94 TAHAP KEMURUNGAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN NUR HIDAYAH BINTI AHMAD ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Masyarakat zaman kini hidup dengan dikelilingi pelbagai bebanan dan tanggungjawab yang berat hingga boleh menjejaskan kesihatan mental mereka. Menurut Yahya & Md. Sham (2020), masalah kesihatan mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengenali umur, bangsa dan status kesihatan seseorang. Kesihatan mental kini telah menjadi salah satu penyakit yang serius dan hangat diperkatakan di serata dunia. Oleh yang demikian, antara salah satu penyakit mental yang kini semakin berleluasa dalam kalangan rakyat Malaysia ialah penyakit kemurungan. Menurut Beck (1973), penyakit kemurungan adalah salah satu bentuk kecelaruan mental yang selalu terjadi dalam sesebuah komuniti. Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. PENYATAAN MASALAH Sedarkah kita kesihatan mental boleh mempengaruhi kualiti kehidupan seseorang? Sedarkah kita kemurungan itu boleh terjadi dan dihidapi oleh sesiapa sahaja? Sejauh mana kita mengetahui tahap kemurungan diri kita sendiri? Isu Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kemurungan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti tahap kemurungan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti tahap kemurungan mengikut jantina dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA. Terdapat 285 orang guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini yang telah dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Semua sampel terdiri daripada lima kohort yang berbeza iaitu PISMP Jun 2019, PISMP Jun 2020, PISMP Jun 2021, PISMP Jun 2022 dan PPISMP Jun 2022. Kajian ini menggunakan Beck Depression Inventory (BDI) oleh Beck et al. (1961) untuk mengukur tahap kemurungan. Databdianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences version 27 (SPSS 27). Analisis di buat dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu dalam konteks kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap kemurungan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA ialah pada tahap sederhana dengan min 1.66. Seramai 169 guru pelatih mengalami tidak menunjukkan simptom kemurungan, 69 guru pelatih mengalami kemurungan ringan, 23 guru pelatih mengalami kemurungan sederhana dan seramai 24 guru pelatih mengalami kemurungan teruk. Dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap skor min tahap kemurungan lelaki lebih tinggi berbanding tahap skor min tahap kemurungan perempuan. Skor min tahap kemurungan lelaki ialah 1.85 manakala skor min perempuan ialah 1.60. Kata Kunci: kemurungan, guru pelatih, IPGKTAA
95 kemurungan dalam kalangan mahasiswa semakin mendapat perhatian daripada masyarakat. Perkara ini lebih disedari semenjak Korona Virus 2019 (Covid-19) melanda dunia. Covid-19 yang berlaku bukan sahaja meragut nyawa dan menjejaskan kesihatan fizikal malah ianya turut menjejaskan kesihatan mental seseorang. Menurut Adham Baba (2020), Covid-19 yang melanda dunia telah mengakibatkan krisis kesihatan yang turut memberi kesan kepada kesihatan mental individu. Kemurungan ini berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja. Kemurungan juga berlaku kepada para guru. Kajian daripada Manak Ek Klai, Farhana Kamarul Bahrin (2020) mendapati guru yang berada pada usia lingkungan 20 tahun – 49 tahun merupakan golongan yang sering terdedah kepada masalah kemurungan. Hal ini kerana, bebanan kerja guru kini yang boleh mendatangkan masalah kemurungan (Ahola, Honkonen, & Isometsa, 2005; Iacovides, Fountoulakis, Kaprinis, & Kaprinis, 2003). Bebanan kerja guru yang berlebihan akan menyebabkan para guru mengalami tekanan emosi yang melampau sehingga mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pengkaji juga yakin dan percaya kemurungan ini juga turut berlaku kepada pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) yang turut merupakan bakal guru dan kini sedang menjalani latihan perguruan dan bergelar sebagai guru pelatih. Justeru, kajian ini diharapkan dapat mengisi jurang pengetahuan berkaitan kemurungan dalam kalangan pelajar iaitu bakal guru di Malaysia. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kemurungan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA. Selain itu, mengenal pasti tahap kemurungan mengikut maklumat demografi mengikut jantina dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA. Persoalan kajian pula ialah apakah tahap kemurungan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA? Seterusnya persoalan apakah tahap kemurungan mengikut maklumat demografi seperti jantina dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA? METODOLOGI KAJIAN Kajian tinjaun ini dijalankan secara kuantitatif. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri daripada Beck Depression Inventory-Malay (BDI-Malay). Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kemurungan dalam kalangan guru pelatih di IPGKTAA. Dapatan kajian ini diperolehi melalui BDI-Malay yang diedarkan kepada responden. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan latar belakang responden dan Bahagian B berkaitan aspek-aspek yang akan dikaji. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Analisis Data Analisis Data Persoalan Kajian 1: Tahap Kemurungan Dalam Kalangan Guru Pelatih IPGKTAA. Jadual 1: Taburan kekerapan dan peratusan tahap kemurungan SKOR KEKERAPAN PERATUSAN Normal 169 59.3 Ringan 69 24.2
96 Sederhana 23 8.1 Teruk 24 8.4 Jadual 1 menunjukkan tahap kemurungan secara keseluruhan yang dihidapi oleh guru pelatih IPGKTAA. Seramai 169 orang guru pelatih (59.3 %) menunjukkan tiada kemurungan iaitu berada pada tahap normal sahaja. Manakala 69 orang guru pelatih dengan membawa peratusan sebanyak 24.2% menunjukkan kemurungan pada tahap ringan. Manakala 23 orang guru pelatih bersamaan dengan 8.1% berada pada tahap sederhana dan berbaki lagi 24 orang guru pelatih (8.4%) menunjukkan kemurungan pada tahap yang teruk. Jadual 2 Skor interpretasi skor min TAHAP NILAI MIN Rendah 1.33 ke bawah Sederhana 1.34 – 2.67 Tinggi 2.68 ke atas Sumber Mohamad Najib (2009) Skala interpretasi skor min oleh Mohamad Najib (2009) digunakan. Terbahagi kepada tiga peringkat iaitu 1.33 kebaah (tahap rendah), 1.34 hingga 2.67 (tahap sederhana) dan 2.68 dan ke atas (tahap tinggi). Jadual 8 di bawah menunjukkan perincian yang lebih jelas. Jadual 3 Tahap Kemurungan secara menyeluruh TAHAP KEMURUNGAN MIN SISIHAN PIAWAI Tahap kemurungan 1.66 0.95 Jadual 3 menunjukkan secara keseluruhan tahap kemurungan guru pelatih IPGKTAA ialah berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min berada pada tahap 1.34 - 2.67 dengan nilai (Min = 1.66 dan sisihan piawai = 0.95). Tahap skor min ini ditentukan berdasarkan jadual interpretasi skor min menurut Mohamad Najib (2009) pada jadual 2. Analisis Data Persoalan Kajian 2: Tahap Kemurungan Mengikut Maklumat Demografi Mengikut Jantina Dalam Kalangan Guru Pelatih IPGKTAA. Jadual 4 Tahap kemurungan mengikut jantina berdasarkan min PROFIL DEMOGRAFI MIN SISIHAN PIAWAI Jantina Lelaki 1.85 1.06 Perempuan 1.60 0.90 Dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap skor min tahap kemurungan lelaki lebih tinggi berbanding tahap skor min tahap kemurungan perempuan. Skor min tahap kemurungan lelaki ialah 1.85 dan sisihan piawai ialah 1.06. Manakala skor min tahap kemurungan perempuan pula ialah 1.60 dan sisihan piawai ialah 0.90. PERBINCANGAN Perbincangan Apakah Tahap Kemurungan Dalam Kalangan Guru Pelatih IPGKTAA? Persoalan pertama kajian merupakan tahap kemurungan guru pelatih IPGKTAA secara menyeluruh. Dapatan kajian mendapati tahap kemurungan guru pelatih IPGKTAA berada pada tahap sederhana kerana nilai min yang diperoleh ialah 1.66 dan berada pada tahap sederhana berdasarkan skala interpretasi skor min oleh Mohamad Najib (2009). Ini bermakna, guru pelatih IPGKTAA
97 menghadapi kemurungan secara sederhana sahaja. Walaupun begitu, dapatan kajian ini juga mendapati sebanyak 59.3% guru pelatih mengalami kemurungan tahap normal sahaja, 24.2% guru pelatih mengalami kemurungan ringan, 8.1% guru pelatih mengalami kemurungan sederhana dan 8.4% guru pelatih mengalami kemurungan teruk. Dapat kita lihat di sini, majoriti guru pelatih mengalami kemurungan tahap normal atau terpaling rendah sahaja. Kemurungan dalam kalangan mahasiswa sudah semakin meluas menyebar di seluruh negeri. (E.IldarAbadi, et al., 2002; S.Abedini, et al.,2007; M. Frotani, 2005). Perbincangan Apakah Tahap Kemurungan Mengikut Maklumat Demografi Mengikut Jantina Dalam Kalangan Guru Pelatih IPGKTAA? Data kajian ini menunjukkan bilangan guru pelatih perempuan lebih ramai daripada guru pelatih lelaki. Dapatan kajian ini mendapati nilai min tahap kemurungan guru pelatih lelaki lebih tinggi berbanding dengan nilai min guru pelatih perempuan. Nilai min tahap kemurungan lelaki ialah 1.85 dan sisihan piawai ialah 1.06 manakala nilai min tahap kemurungan perempuan pula ialah 1.60 dan sisihan piawai ialah 0.90. Daripada nilai min ini, pengkaji boleh menyimpulkan bahawa guru pelatih lelaki lebih cenderung untuk mudah mempunyai simptom kemurungan dan mengakibatkan tahap kemurungan guru pelatih lelaki lebih tinggi berbanding guru pelatih perempuan. Dapatan kajian yang diperoleh bertentangan dengan dapatan kajian oleh Manak Ek Klai, Farhana Kamarul Bahrin (2020), yang mendapati dalam profesion perguruan mencatatkan kekerapan berlakunya kemurungan dalam kalangan guru wanita iaitu sebanyak 43.9% berbanding dengan guru lelaki hanya 40% (Othman & Sivasubramaniam, 2019). Guru pelatih juga merupakan seorang mahasiswa, justeru itu dapatan kajian dalam kalangan mahasiswa di Malaysia juga boleh diguna pakai dan dikaitkan dengan guru pelatih. Dapatan kajian pengkaji selari dengan dapatan daripada Mohamad, M. S., & Mohamed, M. H. (2020) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara mahasiswa lelaki dan mahasiswa perempuan dengan skor min mahasiswa lelaki lebih tinggi daripada mahasiswa perempuan. Kenyataan ini juga disokong dengan laporan yang dikeluarkan oleh Nguyen et al., (2019) bahawa golongan mahasiswa universiti lelaki muda lebih berisiko mengalami masalah mental. Walau bagaimanapun hasil kajian ini bertentangan dengan hasil kajian yang telah dijalankan oleh Islam et al. (2018) yang mendapati lebih ramai mahasiswa perempuan mengalami kemurungan walaupun tidak terdapat hubungan yang bermakna. Kebanyakkan mahasiswa perempuan kurang mengalami kemurungan adalah kerana strategi daya tindak mereka terhadap tekanan lebih baik berbanding dengan mahasiswa lelaki kerana menurut Başari et al., (2018) golongan perempuan mempunyai kawalan sosial dan ekspresi emosi yang lebih baik terhadap berbanding golongan lelaki. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Dapat dirumuskan bahawa ke semua persoalan kajian sudah dapat dijawab. Tahap kemurungan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA adalah tahap sederhana dan ianya merupakan suatu perkara yang perlu dirisaukan dan diambil tindakan. Dalam kajian ini juga dapat kita kenal pasti simptom mana yang paling dominan dan item apa yang selalu guru pelatih ini rasakan. Justeru, kajian ini sememangnya dapat membantu pihak IPGKTAA terutamanya untuk membantu pelajar-pelajarnya dalam menguruskan emosi dan seterusnya dapat mencegah kemurungan. Implikasi kajian ialah implikasi terhadap mahasiswa sama ada di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahupun di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kajian ini sememangnya dapat membantu mahasiswa untuk mengetahui
98 tahap kemurungan yang sebenar dalam kalangan mahasiswa sendiri. Mahasiswa juga boleh mengetahui terdapat empat simptom dalam kemurungan dan kenal pasti simptom apa yang paling tinggi dalam dirinya. Mahasiswa yang melakukan ujian BDI-Malay dan memperoleh keputusan yang tinggi, mahasiswa boleh segera rujuk kaunselor di tempat pengajian masing-masing. Hal ini kerana, BDI-Malay ini merupakan ujian untuk kenal pasti simptom-simptom kemurungan dan hanya pakar iaitu psikiatri sahaja yang boleh mengesahkannya. Justeru, itu lebih baik kita melakukan pencegahan sebelum terlambat. Pengkaji mencadangkan agar kajian ini dilakukan di semua kampus IPG di Malaysia. Terdapat 27 kampus IPG di serata Malaysia termasuk di semenanjung dan di Sabah dan Sarawak. Kajian perlu diperluaskan lagi agar hasil dapatan kajian tersebut dapat mencerminkan tahap kemurungan yang sebenar dalam kalangan guru pelatih secara keseluruhannya. Pengkaji juga mencadangkan agar kajian akan datang untuk mengkaji aspek demografi lain juga seperti kaum dan umur. Hal ini kerana, dalam kajian ini, hanya menumpukan aspek demografi jantina sahaja. Dengan mengkaji aspek demografi lain, dapatan kajian akan lebih menyeluruh dan lebih jelas. RUJUKAN Affizal Ahmad. (2017). Kemurungan Mengancam Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahola, K., Honkonen, T., & Isometsa, E. (2005). The relationship between job-related burnout and depressive disorders - results from the Finnish Health 2000 Study. Journal of Affective Disorders, 88(2005), 55–62. Azizlan, S. (2020, Ogos 13). Tak Sangka Kanak-Kanak Pun Boleh Menghadapi Kemurungan. Retrieved from Wanista: https://wanista.com/2020/213153/tak-sangka-kanak-kanak-pun- boleh-menghadapi-kemurungan/Beck, 1996. Depression Inventor II . Available at: http://Marketplace psychorp.com/Psycopsychorp.com/PsychoCprp.com/Cultures/en-US/dotcom Beck, A. T. (1967). Kemurungan: Punca dan rawatan. Philadelphia: University of Pennsylvania Press. Cheong, L. K., Abdullah, Z., & Nee, C. L. (2018). Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. DSM-IV. (1994). Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders. Washington, DC: American Psychiatric Association Gamayanti, W. (2014). Usaha bunuh diri berdasarkan teori ekologi Bronfenbrenner. Psympathic: Jurnal Ilmiah Psikologi, 1(2), 204-230. Gani, F. A. (2019, Januari 22). Gejala kemurungan: Kesedihan biasa atau penyakit? Retrieved from astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gejala-kemurungan- kesedihan-biasa-atau-penyakit-196621 Ghazali, A. (2019, Januari 23). Berpotensi ragut nyawa sendiri. Retrieved from Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/9228/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/Berpotensi-ragut- nyawa-sendiri Gilbert P. (2001). Counselling for Depression. 3rd Edition. Thousand Oaks, United States: SAGE Publications Inc. Hamidi, N. A. B. (2019). Sokongan Sosial Dan Penghargaan Kendiri Sebagai Petunjuk Kemurungan Dalam Kalangan Mahasiswa Insitusi Pengajian Tinggi (IPT): Social Support and Self-Esteem: Determinants of Depression among Higher Education Institution Students. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 6(2), 58-70. Hasanah, U., Fitri, N. L., Supardi, S., & PH, L. (2020). Depresi pada mahasiswa selama masa pandemi covid-19. Jurnal Keperawatan Jiwa, 8(4), 421-424.
99 Hinić, D., & Jovic, J. (2012). Evaluation of the Beck Depression Inventory in a nonclinical student sample. West indian medical journal. Ismail, Z., & Lokman, N. H. B. (2020). Kemurungan dan keamatan sokongan sosial dengan kepuasan hidup dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), 68-78. Ismail, Z., & Lokman, N. H. B. (2020). Kemurungan dan keamatan sokongan sosial dengan kepuasan hidup dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), 68-78. Jasmi, K. A. (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif. Fakulti Tamadun Islam. Universiti Teknologi Malaysia. Jee Jing Giong, Hilwa Abdul @ Mohd. Nor. (2018). Penghargaan kendiri, strategi kognitif regulasi emosi dan kemurungan dalam kalangan lelaki dewasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Persidangan Kebangsaan Sarjana Muda Sains Sosial dan Kemanusiaan 1–15. Lajuma, S. (2011). Strategi daya tindak remaja terhadap kebimbangan yang dihadapi dan pengaruhnya ke atas masalah kemurungan (Doctoral dissertation, Universiti Malaysia Sabah). Mahpis, N. S., & Akhir, N. M. (2020). Hubungan sokongan sosial terhadap kemurungan dalam kalangan pelajar. Jurnal Wacana Sarjana, 4(2), 1-10. Mohamad, M. S., & Ibrahim, R. (2018). Perbezaan gender tekanan psikologikal dan kesihatan mental dalam kalangan pelajar prasiswazah. Jurnal Personalia Pelajar, 21(1), 55-66. Mohamad, M. S., & Mohamed, M. H. (2020). Jenis Personaliti dan Tahap Kesihatan Mental dalam Kalangan Mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Personalia Pelajar, 23(1). Mohd Hussain Habil dan Ahmad Hatim Sulaiman (2006). Kemurungan: Punca Dan Rawatan. Kuala Lumpur: UM. Mohd Pilus, F. A. (2021, Mac 4). 4 aspek perkembangan kanak-kanak. Retrieved from myMetro: https://www.hmetro.com.my/WM/2021/03/680402/4-aspek-perkembangan-kanak-kanak Mohd. Sufian Omar Fauzi (2004). Psikologi Kejurulatihan Membantu Membina Ketahanan Mental Atlet. Selangor: Karisma Publication. Nabila Anwara, Freah Alshammarya, Ammar Ahmed Siddiquia, Rana Homoud Alenzib, Bashayer Hamd Alshmmarib and Mohammad Khursheed Alamc (2021) Level of anxiety and depression among undergraduate dental students of University of Hail, Saudi Arabia Department of Preventive Dentistry, College of Dentistry, University of Hail, Hail, Saudi Arabia National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2017: Key Findings from the Adolescent Health and Nutrition Surveys | Institute for Public Health, National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia. Nazri, M. Q. N. R. A., & Sulaiman, W. S. W. (2021). Hubungan di Antara Gaya Perapatan, Orientasi Keagamaan dan Kemurungan di Kalangan Pelajar IPT. Jurnal Wacana Sarjana, 5(4), 1-15. Noah, S. M. (2005). Pengujian & Penilaian dalam Kaunseling Teori & Aplikasi. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman, Z., & Sivasubramaniam, V. (2019). Depression, anxiety, and stress among secondary school teachers in Klang, Malaysia. International Medical Journal, 26(2), 71–74.
100 Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2018). Buku Panduan Penyelidikan Kajian Tinjaun. Selangor: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Kementerian Pendidikan Malaysia Rani, N., Daud, F., & Alias, H. (2018). Faktor-Faktor yang mempengaruhi Stres, Kebimbangan dan Kemurungan dalam kalangan Penjaga kepada Pesakit Leukemia Kanak-Kanak. International Journal of Public Health Research Vol 8 No 2, 987-997. Rose Fazilah Ismail, Rusdi Abd. Rashid, Zahari Ishak & Haris Abd. Wahab. (2015). Wanita dan kemurungan dari perspektif jurang gender: simptom dan faktor. The Malaysian Journal of Social Administration 13, 78–100. Roslan , S. (2020, Oktober 10). Hampir 0.5 juta warga Malaysia kemurungan. Retrieved from myMetro: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/629299/hampir-05-juta-warga- malaysia-kemurungan Rosli, S. K., Mahmud, M. I., & Nasir, M. K. M. (2022). Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Kesihatan Mental Masyarakat di Malaysia: Kajian Sorotan Literatur Sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2), 252-268. Rushidi, W. M., & Mahmud, W. (2004). Postpartum Depression: A Study Among Malay Women Attending Urban and Rural Health Centres in Kedah, North West of Peninsular Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Utara Malaysia). Sahib, S. Z. (2018, April 5). Derita dalam senyap. Retrieved from myMetro: https://www.hmetro.com.my/hati/2018/04/327729/derita-dalam-senyap Shaharom, M. H. (2020, Oktober 10). Bahaya kemurungan, depresi. Retrieved from Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/104632/KOLUMNIS/Bahaya-kemurungan-depresi Salman, T. M. I. T. M., Wahid, N. A., Yunus, A. M., Yusoff, Z. M., & Ariffin, M. R. (2022). [Factors of Depression Among University Students in Malaysia] Faktor Kemurungan di Kalangan Pelajar Universiti Di Malaysia. International Journal of Islamic Products and Malay Civilization, 1(1), 128-146. Santoso, A., Ardi, W. R., Prasetya, R. L., Dwidiyanti, M., Wijayanti, D. Y., Mu'in, M., ... & Aisah, N. A. (2020). Tingkat depresi mahasiswa keperawatan di tengah wabah COVID-19. Holistic Nursing and Health Science, 3(1), 1-8. Shyangwa P., Singh S., & Khandelwal S K. (2003). Knowledge and attitude about mental illness among nursing staff. Journal of Nepal Medical Association, 42, 27-31 Sulaiman, H., Ismail, Z., & Siraj, S. (2012). Keajaiban qiammul lail dalam merawat masalah kemurungan: Satu kajian kes. Thurai, S. R. T., & Westa, W. (2017). Tingkat depresi dalam kalangan mahasiswa kedokteran semester VII Universitas Udayana dan keterlibatan mereka dalam kegiatan fisik. Intisari Sains Medis, 8(2), 147-150. Wan Ahmad, W. R. (2020, September 15). Sakit tersembunyi kanak-kanak. Retrieved from Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/101125/SUARA-SINAR/Analisis- Sinar/Sakit-tersembunyi-kanak-kanak Ya'acob, N. (2013). Kajian terhadap faktor kemurungan bagi pelajar darjah empat, darjah lima dan darjah enam di tiga buah sekolah agama di daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia-FASS Final Project (BIS). Yahya, N. A., & Sham, F. M. (2020). Sejarah dan Simptom Kemurungan: Kajian Literatur: History and Depression Symptoms: A Literature Reviews. Sains Insani, 5(1), 34-42. Yusof, M. (2018). Laporan Praktikum kaunseling di Pusat Serenti Tampin, Melaka.
101 TAHAP MOTIVASI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 SK PERMATANG TOK MAHAT NUR SYAFIQAH BINTI SHAHARUDDIN ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Suwatwo (2011), motivasi intrinsik sebagai motivasi yang fungsinya tidak memerlukan unsur perancangan dari aspek luaran kerana individu sudah memiliki dorongan untuk menjalankan sesuatu perkara. Daripada aspek murid, mereka teliti dalam menyelesaikan tugasan yang diberi mementingkan kualiti tugasan yang mereka jalankan. Condry dan Chambers (1978), murid dengan tahap motivasi intrinsik yang kuat lebih baik dalam mengumpul data dan membuat keputusan dalam melaksanakan projek dan tugasan berbanding dengan murid yang lebih tinggi motivasi ekstrinsiknya. Motivasi ekstrinsik pula merupakan kecenderungan individu bagi melaksanakan tugas bertujuan mendapatkan ganjaran sama ada bentuk fizikal mahupun psikologi dalam persekitaran semula jadi (Brown, 2007). Faktor luaran seperti pujian, ganjaran duit, gred yang baik serta kemasyhuran boleh mempengaruhi sikap serta tingkap laku seseorang individu. Daripada perspektif akademik murid, ganjaran serta Kajian ini bertujuan mengkaji tahap motivasi dalam kalangan murid tahun 6 di SK Permatang Tok Mahat iaitu tahap motivasi ekstrinsik dan intrinsik serta motivasi dominan. Dalam masa yang sama, pengkaji juga melihat terdapat hubungkait antara tahap motivasi dengan pencapaian akademik murid. Justeru, dalam kajian ini, pengkaji turut memfokuskan kepada mengkaji tahap akademik murid. Kajian inimerupakan kajian tinjauan yang menggunakan kaedah deskriptif bagi menganalisis data. Seramai 123 orang murid tahun 6 dijadikan sebagai sampel kajian bagimenjawab soal selidik yang diadaptasi daripada Tan (2007). Dengan berpandukan kepada pencapaian akademik murid tahun 6 di SK Permatang Tok Mahat bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2022, seramai 51 (41.5%) responden mendapat keputusan pencapaian akademik yang baik, seramai 60 (48.8%) responden mendapat keputusan pencapaian akademik yang sederhana dan hanya 12 (9.8%) responden mendapat keputusan yang lemah. Kekerapan tertinggi bagi tahap pencapaian akademik murid tahun 6 di SK Permatang Tok Mahat adalah di tahap sederhana (N=60). Item dengan nilai min paling rendah bagi motivasi ekstrinsik adalah di item 4 iaitu (M = 1.8) manakala item yang mempunyai nilai min tertinggi dalam motivasi ekstrinsik ini adalah di item 2 iaitu (M=2.13). Purata bagi min motivasi ekstrinsik berada di skala rendah (M=2.03). Ini menunjukkan bahawa secara holistiknya, tahap motivasi ekstrinsik bagi murid- murid tahun 6 di SK Permatan Tok Mahat adalah rendah. Item dengan nilai min paling rendah bagi motivasi instrinsik adalah di item 11 (M = 1.83) manakala nilai min tertinggi dalam motivasi intrinsik ini adalah di item 13 iaitu (M=2.59). Purata bagi min motivasi intrinsik berada di skala rendah (M=2.26). Ini menunjukkan bahawa secara holistiknya, tahap motivasi intrinsik bagi murid- murid tahun 6 di SK Permatang Tok Mahat adalah rendah. Nilai min keseluruhan bagi motivasi intrinsik adalah lebih tinggi nilainya (M=2.26) berbanding nilai min keseluruhan bagi motivasi ekstrinsik (M=2.03). Berdasarkan keputusan ini, pengkaji dapat merumuskan bahawa motivasi paling dominan bagi murid tahun 6 SK Permatang Tok Mahat adalah motivasi intrinsik. Kata Kunci: Murid tahun 6, motivasi ekstrinsik, motivasi intrinsik, pencapaian akademik
102 hukuman dapat mempengaruhi mereka. Secara luaran jelas menunjukkan bahawa motivasi ekstrinsik dapat menjadikan murid lebih bermotivasi tetapi jika ganjaran berlebihan, ia boleh menyebabkan motivasi intrinsik menjadi rendah. Namun, kemenjadian dan pencapaian murid yang terlalu menjadi fokus utama oleh sistem pendidikan negara mengakibatkan ketiadaan motivasi dalam kalangan murid. Chew dan Mohd Fikri (2020) individu akan mengalami perasaan kecewa dan tertekan apabila gagal dalam memenuhi jangkaan dan aspirasi orang sekeliling. Othman dan Ismail (2012) elemen motivasi adalah penting dalam melancarkan proses pembelajaran sempurna. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan penekanan yang serius berkenaan hasrat membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta memperkembangkan potensi individu daripada aspek jasmani, emosi, intelek, dan sosial (JERIS) secara maksimum (Miro Khairul Azrin, 2011). PERNYATAAN MASALAH Kaviha (2019), Abdul Hakim Abdul Aziz dan Wan Ismail (2015) dan Muhammad Aizat dan Siti Huzaifah Mohamad (2018) menjelaskan terdapat hubungan linear positif sederhana terhadap tahap motivasi dan pencapaian akademik. Bagi melihat contoh yang lebih terperinci, kajian Pitsia et al., (2017) menunjukkan dapatan penilaian antarabangsa iaitu Trends in International Mathematics and Sciences Study (TIMSS) dan Programme International Students Assessment (PISA) adalah faktor utama yang mempengaruhi tahap pencapaian Matematik adalah faktor motivasi. Berdasarkan dapatan-dapatan kajian lepas, jelaslah bahawa isu ketiadaan motivasi dalam kalangan murid memberi impak negatif terhadap pencapaian akademik murid. Begitu juga dalam kajian Kaviza (2019), Wan Naliza dan Siti Mistima (2020) dan Wei & Ruslim & Ruslin (2020) menumpukan secara terperinci hal ini kerana berasa risau akan peningkatan kadar murid yang ketinggalan dalam pembelajaran yang boleh menyebabkan lost generation iaitu generasi yang kehilangan waktu pembelajaran disebabkan oleh wabak Covid 19. Dr Anuar Ahmad selaku pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan bahawa statistik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikeluarkan pada 11 Oktober 2020 menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah berlaku peningkatan 0.13 peratus pada tahun tersebut berbanding 0.12 peratus pada tahun sebelumnya. Justeru, amat relevan kajian ini dijalankan agar dapat mengenal pasti aspek tahap pencapaian akademik, tahap motivasi ekstrinsik, tahap motivasi intrinsik dan motivasi paling dominan. Jika isu tahap motivasi tidak diatasi, Malaysia akan berhadapan dengan isu keciciran murid dan akan ketinggalan jauh daripada aspek pendidikan berbanding negara-negara maju. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif kajian Pada kajian ini, pengkaji akan mengkaji daripada aspek berikut: i) Mengenal pasti tahap pencapaian akademik dalam kalangan murid tahun 6 di SK Permatang Tok Mahat ii) Mengenal pasti tahap motivasi ekstrinsik dalam kalangan murid tahun 6 di SK Permatang Tok Mahat iii) Mengenal pasti tahap motivasi intrinsik dalam kalangan murid tahun 6 di SK Permatang Tok Mahat. iv) Mengenal pasti jenis motivasi paling dominan dalam kalangan murid tahun 6 di SK Permatang Tok Mahat.
103 Persoalan Kajian Pengkaji menjalankan kajian ini bagi menjawab persoalan kajian seperti berikut: i) Apakah tahap pencapaian akademik murid tahun 6 SK Permatang Tok Mahat? ii) Apakah tahap motivasi ekstrinsik dalam kalangan murid tahun 6 SK Permatang Tok Mahat? iii) Apakah tahap motivasi intrinsik dalam kalangan murid tahun 6 SK Permatang Tok Mahat? iv) Apakah jenis motivasi dominan dalam kalangan murid tahun 6 SK Permatang Tok Mahat? METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan. Mohd Majid Konting (2000) kajian tinjauan adalah sebuah kajian yang terdapat dalam kajian penyelidikan deskriptif. Kaedah kuantitatif telah diaplikasikan dengan mengumpulkan datadata melalui soal selidik. Pengkaji menjadikan murid tahun seramai 123 orang berpandukan kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Pengkaji memilih murid tahun 6 sebagai sampel kajian berpandukan kajian oleh Zamri Mahamod (2021) iaitu menurut beliau, murid tahun 6 mempunyai kematangan yang lebih berbanding murid di kelas bawah. Justeru, adalah lebih mudah untuk sampel kajian membaca seterusnya memahami kandungan item soal selidik. Pengkaji memilih SK Permatang Tok Mahat kerana jaraknya dekat dengan tempat tinggal pengkaji maka ia memudahkan dalam proses pengedaran soal selidik dan pengumpulan data. Kenyataan ini disokong oleh Jorgensen (1989) dalam Lee Keok Cheong et al., (2018) pengkaji perlu dekat dengan sampel kajian yang memungkinkan pengkaji memilih lokasi kajian yang berdekatan dengan rumah, kantin, pejabat, tempat permainan bola atau sekolah atau manamana tempat yang berkaitan dengan kajian. Pengkaji menggunakan soal selidik yang diadaptasi sepenuhnya berdasarkan kajian Tan (2007). Ia dipilih kerana sangat relevan dan memenuhi kehendak persoalan kajian. SanchezFranco & Roldan (2010), instrumen yang dipilih ini telah lengkap daripada aspek kebolehpercayaan dan kesahan iaitu aspek kesahan kandungan telah dipenuhi. Pemilihan soal selidik juga adalah bagi memudahkan sampel kajian menjawab item-item yang terdapat di dalamnya. Mohd Majid Konting (1990) menjelaskan penggunaan soal selidik dapat memudahkan responden serta menjadikan mereka lebih berani semasa menjawab. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian utama iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian instrumen dapat dilihat pada Jadual 1 di bawah. Jadual 1: Bahagian dan Item dalam soal selidik BAHAGIAN ITEM NO.ITEM JUMLAH ITEM Bahagian A Jantina 1 2 Tahap Akademik 2 Bahagian B Motivasi Intrinsik 1 - 7 14 Motivasi Ektrinsik 8 - 14 Pada bahagian A adalah bahagian demografi responden. Soalan pertama memerlukan responden memilih sama ada ‘Lelaki’ atau ‘Perempuan’. Soalan kedua memerlukan respon memilih sama ada ‘Baik’, ‘Sederhana’ atau ‘Lemah’. Bahagian B, semua item mempunyai skala likert tiga mata iaitu ‘Tidak Pernah’, ‘Kadang-kadang’ dan ‘Sering Kali’. Pengkaji dapat membuktikan soal selidik Tan (2007) mempunyai kesahan yang tinggi kerana beliau telah
104 melaksanakan kesahan kandungan melalui pemberian soal selidik kepada penyelia dan dua orang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikologi pendidikan untuk disemak. Soal selidik kajian Tan (2007) mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi kerana beliau telah menganalisis data tersebut menggunakan Alfa Cronbach. Berdasarkan indeks kepercayaan instrumen daripada Mohd Majid Konting (1990), Pallant (2001) dan Siti Rahayah (2003), item melebihi skor 0.60 adalah diterima. Berdasarkan analisis kebolehpercayaan soal selidik berdasarkan nilai Alfa Cronbach adalah 0.78 bagi item motivasi ekstrinsik, 0.65 bagi item motivasi intrinsik dan bagi kesemua item adalah 0.77. Pengkaji juga telah menjalankan kajian rintis terhadap 40 orang murid SK Sungai Setar dan nilai kebolehpercayaan soal selidik yang diperoleh adalah 0.80. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Pengkaji telah menggunaan perisian IBM Statistical Package for The Social Science (SPSS) bagi mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Pengkaji merujuk interprestasi nilai min daripada Tschannen-Moran dan Garies (2004). Analisis Persoalan Kajian Pertama Apakah tahap pencapaian akademik murid tahun 6 di SK Permatang Tok Mahat? Tahap pencapaian bagi murid dapat dikategorikan kepada tiga tahap iaitu baik (70%-100%), sederhana (40%- 69%) dan lemah (0%-39%). Ketiga-tiga tahap ini diadaptasi daripada kajian Tan (2007). Seramai 52 orang murid daripada 123 orang murid (41.5%) berada pada tahap pencapaian yang baik, 60 orang murid (48.8%) berada di tahap sederhana manakala hanya 12 orang murid (9.8%) berada di tahap lemah. Kekerapan tertinggi bagi tahap pencapaian akademik murid tahun 6 di SK Permatang Tok Mahat adalah di tahap sederhana (N=60). Dapatan ini dikukuhkan oleh Wan Naliza dan Siti Mistima (2020) yang mengkaji tentang pencapaian murid dalam PPT terhadap 138 murid di tiqa buah sekolah menengah luar bandar di Kuantan menunjukkan kekerapan murid mendapat markah purata dalam PPT antara 40% hingga 69% adalah 70 orang iaitu (50.7%). Bagi murid yang gagal pula adalah seramai 62 orang iaitu (44.9%) dan hanya 6 orang murid sahaja berjaya memperoleh tahap cemerlang iaitu 4.0%. Berbeza pula dengan kajian Pauline dan Tajul (2020) iaitu kekerapan tertinggi bagi tahap pencapaian akademik murid tahun 6 di adalah pada tahap cemerlang iaitu dengan jumlah kekerapan seramai 119 orang murid daripada 283 orang murid (42%), seramai 87 orang murid (30.7%) tahap sederhana, seramai 62 orang murid (21.9%) pada tahap baik dan hanya 15 orang murid sahaja berada pada tahap pencapaian akademik yang lemah (5.3%). Analisis Persoalan Kajian Kedua Apakah tahap motivasi ekstrinsik dalam kalangan murid tahun 6 Sk Permatang Tok Mahat? Item bagi motivasi ekstrinsik yang paling rendah nilai minnya adalah item 4 (M=1.8). Dapatan ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden tidak bersetuju bahawa pemberian hadiah daripada guru dapat meningkatkan motivasi mereka. Item yang mempunyai min paling tinggi pula adalah item 2 (M=2.13). Ia menunjukkan bahawa tindakan guru memberikan catatan memberansangkan ketika tugasan murid disemak dapat meningkatkan tahap motivasi. Purata min keseluruhan motivasi ekstrinsik berada di skala rendah (M = 2.03). Namun, ia bertentangan dalam Nor Hashimah dan Khadijah (2020) terhadap 250 orang murid tahfiz iaitu min pada tahap sederhana rendah (M=2.83). Begitu juga dalam Naliza dan Siti Mistima (2020) terhadap 138 sampel mendapati tahap motivasi ekstrinsik murid pada tahap sederhana. Berbeza dengan kajian Nancy dan Zambri (2017) terhadap 242 orang murid tingkatan 4
105 dan 5 yang menunjukkan tahap motivasi ekstrinsik murid sangat tinggi (M=3.87, SP=0.63). Sama seperti kajian Nur Syazana dan Mohd Nasir (2020) iaitu tahap motivasi ekstrinsik bagi 120 responden adalah tinggi (M=3.93). Analisis Persoalan Kajian Ketiga Apakah tahap motivasi intrinsik dalam kalangan murid tahun 6 Sk Permatang Tok Mahat? Item dengan min paling rendah bagi motivasi intrinsik adalah item 11 (M=1.83). Ia menunjukkan bahawa majoriti murid tidak bersetuju bahawa pengalaman yang dikaitkan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan tahap motivasi. Item bagi min paling tinggi adalah item 13. Ia menunjukkan kebanyakan murid bersetuju bahawa tindakan guru bersungguh-sunggu ketika mengajar dapat meningkatkan tahap motivasi. Purata keseluruhan min motivasi intrinsik berada pada tahap rendah iaitu (M=2.26). Dapatan kajian bertentangan dengan Nor Hashimah dan Khadijah (2020) terhadap 250 murid tahfiz iaitu nilai min adalah sederhana rendah (M=2.78, SP=0.44). Ia juga bertentangan dengan kajian Nurul Jamilah dan Nor Zainiyah (2021) iaitu tahap motivasi intrinsik adalah rendah. Begitu juga dengan dapatan Nancy dan Zambri (2017) yang bertentangan iaitu motivasi intrinsik bagi murid tingkatan 4 dan 5 adalah tinggi. Analisis Persoalan Kajian Keempat Apakah motivasi paling dominan dalam kalangan murid tahun 6 SK Permatang Tok Mahat? Berdasarkan perbandingan min keseluruhan bagi motivasi ektrinsik dan intrinsik min motivasi paling tinggi adalah motivasi intrinsik (M=2.26). Justeru, motivasi paling dominan bagi murid tahun 6 SK Permatang Tok Mahat adalah motivasi intrinsik. Appalanaidu (2018) turut menunjukkan nilai min motivasi intrinsik (M=3.31) lebih tinggi berbanding min motivasi ekstrinsik (M=3.13). Namun, berbeza dengan Nur Syazana dan Mohd Nasir (2020) iaitu motivasi ekstrinsik yang lebih tinggi (M=3.93) daripada tahap motivasi intrinsik (M=3.91). Dapatan ini dikukuhkan oleh dapatan lain iaitu Nancy dan Zambri (2017) menunjukkan motivasi dominan adalah motivasi ekstrinsik (M=3.87) manakala motivasi intrinsik (M = 3.81) sahaja. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Kesimpulan Holistiknya, kajian ini berkisarkan tahap motivasi yang mempengaruhi akademik murid. Soal selidik Tan (2007) amat sesuai dengan kehendak objektif yang dikaji. Pengkaji berjaya mendapatkan data mengenai tahap pencapaian akademik, tahap motivasi ekstrinsik dan intrinsik serta motivasi paling dominan dalam kalangan murid tahun 6 SK Permatang Tok Mahat. Perisian IMB SPSS membantu dalam mengenal pasti kekerapan, peratus, min serta sisihan piawai. Terbuktilah bahawa kajian ini berjaya menjawab kesemua persoalan. Cadangan Aspek pertama untuk ditambahbaik adalah daripada aspek pemilihan responden. Disebabkan kajian ini hanya dijalankan kepada 123 murid tahun 6 sahaja, pengkaji tidak dapat membuat generalisasi secara keseluruhan. Justeru, pengkaji boleh menjalankan kajian terhadap semua peringkat umur di sekolah tersebut dengan mengasingkan kepada tahun 1, 2, 3, 4 dan 5. Seterusnya adalah daripada aspek kawasan dan kedudukan. Hal ini kerana, pengkaji mengedarkan soal selidik dari kelas ke kelas maka semasa ketiadaan pengkaji, murid- murid berkemungkinan tidak menjawab dengan jujur. Justeru, pengkaji perlu memberi penekanan terhadap kepentingan menjawab dengan jujur. Pengkaji juga boleh
106 meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk mengumpulkan murid di dewan agar pemautauan menyeluruh dapat dijalankan. Implikasi Implikasi terhadap teori Pengkaji menggunakan model gaya pembelajaran Dunn & Dunn oleh Rita dan Kenneth Dunn pada akhir tahun 1978. Model ini membantu pengkaji memahami bahawa unsur motivasi sebagai salah satu ransangan emosi. Pengkaji dapat memahami bahawa motivasi dapat mendorong seseorang kepada pencapaian matlamat yang dingini. Pengkaji juga lebih mendalami fenomena bahawa apabila seseorang individu mempunyai tahap motivasi yang tinggi, maka dorongan individu untuk bertindak ke arah pencapaian akademik yang cemerlang juga tinggi. Justeru, melalui model ini pengkaji dapat memahami mengenai tahap motivasi ekstrinsik dan intrinsik terhadap murid tahun 6 SK Permatang Tok Mahat serta perkaitannya dengan pencapaian akademik dengan lebih terperinci. Implikasi terhadap kaedah penyelidikan Pengkaji memenuhi etika yang betul semasa menjalankan kajian. Pengkaji mendapatkan kebenaran daripada waris responden yang terlibat. Maklumat peribadi responden seperti gambar, dan maklumat peribadi lain seperti nama dan alamat adalah dirahsiakan. Pengkaji amat jujur dalam melaporkan data, dan bersistematik iaitu menggunakan soal selidik dengan kesahan dan kebolebercayaan yang tinggi dengan menjalankan kajian rintis. Pengkaji juga bijak dalam memilih responden murid tahun 6 berpandukan kajian Zamri Mahamod (2021). Implikasi kajian terhadap organisasi terlibat Pengkaji melihat Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) dan Lembaga Kaunselor sebagai organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan platform bagi kaunselor serta guru bimbingan dan kaunseling yang bakal berkhidmat di sekolah dalam membincangkan mengenai usaha bagi meningkatkan tahap motivasi murid serta pencapaian akademik murid. Hal ini selari dengan objektif penubuhan PERKAMA iaitu menyatukan semua kaunselor terlatih di Malaysia serta mempromosikan profesyen kaunseling. Seterusnya, pengkaji memfokuskan kepada peranan Lembaga Kaunselor yang menjalankan penyeliaan terhadap perkhidmatan kaunseling. Selari dengan peribahasa ‘bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi’, usaha bagi meningkatkan tahap motivasi murid dalam memastikan pencapaian akademik cemerlang tidak akan berjaya dicapai pada tahap maksima jika pihak berkepentingan lain seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak terlibat. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2004 Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-Guru, persatuan PIBG berperanan sebagai platform untuk membolehkan ibu bapa dan guru melakukan perundingan. RUJUKAN Abdul Hakim Abdullah, Abdul Aziz Sulaiaman & Ismail Wan Abdullah. (2015). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 10(2), 104-121. Akbari, R., Yazdanmehr, E., & Kiany, G. (2020). Pedagogical Content Knowledge and Expertise in ELT . Journal of English Language Teching and Learning, 12 (25), 323-342. Alniza Azman. (2021, Januari 30). Analisis Data SPSS Siri 1. Retrieved from Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=XgJEEdsdLg8
107 Appalanaidu, S. R. (2018). Pertimbangan Moral dan Motivasi Pelajar dalam Pendidikan Moral, Vol. 8 No. 2. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teachers Education. Asiah Pariekutty. (1999). Gaya Pembelajaran Dan Pencapaian Akademik Di Kalangan. Sarjana Pendidikan Universiti Malaya. Astro Awani. (2021). Bajet 2022: KPM terima peruntukan terbesar berjumlah RM52.6 bilion. Retrieved from Astro Awani.com: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/bajet-2022-kpm-terima- peruntukan-terbesarberjumlah-rm526-bilion-327989 Azizah Mohd Rapini, Ayu Nor Aziah Mohamad, Hairol Anuar Mak Din, Hairol Anuar Mak Din, Abu Zaki Ismail, Mohd Ehsan Ahmad Sokri (2013). Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Keberkesanannya dalam Sistem Pendidikan Islam Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di Selangor. Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 105-135. Azizi Yahya. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan: Teori Analisis dan Interpretasi Data. Kuala Lumpur: Pts Profesional Publishing Sdn. Bhd. Berita Harian. (2018). Sistem Pendidikan Negara Perlu Segera Diubah. Retrieved from Berita Harian.com: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/12/512291/sistem-pendidikan-negara-perlu- segeradiubah Brown,H. D. (2007). Principles of Language Learning and Teaching (5th ed). New York: Pearson Education. Campbell, D. T., & Fiske, D.W. (1959). Convergent and Discriminant Validation by The Multitrait- Multimethod Matrix . Psychological Bulletin, 56(2), 81-105. Cheong, L. K. (n.d.). Chew, F. P. & Mohd Ismail. (2020). Pelaksanaan Pendekatan Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (9) 1:, 14-25. Chua, Y.P. (2013). Mastering Research Statistics. Malaysia: McGraw Hill Education. Cohen, L., Manio, L., & Morrison, K. (2005). Research Methods in Educations (Fifth Edition). Routledge Falmer. Condry, J., & Chambers,J. (1978). Intrinsic Motivation and The Process of Learning. In The Hidden Costs of Reward, edited by M.R. Lepper and D. Greene. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Inc. Cooper, D.R., & Schindler, P.S. (2006). Business Research Methods. The McGrawlsHill/Irwin Series. Doreen, T. J. & Shahlan Surat. (2021). Sorotan Literatur Bersistematik: Faktor-Faktor yang Menpengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Social and Humanities(MJSSH), 137-157. Dunn, R. & Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: A Practical Approach. Reston. Virginia: Reston Publishing. Dunn, R. & Stevenson, J. (1997). Teaching Diverse College Students to Study within A Learning- Styles Prescription. College Student Journal, 31(3): , 333-339. Edward L. Deci, Richard M. Ryan. (1985). Intrinsic Motivaation and Slef-Determination in Human Behavior. United State of America: University of Rochester. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Retrieved from Kementerian Pendidikan : https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan
108 Farah Wazera Mohamed Jaafer Sadiq & Mohammad Mujaheed Hassan. (2021). Konsep Kendiri dan Gaya Pembelajaran terhadap Motivasi Akademik dalam kalangan Mahasiswa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (2), 75-105. Ghazali Darulsalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan; Amalan dan Analisis Kajian (Edisi Pertama). Universiti Malaya. Ibrahim Ahmad Bajunid, Abdul Wahab Abdul Ghani, Bakhtiar Mansor, Maheswari Kndasamy, Yusro Abdul Haddad & Lee Ong Kim. (1996). Malaysian Educative Leadership: Interim Research Findings. International Journal of Education Mangement. Idris. (1994). Satu Tinjauan Mengenai Masalah Pencapaian AkDEMIK bEKAS pLEAJAR SPMV yang Sedang Mengikuti Kursus Diploma Di Universiti Malaysia Kampus Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Kaviza, M. (2019). Korelasi Antara Motivasi Intrinsik dengan Pencapaian Subjek Sejarah . Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1-10. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah. Putrajaya : Malaysia. Kerlinger. (1986). Research Design. Purpose and Principles. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities Robert. Educational and Psycholpgical Measurement, 38(1), 601-610. Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah & Chua Lay Nee. (2018). Siri Pendidikan Guru Penyelidikan dalam Pendidikan . Selangor: Oxford Fajar. Lee, J., & Stankov, L. (2018). Non- Cognitive Predictors of Academic Achievement: Evidence from TMISS and PISA. Learning an Individual Differences, 65, 50-64. Lee, K. C., Zakri Abdullah & Chua, L. N. (2018). Siri Pendidikan Guru: Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Lee, M. F., Goh, W. K., & Tan, K, H. (2018). Meningkatkan Kemahiran dan Penguasaan Topik Hidroponik Murid Darjah Enam Dengan Teknik DIY. Online Journal for TVET Practitioners. Lembaga Kaunselor (Malaysia). (2017). Laporan Tahunan Lembaga Kaunselor (Malaysia). Lembaga Kaunselor (Malaysia), pp. 4-31. Lidia Lomu & Sri Adi Widodo. (2018). Pengaruh Motivasi Belajar dan Displin Belajar terhadap Prestasi Belajar Matematika Siswa . In Prosiding Seminar Nasional Pendidikan Matematika Etnomatnesia. Mayurie Phutharat Surin & Shahlan Surat . (2021). Hubungan Antara Kecerdasan Emosi dengan Prestasi Akademik Pelajar Sarjana. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 236-248. Mechellino Enggol Pius, Nurfaradilla Mohamad Nasri, & Ahmad Zamri Mansor. (2021). Keberkesanan Pembelajaran Interaktif dalam Meningkatkan Pencapaian dan Motivasi Pelajar Bagi Mempelajari Puisi Tradisional Bahasa Iban. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 416-427. Media Permata. (2017). Kesan-kesan Motivasi Kepada Murid . Retrieved from Media Permata: https://mediapermata.com.bn/kesan-kesan-motivasi-kepada-murid/
109 Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan Di Malaysia: Dasar Cabaran Dan Pelaksanaan Ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika, 4(1). Mohamad Yusri Bakir. (2017). Gaya Pembelajaran Murid Orang Asli di Perak dalam Pendidikan Islam . Doctoral Dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd Majid Konting. (1990). Alat Penyelidikan Pendidikan . Kaedah Penyelidikan Pendidikan , 202. Mohd Majid Konting. (2000). Keadah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Najib Abd Ghafar. (2003). Rekabentuk Tinjaaun Soal Selidik Pendidikan . Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Muhamad Shafiq Mohd Razali & Noraini Abdol Raop. (2019). Mengenalpasti Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Sarjana Muda Psikoloji, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Jurnal Sains: Malaysian Journal of Social Sciences, 3(1), 77-87. Muhammad Aizat Nordin & Siti Huzaifah Mohammad . (2018). Hubungan Antara Motivasi Kendiri dan Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan Lima Di Daerah Rompin. E-Prcedings National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompEX18). Muhammad Faizal A. Ghani. (2019). Reka Bentuk Instrumen Sekolah Berkesan Malaysia. The Online Journal Of Islamik Education, 68-93. Nagavalli Poobalan, Rozniza Zaharudin, Vonn, Y.T. (2019). Penggunaan Bahan Multimedia Interaktif 3D Animasi ('Scratch') dalam Kaedah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 9(1), 49-56. Nancy Ngumbang & Zambri Mahamod. (2017). Sikap, Minat dan Motivasi Murid Melanau dalam Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua. Jorunal of Malay Language, Education and Literature, 8, 47-58. Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid. (1991). Peranan PIBG - Suatu Tinjauan. Seminar Pendidikan PIBG, 2- 25. Nor Hafizah Mohammad Hanafi & Ahmad Jazimin Jusoh . (2015). Sejarah PERKAMA dan Kepimpinan Tan Sri Dr. Nordn Kardi. Jurnal PERKAMA 19, 91-109. Nor Hashimah Ahmad Syukriruslin & Khadijah Abdul Razak. (2020). Faktor Motivasi Pelajar dalam Pengukuhan Hafazan Al-Quran di Kota Bahru. Jurnal Dunia Pendidikan, 32-40. Nor Sahayu Hamzah, Zaid Mohd Zin & Mohd Abdul Ghafar Mohd Ghazali. (2019). The Influence of Motivation in Learning Japanese Language on Secondary School Students. International Journal of the Malay World and Civilisation 7(3), 41-50. Nunally, J.C. (1978). Psychometric Theory . New York : McGraw-Hill. Nur Syazana Abd Shukor & Mohd Nasir Masroom. (2020). Gaya Pembelajaran Dan Motivasi Dalam Kalangan Calon Spm Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Di Negeri Johor. Jurnal Kemanusiaan. Nurazwa Ahmad & Nor Kamariah Kamaruddin. (2020). Hubungan Antara Motivasi Intrinsik & Ekstrinsik Dengan Pencapain Akademik Pelajar UTHM. Kajian Kes Di Malaysia, 45-52.
110 Nurul Jamilah Rosly & Nor Zainiyah Zarita Mokhtar . (2021). Mendepani Cabaran Literasi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Orang Asli Jakun Lenga, Johor: Satu Tinjauan Awal . Asian Journal of Civilizational Studies (AJOCS), 3(3), 83-102. Othman & Ismail. (2012). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab: Satu Tinjauan di SMAP Kajang. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab, 173-189. Pallant, J. (2001). A Step By Step Guide to Data Analysis using SPSS. Open University Press: McGraw-Hil Education. Pauline Anthony Sigar, Tajul Arifin Muhamad . (2020). Kecergasan Fizikal dan Prestasi Akademik Murid Tahun Enam di Wilayah Persekutuan Labuan. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(2), 32-48. Pitsia, V., Biggart, A., & Karakolidis . (2017). The Role of Students' Self-Beliefs, Motivation and Attitudes in Predictiong Mathematics Achievement: A Multilevel Analysis Of The Programme for The International Student Assessment Data. Learning and Individual Differences. Journal of Psychology and Education (55), 163-173. Richard, R. & Edward, D. (1985). Intrinsic Motivation and Self -Determination in Human Behavior. United State of America: University of Rochester. Ridha Sabrina, Fauzi, & M. Yamin. (2017). Faktor-faktor Penyebab Rendahnya Motivasi Belajar Siswa dalam Proses Pembelajaran Matematika di Kleas V SD Negeri Garot Geuceu Aceh Besar. Jurnal Ilmiah Mahasiswa Pendidikan Guru Sekolah Dasar, 2(4). Russell, J. A., & Pratt, G. (1980). A Description of The Affective Quality Attributed to Environments. Journal of Personality and Social Psychology, 38(2), 311-322. Sanchez-Franco, M.J., & Roldan, J.L. (2010). Expressive Aesthetics To Ease Perceived Community Support: Exploring Personal Innovativeness and Routinised Behavior As Moderators in Tuenti. Computers in Human Behavior, 26(6), 1445-1457. Seebalukc, A.k., dan Seegum, T.D. (2013). Motivation Among Public School Teachers in Mautiris. International Journal of Educational Management, 27 (4), 446-464. Sekaran, U., & Bougie, R. (2013). Research Methods For Business. Research Methods For Business, 436. Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori Konsep & Amalan dalam Pengukuran dan Penilaian. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik UKM. Siti Zaharah Mohid et al. (2018). Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan Abad 21. 5th International Research Management & Innovation Conference (5th IRMIC 2018), 1- 7. Sohaina Mohd Salleh, Maimum Aqsha Lubis & Aisyah Sjahrony. (2017). Pembangunan Model Gaya Pembelajaran Satu Analisis Keperluan Di Sekolah. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (Acer-J), 54-63. Suci Mandani. (2022). Peran Guru Kelas Sebagai Fasilitator Belajar Aktif dan Mandiri Siswa Di MI Plus Ja-Alhaq Kota Bengkulu. e-Respository Perpustakaan IAIA Bengkulu. Suwatwo, H. (2011). Manajemen SDM dalam Organisasi Publik dan Bisnis, Cetakan Kesatu. Bandung: Alfabeta.
111 Tan, A.L. (2007). Pengaruih Minat dalam Amalan Motivasi Terhadap Pembelajaran Pelajar-pelajar Tingkatan Empat. Fakulti Sinas Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tschannen-Moran, M. & Garies, C.R. (2004). Principals’ Sense of Efficacy: Assessing A Promising Construct. Journal of Educational Administration, 42(5), 573-585. Vidiya, R. D., Syamsuri dan Etika, K. (2019). Karakteristik Motivasi Ekstrinsik dan Intrinsik Siswa SMP Dalam Belajar Matematika. TIRTAMATH: Jurnal Penelitian dan Pengajaran Matematika, 1(2), 116- 128. Wan Naliza Wan Jaafar & Siti Mistima Maat. (2020). Hubungan Antara Notivasi Dengan Pencapaian Matematik dalam Kalangan Murid Sekolah Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 39-48. Wan Naliza Wan Jaafar & Siti Msitima Maat. (2020). Hubungan Antara Motivasi Dengan Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Murid Sekolah Luar Bandar . Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 10(1), 39-48. Wei, H. C. & Ruslin Amir . (2020). Penghargaan Kendiri dan Motivasi Pencapaian Terhadap Pencapaian Bahasa Inggeris Murid. International Journal of Education and Pedagogy, 2(1), 216-234. Zamri Mahamod . (2021). Sikap dan Motivasi Murid Iban dalam Mempelajari Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 13-25. Zanariah Abd Mutalib. (2020, November 6). Belanjawan 2021. Retrieved from KPM Terima Perintukan Terbesar RM50.4 Bilion : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/750834/belanjawan-2021-kpm-terimaperuntukan-terbesar-rm504-bilion
112 GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN NUR SYAZANA BINTI ABDUL WAHAB ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Pembelajaran abad ke-21 merupakan tumpuan dalam Pelan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembelajaran Bermakna (Deep Learning) pula merupakan ciriciri yang terdapat dalam pembelajaran abad ke-21. Menurut Fullan, Deep Learning adalah satu pembebelajaran yang berkualiti yang akan melekat dengan kita sepanjang hayat di mana ia dapat menjadi kunci utama dalam menyokong pelajar untuk berhadapan dengan cabaran dunia globalisasi ini (Ismail Hussin, 2020). Oleh hal demikian, bagi menyahut perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mewujudkan Pembelajaran Bermakna, pendedahan berkaitan dengan gaya pembelajaran kendiri perlu diberikan perhatian. Menurut kajian yang dijalankan oleh Siti Rachel (2019) mengatakan bahawa pelajar masa kini tidak menyedari apa sebenarnya fokus mereka semasa belajar, mereka berfikir cara belajar mereka adalah berjalan secara semula jadi namun seharusnya mereka perlu mempunyai persepsi sendiri tentang gaya pembelajaran. Melalui persepsi gaya pembelajaran, mereka dapat mengenal pasti potensi untuk mencapai matlamat dalam pembelajaran mereka. Justeru itu, kajian yang dijalankan ini memfokuskan kepada model gaya pembelajaran yang dibina oleh Neil Fleming iaitu Model Gaya Pembelajaran VARK. Akronim VARK ini menunjukan empat jenis gaya pembelajaran iaitu Visual, Auditori, Read/Write dan Kinestetik. Melalui kajian ini, penyelidik dapat mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) berdasarkan model gaya pembelajaran VARK. PENYATAAN MASALAH Dewasa ini, konsep gaya pembelajaran dipandang enteng oleh masyarakat terutamatnya pelajar. Hal ini kerana kurang kesedaran dan pendedahan kepentingan gaya pembelajaran dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. Kajian berbentuk kuantitaif ini, dijalankan bagi mengenal pasti gaya pembelajaran VARK dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Sampel kajian seramai 285 orang pelajar IPGKTAA. Penyelidik mengunakan Inventori Gaya Pembelajaran VARK versi 7.1. Microsoft Excel Of ice 2019, digunakan bagi mengumpul data dalam bentuk kekerapan dan peratus gaya pembelajaran VARK dalam kalangan pelajar IPGKTAA bagi menyelesaikan persoalan kajian. Dapatan kajian membentangkan kebanyakan pelajar IPGKTAA mempunyai satu dominan gaya pembelajaran (Unimodal) berbanding lebih daripada satu gaya pembelajaran (Multimodal). Penyelidik turut mencadangkan beberapan saranan kepada pengkaji yang akan datang dalam menjalankan kajian berkaitan dengan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru. Kata kunci: Gaya pembelajaran, VARK, Institut Pendidikan Guru
113 Diberi fokus pada bahagian Lonjakan 3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), di mana pelajar mencari ilmu pengetahuan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mengembangkan potensi diri yang dilakukan sepanjang masa dan atas motivasi kendiri. Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dalam mengadaptasikan pengetahuan yang diperolehi. Perubahan minat generasi Z telah menciptakan perbezaan gaya pengajaran masa lalu dan masa kini. Generasi Z yang merupakan pelajar kolej atau univerisiti yang berumur 18 hingga 22 tahun, lebih berminat dengan visual dan alam maya di mana golonagn ini lebih banyak menggunakan peranti. Menurut Wan Rohani Wan Mokhtar (2021), gaya pengajaran seperti zaman dahulu tidak boleh diaplikasikan sepenuhnya kepada pelajar zaman sekarang akibat perubahan teknologi. Gaya pembelajaran generasi kini menjadi cabaran kepada generasi dahulu yang merupakan tenaga pengajar kepada generasi baharu ini. Tambahan pula, kajian yang dijalankan oleh Mohammad Arif Johari dan Sa’odah Ahmad (2019) terhadap 400 responden pelajar universiti ini menunjukkan kebanyakan mereka mempunyai tahap tekanan akademik pada tahap tinggi. Dapatan skor tekanan akademik yang tinggi merujuk kepada pelajar yang mengalami tekanan dalam aspek tekanan prestasi akademik, persepsi bebanan tugasan dan peperiksaan, kekangan masa dan persepsi diri terhadap akademik . Oleh hal demikian, kajian ini memberikan ruang kepada pensyarah IPGKTAA mengenali gaya pembelajaran pelajar IPGKTAA berdasarkan model pembelajaran VARK (Visual, Auditori, Read/Write, Kinestetik) dan membantu pendidik merancang strategi pengajaran. Menurut Profesor Dr. Abdul Rashid Jamian (2021) menyatakan bahawa kejayaan pelajar menguasai ilmu dipengaruhi oleh kreativiti guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Melalui kajian yang dijalankan oleh Muhamad Shafiq Mohd Razali dan Noraini Abdol Raop (2018) terhadap pelajar Fakulti Sains Sosial, Kolej Universiti Islam Melaka mendapati bahawa sikap, minat, dan kaedah pembelajaran merupakan faktor-faktor yang amat penting dalam menentukan pencapaian akademik pelajar. Ini menunjukan bahawa gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam pencapaian akademik pelajar universiti. Justeru itu, kajian ini dapat membantu pelajar IPGKTAA sendiri menyesuaikan gaya pembelajaran mereka bagi mengembangkan potensi diri dan mengamalkan PSH. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Tujuan kajain ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran VARK dalam kalangan pelajar IPGKTAA. Oleh hal demikia, persoalan kajian yang ingin dijawab dalam kajian ini adalah apakah gaya pembelajaran VARK dalam kalangan pelajar IPGKTAA?. METODOLOGI KAJIAN Secara umumnya kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti berkaitan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Melalui kajian berbentuk kajian tinjauan ini membantu penyelidik membuat gambaran dan kenyataan umum (generalization) tentang gaya pembelajaran populasi kajian. Penyelidikan deskriptif melibatkan data yang dikumpul daripada keseluruhan populasi dan analisis umum yang digunakan adalah frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan taburan skor (Syed et.
114 al., 2021).Bagi penyelidikan ini, pengakaji akan menggunakan frekuensi dan peratusan bagi mengenalpasti gaya pembelajaran Visual, Auditori, Read/Write dan Kinestetik dalam kalangan pelajar IPGKTAA. Kajian ini telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, 27200 Kuala Lipis, Pahang, Malaysia. Oleh hal demikian, populasi sasaran kajian ini terdiri daripada semua pelajar sepenuh masa IPGKTAA. Mereka terdiri daripada lima kategori ambilan daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Bagi menentukan sampel saiz kajian ini, penyelidik merujuk satu jadual yang dibina oleh Krejcie dan Morgan (1970) yang menentukan sampel saiz berdasarkan jumlah populasi responden kajian. Jumlah sampel saiz yang paling sesuai untuk membantu dalam mengutip data adalah sebanyak 285 orang dan dipilih dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal seldik bagi mengumpul data kuantitatif responden. Borang soal selidik mempunyai 19 item soalan yang terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A (demografi responden) dan bahagian B (Inventori VARK) yang merupakan versi 7.0 telah siap diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh Ahbul Zailani Begum Mohamed Ibrahim (2014). Berdasarkan kajian Leite W. L., Svinicki M. dan Shi Y. (2010), mendapati bahawa anggaran pekali kebolehpercayaan Inventori VARK adalah mencukupi. Malah, instrumen kajian telah diberikan kepada pakar yang mempunyai kemahiran dalam bidang yang berkaitan untuk disemak bagi memastikan isi kandungannya bersesuaian dan memenuhi tujuan dan objektif kajian. Pengedaran soal selidik ini melibatkan dua cara, iaitu bercetak atau pautan Google Form. Setelah mendapat data instrumen soal selidik, penyelidik perlu mengira skor gaya pembelajaran VARK yang diperoleh bagi setiap responden. Penyelidik perlu mencampurkan pilihan jawapan individu berdasarkan empat model gaya pembelajaran iaitu Visual, Auditori, Read/Write dan Kinestetik. Dengan menggunakan Microsoft Excel Office 2019, penyelidik dapat mengenal pasti individu tersebut mempunyai gaya pembelajaran satu gaya pembelajaran yang dominan (unimodal) atau lebih daripada satu gaya pembelajaran yang dominan (multimodal). dipindahkan ke dalam satu dokumen Excel yang baharu untuk dianalisis. Data tersebut dijadualkan dalam bentuk frekuensi dan peratus secara keseluruhan. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini, penyelidik membincangkan dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian iaitu apakah gaya pembelajaran VARK dalam kalangan pelajar IPGKTAA?. Penyelidik menggunakan jadual kekerapan dan peratus serta carta palang bagi menginterpretasi data kajian yang diperoleh daripada 285 orang sampel kajian ini.Berikut menunjukan dapatan data Gaya Pembelajaran VARK dalam kalangan pelajar IPGKTAA. Jadual 1. Gaya Pembelajaran VARK dalam kalangan pelajar IPGKTAA secara umum. Gaya Pembelajaran Kekerapan GAYA PEMBELAJARAN KEKERAPAN,n PERATUS,% Unimodal 294 71.58 Bimodal 81 28.42 Trimodal 9 3.16
115 Merujuk daripada data yang diperolehi, jadual 1, mendapati bahawa gaya pembelajaran VARK pelajar IPGKTAA terdiri daripada 3 kumpulan sahaja iaitu Unimodal, Bimodal dan Trimodal sahaja. Penyelidik mendapati bahawa gaya pembelajaran Quamodal tidak didapati dalam kalangan pelajar IPGKTAA. Bilangan responden yang memiliki dominan satu sahaja gaya pembelajaran (Unimodal) adalah seramai 294 orang yang mewakili 71.58% manakala responden yang memiliki dua gaya pembelajaran sahaja (Bimodal) adalah seramai 81 orang yang mewakili 28.42%. Trimodal iaitu responden yang dominan tiga gaya pembelajaran adalah seramai 9 orang mewakili 3.16%. Rajah 1. Gaya Pembelajaran VARK dalam kalangan pelajar IPGKTAA secara umum. Carta pai pada rajah 1, menunjukan sebahagian besar carta pai tersebut diwarnai oleh peratus bilangan responden yang tergolong dalam kumpulan gaya pembelajaran Unimodal. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Jenny L. E. et al., (2019) yang mendapati 218 peserta kajiannya, pelajar univerisiti swasta terdiri yang daripada pelbagai gaya pembelajaran iaitu unimodal dan multimodal. Majoriti peserta kajianya ialah gaya pembelajaran unimodal dengan peratus sebanyak 74.3%. Tambahan pula, dapatan kajian ini turut disokong dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Hamid Reza Mozaffari et al., (2020). Seramai 184 pelajar perubatan sebagai responden kajian terdiri daripada pelbagai gaya pembelajaran iaitu Unimodal, Bimodal, Trimodal dan Quamodal dan majoriti responden kajiannya ialah gaya pembelajaran Unimodal. Namun begitu, dapatan kajian gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar IPGKTAA bercanggah dengan dapatan kajian N. S. M. Razali et al. (2021) dan Noor Nasyikin Md Zain et al., (2019), di mana dapatan kedua-dua kajian tersebut menunjukan kesemua responden kajian ialah gaya pembelajaran unimodal sahaja. Malah Farman et al., (2021) dan Anchula N. D. et al., (2018) menemui bahawa pelajar universiti sampel kajian terdiri daripada pelbagai gaya pembelajaran iaitu Unimodal, Bimodal, Trimodal dan Quamodal akan tetapi majoriti responden kajian tergolong dalam kategori gaya pembelajaran Trimodal. Bagi menganalisi lebih teliti, pengkaji menyediakan jadual Gaya Pembelajaran VARK dalam kalangan pelajar IPGKTAA secara spesifik (rujuk jadual 2) mengikut empat gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Neil Fleming iaitu Visual (V), Auditori (A),Read/Write (R) dan Kinestetik (K) bagi menjawab persoalan kajian 1 ini. Jadual 2. Gaya Pembelajaran VARK dalam kalangan pelajar IPGKTAA secara spesifik. GAYA PEMBELAJARAN KEKERAPAN,n PERATUS,% Unimodal V 53 18.60
116 A 70 24.56 R 32 11.23 K 49 17.19 Bimodal VA 12 4.21 VR 8 2.81 VK 12 4.21 AR 7 2.46 AK 20 7.02 RK 13 4.46 Trimodal VAR 5 1.75 ARK 4 1.40 Rajah 2. Gaya Pembelajaran VARK dalam kalangan pelajar IPGKTAA secara spesifik. Berdasarkan jadual 2 ini, lajur pertama membentangkan kekerapan dan peratus terhadap kumpulan gaya pembelajaran Unimodal yang terdiri daripada empat gaya pembelajaran. Bagi gaya pembelajaran Visual (V) seramai 53 orang (18.60%) , Auditori (A) seramai 70 orang (24.56%), Read/Write (R) seramai 32 orang (11.23%) dan Kinestetik seramai 49 orang (17.19%). Berdasarkan carta palang pada rajah 2 di atas menunjukan gaya pembelajaran Auditori (A) paling tinggi peratus bilangan responden Unimodal (palang berwarna biru) dikuti dengan gaya pembelajaran Visual, Kinestetik dan akhir sekali Read/Write. Peratus kekerapan gaya pembelajaran Visual dan Kinestetik mempunyai perbezaan yang sedikit sahaja iaitu 1.41% . Lajur seterusnya ialah Bimodal. Pengkaji mendapati terdapat 6 gaya pembelajaran bagi Bimodal iaiyu VA, VR, VK, AR, AK, RK dalam kalangan pelajar IPGKTAA. Berdasarkan jadual 2, gaya pembelajaran Visual dan Auditori (VA) sebanyak 4.21% (12 orang), gaya pembelajaran Visual dan Read/Write (VR) sebanyak 2.81% (8 orang), gaya pembelajaran Visual dan Kinestetik (VK) sebanyak 4.21% (12 orang), gaya pembelajaran Auditori dan Read/Write (AR) sebanyak 2.46% (7 orang), gaya pembelajaran Auditori dan Kinestetik (AK) sebanyak 7.02% (20 orang) dan terakhir gaya pembelajaran Read/Write dan Kinestetik (RK) sebayak 4.46% (13 orang). Carta palang pada rajah 2 memaparkan gaya pembelajaran Auditori dan Kinestetik (AK) paling tinggi dalam kalangan gaya pembelajaran Bimodal yang lain.
117 Lajur yang terakhir iaitu Trimodal. Terdapat 2 gaya pembelajaran bagi Trimodal iaitu VAR dan ARK dalam kalangan pelajar IPGKTAA. Gaya pembelajaran Visual, Auditori dan Read/Write mempunyai seramai 5 orang mewakili 1.75% manakala gaya pembelajaran Auditori, Read/Write dan Kinestetik (ARK) seramai 4 orang mewakili 1.40%. Rajah 2 memaparkan gaya pembelajaran Visual, Auditori dan Read/Write paling tinggi berbanding gaya pembelajaran Auditori, Read/Write dan Kinestetik (ARK). Secara terpericinya, gaya pembelajaran unimodal dalam kalangan pelajar IPGKTAA ini memamparkan bahawa peratus kekerapan responden sebanyak 24.56% (70 orang) adalah gaya pembelajaran Auditori. Dapatan kajian menunjukan, gaya pembelajaran Auditori ialah gaya pembelajaran paling tinggi dalam kalangan responden kajian. Menurut Carmichael (2022), mengatakan bahawa individu auditori ini gemar menerangkan sesuatu perkara atau maklumat dengan bercakap, belajar daripada idea yang disampaikan oleh orang lain serta mendengar kata- kata orang yang berpengetahuan luas dan orang yang berkuasa. Dapatan kajian ini bertentangan dengan dapatan kajian Jenny L. E. et al., (2019) dan Hamid Reza Mozaffari et al. (2020) yang mendapati gaya pembelajaran paling tinggi dalam kalangan responden kajian ialah Read/Write (R) dengan peratus kekerapan sejumlah 56.6% dan 29.4%. Manakala bertentangan juga dengan kajian N. S. M. Razali et al., (2021) gaya pembelajaran Visual (V) lebih tinggi, Nor Nasyikin Md Zain et al., (2019) gaya pembelajaran Kinestetik (K) dan Farman et al., (2021), Anushula N. D. et al., (2018) serta Lamya Alkooheji dan Abdulghani Al Hattami (2018) yang mendapati bahawa gaya pembelajaran Auditori, Read/Write dan Kinestetik (ARK) adalah gaya pembelajaran paling tinggi dalam kalangan peserta kajian. Dalam pada itu, dapatan kajian gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar IPGKTAA menemukan bahawa gaya pembelajaran Read/Write (R) secara umumnya adalah paling rendah. Hal ini kerana, penyelidik mendapati bahawa gaya pembelajaran paling sedikit bagi unimodal ialah Read/Write, bagi Bimodal ialah Auditori dan Read/Write (AR) dan juga Visual dan Read/Write (VR) serta bagi Trimodal ialah Visual, Auditori dan Read/Write (VAR). Dapatan ini selari dengan N. S. M. Razali et al. (2021), Noor Nasyikin Md Zainal et al. (2019) dan Lamya Alkooheji dan Abdulghani Al Hattami (2018) yang mendapati bahawa gaya pembelajaran Read/Write adalah paling rendah dalam kalangan pelajar sampel kajian. Konklusinya, persamaan dan perbezaan gaya pembelajaran dalam kalangan responden kajian dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah bidang pembelajaran atau kursus program yang dijalani. Menurut Jenny L. E. et al (2019) menyatakan bahawa bidang pembelajaran boleh mempengaruhi gaya pembelajaran individu. Berdasarkan kajian beliau, gaya pembelajaran paling tinggi dalam kalangan pelajar Perniagaan Antarabangsa ialah Read/Write. Hal ini demikian kerana pelajar tersebut memerlukan pembacaan yang banyak agar mereka dapat menguasai visi syarikat dalam konteks global (Jenny L. E. et al., 2019). Individu yang cenderung pada gaya pembelajaran Read/Write ini lebih berminat memperoleh maklumat dalam bentuk teks, kata-kata, ayat, perengan atau wacana bukan daripada gambar (B. Widharyanto,2017). Gaya pembelajaran Auditori (A) paling dominan dalam kalangan pelajar IPGKTAA dipengaruhi oleh bidang perguruan. Berdasarkan Noor Lela Ahmad dan Nor Atikah Majid (2018) kemahiran komunikasi memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, memimpin sesuatu organisasi di sekolah dan berinteraksi
118 dengan warga sekolah. Gaya pembelajaran Auditori melibatkan proses mendengar untuk memahami maklumat dan kecekapan menyampaikan maklumat. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Konklusinya, fokus utama kajian adalah untuk mengenalpasti Gaya Pembelajaran VARK dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Kajian ini telah diadakan terhadap 285 orang pelajar melalui kaedah rawak mudah. Dapatan daripada analisis kajian, merumuskan bahawa Gaya Pembelajaran VARK (Visual, Aural, Read/Write, Kinesthetic) dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan ialah gaya pembelajaran yang pelbagai iaitu Unimodal dan Multimodal. Hasil dapatan kajian menyimpulkan bahawa majoriti pelajar IPGKTAA ialah gaya pembelajaran Unimodal sebanyak 71.58% . Dalam pada itu, gaya pembelajaran Auditori (A) merupakan gaya pembelajaran paling tinggi, diikuti dengan gaya pembelajaran Visual (V), Kinestetik (K), Read/Write (R) dan kelima tertinggi ialah Auditori dan Kinestetik (AK). Bagi cadangan, penyelidikan ini wajar dilakukan pada masa-masa akan datang bagi memastikan dapatan kajian lebih kukuh serta meluas dalam usaha menerapkan kesedaran terhadap gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar. Populasi kajian ini hanyalah tertumpu kepada pelajar sepenuh masa Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan sahaja, pengkaji akan datang boleh membuat penyelidikan di institut pendidikan yang lain bagi meninjau gaya pembelajaran pelajar. Malah, penyelidik akan dapat boleh meneroka hubungan antara gaya pembelajaran pelajar dengan gaya pengajaran penyarah untuk dijadikan panduan kepada para pensyarah serta pendidik. Akhir sekali ialah implikasi kajian Sebuah penyelidikan yang mempunyai mutu yang tinggi sewajarnya berupaya untuk memberikan implikasi yang positif kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Implikasi yang pertama ialah implikasi terhadap model gaya pembelajaran. Pengkaji telah menjalankan kajian dengan berlandaskan Model Gaya Pembelajaran VARK (Visual, Aural, Read/Write, Kinesthetic) yang dibangunkan oleh Neil Fleming. Hasil dapatan jelas menunjukan corak pelajar memproses dan mengaplikasikan pengetahuan yang diterima mengikut kesesuaian dengan kepribadiannya. Implikasi yang kedua adalah implikasi terhadap pelajar. Gaya pembelajaran merupakan aspek yang penting perlu dititik berat kerana kesedaran pendedahan gaya pembelajaran berupaya menyokong pelajar memilih gaya dan menyusun strategi belajar sehingga mampu meningkatkan kemampuan dan pencapaian akademik (Jahring & Chairuddin, 2019). Pelajar perlu mengaplikasikan strategi gaya pembelajaran selari dengan kecenderungan mereka dalam meningkatkan pontensi diri. Implikasi ketiga adalah terhadap pensyarah/pendidik. Pensyarah sewajarnya menyedari perbezaan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar. Hal ini mendorong pensyarah mempelbagaikan kaedah pengajaran yang cekap serta dapat menampung gaya pembelajaran pelajar yang berbeza (Klašnja-Milićević et. Al., 2017). Sebagai penutup, pengkaji berharap agar individu dan pihak berkepentingan cakna terhadap saranan tersebut. Malah pengakaji turut mencadangkan beberapa perkara bagi penyelidikan akan datang yang ingin menjalankan kajian gaya pembelajaran ini. Penyelidik yang dilakukan dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian lalu serta menyemai amalan penyelidikan dalam kalangan masyarakat.
119 RUJUKAN Ahbul Zailani Begum Mohamed Ibrahim. (2014). Inventori VARK. Soalselidik VARK dalamBahasa Melayu (Version 7.0). Retrieved 2022, from https://vark-learn.com/wp- content/uploads/2014/08/The-VARK-Questionnaire-BahasaMelayu.pdf Anshula Neeraj Deshpande, Hemchandra Chintamani Pradhan, Mandira Sikdar, Neeraj Deshpande, & Kinjal Patel. (2018i. Learning Styles among Dental Undergraduates and Postgraduates—VARK Scale Study. Research & Reviews: A Journal of Dentistry, 9(2), 1 - 8. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/329308515_Learning_Styles_among_Dental_Undergraduates_and_Po stgraduates-VARK_Scale_Study Hamid Reza Mozaffari, Maryam Janatolmakan, Roohollah Sharifi, Fatemeh Ghandinejad, Bahare Andayeshgar dan Alireza Khatony. (2020). The Relationship Between the VARK Learning Styles and Academic Achievement in Dental Students. Advances in Medical Education and Practice, 11, 15 - 19. https://doi.org/10.2147/AMEP.S235002 Ismail Bin Hussin (2020). Pembelajaran Bermakna (Deep Learning) – Membalik Buku Halaman 1-15. AnyFlip. Retrieved from https://anyflip.com/ikbfb/swyu/basic Jahring J. & Chairuddin C. (2016). Preferensi Modalitas Belajar Mahasiswa Angkatan 2016 Program Studi Pendidikan Matematika Universitas Sembilanbelas November Kolaka. Square. Journal of Mathematics and Mathematics Education, 1(1), 27 - 32. https://doi.org/10.21580/square.v1 i1.4039 Jenny L. Espinoza-Poves, Walter A. Miranda-Vílchez, Raquel Chafloque-Céspedes. (2019). The Vark Learning Styles among University Students of Business Schools. Propósitos y Representaciones, 7(2), 384 - 414. https://doi.org/10.20511/pyr2019.v7n2.254 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah (1st ed.). Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/muatturun/penerbitan-dan-jurnal/1818-pelan- pembangunan-pendidikan-2013-2025/file Krejcie & Morgan. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. DETERMINING SAMPLE SIZE FOR RESEARCH ACTIVITIES ROBERT V. KREJCIE University of Minnesota, Duluth DARYLE W. MORGAN Texas A. &am. Retrieved October, 2022, from https://home.kku.ac.th/sompong/guest_speaker/KrejcieandMorgan_article.pdf Lamya Alkooheji & Abdulghani Al-Hattami (2018).Learning Style Preferences among College Students. International Education Studies, 11(10), 50 -63. https://doi.org/10.5539/ies.v11n10p50 Mohammad Arif Johari dan Sa’odah Ahmad. (2019). Persepsi tekanan akademik dan kesejahteraan diri di dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 5(1), 24 - 36. https://doi.org/10.37134/ejoss.vol5.1.4.2019 Muhamad Shafiq Mohd Razali dan Noraini Abdol Raop. (2018, Julai). Mengenalpasti Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Sarjana Muda Psikologi, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Malaysian Journal of Social Science, 3, 77 -87. https://www.researchgate.net/publication/334249158_MENGENALPASTI_FAKTOR-
120 FAKTOR_YANG_MEMPENGARUHI_PENCAPAIAN_AKADEMIK_PELAJAR_SARJANA_MUDA_PSIKOLOGI_KOLEJ_UNIV ERSITI_ISLAM_MELAKA_KUIM Noor Nasyikin Md Zain, Fazilah Tamsir, Noor Ayuernie Ibrahim, Halimi Poniran dan Amirul Syafiq Mohd Ghazali. (2019). VARK Learning Styles Towards Academic Performance Among Students Of Private University In Selangor. International Journal of Modern Trends in Social Sciences, 2(10), 1 - 12. http://www.ijmtss.com/PDF/IJMTSS- 2019- 10-12-01.pdf N. S. M. Razali, F. Ahmad, N. Hamzah, W. A. S. Wan Hassan dan S. M. Baharudin. (2021). Learning Style Tendencies Based on Fleming’s VARK Learning Style among TVET Students. AIP Conference Proceedings, 2347(1), 020023-1 - 020023- 6. https://doi.org/10.1063/5.0053050 Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2021). Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan (1st ed.). Pustaka Nadwa Sdn Bhd.
121 IMPAK NOMOFOBIA TERHADAP ESTIM KENDIRI MURID TAHUN 6 DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH SEWAKTU COVID-19 NURMAGHFIRAH BINTI MUHAMMAD ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Menurut Shahrul et al. (2019), remaja pada masa kini merupakan generasi Z yang kebanyakannya mahir dalam menggunakan internet. Sehingga kini, kebanyakan daripada setiap kediaman mempunyai kemudahan internet yang diakses sama ada melalui komputer ataupun peranti komunikasi seperti tablet dan telefon pintar (Abdul Aziz et al., 2018). Kewujudan gajet-gajet yang dilengkapi dengan akses internet ini secara umumnya mengetahui terdapat variasi aplikasi seperti Facebook, Instagram, Twitter, blog dan YouTube untuk dilayari. Antara gajet yang dinyatakan ini, telefon bimbit atau dipanggil sebagai telefon pintar menawarkan harga yang lebih rendah bahkan saiznya yang lebih kecil sangat memudahkannya untuk dibawa ke mana-mana. Dalam pernyataan Park & Lee (2014), kepelbagaian aplikasi pada telefon pintar misalnya membuat panggilan dan penghantaran mesej, serta akses kepada internet contohnya video, audio, dan juga fotografi telah mendominasi kehidupan individu termasuklah remaja pada isu yang dibincangkan ini. Justeru, telefon pintar membolehkan mobiliti dalam mengakses internet tanpa mengira masa dan tempat, sehinggakan telah menjadi satu keperluan hidup (Hazita et al. 2014). Namun, hal ini membimbangkan apabila mereka sedikit sebanyak terkesan terhadap simptom Nomofobia. PERNYATAAN MASALAH Kajian tinjauan ini bertujuan mengenalpasti tahap nomofobia dan tahap estim kendiri serta impak nomofobia terhadap estim kendiri dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Kebergantungan terhadap telefon pintar telah menyebabkan pelbagai gangguan psikologi, antaranya nomofobia merupakan ketakutan dan kebimbangan yang dialami oleh seseorang individu semasa ketiadaan telefon pintar. Bagi mendalami perhubungan ini dari aspek murid sekolah, soal selidik telah diedarkan kepada 148 orang murid Tahun Enam di salah sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Sewaktu pandemik Covid-19 juga menyebabkan individu harus menggunakan telefon pintar serta gadjet untuk melakukan aktiviti seperti pembelajaran atas talian (online class) dan juga work from home (WFH). Dimana saat ini sistem pendidikan pun dilakukan pembelajaran atas talian. Hal ini agar masyarakat terkhususnya pada siswa sekolah bagi mengurangi penularan virus Corona yang telah mengemparkan segenap masyarakat di dunia ini. Sewaktu pandemik ini murid sekolah rendah juga telah melakukan pembelajaran atas talian dengan memastikan telefon pintar mahupun gadjet lain sentiasa ada dengannya agar terhubung serta tidak ketinggalan informasi dari guru di sekolah sehingga hal ini dapat menyebabkan remaja menjadi nomophobia. Nomophobia memberikan dampak bagi kesihatan, psikologis dan juga sosial. Penggunaan telefon pintar bawah pemantauan daripada ibu bapa dan komuniti adalah penting agar peranti ini tidak disalahgunakan oleh murid-murid. Kata kunci : Estim kendiri, kesan, murid sekolah rendah, nomofobio, telefon pintar
122 Tujuan dilakukannya penelitian ini adalah untuk memperoleh data empiris mengenai perhubungan antara impak nomophobia terhadap estim kendiri murid sekolah rendah. Umum mengetahui pada 18 March 2020, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di seluruh Malaysia. Dalam hal ini, semua institusi pendidikan telah diarahkan tutup demi menyekat penularan wabak Covid-19 dan oleh kerana perkara ini telah menyebabkan murid tercicir dari proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Akibat daripada senario ini, menurut Aldahdouh, T.Z, Nokelainen, P.& Korhonen, V (2020) menyatakan bahawa komunikasi antara murid bersama guru bahkan juga orang sekeliling tergendala dan masing-masing hanya bergantung pada media teknologi bagi menyampaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekolah. Pada 15 Mac 2021 pula, semua murid sekolah rendah di Malaysia telah dibenarkan untuk kembali ke sekolah bagi menjalani proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Namunbegitu, didapati bahawa estim kendiri murid turut terjejas akibat daripada jurang yang wujud daripada pandemik Covid-19 apabila berhadapan dengan guru dan rakan-rakan di bilik darjah setelah kembali ke sekolah ( Emmanuel Aboagye, Joseph Anthony Yawson & Kofi Nyantakyi Appiah, 2020). Hal ini juga selaras dengan pendapat Joshua M. Sharfstein dan Christopher C. Morphew (2020) yang menyatakan bahawa terdapat perubahan yang drastik dalam tingkah laku murid setelah sekolah beroperasi pada fasa pasca Covid-19. murid setelah sekolah beroperasi pada fasa pasca Covid-19. Beberapa pendapat ada mengatakan murid sekolah yang berada di peringkat remaja terutamanya akan mengalami variasi krisis contohnya dari aspek perubahan emosi dan juga fizikal iaitu dalam proses mencari identiti . Waktu peralihan di antara alam dewasa dan kanak-kanak adalah satu zaman yang penuh dengan pancaroba; iaitu memerlukan penyesuaian diri. Semasa peringkat sewaktu ini, individu cenderung kepada tuntutan emosi untuk mencari gaya identiti tersendiri. Dimana konteks ‘peralihan fasa usia’ dan persekitaran menjadi antara asbab penglibatan murid dengan masalah sosial atau masalah disiplin yang akan timbul. Nomofobia merupakan salah satu dari jenis fobia moden. Ia adalah disebabkan kebergantungan manusia kepada teknologi yang merubah bagaimana kita menggunakannya. Berdasarkan kajian, nomofobia lebih dikaitkan kepada remaja golongan muda berbanding yang lebih berumur. Dalam dunia serba moden pada hari ini, pelbagai kemajuan dan ciptaan teknologi telah berjaya dihasilkan. Peralatan teknologi canggih seperti telefon bimbit, komputer, tablet, dan capaian internet banyak membantu proses kehidupan manusia. Namun begitu, jika manusia menyalahgunakan kemudahan teknologi ini pasti akan membawa kepada kemudaratan. Kesan negatif penggunaan gajet yang berlebihan adalah boleh menyebabkan seseorang individu terlibat dengan masalah ketagihan gajet. Lantaran itu, peranan dan corak keibubapaan sangat memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak terlibat dengan gejala ketagihan gajet. Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketagihan gajet dalam kalangan remaja dan juga bagi mengenal pasti tahap ketagihan gajet berdasarkan gaya keibubapaan yang diamalkan. Terdapat beberapa istilah lain yang digunakan bagi menzahirkan tingkah laku ketagihan gajet. Antara istilah lain yang digunakan adalah nomofobia. Nomofobia merupakan ketakutan atau kebimbangan yang dialami oleh seseorang individu apabila telefon pintar tiada bersama mereka (Shin & Manisah, 2020). Selain nomofobia istilah lain yang sering digunakan adalah ketagihan telefon pintar, ketagihan internet, ketagihan media sosial dan ketagihan permainan video. Kesemua ketagihan ini melibatkan penggunaan gajet. Hal ini telah dinyatakan oleh Ahmad
123 Rahmadhan et al., (2017) bahawa remaja menghabiskan masa selama tiga jam sehari menggunakan gajet bagi berinteraksi di media sosial, bermain permainan video dan melayari Youtube. Hubungan antara ketagihan dengan gajet sememangnya tidak dapat dipisahkan. Antara kajian yang telah dijalankan ialah kajian yang dijalankan oleh Dwi Wulandari dan Triana Lestari (2021), mendapati bahawa anak-anak akan mulai ketagihan gajet secara berterusan sehingga merasakan bahawa gajet adalah sebahagian dari hidupnya. Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan oleh Muhamad Faisal et al., (2021) juga mendapati bahawa 44% golongan remaja menghabiskan sekurang-kurangnya enam jam sehari menggunakan gajet bagi melayari laman sosial. Hal ini telah melepasi tahap penggunaan normal remaja iaitu tidak boleh melebihi dua jam sehari bagi golongan remaja yang berusia 6 hingga 18 tahun (Siti Jamiaah et al., 2020). Selain itu terdapat juga beberapa kajian yang dijalankan bagi mengkaji kesan negatif ketagihan gajet. Antaranya adalah kajian yang dijalankan oleh Nur Qamarina dan Hilwa (2021), yang mendapati bahawa seseorang itu akan mengalami masalah kesihatan mental jika terlibat dengan masalah ketagihan gajet. Remaja cenderung untuk menggunakan telefon pintar bagi tujuan perhubungan sosial dalam membina personaliti diri sehingga menyebabkan penggunaan telefon pintar secara keterlaluan (Gezgin, Cakir & Yildirim 2018). Media sosial seperti Twitter, Facebook, WhatsApp, MySpace, Viber, Linkedln dan YouTube bagaikan sebahagian daripada kehidupan mereka (Shahrul et al., 2019). Kajian Abdul Aziz et al., (2018) yang dilaksanakan di Malaysia mendapati median bagi jumlah masa yang dihabiskan atas talian oleh murid-murid sekolah menengah adalah tiga jam semasa waktu persekolahan dan lima jam pada hujung minggu. Murid-murid sekolah rendah yang mempunyai estim kendiri yang rendah adalah kurang bermotivasi untuk berinteraksi secara bersemuka serta sentiasa bergantung kepada orang lain untuk mencari kepastian. Akibatnya, mereka bergantung kepada telefon pintar sebagai perantara dalam berkomunikasi, sehingga boleh menimbulkan nomofobia. Ini dapat dilihat melalui dapatan yang menunjukkan responden dengan ketagihan yang tinggi terhadap telefon pintar seperti untuk tujuan berbual-bual dan mengikut trend semasa, mempunyai estim kendiri yang rendah (Park & Lee, 2014). OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Kajian Secara umumnya, antara objektif yang hendak dicapai adalah seperti berikut: i.Melihat impak nomofobia terhadap estim kendiri murid Tahun 6 sekolah rendah di SK Setiawangsa. Persoalan Kajian Kajian kes ini adalah menjawab soalan berikut : Sejauh manakah impak nomofobia terhadap estim kendiri murid Tahun 6 sekolah rendah di SK Setiawangsa? METODOLOGI KAJIAN Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif bagi menghuraikan ciri-ciri populasi kajian, menurut Kerlinger (1970) merupakan tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian. Menurut Sabitha (2006) reka bentuk kajian merupakan pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci
124 bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Dalam erti kata lain, ia merupakan panduan dalam membantu penyelidik untuk memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Kajian ini merupakan satu kajian kunatitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai alat untuk mengukur kajian. Sementara itu, borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mengumpul data dalam melihat hubungan antara pemboleh ubah yang terlibat. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Pada bahagian ini akan menghuraikan jawapan atau dapatan kepada setiap persoalan kajian dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan juga inferensi. Penganalisisan data terhadap tahap nomofobia dan tahap estim kendiri telah dilaksanakan melalui statistik deskriptif menggunakan nilai min dan sisihan piawai. Jadual 2: Analisis Deskriptif MIN VARIAN SISIHAN PIAWAI BIL.ITEM 91.70 106.526 10.321 30 Jadual 4.2 di atas merupakan statistik deskriptif bagi tahap nomophobia. Ia menunjukkan peratusan bagi untuk impak nomofobia yang dihadapi tinggi iaitu nilai min ialah 91.70 manakala 106.526 dan jumlah item ialah sebanyak 30 apabila mengabungkan bahagian B dan C. Hal ini dikatakan demikian kerana, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon pintar serta gajet memberi impak ke atas estim kendiri murid sekolah rendah Tahun 6. Statistik inferensi melalui ujian korelasi Spearman rho pula digunakan untuk menganalisis korelasi antara tahap nomofobia dengan tahap estim kendiri. Jadual 4.3: Nilai Alpha Cronbach Nilai alpha cronbach bagi bahagian B dan juga C adalah berjumlah 0.877 dan juga 0.898 yang berjumlahkan 30 item yang mengandungi soalan tahap nomofobia dan juga tahap estim kendiri. ANALISIS DATA Analisis data merupakan proses penelitian sesuatu penelitian yang sukar atau sulit untuk dilakukan yang memerlukan cara pemikiran yang kreatif dan berwawasan tinggi. Sementara itu, menurut Taylor (1995), menjelaskan bahawa analisis data merupakan proses perincian secara formal. Data dalam kajian ini dianalisis menggunakan sistem Stastical Package For Social Science (SPSS) versi 27.0.
125 Penyelidik memerhati, melakukan analisis dan menginterpretasi hasil kerja akhir yang ditunjukkan oleh peserta tersebut. Serta penyelidik menganalisis dapatan data yang diperolehi seterusnya dipersembahkan dalam bentuk teks atau jadual. Jadual 3: Statistik demografi jantina dan kaum JANTINA KAUM N Valid 148 148 Missing 0 0 Min 1.56 1.36 Medium 2.00 1.00 Mod 2 1 SUM 231 202 Merujuk jadual 3, demografi mengikut jantina dan kaum. Bilangan min bagi jantina ialah 1.56 manakala bagi kaum ialah 1.36. Diikuti dengan median bagi jantina adalah sebanyak 2.00 dan 1.00 bagi demografi kaum. Bilangan mod untuk jantina ialah 2 dan 1 bagi kaum. Jantina Jadual 4 : Peratus Jantina Merujuk kepada jadual4, jantina lelaki lebih mendominasi dalam ujian nomofobia ini yang telah menunjukkan bilangan peratusan 43.9% yang lebih rendah berbanding bilangan peratus perempuan iaitu sebanyak 56.1%. Kaum Kaum Jadual 5 : Peratus Kaum Merujuk jadual 5, peratus mengikut kaum. Bilangan kaum Melayu yang paling ramai iaitu sebanyak 83.8 peratus.Bagi kedua tertinggi ialah kaum ialah iaitu sebanyak 9.5 peratus. Terdapat juga peratus sebanyak 5.4% yang
126 menjadi peserta kajian iaitu dari kaum lain-lain yang terdiri dari etnik Sabah dan juga Sarawak. Manakala bagi peratus terendah ialah sebanyak 1.4% iaitu kaum Cina. Dapatan analisis statistik ini telah dijalankan untuk menunjukan taburan peratusan, skor min, median dan mod bagi 10 item estim kendiri dan 20 item tahap nomofobia. Analisis statistik ini telah dijalankan demi mengenalpasti impak nomofobia terhadap estim kendiri murid dari segi jantina dan kaum. Dengan adanya hasil analisis, pengkaji dapat menjelas dan menjawab persoalan dalam kajian ini. Berdasarkan Jadual 2 skor min dan sisihan piawai telah dijalankan dan dilaporkan untuk mengenalpasti pengaruh estim kendiri murid terhadap kesan nomofobia. Pengkaji telah menganalisis estim kendiri murid berdasarkan kepada dua konstruk iaitu estim kendiri rendah dan tinggi yang terdiri daripada bahagian B dan juga C dalam soal selidik. Hasil data dikategorikan kepada empat tahap ialah tahap rendah, sederhana, tinggi dan sangat tinggi. Jadual 6 : Min dan Sisihan Piawai Tahap Nomofobia dan Tahap Estim Kendiri Dapatan analisis menunjukkan bahawa estim kendiri mempunyai skor min yang lebih rendah iaitu 2.4419 dengan sisihan piawai 0.248 berbanding dengan konstruk nomofobia yang mempunyai skor min 3.3639 dengan sisihan piawai 0.539. Skor min keseluruhan untuk estim kendiri adalah 14.29 dengan sisihan piawai 3.290. Dapatan analisis deskriptif ini telah menunjukkan tahap nomofobia lebih mendominasi pengaruhnya terhadap estim kendiri. INTERPRETASI DATA Peratusan yang paling tinggi yang mempunyai kesan nomofobia terhadap estim kendiri murid sekolah ialah dari golongan jantina pelajar perempuan. Hal ini berkait apabilamenggunakan gajet sehingga lewat malam dan baru menyedari akan fobia yang dikenali sebagai nomophobia iaitu sebanyak 43.9 peratus. Hal ini menunjukkan bahawa, penggunaan gajet sehingga lewat malam telah menjadi satu kebiasaan bagi murid-murid sekolah rendah yang kerap menggunakan telefon pintar dalam aktiviti hariannya dan ada yang sanggup untuk bersekang mata melayari internet meskipun hari sudah malam. Serta ia telah membuktikan bahawa mereka baru menyedari akan nomophobia ini iaitu ketakutan zaman teknologi ini untuk berjauhan dengan telefon pintar. Pola tidur berubah serta menjadi satu tabiat untuk mencapai gadget setelah membuka mata pada waktu pagi. Penggunaan gajet sekiranya tidak mempunyai isyarat data atau boleh menyambung ke Wi-fi, maka murid akan sentiasa menyemak sama ada saya mempunyai isyarat atau boleh mencari rangkaian Wi-fi disetujui oleh responden di mana ia mendapat respons sebanyak 36.4 peratus yang menggunakan gajet pada hampir setiap masa. Seterusnya adalah “Jika saya kehabisan kredit atau panas had data bulanan saya, saya akan panik. Ia telah disetujui oleh peratusan responden sebanyak 35.6 peratus. Hal ini dikatakan demikian kerana, kemungkinan pengguna telefon yang Jika tidak membawa telefon pintar mereka akan berasa tidak selesa kerana tidak dapat mengikuti perkembangan media sosial dan rangkaian
127 dalam talian. Hakikatnya, situasi yang dijawab berdasarkan soal selidik oleh murid-murid ini menepati ciri-ciri nomophobia yang dikaji oleh pengkaji berkenaan tajuk ini. Hal ini membimbangkan jika ia tidak dipandang serius oleh diri mereka dan boleh menjejaskan kesihatan diri. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa murid-murid SK Setiawangsa mempunyai skor min 14.25, tahap tinggi dalam kajian ini. Hal ini menggambarkan tahap nomofobia akan mempengaruhi tahap estim kendirinya. Contohnya 45 peratus yang kebanyakan menandakan tick pada ruang “kadangkala saya rasa tidak berguna langsung ini menunjukkan estim kendirinya yang rendah akibat terkesan dari impak penggunaan telefon pintar yang berlebihan sekwatu pandemik Covid-19. Hal ini amat merisaukan sekiranya berlanjutan kebergantungan kepada teknologi ini secara berlebihan. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Dalam kajian yang dijalankan juga dapat menunjukkan akan remaja yang mengalami nomophobia meliputi empat aspek, iaitu tidak dapat berkomunikasi, kehilangan keterhubungan, tidak dapat mengakses maklumat dan hilang rasa aman. Selain daripada itu, kemudahan mengakses internet di telefon pintar juga memberi impak kepada kesihatan psikososial remaja kerana mereka mempunyai peluang untuk melayari laman pornografi, bermesej, berkongsi gambar lucah dan melayari permainan atas talian tanpa batasan (Ahern & Mechling, 2013). Penggunaan telefon pintar yang berlebihan akan menyumbang kepada beberapa gangguan psikologi yang meliputi anxiety (Subba, 2013) dan nomophobia (Suwarna, 2015). Tempoh penggunaan telefon pintar dapat membawa kepada kesan negatif kepada pelajar. Contohnya, Gupta & Arora (2016) menyatakan seseorang mengalami masalah kesukaran untuk bangun pada waktu pagi dan mengalami penat yang melampai dan tidak bersemangat. Penggunaan telefon yang terlalu lama akan mendorong seseorang individu itu bertindak tidak aktif kerana terlalu pasif dengan kehadiran telefon pintar mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, ia disokong oleh Kim dan Jee (2015) yang mendapati pelajar Universiti meluangkan masa dengan lebih lama dengan telefon dan menyebabkan mereka kurang berjalan pada setiap hari Isnin, lalu jisim otot merekan menurun dan jisim lemak meningkat. Hal yang sedemikian seharusnya dibendung untuk melahirkan masyarakat yang cergas dan proaktif dalam setiap perkara. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dinyatakan, beberapa cadangan dapat diberikan perhatian dalam kajian yang akan datang demi memperluaskan lagi skop kajian. Dengan itu, pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan antaranya dalam kajian ini, pengkaji hanya menjalankan kajian di sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Setiawangsa. Dengan itu, kajian lanjutan boleh dilaksanakan dalam skala yang lebih luas dengan melibatkan lebih banyak sekolah rendah di bandar dan luar bandar supaya hasil kajian dapat digeneralisasikan ke atas murid-murid seluruh Malaysia. Cadangan yang kedua adalah pengkaji boleh melibatkan murid-murid daripada pelbagai jenis sekolah seperti sekolah khas, sekolah agam, sekolah sukan, sekolah berasrama penuh, dan juga sekolah swasta. Dengan ini, hasil dapatan boleh lebih melambangkan tahap estim kendiri murid di sekolah di seluruh Malaysia. Selain itu, kajian ini hanya melibatkan pendekatan kuantitatif dengan penggunaan soal selidik. Dengan itu, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah lain seperti temubual atau sesi pemerhatian agar memperoleh hasil kajian yang lebih terperinci. Kajian selanjutnya boleh juga melibatkan konstruk lain seperti tahap kognitif murid, sikap murid dan teknik pengajaran guru sewaktu Covid-19 yang melanda. Kajian yang
128 dilaksanakan ini telah membuktikan bahawa nomophobia dalam kalangan murid sekolah rendah itu ada namun tidak terlalu umum pada khalayak. Di harap lanjutan kajian mengenai nomophobia dapat dijalankan dalam skop yang lebih besar dan umum kerana seperti yang sedia maklum kajian ini dijalankan hanya berkisarkan tentang sampel kajian di di Kuala Lumpur, iaitu yang merupakan murid Tahun 6. Pada kajian seterusnya diharap dapat dilakukan secara umum meliputi sekolah menengah untuk mengkaji tahap nomophobia dalam kalangan remaja menengah di daerah tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, jika kajian dilakukan secara umum, pengkaji dapat mengetahui bilangan atau peratusan pelajar di daerah ini mengalami nomophobia lalu ia dapat dibendung dengan lebih awal agar nomophobia ini dalam kalangan muda atau pun di usia yang lanjut dapat ditepis dari terkena kepada golongan yang akan datang walau hakikatnya ia sangat sukar untuk melakukannya kerana kita berada dunia berlandaskan teknologi. Atau langkah pencegahan berkenaan nomophobia dapat disebarkan untuk membuka mata ramai pihak agar tidak terlalu taasub dengan penggunaan telefon pintar mahupun gajet secara berlebihan dan tidak terkawal. Penggunaan gajet perlu dihadkan agar dapat menjaga kesejahteraan emosi serta kesihatan kita kerana pengguna sering mengabaikan waktu makan kerana terlalu memfokuskan diri pada telefon pintar sama ada ia digunakan untuk kerja atau untuk bersosial. Kajian sebegini perlu banyak dilakukan untuk membuka mata masyarakat dunia berkenaan dunia teknologi yang membunuh dalam dia sesetengah masyarakat kita pada hari ini. Antara implikasi kajian yang boleh berlaku adalah seperti implikasi praktikal. Implikasi yang dialami oleh pengkaji adalah menghadapi cabaran untuk bersua muka dengan responden kerana kekangan yang dihadapi oleh responden apabila menghadirkan diri di kampus untuk mengikuti pembelajaran. Serta telah sedia maklum, dalam menyiapkan kajian ini ia telah menyukarkan pengkaji untuk mendapat responden yang diinginkan kerana responden terpaksa dihubungi melalui orang tengah bagi menjawab kajian soal selidik ini. Selain itu, Implikasi Metodologi yang diakibatkan daripada sampel yang dihadkan oleh pengkaji untuk mengambil sampel dari kalangan murid pengkaji menghadapi masalah dalam mencukupkan bilangan responden seramai 180 orang yang menghadkan umur 12 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Dalam mencapai bilangan responden yang dihendaki, pengkaji telah menghubungi rakan praktikum di sekolah yang telah dinyatakan pengkaji untuk mengadakan sesi soal selidik. Seterusnya Implikasi Teori. Dari segi teori, pengkaji berhadapan untuk memilih teori yang sesuai dengan kajian kerana ia melibatkan psikologi manusia serta teori yang dijumpai rata-rata tidak padan dengan kajian yang dihasilkan namun diharapkan teori psikoanalisis yang telah dinyatakan bersesuaian dengan tajuk kajian pengkaji sebagai satu pemahaman yang umum untuk nomophobia yang dikaji pengkaji. RUJUKAN Abdul Aziz, M., Wan Ismail, W.S., Bahar, N., Mahadevan, R. & Azhar Shah, S. 2018. Internet Addiction among Secondary School Students in Klang Valley, Malaysia: What is the Association with Depressive Symptoms, Anxiety Symptoms, and Self- Esteem? The IIUM Medical Journal of Malaysia 17(2): 17-26. Agren, K.A., Kjellberg, A. & Hemmingsson, H. (2019). Digital participation? Internet use among adolescents with and without intelectual disabilities: A comparative study. New Media and Society. https:// doi.org/10.1177/1461444819888398 Retrieved on: 7 April 2020
129 Argumosa-Villar, L., Boada-Grau, J. & Vigil-Colet, A. (2017). Exploratory investigation of theoretical predictors of nomophobia using the Mobile Phone Involvement Questionnaire (MPIQ). Journal of Adolescence 56: 127-135. Bharucha, J. 2018. Social network use and youth wellbeing: A study in India. Safer Communities 17 (2): 119-131. Brunnberg, E. (2010). Hard-of-hearing children’s sense of identity and belonging. Scandinavian Journal of Disability Research 12(3): 179-197. Burhanettin Ozdemir, Cakir, O. & Irshad Hussain. 2018. Prevalence of Nomophobia among University Students: A comparative study of Pakistani and Turkish undergraduate students. EURASIA Journal of Mathematics, Science and Technology Education 14(4): 1519-1532. Durak, H.Y. (2018). What would you do without your smartphone? Adolescents’ social media usage, locus of control, and loneliness as a predictor of nomophobia. Addicta: The Turkish Journal on Addictions 5(2): 1-15. Farooqui, I.A., Pore, P. & Gothankar, J. (2018). Nomophobia: An emerging issue in medical institutions? Journal of Mental Health 27(5): 438-441. Gezgin, D.M., Cakir, O. & Yildirim, S. (2018). The relationship between levels of nomophobia prevalence and internet addiction among high school students: The factors influencing nomophobia. International Journal of Research in Education and Science (IJRES) 4(1): 215-225. Gezgin, D.M., Hamutoglu, N.B., Sezen-Gultekin, G. & Ayas, T. (2018). The relationship between nomophobia and loneliness among Turkish adolescents. International Journal of Research in Education and Science (IJRES) 4(2): 358-374. Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. 2018. Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Ed. Ke2. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Hazita Azman, Ali Salman, Norizan Abdul Razak, Supyan Hussin, Mohd Safar Hasim & Musa Abu Hassan (2014). Determining digital maturity among ICT users in Malaysia. Jurnal Komunikasi 30(1): 23-35. Jamilah Maliki, Normah Mustaffa & Mohd Nor Shahizan Ali (2019). Konstruksi identiti dalam talian daripada perspektif pengguna Facebook. Jurnal Komunikasi 35(4): 119-134. Kar, S., Sarma, N.N., Mistry C. & Pal R. (2017). Prevalence of nomophobia among medical students in a private college of Bhubaneswar, Odisha. Journal of Bio Innovation. 6(6): 914-920. Manisah Mohd. Ali & Noorfaziha Hassan (2018). Defining concepts of student engagement and factors contributing to their engagement in schools. Creative Education. 9: 2161-2170. Mazzone, L., Postorino, V., Reale, L., Guarnera, M., Mannino, V., Armando, M., Fatta, L., Peppo, L.D. & Vicari, S. (2013). Self-esteem evaluation in children and adolescents suffering from ADHD. Clinical Practice & Epidemiology in Mental Health 2013(9): 96-102 Meynert, M.J. (2014). Inclusive education and perceptions of learning facilitators of children with special needs in a school in Sweden. International Journal of Special Education 29(2): 1-18. Naimie Mohd Nawawi, Mohd Khairul Amri Kamarudin, Fuad Mat Jali & Mohd Syaiful Nizam Abu Hassan (2020). Penilaian analisis keperluan kepada penggunaan bahasa isyarat bagi Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pendengaran. Akademika 90(Isu Khas 1/Special Issue): 51-61. Ntshangase, S., Mdikana, A. & Cronk, C. (2008). A comparative study of the self-esteem of adolescent boys with and without learning disabilities in an inclusive school. International Journal of Special Education 23(2): 75-84.
130 Park, N. & Lee, H. (2014). Nature of youth smartphone addiction in Korea. Journal of Communication Research 51(1):100- 254 Rosenberg, M. (1965). Society and the adolescent selfimage. Princeton, NJ: Princeton University Press. Shahrul Nazmi Sannusi, Fauziah Ibrahim, Azianura Hani Shaari & Nasrudin Subhi (2019). Penggunaan Media Sosial dalam Kalangan Remaja B40 di sekitar Lembah Klang. Jurnal Komunikasi 35(4): 101-118. Souza, P.E.S. de & Amorim, R.J.R. (2019). The use of smartphones by Brazilian deaf students in the process of learning Portuguese as a second language. International Journal of Advanced Engineering Research and Science 6(6): 611- 616. Suhaniya Kalaisilven & Mohamad Fauzi Sukimi (2019). Kawalan ibu bapa terhadap anak-anak dalam penggunaan media sosial. Akademika 89(1): 111-124. Tafarodi, R.W. & Swann, W.B. (2001). Two-dimensional self-esteem: Theory and measurement. Personality and Individual Differences 31 (2001): 653-673. Thang, S.M., Noorizah Mohd Noor, Ng, L.S., Adzuhaidah Md Taha & Noor Baizura Abdul Aziz (2017). Influence of social networking on Malaysian female secondary students: A qualitative study across three schools. Akademika 87(1): 267-278. Yasan Ak, N. & Yildirim, S. (2018). Nomophobia among undergraduate students: The case of a Turkish State University. International Journal on New Trends in Education and Their Implications. 9(4): 11-20.
131 TAHAP KESIHATAN MENTAL SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN SEMASA WABAK COVID-19 NURUL NATASHA BINTI KATNI ([email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Kebelakangan ini, masyarakat Malaysia khususnya sering berhadapan dengan ketidakseimbangan emosi, psikologi dan kognitif sehingga menatijahkan masalah kecelaruan jiwa yang dikaitkan dengan penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda. Bagi mengekang penularan wabak ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan dan berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Kehidupan norma baharu ini telah menyebabkan masyarakat perlu berhadapan dengan ketakutan dan mendatangkan tekanan, kemurungan dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat (Wang et al.,, 2020). Arahan penutupan institusi pendidikan semasa PKP juga memberikan kesan kepada para pelajar termasuk guruguru pelatih. Keterpaksaan menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian dengan tempoh masa yang tidak pasti telah menyebabkan para pelajar semakin risau dan tertekan. Tekanan yang melampau ini boleh membawa kepada masalah kesihatan mental dan seterusnya boleh menyebabkan pelajar hilang pertimbangan diri sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa. Perkara ini menunjukkan peri pentingnya isu kesihatan mental ini dan tidak boleh dipandang enteng kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam tempoh Januari hingga Mei tahun 2021, terdapat 468 kes bunuh diri dilaporkan (Hafidzul, 2021). Setelah berlakunya penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia, dunia hari ini menyaksikan perubahan yang sangat ketara. Ramai orang yang terjejas terutamanya dari aspek kesihatan mental. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental berdasarkan aspek tekanan, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) semasa wabak Covid19. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah tinjauan deskriptif melalui soal selidik. Kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan bagi mendapatkan 285 orang siswa guru sebagai sampel kajian. Depression Anxiety Stress Scale-21 (DASS-21) digunakan untuk mengukur tahap kesihatan mental siswa guru. Dapatan kajian mendapati bahawa siswa guru mempunyai tahap tekanan dan kemurungan yang normal, namun mempunyai tahap kebimbangan yang sangat teruk semasa wabak Covid-19. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa siswa guru perempuan mempunyai tekanan, kebimbangan dan kemurungan yang lebih tinggi daripada siswa guru lelaki. Majoriti responden yang menunjukkan tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan yang tinggi ialah kaum India, diikuti dengan kaum lain-lain seperti kaum Bumiputera, kaum Melayu dan kaum Cina. Kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberi sumbangan dan impak kepada siswa guru, pensyarah, institusi pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memahami kepentingan penjagaan kesihatan mental yang baik. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa komunikasi yang berkesan dan lebih meluas amat diperlukan bagi mengurangkan permasalahan kesihatan mental dalam kalangan siswa guru. Kata Kunci: kesihatan mental, tekanan, kemurungan, wabak Covid-19, DASS-21
132 PENYATAAN MASALAH Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2019), kesihatan mental adalah merujuk kepada kemampuan individu untuk mengawal cara berfikir, bertindak, merasa, menghadapi masalah dan mengatasinya di samping berupaya untuk berkomunikasi dengan orang lain. Ini bermaksud, kesihatan mental melambangkan emosi yang dirasai dan kemampuan untuk beradaptasi dalam pelbagai tekanan dan desakan hidup. Namun, saban tahun, terdapat peningkatan yang berlaku terhadap isu kesihatan mental. Isu kesihatan mental adalah merangkumi aspek tekanan perasaan, kebimbangan melampau dan kemurungan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, hampir setengah juta rakyat di negara ini menghadapi ciri-ciri tekanan atau kemurungan. Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu kenyataan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020, menyatakan bahawa separuh daripada masalah gangguan mental dikesan pada usia 14 tahun dan tiga per empat daripadanya adalah pada pertengahan usia 20-an. Pandemik COVID-19 serta PKP dikatakan turut menatijahkan tekanan emosi berikutan kebimbangan terhadap kesihatan dan keselamatan di samping ketidaksediaan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian khususnya buat para pelajar di institusi pendidikan.Menurut Auerbach (2018), golongan yang lebih terdedah kepada tekanan adalah pelajar universiti sehingga boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental. Walaupun pelaksanaan PKP memberikan kesan yang baik, namun menurut Amir dan Hafiz (2020), sejak Mac hingga Ogos 2020, terdapat 11,791 panggilan telefon yang diterima Unit talian bantuan sokongan psikososial berhubung isu tekanan emosi. Menurut Zarina Thasneem Zainudeen (2021), kadar tekanan, kemurungan dan kebimbangan semasa pandemik COVID-19 adalah tinggi. Perkara ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Norhazirah (2020) iaitu terhadap pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia bahawa pandemik Covid-19 telah memberikan impak negatif terhadap kesihatan mental dan aspek psikologi dari segi emosi, fikiran, tekanan dan kebimbangan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk meninjau tahap kesihatan mental pelajar semasa pandemik Covid-19. Kajian ini diharapkan dapat mengisi jurang pengetahuan berkaitan kesihatan mental dalam kalangan guru pelatih iaitu bakal guru dan pendidik di Malaysia. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif kajian adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti tahap kesihatan mental siswa guru IPGKTAA berdasarkan aspek tekanan semasa wabak Covid19. 2. Mengenal pasti tahap kesihatan mental siswa guru IPGKTAA berdasarkan aspek kemurungan semasa wabak Covid-19 Persoalan kajian adalah seperti berikut: 1. Apakah tahap kesihatan mental siswa guru IPGKTAA berdasarkan aspek tekanan semasa wabak Covid-19? 2. Apakah tahap kesihatan mental siswa guru IPGKTAA berdasarkan aspek kemurungan semasa wabak Covid-19? METODOLOGI KAJIAN
133 Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Menurut Othman dan Norazmah (2010), penggunaan sampel dapat menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Kajian ini melibatkan saiz sampel seramai 285 orang siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). Pemilihan responden adalah secara persampelan rawak mudah dengan melibatkan pengedaran soal selidik menerusi aplikasi atas talian (google form).Soal selidik merupakan instrumen yang kerap digunakan dalam kajian deskriptif kerana mudah untuk memperolehi data daripada responden (Frenkel & Wallen, 1993). Kajian ini menggunakan Depression, Anxiety, Stress Scale (DASS 21) yang mengandungi 21 soalan dengan menggunakan skala likert sebagai skala pemarkahan. Alat ujian ini berupaya untuk mengukur tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan individu. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Profil Peserta Kajian Jadual 1: Profil Demografi Peserta Kajian Kajian ini telah melibatkan 285 orang siswa guru IPGKTAA sebagai sampel kajian dan pengkaji telah menggunakan analisis statistik deskriptif bagi menganalisis aspek berkaitan demografi peserta kajian. Secara keseluruhannya, seramai 285 siswa guru terlibat dalam kajian ini iaitu 44.6% adalah terdiri daripada siswa guru lelaki (n=127) dan 55.4% adalah siswa guru perempuan (n=158). Dari segi jenis kaum, majoriti peserta kajian yang terlibat adalah daripada kaum Melayu iaitu seramai 134 orang (47%) dan diikuti dengan peserta kajian daripada kaum Cina iaitu seramai 59 orang (20.7%) dan 47 orang (16.5%) daripada lain-lain seperti kaum Bumiputera. Hasil dapatan juga melaporkan bahawa minoriti peserta kajian ialah daripada kaum India iaitu seramai 45 orang (15.8%). Tahap Tekanan Jadual 2: Tahap tekanan siswa guru
134 Jadual 2 menunjukkan bahawa kebanyakan peserta kajian dengan kekerapan 88 (30.9%) mengalami tahap tekanan yang normal, manakala seramai 67 peserta kajian (23.5%) mengalami tahap tekanan yang sederhana dan 66 orang (23.2%) mengalami tekanan pada tahap yang teruk iaitu hanya berbeza 0.3%. Hanya 36 (12.6%) dan 28 peserta kajian (9.8%) sahaja yang berada pada tahap yang ringan dan sangat teruk. Secara keseluruhannya, tahap tekanan dalam kalangan siswa guru IPGKTAA semasa Covid-19 adalah berada pada tahap normal. Dapatan kajian ini adalah bertentangan dengan kebanyakan dapatan kajian yang dijalankan di universiti. Hal ini dibuktikan oleh kajian oleh Zainora Daud et al. (2020), yang mendapati tahap stres pelajar di universiti adalah dalam kategori sederhana semasa Covid-19. Hasil kajian menunjukkan bahawa para pelajar masih berkemampuan untuk mengawal tekanan yang dialami. Kajian yang dijalankan oleh Abdul Rashid Abdul Aziz et al. (2021) dalam kalangan pelajar universiti semasa pandemik Covid-19 juga membuktikan dapatan yang sama iaitu mempunyai tahap tekanan yang sederhana. Namun, tahap tekanan yang normal sehingga sederhana dalam kalangan pelajar institusi pendidikan ini berkemungkinan disebabkan oleh tahap pemikiran yang semakin matang iaitu berbeza dengan pelajar yang berada di sekolah rendah mahupun menengah. Dapatan kajian ini juga bertentangan dengan kajian yang dijalankan di luar negara oleh Ahmad N. AlHadi et al., (2021) yang dijalankan terhadap pelajar di universiti Arab Saudi mendapati sebanyak 58.7% responden mempunyai tahap tekanan yang tinggi. Tahap kemurungan Jadual 4.7 Tahap kemurungan siswa guru Jadual 4.7 menunjukkan bahawa kebanyakan peserta kajian dengan kekerapan 92 (32.3%) mengalami tahap kemurungan yang normal, manakala seramai 68 peserta kajian (23.9%) mengalami tahap kemurungan yang sederhana
135 dan 50 orang (17.5%) mengalami kemurungan pada tahap yang sangat teruk. Hanya 47 (16.5%) dan 28 peserta kajian (9.8%) sahaja yang berada pada tahap yang ringan dan teruk. Secara keseluruhannya, tahap kemurungan dalam kalangan siswa guru IPGKTAA semasa Covid-19 adalah berada pada tahap normal. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Khadijah Muda (2022) serta Norfatmazura Che Wil dan Nooraini Othman (2021) yang menunjukkan tahap kemurungan dalam kalangan pelajar adalah rendah dengan peratus kekerapan sebanyak 64.3% dan 60.7%. Kajian oleh Haizvanie Muhamed Ganasan (2021) juga mendapati tahap kemurungan pelajar sarjana UKM berada pada tahap yang rendah. Dapatan ini membuktikan pelajar mempunyai tahap kemurungan yang baik semasa wabak Covid-19. Hasil kajian ini membuktikan pelajar masih dapat mengawal emosi dan cekap berdaya tindak dalam sesuatu situasi. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Kesihatan mental memainkan peranan penting untuk mengenal pasti kemampuan diri dan tahap kesihatan mental dalam berhadapan dengan situasi penularan pandemik ini. Kesihatan mental amat penting untuk perkembangan individu yang lebih sempurna pada masa hadapan. Desakan untuk beradaptasi dengan kehidupan norma baharu dan perubahan platform pembelajaran sepanjang pandemik ini sudah pasti memberikan impak ke atas kesihatan mental pelajar khususnya. Kajian tinjauan ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap tekanan dan kemurungan siswa guru di IPGKTAA semasa wabak Covid-19 berada pada tahap yang normal. Walau bagaimanapun, hasil kajian tutut mendapati terdapat peserta kajian yang berdepan dengan tekanan dan kemurungan yang teruk, malahan terdapat juga yang berada pada tahap sangat teruk. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan mampu memberikan implikasi kepada pihak- pihak tertentu untuk merangka pelbagai pelan pemulihan dan rawatan yang perlu dilakukan dengan segera kerana sekiranya tidak dilakukan, tidak mustahil masalah kesihatan mental akan berada pada tahap yang sangat teruk berdasarkan kepada situasi semasa. Pengkaji juga mendapati kajian lanjutan amat diperlukan bagi menjalankan lebih banyak kajian yang menyeluruh dengan meliputi semua lapisan masyarakat yang terkesan dan berhadapan dengan konflik akibat pandemik Covid-19. Seterusnya, kajian lanjutan berkenaan strategi daya tindak perlu dilakukan untuk mengenalpasti strategi bagi membantu menguruskan masalah kesihatan mental pelajar sepanjang pandemik dengan merangkumi perubahan dalam gaya hidup dan corak pemikiran yang fleksibel untuk mewujudkan emosi yang stabil dan terkawal. RUJUKAN Abdul Rashid Abdul Aziz, Natharatul Ayeshah Zulkifli, Mohd Zaini Othman & Nurun Najihah Musa (2021). Tinjauan terhadap tahap tekanan pelajar universiti semasa pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 15-24. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1123 Ahmad N AlHadi, Mohamed A Alarabi & Khulood M AlMansoor (2021). Mental health and its association with coping strategies and intolerance of uncertainty during the COVID-19 pandemic among the general population in Saudi Arabia: cross-sectional study. BMC Psychiatry, 21(1).382. https://doi.org/10.1186/s12888-021-03370-4
136 Amir Abd Hamid & Hafiz Ithnin. (2020, September 10). Ramai Rakyat Perlukan Sokongan Emosi, Kaunseling. My Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/619047/ramai- rakyat-perlukan-sokongan-emosikaunseling Auerbach, R. P., Mortier, P., Bruffaerts, R., Alonso, J., Benjet, C., Cuijpers, P., & Kessler, R. C. (2018). WHO world mental health surveys international college student project: prevalence and distribution of mental disorders. Journal of abnormal psychology, 127(7), 623. Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (1993). How to design and evaluate research in education (2nd ed.). Boston, MA: McGraw Hill. Hafidzul Hilmi. (2021, Julai 1). Purata dua kes bunuh diri setiap hari – Polis. Metro https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/724984/purata-dua-kes-bunuhdiri-setiap-hari- polis Haizvanie Muhamed Ganasan & Norzaini Azman (2021). Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 25-40. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1100 Kementerian Kesihatan Malaysia. (2019). Tinjauan Kebangsaan dan Morbiditi 2019 https://iptk.moh.gov.my/images/technical_report/2020/4_Infographic_Booklet_NHMS_201 9_-_BM.pdf Khadijah Muda (2022). Tahap stress, bimbang dan murung pelajar tahun satu USIM ketika pandemik covid-19 dan kaitannya dengan personaliti keagamaan. Persidangan Antarabangsa Sains Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022). http://conference.kuis.edu.my/pasak/images/pasak7/eprosiding2022/3/PASAK7_137_KHADIJAH_MUDA.pdf Norhazirah Mustaffa. (2020). Mengatasi kebimbangan semasa pandemik covid-19 dengan pendekatan Teori Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(11), 10-16. Norfatmazura Che Wil & Nooarini Othman (2021). Tahap Resilien dan Kesihatan Mental individu di era pandemik Covid19: Satu kajian empirikal dalam kalangan remaja di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 26-34. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1003 Othman Mohd Johan & Norazmah Mohamad Roslan (2010). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Remaja Terlibat dalam Masalah Sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sg Lereh, Melaka. UTM: Fakulti Pendidikan. Wang, G., Zhang, Y., Zhao, J., Zhang, J., & Jiang, F. (2020). Mitigate the effects of home confinement on children during the Covid-19 outbreak. The Lancet, 395, 945– 947. Zainora Daud (2021). Pengurusan stres ketika pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian era Covid-19. Proceedings of the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization. SWAT 2021. https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/14344 Zainudeen ZT, Abd Hamid IJ, Azizuddin MNA, Abu Bakar FF, Sany S., Zolkepli IA & Mangantig E. (2021). Psychososial impact of Covid-19 pandemic on Malaysia families: a cross- sectional study. https://doi.org/10.1136/bmjopen-2021- 050523 Elmi Baharuddin (2013). Kecerdasan Rohaniah dan Amalan Agama di Rumah Kebajikan. Tesis Dr.Fal.Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
137 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENCAPAIAN AKADEMIK MURID TAHAP DUA SK SERI BANDAR NURUL WAHIDAH BINTI JAMALUDIN NASIR ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Bertepatan dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam usaha untuk membentuk murid sebagai modal insan yang mempunyai ilmu pengetahuan, etika dan kerohanian, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, kemahiran berfikir dan jati diri yang utuh, sistem pendidikan Malaysia perlulah berkembang maju seiring dengan kemajuan negara. Menurut laporan Aslinda Nasir (2021) dalam akhbar Utusan Malaysia, peruntukan sebanyak 1.6 billion ringgit telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menambahbaik kelengkapan dan kemudahan sekolah bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan Malaysia pada masa akan datang. Usaha ini sebagai salah satu inisiatif kerajaan Malaysia bagi mewujudkan sistem pendidikan negara yang bertaraf dunia. Sehubungan dengan itu, keberkesanan sistem pendidikan dapat diukur berdasarkan pencapaian akademik murid. Antara kaedah pentaksiran yang dilaksanakan ialah melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). PBD ialah pentaksiran berbentuk sumatif yang akan menggantikan peperiksanaan formal (Kementerian Malaysia, 2019). Oleh yang demikian, motivasi merupakan salah satu aspek penting yang akan mempengaruhi tahap pencapaian akademik murid. Motivasi merupakan galakan kepada murid untuk berusaha untuk mencapai target dalam pendidikan mereka. Menurut Sri Lutfiwati (2020), semangat seseorang untuk belajar dapat dibentuk melalui motivasi. Justeru itu, terdapat dua motivasi yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik murid iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. PENYATAAN MASALAH Pencapaian akademik murid menunjukkan sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan Malaysia. Namun, murid dilihat semakin kurang motivasi untuk belajar terutama selepas wabak Covid 19 melanda dunia dan mengubah sistem pendidikan negara. Jika isu ini tidak diatasi dengan segera, maka, sistem pendidikan Malaysia tidak mampu menandingi sistem pendidikan negara- negara maju yang lain. Malah, kadar keciciran murid, masalah sosial dan kes jenayah akan meningkat. Sehubungan dengan itu, kajian tinjauan berbentuk deskriptif telah dilaksanakan di SK Seri Bandar bagi mengukur tahap pencapaian akademik dan tahap motivasi murid tahap dua. Seramai 97 sampel telah dipilih secara rawak daripada 130 populasi kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pencapaian akademik murid tahap dua SK Seri Bandar berada di tahap yang sederhana iaitu seramai 77 responden (79%). Bagi tahap motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik pula berada di tahap rendah dengan nilai min motivasi intrinsik 2.36 dan nilai min motivasi ekstrinsik 2.02. Justeru itu, murid tahap dua SK Seri Bandar mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana disebabkan tahap motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik yang rendah. Kata Kunci: Tahap pencapaian akademik, motivasi ekstrinsik, motivasi intrinsik
138 Wabak Covid 19 telah melanda seluruh dunia dan menyebabkan perubahan dalam pelaksanaan sistem pendidikan. Pembelajaran secara dalam talian telah dilaksanakan bagi menggantikan kaedah pembelajaran konvensional dan ianya berterusan sehingga kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Malaysia telah beralih ke fasa endemik pada awal bulan Mac 2022. Perubahan yang berlaku telah mengubah gaya pembelajaran, motivasi belajar dan tahap kesediaan murid bagi menghadapi semula pembelajaran secara bersemuka di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik murid mempengaruhi tahap pencapaian akademik mereka. Menurut Wan Naliza (2020), murid akan melaksanakan tugasan yang diberikan berdasarkan motivasi yang ada dalam dirinya. Berdasarkan kepada analisis dapatan-dapatan kajian lalu, kebanyakan dapatan membuktikan bahawa murid mengalami kemerosotan akademik adalah disebabkan tahap motivasi yang rendah. Menurut Cheah Wei Hua et al,. (2020), murid yang tidak mempunyai motivasi akan menyebabkan pencapaian akademiknya merosot. Auliah Sumitro et al., (2017) dan Norlela Ahmad et al.,(2021) menyatakan bahawa murid yang mempunyai tahap motivasi yang rendah akan mendapat pencapaian akademik yang rendah. Ianya turut disokong dengan dapatan kajian Nur Aliyah Izzaty (2019) yang membuktikan bahawa pendekatan didik hibur semasa pembelajaran subjek Matematik dapat meningkatkan tahap motivasi belajar murid sekaligus menyebabkan peningkatan tahap pencapaian akademik bagi subjek Matematik. Oleh demikian, kekurangan motivasi semasa belajar akan menyebabkan ketinggalan dalam pembelajaran dan murid berpotensi terjerumus dalam gejala sosial. Menurut Norfarahzatul Asikin et al (2022) dan Mohd Uzir (2018), murid yang kurang motivasi akan mudah terlibat dengan masalah disiplin dan gejala sosial. Justeru itu, kadar keciciran murid dalam pembelajaran juga akan meningkat seiring dengan masalah sosial yang berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah. Dr Anuar Ahmad selaku pensyarah Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Selangor Kini 4 Ogos 2021 melaporkan bahawa kadar keciciran murid semakin meningkat setiap tahun dan telah mewujudkan lost generation. Sehubungan dengan itu, pengkaji menyedari bahawa isu motivasi belajar murid perlu diteliti dan dikaji dengan lebih meluas supaya inisiatif dan intervensi yang bersesuaian dapat diambil oleh pihak-pihak yang terlibat bagi memupuk motivasi intrinsik dan ekstrinsik murid untuk belajar sekaligus mengurangkan kadar keciciran murid di sekolah. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Berikut merupakan objektif dan persoalan bagi kajian ini : Objektif kajian : i. Mengenalpasti tahap pencapaian akademik murid tahap dua SK Seri Bandar. ii. Mengenal pasti tahap motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik murid tahap dua SK Seri Bandar Persoalan kajian : i. Apakah tahap pencapaian akademik murid tahap dua SK Seri Bandar. ii. Apakah tahap motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik murid tahap dua di SK Seri Bandar ? METODOLOGI KAJIAN
139 Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Menurut Mohd Majid Konting (2000), kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Kajian ini telah dijalankan di SK Seri Bandar dan melibatkan seramai 130 murid tahap dua. Berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970), seramai 97 sampel telah dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik bagi mengenalpasti tahap pencapaian akademik dan tahap motivasi murid tahap dua SK Seri Bandar. Menurut Chua Yan Piaw (2011), pemilihan intrumen soal selidik adalah wajar dan sesuai untuk kajian tinjauan kerana kaedah ini mempunyai item-item yang dipercayai dan konsisten. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A merangkumi item bagi jantina, tahap akademik dan tahun murid. Manakala, bahagian B mengandungi 14 item bagi mengenalpasti tahap motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Item bahagian B perlu dijawab berdasarkan skala likert tiga mata iaitu tidak pernah (1), kadang-kadang (2) dan sering kali (3). DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian akademik murid tahap dua di SK Seri Bandar berada di tahap yang sederhana. Seramai 11 responden (11.3%) mempunyai pencapaian yang baik, 77 orang responden (79.4%) mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana manakala 9 orang responden (9.3%) berada di tahap pencapaian akademik yang rendah. Dapatan kajian ini disokong oleh Shasikala Aridas dan Mohd Mahzan (2019) yang melaporkan bahawa kebanyakan murid tahun 6 mempunyai pencapaian yang sederhana dengan jumlah min 3.32 dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2015 bagi subjek Sains. Bagi dapatan kajian yang akan menjawab persoalan kajian yang kedua pula, tahap motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik murid tahap dua SK Seri Bandar berada di tahap yang rendah. Berikut merupakan perincian bagi dapatan kajian yang diperolehi. Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Bagi Motivasi Ekstrinsik ITEM SOAL SELIDIK TP/N KK/N SK/N MIN SISIHAN PIAWAI INTERPRESTASI MIN B1 Guru memuji secara lisan atas kerja yang memuaskan 4 (4.1) 81 (83.5) 12 (12.4) 2.08 0.40 Rendah B2 Guru mencatat catatan yang memberangsangkan apabila menyemak kerja saya 7 (7.2) 57 (58.8) 33 (34.0) 2.27 0.59 Rendah B3 Guru mempamerkan hasil kerja yang baik pada papan kenyataan dengan tujuan untuk menggalakkan saya belajar 20 (20.6) 61 (62.9) 16 (16.5) 1.96 0.61 Rendah B4 Guru memberi hadiah atau intensif lain untuk memotivasikan saya berusaha dengan lebih gigih lagi 11 (11.3) 65 (67.0) 21 (21.6) 2.10 0.57 Rendah B5 Guru memarahi saya kerana hasil kerja atau gred tidak memuaskan 21 (21.6) 68 (70.1) 8 (8.2) 1.87 0.53 Rendah B6 Guru meminta saya membuat semula 14 (14.4) 69 (71.1) 14 (14.4) 2.00 0.54 Rendah
140 kerja yang tidak memuaskan ke arah memperolehi gred yang lebih baik pada masa akan datang B7 Guru mewujudkan semangat bersaing dalam kelas melalui perbandingan prestasi saya dengan pelajar lain 32 (33.0) 49 (50.5) 16 (16.5) 1.84 0.69 Rendah Purata 2.02 0.56 Rendah Berdasarkan jadual 1, analisa menunjukkan bahawa item yang mempunyai nilai min tertinggi dengan nilai min 2.27 ialah item B2 iaitu guru mencatat catatan yang memberangsangkan apabila menyemak tugasan saya. Ini menunjukkan bahawa majoriti murid tahap dua SK Seri Bandar bersetuju bahawa guru mereka sentiasa menyuntik semangat mereka untuk terus termotivasi semasa menyiapkan tugasan. Manakala, item dengan nilai min terendah 1.84 ialah item B7 iaitu guru mewujudkan semangat bersaing dalam kelas melalui perbandingan prestasi. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan murid tahap dua SK Seri Bandar tidak setuju bahawa guru mewujudkan semangat bersaing melalui perbandingan di dalam kelas antara murid. Semua item mempunyai nilai min yang rendah iaitu antara nilai 1.84 hingga 2.27 manakala nilai min keseluruhan untuk tahap motivasi ekstrinsik ialah 2.02 dan berada di tahap yang rendah. Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Bagi Motivasi Intrinsik ITEM SOAL SELIDIK TP/N KK/N SK/N MIN SISIHAN PIAWAI INTERPRESTASI MIN C1 Guru melibatkan saya dalam proses pembelajaran dengan meminta pendapat dan dan pandangan saya 14 (14.4) 64 (66.0) 19 (19.6) 2.05 0.59 Rendah C2 Guru menggalakkan saya bertanggungjawab serta berinisiatif agartidak terlalu bergantung kepada guru 6 (6.2) 38 (39.2) 53 (54.6) 2.48 0.61 Rendah C3 Guru mengharapkan saya lebih bersemangat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi 14 (14.4) 50 (51.5) 33 (34.0) 2.20 0.67 Rendah C4 Guru mengaitkan apa yang saya pelajari dengan pengalaman lampau saya di bilik darjah 18 (18.6) 45 (46.4) 34 (35.1) 2.16 0.72 Rendah C5 Untuk menyeronokkan proses pengajaran dan pembelajaran,guru mengajar dengan cara yang menarik 2 (2.1) 27 (27.8) 68 (70.1) 2.68 0.51 Sederhana C6 Guru berusaha bersungguh-sungguh ke arah membantu saya memahami pelajaran yang disampaikan 3 (3.1) 24 (24.7) 70 (72.2) 2.69 0.53 Sederhana C7 Guru sentiasa menggalakkan saya berfikir secara kreatif dan dapat memberi idea alternatif sebanyak mungkin 12 (12.4) 49 (50.5) 36 (37.1) 2.25 0.66 Rendah Purata 2.36 0.61 Rendah Berdasarkan jadual 2, dapatan menunjukkan bahawa item yang mempunyai nilai min tertinggi (m=2.69) ialah C6 iaitu guru berusaha bersungguh-sungguh ke arah membantu saya memahami pelajaran yang di sampaikan manakala item
141 yang mempunyai nilai min terendah (m=2.05) ialah C1 iaitu guru melibatkan saya dalam proses pembelajaran dengan meminta pendapat dan pandangan saya. Hal ini menunjukkan bahawa majoriti murid tahap dua SK Seri Bandar bersetuju bahawa guru mereka bersungguh dalam memastikan pembelajaran yang berkesan dapat dicapai namun, guru kurang meminta pandangan daripada murid semasa di dalam kelas. Semua item mempunyai nilai min di tahap yang rendah kecuali bagi item C5 (m=2.68) dan C6 (m=2.69) mempunyai nilai min di tahap yang sederhana. Min keseluruhan bagi motivasi intrinsik ialah 2.36 dan berada di tahap yang rendah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini bertentangan dengan kebanyakan dapatan kajian lalu. Misalnya, dapatan kajian Hanis Najwa et al., (2021) mendapati bahawa tahap motivasi intrinsik pelajar tahfiz dalam pembelajaran subjek Bahasa Arab berada di tahap yang tinggi dengan nilai min 3.46. Kajian Mohd Zaki et al., (2018) turut melaporkan bahawa pelajar sekolah menengah mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk mempelajari subjek Bahasa Arab. Namun, dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian Nur Syafihanis (2021) yang mendapati bahawa nilai min motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik murid tahun 6 SK Karak berada di tahap yang rendah. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian akademik murid tahap dua SK Seri Bandar berada di tahap yang sederhana manakala bagi tahap motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik murid tahap dua SK Seri Bandar berada di tahap yang rendah. Berdasarkan hasil analisis yang dilaksanakan oleh pengkaji, pengkaji mendapati kajian ini memberi implikasi terhadap organisasi yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pihak Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) perlu mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran yang berkesan. Selain itu, Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) perlu memastikan profesion guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah dapat melaksanakan intervensi yang bersesuaian bagi meningkatkan motivasi belajar murid. Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan supaya pengkaji akan datang membuat kajian bagi menjawab persoalan berkaitan hubungan antara tahap motivasi dengan tahap pencapaian akademik murid. Hal ini bagi mengukuhkan dapatan kajian yang menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dan tahap pencapaian akademik. Pengkaji juga mencadangkan supaya kajian akan datang melibatkan murid daripada tahun 1 sehingga tahun 6 supaya dapatan kajian dapat digeneralisasikan kepada semua murid. Akhir sekali, pengkaji berharap supaya skop kajian pada masa akan datang lebih luas dengan melibatkan seluruh daerah, negeri atau negara. RUJUKAN Aslinda Nasir. (2021). Kerajaan Susun Langkah Tambah Baik Sistem Pendidikan Negara. Dimuat turundaripada https://Www.Utusan.Com.My/Berita/2021/09/Kerajaan-Susun-Langkah-Tambah-Baik- Sistem-PendidikanNegara/ Auliah Sumitro H, Punaji Setyosari & Sumarmi. (2017). Penerapan Model Problem Based Learning Meningkatkan Motivasi Dan Hasil Belajar LPS. Volume: 2 Nomor: 9 Cheah Wei Hua & Ruslin Bin Amir. (2020). Penghargaan Kendiri Dan Motivasi Pencapaian Terhadap Pencapaian Bahasa Inggeris Murid. Vol. 2, No. 1, 216-234. International Journal Of Education And Pedagogy
142 Chua, Y.P. (2011). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Mcgrawhill Education Hanis Najwa Shaharuddin, Ku Fatahiyah Ku Azizan, Wazzainab Ismail ,Farah Nur Rashida Rosnan & Norafidah Gordani. (2021). Tahap Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Di Selangor. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2019. Putrajaya, Malaysia. Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities Robert. Educational And Psychological Measurement, 38(1), 607– 610. Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Zaki Ahmad, Muhammad Firdaus & Md Noor Hussin. (2018). Hubungan Pendekatan Motivasi Pencapaian Dengan Pembelajaran Bahasa Arab. 978-967-2122-53-1 Norfarahzatul Asikin Zakari, Mohamad Zuber Abd. Majid & Muhammad Hussin. (2022). Keciciran Murid Sekolah Di Malaysia: Suatu Pemerhatian Awal. Volume 7, Issue 2. Norlela Ahmad, Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil, Marzni Mohamed Mokhtar, Mohd Azuan Mohd Nawawi & Zullaili. (2021). Pengaruh Didik Hibur Dalam Meningkatkan Kesediaan Belajar Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Belum Menguasai Tahap Pencapaian Minimum . Volume 3, Issue 1. Nur Aliyah Izzaty Binti Hisamudin. (2019). Penggunaan Kaedah Didik Hibur Untuk Pembelajaran Matematik Murid Sekolah Rendah Taman Sri Rampai Nur Syafihanis Srafi. (2021). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Pencapaian Akademik Murid. Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Sri Lutfiwati. (2020). Motivasi Belajar Dan Prestasi Akademik. Jurnal Kependidikan Islam Volume 10 Nomor 1. Wan Naliza Wan Jaafar & Siti Mistimamaat. (2020). Hubungan Antara Motivasi Dengan Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Murid Sekolah Luar Bandar. Vol 10 No.1. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia
143 FAKTOR-FAKTOR DALAM MEMPENGARUHI MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ABU BAKAR SYAFRA BINTI MD SUBRI ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Disiplin merupakan satu perkataan yang sentiasa dikaitkan dengan seseorang individu terutamanya bagi individu yang bergelar pelajar. Semakin bagus disiplin seseorang, semakin mantap akhlaknya dan tingkah laku seseorang tersebut. Hal ini kerana, disiplin amat berkait rapat dengan akhlak, kesopanan, tatatertib dan tidak ketinggalan tatasusila (Ee Ah Meng, 1987). Jadi tidak hairanlah orang yang berdisiplin sentiasa disanjung tinggi dan dijadikan teladan untuk orangorang lain. Secara umumnya terdapat banyak faktor yang mempengaruhi masalah disiplin murid dalam kalangan murid sekolah. Justeru itu, pengkajian berkaitan dengan faktor-faktor masalah disiplin murid sekolah menengah perlu diketengahkan dalam masyarakat kerana mereka ini merupakan gologan remaja. “Jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudi pada hari ini” – Saidina Ali-R.A. Daripada ayat ini, telah menunjukkan bahawa kejayaan sesebuah negara itu bergantung kepada tangan pemuda dan pemudi masa kini. Runtuhnya akhlak pemuda dan pemudi maka runtuhlah masa depan negara kita. Justeru itu, pengkajian terhadap masalah disiplin di sekolah menegah perlu dibuat secara meluas kerana ingin melihat faktor-fakor yang banyak mempengaruhi masalah disiplin murid sekolah menengah. Dengan kajian yang dibuat, dapat memberikan kefahaman kepada pembaca serta mampu untuk menjelaskan kepada semua pihak berkaitan dengan masalah disiplin Masalah disiplin saban hari semakin membimbangkan banyak pihak kerana kesan yang negatif berlaku sekiranya tidak diatasi daripada awal. Penyelidikan berkaitan dengan masalah disiplin ini adalah bertujuan untuk melihat tahap faktor-faktor yang mempengaruhi murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar. Bukan itu sahaja, pengakaji juga ingin melihat faktor yang paling dominan antara ketiga-tiga faktor tersebut. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar adalah faktor diri sendiri, faktor rakan sebaya dan faktor keluarga. Kajian ini menggunakan responden seramai 45 orang murid yang terdiri daripada murid yang mempunyai rekod dalam masalah disiplin sahaja. Sampel yang digunakan adalah sampel bertujuan. Pengkaji menggunakan borang soal selidik bagi instrumen kajian ini. Instrumen kajian meliputi aspek demografi, faktor diri sendiri, faktor rakan sebaya dan faktor keluarga. Data-data yang diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Sciences) version 27.0 bagi membolehkan pengkaji membuat statistik deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan masalah disiplin di sekolah tersebut adalah sederhana tinggi dan faktor yang paling dominan adalah faktor rakan sebaya. Kata Kunci: Faktor-Faktor, Masalah Disiplin Murid, Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar