“Air milo panas ada atas meja tu, Ruzi minumlah ya, mesti penat memandu kereta.” Nek
Yah memahami kepenatan anaknya.
“Baiklah mak, Ruzi tidurkan Taufiq dulu.” Sejurus kemudian, Ruziyana keluar dari bilik dan
menuju ke meja makan.
“Jemput minum, mak.” Ruziyana menyampaikan salam suaminya kepada Nek Yah dan Tok
Wan. Mereka sudah maklum menantu yang merupakan seorang doktor perlu bertugas
pada hari raya tahun ini. Azira yang semenjak tadi naik turun tangga berlari anak
mendapatkan Nek Yah.
“Ira rindu Nek Yah dan Tok Wan,” sambil mencium pipi Nek Yah dan memandang Tok Wan
yang sedang tersenyum melihat ke arahnya.
“Nek Yah pun rindu Ira juga,” serentak Nek Yah memeluk Azira, cucunya yang sentiasa
ceria.
“Esok, Ira nak tengok ayam-ayam dan itik-itik Nek Yah, boleh eh?”
“Boleh, tapi mesti tolong Nek Yah hidang makanan raya dulu dan tengok dari luar reban
sahaja, tak boleh masuk dalam reban.” Nek Yah menyuarakan peraturan. Nek Yah
bimbang cucunya dipatuk ayam. Azira hanya mengangguk.
Awal pagi lagi Azira dan Taufiq sudah bangun untuk mandi dan bersiap memakai baju
raya. Ruziyana sibuk di dapur membantu Nek Yah memasak juadah hari raya iaitu lodeh,
ayam masak merah dan rendang daging. Ketupat telah siap dimasak malam tadi.
“Mak, mana Ira dan Taufiq? Dalam bilik pun tidak ada,” Ruziyana baru tersedar anak-
anaknya tiada di dalam rumah kerana tidak kedengaran suara mereka.
“Mak tahu, dia mesti tengah tengok ayam dan itik mak, cuba Ruzi pergi ke reban.” Nek Yah
meneka.
Reban Nek Yah terletak di belakang rumah. Nek Yah berniaga ayam dan itik serta telur
ayam dan telur itik sekadar mengisi masa lapang. Pelanggan Nek Yah adalah orang
kampungnya dan rakan-rakan sahaja. Pernah juga Ruziyana mencadangkan supaya Nek
Yah meluaskan perniagaan dengan mengambil pekerja. Ruziyana dan suami juga
menawarkan diri hendak membantu dari segi pasaran secara atas talian. Tetapi Nek Yah
tidak setuju.
245
Ruziyana terdengar ada suara kanak-kanak ketawa dari arah reban, dan dia kenal suara itu
adalah suara Azira dan Taufiq. Ruziyana menarik nafas lega, tetapi sedikit marah apabila
melihat mereka berada di dalam reban.
“Ira! Taufiq! Hei, Nek Yah cakap apa semalam, tak boleh masuk reban, kan?” Ruziyana
masuk dalam reban dan menarik tangan Azira dan Taufiq.
“Kenapa tak dengar cakap Nek Yah?” Azira diam seketika apabila melihat ibunya
berwajah tegang, kemudian menjawab pertanyaan ibunya.
“Ibu, Nek Yah tak cakap tak boleh pegang ayam, tak cakap tak boleh pegang telur,” Azira
memandang wajah Ruziyana dengan mengerut dahi serta raut wajah keliru. Hendak
ketawa Ruziyana mendengar penjelasan Azira, tetapi dapat dikawal. Ruziyana menarik
nafas.
“Iya, sayang. Nek Yah memang tak cakap jangan pegang ayam dan telur, tetapi apabila
Nek Yah cakap tak boleh masuk reban maksudnya tak boleh pegang ayam dan telur. Nanti
kena patuk ayam, macam mana?” Panjang lebar Ruziyana menjelaskan kepada Azira
yang baru hendak mengenal alam.
“Ruzi, jumpa Ira dan Taufiq?” Nek Yah bersuara dari pintu dapur.
“Ada mak. Tengoklah mereka berdua ni, haha,” terlepas juga tawa Ruziyana yang ditahan
dari tadi.
“Sudah, sudah. Bawa anak-anak masuk. Kena mandi lagi tu, busuk main dengan ayam.”
Sesi bermaafan bermula selepas mereka menunaikan solat Hari Raya Aidil Fitri. Nek Yah
bersalaman dengan Tok Wan dan memohon maaf daripada suaminya. Kemudian Tok Wan
juga berbuat perkara yang sama. Seterusnya giliran Ruziyana memohon maaf daripada
Nek Yah dan Tok Wan. Sampul raya turut dihulurkan.
“Mak, abah, ini daripada kami, doakan kami diberkati Allah dan dipermudahkan
perjalanan hidup kami,” akhirnya tibalah giliran Azira pula.
“Ibu, Ira minta maaf selalu buat ibu marah, tak dengar cakap ibu,” kata Azira dengan suara
perlahan sambil menunduk kepala. Ruziyana merangkul Azira dan Taufiq.
“Ibu maafkan, dan ibu sayang anak-anak ibu.” Mendengar kata-kata itu, Azira ketawa dan
melompat-lompat lagi walaupun berbaju kurung, Taufiq juga menurut perbuatan kakaknya.
Mereka mengelilingi meja sambal kejar mengejar. Nek Yah dan Tok Wan ketawa besar,
sambil berkata dalam hati, ‘nikmat mana lagi yang hendak aku dustakan’.
246
Sumber gambar: Google Images
Nor Fauziah Abu Bakar, Irwan Ismail, Nurulashikin Romli
Lelahku
Berteriak semalam
Jalanan yang curam
Dipenuhi ragam sandiwara
Mengusik jiwa lara
Silapku, dosaku, anganku
Menjadi garapan impian sosial
Menyongsang tapak langkahku
Dan semalam
Malam menyentak aman
Akankah kemudi ihsan
Mataku melirih renyah
Antara nadi amukan kalut
dan semangat jiwa badan
Ilusi tujuan
Candaku seni bersulam zaman
Kalimah insan
Munajat hukum impian
247
BERLUMBA DENGAN MASA
Harshida Hasmy
“Selamat pagi puan, bagaimana keadaan puan? Nampaknya ini sudah kali ketiga puan
datang ke klinik,” tanya doktor.
“Demam saya sudah tiada doktor, selsema pun sudah sembuh. Namun batuk saya makin
teruk, setiap kali saya cuba untuk menarik nafas sudah pasti saya akan batuk dengan kuat,
dada saya makin tidak selesa dan terasa sempit,” jawabku.
Kelihatan doktor merujuk kertas biru yang dipenuhi dengan maklumat kesihatanku yang
terdahulu. Kelihatan kerutan di wajahnya sambil berkata “Saya sudah berikan ubat
antibiotik yang paling kuat untuk puan sebelum ini. Saya cadangkan puan menjalani ujian
calitan Covid-19 dengan segera untuk kepastian”.
Sudahku jangka ayat ini pasti akan diucapkan oleh doktor, kerana batukku sudah lama,
hampir 2 minggu. Namun, tiada tanda batuk ini akan sembuh malahan ia semakin teruk
dan mengganggu urusan harianku.
“Baik doktor, saya akan buat selepas ini. Maaf doktor, bolehkah sekiranya doktor berikan
ubat batuk yang tidak mengantuk? Buat masa sekarang saya perlu menyiapkan tugasan
saya. Ubat terdahulu terlalu kuat, saya pasti akan terasa lemah dan mengantuk selepas
mengambil ubat tesebut. Masa saya akan banyak dihabiskan di atas katil untuk berehat
sahaja,” ujarku.
Inilah dilema yang aku hadapi buat masa ini. Masih banyak tugasan yang perlu
diselesaikan, namun masalah batuk ini benar-benar mengganggu perancangan dan
sasaranku untuk menyelesaikan semuanya dengan lebih cepat.
Doktor menulis sesuatu di atas kertas biru itu sambil berkata, “Jika saya berikan ubat yang
tidak mengantuk, kesannya tidak sebaik ubat yang sebelum ini ya puan.”
Aku mengangguk lesu dan berkata dalam hati, ‘Apa lagi pilihan yang aku ada, masa
semakin suntuk. Jika ia masih membuatku mengantuk, ubat itu hanya akan melambatkan
aku untuk melaksanakan segala tugasanku’.
Pada petang hari yang sama satu temujanji dibuat di klinik untuk menjalani ujian
calitan bagi memastikan batuk yang aku alami ini bukan salah satu tanda diriku dijangkiti
penyakit Covid 19. Syukur segala proses dipermudahkan, calitan dibuat dengan berhati-hati
tanpa timbul sebarang rasa tidak selesa atau sakit. Memandangkan kit ujian Covid-19 kini
sudah ditambahbaik, keputusan ujian itu diterima dalam tempoh yang amat singkat.
248
Beberapa jam selepas ujian calitan dijalankan aku menerima pesanan teks beserta
laporan yang menyatakan keputusannya adalah negatif. Syukurku pada Tuhan kerana jika
keputusan yang aku terima adalah sebaliknya sudah pasti banyak tugasanku akan
tertangguh dan memberi masalah kepada diriku, suami dan anak – anak.
Laporan berita menyatakan kes harian Covid-19 seluruh Malaysia hari ini adalah
sebanyak 19,991 menghampiri 20 ribu kes dan di negeri Johor sahaja mempunyai 1,344 kes
terbaharu. Runsing memikirkan jumlah kes terkini ini, seolah – olah segala bentuk
pencegahan yang dilaksanakan hanyalah sia-sia. Semuanya bergantung pada diri sendiri
bagaimana untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit ini. Seingatku penyakit
batuk yang aku alami ini bermula dari anak bongsuku, namun batuknya juga masih belum
sembuh sama seperti aku. Semoga kami segera pulih dari penyakit ini.
Kini, tempoh masa untuk menyiapkan segala tugasan makin singkat, badan masih
lesu, batuk yang teruk benar-benar mengganggu urusan seharianku. Aku berlumba dengan
masa, berperang dengan perasaan dan emosi demi melaksanakan semua amanah dan
tanggungjawab. Masa tidur yang tidak menentu, selera makan dan minum yang
berkurangan, sakit kepala dan mata yang muncul sekali sekala akibat pancaran cahaya
dari komputer yang kerap aku tatap akhir-akhir ini benar-benar menggangguku.
Tanggungjawabku bersama keluargaku juga tidak harus diabaikan. Sudah pasti setiap insan
yang berkerjaya dan berkeluarga mengalami situasi sepertiku. Semoga segala
tanggungjawab dan amanah yang diberi ini dapat diselesaikan dengan baik.
Sesungguhnya hanya pada Tuhan aku berserah.
Pandemik ini merubah kehidupan kita sebagai manusia dan perjuangan harus
diteruskan demi untuk terus bertahan. Walau apa keputusannya nanti, semuanya sudah
ditentukan. Keupayaan untuk keluar dari sesuatu masalah juga merupakan satu rahmat.
Apa yang lebih bermakna, rasa bahagia hingga akhir waktu. Setiap manusia mempunyai
tempoh 24 jam yang sama, namun tempoh 24 jam itu sudah pasti tidak sama perjalanan
dan rutinnya bagi setiap insan. Kita berlumba dengan tempoh masa kita sendiri. Demi masa
depan dan demi bahagia, haruslah terus berjuang di perlumbaan ini. Halangan sentiasa
ada dan walau apa pun keputusannya, pilihlah untuk bahagia dan anggaplah setiap
kelemahan dan kegagalan itu sebagai pengajaran kehidupan di dunia untuk menjadikan
kita manusia yang lebih baik. Perlumbaan dengan masa yang mana mungkin hanya kita
merasakannya. Percayalah tiada usaha yang sia-sia, kerja keras kita sentiasa bermakna.
Mungkin bukan bagi orang lain, cukuplah untuk diri kita sendiri. Sayangi dirimu.
Sumber gambar: Google Image2s 49
HAPPY BIRTHDAY!
Dr. P. Siva Shamala Palaniappan,
Muruga Chinniah
Sumber gambar: Google Images She could be a Nightingale,
Her melody enchants my vibes,
She is not an angel,
But capable to rise as one,
Never once I've witness her hatred,
Though she treats everyone non-equally,
Binds with her selective love,
That is sadly undeniable truth,
She is still my queen of hearts,
She has endured me with patience,
Never been easy for her,
To live with insanity in me,
But never once she erred,
To behold her responsibilities,
She is a good soul,
A true wife and mother,
In my mortal eyes,
She lives in three forms,
Together with her greatest gift,
In the form of my lovely kids,
Surrounding me with bliss.
My wife...
Remember to rise above,
Remember to be selfless,
Remember nothing is yours,
Remember this life is a gift,
Remember to be the flower of GOD,
Happy Blessed Birthday
250
RAYA PANDEMIK
COVID-19 2021
Ahmad Khudzairi Khalid, Norbaiti Tukiman,
Nurhazirah Mohamad Yunos, Dr. Ng Set Foong
Penat memasak si anak dara, Adi segak berpakaian jingga,
Berkumpul semua makan bersama, Duduk makan rendang cili api,
Hari dinanti sudah pun tiba, Silaturahim dan SOP sama dijaga,
Penjarakan sosial jangan dilupa. Semoga semua tabah hadapi.
Nangka dijamu buat tetamu, Bubur cha cha bersama pengat,
Boleh dimakan di atas piring, Bila raya ada sentiasa,
Norma baharu di menara ilmu, Amalan 3W sentiasa diingat,
Amanah dan SOP bergerak seiring. Mencuci tangan setiap masa.
Miskin, kaya, tua dan muda, Tetamu dihidang buah tembikai,
Bertegur sapa apabila bersua, Sambil minum air kelapa,
Walau raya Covid-19 tetap ada, Pelitup muka sentiasa dipakai,
Jangan lupa SOP di mana jua. Amaran kata jangan dilupa.
Riang ria di hari raya,
Lembu dikorban di pagi hari,
Jangan kita terlalu gembira
Patuhi SOP usah ingkari.
Sumber gambar: Google Images
251
BLESSING IN DISGUISE
Noor Syazana Ngarisan
Once you fall and you find it hard to breath
The world is moving forward yet you are standing still
All you see is darkness and hope is nowhere to be seen
Open your eyes to clearly see and bare you heart to start accepting
One will not be put to face life expectancy and trials
More than what one can endure and persevere
That is the honest promise and assurance
By the Most Gracious and Most Merciful, in Whom we believe
Then worry not my dear friends
For we are just mere fellow human being
Walking through life gently one step at a time
Praying that the strides will bring us to the right lane
What is the intention of our existence?
Who are we meant to be?
Why are we here and not someplace else?
Where is the ending?
When will we go back to eternity?
How can we ensure our short life meaningful?
Ask yourself these questions frequently
Try to answer them and seek help when you fail
Assuring that you will not lose path and discern your aim
Once you get up and smile, you know you can start again
Sumber gambar: Google Images
252
HARI KE-4 DI
BAKAL KOMANDER
Dr. Nurul ‘Aini Harun, Ain Aqiela Azamuddin
“BUKA BARISAN, GERAK!” Kemudian, sekali lagi aku menahan
ketawaku dengan titisan air mata kerana
Saat kedengaran laungan ini, kami semua Nina dan Tila tertidur sewaktu sujud
mula memikirkan segala kesalahan yang hinggakan tidak bangun-bangun untuk
telah kami lakukan sepanjang hari keempat bertahiyat akhir. Selesai solat, kami teruskan
kami di sini. Pagi kami bermula dengan pagi tersebut dengan tergesa-gesa kerana
pekikan dari komander Siti. kami hanya mempunyai lebih kurang 2 minit
untuk menghabiskan sepinggan nasi lemak
“PANTAS SISWI!” Aku dan Nina menghela dan secawan teh halia aneh. Kami
nafas lega kerana kami telah pun bersiap kemudiannya berkumpul seperti biasa untuk
dari pukul 3 pagi tadi. Dengan mata melakukan aktiviti regangan pagi dan
berhabuk, kami segera menuruni tangga latihan dengan platun masing-masing.
yang semakin lama semakin susah bagi kami
untuk naiki dan turuni. Setelah tiba di tempat “Aina, bangun datang sini!” Along
berkumpul kami menjenguk jika ada memanggilku untuk mempelajari kawad
komander yang telah tiba di bawah. bersamanya. Along merupakan seorang
sahabat baik yang muda dariku. Dialah
“Tiada,” ujar Nina dengan penuh yang menjagaku sepanjang latihan ini
kegembiraan. Kami pun mengambil bersama-sama Dit dan Syaf. Kami berlatih
peluang untuk duduk sementara menunggu bersama sambil diselia Along kerana dia
rakan-rakan yang lain turun. Nina mengurut berpengalaman luas dalam berkawad.
kakinya yang mula sakit pada hari ketiga
latihan disebabkan but keras yang perlu “Aina, cikgu nak kamu panggil baris,” arah
dipakai sepanjang menjalani latihan. Cikgu Nid yang kubalas dengan, “Saya tak
hafal lagi cikgu. Along boleh,” dalihku.
Setelah semua tiba, kami pun memulakan
pergerakan ke masjid untuk menunaikan “OK. Along, kamu tengokkan Aina panggil
Solat Subuh berjemaah. Sepanjang masa di baris,” kata Cikgu Nid dengan balasan
sini, Solat Subuh kami tidak pernah anggukkan dari Along yang sedang
dijalankan dengan khusyuk. Ada sahaja tersengih menahan ketawa. Nampaknya
yang menguap keletihan, fikiran mereka aku gagal melepaskan diri daripada
masih di atas katil masing-masing. Aku memanggil baris.
terpaksa menahan ketawaku sambil
mencuit Nina di sebelah yang hampir “Kau ikut saja apa aku sebut,” kata Along.
terjatuh ketika bacaan surah bagi rakaat
pertama.
253
Pada waktu 12 tengah hari yang terik aku Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke
berteriak memanggil platunku yang jauh di masjid untuk menunaikan solat Zuhur.
hujung padang kawad. Pada awalnya, Wudukku diambil bersama wajahku yang
panggilanku tidak berjaya walaupun Along penuh kupasan kulit kering dek kepanasan
memberitahuku bahawa sebenarnya matahari yang sentiasa luar biasa
mereka mendengar panggilanku, cuma bahangnya di kawasan ini disebabkan
cikgu mahu aku melontarkan lagi suaraku. lokasinya berhampiran dengan pantai. Usai
solat, kami meneruskan latihan kami hingga
Aku lontarkan sekali lagi suaraku dengan malam dan hanya berhenti sementara untuk
sekuat hati sambil ditenangkan Along dari makan dan solat.
belakang. Kali ini barulah semua anggota
platunku mula bergerak seiring dengan “BARIS TI!” Sesi latihan malam kami
pandangan daripada 2 platun lain yang dimulakan dengan laungan kuat komander
terkejut dengan teriakanku. diiringi hentakan but dan bunyi kentut Nina
serta beberapa hamba Allah yang masih
Tiba jam 1, kami dikumpulkan untuk makan tidak diketahui siapa hingga kini. Barangkali
tengah hari. Kami diberi masa 3 minit sahaja disebabkan oleh teh halia yang mengiringi
untuk menghabiskan makanan yang ada. waktu makan kami. Aku dan Nina menitiskan
Tatkala minit kedua hampir tamat, aku beberapa air mata menahan ketawa sambil
memberi ayamku kepada Along yang mengikut barisan. Setelah tamat latihan
duduk makan di sebelahku. Along terima pada jam 11 malam, kami dikumpulkan
dengan gembiranya kerana ayam adalah sekali lagi untuk sesi terakhir seperti malam-
juadah yang digemarinya. Sebelum minit malam lainnya sebelum dibenarkan ke bilik.
ketiga lagi kami dah mula bergerak masuk
ke dalam baris dengan tangan yang “KORANG BUAT SALAH APA HARI NI?” tanya
berkerak kerana bagi kami membasuh komander yang dibenci ramai itu.
tangan itu tidaklah sepenting bersedia
dalam baris. “BUKA BARISAN, GERAK!” Seperti biasa, kami
menyenaraikan kesalahan kami hari itu
Melihat semua berkumpul, komander sambil terketar-ketar menahan diri dari jatuh
berteriak, “Siapa yang tak habiskan ni? disebabkan masih dalam keadaan tekan
Korang tunggu…” Kami terus dijamunya tubi sejak seminit lepas.
dengan makanan yang dibuang secara
sorok-sorok ke dalam besen pinggan. Aku “TURUN!” Nina dibawa ke hadapan baris
dan Nina menahan ketawa melihat Azie, kerana sakit kakinya yang menjadi semakin
salah seorang sahabatku menyorokkan ikan teruk.
yang terjatuh ke dalam poketnya kerana
takut disuap ikan asam pedas dioles jalan “NAIK!” Aku menahan sebak melihat
tar. keadaan Nina sambil ditenangkan oleh Dit
dan Syaf secara perlahan.
254
“TURUN!”Laung komander lagi. Program latihan selama 10 hari ini sarat
dengan pelbagai memori baik yang pahit
“Kau boleh, kau boleh. Nina tak apa-apa. mahupun manis. Setiap detik-detik itu masih
Kau boleh, Aina,” pujuk dua orang segar dalam ingatan kami dan cikgu
sahabatku diselangi dengan arahan naik walaupun telah lama berlalu. Apabila
dan turun oleh komander. berjumpa, kami pasti akan ketawa
berdekah-dekah tatkala mengimbau
“KORANG BUAT APA NI?” Tiba-tiba kembali telatah masing-masing sepanjang
kedengaran satu suara lantang dari jauh masa menjalani latihan itu.
yang menghentikan pergerakan kami serta-
merta. Kami semua tergamam melihat Cikgu Banyak pengajaran yang kami peroleh
Ali meluru ke arah kami keadaan marah lalu selain disiplin dalam berkawad dan teknik
membaling botol air yang dipegangnya pengawalan suara. Kami juga belajar
pada komander tersebut. kepentingan pengurusan masa yang baik
dan betapa banyaknya masa yang telah
“Korang naik pergi rehat,” arah Cikgu Ali kami buang sebelum ini tanpa kami hargai.
kepada kami. Pada masa yang sama, Cikgu
Nid turut datang menenangkan aku dan Selain itu, perancangan masa yang betul
Nina. Setelah emosi kami lebih stabil, aku dapat membantu melancarkan lagi proses
dan rakan-rakan lain pun membantu Nina persiapan dan penyediaan sesuatu urusan
kembali ke biliknya sebelum pulang ke bilik itu. Kini, aku dapat lihat pelbagai perubahan
masing-masing. Aku tidak tahu apa yang positif pada diriku sejak tamat latihan.
berlaku setelah kami semua bersurai. Namun, jika ditanya sekarang sama ada aku
Namun, sejak malam itu, kami tidak lagi ingin mengikuti lagi latihan itu, tatkala
dipanggil untuk didenda selepas sesi latihan mengingatkan sesi denda yang bagaikan
kawad. tiada penghujung, jawapanku mestilah,
TIDAK MAHU!
Sumber gambar: Google Images
255
256
Profil Penulis-Penulis
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah
Lim Yoon Chong
Ainol Hasanal Jalaluddin
Nursyuhada Zakaria
Siti Fatimah Mohamad Radzi
Siti Aishah Taib
Prof. Madya Dr. Aminabibi Saidalvi
Siti Mariam Mohammad Iliyas
Sofwah Md Nawi
Puteri Nur Hidayah Kamaludin
Zuraidah Sumery
Haniza Sarijari
Dia Widyawati Amat
Siti Zarikh Sofiah Abu Bakar
Diana Othman
Karya Akademik dan Umum
Prof. Madya Dr. Aminabibi Saidalvi
Chong Peng Hwa
Muhammad Rozman Abdullah
Susanna Bithiah Varma
257
Shahira Adam
Syazali Effendi A Wahab
Noridah Sain
Derwina Daud
Siti Mariam Mohammad Iliyas
Abd Rahman Jamaan
Siti Fatimah Mohamad Radzi
Zuraidah Sumery
Haryati Ahmad
Farhana Idris
Karya Kreatif
Ainol Hasanal Jalaluddin
Munirah Azrae
Siti Zarikh Sofiah Abu Bakar
Farhana Idris
258
LAPORAN AKTIVITI
JABATAN DAN PENSYARAH
259
PBM TERUS MELAKAR KISAH INDAH DALAM WABAH
Wabak virus Covid-19 sudah menular lebih Lim Yoon Chong
satu tahun di Malaysia. Namun sehingga Ainol Hasanal Jalaluddin
kini, kadar penularannya tidak menunjukkan
penyusutan malahan semakin meningkat Program ini telah berjaya mempopularkan
semula penggunaan kad ucapan sebagai
dan membimbangkan. Oleh yang alternatif lain untuk berkomunikasi dalam
demikian, seluruh warga UiTM harus terus kalangan pelajar. Pertandingan tersebut
tabah untuk menghadapi dan menangani telah menggunakan platform “Telegram
wabak yang seolah-olah tiada Poll” untuk memilih pemenang. Ia
kesudahannya ini. Dalam segala merupakan hasil penggunaan aplikasi atas
talian yang sudah tidak asing lagi bagi para
permasalahan dan keterbatasan yang pelajar semenjak ODL dijalankan mulai April
wujud, maka setiap pelajar UiTM terpaksa 2021 tahun lepas.
akur dan mengikuti kuliah serta
menjalankan aktiviti Persatuan Bahasa Era zaman moden ini, pelajar UiTM
Mandarin (PBM) secara atas talian. Pada juga diberikan pendedahan untuk
meningkatkan pemikiran kreatif dalam
semester Mac-Julai 2021 PBM telah bidang multimedia agar mereka bijak dan
melangsungkan 3 aktiviti secara atas talian mahir dalam penggunaan teknologi
untuk memberikan peluang kepada pelajar maklumat mutakhir. Mengikut kalendar
untuk mengasah bakat yang terpendam Cina, tahun 2021 merupakan tahun zodiak
dan seterusnya dapat memanfaatkan “lembu” yang membawa tanda kekuatan
seseorang. Maka pada bulan Mei 2021,
semua pihak yang terlibat. PBM turut mengambil kesempatan ini untuk
Demi untuk membiasakan pelajar menganjurkan program ketiga iaitu “Strong
As An Ox”. Program ini bertujuan
dengan kemahiran menghasilkan poster memberikan peluang kepada pelajar untuk
secara digital dan mencungkil bakat menunjukkan kekuatan dan kehebatan
pelajar dalam penghasilan seni visual idea dan kreativiti masing-masing. Pelajar
diminta membuat video pendek berdurasi
“doodle” yang menarik dan bermanfaat, 2-3 minit yang bertemakan amalan gaya
maka PBM telah memulakan langkah hidup sihat. Melalui pertandingan ini, para
pertama dengan menganjurkan program pelajar dapat mengisi masa lapang mereka
“Pertandingan Seni Visual Doodle Art” yang dengan santai dan seronok namun tetap
bertema ‘digital lifestyle’ pada 20-27 April berkualiti dan memberi manfaat yang baik
kepada usaha berterusan untuk mengasah
2021 di platform Telegram. Program tersebut bakat mereka, juga mendedahkan mereka
telah berjaya merangsang minat pelajar dengan pelbagai ilmu terkini serta kaedah
dalam aktiviti seni dan meningkatkan tahap yang relevan dan berkesan untuk
kesedaran mereka tentang kepentingan membawa mereka keluar daripada
digital dalam kehidupan harian dewasa ini. kehidupan dalam wabak yang amat
meletihkan dan mebosankan ini.
Hasil karya yang memenangi pertandingan
tersebut adalah seperti berikut:- 260
Pada bulan April 2021 bersempena Gambar-gambar
dengan bulan Ramadan, PBM juga telah pertandingan
tidak ketinggalan menganjurkan program
kedua iaitu “Pertandingan Mereka Kad
Ucapan/Perayaan/Penanda Buku” untuk
memeriahkan suasana bulan Ramadan,
dan Aidilfitri yang bakal disambut dalam
bulan Mei 2021 lalu.
LAPORAN AKTIVITI : BENGKEL PERKONGSIAN PENGGUNAAN
GOOGLE SITES RASMI
Nursyuhada Zakaria
Akademi Pengajian Bahasa (APB) Kampus
Pasir Gudang telah menganjurkan satu
program bertajuk ‘Bengkel Perkongsian
Penggunaan Google Sites Rasmi’ untuk
para pensyarah APB. Tujuan utama
program ini diadakan adalah untuk
memastikan semua pensyarah APB dapat
mewujudkan satu Google Sites rasmi untuk
berkongsi direktori dan kepakaran masing-
masing. Ini adalah salah satu inisiatif UiTM
Johor untuk memastikan para pensyarah
untuk menggunakan platform Google Sites
sebagai portfolio pensyarah atas talian.
Program ini telah dijalankan pada 29 April
2021, pada jam 3.30 petang dan disertai
oleh 12 orang pensyarah. Penceramah bagi
program ini ialah Encik Muhammad Irfan
Mokhtar, selaku wakil korporat APB. Makmal
Komputer 1-4 di bangunan Al-Khawarizmi
dipilih sebagai tempat bengkel supaya
para pensyarah dapat mencuba sendiri
secara praktikal mengenai Google Sites.
Walaupun program ini diadakan secara
bersemuka, semua SOP sentiasa dipatuhi
oleh semua pensyarah semasa bengkel
berlangsung.
Selepas bengkel diadakan, para pensyarah
APB telah dapat mewujudkan Google Sites
rasmi masing-masing mengikut format yang
ditetapkan. Google Sites adalah satu
platform yang sesuai untuk dijadikan
portfolio kepakaran dan rujukan kepada
semua pihak.
Gambar-gambar ketika
program berlangsung
261
LAPORAN AKTIVITI KELAB AL- IBTIKAR SESI 20212
Siti Fatimah Mohamad Radzi
Pada bulan April hingga Mei 2021 yang lalu, Penyertaan pelajar adalah lebih daripada
kelab Al-Ibtikar telah menganjurkan tiga 100 orang dari pelbagai fakulti untuk
pertandingan iaitu pertandingan khat, kesemua pertandingan ini. Penyertaan
pertandingan nasyid Bahasa Arab dan paling ramai adalah pertandingan ‘photo
Bahasa Inggeris dan pertandingan ‘photo contest’ iaitu seramai 55 orang diikuti
contest’. Ia berlangsung selama hampir pertandingan khat iaitu 54 orang, kemudian
sebulan bermula 18 April 2021 sehingga 12 pertandingan nasyid seramai 29 orang.
Mei 2021 secara atas talian. Penyertaan Penyertaan bagi pertandingan nasyid
terbuka kepada semua pelajar UiTM Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris adalah
Cawangan Johor Kampus Segamat. secara berpasangan atau berkumpulan.
Pertandingan-pertandingan yang Bagi pertandingan khat, ayat Bahasa Arab
yang perlu ditulis adalah “ ”أﻧﺎ أﺣب اﻟﻠﻐﺔ اﻟﻌرﺑﯾﺔ
dianjurkan ini telah mendapat sambutan
yang menggalakkan bukan sahaja yang bermaksud saya cintakan Bahasa
daripada pelajar yang mengambil kod Arab. Bagi pertandingan ‘photo contest’
kursus Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga, pula, pelajar perlu memuat naik gambar
malah pelajar-pelajar lain juga turut bertemakan bulan Ramadhan di Instagram
berminat menyertainya. Hal ini mereka beserta caption yang menarik dan
menunjukkan ramai di kalangan pelajar meletakkan hashtag
UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat #ramadhanbersamaibtikar untuk
meminati Bahasa Arab dan mempunyai memudahkan carian. Pertandingan ‘photo
semangat daya saing yang tinggi. contest’ dinilai berdasarkan jumlah like,
Pertandingan - pertandingan yang gambar dan penulisan Bahasa Arab.
dianjurkan oleh kelab Al-Ibtikar ini adalah Para pemenang telah diumumkan
bertujuan untuk menyemai perasaan cinta pada 30 Mei 2021 di Instagram kelab Al-
akan Bahasa Arab dan menjadikan Bahasa Ibtikar dan dihubungi oleh pihak penganjur.
Arab sebagai salah satu bahasa yang Mereka telah menerima hadiah berupa
dekat dengan diri mereka. Selain itu, wang ringgit dan setiap pelajar yang
supaya dapat mengasah kemahiran- menyertai pertandingan ini telah mendapat
kemahiran Bahasa Arab dalam diri pelajar e-sijil penyertaan daripada Bahagian Hal
seperti kemahiran bercakap dan menulis. Di Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Johor.
samping itu, untuk memupuk sikap berdaya Diharapkan pertandingan-pertandingan
saing di kalangan pelajar dan mencungkil yang telah dijalankan ini memberi manfaat
bakat dan kreativiti pelajar dalam kepada pelajar dan menambah minat
menghasilkan karya mereka. Pelajar juga mereka untuk mempelajari Bahasa Arab.
dapat menambah penguasaan Bahasa Sambutan yang baik daripada pelajar
Arab seperti penggunaan kosa kata yang seperti ini harap dapat diteruskan lagi untuk
sesuai dan dan tatabahasa yang betul aktiviti-aktiviti anjuran kelab Al-Ibtikar
dalam penulisan mereka. selepas ini.
262
EMBARKING ON A PHD JOURNEY: CHALLENGES AND OPPORTUNITIES
Pada 25 Februari 2021, satu webinar yang Siti Aishah Taib
bertajuk Embarking on a PhD Journey:
Challenges and Opportunities, telah Prof. Madya Dr. Aminabibi Saidalvi
dianjurkan oleh Unit Pembangunan Staf
melanjutkan pelajaran ke luar negara dan
dan Latihan, Akademi Pengajian Bahasa. pembiayaan luar yang boleh cuba
Webinar ini mempunyai 2 tujuan utama iaitu dimohon.
untuk 1) memberikan pendedahan dan
perkongsian maklumat berkenaan peluang Sesi kedua webinar pula
dan cabaran dalam menjalankan kajian menampilkan PM Dr Aminabibi yang telah
berkongsi pengalaman beliau dalam
PhD di dalam dan di luar negara, dan 2) melanjutkan pelajaran peringkat PhD di
memberi ruang kepada para pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Pelbagai tips
untuk bertanya soalan-soalan berkenaan berguna telah diceritakan bagi
perjalanan PhD kepada penceramah- menyediakan para peserta dengan realiti
penceramah yang telah berjaya dalam melanjutkan pelajaran di peringkat
PhD seperti kesesuaian umur dan jangka
menamatkan PhD. Dua orang penceramah masa yang mungkin diambil bagi
yang telah dijemput bagi webinar ini menamatkan pengajian, niat belajar,
adalah PM Dr Aminabibi bte Saidalvi dan persediaan mental, dan perbelanjaan yang
Dr. Mohammad Nor Afandi bin Ibrahim. perlu dibayar. Di samping itu, Dr Aminabibi
Sementara itu, Dr Normah binti Ismail pula juga berkongsi kepentingan kemahiran
penulisan akademik yang diperlukan bagi
telah dijemput sebagai moderator program proses penulisan tesis.
ini.
Selain itu, para peserta telah
Webinar ini telah dimulakan dengan bertanya banyak soalan di ruangan chat
bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Anas bin yang telah dijawab oleh penceramah-
Mohamad Yaakub, pensyarah Bahasa Arab penceramah sewaktu webinar ini
berlangsung dan juga sewaktu sesi soal
di Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Pasir jawab yang dikendalikan oleh Dr Normah.
Gudang. Setelah itu, Dr. Mohammad Nor Para peserta juga menggunakan
Afandi memulakan sesi pertama webinar kesempatan ini untuk berkongsi cabaran
dengan berkongsi pengalaman beliau yang sedang mereka hadapi dalam
sewaktu mengharungi perjalanan PhD. Suka menyiapkan PhD dan menyatakan
harapan mereka di penghujung webinar.
duka seperti masalah kesihatan yang Diharapkan webinar ini telah berjaya
dihadapi oleh supervisor beliau dan juga memberi pendedahan kepada para
beliau sendiri, dan kegembiraan peserta yang mahu memulakan perjalanan
menyambung pelajaran di University of PhD dan memperbaharui semangat para
Wollongong, Australia, diceritakan kepada peserta yang sedang menyiapkan PhD
mereka.
para peserta webinar. Selain itu, para
peserta juga didedahkan dengan tips yang
bermanfaat mengenai cara-cara untuk
263
KEMPEN PENGUMPULAN SISA KOTAK DI UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS PASIR
GUDANG SEBAGAI USAHA PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
Siti Mariam Mohammad Iliyas, Nor Fazlin Uteh, Ghazali Semil@Ismail, Siti Khadijah Alias,
Afiq Othman
Bermula Jun 2021, satu kempen bagi Melalui kempen ini, sisa kotak akan
pengumpulan sisa kotak dengan tujuan
menyokong agenda Greenation@UiTM dan dikumpulkan di Makmal Kimpalan 2 pada
sebagai usaha pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar telah dijalankan setiap hari Rabu bermula jam 11.30 pagi
di UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir
Gudang. Greenation@UiTM ialah salah satu sehingga 3.30 petang. Menurut
inisiatif di bawah Pelan Strategik UiTM2025
untuk menjadikan UiTM sebagai institusi perancangan awal, sisa kotak akan
pendidikan dengan gaya hidup mesra
alam dan selamat dalam menerapkan ditransformasikan kepada produk
agenda kelestarian global dan nasional.
Kempen ini dijalankan di atas kesedaran pembelajaran atau permainan untuk
beberapa warga di mana isu sisa kotak
yang sering kelihatan di luar pejabat dan memperkenalkan alternatif lain kegunaan
makmal dilihat sebagai mengganggu
pandangan dan persekitaran kawasan sisa kotak selain menyokong aktiviti kitar
kampus, seperti yang ditunjukkan di Rajah 1.
semula. Selain itu, sebagai langkah promosi,
Kempen ini telah dijalankan selama
10 minggu bermula daripada 9 Jun 2021 penyumbang sisa kotak juga diberi peluang
sehingga 13 Ogos 2021. Kempen ini adalah
usahasama beberapa buah fakulti dan untuk mendapatkan diskaun semasa
bahagian iaitu Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, membeli produk hasil transformasi sisa kotak
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti
Sains Komputer dan Matematik, Akademi sebagai galakan kepada penyumbang.
Pengajian Bahasa dan Bahagian
Pentadbiran. Hebahan melalui poster telah Setelah dijalankan beberapa minggu, satu
diedarkan kepada warga UiTM Cawangan
Johor Kampus Pasir Gudang pada prosedur pengurusan sisa kotak dapat
peringkat awal. Poster kempen
pengumpulan kotak adalah seperti di Rajah diwujudkan hasil daripada kempen
2.
pengumpulan sisa kotak tersebut. Prosedur
sisa kotak bermula dari proses
pengumpulan sehingga proses sumbangan
lebihan sisa kotak untuk kempen
vermicompost. Melalui kempen
vermicompost, lebihan sisa kotak akan
diuraikan menggunakan pelbagai spesis
cacing dan mikro-organisma untuk
menghasilkan bahan penyuburan
tumbuhan. Prosedur pengurusan sisa kotak
adalah seperti di Rajah.
264
Hasil daripada kempen pengumpulan sisa
kotak, sebanyak 200 kg sisa kotak telah
berjaya dikumpulkan seperti yang
ditunjukkan di Jadual 1.
Kotak yang dikumpulkan Selain itu, hasil daripada kempen
kemudiannya akan ditransformasikan pengumpulan sisa kotak ini juga, sisa lain
seperti plastik dan kayu juga telah
kepada produk pembelajaran dan disumbangkan oleh warga UiTM cawangan
Johor Kampus Pasir Gudang dan telah
permainan kanak-kanak sebagai salah satu diasingkan mengikut kategori dalam
usaha mengitar semula sisa kotak, seperti makmal yang telah ditetapkan,seperti
dalam Rajah 5. Kesimpulannya, persekitaran
yang ditunjukkan dalam Rajah 4. yang lebih kemas dan teratur dapat
diwujudkan dan kelestarian alam sekitar
dapat ditingkatkan melalui kempen
pengumpulan sisa kotak yang telah
dijalankan.
265
PROGRAM RAYA CERIA BERSAMA UITM CAWANGAN JOHOR DAN
KHALIFAHKU EDUCARE CENTRE 2.0
Sofwah Md Nawi, Puteri Nur Hidayah Kamaludin, Dr. Fatin Farazh Ya’acob, Aidarohani
Samsudin & Mahasin Mearaj @Saja
Raya Ceria Bersama UiTM Cawangan Johor Terus, Kg Bukit Tunggal, Segamat.
(UiTMCJ) dan Khalifahku Educare Centre 2.0 Gambar-gambar sepanjang program
telah berlangsung pada 8 Mei 2021 (Sabtu). berlangsung turut dirakamkan agar dapat
Program ini adalah kesinambungan memberi inspirasi kepada staf-staf UiTM
yang lain untuk turut serta aktif dalam
daripada program pertama yang bidang amal. Semoga program ini dapat
dijalankan pada 1 Mei 2021. Kali ini, diteruskan bagi meringankan beban
program telah melibatkan penduduk di keluarga yang memerlukan, terutama
sekitar Bukit Tunggal, Segamat. Objektif dalam musim pandemik ini.
utama penganjuran program ini ialah untuk
266
menceriakan serta meringankan sedikit
bebanan penerima sumbangan yang terdiri
daripada keluarga yang kurang
berkemampuan bersempena sambutan
Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Program ini telah dijalankan oleh
pensyarah-pensyarah UiTM Cawangan
Johor yang terdiri daripada pensyarah-
pensyarah Akademi Pengajian Bahasa dan
disertai oleh pensyarah-pensyarah Fakulti
Pengurusan dan Perniagaan dan Akademi
Pengajian Islam. Selain itu, program ini
mendapat kerjasama dari Khalifahku
Educare Centre.
Sumbangan berbentuk wang tunai
dan barangan keperluan yang
disumbangkan oleh warga UiTMCJ dan
masyarakat setempat telah disampaikan
oleh wakil Rektor UiTMCJ, Puan Mawar Noor
Abdullah dan Wakil Khalifahku Educare
Centre Puan Siti Irdawaty Aisyah Ahmad
kepada 5 buah keluarga yang kurang
bernasib baik.
Berikut ialah nama penerima
sumbangan:
1. Encik Sayuti Bin Abdullah, Jalan Paya
Mengkuang, Kg Bukit Tunggal, Segamat.
2. Puan Latifah Binti Paiman, Jalan Paya
Mengkuang, Kg Bukit Tunggal, Segamat.
3. Encik Ahmad Hamizat Bin Md Khaled,
Jalan Paya Mengkuang, Kg Bukit
Tunggal, Segamat.
4. Puan Muari binti Mohamed, Jalan
Ampang, Kg Bukit Tunggal, Segamat.
5. Encik Jasman bin Ahmad Ghazali, Jalan
APB UITM JOHOR INTERNATIONAL
WEBINAR SERIES 1
Zuraidah Sumery, Puteri Nur Hidayah Kamaludin, Haniza Sarijari, Dia Widyawati Amat,
Siti Zarikh Sofiah Abu Bakar, Diana Othman
Laporan ini ditulis bertujuan untuk Penceramah bagi siri webinar ini
memperkenalkan “APB UiTM Johor
International Webinar Series 1” yang bertajuk adalah Dr Ishamina Athirah Muntassir
“Developing English as a Lingua Franca (ELF)
(Gardiner) yang berasal Brunei Darussalam.
Awareness in Pronunciation Teaching in
Southeast Asia for Language Lecturers”. Beliau juga merupakan Pensyarah Pusat
Tenaga pengajar bahasa kedua dan Bahasa dari Universiti Brunei Darussalam. Sesi
ketiga di negara ini majoritinya adalah
bukan penutur natif (non-native speakers). perkongsian ini mengetengahkan
Oleh itu, persoalan timbul jika ianya satu pengalaman penceramah dalam
keperluan bagi tenaga pengajar ini untuk
mangajar dan berucap seperti penutur natif. menangani proses pengajaran dan
Webinar ini diadakan bertujuan untuk
mempelajari komunikasi yang berkesan pembelajaran sebagai pengajar bukan
dalam pembelajaran dan pengajaran yang penutur natif (non-native speaker) kepada
sewajarnya memberikan tumpuan kepada
kebolehfahaman kemahiran berbahasa dan pelajar dari pelbagai bahagian Asia
meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris
yang lebih efektif sebagai kesedaran Tenggara dan China.
mempelajari lingua franca daripada hanya Selain dari itu, penceramah juga
kebolehan meniru perkataan dan ucapan
dari penutur natif (native speaker). membincangkan masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan
pelajar, diikuti oleh cadangan bagaimana
masalah ini dapat ditangani secara
pembelajaran di dalam kelas. Beliau juga
membincangkan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran English sebagai Lingua
Franca (ELF) dalam membantu pengajaran
dalam konteks pencapaian komunikasi yang
berjaya khususnya untuk mecapai piawaian
dari penutur natif (NS
267
KARYA AKADEMIK
DAN UMUM
268
TEACHER FEEDBACK: IS IT POWERFUL?
Prof. Madya Dr. Aminabibi Saidalvi
In the second edition of e-Dinamik last year, I illustrated a situation in which teachers can
either boost or deflate students' performance and confidence by the type of feedback they
provide. Teacher Feedback: Boosting or Dampening Student Confidence and
Performance? was the headline of the article (e-Dinamik, 2020). Let us delve more into this
topic, as I will demonstrate the definition of teacher feedback and also the importance of
teacher feedback to students.
Feedback is an integral part of any learning process, including language learning. Without
feedback, learning will be ineffective. In any form of learning, it is necessary to recognise the
outcomes of activities and, as a result, to make the necessary adjustments to improve
learning. Feedback, according to Hattie and Timperley (2007), and further established by
Dawson et al. (2019), is providing information about a student's performance in the form of
verbal, written, or gestural feedback, suggesting improvements, and motivating the student
to continue and enjoy learning experiences that will eventually contribute positively on a
personal level. Giving students feedback entails explaining whether or not they are correctly
doing things.
So, as teachers, are we providing our students with the correct form of feedback? Do we
understand the consequences of offering feedback to our kids in the right or wrong way? Do
we realise how important our remarks or criticism are to the students? These are some of the
questions that have always lingered in the back of my mind whenever I leave my language
classrooms.
Like any other language teacher, I appreciate reading feedback from my students,
collected through the semester-end survey. Still, I will never forget some of the more personal
comments that I frequently receive. In one message, I read, “Assalamualaikum Dr. I never
like English class. From my secondary school to university I did not like the subject. I will
always fail or pass with very low marks. But you very different. The comments you give has
always pushed me to do better. I will correct the mistakes and will wait to get more your next
comments. You always encourage me although I make mistake. You never ‘putus asa’ on
me. Thank you Dr.” (taken verbatim from student A’s comments).
The student’s sincere expressions astounded me on that particular day. I sat down on my
plush sofa, beaming from ear to ear, and pondered the feedback I had given to this specific
student. I realised that I had helped the student in some way. I had no idea that just saying a
few words of encouragement to her could have such a significant impact on her, especially
when she was a quiet and reserved girl in the class. My role as a lecturer has been rethought
as a result of the awareness that my small gestures had such an influence on the student.
269
Hence, is our feedback to students powerful? is it important to deliver positive feedback to
students? The answer is absolute ‘YES’. When people attempt to gain new skills or
knowledge, they require information to ensure they are doing the right thing. Language
learning in the classroom is no exception. Students are always in a trial-and-error mode. Why
is it important? Let me share what Hattie and Clarke (2018) wrote in their book ‘Visible
Learning: Feedback’.
Hattie and Clarke highlighted that students do not understand the purpose of a lesson. Most
of the time, students aim to merely complete the task, make it neat, pass the test instead of
mastering the concept or skills. Thus, it is our role to highlight and explain what is expected of
them because feedback contributes to learning when noticed and understood.
Besides, effective teacher feedback is more than just correcting students’ errors. It is allowing
and encouraging students to examine and reflect upon their performances. For example, in
an English language lesson, pupils frequently make mistakes in spelling, punctuation, and
grammar. Thus, teachers should not point out all of the errors in the students’ work in one
marking. Instead, teachers should allow students to swap books or projects and let the
students assist in identifying their peers’ mistakes. Believe me, students will be overjoyed as
their teacher has entrusted them with evaluating peers’ work. This promotes even more
learning because students need to read up and prepare themselves before judging their
peers’ work. This promotes even more learning and also unconsciously increases self-
confidence in using English language.
In addition, as educators, we know that making mistakes is an inevitable part of the learning
process. The more errors a learner makes in areas where misunderstandings and
misconceptions arise, the better they will achieve and grasp if the teacher provides
adequate feedback. As a result, students become more self-directed and confident in their
skills to complete activities and meet objectives.
Finally, as teachers, we must remember that positive feedback can lead to positive
reflection on the part of the student. When teachers give positive and encouraging
feedback on students' recent work, regardless of the severity of the errors made, they are
more likely to understand and act productively. This is where autonomous learning takes
place.
To this day, whenever I plan a lesson, I always keep in mind the feedback I receive from
students. I want all of my pupils to feel respected and successful, regardless of their abilities
or backgrounds. They do not have to speak English like native speakers to be successful, but
they must be able to clearly communicate message to the listeners.
270
So, since teacher feedback is powerful to students, the main question now is how can we, as
teachers, provide meaningful feedback to our students regardless of their level, age, or
backgrounds, and what are some typical types of feedback that teachers can provide to
students? Stay tuned for more information on effective feedback in language teaching and
learning in the next edition of e-DINAMIK.
References:
Hattie, J., & Timperley, H. (2007). The Power of Feedback. Review of Educational
Research, 77(1), 81-112.
Dawson, P., Henderson, M., Mahoney, P., Phillips, M., Ryan, T., Boud, D., & Molloy, E. (2019).
What Makes for Effective Feedback: Staff and Student Perspectives. Assessment &
Evaluation in Higher Education, 44(1), 25-36.
Hattie, J., & Clarke, S. (2018). Visible Learning: Feedback. Routledge.
Saidalvi. A. (2020). Teacher Feedback: Boosting or Dampening Student Confidence and
Performance?. e-Dinamik, Ed.2. UiTM Cawangan Johor. e-ISSN: 2682-7832. p298
271
DILEMA BELAJAR BAHASA MANDARIN
Chong Peng Hwa
Sumber: Google
Kebelakangan ramai ibu bapa bukan bangsa Cina menghantar anak mereka belajar di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Konsep ‘satu jalur satu jalan’ yang dilaksanakan oleh
Negara China ke arah pembukaan pasaran dunia menjadi tarikan ramai orang
berkeinginan belajar bahasa Mandarin di seluruh dunia. Tambahan pula semakin banyak
syarikat China melabur di Malaysia. Ibu bapa yang tidak mahu anak mereka terlepas
peluang mendapatkan pekerjaan di pasaran buruh pada masa depan telah mengambil
langkah menghantar anak mereka belajar di sekolah Cina sejak kecil lagi. Namun sejauh
mana ibu bapa atau individu memahami cara belajar bahasa Mandarin menjadi
persoalan.
Setiap bahasa mempunyai keunikan masing-masing. Cara belajar suatu bahasa
adalah beza. Perbandingan bahasa Melayu dengan bahasa Mandarin tertonjol berbeza
dari segi sebutan dan tulisannya. Untuk belajar bahasa Mandarin dengan baik, pelajar perlu
memahami konsep asas cara belajar yang berkesan. Pertama, dari segi tulisan. Tulisan
bahasa Melayu merupakan tulisan Roman, namun tulisan Cina merupakan tulisan
berbentuk segiempat atau huruf piktograf. Pelajar boleh menghafal bunyi eja untuk
mengingat sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu. Tetapi dalam bahasa Mandarin,
pelajar dikehendaki mengetahui strok-strok asas cara menulis tulisan Cina dan kemudian
penggabungan strok untuk membentuk tulisan Cina yang mewakili maksud sesuatu
perkataan. Pelajar perlu menggunakan daya ingatan untuk menghafal bentuk tulisan.
Untuk membantu mengekalkan pengingatan bentuk tulisan, pelajar dikehendaki
mempraktik menulis banyak kali setiap perkataan tersebut. Setiap perkataan Cina terdiri
tiga asas komponen iaitu bentuk, bunyi dan maksud.
Hanyu Pinyin merupakan sistem sebutan Bahasa Mandarin yang boleh digunakan
untuk membantu mengeja kata Mandarin. Setiap suku kata dalam Hanyu Pinyin boleh
berbunyi dengan empat ton nada yang berbeza. Perbezaan bunyi ton nada bagi sesuatu
perkataan membawa maksud yang berbeza. Terdapat sebutan suku kata yang sama untuk
perkataan Cina yang berbeza dan membawa maksud yang berbeza. Timbul juga
kesukaran bagi pelajar ibunda bahasa Melayu membezakan kesamaan dan perbezaan
menyebut suku kata bahasa Melayu dengan bahasa Mandarin.
272
Dari sudut tatabahasa, pembentukan kata dalam bahasa Melayu juga berbeza
dengan bahasa Mandarin. Contohnya, perkataan ‘saya’ dan ‘bapa’ boleh membentuk
kata ‘bapa saya’. Tetapi bagi kata ‘bapa saya’ dalam bahasa Mandarin berbunyi ‘wǒ de
bàba’ dimana wǒ ialah saya , bàba ialah bapa dan digabungkan dengan partikel modal
‘de’. Setiap perkataan Mandarin boleh gabung dengan perkataan lain untuk membentuk
suatu kata baru. Kesongsangan atau kelainan cara pembentukan kata bagi dua bahasa
yang berbeza boleh menimbulkan kekeliruan semasa pertambahan belajar kombinasi
perkataan membentuk kata baru bahasa Mandarin. Pelajar yang dapat menguasai 500
perkataan asas bahasa Mandarin boleh membentuk lebih kurang 3000 kata bahasa
Mandarin baru untuk mencapai tujuan membaca kebanyakan bahan bacaan Mandarin.
Pembentukan frasa kata antara bahasa Melayu dan bahasa Mandarin juga
berbeza. Konsep frasa bahasa Mandarin yang menekankan dari skop besar ke skop kecil
berbeza dengan bahasa Melayu. Contohnya konsep masa tarikh, bahasa Mandarin
menyebut kata tahun, diikuti kata bulan baru akhirnya dengan kata haribulan. Begitu juga
dengan konsep tempat alamat yang menekankan skop besar kawasan dulu baru skop
kawasan kecil. Persepsi yang berbeza antara dua bahasa mempengaruhi kefahaman
tentang sesuatu perkara.
Struktur ayat yang dibentukkan bagi kedua-dua bahasa Melayu dan Bahasa
Mandarin juga berbeza. Asas pembentukan ayat Mandarin seperti ayat kebanyakan
bahasa lain, iaitu ‘subjek – perbuatan – objek’. Namun dalam pengembangan ayat,
susunan kata dalam ayat Mandarin menekankan konsep urutan masa kejadian sesuatu
perbuatan. Contoh ayat Bahasa Melayu, ‘ Emak pergi klinik jumpa doktor dengan menaiki
bas’. Bagi ketiga-tiga kata perbuatan ‘pergi klinik’, ‘jumpa doktor’ dan ‘menaiki bas’, ayat
Mandarin akan disusun kata ‘menaiki bas’, kemudian kata ‘pergi klinik’ dan akhir dengan
kata‘jumpa doktor’.
Sungguhpun pelajar memahami dilema belajar Mandarin, namun persekitaran
berkomunikasi dalam Mandarin sangat penting untuk pelajar mempraktik berkomunikasi
dengan betul dan seterusnya membawa kepada berjaya penguasaan Bahasa Mandarin.
273
SISTEM PANGGILAN DALAM MASYARAKAT KITA
Muhammad Rozman Abdullah
Sejak turun temurun, sistem panggilan memainkan peranan yang amat penting dalam
masyarakat kita samada dalam persekitaran tempat kerja, kampus universiti, tempat-
tempat ibadah, di kedai mahupun di tempat awam. Setiap manusia ingin dihormati, dan
disantuni dengan panggilan-panggilan yang baik dan sedap didengar. Seseorang yang
sedang mengalami stress, lemah atau kurang sihat, bila dilontar senyuman ikhlas dan disapa
dengan panggilan yang elok akan dapat mengenepikan sejenak masalah atau derita
yang dialaminya. Panggilan tuan, encik, puan, cikgu, ustaz, doktor,
abang, kakak, pakcik, makcik dan banyak lagi panggilan-panggilan adalah satu intro
yang positif dalam berinteraksi.
Panggilan pakcik, makcik atau atuk sangat sensitif di kalangan masyarakat kita. Bagi
remaja-remaja yang belum masak dengan pengalaman dalam pergaulan, mereka hanya
memanggil atau menggelar seseorang dengan apa yang difikirkan sesuai dengan
peringkat umur secara zahir. Meskipun bagi sesetengah individu, dia tidak kisah orang nak
panggil apa pun namun hakikatnya panggilan ini termasuk dalam adab susila yang
mencerminkan latar belakang si pemanggil.
Ramai di luar sana golongan yang amat menitikberat sistem panggilan ini seperti :
Panggilan Doktor “Dr" bagi yang berpangkat doktor perubatan atau doktor falsafah.
Panggilan Dato’ bagi yang telah dianugerahkan gelaran Dato’.
Panggilan ustaz/ustazah bagi guru agama dan sebagainya.
Sebenarnya prinsip ini harus dihormati walaupun bagi sesetengah Dr, Dato dan ustaz itu
sendiri bagi mereka tidak penting atau lebih suka dengan panggilan biasa. Kadang-
kadang hanya disebabkan kita tersilap panggil seorang kerani di kaunter dengan
panggilan makcik maka urusan kita dilambat atau disusahkan.
Di tempat awam, kebanyakan lelaki-lelaki yang berumur diantara 40 ke 50 tahun
tidak suka dipanggil pakcik kecuali yang memanggilnya itu seorang kanak-kanak. Bila kita
memanggilnya pakcik, semangatnya untuk bersembang atau berurusan akan lemah dan
menyampah. Ada yang terus bertanya "Bila aku kawin dengan makcik kau?”. Dan ada
yang menarik muka dan tidak layan. Ini adalah kerana secara psikologinya lelaki yang di
peringkat 40-50 tahun masih merasa diri mereka masih muda, segak dan kuat. Sebaiknya
kalau untuk sesama lelaki, panggillah mereka dengan panggilan abang, encik atau tuan
dan untuk wanita pula panggillah lelaki itu dengan panggilan encik sebab panggilan
abang tidak begitu sesuai dan mungkin akan menimbulkan satu perasaan mengada-
ngada pula. Bagi wanita yang pertengahan umur pun lebih kurang sama keadaannya.
Mereka sangat tidak gemar apabila digelar makcik walaupun yang memanggilnya itu
seorang remaja tak kira lelaki atau wanita. Mereka ini akan lebih ceria dan bersemangat
bila dipanggil kakak, akak atau puan.
274
Sistem panggilan di kampus: Pelajar-pelajar di kampus universiti sepatutnya disemai
dengan adab dan sopan bila memanggil samada tenaga pengajar atau pun staf admin
semasa proses pembelajaran ataupun berurusan di kaunter-kaunter pejabat. Terlebih
dahulu, adalah lebih baik kita kenalpasti dulu status seseorang pensyarah itu dengan cara
bertanya kepada rakan-rakan di kampus tersebut. Sekiranya dia sudah bergelar Prof, Prof
Madya atau Dr, maka dia berhak untuk mendapat panggilan tersebut dari sesiapa sahaja
yang berada di kampus. Panggilan puan atau miss lebih sesuai untuk pensyarah wanita dan
ustazah bagi pensyarah agama atau bahasa Arab dan panggilan Hajjah bagi yang sudah
menunaikan haji. Manakala bagi pensyarah lelaki, sekiranya mereka tidak bergelar
Prof, Prof Madya atau Dr, maka panggilan encik, sir dan ustaz bagi pensyarah agama atau
bahasa Arab adalah paling selesa. Walau bagaimanapun bagi pelajar disarankan
bertanya dahulu kepada pensyarah tersebut gelaran yang paling di gemarinya.
Dalam dunia perniagaan, sistem panggilan merupakan aspek paling utama
sebelum urusan jual beli atau tawar-menawar dimulakan.
Panggilan di alam rumahtangga: Pada pendapat saya, bagi pasangan Melayu, panggilan
"saya-awak", "aku-kau" dan "I-you" walaupun tidak menjadi kesalahan tapi kurang sesuai
bagi pasangan yang mengimpikan suasana romantik, hormat, dan kemesraan yang
sebenar. Seorang isteri yang saban waktu memanggil suaminya you atau awak lama
kelamaan rasa hormatnya terhadap suami sebagai tempat bermanja kian pupus dan yang
tinggal hanyalah seorang suami yang merupakan pasangan hidup yang mempunyai hak
sama rata yang boleh ditengking bila keadaan menjadi tegang. Panggilan "abang" bagi
saya adalah kalimah yang paling beradab dan manis diucapkan oleh seorang isteri untuk
suaminya. Bagi pasangan yang telah mempunyai anak, panggilan ayah, abah, papa dan
sebagainya juga selesa dan manis untuk si suami.
Bagi suami pula, alangkah indahnya sekiranya dia dapat pelbagaikan panggilan
untuk isteri tercinta dengan beberapa gelaran seperti adik, sayang, nama isteri, puan dan
sebagainya mengikut suasana yang berbeza. Gelaran yang manis-manis yang selalu
ditukar ganti oleh si suami ini pasti akan mencuit hati si isteri serta merangsang perasaan
kasih sayang yang lebih mendalam. Sebagaimana suami, isteri yang sudah bergelar ibu
juga manis dipanggil mama, mommy, ibu dan sebagainya. Mungkin ada yang
berpendapat isu panggilan bagi pasangan ini tidak perlu diberi fokus utama, terpulanglah
pada penilaian masing-masing.
Kesimpulannya, dalam apa jua bentuk komunikasi samada yang formal seperti
diskusi, pengajaran dan pembelajaran, urusan perniagaan mahupun tidak formal seperti
perbualan biasa di tempat awam, sistem panggilan yang tepat dan sopan merupakan
muqaddimah yang amat penting untuk kelancaran segala urusan serta mewujudkan
suatu suasana yang lebih mesra dan ceria. Semoga sedikit sebanyak tulisan saya ini
memberi manfaat kepada pembaca insyaAllah.
275
GARDENING AS A FIRST TIMER
Susanna Bithiah Varma
‘Indoor Plants’
1st picture from the left: Aglaonema China Red (red leaves), Syngonium Pink (pink
leaves), Araucaria Cunninghamii (Christmas-tree pine leaves), dan Calathea
Roseopicta (watermelon-looking leaves)
2nd picture: Calathea White Star
‘Outdoor Plants’
1st picture from the left: ‘Bougainvillea’, which has also become the background to
showcase pretty looking dishes (feat. salted-egg crab) to be uploaded to Instagram.
2nd picture (middle): ‘Japanese Roses’ (Portulaca Grandiflora)
3rd picture: ‘Alternanthera Poronychiodes’ and ‘Alternanthera Red’
276
To be honest, I neither had green fingers nor an interest in gardening. However, after being
hit by the prolonged Movement Control Order (MCO) ever since the Covid-19 pandemic in
our nation the past 2 years, I thought to myself, “Why not try cultivating plants?”. Thus, I
began to research on a few indoor and outdoor plants that required minimum attention and
is easy to nurture. I then began plantation-nursery hunting around my vicinity. To my
disappointment, they were all closed due to the MCO restrictions which I have totally
forgotten, silly me!
To my amazement, Shopee, the popular online shopping platform, had plants to sell
alongside everything we shop for! Bet you are as surprised as me too. Yes, you read it right,
alive not artificial plants. So, I managed to find the type of plants and seedlings that I had in
mind within reasonable prices. Of course, I had to ‘nursery hunt’ from one seller to another to
differentiate the prices, the plant’s best-selling features, the height/width of the plant, and
the locality of the nurseries. My advice would be to locate nurseries within your state so that
the plants will only have to undergo a short trip from the nursery to your home. This would
spare the plants from delivery damages given their delicate nature. The downside is the
shipping cost might be double the price of the total plants due to the space and mode of
transport that they require. I also had to spare some money to buy various pots to cater to
the growth of the type of plant. For instance, climbing plants require a vertical plant stand
such as fences and arches, or a trellis as a support. Meanwhile, creeping plants grow
horizontally, therefore they can be placed in designed hanging pots of your choice.
Besides that, I learned that given the numerous types of soil, the best soil would consist
accurate proportions of sand, clay, and silt. To save my time from further trial and error
experiments, I opted for the readymade potting-mix soil. I learned a great deal about
fertilizers too. Did you know that besides the delightful aroma, coffee-based fertilizers help
cultivate organic material with nitrogen which promotes healthy growth of green plant
stems? As a coffee lover, I did not hesitate to try it on my plants with hopes to have caffeine
addicted plants like their owner. I would also advise you to purchase root-booster hormone
solution for underdeveloped plants to encourage proper rooting system.
All in all, the process of watching a young plant grow to its full glory is indeed a rewarding
experience. They teach us patience, simplicity, and value of a fragile life. Not only do they
decorate our home, but they also add colour to our life and to some extent, flourish our
spirits too.
277
MOTHERHOOD
Shahira Adam
Source: Google
I know it usually takes a mother to talk about I thought of the mornings my mother
motherhood. However, I would like to share prepared our breakfast for school, the
my interpretation of motherhood from the afternoons she prepared our lunch, the
perspective of a daughter and a sister. As I evening she learned new recipes from
am approaching the three series of my age, cooking shows, weekends ironing our school
I started to reflect on motherhood more uniforms, and late nights worrying about us.
frequently. I believe we are no strangers to
motherhood. We grew up watching our Then, it hit me. Her life revolved
mother being in one, and later as we grow around us. She’s always there, she never
older, we witness our sisters, cousins, sisters-in- once failed to be there even if it means to
law, friends, and colleagues struggle, adapt, put us before her. You see, she is so much
and eventually thrive on this tricky thing like a candle, lighting our ways, spending her
called motherhood. years for us, prioritising us at the cost of
putting her life on hold. Sometimes, I wish she
Growing up in a family where my could be more selfish, put herself first and
father was the sole breadwinner, I foolishly love herself more. Whenever I bring this up to
thought motherhood was undemanding for her, up to this day, her answer is still the
my mother. Handling two rather obedient same, ‘The time spend watching and
girls, having the comfort of a home, and accompanying you and jie jie (sister)
receiving all the love from the family must be growing up is the most precious thing for
easy. As I started to grow older, changing me.’
from primary school pinafore to secondary
school baju kurung, to casual attire in
university, to corporate attire and baju
kurung again, my view has significantly
changed. There’s nothing easy about it; in
fact, it’s the direct opposite!
278
I guess that’s motherhood from what I For her, the sweetness of motherhood
understand from my mother. The sweetness is the ability to set an example for her
lies in being there for her children, supporting daughter that women too, can take the
us along the way even if it means turning world and shoulder multiple responsibilities
down opportunities and only wonder about despite regretting not spending more time
the could-have-been. with her daughter and cooking every meal
as our mother did.
Despite sharing similarities with my
mother, my jie jie’s motherhood is distinctive Motherhood is not perfect, and I
in her own way. Even though she is proud to believe it will never be. There will always be
be a financially independent woman and dilemmas, and there will always be decisions
someone important at work, she is constantly to make. Sometimes, it is sweet; sometimes, it
plagued with the feeling of inadequacy and is bitter. Most importantly, motherhood is
guilt. She wished she could spend the distinctive and yet beautiful in its own way.
amount of time on the road and the amount Hence, the façade of perfect motherhood
of time attending meetings for her daughter should be abolished as it will cause
instead. Hence, like any other working unnecessary self-doubt, guilt, and inferiority
mother, she sacrificed her sleep, in among mothers. In my eyes, motherhood is
exchange for a few extra hours in a day. the epitome of strength, courage, and
tenacity. For that, mothers, whether you are
That sounds exhausting. a homemaker, a working mother, or a single
mother, you are my inspiration, our
However, mothers are strong aspiration.
creatures, aren’t they? Despite being in a
constant dilemma between choosing her
career and her daughter, she decided to
prioritise both which comes with more
commitments and sacrifices. That decision
stemmed from her belief that women should
have something that truly belongs to them
and only them. No, that thing is not jewellery,
not gold, but a career. Her career is
completely hers and it defines who she is.
She can be motherly at home, but out there,
she’s the man, someone who braves the
storm and shows the world what she is
capable of. That’s the role model she wants
to set for her daughter.
279
AL-MAJĀZ DI DALAM AL-QURAN DAN PERKEMBANGANNYA
Syazali Effendi A Wahab, Nini Suhana Mastini Razi
Pendahuluan
Al-Majāz adalah antara komponen penting ilmu Balāghat yang dibahaskan dalam bidang
ilmu al-Bayān. Definisi atau pengertian serta ciri-ciri keistimewaan uslūb al-Majāz menjadi
perbahasan penting ahli-ahli Balāghat silam dan moden. Pencarian terperinci kepada
definisi yang sesuai dan relevan dengan ilmu Balāghat yang tersirat di dalamnya uslūb al-
Majāz yang terserlah melalui syair-syair Arab dan juga al-Qur’ān.
Definisi yang dikemukakan itu banyak terpengaruh dengan persepsi mereka sendiri
dan kemudiannya mereka mengaitkan definisi tersebut dengan contoh-contoh yang
terdapat di dalam ayat-ayat al-Qur’ān, puisi, esei dan syair. Perkembangan ilmu Balāghat
telah banyak mengundang kajian demi kajian terhadap uslūb al-Majāz. Dalam bab kedua
ini penulis akan membahaskan mengenai definisi al-Majāz dari sudut bahasa dan dari sudut
istilah Balāghat serta al-Majāz dari perspektif ahli-ahli Balāghat Arab yang terkemuka.
Penulis juga menerangkan tentang sejarah perkembangan lafaz al-Majāz, golongan yang
mengingkari al-Majāz, perselisihan pendapat yang berlaku di antara Ahli al-Sunnat dan al-
Muctazilat tentang al-Majāz serta pembahagian al-Majāz yang terdiri dari al-Majāz al-cAqlīy,
al-Majāz al-Lughawīy, al-Isticārat dan al-Majāz al-Mursal.
Sejarah Perkembangan Lafaz Al-Majāz
Pada kurun ketiga hijrah, terdapat ahli al-Mutakallimīn اﻟ ُﻣﺗَ َﻛ ِﻠّ ِﻣـ ْﯾنdari puak al-Muctazilat ٌاﻟ ُﻣ ْﻌﺗَ ِز َﻟـﺔ
yang cuba membebaskan aqidah orang muslimin dari apa yang meragukan akibat
daripada salah faham mereka terhadap perkara yang tidak jelas.
Mereka berpendapat bahawa dasar ilmu Tauhid mereka adalah bertitik tolak
daripada perbahasan mereka tentang al-Majāz bagi tujuan mempertahankan sifat
ketuhanan daripada segala kemungkinan yang membawa kepada kesilapan pemahaman
bahawa tuhan itu berjisim ataupun seperti makhluk yang lain.
Oleh yang demikian itu, mereka menolak setiap nas al-Qur’ān atau hadis yang
bertentangan dengan aqidah mereka. Mereka juga telah mencaci hadis dari segi
“matan” َﻣﺗَ ٌنdan “sanad” ٌ َﺳ َﻧدnya yang bertentangan dengan aqidah mereka. Contohnya
mereka telah mencaci penyusun hadis seperti Abū Hurayrat, Ibn Mascūd dan lain-lain lagi di
kalangan perawi hadis yang tidak disukai oleh mereka. Manakala al-Qur’ān pula mereka
tidak mempunyai cara untuk mengkritiknya, tetapi mereka telah menggunakan akal fikiran
mereka sewenang-wenangnya pada mentafsir ayat-ayat “mutasyābihāt” ُﻣﺗَ َﺷـﺎ ِﺑﮭـَﺎتdan
mereka memalingkannya dari maknanya yang sebenar sehingga ia bertepatan dan
bersesuaian dengan aqidah mereka. ( Abdul Fattāḥ Lāsyīn, 2002: 130 ).
280
Pentafsiran mereka berpandukan kepada asas bahasa semata-mata yang mana
mereka menggunakan ungkapan-ungkapan atau lafaz-lafaz yang menunjukkan kepada
gambaran dan persamaan yang tidak serasi dan sesuai dengan sifat ketuhanan dengan
cara yang lebih jauh dari berjisim dan persamaan, dengan berpandukan kepada dalil-dalil
bahasa yang diambil dari syair-syair lama yang diwarisi dari bahasa Arab. Seterusnya
mereka telah membuat sandaran dengan apa yang telah diriwayatkan oleh Ibn cAbbās
daripada Nabi ṣ.a.w;
إذَا اﺷﺗﺑﮫَ َﻋ َﻠ ْﯾﻛُ ْم َﺷ ْﻰء ِﻣ َن ا ْﻟﻘٌ ْرآن ﻓَﺎطﻠﺑوهُ ِﻣ َن اﻟ ِّﺷ ْﻌر
Maksudnya: “ Apabila menjadi keraguan kepada kamu tentang sesuatu daripada al-
Qur’ān, maka hendaklah kamu merujuk kepada syair”. ( Abdul Fattāḥ Lāsyīn, 2002: 130 ).
Contoh ini amat bertepatan dengan firman Allah Tacāla dalam ayat yang berikut:
﴿ ﴾ اﻟ ًر ْﺣ َﻣ ُن َﻋﻠﻰ اﻟﻌَ ْرش ا ْﺳﺗوى
Maksudnya: “ Iaitu (Allah) Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas ‘Arasy”. (Surah
Ṭāhā: ayat 5).
Pada pendapat mereka al-Istiwā’ اﻻ ْﺳ ِﺗ َوا ُءialah “berdiri dan bersemayam”. Kedua-dua
sifat ini adalah di antara sifat-sifat yang berjisim.
Pendapat mereka ini telah ditolak sepenuhnya oleh Qāḍī Abdul Jabbār dengan
pendapatnya bahawa lafaz al-Istiwā’ اﻻ ْﺳ ِﺗ َوا ُءini bermaksud menguasai dan dapat
mengalahkan yang lainnya. Makna ini amat masyhur dari segi bahasa dan dengan itu ia
menafikan bahawa Allah itu berjisim.
Jāḥiẓ (255 H) adalah seorang pengkaji yang mentakrifkan al-Majāz اﻟ َﻣ َﺟﺎ ُزsebagai
sesuatu yang bertentangan dengan al-Ḥaqīqat ُ اﻟ َﺣ ِﻘ ْﯾﻘَﺔsepertimana yang telah dikenali
sekarang ini dan bukanlah ia sebagai makna pentafsiran seperti yang dikemukakan oleh
Abū cUbaydat.
Kajian Jāhiz tentang al-Majāz merupakan gambaran yang sebenar bagi
kajian puak al-Muctazilat. Beliau juga tidak sependapat dengan golongan muḥaddithīn (
ahli hadith ) tentang al-Majāz. Seterusnya beliau telah membuat tomahan bahawa
golongan ini kurang arif dan juga kurang memahami kehalusan gaya bahasa al-Qur’ān,
lebih-lebih lagi gaya bahasa Arab.
281
Kemudian beliau memetik satu contoh dari ayat al-Qur’ān seperti berikut:
﴿ ﴾ َﯾ ْﺧ ُر ُج ِﻣ ْن ﺑُطُـ ْوﻧِﮭـَﺎ َﺷ َرا ٌب
Maksudnya: “(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam perutnya minuman (madu…)”. (Surah
al-Naḥl: ayat 6).
Madu bukanlah sejenis minuman tetapi ia akan bertukar menjadi minuman apabila
dicampur dengan air. Jadi dalam ayat ini, lafaz syarāb َﺷ َرا ٌبiaitu “minuman” disebut kerana
benda yang akan terjadi daripada madu tadi ialah minuman. (Syawqī Ḍaif, 1964: 56)
Imam al-Muctazilat telah membahagikan nas yang boleh menimbulkan keraguan
tentang persamaan dan berjisim kepada dua bahagian dari segi semantik. Pertama,
dinamakan “makna pertama” ا ْﻟ َﻣ ْﻌ َﻧﻰ اﻷَ ﱠو ُلiaitu makna yang zahir dan nyata yang
tersembunyi di sebalik makna al-Majāz seperti lafaz al-istiwā’ اﻻ ْﺳ ِﺗ َوا ُءpada ayat yang
lepas atau anggota tangan seperti firman Allah Tacāla yang berikut:
﴿ ﴾ َﯾدُ ِﷲ ﻓَ ْو َق أَ ْﯾ ِدﯾـْ ِﮭ ْم
Maksudnya: “ Tangan Allah di atas tangan mereka”. (Surah al-Fatḥ: ayat 10).
Kedua, dinamakan “makna kedua” ( ( ا ْﻟ َﻣ ْﻌ َﻧﻰ اﻟﺛﱠﺎﻧِ ْﻲiaitu makna yang tersembunyi serta
dapat difahami oleh gambaran pancaindera dengan cara merujuk kepada bahasa atau
menggunakan kiasan akal dan mempunyai hubungan atau kaitan di antara ayat-ayat
mutasyābihat ٌ ُﻣﺗَ َﺷﺎ ِﺑـ َﮭﺔdengan ayat-ayat muḥkamat, ٌ ُﻣ ْﺣ َﻛ َﻣﺔiaitu ayat-ayat yang teguh dan
jelas. Bagi memahami makna yang pertama adalah dengan cara membuat kiasan
daripada makna yang kedua. Maka, cara ini akan dapat menyeragamkan petunjuk
makna yang zahir bagi ayat-ayat mutasyābihat dan mengubahnya kepada al-Majāz. Cara
sebegini tidak bertentangan dengan aqidah mereka dari segi tauḥīd dan seterusnya
kalimah al-istiwā’ itu
bertepatan dengan maknanya, iaitu menguasai, kukuh dan dapat mengalahkan yan
g lainnya. Manakala yang dimaksudkan dengan tangan ٌ َﯾدialah “kekuasaan” qudrat
ُ ( اﻟﻘُ ْد َرةAbdul Fattāḥ Lāsyīn, 2002: 129-133 ).
282
THE GRAND SOPHY: A BOOK REVIEW
Noridah Sain
Two decades ago, I would consider reading First published in 1950, this book presents one
thick novels as a B.U.R.D.E.N. When I opted of Heyer’s most delightfully outrageous
to do my BA in English literature, I thought of heroines - Miss Sophia Stanton-Lacy, a
how fun it would be spending my time diplomat’s daughter. The titular Grand
poring over books and if I’m lucky I’ll get to
read romance novels! Sadly, that was not Sophy is twenty-year old woman who is
usually the case. It was through this quick, intelligent and enthusiastically
experience of lugging literary books during capable. She has toured the Continent with
my undergraduate years that I chanced her widowed father, Sir Horace Stanton-
upon Georgette Heyer, many years after I Lacy, following the British army in their pursuit
had completed my degree. I ought to
credit Dr. Kelly Hurley for this, as it was her of Napoleon during the Peninsular War.
Victorian Literature class (ENGL4614) that got When Sir Horace thinks it is time for Sophy to
me hooked on Jane Eyre by Charlotte marry, he seeks Lady Ombersley, his amiable
Brontë and Wuthering Heights by Emily sister, to help present his motherless daughter
Brontë. I couldn’t get enough of them and to London society. However, will her eldest
soon I was reading another celebrated
author from England – Jane Austen. son, Charles, approve? The Ombersleys live
a dull life adhering to Charles’s autocratic
Austen needs no introduction as her commands as things in Lady Ombersley’s
novels have inspired many films: Pride and family are rather dysfunctional due to
Prejudice, Sense and Sensibility as well as several factors. Her indifferent husband
Emma, just to name a few. But it is
Georgette Heyer that puzzles me the most. If Bernard Rivenhall, addressed as Lord
you are a fan of Austen, and Regency Ombersley, has squandered his fortune, and
novels, chances are you may have heard of now depends on his eldest son Charles, who
Heyer and would expect to see her novels inherited another estate from his rich uncle,
being adapted into well-received to pay his debts and finance the
films. However, this is not the case with
Heyers’ books. In order to promote more Ombersleys’ household. Charles, known for
people to read Heyer’s work, it is hoped that his ill temper and “tight pocketbook”, is
this review will contribute to the engaged to an equally pedantic young
aforementioned cause. When she was a woman, with a large dowry, Miss Eugenia
bestselling author during her time, Heyer’s Wraxton, whose demeanor is at odds with
Regency romances stood out from the
rest. One of her books that I have recently everyone in Ombersley’s household, except
revisited was The Grand Sophy. for Charles that is. Then, enters Cecilia. It is
the family’s expectation that Cecilia, Lady
Ombersley’s beautiful young daughter,
should marry the very eligible, pleasant and
wealthy Lord Charlbury, but Cecilia prefers
instead the handsome-face-like-an-angel,
poet Augustus Fawnhope whose odds at
fame and fortune are so slim.
This is not all.
283
Another cousin-in-trouble was young In my opinion, the best parts of this
Hubert, who was sweet with the children but book are the comedy, both in the dialogue
foolish with his own resources and had infused in social comedy in the
managed to fall prey to a vicious Jewish Shakespearian sense and in the collective
moneylender named Goldhanger. In short, if happy ending, which ties up every loose
ever there was a family in need of a make- end. I cannot stress enough that Georgette
over, the Ombersleys present a tall bill. Heyer is a great, witty and engaging
writer. Sophy’s character really comes to
As one of her many male admirers life, and her personality is definitely a breath
proclaims, “By all that is wonderful, it’s the of fresh air among women in that era.
Grand Sophy!” Sophy is a refreshing wake- Women were often portrayed as timid and
up call to all her cousins’ sad tangle and dull would not dare to challenge the rules of
existence at Berkeley Square. From the propriety during that time. Initially, I was
moment Sophy arrives on her aunt’s unsure about whether or not I would like the
doorstep elegantly attired with her book as I came across comments about
entourage of Tina – the greyhound, Heyer’s anti-Semitism writing and was ready
Salamanca – Sophy’s horse, Jacko – the pet not to finish it. But then, instead of putting
monkey, a parrot, John Potton – Sophy’s the book down I came bouncing to the end,
groom, Jane Storridge – Sophy’s maid, and rather upset that there was not more left to
not forgetting a mountain of luggage, they read. This is one of the books to recommend
are left with no doubt that Sophy is no if you are in the mood for some romance
ordinary young lady. Outspoken and and wanting to take a break from watching
unafraid of drawing criticism, Sophy notices K-Dramas. I give this book a 4 out of 5 stars.
the household’s problems and plans to
make them right, much to the chagrin of her Source: Google
cousin Charles and his meddlesome fiancée,
Eugenia. Sophy is bold as she ventures
beyond the restrictions of the Regency
women’s world by visiting a bank to buy
horses, a Phaeton carriage, and planning as
well as paying for her coming out Ball, all the
while pushing her cousin Charles’ buttons at
every turn. Their banters are hilarious – Sophy
is almost always in command of the final
outcome – and Charles is clearly amused
and somewhat taken by Sophy’s personality.
Along the way in the book, you will see that
Sophy has a great deal of fun sorting out
Cecilia’s love woes and Hubert’s debt, and I
must say I enjoyed every second of the time
that I spent revisiting the novel.
284
(NOT) A BROKEN SOUL
Derwina Daud & Prof Madya Dr Aminabibi Saidalvi
It has been more than a year since the pandemic came into our lives. Everything has to be
changed or adapted at a quick pace. We were not given a choice; we were told to
change to survive. Along with the changes, some managed to survive and some
succeeded in trying, while probably a small portion of us stumbled upon great difficulties
while trying.
It’s a cruel game, I must say.
It’s the survival game. The fittest stays on top, on the other hand, the unfit will see themselves
right at the bottom.
We can spend some time ponder, what can I do to help those who are struggling to be on
top?
Have you ever considered that those who are struggling to change may also be struggling
to keep their mind intact? Does it ever occur to you that they could be yelling for help but
refuse to do so as they are also struggling with society’s expectations? How do we help
them? How do we make sure that they will not feel that they are forgotten?
In conducting online lectures or classes, the instructor has to deal with many expectations:
administrators, faculty members or even the parents. How about expectations from students
themselves? In general, instructors may just assume that students only need to require skills or
knowledge taught in the classes.
I learnt a lot of small yet beautiful things since the inception of online learning; one of them is
celebrating small achievement, even if it just a simple task; virtual hand-raising during class
to answer questions passed by the lecturer. The absence of a physical classroom and
human touch may have made it difficult for some students to better understanding lessons
conducted. When they do this, we need to motivate them so that they feel appreciated.
It has become a practice for us at the end of the online lectures, to remind the students to
celebrate their trivial triumph of the day. This is just one of the things that I believe will help
them to feel good about themselves, to think that they are part of the society. Eventually,
this also will help them in the growing up process, as they will feel confident to face people
and society.
285
A pat on the shoulder, an ice cream, or even going out for an evening walk – these are just
some of the pursuits that I reckon vital after a rough and tough online class. Small, yet
remarkable, isn’t it?
In a nutshell, instead of going big, why don’t we start with small baby steps? Inculcate the
sense of worthiness among students. Ultimately, they will perform wonderfully as they have
what is needed; confidence.
286
PENGGUNAAN PERANTI PINTAR SEBAGAI MEDIUM
RAKAMAN & SUNTINGAN VIDEO
Siti Mariam Mohammad Iliyas, Norhilman Nordin, Norhisyam Jenal
& Ts. Dr Mohamad Farid Misnan
Apabila menyebut tentang proses rakaman dan suntingan video, mungkin ramai orang
berpendapat bahawa perkara-perkara ini memerlukan penggunaan peralatan dan
aksesori yang canggih, bersaiz besar, aplikasi dan perisian yang rumit dan memerlukan
bajet yang tinggi. Tahukah anda, proses-proses ini yang bermula dari rakaman, suntingan
dan seterusnya memuat naik untuk perkongsian umum boleh dilakukan dengan hanya
menggunakan peranti pintar? Penggunaan peranti seperti telefon pintar adalah sangat
meluas pada hari ini untuk pelbagai fungsi, selain fungsi utama iaitu komunikasi. Perkongsian
informasi oleh pengguna di seluruh dunia di pelbagai media sosial menjurus ke arah
penggunaannya secara lebih kreatif dan meluas. Perkongsian aktiviti seharian pengguna
bersama sahabat dan keluarga, promosi dan reviu produk, mahupun pelaporan aktiviti
rasmi dalam bentuk visual iaitu gambar dan video dilihat lebih menarik dan relevan, serta
lebih mudah dikongsikan di platform digital dengan penggunaan peranti pintar. Kualiti
penghasilan visual yang boleh mencapai ke tahap Ultra High Definition (UHD) merupakan
antara faktor penggunaan peranti pintar yang menjadi salah satu pilihan alternatif kepada
penggunanya baik kepada penggiat produksi mahupun amatur.
Peranti Pintar sebagai Medium Rakaman Video
Untuk fungsi rakaman, peranti pintar pada masa ini secara umumnya mempunyai fungsi
kamera sedia ada untuk rakaman gambar dan video. Perbezaan spesifikasi antara peranti
seperti jenis kamera dan tahap resolusi akan membezakan hasil sama ada berdefinisi tinggi
atau sebaliknya. Sebagai contoh, video berdefinisi tinggi akan nampak lebih jelas apabila
ditonton sama ada di skrin bersaiz kecil pada peranti mudah alih (telefon pintar atau
tablet), sederhana (komputer atau laptop), mahupun besar (televisyen atau layar
projektor).
Antara fungsi umum yang boleh digunakan untuk rakaman video pada peranti pintar
adalah mod wide, portrait, panorama dan night mode. Tambahan pula, terdapat banyak
aksesori seperti lensa tambahan yang boleh didapati untuk mengoptimumkan lagi fungsi-
fungsi ini. Lensa-lensa berperanan untuk mendapatkan kualiti tambahan seperti ultra wide,
anamorphic, macro, dan fish-eye, dan ia boleh didapati dengan harga yang berpatutan,
dan juga mudah untuk digunakan. Fungsi-fungsi ini jika digunakan dengan sebaiknya
bersesuaian dengan shot yang diambil, akan menghasilkan video yang bukan sahaja
menarik, malah berkualiti tinggi.
287
Rajah 1: Contoh set videografi menggunakan telefon pintar dan aksesori tambahan
Selain itu, untuk meningkatkan kualiti proses rakaman, pengguna juga boleh menggunakan
peralatan dan aksesori tambahan yang berkaitan seperti tripod, smartphone rig, grip dan
stabilizer untuk proses rakaman yang lebih stabil, wired/wireless microphone untuk rakaman
suara yang lebih jelas, serta lampu khas tambahan untuk pencahayaan yang lebih baik.
Kesemua aksesori ini boleh di dapati menerusi pembelian atas talian di laman-laman e-
dagang sedia ada dengan harga yang amat berpatutan.
Rajah 2: Proses rakaman video menggunakan peranti pintar dan aksesori tambahan
288
Suntingan Video di Peranti Pintar
Setelah proses rakaman dibuat, video hasil rakaman atau footage perlu disunting sebelum
menjadi hasil akhir. Hasil rakaman asal yang baik adalah aspek yang penting dalam
menentukan hasil video yang baik, dan proses suntingan memainkan peranan dalam
menambahkan kualiti penghasilan sesuatu video. Untuk suntingan video, rata-rata peranti
pintar mempunyai aplikasi sama ada sedia ada atau boleh dimuat turun yang boleh
digunakan untuk fungsi ni. Sebagai contoh, peranti pintar iPhone dan iPad mempunyai
aplikasi iMovie yang dilengkapkan dengan pelbagai fungsi untuk suntingan video, seperti
add and cut, add video and audio, video effects, sound effects, voiceover, latar belakang
muzik tema dan sebagainya.
Rajah 3: Paparan skrin aplikasi suntingan video iMovie
Fungsi-fungsi ini boleh dikatakan cukup komprehensif di samping tidak terlalu rumit untuk
difahami dan digunakan. Gabungan fungsi-fungsi ini yang dibuat dengan baik adalah
penting untuk menghasilkan video yang bukan sahaja berkualiti, informatif, malah
bersesuaian untuk tujuan santai, hiburan, malah untuk tujuan rasmi dan profesional. Malah,
berikutan pendedahan kepada kemahiran menggunakan peranti pintar di kalangan
pengguna pada masa ini, ianya juga membuka peluang penjanaan pendapatan dengan
penghasilan video-video menarik yang boleh dikomersilkan dan memberi pulangan yang
baik kepada penghasilnya.
Rajah 4: Contoh-contoh video rasmi yang dihasilkan dengan menggunakan peranti
pintar sepenuhnya
289
PEPATAH BAHASA ARAB
Abd Rahman Jamaan
Pepatah Bahasa Arab banyak dijadikan sebagai motivasi untuk menjalani kehidupan
seharian. Ia juga dijadikan pedoman di dalam aktiviti sosial bermasyarakat. Ia merujuk
kepada budaya Arab dan tentunya ia berkaitan dengan pegangan Agama Islam yang
menjadi rujukan di dalam al-Quran. Antara pepatah Arab yang masyhur adalah seperti
dibawah:
َﻣ ْن َﺟدﱠ َو َﺟد
Barang siapa bersungguh-sungguh, dapatlah ia
َﻣ ْن َﺻ َﺑ َر َظ ِﻔ َر
Barang siapa sabar beruntunglah ia
اﻟ َو ْﻗ ُت أَﺛْ َﻣ ُن ِﻣ َن اﻟذﱠ َھ ِب
Waktu itu lebih mahal daripada emas
اﻟﻌَ ْﻘ ُل اﻟ ﱠﺳ ِﻠ ْﯾ ُم ﻓﻲِ اﻟ ِﺟ ْﺳم اﻟ ﱠﺳ ِﻠ ْﯾ ِم
Akal yang sihat itu terletak pada badan yang sihat
َﻣ ْن َﯾ ْز َر ْع َﯾ ْﺣ ُﺻ ْد
Barang siapa menanam pasti akan memetik
اﻟ ِﻌ ْﻠ ُم ِﺑﻼَ َﻋ َﻣ ٍل َﻛﺎﻟ ﱠﺷ َﺟ ِر ِﺑﻼَ ﺛَ َﻣر
Ilmu tanpa amalan bagaikan pohon yang tidak berbuah
ان ﻟم ﺗﻘطﻌﮫ ﻗطﻌك،اﻟوﻗت ﻛﺎﻟﺳﯾف
Masa ibarat pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, kamu terpotong olehnya
290
PENGALAMAN INTERNSHIP DI ITBM
Siti Fatimah Mohamad Radzi
Di sini, saya ingin menceritakan serba sedikit pengalaman internship saya sewaktu
pengajian Sarjana Muda saya di USIM dalam bidang Bahasa Arab tidak lama dahulu.
Sebelum bermula semester akhir pengajian saya pada awal tahun 2017, saya dan sembilan
orang rakan yang lain telah mendapat keputusan terpilih untuk menjalani internship di ITBM
setelah membuat permohonan online dengan menghantar resume dan borang-borang
yang berkaitan. Kami semua berasa seronok dan tidak sabar untuk menimba pengalaman
di sana. Tambahan pula, pada ketika itu, kami akan diberi elaun sebanyak RM600 setiap
bulan selama enam bulan menjalani internship di sana. Pada kami, nilainya sangat besar
memandangkan kami masih berstatus pelajar ditambah dengan kos sara hidup di bandar
raya Kuala Lumpur. Seperti yang diketahui, ITBM adalah singkatan kepada Institut
Terjemahan & Buku Malaysia yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan telah
ditubuhkan pada 14 September 1993. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah
menterjemah dokumen kepada lebih 100 bahasa dan juga menerbitkan buku daripada
pelbagai genre.
Pada 23 Januari 2017, bermulalah kisah kami 10 orang melapor diri ke ITBM di Kuala Lumpur
dengan bekalan ilmu yang dipelajari sepanjang tiga tahun setengah di USIM. Setelah
melapor diri, kami dibawa ke bilik khas pelajar intern dan mendengar ucapan serta
penerangan tugas daripada penyelia-penyelia kami dari Bahagian Terjemahan Bahasa
Arab. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dan mendapat seorang penyelia untuk
setiap kumpulan iaitu Encik Razali Jaffar, Encik Badrul Aini Shaari dan Encik Jasmani Mardi.
Untuk hari pertama, kami mendapat tugasan untuk menterjemah secara beramai-ramai
dokumen sijil-sijil pengajian dari negara Arab daripada Bahasa Arab kepada Bahasa
Melayu dan perlu menghantar tugasan tersebut sebelum tamat waktu bekerja. Kami
bekerjasama untuk menyiapkan secepatnya dengan membahagi-bahagikan kerja. Pada
hari-hari seterusnya pula, setiap orang akan diberikan beberapa dokumen dan perlu
menterjemahkannya secara sendiri. Yang seronoknya ialah apabila ditempatkan dalam
satu bilik yang sama, kami boleh meminta pandangan dan bertanya rakan-rakan berkaitan
dokumen terjemahan. Ada kalanya kami menerima dokumen yang sukar difahami seperti
dokumen yang menggunakan tulisan tangan Bahasa Arab daripada negara-negara Arab.
Bermulalah perbincangan dan andaian antara kami dalam meneka tulisan tersebut. Jika
ada sebarang persoalan dan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan, kami akan
merujuk kepada penyelia.
291
Rutin pekerjaan kami adalah, pada setiap pagi, setiap penyelia akan memanggil wakil
kumpulan seliaannya untuk berjumpa dengannya dan memberikan kepada kami
beberapa dokumen daripada klien untuk diterjemahkan. Antara jenis dokumen adalah
seperti sijil lahir, sijil SPM, sijil STAM, kad pengenalan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain yang
perlu diterjemah daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Arab yang mana dokumen
tersebut adalah daripada klien Malaysia yang ingin menyambung pengajian ke Timur
Tengah ataupun urusan lain. Ada juga sijil nikah, sijil lahir, passport, lesen memandu, transkrip
peperiksaan, sijil universiti dan lain-lain yang perlu diterjemah daripada Bahasa Arab
kepada Bahasa Melayu yang mana dokumen tersebut adalah daripada klien negara Arab
atau klien yang telah menamatkan pelajaran di Timur Tengah. Jika dokumen tersebut
berstatus ‘urgent’, kami perlu menyiapkan dokumen tersebut pada hari yang sama atau
hanya dalam beberapa jam saja. Jika dokumen biasa, kami diberi tempoh satu hingga tiga
hari untuk menterjemahkannya. Keadaan akan menjadi sedikit huru-hara di bilik kami jika
keputusan SPM dan STAM diumumkan. Tidak putus dokumen yang perlu diterjemahkan
daripada klien Malaysia. Setelah selesai kami menterjemahkan dokumen, kami akan
membawa dokumen kepada penyelia untuk disemak terlebih dahulu. Jika ada sebarang
kesalahan, kami perlu perbaiki terlebih dahulu. Kemudian, barulah dokumen tersebut boleh
dicetak dengan kertas yang berbeza mengikut jenisnya dan dicop dengan cop rasmi ITBM
serta diletakkan tarikh. Setelah itu, kami akan mengimbas dokumen masing-masing untuk
rekod simpanan.
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah kami dapat berjumpa dengan
ramai jurubahasa yang mahir dan hebat dalam pelbagai bahasa. Selain itu, jika kami
berada di kaunter pendaftaran, kami berpeluang berjumpa dengan warga asing
berbangsa Arab dan dapat mengasah kemahiran berkomunikasi dalam bahasa mereka.
Kami juga dengan mudah boleh melawat atau membeli di kedai buku terbitan ITBM yang
terletak di aras bawah bangunan. Kenangan manis, susah dan senang sesama kami 10
orang selama enam bulan sudah tentu paling tidak dapat dilupakan. Tugas kami sebagai
pelajar intern akhirnya telah selesai sepenuhnya setelah menghantar laporan internship dan
membentangkan kepada penyelia universiti. Masing-masing menunjukkan muka lega
kerana kami tinggal menunggu keputusan akhir semester dan bergraduasi! Kepada adik-
adik di luar sana semoga dipermudahkan urusan internship di pandemik Covid-19, ada
adik-adik menjalankan internship di syarikat yang mengamalkan WFH, ada juga adik-adik
yang terpaksa menangguh internship. Sekiranya berpeluang menjalankan internship,
jalankan tugas yang diamanahkan oleh majikan dengan baik serta timbalah ilmu dan
pengalaman sebanyaknya. Selamat maju jaya!
292
Gambar bersama ketiga-tiga penyelia
Gambar bersama penyelia kumpulan
Gambar beramai-ramai di aras bawah
bangunan ITBM
293
SIAPA YANG BIJAK? PUSPAWANGI ATAU TUN NILA UTAMA?
Zuraidah Sumery
Pasti kita semua pernah menonton filem yang perlu bijak?
Musang Berjanggut yang dibintangi
Seniman Terulung P. Ramlee dan Seniwati Sebenarnya, kedua-duanya, Puspawangi
Saadiah. dan Tun Nila Utama, pandai dan bijak
Kisah tentang Tun Nila Utama, seorang raja belaka. Bijaknya Puspawangi terlihat pada
muda, yang hanya mahu "perempuan" keupayaan rasionalnya menyelesaikan
untuk dijadikan isteri. Lalu dia pun menyusun setiap satu permasalahan di sekelilingnya.
strategi dan merantau jauh demi misi Lalu, menyentuh keyakinan Tun Nila Utama.
memperisterikan seorang "perempuan" dan Bijaknya Tun Nila Utama terlihat pada
bukannya “betina”.
kesungguhannya memilih Puspawangi yang
Sekian lama merantau, akhirnya Tun Nila bijak sebagai isteri dan hormatnya terhadap
terjumpa Puspawangi. Dengan kepandaian kebijaksaan Puspawangi. Lalu, menambah
dan kebijaksaan yang dipunyai Puspawangi, keyakinan layaknya dia sebagai raja.
yakinlah Tun Nila bahawa dia sudah
menemui seorang "perempuan" untuk Tauladannya? Lelaki dan wanita, kedua-
diperisterikan dan dijadikan suri hatinya.
duanya, kena asah kebijaksanaan dan jadi
Bayangkan, kalau Puspawangi buat buat
"tak berapa bijak" dan merendahkan bijak belaka. Bukan seorang buat buat
kemampuannya sendiri, pasti Tun Nila
takkan tahu bahawa Puspawangi adalah ‘bodoh’ untuk memperlihatkan
padanan tepat misi hati Tun Nila. Pasti Tun
Nila takkan tahu keistimewaan Puspawangi. kebijaksanaannya. Dan seorang lagi bersifat
Apatah lagi kebijaksanaan Puspawangi
menyelesaikan segala permasalahan. maskulin dan gagah sahaja. Berganding
bahulah membantu bersama agar dilihat
bijak pandai di mata anak – anak juga.
Wallahu'alam.
Malah, selepas berkahwin pun, Puspawangi
terus menzahirkan kebijaksaannya
menyelesaikan satu kejadian di istana
dengan kerjasama dan persetujuan Tun Nila
sebagai suami. Filem ini sangat signifikan.
Apabila kita menonton, kita akan terfikir,
sungguh bijak dan pandainya Puspawangi
ni. Kita akan terfikir, wanita perlu bijak
macam Puspawangi. Tapi, adakah
Puspawangi seorang saja yang bijak lagi Sumber: Google
pandai dalam kisah ini? Adakah wanita saja
294