444 peserta bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana disuruh oleh rakan”. Dalam item ke-6, jawapan yang paling dominan ialah seramai 10 (31.3%) daripada 32 peserta tidak bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana untuk keseronokan”. Dalam item ke-7, jawapan yang paling dominan ialah seramai 9 (28.1%) daripada 32 peserta bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana untuk menunjuk dirinya kuat”. Dalam item ke-8, terdapat dua jawapan yang paling dominan ialah seramai 9 (28.1%) daripada 32 peserta tidak pasti dan bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana pernah dibuli oleh pelajar lain”. Dalam item ke-9, jawapan yang paling dominan ialah seramai 11 (34.4%) daripada 32 peserta bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana untuk mendapatkan wang” . Dalam item ke-10, jawapan yang paling dominan ialah seramai 9 (28.1%) daripada 32 peserta sangat tidak bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana tidak suka padanya”. Item 4 “membalas dendam” memperolehi nilai min yang tertinggi, iaitu 3.53 dan mempunyai sisihan piawai 1.24 dalam faktor individu. Pembuli membuli orang lain dengan keinginan untuk membalas dendam terhadapnya. Nilai min yang terendah dalam faktor individu adalah item 10 “tidak suka padanya” dengan sebanyak 2.91 dan sisihan piawai yang diperolehi ialah 1.59. Pengkaji mendapati bahawa nilai min keseluruhan bagi faktor individu ialah 3.2. Dengan merujuk interprestasi skala skor min, faktor individu adalah dikatakan faktor yang memberi impak yang sederhana terhadap punca buli yang berlaku dalam kalangan murid di SJKC Rasa. Item 11 hingga 16 pula dikategorikan kepada faktor sekolah. Dalam item ke-11, jawapan yang paling dominan ialah seramai 11 (34.4%) daripada 32 peserta bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana kerap dimarahi oleh guru”. Dalam item ke-12, terdapat dua jawapan yang paling dominan ialah seramai 7 (21.9%) daripada 32 peserta sangat tidak bersetuju dan tidak pasti dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana mempunyai ramai kawan”. Dalam item ke-13, jawapan yang paling dominan ialah seramai 10 (31.3%) daripada 32 peserta bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana tidak suka berada dalam kelas”. Dalam item ke-14, jawapan yang paling dominan ialah seramai 13 (40.6%) daripada 32 peserta tidak bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana tidak minat untuk belajar”. Dalam item ke-15, terdapat tiga jawapan yang paling dominan ialah seramai 8 (25.0%) daripada 32 peserta tidak bersetuju, tidak pasti dan bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana semua rakan suka membuli orang lain”. Dalam item ke-16, terdapat tiga jawapan yang paling dominan ialah seramai 8 (25.0%) daripada 32 peserta tidak bersetuju, bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana guru tak ambil tahu tentang perbuatannya”. Faktor sekolah juga merupakan faktor yang dikategorikan pada tahap sederhana kerana mempunyai nilai min keseluruhan seramai 3.16. Item 13 “tidak suka berada dalam kelas” memperolehi nilai min yang tertinggi dengan sebanyak 3.53 dan sisihan piawai 1.32. Nilai min yang terendah bagi faktor sekolah ialah item 14 “tidak minat untuk belajar” dengan seramai 2.84 dan sisihan piawai 1.32. Dalam item ke-17, jawapan yang paling dominan ialah seramai 11 (34.4%) daripada 32 peserta tidak bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana tidak suka berada di rumah”. Dalam item ke-18, jawapan yang paling dominan ialah seramai 9 (28.1%) daripada 32 peserta tidak bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana ibu bapa tak pernah ambil tahu perbuatannya”. Dalam item ke-19, jawapan yang paling dominan ialah seramai 9 (28.1%) daripada 32 peserta bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana keluarganya kaya”.
445 Dalam item ke-20, jawapan yang paling dominan ialah seramai 12 (37.5%) daripada 32 peserta tidak bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana tidak disayangi oleh keluarga”. Dalam item ke-21, terdapat tiga jawapan yang paling dominan ialah seramai 7 (21.9%) daripada 32 peserta sangat tidak bersetuju, tidak bersetuju dan tidak pasti dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana kerap dimarahi oleh ibu atau bapa”. Dalam item ke-22, jawapan yang paling dominan ialah seramai 9 (28.1%) daripada 32 peserta tidak bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana selalu bergaduh dengan adik-adiknya”. Nilai min keseluruhan 2.8 yang diperolehi daripada item 17 sehingga item 22 adalah untuk mengenal pasti faktor keluarga. Faktor keluarga dikatakan hanya pada tahap sederhana sebagai punca buli dalam kalangan pelajar. Faktor keluarga dikatakan hanya pada tahap sederhana sebagai punca buli dalam kalangan pelajar. Berdasarkan Jadual 4.3.3, pengkaji mendapati item 19 “keluarganya kaya” mempunyai nilai min yang tertinggi dengan sebanyak 3.19 dan sisihan piawai 1.45. Nilai min yang terendah pula dalah item 20 “tidak disayangi oleh keluarga” dengan nilai min 2.34 dan sisihan piawai 1.26. Secara keseluruhan, ketiga-tiga faktor iaitu faktor individu, sekolah dan keluarga masih berada pada tahap sederhana dalam kalangan pelajar SJKC Rasa, Hulu Selangor. Oleh hal demikian, pihak sekolah perlulah memberikan perhatian kepada tiga faktor tersebut bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Kajian kes ini hanya memberikan fokus kepada punca gejala buli terhadap tingkah laku dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar sahaja. Jadi, pengkaji mencadangkan kajian lanjutan boleh dijalankan dengan melibatkan peserta kajian tambahan seperti guru, ibu bapa dan pakar pendidikan agar mendapat gambaran yang lebih jelas terhadap masalah ini. Kajian ini juga digalakkan untuk diperluaskan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk melihat punca gejala buli dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia. Pengkaji juga berharap kajian lanjutan dapat dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk kualitatif agar mendapatkan maklumat selanjutnya dengan bantuan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merangka modul yang khusus untuk memulihkan tingkah laku pembuli yang terjejas. Pengkaji telah mendapatkan beberapa implikasi berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian Tinjauan Terhadap Punca Buli Dalam Kalangan Pelajar Di SJKC Rasa, Hulu Selangor ini. Antaranya termasulah implikasi kepada pihak guru, ibu bapa dan Jabatan Pendidikan Negeri. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, kajian ini boleh dijadikan panduan kepada guru di sekolah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengubahkan sikap mereka terhadap murid. Tamsilnya, melalui hasil dapatan kajian ini, guru akan mempunyai satu gambaran bahawanya perlu lebih mengambil berat tentang perbuatan murid, mengawal kemarahan diri semasa berhadapan dengan murid, mempelbagaikan cara untuk menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh hasil dapatan kajian telah jelas memaparkan bahawa sikap guru yang autokratik serta kaedah pengajaran guru yang tidak menarik telah banyak mendorong masalah disiplin khususnya masalah buli untuk berlaku di sekitar sekolah. Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa kepada anak-anak murid juga boleh menjadikan hasil dapatan kajian ini sebagai rujukan atau panduan semasa bergaul dengan anak-anak mereka. Hal ini disebabkan oleh kajian ini telah turut
446 memberi perhatian terhadap punca ibu bapa dalam mendorong masalah buli untuk berlaku. Dalam kes ini, dapatan kajian ini dapat menyedarkan ibu bapa bahawa mereka perlu lebih memberi kasih sayang yang mencukupi kepada anak, bersifat prihatin terhadap anak serta berkomunikasi secara berkesan bersama anak supaya anak mereka dapat dihindarikan daripada gejala buli secara tidak langsung. Kenyataan ini telah disokong oleh Syazwana et al., (2019) di mana kekurangan pemantauan ibu bapa adalah faktor yang menyebabkan remaja untuk melibatkan diri dalam tingkah laku devian seperti masalah buli. Jelaslah bahawa keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa dapat menghindarkan anak-anak daripada gejala sosial seperti masalah buli. Dari kaca mata yang lain, hasil dapatan kajian ini mampu membantu pihak berkuatkuasa iaitu pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun Pejabat Pentadbiran Daerah (PPD) dalam merancang serta menyelaraskan kursuskursus yang bersesuaian lagi efektif bagi mendedahkan kaedah pengajaran yang menarik dan kemahiran-kemahiran penting seperti kemahiran PAK 21 kepada semua guru yang sedang mengajar di sekolah kebangsaan. Dengan ini, ilmu pengetahuan dan kemahiran guru dapat dipertingkatkan dan turut diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi menarik minat murid-murid. Hal ini adalah sangat penting untuk dipertimbangkan kerana murid mudah hilang tumpuan dan semangat untuk belajar sekiranya cara pengajaran guru adalah terlalu bosan dan kekurangan kreativiti. Apabila murid hilang minat dalam pembelajaran, maka murid tertentu akan melibatkan diri dalam pelbagai masalah disiplin seperti gejala buli untuk melepaskan masanya di sekolah. Jelaslah bahawa kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan kepada pihak berkuatkuasa dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta kualiti pesekitaran sekolah di negara Malaysia. RUJUKAN Cheng, Yulan; Newman, Ian, M.; Qu, Ming; Mbulo, Lazarous; Chai, Yan; Chen, Yan & Shell, Duanne F. (2009). Being Bullied and Psychosocial Adjustment Among Middle School Students in China. Journal of School Health, 80(4), 193-199. Georgiou, Stellios N.; Fousiani, Kyriaki; Michaelides, Michalis & Stavrinides, Panayiotis. (2013). Cultural Value Orientation and Authoritarian Parenting as Parameters of Bullying and Victimization at School. International Journal of Psychology, 48(1), 69-78. Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM (2013). Laporan Awal-Ringkasan Eksekutif: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Siti Hajar Mohamad & Yusoff Yahya Don. (2016). Kefungsian Keluarga dan Pengherotan Kognitif dalam Kalangan Belia di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Universiti Utara Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia. Smith, P. K.; Cowie, H.; Olafsson, R. F. & Liefooghe, A. P. D. (2002). Definitions of bullying. A comparison of terms used, and age and gender differences, in a fourteen-country international comparison. Child Development, 73, 1119- 1133. Syazwana Aziz, Salina Nen, Suzana Mohd Hoesni, & Jamiah Manap. (2019). Tingkah laku devian dalam kalangan remaja di Semenanjung. Jurnal Sains Sosial, 4(1), 93–101.
447
448 TAHAP KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN MURID SJK CHUNG HUA BINTULU WONG SIEW LIN ( [email protected] ) Institus Pendidikan Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN “Make mental health & well-being for all a global priority”. Kenyataan ini adalah tema Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun 2022 yang bertumpu kepada usaha meningkatkan kesedaran mengenai kaedah-kaedah wajar untuk mengekalkan kesihatan planet dan penduduknya. Bersempena “Hari Kesihatan Mental Sedunia” tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Pelan Strategik Kebangsaan Kesihatan Mental (PSKKM) 2020-2025 untuk memenuhi tujuan meningkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan mental negara. Usahausaha ini adalah penting untuk diiktirafkan pada susulan dua tahun ini yang sukar untuk menentang pandemik Covid19 kerana tahap kesihatan mental dalam kalangan rakyat semakin merisaukan berikutan pandemik Covid-19 melanda di Malaysia. Gangguan kesihatan mental yang diutamakan dengan kemurungan, keresahan dan tekanan (Blanco & Canto-de-Souza, 2018) terbabit kerana bukan semua individu boleh menyesuaikan diri dengan baik dalam kehidupan norma baharu. PENYATAAN MASALAH Sejak kebelakangan ini, masalah kesihatan mental merupakan isu yang hangat dibincangan di seluruh dunia. Hal ini terjadi kerana masalah kesihatan mental semakin meningkatkan dan sesiapa sahaja akan mengalami masalah keishatan mental dengan tanpa mengira umur atau jantina. Berdasarkan World Mental Health Report : Transforming Mental Health For All (2022), sebanyak 970 juta orang mengalami masalah kesihatan mental pada tahun 2019. Antaranya, terdapat 31% orang adalah mengalami gangguan keresahan manakala 29% adalah mengalami gangguan Memahami tahap kesihatan mental khususnya kanak-kanak adalah signifikan sebagai langkah awal untuk merangka program intervensi yang sesuai. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesihatan mental dalam kalangan murid Tahun 6 di SJK Chung Hua Bintulu, Sarawak dari domain kemurungan, keresahan dan tekanan. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif tinjauan yang melibatkan 132 orang murid SJK Chung Hua Bintulu menggunakan pensampelan bertujuan. Instrumen kajian adalah borang soal selidik Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) berbahasa Melayu dan Cina bagi pengumpulan data. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap kemurungan murid adalah pada tahap normal dengan nilai skor min 5.33 (SP= 4.866), tahap keresahan dan tekanan yang ringan dengan nilai skor min 5.14 (SP= 4.008) dan 6.36 (SP= 4.447). Walau bagaimanapun, dapatan juga menunjukkan terdapat 9.1%, 18.2% dan 16.6% murid menunjukkan kemurungan, keresahan dan tekanan yang teruk dan sangat teruk. Implikasi kajian ini turut bermanfaat bagi kalangan masyarakat untuk meluaskan pengetahuan mengenai kesihatan mental agar tidak menganggap tanda kesihatan mental kanak-kanak sebagai ‘membuat perangkai’. Kata Kunci: Kesihatan mental, Kemurungan, Keresahan, Tekanan, Kanak-Kanak
449 kemurungan. WHO (2022) pula melaporkan kes keresahan meningkat sebanyak 25.6% dan kemurungan meningkat sebanyak 27.6% di seluruh dunia ketika pandemik Covid-19. Menurut WHO (2018), 1 daripada 4 orang di dunia menjejaskan kesihatan mereka akibat jangkitan penyakit mental dan hampir dua pertiga orang yang bermasalah kesihatan mental didapati tidak pernah mendapat bantuan dari profesional kesihatan. Hal ini adalah selaras dengan penemuan Kader (dalam Zulkiffli, 2020) tentang terdapat kira-kira 60% rakyat Malaysia yang mengalami masalah kesihatan mental tidak mendapat bantuan profesional kesihatan termasuklah kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan untuk mendapat rawatan kesejahteraan mental. Keadaan ini menyebabkan kesihatan mental kanak-kanak boleh dikenali sebagai ‘wabak tersembuyi’ di mana boleh dibuktikan dengan peristiwa bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tanjong Karang menerima lebih 400,000 orang kanak-kanak yang menghadapi masalah kesihatan mental semasa PKP (Tahir, 2021). Ghani et al. (2020) menerangkan bahawa individu yang mengalami masalah kesihatan mental memerlukan bantuan untuk mengelakkan masalah yang dihadapi menjadi lebih teruk sehingga membawa kepada masalah di luar kawalan. Menurut Mahmud (2018), hampir 90% orang yang membunuh diri mempunyai masalah kesihatan mental dan terdapat 60% daripada mereka adalah mengalami masalah kemurungan. Situasi ini boleh diterangkan dengan penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (2021) mengenai kegagalan merawat masalah kesihatan mental boleh membabitkan risiko tingkah laku bunuh diri. Kajian oleh Ahmad et al. (2020) pula mengemukakan kesihatan mental boleh mempengaruhi perkembangan diri, kehidupan seharian dan masa depan seseorang. Tuntasnya, rawatan secepat mungkin adalah amat diperlukan oleh sesiapa yang mengalami masalah kesihatan mental untuk mengelakkan tingkah laku negatif yang akan membahayakan diri atau orang lain. Pemahaman terhadap tahap kesihatan mental rakyat Malaysia adalah signifikan sebagai langkah awal untuk merangka dan melaksanakan program-program intervensi (Rozali, 2020) bagi tujuan memberi pertolongan dan rawatan yang diperlukan pada awal peringkat masalah kesihatan mental. Tuntasnya, kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kesihatan mental dari dimensi kemurungan, keresahan dan tekanan kanak-kanak untuk membawa kepada langkah menjaga kesihatan mental yang lebih mantap. OBJEKTIF Mengukur tahap kemurungan, keresahan dan tekanan dalam kalangan murid SJK Chung Hua Bintulu. PERSOALAN KAJIAN Apakah tahap kemurungan, keresahan dan tekanan dalam kalangan murid SJK Chung Hua Bintulu? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Pemilihan responden adalah pendekatan persampelan bukan rawak iaitu persampelan bertujuan. Responden adalah murid-murid tahun 6 di SJK Chung Hua Bintulu. Responden adalah terdiri daripada 132 orang murid-murid tahun 6 daripada saiz populasi yang seramai 196 orang murid tahun 6 di SJK Chung Hua Bintulu. Cara penentuan bilangan sampel kajian adalah berdasarkan Table
450 Dertemining Sample Size from a Given Population yang dikemukakan oleh Krejcie and Morgan (1970) untuk menjamin ketepatan genaralisasi yang dibuat bagi populasi. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Instrumen soal selidik adalah diadaptasi daripada Instrumen Depression, Anxiety, Stress Scale 21 (DASS-21) yang diperkenalkan oleh Peter Lovibond. Ujian DASS-21 boleh mengukur tahap kemurungan, keresahan dan tekanan individu sama ada tahap normal, ringan, sederhana, teruk atau sangat teruk dengan kriteria yang telah ditetapkan seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut : Jadual 1; Skor Keseluruhan dan Tahap Kemurungan, Keresahan dan Tekanan Instrumen soal selidik yang digunakan adalah dalam bentuk dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Cina untuk menyesuaikan tahap pemahaman murid-murid. Menurut Lovibond & Lovibond (1995), inventori DASS boleh digunakan dengan baik terhadap kelompok atau individu untuk tujuan penelitian. Kajian oleh Samsudin dan Surat (2022) menunjukkan bahawa ujian DASS-21 mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi di mana mempunyai nilai pekali alpha Cronbach .79 bagi domain kemurungan, 0.74 bagi domain kemurungan dan 0.84 bagi domain tekanan. Menurut Mohd Majid Konting (2009), perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dapat memastikan proses pengiraan yang cepat dan tepat berdasarkan min dan sisihan piawai. Dalam kajian ini, perisian elektronik SPSS versi 28.0 digunakan bagi memperincikan dan menetapkan pengiraan data. Kajian ini menggunakan kaedah analisis deskriptif yang terlibat dengan taburan frekuensi, min dan sisihan piawai. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Kajian ini telah dijalankan terhadap 132 orang murid Tahun 6 di SJK Chung Hua Bintulu, daerah Bintulu, Sarawak. Dapatan menunjukkan responden terdiri daripada 54 orang lelaki dan 78 orang perempuan. Tahap Kemurungan, Keresahan Dan Tekanan Murid-Murid SJK Chung Hua Bintulu Jadual 2; Skor Keseluruhan Kemurungan, Keresahan dan Tekanan Responden
451 Jadual 2 menunjukkan skor minima, maksima, min dan sisihan piawai keseluruhan murid Tahun 6SJK Chung Hua Bintulu. Dapatan menunjukkan skor kemurungan (minima = 0, maksima = 18, min=5.33, SP = 4.866), skor keresahan (minima = 0, maksima = 20, min = 5.14, SP = 4.008) dan skor tekanan (minima = 0, maksima = 20, min = 6.36, SP = 4.447). Skor min kemurungan, keresahan dan tekanan menunjukkan bahawa murid-murid Tahun 6 SJK Chung Hua Bintulu mempunyai tahap kemurungan yang normal, tahap keresahan dan tahap tekanan yang ringan. Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid SJK Chung Hua Bintulu mempunyai masalah kesihatan mental tetapi tidak teruk. Hasil dapatan ini adalah selaras dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Rozali (2020) mengenai kanak-kanak mempunyai tahap kesihatan mental pada tahap pertengahan iaitu mempunyai masalah kesihatan mental tetapi tidak teruk. Kajian yang dijalankan oleh Wlodarczyk et al. (2017) yang menjelaskan mengenai terdapat 18.2% kanak-kanak mempunyai tahap kesihatan mental yang abnormal dan berpunca daripada faktor persekitaran, persekolahan, ibu bapa dan kawan sebaya. Begitu juga, kajian oleh Hwa dan Ali (2017) menerangkan bahawa masalah kesihatan mental boleh berpunca daripada masalah rakan sebaya, masalah pengurusan diri dan masalah ketidakstabilan emosi. Sehubungan dengan ini, kesihatan mental dalam kalangan murid Tahun 6 SJK Chung Hua Bintulu yang terjejas bermungkinan disebabkan mengalami masalah-masalah tersebut. Kajian oleh Ahmad et.al (2020) mengemukakan kesihatan mental boleh mempengaruhi perkembangan diri, kehidupan seharian dan masa depan seseorang. Hal ini menunjukkan kesihatan mental semasa zaman kanak-kanak adalah paling penting kerana sebagai asas kepada perkembangan kesihatan mental pada zaman remaja dan dewasa. Oleh demikian, penjagaan kesihatan mental kanak-kanak adalah signifikan supaya kanak-kanak boleh berkembang ke arah kesempurnaan diri. Antara usaha menjaga kesihatan mental kanak-kanak yang berkesan ialah senaman Qigong selama lima minit yang berkesan untuk mengurangkan tahap kesihatan mental iaitu kemurungan, kebimbangan dan tekanan (Hamid et al., 2019). KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid Tahun 6 SJK Chung Hua Bintulu mempunyai tahap kemurungan yang normal serta tahap keresahan dan tekanan yang ringan. Namun, masih sebahagian murid mempunyai tahap kemurungan, keresahan dan tekanan yang teruk dan sangat teruk di mana memerlukan intervensi dan pertolongan secepat mungkin untuk mengelakkan perkembangan kesihatan mental yang lebih teruk. Hal ini boleh disokong oleh Ghani et al. (2020) yang berpendapat pertolongan adalah diperlukan oleh individu yang mengalami masalah kesihatan mental untuk mengelakkan masalah yang dihadapi menjadi lebih teruk sehingga membawa kepada masalah di luar kawalan. Kajian ini mencadangkan kajian akan datang boleh berfokus pada aspek cara penjagaan kesihatan mental supaya mewujudkan panduan terhadap masyarakat dalam menjaga kesihatan mental kanak-kanak. Kajian ini memberi implikasi meluaskan pengetahuan masyarakat mengenai kesihatan mental. Pengetahuan tentang kesihatan mental dalam kalangan masyarakat adalah tidak seluas seperti pengetahuan tentang penyakit yang lain, antaranya penyakit kencing manis dan kanser (Hamid, 2019). Ketidakcukupan pengetahuan mengenai kesihatan mental menyebabkan pengabaian kesihatan mental kanak-kanak sering berlaku dengan sentiasa menganggap tanda masalah kesihatan mental kanak-kanak sebagai membuat perangai. Kajian ini juga memberi peluang kepada
452 masyarakat untuk memahami kepentingan intervensi dan pertolongan pada awal peringkat masalah kesihatan mental untuk menjamin kesempurnaan perkembangan mental kanak-kanak pada masa depan. Menurut Seeley et al. (2017) dalam Rozali (2020), kanak-kanak yang mempunyai simptom keresahan akan memberi kesan dalam peningkatan tahap kesihatan mental yang lebih teruk jika tidak diberi rawatan pada awalnya. Secara kesimpulannya, penjagaan aspek kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak adalah penting untuk menjamin proses perkembangan kanak-kanak yang sempurna pada masa depan sehingga menjadi sebagai modal insan yang dihasratkan oleh negara Malaysia. RUJUKAN Abdullah, A. A. (2014). Pembangunan dan Kemajuan Modal Insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) : Satu Penelitian. In A. A. Abdullah, Islam Yang Dinamik (pp. 160-181). Penerbit Universiti Putra Malaysia. Ahmad, N. S. (2021). Intervensi Kaunseling dalam Menangani Kemarahan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 57-66. Ahmad, R., Mustaffa, M. S. & Shakib, S. (2003). Perbandingan Konsep Manusia Antara Carl Rogers Dengan Al Ghazali Menurut Perspektif Kaunseling. Konvensyen PERKAMA ke XI (pp. 1-11). Universiti Teknologi Malaysia. Albert, S. (2022, Julai 29). Pembuli Tak Semestinya Ada Gangguan Mental Tapi. Berita Terkini. https://www.getaran.my/artikel/semasa/27939/pembuli-tak-semestinya-ada-gangguan-mental-tapi Alyasa, J. (2021). Kesihatan Mental Rakyat Makin Membimbangkan. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/146022/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Kesihatan-mental-rakyat-makinmembimbangkan Andrea K. W., Anthony J. F., Ashley M. H. & Volker K. T. (2007). Emotionally Focused Family Therapy and Play Therapy Techniques. The American Journal of Family Therapy, 333-342. Aripin, S. (2016). Kesepaduan Personaliti Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pendidikan IPTA DI Malaysia. Universiti Malaya. Arslan, C. (2010). An Investigation of Anger and Anger Expression in terms of Coping with Stress and Interpersonal Problem-Solving. Educational Sciences : Theory & Practice, 10 (1), 26-43. Awang, B. (2021, Februari 4). Pandemik COVID-19: Masalah Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Implikasinya. Utusan Borneo Online. https://www.utusanborneo.com.my/2021/02/04/pandemik-covid-19-masalah-kesihatanmental-kanak-kanak-dan-implikasinya Aziz, A. R. A, Sukor, N. M. & Razak, N. H. (2020). Wabak Covid-19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal of Social Science Research (IJSSR), 2(4), 156-174. Baharuddin, D. P. (2019). Mental Health: There Is Ease With Every Difficulty. Intan Leaders’ Talk (pp. 1-42). Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Blanco, M. B., & Canto-de-Souza, A. L. M. (2018). Ansiedade, Memória E O Transtorno De Estresse Pós-Traumático. CES Psicología, 11(2), 53-65. Blanco, P. J., Muro, J. H., & Stickley, V. K. (2014). Understanding the concept of genuineness in play therapy: Implications for the supervision and teaching of beginning play therapists. International Journal of Play Therapy, 23(1), 44– 54.
453 Bor, W., Dean, A. J., Najman, J., & Hayatbakhsh, R. (2014). Are child and adolescent mental health problems increasing in the 21st century? A systematic review. Australian & New Zealand Journal of Psychiatry, 48(7), 606-616. Buku Panduan Penyelidikan Kajian Kes. (2018). Institut Pendidikan Guru Malaysia. Busu, R. (2011). Kesan Terapi Bermain Pasir Dan Melukis Terhadap Kerisauan Dan Estim Kendiri Murid. [PhD. Tesis]. Universiti Sains Malaysia. Coker, A. O., Coker, O.O. & Sanni, D. (2018). Psychometric Properties of the 21-item Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21). International Multi-Disciplinary Journal, 12(2), 135-142. Cara Terapi Main Merawat dan Memberi Manfaat kepada Kanak-kanak dan Beberapa Orang Dewasa. (2021). https://ms.drderamus.com/play-therapy-7407 Carl Rogers: Pengasas Pendekatan Humanistik terhadap Psikologi. (2019). Greelane. https://www.greelane.com/ms/sains-teknikal-matematik/sains-sosial/carl-rogers-4588296 Children’s Mental Health. (2020). Centers For Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/childrensmentalhealth/data.html Children’s Mental Health. (2022). American Psychological Association. https://www.apa.org/topics/childdevelopment/mental-health Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan Statistik penyelidikan-Ujian Univariat dan Multivariat (Buku 4), Edisi Ketiga. Mc Graw Hill Education. Damanhuri, Z., Nor, M. M., Ibrahim, N. N. S. & Aimi, A. Z. A. (2021). Masalah Tingkah Laku Dalam Kalangan Kanak-Kanak Tadika. Jurnal Kesidang, 6(1), 69-79. Depression Anxiety Stress Scales (DASS). (2022). http://www2.psy.unsw.edu.au/groups/dass/ Depression, Anxiety and Stress Scale 21 item (DASS-21). (n.d.). Counseling Psychology. https://edcounselingandpsychology.com/ujianpsikologi/depression-anxiety-and-stress-scale-21-item-dass-21/Faedah Bermain Terapi di Hospital. (n.d.). Soft Play. https://www.softplay.com/ms/blog/benefits-of-play-therapy/ Fahami Konsep Kesihatan Mental. (2021). Berita Harian. https://www.beritaharian.sg/uncategorized/fahami-konsepkesihatan-mental Galderisi, S., Heinz, A., Kastrup, M., Beezhold, J. & Sartorius, N. (2015). Toward A New Definition Of Mental Health. World Psychiatry, 14(2), 231-233. Ganasan, H. M. & Azman, N. (2021). Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19. Malaysia Journal Of Social Sciens and Humanities (MJSSH), 6(10), 25-40. Ghani, M. F. (2019). Reka Bentuk Instrumen Sekolah Berkesan Malaysia. The Online Journal Of Islamic Education, 7(1), 68-93. Hamad, W. R. (2020). Sakit tersembunyi kanak-kanak. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/101125/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Sakit-tersembunyi-kanak-kanak Hamid, A. A. (2020). KKM Tingkatkan Kesejahteraan Mental Masyarakat. My Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/643160/kkm-tingkatkan-kesejahteraan-mental-masyarakatmetrotv
454 Hamid, R., Ghani, M. F. A., Ali, S. K. S., Daud, M. A. K. M. & Dewi, R. (2020). Kemurungan, Kebimbangan Dan Tekanan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Kota Setar. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(7), 61-80. Hamid, R., Ghani, M. F. A., Ali, S. K. S., Daud, M. A. K. M., Zulnaidi, H. & Hamid, Z. (2019). Keberkesanan Lima Minit Senaman Qigong Terhadap Tahap Kemurungan, Kebimbangan Dan Stres Dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(6), 61-80. Hamid, S. B. (2019). Tahap Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi:Kajian Literasi Mental Health Level Among Student Institute Of Higher Education: Literacy Study. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019 (pp.329-336). Kajang: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Ho, H. T., Murshidi, R., Gan, W. L., Musa, Z., Awal, A., Lee, H. Y., Brodi, J., Saidi, S. & Abang, S. (2014). Asas Penyelidikan Tindakan. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Hon, H. (2020). Mental Health & Your Child: Know the Warning Signs & What Parents Can Do. Motherhood. https://story.motherhood.com.my/blog/mental-health-children-what-parents-can-do/ Idang, J., Halim, H., Halik, M. & Sharif, S. (2021). Isu Sosioemosi dalam kalangan Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Sabah. Jurnal Psikologi Malaysia, 35 (3) , 1-12. Igrotherapy. (n.d.). Psikologi Hubungan. https://ms.psichiatria.org/igrotherapy/ Ismail, M. K., Sarifuddin, S. & Ahmad, N. S. (2020). Perbezaan Bangsa Signifikan terhadap Kesihatan . International Journal of Muamalat, 4(1), 36-45. Ismail, M. R. (2021). Kesihatan Mental Kanak-Kanak. https://www.hmetro.com.my/WM/2021/07/732289/kesihatanmental-kanak-kanak.Jailani, A. (n.d.). Perbezaan Antara Kesihatan Mental dan Penyakit Mental. Naluri. https://www.naluri.life/ms/article/the-difference-between-mental-health-and-mental-illness Jodi, K. H. M., Hussain, F. C. & Mat, Z. H. (2019). Remaja Dan Kecelaruan Mental; Cabaran dan Penyelesaian. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 229-240. Kamal, S. K. M. & Hamzah, M. I. (2021). Penerapan Elemen Nilai Murni Dan Etika Dalam Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE), 1(4), 16-31. Kamil, M. (2013). Penggunaan Teknik dan Intervensi Kaunseling dalam Menangani Pelajar Berisiko di Sekolah Menengah. [Ijazah Master Tesis]. Universiti Putra Malaysia. Karsodikromo, Y., Hussin, M. R. & Hamzah, H. (2020). Buli Siber: Hubungannya Dengan Kemurungan, Kebimbangan, Tekanan Dan Pengaruhnya Ke Atas Pencapaian Akademik Murid . Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 15(5), 44-57. Kebangsaan Moyan Laut Asajaya, Sarawak. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(31), 269-276. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi & Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. https://www.pmo.gov.my/ms/2019/10/wawasan-kemakmuran-bersama-2030/ Kesedaran & Kepentingan Kesihatan Mental. (2021). https://www.aia.com.my/ms/what- matters/healthwellness/kesedaran-dan-kepentingan-kesihatan-mental.html
455 Kesihatan Mental Tuntut Pelaburan Setiap Negara - WHO. (2022). Berita Harian.https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2022/06/966858/kesihatan-mental-tuntut-pelaburansetiap-negara-who Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Model Minda Sihat Edisi Kedua. Bahagian Pendidikan Malaysia. Khalid, M. K. (2021). Malaysia dicadangkan ada Indeks Ukur Kesejahteraan Psikologi. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/151792/BERITA/Malaysia-dicadang-ada-indeks-ukur-kesejahteraanpsikologi Killgore, W. D. S. C., Sara A. T., Emily C. D. & Natalie S. (2021). Mental Health During The First Weeks Of The Covid-19 Pandemic In The United States. Journal Of Frontiers In Psychiatry. Http://Doi: 10.3389/Fpsyt.2021.561898. KKM, KPM Kaji Tahap Kesihatan Mental Pelajar. (2020). Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/94094 Lai, D. S. (2012). Mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental Bil. 1/2012. https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/22/257 Lasemang, N. b. (2017). Kesihatan Fizikal dan Mental. Universiti Malaysia Sabah (UMS). Lebar, O. (2014). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Lovibond, S.H. & Lovibond, P.F. (1995). Manual for the Depression Anxiety Stress Scales (2nd.Ed.). Psychology Foundation. Mahmood, A. (2021). KOMENTAR: Kesihatan Mental Perlu Terus Diberi Perhatian Bukan Setakat Semasa Pandemik Saja. Berita Mediacorp. https://berita.mediacorp.sg/komentar/komentar-kesihatan-mental-perlu-terus-diberiperhatian-bukan-604461 Malek, N. S. A, Raop, N. A. & Hassan, M. S. (2020). Peranan Kesihatan Mental Sebagai Moderator Terhadap Kecenderungan Bunuh Diri. Jurnal Sains Sosial, 5(1), 87-99. Mariam Abd. Majid, Nur Najihah Ishak & Aisyah Humairak Abd Rahman. (2021). Pendekatan Menangani Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru: Kajian Kes Di Sekolah Menengah Kebangsaan. Malaysian Online Journal of Education, 5(2), 87-97. Marisah, E. A. (2020). Penting Ambil Tahu Status Kesihatan Mental Anda! Astro AWANI. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/penting-ambil-tahu-status-kesihatan-mental-anda-255199 Mat, N., Idris, N., Abdullah, N. A., Yazid, Z. & Alias, J. (2018). Hubungan Antara Beban Kerja, Faktor Peribadi Dan Pembelajaran-E Terhadap Tahap Tekanandi Kalangan Gen-Y. Jurnal Personalia Pelajar, 21(2), 23-35. Mental Health America. (n.d.). Penyakit Mental dan Keluarga: Mengenali Tanda-Tanda Amaran dan Cara Untuk Menanganinya. https://www.mhanational.org/recognizing-warning-signs Mohamad, D. M. (2021). WKB 2030 : Aspirasi Negara Maju Berkehidupan Wajar. https://www.ikim.gov.my/newwp/index.php/2021/03/26/wkb-2030-aspirasi-negara-maju-berkehidupan-wajar/ Mokhtar, S. (2018). Model Kesejahteraan Psikologi Berasaskan Ihsan Kendiri, Sokongan Sosial Dan Kesejahteraan Spiritual Dalam Konteks Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. [PhD thesis]. Universiti Sains Malaysia. Musa, P. D. (2017). Adakah Skala DASS Tepat ? https://www.ramlimusa.com/adakah-skala-dass-tepat/
456 Mutalib, Z. A. (2021). Pertingkat Advokasi Kesihatan Mental. Berita Harian.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/831662/pertingkat-advokasi-kesihatan-mental Nizam, F. (2021). Buli Jejas Kesihatan Mental, Individu Dewasa Tidak Terkecuali. Berita Terkini. https://www.getaran.my/artikel/semasa/15910/buli-jejas-kesihatan-mental-individu-dewasa-tidak-terkecualipakar Nor Aimi Bin Hj. Harun (2012). Stres Dalam Kalangan Kanak-Kanak Berbakat : Satu Kajian Kes. Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nordin, M. H. A, Nordin, N. A., Ghani, A. A. & Muhammad, K. A. (2019). Mengenal Pasti Tingkah Laku dan Peringkat Awal Kesihatan Mental Mangsa Gangguan Seksual Kanak-Kanak. Persidangan Kaunseling Profesional : Krisis Tsunami Dalam Masyarakat (pp. 215-231). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ng, A., Sarvananthan, R. & Ismail, Z. (2021). Kesihatan Mental Juga Penting! https://mypositiveparenting.org/ms/2021/12/24/kesihatan-mental-juga-penting/ Othman, M. S. & Kassim, A. Y. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Komposisi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah yang Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menerusi Pengajaran Akidah . Sains Humanika, 10(3), 1-8. Penyakit Mental: Apakah definisinya? Adakah saya mengalaminya? Bagaimana saya mendapat bantuan? (n.d.). Prudential BSN Takaful. https://www.prubsn.com.my/ms/takaful-articles/Mental-Illness/#_edn3 Peixoto, E. M., Oliveira, K. S., Campos, C. R., Gagnon, J., Zanini, D. S, Nakano, T. C. & Bueno, N. H. (2021). DASS-21: Assessment Of Psychological Distress Through The Bifactor Model And Item Analysis. Psico-USF, 26(4), 757-769. Rahman, K. M., Salleh, S., Wazir, R., Sudi, S., Awang, A. H. & Kamarulzaman, A. I. (2021). Kajian Systematic Literature Review (SLR) Tentang Kesihatan Mental Di Malaysia Semasa Pandemik Covid-19. Sains Insani, 6(3), 167-182. Rahim, S. (2020). November adalah Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia #movember. https://care.upm.edu.my/artikel/november_adalah_bulan_kesedaran_kesihatan_lelaki_sedunia_movember59165 Razaka, N. H. A., Razak, A. Z. A. & Aziz, A. R. A. (2022). Intervensi Terapi Bermain Terhadap Isu Sosial Dan Emosi Pelajar Pintar Berbakat. Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, 26(1), 138-155 Roland T. R. & Cooil, B. (1994). Reliability Measures for Qualitative Data: Theory and Implications. Journal of Marketing Research, 31(1), 1-14. Rozali, W. N. (2020). Tahap Kesihatan Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak. Jurnal Al-Haady, 1(1), 34-40. Said, N. U. A. (2018). Perluas Peranan Kaunseling Cegah Gangguan Mental. http://health.bernama.com/newsbm.php?id=1662696 Said, N.U. A. (2019). Perluas Peranan Kaunseling Cegah Gangguan Mental. Utusan Borneo Online. https://www.utusanborneo.com.my/2019/01/08/perluas-peranan-kaunseling-cegah-gangguan-mental Salleh, A. H. & Kadir, D. R. (2014). Kajian Mengenai Hubungan Antara Kemurungan, Kebimbangan Dan Tekanan Dengan Tret Personaliti Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. International Counseling Conference and Work (pp. 64-73). Medan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
457 Samah, Z. A. & Amat, S. (2019). Pendekatan Terapi Sand Play Dalam Menangani Masalah Pergaulan Sosial Kanak-Kanak: Satu Kajian Kes Di Sekolah Samsudin, S. (2016). Hubungan Antara Tahap Kesihatan Mental dan Prestasi Pelajar Sarjana Muda: Satu Kajian di Universiti Utara Malaysia. 11Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 14(1), 11-16. Samsudin, S. & Tan, K. C. H. (2016). Hubungan Antara Tahap Kesihatan Mental dan Prestasi Pelajar Sarjana Muda:Satu Kajian di Universiti Utara Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 14(1), 11-16. Segerakan Langkah Bendung Masalah Kesihatan Mental. (2018). https://berita.mediacorp.sg/mobilem/gayahidup/segerakan-langkah-bendung-masalah-kesihatan mental/4176370.html Shahimi, I. M. (2018). Kesihatan Mental Remaja. My Metro. https://www.hmetro.com.my/hati/2018/09/381316/kesihatan-mental-remaja Siu, S. (. (2021). Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu. Kementerian Pendidikan Malaysia. Sue C. Bratton, D. R. (2005). The Efficiacy of Play Therapy with Children: A Meta-Analytic Review of Treatment Outcomes. Profesionnal Psychology : Research and Practice, 36(4), 376-390. Tahir, M. I. (2021). 200 Kaunselor Bantu Tangani Masalah Mental Rakyat. https://www.sinarharian.com.my/article/147232/KHAS/Covid-19/200- Universiti Putra Malaysia. (2020). Definisi Kesihatan Mental. Retrieved from Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CCARE_HPUPM): https://care.upm.edu.my/article/definisi_kesihatan_mental-56729 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (n.d.). Keperluan Kesihatan Mental Kanak-Kanak. https://pku.uthm.edu.my/infokesihatan/kesihatan-mental/174-keperluan-kesihatan-mental-kanak-kanak Wang, C., Pan, R., Wan, X., Tan, Y., Xu, L., Ho, C. S., y Ho, R. C. (2020). Immediate Psychological Responses and Associated Factors during the Initial Stage of the 2019 Coronavirus Disease (COVID-19) Epidemic among the General Population in China. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17 (5). Doi: 2https://doi.org/10.3390/ijerph17051729 Wlodarczyk, O., Pawils, S., Metzner, F., Kriston, L., Klasen, F., & Ravens-Sieberer, U. (2017). Risk And Protective Factors For Mental Health Problems In Preschool-Aged Childre n: Crosssectional Results Of The Bella Preschool Study. Child And Adolescent Psychiatry And Mental Health, 11(1), 12. World Health Organisation (WHO)(2018). Mental Disorder Affect One in Four People. https://www.who.int/whr/2001/media_centre/press_release/en/ Wilibrode, J. (2020) Hubungan antara Punca Stres Kerja dan Tahap Kemurungan dalam Kalangan Penjawat Awam Kumpulan Sokongan Hospital Miri. Open University Malaysia. Ya'acob, N. (2013). Kajian Terhadap Faktor Kemurungan Bagi Pelajar Darjah Empat, Darjah Lima Dan Darjah Enam Di Tiga Buah Sekolah Agama Di Daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia. Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia. Yahaya, R. (2022, Julai 25). Mengubah Tanggapan tentang Kesihatan Mental. https://dewankosmik.jendeladbp.my/2022/07/25/mengubah-tanggapan-tentang-kesihatan-mental/
458 Yusof, N. M. (2017). Penggunaan Aktiviti Psikomotor Dalam Terapi Cara Kerja Untuk Membantu Murid Autistik Berinteraksi Sosial. Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zaidi, H. A. (2021). Elak Kanak-Kanak Murung Menyendiri. Berita Harian Online.https://origin.bharian.com.my/wanita/keluarga/2021/04/811935/elak-kanak-kanak-murungmenyendiri Zakaria, A. A. (2022). PKP dan Kesejahteraan Mental: Rumahku Syurgaku ? Bahagian 1: Perumahan dan kesesakan semasa PKP. Zakaria, H. & Ng, C. G. (2015). Buku Panduan Kesihatan Mental. Malaysian Mental Health Association (MPA). Zulkiffli, Z. (2020a). Masalah Kesihatan Mental. My Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/591440/424000-kanak-kanak-alami-masalah-kesihatanmental Zulkiffli, Z. (2020b). Masalah Mental Kanak-Kanak Malaysia Membimbangkan. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/701929/masalah-mental-kanak-kanak-malaysiamembimbangkan
459 PERSEPSI MURID TERHADAP KEPERLUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SJKC PADANG TENGKU YEOH WEI YEONG ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Persepsi setiap individu adalah berbeza dan ia dapat dibentuk dengan mempengaruhi oleh pelbagai faktor serta memberi kesan terhadap tingkah laku dan perkembangan pemikiran seseorang individu terhadap sesuatu perkara atau isu. Dengan ini, tingkah laku dan perkembangan pemikiran merupakan salah satu punca yang akan menentukan persepsi manusia. Selain itu, persepsi juga merujuk kepada tindakan atau tingkah laku yang akan dilakukan oleh seseorang individu berdasarkan pandangan terhadap sesuatu. (Junaidi Awang Besar et al., 2014). Persepsi seseorang individu akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah perasaan, sikap individu, keinginan, harapan, latar belakang, media sosial dan persekitaran. Proses bimbingan dan kaunseling adalah suatu perkhidmatan atau proses di mana seorang professional menolong terhadap seorang individu atau lebih daripada seorang individu. (Corey,2012). Oleh itu, persepsi murid adalah sangat penting untuk memastikan keperluan dan keberkesanan perkhidmatan Perkhidmatan kaunseling juga dilihat sebagai satu perkhidmatan yang asas diperlukan oleh manusia dalam memgembangkan individu dari pelbagai aspek berdasarkan jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial (JERIS). Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SJKC Padang Tengku. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi murid dari pengetahuan dan pandangan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Sampel kajian ini adala sebanyak 36 orang murid di SJKC Padang Tengku,Pandang Tengku, Pahang. Data-data dianalisis menggunakan Statistical Package of Science Sosial (SPSS) versi 29.0. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data. Instrumen soal selidik yang digunakan adalah dalam bentuk Google Form dengan lima Skala Likert untuk dianalisis secara deskriptif bagi mengukur persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SJKC Padang Tengku.Hasil kajian dapat menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah positif. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah (min=3.54). Disamping itu, keputusan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan murid perempuan. Oleh itu, berdasarkan hasil kajian, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu diwujudkan di setiap sekolah terutamanya sekolah di luar bandar dan bilangan murid yang kurang daripada250 orang. Hasil dapatan yang diperolehi dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak berkenaan yang terlibat seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Kaunselor Malaysia dan para pendidik supaya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat meningkatkan mutu dan profesional perkhidmatan di seluruh sekolah Malaysia. Secara kesimpulan, setiap sekolah memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sama ada sekolah di bandar atau luar bandar untuk memastikan setiap murid dapat membentuk dan mengembangkan sahsiah murid yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Kata Kunci: (Persepsi, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Luar Bandar)
460 bimbingan dan kaunseling di sekolah. Menurut Ellis.A (2003), manusia mempunyai kemampuan untuk berfikir secara positif dan negatif. Dengan ini, murid yang mempunyai persepsi yang positif akan dapat meningkatkan keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling atau sebaliknya. Justeru, persepsi yang berbeza juga akan wujud dalam kalangan murid disebabkan oleh latar belakang keluarga, pendidikan, persekitaran dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, satu kajian harus dijalankan bagi mengenal pasti persepsi murid mengenai keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Padang Tengku bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di seluruh warga sekolah kendalian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Padang Tengku. PENYATAAN MASALAH Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan suatu perkhidmatan yang mampu membantu murid untuk menyelesaikan isu yang dihadapi serta membantu membimbing mereka merancang masa depan dan bukan hanya tertumpu dalam aspek akademik sahaja. Tetapi menurut kajian Eremie dan Dimkpa (2019), kesalahan faham terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling masih berlaku di sekolah. Selain itu, Berdasarkan kajian Natesan (2017), mendapati bahawa antara rujukan yang diabaikan oleh guru bimbingan dan kaunseling adalah persepsi serta keperluan murid melalui hasil dapatan pelaksanaan bimbingan dan kaunseling dari dimensi input. Selain itu, menurut Vimala Devi dalam Wan Marzuki et al (2012) mendapati pelajar sekolah enggan menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah kerana pelajar mempunyai perasaan tidak memerlukan bantuan, kurang ilmu terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta tidak selesa berbincang dengan kaunselor berbanding rakan sebaya. Murid-murid yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling akan mempunyai pelbagai kerisauan seperti takut dan sebagainya, Hal ini demikian kerana, murid tidak membiasakan diri untuk mendapat bantuan daripada guru-guru di sekolah. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Dalam kajian ini, objektif-objektif kajian yang ditetapkan adalah mengenal pasti persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta mengenal pasti persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berdasarkan jantina. Selain itu, persoalan-persoalan telah dibentuk untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah seperti apakah tahap persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta apakah tahap persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kauseling berdasarkan jantina. METODOLOGI KAJIAN Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah kajian yang berbentuk kuantitatif dengan melalui tinjauan soalselidik. Ianya merupakan satu proses pengumpulan data ke atas sekumpulan individu yang perlu menjawab item soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji. Kaedah kuantitatif dapat digunakan untuk memenuhi bilangan data yang banyak. Kaedah kuantitatif merupakan satu kaedah untuk mengumpul, menganalisis data berdasarkan kepada statistik
461 dalam bentuk hipotesis. (Piaw, 2006). Soal selidik telah dibina sebagai alat pengukur untuk mendapatkan data-data yang diperlukan. Justeru, tinjauan mengenai keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat dinilai. Dalam kajian ini, lokasi untuk menjalankan kajian adalah hanya di sebuah sekolah sahaja yang akan menjadi sasaran dalam kajian ini. Faktor sekolah perlu diberikan tumpu dalam kajian kerana jenis sekolah boleh memberi kesan kepada pemboleh ubah. Dengan hal ini, kajian ini hanya akan dijalankan di SJKC Pandang Tengku, Padang Tengku, Pahang. Sekolah ini dipilih sebagai sasaran sekolah dalam kajian ini kerana sekolah tersebut merupakan sekolah yang berada di luar bandar dan bilangan murid yang tidak melebihi 250 orang murid. Tambahan pula, sekolah tersebut juga tidak wujud unit perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Dengan ini, persepsi murid-murid di sekolah tersebut tidak dapat dipengaruhi oleh keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Selain itu, responden yang terlibat hanya perlu menjawab soal selidik yang disediakan oleh pengkaji secara dalam talian di lokasi masing-masing. Selain itu, dalam kajian ini jumlah populasi murid di sekolah SJKC Padang Tengku iaitu terdapat seramai 40 orang murid. Justeru, pengkaji telah memilih seramai 36 orang murid sebagai sampel kajian berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan yang telah menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian. Antara instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah instrumen soal selidik. Dalam kajian ini, satu set soal selidik dengan Skala Likert lima mata telah digunakan. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah merujuk kepada soal selidik yang dijalankan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn pada tahun 2011.Tambahan pula, instrumen soal selidik ini telah mengandungi 20 item yang mengenai persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, Selain itu, pengkaji telah menjalankan langkah awal iaitu mengubahsuai item soal selidik tersebut supaya item soal selidik yang ditanya adalah selaras dengan tahap kognitif murid dan situasi kajian di SJKC Padang Tengku. Terdapat dua bahagian utama dalam instrumen soal selidik iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A akan melibatkan maklumat demografi responden seperti jantina, tahun dan keturunan. Manakala, bahagian B akan merujuk kepada soalan-soalan yang berkaitan dengan persepsi responden terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut. Bagi meningkatkan nilai kesahan dalam instrumen soal selidik, proses penterjemahan telah dijalankan. Tujuan penterjemahan dijalankan kerana perkataan yang digunakan dalam instrument asal agak sukar difahami oleh murid sekolah rendah. Kesahan kriteria dalam instrumen juga dapat dilihat iaitu soal selidik hanya fokus kepada persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Aspek atau persepsi yang lain adalah tidak wujud dalam soal selidik. Untuk meningkatkan lagi kesahan terhadap soal selidik setelah penterjemahan, telah mendapat pengesahan dari kepakaran bahasa untuk mengesahkan soal selidik tersebut. Selai itu, bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan, 10 responden yang tidak terlibat dalam kajian untuk menjawab soal selidik tersebut. Kaedah Cornbach Alpha telah digunakan untuk menganalisis hasil dapatan yang diperolehi. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Antara data yang diperoleh adalah seperti min, sisihan piawai dan lain-lain. Sehubungan dengan ini, pengkaji dapat menentukan persepsi responden terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berdasarkan ukuran
462 tersebut. Berdasarkan data yang diperolehi, purata mod bagi item persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah 3.54. Terdapat 13 item mencapai persepsi yang positif (B1, B2, B3, B8, B9, B10, B11, B12, B13, B16, B17, B18 dan B20). Manakala, terdapat 7 item mencapai persepsi di bawah tahap persetujuan sederhana (B4, B5, B6, B7, B14, B15 and B19). Oleh itu, pengkaji dapat membuat interpretasi bahawa persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah positif. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan setiap min item berada di tahap persetujuan bagi setiap min adalah positif dan sederhana. Walaupun terdapat beberapa item soal selidik persepsi yang amat tidak disetujui oleh murid. Item-item tersebut boleh dibincangkan dengan lebih lanjutan. Dapatan kajian deskriptif dalam kajian ini adalah selaras dengan dapatan kajian Shima Junn Willie & Abu Yazid Abu Bakar (2019) menunjukkan bahawa kebanyakkan murid mempunyai pandangan yang baik terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa responden memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk membantu mereka dalam bidang akademik dan masalah emosi dan sosial. Maka dapat dijelaskan bahawa kewujudan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah penting untuk membentuk persepsi positif dalam kalangan murid selain daripada memenuhi keperluan setiap individu yang berbeza. Berdasarkan item yang berbentuk negatif memperolehi setuju yang amat tinggi oleh responden perlu pengkaji memberi perhatian terhadap isu atau persepsi tersebuat. Sebagai contoh item B6 iaitu “Saya yakin murid lebih suka membincangkan masalah mereka dengan kawan-kawan daripada mengadu kepada guru bimbingan dan kaunseling”. Item ini terdapat 21 responden setuju dan sangat setuju dengan pernyataan ini. Walaubagaimana pun, responden mempunyai persepsi positif terhadap perkhidmatan tersebut, malah ketiadaan perkhidmatan tersebut menyebabkan responden lebih setuju bahawa semasa menghadapi masalah akan mengadu kepada rakan dan bukan guru bimbingan dan kaunseling. Pengabaikan persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling akan meningkatkan bilangan murid dalam membentuk persepsi yang negatif terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kesan apabila murid tidak menerima perkhidmatan tersebut, maka persepsi positif terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling akan semakin menggurangkan serta menyebabkan ketidakfungsian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Kesimpulan Secara kesimpulan, tajuk penyelidikan kajian ini adalah persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SJKC Padang Tengku. Dengan ini, pengkaji telah menyenaraikan dua pemboleh ubah yang dapat membantu pengkaji untuk membuat analisis data terhadap tajuk kajian ini. Oleh itu, berdasarkan data yang diperolehi daripada sampel kajian ini, terdapat bahawa responden telah mempunyai pandangan yang positif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bilangan keseluruhan item yang mendapat nilai positif adalah tinggi dalam setiap analisis yang telah dijalankan. Melalui data yang diperolehi daripada responden SJKC Padang Tengku mempunyai persepsi positif terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SJKC Padang Tengku.Pernyataan ini dapat disokong berdasarkan data yang didapati iaitu purata min bagi keseluruhan item adalah berada di tahap positif. Kebanyakkan responden setuju dan sangat setuju dengan item soal selidik yang telah diedarkan. Sebagai contoh,
463 Berdasarkan item B1 iaitu “Saya yakin Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu murid menghadapi masalah mereka.” terdapat 15 orang responden setuju iaitu bersama dengan 41.7% dan 11 orang responden sangat setuju iaitu bersama dengan 30.6%. Oleh itu, secara ringkasnya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sewajarnya wujud di sekolah SJKC Padang Tengku kerana responden telah memberi maklum balas bahawa mereka setuju menerima keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Dapatan kajian yang diperolehi juga selaras dengan kajian Shima Junn Willie & Abu Yazid Abu Bakar (2019) menunjukkan bahawa kebanyakkan murid mempunyai pandangan yang baik terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Walau Bagaimanapun, berdasarkan hasil dapatan kajian, juga terdapat item yang ramai tidak dipersetujui oleh responden, walaupun persepsi murid adalah positif bagi keseluruhan item. Antaranya adalah murid mempunyai persepsi bahawa apabila mereka menghadapi masalah mereka lebih cenderung berkongsi dengan rakannya. Persepsi ini berlaku kerana ketiadaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah malah menyebabkan mereka tidak dapat meluahkan isu yang dihadapi dan mendapat bantuan daripada guru bimbingan dan kaunseling. Oleh itu, rumusan yang dapat dihasilkan adalah keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu wujud di setiap sekolah termasuk sekolah yang tidak mencukupi bilangan murid iaitu bilangan murid yang kurang daripada 250 orang murid. IMPLIKASI Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah diperolehi maka kajian ini dapat memberi implikasi terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Kaunselor Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri atau pihak sekolah serta pihak yang berkenan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan isu ketiadaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Sebagai contoh, pihak berkenaan perlu mengagihkan dan memastikan setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangya seorang kaunselor yang berdaftar dan berprofesional tidak mengira sekolah yang lebih bilangan murid daripada 250 orang atau tidak.Selain itu, kajian ini juga dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman kepada para guru dan seluruh pendidik di Malaysia bahawa bilangan murid sekolah yang kurang daripada 250 orang murid terutamanya sekolah di luar bandar juga memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan guru bimbingan dan kaunseling yang berdaftar untuk membantu para murid menuju ke arah yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, intelek, rohani, emosi dan sosial. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan guru mempunyai pandangan bahawa sekolah yang berada di luar bandar tidak memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. CADANGAN Kajian ini merupakan kajian yang mengenai persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SJKC Padang Tengku. Dengan ini, terdapat beberapa cadangan yang boleh diberikan kepada pengkaji lanjutan iaitu masih terdapat beberapa aspek yang boleh dikembangkan dan diperinci dalam kajian selanjutnya seperti mengubah tinjauan dengan mengambil persepsi murid terhadap guru bimbingan dan kaunseling atau persepsi murid terhadap peranan pihak sekolah dalam menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling supaya ia dapat mengharmoniskan kajian ini. Selain itu, penyelidik lanjutan juga boleh menambahbaik item soal-selidik dalam kajian ini supaya mendapat hasil dapatan yang lebih relevan dengan selari dengan persoalan dan objektif yang dikemukakan.
464 RUJUKAN Abu Yazid Abu Bakar. (2015). Pola Isu, Persepsi, Serta Pengalaman Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat. Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2) (2015): 167-173. Corey, G. (2012). Theory and practice of counseling and psychotherapy (9th ed.). Belmont, CA: Brooks-Cole. Ellis, A. (2003). Reasons why rational emotive behavior therapy is relatively neglected in the professional and scientific literature. Journal of Rational-Emotive & Cognitive-Behavior Therapy,21(3-4), 245-252. Eremie, Maxwell D. & Dimkpa, Chioma A. (2019). Senior Public School Principals’ Perception of Guidance and Counselling Services in Rivers State. International Journal of Innovative Social & Science Education Research. 7(1) :71-79. Natesan, P., & Hedges, L. V. (2017). Bayesian unknown change-point models to investigate immediacy in single case designs. Psychological Methods, 22(4), 743759.https://doi.org/10.1037/met0000134. Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali & Muhammad Hazim Abdul Ghani. (2014). Persepsi politik dalam Pilihan Raya Umum 2013: Kajian kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Journal of Social Sciences and Humanities, 9(2), 135-161. Wan Marzuki Wan Jaafar, Ahmad Fauzi Mohd Ayub dan Syaliza Adiha Tewiran.(2012). Isu dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, NueroxPublishing House, Bangi, Selangor.
465 JURNAL AKADEMIK BIL 1/2023 Jabatan Bimbingan dan Kaunseling