bullying at School; The Mental Health Implication of Witness Status. School Psychology Quarterly, 24(4): 211-223.
171 Ron, B. (2003). “Bullying in Schools.” ERIC Digest. Champaign: ERIC Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education, Retrieve from Http://www.ericdigests.org/1997/bullying.htm> Sullivan, K., Cleary, M. & Sullivan, G. (2004). Bullying in Secondary School: What It Looks Like and How to Manage IT. Thousand Oaks: Corwin Press. Sigurdson, J.F., Wallander, J.L., & Sund, A.M. (2014). Is Involvement in School Bullying Associated with General and Health and Psychosocial Adjustment in Adulthood. Child Abuse & Neglect, 38, 1607-1617. Takizawa, R., Maughan, B. & Arseneault, L (2014). Adult Health Outcomes of Childhood Bullying Victimization: Evidence from a Five-Decade Longitudinal British Birth Cohort. The American Journal of Psychiatry, 171(7), pp.777 –84. Teicher, M.H., Samson, J.A., Sheu, Y.S., Polcari, A. & McGreenery, .C.E. (2010). Hurtful Words: Asociation of Exposure to Peer Verbal Abuse with Elevated Psychiatric Symptom Scores and Corpus Callosum Abnormalities. Am J Psychiatry,167:1464— 1471.
172 FAKTOR GEJALA PONTENG SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID SJK(T) SEGAMBUT GUNASUNTHARI A/P S SUBRAMANIAM ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ditubuhkan dalam sistem pendidikan iaitu persekolahan berasal sejak awal tahun 1960-an di Malaysia. Berdasarkan Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran pada tahun 1960 adalah disarankan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di mana wajib menempatkan guru kerjaya yang dapat membantu murid dari aspek bimbingan serta vokasional. Berdasarkan (Mat Daud et al., 2021), gejala ponteng sekolah telah menjadi masalah disiplin yang hangat diperkatakan dalam arus perdana dan semakin hari semakin menjadi serius serta berlaku berleluasa dalam kalangan murid sekolah. Menurut (MatDaud et al. 2021), ponteng sekolah berterusan didefinisikan sebagai ketidakhadiran murid ke sekolah secara berturut-turut tanpa kebenaran demi suatu tempoh masa yang agak panjang dan ponteng sekolah berkala dimaksudkan ketidakhadiran murid ke sekolah dalam tempoh masa yang singkat serta berkemungkinan untuk berulang. Gejala atau perlakuan ponteng sekolah jitu ditakrifkan sebagai ketidakhadiran murid tanpa sebab dalam mengikuti sebarang aktiviti yang ditentukan oleh pihak sekolah dan tidak mendapatkan kebenaran rasmi daripada pihak Kajian ini bertujuan untuk mengenali faktor atau punca berlakunya gejala atau isu ponteng dalam golongan murid-murid khususnya murid sekolah rendah. Antara faktor yang dikaji ialah faktor diri murid, faktor suasana sekolah, faktor guru, faktor rakan sebaya, faktor keluarga serta faktor media elektronik yang menyebabkan murid terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Persampelan bagi penyelidikan ini ialah murid-murid daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Segambut iaitu 175 daripada 300 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Instrumen penyelidikan yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang dijadikan sebagai alat ukur untuk pengumpulan data. Hasil kajian rintis yang dilaksanakan memperolehi Nilai Cronbach-Alpha iaitu 0.8766. Reka bentuk kajian yang diaplikasikan ialah reka bentuk kuantitatif. Data-data kajian dianalisis secara deskriptif serta secara inferensi dilaksanakan dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages for the Social Science’ (SPSS) versi 11.5. Dapatan kajian menunjukka faktor diri, faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor media elektronik berada pada tahap sederhana manakala faktor suasana sekolah dan faktor guru berada pada tahap yang baik dalam mendorong murid melakukan ponteng sekolah. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan signifikan antara tahap ponteng dengan faktor diri muird, suasana sekolah, guru, rakan sebaya, keluarga serta media elektronik. Kajian ini dilaksanakan bagi mengurangkan kadar gejala ponteng dalam kalangan murid dan hasil kajian ini dapat memberikan sumber rujukan serta maklumat kepada penyelidik lain yang berminat untuk mengkaji secara lebih mendalam dan terperinci terhadap topik ponteng dalam golongan murid. Kajian yang dilaksanakan dapat memberi faedah kepada pelbagai pihak. Adalah sangat penting dalam mengetahui faktor-faktor yang mendorong gejala ponteng. Kata Kunci: (Ponteng sekolah, kuantitatif, soal selidik, faktor diri, pengaruh rakan sebaya, guru, keluarga, suasana sekolah dan media elektronik)
173 berkuasa khususnya pentadbbir sekolah. Berdasarkan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tingkah laku ponteng sekolah yang dilakukan oleh setiap murid dapat dikenali melalui rekod rasmi iaitu rekod kedatangan murid ke sekolah. Bagi menangani perlakuan ini maka peranan guru bimbingan dan kaunseling serta pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling boleh dijadikan sebagai langkah yang efektif dalam mengetahui faktor yang mendorong murid-murid untuk melakukan ponteng sekolah. PENYATAAN MASALAH Ponteng kelas atau ponteng sekolah merupakan perlakuan disiplin yang dikenali sebagai satu penyakit yang berjangkit. Situasi ini seolah-olah menggambarkan, gejala ponteng dalam golongan murid sekolah bertambah secara mendadak. Suatu hakikat yang tidak dapat ketepikan ialah berdasarkan (Nurul Huda, 2017), beliau mengemukakan bahawa jika perlakuan ponteng kelas serta sekolah ini dibiarkan maka murid-murid akan terpengaruh kepada perlakuan-perlakuan negatif yang lain. Berdasarkan Abd Jamil, 2009; Gase et al, 2016, mereka menyatakaan bahawa gejala atau isu ponteng sekolah lazimnya berlaku berpunca daripada punca rakan sebaya, punca keluarga, sikap guru, punca diri sendiri dan kemudahan sekolah manakala mengikut Wulandari (2018) pula, kebanyakan pengkaji mengemukakan bahawa punca perdana berlakunya gejala ponteng sekolah dalam golongan murid adalah berpunca daripada faktor keluarga. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif umum penyelidikan ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti gejala ponteng dalam golongan murid sekolah. Objektif khusus bagi penyelidikan yang dilaksanakan ini adalah bermatlamat untuk I. Mengenal pasti sama ada faktor diri murid merupakan faktor utama yang menyebabkan murid ponteng sekolah II. Mengenal pasti sama ada faktor suasana sekolah merupakan faktor utama yang menyebabkan murid ponteng sekolah III. Mengenal pasti sama ada faktor guru merupakan faktor utama yang menyebabkan murid ponteng sekolah IV. Mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya merupakan faktor utama yang menyebabkan murid ponteng sekolah V. Mengenal pasti sama ada faktor keluarga merupakan faktor utama yang menyebabkan murid ponteng sekolah VI. Mengenal pasti sama ada faktor media elektronik merupakan faktor utama yang menyebabkan murid ponteng sekolah Persoalan Kajian I. Sejauh manakah faktor diri murid menjadi faktor utama yang menyebabkan murid ponteng sekolah? II. Sejauh manakah faktor suasana sekolah menjadi faktor utama yang menyebabkan murid ponteng sekolah? III. Sejauh manakah faktor guru menjadi faktor utama yang menyebabkan murid ponteng sekolah? IV. Sejauh manakah faktor rakan sebaya menjadi faktor utama yang menyebabkan murid ponteng sekolah? V. Sejauh manakah faktor keluarga menjadi faktor utama yang menyebabkan murid ponteng sekolah? VI. Sejauh manakah faktor media elektronik menjadi faktor utama yang menyebabkan murid ponteng sekolah?
174 METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian yang diaplikasikan ialah reka bentuk kuantitatif di mana pengkaji menggunakan kaedah soal selidik. Instrumen penyelidikan yang akan diaplikasikan dalam kajian ini ialah kaedah soal selidik yang diasaskan oleh beberapa penyelidik iaitu Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boo dan How Lee Chan. Lokasi penyelidikan ini dilaksanakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Segambut, Kuala Lumpur melalui aplikasi ‘Google Form’. Populasi kajian ialah jumlah keseluruhan murid SJK(T) Segambut di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 300 orang murid. Berdasarkan Krejcie dan Morgan (1970), jika populasi sampelnya bersaiz 300 orang maka 169 orang sampel penyelidikan mesti diambil. Namun begitu, penyelidik telah mendapat sebanyak 175 orang murid sebagai sampel iaitu melepasi jumlah sampel yang perlu dicapai. Dalam kajian ini, penyelidikan rintis dilaksanakan sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Menurut pengasas soal selidik, satu kajian rintis telah dilaksanakan terhadap 10 murid yang pernah ponteng sekolah di sebuah sekolah. Hasil kajian rintis yang dilaksanakan memperolehi Nilai Cronbach-Alpha iaitu 0.8766. DAPATAN DAN PERBINCANGAN BAHAGIAN A A) Jantina Jadual 1: Peratus mengikut jantina JANTINA PERATUS, % Lelaki 56.4 Perempuan 43.6 Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi faktor ponteng dari aspek jantina. Hasil kajian didapati peratusan responden lelaki iaitu sebanyak 56.4% melibatkan diri dalam kajian soal selidik berbanding peratusan responden perempuan iaitu sebanyak 43.6% mengikut kajian ini. B) Tahap Dan Umur Jadual 2: Taburan responden TAHAP UMUR PERATUS,% Tahap 1 ( 10.4% ) 7 tahun 0.6 8 tahun 2.3 9 tahun 5.8 Tahap 2 ( 89.6% ) 10 tahun 22.0 11 tahun 20.2 12 tahun 49.1 Jadual 2 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi faktor ponteng dari aspek umur dan tahap. Taburan respondan dari aspek umur pula ialah murid yang berusia 12 tahun lebih melibatkan diri
175 dalam kajian soal selidik di mana peratusannya ialah 49.1% manakala murid yang berusia 7 tahun kurang melibatkan diir dalam kajian soal selidik ini di mana peratusannya ialah 0.6%. Tuntas kata, ramai murid Tahap 2 terlibatnya dalam kajian soal selidik ini. BAHAGIAN B; Faktor ponteng sekolah Jadual 3: Taburan responden bagi faktor ponteng sekolah PONTENG SEKOLAH 1 STS (%) 2 TS (%) 3 TP (%) 4 S (%) 5 S (%) MIN SP Saya lebih suka merayau-rayau di luar kelas berbanding berada di dalam kelas 40.8 39.1 2.9 4.0 13.2 2.10 1.34 Saya suka pergi ke tandas tanpa kebenaran guru 75.7 6.4 1.7 7.5 8.7 1.68 1.33 Saya suka keluar masuk kelas sesuka hati 43.1 37.9 2.3 3.4 13.2 2.06 1.34 Saya tidak suka masa mula dan tamat setiap waktu pengajaran dan pembelajaran 41.4 39.7 2.3 8.0 8.6 2.03 1.24 Saya malas hendak pergi ke sekolah 75.3 6.3 0.6 3.4 14.4 1.75 1.46 Saya malas ke sekolah kerana jarak rumah jauh dari sekolah 40.2 42.0 4.0 8.0 5.7 1.97 1.14 Saya suka ke siber cafe semasa waktu persekolahan 43.7 39.1 1.1 3.4 12.6 2.02 1.32 Saya tidak ke sekolah kerana perlu menjaga adik di rumah 78.2 6.3 3.4 4.6 7.5 1.57 1.22 Min keseluruhan= 1.90 Sisihan piawai= 1.30 n=175 Jadual 3 menjelaskan taburan responden dari aspek faktor ponteng sekolah berlandaskan peratusan, min serta sishan piawai. Hasil daripada penyelidikan ini didapati pernyataan ‘saya lebih suka merayau-rayau di luar kelas berbanding berada di dalam kelas’ mencatatkan min tertinggi iaitu 2.10 serta sisihan piawai 1.34 manakala pernyataan ‘saya suka keluar masuk kelas sesuka hati’ mencatatkan nilai min kedua tertinggi iaitu 2.06 serta sisihan piawai 1.34. Secara tuntasnya, min yang didapati ialah 1.90 serta sisihan piawai ialah 1.30. Hal ini menjelaskan tahap ponteng di sekolah tersebut adalah sederhana. Faktor diri Jadual 4: Taburan responden faktor diri FAKTOR DIRI SENDIRI 1 STS (%) 2 TS (%) 3 TP (%) 4 S (%) 5 S (%) MIN SP Saya ke sekolah kerana dipaksa oleh ibu bapa 44.5 38.2 0.6 2.9 13.9 2.03 1.35 Saya berasa kecewa dengan pencapaian ujian bulanan 28.9 46.2 6.4 11.0 7.5 2.22 1.20 Saya ke sekolah tanpa paksaan sesiapa 19.0 3.4 3.4 44.3 29.9 3.63 1.43 Saya lebih suka bekerja dari belajar 75.9 6.9 0.6 4.6 12.1 1.75 1.44 Saya tidak berminat dalam pembelajaran 77.6 5.2 1.7 5.7 9.8 1.65 1.34
176 kerana ia tidak penting bagi saya Saya berasa bosan dengan mata pelajaran tertentu 35.6 10.3 38.5 5.2 10.3 2.44 1.30 Saya tidak suka menghabiskan masa lapang dengan membaca buku-buku pelajaran 36.8 41.4 5.2 5.7 10.9 2.13 1.28 Saya sengaja lewat ke sekolah untuk menggelakkan masuk kelas guru yang sangat garang Saya selalu letih dan tidak sempat bangun untuk datang ke sekolah Saya lebih suka menonton TV daripada belajar 41.9 36.2 33.9 41.9 44.3 45.4 2.3 3.4 5.2 2.9 7.5 1.7 11.0 8.6 13.8 1.98 2.08 2.16 1.25 1.21 1.30 Min keseluruhan= 2.21 Sisihan piawai= 1.31 n=175 Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi faktor ponteng sekolah dari aspek faktor diri. Secara tuntasnya, min yang didapati ialah 2.21 serta sisihan piawai ialah 1.31. Hal ini menjelaskan bahawa kadar faktor diri berada pada tahap sederhana di sekolah tersebut. Faktor suasana sekolah Jadual 5: Taburan responden faktor suasana sekolah FAKTOR SUASANA SEKOLAH 1 STS (%) 2 TS (%) 3 TP (%) 4 S (%) 5 S (%) MIN SP Susunan kerusi dan meja dalam bilik darjah memberi keselesaan kepada saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran 8.7 4.6 8.1 51.4 27.2 3.84 1.14 Bilangan murid yang ramai dalam bilik darjah merimaskan saya 21.4 47.4 16.2 5.2 9.8 2.35 1.16 Hubungan saya dengan guru yang mengajar di kelas saya adalah baik 2.9 3.4 11.5 48.3 33.9 4.07 0.92 Pihak sekolah memberi tekanan kepada saya untuk lulus dengan cemerlang 18.4 10.9 44.3 10.9 15.5 2.94 1.26 Pihak sekolah saya selalu mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa Saya tidak suka suasana di dalam kelas Saya Sekolah saya menyediakan tempat untuk berehat secukupnya Saya berasa selesa dengan keadaan persekitaran sekolah Kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah membebankan saya Peraturan di sekolah saya terlalu ketat 11.5 31.8 5.2 3.5 27.7 21.3 8.0 44.5 4.0 3.5 10.4 9.8 16.7 4.6 17.2 10.5 38.7 45.4 46.0 8.7 52.9 52.3 8.1 8.6 17.8 10.4 20.7 30.2 15.0 14.9 3.51 2.22 3.80 4.01 2.72 2.86 1.21 1.27 0.99 0.94 1.35 1.27 Pihak sekolah menyediakan kemudahankemudahan (sukan, alat/mesin dan bahan yang secukupnya untuk kegunaan pelajar Makanan di kantin sekolah tidak sedap dan mahal 1.7 20.1 1.7 8.6 50.6 49.4 14.9 10.9 31.0 10.9 3.72 2.84 0.98 1.19 Min kesuluruhan= 3.24 Sisihan piawai= 1.14 n=175
177 Jadual 5 menjelaskan taburan responden dari aspek faktor suasana sekolah berlandaskan peratusan, min serta sishan piawai. Hasil daripada kajian didapati pernyataan ‘hubungan saya dengan guru yang mengajar di kelas saya adalah baik’ mencatatkan min tertinggi iaitu 4.07 serta isihan piawai 0.92. Secara tuntasnya, min yang didapatinya ialah 3.24 serta sisihan piawainya ialah 1.14. Hal ini menggambarkan kadar faktor suasana sekolah berada pada tahap baik di sekolah tersebut. Faktor guru Jadual 6: Taburan responden faktor guru FAKTOR GURU 1 STS (%) 2 TS (%) 3 TP (%) 4 S (%) 5 S (%) MIN SP Saya suka dengan sikap guru mengajar dalam aktiviti pembelajaran dan pengajarannya 2.9 4.6 6.9 50.6 35.1 4.10 0.93 Guru disiplin akan menggunakan budi bicaranya jika saya melakukan kesalahan 2.9 5.2 48.9 16.1 27.0 3.59 1.03 Semua guru yang mengajar saya memberikan kerja sekolah yang banyak 13.8 14.4 48.9 8.6 14.4 2.95 1.17 Guru kelas saya adalah seorang baik dan mengambil berat tentang pelajaran saya 4.0 1.1 9.8 46.0 39.1 4.15 0.94 Guru kelas akan mengenakan hukuman jika saya melakukan kesalahan 5.7 7.5 13.2 55.2 18.4 3.73 1.03 Guru saya selalu menasihati murid semasa beliau mengajar Sesetengah guru yang mengajar saya sering lewat masuk ke dalam kelas Guru saya sentiasa bersedia semasa mengajar Pembelajaran dan pengajaran guru kurang berkesan seperti yang saya harapkan 2.3 29.9 1.7 27.6 2.9 9.8 2.9 10.3 4.1 45.4 8.0 9.8 52.9 8.0 49.4 43.7 37.8 6.9 37.9 8.6 4.20 2.52 4.19 2.95 0.87 1.20 0.84 1.41 Min keseluruhan= 3.60 Sisihan piawai= 1.05 n=175 Jadual 6 menggambarkan taburan responden dari aspek faktor guru berlandaskan peratusan, min serta sishan piawai. Hasil daripada penyelidikan didapati pernyataan ‘guru saya selalu menasihati murid semasa beliau mengajar’ mencatatkan min tertinggi iaitu 4.20 serta sisihan piawai 0.87 manakala pernyataan ‘guru saya sentiasa bersedia semasa mengajar’ mencatatkan nilai min kedua tertinggi iaitu 4.19 serta sisihan piawainya ialah 0.84. Bagi pernyataan ‘guru kelas saya adalah seorang baik dan mengambil berat tentang pelajaran saya’ merupakan min ketiga tertinggi iaitu 4.15 serta sisihan piawainya ialah 0.94. Secara tuntasnya, min yang diperolehi ialah 3.60 serta sisihan piawai ialah 1.05. Hal ini menjelaskan kadar faktor guru berada pada tahap baik di sekolah tersebut. Faktor rakan sebaya Jadual 7 Taburan responden faktor rakan sebaya FAKTOR RAKAN SEBAYA 1 STS 2 TS 3 TP 4 S 5 S MIN SP
178 (%) (%) (%) (%) (%) Kawan-kawan selalu mentertawakan saya apabila saya tidak dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru 19.5 48.9 9.2 9.8 12.6 2.47 1.27 Saya tidak suka ke sekolah kerana dapat bersama kawan di pusat hiburan 70.1 9.2 2.9 7.5 10.3 1.79 1.39 Saya selalu diajak oleh rakan saya pergi ke pusat beli belah sewaktu persekolahan 37.9 43.7 1.1 5.7 11.5 2.09 1.29 Jika saya tidak ponteng bersama rakan, saya tidak akan diterima oleh rakan yang ponteng 34.5 41.4 4.6 7.5 12.1 2.21 1.32 Rakan sebaya menjadi tempat bagi saya mencurahkan masalah dan pengganti bagi ibu bapa 29.3 7.5 41.4 7.5 14.4 2.70 1.35 Saya rasa bangga mempunyai kawan yang berkebolehan dalam kepimpinan dan berpengaruh terhadap rakan lain Saya lebih suka mengikut pemakaian kawan saya yang berjenama supaya saya diterima oleh kumpulan mereka 11.5 32.2 41.4 42.0 3.4 6.3 16.7 8.0 27.0 11.5 3.06 2.25 1.46 1.30 Min kesuluruhan= 2.37 Sisihan piawai= 1.34 n=175 Jadual 7 menggambarkan taburan responden dari aspek faktor rakan sebaya berlandaskan peratusan, min serta sishan piawai. Hasil daripada penyelidikan didapati pernyataan ‘saya rasa bangga mempunyai kawan yang berkebolehan dalam kepimpinan dan berpengaruh terhadap rakan lain’ mencatatkan min tertinggi iaitu 3.06 serta sisihan piawai 1.46. Secara tuntasnya, min yang diperolehi ialah 2.37 serta sisihan piawai ialah 1.34. Hal ini menjelaskan bahawa kadar faktor rakan sebaya yang menyebabkan murid-murid bagi melakukan ponteng sekolah berada pada tahap sederhana di sekolah tersebut. Faktor Keluarga Jadual 8: Taburan responden faktor keluarga FAKTOR KELUARGA 1 STS (%) 2 TS (%) 3 TP (%) 4 S (%) 5 S (%) MIN SP Ibu bapa saya jarang di rumah kerana sibuk bekerja Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab terhadap keluarga kepada orang gaji 31.6 35.6 43.7 43.1 4.0 3.4 6.3 9.2 14.4 8.6 2.28 2.12 1.35 1.24 Ibu bapa selalu bergaduh di rumah Ibu bapa saya selalu menggalakkan saya belajar sampai lewat malam Ibu bapa tidak mengambil tahu saya jika saya tidak pergi ke sekolah 39.1 31.0 38.5 39.1 42.0 40.8 4.6 8.6 1.7 6.9 4.6 6.9 10.3 13.8 12.1 2.10 2.28 2.13 1.28 1.32 1.33 Ibu bapa menyediakan segala keperluan dan kemudahan supaya hidup saya lebih mewah 9.2 7.5 48.3 13.8 21.3 3.31 1.16 Ibu bapa saya lebih sayang terhadap adik daripada saya 29.9 5.7 45.4 5.2 13.8 2.67 1.33 Min keseluruhan= 2.41 Sisihan piawai= 1.29 n=175
179 Jadual 8 menjelaskan taburan responden dari aspek faktor keluarga berlandas peratus, min dan sisihan piawai. Hasil daripada penyelidikan didapati pernyataan ‘ibu bapa menyediakan segala keperluan dan kemudahan supaya hidup saya lebih mewah’ mencatatkan min tertinggi iaitu 3.31 serta sisihan piawai 1.16 manakala pernyataan ‘ibu bapa saya lebih sayang terhadap adik daripada saya’ mencatatkan nilai min kedua tertinggi iaitu 2.67 serta sisihan piawainya ialah 1.33. Secara tuntasnya, min yang diperolehi ialah 2.41 serta sisihan piawai ialah 1.29. Hal ini menjelaskan kadar faktor keluarga yang mendorong murid untuk melakukan ponteng sekolah berada pada tahap sederhana di sekolah tersebut. Faktor Media elektronik Jadual 9: Taburan responden faktor media elektronik FAKTOR MEDIA ELEKTRONIK 1 STS (%) 2 TS (%) 3 TP (%) 4 S (%) 5 S (%) MIN SP Permainan video (Video Games) di pusat hiburan memang merugikan masa 21.8 4.6 2.9 43.1 27.6 3.5 1.49 Permainan video (Video Games) di pusat hiburan sangat menyeronokan 31.8 42.8 6.4 5.8 13.3 2.26 1.32 Saya lebih suka lepak di pusat hiburan daripada daripada belajar di sekolah 40.8 39.1 4.0 1.7 14.4 2.10 1.35 Permainan berkomputer di pusat hiburan boleh mengelakkan saya mendengar leteran guru yang membosankan 75.1 3.5 2.9 6.4 12.1 1.76 1.44 Jika saya ponteng, pusat hiburan adalah tempat bagi saya bertemu dengan kawan Permainan video (Video Game) di pusat hiburan memang boleh menghilangkan rasa tekanan saya di rumah dan sekolah Program siaran TV 24 memang boleh menghilangkan rasa bosan di rumah 43.1 37.4 42.8 2.3 5.2 8.7 37.4 37.9 30.6 5.7 8.0 4.0 11.5 11.5 13.9 2.40 2.51 2.37 1.39 1.36 1.42 Min keseluruhan= 2.41 Sisihan piawai= 1.40 n=175 Jadual 9 menjelaskan taburan responden dari aspek faktor media elektronik berlandaskan peratusan, min dan sishan piawai. Secara tuntasnya, min yang diperolehi ialah 2.41 serta sisihan piawai ialah 1.40. Hal ini menggambarkan kadar faktor media elektronik berada pada tahap sederhana di sekolah tersebut. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Menurut statistik serta kenyataan daripada penyelidikan di atas, jelaslah menggambarkan bahawa gejala ponteng dalam golongan murid menimbulkan kebimbangan kepada semua pihak. Faktor berlakunya budaya ponteng sekolah dari aspek diri, keluarga, rakan sebaya, suasana sekolah, guru dan media elektornik bukan merupakan sesuatu yang baharu. Oleh itu, saya sebagai penyelidik telah melaksanakan satu penyelidikan berkaitan dengan gejala ponteng sekolah di SJK(T) Segambut berlandaskan kepada punca-punca misalnya diri murid, guru, rakan sebaya, ibu bapa, persekitaran sekolah serta media eletronik secara mendalam dengan mendapatkan maklum balas daripada murid secara telus dengan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan faktor ponteng sekolah di SJK(T) Segambut berada pada tahap sederhana. Bukan
180 itu sahaja, faktor diri, rakan sebaya, keluarga dan media elektronik berada pada tahap sederhana manakala faktor suasana sekolah dan guru berada pada kadar baik. Salah satu kemerosotan disiplin yang makin merosot pada masa sekarang ialah gejala ponteng sekolah. Antara cadangan yang dapat dilaksanakan dan diimplimentasikan dalam sekolah tersebut untuk membendung gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid ialah program-program khusus perlu dilakukan di mana melibatkan kerjasama dengan ibu bapa atau penjaga menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pemantapan sahsiah murid, pemantapan gaya pengajaran pendidik di sekolah serta jenis dendaan serta cara teguran yang disampaikan kepada murid. Semua pihak sama ada pihak ibu bapa, pihak guru, pihak masyarakat serta juga pihak yang berkuasa memberikan tumpuan terhadap isu kemerosotan disiplin dalam golongan murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Implikasi utama penyelidikan ini dilaksanakan bagi mengurangkan tahap masalah ponteng dalam golongan murid terutamanya murid sekolah rendah. Seterusnya, kajian ini dilakukan untuk mengenalpati faktor atau punca berlakunya masalah ponteng dalam golongan murid terutamanya murid sekolah rendah serta peranan kaunselor dalam membanteras isu ini. Selain itu, kajian dijalankan adalah bagi mengenalpasti serta membanteras gejala ponteng sekolah demi mewujudkan insan yang seimbang dari segi (JERIS). Dapatan penyelidikan ini penting supaya dapat dijadikan sebagai sokongan, panduan serta memberikan gambaran yang jelas kepada pihak- pihak tertentu misalnya ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya, guru-guru serta kaunselor sekolah demi memahami serta mengenal pasti apakah punca-punca dominon yang mendorong ponteng dalam golongan murid sekolah tersebut demi menaikkan tahap prestasi pendidikan murid-murid. RUJUKAN Abdullah, M.A., Salim, S.S.S. & Arip, M.A.S.M. (2018). Factors that influenced the problem of truancy among secondary school students. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(3), 343-353. Abdullah Sani Yahaya (2004). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur: PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd Arieff Salleh, R. & Wardah, M. (2006). Membentuk Jati Diri Remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Arsaythamby, V. & Ng, C. K. (2014). Jenis Amaran dan Faktor Ponteng Sekolah dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Sabah. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 29, 125–139 Azizi, Y.B., Noordin, Y., Sharifuddin, I., & Talib, B. A. (2011). The relationship between learning styles and teaching methodology with the achievement of civil engineering studies at secondary technical school in Negeri Sembilan. Elixir Psychology, 41, 5900-5906. Azizi, Y., Shahrin, H., Yusof, B., Jamaludin, R. & Nurul Ezzati, A (2012). Penyelewengan Tingkah Laku Remaja Punca dan Rawatan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2),77-101. doi:10.1191/1478088706qp063oa Calhoun, G., Jurgens, J. & Chen, F. (1993). Juvenile Deliquency: Trends, Problems and Causes. Seminar Delinkuensi Juvana. Kementerian Pendidikan Malaysia.
181 Foziah Binti Ab.Rahman (1999). Masalah Ponteng Sekolah Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak Pelajar: Satu Kajian Di Sekolah Men. Keb. Kuala Tembeling,Jerantut Pahang”. Tesis Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia: TidakDiterbitkan Hamidah, A. R., Sabariah, D., Mohd Taib, D., Ajmain, S., Hamdan, A. K. & Puteri Khairul Bariah, M. M. (2006). Faktor Penyumbang Kepada Masalah Keluarga Dan Penceraian: Kajian Kes Di Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Hussein Hj Ahmad (1993). Pendidikan dan Masyarakat. Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka. Husein, M. & Kamaruddin, A.R. (2001). Beberapa Pandangan Dan Dapatan Berkaitan Dengan Disiplin Di Sekolah. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia Jilid xxvii Keluaran 65. Ismail Haji Din (1990). Cita – Cita Mengejar Dan Merealisasikannya. KualaLumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Jantan, R. & Razali, M. (2004). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kotemporari. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn Bhd. Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (1982). Panduan Bagi Ibubapa Mengenai Disiplin Pelajarpelajar Sekolah. (1982). Kuala Lumpur Kementerian Pendidikan Malaysia (1981). Panduan Am Disiplin Sekolah. KualaLumpur. Malcolm, H., Wilson, V., Davidson, J., & Kirk, S. (2003). Absence from School: A Study of its Causes and Effects in Seven LEAs. Research Report. Nottingham: Department for Education and Skills. Makhsin, M. & Ilias, M. F. (2004). Social Problem Nowadays Delinquent Youth. Thinking of July-September, 117-152. Mook, S. S. (2009). Teks Komprehensif PTK, Pengajaran &Pembelajaran (P&P). Multimedia Sdn.Bhd. Muhammed Sharif, M. & Suria, A. J. (2012). Mengenal Pasti Puncapunca Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Journal of Educational Psychology & Counseling, 6, 50-73 Noor Mohamad Shakil, H. (2017). Tangani Masalah Disiplin Secara Bersepadu. Utusan Online. Nosiah, A. W. (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah ponteng di Sekolah Menengah Daerah Segamat. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan. Nurul Huda, H. (2017). Pelajar Ponteng Sekolah Ditahan. Berita Harian. Rohayati, D. (2004). Persepsi ibu bapa terhadap faktor-faktor keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini: Satu tinjauan di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Ropiah Mohamed. (2004). Faktor-Faktor Persekolahan Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar,Satu,Kajian Kes Terhadap Pelajar Tingkatan Empat Di Salah Sebuah Sekolah Di Daerah Muar,Johor. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Pendidikan. Siti Uzairiah, M. T. (2017). Kajian Kualitatif dan Analisis Temu bual. Kuala Lumpur, Malaysia: Aras Publisher. Suzana, J. L. (2002). Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan, K. N. (2006). Pengaruh Persekitaran Sekolah Terhadap Masalah Disiplin Pelajar dan Kaedah Pengurusan Disiplin.Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. Wan Ahmad Nasir (1985). “Pentadbiran dan pengurusan sekolah ke arah peningkatandisiplin sekolah”. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. Jld. 29 (66)
182 Wilkins, J. (2008). School Characteristics That Influence Student Attendance: Experiences of Students in a School Avoidance Program. The High School Journal, 91, 12-24. Tan Kui Ngor (2006). Pengaruh Persekitaran Sekolah Terhadap Masalah Disiplin Pelajar dan Kaedah Pengurusan Disiplin. Universiti Teknologi Malaysia: TesisSarjana Ting Len, S. & Muhamad Sidek, S. (2007). Ingin Menjadi Guru. Seri Kembangan: Ilmu Media Trade. Zahari, I. & Low Suet, F. (2013). Truant and Teachers’ Behaviors in the Classroom, Procedia Social and Behavioral Sciences,103, 1223-1237. Zainal, M. & Mohd. Sharani, A. (2004). Panduan Mengurus Remaja Moden. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd Zhang, D., Katsiyannis, A., & Barrett, D., Wilson, V. (2007). Truancy Offenders in the Juvenile Justice System. Remedial and Special Education, 28, 244-256
183 FAKTOR KEMURUNGAN MURID- MURID DI SJKT KAMUNTING, PERAK KHARRSYEENNIE A/P MANOGARAN ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Kemurungan adalah gangguan perasaan ataupun emosi kepada sesuatu individu yang menyebabkan individu tersebut merasa sedih dan tidak senang hati yang agak lama, keletihan dan kekurangan tenaga dan hilang minat dalam aktiviti harian. Kemurungan jugadikategorikan salah satu penyakit yang kronik iaitu petanda kelemaha seseorang. Penyakit ini boleh dihidapi oleh semua lapisan masyarakat tidak kira umur, jantina dan juga bangsa. Penyakit ini boleh berlangsung secara berterusan dimana ia akan menjadi beberapa bulan ataupun beberapa tahun. Oleh itu, menangani penyakit ini secepat mungin adalah perkara yang amat penting bagi mengelakkan isu kemurungan ini menyebabkan situasi yang lebih serius. Kemurungan juga dikatakan ia lebih daripada setakat berasa susah hati atau sedih. Hal ini kerana, ia merupakan keadaan serius yang menjadikan pengendalian kehidupan menjadi teramat sukar. Bagi remaja, masalah sering dirasakan sebagai terlalu membebankan dan kesakitan yang berkaitan diperbesarkan dan tidak dapat tertahan sehingga menjurus kepada pemikiran negatif yang boleh merosakkan diri. Hal ini boleh dikaitkan dengan masa kini dimana seluruh dunia menjadi mangsa kepada kewujudan penyakit Covid-19. Di negara kita pula, pada situasi yang rumit memberi banyak halangan dan kesan yang negatif kepada masyarat terutamanya kalangan kanak- kanak. Tidak dinafikan pandemik Covid-19 yang menular di negara ini sejak tahun lalu memberi kesan kepada ramai pihak termasuk kanak-kanak. Masalah kemurungan melampau dialami kanak-kanak atau orang dewasa sepatutnya perlu mendapatkan rawatan bagi mengelak ia semakin parah. Pakar Psikologi Klinikal Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Kemurungan adalah gangguan perasaan ataupun emosi kepada sesuatu individu yang menyebabkan individu tersebut merasa sedih dan tidak senang hati yang agak lama, keletihan dan kekurangan tenaga dan hilang minat dalam aktiviti harian. Di negara kita pula, pada situasi yang rumit memberi banyak halangan dan kesan yang negatif kepada masyarat terutamanya kalangan kanak-kanak. Masalah kemurungan melampau dialami kanak-kanak atau orang dewasa sepatutnya perlu mendapatkan rawatan bagi mengelak ia semakin parah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor kemurungan dalam kalangan murid – murid. Kajian ini dijalankan di murid – murid SJKT Kamunting, Perak di daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Bilangan responden yang terlibat adalah seramai 75 orang murid – murid SJKT Kamunting, Perak. Kajian yang berbentuk deskriptif ini menggunakan soal selidik yang diubah suai yang mengandungi 30 item sebagai instrumen kajian melalui Google Form dalam kajian ini. Kebolehpercayaan item dalam borang soal selidik mencatatkan nilai Alfa Cronbach 0.832. Data diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 29 (SPSS V29) dan juga Microsoft Excel. Hasil kajian menunjukkan faktor sosial dan faktor keluarga berada pada tahap yang rendah, manakala faktor persekitaran menunjukkan majoriti responden berada pada tahap yang sederhana. Secara umumnya, faktor persiktaran adalah faktor utama yang memperngaruhi isu kemurungan di sekolah ini. Kata Kunci: Kemurungan, Faktor Kemurungan, Murid – Murid, Simptom, Cronbach’s Alpha
184 Dr Azizah Othman (2021), berkata Klinik Psikologi hospital itu menerima antara empat hingga lima pesakit setiap hari dalam kalangan kanak-kanak yang menunjukkan gejala kemurungan. PENYATAAN MASALAH Kajian ini lebih menjurus kepada semua murid sekolah rendah SJKT Kamunting, Perak. Sehubungan dengan kajian yang akan dijalankan penyelidik akan menjalankan kajian melalui soal selidik berkaitan tentang faktor kemurungan iaitu faktor sosial, faktor keluarga dan fakor persekitaran kepada murid-murid SJKT Kamunting, Perak bagi membantu pelajar mendapatkan kesedaran tentang faktor kemurungan yang dihadapi. Tujuan umum kajian ini adalah untuk memberi kesedaran tentang masalah kemurungan kepada murid-murid yang sudah menjadi satu masalah yang telah melanda di negara kita dan juga mampu menangani isu ini dari akar sebelum menjadi isu yang serius. Kajian dijalankan yang melibatkan semua murid iaitu murid-murid darjah satu hingga darjah enam di SJKT Kamunting, Perak. Kajian ini juga menumpukan kepada tiga aspek iaitu tahap faktor sosial, faktor keluarga dan juga faktor persekitaran. Dalam kajian ini, murid-murid amat keliru dan tidak mempunyai kesefahaman diri mengenai cara menyelesaikan masalah kemurungan yang dihadapi. Bukhari dan Saba (2017) yang menyatakan bahawa kemurungan, kebimbangan dan tekanan mempunyai kesan negatif ke atas kesejahteraan dan berkait rapat dengan kepuasan hidup.Secara umumnya semua tahu bahawa negara kita masih dalam jajahan Covid 19 dan rakyat Malaysia masih menjadi mangsa kepadanya. Oleh hal demikian, kita juga dapat melihat bahawa kemurungan adalah antara kesan yang diperolehi melalui Wabak Covid-19. Masalah kesihatan mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua yang paling serius selepas penyakit jantung bagi rakyat Malaysia. (Jamari Mohtar & Tam Mei Si, 2021). Perkara ini sudah biasa kepada kalangan remaja dan ke atas kerana mereka mempunyai pelbagai komitmen dalam kehidupan seharian tetapi pada masa ini, golongan kanak-kanak juga mengalami kemurungan yang semakin hari semakin teruk. Kanak-kanak tersebut terdiri daripada kalangan pelajar sekolah rendah tanpa mengira jantina bahawa lelaki atau perempuan dan terdorong untuk mengalami emosi yang tidak menentu ini. Pakar Psikologi Klinikal Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azizah Othman (2021) , berkata Klinik Psikologi hospital tersebut selalu menerima antara empat hingga lima pesakit setiap hari dalam golongan anak-kanak yang menunjukkan gejala kemurungan."Bagi kanak-kanak mengalami kemurungan, mereka akan menunjukkan perubahan tingkah laku seperti memberontak, marah, atau sentiasa mengadu sakit yang tidak dapat dikesan puncanya, bermasalah di sekolah, atau hilang minat kepada apa-apa aktiviti dan selalu keletihan. TUJUAN, OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Tujuan Murid-murid SJKT Kamunting, Perak akan diberi soal selidik kajian bagi melihat untuk mengkaji faktor kemurungan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mengakibatkan murid-murid di SJKT Kamunting ini menjadi mangsa kemurungan pada masa kini. Objektif Objektif kajian ini ialah:
185 1. Mengenal pasti faktor keluarga penyebab pelajar kemurungan. 2. Mengenal pasti faktor persekitaran penyebab pelajar kemurungan. 3. Mengenal pasti faktor sosial penyebab pelajar kemurungan. Soalan Kajian; 1. Adakah faktor-faktor keluarga penyebab kemurungan pelajar? 2. Adakah faktor persekitaran penyebab kemurungan pelajar? 3. Adakah faktor sosial penyebab kemurungan pelajar? METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah soal selidik sebagai ujian kajian untuk mendapatkan maklumat. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui ciri-ciri kemurungan dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi kemurungan murid-murid tahap 2 dari Sjkt Kamunting, Perak. Dapatan kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden. Memandangkan kajian ini berbentuk kuantitatif tinjauan maka penggunaan borang soal selidik lebih mudah dan efektif (Mohamad Najib,1999). Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan bagi memperolehi data ialah dengan menggunakan satu set soal selidik yang telah diedarkan kepada responden (rujuk LAMPIRAN 1). Set soal selidik bertujuan untuk memudahkan penyelidik menganalisis data yang diperolehi nanti.. Soal selidik ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan yang berlatar belakangan responden dan Bahagian B berkaitan aspek-aspek yang akan dikaji. Manakala maklumat yang diterima akan dianalisis secara kuantiitatif. Persampelan Sampel yang dilibatkan di dalam kajian ini terdiri dari murid-murid dari SJKT Kamunting, Perak. Kaedah pemilihan ini dilakukan secara rawak daripada peserta dalam kajian ini. Peserta dalam kajian ini merupakan jumlah murid- murid 150 orang dari SJKT Kamunting, Perak Manakala jumlah sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 75 peserta sahaja. Instrumen Kaijan Menurut Mohd Majid Konting (1990), instrumen soal selidik dianggap sesuai dalam bidang pendidikan bagi tujuan pengumpulan data. Penyelidik mengaplikasikan soal selidik sebagai instrument kajian yang merangkumi beberapa item berdasarkan objektif dan tujuan kajian. Soal selidik yang disediakan oleh pengkaji terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Pada Bahagian A, responden dikehendaki menjawab beberapa soalan tentang latar belakang responden. Skala likert pula digunakan pada Bahagian B di mana responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan. Skala Likert adalah skala pilihan paksa yang ditutup rapat yang digunakan dalam soal selidik yang memberikan serangkaian jawapan yang merangkumi dari satu ekstrim ke yang lain. Sebagai contoh, skala mungkin mempunyai lima pilihan yang bermula pada satu hujung dengan "sangat setuju" dan berakhir pada yang lain dengan "sangat tidak setuju", dengan pilihan yang kurang ekstrem di tiga titik pertengahan. Skala Likert banyak digunakan dalam penyelidikan psikologi dan sains sosial yang lain.
186 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Soal selidik dan soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan muka dan kesahan kandungannya. Soal selidik yang disediakan untuk memgumpul responden adalah mengikut soalan tertutup. Dimana responden akan berasa selesa kerana soalan yang berstruktur dan responden hanya memilih jawapan yang ditentukan sahaja. Responden akan diberikan masa yang cukup untuk menjawab. Bagi pengkaji, jawapan responden mudah dianalisis. Oleh itu, pengkaji telah meminta penyelia untuk meneliti kandungan instrumen yang diberi kepada murid. Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan dalaman (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). Nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk semasa pengukuran ketekalan dalaman sesuatu konstruk (Cronbach 1946; Norusis 1977). Antaranya ialah, kebolehpercayaan bagi soal selidik adalah akan mewujudkan hubungan langsung penyelidik dengan subjek dan juga pemilihan sampel yang tidak bias. Bukan sahaja itu, ia adalah salah satu cara yang ringkas untuk mendapatkan maklumat keranan pengistilahan adalah tepat. Nilai Cronbach Alpha bagi soal selidik adalah. 0.832. Jadual 3.2: Nilai Cronbach Alpha Prosedur Pengumpulan Data Prosedur kajian dimulakan dengan penilaian pengkaji mengenai masalah yang ingin dikaji terhadap responden. Perbincangan melibatkan perkara-perkara seperti mengenal pasti masalah, tajuk dan objektif kajian. Selain itu, perbincangan juga melibatkan pengumpulan maklumat berkaitan masalah yang telah dibincangkan, mengenal pasti responden dan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data. Selepas mendapakan kesahan dan kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa, pengkaji telah menyediakan kajian rintis untuk seramai 10 orang murid. Pengkaji telah melakukan kajian rintis sebelum menjalankan kajian yang sebenar. Apabila kebenaran diperolehi, pengkaji menetapkan masa dan hari untuk menjalankan ujian rintis, melibatkan 10 orang pelajar tahun 4 dan tahun 5 sahaja. Pengkaji telah ke sekolah untuk menjalankan kajian rintis serta memberi penerangan kepada pelajar .Dalam usaha menjalankan soal selidik yang sebenar, penyelidik juga telah memohon kebenaran daripada guru besar SJKT Kamunting, Perak. Apabila kebenaran telah diperolehi, penyelidik telah memeberi penerangan kepada murid -muird di sekolah tersebut di dewan sekolah , menetapkan tempoh hari dan masa untuk murid-muird menjawab soal selidik yang disediakan bagi keperluan kajian pengkaji . Usaha mengumpul data menggunakan borang soal selidik melalui Google Form mengambil masa selama seminggu. hal ini disebabkan , terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Antaranya adalah , adalah ada beberapa ibu bapa yang bersa sensitive semasa membaca soalan dan juga membuat pilihan untuk tidak menjawan soal selidik yang disediakan. bukan sahaja itu, terdapat banyak responden yang menjawab beberapa kali disebabkan guru -
187 guru menybarkan soal selidik ini pada setiap hari dalam talian bagi tujuan untuk mengingatkan murid-muridnya menjawb soal selidik tersebut. Penyelidik telah melibatkan diri secara langsung dalam pengagihan dan penerangan terhadap borang soal selidik ini dengan kebenaran guru-guru bagi menjawab apa-apa soalan yang akan ditanya oleh murid semasa menjawab soal selidik tersebut. Responden diberikan masa untuk menjawab soal selidik dan lengkap diisi diserahkan semula kepada penyelidik. Apabila semua borang soal selidik yang diisi oleh responden telah dikumpulkan dan disemak, prosedur terakhir yang perlu dilakukan ialah memasukkan semua data yang diperolehi ke dalam komputer dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk diproses dan dianalisis. Penganalisisan Data Penganalisisan data berlaku pada 2 peringkat yakni ketika proses mengenalpasti isu dan pada peringkat akhir iaitu selepas kutipan data dilakukan semasa dan selepas perlaksanaan sesuatu tindakan. Ketelitian amat diperlukan dalam menganalisis data supaya maklumat yang diperolehi itu sahih dan dapat digunakan dalam membuat kesimpulan. Maklumat yang diperolehi melalui soal selidik akan diproses dan di analisis. Pemperosesan data melibatkan aktiviti-aktiviti mengumpul, mengolah, menganalisis, menyimpan dan mengeluarkan data ke dalam computer. Di dalam pemprosesan data, pengkaji menggunakan perisian Statistical Packages For the Sosial Sciences (SPSS) versi 29.0 dengan mengambil kaedah bilangan dan peratusan. Dua bentuk analisis data digunakan iaitu analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi. Statistik deskriptif atau disebut juga dengan statistik perihalan ialah statistik yang digunakan untuk memerihalkan sesuatu peristiwa. Dalam kajian ini statistik deskriptif yang merangkumi jumlah skor, peratus dan frekuensi digunakan untuk memerihalkan malkumat peribadi responden dalam bahagian A serta mengira min untuk setaip item yang disediakan dalam Bahagian B . DAPATAN DAN PERBINCANGAN Analisis Persoalan Kajian 1 Adakah faktor-faktor sosial penyebab kemurungan pelajar? Dalam bahagian ini, hasil analisis yang berkaitan persoalan kajian pertama ditunjukkan iaitu berkenaan faktor sosial dalam menyumbang kepada kemurungan pelajar. Analisis yang terlibat ialah min. Jadual 4.1 menunjukkan nilai dan tahap min yang berpadanan dengan item berkaitan faktor sosial yang menyumbang kepada kemurungan. Jadual 4.1: Analisis nilai min dan tahap min berkaitan faktor sosial yang menyumbang kepada kemurungan
188 Hasil analisis pangkatan min menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan bagi faktor sosial adalah 1.80 iaitu berada pada tahap rendah. Daripada 10 item yang terlibat, 9 item mencatatkan nilai min yang rendah manakala 1 item sahaja mencatatkan nilai min yang sederhana. Tiada item yang mempunyai nilai min pada tahap tinggi. Item dengan nilai min terendah ialah item 1 iaitu “Saya rasa diri saya tidak berguna” dengan M=1.41. Sementara itu, item dengan nilai min tertinggi ialah item 5 iaitu “Saya sangat sensitif” dengan nilai M=2.28. Hasil menunjukkan bahawa para pelajar masih mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap diri sendiri disebabkan mereka tidak berasa mereka tidak berguna pada apa juga masa walaupun mengalami kemurungan. Selain itu, sensitif terhadap perkara -perkara yang kecil akan juga menjadikan seseorang murid mudah putus asa dan mengalami kemurungan. Oleh itu secara keseluruhannya faktor sosial mempunyai hubungan yang rendah dalam menyumbang kepada kemurungan murid. Analisis Persoalan Kajian 2 Adakah faktor-faktor keluarga penyebab kemurungan pelajar? Dalam bahagian ini, hasil analisis yang berkaitan persoalan kajian pertama ditunjukkan iaitu berkenaan faktor keluarga dalam menyumbang kepada kemurungan pelajar. Analisis yang terlibat ialah min. Jadual 4.2 menunjukkan nilai dan tahap min yang berpadanan dengan item berkaitan faktor keluarga yang menyumbang kepada kemurungan Hasil analisis pangkatan min menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan bagi faktor keluarga adalah 2.00 iaitu berada pada tahap rendah. Daripada 10 item yang terlibat, 8 item mencatatkan nilai min yang rendah , 1 item mencatatkan nilai min yang sederhana dan lagi 1 item mencatatkan nilai min yang tinggi.
189 Jadual 4.2: Analisis nilai min dan tahap min berkaitan faktor keluarga yang menyumbang kepada Kemurungan Item dengan nilai min terendah ialah item 3 iaitu “Saya rasa ibu dan ayah tidak sayangkan saya” dengan M=1.36. Sementara itu, item dengan nilai min tertinggi ialah item43 iaitu “Ibu dan ayah tidak pernah puji saya.” dengan nilai M=4.30. Hasil menunjukkan bahawa para pelajar masih rasional disebabkan mereka tidak berasa mereka tidak disayangi oleh ibu bapa mereka. Mereka juga mempunyai kefahaman tentang kasih sayang ibu bapa terhadap mereka. Selain itu, pujian adalah ganjaran yang boleh didapati secara percuma. Sekiranya, ibu bapa sanggup memuji anak-anak mereka walaupun anak mereka tidak mempunyai kejayaan yang besar. Ini dapat memberi semangat dan juga sokongan moral kepada anak-anak mereka. Oleh itu secara keseluruhannya faktor kelaurga juga mempunyai hubungan yang rendah dalam menyumbang kepada kemurungan murid. Analisis Persoalan Kajian 3 Adakah faktor-faktor persekitaran penyebab kemurungan pelajar? Dalam bahagian ini, hasil analisis yang berkaitan persoalan kajian pertama ditunjukkan iaitu berkenaan faktor persekitaran dalam menyumbang kepada kemurungan pelajar. Analisis yang terlibat ialah min. Jadual 4.3 menunjukkan nilai dan tahap min yang berpadanan dengan item berkaitan faktor persekitaran yang menyumbang kepada kemurungan.
190 Jadual 4.3: Analisis nilai min dan tahap min berkaitan faktor persekitaran yang menyumbang kepada kemurungan BIL SOALAN NILAI MIN TAHAP 1. Saya rasa tak pandai belajar macam orang lain 1.78 Rendah 2. Saya sering lewat ke sekolah 1.40 Rendah 3. Saya tidak suka memberi pendapat dalam kelas 1.87 Rendah 4. Saya disayangi guru 1.75 Rendah 5. Saya selalu dipuji oleh guru 3.65 Sederhana 6. Saya disayangi oleh guru 4.05 Tinggi 7. Saya tidak gembira apabila berada di sekolah 4.24 Tinggi 8. Saya tidak mempunyai ramai kawan 4.03 Tinggi 9. Saya selalu rasa cemas 2.07 Rendah 10. Saya tidak suka belajar di sekolah 4.39 Tinggi MIN KESELURUHAN 2.9 Sederhana Hasil analisis pangkatan min menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan bagi faktor persekitaran adalah 2.9 iaitu berada pada tahap sederhana. Daripada 10 item yang terlibat, 5 item mencatatkan nilai min yang rendah, 1 item sahaja mencatatkan nilai min yang sederhana dan 4 item sahaja mencatatkan nilai min pada tahap tinggi. Item dengan nilai min terendah ialah item 2 iaitu “saya sering lewat ke sekolah” dengan M=1.40. Sementara itu, item dengan nilai min tertinggi ialah item 10 iaitu Saya tidak suka belajar di sekolah” dengan nilai M=4.39. Hasil menunjukkan bahawa para pelajar masih mementingkat keselesaan diri sendiri. Dimana, ada beberapa pelajar yang lebih suka belajar di rumah sahajadan ada juga pelajar yang tidak suka berkawan yang lebih suka bersendirian. Tertamanya, murid -muird pada masa kini lebih suka kepada PDPR dimana belajar secara online tetapi ada juga muird-muird yang sebaliknya suka kepada bersemuka. Oleh itu secara keseluruhannya faktor persekitaran mempunyai hubungan yang rendah dalam menyumbang kepada kemurungan murid. Daripada hasil yang ditunjukkan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tahap kemurungan pelajar berada pada tahap yang sederhana. Selain itu, ketiga-tiga faktor yang membawa kepada kemurungan juga berada pada tahap sederhana yang mana faktor penyumbang tertinggi ialah faktor sosial, faktor kelaurga dan faktor persekitaran. Jadual 4.4: Perbandingan nilai min bagi faktor-faktor yang menyumbang kepada kemurungan
191 KESIMPULAN , CADANGAN DAN IMPLIKASI Pengkaji telah memberi keutamaan terhadap beberapa isu perbincangan mengenai kemurungan murid di SJKT Kamunting,Perak. Antara faktor yang dibincangkan ialah tentang faktor sosial, faktor keluarga dan faktor persekitaran. Terdapat murid -murid sekolah yang dikaji kurang terlibat dalam isu kemurungan. Hal ini dibuktikan di bab 4 dimana nilai min keseluruhan untuk setiap faktor yang diaji adalah dalam tahap rendah dan juga sederhana. Terdapat faktor persekitaran dalam tahap sederhana. Hal ini kerana, remaja pada masa kini terlalu terjebak kepada perubahan persekitaran. Contohnya , pada masa Pandamik Covid -19, semua murid sekolah telah mengamalkan PdPr di rumah. Dimana, semua murid akan berada di kediaman masing-masing dan akan belajar dalam talian. Selama 2 tahun mereka sudah diadaptasi dengan norma baru ini dan sudah berasa selesa dendan system tersebut. pada tahun ini, semua sekolah telah dibuka dan semuamurid diwajibkan ke sekolah untuk pdp bersemuka. Implikasi Teoritis Beck merumuskan teori kognitif untuk gangguan kemurungan selepas bertahun-tahun pemerhatian klinikal dan kajian empirikal tentang pemikiran dan kepercayaan orang yang mengalami kemurungan. Semasa eksperimen, Beck mengenal pasti corak pemikiran yang dikaitkan dengan gejala kemurungan. Beck juga menyatakan bahawa pemikiran orang yang tertekan dicirikan oleh pandangan negatif terhadap diri mereka sendiri, orang lain dan persekitaran mereka. Beliau menyatakan bahawa pemikiran negatif ini adalah hasil daripada berat sebelah dalam pemprosesan maklumat yang seterusnya membawa kepada kesimpulan yang berat sebelah. Kemudian beliau mencadangkan agar pemprosesan maklumat yang lemah ini boleh diubah dengan menggunakan teknik yang sistematik untuk membantu klien menguji minda mereka agar lebih realistik dan tepat. Beck menulis tiga set kognitif yang mencetuskan kemurungan, yang pertama ialah pemikiran negatif terhadap diri sendiri, kecenderungan untuk mentafsir pengalaman secara negatif dan pandangan suram tentang masa depan. Kajian ini lebih menjurus kepada pandangan negatif terhadap diri sendiri. Hal ini demikian, semua faktor kemurungan yang dikaji dlaan kajian ini iaitu faktor sosial, faktor keluarga dan faktor persekitaran adalah pandangan seseorang pelajar terhadap diri mereka dimana mereka berasa tidak adil, tidak berpuas hati dan selalu berasa sedih tentang perkara yang tidak sepatutnya. Ternyata pemikiran negatif adalah penggera semula jadi dalam perjalanan evolusi manusia untuk mengenali bahaya. Oleh itu otak kita lebih sensitif kepada perkara negatif. Herotan kognitif ialah istilah psikologi yang merujuk kepada pemikiran dan kepercayaan terhadap sesuatu yang salah dan tidak rasional. Walau bagaimanapun, secara tidak sedar kita menggunakan herotan kognitif ini sebagai tindak balas kepada persekitaran kita. Bukan sahaja itu, pandangan yang negatif akan memusnahkan cara pemikiran, perasaan, tingkah laku serta rutin harian seperti tidur, makan dan bekerja. Sekiranya,
192 mempunyai ataupun mengubah pemikiran kepada positif dapat memperolehi tenaga dan keupayaan untuk mengendalikan kemurungan serta mengurangkan berasa sedih dan putus harapan. Implikasi Amalan i. Pihak sekolah Pihak sekolah terutamanya guru -guru perlu memberi tekanan terhadai kesihatan mental ataupun kesedaran tentang kemurungan kepada murid muir mereka. Hal ini kerana murid-murid meluangkan masa selama lapan jam sehari di sekolah dan kadang-kala berlebihan sehingga murid tidak meluangkan masa di rumah seprti di sekolah. Chan dan Rodziah (2012) menulis disebabkan murid menghabiskan banyak masa di sekolah, guru juga menjadi pemangkin kepada kecerdasan emosi murid. Oleh itu, peranan guru amat penting bagi menangani isu kemurungan dalam kalangan murid. Ghani dan Abd. Rahman (2009) pula berpendapat bagi menguruskan murid yang menghadapi gangguan emosi yang menunjukkan masalah tingkah laku, guru perlu menguruskannya dari aspek kemanusiaan.Aspek kemanusiaan ini akan membantu guru mengurus kelakuan murid menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan membentuk sahsiah murid. ii. Keluarga Kemurungan terhadap anak-anak merupakan satu perkara yang amat perlu dipeka serta untuk kita berikan perhatian. Kemurungan dalam kalangan anak-anak adalah sangat membimbangkan sejak kebelakangan ini. Muka surat khabar serta berita tentang bunuh diri disebabkan kemurungan dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan isu ini semakin hari semakin serius antaranya adalah faktor keluarga. Seperti kita tahu setiap kelaurga bukan sama dan mempunyai pelbagai masalah yang tersendiri. Manakala, peranan ibu bapa terhadap anak-anak mereka adalah amat penting bagi isu kelaurga tidak mengakibatkan mereka untuk diserang oleh kemurungan. Antara peranan yang penting sebagai seorang ibu ataupun bapa adalah, mengambil tahu tentang anak mereka sendiri. Pada era globalisasi ini , semua ibu bapa pada amat sibuk serta penat dengan urusan-urusan serta kerja berlebihan sehingga melupakan anak-anak tersendiri tanppa sedar. Ada juga ibu bapa yang tidak peduli ataupuntidak mempunyai masa yang secukupnya untuk menggulangkan masa dengan anak-anak mereka. Ini adalah salah satu punca hubungan aantara anak- anak dan ibu bapa menjadi tidak erat. Hal ini kerana, anak tidak dapt berkongsi perasaan ataupun pengalaman diri dan ibu bapa juga tidak akan tahu tentang anak mereka seperti tidak tahu dengan siapa dia berkawan, tidak bertanya tentang hari-hari yang dilalui dan tidak ambil berat tentang masalah yang dihadapi menjadikan mereka lebih gemar memendam rasa dan akhirnya mendatangkan masalah kemurungan Kesimpulan Kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Individu murung 60 didapati mengalami perubahan dalam kimia otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan. Selain persekitaran, faktor keturunan juga memainkan peranan didalam menyebabkan penyakit ini. Sindrom kemurungan adalah penyakit seluruh jasad, melibatkan kesihatan badan, perasaan dan fikiran. Ia juga menjejaskan tabiat makan dan tidur, fungsi seharian dan proses berfikir anda. Justeru, sekiranya situasi ini dialami seorang pelajar yang baru meningkat dalam usia remaja maka sudah tentu
193 kelangsungan hidup mereka akan terjejas. Rakan-rakan, guru dan keluarga boleh membantu dengan mempastikan individu yang mengalami kemurungan mendapat pertolongan dan rawatan yang sesuai. Pelajar yang mengalami kemurungan perlulah diberi sokongan emosi, kasih sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Mereka tidak boleh dianggap sebagai mengada-adakan sakit atau pemalas dan mereka tidak boleh diharapkan untuk sembuh dengan segera. Dengan adanya sokongan dan dorongan seperti ini, pelajar yang mengalami kemurungan pasti dapat dipulihkan seperti biasa dan menjalani kehidupan yang sejahtera seperti orang lain. RUJUKAN Ahmad Hashim, (2014). Panduan Analisis Data Secara Efisien, Selangor: Dubook Press Beck A. T. (1967). Cognitive Therapy and the Emotional Disorders. International Universities Press, New York. Bachanas, P., dan Kaslow, N. (2001). Depressive disorders. Dalam Hughes, J., Greca, A., dan Conoley, J. Handbook of psychological services for children and adolescents. New York: Oxford University Press. Childs-Fegredo, J., Burn, A. M., Duschinsky, R., Humphrey, A., Ford, T., Jones, P. B., & Howarth, E. (2020). Acceptability and Feasibility of Early Identification of Mental Health Difficulties in Primary Schools: A Qualitative Exploration of UK School Staff and Parents’ Perceptions. School Mental Health, 13(1), 143–159. https://doi.org/10.1007/s12310-020- 09398-3 Mohd. Sufian Omar Fauzi (2004). Psikologi Kejurulatihan Membantu Membina Ketahanan Mental Atlet. Selangor: Karisma Publication. Etikan, I. (2016). Comparison of Convenience Sampling and Purposive Sampling. American Journal of Theoretical and Applied Statistics, 5(1), 1. https://doi.org/10.11648/j.ajtas.20160501.11. Mohd Hussain Habil dan Ahmad Hatim Sulaiman (2006). Kemurungan: Punca Dan Rawatan. Kuala Lumpur: UM. (Kemurungan Kanak-kanak Dan Keinginan. Bunuh Diri. Ekzema Anak Anda. Membimbangkan! YB Hannah Yeoh Pengasuhan: Daripada Anak-anak Hingga Negara - PDF Download Gratis, n.d.) Marshall, H. (2010). Book Review: Qualitative Research Methods, 3rd Edn. Journal of Sociology, 46(3), 338–340. https://doi.org/10.1177/14407833100460030703, Trochim, W. M. K. (2006). The Qualitative Debate. Research Methods Knowledge Base. http://www.socialresearchmethods.net/kb/qualmeth.php. Yahya, N. A., & Md. Sham, F. (2020). Sejarah dan Simptom Kemurungan : Kajian Literatur. Sains Insani, 5(1), 34–42. Woolfolk, G. M., & Wiersema, M. J. (1998). Endosonography in the Assessment of Esophageal Stenosis. Gastrointestinal Endoscopy Clinics of North America, 8(2), 315–328. Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan/ Journal of Education Psychology & Counseling (2011)