The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

jilid 1 jURNAL BNK 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizalhassan, 2023-12-14 22:18:14

Jilid 2-2023

jilid 1 jURNAL BNK 2023

394 tekanan emosi pada tahap yang lebih tinggi. Guru B&K dapat menangani masalah tekanan emosi dengan mudah berdasarkan faktor yang dikenal pasti melalui hasil dapatan kajian. Guru B&K dapat menangani masalah tekanan emosi murid dengan menggunakan kemahiran pengurusan masa secara berkesan agar murid dapat merancang pelaksaan tugasan mereka dengan sistematik di mana mereka mengagihkan masa 24 jam yang sedia ada mengikut keutamaan tugasan yang perlu diselesaikan. Selain itu, implikasi hasil dapatan kajian memberi manfaat kepada pihak pentadbir sekolah. Memandangkan pihak pentadbir sekolah merupakan pihak yang paling hampir dengan murid di sekolah, pihak pentadbir sekolah perlulah peka dalam masalah tekanan emosi murid. Pihak pentadbir haruslah menggalakkan guru banyak menggunakan kaedah PAK-21 supaya murid tertarik dengan kaedah pengajaran guru di dalam kelas. Dengan pelaksanaan PAK-21, murid akan lebih berminat dan lebih memahami isi kandungan yang diajar dalam kelas. Seterusnya, pihak sekolah juga menggalakkan guru agar memanjang masa untuk murid menyiapkan kerja sekolah agar murid mempunyai masa yang lebih banyak untuk menyiapkan kerja sekolah. Hal ini membolehkan murid dapat menguruskan masa mereka dengan sistematik agar setiap tugasan yang diberi oleh guru dapat diselesaikan dengan baik dan berkualiti. Dengan ini, masalah tekanan emosi yang dialami oleh murid dapat dikurangkan kerana murid mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan kerja di samping dapat menunjukkan pihak sekolah memandang berat terhadap masalah tekanan emosi Kesimpulannya, implikasi daripada hasil dapatan kajian dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak untuk menangani masalah tekanan emosi murid di SJK(C) Padang Tengku. Kegagalan guru B&K mengatasi masalah tekanan emosi murid bukan sahaja mendatangkan kesan buruk kepada murid, malahan hal ini turut menjejaskan masa hadapan bakal tunggak negara. Guru B&K dan pihak pentadbir sekolah haruslah memainkan peranan dengan memberi sokongan dalam mengurangkan masalah tekanan emosi murid. Pengurusan stress dan pengurusan masa merupakan kemahiran yang perlu diterapkan dalam minda mereka untuk menangani masalah tekanan emosi di samping membolehkan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan sama ada dalam dunia pendidikan atau dunia kehidupan. RUJUKAN Anwar, A. (2017, December 15). Tahap Stres & Tekanan Mahasiswa universiti kebangsaan Malaysia Dalam Pelajaran. Academia.edu. Retrieved October 28, 2022, from https://www.academia.edu/35442160/Tahap_stres_and_tekanan_mahasiswa_Universiti_Kebangsaan_Malaysi a_dalam_pelajaran Azizi Yahaya, & Nik Diana Hartika Binti Nik Husain. (n.d.). Tahap stres Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya di Kalangan Guru ... Retrieved October 28, 2022 Dr. Deepti Bhargava, & Hemant Trivedi. (2018, June). A study of causes of stress and stress management among youth. Researchgate. Retrieved October 28, 2022, from https://www.researchgate.net/publication/326474948_A_Study_of_Causes_of_Stress_and_Stress_Manageme nt_among_Youth


395 Diani Mardiana Mat Zin, Amirah Zainun, & Farhana Abdul Razak. (2017). Tekanan Emosi Dalam Kalangan pelajar Pintar Berbakat. Retrieved October 28, 2022, from http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_011_diani.pdf Elmi Baharuddin (2013). Kecerdasan Rohaniah dan Amalan Agama di Rumah Kebajikan. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pengajian Islam, Unversiti Kebangsaan Malaysia. Emily Doreen. (n.d.). Borang Soal Selidik Tentang Stres. Kartini Abd Ghani, & Johari Bin Taha. (2016). Tekanan Dan Hubungannya Dengan pencapaian akademik Pelajar Palapes Universiti. Academia.edu. Retrieved October 28, 2022,from https://www.academia.edu/25152300/TEKANAN_DAN_HUBUNGANNYA_DENGAN_PENCAPAIAN_AKADEMIK_P ELAJAR_PALAPES_UNIVERSITI Kashif Ud Din Khan, Shazia Gulzar, & Farzan Yahya. (2013). Crucial factors affecting stress: A study among undergraduates in Pakistan. Researchgate. Retrieved October 28, 2022, from https://www.researchgate.net/publication/257307378_CRUCIAL_FACTORS_AFFECTING_STRESS_A_STUDY_AM ONG_UNDERGRADUATES_IN_PAKISTAN Kay, D. R. (2014). Pengaruh Lokus Kawalan Terhadap Simptom Tekanan Emosi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Academia.edu. Retrieved October 28, 2022, from https://www.academia.edu/9509972/Pengaruh_Lokus_Kawalan_Terhadap_Simptom_Tekanan_Emosi_Dalam_ Kalangan_Pelajar_Sekolah_Menengah Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021, June 25). INISIATIF PERKHIDMATAN KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL (MHPSS) KKM. COVID. Retrieved October 28, 2022, from https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/inisiatif-perkhidmatan-kesihatan-mentaldan-sokongan-psikososial-mhpss-kkm Kok Kean Hin. (2022). Minda Sihat Warga Institut Pendidikan Guru dan Perintah Kawalan Pergerakan. View of minda sihat warga institut pendidikan guru Dan Perintah Kawalan Pergerakan. Retrieved October 28, 2022, from https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/17703/9441 Muhammad Fazry Bin Anuar, & Noraznida Husin. (2019). Faktor Yang Mempengaruhi tekanan emosi guru di Sekolah Menengah ... https://www.researchgate.net/.Retrieved October 28, 2022, from https://www.researchgate.net/publication/345760997_Faktor_yang_Mempengaruhi_Tekanan_Emosi_Guru_di _Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Bandar_Rinching Muhammad Wafi Ramli (2020). Faktor Tekanan Dalam kalangan Pelajar Universiti Sains Malaysia: Satu ... Retrieved August 20, 2022, from https://www.researchgate.net/publication/343500707_Faktor_tekanan_dalam_kalangan_pelajar_Universiti_S ains_Malaysia_Satu_tinjauan_awal Mustaffa, M. S., Ramli, J., & Hassan, Z. (2020). Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien Dalam Menangani Masalah emosi Remaja di Sekolah: Satu Kajian Kes.Aplikasi pendekatan kaunseling pemusatan klien dalam menangani masalah emosi remaja di sekolah: Satu kajian kes - UUM Repository. Retrieved October 28, 2022, from https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1837/ Nor Sakura. (n.d.). Tekanan Emosi Dalam Kalangan murid.


396 Scribd. Retrieved October 28, 2022, from https://www.scribd.com/document/187770278/Tekanan-EmosiDalam-Kalangan-Murid#download&from_embed Norhana Ahad, Mohammad Fahmi Abdul Hamid, Aslinda Mohd Noor, & Zazalli Lazin. (2020). Analisis Faktor Mempengaruhi Tekanan Pelajar kolej komuniti Johor Ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Researchgate. Retrieved October 28, 2022, from https://www.researchgate.net/publication/349482089_ANALISIS_FAKTOR_MEMPENGARUHI_TEKANAN_PELAJ AR_KOLEJ_KOMUNITI_JOHOR_KETIKA_PKP Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Khairul Ghufran Kaspin, Mohamad Basri Jamal, & Mazdi Marzuki (2022). ISU STRES IMPAK PANDEMIK COVID-19 DI KALANGAN PELAJAR YANG MENGIKUTI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN: SATU TINJAUAN AWAL. Isu Stres Impak Pandemik Covid-19 Di Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Atas Talian: Satu Tinjauan Awal. Retrieved October 28, 2022, from http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2022-45-03-48.pdf Ridauddin Daud. (2022). Statistik kemurungan tinggi, sudah tiba masa gubal strategi lebih ampuh. Astroawani.com. Retrieved October 28, 2022, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/statistik-kemurungan-tinggisudah-tiba-masa-gubal-strategi-lebih-ampuh-373503 Shamzaeffa Samsudin, & Kevin Tan Chee Hong (2016). Hubungan Antara Tahap Kesihatan Mental dan Prestasi Pelajar Sarjana Muda: Satu Kajian di Universiti Utara Malaysia. Researchgate. Retrieved October 28, 2022, from https://www.researchgate.net/publication/315583777_Hubungan_Antara_Tahap_Kesihatan_Mental_dan_Pre stasi_Pelajar_Sarjana_Muda_Satu_Kajian_di_Universiti_Utara_Malaysia Saparudin, I. F., Sham, F. M., & Hamjah, S. H. (2014, September 8). Faktor Gangguan Emosi Dalam Fenomena Histeria Massa Remaja Muslim. Al-Hikmah. Retrieved August 20, 2022, from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/68 Shazarina Zdainal Abidin, Suziana Hanini Sulaiman, Suhana Mohamed Lip, Norshilawani Shahidan, Natasha Ariffin, Mohamad Fuad Ishak, & Sapie Sabilan. (2020). Tekanan emosi Pensyarah Dalam melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran ... Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020). Retrieved October 28, 2022, from http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2020/12/ISPEN20_32.pdf Siti sarah abdullah Follow teacher at kpm. (2016). Gangguan Emosi. Share and Discover Knowledge on SlideShare. Retrieved October 28, 2022, from https://www.slideshare.net/sitisarahabdullah/gangguan-emosi-45872253 Suraya Roslan. (2021). Lebih 120,000 Panggilan ISU Kesihatan Mental Diterima -Harian metro. My Metro. Retrieved October 28, 2022, from https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/708501/lebih-120000-panggilan-isukesihatan-mental-diterima Ummi Kalsom, Z. (2014). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tekanan Kerja Dalam Kalangan guru sekolah menengah Daerah Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Retrieved October 28, 2022, from https://etd.uum.edu.my/5102/


397 Wan Noor Hayati Wan Alias. (2016). Gejala Pelajar sakit mental merisaukan | berita harian. Gejala pelajar sakit mental merisaukan. Retrieved October 28, 2022, from https://www.bharian.com.my/bhplusold/2016/09/188987/gejala-pelajar-sakit-mental-merisaukan Yaakub, N., & Nabihah, N. (2018). Stress Dalam Kalangan pelajar. Academia.edu. Retrieved October 28, 2022, fromhttps://www.academia.edu/36584381/Stress_dalam_kalangan_pelajar Zhooriyati Sehu Mohamad, & Intan Hashimah Mohd Hashim. (2020). Pengalaman Emosi Semasa Haji: Kajian Literatur. Retrieved August 20, 2022, from http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2020-34-03-18.pdf


398 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID TAHAP DUA SJK(C) PERTING, BENTONG NG CHEE LEONG ( [email protected] ) Institut Pendidikan Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Kemerosotan disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah semakin hangat diperkatakan oleh semua pihak samada pihak ibu bapa, pihak guru, pihak masyarakat dan juga pihak yang berkuasa. Menurut Noor Mohamad Shakil (2017), berdasarkan kepada apa yang telah didedahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sebanyak 402 buah sekolah iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah di negara ini dalam pemerhatian berkaitan dengan isu disiplin pelajar. Manakala 91 buah sekolah lagi, adalah berpotensi cenderung untuk menghadapi masalah disiplin dan sekolah ini juga dalam kategori pemantauan. Salah satu kemerosotan disiplin yang semakin menular pada masa sekarang ialah masalah ponteng. Masalah ponteng sekolah telah berlaku setelah sekian lama, kerana seawal tahun 1994 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan buku Panduan bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1994) dan tahun berikutnya, terdapat Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6 tahun 1995, Menangani Masalah Ponteng Sekolah. Masalah ponteng sekolah juga telah menjadi isu global yang kritikal dan seringkali menarik perhatian pengkaji dan ahli akademik untuk membuat kajian berkaitan kesannya terhadap institusi pendidikan (Ramberg et al., 2018; Mahmud et al.,2019). PENYATAAN MASALAH Ponteng sekolah merupakan salah laku disiplin yang sering dikaitkan dengan aktiviti yang tidak bertanggungjawab kerana perbuatannya yang gagal untuk hadir ke sekolah tanpa kebenaran. Di sekolah rendah, walaupun jumlah kesnya tidak setinggi di sekolah menengah, namun realiti bahawa terdapat murid sekolah rendah yang ponteng sekolah tidak boleh dipertikaikan dan diketepikan daripada kajian-kajian berkaitan salah laku ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang paling mempengaruhi murid tahap dua ponteng sekolah dari lima aspek iaitu sikap murid, ibu bapa dan keluarga, guru, persekitaran sekolah dan rakan sebaya. Kajian ini dijalankan secara kajian tinjiaun. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kepada 52 murid tahap dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Perting, Pahang. Data dianalisi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 25.0 untuk mendapatkan peratusan dan min. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan mendapati faktor dominan yang mempengaruhi masalah ponteng sekolah. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunujukkan faktor ponteng yang dominan ialah sikap murid dengan nilai skor min 3.13 dan faktor ponteng yang mencatatkan nilai min yang terendah 2.52 ialah faktor persekitaran sekolah. Sekiranya ia tidak ditangani secara tuntas, ia boleh menjejaskan sumber manusia yang akhirnya membantutkan usaha pembangunan negara. Kata Kunci: Ponteng sekolah, murid tahap dua, faktor yang mempengaruhi


399 Contohnya pada tahun 2018, dalam satu operasi ponteng sekolah di Teluk Ketapang, 3 orang murid tahun 6 telah ditahan di kafe siber kerana ponteng sekolah dan didapati mereka telah enam bulan tidak hadir ke sekolah (Astro Awani, 27 Julai 2018). Kebelakangan ini, kes ponteng semakin menular dalam kalangan murid SJK(C) Perting, Bentong. Berdasarkan data murid-murid ponteng daripada guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM) menunjukkan jumlah kes ponteng murid tahap dua yang berlaku dari bulan Januari hingga Julai 2022 di sekolah tersebut ialah sebanyak 73. Dalam pada itu, dapatan kajian lalu mengenai ponteng ini juga dilihat kebanyakannya berorientasikan sekolah menengah dan untuk sekolah rendah, bilangannya adalah terhad dan dalam kajian tersebut juga, dilihat masih terdapat jurang atau 'gap'. Contohnya, dalam kajian Rogis Baker Noor Mazlina Ariffin, Ahmad Azan Ridzuan, Hasimi Sallehudin, Jessica Ong Hai Liaw dan Noor Azmi Mohd Zainol (2020) berkaitan punca-punca masalah ponteng pelajar tingkatan 4, faktor yang difokuskan adalah faktor biasa yang dikaji oleh pengkaji-pengkaji lepas iaitu faktor sikap pelajar, hubungan keluarga dan persekitaran sekolah. Antara jurang atau 'gap' yang wujud adalah, pengkaji tidak memasukkan faktor media elektronik. Apatah lagi melihat kepada situasi murid-murid sekarang mempunyai akses yang mudah kepada peralatan elektronik (Qaiser et al., 2017). Walaupun terdapat beberapa kajian lain berkaitan faktor ponteng sekolah rendah, tetapi kajiannya telah lama dan tidak menunjukkan dapatan dan data situasi semasa. Bagi mengatasi masalah ponteng sekolah di SJK(C) Perting, faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah perlu ditentukan bagi memudahkan pihak pengurusan disiplin sekolah melaksanakan perancangan strategik yang bersesuaian. Oleh hal yang demikian, pengkaji akan menggunakan soal selidik untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi murid tahap dua terlibat dalam masalah ponteng sekolah dan faktor yang paling dominan mendorong murid terlibat dalam masalah ponteng sekolah. Faktor-faktor yang dikaji ialah sikap murid, ibu bapa dan keluarga, guru, persekitaran sekolah dan rakan sebaya. OBJEKTIF Mengenalpasti faktor yang paling mempengaruhi murid tahap dua ponteng sekolah dari aspek faktor sikap murid, ibu bapa dan keluarga, guru, persekitaran sekolah dan rakan sebaya. PERSOALAN KAJIAN Apakah faktor paling dominan yang mempengaruhi masalah ponteng dalam kalangan murid tahap dua SJK(C) Perting, Bentong? METODOLOGI KAJIAN Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kaedah persampelan bertujuan. Jumlah populasi murid ponteng ialah seramai 61 orang murid. 52 orang murid daripada populasi tersebut telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Ini bersesuaian dengan jadual penentu saiz sampel yang diperoleh daripada Robert V. Krejcie & daryle W. Morgan (1970). Analisis deskriptif akan digunakan bagi menganalisis data kajian yang diperoleh daripada soal selidik yang diedarkan. Soal selidik yang digunakan untuk mengetahui faktor-faktor ponteng sekolah ini telah diambil daripada


400 Instrumen kajian Norhaallah et al. (2012). Jenis skala pengukuran dalam soal selidik ini adalah berdasarkan Item Skala Likert sebagaimana Jadual 1 berikut: Jadual 1; Item Skala Likert Soal selidik ini terdiri daripada soalan maklumat peribadi responden dan soalan bagi mengukur faktor-faktor ponteng sekolah iaitu sikap murid, ibu bapa dan keluarga, guru, persekitaran sekolah dan rakan sebaya. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah diambil dan diadaptasikan daripada kajian oleh pengkaji lepas yang telah mempunyai kesahan yang tinggi di mana pengkaji lepas telah mendapatkan kesahan daripada dua orang pensyarah beliau daripada Universiti Teknologi Malaysia. Nilai Cronbach Alpha yang ditunjukkan ke atas pengkaji lepas terhadap soal selidik ini adalah sebanyak 0.8671. Data-data mentah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi mengetahui kekerapan, min, sisihan piawai bagi mengetahui faktor dominan yang mengaruhi murid terlibat dalam masalah ponteng sekolah. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Kajian ini dijalankan terhadap 52 orang murid tahap dua SJK(C) Perting. Dapatan menunjukkan responden seramai 19 orang lelaki dan seramai 33 orang perempuan. Analisis data menunjukkan responden daripada Tahun 4 adalah seramai 13 orang, responden daripada Tahun 5 seramai 22 orang dan responden daripada Tahun 6 seramai 17 orang. Jadual 2; Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Faktor Ponteng Berdasarkan jadual 2 menunjukkan faktor dominan yang mempengaruhi murid terlibat dalam masalah ponteng sekolah adalah faktor sikap murid yang mencatatkan nilai min 3.13 dan sisihan piawai 0.17, diikuti faktor guru dengan nilai min 2.86 dan sisihan piawai 1.13, faktor ibu bapa dan keluarga yang mencatatkan nilai min 2.61 dan sisihan piawai 0.98, diikuti faktor rakan sebaya dengan nilai min 2.59 dan sisihan piawai 0.93 dan yang terakhir faktor persekitaran sekolah yang mencatatkan nilai min 2.52 dan sisihan piawai 0.87. Hasil dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Noremy Md Akhir, Nur Syafawani Matderis dan Mohammad Rahim Kamaluddin (2019) yang menyatakan bahawa kebanyakan informan yang terlibat dengan tingkah laku ponteng


401 sekolah adalah disebabkan oleh sikap malas dan tidak berminat dengan sesetengah sekolah mata pelajaran yang diajar di sekolah. Apabila wujud tidak minat untuk belajar murid cenderung mengambil keputusan untuk ponteng sekolah dan mengelakkan diri daripada mengikuti pembelajaran di kelas. Kajian oleh Ky Hao (2018) telah membuktikan bahawa 68% responden bersetuju bahawa perasaan sukar untuk belajar dalam diri mereka adalah faktor yang mendorong mereka malas seterusnya terlibat dengan masalah ponteng. Perasaan malas yang hadir dalam diri seorang individu adalah kesan daripada sikap murid itu sendiri. Sekiranya jati diri mereka utuh, maka mereka akan terdorong untuk melakukan perkara yang yang positif. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Hasil daripada dapatan yang diperoleh dapat dirumuskan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi murid terlibat dalam masalah ponteng sekolah dari aspek sikap murid, ibu bapa dan keluarga, guru, persekitaran sekolah dan rakan sebaya. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa faktor ibu bapa dan keluarga, persekitaran sekolah dan rakan sebaya berada pada tahap rendah namun faktor guru berada pada tahap sederhana. Faktor yang dominan menyebabkan murid SJK(C) Perting, Bentong terlibat dalam masalah ponteng sekolah ialah faktor sikap murid. Implikasi kajian ini dari aspek amalan ialah peningkatan kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya mewujudkan kesedaran kepada ibu bapa dan guru tentang tanggungjawab bersama serta mengadakan program-program ketubapaan untuk memberi pengetahuan berkenaan penjagaan anak-anak. Pengurusan tingkah laku murid di sekolah bukan sahaja bergantung kepada peranan guru semata mata sebaliknya memerlukan penglibatan ibu bapa dan penjaga. kajian ini boleh dijadikan satu kayu pengukur terhadap keberkesanan pengajaran guru dalam kelas serta cara guru berinteraksi dengan murid yang mempengaruhi mereka untuk hadir ke sekolah. Oleh itu, guru-guru di sekolah perlu berusaha untuk memperbaiki serta menambah baik kaedah pengajaran dengan menerapkan unsur-unsur didik hibur sewaktu sesi pengajaran supaya murid lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah. Guru juga seharusnya mewujudkan hubungan positif dengan murid yang mempunyai tahap ponteng yang tinggi ini agar murid berasa diterima dan selesa dengan guru di sekolah. Kesimpulannya, ponteng merupakan masalah serius yang wujud di kebanyakan sekolah rendah di negara ini. Kegiatan ponteng ini mempengaruhi pencapaian akademik para murid yang terlibat dengan masalah ponteng. RUJUKAN Muhammed Sharif Mustaffa dan Suria Abd. Jamil (2012). Mengenal Pasti Punca-Punca Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Journal of Educational Psychology & Counseling Volume 6 June 2012, Pages 50- 73 / ISSN: 2231-735X. Lukman Hakim Amin dan Rakan-rakan. (2019). Masalah Kecelaruan Tingkah Laku: Masalah Ponteng Sekolah. International Journal of Humanities, Management, and Social Science 2019, 2(1): 51-64. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Muhammed Sharif dan Suria (2012), Jenis Amaran dan Faktor Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar Seklah Menengah di Sabah. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol.29, 125–139


402 Ramberg et al.; Mahmud et al., (2019). School effectiveness and student cheating: Do students' grades and moral standards matter for this relationship?. Social Psychology of Education Vol.4, 517-538 Absha Atiah Abu Bakar, and Mohd. Isa Hamzah, (2019) Faktor keterlibatan remaja dengan masalah sosial. Jurnal Hadhari, 11 (1). pp. 1-17. ISSN 1985-683 Noor Mohamad Shakil (2017). Tangani masalah disiplin secara bersepadu. Utusan Online. Retrieved from https://pspbtp.wordpress.com/2017/07/14/tangani-masalah-disiplin-secara-bersepadu-noor-mohamad-shakilhameed/ Mohd A., Syed S., (2018) Factors that Influenced the Problem of Truancy among Secondary School Students. Human Resource Management Academic Research Society Vol 3.344-353. Devaki A/P Ayyavoo (2012) Ponteng kelas di SMK Kangkar Pulai. Satu Kajian Kualitatif. Thesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia Atan Long, (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahhasa Pustaka. Noremy Md Akhir, Nur Syafawani Matderis dan Mohammad Rahim Kamaluddin (2019). Tingkah Laku Remaja Ponteng Sekolah. Malaysian Journal of Youth Studies, 50-68. Muhammed Sharif, M. & Suria, A. J. (2012). Mengenal Pasti Punca-punca Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Journal of Educational Psychology & Counseling, 6, 50-73 Noor Mohamad Shakil, H. (2017). Tangani Masalah Disiplin Secara Bersepadu. Utusan Online Ainonminah, M. N., Awanis, M., Norhana, M. S., Juliana, B. & Siti Noor,I. (2016). Hubungan antara gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng sekolah menengah di Daerah Bachok, Kelantan. Prosiding International Seminar on Generating Knowledge Through Research, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia. http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.503. Rogis Baker, Noor Mazlina, Ahmad Azan, Hasimi. S, Jessica Ong, Noor Azmi (2020). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Sekolah: Satu kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. 649-655. Abd. Jamil, S. (2009). Mengenal pasti punca-punca masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah rendah: Satu kajian kes. Tesis Sarjana (Masters thesis), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. A'dawiyah Ismail, Siti Najihah Mansor dan Siti Naqiayah Mansor (2020). Kesan Permainan Video terhadap Perkembangan Kanak-kanak. Vol.3 No. 1 (2020). Noremy Md Akhir, Nur Syafawani Matderis dan Mohammad Rahim Kamaluddin (2019). Tingkah Laku Remaja Ponteng Sekolah. Malaysian Journal of Youth Studies. 52(2), 50-68. Hofstede et al., 1990; Creswell, (2008). Methodological Approaches In The Research of Organizational Culture.Economic Annalis.Volume LVI, No. 189. Ahmad Pujo Sugiarto, Tri Suyati dan Padmi Dhyah Yulianti (2019), Faktor Kedisiplinan Belajar pada Siswa Kelas X SMK Larend Brebes. Jurnal Mimbar Ilmu, Vol. 24 No. 2 Diana Wulandari, Lee Jun Choi dan Sawan atau Mohammad Syawal Narawi (2018), Pengaruh gaya asuhan ibu bapa terhadap gejala ponteng sekolah Journal of Education and Social Sciences, 9 (2). pp. 11-22. ISSN 2289-9855


403 Husein, M. & Kamaruddin, A.R. (2001). Beberapa Pandangan Dan Dapatan Berkaitan Dengan Disiplin Di Sekolah. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia Jilid xxvii Keluaran 65. Jantan, R. & Razali, M. (2004). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kotemporari. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn Bhd. Malcolm, H., Wilson, V., Davidson, J., & Kirk, S. (2003). Absence from School: A Study of its Causes and Effects in Seven LEAs. Research Report. Nottingham: Department for Education and Skills.


404 TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR MURID DATANG LEWAT KE SEKOLAH NG YING CHIAN ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang berbentuk formal kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid dan seterusnya melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan mental (Norazlinda Saad dan Surendran Sankaran, 2000). Dalam usaha untuk mencapai kejayaan ini, disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar (Taniapa,2015). Namun, tugas pengawalan disiplin murid bukan suatu perkara yang mudah kerana pihak pengurusan perlu berhadapan dengan cabaran sosialisasi dan modenisasi yang menuntut kawalan intelek, emosi dan rohani dalam meneruskan cabaran hidup masa kini. PERNYATAAN MASALAH Masalah pelanggaran disiplin semakin menjadi isu yang hangat dalam seminar, persidangan dan konvensyen (Mahali, 2006). Berdasarkan dapatan yang dilaporkan oleh Berita Astro Awani (21 Mac 2018), didapati bahawa terdapat seramai 13,415 orang murid sekolah rendah di seluruh Malaysia yang terlibat dengan masalah lewat datang ke sekolah. Datang lewat boleh didefinisikan sebagai lambat, melampaui atau sesudah waktunya (Kamus Bahasa Melayu, 1970). Dalam kata mudah, datang lewat boleh dikatakan sebagai tiba selepas masa yang telah ditetapkan oleh pihak tertentu. Merujuk kepada Akhbar Berita Harian (18 Februari 2019), sebanyak 10,154 kes disiplin bagi pelbagai kesalahan membabitkan murid sekolah telah direkodkan sepanjang Tahun 2018. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor murid datang lewat ke sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jinjang Selatan yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, faktor dominan yang mengakibatkan masalah kelewatan berlaku juga merupakan salah satu objektif dalam kajian ini. Responden terdiri daripada 205 orang daripada 440 orang murid Tahap 2 dan kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi tujuan permilihan subjek kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 24 item soalan. Instrumen kajian ini diedarkan secara dalam talian melalui Google Form bagi memudahkan proses pengumpulan data. Dapatan data yang dikumpul telah dianalisiskan dengan menggunakan sistem Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 27.0 untuk mendapatkan taburan kekerapan, peratusan dan purata min data dalam kajian tersebut. Hasil data menunjukkan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah kelewatan ini adalah disebabkan oleh faktor diri sendiri, faktor keluarga, faktor guru, faktor rakan dan faktor persekitaran dan faktor dominannya adalah faktor guru. Hasil ini telah dipersembahkan dalam pelbagai bentuk rajah dan jadual yang sesuai. Hasil kajian telah menunjukkan kadar penglibatan murid-murid dalam masalah kelewatan di samping berjaya mengenal pasti faktor dominan yang menyumbang kepada masalah ini. Kata Kunci: faktor, datang lewat


405 Didapati juga sebanyak 15,506 kes kesalahan berkaitan disiplin murid direkodkan berlaku di daerah Kinta Utara sepanjang tahun 2019 ( Sinar Harian, 2 Januari 2020). Terutamanya masalah murid datang lewat ke sekolah. Pernyataan ini disokong oleh dapatan peratusan kes yang dilaporkan oleh Berita Astro Awani (21 Mac 2018) di mana terdapat seramai 13,415 orang murid yang terlibat dengan masalah lewat datang ke sekolah di Semenanjung Malaysia. Keadaan ini menjadi semakin buruk apabila berlakunya penularan Covid-19 yang mengancam keamanan negara pada tahun 2021. Pernyataan ini turut terbukti menerusi Statistik Masalah Kelewatan Murid di SJKC Jinjang Selatan (2022), didapati bahawa masalah ini semakin menjadi-jadi mulai bulan Januari tahun ini (rujuk Lampiran B). Bermula pada bulan Januari, seramai 136 orang (16%) murid yang terlibat dengan kehadiran lewat ke sekolah yang melibatkan murid Tahap II. Statistik ini semakin meningkat sehinggalah mencapai 24 peratus pada bulan Julai, di mana terdapat seramai 192 orang murid yang terlibat dengan masalah tersebut. Kesannya, masalah kelewatan ini menyebabkan tekanan berlaku dalam kalangan guru-guru kerana muridmurid yang masuk lewat dalam kelas akan menjejaskan kelancaran Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di mana guru sering diminta untuk mengulangi semula kandungan pengajaran yang telah disampaikan (Caldarella, Christensen, Young&Densley, 2011). Dalam hal ini, murid-murid mudah ketinggalan dalam bidang akademik dan mudah terjerumus kepada tingkah laku agresif seperti datang lewat ke sekolah, hilang motivasi belajar, tidak bertanggungjawab, suka berbohong dan seumpamanya. Oleh itu. keadaan ini amat membimbangkan kerana kebanyakan mereka yang terlibat dengan gejala ini merupakan aset penting bagi masa depan negara. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Kajian ini mempunyai dua objektif, iaitu untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan murid datang lewat ke sekolah dan seterusnya mengkaji faktor dominan yang mendorong kepada masalah tersebut. Terdapat dua persoalan kajian, iaitu : a.) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi murid datang lewat ke sekolah ? b.) Apakah faktor dominan yang menyebabkan murid lewat datang ke sekolah? METODOLOGI KAJIAN Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam mengkaji masalah kelewatan murid-murid Tahap 2 di SJKC Jinjang Selatan. Reka bentuk kajian yang dipilih adalah kajian non-intervensi di mana reka bentuk ini lebih sesuai untuk digunakan bagi menerangkan trenda bagi satu populasi. Populasi kajian ini terdiri daripada 205 orang murid Tahap 2 di SJKC Jinjang Selatan dan subjek kajian dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Hal ini demikian kerana hanya murid-murid Tahap 2 yang pernah terlibat dalam masalah lewat datang ke sekolah akan dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah kaedah soal selidik yang mengandungi 24 item soalan. Skala Likert telah diaplikasikan dalam instrumen kajian di mana pilihan jawapan soal selidik hanya terdiri daripada ‘Setuju’, ‘Tidak Pasti’, dan ‘Tidak Setuju’ sahaja. Borang soal selidik akan diedarkan secara dalam talian melalui Google Form. Kajian rintis juga dilaksanakan bagi membuktikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang


406 digunakan. Hasil daripada soal selidik akan dikumpul dan dianalisiskan dengan menggunakan sistem Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 27.0. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lima faktor yang mendorong kepada masalah kelewatan ini, iaitu faktor diri sendiri, faktor rakan, faktor guru, faktor keluarga dan faktor persekitaran. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor guru merupakan faktor dominan yang mengakibatkan masalah kelewatan berlaku dalam kalangan murid-murid Tahap 2 di SJKC Jinjang Selatan. Dapatan ini disokong oleh Alis Puten (2016) yang menyatakan bahawa sikap dan cara pengajaran guru boleh mempengaruhi tahap motivasi dan minat murid. Dalam hal ini, purata min (m=1.642) pada bahagian faktor guru menunjukkan bahawa separuh daripada responden berpandangan bahawa sikap guru yang garang dan pelaksanaan aktiviti PdPc yang bosan merupakan antara punca mereka datang lewat ke sekolah. Terbuktinya bahawa kebanyakan daripada responden setuju bahawa guru yang garang dan kurang mahir dalam membuat perancangan aktiviti PdPc akan mengakibatkan mereka berasa bosan dan kurang bermotivasi untuk terus belajar. Dengan ini, murid-murid akan mula terlibat dengan masalah kelewatan dan seterusnya berkemungkinan besar juga akan terlibat dalam masalah disiplin yang lain seperti ponteng sekolah. Mohd Uzi Dollah dalam Berita Harian (28 Julai 2015) juga menyatakan bahawa guru yang menggunakan set panduan atau pendekatan pengajaran yang sama dalam jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan murid-murid mudah berasa bosan dan hilang tumpuan dalam bilik darjah. Contohnya, sekiranya guru hanya mengajar secara memberikan penerangan sepanjang tempoh keseluruhan pengajaran dalam bilik darjah, malah sudah tentunya akan menyebabkan murid-murid kurang minat untuk belajar subjek atau mata pelajaran tersebut dan seterusnya memilih untuk lewat datang ke sekolah. Selaras dengan pernyataan daripada Rabven (1977) yang menyatakan bahawa sekiranya murid-murid tidak beminat dalam sesuatu mata pelajaran yang tertentu atau guru yang gagal menarik minat mereka, murid-murid mudah hilang motivasi belajar dan akan melakukan apa juga yang terpapar di dalam hati mereka. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kajian ini telah menjalankan tinjauan ke atas faktor-faktor murid datang lewat ke sekolah di sekolah rendah. Dapatan daripada kajian tinjauan ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dan negara supaya lebih menitikberatkan masalah kelewatan murid-murid sekolah rendah di samping menyedarkan pihak-pihak yang terlibat supaya memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing agar masalah kelewatan ini dapat diatasi dengan lebih berkesan dan mantap. CADANGAN Cadangan diberikan agar boleh menjelajah lebih mendalam dan lebih jauh mengenai masalah kelewatan yang berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah. Pengkaji boleh menyelidik faktor-faktor masalah kelewatan ini dalam kalangan murid Tahap 1 dan seterusnya menjalankan kajian tindakan berkaitan bagi merancang cara penyelesaian yang sesuai dalam usaha untuk mengurangkan masalah murid lewat datang ke sekolah di SJKC Jinjang Selatan.


407 IMPLIKASI Berlandaskan dapatan kajian tersebut, pihak-pihak berkepentingan seperti pihak pentadbiran sekolah bukan sekadar dapat mengenalpasti faktor-faktor murid datang lewat ke sekolah, manakala membantu dalam merancang strategi penyelesaian dan membuat perancangan aktiviti yang sesuai dan berkesan dalam usaha untuk menangani masalah murid datang lewat ke sekolah dalam kalangan murid Tahap 2. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, aktivitiaktiviti atau program-program yang berkaitan dengan kesedaran dan kepentingan menepati masa ini turut boleh diadakan oleh pihak sekolah dan disasarkan kepada golongan murid Tahun 6 kerana golongan ini merupakan golongan yang paling banyak terlibat dalam masalah lewat datang ini. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada pengkaji-pengkaji yang lain dalam usaha untuk membuat tinjauan terhadap faktor-faktor yang boleh menjadi pemangkin kepada masalah murid datang lewat di sekolah rendah. RUJUKAN Al. Ramaiah (1992). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. IBS Buku Sdn Bhd. Alzahrin Alias dan Mohd Nassaruddin Parzi (2015). Remaja terpengaruh media soial. Kuala Lumpur: PTS Publication Sdn Bhd. A. M. Sultana & Siti Millah Rashid (2013). A Study on Time Management and Punctuality Issues among Students at Secondary School, Kedah. American Journal of Economics, 3(5C):52-56. Abd.Halim, T,Zuria M & Safani (2005). Permasalahan Pelajar-pelajar Fakir Miskin di Daerah Sabah Bernam. Jurnal Pendidikan 30:12-33. Fakulti Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia. Agus Sujanti, Halem Lubis dan Taufik Hadi (1991). Psikologi Kepribadian, Bumi Aksara:Jakarta. Asyli, Laura & Jennifer (2011) Schoolwide Intervention to Reduce Chronic Tardiness at the Middle and High School Levels. Routlege: Taylor & FrancisGroup. 55(3), 132-139. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Publication Sdn. Bhd. Berita Astro Awani. (2018). Masalah disiplin yang utama di sekolah Menegah dan rendah. Retrieved from : https://www.astroawani.com/berita malaysia/ponteng-sekolah-catat-rekod-tertinggi-salah-lakdisiplin 2017- 171057 Berita Harian. (2019, Februari 18hb). 10,154 kes disiplin babit pelajar tahun lalu. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/02/532222/ 10154-kes disiplin-babit-pelajar-tahun-lalu. Ms 3-4 Habibah Alias dan Noran Fauziah Yaakub (1997) Psikologi Personaliti, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. Harian Metro (2009) Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Ms4-5 How Lee Chan (2007). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Gejala Ponteng di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Faculty of Education. Universiti Teknologi Malaysia :Master Thesis. Hashim Adnan (2011) Gantung Pelajar kerana Datang Lewat tak Munasabah. Sumber daripada Utusan Bernama.


408 John W. Cresswell (2008) Educational Research-Planing, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Upper Saddle River NJ: Pearson Education, Inc. Kabir Adegunju, Eniola Alani & Lydia Agubosi (2019) Factors Responsible for Students’ Lateness to School as Expressed by Nigerian Teachers in Elementary School. Vol.6 (2), 185-97. Kamus Dewan. (1970). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kamus Dewan. (2012). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Pengetua. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Khairul Mahali (2006) Punca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasi-satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah Kulai Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Marshall E & Rossman (1995). Designing qualitative research. Thousand Oaks : Sage. Mok Soon Sang (2006) Siri Pendidikan PTK, Bah 1: Kompentasi Umum, Multimedia-Es.Selangor: Resources Sdn.Bhd. Mohd Azhar Yusof (2006). Amalan Pegurusan Masa Mahasiswa dalam Akademik dan Aktiviti Berpersatuan: Satu Kajian Terhadap Pelajar Spi, UTM. Muhammad Hatta Shaharom (1989) Psikologi Keluarga:Ke arah Rumah tangga Bahagia, Pustaka Salam : Kuala Lumpur. Muhamad Yusuf & Nor Mislan (2016) Permasalahan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah teknik Pasir Mas dalam menjalankan latihan amali: Kuala Lumpur,Fakulti Pendidikan. National Light (2022). Dealing with chronic tardiness in schools. Diperoleh daripada: https://www.nationallightngr.com/2022/07/14/dealing-with- chronic-tardiness-in-schools/ Noraini Zulkifli (2010). Disiplin dan Pelajar. Diperoleh daripada: https://www.researchgate.net/publication/326987996_Disiplin_dan_Pelajar Normawati Adnan (2 JAN 2020) 15,506 kes disiplin pelajar direkodkan di Kinta Utara. Sinar Harian. Diperoleh daripada: https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=21276 Nor Azalaila & Rosmaria (2016) Kajian Tindakan : Menangani Permasalahan Kelewatan Murid Ke Sekolah Melalui Belaian Kaunseling. Kuala Lumpur. http://www.nurhaizachemat.com/2018/09/kajian-tindakan-intervensi-topazdalam.html Nurshida Manan, Wan Normala Ali & Chieng L.A (2015). Kajian Tindakan Program “OPS PANTAS” Kempen Datang Awal Ke Sekolah Tahun 2015. Diperoleh daripada: https://www.nurhaizachemat.com/2016/02/kajian -tindakan-opspantas-ke-sekolah.html?m=1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia. Rohaty Mohd Maz Zubi (1999). Model-model teoritis disiplin dalam Rohaty Mohd Mahjzub, T.Subahan Mohd. Merah, Faridah Karim & Ahmad Jefki Hassan (pynt). Disiplin dalam Pendidikan, hlm 13-20, Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. Rice,F,Philip (2001). Human Development: A Life-Span Approach, Upper Saddle River: New Jersey Sharifah Mohd Nor (2000). Keberkesanan sekolah: satu persepktif sosiologi. Serdang, Universiti Putra Malaysia.


409 S. Mohammed Nor (2016) Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun 2016: `Borang Soal Selidik Masalah Murid Datang Lewat Ke Sekolah. Selangor: Bandar Puncak Alam. Diperoleh daripada: https://www.academia.edu/27083164/Borang_Soal_Selidik_Masalah Murid_Datang_Lewat_Ke_Sekolah_Arahan_Tandakan_X_pada_masalah_yang_berkaitan Sinar Harian (2020). 15,506 kes disiplin pelajar direkodkan di Kinta Utara. Retrieved from :https://www.sinarharian.com.my/article/64304/EDISI/Perak/15506-kesdisiplinpelajar-direkodkan-di-KintaUtara Stacy Zeiger (2017) THE IMPACT OF TARDINESS ON SCHOOL SUCCES. Hailey Elementary School. Diperoleh daripada: https://www.blaineschools.org/site/default.aspx?PageType=3&DomainID=12&ModuleInstanceID=2271&ViewI D=6446EE88-D30C-497E-9316-3F88 Steve Richard & Muhammad Hussin (2018). Pengurusan Disiplin : Kajian Kes Tahap Pengetahuan dan Kemahiran Guru Sekolah Rendah Di Daerah Song, Sarawak. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Suraidah Roslan (2022) Masalah infrastruktur punca sukar ke sekolah. Utusan Malaysia Online. Diperoleh daripada :https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/masalah-infrastruktur-punca-sukar-ke-sekolah/ Unit Disiplin Bahagian Sekolah-Sekolah, .Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994) Peratus kejadian kes disiplin di sekolah mengikut 10 jenis kesalahan yang dikenalpasti dalam kalangan 1191233 orang murid sekolah rendah dan menengah di Malaysia salah satunya adalah datang lewat ke sekolah. Virdhasya (2021). Punca Pelajar Datang Lewat Ke Kelas. Diperoleh daripada: https://puncakasta.blogspot.com/2021/11/punca-pelajar-datang-lewat-ke-kelas.html Zainab Hassan (2012). Ayuh Cepat Ke Kelas, Murid Sedang Menantimu. Kuala Lumpur:SK.Jalan Bellamy. Zainal Madon dan Mohd Sharani Ahmad (2005) Panduan Mengurus Remaja Moden. PTS. Bentong, Pahang: Professional Publishing Sdn.Bhd. Zainudin Abu Bakar & Mohd Khamsuldin Abdul Wahab (2011) Konsep kendiri pelajar dan hubungnnya dengan masalah disiplin di SMK Penghulu Saat Batu Pahat Johor: Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 3 september 2011, Pages 36-58/ISSN : 2231-735X: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.


410 MASALAH DISIPLIN MURID TAHAP DUA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) HAN MING, PUCHONG ONG YUAN NI ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan mengutamakan pembangunan secara holistik dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Maka, kita dapat mengetahui bahawa fokus primer pendidikan tidak hanya melahirkan murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik tetapi untuk membentuk murid yang bersahsiah baik dan berohani. Jika kita meninjau dari minda kelas pertama, kita akan mengesan bahawa masalah disiplin murid telah menjadi bagai duri dalam daging dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Hal ini telah dibuktikan oleh Datuk Seri Mahadzir Khalid di Utusan Borneo (2017) di mana masalah displin murid telah menjadi halangan yang amat kritikal dalam gelombang kedua perkembangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu tahun 2016 hingga tahun 2020. Dari kaca mata yang lain, berita Sinar Harian juga telah melaporkan bahawa masalah disiplin murid telah semakin meningkat pada tahun 2019 dan dibuktikan melalui statistik yang boleh dipercayai. Hasil statistik berita Sinar Harian pada tahun 2019 juga menyatakan bahawa seramai 111895 orang murid telah melibatkan diri dalam gejala disiplin di mana 16849 orang murid terdiri daripada kategori sekolah rendah dan 95046 orang murid terdiri daripada sekolah menengah. Hal ini tidak boleh dipandang dengan sikap acuh tak acuh kerana ia telah menunjukkan bahawa disiplin murid di Malaysia telah semakin merosot dan menuju ke arah yang mengancamkan pembangunan negara. Dalam kes ini, kita tidak boleh mengecualikan kemungkinan bahawa murid yang sentiasa menglibatkan diri dalam masalah disiplin di sekolah akan menuju ke kes jenayah yang lebih darurat. Tamsilnya, seseorang murid terlibat dengan Kajian ini bertujuan menganalisis masalah disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong serta mengenalpasti punca-punca yang mempengaruhi masalah disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah mengedarkan borang soal selidik bagi menghasilkan dapatan kajian. Hasil dapatan daripada borang soal selidik telah menunjukkan tahap disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong adalah berada di tahap rendah. Dari aspek punca yang mempengaruhi disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong pula, punca ibu bapa dan punca guru adalah berada di tahap rendah manakala punca rakan sebaya adalah berada di tahap sederhana. Hasil kajian ini diharap dapat membantu pelbagai pihak yang berkenaan seperti guru bimbingan dan kaunseling, ibu bapa dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merancang strategi yang berkesan dalam membendung masalah disiplin murid di sekolah. Kata Kunci: Disiplin, Masalah disiplin, Murid


411 masalah mencuri di sekolah pada awalnya mungkin akan cuba merompak bank apabilanya sudah dewasa. Jelaslah bahawa masalah disiplin murid di sekolah merupakan isu yang semakin kronik dan perlu dipandang serius pada zaman peningkatan sains dan teknologi ini. PENYATAAN MASALAH Berita Harian, 2019, telah melaporkan bahawa sebanyak 10154 kes disiplin telah dilakukan di kalangan murid sekolah Negeri Sembilan pada tahun 2018. Dari kaca mata yang lain, Sinar Harian, 2019 juga telah menjelaskan bahawa masalah disiplin terutamanya kes ponteng sekolah telah menjadi buah mulut bagi masyarakat setelahnya diumumkan sebagai masalah disiplin murid sekolah yang mencapai rekod tertinggi sepanjang tahun 2017. Selain masalah disiplin merokok dan ponteng sekolah, masalah buli di sekolah juga menjadi sangat kritikal di mana statistik telah menunjukkan bahawa sebanyak 3448 kes buli telah dicatatkan pada tahun 2016 dan sebanyak 872 kes dicatatkan sehingga Jun 2017 (Berita Harian, 2018). Jika meninjau dari kajian Mohd Razimi Husin et al., (2020), faktor utama berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid seperti vandalism adalah dipengaruhi oleh keluarga nuklear serta rakan sebaya mereka. Kajian Diana Wukandari, Lee Jun Choi dan Mohammad Syawal Narawi (2019) pula mendapati bahawa terdapat hubungan positif antara gaya asuhan ibu bapa dengan masalah disiplin. Selain itu, Datuk Fadzillah bersetuju bahawa sebanyak 95% masalah disiplin adalah dipengaruhi oleh ibu bapa. Pernyataan ini juga telah dibuktikan melalui kajian Andy Chandra dan Aritha Perangin Angin (2017) di mana masalah disiplin murid di sekolah biasanya didorong daripada ibu bapa mereka. Maka, kita tidak boleh menafikan bahawa faktor keluarga telah menjadi salah satu punca yang menyebabkan murid untuk melakukan tingkah laku yang tidak berdisiplin di sekolah. Jika kita meninjau dari minda kelas pertama, tingkah laku seseorang murid biasanya juga akan dipengaruhi oleh rakan yang terdekat. Hal ini disebabkan oleh murid yang belum lagi berfikiran matang mudah untuk terpengaruh dan mengikut kata-kata atau tingkah laku rakan. Hal ini dapat dibuktikan melalui oleh keputusan kajian Lukman Hakim et al., (2019) di mana masalah disiplin murid iaitu ponteng sekolah adalah disumbang oleh faktor rakan sebaya. Azizi Yahaya dan Muhamad Jumat Aliju dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga telah membuktikan bahawa tekanan yang diberikan oleh rakan sebaya akan mempengaruhi seseorang untuk melakukan tingkah laku negatif dan turut menyebabkan masalah disiplin untuk berlaku. Namun, kajian Nik Nursyairah Nik Nordin dan Mohd Nasir Selamat (2018) pula membuktikan bahawa faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi tingkah laku buruk murid adalah faktor guru berbanding dengan faktor ibu bapa dan rakan sebaya. Maka, punca murid melakukan masalah disiplin perlu ditinjau dan dikaji secara lebih mendalam. OBJEKTIF KAJIAN a. Untuk melihat tahap disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong. b. Untuk mengenalpasti punca-punca yang mempengaruhi disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong.


412 PERSOALAN KAJIAN a. Apakah tahap disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong? b. Apakah punca-punca yang mempengaruhi displin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang tertumpu pada reka bentuk kajian tinjauan untuk melihat tahap disiplin murid tahap dua serta punca yang mempengaruhi disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong. Pengkaji telah mengedarkan instrumen soal selidik menerusi Google Form kepada para responden kajian untuk mendapatkan data-data kuantitatif berkaitan tinjauan tahap disiplin murid tahap dua serta punca yang mempengaruhi disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong. Berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970), seramai 278 orang set soal selidik dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data soal selidik yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif dari segi min. Pengkaji juga mempersembahkan hasil dapatan kajian dalam berbentuk jadual untuk mempermudahkan pembaca memahami hasil kajian dari aspek disiplin murid tahap dua serta punca yang mempengaruhi disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Pengkaji akan menganalisis data yang berkaitan dengan tahap disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong serta punca yang mendorong masalah disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong berdasarkan lima pilihan skor Skala Likert Mata. Dalam kes ini, analisis yang dibuat adalah berdasarkan tiga tahap utama nilai min merujuk daripada kajian (Landell, 1997; Nurulhuda, 2015; Mohammad Azri Amatan & Crispina Gregory K Han, 2019). Tiga tahap utama nilai min tersebut adalah 1.00-2.59 (rendah), 2.60-2.99 (sederhana) dan 3.00-4.00 (tinggi). Jika kita meninjau dari aspek tahap disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong, nilai min yang diperolehi adalah 1.36. Nilai min ini telah berada di tahap rendah. Dalam kes ini, item yang memperolehi nilai min yang paling rendah adalah item “saya merokok di kawasan sekolah” dengan nilai 1.11. diikuti dengan item kedua rendah iaitu item “saya lepak di pusat membeli belah” dengan nilai min 1.15. Secara keseluruhannya, dapatan yang diperoleh dari aspek tahap disiplin telah jelas menunjukkan bahawa tahap disiplin murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong adalah dalam keadaan yang sangat memuaskan. Hasil dapatan kajian ini telah mempunyai persamaan dengan hasil dapatan kajian Siti Hajar et al., 2019 di mana kajian yang dikendalikan iaitu kajian Peranan Kaunselor Dalam Menangani Masalah Ponteng Kelas telah menunjukkan bahawa tahap disiplin murid di sekolah adalah berada pada tahap yang rendah. Jadual 1: Taburan responden mengikut min bagi item disiplin


413 Dari aspek yang mempengaruhi disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong, punca ibu bapa dan punca guru telah berada di tahap min yang rendah manakala punca rakan sebaya pula berada di tahap min yang sederhana. Dalam kes ini, purata min yang diperolehi oleh punca ibu bapa adalah 2.07 (tahap rendah) di mana item yang memperolehi skor min paling rendah dalam aspek ini adalah item “saya tidak sayang ibu bapa saya” dengan skor min 1.66. Hasil dapatan bagi punca ibu bapa selaras dengan hasil dapatan kajian Absha Atiah Abu Bakar dan Mohd Isa Hamzah (2019) di mana pengkaji mendapati bahawa punca ibu bapa terhadap keterlibatan remaja dalam masalah disiplin adalah berada pada tahap rendah dengan min 2.43. Jadual 2: Taburan responden mengikut min bagi punca ibu bapa


414 Purata min yang diperolehi oleh punca guru pula adalah 2.34 (tahap rendah). Dalam kes ini, item yang mendapati skor min yang paling rendah adalah item item “guru jarang memberi peluang untuk bertanya soalan” dengan skor min 1.97. Hasil dapatan kajian telah disokong oleh kajian Ainonmadiah Mohd. Nawawi, Awani Mohd, Norhana Md Saad, Juliana Baharuddin dan Siti Noor Ismail (2016). Hal ini disebabkan oleh hasil dapatan kajiannya telah mendapati bahawa gaya pengajaran guru tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap ponteng di sekolah. Jaduan 3: Taburan responden mengikut min bagi punca guru Dari aspek punca rakan sebaya pula, purata min yang diperolehi adalah 2.89 (tahap sederhana). Dalam kes ini, item yang memperolehi nilai min terendah adalah item “saya mempunyai ramai kawan yang tidak bersekolah” dengan skor min 1.68 manakala item yang memperolehi nilai min tertinggi adalah item “saya suka berjalan-jalan dengan kawan” yang dengan skor min 3.85. Hasil dapatan ini adalah selaras dengan kajian Absha Atiah Abu Bakar dan Mohd Isa Hamzah (2019) di mana mereka berpendapat bahawa punca rakan sebaya adalah berada pada tahap sederhana terhadap keterlibatan remaja dengan masalah disiplin. Hal ini akan berlaku adalah disebabkan oleh murid yang berada pada peringkat ini mula mempunyai kebergantungan yang rendah pada keluarga. Dengan ini, mereka akan mula mengisi kekosongan jiwa dengan rakan sebaya masing-masing.


415 Jadual 4: Taburan responden mengikut min bagi punca rakan sebaya KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap disiplin serta punca yang mempengaruhi disiplin murid tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming, Puchong. Kajian yang dijalankan ini adalah kajian tinjauan dan telah dilaksanakan dengan kaedah kuatitatif. Tahap disiplin murid tahap dua di sekolah tersebut adalah memuaskan dan punca-punca yang mempengaruhi disiplin murid tahap dua masih boleh dikawal lagi. Kajian lanjutan dicadangkan untuk memperluaskan lagi kajian di mana pengkaji yang seterusnya boleh melibatkan lebih banyak sekolah di sekitar Malaysia supaya dapat memberi gambaran yang tepat dan sebenar terhadap tahap disiplin murid di sekolah Malaysia. Seterusnya, pengkaji juga mencadangkan bahawa pengkaji yang seterusnya boleh melaksanakan skop kajian ini dengan kaedah yang berbeza atau menjalankan kajian dalam bentuk kualitatif supaya skop kajian terhadap tahap disiplin murid di sekolah dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci dan mendalam. Bukan itu sahaja, pengkaji juga mencadangkan bahawa pengkaji yang seterusnya boleh memperluaskan skop kajian dengan melibatkan lebih banyak punca semasa melaksanakan kajian yang berkenaan dengan punca yang mendorong masalah disiplin murid ini. Secara keseluruhannya, pengkaji menjalankan kajian ini untuk memberi sumbangan kepada guru bimbingan dan kaunseling mahupun pihak sekolah dalam merancang dan menganjurkan program-program yang dapat meningkatkan akhlak murid. Bukan itu sahaja, kajian ini dijalankan juga adalah bertujuan untuk dijadikan panduan


416 kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merancang pelan pendidikan yang mengutamakan aspek pembentukan akhlak baik murid mahupun dasar-dasar kurikulum yang mendorong pembentukan tingkah laku baik murid. RUJUKAN Berita Harian. (2019). Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/02/532222/10154-kesdisiplin-babit-pelajar-tahun-lalu Annisa Puteri Iriani. (2021). Mengenal Teori hierarki Kebutuhan Maslow Dalam Buku Karya Sutarto Wijono. PROFESI ONLINE. Retrieved from https://profesi-unm.com/2021/04/24/mengenal-teori-hierarki-kebutuhan-maslowdalam-buku-karya-sutarto-wijono/ Belle L.J. (2018). The Causes of a Lack of Discipline Among School; Learnes in Mauritus. Journal of Social Sciences. Berita Harian. (2019). Tangani Jenayah Dalam kalangan murid sekolah . Retrieved from https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/08/591645/tangani-jenayah-dalam-kalangan-muridsekolah Hami, W. (2014). Teori Ekologi Bronfenbrenner. Academia.edu. Retrieved from https://www.academia.edu/3548155/Teori_Ekologi_Bronfenbrenner Institut Pendidikan Guru Malaysia. (n.d.). Buku Panduan Penyelidikan Kajian Kes. Retrieved from http://mail.ipg.edu.my/bpanduan/kajian_kes/Penyelidikan_kajian_kes.pdf Berita Harian (2020). Retrieved from https://www.beritaharian.sg/setempat/kes-buli-sekumpulan-murid-sekolahmee-toh-dikenakan-tindakan-disiplin Mohd Razimi Husin et al. (2020). Faktor Utama Vandalisme dalam Kalangan Pelajar di Sekolah (Vol. 2:52-61). Journal of Humanities and Social Sciences. Mujahidah. (2015). Implementasi teori Ekologi Bronfenbrenner Dalam membangun pendidikan Karakter Yang Berkualitas. Lentera: Jurnal Ilmu Dakwah dan Komunikasi. Retrieved from https://www.neliti.com/publications/145304/implementasi-teori-ekologi-bronfenbrenner-dalam-membangunpendidikan-karakter-ya Othman Mohamad Khairi, Mohd Zailani Mohd Yusoff, Fauziah Abdul Rahim, & Alis Puteh (2016). Perspektif Ibu Bapa Terhadap Permasalahan dan Cabaran Dalam Pembentukan Nilai Murni Pelajar (Vol. 9-16). Jurnal Sains Humanika. Berita Harian (2018). Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/456932/pengaruh-rakansebaya-faktor-utama-terjebak-dadah Qaisser Sulaiman, Ishtiaq Hussain, & Almas Ikram Kayani. (2017). Factors Contributing To Truancy Among Secondary School Students in Karak District, Pakistan. Journal of Education and Practice. Studentsrepo UM. (2015). Bab 3 metodologi kajian . Retrieved from http://studentsrepo.um.edu.my/3415/6/Bab3.pdf


417 TAHAP PERSEPSI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING TERHADAP E-KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH DAERAH KUCHING PATRICIA PHANG CHING CHING ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Komputer dan pencapaian internet memainkan peranan yang penting dalam perkhidmatan e-kaunseling. E- kaunseling ini dipercayai dapat membekalkan satu peluang yang unik untuk murid mendapatkan perkhidmatan kaunseling tanpa kekangan masa dan tempat. Patricia T. Lunt (2004) menyatakan bahawa United States telah menjalankan e-kaunseling di sekolah untuk membantu murid dari segi akademik, sosioemosi, pembuatan keputusan serta keperluan mereka supaya murid dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan produktif. Guru bimbingan dan kaunseling (GBK) di Malaysia juga mula mementingkan e-kaunseling menjelang Revolusi Industri (IR) 4.0 dan perebakan pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19). IR 4.0 telah mewujudkan sistem siber-fizikal dalam pendidikan di Malaysia dan hal ini secara tidak langsung telah mengembangkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah kepada bentuk digital. Buktinya, dalam Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor (Malaysia) Bahagian A Perkara 12, iaitu Aplikasi Teknologi telah menyediakan garis panduan dan etika untuk perkhidmatan e-kaunseling ini. Ringkasnya, IR 4.0 yang menghubungkan dunia digital dengan manusia melalui internet ini mendorong perkembangan perkhidmatan e-kaunseling. Perkhidmatan e-kaunseling telah berkembang di Malaysia menjelang Revolusi Industri (IR) 4.0 dan perebakan pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19). E-kaunseling ini merupakan suatu inovasi dan media komunikasi antara guru bimbingan dan kaunseling (GBK) dengan murid yang memenuhi keinginan serta keperluan murid untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan intervensi segera mengikut keselesaan murid tanpa dihadkan oleh lokasi geografi dan kekangan masa (Zainab Ismail, 2018). Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap persepsi GBK terhadap perkhidmatan e-kaunseling di sekolah rendah daerah Kuching. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik dalam bentuk Google Form. Soal selidik ini mempunyai 5 bahagian dan mengandungi 28 item. Sasaran kajian merupakan 10 orang GBK yang berpengalaman dalam menjalani sesi ekaunseling. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap persepsi GBK terhadap ekaunseling berada di tahap sederhana sahaja (skor min = 2.36, SP=0.443). Hal ini bermakna kebanyakan GBK di daerah Kuching mempunyai kecederungan yang rendah untuk menjalani perkhidmatan e-kaunseling. E-kaunseling masih belum disebar luas. Keadaan ini perlulah disedari dan dibantu serta disokong oleh pihak kerajaan dan pihak sekolah supaya profesional GBK dapat ditingkatkan. Kursus dan bengkel yang berkaitan dengan e-kaunseling perlulah disertai agar mempunyai kemahiran dan teknik dalam menguruskan sesi e-kaunseling. Kajian lanjutan dicadangkan agar memanjangkan tempoh pelaksanaan kajian dan meningkatkan saiz populasi demi mendapat maklumat yang lebih menyeluruh untuk perhatian dan tindakan kesemua pihak. Diharapkan hasil kajian ini akan dapat menjadi rujukan dan panduan kepada pelbagai pihak berkenaan untuk kajian selanjutnya. Kata Kunci: Tahap Persepsi, GBK, E-Kaunseling


418 Pandemik Covid-19 yang berleluasa pada bulan Mac 2020 juga mendorong dan mempromosikan perkhidmatan ini kepada masyarakat Malaysia. Hal ini adalah kerana penyebaran pandemik ke seluruh dunia ini telah menyebabkan gangguan emosi individu berlaku. Banyak murid yang menghadapi masalah sosioemosi akibat dikuarantin dan dihadkan aktiviti sosial (Khairi et al., 2020). Mereka berasa tertekan dan gelisah kerana kehidupan mereka mengalami perubahan yang besar secara negatif. Abdul Rashid (2020) telah menyeru agar setiap individu memanfaatkan talian khidmat sokongan seperti e-kaunseling bagi memastikan aspek kesihatan mental yang baik sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19 ini. Justeru, E-kaunseling dilihat sebagai satu perkhidmatan alternatif yang boleh ditawarkan kepada murid-murid bermasalah untuk membincangkan dilema yang dihadapi oleh mereka dengan GBK bagi mendapatkan bimbingan, konsultasi, maklum balas dan sokongan melalui medium internet secara cepat dan berkesan. Perkhidmatan ini dapat memudahkan murid untuk meminta bantuan secara dalam talian. Oleh itu, kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau tahap persepsi GBK di daerah Kuching terhadap penggunaan perkhidmatan e-kaunseling di sekolah melalui beberapa aspek. PENYATAAN MASALAH Menurut Dr Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad (2005), GBK menghadapi masalah bahawa murid tidak suka berjumpa dengan kaunselor untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka beranggapan bahawa masalah peribadi mereka tidak perlu diketahui oleh kaunselor. Murid juga berasa lebih selesa jika sesi kaunseling dapat dijalankan pada bila-bila masa terutamanya apabila mereka sedang menghadapi masalah. Mereka tidak suka membuat temu janji dengan GBK kerana berasa tindakan tersebut leceh dan akan melambatkan penyelesaian masalah. Kajian Wong, et al (2018) menunjukkan bahawa lebih kurang 35% murid lebih rela untuk melibatkan diri dalam perkhidmatan e-kaunseling berbanding dengan kaunseling bersemuka. Tri Widati (2021) dalam kajiannya di Indonesia pula menunjukkan penerimaan yang tinggi oleh kaunselor terhadap konsep e-kaunseling, iaitu setinggi 70% kaunselor berpendapat bahawa e-kaunseling perlu disebarkan. Sebanyak 60% kaunselor juga berpendapat bahawa klien dapat berkomunikasi dengan kaunselor secara dalam talian kerana e-kaunseling dianggap sebagai penawaran yang amat berguna dan berfaedah bagi klien yang bermasalah. Kaunselor Indonesia menunujukkan persepsi yang positif terhadap e-kaunseling. Jadi, tahap persepsi GBK terhadap e-kaunseling ditinjau berdasarkan tinjauan Kajian untuk mengetahui keberkesanan e-kaunseling berdasarkan keyakinan GBK. Proses kaunseling yang tidak lagi terhad kepada pertemuan bersemuka di dalam bilik kaunseling menunjukkan potensi e-kaunseling yang besar dalam membantu murid pada masa ini. Pelaksanaan e-kaunseling dipercayai dapat menjaga privasi klien dan mempunyai perlindungan tanpa nama (anonymity) yang tidak terdapat dalam kaunseling bersemuka (Zaida Nor Zainudin & Lee Wei Rong, 2020). Oleh itu, kajian ini dijalankan supaya dapat mengetahui tanggapan GBK terhadap penggunaan e-kaunseling oleh murid di sekolah. Jika GBK mempunyai persepsi yang negatif terhadap perkhidmatan ini, sebabnya dapat diteroka seperti kekurangan pelatihan dan kecekapan kerana pengetahuan tentang e-kaunseling tidakdikemas kini (Anthony, 2015). Contohnya, kajian Lai Wei Foon, et al (2020) yang melibatkan 66 orang kaunselor sekolah mempunyai hasil pendapat bahawa 91% responden amat setuju bahawa penggunaan e-


419 kaunseling dipengaruhi oleh kecekapan dalam IT dan pelatihan kemahiran menjalani e-kaunseling. Oleh itu, 85% responden sekolah telah memberi maklum balas bahawa diri tidak yakin dalam menjalani sesi e-kaunseling kerana kukurangan kemahiran untuk mengendalikan sesi e-kaunseling dan penggunaan perkhidmatan e-kaunseling menjadi tidak begitu digalakkan. Dengan adanya kajian-kajian ini, gambaran sebenar terhadap e-kaunseling kini dapat diwujudkan. Sehubungan itu, kajian ini juga boleh memberi pendedahan kepada kaunselor atau GBK lain untuk melakukan penambahbaikan dari segi pendekatan yang sedia ada supaya keberkesanan perkhidmatan ini dapat ditingkatkan lagi. Oleh itu, kajian ini amat penting untuk dilancarkan agar GBK dapat menjalankan perkhidmatan ini dengan lebih berkesan. Walaupun ekaunseling boleh dijalankan dengan pelbagai modaliti menggunakan platform seperti e-mel rasmi, whatsapp, telegram, khidmat pesanan ringkas (SMS), google meet, zoom dan sebagainya sebagai medium perantaraan untuk menjalankan sesi kaunseling, perantaraan e-mel atau ruang sembang paling disukai (Zaida Nor Zainudin & Prof Madya Dr Lily Mastura, 2006). Hal ini adalah kerana kaunselor dapat memberi maklum balas kepada klien dengan segera dan di mana sahaja. Justeru, tahap persepsi GBK perkhidmatan e-kaunseling juga ditinjau agar mengetahui sikap dan kesediaan GBK dalam penggunaan e-kaunseling. Selain itu, tidak banyak kajian tentang perkhidmatan e-kaunseling dijalankan di Malaysia. Kebanyakan kajiankajian terdahulu yang melihat persepsi kaunselor dan klien terhadap perkhidmatan e-kaunseling merupakan kajian luar negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengisi kekosongan ini dengan meninjau tahap persepsi GBK di daerah Kuching terhadap perkhidmatan e-kaunseling. Dengan ini, gambaran terkini tentang e-kaunseling di Malaysia juga dapat diwujudkan. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah untuk: a. Mengenal pasti tanggapan GBK terhadap murid yang melayari internet b. Mengenal pasti kesediaan GBK terhadap perkhidmatan e-kaunseling c. Mengenal pasti keyakinan GBK dalam penggunaan e-kaunseling d. Mengenal pasti pandangan GBK terhadap perkhidmatan e-kaunseling PERSOALAN KAJIAN Persoalan Kajian ialah: a. Apakah tanggapan GBK terhadap murid yang melayari internet? b. Apakah kesediaan GBK terhadap pelaksanaan perkhidmatan e-kaunseling? c. Adakah GBK yakin dalam penggunaan e-kaunseling? d. Apakah pandangan GBK terhadap perkhidmatan e-kaunseling? METODOLOGI KAJIAN


420 Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang meninjau tahap persepsi GBK di sekolah terhadap e-kaunseling melalui kaedah soal selidik. Soal selidik yang diberikan mempunyai 5 bahagian, iaitu bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden, bahagian B berkaitan dengan tanggapan GBK terhadap murid yang melayari internet, bahagian C melibatkan kesediaan GBK terhadap e-kaunseling dan bahagian D melibatkan keyakinan GBK dalam e-kaunseling yang dijalankan. Bahagian E merupakan pandangan GBK terhadap e-kaunseling. Untuk menjalankan sesi e-kaunseling dengan lancar, pencapaian internet yang baik diperlukan oleh GBK dan murid. Oleh itu, lokasi kajian dipilih di daerah Kuching kerana daerah tersebut merupakan daerah bandar dan dipercayai pencapaian internet di kawasan tersebut adalah baik. Ekonomi di kawasan bandar juga lebih baik dan kedua-dua pihak, iaitu GBK dan murid mempunyai peralatan seperti komputer dan telefon. Seramai 10 orang GBK daerah Kuching dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) yang mementingkan bahawa saiz sampel perlu berpadanan dengan saiz populasi kajian. Pemilihan GBK adalah menggunakan Pensampelan Berdasarkan Kriteria untuk menjaminmaklumat yang didapati adalah menyeluruh berdasarkan objektif kajian. Jenis pensampelan ini digunakan bagi menentukan peserta yang mempunyai ciri-ciri khas yang diperlukan sahaja dipilih supaya persepsi GBK lebih tepat dan boleh dipercayai. Data soal selidik yang dikumpul telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29.0. Data yang dikodkan dimasukkan ke dalam SPSS versi 29.0 untuk menganalisis data kajian ini dengan lebih terperinci di mana semua statistik seperti min, sisihan piawai, median, mod, nilai Alpha Cronbach dan sebagainya didapati secara menyeluruh untuk menjalani analisis statistik. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Huraian tentang profil responden kajian ini meliputi aspek jantina, umur, bangsa, agama, tahap pendidikan, tempoh perkhidmatan, bilangan menjalani e-kaunseling, cara pelaksanaan e-kaunseling dan peralatan yang digunakan semasa menjalani e-kaunseling. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan populasi responden GBK di daerah Kuching adalah perempuan (90%) manakala majoriti umur responden adalah 31 hingga 40 tahun (50%). Kebanyakan bangsa responden adalah terdiri daripada bangsa Cina (70%). Di samping itu, taburan responden berkenaan tahap pendidikan yang mencapai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling adalah sebanyak 30% dan majoriti responden mempunyai tempoh pengalaman berkhidmat sebagai GBK sepanjang 10 tahun ke atas (60%). Dari aspek bilangan menjalani e-kaunseling pula, hasil analisis menunjukkan bahawa kebanyakan responden adalah antara 11 hingga 20 kali dan 31 kali ke atas (30%), manakala majoriti responden menggunakan ruang sembang media sosial, video konferens dan audio audio (20%) serta suka menggunakan komputer dan telefon pintar (40%) semasa menjalani sesi e-kaunseling. Jadual 1 Tanggapan GBK Terhadap Murid Yang Melayari Internet


421 Jadual 1 menunjukkan hasil analisis tentang bahagian B. Min item 13 (Murid suka untuk menjalani e-kaunseling kerana berkesan dalam menyelesaikan masalah) adalah terendah, iaitu hanya 2.0 manakala min item 9 (Murid mudah didapati sedang melayari internet) adalah tertinggi, iaitu 3.0. Kekerapan tertinggi dalam bahagian ini ialah Setuju (S), iaitu ƒ=23 (46%) manakala kekerapan terendah ialah Sangat Setuju (SS), iaitu ƒ=2 (4%). Terdapat 8 responden yang memilih skala Tidak Setuju (TS) pada item 13 dan hal ini menjadi mod bagi bahagian ini. Peratus kumulatif yang dikira pula menunjukkan 50% daripada keseluruhan responden lebih cenderung kepada pemilihan tidak setuju dalam bahagian ini. Item 18 (Saya pernah menghadiri banyak kursus atau bengkel berkaitan dengan perkhidmatan e-kaunseling termasuk cara mengendalikannya) mempunyai min yang terendah, iaitu hanya 1.6 manakala min item 17 (Saya


422 menerima dan sudi untuk melibatkan diri dalam kursus e-kaunseling jika ada) adalah tertinggi, iaitu 3.2. Kekerapan tertinggi dalam bahagian ini ialah Tidak Setuju (TS), iaitu ƒ=17 (34%) manakala kekerapan terendah ialah Sangat Setuju (SS), iaitu ƒ=4 (8%). Mod bahagian ini wujud apabila 6 responden memilih skala Setuju (S) pada item 17. Peratus kumulatif yang dikira pula menunjukkan 60% daripada keseluruhan responden lebih cenderung kepada pemilihan tidak setuju dalam bahagian ini. Jadual 3; Keyakinan GBK Dalam Penggunaan E-Kaunseling Min terendah dalam bahagian ini ialah item 21 dan 22 (Saya dapat menyepadukan kaunseling bersemuka dengan e-kaunseling) dan (Dapatan positif selalu dapat dicapai melalui pelaksanaan e-kaunseling di sekolah kerana saya dapat mengawal proses e-kaunseling) dengan min 2.1. Min yang tertinggi ialah 3.4 di item 19 (Saya dapat menjaga etika dan profesional seorang kaunselor dalam menjalani sesi e-kaunseling). Kekerapan tertinggi dalam bahagian ini ialah Setuju (S), iaitu ƒ=21 (42%) manakala kekerapan terendah ialah Sangat Setuju (SS), iaitu ƒ=7 (14%). Peratus kumulatif yang dikira pula menunjukkan 56% daripada keseluruhan responden lebih cenderung kepada pemilihan setuju dalam bahagian ini.


423 Min item 25 (Saya berasa lebih mudah untuk menjalani sesi e-kaunseling seperti pemberian maklumat berbanding dengan sesi kaunseling secara bersemuka di sekolah) paling rendah, iaitu hanya 2.1 manakala min item 9 (E-kaunseling sangat membantu murid yang malu atau tidak biasa mendapatkan kaunseling secara bersemuka) adalah tertinggi, iaitu 2.7. Kekerapan tertinggi dalam bahagian ini ialah Setuju (S) dengan ƒ=18 (36%) manakala kekerapan terendah ialah Sangat Setuju (SS), iaitu ƒ=2 (4%). Terdapat 2 mod dalam bahagian ini, iaitu pada skala Setuju (S) item 26 dan 28. Peratus kumulatif yang dikira ini menunjukkan 60% daripada keseluruhan responden lebih cenderung kepada pemilihan tidak setuju dalam bahagian ini.


424 Gambaran keseluruhan terhadap kajian ditunjukkan bahawa tahap persepsi GBK terhadap e-kaunseling adalah pada tahap sederhana (skor min = 2.36, SP=0.443). Walau bagaimanapun, nilai sisihan piawai yang rendah menunjukkan bahawa item soal selidik fokus dan tidak lari daripada topik kajian. Nilai skor min yang tertinggi adalah pada item 19 (Saya dapat menjaga etika dan profesional seorang kaunselor dalam menjalani sesi e-kaunseling) dengan min skor 3.4. Dalam nada yang berbeza, item 18 (Saya pernah menghadiri banyak kursus atau bengkel berkaitan dengan perkhidmatan e-kaunseling termasuk cara mengendalikannya) dan item 24 (Pada pendapat saya, e-kaunseling lebih bermanfaat berbanding dengan kaunseling secara bersemuka) mencapai nilai skor min yang paling rendah, iaitu 1.60 (SP=0.699). Skor min yang rendah bermaksud tahap persepsi GBK yang rendah. GBK sememangnya memerlukan kursus atau bengkel tentang e-kaunseling untuk meningkatkan profesional mereka. Hal ini disebabkan hasil dapatan ini mencerminkan bahawa GBK masih tidak dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam e-kaunseling seperti kaunseling bersemuka. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, GBK mempunyai tahap persepsi yang agak sederhana terhadap e-kaunseling dengan skor min 2.36 (SP=0.443). Dapatan ini selari dengan kajian Zainah Ahmad Zamani, et al (2010) serta kajian Lai Wei Foon, et al (2020) yang menunjukkan e-kaunseling kurang memberi manfaat. E-kaunseling ini merupakan inovasi yang baharu dan masih belum diteroka dengan mendalam lagi. Tahap persepsi GBK


425 Kuching yang mempunyai tahap sederhana terhadap e-kaunseling hanya merupakan permulaan kepada penerokaan ekaunseling di Malaysia. Sebagai cadangan, tempoh masa pelaksanaan kajian boleh dipanjangkan supaya dapat dijalankan dengan lebih teratur dan bukannya secara bergesa-gesa. Seterusnya, kajian ini seharusnya melibatkan populasi responden yang lebih besar agar kepercayaan hasil dapatannya ditingkatkan. Dengan ini, gambaran yang menyeluruh terhadap e-kaunseling dapat dilakar dan dapat dijadikan panduan kepada tindakan yang akan diambil jika perlu. Pihak kerajaan juga boleh memberi sokongan dengan mengalakkan penawaran kursus kepada guru pelatih dalam Program Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling atau Program Ijazah Sarjana Muda Psikologi. Dengan ini, program latihan e-kaunseling dapat ditambahkan dalam bentuk amali, praktikum atau internship supaya memberi pengalaman yang mencukupi kepada bakal GBK ini. Mereka juga dapat menguasai kemahiran dan teknik untuk mengendalikan sesi e-kaunseling dengan lebih berkesan. Selain itu, pemberian lesen khas kepada GBK yang mempunyai kemahiran dan teknik untuk mengendalikan sesi e-kaunseling juga boleh diaplikasikan dalam memastikan penawaran perkhidmatan e-kaunseling yang mematuhi etika dan garis panduan. Tambahan pula, dapatan kajian ini akan membuka dimensi baru dalam latihan kaunselor. Perkhidmatan E-Kaunseling boleh dijadikan sebagai satu cabang dalam perkhidmatan kaunseling dan dijadikan satu subjek dalam silibus kaunseling untuk melatih bakal kaunselor. Subjek ini kemudian diajar kepada kaunselor pelatih di peringkat ijazah sarjana muda supaya semua bakal kaunselor boleh didedahkan dengan pelaksanaan perkhidmatan ekaunseling yang berpotensi mengembang pada era teknologi ini. Pihak sekolah pula boleh bekerjasama dengan membekalkan peralatan untuk menjalankan perkhidmatan ekaunseling serta menghantar GBK menghadiri kursus atau bengkel yang berkaitan supaya dapat meningkatkan kemahiran dan teknik GBK dalam mengendalikan sesi e-kaunseling serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri dalam pengurusan kaunseling dan psikologi agar proseskerja lebih mudah untuk diselesaikan. Dengan ini, tahap persepsi GBK terhadap e-kaunseling dipercayai dapat ditingkatkan. Kajian ini dijalankan seiring dengan arus perkembangan semasa dan transformasi dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dan data yang dianalisis, e-kaunseling ini memang merupakan suatu inovasi dan media komunikasi antara GBK dengan murid yang memenuhi keinginan serta keperluan murid untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan intervensi segera mengikut keselesaan murid tanpa dihadkan oleh lokasi geografi dan kekangan masa, tetapi terhalang oleh kekurangan kepakaran GBK dalam perkhidmatan ini (Zainab Ismail, 2018). Oleh itu, GBK diharapkan dapat sedar tentang kepentingan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi dalam memberikan perkhidmatan e-kaunseling. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti kaunseling, malah dapat menjadikan GBK menjadi lebih berdaya saing. Perkhidmatan yang lebih berkesan dan sesuai dapat diberikan kepada murid-murid. Dengan ini, sikap dan kesediaan kaunselor yang profesional serta komited dalam profesionalnya perlu dijadikan teras kepada keberkesanan sesuatu sesi e-kaunseling yang dijalankan. Justeru, diharapkan hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua pihak berkenaan di Malaysia. RUJUKAN Buku


426 Asrori Mohammad. (2009). Psikologi Pembelajaran. Wacana Prima. Kamus Perdana. (2002). United Publishing House (M) Sdn Bhd. Zaida N.Z. & Lee W.R. (2020). E-Kaunseling: Revolusi Teknologi dalam Kaunseling. Universiti Putra Malaysia (UPM). Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2018). Buku Panduan Penyelidikan Kajian Kes. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. Jurnal Abdul Rashid, et al. (2020). Wabak Covid-19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal of Social Science Research, 2 (4):156-174. Adel Tannous. (2017). Perceptions Towards Online Counseling Among University Of Jordan Students. Modern Applied Science, 11(12): 68-76. Alana Kingsley & Janna A.H. (2015). Online and Phone Therapy: Challenges and Opportunities. The Journal of Individual Psychology, 71(2): 185-194. Anthony, K. (2015). Traning Therapists To Work Effectively Online And Offline Within Digital Culture. British Journal of Guidance and Counselling, 43 (1), 36-42. Apolinário-Hagen, J., et al. (2018). Public Attitudes Toward Guided Internet-Based Therapies: Web- Based Survey Study. Journal of Medical Internet Research, 5(2), 1-16. Asti Haryati. (2020). Online CounselingSebagai Alternatif Strategi Konselor dalam Melaksanakan Pelayanan ECounseling di Era Industri 4.0. Bulletin of Counseling and Psychotherapy, 2(2), 27-38. Atini Alias, et al. (2021). Hubungan Kesunyian Dengan Ketagihan Internet Dalam Kalangan Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal ‘Ulwan Special Issue I: Kolokium Penyelidikan Ijazah Tinggi, 6(1), 65- 79. Derek R. & Noemi V. (2013). Online Counseling: A Narrative And Critical Review Of The Literature. Journal of Clinical Psychology, 69(9): 994–1011. Jeanette Hennigan & Stephen P.G. (2016). UK Secondary School Therapists’ Online Communication With Their Clients And Future Intentions. Counselling and Psychotherapy Research, 16(3):149–160. Kerry G., et al. (2015). What Young People Want: A Qualitative Study of Adolescents’ Priorities for Engagement Across Psychological Services. Journal of Child and Family Studies, 25(4): 1057-1065. Kevin G., Marilyn A.C. & Ian S. (2013). Opportunities And Challenges: School Guidance Counsellors’ Perceptions Of Counselling Students Online. Australian Journal of Guidance and Counselling, 23(2): 222-235. Lago, C. (1996). Computer Therapeutics. Counselling, 7: 287-289. Lai W.F., et al. (2020). E-Counselling: The Intention, Motivation and Deterrent Among School Counsellors. Universal Journal of Educational Research, 8(3C): 44-51. Lilih Deva Martias. (2021). Statistika Deskriptif Sebagai Kumpulan Informasi. FIHRIS: Jurnal Ilmu Perpustakaan dan Informasi, 16(1), 40-59. Mason et al. (2019). School Counselors’ Use of Technology for Program Management. Professional School Counseling, 22(1): 1-10.


427 M. Eckert, et al. (2022). Acceptability And Feasibility Of A Messenger-Based Psychological Chat Counselling Service For Children And Young Adults (“Krisenchat”): A Cross-Sectional Study.Internet Interventions, 27:1-6. Mohd Khairi Ismail, Syamsulang Sarifuddin & Nor Shuhada A.S. (2020). Perbezaan Bangsa Signifikan Terhadap Kesihatan Mental Semasa Pandemik Covid-19 Di Malaysia. International Journal of Muamalat, 4(1): 36-45. Siti, et al. (2020). Persepsi Kendiri Kaunselor Pendidikan Terhadap Pengurusan Perkhidmatan Psikologi Dan Kaunseling Abad Ke 21. Jurnal Psikologi Dan Kaunseling, 11:101-118. Sule B. & Erdal B. (2015). Technology Based Counseling: Perspectives Of Turkish Counselors. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 176: 431 – 438. Tri Wadati S.A. (2021). Persepsi Dan Sikap Konselor Terhadap E-Konseling: Potensi Implementasi Dalam Program Konseling Komprehensif. Didaktika, 1(3): 510-527. Wong K.P., et al. (2018). Preferences For Online And/Or Face-To-Face Counseling Among University Students In Malaysia. Frontiers in Psychology, 9(64): 1-5. Xu Yucan, et al. (2021). Detecting Premature Departure In Online Text-Based Counseling Using Logic-Based Pattern Matching. Internet Interventions, 26:1-9. Zainab Ismail. (2018). Kaunseling Online Dalam Dunia Terhubung. Al-Hikmah,10 (2): 86-94. Zaida N.Z. & Yusni M.Y. (2018). Cyber-Counseling: Is It Really New?. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES), 2 (2): 19-24. Zaida N.Z., et al (2021). Faktor Jantina dan Kepuasan Klien dalam Perkhidmatan E-Kaunseling. Sains Insani, 6 (1): 52-58. Zaida N.Z., et al. (2022). Influence Of E-Counseling Skills On Counseling Self-Efficacy Among E-Counselors In Malaysia. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 21(2): 251-267. Zainab Ismail. (2018). Kaunseling Online Dalam Dunia Terhubung. Al-Hikmah, 10(2): 86-94. Zainah, A. Z., Rohany, N., & Fatimah, Y. (2010). Perceptions towards online counseling among counselors in Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences, 5(2010) 585–589 Zainah A.Z., Rohany N. & Fatimah Y. (2010). Perceptions Towards Online Counseling Among Counselors In Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences, 5: 585–589. Tesis Chloe Brown. (2012). Online Counseling: Attitudes And Potential Utilization By College Students. Tesis Degree. Humboldt State University. Mohd Haidhir. (2015). Persepsi Guru Terhadap Keperluan Serta Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sra Jawi. Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Universiti Teknologi Malaysia. Patricia T. Lunt. (2004). Adolescents’ Willingness to Utilize Online Counseling. Thesis Degree Doctor of Philosophy In Counselor Education. Virginia. Virginia Polytechnic Institute and State University. Zaida N.Z. (2010). Perbandingan Antara Kaunseling Bersemuka Dan E-Kaunseling Dalam Memberi Perubahan Dan Kepuasan Klien. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia


428 FAKTOR YANG MENGAKIBATKAN STRES DALAM KALANGAN GURU DI SJK (C) PAI TEIK, NIBONG TEBAL TAN CHIEW TONG ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Menurut Walter Cannon (1920), stres adalah sesuatu keadaan yang menyebabkan seseorang ingin lari daripadanya atau digelar sebagai gerak balas lawan. Stres sebagai punca asas kepada masalah mental seperti kemurungan dan kebimbingan. Stres yang berlaku daripada pekerjaan dan keluarga boleh merumitkan lagi keadaan stress seseorang. Profesion perguruan merupakan satu kerja yang amat mencabar untuk menunaikan peranan yang sungguh berat dalam melahirkan generasi muda yang berkualiti. Guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai peranan serta tugas yang berat dan mencabar. Hasil kajian oleh Farber dan Miller (1981) telah membuktikan sesetengah guru menghadapi stres dan kemurungan dengan ingin mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara sebelum tempoh persaraan mereka disebabkan tertekan. Bagi mengatasi stres, faktor-faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru perlu dikaji. PENYATAAN MASALAH Berasaskan Falsafah Pendidikan Malaysia (FPK), seorang guru yang berkualiti hendaklah mempunyai kecerdasan emosi yang pada tahap yang baik. Guru hendaklah mengawal perasaan diri dan tidak mudah dijejaskan dalam sebarang situasi yang boleh memusnahkan profesional sebagai seorang guru. Kajian-kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa stres telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan guru sekolah. Menurut Dr Maszlee Malik, bekas Menteri Pendidikan, sebanyak 4.4 peratus atau 2,123 daripada 48,258 guru didapati menghadapi stres tahap Guru sekolah rendah terpaksa bekerja di bawah stres yang tinggi bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dengan merangkumi nilai kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) yang tinggi. Kajian ini adalah untuk melihat tahap stres dan faktor yang mengakibatkan stres dalam kalangan guru di SJK (C) Pai Teik. Kajian ini berbentuk kuatitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Seramai 73 orang guru di SJK (C) Pai Teik terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 26.0. Hasil dapatan soal selidik mendapati faktor bebanan kerja dan faktor murid mempengaruhi guru berasa stres dengan kadar yang sederhana. Maka, faktor intrapersonal dan interpersonal yang dikaji tidak menunjukkan hasil dan kesan yang signifikan terhadap stres dalam kalangan guru. Tahap stres dalam kalangan guru menunjukkan pada tahap yang sederhana. Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak-pihak berkenaan untuk mencari alternatif bagi menangani dan mengurangkan stres dalam kalangan guru di sekolah rendah. Kata kunci: Tahap stres, faktor bebanan kerja, faktor murid, faktor intrapersonal dan Interpersonal


429 sederhana tinggi pada tahun 2017. Menurut Wisniewski (1997), tekanan kerja yang tidak diuruskan dengan baik boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan pendidikan yang diberikan oleh guru sehingga mengakibatkan kesan negatif terhadap interaksi fizikal serta kesihatan mental seseorang guru. Melalui pembacaan pengkaji, didapati tiga punca stres yang utama berlaku di kalangan guru, iaitu bebanan kerja, hubungan interpersonal dan intrapersonal serta masalah murid. Kajian ini juga diharapkan agar dapat mengesan faktor stres dalam kalangan guru bagi mencari penyelesaian untuk memperbaiki masalah stres yang dihadapi oleh para guru. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap stres dan faktor-faktor yang mengakibatkan stres dalam kalangan guru di SJK (C) Pai Teik. PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan kepada objektif kajian, pengkaji telah mengenal pasti dua persoalan kajian: 1. Bagaimanakah tahap stres dalam kalangan guru di SJK (C) Pai Teik? 2. Apakah faktor yang mengakibatkan stres dalam kalangan guru di SJK (C) Pai Teik? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dan suatu kajian kuantitatif yang berbentuk deskriptif. SJK (C) Pai Teik yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang telah terpilih sebagai lokasi kajian ini. Jumlah guru di SJK (C) Pai Teik adalah seramai 88 orang guru pada tahun 2022. Berasaskan Krejcie dan Morgan table (1970), saiz sampel untuk populasi seramai 90 orang adalah dicadangkan seramai 73 orang. Dengan itu, sampel kajian ini memilih seramai 73 orang guru di SJK (C) Pai Teik secara rawak mudah. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Pengkaji menyediakan Google Form sebagai alat untuk memudahkan responden menjawab soal selidik yang disediakan secara atas talian. Dr. Nur Nazuha Beevi sebagai pensyarah akademik di IPGKTAA telah mengesahkan kandungan soal selidik yang digunakan oleh pengkaji adalah sesuai dalam menilai persoalan kajian yang ditetapkan. Data yang diperolehi telah dikumpul melalui Google Form dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 26.0. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Soal selidik yang digunakan mempunyai sebanyak 15 soalan yang berkaitan dengan objektif kajian bagi menilai tahap stres dan faktor yang mengakibatkan stres dalam kalangan guru di SJK (C) Pai Teik. Bagi menganalisis tahap stres, pengkaji menganalisis keseluruhan data berdasarkan frekuensi dan peratus dengan mengikut skala likert serta mengira minnya.


430 Jadual 1; tahap stres dalam kalangan guru di SJK (C) Pai Teik Berdasarkan jadual di atas, pengkaji mendapati tahap stres dalam kalangan guru di SJK (C) Pai Teik adalah pada tahap sederhana. Nilai min keseluruhan yang diperolehi adalah 2.6. kajian untuk menilai tahap stres guru-guru Sekolah Rendah Mubaligh di Kuala Lumpur yang dijalankan oleh Jumahat (2013) juga mendapati bahawa guru menghadapi stres pada tahap yang sederhana. Walaupun tahap stres yang dihadapi oleh guru-guru SJK (C) Pai Teik adalah sederhana, guru-guru masih dikira berada dalam keadaan yang stres dalam alam pekerjaannya. Jadual 2: Faktor bebanan kerja Jadual di atas merupakan dapatan kajian bagi Bahagian B soal selidik. Faktor bebanan kerja memperolehi nilai min keseluruhan sebanyak 3.1 yang menunjukkan faktor stres ini adalah pada tahap stres yang sederhana. Berdasarkan jadual di atas, pengkaji mendapati bahawa Bahagian B item 5 mempunyai nilai min yang tertinggi dengan adanya sebanyak 3.38 dan sisihan piawai sebanyak 1.39. Hasil ini menunjukkan guru mempunyai stres yang tinggi dalam menjalankan tugas pengkeranian yang amat berat. Dapatan ini menjelaskan faktor bebanan kerja merupakan salah satu faktor yang akan mengakibatkan stres dalam kalangan guru di SJK (C) Pai Teik. Disokong dengan pendapat Siti Rohani (1991), jumlah waktu yang digunakan oleh guru-guru dengan melakukan kerja-kerja sekolah adalah sebanyak 44 jam dan menggunakan sebanyak 16 jam untuk menyiapkan semua tugasan sekolah tetapi guru-guru hanya perlu bekerja selama 28 jam seminggu di sekolah secara rasminya. Jelaslah bahawa bebanan kerja bagi seorang guru adalah berat dan boleh mengakibatkan guru berasa stres. Jadual 3; Faktor faktor intrapersonal dan interpersonal


431 Jadual di atas merupakan dapatan kajian bagi Bahagian C soal selidik. Nilai min keseluruhan bagi faktor ini adalah sebanyak 2.2 dengan menunjukkan faktor ini adalah berada pada tahap yang rendah. Bahagian C Item 2 yang memperolehi nilai min yang tertinggi dengan seramai 2.36 dan sisihan piawai 1.27. Hanya item ini yang dikategori pada tahap sederhana berdasarkan nilai min dalam Bahagain C soal selidik. Item yang lain adalah pada tahap rendah sahaja. Dapatan yang diperolehi menunjukkan faktor intrapersonal dan interpersonal merupakan faktor yang tidak begitu ketara untuk mengakibatkan stres dalam kalangan guru di SJK (C) Pai Teik. Kebanyakan responden sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju bagi keenam-enam item dalam Bahagian C. Dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan yang diperolehi oleh Baharin dan Hamiza (2010) yang juga mengkaji faktor-faktor mendorong stres dalam kalangan guru-guru yang mendapati bahawa faktor intrapersonal dan interpersonal mempunyai hubungan dengan stres. Jadual 4; Faktor tingkah laku murid Jadual di atas merupakan dapatan kajian bagi Bahagian D soal selidik. Nilai min keseluruhan bagi faktor murid adalah sebanyak 2.69 dan dikategori pada tahap sederhana. Keempat-empat item memperolehi nilai min yang pada tahap sederhana. Item yang memperolehi nilai min yang tertinggi dalam Bahagian D soal selidik ini ialah item 4 dengan sebanyak 2.81 dan sisihan piawai 1.35. Dapatan kajian ini menunjukkan masalah murid dapat mengakibatkan guru berasa stres. Disokong dengan Model Tekanan Guru yang dikemukakan oleh Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995) dengan menerangkan tingkah laku murid merupakan salah satu faktor yang mengakibatkan stres dalam kalangan guru. KESIMPULAN Kajian tinjauan yang bertema “Faktor yang Mengakibatkan Stres dalam Kalangan Guru di SJK (C) Pai Teik, Pulau Pinang” ini telah mengenal pasti tahap stres dalam kalangan guru di SJK (C) Pai Teik adalah pada tahap yang sederhana. Keputusan hasil kajian menunjukkan bahawa faktor bebanan kerja serta faktor murid yang dikemukakan oleh pengkaji


432 hanya memberikan kesan yang sederhana terhadap tahap stres guru. Bagi faktor intrapersonal dan interpersonal, faktor ini hanya memberikan sedikit kesan terhadap tahap stres dalam kalangan guru. CADANGAN Pengkaji hanya menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dalam kajian ini. Soal selidik yang diberi juga menumpukan kepada tiga aspek yang mengakibatkan stres, iaitu bebanan kerja, hubungan interpersonal dan intraperson serta masalah murid. Hasil kajian ini memberikan satu dapatan yang penting di mana faktor stres guru tidak dipengaruhi oleh faktor intrapersonal dan interpersonal. Kajian ini sewajarnya diteruskan lagi oleh kajian yang akan datang bagi mengenal pasti faktor-faktor lain yang mungkin akan mengakibatkan stres dalam kalangan guru. IMPLIKASI Kajian ini memberikan implikasi kepada KPM bagi memandang berat terhadap isu stres yang dihadapi oleh guru. KPM perlu mengambil alternatif untuk menangani dan mengurangkan isu ini dihadapi oleh guru. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak pentadbiran sekolah berkaitan dengan tahap stres yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah. Faktor bebanan kerja merupakan salah satu faktor yang menyebabkan stres pada kadar sederhana. Pihak pentadbir hendaklah memastikan tugas yang diberi adalah masih dalam kawalan dan kemampuan guru-guru di sekolah. Guru-guru juga dapat memberi kesedaran untuk mengambil berat terhadap kesihatan mental mereka. Mereka dapat mengenal pasti tahap stres dan faktor yang mengakibatkan stres. Kajian ini dapat memberi implikasi kepada guru-guru untuk menjaga kesihatan mereka dan mengurangkan tahap stres mereka dengan cara yang sesuai. RUJUKAN Ahmad Shakri. (1998). Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di negeri Perlis. Kertas Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad Azahari Sarmun (1998). Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca stress di Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Amalina Razali & Azita Ali. (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Stres Guru Pendidikan Khas. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Baharin Abu & Mariam Aziz. (2010). Stres Dalam Kalangan Guru Di Dua Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Berita Harian Online (2018). 4.4 Peratus Guru Stres. Retrieved from https://www.bharian.com.my/node/467001/amp Lee, Keok Cheong, Zakri Abdullah & Chua, Lay Nee. (2018). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Vijayen, Donatus, Amelia, (2010). Tahap dan punca stres dalam kalangan pelajar IPG Kampus Keningau. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau. Universiti Malaysia Sabah. Wan Saniah Wan Yahya (2007). Stres dalam kehidupan. Unit Kaunseling. Universiti Malaysia Perlis.


433 Yusnida Md Yusof, (2009). Hubungan antara iklim sekolah dan stres guru. Tesis Master Yang Tidak Diterbitkan, Universiti Utara Malaysia. Zakiah Arshad, (2003). Stres kerja di kalangan guru-guru sekolah rendah: Satu kajian di Zon Bandar, Kota Tinggi, Johor. Thesis Master Yang Tidak Diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.


434 FAKTOR KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 6 DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA HUA LIAN 1, TAIPING, PERAK TAN YEE MINN ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Kemurungan merupakan sesuatu penyakit gangguan emosi yang akan menyebabkan seseorang berasa sedih yang berterusan, letih, mudah marah serta hilang minat untuk menjalankan aktiviti harian. Penyakit ini boleh berlaku dalam sesiapa sahaja tidak kira jantina atau umur individu. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2012), kemurungan akan berterus sekurang-kurangnya dua minggu sehingga bertahun-tahun. Kemurungan ialah satu penyakit yang kini melanda masyarakat seluruh dunia dan lebih daripada 300 juta manusia yang berhadapan dengan penyakit ini (WHO, 2018). Setiap tahun hampir 800,000 orang membunuh diri dan majoriti daripada mereka berusia 15 hingga 29 tahun (Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 2018). PENYATAAN MASALAH Kemurungan sudah menjadi penyakit mental utama yang melanda masyarakat kini terutama dalam kalangan pelajar sekolah yang lebih terdedah kepada masalah ini. Oleh itu, penyelidik akan menjalankan kajian yang dapat menjawab pelbagai persoalan tentang faktor kemurungan pelajar yang berlaku di SJKC Hua Lian 1 bagi membantu ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat menangani cabaran kemurungan yang dihadapi. Sokongan keluarga dan persekitaran seperti ibu bapa, kawan-kawan dan sekolah mempunyai hubungan secara langsung dengan tahap kemurungan (Chang, Yuan dan Chen, 2018. Menurut Chu, Saucier dan Hafner (2010), sokongan didefinasikan sebagai penyediaan bantuan material atau psikologikal bertujuan untuk membantu individu mengatasi kemurungan. Menurut Rosenfeld, Richman dan Bowen (2000), sumber utama sokongan pelajar termasuk keluarga, rakan-rakan dan guru sekolah. Sokongan daripada keluarga dan persekitaran adalah penting untuk mengekalkan Kemurungan merupakan salah satu gangguan mental atau yang boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, usia, latar belakang, status ekonomi dan taraf pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemurungan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Antara faktor yang dikemukakan ialah masalah keluarga, masalah interaksi sosial yang berkaitan dengan pergaulan rakan sebaya, masalah pencapaian prestasi akademik, masalah budaya persekitaran dan peribadi. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif yang berbentuk tinjauan ke atas 40 orang pelajar di SJKC Hua Lian 1. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min untuk mengkaji faktor utama penyebab kemurungan dalam kalangan pelajar. Hasil daripada kajian menunjukkan faktor dan kepentingan peranan dan fungsi keluarga, rakanrakan dan guru yang menyumbang kepada masalah kemurungan dan membantu golongan pelajar sejahtera dari emosi dan psikologikal mereka. Kata Kunci: Kemurungan, Pelajar, Keluarga, Sosial, Persekitaran


435 kesihatan psikologikal yang positif dalam diri pelajar. Selain itu, faktor sosial seperti penghargaan kendiri yang rendah juga merupakan antara punca kemurungan dalam pelajar. Menurut Muhd Mansur dan Siti Nordinar (1998), penghargaan kendiri merupakan suatu bentuk penilaian atau tahap keyakinan terhadap diri sendiri sebagai individu yang bernilai dan penting. Menurut Adler & Bridge (1986), penilaian yang negatif terhadap diri dan kekurangan sokongan menyumbang kepada peningkatan risiko kemurungan semasa individu menghadapi tekanan. Berdasarkan faktor-faktor yang telah dinyatakan, kajian berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan kemurungan kalangan pelajar wajar dijalankan supaya dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk lebih peka terhadap isu kesihatan mental dan dapat menghulurkan bantuan kepada individu yang menghadapi tekanan dan kemurungan. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kemurungan dalam kalangan pelajar dan seterusnya mengkaji faktor utama yang mendorong ke masalah ini. PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah faktor-faktor keluarga penyebab kemurungan pelajar? 2. Adakah faktor persekitaran penyebab kemurungan pelajar? 3. Adakah faktor sosial penyebab kemurungan pelajar? METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian deskriptif. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang mengandungi 63 items untuk mangkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kemurungan pelajar-pelajar di SJKC Hua Lian 1, Taiping, Perak. Kajian ini mengaplikasikan pensampelan rawak mudah dalam pemilihan sampel kajian. Populasi kajian ini terdiri daripada semua pelajar Tahun 6 dari kelas 6A dan 6B. Jumlah populasi ialah sebanyak 45 pelajar manakala jumlah sampel yang digunakan dalam kajian ini seramai 40 orang responden. Segala pengukuran terhadap objektif kajian adalah dibuat berdasarkan maklumbalas responden terhadap pernyataan yang terkandung di dalam soal selidik yang diedarkan. Maklumat yang diterima akan dianalisis secara kualitatif. Data jenis kualitatif adalah berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan kekerapan, angka dan skor. DAPATAN KAJIAN Menurut hasil kajian, disimpulkan bahawa ketiga-tiga faktor yang membawa kepada kemurungan berada pada tahap sederhana yang mana faktor penyumbang tertinggi ialah faktor keluarga diikuti faktor sosial dan faktor keluarga. Jadual 4.5.4: Perbandingan nilai min bagi faktor-faktor yang menyumbang kepada kemurungan


436 Hasil analisis pangkatan min menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan bagi faktor keluarga ialah 3.572 iaitu berada pada tahap sederhana tinggi. Daripada 22 item yang dikaji, item dengan nilai min terendah ialah item 1 iaitu “Saya rasa diri saya tidak berguna.” dengan M=2.7. 2 item dengan nilai min tertinggi iaitu item 20 “Saya tidak suka bertanya kepada ibu bapa.” dan item 22 “Saya tidak mendapat sokongan ibu bapa.” dengan nilai M=3.975. Hasil menunjukkan bahawa kebanyakan responden tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa menyebabkan mereka menganggap diri tidak mendapat sokongan ibu bapa dan akhirnya menjadikan seseorang pelajar tidak selesa dan mengalami kemurungan. Hasil analisis pangkatan min menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan bagi faktor persekitaran ialah 2.824 iaitu berada pada tahap sederhana rendah. Daripada 17 item yang terlibat, item dengan nilai min terendah ialah item 12 iaitu “Saya tidak suka makan.” dengan M=2.225. Seterusnya, item dengan nilai min tertinggi ialah item 16 iaitu “Saya suka tidur.” dengan nilai M=3.225. Hasil menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai tahap kerisauan dan kerungsingan yang terkawal tetapi mereka tidak merasakan sekolah merupakan tempat yang dapat menggembirakan mereka. Hasil analisis pangkatan min keseluruhan bagi faktor sosial ialah 2.676 iaitu berada pada tahap sederhana rendah. Daripada 24 item yang terlibat, item dengan nilai min terendah ialah item 1 iaitu “Saya sangat sensitif terhadap pandangan orang lain.” M=2.25. Sementara itu, item dengan nilai min tertinggi ialah item 16 iaitu “Saya sering melayari facebook berjam-jam.” dengan nilai M=3.15. Hasil menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai minat untuk untuk berkawan tetapi mereka mempunyai ketagihan pada sosial media seperti Facebook. Konflik ini menjadi punca kepada kemurungan pelajar yang disebabkan faktor sosial bersama rakan-rakan. PERBINCANGAN Wabak COVID-19 dilihat sebagai faktor yang menyumbang kepada tekanan dalam institusi keluarga. Semasa tempoh PKP dilaksanakan, semua institusi pendidikan yang melibatkan semua peringkat termasuklah sekolah rendah, menengah dan institusi pendidikan tinggi telah ditutup. Situasi ini telah memberikan tekanan kepada ibu bapa kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam aspek pendidikan anak-anak serta dalam masa yang sama terpaksa memastikan aspek pengurusan rumah berjalan lancar (Wang et al., 2020). Tekanan dan emosi negatif ibu bapa turut mengundang kepada gaya asuhan yang kasar (Chung et al., 2020) dan menyebabkan kanak-kanak tercedera dari segi mental dan fizikal. Seterusnya, terdapat ibu bapa yang sibuk mencari wang untuk menyara keluarga menyebabkan anak kesunyian dalam rumah. Menurut Luo (2012), terdapat hubungan antara kesunyian dan kemurungan. Kanak-kanak yang tidak mendapat sokongan emosi dan tidak dapat berkongsi kegembiraan atau kesedihan dengan keluarga, rakan


437 atau seseorang yang signifikan sekiranya menghadapi masalah akan berasa kesunyian. Kecuaian dan pengabaian serta kurang kepekaan ibu bapa dalam memberi perhatian pada gerak-geri luar biasa anak-anak mencetuskan satu pengabaian fizikal yang memberi kesan buruk terhadap anak-anak sehingga mereka mudah terjebak sesuatu yang negatif dan menyebabkan kemudaratan. Hal ini jelas menunjukkan sikap tidak prihatin dan pengabaian tanggungjawab peranan sebagai ibu bapa akan mengakibatkan anak-anak kemurungan. Menurut Kasmini Kassim (2012), pengabaian emosi adalah suatu trauma psikologi yang mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga minda seseorang terganggu untuk jangka masa panjang. Anak-anak perlu ruang untuk meluahkan isi hati yang tersimpan dalam hati tetapi kebanyakan mereka tidak diberi peluang kerana kesibukan ahli keluarga yang sibuk mencari rezeki hidup. Pada hujung minggu pula terdapat ibu bapa yang ingin berehat dan enggan melayan masalah anak-anak menyebabkan anak-anak terpaksa menghadapi situasi kebuntuan dalam kehidupan diri sendiri. Dalam situasi ini, anak-anak yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga akan berasa kekeliruan terhadap diri dan kesunyian sehingga menghadapi kemurungan. IMPLIKASI Kajian ini membuktikan bahawa keluarga, persekitaran dan hubungan sosial merupakan faktor kepada kemurungan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar. Dalam konteks ini didapati bahawa keluarga, kawan-kawan dan pihak sekolah memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah kemurungan ini. Kajian ini boleh memberi kesedaran kepada ahli keluarga supaya sentiasa prihatin terhadap anak-anak mereka. Selain itu, hasil kajian ini boleh menggalakkan pihak sekolah untuk memberi sokongan sosial dengan menyediakan program-program berbentuk kesihatan mental secara berterusan supaya para pelajar sentiasa menyedari kepentingan untuk mengekalkan minda yang sihat walaupun menghadapi tekanan hidup. Kajian ini dapat memanfaatkan para profesional seperti kaunselor, ahli psikologi atau ahli akademik untuk menyediakan terapi minda supaya dapat membebaskan pelajar dari sifat kemurungan. Para profesional juga boleh bekerjasama dengan para ibu bapa untuk melaksanakan program tersebut supaya membantu golongan pelajar yang kemurungan. CADANGAN Secara umum, kajian ini telah melihat faktor keluarga, faktor persekitaran dan faktor sosial sebagai penyebab kepada kemurungan pelajar. Cadangan untuk menambahbaikkan kajian ini adalah penyelidikan pada masa akan datang dapat diperluaskan lagi dan bukan hanya tertumpa pada satu sekolah sahaja. Hal ini demikian, untuk mengetahui adakah pelajar daripada sekolah lain yang mengalami kemurungan dengan faktor sama. Selain itu, penyelidikan ini boleh dijadikan panduan dan tindakan awal bagi masyarakat untuk meningkatkan kesedaran diri tentang ilmu kemurungan dan membantu dalam mengelakkan pelajar daripada mengalami kemurungan. Justeru itu, pengkaji mengharapkan agar penyelidikan yang akan datang dapat diperluaskan lagi kepada sekolah-sekolah lain. KESIMPULAN


438 Individu hendaklah dibimbing menerima ujian hidup dengan tenang dan jangan bersedih serta tertekan di atas apa yang berlaku dalam hidup mereka. Masyarakat wajar memberikan kesan positif terhadap pesakit kemurungan dengan memberi sokongan dan bantuan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Rakan-rakan, guru dan keluarga boleh membantu dengan memastikan individu yang mengalami kemurungan mendapat pertolongan dan rawatan yang sesuai. Pelajar yang mengalami kemurungan perlulah diberi sokongan emosi, kasih sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Dengan adanya sokongan dan dorongan, pelajar yang mengalami kemurungan pasti dapat dipulihkan seperti biasa dan menjalani kehidupan yang sejahtera seperti orang lain. RUJUKAN Abdul Aziz, A. R., Shafie, A. A., Ali, Z., & Dzainal, N. D. (2020). Pengamalan Nilai Agama Dalam Mengatasi Kemurungan Semasa pandemik covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 31–44. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.593 Aini, A.M, & Haslinda, A. (2019). Kajian kes terhadap tahap kemurungan dalam kalangan remaja perempuan: Kupasan dan cadangan. Malaysian Journal of Youth Studies Edisi Khas YOURS’18, 135-152. Bukhari, S. R., & Saba, F. (2017). Depression, anxiety and stress as negative predictors of life satisfaction in university students.Rawal Medical Journal,42(2), 255-257. Che Zarrina Sa’ari & Norhafizah Musa. (2019). Pendekatan psikoterapi Islam dalam menguruskan tekanan pesakit kronik. Jurnal Usuluddin, 47(1), 1-34. Ek Klai, M., & Kamarul Bahrin, F. (2020). Kesedaran Tentang Masalah Kemurungan Dalam Kalangan guru. Malaysian Journal of Society and Space, 16(4). https://doi.org/10.17576/geo-2020-1604-20 Harikandei, H. (2017). Relationship between Perceived Social Support, Mental Health and Life Satisfaction in MSc Students of Physical Education. International Journal of Sports Science, 7(4),159-162. Howell, R.T., Chong, W.T., Howell, C.J., & Schwabe,K. (2012). Happiness and Life Satisfaction in Malaysia. Science Across Cultures: The History of Non- Western Science, 6, 43-55 Institute for Public Health (IPH) Report. Adolescent Health Survey (2017). National Health and Morbidity Survey, NHMS 2017. Ministry of Health Malaysia Ismail, R. F., Abd. Rashid, R., Abd. Wahab, H., & Ishak, Z. (2019). Simptom Kemurungan Dalam Kalangan Penagih dadah wanita di Pusat Rawatan Dan Pemulihan dadah. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 4(2), 168–192. https://doi.org/10.24200/jonus.vol4iss2pp168-192 Ismail, Z., & Lokman, N. H. (2020). Kemurungan Dan Keamatan Sokongan Sosial Dengan Kepuasan Hidup Dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), 68– 78. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i6.426 Ismail, Z., & Lokman, N. H. (2020). Kemurungan Dan Keamatan Sokongan Sosial Dengan Kepuasan Hidup Dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), 68– 78. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i6.426


439 Johari, M. A., Ahmad, S. B., & Ismail, Z. B. (2021). Perkaitan Antara Sokongan sosial Keluarga Dengan Kemurungan Dalam Kalangan anggota Polis Jabatan siasatan jenayah, Selangor. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 154–165. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1012 Kapur, V., & Khosla, M. (2013). Subjective well-being and depression: A comparative study among college students.Indian Journal of Positive Psychology,4(3), 418. Lee, C. A., Dickson, D. S., Conley, C. N., & Holmbeck, G. (2014). A closer look at self esteem, perceived social support, and coping strategy: A prospective study of depressive symptom atology across the transition to college. Journal of Social and Clinical Psychology, 33(6), 560–585. Malaysia, Kementerian Kesihatan. (2019). Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, 10 Oktober 2019. Putrajaya, Kementerian Kesihatan Malaysia. http://www.moh.gov.my/index.php/database_ stores/attach_download/337/ 1246 Md Nawi, N. U. R. U. L. H. U. D. A. N. I., Ahmat, M. U. H. A. M. A. D. F. A. D. H. L. I., Sied Esahak, S. Y. E. D. M. O. H. D., Awang Hamat, Z. A. K. A. R. I. A., &Amp; Iesnordin, I. E. Z. W. A. N. (2017). Hubungan Antara Sokongan Sosial Dengan Kemurungan Dalam Kalangan Penagih Dadah. Jurnal Pembangunan Sosial. https://doi.org/10.32890/jps.20.2017.11547 Mohamed Aimanan, S. N., Zainul Rijal, F. A., Panting, A. J., Amirudin, N.,Kassim, R., Kaundan, M. K., & Ithnain, N. (2021). Tahap Kemurungan Dalam Kalangan Jururawat di Fasiliti Kesihatan Kuala Lumpur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 40–49. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i12.1209 Mohd Khir, A., Rodzuwan, N. A., Md. Noor, A., Wan Jaafar, W. M., & Hassan, M. M. (2020). Sokongan Sosial, Penghargaan Kendiri Dan Kemurungan Dalam Kalangan Mahasiswa di Universiti. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 33–42. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.547 Nabavi, R. T. (2014). Predictors of life satisfaction among Iranian undergraduate students in Malaysian private universities. Disertasi tesis Master yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia. Nabavi, R. T., Bijandi, M. S. (2018). An Investigation of Predictors of Life Satisfaction among Overseas Iranian Undergraduate Students. Educational Process: International Journal, 7(1), 74-93. Othman Lebar (2018). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metode. Perak: Penerbit UPSI. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2018). Depression. Retrieved from http://www.who.int/news-room/factsheets/detail/depression Ramli1, S. A., Samah, B. A., Samah, A. A., Idris, K., & Shaffril1, H. A. M. (2017). Urban Youth Subjective Well-Being in Malaysia: Potential Factors.International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences,7(4), 2222-6990. Thapar, A., Collishaw, S., Pine, D. S., & Thapar, A. K. (2012). Depression in adolescence. Lancet, 379(9820), 1056–1067. Yahya, N. A., & Md. Sham, F. (2020). Sejarah Dan Simptom Kemurungan : Kajian Literatur. Sains Insani, 5(1), 34– 42. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.130 Yusuf, N. M., & Yusuf, J. M. (2020). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stres Akademik. Psyche 165 Journal, 235– 239.https://doi.org/10.35134/jpsy165.v13i2.84


440 Zheng, Y., & Zheng, X. (2015). Current state and recent developments of child psychiatry in China. Child and Adolescent Psychiatry and Mental Health, 9,10


441 TINJAUAN TERHADAP PUNCA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR DI SJKC RASA, HULU SELANGOR TIONG ZHUO LIN ( [email protected] ) Institut Pendidikan Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Pada masa kini, keganasan tingkah laku di sekolah rendah telah menjadi senario yang membimbangkan masyarakat di negara Malaysia terutamanya perlakuan buli (Smith et.al, 2002). Kejadian perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah boleh dilihat sebagai tanda perubahan zaman teknologi yang mempengaruhi perkembangan personaliti dan tingkah laku kanak-kanak sehingga tidak dapat terkawal lagi. Budaya timur sering terkenal dengan amalan hormat menghormati dan bersopan santun tanpa mengira latar belakang seperti status ekonomi, bangsa, agama, kepercayaan, adat dan warna kulit. Namun, perlakuan buli ini telah bertentangan dengan budaya tersebut dan dilihat sebagai risiko besar dalam pembentukan sosialisasi dalam komuniti setempat (Cheng et.al, 2009 & Georgiou et.al, 2013). Oleh hal demikian, punca perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah perlu diberikan perhatian oleh setiap pihak terutamanya keluarga pelajar, guru dan masyarakat setempat. PENYATAAN MASALAH Pada masa kini, gejala keganasan tingkah laku iaitu perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah semakin bertambah dan telah menjadi topik yang hangat diperkatakan di dada- dada akhbar. Melalui laporan media massa, kes-kes disiplin seperti kelakuan berunsur jenayah dan buli sering berlaku sepanjang dua dekad lalu. Sebanyak 872 kes buli dicatatkan setakat Jun 2017. Peningkatan jumlah kejadian buli oleh pelajar telah menimbulkan kebimbangan segenap lapisan masyarakat. Ianya menunjukkan bahawa betapa pentingnya tindakan segera yang perlu Kes pelanggaran disiplin dan keganasan tingkah laku yang berlaku di organisasi pendidikan sering dicatatkan dalam laporan akhbar sehinggalah menjadi suatu kebiasaan pada hari ini. Kebanyakan kes-kes masalah disiplin utama pada ketika ini adalah berpunca daripada tingkah laku buli. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengenal pasti punca buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Kajian dijalankan ke atas 32 orang pelajar pembuli dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Hulu Selangor untuk mengkaji sejauh manakah faktor individu, sekolah dan keluarga menyebabkan berlakunya tingkah laku buli. Pelajar yang dipilih telah melakukan perbuatan membuli di sekolah tersebut. Borang soal selidik adalah untuk mengukur tahap pemarkahan setiap item melalui skala Likert. Perisian Statistical Package for Social Science Version 26.0 for Windows (SPSS) untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai bagi setiap item bagi menganalisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min bagi faktor individu adalah sebanyak 3.20, min bagi faktor sekolah adalah sebanyak 3.16 dan min bagi faktor keluarga adalah sebanyak 2.80. Jelaslah bahawa ketigatiga faktor kejadian perlakuan buli di SJKC Rasa, Selangor hanya berada pada tahap sederhana sahaja. Kata Kunci: Punca Buli, Pelajar Sekolah Rendah


442 diambil oleh pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan masalah ini daripada penularan dan peningkatan secara berterusan. Pihak Kementerian Pendidikan telah memandang serius terhadap kes-kes buli (Kementerian pelajaran Malaysia, 2013). Ianya telah menjadi topik sensatif di media sosial seperti Youtube dan Facebook. Sekolah dipandangkan sebagai sumber utama untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdaya tahan dari segi kepimpinan dan kemahiran (Siti Hajar Mohamad dan Yahya Don, 2016). Dengan ini, sekolah telah diberikan harapan yang tinggi untuk membentuk modal insan yang berkualiti. Misalnya, penyediaan prasarana sekolah seperti meja, kerusi dan kipas sentiasa dititikberatkan oleh pihak kerajaan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Namun, peningkatan kes buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah di luar bandar telah mengakibatkan usaha kerajaan tidak mendatangkan kebaikan atau sia-sia. Sebagai bakal guru, kita seharusnya berusaha membangunkan profesion perguruan supaya menjadi diri seorang guru yang berkualiti. Dengan ini, pelajar dapat diberikan bimbingan yang mencukupi bagi menghindari diri daripada gejala negatif seperti buli. Hal ini adalah seiring dengan intipati utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di mana melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) yang wajib diikuti dan dipatuhi oleh guru. Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab, berketerampilan dan berkebolehan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan keamanan masyarakat dapat dilahirkan berdasarkan falsafah dari aspek JERI. Sekiranya keseluruhan intipati FPK dapat digunakan dan diaplikasikan sepenuhnya, maka gejala buli sememangnya dapat dibendung atau dikurangkan pada akhirnya. Jelaslah bahawa hanya guru yang berkualiti dapat melahirkan generasi muda yang berkualiti dan tidak mudah terpengaruh atau terlibat dengan anasir-anasir luar yang tidak baik. Namun begitu, kebanyakan pelajar yang terbabit dengan perlakuan buli tidak menyedari bahawa tingkah laku yang sering dilakukan dikenali sebagai buli. Antara jenis tingkah laku yang biasa dilakukkan dalam kalangan mereka termasuklah asyik bertanyakan soalan yang mempunyai unsur ejekan, tidak melayan individu lain, mengusik dan membohongi seseorang individu. Mereka telah menjadikan tingkah laku tersebut sebagai suatu kebiasaan sehinggalah menjadi amalan kehidupan mereka. Hal ini terjadilah pelajar yang terbabit tidak dapat menyedari bahawa tingkah laku yang sering dilakukan juga dikategorikan sebagai salah satu jenis tingkah laku buli sekiranya tidak menerima bimbingan khusus daripada orang sekelilingnya seperti guru atau ibu bapa mereka. Justeru, kesedaran serta kefahaman yang mencukupi tentang gejala buli adalah amat perlu disediakan dan diterapkan dalam kalangan pelajar sekolah bagi mengawal dan menghadapi masalah tersebut. Secara keseluruhan, masalah kejadian perlakuan buli akan membawa impak negatif kepada pelajar mahupun pihak sekolah sekiranya tidak ditangani dengan segera dan berkesan. Kajian tinjauan ini akan membincangkan tentang punca yang menyebabkan seseorang pembuli melakukan gejala buli. Terdapat tiga punca utama yang menyumbangkan kepada perlakuan buli tersebut iaitu faktor individu, faktor sekolah dan faktor keluarga. Setelah punca membuli dikenalpasti, jalan penyelesaian dapat dirancang secara berkesan oleh pihak berkaitan seperti pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam membaiki keadaan ini secepat mungkin. Keberkesanan proses PdP juga dapat ditingkatkan dengan wujudnya suasana dan persekitaran sekolah yang selesa dan selamat.


443 OBJEKTIF KAJIAN i. Mengenal pasti sejauh mana faktor individu menyebabkan pelajar membuli ii. Mengenal pasti sejauh mana faktor sekolah menyebabkan pelajar membuli iii. Mengenal pasti sejauh mana faktor keluarga menyebabkan pelajar membuli PERSOALAN KAJIAN i. Sejauh manakah faktor individu yang menyebabkan pelajar membuli? ii. Sejauh manakah faktor sekolah yang menyebabkan pelajar membuli? iii. Sejauh manakah faktor keluarga yang menyebabkan pelajar membuli? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif. Data-data mengenai kesan gejala buli terhadap tingkah laku dalam kalangan pelajar sekolah rendah di luar bandar akan dikumpul melalui temu bual dengan peserta kajian. Dalam kajian ini, pemilihan sampel adalah secara sampel bertujuan (purposive sampling) berdasarkan pertimbangan pengkaji sendiri. Hanya pelajar yang dianggap sebagai pembuli akan dijadikan sebagai sampel atau peserta kajian ini. Disebabkan terdapat 34 orang pembuli sahaja di SJKC Rasa, maka 32 orang pelajar pembuli daripadanya dipilih sebagai sampel atau peserta kajian. Hal ini demikian adalah berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) yang telah menyenaraikan saiz sampel yang berpadankan dengan saiz populasi kajian. Soal Selidik Punca Berlakunya Buli telah disediakan oleh penyelidik bagi mengenal pasti punca-punca perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah di luar bandar. Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A tentang maklumat diri peserta kajian dan bahagian B tentang punca kejadian perlakuan buli. Bahagian A mengandungi 3 item iaitu jantina, tahun dan kaum yang wajib dijawab oleh peserta kajian dengan menandakan (√) pada ruang berkenaan. Bahagian B pula mengandungi 22 item yang telah dibahagikan kepada tiga sub skala di mana faktor individu, sekolah dan keluarga. Skala Likert yang mempunyai lima tahap pemarkahan digunakan untuk mengukur setiap item dalam soal selidik. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Hasil dapatan kajian tinjauan ini menunjukkan bahawa kebanyakan pembuli ialah pelajar lelaki Tahun 6 yang berbangsa Cina di SJKC Rasa, Hulu Selangor. Item 1 hingga 10 dikategorikan kepada faktor individu. Dalam item pertama, jawapan yang paling dominan ialah seramai 9 (28.1%) daripada 32 peserta tidak bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana badannya lebih besar” . Dalam item ke-2, jawapan yang paling dominan ialah seramai 10 (31.3%) daripada 32 peserta bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana dirinya nampak kelakar” . Dalam item ke-3, jawapan yang paling dominan ialah seramai 11 (34.4%) daripada 32 peserta bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana umurnya lebih tua” . Dalam item ke-4, jawapan yang paling dominan ialah seramai 10 (31.3%) daripada 32 peserta bersetuju dengan pernyataan “pelajar membuli pelajar lain kerana membalas dendam”. Dalam item ke-5, jawapan yang paling dominan ialah seramai 10 (31.3%) daripada 32


Click to View FlipBook Version