The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

jilid 1 jURNAL BNK 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizalhassan, 2023-12-14 22:18:14

Jilid 2-2023

jilid 1 jURNAL BNK 2023

294 Faktor Suasana Sekolah Terhadap Ponteng Sekolah Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Ponteng Dari Aspek Faktor Suasana Sekolah PERNYATAAN 1 STS (%) 2 TS (%) 3 TP (%) 4 S (%) 5 SS (%) Min SP Susunan kerusi dan meja dalam bilik darjah memberi keselesaan kepada saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bilangan murid yang ramai dalam bilik darjah merimaskan saya. Hubungan saya dengan guru yang mengajar di kelas saya adalah baik Pihak sekolah memberi tekanan kepada saya untuk lulus dengan cemerlang Pihak sekolah saya selalu mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa Saya tidak suka suasana di dalam kelas saya Sekolah saya menyediakan tempat untuk berehat secukupnya Saya berasa selesa dengan keadaan persekitaran sekolah Kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah membebankan saya Peraturan di sekolah saya terlalu ketat Pihak sekolah menyediakan kemudahan-kemudahan (sukan, alat/ mesin dan bahan) yang secukupnya untuk kegunaan pelajar Makanan di kantin sekolah tidak sedap dan mahal. 3.1 16.5 6.2 12.4 11.3 16.5 4.1 5.2 7.2 3.1 8.2 6.2 16.5 42.3 27.8 38.1 43.3 40.2 10.3 16.5 23.7 35.1 18.6 34 6.2 3.1 10.3 0 0 3.1 6.2 4.1 3.1 3.1 3.1 10.3 66 35.1 50.5 39.2 34 33 69.1 64.9 47.4 37.1 46.4 39.2 8.2 3.1 5.2 10.3 11.3 7.2 10.3 9.3 18.6 21.6 23.7 10.3 3.63 2.63 3.22 2.95 2.89 2.72 4.12 3.59 3.41 3.36 3.52 3.08 0.92 1.22 1.06 1.31 1.28 1.26 2.74 1.01 1.24 1.25 1.25 1.18 Min Keseluruhan= 3.26 Jadual 2 menunjukan taburan responden mengikut peratus, min dan sisihan piawai bagi kekerapan faktor suasana sekolah terhadap ponteng sekolah. Dapatan kajian menunjukkan pernyataan “Sekolah saya menyediakan tempat untuk berehat secukupnya.” merupakan faktor suasana sekolah yang paling kerap dengan min skor 4.12 dan sisihan piawai 2.74. Secara keseluruhannya min yang diperolehi ialah 3.26. Ini menunjukkan tahap faktor ponteng kelas adalah sederhana tinggi. Faktor Rakan Sebaya Terhadap Ponteng Sekolah Jadual 3: Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Ponteng Dari Aspek Faktor Rakan Sebaya PERNYATAAN 1 STS (%) 2 TS (%) 3 TP (%) 4 S (%) 5 SS (%) Min SP


295 Kawan-kawan selalu mentertawakan saya apabila saya tidak dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Saya tidak suka ke sekolah kerana dapat bersama kawan di pusat hiburan. Saya selalu diajak oleh rakan saya pergi ke pusat beli belah sewaktu persekolahan Jika saya tidak ponteng bersama rakan, saya tidak akan diterima oleh rakan yang ponteng Rakan sebaya menjadi tempat bagi saya mencurahkan masalah dan pengganti bagi ibu bapa Saya rasa bangga mempunyai kawan yang berkebolehan dalam kepimpinan dan berpengaruh terhadap rakan lain. Saya lebih suka mengikut pemakaian kawan saya yang berjenama supaya saya diterima oleh kumpulan mereka. 15.5 15.5 19.6 15.5 26.8 11.3 14.4 41.2 39.2 47.4 28.9 38.1 16.5 23.7 0 2.1 3.1 3.1 3.1 1 1 34 29.9 21.6 29.9 21.6 35.1 43.3 9.3 13.4 8.2 22.7 10.3 36.1 17.5 2.76 2.86 2.46 3.14 2.46 3.59 3.16 1.3 1.38 1.24 1.45 1.32 1.43 1.39 Min Keseluruhan= 2.92 Jadual 3 menunjukan taburan responden mengikut peratus, min dan sisihan piawai bagi kekerapan faktor rakan sebaya terhadap ponteng sekolah. Dapatan kajian menunjukkan pernyataan “Saya rasa bangga mempunyai kawan yang berkebolehan dalam kepimpinan dan berpengaruh terhadap rakan lain.” merupakan faktor rakan sebaya yang paling kerap dengan min skor 3.59 dan sisihan piawai 1.43. Secara keseluruhannya min yang diperolehi ialah 2.92. Ini menunjukkan tahap faktor ponteng kelas adalah sederhana rendah. Faktor Keluarga Terhadap Ponteng Sekolah Jadual 4: Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Ponteng Dari Aspek Faktor Keluarga PERNYATAAN 1 STS (%) 2 TS (%) 3 TP (%) 4 S (%) 5 SS (%) Min SP Ibu bapa saya jarang di rumah kerana sibuk bekerja Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab terhadap keluarga kepada orang gaji Ibu bapa selalu bergaduh di rumah Ibu bapa selalu menggalakkan saya belajar Ibu bapa tidak ambil tahu saya jika saya tidak pergi ke sekolah Ibu bapa menyediakan segala keperluan dan kemudahan supaya hidup saya lebih mewah Ibu bapa saya lebih sayang pada adik daripada saya 10.3 35.1 19.6 12.4 23.7 8.2 13.4 33 30.9 39.2 16.5 36.1 11.3 42.3 1 1 0 2.1 6.2 0 8.2 48.5 30.9 35.1 40.2 21.6 56.7 30.9 7.2 2.1 6.2 28.9 12.4 23.7 5.2 3.05 2.33 2.55 3.55 2.65 3.69 2.61 1.24 1.28 1.29 1.41 1.36 1.2 1.18 Min Keseluruhan= 2.92 Jadual 4 menunjukan taburan responden mengikut peratus, min dan sisihan piawai bagikekerapan faktor keluarga terhadap ponteng sekolah. Dapatan kajian menunjukkan pernyataan “Ibu bapa menyediakan segala keperluan dan kemudahan supaya hidup saya lebih mewah” merupakan faktor keluarga yang paling kerap dengan min skor 3.69 dan


296 sisihan piawai 1.2. Secara keseluruhannya min yang diperolehi ialah 2.92. Ini menunjukkan tahap faktor ponteng kelas adalah sederhana rendah. KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, faktor-faktor ponteng yang utama ialah suasana sekolah. Hasil kajian mendapati keseluruhan min yang diperolehi bagi faktor suasana sekolah ialah 3.26 Ini menunjukkan tahap faktor sikap pelajar adalah sederhana tinggi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa suasana merupakan faktor utama ponteng sekolah. Antara item-item yang dikenal pasti ialah bilangan murid yang ramai dalam bilik darjah merimaskan responden, peraturan di sekolah terlalu ketat, kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah adalah membebankan. Keadaan dan suasana sekolah yang bosan serta tidak menarik merupakan antara faktor murid ponteng sekolah selaras dengan kajian Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar. Dapatan kajian ini mengesahkan dapatan kajian terdahulu dan beberapa andaian awal tentang faktor murid ponteng sekolah di sekolah rendah. Walaubagaimanapun terdapat dapatan yang memerlukan kajian lanjutan untuk meningkatkan lagi kesahannya dan mencari faktor-faktor lain yang mempengaruhinya. Antara kajian lanjutan yang dirasakan perlu dilakukan adalah seperti berikut: i. Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik ini ialah menentukan faktor ponteng sekolah di kalangan murid sekolah rendah. Responden yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah 98 orang dan melibatkan sebuah sekolah rendah. Adalah sangat bermakna sekiranya kajian lanjutan dapat dilakukan dengan menggunakan saiz sampel yang lebih besar dan melibatkan semua sekolah rendah di Malaysia. ii. Kajian yang dijalankan hanyalah berdasarkan laporan kendiri pelajar sahaja. Oleh itu, kajian akan datang dicadangkan bolehlah melibatkan juga perolehan maklumat berdasarkan laporan kauselor sekolah, guru kelas, guru mata pelajaran dan juga ibu bapa. iii. Kajian yang dijalankan ini adalah dilakukan di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Oleh itu dicadangkan kajian lanjutan perlu dijalankan di sekolah menengah dan rendah di negeri-negeri lain bagi mengesahkan dapatan kajian. RUJUKAN Abdullah Sani Yahaya (2004). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd Foziah Binti Ab.Rahman (1999). Masalah Ponteng Sekolah Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak Pelajar: Satu Kajian Di Sekolah Men. Keb. Kuala Tembeling, Jerantut Pahang”. Tesis Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia: Tidak Diterbitkan. Henry, K. L. (2007). Who’s skipping school: Characteristics of truants in 8th and 10th grade. Journal of School Health, 77(1), 29–35.


297 Hunt, M. K., & Hopko, D. R. (2009). Predicting high school truancy among students in the Appalachian South. Journal of Primary Prevention, 30(5), 549–567. Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (2010). Kes salah laku disiplin murid di Sabah dari tahun 2007-2008. Kota Kinabalu: Unit Disiplin Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran Malaysia(1982). Panduan Bagi Ibubapa Mengenai Disiplin Pelajar-pelajar Sekolah. Kuala Lumpur Kamus Dewan (1996). Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan (2005). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Muhammed Sharif Mustaffa, & Suria Abd Jamil (2012). Mengenal pasti punca-punca masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah rendah: Satu kajian kes. Journal of Educational Psychology & Counseling, 6, 50–73 Utusan Malaysia (2009, 1 Oktober). Salah laku murid meningkat. p. 24. Saiful Bahari Ashari (2009, 15 Ogos). Tangani ponteng sekolah, gangsterismeMuhyiddin. Utusan Malaysia, p. 2 Tan Kui Ngor (2006). Pengaruh Persekitaran Sekolah Terhadap Masalah Disiplin Pelajar dan Kaedah Pengurusan Disiplin. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana . Zhang, M. (2007). School absenteeism and the implimentation of truancy-related penalty notices. Pastoral Care in Education: An International Journal for Pastoral Care & Personal-Social Education, 25(4), 25–34. Zulkifli Abdullah (2007, 25 Oktober). Ambil tindakan tegas pelajar ponteng. Utusan Malaysia. Retrieved from http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2007&dt=1025&pub=Utusan_Malaysi a&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_ 07.html


298 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM KALANGAN MURID SJKC KHAI CHEE CHING HUI KHEE ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid menjadi satu cabaran yang perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah dan pihak ibu bapa. Tidak kira murid sekolah rendah atau murid sekolah menengah, tingkah laku bermasalah telah menjadi satu situasi yang agak normal dalam sekolah. Untuk menangani tingkah laku bermasalah, pihak sekolah dan pihak ibu bapa telah melakukan pelbagai usaha. Jikalau masalah ini tidak diambil berat, tingkah laku bermasalah akan menjadi isu yang mengganggu prosedur pengajaran dan pembelajaran guru dan menjejaskan nama sekolah, menyebabkan pihak ibu bapa kecewa. Menurut Aznan (2010), masalah tingkah laku kanak-kanak adalah berhubung rapat perkembangan sosial mereka dan sejauh mana berupaya menunjukkan tingkah laku seperti yang diterima oleh masyarakat. Tingkah laku bermasalah pula merupakan perilaku yang keluar daripada kebiasaan, normal. Hal ini juga boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang tidak normal dari segi nilai sosial masyarakat. Tingkah laku bermasalah berlaku apabila murid menghadapi perubahan dalam persekitaran, mereka kurang kemampuan dalam menyesuaikan diri. Perubahan ini telah menjejaskan emosi mereka dan seterusnya menggangu keharmonian dalam diri mereka. Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990), tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang mengganggu kelancaran kehidupan seharian. Dari aspek pendidikan pula, tingkah laku bermasalah merujuk kepada tingkah laku murid yang boleh menganggu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Menurut Hussein Mahmud dan Kamaruddin Abd. Rahman (1995) di dalam artikelnya bertajuk “Beberapa Pandangan dan Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tingkah laku bermasalah murid berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial Bandura. Kajian ini melibatkan empat fasa iaitu mengukur latar belakang responden, faktor persekitaran keluarga, faktor murid itu sendiri dan faktor persekitaran sekolah. Reka bentuk kajian mengaplikasikan kaedah kuantitatif. Data dikumpul dalam kaedah kuantitatif adalah dengan mengedarkan set borang soal selidik iaitu “Faktor-Faktor Yang Menimbulkan Tingkah Laku Bermasalah Dalam Kalangan Pelajar SJKC Khai Chee”. Dalam hal ini, persampelan rawak mudah dijalankan dalam kalangan 324 orang responden dari SJKC Khai Chee, Segambut, Kuala Lumpur. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap tingkah laku bermasalah adalah rendah dan tingkah laku bermasalah adalah disebabkan oleh persekitaran sekolah, sikap murid sendiri dan iklim sekolah. Dalam konteks ilmu kaunseling, dapatan kajian tinjauan ini menjadi panduan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk memahami keinginan murid berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial. Dengan kajian tinjauan ini, kesedaran dan informasi yang berkaitan boleh diberikan kepada pihak sekolah, pihak ibu bapa dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tentang punca berlakunya tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid sekolah. Kata Kunci: Faktor-faktor, tingkah laku, faktor persekitaran keluarga, faktor murid itu sendiri, faktor persekitaran sekolah


299 Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah Tingkah Laku”, Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia,menyatakan bahawa faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dibahagikan kepada faktor keluarga, faktor diri sendiri murid dan faktor persekitaran sekolah. Berdasarkan Kajian Harbans Kaur (1982) dan K Kandiah (1982) mengenai “Jevenile Delinquency” mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati tingkah laku bermasalah disebabkan oleh persekitaran keluarga yang serba kekurangan. Dunhill (1965) berpendapat bahawa suasana dalam kelas yang tidak diuruskan dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan peranan yang kurang baik dalam kalangan murid. PENYATAAN MASALAH Menurut Astro Awani (2017), data-data yang berkaitan dengan tingkah laku masalah yang dilakukan oleh murid dicatat, khususnya sebanyak 5825 kes kenakalan. Jumlah yang besar ini telah menimbulkan kebimbangan semua pihak terutamanya pihak ibu bapa dan sekolah. Oleh itu, tingkah laku bermasalah ini tidak boleh dipandang rendah, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah jika tidak diatasi dengan straregi yang sesuai seperti mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (Azizi et. al, 2011). Beberapa punca menyebabkan tingkah laku negatif berlaku dalam kalangan murid. Menurut Mahmood Nazar (2001), faktor persekitaran keluarga mendorong murid-murid melakukan perbuatan bermasalah seperti interaksi dengan ahli keluarga dan pengaruh latar belakang keluarga. Bukan itu sahaja, Bandura (1973) berpendapat bahawa murid mempelajari tingkah laku bermasalah, bukan dilakukan secara semula jadi oleh seseorang individu. Tambahan lagi, tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid disebabkan oleh faktor persekitaran sekolah, seperti keperluan asas yang merangkumi aspek fizikal dan sosial. (Glasser, 1998). Keperluan fizikal merujuk kepada kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi di sekolah. Keperluan sosial pula adalah keperluan kebebasan, kasih sayang dan rasa dihargai dan keseronokkan. Setiap murid menginginkan keperluan ini untuk mendapatkan kepuasan hatinya supaya menjadi lebih gembira. Isu ini dipilih oleh pengkaji kerana semasa pengkaji menjalankan Praktikum Fasa Pertama, didapati bahawa murid-murid mempunyai masalah tingkah laku negatif seperti tidak menghormati guru, tidak mendengar arahan guru dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas semasa guru mengajar. Hal ini telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah perlu diketahui supaya strategi dan teknik yang berkesan boleh ditentukan untuk mengubah tingkah laku murid-murid. OBJEKTIF a) Mengenalpasti punca-punca di sebalik tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid. b) Mengkaji tahap tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid. PERSOALAN a) Apakah faktor-faktor yang mendorong murid bertingkah laku negatif?


300 b) Apakah tahap tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini akan dijalankan dengan pendekatan kuantitatif. Kajian ini melibatkan set soalan selidik atas talian, iaitu dalam Google Form. Soal selidik merangkumi 4 bahagian, iaitu Bahagian A (Latar Belakang), Bahagian B (Faktor Persekitaran Keluarga), Bahagian C (Faktor Murid Diri Sendiri) dan Bahagian D (Faktor Persekitaran Sekolah). Kesemua soal selidik ini telah diuji kesahan kandungan dan kesahan konstruk sebelum set soal selidik diedarkan dalam kajian sebenar. Kajian ini dilaksanakan di SJKC Khai Chee, Segambut, Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana sekolah ini terdiri daripada murid pelbagai latar belakang dan persekitaran sosial yang sibuk. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Jadual 1 : Faktor tingkah laku negatif Berdasarkan jadual di atas, boleh didapati bahawa Faktor Murid Itu Sendiri mendapat nilai min keseluruhan yang tertinggi, iaitu 2.57, diikuti dengan Faktor Persekitaran Keluarga, 2.00 dan nilai min keseluruhan yang paling rendah, iaitu 1.86, Faktor Persekitaran Sekolah. Hasil dapatan yang diperolehi daripada murid-murid SJKC Khai Chee menunjukkan bahawa tahap tingkah laku bermasalah murid adalah rendah. Faktor yang mendorong keputusan dapatan menjadi rendah iaitu faktor persekitaran keluarga, faktor murid itu sendiri dan faktor persekitaran sekolah. Hal ini disokong oleh kajian Louise, Rob dan Sheila (2014) yang telah dilaksanakan di New Zealand. Hubungan guru dan murid membawa impak yang besar dalam mengurangkan tingkah laku bermasalah. Hal ini demikian kerana tingkah laku bermasalah murid bergantung kepada persekitaran sekolah dan interaksi sosial antara murid dengan guru. Melalui kajian ini, boleh mendapati bahawa tingkah laku bermasalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti persekitaran keluarga, murid itu sendiri dan persekitaran sekolah. Kajian Louise, Rob dan Sheila (2014) berpendapat bahawa tingkah laku bermasalah berhubung rapat dengan sikap. Oleh itu, pihak ibu bapa dan pihak sekolah perlu menjalinkan hubungan yang positif bagi mengurangkan tingkah laku bermasalah di sekolah. Zalmizy (2013) pula berpendapat bahawa faktor murid itu sendiri paling mempengaruhi responden dalam isu tingkah laku bermasalah, berbanding dengan faktor persekitaran keluarga dan persekitaran sekolah. Menerusi kajian ini, tahap tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid-murid SJKC Khai Chee rendah kerana sikap mereka tidak agresif. Hal ini juga membuktikan pihak pentadbir SJKC Khai Chee melakukan usaha yang baik dalam membentuk modal insan yang mulia. CADANGAN


301 Kajian ini telah menghasilkan informasi tentang faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid di SJKC Khai Chee, Segambut, Kuala Lumpur. Data-data yang diperoleh daripada kajian ini amat bermakna kepada semua pihak. Maka, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan. Cadangan yang pertama, pengkaji harus mempunyai perancangan pengurusan masa, pengumpulan data dan penganalisisan data agar tidak berlaku masalah yang boleh menjejaskan proses kajian. Di samping itu, pengkaji mesti mengukuhkan prosedur kerja seperti menyediakan kertas cadangan, menjalankan proses pengutipan data dengan soal selidik, menganalisis data dan penulisan laporan. Pengkaji juga perlu memahami secara mendalam tentang teori yang digunakan dalam kajian tidak berlaku sebarang kesilapan semasa penulisan dilakukan. Seterusnya, pengkaji juga mencadangkan supaya kajian kes ini dijalankan dalam masa yang lebih panjang. Dalam hal ini, masa yang panjang cukup untuk membantu pengkaji mengumpul data yang diperlukan. Hal ini demikian kerana semakin panjang masa, semakin banyak data yang dikutip oleh pengkaji. IMPLIKASI Walau bagaimanapun, kajian tinjauan ini memberikan kesedaran dan informasi kepada semua pihak terutamanya pihak sekolah, KPM, guru-guru, kaunselor dan ibu bapa tentang faktor-faktor yang menyebabkan murid terjebak dalam masalah tingkah laku. Bagi pihak sekolah, pentadbir perlulah menyediakan aktiviti yang dapat menarik minat murid seperti perkhemahan, aktiviti sukan, pertandingan untuk mengisi masa belajar murid di sekolah. Apabila murid merasakan pengajaran dan pembelajaran membosankan, maka tingkah laku bermasalah berlaku. Oleh itu, pengkaji mencadangkan bahawa pihak sekolah harus mempunyai strategi untuk menarik perhatian murid yang kurang minat dalam belajar. Dalam hal ini, guru-guru harus lebih kreatif dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya menjayakan proses Pdp. Guru-guru juga perlulah memberi motivasi kepada murid supaya mereka sedar tanggungjawab diri sendiri sebagai seorang murid. Tambahan lagi, agensi-agensi kerajaan seperti KPM harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengurangkan tingkah laku bermasalah ini dengan melaksanakan program di sekolah untuk mengelakkan murid melakukan perilaku mengikut nafsu hati mereka. Seterusnya, pihak ibu bapa, guru-guru dan kaunselor haruslah mengambil perhatian tentang isu tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid. Dalam hal ini, guru-guru haruslah mengurangkan penglabelan terhadap murid yang pernah melakukan salah laku disiplin. Hal ini demikian kerana penglabelan ini membuatkan murid merasa dirinya tidak disayangi oleh guru-guru di sekolah. Oleh itu, guru perlulah memberi dorongan dan nasihat kepada murid tersebut supaya memberi kesedaran mereka. KESIMPULAN Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang berfokuskan kaedah kuantitatif mengikut Teori Pembelajaran Sosial Bandura. Berdasarkan dapatan data yang diperolehi, menunjukkan Teori Pembelajaran Sosial Bandura memainkan peranan yang penting kepada guru sebagai panduanuntuk mengkaji dan memahami modal tingkah laku murid. Maka itu, diharapkan hasil kajian ini memberi faedah kepada semua pengkaji di Malaysia.


302 RUJUKAN Ajay K. and Sona T. (2016). Aggresion Among Senior Secondary Students In Relation To Family Environment. International Journal of Recent Scientific Research, 7(1), 8302-8305 Astro Awani Online. (2016). Kira-kira 3000 kes buli di sekolah direkod pada 2015. Diperolehi pada Mac 27, 2016. Diperolehi daripada: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kira-kira-3000- kes-buli-di-sekolah-direkod-pada-2015- 100060 Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar, Zainuddin Md Isa. (2010). Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku. Pendidikan Khas DP. Jilid 10, Bil 2/2010 Bandura A. (1973). Aggresion: A Social Learning Analysis. Eaglewood Cliffs: Prentice Hall. Hussein Mahmud, Kamaruddin Abd. Rahman. (1995). Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah Tingkah Laku. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia Louise M. Rob & Sheila. (2014). School Climate and Aggresion among New Zealand High School Students. New Zealand Journal of Psychology, 43(1). Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sapora Sipon (2019). Teori Kaunseling dan Psikoterapi: Edisi Kelima. Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia. Yee Sye Foong. (2018). Asas Penyelidikan dalam Pendidikan. Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd Zalmizy Hussin (2013). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi “Mat Rempit” Terlibat Dengan Tingkah Laku Agresif Di Pulau Pinang. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia


303 TAHAP STRES DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SIN KWANG CHONG KEE, DARREL ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Murid merupakan golongan yang sangat penting di dalam negara kita. Mereka mempunyai golongan yang mempunyai pelbagai bakat dan potensi yang mampu memimpin negara kita dalam mengatasi cabaran dunia yang semakin rumit pada masa ini. Pendidikan memainkan peranan penting dalam mendidik mereka menjadi individu yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Untuk melahirkan insan yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan berkompetensi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengkaji semula ini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan dan pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah sangat penting kepada murid dalam pembangunan dan perkembangan mereka ke arah yang positif. Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang signifikan dalam perkembangan dan pembangunan murid dengan melaksanakan perkhidmatan B&K secara sepenuh masa dan berfokus kepada empat bidang termasuk psikososial dan kesejahteraan mental. Melalui fokus dalam bidang ini, murid akan mempunyai pemikiran yang sihat dan mampu berfungsi dengan sempurna dalam kehidupan. Namun, masalah kesihatan mental ini semakin meningkat dalam kalangan murid Murid merupakan golongan yang mempunyai pelbagai bakat dan potensi yang mampu memimpin negara kita dalam mengatasi cabaran dunia pada masa ini. Namun, masalah stres semakin meningkat dalam kalangan murid. Murid sekolah rendah juga menghadapi tekanan berlebihan yang berpunca daripada pelbagai faktor. Stres boleh dialami oleh setiap individu tanpa mengira umur. Masalah stres dalam kalangan remaja merupakan salah satu isu yang sering dibincangkan di seluruh dunia. Stres boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Eustress dan Destress. Stres yang rendah dan sederhana sebenarnya mendatangkan kesan yang positif tetapi stres yang berlebihan boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada individu dari segi fizikal, mental dan tingkah laku. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap stres dalam kalangan murid sekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Kwang. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Terdapat 127 orang murid tahun enam dipilih sebagai sampel untuk mewakili populasi kajian seramai 190 orang murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan tahap stres dalam kalangan murid sekolah rendah ialah normal (M=5.93). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap stres yang signifikan antara murid lelaki dan murid perempuan (t=0.804; nilai p>0.05). Sebagai kesimpulan, walaupun kebanyakan mruid berada pada tahap stres yang normal, tetapi terdapat beberapa orang murid berada pada tahap stress ringan, sederhana dan teruk. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut perlu menjalankan intervensi untuk membantu mereka dalam mengatasi masalah stres ini. Kata Kunci: tahap stres, murid sekolah rendah, murid lelaki dan murid perempuan


304 terutamanya murid sekolah rendah dan jika masalah tekanan ini tidak dapat diatasi, maka ini boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada mereka. PENYATAAN MASALAH Stres boleh dialami oleh setiap individu tanpa mengira umur termasuk bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Keupayaan dan kebolehan bagi setiap individu untuk menahan stres adalah berbeza. Stres boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu Eustress dan Distress. Eustress merupakan stres yang boleh membawa kepada tindak balas yang positif manakala Distress merupakan stres yang boleh mendatangkan tindak balas yang negatif. Eustress berlaku pada tempoh masa yang pendek, menimbulkan perasaan yang seronok serta boleh dikawal dan memberi motivasi dan juga mendatangkan kesan yang positif. Distress pula berlaku apabila seseorang menghadapi stres dalam satu jangka masa yang Panjang dan mendatangkan kesan yang negatif kepada seseorang individu dan boleh mendorong kepada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti mencederakan diri dan membunuh diri. Menurut National Health & Morbidity Survey (NHMS) (2017), kajian menunjukkan bahawa keadaan kesihatan mental dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Berdasarkan keputusan daripada ujian saringan Stres, Kebimbingan dan Kemurungan (DASS) yang dilaksanakan, statistik menunjukkan bahawa daripada 10 orang remaja, terdapat 1 orang remaja yang mengalami stres. 10.3% remaja perempuan dan 8.9% remaja lelaki mengalami stres. Dari aspek lokasi pula, murid yang belajar di kawasan bandar lebih mengalami stres, iaitu 10.3%. Dari aspek kaum pula, murid kaum india mengalami stres yang paling tinggi, iaitu sebanyak 15.3%, diikuti dengan bumiputera Sabah (13.0%), lain-lain (11.0%), Cina (9.9%), bumiputera Sarawak (9.6%), dan Melayu (8.5%). Statistik juga menunjukkan bahawa remaja di negeri Sabah yang mengalami stres memperoleh kadar kelaziman 12.3% meletakkan mereka pada kedudukan yang pertama berbanding dengan negeri lain di Malaysia. Saya mendapati bahawa kajian tentang tahap stres murid sekolah kurang dilaksanakan di Malaysia. Kebanyakan kajian tentang stres adalah berkaitan dengan stres dalam kalangan murid sekolah menengah, pelajar di Institut Pengajian Tinggi, ataupun dalam kalangan guru sahaja. Saya menyedari bahawa masalah stres dalam kalangan murid sekolah rendah boleh bertambah teruk jika situasi ini dibiarkan berlarutan sahaja. Hal ini kerana stres boleh memberi impak yang negatif dan serius kepada perkembangan dan pembangunan mereka. Menurut Pascoe et al. (2019), stres boleh membawa impak yang negatif kepada pelajar terhadap kapasiti pembelajaran, pencapaian akademik, pendidikan, pencapaian dalam pekerjaan, kualiti dan kuantiti tidur, kesihatan fizikal, kesihatan mental dan penggunaan bahan terlarang. Menurut Mentang dan Londa (2019), stres boleh mengurangkan motivasi pembelajaran bagi pelajar. Sekiranya gagal menangani stres, mereka boleh mengalami masalah kesihatan mental dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna dalam kehidupan. Oleh itu, untuk mengatasi kelemahan ini, kajian tentang tahap stres murid sekolah rendah perlu dilaksanakan. Hal ini kerana kajian ini boleh memanfaatkan murid, sekolah, masyarakat dan pengkaji. Kajian ini bukan sahaja dapat membantu murid sekolah rendah untuk mengenal pasti tahap stres, maka juga dapat membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenal pasti keperluan murid di sekolah. Selain itu, kajian juga boleh meningkatkan kesedaran


305 tentang masalah stres dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan bagi pengkaji lain dalam menjalankan kajian terhadap stres. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenal pasti tahap stress dalam Kalangan murid sekolah rendah 2. Menentukan perbezaan tahap stress antara murid lelaki dan murid perempuan PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah tahap stres dalam kalangan murid sekolah rendah? 2. Adakah terdapat perbezaan tahap stress antara murid lelaki dan murid perempuan? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Seramai 127 orang dipilih sebagai sampel kajian untuk mewakili populiasi kajian seraiami 190 orang murid. Sampel kajian adalah dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah kerana kaedah ini merupakan cara termudah dan terbaik untuk memperoleh sampel daripada populasi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Saringan Stres, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS). Walaupun ujian DASS mempunyai tiga domain, iaitu domain stres, domain kemurungan dan domain kebimbangan, tetapi pengkaji hanya mengambil kira 7 item (S1, S6, S8, S11, S12, S14 dan S18) dari domain stres untuk dianalisis bagi memenuhi objektif dan persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan ini mempunyai kesahan yang tinggi kerana instrumen ini telah digunakan dalam kajian mengenai kemurungan mangsa banjir dalam kajian Arizan dan Ab. Rahman (2018). Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen soal selidik DASS adalah sebanyak 0.861 dan ini menunjukkan bahawa instrumen ini boleh diterima pakai. Data bagi kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik secara atas talian melalui Google Forms dan diedarkan melalui aplikasi Whatsapp setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah untuk melaksanakan kajian. Seterusnya, data yang dikumpulkan dianalisis secara kuantitatif melalui perisian Statistical Product and Service Solutions (SPSS) untuk menentukan skor dan tahap stres responden kajian. DAPATAN KAJIAN 1. Apakah tahap stres dalam kalangan murid sekolah rendah? Jadual 1: Analisis Tahap Stres berdasarkan Ujian DASS


306 Berdasarkan jadual 1 di atas menunjukkan bahawa kekerapan responden yang paling tinggi adalah seramai 103 orang (81.0%) yang berada pada tahap stress yang normal manakala kekerapan responden paling rendah adalah seramai 5 orang (3.9%) yang berada pada tahap stres yang teruk. 2. Adakah terdapat perbezaan tahap stress antara murid lelaki dan murid perempuan? Hipotesis 1: Tidak terdapat perbezaan tahap stress antara murid lelaki dan murid perempuan. Jadual 2: Keputusan Ujian T Tahap Stres Mengikut Jantina Berdasarkan Jadual 2 di atas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres antara murid lelaki dan murid perempuan (t=0.804; nilai p>0.05). Tahap stres murid lelaki (M=5.69, SP=3.071) adalah sama dengan tahap stres murid perempuan (M=6.15, SP=3.383). Maka, hipotesis 1 diterima. PERBINCANGAN 1. Apakah tahap stres dalam kalangan murid sekolah rendah? Secara umumnya, hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden adalah berada pada tahap stres yang normal dalam kalangan murid sekolah rendah. Hasil analisis soal selidik, iaitu ujian DASS boleh dijadikan bukti kerana menunjukkan nilai min bagi ketujuh-tujuh item dalam domain stres ujian DASS adalah kurang daripada 1.1 dan tidak ada responden yang mempunyai tahap stres yang sangat teruk, iaitu lebih daripada 18 markah. Kajian ini menunjukkan bahawa responden hanya mempunyai tahap stres yang normal, ringan sederhana dan teruk. Walaupun kebanyakan murid berada pada tahap stres yang rendah, tetapi terdapat juga responden yang berada pada tahap stres yang ringan, sederhana dan teruk. Mereka tidak sepatutnya dibiarkan sahaja selepas kajian. Mereka memerlukan perhatian dan bantuan daripada pihak lain untuk membantu mereka dalam menangani masalah tekanan atau mengurangkan stres. Jika mereka tidak mendapatkan bantuan, masalah tekanan akan masih dikekalkan dan boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada mereka. Kajian Pascoe et al. (2019) mengenai impak stres terhadap pelajar di sekolah menengah dan institut pengajian tinggi menunjukkan bahawa stres boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal dan mendorong kepada masalah akademik. Menurut Deng et al. (2022), kajian menunjukkan bahawa apabila mahasiswa menghadapi dengan stres yang teruk atau negatif, mereka boleh mengalami kesan fizikal dan psikologikal dan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan seperti kelesuan, hilang selera makan, sakit kepala dan penyakit gastrousus. 2. Adakah terdapat perbezaan tahap stress antara murid lelaki dan murid perempuan?


307 Berdasarkan hasil dapatan kajian, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan murid lelaki dan murid perempuan. Hasil analisis kajian membuktikan bahawa nilai min dan sisihan piawai bagi kumpulan murid lelaki dan murid perempuan tidak mempunyai perbezaan yang besar. Nilai min murid lelaki dan murid perempuan ialah 5.69 dan 6.15 manakala nilai sisihan piawai bagi murid lelaki dan murid perempuan ialah 3.071 dan 3.383. Nilai ujian-t yang diperoleh ialah 0.804 dan perbezaan signifikan ialah 0.423. Disebabkan nilai p adalah lebih daripada 0.10 (p >0.10), maka tiada bukti yang bertentangan dengan hipotesis yang dibuat sebelum menjalankan kajian. Hasil dapatan kajian ini mendapat sokongan daripada dapatan yang lalu. Menurut Tekuchi et al., (2022), tidak mendapat perbezaan dalam kebarangkalian skor terhadap umur dan jantina dalam penyelidikannya yang mengkaji tentang tahap stres dalam kanak-kanak dan langkah penyesuaian semasa pandemik COVID-19 di Jepun. Kajian oleh Mohd Saim et al., (2018) yang mengkaji tentang stres dalam kalangan pelajar diploma kejuruteraan awam di UiTM Cawangan Pahang menunjukkan bahawa ujian-t dalam kajian ini mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara tahap stres pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Salleh dan Kadir (2018) yang menjalankan Kajian Mengenai Hubungan Antara Kemuruangan, Kebimbingan Dan Tekanan Dengan Tret Personaliti Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan bahawa keputusan yang diperoleh dalam analisis perbezaan tekanan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah tidak signifikan. Selain itu, hasil dapatan kajian ini juga menolak dapatan kajian lalu yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan terhadap stres bagi murid lelaki dan murid perempuan. Menurut Mohamad dan Ibrahim (2018), kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih tertekan berbanding dengan pelajar perempuan di institut pengajian tinggi. Hal ini kerana skor min General Health Questionnaire (GHQ-12) bagi pelajar lelaki adalah lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2018), kajian menunjukkan bahawa bilangan perempuan yang mengalami stres adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki di peringkat sekolah menengah. Kajian oleh Hossain et al. (2022) mengenai kelaziman kebimbingan, kemurungan dan stres dalam kalangan pelajar di Universiti Jahangirnagar di Bangladesh menunjukkan bahawa perempuan mengalami lebih banyak stres berbanding dengan lelaki. KESIMPULAN Secara keseluruhan, kajian ini telah menunjukkan bahawa tahap stres dalam kalangan murid sekolah rendah di SJK (C) Sin Kwang adalah rendah. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian kecil murid yang berada pada tahap stres yang sederhana dan teruk. Oleh itu, diharapkan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut dapat menjalankan intervensi untuk membantu mereka dalam mengatasi masalah stres ini. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa hipotesis yang dibuat pada peringkat awal kajian dapat diterima, iaitu tidak terdapat perbezaan tahap stres yang signifikan antara murid lelaki dan murid perempuan. CADANGAN Memandangkan kajian ini mempunyai batasannya tersendiri maka terdapat beberapa cadangan bagi kajian lanjutan. Antaranya ialah pengkaji boleh melibatkan lebih banyak sekolah dalam kajian ini. Pengkaji hanya mengkaji tentang satu sekolah dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini boleh mengambil masa yang lebih banyak untuk mengumpulkan


308 data. Hal ini tempoh masa untuk melaksanakan kajian ini adalah kurang daripada sebulan. Di samping itu, proses pengumpulan data boleh dilaksanakan secara bersemuka. Hal ini kerana proses pengumpulan data tidak dapat dijalankan secara bersemuka. Responden hanya menjawab ujian menggunakan peranti seperti komputer dan telefon pintar di manamana tempat sahaja dan tempat tersebut mungkin tidak mempunyai keadaan yang kondusif dan terapeutik. Ini boleh menyebabkan kepada keputusan ujian bagi responden kajian. IMPLIKASI Pengkaji telah menjalankan penyelidikan tentang tahap stres dalam kalangan murid sekolah dan perbezaan tahap stres antara murid lelaki dan murid perempuan, Kajian ini telah memberi implikasi kepada beberapa pihak, antaranya ialah murid. Kajian ini dapat membantu mereka dalam mengenal pasti tahap stres yang dialami, sama ada mereka berada dalam tahap normal, ringan, sederhana, teruk atau sangat teruk. Selain itu, kajian ini juga memberi implikasi kepada guru bimbingan dan kaunseling. Kajian ini juga dapat membantu guru bimbingan dan kaunseling mengesan murid yang mengalami tahap stres yang sederhana, teruk atau sangat teruk dan dapat merangka dan membuat perancangan untuk melaksanakan program bimbingan dan kaunseling. Di samping itu, kajian ini memberi implikasi kepada masyarakat. Kajian ini dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat tentang isu kesihatan mental dan gangguan emosi dalam kalangan murid sekolah rendah. Malahan, kajian ini memberi implikasi kepada pengkaji-pengkaji yang lain. Kajian ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan kepada pengkaji lain pada masa hadapan apabila mereka ingin mengkaji tentang isu stres atau kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak atau murid sekolah rendah. RUJUKAN Abu Hassan, Z. (2017). Kesan Kaunseling Kelompok REBT Terhadap Tekanan Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah. Universiti Putra Malaysia:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77422/1/FPP%202017%2044%20ir.pdf Aiman, N., Shahadan, M., Abdul Wahad Khan, R., Perveen, A., Hussein, H., & Pua, K. (2020). Factors Of Academic Stress Among Students In A Primary School In Kepong, Kuala Lumpur: A Qualitative Study. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC) Volume 5 Issue 34, 23-39. Arizan, S., & Ab. Rahman, R. (2018). Kemurungan Mangsa Banjir Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah. Jurnal Psikologi Dan Kaunseling 9, 109-124. Blashill, M. M. (2016, Julai 27). Academic Stress and Working Memory in Elementary School Students. Retrieved from University of Nothern Colorado:https://digscholarship.unco.edu/dissertations/370/ Boon, P., Lee, L., & Aeria, L. (2017). Siri Pendidkan Guru: Pentaksiran dalam Pendidikan. Pentaksiran dalam Pendidikan. Carlsson, E., Frostell, A., Ludvigsson, J., & Faresjö, M. (2014). Psychological stress in children may alter the immune response. Journal of Immunology 192(5), 2071-2081. Cheetham-Blake, T., Family, H., & Turner-Cobb, J. (2019). ‘Every day I worry about something’: A qualitative exploration of children’s experiences of stress and coping. British Journal of Health Psychology, 931-952.


309 Deng, Y., Cherian, J., Nisa Khan, N., Kumari, K., Sial, M., Comite, U.Popp, J. (2022). Family and Academic Stress and Their Impact on Students' Depression Level and Academic Performance. Front Psychiatry 13. Fahmi, R., Firman, Mukhaiyar, & Mudjiran. (2020). Students’ Self-Efficacy and School Stress Symptoms at Private Elementary School Muallimin. Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 504, 206-210. Higuera, V. (2018). What Is General Adaptation Syndrome. Retrieved from Healthline: https://www.healthline.com/health/general-adaptation-syndrome Hossain, M., Alam, M., & Masum, M. H. (2022). Prevalence of anxiety, depression, and stress among students of Jahangirnagar University in Bangladesh. Health Sciences Reports 5(2). Institute for Public Health, National Institutes of Health, & Ministry of Health Education. (2018). National Health And Morbidity Survey (NHMS) 2017: Key Findings from the Adolescent Health and Nutrition Surveys; Infographic Booklet. Institute of Public Health, National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia. Johari, H., Nordin, A., & Fadzil, Z. (2022). Kajian Kes Aplikasi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) . Jurnal Dunia Pengurusan 4(1), 9-22. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah rendah dan menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Keok Cheong , L., Abdullah , Z., & Chua, L. (2018). Penyelidikan dalam Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. . Lozada, M., Carro, N., D'adamo, P., & Barclay, C. (2014). Stress Management in Children: A Pilot Study in 7 to 9 Year Olds. Journal of developmental and behavioral pediatrics: JDBP 35(2), 144-147. Mahfar, M. (2011). Kesan modul pendidikan rasional emotif terhadap kepercayaan tidak rasional dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di Johor, Malaysia. University Putra Malaysia: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26935/1/FPP%202011%2031R.pdf Mentang, S. X., & Londa, M. T. (2019). The Effect of Stress on Students' Motivation in Faculty of Economics, Manado State University. Journal of International Conference Proceedings 2(2), 188-195. Mohamad , M., & Ibrahim, R. (2018). Perbezaan Gender Tekanan Psikologikal dan Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Prasiswazah. Jurnal Personalia Pelajar 21(1), 55-66. Mohd Noah, S. (2005). Pengujian & Penilai dalam Kaunseling Teori & Aplikasi. Penerbit University Putra Malaysia. Mohd Saim, N., Rosli, S., Amaruddin, H., & Abdul Rahman, N. (2016). Kajian Stres dalam Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam (EC110) UiTM Cawangan Pahang. Konferensi Akademik (KONAKA) UiTM Pahang 2016, 366-377. Onuigbo, L. N., Edseadi, C., Ugwoke, S. C., Nwobi, A. U., Anyanwu, J. I., Okeke, F. C., . . . Eze, P. (2018). ffect of rational emotive behavior therapyon stress management and irrational beliefs of special education teachers in Nigeria nelementary schools. Medicine 97 (37), 1-11. Organization, W. H. (2021, Oktober 12). Stress. World Health Organization: https://www.who.int/news-room/questionsand-answers/item/stress#:~:text=Stress%20can%20be%20defined%20as,to%20your%20over all%20well%2Dbeing.


310 Pascoe, M. C., Hetrick, S. E., & Parker, A. G. (2020). The Impact of Stress on Students in Secondary School and Higher Education. International Jurnal of Adolescence and Youth, 25, 104-112. Pusat Pembangunan Akademik. (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tinjauan. Kementerian Pendidikan Guru. Ray, S., Goswami, V., & Kumar, C. M. (2022). Stress-The hidden pandemic for school children and adolescents in India during COVID-19 era. Current Psychology. Salleh, A., & Kadir, D. (2014). Kajian Mengenai Hubungan Antara Kemurungan, Kebimbingan Dan Tekanan Dengan Tret Personaliti Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, University Kebangsaan Malaysia. International Counseling Conference and Work, 64-73. Sipon, S., & Hussin, R. (2019). Teori Kaunseling dan Psikoterapi-Edisi Kelima. Penerbit USIM. Sipon, S., Othman, K., & Abdul Rahman, O. (2013). Stres: Punca, Teori dab Pengurusan Efektif. Penertbit USIM. Sofianopoulou, K., Bacopoulou, F., Vlachakis, D., Kokka, I., Alexopoulos, E., Varvogli, L.,Darviri, C. (2020). Stress Management in Elementary School Students: a Pilot Randomised Controlled Trial. EMBnet.journal. Sumari, M., Ahmed Tharbe, I., Md Khalid, N., & Mohamad Nor, A. (2014). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Penerbit Universiti Malaya. Tabachnick, B. G., & Fidell, L. S. (2007). Using Multivariate Statistics (5th ed.). Allyn and Bacon. Takeuchi, H., Napier-Raman, S., Asemota, O., & Raman, S. (2022). Identifying vulnerable children’s stress levels and coping measures during COVID-19 pandemic in Japan: a mixed method study. BMJ Paediatrics Open. Umija, M. A., Aloka, P. J., & Wachianga, W. (2021). Relationship between Awfulizing Irrational Beliefs and Stress among Orphaned Students in Kenyan Public Secondary Schools. Asian Journal of Sociological Research 4(4), 29-40. Valizadeh, L., Farnam, A., & Farshi, M. R. (2012). Investigation of Stress Symptoms among Primary School Children. Journal of Caring Sciences 1 (1), 25-30. Vîslă , A., Flückiger, C., Holtforth, M. g., & David, D. (2016). Irrational Beliefs and Psychological Distress: A Meta-Analysis. Psychother Psychosom 85, 8-15. Yaribeygi, H., Panahi, Y., Sahraei, H., Johnson, T. P., & Sahebkar, A. (2017). The Impact of Stress on Body Function: A Review. Journal Experiment and Clinal Science, 16, 1057-1072.


311 FAKTOR MURID PONTENG DI SJKC KAI CHUNG CHRISTINE TING SIE SING ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Dalam era globalisasi ini, dengan perkembangan pesat zaman ini telah menimbulkan pelbagai isu hangat dalam masyarakat. Antara isu hangat yang sentiasa menjadi buah mulut oleh lapisan masyarakat ialah masalah ketidakhadiran murid ke sekolah. Murid-murid pergi ke sekolah adalah untuk belajar menimba ilmu pengetahuan yang berguna serta menyumbang ilmu mereka kepada masyarakat pada masa kelak. Menurut Rasidah (2004), ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran murid ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Stuphen, Fort dan Faltherty (2009), menjelaskan ponteng ialah sebagai bilangan ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dalam sesuatu tempoh masa. Selain daripada itu, menurut Zhang, Wilson, Katsiyanis, Barett, Ju dan Wu (2010), ponteng ditakrifkan sebagai penglibatan yang menjadi amalan dalam kegiatan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab oleh murid di mana isu ini menjadi perhatian dalam kalangan ibu bapa, pendidik dan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dominan yang menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah. PENYATAAN MASALAH Merujuk kepada statistik (Parlimen Malaysia, 2018), ponteng sekolah berada di tangga teratas dicatatkan dalam salah laku disiplin daripada lima juta pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia sepanjang tahun 2017 yang merangkumi 1.4 % (67,053 pelajar). Setiap individu sememangnya mempunyai kawan di sekolah. Jadi, faktor rakan sebaya mudah menjadi salah satu punca yang menyebabkan murid tidak ingin atau tidak rela menghadiri ke sekolah. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kai Chung yang bertempat di Bintangor, Sarawak. Kajian ini berbentuk pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik untuk memperoleh dapatan kajian pada akhirnya. Sampel kajian terdiri daripada 136 orang murid di SJKC Kai Chung. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor pelajar kendiri, faktor keluarga dan faktor rakan sebaya sama ada menyebabkan murid ponteng sekolah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti faktor dan jantina dominan yang mempengaruhi murid ponteng sekolah. Dapatan data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif iaitu min. Dapatan kajian yang diperolehi berkaitan tahap murid ponteng di sekolah ini adalah rendah. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan faktor pelajar kendiri merupakan faktor paling dominan mempengaruhi murid ponteng berdasarkan min keseluruhan yang diperolehi iaitu 2.58. Kajian ini diyakini mampu mengurangkan masalah murid ponteng atas sebab-sebab yang dikaji. Penyelidik berharap agar kajian ini boleh memberi kesedaran kepada pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat untuk lebih mementingkan isu ini supaya boleh melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Kata kunci : Faktor pelajar kendiri, faktor keluarga, faktor rakan sebaya, ponteng


312 Melalui pengkajian, murid mudah menimbulkan perasaan tidak puas hati dan menentang untuk pergi ke sekolah. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat murid takut kehilangan kawan baik dan terpaksa mengikut perlakuan serta keinginan kawan semasa berada di sekolah. Lama-kelamaan murid akan menimbulkan perasaan yang tidak selesa sekiranya mereka berasa kurang selesa dengan perlakuan yang dilakukan oleh rakan di sekolah. Hal ini disebabkan oleh rakan sebaya merupakan individu yang paling rapat dengan murid selain daripada ahli keluarga. Murid mudah dipengaruhi oleh tingkah laku rakan sebaya di sekeliling dan secara tidak langsungnya murid mudah terpengaruh dengan pemikiran negatif rakan sebaya. Terdapat murid yang tidak ingin hadir ke sekolah adalah untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, ibu bapa lebih cenderung dalam bekerja untuk mengejar kemewahan sehingga mengabaikan anak mereka. Secara tidak langsung, anak akan mencuba cara yang boleh menarik perhatian ibu bapa. Murid yang kurang kasih sayang daripada ibu bapa mudah menjadi suatu pendorong kepada mereka muncul personaliti negatif untuk menentang ibu bapa iaitu bertikai dengan ibu bapa kerana tidak sudi ke sekolah. Selain daripada itu, murid juga mudah ponteng sekolah disebabkan oleh ibu bapa memaksa mereka menghadiri sekolah tanpa kerelaan mereka. Secara tidak langsung, murid mudah muncul personaliti negatif iaitu ponteng untuk menunjukkan bahawa tidak ingin datang ke sekolah. John Robertson (1981) juga menyatakan keruncingan dalam keluarga, pertelingkahan ibu bapa, ibu bapa bengis, keluarga yang ramai, kurangnya perhatian kanak-kanak oleh penjaga dan taraf pekerjaan penjaga rendah akan mempengaruhi emosi murid dan tingkah laku. Hal ini disebabkan oleh, murid yang terlibat dalam masalah ini biasanya tertekan dengan masalah keluarga yang dialami mereka sepertimana yang telah dinyatakan di atas. OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada faktor-faktor yang dikemukakan menjadi punca penyebab murid tidak datang ke sekolah. Objektif kajian dilaksanakan adalah untuk: a. Mengenal pasti sama ada faktor pelajar kendiri merupakan faktor utama menyebabkan murid ponteng sekolah b. Mengenal pasti sama ada faktor keluarga merupakan faktor utama menyebabkan murid ponteng sekolah c. Mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya merupakan faktor utama menyebabkan murid ponteng sekolah d. Mengenal pasti jenis faktor yang paling dominan menyebabkan murid ponteng sekolah e. Mengenal pasti jantina yang paling dominan menyebabkan murid ponteng sekolah PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan objektif yang dinyatakan, persoalan-persoalan yang akan menjadi kajian iaitu: a. Apakah faktor pelajar kendiri menjadikan faktor utama menyebabkan murid ponteng sekolah ? b. Apakah faktor keluarga menjadikan faktor utama menyebabkan murid ponteng sekolah ? c. Apakah faktor rakan sebaya menjadikan faktor utama menyebabkan murid ponteng sekolah ? d. Apakah jenis faktor yang paling dominan menyebabkan murid ponteng sekolah ?


313 e. Apakah jantina yang paling dominan menyebabkan murid ponteng sekolah ? METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk pendekatan kuantitatif. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk mendapatkan faktor menyebabkan murid ponteng sekolah. Dalam pendekatan kuantitatif, data dianalisis secara deskriptif. Lokasi kajian ini bertempat di sebuah sekolah rendah iaitu SJKC Kai Chung di Bintangor, Sarawak. Terdapat 210 orang murid di SJKC Kai Chung. Berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan , sampel kajian yang diperlukan ialah 136 orang responden. Mengikut pandangan Mohd Najib (2003), saiz sampel merupakan elemen penting disebabkan ia mewakili kepentingan keputusan kajian nanti. Instrumen kajian yang dipilih oleh penyelidik dalam kajian ini ialah soal selidik dengan penggunaan skala likert 5 mata. Pemilihan kaedah soal selidik ini adalah untuk memudahkan penyelidik mengumpul data dalam bilangan yang besar. Tuckman (1988) menyarankan kaedah soal selidik lebih mudah mendapatkan kerjasama daripada responden. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik iaitu bahagian A berkenaan latar belakang murid dan bahagian B berkenaan tiga jenis faktor murid ponteng iaitu faktor pelajar kendiri, faktor keluarga dan faktor rakan sebaya. Kesahan instrumen kajian ini adalah mendapatkan kesahan daripada pakar akademik berkenaan penambah baik pembinaan item-item dalam soal selidik. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengutip data penyelidikan bagi menjawab persoalan kajian (Zikmund et al., 2013; Pallant, 2013). Penyelidik akan melaksanakan beberapa prosedur untuk mengumpul data iaitu mendapatkan surat kebenaran membuat kajian tinjauan terlebih dahulu dan menulis surat permohonan berkaitan kebenaran untuk menjalankan kajian di SJKC Kai Chung. Selepas permohonana diluluskan, penyelidik akan menjumpa pakar akademik untuk meminta kesahan borang soal selidik sebelum mengedar kepada pihak sekolah. Selepas pengumpulan data daripada responden, penyelidik akan mentadbir dan menganalisis data dalam soal selidik dengan pengiraan min dan diikuti dengan menulis dapatan kajian. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Berdasarkan ketiga-tiga analisis skor min bagi faktor pelajar kendiri (skor min 2.58), faktor keluarga (skor min 2.33) dan faktor rakan sebaya (skor min 2.12) telah menunjukkan faktor pelajar mempunyai skor min yang tertinggi dan diikuti oleh faktor keluarga dan seterusnya faktor rakan sebaya. Secara ringkasnya, faktor pelajar kendiri merupakan faktor yang paling dominan menyebabkan murid terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Selain daripada itu, jantinan yang paling dominan memilih jawapan “setuju” dan “sangat setuju” juga diwakili oleh murid lelaki. Secara rumusan, penyelidik telah memberi penjelasan yang terperinci dan jelas terhadap jenis faktor dominan iaitu faktor pelajar kendiri, faktor keluarga dan faktor rakan sebaya yang menyebabkan murid berponteng. Berdasarkan penganalisisan data, didapati bahawa SJKC Kai Chung merupakan sebuah sekolah yang berada dalam tahap sederhana bagi ketiga-tiga faktor yang menyebabkan murid berponteng. Min keseluruhan bagi faktor pelajar kendiri, faktor keluarga dan faktor rakan sebaya telah menunjukkan sekolah ini berada pada tahap rendah yang memberi maksud sekolah ini kurang berlakunya gejala ponteng.


314 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Dalam kajian ini, hasil dapatan telah menunjukkan faktor yang mempengaruhi murid ponteng adalah rendah berdasarkan min keseluruhan yang diperolehi di antara tiga jenis punca ponteng. Walaupun itu, faktor yang paling dominan menyebabkan murid berponteng ialah faktor pelajar kendiri. Sehubungan itu, implikasi kajian berkaitan faktor pelajar sendiri boleh memberi kesedaran kepada setiap lapisan masyarakat untuk mementingkan faktor ini. Implikasi daripada hasil kajian ini boleh memberi manfaat kepada pihak sekolah dalam lebih memberi fokus terhadap pertumbuhan minda murid. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam usaha melahirkan setiap murid sihat daripada pelbagai aspek seperti emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini disebabkan oleh sekolah merupakan institusi yang membina akhlak mulia murid serta menyampaikan ilmu pengetahuan yang berguna kepada murid. Selain itu, pihak ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap keadaan anak sendiri terutamanya keadaan berada di sekolah dan pergaulan rakan sebaya. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan murid akan terlibat dalam gejala negatif disebabkan oleh ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada mereka. Ibu bapa kini yang sibuk dalam bekerja mudah mengabaikan anak-anak mereka. Secara tidak langsungnya, anak juga tidak mempunyai peluang untuk menjalinkan hubungan dengan ibu bapa. Ibu bapa perlu sentiasa memberi kasih sayang yang cukup kepada anak seperti mendengar perkongsian anak, menjaga perasaan dan emosi anak serta menghormati pandangan mereka supaya boleh melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Sehubungan itu, peratusan berlaku gejala ponteng juga boleh dikurangkan atas kasih sayang yang cukup diterima oleh anak daripada ibu bapa mereka. Melalui dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa faktor pelajar kendiri merupakan faktor paling tinggi mempengaruhi murid berponteng. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian-kajian lepas yang menunjukkan faktor-faktor seperti sikap pelajar kendiri, hubungan keluarga dan rakan sebaya mempengaruhi gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar (Veloo & Kim, 2014; Abdul Kalam, 2016; Nawawi et al., 2017; Wulandari, 2018). Kajian ini memberikan implikasi kepada pelbagai pihak seperti murid, guru , pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa. Berikutan peningkatan gejala ponteng sekolah yang semakin membimbangkan, pihak KPM telah melaksanakan inisiatif dengan memperkenalkan Sistem Kehadiran Murid (eKehadiran) untuk memantau dan merekodkan ketidakhadiran pelajar dengan lebih sistematik dan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Jadi, penyelidik berharap pihak sekolah dan masyarakat perlu memberi perhatian terhadap isu ini agar boleh mengurangkan kes ponteng berlaku bagi tujuan melahirkan modal insan yang berkualiti dan bertanggugjawab pada masa kelak. RUJUKAN Elmi Baharuddin. 2013. Kecerdasan Rohaniah dan Amalan Agama di Rumah Kebajikan. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pengajian Islam, Unversiti Kebangsaan Malaysia. Lukman Hakim bin Mohamad Amin, Muhamad Redha Abdul Hafiz, Muhamad Nazirul Asyraf Kamarulzalis, Abdul Hadi Ibrahim, Nursyuhada Mohd Taib, Nur Haziqah Ramlan, Mohd Razimi Husin. (2019). Masalah Kecelaruan Tingkah Laku: Ponteng Sekolah. Universiti Pendidikan Sultan Idris


315 Ridzuan Masri, Arman Ahmad, Razlina Abd Rani. (2018). Teori Maslow dalam Konteks Memenuhi Keperluan Asas Pekerja dan Peranannya dalam Meningkatkan Prestasi Organisasi : Kajian dan Perspektif Islam. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. How Lee Chan. (2007). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Gejala Ponteng di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia. Nosiah Bt Abd Wahab. (2014). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Masalah Ponteng di Sekolah Menengah Daerah Segamat. Fakulti Pendidikan Universiti: Teknologi Malaysia. Nursabihah Roslan, Nurul Ain Mohd Daud. (2021). Meneroka Intervensi Kaunselor dalam Menangani Masalah Pelajar Ponteng Sekolah. Fakulti Pembangunan Malaysia : Universiti Pendidikan Sultan Idris. Arsaythamby Veloo, Ng Choo Kim. (2014). Jenis Amaran dan Faktor Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Sabah. School of Education and Modern Languages, Universiti Utara Malaysia. Johari, S.H, Karim, D.N.F.M, Akhwan, S.N.A, Nabila, R., & Apdal, J. (2019). Peranan kaunselor dalam menangani masalah ponteng sekolah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Rosniza Mohd Taha. (2001). Ponteng masalah disiplin paling serius. University Putra Malaysia. Mat Nor, Norhasilah and Hamzah, Aspaniza and Junus, Nurul Farhana. (2012). Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai. Journal of Educational Psychology & Counseling, 5.


316 TAHAP KONSEP KENDIRI MURID SJKC BENTA GOH SHU CHENG Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Setiap individu mempunyai idea atau imej tentang diri masing-masing. Idea-idea ini juga dipanggil sebagai konsep kendiri. Secara umumnya, konsep kendiri adalah satu konsep yang memberi gambaran atau nilai individu terhadap diri sendirinya serta merupakan satu komponen dalam pembentukan personaliti individu. Carl Rogers (1950) menyatakan konsep kendiri merangkumi kepercayaan, perasaan, persepsi, sikap, dan nilai yang dipegang oleh seseorang individu berkaitan dirinya. Ini selaras dengan pandangan Super (1963) yang merumuskan konsep kendiri sebagai suatu asas dalam pembentukan personaliti seseorang individu, yang mana ianya merangkumi tiga aspek iaitu penilaian, sikap dan persepsi seseorang itu terhadap dirinya sendiri. Azizi Yahaya et al (2005) telah menyatakan bahawa terdapat dua jenis konsep kendiri, iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif mempunyai sikap yang baik serta lebih berkeyakinan dan berkemampuan dalam aktiviti sosial. Sebaliknya, individu yang mempunyai konsep kendiri negatif sering tidak puas hati dengan apa yang diperolehnya dan cenderung terlibat dalam aktiviti berisiko tinggi atau antisosial dan boleh menyebabkan pencapaian akademik mereka terjejas. Menurut Farah Wazera dan Mohammad Mujaheed (2021), seseorang yang memandang dirinya positif serta serta menerima dan menghargai kelebihan diri, ia akan memberi impak positif dalam perhubungan, meningkatkan motivasi untuk berjaya dalam kehidupan dan pembelajaran. Sebaliknya, jika murid mempunyai konsep kendiri yang negatif, tingkah laku dan emosi juga akan negatif. PENYATAAN MASALAH Berdasarkan Teori Erik Erikson, apabila kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun, mereka akan memasuki Tahap ketekunan berlawan dengan rendah diri. Galakan dan sokongan yang diberi oleh orang dewasa membantu kanak-kanak Konsep kendiri memainkan peranan penting dalam pembentukan sikap dan tingkah laku murid. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap konsep kendiri murid SJKC Benta dari aspek konsep kendiri sosial dan kendiri peribadi berdasarkan jantina dan darjah. Sebanyak 52 orang responden terdiri daripada murid darjah embat, darjah lima dan darjah enam terlibat dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Instrumen yang diaplikaskan dalam kajian untuk menguji tahap konsep kendiri dalam kalangan murid berdarjah empat hingga enam adalah Tennessee Self-Concept Scale (TSCS). Kajian ini berbentuk kuantitatif dan mengaplikasikan SPSS ver27 untuk membuat analisis. Dapatan kajian membuktikan bahawa tahap konsep kendiri dari dimensi kendiri sosial dan kendiri peribadi berada pada tahap rendah iaitu di bawah skor min 68 and 65 tetapi dilihat dari skor min telah berada di tahap sederhana dengan purata skor min 3.22. Secara umunnya, kajian ini dapat membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam mencari cara alternatif untuk meningkatkan tahap konsep kendiri dalam kalangan murid. Kata kunci: Konsep Kendiri Sosial; Konsep Kendiri Peribadi


317 berasa bangga dengan kebolehan-kebolehan mereka dan sebaliknya kanak-kanak membentuk rasa rendah diri. Oleh itu, pembentukan konsep kendiri merupakan suatu proses yang penting dalam konteks sekolah rendah kerana ia telah menentukan personaliti seseorang. Kajian yang dijalankan oleh Orth, Erol & Luciano (2018) yang didapati bahawa kanak-kanak yang berada pada peringkat pertengahan kanak-kanak iaitu dari umur 6 hingga 12 tahun melihat dirinya melalui pandangan orang lain terhadap diri sendiri. Ini bermaksud kanak-kanak pada tahap ini mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain di sekeliling terhadap diri mereka. Dengan ini, sekiranya kanak-kanak tidak memberi pendedahan tentang pembentukan konsep kendiri yang baik, maka konsep kendiri mereka kemungkinan dijejaskan terutamanya konsep kendiri sosial dan peribadi. Hal ini demikian kerana kanak-kanak pada tahap ini banyak berinteraksi dengan persekitarannya. KPM telah mengeluarkan laporan statistik yang menunjukkan data masalah salah laku dalam kalangan murid sekolah bagi tahun 2017 dalam Malaysia terdapat sebanyak 134,108. Masalah disiplin murid sekolah termasuk tingkah laku berunsur jenayah, ponteng sekolah, kurang sopan dan sebagainya. Kajian yang dijalankan oleh Norlizah (2008), telah mendapati kebanyakkan murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah adalah murid yang terlibat dalam masalah disiplin di sekolah. Ini telah berhubung dengan hasil kajian dari Hansen, Steenberg, Palic dan Elklit (2012) menunjukkan antara salah satu punca individu menjadi mangsa buli iaitu negative affectivity bermaksud individu yang mempunyai imej kendiri yang rendah serta rasa rendah diri. Manakala kajian yang dijalankan oleh Azneezal, Nora dan Siti (2003) pula mendapati bahawa individu yang memiliki konsep kendiri yang negatif mempunyai kebarangkalian yang besar menjadi pembuli. Kajian-kajian ini telah membuktikan bahawa sekiranya terlibat dalam kegiatan buli, mangsa buli tidak dapat meningkatkan penghargaan kendiri mereka dan wujud kekecewaan dalam diri serta tidak dapat membentuk sikap yang positif (Hansen, et al. 2012). Dengan ini, telah jelas mengetahui bahawa konsep kendiri yang negatif telah mempengaruhi peribadi seseorang individu. Seterusnya, penyataan 'pandemik 'oleh WHO telah mengarahkan kerajaan untuk melaksanakan PKP yang memfokuskan kepada penjarakan sosial telah menghalang kanak-kanak untuk berinteraksi, bersosial, keluar rumah serta bermain bersama rakan bagi mencegah penularan wabak ini. Perkara ini memberi kesan seperti tekanan, kebimbangan, keresahan, kebosanan, kemurungan terhadap kanak-kanak (Hidayu & Hemaloshinee 2020). Dengan ini, telah memberi kesan kepada pergaulan sosial murid serta konsep kendiri sosial secara tidak langsung. Kajian dan penyelidikan tentang konsep kendiri telah banyak dilaksanakan di luar negara, dan jarang dijalankan dalam Malaysia terutamanya berfokus kepada murid sekolah rendah sebagai responden. Tahap konsep kendiri bagi murid sekolah rendah juga sangat penting kerana kemungkinan akan mempengaruhi perkembangannya. Lantaran itu, pengkaji berminat untuk menjalankan kajian yang menfokuskan tahap konsep kendiri di kalangan murid sekolah rendah, khususnya murid berdarjah empat hingga lima yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Benta, Kuala Lipis, Pahang. Kajian ini hanya berfokus kepada dua aspek konsep kendiri iaitu aspek kendiri peribadi dan aspek kendiri sosial. Pandangan individu terhadap peribadinya adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pandangannya terhadap aspek lain secara tidak langsung. Ini adalah sama semasa murid mempunyai kemahiran sosial yang rendah berkemungkinan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain secara berkesan serta menimbul pemikiran


318 negatif terhadap persekitarannya terutamanya telah mengalami Movement Control Order (MCO) selama dua tahun lebih OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap konsep kendiri murid dari aspek kendiri peribadi serta mengenal pasti tahap konsep kendiri murid dari aspek kendiri sosial. Persoalan kajian yang dikenalpasti pula adalah “Apakah tahap konsep kendiri murid dari aspek peribadi bersifat positif atau negatif?” dan “Apakah tahap konsep kendiri murid dari aspek sosial bersifat positif atau negatif?” METODOLOGI KAJIAN Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui borang soal selidik atas talian, menggunakan aplikasi Google Forms untuk merangka soal selidik dan menyediakan platfom untuk responden menjawab soal selidik. Borang soal selidik telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A berkaitan degan biodata responden iaitu jantina dan darjah manakala bahagian B pula berkenaan konsep kendiri yang menggunakan inventori TSCS (Tennessee Self-Concept Scale) yang digunakan secara meluas untuk menilai konsep kendiri individu. Pengkaji telah mengadaptasi instrumen TSCS daripada 100 item kepada 36 items yang mengandungi aspek kendiri peribadi dan kendiri sosial termasuk item negatif dan positif telah dipilih untuk mendapat data yang lebih tepat dan berhubung kait dengan tujuan kajian. Analisis dapatan data dari soal selidik menggunakan perisan SPSS versi 27 untuk menjadi peratusan hasil dapatan juga dari nilai min dan sisihan piawai. DAPATAN DAN PERBINCANGAN 1. Tahap konsep kendiri murid dari aspek peribadi Jadual 1: Skor Min bagi tahap konsep kendiri murid dari aspek peribadi NO. ITEM MIN SP INTERPRESTASI B1 Saya seorang yang periang 3.83 1.004 Sederhana Tinggi B2 Saya memiliki daya kawalan diri yang tinggi 3.63 1.103 Sederhana Tinggi B3 Saya seorang yang tenang dan mudah didampingi 3.79 1.073 Sederhana Tinggi B4 Saya seorang yang dibenci 2.02 1.038 Sederhana Rendah B5 Diri saya tidak penting 2.19 1.189 Sederhana Rendah B6 Saya rasa sudah tidak berupaya berfikir dengan waras 2.35 1.118 Sederhana Rendah B7 Saya berpuas hati dengan keadaan diri saya sekarang 4.02 .980 Tinggi B8 Saya adalah sebijak yang saya harapkan 3.60 .913 Sederhana Tinggi B9 Saya adalah seorang yang baik 3.92 .987 Sederhana Tinggi


319 B10 Saya bukanlah individu seperti yang saya inginkan 2.52 1.196 Sederhana Rendah B11 Saya membenci diri saya 2.02 1.057 Sederhana Rendah B12 Saya adalah seorang yang sangat cepat berputus asa 2.44 1.259 Sederhana Rendah B13 Walau dalam keadaan apa sekalipun, saya boleh menjaga diri 3.90 .934 Sederhana Tinggi B14 Saya dapat menyelesaikan masalah saya dengan mudah 3.56 .998 Sederhana Tinggi B15 Saya bersedia mengaku kesalahan saya tanpa merasa marah 3.67 1.004 Sederhana Tinggi B16 Saya sering berubah fikiran 3.37 1.067 Sederhana Tinggi B17 Saya sering bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu 2.87 1.189 Sederhana Rendah B18 Saya cuba melarikan diri daripada menghadapi masalah 3.58 1.091 Sederhana Tinggi Berdasarkan jadual 1, telah mengetahui bahawa skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi tahap konsep kendiri murid dari aspek peribadi adalah 3.182 dan 1.067. Boleh dapati bahawa min keseluruhan ini adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan menunjukkan min yang tertinggi ialah item B7 dengan kenyataan “Saya berpuas hati dengan keadaan diri saya sekarang” dengan skor min sebanyak 4.02. Skor min ini berada dalam tahap sangat tinggi berdasarkan jadual 3. Sebanyak 20 orang responden menjawab sangat setuju dan 18 orang menjawab setuju. Min kedua tertinggi ialah item B9 dengan kenyataan “Saya adalah seorang yang baik” dengan skor min 3.92. Sebanyak 16 orang responden memberi jawapan sangat setuju manakala 22 orang responden menjawab setuju dengan kenyataan ini. Bagi item B13 dengan kenyataan “Walau dalam keadaan apa sekalipun, saya boleh menjaga diri” dengan skor min 3.90 merupakan skor min ketiga tertinggi dimana sebanyak 15 orang responden menjawab sangat setuju dan 22 orang responden menjawab setuju. Rajah 1 telah menunjukkan taburan responden mengikut tahap rendah dan tinggi bagi kendiri peribadi. Dapat diperhatikan terdapat 29 orang responden berada pada tahap tinggi dengan 56% dan 23 orang responden berada pada tahap rendah dengan 44%.


320 2. Tahap konsep kendiri murid dari aspek sosial Jadual 2: Skor Min bagi tahap konsep kendiri murid dari aspek sosial NO. ITEM MIN SP INTERPRESTASI B19 Saya seorang yang peramah 4.12 .732 Tinggi B20 Saya lebih popular di kalangan wanita 3.35 1.101 Sederhana Tinggi B21 Saya lebih popular di kalangan lelaki 3.27 1.105 Sederhana Tinggi B22 Saya merasa sangat marah kepada semua orang 2.23 1.148 Sederhana Rendah B23 Saya tidak berminat dengan apa yang dilakukan oleh orang lain 2.54 1.056 Sederhana Rendah B24 Saya sukar untuk membina kemesraan dengan orang lain 2.35 1.136 Sederhana Rendah B25 Saya boleh bersosial seperti yang saya mahu. 3.87 .886 Sederhana Tinggi B26 Saya berpuas hati dengan cara saya melayan orang lain 3.79 .800 Sederhana Tinggi B27 Saya berusaha untuk mengambil hati orang lain, tetapi tidaklah sampai keterlaluan 3.73 1.050 Sederhana Tinggi B28 Saya sepatutnya lebih bersopan santun terhadap orang lain 4.21 .825 Tinggi B29 Saya memang tidak pandai langsung untuk bersosial 2.60 1.089 Sederhana Rendah B30 Saya tidak berpuas hati dengan cara saya bergaul 2.12 .878 Sederhana Rendah B31 Saya berusaha untuk memahami pendapat orang lain 4.06 .698 Tinggi B32 Saya mempunyai tanggapan yang baik terhadap semua orang yang saya temui 3.94 .916 Sederhana Tinggi B33 Saya boleh berkawan dengan semua orang 3.94 1.037 Sederhana Tinggi B34 Saya tidak merasa sukar untuk berbual dengan orang lain 3.73 1.012 Sederhana Tinggi B35 Sukar untuk saya memaafkan orang lain Sederhana 2.27 1.122 Rendah B36 Saya merasa sukar untuk berbual dengan orang tidak saya kenali 2.73 1.300 Sederhana Rendah Jadual 2 menunjukkan peratusan responden yang menjawab setiap item konsep kendiri sosial. Melalui jadual ini, boleh dapati skor min keseluruhan bagi tahap konsep kendiri sosial adalah 3.27 bersama dengan sisihan piawai iaitu 0.994. Keseluruhan skor min aspek ini berada dalam tahap sederhana tinggi. Item B28 mendapat min yang tertinggi dalam aspek ini. Terdapat skor min sebanyak 4.21 dengan kenyataan “Saya sepatutnya lebih bersopan santun terhadap orang lain”. Hampir semua responden memberi jawapan setuju dan sangat setuju berkaitan dengan ini iaitu 21 orang responden menjawab sangat setuju dan 23 orang responden menjawab setuju. Dapatan menunjukkan min yang kedua tertinggi ialah B19 dengan kenyatan “Saya seorang yang peramah” dengan skor min sebanyak 4.12. Sebanyak 16 orang responden sangat bersetuju dengan kenyataan ini manakala 27 orang peserta juga setuju dengan ini. Pernyataan pada B31 iaitu “Saya berusaha untuk memahami pendapat orang lain” dengan skor min 4.06 berada di tempat ketiga tertinggi. Seramai 30 orang responden memberi jawapan setuju maka 13 orang responden menjawab sangat setuju.


321 Berdasarkan Rajah 2, boleh diperhatikan bahawa terdapat 27 orang berada pada tahap rendah dengan 52% dan 25 orang berada di tahap tinggi dengan 48%. Daripada ini, mendapati bahawa perbezaan antara tahap tinggi dan tahap rendah ini adalah kecil. Secara keseluruhannya, Jadual 3 dan Jadaul 4 telah menunjukkan tahap keseluruhan konsep kendiri peribadi dan sosial dalam kalangan responden. Hasil dapatan menunjukkan bahawa 28 orang responden atau 54% mempunyai konsep kendiri yang rendah dan 24 orang responden atau 46% mempunyai konsep kendiri yang tinggi dalam kedua-dua aspek. Hasil analisis menunjukkan bahawa hampir separuh murid mempunyai tahap konsep kendiri yang rendah. Manakala jika dilihat dari purata skor min, tahap konsep kendiri peribadi dan sosial berada pada tahap sederhana tinggi dengan purata 3.22 serta sisihan pawai adalah 1.030 secara keseluruhan. Dengan ini, boleh menyatakan bahawa walaupun telah dibahagi kepada dua kategori iaitu antara tahap konsep kendiri tinggi dengan rendah, namun semua responden masih berada dalam tahap sederhana. Ini telah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Yahaya Azizi & Ramli Jamaludin (2009) telah mendapati majoriti (99%) murid mempunyai tahap konsep kendiri yang sederhana.


322 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Secara kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan murid SJKC Benta berdarjah empat, lima dan enam berada dalam tahap konsep kendiri yang sederhana dalam dimensi kendiri peribadi dan sosial. Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Boleh dikatakan persekitaran banyak mempengaruhi konsep kendiri individu kerana memperoleh pengalaman daripada itu. Menurut Rogers (1951), manusia itu memang mempunyai potensi untuk


323 memperkembangkan diri ke arah tuju yang lebih sempurna dengan syarat seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya. Kajian ini telah mengenal pasti tahap konsep kendiri dari dimensi kendiri peribadi dan kendiri sosial. Hasil kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah khususnya unit B&K yang memainkan peranan dalam membina kesejahteraan mental dalam kalangan murid-murid. Menurut Erikson, pada awal remaja yang akan memasuki kepada dewasa, identiti vs kekeliruan identiti berlaku. Dalam tahap ini, individu mencari dan membina identiti baru dan cuba menjawab soalan “who am I?” Dalam masa ini, individu berusaha untuk diterima dan mendapat nilai positif daripada lingkungan persekitarannya. Oleh itu, adalah penting bagi guru B&K membantu dan membimbing murid untuk membina identiti dirinya serta mengelakkan ketidakpastian dan ketidakselesaan tentang peranan mereka. Hal ini demikian kerana murid dalam tahap ini memerlukan banyak dorongan dan kemesraan dari orang dewasa. Dengan ini, konsep kendiri positif murid dapat dikekalkan sekaligus dikembangkan dengan lebih sempurna. Berdasarkan hasil kajian yang didapati, beberapa cadangan boleh diberi untuk menyempurnakan kajian lanjutan. Pertama, faktor-faktor menyebabkan tahap konsep kendiri boleh dikenal pasti agar melihat hubungan antara punca-punca yang diandaikan dengan tahap konsep kendiri dalam kalangan murid sekali gus mengetahui punca perbezaan yang ada di kalangan murid perempuan dan lelaki. Seterusnya, penglibatan sampel boleh ditingkatkan lagi untuk meningkatkan kesahihan data dalam kajian. Oleh kerana kajian ini dijalankan secara online melalui pautan Google Form, murid darjah satu hingga darjah tiga telah diabaikan untuk memastikan tahap kebolehpercayaan. Namun, ini telah menyebabkan dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan dalam keseluruhan sekolah. Oleh itu, cadangan bagi kajian lanjutan iaitu menjalankan kajian secara bersemuka dengan memberi penerangan kepada para murid supaya semua murid dapat terlibat dalam kajian seterusnya. RUJUKAN Adam Hayes. (2022). Simple Random Sampling: 6 Basic Steps With Examples. Diperolehi daripada https://www.investopedia.com/terms/s/simple-random-sample.asp Abdul Rashid et, al. (2021). Pengaruh Konsep Kendiri Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Universiti. International Journal Of Education, Psychology And Counselling (IJEPC), 6(44), 111 – 123. Ab Razak, N. H., & Aziz, A. R. (2020). Perkembangan Sosial Dan Emosi Kanak-Kanak: Kesan Penjarakan Sosial Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dan Pendekatan Dalam Membantu. Diperolehi daripada https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/6841/1/ Alodia Alodia & Denrich Suryadi. (2021). The Relationship Between Social Comparison and Self Esteem Among Late Adolescent Instagram Users. Atlantis Press SARL, 527–532 A Rahman et, al. (2003). Konsep Kendiri Pelajar-pelajar Yang Ponteng Sekolah Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas Di Daerah Pontian. Diperolehi daripada http://merr.utm.my/7810/ Azizi Hj Yahaya. (2011). Konsep Kendiri (Part 1). Diperolehi daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/20045/ Azizi Hj. Yahaya et, al. (2005). Hubungan antara konsep kendiri, motivasi dan gaya keibubapaan dengan pencapaian pelajar. Diperolehi daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/2332/


324 Azizi. (2002). Hubungan di antara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi terhadap pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah di Johor Bahru. Diperolehi daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/2403/Ezam Kulay. (n.d.). Teori Erik Erikson. Diperolehi daripadahttps://www.academia.edu/32018015/TEORI_ERIK_ERIKSON Halimah Maalip et, al. (2020). Pembentukan Modal Insan: Hubungan Konsep Kendiri, Personaliti, Dan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Southeast Asia Psychology Journal, Vol.8, 103 – 122. Ishak, Zahari. (2011). Pembinaan model konsep kendiri pelajar tingkatan empat. Diperolehi daripada http://studentsrepo.um.edu.my/4395/ Jamaludin Ramli. (2010). Bab 6: Pengertian konsep kendiri. Diperolehi daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/10353/ Kamat et, al. (2003). Konsep Kendiri Di Kalangan Anak Yatim Di Johor Bahru. Diperolehi daripada http://merr.utm.my/8573/ Kaur Manpreet et, al. (2015). Level Of Self Concept Among School Going Children. International Journal of Therapeutic Applications, Volume 21, 21-28. Lai & Liu. (n.d.). Konsep Kendiri Pelajar: Satu Kajian Di Kolej Komuniti. Diperolehi daripada https://www.academia.edu/7650073/Konsep_Kendiri_Pelajar_KK_prosiding_ Majda Schmidt & Branka Čagran. (2008). Self-Concept Of Students In Inclusive Settings. International Journal Of Special Education, Vol 23, 8 – 17. Mark R. Leary & June Price Tangney. (2012). Handbook of Self and Identity: Second Edition. United Stares of America: A Division of Guilford Publications Marwa Alrajhi et, al. (2018). Grade and Gender Effects on Self-Concept Development. Diperolehi daripada https://www.openpsychologyjournal.com/VOLUME/12/PAGE/66/FULLTEXT/#r21 Mohd. Najib & Hj Salehudin. (2007).Konsep Kendiri Pelajar:Kajian di Sekolah Menengah Sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak. Diperolehi daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edpsychology/salehudinI PBLfp.pdf Mohamad Nozri & Nor Hernamawarni. (2022). Pendekatan Kaunseling Terhadap Meningkatkan Penerimaan Kendiri Murid Mangsa Buli. Journal Contemporary of Islamic Counselling Perspective, 1(1), 128 -135. Noor Indon Abdul Samad et, al. (2016). Konsep Kendiri Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Diperolehi daripada https://www.researchgate.net/publication/331429872_Konsep_Kendiri_Pelajar_Diploma_Kejuruteraan_Elektroni k_Komunikasi_di_Politeknik_Tuanku_Sultanah_Bahiyah_PTSB Noraini. (1998). Hubungan antara konsep kendiri pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dengan pencapaian akademik di Tiga Buah Sekolah di Daerah Seremban, Negeri Sembilan : satu perbandingan. Diperolehi daripada http://studentsrepo.um.edu.my/308/ Nurul Ezzati. (2008). Hubungan Antara Konsep Kendiri, Dimensi Personaliti Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar SPA, SPE DAN SPJ. Diperolehi daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/5933/ N.K. Tharshini. (2018). Tahap Konsep Kendiri, Kesedaran Komuniti, Sokongan Sosial dan Pengintegrasian Sosial bagi Pesalah Muda di Malaysia. Akademika, 88(3), 91-100.


325 N.K. Tharshini & Fauziah Ibrahim. (2019). Perkaitan Antara Konsep Kendiri Dan Pengintegrasian Sosial Dalam Konteks Jenayah: Satu Kajian Ulasan Sistematik. Journal of Human Capital Development, 12(2), 53-64. Rose Nabi & Josephine. (2017). Gender Differences in Self-Concept Among a Sample of Students of the United States International University in Africa. iMedPub Journals, 3(2), 1-11. Rosmawati. (2011). Jenis analisis data – statistik deskriptif. Diperolehi daripada https://rosma212.wordpress.com/2011/04/18/jenis-analisis-data-statistik-deskriptif/ Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2019). Teori Kaunseling dan Psikoterapi Edisi Kelima. Negeri Sembilan Darul Khusus: Universiti Sains Islam Malaysia Sidek Mohd Noah. (2005). Pengujian & Penilaian dalam Kaunseling Teori & Aplikasi. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti Putra Malaysia Siti Aisyah. (2019). Konsep Kendiri Pelajar Dan Hubungannya Dengan Masalah Disiplin Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru. Diperolehi daripada http://fssh.utm.my/ePusatSumber/500pubviewFiles.asp?fileview=sitiaisyahmpp15125220 19ttp.pdf Siti Jamiaah et, al. (2017). Pembinaan Konsep Kendiri dari Perspektif Barat dan Islam. Jurnal Usuluddin, 45 (1), 1-26. Patonah Binti Zakaria. (2018). Self-Concept, Family Relationship, Deviant Peer Socialization And Externalizing Behavior Problems Among At Risk Students In Selangor, Malaysia. Diperolehi daripada http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75758/1/FEM%202018%2027%20IR.pdf Zainudin & Riyanti. (n.d.). Kepentingan Konsep Kendiri Positif Dalam Pembelajaran. Diperolehi daripada https://www.academia.edu/41794075/FULL_PAPER_KONSEP_KENDIRI_POSITIF Zakaria & Patonah (2018). Self-concept, family relationship, deviant peer socialization and externalizing behavior problems among at risk students in Selangor, Malaysia. Diperolehi daripada http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75758/


326 PERSEPSI MURID TERHADAP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SJK C CHUNG HWA, KUALA LIPIS, PAHANG JAP XIN WEI ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya (Teo Soo Peng, 2007). Menurut Freud, kanak-kanak pada peringkat ini mempunyai keperluan kasih sayang yang bermula untuk menaruh minat terhadap individu di luar keluarga seperti rakan sebaya atau yang berlainan jantina. Daripada kenyataankenyataan yang ditunjukkan, jelas bahawa murid sekolah rendah pada peringkat golongan kanak-kanak pertengahan dan akhir memerlukan sokongan kaunseling apabila berhadapan dengan isu-isu atau keperluan untuk memenuhi keinginan. Perkhidmatan B&K merupakan suatu perkhidmatan sokongan dalam sistem pendidikan kita. Maka dengan ini, perkhidmatan ini di sekolah-sekolah sama ada rendah dan menengah di Malaysia haruslah ditubuhkan dan diwujudkan dalam pelantikan GBKSM kerana murid di sekolah memerlukan khidmat seorang pakar dalam menangani isu akademik, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) di sekolah rendah Malaysia diperkenalkan di sekitar tahun 2001. Namun, Keputusan Kabinet (2001) telah menetapkan bahawa nisbah 1:350 Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) kepada murid. Implikasinya, sekolah yang kurang daripada 350 orang murid hilang manfaat yang boleh diperolehi daripada perkhidmatan B&K. Murid memerlukan keperluan perkhidmatan B&K bagi mencapai kemenjadian yang dihasratkan. Kajian tinjauan ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan B&K di sekolah rendah luar bandar dan bidang perkhidmatan yang diperlukan, khasnya di SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis, Pahang. Kajian ini merupakan kajian deskriptif melibatkan 103 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 yang sedang bersekolah di SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis, Pahang. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diadaptasi oleh Mohd Haidhir (2015) dan Senarai Semak Masalah Monney oleh Ross L.Mooney. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif meliputi kekerapan, peratusan dan min melalui Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software version 27. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap perkhidmatan B&K adalah pada tahap sederhana (M=3.35). Bidang perkhidmatan B&K diperlukan oleh murid adalah fokus Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid (PPS) yang mendapat skor min tertinggi, (M=3.33), diikuti dengan Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid (PKM) (M=3.26), Pendidikan Kerjaya Murid (PK) (M=3.08) dan akhirnya adalah Peningkatan Disiplin Murid (PD) (M=2.07). Dapatan kajian dapat memberi input bukan sahaja kepada perkhidmatan B&K, tetapi juga dengan warga pendidikan sama ada pihak sekolah mahupun pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) agar usaha-usaha memartabatkan perkhidmatan (B&K) dapat direncana. Kata Kunci: Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Persepsi, Keperluan, Bidang


327 kerjaya dan peribadi mereka. Malangnya sekolah-sekolah yang kurang daripada 350 orang murid terutama sekolah ditempatkan di sekolah rendah luar bandar tidak diberikan perkhidmatan tersebut. PENYATAAN MASALAH Perkhidmatan B&K dilihat sebagai satu perkhidmatan asas yang diperlukan oleh manusia dalam mencapai matlamat (Lily & Ramlan, 2006). Walaupun perkhidmatan B&K telah lama wujud di negara Malaysia dan tidak boleh dinafikan memberi signifikan penting dalam pembangunan iklim positif sekolah, namun perkhidmatan B&K kurang menyerlah terutamanya di kawasan luar bandar. Ini dapat dipertunjukkan daripada Keputusan Kabinet (2001) menetapkan bahawa nisbah 1:350 GBKSM kepada murid. Implikasinya, isu ini telah membabitkan bahawa kegagalan pihak pentadbir dalam memberi khidmat berasaskan keperluan semasa (Baker & Gerber, 2004). Sehubungan dengan itu, seorang pakar psikologi, GBKSM haruslah ditempatkan bagi menyebar kefahaman dan profesionalisme dalam B&K. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan B&K di sekolah serta meninjau bidang perkhidmatan yang diperlukan di sekolah rendah luar bandar. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenal pasti persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis, Pahang 2. Mengenal pasti bidang perkhidmatan yang diperlukan di SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis, Pahang PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis, Pahang? 2. Apakah bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diperlukan oleh murid SJKC Chung Hwa Kuala Lipis, Pahang? METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan dijalankan secara kaedah kajian tinjauan. Menurut Creswell (2012), kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengenal pasti trend dan pendapat tentang sesuatu perkara dalam kajian tinjauan. Lokasi Kajian Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah luar bandar iaitu SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis, Pahang. Sekolah ini dipilih kerana ia merupakan antara sekolah yang terletak dalam sasaran pengkaji kerana sekolah ini adalah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar dan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling tidak disediakan di sekolah tersebut disebabkan bilangan murid adalah kurang daripada 350 orang murid.


328 Pensampelan Pengkaji akan menggunakan sampel dari sesebuah populasi disebabkan populasi adalah terlalu besar untuk dikaji (Sabitlia, 2009). Jumlah Populasi murid di SJKC Chung Hwa adalah sebanyak 299 orang murid manakala murid Tahap II (Murid Tahun 4, 5 dan 6). Maka, pengkaji akan memilih 92 orang murid sebagai sampel kajian berdasarkan kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970). Instrumen Instrumen yang diguna pakai oleh pengkaji adalah soal selidik sebagai data primer. Satu set soal selidik telah dibina oleh pengkaji bagi mengumpul maklumat dan seterus menjawab persoalan kajian. Instrumen yang dibina merupakan set soal selidik yang diadaptasi oleh Mohd Haidhir (2015) dan Senarai Semak Masalah Mooney (Monney Problem Check List) oleh Ross L. Mooney. Set soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C di mana Bahagian A meliputi latar, berbentuk maklumat peribadi dan ciri-ciri demografi responden dan Bahagian B, C dibina berdasarkan objektif dan persoalan kajian dengan menggunakan skala likert lima pilihan bagi murid-murid menyatakan darjah persetujuan terhadap item yang dikemukakan sama ada Sangat Setuju (5), Setuju (4), Tidak Pasti (3), Tidak Setuju (2) atau Sangat Tidak Setuju (1). Tatacara Pengumpulan Data Pertama sekali, pengkaji akan menyediakan soal selidik terlebih dahulu dan memberi kepada pakar psikologi untuk pengesahan item. Setelah mendapat persetujuan daripada guru besar, pengkaji bertemu dengan murid di sekolah yang terlibat sebagai responden kajian. Pengkaji menjelaskan tujuan kajian, peranan responden, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, peranan GBKSM, Isu Etika seperti kerahsiaan dan penyertaan secara sukarela akan diterangkan dan dijelaskan kepada responden. Pengkaji seterusnya mengedarkan set soal selidik kepada setiap responden. Responden diberikan sedikit masa untuk menjawab soal selidik tersebut. Soal selidik yang telah siap dijawab dikumpulkan semula oleh pengkaji untuk dianalisa. Tatacara Analisis Data Data-data yang dikumpul ini akan dianalisis menggunakan Program Statistiscal Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27 untuk mendapat data min untuk setiap item dan juga min keseluruhan. Skor min setiap item seterusnya diinterpretasi menggunakan Jadual 1. Jadual 1: Interpretasi Skor Min


329 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Jadual 2 Min Bagi Persepsi Murid terhadap Keperluan Perkhidmatan B&K BIL ITEM NO ITEM MIN TAHAP MIN 1 Saya percaya Guru Bimbingan dan Kaunseling akan membantu saya menyelesaikan masalah peribadi saya 5 3.94 SANGAT POSITIF 2 Saya berpendapat aktiviti Bimbingan dan Kaunseling lebih efektif berbanding hukuman 7 3.86 3 Bilik Bimbingan dan Kaunseling haruslah disediakan di sekolah ini 8 3.74 4 Saya berpendapat perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu wujud di sekolah ini 6 3.71 5 Saya lebih sudi berkongsi masalah saya dengan rakan berbanding dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling 10 3.47 POSITIF 6 Saya yakin Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak akan membocorkan rahsia kepada orang lain 1 3.42 7 Saya jelas dengan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling 2 3.36 8 Saya sudi berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling apabila saya menghadapi masalah 4 3.35 9 Saya tidak setuju dengan cara temu janji (appointment) untuk berjumpa Guru Bimbingan dan Kaunseling 15 3.29 10 Saya berasa masalah peribadi saya tidak penting dan perlu berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling 14 3.27 11 Saya jelas dengan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 3 3.22 12 Guru Bimbingan dan Kaunseling akan salah faham dengan masalah yang saya kongsikan 11 3.19 13 Saya lebih cenderung untuk menyelesaikan masalah sendiri 9 3.14 14 Saya berasa malu berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling 13 2.86 15 Guru Bimbingan dan Kaunseling akan mengarahkan saya untuk melakukan sesuatu yang saya tidak sukai 12 2.39 KESELURUHAN 3.35 POSITIF Jadual 2 menunjukkan setiap item dalam persepsi murid mengenai keperluan perkhidmatan B&K di SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis, Pahang. Min dalam instrumen Bahagian B mendapati secara keseluruhan mempunyai 4 item yang mencapai persepsi Sangat positif (B5, B7, B8, B6) manakala 11 item yang mencapai persepsi positif (B10, B1, B2, B4, B15, B14, B3, B11, B9, B13, B12). Seperti mana hasil dapatan yang diperolehi, didapati bahawa persepsi di kalangan murid SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis, Pahang terhadap perkhidmatan B&K adalah pada tahap Positif (M=3.35). Berdasarkan kepada dapatan kajian, menunjukkan bahawa murid mempunyai persepsi Sangat Positif iaitu mencatat min 3.74 untuk penubuhan Bilik B&K dan min 3.71 untuk kewujudan perkhidmatan B&K di SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis, Pahang. Dapatan juga menunjukkan bahawa murid mempunyai persepsi yang positif (M=3.0) terhadap GBKSM. Murid mempunyai persepsi sangat positif dan mempercayai bahawa GBKSM akan membantu mereka dalam penyelesaian masalah (M=3.94). Mereka juga yakin dengan GBKSM tidak akan membocorkan rahsia kepada orang lain (M=3.42). Dapatan juga menunjukkan bahawa murid lebih sudi berkongsi masalah yang dihadapi dengan rakan berbanding dengan GBKSM (M=3.47), atau lebih cenderung menyelesaikan masalah diri sendiri (M=3.14). Ini selari dengan dengan kajian oleh Noomala et al., (2002) bahawa murid cemerlang tidak yakin dengan kaunselor dan lebih percaya bantuan rakan. Kajian yang dijalankan oleh Pedersen & Paves (2014); Mason et al., (2013) ; Mojtabi et al., (2011); Eisenberg et al., (2011) menyatakan bahawa pandangan negatif orang lain merupakan faktor persepsi negatif murid terhadap perkhidmatan B&K.


330 Manakala, hasil kajian menunjukkan bahawa faktor persepsi negatif murid di SJKC Chung Hwa adalah disebabkan ketidakpercayaan terhadap GBKSM dan mereka lebih cenderung untuk menyelesaikan masalah diri sendiri. Jadual 3: Min Bagi Empat Fokus Perkhidmatan yang diperlukan di SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis, Pahang BIL ITEM MIN TAHAP MIN MIN KESELURUHAN PPS (Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid) 1 Perlu belajar menyimpan wang 3.49 SEDERHANA 3.33 2 Inginkan personaliti yang lebih menarik 3.46 3 Tidak tahu cara belajar dengan berkesan 3.33 4 Kurang kebolehan memimpin 3.24 5 Perwatakan Buruk 3.13 PD (Peningkatan Disiplin Diri Murid) 1 Tidak berupaya menyiapkan kerja rumah 2.79 RENDAH 2.07 2 Buli oleh orang lain 2.18 3 Terfikir untuk bunuh diri 2.02 4 Selalu sangat tidak hadir ke kuliah 1.89 5 Mencuri 1.49 PK (Pendidikan Kerjaya Murid) 1 Perlu mengetahui kebolehan saya dalam sesuatu bidang pekerjaan 3.66 SEDERHANA 3.08 2 Meragui samada saya akan berjaya memperolehi pekerjaan yang saya inginkan 3.14 3 Tidak yakin kerja-kerja yang diberikan semasa kuliah memberi faedah kepada saya 2.91 4 Meragui samada pemilihan kursus yang diambil sekarang sesuai dengan pemilihan kerja masa depan 2.90 5 Tidak tahu apa yang sebenarnya cita-cita saya 2.81 PKM (Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid) 1 Membina hubungan mesra dengan rakan 4.25 SEDERHANA 3.26 2 Ibu bapa terlalu kuat bekerja 3.13 3 Tidak dapat mengawal kemarahan saya 3.07 4 Berselisih faham antara saya dengan ahli keluarga 3.02 5 Perasaan Rendah Diri 2.84 MIN KESELURUHAN SEDERHANA 2.94 Jadual 3 menunjukkan persepsi murid terhadap bidang perkhidmatan B&K yang diperlukan di SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis, Pahang. Dapatan menunjukkan bahawa min untuk PPS adalah tertinggi iaitu 3.33, diikuti dengan PKM iaitu 3.26, PK iaitu 3.08 dan akhirnya PD pada tahap rendah iaitu 2.07. Dapatan ini bercanggah dengan kajian yang dijalankan oleh Jayne (2015); Eisenberg et al., (2011); Van et al., (2003) dan Atik & Yalchin (2011) merumuskan murid lebih cenderung dalam mendapat perkhidmatan B&K dari segi bimbingan kerjaya dan akademik. Walaubagaimanapun, item soalan C16 mencatat skor min tertinggi untuk keperluan iaitu 4.25. Ini bertepatan dengan dapatan kajian oleh Comfort (2014) bahawa murid di Crossoverstate mengatakan mereka tidak mempunyai keupayaan dalam menjaga hubungan interpersonal dengan rakan dan memerlukan bimbingan oleh kaunselor. Pada peringkat kanak-kanak, interaksi sosial adalah satu proses untuk kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh masyarakat dan budayanya (Berk, 2013; Lynch & Simpson, 2010; McDevitt & Ormrod, 2010; Rohani Abdullah, 2001).


331 Hasil kajian untuk item C11 adalah 3.66, bermaksud murid mempunyai keperluan dalam mengetahui kebolehan diri sendiri dalam sesuatu bidang pekerjaan. Ini bertepatan dengan dapatan kajian oleh Comfort (2015). Dapatan kajian menunjukkan di antara mereka menghadapi masalah dari konsep kendiri di mana item soalan C3 (M=3.33), C11 (M=3.66), C12 (M=3.14), C13 (M=2.91), C14 (M=2.90), C15 (M=2.81) dan C20 (M=2.84) menunjukkan tahap konsep kendiri murid. Kajian Chiam dalam Aminah(1994) merumuskan bahawa kaum remaja di sekolah adalah kurang yakin, rasa rendah diri, tidak bersemangat, mudah tersinggung dan mudah malu. Sehubungan dengan itu, UBK yang memastikan perancangan aktiviti dapat meningkatkan konsep kendiri positif murid (Sidek dan Jamludin, 2005). KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Kajian ini memberi fokus kepada persepsi murid terhadap keperluan perkhidmatan B&K di sekolah rendah luar bandar dan murid di SJKC Chung Hwa telah dijadikan sebagai responden kajian. Dapatan kajian dapat memberikan hasil yang relevan dan kebolehpercayaan kepada KPM untuk mengetahui keperluan perkhidmatan B&K kepada sekolah luar bandar tidak kira bilangan murid atau faktor geografi sekolah tersebut. Kajian ini juga dapat memberi maklumat melalui dapatan kajian kepada para penyelidik, KPM serta LKM dalam mengenal pasti jenis atau bidang perkhidmatan yang diperlukan berdasarkan kepada objektif khusus. Kajian ini harap dapat mengayakan lagi tinjauan mengenai perkhidmatan B&K di negara ini seterusnya memberi persepsi yang berbeza dari kajian-kajian lepas yang telah dijalankan. Hasil dan dapatan kajian diharapkan dapat diberi perhatian dan dilaksanakan oleh pihak berkepentingan untuk manfaat semua. Kesimpulannya, konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini haruslah difahami dengan lebih jelas oleh seluruh warga sekolah khususnya dan seluruh lapisan masyarakat amnya supaya perkhidmatan ini dapat dimanfaatkan dengan lebih baik dari semasa ke semasa, terutama di sekolah-sekolah rendah luar bandar. RUJUKAN Abdul Rahman (2010). Kepemimpinan Dan Penyeliaan Instruksional Dari Perspektif Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd Abu, Y.A.B. (2015). Pola Isu, Persepsi, Serta Pengalaman Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat. Jurnal Pendidikan Malaysia. 40(2), 167-173. Ahmad Zabidi Abd Razak. (2006). Ciri iklim sekolah berkesan: Implikasinya terhadap motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 31, 3-19. Akalili, M. , & Nurfaradilla, M.N, (2021). Kajian Tinjauan Persepsi Murid Sekolah Menengah Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan. 3(2), 344-361. Akhtiar Pardi, Shamsina & Muhamad Kushairi (2012). Asas kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd Anda, D., Baroni, S., Boskin, L., Buchwald, L., Morgan, J., Ow, J., & Weiss, R. (2000). Stress, stressors and coping among high school students. Children and youth services review, 22(6), 441-463.


332 Andi Audryanah. (2007). Kepimpinan Pengajaran Dan Efikasi Kendiri Pengetua Sekolah Menengah dan hubungannya dengan Pencapaian Akademik sekolah. (Unpublished master’s Thesis) Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia. Anyamene, A. N., Nwokolo, C. N., & Anyachebelu, E. F. (2012). Availability and Use of Information and Communications Technology Resources for Counselling University Students in South East States, Nigeria. Internasional Journal of Humanities and Social Science Vol. 2 (8): 194, 199 Azizi & Nurfaizah(2011). Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Journal of Educational Psychology and Counseling, 78-112. Comfort, W.A. (2014). Evaluation of Students’ Perception of School Counselling and their Attitutes towaard Its Programmes. Journal of Business and Manegement Review. 2(5), 103-120. Ee Ah Meng et el (2011). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.. Shah Alam. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd. Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor. (2014). Kaedah Penyelidikan Dan Analisis Data SPSS. Sintok: UUM Press. Gysbers, N.C., Hughey, K., Starr, M., & Lapan, R.T. (1992). Improving school guidance programs: A framework for program, personnel, and results evaluation. Journal of Counselling & Development, 70, 565-570. Hussain, A., Kumar, A., & Husain, A. (2008). Academic stress and adjustment among high school students. Journal of the Indian academy of Applied Psychology, 34(9), 70-73. Jayos, S. & Jasmi, K. A. (2013). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di kalangan Klien Saudara Baru (Guidance and Counseling Services among New Reverts Clients) in Prosiding Seminar Pertama Pendidikan dan Penyelidikan Islam [SePPIM'13] (Proceedings o f the First Seminar on Islamic Education and Research [SePPIM'13]) at The Main Hall, Faculty of Islamic Cilization, Universiti Teknologi Malaysia on 17-18 September 2013, pp. 357-370.ISBN: 978-967- 12085-0-2. Karatas, K. & Kaya, I. (2015). An Investigation Of The Perceptions Of SchoolAdministrators Towards The Roles And Duties Of School Counselors. Eurasian Journal of Educational Research, 61: 181-19. Kementeian Pelajaran Malaysia. (2010). Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah dan Rendah. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Maggie M. Parker & Dee C.Ray. School Counseling Needs of Latino Students. Retrieved from: https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1160322.pdf Manchelah, A.P (2017). Keberkesanan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Di Malaysia. (Tesis Doktor Falsafah Pendidikan). Retrieved from UM Edu (PHA060025). Mohammad Fadzia Termize, Ruhizan Mohd & Ahmad Zamri. (2021). Tahap Sokongan Ibu Bapa Dalam Membantu Pembelajaran Murid B40 Di Sekolah Luar Bandar. Jurnal Dunia Pendidikan. 3(1), 707-717. Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad. (2005). Pendekatan Temubual sebagai Metod Kajian Kes. Suatu Persepsi Dikalangan Pelajar Perempuan Cemerlang Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Pembentangan di 3rd International Qualitative Research Convention. Mowbray, C. T., Mandiberg, J. M., Stein, C. H., Kopels, S., Curlin, C., Megivern, D., & Lett, R. (2006). Campus mental health services: Recommendations for change. American Journal of Orthopsychiatry, 76(2), 226–237.


333 Nisrin, Z.A. , & Yazid, A.B. (2019). Persepsi Guru terhadap Keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah Luar Bandar. International Journal of Education, Psychology and Counseling. 4(31). 277-283. Roslee, A. & Sharif, M. (Ogos, 2005). Permasalahan dan Keperluan Perkhidmatan Kaunseling di Kalangan Pelajar Asrama. Paper presented at the Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG 2005, Pulau Pinang. Ruth, N.K , Catherine, N dan Geoffrey, W. (2016). Reasons why university students do not seek counselling services in Kenya. Journal of Education and Practice. 7(15), 142-144. Salina, N. & Khaiul, A.I. (2018). Persepsi Pelajar terhadap Perkhidmatan Kaunseling di Universiti. Jurnal Kaunselor Berdaftar. 2(7), 2600-8076. Shima, J.W. , Yazid, A.B. (2019). Keperluan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar: Satu Kajian Kes. Jurnal Dunia Pendidikan. 1(1), 18-24. Son, H. V., Vu, G. T., Thien, D. T., Luong, T., & Hoi, D. D. (2019). The stress problems and the needs for stress counseling of high school students in Vietnam. European. Journal of Educational Research, 8(4), 1053-1061. Wei Cheng, Li, Jiaqi & Hoetmer, K. (2016). Transforming High School Counseling: Counselors’ Roles,Practices, And Expectations For Students’ Success. Administrative Issues Journal: Connecting Education, Practice, and Research, Winter 2016,6(2), No. 2: 83-95.


334 TAHAP KESEDARAN DAN PENGETAHUAN KERJAYA MURID TAHAP DUA DI SEKOLAH RENDAH MENGIKUT TAHUN JOANNE CHEAH JIA EN ( [email protected] ) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Abstrak PENGENALAN Pendedahan pengetahuan kerjaya untuk merancang masa depan dalam kalangan murid-murid secara realistik merupakan matlamat utama pendidikan. Pembangunan kerjaya amat penting untuk belia masa kini bagi mengelakkan mereka bermotivasi tanpa arah (Schneider & Stevenson, 1999). Pembangunan kerjaya dan perancangan kerjaya sangat penting dalam era teknologi semasa, kerana abad semasa dan perubahan global telah melahirkan suasana persaingan antara satu sama lain. Dengan ini, ahli masyarakat mempunyai cita-cita tinggi yang mengharapkan diri untuk berpendidikan tinggi serta menceburi dalam sebuah bidang kerjaya secara profesional, namun penyelidikan mendapati ramai yang tidak membangunkan rancangan yang koheren untuk mencapai matlamat kerjaya sendiri. Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan dan kesedaran tentang dunia pekerjaan sebelum tinggal dari alam persekolahan supaya dapat pengetahuan dunia pekerjaan yang secukupnya bagi mengelakkan melakukan kesilapan memilihan aliran, pengkhususan atau kerjaya pada masa depan. Seseorang individu akan menjadi tiada prosuktif jika memilih kerjaya yang kurang sesuai dengan diri. Super (1990) telah mengemukakan bahawa seseorang individu belajar melalui interaksi dengan persekitaran yang mengandungi sumber pembelajaran seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji dan meneroka tahap kesederan dan pengetahuan kerjaya murid tahap dua di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina berdasarkan lapan dimensi kerjaya Teori Perkembangan Super (1900). Satu pemerhatian diperolehi pengkaji bahawa murid sekolah rendah kurang jelas terhadap cita-cita sendiri kerana kurang didedahkan oleh maklumat kerjaya. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu mengenal pasti tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya sasaran kajian secara keseluruhan serta berdasarkan tahun dan jantina. Instrumen Childhood Career Development Scale (CCDS) adalah sebuah soal selidik berasaskan teori jangka hayat Super (1957) telah digunakan sebagai alat pengukur tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya sasaran kajian ini. Hasil kajian menunjuk kesedaran dan pengetahuan kerjaya murid tahap dua berada pada tahap sederhana tinggi (M=3.67). Implikasi kajian ini ialah meningkatkan kesedaran pihak sekolah, kaunselor sekolah serta ibu bapa berperanan sebagai model perkembangan kerjaya kanak-kanak. Data penyelidikan juga boleh menjadi asas perancangan program pendidikan kerjaya dengan meningkatkan dimensi kerjaya murid-murid tahap dua yang lemah. Sebuah projek inovasi yang dapat membantu murid-murid sekolah rendah untuk memperolehi maklumat kerjaya seperti jenis pekerjaan, skop kerja, persekitaran kerja dengan cara yang lebih menarik akan dibina oleh pengkaji berdasarkan statistik deskriptif yang kira. Kata Kunci: Pendidikan Kerjaya, Tahap Kesedaran Kerjaya, Tahap Pengetahuan Kerjaya, Sekolah Rendah, Murid Tahap Dua


335 Bidang bimbingan dan kaunseling mengandungi empat fokus utama iaitu Pembangunan Dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid, Peningkatan Disiplin Diri Murid, Pendidikan Kerjaya Murid dan Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Murid. Pendidikan kerjaya ialah satu proses yang memberi tumpuan kepada membantu individu memahami diri sendiri, serta trend kerja, supaya seseorang itu boleh membuat keputusan termaklum tentang kerjaya dan pendidikan. Manakala perkhidmatan kaunseling kerjaya membantu menguruskan pelbagai masalah seperti tahap tumpuan yang rendah kepada pengurusan masa yang lemah, isu kepercayaan dengan keluarga kepada ketidaksepakatan antara ibu bapa dan anak-anak mengenai kerjaya yang hendak dipilih. Oleh itu, kesedaran dan pengetahuan kerjaya merupakan salah satu bidang yang patut dipentingkan sejak dari kecil lagi supaya kanak-kanak disediakan maklumat kerjaya yang sempurna dan kebolehan merancang kerjaya sebelum melangkah ke peringkat sekolah menengah untuk membuat keputusan kerjaya. Jadi kajian ini bertujuan untuk menjelas sejauh mana penguasaan pengetahuan dan kesedaran kerjaya murid tahap dua di peringkat sekolah rendah dengan menggunakan kaedah bersifat kuantitatif. PENYATAAN MASALAH Kebanyakan murid sekolah masih kabur untuk membuat pemilihan dunia pekerjaan yang ingin diceburi (Mohamad Hashim dan Sharifah Amnah, 2006). Kalangan murid hari ini akan memilih kerjaya berdasarkan kriteria yang dipengaruhi oleh keluarga, rakan sebaya, dan pihak yang menaja pengajian (Mohamad Hashim dan Sharifah Amnah, 2006). Sepanjang pelaksanaan pratikum dalam bidang teras bimbingan dan kaunseling, pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan murid sekolah rendah tidak dapat menyatakan cita-cita sendiri dengan jelas. Murid juga menghadapi kesukaran apabila diberikan tugasan membincang jenis-jenis perkerjaan dan bidang kerjaya yang berbeza disebabkan kekurangan pendedahan maklumat kerjaya. Secara tidak langsung, kesan isu ini akan dilihat secara berpanjangan semasa pemilihan aliran subjek di tingkatan tiga sekolah menengah, menyambung pengkhususan pengajian tinggi ataupun membuat keputusan kerjaya selepas menghabiskan SPM. Malah murid-murid yang lemah dalam bidang akademik juga akan hilang hala tuju lalu melepasi minat-minat kerjaya yang sesuai dengan diri sendiri jika kurang didedahkan maklumat kerjaya sejak dari peringkat kanak-kanak. Magnuson dan Starr (2000) menekankan bahawa kesedaran kerjaya penting pada peringkat kanak- kanak supaya individu disediakan asas dan kebolehan perancangan kerjaya kehidupan yang berkesan. Sebagai sokongan teori perkembangan kerjaya super juga mengatakan bahawa proses perkembangan kerjaya seseorang individu patut mula sejak dari berusia empat tahun lagi. Dengan ini, proses pembangunan kerjaya dianggap sebagai perjalanan sepanjang hayat perlu bermula seawal dari peringkat prasekolah (Super, Savickas, & Super, 1996; Gottfredson, 1999). Zunker (2006) menyatakan kesedaran kerjaya ialah kematangan kerjaya yang perlu dicapai oleh individu dan perlu disediakan di peringkat pendidikan asas. Beliau menjelaskan bahawa penekanan perhatian terhadap pembangunan kerjaya sekolah rendah terarah untuk mencapai matlamat keseluruhan mencapai kefahaman dan kesedaran (self-awareness of self or self-knowledge), ilmu pelbagai pekerjaan dalam dunia pekerjaan (pengetahuan tentang kepelbagaian). dunia pekerjaan), hubungan antara prestasi sekolah dan pilihan pilihan kerjaya, pembangunan


336 sikap positif terhadap kerja. Penjelasan di atas menjelaskan bahawa perancangan kerjaya merupakan salah satu aspek terpenting dalam pembangunan kerjaya individu. Menurut Paton & Mc.Mohan (2001) terdapat tiga isu asas sebagai rasional untuk kerjaya bimbingan di sekolah rendah. Pertama sekali ialah perkembangan kerjaya harus dilalui oleh semua individu kerana ia merupakan proses sepanjang hayat dalam kehidupan seseorang individu. Kejayaan individu di luar pembangunan kerjaya pada satu peringkat umur akan menentukan kejayaan pada peringkat perkembangan seterusnya. Kedua, pihak sekolah mempunyai pengaruh ke atas kehidupan murid, jadi jika pengaruh yang diberikan oleh sekolah dipertingkatkan secara intensif melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya yang telah diberikan adalah lebih berkesan. Ketiga, kepentingan bimbingan kaunseling di sekolah rendah kerana peringkat pendidikan yang dilalui individu adalah tangga yang perlu dilalui oleh pelajar bagi mencapai lokasi teratas yang dikehendaki iaitu memperolehi pekerjaan yang sesuai dengan matlamat sendiri. Beberapa aspek masalah kerjaya yang memerlukan perkhidmatan bimbingan kerjaya di sekolah iaitu membantu murid memahami dunia pekerjaan, merancang dan memilih kerjaya atau jawatan tertentu (profesion), menyediakan pelbagai program pengajian berorientasikan kerjaya yang berkaitan dengan kerjaya, aspirasi masa depan, minat dalam kerjaya tertentu, kebolehan dalam bidang kerjaya tertentu, bakat istimewa untuk kerjaya tertentu, personaliti yang berkaitan dengan kerjaya tertentu, jangkaan keluarga, kerjaya masa depan yang akan diperolehi, penyesuaian dengan kandungan dan skop kerjaya atau jawatan tertentu (profesion), pasaran kerja, potensi perkembangan serta pembangunan kerjaya dan sebagainya (Tohirin, 2007). Menurut Sapora dan Hapsah (2003), perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (B&K) memainkan peranan penting dalam institut pendidikan setiap peringkat terutama bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bertujuan melahirkan tenaga kerja yang berkualiti. Perancangan fokus perkhidmatan B&K bidang kerjaya sekolah yang bersistematik, berkualiti dan berkesan dapat memainkan peranan yang penting bagi mencapai matlamat tersebut terutamanya. Oleh itu, demi merancang program dan sesi kaunseling kerjaya yang berkesan, para warga pendidik B&K perlu jelas terhadap penguasaan murid berkenaan dengan maklumat bidang kerjaya. Sekiranya warga pendidik mengabaikan penekanaan bidang kerjaya di peringkat sekolah rendah maka murid-murid akan kurang didedah sumber maklumat dan pengetahuan kerjaya akan menimbul isu seperti maklumat kurang lengkap, melapuk, bertaburan ataupun sukar mendapat maklumat juga menjadikan satu masalah kepada murid (Amla, Zuria & Salleh, 2007). Palladino (2005) mengkaji ekuiti, keadilan sosial, dan motivasi intrinsik sebagai konsep utama dalam menggalakkan inisiatif tindakan sosial yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan berkembang pilihan kerjaya masa depan. Beliau menyatakan bahawa sekolah rendah adalah tempat yang ideal untuk melakukan usaha pendidikan kerjaya. Sungguhpun begitu, kaunselor sekolah tetap disajikan dengan cabaran yang sering dipaksa untuk menimbang domain pembangunan akademik dengan ketara yang lebih berat berbanding dengan domain pembangunan sosial dan pembangunan kerjaya. Di sebahagian sekolah, ada kaunselor sekolah kurang biasa dengan keseimbangan domain akan mengabaikan sepenuhnya dua domain pada akhirnya kerana kekurangan masa dan sumber yang ada (Wood & Kaszubowski, 2008).


337 Masalah ini patut dipandang serius kerana peringkat perkembangan dalam lingkungan baru lahir sehingga 14 tahun telah menjelaskan bahawa pembentukan konsep kendiri oleh seseorang murid dengan mengenal pasti orang sekelilingi yang signifikan dalam keluarga dan sekolah. Sepanjang perkembangan ini, kanak-kanak akan membentuk personaliti, mekanisme tingkah laku berdasarkan pengalaman, latar belakang dan pengetahuan terhadap dunia pekerjaan yang akhirnya akan digunakan untuk membuat keputusan terakhir dalam kerjaya (Super, 1996). Jadi muridmurid yang kurang didedah maklumat akan menghadapi kekangan atau cabaran semasa membuat keputusan kerjaya pada masa hadapan. Pengkaji mendapat banyak kajian literatur dalam negara Malaysia yang menunjukkan gambaran penguasaan murid terhadap pengetahuan kerjaya melalui statistik dan dapatan kajian yang jelas. Tetapi, kajian literature berkenaan lebih banyak kepada tinjaunan, kurang dikaji dalam bentuk kajian kes. Justeru, sasaran kajian lampau (Al-Hafis et al., 2014; Nur Hafizah, 2017; Mohd Ali & Mohd Sani Ismail et al., 2018) hanya tertakluk dalam kalangan murid prasekolah, pelajar sekolah menengah dan siswa-siswi pengajian tinggi. Jadi, ini dapat menunjukkan kekurangan perhatian terhadap peringkat pengetahuan kerjaya antara para murid sekolah rendah. Fenomena terus mencetus pengkaji untuk melakukan usaha membuat satu kajian untuk meneroka sejauh mana pengetahuan kerjaya murid-murid di sekolah rendah yang boleh dirujuk oleh guru bimbingan dan kaunseling (GBK) di sekolah rendah. OBJEKTIF 1. Meneroka tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah. 2. Mengenal pasti sejauh mana tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah mengikut tahun. PERSOALAN KAJIAN 1. Sejauh mana tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah? 2. Sejauh mana tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah mengikut tahun? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian tinjauan sejenis kajian non-intervensi yang bersifat kuantitatif. Menurut Patton (1990) pendekatan kuantitatif mampu mengukur reaksi dan tindak balas responden terhadap soal selidik yang terhad dan dapat menganalisis masalah yang dikaji dengan ringkas dan tepat. Pendekatan kuantitatif adalah satu pendekatan atau kaedah yang menekankan penggunaan dan penganalisaan data secara berbentuk numerik. Kajian ini hanya mengunaan satu kaedah dan alat kajian, iaitu soal selidik . Pengkaji telah memilih Childhood Career Development Scale (CCDS) sebuah alat pengukur yang berbentuk soal selidik sebagai instrumen kajian.Soal selidik dipilih sebagai alat kajian kerana melalui pentadbiran soal selidik, data maklumat pelajar seperti profil pelajar, motivasi, dorongan guru dan tahap penggunaan strategi komunikasi yang digunakan oleh pelajar dapat diperoleh secara jelas.


338 Di samping itu, soal selidik merupakan kaedah termudah dan berkesan dalam memperoleh data piawai daripada saiz sampel kajian yang besar dan menyeluruh (Barbie, 2000; Gay, 1996; Fraenkel & Wallen, 2003). Childhood Career Development Scale (CCDS) adalah sebuah soal selidik berasaskan teori jangka hayat Super (1957) mengikut mana perkembangan kerjaya berkembang melalui lima peringkat, setiap daripada mereka dicirikan oleh tugas vokasional yang berbeza: pertumbuhan (0-14), penerokaan (15-24), pengukuhan (25-44), penstabilan (45-64), penurunan (selepas 65). Super menumpukan penyelidikan pada peringkat remaja dan dewasa. Pada tahun 1990 Super mencadangkan model interaktif pembangunan kerjaya secara khusus ditujukan kepada peringkat pertama kehidupan. Model ini mempunyai latar belakang heuristik yang inovatif, terdiri dalam sembilan dimensi, terutamanya: rasa ingin tahu (perlu belajar tentang dunia); penerokaan (mencari maklumat tentang diri dan persekitaran); maklumat (pengiktirafan kepentingan memperoleh dan menggunakan maklumat pekerjaan); tokoh utama (model atau orang yang mempengaruhi subjek pembangunan); minat (kesedaran minat dan kemahiran di mana orang berjaya); lokus daripada kawalan (tahap persepsi tentang kawalan dalaman / luaran ke atas masa kini dan masa depan); perspektif masa (kesedaran bahawa peristiwa masa lalu, masa kini dan masa depan menyumbang kepada rancangan hidup); konsep kendiri (perwakilan daripada diri dalam peranan dan situasi kehidupan yang berbeza) dan perancangan (pengiktirafan kepentingan perancangan) (Super, 1990; Wood & Kaszubowski, 2008). Secara teorinya, kejayaan yang dicapai oleh individu dalam setiap dimensi ini akan menjadi peramal yang baik tentang kapasiti masa depan mereka untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan membuat (Super, 1990). Untuk menguji kesahan model itu beberapa pengoperasian pembinaan hipotesis diperlukan. Kekosongan itu diisi oleh pembangunan CCDS. CCDS ialah skala tindak balas kendiri yang menilai lapan daripada lapan dimensi interaktif. Sasaran kajian perlu bertindak balas dengan menggunakan skala Likert 5 mata, bermula daripada ”Sangat setuju” hingga ”Sangat tidak setuju” skor yang lebih tinggi di mana subskala menunjukkan bahawa subjek lebih maju dalam dimensi tersebut. Instrumen CCDS sudah dilampirkan sebagai Lampiran 1. Prosedur kajian ini secara umum ialah pengkaji akan mengedar dan mengumpul soal selidik berstruktur lalu menganalisis jawapan serta pandangan yang dijawab tiga orang peserta kajian dari tahun yang berbeza mengikut kunci permarkahan instumen CCDS dan lapan variable. Persampelan kajian ini akan melibatkan 212 orang murid tahap dua. Terdapat 72 orang murid Tahun 4, 63 orang murid Tahun 5 dan 77 orang murid Tahun 6 di SJK(C) Chiao Nan. Krejcie & Morgan (1970), telah menghasilkan jadual menggunakan formula saiz sampel untuk populasi terhingga. Pengkaji telah mengaplikasi kaedah persampelan Krejcie dan Morgan untuk memudahkan proses menentukan saiz sampel bagi populasi terhingga. Dengan ini berlandaskan jadual Krejcie And Morgan saiz sampel bagi populasi terhingga persampelan kajian ini ialah 136 orang. Responden kajian dipilih secara rawak mengikut kelas oleh guru bimbingan dan kaunseling (GBK) yang bertugas untuk mengedarkan soal selidik secara maya. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Analisis statistik deskriptif adalah statistik yang digunakan untuk menganalisis data dengan cara mendeskripsikan atau menggambarkan data yang telah terkumpul sebagaimana adanya tanpa bermaksud membuat


339 kesimpulan yang berlaku secara umum dalam sesebuah populasi. Terlebih dahulu pengkaji telah merumuskan profil demografi responden melalui paparan taburan kekerapan dan peratusan responden dalam bentuk jadual seperti berikut : Jadual 1 : Analisis Deskriptif Profil Demografi Responden Berlandaskan Jadual 1, demografi responden ditunjuk mengikut tahun iaitu murid Tahun 4, murid Tahun 5 dan murid Tahun 6. Berlandaskan jadual yang ditunjuk, seramai 52 orang murid Tahun 4 yang berperatusan 35.6% terlibat dalam kajian. Seterusnya, 46 orang murid Tahun 5 dengan peratusnya 31.5% menjawab soal selidik ini. Seramai 48 murid Tahun 6 yang berperatusan 32.9% menjadi responden kajian tinjauan ini. Berdasarkan data berkenaan, kategori murid Tahun 4 merupakan majoriti dalam responden mengikut aspek Tahun, manakala minoriti responden kajian ini ialah murid Tahun 5 yang hanya mempunyai 31.5% sahaja. Persoalan 1 : Sejauh mana tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah. Jadual 2 : Statistik Deskriptif Keseluruhan Kajian SUBSKALA (LAPAN DIMENSI) MOD MIN S.P Maklumat 4 3.7957 .58058 Ingin Tahu/Penerokaan 4 3.6213 .55938 Minat 4 3.6598 .59431 Lokus Kawalan 4 3.6037 .51104 PerwatakanUtama 4 3.5936 .60993 Perspektif Masa 4 3.7226 .53508 Perancangan 4 3.7366 .61701 Konsep Kendiri 4 3.6336 .59423


340 Berdasarkan Rajah 1, pengkaji mendapati bahawa subskala Perwatakan Utama (Key’s Figure) memperolehi min terendah (M=3.5936). Ini membuktikan majoriti responden kajian mempunyai tahap kesedaran terhadap perwatakan utama yang rendah. Dengan ini kadar ingin tahu responden terhadap pembinaan peranan yang bermakna dalam kehidupan sendiri adalah rendah berbanding dengan subskala lain. Min bagi subskala Lokus Kawalan (Locus of Control) (M=3.6037), subskala Rasa ingin tahu/Penerokaan (Curiosity/Exploration) (M=3.6213) dan subskala Konsep Kendiri (Self-Concept) (M=3.6336) adalah rendah sebanding dengan 4 subskala yang lain. Sebaliknya, min tertinggi dalam hasil kajian data ialah Maklumat (Information) (M=3.7957). Ini membuktikan sasaran responden mempunyai tahap kesedaran lebih tinggi tentang kepentingan mendapat maklumat pekerjaan seseorang sebanding dengan subskala lain. Subsakala Perancangan (M=3.7366) Perspektif Masa (M=3.7226) dan Minat (M=3.6598) mempunyai nilai yang tinggi sebanding dengan 4 subskala yang lain. Secara keseluruhanya, berlandaskan data min dalam Jadual 2 pengkaji mendapati bahawa tiada perbezaan yang ketara antara semua dimensi kerjaya kerana semua subskala berada dalam lingkungan sederhana tinggi. Julat antara subskala tertinggi dan terendah ialah M=0.2021 sahaja. Berdasarkan statistik sisihan piawai, subskala Perwatakan Utama (Key Figures) (S.P=.61701) dan Perancangan (Planning) (S.P=.60993) mempunyai serakan data yang lebih tinggi berbanding dengan subskala yang lain. Semua subskala berada pada tahap yang sama iaitu sederhana tinggi dalam lingkungan 0.5 hingga 0.6. Keseluruhan tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya murid tahap dua di SJK(C) Chiao Nan adalah sederhana tinggi (M=3.6708625).


341 Persoalan 2 : Sejauh mana tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah mengikut tahun. Jadual 3: Statistik Deskriptif Keseluruhan Kajian Berdasarkan Lapan Subskala Mengikut Tahun Subskala (Lapan Dimensi) Tahun Min (M=) Sisihan Piawai (S.P=) Maklumat Tahun 4 3.7115 .58122 Tahun 5 3.8406 .57516 Tahun 6 3.8438 .58690 Ingin Tahu/Penerokaan Tahun 4 3.4643 .55644 Tahun 5 3.7360 .52335 Tahun 6 3.6280 .63118 Minat Tahun 4 3.6603 .55813 Tahun 5 3.6196 .63017 Tahun 6 3.6979 .60695 Lokus Kawalan Tahun 4 3.5357 .44987 Tahun 5 3.6304 .53246 Tahun 6 3.6518 .55360 Perwatakan Utama Tahun 4 3.5353 .61334 Tahun 5 3.5978 .68905 Tahun 6 3.6528 .52686 Perspektif Masa Tahun 4 3.7500 .54233 Tahun 5 3.8043 .53984 Tahun 6 3.6146 .51560 Perancangan Tahun 4 3.6014 .64688 Tahun 5 3.8043 .69498 Tahun 6 3.8182 .47590 Konsep Kendiri Tahun 4 3.5449 .57082 Tahun 5 3.5833 .65145 Tahun 6 3.7778 .54505 Pertama sekali, dalam subskala Maklumat (Information) murid Tahun 5 (M=3.8406) dan murid Tahun 6 (M=3.8438) mempunyai kadar yang hampir sama maka murid Tahun 4 (M=3.7115) mendapat nilai terendah berbanding


342 dengan murid yang lain. Ini menunjukan murid Tahun 4 kurang sedar terhadap kepentingan memperolehi maklumat kerjaya. Subskala yang kedua ialah Rasa ingin tahu/Penerokaan (Curiosity/Exploration) yang membukti bahawa murid Tahun 4 (M=3.4643) kurang keingintahuan terhadap bidang kerjaya manakala murid Tahun 5 (M=3.736) mempunyai rasa ingin tahu yang paling tinggi sebanding dengan murid tahun yang lain. Subkala yang ketiga ialah Minat (Interests) yang menunjukan bahawa murid Tahun 5 (M= 3.6196) mempunyai nilai terendah sebaliknya murid Tahun 6 mempunyai kesedaran tentang aspek yang gemar dan tidak suka paling tinggi (M= 3.6979). Berlandaskan Rajah 8, murid Tahun 4 memperolehi nilai terendah dalam subskala Lokus Kawalan (Locus of Control) dengan maknanya kebolehan murid Tahun 4 (M= 3.5357) dalam menguasai kawalan dalaman terhadap masa kini dan masa depan adalah lemah berbanding dengan murid Tahun yang lain. Maka bagi rajah juga memaparkan bahawa penguasan murid dalam dimensi lokus kawalan semakin tinggi. Seterusnya, pengkaji melihat kepada subskala Perwatakan Utama (Key Figures) yang juga menunjukan nilai murid Tahun 4 (M=3.5353) adalah paling rendah tetapi semakin berkembangan dengan rujukan kepada nilai murid Tahun 6 (M= 3.6528). Ini bermaksud minat terhadap orang yang menarik dan pembinaan peranan yang bermakna dalam kehidupan individu semakin berkembang mengikut tahun. Bagi subskala Perspektif Masa (Time Perspective), murid Tahun 6 (M= 3.6146) memperolehi nilai terendah malah murid Tahun 5 mendapat nilai tertinggi yang sebanyak 3.8043. Ini menunjukan kesedaran murid Tahun 5 tentang bagaimana masa lalu, masa kini, dan masa depan yang dapat digunakan untuk merancang masa depan peristiwa adalah tinggi berbanding dengan murid Tahun 6. Pandangan pengkaji ialah kemerosotan kesedaran murid Tahun 6 dalam dimensi ini disebabkan sedang berada di peringkat persediaan melangkah ke sekolah menengah yang kurang dapat diramalkan oleh mereka. Subskala Perancangan (Planning) pula menunjukan murid Tahun 6 (M= 3.6146) mempunyai tahap kesedaran dan terhadap kepentingan kebolehan perancangan yang tertinggi manakala murid Tahun 4 (M=3.6014) lemah dalam penguasan kebolehan merancang kerjaya sendiri. Subskala yang terakhir ialah Konsep Kendiri (Self-Concept). Dalam subskala ini murid Tahun 4 (M= 3.5449) mendapat nilai terendah dan murid Tahun 6 (M= 3.7778) mempunyai nilai tertinggi. Ini telah membukti bahawa konsep kendiri murid tahap dua berkembang mengikut tahun. Jadual 4; Statistik Deskriptif Keseluruhan Kajian Keseluruhan Mengikut Tahun


343 Berdasarkan Rajah 4, murid Tahun 4 mempunyai tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya yang terendah dalam kalangan murid tahap dua di SJK(C) Chiao Nan dengan nilai 3.6. Dimensi yang paling tinggi bagi murid Tahun 4 ialah Perspektif Masa (Time Perspective) dan Maklumat (Information). Dimensi kerjaya yang paling rendah dalam murid Tahun 4 ialah Rasa ingin tahu/Penerokaan (Curiosity/Exploration). Seterusnya, kedudukan tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya murid Tahun 5 (3.7) berada di kedudukan kedua. Dimensi kerjaya yang tinggi bagi murid Tahun 5 ialah Maklumat (Information), Perspektif Masa (Time Perspective) dan Perancangan (Planning). Manakala, dimensi Minat (Interests) dan Perwatakan Utama (Key Figures) dalam kalangan murid Tahun 5 adalah rendah berbanding dengan dimensi yang lain. Murid Tahun 6 pula mempunyai tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya tertinggi dengan nilai 3.71. Dimensi tinggi dalam kalangan murid Tahun 6 ialah Maklumat (Information) dan Perancangan (Planning). Malah murid Tahun 6 lebih lemah dalam dimensi Rasa ingin tahu/Penerokaan (Curiosity/Exploration) dan Perspektif Masa (Time Perspective). KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI Rumusan hasil kajian dilaporkan berdasarkan analisis dan interpretasi data instrumen CCDS yang bersempadan dengan persoalan kajian ini. Daripada analisis dan interpretasi data yang dilakukan, dapatan kajian menunjukkan bahawa murid tahap dua di SJK(C) Chiao Nan mempunyai tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya yang sederhana tinggi. Pengkaji juga merumuskan bahawa tahap kesedaran danpengetahuan kerjaya semakin berkembang mengikut tahun murid. Rumusan ini boleh dibukti dengan nilai yang berbangkit dari murid Tahun 4 (M=3.6), murid Tahun 5 (M=3.7) ke murid Tahun 6 bernilai 3.71. Dimensi tertinggi dalam kalangan murid tahap dua di SJK(C) Chiao Nan ialah Maklumat (Information) sebaliknya dimensi kerjaya terendah murid tahap dua di sekolah ini ialah Perwatakan Utama (Key Figures). Manakala rumusan tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya semakin berkembang mengikut jantina telah membukti responden perempuan mempunyai tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya yang lebih tinggi dengan nilai 3.68 malah tahap kesedaran dan pengetahuan kerjaya responden lelaki (M=3.6) lebih rendah sedikit. Walau bagaimanpun, perbezaan data sama ada berdasarkan lapan subskala, tahun atau jantina tiada menunjukan perbezaan yang ketara kerana julat nilai adalah kecil (<1). Merujuk kajian literature (Nazli, 2007), data penyelidikan menunjukkan bahawa dimensi perwatakan utama kanak-kanak dipengaruhi oleh orang sekeliling terutamanya ibu bapa, guru, orang dewasa dalam persekitaran serta


Click to View FlipBook Version