The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK FPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iSmA iShAk, 2021-10-21 23:56:05

e-Dinamik 2021

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK FPM

Keywords: e-dinamik,majalah digital,uitm johor,digital

FOREVER IN MY HEART

Haryati Ahmad

I met him when I was 11. And although we knew each other for less than two years, he
would always have a special place in my memory. And in my heart.

***
Physically, he resembled the actor Jalaluddin Hassan in the latter’s prime: tall and heavily
built. Complexion wise, he was more pinkish white rather than brown skinned: more Alvin
Chong rather than Nabil Ahmad. His face was peppered with acne scars that made him
looked somewhat manly instead of unattractive: akin to our legendary P Ramlee. A pair of
gold-rimmed glasses perfected his looks.

But, it was not his build, skin colour, or looks that made him special.
***

The classroom was noisy as usual. Some of the students were clowning around. Some others
were talking at the top of their lungs. This was typical in any class when the teacher was not
in attendance. We had not had English lessons since our former English teacher had retired.

Suddenly, everyone went quiet. The source that magically transformed the atmosphere was
standing at the entrance of the class.

After we greeted the new teacher and he briefly introduced himself, he announced in
English that he would start his class with a test*. Somewhere in the middle of the class, a girl
clapped her hands excitedly over the announcement. An unnerving silence ensued, and
this was quickly followed by a chorus of laughter. The girl was mortified and was only able to
look down at her feet.

The teacher approached the girl and queried on what she understood a test to be. She
embarrassedly explained that she thought the teacher was going to tell a story. She had
always loved it when her father told her and her siblings stories; so, she was thrilled to think
that the teacher would tell the class a story as well. Another round of laughter followed her
clarification.

The teacher shushed the rest of the students. He patiently explained to her what a test was,
and the girl discovered that it was definitely not a story-telling time. However, never once
did he laugh at the girl throughout the one-to-two minutes incident (which felt like an
eternity to the girl!). He was kindness personified.

295

As the months progressed, the girl worked hard in class and frequented the library often. She
read Cinderella and Snow White. She checked out Goldilocks and the Three Bears, Jack and
the Beanstalk, and many more. These fairy tales introduced her to the delights of discovering
new stories and to the wonders of the English language.
The teacher complimented her for her efforts, and started to entrust her with some simple
chores: carrying books to the staff room, and relaying messages to classmates or other
teachers. He trained her for quizzes and story-telling competitions. He praised her for getting
good grades in English.
His compliments and praises breathed confidence in the girl. Him assigning tasks to her
instilled responsibility in her. She learned to take pride in a job well done. She blossomed
under his guidance. Thanks to him, she flourished even when he was no longer there to
guide her.

***
His name was Cikgu Soot Salim, and the girl, as you can guess, was me.
I have never met Cikgu Soot or heard any news about him since I completed my primary
schooling**.
However, his influence on me was everlasting. For all his kindness and tutelage, I would
forever reserve a special place for him in my heart. May Allah bless him always.
_________________________________________________________________________________________
* It was very common in the early 1980s for teachers to use Bahasa Melayu when teaching
English. This may still be true in our country until now especially in rural areas.
** I once tried finding him on Facebook but to no avail.

296

JUHA- WATAK JENAKA BUDAYA ARAB

FARHANA IDRIS

Jenaka adalah salah satu tema yang tidak dapat membezakan air suam dan air
mewarnai kehidupan manusia. Jenaka
melarikan manusia dari segala macam panas sehingga mengakibatkan
ingatan negatif mahupun pemikiran tentang
kecelakaan.
kesulitan yang dihadapi, juga membuka
ruang untuk manusia tertawa. Meskipun 2. Larangan mengikut kata hati yang
begitu, tujuan jenaka atau humor ini tidak sedang marah: tindakan Pak Kaduk yang
terhad kepada perkara di atas semata- menyebabkan isterinya terbunuh.
mata. Tema jenaka juga telah diangkat dari
3. Angan-angan tanpa usaha tidak akan
zaman berzaman untuk mendidik manusia,
samada dengan cara sindiran, nasihat, membuahkan hasil: Mat Jenin yang
larangan serta selitan pengajaran yang berangan-angan tinggi ketika memanjat
tersirat. pokok sehingga terjatuh tanpa
mendatangkan apa-apa hasil.

Cerita rakyat berbilang bangsa pasti tidak Kisah-kisah ini bukan hanya siulan warisan
dapat lari dari watak-watak jenaka. Contoh dari orang tua, secara tidak langsung ia
terdekat dalam bangsa Melayu Malaysia mengajar kita sesuatu tentang kehidupan.
adalah watak jenaka seperti Pak Pandir,
Lebai Malang, Si Luncai, Pak Belalang dan Dalam budaya masyarakat Arab, penyair
Pak Kaduk. Watak-watak ini wujud dalam dan juga tokoh Sufi Abu Nawas juga turut
cerita jenaka berorientasikan situasi dilabel dengan watak jenaka. Beliau yang
tempatan. Terdapat juga watak jenaka dilahirkan di Parsi (Iran) terkenal dengan
yang dipengaruhi oleh pengaruh bangsa lontaran kritikan berunsur humor. Oleh
luar seperti Bangsa Arab ( Abu Nawas) dan kerana sering muncul dengan tingkah laku
Hindu ( Mat Jenin). lucu, dan perjalanan hidup beliau yang
penuh warna warni dari zaman ‘kegelapan’
Dalam watak jenaka yang dihidangkan hingga zaman ‘kesedaran’, karya ilmiah
kepada kita sedari kecil, terdapat beliau kurang dipandang di dunia
pengajaran dan input meminta kita berfikir intelektual.
dan mengelak dari melakukan perkara
sama yang dilakukan oleh watak tersebut
antaranya:

1. Kritikan terhadap golongan yang terlalu
dungu dan tidak berfikir: Pak Pandir yang

297

Satu kisah menarik mengenai beliau di saat Terdapat dua bersaudara telah bergaduh,
kematiannya adalah, beliau meminta maka salah seorang dari mereka pergi
keluarga mengkafannya dengan kain yang menemui Juha dan menceritakan kisah
buruk dan lusuh. Katanya apabila Munkar mereka kepada beliau. Maka Juha pun
dan Nakir datang ke kuburnya beliau dapat berkata kepadanya: “Anda benar, dan
menolak dengan mengatakan: “Tuhan, saudaramu salah”. Maka pulanglah si
kedua malaikat itu tidak dapat melihat kain pengadu. Kemudian saudara pengadu
kafanku yang sudah compang camping datang pula menemui Juha dan
dan lapuk ini. Ini bererti aku adalah menceritakan kisah mereka. Juha berkata
penghuni kubur yang sudah lama”. kepadanya: “Anda benar, dan saudaramu
Meskipun tidak dapat dipastikan kebenaran salah”. Maka pulanglah juga si pengadu
kisah ini, beliau tetap mewariskan kelucuan kedua. Isteri Juha yang kebetulan berada di
sehingga akhir hayat beliau. rumah melihat dan mendengar semua yang
berlaku lalu beliau berkata kepada Juha:
Begitu juga dalam masyarakat Arab, “Bagaimana kamu boleh katakan kepada
terdapat satu watak jenaka yang setiap seorang dari mereka yang kamu
dihidangkan sejak turun temurun iaitu watak benar dan saudaramu salah? Ini perkataan
Juha. Ada pendapat mengatakan Juha yang tidak masuk akal!”. Lalu Juha pun
adalah semata-mata watak fiksyen, namun berkata kepada isterinya: “Jangan marah,
ada juga yang percaya bahawa Juha awak benar dan saya salah!!”.
adalah Juha Al-Kufi Al-Fazzari yang dikenali
juga sebagai Abul Ghusn. Ibunya adalah Begitu juga:
khadam kepada ibu Anas bin Malik,
sahabat Rasulullah SAW. Beliau adalah Juha pergi ke tempat pengisar dimana
seorang yang sangat pelupa dan lurus beliau memerhatikan seekor keldai yang
walaupun cerdik, sehingga perjalanan menggerakkan pengisar dengan bergerak
hidup beliau banyak menimbulkan ke hadapan secara pusingan. Di leher keldai
keanehan. terdapat sebiji loceng yang diikat oleh
tuannya. Lalu beliau bertanya kepada tuan
Selain Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab ini, keldai tersebut: “Mengapa kamu
Mollah Khojah Nasruddin yang berasal dari meletakkan loceng di leher keldai?”. Jawab
Turki juga digelar Juha. Beliau adalah tuan keldai: “Sekiranya aku mengantuk dan
seorang ahli falsafah yang bijaksana yang aku tak mendengar bunyi loceng maka aku
terkenal dengan anekdotnya yang lucu. tahu yang keldaiku telah berhenti
Adakalanya kisah kedua-dua Juha ini berpusing”. Juha menyambung: “Jika keldai
bercampur. berhenti bergerak dan menggerakkan
kepalanya sahaja?”. Jawab tuan keldai:
Terdapat pelbagai kisah jenaka Juha di “Pergi dari sini, jika tidak kamu akan
dalam buku Idhak ma’a Juha (Ketawalah ‘merosakkan’ keldaiku”.
Bersama Juha). Antara jenaka beliau yang
menyelitkan unsur kebijaksanaan adalah
kisah berikut:

298

Sumber: Google Maka Juha berkata kepadanya: “Sebab
itulah aku meminta tambahan sewa
darimu, kerana kamu seorang yang
menikmati pendakian tangga rumahku

secara keseluruhannya!!”

Terdapat juga kisah Juha yang merupakan
semata-mata jenaka yang mengundang
hilai tawa seperti berikut:

Juha telah mengahwini seorang lagi Sumber: Google
wanita. Pada suatu hari mereka berkumpul
bersama isteri pertamanya. Salah seorang Walaupun tidak dapat dipastikan
dari isteri-isterinya bertanya kepada Juha: kesahihan cerita-cerita jenaka Juha atau
“Siapakah antara kami yang lebih kamu watak-watak jenaka berbilang budaya dan
sayangi?”. Juha terpempan seketika lalu bangsa ini, sebagai pembaca kita boleh
berkata: “Aku sayangkan kamu berdua”. mengambil iktibar dari selitan pengajaran
Lalu isteri barunya bertanya: “Jika kami yang tersirat. Adakalanya sesuatu yang
berdua tenggelam di lautan dan kamu didengar tidak logik tetap ada
berada di darat, siapakah yang akan kamu kebenarannya bila difikirkan secara
selamatkan dahulu?”. Lalu Juha mendalam. Maka sebagai pembaca, kita
memandang ke arah isteri pertamanya gunakanlah akal untuk menilai sesuatu
seraya berkata: “Setahu aku, kamu tahu kisah jenaka. Sebagai tambahan, selain
berenang.” mewariskan cerita-cerita jenaka ini kepada
generasi masa hadapan, ajaklah mereka
Kisah kedua: Juha pergi menemui salah berfikir dan mengambil iktibar dari kisah-
seorang penyewa rumahnya dan meminta kisah yang penuh misteri tentang
penambahan wang sewaan. Penyewa kesahihannya ini.
tersebut bertanya kepadanya: “ Mengapa
kamu hanya meminta tambahan sewa
dariku tapi tidak dari yang lain? Tidak
cukupkah yang aku tinggal di bahagian
sutuh rumah (bahagian bumbung rumah)?

299

KARYA KREATIF

300

MEMBACA KEMENANGAN DALAM SOSOK TENANG

Ainol Hasanal Jalaluddin

andai mata
sebilah pisau tajam menikam

andai telinga
menyusun kata makna mendalam

andai bibir
terkatup waras santun membungkam
nubari pula cergas menebak seputar kisah dalam diam

mungkin alam akan lebih tenang
semua insan bisa bersorak muncul pemenang

lalu,
mata tidak perlu berlinang
telinga tidak perlu berdendang
mulut tidak perlu berbicara perang

akhirnya,
kemenangan pasti milik semua, bukan seorang

alangkah mudah untuk menang
nikmat tenang bukan kepalang.

APB
16 JULAI 2021

301

KOMIK CINTA NAHWU

Munirah Azrae

Abu Al-Aswad Ad-Duali merupakan pengasas ilmu nahwu dan merupakan orang yang
pertama menyuarakan untuk meletakkan titik \ baris pada huruf-huruf Arab. Kesalahan
meletakkan baris yang betul pada perkataan Arab akan membawa kepada salah faham
akan maksud yang hendak disampaikan.
Dikisahkan bahawa pada suatu malam beliau berjalan bersama anak perempuannya
sambil melihat keindahan langit. Puterinya itu berkata

‫ َﻣﺎ أَ ْﺟ َﻣ ُل اﻟ ﱠﺳ َﻣﺎ ِء‬ma ajmalus samaai (Apa yang paling indah di langit?). Maka berkata Abu Al-
Aswad: ‫ ﻧُ ُﺟ ْو ُﻣ ًﮭﺎ‬nujuumuha (Bintang-bintangnya).
Kemudian puterinya berkata: ‘Saya bermaksud ketakjuban, Alangkah indahnya langit!,
saya tidak maksudkan pertanyaan’.
Maka Abu Al-Aswad Ad- Dualy membetulkan ayat puterinya: seharusnya kamu berkata ‫َﻣﺎ‬

‫ أَ ْﺟ َﻣ َل اﻟ ﱠﺳ َﻣﺎ َء‬ma ajmalas samaa’a (Alangkah indahnya langit!).

Kartunis: Ts. Dr. Saiful Din Sabdin

302

THEY ARE MY LIMERICKS

Siti Zarikh Sofiah Abu Bakar

There was a genial lady,
Who always showed greed in gutsy,
When facing a small hill at the cold junction,
Singing nervously for the husband,

Fret not, he’s always ready.

Here’s the next iron lady,
Completing everything from A to Z, was just an A,B,C,
There was one day she decided to give the four wheel a pass,
Riding the fire cycle but couldn’t open the hole for gas,

Luckily the menace came in handy.

The March vampire, the fashionista,
When she read your work, you couldn’t escape, sista!,
But once she wrote, you might believe she’s a doctor,

And once she typed, you couldn’t spurn the error,
For she’s the fairest, the main character of the drama!

The confident soul attracted the lights,
Promising words made the chum’s future seemed bright,

Alas, her memory did not do her justice,
The chum was left in the office,

Exceptionally, that confident soul had her good night.

Should, shouldn’t?, Should, shouldn’t? were her magic words,
Announcing to the axes for some words,

Yes, she was offered with all possible suggestions in the universe,
Too bad for the axes, she took a reverse,

For Should, shouldn’t?, Should, shouldn’t? were still her magic words.

This strong persona was stronger than she thought,
Fighting for the Winterfell of theirs was her ultimate thought,

Volunteering herself for the sake of others,
A corporate communication committee, hence the letters,
Right and left, matching socks, why bother gave them a thought?

303

2021 … 2022

Farhana Idris

Dua ribu dua puluh satu
Resah, gelisah, kabur, marah, geram, penat, letih
Termenung, merenung, terfikir, berfikir, bungkam
Terfikir, alasan, terpempan…
Tik tok tik tok
Dua ribu dua puluh dua
Impian, harapan, imaginasi
Lambaian jauh dari hadapan
Bergerak namun tidak sampai-sampai?
Baring, tidur, bermimpi
Bangkit…
Kiranya dua ribu dua puluh dua belum menerjah lagi

Ambang Oktober 2021

Sumber: Google

304

AKADEMI
PENGAJIAN

ISLAM
KONTEMPORARI

[ACIS]

305

Profil Penulis-Penulis

Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah

Mahasin Saja @ Mearaj
Nurfarhana Mohd Daud
Dr. Mohamad Zaim Isamail
Dr. Nurul Badriyah Ali
Mohamad Zaki bin Razaly
Prof. Madya Ahmad Nawawi Yaakob
Prof. Madya Zaluddin Sulaiman

Dr. Syaimak Ismail
Mohd Zainodin Mustaffa
Mohd Asyadi Redzuan
Dr. Syazwani Abd Rahim

Siti Noor Ain Aziz

Karya Akademik dan Umum

Nurfarhana Mohd Daud
Dr. Mahfuzah Mohammed Zabidi

Mohamad Zaki bin Razaly
Dr. Syaimak Ismail

Mahasin Saja @ Mearaj
Dr. Mohamad Zaim Isamail

Norizan Othman

306

Profil Penulis-Penulis

Prof. Madya Zaluddin Sulaiman
Dr. Nurul Badriyah Ali
Siti Noor Ain Aziz
Dr. Syazwani Abd Rahim
Mohd Zainodin Mustaffa
Munirah Zakaria

Karya Kreatif
Prof Madya Ahmad Nawawi Yaakob

Mahasin Saja @ Mearaj
Noraishah P. Othman

Dr. Syazwani Abd Rahim
Dr. Nurul Badriyah Ali

Dr. Zaim Isamail
Munirah Zakaria

307

LAPORAN AKTIVITI
JABATAN DAN
PENSYARAH

308

THE INTERNATIONAL WEBINAR

DR. Nurul Badriyah Ali, Mohamad Zaki Razaly, Mahasin Saja @ MEARAJ,
Siti Noor Ain Aziz, DR. Syazwani ABD Rahim & DR. Syaimak Ismail, DR. MOHAMAD ZAIM ISAMAIL

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Johor telah menganjurkan
Webinar ‘The International Webinar A Century of Resistance: Palestinian Activism and
Opposition to Israeli Occupation and Settler Colonialism’ bagi tujuan memberi pendedahan
mengenai isu semasa berkaitan Umat Islam di Palestin, melalui saluran YouTube: UiTM
Cawangan Johor dan Facebook: ACIS UiTM Cawangan Johor
Secara umumnya, webinar ini telah mendapat kelulusan oleh Prof. Dr. Haji Ismail Ahmad,
Rektor UiTM Cawangan Johor. Penyertaan webinar dibuka kepada semua kakitangan UiTM
Cawangan Johor dan kakitangan UiTM dari seluruh Malaysia. Webinar yang telah dijalankan
pada 9 September 2021 (Khamis), bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari ini telah
dihadiri oleh 160 peserta.
Penceramah bagi webinar ini ialah seorang warga Palestin yang mempunyai pengetahuan
dan pengalaman yang luas mengenai negara tersebut, Dr. Liyana Kayali, Pensyarah,
Centre for Arab and Islamic Studies, College of Arts and Social Sciences, The Australian
National University dan moderator ialah Dr. Syazwani Abd Rahim, Pensyarah Kanan,
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Johor.
Antara objektif webinar adalah untuk mendapatkan maklumat dan bertukar pandangan
daripada pakar tentang isu semasa di Palestin, serta perbahasan berkenaan solusi
melibatkan konflik Palestin dan Israel. Secara keseluruhan, webinar ini telah mendapat
maklumbalas yang positif daripada para peserta. Sebarang penambaikan telah diambil
kira dan akan diperbaiki pada masa hadapan sekiranya webinar yang serupa diadakan
sekali lagi. Webinar ini diharapkan dapat memberikan maklumat dan pendedahan yang
baik berkenaan isu semasa terutamanya berkaitan masyarakat Islam di Palestin.

309

MAJLIS PERSARAAN ATAS TALIAN MUSIM PKP

Mahasin saja @ MEARAJ, nurfarhana mohd daud & siti noor ain aziz

Musim Perintah Kawalan Pergerakan norma baru menambah kesyahduan apabila Majlis
Perpisahan Bakti Disanjung Budi Dijunjung sempena persaraan Ustaz Haji Kamarulzaman bin
Sulaiman dan Ustaz Haji Sidek bin Abdullah dijalankan di atas talian pada 16 Ogos 2021.
Majlis dipengerusikan oleh Dr. Nurul Badriyah binti Ali. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-
aluan dan tazkirah ringkas oleh Ketua Pusat Pengajian ACIS, Ustaz Mohamad Zaki bin Razaly
dan diiringi dengan ucapan yang diraikan. Tayangan montaj turut dimainkan serta
memberikan peluang kepada rakan sejawat untuk memberikan ucapan. Majlis
kebiasaannya diraikan dengan jamuan dan tempat yang cantik tidak dapat dilaksanakan
sewaktu musim pendemik covid-19. Tahun bersilih ganti, masa yang pantas berlalu
mengimbau jasa dan perkhidmatan mereka yang pernah menerajui ACIS suatu ketika
dahulu.
Memetik ucapan Ustaz Kamarulzaman yang mula berkhidmat semenjak tahun 1987. Pada
tahun 1988 hingga 1989 dilantik menjadi pensyarah tetap di Shah Alam. Pada 1 Januari
1990 berpindah ke Jalan Muar, Segamat yang mana bangunan terletak di rumah kedai di
Segamat Baru selama 3 bulan. Beliau pernah menerajui ACIS selama 6 tahun bermula pada
1992 hingga 1998. Pengalaman lain yang diceritakan adalah dilantik sebagai pemantau
solat Jumaat di UiTM dan dilantik sebagai pengkuliah dan pentazkirah di masjid oleh
Jabatan Agama. Antara intipati tausiyah yang dititipkan adalah: 1. Masa mesti dipenuhi
dengan ilmu. Fungsi akal akan hilang jika tidak digunakan untuk mencari ilmu. 2. Dakwah
tidak terhenti walaupun telah bersara. Tugas dakwah dan bakti kepada masyarakat perlu
diteruskan sehingga ke hujung nyawa.
Manakala Ustaz Sidek bin Abdullah juga memulakan perkhidmatan sebagai pensyarah
kontrak di Shah Alam bermula 4 Januari 1988 dan diserap ke jawatan tetap setahun
kemudian. Beliau telah berkhidmat selama 4 tahun di sana kemudian berhijrah ke Segamat
pada tahun 1992. Antara sejarah penceritaannya adalah apabila ramai staf tidak mahu
berpindah ke UiTM Segamat kerana mitos dan tanggapan UiTM Segamat adalah tempat
persinggahan jin. Ustaz Sidek telah menerajui ACIS pada tahun 2009 hingga 2014 selama 5
tahun. Antara amanat yang disampaikan adalah: 1. Semua warga ACIS perlu
menanamkan budaya semangat kekitaan (sense of belonging) bagi memudahkan urusan
sesama kita. 2. Dalam berorganisasi perlu saling sokong-menyokong kepada ketua dan
memberikan semangat kebersamaan.

310

MAJLIS PERSARAAN ATAS TALIAN MUSIM PKP

Mahasin saja @ MEARAJ, nurfarhana mohd daud & siti noor ain aziz

311

WEBINAR PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Mohd Zainodin Mustaffa, Mohamad Zaki Razaly, Siti Noor Ain Aziz, Mahasin SAJA @
MEARAJ, Mohd Asyadi Redzuan, PROF. MADYA Ahmad Nawawi Yaakob & DR. Syaimak Ismail

Webinar Pengurusan Harta Pusaka merupakan satu platform perkongsian ilmu yang akan
melibatkan penyertaan daripada warga UiTM Cawangan Johor serta masyarakat setempat
tentang perihal hukum dan pengurusan harta khususnya apabila berlaku kematian seorang
Muslim. Antara topik perbincangan yang akan diberi tumpuan ialah berkaitan pengurusan
harta selepas kematian yang meliputi hutang Allah seperti upah haji, fidyah, kaffarah dan
selainnya, hutang berkaitan sesama manusia, wasiat, pengurusan jenazah dan pengagihan
harta pusaka. Topik-topik ini menjadi tumpuan kerana terdapat banyak isu dan persoalan
yang timbul dalam kalangan masyarakat mutakhir ini.
Antara objektif perlaksanaan program ini, membantu warga UiTM Cawangan Johor dan
masyarakat setempat menyelesaikan isu dan persoalan berkaitan pengurusan harta
selepas kematian. Program ini juga dapat membantu warga UiTM Cawangan Johor dan
masyarakat setempat menambah dan memantapkan kefahaman dan pengetahuan
tentang topik-topik tersebut. Tambahan lagi program ini meningkat kesedaran tentang
kepentingan pengurusan harta yang betul mengikut syariat Islam. Penceramah program Dr.
Azrul Azlan Iskandar Mirza merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia. Antara pengalaman beliau dalam Jawatankuasa Syariah
Maybank, SME Bank, FWD Takaful, Amanah Hartanah Bumiputera, Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran dan banyak lagi.
Program ini diketuai oleh Ustaz Mohd Zainodin Mustaffa di pengerusikan oleh Mohd Asyadi
Redzuan. Semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Walaupun kita
menghadapi ujian pendemik Covid-19. Namun usaha mencari dan melaksanakan tuntutan
ilmu adalah kewajipan yang perlu diteruskan.

312

WEBINAR PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Mohd Zainodin Mustaffa, Mohamad Zaki Razaly, Siti Noor Ain Aziz, Mahasin SAJA @
MEARAJ, Mohd Asyadi Redzuan, PROF. MADYA Ahmad Nawawi Yaakob & DR. Syaimak Ismail

Webinar Pengurusan Harta Pusaka merupakan satu platform perkongsian ilmu yang akan
melibatkan penyertaan daripada warga UiTM Cawangan Johor serta masyarakat setempat
tentang perihal hukum dan pengurusan harta khususnya apabila berlaku kematian seorang
Muslim. Antara topik perbincangan yang akan diberi tumpuan ialah berkaitan pengurusan
harta selepas kematian yang meliputi hutang Allah seperti upah haji, fidyah, kaffarah dan
selainnya, hutang berkaitan sesama manusia, wasiat, pengurusan jenazah dan pengagihan
harta pusaka. Topik-topik ini menjadi tumpuan kerana terdapat banyak isu dan persoalan
yang timbul dalam kalangan masyarakat mutakhir ini.
Antara objektif perlaksanaan program ini, membantu warga UiTM Cawangan Johor dan
masyarakat setempat menyelesaikan isu dan persoalan berkaitan pengurusan harta
selepas kematian. Program ini juga dapat membantu warga UiTM Cawangan Johor dan
masyarakat setempat menambah dan memantapkan kefahaman dan pengetahuan
tentang topik-topik tersebut. Tambahan lagi program ini meningkat kesedaran tentang
kepentingan pengurusan harta yang betul mengikut syariat Islam. Penceramah program Dr.
Azrul Azlan Iskandar Mirza merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
Universiti Sains Islam Malaysia. Antara pengalaman beliau dalam Jawatankuasa Syariah
Maybank, SME Bank, FWD Takaful, Amanah Hartanah Bumiputera, Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran dan banyak lagi.
Program ini diketuai oleh Ustaz Mohd Zainodin Mustaffa di pengerusikan oleh Mohd Asyadi
Redzuan. Semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Walaupun kita
menghadapi ujian pendemik Covid-19. Namun usaha mencari dan melaksanakan tuntutan
ilmu adalah kewajipan yang perlu diteruskan.

313

WEBINAR PENULISAN ARTIKEL JURNAL
BERIMPAK TINGGI SIRI 1 ANJURAN ACIS UiTM
CAWANGAN JOHOR

DR. MOHAMAD ZAIM ISAMAIL & NURFARHANA MOHD. DAUD

Pada tanggal 3 Jun 2021, Webinar Penulisan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi Siri 1 telah
dilaksanakan dengan jayanya secara atas talian iaitu melalui YouTube dan Facebook ACIS
UiTM Cawangan Johor pada jam 9 pagi hingga 1 petang. Melalui webinar ini juga, bidang
pengkhususan yang dibincangkan adalah berkaitan bidang Pengajian Islam, Muamalat
dan juga Perbankan Islam. Pada perancangan awalnya, program ini akan berlangsung
secara bersemuka, namun program ini terpaksa dijalankan secara atas talian disebabkan
pandemik COVID-19 yang tidak menentu di negara kita. Biarpun dijalankan secara atas
talian, webinar yang dijalankan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan malah
peserta yang terlibat dengan webinar ini adalah seramai 220 orang sepanjang program ini
berlangsung. Di samping itu, keterlibatan peserta webinar ini bukan sahaja di kalangan
warga UiTM namun turut disertai daripada peserta luar.

Dalam webinar ini, penceramah yang dijemput adalah seorang ilmuwan yang pakar
dalam bidang Pengajian Islam, Muamalat dan Perbankan Islam iaitu Prof. Madya Dr.
Fuadah Johari. Beliau merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat.
Universiti Sains Islam Malaysia. Webinar ini juga telah dipengerusikan oleh Dr. Nurul Badriyah
Ali merangkap Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Johor.

Webinar ini juga turut menggariskan beberapa objektif yang ingin dicapai oleh pihak
penganjur. Objektif pertama ialah membantu peserta mendapatkan pemahaman
berkaitan penulisan artikel jurnal berimpak tinggi dalam bidang pengajian Islam. Situasi ini
adalah penting dalam memenuhi KPI yang telah ditetapkan oleh IPTA dalam menerbitkan
artikel berindeks ERA, Scopus dan juga WoS. Objektif kedua pula ialah menambah
pemahaman peserta melalui tips dan strategi dalam memilih jurnal yang berkualiti.

Objektif terakhir ialah meningkatkan kesedaran di kalangan peserta berkaitan jurnal
predator. Isu ini adalah isu yang sangat membimbangkan dalam kalangan ahli akademik
malah situasi ini juga turut mencerminkan berkaitan etika dan juga integriti dalam kalangan
ahli akademik sekiranya perkara ini tidak dicegah dengan kadar segera. Lazimnya, jurnal
predator ini berlaku di dalam dunia akademik apabila segelintir ahli akademik memilih
jalan mudah untuk memastikan hasil penyelidikan mereka segera diterbitkan. Malah jurnal
ini juga turut mempamerkan satu landasan penerbitan yang meragukan dari sudut asal-
usulnya, struktur operasi, dan perkhidmatan yang ditawarkan.

314

WEBINAR PENULISAN ARTIKEL JURNAL
BERIMPAK TINGGI SIRI 1 ANJURAN ACIS UiTM
CAWANGAN JOHOR

DR. MOHAMAD ZAIM ISAMAIL & NURFARHANA MOHD. DAUD

Kesinambungan daripada webinar ini, satu program Webinar Penulisan Artikel Jurnal
Berimpak Tinggi Siri 2 akan dilaksanakan pada masa akan datang dengan pengisian dan
pendekatan yang berbeza. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan
kepada Ketua Pusat Pengajian ACIS UiTM Johor iaitu Ustaz Zaki Razaly yang telah memberi
sokongan yang padu terhadap program ini. Turut diraikan dan sekalung penghargaan
kepada semua AJK Webinar Penulisan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi Siri 1 yang turut bersama-
sama menjayakan webinar kali ini.

315

KARYA AKADEMIK
DAN UMUM

316

APAKAH ITU TAKAFUL

DR. SYAZWANI ABD RAHIM & DR. NURUL BADRIYAH ALI

KENALI TAKAFUL…
Dari sudut bahasa, takaful bermaksud saling tolong-menolong, lindung-melindungi, dan
berkongsi risiko. Dari sudut istilah, takaful ialah suatu skim perlindungan yang berasaskan
kepada semangat persaudaraan, kesatuan dan saling tolong-menolong. Dalam takaful,
peserta menyumbang sejumlah wang untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan
kewangan Ketika berlaku sesuatu kemalangan atau kecelakaan.

KONSEP ASAS TAKAFUL
Perlindungan daripada kesusahan akibat ditimpa kemalangan dan malapetaka adalah
suatu keperluan dalam kehidupan yang serba maju dan mencabar. Manusia terdedah
kepada bermacam-macam ancaman semasa di tempat kerja, di jalan raya, atau apa-apa
penyakit yang menimpa diri secara tiba-tiba. Takaful merupakan suatu kaedah
perlindungan yang diasaskan kepada semangat tolong-menolong, lindung-melindungi,
dan bekerjasama untuk kebaikan. Hal ini disebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan perseteruan. Dan
bertaqwalah kepada Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya”
(Surah Al-Maidah: 2).

KAHARUSAN TAKAFUL
International Conference on Islamic Economic yang pertama yang diadakan di Makkah
pada tahu 1976 memutuskan bahawa INSURANS KONVENSIONAL yang berasaskan kepada
gharar (uncertainty) adalah haram. Keputusan tersebut diperkuatkan lagi dengan resolusi
persidangan Akademi Fiqh Islami yang diadakan di Jeddah pada tahun 1985. Pada
persidangan yang sama Akademi Fiqh Islami telah mengemukakan alternatif insurans Islam
yang dikenali sebagai Takaful. Takaful adalah diharuskan.

PRINSIP-PRINSIP SHARIAH DALAM KONTRAK TAKAFUL
Prinsip tabarru' (derma) dan taawun (tolong-menolong), merupakan tunjang kepada
kontrak takaful. Ia digunakan dalam semua jenis takaful terutamanya takaful am. Dalam
takaful khas terdapat dua prinsip Syariah yang lain iaitu mudharabah yang digunakan untuk
pelaburan dan wakalah yang digunakan untuk membolehkan operator takaful
menjalankan urusan pengendalian manfaat semua peserta dan urusan-urusan lain
termasuklah mudharabah dengan pihak ketiga.

317

APAKAH ITU TAKAFUL

DR. SYAZWANI ABD RAHIM & DR. NURUL BADRIYAH ALI

JENIS-JENIS TAKAFUL:
1. Takaful Am: Perlindungan yang disediakan untuk keselamatan harta benda seperti

kereta, motor, rumah, dan peralatan kerja. Perlindungan yang diberikan adalah
berkaitan dengan kemalangan akibat kebakaran, kecelakaan di jalan raya,
kecurian,dan kemusnahan harta benda.
1. Takaful keluarga: Skim perlindungan jangka Panjang yang disediakan sebagai langkah
persediaan untuk jaminan masa depan diri, anak-anak, dan keluarga. Perlindungan
yang diberikan berkaitan dengan pendidikan anak-anak, perubatan, kecederaan kekal,
dan ketidakupayaan akibat kemalangan.
1. Takaful Gadai Janji: Disediakan kepada mana-mana pelanggan bank yang ditawarkan
perbiayaan membeli asset seperti rumah, tanah, dan kenderaan. Peserta yang
meninggal dunia atau ditimpa kemalangan yang menyebabkan ketidakupayaan kekal
kan dibantu untuk menjelaskan baki hutang dengan bank pembiaya.

318

JENIS AIR UNTUK BERSUCI

MOHD. ZAINODIN MUSTAFFA

Taharah pada bahasa ialah bersih atau suci. Manakala menurut istilah syarak ialah suatu
perbuatan yang mengharuskan solat dan perkara yang berkaitan dengannya. Bersuci
(taharah) yang dimaksudkan ialah perbuatan mengangkat hadas (kecil atau besar) seperti
berwuduk, tayammum dan mandi wajib, dan perbuatan menghilangkan najis seperti
beristinjak dan membersihkan najis.

Bersuci boleh dilakukan dengan menggunakan air, tanah, debu atau bahan kesat. Air ialah
alat bersuci yang paling utama. Dan ianya terbahagi kepada empat bahagian.

Pertama: Air suci dan menyucikan.

Iaitu air mutlak yang kekal dengan sifat asalnya. Ianya boleh digunakan untuk mengangkat
hadas (kecil atau besar) dan membersihkan najis. Contoh air mutlak ialah air laut, sungai,
kolam, paip dan sebagainya.

Jika warnanya telah berubah (contohnya menjadi kehijauan) disebabkan berada lama
dalam bekas atau kolam, ianya masih dianggap sebagai air mutlak. Begitu juga masih
dikira sebagai air mutlak walaupun berubah baunya kerana mengalir atas tanah yang
mempunyai belerang.

Kedua: Air suci menyucikan tetapi makruh menggunakannya.

Air yang suci dan menyucikan tetapi makruh menggunakannya ialah air musyammas.
Maksud air musyammas ialah air yang terjemur di bawah panas cahaya matahari, berlaku
di negeri yang panas dan berada dalam bekas yang boleh berkarat seperti besi.

Makruh digunakan pada badan manusia kerana boleh memudaratkan badan dan
menyebabkan penyakit sopak. Jika air tersebut telah menjadi sejuk maka tidak makruh
menggunakannya

Makruh juga menggunakan air yang tersangat panas atau tersangat sejuk untuk bersuci
kerana dibimbangi memudaratkan serta kemumgkinan tidak sempurna ketika bersuci.

Ketiga: Air suci tetapi tidak boleh menyucikan.

Ianya terbahagi kepada dua bahagian:

1) Air yang jumlahnya sedikit dan telah digunakan untuk bersuci seperti mandi wajib dan
berwuduk.

Air yang telah digunakan untuk berwuduk (iaitu basuhan pertama anggota wuduk yang
wajib) dan mandi wajib tidak boleh digunakan lagi untuk bersuci seperti beristinjak dan
membasuh najis. Ia dinamakan air mustakmal.

319

JENIS AIR UNTUK BERSUCI

MOHD. ZAINODIN MUSTAFFA

Air mustakmal masih boleh digunakan untuk perkara lain kecuali berwuduk, mandi wajib
dan membersihkan najis.
2) Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu yang suci seperti teh atau kopi.

Air yang telah bercampur dengan sesuatu yang suci seperti teh, kopi, sirap, pewarna dan
sebagainya adalah suci dan boleh digunakan seperti untuk minum, memasak dan
sebagainya.

Namun ianya tidak boleh digunakan untuk bersuci iaitu berwuduk, mandi wajib dan
membersihkan najis.
Keempat, air mutanajjis.

Iaitu air yang terdapat najis dalamnya. Najis ialah benda kotor yang menghalang sah solat.
Antara benda najis ialah air kencing, tahi, darah, arak, bangkai dan sebagainya.
Bangkai binatang yang tidak mengalir darahnya seperti lalat, lipas dan seumpamanya
tidak menajiskan air dengan syarat ianya terjatuh tanpa sengaja dan tidak mengubah sifat
air tersebut.
Jika najis terjatuh ke dalam air yang sedikit (kurang daripada dua kullah), maka air tersebut
menjadi najis walaupun tidak berubah salah satu sifatnya (bau, warna dan rasa).

Jika najis terjatuh ke dalam air tersebut banyak (sampai atau lebih dua kullah), ianya
menjadi najis jika berubah salah satu sifatnya. Jika tidak berubah, maka tidak najis.
Kadar dua kullah ialah sekitar 200 kg atau 200 liter. (al-Mu’tamad) atau 1 ¼ hasta panjang,
lebar dan dalam. (Fiqh Manhaji dan Matla’ Badrain)

Air yang sedikit yang telah najis akan menjadi suci dengan menambahkan air mutlak
sehingga menjadi dua kullah atau lebih.
Menurut imam al-Nawawi dalam al-Muhazzab, jika najis terjatuh dalam air yang tidak
diketahui kadar sama kurang atau lebih dua kullah serta tidak berubah sifatnya maka
dianggap suci.

320

JAGA ETIKA PERKONGSIAN DI MEDIA SOSIAL

DR. NURUL BADRIYAH ALI, MAHASIN SAJA @ MEARAJ & SITI NOOR AIN AZIZ

Kebebasan menggunakan media sosial hari ini telah memberikan hak kepada semua
golongan tanpa sempadan. Kesannya, ramai orang berlumba-lumba untuk menjadi orang
pertama berkongsi cerita dan berita terkini. Tambahan pula, ramai antara pengguna
tersebut cuba meraih perhatian dan populariti daripada sebaran mereka. Disebabkan itu,

video dan hal sensasi menjadi topik tumpuan ramai. Tidak dinafikan, banyak manfaat
sekiranya maklumat disebarkan dengan meluas. Antaranya, hebahan akan sampai kepada
orang ramai dengan pantas. Maka, tindakan boleh segera dilaksanakan oleh mereka yang
berkenaan.

Namun, apabila perkongsian adalah bermatlamatkan perhatian ramai, etika sebaran tidak
lagi diaplikasikan dengan baik. Contohnya kejadian bunuh diri yang agak meningkat ketika
ini dikongsi dengan meluas. Perlakuan tersebut dipaparkan dengan jelas tanpa
menyorokkan identiti pelaku. Akibatnya, perkongsian tersebut mampu mendatangkan
kemudaratan yang banyak. Kesan paling ketara adalah trauma yang dialami oleh keluarga

akibat cemuhan masyarakat. Selain itu, pelbagai spekulasi akan tercetus yang akhirnya
mampu menambah tekanan orang terdekat mereka. Menerima kenyataan perit itu pun
sudah memerlukan ketahanan hati yang kuat, apatah lagi jika diiringi fitnah dan kecaman
berterusan.

Perkongsian tanpa batasan ini juga mampu menjadi pendorong negatif kepada
masyarakat. Lebih banyak hal sebegini dikongsi, lebih ramai yang akan terdorong
melakukan hal yang sama. Contoh lain adalah jika terdapat keluarga yang disahkan
COVID-19 dalam komuniti, orang sekeliling berkongsi pelbagai jalan cerita dan cuba
membongkar asal-usul penularan tersebut. Hal seperti itu boleh menimbulkan

ketidaksenangan hati pesakit dan keluarga mereka. Jika hal tersebut dibincangkan tanpa
kawalan, pelbagai bentuk tekanan bakal dihadapi. Semua yang tidak terlibat juga tampil
membuat kenyataan yang mengeruhkan keadaan. Lebih parah lagi, segelintir pengguna
yang cuba mereka-reka cerita demi mendapatkan perhatian orang ramai melalui isu
tersebut.

Seharusnya pesakit dan keluarga mereka diberi sokongan untuk berhadapan ujian yang
mereka hadapi. Dengan angka kes di tahap membimbangkan, rakyat Malaysia mesti saling
menguatkan antara satu sama lain.

Setiap perkongsian yang dilakukan perlulah dengan berhemah dan tidak meninggalkan

impak negatif kepada mana-mana pihak. Firman Allah bermaksud: “Dan katakanlah

kepada hamba-hamba-Ku, Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik

(benar). Benar, syaitan itu selalu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya

syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Al-Israk: 53) Warga yang prihatin perlu

memelihara etika ketika menyebarkan isu-isu sensitif begini. Banyak pihak yang terkesan

dengan peristiwa tersebut. Sebagai rakyat yang berkasih sayang, janganlah ditambah

ketegangan pada keadaan yang sedia bergolak. Dalam keadaan yang kurang stabil ini,

kongsilah perkara-perkara yang mendatangkan kesan positif kepada masyarakat. Jika perlu

mengulas isu-isu sensitif untuk tujuan mendidik, mengubah dan memberi peringatan,

lakukan dengan bijaksana. 321

JAGA ETIKA PERKONGSIAN DI MEDIA SOSIAL

DR. NURUL BADRIYAH ALI, MAHASIN SAJA @ MEARAJ & SITI NOOR AIN AZIZ

Dahulukan adab dalam setiap perkongsian merupakan cerminan akhlak seorang Muslim.
Sesungguhnya Muslim yang berakhlak itu adalah mereka yang mempunyai kesempurnaan
iman. Rasulullah SAW bersabda: Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya
adalah yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat Ahmad) Justeru, pilihlah untuk menjadi
penyebar yang beretika. Pelihara sensitiviti semua orang. Terapkan empati semasa
berkongsi dan elakkan mengambil kesempatan dalam isu sensasi demi meraih populariti
semata-mata.

322

HAMAM PENJANA EKONOMI ISLAM

DR. SYAIMAK ISMAIL, JANNAH MUNIRAH, CHE FARIDAH CHE MAHMOOD, DR. NUR EYLIAWATI JAPELUS,
DR. NUR AMALINA AZIZ

Hamam merupakan sebuah pusat berehat dan mandian yang disediakan kepada
masyarakat awam bagi membersihkan, merawat dan mencantikan diri. Kewujudan
Hamam boleh dikesan sejak daripada zaman Bani Umayyah, di bandar Fustat iaitu Mesir
dan Basrah yang kini dipanggil Iraq. Hamam juga dikira sebagai sebuah pusat yang
memberikan kemudahan kepada masyarakat terutamanya bagi mereka yang ingin
membersihkan diri sebelum melaksanakan ibadat. Sewaktu zaman Bani Umayyah, Hamam
di bina berdekatan dengan masjid dan istana. Perkembangan Islam telah membawa
Hamam lebih dikenali dan berkembang sehingga ke Syria, Lubnan, Jordan, Palestin, Iran,
Anatolia dan Maghribi. Hamam antara satu bentuk ekonomi yang memberikan pulangan
lumayan kepada pengusahanya.

Objektif pengoperasian Hamam adalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada
pelanggan yang datang ke pusat itu. Pelanggan menerima rawatan daripada pekerja
Hamam mengikut syariat Islam, antaranya bilik bagi pelanggan wanita dan lelaki
diasingkan, penjagaan aurat sangat diutamakan dan memberikan perkhidmatan yang jujur
dan amanah seperti yang disarankan Islam. Antara bentuk rawatan yang disediakan
adalah seperti sauna, rawatan kulit muka, rawatan spa seperti menggosak keseluruhan
badan, membuang bulu dan mencukur serta rawatan mengurut. Hamam juga turut
menyediakan rawatan penjagaan rambut termasuk menggunting, mencuci dan
membersihkan rambut. Di Hamam juga, pelanggan boleh melakukan rawatan medi dan
pedi cure iaitu rawatan untuk membersihkan kuku di bahagian kaki dan tangan. Kuku
pelanggan juga akan dibersihkan dan tangan mereka diurut bagi melancarkan peredaran
darah.

Pada zaman kegemilangan Islam, rawatan yang ditawarkan di Hamam dikira sangat
esklusif kerana matlamat utamanya adalah untuk memberikan keselesaan dan
kegembiraan kepada pelanggan. Kemegahan Hamam dinilai daripada seni bina dan
kemewahan perabot yang digunakan bagi merawat pelanggan yang datang menerima
rawatan. Pembinaan Hamam banyak menggunakan bahan-bahan berkualiti seperti
marmar yang diperbuat daripada perak, tembaga atau suasa yang dihiasi dengan ukiran
halus yang cantik. Pengusaha Hamam juga menggunakan bahan rawatan yang berkualiti
tinggi seperti minyak daripada tumbuh-tumbuhan untuk mengurut dan merawat kulit wajah.
Bagi membersihkan tubuh pelanggan, perawat akan menggunakan sarung tangan kasar
yang diperbuat daripada kapas, sutera dan bulu kambing bagi mengeluarkan kotoran
pada badan selain membantu melicinkan kulit pelanggan. Pelanggan juga akan
dihidangkan dengan makanan berkhasiat seperti buah dan jus bagi mengembalikan
kesegaran pada tubuh selepas menjalakn sesi rawatan.

323

HAMAM PENJANA EKONOMI ISLAM

DR. SYAIMAK ISMAIL, JANNAH MUNIRAH, CHE FARIDAH CHE MAHMOOD, DR. NUR EYLIAWATI JAPELUS,
DR. NUR AMALINA AZIZ

Pengusaha Hamam juga sangat menitiberatkan kebersihan, bukhur atau kemenyan akan
diasapkan dua hari sekali bagi menjaga kualiti udara di Hamam. Perawat juga akan
melumurkan tangan mereka menggunakan kulit limat bagi membersihkan tangan selain
mengeluarkan haruman yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Pelanggan yang
memunyai penyakit berjangkit seperti penyakit kusta sama sekali tidak dibenarkan masuk ke
Hamam bagi tujuan menjaga kesihatan dan keselamatan pengguna Hamam yang lain.
Pengoperasian Hamam dilihat memberikan keuntungan besar dalam menjana ekonomi
Islam bahkan Hamam juga menjadi salah satu pusat yang memberi perkhidmatan yang
menyelesakan kepada masyarakat tempatan.

324

HASAD DALAM PERKARA KEBAIKAN

DR. NURUL BADRIYAH ALI & MUNIRAH ZAKARIA

Kebaikan adalah fitrah semua manusia. Mereka dilahirkan dengan rasa cinta akan
kebaikan dan suka melakukan amalan mulia. Juga, rasa terhormat jika dipandang tinggi
disebabkan oleh amal kebaikan yang mereka lakukan. Hal ini sangat bertepatan dengan
perintah agama yang menganjurkan umatnya berbuat baik kepada orang lain setiap
masa. Juga, ia selari dengan konsep ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ yang mengajak orang
lain melakukan hal kebaikan yang sama. Sehingga ke tahap, manusia digalakkan untuk
berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan meraih reda Allah SWT. Allah berfirman
yang bermaksud: “Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja
kamu berada. Pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat).
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Baqarah, ayat 148).

Maka, dapatlah difahami bahawa fitrah manusia cinta akan kebaikan dan suka kepada
orang yang melakukan kebajikan kepada masyarakat. Sehingga, perasaan itu akhirnya
mendorong mereka untuk berlumba-lumba melakukan perkara yang sama. Tanpa disedari,
mereka mudah berasa cemburu kepada orang melakukan kebaikan tersebut. Namun, rasa
cemburu ini tidak sesekali disertai dengan perasaan negatif. Selain itu, mereka juga tidak
berharap agar orang yang melakukan kebaikan tersebut berhenti daripada melakukannya.
Umat Islam yang bijaksana sentiasa mengharapkan kebaikan untuk semua orang termasuk
dirinya sendiri. Sekiranya melihat orang lain melakukan amal soleh, mereka bersyukur dan
sentiasa berusaha mencontohinya.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami hasad dengki
dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau
Amat Melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu." (Surah al-Hashr, ayat 10) Mukmin sejati akan
meminta pertolongan daripada Allah agar dijauhkan rasa tidak senang hati terhadap
orang yang melalukan kebaikan. Sebaliknya, mereka berharap kebaikan tersebut datang
daripada diri mereka sendiri. Maka, mereka akan berlumba-lumba memberi sumbangan
dengan usaha, tenaga, ilmu dan harta masing-masing. Semata-mata demi meraih reda
Allah.

Namun, terdapat perkara yang diperbolehkan dengki kerananya. Sabda Rasulullah SAW:
Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap
seseorang yang dikurniakan ilmu tentang al-Qur’an dan dia membacanya sepanjang
malam dan siang, serta dengki terhadap seseorang yang dikurniakan harta dan dia
menginfakkannya (ke jalan Allah SWT) sepanjang malam dan siang.” (Sahih al-Bukhari dan
Muslim) Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqalani ketika menerangkan hadis ini, hasad dengki
yang disebut merupakan ‘majaz’ ataupun perumpamaan, bukan erti hasad yang sebenar.
Hasad yang dinyatakan tersebut lebih kepada menerangkan naluri persaingan untuk
mendapatkan kebaikan serta melakukan seperti mana yang dilakukan oleh orang tersebut.

325

HASAD DALAM PERKARA KEBAIKAN

DR. NURUL BADRIYAH ALI & MUNIRAH ZAKARIA

Jelas daripada hadis tersebut, dikhususkan dua golongan yang layak didengki. Dalam erti
kata lain, orang yang sentiasa perlu dicontohi: Pertama: Orang yang mempunyai ilmu al-
Quran serta sentiasa membaca dan mengamalkannya. Kedua: Orang yang memberikan
kelebihan hartanya kepada orang lain kerana Allah. Kedua-dua golongan ini seharusnya
menjadi tauladan dalam melakukan kebaikan. Jika melihat dua perkara yang mereka
lakukan ini, umat Islam umumnya perlu mengambil iktibar dan berusaha melakukan perkara
yang sama. Malah, disertai harapan bahawa amal kebaikan itu dapat dilaksanakan
bersama-sama dan memanfaatkan ramai orang lain.
Konklusinya, kebaikan itu adalah matlamat yang perlu diraih bersama. Tidak salah berasa
cemburu kepada orang yang banyak melakukan kebaikan. Kesannya, umat Islam akan
bertambah usaha untuk turut melakukan kebaikan bersama-sama. Mereka akan saling
berlumba-lumba untuk melaksanakannya seperti yang dituntut dalam agama. Namun, di
sebalik perlumbaan dalam melakukan kebaikan ini, rahmat Allah adalah destinasi
utamanya. Semakin banyak orang melakukan kebaikan kerana Allah SWT, semakin luas
rahmat-Nya kepada seluruh manusia. Malah, semakin Islam disanjung dan dihormati.

326

INSPIRASI DAKWAH DARI PERISTIWA HIJRAH
RASULULLAH SAW

MOHAMAD ZAKI RAZALY

Muharram telah diangkat sebagai bulan pertama dalam kalendar Islam ketika
pemerintahan Saidina Umar al-Khattab. Kitab-kitab sirah Islam telah mencatatkan bahawa
hijrah Rasulullah SAW bermula pada 28 Safar, kemudian tiba di Quba pada 8 Rabiulawal
seterusnya tiba di Yathrib pada 12 Rabiulawal (al-Mubarakfuri, 2017). Ada beberapa
perkara yang boleh kita ambil manfaat daripada peristiwa hijrah sekiranya kita menelusuri
sirah nabawiyah yang agung ini.

Perjalanan hijrah Rasulullah SAW dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah
telah ditemani oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Hal ini tidaklah menunjukkan bahawa
Rasulullah SAW bergantung harap kepada bantuan daripada sahabatnya itu, dan tidaklah
juga iman Saidina Abu Bakar itu lebih tinggi dan utuh dari Rasulullah SAW. Sebaliknya,
Rasulullah SAW yang telah menenangkan Saidina Abu Bakar seperti yang dikisahkan Allah
SWT di dalam al-Quran:

“… apabila keduanya berada dalam gua (Thur), telah berkata (Rasulullah SAW) kepada
sahabatnya, janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah
menurunkan ketenangan dan ketenteraman dan menguatkannya dengan bantuan
tentera (malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya…” (al-Tawbah: 40)

Hal ini adalah isyarat kepada kita bahawa dalam perjuangan untuk mengangkat martabat
agama dan melaksanakan agenda dakwah, ia sukar untuk direalisasikan jika kita
berseorangan. Pelaksanaan dakwah yang efektif memerlukan teman dan rakan.
Hakikatnya, dakwah bukanlah satu urusan yang mudah, bahkan ia adalah legasi yang
diwariskan oleh para anbiya’ kepada kita. Nabi Musa AS yang merupakan salah seorang
daripada kalangan rasul ‘ulul azmi’ telah berdoa dan memohon kepada Allah SWT untuk
dijadikan Harun sebagai temannya dalam dakwah menentang Firaun. Kisah ini direkodkan
oleh Allah SWT:

“Jadikan bagi aku pembantu dari kalangan ahli keluargaku. Harun saudaraku. Kuatkan aku
dengan sokongannya. Jadikan dia menyertai urusanku” (Thaha: 29-32)

Resam seorang pendakwah akan sentiasa melalui onak dan ranjau dalam menyampaikan
amanat dan risalah agama. Allah SWT menyatakan dalam al-Quran (Yunus: 99), jika Allah
SWT berkehendak, maka Allah SWT boleh menjadikan semua manusia beriman kepadaNYA.
Namun, Allah SWT mentaqdirkan urusan dakwah itu perlu dilakukan dengan jiwa yang ikhlas
dan semangat yang kental untuk menguji sejauhmana manusia sanggup melakukan
pengorbanan di atas nama agama dan menjadikan Allah SWT sebagai prioriti dalam
perjuangan mengatasi semua hal yang lain di dalam dunia ini. Inilah yang ditunjukkan oleh
para sahabat Rasulullah SAW apabila mereka sanggup meninggalkan ahli keluarga, harta
kekayaan dan kedudukan mereka semata-mata mengejar redha Allah SWT. Usahlah kita
menjadi pendakwah yang mencari populariti duniawi, mengejar ‘like’ dan ‘followers’ untuk
mengecapi nikmat

327

INSPIRASI DAKWAH DARI PERISTIWA HIJRAH
RASULULLAH SAW

MOHAMAD ZAKI RAZALY

dunia yang sementara. Jadilah pendakwah yang ikhlas dan sentiasa meletakkan
kepentingan agama mengatasi kepentingan peribadi.

328

PERCAYA QADA’ DAN QADAR PERKUKUH
JIWA HADAPI KESULITAN

DR. SYAIMAK ISMAIL, NORIZAN OTHMAN, PROF. MADYA ZALUDdIN SULAIMAN,
MAHASIN SAJA @ MEARAJ, MUNIRAH ZAKARIA & SITI NOOR AIN AZIZ

Akhir-akhir ini, ramai golongan terkesan dengan pandemik yang sedang menular.
Tambahan pula keadaan semasa yang membimbangkan tidak pasti bila akan berakhir.
Apa yang pasti ialah setiap orang diuji dengan penularan wabak yang memberi kesan
kepada setiap lapisan masyarakat dari pelbagai aspek. Sebelum pandemik melanda,

kebanyakan rakyat mempunyai pendapatan tetap, kehidupan yang baik dan sentiasa
mempunyai makanan mencukupi. Namun, semua itu telah berubah sehingga ada antara
mereka yang kehilangan pekerjaan, tempat tinggal, terputus bekalan makanan ataupun
ditinggalkan pasangan.

Kesannya, kebanyakan mereka menderita, mengalami kebuntuan dan meratapi takdir
yang ditetapkan. Mungkin lebih teruk lagi mendorong kepada tindakan melulu untuk
menghabiskan riwayat sendiri kerana gagal mengawal pemikiran dan emosi untuk terus
bertahan. Setiap ikhtiar telah dirasakan gagal dan menemui jalan buntu. Bagi menangani
kemelut perasaan akibat masalah ini, seorang Muslim perlu percaya bahawa setiap

ciptaan Allah bernama manusia akan diuji di dunia ini. Namun, bentuk ujian sahaja yang
berbeza. Maka, hadapi ujian tersebut dengan tenang. Elakkan bertindak melulu sehingga
meninggalkan kesan negatif kepada diri dan keluarga.

Sebagai orang Islam, menjadi kewajipan untuk percaya kepada qada’dan qadar yang

termaktub dalam rukun iman. Mengimani rukun iman yang keenam ini jarang ditonjolkan
selain rukun-rukun yang lain. Sedangkan, rukun ini merupakan tunjang kekuatan seorang
Muslim. Rasulullah SAW telah bersabda: “Segala sesuatu itu mengikut kepada apa yang
ditakdirkan, sehingga perkara yang melibatkan kelemahan dan kekuatan.” (Riwayat
Muslim).

Dengan menghayati rukun ini, seseorang individu akan menjadi seorang yang reda apabila
ditimpah musibah dan ujian. Sebaliknya jika gagal menghayatinya, seseorang itu akan
menjadi manusia yang mudah putus asa, memberontak, sentiasa mempersoalkan takdir
dan sentiasa kecewa dengan situasi yang ditetapkan untuknya. Lebih memudaratkan lagi,

perasaan kecewa tersebut akan menyebabkan manusia hilang keyakinan kepada yang
Esa. Oleh itu, mukmin sejati seharusnya percaya bahawa ujian yang diberikan ini adalah
perkara yang akan memberi ketahanan mental sekiranya mampu diatasi dengan
bijaksana.

Paling penting, kehadiran ujian seharusnya dilihat dengan tujuan asalnya iaitu menguji

tahap ketaqwaan sebagai seorang hamba, sepertimana dalam firman Allah:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah SWT ialah orang yang

paling bertakwa diantara kamu." (Al-Hujurat: 13) Melalui ujian juga mampu mendidik

seseorang menjadi manusia yang lebih dewasa, bersyukur dengan setiap kebaikan dan

nikmat yang dimiliki. Sekiranya sebelum ini mudah leka dan jarang bersyukur, maka

angggaplah pandemik ini sebagai satu teguran yang mengubah untuk menjadi m32a9nusia
yang lebih baik, menghargai dan bersyukur dengan nikmat diberikan.

PERCAYA QADA’ DAN QADAR PERKUKUH
JIWA HADAPI KESULITAN

DR. SYAIMAK ISMAIL, NORIZAN OTHMAN, PROF. MADYA ZALUDDIN SULAIMAN,
MAHASIN SAJA @ MEARAJ, MUNIRAH ZAKARIA & SITI NOOR AIN AZIZ

Sekiranya seseorang Muslim reda dan bersabar dengan ujian, sudah tentu akan dapat
melalui dugaan ini dengan kecekalan luar biasa sehingga semuanya berakhir. Masa diuji
inilah masa yang sesuai untuk kembali kepada fitrah. Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih
dan Penyayang, mustahil bagi-Nya untuk menguji seorang hamba yang tidak mampu
bertahan. Justeru, ketika menerima sebarang takdir, baik atau buruknya, beruntunglah jika
menjadi golongan Mukmin yang sentiasa berada dalam dua keadaan seperti yang
dinyatakan dalam hadis Rasulullah: “Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin.
Seluruhnya urusannya itu baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika
mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur, itulah yang baik baginya. Jika
mendapatkan kesusahan, maka dia bersabar, itu pun baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Kesannya, seorang Muslim yang menghayati qada’ dan qadar akan lebih percaya
bahawa ujian yang ditempuhi ini adalah demi kebaikan mereka. Di tangan merekalah
pilihan, sama ada untuk terus bertahan dengan dugaan tersebut atau memilih untuk tewas
dengannya. Jika keadaan terlalu menekan, bersedihlah untuk sementara tetapi elakkan
situasi ini berlanjutan terlalu lama. Bangkitlah dengan kekuatan hati bahawa akan ada
kebaikan yang hadir untuk atas kesabaran dan kecekalan. Dengan rukun keenam iaitu
percaya kepada qada’ dan qadar Allah ini, seorang Muslim mampu menjadi manusia yang
redha dengan ketetapan atas diri mereka. Semestinya, itulah kunci kepada ketenangan
hakiki seorang hamba.

330

KHALIFAH HARUN AL-RASYID

MOHD. ZAINODIN MUSTAFFA & MAHASIN SAJA @ MEARAJ

Khalifah Harun al-Rasyid merupakan salah seorang pemerintah kerajaan Abbasiyyah yang
terkenal. Baginda merupakan pemerintah yang kelima yang memimpin kerajaan selama 23
tahun iaitu dari tahun 170 hingga 193H (786 – 809M). Baginda ialah al-Rasyid bin
Muhammad al-Mahdi dilahirkan di kota Rayy, Iran pada tahun 145H / 762M. Ibunya ialah
Khaizuran al-Juraisyiyah. Mendapat pendidikan secara langsung daripada ayahandanya
sendiri. Baginda memiliki sifat kebijaksanaan dan berpengetahuan tinggi serta seorang
yang berjiwa lembut. Baginda telah dilantik ke jawatan khalifah pada tahun 170H ketika
berusia 25 tahun selepas kewafatan kekandanya iaitu khalifah al-Hadi.

Pada zaman pemerintahannya, baginda berjaya mentadbir dan menguruskan negara
dengan sebaiknya. Pusat pentadbiran kerajaan Abbasiyyah pada masa tersebut terletak di
Baghdad, Iraq. Antara kejayaannya ialah kejayaan membanteras pemberontakan yang
berlaku dalam negara serta negara sekitarnya seperti di Armenia, Azerbaijan dan
sempadan kerajaan Byzantine yang dicetuskan oleh kerajaan Byzantine. Baginda juga
menghadapi pemberontakan yang dilakukan oleh golongan Syiah. Selain itu bagi
melancarkan pentadbiran kerajaan, baginda telah melaksanakan dasar berbaik dengan
kerajaan sekitar melalui hubungan diplomatik dengan kerajaan Byzantine, kerajaan
Perancis dan kerajaan Umayyah di Andalus. Keadaan tersebut telah memberi kesan yang
baik terhadap kemakmuran negara dan rakyat serta berhasil mengembangkan ekonomi
negara.

Baghdad juga terkenal sebagai pusat perdagangan. Ianya menjadi tumpuan pedagang
dari Timur dan Barat mengunjungi kota tersebut untuk berdagang. Pelbagai barang
dagangan boleh didapati seperti binatang ternakan, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan,
pakaian, keperluan dapur, peralatan rumah, barang-barang perhiasan dan
sebagainya.Selain itu, kota tersebut juga adalah pusat perkembangan ilmu pengetahuan,
kebudayaan dan pembangunan. Antara kemajuan yang terdapat seperti pembinaan
istana khalifah, masjid-masjid, pusat-pusat pendidikan, bangunan dan rumah kerajaan.
Kepesatan pembangunan tersebut telah menarik minat masyarakat untuk berkunjung kek
kota tersebut.

Kemajuan ilmu pengetahuan berlaku dengan begitu pesat pada zaman pemerintahan
baginda. Baginda yang mencintai ilmu pengetahuan berperanan penting dalam
memajukan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pembukuan, penyusunan dan
penterjemahan. Pembinaan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan dan penyusunan
ilmu merancakkan lagi aktiviti keilmuan. Pelbagai disiplin ilmu agama yang berkembang
pada zaman tersebut seperti ilmu tafsir, hadis, tauhid, fekah dan tasawuf. Selain itu bidang
ilmu keduniaan juga mencapai kemajuan yang tinggi seperti ilmu perubatan,
kesusasteraan, falsafah, matematik, astronomi, sejarah dan sebagainya. Pada zaman
baginda juga muncul ilmuwan Islam yang terkenal sepanjang zaman seperti Imam Malik,
imam al-Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal (fekah), al-Khawarizmi (matematik) Ibnu Ishak
(sejarah), Fudail bin Iyad dan Junaid al-Baghdadi (Tasawuf).

331

KHALIFAH HARUN AL-RASYID

MOHD. ZAINODIN MUSTAFFA & MAHASIN SAJA @ MEARAJ

Pemerintahan baginda berakhir dengan kewafatannya pada tahun 193H (809M) di Thus,
Khurasan ketika dalam perjalanan bagi menghapuskan pemberontakan di Khurasan.
Baginda meninggal dunia ketika berusia 48 tahun.

332

7 CARA MEMOTIVASIKAN DIRI MELAKUKAN
SOLAT DAN AMANAH TUGAS MENGIKUT
IMAM SAID NURSI BADIUZZAMAN

DR. MAHFUZAH MOHAMMED ZABIDI

Melakukan perkara yang sama berulang kali boleh menyebabkan bosan. Mendirikan solat
dan melakukan tanggungjawab adalah antara dua perkara yang sering menyebabkan
seseorang berasa malas dan jemu untuk mengerjakannya. Imam Said Nursi Badiuzzaman
seorang tokoh ilmuwan dari Turki mengakui masalah ini dan mengemukakan cara

mengatasinya. Dalam risalah An-Nur, beliau menyatakan bahawa rasa jemu melakukan
solat dan amanah tugas bukan disebabkan oleh solat dan tugas itu yang membosankan.
Sebaliknya, perasaan bosan dan jemu itu timbul kerana kejahilan, kemalasan dan kelalaian.
Menstrukturkan semula pemikiran adalah antara cara yang dapat membantu seseorang
mengatasi masalah tersebut. Berikut ialah beberapa peringatan yang dikemukakan oleh

Imam Said Nursi untuk membina cara fikir yang baru dan mendorong diri sendiri untuk
menunaikan solat dan tugas yang diamanahkan. Dengan cara fikir yang baru, rasa jemu
dan bosan dapat digantikan dengan rasa syukur dan sikap bersungguh-sungguh dalam
melaksanakannya.

1. Menyedari bahawa umur manusia tidak abadi.
Manusia tidak dapat menjamin bahawa dia akan hidup sehingga hari esok. Manusia
berasa bosan dan jemu kerana menyangkakan umur masih panjang dan mati terlalu jauh
untuk dihadapi. Walhal, tiada siapa mengetahui adakah esok kita masih hidup.

Cara fikir yang baru dapat dibina dari pernyataan ini ialah,
“Solat atau tugas yang aku lakukan pada hari ini, mungkin yang terakhir. Esok belum tentu
aku dapat mengerjakannya. Jadi, baik aku solat dan siapkan kerja pada hari ini.”

2. Melakukan solat dan tugas hanya memerlukan masa yang sedikit tetapi kesan baiknya
berpanjangan.

Solat dan tugas yang diamanahkan tidak mengambil masa 24 jam untuk mengerjakannya.
Peruntukan masa selama 1 jam sahaja sehari atau lebih ringkas dari itu adalah peruntukan
masa yang sedikit. Namun, kesan baiknya di sisi Allah adalah berpanjangan. Bukan sahaja

untuk tempoh hidup di dunia tetapi juga hidup di akhirat.

Cara fikir yang baru dapat dibina dari pernyataan ini ialah,
“Walaupun aku hanya solat kurang dari tempoh 1 jam, namun Allah mengurniakan
kebaikan daripadanya untuk tempoh masanya abadi.”

3. Menyedari solat dan tugas ialah suatu keperluan penting
Sebagaimana manusia memerlukan makanan, air dan udara untuk kesihatan tubuh dan
pernafasan yang tenang, maka begitu jugalah manusia memerlukan solat dan tugas
sebagai makanan kepada hati dan rohani.

Cara fikir yang baru dapat dibina dari pernyataan ini ialah, 333

“Makanan dan tidur dapat merehatkan tubuh aku, tetapi aku juga perlukan solat ini untuk

merehatkan jiwa dan rohani aku.”

7 CARA MEMOTIVASIKAN DIRI MELAKUKAN
SOLAT DAN AMANAH TUGAS MENGIKUT
IMAM SAID NURSI BADIUZZAMAN

DR. MAHFUZAH MOHAMMED ZABIDI

4. Memujuk diri untuk sabar
Manusia diperintahkan untuk sabar dalam melakukan ketaatan, menghindari maksiat dan
menghadapi ujian. Sifat sabar boleh diperolehi dengan memfokuskan kesabaran dalam
menghadapi hari ini sahaja. Kekuatan sabar tidak wajar dipecah-pecahkan dengan
mengenangkan hari yang lepas atau memikirkan hari esok yang belum pasti. Justeru,
serulah menyeru nama Ya Sobur (Yang Maha Penyabar) untuk diberi kekuatan sabar.
Kemudian, fokuslah kepada menunaikan solat dan tugas hari ini sebaiknya dengan berkata,
“Ya Allah, Ya Sobur, aku fokuskan kekuatan sabarku untuk ketaatan hari ini. Bantulah aku.”

5. Memikirkan ganjaran dan balasan
Mengerjakan solat dan tugas yang diamanahkan di dunia membawa kepada ganjaran
dalam kehidupan yang abadi. Sekiranya wang gaji sudah cukup menjadi daya tarikan
untuk seseorang bekerja berhempas pulas, maka Imam Said Nursi bertanyakan soalan,
adakah ganjaran keindahan syurga yang kaya dengan khazanah yang mempersonakan
tidak menarik perhatian untuk insan melakukan solat dan ketaatan kepada-Nya. Apatah
lagi jika meninggalkan solat dan tugas yang diamanahkan mendedahkan manusia kepada
seksaan yang menyakitkan di akhirat, maka manusia pasti terdorong untuk melakukan solat
dan tugas dengan sebaik mungkin.

6. Mengingati bahawa usaha yang tidak disertai solat adalah sia-sia
Sikap mendahulukan perkara lain yang kurang penting berbanding solat dapat diatasi
dengan menginsafi bahawa semua hasil usaha yang dicurahkan tanpa melakukan solat
tidak bernilai dan tidak berkat. Kalaupun ada nilai pada usaha tersebut, nilainya terhad
pada kehidupan dunia yang sementara. Tiada solat semasa berusaha atau bekerja, hanya
mendatangkan penat dan terlepas kenikmatan akhirat.

7. Meyakini solat menjadi sebab usaha di dunia menjadi barakah hingga ke akhirat
Apa sahaja pekerjaan yang baik di dunia akan menjadi bekalan di akhirat apabila solat
didirikan. Solat yang mengambil masa yang sedikit sahaja tetap menjadi punca kebaikan
yang melimpah ruah apabila usaha yang dilakukan disertai dengan niat yang baik.
Seseorang yang meninggalkan solat terlepas semua kebaikan ini dan menjadikan dia
hampa. Kesibukannya melakukan kerja-kerja tidak menatijahkan hasil yang dia benar-
benar perlukan ialah keberkatan hidup dan cahaya keselamatan di akhirat.

Semoga peringatan yang dinukilkan oleh Imam Said Nursi ini membantu kita dalam
membentuk cara fikir dan dialog dalam diri yang lebih positif untuk lebih tekun menunaikan
solat dan melakukan kerja yang diamanahkan.

334

TIP MENJADI WANITA PALING BAHAGIA

DR. SYAZWANI ABD RAHIM & DR. NURUL BADRIYAH ALI

1. ADA ALLAH DAN RASUL DALAM HATINYA

Wanita yang paling bahagia ialah wanita yang taat kepada perintah Allah SWT dan
sentiasa berusaha untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Matlamat hidupnyayang paling
utama ialah untuk mendapat redha dan cinta Allah SWT serta syafaat Nabi SAW.

2. TIDAK GEMAR MEMBANDING KEHIDUPANNYA DENGAN KEHIDUPAN ORANG SEKELILINGNYA

Wanita yang paling bahagia tidak akan membebankan fikirannya dengan
membandingkan kehidupanorang lain dengan kehidupannya. Dia berasa Bahagia apabila
melihat orang lain bahagia, namun dia tidak menjadikan perkara itu sebagai tekanan
kepada dirinya. Wanita sebegini sudah cukup bahagia dengan apa yang ada pada
dirinya.

3. SENTIASA RASA CUKUP DENGAN APA YANG DIMILIKINYA

Wanita yang paling bahagia ialah wanita yang sentiasa merasa cukup denga napa sahaja
yang Allah SWT telah beri dalam kehidupannya. Sifat syukur dan tidak mengeluh sentiasa
tersemat dalam dirinya.

4. AKHLAK YANG BAIK DAN INDAH PERIBADINYA

Wanita yang paling bahagia ialah wanita yang baik akhlaknya. Perilaku yang sopan dan
tutur kata yang baikmenjadi hiasan diri yang utama dan bukannya paras rupa.

5. SENTIASA RASA PERLUKAN ILMU DALAM HIDUPNYA

Wanita yang paling bahagia ialah wanita yang cintakan ilmu. Dengan ilmulah yang akan
membentuk pemikiran dan jiwanya. Masa lapangnya juga dipenuhi dengan menuntut ilmu
kerana itulah yang akan membuat dirinya terpandu.

6. MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

Allah SWT berfrman yang maksudnya:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan mu serta perempuan -
permpuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan ingatlah Allah
adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Al-Ahzab 33: 59)

7. TANAMKAN SIFAT TERPUJI

Sebaik-baiknya jangan terlalu mementingkan kecantikan luaran sahaja. Apabila kita terlalu
mementingkan penilaian manusia pada luaran kita, kita kan terlupa untuk menjaga akhlak
sebagai seorang Muslimah yang memiliki akhlak yang baik dan terpuji. Orang yang

berakhlak baik akan dipandang Allah dan disayangi oleh orang lain InsyaAllah. 335

KARYA KREATIF

336

BANTAL BURUK

PROF. MADYA Ahmad Nawawi Yaakob

Sejak belajar di Makhad, Abang Pa akan balik ke kampung seminggu sekali. Jarang-jarang
dua minggu sekali. Biasanya balik untuk mengambil beras dan duit saku selama belajar
berdikari di rumah sewa di Alor Star. Di rumah sewa, masing-masing pandai mengurus
keperluan sendiri. Masak sendiri, basuh baju pakaian sendiri, pergi sekolah sendiri (hendak
pergi atau tak pergi itu juga urusan sendiri), belanja harian ikut keupayaan sendiri, belajar
dan belajar juga atas kemahuan sendiri. Biarpun begitu, anak-anak Makhad tidak pernah
mengecewakan wakafan Makhad. Anak-anak Makhad lahir menjadi insan hebat seluruh
benua, seluruh dunia dalam berbagai bidang dan ruang. Itulah kemenjadian Makhad.

Pada musim durian, Abang Pa balik bercuti di kampung. Abang Pa berpakat dengan
seorang kawannya, tidak dipastikan sama ada Yakob Paklang Karia atau Johari Pakchat,
untuk bermalam di dangau dusun Kampung Eto. Buah durian yang mula gugur menggamit
naluri anak kampung untuk bermalam di dangau, mendengar buah-buah durian gugur dan
mengutipnya berbantukan lampu suluh (touch light) adalah suatu yang mengujakan. Awal
pagi pastinya ada peraih yang datang membeli durian dan dapatlah anak-anak kampung
sedikit duit belanja.

Selepas solat Isyak di Balaisah, Abang Pa dan kawannya berbasikal ke dusun Kampung Eto.
Abang Pa membawa selimut dan sebuah bantal buruk dari atas para dapur kayu. Bantal itu
telah lama Abang Pa perhati, cuma malam itu tergerak hatinya untuk mengambil dibawa
ke dusun. Bantal lain tidak selayaknya di bawa ke dangau dusun yang digunakan hanya
semusim sekali. Itu fikirnya Abang Pa. Apa yang Abang Pa dapat di dangau dusun pada
malam itu tidaklah dikisahkan. Hari Sabtu petangnya Abang Pa kembali ke rumah sewa di
Alor Star untuk bersekolah seperti biasa.

Sehari selepas itu, Bonda Ramlah mula sedar bantal buruknya hilang. Bantal buruk di atas
para dapur, siapa pula yang mengambilnya. Bonda bertanyakan pada Ayah. Ayah tidak
tahu. Bertanyakan pada Bateh dan Sanusi, juga mereka tidak tahu. Siapa lagi yang hendak
ambil bantal busuk di atas para?

Puas Bonda Ramlah dan Ayah mencari bantal buruk ke sana sini. Di atas halang rumah,
tiada. Di atas gelegar pun tiada. Di atas loteng dapur pun tiada. Di atas susunan bantal
tilam tempat tidur anak-anak pun tiada juga. Hilang ke mana bantal buruk itu? Ayah cari
juga di bawah rumah, mungkin terjatuh tetapi tiada. Di dalam tong padi, kalau-kalau ada,
pun tiada ditemui.

Hilang ke mana bantal buruk kami?

337

BANTAL BURUK

PROF. MADYA Ahmad Nawawi Yaakob

Masuk hari ke tiga, bantal buruk masih tidak ditemui. Bonda Ramlah pergi bertemu Tok
Penghulu Saman di Kampung Baru. Tok Penghulu ini pandai dalam menengok-nengok
barang hilang. Jika ada lembu atau kerbau yang hilang, biasanya dia dapat memberi
sedikit gambaran untuk pemilik mengesan di mana sesatnya lembu kerbau mereka.

“Batal mu tak hilang mane. Tak gi joh. Dok ada ja. Tak hilang pun.” (Bantal kamu tidak
hilang ke mana. Tidak pergi jauh. Ttidak hilang pun) Tok Penghulu Saman memberi
telahannya.

Bonda Ramlah lega seketika, tetapi kerisauannya datang kembali. Jika tidak hilang, di
mana pula bantal buruk itu?

Pada hari yang sama Ayah pergi ke dusun durian di Kampung Eto. Setelah penat menebas
anak-anak hutan di bawah pohon durian, Ayah berehat seketika. Sambil menggulung rokok
daun, Ayah meninjau-ninjau dangau yang agak usang kerana jarang digunakan.

“Topa boleh tidur sini. Nak kena baiki sikit dangau ni. Bagi molek sikit. Tak bimbang sangat.”
Fikir Ayah sambil melihat tikar mengkuang buruk menjadi alas tidur Topa dan kawannya.

Tiba-tiba Ayah terpandang bantal buruk yang hilang ada di penjuru dangau.

“La, mu dok sini ka. Ehh Topa la yang bawak ke sini…”

Ayah pulang ke rumah dengan penuh kesyukuran. Hendak ketawa pun ada, hendak
menangis pun ada.

“Eh, Topa, Topa. Wokpa la mu ambik batal buruk ni..” (Topa, kenapa la kamu ambil bantal
buruk ini)

Sampai ke rumah maka riuhlah Bonda Ramlah mendapat berita bantal buruk telah ditemui.
Ia tidak hilang. Hanya Topa yang pinjam dibawa ke dusun. Bonda Ramlah gembira
kesyukuran.

Hujung minggu berikutnya, Abang Pa balik semula ke kampung. Riuh berderau cerita bantal
buruk Bonda Ramlah khabarkan kepada Abang Pa.

Ada apa bantal buruk tu? Tanya Abang Pa.

“Duit! Duit kami simpan. Ada lebih tiga ratus ringgit!” jelas Bonda Ramlah.

Dan Abang Pa terdiam. Abang Pa melongo!

∙ Kisah orang Melayu menyimpan duit dalam bantal, tilam, di cucur atap, adalah kisah
benar orang kita. Oleh sebab itu, Profesor Diraja Ungku Aziz mencadangkan
penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji sebagai sebuah institusi kewangan Islam
khasnya untuk membantu orang Melayu membuat tabungan yang selamat bagi
urusan ibadah haji. Terima kasih Profesor Diraja Ungku Aziz.

∙ Nilai RM300 pada tahun 1970an adalah tinggi, pada harga sekati gula 25 sen, seekor

lembu RM250.00 338

KESUCIAN SEKEPING HATI

NORAISHAH P. OTHMAN

Sifatnya suci dan berseri
Dipenuhi dengan nilai-nilai murni
Dihiasi dengan sifat-sifat terpuji

Pemurah dan berkongsi rezeki
Ihsan dan saling mengasihi
Nikmat dibahagi-bahagi
Memaafkan bila dikeji

Hati
Tegarnya kita mengotori
Dibajai hasad dan dengki
Nikmat dan rezeki disimpan sendiri
Dikeji menyimpan dendam abadi
Diuji mengeluh tiada henti
Diberi nikmat lupa pada Ilahi
Akhirnya putih menjadi hitam sekali

Hati 339
Bila tidak dibajai dengan iman

Alangkah ruginya hidup ini
Singkat tetapi dipenuhi benci
Kebaikkan tidak lagi terzahir dipandang
Kejahatan menghampiri dan dicari

Merana dikemudian hari

KESUCIAN SEKEPING HATI

NORAISHAH P. OTHMAN

Hati
Serahkan pada Ilahi
Lelah di dunia tiada abadi
InsyaAllah syurga tempatmu nanti
"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
teguhkanlah hatiku pada agamamu."

[H.R Tarmizi]

340

PANTUN MERDEKA: MALAYSIA PRIHATIN

DR. Syazwani abd rahim

Indah dijalin cantik belaka
Rekaan bunga bawa ke pekan
Malaysia Prihatin tema merdeka
Mari bersama kita jayakan

Merah kembang kelopak lebar
Bunga Raya warna setara

Jalur Gemilang megah berkibar
Lambang bangsa bersatu negara

Tumbuh di hulu pepohon bemban
Di tepi titi gugurlah nangka

Pejuang dulu sanggup berkorban
Rakyat kini contohi mereka

Cahaya terang bersimpuh bonda
Beras pulut letak di nyiru

Walau sekarang wabak melanda
Merdeka disambut norma baharu

341

PANTUN MERDEKA: MALAYSIA PRIHATIN

DR. Syazwani abd rahim

Hendak membeli buah peria
Banyak terdapat di pasar pekan

Tanda prihatin warga setia
Jalur gemilang kita kibarkan

Suasana harmoni masyarakat desa
Saling membantu handai dan taulan

Malaysia prihatin aman sentosa
Muafakat bangsa menjadi amalan

Hinggap kenari di atas dahan
Pohon rambutan lebat buahnya
Covid ditangani penuh kesungguhan
Malaysia prihatin bersyukur rakyatnya

Cantik rupa si anak ratu
Bersopan santun beramah mesra
Negara berjaya rakyat bersatu
Malaysia prihatin aman sejahtera

342

TINTA KENANGAN: SEMPENA MAJLIS
PERSARAAN

MAHASIN SAJA @ MEARAJ & DR. NURUL BADRIYAH ALI

Pergi ke Johor mencari laksa
Makan bersama sahabat sejati
Majlis mengenang bakti dan jasa
Semoga sentiasa diredhai ilahi
Singgah di Segamat tenang rasanya
Jangan dilupa nikmati durian

Menabur jasa tiada berkira
Allah jualah pemberi balasan

Dalam sepi ada tawa
Dalam bergurau ada terluka
Mohon dimaafi segala nista
Kita insan khilaf ada alpa

343

TINTA KENANGAN: SEMPENA MAJLIS
PERSARAAN

MAHASIN SAJA @ MEARAJ & DR. NURUL BADRIYAH ALI

Buah nyiur lambai meninggi,
Serawa durian jadi kenangan,
Ustaz Sidek yang baik hati,
Selamat bersara kami ucapkan.

Buah manggis tersusun isi,
Laksam, telur puyuh jadi rinduan,

Nasi dagang jatuh ke hati,
Esok bolehkah Ustaz Kamarulzaman hantarkan?

Sekian dahulu bergurau senda
Esok lusa ketemu lagi

Biarlah jauh dipandangan mata
Namun tetap di dalam hati

344


Click to View FlipBook Version